SlideShare a Scribd company logo
Bank Soalan Penulisan Bahagian C (2005-2010) 
SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2010) 
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. 
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis 
jawapan kamu dalam satu peranggan. 
Sahabatku Fadhil, 
Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman 
saya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelab Bahasa Melayu 
sekolah saya. 
Kami memperoleh ilmu pengetahuan yang banyak. Setiap detik yang dilalui, 
kami manfaatkan dengan mengunjungi pelbagai tempat bersejarah seperti Beras 
Terbakar Makam Mahsuri dan Pantai Pasir Hitam. Ketika menaiki Kereta Kabel 
Langkawi menuju ke puncak Gunung Machinchang, kami kagum akan keindahan 
alam semula jadi. Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman. 
Semasa di Pantai Cenang, kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi 
guru pengiring melarang kami kerana ombak besar. Kami akur akan nasihat guru 
tersebut. Lawatan seterusnya ke ‘Underwater World’, iaitu tempat pelbagai jenis 
kehidupan air dipamerkan. Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan 
kesesakan. 
Sebelum pulang kami singgah di pekan Kuah untuk membeli-belah. Saya 
hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh 
ibu. Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga. 
Nilai murni Penerangan / ulasan
SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2009) 
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. 
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis 
jawapan kamu dalam satu peranggan. 
Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. Sang 
Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan. 
Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut 
telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas. 
Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun 
agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkan dirinya 
dengan bantuan Sang Merbuk. 
Pada suatu pentang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang 
mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera mengigit kaki 
pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar. Sang Merbuk segera 
terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan terima kasih 
kepada Sang Semut. 
Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.
Nilai murni Penerangan / ulasan 
SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2008) 
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. 
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis 
jawapan kamu dalam satu peranggan. 
Ana : Apa khabar, Halim? 
Halim : Beransur baik sekarang. Cuma badan saya masih lemah dan tidak 
berselera untuk makan. 
Ana : Awak mesti makan, jangan turutkan hati. Makanan di sini berkhasiat. Kalau 
tak makan, bagaimana nak 
sihat? 
Halim : Terima kasih atas ingatan awak. 
Ana : Eh, tentulah! Kita berkawan mestilah saling mengingati. 
Halim : Apa khabar kawan-kawan kita? 
Ana : Oh, semuaya baik belaka! Mereka mendoakan supaya awak segera 
sembuh. Apa kata soktor tentang
penyakit awak? 
Halim : Doktor mengatakan bahawa saya disyaki menghidap demam denggi. 
Ana : Oh, begitu! Penyakit demam denggi ini berpunca daripada nyamuk aedes. 
Kita mesti pastikan air tidak 
bertakung agar nyamuk aedes tidak membiak. 
Halim : Betul tu, Ana. Semua pihak perlu menjaga kebersihan persekitaran. 
Ana : Baiklah, Halim. Saya minta diri dulu. Saya dah berjanji dengan ibu saya 
untuk pulang awal. Ini ada 
beberapa buah buku yang boleh awak baca untuk menghilangkan 
rasa bosan awak. 
Halim : Terima kasih, Ana. Sekurang-kurangnya buku ini boleh mengisi 
masa lapang saya di sini. Berhati-hati 
Semasa pulang. Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan dan 
keluarga awak. 
Nilai murni Penerangan / ulasan
SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2007) 
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. 
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis 
jawapan kamu dalam satu peranggan. 
Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan, aku 
terjumpa sebuah dompet. Aku membuka dompet itu untuk 
mengetahui siapa pemiliknya. Di dalam dompet itu terdapat wang 
yang banyak dan dokumen penting. Aku berfikir sejenak sambil 
melihat sekeliling sekiranya ada orang yang sedang mencari-cari 
dompetnya. 
Tiba-tiba rakanku datang dan aku memberitahunya tentang 
dompet tersebut. Dia menyuruh aku mengambil sahaja dompet itu. 
Aku tidak berani untuk berbuat demikian. Aku teringat akan pesanan 
ibu bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan orang lain. 
Aku membuat keputusan untuk menyerahkan dompet tersebut 
kepada guru bertugas, iaitu Cik Rani. Beliau telah membawa aku 
berjumpa dengan guru besar. Guru besar memuji tindakan yang telah 
aku lakukan itu. 
Nilai murni Penerangan / ulasan
SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2006) 
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. 
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis 
jawapan kamu dalam satu peranggan. 
Nani murid yang sentiasa mengambil berat tentang pelajaranya. Pada masa 
yang sama dia mempunyai pelbagai hobi. Mengumpul setem adalah antara hobi 
yang paling digemarinya. Dia memiliki lima buah album setem yang disimpan di 
dalam almari yang berkunci. 
Setem yang dikumpulkannya diperoleh daripada beberapa buah negara. 
Nani bertukar-tukar setem dengan kawan-kawan sekolahnya dan sahabat pena 
dari negeri-negeri di Malaysia dan luar negara. 
Kini dia memiliki pelbagai setem dan mempunyai ramai kawan. Melalui 
hobinya, Nani dapat mengetahui berbagai-bagai maklumat tentang negara luar 
seperti mata wang, kebudayaan, makanan dan pemimpin negara.
Dia amat gembira kerana hobinya mendatangkan banyak faedah. Di 
samping itu, dia dapat mengelakkan dirinya daripada terlibat dengan perkara-perkara 
yang tidak bermanfaat dan membuang masa. 
Nilai murni Penerangan / ulasan 
SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2005) 
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. 
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis 
jawapan kamu dalam satu peranggan. 
Semasa kakak pergi bekerja, adik telah masuk ke bilik kakak dan bermain-main 
di situ. Sedang asyik bermain, tiba-tiba adik ternampak sebuah cenderamata
kepunyaan kakak yang diperbuat daripada kaca. Cenderamata itu ialah pemberian 
kawan kakak yang baru pulang dari luar negeri. 
Saya telah melarang adik supaya tidak bermain-main dengan cenderamata 
itu tetapi adik tidak mengendahkannya. Tiba-tiba, cenderamata itu terlepas dari 
tangan adik dan terhempas di lantai lalu pecah berderai. Emak memarahi adik. 
Sebelah petang, kakak pulang dari tempat kerja. Kakak sungguh sedih 
apabila mengetahui cenderamata kesayangannya telah pecah. Adik meminta maaf 
dan berjanji tidak akan mengusik barang-barang kepunyaan kakak lagi. 
Nilai murni Penerangan / ulasan 
Format Mudah Bahagian C 
Format Mudah bahagian C (Kertas 2)
Jika anda masih belum menguasai bahagian C, sila gunakan cara mudah sebagai langkah 
menulis nilai dan pengajaran untuk bahagian C (Kertas 2). 
Format 1 
Antara nilai-nilai dan pengajaran yang boleh kita contohi ialah sikap .............sikap 1.........( 
rajin )atau..............(tekun)berusaha supaya kita........................................ 
contohnya...................................... Selain itu, kita perlu mengamalkan sikap 
.....................sikap 2....................... agar kita menjadi.................................................................. 
seperti............................................. Di samping itu sikap.......................sikap 3...............patut 
kita contohi kerana ia.............................................. umpamanya............................... . 
Seterusnya, sikap ...... sikap 4..... harus kita teladani agar mendidik kita 
menjadi.................seperti.................. Akhirnya, sikap ......sikap 5..... wajar kita ikuti 
agar...............................contohnya........................ Nilai-nilai dan pengajaran-pengajaran ini 
patut kita amalkan agar menjadikan kita seorang yang baik dan berhemah tinggi. 
Peringatan : Bagi setiap nilai, cari persamaan nilai yang telah anda cari untuk dituliskan dalam 
bahagian C, contohnya : 
1. rajin dan tekun berusaha. 
2.berbudi bahasa atau bersopan santun, 
3. menolong dan membantu. 
4. bertanggungjawab dan perihatin, 
5. belas kasihan dan bersimpati. 
6. patriotisma atau semangat cintakan negara. 
7. bekerjasama atau saling membantu. 
8. menghormati atau menyanjung. 
9. berdikari atau tidak bergantung kepada orang lain. 
10. berazam,bertekad atau bercita-cita. 
dan lain-lain lagi........................ 
Pastikan untuk contoh, berdasarkan dalam petikan!!!! 
Untuk pengetahuan pelajar semua.... 
Terdapat 3 bahagian dalam kertas 2 
Bahagian A - Lima ayat lengkap...berdasarkan gambar/carta/jadual atau rajah. 
Bahagian B - Karangan (Pilih 1 daripada 3 karangan) 
Bahagian C - Menuliskan 5 pengajaran / nilai daripada petikan/sajak/pantun/cerita dll. 
Markah: Bahagian A ( 10 markah), Bahagian B ( 30 markah) dan bahagian C (20 markah) 
Cara Pemarkahan Bahagian A: 
Cara penandaan bagi bahagian A adalah holistik bukan satu ayat 2 markah,...bergantung
kepada susunan, gramatis ayat, kata adjektif atau kata kerja yang berkaitan dengan soalan 
yang diberi. Ini tergantung kepada band/ julat markah tinggi, sederhana ataupun rendah. 
Permarkahan bahagian B: 
Masih memberi penekanan aspek tatabahasa, ejaan, struktur, imbuhan yang melibatkan 15 
markah manakala isi yang baik juga 15 markah. 
Permarkahan Bahagian C: 
Jumlah markah ialah 20 markah. Harus mempunyai 5 nilai/pengajaran yang berkaitan. Terkini 
jumlah perkataan tidak melebihi 50 patah perkataan.Maka ayat perlu dibina ringkas, tepat dan 
padat. 
Posted by Cikgu Kamil at 10:47 1 comment: 
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook 
Labels: Format Mudah Bahagian C 
Contoh latihan dan jawapan penulisan Bahagian C 
Latihan Contoh 1: 
Tuliskan beberapa amalan baik yang kamu dapati daripada petikan di bawah. 
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. 
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. 
Luqman bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia 
tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikal untuk pergi ke sekolah tanpa bersalam 
dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghiraukan lampu merah 
lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan 
sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak 
perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu “Negaraku” , 
dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia 
mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi peluang tumpang oleh rakan untuk 
pulang ke rumah. 
Isi-isi cadangan: 
- Bangun lewat – Bangun awal supaya tidak tergesa-gesa ke sekolah. 
- Menonton hingga lewat malam – Tidak digalakkan kerana menjejaskan kesihatan. Tidak 
cukup tidur. 
- Tidak sempat bersarapan - Bersarapan terlebih dahulu mendapatkan tenaga untuk belajar. 
- Tidak bersalaman – Bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa untuk mendapat restu. 
- Melanggar lampu isyarat – Mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan. 
- Berjalan semasa lagu “Negaraku” – Berdiri tegak untuk menghormati lagu kebangsaan. 
- Memberi pertolongan kepada yang memerlukan. 
Jawapan Contoh 1: 
Berdasarkan petikan di atas, kita sepatutnya bangun awal supaya tidak tergesa-gesa untuk ke 
sekolah seperti yang berlaku kepada Luqman. Kita tidak sepatutnya menonton hingga lewat
malam kerana boleh menjejaskan kesihatan kita. Sebelum kita ke sekolah kita hendaklah 
bersarapan terlebih dahulu bagi mengalas perut supaya senang belajar. Kita mestilah 
bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa kita bagi mendapatkan restu daripada mereka. Kita 
hendaklah mematuhi peraturan demi menjaga keselamatan diri kita. Sebagai rakyat Malaysia 
kita hendaklah menghormati lagu kebangsaan negara kita dengan berdiri tegak bukannya 
seperti yang dilakukan oleh Luqman yang masih berlari. Apabila rakan-rakan kita 
memerlukan bantuan, kita semestinya menghulurkan bantuan kepada mereka. Kesimpulannya 
kita hendaklah mengamalkan amalan-amalan yang baik dalam kehidupan harian kita. 
Latihan Contoh 2: 
Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada puisi di bawah. Panjang 
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam 
satu perenggan. 
Buah delima pelbagai rasa, 
Dipetik sebelum waktu senja; 
Dari kecil hinggalah dewasa, 
Ibu bapa membelai penuh manja. 
Dalam sungai dipasang bubu, 
Masuk seekor anak kelisa; 
Sungguh mulia jasamu ibu, 
Sepanjang hayat dikenang sentiasa. 
Limau kasturi jangan dilupa, 
Beli juga sebungkus asam jawa; 
Tidakku lupa padamu bapa, 
Sanggup berkorban harta dan nyawa. 
Kacang dicampur santan kelapa, 
Nasi berulam pucuk pegaga; 
Terima kasih ibu dan bapa, 
Bersyukur kita hidup bahagia. 
Isi Cadangan: 
- Membelai penuh manja (Kasih sayang) 
- Sungguh mulia jasa / dikenang sentiasa (Mengenang jasa) 
- Berkorban harta dan nyawa (Bertanggungjawab)
- Terima kasih ibu dan bapa (Berterima kasih) 
- Bersyukur kita hidup bahagia (Kesyukuran) 
- Pengajaran/kesimpulan daripada teks (Hormat-menghormati) 
Jawapan Contoh 2: 
Berdasarkan puisi di atas, terdapat beberapa nilai murni dan pengajaran yang boleh amalkan. 
Sebagai seorang anak kita hendaklah menyayangi kedua-dua ibu bapa kerana mereka telah 
membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Di samping itu, kita hendaklah mengenang 
jasa mereka . Sememangnya ibu bapa kita ialah orang yang amat bertanggungjawab. Oleh itu, 
kita hendaklah berterima kasih kepada mereka di samping bersyukur kepada Ilahi kerana 
mendapat ibu bapa yang baik. Kesimpulannya, untuk membalas jasa kepada kedua-dua ibu 
bapa, kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati mereka. 
Posted by Cikgu Kamil at 10:39 1 comment: 
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook 
Labels: Contoh latihan dan jawapan penulisan Bahagian C 
Senarai Nilai-nilai Murni dan Huraian 
BM UPSR Kertas 2 - Bahagian C ( Nilai Murni @ Pengajaran ) 
Tafsiran Nilai Murni: 
BAIK HATI 
- Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain) 
- Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat 
sesuatu tindakan) 
- Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya) 
- Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan 
dan keperluan masing-masing) 
- Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan) 
BERDIKARI 
- Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan 
orang lain) 
- Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba) 
HEMAH TINGGI 
- Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan) 
- Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima 
nasihat) 
- Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang) 
HORMAT-MENGHORMATI 
- Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa) 
- Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin (menunjukkan 
rasa
hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik) 
- Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang 
kebesaran 
negeri) 
- Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati kepercayaan dan adat resam 
semua 
keturunan di Malaysia) 
- Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa 
mengira di 
mana seseorang itu berada) 
- Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah) 
KASIH SAYANG 
- Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain) 
- Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk 
kesejahteraan 
hidup) 
KEADILAN 
- Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian) 
- Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam 
memberikan 
ganjaran atau hukuman) 
KEBEBASAN 
- Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang 
tersurat dan 
tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara dan agama 
KEBERANIAN 
- Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan mencabar untuk 
kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko yang akan dihadapi) 
- Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui sebenarannya dengan 
menunjukkan 
bukti yang nyata) 
KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL 
- Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup 
sihat) 
- Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada 
kekotoran dan 
pencemaran) 
- Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh 
seseorang dalam 
hubungannya dengan orang lain) 
KEJUJURAN 
- Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat 
menimbulkan
kepercayaan dan keyakinan orang lain) 
- Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung) 
- Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan) 
KERAJINAN 
- Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan inovatif untuk 
menghasilkan sesuatu 
yang berkualiti.) 
- Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah) 
KERJASAMA 
- Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela) 
- Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan berlakunya 
perselisihan) 
- Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan 
antarabangsa) 
KESEDERHANAAN 
- Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui 
batas serta 
menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain) 
- Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain 
(Membuat pertimbangan 
yang sewajarnya supaya Memuaskan diri sendiri dan orang lain) 
KESYUKURAN 
- Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan 
terhadap sesuatu 
jasa, sumbangan dan pemberian) 
PATRIOTISME 
- Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga keselamatan, 
nama baik 
negara) 
RASIONAL 
- Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum 
membuat 
keputusan) 
SEMANGAT BERMASYARAKAT 
- Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi 
kepentingan 
bersama) 
- Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran 
tetangga)- Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah masyarakat 
dan sedia berusaha menyelesaikannya)

More Related Content

What's hot

Soalan pemahaman thn 4
Soalan pemahaman thn 4Soalan pemahaman thn 4
Soalan pemahaman thn 4
Zuraiedah Ad
 
Kesalahan ejaan petikan
Kesalahan ejaan petikanKesalahan ejaan petikan
Kesalahan ejaan petikan
Amirah Amir
 
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Amir Aiman Akashah
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
Vivian Wmn
 
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
PAKLONG CIKGU
 
2013年upsr必读的9篇bm karangan
2013年upsr必读的9篇bm karangan2013年upsr必读的9篇bm karangan
2013年upsr必读的9篇bm karangan
Hew Mee Peng
 
Soalan bm tahun 3 pemahaman
Soalan bm tahun 3 pemahamanSoalan bm tahun 3 pemahaman
Soalan bm tahun 3 pemahamanUmie Arissa
 
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Kak Min Min
 
Latihan kata kerja
Latihan kata kerjaLatihan kata kerja
Latihan kata kerjashirleyku
 
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diriKata ganti nama diri
Kata ganti nama dirinashahrin
 
Kata bantu
Kata bantuKata bantu
Kata bantu
Kopi Ais
 
Simpulan bahasa tahun 3
Simpulan bahasa tahun 3Simpulan bahasa tahun 3
Simpulan bahasa tahun 3
Shiro
 
ejaan tahun 2.docx
ejaan tahun 2.docxejaan tahun 2.docx
ejaan tahun 2.docx
WawaComel1
 
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Stephanie Unsil
 
Ulangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifUlangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifshirleyku
 
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
wykheng
 
Latihan kata hubung
Latihan kata hubung Latihan kata hubung
Latihan kata hubung
Laila Wati Johari
 
Latihan tatabahasa kata hubung tahun 2
Latihan tatabahasa kata hubung tahun 2Latihan tatabahasa kata hubung tahun 2
Latihan tatabahasa kata hubung tahun 2Adrian Melepong
 
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayuLatihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
ain hunny
 
What's hot (20)

Soalan pemahaman thn 4
Soalan pemahaman thn 4Soalan pemahaman thn 4
Soalan pemahaman thn 4
 
Kesalahan ejaan petikan
Kesalahan ejaan petikanKesalahan ejaan petikan
Kesalahan ejaan petikan
 
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
 
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
 
2013年upsr必读的9篇bm karangan
2013年upsr必读的9篇bm karangan2013年upsr必读的9篇bm karangan
2013年upsr必读的9篇bm karangan
 
Soalan bm tahun 3 pemahaman
Soalan bm tahun 3 pemahamanSoalan bm tahun 3 pemahaman
Soalan bm tahun 3 pemahaman
 
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
 
Rangka karangan
Rangka karanganRangka karangan
Rangka karangan
 
Latihan kata kerja
Latihan kata kerjaLatihan kata kerja
Latihan kata kerja
 
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diriKata ganti nama diri
Kata ganti nama diri
 
Kata bantu
Kata bantuKata bantu
Kata bantu
 
Simpulan bahasa tahun 3
Simpulan bahasa tahun 3Simpulan bahasa tahun 3
Simpulan bahasa tahun 3
 
ejaan tahun 2.docx
ejaan tahun 2.docxejaan tahun 2.docx
ejaan tahun 2.docx
 
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
 
Ulangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifUlangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektif
 
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
 
Latihan kata hubung
Latihan kata hubung Latihan kata hubung
Latihan kata hubung
 
Latihan tatabahasa kata hubung tahun 2
Latihan tatabahasa kata hubung tahun 2Latihan tatabahasa kata hubung tahun 2
Latihan tatabahasa kata hubung tahun 2
 
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayuLatihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
 
Viewers also liked

Bahagian c membina ulasan
Bahagian  c membina ulasanBahagian  c membina ulasan
Bahagian c membina ulasanaserimangsor
 
Peribahasa menengah 1
Peribahasa menengah 1Peribahasa menengah 1
Peribahasa menengah 1Zihad Al Haq
 
Nilai murni dan huraian
Nilai murni dan huraianNilai murni dan huraian
Nilai murni dan huraianKuan Lian Pong
 
Modul kssr bm thn 4
Modul kssr bm thn 4Modul kssr bm thn 4
Modul kssr bm thn 4
Taufek Ahmad
 
Sistem penomboran mte3101
Sistem penomboran   mte3101Sistem penomboran   mte3101
Sistem penomboran mte3101Ifrahim jamil
 
1000 puisi kehidupan
1000 puisi kehidupan1000 puisi kehidupan
1000 puisi kehidupan
mprieska_h
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanakAzyyati Zainudin
 
Upsr வழிக்காட்டி கட்டுரை 2
Upsr வழிக்காட்டி கட்டுரை 2 Upsr வழிக்காட்டி கட்டுரை 2
Upsr வழிக்காட்டி கட்டுரை 2 SELVAM PERUMAL
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaanzainipr
 
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMILCONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
logaraja
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
jabatan perpaduan
 
Contoh jawapan karangan
Contoh jawapan karanganContoh jawapan karangan
Contoh jawapan karangan
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Nota moral spm
Nota moral spmNota moral spm
Nota moral spm
Norfaizah Fadzil
 
Viewers also liked (17)

Bahagian c membina ulasan
Bahagian  c membina ulasanBahagian  c membina ulasan
Bahagian c membina ulasan
 
Peribahasa menengah 1
Peribahasa menengah 1Peribahasa menengah 1
Peribahasa menengah 1
 
Nilai murni dan huraian
Nilai murni dan huraianNilai murni dan huraian
Nilai murni dan huraian
 
Modul kssr bm thn 4
Modul kssr bm thn 4Modul kssr bm thn 4
Modul kssr bm thn 4
 
Pantun 4 kerat (1)
Pantun 4 kerat (1)Pantun 4 kerat (1)
Pantun 4 kerat (1)
 
Nilai murni
Nilai murniNilai murni
Nilai murni
 
Sistem penomboran mte3101
Sistem penomboran   mte3101Sistem penomboran   mte3101
Sistem penomboran mte3101
 
Modul asrama 2104
Modul asrama 2104Modul asrama 2104
Modul asrama 2104
 
1000 puisi kehidupan
1000 puisi kehidupan1000 puisi kehidupan
1000 puisi kehidupan
 
Latihan peribahasa
Latihan peribahasaLatihan peribahasa
Latihan peribahasa
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
 
Upsr வழிக்காட்டி கட்டுரை 2
Upsr வழிக்காட்டி கட்டுரை 2 Upsr வழிக்காட்டி கட்டுரை 2
Upsr வழிக்காட்டி கட்டுரை 2
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMILCONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
Contoh jawapan karangan
Contoh jawapan karanganContoh jawapan karangan
Contoh jawapan karangan
 
Nota moral spm
Nota moral spmNota moral spm
Nota moral spm
 
Similar to Teknik menulis nilai murni

Bm bahagian c 16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]
Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]
Bm bahagian c 16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]Murugamah Muru
 
8 pendekatan pengurusan bilik darjah
8 pendekatan pengurusan bilik darjah8 pendekatan pengurusan bilik darjah
8 pendekatan pengurusan bilik darjahAryati Ariffin
 
Tutorial Bahasa Melayu
Tutorial Bahasa MelayuTutorial Bahasa Melayu
Tutorial Bahasa MelayuBunga Putih
 
Contoh karangan bm
Contoh karangan bmContoh karangan bm
Contoh karangan bm
Kumar Vello
 
bm teknik.ppt
bm teknik.pptbm teknik.ppt
bm teknik.ppt
Logen2
 
12 bentuk penulisan ilmiah
12   bentuk penulisan ilmiah12   bentuk penulisan ilmiah
12 bentuk penulisan ilmiahpsikologi klas a
 
BBM
BBMBBM
Bahan pengajaran
Bahan pengajaranBahan pengajaran
Bahan pengajaranHusni Za'in
 
Formula membina pendahuluan karangan menarik (mahani style)
Formula membina pendahuluan karangan menarik (mahani style)Formula membina pendahuluan karangan menarik (mahani style)
Formula membina pendahuluan karangan menarik (mahani style)
Shika Nara
 
Soal ujian nasional 2012 2013 paket 1
Soal ujian nasional 2012 2013 paket 1Soal ujian nasional 2012 2013 paket 1
Soal ujian nasional 2012 2013 paket 1
anastyar
 
Ujian personaliti
Ujian personalitiUjian personaliti
Ujian personaliti
Ungku OmarPolytechnic
 
Last minutes revison bahsa melayu
Last minutes revison bahsa melayuLast minutes revison bahsa melayu
Last minutes revison bahsa melayu
timothy yonglk
 
Bengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapan
Bengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapanBengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapan
Bengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapanCIKGU A.J.ZAMRI MZ@KPM MALAYSIA
 
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLusKoleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
Amiruddin Abd Rahman
 
Subtema 1.pptx
Subtema 1.pptxSubtema 1.pptx
Subtema 1.pptx
NurulAdhaAlifia
 
Cara menjawab soalan BM bahagian C
Cara menjawab soalan BM bahagian CCara menjawab soalan BM bahagian C
Cara menjawab soalan BM bahagian C
Shika Nara
 
Literasi-Fase D (Kelas 7-8SMP)-Teks Informasi-SOAL.pdf
Literasi-Fase D (Kelas 7-8SMP)-Teks Informasi-SOAL.pdfLiterasi-Fase D (Kelas 7-8SMP)-Teks Informasi-SOAL.pdf
Literasi-Fase D (Kelas 7-8SMP)-Teks Informasi-SOAL.pdf
Safran Nasoha
 
Similar to Teknik menulis nilai murni (20)

Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor
Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johorBm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor
Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor
 
Bhg c
Bhg cBhg c
Bhg c
 
Bm bahagian c 16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]
Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]
Bm bahagian c 16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]
 
8 pendekatan pengurusan bilik darjah
8 pendekatan pengurusan bilik darjah8 pendekatan pengurusan bilik darjah
8 pendekatan pengurusan bilik darjah
 
Tutorial Bahasa Melayu
Tutorial Bahasa MelayuTutorial Bahasa Melayu
Tutorial Bahasa Melayu
 
Contoh karangan bm
Contoh karangan bmContoh karangan bm
Contoh karangan bm
 
bm teknik.ppt
bm teknik.pptbm teknik.ppt
bm teknik.ppt
 
12 bentuk penulisan ilmiah
12   bentuk penulisan ilmiah12   bentuk penulisan ilmiah
12 bentuk penulisan ilmiah
 
BBM
BBMBBM
BBM
 
Bahan pengajaran
Bahan pengajaranBahan pengajaran
Bahan pengajaran
 
Notice
NoticeNotice
Notice
 
Formula membina pendahuluan karangan menarik (mahani style)
Formula membina pendahuluan karangan menarik (mahani style)Formula membina pendahuluan karangan menarik (mahani style)
Formula membina pendahuluan karangan menarik (mahani style)
 
Soal ujian nasional 2012 2013 paket 1
Soal ujian nasional 2012 2013 paket 1Soal ujian nasional 2012 2013 paket 1
Soal ujian nasional 2012 2013 paket 1
 
Ujian personaliti
Ujian personalitiUjian personaliti
Ujian personaliti
 
Last minutes revison bahsa melayu
Last minutes revison bahsa melayuLast minutes revison bahsa melayu
Last minutes revison bahsa melayu
 
Bengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapan
Bengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapanBengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapan
Bengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapan
 
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLusKoleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
 
Subtema 1.pptx
Subtema 1.pptxSubtema 1.pptx
Subtema 1.pptx
 
Cara menjawab soalan BM bahagian C
Cara menjawab soalan BM bahagian CCara menjawab soalan BM bahagian C
Cara menjawab soalan BM bahagian C
 
Literasi-Fase D (Kelas 7-8SMP)-Teks Informasi-SOAL.pdf
Literasi-Fase D (Kelas 7-8SMP)-Teks Informasi-SOAL.pdfLiterasi-Fase D (Kelas 7-8SMP)-Teks Informasi-SOAL.pdf
Literasi-Fase D (Kelas 7-8SMP)-Teks Informasi-SOAL.pdf
 
More from Awang Selampit

Nilai murni
Nilai murniNilai murni
Nilai murni
Awang Selampit
 
Nilai murni 2
Nilai murni 2Nilai murni 2
Nilai murni 2
Awang Selampit
 
Latihan bahagian c
Latihan bahagian cLatihan bahagian c
Latihan bahagian c
Awang Selampit
 
Cara menulis nilai murni
Cara menulis nilai murniCara menulis nilai murni
Cara menulis nilai murni
Awang Selampit
 
17 nilai murni dan keterangan perbuatan
17 nilai murni dan keterangan perbuatan17 nilai murni dan keterangan perbuatan
17 nilai murni dan keterangan perbuatan
Awang Selampit
 
Bahagian c
Bahagian cBahagian c
Bahagian c
Awang Selampit
 
More from Awang Selampit (6)

Nilai murni
Nilai murniNilai murni
Nilai murni
 
Nilai murni 2
Nilai murni 2Nilai murni 2
Nilai murni 2
 
Latihan bahagian c
Latihan bahagian cLatihan bahagian c
Latihan bahagian c
 
Cara menulis nilai murni
Cara menulis nilai murniCara menulis nilai murni
Cara menulis nilai murni
 
17 nilai murni dan keterangan perbuatan
17 nilai murni dan keterangan perbuatan17 nilai murni dan keterangan perbuatan
17 nilai murni dan keterangan perbuatan
 
Bahagian c
Bahagian cBahagian c
Bahagian c
 
Recently uploaded

0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
Indah106914
 
Refleksi pembelajaran guru bahasa inggris.pptx
Refleksi pembelajaran guru bahasa inggris.pptxRefleksi pembelajaran guru bahasa inggris.pptx
Refleksi pembelajaran guru bahasa inggris.pptx
SholahuddinAslam
 
EVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdf
EVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdfEVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdf
EVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdf
Rismawati408268
 
CGP.10.Pendampingan Individual 2 - VISI DAN PRAKARSA PERUBAHAN.pdf_20240528_1...
CGP.10.Pendampingan Individual 2 - VISI DAN PRAKARSA PERUBAHAN.pdf_20240528_1...CGP.10.Pendampingan Individual 2 - VISI DAN PRAKARSA PERUBAHAN.pdf_20240528_1...
CGP.10.Pendampingan Individual 2 - VISI DAN PRAKARSA PERUBAHAN.pdf_20240528_1...
VenyHandayani2
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
agusmulyadi08
 
PERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
PERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptxPERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
PERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
TeukuEriSyahputra
 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
LucyKristinaS
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 visi dan prakarsa perubahan
AKSI NYATA MODUL 1.3 visi  dan prakarsa perubahanAKSI NYATA MODUL 1.3 visi  dan prakarsa perubahan
AKSI NYATA MODUL 1.3 visi dan prakarsa perubahan
PutuRatihSiswinarti1
 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
ozijaya
 
Annisa Qatrunnada Mardiah_2021 A_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Annisa Qatrunnada Mardiah_2021 A_Analisis Kritis Jurnal.pdfAnnisa Qatrunnada Mardiah_2021 A_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Annisa Qatrunnada Mardiah_2021 A_Analisis Kritis Jurnal.pdf
annisaqatrunnadam5
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdfLaporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
OcitaDianAntari
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
DEVI390643
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
safitriana935
 
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
arianferdana
 
Visi Misi SDN 2 Krenceng dalam Observasi Kepala Sekolah
Visi Misi SDN 2 Krenceng dalam Observasi Kepala SekolahVisi Misi SDN 2 Krenceng dalam Observasi Kepala Sekolah
Visi Misi SDN 2 Krenceng dalam Observasi Kepala Sekolah
kusnen59
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdfTabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
ppgpriyosetiawan43
 
Recently uploaded (20)

Teknik menulis nilai murni

  • 1. Bank Soalan Penulisan Bahagian C (2005-2010) SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2010) Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan. Sahabatku Fadhil, Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelab Bahasa Melayu sekolah saya. Kami memperoleh ilmu pengetahuan yang banyak. Setiap detik yang dilalui, kami manfaatkan dengan mengunjungi pelbagai tempat bersejarah seperti Beras Terbakar Makam Mahsuri dan Pantai Pasir Hitam. Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung Machinchang, kami kagum akan keindahan alam semula jadi. Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman. Semasa di Pantai Cenang, kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring melarang kami kerana ombak besar. Kami akur akan nasihat guru tersebut. Lawatan seterusnya ke ‘Underwater World’, iaitu tempat pelbagai jenis kehidupan air dipamerkan. Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan. Sebelum pulang kami singgah di pekan Kuah untuk membeli-belah. Saya hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu. Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga. Nilai murni Penerangan / ulasan
  • 2. SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2009) Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan. Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. Sang Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan. Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas. Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkan dirinya dengan bantuan Sang Merbuk. Pada suatu pentang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera mengigit kaki pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar. Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut. Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.
  • 3. Nilai murni Penerangan / ulasan SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2008) Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan. Ana : Apa khabar, Halim? Halim : Beransur baik sekarang. Cuma badan saya masih lemah dan tidak berselera untuk makan. Ana : Awak mesti makan, jangan turutkan hati. Makanan di sini berkhasiat. Kalau tak makan, bagaimana nak sihat? Halim : Terima kasih atas ingatan awak. Ana : Eh, tentulah! Kita berkawan mestilah saling mengingati. Halim : Apa khabar kawan-kawan kita? Ana : Oh, semuaya baik belaka! Mereka mendoakan supaya awak segera sembuh. Apa kata soktor tentang
  • 4. penyakit awak? Halim : Doktor mengatakan bahawa saya disyaki menghidap demam denggi. Ana : Oh, begitu! Penyakit demam denggi ini berpunca daripada nyamuk aedes. Kita mesti pastikan air tidak bertakung agar nyamuk aedes tidak membiak. Halim : Betul tu, Ana. Semua pihak perlu menjaga kebersihan persekitaran. Ana : Baiklah, Halim. Saya minta diri dulu. Saya dah berjanji dengan ibu saya untuk pulang awal. Ini ada beberapa buah buku yang boleh awak baca untuk menghilangkan rasa bosan awak. Halim : Terima kasih, Ana. Sekurang-kurangnya buku ini boleh mengisi masa lapang saya di sini. Berhati-hati Semasa pulang. Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan dan keluarga awak. Nilai murni Penerangan / ulasan
  • 5. SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2007) Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan. Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan, aku terjumpa sebuah dompet. Aku membuka dompet itu untuk mengetahui siapa pemiliknya. Di dalam dompet itu terdapat wang yang banyak dan dokumen penting. Aku berfikir sejenak sambil melihat sekeliling sekiranya ada orang yang sedang mencari-cari dompetnya. Tiba-tiba rakanku datang dan aku memberitahunya tentang dompet tersebut. Dia menyuruh aku mengambil sahaja dompet itu. Aku tidak berani untuk berbuat demikian. Aku teringat akan pesanan ibu bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan orang lain. Aku membuat keputusan untuk menyerahkan dompet tersebut kepada guru bertugas, iaitu Cik Rani. Beliau telah membawa aku berjumpa dengan guru besar. Guru besar memuji tindakan yang telah aku lakukan itu. Nilai murni Penerangan / ulasan
  • 6. SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2006) Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan. Nani murid yang sentiasa mengambil berat tentang pelajaranya. Pada masa yang sama dia mempunyai pelbagai hobi. Mengumpul setem adalah antara hobi yang paling digemarinya. Dia memiliki lima buah album setem yang disimpan di dalam almari yang berkunci. Setem yang dikumpulkannya diperoleh daripada beberapa buah negara. Nani bertukar-tukar setem dengan kawan-kawan sekolahnya dan sahabat pena dari negeri-negeri di Malaysia dan luar negara. Kini dia memiliki pelbagai setem dan mempunyai ramai kawan. Melalui hobinya, Nani dapat mengetahui berbagai-bagai maklumat tentang negara luar seperti mata wang, kebudayaan, makanan dan pemimpin negara.
  • 7. Dia amat gembira kerana hobinya mendatangkan banyak faedah. Di samping itu, dia dapat mengelakkan dirinya daripada terlibat dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan membuang masa. Nilai murni Penerangan / ulasan SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2005) Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan. Semasa kakak pergi bekerja, adik telah masuk ke bilik kakak dan bermain-main di situ. Sedang asyik bermain, tiba-tiba adik ternampak sebuah cenderamata
  • 8. kepunyaan kakak yang diperbuat daripada kaca. Cenderamata itu ialah pemberian kawan kakak yang baru pulang dari luar negeri. Saya telah melarang adik supaya tidak bermain-main dengan cenderamata itu tetapi adik tidak mengendahkannya. Tiba-tiba, cenderamata itu terlepas dari tangan adik dan terhempas di lantai lalu pecah berderai. Emak memarahi adik. Sebelah petang, kakak pulang dari tempat kerja. Kakak sungguh sedih apabila mengetahui cenderamata kesayangannya telah pecah. Adik meminta maaf dan berjanji tidak akan mengusik barang-barang kepunyaan kakak lagi. Nilai murni Penerangan / ulasan Format Mudah Bahagian C Format Mudah bahagian C (Kertas 2)
  • 9. Jika anda masih belum menguasai bahagian C, sila gunakan cara mudah sebagai langkah menulis nilai dan pengajaran untuk bahagian C (Kertas 2). Format 1 Antara nilai-nilai dan pengajaran yang boleh kita contohi ialah sikap .............sikap 1.........( rajin )atau..............(tekun)berusaha supaya kita........................................ contohnya...................................... Selain itu, kita perlu mengamalkan sikap .....................sikap 2....................... agar kita menjadi.................................................................. seperti............................................. Di samping itu sikap.......................sikap 3...............patut kita contohi kerana ia.............................................. umpamanya............................... . Seterusnya, sikap ...... sikap 4..... harus kita teladani agar mendidik kita menjadi.................seperti.................. Akhirnya, sikap ......sikap 5..... wajar kita ikuti agar...............................contohnya........................ Nilai-nilai dan pengajaran-pengajaran ini patut kita amalkan agar menjadikan kita seorang yang baik dan berhemah tinggi. Peringatan : Bagi setiap nilai, cari persamaan nilai yang telah anda cari untuk dituliskan dalam bahagian C, contohnya : 1. rajin dan tekun berusaha. 2.berbudi bahasa atau bersopan santun, 3. menolong dan membantu. 4. bertanggungjawab dan perihatin, 5. belas kasihan dan bersimpati. 6. patriotisma atau semangat cintakan negara. 7. bekerjasama atau saling membantu. 8. menghormati atau menyanjung. 9. berdikari atau tidak bergantung kepada orang lain. 10. berazam,bertekad atau bercita-cita. dan lain-lain lagi........................ Pastikan untuk contoh, berdasarkan dalam petikan!!!! Untuk pengetahuan pelajar semua.... Terdapat 3 bahagian dalam kertas 2 Bahagian A - Lima ayat lengkap...berdasarkan gambar/carta/jadual atau rajah. Bahagian B - Karangan (Pilih 1 daripada 3 karangan) Bahagian C - Menuliskan 5 pengajaran / nilai daripada petikan/sajak/pantun/cerita dll. Markah: Bahagian A ( 10 markah), Bahagian B ( 30 markah) dan bahagian C (20 markah) Cara Pemarkahan Bahagian A: Cara penandaan bagi bahagian A adalah holistik bukan satu ayat 2 markah,...bergantung
  • 10. kepada susunan, gramatis ayat, kata adjektif atau kata kerja yang berkaitan dengan soalan yang diberi. Ini tergantung kepada band/ julat markah tinggi, sederhana ataupun rendah. Permarkahan bahagian B: Masih memberi penekanan aspek tatabahasa, ejaan, struktur, imbuhan yang melibatkan 15 markah manakala isi yang baik juga 15 markah. Permarkahan Bahagian C: Jumlah markah ialah 20 markah. Harus mempunyai 5 nilai/pengajaran yang berkaitan. Terkini jumlah perkataan tidak melebihi 50 patah perkataan.Maka ayat perlu dibina ringkas, tepat dan padat. Posted by Cikgu Kamil at 10:47 1 comment: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: Format Mudah Bahagian C Contoh latihan dan jawapan penulisan Bahagian C Latihan Contoh 1: Tuliskan beberapa amalan baik yang kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Luqman bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikal untuk pergi ke sekolah tanpa bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghiraukan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu “Negaraku” , dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi peluang tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah. Isi-isi cadangan: - Bangun lewat – Bangun awal supaya tidak tergesa-gesa ke sekolah. - Menonton hingga lewat malam – Tidak digalakkan kerana menjejaskan kesihatan. Tidak cukup tidur. - Tidak sempat bersarapan - Bersarapan terlebih dahulu mendapatkan tenaga untuk belajar. - Tidak bersalaman – Bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa untuk mendapat restu. - Melanggar lampu isyarat – Mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan. - Berjalan semasa lagu “Negaraku” – Berdiri tegak untuk menghormati lagu kebangsaan. - Memberi pertolongan kepada yang memerlukan. Jawapan Contoh 1: Berdasarkan petikan di atas, kita sepatutnya bangun awal supaya tidak tergesa-gesa untuk ke sekolah seperti yang berlaku kepada Luqman. Kita tidak sepatutnya menonton hingga lewat
  • 11. malam kerana boleh menjejaskan kesihatan kita. Sebelum kita ke sekolah kita hendaklah bersarapan terlebih dahulu bagi mengalas perut supaya senang belajar. Kita mestilah bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa kita bagi mendapatkan restu daripada mereka. Kita hendaklah mematuhi peraturan demi menjaga keselamatan diri kita. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah menghormati lagu kebangsaan negara kita dengan berdiri tegak bukannya seperti yang dilakukan oleh Luqman yang masih berlari. Apabila rakan-rakan kita memerlukan bantuan, kita semestinya menghulurkan bantuan kepada mereka. Kesimpulannya kita hendaklah mengamalkan amalan-amalan yang baik dalam kehidupan harian kita. Latihan Contoh 2: Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Buah delima pelbagai rasa, Dipetik sebelum waktu senja; Dari kecil hinggalah dewasa, Ibu bapa membelai penuh manja. Dalam sungai dipasang bubu, Masuk seekor anak kelisa; Sungguh mulia jasamu ibu, Sepanjang hayat dikenang sentiasa. Limau kasturi jangan dilupa, Beli juga sebungkus asam jawa; Tidakku lupa padamu bapa, Sanggup berkorban harta dan nyawa. Kacang dicampur santan kelapa, Nasi berulam pucuk pegaga; Terima kasih ibu dan bapa, Bersyukur kita hidup bahagia. Isi Cadangan: - Membelai penuh manja (Kasih sayang) - Sungguh mulia jasa / dikenang sentiasa (Mengenang jasa) - Berkorban harta dan nyawa (Bertanggungjawab)
  • 12. - Terima kasih ibu dan bapa (Berterima kasih) - Bersyukur kita hidup bahagia (Kesyukuran) - Pengajaran/kesimpulan daripada teks (Hormat-menghormati) Jawapan Contoh 2: Berdasarkan puisi di atas, terdapat beberapa nilai murni dan pengajaran yang boleh amalkan. Sebagai seorang anak kita hendaklah menyayangi kedua-dua ibu bapa kerana mereka telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Di samping itu, kita hendaklah mengenang jasa mereka . Sememangnya ibu bapa kita ialah orang yang amat bertanggungjawab. Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada mereka di samping bersyukur kepada Ilahi kerana mendapat ibu bapa yang baik. Kesimpulannya, untuk membalas jasa kepada kedua-dua ibu bapa, kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati mereka. Posted by Cikgu Kamil at 10:39 1 comment: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: Contoh latihan dan jawapan penulisan Bahagian C Senarai Nilai-nilai Murni dan Huraian BM UPSR Kertas 2 - Bahagian C ( Nilai Murni @ Pengajaran ) Tafsiran Nilai Murni: BAIK HATI - Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain) - Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat sesuatu tindakan) - Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya) - Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing) - Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan) BERDIKARI - Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain) - Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba) HEMAH TINGGI - Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan) - Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat) - Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang) HORMAT-MENGHORMATI - Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa) - Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin (menunjukkan rasa
  • 13. hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik) - Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri) - Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia) - Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada) - Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah) KASIH SAYANG - Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain) - Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup) KEADILAN - Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian) - Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman) KEBEBASAN - Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara dan agama KEBERANIAN - Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko yang akan dihadapi) - Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata) KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL - Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat) - Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran) - Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain) KEJUJURAN - Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan
  • 14. kepercayaan dan keyakinan orang lain) - Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung) - Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan) KERAJINAN - Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.) - Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah) KERJASAMA - Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela) - Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan berlakunya perselisihan) - Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa) KESEDERHANAAN - Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain) - Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan diri sendiri dan orang lain) KESYUKURAN - Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian) PATRIOTISME - Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga keselamatan, nama baik negara) RASIONAL - Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan) SEMANGAT BERMASYARAKAT - Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama) - Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga)- Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)