Dokumen tersebut menjelaskan beberapa kelebihan membaca surah Al-Mulk berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW dan ulama salaf. Antara kelebihan utama yang disebutkan adalah surah Al-Mulk dapat menyelamatkan dari siksa kubur dan neraka, serta menjadi syafaat bagi pembacanya di hari kiamat.
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
KELEBIHAN-KELEBIHAN SURAH AL MULK
1.
2. Ibnu Abbas menceritakan:
0 "Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di
atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat
itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam
khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang
membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya.
Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka,
sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur.
Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu
'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud:
"Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia
menghindar pembacanya dari azab neraka."
3. kelebihan-kelebihan yang lain
0 1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang
bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu
surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki
yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya,
selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah
surah Al Mulk."
0 2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang
bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan
menghindarkan pembacanya dari azab kubur."
0 3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang
bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin
sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah
itu tertulis di dalam hatinya."
4. kelebihan-kelebihan yang lain
0 4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang
bermaksud:"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam,
diselamatkannya dari azab kubur."
0 5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang
bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana
malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai
pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
0 6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang
bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah
yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan
datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab
dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam
Syurga."
5. kelebihan-kelebihan yang lain
0 7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang
bermaksud:"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam
Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu
surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang
membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan
memasukkannya ke dalam Syurga."
0 8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi
Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah
As Sajadah dan surah Al Mulk."
0 9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu
melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan
bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana
menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab
api Neraka."
6. kelebihan-kelebihan yang lain
0 9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan
pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab
pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan
mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."
0 10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al
Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat
serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."
0 11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al
Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan.
Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia
dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua
manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."
7. kelebihan-kelebihan yang lain
0 12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa
membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan
wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan
dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila
azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu
seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini
kerana ada surah Al Mulk."
0 Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan
perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."