1. Tajuk : Penyebaran Dakwah Islam Ke Sulu.
Sumber : Klik Sini @ http://tausug-global.blogspot.com/2008/09/islam-di-sulu.html
artikel disiarkan pada Ahad, 2008 September 14.
Kedatangan Islam
ISLAM telah datang terlebih dahulu ke wilayah kepulauan Sulu berbanding pulau-pulau
lain di Filipina, mungkin disebabkan kedudukannya yang tersorok antara Pulau Mindanao
dan Borneo yang menjadi tempat laluan perdagangan atau juga disebabkan kepulauannya
yang indah dan cantik. Pembawa ajaran Islam di Kepulauan Sulu adalah para ulamak
yang kebanyakannya adalah orang-orang Arab di kalangan Ulamak Ahlul-Bait
(Keturunan Rasulullah s.a.w) yang datang samada dari Makkah/Madinah atau dari
Yaman.
Para pendakwah terdiri dari kalangan pengamal tasawwuf seperti juga pendakwahpendakwah di seluruh Nusantara. Ulamak Sufi telah cepat diterima oleh para penduduk
se-kitar Nusantara disebabkan sikap dan teknik dakwahnya lemah lembut panuh
dengan kesantunan.