Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Latihan kata adjektif

4,489 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

Latihan kata adjektif

  1. 1. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 1 KATA ADJEKTIF Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif. Jenis Kata Adjektif 1. Kata adjektif sifatan / keadaan Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin, garang, buas, condong 2. Kata Adjektif Warna Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu 3. Kata Adjektif Ukuran Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil 4. Kata Adjektif Bentuk Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok 5. Kata Adjektif Jarak Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris 6. Kata Adjektif Waktu Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu, 7. Kata Adjektif Perasaan Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu 8. Kata Adjektif Cara Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering 9. Kata Adjektif Pancaindera Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam, nyaring, gemersik
  2. 2. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 2 Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. 1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya. A cair B putih C pekat D merah 2 Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi. A ketat B besar C singkat D longgar Soalan 3 berdasarkan Gambar 1 Gambar 1 3 Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya. A kelat B enak C manis D masam 4 Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________. A tajam B kasar C kesat D tumpul
  3. 3. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 3 Soalan 5 berdasarkan Gambar 2 Gambar 2 5 Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya. A jernih B hitam C kotor D bersih 6 Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya. A kecil B tebal C besar D panjang 7 Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya. A sejuk B damai C panas D nyaman 8 Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________. A baik B cergas C nyaman D indah
  4. 4. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 4 9 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu. A Indah B Muram C Kelam D Sayup 10 Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-guru mereka. A baik B malu C takut D patuh 11 Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya. A pilu B mahu C cemas D gembira 12 Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________ A tinggi B besar C kontot D panjang 13 Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar. A hapak B hanyir C tengik D hancing 14 Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. A serak B garau C merdu D nyaring
  5. 5. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 5 15 Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya. A sombong B senang C ramah D kasar 16 Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa. A kegelapan B kedinginan C kemalapan D kepanasan 17 Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah. A bengkok B bengkak C botak D lekuk 18 Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri. A lengang B senyap C muram D suram 19 Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun. A pedas B lebam C pedih D panas 20 Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat. A luas B sempit C senang D besar
  6. 6. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 6 21 Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi. A menggelupas B menggerutu C melecur D melecet 22 Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu. A geli B haru C kelam D gundah 23 Itik itu mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air. A kesat B telap C telus D kalis 24 Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam . A terkilan B runsing C murung D sengsara 25 Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah . A pelik B gawat C runsing D rencam 26 Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak wangi yang ________ itu . A busuk …tengik B hanyir… wangi C hapak … harum D hancing …mersik
  7. 7. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 7 27 Cik Loh sangat ________ mendengar lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu . A ghairah B asyik C tekun D leka 28 Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang ________ itu . A becak B lembik C lembap D bengkok 29 Tiang-tiang elektrik di tebing itu ________ selepas berlakunya gegaran. A serong B bengkok C bongkok D condong 30 Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan . A jauh B cepat C dekat D nyaris 31 Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang kemalangan itu. A sedih B hairan C terkejut D gembira 32 “Buah duku langsat itu sangat manis sekali dan __________ pula rasanya,” kata Ghani. A lazat B busuk C kelat D harum
  8. 8. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 8 Soalan 33 berdasarkan Gambar 3 Gambar 3 33 Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________. A pantas B cepat C deras D kencang 34 Kerjanya yang __________, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik. A teliti B lemah C sopan D lembut 35 Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam kerana boleh membahayakan keselamatan orang ramai. A baru B antik C retak D runtuh 36 Suasana di Kampung Teluk Penadah sungguh __________ dan tenang. A sibuk B damai C serabut D gembira
  9. 9. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 9 37 Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang ___________ A hapak B tengik C hamis D haring 38 Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya. A tertib B gopoh C pantas D cermat 39 Nur Hayati berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sedarjahnya. A pilu B gusar C geram D marah Soalan 40 berdasarkan Gambar 4 Gambar 4 40 Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya. A kelajuan B kelalaian C keberanian D kesibukan 41 Seluar itu tidak ____________ untuk abang kerana pinggangnya besar. A masuk B muat C muak D mual
  10. 10. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 10 42 Dia berazam untuk______________badannya seperti dua tahun lalu. A menjadikan B mengecilkan C mengecutkan D menguruskan 43 Kucing hitam itu mencuri ikan yang_____________digoreng oleh kakak. A baru B lama C segar D layu 44 Ayah sedang mengasah parang yang_______________itu A tumpul B tajam C tebal D nipis 45 Walaupun umur adik baru empat tahun, tetapi dia____________bercakap. A laju B petah C bising D pandai 46 Wajah Azril____________apabila disindir oleh rakan-rakannya. A masam B masin C manis D manja 47 Hujan___________telah mengakibatkan tanah di lereng bukit itu runtuh. A kuat B lebat C hebat D renyai
  11. 11. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 11 48 Kereta itu terbabas kerana dipandu terlalu______________. A laju B tajam C cepat D lambat 49 Pemerintah negara itu sangat_______________kerana telah menindas rakyatnya. A baik B keras C kejam D waras 50 Encik Haziq memandu van_____________nya itu dengan berhati-hati. A kecil B baharu C usang D elok 51 Air kopi itu ________ kerana langsung tidak dimasukkan gula. A pahit B masin C manis D masam 52 Lalu-lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi. A tegang B gelap C pulih D pilu 53 Anak Encik Nazri yang berusia tujuh tahun begitu ________ menggunakan komputer. A geliga B cekap C petah D fasih
  12. 12. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 12 54 Rasa pisang muda amat ________ kerana masih mengandungi banyak getah. A kelat B pahit C manis D masam 55 Zurina berasa takut apabila tinggal di dalam bilik yang ________ itu. A senyap B sunyi C diam D riuh 56 Perut ikan buntal yang _______ itu menarik perhatian saya . A lebar B buncit C sendat D runcing 57 Pokok kelapa yang __________ itu telah tumbang dipukul ribut petang semalam. A luas B tinggi C rimbun D panjang Soalan 58 berdasarkan Gambar 5 Gamabar 5 58 Pada hari minggu, Albert Lim menonton televisyen hingga __________ malam. A hari B larut C gelap D nampak
  13. 13. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 13 59 Keadaan jalan raya di selekoh tersebut sangat __________ selepas hari hujan. A laju B rata C licin D lekuk 60 Kamus dwibahasa edisi baharu yang __________ itu berharga RM45.00 sahaja. A nipis B tebal C berkilat D berwarna 61 Abang melarang kami bermain berhampiran dengan tasik yang __________ itu. A jauh B cetek C dalam D dangkal 62 Orang __________ itu menderma sejumlah wang untuk membina surau di kampungnya. A kaya B papa C cerdik D peramah 63 Keropok ubi kayu itu menjadi __________ kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara. A kuat B tajam C lemau D garing 64 Perabot yang dijual di kedainya itu dibuat daripada kayu __________ yang diimport. A nipis B tebal C kesat D keras
  14. 14. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 14 65 “Kamu bukan tidak pandai, cuma __________ membaca buku,” kata Cikgu Siti Noridah. A bijak B malas C cerdik D pandai 66 Janganlah __________ bermain, banyak lagi kerja rumah yang perlu kamu selesaikan. A asyik B tekun C sering D kurang 67 Karipap yang digoreng menggunakan minyak yang berbau ____________ tidak sedap untuk dimakan. A hangit B tengik C busuk D basi 68 Ah Meng terpaksa bercakap dengan nada yang _______ kerana ayahnya mengalami masalah pendengaran. A kuat B kasar C tinggi D kesat 69 Akar seruntun memang terkenal dengan rasanya yang __________. A pahit B masin C masam D manis 70 Asap ________________ meliputi kawasan perumahan itu semasa kebakaran. A tebal B nipis C berkilat D berwarna
  15. 15. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 15 71 Keadaan Pantai Teluk Cempedak yang agak ______ itu membahayakan anak- anak yang bermain di situ. A pantai B curam C dalam D rendah 72 Nasi yang dimasak oleh nenek terlalu___________. A mentah B lembik C hangit D tengik 73 Farisha __________ tinggal sendirian kerana ahli keluarganya yang lain pergi membeli-belah. A aneh B boros C buruk D bosan 74 Puan Maisarah menyediakan makanan yang ____________ untuk keluarganya. A elok B lazat C hebat D basi 75 Walaupun harga barang-barang di kedai itu ________ namun pelanggannya tetap ramai. A murah B tinggi C mahal D rendah 76 Ibu pulang dari pasar dengan membawa sebuah bakul yang ________ dengan barang dapur. A sarat B sendat C sumbat D sendal
  16. 16. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 16 77 Biskut coklat yang dibeli oleh emak sungguh enak dan ________ . A rangup B lemau C rapuh D hangit 78 Nasir kelihatan sungguh ________ setelah terjatuh ke dalam anak sungai. A kesat B basah C comot D compang 79 Puan Azura merupakan seorang ibu yang ________ menghadapi dugaan hidup . A kuat B patuh C cekal D berani 80 Hazwani berasa ________ kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara ditolak . A kesian B hampa C hancur D resah
  17. 17. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 17 Kata Adjektif 1 D 31 A 61 C 2 A 32 A 62 A 3 B 33 C 63 C 4 D 34 A 64 D 5 C 35 C 65 B 6 A 36 B 66 A 7 A 37 C 67 B 8 C 38 C 68 C 9 A 39 A 69 A 10 D 40 B 70 A 11 D 41 B 71 B 12 D 42 D 72 B 13 B 43 A 73 D 14 C 44 A 74 B 15 C 45 B 75 C 16 B 46 A 76 A 17 B 47 B 77 A 18 A 48 A 78 C 19 C 49 C 79 C 20 B 50 B 80 B 21 D 51 A 22 A 52 C 23 D 53 B 24 B 54 A 25 B 55 B 26 C 56 B 27 B 57 B 28 A 58 B 29 D 59 C 30 D 60 B

×