1. KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN
1.Al-Quran akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat.
Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya: ”Saya mendengar Rasulullah
sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu,
sebab al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat
memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya
(mengamalkannya).” (HR Muslim)
2. Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg
membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya
daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat
dan diampunkannya antara dua Jumaat." [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
3) Bacaan al-Quran mempunyai sakinah ( ketenangan )
Dari al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu katanya:“Ada seorang lelaki membaca
surat al-Kahfi dan ia mempunyai seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali,
kemudian tampaklah awan menutupinya. Awan tadi mendekat dan kuda itu lari
dari awan tersebut. Setelah pagi datang, orang itu mendatangi Nabi sallAllahu
`alaihi wasallam menyebutkan apa yang terjadi atas dirinya itu. Baginda
sallAllahu `alaihi wasallam lalu bersabda: “Itu adalah sakinah (ketenangan
yang disertai oleh malaikat) yang turun untuk mendengarkan bacaan al-Quran
itu.” (Muttafaq ‘alaih)
4. Kelebihan Surah Al Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan
pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah
melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca
surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
5. Surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka
disisih, ditinggalkan dan dibenci. Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata
musyrikin kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah SWT telah membenci
dan meninggalkan baginda SAW.
2. 6) Ganjaran buat orang-orang yang lancar dan tidak lancar membaca al-Quran.
Dari `A’isyah radhiallahu `anha, katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Orang yang membaca al-Quran dan ia sudah mahir dengan bacaannya itu, maka ia
adalah beserta para malaikat utusan ALLAH yang mulia lagi sangat taat. Sedang orang
yang membaca al-Quran dan ia berasa susah dalam bacaannya (tidak lancar) tetapi ia
selalu berusaha, maka untuknya dua pahala.”
(Muttafaq `alaih)
7) Membaca satu huruf dari al-Quran akan diganjari 10 kebaikan.
Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu katanya: ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam
bersabda:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka ia memperoleh
satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu.
Aku tidak mengatakan bahwa „alif lam mim‟ itu satu huruf, tetapi „alif‟ adalah satu huruf,
„lam‟ satu huruf dan „mim‟ juga satu huruf.” (HR at-Turmudzi, katanya ia hasan sahih )
8 ) Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW,
baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya
permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal." [ Riwayat
Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
9) Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak
akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi
dari Ibnu Mas’ud r.a.)
10) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali selepas
setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan.
Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca
ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan
Rukujan
kekaraman.
www.dakwahpdf.blogspot.com www.scribd.com/jundi1975 www.jundi75.wordpress.com