SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin
1
Bahawa kamu Alang Adnan bin Megat Dewa (No.K/P 600000-X0-XOXO) pada
1/1/2013 antara jam 8.30 malam hingga 9.30 malam, bertempat di sebuah rumah tidak
bernombor di Lot 1234, Sungai Pusu, di dalam daerah Gombak, di dalam Negeri
Selangor, telah didapati merogol penama Seri Mawar Baiduri binti Idris (No.K/P
900909-XO-XOXO) yang berumur 23 tahun, oleh yang demikian, kamu telah
melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 Kanun
Keseksaan.
Pendakwa : Mohon izin untuk memanggil saksi pertama pihak pendakwa iaitu
L/Kpl 123456 Abdullah Hakim bin Mohyiddeen.
Hakim : Dibenarkan. Teruskan.
(L/Kpl 123456 masuk ke dalam kandang saksi. Jurubahasa
mengambil kad kuasa saksi dan serahkan kepada Hakim. Saksi
mengangkat sumpah)
Pendakwa : Pada 2/1/2013, di mana kamu bertugas ketika itu dan sebagai apa?
SP 1 : Saya bertugas sebagai jurugambar di Ibu Pejabat Polis Daerah
Gombak sebagai jurugambar bertugas 24 jam.
PP 1 : Boleh kamu beritahu kepada mahkamah apa yang kamu lakukan
padan tarikh tersebut?
SP 1 : Pada tarikh 2/1/2013 jam lebih kurang 10.15 pagi, saya bersama
pegawai penyiasat Insp Farahin telah pergi ke rumah tidak
bernombor Lot 5678, Sungai Pusu, Gombak untuk siasatan
bersabit Gombak Report 1111/2013.
PP : (panggil Insp Farahin). Adakah ini Insp Farahin yang kamu
maksudkan?
SP 1 : Benar Puan Hakim
PP : Saksi dicamkan oleh SP 1, puan.
Hkim : (Mengangguk). Saksi dilepaskan sementara.
PP : Apabila sampai di premis tersebut, apa yang kamu lakukan?
SP 1 : Saya telah diarahkan untuk ambil gambar tempat kejadian.
SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin
2
PP : Adakah ini gambar –gambar yang kamu rakamkan di lokasi
tersebut?
SP 1 : Benar Puan Hakim.
PP : Puan Hakim, saya mohon untuk 3 keping gambar ini ditandakan
sebagai Ekshibit P1 (A hingga C.Saya tiada soalan lain Puan.
JB : (Ambil gambar dari PP, ditandakan dan diserahkan kepada Hakim)
Hakim : Peguambela, ada pemeriksaan balas?
PB : Tiada Puan
Hakim : Saksi SP dilepaskan.
PP : Mohon izin untuk memanggil saksi kedua pihak pendakwa Seri
Mawar Baiduri binti Idris iaitu mangsa, Puan Hakim.
Hakim : (Mengangguk). Teruskan
(Saksi mangsa Seri Mawar Baiduri binti Idris masuk ke dalam
kandang saksi. Jurubahasa mengambil kad pengenalan saksi dan
diserahkan kepada Hakim. Saksi mengangkat sumpah dengan
dipandu oleh jurubahasa sambil senyum-senyum)
PP : Puan Hakim, memandangkan saksi merupakan mangsa di dalam
kes ini dan sudah pasti keterangannya perlu dirahsiakan dari
pendengaran umum.Saya mohon agar kes ini dijalankan secara “in
camera”.Section 101 Akta Mahkamah Rendah memperuntukkan
‘Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar prosiding
secara keseluruhannya atau sebahagiannya secara “in camera”
untuk kepentingan keadilan. Keselamatan umum atau sebab lain
yang difikirkan munasabah’
Hakim : Dibenarkan.
PP : Seri Mawar Baiduri binti Idris, Kamu bersedia untuk bercakap?
SP 2 : (Melihat PP. Menganggguk-angguk dan kembali main anak patung)
PP : Kamu tau sebab apa kamu datang mahkamah pada hari ini?
SP 2 : Tahu.
SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin
3
PP : Sebab apa ya? Boleh beritahu kepada Puan Hakim?
SP 2 : Tu…orang tu… (sambil tunjuk ke arah OKT di kandang tertuduh)..
dia buat kat kita….
PP : Orang tu buat apa kat Seri Mawar?
SP 2 : Dia panjat kita… pastu dia rogol…dia jahat… (saksi agak sebak
ketika ini).
PP : Kamu tahu apa tu ‘rogol’? Apa yang kamu faham tentang istilah
‘rogol’?
SP 2 : Tahu,…. Dia masukkan dia punya kat kita punya… sakit…. Dia
jahat… kita nangis….
PP : Masa tu dekat mana?
SP 2 : kat rumah dia (tunjuk okt)… mak bawa Mawar pergi jumpa dia
berubat… dia bomoh kat kampung… Masa dia ubat… (sebab dia
cakap dia nak mula ubat).. dia suruh mak duduk luar… Dia bawak
Mawar masuk dalam bilik…. Lepas tu dia bukak kain… dia kata
nak ubat… lepas tu dia rogol..dia cakap rogol tu untuk ubat Mawar
jadi bijak balik…. semasa tu ‘bomoh’ ada cakap itu untuk ubat
Mawar dan kalau Mawar menolak, ‘hantu’ itu akan sakitkan
Mawar.
PP : Jadi maksudnya hanya kamu dan OKT sahaja berada dalam bilik
itu masa kejadian?
SP 2 : Betul.. (angguk-angguk)
PP : Lepas tu apa yang berlaku?
SP 2 : Dia suruh pakai kain… lepas tu sambung bakar apa ntah…
berasap-asap bilik tu… lepas tu dia potong limau dan panggil mak
masuk dalam bilik. Dia cakap “hantu “ dalam badan saya degil
susah nak keluar… lain kali kena datang lagi… lepas tu mak bayar
dia duit… kami balik rumah.
PP : (merujuk saksi kepada ekshibit P1)..Adakah ini bilik yang kamu
maksudkan?
SP 2 : Betul..betul..betul..
PP : Apa kamu rasa selepas kejadian itu?
SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin
4
SP 2 : Rasa sakit… kalau nak kencing lagi sakit… Emak tanya kenapa
boleh sakit? Mawar bagitau emak… lepas bgtau apa orang tu buat
kat kita.
PP : Jadi kamu bagitau emak kamu yang kamu dirogol OKT? Bila tu?
SP 2 : Ya saya bagitau emak. Bila sampai rumah lepas balik dari rumah
orang tu.
PP : Puan Hakim, SP 2 sentiasa menuding ke arah OKT sebagai (orang
itu). Saya mohon agar pengecaman mangsa ke atas OKT
direkodkan.
(Hakim mengangguk dan menulis) PP kemudian memanggil ibu SP
2 iaitu Puan Fatimah Hanum Masuk ke dalam mahkamah)
adakah ini ibu kamu?
SP 2 : Haah… emak kita..
PP : Saksi dicamkan Puan Hakim. Selepas beritahu emak apa yang
berlaku?
SP2 : Emak bawak pegi klinik, lepas tu pergi balai, mak kata nak buat
report sebab emak marah.
PP : Kamu yang buat report atau emak kamu?
SP 2 : Emak. sebab kita tak tau buat report tapi polis tu baca report kita
dengar. Betul semua dalam report tu
PP : Adakah ini laporan polis yang emak kamu buat?
(jurubahasa ambil report dari PP dan dibacakan kepada SP 2. SP 2
mengangguk setuju)
Puan Hakim, Saya mohon agar Laporan polis Gombak report
1111/2013 ini ditandakan sebagai ekshibit ID 2.
(jurubahasa ambil dan ditandakan, kemudian serah kepada Hakim)
Selepas kamu dan emak buat report pegi ke mana?
SP 2 : Jumpa polis perempuan, lepas tu dia bawak pergi hospital
Selayang. Doktor perempuan check saya kat hospital
PP : Kamu ingat atau cam mereka?
SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin
5
SP 2 : Tak pasti kot.. (sambil geleng kepala)
PP : Puan Hakim, saya tiada soalan lain.
Hakim : Peguambela?
P/Bela : Saya mohon izin untuk memulakan pemeriksaan balas Puan
Hakim.
Hakim : Teruskan
P/Bela : Seri Mawar Baiduri binti Idris, kamu berumur 23 tahun kan?
SP 2 : Betul.
P/Bela : Setuju dengan cadangan saya bahawa kamu tak bergaul dengan
rakan-rakan seusia kamu tapi dengan kanak-kanak berumur 10-12
tahun?
PP : Bantahan Puan Hakim. soalan ini boleh menganggu kestabilan
emosi SP 2
P/Bela : Puan Hakim, soalan ini perlu untuk mencabar samaada saksi ini
ada saksi yang boleh dipercayai atau tidak. Kami berhujah, tahap
pemikiran saksi boleh diragukan dan apabila ini berlaku, seluruh
keterangannya di Mahkamah juga boleh diragui kebenarannya.
Hakim : Bantahan ditolak..tetapi bukan bermaksud mahkamah ini meragui
kredibiliti SP 2.. tidak pada peringkat ini…teruskan peguambela.
P/Bela : Seri Mawar Baiduri binti Idris, soalan saya, kamu sering bergaul
dengan kanak-kanak berumur 10-12 tahun..betul?
SP 2 : Betul..
P/Bela : Saya cadangkan segala keterangan kamu di Mahkamah ini adalah
imaginasi kamu sahaja?
SP 2 : Tak… (sambil geleng).. memang dia (tunjuk OKT) buat kita..
P/Bela : Setuju dengan cadangan saya bahawa kamu tak buat report tapi
ibu kamu?
SP 2 : Betul..
SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin
6
P/Bela : Setuju dengan cadangan saya bahawa ibu kamu yang berlebih-
lebihan untuk panjangkan kes ini.. Sebab itu cuma ibu kamu yang
buat report tapi kamu tidak..
SP 2 : Tak… mak buat report sebab kita tak tau… tapi apa yang mak
cakap dengan polis macam apa yang kita cakap dengan emak….
P/Bela : Setuju dengan cadangan saya bahawa hanya mengubati kamu
sahaja tetapi TIDAK merogol kamu?
SP 2 : Bohong, (nada agak keras) dia (tuding OKT) rogol saya, dia jahat.
P/Bela : Tiada soalan lain untuk pemeriksaan balas Puan Hakim.
Hakim : Saksi dilepaskan. Saksi seterusnya pendakwa..
PP : Saya memohon untuk memanggil saksi ketiga Puan Fatimah
Hanum bin Dolah.
(Saksi Puan Fatimah Hanum bin Dolah masuk ke dalam kandang
saksi… jurubahasa mengambil kad pengenalan saksi dan serahkan
kepada Hakim… saksi mengangkat sumpah dengan dipandu oleh
jurubahasa)
Puan, pada 1/1/2013, puan tinggal di mana dan dengan siapa?
SP 3 : Saya tinggal di rumah nombor 1, Lot 5789, Sungai Pusu, Gombak.
Saya tinggal bersama suami saya, Idris bin Abu dan dua orang
anak saya Seri Mawar Baiduri berumur 23 tahun dan adiknya
Cempaka Sari berumur 15 tahun.
PP : Boleh buat beritahu kepada mahkamah tentang laporan polis yang
puan buat?
SP 3 : Pada malam 1/1/2013 jam lebih kurang 11.00 malam semasa saya
berada di rumah, Mawar telah beritahu saya kemaluannya sakit bila
nak buang air kecil. Saya bertanya kepadanya apa yang berlaku.
Dia beritahu saya si tua tu tak guna tu (sambil tuding ke arah OKT)
dah rogol dia. (saksi menahan geram)
PP : Puan mempunyai pengetahuan tentang kejadian ini?
SP 3 : Lepas saya tanya dia baru saya tahu. Saya bawak dia ke rumah
OKT untuk berubat. Dia ni jenis yang mudah faham, Cuma
SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin
7
perangainya agak keanak-anakan sikit. Kata orang bomoh tu
(tunjuk OKT) boleh ubat sakit macam ni Saya bagitau Tok Alang,
dia kata dia memang boleh ubat anak saya sebab anak saya ni dah
‘ketegur’ sebab anak saya pernah langgar rumah bunian. Saya
percaya sebab dia memang bomoh di kampung kami. Selalu kalau
orang ada masalah anak demam tak kebah pun bawah pergi jumpa
dia jugak.
PP : Apa yang berlaku di rumah OKT?
SP 3 : Dia arahkan saya duduk ruang tamu rumah sambil borak-borak
dengan isterinya nama panggilan Kalthom. Dia bawak anak saya
ke bilik, dari tempat saya duduk tak nampak bilik tu di mana. Tapi
dia yang cakap nak buat proses perubatan tu di bilik. Dia cuma
suruh saya bawa limau nipis untuk ubat. Masa nak pergi ke bilik dia
mintak saya hulur limau nipis ya ng saya bawak tu.
PP : Selepas itu?
SP 3 : Lebih kurang setengah jam, dia panggil saya masuk dalam bilik tu
ditemani oleh Kalthom. Saya tengok dah berasap kemenyan dan
dia tengah hiris limau nipis, anak saya duduk kat penjuru, keadaan
dalam bilik tu agak samar-samar sebab cuma ada lampu mentol
bulat tapi cukup terang untuk nampak semua yang ada dalam bilik
tu. Anak saya diam aje, tak bercakap, tak macam selalu. selalu
kepoh, tapi saya agak mungkin dia takut sebab kena ubat dengan
bomoh tu.
Lepas tu dia cakap benda yang menghuni dalam badan anak saya
ni degil, liat nak keluar. Lepas tu dia pesan kena datang lagi ke
rumah dia. Jadi kami balik la lepas tu.
PP : Bila balik ke rumah apa berlaku?
SP 3 : Anak saya merengek bila nak buang air kecil, saya tengok
kemaluannya ada merah-merah, dia kata sakit sebab kena rogol
dengan bomoh masa ubat. Saya tak puashati, terus bawak dia pegi
klinik Gombak. Lepas tu saya pegi balai buat report. Lepas buat
report Insp Farahin bawak anak saya ke hospital Selayang untuk
check.
PP : Puan, saya memohon untuk merujuk SP 3 kepada P1 (A-C)
Adakah ini gambar rumah OKT dan bilik tempat berubat?
SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin
8
SP 3 : Betul, Puan
PP : Puan, mohon merujuk saksi kepada ID 2.. Adakah ini laporan polis
yang kamu buat?
SP 3 : Benar Puan (sambil memandang Hakim)
PP : Puan Hakim, gambar P1 A-C dicam oleh saksi.. Mohon untuk
mengemukan ekshibit ID 2 sebagai P2.
Hakim : (mengangguk) – dibenarkan.
PP : Tadi puan ada merujuk OKT sebagai bomoh, adakah dia berada di
mahkamah ini?
SP 3 : Ada. tu dia binatang tu.. (sambil tunjuk OKT dikandang tertuduh)
Hakim : Puan, saya tahu puan marah, tapi puan perlu menghormati
mahkamah dan tidak menggunakan bahasa-bahasa yang kesat.
SP 3 : Maafkan saya Puan.
PP : Saya mohon maaf atas sikap Puan Fatimah, Puan Hakim. Mohon
direkodkan bahawa OKT dicamkan oleh saksi, Puan Hakim.
Saya tiada soalan lain Puan Hakim.
Hakim : Peguambela, teruskan dengan pemeriksaan balas
P/Bela : Puan, setuju dengan cadangan saya bahawa puan tidak
menghantar mangsa ke sekolah seperti kanak-kanak lain?
SP 3 : Benar Yang Arif.
P/Bela : Setuju dengan cadangan saya bahawa sebab puan tidak hantar
adalah kerana tahap pemikirannya yang tidak sama dengan kanak-
kanak lain?
SP 3 : Benar Puan Hakim.
P/Bela : Setuju dengan cadangan saya bahawa perangai mangsa agak
keaanak-anakan?
SP 3 : Benar, Puan.
SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin
9
P/Bela : Setuju jika saya katakan bahawa disebabkan oleh tahap
pemikirannya, dia sering berimaginasi?
SP 3 : Tidak setuju Puan Hakim.
P/Bela : Saya cadangkan juga dia tidak tahu bezakan sedih, marah, bohong
atau benar, realiti, atau fantasi?
SP 3 : Saya tidak setuju Puan Hakim. Saya kenal benar dengan anak
saya, dia tak macam tu, dia tau bohong tu dosa. Dia boleh
menangis, boleh suka, tak suka cakap benda-benda yang bukan-
bukan. Dia memang tak macam orang lain tapi dia istimewa.
P/Bela : Puan yang membuat laporan polis betul?
SP 3 : Betul. Saya setuju.
P/Bela : Setuju jika saya cadangkan bahawa puan buat laporan polis sebab
puan tidak puashati dengan OKT?
SP 3 : Betul.
P/Bela : Puan tak puashati sebab ada masalah peribadi dengan OKT?
SP 3 : Tidak, saya takde masalah peribadi dia. Saya tak puashati dia rogol
anak saya.
P/Bela : Tiada soalan lain Puan Hakim.
Hakim : pendakwa, ada pemeriksaan semula?
PP : Ada Puan Hakim…
Puan, tadi puan setuju dengan cadangan peguambela bahawa
mangsa tidak seperti remaja lain yang serusia dengannya iaitu 23
tahun.. Tapi bagaimana dengan tahap pengetahuannya Puan?
SP 3 : Dia pergi sekolah pendidikan khas. Tapi dia bijak, dia tau apa yang
baik apa yang buruk, dia tak pernah bohong, apa yang dia cerita tu
betul apa yang jadi kat dia. Saya yakin tu.
PP : Saya tiada soalan lain Puan Hakim. Mohon saksi SP 3 dilepaskan.
Mohon untuk memanggil saksi ke empat. Doktor Harlina binti
Mustapha.
SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin
10
(Saksi Doktor Harlina binti Mustapha masuk ke dalam kandang
saksi. jurubahasa mengambil kad pengenalan saksi dan serahkan
kepada Hakim. saksi mengangkat sumpahdengan dipandu oleh
jurubahasa)
Hakim : teruskan pendakwa.
PP : Doktor Harlina, boleh beritahu kepada Mahkamah kelayakan dan
kepakaran kamu?
SP 4 : Puan Hakim, saya mengikuti pengajian peringkat matrikulasi di UIA
Kuantan dalam bidang perubatan, kemudian saya menyambung
Ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, selepas itu, saya
menyambung ke peringkat Master di University of Leeds, United
Kingdom dan seterusnya ke pringkat PHD di Yale University, UK.
Saya telah bekerja di Hospital Selayang di Unit Obstetrik dan
Gynaecology selama 10 tahun. Saya sering menghadiri kursus-
kursus yang dianjurkan oleh hospital samada di dalam atau luar
negara mengenai sakit puan. Saya juga kerap dijemput untuk
memberi ceramah berkaitan dengan sakit puan di seminar dalam
dan luar negara.
Saya pernah memberi keterangan di Mahkamah sebagai pegawai
perubatan lebih dari 30 kali.Setakat ini tiada masalah tentang
penerimaan keterangan saya di mahkamah.
PP : Boleh Doktor beritahu mahkamah tentang laporan polis Gombak
report 1111/2013?
SP 4 : Pada 2/1/1013 jam lebih kurang 9.00 pagi semaga sedang
bertugas di Hospital Selayang, saya telah menerima seorang
pesakit bernama Seri Mawar Baiduri yang dibawa oleh Insp
Farahin. Saya ditaklimatkan bahawa ini merupakan kes rogol dan
penama adalah mangsa. Saya meminta Insp Farahin tinggalkan
kami dan saya mula membuat pemeriksaaan.
Saya diberitahu oleh mangsa bahawa beliau telah dirogol oleh
seorang lelaki dikenali sebagai bomoh semasa mengubatinya. Dia
tidak menolak semasa dirogol sebab ‘bomoh’ memberitahunya itu
adalah sebahagian dari proses perubatan dan kalau dia menolak
‘hantu’ itu akan menyakitinya.
PP : Selepas itu, apa yang doctor lakukan seterusnya?
SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin
11
SP4 : Saya mula melakukan pemeriksaan ke atas kemaluan mangsa.
Saya dapati ada kesan kemerah-merahan dan pemeriksaan di
dalam “hymen” dapati ada kesan koyakan pada pukul 8 dan 9.
PP : Bagaimana reaksi mangsa sepanjang pemeriksaan?
SP 4 : Dia boleh bercerita dengan baik. Saya faham apa yang beliau
ceritakan. Apa yang penting cerita bahawa beliau dirogol konsisten
dengan kecederaan pada “hymen” yang dialaminya.
PP : Adakah sebarang laporan yang doctor sediakan dan adakah ini
laporan perubatan tersebut?
SP 4 : Ada Puan Hakim. Ya benar. Inilah laporan yang saya sediakan.
PP : Mohon ditandakan sebagai P3 Puan Hakim.
P/Bela : Bantahan Puan Hakim.. Seksyen 399 KPJ membolehkan laporan
yang disediakan oleh pakar ditender di Mahkamah. Melainkan ada
bantahan dari tertuduh atau atas kehendak pendakwa sendiri,
pembuat laporan laporan perlu dipanggil memberi keterangan.
Memandangkan, doktor telah dipanggil untuk memberi keterangan
secara lisan, maka laporan perubatan ini tidak boleh dikemukan
sebagai ekshibit kerana ia akan menjadi ‘ 2 set of evidence’. Jadi
peguambela memohon agar laporan ini tidak diterima sebagai
ekshibit memandangkan doktor telah dipanggil untuk memberi
keterangan secara lisan.
PP : Puan Hakim, sememangnya seksyen 399 memperuntukkan
procedur bagaimana laporan pakar boleh diterima sebagai
keterangan dan dalam keadaan mana pakar itu sendiri perlu hadir
untuk pemeriksaan balas. Tapi seksyen ini tidak menghalang untuk
mengemukakan laporan sebagai ekshibit apabila pembuat laporan
turut dipanggil untuk memberi keterangan lisan.
Hakim : Bantahan diterima. Laporan tidak perlu dikemukakan sebagai
ekshibit memandangkan keterangan lisan SP 4 telah direkodkan.
Teruskan soalan lain PP.
PP : Puan Hakim, saya memohon untuk memanggil, SP 2, SP 3 dan
Insp farahin untuk dicamkan oleh saksi.
Boleh kamu camkan siapa yang hadir di Mahkamah ini?
SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin
12
SP 4 : Boleh Puan Hakim… Yang pertama, adalah Insp Farahin yang
serah mangsa kepada saya untuk pemeriksaan…. yang kedua ibu
kepada mangsa Puan Puan Fatimah Hanum dan yang ketiga
adalah mangsa Seri Mawar Baiduri.
PP : Saksi-saksi dicamkan Puan Hakim
Hakim : Peguambela?
P/Bela : Doktor, setuju dengan cadangan saya bahawa dalam sehari lebih
dari 20 pesakit dirujuk kepada Doktor?
SP 4 : Benar, Puan Hakim
P/Bela : Setuju dengan cadangan saya, ada kemungkinan data-data pesakit
bercampur aduk?
SP 4 : Tidak setuju Puan Hakim… kerana setiap data pesakit diasingkan
dalam fail yang berbeza-beza. Tidak mungkin bercampur aduk.
P/Bela : Saya mencadangkan kepada kamu, bahawa ada banyak faktor
yang boleh menyebabkan koyakan kepada hymen? Apakah punca-
punca itu?
SP 4 : Setuju Puan Hakim… ada faktor lain yang boleh menyebabkan
koyakan kepada hymen… antaranya abila terlalu aktif atau terjatuh
dari tempat tinggi seperti jatuh dari belakang kuda dan sebagainya.
P/Bela : Saya cadangkan kepada kamu mangsa bukan dirogol tetapi
terjatuh atau sebab-sebab lain seperti kamu katakan tadi?
SP 4 : Tak setuju Puan Hakim. Mangsa memang dirogol. Kesan koyakan
pada hymen pada pesakit yang dirogol atau terjatuh adalah
berbeza.
P/bela : Tiada soalan lain Puan Hakim.
Hakim : Pendakwa, ada pemeriksaan semula?
PP : Ada Puan Hakim. Doktor, tadi mengatakan dalam satu hari ada
lebih kurang 20 kes doktor kendalikan. Adakah semuanya kes
rogol?
SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin
13
SP4 : Tidak. jumlah itu termasuk kes-kes lain. Pada 2/1/2013 hanya satu
kes rogol saya terima.
PP : Tiada soalan lain Puan Hakim, Mohon saksi dilepaskan.
Saya memohon izin untuk memanggil saksi kelima pendakwa Puan
Hakim iaitu Insp Farahin.
Hakim : Dibenarkan..
PP : Terima kasih Puan.
(Saksi Insp Farahin binti Yazid masuk ke dalam kandang saksi,
jurubahasa mengambil kad kuasa saksi dan serahkan kepada
Hakim,saksi mengangkat sumpah dengan dipandu oleh
jurubahasa)
Pn. Insp, pada tarikh 2/1/2013 di mana kamu bertugas ketika itu
dan sebagai apa?
SP 5 : Saya bertugas sebagai pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis
Daerah Gombak sebagai Pegawai bertugas 24 jam.
PP : Boleh kamu beritahu kepada mahkamah bersabit Gombak Report
1111/2013?
SP 5 : Boleh Puan Hakim. Pada tarikh 2/1/2013 jam lebih kurang 12.30
pagi saya telah dimaklumkan oleh anggota bertugas di Pejabat
Pertanyaan Balai Polis Gombak iaitu L/Kpl Daniel mengenai
laporan kes rogol yang dilaporkan oleh seorang perempuan Melayu
sebagaimana Gombak Report 1111/2013.
PP : Kemudian apa yang kamu lakukan?
SP 3 : Saya pergi ke pejabat pertanyaan dan dapati seorang perempuan
Melayu bersama seorang gadis iaitu anak perempuannya berada di
pejabat pertanyaan. Saya mengajak mereka ke pejabat saya untuk
merakam percakapan di bawah Section 112 Kanun Acara Jenayah.
Salinan report saya ambil dari L/Kpl Daniel. Daripada rakaman
percakapan, saya dapati mangsa Seri Mawar Baiduri telah dirogol
oleh saspek yang dikenali sebagai Bomoh Alang Adnan di rumah
tidak bernombor Lot 5678 Sungai Pusu ketika dibawa pergi berubat
secara tradisional oleh ibunya.
SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin
14
PP : Puan, saya mohon merujuk saksi kepada ekshibit P2. Adakah ini
laporan tersebut?
SP 5 : Benar Puan Hakim
PP : P2 dicamkan oleh saksi Puan. Bagaimana keadaan mangsa ketika
itu?
SP 5 : Mangsa dilihat agak sugul.. tetapi boleh bercerita setiap kali saya
ajukan soalan.
PP : Kemudian apa yang kamu lakukan?
SP 2 : Saya membuat temujanji dengan Dr Harlina untuk membuat
pemeriksaan ke atas mangsa dan saya di arahkan untuk membawa
mangsa ke Hospital Selayang pada 2/1/2013 jam lebih kurang 9.00
pagi. Selepas itu, saya meminta mangsa menyerahkan baju yang
dipakai semasa kejadian rogol itu dan saya jadikan sebagai
ekshibit. Selepas itu, saya mengarahkan mangsa dan ibunya balik
ke rumah dahulu untuk berehat dan datang semula keesokannya
untuk dibawa ke Hospital Selayang.
PP : Adakah ini baju yang kamu maksudkan? (sambil merujuk kepada
ID 3)
SP 5 : Benar Puan Hakim, inilah baju yang saya ambil dari mangsa.
PP : ID 3 dicam Puan. Mohon ditandakan sebagai ekshibit P3.
Kemudian apa yang kamu lakukan?
SP 3 : Keesokannya, saya membawa mangsa berjumpa Dr Harlina untuk
pemeriksaan. Saya taklimat serba sedikit mengenai kes dan
menunggu di luar bilik pemeriksaan. Selesai pemeriksaan, Dr
Harlina memanggil saya dan memberitahu ada kesan koyakan baru
pada hymen mangsa mengesahkan mangsa telah dirogol. Saya
memohon supaya laporan lengkap pemeriksaan diserahkan
kepada saya untuk simpanan fail dan balik ke pejabat. Mangsa
ditahan diwad untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
PP : Tadi kamu beritahu bahawa kejadian di Lot 5678 Sungai Pusu?
Ada siasatan?
SP 5 : Ada Puan. Pada tarikh 2/1/2013 jam lebih kurang 11.15 pagi, saya
bersama L/Kpl 123456 telah pergi ke rumah tidak bernombor Lot
5678, Sungai Pusu, Gombak untuk siasatan bersabit Gombak
SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin
15
Report 1111/2013. Saya dapati rumah merupakan jenis separuh
batu mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, satu ruang tamu. Rumah
dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air. Dari percakapan yang
dirakam dari penduduk, OKT Alang Adnan merupakan pengamal
perubatan tradisional atau bomoh dan sering dikunjungi oleh
penduduk kampung untuk mendapat khidmatnya. OKT tinggal
bersama isterinya bernama Kalthom bin Ahmad. Mereka tidak
mempunyai anak. Saya lakarkan rajah kasar tempat kejadian dan
arahkan jurugambar rakamkan gambar-gambar.
PP : Adakah ini gambar rumah (sambil merujuk saksi kepada P1 a-c)
dan adakah ini rajahkasar yang kamu maksudkan?
SP 5 : Benar Puan.
PP : P1 dicamkan. Dan saya mohon untuk menandakan rajah kasar
sebagai eskhibit P4 dan kunci kepada rajahkasar sebagai P5K.
Ada sebarang tangkapan dilakukan?
SP 5 : Ada Puan… pada tarikh yang sama jam lebih kurang 1.30 pagi,
saya nengetuai sepasukan anngota polis dari cawangan
pencegahan Jenayah IPD Gombak telah pergi ke alamat rumah
tidak bernombor, Lot 5678 Sungai Pusu dan membuat tangkapan
terhadap seorang lelaki Melayu bernama Alang Adnan bin Megat
Dewa. Laporan polis dibuat sebagaimana Gombak Report
2222/2013.
PP : OKT ada di mahkamah pada hari ini?
SP 5 : Ada Puan.. di dalam kandang tertuduh.
PP : OKT dicamkan Puan Hakim. Adakah ini laporan tangkapan yang
kamu maksudkan? (sambil merujuk saksi kepada laporan polis)
SP 5 : Benar Puan
PP : Puan Hakim, mohon laporan polis Gombak report 2222/2013 ini
ditandakan sebagai ekshibit P5.
Saya memohon untuk memanggil SP 1, SP 2, SP3 dan SP4 untuk
dicamkan.. Insp, boleh kamu beritahu kepada Mahkamah siapa
yang hadir?
SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin
16
SP 5 : Yang paling kanan, L/Kpl 123456, yang kedua mangsa Seri Mawar
Baiduri, yang ketiga ibu kepada mangsa Fatimah Hanum dan
yang terakhir Dr Harlina.
PP : Kesemua SP hingga SP4 dicam oleh saksi Puan Hakim. Adakah
siasatan lain dilakukan?
SP 5 : Saya ada mendapatkan laporan perubatan mangsa yang
disediakan oleh Dr Harlina. Selesai siasatan, saya merujuk kertas
siasatan ke Pejabat Ketua Unit Perundangan Selangor untuk
arahan menuduh OKT di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Itu sahaja siasatan saya.
PP : Saya tiada soalan lain Puan Hakim
Hakim : Peguambela..teruskan dengan pemeriksaan balas.
P/Bela : Terima kasih Puan, dengan izin.
Insp, semasa kamu rakam percakapan mangsa, di mana ibu
beliau?
SP 5 : Ibu beliau berada dil uar pejabat saya.
P/Bela : Setuju dengan cadangan saya bahawa ibu mangsa yang mengajar
mangsa sewaktu bercakap dengan kamu?
SP5 : Tidak setuju.. sebab ibunya berada di luar.. hanya mangsa dan
saya di dalam bilik.
P/Bela : bagaimana kamu membuat kesimpulan bahawa OKT seorang
bomoh?
SP 5 : Puan Hakim, saya ada menemubual beberapa penduduk kampung
sewaktu membuat siasatan di tempat kejadian. Majoriti penduduk
memanggil OKT sebagai bomoh sebab mereka berjumpa OKT
untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.
P/Bela : Setuju dengan cadangan saya bahawa mangsa tidak dirogol tetapi
terjatuh yang menyebabkan kecederaan dikemaluannya..
SP 5 : Tidak setuju Puan Hakim. Tiada keterangan sepanjang siasatan
saya yang merujuk bahawa mangsa telah terjatuh. Hanya
SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin
17
keterangan bahawa mangsa telah dirogol oleh OKT. Jadi itulah
punca kecederaan mangsa bukan sebab lain.
P/Bela : Tiada soalan lain Puan Hakim
Pihak pendakwa tidak mempunyai saksi lain yang akan dipanggil
untuk memberi keterangan. Saksi- saksi berikut ditawarkan kepada
peguambela sekiranya pembelaan dipanggil.
i) Bapa mangsa (nama)
ii) Kalthom bin Ahmad (isteri OKT)
iii) Mansor bin Abdullah (penduduk kampung/jiran OKT)
iv) L/Kpl Daniel (terima report)
Pendakwa bersedia untuk berhujah.
Hakim : Peguambela bersedia untuk berhujah?
P/Bela : Puan Hakim, sekiranya pembelaan dipanggil, pihak kami mungkin
akan memanggil Pn Kalthom binti Ahmad dan kami juga bersedia
untuk hujahan.
Pelakon Watak
Tok Bomoh Muhammad Qaiyyum
Seri Mawar Aziah Aziz
Fatimah Hanum Salsabiila Sofian
Dr.Harlina Atiqah Roslan
Insp. Farahin Inn Yazid
PP Masni
Liyana Azmin
P/Bela Kak Amoi
Huda
Hakim June Kasbolah
Abdullah Hakim Shahir
Polis Mahkamah Muaz Zafar
Kalthom bin Ahmad (isteri OKT) Sara sabri
SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin
18
HUJAHAN PIHAK PEMBELA
Puan Hakim,
The Prosecution has failed to prove beyond reasonable doubt that the accused had
committed the alleged act under s.376 of the Penal Code. There are various elements
that must be proven for the accused to be convicted under the said section.
Firstly, the Prosecution has failed to prove that the act of rape was against the will of the
victim. The victim, Seri Mansur Baiduri bt Idris had said that she went to see the
accused to get treated and did not make any attempts to refuse him when he treated
her.
The victim is 23 years old, thus she has clearly reached the age of majority and is
capable of protecting herself. The third prosecution witness, which was the victim’s
mother, had said herself that the victim is smart and is capable of making decisions for
herself. Thus, the victim is also capable of making decisions when it comes to sexual
relations. No yelling or any sign of struggling was heard from the outside and her
mother had not suspected anything when she was in the room with the accused.
Besides that Puan Hakim,
The Prosecution has failed to prove the essential fact that the act of rape was
committed by the accused himself. Based on the testimony of the fourth prosecution
witness, no test was conducted to determine whether there was any semen in the
vagina of the victim. Furthermore, the fourth prosecution witness had only state that the
hymen of the victim had been penetrated but since there was no report on the existence
of semen which belongs to the accused, this leaves doubt as to whether this penetration
was caused by the accused. There is no conclusive proof as to how the victim’s hymen
was penetrated and by whom.
The mother of Seri Mansur Baiduri made a police report at 12.30 in the morning, nine
hours after the report; she brought Seri Mansur to the hospital to make medical check-
up. The alleged act could have happened within that 9 hours by somebody else other
than the accused.
Due to this Puan Hakim, there is no substantial basis by the prosecution to prove that
the accused had committed the offence of rape.
In a Putrajaya Court of Appeal case cited as Azilah bin Hadri & Anor v Pendakwa Raya
& Anor [2013] MLJU 802, the court had decided that circumstantial evidence are
insufficient and not strong enough to sustain the finding of guilty of the accused. Since
the guilt of the appellants had not been satisfactorily proved, the court had to give the
benefit of the doubt to the accused.
SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin
19
Puan Hakim, this case has a binding effect towards this court. Since the evidence relied
upon by the prosecution had not been fully and cogently established, what more with
the chain of evidence which is not complete, we seek the court’s permission to acquit
and discharge the accused from the charge.
.

More Related Content

What's hot

Akta keterangan 1950 / Evidence Act
Akta keterangan 1950 / Evidence ActAkta keterangan 1950 / Evidence Act
Akta keterangan 1950 / Evidence ActFAROUQ
 
Bahagian xvii (rayuan)
Bahagian xvii (rayuan)Bahagian xvii (rayuan)
Bahagian xvii (rayuan)Snj SNj
 
Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)
Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)
Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)Azman Hj. Ayup
 
Peranan & Etika Peguam Syarie
Peranan & Etika Peguam SyariePeranan & Etika Peguam Syarie
Peranan & Etika Peguam Syariemusa_awang
 
Kanun Keseksaan(Akta 574)
Kanun Keseksaan(Akta 574)Kanun Keseksaan(Akta 574)
Kanun Keseksaan(Akta 574)NaimAlmashoori
 
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariahFadzli Ismail
 
Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii
Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan iiUndang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii
Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan iiNaimAlmashoori
 
335435992 apa-itu-jenayah
335435992 apa-itu-jenayah335435992 apa-itu-jenayah
335435992 apa-itu-jenayahMatyo Samm
 
Arrest, Summon and Warrants under Malaysian CPC (2017-2018)
Arrest, Summon and Warrants under Malaysian CPC (2017-2018)Arrest, Summon and Warrants under Malaysian CPC (2017-2018)
Arrest, Summon and Warrants under Malaysian CPC (2017-2018)Intan Muhammad
 
Pliding utk proses penguatkuasaan perintah
Pliding utk proses penguatkuasaan perintahPliding utk proses penguatkuasaan perintah
Pliding utk proses penguatkuasaan perintahmusa_awang
 
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...surrenderyourthrone
 
Persediaan sebelum perbicaraan
Persediaan sebelum perbicaraanPersediaan sebelum perbicaraan
Persediaan sebelum perbicaraanhafizuddinhussin
 
Bail under CPC Malaysia (2017/2018)
Bail under CPC Malaysia (2017/2018)Bail under CPC Malaysia (2017/2018)
Bail under CPC Malaysia (2017/2018)Intan Muhammad
 
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...surrenderyourthrone
 
Article 5 rights under article 5 (3) (4)
Article 5   rights under article 5 (3) (4)Article 5   rights under article 5 (3) (4)
Article 5 rights under article 5 (3) (4)Hafizul Mukhlis
 
Case Normala samsudin v Keluarga Communication
Case Normala samsudin v Keluarga CommunicationCase Normala samsudin v Keluarga Communication
Case Normala samsudin v Keluarga CommunicationSnj SNj
 

What's hot (20)

Akta keterangan 1950 / Evidence Act
Akta keterangan 1950 / Evidence ActAkta keterangan 1950 / Evidence Act
Akta keterangan 1950 / Evidence Act
 
Bahagian xvii (rayuan)
Bahagian xvii (rayuan)Bahagian xvii (rayuan)
Bahagian xvii (rayuan)
 
Faraq Dalam Perkahwinan
Faraq Dalam PerkahwinanFaraq Dalam Perkahwinan
Faraq Dalam Perkahwinan
 
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIANBEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
 
Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)
Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)
Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)
 
Penyampaian ganti & kendiri
Penyampaian ganti & kendiri Penyampaian ganti & kendiri
Penyampaian ganti & kendiri
 
Peranan & Etika Peguam Syarie
Peranan & Etika Peguam SyariePeranan & Etika Peguam Syarie
Peranan & Etika Peguam Syarie
 
Kanun Keseksaan(Akta 574)
Kanun Keseksaan(Akta 574)Kanun Keseksaan(Akta 574)
Kanun Keseksaan(Akta 574)
 
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
 
Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii
Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan iiUndang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii
Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii
 
335435992 apa-itu-jenayah
335435992 apa-itu-jenayah335435992 apa-itu-jenayah
335435992 apa-itu-jenayah
 
Arrest, Summon and Warrants under Malaysian CPC (2017-2018)
Arrest, Summon and Warrants under Malaysian CPC (2017-2018)Arrest, Summon and Warrants under Malaysian CPC (2017-2018)
Arrest, Summon and Warrants under Malaysian CPC (2017-2018)
 
Pliding utk proses penguatkuasaan perintah
Pliding utk proses penguatkuasaan perintahPliding utk proses penguatkuasaan perintah
Pliding utk proses penguatkuasaan perintah
 
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
 
Persediaan sebelum perbicaraan
Persediaan sebelum perbicaraanPersediaan sebelum perbicaraan
Persediaan sebelum perbicaraan
 
Bail under CPC Malaysia (2017/2018)
Bail under CPC Malaysia (2017/2018)Bail under CPC Malaysia (2017/2018)
Bail under CPC Malaysia (2017/2018)
 
Tort - Remedi
Tort - RemediTort - Remedi
Tort - Remedi
 
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
 
Article 5 rights under article 5 (3) (4)
Article 5   rights under article 5 (3) (4)Article 5   rights under article 5 (3) (4)
Article 5 rights under article 5 (3) (4)
 
Case Normala samsudin v Keluarga Communication
Case Normala samsudin v Keluarga CommunicationCase Normala samsudin v Keluarga Communication
Case Normala samsudin v Keluarga Communication
 

More from sezakiza

Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 3 (Makanan Jawa)
Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 3 (Makanan Jawa)Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 3 (Makanan Jawa)
Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 3 (Makanan Jawa)sezakiza
 
Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 2 (Rutin Harian)
Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 2 (Rutin Harian)Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 2 (Rutin Harian)
Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 2 (Rutin Harian)sezakiza
 
Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 1 (Bahagian Anggota Badan)
Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 1 (Bahagian Anggota Badan)Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 1 (Bahagian Anggota Badan)
Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 1 (Bahagian Anggota Badan)sezakiza
 
Wangmeizhike
WangmeizhikeWangmeizhike
Wangmeizhikesezakiza
 
2018 夏語文競賽: 聲調排排樂!MC Script 2
2018 夏語文競賽: 聲調排排樂!MC Script 22018 夏語文競賽: 聲調排排樂!MC Script 2
2018 夏語文競賽: 聲調排排樂!MC Script 2sezakiza
 
2018 夏語文競賽: 聲調排排樂!MC Script 1
2018 夏語文競賽: 聲調排排樂!MC Script 12018 夏語文競賽: 聲調排排樂!MC Script 1
2018 夏語文競賽: 聲調排排樂!MC Script 1sezakiza
 
你覺得哪一位才是真正大老闆?
你覺得哪一位才是真正大老闆?你覺得哪一位才是真正大老闆?
你覺得哪一位才是真正大老闆?sezakiza
 
整型的好與壞
整型的好與壞整型的好與壞
整型的好與壞sezakiza
 
政治人物: Mahathir Mohamad
政治人物: Mahathir Mohamad政治人物: Mahathir Mohamad
政治人物: Mahathir Mohamadsezakiza
 
Movie Review: Tenggelamnya Kapal van der Wijck
Movie Review: Tenggelamnya Kapal van der Wijck Movie Review: Tenggelamnya Kapal van der Wijck
Movie Review: Tenggelamnya Kapal van der Wijck sezakiza
 
"In cold weather with warm hearted Canadians”
"In cold weather with warm hearted Canadians” "In cold weather with warm hearted Canadians”
"In cold weather with warm hearted Canadians” sezakiza
 
REPORT ON JAPAN HOMESTAY BATCH 27 (2)
REPORT ON JAPAN HOMESTAY BATCH 27 (2)REPORT ON JAPAN HOMESTAY BATCH 27 (2)
REPORT ON JAPAN HOMESTAY BATCH 27 (2)sezakiza
 
REPORT ON JAPAN HOMESTAY BATCH 27
REPORT ON JAPAN HOMESTAY BATCH 27 REPORT ON JAPAN HOMESTAY BATCH 27
REPORT ON JAPAN HOMESTAY BATCH 27 sezakiza
 
Student Exchange Programme 2012 - Islamic Institute of Toronto (IIT) & Intern...
Student Exchange Programme 2012 - Islamic Institute of Toronto (IIT) & Intern...Student Exchange Programme 2012 - Islamic Institute of Toronto (IIT) & Intern...
Student Exchange Programme 2012 - Islamic Institute of Toronto (IIT) & Intern...sezakiza
 

More from sezakiza (20)

Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 3 (Makanan Jawa)
Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 3 (Makanan Jawa)Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 3 (Makanan Jawa)
Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 3 (Makanan Jawa)
 
Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 2 (Rutin Harian)
Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 2 (Rutin Harian)Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 2 (Rutin Harian)
Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 2 (Rutin Harian)
 
Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 1 (Bahagian Anggota Badan)
Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 1 (Bahagian Anggota Badan)Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 1 (Bahagian Anggota Badan)
Yok Belajar Ngomong Jowo Karo Bonda Anom 1 (Bahagian Anggota Badan)
 
Shengjiang
ShengjiangShengjiang
Shengjiang
 
MC singing
MC singingMC singing
MC singing
 
Wangmeizhike
WangmeizhikeWangmeizhike
Wangmeizhike
 
Ketam Batu
Ketam BatuKetam Batu
Ketam Batu
 
2018 夏語文競賽: 聲調排排樂!MC Script 2
2018 夏語文競賽: 聲調排排樂!MC Script 22018 夏語文競賽: 聲調排排樂!MC Script 2
2018 夏語文競賽: 聲調排排樂!MC Script 2
 
2018 夏語文競賽: 聲調排排樂!MC Script 1
2018 夏語文競賽: 聲調排排樂!MC Script 12018 夏語文競賽: 聲調排排樂!MC Script 1
2018 夏語文競賽: 聲調排排樂!MC Script 1
 
你覺得哪一位才是真正大老闆?
你覺得哪一位才是真正大老闆?你覺得哪一位才是真正大老闆?
你覺得哪一位才是真正大老闆?
 
整型的好與壞
整型的好與壞整型的好與壞
整型的好與壞
 
政治人物: Mahathir Mohamad
政治人物: Mahathir Mohamad政治人物: Mahathir Mohamad
政治人物: Mahathir Mohamad
 
Art
ArtArt
Art
 
Tanggang
TanggangTanggang
Tanggang
 
Chef Wan
Chef WanChef Wan
Chef Wan
 
Movie Review: Tenggelamnya Kapal van der Wijck
Movie Review: Tenggelamnya Kapal van der Wijck Movie Review: Tenggelamnya Kapal van der Wijck
Movie Review: Tenggelamnya Kapal van der Wijck
 
"In cold weather with warm hearted Canadians”
"In cold weather with warm hearted Canadians” "In cold weather with warm hearted Canadians”
"In cold weather with warm hearted Canadians”
 
REPORT ON JAPAN HOMESTAY BATCH 27 (2)
REPORT ON JAPAN HOMESTAY BATCH 27 (2)REPORT ON JAPAN HOMESTAY BATCH 27 (2)
REPORT ON JAPAN HOMESTAY BATCH 27 (2)
 
REPORT ON JAPAN HOMESTAY BATCH 27
REPORT ON JAPAN HOMESTAY BATCH 27 REPORT ON JAPAN HOMESTAY BATCH 27
REPORT ON JAPAN HOMESTAY BATCH 27
 
Student Exchange Programme 2012 - Islamic Institute of Toronto (IIT) & Intern...
Student Exchange Programme 2012 - Islamic Institute of Toronto (IIT) & Intern...Student Exchange Programme 2012 - Islamic Institute of Toronto (IIT) & Intern...
Student Exchange Programme 2012 - Islamic Institute of Toronto (IIT) & Intern...
 

Recently uploaded

Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 

Recently uploaded (20)

Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 

Skrip Perbicaraan Olok-Olok 3

  • 1. SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin 1 Bahawa kamu Alang Adnan bin Megat Dewa (No.K/P 600000-X0-XOXO) pada 1/1/2013 antara jam 8.30 malam hingga 9.30 malam, bertempat di sebuah rumah tidak bernombor di Lot 1234, Sungai Pusu, di dalam daerah Gombak, di dalam Negeri Selangor, telah didapati merogol penama Seri Mawar Baiduri binti Idris (No.K/P 900909-XO-XOXO) yang berumur 23 tahun, oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Pendakwa : Mohon izin untuk memanggil saksi pertama pihak pendakwa iaitu L/Kpl 123456 Abdullah Hakim bin Mohyiddeen. Hakim : Dibenarkan. Teruskan. (L/Kpl 123456 masuk ke dalam kandang saksi. Jurubahasa mengambil kad kuasa saksi dan serahkan kepada Hakim. Saksi mengangkat sumpah) Pendakwa : Pada 2/1/2013, di mana kamu bertugas ketika itu dan sebagai apa? SP 1 : Saya bertugas sebagai jurugambar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak sebagai jurugambar bertugas 24 jam. PP 1 : Boleh kamu beritahu kepada mahkamah apa yang kamu lakukan padan tarikh tersebut? SP 1 : Pada tarikh 2/1/2013 jam lebih kurang 10.15 pagi, saya bersama pegawai penyiasat Insp Farahin telah pergi ke rumah tidak bernombor Lot 5678, Sungai Pusu, Gombak untuk siasatan bersabit Gombak Report 1111/2013. PP : (panggil Insp Farahin). Adakah ini Insp Farahin yang kamu maksudkan? SP 1 : Benar Puan Hakim PP : Saksi dicamkan oleh SP 1, puan. Hkim : (Mengangguk). Saksi dilepaskan sementara. PP : Apabila sampai di premis tersebut, apa yang kamu lakukan? SP 1 : Saya telah diarahkan untuk ambil gambar tempat kejadian.
  • 2. SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin 2 PP : Adakah ini gambar –gambar yang kamu rakamkan di lokasi tersebut? SP 1 : Benar Puan Hakim. PP : Puan Hakim, saya mohon untuk 3 keping gambar ini ditandakan sebagai Ekshibit P1 (A hingga C.Saya tiada soalan lain Puan. JB : (Ambil gambar dari PP, ditandakan dan diserahkan kepada Hakim) Hakim : Peguambela, ada pemeriksaan balas? PB : Tiada Puan Hakim : Saksi SP dilepaskan. PP : Mohon izin untuk memanggil saksi kedua pihak pendakwa Seri Mawar Baiduri binti Idris iaitu mangsa, Puan Hakim. Hakim : (Mengangguk). Teruskan (Saksi mangsa Seri Mawar Baiduri binti Idris masuk ke dalam kandang saksi. Jurubahasa mengambil kad pengenalan saksi dan diserahkan kepada Hakim. Saksi mengangkat sumpah dengan dipandu oleh jurubahasa sambil senyum-senyum) PP : Puan Hakim, memandangkan saksi merupakan mangsa di dalam kes ini dan sudah pasti keterangannya perlu dirahsiakan dari pendengaran umum.Saya mohon agar kes ini dijalankan secara “in camera”.Section 101 Akta Mahkamah Rendah memperuntukkan ‘Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar prosiding secara keseluruhannya atau sebahagiannya secara “in camera” untuk kepentingan keadilan. Keselamatan umum atau sebab lain yang difikirkan munasabah’ Hakim : Dibenarkan. PP : Seri Mawar Baiduri binti Idris, Kamu bersedia untuk bercakap? SP 2 : (Melihat PP. Menganggguk-angguk dan kembali main anak patung) PP : Kamu tau sebab apa kamu datang mahkamah pada hari ini? SP 2 : Tahu.
  • 3. SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin 3 PP : Sebab apa ya? Boleh beritahu kepada Puan Hakim? SP 2 : Tu…orang tu… (sambil tunjuk ke arah OKT di kandang tertuduh).. dia buat kat kita…. PP : Orang tu buat apa kat Seri Mawar? SP 2 : Dia panjat kita… pastu dia rogol…dia jahat… (saksi agak sebak ketika ini). PP : Kamu tahu apa tu ‘rogol’? Apa yang kamu faham tentang istilah ‘rogol’? SP 2 : Tahu,…. Dia masukkan dia punya kat kita punya… sakit…. Dia jahat… kita nangis…. PP : Masa tu dekat mana? SP 2 : kat rumah dia (tunjuk okt)… mak bawa Mawar pergi jumpa dia berubat… dia bomoh kat kampung… Masa dia ubat… (sebab dia cakap dia nak mula ubat).. dia suruh mak duduk luar… Dia bawak Mawar masuk dalam bilik…. Lepas tu dia bukak kain… dia kata nak ubat… lepas tu dia rogol..dia cakap rogol tu untuk ubat Mawar jadi bijak balik…. semasa tu ‘bomoh’ ada cakap itu untuk ubat Mawar dan kalau Mawar menolak, ‘hantu’ itu akan sakitkan Mawar. PP : Jadi maksudnya hanya kamu dan OKT sahaja berada dalam bilik itu masa kejadian? SP 2 : Betul.. (angguk-angguk) PP : Lepas tu apa yang berlaku? SP 2 : Dia suruh pakai kain… lepas tu sambung bakar apa ntah… berasap-asap bilik tu… lepas tu dia potong limau dan panggil mak masuk dalam bilik. Dia cakap “hantu “ dalam badan saya degil susah nak keluar… lain kali kena datang lagi… lepas tu mak bayar dia duit… kami balik rumah. PP : (merujuk saksi kepada ekshibit P1)..Adakah ini bilik yang kamu maksudkan? SP 2 : Betul..betul..betul.. PP : Apa kamu rasa selepas kejadian itu?
  • 4. SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin 4 SP 2 : Rasa sakit… kalau nak kencing lagi sakit… Emak tanya kenapa boleh sakit? Mawar bagitau emak… lepas bgtau apa orang tu buat kat kita. PP : Jadi kamu bagitau emak kamu yang kamu dirogol OKT? Bila tu? SP 2 : Ya saya bagitau emak. Bila sampai rumah lepas balik dari rumah orang tu. PP : Puan Hakim, SP 2 sentiasa menuding ke arah OKT sebagai (orang itu). Saya mohon agar pengecaman mangsa ke atas OKT direkodkan. (Hakim mengangguk dan menulis) PP kemudian memanggil ibu SP 2 iaitu Puan Fatimah Hanum Masuk ke dalam mahkamah) adakah ini ibu kamu? SP 2 : Haah… emak kita.. PP : Saksi dicamkan Puan Hakim. Selepas beritahu emak apa yang berlaku? SP2 : Emak bawak pegi klinik, lepas tu pergi balai, mak kata nak buat report sebab emak marah. PP : Kamu yang buat report atau emak kamu? SP 2 : Emak. sebab kita tak tau buat report tapi polis tu baca report kita dengar. Betul semua dalam report tu PP : Adakah ini laporan polis yang emak kamu buat? (jurubahasa ambil report dari PP dan dibacakan kepada SP 2. SP 2 mengangguk setuju) Puan Hakim, Saya mohon agar Laporan polis Gombak report 1111/2013 ini ditandakan sebagai ekshibit ID 2. (jurubahasa ambil dan ditandakan, kemudian serah kepada Hakim) Selepas kamu dan emak buat report pegi ke mana? SP 2 : Jumpa polis perempuan, lepas tu dia bawak pergi hospital Selayang. Doktor perempuan check saya kat hospital PP : Kamu ingat atau cam mereka?
  • 5. SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin 5 SP 2 : Tak pasti kot.. (sambil geleng kepala) PP : Puan Hakim, saya tiada soalan lain. Hakim : Peguambela? P/Bela : Saya mohon izin untuk memulakan pemeriksaan balas Puan Hakim. Hakim : Teruskan P/Bela : Seri Mawar Baiduri binti Idris, kamu berumur 23 tahun kan? SP 2 : Betul. P/Bela : Setuju dengan cadangan saya bahawa kamu tak bergaul dengan rakan-rakan seusia kamu tapi dengan kanak-kanak berumur 10-12 tahun? PP : Bantahan Puan Hakim. soalan ini boleh menganggu kestabilan emosi SP 2 P/Bela : Puan Hakim, soalan ini perlu untuk mencabar samaada saksi ini ada saksi yang boleh dipercayai atau tidak. Kami berhujah, tahap pemikiran saksi boleh diragukan dan apabila ini berlaku, seluruh keterangannya di Mahkamah juga boleh diragui kebenarannya. Hakim : Bantahan ditolak..tetapi bukan bermaksud mahkamah ini meragui kredibiliti SP 2.. tidak pada peringkat ini…teruskan peguambela. P/Bela : Seri Mawar Baiduri binti Idris, soalan saya, kamu sering bergaul dengan kanak-kanak berumur 10-12 tahun..betul? SP 2 : Betul.. P/Bela : Saya cadangkan segala keterangan kamu di Mahkamah ini adalah imaginasi kamu sahaja? SP 2 : Tak… (sambil geleng).. memang dia (tunjuk OKT) buat kita.. P/Bela : Setuju dengan cadangan saya bahawa kamu tak buat report tapi ibu kamu? SP 2 : Betul..
  • 6. SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin 6 P/Bela : Setuju dengan cadangan saya bahawa ibu kamu yang berlebih- lebihan untuk panjangkan kes ini.. Sebab itu cuma ibu kamu yang buat report tapi kamu tidak.. SP 2 : Tak… mak buat report sebab kita tak tau… tapi apa yang mak cakap dengan polis macam apa yang kita cakap dengan emak…. P/Bela : Setuju dengan cadangan saya bahawa hanya mengubati kamu sahaja tetapi TIDAK merogol kamu? SP 2 : Bohong, (nada agak keras) dia (tuding OKT) rogol saya, dia jahat. P/Bela : Tiada soalan lain untuk pemeriksaan balas Puan Hakim. Hakim : Saksi dilepaskan. Saksi seterusnya pendakwa.. PP : Saya memohon untuk memanggil saksi ketiga Puan Fatimah Hanum bin Dolah. (Saksi Puan Fatimah Hanum bin Dolah masuk ke dalam kandang saksi… jurubahasa mengambil kad pengenalan saksi dan serahkan kepada Hakim… saksi mengangkat sumpah dengan dipandu oleh jurubahasa) Puan, pada 1/1/2013, puan tinggal di mana dan dengan siapa? SP 3 : Saya tinggal di rumah nombor 1, Lot 5789, Sungai Pusu, Gombak. Saya tinggal bersama suami saya, Idris bin Abu dan dua orang anak saya Seri Mawar Baiduri berumur 23 tahun dan adiknya Cempaka Sari berumur 15 tahun. PP : Boleh buat beritahu kepada mahkamah tentang laporan polis yang puan buat? SP 3 : Pada malam 1/1/2013 jam lebih kurang 11.00 malam semasa saya berada di rumah, Mawar telah beritahu saya kemaluannya sakit bila nak buang air kecil. Saya bertanya kepadanya apa yang berlaku. Dia beritahu saya si tua tu tak guna tu (sambil tuding ke arah OKT) dah rogol dia. (saksi menahan geram) PP : Puan mempunyai pengetahuan tentang kejadian ini? SP 3 : Lepas saya tanya dia baru saya tahu. Saya bawak dia ke rumah OKT untuk berubat. Dia ni jenis yang mudah faham, Cuma
  • 7. SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin 7 perangainya agak keanak-anakan sikit. Kata orang bomoh tu (tunjuk OKT) boleh ubat sakit macam ni Saya bagitau Tok Alang, dia kata dia memang boleh ubat anak saya sebab anak saya ni dah ‘ketegur’ sebab anak saya pernah langgar rumah bunian. Saya percaya sebab dia memang bomoh di kampung kami. Selalu kalau orang ada masalah anak demam tak kebah pun bawah pergi jumpa dia jugak. PP : Apa yang berlaku di rumah OKT? SP 3 : Dia arahkan saya duduk ruang tamu rumah sambil borak-borak dengan isterinya nama panggilan Kalthom. Dia bawak anak saya ke bilik, dari tempat saya duduk tak nampak bilik tu di mana. Tapi dia yang cakap nak buat proses perubatan tu di bilik. Dia cuma suruh saya bawa limau nipis untuk ubat. Masa nak pergi ke bilik dia mintak saya hulur limau nipis ya ng saya bawak tu. PP : Selepas itu? SP 3 : Lebih kurang setengah jam, dia panggil saya masuk dalam bilik tu ditemani oleh Kalthom. Saya tengok dah berasap kemenyan dan dia tengah hiris limau nipis, anak saya duduk kat penjuru, keadaan dalam bilik tu agak samar-samar sebab cuma ada lampu mentol bulat tapi cukup terang untuk nampak semua yang ada dalam bilik tu. Anak saya diam aje, tak bercakap, tak macam selalu. selalu kepoh, tapi saya agak mungkin dia takut sebab kena ubat dengan bomoh tu. Lepas tu dia cakap benda yang menghuni dalam badan anak saya ni degil, liat nak keluar. Lepas tu dia pesan kena datang lagi ke rumah dia. Jadi kami balik la lepas tu. PP : Bila balik ke rumah apa berlaku? SP 3 : Anak saya merengek bila nak buang air kecil, saya tengok kemaluannya ada merah-merah, dia kata sakit sebab kena rogol dengan bomoh masa ubat. Saya tak puashati, terus bawak dia pegi klinik Gombak. Lepas tu saya pegi balai buat report. Lepas buat report Insp Farahin bawak anak saya ke hospital Selayang untuk check. PP : Puan, saya memohon untuk merujuk SP 3 kepada P1 (A-C) Adakah ini gambar rumah OKT dan bilik tempat berubat?
  • 8. SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin 8 SP 3 : Betul, Puan PP : Puan, mohon merujuk saksi kepada ID 2.. Adakah ini laporan polis yang kamu buat? SP 3 : Benar Puan (sambil memandang Hakim) PP : Puan Hakim, gambar P1 A-C dicam oleh saksi.. Mohon untuk mengemukan ekshibit ID 2 sebagai P2. Hakim : (mengangguk) – dibenarkan. PP : Tadi puan ada merujuk OKT sebagai bomoh, adakah dia berada di mahkamah ini? SP 3 : Ada. tu dia binatang tu.. (sambil tunjuk OKT dikandang tertuduh) Hakim : Puan, saya tahu puan marah, tapi puan perlu menghormati mahkamah dan tidak menggunakan bahasa-bahasa yang kesat. SP 3 : Maafkan saya Puan. PP : Saya mohon maaf atas sikap Puan Fatimah, Puan Hakim. Mohon direkodkan bahawa OKT dicamkan oleh saksi, Puan Hakim. Saya tiada soalan lain Puan Hakim. Hakim : Peguambela, teruskan dengan pemeriksaan balas P/Bela : Puan, setuju dengan cadangan saya bahawa puan tidak menghantar mangsa ke sekolah seperti kanak-kanak lain? SP 3 : Benar Yang Arif. P/Bela : Setuju dengan cadangan saya bahawa sebab puan tidak hantar adalah kerana tahap pemikirannya yang tidak sama dengan kanak- kanak lain? SP 3 : Benar Puan Hakim. P/Bela : Setuju dengan cadangan saya bahawa perangai mangsa agak keaanak-anakan? SP 3 : Benar, Puan.
  • 9. SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin 9 P/Bela : Setuju jika saya katakan bahawa disebabkan oleh tahap pemikirannya, dia sering berimaginasi? SP 3 : Tidak setuju Puan Hakim. P/Bela : Saya cadangkan juga dia tidak tahu bezakan sedih, marah, bohong atau benar, realiti, atau fantasi? SP 3 : Saya tidak setuju Puan Hakim. Saya kenal benar dengan anak saya, dia tak macam tu, dia tau bohong tu dosa. Dia boleh menangis, boleh suka, tak suka cakap benda-benda yang bukan- bukan. Dia memang tak macam orang lain tapi dia istimewa. P/Bela : Puan yang membuat laporan polis betul? SP 3 : Betul. Saya setuju. P/Bela : Setuju jika saya cadangkan bahawa puan buat laporan polis sebab puan tidak puashati dengan OKT? SP 3 : Betul. P/Bela : Puan tak puashati sebab ada masalah peribadi dengan OKT? SP 3 : Tidak, saya takde masalah peribadi dia. Saya tak puashati dia rogol anak saya. P/Bela : Tiada soalan lain Puan Hakim. Hakim : pendakwa, ada pemeriksaan semula? PP : Ada Puan Hakim… Puan, tadi puan setuju dengan cadangan peguambela bahawa mangsa tidak seperti remaja lain yang serusia dengannya iaitu 23 tahun.. Tapi bagaimana dengan tahap pengetahuannya Puan? SP 3 : Dia pergi sekolah pendidikan khas. Tapi dia bijak, dia tau apa yang baik apa yang buruk, dia tak pernah bohong, apa yang dia cerita tu betul apa yang jadi kat dia. Saya yakin tu. PP : Saya tiada soalan lain Puan Hakim. Mohon saksi SP 3 dilepaskan. Mohon untuk memanggil saksi ke empat. Doktor Harlina binti Mustapha.
  • 10. SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin 10 (Saksi Doktor Harlina binti Mustapha masuk ke dalam kandang saksi. jurubahasa mengambil kad pengenalan saksi dan serahkan kepada Hakim. saksi mengangkat sumpahdengan dipandu oleh jurubahasa) Hakim : teruskan pendakwa. PP : Doktor Harlina, boleh beritahu kepada Mahkamah kelayakan dan kepakaran kamu? SP 4 : Puan Hakim, saya mengikuti pengajian peringkat matrikulasi di UIA Kuantan dalam bidang perubatan, kemudian saya menyambung Ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, selepas itu, saya menyambung ke peringkat Master di University of Leeds, United Kingdom dan seterusnya ke pringkat PHD di Yale University, UK. Saya telah bekerja di Hospital Selayang di Unit Obstetrik dan Gynaecology selama 10 tahun. Saya sering menghadiri kursus- kursus yang dianjurkan oleh hospital samada di dalam atau luar negara mengenai sakit puan. Saya juga kerap dijemput untuk memberi ceramah berkaitan dengan sakit puan di seminar dalam dan luar negara. Saya pernah memberi keterangan di Mahkamah sebagai pegawai perubatan lebih dari 30 kali.Setakat ini tiada masalah tentang penerimaan keterangan saya di mahkamah. PP : Boleh Doktor beritahu mahkamah tentang laporan polis Gombak report 1111/2013? SP 4 : Pada 2/1/1013 jam lebih kurang 9.00 pagi semaga sedang bertugas di Hospital Selayang, saya telah menerima seorang pesakit bernama Seri Mawar Baiduri yang dibawa oleh Insp Farahin. Saya ditaklimatkan bahawa ini merupakan kes rogol dan penama adalah mangsa. Saya meminta Insp Farahin tinggalkan kami dan saya mula membuat pemeriksaaan. Saya diberitahu oleh mangsa bahawa beliau telah dirogol oleh seorang lelaki dikenali sebagai bomoh semasa mengubatinya. Dia tidak menolak semasa dirogol sebab ‘bomoh’ memberitahunya itu adalah sebahagian dari proses perubatan dan kalau dia menolak ‘hantu’ itu akan menyakitinya. PP : Selepas itu, apa yang doctor lakukan seterusnya?
  • 11. SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin 11 SP4 : Saya mula melakukan pemeriksaan ke atas kemaluan mangsa. Saya dapati ada kesan kemerah-merahan dan pemeriksaan di dalam “hymen” dapati ada kesan koyakan pada pukul 8 dan 9. PP : Bagaimana reaksi mangsa sepanjang pemeriksaan? SP 4 : Dia boleh bercerita dengan baik. Saya faham apa yang beliau ceritakan. Apa yang penting cerita bahawa beliau dirogol konsisten dengan kecederaan pada “hymen” yang dialaminya. PP : Adakah sebarang laporan yang doctor sediakan dan adakah ini laporan perubatan tersebut? SP 4 : Ada Puan Hakim. Ya benar. Inilah laporan yang saya sediakan. PP : Mohon ditandakan sebagai P3 Puan Hakim. P/Bela : Bantahan Puan Hakim.. Seksyen 399 KPJ membolehkan laporan yang disediakan oleh pakar ditender di Mahkamah. Melainkan ada bantahan dari tertuduh atau atas kehendak pendakwa sendiri, pembuat laporan laporan perlu dipanggil memberi keterangan. Memandangkan, doktor telah dipanggil untuk memberi keterangan secara lisan, maka laporan perubatan ini tidak boleh dikemukan sebagai ekshibit kerana ia akan menjadi ‘ 2 set of evidence’. Jadi peguambela memohon agar laporan ini tidak diterima sebagai ekshibit memandangkan doktor telah dipanggil untuk memberi keterangan secara lisan. PP : Puan Hakim, sememangnya seksyen 399 memperuntukkan procedur bagaimana laporan pakar boleh diterima sebagai keterangan dan dalam keadaan mana pakar itu sendiri perlu hadir untuk pemeriksaan balas. Tapi seksyen ini tidak menghalang untuk mengemukakan laporan sebagai ekshibit apabila pembuat laporan turut dipanggil untuk memberi keterangan lisan. Hakim : Bantahan diterima. Laporan tidak perlu dikemukakan sebagai ekshibit memandangkan keterangan lisan SP 4 telah direkodkan. Teruskan soalan lain PP. PP : Puan Hakim, saya memohon untuk memanggil, SP 2, SP 3 dan Insp farahin untuk dicamkan oleh saksi. Boleh kamu camkan siapa yang hadir di Mahkamah ini?
  • 12. SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin 12 SP 4 : Boleh Puan Hakim… Yang pertama, adalah Insp Farahin yang serah mangsa kepada saya untuk pemeriksaan…. yang kedua ibu kepada mangsa Puan Puan Fatimah Hanum dan yang ketiga adalah mangsa Seri Mawar Baiduri. PP : Saksi-saksi dicamkan Puan Hakim Hakim : Peguambela? P/Bela : Doktor, setuju dengan cadangan saya bahawa dalam sehari lebih dari 20 pesakit dirujuk kepada Doktor? SP 4 : Benar, Puan Hakim P/Bela : Setuju dengan cadangan saya, ada kemungkinan data-data pesakit bercampur aduk? SP 4 : Tidak setuju Puan Hakim… kerana setiap data pesakit diasingkan dalam fail yang berbeza-beza. Tidak mungkin bercampur aduk. P/Bela : Saya mencadangkan kepada kamu, bahawa ada banyak faktor yang boleh menyebabkan koyakan kepada hymen? Apakah punca- punca itu? SP 4 : Setuju Puan Hakim… ada faktor lain yang boleh menyebabkan koyakan kepada hymen… antaranya abila terlalu aktif atau terjatuh dari tempat tinggi seperti jatuh dari belakang kuda dan sebagainya. P/Bela : Saya cadangkan kepada kamu mangsa bukan dirogol tetapi terjatuh atau sebab-sebab lain seperti kamu katakan tadi? SP 4 : Tak setuju Puan Hakim. Mangsa memang dirogol. Kesan koyakan pada hymen pada pesakit yang dirogol atau terjatuh adalah berbeza. P/bela : Tiada soalan lain Puan Hakim. Hakim : Pendakwa, ada pemeriksaan semula? PP : Ada Puan Hakim. Doktor, tadi mengatakan dalam satu hari ada lebih kurang 20 kes doktor kendalikan. Adakah semuanya kes rogol?
  • 13. SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin 13 SP4 : Tidak. jumlah itu termasuk kes-kes lain. Pada 2/1/2013 hanya satu kes rogol saya terima. PP : Tiada soalan lain Puan Hakim, Mohon saksi dilepaskan. Saya memohon izin untuk memanggil saksi kelima pendakwa Puan Hakim iaitu Insp Farahin. Hakim : Dibenarkan.. PP : Terima kasih Puan. (Saksi Insp Farahin binti Yazid masuk ke dalam kandang saksi, jurubahasa mengambil kad kuasa saksi dan serahkan kepada Hakim,saksi mengangkat sumpah dengan dipandu oleh jurubahasa) Pn. Insp, pada tarikh 2/1/2013 di mana kamu bertugas ketika itu dan sebagai apa? SP 5 : Saya bertugas sebagai pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak sebagai Pegawai bertugas 24 jam. PP : Boleh kamu beritahu kepada mahkamah bersabit Gombak Report 1111/2013? SP 5 : Boleh Puan Hakim. Pada tarikh 2/1/2013 jam lebih kurang 12.30 pagi saya telah dimaklumkan oleh anggota bertugas di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Gombak iaitu L/Kpl Daniel mengenai laporan kes rogol yang dilaporkan oleh seorang perempuan Melayu sebagaimana Gombak Report 1111/2013. PP : Kemudian apa yang kamu lakukan? SP 3 : Saya pergi ke pejabat pertanyaan dan dapati seorang perempuan Melayu bersama seorang gadis iaitu anak perempuannya berada di pejabat pertanyaan. Saya mengajak mereka ke pejabat saya untuk merakam percakapan di bawah Section 112 Kanun Acara Jenayah. Salinan report saya ambil dari L/Kpl Daniel. Daripada rakaman percakapan, saya dapati mangsa Seri Mawar Baiduri telah dirogol oleh saspek yang dikenali sebagai Bomoh Alang Adnan di rumah tidak bernombor Lot 5678 Sungai Pusu ketika dibawa pergi berubat secara tradisional oleh ibunya.
  • 14. SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin 14 PP : Puan, saya mohon merujuk saksi kepada ekshibit P2. Adakah ini laporan tersebut? SP 5 : Benar Puan Hakim PP : P2 dicamkan oleh saksi Puan. Bagaimana keadaan mangsa ketika itu? SP 5 : Mangsa dilihat agak sugul.. tetapi boleh bercerita setiap kali saya ajukan soalan. PP : Kemudian apa yang kamu lakukan? SP 2 : Saya membuat temujanji dengan Dr Harlina untuk membuat pemeriksaan ke atas mangsa dan saya di arahkan untuk membawa mangsa ke Hospital Selayang pada 2/1/2013 jam lebih kurang 9.00 pagi. Selepas itu, saya meminta mangsa menyerahkan baju yang dipakai semasa kejadian rogol itu dan saya jadikan sebagai ekshibit. Selepas itu, saya mengarahkan mangsa dan ibunya balik ke rumah dahulu untuk berehat dan datang semula keesokannya untuk dibawa ke Hospital Selayang. PP : Adakah ini baju yang kamu maksudkan? (sambil merujuk kepada ID 3) SP 5 : Benar Puan Hakim, inilah baju yang saya ambil dari mangsa. PP : ID 3 dicam Puan. Mohon ditandakan sebagai ekshibit P3. Kemudian apa yang kamu lakukan? SP 3 : Keesokannya, saya membawa mangsa berjumpa Dr Harlina untuk pemeriksaan. Saya taklimat serba sedikit mengenai kes dan menunggu di luar bilik pemeriksaan. Selesai pemeriksaan, Dr Harlina memanggil saya dan memberitahu ada kesan koyakan baru pada hymen mangsa mengesahkan mangsa telah dirogol. Saya memohon supaya laporan lengkap pemeriksaan diserahkan kepada saya untuk simpanan fail dan balik ke pejabat. Mangsa ditahan diwad untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. PP : Tadi kamu beritahu bahawa kejadian di Lot 5678 Sungai Pusu? Ada siasatan? SP 5 : Ada Puan. Pada tarikh 2/1/2013 jam lebih kurang 11.15 pagi, saya bersama L/Kpl 123456 telah pergi ke rumah tidak bernombor Lot 5678, Sungai Pusu, Gombak untuk siasatan bersabit Gombak
  • 15. SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin 15 Report 1111/2013. Saya dapati rumah merupakan jenis separuh batu mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, satu ruang tamu. Rumah dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air. Dari percakapan yang dirakam dari penduduk, OKT Alang Adnan merupakan pengamal perubatan tradisional atau bomoh dan sering dikunjungi oleh penduduk kampung untuk mendapat khidmatnya. OKT tinggal bersama isterinya bernama Kalthom bin Ahmad. Mereka tidak mempunyai anak. Saya lakarkan rajah kasar tempat kejadian dan arahkan jurugambar rakamkan gambar-gambar. PP : Adakah ini gambar rumah (sambil merujuk saksi kepada P1 a-c) dan adakah ini rajahkasar yang kamu maksudkan? SP 5 : Benar Puan. PP : P1 dicamkan. Dan saya mohon untuk menandakan rajah kasar sebagai eskhibit P4 dan kunci kepada rajahkasar sebagai P5K. Ada sebarang tangkapan dilakukan? SP 5 : Ada Puan… pada tarikh yang sama jam lebih kurang 1.30 pagi, saya nengetuai sepasukan anngota polis dari cawangan pencegahan Jenayah IPD Gombak telah pergi ke alamat rumah tidak bernombor, Lot 5678 Sungai Pusu dan membuat tangkapan terhadap seorang lelaki Melayu bernama Alang Adnan bin Megat Dewa. Laporan polis dibuat sebagaimana Gombak Report 2222/2013. PP : OKT ada di mahkamah pada hari ini? SP 5 : Ada Puan.. di dalam kandang tertuduh. PP : OKT dicamkan Puan Hakim. Adakah ini laporan tangkapan yang kamu maksudkan? (sambil merujuk saksi kepada laporan polis) SP 5 : Benar Puan PP : Puan Hakim, mohon laporan polis Gombak report 2222/2013 ini ditandakan sebagai ekshibit P5. Saya memohon untuk memanggil SP 1, SP 2, SP3 dan SP4 untuk dicamkan.. Insp, boleh kamu beritahu kepada Mahkamah siapa yang hadir?
  • 16. SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin 16 SP 5 : Yang paling kanan, L/Kpl 123456, yang kedua mangsa Seri Mawar Baiduri, yang ketiga ibu kepada mangsa Fatimah Hanum dan yang terakhir Dr Harlina. PP : Kesemua SP hingga SP4 dicam oleh saksi Puan Hakim. Adakah siasatan lain dilakukan? SP 5 : Saya ada mendapatkan laporan perubatan mangsa yang disediakan oleh Dr Harlina. Selesai siasatan, saya merujuk kertas siasatan ke Pejabat Ketua Unit Perundangan Selangor untuk arahan menuduh OKT di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Itu sahaja siasatan saya. PP : Saya tiada soalan lain Puan Hakim Hakim : Peguambela..teruskan dengan pemeriksaan balas. P/Bela : Terima kasih Puan, dengan izin. Insp, semasa kamu rakam percakapan mangsa, di mana ibu beliau? SP 5 : Ibu beliau berada dil uar pejabat saya. P/Bela : Setuju dengan cadangan saya bahawa ibu mangsa yang mengajar mangsa sewaktu bercakap dengan kamu? SP5 : Tidak setuju.. sebab ibunya berada di luar.. hanya mangsa dan saya di dalam bilik. P/Bela : bagaimana kamu membuat kesimpulan bahawa OKT seorang bomoh? SP 5 : Puan Hakim, saya ada menemubual beberapa penduduk kampung sewaktu membuat siasatan di tempat kejadian. Majoriti penduduk memanggil OKT sebagai bomoh sebab mereka berjumpa OKT untuk mendapatkan rawatan secara tradisional. P/Bela : Setuju dengan cadangan saya bahawa mangsa tidak dirogol tetapi terjatuh yang menyebabkan kecederaan dikemaluannya.. SP 5 : Tidak setuju Puan Hakim. Tiada keterangan sepanjang siasatan saya yang merujuk bahawa mangsa telah terjatuh. Hanya
  • 17. SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin 17 keterangan bahawa mangsa telah dirogol oleh OKT. Jadi itulah punca kecederaan mangsa bukan sebab lain. P/Bela : Tiada soalan lain Puan Hakim Pihak pendakwa tidak mempunyai saksi lain yang akan dipanggil untuk memberi keterangan. Saksi- saksi berikut ditawarkan kepada peguambela sekiranya pembelaan dipanggil. i) Bapa mangsa (nama) ii) Kalthom bin Ahmad (isteri OKT) iii) Mansor bin Abdullah (penduduk kampung/jiran OKT) iv) L/Kpl Daniel (terima report) Pendakwa bersedia untuk berhujah. Hakim : Peguambela bersedia untuk berhujah? P/Bela : Puan Hakim, sekiranya pembelaan dipanggil, pihak kami mungkin akan memanggil Pn Kalthom binti Ahmad dan kami juga bersedia untuk hujahan. Pelakon Watak Tok Bomoh Muhammad Qaiyyum Seri Mawar Aziah Aziz Fatimah Hanum Salsabiila Sofian Dr.Harlina Atiqah Roslan Insp. Farahin Inn Yazid PP Masni Liyana Azmin P/Bela Kak Amoi Huda Hakim June Kasbolah Abdullah Hakim Shahir Polis Mahkamah Muaz Zafar Kalthom bin Ahmad (isteri OKT) Sara sabri
  • 18. SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin 18 HUJAHAN PIHAK PEMBELA Puan Hakim, The Prosecution has failed to prove beyond reasonable doubt that the accused had committed the alleged act under s.376 of the Penal Code. There are various elements that must be proven for the accused to be convicted under the said section. Firstly, the Prosecution has failed to prove that the act of rape was against the will of the victim. The victim, Seri Mansur Baiduri bt Idris had said that she went to see the accused to get treated and did not make any attempts to refuse him when he treated her. The victim is 23 years old, thus she has clearly reached the age of majority and is capable of protecting herself. The third prosecution witness, which was the victim’s mother, had said herself that the victim is smart and is capable of making decisions for herself. Thus, the victim is also capable of making decisions when it comes to sexual relations. No yelling or any sign of struggling was heard from the outside and her mother had not suspected anything when she was in the room with the accused. Besides that Puan Hakim, The Prosecution has failed to prove the essential fact that the act of rape was committed by the accused himself. Based on the testimony of the fourth prosecution witness, no test was conducted to determine whether there was any semen in the vagina of the victim. Furthermore, the fourth prosecution witness had only state that the hymen of the victim had been penetrated but since there was no report on the existence of semen which belongs to the accused, this leaves doubt as to whether this penetration was caused by the accused. There is no conclusive proof as to how the victim’s hymen was penetrated and by whom. The mother of Seri Mansur Baiduri made a police report at 12.30 in the morning, nine hours after the report; she brought Seri Mansur to the hospital to make medical check- up. The alleged act could have happened within that 9 hours by somebody else other than the accused. Due to this Puan Hakim, there is no substantial basis by the prosecution to prove that the accused had committed the offence of rape. In a Putrajaya Court of Appeal case cited as Azilah bin Hadri & Anor v Pendakwa Raya & Anor [2013] MLJU 802, the court had decided that circumstantial evidence are insufficient and not strong enough to sustain the finding of guilty of the accused. Since the guilt of the appellants had not been satisfactorily proved, the court had to give the benefit of the doubt to the accused.
  • 19. SkripPerbicaraanOlok-Olok3,IzzahZahin 19 Puan Hakim, this case has a binding effect towards this court. Since the evidence relied upon by the prosecution had not been fully and cogently established, what more with the chain of evidence which is not complete, we seek the court’s permission to acquit and discharge the accused from the charge. .