Assigment hukum membaca-dan-menyentuh-al-quran

1,202 views

Published on

hukum membaca, memegang dan mengambil upah membaca alquran

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,202
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
30
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Assigment hukum membaca-dan-menyentuh-al-quran

  1. 1. BAHAN GRAFIK ( POWER POINT ) HUKUM MEMBACA AL-QURAN BAGI ORANG BERHADAS HUKUM MENYENTUH AL-QURAN BAGI ORANG BERHADAS HUKUM MENGAJAR DAN MENGAMBIL UPAH MENGAJAR AL-QURAN
  2. 2. HUKUM 1) MEMBACA AL-QURAN BAGI ORANG YANG BERHADAS . 2) MENYENTUH AL-QURAN BAGI ORANG YANG BERHADAS . 3) MENGAJAR DAN MENGAMBIL UPAH MENGAJAR AL-QURAN
  3. 3. HUKUM MEMBACA AL-QURAN BAGI ORANG YANG BERHADAS
  4. 4. ORANG YANG BERHADAS KECIL • Imam As-Thahawi mengatakan. Kami meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w mengenai bolehnya berzikir kepada Allah tanpa wuduk dan juga membaca Al-Quran • Diriwayatkan daripada Sai’d bin Jabir, ia berkata: “ Ibn Abbas dan ibn umar pernah membaca AlQuran pada saat keduanya tidak dalam keadaan berwuduk”
  5. 5. ORANG YANG BERHADAS BESAR • Jumhur Fuqaha’ berpandangan bahawa orang yang berjunub tidak diperbolehkan membaca Al-Quran.
  6. 6. BAGI PENDAPAT MAZHAB SYAFIE • Imam Syafi’e berkata: “ Orang yang berjunub tidak boleh membaca Al-Quran walaupun hanya sebahagian ayat sahaja kerana sesungguhnya bacaan tersebut mengurangi kehormatan yang wajib diberikan kepada Al-Quran.” • Diharamkan perempuan haid membaca Al Quran walaupun satu huruf sekalipun melainkan perempuan itu: 1) Berniat zikir 2) Membaca doa * Dengan syarat tidak diniatkan membaca al-Quran.
  7. 7. BAGI PENDAPAT MAZHAB HANAFI • Diharamkan bagi perempuan haid membaca Al Quran melainkan jika perempuan itu seorang guru. • Dibolehkan perempuan itu membaca Al Quran dengan syarat: 1) perempuan itu hendaklah mengajarkan anak muridnya satu kalimah-satu kalimah, iaitu dengan memisahkan satu kalimah dengan kalimah yang lain dan tidak boleh disambungkan kalimah-kalimah itu 2) dan tidak boleh perempuan itu membaca ayat, tetapi dibolehkan perempuan itu membaca ayat Al Quran kerana membuka sesuatu perkara yang dibacakan basmalah (bismillahirrahmanirrahim) 3) dan begitu juga dibolehkan ke atas perempuan itu membaca ayat-ayat pendek dengan niat doa atau memuji Allah.
  8. 8. BAGI PENDAPAT MAZHAB HANBALI • Mazhab Hanbali mengatakan: “ Seseorang tidak boleh mebaca Al-Quran kecuali setelah dia bersuci.” • Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Orang yang junub dan haid tidak diperbolehkan untuk membaca sedikit pun ayat Al-Quran.”
  9. 9. BAGI PENDAPAT MAZHAB MALIKI • Mazhab Maliki mengatakan: “ Orang junub diperbolehkan untuk membaca sedikit ayat Al-Quran.” Yang dimaksudkan dengan sedikit ayat AlQuran iaitu seseorang yang memohon perlindungan dengan membaca Taawwuz/ ayat Kursi.
  10. 10. HUKUM MENYENTUH AL-QURAN BAGI ORANG YANG BERHADAS
  11. 11.  Jumhur Ulama’ mengatakan bahawa tidak boleh menyentuh Al-Quran semasa berhadas. • Mereka berhujah dengan firman Allah yang bermaksud: “Pada kitab terpelihara (Luh Mahfuz) tidak menyentuhnya kecuali hamba-hambanya yang disucikan.” (surah Al-Waqi’ah: 78-79)
  12. 12.  Menurut mazhab Imam Hanafi: “Seseorang tidak diperbolehkan untuk menyentuh Kitab Tafsir Al-Quran kerana sesungguhnya menyentuk Kitab Tafsir adalah sama dengan menyentuh Al-Quran. ”  Menurut mazhab As-Syafi’e: “Orang yang berhadas tidak diharamkan untuk menyentuh buku tafsir jika jumlah tafsirnya lebih banyak daripada ayat Al-Qurannya.”
  13. 13. HUKUM MENGAJAR AL-QURAN
  14. 14. HUKUM MENGAJAR • Hukum mengajar al-Quran fardhu kifayah. Jika dalam sebuah kampung tidak ada orang yang layak mengajar al-Quran kecuali seorang sahaja maka ketika itu fardhu ain ke atasnya mengajar al-Quran kepada orang lain.
  15. 15. HUKUM MENGAJAR Tidak dibolehkan bagi orang yang berjunub untuk mengajar Al-Quran. Hal itu berdasarkan hadits yang berbunyi: ‫ْ نآن‬ َ َْ‫• قال رسول هللا : َا ياقرَ الجن َ و َا الح َ َ شيئًا مناَ القر‬ ْ ‫ل ْ ا أ ْ ب ا ل ْ ا ائض ا‬ Rasulullah Salallahu’alaihi wassalam bersabda: 'Orang yang junub dan wanita yang haid tidak boleh membaca al-Qur`an."
  16. 16. Terdapat juga sebagian ulama membolehkan bagi yang haid untuk membaca al-Qur`an bila ia takut lupa terhadap hafalan yang akan di ujikan dan ia boleh membaca sebagian ayat sebagaimana boleh berzikir dan berdoa dengan ayat-ayat yang disebutkan dalam wirid.
  17. 17. HUKUM MENGAMBIL UPAH MENGAJAR AL-QURAN
  18. 18. ORANG YANG MENGAJAR AL-QURAN TERBAHAGI KEPADA 3 GOLONGAN Golongan yang mengajar al-Quran semata-mata kerana Allah tanpa mengambil sebarang balasan atau keuntungan. Golongan yang mengajar al-Quran dengan mensyaratkan upahnya. Golongan yang mengajar al-Quran tanpa mensyaratkan upahnya, jika diberi hadiah mereka akan menerimanya. Harus bagi mereka menerima hadiah.
  19. 19. Golongan yang mengajar al-Quran sematamata kerana Allah tanpa mengambil sebarang balasan atau keuntungan. Mereka diberi pahala di sisi Allah dan amalannya disifatkan sebagai amalan para Nabi ' a.s.
  20. 20. Golongan yang mengajar al-Quran dengan mensyaratkan upahnya. Sebahagian ulama mengatakan: Tidak boleh, dengan dalil sabda Rasulullah SAW: “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”. Sementara sebahagian ulama lain berkata: Boleh. Mereka berkata: yang paling utama bagi seorang pengajar adalah tidak menentukan bayaran untuk menghafaz dan mengajar, dan jikapun ia menentukan bayaran itu maka aku harapkan agar tidak dilarang, kerana ia memerlukanya [kemaslahatan].
  21. 21. Golongan yang mengajar al-Quran tanpa mensyaratkan upahnya, jika diberi hadiah mereka akan menerimanya. Harus bagi mereka menerima hadiah. dibolehkan oleh seluruh ulama kerana Nabi Saw adalah pengajar manusia, dan beliau menerima hadiah mereka.
  22. 22. Imam Abu Hanifah mengatakan tidak harus mengambil upah mengajar al-Quran secara mutlak. Imam Syafie, Imam Malik dan ' Ata ' al-Tabie mengatakan harus mengambil upah mengajar al-Quran jika mensyaratkan upahnya dengan upah yang sah. Imam Hassan al-Basri, al-Sya'bi dan Ibnu Sirin mengatakan harus mengambil upah mengajar al-Quran jika tidak mensyaratkan upahnya.
  23. 23.  Imam Ibnu Rushd al Hafid menjelaskan, Adapun meminta upah untuk mengajarkan al-Quran, sekelompok fuqaha berselisih pendapat dengan memakruhkannya , namun sebahagian yang lain mengharuskannya. Mereka yang mengharuskannya telah mengqiaskan pada amalan yang lain dan berhujah dengan apa yang diriwayatkan oleh Kharijah bin al-Somit dari bapa saudaranya beliau berkata :
  24. 24. “Aku telah menerima Islam dari sisi Nabi saw. Setelah selesai aku pun pulang. Di perjalanan aku telah melalui sebuah perkampungan. Di situ terdapat seorang lelaki yang terkena penyakil gila dengan tubuh badannya telah dirantai. Lalu salah seorang dan keluarganya berkata: “Sesungguhnya aku telah mendengar berita bahawa kamu ini telah datang dari lelaki (Nabi saw) yang membawa kebaikan. Jadi, adakah sesuatu yang telah anda dapati untuk merawat si malang ini ?”. Maka aku katakan kepada mereka: “YA” Lalu aku pun menjampikannya dengan surah al-Fatihah selama 3 hari setiap pagi dan petang. Dengan izin Allah lelaki tersebut pulih seperti sediakala. Keluarga lelaki itu kemudiannya menghadiahkan kepada aku seratus ekor kambing. Aku berkata kepada mereka: “Jangan sehinggalah aku bertanyakan hal ini kepada Nabi saw terlebih dahulu”. Aku kemudiannya terus pergi berjumpa Rasulullah S.A.W. dan menceritakan segala yang telah berlaku. Rasulullah S.A.W. kemudiannya bersabda:”Adakah engkau (telah menambah dengan apaapa jampi lain) selain dari (surah al Fatihah) itu ?”"Tidak!” Jawabku. Seterusnya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Ambillah kambing-kambing tersebut, demi umurku, (adalah haram sama sekali barangsiapa yang memakan hasil dari) jampi yang batil (tidak betul). Sesungguhnya kamu telah memakan hasil jampi yang hak (benar)”.
  25. 25.  Al-Hakam bin Utaibah berkata : Tidak aku ketahui seseorang pun (dari kalangan sahabat dan tabi’in) yang memakruhkan untuk mengupah seorang guru. Dan apa yang SAHIH dari ‘Atho dan Abi Qilabah adalah HARUS mengupah guru untuk mengajar al-Quran. Hasan alBasri dan ‘Alqamah di dalam satu pendapat mereka turut mengHARUSkan memberi upah dalam kerja menyalin al-Quran. (Kitab al-Muhalla karya Ibn Hazm, juzuk 8 m/s 196).
  26. 26. Akhir sekali kita ambil penjelasan dari kitab Tuhfatul Ahwazi karya Abd Rahman al-Mubarakfuri dalam juzuk 6 m/s 191 : Imam al-Syafie memberi izin bagi guru yang mengajarkan al-Quran diambil upahnya. Sependapat dengan al-Syafie beberapa Imam lain seperti Imam Malik, Ahmad, Ishaq (ibn Rahawaih), Abu Tsaur dan selain mereka dari kalangan ulama SALAF dan para ulama selepas mereka. Ulama yang menCEGAH perbuatan tersebut hanyalah Imam Abu Hanifah yang mengharuskannya hanya di dalam jampi sahaja (berpaksikan hadis di atas) sebagaimana dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitab syarah Muslimnya. Dan berkata pula Imam al-Hafiz (Ibn Hajar) sesungguhnya dinaqalkan daripada Iyadh (al-Qadhi Iyadh al-Maliki) diharuskan mengambil upah dari mengajarkan al-Quran dari SELURUH ULAMA kecuali ulama Hanafi sahaja.
  27. 27. 1. http://bahteraemass.blogspot.com/2012/04/ hukum-mengambil-upah-mengajar-alquran.html 2. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=794 9.0 3. Abdul Karim Zaidan (1993). Ensiklopedia Hukum Wanita dan Keluarga. Robbani Press: Jakarta
  28. 28. SEKIAN

×