SlideShare a Scribd company logo
TAJUK 4
PENGURUSAN MESYUARAT

4.0

PENGENALAN

Dalam kehidupan manusia sehari-hari, seseorang individu itu tidak boleh hidup
sendirian. Ia terpaksa mencari kawan kerana manusia tidak dijadikan untuk hidup
sendirian. Apabila terdapat seorang rakan, setiap kerja yang dilaksanakan biasanya
akan dikongsi bersama. Individu pertama akan bertanya pendapat individu kedua
apabila ia hendak melaksanakan sesuatu. Begitu juga sebaliknya. Tanpa merujuk
kepada orang lain untuk mendapatkan pandangan kedua, seseorang itu akan digelar
sebagai kera sumbang yang tidak tahu berkawan. Apabila jumlah manusia bertambah,
dengan menggunakan satu bahasa yang difahami oleh kumpulan mereka, mereka mula
mengadakan permuafakatan dalam menjalankan tugas-tugas masing-masing. Dari situ,
lahirlah struktur pentadbiran dalam masyarakat.

4.0.1 Pengertian Mesyuarat

Mesyuarat berasal daripada bahasa Arab yang membawa makna berhimpun,
berkumpul untuk berbincang bagi mencapai kata sepakat untuk melakukan sesuatu
pekerjaan. Kamus Dewan mentakrifkan mesyuarat sebagai, “Perundingan (untuk
membincangkan sesuatu, atau mencapai sesuatu keputusan).” Secara amnya dapatlah
kita katakana bahawa mesyuarat itu ialah satu perhimpunan yang diadakan untuk
mendapatkan

buah

fikiran

daripada

pelbagai

golongan

atau

kumpulan

bagi

mendapatkan satu keputusan. Keputusan yang diperolehi biasanya dicapai selepas
berlakunya perbahasan atau percambahan atau percanaian fikiran oleh ahli-ahli
mesyuarat dan biasanya keputusan yang dicapai itu adalah kata sepakat atau
persetujuan oleh sebilangan besar anggota atau ahli-ahli yang hadir bermesyuarat.
Ahli-ahli minoriti yang tidak bersetuju dengan keputusan yang dicapai hendaklah
lazimnya akur akan keputusan yang dicapai oleh suara ramai.

4.1

JENIS-JENIS MESYUARAT

Terdapat lima jenis mesyuarat, dan kelima-lima mesyuarat tersebut ada disenaraikan di
bawah:

4.1.1 Mesyuarat Agung Tahunan

Mesyuarat Agung Tahunan ialah mesyuarat utama dalam siri mesyuarat
sesebuah pertubuhan/persatuan/perkumpulan kerana ia melibatkan semua anggota
yang berdaftar. Mesyuarat ini perlu diadakan mengikut peruntukan undang-undang
negara

di

bawah

akta

Pendaftar

Pertubuhan

bagi

semua

persatuan/pertubuhan/perkumpulan yang diwujudkan di luar sekolah. Namun begitu
persatuan di sekolah/institut pengajian tinggi juga perlu mengadakan mesyuarat agung
tahunan yang akan dihadiri oleh semua ahli.

Melalui mesyuarat agung ini, setiap anggota berpeluang berbincang secara
menyeluruh segala usul dan cadangan yang dikemukan. Mengikut undang-undang
tubuh, notis bagi mesyuarat agung hendaklah disampaikan kepada semua ahli dalam
masa 14 hari sebelum mesyuarat diadakan. Kuorom mesyuarat ditentukan oleh setiap
persatuan, biasanya 1/3 atau ½ daripada ahli mesti hadir untuk membolehkan
mesyuarat agung dilaksanakan.
Agenda tetap yang biasa bagi mesyuarat agung ialah:
i.

Aluan Pengerusi.

ii.

Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung lalu.

iii.

Membentangkan dan meluluskan Penyata Kewangan.

iv.

Memilih dan melantik Ahli Jawatankuasa baru.

v.

Membincangkan usul dan cadangan.

vi.

Ucapan penangguhan.

vii.

Hal-hal lain.

4.1.2 Mesyuarat Agung Tergempar/Luar Biasa

Mesyuarat Agung Tergempar/Luar Biasa, seperti namanya, diadakan secara
tergempar apabila sesuatu isu timbul dan tidak dapat dilaksanakan atau diselesaikan di
peringkat jawatankuasa. Agenda yang dibincangkan biasanya hanyalah yang
ditentukan atas cadangan ahli atau mengikut peraturan tertentu. Mesyuarat ini kadangkadang dikenali sebagai Mesyuarat Agung Khas.

4.1.3

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja/Induk

Dalam perjalanan sesebuah pertubuhan, mesyuarat Jawatankuasa Kerja amat
penting sebagai nadi persatuan atau pertubuhan kerana melalui mesyuarat inilah
segala perancangan dan strategi pelaksanaan setiap projek dibahaskan, diperinci untuk
dilaksanakan. Melalui mesyuarat inilah Jawatankuasa Kecil yang bersesuaian dengan
corak projek ditubuhkan.

Agenda ditentukan oleh pengerusi yang dilantik melalui perbincangan dengan
semua ahli jawatankuasa lain. Kekerapan mesyuarat ini amat bergantung kepada
keperluan. Lagi banyak projek yang hendak dilaksanakan, lagi kerap jawatankuasa ini
bersidang. Lagi banyak kebuntuan dan kekangan atau masalah, kerap jugalah
jawatankuasa ini memerah otak. Notis untuk mesyuarat ini disampaikan oleh
setiausaha, biasanya satu minggu daripada tarikh mesyuarat. Kuorom mesyuarat
biasanya 1/3 daripada jumlah semua ahli jawatankuasa.

4.1.4

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil

Mesyuarat

Jawatankuasa

Kecil

ialah

mesyuarat

yang

paling

bawah.

Jawatankuasa ini sudah diberikan satu atau dua tugas tertentu untuk dilaksanakan,
misalnya Jawatankuasa Makanan, Jawatankuasa Persiapan, Jawatankuasa Buku
Cenderamata, Jawatankuasa Penjurucaraan, Jawatankuasa Sambutan dan sebagainya.

Ahli Jawatankuasa ini mungkin terdiri daripada lima atau enam orang sahaja.
Angka sebenarnya tidaklah tetap kerana jumlah ahlinya bergantung kepada kecil
besarnya projek yang hendak dilaksanakan dan juga banyak sedikitnya tugas yang
hendak dilaksanakan. Agendanya hanyalah berbincang cara hendak melaksanakan
tugas yang diberikan kepada jawatankuasa tersebut termasuk jumlah kewangan yang
diperlukan untuk dibentangkan dalam Jawatankuasa Kerja yang akan dilaksanakan
dalam tempoh masa terdekat.

Dalam Jawatankuasa Kecil, semua orang akan menjalankan tugas walaupun di
kalangan anggota terdapat pengerusi dan setiausaha yang bertugas menyelaraskan
Jawatankuasa berkenaan.

4.1.5

Mesyuarat Jawatankuasa Adhoc/Sementara

Mesyuarat Jawatankuasa Adhoc, sebagaimana namanya dikendalikan secara
tidak berjadual. Biasanya mesyuarat ini dilaksanakan di awal penubuhan sesuatu
persatuan, yakni sebelum tertubuhnya jawatankuasa tetap yang akan mengendalikan
perjalanan persatuan seperti mendaftarkannya dan sebagainya. Mesyuarat dikatakan
secara adhoc juga apabila sekumpulan pelajar dikerahkan untuk melaksanakan
sesuatu projek, sama ada penting atau tidak dalam jangka waktu yang amat singkat.
Mesyuarat ini bertujuan melantik Jawatankuasa Kecil untuk mengendalikan tugas-tugas
yang juga dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

4.2

PERANAN AHLI JAWATANKUASA

4.2.1 Pengerusi

Seorang pengerusi biasanya dipilih daripada kalangan anggota yang mempunyai
kebolehan bercakap dengan baik dan dapat mengawal majlis dengan tertib. Beliau
bertugas untuk mengendalikan mesyuarat dengan berwibawa dan berketrampilan.
Beliau hendaklah memulakan mesyuarat dengan baik dan tertib. Biasanya ia mengalualukan kehadiran anggota, memperkenalkan ahli baru, mengucapkan terima kasih
kepada ahli lama yang tidak terlantik lagi kerana jasa masing-masing.

Pengerusi juga akan dengan ringkas menyatakan pengalamannya berhubung
dengan perjalanan persatuan selepas mesyuarat yang lepas. Di sini idea-idea baru
pengerusi mungkin dikemukakan, atau dengan kuasa yang diberikan kepadanya oleh
anggota, ia akan mencuba untuk melaksanakan beberapa projek yang difikirkan baik
untuk kemajuan persatuan. Ia juga akan mengemukakan perkara-pekara yang hendak
dibincangkan (agenda) dengan ringkas dan jelas. Selain itu, ia harus menjadi perantara
yang baik, mengawal perjalanan mesyuarat dengan cara menjadi pendengar yang baik
dan tidak pula berpihak kepada mana-mana anggota.
4.2.2

Setiausaha

Setiausaha persatuan/pertubuhan, sesuai dengan gelaran jawatannya setia dan
usaha, hendaklah harus setia kepada persatuan dan berusaha untuk menggerakkan
jentera pentadbiran persatuan. Sebilang waktu, ia hendaklah bekerjasama dengan
pengerusi. Selain itu, tugas-tugas lain ialah mengedar surat jemputan mesyuarat,
menyediakan minit mesyuarat terdahulu untuk diedarkan sebelum mesyuarat,
menyediakan agenda dan tempat mesyuarat, menyediakan segala peralatan mesyuarat
yang diperlukan, mengedar borang kehadiran, mencatat dan menyiapkan minit
mesyuarat dengan baik dan segera serta mengedarkan minit mesyuarat tersebut
dengan kadar segera kepada setiap anggota yang terlibat.

4.2.3

Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa yang terlantik bertanggung jawab untuk memberikan buah
fikiran yang bernas untuk memajukan pertubuhan atau untuk menjayakan projek. Ia
juga harus sanggup bekerjasama dengan semua ahli jawatankuasa lain dengan baik
serta sanggup pula memberikan khidmat bakti secara ikhlas dan jujur.

4.3

AGENDA MESYUARAT

i.

Perutusan pengerusi

ii.

Pengesahan minit mesyuarat yang lepas

iii.

Perkara-perkara berbangkit

iv.

Pembentangan kertas kerja

v.

Hal-hal lain

vi.

Penutup
4.3.1 Maksud

Kertas agenda menyenaraikan perkara yang akan dibincangkan dalam
mesyuarat. Penyediaan agenda

presiden harus dibincangkan bersama setiausaha

tentang isi dan kandungan agenda sebelum agenda ditetapkan, dicetak dan diedarkan
kepada ahli mesyuarat. Presiden akan memberitahu setiausaha tentang perkara yang
harus dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat. Walaupun begitu, setiausaha akan
menyusun agenda mesyuarat dan menjadi tanggungjawab presiden untuk meluluskan
agenda tersebut

4.3.2 Rangka

Pelbagai bentuk agenda boleh disusun dan bergantung pada keperluan dan jenis
mesyuarat. Agenda yang berbentuk rangka dipaparkan dalam bentuk ringkasan dan
cuma memberi tajuk asas terhadap perkara yang hendak dibincangkan (digunakan
sekiranya agenda itu dimasukkan sebagai sebahagian daripada notis yang diedarkan
kepada ahli-ahli yang hadir dalam mesyuarat.

4.3.3 Salinan Presiden

Salinan agenda yang berbentuk lebih lengkap daripada edaran diberikan kepada
presiden. Dilakukan dengan mengosongkan satu ruang di bahagian tepi kertas agenda
untuk Presiden membuat catatan
4.3.4 Salinan Setiausaha

Setiausaha yang cekap dan bijak mempunyai salinan agendanya sendiri dengan
lebih lengkap dan terperinci. Memudahkan setiausaha mencatatkan ketetapan dan
memindahkannya dalam bentuk minit mesyuarat

4.3.5 Kandungan Kertas Agenda

i.

Perlu disusun dengan teliti agar kelihatan kemas dan menarik

ii.

Butiran yang perlu ada:

a. Tajuk:
-

Di bahagian tengah kertas agenda dinyatakan nama pertubuhan

-

Di bawah nama pertubuhan adalah alamat pertubuhan

-

Mempunyai tajuk yang sesuai (gambaran awal jenis mesyuarat)

-

Dinyatakan tempat dengan menyebut alamat penuh mesyuarat dan
masanya

b. Susunan
-

Mengikut urutan yang betul dan sesuai

-

Ucapan Presiden- membaca minit mesyuarat- membuat pindaanpengesahan minit- perkara berbangkit- perkara yang dibincangkan.

c. perkara lain
-

Perkara

-

Bergantung kepada keadaan dan kepentingan sesebuah mesyuarat

-

Memastikan agar perkara yang dibincangkan tidak tertinggal
-

Boleh dicapai dengan menghubungi pengerusi dan pegawai-pegawai
lain yang mungkin mempunyai perkara tertentu untuk dimasukkan
dalam mesyuarat

d. Peruntukan masa
-

Mendahulukan perkara utama

-

Perkara khas yang dibincangkan mempunyai peruntukan masa yang
mencukupi

e. Penyelesaian
-

Bahagikan masa dengan bijak dan adil agar semua ahli dapat
bersuara.

-

Tajuk perbincangan berdasarkan bidang yang telah ditetapkan

-

Memerlukan perancangan teliti antara presiden dan setiausaha bagi
menjimatkan dan mentadbir masa.

f. Kepastian
-

Maklumat dalam mesyuarat mesti dinyatakan secara padat

-

Kandungan hendaklah ringkas dan tepat agar tiada sebarang
kekeliruan

-

Ditulis dengan kemas agar mudah difahami

g. Persetujuan
-

Perlu mendapatkan persetujuan presiden mengenai perkara yang
hendak dibincangkan

-

Dinyatakan secara teratur dan jelas

-

Buat rujukan terhadap minit mesyuarat yang lepas dan perhatikan
perkara dan ketetapan yang tertangguh (sebagai ingatan)

h. Bertulis
-

Usul yang dikemukakan dinyatakan secara bertulis
-

Diserahkan dalam tempoh masa yang ditetapkan

-

Nama pencadang dan penyokong usul perlu dicatat

-

Agenda dalam bentuk terakhir perlulah mendapatkan pengesahan
sebelum diedarkan

-

Pengesahan boleh didapati secara tidak formal daripada presiden
atau ahli jawatankuasa

i.

Pengurusan

-

Minit, atur cara dan surat panggilan mesyuarat dikirimkan kepada ahli
mestilah mendapatkan persetujuan pihak pengurusan terlebih dahulu
sebelum agenda

-

Untuk

membolehkan

menjawab

sebarang

pertanyaan

dan

menyelesaikan perkara berbangkit
-

Laporan dan surat menyurat yang diperlukan disimpan dengan baik
untuk mesyuarat yang mendatang

4.4

TATACARA MESYUARAT

Sebagai

satu

bentuk

komunikasi

yang

formal,

mesyuarat

mempunyai

tatacaranya yang tertentu. Setiap pertubuhan mempunyai tatacara mesyuaratnya yang
tersendiri, tetapi pada umumnya, tatacara mesyuarat adalah seperti di bawah:
4.4.1 Peringkat pra-mesyuarat

i.

Perancangan: Pengerusi merupakan orang yang merancang mesyuarat. Beliau
akan menentukan apa yang harus dibincangkan dalam mesyuarat, tarikh, masa
dan tempat mesyuarat diadakan.

ii.

Pengumuman: Selepas peracangan mesyuarat telah siap maka pengumuman
akan disiarkan kepada mereka yang terlibat. Pada lazimnya, pengumuman ini
akan dilakukan melalui notis yang mengandungi butiran mengenai, tempat, masa
dan tarikh mesyuarat, serta agenda mesyuarat(perkara yang akan dibincangkan).

iii.

Persediaan: Selepas menerima notis, ahli terlibat harus bersedia untuk
mesyuarat. Mereka harus menyediakan semua dokument yang diperlukan.
Selain itu memikirkan apa yang harus dikemukan dalam mesyuarat.

4.4.2 Peringkat dalam mesyuarat

i.

Permulaan: Mesyuarat boleh bermula sekiranya masa yang ditetapkan sudah
sampai dan kehadiran ahli sudah mencapai bilangan yang ditetapkan oleh
peraturan yang ditetapkan dalam sebuah institusi (biasanya 2/3 daripada jumlah
ahli). Sekiranya, ahli yang hadir tidak cukup semasa waktu mesyuarat sudah
sampai, pengerusi boleh menangguhkan mesyuarat untuk setengah jam.
Sekirannya masih tidak sampai, maka mesyuarat terpaksa dibatalkan.

ii.

Pembukaan: Mesyuarat akan dimulakan oleh pengucapan pengerusi. Pengerusi
akan mengenalkan tujuan mesyuarat kepada ahlinya.

iii.

Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas: Minit mengenai mesyuarat yang ditulis
oleh setiausaha harus disemak dan disahkan oleh ahli sebelum ahli mesyuarat
membincangkan perkara lain. Ini adalah kerana minit mesyuarat ini mewakili apa
yang dibincangkan oleh ahli pada mesyuarat yang lepas dan ini adalah tanggung
jawab mereka untuk mengesahkan kebenaran minit mesyuarat ini.
iv.

Perbincangan menurut Agenda: Agenda merupakan tajuk yang menjadi topik
perbincangan dalam sesuatu mesyuarat. Ahli mesyuarat harus berbincang
dengan menuruti agenda yang ditentukan oleh pengerusi. Pada peringkat ini,
pengundian akan dilakukan sekiranya keputusan perlu dibuat dalam sesuatu
pertubuhan.

v.

Pembangkitan

Perkara

Berbangkit:

Perkara

berbangkit

ialah

tajuk

perbincangan di luar agenda yang dibangkitkan semasa mesyuarat dijalankan.
Ahli mesyuarat akan diberi peluang untuk membangkitkan perkara berbangkit
selepas melalui ke semua agenda. Perkara berbangkit ini akan diterima
sekiranya tidak menerima bantahan daripada pengerusi dan juga ahli-ahli yang
lain.
vi.

Penutup: Mesyuarat boleh ditamatkan oleh pengerusi sekirannya kesemua
perkara harus dibincangan telah dibincangkan, ataupun apabila pengerusi
berasa bahawa meneruskan mesyuarat itu tidak akan mendatangkan hasil. Bagi
menutup mesyuarat itu, pengerusi mungkin berkata, "Dengan ini, saya
menangguhkan mesyuarat dengan rasminya"

4.5

Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat ialah hal atau perkara yang telah dibincangkan dalam sesuatu
mesyuarat dan persetujuan telah dicapai terhadap perbincangan tersebut. Ini bermakna
catatan minit mesyuarat amat penting bagi membolehkan tindakan dapat dilaksanakan
oleh pihak-pihak berkenaan dengan berkesan. Minit mesyuarat menjadi panduan
pelaksanaan kepada yang terlibat. Tanpa penulisan minit yang baik dan sempurna,
pelaksanaan tidak akan sempurna.
4.5.1 Format Minit Mesyuarat

MINIT MESYUARAT ...........
(Catatkan nama mesyuarat)
Bil. ... Tahun .....
(Catatkan nombor bilangan mesyuarat dan tahun)
Tarikh : .................
Masa : .................
Masa : .................
Tempat : .................
• HADIR
• HADIR BERSAMA
• URUSETIA
14
I. PERUTUSAN Y. BHG. PENGERUSI
II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
IV. PERBINCANGAN KERTAS-KERTAS KERJA
V. HAL-HAL LAIN
VI. PENUTUP
VII. TANDATANGAN SETIAUSAHA DAN PENGERUSI
VIII.TARIKH MINIT DISEDIA

More Related Content

What's hot

Tajuk 10 pengurusan koku mesyuarat
Tajuk 10 pengurusan koku mesyuaratTajuk 10 pengurusan koku mesyuarat
Tajuk 10 pengurusan koku mesyuaratkokurikulumbainun
 
Panduan pengendalian mesyuarat
Panduan pengendalian mesyuaratPanduan pengendalian mesyuarat
Panduan pengendalian mesyuarat
alaad62
 
Modul 501 MEETING ARRANGEMENT
Modul 501 MEETING ARRANGEMENTModul 501 MEETING ARRANGEMENT
Modul 501 MEETING ARRANGEMENT
Kamizatul Liyana
 
Pengendalian Mesyuarat Berkualiti
Pengendalian Mesyuarat BerkualitiPengendalian Mesyuarat Berkualiti
Pengendalian Mesyuarat BerkualitiAminah Awang Basar
 
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat (1)
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat (1)Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat (1)
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat (1)
Bani Rali
 
PENGURUSAN MESYUARAT
PENGURUSAN MESYUARATPENGURUSAN MESYUARAT
PENGURUSAN MESYUARAT
Syahremie Teja
 
Pengurusan mesyuarat berkualiti
Pengurusan mesyuarat berkualitiPengurusan mesyuarat berkualiti
Pengurusan mesyuarat berkualiti
meriajau
 
6 upsi qss 4013 pengurusan mesyuarat
6 upsi qss 4013 pengurusan mesyuarat6 upsi qss 4013 pengurusan mesyuarat
6 upsi qss 4013 pengurusan mesyuaratMuhamad Samsudin
 
Pengurusan Mesyuarat
Pengurusan MesyuaratPengurusan Mesyuarat
Pengurusan MesyuaratDhani Julian
 
Kertas penerangan 203
Kertas penerangan 203Kertas penerangan 203
Kertas penerangan 203
SMTKK
 
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan KoperasiAgenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Nadia Bohari
 
Pengendalianmesyuarat.pptkoko
Pengendalianmesyuarat.pptkokoPengendalianmesyuarat.pptkoko
Pengendalianmesyuarat.pptkoko
Yusoff Amri
 
Nota pengurusan organisasi
Nota pengurusan organisasiNota pengurusan organisasi
Nota pengurusan organisasinhaikalhassan
 
1 pengurusan mesyuarat
1 pengurusan mesyuarat1 pengurusan mesyuarat
1 pengurusan mesyuarat66ong
 
Tajuk 3 Pengurusan Mesyuarat
Tajuk 3 Pengurusan MesyuaratTajuk 3 Pengurusan Mesyuarat
Tajuk 3 Pengurusan Mesyuarat
Azizi Ahmad
 
Pkpa291
Pkpa291Pkpa291
Pengenalan Kepada Minit Mesyuarat
Pengenalan Kepada Minit MesyuaratPengenalan Kepada Minit Mesyuarat
Pengenalan Kepada Minit Mesyuarat
Hazwani Hashim
 

What's hot (19)

Tajuk 10 pengurusan koku mesyuarat
Tajuk 10 pengurusan koku mesyuaratTajuk 10 pengurusan koku mesyuarat
Tajuk 10 pengurusan koku mesyuarat
 
Panduan pengendalian mesyuarat
Panduan pengendalian mesyuaratPanduan pengendalian mesyuarat
Panduan pengendalian mesyuarat
 
Modul 501 MEETING ARRANGEMENT
Modul 501 MEETING ARRANGEMENTModul 501 MEETING ARRANGEMENT
Modul 501 MEETING ARRANGEMENT
 
Pengendalian Mesyuarat Berkualiti
Pengendalian Mesyuarat BerkualitiPengendalian Mesyuarat Berkualiti
Pengendalian Mesyuarat Berkualiti
 
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat (1)
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat (1)Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat (1)
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat (1)
 
PENGURUSAN MESYUARAT
PENGURUSAN MESYUARATPENGURUSAN MESYUARAT
PENGURUSAN MESYUARAT
 
Pengurusan mesyuarat berkualiti
Pengurusan mesyuarat berkualitiPengurusan mesyuarat berkualiti
Pengurusan mesyuarat berkualiti
 
6 upsi qss 4013 pengurusan mesyuarat
6 upsi qss 4013 pengurusan mesyuarat6 upsi qss 4013 pengurusan mesyuarat
6 upsi qss 4013 pengurusan mesyuarat
 
Pengurusan Mesyuarat
Pengurusan MesyuaratPengurusan Mesyuarat
Pengurusan Mesyuarat
 
Kertas penerangan 203
Kertas penerangan 203Kertas penerangan 203
Kertas penerangan 203
 
Bab 10
Bab 10Bab 10
Bab 10
 
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan KoperasiAgenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
 
Pengendalianmesyuarat.pptkoko
Pengendalianmesyuarat.pptkokoPengendalianmesyuarat.pptkoko
Pengendalianmesyuarat.pptkoko
 
Nota pengurusan organisasi
Nota pengurusan organisasiNota pengurusan organisasi
Nota pengurusan organisasi
 
1 pengurusan mesyuarat
1 pengurusan mesyuarat1 pengurusan mesyuarat
1 pengurusan mesyuarat
 
Tajuk 3 Pengurusan Mesyuarat
Tajuk 3 Pengurusan MesyuaratTajuk 3 Pengurusan Mesyuarat
Tajuk 3 Pengurusan Mesyuarat
 
Pkpa291
Pkpa291Pkpa291
Pkpa291
 
PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI
PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITIPENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI
PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI
 
Pengenalan Kepada Minit Mesyuarat
Pengenalan Kepada Minit MesyuaratPengenalan Kepada Minit Mesyuarat
Pengenalan Kepada Minit Mesyuarat
 

Similar to Tajuk4 111216085319-phpapp02

MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)
MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)
MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)
Ayubkhan Kks
 
6a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat1
6a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat16a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat1
6a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat1Muhamad Samsudin
 
Tajuk 9 pengurusan mesyuarat
Tajuk 9 pengurusan mesyuaratTajuk 9 pengurusan mesyuarat
Tajuk 9 pengurusan mesyuarat
Wan Azmanan Wan Yusoff
 
Tajuk 9 pengurusan mesyuarat
Tajuk 9 pengurusan mesyuaratTajuk 9 pengurusan mesyuarat
Tajuk 9 pengurusan mesyuarat
Wan Azmanan Wan Yusoff
 
Pkpa291
Pkpa291Pkpa291
Pkpa291
Pkpa291Pkpa291
Nota pengurusan organisasi
Nota pengurusan organisasiNota pengurusan organisasi
Nota pengurusan organisasinhaikalhassan
 
Minit mesyuarat
Minit mesyuarat Minit mesyuarat
Minit mesyuarat firo HAR
 
60 perlembagaan-pibg
60 perlembagaan-pibg60 perlembagaan-pibg
60 perlembagaan-pibgtabur
 
Persatuan hamdan k13
Persatuan  hamdan k13Persatuan  hamdan k13
Persatuan hamdan k13
Dan Marshall
 
Folio bpsmm
Folio bpsmmFolio bpsmm
Folio bpsmm
siaw ong
 
4. perlembagaan
4. perlembagaan4. perlembagaan
4. perlembagaan
Mohd. Mansur Mohd. Zaman
 
Mesyuarat berkualiti le 1
Mesyuarat berkualiti le 1Mesyuarat berkualiti le 1
Mesyuarat berkualiti le 1ShareTogether
 
Perlembagaan kelab
Perlembagaan kelabPerlembagaan kelab
Perlembagaan kelab
Akusajabuat Buatsajalah
 
Tugasan 1 perlembagaan
Tugasan 1 perlembagaanTugasan 1 perlembagaan
Tugasan 1 perlembagaan
@f!Q@H @F!N@
 
Persatuan Bhs Ing.docx
Persatuan Bhs Ing.docxPersatuan Bhs Ing.docx
Persatuan Bhs Ing.docx
NORPAMELABINTIMUHAMA
 
G panduan bukuperlembagaan kdm
G panduan bukuperlembagaan kdmG panduan bukuperlembagaan kdm
G panduan bukuperlembagaan kdm
Uzie Midin
 
G panduan bukuperlembagaan drm
G panduan bukuperlembagaan drmG panduan bukuperlembagaan drm
G panduan bukuperlembagaan drm
Siti Kasman
 
Garis panduan buku perlembagaan doktor muda
Garis panduan buku perlembagaan doktor mudaGaris panduan buku perlembagaan doktor muda
Garis panduan buku perlembagaan doktor muda
zhang jinlian
 

Similar to Tajuk4 111216085319-phpapp02 (20)

MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)
MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)
MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)
 
6a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat1
6a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat16a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat1
6a upsi qss4013 pengurusan mesyuarat1
 
Tajuk 9 pengurusan mesyuarat
Tajuk 9 pengurusan mesyuaratTajuk 9 pengurusan mesyuarat
Tajuk 9 pengurusan mesyuarat
 
Tajuk 9 pengurusan mesyuarat
Tajuk 9 pengurusan mesyuaratTajuk 9 pengurusan mesyuarat
Tajuk 9 pengurusan mesyuarat
 
Pkpa291
Pkpa291Pkpa291
Pkpa291
 
Pkpa291
Pkpa291Pkpa291
Pkpa291
 
Nota pengurusan organisasi
Nota pengurusan organisasiNota pengurusan organisasi
Nota pengurusan organisasi
 
Minit mesyuarat
Minit mesyuarat Minit mesyuarat
Minit mesyuarat
 
60 perlembagaan-pibg
60 perlembagaan-pibg60 perlembagaan-pibg
60 perlembagaan-pibg
 
Persatuan hamdan k13
Persatuan  hamdan k13Persatuan  hamdan k13
Persatuan hamdan k13
 
Folio bpsmm
Folio bpsmmFolio bpsmm
Folio bpsmm
 
4. perlembagaan
4. perlembagaan4. perlembagaan
4. perlembagaan
 
Mesyuarat berkualiti le 1
Mesyuarat berkualiti le 1Mesyuarat berkualiti le 1
Mesyuarat berkualiti le 1
 
Po 01
Po 01Po 01
Po 01
 
Perlembagaan kelab
Perlembagaan kelabPerlembagaan kelab
Perlembagaan kelab
 
Tugasan 1 perlembagaan
Tugasan 1 perlembagaanTugasan 1 perlembagaan
Tugasan 1 perlembagaan
 
Persatuan Bhs Ing.docx
Persatuan Bhs Ing.docxPersatuan Bhs Ing.docx
Persatuan Bhs Ing.docx
 
G panduan bukuperlembagaan kdm
G panduan bukuperlembagaan kdmG panduan bukuperlembagaan kdm
G panduan bukuperlembagaan kdm
 
G panduan bukuperlembagaan drm
G panduan bukuperlembagaan drmG panduan bukuperlembagaan drm
G panduan bukuperlembagaan drm
 
Garis panduan buku perlembagaan doktor muda
Garis panduan buku perlembagaan doktor mudaGaris panduan buku perlembagaan doktor muda
Garis panduan buku perlembagaan doktor muda
 

Tajuk4 111216085319-phpapp02

  • 1. TAJUK 4 PENGURUSAN MESYUARAT 4.0 PENGENALAN Dalam kehidupan manusia sehari-hari, seseorang individu itu tidak boleh hidup sendirian. Ia terpaksa mencari kawan kerana manusia tidak dijadikan untuk hidup sendirian. Apabila terdapat seorang rakan, setiap kerja yang dilaksanakan biasanya akan dikongsi bersama. Individu pertama akan bertanya pendapat individu kedua apabila ia hendak melaksanakan sesuatu. Begitu juga sebaliknya. Tanpa merujuk kepada orang lain untuk mendapatkan pandangan kedua, seseorang itu akan digelar sebagai kera sumbang yang tidak tahu berkawan. Apabila jumlah manusia bertambah, dengan menggunakan satu bahasa yang difahami oleh kumpulan mereka, mereka mula mengadakan permuafakatan dalam menjalankan tugas-tugas masing-masing. Dari situ, lahirlah struktur pentadbiran dalam masyarakat. 4.0.1 Pengertian Mesyuarat Mesyuarat berasal daripada bahasa Arab yang membawa makna berhimpun, berkumpul untuk berbincang bagi mencapai kata sepakat untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Kamus Dewan mentakrifkan mesyuarat sebagai, “Perundingan (untuk membincangkan sesuatu, atau mencapai sesuatu keputusan).” Secara amnya dapatlah kita katakana bahawa mesyuarat itu ialah satu perhimpunan yang diadakan untuk mendapatkan buah fikiran daripada pelbagai golongan atau kumpulan bagi mendapatkan satu keputusan. Keputusan yang diperolehi biasanya dicapai selepas berlakunya perbahasan atau percambahan atau percanaian fikiran oleh ahli-ahli mesyuarat dan biasanya keputusan yang dicapai itu adalah kata sepakat atau persetujuan oleh sebilangan besar anggota atau ahli-ahli yang hadir bermesyuarat.
  • 2. Ahli-ahli minoriti yang tidak bersetuju dengan keputusan yang dicapai hendaklah lazimnya akur akan keputusan yang dicapai oleh suara ramai. 4.1 JENIS-JENIS MESYUARAT Terdapat lima jenis mesyuarat, dan kelima-lima mesyuarat tersebut ada disenaraikan di bawah: 4.1.1 Mesyuarat Agung Tahunan Mesyuarat Agung Tahunan ialah mesyuarat utama dalam siri mesyuarat sesebuah pertubuhan/persatuan/perkumpulan kerana ia melibatkan semua anggota yang berdaftar. Mesyuarat ini perlu diadakan mengikut peruntukan undang-undang negara di bawah akta Pendaftar Pertubuhan bagi semua persatuan/pertubuhan/perkumpulan yang diwujudkan di luar sekolah. Namun begitu persatuan di sekolah/institut pengajian tinggi juga perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan yang akan dihadiri oleh semua ahli. Melalui mesyuarat agung ini, setiap anggota berpeluang berbincang secara menyeluruh segala usul dan cadangan yang dikemukan. Mengikut undang-undang tubuh, notis bagi mesyuarat agung hendaklah disampaikan kepada semua ahli dalam masa 14 hari sebelum mesyuarat diadakan. Kuorom mesyuarat ditentukan oleh setiap persatuan, biasanya 1/3 atau ½ daripada ahli mesti hadir untuk membolehkan mesyuarat agung dilaksanakan.
  • 3. Agenda tetap yang biasa bagi mesyuarat agung ialah: i. Aluan Pengerusi. ii. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung lalu. iii. Membentangkan dan meluluskan Penyata Kewangan. iv. Memilih dan melantik Ahli Jawatankuasa baru. v. Membincangkan usul dan cadangan. vi. Ucapan penangguhan. vii. Hal-hal lain. 4.1.2 Mesyuarat Agung Tergempar/Luar Biasa Mesyuarat Agung Tergempar/Luar Biasa, seperti namanya, diadakan secara tergempar apabila sesuatu isu timbul dan tidak dapat dilaksanakan atau diselesaikan di peringkat jawatankuasa. Agenda yang dibincangkan biasanya hanyalah yang ditentukan atas cadangan ahli atau mengikut peraturan tertentu. Mesyuarat ini kadangkadang dikenali sebagai Mesyuarat Agung Khas. 4.1.3 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja/Induk Dalam perjalanan sesebuah pertubuhan, mesyuarat Jawatankuasa Kerja amat penting sebagai nadi persatuan atau pertubuhan kerana melalui mesyuarat inilah segala perancangan dan strategi pelaksanaan setiap projek dibahaskan, diperinci untuk dilaksanakan. Melalui mesyuarat inilah Jawatankuasa Kecil yang bersesuaian dengan corak projek ditubuhkan. Agenda ditentukan oleh pengerusi yang dilantik melalui perbincangan dengan semua ahli jawatankuasa lain. Kekerapan mesyuarat ini amat bergantung kepada keperluan. Lagi banyak projek yang hendak dilaksanakan, lagi kerap jawatankuasa ini bersidang. Lagi banyak kebuntuan dan kekangan atau masalah, kerap jugalah
  • 4. jawatankuasa ini memerah otak. Notis untuk mesyuarat ini disampaikan oleh setiausaha, biasanya satu minggu daripada tarikh mesyuarat. Kuorom mesyuarat biasanya 1/3 daripada jumlah semua ahli jawatankuasa. 4.1.4 Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Mesyuarat Jawatankuasa Kecil ialah mesyuarat yang paling bawah. Jawatankuasa ini sudah diberikan satu atau dua tugas tertentu untuk dilaksanakan, misalnya Jawatankuasa Makanan, Jawatankuasa Persiapan, Jawatankuasa Buku Cenderamata, Jawatankuasa Penjurucaraan, Jawatankuasa Sambutan dan sebagainya. Ahli Jawatankuasa ini mungkin terdiri daripada lima atau enam orang sahaja. Angka sebenarnya tidaklah tetap kerana jumlah ahlinya bergantung kepada kecil besarnya projek yang hendak dilaksanakan dan juga banyak sedikitnya tugas yang hendak dilaksanakan. Agendanya hanyalah berbincang cara hendak melaksanakan tugas yang diberikan kepada jawatankuasa tersebut termasuk jumlah kewangan yang diperlukan untuk dibentangkan dalam Jawatankuasa Kerja yang akan dilaksanakan dalam tempoh masa terdekat. Dalam Jawatankuasa Kecil, semua orang akan menjalankan tugas walaupun di kalangan anggota terdapat pengerusi dan setiausaha yang bertugas menyelaraskan Jawatankuasa berkenaan. 4.1.5 Mesyuarat Jawatankuasa Adhoc/Sementara Mesyuarat Jawatankuasa Adhoc, sebagaimana namanya dikendalikan secara tidak berjadual. Biasanya mesyuarat ini dilaksanakan di awal penubuhan sesuatu
  • 5. persatuan, yakni sebelum tertubuhnya jawatankuasa tetap yang akan mengendalikan perjalanan persatuan seperti mendaftarkannya dan sebagainya. Mesyuarat dikatakan secara adhoc juga apabila sekumpulan pelajar dikerahkan untuk melaksanakan sesuatu projek, sama ada penting atau tidak dalam jangka waktu yang amat singkat. Mesyuarat ini bertujuan melantik Jawatankuasa Kecil untuk mengendalikan tugas-tugas yang juga dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan. 4.2 PERANAN AHLI JAWATANKUASA 4.2.1 Pengerusi Seorang pengerusi biasanya dipilih daripada kalangan anggota yang mempunyai kebolehan bercakap dengan baik dan dapat mengawal majlis dengan tertib. Beliau bertugas untuk mengendalikan mesyuarat dengan berwibawa dan berketrampilan. Beliau hendaklah memulakan mesyuarat dengan baik dan tertib. Biasanya ia mengalualukan kehadiran anggota, memperkenalkan ahli baru, mengucapkan terima kasih kepada ahli lama yang tidak terlantik lagi kerana jasa masing-masing. Pengerusi juga akan dengan ringkas menyatakan pengalamannya berhubung dengan perjalanan persatuan selepas mesyuarat yang lepas. Di sini idea-idea baru pengerusi mungkin dikemukakan, atau dengan kuasa yang diberikan kepadanya oleh anggota, ia akan mencuba untuk melaksanakan beberapa projek yang difikirkan baik untuk kemajuan persatuan. Ia juga akan mengemukakan perkara-pekara yang hendak dibincangkan (agenda) dengan ringkas dan jelas. Selain itu, ia harus menjadi perantara yang baik, mengawal perjalanan mesyuarat dengan cara menjadi pendengar yang baik dan tidak pula berpihak kepada mana-mana anggota.
  • 6. 4.2.2 Setiausaha Setiausaha persatuan/pertubuhan, sesuai dengan gelaran jawatannya setia dan usaha, hendaklah harus setia kepada persatuan dan berusaha untuk menggerakkan jentera pentadbiran persatuan. Sebilang waktu, ia hendaklah bekerjasama dengan pengerusi. Selain itu, tugas-tugas lain ialah mengedar surat jemputan mesyuarat, menyediakan minit mesyuarat terdahulu untuk diedarkan sebelum mesyuarat, menyediakan agenda dan tempat mesyuarat, menyediakan segala peralatan mesyuarat yang diperlukan, mengedar borang kehadiran, mencatat dan menyiapkan minit mesyuarat dengan baik dan segera serta mengedarkan minit mesyuarat tersebut dengan kadar segera kepada setiap anggota yang terlibat. 4.2.3 Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa yang terlantik bertanggung jawab untuk memberikan buah fikiran yang bernas untuk memajukan pertubuhan atau untuk menjayakan projek. Ia juga harus sanggup bekerjasama dengan semua ahli jawatankuasa lain dengan baik serta sanggup pula memberikan khidmat bakti secara ikhlas dan jujur. 4.3 AGENDA MESYUARAT i. Perutusan pengerusi ii. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas iii. Perkara-perkara berbangkit iv. Pembentangan kertas kerja v. Hal-hal lain vi. Penutup
  • 7. 4.3.1 Maksud Kertas agenda menyenaraikan perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat. Penyediaan agenda presiden harus dibincangkan bersama setiausaha tentang isi dan kandungan agenda sebelum agenda ditetapkan, dicetak dan diedarkan kepada ahli mesyuarat. Presiden akan memberitahu setiausaha tentang perkara yang harus dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat. Walaupun begitu, setiausaha akan menyusun agenda mesyuarat dan menjadi tanggungjawab presiden untuk meluluskan agenda tersebut 4.3.2 Rangka Pelbagai bentuk agenda boleh disusun dan bergantung pada keperluan dan jenis mesyuarat. Agenda yang berbentuk rangka dipaparkan dalam bentuk ringkasan dan cuma memberi tajuk asas terhadap perkara yang hendak dibincangkan (digunakan sekiranya agenda itu dimasukkan sebagai sebahagian daripada notis yang diedarkan kepada ahli-ahli yang hadir dalam mesyuarat. 4.3.3 Salinan Presiden Salinan agenda yang berbentuk lebih lengkap daripada edaran diberikan kepada presiden. Dilakukan dengan mengosongkan satu ruang di bahagian tepi kertas agenda untuk Presiden membuat catatan
  • 8. 4.3.4 Salinan Setiausaha Setiausaha yang cekap dan bijak mempunyai salinan agendanya sendiri dengan lebih lengkap dan terperinci. Memudahkan setiausaha mencatatkan ketetapan dan memindahkannya dalam bentuk minit mesyuarat 4.3.5 Kandungan Kertas Agenda i. Perlu disusun dengan teliti agar kelihatan kemas dan menarik ii. Butiran yang perlu ada: a. Tajuk: - Di bahagian tengah kertas agenda dinyatakan nama pertubuhan - Di bawah nama pertubuhan adalah alamat pertubuhan - Mempunyai tajuk yang sesuai (gambaran awal jenis mesyuarat) - Dinyatakan tempat dengan menyebut alamat penuh mesyuarat dan masanya b. Susunan - Mengikut urutan yang betul dan sesuai - Ucapan Presiden- membaca minit mesyuarat- membuat pindaanpengesahan minit- perkara berbangkit- perkara yang dibincangkan. c. perkara lain - Perkara - Bergantung kepada keadaan dan kepentingan sesebuah mesyuarat - Memastikan agar perkara yang dibincangkan tidak tertinggal
  • 9. - Boleh dicapai dengan menghubungi pengerusi dan pegawai-pegawai lain yang mungkin mempunyai perkara tertentu untuk dimasukkan dalam mesyuarat d. Peruntukan masa - Mendahulukan perkara utama - Perkara khas yang dibincangkan mempunyai peruntukan masa yang mencukupi e. Penyelesaian - Bahagikan masa dengan bijak dan adil agar semua ahli dapat bersuara. - Tajuk perbincangan berdasarkan bidang yang telah ditetapkan - Memerlukan perancangan teliti antara presiden dan setiausaha bagi menjimatkan dan mentadbir masa. f. Kepastian - Maklumat dalam mesyuarat mesti dinyatakan secara padat - Kandungan hendaklah ringkas dan tepat agar tiada sebarang kekeliruan - Ditulis dengan kemas agar mudah difahami g. Persetujuan - Perlu mendapatkan persetujuan presiden mengenai perkara yang hendak dibincangkan - Dinyatakan secara teratur dan jelas - Buat rujukan terhadap minit mesyuarat yang lepas dan perhatikan perkara dan ketetapan yang tertangguh (sebagai ingatan) h. Bertulis - Usul yang dikemukakan dinyatakan secara bertulis
  • 10. - Diserahkan dalam tempoh masa yang ditetapkan - Nama pencadang dan penyokong usul perlu dicatat - Agenda dalam bentuk terakhir perlulah mendapatkan pengesahan sebelum diedarkan - Pengesahan boleh didapati secara tidak formal daripada presiden atau ahli jawatankuasa i. Pengurusan - Minit, atur cara dan surat panggilan mesyuarat dikirimkan kepada ahli mestilah mendapatkan persetujuan pihak pengurusan terlebih dahulu sebelum agenda - Untuk membolehkan menjawab sebarang pertanyaan dan menyelesaikan perkara berbangkit - Laporan dan surat menyurat yang diperlukan disimpan dengan baik untuk mesyuarat yang mendatang 4.4 TATACARA MESYUARAT Sebagai satu bentuk komunikasi yang formal, mesyuarat mempunyai tatacaranya yang tertentu. Setiap pertubuhan mempunyai tatacara mesyuaratnya yang tersendiri, tetapi pada umumnya, tatacara mesyuarat adalah seperti di bawah:
  • 11. 4.4.1 Peringkat pra-mesyuarat i. Perancangan: Pengerusi merupakan orang yang merancang mesyuarat. Beliau akan menentukan apa yang harus dibincangkan dalam mesyuarat, tarikh, masa dan tempat mesyuarat diadakan. ii. Pengumuman: Selepas peracangan mesyuarat telah siap maka pengumuman akan disiarkan kepada mereka yang terlibat. Pada lazimnya, pengumuman ini akan dilakukan melalui notis yang mengandungi butiran mengenai, tempat, masa dan tarikh mesyuarat, serta agenda mesyuarat(perkara yang akan dibincangkan). iii. Persediaan: Selepas menerima notis, ahli terlibat harus bersedia untuk mesyuarat. Mereka harus menyediakan semua dokument yang diperlukan. Selain itu memikirkan apa yang harus dikemukan dalam mesyuarat. 4.4.2 Peringkat dalam mesyuarat i. Permulaan: Mesyuarat boleh bermula sekiranya masa yang ditetapkan sudah sampai dan kehadiran ahli sudah mencapai bilangan yang ditetapkan oleh peraturan yang ditetapkan dalam sebuah institusi (biasanya 2/3 daripada jumlah ahli). Sekiranya, ahli yang hadir tidak cukup semasa waktu mesyuarat sudah sampai, pengerusi boleh menangguhkan mesyuarat untuk setengah jam. Sekirannya masih tidak sampai, maka mesyuarat terpaksa dibatalkan. ii. Pembukaan: Mesyuarat akan dimulakan oleh pengucapan pengerusi. Pengerusi akan mengenalkan tujuan mesyuarat kepada ahlinya. iii. Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas: Minit mengenai mesyuarat yang ditulis oleh setiausaha harus disemak dan disahkan oleh ahli sebelum ahli mesyuarat membincangkan perkara lain. Ini adalah kerana minit mesyuarat ini mewakili apa yang dibincangkan oleh ahli pada mesyuarat yang lepas dan ini adalah tanggung jawab mereka untuk mengesahkan kebenaran minit mesyuarat ini.
  • 12. iv. Perbincangan menurut Agenda: Agenda merupakan tajuk yang menjadi topik perbincangan dalam sesuatu mesyuarat. Ahli mesyuarat harus berbincang dengan menuruti agenda yang ditentukan oleh pengerusi. Pada peringkat ini, pengundian akan dilakukan sekiranya keputusan perlu dibuat dalam sesuatu pertubuhan. v. Pembangkitan Perkara Berbangkit: Perkara berbangkit ialah tajuk perbincangan di luar agenda yang dibangkitkan semasa mesyuarat dijalankan. Ahli mesyuarat akan diberi peluang untuk membangkitkan perkara berbangkit selepas melalui ke semua agenda. Perkara berbangkit ini akan diterima sekiranya tidak menerima bantahan daripada pengerusi dan juga ahli-ahli yang lain. vi. Penutup: Mesyuarat boleh ditamatkan oleh pengerusi sekirannya kesemua perkara harus dibincangan telah dibincangkan, ataupun apabila pengerusi berasa bahawa meneruskan mesyuarat itu tidak akan mendatangkan hasil. Bagi menutup mesyuarat itu, pengerusi mungkin berkata, "Dengan ini, saya menangguhkan mesyuarat dengan rasminya" 4.5 Minit Mesyuarat Minit mesyuarat ialah hal atau perkara yang telah dibincangkan dalam sesuatu mesyuarat dan persetujuan telah dicapai terhadap perbincangan tersebut. Ini bermakna catatan minit mesyuarat amat penting bagi membolehkan tindakan dapat dilaksanakan oleh pihak-pihak berkenaan dengan berkesan. Minit mesyuarat menjadi panduan pelaksanaan kepada yang terlibat. Tanpa penulisan minit yang baik dan sempurna, pelaksanaan tidak akan sempurna.
  • 13. 4.5.1 Format Minit Mesyuarat MINIT MESYUARAT ........... (Catatkan nama mesyuarat) Bil. ... Tahun ..... (Catatkan nombor bilangan mesyuarat dan tahun) Tarikh : ................. Masa : ................. Masa : ................. Tempat : ................. • HADIR • HADIR BERSAMA • URUSETIA 14 I. PERUTUSAN Y. BHG. PENGERUSI II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT IV. PERBINCANGAN KERTAS-KERTAS KERJA V. HAL-HAL LAIN VI. PENUTUP VII. TANDATANGAN SETIAUSAHA DAN PENGERUSI VIII.TARIKH MINIT DISEDIA