SlideShare a Scribd company logo
Selama menjalankan tugasan ini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada beberapa pihak kerana sudi memberi bantuan,sokongan dan bimbingan kepada
saya dalam melaksanakan tugasan ini.Jasa-jasa daripada pihak ini,amat saya hargai
dan saya akan sentiasa doakan pihak tuan/puan agar sentiasa dilimpahi berkat
daripada yang maha esa.
Terlebih dahulu,saya ingin menujukan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim kerana telah memberi peluang
kepada saya untuk melakukan tugasan ini serta memberi sokongan kepada semasa
melaksanakan tugasan.Segala kemudahan yang terdapat dalam kampus ini seperti
pusat sumber,pusat jalur lebar dan tempat kediaman telah saya gunakan sebaik
mungkin dan saya telah Berjaya melaksanakan tugasan ini dengan sempurna.
Selain itu,saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
Bahasa Melayu 1 kumpulan saya iaitu En.Akhyat Md Hassan kerana banyak memberi
bimbingan kepada saya dalam melaksanakan tugasan ini.Beliau juga memberi
kerjasama yang cukup baik kepada saya serta menjadi sunmber inspirasi terhadap ahli-
ahli kumpulan saya.
Tidak terlupa juga kepada para sahabat yang sekumpulan dengan saya kerana
sudi berkongsi maklumat serta memberi tunjuk ajar kepada saya semasa menjalankan
tugasan ini.Semasa menjalankan tugasan ini,kami sentiasa bersama-sama
membincangkan sesuatu persoalan mengenai tugasan yang kami laksanakan.
Asal Usul Bahasa Melayu
 Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh
sejarawan.Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba
mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
 Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-
yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
 Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk
mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
 Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera
daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.
 Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang
menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar
675 Masihi.
 Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau
mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia)
yang bergerak dari Yunan.
Asal Usul Bangsa Melayu
Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.Kumpulan pertama
dikenali sebagai Melayu Proto.Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru
(2500 Sebelum Masihi) Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di
Sarawak dan Batak di Sumatera.Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu
Deutro.Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum
Masihi.Keturunannya orang Melayu di Malaysia Dikatakan lebih bijak dan dan mahir
daripada Melayu Proto.Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk
tanam.Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.Menduduki kawasan pantai dan
lembah di Asia Tenggara.Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai
Austronesia.Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada
bahasa Austronesia ini.
PROSES PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
AUTRIS
AUSTROASIA
TIBET-CHINA
AUSTRONESIA
MALENESIA
MIKRONESIA
POLINESIA
NUSANTARA
SUMATERA
FILIPINA
JAWA
KALIMANTAN
BALI-SASAK
ACHEH
BATAK
MINANGKABAU
LAMPUNG NIAS
MELAYU
Perbezaan antara bahasa melayu kuno dengan bahasa melayu klasik
BAHASA MELAYU KUNO BAHASA MELAYU KLASIK
CIRI-CIRI  Dinamakan bahasa melayu
Kuno setelah mendapat
penguruh india.
 Menjadi bahasa pentadbiran
dan lingua franca.
 Bersifat sederhana dan
fleksibel,iaitu mudah
menerima pengaruh daripada
luar.
 Tidak terikat kepada
perbezaan susun lapis
masyarakat.
 Mempunyai sistem yang lebih
mudah berbanding bahasa
jawa.
 Bahasa Melayu kuno penuh
dengan kata pinjaman
daripada bahasa Sanskrit.
 Bunyi ‘B’ dalam bahasa
melayu moden ialah ‘V’ dalam
bahasa melayu kuno.
 Ayat yang panjang, berulang,
dan berbelit-belit.
 Mempunyai banyak ayat pasif
dan songsang.
 Menggunakan bahasa istana
 Menggunakan kosa kata klasik
seperti ratna mutu manikam,
edan kesmaran (mabuk
asmara), sahaya,
masyghul(bersedih).
 Banyak menggunakan perdu
perkataan (kata pangkal ayat)
seperti sebermula, alkisah,
hatta, adapun.
 Banyak menggunakan
partikel pun dan lah.
 Menggunakan aksara jawi, iaitu
aksara yang dipinjam daripada
bahasa Arab yang telah
ditambah dengan beberapa
huruf tambahan.
 Telah menerima pelbagai jenis
kosa kata Arab dan Parsi
dalam pelbagai bidang bahasa
seperti alam bidang ilmu
keagamaan, undang-undang,
kesusasteraan, pemerintahan
dan pentadbiran, perubatan,
falsafah, tasawuf dan kata-kata
umum.
 Frasa dan ayat pengaruh Arab
terutama dalam kitab-kitab
klasik Melayu seperti
frasa ketahuilah olehmu (dari
terjemahan I’lamL, maka
kemudian daripada
itu (dariAmma ba’du); atau
pada ayat sunat berbuka atas
tamar dan lain-lain. Frasa dan
ayat bentuk ini wujud hasil
daripada terjemahan harfiah
daripada teks-teks bahasa
Arab.
 Unsur-unsur falsafah Islam
wujud dalam banyak tulisan
Melayu seperti dalam bidang
ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu
Aqa’id al-Iman dan lain-lain. Ini
berbeza dengan bahasa
Melayu zaman kuno atau
Hindu.
ZAMAN
KEGEMILANGAN
Mencapai kegemilangan dari abad
ke-13,iaitu pada zaman
pemerintahan kerajaan Sriwijaya.
Zaman kegemilangan bahasa Melayu
Klasik berlaku setelah pemimpin
kerajaan kerajaan Melayu memeluk
Islam dan mempelajari bahasa Arab
daripada pedagang Islam daripada
Arab dan India. Ini menyebabkan
penyerapan unsur unsur Arab dan
Parsi dalam bahasa Melayu. Zaman
ini boleh dibahagikan kepada tiga
zaman penting iaitu:
 Zaman kerajaan Melaka
 Zaman kerajaan Acheh
 Zaman kerajaan Johor-
Riau
ALAT-ALAT ARTIKULASI
1. Bibir Atas
2. Bibir Bawah
3. Gigi Atas
4. Gigi Bawah
5. Gusi
6. Lelangit Keras
7. Lelangit Lembut
8. Anak Tekak
9. Hujung Lidah
10.Hadapan Lidah
11.Tengah Lidah
12.Belakang Lidah
13.Akar Lidah
14.Epiglotis
15.Rongga Suara
16.Rongga Tekak
17.Rongga Hidung
18.Rongga Mulut
19.Rahang
20.Tenggorok
Alat artikulasi hanya terdiri daripada :
 Lidah
 Gigi
 Bibir
 Gusi
 Lelangit
 Rongga Hidung
 Pita Suara
Alat
artikulasi
Fungsi
Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam
pengeluaran bunyi bahasa.Lidah terbahagi kepada empat bahagian,iaitu
hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang
lidah.Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai
jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan
belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi
vokal hadapan, tengah dan belakang.Hujung lidah merupakan bahagian
paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk
membuat penyekatan.
Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi
peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa
digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi.
Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.
Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga
mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan
dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-
bagai.Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga
mulut.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar
daripada rongga mulut.
Gusi Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke
bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah
sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat
penyekatan.
Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan
lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras
hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan
gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk
menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung.
Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar
melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan
tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.
Rongga
hidung
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga
hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama
ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.
Pita suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting
dalam penghasilan bunyi.Proses pengeluaran suara berlaku dengan
cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara
dua keping selaput nipis berkenaan.
Gambarajah Pita Suara :
Setelah berjaya melaksanakan tugasan ini,saya dapat mengetahui dan
mempelajari sesuatu ilmu yang baru dalam kehidupan saya.Saya turut mempunyai
pengalaman dalam melakukan tugasan kerana tugasan ini merupakan tugasan saya
yang pertama saya laksanakan di Kampus Sultan Abdul Halim.Melalui tugasan ini,saya
dapat mengenali dan memahami sejarah bahasa kebangsaan Negara kita dengan lebih
mendalam bermula dari kemasukan bahasa ini ke Negara kita sehingga menjadi
bahasa rasmi bagi Negara kita.
Saya juga dapat mengetahui cirri-ciri bahasa Negara kita dari segi bunyi
penuturan,gaya bahasa,kosa kata serta menyedari fungsinya kepada kita pada setiap
masa.Melalui tugasan ini,saya berpendapat bahawa taraf bahasa melayu pada masa
kini amat maju dan berkembang pesat berbanding dengan bahasa melayu pada zaman
kuno.Sesungguhnya,saya amat berbangga terhadap Negara kita kerana mampu
memperjuangkan bahasa Negara kita daripada mendapat pengaruh daripada bahasa
Negara lain.
Selain itu,saya juga menyedari bahawa alat-alat artikulasi yang ada pada tubuh
manusia juga turut memainkan peranan penting dalam menuturkan bunyi-bunyi yang
terdapat dalam bahasa melayu.Dengan adanya alat-alat artikulasi ini,kita dapat
menuturkan bahasa melayu dengan lebih jelas.Melalui tugasan ini,saya turut
mempelajari cara-cara untuk menuturkan bahasa melayu dengan betul dan baku
menggunakan alat-alat artikulasi.
Bibliografi
 Siti Hajar Abdul Haziz,Bahasa Melayu 1 (Siri Pendidikan Guru) Oxford Fajar Sdn
.Bhd Selangor Darul Ehsan.
 http://www.scribd.com/doc/19005927/Alatalat-Artikulasi
 blogspot.com/2008/11/alat-artikulasi-dan-fungsinya.html
 http://rujuknota.blogspot.com/2009/08/ciri-ciri-bahasa-melayu-kuno.html
Pengaruh terhadap bahasa melayu kuno
Mendapat
pengaruh
tulisan Palava
Pengaruh terhadap bahasa melayu Klasik
Mendapat
pengaruh Hindhu
Buddha dengan
wujudnya candi
Borobudur
Tulisan Kawi
Aksara Jawa Huruf Pegon

More Related Content

Similar to TUGASAN BM1.docx

Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayuBuku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Syed Shafiq Syed Zaini
 
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptxBAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
AnselyGinsuru1
 
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayuProses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayuAtykah Aura
 
3 bahasa melayu kuno (2)
3 bahasa melayu kuno (2)3 bahasa melayu kuno (2)
3 bahasa melayu kuno (2)
ShirleyEu1
 
4 Bahasa Melayu Klasik
4 Bahasa Melayu Klasik4 Bahasa Melayu Klasik
4 Bahasa Melayu Klasik
ShirleyEu1
 
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2NOORSADINA
 
Ke Arah Bahasa Melayu
Ke Arah Bahasa MelayuKe Arah Bahasa Melayu
Ke Arah Bahasa Melayu
Pihin Hassanal
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Antasha Kamaruzzaman
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUZakira Hafizah
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Oh Jenny
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Roziah Geera
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi640119045499
 
Rangka tugasan
Rangka tugasanRangka tugasan
Rangka tugasan
Cid Hamdan
 
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Asing dalam bahasa melayu (Bahasa arab,bahasa...
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Asing dalam bahasa melayu (Bahasa arab,bahasa...Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Asing dalam bahasa melayu (Bahasa arab,bahasa...
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Asing dalam bahasa melayu (Bahasa arab,bahasa...Fairuz Alwi
 
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1) BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1) Izzah Zahh
 
14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayu14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayuAan Samad
 

Similar to TUGASAN BM1.docx (20)

Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayuBuku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
 
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptxBAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
 
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayuProses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
 
Konsep
KonsepKonsep
Konsep
 
3 bahasa melayu kuno (2)
3 bahasa melayu kuno (2)3 bahasa melayu kuno (2)
3 bahasa melayu kuno (2)
 
Notabm
NotabmNotabm
Notabm
 
4 Bahasa Melayu Klasik
4 Bahasa Melayu Klasik4 Bahasa Melayu Klasik
4 Bahasa Melayu Klasik
 
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
 
Ke Arah Bahasa Melayu
Ke Arah Bahasa MelayuKe Arah Bahasa Melayu
Ke Arah Bahasa Melayu
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
 
Nota tatabahasa
Nota tatabahasaNota tatabahasa
Nota tatabahasa
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
 
Masalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturanMasalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturan
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
 
Rangka tugasan
Rangka tugasanRangka tugasan
Rangka tugasan
 
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Asing dalam bahasa melayu (Bahasa arab,bahasa...
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Asing dalam bahasa melayu (Bahasa arab,bahasa...Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Asing dalam bahasa melayu (Bahasa arab,bahasa...
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Asing dalam bahasa melayu (Bahasa arab,bahasa...
 
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1) BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
 
14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayu14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayu
 

TUGASAN BM1.docx

  • 1. Selama menjalankan tugasan ini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak kerana sudi memberi bantuan,sokongan dan bimbingan kepada saya dalam melaksanakan tugasan ini.Jasa-jasa daripada pihak ini,amat saya hargai dan saya akan sentiasa doakan pihak tuan/puan agar sentiasa dilimpahi berkat daripada yang maha esa. Terlebih dahulu,saya ingin menujukan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim kerana telah memberi peluang kepada saya untuk melakukan tugasan ini serta memberi sokongan kepada semasa melaksanakan tugasan.Segala kemudahan yang terdapat dalam kampus ini seperti pusat sumber,pusat jalur lebar dan tempat kediaman telah saya gunakan sebaik mungkin dan saya telah Berjaya melaksanakan tugasan ini dengan sempurna. Selain itu,saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Bahasa Melayu 1 kumpulan saya iaitu En.Akhyat Md Hassan kerana banyak memberi bimbingan kepada saya dalam melaksanakan tugasan ini.Beliau juga memberi kerjasama yang cukup baik kepada saya serta menjadi sunmber inspirasi terhadap ahli- ahli kumpulan saya. Tidak terlupa juga kepada para sahabat yang sekumpulan dengan saya kerana sudi berkongsi maklumat serta memberi tunjuk ajar kepada saya semasa menjalankan tugasan ini.Semasa menjalankan tugasan ini,kami sentiasa bersama-sama membincangkan sesuatu persoalan mengenai tugasan yang kami laksanakan.
  • 2. Asal Usul Bahasa Melayu  Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:  Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo- yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.  Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.  Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.  Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.  Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.
  • 3. Asal Usul Bangsa Melayu Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi) Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro.Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Masihi.Keturunannya orang Melayu di Malaysia Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.
  • 4. PROSES PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU AUTRIS AUSTROASIA TIBET-CHINA AUSTRONESIA MALENESIA MIKRONESIA POLINESIA NUSANTARA SUMATERA FILIPINA JAWA KALIMANTAN BALI-SASAK ACHEH BATAK MINANGKABAU LAMPUNG NIAS MELAYU
  • 5. Perbezaan antara bahasa melayu kuno dengan bahasa melayu klasik BAHASA MELAYU KUNO BAHASA MELAYU KLASIK CIRI-CIRI  Dinamakan bahasa melayu Kuno setelah mendapat penguruh india.  Menjadi bahasa pentadbiran dan lingua franca.  Bersifat sederhana dan fleksibel,iaitu mudah menerima pengaruh daripada luar.  Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.  Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa jawa.  Bahasa Melayu kuno penuh dengan kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit.  Bunyi ‘B’ dalam bahasa melayu moden ialah ‘V’ dalam bahasa melayu kuno.  Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.  Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang.  Menggunakan bahasa istana  Menggunakan kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul(bersedih).  Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun.  Banyak menggunakan partikel pun dan lah.  Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.  Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang,
  • 6. kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.  Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan I’lamL, maka kemudian daripada itu (dariAmma ba’du); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab.  Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu seperti dalam bidang ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqa’id al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.
  • 7. ZAMAN KEGEMILANGAN Mencapai kegemilangan dari abad ke-13,iaitu pada zaman pemerintahan kerajaan Sriwijaya. Zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik berlaku setelah pemimpin kerajaan kerajaan Melayu memeluk Islam dan mempelajari bahasa Arab daripada pedagang Islam daripada Arab dan India. Ini menyebabkan penyerapan unsur unsur Arab dan Parsi dalam bahasa Melayu. Zaman ini boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu:  Zaman kerajaan Melaka  Zaman kerajaan Acheh  Zaman kerajaan Johor- Riau
  • 8. ALAT-ALAT ARTIKULASI 1. Bibir Atas 2. Bibir Bawah 3. Gigi Atas 4. Gigi Bawah 5. Gusi 6. Lelangit Keras 7. Lelangit Lembut 8. Anak Tekak 9. Hujung Lidah 10.Hadapan Lidah 11.Tengah Lidah 12.Belakang Lidah 13.Akar Lidah 14.Epiglotis 15.Rongga Suara 16.Rongga Tekak 17.Rongga Hidung 18.Rongga Mulut 19.Rahang 20.Tenggorok Alat artikulasi hanya terdiri daripada :  Lidah  Gigi  Bibir  Gusi  Lelangit
  • 9.  Rongga Hidung  Pita Suara Alat artikulasi Fungsi Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa.Lidah terbahagi kepada empat bahagian,iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah.Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai- bagai.Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.
  • 10. Gusi Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Rongga hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Pita suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi.Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan. Gambarajah Pita Suara :
  • 11. Setelah berjaya melaksanakan tugasan ini,saya dapat mengetahui dan mempelajari sesuatu ilmu yang baru dalam kehidupan saya.Saya turut mempunyai pengalaman dalam melakukan tugasan kerana tugasan ini merupakan tugasan saya yang pertama saya laksanakan di Kampus Sultan Abdul Halim.Melalui tugasan ini,saya dapat mengenali dan memahami sejarah bahasa kebangsaan Negara kita dengan lebih mendalam bermula dari kemasukan bahasa ini ke Negara kita sehingga menjadi bahasa rasmi bagi Negara kita.
  • 12. Saya juga dapat mengetahui cirri-ciri bahasa Negara kita dari segi bunyi penuturan,gaya bahasa,kosa kata serta menyedari fungsinya kepada kita pada setiap masa.Melalui tugasan ini,saya berpendapat bahawa taraf bahasa melayu pada masa kini amat maju dan berkembang pesat berbanding dengan bahasa melayu pada zaman kuno.Sesungguhnya,saya amat berbangga terhadap Negara kita kerana mampu memperjuangkan bahasa Negara kita daripada mendapat pengaruh daripada bahasa Negara lain. Selain itu,saya juga menyedari bahawa alat-alat artikulasi yang ada pada tubuh manusia juga turut memainkan peranan penting dalam menuturkan bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa melayu.Dengan adanya alat-alat artikulasi ini,kita dapat menuturkan bahasa melayu dengan lebih jelas.Melalui tugasan ini,saya turut mempelajari cara-cara untuk menuturkan bahasa melayu dengan betul dan baku menggunakan alat-alat artikulasi.
  • 13. Bibliografi  Siti Hajar Abdul Haziz,Bahasa Melayu 1 (Siri Pendidikan Guru) Oxford Fajar Sdn .Bhd Selangor Darul Ehsan.  http://www.scribd.com/doc/19005927/Alatalat-Artikulasi  blogspot.com/2008/11/alat-artikulasi-dan-fungsinya.html  http://rujuknota.blogspot.com/2009/08/ciri-ciri-bahasa-melayu-kuno.html
  • 14. Pengaruh terhadap bahasa melayu kuno Mendapat pengaruh tulisan Palava
  • 15. Pengaruh terhadap bahasa melayu Klasik Mendapat pengaruh Hindhu Buddha dengan wujudnya candi Borobudur Tulisan Kawi