Majistret menjatuhkan hukuman terhadap Samad Tuah yang mengaku bersalah mencuri sebuah motorsikal. Pendakwa memohon hukuman berat kerana kes pencurian motorsikal sering berlaku. Peguambela memohon hukuman ringan kerana ini kesalahan pertama Samad Tuah dan pengakuannya menyelamatkan masa dan wang mahkamah. Majistret akan menentukan hukuman.
1. SkripPerbicaraanOlok-Olok1,IzzahZahin
1
Pendakwaraya, Peguambela, jurubahasa dan hadirin mengambil tempat. Polis mengiringi
tertuduh ke kandang tertuduh dan membuka gari.
Polis : Peringatan kepada semua, sila matikan telefon bimbit atau pastikan dalam
keadaan silent mode ketika prosiding mahkamah sedang berlangsung. Anda
semua dikehendaki menjaga tingkah laku dan menghormati
mahkamah.Jangan membuat bising dan dilarang untuk menyilangkan
kaki.Duduk dengan elok dan sekiranya kamu gagal untuk mematuhi larangan
ini, tindakan menghina mahkamah boleh diambil ke atas kamu.
Majistret memberi isyarat masuk ke dalam mahkamah
Polis : Bangunnnnnn!!!!!!!!!!
Majistret : Jurubahasa, ada berapa kes pada hari ini?
Jurubahasa : Ada satu kes tangkap untuk sebutan, Tuan.
Majistret : Teruskan...
Jurubahasa : Di dalam Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Kes Jenayah no 12-12/2013
Pendakwaraya melawan Samad Tuah bin Jebat
OKT bangun dan tunduk sambil melihat kepada Majistret. Pendakwaraya bangun
memperkenalkan diri
Pendakwa : Tuan Majistret, saya Nurul huda binti Shafee Timbalan Pendakwaraya yang
akan menjalankan pendakwaan kes ini dan rakan bijaksana Cik Halimah
Saadiyah binti Abdul Rahman bagi pihak pembelaan. OKT hadir dan berada
di kandang tertuduh.Saya mohon izin agar pertuduhan dibacakan kepada
tertuduh Tuan Majistret.
Peguambela bangun tunduk hormat ketika diperkenalkan oleh TPR
Jurubahasa bangun dan pendakwaraya memberi kertas pertuduhan untuk dibaca.
Majistret : Jurubahasa, bacakan pertuduhan.
Jurubahasa : Encik Samad Tuah bin Jebat? (berjalan kehadapan OKT)
OKT : Saya (dalam keadaanberdiri)
Jurubahasa : Saya bacakan pertuduhan:
2. SkripPerbicaraanOlok-Olok1,IzzahZahin
2
BAHAWA KAMU, ENCIK SAMAD TUAH BIN JEBAT, NO KAD PENGENALAN :
870908-0X-XOXO PADA 22/11/2013, HARI JUMAAT, JAM LEBIH KURANG 1
PETANG HINGGA 2.30 PETANG BERTEMPAT DI MASJID WILAYAH
PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TELAH DIDAPATI MENCURI SEBUAH
MOTORSIKAL YAMAHA LC BERWARNA BIRU BERNOMBOR PENDAFTARAN
WKR 7105 BERHARGA LEBIH KURANG RM 3580, DARI MILIKAN OMAR
GOHAN BIN SUZIKONNO KAD PENGENALAN 790401-0X-XOXO TANPA IZIN
TUAN PUNYA BERKENAAN, OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH
MELAKUKAN SATU KESALAHAN YANG BOLEH DI HUKUM DI BAWAH
SEKSYEN 379A KANUN KESEKSAAN
Adakah kamu faham pertuduhan ini?
OKT : Tidak, seksyen 379A itu cakap pasal apa?
Majistret : Seksyen 379A mengatakan bahawa, bagi kesalahan mencuri kenderaan,
kamu, apabila didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara selama
tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun dan juga
boleh dikenakan denda.
Adakah anda faham pertuduhan yang dibuat ke atas kamu?
OKT : Hukuman tu tak boleh kurang ke tuan Hakim?Maknanya, saya boleh
dihukum penjara apabila disabitkan kesalahan dan saya juga boleh
dikenakan denda.Ya Allah.Saya nak bincang dulu dengan peguam saya Yang
Arif.
Peguambela : Tuan Majistret, saya mohon untuk saya bercakap dengan anak guam saya.
Mohon tangguh sebentar.
Majistret : Dibenarkan. Mahkamah tangguh sebentar (sambil memberi isyarat kepada
polis mahkamah)
Polis : Bangun!!!!!!!
SEMASA KES DITANGGUHKAN...
Peguembela : (bangun dan berjalan kearah kandang tertuduh)
Encik Samad, sekiranya anda mengaku salah, anda akan terus dijatuhkan
hukuman tanpa apa-apa perbicaraan, iaitu tiadasaksi akan dipanggil untuk
memberi keterangan dan ada kemungkinan anda akan disabitkan dengan
3. SkripPerbicaraanOlok-Olok1,IzzahZahin
3
hukuman yang maksimum. Hukuman yang dijatuhkan juga adalah
muktamad.Namun, anda boleh, sebelum hakim menjatuhkan hukuman
membuat permohonan bagi mengurangkan sabitan ke atas anda.Adalah lebih
baik sekiranya anda mengaku salah jika anda tidak mempunyai pembelaan.
Jika anda memilih untuk dibicarakan, anda secara tidak langsung
mengatakan anda tidak bersalah.Anda harus memanggil saksi atau
membawa bukti untuk menunjukkan anda tidak bersalah. Pihak pendakwa
juga akan memanggi saksi-saksi mereka untuk memberi keterangan mereka.
Tidak digalakkan anda minta dibicarakan sekiranya anda tidak mempunyai
apa-apa pembelaan.
OKT : Saya nak mengaku salah sajalah peguam...
Peguambela : Cik jurubahasa, pihak pembelaan sudah bersedia untuk kes dipanggil semula.
Jurubahasa memberitahu Tuan Majistret dan kemudian Majistret member isyarat untuk masuk.
MAHKAMAHKEMBALI BERSIDANG
Polis : Bangunnnnn....
Jurubahasa : Di dalam Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, KES JENAYAH NOMBOR 12 -
12/13 Pendakwaraya melawan Samad Tuah bin Jebat
Pendakwa : Dengan Izin Tuan Majistret, pihak-pihak sebagaimana tadi.
Majistret : Bagaimana Encik Samad, kamu mengaku bersalah atau minta dibicarakan?
OKT : Saya mengaku salah Yang Arif.
Majistret : Bacakan semula pertuduhan
Pendakwaraya bangun dan menyerahkan pertuduhan kepada jurubahasa
Jurubahasa : BAHAWA KAMU, ENCIK SAMAD TUAH BIN JEBAT, NO KAD PENGENALAN :
870908-0X-XOXO PADA 22/11/2013, PADA HARI JUMAAT, JAM LEBIH
KURANG 1 PETANG HINGGA 2.30 PETANG BERTEMPAT DI MASJID WILAYAH
PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TELAH DIDAPATI MENCURI SEBUAH
MOTORSIKAL YAMAHA LC BERWARNA BIRU BERNOMBOR PENDAFTARAN
WKR 7105 DARI MILIKAN OMAR GOHAN BIN SUZIKONNO KAD PENGENALAN
790401-0X-XOXO BERHARGA LEBIH KURANG RM 3580 TANPA IZIN TUAN
PUNYA BERKENAAN, OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN
4. SkripPerbicaraanOlok-Olok1,IzzahZahin
4
SATU KESALAHAN YANG BOLEH DI HUKUM DI BAWAH SEKSYEN 379A
KANUN KESEKSAAN.
Adakah kamu mengaku bersalah atau minta dibicarakan?
OKT : Saya mengaku bersalah Tuan.
Majistret : Adakah kamu faham atas kesalahan mencuri motorsikal ini kamu boleh
dipenjarakan minimum satu tahun dan maksimum 7 tahun jika disabitkan?
Kamu juga tidak akan dibicarakan dan tiada saksi yang akan dipanggil untuk
memberi keterangan dan kamu juga tidak boleh memasukkan pembelaan
kamu.
OKT : Ya Tuan .Saya faham.
Majistret : Adakah kamu faham bahawa dengan pengakuan bersalah ini kamu tidak
boleh membuat rayuan ke atas sabitan kamu tetapi hanya boleh merayu atas
hukuman yang dikenakan.
OKT : Saya faham Tuan. (sambil tunduk)
Majistret : Timbalan Pendakwaraya, teruskan.
Pendakwa : Tuan Majistret... saya mohon untuk kemukakan fakta kes dan dibacakan
kepada tertuduh.
Majistret : (Mengangguk)
Jurubahasa : (Ambil fakta kes dari PP. Satu salinan diserahkan kepada Majistret. Satu
salinan kepada peguambela. Satu salinan dibacakan kepada OKT)
Keterangan kes :
Pada 22/11/2013, pengadu Omar Gohan bin Suzikonno (Kad Pengenalan
790401-07-7863) jam lebih kurang 1.00 petang, telah meletakkan motosikal
jenis YAMAHA LC no pendaftaran WKR 7105 warna biru kepunyaannya di
tempat letak motorsikal Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dalam
keadaan berkunci baik. Kemudian pengadu masuk ke masjid untuk
sembahyang jumaat. Pada jam lebih kurang 2.30 apabila pengadu ingin ambil
semula motosikalnya setelah selesai sembahyang di dapati telah tiada. Puas
pengadu mencari tetapi tidak berjumpa dipercayai telah dicuri. Pengadu
membuat laporan polis sebagaimana Kuala Lumpur Report 2211/2013.
5. SkripPerbicaraanOlok-Olok1,IzzahZahin
5
Bertindak di atas maklumat mengenai orang awam telah tangkap satu lelaki
melayu kerana mencuri motorsikal, pada 22/11/2013 jam lebih kurang 4.30
petang ASP June binti Kasbolah mengetuai sepasukan polis telah pergi ke
kawasan letak motorsikal Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. ASP
June telah memperkenalkan diri sebagai Pegawai Polis dengan menunjukkan
kad kuasa kepada seorang lelaki Melayu nama SAMAD TUAH BIN JEBAT, NO
KAD PENGENALAN: 870908-08-5431 yang diserahkan oleh orang awam dan
merampas sebuah motorsikal jenis YAMAHA LC no pendaftaran WKR 7105
warna biru yang dilaporkan hilang bersabit Kuala Lumpur Report
2211/2013. Tangkapan (kamu) dan barang kes dibawa balik ke balai untuk
siasatan dan laporan polis dibuat sebagaimana Kuala Lumpur Report
2212/2013.
Siasatan telah dijalankan dan hasil daripada siasatan yang dijalankan oleh
pihak polis kamu mengaku telah mencuri motorsikal kepunyaan pengadu.
Adakah kamu faham fakta kes yang saya bacakan dan mengakuinya?
OKT : Ya Tuan. Saya faham.Saya mengaku.
Pendakwa : Tuan Majistret, saya mohon untuk mengemukakan barang-barang kes.
Majistret : Dibenarkan.. Teruskan
Pendakwa : Saya kemukan barang-barang kes sepertimana berikut:
Laporan polis KL Report 2211/2013 sebagai P1
Laporan Polis KL Report 2222/2013 sebagai P2
Dua keping gambar tempat kejadian sebagai P3 (a dan b)
1 keping gambar motorsikal sebagai P4(a)
Sebuah motorsikal jenis Yamaha LC no pendaftaran WKR 7105
sebagai P5
Itu sahaja Tuan.
Jurubahasa : Menunjukan gambar-gambar dan barang kes kepada OKT...
OKT mengangguk setuju..
Majistret : SAMAD TUAH BIN JEBAT (OKT bingkas bangun)...
Mahkamah dengan ini mendapati kamu bersalah dan disabitkan di bawah
pertuduhan Seksyen 379A Kanun Keseksaan...
6. SkripPerbicaraanOlok-Olok1,IzzahZahin
6
Sebelum mahkamah jatuhkan hukuman, Timbalan Pendakwaraya, ada apa-
apa yang ingin diperkatakan..
HUJAHAN PIHAK PENDAKWA
Pendakwa : Tuan Magistrate, the number of stolen motorbike cases in the area of
Wilayah Persekutuan Mosque had increased recently. The incident usually
occurred on Friday during the Friday prayer. I believe, to avoid this stolen
motorbike from reoccurring, a heavier punishment shall be imposed to give
notice to all who has the tendency to commit the same crime.
Even though this is the first time the accused person committed a crime, I
would like to submit that stolen motorbike rate the highest number of cases
in Kuala Lumpur and Malaysia in general.
An equivalentor in kind punishment is not only appropriate toward the
accused person, but it also to deter the same commission of crime besides
able to educate the community out there to avoid from doing such an offence.
In the case of Cheong Ah Cheow v PP [1985] 2 MLJ 257, the judge is of the
view that on the offence of soccer gambling and betting are too frequently
done that the punishment imposed by the Magistrate was necessary upon the
accused as a warning towards other individual who has the inclination to
commit the same offence.
In the case of Ng Ah Tak v PP [1959] MLJ 19__ the court had taken into
consideration that the public interest is the paramount consideration to
Furthermore Tuan Magistrate, the case of Lee Chow Meng v PP [1976] 1 MLJ
287mentioned that the court took judicial notice on the increasing number of
armed robbery in Kuala Lumpur by imposing a heavier punishment upon the
accused person.
In our present case, even though the accused did not have any previous
record, the fact that offence committed shall subject to a mandatory
imprisonment and the increasing number of stolen motorbike has to be
taken into courts attention
Thus, I seek from the court to impose or sentence the accused person
reasonably and equivalently to the offence he had committed
7. SkripPerbicaraanOlok-Olok1,IzzahZahin
7
Itu sahaja hujahan saya puan majistret.
Majistret : Peguambela?
HUJAHAN PIHAK PEMBELA
Peguambela : Tuan magistrate, I plead to the court to hear the plea of mitigation by the
accused person on the punishment or sentence that will befall against him by
the court. These are his plea of mitigation:
The accused beg to this honourable court to sentence him for minimum
period of imprisonment. His guilty plea had saved the court’s time. There is
no requirement for the witnesses to be called besides there is no need for
cost to be incurred as allowances for the witnesses. In the case of Melvani v
PP [1971]1 MLJ 137 it was held that the guilty plea is one of the factors for a
valid mitigation as it saves time and did not involve any attendance of
witnesses.
Tuan, this is the very first offence committed by the accused. He had never
been caught in any investigation before this and what more being convicted
for an offence. Therefore Tuan, the facts that the OKT has no previous
records of any previous offence shall be taken into consideration by the court
as a factor to lessen his sentence or punishment. In the case
ofShanmuganathan v PP [1967] 1 MLJ 204; a lighter sentence is taken into
consideration by the court when the accused it is a first time offender and the
accused has no previous record of commiting crime.
Tuan Magistrate, the accused person is the eldest of 4 siblings. After the
death of the father, accused is now responsible intaking care of his mother
and younger siblings. The accused earns RM 1,150/- monthly as a despatch
and office boy besides as helper for the poultry seller in the market. The
accused had just gotten a job. He also has to take care of his sickly mother.
If imprisonment is imposed on him, his mother will lost her place to rely on.
On the day of the event, the accused was so desperate as he needed a
motorbike to deliver the company’s documents. His own motorbike had to
be sent to the workshop for repairmen. He could not redeem his motorbike
as he had not money to do so. Thus, he took the motorbike belonging to the
complainant. However, the complainant had made a police report and when
8. SkripPerbicaraanOlok-Olok1,IzzahZahin
8
the accused was about to return the bike, he was caught by the ‘jemaah
masjid’.
Tuan, on the fact that the accused person had not change the plat no nor the
shape of the motorbike showed that he had the intention to return the bike to
its owner.
Since this is the very first time he committed an offence, the accused would
like to apply for ‘bond on good behaviour’ based on section 294 of the
Criminal ProcedureCode.
The accused has repented. He promised that he would be more caution in his
action and thus plead to the court to give a fair chance.
In the case of PP v Idris [1955] MLJ 234, it was held that Section 294
applicable to cases where the punishment for the offences is imprisonment.
In other words, the mitigation mention under section 294 of Criminal
Procedure Code applicable to Section 379A which only connotes mandatory
imprisonment.
Humbly, we request to this honourable court for the accused to be
discharged and to be allowed for bond of good behaviour under section 294
of Criminal Procedure Code.
Pendakwa : Tuan Magistarte, I would like to again seek from this honourable court to
impose an equivalent punishment based on the crime committed by the
accused. The order under Section 294 Criminal Procedure Code is not
relevant to the present case as the number of stolen motorbike cases is
increasing.
With regards to the defence counsel submission on the fact that the accused
had to take care of his sick mother, I would like to refer the court to the case
of Teh Ah Cheng [1976] 2 MLJ 186 whereby the plea of mitigation to lighten
the sentence or punishment for the reason/ excuse that he has to support his
old mother and his sick step brother was rejected by the court. The court is of
the view that the accused person should consider the consequence of his
action before committing the crime and not after such a crime had been
committed.
Therefore, I plea to the court for an equivalent imprisonment imposed on the
accused person accordingly.
Majistret : Menulis.... menganggguk....kemudian memanggil OKT (okt berdiri)
9. SkripPerbicaraanOlok-Olok1,IzzahZahin
9
SAMAD TUAH BIN JEBAT...
Baiklah, setelah meneliti fakta dan barang kes yang
dikemukan,mahkamahmendapatikamu bersalah atas pertuduhan dan
disabitkan atas kesalahan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Mahkamah bersetuju dengan hujahan timbalan pendakwaraya bahawa
walaupun ini merupakan kesalahan pertama tertuduh, faktor bahawa kes
kecurian motorsikal yang terlalu kerap akan diambilkira oleh mahkamah.
Mahkamah juga bersetuju bahawa tertuduh sepatutnya memikirkan kesan
dan akibat perbuatannya sebelum melakukan jenayah dan bukannya
selepas.Walaubagaimanapun, mahkamah juga berpendapat bahawa
hukuman penjara bukanlah jalan penyelesaiannya.Fakta bahawa tertuduh
cuba untuk meletakkan semula motorsikal ke tempat asalnya menunjukkan
tertuduh telah insaf akan perbuatannnya jenayah yang dilakukan adalah
berpunca dari desakan hidup. Setelah mendengar hujahan pihak pendakwa,
dan permohonan mitigasi peguambela, dengan ini, mahkamah
memerintahkan tertuduh SAMAD TUAH BIN JEBAT diikat jamin berkelakuan
baik selama 2 tahun dengan jaminan RM 8,000 dengan seorang penjamin.
Jurubahasa, ada kes lain?
Jurubahasa : Tiada tuan
Majistret : Mahkamah ditangguhkan.
Polis : Bangunnnnn!!!!!!!