1. Taylor Swift,
104A - Blok Rambai,
Ipg Kampus Pulau Pinang.
Tel: 012-34567890
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Ipg Kampus Pulau Pinang
Bukit Combee,
11700 Gelugor,
Pulau Pinang. 10 JANUARI 2019
Tuan,
PERMOHONAN MAAF ATAS KESALAHAN MEMBAWA PERIUK NASI KE BLOK
KEDIAMAN
Berhubung perkara di atas, saya Taylor Swift, daripada PISMP Ambilan Jun 2017,
Sains 55 dengan rasa rendah diri mengaku kesalahan saya melanggar peraturan
dengan membawa periuk nasi ke blok kediaman.
2. Oleh sebab diatas, saya ingin memohon maaf atas kesalahan yang telah saya
lakukan. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya membawa periuk nasi ke blok
kediaman kerana saya menghadapi sedikit masalah kewangan memandangkan
kemasukan elaun yang tertangguh sehingga bulan Mac 2019. Saya terpaksa berjimat
sementara menunggu kemasukan elaun pada bulan Mac.
3. Sehubungan itu, saya dengan rasa hormat dan rendah diri kepada pihak Jabatan
Hal Ehwal Pelajar, saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Saya
berharap agar pihak tuan dapat berlapang dada untuk memaafkan kesalahan saya.