Cetakan Pertama 2016
Hak Cipta Terpelihara
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, dan isi
kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada pihak Jabatan Kajian
Sosial, IPG Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Penghargaan
Guru-guru pelatih opsyen Sejarah IPG Tuanku Bainun semester 5 PISMP telah memberi sumbangan ke
arah menulis sejarah sosial Malaysia kerana bagi mengisi tema-tema yang terdapat dalam sejarah sosial
Malaysia. Guru pelatih yang terlibat sememangnya adalah pengkhususan sejarah dan layak.
Banyak kekosongan perlu diisi dalam bidang sejarah sosial Malaysia memandangkan
pengkajian Sejarah banyak tertumpu kepada bidang politik negara, sejarah penjajahan negara dan
sebagainya. Jika sekiranya hanya beberapa orang sejarawan sahaja ditugaskan menulis kembali sejarah
sosial Malayasia, kerja itu akan memakan masa yang berpanjangan.
Sambutan para guru pelatih yang diberikan itu amatlah menggembirakan. Mereka bukan
sahaja hanya menjalankan penyelidikan, tetapi mutu kerja yang diajukan sangatlah tinggi dan pernah
dipuji oleh beberapa orang pensyarah. Jabatan Kajian Sosial dibawah Unit Sejarah memang mempunyai
tujuan untuk mengeluarkan lebih banyak monograf seperti ini pada tahun-tahun akan datang supaya
penuntut sejarah sama ada di sekolah, universiti, juga orang ramai dapat menambahkan pengetahuan
mereka tentang sejarah sosial tanah air.
Guru pelatih sejarah yang bertungkus-lumus memberi bantuan dan sumbangan kepada
usaha memperkaya sejarah sosial Malaysia, saya ucapkan ribuan terima kasih. Saya juga suka
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada semua pensyarah yang banyak
membantu dan mengorbankan masa lapanya untuk menguruskan segala kerja berhubung dengan
penerbitan.
Sekian, Terima Kasih
DR. Sivarajan A/l Ponniah,
En Zahari Bin Zainal,
Pensyarah Unit Sejarah,
IPG Kampus Tuanku Bainun.
September 2016.
Prakata
Pengetahuan tentang sejarah sosial di Malaysia sehingga kini masih cetek. Kebanyakan kajian yang
diselenggarakan sekarang kurang mengkaji bidang sosial sejarah. Jadi jelaslah bahawa masyarakat
kurang mengetahui sejarah sosial negara kita.
Sememangnya buku Sejarah Sosial Malaysia ini tidak menjawab semua soalan. Walaupun
begitu, ia telah memberi gambaran tentang sejarah sosial di negara kita. Dalam buku ini dibincangkan
bagaimana penubuhan-penubuhan pusat pendidikan dan badan berkanun. Malahan itu dalam buku ini
dibincangkan juga berkaitan dengan tokoh-tokoh pendidikan, tokoh-tokoh sejarah dan dimuatkan juga
sejarah sesuatu etnik di dalam buku ini.
Buku ini diharapkan memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat sebagai bahan
tambahan untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan sejarah sosial Malaysia. Para pelajar di sekolah,
universiti dan orang awam seharusnya cuba membaca buku ini untuk mendapatkan suatu perspektif yang
lebih mendalam tentang perkembangan sejarah sosial di Malaysia kerana penulisan ini adalah himpunan-
himpunan yang yang baru dikaji oleh guru-guru pelatih sejarah IPGK Tuanku Bainun.
Terbitan pertama ini sudah pasti mempunyai kelemahan dan kekurangan yang akan
diperbaiki dari semasa ke semasa hasil dari maklum balas yang kami terima. Seterusnya harapan kami
buku ini akan menjadi bahan rujukan pada peringkat IPG dan universiti pada satu masa nanti apabila
proses pemurnian secara holistik selesai dilaksanakan. Oleh itu, pihak kami menerima dengan hati yang
terbuka jika tidak mendapat sebarang pandangan dan ulasan yang membina tentang buku ini.
September 2016.
DR. Sivarajan A/L
Ponniah,
Zahari Bin Zainal,
Pensyarah Jabatan Kajian Sosial,
IPGK Tuanku Bainun.
KANDUNGAN
PERKRA HALAMAN
PENGHARGAAN i
PRAKATA ii
KANDUNGAN iii
PENUBUHAN MAKTAB PERGURUAN TUANKU BAINUN, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.
Jamilah Binti Mustakim
1
MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR 1938-1985: SUMBANGAN KEPADA PENDIDIKAN DI MALAYSIA.
Siti Norzaidah Binti Kamaruddin
24
PERKEMBANGAN SEKOLAH MELAYU PERMATANG BERTAM, KEPALA BATAS TAHUN 1918 HINGGA
1945.
Nur Amira Binti Hasin @ Hashim
45
SEJARAH DAN SUMBANGAN DAERATUL MAARIFIL WATANIAH TERHADAP PENDIDIKAN AGAMA
KEPALA BATAS, PULAU PINANG
Sharifah Zuraihah Binti Syed Hamid
63
PERKEMBANGAN DAN PERANAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA NAHDHAH HASANAH DARI TAHUN
1946 HINGGA 2000
Nurul Huda Binti Mohd Faudzi
82
MAKTAB SULTAN ABU BAKAR ( ENGLISH COLLEGE), JOHOR BAHRU, JOHOR DARI TAHUN 1914-1967
Santhiah A/P Sunthararaju
99
PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN RIDA DAN MARA PADA TAHUN 1950 HINGGA 2013
Muhamad Syafiq Bin Hussin
109
PENUBUHAN DAN PERANAN JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARI TAHUN 1995 HINGGA 2005
Sharifah Nur Atiqah Binti Syed Ghalib
138
PENGLIBATAN TAN SRI P. RAMLEE DALAM INDUSTRI SENI DARI TAHUN 1929 HINGGA 1973
Nur Izzati Binti Abdul Jamil
166
KRISHNAN TAMBUSAMY : TOKOH GURU DAN TOKOH SUKAN
Raja Norazlinda Binti Raja Abdul Rahim
179
KEMASUKAN PENDATANG ASING TANPA IZIN DARI SELATAN FILIPINA DAN KESAN SOSIAL
TERHADAP MASYARAKAT SETEMPAT DI SABAH DARI 1970 HINGGA 2013
Jay Freslly John
202
SEJARAH PERKEMBANGAN ORANG JAWA DI KAMPUNG TEBUK MUFRAT
Ahmad Khobir Bin Muslim Buhari
225
SUMBANGAN DAN PENGLIBATAN MASYARAKAT INDIA MUSLIM DI PULAU PINANG
Nur Syahirah Syaza Binti Mohd Deli
242
SEJARAH PENANAMAN TEMBAKAU DI DAERAH BACHOK, KELANTAN
Mohd Amirul Hatta Bin Md Mokhtar
257
LATAR DAN SUMBANGAN GEREJA KATOLIK CHRIST THE KING SUNGAI PETANI, KEDAH TERHADAP
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KEAGAMAAN DARI TAHUN 2013 HINGGA 2015
Henrieta A/P Thomas
269
SYARIKAT PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL SDN. BHD ( PROTON ) : PEMANGKIN EKONOMI
NEGARA MALAYSIA DARI TAHUN 1983 HINGGA 2014
Priiya A/P K. Ganeson
276
PENUBUHAN MAKTAB PERGURUAN TUANKU BAINUN BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
JAMILAH BINTI MUSTAKIM
1.0 Pengenalan
Maktab Perguruan Tuanku Bainun pada awalnya dikenali sebagai Maktab Perguruan Bukit Mertajam,
perubahan nama ini berlaku pada tahun 1994, yang kemudiannya di naik takraf kepada institut bermula
pada April 2006. Maktab Perguruan Tuanku Bainun siap sepenuhnya pada awal tahun 1993. Keluasan
kampus ini meliputi 66.38 ekar tanah dan dianggarkan menelan kos sebanyak Rm 38 juta. Kampus ini
merupakan antara kampus yang termoden dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi kakitangan
dan juga para guru pelatih.
2.0 Sejarah Ringkas Kemasukan Pensyarah dan Pelajar
Kumpulan pensyarah pada awal penubuhan maktab ini adalah seramai sembilan orang yang terdiri
daripada lapan orang pensyarah lelaki dan seorang pensyarah wanita. Pensyarah-pensyarah ini terdiri
daripada pensyarah dari maktab-maktab perguruan yang terdapat di seluruh Malaysia. Selain itu terdapat
juga pensyarah yang berasal daripada kalangan guru yang berpengalaman di sekolah.
Meskipun begitu, sembilan orang pensyarah ini bukanlah jumlah sebenar pensyarah yang
terdapat di kampus tersebut. Tetapi sembilan orang pensyarah ini merupakan pensyarah yang terawal
melapor diri untuk berkhidmat di Maktab Perguruan Bukit Mertajam. Jumlah sebenar bilangan pensyarah
sehingga akhir tahun 1992 adalah seramai 18 orang. (kajian penuh pada halaman 8 )
Pada awal penubuhan, disebabkan faktor pembinaan yang belum siap sepenuhnya,
pensyarah dan guru-guru pelatih terpaksa ditempatkan sementara di beberapa buah maktab perguruan
lain. Sebagai contoh, pensyarah Encik Rosli Bin Abu Bakar yang ditugaskan untuk mengurus dan
mengendalikan guru pelatih yang terdiri daripada dua kumpulan Kursus Perguruan Asas Pengajian
Bahasa Inggeris yang ditempatkan sementara di Maktab Perguruan Ipoh, Hulu Kinta, Perak bermula Julai
1992 sehinggalah November 1992.
3.0 Sejarah Perasmian Secara Ringkas
Majlis perasmian institut ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali pada 18 April 1994. Perasmian institut ini merupakan
hari bersejarah dan telah dihadiri tokoh-tokoh terkemuka seperi Tuan Yang Terutama Gabenor Pulau
Pinang, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Ketua
Setiausaha Kementerian Malaysia dan Pengetua-Pengetua Maktab Perguruan dari seluruh Malaysia
pada masa itu.
Antara kemudahan yang dimilik oleh institut ini termasuklah sebuah dewan perhimpunan
yang mampu menampung seramai 1,000 orang pada satu-satu masa, astaka sukan yang terdapat sebuah
padang bola sepak dan juga trek larian 400 meter, gimnasium, gelangan sukan terbuka, lima blok asrama,
surau, kuartes dan rumah kakitangan, kafetaria, kantin, pusat sumber, bangunan pra sekolah, dua buah
dewan kuliah dan tiga bilik akademik dan bengkel.
4.0 Sejarah Ringkas Kemasukan Pelajar
Pada peringkat awal, Maktab Perguruan Tuanku Bainun Bukit Mertajam hanya menawarkan kursus
perguruan asas yang akan menyediakan guru-guru sekolah rendah. Kursus-kursus tersebut ialah PSR (
Pengajian Melayu ), PSR ( Pengajian Inggeris ), PSR ( Pengajian Cina ), PSR ( Pengajian Matematik )
dan PSR ( Pengajian Muzik ). Pengambilan pelatih-pelatih baru bagi semester satu sesi 1992/1994
seramai 510 orang dalam 18 unit telah dimulakan Julai 1992.1
Bagaimanapun pelatih-pelatih sesi perkenaan ditempatkan sementara di maktab-maktab
perguruan lain di Semenanjung Malaysia kerana kampus maktab ini belum dapat digunakan sepenuhnya.
Penempatan pelatih sesi 1992/1994 ke kampus yang ini dilakukan pada 12 Disember 1992. Walau
Bagaimanapun hanya seramai 379 orang sahaja yang ditempatkan di maktab ini dalam 13 unit. Manakala
bakinya menetap di maktab asal.2
Pengambilan pelatih-pelatih baru bagi semester satu sesi 1993-1995 pula seramai 458
orang yang memulakan pengajian pada 5 Julai 1993. Pengambilan baru ini di tambah dengan PSR (
Pengajian Agama Islam ) dan PSR ( Pengajian Tamil ). Bagi pengambilan Disember 1993, seramai 238
orang pelatih dalam 14 unit telah memulakan pengajian pada 6 Disember 1993. Pengambilan ini telah
ditambah dengan satu pengajian baru iaitu PSR ( Pengajian Sains ). Pengambilan pelatih baru bagi
semester 1 sesi 1994/1996 ialah seramai 515 orang yang memulakan pengajian pada 11 Julai 1994.
1
(t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun.Edisi Pertama.(t.t.p): (t.n.p).1995. Hlm 6
2
ibid
Pengambilan baru ini telah ditambah dengan PSM ( Pengajian Ekonomi Rumahtangga ), PSM ( Pengajian
Kemahiran Hidup ) dan PSM ( Pengajian Kemahiran Hidup Bersepadu )3
Pada tahun 1996 Kursus Perguruan Asas (KPA) telah digantikan kepada Kursus Diploma
Perguruan Malaysia (DPM). Pengambilan pertama Kursus DPM ini adalah pada tahun 1996, diikuti
dengan pengambilan kedua pada Julai 1997, dan ambilan ketiga pada Julai 1998.
5.0 Perubahan Nama
Nama asal Maktab Perguruan Tuanku Bainun adalah Maktap Perguruan Bukit Mertajam, pada awalnya
nama ini diberikan sempena nama lokasi maktab ini didirikan.
Pada tahun 1994, nama baru maktab ini diumumkan secara rasmi sewaktu majlis perasmian
pembukaan maktab yang dilakukan oleh Permaisuri Agong ke-9 Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali. Penukaran nama ini dilakukan atas
permintaan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Kementerian Pendidikan Malaysia
pada ketika itu, yang ingin menamakan maktab ini bersempena nama tokoh negarawan.4
Pemilihan nama Maktab Perguruan Tuanku Bainun disebabkan empat faktor utama. Faktor
yang pertama kerana Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti
Bainun binti Mohd Ali merupakan anak jati kelahiran Pulau Pinang5
. Kedua, baginda merupakan bekas
pelajar Teacher Training College, Kirby di United Kingdom.6
Ketiga adalah disebabkan baginda pernah
menjadi guru selama 22 tahun7
dan mengajar di beberapa sekolah di Kuala Lumpur, Seremban (Negeri
Sembilan), Raub (Pahang), Taiping (Perak) dan Kuantan (Pahang). Faktor keempat dan yang paling
utama kerana baginda merupakan Raja Permaisuri Agong ke-9 pada waktu itu.8
Seiring dengan keputusan cabinet yang bersetuju untuk menaik taraf maktab menjadi institut
pada tahun 20089
,nama maktab ini ditukar sekali lagi kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus
Tuanku Bainun. Penjenamaan semula bertujuan untuk mengangkat nama maktab agar sama taraf
dengan universiti yang turut menawarkan kursus-kursus perguruan.
3
(t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun. op.cit.Hlm 6
4
Shahidan Hashim. (2015, Mac 12 ) Pensyarah IPG Kampus Tuanku Bainun. Personal Interview. Pulau Pinang
5
Ibid
6
ibid
7
ibid
8
ibid
9
( t.p ) Keratan Akhbar. 27 Maktab Naik Taraf Institut Pendidikan : Kerajaan Mahu Siwazah Pengajar Di Semua
Sekolah Menjelang 2010. Diambil Daripada Berita Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Bil 2 : Jilil 28,
2005 Ogos. Hlm 3
Perubahan nama maktab kepada insititut telah mengantikan Kursus Sijil Perguruan kepada
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bermula pada April 2006. Pelancaran menaik taraf
maktab kepada institut pertama kali dilakukan di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tun Abdul
razak, Kota Samarahan, Sarawak oleh Menteri Pelajaran Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn
pada Mei 200610
Pada tahun 2007, nama kampus ini diubah sekali lagi dengan mengantikan nama Institut
Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tuanku Bainun, kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku
Bainun ataupun singkatannya IPGKTB.
6.0 Logo
6.1 Logo Asal Maktab Perguruan Tuanku Bainun (1992)
Logo asal Maktab Perguruan Tuanku Bainun dicipta oleh Encik Harme Bin Abdullah11
pada tahun 1992.
Reka bentuk logo diasaskan daripada buku, pen dan tangan, dicantumkan sekali dengan bentuk bujur
bagi melahirkan suatu identiti.
Terdapat tiga simbol utama yang terdapat dalam logo yang membawa erti yang berbeza.
Buku melambangkan ilmu. Pen melambangkan ketajaman fikiran dan penyambung kepada dunia
keilmuan. Tangan bermaksud kepimpinan yang berwibawa serta melambangkan kesemuanya itu
haruslah diperolehi melalui usaha dan doa agar kehidupan direstui.12
. Simbol buku pula mengandungi
cogan kata Maktab iaitu “ Pendidik Pengasas Budaya Ilmu”.
10
(t.p ). Berita Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Bil 2 : Jilil 9. 2006 Ogos. Hlm, 24 - 25
11
Shahidan Hashim. (2015, Mac 12 ). op.cit
12
(t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun. op.cit.Hlm 5
Terdapat empat warna yang terdapat dalam logo ini. Warna putih yang
membawa maksud kebersihan, merah melambangkan kecekalan, hijau pucuk pisang melambangkan
kesuburan dan kesejahteraan dan kuning yang melambangkan kedaulatan dan keagongan.13
6.2 Logo Baru Institut (2006)
Logo baru institut mula diguna pakai pada tahun 2006. Logo ini menggabungkan simbol buku dan
beberapa huruf.
Simbol lima lapisan buku yang terdapat di dalam logo ini melambangkan ilmu serta
melambangkan lima Prinsip Rukun Negara dan Rukun Islam, selain itu simbol buku juga membawa
maksud untuk melahirkan generasi yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga
sosial, seiring dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Simbol buku yang disusun secara
bertingkat melambangkan perkembangan di dalam pendidikan yang telah berlaku secara berperingkat-
peringkat iaitu bermula dengan Kursus Perguruan Asas (KPA), Kursus Diploma Perguruan Malaysia
(KDPM), Kursus Perguruan Lepasan Diploma dan Ijazah (KPLD dan KPLI ), Kursus Pra Ijazah Sarjana
Muda Perguuan dan Kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan14
Huruf G yang terdapat pada latar belakang logo adalah singkatan untuk perkataan Guru,
Gigih, Generasi, Gemilang dan Global. Manakalah perkataan IPGKTB merupakan akronomi kepada
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Berilmu Mendidik merupakan motto bagi kampus ini.
Logo yang baharu ini mengunakan empat warna utama yang terdiri daripada warna putih
untuk melambangkan bersih, suci, murni dan tulin, warna kuning untuk melambangkan intelek dan
cemerlang, warna ungu melambangkan unggul dan terbilang, serta warna biru yang membawa maksud
perpaduan dan harmoni.
13
(t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun. op.cit.Hlm 6
14
Laman web rasmi IPGKTB. http://ipgktb.edu.my/viewpage.php?page_id=15.
7.0 Prasarana Institut
Melihat kepada infrastruktur dan prasarana institut ini merupakan antara yang termoden pada waktu
tersebut, yang menelan belanja sebanyak RM 38 juta dengan keluasan kampus seluas 66.38 ekar.
Dilengkap dengan kemudahan-kemudahan bagi kakitangan dan juga guru pelatih. Antara prasarana yang
terdapat di institut ini adalah dewan perhimpunan, bangunan pentabiran, bilik kuliah, dewan kuliah, pusat
sumber, asrama, kantin, kafeteria, bangunan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan, kuarters kakitangan,
bangunan Unit Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO), gimnasium Engku Aziz, Bangunan persatuan dan
kelab, bangunan pra sekolah, garaj kenderaan, padang permainan, stor dan juga galeri seni.
Pada awal operasi 1992, dewan perhimpunan ataupun dewan utama belum siap
sepenuhnya dan belum mempunyai nama sehinggalah awal tahun 1993 nama Dewan Aminuddin Baki
telah dipilih untuk menghargai jasa “bapa pendidikan Malaysia” merangkap bekas Penasihat Pendidikan
Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan).
Bilik-bilik pembelajaran ataupun bilik kuliah merangkumi tiga blok utama iaitu Blok A yang
mengabungkan pejabat pentadbiran, Blok B, serta Blok C. Dikatakan bahawa pada tahun 1992 keluasan
sebenar satu bilik kuliah bersamaan dengan dua buah kelas yang digunakan di kampus pada masa kini
(2016), ini berlaku disebabkan pertambahan bilangan pelajar, keadaan ini memaksa pihak institut untuk
membuat pembahagian kelas bagi menampung jumlah pelajar yang semakin ramai.15
Terdapat tiga buah dewan kuliah yang terdiri daripada Dewan Kirkby, Dewan Ungku Azizi
dan juga Dewan Kuliah C ataupun Dewan Kuliah Tun Hamdan. Nama Dewan Kirkby diambil bersempena
nama Kolej Kirkby di Liverpool yang merupakan tempat latihan bakal-bakal guru daripada Tanah
Melayu16
. Dewan Kuliah Ungku Aziz pula digunakan bersempena dengan nama tokok pendidikan dan
juga ahli ekonomi negara YM Prof. Unku Abdul Aziz Bin Ungku Abdul Hamid. Kedua-dua dewan ini
didirikan bersebelahan dengan bangunan pentadbiran dan bilik kuliah, dan terletak tengah-tengah laluan
menuju ke perpustakaan (kanan) dan juga bangunan pentadbiran (kiri). Untuk Dewan Kuliah Tun Hamdan
pula terletak di tingkat tiga Blok C dan diberi nama sempena dengan Tun Tan Seri Datu Dr. Haji Hamdan
Bin Sheikh Tahir yang merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.
Menyambut tahun 2005, Maktab Perguruan Tuanku Bainun memperkenalkan beberapa
batang jalan, dataran dan bangunan dengan nama tokoh pendidik dan nilai-nilai murni17
seperti Za’ba,
Aminuddin Baki, Ibd Khaldun, Ar-Razi, Ungku Aziz, Gemilang, Harmoni dan sebagainya.
15
Rosmah Ramli. (2013, September 14 ) Pensyarah IPG Kampus Tuanku Bainun. Personal Interview. Pulau Pinang
16
Petikan diambil daripada info yang terdapat di dalam Dewan Kuliah Kirkby di Kampus Tuanku Bainun.
17
Maniyamin Bin Haji Ibrahim. Berita Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Bil 3 : Jilil 26. 2004
Disember. Hlm 30
Tidak ketinggalan nama-nama bekas pengetua ataupun pengarah MPTB juga diabadikan
pada setiap laluan seperti Laluan Ariffin Yahya, Laluan Adnan Abdul Rahman, Laluan Haji Mohamad
Muda, Laluan Haji Md. Akhir Shafie dan tidak ketinggalan Laluan Haji Ismail Din.
Tujuan penamakan lokasi ini bagi memudahkan pengurusan pentadbiran di samping
mengenang jasa tokoh-tokoh berkenaan. Penstrukturan semula nama-nama dataran, jalan juga bagi
memperkasakan lagi MPTB18
8.0 Lagu Institut
Lagu Maktab Perguruan Tuanku Bainu direka oleh Puan Yong Yoon Chin, Encik Hashim Muzbidi Ahmad,
Encik Idris Samad dan juga Encik Mohd Shapee Mohd Zain19
. Lagu ini direka pada tahun 1994 dan telah
menjadi lagu kebanggaan kampus semenjak itu.Menurut Encik Shahidan Hashim lagu maktab ini
mengalami beberapa perubahan lirik seiring dengan perubahan nama maktab menjadi institut. Menurut
beliau lagi , lagu maktab ini antara lagu yang unik kerana mempunyai tiga rentak yang berbeza,
berbanding dengan maktab lain yang mempunyai dua rentak sahaja.
Lirik lagu di sebelah kiri merupakan lirik lagu yang asal manakala lirik lagu yang disebelah
kanan merupakan lirik lagu yang terbaru. Secara keseluruhan terdapat lima perubahan lirik yang
dilakukan terhadap lagu asal seperti mana yang telah diblodkan di sebelah.
Berdiri Megah tersergam indah
Maktab Perguruan Tuanku Bainun
Gedung Sebaran ilmu budaya
Teras cemerlang impian semua
Dari tiap ceruk20
/ negeri kami datang
Dengan tekad wajar berjuang
Membina memaju serta menjulang
Demi anak tersayang
Marilah berus’ha segera
Menuju arah hidup sejahtera
Itulah sumpah dan ikrar kamu
Penghuni suci, maktab terpuji
Berdiri Megah tersergam indah
Institut Perguruan Tuanku Bainun
Gedung Sebaran ilmu budaya
Teras cemerlang impian semua
Dari setiap negeri kami datang
Dengan tekad wajar berjuang
Membina memaju serta menjulang
Demi anak tersayang
Marilah berusaha segera
Menuju arah hidup sejahtera
Itulah sumpah dan ikrar kamu
Penghuni suci, institut murni
18
Shahidan Bin Hashim. ( 2015, Mac 12 ), Op.Cit
19
(t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun. op.cit.Hlm 4
20
Shahidan Bin Hashim. ( 2015, Mac 12 ), Op.Cit ( berdasarkan rakaman temubual, Encik Shahidan menyatakan
pada asalnya perkataan Ceruk digunakan sebelum digantikan dengan perkataan Neger )
Menyimpan hasrat cemerlang diri
Khidmat kepada ibu pertiwi21
Menyimpan hasrat cemerlang diri
Khidmat kepada ibu pertiwi22
9.0 Senarai Tenaga Pengajar Dan Senarai Pengetua/ Pengarah
Bersesuaian dengan perkembangan semasa, bilangan pensyarah sentiasa meningkat dari tahun ke
setahun. malah kelayakan pensyarah untuk mengajar turut diambil kira bagi merealisasikan penubuhan
Institut Pendidikan Guru Malaysia. Justeru bilangan dan kelayakan pensyarah Institut Perguruan
memperlihatkan peningkatan yang memberangsangkan.
Pada tahun 1992 hanya terdapat sembilan orang pensyarah terawal yang melapor diri dan
mula berkhidmat pada Jun 1992, pada penghujung tahun 1992 seramai 18 orang pensyarah baru bagi
mengajar guru pelatih sesi 199/199423
. Meskipun begitu, pada awalnya bilangan pensyarah tidak
mencukupi akibat daripada bilangan pelajar yang terlalu banyak. Menurut Encik Shahidan Bin Hashim,
beliau terpaksa mengajar selama 22 jam seminggu bagi menampung kekosongan pensyarah pada waktu
tersebut, dan ada pensyarah yang mengajar dua hingga tiga subjek meskipun subjek tersebut bukan
kepakaran mereka.24
Pada tahun,- tahun berikutnya pula berlaku perubahan jumlah pensyarah yang mengajar di
institut ini sepanjang tahun 1992 sehinggalah 2010. Jumlah tersebut adalah 106 orang (1997), 126
(2004), 138 (2007), 168 (2008), 165 (2009) dan 182 (2010).
Sembilan orang pensyarah perintis MPTB adalah, Encik Adnan Bin Abdul Rahman
(Pengetua, Maktap Perguruan Pasir Panjang), Encik Hashim Bin Morshidi (Timbalan Pengetua Maktab
Perguruan Sandakan), Tuan Haji Abdul Rahman Othman (Ketua Jabatan Kajian Sosial, Maktab
Perguruan Sri Pinang), Tuan Haji Idris bin Abd Samad (Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu,
Kementerian Pelajaran Malaysia), Encik Mohd Fathil Bin Abd. Majid (Pensyarah Jabatan Kajian Sosial,
Maktap Sri Pinang), Encik Hashim Bin Othman ( Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Maktab Sri
Pinang), Encik Razid Bin Abdul Karim (Pensyarah Jabatan Kajian Sosial, Sekolah Menengah Bukit
Gantang), Puan Yong Yoon Chin ( Pensyarah Muzik ), Encik Mohd Shapee Bin Mohd Zain (Pensyarah
Muzik/Sains, Sk.Sg Dua Butterworth).
Sehingga tahun 2008 seramai lapan orang pengetua ataupun pengarah yang pernah
menjawat jawatan tersebut. Lapan orang tersebut adalah. Encik Adnan Bin Abdul Rahman (1992-1994),
Encik Ariffin Bin Yahaya (1994-2001), Tuan Haji Mohd Akhir Bin Sahfie ( Februari 2001-Ogos 2001), Tuan
Haji Mohamad Bin Muda (Oktober 2001-April 2003), Tuan Haji Ismail Bin Din (Mei 2003- Mac 2005), Tuan
21
(t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun. op.cit.Hlm 4
22
Laman web rasmi IPGKTB. http://ipgktb.edu.my/viewpage.php?page_id=15.
23
Shahidan Hashim. (2015, Mac 12 ). op.cit
24
ibid
Haji Mohd Adenan Bin Deraman (Jun 2005-September 2006), Puan Hajah Asmah Bt Yahaya (September
2006-Disember 2007), Puan Hajah Rohani Bin Ismail ( Januari 2008 ).
10.0 Peristiwa Perasmian Maktab Perguruan Tuanku Bainun
Maktab Perguruan Tuanku Bainun telah dirasmikan pada 18 April 1993 oleh Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun disebabkan empat faktor utama. Faktor yang
pertama kerana Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Bainun
binti Mohd Ali merupakan anak jati kelahiran Pulau Pinang25
. Kedua, baginda merupakan bekas pelajar
Teacher Training College, Kirby di United Kingdom (1952-1954)26
. Ketiga adalah disebabkan baginda
pernah menjadi guru selama 22 tahun27
dan mengajar dibeberapa sekolah di Kuala Lumpur, Seremban
(Negeri Sembilan), Raub (Pahang), Taiping (Perak) dan Kuantan (Pahang). Faktor keempat dan yang
paling utama kerana baginda merupakan Raja Permaisuri Agong ke-9 pada waktu itu.28
Berdasarkan keempat-empat faktor tersebut pihak maktab dan Kementerian Pendidikan
Malaysia dengan kelulusan daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap ahli Parlimen Permatang
Pauh bersetuju untuk menggunakan nama Maktab Perguruan Tuanku Bainun (MPTB) mengantikan
nama Maktab Perguruan Bukit Mertajam (MPBM). Wakil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
bersama-sama dengan Pengetua MPBM Encik Adnan Bin Abdul Rahman telah menghadap Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Bainun untuk memohon perkenan
baginda berkenaan dengan menggunakan nama baginda sebagai nama maktab ketika itu. Kesan
daripada peristiwa tersebut maka nama Maktab Perguruan Tuanku Bainun telah digunakan mengantikan
nama maktab sebelum ini.
Tarikh perasmian yang telah ditetapkan adalah pada 18 April 1993. Tempoh persiapan
memakan masa selama tiga hingga empat bulan. Sepanjang tempoh tersebut terdapat beberapa perkara
yang mengalami perubahan seperti menu santapan diraja. Menurut Encik Shahidan baginda permaisuri
teringin untuk makan makanan yang dimasak oleh seorang tukang masak yang berada di Pulau Pinang,
nama tukang masak tersebut tidak dapat diingati oleh beliau.29
Kesan daripada permintaan itu, pihak
maktab dan pengurusan bertugus lumus untuk mencari tukang masak tersebut.
Pada tarikh yang ditetapkan, terdapat beberapa peristiwa yang terjadi yang mengakibatkan
beberapa perubahan dilakukan. Salah satu peristiwa tersebut adalah ketika ketibaan baginda.
Perancangan awal menyatakan baginda akan tiba dengan menaiki helikopter dan mendarat di padang
25
Shahidan Hashim. (2015, Mac 12 ). Op.Cit
26
ibid. (
27
ibid
28
Shahidan Hashim. (2015, Mac 12 ). Op.Cit
29
ibid
Asta Waja (Padang MPTB) tetapi pada hari kejadian baginda tiba di Kepala Batas seterusnya menaiki
kenderaan diiringi pengawal-pengawal peribadi baginda30
. Meskipun begitu, terdapat kecelaruan lokasi
sebenar di mana sebenarnya baginda mendarat, ini kerana pada sesi temubual pertama bersama dengan
Encik Shahidan beliau menyatakan bahawa baginda mendarat di Padang Astaka Waja31
namun pada
sesi temuramah yang kedua beliau menyatakan baginda mendarat di Kepala Batas.32
. Namun begitu
kenyataan yang menyatakan baginda mendarat di Kepala Batas adalah lebih kuat ini kerana terdapat
gambar yang memperlihatkan kenderaaan baginda diiringi oleh Polis Traffik menuju ke MPTB33
,
sekiranya difikirkan semula tidak mungkin baginda menaiki kenderaan yakni kereta sekiranya baginda
mendarat di Padang Astaka Waja, ini kerana jarak antara padang dengan dewan adalah tidak jauh.
Perubahan yang berlaku seterusnya adalah kedatangan Putera baginda DYTM Raja Nazrin
Muizzuddin Shah. Pada awal perancangan, pihak pengurusan diberi maklumat hanya baginda permaisuri
sahaja yang akan datang, namun pada hari tersebut Putera baginda turut serta ke majlis perasmian
tersebut sekali gus menyebabkan ajk persiapan tempat bertugus lumus mencari kerusi khas untuk putera
baginda
Meskipun terdapat perubahan pada saat-saat akhir, ketibaan baginda pada waktu itu tetap
disambut meriah oleh tetamu-tetamu kehormat seperti Tuan Yang Terutama Gabenor Pulau Pinang, Yang
Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinag Tun Tan Sri Dato Dr. Haji Hamdan Bin Sheikh Tahir, Yang
Berhormat Menteri Pendidikan Tan Sri Dr Haji Sulaiman Daud, Ketua Setiausaha Kementerian serta
pengetua-pengetua Maktab Perguruan seluruh Malaysia pada ketika itu.34
Sambutan pihak masyarakat setempat dikatakan tidak ramai , kerana tiada hebahan yang
dilakukan serta hanya ketua kampung ataupun ketua JKK Kampung Mengkuang saja yang dijemput bagi
memastikan kelancaran majlis dan juga sebagai salah satu faktor untuk menjaga keselamatan Permaisuri
Tuanku Bainun ketika itu.35
Dalam petikan ucapan baginda, baginda berhasrat agar pihak pengurusan MPTB dapat
menghantar laporan berkenaan dengan perkembang-perkembang yang berlaku di MPTB 10 tahun sekali,
selain itu baginda juga berhasrat untuk menghadiri majlis konvokesyen para pelajar MPTB.
Walaubagaimanapun hasrat baginda tidak dapat ditercapai akibat daripada peredaran masa dan
pertukaran pucuk kepimpinan kampus yang mengakibatkan hasrat tersebut dilupakan36
30
ibid
31
Shahidan Hashim. (2013, September 20) Pensyarah IPG Kampus Tuanku Bainun. Personal Interview. Pulau
Pinang
32
Shahidan Hashim. (2015, Mac 12 ) Pensyarah IPG Kampus Tuanku Bainun. Personal Interview. Pulau Pinang
33
(t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun. op.cit.Hlm 60.
34
ibid. hlm 58 – 66
35
Shahidan Hashim. (2015, Mac 12 ). Op.Cit
36
ibid. Sehingga temubual ini dijalankan, hanya Encik Shahidan sahaja yang masih ingat berkenaan dengan
perkara tersebut memandangkan beliau satu-satunya pensyarah lama yang masih berkhidmat dan terlibat secara
langsung dengan Majlis Perasmian MPTB.
Sebagai simbolik perasmian, baginda menarik tirai plak yang terdapat di dinding sebelah kiri
pentas utama Dewan Amiduddin Baki, dan seterusnya diiringi para tetamu ke tapak semaian yang
terdapat di hadapan dengan Dewan Kuliah Kirkby bagi menanam pokok mengkuang sebagai pelengkap
simbolik perasmian pada kali itu37
. Beberapa tahun selepas upacara perasmian , pokok mengkuang
tersebut telah mati dan digantikan dengan pokok mengkuang yang baru seperti mana yang dapat kita
lihat pada hari ini38
Setelah upacara simbolik perasmian dilakukan , baginda berkenan untuk melihat tapak-
tapak pameran yang disediakan oleh para guru-guru pelatih serta pensyarah MPTB yang terletak di
Perpustakaan Za’ba, dan seterusnya menghadiri majlis santapan. Meskipun kedatangan baginda sangat
singkat, namun ianya cukup bermakna dan menjadi satu catatan bersejarah bagi seluruh warga MPTB
kerana baginda sanggup mencemar duli untuk merasmikan maktab ini.
11.0 Senarai Kursus Yang Pernah Ditawarkan
Berikut merupakan senarai kursus yang ditawarkan di Maktab Perguruan Bukit Mertajam :
1. Kursus Perguruan Asas Sesi 1992/1994 (Pengajian Sekolah Rendah Dengan Major
i. Pengajian Melayu
ii. Pengajian Inggeris
iii. Pengajian Cina
iv. Pengajian Matematik
v. Pengajian Muzik
Kumpulan guru pelatih ini menumpang di maktab seluruh semenanjung Malaysia.
37
(t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun. op.cit.Hlm 61
38
Shahidan Hashim. (2015, Mac 12 ). Op.Cit
Kursus Perguruan Asas Sesi Julai 1993/1995 (Pengajian Sekolah Rendah Dengan Major )
i. Pengajian Melayu
ii. Pengajian Inggeris
iii. Pengajian Cina
iv. Pengajian Matematik
v. Pengajian Agama Islam
vi. Pengajian Tamil
vii. Pengajian Sains
2. Kursus Perguruan Asas Sesi Julai 1994/1995 (Pengajian Sekolah Rendah Dengan Major)
i. Pengajian Melayu
ii. Pengajian Inggeris
iii. Pengajian Cina
iv. Pengajian Matematik
v. Pengajian Muzik
vi. Pengajian Agama Islam
vii. Pengajian Tamil
viii. Pengajian Sains
ix. Pengajian Ekonomi
Rumahtangga
x. Pengajian Kemahiran
Hidup
xi. Pengajian Kemahiran
Hidup Bersepadu
3. Kursus Perguruan Asas Sesi Julai 1994/1996 ( Pengajian Sekolah Menengah )
i. Pengajian Kemahiran Hidup
4. Kursus Perguruan Lepasan Diploma Sesi Januari 1996
i. Pengajian sains ii. Pengajian kemahiran
hidup
5. Kursus Perguruan Lepasan Diploma Sesi Julai 1996
i. Pengajian Kemahiran
Hidup
ii. Pengajian Matematik
iii. Pengajian Seni
6. Kursus-Kursus Di Ipgm, Kampus Tuanku Bainun 2008 (Kepelbagaian Kursus )
i. Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah (KPLI)
ii. Program Ijazah Sarjana
Muda Keperguruan
(PISMK)
iii. Kursus Pra Ijazah Sarjana
Muda Keguruan (PRA-
PISMK)
iv. Kursus Diploma
Perguruan Malaysia
(KDPM)
v. Program Khas
Pensiswazahan Guru
(PKPG)
vi. Program Latihan
Perguruan Berasaskan
Sekolah (LPBS)
vii. Program Latihan
Perguruan Berasaskan
Sekolah (J-QAF)
viii. Kursus Sijil Perguruan
Khas (KSPK)
ix. Kursus Dalam
Perkhidmatan (KDP) 14
minggu
x. Kursus Dalam
Perkhidmatan
(CONVERSION) 6 minggu
xi. Kursus dalam
Perkhidmatan (KDP) 2
ming
19
12.0 Kajian Data Enrolmen Pelajar
Tempoh Pengajian : Julai 1992 sehingga Julai 1994 Tarikh Kemasukan : 1 Disember 1992
Pengajian Kaum Jantina Jum.
Melayu Cina India Lain-
Lain
Wanita Lelaki
PSR 177 1 2 58 122 180
PSR – BM 17 3 10 26 4 30
PSR – PI 16 14 26 4 30
PSR – PC 31 31 31
PSR – MU 19 1 1 12 9 21
PSR – MT 70 11 6 55 32 87
Jumlah 299 47 33 208 171 379
Jadual : Pelajar 1 Disember 199239
Pendaftaran pelajar pada Jun 1992 terpaksa ditangguhkan ke 1 Disember 1992 akibat daripada kelewatan
kontraktor menyiapkan sepenuhnya bangunan yang menempatkan bilik-bilik kuliah. Untuk menyelesaikan
masalah tersebut, pihak maktab telah bertindak menghantar surat pendaftaran baharu yang mengandungi
penempatan sementara pelajar-pelajar di enam buah maktab. Maktab-maktab tersebut adalah Maktab
Perguruan Lembah Pantai, Maktab Perguruan Bahasa, Maktab Perguruan Sri Pinang, Maktab Perguruan
Sultan Abdul Halim, Institut Perguruan Sultan Idris40
Pada 1 Disember 1992 pelajar-pelajar tersebut dipanggil semula untuk meneruskan
pengajian semester dua mereka di MPBM. Ketibaan mereka disambut oleh pensyarah-pensyarah yang
bertugas pada masa itu. Pelajar kemudiannya ditempatkan di dua blok asrama iaitu Blok Budiman untuk
pelajar wanita dan Blok Aman bagi pelajar lelaki. Sewaktu kedatangan pelajar ke kampus ini, pihak maktap
belum lagi dapat menyediakan pengawal keselamatan untuk menjaga keselamatan pelajar. Oleh sebab
itu pelajar dan pensyarah mengambil inisiatif untuk melakukan rondaan pada waktu malam di kawasan
asrama memandangkan pada waktu tersebut kawasan kediaman dan sekitar kampus masih lagi dihuni
oleh pekerja-pekerja pembinaan.41
Berdasarkan pengiraan data pelajar yang diperolehi daripada Buku Pendaftaran Pelajar
Maktab Perguruan Tuanku Bainun 1992-1996 terdapat seramai 379 orang pelajar yang mendaftar untuk
kemasukan semester kedua pada 1 Disember 199242
. Pada awalnya pihak maktab dirancang menerima
seramai 510 orang pelajar, namun untuk kemasukan semester kedua yang hanya mendaftar masuk
adalah seramai 379 orang sahaja selebihnya menetap di maktab asal43
.
39
Buku Pendaftaran Pelajar Maktab Perguruan Tuanku Bainun 1992-1996
40
Shahidan Hashim. (2015, Mac 12 ). Op.Cit
41
ibid
42
Buku Pendaftaran Pelajar Maktab Perguruan Tuanku Bainun 1992-1996
43
(t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun.Edisi Pertama.(t.t.p): (t.n.p).1995. Hlm 6
20
Bagi kemasukan kali pertama ini terdapat seramai 299 orang pelajar berbangsa Melayu, 47
orang berbangsa Cina, dan 33 orang berbangsa India. Jika dikira mengikut jantina pula seramai 208
pelajar merupakan pelajar wanita selebih iaitu seramai 171 orang adalah pelajar lelaki. Pelajar-pelajar ini
dipecahkan kepada 13 unit yang terdiri daripada lima pengkhususan iaitu PSR (Pengajian Melayu), PSR
(Pengajian Inggeris), PSR (Pengajian Cina), PSR (Pengajian Matematik) dan PSR (Pengajian Muzik)
Tempoh Pengajian : 1993 – 1995 Tarikh Kemasukan : 5 Julai 1993 – 20 Julai
1993
Pengajian Kaum Jantina Jum.
Melayu Cina India Lain-
Lain
Wanita Lelaki
PSR – PM 104 59 45 104
PSR – PI 20 1 12 1 29 5 34
PSR – PC 34 31 3 34
PSR – PT 36 27 9 36
PSR – PA 69 47 22 69
PSR – MU 38 2 25 15 40
PSR – MT 122 10 7 1 - - 140
Jumlah 353 45 57 2 - - 457
Jadual : Pelajar 1993 – 199544
Terdapat dua sesi pengambilan bagi kali ini, iaitu pengambilan pertama pada 5 Julai 1993 dan sesi kedua
pada 20 Julai 1993 yang memperlihatkan seramai 457 orang pelajar mendaftar masuk ke MPTB. Jumlah
yang diperolehi daripada Buku Pendaftaran Pelajar Maktab Perguruan Tuanku Bainun 1992-1996 iaitu
seramai 457 orang pelajar berbeza dengan jumlah pelajar yang dinyatakan dalam Majalah Maktab
Perguruan Tuanku Bainun Edisi Pertama 1995 iaitu seramai 458 orang pelajar45
. Perbezaan ini
berkemungkinan berlaku disebabkan terdapat pelajar yang berhenti ataupun tangguh semester akibat
perkara yang tidak dapat dipasti.
Bagi kemasukan kali pertama ini terdapat seramai 353 orang pelajar berbangsa Melayu, 45
orang berbangsa Cina, 57 orang berbangsa India dan dua orang pelajar yang berketurunan Siam (PSR-
PI) dan Pakistan (PSR-MT). Bagi jumlah pelajar mengikut jantina pula tidak dapat di kenal pasti
disebabkan terdapat beberapa maklumat pelajar Pengajian PSR Matematik yang tidak melengkapkan
maklumat diri mereka di buku pendaftaran. Pelajar-pelajar ini dipecahkan kepada tujuh pengkhususan
iaitu, PSR Pengajian Bahasa Melayu (104 orang pelajar), PSR Pengajian Inggeris (34 orang pelajar), PSR
Pengajian Cina (34 orang pelajar), PSR Pengajian Tamil (36 orang pelajar), PSR Pengajian Agama Islam
(69 orang pelajar), PSR Pengajian Muzik (40 orang pelajar) dan PSR Pengajian Matematik (140 orang
pelajar). PSR Pengajian Tamil dan PSR Pengajian Agama Islam merupakan kursus yang baru ditawarkan
pada semester ini.
44
Buku Pendaftaran Pelajar Maktab Perguruan Tuanku Bainun 1992-1996
45
(t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun. op.cit Hlm 7
21
Tempoh Pengajian : 1993 – 1996 Tarikh Kemasukan : 6
Disember 1993
Pengajian Kaum Jantina Jum.
Melayu Cina India Lain-
Lain
Wanita Lelaki
PSR – PM 73 42 31 73
PSR – PC 31 31 31
PSR – PA 32 19 13 32
PSR – MU 34 5 1 20 20 40
PSR – MT 30 2 3 21 14 35
PSR – SN 27 6 1 24 10 34
Jumlah 196 44 5 157 88 245
Jadual : Pelajar Disember 1993 – Disember 199646
Pengambilan sesi kedua tahun 1993 pada bulan Disember menunjukkan seramai 245 orang pelajar telah
berjaya mendaftar masuk ke MPTP jumlah ini berdasarkan maklumat pelajar yang terdapat di dalam buku
pendaftaran. Berbeza dengan jumlah yang terdapat pada Majalah MPTB yang menyatakan sebanyak 238
orang47
iaitu kurang tujuh orang daripada jumlah yang terdapat di dalam buku pendaftaran. Perbezaan ini
berlaku disebabkan kesalahan pengiraan jumlah pelajar yang terdapat dalam buku pendaftaran, yang
mana pengiraan turut melibatkan pelajar-pelajar yang telahpun berhenti belajar di MPTB.
Bagi sesi kali ini, sebanyak enam buah kursus yang ditawarkan iaitu PSR Pengajian Bahasa
Melayu (73 orang pelajar), PSR Pengajian Cina (31 orang pelajar), PSR Pengajian Agama Islam (32 orang
Pelajar), PSR Pengajian Muzik (40 orang pelajar), PSR Pengajian Matematik (35 orang pelajar), dan
penambah satu kursus baru iaitu PSR Pengajian Sains (34 orang pelajar). Bagi kemasukan kali ini juga,
terdapat seramai 196 orang pelajar berbangsa Melayu, 44 orang berbangsa Cina, dan 5 orang berbangsa
India. Jika dikira mengikut jantina pula seramai 157 pelajar merupakan pelajar wanita dan selebih iaitu
seramai 88 orang adalah pelajar lelaki.
46
Buku Pendaftaran Pelajar Maktab Perguruan Tuanku Bainun 1992-1996
47
(t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun. op.cit Hlm 7
22
Tempoh Pengajian : 1994 – 1996 Tarikh Kemasukan
:1 Julai 1994
Pengajian Kaum Jantina Jum.
Melayu Cina India Lain-Lain Wanita Lelaki
PSR – PM 141 1 86 56 142
PSR – PI 32 2 2 32 4 36
PSR – PC 41 41 41
PSR – PT 26 17 9 26
PSR – PA 68 41 27 68
PSR – MU 42 25 17 42
PSR – MT 48 6 5 38 21 59
PSM – KH – KHP 17 1 - - 18
PSM – KH – ERT 20 20 20
Jumlah 368 49 35 - - 452
Jadual : Pelajar Julai 1994 - 199648
Pengambilan pelajar pada Julai 1994 adalah seramai 452 berdasarkan maklumat pelajar yang yang
terdapat di dalam buku pendaftaran. Berbeza dengan jumlah yang dinyatakan di dalam Majalah Maktab
Perguruan Tuanku Bainun 1995 iaitu seramai 515 orang pelajar yang telah didaftarkan49
perbezaan
sebanyak 63 orang pelajar. Percanggahan ataupun perbezaan jumlah pelajar ini berlaku berkemungkinan
disebabkan terdapat beberapa orang pelajar ambil kedua yang belum didaftarkan di dalam Buku
Pendaftaran Pelajar pada ketika itu.
Bagi sesi kali ini, sebanyak sembilan buah kursus yang ditawarkan iaitu PSR Pengajian
Bahasa Melayu (142 orang pelajar), PSR Pengajian Inggeris (36 orang pelajar), PSR Pengajian Cina (41
orang pelajar), PSR Pengajian Tamil (26 orang pelajar), PSR Pengajian Agama Islam (68 orang pelajar),
PSR Pengajian Muzik (42 orang pelajar), PSR Matematik (59 orang pelajar), PSM Kemahiran Hidup
Pertanian (18 orang pelajar) dan PSM Kemahiran Hidup Ekonomi Rumah Tangga (20 orang pelajar). Bagi
kemasukan kali ini juga, terdapat seramai 368 orang pelajar berbangsa Melayu, 49 orang berbangsa Cina,
dan 35 orang berbangsa India.
48
Diambil daripada Buku Pendaftaran Pelajar Maktab Perguruann Tuanku Bainun
49
(t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun. op.cit Hlm 7
23
Tempoh Pengajian : 1994 – 1997 Tarikh Kemasukan :1
Disember 1994
Pengajian Kaum Jantina Jum.
Melayu Cina India Lain-
Lain
Wanita Lelaki
PSR – PM 36 1 19 18 37
PSR – PI 5 1 6 11 1 12
PSR – PC 20 19 1 20
PSR – PA 34 25 9 34
PSR – MU 24 13 11 24
PSR – MT 26 1 1 22 6 28
PSR – SN 13 3 1 1 16 2 18
PSR – KH 33 1 20 14 35
JUMLAH 171 26 9 1 145 62 207
Jadual : Pelajar Disember 1994 – 199750
Pengambilan yang seterusnya adalah untuk sesi Disember 1994 – 1995, memperlihatkan sebanyak 8
kursus yang ditawarkan iaitu, PSR Pengajian Melayu, PSR Inggeris, PSR Pengajian Cina, PSR Pengajian
Agama Islam, PSR Pengajian Muzik, PSR Pengajian Matematik, PSR Pengajian Sains, PSR Kemahiran
Hidup. Pelajar bagi sesi ini adalah sejumlah 207 orang.
Bagi jumlah pelajar mengikut kaum, kaum Melayu seramai 171 orang, Cina 26 orang, India
9 orang dan lain-lain seorang. Jumlah pengambilan tertinggi adalah seramai 35 orang iaitu PSR-KH.
Seperti yang diperlihatkan sebelum ini golongan wanita mendahului seramai 145 orang pelajar dan pelajar
lelaki seramai 62 orang pelajar.
50
Buku Pendaftaran Pelajar Maktab Perguruan Tuanku Bainun 1992-1996
24
Tempoh Pengajian : 1995 – 1997 Tarikh
Daftar : 14 Jun 1995
Pengajian Kaum Jantina Jum.
Melayu Cina India Lain-Lain Wanita Lelaki
PSR – PM 60 35 25 60
PSR – PI 25 2 7 27 7 34
PSR – PC 27 27 27
PSR – PA 57 50 7 57
PSR – MU 38 1 1 36 4 40
PSR – MT 27 24 3 27
PSR – SN 25 1 3 26 3 29
PSM – KH – KMT 21 21 21
PSM – KHP 20 1 18 3 21
PSM – ERT 20 20 20
KPLD – SN 49 14 35 49
KPLD – KH 27 12 15 27
Jumlah 369 31 12 310 102 412
Jadual : Pelajar Jun 1995 - 199751
Jadual di atas merujuk kepada jumlah pelajar bagi sesi 1995 – 1997 bermula pada 14 Jun
1995, sebanyak 12 matapelajaran yang diambil seramai 412 orang pelajar, yang terdiri daripada PSR
Pengajian Melayu,PSR Pengajian Inggeris, PSR Pengajian Cina, PSR Pengajian Agama, PSR Muzik,
PSR Pengajian Matematik, PSR Pengajian Sains, PSM Kemahiran Hidup Teknikal, PSM Kemahiran
Hidup Pertanian, PSM Kemahiran Hidup Ekonomi Rumah Tangga, KPLD Pengajian Sains, dan juga KPLD
Kemahiran Hidup.
PSR-PM merangkumi sebanyak 60 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar
Melayu dimana 35 daripadanya adalah pelajar wanita dan 25 adalah pelajar lelaki. Bagi PSR-PI pula
sebanyak 34 orang pelajar dan seramai 25 orang pelajar Melayu, 2 orang pelajar Cina, 7 orang Pelajar
India dan terdiri daripada 27 orang pelajar wanita dan 7 pelajar lelaki. PSR-PC pula seramai 27 orang
pelajar Cina dan merupakan pelajar perempuan. PSR- PA terdiri daripada 57 orang pelajar Melayu, 50
orang pelajar perempuan dan 7 orang pelajar lelaki. PSR-MU pula seramai 38 orang pelajar Melayu, 1
orang pelajar Cina dan India jumlah keseluruhan seramai 40 orang pelajar. Bagi PSR-MT pula pelajar
seramai 27 orang pelajar Melayu, 24 orang pelajar wanita dan 3 pelajar lelaki. PSR-SN seramai 29 orang
pelajar dengan 25 daripadanya adalah Melayu, 1 orang Cina dan 3 orang India, dan sebanyak 26 orang
pelajar wanita dan hanya 3 orang pelajar lelaki. PSM-KH-KMT pula seramai 21 orang pelajar wanita
Melayu, PSM-KHP seramai 20 orang pelajar Melayu dan seorang pelajar India yang terdiri daripada 18
wanita dan 3 lelaki. Bagi PSM-ERT pula pelajar seramai 20 orang pelajar wanita Melayu sahaja. Bagi dua
subjek yang terakhir yang juga merupakan subjek baru adalah KPLD-SN terdiri daripada 49 orang pelajar
51
Buku Pendaftaran Pelajar Maktab Perguruann Tuanku Bainun 1992 - 1996
25
Melayu 14 daripadanya adalah wanita dan 35 orang lelaki. KPLD-KH pula seramai 27 orang pelajar
Melayu dengan meperlihatkan seramai 12 orang pelajar wanita dan 15 pelajar lelaki.
Tempoh Pengajian : Januari 1996 - Tarikh Daftar : 2
Januari 1996
Pengajian Kaum Jantina Jum.
Melayu Cina India Lain-Lain Wanita Lelaki
KPLD – MT 29 23 6 29
KPLD 45 32 13 45
KPLD – KH – KMI 21 12 9 21
Jumlah 95 67 28 95
Jadual : Pelajar 2 Januari 199652
Bagi sesi ini pengambilan pelajar hanya seramai 95 orang pelajar dan buat pertama kalinya
pengambilan bermula pada 2 Januari 1996 dan bukannya pada bulan Disember seperti yang selalunya.
Bagi pengambilan kali ini hanya terdapat dua pengambilan bagi subjek Kursus Perguruan Lepasan
Diploma Matematik (29 orang pelajar),dan juga Kursus Perguruan Lepasan Diploma Kemahiran Hidup
(21 orang pelajar), manakalah lagi 45 orang pelajar tidak dapat dikenal pasti pengkhususan mereka
disebabkan maklumat di dalam buku pendaftaran tidak lengkap. Berkemungkinan pelajar-pelajar tersebut
merupakan pelajar pengkhususan Matematik ataupu Kemahiran Hidup memandangkan pada ketika itu
hanya terdapat dua kursus sahaja yang ditawarkan. Bagi ketiga-tiga subjek kemasukan pelajar hanya
terdiri daripada pelajar Melayu sahaja, 67 daripada jumlah tersebut adalah pelajar wanita, dan 28 pelajar
lelaki.
Kemasukan pelajar selama 5 tahun iaitu dari tahun 1992 sehinggalah tahun 1996
mengandungi 7 kali pengambilan. Berdasarkan jumlah pengambilan pelajar tertinggi adalah pada ambilan
bulan Julai tahun 1993 iaitu ambilan kedua bagi Maktab Perguruan Bukit Mertajam seramai 457 orang
pelajar diikuti oleh pengambilan pada Julai 1994 iaitu seramai 452, pengambilan ketiga terbanyak pula
adalah pada ambilan Jun 1995 iaitu seramai 412 orang pelajar. Sekiranya diperhatikan graf, terdapat
pengurang pengambilan pelajar bagi selang setiap ambilan, sebagai contoh pada ambilan bulan Disember
1992 sebanyak 379 orang pelajar dan pada ambilan seterusnya iaitu pada Julai 1993 iaitu seramai 457
orang pelajar kenaikan sebanyak 9 peratus iaitu sebanyak 78 orang pelajar. Pada ambilan berikutnya pula
pada Disember 1993 penurunan sebanyak 212 orang pelajar menjadikan jumlah pelajar ambilan pada
kali tersebut adalah 245 orang sahaja pengurangan sebanyak 30 peratus.
Bagi pengambilan sesi ambilan Julai 1994 pula meningkat sebanyak 29 peratus menjadikan
jumlah pelajar ambilan kali tersebut adalah seramai 452 orang pelajar. Ambilan berikutnya pula
menunjukkan penurunan dari ambilan Julai 1994 dengan pengambilan Disember 1994, menurunan
sebanyak 37 peratus dengan hanya kemasukan pelajar sebanyak 207 orang sahaja. Pada ambilan
seterusnya kemasukan pelajar mengalami peningkatan sebanyak 33 peratus menjadikan jumlah pelajar
52
Diambil daripada Buku Pendaftaran Pelajar Maktab Perguruann Tuanku Bainun
26
seramai 412 orang. Pada ambilan seterusnya pula iaitu ambilan Januari 1996 hanya terdapat seramai 95
orang pelajar yang memasuki maktab menurunan sebanyak 62 peratus.
Perubahan bilangan jumlah kemasukan pelajar dipengaruhi oleh dua faktor utama. Pertama
sistem pengagihan pelajar ditentukan oleh pihak IPGM sendiri dan diberi kepada setiap IPG yang terdapat
di malaysia, faktor penentu yang kedua pula adalah daripada jumlah pelajar yang mampu ditampung oleh
IPG pada suatu-suatu masa memainkan peranan penting untuk menentukan tahap kemampuan
sesebuah IPG untuk menempatkan pelajar-pelajar di dalam kelas. kedua-dua faktor ini merupakan
penentu kepada ipg untuk menentukan bilangan pelajar yang mampu ditampung oleh kampus.
13.0 Kaitan Penutupan Maktab Sri Pinang Dan Pembukaan Maktab Perguruan Bukit
Mertajam
13.1 Sejarah Ringkas Maktab Perguruan Sri Pinang53
Maktab ini telah ditubukan pada 1 Jun 1957 dengan nama Maktab Latihan Harian, maktab ini pada
asalnya beroperasi di bangunan Sekolah Cina Normal Green Lane di Jalan Hamilton, yang asalnya
merupakan bekas kilang roti. Pada tahun pertama seramai 321 orang guru pelatih menuntut di maktab
ini. Kesemua pelatih ini mengikuti pengajian selama 3 tahun. Seterusnya pada bulan Januari 1958
sebahagian besar guru pelatih yang sedang menjalani latihan di Maktab Perguruan Kota Bahru telah
dipindahkan ke maktab ini untuk meneruskan latihan mereka.
Sehingga ke tahun 1960-an, kelayakan asas mengikuti kursus perguruan ialah Sijil Rendah
Pelajaran (SRP). Selepas tahun tersebut mereka yang memiliki Sijil Persekolahan turut diambil. Golongan
ini dikehendaki menjalani latihan selama dua tahun.
Pada tahun 1973 apabila Rancangan Latihan Guru Bersepadu dilaksanakan, maktab ini
mula menyediakan guru-guru sekolah rendah dan menengah rendah menerusi program pendidikan
peringkat awal kanak-kanak. Selaras dengan fungsi dan peranan maktab, maka nama maktab ini telah
ditukar kepada Maktab Perguruan Sri Pinang dalam tahun 1977. Mulai tahun 1981, maktab ini memulakan
kursus perguruan asas mengikuti sistem enam semester dan kemudiannya lima semester.
Disebabkan keluasan kawasan maktab di Jalan Hamilton terhad di samping kekurangan
kemudahan asa, maka pada Jun 1979, maktab ini telah dipindahkan ke Jalan Northam yang kini dikenali
sebagai Jalan Sultan Ahmad Shah sehinggalah maktab ini ditutup pada tahun 1998.
Pada tahun 1975, Maktab Perguruan Sri Pinang yang pada waktu itu masih lagi berada di
bangunan Jalan Hilmilton. Bangunannya berbentuk segi empat di mana bahagian tengahnya terdapat
53
Pengkisahan Sejarah Maktab Perguruan Sri Pinang.(1998).[CD].Pulau Pinang : Arkib Negara Cawangan Pulau
Pinang.
27
gelanggan bola jaring dan di bahagian belakang terdapat dua pandang iaitu padang hoki dan juga padang
bola sepak berserta dengan trek larian 400 meter, sehinggalah pada tahun 1976 hanya terdapat trek yang
tidak sampai 200 meter sahaja. Dari segi kemudahan perpustakaan sangat kurang berbanding dengan
yang terdapat Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada waktu itu.
Pada tahun 1974, logo maktab yang sedia ada yang dicipta oleh Encik Chong Ching Seng
telah ditukar dengan logo yang baru hasil ciptaan Encik Samsudin yang merupakan salah seorang
pensyarah. Pada tahun 1983 Maktab Sri Pinang menyambut Jubli Perak.
Maktab Sri Pinang juga bertindak sebagai tempat penyimpanan arkib daripada Maktab
Perguruan yang terdapat di Alor Setar yang telah ditutup. Pelajar-pelajar terpaksa duduk menyewa di
rumah-rumah dan flat berhampiran dengan kawasan maktab bermula pada tahun 1986 akibat daripada
pertambahan pelajar.54
13.2 Kaitan Maktab Perguruan Sri Pinang dan Maktab Perguruan Tuanku Bainun
Maktab perguruan Sri Pinang ditutup secara rasmi pada tahun 1998, dan pembinaan Maktab Perguruan
Tuanku Bainun telah dimulakan sejak tahun 1990an lagi, perancangan awal mengatakan bahawa Maktab
Bukit Mertajam ini akan mengunakan Nama Maktab Sri Pinang, namun disebabkan Maktab Perguruan
Sri Pinang telah ditamatkan operasi jadi tidak sesuai sekiranya Maktab Perguruan Bukit Mertajam
menggunakan nama tersebut55
, dan akhirnya pemilihan nama Maktab Perguruan Bukit Mertajam telah
dilakukan.
Dari segi kaitan Maktab Perguruan Sri Pinang dan Maktab Perguruan Bukit Mertajam cuma
dari segi peralatan dan kemudahan yang dibawa dari Maktab Sri Pinang ke Maktab Perguruan Bukit
Mertajam. Sebagai contohnya buku pendaftaran pelajar Maktab Perguruan Sri Pinang yang digunakan
untuk pendaftaran pelajar di Maktab Perguruan Bukit Mertajam yang pada waktu itu masih baru beroperasi
dan tidak lagi mempunyai buku pelajar sendiri sehingga tahun 1994.
Selain itu peralatan dan kemudahan bilik kemahiran hidup yang terdapat hingga ke hari ini
juga merupakan bekas daripada Maktab Perguruan Sri Pinang yang dibawa masuk ke bengkel kemahiran
hidup maktab ini setelah maktab tersebut ditutup. Kemudahan lain adalah dari segi rak-rak, almari fail,
projekter dan kerusi meja sebilangan besarnya berasal daripada Maktab Sri Pinang.
54
Pengkisahan Sejarah Maktab Perguruan Sri Pinang.(1998).op.cit
55
Shahidan Bin Hashim. (2015, Mac 12), op.cit
28
14.0 Penutup
Sejarah Maktab Perguruan Bukit Mertajam ataupun Sejarah Maktab Perguruan Tuanku Bainun ,
menyimpan 1001 peristiwa disebalik penubuhannya sehinggalah sekarang Maktab ini mengambil nama
sempena dengan nama permaisuri agong yang ke-9 Tuanku Bainun, dan baginda sendiri yang
memperkenankan untuk turun merasmikan maktab perguruan ini. Melalui kajian ini, dapat dikenal pasti
penulis lagu dan logo Maktab Perguruan Tuanku Bainun yang selama ini tidak diketahui oleh pelajar-
pelajar mahupun barisan pelajar bermula daripada tahun 2008 akibat daripada tiada pendedahan yang
dilakukan selain daripada pelajar-pelajar kurang minat untuk mengkaji pencipta lagu dan logo asal maktab
ini.
Kajian berkenaan dengan data enrolmen pelajar dapat memberikan sedikit sebanyak
berkenaan dengan jumlah bilangan pelajar yang memasuki maktab ini dan kursus-kursus yang
ditawarkan. Selain itu juga melalui kajian data pelajar ini dapat kita kenal pasti jumlah pelajar mengikut
kaum dan jantina yang terdapat di maktab ini sepanjang tahun 1992 sehingga tahun 1996.
Penubuhan Maktab Perguruan Tuanku Bainun juga berkait dengan Maktab Perguruan Sri
Pinang, akibat daripada penutupan Maktab Sri Pinang peralatan dan kemudahan yang terdapat di Sri
Pinang di bawa masuk ke maktab ini bagi menambah kekurangan yang terdapat dalam maktab
memandangkan pada masa tersebut maktab baru lagi dibuka dan serbaserbi kekurangan dari segi
kemudahan dan tempat belajar.
29
BIBLIOGRAFI
( t.p ) Berita Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Bil 2 : Jilil 28, 2005 Ogos.
(t.p ). Berita Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Bil 2 : Jilil 9. 2006 Ogos.
(t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun.Edisi Pertama.(t.t.p): (t.n.p).1995.
Buku Pendaftaran Pelajar Maktab Perguruan Tuanku Bainun 1992-1996
Laman web rasmi IPGKTB. http://ipgktb.edu.my/viewpage.php?page_id=15.
Maniyamin Bin Haji Ibrahim. Berita Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Bil 3 : Jilil 26.
2004 Disember.
Pengkisahan Sejarah Maktab Perguruan Sri Pinang.(1998).[CD].Pulau Pinang : Arkib Negara
Cawangan Pulau Pinang.
Petikan info yang terdapat di dalam Dewan Kuliah Kirkby di Kampus Tuanku Bainun.
Rosmah Ramli. (2013, September 14 ) Pensyarah IPG Kampus Tuanku Bainun. Personal Interview.
Pulau Pinang
Shahidan Hashim. (2013, September 20) Pensyarah IPG Kampus Tuanku Bainun. Personal Interview.
Pulau Pinang
Shahidan Hashim. (2015, Mac 12 ) Pensyarah IPG Kampus Tuanku Bainun. Personal Interview. Pulau
Pinang
30
MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR 1938-1985 : SUMBANGAN KEPADA PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SITI NORZAIDAH BINTI KAMARUDDIN
1.0 Pendahuluan
Semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, berlakunya perkembangan agama Islam dengan
pesatnya di negeri Kedah. ketika ini, muncul seorang tokoh agama yang terkenal iaitu Haji Wan Sulaiman
b. Wan Sidek, seorang guru agama di-Raja yang amat terkenal. Beliau kemudiannya menjadi seorang
Syeikh Ul-Islam Kerajaan Kedah. Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat bersungguh-sungguh
dalam memperkembangkan agama Islam di Kedah.
Akhirnya, kesungguhan beliau telah membawa kepada penubuhan sebuah madrasah di
Jalan Limbong Kapal demi memajukan pelajaran agama Islam. Madrasah ini telah dikenali sebagai
Madrasah Hamidiah yang diberi nama sempena nama Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Namun
begitu, madrasah ini lebih dikenali sebagai Madrasah Pak Wan Sulaiman atau Sekolah Arab Limbong
Kapal.
Bermula daripada hanya sebuah bangunan kecil dan hanya mempunyai dua bilik darjah
sahaja, kini madrasah ini berdiri gah dengan identitinya yang tersendiri. Madrasah ini telah membawa
kepada satu kejayaan yang cemerlang terutama dalam usahanya memberi pelajaran agama dan bahasa
Arab. Oleh itu, kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana perkembangan madrasah
ini sehingga diberi nama baharu iaitu Maktab Mahmud dan perkembangannya yang membawa banyak
perubahan dalam bidang pendidikan terutamanya yang berkait rapat dengan keagamaan.
2.0 Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Agama Islam di Kedah sebelum 1900
Pendidikan agama Islam di Tanah Melayu sebelum tahun 1900 terbahagi kepada dua bentuk iaitu secara
formal dan tidak formal. Secara umumnya, pendidikan dalam aspek agama Islam boleh dibahagikan
kepada tiga bentuk iaitu pendidikan bercorak surau atau kelas mempelajari al-Quran, sekolah-sekolah
pondok dan madrasah.
2.1 Pendidikan Secara Surau
Pengajian secara surau boleh dikatakan merupakan antara pendidikan agama Islam terawal yang
terdapat di Tanah Melayu. Pendidikan secara surau di Kedah dijalankan hanya secara sambilan sahaja
oleh guru yang mengajar iaitu pada sebelah malam kerana guru-guru yang mengajar di surau-surau
dikatakan merupakan orang tempatan yang bekerja sebagai petani. Oleh itu, mereka hanya boleh
mengajar pada sebelah malam sahaja. Pengajian di surau lebih tertumpu pada mempelajari al-Quran.
Setelah tamat pengajian, istiadat berkhatam sering kali diadakan. Khatam di sini bermaksud seseorang
31
itu telah habis membaca al-Quran dari kulit ke kulit. Seseorang murid itu hanya boleh dikhatamkan jika
bacaannya mengikut hukum tajwid, menyampaikan dengan irama lagu yang sedap dan suara yang
merdu. Kebiasaannya istiadat berkhatam ini diadakan dengan mengadakan kenduri secara kecil-kecilan.
Kesimpulannya pendidikan di surau boleh dikatakan merupakan salah satu pendidikan secara tidak formal
yang dijalankan di Tanah Melayu khususnya dalam pengajian agama Islam.
2.2 Pendidikan Di Sekolah-Sekolah Pondok
Pendidikan di surau-surau kemudiannya telah menjalani satu evolusi sehingga terbentuknya satu
pendidikan yang lebih tersusun dan bersistem iaitu pendidikan pondok. Sistem pendidikan ini merupakan
salah satu sistem yang sangat popular di Kedah sekitar abad ke-19.
Pondok dikatakan berasal dari perkataan “fondok” yang bererti tempat sementara, yang
menggambarkan satu sistem di mana murid-murid mendirikan pondok tempat tinggal mereka yang
sementara di kelilingi rumah Tok Guru pondok. Pengajian pondok merupakan satu pendidikan agama
yang tertua. Sekolah pondok dipercayai lahir di kedah dan Pattani iaitu hasil daripada pengaruh Sumatera
Utara dan Timur Tengah. Menjelang abad ke-19, perkembangan sekolah pondok ini sangat pesat berlaku
di bahagian utara Tanah Melayu. Perkembangan ini kemudiannya berterusan hingga meletusnya Perang
Dunia 1. Pada ketika itu, didapati telah terdapat lapan buah sekolah pondok di Kedah iaitu sekolah pondok
di Titi Gajah, Langgar, Pumpong, Alor Setar, Pokok Pisang, Kota Kuala Muda, Anak Bukit dan Yan.
Misalnya di Langgar, sekolah pondok yang tertua ialah Pondok Tuan Haji Muhammad Noor
atau lebih dikenali sebagai Pondok Tasak. Gurunya ialah Tuan Haji Muhammad Noor yang mendapat
pendidikan di Mekah. Biasanya guru-guru di sekolah pondok sangat fasih berbahasa Arab. Sekolah
pondok biasanya bermula apabila orang kampung mula berkumpul di rumah Tok Guru untuk mendengar
penjelasan kitab dan hadis. Pada mulanya Tok Guru akan mendirikan sebuah balai. Rumah Tok Guru
juga mungkin dijadikan sebagai balai. Pada peringkat permulaan pembukaan sekolah pondok, anak
muridnya terdiri daripada masyarakat yang tinggal berdekatan sahaja yang datang belajar di waktu-waktu
tertentu dan hari-hari tertentu. Kebanyakan murid akan berpindah dan tinggal berdekatan dengan rumah
Tok Guru. Guru-guru di sekolah pondok biasanya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan ibu
bapa murid. Tok Guru dibenarkan untuk merotan anak mereka dan wang perbelanjaan anaknya juga
diberikan kepada Tok Guru.
Pelajaran di Pondok menggunakan kitab-kitab tertentu yang menggunakan Bahasa Arab.
Guru akan membaca dan memberi penjelasan. Manakala murid-murid pula akan mengikuti secara
menghafal. Pembelajaran secara menghafal memang merupakan kaedah yang sering dipraktikkan. Murid
diberi kitab tertentu supaya dihafal tanpa mempersoalkan kebenarannya. Antara Mata pelajaran yang
diajar di sekolah pondok ialah Tauhid, Tafsir, Fiqah, Hadis, Nahu Saraf, Tasawuf dan Akhlak.
Pembelajaran di pondok boleh dikatakan longgar kerana hanya bergantung pada Tok Guru sahaja.
Sukatan pelajaran di sekolah pondok juga boleh dikatakan agak sempit kerana kitab-kitab yang digunakan
hanyalah yang disukai dan diminati oleh Tok Guru tersebut. Pembelajaran di pondok lebih menitikberatkan
soal-soal akhirat sedangkan soal keduniaan atau sekular tidak disentuh.
32
Jadual waktu harian di sekolah pondok bermula dengan sembahyang Subuh dan diikuti
kuliah selepas Subuh. Selepas itu, guru berehat dan murid menjalankan aktiviti harian menghafal atau
menelaah. Kemudiannya, disambung pula dengan solat Zuhur dan berakhir dengan solat Asar. Kuliah
bermula lagi selepas Maghrib dan berakhir dengan solat Isyak. Cuti penggal di sekolah pondok mengambil
kira hal-hal seperti bulan puasa dan musim menuai padi. Pada kedua-dua masa ini, kuliah di pondok
diberhentikan untuk amalan ibadah puasa dan juga untuk membolehkan penuntut-penuntut mencari
nafkah bekerja di musim menuai sambil memungut fitrah dan zakat bagi pihak guru pondok. Sistem
pendidikan pondok adalah dipengaruhi oleh tradisi pembelajaran Masjid di Mekah dan beberapa negara
Islam dengan dengan murid-murid duduk di lantai dalam bentuk tiga perempat bulatan atau dalam bentuk
ladam kuda. Lulusan-lulusan pondok ini biasanya akan melanjutkan pelajaran ke Makkah bagi yang
berkemampuan. Sesetengahnya pula memperkembangkan pengajaran ini dengan membuka sekolah-
sekolah pondok sendiri. Tidak kurang pula ada yang menjadi pegawai-pegawai agama seperti imam, tok
Kadi dan sebagainya.
Sistem persekolahan pondok ini terus berkembang sehingga membawa kepada penubuhan
sekolah agama rakyat yang lebih maju bermula setelah melewati tahun 1900iaitu dengan kemunculan
institusi madrasah.
2.3 Penubuhan Madrasah
Penubuhan sekolah agama rakyat yang lebih maju telah bermula sejak tahun 1900.56
Perkembangan
sekolah agama rakyat yang lebih tersusun ini dikenali sebagai sekolah Arab atau madrasah dan
penubuhannya lebih ketara selepas Perang Dunia 1.57
Melihat kepada penubuhan madrasah di Tanah
Melayu pada awal kurun ke-20, penubuhannya berkait rapat dengan golongan Kaum Muda dan Kaum
Tua. Pertelingkahan di antara dua golongan ini merupakan fenomena penting dalam sejarah masyarakat
Melayu . Akibat wujudnya golongan inilah yang membawa kepada pertumbuhan madrasah di Tanah
Melayu.
Kaum Muda ini dikenali sebagai golongan reformasi. Gerakan reformasi yang dianjurkan
oleh Kaum Muda ini juga disebut Gerakan Islah yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki
kepincangan yang berlaku dalam masyarakat Islam ketika itu. Kepincangan ini termasuklah dalam hal-hal
siasah, iktisad, kemasyarakatan, pelajaran, pertanian, perniagaan, perindustrian dan sebagainya.
Golongan inilah yang menaja Al-Imam dan antara pelapor yang terkenal ialah Syeikh Tahir Jalaluddin dan
Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi. Mereka mendesak supaya umat Islam kembali kepada Al-Quran dan Hadis.
58
Kaum Tua pula merujuk kepada golongan yang lebih gemar menekankan soal-soal ibadah
dalam agama khususnya mengenai perkara yang kecil-kecilan. Sekolah pondok yang berkembang
sebelum ini dikatakan mewakili kaum-kaum tua sehinggalah munculnya Kaum Muda yang telah
56
Nabir bin Haji Abdullah, Maahad II Ihya Assyariff Gunung Semanggol, 1934-1959, Kuala Lumpur,1976,hlm 11.
57
Khoo Kay Kim, “Perkembangan Pelajaran Agama Islam” dalam Awang Had Salleh (ed.), Pendidikan Ke Arah
Perpaduan Sebuah Perspektif Sejarah, Fajar Bakti, 1980, hlm.5.
58
Ibid.,hlm.8.
33
mendirikan madrasah-madrasah yang merupakan saingan dan cabaran kepada sekolah pondok yang
dianggap ketinggalan zaman. Perbezaan fahaman yang timbulan antara kedua-dua golongan ini bukanlah
mengenai perkara-perkara pokok di dalam Islam. Kedua-duanya mempercayai dan bersandarkan kepada
al-Quran dan hadis, Cuma Kaum Muda lebih menumpukan kepada pentafsiran yang tidak terikat. Sumber
penyaluran idea Kaum Muda adalah melalui beberapa akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Neraca, Al-
Ikhwan, Seruan Azhar, Pilihan Timur dan banyak lagi.
Kaum Muda merupakan pelapor di Tanah Melayu yang mengasaskan sekolah agama
moden iaitu Madrasah Al-Iqbal pada 1907, di Singapura. Kemudian, diwujudkan pula Madrasah Al-
Masahor di Pulau Pinang. Kedua-dua institut ini merupakan hasil perjuangan Kaum Muda. Perang Dunia
1 sebenarnya merupakan garis pemisah antara zaman yang didominasi oleh sekolah-sekolah pondok
dengan zaman penubuhan madrasah yang lebih tersusun dari segi organisasinya serta mempunyai
persamaan dengan sekolah-sekolah sekular.
3.0 Madrasah Hamidiah Limbong Kapal
Maktab Mahmud merupakan sebuah sekolah agama yang mempunyai sejarah kelahiran yang begitu
menarik untuk dikaji. Sejarah penubuhannya telah dianggap oleh pengkaji sejarah sebagai sejarah
kelahiran yang paling menarik di Semenanjung Malaysia. Maktab Mahmud merupakan sebuah pusat
pengajian Islam yang cukup terkenal di utara Semenanjung Malaysia. Sejarah perkembangannya adalah
berkait rapat dengan kewujudan Madrasatul Hamidiah. Kewujudan Maktab Mahmud adalah bermula di
Madrasatul Hamidiah.
Nama Madrasatul Hamidiah diambil sempena dengan nama baginda Sultan Abdul Hamid
Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajudin Mukarram Shah. Ketika itu baginda menduduki takhta
kerajaan negeri Kedah. Negeri Kedah sememangnya amat terkenal sebagai negeri yang mempunyai
ramai raja yang dianggap alim dan warak. Keadaan ini wujud kerana asas perkembangan agama Islam
di negeri Kedah adalah bermula dari istana dan sultan-sultan bertindak sebagai ketua agama. Oleh itu,
kebanyakan putera raja terutamanya yang bakal dilantik sebagai pengganti raja adalah diasuh
bersungguh-sungguh dalam hal ehwal agama Islam.59
Antara beberapa orang raja Kedah yang dianggap
mempunyai pegangan yang kuat kepada ajaran agama ialah DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah,
DYMM Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin, YTM Tengku Mahmud dan DYMM Sultan Badlishah. 60
Selain dari dinamakan Madrasatul Hasanah sempena nama Sultan Abdul Hamid, sekolah
ini juga dikenali dengan Madrasah Pak Wan Sulaiman atau Sekolah Arab Limbong Kapal.61
Penubuhan
madrasah ini oleh Haji Wan Sulaiman adalah hasil daripada iniasitif persendirian tanpa mendapat apa-
apa bantuan dari kerajaan negeri. Kegiatan di madrasah ini telah berjalan dengan lebih lima belas tahun.62
59
Hussain Haji Yaakob, “Sedikit Tentang Maktab Mahmud”, Ilham, Majalah Tahunan Maktab Mahmud, Bil. ke 10,
Tahun ke 11, 1968, hlm.22.
60
Ibid.
61
Hussain Haji Yaakob, Op.cit.
62
Berita Minggu, 27 September 1983.
34
Sebagai seorang yang berilmu pengetahuan, Haji Wan Sulaiman mempunyai rasa bertanggungjawab
menyampaikan ilmunya kepada manusia sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam. Rasa kesedaran
inilah yang mendorong beliau mendirikan madrasah tersebut kerana pengajaran yang ingin disampaikan
hanya dapat dilakukan dengan sempurna melalui sebuah institusi tertentu. Madrasah tersebut yang
bermula dengan pendidikan kampung itu telah menjadi perintis kepada penubuhan-penubuhan sekolah-
sekolah agama Islam di Kedah. yang mendapat sambutan dan menjadi kebanggaan orang Islam
terutamanya di negeri Kedah.
Madrasah ini seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang memberi pendidikan agama
dan Bahasa Arab menjadi tempat tumpuan penuntut bukan sahaja di negeri Kedah, tetapi juga telah
meluas ke seluruh Semenanjung Malaysia hingga ke Kepulauan Indonesia.63
4.0 Pembukaan Serta Perasmian Maktab Mahmud
Menjelang tahun1930-an, wujud beberapa masalah pembelajaran di Madrasah Hamidiah. Pelajarnya
semakin bertambah ramai, keadaan sekolah menjadi semakin sempit dan kelas kekurangan tempat
duduk.64
Bangunan sekolah juga telah uzur dan tidak mengizinkan pengajaran terus dijalankan.
Tambahan pula sekolah itu selalu banjir ketika air pasang. Ketika ini madrasah Hamidiah masih lagi
ditadbir oleh Ustaz Haji Salleh bin Haji Samsudin sebagai guru besarnya. 65
Suatu usaha telah dijalankan untuk mengatasi masalah tersebut iaitu Wan Sulaiman
memberi tanah yang dimilikinya seluas 223 jemba 20 kaki. dalam mukim Kota Setar kepada Kerajaan
Negeri Kedah bagi kegunaan murid-murid yang menuntut di Madrasatul Hamidiah. Walaupun usaha telah
dibuat namun masalah yang dihadapi tidak dapat diatasi. Akhirnya masalah ini sampai ke pengetahuan
DYMM Regent Negeri Kedah iaitu Tengku Mahmud.
Semasa Tengku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin menjadi Regent dan
Presiden State Council negeri Kedah, baginda amat mengambil berat dalam hal ehwal agama Islam
negeri Kedah. Baginda juga sangat menitikberatkan tentang perkembangan pendidikan di Madrasatul
Hamidiah itu.
Setelah melihat masalah yang dihadapi oleh Madrasah Hamidiah itu, baginda segera
menggantikan Madrasatul Hamidiah yang telah uzur itu. Cita-cita baginda ialah menyesuaikan tarafnya
sebagai sebuah tempat pendidikan agama dan ingin memberi pengajaran agama Islam dan Bahasa Arab
yang lebih tinggi dan mendalam lagi. Keadaan inilah yang menjadi bayangan ke arah pembukaan Maktab
Mahmud.
63
Ibid.
64
A.Ghani Rokambol, “Surau Usang Menjadi Maktab Agama”, Berita Minggu, 27 September 1981.
65
Haji Azizan bin Haji Aroff, “Sejarah Maktab Mahmud Simpang Kuala Alor Setar Kedah”, Manuskrip, t.t., hlm. 2.
35
Tengku Mahmud kemudiannya mengarahkan Setiausaha Kerajaan negeri Kedah, Haji
Mohamad Shariff bin Osman mencari kawasan baru untuk menggantikan Madrasah Hamidiah. Akhirnya
tempat yang sesuai telah ditemui iaitu sebidang tanah di persimpangan Jalan Pegawai dan Jalan Kuala
Kedah, kira-kira 3 kilometer dari bandar Alor Setar. Hasil daripada usaha gigih Tengku Mahmud serta
pemimpin-pemimpin lain di negeri Kedah, maka dalam tahun 1936, kerja-kerja pembinaan Maktab
Mahmud dimulakan. Perletakkan batu asas maktab ini telah dilakukan sendiri oleh DYMM Tengku
Mahmud pada 16 Jun 1936 bersamaan 29 Rabiulawal 1355 Hijrah.
Akhirnya setelah siap dengan sempurnanya, maka pada hari Rabu 19 hari bulan
Jamadilawal 1356 Hijrah bersamaan dengan 20 Ogos 1937, sekolah tersebut dibuka dengan rasminya
oleh DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram dengan
dihadiri pembesar-pembesar negeri dan alim ulama dari seluruh negeri Kedah66
dan diberi nama Al-
Makhadil Mahmud.
Nama Al Makhadil mahmud dipilih untuk diberikan kepada maktab ini adalah kerana
sempena nama DYMM Tengku Mahmud yang menjadi Regent negeri Kedah.
5.0 Organisasi Pendidikan Dahulu dan Kini
Organisasi pendidikan Maktab Mahmud sentiasa berubah-rubah. Hal ini dapat dilihat sistem pentadbiran
dari tahun 1937 sehingga 1986. Pengkelolaan organisasi berubah kepada dua tahap.
5.1 Pentadbiran Maktab Mahmud 1937 – 1985
Pentadbiran merupakan salah satu aspek penting dalam sesebuah institusi untuk berdiri dengan kukuh.
Organisasi pentadbiran yang licin dan kemas akan memudahkan sesuatu organisasi itu bergerak. Oleh
itu, bab ini akan menerangkan mengenai dasar pentadbiran Maktab Mahmud dari sejak ia ditubuhkan
hinggalah sekarang.
Pentadbiran Maktab Mahmud boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu :
i) Dari tahun 1937 hingga 1967 – pentadbiran di bawah Pentadbiran Jawatankuasa Pentadbir.
ii) Dari tahun 1967 hingga 1985 – pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud.
5.2 Jawatankuasa Pentadbir
Di bawah Jawatankuasa Pentadbir, sebuah badan kecil/khusus telah dibentuk pada tahun 1961 iaitu
Jawatankuasa Tertinggi. Jawatankuasa ini hanya ditubuhkan khusus untuk mengendalikan hal-hal
kebajikan di maktab ini. Dari segi keanggotaannya pula badan ini mempunyai 9 orang ahli. Pengerusinya
dipilih oleh Sultan Kedah sendiri dengan nasihat State Council. Kemudian, ahli-ahli yang lain terdiri
66
Ibrahim Said, “Ringkasan Sejarah Al-Maahad Al-Mahmud”, manuskrip(Jawi), t.t., hlm. 2.
36
daripada wakil-wakil yang dihantar Kementerian Pelajaran, Majlis Agama Negeri dan dua orang bekas
penuntut Maktab Mahmud. Penubuhan badan ini merupakan antara langkah-langkah yang dijalankan oleh
Jawatankuasa Pentadbiran demi meningkatkan mutu kebajikan bagi penuntut-penuntut di Maktab
Mahmud ini.
5.3 Peranan dan Kejayaan Jawatankuasa Pentadbir
Sepanjang jawatankuasa ini ditubuhkan, badan ini sememangnya telah banyak memainkan peranannya
terutama dalam usaha meningkatkan mutu pelajaran di maktab ini. Pada masa itu sistem
pembelajarannya juga tidaklah sekompleks seperti yang terdapat pada hari ini. Bilangan murid juga
adalah sedikit jika dibandingkan pada hari ini. Demikian juga bilangan guru dan bilik darjah. Antara fungsi-
fungsi yang dibuat oleh jawatankuasa ini ialah mengadakan pemilihan pelajar-pelajar yang mendaftar
untuk mengikuti pengajian di Maktab Mahmud, menerima kemasukan guru-guru baru, mengurus hal-hal
biasiswa dan lanjutan pengajian ke luar negara serta memohon kepada kerajaan untuk membangunkan
kawasan sekitar Maktab Mahmud ini. Secara keseluruhannya , dapat dikatakan jawatankuasa ini telah
menjalankan tanggungjawab mereka seperti mana yang diharapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan
dengan sedaya upaya mereka. Sepanjang beberapa tahun Maktab Mahmud di bawah pentadbiran ini,
banyak mesyuarat telah diadakan melibatkan penuntut-penuntut, guru-guru dan sekolah bagi
membangunkan sekolah ini.
5.4 Pentadbiran di Bawah Lembaga Maktab Mahmud
Maktab Mahmud telah menjalani satu perubahan besar dari segi pentadbirannya mulai dari tahun 1967.
Selama maktab ini ditubuhkan dari tahun 1937, maktab ini ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Pentadbir.
Jawatankuasa ini, dan ahli-ahlinya dilantik dengan perkenan sultan telah bertanggungjawab menjalankan
polisi demi melipatgandakan mutu serta taraf pendidikan di institusi ini. Namun begitu, bermula 25 Mac
1976, Majlis Perundangan Negeri tekah meluluskan satu enakmen yang dengan bersyarat telah berjanji
untuk mengadakan :-
……..suatu pertubuhan dan Perbadanan Lembaga yang kekal turun temurun dan mempunyai satu meteri
dan kuasa bagi memperoleh dan memegang harta yang boleh berpindah dan tidak boleh berpindah dan
melepaskan atau dengan jalan lain-lain membuat apa-apa berkenaan dengannya.
Setelah mendapat kelulusan ini , maka jawatankuasa ini pun dimansuhkan dan pada 19 September
1967, menurut enakmen berkenaan iaitu Seksyen (4) Enakmen Lembaga Maktab Mahmud 1967, dilantik
beberapa ahli lembaga baru yang akan memegang jawatan selama 2 tahun mulai dari tarikh ini. Ahli
lembaga pertama ialah :
1) Datok Sheikh Abdul Halim bin Haji Osman – Beliau adalah Yang Dipertua Majlis Agama
Islam Kedah
2) Y.B Tuan Haji Ali bin Hj. Ismail
3) Yang Berbahagia Tuan Haji Alauddin Abdul Manan
4) Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Bin Haji Abdullah
5) Yang Berbahagia Tuan Haji Mansor Chik
37
6) Yang Mulia Tunku Burhanuddin bin Tunku Yahya
7) Yang Berbahagia Tuan Haji Abdullah Bin Haji Mahmud
8) Ustaz Abdul Majid bin Mohd. Noor67
5.5 Sebab-sebab Penubuhan Lembaga
Tujuan ditubuhkan lembaga ialah untuk mewujudkan satu badan yang bebas yang mempunyai kuasa
penuh terhadap perjalanan Maktab Mahmud demi kejayaan di masa depan. Lembaga juga ditubuhkan di
saat-saat Maktab Mahmud sedang pesat berkembang baik dari segi akademik mahupun kegiatan
kokurikulum. Oleh itu, penubuhan lembaga adalah untuk mengimbangi kepesatan perkembangan Maktab
Mahmud dengan organisasi yang dipertanggungjawab mentadbirnya. Organisasi yang teguh dan
berkuasa sahaja yang boleh mentadbir sesebuah institusi yang sedang menuju kegemilangan.
Kuasa yang diberikan kepada lembaga jelas kelihatan jika ditinjau kepada enakmen yang
diluluskan oleh majlis Perundangan Negeri Kedah terhadap institusi ini. Lembaga melalui kelulusan ini
telah diberi kuasa serta dipertanggungjawabkan memegang harta dan menjalankan sebarang polisi demi
kejayaan maktab ini. Lembaga merupakan suatu badan yang mempunyai kuasa autonomi yang luas
dalam menjalankan dasar Maktab Mahmud dan segala tindakan yang lain sama ada kecil atau besar.
Mulai dari tahun 1968 iaitu penubuhan lembaga, Maktab Mahmud telah menjadi seolah-olah
sebuah institusi swasta, semua pentadbirannya sama ada dalam hal-hal kewangan atau pelajaran adalah
diuruskan sendiri dengan tidak melalui Jabatan Agama Islam Negeri Kedah lagi. Sebelum ini,
pentadbirannya merupakan sebahagian daripada Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Mulai tahun 1968
segala masalah kewangan yang dibentangkan berasingan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Kedah
dalam Dewan undangan Negeri, ia diserahkan terus kepada pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud.
Cadangan untuk menubuhkan lembaga telah dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Pentadbir,
yang diwujudkan sebelum itu. Setelah mendapat persetujuan kerajaan Negeri maka cadangan itu
dilaksanakan. Tujuannya secara keseluruhan ialah untuk memudahkan pentadbiran Maktab Mahmud. Hal
ini kerana, terdapat beberapa kesukaran mentadbir di bawah Jawatankuasa Tadbir terutamanya dari segi
pengambilan guru-guru. Oleh sebab guru disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, permintaan
untuk mendapatkan guru oleh jawatankuasa terpaksa memakan masa yang lama sebelum guru-guru itu
dapat didatangkan. Kadang kala melebihi masa setahun. Sebaliknya selepas penubuhan lembaga,
dengan kuasa yang diberikan kepada badan ini, lembaga boleh mengambil gurunya sendiri.
6.0 Dasar atau Sistem Pelajaran di Maktab Mahmud
Dasar pelajaran yang dijalankan di Maktab Mahmud dapat dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahun 1937
hingga tahun 1938 iaitu semasa sekolah ini di bawah Ustaz Haji Salleh bin Sulaiman yang bertindak
sebagai pemangku guru besar . Tahun 1938 hingga 1961 iaitu semasa Maktab Mahmud di bawah Sheikh
67
Halimah Desa, “Sejarah Maktab Mahmud”, dalam Khoo Kay Kim (ed.), Beberapa Aspek Sejarah Kedah,
monograf, Persatuan Sejarah Malaysia, 1983, hlm.123.
38
Abdul Halim menjadi guru besar dan 1962 hingga sekarang ketika institusi mengalami perubahan sebagai
reaksi terhadap dasar Pelajaran Kebangsaan yang diperkenalkan kerajaan.
Dasar pelajaran Maktab Mahmud dari tahun 1937 hingga 1938 merupakan dasar terawal
yang dijalankan. Oleh kerana terlalu muda dan belum berdiri teguh, maka pelajarannya adalah sama
seperti yang diajar di Limbong Kapal dahulu. Penekanan diberikan kepada pelajaran Bahasa Arab dan
agama Islam sahaja. Pelajaran akademik tidak dipentingkan. Mata pelajaran yang diajar ialah fiqh,
tasawuf, tafsir dan hadis.
Dasar Pelajaran Maktab Mahmud tahun 1938 hingga 1961 pula terdapat beberapa pembaharuan
berikutan dengan kepulangan Datuk Sheikh Abdul Halim Bin Osman dari Universiti Al-Azhar, Mesir.
Apabila beliau memegang jawatan guru besar, beberapa pembaharuan telah dibuat. Pelajaran di Maktab
Mahmud telah disesuaikan dengan pelajaran di Al-Azhar. Penyusunan mata pelajaran ini tidaklah seratus
peratus meniru Al-Azhar tetapi juga disesuaikan dengan keadaan dan psikologi tempatan. Disebabkan
penyesuaian ini, beberapa mata pelajaran akademik telah dimasukkan. Antaranya ialah Sejarah Islam,
Geografi, Matematik. Namun begitu, mata pelajaran ini diajar dalam Bahasa Arab. 68
Kitab-kitab yang digunakan sesetengahnya adalah kitab yang telah sedia ada dan juga
sesetengahnya dibawa dari Al-Azhar. Pada peringkat awalnya, peringkat pengajian yang terdapat di
Maktab Mahmud hanyalah peringkat Ibtidaiyah iaitu peringkat rendah sehingga darjah 4 sahaja. Usaha
untuk mengadakan kelas sehingga ke peringkat Thanawiyah semata-mata bertujuan untuk memberi
peluang kepada pelajar-pelajar yang tamat darjah lapan di Maktab Mahmud melanjutkan pelajaran
mereka di universiti-universiti di Timur Tengah, khasnya di Al-Azhar.
Usaha-usaha menyusun semula pelajaran peringkat Thanawiyah itu mula berkesan dan
mencapai kejayaan yang amat menggalakkan selepas sekolah itu dibuka semula setelah ditutup buat
sementara akibat serangan Jepun ke atas Tanah Melayu.69
Buktinya, menjelang 1950-an, ramai lulusan
Maktab Mahmud telah melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar. Jadual berikut menunjukkan senarai
mata pelajaran yang diajar di Maktab Mahmud mulai tahun 1938 hingga 1961.
Bidang Ilmu Mata pelajaran
Ilmu Agama ( ‘Ulum Dinniah ) i) Al Fiqh
ii) Al Tauhid
iii) Al Tafsir
iv) Al Hadis
Ilmu Bahasa Arab ( ‘Ulum Arabiah ) i) Al Nahu
ii) Al Saraf
iii) Al Insyak (Karangan)
iv) Al Balaghah (Kiasan)
v) Al Muta la’ah (kefahaman)
68
Hussain Haji Yaakob, “Sedikit Tentang Maktab Mahmud, Ilha,” Majalah Tahunan Maktab Mahmud, Bil ke 10,
Tahun ke 11,1968, hlm.23.
69
Utusan Malaysia, 28 Ogos 1984.
39
vi) Al Mahfuz hat (syair)
vii) Al Imlak (rencana/ejaan)
viii) Ak Khata al-Arabi (Seni tulisan
Arab)
Ilmu Masyarakat (Muadul Ijtima’ujah
)
i) Al Tarikh al Islami (Sejarah)
ii) Al Geografi
iii) Al Akhlak Wa Tahzib (Sivik)
Pengetahuan Am (Al Awam) i) Al Ashyak (Pengetahuan Am)
ii) Al Sihah (Kesihatan)
iii) Al-Tarbiah al Badaniah
(Pendidikan Jasmani)
Amalan (Riadhah) i) Al Hisab wal Handisah
(Matematik)
Jadual 1.0 : Mata pelajaran bagi peringkat Ibtidaiyah iaitu darjah 1 – 4
Bidang Ilmu Mata pelajaran
Ilmu Agama (‘Ulum Dinniah) i) Al Fiqh
ii) Faraidh (pembahagian harta pusaka)
iii) Al Tauhid
iv) Al Tafsir
v) Al Hadis
Ilmu Bahasa Arab (‘Ulum Arabiah) i) Al Nahu
ii) Al Saraf
iii) Al Ma’ani
iv) Al Bayan
v) Al Badi’
vi) Al Insyak
vii) Al Tarjimah
viii) Al ‘Urudh
ix) Al Muta la’ah
x) Al Mahfuzhat
xi) Adab al
(Mata pelajaran –mata pelajaran ini ialah kajian mendalam
mengenai Bahasa Arab)
Ilmu Masyarakat i) Al Tarikh
ii) Al Geografi
iii) Al Akhlak
iv) Usul al tarbiah Wal – Takila
Amalan (Ria’dah) i) Al Nikad
ii) Al Hisab
Pengetahuan Am ( Al Awam) i) Mabadi’ Al Tabi lah (Kajian mengenai tabiat)
ii) Mabadi’al – Ulum Al Tarbiah al Badanish
Pelajaran Tambahan (‘Ulum Syitak) i) Usul al Fiqh
40
Jadual 1.1 : Mata pelajaran peringkat Thanawiyah iaiatu darjah 5 - 6
Keseluruhan peringkat-peringkat pelajaran dari ilmu pengetahuan yang telah dijadualkan di
sekolah ini adalah disusun menurut tangga-tangga pelajaran yang boleh membawa sekolah ini kepada
melayakkan penuntut-penuntutnya dengan ilmu pengetahuan yang mnjadi punca untuk mencari
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, melahirkan penuntut-penuntut yang sanggup berkhidmat
kepada negara, menyediakan dan membolehkan penuntut-penuntut menyambung pelajaran di Universiti
Al-Azhar dan meberi peluang kepada penuntut yang berjaya dalam Shahadah Aliyah memperoleh ijazah
Shahadah Aliyah di universiti Al-Azhar.
Tenaga pengajar juga pada masa ini telah semakin ramai yang terdiri dari guru-guru
tempatan dan berkelulusan tempatan. Sistem pengajaran juga turut berubah. Guru-guru diarahkan
membuat ringkasan mengajar dan mengajar mengikut apa yang diringkaskan itu. Keadaan ini bertujuan
semata-mata untuk mengelakkan guru-guru ini mengajar tanpa satu garis panduan yang tertentu. Kaedah
ini juga dapat memastikan segala sukatan pelajaran yang ditetapkan dapat dihabiskan.
6.1 Peperiksaan Dan Sijil Yang Dikeluarkan (1938-1961)
Pada peringkat awal, Maktab Mahmud hanya mempunyai peringkat pengajian di bahagian rendah sahaja
(Ibtidaiah). Pelajaran yang diberikan adalah sehingga darjah 4 sahaja, kemudian diteruskan lagi sehingga
darjah 7. Namun masih disebut peringkat Ibtidai. Jadi selepas tamat darjah 4, penuntut-penuntut akan
meneruskan pelajaran ke darjah 5 sehingga darjah 7. Penuntut-penuntut yang telah lulus darjah 4 akan
memperoleh sijil yang dinamakan Syahadah Ibtidaiyah. Kemudian apabila tamat darjah 7, satu lagi
peperiksaan diadakan. Bagi yang lulus, sijil yang diberikan ialah Syahadah Assabiyah. Lulusan-lulusan
darjah 7 ini di antaranya diterima menjadi guru di Maktab Mahmud. Tidak kurang pula yang berkhidmat
sebagai pegawai agama dalam negeri Kedah, seperti Imam, Kadi dan sebagainya.
Keadaan ini berlanjutan sehingga Perang Dunia Kedua. Kemudian selepas Perang Dunia
Kedua iaitu pada 1946, usaha-usaha telah dijalankan oleh pihak pentadbir Maktab Mahmud untuk
menaikkan peringkat pengajian hingga ke darjah 8. Sijil yang diberikan pada peringkat ini ialah Syahadan
Saminah iaitu yang terakhir. Bahagian Thanawiyah dianggap sebagai peringkat menengah.
Perkembangan pelajaran di Maktab Mahmud kemudian semakin pesat dan menggalakkan.
Sehingga pada awal tahun 1950 an, atas daya usaha guru besarnya, iaitu Sheikh Abdul Halim
menghubungi Universiti Al-Azhar, maka sijil Maktab Mahmud telah mendapat pengiktirafan dari Universiti
Al-Azhar. Penuntut-penuntut yang telah lulus peringkat Thanawiyah iaitu peringkat menengah darjah 8,
kini boleh meneruskan pelajaran mereka di Al-Azhar tanpa perlu menduduki kelas persediaan. Setelah
mendapat pengiktirafan ini, sijil Maktab Mahmud darjah 8 ini ditukar nama kepada Shahadah Nihaiyah
Pengiktirafan yang diberikan oleh universiti dari Mesir terhadap sijil ini membuktikan akan ketinggian mutu
pelajaran agama di Maktab Mahmud.
ii) Mustalah al Hadis
41
Sijil Maktab Mahmud iaitu Syahadah Nihaiyah ini kemudian diteruskan hinggalah ke hari ini,
dengan diadakan sedikit perubahan dari semasa ke semasa untuk menyesuaikannya dengan kehendak
masa dan keadaan. Selepas beberapa tahun kemudian iaitu 1955 pihak Maktab Mahmud telah
mengadakan satu lagi peringkat dalam sistem pengajiannya. Peringkat tersebut ialah peringkat tinggi
selama 4 tahun. Hal ini bermaksud selepas darjah 8, murid-murid meneruskan pengajian mereka di
Maktab Mahmud selama 4 tahun lagi dan akan memperoleh sijil dinamakan Syahadah Aliyah. Pemegang
Sijil Aliyah ini boleh terus masuk ke tahun 3 di Universiti Al-Azhar. Jadi di peringkat ini murid-murid diberi
pilihan sama ada untuk terus ke Al-Azhar dan menduduki tahun pertama selepas lulus darjah 8 dengan
sijil Nihaiyahnya ataupun menyambung pelajaran selama 4 tahun sehingga memperoleh sijil Aliyah di sini
kemudian memasuki tahun 3 di Al-Azhar. Walau bagaimanapun, peringkat tinggi ini tidaklah begitu lama
usianya, sistem ini telah dimansuhkan beberapa tahun selepas itu.
Tujuan diadakan bahagian tertinggi ini ialah untuk mengelakkan pelajar-pelajar dari terlalu
lama berada di luar negeri. Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah disebabkan
masalah pembiayaan yang melibatkan kos kewangan. Selain dari itu, kerajaan Kedah juga tidak mahu
penuntutnya terlalu lama terdedah dalam persekitaran yang agak berbeza dengan di sini.
Mengenai peperiksaan Syahadah Nihaiyah ini, peperiksaan tersebut dijalankan pada setiap
akhir tahun oleh sebuah Jawatankuasa Khas yang dilantik oleh Jawatankuasa Maktab Mahmud yang
menjadi badan pentadbir ketika itu. Badan ini terdiri seramai 7 orang termasuk guru besarnya dan guru-
guru di Maktab Mahmud yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar. Bidang-bidang soalan yang
disediakan adalah meliputi hampir kesemua mata pelajaran yang dipelajari di Maktab Mahmud. Walau
bagaimanapun penekanan diberikan kepada Bahasa Arab. Ini adalah memudahkan pelajar-pelajar ini
mengikuti pelajaran mereka di Mesir.
Melihatkan kepada mata pelajaran yang diberikan, peperiksaan yang diadakan, sijil-sijil yang
dikeluarkan dan peringkat-peringkat pelajaran yang disediakan, Maktab Mahmud sememangnya telah
berusaha mencapai matlamat yang diidamkannya iaitu memajukan pengajian Islam dan Bahasa Arab.
Keseluruhannya dapat dikatakan bahawa peringkat pelajaran dan ilmu pengetahuan yang dijadualkan
dalam institusi ini adalah disusun mengikut tangga-tangga pelajaran yang boleh membawa kejayaan dan
pengetahuan mendalam kepada penuntut-penuntutnya .
Peperiksaan serta pemberian sijil yang diadakan pada peringkat-peringkat tertentu semata-
mata bertujuan untuk menguji dan menilai kemampuan pelajar, menerima pendidikan yang disampaikan,
di samping memberikan pengiktirafan kepada kelulusan mereka.
Pihak pentadbiran yang merangkakan dasar pelajaran di institusi ini sentiasa berusaha
supaya penuntut-penuntut diberi pendidikan yang lengkap agar mereka dapat memainkan peranan
sebagaimana yang dituntut oleh masyarakat. kemahiran dalam segala aspek keagamaan adalah perlu
dalam usaha mempertingkatkan pendidikan Islam di negara ini.
Sebagai kesimpulannya, sistem pelajaran di peringkat ini dibahagikan sedemikian kerana
mempunyai motif yang tersendiri. Selain dari untuk melengkapkan penuntutnya dengan ilmu keagamaan
yang tinggi ia juga dirangkakan dengan tujuan membolehkan pelajarnya melanjutkan pelajaran ke Timur
42
Tengah. Selai dari itu , sebagai lambang ketinggian mutu pelajaran Bahasa Arab yang merupakan media
yang digunakan dengan meluas di institusi ini.
7.0 Sumber Kewangan, Yuran Dan Biasiswa
Semenjak ditubuhkan perbelanjaan maktab ini dibiayai oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah. Kemudian,
maktab ini mendapat bantuan bersama Jabatan Zakat dan pihak Kerajaan Negeri Kedah. Mulai 1956
hingga sekarang segala perbelanjaan dibiayai oleh Kerajaan Negeri.
Semasa Jabatan Zakat memberikan bantuan kewangan kepada maktab ini sumbangan
yang terbesar ialah dari segi pengurusan pembayaran gaji guru-guru. Berdasarkan kepada skim-skim gaji
yang tertentu dan telah ditetapkan, pihak pentadbir Maktab Mahmud akan membuat peruntukan lalu
menyerahkan kepada Jabatan Zakat dan pihak Zakat akan menguruskan pembayaran tersebut. Guru-
guru yang mengajar di Maktab Mahmud juga disediakan oleh pihak Zakat yang menjalankan proses
pengambilan guru-gurunya secara tersendiri.
Selepas beberapa lama, berikutan dengan keadaan Maktab Mahmud yang semakin
berkembang dan memerlukan tenaga pengajar serta kakitangan yang banyak, maka Jabatan Zakat
dengan perolehannya yang terhad menyebabkan Jabatan Zakat tidak mampu untuk melakukan
pembayaran gaji sepenuhnya. Oleh sebab itu, Maktab Mahmud terpaksa meminta bantuan Kerajaan
Negeri untuk menampung keperluannya.
Perbelanjaan Maktab Mahmud di dalam tahun 1370 (1950) misalnya adalah berjumlah $ 34,
820.24 dan dari jumlah ini, sebanyak $20,387.74 ditanggung oleh kerajaan Negeri Kedah sementara
bakinya sebanyak $14,44.50 adalah dibiayai oleh Pusat Zakat. Sementara pada tahun 1955, dari
perbelanjaan tahunan Maktab ini yang kesemuanya berjumlah $51,768.00 sebanyak $28.483.00 adalah
ditanggung oleh Kerajaan Negeri Kedah, sementara bakinya sebanyak $23,275.00 adalah ditanggung
oleh Pejabat Zakat.
Perkembangan Maktab Mahmud terus digiatkan oleh pihak pentadbirnya dengan berbagai-
bagai cara seperti pengambilan murid lebih ramai dan pembinaan bilik darjah dengan lebih banyak serta
pengambilan lebih ramai guru-guru. Keadaan ini memerlukan perbelanjaan lebih besar dari sumber yang
tetap. Oleh sebab keadaan ini, pada tahun 1956 pihak kerajaan Negeri Kedah telah mengambil keputusan
untuk membiayai perbelanjaan Maktab Mahmud ini. Tambahan pula, maktab ini pada masai itu
merupakan satu-satunya institusi pendidikan agama terpenting dan terbesar di negeri Kedah dan
diharapkan dapat berfungsi untuk melahirkan cendiakawan agama di negeri ini. Maka itu, adalah sangat
wajar pihak Kerajaan Negeri memberi sumbangan sepenuhnya kepada Maktab Mahmud ini.
Pada tahun 1956 misalnya, Kerajaan Negeri Kedah telah menyumbangkan sebanyak
$51,549.20 bagi perbelanjaan Maktab ini. Kemudian pada 1957, sebanyak $52,528.00 pula diberikan oleh
Kerajaan Negeri. Selain dari untuk pembayaran elaun kepada guru-guru, wang ini juga dibelanjakan untuk
kebajikan pelajarnya, termasuklah bantuan atau hadiah untuk mereka yang lulus dalam peperiksaan.
43
Walaupun secara rasminya mulai tahun 1956 pembiayaan pentadbiran maktab ini
dikelolakan oleh Kerajaan Negeri, namun tidak menjadi apa-apa halangan sekiranya pejabat Zakat masih
bermurah hati untuk turut sama menyumbang sebarang bantuan kewangan terhadap institusi ini.
8.0 Pengambilan Guru Dan Penuntut-Penuntut
Menurut sumber-sumber yang diperolehi, bilangan guru pertama yang dihantar ke Maktab Mahmud pada
tahun 1937 ialah seramai 5 orang.70
Golongan yang merupakan perintis di institusi ini merupakan bekas
pengajar di Madrasah Hamidiyah, Limbong Kapal sebelum ini. Guru-guru tersebut ialah Pak Ku Ariffin,
Syed Mohamad, Ustaz Salleh Shamsudin, Haji Darus dan Haji Said Bin Haji Shuib.71
Pada peringkat awal Maktab Mahmud hanya mempunyai sebuah bangunan sahaja.72
Terdapat hanya empat kelas Ibhdaiyah pada masa ini. Pentadbiran Maktab Mahmud masa ini masih di
bawah sebuah Jawatankuasa Pentadbir dengan Sheikh Salleh Shamsudin menjadi Setiausahanya, beliau
juga menjadi pemangku Guru Besar pada masa yang sama.
Seterusnya, ketika Maktab Mahmud berada di bawah pimpinan Datuk Sheikh Abdul Halim,
bilangan guru yang lebih banyak diperlukan. Pada tahap ini, terdapat beberapa sumber untuk memperoleh
guru iaitu dengan mengambil guru daripada golongan-golongan tempatan mengikut pengambilan atau
penilaian yang ditetapkan oleh pihak pentadbir, tenaga pengajar yang dihantar oleh Pejabat Zakat atau
pejabat Agama dan bekas penuntut Maktab Mahmud.
Guru-guru daripada golongan tempatan mempunyai sedikit pengetahuan agama.
Pengambilan mereka dibuat dengan amat mudah. Mereka yang ingin memohon hanya perlu mengadakan
pertemuan iaitu temu duga dengan Jawatankuasa Pemilih. Setelah mendapat persetujuan, guru tersebut
akan diambil bekerja di situ. Kebanyakan anggota pemilihan adalah terdiri dari ahli-ahli Jawatankuasa
Pentadbir Maktab Mahmud.
Pada ketika itu adalah sukar untuk memperoleh guru-guru yang benar-benar berkebolehan.
Guru-guru ini kebanyakannya adalah berkelulusan tempatan. Kesemuanya adalah lulusan berbagai-bagai
madrasah terkemuka yang terdapat di negeri Kedah khasnya di utara Semenanjung Malaysia ketika itu.
Terdapat tiga orang guru yang diambil melalui pemilihan ini iaitu Ustaz Othman Yusuf, Sheikh Adnan bin
Haji Hashim dan Lebai Ismail Said.
Dengan berdasarkan pendidikan dan pengalaman guru yang berkhidmat ketika itu, jelaslah
pada peringkat ini mereka tidak mempunyai apa-apa latihan perguruan. Hal ini kerana sukar untuk
mencari tenaga pengajar yang berpotensi dan tidak ramai pula yang berminat untuk menjadi pendidik.
Demikianlah perkembangan maktab ini dari tahun ke tahun sehinggalah tercetus Perang Dunia Kedua
70
Haji Azizan bin Haji Aroff, “Sejarah Maktab Mahmud Simpang Kuala Alor Setar Kedah”, manuskrip, t.t., hlm.11.
71
Yaakop bin Mohamad, “Sejarah Maktab Mahmud,” Taipskrip,t.t., hlm.9.
72
Bangunan ini dipanggil bangunan A. lihat gambar.
44
yang menyebabkan perjalanan sesi persekolahan maktab ini terganggu kerana terdapat beberapa
bangunan sekolah ini digunakan oleh tentera Jepun.
Selepas perang ini terjadi sistem pendidikan di Maktab Mahmud lebih teratur sedikit.
Terdapat satu lagi sumber yang menyumbangkan tenaga guru-guru. Pada masa ini lulusan-lulusan dari
Maktab Mahmud yang mendapat pendidikan sehingga darjah 7 dan 8 telah pun keluar dari maktab itu.
Ada di antara lulusan ini yang bertugas sebagai Imam, kadi dan sebagainya. Sesetengahnya telah diambil
bertugas di Maktab Mahmud. Murid pertama yang keluar dari Maktab Mahmud ialah Ustaz Ibrahim Said.
Selain dari beliau, terdapat beberapa lagi guru lain yang tamat diambil menjadi guru di situ. Antaranya
ialah Ustaz Ali bin Ahmas dan Ustaz Azizan bin Haji Aroff. Walau bagaimanapun Ustaz Azizan, setelah
tamat darjah 8 di Maktab Mahmud telah melanjutkan pelajaran ke Mekah selama 4 tahun sebelum beliau
diambil sebagai guru. Seorang lagi contoh guru yang merupakan bekas pelajar Maktab Mahmud ialah
Sheikh Abdul Majid bin Mooh Noor. Guru-guru yang diambil dari kalangan bekas Maktab Mahmud ini telah
berjaya mengatasi masalah mendapatkan guru-guru. Tahun 1950 misalnya terdapat11 orang guru
termasuk seorang guru al-Quran dan seorang guru Bahasa Inggeris.73
Angka ini meningkat menjadi 15
orang pada tahun 195 (1374)74
dan 18 orang pada tahun 1958.75
Peningkatan terhadap keperluan guru-guru menjadi lebih ketara selepas pengenalan dasar
pelajaran baru tahun 1962. Perkhidmatan guru untuk mengajar mata pelajaran akademik sangat
dikehendaki pada masa ini. Walau bagaimanapun masalah guru-guru ini tidaklah sesukar yang
dijangkakan dengan adanya kerjasama dari pihak Kementerian Pelajaran, di mana beberapa orang guru
telah dihantar untuk memenuhi keperluan tersebut. Pada tahun 1970 misalnya, 11 orang guru lepasan
institusi pengajian tinggi, iaitu Universiti Al-Azhar dan 10 orang guru lepasan institusi pengajian tinggi iaitu
Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kolej Islam telah dihantar untuk berkhidmat di sini.76
Kemudian pada
tahun 1973 pula seorang guru Ilmu Hisab yang mempunyai ijazah dari Indonesia dan seorang lepasan
dari Al-Azhar dengan ijazah sarjana turut dihantar ke Maktab Mahmud.
Bermula tahun 1976, setelah diwujudkan Lembaga Maktab Mahmud, badan ini diberi kuasa
memilih guru-gurunya sendiri. Guru dipilih oleh satu badan penapis yang terdiri dari Pengerusi Lembaga
dan beberapa ahli Jawatankuasa Lembaga. Cara pemilihan dibuat mengeluarkan iklan di dalam surat
khabar dan bagi sesiapa yang mempunyai kelayakan sebagaimana yang disyaratkan, adalah layak untuk
memohon. Kelayakan dan kelulusan ditentukan oleh Lembaga Pemilihan.
Jadi mulai tahun 1967 – 1980, terdapat tiga jenis guru yang mengajar di Maktab Mahmud
iaitu Guru kerajaan negeri, Guru Kementerian Pelajaran dan Guru Lembaga. Guru kerajaan negeri ialah
guru-guru kerajaan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk berkhidmat di Maktab Mahmud. Guru
ini adalah sama dari segi taraf mengajar, pemberian gaji dan pencen serta segala keistimewaan yang
73
“Penyataan Tahunan Sekolah Al Mahad Al Mahmud 1369(1950)”, Al Mahad Al-Mahmud, Bil. ke-2, 1370 (1951),
hlm.6.
74
“Ringkasan Penyata Sekolah Al-Mahad Al-Mahmud 1374(1955)”, Al-Mahad Al-Mahmud, Bil. ke 4,1375 (1956),
hlm.8.
75
“Laporan Tahunan Al-Mahad Al-Mahmud 1377 (1958)”, Al –Mahad Al-Mahmud Bil. ke 9, 1378 (1959), hlm.47.
76
Halimah Desa, “Sejarah Maktab Mahmud”, dalam Khoo Kay Kim (ed.), Beberapa Aspek Sejarah Kedah,
Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1983, hlm. 122.
45
diterima guru kerajaan. Guru-guru ini akan berkhidmat di sini sehinggalah pencen ataupun kerajaan negeri
menukarkan guru ini ke sekolah lain. Guru-guru ini adalah golongan tenaga pengajar yang paling awal
berkhidmat di Maktab Mahmud iaitu sejak tahun 1956 lagi.
Kategori yang kedua pula ialah merupakan guru –guru yang dihantar oleh Kementerian
Pelajaran, Kuala Lumpur untuk mengajar di Maktab Mahmud. Guru-guru ini adalah berpencen dan
mendapat keistimewaan lain seperti gaji, elaun, cuti dan sebagainya menurut sebagaimana yang
ditetapkan oleh pihak kementerian. Perbezaannya ialah guru-guru ini dipinjamkan ke Maktab Mahmud.
Jangka waktu peminjaman ini tertakluk kepada pihak kementerian. Jika pihak berkenaan inginkan kembali
kakitangannya yang dipinjamkan itu, maka pihak Maktab Mahmud hendaklah melepaskan guru tersebut.
Sementara itu, guru Lembaga pula ialah guru yang dipilih oleh Lembaga Maktab Mahmud
sendiri melalui cara pemilihan yang tersendiri. Biasanya menerusi iklan yang disiarkan dalam surat khabar
dan tapisan oleh sebuah badan khas sebelum ia diterima masuk. Namun, guru ini kurang sedikit
keistimewaannya, mereka tidak diberi pencen apabila telah cukup umur persaraan, kecuali jika mereka
diserap menjadi guru kerajaan negeri. Kebanyakan guru-guru dari kategori ini adalah pegawai-pegawai
baru yang belum menjawat sebarang jawatan sebelum ini. Di bawah ini dinyatakan bilangan guru di
Maktab Mahmud mulai 1974-1980.
Tahun Bilangan Guru
1974 58 orang
1975 58 orang
1976 63 orang
1977 63 orang
1978 63 orang
1979 63 orang
1980 63 orang
Jadual 2.0 – Bilangan guru di Maktab Mahmud mulai 1974 -1980
Data ini menunjukkan mulai tahun 1976 hingga 1980, bilangan guru tidak bertambah. Tiada
pertambahan guru mungkin bertujuan untuk mengelakkan dari timbulnya masalah guru berlebihan. Tahun
1962 dan 1967 bolehlah dianggap mempunyai signifikasinya yang tersendiri dalam perkembangan
pelajaran di maktab ini. Dengan pengenalan sistem pelajaran baru 1962, guru dihantar oleh Kementerian
Pelajaran. Kemudian setelah diwujudkan Lembaga Maktab Mahmud pula pada 1967, badan ini diberi
kuasa dan mandat untuk melantik gurunya tersendiri. Langkah ini adalah sebagai salah satu cara untuk
menampung masalah kekurangan guru yang mungkin timbul pada masa akan datang.
8.1 Pengambilan Penuntut-Penuntut
Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, bilangan murid-murid yang masuk dan belajar di Maktab
Mahmud adalah seramai 88 orang.77
Mereka ini sebenarnya pelajar-pelajar dari Madrasah Hamidiah.,
77
Haji Azizan Haji Aroff, “Sejarah Maktab Mahmud Simpang Kuala Alor Setar Kedah”, Manuskrip, t.t., hlm.11.
46
Limbong Kapal yang dibawa untuk menyambung pelajaran mereka di Maktab Mahmud setelah institusi
baru siap didirikan. Pada masa itu, disebabkan belum cukup tahun pengajian, pengambilan pelajar baru
belum boleh dijalankan.
Kemudian lebih kurang tiga bulan barulah pengambilan murid-murid baru dibuat dan seramai 120 orang
telah dipilih memasuki maktab ini.
8.2 Syarat-Syarat Pengambilan Pelajar Pada Tahap Awal.
Kelulusan yang diperlukan untuk memasuki Maktab Mahmud ini ialah perlu lulus darjah 4 dan 5 sekolah
kebangsaan. Mengenai umur juga tidak ada ketentuan yang jelas. Ada sesetengah diterima masuk ketika
berumur 13 tahun dan juga yang berumur 10 tahun. Keadaan ini adalah disebabkan oleh pada masa itu
belum ada satu bentuk peraturan yang jelas mengenai syarat-syarat kemasukan pelajar. Namun begitu,
salah satu syarat penting ialah murid tahu membaca dan menulis dan boleh membaca al-Quran dengan
baik.
Tanggungjawab untuk memilih dan menolak permohonan pelajar-pelajar yang memohon
masuk ke maktab ini adalah dijalankan oleh Jawatankuasa Pentadbir yang diwujudkan pada waktu itu.
Jika seseorang pemohon itu didapati tidak mempunyai kelayakan yang wajar dan sesuai, permohonannya
tidak akan diterima. Syarat-syarat penerimaan pelajar yang agak longgar ini berterusan sehinggalah tahun
1962 apabila dasar pelajaran yang baru telah diperkenalkan di maktab ini.
Penuntut-penuntut yang ingin belajar di Maktab Mahmud ini hendaklah membuat
permohonan dengan mengisi borang khas yang disediakan oleh pihak maktab. Antara syarat-syarat yang
perlu ada pada calon untuk memohon memasuki sekolah ini ialah lulus darjah 5 dan 6 sekolah rendah
kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan, umur tidak kurang dari 13 tahun 6 bulan, boleh membaca al-
Quran dengan baik. Selain itu, penuntut yang memohon juga akan dinilai kelayakannya dan kebolehan
mereka melalui temu duga oleh Jawatankuasa Pemilih dan ujian bertulis. Setelah semua syarat tersebut
dipenuhi, barulah seorang penuntut itu layak untuk diterima masuk belajar di Maktab Mahmud. Walau
bagaimanapun bilangan kemasukan yang diterima terhadap murid-murid yang berjaya memohon
bergantung pada kadar tempat yang dapat ditampung oleh maktab ini.
Melihatkan kepada syarat-syarat yang dikenakan ini, ternyata pihak pentadbir agak berhati-
hati dalam menerima pelajar-pelajar yang ingin belajar di sini. Hal ini kerana maktab ini sangat
mementingkan soal prestasi sekolah. Pengambilan pelajar secara tidak ketat dan sewenang-wenangnya
sudah tentu akan menjatuhkan mutu pelajaran di sekolah ini. Satu lagi sebab ialah bertujuan mengelakkan
pelajar-pelajar yang tidak begitu berkemampuan dari terjebak dalam berbagai-bagai masalah apabila
mereka bertemu dengan sukatan pelajaran di Maktab Mahmud yang begitu luas dan sukar. Data
menunjukkan bilangan penuntut Maktab Mahmud 1974-1980.78
78
Abu Bakar Haji Kassim, “Sejarah Ringkas Maktab Mahmud Alor Setar Kedah”, hlm. 2.
47
Tahun Bilangan Pelajar
1974 1, 412
1975 1,703
1976 1,491
1977 1,508
1978 1,681
1979 1,742
1980 1,847
9.0 Penutup
Tujuan penubuhan Maktab Mahmud ialah untuk atas kesedaran bahawa pengetahuan
agama Islam dan Bahasa Arab dari segala aspek perlu dipelihara dan dikekalkan. Penubuhan Maktab
Mahmud ialah atas inisiatif ulama tempatan dan pemerintah tempatan. Gabungan usaha golongan cerdik
pandai ini dan Raja-Raja Melayu membawa kepada penubuhan Maktab Mahmud yang sungguh dikenali
sekarang. Keadaan ini menunjukkan betapa rapatnya hubungan ulama Islam tempatan dan golongan
raja.
Perkembangan agama Islam di Kedah seperti mana juga di negeri-negeri lain di Tanah
Melayu sebelum abad ke-19 berkembang secara berperingkat-peringkat . Tahap yang paling kemuncak
dalam evolusi perkembangan ini, telah dimanifestasikan dengan penubuhan Maktab Mahmud. maktab
Mahmud sejak ditubuhkan telah mempunyai Jawatankuasa Pentadbirnya tersendiri. Oleh sebab ingin
memajukan lagi Maktab ini, beberapa perubahan telah dilakukan dalam pentadbirnya sehingga membawa
kepada penubuhan Lembaga Maktab Mahmud yang lebih berkuasa dan berperanan luas. Pentadbiran ini
telah menjadikan Maktab Mahmud lebih teguh berdiri sebagai sebuah institusi yang sangat dikenali dalam
bidang agama Islam dan Bahasa Arab.
Bersesuaian dengan peranannya sebagai pusat pendidikan Islam. Kebanyakan mata
pelajaran yang diajar di sini supaya meliputi segala aspek pendidikan tersebut. Pendidikan itu
merangkumi aspek ibadat , kepercayaan, undang-undang , pengetahuan am, tafsir dan sebagainya.
Kajian terhadap bahasa Arab juga dilakukan dengan lebih mendalam. Oleh kerana penubuhan Maktab
INI mendapat sambutan yang sangat menggalakkan oleh penduduk tempatan telah berlaku beberapa
perubahan dalam aspek kurikulumnya bagi menyesuaikannya dengan keadaan semasa. Pendidikan
akademik telah dimasukkan tanpa mengganggu gugat kedudukan mata pelajaran agama Islam dan
Bahasa Arab.
Sebuah institusi yang ingin berjaya sudah tentu memerlukan sumber kewangan yang
mencukupi. Maktab Mahmud yang pada mulanya bergantung dengan Pusat Zakat akhirnya telah mampu
berdiri dengan bantuan Kerajaan Negeri Kedah sehinggalah Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian
Pelajaran.
48
Di samping itu, Maktab Mahmud juga memperoleh hasil-hasil sampingan melalui tanah
wakaf , perolehan dari tanah-tanah yang dibeli hasilnya dari tanah wakaf, kedai koperasi dan lain-lain lagi.
Sumber kewangan juga diperoleh melalui kutipan derma yang dilancarkan bagi tujuan tertentu. Masalah
kekurangan guru juga akhirnya berjaya diatasi apabila Kementerian Pelajaran secara konsisten
menyediakan tenaga pengajar.
Melihat peranan Maktab ini terhadap penduduk sekitarnya. Sememangnya tidak dapat
dinafikan kerana sememangnya bekas-bekas pelajar daripada maktab ini sememangnya menjadi orang-
orang yang hebat.
Oleh itu, sebagai rumusannya dapat saya nyatakan bahawa Maktab Mahmud sememangnya telah dapat
mencapai matlamat penubuhannya. Oleh itu, saya berharap Maktab Mahmud akan terus menjadi pusat
pengajian yang sangat terkemuka satu hari nanti.
49
Rujukan
Buku
Abdul bin Haji Yassin. (1957). Tarbiatul-Banat Alor Setar, Pulau Pinang.
Muhamad Hassan bin Dato’ Kerani Muhamamd Arshad. (1968). Al –Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nabir bin Haji Abdullah. (1976). Maahad II Ihya Assyariff Gunung Semanggol 1934-1959, Kuala Lumpur
:Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Arikel
Awang Had Salleh (ed.). (1980). Perkembangan Pelajaran Agama Islam. Penerbitan Fajar Bakti.
Surat Khabar
Utusan Malaysia, 27 Ogos 1983
Utusan Malaysia, 28 Ogos 1983
Berita Minggu, 27 September 1981
Berita Minggu, 23 Disember 1984
Dokumen
Abu Bakar Haji Kassim, “Sejarah RingkasMaktab Mahmud Alor Setar, Kedah.” Taipskrip, t.t.
Haji Azizan Haji Aroff, “Sejarah maktab Mahmud Simpang Kuala, Alor Setar. Kedah”, Manuskrip, t.t.
Yaakob bin Mohamad, “Sejarah Maktab Mahmud”, Taipskrip, t.t.
Ibrahim Bin Said, “Ringkasan Sejarah Al-Ma’had Al-Mahmud”, manuskrip (Jawi), t.t.
50
Orang Sumber
1.En. Abdul Halim
Kerani Maktab Mahmud. Pengalaman bekerja di Maktab Mahmud 32 tahun
2. Shaikh Haji Roslan Abdul Halim al-Hafiz
-Imam Masjid Zahir. Bekas penuntut Maktab Mahmud
3. Badrul Hisham Bin Abdul Rahman
-Pelajar Maktab Mahmud (1991-1998) yang juga merupakan guru di Maktab Mahmud.
51
PERKEMBANGAN SEKOLAH MELAYU PERMATANG BERTAM, KEPALA BATAS
TAHUN 1918-1945
NUR AMIRA BINTI HASIN @ HASHIM
1.0 Pendahuluan
Sebelum kedatangan British, pendidikan yang berlaku adalah dalam bentuk yang tidak formal dan bersifat
keagamaan. Pendidikan agama yang diberikan memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa
platform ini akan dapat membentuk akhlak serta jiwa mereka. Pengajian al-Quran menjadi asas
pendidikan Islam kerana mengaji al-Quran merupakan satu kewajipan kepada semua umat Islam dan
tradisi ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan orang Melayu. Ibu bapa mempunyai
kesedaran bahawa al-Quran mampu memandu ke arah kehidupan yang kamil. Oleh itu, mereka amat
menitikberatkan pelajaran al-Quran. Di samping itu,mereka juga akan mengajar anak-anak
bersembahyang, puasa dan sebagainya setakat yang diketahui mereka. Bagi ibu bapa yang tidak
mempunyai kemahiran ini, mereka akan menghantar anak-anak mereka kepada orang yang
berkebolehan yang selalunya dipanggil guru Quran. Kebanyakan guru Quran ini terdiri daripada orang
tua, imam, bilal, tok siak atau orang yang sudah menunaikan fardhu haji.79
Kemudian, kedatangan kuasa barat ke Asia Tenggara cenderung berlaku sekitar abad ke-
19 sehingga pertengahan abad ke-20. Penguasaan kolonialisme Inggeris di Tanah Melayu pula disifatkan
berlaku sepenuhnya pada tahun 1919 apabila Negeri-Negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang),
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan) dan Negeri Melayu
Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu) berada dalam lingkungan pengaruh Inggeris
secara langsung.
Penguasaan kolonialisme Inggeris di Tanah Melayu secara dasarnya disebabkan oleh faktor
ekonomi, politik dan agama. Walaupun terdapat pelbagai alasan yang digunakan oleh pihak Inggeris
untuk menguasai Tanah Melayu, namun keinginan menguasai sumber ekonomi telah menjadi faktor
utama bagi Inggeris memulakan dasar campur tangan secara rasminya. Namun, dalam keadaan ini
mereka turut terikat memajukan masyarakat tempatan sesuai dengan tanggapan mereka bahawa orang-
orang kulit putih lebih bertamadun.
Seolah-olah membawa kemajuan dan tamadun
kepada koloni-koloni adalah tugas utama mereka.
Ini adalah satu metos moden yang paling besar
bukan sahaja untuk memberi ‘justifikasi’, bahkan
79
Teh Koon Hoo, Sejarah Sosioekonomi Daerah Yan dari 1909 Hingga 1957. 2003, hlm. 167-168
52
meraikan kolonialisme, iaitu apa yang dipanggil
‘beban orang putih’.80
‘Beban kulit putih’ di sini bermaksud, adalah menjadi tugas bangsa Eropah (kulit putih) untuk
membawa tamadun kepada masyarakat tempatan (bukan berkulit putih) sesuai dengan prinsip ‘humanian’
atau kemanusiaan yang sedang mereka laung-laungkan itu. Jika tidak, koloni Inggeris di Tanah Melayu
pasti akan menerima kritikan dari masyarakat Barat kerana gagal mentamadunkan negara yang mereka
jelajahi. Tirai untuk membuka tamadun negara berkenaan adalah melalui sistem pendidikan.81
Secara
umumnya, pendidikan di Tanah Melayu yang diperkenalkan oleh koloni Inggeris adalah dalam acuan
barat. Mereka datang membawa motif kapitalisme dan mempunyai ciri-ciri elitisme, diskriminasi,
pemisahan etnik serta menggalakkan polarisasi.
Perubahan pendidikan tidak hanya terhenti setelah Tanah Melayu diperintah oleh pihak
British. Penyerangan ke atas Tanah Melayu yang dilakukan oleh Jepun pada 8 Disember 1941 turut
menjadi titik tolak kepada perubahan pendidikan. Kedatangan Jepun selama tiga tahun setengah
meninggalkan banyak kesan negatif namun kedatangan mereka turut mendatangkan kesan positif
terhadap pemikiran masyarakat. Pengaruh dan kesan pemikiran inilah yang kemudiannya menjadi asas
kepada masyarakat membentuk semangat nasionalisme.
2.0 Sejarah Pendidikan Sekolah Melayu Di Pulau Pinang
Sebelum penjajahan British pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu tertumpu kepada pelajaran
agama. Kanak-kanak diajar kenal huruf (jawi) dan mukadam. Selepas itu diajar al-Quran dan ajaran-ajaran
Islam yang lebih tinggi. Tenaga pengajar terdiri daripada ulama-ulama tempatan dan luar negeri. Tempat
belajar pula di masjid, surau dan rumah perseorangan bahkan di istana.82
Penjajah British lebih
memberatkan Negeri-Negeri Selat yang merupakan koloni British. Hal ini dibuktikan dengan adanya nazir-
nazir sekolah sejak tahun 1872. Berbeza dengan negeri lain seperti Negeri-Negeri Melayu bersekutu
mereka hanya mempunyai jawatan nazir sekolah pada tahun 1897. Namun, pendidikan yang
diperkenalkan tidak meluas. Kawasan-kawasan pedalaman seperti di Kepala Batas mendapat pendidikan
agak lewat. Jika dibandingkan dengan kawasan lain di Pulau Pinang, terdapat banyak sekolah yang telah
dibina seperti Penang Free School yang diasaskan pada tahun 1816 yang juga merupakan sekolah
pertama di Tanah Melayu. Selain itu, Sekolah Melayu Gelugor dibuka pada 1826 iaitu sekolah Melayu
pertama, Sekolah Melayu Bayan Lepas, Bayan Lepas (1855) dan Sekolah Melayu Kubang Semang, Bukit
Mertajam (1897).
Pendidikan Islam yang sedia ada tidak diambil berat oleh British kerana mereka mahu
masyarakat Melayu mengamalkan budaya yang menganggap bahawa urusan agama dan dunia harus
80
Dipetik dari Ibrahim Saad, “Pendidikan dan Politik di Malaysia”, dalam Rozina Bt. Md. Isa, (peny.),
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 Satu Tinjauan Terhadap Sistem Pendidikan dan Latihan, hlm. 1
81
Ibid
82
Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963). 2002, hlm. 208
53
dipisahkan. Perkara ini berkait rapat dengan pelaksanaan dasar-dasar dan pentadbiran yang bersifatkan
‘Deislamization’ yang bertujuan untuk menjarakkan dan kemudiannya memutuskan pemikiran masyarakat
Melayu daripada semangat dan tradisi Islam. Hal ini sememangnya berjaya dengan menjadikan pelajar
semakin jahil akan agama, adat resam serta nilai baik yang perlu diikuti mengikut landasan Islam
seterusnya terikut akan budaya Barat atas alasan arus pemodenan. Inilah hakikat perkembangan ilmu
yang perlu direnung iaitu:
Bahawa ilmu seperti yang berkembang kini adalah
secocok dengan proses sekularisasi yang bermula
dengan gerakan pembebasan daripada
kongkongan agama atau Gereja. Dengan
pengenepian dan malah permusuhan terhadap
agama, maka sebagai gantinya berkembanglah
berbagai-bagai ragam nilai dan “tuhan-tuhan” baru
ciptaan manusia.83
Dasar pendidikan kolonial bertujuan memelihara keutuhan masyarakat Melayu tradisional
dalam ekonomi turun-temurun dengan meminggirkan mereka daripada pergelutan aktiviti ekonomi
moden. Untuk memenuhi matlamat politik kolonial, pendidikan merupakan senjata hikmat yang dapat
mengawal masyarakat (social control) supaya tidak bangkit menentang mereka. Golongan elit tempatan
disogok dengan pendidikan Inggeris supaya mereka boleh terus mengikut telunjuk pihak kolonial di
samping ramai juga yang sudah menerima faedah pendidikan sedemikian dari segi pekerjaan. Di
sebaliknya pihak kolonial meminggirkan pendidikan rakyat biasa demi mencapai cita-cita politik mereka.84
Bagi orang kebanyakan Melayu, saluran umum bagi pendidikan anak-anak mereka ialah
sama ada sekolah Melayu yang dirancang British tidak lebih daripada untuk melahirkan “petani dan
nelayan yang lebih baik daripada bapa mereka” atau sekolah-sekolah agama. Lepasan terbaik sekolah
Melayu yang tempoh pendidikannya hanya sekitar empat tahun sahaja itu, cuma layak menjadi budak
pejabat, kerani rendah, mata-mata, atau guru pelatih. Kedudukan dan peranan guru-guru sekolah Melayu
mula berubah sedikit apabila Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) didirikan di Tanjong Malim pada tahun
1922. 85
Enakmen-enakmen baru telah diluluskan antara tahun 1900-1923 yang telah mewajibkan
kanak-kanak lelaki Melayu di antara umur 7 sehingga 14 tahun supaya hadir ke sekolah untuk sekurang-
kurangnya selama setengah tahun jika mereka tinggal dalam lingkungan dua batu dari sekolah. Enakmen-
enakmen yang diluluskan oleh kerajaan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah
banyak membantu dalam perkembangan pendidikan sekular Melayu di negeri-negeri tersebut.
83
Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah. 1994, hlm. 14
84
Teh Koon Hoo, Sejarah Sosioekonomi Daerah Yan dari 1909 Hingga 1957. 2003, hlm. 198
85
Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik. 2005, hlm. 302
54
3.0 Penubuhan Sekolah Melayu di Kepala Batas
Antara sekolah Melayu terawal yang terdapat di Kepala Batas ialah Sekolah Melayu
Bumbung Atap yang siap pada tahun 1925. Tapak asal sekolah ini merupakan sebuah padang permainan.
Sekolah ini dibina mengikut bentuk British iaitu bumbungnya daripada atap genting, berlantai dan
berdindingkan papan tebal jenis kayu merbau dan cengal yang dibawa dari negeri Kedah. Sekolah Melayu
Ara Rendang. Sekolah ini ditubuhkan pada 1929 dengan bermula sebagai sekolah rakyat. Sekolah ini
dibina berhampiran kawasan sawah dengan bangunan asal daripada kayu dan beratap nipah. Pada tahun
1934, kawasan sekolah diperluaskan sehingga kira-kira dua ekar setengah hasil dari bantuan penduduk
kampung mendermakan tanah mereka. Sekolah Melayu Sungai Tembus pula diasaskan pada tahun 1882
dengan bangunan asalnya adalah bangunan satu tingkat yang terdiri daripada tiga bilik darjah.
Pendidikan di Kepala Batas, pada zaman pemerintahan British bukanlah sepenuhnya
bertujuan bagi membangunkan taraf intelek masyarakat tempatan. Pendidikan diberikan sebagai
memenuhi syarat. Pihak British mengabaikan soal penggunaan bahasa pengantar serta kurikulum yang
seragam. Tidak terdapat satu sistem sekolah yang tunggal yang akan dapat mendidik dan menyatukan
masyarakat tempatan.
Setelah kedatangan Jepun sama seperti keadaan yang berlaku di Tanah Melayu, Kepala
Batas telah menerima perubahan sistem pendidikan. Terdapat sekolah yang terpaksa ditutup dan ada
juga sekolah yang menjadi markas Jepun atau dibakar. Kurikulum berteraskan Jepun diperkenalkan bagi
membasmi pengaruh British dalam kehidupan masyarakat tempatan.
4.0 Penubuhan Sekolah Melayu Permatang Bertam, Kepala Batas
4.1 Sejarah Awal
Sekolah Melayu Permatang Bertam atau ringkasnya Sekolah Permatang Bertam merupakan sebuah
sekolah yang terletak di Permatang Bertam. Sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Melayu Permatang
Bertam bersempena dengan nama kampung tersebut. Nama Bertam diperolehi daripada pokok bertam.
Pada zaman dahulu, kebanyakan tempat mendapat nama daripada nama pokok seperti Kampung Nyior
Sebatang dan Kampung Permatang Langsat. Nama Permatang pula bermaksud petempatan yang dibina
adalah terpencil.86
Sekolah ini ditubuhkan di Permatang Bertam untuk masyarakat Kepala Batas.87
Penduduk
yang semakin ramai di kawasan Permatang Bertam menyebabkan kerajaan British membuat keputusan
86
Temubual dengan Haji Abdul Razak.
87
Temubual dengan Dato’ Hj. Md. Noor
55
membina sebuah sekolah untuk murid-murid.88
Sekolah ini mula diasaskan pada tahun 1918 dan
merupakan antara sekolah tertua di Seberang Perai. Antara sekolah Melayu yang terdapat berhampiran
ialah Sekolah Permatang Sintok, Sekolah Kepah dan Sekolah Paya Keladi.89
Bangunan pertama yang
didirikan ialah sebuah bangunan berukuran 100 kaki x 27 kaki, sebuah rumah guru dan sebuah telaga
batu.
Bangunan yang dibina mempunyai enam kelas iaitu bersesuaian dengan enam darjah yang
disediakan dan turut terdapat bilik guru besar. Rumah guru tersebut merupakan rumah guru besar. Guru-
guru lain yang mengajar di Sekolah Melayu Permatang Bertam menetap di kawasan kampung
berhampiran sekolah. Telaga batu disediakan kerana tidak terdapat bekalan air paip. Satu telaga tersebut
boleh digunakan untuk mandi seramai 20 orang. Boleh dikatakan semua sekolah pada masa itu
mempunyai telaga. Begitu juga keadaannya di rumah. Telaga tersebut digunakan bersama timba upih.90
Bahan asas yang digunakan bagi membina bangunan sekolah ini menggunakan kayu, berdinding papan
serta bertiang besar, berpagar dawai dan beratap genting.91
Pembinaan sekolah ini sepenuhnya dibuat
oleh British memandangkan masyarakat Melayu tidak mampu untuk menampung kos pembinaan sekolah
pada masa itu.92
Sekolah Melayu Permatang Bertam banyak melahirkan murid-murid yang cemerlang.
Mereka terdiri daripada pelbagai ruang lingkup kerjaya. Antara tokoh yang dilahirkan oleh sekolah ini ialah
Dato’ Haji Md. Noor, Tan Sri Omar Mohd Hashim dan Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.
Keluar dari sekolah itu yang bersama dengan saya
empat orang, semua empat-empat tu bagus
belaka. Seorang daripadanya nama Tan Sri Omar
Hashim, dia pencen sebagai Timbalan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia dan menjadi
Pengerusi SPR.93
Pembinaan sekolah di sesebuah kawasan sememangnya tidak dapat dinafikan mendorong
pelbagai faktor. Walaupun pada awalnya memang dilihat pihak British sepertinya tidak mengambil peduli
terhadap taraf pendidikan yang ada namun mereka perlu bijak mengambil hati penduduk tempatan agar
tampuk pemerintahan mereka akan dapat dijaga dan dikekalkan. Kepadatan penduduk di sesebuah
kawasan memerlukan pihak kolonial British menubuhkan sebuah sekolah bagi memastikan anak-anak
penduduk tempatan mempunyai pendidikan.
Berikut merupakan senarai guru besar yang pernah berkhidmat di Sekolah Melayu
Permatang Bertam bermula dari tahun 1918 sehingga 1945.
88
Temubual dengan Dato’ Mohamad Tahir
89
Temubual dengan Haji Abdul Razak
90
Ibid
91
Ibid
92
Temubual dengan Dato’ Mohamad Tahir
93
Temubual dengan Dato’ Haji Md. Noor
56
Senarai Guru Besar Sekolah Melayu Permatang Bertam 1918-1945
NAMA TAHUN PERKHIDMATAN
Senawi Haji Abdullah 1918 - 1923
Abdul Hamid L. Md Isa 1923 - 1935
Bahaudin Hasan 1935 - 1936
Embi Yusuf 1937 - 1938
Ismail Othman 1939 - 1940
Said Wahid 1941 - 1942
Md Hashim Md Kapi 1942 - 1945
Jadual 1
4.2 Sistem Pendidikan Kolonial
Pada awalnya masyarakat tidak mementingkan pendidikan. Mereka hanya menghantar anak mereka ke
sekolah sebagai satu turutan terhadap sistem pendidikan yang diperkenalkan British. Pengaruh
pendidikan mula tersebar dalam kalangan masyarakat apabila melihat keluarga lain menghantar anak-
anak mereka ke sekolah. Namun untuk meneruskan lagi pengajian ke tahap yang lebih tinggi, masyarakat
tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi. Kebanyakan mereka dari keluarga yang miskin. Perkara
ini bukan hanya berlaku bagi penduduk sekitar sekolah Permatang Bertam namun seluruh Tanah Melayu
mengalami keadaan yang sama.
Setelah sekolah Melayu Permatang Bertam dibuka, masyarakat belajar secara dua masa.
Sesi pengajaran bagi Sekolah Melayu diadakan pada waktu pagi. Bagi murid Melayu, mereka akan
meneruskan pengajaran agama pada sebelah petang di sekolah pondok Daeratul Maarifil Wataniah
(DMW). Bagi sesi pengajaran Sekolah Melayu pada jam 12.30 tengahari waktu persekolahan telah habis
dan murid pulang ke rumah. Kemudian murid Melayu akan ke sekolah agama pada jam 2.30 petang
sehingga jam 4.30 petang.94
Pengasingan masa kepada dua sesi pengajaran merupakan satu konsep dan fahaman baru
yang diperkenalkan oleh pihak British. Pengasingan merupakan satu doktrin yang cuba memisahkan dan
mengkategorikan ilmu di antara ilmu agama dengan ilmu bukan agama. Barat telah memperkenalkan
pemikiran sekularisme yang merujuk kepada pengasingan antara keduniaan dan agama. Orang yang
berkemajuan ialah orang yang mengamalkan nilai-nilai baru itu, yakni yang saintifik dan keduniaan, serta
tidak taasub kepada nilai keagamaan. Mereka harus membanteras nilai keagamaan yang telah
94
Temubual dengan Dato’ Hj. Md. Noor
57
mengongkong mereka itu serta melihat dunia, atau alam ini sebagai sesuatu yang memerlukan perhatian
mereka untuk diperbaiki demi kebaikan mereka jua.95
Setelah sekolah Melayu dibuka, peranan pengajian ini telah diambil alih oleh sekolah pada
sebelah petang. Namun begitu, tidak dapat dinafikan pengajian di rumah, surau dan masjid masih
diteruskan tetapi pada sebelah malam. Perkara ini telah berlaku semenjak A.M Skinner, Inspektor
Sekolah-sekolah Negeri-Negeri Selat mewujudkan “Bahasa Melayu Sekolah” berasaskan kelas-kelas al-
Quran. Skinner menetapkan pelajaran al-Quran dipisahkan daripada pelajaran Bahasa Melayu.
Bagaimanapun beliau berpendapat kurang adil terhadap guru-guru al-Quran yang mencari nafkah melalui
kelas-kelas al-Quran. Jadi beliau menetapkan pembentukan pengajaran bahasa Melayu menurut
peraturan-peraturan:
a) Al-Quran mesti diajar di sekolah-sekolah tetapi mesti dipisahkan daripada pelajaran Bahasa Melayu.
b) Pada waktu pagi pelajaran hendaklah diajar dalam Bahasa Melayu. Sebelah petang diadakan pelajaran
al-Quran.
c) Kerajaan akan hanya membayar elaun kepada guru-guru yang mengajar dalam bahasa Melayu
manakala ibu bapa akan membayar kepada guru-guru al-Quran.96
Setelah British sedar bahawa madrasah atau sekolah agama memainkan peranan yang
besar dalam meningkatan intelek Melayu Islam, mereka mula meminggirkan pendidikan Islam. Pendidikan
Islam hanya menjadi pendidikan peribadi bagi masyarakat Melayu. Hanya ibu bapa yang masih
berpegang kuat dengan ajaran Islam terus menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama.
Pada waktu ini, murid dibenarkan untuk menggunakan tulisan rumi atau jawi dan terdapat
subjek khas yang mengajar berkenaan rumi dan jawi.97
Pen yang digunakan bagi menulis bukanlah pen
biasa. Pen tersebut boleh dicabut untuk ditukar matanya. Tulisan jawi menggunakan mata lain dan tulisan
rumi menggunakan mata pena yang lain. Dakwat yang digunakan ialah dakwat celup.98
Hal ini
menunjukkan bahawa British tidak terus memaksa masyarakat Melayu untuk menerima seratus peratus
corak pendidikan yang dibawa tetapi pihak kolonial British masih menerapkan elemen Melayu dalam
pendidikan yang diberikan.
Murid juga mempelajari Ilmu Hisab Aljabar dan dalam mata pelajaran Sejarah, mereka
belajar berkenaan Hang Tuah dan Hang Jebat, Francis Light di Pulau Pinang dan Kerajaan Melaka.99
Terdapat juga pelajaran berkenaan kisah Badang. Hikayat Hang Tuah dan Hang Jebat diajar dengan
menekankan berkenaan pantang Melayu derhaka. Kesannya, masyarakat akan mengikuti sikap Hang
Tuah tersebut dengan mengikuti segala arahan memerintah British tanpa tentangan. Maka, secara tidak
95
Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah. 1983, hlm. 209
96
Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963). 2002, hlm. 210-211
97
Temubual dengan Dato’ Mohamad Tahir
98
Temubual dengan Haji Abdul Razak
99
Ibid
58
langsung British dapat mengawal perkembangan semangat nasionalisme di kalangan penduduk
tempatan.
British mengadaptasi prinsip kesetiaan mutlak yang ditunjukkan dalam Hikayat Hang Tuah
dan Hang Jebat dengan sebaik mungkin kepada masyarakat pada ketika itu. Kesetiaan mutlak yang telah
lama wujud di kesultanan Melayu misalnya dapat dilihat menerusi penulisan karya Sejarah Melayu atau
Sulalatus Salatin yang mengaitkan kesetiaan rakyat kepada pemimpin dalam segala bentuk. Corak dan
bentuk penulisan karya yang terdapat dalam Sejarah Melayu adalah berbentuk istana sentrik dan etika
politik. Penulis cuba menerapkan dan menegakkan dasar konsep taat setia rakyat kepada raja dan
negara.100
4.2.1 Guru
Guru yang berada di Sekolah Melayu Permatang Bertam kebanyakannya daripada kalangan kaum
Melayu, tetapi murid sedikit pun tidak didedahkan dengan pemerintahan British. Keadaan ini
menyebabkan murid menganggap British sebagai Tuan dan perlu dihormati.101
Maka, semangat
nasionalisme bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu tidak dibentuk dan murid tidak menganggap
bahawa mereka sedang dijajah. Bagi mengukuhkan lagi kawalannya terhadap pemikiran rakyat kerajaan
British menggerakkan pula cawangan khas polis mengintip setiap perilaku yang mencurigakan. Pada
masa yang sama, indoktrinasi pemikiran juga dijalankan melalui sekolah Inggeris dan sekolah Melayu
yang sukatan dan isi pelajarannya ditentukan para pegawai pendidikan British. Golongan terpelajar
Melayu yang menyedari mempersoalkan bahan-bahan bacaan yang digunakan di sekolah yang menurut
mereka hanya “menghabiskan umur” kanak-kanak atau menanamkan benih “jiwa hamba” di hati anak-
anak Melayu.102
Guru yang mengajar di Sekolah Melayu Permatang Bertam kebanyakannya hanya
berkelulusan darjah enam atau Malay Special Class. Bagi guru yang berkelulusan tinggi kebanyakannya
merupakan guru dari Sultan Idris Training College (SITC). Pada waktu itu, guru kelulusan SITC adalah
paling popular.103
Kebanyakan guru yang mengajar datang dari kawasan sekitar Permatang Bertam. Bagi
mata pelajaran bahasa Inggeris terdapat guru khas yang diberikan kelayakan mengajar. Selain itu,
terdapat juga guru India, Cina dan Melayu yang turut diberi kelayakan mengajar bahasa Inggeris.104
4.2.2 Sukatan Pelajaran
Seterusnya, sukatan pelajaran mereka sepanjang pengajian hanya berkisar pada topik dan mata
pelajaran yang sama. Keadaan ini bersesuaian dengan tujuan kolonial British dalam menyediakan sistem
pendidikan Melayu di Tanah Melayu iaitu:
100
Zahrah Ibrahim, Sastera Sejarah. 1986, hlm. 61
101
Temubual dengan Dato’ Haji Arshad
102
Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik. 2005, hlm. 304
103
Temubual dengan Haji Abdul Razak
104
Ibid
59
Tujuan kerajaan bukanlah hendak mengadakan
segelintir pemuda yang berpendidikan baik, tidak
juga sebilangan budak yang kurang terdidik,
melainkan ialah untuk membaiki keadaan bilangan
terbesar penduduk, dan menjadikan
anak nelayan atau petani yang lebih cerdik dari
bapanya serta menjadikan ia mengerti, menerusi
pelajarannya, bahawa perlunya dalam hidup ini
adalah sesuai dengan cara hidup di
sekelilingnya105
.
(Sumber: George Maxwell, Annual Report, F.M.S, 1920)
“... memberikan pelajaran permulaan yang
membolehkan orang kampung menyimpan catatan
mudah, dan dengan demikian, melindungkan dia
dari penipu, penipu yang tak bertimbang rasa yang
di kalangan penduduk yang bercampur-campur ini,
sentiasa sahaja sedia untuk mengambil
kesempatan dari kejahilan.”106
(Sumber: Annual Departmental Report, Straits Settlement, 1903)
Sekolah Melayu diwujudkan semata-mata menginginkan anak Melayu menjadi lebih pandai
sedikit daripada ibu bapa mereka. Pendidikan yang lebih tinggi tidak begitu ditekankan oleh British kepada
masyarakat kerana bimbang mereka akan bangkit untuk menentang. Pihak British tidak mahu
menimbulkan masalah seperti di India seperti yang digambarkan dalam ucapan Arthur Noel Kenion pada
1915:
Awak boleh mengajar orang-orang Melayu awak itu,
supaya mereka tinggal terus di sawah-sawah padi dan
suapaya mereka tidak hilang kemahiran dan kesenian
dalam kerja-kerja menangkap ikan dan kerja-kerja hutan.
Ajarkan mereka supaya memuliakan kerja buruh, supaya
mereka menjadi kerani, dan saya yakin awak tidak akan
menghadapi kekacauan seperti terjadi di India akibat
pelajaran berlebihan.107
105
Dipetik dari George Maxwell, “Annual Report”, dalam Awang Had Salleh, (peny.), Sekolah Melayu, Sekolah
Rakyat dan Pondok di Kedah hlm. 5
106
Dipetik dari Annual Departmental Report , dalam Awang Had Salleh, (peny.), Sekolah Melayu, Sekolah Rakyat
dan Pondok di Kedah hlm. 3
107
Dipetik dari ucapan Arthur Noel Kenion , dalam The Koon Hoo, (peny.), Sejarah Sosioekonomi Daerah Yan
dari 1909 Hingga 1957 hlm. 199
60
4.2.3 Sistem Sekolah
Sistem peperiksaan di Tanah Melayu turut dilaksanakan di sekolah Permatang Bertam. Peperiksaan
dijalankan pada setiap hujung tahun dan sekiranya murid tersebut tidak lulus mereka masih boleh
meneruskan pelajaran di darjah yang sama sehingga lulus. Ketika pendidikan di zaman British masih
belum terdapat sekatan umur. Maka, tidak hairan sekiranya umur murid telah menjangkau 12 tahun
mereka masih berada di darjah dua disebabkan gagal dalam peperiksaan dan perkara ini turut berlaku di
seluruh Tanah Melayu.
... ujian darjah satu, darjah dua, darjah tiga ada
ujian. Kalau ujian tak lulus tak naik. Masa tu belum
ada sekatan umur lagi. Sebab tu masa itu kadang-
kadang umur 12 tahun pun masih darjah dua pun
ada. Pasal periksa tak lulus.108
Sekolah Melayu Permatang Bertam turut menyediakan peperiksaan Special Malay Class
(SMC). Bagi mereka yang lulus selepas menduduki peperiksaan ini akan dapat melanjutkan pelajaran ke
sekolah-sekolah aliran Inggeris seperti di High School. Tiada paksaan kepada murid untuk memakai
uniform yang khusus. Kelonggaran ini diberikan mengikut kemampuan ibu bapa. Kebanyakan daripada
mereka memakai baju putih, tidak berkasut dan memakai songkok.109
Bagi keluarga yang tidak
berkemampuan, terdapat murid yang ke sekolah dengan memakai beg daripada daun mengkuang yang
dianyam.
Kopiah mesti pakai. Wajib. Tapi pakai seluar
pendek... Masa tu rambut nak berminyak, tak ada.
Kasut masa raya, sekolah, apa pun gunakan kasut
sama.110
Pada zaman kolonial British, murid juga diberikan dendaan hukuman seperti dirotan, ketuk
ketampi dan berdiri di atas bangku.111
Hukuman ini diberikan atas kesalahan murid seperti tidak
menyiapkan kerja rumah. Hukuman yang diberikan akan menjadi pengajaran kepada murid-murid yang
lain. Peluang pendidikan tidak hanya diberikan kepada lelaki. Kaum perempuan turut berpeluang untuk
masuk ke sekolah dan belajar dalam satu kelas yang sama. Namun, terdapat masyarakat yang tidak
menggemari perkara ini. Sekolah Melayu dikatakan menjalankan kegiatan yang tidak murni seperti
bermain bola dengan memakai seluar pendek dan adanya sekolah campuran lelaki-perempuan.112
Lepasan sekolah ini kebanyakannya menjadi guru, guru agama, bekerja sendiri dan
menjadi polis. Selain itu, tiada sistem pembayaran yuran dikenakan kepada murid. Sekolah Permatang
108
Temubual dengan Haji Basiron
109
Temubual dengan Haji Jamil bin Said
110
Temubual dengan Haji Abdul Razak
111
Ibid
112
Mohd Isa Othman, Gerakan Protes dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad ke-19 dan Awal Abad
Ke-20, hlm. 194
61
Bertam terdiri daripada darjah satu sehingga darjah enam. Disebabkan sekolah lain disekitar Kepala
Batas tidak mempunyai darjah lima dan enam maka murid terpaksa menyambung belajar di Sekolah
Permatang Bertam. Berbeza dengan sekolah lain seperti di Penaga, sekolah Melayu terdiri dari darjah
satu sehingga darjah tujuh.113
4.3 Sistem Pendidikan Jepun
Sistem pendidikan oleh Jepun yang diteruskan daripada zaman kolonial British adalah bagi kepentingan
pentadbiran mereka. Pentadbiran tentera Jepun bercadang untuk menjadikan sistem pendidikan sebagai
laluan untuk meninggikan kesedaran di kalangan orang Melayu. Jika ini dicapai adalah diharapkan
mereka akan bekerjasama dengan pihak Jepun dan bekerja keras untuk mencapai matlamat “Asia Untuk
Orang-orang Asia”. Yang nyata di dalam sistem pendidikan ialah, untuk menyediakan garis kasar
‘penjepunan’ kepada masyarakat di Malaya. Selain daripada itu, ideologi “Kesemakmuran Bersama Asia
Timur Raya dan Hakko Ichiu (manusia seluruhnya bersaudara dibawah Satu Bumbung) adalah bukti nyata
menunjukkan cita-cita Jepun itu.114
Pada zaman pendudukan Jepun selama tiga setengah tahun, empat
sistem persekolahan yang wujud semasa zaman pemerintahan British telah dihentikan. Sekolah Inggeris,
Melayu, India dan Cina ditutup. Namun perkara ini tidak bermakna tiada lagi kemudahan pendidikan di
Tanah Melayu tetapi sekolah yang wujud pada tempoh itu terbatas kepada unsur pelajaran yang
berasaskan bahasa Jepun dan nilai kejepunan sahaja.115
Semasa pendudukan Jepun, Sekolah Melayu Permatang Bertam masih dibuka seperti
biasa. Tiada had umur dikenakan dan masih mengekalkan sistem kelas seperti yang diamalkan semasa
zaman British. Namun, Jepun telah memperkenalkan falsafah dan matlamat mereka tersendiri yang telah
digubal untuk dilaksanakan di Tanah Melayu dan turut mencampurkan unsur-unsur pemujaan kepada
Maharaja Jepun melalui nippon seishin. Jepun juga mengawal segala bentuk agama dan secara
beransur-ansur budaya Shinto diserapkan. Falsafah pendidikan Jepun menekankan dua unsur penting
iaitu pendidikan berteraskan kemahiran dan menanamkan seishin kepada penduduk tempatan.116
Murid perlu mempelajari bahasa Nippon (bahasa Jepun) dan tulisan Jepun (Katakana).
Tulisan Jepun dikatakan mirip kepada tulisan Cina.117
Bahasa Nippon diajar di sekolah bagi melatih
generasi muda dari sudut fizikal dan mental bagi memenuhi tujuan pentadbiran ketenteraan dan
perkhidmatan awam Jepun. Pengajaran dan penggunaan bahasa Jepun di sekolah amat diutamakan
kerana mempelajari dan menguasai bahasa Jepun dianggap satu cara bagi seseorang menerapkan
budaya Jepun selain mendapatkan pendidikan lebih baik, peluang ekonomi dan hubungan luar selain
membantu menjadikan Jepun sebagai sebuah kuasa agung. Walaubagaimanapun bahasa Melayu dan
113
Temubual dengan Hajah Che Mah
114
Rozina Bt. Md. Isa, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 Satu Tinjauan Terhadap Sistem Pendidikan
dan Latihan, hlm. 7
115
Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960 Keadaan Sosial di Tanah Melayu, hlm. 168
116
Ahmad Sohaimi, Pengaruh Jepun Terhadap Bidang Pendidikan di Tanah Melayu (Malaysia) 1941-1990-an, hlm.
57
117
Temubual dengan Haji Jamah
62
Tamil masih dibenarkan penggunaannya sebagai bahasa sampingan.118
Bahasa Cina tidak digunakan
kerana sikap Jepun yang ‘mendedami’ orang Cina rentetan peristiwa perang China-Jepun 1939.
Dasar pendidikan peringkat rendah yang dilaksanakan Jepun bertujuan menanam pengaruh
dan menyebarkan budayanya dalam kalangan penduduk tempatan di samping menghapuskan unsur
Barat serta membasmi semangat anti Jepun. Pendidikan peringkat rendah menekankan pembelajaran
bahasa Jepun serta menyemai unsur seishin bertujuan membentuk disiplin dan menjadikan mereka
merasa bangga sebagai warga Asia. 119
Seishin amat diperlukan kerana mereka tidak mahu murid menjadi
malas, sentiasa menepati masa dan menjadi tabah.
Keadaan ini bukan hanya berlaku di Sekolah Melayu Permatang Bertam namun turut terjadi
di seluruh Tanah Melayu. Sebab itulah sebelum kelas bermula diwaktu pagi kanak-kanak ini akan berbaris
menghadap matahari terbit dan menyanyikan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo, iaitu lagu yang
membangkitkan soal perjuangan, selain dari itu lagu-lagu patriotik yang lain banyak yang memuji tentang
keindahan dan kemegahan Negara Jepun yang diagung-agungkan, seperti Miyato Okaino, Sakura,
Yamashita, Gunung Fuji dan Fajar Asia.120
Semua orang perlu berdiri tegak dan tidak boleh bergerak
serta perlu menyanyikan lagu dengan penuh semangat bagi mengelakkan ditempeleng. Setelah selesai
lagu dinyanyikan, murid dikehendaki menundukkan kepala ke arah matahari terbit sebagai tanda taat setia
mereka kepada maharaja Jepun. Selepas itu, mereka akan melaksanakan satu senaman fizikal yang
memerlukan pergerakan tangan, kepala dan seluruh badan bagi memastikan perjalanan darah yang
sempurna.
Kita kena buat “radio taiso” iaitu senaman
menggunakan radio. Senamannya mudah sahaja.
Ia satu senaman bebas. Kita regangkan tangan
dan kaki, bongkokkan badan dan kemudian berdiri
semula. Itu saja yang perlu kami buat.121
Ibu bapa perlu menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan sekiranya didapati mereka
mengingkari arahan ini maka ibu bapa akan menerima hukuman. Ibu bapa akan dikasari seperti ditendang
dan ditampar.122
Pada zaman Jepun mereka melaksanakan pentadbiran dengan kasar dan zalim. Jepun
juga terkenal dengan tahap disiplin yang tinggi. Mereka tidak suka melihat orang muda yang duduk
melepak. Budaya ini sama seperti yang dinyatakan di dalam Sejarah Kereta Api Maut. Jika Jepun ingin
menangkap pemuda, mereka akan datang ke Kepala Batas dan mengambil mereka menaiki trak.123
Perkara ini turut dinyatakan oleh Ibrahim Mahmood dalam bukunya Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu:
118
Ahmad Sohaimi, op. cit., hlm. 71
119
Ibid, hlm. 65
120
Rozina Bt. Md. Isa, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 Satu Tinjauan Terhadap Sistem Pendidikan
dan Latihan, hlm. 11
121
History Channel(Rising Sun Over Malaya)
122
Temubual dengan Dato’ Haji Md. Noor
123
Temubual dengan Haji Abdul Razak
63
Apa yang sebenarnya didapati? Yang murah sekali
bukannya harga barang-barang tetapi ialah
tempeleng, sepak terajang, azab sengsara,
penderitaan dan potong kepala. Daripada mewah
yang diharapkan tiba kekurangan serba serbi.
Makanan, pakaian, ubat-ubatan bukan sahaja
mahal tetapi payah hendak mendapatinya. Ubi
kayu menggantikan beras.124
Semua jam diubah dengan mengikut waktu Tokyo secara tidak langsung menunjukkan satu
simbol penaklukan yang cukup jelas. Cuti umum turut ditukar berdasarkan kalender Jepun. Kalender
Jepun yang digunakan telah mengubah tahun 1942 menjadi 2602. Bila waktu dan kalender diubah,
“Malaya” bertukar menjadi “Malai”, satu wilayah dalam Empayar Jepun yang besar.125
Sekiranya terdapat
cuti hari perayaan yang disambut oleh negara Jepun, maka sekolah juga akan bercuti. Sekolah Permatang
Bertam juga menyambut perayaan Jepun dan terdapat pegawai atasan yang akan hadir dan memberikan
wang hadiah kepada murid. Wang yang diberikan kepada murid tidak tetap dan bergantung kepada
keinginan pegawai Jepun tersebut. Sama seperti ketika zaman British, sekolah tidak dikenakan
sebarang yuran dan murid dibekalkan dengan buku teks percuma oleh pihak pentadbir Jepun. Sekolah
dibuka bermula hari Ahad sehingga hari Khamis. Jumaat dan Sabtu merupakan hari cuti. Perubahan
pendidikan yang berorientasikan Jepun mudah diterima oleh murid. Proses ini menjadi mudah kerana
mereka dalam keadaan takut dan dipaksa.126
Ketika zaman Jepun semua kaum diberi peluang untuk belajar bersama di sekolah ini. Tiada
sekolah khas yang ditetapkan untuk kaum. Murid pergi ke sekolah mengikut jarak yang paling dekat
dengan rumah mereka. Ibu bapa serta masyarakat tidak mempunyai halangan menghantar anak-anak
mereka ke mana-mana sekolah yang berdekatan. Perkara ini berlaku kerana isi kandungan yang diajar di
semua sekolah adalah sama dan menggunakan bahasa Jepun. Kesannya, perkara ini telah memberi
peluang kepada masyarakat untuk menerima semangat kebangsaan.
Pendidikan bukan hanya diajar secara akademik tetapi juga dalam bidang kemahiran.
Sukatan yang di ajar meliputi mata pelajaran Matematik, Pertanian (juga disebut Berkebun), Sains dan
pelbagai subjek akademik yang lain. Hal ini menyebabkan masyarakat terdedah kepada ilmu
pengetahuan. Perkembangan intelek yang diterima oleh masyarakat akhirnya digunakan untuk
mencetuskan semangat dan kesedaran nasionalisme.
Memang ada berkebun. Tiap tahun ada
pertunjukan. Ada juga pelajaran cara membuat
senduk bagi orang lelaki. Orang perempuan pula
diajar cara membuat anyaman. Padang permainan
124
Rozina Bt. Md. Isa, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 Satu Tinjauan Terhadap Sistem Pendidikan
dan Latihan, hlm. 34
125
History Channel (Rising Sun Over Malaya)
126
Temubual dengan Dato’ Haji Md. Noor
64
pun ada. Ada kebun sekolah. Macam darjah enam
tanam tebu, darjah lima tanam kacang bendi. Hasil
tanaman tu bawa balik ke rumah. Berkebun nama
dia.127
Walaupun sepanjang pendudukan Jepun, guru-guru daripada negara matahari terbit ini
mencurah-curah masuk ke Malaya, namun begitu kepentingan guru-guru tempatan tidak diketepikan. Hal
ini berlaku kerana masalah komunikasi bagi kedua-dua pihak (guru dan murid) pasti akan timbul kerana
masing-masing belum memahami bahasa kaum masing-masing. Untuk itu pentadbiran Jepun telah
menubuhkan sekolah-sekolah khas untuk mengajar bahasa Nippon kepada guru-guru sekolah.128
4.3.1 Guru
Guru-guru yang mengajar di sekolah Permatang Bertam ketika zaman Jepun merupakan guru dari zaman
British. Guru Melayu turut dipaksa untuk mempelajari bahasa dan penulisan Jepun. Guru perlu
mempelajari asas bahasa Jepun setiap minggu dengan menghadiri kursus. 129
Kursus yang diadakan
selalunya memakan makan selama tiga bulan.130
Guru juga tiada motivasi untuk mengajar kerana
suasana pemerintah Jepun yang buruk serta skim gaji yang rendah iaitu dalam lingkungan $50 sebulan.
Terdapat kes di mana gaji yang mereka terima adalah lebih rendah dari masa sebelumnya.131
the teacher received special instruction in the
Japanese Language, and it was reported that in the
summer of 1943 many teacher still being instructed
during their vacation. Those who became proficient
in the alloted time were retained and those who
failed more probably replace by specially trained
substitutes132
4.3.2 Sistem Sekolah
Sistem persekolahan masih beroperasi seperti biasa iaitu bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00
tengahari. Secara kasar, boleh kita katakan hanya sekolah-sekolah Melayu sahaja yang dibuka pada
permulaannya, dan penubuhan sekolah-sekolah Nippon. Walaubagaimanapun, beransur-ansur sekolah-
127
Temubual dengan Haji Abdul Razak
128
Rozina Bt. Md. Isa, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 Satu Tinjauan Terhadap Sistem Pendidikan
dan Latihan, hlm. 17
129
Temubual dengan Dato’ Haji Md. Noor
130
Temubual dengan Dato Haji Arshad
131
Ahmad Sohaimi, Pengaruh Jepun Terhadap Bidang Pendidikan di Tanah Melayu (Malaysia) 1941-1990-an, hlm.
73
132
Rozina Bt. Md. Isa, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 Satu Tinjauan Terhadap Sistem Pendidikan
dan Latihan, hlm. 17
65
sekolah lain seperti sekolah Tamil dan Cina dibuka tetapi di dalam jumlah yang sangat kecil, sedangkan
sekolah Inggeris telah dijadikan sekolah Nippon.133
Pada peringkat akhir sebelum Jepun menyerah kalah, parti Kuomintang (komunis) telah
masuk ke Bertam. Kemudian British mengambil alih semula sistem pendidikan. Sekolah tetap berjalan
seperti biasa namun kerajaan pada masa itu perlu melawan komunis yang cuba merampas pentadbiran.
Disebabkan komunis tidak mengambil alih sistem pendidikan kerana pentadbiran dikuasai British, maka
pendidikan berjalan mengikut sistem British semula. Setelah komunis menyerah kalah, sistem
persekolahan tetap berlangsung.134
Sepanjang pendudukan Jepun di Sekolah Melayu Permatang Bertam, satu perubahan dalam
sistem pendidkan sedia ada telah diterima. Jepun sehabisnya memusnahkan pengaruh pendidikan yang
diperkenalkan oleh kolonial British dengan membawa falsafah dan budaya pendidikan Jepun ke dalam
sistem pendidikan. Ketika di zaman kolonial British memang diakui kerajaan telah membuka dan memberi
peluang pendidikan kepada masyarakat tempatan. Namun, pembukaan sekolah lebih cenderung untuk
memisahkan ke semua murid mengikut kaum dan etnik. Berbeza ketika zaman penjajahan Jepun, murid
boleh menuntut di sekolah yang sama berdasarkan jarak sekolah ke rumah.
Bagi sekolah-sekolah kaum India dan Cina, Jepun telah menyekat perkembangan sekolah
tersebut tidak seperti mana yang berlaku ketika zaman kolonial British. Tidak seperti sekolah Melayu
Permatang Bertam yang dibiarkan beroperasi dan menjadi tapak bagi mengembangkan sekolah Nippon.
Kurikulum baru yang diperkenalkan oleh Jepun telah memberi peluang bagi masyarakat tempatan
mempelajari pelbagai kemahiran dengan lebih mendalam. Kesan daripada pendidikan Jepun ini juga telah
membuka mata masyarakat tempatan bagi menuntut kemerdekaan.
5.0 Kesimpulan
Matlamat pendidikan yang diperkenalkan oleh kolonial Britih dan sewaktu penjajahan Jepun adalah
berbeza mengikut acuan mereka sendiri. Masing-masing cuba memperkenalkan dan menerapkan nilai
budaya mereka ke dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu. Begitu juga perkara yang berlaku di
Sekolah Melayu Permatang Bertam. Oleh kerana sekolah ini tidak mengalami nasib malang seperti yang
dihadapi oleh beberapa sekolah lain di Tanah Melayu iaitu dibakar atau ditutup sewaktu kedatangan
penjajah Jepun, maka Sekolah melayu Permatang Bertam telah menerima dua sistem pendidikan yang
berbeza.
Perbezaan sistem pendidikan yang diperkenalkan tidak dapat dielakkan kerana perkara ini
menjadi lambang kehendak mereka dalam pentadbiran. Pada zaman penjajahan tiada satu sistem yang
diseragamkan menjadikan matlamat serta objektif pendidikan seluruh Tanah Melayu berbeza-beza.
Sekolah Melayu Permatang Bertam menjadi bukti yang kukuh memperlihatkan sistem pendidikan yang
133
Ibid, hlm. 9
134
Temubual dengan Dato Haji Md. Noor
66
berbeza, kesan terhadap masyarakat setempat serta memberi peluang kepada masyarakat tempatan
membuka ruang minda intelek mereka
67
Bibliografi
Sumber lisan
Dato’ Haji Md. Noor, (08 Februari 2015). Sejarah Sekolah Melayu Permatang Bertam
Dato’ Haji Arshad, (26 Februari 2015). Sejarah Sekolah Melayu Permatang Bertam
Dato’ Mohamad Tahir bin Dato’ Haji Ahmad Badawi, (05 April 2015). Sejarah Sekolah Melayu Permatang
Bertam
Haji Abdul Razak, (05 April 2015). Sejarah Sekolah Melayu Permatang Bertam
Haji Basiron bin Abdul Rahman, (13 Ogos 2013). Sejarah Sekolah Parit Kadir dan Kawasan Sekitar.
Hjh. Che Mah, (26 Februari 2015). Sejarah Sekolah Melayu Permatang Bertam
Haji Jamah bin Surip, (13 Ogos 2013). Sejarah Sekolah Parit Kadir dan Kawasan Sekitar.
Haji Jamil bin Said, (26 Februari 2015). Sejarah Sekolah Melayu Permatang Bertam
Laporan
Background Notes NO: 7/61, Education Policy
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956, Bagaimana ia Mengenai Guru-Guru Melayu dan Sekolah Melayu
Report of the Education Commitee 1956, How it Affects the English School Teacher
Tesis
Rozina bt. Md. Isa, (1990). Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 Satu Tinjauan Terhadap
Sistem Pendidikan dan Latihan. Universiti Sains Malaysia: Tesis PhD.
Teh Koon Hoo, (2003). Sejarah Sosioekonomi Daerah Yan dari 1909 Hingga 1957: Tesis Ijazah Sarjana
Sastera
Buku
Abdul Rahman Haji Abdullah. 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur
Abdul Rahman Haji Ismail. 2005. Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik. Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur
68
Ahmad Sohaimi. 2007. Pengaruh Jepun Terhadap Pendidikan di Tanah Melayu (Malaysia)1941-1990-
an.Universiti Sains Malaysia
Awang Had Salleh. 1977. Sekolah Melayu, Sekolah Rakyat dan Pondok di Kedah. Universiti Malaya: Arkib
Negara Malaysia
Ho Hui Ling. 2004. Darurat 1948-1960 Keadaan Sosial di Tanah Melayu. Universiti Malaya: Kuala Lumpur
Mohd Isa Othman. 2000. Gerakan Protes dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad ke-19 dan Awal
Abad Ke-20. Utusan Publications and Distributors: Kuala Lumpur
Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Utusan Publications and Distributors: Kuala
Lumpur
Muhd. Yusuf Ibrahim.1983. Pengertian Sejarah. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur
Zahrah Ibrahim. 1986. Sastera Sejarah: Interpretasi dan Penilaian. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
Lumpur
Internet
http://sjkcpeiyu.blogspot.com Akses pada 04/04/2015
http://sjktpalaniandy.edu.my Akses pada 04/04/2015
http://skpbertam.blogspot.com Akses pada 04/04/2015
Program TV
Novista Sdn. Bhd. (Harun Rahmat). (2012). Rising Sun Over Malaya. Malaysia: The History Channel.
69
SEJARAH DAN SUMBANGAN DAERATUL MAARIFIL WATANIAH TERHADAP PENDIDIKAN
AGAMA DI KEPALA BATAS, PULAU PINANG
SHARIFAH ZURAIHAH BINTI SY HAMID
1.0 Sejarah Kedatangan Agama Islam
Pengaruh agama Islam di Rantau Alam Melayu dipelopori oleh para ulama yang merupakan para
pedagang. Para ahli sejarah mempunyai tafsiran sendiri mengenai teori kedatangan Islam di rantau ini.
Para sarjana Barat antaranya Snouck, Mouquette dan Morrison mengemukakan teori kedatangan Islam
di Rantau Melayu dibawa oleh para pedagang dari Selatan India. Bukti yang menyokong pendapat ini
ialah kewujudan batu-batu nisan yang menyamai batu nesan yang terdapat di Gujerat dan Bengal di
samping kehadiran para pedagang yang kebanyakannya berasal dari Gujerat, Coromandel dan
Malabar.135
Pendapat ini disangkal oleh sarjana Islam yang mendakwa kedatangan Islam di rantau ini
dibawa oleh para pedagang Arab. Misalnya, Hamka mengemukakn teori bahawa Islam disebarkan oleh
para pedagang Arab yang berdagang di sebelah Timur.136
Pendapat ini turut disokong oleh Syed Naquib
al-Attas dengan anggapan para pedagang Islam Arab-Parsi merupakan orang terawal yang membawa
pengaruh Islam berdasarkan asal karya kesusateraan yang mengandungi nama orang Arab-Parsi.137
Sungguhpun ahli sarjana bercanggahan pendapat mengenai pelopor kepada perkembangan Islam tetapi
pokok utamanya, penyebaran agama Islam di rantau ini adalah melalui perdagangan dan ianya dilakukan
secara sukarela dan bukannya secara paksaan.
2.0 Penyebaran Agama Islam
Penyebaran agama Islam telah diluaskan kepada institusi pemerintahan melalui pelantikan para ulama
sebagai guru agama di istana. Guru agama ini dijemput untuk mengajar kitab-kitab agama di istana.
Buktinya, Sultan Alauddin Riayat Shah bergurukan Maulana Abu Bakar manakala Sultan Mahmud Shah
pula bergurukan Maulana Sadar Jahan berkenaan kitab Durr al-Manzum.138
Pemilihan guru agama adalah
berdasarkan ketinggian ilmunya dalam bidang agama. Kaedah tersebut dilihat menguntungkan kedua-
dua belah iaitu pihak istana dapat menuntut ilmu agama dengan lebih mendalam manakala para ulama
pula dapat menyebarkan Islam dengan lebih mudah. Pengislaman golongan pemerintah dan golongan
bangsawan turut membantu penyebaran Islam ke serata negeri kerana ianya akan dituruti oleh rakyat
135
Azyumardi Azra, Jaringan Global dan Lokal Islam Nusantara, Bandung: Mizan, 2002 , hlm. 26-27
136
Hamka, Sejarah Umat Islam, Singapura: Pustaka Nasional, 1997, hlm. 670.
137
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Universiti
Kebangsaan Malaysia, 1972, hlm. 33-34.
138
Arba’iyah Mohd Noor, Perkembangan Pensejarahan Islam Di Alam Melayu, Jurnal Al Tamaddun, Bil 6, 2011,
hlm. 31-32
70
bawahan. Hal ini kerana, Raja dalam masyarakat Melaka yang beragama Islam dianggap sebagai khalifah
Tuhan di dunia untuk memerintah umat Islam.139
Selain itu, pihak istana amat mementingkan pemilihan kitab-kitab pengajian tersebut.
Buktinya, Maulana Abu Bakar telah membawa sebuah kitab teologi (usuludin) bercampur tasawwuf yang
ditulis gurunya iaitu seorang sufi bernama Abu Ishaq bertajuk Durr al- Manzum kepada Sultan Mansur
Shah (1459-1466) di istana Melaka.140
Kemudiannya baginda telah menitahkan supaya buku tersebut
dibawa ke istana Pasai untuk mendapatkan penjelasan dan tafsiran lanjut sebelum dibawa ke Melaka
semula untuk dipelajari oleh baginda sendiri. Titah baginda menunjukkan ketelitian dan keprihatinan
baginda terhadap penyebaran ilmu agama Islam dalam negerinya agar agama Islam yang disebarkan
adalah berlandaskan ajaran Islam yang sebenar melalui kitab-kitab yang sahih dan muktabar.
Pengajian agama pada ketika itu tidak tertumpu kepada aspek ketuhanan tetapi ianya
melibatkan aspek-aspek lain seperti ilmu kerohanian dan syariat Islam. Pendedahan ilmu-ilmu sedemikian
telah mengubah corak pemikiran pemerintah sehingga membawa kepada perubahan kepada
pentadbirannya. Pelaksanaan Undang-Undang Melaka atau Hukum Kanun Melaka di zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah telah membuktikan penyerapan unsur Islam dalam sistem
pentadbiran. Terdapat beberapa fasal yang dibentuk menyamai hukum fiqh yang terdapat dalam ajaran
Islam. Undang-Undang Jenayah. Misalnya dibawah hukum hudud seperti zina, hukuman rejam sampai
mati akan dikenakan kepada si pelaku yang telah berkahwin. Hukuman yang ditetapkan ini adalah sama
seperti yang diperintahkan oleh Allah dalam kitab suci Al-Quran mengenai hukuman bagi kesalahan zina.
Sebelum wujudnya sistem pendidkan vernakular di Tanah Melayu, tidak ada sistem
pendidikan sistematik yang dibentuk oleh pucuk pemerintahan walaupun dalam bidang agama.
Pendidikan lebih diberi keutamaan kepada golongan bangsawan sahaja. Manakala rakyat jelata dibiarkan
meneruskan kerja-kerja seharian mereka seperti mengerjakan sawah padi, berkebun dan sebagainya.
Rakyat juga memperoleh pendidikan asas seperti adat resam dan kepercayaan yang diajar oleh ibu bapa
dan beberapa kemahiran untuk kelangsungan hidup serta perlakuan yang beradab. Keadaan ini berbeza
dengan seruan ajaran Islam yang menuntut setiap umatnya menimba ilmu. Oleh hal demikian,
tanggungjawab memberikan pendidikan ini diambil alih oleh golongan alim ulama. Sistem pendidikan yang
diperkenalkan adalah bergerak secara tidak formal. Para alim ulama pada ketika memberi perhatian
terhadap pendidikan agama dengan mewujudkan kelas-kelas agama di masjid-masjid atau di rumah
mereka.
3.0 Penubuhan Sekolah Pondok di Tanah Melayu
Peningkatan bilangan pelajar telah membawa kepada perkenalan sistem pendidikan pondok yakni para
pelajar yang ingin menuntut ilmu membina pondok di sekeliling rumah tok guru untuk kemudahan tempat
tinggal pelajar itu sendiri. Menurut Awang Had Salleh, perkataan pondok berasal daripada perkataan arab
139
Op.Cit, hlm. 304.
140
Op. Cit, hlm. 31-32
71
‘fonduq’ yang membawa erti hotel atau rumah tumpangan sementara.141
Oleh itu, ulama atau lebih dikenali
sebagai tok guru dan pelajar akan menetap di kawasan yang sama sekaligus memudahkan tok guru untuk
memantau perkembangan pelajar tersebut. Sistem sebegini dapat membantu pelajar yang menetap jauh
menamatkan sesi pengajiannya dalam tempoh masa tertentu.
Kesedaran masyarakat setempat berkenaan kepentingan mendalami ilmu agama telah
mewujudkan sistem pendidikan pondok. Pondok-pondok yang dibina juga adalah hasil kerjasama
daripada penduduk kampung. Mereka secara bergotong-royong membina pondok bagi memastikan
pelajar mendapat kemudahan tempat tinggal. Malah, pondok-pondok tersebut bukan sahaja dibina atas
tanah milik tok guru tetapi di atas tanah yang diwakafkan oleh penduduk kampung. Tindakan ini dilakukan
sebagai satu usaha untuk memenuhi keperluan pendidikan agama di kampung mereka.142
3.1 Pengajaran dan Pembelajaran
Corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah pondok bercirikan lima corak pengajian yang diasaskan
oleh baginda Rasulullah s.a.w iaitu menjadikan masjid sebagai pusat pengajian, pembinaan pondok yang
dikelilingi dikelilingi alam semula jadi, mempunyai murid-murid, guru sebagai penggerak pondok serta
penggunaan kitab-kitab agama dalam sesi pengajian.143
Corak pengajian yang dikekalkan mengikut asas
yang dibentuk oleh Rasulullah menunjukkan institusi pondok sebagai sistem pendidikan yang tidak hanya
menumpukan kaedah pengajaran yang berasaskan agama Islam tetapi melibatkan keseluruhan budaya
belajar orang Arab walaupun berada di Tanah Melayu.
Sistem pendidikan pondok tidak menetapkan visi dan misi secara konkrit kerana tujuan
penubuhan sekolah tersebut hanya ingin menyampaikan ilmu agama kepada penduduk tempatan dengan
harapan ilmu tersebut dapat dijadikan dijadikan panduan dan pegangan hidup mereka sehingga akhir
hayat. Perkara ini jelas dilihat melalui peruntukan masa yang diberikan kepada pelajar untuk menamatkan
pengajian. Tidak ada tempoh masa yang ditetapkan kepada pelajar untuk mereka menamatkan pengajian.
Tujuannya supaya setiap pelajar benar-benar menguasai ilmu tersebut. Hal ini kerana, terdapat
sebilangan pelajar adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengetahuan agama yang cetek dan
buta huruf. Lebih-lebih lagi kitab-kitab yang digunakan adalah daripada kitab tulisan Arab. Oleh itu, mereka
mengambil masa 5 tahun, 8 tahun bahkan 10 tahun untuk menamatkan pengajian mereka.
Hakikatnya, mereka ini dijadikan harapan untuk menyebarkan ilmu agama di tempat asal
mereka supaya masyarakat setempat tidak lagi jahil berkenaan ilmu agama. Kepulangan mereka juga
akan disambut dan mendapat penghormatan daripada penduduk kampung disebabkan ketinggian ilmu
agamanya. Mereka ini dilantik sebagai imam masjid, guru agama di kampung serta dijadikan tempat
rujukan bagi masalah-masalah yang berkaitan dengan agama. Para pelajar lepasan sekolah pondok ini
141
Awang Had Salleh, Sekolah Melayu, Sekolah Rakyat dan Pondok di Kedah, Wisma Negeri, Alor Setar: 1981,
Konvensyen Sejarah Negeri Kedah.
142
Ibid
143
Waheda binti Ab. Rahman, Perkembangan Pendidikan Agama di Langgar dan Sumbangannya kepada
masyarakat, Kajian Kes, hlm. 10
72
merupakan individu yang dipecayai untuk memimpin penduduk ke arah kebaikan kerana mereka
mempunyai pengetahuan agama yang lebih dari orang lain.
Terdapat juga pelajar yang melanjutkan pelajaran di pondok-pondok yang lain bagi
mendalami lagi ilmu yang telah dipelajari. Hal ini kerana, skop ilmu agama Islam adalah luas dan ianya
perlu dipelajari secara mendalam melalui guru yang benar-benar diakui kelaimannya bagi mengelakkan
berlaku penyelewengan yang boleh merosakkan akidah umat Islam. Jelas, corak pendidikan pondok telah
membawa kepada sistem pendidikan yang lebih bersistematik kepada masyarakat. Kesan yang dapat
dilihat ialah dapat membentuk insan yang cintakan ilmu dan mempunyai pemikiran yang terbuka.
4.0 Penubuhan Sekolah Pondok di Pulau Pinang
Sistem pendidikan pondok turut berkembang di Pulau Pinang walaupun Pulau Pinang merupakan
kawasan penumpuan kolonial British. Hal ini lanjutan daripada pengaruh pemerintahan Kesultanan Kedah
di Pulau Pinang sebelum diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan British melalui Perjanjian Persahabatan
dan Keamanan Inggeris-Kedah.144
Menurut Awang Had Salleh, sistem pendidikan pondok di Kedah telah
wujud dalam abad ke lapan belas. Sambutan yang menggalakkan terhadap sekolah pondok di Kedah
dipengaruhi oleh sekolah-sekolah pondok di Thailand. Ulama dari negeri Thailand banyak melakukan
penghijrahan ke negeri Kedah dan membuka pusat pengajian. Lanjutan itu, sekolah pondok pertama
yang dapat dikesan di Kedah bermula di kawasan Pulau Pinang di dalam daerah Kubang Pasu kira-kira
pertengahan abad kesembilan belas. Terdapat rujukan-rujukan lain pula menyatakan pondok tersebut
adalah daripada pertengahan kurun ke lapan belas lagi. Sistem pengajian pondok ini dipercayai diasaskan
oleh Tuan Haji Ishak pada tahun 1840-an. Beliau dipercayai adalah anak murid kepada Tuan Guru Syeikh
Daud al-Fatani.145
Berikut merupakan senarai sekolah pondok terawal di Pulau Pinang serta tahun
penubuhannya.
1875 - Pondok Sungai Dua, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Minal/Syeikh Zainal Abidin bin
Muhammad al-Fatani)
1875 - Pondok Permatang Sungai Dua, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Samad)
1880 - Pondok Began Belat, Telok AiR Tawar, Butterworth, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Haji
Muhammad Taha)
144
Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah, Arkib Pulau Pinang
145
Zahidi Dato’ Haji Zainol Rashid, Sejarah Sekolah Pondok di Kedah, Alor Setar: Konvensyen Sejarah Negeri
Kedah, 1979, hlm. 109
73
1880 – Pondok Sungai Derhaka, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Fakih Daim)
1885 - Pondok Tok Sheikh Acheh, Permatang Janggus, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Ibrahim Aceh)
1890 - Pondok Padang Lalang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad)
1906 - Madrasah Al Masriyah, Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Haji Salleh
Al Masri)
1906 - Madrasah Al Masriyah, Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Haji Salleh
Al Masri)
1919 - Madrasah al-Masyhoor al-Islamiyah, Pulau Pinang (juga diasaskan oleh Syed Syeikh bin Ahmad
Al-Hadi)
1920 - Pondok Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (diasaskan oleh Haji Mahmud Taib)
1924 - Madrasah Daeratul Maarif Al Wathaniyyah, Kepala Batas, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan
Guru Syeikh Abdullah Fahim)
1934 - Pondok Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang (juga dikenali sebagai Madrasah Al Khairiyyah
dan diasaskan oleh Tuan Haji Hussain bin Muhammad Nasir al-Mas'udi al-Banjari)
5.0 Pembukaan Daeratul Maarifil Wataniah
Antara sekolah pondok yang terkenal di Pulau Pinang ialah pondok Daeratul Maarifil Wataniah (DMW)
yang menjadi tajuk kajian pengkaji. Daeratul Maarifil Wataniah terletak di kawasan Kepala Batas, Pulau
Pinang yang diasaskan oleh seorang ulama terkenal iaitu Sheikh Abdullah Fahim. Pondok ini sekolah
pertama yang memperkenalkan sistem pendidikan agama di kawasan Kepala Batas. Pondok ini
mendapat sambutan daripada masyarakat kerana kealiman pengasasnya dan diakui tenaga pengajarnya
juga memiliki ilmu agama yang tinggi.146
Pada satu masa pondok ini menampung kira-kira 1500 orang
pelajar yang datang dari seluruh negeri seperti Perak, Selangor, dan Johor. Malah, terdapat juga pelajar
yang datang dari Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura.147
Sehingga kini Daeratul Maarifil Wataniah
masih beroperasi tetapi cara pelaksanaannya mengalami perubahan seiring perkembangan pendidikan
di Tanah Melayu.
Sekolah Menengah Agama Daaeratul Maarifil Wataniah merupakan sekolah yang
berkembang daripada Daeratul Maarifil Wataniah. Pondok ini telah dibuka pada tahun 1926 oleh seorang
tokoh ulama terkenal iaitu Tuan Guru Sheikh Abdullah Fahim. Nama Daeratul Maarifil Wataniah ini diambil
daripada perkataan Arab iaitu Daeratul Maarifil yang membawa maksud gagasan pengetahuan dan
146
Temuramah Dato’Haji Md Noor bin Ahmad merupakan bekas ahli politik, 8 Februari 2015
147
Haji Abdullah Pak him, Ismail Awang, Pengasuh, Bil. 428, Disember 1977, hlm. 27
74
Wataniah iaitu bumiputra.148
Maksud tersirat terhadap tiga gabungan perkataan tersebut ialah memberi
ilmu pengetahuan kepada kaum Melayu supaya dapat menggerakkan mereka untuk memperjuangkan
kemerdekaan tanah air. Secara tidak langsung pemilihan nama sekolah ini sebenarnya berkait rapat
dengan situasi semasa Tanah Melayu pada ketika itu yang dipengaruhi oleh Gerakan Islah.
Gerakan Islah merupakan gerakan yang dilakukan oleh pelajar lepasan Mesir bagi
membetulkan semula pandangan masyarakat Melayu agar seiring dengan al-Quran dan Hadis. Pemikiran
mereka ini dipengaruhi oleh idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan
Syeikh Muhammad Abduh. Gerakan ini sangat mementingkan pendidikan dalam perjuangan mereka
kerana merasakan pendidikan dapat mengubah nasib masyarakat Melayu. Perjuangan Gerakan Islah
telah mencetuskan semangat nasiolisme dalam diri masyarakat tempatan kerana turut mengkritik
pentadbiran yang dibawa oleh penjajah Inggeris.
Tujuan penubuhan Daeratul Maarifil Wataniah adalah berdasarkan tanggungjawab dalam
memberi pendidikan agama kepada masyarakat setempat. Hal ini kerana, kawasan Bertam pada ketika
itu belum ada satu sistem pendidikan agama yang sistematik untuk membentuk iman dan akhlak
masyarakat tersebut. Masyarakat pada ketika itu jahil agama dan sering melakukan maksiat seperti
berjudi dan sabung ayam.149
Aktiviti ini semakin berkurang selepas penubuhan Daeratul Maarifil
Wataniah.
Daeratul Maarifil Wataniah ini bermula daripada sesi pengajaran di beranda rumah Sheikh
Abdullah Fahim yang melibatkan 5 orang pelajar sahaja. Antaranya ialah Sheikh Abu Bakar dan Ustaz
Abdul Halim. Sistem pengajaran ini dilanjutkan ke masjid apabila jumlah bilangan pelajar semakin
bertambah. Peningkatan bilangan pelajar berlaku kerana kealiman dan kewarakan Sheikh Abdullah
Fahim telah tersebar meluas sehingga terdapat para pelajarnya yang datang beberapa negeri seperti
Johor dan Perlis.
Keluarga penuntut yang berasal dari kawasan yang jauh membina pondok-pondok kecil
disekitar kawasan masjid untuk dijadikan tempat tinggal pelajar sepanjang menuntut di Daeratul Maarifil
Wataniah. Pembinaan pondok tersebut dijalankan secara bergotong-royong bersama penduduk
kampung diatas tanah yang diwakafkan oleh keluarga Haji Abdullah Fahim.150
Malah, kedudukan rumah
Tok Guru yang berhampiran dengan sekolah yang dibina memudahkan beliau untuk mengurus dan
memantau pergerakan murid-muridnya.
Percanggahan pendapat berlaku dalam menentukan pemilikan tanah yang dijadikan tapak
pembinaan sekolah Daeratul Maarifil Wataniah. Terdapat pendapat yang mengatakan tanah tersebut
diwakafkan oleh penduduk kampung kepada Sheikh Abdullah Fahim. Akan tetapi ianya bercanggah
dengan pernyataan daripada keluarga Sheikh Abdullah Fahim yang mengakui tanah tersebut diwakafkan
148
Temuramah bersama Dato’ Hj. Arshad bin Hj. Zakaria merupakan pengerusi Qaryah Masjid Jamiul Badawi
13200 Kepala Batas, SPU Pulau Pinang, 1 April 2015
149
Op.Cit. bersama Dato’ Hj. Arshad bin Hj. Zakaria
150
Temuramah bersama Datuk Mohamad Tahir bin Haji Ahmad Badawi merupakan cucu kepada Syeikh Abdullah
Fahim, 5 April 2015
75
oleh keluarga pengasas tersebut. Penulis cenderung memilih penyataan Datuk Tahir kerana sebagai
cucu kepada pengasas Sheikh Abdullah Fahim beliau lebih arif akan sejarah penubuhan sekolah yang
diasaskan oleh datuknya.
Kemudahan tempat tinggal tersebut telah menambah bilangan pelajar yang hendak
menuntut ilmu agama sehingga Sheikh Abdullah Fahim rasa perlu untuk membina bangunan sekolah bagi
menampung bilangan tersebut. Dana bagi membina bangunan ini adalah hasil sumbangan dan kutipan
derma daripada penduduk setempat dan ibu bapa pelajar. Bangunan tersebut merupakan bangunan kayu
dua tingkat. Bangunan ini dijadikan kelas untuk pelajar di Daeratul Maarifil Wataniah menjalani sesi
pengajian dan pembelajaran terdiri daripada bangunan kayu dua tingkat untuk dijadikan kelas-kelas
kepada murid.
Jelas, penglibatan dan kerjasama penduduk tempatan sepanjang pembinaan Daeratul
Maarifil Wataniah menggambarkan betapa mereka mementingkan ilmu agama dalam kehidupan mereka
dan penubuhan pondok ini diterima baik oleh penduduk tempatan. Malah, sokongan dan penerimaan
daripada masyarakat setempat telah membantu kepada perkembangan Daeratul Maarifil Wataniah iaitu
daripada permulaan sesi pengajarannya di beranda rumah sehingga kepada corak pendidikan yang lebih
tersusun dan bersistematik.
5.1 Penglibatan Sheikh Abdullah Fahim
Pengasas Daeratul Maarifil Wataniah ialah Sheikh Abdullah bin Ibrahim.151
Beliau dilahirkan pada tahun
1870 di Kampung Sha’ab Ali, Makkah. Beliau meninggal pada hari Khamis 28 April 1961 pada usianya 92
tahun. Bapanya merupakan seorang guru agama di Masjidil Haram. Sheikh Abdullah turut dikenali
sebagai Sheikh Abdullah Fahim yang diambil daripada gelaran masyarakat kepada bapa beliau iaitu ‘Pak
Him’. Gelaran ini terus dikekalkan kerana berdekatan dengan perkataan Arab ‘fahim’ bermaksud orang
yang memahami sesuai dengan ketinggian ilmu yang dimilik Sheikh Abdullah.
Sheikh Abdullah Fahim mendapat pendidikan sepenuhnya di Mekah dan sempat berguru
bersama kira-kira 42 orang guru dalam pelbagai bidang iaitu agama, akademik dan politik.152
Hasil
daripada pendidikan tersebut menjadikan beliau pakar dalam pelbagai ilmu seperti ilmu Hadis, ilmu Falak
dan syair Arab. Ilmu yang diperolehi ini cuba disampaikan kepada masyarakat melalui penubuhan sekolah
dan penulisan kitab-kitab. Perkongsian ilmu tersebut diharapkan dapat membantu melahirkan masyarakat
yang lengkap ilmu pengetahuan dari aspek dunia dan akhirat. Hal ini kerana, beliau melihat rata-rata
masyarakat ketika itu tidak begitu mementingkan ilmu pendidikan kerana kurangnya pendedahan tentang
kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Akan tetapi, kitab-kitab tersebut tidak sempat untuk dicetak
151
Op.Cit. Dato’Haji Md Noor bin Ahmad
152
Op.Cit. Ismail Awang. hlm. 26
76
dan diterbitkan kerana beliau sibuk mengajar sehingga tiada ruang masanya bagi menyelesaikan urusan
penerbitan kitab-kitab tersebut.153
Beliau pulang ke Tanah Melayu pada tahun 1918 dan menetap di Kepala Batas seterusnya
membuka sekolah disana. Kealiman dan ketinggian ilmu Sheikh Abdullah Fahim diakui bukan sahaja
dalam kawasan Kepala Batas, tetapi diakui oleh satu Kepulauan Melayu. Pengkhabaran mengenai
kealiman Syeikh Abdullah Fahim ini sebenarnya lanjutan daripada pekerjaan beliau di Pondok Tuan Hj.
Wan Sulaiman B. Wan Sidik (Pak Sulaiman) kerana Syaikh al- Islam (Mufti) negeri Kedah pada ketika
itu.154
Oleh itu, sesiapa yang berkhidmat dengannya akan menjadi masyhur di kalangan masyarakat
Kedah. Selain itu, latar belakang Syeikh Abdullah Fahim yang mempunyai latar belakang pendidikan di
Mekkah dan menjadi guru di Masjidil Haram telah mengukuhkan lagi kepercayaan masyarakat terhadap
ketinggian ilmu beliau. Anak muridnya turut datang daripada Thailand, Brunei dan Indonesia. Malah,
Sheikh Abdullah Fahim dipanggil untuk menjadi mudir di sekolah madrasah Idrisiah bagi menyelesaikan
masalah kekurangan guru di madrasah tersebut walaupun pada ketika itu beliau sedang menguruskan
Daeratul Maarifil Wataniah.
Sheikh Abdullah Fahim sangat menitikberatkan punca perkembangan ilmu di Daeratul
Maarifil Wataniah supaya penyebarannya ilmu tersebut kepada masyarakat luar adalah benar dan
bertepatan dengan syariat Islam. Kesannya, semua lepasan Daeratul Maarifil Wataniah diakui ketinggian
ilmu agama mereka seterusnya mendapat kepercayaan tinggi dalam masyarakat bagi menyebarkan
agama Islam. Buktinya, sistem pendidikan “Kepala Mutala’ah” diperkenalkan iaitu beberapa orang murid
yang senior dan juga cerdik telah dipilih untuk mengikuti pelajaran secara lebih intensif dan seterusnya
mereka ditugaskan untuk membimbing para pelajar junior tanpa sebarang pembayaran.155
Sheikh Abdullah Fahim seorang yang sangat mementingkan perpaduan terutama dalam
kalangan masyarakat Melayu. Perkara ini ditegaskan dalam ucapannya supaya hukuman bunuh adalah
selayaknya bagi mereka yang cuba memecah-belahkan masyarakat Melayu. Sheikh Abdullah Fahim
melihat hanya perpaduan yang boleh dijadikan senjata bagi mengukuhkan kedudukan orang Melayu dan
Islam di Tanah Melayu lebih-lebih lagi dalam usaha menuntut kemerdekaan.
“Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua sampai taat kepada seorang lelaki tertentu
tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah dia.”
156
Jelas, sikap dan tindakan yang ditonjolkan oleh Sheikh Abdullah Fahim menggambarkan
ketinggian semangat nasionalisme dalam diri beliau. Walaupun beliau dilahirkan dan membesar di Mekah,
tidak sedikit pun aspek itu dapat menggugat semangat jati diri dan cintakan negara dalam diri beliau.
153
Ibid. hlm. 29
154
Dr. Fadhlullah Jamil, Hj. Abdullah Fahim: Tokoh Agama dari Pulau Pinang, Seminar Kolokium Kebangsaan
Melayu Pulau Pinang, hlm. 7
155
Ibid. hlm. 15
156
Op.Cit, hlm. 29
77
Malah, segala pengalaman dan ilmu yang ada pada dirinya dikongsi bersama bagi memajukan
masyarakat dan negara.
5.2 Pengurusan Sekolah
Pengurusan sekolah pada ketika itu diuruskan sepenuhnya oleh Sheikh Abdullah Fahim sebagai
pengasas dan pengetua di Daeratul Maarifil Wataniah. Segala hal seperti kemasukan murid, pemilihan
guru, kitab serta peraturan di Daeratul Maarifil Wataniah ditentukan oleh Sheikh Abdullah Fahim. Perkara
ini berlanjutan daripada kelas mengaji yang dibuka dianjung rumahnya.
Susun atur organisasi di Daeratul Maarifil Wataniah hanya melibatkan pengetua dan tenaga
pengajar. Pengetuanya adalah pengasas Daeratul Maarifil Wataniah sendiri iaitu Sheikh Abdullah Fahim.
Manakala tenaga pengajarnya pula merupakan individu yang dipilih dan ditentukan sendiri oleh Sheikh
Abdullah Fahim iaitu mereka yang mempunyai pengetahuan ilmu agama yang tinggi. Pemilihan dilakukan
sendiri oleh Tok Guru bagi memastikan ilmu yang berlegar di Daeratul Maaril Wataniah adalah
berlandaskan syariat Islam yang sebenar. Oleh sebab itu, kebanyakan tenaga pengajar di Daeratul
Maarifil Wataniah merupakan bekas pelajar Sheikh Abdullah Fahim. Syeikh Abdullah Fahim tidak perlu
khuatir akan fahaman yang disebarkan oleh tenaga pengajar tersebut kerana ilmu itu datangnya daripada
Syeikh Abdullah Fahim sendiri. Antaranya ialah Sheikh Abdul Halim, Tuan Guru Haji Ahmad Hashimi, Haji
Ahmad Maliki, Haji Ahmad Soghir, Ustaz Salleh Shafie dan Ustaz Haji Abdul Razak Mat Isa.157
Sistem penggajian guru diuruskan oleh pihak sekolah. Jumlah gaji guru bagi setiap bulan
adalah tidak tetap. Ia bergantung kepada sagu hati dan jumlah hasil kutipan derma, sumbangan dan
kutipan dana daripada penduduk kampung dan keluarga penuntut. Selain itu, bagi menambah dana
sekolah, pihak sekolah menjalankan program seperti ceramah dan Ihtifal. Gaji sememangnya bukanlah
menjadi keutamaan utama mereka dalam mengajar di Daeratul Maarifil Wataniah. Mereka ikhlas
melakukan tugasan tersebut kerana Allah.
Pihak pengurusan tidak meletakkan sebarang syarat untuk kemasukan pelajar baharu.
Pelajar tersebut hanya perlu memastikan beliau mempunyai pondok untuk dijadikan tempat tinggal sama
ada membina pondok sendiri atau berkongsi dengan rakan.158
Penuntut juga perlu memastikan mereka
mempunyai keperluan makanan sepanjang menuntut di Daeratul Maarifil Wataniah. Walau
bagaimanapun, bagi mereka yang miskin, mereka tetap dibantu agar dapat terus menamatkan pengajian
mereka. Sebarang yuran juga tidak dikenakan kepada pelajar. Kos pengajian tersebut ditanggung
sepenuhnya oleh Sheikh Abdullah Fahim. Jelas, tindakan tersebut menunjukkan beliau tidak
mengutamakan keuntungan melainkan memberi peluang pendidikan kepada bangsa Melayu.
Daeratul Maarifil Wataniah masih kekal menjadi pusat penyampaian ilmu melalui
pentadbiran 5 orang tokoh yang berdedikasi. Berikut merupakan senarai nama pengetua sekolah Daeratul
Maarifil Wataniah.
157
Op.cit, Dr. Fadhlullah Jamil
158
Op. Cit, Datuk Mohamad Tahir
78
SENARAI NAMA PENGETUA DAERATUL MAARIFIL WATANIAH
NAMA TAHUN
Syeikh Abdullah Fahim 1926-1931
Haji Abdul Halim Al-Hadi 1931-1945
Datuk Haji Ahmad Badawi 1947-1977
Haji Saad Hassan
Haji Abdul Raof Ahmad (Akademik)
1977-1988
Haji Salleh Shafie 1.1 1989
Haji Hassim Salleh 18.5.1994 (sehingga kini 2015)
Jadual 1
5.3 Peraturan Pakaian
Pihak pengurusan sekolah telah menetapkan setiap pelajar yang menuntut di Daeratul Maarifil Wataniah
mestilah berpakaian serba putih. Warna pakaian yang dipilih adalah melambangkan kesucian yang
membawa imej sekolah sebagai sekolah agama. Pakaian bagi penuntut lelaki ialah baju putih, seluar putih
dan bersongkok hitam. Bagi pakaian perempuan pula berbaju kurung putih dan kain berwarna gelap.
Penetapan pakaian berseragam adalah sebagai salah satu daripada identiti sekolah. Pakaian seragam
ini dapat membantu masyarakat mengenal pelajar Daeratul Maarifil Wataniah sekiranya berada di luar
kawasan sekolah. Selain daripada memperkenalkan sekolah, pakaian ini juga dapat membantu pihak
sekolah mengawal tingkah laku pelajar sekiranya berada di luar kawasan sekolah.
Selain itu, peraturan sekolah lain yang diberi penekanan ialah ketepatan masa. Setiap
pelajar mesti melakukan setiap aktiviti yang disusun oleh pihak sekolah tepat pada waktu yang ditetapkan.
Misalnya, pelajar mesti menghadiri kelas pengajian tepat pada waktu yang ditetapkan. Pelajar juga tidak
dibenarkan berada di luar kawasan pondok selepas jam 9.00 malam. Malah aktiviti kawad yang ditetapkan
pada setiap pagi Ahad perlu disertai oleh semua pelajar lelaki.159
Aktiviti ini dilakukan bagi meningkatkan
disiplin pelajar disamping meningkatkan semangat patriotik dalam diri murid.
Perkara paling utama yang perlu dijaga oleh semua pelajar di Daeratul Maarifil Wataniah
ialah jaga waktu solat secara berjemaah di masjid. Hal ini kerana Syeikh Abdullah Fahim paling tidak suka
anak muridnya gagal mengerjakan solat secara berjemaah. Perkara ini ditekankan kerana melalui solat
secara berjemaah dapat meningkatkan keimanan dan mengeratkan ukhuwah antara warga Daeratul
Maarifil Wataniah. Kegagalan pelajar dalam mematuhi peraturan akan dikenakan satu hukuman iaitu
rotan.
159
Temu ramah bersama Imam Abdul Razak merupakan Imam Surau Al- Huda 13200 Kepala Batas, SPU Pulau
Pinang, 5 April 2015
79
5.4 Kurikulum
Kurikulum mata pelajaran yang diperkenalkan oleh Daeratul Maarifil Wataniah ialah ilmu agama seperti
Feqah, Hadis, Tafsir, Saraf, Nahu dan Bahasa Arab. Ilmu yang diperkenalkan ini bertujuan untuk memberi
pendedahan secara menyeluruh berkenaan ilmu Islam. Antara kitab yang digunakan ialah kitab Tafsir
Jalalain, kitab hadith al-Bukhari dan Muslim, serta kitab fiqh Minhajul Abidin. Kitab tersebut dipilih oleh
pihak sekolah kerana ianya merupakan penulisan yang memerincikan asal sesuatu fakta diperolehi dan
ianya merupakan penulisan daripada ulama yang dihormati dan disegani dari aspek ilmu dan
kealimannya. Jelas sekolah Daeratul Maarifil Wataniah sangat berhati-hati dalam memastikan ilmu yang
disampaikan adalah daripada sumber yang mempunyai ketepatan dan kepercayaan yang tinggi.
Walaupun demikian, buku tersebut tidaklah semestinya diperolehi dari Mekah dan negara-negara Arab
tetapi ianya dibeli di kedai buku di Pulau Pinang.160
Sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran pula adalah berdasarkan topik yang
dibincangkan dalam kitab yang digunakan seperti kitab hadith al-Bukhari yang mengumpulkan hadith-
hadith nabi yang diriwayatkan oleh para sahabat baginda. Tujuannya adalah untuk memastikan pelajar
menguasai keseluruhan isi kitab tersebut. Hal ini kerana, skop kandungan bagi satu-satu kitab adalah
besar dan meluas. Sukatan pelajaran tersebut juga akan mempengaruhi tempoh pengajian seseorang
pelajar. Hal ini kerana, sistem pengajian sekolah ini menetapkan bahawa seseorang itu disahkan tamat
pengajiannya apabila mereka berjaya menguasai keseluruhan isi kitab yang dipelajari.
Oleh itu, penguasaan isi kitab tersebut akan dijalankan secara berperingkat dengan cara
membahagikan sukatan mata pelajaran tersebut mengikut tingkatan. Pelajar yang telah menguasai skop
topik yang ditetapkan di tahap tersebut akan naik ke tahap seterusnya bagi menguasai topik yang lain.
Namun begitu, setiap pelajar tidak dihadkan masa atau tahun untuk seseorang pelajar menguasai
sesuatu topik. Pelajar dibenarkan mengambil berapa lama masa untuk menguasai sukatan pelajaran yang
telah ditetapkan. Walaupun tindakan ini akan menyebabkan ketidakseragaman terhadap tempoh
pengajian seseorang murid, tetapi kesannya pelajar yang dibentuk dari Daeratul Maarifil Wataniah
menjadi seorang yang berpengetahuan luas dan benar-benar menguasai sesuatu ilmu agama serta
mampu menyumbangkan ilmu tersebut kepada masyarakat setempat.
Bukan itu sahaja, Daeratul Maarifil Wataniah turut memberi penekanan kepada penguasaan
pelajar terhadap Bahasa Inggeris apabila memasukkan bahasa ini sebagai salah satu mata pelajaran
yang perlu diikuti oleh murid.161
Penambahan mata pelajaran ini secara tidak langsung menggambarkan
pendirian Sheikh Abdullah Fahim terhadap ilmu pengetahuan. Beliau tidak melihat penguasaan sesuatu
ilmu itu dari skop yang kecil seperti agama sahaja tetapi mengaitkannya dengan situasi persekitaran.
Pendedahan bahasa Inggeris terhadap penduduk tempatan dilihat relevan kerana dapat
membuka pemikiran penduduk tempatan terhadap agenda kolonial British terutama dalam sistem
pendidikan. Pendidikan yang diperkenalkan untuk masyarakat Melayu sekadar penguasaan 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira supaya masyarakat Melayu khususnya penduduk kampung tidak mudah
160
Op. Cit, Datuk Tahir.
161
Op. Cit, Dato’ Md Noor
80
ditipu disamping meningkatkan tahap pengetahuan anak-anak lebih sedikit daripada ibu bapanya.162
Kesedaran tersebut secara tidak langsung akan menimbulkan semangat nasionalisme dalam diri pelajar
bagi memperjuangkan kemerdekaan tanah air.
5.5 Kaedah Pengajaran
Kaedah pengajian pondok Daeratul Maarifil Wataniah terdiri daripada dua bentuk iaitu Nidzami dan
Umumi. Nidzami merupakan sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut kelas dan tahap masing-masing
berdasarkan sukatan mata pelajaran yang ditetapkan. Sesi ini dijalankan diwaktu pagi sehingga Zohor.
Kebiasaanya kaedah pengajian Nizami digunakan bagi semua mata pelajaran Hadis, Mustholah Hadis,
Feqah, mata pelajaran yang melibatkan ilmu bahasa seperti Balaghah, Nahu dan Saraf.163
Begitu juga
mata pelajaran yang melibatkan aras pengetahuan yang tinggi seperti Tafsir. Pelajar didedahkan dengan
kaedah menafsir ayat Al-quran mengenai sebab sesuatu ayat diturunkan atau maksud disebalik sesuatu
ayat Al-Quran.
Kaedah pengajian Nizami di Daeratul Maarifil Wataniah melibatkan interaksi dua atau
pelbagai hala antara guru dengan pelajar. Cara pelaksanaanya ialah para pelajar akan membuka kitab
yang membincangkan topik yang hendak dipelajari, kemudiannya guru akan memberi penerangan
tentang topik tersebut. Pelaksanaan kaedah ini dilihat dapat meningkatkan kefahaman murid kerana
pelajar dapat mengemukakan soalan secara terus kepada guru sekiranya terdapat sebarang
kemushkilan. Malah kelebihan kepada pihak sekolah pula ialah dapat mengurangkan bilangan pelajar
yang terpaksa mengulang tingkatan kerana gagal mengusai skop topik yang ditetapkan. Perkara ini dapat
dilakukan melalui bantuan guru mata pelajaran yang mengesan pelajar berdasarkan tingkah laku pelajar
tersebut sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Seterusnya melakukan aktiviti
peneguhan seperti kerja latihan bagi mengelakkan mereka ketinggalan jauh berbanding rakan sekelas
yang lain.
Manakala kaedah Umumi pula menggabungkan kesemua pelajar tanpa membezakan
tahap atau kelas dalam satu sesi pengajian. Sistem pengajian ini dijalankan di masjid dan di luar waktu
persekolahan iaitu selepas mengerjakan solat Subuh dan selepas solat Maghrib. Kaedah pengajian ini
dilihat dapat mengisi kekosongan masa yang wujud antara waktu Subuh sehingga waktu pelajar bersiap
pergi ke kelas dan kekosongan masa antara waktu Maghrib dan Isya’. Ketilitian pihak sekolah akan
perkara ini dapat menjelaskan bahawa pihaknya amat mementingkan perkongsian dan pengisian ilmu
terhadap warga sekolah. Pelaksanaan pengajian secara Umumi ini secara tidak langsung dapat memupuk
perasaan cinta terhadap ilmu pengetahuan dalam diri pelajar.
Kebiasaannya kaedah pengajian ini digunakan dalam memberi pendedahan secara umum
kepada pelajar berkenaan syariat Islam. Mata pelajaran tersebut ialah Feqah dan Hadis.164
Mata pelajaran
Hadis misalnya, pelajar diterangkan berkenaan sifat nabi Muhammad, perlakuan nabi Muhammad yang
telah diriwayatkan oleh para sahabat untuk dijadikan contoh teladan. Manakala dalam mata pelajaran
162
Op. Cit, Awang Had Salleh, hlm. 3
163
Temu ramah bersama Ustaz Hassim, Pengetua Daeratul Maarifil Wataniah, 31 Mac 2015
164
Ibid.
81
Feqah pula, pelajar diterangkan tentang hukum yang ditetapkan dalam Islam dan cara pelaksanaannya
seperti cara mengambil wuduk, mandi hadas dan undang-undang jenayah. Pendedahan ilmu tersebut
secara tidak langsung dapat membantu pelajar berhujah dengan lebih yakin dalam menyelesaikan
kemusykilan masyarakat berkaitan dengan hal-hal agama. .
5.6 Sistem Peperiksaan
Daeratul Maarifil Wataniah mempunyai sistem peperiksaan seperti sekolah-sekolah kerajaan.
Peperiksaan akan dijalankan selepas semua skop sukatan pelajaran di dedahkan kepada pelajar. Sistem
peperiksaan ini ditadbir sepenuhnya oleh pihak sekolah. Sistem peperiksaan ini dijalankan bagi menguji
tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Tujuan peperiksaan ini supaya pelajar
diletakkan pada kelas dan tahap mengikut pencapaian pelajar serta membolehkan pelajar naik ke tahap
yang seterusnya.
Gred yang diperkenalkan adalah berbeza daripada sekolah kerajaan iaitu dari aspek
penggunaan istilah gred. Pelajar yang lulus dalam peperiksaan akan naik ke tahap seterusnya. Akan
tetapi bagi pelajar yang gagal, mereka akan mengulangi tahun yang sama sehingga lepas. Tidak ada had
tahun bagi pelajar untuk lulus dalam sesuatu peperiksaan. Oleh itu, sistem peperiksaan ini dapat
menambah kepercayaan masyarakat terhadap sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang
mempunyai kualitinya sendiri.
Penggunaan Istilah dalam Keputusan Peperiksaan di Daeratul Maarifil Wataniah
Mumtaz Cemerlang
Jayyid Jiddan Sangat Baik
Jayyid Baik
Makbul Lulus
Rasib Gagal
Jadual 2
6.0 Perubahan Selepas Pendudukan Jepun
Pendudukan Jepun sekitar tahun 1942 telah membawa perubahan kepada sistem pendidikan di Tanah
Melayu. Jepun telah memperkenalkan satu sistem pendidikan baharu yang berorientasikan Jepun. Walau
bagaimanapun, sistem pendidikan Daeratul Maarifil Wataniah tidak mengalami apa-apa perubahan
kerana tidak diganggu oleh tentera Jepun. Mereka memberi kebebasan kepada Daeratul Maarifil
Wataniah untuk menjalankan sesi pengajaran tetapi ada masanya dipantau oleh mereka.165
165
Op. Cit, Dato’ Hj. Arshad
82
Sekolah Daeratul Maarifil Wataniah terpaksa juga ditutup sewaktu meletusnya Perang Dunia
ke-2 atas faktor keselamatan. Semua tenaga pengajar dan penuntut Daeratul Maarifil Wataniah
dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing. Manakala pengasasnya iaitu Sheikh Abdullah
Fahim pula masih meneruskan tugasnya di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar.166
7.0 Penglibatan Haji Ahmad Badawi
Sekolah ini dibuka semula pada tahun 1947 untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di bawah
pengurusan Haji Ahmad Badawi sebagai pengetua. Beliau tidak mengubah sedikit pun corak pendidikan
yang telah dibentuk oleh ayahandanya Sheikh Abdullah Fahim kerana penerimaan masyarakat terhadap
sekolah tersebut masih kekal. Pelajar pada ketika itu menjalani sesi pengajian seperti biasa mengikut
kurikulum sebelum sekolah ditutup.
Perubahan yang berlaku pada Daeratul Maarifil Wataniah semasa dibawah pentadbiran Haji
Ahmad Badawi ialah terbinanya dua buah bangunan baru bagi menampung bilangan pelajar yang terlalu
ramai. Tapak tanah bagi membina bangunan tersebut merupakan tanah wakaf milik Haji Ahmad Badawi
sendiri dan kos tersebut diambil daripada hasil dana dan sumbangan daripada orang ramai. Konsep yang
dilakukan sama seperti Sheikh Abdullah Fahim sewaktu mengatasi masalah lebihan pelajar pada tahun
1926. Bangunan baharu ini siap dibina pada tahun 1963, seterusnya dirasmikan oleh Tunku Abdul
Rahman al-Haj yang pada ketika itu merupakan Perdana Menteri.167
Perubahan lain yang dilakukan oleh Haji Ahmad Badawi ialah pada tahun 1970 beliau telah
menukar status Daeratul Maarifil kepada sekolah menengah. Pertukaran tersebut turut melibatkan aliran
pendidikan Daeratul Maarifil Wataniah daripada aliran agama kepada aliran akademik. Keadaan ini
disebabkan dua faktor iaitu perkembangan pendidikan yang berlaku di Tanah Melayu dan kesedaran
masyarakat terhadap pendidikan. Kemerdekaan negara pada tahun 1957 telah memberi peluang kepada
rakyat untuk merangka sendiri dasar pendidikan mengikut budaya dan keperluan masyarakat. Dalam
tempoh 10 tahun, setiap rakyat diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
melalui penubuhan sekolah-sekolah yang mengeluarkan sijil kelulusan mereka. Oleh itu, nilai sijil ini
adalah lebih tinggi kerana menjanjikan masa depan yang lebih cerah berbanding kelulusan yang
dikeluarkan oleh Daeratul Maarifil Wataniah.
7.1 Kurikulum
Daeratul Maarifil terpaksa mengikut perkembangan pendidikan semasa iaitu memilih untuk menyediakan
pendidikan di peringkat menengah. Lantaran itu, Daeratul Maarifil Wataniah telah ditukar nama sebagai
Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Wataniah. Sekolah ini hanya menyediakan peluang pendidikan
166
Op. Cit, Dr. Fadhlullah Jamil, hlm. 12
167
Op. Cit Datuk Tahir
83
kepada pelajar yang gagal SRP dan SPM. Sistem pendidikan tersebut dilaksanakan kerana pada ketika
itu masalah lambakan pelajar yang gagal SRP dan SPM.
Pembukaan Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Wataniah mendapat maklum balas yang
baik daripada masyarakat tempatan. Hal ini demikian kerana, sekolah kerajaan hanya memberi
kebenaran kepada pelajar yang gagal 2 hingga 3 mata pelajaran sahaja untuk mengambil periksa
ulangan. Malah pelajar yang gagal dalam peperiksaan SRP tidak boleh melanjutkan pelajaran ke
Tingkatan 4.168
Oleh itu, tugas membantu pelajar yang tercicir ini diambil oleh Sekolah Menengah Daeratul
Maarifil Wataniah bagi memberi peluang kepada pelajar tersebut meneruskan pengajian ke peringkat
seterusnya.
Pelajar mereka tidak datang dari kawasan Kepala Batas sahaja, tetapi terdiri daripada
kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya. Ada satu ketika, pelajar bagi satu-satu kelas melebihi
40 orang pelajardan pihak sekolah terpaksa menolak beberapa permohonan kerana bilangan pelajar yang
terlalu ramai. Jelas, walaupun sekolah ini tidak lagi memberi khidmat mengajar aliran agama tetapi
perkhidmatan mereka dalam membuka peluang pendidikan kepada masyarakat tetap dikekalkan.
7.2 Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar bagi Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Wataniah terdiri daripada tenaga pengajar
asal sekolah itu sendiri dan guru-guru sukarelawan yang daripada aliran akademik. Guru-guru ini pada
waktu pagi merupakan tenaga pengajar di sekolah menengah kebangsaan manakala disebelah petang
pula mereka memberi khidmat untuk mengajar pelajargagal SRP dan SPM di Sekolah Menengah Agama
Daeratul Maarifil Wataniah. Guru-guru tidak dibayar gaji tetapi diberikan elaun sebagai tanda
penghargaan diatas sumbangan mereka.
7.3 Sesi Pengajaran
Sesi pengajaran dan pembelajaran semula kepada pelajar-pelajar yang gagal ini pada setiap hari jam
2.00 – 6.00 petang. Waktu tersebut dipilih kerana terikat dengan masalah kekurangan guru disamping
memberi ruang waktu kepada guru-guru sukarelawan untuk bersiap sedia mengajar di kelas petang.
Kemasukan para pelajar ke sekolah ini mula dikenakan bayaran yuran pendaftaran yang dianggarkan
antara RM10 - RM15. Jumlah tersebut dikenakan kerana melihat kepada kemampuan pelajat yang
kebanyakannya datang daripada keluarga kurang berada.169
Yuran tersebut digunakan bagi menampung
perbelanjaan sekolah termasuk bayaran gaji guru.
8.0 Pertukaran Status Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Wataniah kepada Sekolah Menengah
Agama
168
Penyata Jawatan Kuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960, Arkib Pulau Pinang, hlm 100.
169
Op. Cit. Datuk Tahir
84
Sekitar tahun 1986, sistem sekolah menengah yang diperkenalkan oleh Haji Ahmad Badawi iaitu untuk
menampung pelajar gagal SRP mula menimbulkan masalah kepada Sekolah Menengah Daeratul Maarifil
Wataniah. Permohonan untuk pelajar mengulang peperiksaan SRP di sekolah tersebut semakin
berkurangan kerana bilangan pelajar yang gagal SRP semakin berkurangan berbanding tahun-tahun
sebelumnya. Bagi mengelakkan Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Wataniah ditutup, terdapat
cadangan yang menyatakan untuk menyatukan aliran agama dan akademik dalam satu sistem
pendidikan. Tujuannya adalah untuk memastikan sekolah ini dapat mengeluarkan sijil kelulusan pengajian
mengikut sistem sekolah kerajaan disamping mengekalkan imej sekolah sebagai sekolah agama.170
Pihak pentadbiran sekolah telah menulis surat permohonan pendaftaran kepada Jabatan
Hal Ehwal Agama Pulau Pinang dalam proses menukar status sekolah daripada sekolah menengah
kepada sekolah menengah agama.171
Hasrat ini juga telah dipanjangkan kepada Datuk Abdullah bin
Ahmad Badawi pada ketika itu berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri bagi membantu urusan proses
pertukaran Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Wataniah kepada sistem aliran agama berjalan dengan
lancar. Usaha tersebut telah berhasil apabila pada tahun 1989 sekolah ini telah mula beroperasi sebagai
sistem pendidikan aliran agama yang turut menerapkan aliran akademik di dalam kurikulumnya.
Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Wataniah telah ditukar nama kepada Sekolah
Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah. Oleh itu, kurikulum mata pelajaran yang diperkenalkan
oleh Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah adalah sama seperti yang terdapat di sekolah-
sekolah kerajaan. Antaranya ialah Geografi, Sejarah dan Bahasa Malaysia.172
Kaedah iklan antara yang
digunakan oleh pihak sekolah bagi memperkenalkan identiti sekolah yang baharu kepada masyarakat.
Perubahan identiti sekolah hanya tertumpu kepada perubahan kurikulum sahaja dan ianya masih
berstatus persendirian dan ditadbir sendiri oleh sekolah tersebut.
8.1 Kelayakan Guru
Guru bagi Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah ditetapkan oleh pihak sekolah tanpa
menetapkan sebarang kelulusan yang khusus. Tawaran ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang bersedia
berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah. Kebiasaannya tugas
guru ini ditawarkan kepada mereka yang sudah pencen sebagai guru atau kakitangan kerajaan. Guru-
guru ini merupakan pakar dalam satu-satu mata pelajaran tetapi telah menamatkan perkhidmatannya di
sekolah kerajaan tetapi Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah memerlukan khidmat
mereka.173
Oleh itu, mana-mana guru atau kakitangan kerajaan yang masih berkemampuan untuk
memberi khidmat telah menerima tawaran yang dikeluarkan oleh sekolah ini.
Gaji guru di Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah tidak sama dengan gaji
guru yang diselaraskan di sekolah-sekolah kerajaan. Gaji yang diberikan bergantung pada hasil dana
yang diperoleh daripada pelaksanaan program-program dan sumbangan ihsan masyarakat tempatan.
170
Ibid
171
Surat Permohonan Pendaftaran Sekolah Menengah Daeratul Ma’rifil Wataniah, Kepala Batas sebagai Sekolah
Menengah.
172
Jadual Waktu Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah Tahun 1989
173
Op. Cit. Datuk Tahir
85
Yuran yang dikenakan pada setiap pelajar juga boleh dijadikan sumber pendapatan kepada pihak
sekolah. Yuran tersebut ialah RM10 bagi yuran pendaftaran dan RM3 yuran bagi setiap bulan.174
8.2 Kurikulum
Sistem pendidikan dan pengajaran di Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah dijalankan
mengikut sistem Umumi dan Nizami. Pelajar akan menjalani dua sesi pengajian iaitu secara formal di
dalam kelas dan tidak formal di surau. Corak pengajaran dan pembelajaran ini adalah sama seperti yang
diperkenalkan oleh Sheikh Abdullah Fahim. Malah pihak sekolah juga mengekalkan peraturan pakaian
yang ditetapkan oleh Sheikh Abdullah Fahim. Usaha pihak pentadbiran Sekolah Menengah Agama
Daeratul Maarifil Wataniah mengekalkan corak pendidikan yang diperkenalkan oleh pengasas Sheikh
Abdullah Fahim apabila mengekalkannya sebagai sekolah persendirian.175
Namun begitu, Sekolah
Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah tidak lagi kekal sebagai sistem pengajian pondok tetapi
merupakan sekolah menengah aliran agama.
9.0 RUMUSAN
Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah ini telah mengalami pelbagai cubaan sebelum
berdiri kukuh sebagai sebuah sekolah yang disegani. Tujuan asal sekolah ini iaitu untuk memberikan ilmu
pendidikan kepada masyarakat masih diteruskan walaupun pihak sekolah terpaksa menukar sistem
pengajian pondok kepada akademik dan aliran agama. Kesungguhan yang dilakukan oleh pihak sekolah
dalam menangani krisis yang dihadapi oleh sekolah jelas menunjukkan keazaman mereka untuk terus
memastikan sekolah yang diasaskan oleh Syeikh Abdullah Fahim ini kekal sebagai sebuah institusi
pendidikan. Daeratul Maarifil Wataniah juga berjaya mengekalkan kepercayaan masyarakat tempatan
untuk membentuk masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.
174
Surat tawaran kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah
175
Op.Cit. Ustaz Hassim
86
BIBLIOGRAFI
Buku
Awang Had Salleh. (1981). Sekolah Melayu, Sekolah Rakyat dan Pondok di Kedah, Wisma Negeri, Alor
Setar: Konvensyen Sejarah Negeri Kedah.
Azyumardi Azra. (2002). Jaringan Global dan Lokal Islam Nusantara. Bandung: Mizan
Fadhlullah Jamil. Hj. Abdullah Fahim: Tokoh Agama dari Pulau Pinang. Arkib Negara: Seminar Kolokium
Kebangsaan Melayu Pulau Pinang
Hamka. (1997). Sejarah Umat Islam. Singapura: Pustaka Nasional
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1972). Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur:
Universiti Kebangsaan Malaysia
Waheda binti Ab. Rahman. Perkembangan Pendidikan Agama di Langgar dan Sumbangannya kepada
masyarakat. Arkib Negara: Kajian Kes
Zahidi Dato’ Haji Zainol Rashid. (1979). Sejarah Sekolah Pondok di Kedah, Alor Setar: Konvensyen
Sejarah Negeri Kedah
Jurnal
Arba’iyah Mohd Noor. (2011). Perkembangan Pensejarahan Islam Di Alam Melayu. Jurnal Al Tamaddun,
6, 31-32
Majalah
Ismail Awang, (Disember 1997). Haji Abdullah Pak him, Pengasuh, 27, 428.
Dokumen
Jadual Waktu Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah, Kepala Batas
Surat Permohonan Pendaftaran Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Wataniah Kepala Batas sebagaI
Sekolah Menengah Agama
87
Surat tawaran kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah
Perjanjian Persahabatan Inggeris-Kedah, Arkib Negara
Sumber Lisan
Temuramah bersama Dato’ Hj. Arshad bin Hj. Zakaria pada hari Rabu 1 April 2015, 3 pm.
Temuramah Dato’Haji Md Noor bin Ahmad pada hari Ahad 8 Februari 2015, 10 am.
Temuramah bersama Datuk Mohamad Tahir bin Haji Ahmad Badawi bersama isterinya Khairun bin
Hj. Bilal pada hari Ahad 5 April 2015, 11.00 am.
Temuramah bersama Imam Abdul Razak, pada hari Ahad 5 April 2015, 12.00 pm.
Temu ramah bersama Ustaz Hassim, pada hari Selasa 31 Mac 2015, 12.00 pm.
88
PERKEMBANGAN DAN PERANAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA NAHDHAH HASANAH DARI
TAHUN 1946-2000
NURUL HUDA BINTI MOHD FAUDZI
1.0 Pengenalan
Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Melele merupakan sebuah sekolah agama rakyat bantuan
Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Sekolah ini telah ditubuhkan sejak 69 tahun yang lalu. Sekolah
Menengah Agama Nahdhah Hasanah Melele terletak di Kampung Melele, Daerah Kubang Pasu, Kedah.
Walaupun sekolah ini terletak jauh dari pusat bandar Alor Setar iaitu 34 kilometer, sekolah ini menjadi
pilihan utama kepada masyarakat setempat untuk belajar terutamanya mereka yang ingin memberi
tumpuan pendidikan dalam bidang Pendidikan Islam.
2.0 Penubuhan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah
Pra Penubuhan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah bermula pada tarikh 1 Sya’ban 1365H
bersamaan 30 Jun 1946M, satu perhimpunan penduduk diadakan yang diketuai oleh Imam Lebai Salleh
bin Haji Abdul Hamid dan Tuan Guru Haji Muhammad Nor bin Syeikh Samah di tapak pekan sehari
Padang Sera. Perjumpaan ini telah mendapat persetujuan sebulat suara dari penduduk untuk
menubuhkan sebuah sekolah agama di kawasan tersebut. Sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Imam
Lebai Salleh dibentuk bagi merealisasikan resolusi tersebut.
Setelah beberapa bulan daripada perhimpunan tersebut iaitu pada bulan Oktober 1946M,
Tuan Imam Lebai Salleh mengambil inisiatif permulaan dengan meminjamkan bangunan kedai lama yang
tidak digunakannya (kira-kira 300 meter dari penempatan sekolah sekarang) untuk dijadikan kelas.
Semasa pembukaan sekolah pada kali pertama, jumlah murid yang mendaftar pada ketika itu adalah
seramai 18 orang. Kebetulan pada masa itu, seorang bekas tentera Indonesia iaitu Ustaz Ali Boestamam
yang berasal daripada Medan Sumatera datang untuk menetap di sini. Ustaz Ali Boestamam telah diambil
untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah. Antara mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Arab, Tauhid,
Feqah, Usuluddin dan Tasawuf.
Pada masa yang sama, Tuan Guru Haji Tajuddin bin Abdul Rahman al-Jarumi baru pulang
daripada Mekah. Kepulangan Tuan Guru Haji Tajuddin sampai ke pengetahuan Imam Lebai Salleh. Imam
Lebai Salleh bercadang untuk mengambil Tuan Guru Haji Tajuddin sebagai Mudir dan Tok Guru di
madrasah yang baru dibukanya ini. Kira-kira tempoh tiga bulan sekolah beroperasi, suatu krisis berlaku
antara Imam Lebai Salleh dengan Ustaz Ali Boestamam menyebabkan beliau disingkirkan dari mengajar
di sini. Ustaz Ali Boestamam bersama-sama muridnya berpindah ke Kampung Lama (kedudukan di antara
Pandang Sera menghala ke Kodiang). tidak lama selepas perpindahan Ustaz Ali Boestamam, sekolah
yang baru berusia beberapa bulan itu ditutup.
89
Pada Sya’ban 1366H bersamaan 20 Jun 1947M, setelah rumah dan surau siap di bina untuk
Tuan Guru Haji Tajuddin Al-Jarumi bersama isterinya Puan Siti Zabedah binti Ismail disambut oleh
masyarakat kampung untuk menetap di sini dan seterusnya ditabalkan sebagai mudir yang pertama.
Murid-murid pertama yang diterima masuk ke sekolah adalah pada mula-mula penubuhan ialah seramai
kira-kira 13 orang yang terdiri daripada anak tempatan. Di antara mereka ialah Abdul Halim bin Imam
Lebai Salleh, Ramli bin Toha, Aishah binti Abdul Hamid, Hashim Naim bin Othman, Tom binti Ismail,
Yahya bin Jusuh, Intan binti Mat Arif, Bakar bin Ahmad dan lain-lain. Ahli Jawatankuasa Lembaga Tadbir
sekolah yang pertama ditubuhkan pada masa itu ialah terdiri daripada Tuan Imam Lebai Salleh, Tuan Haji
Darus Arshad, Cikgu Shaari bin Abu Bakar (Setiausaha Pertama), Cikgu Ismail bin Ahmad, Cikgu Talib
bin Din, Haji Othman bin Idris, Haji Jusuh bin Idris (bendahari pertama), Haji Mat Arif bin Jusuh. Guru awal
yang dilantik bagi membantu Tuan Guru Haji Tajuddin ialah Ustaz Zainal Abidin dan Ustaz Haji Ahmad.
Setelah itu guru-guru sekolah ini di ambil dari kalangan bekas-bekas penuntut sekolah ini. Mereka terdiri
daripada Ustaz Nayan, Ustaz Hashim Ishak, Ustaz Kasim Lebai Man, Ustaz Salleh bin Sutan dan Ustaz
Hashim Naim.
Istiadat pembukaan rasmi madrasah ini diadakan pada 3 Zulkaedah 1365H telah dihadiri
lebih daripada 100 orang ibu bapa di daerah ini. Sekolah ini telah didaftarkan secara rasmi dengan Majlis
Agama Islam Negeri Kedah oleh Pendaftar Sekolah-sekolah Agama pada masa itu iaitu Syeikh Mahmud
dengan nama Madrasah Nahdhah al-Hasanah atau Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah. Nama
sekolah ini diilhamkan oleh kadi Kubang Pasu pada masa itu iaitu Tuan Haji Ahmad bin Yasin.176
Sekolah
kemudiannya terus berkembang dengan pesatnya hingga ke hari ini. Sekolah Menengah Agama Nahdhah
Hasanah merupakan salah sebuah institusi pengajian yang menekankan Pendidikan Islam sebagai dasar
utama dalam sistem pendidikan. Tujuannya ialah pengajian Islam yang dijalankan dapat membawa
masyarakat Islam untuk menyedari perkara yang diajar dalam Islam seperti amalan yang perlu diamalkan
sebagai seorang Muslim, perkara penting yang terkandung dalam akidahnya, sistem akhlak dan ajaran
syariat dari segi hukum yang zahir. Hal ini demikian kerana guru-guru sekolah ini ingin menjadikan sekolah
sebagai tempat lahirnya insan yang berilmu dan bertakwa ke arah mewujudkan alim ulama serta
cendekiawan Islam. Matlamat ini menjadi asas yang utama penubuhan sekolah ini sebagai usaha
melahirkan golongan ulama dan cendekiawan Islam. Oleh itu, pentadbiran sekolah sangat
menitikberatkan usaha-usaha ke arah mempertinggi pencapaian penuntutnya selari dengan matlamat
pendidikan Islam.
3.0 Pengasas Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah
Pengasas pertama Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah ialah al-Marhum Dato’ Haji Tajudin
dilahirkan di belakang Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul Aman, pada 27 Ramadhan
1343H (18 September 1924M). Nama penuh beliau ialah Syeikh Tajudin bin Sheikh Abdul Rahman Al
Jarumi. Bagaimanapun beliau lebih dikenali dengan berbagai panggilan bersesuaian dengan sikap, sifat
176
Buku Cenderamata Al-Nahdatul Hasanah, hlm. 8.
90
dan kebolehan serta peribadi yang dimilikinya. Panggilan-panggilan seperti Tok Ayah, Tok Guru
merupakan dua panggilan yang begitu sinonim terutama bagi murid-murid dan masyarakat setempat.
Beliau adalah anak Sheikh Abdul Rahman yang ke 8 daripada 11 orang adik beradik. Beliau
juga mempunyai 2 orang saudara seibu. Gelaran Al-Jarumi adalah disabitkan dari gelaran neneknya Tok
Sheikh Jarum (1849 -1911) iaitu salah seorang ulama yang terkenal di Kedah dan Nusantara pada abad
yang ke-19 juga merupakan guru kepada baginda Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Nama sebenar Tok
Sheikh Jarum ialah Sheikh Idris bin Jamaluddin bin Sheikh Abdul Latif bin Sheikh Shamsuddin bin Sheikh
Muhammad Faqih bin Sheikh Muhammad Yasin bin Sheikh Ibrahim Al Hadrami bin Sheikh Ibar al-Hadrami
al-Jarmi atau lebih dikenali umum sebagai Sheikh Jamaluddin al-Kubro. Bapa beliau juga adalah seorang
ulama yang terkenal di Alor Setar iaitu Sheikh Abdul Rahman al-Jarumi yang telah membuka pondok di
Batu 1, Jalan Sungai Korok, Alor Setar. Beliau juga menjadi guru kepada Baginda Sultan Abdul Hamid
dan Sultan Badlishah serta kerabat-kerabat diraja. Ibu beliau Nik Rahmah (Nik Doh) binti Nik Abdul Manaf
adalah seorang guru al-Quran dan merupakan kerabat Raja Teluban salah sebuah Wilayah di Patani.
Semasa zaman kanak-kanak beliau memperoleh pendidikan rendah di pondok ayahnya
sendiri iaitu di pondok Batu 1. Di samping, beliau belajar menulis, membaca dan diajar menghafaz matan
dan fardu ‘ain. Pelajaran al-Quran pula beliau mempelajari daripada ibunya sendiri iaitu Nik Doh, seorang
guru al-Quran dan tajwid yang masyhur. Setelah mencapai usia remaja iaitu ketika berumur 10 tahun
beliau dihantar oleh ayahnya ke Mekah untuk melanjutkan pelajaran menengah dan tinggi. Ketika di
Mekah beliau dihantar belajar di Sekolah Tinggi Darul Ulum. 3 tahun (1933-1935) peringkat menengah
rendah dan 4 tahun peringkat menengah atas (1936-1942). Beliau menyambung pelajaran ke peringkat
tinggi selama 2 tahun (1943-1944) hingga mendapat syahadah ‘Aliah iaitu sijil tertinggi di Mekah pada
masa itu. Beliau juga mendalami ilmu-ilmu agama di Masjid Al Haram Mekah selama 3 tahun iaitu (1943-
1945).
Ketika di Darul Ulum beliau mempelajari ilmu-ilmu agama, Bahasa Arab, dan pelajaran lain
seperti Mantik, Matematik dan Sains. Antara pelajaran agama yang beliau pelajari di sini termasuklah
Fikah, Faraid, Usul Fikah, Qawaid Fikah, Tafsir, Ulum Quran, Hadis, Mustolah, Tauhid, dan Sejarah Islam
manakala pelajaran Bahasa Arab pula ialah Nahu, Sorof, Insyak, Mutolaah, ‘Arudh, Nusus, Adab dan
Balaghah. Ketika di masjid Al-Haram pula beliau mendalami ilmu Fikah, Usul Fikah, Tauhid, Tafsir, Hadis
dan Tasawuf dan sempat bermulazamah dengan beberapa guru terkenal. Beliau merupakan seorang
pelajar yang pintar kerana semasa pengajian di peringkat menengah beliau sudah mampu merujuk kitab-
kitab Arab muktabar. Semasa di dalam kelas beliau digelar oleh gurunya Sheikh Muhammad Yasin al-
Fadani dan rakan-rakannya sebagai Taj as-Asubki kerana kebolehan beliau yang tinggi dalam membaca
dan memahami dengan baik dalam pelajaran Usul Fiqh ketika mempelajari dan mengkaji kitab usul Fiqh
yang masyhur iaitu Jam’u al Jawami’. Kitab ini merupakan karya Imam Tajuddin As-Subki, ulama besar
dalam ilmu perundangan Islam. Kitab ini menjadi rujukan utama di pusat-pusat pengajian tinggi hingga
sekarang ini.
Semasa di Mekah beliau sempat berguru dengan Muhaddis Hijaz Al Hafiz Syeikh Omar
Hamdan Al Mahrisi, Sheikh Ali Husain Al Maliki, Sayyid ‘Alawi bin Sayyid Abbas Al Hasani,Syeikh Hasan
Al Masyalt, Syeikh Ahyad Al-Jawi, Sheikh Shafie Kedah, Sheikh Ismail Abdul Qadir Al Fatoni, Sayyid
Muhammad Amin Al kutbi, Sheikh Muhammad Yasin Isa Al Fadani Al Makki, Sheikh Zain Al Boyani,
91
Sheikh Yaakub bin Abdul Qadir Al Mandili dan Sheikh Husain Abdul Ghani Al Falimbani. Beliau sempat
bermulazzamah dengan gurunya yang terkenal iaitu al ‘Allamah Al-Musnid Muhammad Yasin Isa Al
Fadani Al Makki iaitu ‘ulama Hadis dan Sanad yang masyhur di Makkah al Mukarromah. Melalui beliaulah,
Dato’ Haji Tajuddin menerima ijazah sanad-sanad Hadis dan kitab-kitab Mu’tabar yang menjadi sumber
rujukan di dalam ilmu-ilmu Islam. Walaupun selepas menghabiskan pengajian di Mekah dan pulang ke
tanah air, namun beliau sentiasa berhubung dengan gurunya itu. Syeikh Muhammad Yasin melantik
beliau sebagai wakilnya di Malaysia untuk menyampaikan sanad-sanad beliau semasa musim haji tahun
1970.
Dari sudut peribadi Dato’ Haji Tajudin adalah seorang yang lemah lembut, peramah dan
mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang menziarahinya. Beliau adalah seorang yang kuat beribadat.
Beliau banyak menghabiskan masa hidupnya dengan mengajar dan merujuk kitab-kitab. Di samping itu
beliau sentiasa meluangkan masanya mendidik dan menasihati anak-anaknya. Apabila kita
memperkatakan mengenai peribadi Dato’ Haji Tajuddin, nama beliau berkait rapat dengan nama
Madrasah Nahdhah Hasanah Melele. Hal ini demikian kerana beliaulah orangnya yang bertanggungjawab
mendirikan sebuah madrasah atau sekolah agama yang terkenal sekarang. Setelah pulang dari Mekah
pada awal tahun 1946 dalam usia 21 tahun beliau berkahwin dengan Puan Siti Zubaidah binti Ismail 18
tahun. Hasil perkahwinan ini beliau mendapat 9 orang cahaya mata. Namun begitu, anak ketiga beliau
Faiqah meninggal dunia ketika berumur 4 tahun setelah terjatuh ke dalam perigi berdekatan dengan
rumahnya. Ini merupakan cabaran yang paling perit beliau, ketika baru membuka pondok di Melele. Anak
beliau yang masih ada ialah lapan orang iaitu: Fauziah, Ahmad Shafik, Ahmad Najib, Saulah, Mahmud
Pathi, Zakiah, Mohd Jamil Sadaqi dan Muhammad Farid Wajdi. 7 orang anaknya telah mencecahkan kaki
ke pusat pengajian tinggi.
Pada Tahun 1946 beliau mula mengasaskan Madrasah Nahdhah Hasanah.Melele. Beliau
dilantik oleh penduduk-penduduk setempat menjadi mudir yang pertama hingga sekarang. Pendorong
utama beliau untuk menerima jawatan ini ialah ayahnya sendiri Sheikh Abdul Rahman dan isterinya Siti
Zubaidah. Keadaan di Melele pada masa itu sangat mencabar di mana ia dipenuhi dengan hutan
belantara, sunyi pada waktu malam hanya terdengar bunyi cengkerik dan binatang buas serta tiada
kemudahan asas seperti elektrik dan air. Rumah yang mula-mula di duduki adalah pondok kecil hanyalah
bertiang dan berlantai kayu bulat, berdinding pelepah dan beratap rumbia. Keadaan masyarakat pula
kebanyakan daripada mereka mengamalkan kepercayaan tahayul, tok keramat, khurafat dan syirik.
Keramat Tok Melele dipuja apabila datang musim menuai. Berjudi, laga ayam dan kerbau adalah amalan
kebiasaan penduduk pada masa itu malah mempunyai gelanggang sendiri.177
Bermula dari cabaran inilah beliau mengatur strategi untuk mengubah keadaan fizikal
kawasan dan mengubati kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat. Beliau tetap bersabar dalam
menyebarkan dakwah walaupun keadaan yang sukar. Berkat kesabaran dan kesungguhan, Sekolah
Menengah Agama Nahdhah Hasanah telah berjaya berdiri megah sama tinggi dengan irama masyarakat
moden dan sekarang mempunyai 1,000 orang penuntut. Antara murid beliau hasil daripada pendidikan di
Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah ialah Al-Masnid Syeikh Fuad Kamaludin Al-Rembawi,
177
Temu bual dengan Ustaz Mohd. Jamil Sadaqi bin Haji Tajudin, Timbalan Pengetua Sekolah Menengah Agama
Nahdhah Hasanah pada 22 Februari 2015.
92
Ustaz Hashim Ishak , Timbalan Pengetua Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah, Yang Amat Arif
Dato' Syeikh Yahya Jusuh Hakim Besar Mahkamah Syariah Negeri Kedah, Prof Dr Wan Salim Wan Mohd
Nor, Pensyarah USM, Prof Dr Rusni Samah Dekan USIM, Syeikh Abdullah Ahmad Bahagian Fatwa
JAKIM, Syeikh Sobri Arsyad Tok Guru Pondok di Pulau Pinang, Ustaz Roslan Che Ros Pegawai Jabatan
Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Alias Ahmad Pensyarah Darul Quran JAKIM, Syeikh Azian Man Al-
Hafiz, Imam Besar Masjid USJ 9, Subang Jaya, Ustaz Helmi Al-Hafiz Pensyarah KITAB, Tuan Guru Haji
Abdul Rahman, Pengetua Sekolah Agama Ban Klong, Thailand dan ramai lagi. Beliau juga mempunyai
murid-murid pengajian kitab turas. Antara murid beliau yang aktif dalam pengajaran kitab Turas ialah Tuan
Guru Haji Osman Pondok Teluk, Bukit Pinang, Tuan Guru Haji Ibrahim Lepai, Ustaz Fadhil Hasan Padang
Perahu, Tuan Guru Haji Radi Had Padang Perahu dan lain-lain.
Kebijaksanaan dan ketegasan Tuan Guru Haji Tajuddin telah membawa sekolah ini terus
berkembang sehingga kini. Mutu pelajaran sekolah diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,
Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan mendapat pengiktirafan oleh pihak Universiti Al-Azhar.
Walau bagaimanapun, sekolah ini tidak dibenarkan diambil alih sepenuhnya oleh pihak kerajaan kerana
Tuan Guru Haji Tajuddin ingin mengekalkan identiti sekolah ini mengikut acuan tersendiri. Oleh itu,
sekolah ini hanya dipantau pihak pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Kedah tetapi pengurusan
dikendalikan sepenuhnya oleh Tuan Guru Haji Tajuddin.
4.0 Perkembangan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah
4.1 Pengambilan Pelajar Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah
Pengambilan pelajar-pelajar baru memasuki sekolah ini adalah sama seperti di sekolah-sekolah
pentadbiran Kementerian Pelajar, iaitu dibuat pada awal tahun apabila persekolahan penggal pertama
bermula. Kemasukan pelajar-pelajar ke Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah mengambil kira
beberapa kriteria mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu;
1. Untuk memasuki kelas persediaan/peralihan, pelajar-pelajar mestilah tamat darjah 6
sekolah rendah.
2. Pelajar perlu mempunyai pengetahuan asas mengenai pendidikan Islam, boleh membaca
tulisan jawi dan al-Quran dengan lancar dan lulus ujian kemasukan sekolah ini.
3. Tingkatan satu, dua, tiga dan lima; untuk memasuki kelas-kelas ini pelajar mestilah pernah
menduduki kelas tingkatan sebelumnya di mana-mana sekolah agama.
4. Tingkatan empat; pelajar hendaklah lulus PMR dari mana-mana sekolah agama.
5. Kelas Pra Universiti Al-Azhar dan Universiti Madinah; pelajar-pelajar mestilah mempunyai
syarat asas yang ditetapkan;
a. Penuntut tingkatan lima dari Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah dan
mendapat persetujuan dari majlis guru-guru.
93
b. Penuntut dari sekolah-sekolah agama lain yang pernah menduduki tingkatan lima
dan lulus peperiksaan SPM atau setaraf dengannya serta lulus temuduga khas yang
diadakan. 178
Syarat-syarat ini ditetapkan kerana pihak sekolah ingin memudahkan proses pembelajaran pelajar di
sekolah ini yang mementingkan pelajaran-pelajaran agama dan Bahasa Arab.
Pada awal tahun 60-an, lulusan sekolah agama rakyat masih dipandang rendah. Hal ini
demikian kerana ramai beranggapan bahawa sekolah-sekolah agama hanya sesuai untuk pelajar yang
tidak begitu cemerlang dalam bidang akademik biasa. Oleh itu, pihak pentadbiran Sekolah Menengah
Agama Nahdhah Hasanah telah mengubah sistem pengambilan penuntut. Pengambilan pelajar-pelajar
hanya menitikberatkan pada kecenderungan pelajar bersedia dan mempunyai minat untuk belajar di aliran
Bahasa Arab yang mementingkan pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan agama Islam. Kelas
tingkatan satu pemulihan diadakan bertujuan untuk mengorientasikan diri pelajar-pelajar berkenaan
dengan pendidikan Bahasa Arab dan agama. Perkara ini bersesuaian dengan matlamat sekolah yang
ingin melahirkan pelajar-pelajar yang mendalami pendidikan Islam. Perubahan sistem pendidikan di
sekolah ini telah mencapai beberapa matlamat. Antaranya ialah
1. Pelajar menyedari bahawa mereka lebih berkemampuan dan berminat dalam
mempelajari agama dan Bahasa Arab yang kurang dititikberatkan di sekolah
menengah biasa.
2. Walaupun pihak sekolah lebih mementingkan pelajaran agama dan Bahasa Arab,
pendidikan akademik yang lain seperti Matematik dan Sains tetap diberi tumpuan
agar pendidikan yang diterima seimbang seperti yang diterima pelajar sekolah
menengah aliran biasa.
4.2 Bayaran Yuran Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah
Sebagai sebuah sekolah agama, pembiayaan pentadbiran sekolah bergantung pada yuran-yuran yang
dikenakan ke atas pelajar-pelajar. Walau bagaimanapun, yuran-yuran ini tidak bertujuan untuk
membebankan pelajar kerana kebanyakan pelajar datang dari latar belakang golongan bumiputera
bertaraf rendah seperti anak-anak pekebun kecil, petani dan pesawah. Bayaran pendaftaran sekolah
dikenakan sebanyak rm50 dan yuran tahunan sekolah sebanyak rm800 setahun dengan pengecualian
yuran sekolah bagi pelajar-pelajar yang tinggal di asrama dan rm730 bagi pelajar yang tinggal di luar.
Pembayaran yuran persekolahan bertujuan untuk menyediakan bahan-bahan pembelajaran kepada
pelajar sekolah dan penyelenggaraan infrastruktur sekolah agar segala kemudahan dapat digunakan
untuk jangka masa yang panjang.
Pihak pentadbir sekolah mempertimbangkan yuran pelajar-pelajar miskin yang tidak
berkemampuan. Mereka mendapat bantuan biasiswa tajaan dari Jabatan Zakat Negeri Kedah dan
dikenakan separuh bayaran yuran persekolahan. Pihak pentadbir sekolah memberi bantuan kepada
pelajar-pelajar yang miskin dan tidak berkemampuan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada
pelajar-pelajar miskin untuk terus menuntut ilmu dan tidak tercicir ke belakang. Perkara ini seiring dengan
178
Temu bual dengan Ustaz Mohd. Jamil Sadaqi bin Haji Tajudin.
94
matlamat sekolah untuk membimbing mereka dalam soal-soal keagamaan, sekurang-kurangnya untuk
amalan diri sendiri dan memimpin keluarga masing-masing.
Untuk pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang akan berpeluang melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan mendapat sumbangan dan tajaan biasiswa daripada pihak
kerajaan negeri melalui Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah atau mendapat bantuan dari Jabatan
Zakat Negeri Kedah. 179
Pihak Jabatan Zakat umpamanya menyediakan bantuan kepada pelajar-pelajar
yang melanjutkan ke Universiti Al-Azhar selama 3 tahun sebanyak rm1000 dan juga pelajar yang
menuntut di institut pengajian tinggi tempatan. Kedua-dua institusi ini merupakan penyumbang sumber
kewangan utama kepada pihak sekolah.
Yuran yang dikenakan kepada pelajar-pelajar bertujuan untuk menampung perbelanjaan
pentadbiran sekolah dan ditambah dengan bantuan kewangan yang diterima dari Majlis Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Kedah. Pihak sekolah cuba membantu pelajar-pelajar yang kurang kemampuan walaupun
kutipan kewangan tidak begitu banyak. Jadi, segala kutipan wang dan sumbangan dana yang diperoleh
digunakan sepenuhnya bagi urusan pengurusan sekolah dan pelaksanaan program untuk pelajar sekolah
ini.
4.3 Tenaga Pengajar Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah
Sebahagian besar tenaga pengajar yang menyumbangkan tenaga bakti mereka di sekolah ini terdiri
daripada anak-anak tempatan dan beberapa orang guru dari luar daerah termasuk dari Patani. Terdapat
sebelas orang guru Bahasa Arab dan Agama dan sembilan orang guru akademik. sebelas orang daripada
mereka adalah guru-guru lembaga dan selebihnya guru-guru yang berkhidmat di bawah pentadbiran
Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Jumlah guru ini berbeza dengan guru-guru pada tahun
sekitar 1990-an yang terdiri daripada tiga puluh tujuh orang guru. Keadaan ini menggambarkan perubahan
pentadbiran dan sistem persekolahan kini yang memperbanyakkan lagi masa untuk mata pelajaran
akademik. Hal ini membolehkan pelajar-pelajar dapat bimbingan dan tunjuk ajar dari guru agar bersedia
menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.
Pada peringkat awal penubuhan, sekolah ini mengalami kesukaran mendapat guru-guru akademik
yang benar-benar mampu dan mahu terus berkhidmat dengan lebih lama di sekolah ini. Hal ini terjadi
kerana sumber pendapatan tidak terjamin. Gaji-gaji mereka hanyalah bergantung pada perolehan dana
kewangan sekolah yang tidak seberapa. Namun begitu, Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
telah membuat penguatkuasaan perkhidmatan guru-guru di sekolah ini dengan membuat penetapan gaji
guru. Guru-guru diberi kursus perguruan pada waktu cuti persekolahan selama tiga tahun. Perkara ini
dilakukan bagi menjamin kebolehan mereka supaya setaraf dengan guru-guru di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia. Secara tidak langsung, masalah perpindahan guru yang berkhidmat dapat diatasi.
Dari segi kelulusan akademik, guru-guru di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kelulusan daripada
peringkat Sijil dan Diploma Perguruan, Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan guru-guru berkelulusan dari
Universiti Al-Azhar dan Universiti Madinah. Guru agama dan Bahasa Arab sebilangan besarnya
179
Penyata Zakat Negeri Kedah 1997-1999. Kedah: Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, hlm. 11
95
berkelulusan 4 Thanawi sekolah ini sendiri serta mendapat latihan perguruan dan dua orang guru
berijazah. Kadar bilangan guru dan murid sekarang adalah mencukupi sebagaimana yang terkandung
dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam tahun 1962 ceraian 11.180
Semua guru-guru yang berkhidmat
adalah tertakluk di bawah peraturan syarat perkhidmatan bagi guru-guru Majlis Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Kedah yang berkuat kuasa pada 1 Januari 1978.
4.4 Sistem Persekolahan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah
Pelaksanaan Sistem pelajaran sekarang di madrasah ini adalah hampir sama dengan sistem pelajaran
sebagaimana bermulanya sekolah. Cuma perkara yang membezakannya ialah pertambahan masa untuk
perjalanan akademik dan penggunaan kitab seperti yang ditetapkan oleh Majlis Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Kedah dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Terdapat tiga jenis pengajian yang dijalankan di sekolah ini. Pihak sekolah sangat menitikberatkan
pencapaian pelajar-pelajar dalam bidang akademik dan bidang agama. Jenis pengajian tersebut dapat
dibahagikan seperti berikut;
1. Kelas Ramasni – bermula dari pukul 7.30 pagi sehingga .35 tengah hari.
2. Kelas tambahan di sebelah petang terdiri dari kelas-kelas al-Quran dan tajwid. Kelas
tambahan bagi pelajar PMR dan SPM turut diadakan.
3. Pengajian kitab dan hafalan al-Quran diadakan pada setiap petang Jumaat oleh Tuan Guru
Mudir sekolah.
4. Kelas-kelas umumi yang diadakan untuk pelajar-pelajar yang tinggal di asrama diadakan
pada setiap malam Ahad selepas waktu solat Maghrib dan Isyak.
Kelas-kelas umumi diadakan bertujuan untuk mengekalkan pengajian sistem pondok.
Pelajar-pelajar dikehendaki mempelajari kitab-kitab yang ditetapkan serta menghafalnya. Hal ini demikian
kerana pengajian kitab melatih pelajar-pelajar membaca kitab-kitab asal bagi membuka minda mereka
bagi menyelesaikan masalah-masalah seperti mana ulama-ulama besar zaman dahulu. Aktiviti-aktiviti
keilmuan dijalankan sepenuhnya oleh pihak sekolah bagi mendidik pelajar menggunakan masa dengan
perkara bermanfaat dan tidak membuang masa dengan kerja yang tidak berfaedah.
Sistem persekolahan tetap terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kelas tahdiri, ibtidai dan
thanawi. Pelajar-pelajar harus menamatkan sekurang-kurangnya 7 tahun pengajian untuk mendapat sijil
Thanawi sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau bekerja dalam jawatan-
jawatan yang sesuai dengan kelulusan mereka. Kelas tahdiri (persediaan) lebih menumpukan pada
pengajaran pelajaran-pelajaran Bahasa Arab dan agama dan hanya sedikit sahaja pelajaran akademik.
Seterusnya pelajaran-pelajaran akademik diperbanyakkan di kelas-kelas yang akan menghadapi
peperiksaan dan dikurangkan lagi semua pelajar di kelas Thanawi (kelas pra-Azhar). Pelajaran di
peringkat thanawi keseluruhannya menggunakan pengantar Bahasa Arab kecuali dua mata pelajaran
180
Mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam tahun 1962 ceraian 11, bilangan guru-guru hendaklah mengikut
hitungan dan nisbah yang ditetapkan iaitu kadar 1:2 mengikut bilangan bilik darjah.
96
bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Kurikulum ini sebagai persiapan kepada penuntut-
penuntut untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar dan Madinah.
4.5 Sistem Peperiksaan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah
Sistem peperiksaan di sekolah ini mengikut peraturan-peraturan seperti yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. 181
Prestasi pelajar-pelajar akan direkodkan dalam rekod kemajuan
pelajar sebagai panduan kepada pihak sekolah dan juga perhatian ibu bapa. Bagi peperiksaan penggal
persekolahan, soalan-soalan akan disediakan oleh guru masing-masing. Di samping itu, pelajar-pelajar
tingkatan tiga diwajibkan mengambil peperiksaan Sijil Rendah Agama (SRA) kerana Majlis Hal Ehwal
Agama Negeri Kedah telah menetapkan untuk menilai pelajar-pelajar dalam pelajaran agama dan Bahasa
Arab. Soalan-soalan disediakan oleh pihak majlis untuk seluruh sekolah-sekolah agama rakyat di bawah
bantuan Majlis Hal Ehwal Agama Negeri Kedah. Peperiksaan ini akan dijalankan seminggu selepas
peperiksaan PMR.
Peluang-peluang pelajar cemerlang dari sekolah ini untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi adalah terbuka luas. Sejak tahun 1968, pemegang sijil sekolah ini diiktiraf oleh
Universiti Al-Azhar untuk memasuki tahun pertama di sana. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang
ulung kerana sijilnya diiktiraf oleh dua buah Universiti di Timur Tengah iaitu Universiti Al-Azhar dan
Universiti Madinah berbanding sekolah-sekolah agama lain yang hanya diiktiraf oleh salah sebuah dari
dua buah universiti ini. Universiti Madinah hanya mengambil pelajar-pelajar yang mendapat 60%
kelulusan di dalam peperiksaan shahadah untuk diterima masuk ke tahun pertama dalam jurusan Syariah,
Dakwah, Lughah dan Usuluddin.
Peluang-peluang di dalam negeri pula ialah pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke Kolej
Islam Klang untuk pelajar-pelajar yang berminat untuk memasuki aliran sains atau melanjutkan pelajaran
ke Maktab Mahmud bagi pelajar-pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat
STPM seterusnya memasuki mana-mana institusi pendidikan tinggi Malaysia. Bagi lulusan cemerlang
SPM, mereka akan diterima masuk ke program asasi akademi Islam, Universiti Malaya di Nilam Puri,
melanjutkan pelajaran ke IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi atau ke Maahad Tahfiz, masjid Negara
Kuala Lumpur. Peluang-peluang pelajar yang memiliki sijil atau syahadah Sekolah Menengah Agama
Nahdhah Hasanah dapat dilihat seperti di dalam carta di bawah.
4.6 Peraturan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah
Sebagai sebuah institusi pendidikan, Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah mempunyai
peraturan-peraturan yang perlu diikuti oleh para pelajar. Peraturan ini bertujuan untuk melatih pelajar-
pelajar supaya sentiasa berdisiplin dan mempunyai sikap yang baik. Hal ini perlu seiring dengan matlamat
pentadbirannya untuk membentuk peribadi pelajar-pelajar yang berakhlak tinggi seperti dituntut dalam
agama Islam. Peraturan-peraturan yang disediakan juga sebagai asas kepada pembentukan akhlak
melalui kebiasaan-kebiasaan hidup di sekolah. Oleh yang demikian, pihak sekolah telah menyediakan
satu peraturan bertulis yang diberi nama “Undang-undang Kawalan Murid”. Setiap pelajar yang memasuki
181
Temu bual dengan Ustaz Mohd. Jamil Sadaqi bin Haji Tajudin.
97
sekolah ini adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan ini. Peraturan sekolah ini menekankan kepada
pelajar-pelajarnya supaya sentiasa menyanjung tinggi hukum-hukum agama di mana sahaja mereka
berada sama ada dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah. Pelajar-pelajar juga diingatkan
supaya sentiasa membuat kebaikan dan meninggalkan kemungkaran dalam kehidupan seharian. 182
Undang-undang kawalan penuntut ini terdiri dari tiga bahagian. Bahagian pertama ialah
mengenai peraturan-peraturan penuntut yang harus diikuti oleh pelajar-pelajar meliputi peraturan-
peraturan di waktu persekolahan, adab belajar dan pergaulan antara sesama pelajar dan pelajar dengan
guru. Bahagian kedua ialah mengenai larangan yang dikenakan. Pada asasnya, pelajar-pelajar dilarang
berkelakuan biadab dalam pergaulan di sekolah. 183
Bahagian ketiga adalah ketetapan mengenai
hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar yang melanggar peraturan dan melanggar
larangan yang dikenakan.
Hukuman-hukuman yang dikenakan bertujuan memperbaiki kesalahan tingkah laku pelajar
dan mengelakkan pelajar-pelajar lain daripada melakukan kesalahan yang sama. 184
Hukuman dikenakan
ke atas pelajar-pelajar yang enggan mengikut peraturan yang disediakan. Jenis-jenis hukuman yang
dikenakan ialah pelajar akan dipecat dari sekolah bagi kesalahan-kesalahan yang terlalu berat seperti
menghisap dadah dan melakukan kesalahan yang berulang-ulang. Hukuman sebat pula dikenakan bagi
kesalahan-kesalahan yang kurang berat seperti memakai pakaian yang dilarang dan kurang sopan.
Hukuman-hukuman ini akan dipertanggungjawabkan kepada guru-guru disiplin kecuali kesalahan-
kesalahan yang dianggap serius akan diserahkan kepada mudir. Hukuman berat yang akan dijatuhkan
perlu mendapat persetujuan mesyuarat guru-guru atau atas kuasa mudir.
Peraturan sekolah ini juga menekankan kewajipan pelajar-pelajar memberi salam apabila
berjumpa dengan guru atau rakan mereka walau di mana sekalipun. Budaya memberi salam ini
sebenarnya ingin merapatkan hubungan antara pelajar sesama pelajar dan pelajar dengan guru-guru
serta orang yang lebih tua daripada mereka. Kepentingan budaya ini dapat membentuk suasana hormat-
menghormati dalam kalangan pelajar. Peraturan-peraturan yang diwujudkan bagi melicinkan jentera
pentadbiran sekolah demi berusaha ke arah pencapaian matlamatnya. Oleh itu, peraturan perlu diikuti
oleh semua pelajar demi membentuk sahsiah diri ke arah berakhlak mulia.
4.7 Kokurikulum Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah
Dari segi penglibatan aktif pelajar, pelajar sekolah ini didedahkan dalam pelbagai aktiviti-
aktiviti kokurikulum. Hal ini bertujuan untuk melatih diri mereka supaya sentiasa cergas dan bersedia
menjadi pemimpin masyarakat serta berani bila berhadapan dengan orang ramai. Aktiviti-aktiviti ini juga
akan dapat melatih pelajar-pelajar bertatatertib dalam perbincangan dan berpegang pada kebebasan
berfikir, dapat menerima pendapat umum. Secara tidak langsung, semangat hidup bermasyarakat dapat
182
Buku Undang-undang Kawalan Murid Madrasah Al- Nahdhatul Hasanah-1972.
183
Pelajar-pelajar dilarang berambut panjang, memakai seluar jeans dan selipar, menghisap rokok dalam kawasan
sekolah, dilarang berkumpul dalam tandas, dilarang keluar dari kawasan sekolah pada waktu rehat, dilarang
bersiul dan memakai alat solek atau barang-barang kemas terutama bagi pelajar-pelajar perempuan dan dilarang
keluar dari bilik darjah tanpa izin. Lihat: Undang-undang Kawalan murid-1972.
184
Temu bual dengan Ustaz Mohd Jamil Sadaqi Haji Tajuddin.
98
dididik dan ditanam dalam diri pelajar. Pihak sekolah telah menyediakan pelbagai aktiviti kokurikulum yang
meliputi kesenian yang bercorak Islam, dakwah, sukan dan sebagainya. Persatuan badan beruniform
yang terdapat di sekolah ini ialah Persatuan Bulan Sabit Merah dan Persatuan Puteri Islam. Persatuan
kokurikulum yang boleh pelajar sertai ialah Persatuan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab,
Matematik dan Sains, Falaq Syarai’, kelab taranum dan Persatuan Pelajar Tahfiz.185
Aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang dijalankan kepada semua pelajar sekolah mempunyai pemupukan nilai-nilai Islam dan
melahirkan bakat-bakat pemimpin yang bersemangat.
Melalui penubuhan kelab dan persatuan di sekolah, banyak kegiatan yang dijalankan oleh
kelab dan persatuan tersebut. Badan kebajikan bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti bercorak
kebajikan seperti mengadakan gotong-royong, mengadakan program membeli sambil menderma bagi
memungut derma untuk tabung kebajikan penuntut miskin. Badan pengucapan awam bertanggungjawab
mengadakan majlis-majlis bercorak kebudayaan seperti berpidato, berbahas, berdebat, membaca al-
Quran, berzanji, marhaban, nasyid, bersyair dan bersajak. Aktiviti-aktiviti ini akan dapat memupuk sifat
berani, bebas memberi pendapat dan petah berhujah untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber.
Pertandingan debat dan bahas boleh mencerdaskan fikiran kerana perdebatan dan perbahasan
menjadikan seseorang perlu berfikir dengan pantas dan kritikal dalam memberi hujahan pada setiap
masalah-masalah yang diutarakan. Setiap idea perlu dihuraikan dengan baik dan disertai fakta-fakta yang
tepat bagi memantapkan hujahan yang diberi. Pemikiran ini penting bagi diri seorang pendakwah.
Pihak sekolah tidak mengabaikan aktiviti sukan untuk dianjurkan kepada pelajar-pelajar
sekolah. Pelajar lelaki diberi keutamaan untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan seperti pertandingan
bola sepak, sepak takraw, ping pong dan olahraga. Badan sukan bertanggungjawab untuk mengatur
perlawanan-perlawanan persahabatan sama ada dengan sekolah-sekolah agama yang lain atau dengan
masyarakat sekitar untuk menjalinkan hubungan erat antara kedua-dua belah pihak. Beberapa peraturan
perlu dipatuhi oleh pelajar semasa bersukan iaitu berpakaian menutup aurat, bermain pada waktu yang
ditetapkan dan menjaga alatan sukan sebelum, semasa dan selepas menggunakannya. Pelajar-pelajar
sekolah ini digalakkan menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah kerana guru ingin mendedahkan kepada
murid mengenai ilmu dan pengetahuan asas dalam pertolongan cemas. Perkara ini sebagai persediaan
untuk diri sendiri dan dapat membantu orang ramai sewaktu berlakunya kecemasan. Kegiatan seperti ini
dianggap penting untuk melahirkan pelajar Islam yang serba mengetahui dan boleh menghadapi pelbagai
masalah dengan mudah.
Badan persuratan dan redaksi bertanggungjawab menjalankan aktiviti yang bercorak kreatif
iaitu mengeluarkan akhbar bulanan sekolah ‘Al-Hasanah’ pada sebulan sekali dan majalah sekolah pada
setiap tahun. Para pelajar berpeluang menyumbangkan karya-karya berbentuk artikel seperti sajak,
rencana-rencana, cerpen, pantun, nasihat-nasihat, kartun dan sebagainya sama ada ditulis dalam Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Secara tidak langsung, pihak sekolah memberi peluang
kepada pelajar untuk mencungkil bakat-bakat terpendam dalam bahagian penulisan. Pelajar akan menjadi
kreatif, menjana pemikiran yang positif dan mempraktikkan ilmu dalam menceburi pelbagai bidang.
185
Temu bual dengan Ustaz Mohd. Jamil Sadaqi bin Haji Tajudin
99
4.8 Kewangan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah
Sejak tahun 1970-an, masalah kewangan tidak lagi menjadi masalah yang berat kepada
Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah. Hal ini kerana pihak sekolah telah mendapat bantuan dari
Jabatan Zakat Negeri Kedah dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.186
Pihak Jabatan Zakat
mengeluarkan bantuan Fisabilillah di bawah rancangan bantuan kepada sekolah agama rakyat.
Sumbangan ni diberikan setahun sekali sebanyak RM15,000.00 mengikut bilangan pelajar miskin.187
Selain mendapat bantuan dari sumber-sumber di atas, sekolah ini juga mendapat bantuan daripada
orang-orang perseorangan khususnya dari bekas-bekas pelajar yang telah berjaya dalam bidang masing-
masing. Walaupun pihak sekolah tidak mendapat bantuan yang secukupnya seperti sekolah-sekolah
menengah di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah ini masih mampu
mengendali dan menguruskan pentadbiran sekolah dengan galakan pihak Kerajaan Negeri Kedah.
5.0 Peranan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Dalam Masyarakat Setempat
Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah sebagai sebuah institusi pengajian Islam yang berfungsi,
perkara ini perlu dilihat kepada bidang jawatan atau tugas yang boleh dipegang oleh lulusan-lulusan
sekolah ini dan peluang-peluang mereka melanjutkan pelajaran. Kebanyakan lepasan sekolah ini
mendapat kedudukan yang tinggi dan dihormati dalam kalangan masyarakat.
Walaupun peluang-peluang pelajarnya tidak terhad pada bidang-bidang keagamaan
semata-mata,188
hampir keseluruhan pelajar lulusan sekolah ini lebih berminat untuk menceburkan diri
dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan soal-soal keagamaan baik dalam profesion pendidikan,
pentadbiran atau bekerja sendiri. Antara bidang pekerjaan yang telah diceburi oleh bekas-bekas pelajar
sekolah ini adalah sebagai kerani, tentera, pegawai tadbir, kadi mahkamah, pendakwah dan pensyarah.
Lepasan pelajar yang mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah ialah Al-
Masnid Syeikh Fuad Kamaludin Al-Rembawi, Ustaz Hashim Ishak Timbalan Pengetua Sekolah Nahdhah
Hasanah, Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Pengetua Sekolah Agama Ban Klong, Thailand dan ramai lagi.
Kebanyakan pelajar yang datang ke sekolah ini tinggal di kawasan terpencil dan susah
mendapat peluang melanjutkan pengajian di peringkat awal kerana kemiskinan. Tanpa mendapat
pendedahan pendidikan awal yang sewajarnya, mereka tidak mungkin berjaya melanjutkan pelajaran
sehingga ke institusi-institusi pengajian tinggi. Oleh itu, ramai bekas-bekas pelajar di sini telah mencapai
kejayaan melahirkan rasa kagum dengan sistem pendidikan di sekolah ini dan juga ketokohan pengasas
Tuan Guru Haji Tajuddin al-Jarumi. Lantaran itu, mereka sentiasa datang mengunjungi dan melihat
perkembangan sekolah apabila berpeluang dan berkesempatan ke sini. 189
186
Sebelum mendapat bantuan kewangan, sekolah ini sentiasa menghadapi masalah kewangan yang berat dalam
menguruskan pentadbiran sekolah. Sumber kewangan utama hanya bergantung pada pemberian zakat, bantuan
dan derma dari masyarakat kampung yang rata-ratanya juga miskin. Untuk membayar gaji guru, mudir pernah
menggadai geran tanah. Temu bual dengan Temu bual dengan Ustaz Mohd. Jamil Sadaqi bin Haji Tajudin.
187
Laporan Tahunan Jabatan Zakat Tahun 1997-1999.
188
Sistem pelajaran yang disesuaikan supaya dapat mengambil peperiksaan yang dianjurkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia agar selaras dengan sekolah-sekolah lain.
189
Temu bual dengan Ustaz Mohd. Jamil Sadaqi bin Haji Tajudin.
100
6.0 Sistem Pendidikan Yang Dilaksanakan Di Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah
Pendidikan akhlak yang ditekankan menjadi syarat utama kepada pelajar-pelajarnya untuk menerokai
hidup mereka. Walaupun ada di antara pelajar yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke
peringkat yang lebih tinggi, mereka tetap mampu mengendalikan hidup mereka dengan sempurna.
Mereka bekerja sendiri di kampung-kampung mereka dan tetap mendapat perhatian dalam kalangan
masyarakat kerana mereka mempunyai latar belakang pendidikan di sekolah agama. Mereka juga
diterima sebagai pemimpin di peringkat kampung. Sering kali mereka ini dilantik menjadi imam, guru-guru
kelas KAFA dan guru-guru kelas al-Quran. Mereka dapat memperbaiki taraf ekonomi keluarga seperti
menjalankan aktiviti perniagaan dengan menggunakan ilmu yang ada pada mereka. Antaranya ialah
Ustaz Ramli Taha (Imam di Masjid Guar Napai, Jitra) yang menjadi salah seorang usahawan yang berjaya
memproses daun tembakau di daerah ini, Ustaz Nawawi Lebai Isa (seorang Imam dan guru agama)
merupakan seorang kontraktor yang sedang meningkat naik dan Encik Ramli Hussein, seorang peniaga
dan guru al-Quran. Walau apa pun bidang yang mereka ceburi sama ada sebagai peniaga, peneroka,
petani dan suri rumah, mereka sangat dikehendaki oleh masyarakat kampung untuk memimpin dan
mengajar secara umum, menjadi imam atau mengajar al-Quran. Ilmu-ilmu asas ini menjadi perintis
kepada kesedaran jiwa dan kepentingan ilmu agama bagi penduduk sekitar.
Bidang pendidikan merupakan bidang yang paling ramai ceburi oleh bekas-bekas pelajar
sekolah ini sama ada dengan memberi sumbangan kepada sekolah ini sendiri atau ke tempat-tempat lain.
Terdapat juga antara mereka yang diterima terus mengajar setelah mendapat syahadah atau melanjutkan
pelajaran terlebih dahulu ke mana-mana institusi pengajian tinggi sebelum bertugas. Sebahagian besar
daripada mata pelajaran agama dan Bahasa Arab dipegang oleh ustaz dan ustazah lulusan empat
thanawi al-Nahdhah Hasanah di sekolah ini. Kebolehan mereka adalah lebih diyakini bagi mengajar ilmu-
ilmu tersebut berbanding dengan guru-guru siswazah khususnya dari universiti-universiti tempatan. Hal
ini bermakna sistem pendidikan di sekolah ini dapat digunakan sebagai rujukan ke arah penyusunan
semula sistem pendidikan, khususnya pendidikan agama supaya menjadi lebih berkesan berbanding
dengan sistem pendidikan agama dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan sekarang.
6.1 Lulusan Keluaran Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah
Terdapat juga pelajar-pelajar sekolah ini telah berjaya menjadi pendidik di seluruh tanah air seperti Ustaz
Haji Daud bin Haji Hassan (Guru Besar Sekolah Agama Sungai Balak, Kajang, Selangor), Ustaz Mohd
Hatta (Guru Agama di Sekolah Menengah Teknik Cheras), Ustaz Othman Bakar (Guru Bahasa Arab di
Kolej Islam Klang) dan ramai lagi. Pada peringkat bidang pendidikan yang lebih tinggi, lahir beberapa
orang pensyarah yang mendapat didikan awal di madrasah ini. Antaranya ialah Profesor Dr Wan Salim
Wan Mohd Nor, Pensyarah USM, Prof Dr Rusni Samah Dekan USIM, Syeikh Sobri Arsyad Tok Guru
Pondok di Pulau Pinang, Ustaz Alias Ahmad Pensyarah Darul Quran JAKIM, Ustaz Helmi Al-Hafiz
Pensyarah KITAB dan Dr Othman Haji Ishak, Ketua Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya. Selain
dari bidang pendidikan, bidang-bidang lain yang telah diceburi oleh bekas-bekas pelajar ialah pegawai-
pegawai tadbir, ahli-ahli politik, kadi dan pegawai-pegawai penerangan. Antara pelajar yang menceburi
bidang ini ialah Yang Amat Arif Dato' Syeikh Yahya Jusuh Hakim Besar Mahkamah Syariah Negeri Kedah,
101
Syeikh Abdullah Ahmad Bahagian Fatwa JAKIM, Ustaz Roslan Che Ros Pegawai Jabatan Agama Islam
Pulau Pinang, Syeikh Azian Man Al-Hafiz, Imam Besar Masjid USJ 9, Subang Jaya dan Encik Musa
Hashim, Nazir Bebas, Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti-aktiviti kokurikulum yang
banyak menekankan debat dan pidato telah melahirkan dua orang tokoh politik yang terkenal di Kedah
iaitu Allahyarham Encik Mohd. Zain bin Ahmad, bekas wakil rakyat manakala dalam bidang perundangan
Islam, terdapat beberapa orang telah berjaya menjadi kadi iaitu Ustaz Yahya Jusoh di Kedah dan Mohd
Rasul yang menjadi naib kadi di Selangor.
Pendekatan dalam usianya yang belum mencapai satu abad, sekolah ini telah berjaya
mengeluarkan pelajar-pelajar yang dapat menjawat pelbagai bidang khususnya yang berkaitan dengan
soal-soal keagamaan. Perkembangan dalam sistem pendidikan dan kurikulum sekolah pada awal tahun
1960-an hingga sekarang telah menyebabkan ramai pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke
universiti. Satu perkara lagi yang menjadi faktor penggalak ialah pemberian biasiswa oleh Majlis Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Kedah dan bantuan zakat Fisabilillah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam
bidang pelajaran. Pelajar-pelajar sekolah ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian
tinggi sama ada dalam negeri mahupun luar negara diharapkan menjadi generasi muda yang akan terus
memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Islam di Malaysia dan dalam pentadbiran
Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah. Peranan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah
sangat penting bagi membuat pembaharuan kepada masyarakat. Sebagai sebuah sekolah agama yang
wujud di tengah-tengah kelompok masyarakat yang hampir keseluruhannya buta huruf dan masih kurang
pengetahuan agamanya, sekolah ini mengadakan kegiatan-kegiatan yang bersifat keilmuan seperti
mengadakan kelas-kelas fardu ain, membimbing mereka agar mengenal huruf dan nombor, mendidik
anak-anak dalam satu sistem pengajian, mengadakan perayaan-perayaan bercorak keagamaan seperti
majlis Maulud Nabi, Israk Mikraj dan malam qiamullail. Kegiatan seperti ini berperanan menyedarkan
penduduk tempatan tentang pentingnya ilmu dalam amalan kehidupan seharian.
Sejak penubuhan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah pada tahun 1946, sekolah
ini telah mendapat kepercayaan daripada masyarakat setempat untuk menjalankan aktiviti keilmuannya.
Guru-guru di situ khususnya tuan mudir/pengetua telah memainkan peranan penting bagi mengukuhkan
akidah dan menerangkan konsep Islam dengan cara yang mendalam. Kesedaran masyarakat Melayu
untuk mendalami ilmu agama Islam dahulunya sangat rendah. Hal ini kerana mereka memahami Islam
itu sebagai agama ibadat semata-mata menyebabkan minat mereka kurang untuk memperdalamkan ilmu
pengetahuan khususnya ilmu selain dari pelajaran agama. Kemunculan sekolah ini telah berjaya memberi
pemahaman tentang konsep pendidik di dalam Islam yang sebenar dan menarik perhatian masyarakat
khususnya masyarakat setempat. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di sekolah ini lebih menjurus
kepada sistem pengajaran yang sistematik dan fleksibel berbanding sistem pondok yang telah menjadi
tradisi pendidikan dalam masyarakat Melayu. Sekolah ini juga telah membuka jalan kepada penduduk
tempatan untuk mempunyai peluang menuntut ilmu. Hasilnya ramai pelajar lulusan sekolah ini berjaya
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian di dalam dan luar negara. Selepas merdeka, sekolah ini juga
telah digunakan oleh pihak kerajaan untuk mengadakan ‘kelas dewasa’ dalam usaha membasmi buta
huruf dalam kalangan masyarakat luar bandar. Secara tidak langsung, Sekolah Menengah Agama
Nahdhah Hasanah menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk menimba segala ilmu pengetahuan.
Melalui aktiviti sebegini, fikiran masyarakat akan lebih terbuka dan memudahkan berlakunya perubahan
ke arah yang lebih baik dalam kehidupan masyarakat.
102
Di samping itu, satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah dari segi amalan dan pemikiran
masyarakat setempat. Pada awal penubuhan sekolah, masyarakat masih kuat berpegang pada amalan-
amalan dan kepercayaan-kepercayaan animisme. Sebagai masyarakat yang masih hidup dalam alam
pemikiran yang sederhana, sudah tentu pemikiran mereka lebih tertumpu pada alam ghaib. Mereka
menggunakan berbagai-bagai-bagai upacara untuk melindungi diri daripada gangguan makhluk ghaib.
Pemikiran mereka masih berada pada tahap yang sempit dan jumud. Pemahaman ini telah dapat dikikis
sedikit demi sedikit dari pemikiran sedia ada melalui sistem pengajaran umumi. Pengajaran ini
menekankan kepada mereka bahawa tidak ada kuasa lain yang berkuasa selain daripada Allah dan tiada
apa yang perlu ditakuti selain dari Allah. Tuan Guru Haji Tajuddin sendiri di dalam pengajarannya sentiasa
memperingati bahawa perkara-perkara tahayul yang dilakukan adalah perkara dilarang dalam Islam.
Amalan-amalan khurafat seperti percaya pada kebolehan tok keramat dan penunggu adalah dianggap
syirik. Masyarakat Melayu merupakan golongan yang patuh pada ajaran agama dapat menerima
penerangan-penerangan daripada guru agama dengan mudah. 190
Usaha menyedarkan masyarakat tentang perkara ini juga telah ditekankan oleh lepasan-
lepasan sekolah yang mengajar di kampung. Amalan-amalan dan kesedaran yang ditanam oleh tuan guru
dan murid-muridnya telah memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menghadiri kelas umumi sama
ada di kawasan sekolah, di masjid dan surau. Kesedaran masyarakat terus timbul apabila adanya
pembaharuan-pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan seperti memajukan sekolah-sekolah menengah
dan kebangsaan, mengadakan jalan raya, pemasangan air paip dan elektrik yang memudahkan lagi
perhubungan dengan masyarakat luar.
Aktiviti-aktiviti yang bersifat keilmuan dan bercorak kebudayaan turut diperkenalkan kepada
masyarakat seperti pementasan drama yang bercorak cerita-cerita kepahlawanan Islam dan teladan,
pidato, berbahas, nasyid, membaca al-Quran, berzanji. Aktiviti-aktiviti ini sering kali juga diadakan
bersama-sama dengan orang kampung. Pada waktu itu, mereka sudah mempunyai pemikiran yang
terbuka dan berkebolehan zikir dan marhaban.
Wujudnya sekolah ini di Kampung Melele telah berjaya memperbanyakkan lagi golongan
orang-orang yang berilmu khususnya dalam bidang keagamaan. Kebanyakan generasi-generasi muda di
sekitar kawasan Kubang Pasu mula sedar tentang konsep Islam yang sebenar sama seperti yang
ditekankan dalam pengajaran di sekolah. Apabila terdapat pelajar-pelajar lulusan sekolah ini meneruskan
pengajian ke institusi pengajian tinggi, timbul kesedaran masyarakat bahawa luasnya ilmu pengetahuan
yang perlu mereka pelajari. Lulusan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah telah berjaya
membuktikan bahawa mereka juga boleh diterima memasuki bidang pekerjaan di jabatan-jabatan
kerajaan setanding dengan lulusan-lulusan sekolah kerajaan.191
190
Temu bual dengan Ustaz Mohd. Jamil Sadaqi bin Haji Tajudin.
191
Temu bual dengan Ustaz Mohd. Jamil Sadaqi bin Haji Tajudin.
103
7.0 Kesimpulan
Dasar dan matlamat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah telah memilih dasar
pendidikan Islam dalam mendidik masyarakat Melayu. Pemilihan ini amat sesuai diterapkan dalam
kebudayaan Melayu kerana masyarakat Melayu telah memilih Islam menjadi panduan hidup mereka sejak
abad kedua belas lagi. Sekolah ini dijadikan sebagai sebuah sekolah yang masih mengekalkan dasar
institusi pendidikan Islam yang dapat membentuk peribadi generasi muda. Mereka ini masih perlukan
bimbingan untuk menjadi insan yang berilmu. Guru-guru sekolah ini memainkan peranan dalam mendidik
pelajar dalam pelbagai ilmu ke arah pembentukan muslim yang sejati.
Sekolah ini tidak pernah ketinggalan dalam usaha-usaha ke arah kemajuan di mana pihak
pentadbiran sekolah sentiasa berusaha agar sekolah ini akan terus berperanan mendidik dan
membimbing generasi muda. Untuk meningkatkan mutu pelajaran di sekolah ini, sekolah memulakan
usaha dengan membentuk kelas untuk pelajar-pelajar menghadapi SPM dan PMR agar mereka dapat
menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Penglibatan pelajar merupakan suatu sokongan
dan galakan kepada sekolah ini dalam membimbing pelajar yang cerdik dan menyerlah di luar kelak.
Sumbangan sekolah dari penubuhan hinggalah ke tahun 1999 telah memberi kesan
perubahan kepada masyarakat tempatan. Penyebaran dan kefahaman Islam disebarkan melalui sistem
pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah ini. Pendidikan ini telah membuka minda masyarakat untuk
menyedari kepentingan ilmu dalam merubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Adalah diharapkan
semoga sekolah-sekolah agama rakyat akan terus mendapat perhatian dari kerajaan dan semoga sekolah
ini membawa lebih manfaat kepada masyarakat Islam khususnya pada masa akan datang.
104
Bibliografi
Sumber Primer
i. Cenderamata Al-Nahdhatul Hasanah (Sempena Pembukaan Bangunan Baru), 1961. Pulau
Pinang: United Press.
ii. Cenderamata Taufikiah Khairiah Tahun 1966/1985/86, 1986. Pulau Pinang: United Press.
iii. Undang-undang Kawalan Murid Madrasah Al-Nahdhatul Hasanah, 1972. Kedah: Madrasah
Al-Nahdhatul Hasanah.
Laporan
i. Laporan Mengenai Pelaksanaan Dasar Pelajaran Terhadap Pelajaran Agama Islam
Mengikut Syor Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Menyemak Pelajaran 1960. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
ii. Penyata Jawatankuasa Laporan Pelajaran, 1956. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran
Malaysia.
iii. Penyata Zakat Negeri Kedah 1960-1963, 1963. Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah. Alor
Setar: Percetakan Ustara.
iv. Penyata Zakat Negeri Kedah 1980-1983, 1983. Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah. Alor
Setar: Percetakan Ustara.
v. Penyata Zakat Negeri Kedah 1997-1999, 2000. Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah. Alor
Setar: Percetakan Ustara.
Buku
i. Ibrahim Ismail, 1987. Sejarah Kedah Sepintas Lalu. Kedah; Jawatankuasa Penerbitan
Universiti Utara Malaysia.
ii. Md. Nor Salleh (Noorjaya) & Abdul Haim Haji Salleh, 1996. Dokumentasi Konvensyen
Sejarah Kedah Darul Aman Kedua Islam di Kedah Darul Aman. Kedah: Majlis Kebudayaan
Negeri Kedah Darul Aman.
iii. Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia , Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Pustaka.
Tesis
i. Zaharah Lebai Abdullah, 1978. Pendidikan Pondok di Kalangan Masyarakat Islam di Kedai
1840-an1957, Latihan Ilmiah. Bangi: Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia.
105
MAKTAB SULTAN ABU BAKAR ( ENGLISH COLLEGE ), JOHOR BAHRU, JOHOR DARI TAHUN
1914-1967
SANTHIAH A/P SUNTHARARAJU
1.0 Pengenalan
Pendidikan merupakan batu asas yang penting dalam membentuk insan yang holistik iaitu seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan usaha
ini adalah penting bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Selaras itu,
sistem Pendidikan Inggeris di negara kita telahpun bermula pada zaman sebelum Merdeka.
Manakala, kesedaran Kerajaan Johor mengenai kepentingan pendidikan telah menyerlah
pada tahun1850-an dengan mengamalkan sistem pendidikan Anglo-Vernacular, iaitu mengajar Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris secara serentak pada tahun 1910.192
Tujuan utamanya, mengalakkan kanak-
kanak Melayu mempelajari Bahasa Inggeris yang bersifat dwibahasa. Setelah Tanjung Puteri dijadikan
sebagai bandar dan ibu negeri negeri Johor pada tahun 1855, Temenggung Ibrahim telah menubuhkan
sekolah Inggeris untuk rakyatnya di situ.193
Manakala, perkembangan sekolah Inggeris di Johor Bahru
kelihatan pada awal abad ke-20 iaitu tahun 1913 apabila 2 buah sekolah Inggeris telah ditubuhkan iaitu
Maktab Sultan Abu Bakar (English College) dan juga Sekolah Inggeris Bukit Zahrah.194
Sehubungan itu, saya telah menghasilkan sebuah penulisan berkaitan “Peranan English
College, Johor Bahru Semasa Perang Dunia Kedua”.
2.0 Latar Belakang English College
Pada 1914, bangunan asal English College telah dibina di atas bukit di Jalan Straits View.195
Pada
mulanya, sekolah tersebut berfunsi sebagai sekolah lanjutan bagi murid-murid tamat belajar di Sekolah
Bukit Zahrah. Manakala, sejarah Maktab Sultan Abu Bakar ataupun English College bermula di Maktab
Lama yang sederhana dengan penempatan seramai 21 orang pelajar lelaki yang menerima bantuan
penuh untuk melanjutkan pelajaran di bawah 2 orang guru berbangsa Inggeris iaitu En.Morrison dan
192
Pendidikan Asas Kemajuan Minda dan Material di Johor, Johor Bahru:
193
Lampiran A: Projek Sambungan Pelajaran Menengah di Negeri Johor
194
Khoo Kay Kim, (1985), Sejarah Masyarakat Melayu Moden , Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan University
Malaya, hlmn. 20
195
Direktori Negeri Johor, Johor Bahru : Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor, hlmn. 119
106
En.Holman. Pada tahun berikutnya pelajar-pelajar dari Johor Bahru, Muar dan Batu Pahat mula diterima
di Maktab Sultan Abu Bakar (English College).196
Pentadbiran sekolah ini adalah berasaskan tradisi Sekolah Inggeris Awam pada masa
tersebut dan semua tenaga pengajar adalah berbangsa Eropah. Beberapa tahun kemudian, ia membuka
ruang kepada guru-guru tempatan untuk bertugas di sana. Pada tahun 1926 satu pemeriksaan telah diatur
oleh Kerajaan Johor bersama Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu atas sekolah-sekolah Inggeris di Johor. Hasilnya, Ketua Nazir sekolah-sekolah Inggeris telah
menghantar satu laporan yang menyatakan bahawa organisasi dan pentadbiran sekolah-sekolah Inggeris
di Johor adalah terlalu buruk dan mundur berbanding dengan sekolah-sekolah di Singapura dan
Semenanjung.197
Pada masa yang sama, En.H.R.Cheeseman yang berbangsa Eropah telah dilantik sebagai
Penguasa Pelajaran Negeri Johor yang pertama. Beliau menjalankan tugasnya dengan membuat
pembaharuan di sekolah-sekolah Inggeris seperti menyelaraskan sistem pelajaran sekolah-sekolah di
negeri Johor dengan sistem Pelajaran Induk di Malaysia.
3.0 Penutupan English College pada tahun 1928
Semasa perkhidmatan En.H.R.Cheeseman beliau telah memerhatikan setiap sudut English College
secara mendalam. Sehubungan itu, beliau telah memastikan dan menunding jari beberapa kekurangan
yang terdapat dalam sistem pelaksanaan dan pentadbiran. Misalnya, Maktab Sultan Abu Bakar ataupun
“English College” adalah tidak bersifat ekonomis.198
Kedua, amalan Maktab Sultan Abu Bakar seperti
menerima ambilan para murid yang terbaik di sekolah masing-masing untuk diserap serta meneruskan
pelajaran di Maktab tersebut. Tindakan ini merugikan sekolah-sekolah lain. Ketiga pula berkaitan dengan
isu pegambilan guru-guru untuk bertugas di English College.
Masalahya, maktab tersebut menyerap sebahagian besar tenaga-tenaga pengajar yang
cekap dan juga berpengalaman. Mereka juga dikenali sebagai tenaga pengajar yang terbaik di seluruh
Semenanjung Malaysia. Maka, tindakan English College telah mengurangkan peluang sekolah-sekolah
lain menerima guru-guru yang berkaliber. Selain itu, standard hasil kerja murid-murid tua ataupun “senior”
lepas telahpuh dipertikai. Akibat isu-isu tersebut Maktab Sultan Abu Bakar ataupun English College
dikatakan telah mengenepikan matlamat utama penubuhannya. Menurut pandangan
En.H.R.Cheeseman, “Johore had not been ripe for the College”.199
Di samping itu, beliau telah mengemukakan ideanya untuk bertukar English College menjadi
asrama kepada murid-murid lelaki yang khas dipilih. Beliau menekankan saranan tersebut kerana
rancangan tersebut dapat mencipta elemen nukleus Maktab Sultan Abu Bakar yang amat penting untuk
196
Rujuk Lampiran A: Lokasi English College
197
Chew Kiew Kim (1955), A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House. hlmn. 95
198
Sejarah Maktab Sultan Abu Bakar (English College).hlmn.1
199
Chew Kiew Kim (1955), A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House. hlmn. 96
107
pembukaan semula. Namun, pelaksanaan idea tersebut memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Selanjut
itu, Maktab Inggeris Lama telah ditutup pada 30 April 1928 berdasarkan saranan En.H.R.Cheeseman.
Maktab Sultan Abu Bakar telah ditutup untuk pertama kali sejak penubuhannya 14 tahun lalu. Peristiwa
ini telah mengambil tempat dalam sejarah English College.
4.0 Pembukaan Maktab Inggeris Baru
Sehari selepas itu pada 1 Mei 1928 Maktab Inggeris Baru telah dibuka dengan corak baru yang
merangkumi 3 unit yang berasingan seperti Maktab Inggeris Baru, Sekolah Ngee Heng dan Sekolah Bukit
Zaharah. Jumlah pelajar pada masa itu adalah 143 orang. Seterusnya, segala saranan yang telah
disumbangkan oleh En.H.R.Cheeseman telah diluluskan oleh kerajaan. Selaras itu, En.T.Drury telah
memegang jawatan Guru Besar yang pertama di Maktab Inggeris Baru.
Pada tahun 1929, beliau telah bermula menjalankan kajian yang belum pernah dilakukan
dalam kalangan murid-murid kelas elementari tinggi di Malaya ketika itu. Menyediakan set Matematik khas
merupakan salah satu usaha dalam kajian En.T.Drury. Usaha ini dapat memastikan para murid dapat
menguasai subjek Matematik dan Bahasa Inggeris secara kendiri. Setelah berjaya melalui beberapa trial
atau cubaan idea tersebut terus diamalkan dan dipraktikkan sehinggalah beliau bersara iaitu sekitar tahun
1933. Selain itu, En.T.Dury telah memperkenalkan sistem “belang dan bintang” (stripe & star).200
Sistem ini diamalkan oleh beliau bagi mengawal masalah disiplin di Maktab Inggeris Baru.
Misalnya, seorang pelajar yang berjaya mengumpulkan 6 bintang akan diberi cuti separuh hari pada hari
Khamis. Sebaliknya, pelajar yang mengumpul 6 belang akan dirotan oleh Guru Besar. Perkembangan
dan kemajuan murid akan direkod dari semasa ke semasa dan disimpan oleh guru kelas masing-masing.
Di samping itu, “Detention Class” diadakan untuk murid yang lalai dalam melakukan tugas sekolah yang
telah diamanahkan. Manakala, “Drill Class” pula diadakan khas untuk murid-murid yang melanggar
peraturan sekolah.201
5.0 Perkembangan Aktiviti Kokurikulum di English College
Maktab Sultan Abu Bakar ataupun English College merupakan salah satu sekolah yang memegang status
sekolah “Premier” di negeri Johor. Status “Premier” disokong apabila aktiviti kokurikulum mula diberi
perhatian. Di mana setiap murid yang disahkan sihat setelah melalui pemeriksaan kesihatan dan jarak
tempat tingglanya tidak melebihi 2 batu dari English College ataupun individu yang memiliki sebuah
basikal diwajibkan untuk menyertai aktiviti kokurikulum seperti permainan dan latihan jasmanai yang
diadakan di sekolah.
200
Sejarah Maktab Sultan Abu Bakar (English College).hlmn.2
201
Chew Kiew Kim (1955), A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House. hlmn. 97
108
Seterusnya, empat buah rumah sukan telah diwujudkan berdasarkan warna yang berbeza.
Setiap murid baru akan ditetapkan satu rumah sukan. Pada masa yang sama, beberapa jenis sukan telah
bermula diajar di “English College”. Misalnya, sukan air (water sports) seperti berenang menjadi menerima
sambutan baik dalam kalangan peserta ataupun murid-murid.202
Hal ini dapat dibuktikan apabila
pertandingan yang melibatkan sukan air akan diadakan setiap tahun. Selain itu, sukan tinju ataupun
“Boxing” juga menjadi terkemuka. Hal ini demikian jurulatih khas utnk sukan tinju dari Singapura telah
ditetapkan untuk melatih para murid lelaki Sekolah Inggeris Baru.
Di samping itu, sukan seperti bola tampar, badminton dan bola sepak juga mula dilatih oleh
murid-murid Maktab Sultan Abu Bakar. Permainan bola sepak menjadi tersohor apabila murid-murid yang
telah dilatih tersebut melibatkan diri dalam beberapa pertandingan. Contohnya, Perlawanan Bola Sepak
Piala Arab yang telah dianjurkan oleh masyarakat Arab di Muar. Dalam perlawanan tersebut peserta dari
English College telah berlawan dengan pasukan-pasukan dari Sekolah Kerajaan Muar, Batu Pahat dan
juga Segamat.203
6.0 Peranan English College dalam Perang Dunia Kedua dan Kesannya
Semasa peperangan English College telah menyumbangkan perananya dalam pelbagai cara. Sebagai
contoh, sebuah pasukan telah ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Maktab. Di situ, pelajar dapat belajar
berjimat cermat dan dan membeli Sijil Simpanan Peperangan. Selain itu, Persatuan Pengakap Maktab
Sultan Abu Bakar juga membantu dalam menjaga Bilik Kawalan Keselamatan Serangan Udara. Aktiviti-
aktiviti dan pertolongan seperti ini telah diteruskan sehingga 26 Januari 1942. Seterusnya, Jepun
mengambil alih kuasa pemerintahan di Johor. Namun, maklumat tentang English College semasa
pemerintahan Jepun tidak mencukupi. Salah satu maklumat yang telah diperolehi adalah Maktab Sultan
Abu Bakar telah digunakan sebagai sebuah kilang dan telah dicontengkan dengan cat warna hitam.
Pada zaman pemerintahan Jepun tiada sekolah baru yang dibuka. Bahkan, kebanyakan
sekolah Inggeris telah ditutup ketika itu untuk dijadikan depot askar-askar Jepun dan peralatan
peperangan. Sungguhpun sekolah-sekolah tersebut telah dibuka semula selepas tahun 1945, iaitu setelah
kekalahan Jepun, namun kebanyakannya telah rosak dan berada dalam keadaan yang daif. Perkara
sama dialami oleh English College. Walapun, Maktab telah dibuka semula pada minggu kedua bulan
Januari tahun 1946. Namun, situasi Maktab amat menyedihkan sehingga ia telah ditempatkan di Sekolah
Bukit Zahrah untuk sementara.204
Pada penggal kedua setelah segala kerosakan akibat kedudukan Jepun
telah dibaiki bangunan tersebut diguna semula.
Dengan itu, status sekolah menengah Maktab Sultan Abu Bakar telah kembali diperolehi.
Kerosakan yang berpunca daripada peperangan telah menimbulkan pelbagai masalah yang menganggu
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di Maktab ini. Misalnya, Pengajaran Sains yang dijangka
202
Chew Kiew Kim (1955), A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House. hlmn. 99
203
ibid.hlmn.103
204
Chew Kiew Kim (1955), A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House. hlmn. 106
109
akan dimula pada tahun 1940 terpaksa ditundakan sehingga tahun 1947.205
Pada tahun berikutnya,
subjek Sains telah diwajibkan dalam Standard VI, VII, dan VIII. Setelah pembukaan semula Maktab
pelbagai pembaharuan dan perubahan telah dilaksanakan. Sebagai contoh, pada penggal ketiga pula,
sebuah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung antara para guru
dan pelajar. Majalah Maktab yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1948.
Pada tahun 1950, sistem pilihanraya telah diperkenalkan dan diteruskan sehingga untuk 5
tahun seterusnya. Post School Certificate dimulakan pada tahun 1949 di Maktab tersebut dan kini ia
dikenali sebagai Tingakatan. Kumpulan pertamanya terdiri daripada 15 orang termasuk 2 orang pelajar
perempuan. Inilah pertama kali Maktab Sultan Abu Bakar membenarkan kemasukan pelajar perempuan.
Pelajar-pelajar English College telah mengambil kertas Sains Am dalam peperiksaan Cambridge School
Certificate untuk kali pertama pada tahun 1950 dan peperiksaan Sains Amali pada tahun 1951.206
Pada masa yang sama, dari segi kokorikulum pelbagai persatuan dan badan beruniform
serta kelab sukan telah disusun semula selepas tamat Perang Dunia Kedua seperti pasukan pengakap
telah menjadi English College Senior Group dan The First Johore Bahru Group. Persatuan Murid-Murid
Tua Maktab yang wujud sejak 1934 telah dihidupkan semula.. Malah sehubugan membaiki keadaan dan
kerosakan penjajahan Jepun persatuan baru diperkenalkan. Sebagai contoh, Persatuan Drama
diperkenalkan pada tahun 1949, Persatuan Mengumpul Setem pada 1950 dan Kelab Catur telah
mengharumkan nama Maktab ini. Permainan baru seperti ragbi, bola sepak, hoki, tenis meja, kriket dan
bola keranjang juaga wujud di Englsh College setelah tamat peperangan.
Seterusnya setelah 4 tahun tamat penjajahan Jepun, pada awal bulan Februari 1950
Bendera Persekutuan telah mula berkibar di kawasan Maktab.207
Menjelang tahun 1955, sebuah dewan
baru sekolah yang dilengkapi dengan kemudahan terbaru telah dirasmikan oleh Menteri Besar. Majlis
Pelajar telah bermula bagi menggantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar pada 1956 dan ia
bertanggungjawab untuk membincangkan kemajuan serta keperluan Maktab.
Selain itu, pada tahun yang sama Hari Ucapan telah diadakan dan sempena majlis tersebut
3 buah makamal Sains batu telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultanah Engku Tun
Aminah. Pada masa tersebut, Maktab telahpun dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan yang
sempurna. Namun, masalah kekurangan guru Sains telah muncul disebabkan guru-guru muda bekerja
untuk sementara sahaja manakala, guru yang berpenglaaman pula telah ditukarkan ke tempat lain.
7.0 Pindahan Sekolah Inggeris Baru ke Bangunan Baru
205
Sejarah Maktab Sultan Abu Bakar (English College).hlmn 3
206
Sejarah Maktab Sultan Abu Bakar (English College).hlmn 3
207
Chew Kiew Kim (1955), A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House. hlmn. 108
110
Berhubung dengan hasrat En.Cheeseman iaitu mewujudkan bilik darjah yang bersifat “bright, inviting &
cheery”.208
Pelbagai projek pembinaan telah dilaksanakan dari semasa ke semasa di Maktab Sultan Abu
Bakar. Pelbagai usaha telah diambil untuk membina bangunan baru untuk English College. Hal ini kerana
bangunan lama telah menjadi tidak sesuai dan tidak selamat untuk penggunaa. Selain itu, pembaharuan
ini akan menceriakan lagi suasana sekolah selaras dengan status “Premier. Kepentingan pembaharuan
dapat dilihat dalam pernyataan yang diberi oleh En.Cheeseman kepada pihak kerjaan yang berbunyi:
“It will mean much for the future of local education. If the English College is in a building
consonant with its position as the primier school of Johore”
(Reports on Malay Schools, June 1928)
Beliau juga telah menyuarakan cadangan dan buah fikirannya kepada pihak kerajaan. Iaitu
Maktab Perguruan Melayu Johor harus ditutup disebabkan kekurangannya dari segi kemudahan dan
bangunan tersebut boleh digunakan sebagai bangunan baru Maktab Sultan Abu Bakar setelah
menjalankan sedikit penambahan dan pembaharuan.209
Cadangan yang dikemukakan oleh beliau telah
mendapat kelulusan dari pihak kerajaan dan guru-guru pelatih yang sedang mengkaji di Maktab
Perguruan Melayu Johor diberi peluang untuk meneruskan pengajiannya di Maktab Perguruan Sultan
Idris, Tanjung Maim.
Manakala, Maktab Sultan Abu Bakar telah berpindah ke bangunan ataupun bahagian baru
secara rasmi pada akhir tahun 1930. Namun perasmiannya telah diadakan pada tahun 1931. Pada ketika
itu, Sekolah Perempuan Melayu juga mendapat peluang untuk menikmati bangunan baru tetapi projek
pembinaan dijangkakan tamat pada pertengahan tahun 1931. Sementara itu, murid-murid sekolah
tersebut telah dibuka ruang untuk menggunakaan bangunan lama English College.210
8.0 Zaman kegemilangan Maktab Sultan Abu Bakar
Sebagai sebuah sekolah berstatus “Premier’, English pelbagai usaha telah diambil supaya dapat
menyerlahkan keistimewaan dan keterampilan khas Maktab Sultan Abu Bakar. Misalnya, pada tahun 30
an satu acara yang penting diadakan ialah sebuah pameran anjuran Kelab Kamera Maktab. Setelah 2
tahun Hari Ucapan dan Penyampaian hadiah telah diadakan dan Duli Yang Maha Mulia Sultan dan
Sultanah menjadi para tetamu kehormat. Kemuncak dalam majlis tersebut adalah apabila Sultanah telah
menyumbangkan hadiah $100 dan $50 kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang akademik 211
208
Chew Kiew Kim (1955), A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House. hlmn. 99
209
Sejarah Maktab Perguruan di Malaysia, hlmn. 27
210
Chew Kiew Kim (1955), A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House. hlmn. 104
211
Chew Kiew Kim (1955), A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House. hlmn. 105
111
Selain itu, tabung khas untuk “Hadiah Drury” telah ditubuhkan pada tahun 1933 dan para
pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Senior Cambridge telah mendapat peluang untuk
menerima “Hadiah Drury” tersebut.212
Manakala, Persatuan Guru-guru yang telah ditubuhkan pada tahun
1927 berfungsi secara aktif untuk mengembangkan profesionalisme dalam kalangan guru-guru negeri
Johor sehingga tahun 1930 an. Perubahan penting yang telah dicatat ialah pada tahunn 1936 di mana
tuan guru besar telah melantik seorang kerani rasmi yang pertama untuk membantu menguruskan
pentadbiran sekolah.
Seterusnya, peristiwa mengadakan Hari Ucapan di kantin ataupun Tuckshop telah
menyedarkan pihak pentadbiran mengenai kepentingan sebuah dewan di English College. Setelah
mendapat kebenaran dari pihak kerajaan sebuah dewan dilengkapi kemudahan terbaru telah dibina.
Kepentingan dan keperluan sebuah dewan dapat diketahui daripada kata-kata yang diutarakan oleh
Menteri Besar di majlis perasmian dewan baru.
“You have all waited long enough. But you receive fair compensation. The last now become the best ! ”
(Perasmian Dewan Maktab Inggeris, 17 Julai 1955)
Peristiwa ini merupakan memori indah dan bangga kepada semua warga English College.
Kemajuan dan kegemilangan English College diteruskan lagi pada tahun 1956 ketika Majlis
Pelajar ditubuhkan bagi menggantikan Perwakilan Pelajar. Majlis Pelajar bertanggungjawab dalam
membincangkan rancangan kemajuan Maktab. Proses pengundian akan dijalankan untuk memilih parti
yang menang. Student’s United Front, Student’s Action Party dan Collegians Own Party merupakan antara
parti yang sering bertanding.213
Peristiwa 3 buah makmal Sains telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha
Mulia Sultanah Engku Tun Aminah sempena Hari ucapan tahun 1956 juga merupakan detik bangga
Maktab Sultan Abu Bakar. Pameran Seni, Sains dan Matematik juga diadakan bagi mengekalkan tradisi
Maktab. 214
Berdasarkan sejarah English College pada tahun 1957 Maktab tersebut digolongkan
sebagai sempurna dengan segala kemudahan dan kelengkapan yang baru. Namun, ia masih mengalami
kekurangan dari segi bilangan guru terutamanya bagi matapelajaran Sains. Masalah ini wujud disebabkan
kebanyakkan guru-guru muda yang memiliki kelulusan hanya berkhidmat untuk waktu sementara.
Manakala, guru-guru yang lebih berpengalaman pula telah ditukarkan ke sekolah ataupun tempat lain.
Asrama yang telah dirasmikan pada tahun 1956 telah dikunjungi oleh Allayarham Tun Abdul Razak pada
bulan Julai 1957.
212
Sejarah Maktab Sultan Abu Bakar (English College).hlmn.2
213
Sejarah Maktab Sultan Abu Bakar (English College).hlmn.2
214
Chew Kiew Kim (1955), A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House. hlmn. 110
112
Pada tahun yang sama sistem peperiksaan mengalami perubahan di mana pelajar hanya
menduduki 2 peperiksaan penting iaitu LCE dan juga Sijil Persekolahan Cambridge.215
Di samping itu,
beberapa tetamu kehormat pernah mengunjungi Maktab Sultan Abu Bakar. Antaranya, Duli Yang Maha
Mulia Yang Di-Pertuan Agong meluangkan lebih sejam untuk beramah mesra dengan kakitangan Maktab
dan juga menanam sebatang pokok sebagai tanda ingatan pada November 1958. Keduanya, Yang
Teramat Mulia Tengku Mahkota Johor berangkat untuk memeriksa Barisan Kehormatan serta
memeriahkan majlis Hari Ucapan tahun 1959.
Januari 1959 sebuah sekolah cawangan telah dibuka bangunan bagi mengatasi masalah
kekurangan tempat di bangunan dominan. Oleh itu, bangunan Institusi Bahasa di Bukit Senyum telah
digunakan untuk menjadi sekolah cawangan English College.216
Sekolah Cawangan baru memberikan
Latihan akademik dan vokasional selama beberapa tahun kepada para pelajar. Selanjutnya, pada 9
Februari 1961, lencana sekolah dan pakaian seragam sekolah telah diperkenalkan untuk kali pertamanya.
Pada 1966 pula, Maktab Inggeris telah berjaya mendapat blok terbaru yang merangkumi 5 buah bilik
darjah, 2 buah makmal, sebuah perpustakaan dan sebuah kantin.
$ 160, 000.00 telah dibelanja sebagai kos pembinaan blok baru tersebut. Pertambahan
bilangan murid setiap tahun telah mengakibatkan wujudnya “kelas-kelas terapung” maksudnya kelas-
kelas itu harus dipindah dari semasa ke semasa. Maka, pembinaan blok baru diberi kepentingan bagi
menyelesaikan masalah kekurangan bilik darjah. Pada akhir tahun 1966, program ‘work-to-rule’ telah
dilancarkan oleh guru-guru yang menjadi anggota Persatuan Guru-Guru Nasional (NUT).217
Ahli NUT
telah memulaukan segala aktiviti kokurikulum. Namun begitu, para guru yang tidak menjadi ahli Persatuan
Guru-Guru Nasional (NUT) masih bertugas dalam usaha meneruskan aktiviti kokurikulum di Maktab.
Tahun 1967 untuk pertama kali dalam sejarah Maktab Sultan Abu Bakar 2 orang pelajar
tingkatan 2 dan 3 orang pelajar tingkatan 3 yang buta dibenarkan untuk belajar bersama-sama pelajar
yang normal. Mereka juga disediakan kemudahan seperti memberi buku- buku yang menggunakan tulisan
“Braile” dan 2 orang guru khas sebagai pembimbing. Lagu Maktab telah dicipta oleh Encik Lim Teck dan
Encilk Yusof Karto telah menulis liriknya serta dinyanyikan untuk kali pertama Di hari Ucapan pada tahun
1969. Akhinya, pagar sekeliling kawasan Maktab telah siap dibina pada 19 April 1970 dan pada 27 April
1970 berbaris sepanjang jalan sempena menyambut lawatan Putera Mahkota dan Puteri Jepun.218
9.0 Maktab Inggeris Mendapat Nama Baru
Akhirnya, berdasarkan mesyuarat Lembaga Pengelola Maktab pada 1960 nama Maktab Inggeris telah
ditukar nama baru iaitu “Maktab Sultan Abu Bakar”. Hal ini demikian memberi imej tempatan yang selaras
dengan identiti baru sebuah negara baru yang Merdeka. Nama tersebut dipilih sempena nama Sultan Abu
215
Sejarah Maktab Sultan Abu Bakar (English College).hlmn.4
216
Sejarah Maktab Sultan Abu Bakar (English College).hlmn.4
217
ibid
218
Lampiran A : Jadual Tawaran.
113
Bakar sebagai Sultan dan Bapa Pembangunan Johor Moden.219
Perkara ini telah dipersetujui dan
diluluskan oleh Menteri
Pelajaran dalam Hari Ucapan tahun 1966. Namun, ini telah menimbulkan perasaan tidak
puas hati dalam kalangan pelajar lama. Maka, pada tahun 1967, satu persetujuan telah dicapai iaitu nama
”English College” juga boleh digunakan di samping nama baru tersebut.220
10.0 Kesimpulan
Sejak 1914 sehingga kini Maktab Sultan Abu Bakar (English College) mengekalkan status ataupun
kedudukannya sebagai sekolah yang terunggul dan terkemuka di negeri Johor Bahru. Namun, pada
peringkat awal tidak semua penduduk Johor menerima peluang untuk menikmati pendidikan Inggeris.30
Maka, situasi ini boleh digeneralisasikan sebagai fenomena bandar di mana penduduk kampung tidak
dapat menikmati pendidikan Inggeris. Hal ini demiikian Sekolah Inggeris seperti Maktab Sultan Abu Bakar
lazimnya akan didirikan di kawasan bandar sahaja. Walaubagaimanapun, kini bilangan sekolah di seluruh
negara Malaysia telahpun meningkat serta sistem pendidikan telah mengalami pelbagai perubahan.
Maka, semua golongan masyarakat mendapat peluang yang sama untuk menerima
penddidikan yang bermutu. Oleh itu, saya berharap semua pihak akan berganding bahu dalam usaha
menimba ilmu supaya menjadi indidvidu yang berguna dan warganegara yang patriotik.
219
Direktori Negeri Johor, Johor Bahru : Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor, hlmn. 6
220
Sejarah Maktab Sultan Abu Bakar (English College).hlmn.7
114
BIBLIOGRAFI
Chew Kiew Kim (1955),A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House.Direktori
Negeri Johor, Johor Bahru: Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor
Khoo Kay Kim, (1985), Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan
University Malaya
Pendidikan Asas Kemajuan Minda dan Material di Johor, Johor Bahru
Sejarah Maktab Perguruan di Malaysia
Sejarah Maktab Sultan Abu Bakar (English College).
115
PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN RURAL INDUSTRIAL DEVELOPMENT AUTHORITY (RIDA)
DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
DARI TAHUN 1950 HINGGA 2013
MUHAMAD SYAFIQ BIN HUSSIN
1.0 Pendahuluan
Tahun 1965 merupakan satu tarikh yang bermakna kepada semua penduduk bumiputera. Hal ini kerana
pada tahun ini telah bermulanya satu perubahan yang membawa kepada kemajuan dan peningkatan taraf
hidup setelah sekian lama dijajah dan diperintah. Pada tahun 1965, Kongres Bumiputera Pertama telah
diadakan bagi membincang keadaan dan kedudukan ekonomi masyarakat Bumiputera serta
mencadangkan penyelesaian masalah terhadap sosio-ekonomi masyarakat Bumiputera. Kongres
ekonomi bumiputera telah diadakan selama tiga hari iaitu pada 5 hingga 7 Jun 1965. Beberapa perkara
telah dibincangkan dalam kongres tersebut, antaranya adalah penubuhan sebuah agensi yang dikenali
sebagai Majlis Amanah Rakyat atau MARA bagi menggantikan Rural Industry Development ( RIDA ).
Maka hasil daripada kongres tersebut, RIDA diubah kepada MARA. MARA ditubuhkan bagi menggantikan
RIDA (Rural Industrial Development Authority). Kongres berpendapat bahawa pentadbiran RIDA perlu
diperkemas dan diperbaiki untuk menyesuaikan tugas dengan keadaan semasa. Namanya juga
ditukarkan kepada MARA sesuai dengan fungsi baru agensi berkenaan. Dengan penubuhan MARA
banyak bantuan dan kemudahan yang diperlukan oleh masyarakat dapat dilaksana. Usaha MARA dalam
membantu dan membasmi kemiskinan dapat dilihat dengan usaha-usaha yang ditonjolkan seperti
memberi pinjaman, memberi peluang latihan pendidikan, memberi bantuan modal dan sebagainya. MARA
merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh MARA bagi membantu meningkatkan taraf
hidup masyarakat Bumiputera.
Sejak penubuhan MARA pada tahun 1965 hingga 2013, banyak sumbangan yang telah diberikan bagi
membantu masyarakat desa. Pelbagai aktiviti dan projek dilaksanakan bagi memberi peluang kepada
masyarakat Bumiputera. Hal ini jelas menunjukkan betapa rapatnya hubungan antara MARA dengan
masyarakat. Dalam kajian ini, tumpuan diberikan kepada aspek sejarah dan juga perkembangannya.
Banyak sumbangan yang telah dilakukan oleh MARA bagi membantu masyarakat Bumiputera agar terus
maju ke hadapan. Maka tujuan kajian ini dibuat adalah untuk melihat kembali dengan lebih mendalam
proses penubuhan MARA dan sumbangan yang diberikan oleh badan ini.
2.0 Kedudukan Orang Melayu Sebelum Merdeka
Kejatuhan Melaka pada tahun 1511 telah mengubah segala corak kepimpinan dari segi pentadbiran
sehinggalah ekonomi. Sebelum pentadbiran dikuasai oleh golongan penjajah, masyarakat bumiputera
116
mengamalkan cara hidup sara diri dan lebihan hasil yang mereka perolehi mereka hanya perlu
persembahkan kepada golongan pemerintah. Hal ini kerana pada masa itu terdapat dua golongan iaitu
golongan pemerintah dan juga golongan diperintah. Golongan pemerintah akan menjaga dan melindungi
rakyat daripada ancaman musuh dari luar wilayahnya. Jadi golongan ini tidak perlu hasilkan keluaran
tetapi golongan diperintah perlulah menyerahkan lebihan hasil kepada pemerintah sebagai tanda terima
kasih kepada golongan pemerintah. Pentadbiran sara diri ini tidak kekal lama. Hal ini kerana apabila
penjajah datang menjajah mereka menggunakan kegiatan ekonomi moden iaitu tanaman komesil. Dalam
menjalankan kegiatan ekonomi komersil ini, peranan masyarakat pribumi hanyalah sedikit tetapi peranan
golongan bangsawan dapat dilihat dengan jelas. Penjajah British mengajak golongan bangsawan untuk
turut sama dalam kegiatan ekonomi yang dibawanya bagi diletakkan sebagai pentadbir supaya
masyarakat pribumi melihat bahawa golongan pemerintah mempunyai kuasa dalam pentadbiran.
Walaupun dilihat golongan bangsawan duduk sebagai pentadbir tetapi mereka tidak terlibat secara
langsung sebagai pentadbir dalam ekonomi moden. Hal ini kerana agenda penjajah British untuk terus
meletakkan golongan pribumi di kawasan tradisional mereka dapat dilihat dengan jelas iaitu dengan
penjajah British menggalakkan pribumi untuk terus mengendalikan ekonomi sara diri dan pandangan
dunia tersendiri. Penjajah British melakukan sedemikian kerana mereka mahu menguasai ekonomi Tanah
Melayu serta mereka berpendapat bahawa masyarakat pribumi suka menjalankan kerja yang mudah dan
cukup untuk sara hidup mereka sendiri dengan bertani dan kelaut kerana keadaan industri moden terlalu
baharu kepada mereka.
Malah, penjajah berkuasa penuh dalam pentadbiran dan ekonomi Tanah Melayu
disebabkan persetujuan pentadbir iaitu melalui Perjanjian Pangkor 1874. Melalui perjanjian ini British
berhak melaksanakan dasar pembangunan mereka untuk membangunkan kawasan yang tidak didiami
oleh masyarakat pribumi. Pembangunan yang dijalankan oleh mereka dikerjakan oleh golongan imigran
sehinggakan pembangunan ekonomi Tanah Melayu jadi tidak stabil dalam pembangunan sosio-ekonomi
di Tanah Melayu. Ketidakstabilan ini maka wujdukan ekonomi duaan atau dwiekonomi yang
menyebabkan wujud jurang ekonomi yang luas iaitu golongan kaya dan golongan miskin. Masalah ini
wujud kerana sikap penjajah yang mahu memajukan sesuatu kawasan sahaja. Penjajah hanya
membangunkan kawasan yang berpotensi untuk mendatangkan keuntungan yang tinggi terhadap mereka
contohnya kawasan yang dikenalpasti boleh mengeluarkan hasil bumi seperti bijih timah, petroleum dan
sebagainya. Penjajah membangunkan kawasan tersebut dengan membina prasarana moden seperti
banggunan tempat tinggal, banggunan kerajaan, balai polis, hospital, kelengkapan elektrik, air dan
sebagainya bagi melengkapi kehidupan masyarakat dengan kehidupan moden.
Pada abad ke-20 Tanah Melayu dilihat semakin maju kehadapan. Masyarakat pribumi masih
berada dalam keadaan yang sama kerana Orang Melayu tidak mengambil peluang dalam menceburi
bidang perlombongan dan perladangan. Dari segi perlombongan pada awalnya ia dimiliki oleh pembesar
Melayu iaitu Long Jaafar di Perak221
. Oleh kerana masalah kekurangan buruh maka beliau telah
mendapatkan sewa dan membenarkan masyarakat Cina untuk mengusahakannya. Jadi bermula dari situ
maka ramai pendatang dari Cina datang untuk bekerja di lombong tersebut. Apabila kerajaan British lihat
aktiviti perlombongan ini mendapat tempat dalam menjana ekonomi maka mereka telah
221
Buyung Adil, Sejarah Perak, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1981, Kuala Lumpur, hlmn 145
117
menguatkuasakan sistem buruh iaitu dengan menggunakan buruh terikat. Masyarakat Cina yang menjadi
buruh diseludup secara haram dipaksa melakukan kerja melampaui keupayaan dan sekiranya mangsa
menolak akan diugut diserahkan kepada pihak berkuasa. Buruh Cina akan diawasi dengan pengawasan
yang ketat. Jadi secara tidak langsungnya, kepentingan perlombongan di Tanah Melayu semakin pesat
membangun. Dari sudut perladangan getah pula, penjajah British tidak memberi langsung peluang
kepada masyarakat Tanah Melayu untuk menceburi bidang ini. Mereka mahu mengekalkan kehidupan
masyarakat Melayu dengan cara asal iaitu sebagai petani. Kekayaan dan aktiviti perladangan dan
perlombongan dinikmati oleh masyarakat asing.
Semangat nasionalisme mula muncal apabila pendidikan diberikan kepada masyarakat
Tanah Melayu sangat berbeza. Tetapi semangat nasionalisme berkaitan bangsa dan negara mula muncul
apabila penjajah British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Rancangan Malayan Union
ini menimbulkan bantahan yang hebat daripada orang Melayu222
kerana rancangan ini merupakan satu
rancangan yang boleh membinasakan orang Melayu. Kesedaran politik dalam diri masyarakat pribumi
menyebabkan mereka mengkritik rancangan tersebut didalam dada akhbar seperti akhbar Utusan
Melayu, Majlis dan Warta Negara serta mengadakan tunjuk perasaan seperti di Kedah dan Kelantan.
Penetangan ini berpunca daripada beberapa perkara yang terdapat dalam Malayan Union223
.
Perjuangan ini diketuai oleh Dato Onn yang seperti orang Melayu lain iaitu melihat Malayan
Union ini akan membawa kesan yang buruk dan melemahkan bangsa Melayu pada masa hadapan.
Tentangan yang dibuat oleh orang Melayu dan sokongan daripada raja-raja Melayu telah menyebabkan
dasar dan struktur perlembagaan Malayan Union tidak dapat dijalankan. Hasil rundingan dan Dato Onn
dan raja-raja Melayu bersama Gabenor Malayan Union telah melahirkan perlembagaan baru bagi
menggantikan Malayan Union224
. Perlembagaan ini adalah perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
pada bulan Februari 1948. Hasil daripada PTM ini, Dato Onn dan raja-raja Melayu menerima orang bukan
Melayu sebagai rakyat persekutuan dengan syarat yang ketat dan British pula menerima kerakyatan jus
soli bagi masyarakat Melayu sahaja. Secara tidak langsung, masyarakat asing yang lahir sebagai rakyat
raja-raja Melayu secara automatinya menjadi warganegara Persekutuan dengan syarat-syarat tertentu.
Perlembagaan persekutuan menetapkan dua jenis kerakyatan iaitu secara kuatkuasa undang-undang dan
juga permohonan. Melalui dua jenis kerakyatan ini maka Tanah Melayu sah menjadi milik orang Melayu
dan bermulalah perkongsian dengan negara lain iaitu mendapatkan kepentingan ekonomi.
Melalui Perlembagaan Persekutuan maka, orang Melayu diiktiraf sebagai orang asal, dan
taraf bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa rasmi bersama-sama bahasa Inggeris dalam
perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini merupakan satu kejayaan baru untuk
bangsa Melayu. Kerakyatan dan kedaulatan Raja-raja Melayu dan hak-hak orang Melayu diiktiraf serta
kehidupan orang Melayu diangkat bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini.
Daripada hasil Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu telah membuatkan Dato Onn memohon pihak
British untuk memberi $10 juta bagi membantu memajukan penduduk pribumi dan mengatasi masalah
222
Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar: Pengasas Kemerdekaan, hlmn 82
223
Opcit, hlmn 83
224
Opcit, hlmn 98
118
kemunduran orang Melayu225
. Dengan bantuan sebegitu Dato Onn percaya British bukan sahaja
membaiki ekonomi tetapi dapat membaiki hubungan yang rosak antara British dan pribumi semasa
perlaksanaan Malayan Union pada 1946. Peruntukan yang diberi ini digunakan dalam membangunkan
industri tani dan mengembangkan sektor pertanian yang sebahagian besarnya terdiri daripada orang
Melayu. Malahan itu juga, Dato Onn juga meminta British memajukan aspek sosial orang Melayu agar
maju kehadapan. Hasil daripada bantuan dan perundingan Dato Onn dan Pesuruhjaya Tinggi British maka
Dato Onn diminta untuk merangka struktur pembangunan desa bagi meningkatkan taraf kehidupan
masyarakat. Untuk mendapatkan panduan yang lebih sempurna maka Henry Gurney yang merupakan
Pesuruh Jaya Tinggi British telah menggalakkan Dato Onn untuk ke Ceylon untuk meninjau kegiatan
pembangunan ekonomi luar bandar Ceylon untuk dibawa masuk dan disesuaikan di semenanjung Tanah
Melayu.
Sekembalinya Dato Onn ke Tanah Melayu, jadi sebuah badan yang dinamakan Lembaga
Kemajuan dan Perusahaan atau Rural Industry Development Autory (RIDA) ditubuhkan. Penubuhan ini
berlaku apabila Dato Onn melihat pembangunan Ceylon dan penstrukturan dibuat di Tanah Melayu bagi
menyusun semula kehidupan di kampung dan meninggikan taraf kehidupan masyarakat Tanah Melayu.
Jadi secara tidak langsungnya pada tahun 1951 RIDA telah ditubuhkan bagi membantu membangunkan
kehidupan masyarakat pribumi. Dengan penubuhan RIDA ini maka, pembangunan ekonomi Tanah
Melayu akan berubah tidak seperti zaman penjajah menjajah Tanah Melayu lagi. Ini kerana semasa
penjajahan tersebut masyarakat pribumi ditindas dan tidak mendapat layanan yang sewajarnya daripada
kerajaan. Oleh yang demikian, penubuhan RIDA ini dapat membangunkan dan membantu
memperbetulkan kembali sosioekonomi Tanah Melayu akibat penjajahan British. Peranan RIDA
berkembang sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan diteruskan sehingga tahun 1965 dan
digantikan dengan MARA bagi membangunkan sosioekonomi orang Melayu.
3.0 Penubuhan RIDA
RIDA merupakan nama lama bagi MARA yang merupakan kesinambungan kepada penubuhan RIDA.
RIDA pula diasaskan rentetan daripada sumbangan dan perjuangan UMNO yang diketuai oleh Dato Onn
Jaafar. Masalah kemunduran dan kemiskinan masyarakat dalam kalangan orang Melayu di luar bandar
menyebabkan UMNO memerhati dan mengkaji keadaan orang Melayu bagi meningkatkan taraf hidup
orang Melayu itu sendiri serta mencari jalan untuk memperbaiki semula keadaan orang Melayu dengan
lebih tegas iaitu dengan penubuhan badan khusus terutamanya bagi membangunkan kawasan
kampung226
. Kemunduran yang berlaku menyebabkan UMNO berasa tidak berpuas hati dengan
kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu. Akibat ketidakpuashatian ini menyebabkan Dato Onn
Jaafar sebagai wartawan akhbar pada tahun 1930 telah pun membangkitkan isu ini dalam penulisannya
dan telah mengemukakan langkah-langkah untuk memajukan ekonomi orang Melayu. Hal ini kerana salah
satu punca kelemahan ekonomi orang Melayu disebabkan oleh dasar ekonomi British tidak menggalakkan
perkembangan orang Melayu. Penelitian yang dilakukan oleh Dato Onn diakui oleh penyelidik sejarah di
225
Opcit, hlmn 215
226
Opcit, hlmn 214
119
mana British menggalakkan orang Melayu membuka kebun kecil yang luasnya hanya diantara 1-10 ekar
sahaja227
. Bidang pertanian yang diusahakan secara sambil lewa menjadikan bidang pekerjaan utama
orang Melayu tanpa dimajukan bersungguh-sungguh. Tindakan ini menunjukkan bahawa British mahu
mengekalkan ekonomi sara diri orang Melayu demi untuk mengelakkan mereka daripada terdedah
kepada ekonomi perdagangan yang boleh mengganggu kestabilan ekonomi mereka.
Kehidupan sara diri yang diamalkan oleh orang Melayu merupakan tindakan British bagi
memundurkan kehidupan masyarakat Melayu228
. Oleh hal yang demikian, Dato Onn telah mencadangkan
bantuan kewangan diberikan kepada orang Melayu sebagai usaha untuk mengatasi masalah kemunduran
itu229
. Dengan bantuan kewangan itu, Dato Onn percaya British bukan sahaja dapat membaiki ekonomi
orang Melayu malah mendapat kepercayaan semula hubungan antara British dengan orang Melayu
selepas berlakunya pelaksanaan Malayan Union. Selain bantuan kewangan, Dato Onn juga
mencadangkan penubuhan sebuah Bank Tanah230
. Melalui penubuhan Bank Tanah ini, Dato Onn
berharap tanah-tanah orang Melayu yang terlelong dapat ditebus semula. Penebusan semula tanah akan
menyelamatkan orang Melayu daripada tidak bertanah dan terus miskin. Maka apabila tanah dapat
diselamatkan semula maka kemiskinan dapat diatasi dan maruah masyarakat Melayu dapat dijaga.
Pada tahun 1948 Dato Onn telah membuat satu lawatan ke Britain. Lawatan yang
dilakukankan oleh Dato Onn bertujuan untuk meminta pihak British untuk menyediakan 10 juta setiap
tahun bagi membantu masyarakat Melayu mengatasi masalah kemiskinan.231
Dato Onn memberi alasan
bahawa negeri Melayu dan raja-raja Melayu telah banyak membantu British, jadi sudah tiba masanya
untuk Britsih membantu Tanah Melayu kembali. Akan tetapi masalah ini tidak dipersetujui oleh Britsih
kerana perbelanjaan Tanah Melayu telah pun mencecah kepada $61500000 pada tahun 1949232
.
Peruntukan yang diminta akan mengurangkan perbendaharaan British. Jika pihak British mengikut
permintaan Dato Onn maka Kerajaan British akan mengalami masalah kewangan.
Namun, sikap British berubah pada tahun 1950 kerana suasana politik tidak stabil pada
masa itu233
. British terpaksa meminta kerjasama orang Melayu dalam menyelesaikan masalah politik
Tanah Melayu. Darurat yang diistiharkan pada bulan Julai 1948 sukar diatasi kerana sokongan kuat
diberikan oleh orang Cina terhadap Parti Komunis Malaya. Penguasaan PKM terhadap ekonomi Tanah
Melayu sukar diatasi kerana sebilangan kecil golongan Melayu menyokong PKM. Dalam hal ini, pihak
British telah meminta kerjasama orang Melayu dalam menyelesaikan masalah ini. Oleh hal yang demikian,
melalui situasi politik yang berlaku, Dato Onn telah menggunakan peluang ini untuk mendesak pihak
British membantu orang Melayu khususnya daripada sudut kegiatan ekonomi. Berikutan dengan itu, satu
rundingan meminta bantuan kewangan, rundingan cadangan kerakyatan telah diadakan dengan pihak
British sehinggakan Pesuruhjaya Tinggi British Sir Henry Gurney telah menerima kehendak Dato Onn
227
Opcit,hlmn 215
228
Opcit, hlmn 215
229
Opcit, hlmn 216
230
Ibid, hlmn 216
231
Opcit, hlmn 217
232
Opcit, hlmn 217
233
Opcit, hlmn 219
120
iaitu menuntut bantuan kewangan dan pada November 1950 Henry Gurney telah menyatakan penubuhan
Rural and Industrial Development Authority (RIDA)234
.
RIDA ditubuhkan bertujuan untuk menyusun semula kehidupan masyarakat kampung dan
meningkatkan semula taraf hidup mereka di luar bandar235
. Dato Onn telah dilantik selaku pengerusi RIDA
yang pertama. Selain itu, Dato Onn juga menggalas tugas sebagai perangka kerja RIDA. Perlantikan Dato
Onn sebagai pengerusi telah membawa harapan yang cerah kepada penduduk khususnya orang Melayu
di kawasan luar bandar236
. Bagi membantu orang Melayu di luar bandar, satu badan berkanun ditubuhkan
oleh Dato Onn bagi membantu dan memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu di kawasan luar
bandar. Usaha ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu.
Tugas RIDA merangkumi pelbagai aspek. Justeru, tujuan penubuhan untuk menggalakkan
sikap membantu diri sendiridalam memajukan penduduk luar bandar.237
Dalam konsep ini, RIDA
menggalakkan orang-orang kampung menjalankan projek awam bagi pembangunan fizikal di luar bandar
seperti pembinaan jambatan, dewan orang ramai, jalan tanah merah, parit, padang secara bergotong
royong. RIDA memberi bantuan kewangan dan nasihat kepada penduduk luar bandar. Seiring dengan
penubuhan RIDA, perubahan dasar pertanian berubah daripada ekonomi sara diri kepada ekonomi
moden. Hal ini terbukti dengan penggunaan jentera moden di Kelantan, Selangor, Pahang dan Perak bagi
memudahkan kerja penanaman padi. RIDA bertindak sebagai agen memproses bahan pertanian dan
perikanan.
Dengan bantuan RIDA, maka kemiskinan petani di luar bandar dapat diatasi. Jadi secara
keseluruhannya kegiatan yang dijalankan oleh RIDA dapat meningkatkan taraf kehidupan masyarakat
Melayu luar bandar dan dapat meliputi semua aspek kehidupan luar bandar. Malah, tugas RIDA
termasuklah menyediakan pinjaman terhadap penduduk luar bandar yang menjalankan aktiviti
keusahawanan, perniagaan dan sebagainya yang membolehkan pengeluaran hasil. Penyediaan
pinjaman perniagaan kepada usahawan merupakan satu tanggungjawab RIDA. Kemudahan meliputi
sektor perdagangan, pembinaan, perkhidmataan dan pengangkutan. Tuntasnya, dengan adanya
pinjaman sebegini maka orang Melayu banyak menerima faedah yang boleh memajukan diri mereka
berbanding kaum lain.
Sebagai langkah pertama, pada Februari 1951, Dato Onn telah dibantu oleh beberapa orang
yang berpengalaman dalam bidang ekonomi bagi membentuk sebuah jawatankuasa untuk mengadakan
rangka kerja RIDA. Antara yang terlibat adalah S.O.K. Ubaidullah, seorang ahli perniagaan India Islam,
Raja Ayob, bekas Setiausaha Majlis Raja-Raja dan pengasas Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur
dan Abdul Majid bin Abd Hamid, pegawai syarikat kerjasama yang berpengalaman. Mereka juga dibantu
oleh kakitangan tetap RIDA iaitu Dato Zainal Abidin dan J.M., Gullick238
. RIDA diawasi oleh satu badan
berkanun iaitu dikenali Lembaga RIDA. Lembaga RIDA ini diketuai oleh seorang Pengerusi, Timbalan
234
Opcit, hlmn 219
235
Temu Ramah Bersama Pegawai MARA Kuala Lumpur
236
Ho Hon Choong, “Sejarah Penubuhan dan Perkembangan MARA” hlmn 10
237
Raja Muhammad Afendi, Persatuan Awam Di Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1992,
hlmn 29
238
Opcit, hlmn 223
121
Pengerusi, sebelas ahli yang mewakili negeri dan tidak melebihi 12 ahli yang dilantik daripada
pengetahuan khas dalam pengetahuan tentang pertanian, perusahaan, kewangan dan kelayakan lain239
.
Ahli Lembaga dipilih berdasarkan pengetahuan dan boleh memberi faedah kepada kemajuan kepada
kehidupan masyarakat luar bandar240
. Lembaga RIDA bertanggungjawab dalam membuat keputusan
yang dibincangkan oleh RIDA. Dibawah lembaga RIDA 12, jawatankuasa kecil diletakkan bagi membantu
projek-projek kecil yang dijalankan di luar bandar seperti hal ehwal pertanian, seni kraftangan dan juga
latihan dan pembelajaran. Pada peringkat negeri, susunan RIDA sama dengan peringkat pusat. RIDA
telah menggunakan pengaruh penghulu untuk melicinkan pentadbiran. Penghulu perlu melicinkan
pentadbiran pada peringkat mukim. Jadi secara tidak langsung penghulu diberi peluang untuk mentadbir
ekonomi dan dilantik sebagai Pengerusi RIDA di peringkat Mukim241
.
Walaupun RIDA ditubuhkan pada tahun 1950 oleh Henry Gurney tetapi masih belum
bertukar status kepada badan yang berkanun. Pada 26 April 1951, Dato Onn selaku Ahli Dalam Negeri
telah mengemukakan rang undang-undang menubuhkan RIDA dalam Majlis Perundangan
Persekutuan242
. Hal ini bermakna, RIDA telah ditubuhkan selama enam bulan sebelum satu rang undang-
undang diadakan. Penubuhan dibuat adalah secara tergesa-gesa bagi membantu taraf hidup masyarakat
Melayu. Setelah RIDA berfungsi selama dua tahun, pada tahun 1953 pada bulan September Dato Onn
telah memohon British untuk menubuhkan RIDA sebagai sebuah badan berkanun. Perletakan RIDA di
bawah badan berkanun membolehkan RIDA mendapatkan sumber kewangan dan peruntukan tahunan
persekutuan. RIDA akan menjadi salah satu jabatan kerajaan Persekutuan. Dengan kelulusan rang
undang-undang itu, Dato Onn dapat membantu RIDA mendapatkan kedudukan yang baik dalam
pentadbiran negara. Dengan penubuhan dibawah badan berkanun maka RIDA dapat mendapat sumber
kewangan bagi memajukan lagi ekonomi orang Melayu.
RIDA mendapat peruntukan kewangan daripada dua sumber243
. Pertama daripada peruntukan tahunan
Kerajaan Persekutuan sebagai belanja pentadbiran, menjalankan latihan penyelidikan dan kajian. Sumber
kedua ialah tabung wang sebnayak 10 juta yang digunakan untuk memberi pinjaman kepada pihak yang
memerlukan. Sumber kedua ini daripada Kerajaan Persekutuan.
RIDA dibahagikan kepada tiga jenis aktiviti iaitu dalam bidang perusahaan, pinjaman dan
latihan244
. Ketiga-tiga bahagian ini berperanan untuk meningkatkan taraf penduduk tanpa mengira kaum.
RIDA menjalankan beberapa perusahaan yang diuruskan dan diawasinya sendiri. Aktiviti ini dirancang
adalah untuk meningkatkan dan membaiki ekonomi serta menambahkan pendapatan orang Melayu.
Semua pekerja yang menjalankan aktiviti terdiri daripada orang Melayu sendiri. Perusahaan-perusahan
yang dijalankan oleh RIDA termasuklah perusahaan memproses getah daripada kebun-kebun kecil.
Selain itu, aktiviti pengangkutan juga diletakkan dibawah RIDA. Antara perkhidmatan pengangkutan
adalah seperti bas RIDA iaitu Komponi North Eastern Transport Services Ltd, Kelantan dan perkhidmatan
bas di Sg Manik. Tujuan penyediaan bas di bawah RIDA adalah untuk membantu penduduk sekitarnya
239
Penyata RIDA 1959 hlmn 8
240
Minutes and Council Papers of Federal Legislatibe Council 25/4/51, hlmn 16
241
Minutes and Council Papers of Federal Legislatibe Council 25/4/51, hlmn 17
242
Opcit, hlmn 224
243
BK/MARA 1, Penyata Tahunan RIDA 1959 hlmn 4
244
Opcit, hlmn 4
122
untuk berhubung245
. Di samping itu, bidang perusahaan juga dikendalikan dibawah RIDA. RIDA telah
mengendalikan projek perusahaan kecil seperti perusahaan kain, perusahaan makanan. Bagi perusahaan
kain, negeri Terengganu terlibat sebagai pusat perusahaan kain. Di sana, alat-alat menenun kain
disediakan bagi memberi peluang kepada penduduk kampung. RIDA juga menubuhkan pusat yang
dikenali dengan nama Lembaga Latihan Bagan di Kuala Terengganu untuk membuat, membaiki dan
menyewa motorbot246
Bagi memudahkan penduduk luar bandar, peruntukan kewangan disediakan oleh RIDA bagi
membantu dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Pinjaman diberi untuk aktiviti perniagaan dan
keusahawanan. Modal tabung pinjaman yang disediakan sebanyak $10 juta247
. Segala keuntungan yang
diperolehi dimasukkan semula dalam tabung pinjaman. Sebelum pinjaman diberikan, RIDA perlu
membuat kajian terlebih dahulu terhadap perusahaan yang ingin dijalankan. Perusahaan yang kukuh dan
sangat memerlukan bantuan modal dipertimbangkan. Hal ini kerana sikap peminjam dan orang Melayu
sendiri. Ramai antara mereka peminjam tidak berpengalaman sehinggakan menyebakan kerugian yang
ditanggung. Malah, pinjaman yang diberikan juga digunakan untuk tujuan diri sendiri. Bagi bantuan
pinjaman bagi usahawan mereka perlulah membuat bayaran balik sebelum 5 tahun. Bayaran yang
ditanggung perlulah dikenakan faedah agar mereka mampu untuk membuat pinjaman. Jadual 1 dibawah
merupakan pinjaman yang dikeluarkan oleh penyata tahunan RIDA bagi pinjaman yang diberikan oleh
RIDA.
245
Parlimentary Debates, Dewan Rakyat, Volume I, No 2, 20/5/64, hlmn 330
246
Parlimentary Debates, Dewan Rakyat, Volume II, No 1, 26/5/65, hlmn 436
247
Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar: Pengasas Kemerdekaan, hlmn 233
123
Jadual 1
Pinjaman Yang Diberikan Oleh Diberi Oleh RIDA
Dari Tahun 1951-1964
Tahun Bilangan Jumlah
1951 18 RM354,954.00
1953 286 RM2,376,934,71
1955 622 RM1,231,521.12
1957 595 RM1,856,709.00
1959 412 RM729,672.00
1961 1054 RM1,784,219,03
1963 699 RM3,3377,425.97
1964 819 RM3,010,101,60
Sumber: Penyata Tahunan RIDA 1951-1964248
Berdasarkan jadual di atas, jumlah pinjaman yang diberikan oleh RIDA bermula dari tahun
1951 hingga 1964. Jumlah pinjaman yang diperlukan semakin meningkat. Walaupun jumlah pinjaman
yang diperlukan meningkat namun perbelanjaan yang dikeluarkan tersebut tidak mencukupi untuk
membantu rakyat di luar bandar kerana peruntukan yang diberikan oleh British sebanyak $10 juta telah
dikurangkan kepada $3 jutapada tahun 1953.249
Pinjaman yang diberikan oleh RIDA tidak mampu
menampung keperluan masyarakat Melayu di luar bandar. RIDA cuba mengatasi masalah kekurangan
modal kerana ia merupakan asas bagi orang Melayu dan rakyat luar bandar memulakan kegiatan
ekonomi mereka. Pinjaman yang diberikan sama ada besar atau kecil adalah untuk mengurangkan
tekanan orang Melayu dalam menjalankan kegiatan ekonomi. Dengan peruntukan yang terhad RIDA
bersungguh dalam membantu masyarakat luar bandar.250
Mengenai pembayaran semula pinjaman, RIDA
dapat mengutip semula pinjaman berjumlah $10,965,970.00 sehingga tahun 1959251
. Keupayaan RIDA
mengutip semula wang pinjaman ini telah mendapat pujian daripada rombongan International Mometary
Fund (IMFI) yang melawat Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1959.
Dalam membangunkan kawasan luar bandar, RIDA telah meminta dan menerima bantuan
daripada Rancangan Colombo252
. Rancangan Colombo ditubuhkan pada tahun 1950 dengan tujuan
memberi bantuan teknik daripada negara-negara Komanwel yang maju kepada negara-negara Komanwel
yang membangun dan mundur253
. Menerusi rancangan ini, masyarakat luar dapat menambah
pengetahuan yang mendalam melalui bantuan kepakaran yang diberikan dalam pelbagai bidang di bawah
Rancangan Colombo. Antara kepakaran dan bantuan yang disumbangkan dalam membantu
248
Penyata tahunan RIDA 1951-1964
249
CO 1022/253, Exco Minutes 14/4/31
250
Opcit, hlmn 234
251
Laporan Tahunan RIDA 1959, hlmn 17
252
Berita Harian, Sabtu 8 Januari 1965
253
Berita Harian, Sabtu 8 Januari 1965
124
meningkatkan taraf hidup kawasan luar bandar seperti membekalkan peralatan untuk membantu negara
kita memajukan industri perikanan, memberi bentuk wang untuk membuka tanah baru serta memberi
bantuan kewangan kepada negara kita untuk menubuhkan pusat-pusat latihan teknik. Antara contoh
pusat latihan teknik termasuklah Pusat Latihan Bagan. Pusat ini dibina bagi membantu meningkatkan
kemahiran masyarakat Tanah Melayu254
. Hasil daripada bantuan Rancangan Colombo maka taraf hidup
masyarakat bumiputera dapat dibaiki kearah yang lebih baik.
Walaupun RIDA semakin teguh dalam membantu meningkatkan taraf kehidupan orang
Melayu tetapi RIDA mempunyai banyak halangan. Masalah yang dihadapi termasuklah masalah
kewangan. British terpaksa mengurangkan perbelanjaan RIDA kerana terdapat tanggapan bahawa RIDA
dianggap menggunakan wang yang banyak. Malahan itu kekurangan kakitangan dijadikan alasan sebagai
pelaksanaan rancangan yang gagal dilaksanakan. Disamping itu, terdapat perbelanjaan yang
diperuntukan bagi tahun 1952 disimpan dan tidak digunakan255
. Oleh itu, Dato Onn terpaksa
mengurangkan projek yang dijalankan kerana modal yang diberikan adalah sedikit. Lebih menyedihkan
apabila perbelanjaan untuk memajukan orang Melayu juga turut terancam disebabkan British terpaksa
menampung perbelajaan yang tinggi disebabkan darurat dan kampung-kampung baru yang dibina di
Tanah Simpanan Orang Melayu.
RIDA juga mempunyai halangan dalam pelaksanaannya. Masalah ini berlaku berpunca
daripada sikap orang Melayu dan pemimpin orang Melayu sendiri256
. Ramai daripada peminjam RIDA
tidak berpengalaman dalam mengurus serta tidak menggunakan pada saluran yang betul257
. Akibatnya,
perniagaan mengalami kerugian258
. Terdapat juga segelintir masyarakat yang menggunakan pinjaman itu
untuk tujuan peribadi seperti membeli perabot, barang kemas dan motokar259
.
Halangan lain bagi RIDA disebabkan oleh keadaan negara pada masa itu. RIDA ditubuhkan
semasa negara kita dalam keadaan darurat iaitu pada tahun 1950. Disebabkan keadaan darurat pada
ketika itu, maka banyak perbelanjaan negara yang dikeluarkan untuk menampung perbelanjaan kampung
yang terlalu tinggi260
. Peruntukan daripada British terhadap RIDA telah dikurangkan dan melalui jumlah
yang diberikan tersebut RIDA perlu memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi, memberi
pinjaman, memberi pendidikan dan menampung perusahaan-perusahaan kecil untuk dibangunkan. Maka
dengan modal yang sedikit, satu kegagalan telah berlaku iaitu RIDA tidak mampu membantu dan
meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu kerana modal yang diperolehi oleh RIDA daripada British
sangat sedikit.
Walaupun terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh RIDA, namum RIDA berjaya
dalam beberapa aspek. RIDA telah berjaya menubuhkan Dewan Latihan RIDA dan Taman Asuhan RIDA
bagi menyediakan kursus yang tidak disediakan oleh mana-mana agensi lain. Tujuan ini untuk membantu
254
Penyata Tahunan RIDA 1959, hlmn 3
255
Opcit hlmm 235
256
Opcit, hlmn 235
257
Mahathir Mohamad, The Malay Dilemma , Donald Moore for Asia Pasific Press, Singapore, 1970, hlmn 40
258
D.A.M Fiennes, Penyata Di atas Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan, hlmn 15
259
D.A.M Fiennes, Penyata Di atas Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan, hlmn 19
260
Ibid, hlmn 235
125
mempertingkat pengetahuan masyarakat kampung.Taman Asuhan RIDA ini merupakan satu pusat
menjalankan kursus untuk kaum wanita manakala dewan latihan RIDA adalah untuk pelajar lelaki sahaja.
Taman Asuhan bertujuan memberi latihan kepada wanita desa dalam pelbagai lapangan ekonomi
rumahtangga, bagi memaju dan meningkatkan taraf hidup penduduk-penduduk luar bandar261
. Antara
mata pelajaran yang diajar di Taman Asuhan ini adalah berkaitan ekonomi rumah tangga iaitu termasuk
masak-memasak, jahit-menjahit dan jenis kraftangan yang boleh dijadikan sumber pendapatan apabila
tamat latihan. Di samping itu, mereka juga diberi tunjuk ajar tentang cara-cara mendidik anak dengan
betul, sains rumahtangga, berkebun, sivik dan juga pengetahuan agama agar mereka boleh
menggunakan ilmu yang ada untuk mencari rezeki. Taman Asuhan ini dibina di Jalan Lornie Kuala
Lumpur, Bukit Piatu dan Rusila Kuala Terengganu, Dewan Latihan RIDA di Petaling Jaya dan Pusat
Pengurus Ladang Getah di Kuala Lumpur dan Johor Bahru262
.
Jumlah pelatih Taman Asuhan ini sentiasa meningkat bermula daripada tahun 1956 – 1959
dengan 1464 orang pelatih kesemuanya263
. Agensi Taman Asuhan RIDA ini diletakkan dibawah
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Hasil daripada pembelajaran pelatih-pelatih ini,
mereka akan menjadi guru-guru ekonomi di kelas-kelas yang diselenggarakan oleh Kementerian
Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan ada antara mereka menjadi peniaga serta suri rumah
sepenuh masa264
.
Program yang dirancang oleh RIDA ditaja oleh penjajah British yang merupakan langkah
pertama untuk mendorong orang Melayu terutamanya dalam meningkatkan struktur hidup masyarakat.
Walaubagaimanapun, program yang dianjurkan tidak mengubah struktur hidup masyarakat Melayu
kerana ia lebih kepada sektor tradisional sahaja. Orang Melayu masih berkecimpung dalam pekerjaan
tradisi seperti mengayam, membuat tikar, menangkap ikan dan penoreh getah. Hal ini menunjukkan
bahawa RIDA gagal membawa kehidupan orang Melayu ke arah mobiliti yang lebih baik. Walaupun tidak
berjaya mengubah struktur kehidupan ke arah lebih baik namun RIDA tetap menjadi pemangkin untuk
perubahan dan kesedaran orang Melayu dalam mengembang dan mengubah nasib kehidupan mereka.
Namum penubuhan RIDA merupakan perkara yang sangat penting kerana tujuannya untuk memajukan
ekonomi orang Melayu sehinggalah ke hari ini. Langkah yang lebih baik perlulah dilakukan untuk
memperbaiki kehidupan masyarakat bangsa Melayu dengan cara menggalakkan rancangan
pembangunan desa yang dapat mengatasi masalah pekerjaan dan kemiskinan masyarakat Melayu265
.
Oleh kerana RIDA tidak begitu berkesan dalam mengubah struktur kehidupan orang Melayu,
maka cendikiawan Melayu dan orang-orang politik mendesak supaya RIDA diberi nafas baru bagi
membangunkan perniagaan, pendidikan dan perindustrian. Nafas baru yang ingin ditunjukkan berlaku
apabila kongres utama diadakan bagi membincangkan kedudukan orang Melayu266
. Pada tahun 1965,
Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama telah dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri, Tunku
261
Temu Ramah Bersama Puan Saedah Pegawai MARA Muar
262
Parlimentary Debates ( Laporan RIDA ) N0 1. 26/5/1965. Cetakan Kerajaan 1966
263
Parlimentary Debates,( Laporan RIDA ) 1959, hlmn 85
264
Temu Ramah Bersama Puan Saedah Pegawai MARA Muar
265
Ungku Aziz, Jejak-jejak di Pantai Zaman. hlmn 28
266
Berita Harian, 6 Jun 1965
126
Abdul Rahman Putra, di Dewan Tunku Abdul Rahman,Kuala Lumpur267
. Turut hadir dalam upacara
pembukaan ini ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar
Bandar, Tun Abdul Razak, Menteri-menteri Kabinet, Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik dan 500 orang
para wakil kongres dari semua negeri di Malaysia. Kogres berlangsung selama tiga hari iaitu bermula
dari 5 hingga 7 Jun 1965. Melalui perbincangan yang dibuat maka satu persetujuan telah berlaku iaitu
mencadangkan nama RIDA diganti dengan MARA iaitu Majlis Amanah Rakyat Bumiputera.
4.0 Penubuhan MARA
Pada tanggal 1 Mac 1966 MARA ditubuhkan di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun
kerajaan hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun 1965. Pada tahun
1960, masyarakat Melayu masih lagi tinggal di kawasan yang terpencil dan masih belum melibatkan diri
dalam bidang perdagangan, keusahawanan, perniagaan dan pendidikan. Keadaan ini telah menyebabkan
berlakunya kegelisahan antara masyarakat Melayu sendiri kerana mereka tidak dibantu untuk melepasi
tahap kemiskinan dan peningkatan taraf hidup yang lebih selesa. Kegelisahan yang berlaku ini
menyebabkan ahli-ahli politik, para cendikiawan dan pemimpin-pemimpin masyarakat Melayu terus
menerus mendesak kerajaan ketika itu untuk melaksanakan sesuatu yang baru iaitu untuk kemajuan
ekonomi negara268
. Ahli-ahli politik mahukan keadaan negara disusun semula dan kegiatan ekonomi serta
kedudukan orang Melayu dalam negara terjamin dan maju ke hadapan. Desakan ini menyebabkan
Kongres Ekonomi Bumiputera buat kali pertama telah pun berlangsung. Kongres ini berlangsung pada 5
– 7 Jun 1965269
. Dengan adanya kongres ini, RIDA disusun kembali. Pada tahun ini juga nama RIDA
bertukar nama kepada Majlis Amanah Rakyat atau akronimnya MARA. Desakan yang dibuat oleh para
cendikiawan dan ahli politik telah berjaya menyusun semula RIDA dan menggantikan nama RIDA kepada
MARA. MARA ditubuhkan bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menjalankan
pembangunan ekonomi penduduk di luar bandar270
. Tujuan MARA tetap sama seperti RIDA iaitu
meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.Perbezaannya ,RIDA terbuka untuk semua kaum
manakala MARA ditubuhkan untuk membantu masyarkat Bumiputera271
.
Penubuhan MARA untuk menggantikan RIDA bagi membantu dan memperkuat lagi daya
usaha untuk membantu masyarakat luar bandar. Melalui kongres ini, untuk mengubah masyarakat
Melayu secara menyeluruh dapat dilakukan. Majlis Amanah Rakyat (MARA), yang ditubuhkan merupakan
sebuah agensi yang diletakkan dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. MARA
ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun272
.Hasil daripada
resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun 1965, MARA diletakkan dibawah satu badan
berkanun untuk membolehkan dasar kerajaan dilaksanakan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi
kehidupan masyarkat di luar bandar. Sejak awal penubuhannya, MARA telah menyumbang kepada
267
Utusan Malaysia 6 Jun 1965
268
Temu Ramah Bersama Puan Khadijah Pegawai MARA Kuala Lumpur
269
Akhbar berita Harian 6 Jun 1965 ( Dari Perpustakaan MARA)
270
Akta MARA, No 20 Tahun 1966 hlmn 25
271
Parlimentary Debates, Dewan Rakyat, Volume II. NO 12, 1966
272
Ibid hlmn 19
127
pembangunan usahawan, pendidikan dan meningkatkan ekuiti Bumiputera dalam pelbagai bentuk
pelaburan yang telah dilaksanakan hingga ke hari ini273
. Sehingga hari ini MARA berjaya meningkatkan
kehidupan masyarakat. Segala bantuan telah diberikan tetapi bantuan yang diberikan sentiasa berlainan.
RIDA ditubukan pada zaman penjajah maka segala bentuk dan organisasi dikawal oleh mereka. Tiada
perubahan yang mendalam dapat dilihat sehinggalah RIDA dibentuk bagi digantikan kepada satu badan
berkanun yang baru yang mempunyai bentuk dan organisasi tersendiri supaya boleh meningkatkan
kehidupan masyarakat.
Penubuhan MARA pada Disember 1965 telah dikuatkuasakan pada 1 Mac 1966 dan
penubuhan ini telah termaktub dalam Akta No 20 tahun 1966274
. Apabila Akta MARA dirangka maka
MARA perlulah menjalankan tanggungjawabnya iaitu menjalankan pembangunan ekonomi khususnya
untuk masyarakat luar bandar. MARA yang dilahirkan memberikan nafas baru bagi membantu masyarakat
luar bandar. Objektif penubuhan MARA adalah untuk menggalak, membimbing, melatih dan membantu
Bumiputera supaya menyertai secara aktif dan maju dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan kecil
serta sederhana ke arah pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustirian yang berjaya dan
utuh275
. Selain itu, MARA ditubuhkan untuk memberi peluang kepada masyarakat luar bandar untuk
bersama-sama mengambil bahagian dalam pembangunan ekonomi di luar bandar.
Dengan tertubuhnya MARA, RIDA dibubarkan dan mana-mana bahagian penting dalam
undang-undang tersebut telah dimasukkan dalam undang-undang MARA276
. Sesungguhnya
penguatkuasaan undang-undang MARA ini merupakan era penting bagi kemajuan ekonomi bumiputera
khususnya di kawasan luar bandar. Dalam organisasi MARA, Majlis MARA merupakan satu badan
tertinggi dalam struktur organisasi MARA. Ahli-ahli daripada Majlis haruslah dilantik oleh Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam tempoh keahlian bagi lantikan pertama selama 2 tahun. MARA
melaksanakan tugas yang telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar
Bandar dan mempunyai sebuah majlis yang terdiri daripada 14 orang ahli Lembaga dan seorang
Pengerusi277
. Pengerusi majlis merupakan Pengerusi MARA. Dalam majlis terdapat juga ahli-ahli lain
seperti seorang ahli daripada Kemeterian Kewangan, seorang ahli daripada Kementerian Perdagangan
Dan Perusahaan, seorang ahli daripada Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama, seorang ahli
daripada Kementerian Pembangunan Negra dan Luar Bandar, lima orang ahli yang mempunyai
pengalaman dalam perniagaan dan 4 Orang ahli lain.
Di samping itu, sebuah Jawatankuasa Kerja telah dibentuk untuk menyelia hal-hal dasar
MARA. Jawatankuasa Kerja diketuai oleh pengarah.Pada awal penubuhan MARA, MARA dipecahkan
kepada 7 bahagian. Pada tahun 1966 MARA hanya mempunyai278
. Antara bahagian-bahagian tersebut
adalah Bahagian Pentadbiran, Bahagian Kewangan, Bahagian Latihan, Bahagian Pinjaman Wang,
Bahagian Pengangkutan, Bahagian Perdagangan dan Perusahaan serta Bahagian Perkhidmatan
273
Laporan Tahunan MARA 2013, hlmn 23
274
Akta mara,no 20, hlm 25
275
Laporan Tahunan MARA 2013, hlmn 1
276
Majalah Alam MARA 1976, hlmn 8-9
277
Undang-undang MARA
278
Laporan Tahunan MARA 1966, hlmn 11
128
Setiap bahagian ini diketuai oleh pengarah. Pengarah akan menyelia dan menjalankan rancangan untuk
ahli-ahli bahagian MARA. Antara ketujuh-tujuh bahagian ini, lima bahagian utama iaitu, Bahagian Latihan,
Pinjaman, Pengangkutan, Perdagangan dan Perusahaan dan Khidmat Nasihat merupakan bahagian
yang bergerak dan mempunyai rancangan masing-masing. Bagi dua bahagian lagi iaitu bahagian
Penyelidikan dan Bahagian Kewangan merupakan bahagian yang memberi perkhidmatan kepada lima
bahagian MARA279
.
Banggunan MARA telah dibina pada tahun 1967. Bangunan yang dibina berfungsi untuk
menjalankan rancangan-rancangan penuh berserta cita-cita bagi membantu memperbaiki keadaan hidup
masyarakat Melayu. Semasa merasmikan banggunan MARA pada 10 Mac 1967, Tun Abdul Razak
menjelaskan:
“ Banggunan MARA yang besar dan indah ini penuh dengan semangat gerakan maju, semangat gerakan
MARA dan semangat gerakan bumiputera. Dalam banggunan ini penuh rancangan-rancangan dengan
cita-cita yang baik, penuh dengan usaha yang jujur dan ikhlas untuk menolong rakyat dan ahli Bumiputera
untuk memperbaiki keadaan hidup mereka itu280
”.
Dalam struktur pentadbiran MARA, organisasinya sentiasa berubah-ubah. Pada awal
penubuhan MARA, organisasi yang diwujudkan sangat mudah dan ringkas. Apabila MARA berkembang
seiring dengan perkembangan negara, struktur organisasinya menjadi semakin rumit dan kompleks. Pada
tahun 1987 organisasi MARA berubah lagi. MARA ditadbir oleh sebuah majlis yang dikenali oleh Majlis
MARA281
. Ahli Majlis MARA dianggotai oleh seorang Pengerusi ,Seorang Wakil Kementerian
Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Seorang Wakil dari Jabatan Perdana Menteri, Seorang Wakil
dari Perbendaharaan, Seorang Wakil dari Perbadanan Pembangunan Bandar dan Dua orang wakil
dilantik oleh Menteri dari sektor awam.
Malah, menjelang tahun 2013 organisasi pentadbirannya juga berubah. Majlis MARA
dianggotai oleh282
Seorang Ketua Pengarah MARA, Tiga Timbalan Pengerusi dan Seorang Pengarah
Kanan Majlis MARA terdiri daripada Ketua Pengarah MARA yang dibantu oleh tiga Timbalan Ketua
Pengarah idaripada bahagian keusahawanan dan pendidikan dan khidmat pengurusan dan seorang
Pengarah Kanan Bahagian Pelaburan283
. Ketiga-tiga timbalan pengarah ini mempunyai tugas masing-
masing. Bagi Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan ia bertanggungjawab untuk menggalakkan
masyarakat bumiputera terlibat dalam perindustrian. Hal ini untuk mengubah cara hidup mereka dan
membolehkan mereka untuk lebih mahir dalam sesuatu bidang.
Tugas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan pula untuk merancang pembangunan pendidikan dan latihan
untuk bumiputera. Tugas bahagian pendidikan termasuklah merancang aktiviti dan memberi pinjaman
279
BK/MARA 8, MARA secara ringkas, hlmn 11
280
Ucapan Tun Abdul Razak di Upacara membuka rasmi banggunan MARA pada 10 Mac 1966, dalam ucapan Tun
Abdul RAzak 1967, Arkib Negara, AMpang Press Sdn Bhd, 1967, hlmn 77
281
Undang-Undang Malaysia, Akta A210 Akta Majlis Amanah Rakyat ( Pindaan ), 1973, Cetakan Kerajaan, 30 Ogos
1973.
282
Laporan tahunan MARA 2013, hlmn 12-13
283
Laporan tahunan MARA 2013, hlmn 19
129
kewangan untuk pendidikan agar murid yang ingin menyambung pelajaran dapat meneruskan pengajian
mereka. Tugas Timbalan Ketua Pengarah Sektor Khidmat Pengurusan pula untuk sentiasa menekankan
pengukuhan tahap kompentasi modal insan bagi menjadikan MARA sebuah organisasi yang berteraskan
keusahawanan. Walaupun tugas ini diletakkan di bawah Timbalan Ketua Pengarah yang hanya
memegang satu sub tugas tetapi beliau perlu memantau bahagian-bahagian lain untuk melihat
perlaksanaanya. Dalam organisasi MARA, Timbalan Ketua Pengarah dibantu oleh ketua-ketua unit dan
ketua-ketua bahagian. Tugas bagi Pengarah Kanan bahagian pelaburan untuk meningkatkan keuntungan
penjanaan oleh syarikat MARA284
.
Seterusnya, MARA juga memainkan peranan dalam memberikan pinjaman kepada
masyarakat bumiputera. MARA mendapatkan pinjaman kewangan daripada Kerajaan Persekutuan.
Peruntukan tahunan yang diperolehi daripada kerajaan persekutuan disalurkan untuk bajet pengurusan,
pengoperasian, dan pembangunan285
. Ke semua peruntukan ini diberi untuk menampung perbelanjaan
sosial seperti pembinaan, pendidikan, dan keusahawanan. MARA juga memberikan pinjaman kepada
program pinjaman perniagaan. Pinjaman ini dibuat bagi memberi modal kepada para usahawan Melayu
dalam meningkatkan taraf hidup mereka. Pihak MARA juga memberikan bimbingan pengurusan, latihan,
peluang kontrak, ruang niaga dan kawasan perindustrian serta pengenalpasti projek perniagaan kepada
usahawan untuk mula meningkatkan taraf hidup mereka286
. Maka dengan adanya bantuan tersebut,
penglibatan bumiputera daripada segi aktiviti latihan keusahawanan sangat menggalakkan. Dasar
Ekonomi Baru iaitu untuk membasmi kemiskinan dengan cara penambahan peluang pekerjaan dapat
dilaksanakan. Peruntukan kewangan yang diberikan oleh MARA kepada usahawan daripada Rancangan
Malaysia Pertama sehingga Rancangan Malaysia ke-10 berbeza kerana jumlah peruntukan yang
diberikan semakin meningkat pada setiap tahun.
MARA juga memainkan peranan penting dalam membantu mencapai matlamat Dasar
Ekonomi Baru (DEB). MARA menyediakan beberapa program untuk membantu pencapaian matlamat
DEB. Melalui cara ini, program pembangunan usahawan, program pendidikan dan latihan, program
perkhidmatan dan pengangkutan dilaksanakan. Semua program yang ditawarkan ini diberikan dalam
bentuk pinjaman287
. Pinjaman yang diberikan oleh MARA haruslah digunakan untuk tujuan yang betul
kerana jika tidak kerugian terhadap diri dan MARA akan berlaku. Dalam proses penyediaan kelengkapan
ini, jelaslah bahawa MARA bersungguh-sungguh meningkatkan taraf hidup orang Melayu agar sentiasa
berkembang.
Selain memberikan pinjaman modal, MARA juga menyediakan peluang pekerjaan,
menyediakan pendidikan dan latihan keusahawanan bagi membantu usahawan bumiputera yang
menghadapi masalah dalam mengurus urusniaga mereka. Pendidikan yang diberikan sangat membantu
dalam meningkatkan pengetahuan orang Melayu khususnya yang menetap di kawasan kampung. MARA
berusaha untuk melatih anak-anak Melayu supaya mereka terdidik dalam dunia perniagaan terutamanya
bidang keusahawaan. Latihan dan bimbingan yang diberikan bertujuan untuk mewujudkan usahawan
284
Laporan Tahunan MARA 2013, hlmn 78
285
Laporan Tahunan 2013, hlmn 21
286
Ibrahim Ahmad, Jurnal Keusahawanan Bumiputera:Satu Tinjauan Terhadap Usaha MARA 1929, hlm 18
287
Majlis Amanah Rakyat, Wawasan 2020 Kemana Arah Mara? Hlmn 18
130
baru daripada kalangan bumiputera serta meningkatkan keupayaan usahawan sedia ada selaras dengan
matlamat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Melalui cara ini, MARA
menyediakan berbagai-bagai jenis kursus antaranya dengan mengadakan kursus pembudayaan
keusahawan, menganjurkan kursus untuk membolehkan individu bumiputera memulakan perusahaan
dan sebagainya.
MARA juga meningkatkan tahap hidup masyarakat dengan memberikan perkhidmatan
sosial. Dengan menyediakan perkhidmatan sosial, masyarakat luar bandar lebih mudah untuk menjalani
kehidupan seharian mereka. Perkhidmatan Kenderaan Bas RIDA sejak awal 1961 telah memainkan
peranan penting dalam pembangunan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar, khususnya masyarakat
bumiputera. Dalam Sektor Keusahawanan, Kenderaan Bas MARA (KBM) telah memberi tumpuan
kepada perkhidmatan bas berhenti-henti yang menghubungkan kawasan luar bandar dan pusat
pertumbuhan baru dengan pusat-pusat bandar. Dalam RMK ke-10, peranan KBM telah menjadi tumpuan
kerajaan terhadap peningkatan akses kepada infrastruktur asas fizikal dan sosial yang berkualiti dan
mampu milik terutama kepada masyarakat luar bandar. Pada masa itu, masyarakat telah mula
membangunkan ekonomi mereka dan pada masa itu juga Bahagian Kenderaan MARA (BKN) ini penting
kerana dengan adanya BKN ini maka perkhidmatan pengangkutan kepada penduduk-penduduk di luar
bandar terutamanya bagi peneroka-peneroka FELDA dapat disediakan. Usaha ini dapat membantu
bumiputera untuk melibatkan diri dalam industri pengangkutan. Pada ketika itu, Bahagian Kenderaan
dikenali sebagai Bahagian Kenderaan RIDA dan perkhidmatan pengangkutan yang dijalankan oleh
bahagian ini dikenali sebagai Bas RIDA. Pengangkutan ini memudahkan pergerakan dan dapat
menjalankan kegiatan ekonomi secara bersama-sama tanpa mengira kaum. Pretasi perkhidmatan bas
MARA semakin meningkat saban hari. Hal ini kerana, pada 17 April 2012, MARA Liner Sendirian Berhad
(MLSB) telah didaftarkan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti harian dalam usaha menampung
perkhidmatan sosial yang dijalankan.
5.0 Perkembangan Program-Prgoram Di Bawah MARA
MARA merupakan sebuah organisasi yang penting dalam usaha membangunkan rakyat Malaysia
khususnya masyarakat Bumiputera. Pada masa kini, MARA banyak mengadakan pelbagai program demi
mengembalikan maruah peribumi dalam semua bidang khususnya bidang pendidikan, ekonomi dan
industri. Hal ini kerana, MARA ditubuhkan untuk memainkan peranan sebagai organisasi bagi mencapai
matlamat sosial daripada aspek pendidikan dan latihan MARA. Program pendidikan dan program latihan
MARA iaitu keusahawanan merupakan dua program yang sering menjalankan aktiviti dan menggerakkan
tenaga kerja agar sentiasa berjalan supaya para masyarakat terus dibantu. Kedua-dua program ini
memberi sumbangan yang banyak kerana dapat meningkatkan taraf hidup setiap lapisan masyarakat
bumiputera daripada pelajar sekolah sehinggalah kepada usahawan yang berdaya maju. Penekanan
kepada program ini amat penting kerana melalui bantuan dan pertolongan MARA,kaum bumiputera dapat
mengubah taraf hidup mereka daripada terus dibelenggu kemiskinan kepada taraf hidup yang lebih baik.
131
5.1 Latar Belakang Pendidikan MARA
Program pendidikan yang dijalankan oleh MARA memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat
bumiputera. Objektif institusi pendidikan MARA ialah untuk menambah bilangan bumiputera yang terlatih,
berkelayakan dan berkemahiran untuk mengisi keperluan sektor perdagangan dan perindustrian
negara288
. Institusi Pendidikan MARA diketuai oleh Ketua Pengarah MARA. Timbalan Ketua Pengarah
Pendidikan pula diberi tugas khas bagi pihak Ketua Pengarah untuk mengawasi institusi MARA.
Bahagian-bahagian institusi MARA termasuklah Bahagian Kemahiran, Bahagian Pendidikan, Bahagian
Pelajaran dan juga Pelajaran Komersial. Tiap-tiap bahagian ini diketuai oleh seorang Pengarah.
Setiap bahagian mempunyai peranan tertentu dalam memberi kemudahan pendidikan dan
latihan kepada masyarakat bumiputera. Pendidikan yang dianjurkan oleh MARA mempunyai perancangan
tersendiri untuk mencapai matlamat masing-masing. Walau bagaimanapun, semuanya tertakluk kepada
Ketua Pengarah MARA sebagai ketua induk organisasi MARA. Institusi Pendidikan MARA disokong oleh
bahagian Perkhidmatan MARA yang bertanggungjawab terhadap soal-soal pentadbiran harian,
kakitangan dan kewangan MARA289
. Banyak institusi pendidikan dibina bagi memberi peluang kepada
anak-anak bangsa Melayu meneruskan pembelajaran mereka. Pendidikan MARA merupakan satu usaha
yang berterusan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai keusahawanan untuk membangunkan insan holistik
dan seimbang290
. Berikut merupakan institusi pendidikan yang ditubuhkan di bawah MARA sehingga
tahun 2013 iaitu Maktab Rendah Sains Mara, Kolej Profesional Mara, Institut Kemahiran Mara, Universiti
Kuala Lumpur, Kolej Poly-Tech Mara dan GiatMara
5.2 Perkembangan Pendidikan Bawah Program MARA
5.2.1 Pendidikan Menengah Maktab Rendah Sains MARA
Peringkat pendidikan paling rendah yang melibatkan MARA ialah di peringkat sekolah menengah. Tujuan
MARA menerokai bidang pendidikan menengah bertujuan untuk mengisi kekosongan pelajar bumiputera
dalam bidang sains dan teknologi di institusi tinggi. Dengan adanya Bahagian Pelajaran Menengah,maka
tercapailah objektif MARA untuk mendidik pelajar bumiputera di peringkat awal bagi meminati bidang
sains dan teknologi. Bagi tujuan ini, MARA melalui Bahagian Pendidikan Menengah telah menubuhkan
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Tujuan pendidikan sains dan teknologi ini dilaksanakan untuk
membekalkan lebih ramai penuntut bumiputera ke peringkat yang lebih tinggi.Melalui cara inu, MARA
dapat melahirkan lebih ramai tenaga manusia yang profesional, mahir dan berkualiti dalam negara kita
ini.
288
Laporan Tahunan MARA, 2013 Hlmn 50
289
Laporan Tahunan MARA, 1975, hlmn 6
290
Laporan Tahunan MARA 2013 hlmn 52
132
Selaras dengan kehendak dan keperluan negara, sebuah institusi pendidikan menengah
yang dikenali sebagai Maktab Rendah Sains MARA telah ditubuhkan pada 1972291
. Penubuhan Maktab
Rendah Sains MARA bertujuan untuk memperlengkap kemudahan persekolahan menengah berasrama
penuh yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Inisiatif ini dilihat sebagai satu usaha untuk
memperbanyak lagi bilangan pelajar bumiputera terutamanya di kawasan luar bandar untuk maju dalam
bidang sains dan teknologi.
Rancangan pendidikan MRSM bergerak atas landasan untuk mendapatkan pelajar
bumiputera yang layak mengikuti pelajaran tinggi, khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Hasrat
untuk masyarakat bumiputera maju dalam bidang sains dan pendidikan ini tercapai apabila pendedahan
awal kepada murid Tingkatan 1 terhadap kepentingan sains dan nilai-nilai yang dapat disumbangkan
untuk faedah manusia amnya diberikan. Dengan pendedahan awal ini, MARA yakin bahawa pelajar
didikannya akan terdorong untuk menceburi profesion yang berunsurkan sains dan teknologi292
.
Maktab Rendah Sains MARA ditubuhkan sebagai salah satu pelaksanaan bagi mencapai
objektif MARA dalam bidang Latihan Pendidikan seperti yang terkandung dalam Akta Majlis Amanah Raya
Bil 20 Tahun 1966. Falsafah penubuhan MRSM berfungi untuk menimbulkan kecenderungan yang
mendalam terhadap proses saintifik dan cara mengkaji proses dalam kalangan penuntut bumiputera. Di
samping itu, falsafah ini ingin memupuk minat dan kecenderungan terhadap pengajian bercorak sains,
MRSM juga ditubuhkan bagi tujuan menyediakan pendidikan serba lengkap ke arah penbentukkan
peribadi yang menyeluruh kepada diri seseorang penuntutnya293
.
Pada tahun 1971, penubuhan MRSM yang pertama adalah di Seremban. MRSM sulung ini
menempatkan seramai 150 pelajar dan 10 orang guru294
. MRSM kedua iaitu MRSM Kota Bahru dibina
pada tahun 1973. Seterusnya pada tahun 1974 MRSM Kuantan dibina dan MRSM ini siap dibina
sepenuhnya pada tahun 1978295
. Sepanjang tahun 1970 sehingga 1980, lima buah MRSM siap dibina
dan telah menempatkan pelajar dan menawarkan peperiksaan LCE sepenuhnya dan pelajarnya
menduduki peperiksaan SPM. Menjelang tahun 1980, lima buah MRSM lagi giat dibangunkan dan ada
yang masih dalam pra pembinaan. Pada tahun 1980, jumlah murid semakin meningkat kepada 1092
orang murid di lima buah sekolah296
. Pada tahun berikutnya, pengambilan anak-anak Melayu untuk
diserap dalam pendidikan di bawah MARA semakin meningkat. Jumlah murid pada tahun 1989 bertambah
kepada 3346 orang murid297
. Pertambahan bilangan murid-murid ini menyebabkan kemudahan
infrastruktur juga semakin meningkat. Pada tahun 1989, 11 buah MRSM telah dibina bagi membantu
murid-murid yang tinggal di kawasan luar bandar.
MRSM telah berkembang dengan pesat ke arah memberi peluang kepada pelajar bumiputera yang bijak
dan kurang berkemampuan khususnya yang berasal dari kawasan luar bandar. Perkara ini selaras
291
Laporan Tahunan MARA 1971, hlmn 7
292
Prospektus Maktab Rendah Sains MARA 1977/1978, hlmn 4
293
Laporan Tahunan Mara 1971, hlmn 7
294
Laporan Tahunan Mara 1971, hlmn 7
295
Laporan Tahunan Mara 1994/1995 hlmn 7
296
Laporan Tahunan MARA 1980 hlmn 10
297
Laporan Tahunan MARA 1990 hlmn 6
133
dengan hasrat MARA yang ingin menyediakan peluang pendidikan yang baik dan bermutu tinggi untuk
anak-anak bumiputera. Disebabkan sumber manusia merupakan pendokong utama negara, kerajaan
telah meluluskan peruntukan sebanyak 457 juta dalam RMK10 bagi membiayai kos pembinaan serta
penyediaan peralatan di beberapa buah MRSM298
. MARA sentiasa cuba untuk meningkatkan taraf hidup
pelajar bagi membuka minda mereka agar sentiasa maju ke hadapan. Pembiayaan pembinaan ini sudah
bermula sejak awal penubuhan MARA lagi. Sebagai contohnya, dalam RMK 5 kerajaan telah meluluskan
peruntukan kewangan sebanyak 81 juta bagi program pembelajaran menengah di MRSM. Perkembangan
MARA dalam pendidikan ini juga diperkukuhkan di Sabah dan Sarawak dan dapat dilihat perlaksanaannya
apabila rancangan Malaysia kelima dikeluarkan. Tahun tersebut merupakan permulaan untuk usaha
membawa masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak untuk terus peka terhadap pendidikan.
Penubuhan MRSM banyak membawa kepada perubahan pada setiap tahun. Misalnya, pada tahun 2013,
sebanyak 49 buah MRSM dibina diseluruh negara dan terdapat seramai 176,631 orang pelajar yang telah
belajar di MRSM.
Pada awalnya, syarat untuk memasuki MRSM ialah seseorang pelajar perlu mendapat
keputusan cemerlang di peringkat UPSR darjah 5. Bermula pada tahun 90-an, murid perlulah cemerlang
dalam peperiksaan UPSR darjah 6. Murid perlulah aktif bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi
mereka juga perlulah aktif dalam bidang sukan. Sebelum memasuki MRSM, murid-murid perlu menghadiri
temuduga untuk memastikan kebolehan dan keupayaan mereka. Hal ini penting untuk melahirkan pelajar
yang aktif dan pelajar yang boleh melonjakkan diri untuk berjaya kehadapan. Selain itu, kebolehan yang
ada dalam diri perlulah diasah supaya mereka boleh meningkatkan taraf hidup mereka sendiri apabila
besar kelak. Pada tahun 1989, sesi pengambilan murid tingkatan 1 untuk mengikuti program MRSM
dihentikan299
. Pada tahun tersebut, pengambilan pelajar dari tingkatan 4 iaitu selepas peperiksaan Sijil
Rendah Pelajaran telah diluluskan. Perkara ini berlaku disebabkan oleh pelbagai masalah yang timbul
seperti perhubungan antara keluarga, masalah emosi, kejutan budaya. Pada tanggapan mereka, bagi
pelajar luar bandar mereka perlu membuat semua keputusan sendiri. Hal ini menyebabkan mereka
mengalami kejutan terhadap diri mereka kerana sebelum ini mereka dikelilingi oleh ibu bapa untuk
membuat keputusan. Walau bagaimanapun, pengambilan semula murid tingkatan 1 untuk meneruskan
pendidikan di MRSM dibuat kembali pada tahun 90an. Hal ini kerana murid perlulah diberi pendedahan
awal bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
Kurikulum MRSM boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, pembelajaran luar bilik
darjah dan yang kedua adalah pembelajaran dalam bilik darjah. Pada permulaan penubuhan MRSM,
pelajar dibenarkan memakai pakaian bebas ke kelas tetapi selepas tahun 1979, MARA telah mengubah
polisi dengan mewajibkan pakaian seragam kepada penuntutnya300
. Bahagian pertama iaitu bahagian
luar bilik darjah. Bahagian ini meliputi semua aspek yang berjalan di maktab. Kegiatan ini perlu untuk
membantu seseorang pelajar memperkembang kebolehannya disamping dapat membentuk sifat
bertanggungjawab dan sifat kepimpinan. Aktiviti luar bilik darjah ini meliputi kegiatan Kelab Akademik,
Pakaiaan Seragam, Kelab Kesenian dan Kelab Sukan. Bahagian kedua adalah bahagian dalam bilik
darjah. Bahagian ini merupakan bahagian akademik. Pelajar akan mengikuti peperiksaan Sijil Rendah
298
Utusan 29/12/10
299
Temuramah bersama bekas pelajar MRSM tahun 1989, En Masnon
300
Prospektus Maktab Rendah Sains MARA 1977, 78 hlmn 25.
134
Pelajaran atau dikenali Peperiksaan Menengah Rendah di Tingkatan 3 dan Sijil Pelajaran Malaysia di
Tingkatan 5. Segala sukatan pelajaran ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada awalnya,
MRSM tidak banyak memperkenalkan kursus tambahan untuk pelajar. Mata pelajaran hanya ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan.
Setelah Kurikulum Lama Sekolah Menengah digantikan dengan Kurikulum Baru Sekolah
Menengah, terdapat perubahan dalam Kurikulum MRSM seperti yang dipaparkan dalam jadual 4. Banyak
kursus yang telah diperkenalkan oleh MARA sebagai kursus khas. Kursus khas MRSM ialah Kursus
Kemahiran Berfikir, Sains Komputer, Perkembangan Kerjaya, Senireka dan Keusahawanan. Kurikulum
akademik tidak mempunyai perbezaan dengan sekolah harian biasa kerana kurikulum sudah ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan .Namun, setelah sistem pembelajaran di MRSM berjalan lancar Pelajaran
Menengah menambah kursus-kursus khas. Tujuannya untuk menambah ilmu pengetahuan, sesuai
dengan matlamatnya bagi melahirkan pelajar yang cemerlang daripada segi akademik dan kesempurnaan
sahsiah.
5.2.2 Pendidikan Peringkat Tinggi
Dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan masyarakat luar bandar, MARA juga memberi peluang
kepada masyarakat luar bandar untuk mengikuti program yang dianjurkan di bawah institusi MARA. MARA
telah berjaya menubuhkan Institut Teknologi MARA, Institut Latihan MARA, Kolej Poly-Tech MARA,
GiatMARA, Universiti Kuala Lumpur, Universiti Teknologi MARA ,Penubuhan German-Malaysia Institute,
Kolej MARA, Kolej Yayasan MARA, dan Institut Perdagangan MARA.
Institusi-institusi yang dibina ini untuk memberikan latihan pendidikan secara profesional kepada anak-
anak Melayu bagi mengisi kekosongan tenaga kerja kelak. Di samping itu, kegiatan ini juga diharapkan
dapat membantu ke arah mewujudkan ramai bakal usahawan selari dengan perkembangan perindustrian
negara.
5.2.3 Pusat Giat Mara
Penubuhan institusi pendidikan yang dikhususkan kepada anak-anak bumiputera membolehkan anak-
anak bumiputera dilatih supaya mereka dapat mempelajari ilmu-ilmu dalam bidang profesional. Pada
tahap asas, MARA menyediakan Pusat Giat MARA (PGM). Pusat latihan ini mula beroperasi pada tahun
1986301
. Objektif penubuhan Pusat Giat Mara ini untuk memberi pengetahuan dan latihan teknikal kepada
masyarakat luar bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluan tempatan agar dapat
pengalaman bagi meningkatkan taraf hidup.
Sasaran PGM ini untuk memberi latihan teknikal kepada masyarakat dengan mengutamakan mereka
yang belum pernah mendapat latihan kemahiran bagi tujuan mendapat kerja. PGM menerima pelatih yang
hilang pekerjaan dan terpaksa mencari pekerjaan baru. Malah, PGM juga mencari pelatih yang ingin
menambah ilmu dalam bidang teknikal. Pelbagai kemudahan disediakan oleh PGM seperti latihan
301
Wawasan Mara ke Mana Arah? Hlmn 93
135
percuma, elaun, kemudahan menggunakan semua peralatan dan mesin-mesin, kemudahan rekreasi, sijil
kehadiran kursus PGM dan kemudahan bimbingan kerjaya setelah tamat kursus302
.
Tahap latihan di PGM berbentuk asas. Para pelatih yang berminat tanpa mengira kaum, umur akan dilatih
dalam berbagai jenis bidang. Jenis kursus yang ditawarkan berfungsi untuk menyokong dan
mempertingkatkan aktiviti setempat bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat. Maka, lulusan PGM
ini boleh menjalankan urusniaga mereka mengikut keperluan setempat dan tidak perlu mencari peluang
pekerjaan di tempat lain. Melalui kaedah ini, PGM dapat memainkan peranan ke arah membantu
menyelesaikan masalah penghijrahan belia luar bandar ke bandar303
.
5.2.4 Institut Kemahiran MARA
Pada tahun 1967, MARA menaik taraf Maktab MARA kepada Institut Teknologi MARA304
. Apabila Institut
Teknologi MARA ditubuhkan ia telah menutup peluang anak-anak bumiputera yang tidak cemerlang
akademik untuk mendapatkan latihan kemahiran. Senario ini berlaku kerana untuk memasuki ITM,
seseorang pelajar mestilah mendapat keputusan yang baik khususnya dalam peperiksaan Malaysia
Cerrificute Of Education ( MCE ) atau Sijil Peperiksaan Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian
Pendidikan.305
Bagi menampung masalah anak-anak bumiputera yang kurang cemerlang dalam bidang
akademik tetapi berminat untuk menceburi latihan industri,satu langkah bijak dilakukan oleh MARA
dengan menubuhkan Institut Kemahiran MARA.
MARA menubuhkan Institut Kemahiran MARA (IKM) dengan mendukung objektif utama
yang ingin melatih para belia bumiputera dalam pelbagai bidang kemahiran dan seterusnya
mengeluarkan tenaga pekerja yang mahir untuk mengisi keperluan negara. Bagi merealisasikan hasrat
ini, MARA telah membina Institut Kemahiran MARA pertama iaitu di Melaka pada tahun 1968306
. Pada
tahun 1968, satu gerakan mendaftar beramai-ramai bagi belia bumiputera yang memerlukan latihan
kemahiran. Pendaftaran dijalankan di seluruh negara untuk mengetahui bilangan bumiputera yang
memerlukan latihan dan bilangan mereka yang cenderung ke satu-satu bidang latihan307
. Dengan adanya
pendaftaran ini, MARA dengan secara langsung dapat memainkan peranan dengan memberi latihan
kepada masyarakat yang memerlukan latihan. Sehingga tahun 2013, banyak kejayaan-kejayaan yang
ditempa oleh IKM dan sehingga tahun 2013 terdapat 13 buah IKM di seluruh Malaysia308
.
Selaras dengan kehendak dan keperluan negara, IKM telah ditubuhkan dengan tujuan untuk
mengeluarkan lebih ramai tenaga pekerja mahir khususnya dari kalangan belia Bumiputera309
.
Rancangan penubuhan Institut Kemahiran MARA (IKM) ini merupakan satu usaha mengurangkan
penggangguran lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke tahap yang
lebih tinggi dan tidak berupaya mendapatkan pekerjaan tanpa sebarang kemahiran. Penubuhan Institut
302
Prospektus Giat Mara Malaysia, Cetakan Giat MARA, School Of Printing, Bangi, Selangor, 1998
303
Majlis Amanah Rakyat, Wawasan 2020 Ke Mana MARA, hlmn 94
304
Foto Di Pejabat MARA, Lampiran 1
305
Temu Ramah Bersama Pegawai MARA Kuala Lumpur
306
Laporan Tahunan MARA 2013, hlmn 5
307
Laporan Tahunan MARA 1967, hlmn 4
308
Laporan Tahunan MARA 2013, hlmn 57
309
Prospektus Institut Kemahiran MARA, hlmn 2
136
Kemahiran MARA (IKM) ini diharapkan dapat memberi peluang kepada belia Bumiputera menghadapi
masa depan yang lebih cerah. Penubuhan Institut Kemahiran MARA (IKM) ini menunjukkan usaha MARA
secara tidak langsung dapat memperbaiki taraf hidup Bumiputera apabila belia yang dilatih menggunakan
kemahiran masing-masing.
Kursus-kursus kemahiran yang dijalankan adalah bersifat kemahiran untuk kegunaan
semasa kepada para pelatih. Justeru itu, Institut Kemahiran MARA (IKM) menyediakan kemudahan-
kemudahan untuk melatih tenaga mahir dan separa mahir di dalam bidang teknikal ke arah memenuhi
keperluan negara serta meningkatkan lagi penyertaan dalam pekerjaan yang memerlukan kemahiran. Di
samping itu, kurikulum yang disediakan dapat membantu ke arah mewujudkan bakal usahawan, selaras
dengan perkembangan semasa perindustrian negara. Setiap IKM menyediakan kursus yang berbeza-
beza antara satu sama lain dengan kehendak setempat.
5.2.5 Institut Teknologi MARA
Selepas RIDA digantikan dengan MARA, Dewan Latihan RIDA telah diubah menjadi Maktab MARA dan
kemudiannya pada 1967 diubah kepada Institusi Teknologi MARA310
. ITM ini merupakan satu institusi
pendidikan yang tidak begitu statik. Sejarah penubuhan ITM bermula pada tahun 1956 di bawah
pentadbiran RIDA311
. Pada masa kini, ITM telah bertukar nama kepada Universiti Teknologi Malaysia
(UITM). ITM merupakan sebuah institusi pengajian tiinggi yang ditugaskan untuk memberi latihan
profesional dan separa profesional kepada pelajar bumiputera. Penubuhan institusi ini bertujuan untuk
memenuhi kekosongan tenaga kerja manusia yang dikehendaki oleh negara khususnya dalam bidang
teknologi, pentadbiran , pengurusan dan perniagaan.
Sebelum MARA ditubuhkan, salah satu tugas RIDA termasuklah menubuhkan sebuah pusat
latihan untuk melatih penduduk luar bandar dalam bidang kemahiran terutamanya sektor perniagaan dan
perdagangan. Bagi mencapai hasrat ini, RIDA telah menubuhkan Dewan Latihan RIDA312
. Dewan Latihan
RIDA merupakan salah satu institutsi pendidikan harian yang berasrama dan memberi latihan kepada
para belia bumiputera yang ingin menjalankan perusahaan dan perniagaan sebagai punca pendapatan
mereka313
.
Mulai Jun 1961, hanya pelajar-pelajar yang mendapat sijil persekolahan seberang laut
sahaja diterima masuk ke Dewan Latihan Rida314
. Syarat kemasukan ini telah menaik taraf Dewan Latihan
RIDA . Penaikkan taraf tersebut telah memberi peluang kepada pelajar yang mengambil peperiksaan
berkanun profesional British dalam bidang perniagaan dan pengurusan sahaja. Sebelum ini, kemasukan
ke Dewan Latihan RIDA terbuka kepada penduduk luar bandar dalam bidang kemahiran seperti membuat
310
Laporan Tahunan MARA 1967, hlmn 20
311
Ministry of Education, Educational Statictics of Malaysia 1970-1979, Jabatan Cetak Kerajaan, 1982, hlmn 70
312
Alam MARA, Bil 2. Mac /April, hlmn 3
313
RIDA, Annual Report 1958, hlmn 58
314
Temu Ramah Pensyarah Universiti Teknologi MARA Segamat, Mr Nathan-Menurut Mr Nathan pelajar yang
mendapat sijil pelajaran persekolahan seberang laut ini ialah mereka Peperiksaan Senior Cambridge telah mula
dijalankan sebelum Perang Dunia Kedua
137
tikar, penyapu dan sabut. Apabila kemasukan dinaik taraf, Dewan Latihan RIDA telah memperkenalkan
kursus London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) untuk golongan atasan dan pertengahan.
Dewan Latihan RIDA telah memperkenalkan kursus jangka masa pendek kepada belia-belia
yang tidak berkelayakan bagi mengikuti kursus profesional untuk diberi ilmu pengetahuan dalam bidang
perniagaan dan penyimpan kira-kira315
. Jelaslah bahawa penuntut yang mengikuti kursus profesional di
Dewan Latihan RIDA ini tidak begitu ramai kerana anak-anak bumiputera tidak layak mengikuti kursus
yang ditawarkan di Dewan Latihan RIDA kerana untuk mengikuti program tersebut mereka perlu ada
pendidikan Inggeris. Walau bagaimanapun, jumlah penuntut yang mengikuti program profesional itu
meningkat pada setiap tahun. Dewan Latihan Rida dilihat banyak membantu golongan pendidikan
Inggeris namun dalam konteks pembangunan negara, MARA banyak memberikan sumbangan dalam
usaha menjadikan pendidikan sebagai institusi yang memodenkan masyarakat bumiputera. Justeru ,
Dewan Latihan RIDA memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemajuan orang Melayu dan
bumiputera.
Selepas Kongres Ekonomi Bumiputera pertama berlangsung pada Jun 1965 , RIDA telah
dibubarkan dan digantikan kepada Majlis Amanah Rakyat ( MARA ). Berikutan dengan pembubaran RIDA,
nama Dewan Latihan RIDA telah diubah kepada Maktab MARA316
. Hal ini disebabkan oleh desakan dan
saranan ahli Kongres Bumiputera pertama yang berlangsung pada 1965. Pada tahun 1967, nama Maktab
MARA ditukar kepada Institut Teknologi MARA. Penukaran itu berkuatkuasa pada 14 Oktober 1967317
.
Struktur pentadbiran ITM ini diketuai oleh Pengarah dan bahagian-bahagian bawahnya dibantu oleh
Dekan318
. Pada awal penubuhan ITM pada 1969, terdapat sembilan buah sekolah di ITM319
. Antara
sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Perakaunan, Sekolah Komputer Sains, Sekolah Arkitek, Sekolah
Pengurusan Pentadbiran, Sekolah Sains Gunaan, Sekolah Pengurusan dan Perniagaan, Sekolah
Kejuteraan, Sekolah Pengurusan Hotel dan Sekolah Pengajian Pra-Universiti. ITM merupakan sebuah
institusi pengajian tiinggi yang ditugaskan untuk memberi latihan profesional dan separa profesional
kepada pelajar bumiputera. Penubuhan institusi ini bertujuan untuk memenuhi kekosongan tenaga kerja
manusia yang dikehendaki oleh negara khususnya dalam bidang teknologi, pentadbiran , pengurusan dan
perniagaan
Pada hari ini, ITM telah diubah setelah ITM dinaik taraf ke peringkat universiti yang dikenali
sebagai Universiti Teknologi MARA atau akronimnya UiTM. Pertukaran nama ini telah disempurnakan
oleh Perdana Menteri yang Ke-Empat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed di Stadium Melawati Shah Alam
pada 26 Ogos 1999320
.
315
Temu Ramah Bersama Pegawai MARA Kuala Lumpur, Puan Siti Khadijah
316
Berita Harian 1970-1979, hlmn 70
317
Laporan MARA 1967, hlmn 70
318
Abdullah Zakaria Ghazali, Malaysia: Tokoh Dulu Dan Kini, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1997,
hlmn 261
319
Penyata Tahunan MARA 1969, hlmn 44
320
Utusan Malaysia, 4 November 1999
138
MARA telah mendahului semua institusi pengajian tinggi dalam negeri dalam usaha melatih tenaga
profesional khususnya dalam bidang perusahaan dan perniagaan. Perkara ini dapat dibuktikan apabila
tertubuhnya RIDA ,Dewan Latihan MARA, Maktab MARA dan ITM yang lebih dikenali sebagai UiTM.
5.3 Perkembangan Program Pembangunan Usahawan
MARA sememangnya meningkatkan taraf hidup masyarakat desa melalui aktiviti keusahawanan. Selaras
dengan Dasar Ekonomi Baru, MARA terus memainkan peranan penting bagi mewujudkan dan menambah
bilangan usahawan dalam kalangan bumiputera serta meningkatkan taraf hidup mereka dalam kegiatan
perdagangan dan perusahaan. Kesemua ini bertujuan untuk melahirkan peniaga yang berjaya. Mereka
diberi latihan khidmat nasihat dan pinjaman kewangan bagi memantapkan lagi perniagaan mereka agar
setanding dengan usahawa-usahawan lain yang sudah lama melibatkan diri dalam bidang keusahawanan
ini.
Selain itu, MARA juga telah merancang latihan untuk mewujudkan satu masyarakat
perdagangan dan perusahaan dalam kalangan orang-orang Melayu dan bumiputera lain. Rancangan ini
ingin dijadikan pemacu dalam pembangunan keusahawanan melalui kewujudan khidmat latihan,
pemerkasan usahawan dan juga penyediaan-penyediaan kemudahan keusahawanan.
Kegiatan dan aktiviti pembangunan keusahawanan ini secara umumnya tertumpu kepada
usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat usahawan bumiputera yang kukuh melalui
perkhidmatan bimbingan keusahawanan, menyediakan kemudahan kredit, mengenal pasti projek
urusniaga dan penyedian tempat urusniaga. Di samping itu, MARA juga akan mengenal pasti projek-
projek perniagaan baru yang boleh dimajukan oleh MARA sendiri atau dijayakan oleh usahawan
bumiputera.
MARA sentiasa memberi tumpuan kepada industri kecil dan sederhana, perkhidmatan
pengedaran dan sebagainya. Penumpuan ini dibuat untuk memastikan usahawan yang menceburi bidang
tersebut berjaya. Mereka juga akan dibantu jika mereka mengalami sebarang masalah. Tindakan MARA
yang membantu usahawan dapat mengurangkan beban mereka dengan memberikan bantuan seperti
Bimbingan Usahawan, Program Pengwujudan dan Kemajuan Projek. Kemajuan Projek merupakan salah
satu bantuan yang dibuat oleh MARA dengan mengkaji dan melaksanakan projek yang berdaya maju
untuk diberikan kepada pengusaha. Dengan adanya bantuan ini, pembangunan keusahawanan dan para
usahawan dapat maju dan berdaya saing antara satu sama lain.
MARA juga menyediakan pinjaman perniagaan dalam bentuk kemudahan kredit dengan
syarat-syarat istimewa kepada orang-orang Melayu dan bumiputera lain untuk memulakan perniagaan.
Objektif ini dilakukan untuk mengembangkan perniagaan yang ingin dibuat. Kemudahan pinjaman yang
diberikan meliputi sektor perdagangan, pembinaan, pembuatan, perkhidmatan dan pengangkutan.
Sebelum mendapatkan pinjaman, seseorang pemohon itu haruslah dinilai melalui daya usahanya. Daya
usaha projek yang ditunjukkan perlulah dilihat daripada aspek pemasaran, bekalan, kewangan,
perdagangan, pengurusan dan lain-lain. Bagi mendapatkan pinjaman, syarat-syarat perlulah
dikemukakan seperti tujuan , jenis, kadar pinjaman dan tempoh bayaran balik pinjaman tersebut. Hal ini
sangat penting untuk dinilai agar tidak berlaku sebarang penipuan yang boleh menyebabkan kerugian.
139
Perkembangan MARA dalam sektor keusahawanan dapat dilihat melalui perkhidmatan pengangkutan luar
bandar. Bahagian Kenderaan MARA (BKN) telah ditubuhkan pada tahun 1960 di bawah Lembaga
Kemajuan Kampung dan Industri yang dikenali sebagai RIDA. Perkhidmatan pengangkutan merupakan
salah satu projek perkhidmatan sosial yang dilaksanakan oleh MARA untuk penduduk luar bandar dan
peneroka-peneroka FELDA. Projek ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada mereka bagi
membawa keluar hasil pertanian dan penternakan untuk dipasarkan di pekan-pekan kecil dan juga
bandar. Tambahan pula, Bas RIDA memberi perkhidmatan pengangkutan kepada penduduk-penduduk
di luar bandar dan seterusnya membantu bumiputera melibatkan diri dalam industri pengangkutan. Pada
ketika itu, Bahagian Kenderaan dikenali sebagai Bahagian Kenderaan RIDA dan perkhidmatan
pengangkutan yang dijalankan oleh bahagian ini dikenali sebagai Bas RIDA. Bagi mereka, perkhidmatan
KBM ini sangat berharga kerana perkhidmatan pengangkutan lain masih belum berkembang ke kawasan
mereka.
Taburan projek pengangkutan luar bandar meliputi negeri Kedah, Perak, Selangor, Melaka
dan juga Pahang. Dengan adanya perkhidmatan bas di negeri-negeri ini, maka perkhidmatan bas telah
menyediakan perkhidmatan sosial yang penting untuk penduduk luar bandar. Namun begitu, selain
memberikan bantuan kemudahan, secara tidak langsung kemajuan dalam perusahaan pengangkutan
bertambah lebih maju. Hal ini dapat dibuktikan pada 1 September 1985 apabila MARA Holdings Sdn. Bhd.
telah ditubuhkan oleh Kumpulan Kenderaan MARA Berhad (KKMB) serta lain-lain syarikat MAR.
Kemudian, ia telah diswastakan kepada NadiCorp. Sdn. Bhd. pada tahun 2000 atas usaha dan
pengalaman MARA (Kenderaan Bas MARA) dalam memberikan perkhidmatan kepada penduduk luar
bandar setelah melihat pelbagai perubahan daripada segi perlaksanaannya.
6.0 Penutup
Sejarah penubuhan dan perkembangan MARA telah dibincangkan secara teliti dan meliputi empat
bahagian utama iaitu sejarah kedudukan orang Melayu sebelum merdeka, sejarah penubuhan RIDA,
sejarah penubuhan MARA dan juga perkembangan program-program di bawah MARA.
Pada tahun 1953, seorang pejuang kebangsaan dan pengasas UMNO iaitu Allahyarham
Dato Onn bin Jaafar telah menyedari bahawa anak bangsanya masih ketinggalan di dalam berbagai-bagai
bidang khususnya di dalam lapangan ekonomi. Di atas daya usaha beliau, Lembaga Kemajuan Kampung
dan Perusahaan atau RIDA ditubuhkan bagi menyusun kembali kehidupan kampung dan meningkatkan
taraf hidup masyarakat luar bandar. Antara usaha-usaha yang dilakukan adalah dengan mendapatkan
bantuan kewangan, memberi pendidikan kepada kaum wanita dan menjalankan aktiviti perusahaan.
Walaupun dilihat masyarakat bumiputera dalam ambang perubahan dan kemajuan tetapi masyarakat
Melayu masih lagi tinggal di kampung dan mereka hanyalah lebih kepada aktiviti harian mereka. Jadi hal
ini menjadi semakin sebutan walaupun British memberikan modal tetapi mereka tetap sama duduk dalam
organisasi bawahan.
Diatas kesedaran tersebut maka, pemimpin-pemimpin orang Melayu dan ahli-ahli politik
mendesak untuk melakukan satu perbincangan dan menyamaratakan kedudukan ekonomi orang dan
140
kaum lain. Justeru itu, Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama yang diadakan pada Jun 1965 telah
membuat usul mendesak kerajaan menubuhkan satu badan yang dapat membangunkan ekonomi orang
Melayu dengan lebih cepat dan berkesan. Jadi hasil daripada kogres tersebut maka lahirlah MARA pada
1 Mac 1966. MARA telah melancarkan berbagai-bagai program untuk mempercepatkan dan
memperkembangkan kemajuan serta pembagunan orang-orang Melayu atau bumiputera yang lain.
Usaha-usaha MARA di dalam bidang pendidikan dapat disaksikan di dalam pertumbuhan institusi
pendidikan dan di sektor keusahawan, MARA juga menyediakan latihan kemahiran dan bimbingan dan
khidmat nasihat bagi ruang niaga. Kesannya ialah bilangan usahawan meningkat dengan begitu ramai.
Malahan itu juga dengan penubuhan MARA perkhidmatan sosial tidak dilupakan. Pengangkutan
disediakan oleh MARA bagi menghubungkan kawasan luar bandar ke kawasan bandar. Secara
kesimpulannya, MARA telah berjaya membawa kemajuan dan pembangunan ke bahagian luar bandar
dan seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup dan sosio-ekonomi bumiputera negara ini.
141
Bibliografi
Bahan-Bahan Rasmi
MARA, Laporan Tahunan MARA 1967
MARA, Laporan Tahunan MARA 1968
MARA, Laporan Tahunan MARA 1969
MARA, Laporan Tahunan MARA 1970
MARA, Laporan Tahunan MARA 1971
MARA, Laporan Tahunan MARA 1972
MARA, Laporan Tahunan MARA 1973
MARA, Laporan Tahunan MARA 1974
MARA, Laporan Tahunan MARA 1975
MARA, Laporan Tahunan MARA 1976
MARA, Laporan Tahunan MARA 1977
MARA, Laporan Tahunan MARA 1978
MARA, Laporan Tahunan MARA 1979
MARA, Laporan Tahunan MARA 1980
MARA, Laporan Tahunan MARA 1981
MARA, Laporan Tahunan MARA 1982
MARA, Laporan Tahunan MARA 1983
MARA, Laporan Tahunan MARA 1984
MARA, Laporan Tahunan MARA 1985
MARA, Laporan Tahunan MARA 1986
MARA, Laporan Tahunan MARA 1987
MARA, Laporan Tahunan MARA 1988
MARA, Laporan Tahunan MARA 1989
MARA, Laporan Tahunan MARA 1990
MARA, Laporan Tahunan MARA 1991
MARA, Laporan Tahunan MARA 1992
MARA, Laporan Tahunan MARA 1993
MARA, Laporan Tahunan MARA 1994
MARA, Laporan Tahunan MARA 1995
MARA, Laporan Tahunan MARA 1996
MARA, Laporan Tahunan MARA 1997
MARA, Laporan Tahunan MARA 1998
MARA, Laporan Tahunan MARA 1999
MARA, Laporan Tahunan MARA 2000
MARA, Laporan Tahunan MARA 2001
MARA, Laporan Tahunan MARA 2002
MARA, Laporan Tahunan MARA 2003
MARA, Laporan Tahunan MARA 2004
MARA, Laporan Tahunan MARA 2005
MARA, Laporan Tahunan MARA 2006
MARA, Laporan Tahunan MARA 2007
142
MARA, Laporan Tahunan MARA 2008
MARA, Laporan Tahunan MARA 2009
MARA, Laporan Tahunan MARA 2010
MARA, Laporan Tahunan MARA 2011
MARA, Laporan Tahunan MARA 2012
MARA, Laporan Tahunan MARA 2013
Penyata Tahunan RIDA
Parlimentary Debate, Dewan Rakyat, Cetakan Kerajaan 1965
Laporan RIDA 1952
Laporan RIDA 1954
Laporan RIDA 1955
Laporan RIDA 1956
Public Relation Unit, Majlis Amanah Rakyat, Wawasan 2020, Ke Mana Arah MARA?
Akhbar/Majalah
Utusan Malaysia 6 Jun 1965
Akhbar berita Harian 6 Jun 1965
Utusan 29/12/10
Utusan Malaysia, 4 November 1999
Alam MARA(Majalah), Majlis Amanah Rakyat
Latihan Ilmiah
Ho Hon Choong, “Sejarah Penubuhan dan Perkembangan MARA”Latihan Ilmiah Bahagian Ilmu
Kemanusian, sesi 1991/1992, Universiti Sains Malaysia.
Ibrahim Ahmad, Jurnal Keusahawanan Bumiputera:Satu Tinjauan Terhadap Usaha MARA 1929
Temu Bual dengan Responden.
Bil Nama Jawatan Bekas Pelajar Tarikh Temubual Catatan
1 En Masnon Guru MRSM Muar 20/12/2014
2 Siti Khadijah Pegawai MARA Kuala
Lumpur
Pegawai MARA
Kuala Lumpur
18/02/2015
3 Saedah Bt Ismail Pegawai MARA
Cawangan Muar
Pegawai MARA
Daerah
11/12/2014
4 Bayu Bin Zakaria Pegawai MARA Negeri
Kuala Lumpur
Bahagian
Pendidikan
18/02/15
Rujukan Buku
Just Faaland, DEB: Pertumbuhan dan Ketaksamaan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991.
Buyung Adil, Sejarah Perak, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1981, Kuala Lumpur.
Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar: Pengasas Kemerdekaan
143
Ho Hon Choong, “Sejarah Penubuhan dan Perkembangan MARA.
Raja Muhammad Afendi, Persatuan Awam Di Malaysia, Dewan Bahasa Dan .Pustaka. 1992,
Mahathir Mohamad, The Malay Dilemma , Donald Moore for Asia Pasific Press, Singapore, 1970
Ungku Aziz, Jejak-jejak di Pantai Zaman, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991
Majlis Amanah Rakyat, Wawasan 2020 Kemana Arah Mara?, Majlis Amanah Rakyat.
Abdullah Zakaria Ghazali, Malaysia: Tokoh Dulu Dan Kini, Penerbit Universiti Malaya
144
PENUBUHAN DAN PERANAN JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH 1995 – 2010
SHARIFAH NUR ATIQAH BINTI SYED GHALIB
1.0 Pengenalan
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Konsep zakat tidak boleh disamakan dengan
cukai seperti mana yang diamalkan oleh pemerintah dalam kebanyakan negara pada hari ini. Zakat juga
satu bebanan yang harus dipikul oleh orang-orang Islam meskipun ianya merupakan kewajipan ke atas
mereka seperti yang telah ditetapkan di dalam rukun Islam. Namun begitu, zakat wajib ditunaikan
sekiranya individu tersebut berkemampuan seperti syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam Islam.
1.1 Definisi Zakat
Secara umumnya pengertian zakat dapat dibahagikan kepada dua iaitu pengertian dari sudut bahasa dan
istilah. Menurut Lisan al-Arab, definisi zakat dari segi bahasa ialah bersih, subur, berkat dan suci.
Manakala Abu Muhammad bin Qutaibah berpendapat bahawa zakat bermakna suci, subur dan
bertambah.
Zakat berasal daripada bahasa arab iaitu ‘zaka’ yang membawa erti subur, berkat dan
bertambah kebaikan. Di dalam bahasa Arab dusebut ‘zaka-uzzara’ yang bererti suburnya tanaman dan
‘zaka-unnafnakah’ yang bermaksud berkatnya harta. Zakat juga bermaksud membersihkan iaitu bukan
sahaja membersihkan harta tetapi juga membersihkan diri pengeluar zakat.321
Al-Sayyid Sabiq, seorang tokoh ulama Arab berpendapat bahawa zakat dari segi bahasa
ialah nama bagi barang yang diberikan oleh manusia yang lebih mampu kepada fakir dan miskin. Ini
adalah kerana dengan mengeluarkan zakat seseorang itu akan mengharapkan keberkatan, kebersihan
jiwa dan bertambah kebaikan. Ia diambil daripada perkataan ‘zakat’ iaitu bersih, subur dan berkat.
Terdapat berbagai-bagai takrif yang telah untuk pengertian zakat dari segi istilahnya.
Menurut Sheikh Muhammad Syarbini Al-Khatib mengertikan zakat sebagai nama bagi kadar tertentu dari
harta yang tertentu. Penjelasan ini adalah konsep zakat ialah pemberian sebahagian daripada harta
manusia yang mempunyai kemampuan kepada golongan yang telah ditentukan dengan kadar yan telah
ditetapkan.
Seterusnya, Dr, Yusuf Qardawi dalam kitabnya berpendapat bahawa pengertian zakat dari
segi istilah ialah sebahagian harta yang ditentukan oleh Allah untuk mereka yang berhak menerimanya
dengan syarat-syarat tertentu atau kadar tertentu daripada nisab yang telah ditetapkan oleh syariat Islam
sama ada dengan wang, buah-buahan , tanam-tanaman mahupun biji-bijian yang mana semua itu
menjadi tuntutan syarat supaya dikeluarkan zakat.
321
Abu Bakar Jabir, Himpunan Hukum-Hukum Zakat untuk Jabatan Zakat Negeri Kedah, 1999, hlm. 1.
145
1.2 Perbezaan Konsep Zakat dan Baitul-Mal
Secara umumnya, institusi zakat adalah sebuah badan pengurus zakat yang dilantik oleh sebuah
pemerintah Islam di sesebuah negeri atau negara berkenaan yang akan mengelolakan hal ehwal kutipan
dan agihan zakat serta segala berkaitan dengan asnaf zakat. Dalam kalimah yang lain, institusi zakat juga
dikenali sebagai institusi amil. Di Malaysia dikenali sebagai pusat zakat,lembaga zakat dan jabatan zakat
negeri.
Baitulmal pula diterjemahkan sebagai tempat menyimpan pelbagai jenis harta negara Islam.
Dalam definisi lebih tepat, baitulmal adalah institusi harta dan kewangan induk dalam sesbuah negara
Islam. Harta yang terkumpul di dalamnya merupakan khazanah yang dimiliki oleh semua rakyat yang
tinggal dan menetap di bawah naungan sesbuah kerajaan Islam. Terdapat dua jenis sumber yang
dimasukkan ke dalam baitulmal iaitu harta khas, harta am, harta percukaian dan harta kebajikan. Harta
khas adalah seperti zakat harta dan zakat fitrah manakala harta am ialah harta kerajaan seperti fai’ (harta
rampasan setelah musuh menyerah diri), ghanimah (rampasan perang) dan ma’adin (galian berharga
seperti petroleum). Harta percukaian ialah kharaj (cukai tanah), ‘usyur (cukai perdagangan), jizyah
(individu), sulh al-jizyah (cukai perlindungan) dan lain-lain bentuk cukai kerajaan. Harta kebajikan pula
ialah harta wakaf, pewarisan, nazar, sedekah dan lain-lain.
Penerima atau orang yang berhak menerima manfaat daripada baitulmal adalah seluruah
rakyat di dalam negara berkenaan termasuklah orang-orang bukan Islam yang mendiami negara itu. Di
dalam perkara ini bermaksud penggunaan dana dari Baitul-Mal adalah meluas dan mencakupi pelbagai
manfaat untuk kebajikan serta pembangunan fizikal negara. Oleh itu, dana baitulmal boleh digunakan
untuk membina masjid, jalan raya, sekolah, menyelenggara keperluan kesihatan dan sebagainya
termasuk menyediakan kelengkapan perang dan pertahanan negara.
Perkara ini berbeza sekali dengan zakat kerana hanya umat Islam sahaja yang perlu
menunaikan kewajipan membayar zakat dan agihannya juga hanyalah untuk orang Islam. Zakat
merupakan rukun Islam yang tidak diwajibkan ke atas orang bukan Islam yang layak mendapat bantuan
mengikut agihan asnaf yang ditetapkan oleh syara’.322
1.3 Pembahagian Zakat
Zakat di dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Setiap jenis zakat yang
ditentukan ini mempunyai kadar-kadar yang telah ditetapkan dan perkara inilah yang membezakan
konsep zakat dan sedekah. Sedekah tidak ditentukan jumlah yang perlu diberia dan seseorang indirvidu
tersebut boleh memilih untuk menghulurkan bantuan ataupun tidak. Sedekah juga boleh dihulur pada bila-
bila masa dan di mana-mana sahaja. Perkara ini berbeza sama sekali dengan zakat kerana zakat
merupakan rukun Islam yang kelima dan wajib ditunaikan.
322
Keratan Akhbar Utusan bertarikh 29 Jun 2012, Perbezaan Pusat Zakat dan Baitul Mal, Arkin Negara Malaysia.
146
1.3.1 Zakat Fitrah
Zakat fitrah diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun kedua Hijrah. Hukumnya wajib ke atas diri setiap
orang Islam, kecil atau dewasa, lelaki atau perempuan, hamba atau merdeka.
Wajib atas seseorang itu mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya dan keluarganya iaitu
orang yang wajib ke atasnya menanggung nafkah seperti anak, isteri, hamba dan lain-lain lagi dengan
syarat makanannya pada hari raya.323
Hikmatnya ialah untuk menyucikan diri orang-orang yang berpuasa
dari perbuatan dan percakapan keji dan untuk member makan kepada orang miskin.
Tempoh masa bayangannya ialah awal bulan Ramadhan sehingga pagi Syawal iaitu tempoh
masa sebulan Ramadhan. Masa yang sunat ialah pagi 1 Syawal sebelum solat hari raya. Kadarnya ialah
sa atau satu gntung Baghdad. Zakat fitrah boleh dikeluarkan dari jenis barang makanan dengan syarat
ianya adalah makanan asasi sesebuah negeri yang mengenyangkan seperti tamar,barli, gandum dan
beras. Walau bagaimanapun, Imam Abu Hanifah mengharuskan zakat fitrah dikeluarkan dalam bentuk
nilaian wang yang dikira mengikut kadar harga barang makanan asasi sesebuah negeri.
1.3.2 Zakat Harta’
Terdapat 5 jenis harta yang wajib dikeluarkan zakat iaitu :
i) Zakat Binatang Ternakan
ii) Zakat Emas dan Perak
iii) Zakat Barang Perniagaan
iv) Zakat Pertanian
v) Zakat RIkaz dan Galian
Selain daripada jenis-jenis harta yang telah disebutkan, terdapat jenis-jenis harta lain yang telah
disepakat oleh ulama kerana harta tersebut menepati syaratnya. Menurut ulama Mazhab Hanafi harta
kekayaan ialah segala harta yang daoat dimiliki dan dimanfaatkan menurut kebiasaan masyarakat seperti
gaji bulanan, wang simpanan dan lain-lain.
i) Zakat Binatang Ternakan
Zakat binatang ternakan ialah zakat yang dikenakan ke atas binatang-binatang yang diternak
daripada jenis lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan unta apabila senmpurna syarat-syaratnya. Syarat
Zakat Ternakan ialah syarat diwajibkan zakat ke atas binatang-binatang ternakan ialah “Saaimah” ertinya
binatang-binatang itu dipelihara di padang ternakan bebas. Binatang-binatang yang dipelihara bagi tujuan
membantu kerja seperti lembu yang dipelihara untuk mengangkat barang-barang atau untuk membajak
sawah tidak diwajibkan zakat. Nisab hendaklah berkekalan di sepanjang haul. Nisab zakat lembu ialah 30
323
Abu Bakar Jabir, op. cit, hlm. 3.
147
ekor dan kambing 40 ekor. Tidak dikenakan zakat bagi bilangan yang lebih daripada kadar nisab yang
pertama tetapi belum sampai kadar yang kedua dan begitulah seterusnya.324
ii) Zakat Emas dan Perak
Emas dan perak adalah logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi
yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala
sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang
hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk
wang atau kepingan, bekas bejana, cenderamata, ukiran atau perhiasan. Zakat diwajibkan ke atas pihak
yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.
Sebagaimana diketahui umum, sejak dari dahulu sampai sekarang emas dan perak merupakan
logam yang sangat berharga dan menjadi sumber kekayaan seseorang. Oleh itu, menurut pandangan
Islam, ia mesti dikenakan zakat sama seperti sumber-sumber kekayaan yang lain. Syarat-sayrat wajib
zakat emas ialah pemiliknya Islam, cukup nisab, cukup haul setahundi dalam milik mengikut kiraan tahun
Hijrah dan hak miliknya yang sempurna tanpa sebarang percanggahan.
iii) Zakat Perniagaan
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada
berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan
dan sebagainya dengan tujuan diperniagakan. Bentuk-bentuk perniagaan persendririan, perniagaan
perkongsian sesama Islam dan sebagainya.
Syarat-syaratnya ialah pengeluar zakat beragama Islam, perniagaan adalah kepunyaan mutlak,
nilai menjalankan untuk mendapatkan rezeki yang halal serta cukup haul dan nisab untuk tahun tersebut
mengikut kalendar Hijrah.
iv) Zakat Pertanian
Para fuqahak berbeza pendapat tentang jenis jenis tahaman yang wajib dikeluarkan zakat. Imam
Malik dan Syafie berpendapat bahawa tanaman yang wajib dikeluarkan zakat ialah tanaman yang
mengenyangkan, bole disimoan dan dikeringkan seperti padi, gandum, sekoi, jagung, barli dan jenis
kacang yang merupakan makanan asasi sebuah negeri. Jika di negeri Kedah tanaman yang wajib
dikeluarkan zakat ialah padi. Zakat tanaman tidak disyaratkan haul (timbangannya). Tanaman dikeluarkan
zakat apabila selesai waktu memungut pada setiap musim. Tanaman yang diairi secara langsung dari air
hujan zakatnya 10% tetapi tanaman itu diairi dengan menggunakan peralatan atau tenaga manusia
zakatnya 5% sahaja.
v) Zakat Rikaz dan Galian
Rikaz ialah harta benda yang terpendam di alam tanah yang ditanam oleh orang-orang dahulu kala
pada zaman jahiliah atau dikenali sebagai harta karun. Mengenai zakat galian ulama’ mempunyai
324
Ibid, hlm. 4.
148
pendapat yang berbeza. Menurut Imam As-Syafie hanya membenarkan emas dan perak sahaja dan
pendapat ini merupakan pendapat yang terkuat.325
Tentang nisab pula, zakat rikaz ialah sebanyak 5%
dan zakat galian 2.5% mengikut nisab emas dan perak. Menjelang tahun 2000, terdapat tiga lagi zakat
baru yang diperkenalkan iaitu zakat pendapatan, zakat saham dan zakat KWSP.
1.4 Asnaf yang Berhak Menerima Zakat
Asnaf atau golongan yang berhak menerima zakat telah ditentukan oleh syariat Islam dan terdiri daripada
8 golongan iaitu fakir, miskin, muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil (musafir), fi sabilillah
(orang yang mendekatkan diri dengan Allah), serta amil.
Fakir ialah orang yang tidak mempunyai harta dan pekerjaan untuk keperluan hidupnya dan
keluarganya. Sekiranya terdapat pekerjaan namun pendapatannya tidak sampai separuh daripada
keperluannya. Asnaf miskin pula ialah orang yang mampu bekerja mencari nafkah sehari-hari tetapi tidak
mencukupi untuk keperluan harian. Pendapatannya hanya separuh atau lebih sedikit tetapi belum
mencukupi keperluannya.
Golongan muallaf pula ialah orang-orang yang baru memeluk agama Islam atau cenderung untuk
mendalami Islam. Amil pula merupakan golongan yang ditugaskan oleh pemerintah atau wakilnya untuk
mengurus, mengumpul dan membahagikan zakat. Bahagian zakat diberikan kepada mereka sebagai
menghargai susah payah dan jasa mereka semasa menjalankan tugas-tugas tersebut. Amil hendaklah
menepati syarat yang terdiri daripada seorang lelaki Islam yang merdeka, adil dan beramanah.
Al-Gharimin (orang yang berhutang) ini termasuk dalam golongan orang yang berhutang untuk
sesuatu keperluan yang tidak berunsur maksiat untuk dirinya sendiri, atau kegunaan umum sepertu
sebuah keluarga yang tidak mempunyai makanan pada hari tersebut atau mendirikan masjid, hospital dan
sebagainya. Ibni Sabil (musafir) bermaksud orang-orang musafir yang kehabisan bekalan, wang ringgit
atau keperluan di dalam perjalanan yang bukan bertujuan maksiat. Bantuan ini sekadar membolehkan
mereka selamat balik ke negerinya walaupun ianya kaya di negerinya sendiri.
Fi Sabilillah pula ialah jalan untuk mendekatkan diri dengan Allah baik berupa ilmu pengetahuan
atau amalan. Konsep Fi Sabilillah ini pada zaman dahulu ialah berperang di jalan Allah. Bahagian zakat
ini diberikan kepada tentera sukarela yang tidak mendapat gaji daripada pemerintah. Setelah berlakunya
perubahan zaman, makna Fi Sabilillah juga termasuk mereka yang berjuan untuk mendalami
pengetahuan.
Dalam konteks itu zakat digunakan untuk membiayai sekolah-sekolah yang mengajar pengetahuan
agama dan lain-lain untuk kepentingan masyarakat. Dalam konteks ini perlulah diberi bantuan kepada
guru-guru agama selama mana mereka tidak mendapat sumber pencarian yang lain.
325
Ibid, hlm. 7.
149
1.5 Hikmah Zakat
Menunaikan zakat sebagai suatu kewajipan sebagai seseorang yang beragama Islam mempunyai
hikmahnya yang tersendiri. Kita dapat melihat hikmahnya dari berbagai sudut seperti kerohanian zakat
dapat membersihkan jiwa orang-orang kaya dari perasaan bakhil, kedekut dan tamak haloba terhadap
harta dunia.326
Zakat juga dapat membersihkan jiwa orang-orang miskin dari perasaan dendam terhadap
orang-orang miskin dari perasaan dendam terhadap orang-orang yang hidup mewah seterusnya
mengelakkan situasi yang kaya menjadi semakin kaya dan miskin semakin tertindas tanpa mendapat
sebarang pembelaan.
Dari segi sosial pula, zakat adalah asas pembentukan masyarakat bersatu padu kerana ia
melahirkan rasa insaf, mengambil berat dan bantu membantu dalam kalangan anggota masyarakat.
Mereka akan lebih cakna dengan kehidupan bermasyarakat dengan memberi perhatian terhadap
permasalahan ekonomi masyarakat di sekeliling mereka dan menghulurkan zakat sebagai cara untuk
meringankan beban. Zakat juga dianggap sebagai satu kewajipan sosial berbentuk ibadat yang
menghubungkan kesyukuran dan kepatuhan umat Islam kepada perintah Allah.
Di dalam ekonomi negara, zakat berfungsi di dalam pengagihan semula harta kekayaan
Negara kepada yang miskin serta dapat meningkatkan produktiviti masyarakat dan Negara. Zakat juga
merupakan sumber kewangan yang penting bago sesbuah negara Islam amnya.
2.0 Pentadbiran Agama Islam di Kedah
Sebelum membincangkan lebih lanjut mengenai kajian ini, gambaran ringkas mengenai pentadbiran
agama Islam di Kedah akan diterangkan terlebih dahulu.
2.1 Agama Islam dan Raja Sebagai Ketua Agama
Agama Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan. Menurut Perlebagaan Persekutuan, pentadbiran Hal
Ehwal Agama Islam adalah di bawah kuasa negeri-negeri.327
Kerajaan negeri berkuasa menggubal
undang-undang dan memelihara kesucian dan kesejahteraan umat Islam di negeri masing-masing.
Namun kebebasan ini terbatas selagi ianya tidak bercanggah dengan peruntukan di dalam Perlembagaan
Persekutuan atau undang-undang tubuh kerajaan itu sendiri.
Menurut Seksyen 33A, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, agama yang
diamalkan di negeri ini ialah agama Islam Ahli Sunnah Waljamaah. Akan tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan oleh penganutnya dengan aman damai tanpa sebarang gangguan. Undang-undang Tubuh
Kerajaan Negeri Kedah juga memperuntukkan bahawa raja adalah ketua agama dan Majlis Agama Islam
326
Ibid, hlm. 2.
327
Perkara 3 (2), Perlembagaan Persekutuan, International Law Book Services, Kuala Lumpur, 1988.
150
Kedah hendaklah menolong dan mensihati raja menurut undang-undang tersebut.328
Dengan ini jelaslah
bahawa raja atau Sultan merupakan kuasa tertinggi di dalam pentadbiran Islam di negeri Kedah.
2.1.1 Majlis Agama Islam Kedah (MAIK)
Seperti negeri-negeri lain dalam Malaysia, di negeri Kedah juga terdapat satu badan yang bertugas untuk
mentadbir hal ehwal orang-orang Islam di negeri ini yang dinamakan Majlis Agama Islam. MAIK
ditubuhkan menurut peruntukan di bawah seksyen 33B dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri
Kedah untuk menolong dan menasihati sultan dalam perkara-perkara yang bersangkut paut dengan
agama Islam.329
Antara salah satu tanggungjawab besar Majlis Agama Islam Kedah yang berkait rapat
dengan pengurusan zakat ialah mempergiatkan aktiviti-aktiviti di bidang ekonomi dengan membentuk satu
sistem yang cekap dan berkesan untuk mentadbir dan mengurus harta-harta baitulmal.
2.1.2 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Majlis Agama Islam bertindak membuat dasar-dasar dan polisi tertentu manakala Jabatan pula
melaksanakan apa yang telah diputuskan Majlis. Walaupun Yang Dipertua Jabatan, namun begitu tidak
berlaku pertindihan tugas kerana jabatan mempunyai unit-unit tersendiri untuk menjalankan aktiviti-
aktivitinya.
Bahagian-bahagian tersebut termasuklah Baitulmal/Wakaf, Penerangan Dakwah,
Pentadbiran/Kewangan, Pelajaran Agama, Perundangan dan Penguatkuasaan. Urusan pentadbiran
kemudiannya dikembangkan ke peringkat daerah-daerah. Di peringkat daerah pula pelaksanaan
pentadbiran Islam dijalankan oleh kadi-kadi daerah yang mempunyai pejabat kadi masing-masing dan
seterusnya pada peringkat kampung diwakili oleh imam-imam dan jawatankuasa kariah.330
Dengan ini jelaslah bahawa Majlis dan Jabatan mempunyai tanggungjawab yang amat
besar untuk mengembangkan syiar Islam dan memelihara keamanan dan kesejahteraan umat Islam.
Semua aktiviti keagamaan seperti pendidikan, penguatkuasaan undang-undang, penyebaran dakwah,
mengurus harta-harta orang Islam, perkahwinan dan sebagainya adalah menjadi perhatian Majlis. Semua
rakyat mengharapkan agar Majlis yang memegang kuasa yang lebih tinggi dalam pentadbiran agama
Islam di Kedah dapat menjalankan tugasnya seperti yang telah digariskan dan tidak tunduk kepada mana-
mana pihak yang tidak ingin melihat perpaduan umat Islam di Kedah bersatu.
2.2 Sejarah Penubuhan Jawatankuasa Jabatan Zakat Negeri Kedah
Jabatan Zakat Negeri Kedah telah ditubuhkan pada tahun 1361 Hijrah bersamaan 1942 Masihi dengan
perintah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Rejen (Al Marhum Tengku Mahmud Ibni Al Mahum Sultan Ahmad
Tajudin) nenekanda kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Muadzam
Shah.331
Tujuan penubuhan jabatan zakat ini pada peingkat awalnya adalah untuk melaksanakan
328
Seksyen 33 (B) 1, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.
329
Ibid.
330
Shatirah Bakar, Pejabat Zakat Negeri Kedah : Struktur Organisasi dan Peranannya, 1990, hlm. 39.
331
Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Laporan Ringkas Pentadbiran dan Aktiviti Pejabat Zakat Negeri
Kedah1976-1980, hlm. 1.
151
kewajipan rukun Islam yang keempat iaitu wajib manunaikan zakat bagi umat Islam yang mampu dan
tanggungjawab menubuhkan jabatan zakat sebagai tempat untuk mengendalikan proses kutipan dan
agihan zakat adalah di bawah tanggungjawab pemerintah.332
Jabatan Zakat Negeri Kedah merupakan jabatan yang mengendalikan kutipan dan agihan zakat
di negeri Kedah mengikut syarat-syarat dan kadar-kadar yang telah ditetapkan. Kedudukan Jabatan Zakat
Negeri Kedah agak menarik jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Hal ini adalah kerana
Jabatan Zakat Negeri Kedah ditadbir secara berasingan tanpa digabungkan di bawah satu pentadbiran
dengan Majlis Agama Islam Negeri Kedah atau Baitul-Mal.
Perkara ini merupakan keunikan dan keistimewaan Jabatan Zakat Negeri Kedah yang telah
diiktriaf statusnya sebagai sebuah jabatan yang mempunyai struktur organisasinya yang tersendiri jika
dibandingkan dengan Pusat Kutipan Zakat di negeri-negeri lain.333
Pusat Kutipan Zakat di Kedah telah
diiktiraf sebagai jabatan kerana mereka mengendalikan sendiri proses kutipan dan agihan zakat tersebut
jika dibuat perbezaan dengan Pusat Kutipan Zakat Negeri yang hanya berhak menjalankan proses
pengutipan zakat dan proses pengagihan dijalankan oleh pihak Baitul-Mal.334
Jabatan Zakat Negeri Kedah
merupakan satu-satunya pusat kutipan zakat yang telah diperakukan statusnya sebagai sebuah jabatan
di Malaysia.
Pada peringkat awal penubuhan Jabatan Zakat ini, kutipan zakat adalah dibuat secara sukarela
sehinggalah kepada tahun 1374 Hijrah (1955) barulah satu Undang-undang Zakat Negeri Kedah No. 4
Tahun 1374 yang mensyaratkan supaya sebuah Jawatankuasa Zakat ditubuhkan untuk mentadbir dan
menjaga hal ehwal urusan berkaitan zakat di negeri Kedah.335
Oleh itu, pada tahun te rsebut, undang-
undang zakat negeri Kedah yang dikenali sebagai Enakmen Zakat Tahun 1374 (1955) telah dilaksanakan
atas perkenaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Sehubungan itu, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah telah
dilantik bagi mengendalikan urusan urus tadbir zakat dan sebuah jabatan pelaksana ditubuhkan dan
dinamakan sebagai Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK) dan diketuai oleh seorang
Setiusaha.
2.2.1 Perkembangan Jabatan Zakat Negeri Kedah
Pada peringkat awal penubuhan Jabatan Zakat, kutipan yang dibuat adalah secara sukarela. Tidak ada
paksaan ke atas orang-orang yang enggan mengeluarkan zakat kepada Jabatan Zakat dan tidak
ditentukan kadar-kadarnya. Pada waktu itu hanya terdapat satu peraturan yang tidak berkuatkuasa
undang-undang untuk mengatur kutipan zakat. Peraturan tersebut dinamakan “Perhimpunan Rial Zakat
dan Sedekah Orang-orang Islam Negeri Kedah” yang dibuat pada tahun 1355 Hijrah (1936).
Kebiasaannya masyarakat Islam pada masa itu lebih cenderung untuk memberikan zakat mengikut tradisi
332
Shatirah Bakar, op. cit. hlm. 40.
333
Temubual dengan Pegawai Korporat Jabatan Zakat Negeri Kedah, En. Hambali Mohd. Puat, pada 1 Mac 2015,
jam 10.00 pagi.
334
Ibid.
335
Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, op. cit, hlm 1.
152
dari generasi sebelumnya iaitu guru-guru agama, imam-imam, guru-guru pondok yang dihormati dan
disegani masyarakat kampung.336
Pada sekitar tahun 1936 sehingga 1955, pihak yang menguruskan zakay pada masa itu
dinamakan Komiti Agung dan Komiti Jajahan. Komiti Agung menguruskan pentadbiran zakat di peringkat
negeri manakala Komiti Jajahan menguruskan zakat di peringkat negeri manakala Komiti Jajahan
menguruskan zakat di peringkat daerah dan kampung-kampung. Setelah tertubuhnya Enakmen Zakat
Tahun 1374 Masihi (1955), kutipan zaka dibuat secara berperingkat. Kutipan zakat tidak dibuat
sepenuhnya kerana pihak pemerintah ingin melaksanakan kewajipan secara berperingkat-peringkat dan
tidak mahu memberikan beban kepada rakyat. Dengan cara ini rakyat dapat memberikan kerjasama yang
baik dan tidak merasakan bahawa undang-undang yang dikuatkuasakan adalah paksaan kepada mereka.
Seterusnya, jika kita lihat kutipan zakat terbesar di negeri kedah adalah datang dari sumber
perolehan padi yang merupakan hasil keluaran utama negeri ini. Pada tahun 1955, pihak pengusaha
sawah-sawah padi ini diminta membayar zakat sebanyak 4/8 (1/2) daripada hasil tuaian mereka.337
Namun begitu, pada tahun 1961, didapati terdapat permasalahan yang berlaku. Di dalam laporan Penyata
Zakat Kedah 1961, didapati orang-orang Islam yang mengusahakan bendang-bendang semakin banyak
4/8 sedangkan kadar permintaan bantuan semakin meningkat. Hal ini berlaku disebabkan oleh
kebanyakan pengusaha sawah padi pada masa itu kurang kesedaran tentang kewajipan berzakat. Oleh
sebab itu, berlaku masalah tanah-tanah bendang yang baru dibuka tidak didaftarkan di dalam bancian
dan perkara ini tidak dapat dicegah kerana masih belum ada undang-undang baru yang diwartakan pada
tahun tersebut.338
Tindakan segera telah diambil dengan meminda undang-undang zakat sedia ada. Undang-
undang Zakat Tahun 1955 telah dibatalkan dan diganti dengan Undang-undang Zakat Pindaan Tahun
1961. Kutipan zakat adalah sepenuhnya bagi pengusaha padi iaitu 8/8 iaitu dipungut sepenuhnya supaya
dapat menampung permintaan kadar bantuan yang semakin meningkat saban tahun.339
Duli Yang Maha
Mulia Sulyan Kedah Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Al Marhum Sultan Badli Shah telah
menurunkan titah perintahnya pada hari Jumaat 24 Ogos 1962 yang telah meluluskan undang-undang
yang membolehkan Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah mengutip kesemua zakat padi di negeri Kedah
dan mengenakan hukuman ke atas mereka yang tidak mengikut peraturan tersebut yang berkuatkuasa
pada tahun 1962. Tuanku Sultan meluluskan pindaan ke atas undang-undang zakat ini supaya
Jawatankuasa Zakat dapat mempertingkatkan lebih banyak bantuan kepada asnaf-asnaf.
Menurut undang-undang baru ini juga hanya zakat padi sahaja yang dipungut kerana
kebanyakan penduduk negeri Kedah menanam padi sebagai mata pencarian dan tidak disebut zakat-
zakat harta yang lain. Oleh itu, pada tahun 1962, setelah menyelesaikan masalah pada tahun
336
Masrina Jasin. Sejarah Penubuhan Jabatan Zakat Kedah 1994, hlm 23.
337
Ibid.
338
Laporan Penyata Zakat Kedah Tahun 1961, hlm. 10.
339
Ibid.
153
sebelumnya, Jabatan Zakat Kedah telah merangka perancangan yang lebih teratur dan sistematik di
dalam struktur pentadbirannya.
Setelah pentadbiran zakat mengalami perubahan dan kemajuan beberapa pindaan dan
tambahan dibuat, iaitu pada tahun 1982 dan 1987. Enakmen zakat pindaan ke empat tahun 1987 telah
memperuntukkan Jawatankuasa boleh mengadakan kontrak-kontrak untuk membekalkan barang-barang
atau bahan-bahan mentah untuk menjalankan kerjayanya, membuat tender-tender atau perusahaan,
perkhidmatan, perdagangan, membeli tanah dan mendirikan bangunan. Tambahan dibuat berdasarkan
perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan hasil zakat yang semakin bertambah.
Perkembangan Jabatan Zakat Negeri Kedah di awal penubuhannya kurang sistematik dan
setelah berlakunya beberapa pindaan dalam undang-undang zakat pertambahan kutipan dan agihan
setiap tahun semakin meningkat. Jabatan Zakat Negeri Kedah telah meningkatkan mutu perkhidmatan
mereka saban tahun untuk mendapatkan sambutan daripada orang ramai membayar zakat. Hasil usaha
dan inisiatif yang diambil oleh pihak berkuasa Jabatan Zakat Kedah dari semasa ke semasa telah dapat
membuka mata masyarakat dan menyedarkan mereka betapa pentingnya amalan berzakat ini yang
akhirnya kini hasil pungutan zakat yang ditunjukkan oleh Jabatan Zakat Kedah amat menggalakkan.
2.2.2 Perhimpunan Rial Zakat dan Sedekah Orang-Orang Islam Negeri Kedah
Peraturan zakat ini dinamakan Perhimpunan Rial Zakat dan Sedekah Orang-Orang Islam Negeri Kedah.
Peraturan ini tidak dikuatkuasakan dan dibuat pada tahun 1355 Hijrah sebelum wujud Enakmen Zakat
yang pertama pada tahun 1955. Tujuannya ialah untuk mengurus pengagihan zakat dengan lebih adil
kepada orang-orang yang berhak terutama fakir miskin.
Antara lain kandungan peraturan ini menyebut bahawa zakat atau sedekah yang diberi
adalah secara sukarela dan mengikut pertimbangan serta niat masing-masing. Pada masa itu di antara
tahun 1936 hingga tahun 1955 sebelum Enakmen Zakat Kedah digubal, tiada kadar dan syarat yang tetap
ditentukan oleh pihak Jabatan Zakat dalam urusan kutipan zakat. Kutipan bukan sahaja dibuat ke atas
harta zakat yang wajib, tetapi juga sedekah-sedekah sunat yang ingin disedekahkan oleh empunya harta
mengikut niatnya.
SIstem kutipan zakat pada masa itu bercampur aduk dengan sedekah yang sepatutnya di
bawah tanggungjawab Baitul-Mal. Mengikut peraturan ini kutipan zakat dibuat mengikut kawasan masjid
di jajahan masing-masing. Antara sedekah sunat dan zakat itu ialah wang tunai, padi kerbau, lembu,
kambing, buah-buahan dan lain-lain yang ingin dibenarkan oleh Komiti Agung.340
Harta-harta zakat dan sedekah inilah yang dimasukkan ke dalam Perhimpunan Rial Zakat
dan Sedekah Orang-Orang Islam Kedah. Di dalam peraturan ini Perhimpunan Rial Zakat ini desebut
sebagai “Perhimpunan” sahaja. Perhimpunan ini adalah di bawah jagaan Komiti Agung dan Komiti
340
Undang-undang Zakat Kedah 1374H (1955), Seksyen 9, Perhimpunan Rial Zakat dan Sedekah Orang-Orang
Islam Negeri Kedah.
154
Jajahan. Pada masa itu terdapat 9 jajahan sahaja iaitu Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap, Yan,
Kuala Muda. Baling, Kulim, Bandar Baru dan Langkawi.
Komiti Agung mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada :
(i) Yang Teramat Mulia Raja Muda yang menjadi ketua mesyuarat (Pengerusi).
(ii) Pegawai Tanah Melayu yang berpangkat besar sekali di dalam bahagian tanaman
(pertanian) sebagai Naib Pengerusi.
(iii) “State Treasurer” (Bendahari).
(iv) Ketua di dalam Majma’ Syaikhul Islam.
(v) Ketua Pegawai Syarikat.
(vi) Seorang lagi yang dipilih oleh Komiti.
(vii) Setiausaha yang diangkat oleh Komiti.
Manakala Komiti Jajahan pula mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada “
(i) “District Office” sebagai Pengerusi.
(ii) Pegawai “Office” yang berpangkat tinggi sekali di dalam jajahan itu sebagai Naib
Pengerusi.
(iii) Kadi.
(iv) 2 orang ahli lagi dan seorang setiausaha yang diangkat oleh Komiti Agung.
3.0 Struktur Organisasi Jabatan Zakat Negeri Kedah
Pengurusan merupakan satu perkara penting di dalam sesebuah organisasi untuk mentadbir perjalanan
sesebuah institusi yang diwujudkan. Organisasi juga merupakan satu operasi penggubalan dasar-dasar
agar selari dengan objektif-objektif yang telah ditetapkan. Oleh itu, sesebuah organisasi yang cekap dapat
memberikan hasil kerja yang baik dan berkesan serta dapat mencapai matlamat yang telah digariskan. Ia
juga mula menjamin kelancaran aktiviti atau tugas sesebuah Jabatan yang diwujudkan.
Di dalam bab ini, struktur organisasi jabatan zakat dari sudut lokasi dari awal penubuhan
sehingga hari ini, penubuhan Menara Zakat, struktur pentadbiran iaitu tugas-tugas jawatan yang
disandang serta proses kutipan zakat dijalankan dalam daerah dan kampung-kampung.
3.1 Lokasi Jabatan Zakat Negeri Kedah
Pada peringkat awal penubuhannya, pusat pengurusan Jabatan Zakat Kedah hanya menggunakan
bangunan pejabat lama dan merupakan sebuah rumah kayu yang kemudiannya telah disewakan kepada
Persatuan Belia Bimbingan untuk dijadikan asrama penuntut-penuntut sebelum berpindah ke lokasi yang
baru.341
Setelah itu, Jabatan Zakat Negeri Kedah telah menyewa bangunan di Jalan Menanti, Alor Setar,
Kedah manakala pejabat zakat daerah pula menyewa ruang-ruang di Pejabat Kadi dan Pejabat Agama.
Kemudian pada tahun 1946 Jabatan Zakat ditempatkan pula di pejabat Tanaman di Jalan Kolam Air, Alor
Setar dan telah dipindahkan ke Pejabat Tanaman di Bangunan Wan Muhammad Saman pada tahun 1948.
341
Setiausaha Jawatankuasa Zakat Kedah, Laporan Penyata Zakat 1968-1972, hlm. 109.
155
Seterusnya pada tahun 1950, sekali lagi Jabatan Zakat Negeri Kedah dipindahkan ke pejabat Mahkamah
Syariah di Jalan Limbong Kapal, Alor Setar. Keadaan ini adalah disebabkan untuk mencari keselesaan
dan untuk memberi kemudahan kepada masyarakat Islam yang ingin berurusan dengan Jabatan Zakat
pada masa itu.342
Kutipan zakat pada peringkat permulaan penubuhan Jabatan Zakat ini adalah tidak
memberangsangkan berikutan kelemahan sistem pentadbiran dan undang-undang zakat yang melalui
banyak pindaan mengikut kesesuaian semasa. Masyarakat Islam masih tidak memberikan sambutan
yang menggalakkan kerana mereka masih mengamalkan cara tradisi dengan memberikan zakat kepada
guru-guru agama dan imam-imam yang dohormati di kampung-kampung. Pihak berkuasa pula tidak
mengenakan sebarang tindakan undang-undang dan masih memberi kelonggaran kepada masyarakat
berikutan pindaan yang dibuat kepada undang-undang zakat adalah secara berperingkat.
Peningkatan kadar kutipan zakat setiap tahun berlaku setelah undang-undang pertama iaitu
Undang-Undang Zakat Negeri Kedah 1955 dikuatkuasakan. Setelah hasil zakat negeri semakin
bertambah, Jabatan Zakat telah membina bangunannya yang tersendiri. Pejabat zakat ini dibina pada
tahun 1970an dan terletak di Jalan Limbong Kapal, Alor Setar, Kedah.343
Dengan terbinanya pejabat zakat
yang baru ini, Jabatan Zakat Kedah dapat melicinkan urusan kutipan dan agihan zakat. Mereka telah
merangka strategi dan menambah jawatankuasa-jawatankuasa yang baru untuk menggalakkan lagi
masyarakat tempatan menunaikan fardu zakat.
Antaranya ialah melalui jawatankuasa Dakwah dan Kutipan, mereka telah turun padang
untuk menyampaikan penerangan secara jelas kepada penduduk-penduduk yang berada di kampung-
kampung terutamanya mengenai kepentingan untuk berzakat. Penerangan mengenai zakat bersama
pertunjukan wayang gambar344
diadakan di seluruh kampung-kampung untuk menerangkan kepada
masyarakat secara jelas konsep zakat yang sebenar supaya mereka tidak berasa terbeban. Tambahan
lagi penerangan-penerangan turut disampaikan kepada amil-amil yang bertanggungjawab dalam urusan
pengutipan zakat supaya mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah, jujur, telus dan
adil.345
Justeru itu, sebuah Jawatankuasa Kecil Pembangunan telah ditubuhkan dengan
dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Paduka Daerah Kota Setar, Dato’ Haji Ahmad Basri bin Haji
Akil dan dianggotai oleh Yang Berbahagia Dato’ Paduka Sheikh Abdul Majid Mohd Noor (Dato’ Setia
Jaya) Tuan Setiausaha Hal Ehwal Agama Islam. Yang Berbahagia Tuan Kadi Besar dan Setiausaha
Jawatankuasa Zakat.346
Setelah pelbagai usaha yang dijalankan berhasil, keaadaan ekonomi Jabatan Zakat Kedah
semakin stabil dengan hasil zakat yang semakin bertambah, Jabatan Zakat sekali lagi telah membina
bangunannya sendiri yang lebih besar iaitu sebuah Menara Zakat yang terletak di Jalan Telok Wanjah
342
Sejarah Jabatan Zakat Negeri Kedah Darulaman 1412-1355, Jabatan Zakat Negeri kedah, 1992, hlm.
343
Ibid, hlm. 4.
344
Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Penyata Zakat, 1968-1972, hlm. 49.
345
Ibid.
346
Ibid.
156
dan masih digunakan sehingga ke hari ini. Menara Zakat terletak di atas sebidang tanah sebuah 1 relung
448 jemba yang dibeli oleh Jawatankuasa Zakat pada 11 Februari, 1963 dengan harga RM 80, 000. Tanah
ini pada masa lampau mempunyai sebuah rumah di mana ditempatkan saudara baru di mana mereka
menetap hanya beberapa ketika. Pengurusannya tidak begitu teratur dan tidak memberi pulangan kepada
Jabatan Zakat Negeri Kedah.
Setelah dibuat kajian mengikut garis panduan yang diberi oleh Dato’ Paduka Pengerusi
Jawatankuasa Zakat telah mengadakan mesyuarat dan perbincangan beberapa kali, maka di dalam
mesyuarat Jawatankuasa Zakat kali ke-43 yang bersidang pada 7 Oktober 1984, Yang Berbahagia
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan telah menjelaskan kepada Jawatankuasa dari segi
membangunkan tanah di Telok Wanjah dan mendapat sokongan daripada semua pihak serta pandangan
Jabatan Perancang Ekonomi, Majlis Perbandaran Kota Setar, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perancang
Bandar, maka dengan penerangan itu, Dato’ Paduka Pengerusi meminta supaya dijemput semua jabatan
terbabit dengan disertai oleh Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekom, Jabatan Bomba, Jabatan Polis
untuk berbincang dengan secara mendalam dan terpeinci semua aspek pembangunan. 347
Maka Jawatankuasa Zakat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Zakat
Negeri Kedah 1986/1987, Y.B Dato’ Paduka Haji Radzi bin Basir, telah memikirkan untuk tanah ini boleh
memberi pulangan bagi mempertingkatkan kewangan zakat dengan menubuhkan sebuah Ahli
Jawatankuasa Khas untuk berbincang mengenai penubuhan Menara Zakat Kedah. Yang Berbahagia
Dato’ Paduka Pengerusi dalam usaha mendirikan bangunan ini telah mencari seorang profesional untuk
mereka bentuk bangunan yang dicadangkan itu dan orang tersebut ialah Profesor Madya IlyasHaji Saleh,
Dekan Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia. 348
.
Berikut merupakan senarai Ahli Jawatankuasa Khas Pembinaan Menara Zakat349
:
Bil. Senarai Ahli Jawatankuasa Jawatan
1. Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Pengerusi
2. Dato’ Paduka Sheikh Abd. Majid b. Mohd. Noor Ahli
3. Dato’ Paduka Hj. Radzi bin Bassir Ahli
4. Dato’ Pegawai Daerah Kota Setar Ahli
5. Dato’ Haji Ahmad Basri bin Mohd. Akil Ahli
6. Tuan Setiausaha Sulit Kebawah DYMM Tuanku Sultan Ahli
7. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Ahli
8. Dato’ Setiausaha Jawatankuasa Zakat Kedah Darul Aman Setiausaha
Jadual 1.0 : Senarai Ahli Jawatankuasa Khas Pembinaan Menara Zakat Kedah
347
Ibid.
348
Arkib Negara Cawangan Kedah, Dokumen Perasmian Menara Zakat 1992.
349
Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Penyata Zakat Tahun 1986 hingga 1999, Jabatan Zakat Negeri
Kedah, hlm. 62.
157
Menara Zakat yang dibina ini terdiri daripada 11 tingkat dan mempunyai lokasi yang sangat
baik dan mudah dhubungi. Bangunan 11 tingkat ini juga menyediakan ruang-ruang pejabat untuk
kegunaan pejabat zakat sendiri dan disewa oleh pihak-pihak yang berminat. Di antara pihak yang
menyewa di Menara Zakat termasuklah Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Penilaian, Pejabat Audit Sekolah
Kedah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Jabatan Perumahan Negara. Di samping itu juga
disediakan Dewan Makan, Dewan Seminar Besar dan Dewan Seminar Kecil. Dengan adanya pihak-pihak
yang menyewa ruang di Menara Zakat ini, maka akan menambahkan lagi kadar pungutan zakat tiap-tiap
tahun.
3.2 Objektif Jabatan Zakat Negeri Kedah
Setiap institusi mempunyai objektifnya tersendiri dan setiap dasar atau keputusan yang dibuat adalah
untuk mencapai objektif-objektif tersebut. Begitu juga dengan Jabatan Zakat Negeri Kedah yang telah
menggariskan objektif-objektif tertentu dalam arah tujuannya. Antara objektif-objektifnya adalah seperti
berikut :
i) Menyedarkan umat Islam betapa kewajipan menunaikan zakat kepada
amil-amil yang dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan
peningkatan kerja untuk meningkatkan perolehan kutipan zakat demi
untuk menjaga asnaf yang berhak menerima zakat yang dijelaskan oleh
Al-Quran.
ii) Menyedarkan umat Islam betapa pentingnya peranan zakat dalam
memperbaiki dan meningkatkan ekonomi umat Islam dan masyarakat
Islam sejajar dengan falsafah zakat yang mana ianya adalah salah satu
sumber ekonomi kerajaan Islam.
iii) Bekerja dan berusaha ke arah mempertingkatkan syiar Islam dalam negeri
ini dan juga untuk mempertingkatkan dakwah Islamiyah kepada orang-
orang Islam dan bukan Islam dan juga membanteras segala ajaran orang
yang tidak bertanggungjawab berkenaan dengan kutipan zakat dalam
negeri ini.
3.3 Struktur Pentadbiran
Sebagaimana yang tercatat di dalam struktur organisasi Jabatan Zakat Negeri Kedah, Sultan merupakan
kuasa tertinggi. Faktor ini disebabkan oleh peranan Sultan sebagai ketua pemerintah dan ketua agama di
158
negeri ini. Oleh itu, semua keputusan mengenai pentadbiran zakat mestilah mendapat perkenan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan terlebih dahulu.350
Di bawah Sultan terdapat satu Jawatankuasa Zakat atau lebih dikenali dengan
Jawatankuasa Besar. Ahli-ahli Jawatankuasa, kecuali ahli atas jawatan hendaklah dilantik dari kalangan
warganegara yang beragama Islam. Jawatankuasa inilah yang bertanggungjawab mentadbir perjalanan
zakat di negeri ini terutama dari sudut kutipan dan perbelanjaan. Ia ditubuhkan dengan perkenan Duli
Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
Menurut Seksyen 3 (i) Undang-undang Zakat Tahun 1374 Hijrah (1955), telah menyatakan
kewajipan menubuhkan Jawatankuasa Zakat ini seperti yang telah dinyatakan iaitu :
“Maka adalah dengan ini ditubuh satu Jawatankuasa Zakat yang di dalam undang-undang
ini disebutkan sebagai Jawatankuasa”.
(Seksyen 3(i) Undang-Undang Zakat Tahun 1374H)351
Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada ahli-ahli berikut yang dilantik oleh Duli Yang Maha
Mulia Tuanku Sultan iaitu, Seorang Pengerusi, Seorang Setiausaha, Setiausaha Sulit Kepada Duli Yang
Maha Mulia dan, tidak kurang daripada 8 orang ahli yang lain dengan syarat bahawa bilangan terbesar
daripada mereka-mereka ini hendaklah terdiri dari orang-orang yang berpengetahuan dalam hukum
zakat.352
3.3.1 Peranan Jawatankuasa Zakat (Jawatankuasa Besar)
Menurut kuasa yang diberikan oleh Seksyen 9 Undang-undang Zakat Tahun 1374 (1955), dengan
kebenaran Duli Yang Maha Mulia Sultan telah menetapkan bidang tugas Jawatankuasa Besar yang di
bawahnya terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Kecil. Peraturan ini dinamakan Peraturan-Peraturan
Zakat Tahun 1962 dan berkuatkuasa bermula pada 1 haribulan Jun 1962. Antara bidang kuasa
Jawatankuasa Besar ialah menentukan kelayakan asnaf-asnaf yang layak menerima bantuan daripada
Jabatan Zakat Kedah yang terdiri daripada lapan bahagian asnaf iaitu amil, fakir, miskin, muallaf, ibni
sabil, fi sabilillah, fi arriqab dan al gharimin. Setiap bahagian asnaf ini telah diterangkan secara terpeinci
di dalam Bab Satu. Hanya asnaf-asnaf ini sahaja yang telah ditentukan kelayakannya oleh Jawatankuasa
Besar layak menerima bantuan dana daripada hasil kutipan zakat Jabatan Zakat Negeri Kedah. Antara
bidang tugas utama Jawatankuasa Besar ialah353
:
i) Menyediakan peranggaran tahunan berkenaan hasil dan perbelanjaan dan di
dalam peranggaraan itu hendaklah diadakan wang yang diuntukkan bagi
350
Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Laporan Ringkas Pentadbiran dan Aktiviti Pejabat Zakat Negeri
Kedah, Penyata Zakat bagi Tahun 1958-1986, hlm. 1.
351
Ibid.
352
Ibid.
353
Ibid, hlm. 5.
159
pembahagian kumpulan wang simpanan dan perbelanjaan menurut Undang-
Undang Islam.
ii) Menyediakan laporan tahunan dan penyata terima dan perbelanjaan beserta
dengan penimbang kira-kira dan hendaklah disuruh mempersembahkan
laporan dan penyata itu kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan dan disiarkan
bagi pengetahuan am.
iii) Menyimpan dengan cara yang betul akan buku kira-kira perolehan dan
perbelanjaan dan apa-apa buku yang dikehendaki bagi menyempurnakan
pekerjaannya.
iv) Menyimpan buku butir mesyuarat dan di dalam buku itu hendaklah ditulis
semua butir-butir semua mesyuarat dan butir-butir itu hendaklah ditanda
tangani oleh Pengerusi dan Setiausaha manakala telah dipertetapkan butir-
butir mesyuarat itu di dalam mesyuarat yang berikutnya.
v) Hendaklah Jawatankuasa memungut zakat dengan sepenuhnya menurut
undang-undang Islam.
3.3.2 Peranan Jawatankuasa Kerja
Di bawah Jawatankuasa Besar terdiri daripada Jawatankuasa Kerja yang bilangan ahlinya tidak melebihi
sebahagian daripada Jawatankuasa Besar. Jawatankuasa Kerja ini berperanan memantau tugas-tugas
yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kecil di bawahnya. Antara bidang tugas Jawatankuasa Kerja ialah354
:
i) Mengangkat mana-mana pegawai yang digunakan oleh Jawatankuasa atau mana-
mana peguam bagi membela pihaknya berkenaan dengan perbicaraan perkara hak
atau harta atau jenayah di dalam mana-mana Mahkamah.
ii) Memecat atau memberhentikan sementara mana-mana amil atau mana-mana
pegawai lain.
iii) Mengangkat Jawatankuasa Kecil yang difikirkan mustahak bagi mentadbir dan
membayar zakat dengan sempurna mengikut peraturan zakat.
iv) Mengangkat seorang amil bagi mana-mana kawasan tanah yang tertentu atau mukim
bagi maksud memungut zakat dan mengeluarkan kepadanya surat tauliah yang
ditanda tangani oleh Setiausaha. Surat tauliah ini hendaklah ditunjukkan supaya
diperiksa oleh mana-mana orang yang membayar zakat.
v) Mengeluarkan perintah kepada amil dan Setiausaha Daerah mengenai perkara-
perkara berkenaan dengan kerja-kerja biasa dan perkara kewangan.
vi) Mengangkat juru audit dalaman.
vii) Menjalankan apa-apa tugas lain yang diwakilkan oleh Jawatankuasa.
viii) Hendaklah membentangkan butir-buti mesyuarat dan segala keputusannya kepada
Jawatankuasa.
354
Ibid, hlm 7.
160
3.3.3 Peranan Jawatankuasa Kecil
Jawatankuasa Kecil dilantik oleh Jawatankuasa Kerja untuk mentadbir urusan-urusan zakat dengan lebih
sempurna menurut peraturan-peraturan zakat. Perlantikan ahli Jawatankuasa Kecil perlu mendapat
pengesahan daripada Sultan Kedah. Jawatankuasa ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya
permasalahan-permasalahan seperti kelewatan dalam menyediakan dokumen-dokumen penting
berkaitan urusan kutipan dan agihan zakat. Kerja-kerja yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kecil ini perlu
mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Besar terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa
tindakan yang lebih lanjut. Jawatankuasa Kecil terdiri daripada unit-unit tertentu yang diletakkan di bawah
empat jawatankuasa utama iaitu Jawatankuasa Kecil Perjawatan, Jawatankuasa Kecil Siasah Syariah/
Penerangan / Fakir Miskin,Jawatankuasa Kecil Pembangunan dan Jawatankuasa Kecil Pentadbiran
Saudara Baru.355
Setiausaha Jawatankuasa Zakat pula dilantik di bawah Jawatankuasa Kecil untuk
membantu mentadbir perjalanan zakat harian. Dalam menjalankan tanguungjawabnya, seorang Penolong
Setiausaha telah dilantik untuk melancarkan kerja-kerja dalam hal ehwal pentadbiran. Kakitangan lain
yang membantu di bawah Unit Kewangan dan Unit Pembantu Tadbir. Di bawah Unit kewangan antara
jawatan-jawatan lain yang turut dilantik ialah Pegawai Kerani Pentadbiran, Pegawai Kerani Rendah,
Jurutaip dan Pelayan Pejabat, Merinyu Zakat, Penghantar Notis, Pegawai Penerangan dan Operator
Wayang Gambar.356
Di dalam pentadbiran hal ehwal Kewangan pula, Setiausaha dibantu oleh Pegawai Kerja
Kewangan yang mengandungi di bawahnya beberapa orang pegawai dan kakitangan iaitu Pegawai
Kerani Audit Dalaman, Pegawai Kerani Kewangan, Pembantu Pegawai Kerani Kewangan dan Pemandu
Kereta Jenazah.357
3.4 Perkembangan Struktur Pentadbiran
Setelah hampir 35 tahun menjalankan pentadbirannya, Jabatan Zakat Negeri Kedah telah
mula menyusun pentadbirannya dan menambah bidang tugas Jawatankuasa Kecil untuk melipat
gandakan lagi kelancaran pentadbiran Jabatan Zakat Negeri Kedah dari pelbagai aspek. Bermula pada
tahun 1990, Jawatankuasa Zakat telah menyusun jentera penerangan dan dakwah dengan menubuhkan
Jawatankuasa Kecil Penerangan. Usaha penerangan telah dilipat gandakan terutamanya di Jabatan-
Jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Sektor Swasta dan tidak ketinggalan kepada masyarakat
kaum tani di kampung-kampung.358
Jawatankuasa yang baru ini berperanan khusus untuk menyampaikan dakwah dan
penerangan yang lebih jelas kepada orang ramai mengenai kewajipan menunaikan zakat serta
355
Masrina Jasin. Sejarah Penubuhan Jabatan Zakat Kedah 1994, hlm. 37.
356
Ibid.
357
Ibid.
358
Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Penyata Zakat Jabatan Zakat Negeri Kedah Bagi Tahun 1986 hingga 1999,
hlm.
161
menjelaskan aktiviti-aktiviti kutipan dan perolehan zakat di negeri Kedah saban tahun mengikut cawangan
dan daerah masing-masing.
Jika dianalisis perkembangan struktur pentadbiran Jabatan Zakat Kedah pada peringkat
awal penubuhannya lebih menjurus kepada melatih jawatankuasa-jawatankuasa dalaman untuk
memahami dan mendalami bidang tugas masing-masing terdahulu. Setelah sistem pentadbiran
dalamannya lebih cekap dan telah mantap, Jabatan Zakat Kedah mula menubuhkan jawatankuasa-
jawatankuasa baru yang berperanan untuk mempromosi Jabatan Zakat Kedah sebagai sebuah badan
bebas yang menjalankan amanah menjalankan kutipan daripada masyarakat Islam dan membuat agihan
zakat setiap tahun kepada asnaf-asnaf yang telah ditetapkan oleh syara’.
Oleh itu, dengan cara ini orang ramai akan lebih memahami peranan Jabatan Zakat Negeri
Kedah dalam menggalakkan orang-orang Islam di Kedah menunaikan zakat sebagai salah satu kewajipan
di dalam rukun Islam. Selama tempoh 10 tahun di antara tahun 1990 sehingga tahun 2000, tidak berlaku
pertambahan Jawatankuasa Kecil baru di dalam struktur pentadbiran Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah.
Namun begitu, bermula pada tahun 2006 terdapat beberapa perubahan di dalam struktur pentadbiran
Jabatan Zakat Negeri Kedah dengan memperkenalkan unit baru iaitu Bahagian Teknologi Maklumat
Jabatan Zakat Negeri Kedah.
Sehingga tahun 2010, berlaku rombakan dari semasa ke semasa di dalam struktur
pentadbiran terutamanya di dalam Jawatankuasa Kecil yang menjalankan tugas-tugas penting untuk
melancarkan lagi pentadbiran Jabatan Zakat Negeri Kedah. Jawatankuasa sedia ada masih dikekalkan
bidang tugas mereka sehingga ke hari ini.
Bahagian Korporat dan Unit Audit Dalaman merupakan jawatankuasa yang baru ditubuhkan
di dalam Struktur Organisasi Jabatan Zakat Negeri Kedah. Kedua-dua unit ini ditubuhkan di bawah
kelolaan Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah. Penubuhan kedua-dua unit ini bertujuan untuk
memantapkan lagi pentadbiran Jabatan Zakat Negeri Kedah seiring dengan perkembangan dunia global.
Bahagian Korporat Jabatan Zakat Negeri Kedah telah ditubuhkan pada tahun 2009. Fungsi
unit ini adalah untuk mengadakan jaringan perhubungan di antara Jabatan Zakat Negeri Kedah dengan
pihak-pihak pengurusan zakat yang lain dengan lebih sistematik sama ada di dalam atau di luar negara.
Dalam usahanya untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah badan bebas, Bahagian Korporat
Jabatan Zakat Negeri Kedah memainkan peranan yang cukup penting untuk melaksanakan perbicangan
bersama pusat-pusat pengurusan zakat negeri untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Jabatan
Zakat Negeri Kedah seiring dengan kemajuan yang ditunjukkan oleh pusat-pusat kutipan zakat di negeri
lain.
Selain itu, Bahagian Korporat turut menggalas tanggungjawab khusus untuk membuat
promosi bagi menggalakkan orang ramai mengetahui tentang cara-cara untuk menunaikan zakat
mengikut saluran yang betul melalui risalah-risalah, kempen-kempen dan pencapainnya yang terbaru
162
ialah orang ramai boleh melakukan pembayaran zakat melalui Kaunter Zakat Bergerak yang telah
dirasmikan pada Julai 2014.359
Unit Audit Dalam pula merupakan jawatankuasa terbaru yang ditubuhkan di bawah Jabatan
Zakat Negeri Kedah iaitu pada 1 September 2010. Fungsi unit ini ditubuhkan ialah untuk merancang dan
melaksanakan pengauditan di Jabatan Zakat Negeri Kedah dalam mengenal pasti risiko-risiko dan
kawalan dalaman yang mencukupi ke atas pengurusan pentadbiran, pengurusan kewangan , pengurusan
ICT serta pengurusan perjalanan program agihan serta kutipan zakat di Jabatan Zakat Negeri Kedah
sendiri.360
Selain itu, Unit Audit Dalaman ini juga berfungsi untuk meneliti setiap permohonan individu
atau kumpulan untuk menerima bantuan daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah. Bagi memastikan
ketelusan permohonan yang dibuat dan memastikan mereka layak menerima bantuan iaitu termasuk
dalam salah satu daripada lapan golongan asnaf tersebut, maka barulah permohonan tersebut akan
diluluskan dan dipanjangkan kepada Bahagian Agihan dan Pembangunan Asnaf.
Dalam melakukan proses ini, Unit Audit Dalaman akan menyiasat sendiri latar belakang
pemohon bagi memastikan sama ada mereka betul-betul layak menerima bantuan dan mengelakkan
penipuan. Ini merupakan salah satu langkah yang amat berkesan dan efektif yang telah berjaya
dilaksanakan oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah di dalam struktur oraganisasinya bagi memastikan proses
agihan bantuan dapat diberikan kepada mereka yang betul-betul memerlukan.361
3.5 Kaedah Pengendalian Zakat Peringkat Daerah dan Kampung
Negeri Kedah Darulaman mempunyai keluasan kira-kira 9425 km. persegi dan mengandungi 12 buah
daerah.362
Pembahagian zakat ini dipecahkan pula kepada 14 kawasan iaitu Kota Setar I, Kota Setar II,
Kota Setar III, Baling, Bandar Baharu, Padang Terap, Kuala Muda, Kubang Pasu, Kulim, Pulau Langkawi,
Sik, Yan, Pendang dan Pokok Sena. Bagi daerah yang besar seperti Kota Setar telah dipecahkan kepada
tiga bahagian untuk memudahkan amil-amil untuk mengurus pengendalian kutipan dan agihan zakat di
kawasan tersebut.
Tiap-tiap daerah mempunyai seorang pentadbir zakat yang dikenali sebagai Pegawai Zakat dan
Penyelia Zakat. Bagi daerah-daerah yang agak besar seperti Kuala Muda, Padang Terap, Kubang Pasu
dan Yan mempunyai seorang pegawai zakat yang dibantu oleh seorang penyelia zakat bertujuan untuk
memudahkan lagi tugas pentadbir zakat.
Daerah-daerah yang agak kecil ditadbir oleh penyelia sahaja seperti Kota Setar I, Kota setar II,
Kota Setar III, Pendang dan Langkawi. Manakala daerah yang berkongsi penyelia ialah daerah Baling
359
Ibid.
360
Sidang Redaksi Bahagian Korporat JZNK, Buletin Lensa Asnaf Edisi Julai/Ogos/September 2014, Jabatan Zakat
Negeri Kedah, hlm. 5.
361
Temubual dengan Pegawai Korporat Jabatan Zakat Negeri Kedah, op. cit.
362
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Maklumat Keluasan dan Perimeter Negeri dan Daerah di
Malaysia, 2005.
163
dan Sik serta daerah Kulim yang berkongsi dengan Bandar Baharu. Pegawai dan Penyelia Zakat Daerah
dilantik oleh Setiausaha Jawatankuasa Zakat yang diberi tauliah oleh Sultan. Mereka terdiri daripada ahli-
ahli agama yang memahami rukun zakat.363
Tiap-tiap daerah mempunyai pejabat zakat masing-masing mengikut cawangan daerah mereka.
Pegawai dan Penyelia Zakat dalam tiap-tiap daerah akan dibantu oleh amil-amil yang dilantik dengan
perkenan Tuanku Sultan. Sultan telah memberi tauliah kepada Setiausaha Jawatankuasa Zakat untuk
melantik amil-amil. Seorang ketua amil akan dilantik bagi mengetuai amil-amil tersebut. Biasanya ketua-
ketua amil terdiri daripada penghulu-penghulu mukim atau kampung yang sememangnya dikenali dan
dihormati oleh penduduk-penduduk kampung.
Amil-amil yang dilantik adalah terdiri daripada penduduk kampung itu sendiri yang dipilih
berdasarkan kriteria-kriteria tertentu seperti jujur, amanah, dihormati dan diterima oleh masyarakat
kampung serta memahami hukum-hukum agama dan zakat. Setelah pemilihan amil dipersetujui oleh
orang-orang kampung, penghulu dan Jawatankuasa Kriah, maka Setiausaha Jawatankuasa Zakat akan
memberi lafaz perlantikan kepada amil-amil. Amil-amil yang dilantik akan diberi penerangan mengenai
tugas-tugas dan bidangkuasa yang perlu dilaksanakan dan undang-undang yang berkaitan dengan
pentadbiran zakat.364
Dengan perlantikan tersebut maka amil-amil yang dilantik hendaklah menjalanakan tugas-tugas
yang telah diamanahkan kepada mereka. Mereka juga akan menjalankan kutipan-kutipan zakat padi di
kawasan kampung-kapung atau daerah-daerah yang telah ditetapkan kepada mereka setiap musim.
Dengan adanya amil ini telah memudahkan lagi urusan pentadbiran zakat di negeri Kedah dan hasil
kutipan zakat juga agak menggalakkan. Dengan ini pembahagian zakat kepada asnaf-asnaf yang layak
dapat dilaksanakan dengan sempurna.
4.0 Peranan Dan Sumbangan Jabatan Zakat Negeri Kedah
Kutipan dan pengagihan zakat di kedah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Zakat di bawah Jabatan Zakat
Negeri Kedah. Jawatankuasa ini bergerak sebagai sebuah jawatankuasa induk dengan dibantu oleh
jawatankuasa-jawatankuasa lain yang telah disebutkan di dalam bab sebelum ini. Pelbagai usaha dan
program dijalankan untuk meningkatkan kadar kutipan zakat supaya golongan asnaf yang semakin
meningkat saban tahun dapat dibantu melalui pengagihan zakat mengikut saluran yang betul. Oleh itu, di
dalam bab ini penulis akan membincangkan proses kutipan dan agihan zakat yang dijalankan. Di samping
itu, sumbangan Jabatan Zakat Negeri Kedah sejak awal penubuhannya sehingga kini dalam
363
Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Laporan Ringkas Pentadbiran dan Aktiviti Pejabat Zakat Negeri
Kedah 1976-1980, hlm. 8.
364
Ibid.
164
memperjuangkan hak umat Islam di negeri Kedah dalam bidang ekonomi, pendidikan, kesihatan dan
sosial juga akan dibincangkan.
4.1 Sumber Perolehan Jabatan Zakat Negeri Kedah
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa salah satu tugas penting Jabatan Zakat ialah mengagihkan hasil
kutipan zakat kepada asnaf yang berhak. Justeru itu, Jabatan Zakat Negeri Kedah mempunyai sumber-
sumber perolehan Jabatan Zakat Negeri Kedah yang terpenting di antara tahun 1950 an sehingga tahun
1990 an ialah daripada hasil pungutan zakat padi, zakat harta365
serta hasil sewa bilik dan ruang di Menara
Zakat.
Jika dahulunya, perolehan daripada kutipan hasil zakat padi merupakan penyumbang
terbesar kepada Jabatan Zakat Negeri Kedah, setelah mengkaji laporan penyata zakat dari tahun 1958
sehingga 2006, penulis mendapati hasil kutipan daripada zakat padi ini pemerosotan berlaku sejak tahun
1963 apabila berkuatkuasanya Undang-Undang Zakat 1962 yang mewajibkan pengusaha sawah padi
dan bendang membayar kesemua zakat daripada hasil tuaian padi mereka. Perkara ini menimbulkan
krisis sehingga terdapat banyak kes pengaduan tentang pengusaha yang enggan mengeluarkan zakat
sehingga terpaksa dikenakan hukuman oleh mahkamah.366
Namun begitu bermula pada tahun 2000, zakat pendapatan telah diperkenalkan dan zakat
pendapatan mula menjadi hasil pungutan zakat terbesar bagi Jabatan Zakat Negeri Kedah. Pada tahun
2004 pula, zakat KWSP telah diperkenalkan dan menjadi sumber kutipan terbesar untuk Jabatan Zakat
Negeri Kedah juga di samping zakat pendapatan. Perbandingan ini dapat kita lihat di dalam (Lampiran B)
yang menunjukkan kadar perolehan zakat bagi kedua-dua sumber ini meningkat saban tahun.
Daripada hasil-hasil zakat di ataslah, Jabatan Zakat Negeri Kedah dapat menyalurkan
agihan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerima bantuan. Semakin tinggi hasil kutipan zakat yang
diperoleh oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah, maka kadar bantuan yang diberikan juga akan meningkat
dari tahun ke tahun dan memberi manfaat kepada golongan masyarakat Islam yang kurang
berkemampuan terutamanya yang mengalami kesusahan hidup.367
4.2 Hal Ehwal Pungutan Zakat
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa peranan utama yang dimainkan oleh Jabatan Zakat ialah
mengumpul hasil-hasil zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam. Setelah kempen-kempen dijalankan
dan penerangan-penerangan diberi, maka kebanyakan masyarakat Islam telah membayar zakat yang
diperkenalkan iaitu zakat pendapatan dan zakat perniagaan.
365
Zakat harta termasuklah zakat perniagaan, emas, perak dan binatang terbakan.
366
Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Laporan Penyata Zakat Jabatan Zakat Negeri Kedah 1963-1964,
hlm. 7
367
Temubual dengan Pegawai Korporat Jabatan Zakat Negeri Kedah, En. Hambali Mohd. Puat, pada 1 Mac 2015,
jam 10.00 pagi.
165
Jika sekiranya antara tahun 1955 sehingga tahun 1962, perolehan untuk kutipan bagi zakat
padi merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan Jabatan Zakat Kedah. Setelah Undang-
Undang Zakat Tahun 1962 dikuatkuasakan, bayaran zakat oleh pengusaha-pengusaha padi di negeri ini
tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keadaan
ini berlaku.
Antaranya ialah wujudnya kefahaman bahawa zakat padi boleh dikeluarkan
sendiri.368
Perkara ini berlaku apabila pengusaha padi tidak membayar zakat kepada amil yang
dipertanggungjawabkan sebaliknya mengambil konsep zakat upah dengan memberikan upah kepada
orang yang membantunya dalam proses menuai padi.369
Tren ini berubah pula sekitar tahun 2004-2006 apabila zakat pendapatan dan perniagaan
diperkenalkan sekitar tahun 2000, perolehan untuk kutipan zakat pendapatan menunjukkan peningkatan
yang memberangsangkan berdasarkan Statistik Perolehan Jabatan Zakat Negeri Kedah bagi Tempoh 6
tahun antara Tahun 2000-2006.370
Berdasarkan kepada tren semasa pembayar, didapati sebahagian besar pembayar
merupakan pembayar cukai pendapatan. Berasaskan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967, seseorang
pembayar Zakat Pendapatan mempunyai keistimewaan dengan memperolehi rebet sebanyak 100%
daripada bayaran cukai yang dikenakan ke atasnya. Pelarasan ini memberikan keistimewaan kepada
pembayar zakat untuk membayar zakat kerana secara tidak langsung, seseorang pembayar zakat
mempunyai dua keistimewaan iaitu terlepas daripada bayaran cukai pendapatan dan juga berjaya
melunaskan Fardhu Ain iaitu bayaran Zakat Pendapatan. Pelarasan ini diberikan kepada bayaran Zakat
yang menyamai bayaran Cukai Pendapatan Berjadual (PCB) yang dikenakan.371
Ini bermakna jumlah
zakat pendapatan yang dibayar adalah sama dengan amaun yang perlu dibayar untuk cukai pendapatan.
Ini yang menyebabkan ramai umat Islam lebih memilih untuk menunaikan zakat pendapatan berbanding
cukai pendapatan. Zakat pendapatan ini boleh dibayar secara bulanan atau tahunan. Kebanyakan
kakitangan kerajaan dan swasta menggunakan skim potongan gaji untuk membayar zakat ini dengan cara
yang lebih mudah dan konsisten.
Seterusnya, jika dilihat dalam tempoh 15 tahun kajian yang dibuat antara 1995 sehingga
2010, zakat perniagaan yang dibayar oleh syarikat-syarikat korporat juga semakin bertambah bilangannya
selepas tahun 1999. Keadaan ekonomi semasa yang semakin stabil setelah mengalami kemerosotan
pada tahun 1997-1999 menjadikan momentum semasa ekonomi berada dalam keadaan positif. Kesan
dari keadaan ini, pendapatan yang diperolehi oleh firma dalam negara pada keadaan mengembang.
Untuk itu, keupayaan firma dan perniagaan untuk membayar zakat juga semakin berkembang. Bermula
tahun 2005, zakat perniagaan yang dibayar oleh sesebuah syarikat adalah dibenarkan potongan bagi
cukai pendapatan, tetapi potongan maksimum dizakatnya hanya 2.5% daripada agregat Syarikat bagi
368
Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Laporan Tahunan Zakat Tahun 2003-2004, Jabatan Zakat Negeri
Kedah, hlm. 14
369
Masrina Jasin, Sejarah Penubuhan Jabatan Zakat 1994, hlm. 78.
370
Lihat Lampiran A.
371
Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, op. cit, hlm. 12.
166
tahun taksiran.372
Berikut merupakan senarai 30 syarikat perniagaan yang telah menunaikan zakat
perniagaan tertinggi sepanjang tempoh 10 tahun iaitu antara tahun 2000 sehingga 2009 :
BIL NAMA SYARIKAT / NAMA PEMBAYAR JUMLAH (RM)
1 TENAGA NASIONAL BERHAD 3,069,260.59
2 LEMBAGA TABUNG HAJI 2,820,807.18
3 BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD 1,527,323.00
4 ETIQA TAKAFUL BERHAD 489,540.82
5 PERBANKAN ISLAM MAYBANK 400,000.00
6 BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD 320,000.00
7 SYARIKAT BINA DAN KUARI KEDAH SDN. BHD. 280,000.00
8 KOPERASI PERMODALAN FELDA BERHAD 213,480.00
9 KEDAH SATO SDN. BHD. 200,000.00
10 BELATI WANGSA (M) SDN. BHD. 186,200.00
11 SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD 146,089.58
12 KFC (PENINSULAR MALAYSIA) SDN. BHD. 110,560.00
13 PASARAYA BORONG SAKAN SDN. BHD. 100,000.00
14 BANK SIMPANAN NASIONAL 100,000.00
15 PERMINTEX HOLDINGS SDN. BHD. 99,563.00
16 LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN
MALAYSIA
82,332.00
17 AIMA DEVELOPEMENT SDN. BHD. 80,000.00
18 KEDAH MEDICAL CENTRE SDN. BHD. 70,000.00
19 KOPERRASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI
KEDAH
67,460.09
20 PIZZA HUT RESTAURANTS SDN. BHD. 66,849.00
21 SHAHAB BULIDERS DAN ENGINEERING SDN. BHD 65,000.00
22 PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN KUALA SUNGAI 64,343.29
23 LGM PROPERTIES CORPORATION 60,000.00
24 RISDA PLANTATION SDN. BHD. 60,000.00
25 AGRO BANK 57,426.00
26 BANK PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA
SDN. BHD.
55,328.00
27 ANGKATAN KOPERASI MALAYSIA SDN. BHD. 54,193.10
28 DARULAMAN REALTY SDN. BHD. 54,000.00
29 AZAM TEKNIK SDN. BHD. 52,058.00
30 DAMAI PARK RESORT SDN. BHD. 50,000.00
Jadual 2.0 : 30 Syarikat Korporat yang mencatatkan jumlah bayaran Zakat Perniagaan
tertinggi sepanjang 10 tahun (2000-2009)
372
Ibid, hlm. 13.
167
4.3 Kaedah Pembahagian Asnaf
Berdasarkan rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan zakat, telah digariskan lapan golongan yang
layak menerima bantuan zakat. Asnaf-asnaf ini terdiri daripada fakir, miskin, amil, muallaf, al-Riqab, al-
Gharimin, Fi Sabilillah dan Ibn Sabil. Di antara kelapan-lapan golongan ini, lima darinya ialah untuk
keperluan iaitu orang fakir, orang miskin, hamba, orang yang berhutang, dan orang musafir yang putus
perbelanjaan. Sementara dua lagi ialah golongan yang menyokong agama iaitu para pejuang (Fi
Sabilillah) dan muallaf, dan satu golongan lagi ialah untuk mewujudkan dorongan kebendaan bagi
mengendalikan zakat. Seterusnya jumlah agihan yang dibuat oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah kepada
asnaf bagi tempoh 6 tahun antara tahun 2000-2006 adalah seperti di Lampiran373
.
4.4 Peranan Jabatan Zakat Negeri Kedah dalam Menjaga Kebajikan Asnaf
Jabatan Zakat Negeri Kedah mempunyai jentera pentadbiran yang mantap. Dengan kelicinan sistem
pentadbirannya, maka peranan Jabatan Zakat Negeri Kedah untuk menjaga kebajikan asnaf adalah amat
penting. Pelbagai bantuan dan program disediakan untuk asnaf-asnaf yang layak menerima bantuan.
4.4.1 Skim-skim Agihan untuk Asnaf
Asnaf Skim Agihan Jabatan Zakat Kedah
Fakir 1. Bantuan Kewangan Fakir Bulanan
2. Bantuan Makanan Fakir Bulanan
3. Bantuan Makanan Bulan di Pusat Penempatan
Warga Tua
Miskin 1. Bantuan Kewangan Miskin Bulanan
2. Bantuan Makanan Miskin Bulanan
3. Bantuan Tahunan
4. Bantuan Rawatan di Klinik Panel
5. Bantuan Penuntut Miskin Sekolah Agama
Nidzomi
6. Bantuan Persekolahan Penuntut Miskin
7. Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Penuntut
Miskin
8. Bantuan Yuran Penuh Ke IPTA Tempatan
9. Bantuan Pembinaan Rumah Individu
10. Bantuan Membaik Pulih Rumah
11. Bantuan Jaya Diri
12. Bantuan Musibah Alam
13. Bantuan Sara Hidup Sekaligus
14. Bantuan Rawatan Bulanan
Fi Sabililillah 1. Bantuan per kapita Sekolah Agama Nidzomi
373
Lihat Lampiran B.
168
2. Bantuan Binaan Masjid, Surau dan Sekolah
Agama
3. Lembaga Tabung pegawai-pegawai Masjid
Negeri Kedah
4. Guru Agama
5. Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran ke IPT
6. Derma Siswa Melanjutkan ke KUIN
7. Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran ke Mesir,
Jordan, Yaman, Syria & Indonesia
8. Bantuan yuran peperiksaan Sekolah Agama
Nidzomi
9. Bantuan Yuran Makanan Asrama Sekolah
Nidzomi
10. Bantuan Per Kapita Maahad Tahfiz
11. Bantuan Penuntut Maahad Tahfiz
12. Bantuan Awal Persekolahan
13. Bantuan Pengurusan Masjid
14. Derma Siswa Pelajar Cemerlang (UPSR)
15. Program Pembangunan Pendidikan
16. Derma Siswa Awal IPT Luar Negara
17. Biasiswa Pengajian Pelajar Dalam Negara
(IPTA)
18. Biasiswa Pelajar Perubatan Luar Negara
(MESIR)
19. Bantuan Yuran Mkanan Asrama Maahad Tahfiz
Muallaf 1. Bantuan Saudara Baru Kita Bagi Permulaan
2. Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim
Muadzam Shah (PUSBA)
3. Perbelanjaan Pembangunan (PUSBA)
4. Bantuan Perkahwinan Saudara Baru.
Al- Gharimin 1. Bantuan Kepada Orang Yang Berhutang
Ibnu Sabil 1. Bantuan Musafir
2. Bantuan Tambang kepada Penuntut yang Tamat
dan Lulus Pengajian
Jadual 3.0 : Senarai Skim Agihan yang disediakan Jabatan Zakat Negeri Kedah kepada
Golongan Asnaf
Jika kita lihat kepada jadual di atas, golongan asnaf yang mempunyai skim agihan terbanyak
ialah untuk golongan miskin dan fi sabilillah. Kedua-dua golobgan ini menjadi sasaran utama Jabatan
Zakat Negeri Kedah untuk dibantu supaya mereka dapat menikmati kemudahan yang disediakan untuk
menambah baik kehidupan mereka sendiri. antara skim yang disediakan tersebut ialah bantuan jaya diri.
Bantuan jaya diri juga diberikan kepada orang-orang yang mempunyai kemahiran dan berminat untuk
berusaha.
169
Jabatan Zakat telah mengeluarkan bantuan seperti peralatan untuk bengkel memperbaiki
kereta, perkakas perniagaan seperti mesin pengisar tepung, beca roda tiga, dapur masak, meja dan mesin
jahit dengan harapan agar bantuan jaya diri ini dapat membebaskan mereka dari cengkaman kemiskinan
yang berterusan.374
4.5 Sumbangan Jabatan Zakat Negeri Kedah
Sumbangan pihak Jabatan Zakat Negeri Kedah dalam membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat
Islam di Kedah sememangnya tidak dapat dinafikan sejak penubuhannya lagi. Pelbagai program telah
dijalankan selama hampir 60 tahun untuk menggalakan masyarakat menunaikan kewajipan berzakat
sebagaimana yang telah difardhukan oleh agama Islam. Sumbangan ini boleh dilihat melalui peningkatan
taraf ekonomi hidup masyarakat, sumbangan dalam bidang pendidikan melalui asnaf Fi Sabilillah, dalam
bidang kesihatan dan juga perkhidmatan sosial.
4.5.1 Ekonomi
Dalam bidang ekonomi, antara sumbangan terbesar pihak Jabatan Zakat ialah dengan menyediakan
Bantuan Jaya Diri kepada Asnaf Miskin. Melalui bantuan ini mereka dibekalkan modal perniagaan dan
juga peralatan atau perkakasan yang dapat membantu mereka memulakan sesebuah perniagaan atau
peralatan yang lebih canggih untuk meningkatkan hasil perniagaan. Dengan cara ini mereka akan lebih
berusaha untuk meningkatkan taraf hidup dan keluar daripada belenggu kesempitan hidup. Antara
bantuan jaya diri yang dibekalkan ialah mesin rumput, mesin jahit, alat pemerah santan dan sebagainya.
Jabatan Zakat Negeri Kedah turut melatih golongan asnaf fakir dan miskin untuk berdikari
dengan sendiri tanpa bergantung kepada bantuan kewangan semata-mata. Atas dasar tersebut, Jabatan
Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK) merintis jalan ke arah mendidik dan mengasah bakat serta
meningkatkan kemahiran di kalangan asnaf terutamanya asnaf fakir dan miskin bagi mendapatkan
kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya.
Keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Zakat pada 1 Ogos 2010 telah bersetuju untuk
menubuhkan Bengkel Jahitan Asnaf dan kemudiannya ditukar kepada Pusat Jahitan Asnaf di Aras Tanah,
Menara Zakat, Alor Setar, Kedah.375
Di awal penubuhannya, Bengkel Jahitan ini mempunyai 10 orang
pelajar terdiri daripada kalangan asnaf yang di pilih sendiri oleh Ketua Bahagian Agihan dan
Pembangunan Asnaf, Tuan Haji Sofiyuddin Ismail menerusi proses temuduga. Mereka yang terpilih akan
diajar oleh seorang tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini.
Bermula dengan 10 unit mesin jahit lurus, 2 mesin jahit tepi,1 mesin jahit tepi halus dan 1
mesin jahit butang, para pelajar diberi latihan secara praktikal selama 3 bulan dan diberikan elaun
sebanyak RM 450.00 sebulan. Sehingga tahun 2014, mesin jahit lurus telah ditambah menjadi sebanyak
18 unit, begitu juga dengan mesin-mesin jahitan yang lain. Untuk makluman, JZNK telah membuka
374
Laporan Tahunan Zakat 1986-1990, hlm. 59.
375
Temubual dengan Pegawai Korporat Jabatan Zakat Negeri Kedah, En. Hambali Mohd. Puat, pada 1 Mac 2015,
jam 10.00 pagi.
170
cawangan Bengkel Jahitan Asnaf di Kuala Muda pada tahun 2014 ini dan bermula April 2014, para pelajar
mula menerima tempahan baju untuk dibekalkan kepada sekolah-sekolah yang layak menerimanya.
Setelah tamat latihan, para pelajar akan bekerja di Pusat Jahitan Asnaf dengan kadar upah mengikut
tempahan yang diterima.
4.5.2 Pendidikan
Melalui bidang pendidikan pula, Jabatan Zakat Negeri Kedah memberi sumbangan yang cukup besar.
Melalui skim agihan untuk asnaf fi sabilillah yang memperjuangkan ilmu pengetahuan, Jabatan Zakat
Negeri Kedah telah memperuntukkan agihan yang cukup besar untuk membiayai kos membaik pulih
madrasah-madrasah dan sekolah-sekolah terutamanya sekolah agama rakyat sejak tahun 1957 lagi.376
Di sini disertakan senarai Sekolah Agama Nidzomi (Rakyat) yang Menerima Bantuan Zakat Bagi Tahun
2000-2002 .377
4.5.3 Kesihatan
Sumbangan Jabatan Zakat Negeri Kedah turut diperluaskan lagi dengan mengambil kira menjaga
kebajikan asnaf-asnafnya dari aspek kesihatan. Oleh itu, Pusat Haemodialisis Zakat Kedah telah berjaya
ditubuhkan378
secara rasminya pada Julai 2011 yang menelan belanja hampir RM1.5 juta dan telah
beroperasi dengan sempurna yang boleh memuatkan 18 mesin dialisis dengan kapasiti rawatan yang
melibatkan sejumlah 70 pesakit non-hepatitis pada satu-satu masa.
Pada 23 Ogos 2011, Pusat Haemodialisis Zakat Kedah telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum
Sultan Badlishah,Sultan Negeri Kedah Darul Aman.
Secara amnya, haemodialisis merupakan salah satu cara rawatan yang digunakan untuk
merawat pesakit buah pinggang. Dianggarkan jumlah pesakit ini semakin bertambah setiap tahun. Pada
tahun 2010 sahaja, jumlah kes yang menjalani rawatan haemodialisis di seluruh negara sudah mencecah
lebih 20,000 kes. Antara objektif utama utama Pusat Haemodialisis Zakat Kedah ialah memberikan
rawatan secara percuma kepada golongan asnaf miskin khususnya dalam Negeri Kedah. Selain itu, ianya
membantu untuk memperbaiki taraf kesihatan asnaf untuk menempuh hidup yang lebih bermakna.
Sepertimana yang kita semua sedia maklum, kos rawatan buah pinggang agak tinggi. Ada
di kalangan asnaf yang tidak mampu untuk membiayai kos tersebut. Dengan tertubuhnya Pusat
Haemodialisis ini, diharapkan tidak ada lagi pesakit Islam, terutamanya golongan asnaf yang pergi
memohon bantuan kepada persatuan yang bukan Islam. Selain itu, dengan tertubuhnya pusat iini, sedikit
sebanyak dapat membantu meringankan beban kerja kerajaan dalam merawat pesakit buah pinggang.
4.5.4 Sosial
376
Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Penyata Zakat Tahun 1958, hlm. 10.
377
Lihat Lampiran C.
378
Temu bual dengan Pegawai Korporat Jabatan Zakat Negeri Kedah, op. cit.
171
Selain daripada itu, Jabatan Zakat Negeri Kedah telah mengadakan Perkhidmatan Kereta Jenazah.
Perkhidmatan itu merupakan satu keperluan kepada orang ramai terutamanya yang tinggal di sekitar
bandar Alor Setar. Oleh kerana urusan pengendalian jenazah ke tanah perkuburan telah menimbulkan
maslaah, pihak Jawatankuasa Zakat pada tahun 1962 memutuskan untuk memberi perkhidmatan kereta
jenazah dengan membeli sebuah van dan diubahsuai dengan kehendak pengangkutan jenazah. Pihak
Jawatankuasa Zakat telah menyediakan perkhidmatan kereta jenazah untuk memberi kemudahan sosial.
Ini bagi membolehkan urusan membawa jenazah ke tanah perkuburan bagi mereka yang memerlukan
dengan dikenakan bayaran yang berpatutan.379
Dalam memudahkan orang ramai menunaikan kewajipan berzakat, Jabatan Zakat Negeri
Kedah juga telah menyediakan Kaunter Zakat Bergerak yang merupakan pencapaian terbaru mereka
pada Julai 2014.
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya jelaslah kepada kita bahawa Jabatan Zakat Negeri Kedah telah memainkan peranan yang
penting dalam membantu umat Islam di Kedah. Daripada aktiviti-aktiviti atau peranan yang dimainkan
oleh Jabatan Zakat Kedah kita dapat lihat bahawa kebanyakannya bertujuan untuk membantu umat Islam
di negeri tersebut serta untuk meningkatkan lagi syiar Islam di Kedah. Dari segi fizikal peranan yang
dimainkan kebanyakannya berkesan memandangkan ia mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada masyarakat Islam Kedah.
Begitu juga sekiranya diteliti kadar perbelanjaan yang dikeluarkan dalam membantu kelapa-
lapan asnaf yang ditentukan oleh syarak. Pungutan zakat pula agak menggalakkan dan mendapat
kerjasama banyak pihak sama ada individu atau pertubuhan-pertubuhan termasuklah syarikat korporat.
Dengan meningkatnya kadar pungutan setiap tahun, maka perkara ini telah memudahkan lagi pihak
pentadbiran zakat dalam mengagih-agihkannya kepada semua asnaf. Penelitian dan juga penyelidikan
dilakukan oleh pihak berkuasa bagi menentukan pihak berkenaan terdiri daripada orang yang benar-benar
memerlukan bantuan zakat dan diluluskan oleh syarak. Tugas ini kini digalas oleh Unit Audit Dalaman
Jabatan Zakat Negeri Kedah
379
Sejarah Ringkas Jabatan Zakat Negeri Kedah 1976, hlm. 98.
172
PENGLIBATAN TAN SRI P. RAMLEE DALAM INDUSTRI SENI, 1929-1973
NUR IZZATI BINTI ABDUL JAMIL
1.0 Latar Belakang P. Ramlee
Ketika penulisan ini dihasilkan, peminat filem masih mengingati Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai
lagenda dalam dunia perfileman Melayu tanah air. Dunia perfileman Melayu diwarnai pelbagai corak
kegemilangan oleh P. Ramlee dan dilihat sebagai manusia yang tidak dapat ditandingi sehingga hari ini.
Beliau pernah mengungkapkan kata-kata ini:
“Aku dilahirkan untuk menjadi bintang pujaan, selagi hayat dikandung badan, aku tetap berbakti dalam
duniaku. Dan aku percaya mereka tetap mengingati kerja-kerja seniku” 380
P. Ramlee sememangnya telah memilih kehidupan sebagai anak wayang untuk sepanjang
hayatnya. Bidang perfileman menandai profesionnya sehingga akhir hayat. Harapan yang dimaksudkan
ialah karyanya menjadi tatapan sepanjang zaman. P. Ramlee tidak meninggalkan kekayaan dalam bidang
yang pernah diceburinya tetapi meninggalkan khazanah ilmu perfileman.
Kekayaan Alam Aceh khususnya dan Indonesia umumnya dengan pelbagai hasil bumi
menyebabkan Belanda ingin menjajah Indonesia. Dengan itu, masyarakat Aceh berperang melawan
Belanda antara tahun 1872-1938, iaitu perang Aceh yang terkenal hebatnya yang disebut sebagai perang
di jalan Allah. Perang itu mengambil masa yang panjang melibatkan pahlawan yang terkenal iaitu Teuku
Umar, Tengku Chik Muhammad, Laksamana Malahayati yang memimpin Armada Wanita, Cut Nyak Dhien
dan Cut Nyak Meutia (di Lhokseumawe) yang memimpin perang Aceh. Dalam peperangan ini, askar yang
turut berjuang ialah Tgk. Banteung bersama-sama adiknya dari Aceh Besar ke Pasai (Lhoksuemawe)
untuk berperang. Namun begitu, adiknya gugur di medan peperangan381
.
Banteung kemudiannya menetap di Pasai dan berkahwin di sana sehingga lahirnya seorang
anak yang diberi nama Karim (1887). Setelah dewasa, Karim mengahwini Chatijah di Kampung Paloh
Pineung Kecamatan Muara Dua Cunda. Hasil perkahwinan tersebut maka lahirlah anak pertama, Nyak
Puteh pada tahun 1910 (ayah P. Ramlee) kemudian disusuli dengan adik Puteh iaitu Ibrahim, Ishaq,
Abdullah, Tahir, Syariah, Mohd. Ali dan Maun. Puteh sejak kecil sudah mempunyai bakat menyanyi
dengan suaranya yang sangat merdu disamping rupanya yang segak sehingga orang menggelarnya
Puteh Dhiet (dalam bahasa Aceh Dhiet itu cantik/rupawan).
Pada umur 12 tahun, Puteh melibatkan diri dalam kumpulan Tari Aceh, iaitu Rapai Pulot di
Cunda dengan memegang peranan sebagai pemeran utama. Rapai Pulot dimainkan oleh pemain antara
12-15 orang lelaki dan lima orang pemukul rapai (gendang ditambah satu anak Pulot dengan sembilan
380
Ungkapan dipetik daripada perbualan dengan sahabat karibnya iaitu Datuk Aziz Sattar.
381
Kajian Haji Ali Akbar dalam Kertas Kerja P. Ramlee Titisan Zuriat/ Keturunan Dari Lhokseumawe (Aceh)
173
pemain). Kumpulan tari yang dianggotai oleh Puteh sering mencapai kemenangan, sehingga kumpulan
tersebut kalah dalam satu pertandingan. Akibatnya, Puteh berasa amat malu dan meninggalkan kumpulan
tari tersebut. Akhirnya, Puteh mengambil keputusan untuk merantau ke Malaya (Malaysia). Ramai
pedagang dari Aceh pergi membawa barang dagangan dan bekerja di kapal dan merantau ke
Semenanjung Malaysia bahkan ada yang menetap di sana. Hubungan erat ini disebabkan oleh kaitan
sejarah, sosial dan agama sebagai bangsa serumpun.
Puteh turut serta merantau dengan bekerja di kapal yang membawa barangan dari
Lhoksuemawe ke Pulau Pinang, sehingga beliau dapat menguasai ilmu pelayaran382
. Akhirnya, Puteh
menetap di Pulau Pinang dan berkahwin dengan Che Mah Binti Husin di Kubang Buaya, Butterworth pada
tahun 1925. Pada Hari Raya Aidilfitri, Rabu, tanggal 22 Mei 1929, lahirlah anaknya yang diberi nama
Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh. Beliau telah dilahirkan di rumah neneknya beralamat di No. 40A,
Counter Hall, Pulau Pinang, bersambut gema takbir yang penuh kesyahduan di pagi Aidilfitri.
Tan Sri Dr. P. Ramlee merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan
penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura. Sewaktu masih kecil Teuku Zakaria yang dipelihara ibu
bapanya Che Mah dan Nyak Puteh mengalami sedikit masalah. Dalam sesetengah masyarakat Melayu,
jika sekiranya anak kecil sering demam dan sakit mereka percaya bahawa nama yang diberikan kepada
bayi sewaktu lahir tidak sesuai. Bagi menghilangkan masalah sakit yang berulangan maka satu cara untuk
mengatasinya ialah dengan menukarkan nama yang telah diberikan kepada bayi tersebut kepada nama
lain. Masyarakat Melayu juga percaya bayi itu mesti diserahkan kepada satu keluarga angkat untuk
dipelihara bagi satu tempoh waktu untuk menghilangkan badi penyakit tersebut. Demikianlah halnya
dengan Teuku Zakaria. Beliau kemudiannya telah diserahkan kepada sebuah keluarga angkat disebelah
ibunya dan namanya telah ditukarkan kepada nama Ramlee.
Setelah tamat pantang, ibu dan bapa P.Ramlee telah berpindah rumah kuarters Estern
Smelting iaitu di alamat 25A Jalan Timah, Kampung Jawa Pulau Pinang kerana pada waktu itu Nyak
Puteh telah mendapat kerja sebagai kerani di kilang melebur bijih timah. Tempat tinggal Nyak Puteh
bersama isterinya Che Mah dan anaknya ini, asalnya adalah merupakan kuarters papan satu tingkat yang
kemudiannya dirobohkan dan diganti dengan kuarters batu-bata empat tingkat pada tahun 60-an.
P. Ramlee menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke
Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga
meletusnya Perang Dunia Kedua. P. Ramlee beralih kepada bermain gitar dan biola di bawah bimbingan
Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna
Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio
Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan
itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga
ke akhir hayatnya383
.
382
Hasil wawancara dengan A. Majid (abang sepupu P. Ramlee) di Cunda, 6 Mei 2002 bersama M. Nasir oleh Haji
Ali Akbar.
383
Yusnor Ef. (2000). P. Ramlee Yang Saya Kenal. Kuala Lumpur. Pelanduk Publications Sdn Bhd. hlm 14.
174
Dalam tahun 1939, Ramlee melanjutkan pelajaran ke Sekolah Francis Light. Sekolah
Francis Light ketika itu merupakan Sekolah Inggeris terulung di Pulau Pinang dan masih wujud sebagai
sekolah rendah kebangsaan pada masa kini. Semasa bersekolah di Sekolah Francis Light, perwatakan P.
Ramlee mulai berubah. Beliau mula terpengaruh dengan sikap nakal kawan-kawannya yang kebanyakkan
terdiri dari keluarga yang berpendapatan rendah. Di sinilah minatnya dalam bidang nyanyian dan lakonan
mula kelihatan. Ramlee belajar di Sekolah Francis Light sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua pada
tahun 1941.
Semasa pendudukan Jepun, untuk menyara hidup bukanlah mudah. Pada peringkat
awalnya Ramlee ikut sama bekerja menjadi peon di Eastern Smelting di tempat bapanya bekerja dan
menjadi jurubahasa sambilan kepada majikannya P. Ramlee mengambil keputusan menyertai Sekolah
Tentera Laut Jepun yang dinamakan Kaigun Gakko. Di sekolah ini bukan sahaja dapat menunjukkan
pencapaian akademik yang cemerlang malah berpeluang untuk belajar muzik biarpun masih berperangai
nakal dan suka ponteng sekolah. Guru muziknya Hirahe San mengajar P. Ramlee bermain piano, biola
dan ukelele. Di Sekolah Latihan Angkatan Laut ini juga P. Ramlee menjadi guru bagi rekrut pelatih yang
baru dan sebagai Kyuco kadet sehingga Jepun menyerah kalah. P. Ramlee juga diberi peluang menyertai
konsert-konsert yang diadakan oleh tentera Jepun. Sewaktu berada di Sekolah Angkatan Laut Jepun, P.
Ramlee berkenalan dengan Sukardi yang kemudian ikut serta dalam pancaragam dan berhijrah ke
Singapura.
Selepas sekolah, P. Ramlee belajar mengaji Al-Quran dengan guru agama, Mak Minah
Kasar. P. Ramlee merupakan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Suaranya yang lunak membuatkan
ramai orang tertarik mendengar bacaannya. Pada bulan Ramadhan, selepas solat sunat tarawih, P.
Ramlee akan mengikuti kelas mengaji sehingga larut malam. Selepas mengaji, beliau akan pergi bermain
dan berlakon di padang berhampiran rumahnya. Antara adegan-adegan yang digemari adalah seperti
Hang Tuah, Robin Hood, Mark of Zorro, Captain Blood dan Tarzan (karektor-karektor pejuang keadilan).
Beliau selalu berperanan sebagai hero dan rakan-rakan yang lain menjadi orang jahat. Pelakon-pelakon
filem yang menjadi inspirasinya ialah Errol Elynn, Tyrone Power dan Johnny Weismuller384
.
P. Ramlee juga merupakan seorang yang giat melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
Permainan yang digemari oleh beliau ialah bola sepak dan sepak raga jaring (takraw). Beliau mewakili
Pasukan Bola Sepak Rumah “Pinhorn” di Sekolah Penang Free (PFS). P. Ramlee menjadi penjaga
gawang (goal keeper) dan pernah mewakili pasukan Kampung Jawa ke perlawanan persahabatan di
Butterworth bersama-sama rakan sepasukan Y.M Tengku Ahmad Rithauddeen, Datuk Zulkifli Ali (bekas
Menteri Pertahanan) dan Dato’ Eddy Choong (pemain badminton negara). Dalam perlawanan sepak
takraw, beliau berperanan sebagai apit kiri dan sering menjadi ‘killer’.
Selepas Jepun menyerah kalah dan tamat perang pada tahun 1945, P. Ramlee
menyambung pengajian akademiknya di Sekolah Penang Free School, sekolah elit yang terulung di Pulau
Pinang sehingga kini. P. Ramlee belajar di Penang Free School sehingga Standard 7 (bersamaan
Tingkatan 3 sekarang ini). Berbanding dengan semasa di sekolah rendah, prestasi akademiknya di
384
Ibid. hlm 23
175
peringkat sekolah menengah hanyalah sederhana. Namun tahap keupayaan dalam mata pelajaran
bahasa Melayu adalah cemerlang. P. Ramlee mendapat markah tertinggi di Pulau Pinang dalam subjek
ini pada peperiksaan akhir Standard 7 pada tahun 1947. Prestasi keseluruhannya adalah menurun
disebabkan kegiatannya yang sangat aktif dalam nyanyian. Rakan-rakan sekolahnya memberitahu
bahawa ketika itu adalah “a part-time student, a full-time star”385
bermaksud pelajar separuh masa dan
seniman sepenuh masa sama seperti yang terjadi dalam filem Masam-Masam Manis“. Selain mata
pelajaran Bahasa Melayu, P. Ramlee juga cemerlang dalam matapelajaran lukisan. Bahasa Melayunya
sentiasa mendapat pujian dan hadiah yang menjadi penawar hati guru-gurunya yang jengkel kerana
kelemahannya dalam matapelajaran yang lain selain dari kenakalannya yang suka ponteng sekolah.
Dalam bahasa Jepun, P. Ramlee dapat menguasai bahasa itu dalam masa yang singkat sehingga
membolehkannya menjadi jurubahasa dan menyanyi lagu-lagu Jepun dengan lancar dan
fasih. Pencapaian bahasa Inggerisnya juga agak baik walaupun beliau bukannya seorang yang suka
membaca buku. Satu-satunya novel yang pernah dibacanya mengikut cerita dari seorang temannya
ialah Athens karya Achdiat K. Miharja. Namun demikian Ramlee adalah seorang pemerhati yang teliti
dan bercita-cita besar. Ramlee suka mencari perubahan dalam kerja-kerja yang dilakukannya
seperti menyanyi sampai di hadapan pengantin yang sedang bersanding ketika persembahan kumpulan
pancaragam yang disertainya. Perbuatan sebegini belum pernah dibuat orang.
Filem pertama lakonan P. Ramlee berjudul "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang
peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakun
di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee
dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an
yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada
dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan.
P. Ramlee pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Junaidah, anak seniman Daeng Haris,
adalah isteri pertamanya yang dikahwini selepas berlakon dalam filem Bakti, pada awal tahun 1950an.
Namun, mahligai mereka runtuh dan kemudiannya bercerai pada tahun 1954. Setelah bercerai pada
tahun 1954, P.Ramlee berkahwin dengan Norizan pada 6 Februari 1955, seorang kerabat DiRaja Perak
yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Walaubagaimanapun, Norizan
mengharapkan sesuatu yang lebih daripada perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan
hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebabkan perkahwinan mereka tidak kekal lama dan berakhir
dengan penceraian pada tahun 1961.
Pada tahun yang sama, P. Ramlee bertemu dengan Salmah Ismail atau pun lebih dikenali
dengan nama Saloma. Kemudiannya mereka telah diijabkabulkan pada 21 November 1961 di Tembeling
Road, Singapura. Perkahwinan P. Ramlee dengan Saloma itu dianggap paling ideal kerana mereka
adalah pasangan yang cukup serasi bila berduet. Ikatan kasih sayang mereka begitu utuh malah kekal
sehingga ke akhir hayat. P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya tiga orang
sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau
banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong
385
Arkib Negara Malaysia, (2003), P. Ramlee Seniman Agung Dunia Melayu, Kuala Lumpur: Arkib Negara
Malaysia.
176
Kami Bantu Kami dari filem 3 Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contoh Sazali yang berlakon
sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak). Anak-anak yang pernah dijaga beliau ialah Mohd Nasir
dan Arfan (anak kandung bersama Junaidah), Sazali (anak kandung), Abdul Rahman (anak tiri), Norma
(anak tiri), Armali (anak tiri), Betty (anak angkat), Zakiah @ Zazaloma (anak angkat), Sabaruddin @ Badin
(anak angkat) dan Dian (anak angkat).
2.0 Penglibatan Dalam Muzik, Nyanyian Dan Perfileman
Penglibatan awal P. Ramlee dalam dunia seni hiburan mula terserlah apabila beliau dan pancaragamnya
menjuarai Pertandingan Keroncong Seluruh Pulau Pinang dengan nyanyian lagu "Keroncong Oh Suci".
Pada tahun yang sama, beliau terpilih sebagai "Bintang Penyanyi Utara Malaya" dalam peraduan
menyanyi anjuran Radio Pulau Pinang. Beliau mula belajar bermain alat muzik seperti piano, biola dan
ukelele pada zaman Jepun daripada seorang guru bernama Hirahe San386
. P. Ramlee gemar mencari
perubahan dalam pekerjaannya. Di Pulau Pinang, beliau akan menyanyi sampai kehadapan pengantin
yang sedang bersanding. Perubahan-perubahan dalam seni lakon dan nyanyian selepas beliau menjadi
pekerja di Malay Film Productions (MFP) telah memberikan kejayaan dan populariti dalam kerjayanya
dalam bidang perfileman, nyanyian, muzik dan komedi.
Ketika mengikuti pancaragam di Pulau Pinang, P. Ramlee mempunyai niat untuk menjadi
pemain muzik yang terbaik, penyanyi yang terkenal dan pemimpin pancaragam. Melalui usaha dan
kesungguhannya, beliau keluar sebagai bintang penyanyi Utara Malaya nombor tiga (1945) dan mencuba
lagi pada tahun 1946 sehingga beliau menjadi juara pada tahun 1947. P. Ramlee terkenal kerana
usahanya yang gigih bermula dari bawah. Beliau memegang peranan sebagai penyanyi latar, orang
suruhan yang menolak dan menarik kamera, clapper boy dan kemudian menjadi pelakon tambahan387
.
Sifatnya menarik perhatian B. S. Rajhans, pengarah filem dari Shaw Brothers, lalu mempelawa P. Ramlee
berlakon dan filem pertamanya ialah "Chinta" yang diterbitkan pada tahun 1948. Beliau telah digandingkan
bersama pelakon Roomai Noor dan Siput Sarawak dengan memegang watak sebagai orang jahat yang
memegang tombak dan kemudian bergelimpangan di pantai. Dalam filem ini juga, beliau menyumbangkan
suaranya kepada Roomai Noor semasa bahagian nyanyian.
P. Ramlee kemudian diambil sebagai pelakon pembantu bermain muzik dalam filem “Nor
Asmara” yang dibintangi oleh Roomai Noor dan Kasma Booty. Beliau memegang watak sebagai pelawak
bersama D. Harris. Watak tersebut kecil tetapi telah memberikan satu genre baharu dalam bidang
lakonan. Akhirnya, beliau menjadi seorang pelawak yang setanding dengan D. Harris. Dalam filem
“Nasib”, beliau sekali lagi berpasangan dengan D. Harris sebagai pelawak tetapi kemudian menjadi orang
jahat dalam filem “Nilam” yang dibintangi Roomai Noor dan Siput Sarawak. Dalam ketiga-tiga buah filem
ini, di samping menjadi pelakon tambahan, P. Ramlee juga menjadi penyanyi playback dan penjaga
sambungan-continuity.
386
Ramli Ismail. (1998). Kenangan Abadi P. Ramlee. Pulau Pinang: Brothers Publications. hlm 42
387
Arkib Negara Malaysia. op.cit. hlm 20
177
Sebagai orang baharu dalam dunia lakonan, P. Ramlee beruntung kerana dapat menimba
pengalaman daripada bintang-bintang filem yang sudah terkenal seperti Roomai Noor dan Osman
Gumanti dalam filem “Racun Dunia”. Beliau pertama kali memegang watak hero sepenuhnya dalam filem
“Takdir Ilahi”388
. Sebelum filem ini ditayangkan, pelbagai andaian mengganggu fikiran beliau. Pendapat
penonton pada awalnya mengenai tubuh badan beliau yang kurus, namun ketika tiba di bahagian klimaks,
penonton mula memuji lakonan beliau. P. Ramlee bertegas menolak tawaran kontrak baru dengan MFP
dengan harapan beliau dapat bekerja dengan syarikat ini. Namun, harapannya hancur apabila peluang
yang disediakan untuknya itu diisi oleh Osman Gumanti. Hal ini kerana Osman Gumanti memberi
keyakinan kepada syarikat tersebut bahawa dia lebih baik dan lebih berpengalaman daripada P. Ramlee.
Peristiwa-peristiwa yang berlaku menjadi pengajaran kepadanya dalam kehidupan. Namun, hal ini tidak
mematahkan semangatnya untuk berpatah balik ke Pulau Pinang. Beliau tetap meneruskan cita-citanya,
walaupun bukan sebagai orang filem, beliau akan menjadi ahli muzik.
Kontrak dengan MFP telah memberikan bonus kepada tiap-tiap filem yang dilakonkan
olehnya. Beliau banyak belajar daripada pelakon-pelakon yang terkenal dalam filem Barat dan Jepun.
Malah beliau juga gemar menonton filem-filem yang memperoleh anugerah dan diarahkan oleh pengarah
yang terkenal. Dalam bidang muzik, dengan kerjasama dan tunjuk ajar Yusof B. dan Osman Ahmad,
pemain tetap di studio itu, P. Ramlee diberi peluang membuat susunan dan memimpin orkestra untuk
nyanyian dan lagu-lagu ilustrasi dalam filem.
Kehebatan lakonan P. Ramlee itu memberikan keyakinan kepada pengarah Filipina,
Lamberto Avellana memilihnya sebagai Sarjan Hassan dalam filem yang berjudul sama389
. P. Ramlee
menjadi lebih cemerlang bersama-sama Avellana, pengarah yang mempunyai rekod pencapaian dan
kejayaan yang baik. Filem Sarjan Hassan hampir menyamai filem aliran neo-realisme. Kesilapan berlaku
apabila Avellana pulang ke negara asalnya. Pihak pengurusan MFP meminta P. Ramlee memasukkan
adegan-adegan nyanyian untuk memenuhi selera penonton filem Melayu yang masih terpengaruh dengan
format filem India.
Berita P. Ramlee diberi kesempatan menjadi pengarah disambut dalam keadaan berbelah
bahagi oleh artis-artis veteran MFP kerana Haji Mahadi yang lebih banyak pengalaman pernah gagal
dalam percubaannya mengarahkan filem Permata di Perlimbahan390
. Namun demikian, masyarakat
Melayu khasnya dan media massa telah memberikan sokongan yang menggalakkan terhadap langkah
tersebut. Sikap berbelah bahagi artis-artis di Studio Jalan Ampas telah menimbulkan masalah ketika
pembikinan filem itu mahu dilancarkan. Beberapa orang pelakon telah dipilih menarik diri pada saat-saat
akhir kerana tidak yakin P. Ramlee dapat melakukannya termasuk pengarah-pengarah India. Filem
“Penarek Becha” telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton. Kejayaan ini membuka
peluang yang lebih luas kepada P. Ramlee untuk mengarah filem.
Apabila P. Ramlee memasuki suatu fasa baru dalam hidupnya, sebagai seorang pengarah,
beliau menggunakan segala sumber yang terdapat di Malay Film Productions. Dua buah studio besar
388
Aimi Jarr. (2008). Jejak Terbilang. Selangor: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. hlm 33
389
Arkib Negara Malaysia. op. cit. hlm 183
390
Ibid. hlm 16
178
kepunyaan Shaw Brothers pada tahun 1947 telah dilengkapi dengan kelengkapan bermutu Hollywood
bernilai lebih satu juta dolar terus-menerus diperbaiki dan dipermodenkan. Dari situlah bakatnya mula
menyerlah hingga dapat mengukuhkan nama beliau. Filem kedua arahan P. Ramlee iaitu “Semerah Padi”
telah mengangkat P. Ramlee sebagai pengarah yang berwibawa. Sekali lagi beliau berjaya mengubah
persepsi penonton filem Melayu daripada budaya Hindustan kepada budaya Melayu dan Islam. Filem ini
telah mendapat sambutan bukan sahaja dalam kalangan anak muda tetapi dalam kalangan orang tua dan
golongan alim ulama kerana jalan cerita dan arahan beliau memberi pengajaran dalam memaparkan
hukum-hukum Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulallah S.A.W.
Kejayaan P. Ramlee telah membuka mata penerbitnya untuk memberi peluang kepada
anak-anak tempatan lain menjadi pengarah filem Melayu. P. Ramlee telah membuktikan kebolehan orang
Melayu menjadi pengarah yang sebelumnya tidak pernah berpeluang setelah Haji Mahadi menjadi
pengarah pertama dan terakhir. Melalui filem "Anakku Sazali" (1957), P.Ramlee menjadi semakin
masyhur dengan meraih anugerah "Aktor Terbaik Asia". Seterusnya beliau digelar sebagai "The Most
Versatile Talent" melalui filem "Ibu Mertuaku" dalam Festival Filem Asia Pasifik di Tokyo pada tahun 1963.
P.Ramlee juga berjaya mencatatkan sejarah apabila 3 filemnya "Nujum Pak Belalang" , "Madu Tiga" dan
"Pendekar Bujang Lapok" berjaya membolot trofi Filem Komedi Terbaik di peringkat antarabangsa.
Menurut M. Amin & Wahba (1998), "Studio jalan Ampas seolah-olah sebuah "Hollywood' di rantau Asia
di mana ia menjadi perkampungan para seniman filem dari berbagai peringkat. Industri perfileman
Melayu berkembang dan dikenali di rantau Asia.... Filem-filem Melayu bukan sahaja mendapat
sambutan dalam kalangan masyarakat tempatan, malah pengeluar-pengeluar filem asing seperti
Indonesia juga menempah filem-filem Melayu untuk ditayangkan di tempat mereka.”391
Sekitar 1940an-1970an dengan penubuhan dua studio besar di Tanah Melayu (Singapura)
iaitu Malay Film Production dan Cathay-Keris, telah berlakunya suatu suasana 'kebanjiran' filem Melayu
dari pelbagai genre dan sudut pandang. Ekoran dari ini munculnya bakat-bakat besar yang gemilang
namanya. Bukan saja di peringkat tempatan malah di peringkat antarabangsa. Hasil dari fenomena ini
juga sekitar 1950an sehingga 1960an telah diangkat sebagai zaman kegemilangan filem Melayu. Definisi
kegemilangan ini merangkumi pelbagai sudut. Pertama dari konteks filem yang dihasilkan. Sebanyak 170
buah filem diterbitkan oleh Malay Film Production dan 123 buah filem yang diterbitkan oleh Cathay-Keris.
Kebanyakan filem ini berjaya meraih anugerah di peringkat Asia dan juga di peringkat dunia.
Jiwa P. Ramlee sangat dekat dengan permasalahan dalam dunia kehidupan masyarakat
Melayu. Beliau menggambarkan sifat-sifat semula jadi lelaki yang mata keranjang dan perempuan yang
sentiasa mencurigai ketiadaan suaminya di rumah. Kehidupan yang kelihatan mudah dan lazim dijadikan
P. Ramlee sebagai bahan komedi yang menarik dengan watak-watak yang menghiburkan. Beliau amat
peka dengan nilai kemasyarakatan tetapi berubah apabila terpaksa berhadapan dengan cabaran-cabaran
baru yang menuntut perlakuan di luar kebiasaan akibat kesan dan pengaruh bandar. Jiwa dan ciri
kemasyarakatan yang diterapkan dengan penuh kejujuran itu menjadikan lakonannya dalam filem “Madu
391
M. Amin & Wahba. (1998). Layar Perak dan Sejarahnya. Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
hlm 17
179
Tiga”, “Tiga Abdul” dan “Labu Labi” menjadi satu sindiran yang sinis tetapi mencuit hati masyarakat
Nusantara.
P. Ramlee bukan sahaja mempunyai bakat sebagai pelakon dan pengarah, tetapi juga
merupakan penggubah, penulis seni kata lagu dan penyanyi yang serba boleh. Lagu-lagu ciptaan P.
Ramlee terdapat dalam filem-filem yang dikeluarkan oleh Malay Film Productions (1946-1964) dan
Merdeka Film Studio (1964-1973). P. Ramlee menitikberatkan betapa mustahaknya perkongsian
perasaan antara penggubah lagu dan penulis seni kata. Oleh sebab kebanyakan lagu digubah dan
dinyanyikan sendiri oleh P. Ramlee, beliau berjaya menyampaikan tema masing-masing dengan
perasaan yang tepat. Beliau banyak menggubah lagu dalam muzik Melayu tradisi seperti inang, zapin,
masri, asli, joget dan boria. Antara lagu-lagu yang berjaya beliau hasilkan ialah Inang Baru, Gambus
Jodoh (zapin), Nak Dara Rindu (Melayu tradisi), Joget Pahang dan Alunan Biola (keroncong).
P. Ramlee amat cekap menyesuaikan gaya muzik asing dengan lagu-lagu Melayu.
Antaranya ialah rentak waltz dalam “Tidurku di Rumput Yang Basah”, unsur-unsur Timur Tengah dalam
“Ya Habibi Ali Baba” dan pengaruh-pengaruh Cina dalam lagu “Apek dan Marjina”. Pelbagai rentak yang
digunakan termasuklah samba (Nasi Goreng), beguine (Merak Kayangan), andante (Mengapa Riang Ria),
bolero (Juwita), rumba (Bila Larut Malam), twist (Bunyi Gitar) dan mambo (Kwek Mambo). Sepanjang
penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an, pemuda-pemuda Melayu menjadi semakin kurang
berminat dengan lagu-lagu Melayu. Mereka semakin meminati kumpulan The Beatles dan idola-idola pop
yang lain. P. Ramlee bertindak balas menubuhkan kumpulan yang diberi nama Pancha Sintara dengan
tujuan menyuburkan semula muzik Melayu dan menentang pengaruh kumpulan The Platters392
. Pancha
Sitara telah mendapat sambutan baik dan berjaya merakamkan lagu suka ramai seperti Bila Larut Malam
dan Mawarku.
Semangat cintakan negara ditunjukkan dalam lagu-lagu P. Ramlee seperti “Pahlawanku”,
“Perwira” dan “Sekapur Sireh” yang semuanya dinyanyikan oleh Saloma. Semangat yang sama terdapat
dalam lagu “Joget Malaysia” dalam filem “Ragam P. Ramlee”, “Joget Pahang” dan “Melaka” dinyanyikan
oleh P. Ramlee dalam filem “Hang Tuah”. Contoh lagu-lagu yang masih diminati sehingga ke hari ini
termasuklah “Dendang Perantau” yang boleh didengar di televisyen dan radio semasa menyambut hari
raya.
Bidang nyanyian dan lagu merupakan bidang pertama yang diceburi oleh P. Ramlee. Beliau
telah dibawa ke Studio Malay Film Productions pada tahun 1948 oleh B. S. Rajhans kerana lagu “Azizah”
mendapat sambutan luar biasa daripada pendengar. Lagu “Azizah” merupakan antara ciptaan terawal
beliau sebelum berhijrah ke Singapura. Versi asal yang rancak dan dirakamkan ke piring hitam dengan
seni kata ciptaan beliau sendiri, manakala versi kedua yang berirama perlahan diperdengarkan dalam
filem pertama beliau, “Penarik Becha” dengan lirik yang ditulis oleh Jamil Sulong. Buku “Erti Yang Sakti”
hasil tulisan Tan Sri Ahmad Sarji telah menyenaraikan 359 buah lagu-lagu ciptaan P. Ramlee yang
392
Yusnor Ef. op. cit. hlm 48
180
dinyanyikan beliau sendiri atau orang lain. Dalam tradisi penerbitan filem-filem Melayu, lagu merupakan
unsur yang serasi dengan penonton dan memberi dorongan kuat kepada filem-filem Melayu.
P. Ramlee bijak memilih lagu-lagu untuk disesuaikan dalam sesuatu adegan filem sama ada
lagu itu dinyanyikan sendiri ataupun sebagai muzik latar sahaja. Penyesuaian ini menimbulkan suasana
yang lebih berkesan dan penonton dapat menghayati watak dalam setiap penceritaan. Lagu-lagu ciptaan
P. Ramlee banyak menonjolkan kesenian tradisional Melayu melainkan beberapa lagunya yang terakhir.
Melodi yang digunakannya berbentuk Melayu dan mudah meresap ke dalam sanubari orang Melayu.
Beliau pernah menerima anugerah Pencipta Lagu Terbaik di Pesta Filem Asia di Hong Kong pada tahun
1956. Beliau juga banyak menggunakan tenaga beberapa orang pemuzik terutama semasa beliau masih
di Singapura untuk membantu dalam menghasilkan lagu-lagunya.
3.0 Perpindahan Ke Studio Merdeka (Malaysia) dan Zaman Kejatuhan Karya
Kejayaan P. Ramlee meraih pelbagai anugerah melalui filem, lakonan dan nyanyiannya telah
menimbulkan perasaan iri hati dalam kalangan sebahagian artis. Selain iri hati, ada juga yang kecil hati
kerana tidak terpilih berlakon dalam filem-filem arahannya kerana berlakon di bawah P. Ramlee
merupakan satu kebanggaan pada zaman tersebut393
. Sifat ini telah menyebabkan berlakunya
perpecahan di studio tersebut kepada dua kelompok, satu yang menyokong beliau dan satu lagi tidak
menyokong. Perpecahan ini sedikit sebanyak mengancam studio tersebut.
Majalah “Bintang” bilangan pertama telah mendapat sambutan di luar dugaan. Dalam masa
satu hari sahaja iaitu hari majalah tersebut mula dipasarkan, sebanyak 5000 naskah tidak mencukupi
untuk pasaran Singapura dan terpaksa diulang cetak untuk pasaran Tanah Melayu, Labuan, Brunei,
Sabah dan Sarawak. Peristiwa ini tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbitan majalah394
. Sambutan
ini turut menggemparkan syarikat penerbitan yang besar seperti Utusan Melayu dan Melayu Raya yang
masing-masing mempunyai majalah hiburan sendiri iaitu “Utusan Filem dan Sport” dan “Filem Raya”.
Sambutan orang ramai hanya kerana satu sebab sahaja, iaitu nama P. Ramlee yang tercatat sebagai
pemimpin. Apabila gambarnya dijadikan ilustrasi kulit muka, maka sambutannya menjadi lebih bertambah
dari semasa ke semasa.
P. Ramlee kehilangan pasukan kerja yang mantap semasa berpindah kerja ke Studio
Merdeka. Beliau terpaksa bekerja dengan orang yang belum memahami kehendaknya dan kurang
berpengalaman dalam filem. Oleh yang demikian, P. Ramlee terpaksa berdiri atas kekuatan individunya
untuk mengarahkan sebuah filem. Selain itu, beliau juga menghadapi tekanan daripada pengurus Studio
Merdeka, Shaw Wee Ngok yang berpegang kepada konsep lama; membuat filem mestilah dengan modal
yang serendah-rendahnya tetapi mendapat pulangan yang sebesar-besarnya. Tanpa sokongan pasukan
kerja yang kuat, P. Ramlee kehilangan banyak tenaga untuk melatih dan membantu pekerja-pekerja
terutamanya di bahagian teknikal yang masih mentah pengalamannya. Hal ini memberi kesan besar
393
Ibid. hlm 32.
394
Ibid. ms 36
181
kepada kreativiti beliau sehingga filem-filem yang dihasilkannya di Studio Merdeka semakin merosot
mutunya. Walaubagaimanapun, beliau mempunyai sebab-sebab yang tersendiri di atas kesuraman filem-
filemnya. Beliau berpendapat terlalu banyak pantang larang yang dikenakan ke atas filem-filem Melayu
telah memaksanya menghasilkan filem-filem komedi. Baginya, filem komedi lebih mudah.
Menjelang akhir hayatnya, keadaan kehidupannya agak terganggu kerana tidak ada mata
pencarian yang tetap. Selain pertunjukan pentas, beliau juga menerima jemputan bermain muzik di majlis-
majlis dengan kumpulan “Band Putih”nya. Kepedihan yang besar sebagai seorang seniman ialah apabila
bakatnya tidak dihargai dan beliau pula tidak berupaya merealisasikan bakatnya. Untuk melarikan diri
daripada kepedihan tersebut, beliau banyak menghabiskan masa di meja mahjong395
. Sifat P. Ramlee
yang mahu dihargai tidak pernah difahami orang seperti beliau menghargai bintang kebesaran Ahli
Mangku Negara (A.M.N) yang dianugerahkan oleh Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Beliau terlalu
gembira kerana mengetahui kerajaan menghargai pencapaiannya dalam bidang seni dan filem
Sepanjang tempoh kerjayanya di Kuala Lumpur (1964-1973), beliau tidak menerima
sebarang anugerah seperti ketika berada di Studio Jalan Ampas. Bagaimanapun, sumbangannya tetap
besar dalam usaha menghidupkan Studio Merdeka dan dunia perfileman Melayu di negara ini. Hal yang
menyedihkan dalam hidup P. Ramlee ialah, sehingga akhir hayatnya tidak berjaya untuk menjadi seorang
produser filem. Beliau hanya berjaya menjadi seorang penyanyi, pengarah filem dan pengedar filem tetapi
tidak berjaya mengeluarkan filem atas nama syarikatnya sendiri. Beliau mempunyai syarikat filemnya
bernama Rumpun Melayu. Pada permulaannya, beliau membeli filem dari Indonesia dan
menayangkannya di sebuah dewan di Bangunan MARA yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Tetapi, usia penayangan filem di dewan ini tidak lama kerana ada gangguan daripada pihak luar sehingga
P. Ramlee terpaksa mencari satu tempat lain.
4.0 Rumusan Keseluruhan
Gambaran kehidupan masyarakat Melayu yang membabitkan masyarakat majmuk menunjukkan bukti
sejarah sosial kehidupan masyarakat Malaysia. Gandingan kehidupan pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina,
India dan lain-lain bangsa dalam filem tersebut dapat melahirkan perasaan kasih sayang dan perpaduan
dalam kalangan mereka. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia adalah masyarakat yang ideal dan
terbilang kerana boleh hidup dengan aman. Dalam filem P. Ramlee, bangsa-bangsa lain digandingkan
dengan pelakon bangsa Melayu. Contohnya; orang Cina memegang watak peniaga, orang India sebagai
jiran tetangga, orang Sikh sebagai pengawal keselamatan bertindak mendamaikan pertikaian dalam
berbahasa dan hormat-menghormati. Paparan ini dapat dilihat dalam Seniman Bujang Lapok, ketika
seorang pengawal keselamatan berketurunan Sikh mengajar dan menyedarkan Sudin dan Aziz
menghormati orang lain. Karya agung yang dihasilkan oleh P. Ramlee telah menggambarkan semua
aspek kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia dan dapat dijadikan rujukan kepada rakyat Malaysia.
395
Hujah-hujah ini ditulis di dalam Kertas Kerja Abdullah Hussain. Liku-Liku Hidup P. Ramlee: Tokoh Lagenda
Sepanjang Zaman yang merupakan salah seorang kenalan P. Ramlee.
182
BIBLIOGRAFI
Adi Pranajaya. (1993). Filem dan Masyarakat. Jakarta: Yayasan Citra.
Ahmad Sarji. (1999). P. Ramlee: Erti Yang Sakti. Kuala Lumpur: Pelandok Publication.
Aimi Jarr. (2008). Jejak Terbilang. Selangor: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia.
Arbaie Sujud. (1999). Estetika Dalam Lirik Lagu Nyanyian P. Ramlee. Tesis Sarjana, Fakulti Bahasa dan
Komunikasi. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Arkib Negara Malaysia. (2005). Sepanjang Riwayatku. Kuala Lumpur. Arkib Negara Malaysia
Arsiah Sarji, Faridah Ibrahim dan Mazni Buyung. (1996). Pola Pengamalan Profesionalisme dalam
Industri Filem Malaysia. Ulu Kelang: FINAS.
Asmah bt. Idris. (1999). Filem Melayu: Satu Analisis Historikal Tumpuan Terhadap Idea, Bentuk dan
Kandungan. Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
_____. (10 Jun, 1973). Bapa Dunia Filem Melayu Dah Hilang. Kuala Lumpur. Berita Minggu
Haniff Haji Hassan. (1990). Filem Komedi: Satu Analisa Ke atas Filem-Filem Bujang Lapok. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Jamil Sulong. 1990. Kaca Permata: Memoir Seorang Pengarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Lizawati Bahaman. (2000). Filem Penarik Beca Sebagai Karya Klasik Melayu: Satu Kajian Konsep dan
Teoritikal. Sintok: Universiti Utara Malaysia
Madzniyah bt. Md. Jaafar (1985). Filem-Filem Arahan P. Ramlee: Suatu Penelitian Dari Perspektif
Budaya. Universiti Kebangsaan Malaysia.
M. Amin & Wahba. (1998). Layar Perak dan Sejarahnya. Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mohammad Mahdi Abas.(2000) Manusia Terpinggir Dalam Filem Melayu: Analisis Terhadap Fenomena
Rajuk dan Pujuk. Jurnal Pengajian Media Malaysia. Universiti Malaya.
Mohiyadin Bin Che’ Jan; Setiausaha Sulit Kanan Kepada Ketua Setiausaha Negara. (1965). Surat kepada
Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia; Berkenaan Terbitan-Terbitan Mengenai Allahyarham Tan Sri P.
Ramlee. Kuala Lumpur. Arkib Negara Malaysia. ANM 237/3 Jld. 30. 16 September.
Nik Amirul Mu‟min bin Nik Min. (1999), Filem: Pengaruh Medianya Ke Atas Masyarakat Tinjauan
Terhadap Filem-Filem Melayu. Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Ninozaireen Hassan. (1999). Filem Melayu: Sejauhmana Paparan Budaya Melayu. Jabatan Pengajian
Media, Faklti Sastera dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
P. Ramlee. (1957). Bujang Lapok. Malay Film Prod. Ltd.
183
P. Ramlee. (1958). Pendekar Bujang Lapok. Malay Film Prod. Ltd.
P. Ramlee. (1959). Musang Berjanggut. Malay Film Prod. Ltd.
P. Ramlee. (1959). Nujum Pak Belalang. Malay Film Prod. Ltd.
P. Ramlee. (1960). Ali Baba Bujang Lapok. Malay Film Prod. Ltd.
P. Ramlee. (1961). Seniman Bujang Lapok. Malay Film Prod. Ltd.
P. Ramlee. (1963). Labu Labi. Malay Film Prod. Ltd.
P. Ramlee. (1963). Nasib Si Labu Labi. Malay Film Prod. Ltd.
P. Ramlee. (1964). Tiga Abdul. Malay Film Prod. Ltd.
P. Ramlee. (1964). Madu Tiga. Malay Film Prod. Ltd.
P. Ramlee. (1965). Masam-masam Manis. Malay Film Prod. Ltd.
P. Ramlee. (1966). Sabaruddin Tukang Kasut. Merdeka Film Prod. Sdn Bhd.
P. Ramlee. (1966). Do Re Mi. Merdeka Film Prod. Sdn Bhd.
P. Ramlee. (1966). Nasib Do Re Mi. Merdeka Film Prod. Sdn Bhd.
P. Ramlee. (1967). Keluarga 69. Merdeka Film Prod. Sdn Bhd.
P. Ramlee. (1968). Anak Bapak. Merdeka Film Prod. Sdn Bhd.
P. Ramlee. (1968). Ahmad Albab. Merdeka Film Prod. Sdn Bhd.
P. Ramlee. (1972). Laksamana Do Re Mi. Merdeka Film Prod. Sdn Bhd.
P. Ramlee. (1971). Kertas Kerja Cara-Cara Meninggikan Mutu Dan Memperkayakan Muzik Jenis Asli
dan Tradisional Malaysia Demi Kepentingan Negara. Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Kuala Lumpur.
Syarikat Pencetakan Wah Lian. 16-20 Ogos.
Ramli Ismail. (1998). Kenangan Abadi P. Ramlee. Pulau Pinang: Brothers Publications.
Wan Hashim Wan Teh. (2002). Kertas Kerja Kesenimanan dan Jati Diri P. Ramlee Sebagai Reformis
Sosial. Simposium Karya Seni Seniman Agung P. Ramlee. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia. 11-13
Jun.
Yusnor Ef. (2000). P. Ramlee Yang Saya Kenal. Kuala Lumpur. Pelanduk Publications Sdn Bhd.
Zefri Ariff. (2002). Kertas Kerja Retrospektif Dan Dekonstruksi Pemikiran P. Ramlee: Fitrah Dunia
Melayu. Simposium Karya Seni Seniman Agung P. Ramlee. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia. 11-
13 Jun.
184
KRISHNANSAMY A/L TAMBUSAMY : TOKOH GURU DAN TOKOH SUKAN
RAJA NORAZLINDA BTE RAJA ABDUL RAHIM
1.0 Latarbelakang Kehidupan
Tambu krishnan atau nama sebenarnya Krishnasamy A/L Tambusamy telah dilahirkan pada 18 Julai 1944
di hospital Pulau Pinang.396
Krishnan yang berasal dari Pulau Pinang ini merupakan anak kedua daripada
9 orang adik-beradik hasil perkahwinan Tambusamy dan Sellamal. Bapanya merupakan seorang buruh
di Perak manakala ibunya pula merupakan suri rumah sepenuh masa. Sejak kecil lagi beliau telah
membesar di Jalan Batu Gantung, Pulau Pinang. Krishnan Tambusamy lahir sebelum negara mencapai
kemerdekaan lagi iaitu pada tahun 1944. Ketika kelahiran beliau, Malaysia masih lagi berada di dalam
zaman penjajahan Jepun. Namun, menerusi penceritaan ibu bapanya, keluarga Krishnan hidup dalam
serba kekurangan. Bapanya hanya bekerja sebagai buruh kasar di sebuah lombong biji timah di Perak
manakala Ibunya hanya menjalankan pertanian bercucuk tanam bagi mendapatkan hasil pendapatan.
Beliau berkongsi cerita di mana bapanya pernah diburu dan diancam bunuh oleh pihak Jepun kerana
menyembunyikan bahan makanan. Rentetan daripada itu, hampir tiga tahun bapanya terpaksa
menyembunyikan diri. Namun, setelah Jepun mengalami kekalahan barulah bapanya pulang ke rumah.
Kehidupan semasa penjajahan Jepun sememangnya amat sukar kerana berlakunya
pelbagai masalah kecurian dan pembunuhan oleh pihak Jepun terhadap rakyat tempatan. Hal ini kerana
rakyat tempatan yang enggan menyerahkan barang-barang yang diperlukan oleh pihak Jepun akan
dipotong tangan dan di bunuh. Semasa pendudukan jepun, tanah Melayu mengalami masalah
kekurangan makanan terutamanya beras kerana ia sukar diimport dari negeri-negeri lain akibat
peperangan. Masalah ini turut dirasai oleh keluarga Krishnan. Mereka turut hidup dalam kesempitan
kerana tidak mampu untuk makan nasi. Mereka hanya menggunakan kelapa untuk membuat pasembor
bagi menggantikan nasi sebagai makanan utama mereka. Walaupun, selepas Negara mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957, Krishnan dan keluarganya masih lagi hidup dalam kesusahan. Krishnan
selaku anak kedua dalam keluarga banyak membantu ahli keluarganya walaupun pada ketika itu beliau
hanya berusia 5 tahun. Beliau telah bekerja mengutip bola golf di kelab golf yang berhampiran di kawasan
rumahnya iaitu di Jalan Steward. Upah yang diberikan adalah dua ringgit. Walaupun pada masa kini
nilainya agak kecil akan tetapi pada zaman itu dengan wang itu beliau boleh membeli bermacam-macam
makanan seperti nasi lemak dan sebagainya. Untuk memperoleh wang, beliau juga mendapatkan upah
melalui kerja-kerja mencuci kereta pegawai Inggeris yang masih lagi tinggal di Pulau Pinang selepas
peristiwa penjajahan oleh British. Pegawai-pegawai Inggeris ini akan memberi upah sebanyak RM 10.
Bahkan, beliau turut bekerjasama sebagai caddy untuk menambah duit poket.
Pada usia 28 tahun, beliau telah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita
Singapura iaitu V. Saroja yang juga merupakan bekas setiausaha pegawai Tenaga Nasional Berhad di
396
Ruliah (Ed).Buletin Sukan Mutiara. Pulau Pinang: Majlis Sukan Negara. (2003). Hlm 14.
185
Singapura.397
Perkenalan beliau dengan isterinya adalah sewaktu beliau menerima jemputan acara sukan
olahraga di Stadium Singapura. Semasa perkenalan awal dengan isterinya beliau menyangka isterinya
adalah wanita India namun hakikatnya isterinya merupakan wanita campuran Cina dan India. Disebabkan
isterinya merupakan warganegara Singapura, Krishnan telah mengalami perhubungan jarak jauh dengan
isterinya. Tambahan kesibukan yang telah dialami oleh Krishnan dalam bidang sukan menyebabkan
mereka berkahwin pada usia yang agak lewat jika dibandingkan dengan masyarakat pada zaman itu.
Perhubungan yang diikat dengan tali pertunangan selama 8 tahun akhirnya telah membawa hingga ke
jinjang perkahwinan pada tahun 1972. Perkahwinan mereka telah berlangsung di Persatuan Khek Jalan
Burmah, Pulau Pinang.398
Melalui perkongsian hidup bersama isterinya, Krishnan telah dikurniakan dua
orang cahaya mata terdiri daripada seorang perempuan dan seorang lelaki.
Walaupun Krishnan amat disegani dalam acara trek di zamannya, namun tidak ada seorang
pun anak beliau yang mengikuti jejak langkahnya. Anak perempuan sulungnya yang bernama Geetha
merupakan pegawai sumber manusia syarikat perbankan iaitu Standard Chatered Bank di Kuala Lumpur.
Geetha merupakan lulusan ijazah sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan. Krishnan sebenarnya
amat berharap anak perempuannya ini agar menjadi seorang doktor. Krishnan melihat peluang untuk
anaknya memasuki bidang perubatan adalah lebih mudah kerana pada ketika itu jurusan perubatan ini
masih lagi kekosongan dan amat diperlukan. Namun, disebabkan anaknya tidak berminat dengan kerjaya
tersebut kerana tugas seorang doktor merupakan tugas yang agak berat. Krishnan mengakui bahawa
anaknya itu boleh dikatakan sebagai seorang yang “home type sosial”. Geetha merupakan seorang yang
tidak suka dengan suasana di hospital dan memerlukan dirinya berurusan dengan orang sakit. Kerjaya
sebagai doktor memerlukan dirinya sentiasa melihat darah dan tangisan menyebabkan Geetha telah
memilih jurusan pengurusan perniagaan untuk melanjutkan pelajaran. Anak perempuan Krishnan ini
mempunyai minat yang berbeza dengan ibu dan bapanya. Geetha ternyata mempunyai kecenderungan
dalam seni tarian terutamanya tarian klasik India. Pada tahun 2014 ketika umurnya menginjak 31 tahun,
beliau telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuda bekerja sebagai jurutera IT.
Manakala anak lelaki keduanya iaitu K. Ganesh merupakan penuntut akhir dalam bidang
kejuruteraan di UM.399
K. Ganesh telah memperoleh keputusan yang cemerlang iaitu 9A di dalam SPM
manakala 3A2B di dalam STPM. K. Ganesh telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam
bidang perubatan. Namun, ekoran tidak minat dalam bidang tersebut anaknya telah melanjutkan pelajaran
ijazah dalam bidang kejuruteraan. Tamat sahaja program ijazah, K. Ganesh bekerja sebagai Jurutera di
India selama dua tahun. Kemudian telah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana dalam bidang
yang sama di UKM selama satu tahun. Setelah tamat ijazah sarjana, anaknya telah mendapat tawaran
bekerja di kilang dalam negara sebagai juruteknik. Sebagai keluarga yang agak berpendidikan, K. Ganesh
telah melanjutkan pelajaran pada peringkat kedoktoran di Sepanyol selama satu tahun. Namun
disebabkan perbezaan cara hidup dengan masyarakat Sepanyol maka anaknya telah berhenti belajar di
sana kemudian menyambung kedoktoran tersebut di UM Malaysia.
397
The star, 15 Disember 1972 Hlm. 13.
398
Ibid.
399
Ruliah (Ed).Buletin Sukan Mutiara. Pulau Pinang: Majlis Sukan Negara. (2003). Hlm 14
186
Anak lelaki Krishnan mempunyai minat yang sama seperti isterinya di dalam bidang sukan
hoki. Hal ini dapat dilihat apabila beliau pernah menyertai pasukan hoki Pulau Pinang ke SUKMA pada
tahun 1996, 1998 dan 2000.400
Ganesh juga pernah menyertai skuad pasukan sukan hoki remaja Malaysia
di 4 Nations Hoki Championship di Frementle, Australia Barat pada tahun 1997.401
Kemudian pada tahun
berikutnya iaitu pada tahun 1998, Ganesh telah menyertai Five Nation Hoki Championship di Jerman.402
Namun penglibatan anaknya di dalam bidang sukan hoki tidak berpanjangan kerana masalah kekangan
masa sebagai seorang pelajar. Ketika itu K. Ganesh merupakan pelajar tingkatan enam di sekolahnya.
Gangguan dalam membahagikan masa sebagai seorang pelajar dan atlet telah menyebabkan minat dan
cita-cita anaknya untuk menjadi atlet hoki terkubur begitu sahaja. Melalui temu bual yang dilakukan
bersama Krishnan, beliau turut menyatakan kekecewaannya mengenai kegagalan anaknya untuk
melibatkan diri di dalam sukan tersebut. Hal ini kerana, walaupun anaknya berbakat namun terpaksa
mengutamakan pendidikan bagi menjamin masa hadapannya. Walaupun begitu, menurut Krishnan
walaupun anaknya tidak dapat meneruskan cita-citanya menjadi atlet hoki sepenuh masa, namun minat
anaknya dalam sukan hoki tidak terkubur begitu sahaja. Hal ini kerana anaknya masih lagi aktif dalam
sukan hoki. Buktinya, anaknya masih lagi menjadi ahli sukan hoki di Singapura dan memasuki perlawanan
persahabatan dengan negara-negara Asean.
Sebagai seorang bapa, Krishnan merupakan seorang yang sangat tegas terhadap anak-
anaknya. Beliau amat menitikberatkan kepentingan pendidikan terhadap anak-anaknya. sebagai bukti
yang dapat kita lihat adalah menerusi kejayaan yang telah di kecapi oleh dua orang anaknya sehingga
menjadi manusia yang berjaya dan boleh dibanggakan. Beliau mengakui bahawa amat susah untuk
membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya. Kesibukan beliau sebagai jurulatih olahraga
kadangkala telah menyebabkan masa bersama keluarga terhad. Beliau turut berkongsi cerita di mana
pada suatu ketika beliau dan isteri telah berjanji untuk keluar bersama namun terpaksa dibatalkan
disebabkan panggilan daripada pihak atasan bagi mengurus atlet-atlet di bawah pengawasan beliau.
Selain itu juga sebagai jurulatih beliau terpaksa membawa atlet-atlet berlatih di seluruh dunia dalam
jangka masa yang panjang. Tambahan beliau lagi, sebagai jurulatih yang sudah berkeluarga
pembahagian masa antara keluarga dan kerjaya sebagai jurulatih adalah terlalu sukar. Beliau
berpendapat adalah lebih baik jurulatih yang berkeluarga bekerja sebagai jurulatih separuh masa bagi
mengekalkan keharmonian rumah tangga. Beliau berkongsi cerita di mana hampir kesemua rakan-rakan
beliau yang bekerja sebagai jurulatih sepenuh masa mengalami penceraian dengan isteri mereka.
Walaupun berketurunan India, Krishnan amat menggemari makanan Melayu seperti nasi
lemak. Selain itu juga beliau juga menggemari nasi kandar dan tose. Beliau juga amat meminati warna
yang cerah seperti warna putih sehingga kebanyakan bajunya terdiri daripada warna tersebut. Baginya,
warna putih adalah warna yang bersih dan ia sesuai dengan tona kulitnya. Ketika usia remaja, Krishnan
sering mengikuti bapanya yang bekerja sebagai penjaga kuda ke kandang kuda berhampiran dengan
400
Ibid.
401
Ibid.
402
Ibid.
187
rumahnya iaitu di Padang Lumba Kuda dan Golf.403
Pada mulanya, krishnan bercita-cita untuk menjadi
seorang pelumba kuda.404
Selain daripada menghabiskan masa di kandang kuda beliau juga sering menghabiskan
masa remajanya menjadi “caddy” sebagai sumber wang tambahan. Caddy adalah orang yang bekerja
membawakan beg peralatan pemain golf. Sesuai dengan nama dan maksudnya, tugas seorang “caddy“
sebenarnya bukan sekadar membawa beg pemain atau mengutip bola golf tetapi mereka adalah rakan
rapat atau orang kepercayaan serta menjadi penasihat kepada pemain golf di padang. Oleh itu, seorang
“caddy” juga harus mempunyai kemahiran termasuk menguasai permainan golf serta selok-belok padang
dan merancang strategi yang sesuai untuk pemain. Ekoran daripada itu, Krishnan mula mahir dalam
permainan golf ini sehingga beliau pernah terlintas untuk menjadi seorang pemain golf yang handal.
Kepakaran beliau bermain golf menjadikan pemain-pemain golf di situ teruja dengannya. Gabenor Pulau
Pinang iaitu Raja Tun Uda pernah meminjamkan Krishnan set kayu golf miliknya agar beliau dapat
menyertai perlawanan golf untuk “caddy” pada tahun 1961.405
Kemudian, beliau telah meraih kemenangan
di dalam sukan golf dan telah menetapkan rekod perjalanan 4 bawah par di Padang Bukit Gantung, Pulau
Pinang.406
Kemenangan krishnan di dalam perlawanan tersebut merupakan tanda terima kasihnya
kepada gabenor tersebut. Namun, hasrat untuk menjadi seorang pemain golf yang profesional tidak dapat
diteruskan kerana beliau tidak mampu untuk membiayai kos perbelanjaan sukan tersebut.407
Krishnan
merupakan seorang yang bercita-cita tinggi kerana mempunyai pelbagai minat dan keinginan iaitu
menjadi seorang “Jockey” dan “Caddy”. Ini jelas menunjukkan Krishnan seorang remaja yang serba boleh.
Beliau mempunyai bakat yang pelbagai. Kini, apabila bekerja sebagai jurulatih masanya sering kali
dihabiskan dengan melatih atlet di stadium. Kesuntukan masa menyebabkan beliau tidak lagi dapat
melakukan aktiviti seperti di usia remajanya.
Seterusnya, bekas atlet olahraga ini turut berkongsi minatnya bahawa terhadap filem dan
lagu-lagu seniman agung P Ramlee. Minatnya terhadap seniman ini adalah sejak dahulu lagi. P Ramlee
merupakan kenalan beliau semasa usia remaja. Mereka bukan sahaja menetap negeri yang sama tetapi
tinggal di kawasan perumahan yang sama iaitu di Georgetown, Pulau Pinang. Oleh itu, mereka telah
membesar bersama-sama dan sering kali bermain bola. Sejak kecil, P ramlee sememangnya terkenal
dengan sikapnya yang peramah dan suka berjenaka. Krishnan sendiri telah mengakui kepadanya bahawa
dia boleh menjadi seorang pelakon apabila dewasa nanti. Namun, keakraban mereka terputus apabila
Krishnan melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan di Kuala Lumpur. Tanpa pengetahuan Krishnan, P
Ramlee juga turut berpindah ke Kuala Lumpur untuk melibatkan diri di dalam dunia seni. Di sanalah beliau
bertemu kembali dengan P Ramlee yang pada ketika itu mula menerpa nama dalam dunia seni. Antara
filem P Ramlee yang paling beliau minati adalah pendekar bujang lapuk
403
Rujuk lampiran keratan akhbar hlm. 16.
404
Rujuk lampiran keratan akhbar hlm. 17
405
Ibid.
406
Malaysia Today, 2006, Hlm. 14.
407
Ibid.
188
2.0 Pendidikan
Pada tahun 1950, Encik Krishnan telah mendapat pendidikan awal pada usia 7 tahun di Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan Tamil Ramakrishna.408
Ketika itu, Negara berada di dalam tempoh dekolonisasi
selepas Perang Dunia ke II dan tidak lagi memperoleh kemerdekaan.409
Oleh itu, kerajaan British telah
menggubal sistem pendidikan negara yang bersifat berasingan sebelum ini yang disebabkan oleh dasar
pecah dan perintah British ketika kemasukan buruh China dan India secara beramai-ramai pada abad ke
19 untuk menjaga kepentingannya.410
Apabila, British merasakan pendidikan tidak lagi memenuhi
kepentingannya dan memecahkan perpaduan kaum maka British mula menyusun sistem pendidikan
negara dengan memberikan fokus kepada sistem pendidikan di peringkat sekolah rendah.411
Kerajaan
British memperakukan penubuhan jenis sekolah rendah dan sekolah kebangsaan terbuka kepada semua
kaum melalui Laporan Barnes.412
Ini jelas menunjukkan bahawa, sistem pendidikan kita pada ketika itu
masih lagi bercorak pendidikan penjajah. Peluang pendidikan masih lagi terhad walaupun terbuka untuk
semua kaum. Bahkan, hanya beberapa jenis sekolah sahaja ditubuhkan ekoran masih lagi kekurangan
dana untuk menubuhkan sekolah-sekolah. Tumpuan hanya diberikan kepada sekolah Inggeris dan
sekolah Melayu sahaja. Sekolah Tamil masih lagi kurang dan kebanyakan dikelolakan oleh mubaligh
Kristian dan peladang. Disebabkan Krishnan bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, maka
kurangnya pergaulan dengan kaum lain. Namun begitu, hubungannya dengan kaum Melayu dan cina
adalah baik. Hal ini kerana, Krishnan tinggal di kawasan yang didiami oleh pelbagai kelompok kaum. Oleh
itu, beliau masih lagi dapat berkomunikasi dengan baik di luar kawasan sekolah.
Seterusnya, sepanjang berada di sekolah rendah, Krishnan merupakan pelajar yang sangat
aktif di sekolah dan disukai oleh guru-guru. Beliau juga pernah dilantik menjadi ketua bilik darjah di
sekolahnya. Pada awalnya, Krishnan bukanlah pelajar yang begitu cemerlang dalam bidang akademik
namun disebabkan kegigihan beliau belajar di sekolah dan mendapat tunjuk ajar gurunya menjadikan
beliau mula meminati subjek ini. Malah, dorongan daripada gurunya itu juga menjadikan beliau cemerlang
di dalam subjek tersebut sehingga menjadi pusat rujukan kepada rakan-rakannya. Malahan itu, beliau
banyak melibatkan diri di dalam aktiviti sukan di sekolah. Antara sukan yang pernah beliau masuki adalah
bola sepak dan larian.
Setelah tamat pendidikan rendah, beliau telah mengikuti peperiksaan tapisan iaitu
“Secondary School Entrance Examination” bagi melayakkan diri memasuki sekolah menengah. Setelah
lulus peperiksaan tersebut beliau berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Methodist Boys
School, Pulau Pinang.413
Kemasukan beliau ke sekolah Inggeris kerana pada tahun 1956, sekolah masih
tidak banyak ditubuhkan. Apabila Krishnan melangkah ke sekolah menengah beliau lebih cemerlang di
408
Ibid.
409
Tan Yao Sua. Jurnal Terjemah Alam & Tamadun Melayu. Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Peranan Lim
Lian Geok Dan Aminuddin Baki. (2009). Hlm 146
410
Ibid.
411
Ibid.
412
Ibid.
413
Ruliah, Op.Cit
189
dalam pelajarannya. Hal ini berikutan kerana berlakunya persaingan di sekolah yang terdiri daripada
pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kepelbagaian kaum di sekolah ini berlaku kerana
pada tahun 1956, Negara belum lagi mencapai kemerdekaan. Peristiwa penjajahan oleh British telah
menyebabkan ramai pedagang dari luar yang berhijrah dan menetap di Negara ini. Kesannya, wujudnya
masyarakat berbilang kaum di negara ini sehingga kini.
Semasa di sekolah menengah beliau aktif di dalam sukan bola sepak dan sering mewakili
sekolah atau Penang Club Division 1.414
Di sini, sekolah menjadi institusi yang bertanggungjawab untuk
menanam semangat untuk bersukan. Di dalam setiap kemanisan, pasti terselit kedukaan. Beliau
menceritakan semasa di sekolah menengah, beliau pernah dimarahi dan didenda oleh guru kerana telah
ponteng sekolah. Peristiwa tersebut merupakan peristiwa yang amat pahit dan menjadi satu pengajaran
buat beliau kerana ia telah memalukan beliau sebagai seorang atlet yang amat dikenali di sekolahnya. Ini
jelas menunjukkan Krishnan merupakan seorang yang aktif dan mempunyai bakat di dalam larian sejak
zaman sekolah lagi.
Dunia persekolahan merupakan kenangan indah dalam hidup beliau kerana pada ketika itu
sekolah merupakan tempat yang amat menyeronokkan kerana pelajar bebas untuk belajar dan tiada
tekanan daripada guru-guru. Guru-guru pada ketika itu tidak pernah mengenakan sebarang kekerasan
terhadap pelajar. Pelajar akan dibimbing untuk belajar. Tempoh masa pembelajaran juga mempengaruhi
minat untuk beliau belajar pada ketika itu. Hal ini kerana, tempoh pembelajaran pada ketika itu tidak terlalu
lama berbanding dengan persekolahan masa kini. Masa yang terluang pada waktu petang juga dapat diisi
dengan bermain permainan tradisional bersama rakan-rakan dengan bermain layang-layang, bermain
bola dan gasing. Malahan, beliau sering dipuji oleh guru-guru dalam memenangi pelbagai acara sukan di
sekolah.
Mengimbas suasana pembelajaran di sekolah rendah pada zamannya berbeza dengan
suasana pembelajaran pada masa kini. Suasana perbezaan ini mungkin disebabkan perbezaan
kemudahan dan kurikulum pembelajaran. Jika pada masa kini, sesi pengajaran dan pembelajaran guru
menggunakan pelbagai alat bantu mengajar seperti LCD dan Komputer namun pada zaman Krishnan
berada di sekolah, guru beliau hanya menggunakan “chalk and talk”. Namun begitu, Krishnan tetap
memberikan fokus terhadap apa yang diajari gurunya. di sini, kita dapat lihat betapa taatnya murid pada
masa dahulu jika mahu dibandingkan dengan murid pada masa kini. Sekiranya guru sekarang tidak
menggunakan pelbagai alatan untuk mengajar murid-murid pastinya sesi pengajaran dan pembelajaran
tidak dapat berjalan dengan lancar. Walaupun sekolah tidak mempunyai pelbagai kemudahan yang baik
seperti pada masa kini tetapi beliau merasakan persekolahan pada masa itu merupakan satu perkara
yang menyeronokkan. Hal ini kerana sikap guru mengajar murid-murid dengan ikhlas menjadikan mereka
menghargai guru tersebut. Sukatan pelajaran pada masa dahulu sememangnya berbeza dengan sukatan
pada masa kini. Pada waktu dahulu, mata pelajaran seperti matematik akan di ajar pada waktu pagi. Oleh
itu murid-murid dapat memberikan fokus terhadap pengajaran guru. Pada waktu tengah hari pula, mereka
akan di ajar dengan subjek seni seperti menyanyi, melukis, mewarnakan dan bermain alat muzik. Subjek
seni sememangnya subjek yang amat diminati oleh murid-murid sekolah rendah. Tempoh pembelajaran
414
Ibid.
190
juga tidak begitu membebankan pelajar. Waktu persekolahan akan bermula pukul 7.30 dan tamat pada
pukul 1 petang. Selepas tamat waktu persekolahan Krishnan dapat meluangkan masa dengan bermain
bersama rakan-rakannya. Ini menjadikan Krishnan seronok belajar tanpa sebarang tekanan pada masa
dahulu.
Pada tahun 1965 apabila memperoleh keputusan yang agak cemerlang di dalam Senior
Ccambridge Exam, beliau telah ditawarkan untuk mengikuti kursus di Maktab Perguruan Sri Kota di Kuala
Lumpur sehingga memperoleh Diploma Pendidikan Guru.415
Kemudian, setelah tamat belajar beliau telah
ditawarkan bekerja di bawah kementerian. Beberapa tahun kemudian, beliau mendapat tawaran
melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang Psikologi Sukan.
3.0 Alam Pekerjaan
Setelah tamat pelajaran di Maktab Perguruan Sri Kota, beliau telah mendapat tawaran pekerjaan sebagai
guru. Pada mulanya, beliau berminat untuk menjadi polis kerana pada ketika itu semua guru-guru sukan
telah ditawarkan untuk berkhidmat sebagai pegawai polis. Tawaran menjadi anggota polis telah menarik
minat Krishnan namun disebabkan halangan daripada ibu dan bapanya maka beliau terpaksa mematikan
niat untuk menyertai kerjaya sebagai anggota polis. Halangan ini disebabkan pekerjaan sebagai polis
merupakan satu pekerjaan yang merbahaya dan perlu terlibat dengan aktiviti membanteras jenayah. Oleh
kerana risau akan keselamatan Krishnan maka ibunya berharap agar adalah lebih baik sekiranya
Krishnan berkhidmat sebagai seorang guru yang ternyata suatu pekerjaan yang lebih selamat dan mulia
kerana dapat mendidik masyarakat. Dalam hal ini, jelas menunjukkan bahawa Ibu bapa beliau memainkan
peranan yang sangat penting dalam menentukan kehidupannya.
Ketika Krishnan bergiat aktif sebagai atlet lari pecut Malaysia, pada masa yang sama beliau
juga telah memulakan perkhidmatan sebagai seorang guru bahasa di Sekolah Rendah Kebangsaan
Bangsar yang terletak di Kuala Lumpur. Beliau telah mengajar subjek bahasa Inggeris, bahasa Tamil dan
juga bahasa Melayu. Apabila, guru besar di sekolahnya mengetahui akan keterlibatan beliau sebagai atlet
Malaysia, maka Krishnan telah diberikan peluang untuk mengikuti pelbagai kursus di dalam Sains Sukan.
Selama 12 tahun beliau berkhidmat sebagai seorang guru bahasa di pelbagai buah sekolah. Kemudian
beliau telah dinaikkan pangkat sebagai guru besar. Jawatan guru besar ini telah disandang selama 20
tahun. Antara sekolah yang pernah beliau berkhidmat adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Prai,
Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap dan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat.
Sepanjang beliau berkhidmat sebagai guru, cabaran yang dihadapi dalam mendidik murid
sememangnya mencabar. Sekolah terdiri daripada pelbagai murid yang berbeza latar belakang. Oleh itu,
kepelbagaian murid ini akan menyebabkan perbezaan daripada tahap kognitif, tahap kepintaran dan minat
mereka. Masalah murid-murid yang tidak berminat dan malas belajar memang sukar diatasi. Sekiranya
murid tidak berminat belajar di dalam bilik darjah maka matlamat pembelajaran tidak akan dapat dicapai.
Hal ini disokong dengan kajian oleh Walter Vispoel dan James Austin (1995) mendapati minat murid
415
Malaysian Today, 2006. Hlm. 14.
191
terhadap pembelajarannya mempengaruhi kejayaan dan kecemerlangannya.416
Namun, ada juga
sesetengah murid yang hanya meminati bidang kemahiran namun disebabkan ketiadaan peluang
pembelajaran dalam bidang tersebut maka pembelajaran di sekolah menjadi suatu yang membosankan
kepada mereka. Tambahan lagi, kurikulum yang lebih menumpukan pembelajaran akademik semata-
mata telah menyebabkan murid-murid ini semakin malas untuk belajar. Dalam hal ini, guru
bertanggungjawab untuk memupuk minat murid dan memberikan motivasi kepada mereka untuk
mencapai kecemerlangan di dalam bidang yang mereka minati.
Bukan itu sahaja, persekitaran turut mempengaruhi sikap murid-murid untuk belajar.
Walaupun murid mungkin tidak cemerlang terhadap sesuatu mata pelajaran, namun sekiranya guru bijak
menarik minat murid melalui gaya pengajarannya pastinya murid tersebut akan bersemangat untuk
berada di dalam bilik darjah tersebut. Di dalam pengajarannya, Krishnan telah menggunakan strategi
puji-pujian terhadap muridnya agar mereka lebih bersemangat dan seronok dengan suasana
persekolahan. Murid-murid yang berpakaian kemas di sekolah akan dipujinya. Hal ini menjadikan murid-
muridnya merasa dihargai dan lebih bersemangat untuk ke sekolah. Manusia sememangnya sangat
menyukai dengan puji-pujian. Oleh itu, penggunaan strategi ini dikatakan amat berkesan apabila
digunakan kerana telah menimbulkan rasa suka dan seronok kepada murid-murid. Malahan itu, melalui
tindakan beliau ini, murid-murid akan cuba untuk mengekalkan imej positif tersebut agar disukai oleh guru-
guru mereka. jelaslah di sini bahawa peneguhan yang baik perlu diberikan ke atas tingkah laku murid
yang baik melalui kelakuan dan bahasa percakapan guru.
Pencapaian murid di sekolah juga dipengaruhi oleh sikap ibu bapa. Cara didikan ibu bapa
yang berbeza akan menghasilkan murid yang juga berbeza. Oleh itu, ibu bapa tidak sepatutnya
membanding beza kebolehan anak-anak mereka dengan anak orang lain. Anak-anak yang lemah di
dalam pelajaran tidak harus dimarahi tetapi perlu diberikan galakan dan motivasi agar mereka lebih
bersemangat untuk belajar. Bahkan, ibu bapa juga tidak boleh terlalu mengongkong anak-anak mereka.
anak-anak perlulah diberikan sedikit kebebasan dan ruang untuk mereka membesar dan menjadi matang.
Anak-anak yang dikongkong semasa usia kecilnya akan mula memberontak apabila menginjak di usia
dewasa. Hal ini boleh dilihat Krishnan menyatakan ketidaksetujuan beliau dengan tindakan ibu bapa yang
sering kali menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen agar memperoleh keputusan yang cemerlang
di dalam peperiksaan UPSR. Bagi beliau, anak-anak pada usia itu perlulah diberikan kebebasan
melakukan apa yang mereka minati seperti melibatkan diri di dalam aktiviti sukan. Namun, disebabkan
ibu bapa terlalu menekankan anak-anak untuk memperoleh keputusan cemerlang di dalam peperiksaan,
anak-anak ini tidak diberi peluang untuk melibatkan diri di dalam bidang sukan yang mereka sukai.
Apabila, anak-anak telah dipaksa belajar sejak kecil mereka akan mengalami satu tahap kebosanan
dalam pelajaran apabila berada di peringkat sekolah menengah. Jika mereka bercampur dengan murid-
murid yang berkelakuan nakal maka murid-murid ini akan mula terpengaruh. Akibatnya, matlamat ibu
bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya musnah begitu sahaja. Krishnan turut beranggapan adalah
lebih baik sekiranya, murid- murid yang bersekolah di sekolah rendah diberikan kebebasan belajar,
bersukan dan bermain di sekolah agar dapat menjadi manusia seimbang.
416
Noriati, Et Al, Budaya Dan Pembelajaran, Kuala Lumpur, Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2014, Hlm. 111.
192
Dalam pada masa yang sama, bagi membina hubungan yang baik antara guru dan murid
beliau sering meluangkan masa bersama murid-murid ketika beliau bertugas sebagai guru besar.
Adakala, beliau akan makan bersama murid-muridnya di kantin sekolah sambil bertukar-tukar cerita
antara satu sama lain. Baginya, hubungan guru dan murid perlulah dibina agar wujud budaya sekolah
yang penyayang. Melalui tindakan itu juga, murid-murid akan rasa lebih dihargai dan merasa seronok
kerana guru sanggup meluangkan masa dan mendengar cerita serta luahan hati mereka serta dapat
berkongsi idea, pandangan dan emosi tanpa rasa prejudis dan diskriminasi. Malahan, beliau dapat
mengetahui latar belakang murid dan dapat mengetahui sikap mereka. Maka akan wujudnya komunikasi
yang baik antara mereka dan dapat membantu guru menyedari persekitaran pembelajaran murid.
Keupayaan guru berkomunikasi dengan murid juga akan menentukan minat belajar dan prestasi
pencapaian murid. Kenyataan ini dapat di sokong dengan penyataan Woolfolk (2001:55) iaitu guru mampu
mengekalkan minat pembelajaran murid dalam menguasai sesuatu ilmu dan kemahiran yang dipelajari
sekiranya guru sedar persekitaran pembelajaran murid.417
Bahkan, murid-murid yang mesra dan rapat
dengan guru akan terdorong untuk belajar dengan lebih tekun.418
Tegasnya di sini, asas pembentukan
budaya penyayang di sekolah bermula daripada corak interaksi guru dan murid-murid. Corak dan bentuk
interaksi ini akan ditiru oleh murid kerana guru merupakan model yang terdekat kepada tingkah laku murid
yang diingini.
Masalah disiplin murid di sekolah pada masa dahulu tidak begitu serius berbanding pada
masa kini. Masalah disiplin seperti ponteng sekolah, mencuri dan bergaduh adalah suatu perkara biasa
yang berlaku di sekolah. Sebagai contoh, kes kecurian yang berlaku di sekolah rendah kebanyakannya
terjadi apabila murid yang kurang berkemampuan tidak mampu untuk memiliki barang-barang keperluan
seperti alat tulis yang digunakan oleh rakan-rakan mereka yang lain. Berbanding pula dengan masalah
disiplin di sekolah menengah kes-kes kecurian yang sering terjadi selalunya berpunca apabila pelajar
yang kaya membawa telefon bimbit ke sekolah dan dilihat oleh pelajar yang kurang berkemampuan
namun ingin memiliki telefon seperti itu dan akhirnya boleh mengundang kes kecurian berlaku. Masalah
disiplin pelajar ini perlulah dibendung sejak awal lagi. Sekiranya, ianya tidak dibendung masalah ini akan
menjadi lebih rumit ketika mereka melangkah ke alam dewasa kelak.
Oleh itu, bagi mengatasi masalah disiplin tersebut, beliau telah menasihati murid-muridnya
dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tegas agar mereka tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Bahkan, bagi beliau aib murid juga perlulah dijaga. Kesalahan mereka seperti mencuri ini tidak perlulah
dihebohkan di sekolah kerana tindakan guru menceritakan kesalahan murid kepada orang lain akan
memalukan pelajar tersebut serta menjatuhkan maruahnya. Apabila guru menjaga aib murid tersebut,
secara tidak langsung murid akan lebih menghormati guru tersebut dan berasa malu terhadap
kesilapannya serta menyedari kesilapan mereka. Jelaslah di sini, komunikasi secara berhemah
merupakan satu cara beliau menghadapi murid yang bermasalah disiplin. Dengan menggunakan
pendekatan ini, guru dapat mempengaruhi murid menerima peraturan dan bersemangat dalam pelajaran
mereka. Selain itu, Krishnan berpendapat penglibatan pelajar di dalam kokurikulum dapat mengatasi
masalah disiplin pelajar di sekolah. Tambahan beliau lagi sukan adalah sebagai salah satu cara berkesan
417
Ibid Hlm. 170.
418
Haliza Hamzah Dan Joy Nesamalar Samuel, Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingah Laku, Kuala Lumpur, Oxford
Fajar Sdn Bhd, 2009, Hlm. 45.
193
bagi mendekati pelajarnya dan ternyata ia berkesan untuk mengelak pelajar daripada sikap
memberontak.419
Hal ini dapat dilihat apabila beliau turut meluangkan masa bermain bola sepak bersama
anak muridnya dan menganggap mereka seperti kawan.420
Dengan cara itu, ia dapat menyelesaikan
masalah sekali gus memberikan motivasi kepada mereka.
Krishnan juga merupakan seorang guru yang sangat memahami kehendak pelajar-
pelajarnya. Buktinya, beliau tidak pernah menggunakan konsep paksaan terhadap murid-muridnya
terutamanya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Baginya, pembelajaran bukan sahaja
merangkumi aspek kurikulum sahaja namun ia turut melibatkan aspek sikap dan tingkah laku murid.
Pendidikan bukanlah semata untuk melahirkan pelajar yang cemerlang di dalam bidang akademik
semata-mata malahan ia juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan berfikiran
matang. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mendidik pelajar agar menjadi insan yang
seimbang ini. Kredibiliti beliau sebagai seorang guru yang bersemangat dan kuat berusaha dapat dilihat
ketika beliau menjadi guru besar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Prai, apabila sekolah tersebut mula
menceburi sukan hoki mereka mengalami kekurangan alat untuk bermain hoki.421
Oleh itu, bagi mengatasi
masalah tersebut beliau telah berusaha mencari dana bagi membeli keperluan tersebut.422
Di samping itu
juga sebagai pasukan hoki yang baru ditubuhkan, beliau sentiasa memberikan mereka semangat dan
motivasi untuk memenangi setiap perlawanan. Beliau juga menggunakan pemberian insentif bagi
menyuntik semangat murid-murid tersebut dalam mengecap kejayaan.
Pengalaman selama 32 tahun bertugas sebagai pendidik meninggalkan banyak kenangan
yang indah dalam hidup beliau. Namun, terdapat satu peristiwa yang dikatakan agak pahit baginya apabila
beliau pernah dimarahi oleh ibu bapa pelajar. Peristiwa ini berlaku semasa beliau berkhidmat sebagai
guru besar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Prai. Hal ini terjadi apabila terdapatnya ibu bapa yang
tidak puas hati apabila anak-anak mereka didenda walaupun anaknya melakukan kesalahan tingkah laku
di sekolah. Sesetengah ibu bapa tidak mempercayai kata-kata guru tetapi lebih mempercayai kata-kata
anak mereka. hal ini berkemungkinan kerana, tingkah laku murid kadang-kadang berbeza dengan apa
yang dipamerkan di sekolah dan rumah. Sememangnya ia menjadi lumrah di sekolah apabila murid-murid
yang nakal dikenakan tindakan oleh guru mengadu kepada ibu-bapa mereka, lalu ibu bapa tersebut cuba
untuk menghentam pihak sekolah. Namun begitu, perkara ini dapat diatasi apabila beliau menggunakan
kata-kata yang berhemah terhadap ibu bapa pelajar tersebut. Baginya, perkara seperti ini sememangnya
tidak akan terlepas dan sering terjadi di sekolah. Oleh yang demikian, guru perlulah bijak untuk mengatasi
masalah ini agar ia tidak menjadi lebih rumit. Oleh itu, guru perlu bersedia menjalinkan hubungan dengan
keluarga murid untuk berkongsi mengenali tingkah laku murid. Malahan, kemampuan guru berkomunikasi
dengan ibu bapa akan membantu memudahkan guru menyesuaikan teknik-teknik mengajar.
Bercerita mengenai hubungan dengan rakan sekerja pula beliau berkata hubungannya
dengan guru-guru sememangnya baik. Walaupun beliau pernah menjadi guru besar, beliau merupakan
seorang yang sangat memahami anak-anak buahnya. Sekiranya guru tersebut mengalami masalah beliau
419
Utusan Malaysia, 17 Mei 2004, Hlm. 2
420
Ibid.
421
Rujuk Lampiran Keratan Akhbar Hlm. 3
422
Ibid.
194
akan memberi nasihat kepada mereka. sememangnya, seseorang guru tidak boleh lari daripada
menghadapi masalah dalam kehidupannya. Beliau menasihati bahawa guru-guru perlulah bijak
mengendalikan masalah peribadi mereka. Guru tersebut seboleh-bolehnya perlu mengelakkan diri
daripada membawa masalah peribadi mereka semasa mengajar di dalam kelas. Mereka tidak boleh
mencampuradukkan urusan pekerjaan dengan masalah peribadi mereka kerana guru yang tidak pandai
mengendalikan emosi mereka akan memberi impak buruk kepada proses pengajarannya di dalam kelas.
Emosi guru perlu sentiasa dalam keadaan tenang, stabil, bersyukur dan sederhana semasa mengajar.
4.0 Penglibatan Dalam Dunia Sukan
Semasa di sekolah menengah beliau hanya aktif bermain bola sepak dan sering mewakili sekolah dan
Penang Indian Club Divison 1.423
Krishnan bermula sebagai pemain penyerang dan juga penjaga gol bagi
persatuan Liga Sukan India seperti SIA dan TPCA.424
Sukan ini merupakan sukan yang paling diminatinya.
Minatnya dalam sukan ini berterusan sehinggalah beliau melanjutkan pelajaran di ke Maktab Perguruan
Sri kota, Kuala Lumpur. Aksi tangkasnya yang menjaringkan 2 gol setelah pasukannya ketinggalan mata
0-2 dalam satu perlawanan bola sepak telah menarik perhatian Wong Choong Seng, jurulatih beliau.425
Pada masa yang sama aksi tangkas beliau itu juga telah hangat diperkatakan di dalam perjumpaan
tahunan “Selangor Amateur Athletic Association” dan “Malaysian Amateur Athletic Union” pada tahun
1965 dan 1966.426
Ketika itu, jurulatih beliau menyedari akan bakat beliau sebagai pelari yang hebat.
Melihatkan bakat tersembunyi Krishnan itu, beliau telah menasihatkan Krishnan agar memberi lebih
tumpuan dalam bidang sukan olahraga. Rentetan daripada itu, walaupun ketiadaan minat di dalam sukan
olahraga namun di atas pujukan dan sokongan yang diberikan oleh jurulatihnya telah menyebabkan beliau
telah melepaskan sukan bola sepak bagi menumpukan perhatian dalam sukan olahraga dan menyertai
“Lights Sports Club” di Kuala Lumpur.427
Tahun 1964 menjadi titik permulaan beliau dalam arena sukan
olahraga apabila beliau telah mula mewakili Malaysia di dalam kejohanan sukan antarabangsa.428
Dari
situlah bermula lembaran baru dalam sejarah hidup Krishnan.
Krishnan kemudiannya telah dilantik bersama empat orang rakan seperjuangannya iaitu S.
Sabapathy, Palanisamy, Ishting Mobarak dan Junaidah Aman untuk menjalani latihan intensif di University
Of Southern California, di Los Angelas di bawah pengawasan jurulatih Bob Schull bersempena sukan
Olimpik di Munich.429
Jurulatih beliau ini bukanlah calang-calang orang akan tetapi Bob Schull merupakan
pemenang pingat emas dalam acara 5000m di Kejohanan Tokyo 1964.430
Setelah menjalani latihan
selama setahun, beliau kemudiannya telah mula mewakili Malaysia ke kejohanan antarabangsa pada
tahun 1965.431
Pada tahun 1966 pula, beliau telah mewakili Malaysia ke kejohanan sukan Asia bersama
423
Ruliah, Op.Cit
424
Malaysia Today, 2006, Hlm. 14.
425
Ruliah, Op.Cit
426
Rujuk Lampiran Keratan Akhbar, Hlm. 5
427
Rujuk Lampiran Keratan Akhbar, Hlm. 17
428
The Star, 15 Disember 1972, Hlm. 13.
429
Rujuk Lampiran Keratan Akhbar Hlm. 6
430
Ibid.
431
Ruliah, Op.Cit
195
tiga orang rakanya iaitu G. Rajalingam, Mohd Ariffin dan M. Jegathesan yang akhirnya telah berjaya
membawa pulang pingat emas dalam acara 4x400m.432
Pada masa yang sama, mereka telah berjaya
membuat satu rekod baru Asia iaitu 40.6 saat. Kemenangan beliau ini merupakan satu kebanggaan buat
Malaysia dan juga kepada diri beliau sendiri. Hal ini kerana, walaupun baru melibatkan diri dalam sukan
ini namun beliau berjaya meraih kemenangan buat kali pertama. Dalam kejohanan yang sama beliau turut
memenangi pingat gangsa dalam acara 400m.433
Kemudian, pada kejohanan itu juga beliau juga telah
berjaya merangkul pingat perak dalam acara 200m dan pingat gangsa bagi acara 4x400m.434
Selain itu, beliau pernah menyertai sukan Olimpik sebanyak tiga kali. Namun penglibatan
beliau dalam sukan Olimpik di Mexico dan Munich lebih membanggakan kerana berjaya masuk ke
peringkat separuh akhir. Penyertaan sukan Olimpik yang pertama adalah pada tahun 64 di Tokyo.435
Keduanya adalah pada tahun 1968 di Mexico City di mana beliau dan tiga orang rakannya lagi telah
berjaya masuk ke separuh akhir bagi acara 4x100m.436
Manakala kali kedua adalah ketika sukan Olimpik
di Munich pada tahun 1972.437
Sebelum menyertai kejohanan tersebut, Krishnan dan rakan-rakan telah
dihantar tiga bulan lebih awal, untuk menghadiri sesi latihan di California.438
Walaupun pada ketika itu
mereka tidak memenangi sebarang piala namun Krishnan dan rakan-rakanya merupakan atlet yang cukup
hebat kerana berjaya mewakili Malaysia menyertai sukan Olimpik. Penyertaan ini bukanlah suatu perkara
yang mudah. Hanya atlet yang benar-benar mencapai rekod yang telah ditetapkan di dalam kejohanan ini
sahaja boleh menyertai. Krishnan sebenarnya sudah menjangkakan bahawa mereka pasti tidak akan
dapat menandingi atlet-atlet Amerika dan Eropah kerana mereka terlalu pantas.439
Walau bagaimanapun
sepanjang menyertai sukan Olimpik di Munich, Krishnan memperoleh banyak pengalaman di sana.
Sepanjang berada di sana beliau dapat melihat perbezaan di antara budaya masyarakat di situ dengan
budaya masyarakat di Malaysia.
Bahkan itu, beliau turut pernah mewakili Malaysia di dalam sukan SEA yang dahulunya
dikenali sebagai sukan SEAP untuk selama lima siri berturut-turut iaitu pada tahun 1965,1967,1969,1971
dan 1973.440
Di sepanjang penyertaannya di dalam sukan SEA beliau telah berjaya meraih enam pingat
emas, tiga pingat perak dan tiga pingat gangsa dalam acara jarak dekat dan acara “relay”.441
Pada tahun
1970, Krishnan sekali lagi telah menyertai sukan Asia dan berjaya membawa pulang pingat gangsa untuk
acara 400m.442
Pada tahun 1971, beliau telah memenangi pingat emas di dalam acara 200m di Kejohanan
Atlet Malaysia Terbuka di Kuala Terengganu.443
Beliau telah membuat catatan masa 21.6 saat
mengalahkan Yeoh Kian Chye atlet dari Singapura. 444
Dalam kejohanan tersebut, Krishnan juga berjaya
432
Ibid.
433
Ibid.
434
Ibid.
435
Rujuk Lampiran Keratan Akhbar 14 Januari 1992. Hlm. 2.
436
Rujuk Lampiran Keratan Akhbar 15 Januari 1992
437
Ibid.
438
Rujuk lampiran keratan akhbar, hlm. 9.
439
Ibid.
440
Ruliah, op.cit
441
Ibid.
442
Ibid.
443
The straits time, 7 ogos 1971 ms 30
444
Ibid.
196
merangkul pingat emas di dalam acara 100m dengan catatan masa 10.6 saat. Namun, beliau terpaksa
menarik diri dari acara 4x100m kerana mengalami kecederaan otot.445
Mewakili Asia dalam kejohanan Asia VS Europe pada tahun 1972 di Jerman merupakan
suatu pengalaman manis bagi beliau. Hal ini kerana di dalam kejohanan tersebut beliau telah berjaya
mencatat masa 46.7 saat dan menduduki tempat ketiga bagi acara 400m.446
Selepas memenangi acara
tersebut, Krishnan kemudiannya terpaksa berhenti daripada melibatkan diri di dalam sukan ekoran
menghidapi penyakit bronkitis.447
Beliau telah dinasihati agar berehat selama setahun oleh doktor.448
Selepas beliau pulih daripada penyakit tersebut, Krishnan telah kembali menyertai sukan tersebut.
Sekembalinya beliau ke dalam dunia sukan membawanya ke pertandingan di bawah kelolaan MAAU di
stadium Perak pada 5 May 1973.449
Kemudian pada tahun berikutnya iaitu pada 4 Jun 1973, beliau telah
dihantar ke Jerman untuk menjalani program latihan intensif selama enam bulan.450
Terkenal dengan jolokan nama “ Electrifying Finisher” beliau sebenarnya dikatakan agak
lambat menceburi sukan lari pecut ini secara serius kerana penglibatannya bermula selepas beliau
memasuki Maktab Perguruan di Kuala Lumpur.451
Penglibatan Krishnan di dalam arena sukan lari pecut
ini sebenarnya telah lama diperhatikan oleh ahli-ahli sukan negara. Mereka menjangkakan sekiranya
Krishnan mendapat latihan yang sempurna serta mendapat dorongan yang sepatutnya pastinya
kerjayanya sebagai atlet akan lebih cerah dan dapat menggantikan Dr. Jegathesan sebagai jaguh lari
pecut negara apabila beliau bersara nanti.452
Hal ini telah diperkukuhkan lagi dengan kenyataan daripada
Mr C. Rajalingam, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan yang menyatakan dalam temu bualnya
bersama “The Malay Mall” Krishnan mempunyai masa depan yang cerah di dalam arena ini.453
Faktor kejayaan beliau di dalam sukan olahraga ini adalah disebabkan usaha gigih beliau
untuk menjadi seorang atlet yang dapat membanggakan diri dan nama Negara. Beliau sentiasa berusaha
untuk memperoleh kemenangan di dalam setiap kejohanan yang dimasukinya. Untuk itu, beliau telah
berlatih lima hari seminggu di mana tiga hari latihan di trek dan dua hari latihan beban.454
Sebelum
menyertai mana-mana kejohanan Krishnan akan memastikan dirinya benar-benar memperoleh latihan
yang secukupnya. Beliau akan membuat persediaan latihan agar prestasinya berada di paras kemuncak.
Contohnya, pada 9 Disember 1970, ketika menyertai sukan SEA di Bangkok, beliau telah membuat sesi
latihan bersama Asir Victor dan atlet daripada Negara lain seperti Filipina dan Singapura di bawah
pengawasan oleh jurulatih Edwin Abraham.455
445
Ibid.
446
Ibid.
447
Rujuk Lampiran Keratan Akhbar, Hlm. 10.
448
Ibid.
449
Rujuk Lampiran Keratan Akhbar, Hlm. 9
450
Metro, 21 Ogos 200, Hlm. 2.
451
Malaysia Today, 2006, Hlm. 14.
452
Rujuk Lampiran Keratan Akhbar, Hlm. 5.
453
Ibid.
454
Ibid.
455
The Straits Times, 9 Disember 1970.
197
Selain itu, kejayaannya juga disebabkan oleh faktor sokongan dan motivasi. Sokongan yang
diperoleh daripada jurulatih, rakan-rakan dan rakyat Malaysia terutamanya ke Sukan Asia adalah satu
sebab kejayaan beliau. Hal ini kerana, sokongan daripada mereka menjadikan beliau bersemangat dan
tekad untuk memenangi perlawanan tersebut. Jelaslah di sini peranan motivasi merujuk kepada sokongan
yang diperoleh atlet dalam bidang sukan adalah amat penting kerana kejayaan atlet bergantung
sepenuhnya kepada keinginan atlet itu dalam mencapai kejayaan. Hasil daripada sokongan tersebut
membolehkan Krishnan membawa pulang pingat emas dalam acara 400m di Sukan SEA pada tahun
1972.456
Di sini dapat di lihat bahawa, kepentingan sokongan dan motivasi sememangnya memainkan
peranan. Faktor bentuk fizikal juga mempengaruhi kejayaan beliau di dalam sukan ini. Dengan ketinggian
180 dengan berat 79 kilogram tidak mustahil sekiranya beliau dapat menyaingi atlet negara-negara lain
ekoran bentuk badannya yang tinggi. Semasa bekerja sebagai “jockey”, beliau sering melihat aksi kuda
yang berlari laju maka beliau berpendapat bahawa ia menjadi faktor yang menyumbang ketangkasan
beliau berlari..
Sepanjang beliau melibatkan diri di dalam sukan ini, beliau pernah mengalami kekecewaan
apabila tidak memenangi pingat di dalam acara utama beliau iaitu acara 400m di “Third Malaysian
Athletic”.457
Hal ini kerana, beliau telah disingkirkan daripada meneruskan lariannya kerana telah
melakukan dua kali kesilapan mula.458
Kesilapan ini dikatakan berpunca daripada persediaan di kawasan
pemula yang terlalu lama dan juga disebabkan oleh keadaan trek yang agak mengecewakan. Kesilapan
tersebut begitu mengecewakan Krishnan kerana beliau yakin sekiranya beliau mempunyai peluang
menghabiskan lariannya kemenangan pasti menjadi miliknya. Hal ini juga diakui oleh jurulatihnya iaitu
Stanley Gouw.459
Selain itu, beliau juga pernah mengalami kekecewaan semasa berada di maktab perguruan.
Ketika berlangsungnya Kejohanan Sukan di Maktab, beliau telah dikalahkan oleh Rengan yang juga
seorang guru pelatih di Melaka dalam acara kesukaannya iaitu 400m.460
Bukan itu sahaja, beliau juga
pernah kecewa kerana tidak dapat menghadiri Majlis Pencalonan dan Penganugerahan “Sportsman And
Sportswomen Of The Year”.461
Hal ini kerana, hari pencalonan anugerah tersebut berlangsung pada tarikh
perkahwinannya. Oleh itu, Krishnan tidak dapat menghadiri majlis tersebut sekali gus telah melepaskan
peluang untuk memenangi anugerah tersebut.
Penglibatan aktif beliau sebagai atlet sukan olahraga hanyalah sehingga tahun 1976.462
Bagi
menumpukan perhatian dalam bidang pendidikan, beliau terpaksa bersara. Hal ini kerana pada ketika itu
beliau telah dinaikkan pangkat sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan di Prai.463
Namun begitu,
beliau tidak mensia-siakan pengalamannya sebagai seorang bekas atlet. Segala pengetahuan dan
pengalamannya dikongsi apabila beliau memilih untuk melatih atlet yang berumur 12 tahun dan ke
456
The Star, 15 Disember 1971, (Rujuk Lampiran Hlm. 11 Dan 12)
457
Rujuk Lampiran Keratan Akhbar Hlm. 13
458
Ibid.
459
Ibid.
460
Rujuk Lampiran Keratan Akhbar Hlm. 15.]
461
The Sunday Mail, 10 Disember 1972.
462
Metro, 21 Ogos 2004, Hlm. 2
463
Malaysian Today, 2006, Hlm. 14.
198
atas.464
Baginya, tindakan ini merupakan satu keperluan kerana atlet perlulah dilatih sejak kecil agar bakat
mereka dapat diasah dan diperkembangkan. Beliau juga pernah ditawarkan oleh kerajaan untuk mengikuti
kursus kejurulatihan di University of California selama setahun pada tahun 1972.465
Oleh sebab itu beliau
berpendapat bahawa sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk berkongsi pengetahuan dan
pengalaman di dalam bidang tersebut. Walaupun terlibat di dalam sukan olahraga namun tugas beliau
sebagai seorang guru tidak pernah diketepikan. Selepas beliau berkhidmat sebagai guru besar selama
hampir 20 tahun, beliau kemudiannya telah dinaikkan pangkat sebagai jurulatih olahraga bagi SUKMA
pada tahun 2004 selama tujuh tahun.466
Pada tahun 2006, negara tidak mempunyai atlet pelapis dalam sukan olahraga. Oleh itu,
Dato Khalil selaku Presiden Majlis Sukan Negara pada ketika itu telah memujuk Krishnan untuk menjadi
jurulatih di Majlis Sukan Negara Pulau Pinang. Kemudian, apabila Akademi Pelapis Serantau ditubuhkan,
beliau telah ditugaskan untuk berkhidmat sebagai jurulatih di Akademi tersebut di bawah kerjasama Majlis
Sukan Negara Pulau Pinang. Akademi pelapis serantau ini merupakan pusat mengumpul atlet negeri yang
dilihat berpotensi untuk dilatih menjadi atlet kebangsaan. Pada asalnya akademi ini telah ditubuhkan di
dua buah tempat iaitu di Johor dan Pulai Pinang.467
Akademi pelapis serantau di Johor merupakan
akademi khas bagi atlet selatan dan telah di kelolakan oleh jurulatih Azmi Ibrahim dan Watson Yambek
yang juga merupakan bekas atlet lari pecut negara. Manakala Akademi Pelapis Serantau Pulau Pinang
pula khas untuk atlet utara dan di kelolakan oleh Krishnan. Namun tidak lama kemudian, apabila
persatuan bola sepak negeri Johor telah mengambil alih stadium maka Akademi Pelapis Serantau di Johor
terpaksa ditutup.468
Hal ini juga disebabkan faktor kewangan yang menjadi sumber penting kepada
persatuan akademi pelapis serantau untuk membangunkan dana. Kesan daripada peristiwa ini, atlet
olahraga tidak dapat diberikan latihan sebaik cawangan utara. Jurulatih terpaksa berkorban tenaga dan
wang untuk melatih atlet. Oleh yang demikian, pihak majlis sukan negara telah bertindak memindahkan
kesemua atlet dan jurulatih ini ke Akademi Serantau Zon Utara dan turut menamakan akademi ini sebagai
Akademi Serantau Majlis Sukan Negara bagi memperkukuhkan program latihan.469
Pihak Majlis juga turut
menubuhkan Pusat Latihan Serantau di pusat-pusat latihan yang cemerlang di peringkat negeri. Ini bagi
membolehkan satu program latihan sepenuh masa yang lebih sistematik dapat dilaksanakan di pusat
latihan tersebut. Melalui penubuhan Akademi Serantau di peringkat zon ini, lebih ramai atlet muda
berbakat diberi peluang untuk menjalani latihan sepenuh masa di bawah kendalian jurulatih-jurulatih yang
berpengalaman termasuklah di bawah kendalian Krishnan.
Menggalas tugas sebagai jurulatih sukan sememangnya satu tugas yang agak berat.
Jurulatih bukan sahaja bertugas untuk melatih atlet dari segi latihan semata namun mereka juga perlu
mendidik dan menerapkan nilai bagi melahirkan atlet yang seimbang dan dapat mencapai kecemerlangan
di dalam bidang sukan tersebut. Bagi melatih atletnya, pelbagai bentuk latihan telah diberikan seperti
latihan di gim untuk melatih mereka dalam “weight training” bagi melatih otot-otot mereka. latihan yang
beliau jalankan ini juga bertujuan untuk menyesuaikan latihan tersebut dengan fizikal mereka. Latihan
464
Ibid.
465
Metro, Op.Cit
466
Ibid.
467
Rujuk Laman Web Rasmi MSN
468
Ibid.
469
Ibid.
199
paras tinggi juga dilakukan oleh Krishan terhadap atlet di bawah jagaannya seperti aktiviti larian di
kawasan perbukitan secara berkala.470
Jika latihan dijalankan pada paras yang tinggi seperti di kawasan
perbukitan, udaranya adalah lebih nipis dan kandungan oksigennya lebih rendah dengan ini sistem
kardiovaskular manusia iaitu jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah badan secara semula jadi
akan mengalami pengubahsuaian dengan menjadi lebih cekap dalam memproses dan membekalkan
oksigen kepada otot-otot dalam tubuh badan yang berfungsi. Bilangan sel darah merah bertambah dan
paru-paru menjadi lebih cekap menyerap oksigen. Akibatnya otot-otot boleh berfungsi pada tahap normal
seperti di paras laut. Dengan ini, pencapaian atlet akan menjadi lebih baik. Kaedah ini telah dibuktikan
melalui kejayaan pasukan lumba lari wanita negara China Wang Junxia yang menjalankan latihan di
kawasan pergunungan telah mencapai kejayaan yang menggemparkan dunia olahraga dengan prestasi
yang menakjubkan dalam kejohanan olahraga dunia di Stutgart, Jerman yang berlangsung pada bulan
Ogos 1993 dalam acara 3000m dan 10000m dengan rekod 8:06.11s dan 29:31.78s.471
Di samping ingin menyesuaikan latihan dengan fizikal atlet, bentuk latihan juga penting bagi
meningkatkan kecergasan atlet. Latihan juga perlu dibuat dalam beberapa fasa latihan. Atlet juga akan
diberi latihan fizikal selama enam minggu dan empat minggu latihan secara spesifik mengikut acara
mereka. Tujuannya adalah bagi mengekalkan kecergasan atlet di samping sebagai satu bentuk ansur
maju kepada atlet untuk meningkatkan prestasi mereka. Di dalam fasa latihan, jurulatih memainkan
peranan penting untuk mencatat kekurangan dan kekuatan atlet. Setiap kekuatan kelemahan atlet
perlulah diperbaiki mengikut fasa latihan yang dibuat. Sekiranya, atlet tersebut mempunyai potensi dan
dilatih mengikut fasa yang ditetapkan sudah semestinya atlet tersebut dapat memperoleh kemenangan di
dalam pertandingan yang dimasuki. Kemudian, apabila atlet telah mendapat latihan yang secukupnya
mereka perlu memasuki perlawanan di peringkat rendah sebelum menyertai perlawanan di peringkat yang
lebih tinggi bagi menggelakkan mereka putus asa apabila tidak memenangi pertandingan tersebut.
kaedah dan bentuk latihan serta motivasi yang digunakan oleh Krishnan bagi melatih atletnya merupakan
suatu tindakan yang bijak sebagai seorang jurulatih. Pengalaman yang beliau ada sebagai bekas atlet
telah menjadikan beliau sebagai seorang jurulatih yang amat memahami dan mementingkan keperluan
dan kebajikan atletnya. Sikap beliau ini telah diakui oleh atletnya sendiri yang bernama Mila atlet dalam
acara 200m yang berasal daripada akademi pelapis serantau. Krishnan akan menjalankan sesi latihan
pada waktu pagi dan petang bagi menggelakkan cuaca yang panas yang boleh mengganggu pencapaian
mereka. Malahan, sekiranya terdapat atlet yang tidak sihat beliau akan mengecualikannya daripada
mengikuti latihan fizikal.
Sebagai bekas atlet dan jurulatih sukan, Krishnan turut berkongsi cerita mengenai
perbezaan atlet pada masa dahulu dan kini yang sangat berbeza kerana atlet pada masa dahulu
bersungguh-sungguh semasa latihan dan pertandingan semata-mata untuk menang dan mengharumkan
nama Negara. Mereka tekad untuk memenangi perlawanan bukan disebabkan oleh imbuhan wang ringgit
tetapi demi membanggakan diri sendiri dan nama Malaysia serta melihat bendera negara Malaysia mekar
berkibar di negara orang.472
Ini jelas menunjukkan mereka mempunyai tahap kesukanan yang tinggi.
Sikap inilah yang seharusnya ada di dalam setiap diri atlet. Kejayaan yang diperoleh di dalam sukan
470
Rujuk Laman Web Rasmi Akademi Majlis Sukan Negara
471
Rujuk Laman Web Rasmi WN.COM/ Wang Junxia
472
Malaysian Today, 2006, Hlm. 14. Dan Metro, 16 Januari 2004, Hlm. 86.
200
olahraga ini adalah hasil usaha kerasnya semasa melakukan latihan. Atlet pada zaman beliau sentiasa
berlatih dengan bersungguh-sungguh walaupun tanpa pengawasan daripada jurulatih sepanjang masa.
Mereka juga tidak dibekalkan dengan sebarang “food supplement” dan tiada insentif seperti yang
diperoleh.473
Mereka juga tidak diberikan dengan elaun seperti yang diberikan kepada atlet pada masa
kini. Ketiadaan elaun menyebabkan mereka perlu menggunakan wang sendiri sebagai tambang
perjalanan ke tempat tersebut. Ketika beliau ingin menyertai kejohanan sukan di Singapura beliau
terpaksa mengeluarkan duit kocek sendiri untuk ke sana. Hanya penempatan tempat tinggal sahaja
disediakan di stadium tersebut. Kesusahan yang beliau alami dan walaupun tidak memperoleh sebarang
kelebihan seperti atlet masa kini tetapi mereka berjaya meraih kemenangan dan mengharumkan nama
Malaysia.
Atlet pada masa kini dikatakan agak manja kerana kurang inisiatif dan semangat untuk
meningkatkan prestasi diri mereka.474
Mereka juga agak malas apabila melakukan latihan dan sering
memberikan alasan seperti tidak mempunyai rehat yang secukupnya. Segala-galanya perlu disediakan
dan disogokkan kepada mereka. Ganjaran bukan penentu kepada kejayaan seseorang atlet. Kita dapat
lihat pada masa dahulu walaupun Ethiopia terkenal dengan negara yang sering dilanda kebuluran dan
kemiskinan, namun tercatat dalam sejarah dunia sukan Olimpik apabila atlet mereka Tirunesh Dibaba
berjaya memenangi pingat emas dalam acara larian 10,000 meter di Beijing.475
Kehebatan mereka
terserlah walaupun tanpa kasut sukan termahal dan tercanggih namun mereka mampu meraih
kemenangan di dalam sukan Olimpik. Kejayaan atlet dari Jamaica dan Ethiopia ini disebabkan oleh
semangat juang yang tinggi dan patriotik dalam diri mereka. Mereka berlari bukan untuk ganjaran wang
semata-mata, malah mereka berlari kerana hanya dengan kejayaan dan kecemerlangan dalam sukan
mereka dapat mengubah taraf hidup dan masa depan mereka. Oleh itu, sebagai seorang atlet, juga perlu
menanamkan sikap semangat dalam sukan seperti atlet negara ini tanpa mengharapkan sebarang
ganjaran untuk mencapai kejayaan.
Bukan itu sahaja, atlet perlulah fokus terhadap pertandingan yang dimasuki mereka.
sesetengah atlet muda kebanyakannya masih lagi bersukan sekadar untuk suka-suka. Apabila tibanya
waktu pertandingan mereka sering berbangga diri atas kepopularan mereka sebagai atlet dengan
menunjuk-nunjuk pakaian mereka. Sedangkan, mereka seharusnya lebih menumpukan perhatian
sepenuhnya di dalam acara yang akan disertai. Oleh itu beliau berpendapat bahawa jurulatih perlu
menggalas tanggungjawab untuk menyedarkan atlet mereka akan matlamat mereka sebenar. Sementara
atlet pula perlu berfikir bagaimana cara untuk mereka memenangi sesuatu perlawanan apabila berada di
pentas perlawanan. Sebagai seorang yang begitu berpengalaman sebagai seorang jurulatih, beliau
berpendapat sekiranya atlet diberi latihan dan panduan yang sempurna maka Malaysia mampu untuk
melahirkan atlet yang cemerlang di dalam sukan tersebut. Sebagai bukti, anak murid beliau iaitu V.
Vengadesh ialah pemain hoki Negara dan Shabana Kanum pula merupakan atlet lompat tinggi Negara.476
473
Rulian, Op.Cit
474
Ibid.
475
Rujuk Laman Web IAAF
476
Metro, 21 Ogos 2004, Hlm. 2.
201
Pada masa yang sama, atlet perlulah memperoleh latihan yang secukupnya untuk memperoleh
kemenangan. Latihan perlu dilakukan sebanyak lima hari seminggu.
Sepanjang terlibat sebagai jurulatih, Krishnan dan rakannya sekerjanya Ahmad Mazlan yang
juga merupakan bekas atlet olahraga sezaman dengan Mumtaz Jaafar turut menyatakan kekecewaan
mereka terhadap Malaysia kerana terlalu mengharapkan dan mempercayai jurulatih luar berbanding
jurulatih dalam negara dalam melatih atlet negara. Kedua-dua mereka tidak bersetuju dengan tindakan
Malaysia yang mengupah jurulatih luar negara dengan bayaran yang mahal sedangkan kemampuan
mereka dalam melahirkan atlet tidaklah begitu membanggakan. Walaupun jurulatih luar negara dibawa
masuk, namun pemindahan pengetahuan dalam bidang sukan masih kurang. Jurulatih luar dari negara
Rusia terutamanya langsung tidak mahu berkongsi pengetahuan mereka dalam sukan.477
Mereka hanya
sudi berkongsi bentuk latihan sahaja sedangkan bentuk latihan adalah sesuatu yang boleh diperoleh oleh
jurulatih tempatan melalui buku-buku latihan mengajar.478
Jadi, tiada perbezaan tahap pencapaian atlet
yang dilatih oleh jurulatih luar negara dengan atlet yang dilatih oleh jurulatih tempatan. Hal ini kerana,
sehingga kini negara masih tidak mampu melahirkan atlet olahraga yang mampu sampai ke peringkat
Asia mahupun Olimpik. Jika dibandingkan dengan era 70an dahulu pencapaian atlet pada masa itu adalah
sampai ke peringkat Olimpik. Ini jelas menunjukkan bahawa jurulatih luar negara sebenarnya mempunyai
kepakaran dan taraf yang sama sahaja dengan jurulatih tempatan. Malah jurulatih luar dikatakan suka
mengikut kepala mereka sendiri dan enggan mendengar pandangan daripada jurulatih tempatan. Adalah
lebih baik sekiranya negara menggunakan sumber manusia yang ada di dalam negara berbanding
menggunakan sumber luar yang ternyata dapat menjimatkan kos.
Di sekolah kebanyakan murid yang terlibat dalam acara lari pecut terdiri daripada atlet yang
mempunyai bentuk fizikal yang rendah dan kecil. Murid-murid yang mempunyai badan yang tegap dan
tinggi hanya bertindak menjadi penonton. Walaupun mereka mampu memperoleh kemenangan di
peringkat sekolah, daerah dan MSN namun tahap pencapaian mereka tidak dapat menandingi atlet di
peringkat antarabangsa. Oleh itu, jurulatih perlu bijak untuk memilih murid yang berpotensi untuk menjadi
atlet bagi acara lari pecut. Bentuk badan merupakan aspek penting dalam pemilihan atlet bagi acara lari
pecut. Pemilihan atlet yang berbadan tegap dan tinggi akan mempunyai kelebihan untuk bersaing pada
peringkat antarabangsa berbanding atlet yang mempunyai bentuk badan yang kecil. Bagi Krishnan,
tindakan sesetengah jurulatih yang tidak mementingkan bentuk fizikal ini dalam melatih atlet adalah suatu
perkara yang sia-sia kerana kecemerlangan atlet juga bergantung pada bentuk fizikal mereka. Sebagai
contoh, raja pecut dunia iaitu Usain Bolt mempunyai ketinggian 196cm dan berat 86kg.479
Ketinggian
Usain Bolt ini merupakan salah satu faktor kejayaan beliau dalam acara lari pecut. Oleh itu, sekiranya
negara ingin mencapai kejayaan pada peringkat yang lebih tinggi di dalam sukan Olimpik bagi acara lari
pecut ini, maka negara perlu melatih atlet yang mempunyai saiz badan yang tinggi dan tegap.
Sememangnya, mencari atlet yang mempunyai saiz seperti Usain Bolt adalah sukar kerana masyarakat
Asia semula jadi telah dilahirkan dengan bentuk badan yang kecil berbanding dengan negara-negara
477
New Sunday Times, 18 November 2011, Hlm. 3
478
Ibid.
479
Rujuk Laman Web IAAF
202
barat terutamanya Jamaica dan Amerika. Oleh sebab itu, atlet negara ini mengalami kesukaran untuk
menandingi atlet negara barat.
5.0 Sumbangan
Krishnan banyak memberikan sumbangan kepada negara daripada pelbagai aspek. Sepanjang dalam
perkhidmatan pendidikan beliau banyak memberikan sumbangan secara aktif dalam bidang kurikulum
dan kokurikulum. Di dalam bidang kurikulum beliau pernah terlibat di dalam Jawatankuasa Penggubalan
Sukatan Pelajaran Bahasa Tamil (1981).480
Pada tahun 1992 beliau telah menerima anugerah
perkhidmatan cemerlang oleh kementerian pendidikan Malaysia.481
Selain itu, beliau banyak memberi
sumbangan sebagai atlet negara Malaysia dengan memenangi pelbagai pingat di kejohanan-kejohanan
antarabangsa. Beliau turut pernah mewakili negara sebagai atlet olahraga ke sukan Olimpik Mexico pada
tahun 1968 dan Munich 1971.482
Acara yang dimasuki oleh beliau ketika sukan Olimpik di Mexico adalah
4x100 meter manakala di Munich beliau memasuki acara 400m.
Sementara di dalam sukan SEA pula, pada tahun 1965 beliau memasuki acara 4x100m dan
100m. Manakala di dalam sukan ASEAN pula, pada tahun 1966 di Bangkok beliau memasuki acara
4x100m dan pada tahun 1970 pula adalah acara 4x400m. Pada tahun 1972 acara yang dimasuki adalah
400m. Beliau pernah meraih pingat perak ketika memasuki acara 4x100m dan gangsa bagi acara 200m.
Bahkan beliau turut memenangi pingat emas ketika di sukan SEAP atau lebih dikenali dengan sukan SEA
dalam acara 400m. Kemenangan beliau ini merupakan satu rekod baru kerana berjaya menewaskan
pelari pecut yang lain dengan catatan masa 47.8 saat. Rekod Krishnan ini telah memecahkan rekod pada
tahun 1965 yang telah direkodkan oleh Asir Victor.483
Menurut catatan yang dikutip daripada akhbar Berita
Harian Krishnan berlari seakan kuda terbang meninggalkan pemenang kedua iaitu Savin Chhem dari
Khmer dengan kelebihan masa satu minit.484
Bukan itu sahaja, beliau juga telah memecahkan rekod sukan-sukan SEA sejak tahun 1961.
Rekod-rekod tahun 1961 ialah 48.3 saat dicipta oleh Jeganethan, rekod 1965 ialah 48 saat oleh Asir Victor
dan rekod pada tahun 1969 ialah 49 saat dicipta oleh Soe Win dari Burma.485
Kemenangan beliau meraih
pingat emas ternyata begitu mengejutkan banyak pihak kerana selama ini beliau hidup di sebalik
bayangan Jegathesan yang selalu lebih hebat daripadanya walaupun mereka sering kali bersama dalam
satu kumpulan dalam acara lari berganti-ganti dalam membawa kemenangan bagi Malaysia.486
Maka
dengan kemenangan ini, rakyat Malaysia mula membuka mata dan menghargai serta mengakui
kehebatan beliau sebagai seorang atlet lari pecut Malaysia. Malahan itu, beliau turut pernah mewakili
480
Utusan Malaysia, 17 Mei 2004. Hlm. 2
481
Rujuk Sijil Tentang Perkhidmatan Cemerlang.
482
Ruliah, Op.Cit
483
Berita Harian, 15 Disember 1971
484
Ibid.
485
Ibid.
486
Malaysian Today, Op.Cit
203
ASEAN menentang pasukan Eropah di dalam acara lari berganti-ganti. Peristiwa ini juga dikatakan
merupakan peristiwa indah bagi beliau sepanjang bergelar atlet negara.
Selain daripada menyertai kejohanan seperti sukan Olimpik, sukan SEA dan sukan Asia,
beliau juga pernah menyertai SAAA Open Relay pada 27 Jun 1970 di Farrer Park, Singapura.487
Perlawanan ini merupakan kerjasama daripada Light Athletic Club dari Selangor dan Singapore Swift
Club. Di dalam acara tersebut Krishnan bersama ahli kumpulanya iaitu Zambrose Abdul Rahman, P.
Rengam dan V. Balakrishnan telah memenangi acara 4x400m mengalahkan pasukan daripada
Singapura.488
Sewaktu acara berlangsung, pasukan Krishnan telah mendahului pasukan pihak lawan,
namun apabila sesi pertukaran baton antara Balakrishnan dan Krishnan mereka telah dipotong oleh Yeo
Kian Chye pasukan dari pihak lawan.489
Akan tetapi, pada jarak 300 meter Yeo Kian Chye yang bukan
pelari 400m telah mengalami ketegangan otot dan berjaya dikalahkan Krishnan.490
Perlawanan ini
merupakan salah satu perlawanan yang sukar sepanjang hidupnya bergelar atlet.491
Bukan itu sahaja,
kejayaan beliau sebagai seorang atlet sukan olahraga begitu menyerlah kerana berjaya memenangi
pelbagai pingat dan anugerah dalam bidang tersebut. Salah satu daripadanya ialah beliau telah
memenangi Anugerah Special Award pada tahun 2006.
Selain daripada memberi sumbangan dalam penyertaan sukan antarabangsa, Krishnan juga banyak
memberi sumbangan di dalam bidang kejurulatihan. Sebagai bekas atlet yang banyak menyertai pelbagai
pertandingan dalam dan luar negara, beliau banyak menimba pengalaman. Pengalaman yang
diperolehnya dikongsi dengan melatih murid-murid di sekolah semasa beliau bekerja sebagai guru. Bukan
itu sahaja, pengalaman beliau dalam arena sukan juga dikongsi kepada atlet-atlet negara. Beliau pernah
terlibat sebagai Jurulatih olahraga Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang.492
Selain itu, beliau juga pernah
terlibat sebagai jurulatih bagi SUKMA dan kini sebagai jurulatih di Akademi Pelapis Majlis Sukan Negara
Pulau Pinang.
Kemuncak kejayaan hidup baginya apabila beliau dianugerahkan menjadi Tokoh Guru
Kebangsaan pada tahun 2004.493
Faktor penganugerahan ini ekoran daripada hasil sumbangan dan titik
peluh beliau sebagai jurulatih yang banyak melahirkan atlet untuk negara dari sekolah rendah di Pulau
Pinang sejak tahun 1986.494
Faktor penganugerahan ini juga disebabkan oleh kejayaan yang telah beliau
kecapi sebagai seorang bekas atlet negara yang telah banyak mengharumkan nama Malaysia di samping
telah banyak memberikan sumbangan di dalam bidang kurikulum sepanjang perkhidmatan beliau sebagai
seorang guru.
487
The Straits Time, 28 Jun 1970
488
Ibid.
489
Ibid.
490
Ibid.
491
Ibid.
492
Utusan Malaysia, Op.Cit
493
Rujuk Surat Perlantikan Yang Bertarikh 13 April 2004.
494
Metro, Op.Cit
204
6.0 Penutup
Krishnan walaupun sudah berusia 72 tahun beliau masih lagi kelihatan sihat dan cergas. sebagai bekas
atlet dan juga jurulatih sukan sememangnya amalan bersukan sudah menjadi rutin di dalam hidupnya.
Walaupun begitu beliau tidak mempunyai sebarang pantang dalam pengambilan makanan. Baginya,
untuk memperoleh tubuh yang sihat dan kesihatan yang baik selain daripada melakukan senaman dan
menjaga pemakanan, pemikiran yang positif juga penting. Setiap individu perlulah sentiasa berfikiran
positif terhadap diri mereka. sekiranya seseorang menghidapi demam maka dia perlu bersikap positif dan
melawan sakitnya itu tanpa memerlukan sebarang ubat-ubatan. Hal ini kerana, semula jadi badan
mempunyai anti bodi bagi melawan virus-virus tersebut. Bukan itu sahaja, menurut beliau :
“what we input, we must output”.
Apa yang dapat dijelaskan di sini, setiap apa yang dimakan perlulah dibuang melalui
senaman. Bagi beliau masyarakat malaysia sering kali membuat tanggapan yang silap apabila mereka
melakukan senaman seperti berjoging 3KM mereka boleh makan melebihi keperluan kalori mereka.
Tanggapan ini baginya adalah suatu kesilapan yang besar. Jika tabiat seperti ini terus diamalkan,
masyarakat Malaysia akan mendapat pelbagai penyakit. Oleh itu, individu perlulah mengawal pemakanan
di samping melakukan senaman setiap minggu. Dengan cara ini, seseorang individu dapat mengekalkan
kecergasan dan tahap kesihatan yang baik.
Walaupun pernah memenangi pelbagai pingat dan anugerah dalam bidang sukan dan
pendidikan, Krishnan tidak pernah membangga diri. Rakan- rakan dan teman sekerja serta anak buahnya
turut mengakui bahawa beliau merupakan seorang yang sangat merendah diri. Beliau sentiasa
menghormati orang lain tidak kira sesiapa pun. Dalam melatih atlet di bawah jagaannya, Krishnan
bukanlah seorang jurulatih yang terlalu tegas. Beliau merupakan seorang yang sangat bertimbang rasa
dan tidak suka memaksa. Jika latihan yang diberikan kepada atletnya dilihat agak berat dan tidak mampu
dilakukan oleh mereka, maka beliau akan menukar jenis latihan tersebut kepada yang lebih mudah agar
dapat diikuti mereka. Sikap Krishnan ini menjadikan atlet di bawah jagaannya sangat menghormati dan
mengagumi beliau. Bukan itu sahaja, Krishnan juga merupakan seorang jurulatih yang sangat rajin dan
gigih. Beliau sentiasa ada di setiap perlawanan yang dimasuki oleh atlet di bawah jagaannya. Ekoran
daripada sikapnya itu, beliau telah berjaya melahirkan atlet ke peringkat Sukan SEA iaitu Yuvaraj dalam
acara 4x400m dan memperoleh pingat emas di dalam acara tersebut.
Faktor kejayaan beliau di peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti
banyak dibantu dan disokong oleh ibu bapa dan guru-gurunya. Walaupun ibu bapa Krishnan bukanlah
golongan yang berpelajaran, namun Krishnan akhirnya telah berjaya menjadi individu yang
membanggakan ahli keluarganya dan juga masyarakat. Ini menunjukkan jaminan kejayaan anak-anak
dalam pelajaran tidak semestinya dimiliki oleh ibu bapa yang hanya mempunyai pelajaran pada peringkat
yang tinggi bahkan juga pada yang buta huruf. Selain itu, ibu dan bapanya juga tidak pernah menyekat
beliau untuk melakukan sesuatu yang disukainya. Sebagai contoh, ibu dan bapanya tidak pernah
menghalang Krishnan untuk terlibat di dalam bidang sukan. Jelaslah bahawa, sikap ibu bapa beliau yang
sentiasa menyokong dan memberi dorongan menyebabkan Krishnan mencapai kejayaan sehingga ke
peringkat ini. Kenyataan ini dapat dikukuhkan dengan kenyataan Noran Fauziah dan Ahmad (1991), yang
205
menekankan bahawa sikap ibu bapa akan menjadi faktor yang menentukan sikap dan pencapaian anak-
anak.495
Bukan itu sahaja, kejayaan beliau sehingga kini juga berpunca daripada sokongan dan
dorongan guru-gurunya. Sehingga kini, beliau masih mengingati jasa gurunya dalam mendidik beliau
sehingga menjadi seorang yang berjaya di dalam bidang akademik mahupun di dalam bidang sukan.
Encik Ramayana merupakan guru matematik beliau semasa di sekolah menengah. Beliau sentiasa diberi
semangat dan dipuji oleh gurunya untuk belajar bersungguh-sungguh. Sebagai buktinya, beliau
memperoleh keputusan yang cemerlang semasa peperiksaan akhir terutamanya di dalam subjek
matematik. Beliau juga berkongsi kejayaan beliau di dalam sukan juga disebabkan oleh dorongan guru
dan pensyarah beliau iaitu Encik Eng Swee dan Wong Choong Seng.
Kejayaan Krishnan menjadi seorang guru yang berdedikasi sehingga memperoleh anugerah
ini banyak dipengaruhi oleh sikap gurunya pada zaman persekolahannya dulu. Beliau sangat mengagumi
sikap gurunya yang sanggup berkorban masa dan tenaga semata-mata untuk mendidik anak-anak
muridnya. Gurunya telah memberikan kelas tambahan secara percuma kepada murid-muridnya termasuk
Krishnan yang tidak mempunyai wang untuk ke pusat tuisyen pada ketika itu. Gurunya juga dilihat sebagai
seorang yang sangat mengambil berat dan seorang yang sangat merendah diri terhadap anak muridnya.
Ia dapat dibuktikan dengan sikap gurunya yang gemar mengajak murid-muridnya untuk mengisi waktu
terluang ke Taman Botanical Garden dengan menaiki basikal bersama-sama. Sikap yang dipamerkan
oleh gurunya ini akhirnya telah menjadi inspirasi kepadanya untuk menjadi seorang guru yang
berdedikasi.
495
Zainuddin Abu Bakar Dan Fazilah Tumin. Jurnal Pendidikan Dan Psikologi Volume 1: Hubungan
Antara Minat Pelajar Dan Sikap Ibu Bapa Dengan Prestasi Pelajar. (2011). Hlm. 29
206
Rujukan
Hasliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala
Lumpur: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Noriahti. A. Rasyid, Boon Pong Ying, Zuraidah A. Majid & Sharifah Fakhria Syed Ahmad (2014). Budaya
dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ruliah (2003). Buletin Majlis Sukan Negara. Pulau Pinang: Majlis Sukan Negara.
Tan Yao Sua (2009). Jurnal Terjemah Alam & Tamadun Melayu. Perkembangan Pendidikan Di Malaysia:
Peranan Lim Lian Geok dan Aminuddin Baki. UM
Zainuddin Abu Bakar & Fazilah Tumin (2011). Jurnal Pendidikan dan Psikologi Volume 1: Hubungan
Antara Minat Pelajar dan Sikap Ibu Bapa Dengan Prestasi Pelajar. UTM.
Akhbar
Malaysia Today, 2006. Hlm 14
Metro, 21 Ogos 2000. Hlm 2
Metro, 16 Januari 2004. Hlm 46
The Straits Times, 9 Disember 1970
Berita Harian, 15 Disember 1971
The Straits Times, 28 Jun 1970
The Sunday Mail, 10 Disember 1972
The Star, 15 Disember 1972. Hlm 13
Utusan Malaysia, 17 Mei 2004. Hlm 2
Dokumen
Sijil Perkhidmatan Cemerlang, 1992
207
Surat Perlantikan, 13 April 2004
Wawancara
Krishnasamy A/L Tambusamy. Tokoh Guru Kebangsaan 2004. Pulau Pinang. Wawancara 29 Februari
2015.
Internet
Http://Www.Nsc.Gov.My/Program-Msn/Pelapis/Program-Latihan-Pelapis/ (Dilayari Pada 29 Mac 2015)
Http://Akademiserantau.Blogspot.Com/2011/10/Pemantauan-Latihan-Skuad-Olahraga.Html (Dilayari
Pada 1 April 2015)
Http://Wn.Com/Wang_Junxia/Biography (Dilayari Pada 3 April 2015)
Http://Www.Iaaf.Org/Newa/News/Dibaba-Is-Back-Writing-Olympic-History-Again-1 (Dilayari Pada 4 April
2015)
Http://Www.Iaaf.Org/Athletes/Jamaica/Usain-Bolt184599#Biography (Dilayari Pada 4 April 2015)
208
KEMASUKAN PENDATANG ASING TANPA IZIN DARI SELATAN FILIPINA DAN
KESAN SOSIAL TERHADAP MASYARAKAT SETEMPAT DI SABAH
DARI 1970 HINGGA 2014
JAY FRESLLY JOHN
1.0 PENGENALAN
Sabah merupakan salah sebuah wilayah di Borneo yang bergabung dan membentuk Malaysia pada tahun
1963 dan sekaligus menjadikan negeri tersebut sebagai negeri kedua yang terbesar di Malaysia. Sabah
juga dikenali sebagai Negeri Di Bawah Bayu yang dianugerahkan dengan keindahan yang menawan,
bukan sahaja pada negerinya malah juga pada rakyatnya. Negeri ini juga terkenal dengan kepelbagaian
etnik yang mengamalkan pelbagai budaya dan menganuti pelbagai anutan agama yang hidup dalam
keadaan aman dan sentosa. Perkara inilah yang membuatkan rakyat Sabah secara khususnya
mempunyai sebab untuk bersyukur dan berbangga kerana tinggal di negeri ini. Namun begitu, di sebalik
semua ini, wujud satu perspektif yang telah membawa kepada kesuraman dan kerisauan apabila
berdekad lamanya penduduk Sabah diselubungi oleh masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin.
Masalah ini telah berkembang dan menjadi satu isu yang besar dan tidak keterlaluan apabila dianggap
sebagai salah satu isu nasional yang membimbangkan. Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yong
Teck Lee dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah menyifatkannya dengan
menggunakan istilah perubatan, sebagai telah mencapai “tahap kritikal”.496
Kebanjiran pendatang asing
tanpa izin ini telah mencetuskan pelbagai kebimbangan terhadap keselamatan, ekonomi dan sosial
masyarakat setempat.
Penulisan ilmiah ini akan membincangkan tentang impak kebanjiran pendatang asing tanpa
izin dari Filipina terhadap sosial masyarakat tempatan. Penulisan yang berstruktur esei ini akan
merangkumi lima bab. Bab pertama akan membincangkan sejarah awal migrasi orang Filipina ke Sabah.
Ini diikuti dengan bab kedua yang menjelaskan tentang faktor kemasukan pendatang Filipina yang terdiri
daripada faktor penolak dan faktor penarik. Seterusnya ialah bab tiga yang akan memberikan huraian
terhadap kesan-kesan sosial dari pelbagai sudut seperti keselamatan, kesihatan dan penyakit,
pendidikan, ruang dan kos penjara, sektor pembinaan dan pertanian dan perbezaan budaya. Sementara
itu, bab terakhir pula ialah bahagian penutup.
496
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014,
hlm 3.
209
2.0 SEJARAH AWAL MIGRASI ORANG FILIPINA KE SABAH
Migrasi adalah penghijrahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Penghijrahan orang-orang Filipina
ke Sabah bukanlah satu perkara baru dan telah berlaku kira-kira dalam abd ke 8 Masihi iaitu semasa
empayar Sri Vijaya dan Majapahit. Pada masa itu, orang di bahagian Selatan Filipina telahpun
mengadakan hubungan perdagangan, politik dan kebudayaan dengan wilayah Borneo yang terletak di
dalam gugusan Kepulauan Melayu.497
Hal ini demikian kerana, hubungan antara wilayah pada masa itu
terjalin antara kerajaan maritim dan agraria yang saling memerlukan bagi kelangsungan aktiviti ekonomi
mereka.
Laporan Suruhajaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah yang dikeluarkan pada 1 Disember
2014 pula menganggap peringkat pertama kedatangan pendatang awal ke Sabah dari Kepulauan Sulu
berlaku pada lewat abad ke-15. Orang Sepanyol yang menjajah Filipina pada ketika itu mula bergerak ke
selatan ke arah Sulu dan Tawi-Tawi di Filipina Selatan yang mengakibatkan kumpulan etnik tertentu
seperti Suluk dan Bajau mula merentangi sempadan Sabah.498
Namun begitu, mereka masih kekal
mengadakan hubungan perdagangan, sosial dan politik dengan wilayah di Gugusan Kepulauan Melayu
sehingga abad ke-18 dan 19. Orang-orang Filipina dipercayai berhijrah ke Borneo Utara pada masa itu
kerana ingin melarikan diri dari kekejaman orang-orang Sepanyol. Mereka cuba mencari satu tempat
perlindungan yang lebih selamat dan bebas daripada kekejaman orang Sepanyol. Oleh itu, mereka
terpaksa menyeberangi laut untuk berhijrah ke Borneo Utara yang bebas dari jajahan Sepanyol. Misalnya
pedagang-pedagang Cina di Jolo Filipina telah melarikan diri ke Semporna di Borneo Utara dan terus
menetap di sana berikutan pembunuhan beramai-ramai orang-orang Cina di Filipina oleh orang Sepanyol
dalam tahun-tahun 1603, 1639, 1662, 1686 dan 1762.499
Selepas peristiwa pembunuhan peniaga Cina tersebut, ramai dalam kalangan orang Filipina
di Kepulauan Sulu yang berpegang kuat kepada agama Islam turut berhijrah ke Borneo Utara.
Penghijrahan orang Filipina itu juga adalah disebabkan oleh kedatangan orang Sepanyol yang beragama
Kristian dan berusaha keras menyebarkan agama Kristian yang juga merupakan salah satu agenda
penjajahan mereka. Ancaman yang dirasakan semakin mengancam kedudukan mereka menyebabkan
mereka turut berhijrah ke kawasan-kawasan di Borneo Utara seperti Sandakan, Tawau dan Lahad Datu.
Kedudukan kawasan ini yang dekat dengan Kepulauan Sulu menyebabkan mereka senang untuk
berhijrah dan seterusnya mencari penempatan baru yang terjamin keselamatannya. Di kawasan baru ini,
mereka membina banyak petempatan dan bergiat dalam pelbagai aktiviti ekonomi seperti perdagangan,
perikanan, pertanian, menjadi tenaga buruh murah kepada British North Borneo Company.500
Pada abad ke-18, Borneo Utara merupakan sebahagian dari tanah jajahan Sultan Sulu
apabila Sultan Brunei menyerahkan kuasa kepada Kesultanan ke atas seluruh Kepulauan Borneo dan
497
(t.p) Migrasi Orang Filipina Ke Borneo Utara, (t.t.p): (t.n.p), (t.t) hlm. 43
498
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014,
hlm 262.
499
(t.p) Migrasi Orang Filipina Ke Borneo Utara, (t.t.p): (t.n.p), (t.t) hlm. 43.
500
Ibid, hlm. 44.
210
Selatan Filipina.501
Sultan Brunei telah menyerahkan kekuasaan wilayahnya ini kerana baginda
mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kerabat diraja Sulu. Selain itu, kawasan Borneo Utara yang
sangat luas juga menyebabkan Sultan Brunei sukar untuk meluaskan pengaruh di semua kawasan
dengan berkesan. Namun begitu, Sultan Sulu telah memajakkan dan menyerahkan bahagian utara
wilayah Borneo kepada syarikat-syarikat Barat khususnya British North Borneo Company secara
berperingkat bermula pada tahun 1865 sehingga 1894.502
Penyerahan kawasan di bahagian utara Borneo
kepada Kesultanan Sulu telah menggalakkan lagi kemasukan orang-orang dari selatan Filipina ke wilayah
Borneo Utara pada ketika itu. Penyerahan kawasan tersebut telah menjadikan kawasan di bahagian utara
tersebut menjadi salah wilayah di bawah pentadbiran dan kekuasaan Kesultanan Sulu dan sudah pastilah
penhijrahan orang-orang Sulu berlaku secara terbuka dan tanpa sempadan.
Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU)
menyerahkan Borneo Utara di bawah kekuasaan British termasuk pemindahan hak kedaulatan dan aset
Borneo Utara serta penyerahan kepentingan syarikat tersebut. Namun begitu,kerajaan Filipina pula
mengemukakan tuntutan terhadap hak kewilayahan mereka kepada kerajaan British. Mereka
menggangap bahawa penyeraha wilayah Borneo Utara bukannya sebagai pendudukan seorang tuan
punya (pemerintah) tetapi sebagai pajakan.503
Kerajaan Filipina tidak mengiktiraf kedudukan wilayah
Sabah sebagai satu entiti yang sudah bergabung dan membentuk Persekutuan Malaysia. Kerajaan
Filipina masih menuntut hak kewilayahannya terhadap Sabah tetapi usaha mereka sering mencapai
kegagalan.
Sebelum kerajaan Sabah dibentuk, tiada polisi atau undang-undang khusus yang
diwujudkan oleh British bagi mengawal penghijrahan masuk dan keluar ke Sabah. Orang Fipina bebas
untuk berherak keluar masuk antara sempadan Filipina dengan Sabah seperti yang dinyatakan oleh Bill
Cambell:504
“There was a free flow of people across the boundaries of both territories even during British
rule. The people of Suluk descent on both sides of the national borders are closely related
because of intermarriage, economic and social ties came hand in hand.”
Kenyataan Cambell ini menunjukkan bahawa pihak British yang mentadbir pada masa itu
tidak menyekat sebarang kemasukan merentasi sempadan antara wilayah Borneo Utara dan Kepulauan
Sulu. Keturunan Suluk yang datang dari Kepulauan Sulu bebas untuk bergerak dan merentasi sempadan
kerana urusan ekonomi dan kekeluargaan mereka seolah-olah pada masa itu tiada undang-undang
tentang pencerobohan sempadan negara lain seperti pada masa kini. Apabila terdapat kebebasan keluar
masuk sempadan tanpa kawalan daripada pihak British maka orang-orang Suluk akan merentasi
sempadan tanpa perasaan takut terhadap apa-apa tindakan. Hal ini demikian kerana, mereka sudah
terbiasa dengan perkara tersebut dan lama-kelamaan bertukar menjadi seolah-olah seperti tradisi untuk
memasuki wilayah Borneo Utara dengan bebas bahkan berlarutan sehingga sekarang. Perkara ini dapat
501
Ibid.
502
Ibid.
503
Ibid. hlm. 45
504
Ibid.
211
dibuktikan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah yang menyatkan bahawa
mereka mempunyai kesan untuk mewujudkan semacam pertalian atau penghubung budaya antara
masyarakat etnik yang sama di kedua-dua belah sempadan geopolitik antara Sabah dan Filipina
Selatan.505
Tradisi dan amalan tersebut boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada sistem rangkaian
sosial iaitu ikatan kekeluargaan, budaya dan ekonomi orang-orang Suluk itu sendiri.
Pada tahun 1931, terdapat kira-kira 2,840 orang Filipina di Sabah dan bilangan ini meningkat
kepada 7,473 orang dalam hitungan banci 1960. Pada awal kedatangan mereka, dianggarkan terdapat
30,000 orang Filipina ini bekerja dalam industri kayu balak.506
Pekerja warga Filipina ini diambil oleh British
North Borneo Company untuk memenuhi keperluan pekerja terutamanya dalam kilang kayu balak yang
menjadi salah satu sumber ekonomi British pada ketika itu.
Jumlah pekerja Filipina yang ramai ini terpaksa diambil kerana penduduk tempatan tidak
mampu untuk memenuhi permintaan kerja dalam industri ini. Oleh itu, migrasi orang Filipina juga berlaku
pada masa ini disebabkan oleh dasar syarikat yang ingin memajukan lagi industri balak di North Borneo
sebagai sumber utama ekonomi mereka.
Orang Filipina yang datang dan menetap di Sabah sebelum Sabah menyertai gagasan
Malaysia dianggap sebagai warganegara yang sah sebaik sahaja Sabah menyertai Malaysia pada 16
September 1963. Selepas menyertai Malaysia, kemasukan orang asing ke sempadan negeri tersebut
dikawal oleh undang-undang yang dikenali sebagai Akta Imigrisen 1957/1963 (pindaan 1975).507
Hal ini
bermaksud, sesiapa sahaja orang dari negara lain tidak dibenarkan memasuki sempadan negeri Sabah
dan jika ada orang asing yang cuba masuk dan ditangkap, dia akan didakwa di bawah akta tersebut.
Pasukan keselamatan juga telah diarahkan untuk membuat kawalan di semua bahagian sempadan tidak
kira di darat ataupun di laut untuk memastikan tiada orang asing yang cuba untuk memasuki negeri Sabah
secara haram.
3.0 FAKTOR-FAKTOR KEDATANGAN PENDATANG TANPA IZIN
Kehadiran penduduk Filipina ke Sabah, terutamanya yang datang dari kawasan Selatan Filipina mula
dikesan berhijrah pada tahun-tahun 1970-an apabila berlakunya keadaan yang tidak menentu di kawasan
tersebut. Masyarakat keturunan Bajau dan Suluk iaitu kaum majoriti yang mendiami Selatan Filipina
seperti Basilan, Tawi-Tawi, Palawan, Davao, Sitangkai, Zamboanga dan lain-lain merupakan kumpulan
yang paling ramai berhijrah ke negeri ini.508
Mereka memasuki negeri ini kerana adanya faktor penarik
dan penolak yang akan dijelaskan selepas ini. Kumpulan pendatang ini masuk ke Sabah melalui laluan-
laluan terbuka luas dan panjang dari Kudat ke Semporna. Kawasan-kawasan ini sangat hampir dengan
505
9 Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014,
hlm. 264.
506
(t.p) Migrasi Orang Filipina Ke Borneo Utara, (t.t.p): (t.n.p), (t.t) hlm. 45.
507
Ibid. hlm. 46
508
Rizal Zamani Idris et.al.Isu Keselamatan Persempadanan Negeri Sabah dan Tuntutan Terhadap Kepulauan
Spratly, (t.n.p): Universiti Malysia Sabah, 2010, hlm. 2.
212
negara Filipina malahan di beberapa pulau di Filipina misalnya Tambisan dan Kg. Labian di Lahad Datu
dan beberapa pulau di Filipina dapat dilihat dengan jelas apabila cuaca baik.509
Dalam hal ini, kumpulan pendatang tersebut menggunakan pelbagai kaedah untuk
memasuki negeri Sabah dan salah satu kaedah yang paling popular ialah menggunakan pengangkutan
air. Kebiasaanya, bagi kumpulan pendatang yang ingin memasuki negeri tersebut, mereka akan
berhubung dengan sindiket yang menyediakan kemudahan pengangkutan air tersebut. Daripada
temubual yang dijalankan, sindiket ini yang majoritinya beroperasi menggunakan tempel mengenakan
bayaran sekitar RM 50 hingga RM 100 untuk membawa masuk pendatang dari Filipina.510
Perkara ini
merupakan sesuatu yang jelas dan dapat dilihat melalaui laporan-laporan akhbar tempatan yang
menyiarkan berita tentang penangkapan ataupun penahanan bot-bot atau perahu yang membawa
kumpulan pendatang tersebut ke Sabah. Portal berita Bernama memuatkan berita tentang sindiket
menyeludup Pati di yang disyaki beroperasi di Tawau menggunakan laluan yang tidak sah pada 2
November 2009.511
Selain itu, kumpulan-kumpulan tersebut juga datang ke Sabah dengan menggunakan
pengangkutan air yang dikenali sebagai kumpit, tempel dan lansa.512
3.1 Faktor Penolak
Pada kebiasaannya, migrasi berlaku kerana dua sebab iaitu faktor penolak dari kawasan asal dan faktor
penarik di kawasan yang hendak dituju. Perkara ini juga berlaku di Sabah yang menyebabkan kedatangan
orang-orang Filipina pada sebelum dan selepas Sabah menyertai Malaysia. Kedua-dua faktor ini penting
kerana menentukan sebab kenapa mereka datang ke Sabah yang membawa kepada persoalan-
persoalan seterusnya yang berkaitan dengan politik, ekonomi dan sosial di negeri tersebut. Berikut
merupakan faktor penolak kedatangan orang-orang Filipina ke Sabah:
3.1.1 Faktor Politik
Seperti yang telah dinyatakan pada Bab 1, faktor penolak kedatangan orang Filipina ke Sabah sejak
dahulu adalah berkaitan dengan faktor kestabilan politik di Filipina, khususnya di Selatan Filipina. Wilayah
bergolak di bahagian selatan Filipina adalah kawasan Kepulauan Sulu dan Mindanao yang mempunyai
majoriti penduduk yang beragama Islam. Konflik yang wujud sejak penjajahan Sepanyol berterusan
selepas Filipina mendapat kemerdekaan apabila wilayah ini ingin menuntut autonomi terhadap wilayah
tersebut. Pada era pemerintahan Presiden Ferdinand Marcos, wialayah Mindanao telah menjadi medan
pertempuran antara tentera Filipina dengan Bangsa Moro. Keadaan menjadi lebih teruk apabila seramai
kira-kira 200 orang pelatih askar Muslim Filipino dibunuh pada 18 Mac 1968 di Corregidor menyebabkan
kumpulan Muslim menjadi marah dan membuat keputusan satu-satunya pilihan untuk Muslim atau
warisnya berkuasa ialah dengan mewujudkan kembali Kesultanan Sulu (termasuk Sabah), tanpa mengira
betapa ganas atau berpanjangannya usaha ini. Nur Misuari, seorang profesor Universiti Filipina, menjadi
509
Ibid. hlm. 4
510
Ibid.
511
Bernama, 02 November 2009.
512
Rizal Zamani Idris et.al.Isu Keselamatan Persempadanan Negeri Sabah dan Tuntutan Terhadap Kepulauan
Spratly, (t.n.p): Universiti Malysia Sabah, 2010, hlm. 3.
213
ketua kumpulan ini dengan gelaran pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro pada awal 1970-
an.
MNLF mewarwarkan dirinya sebagai gerakan pembebasan Muslim Filipino dan memulakan
pemberontakan di Filipina, dengan harapan mendapat kemerdekaan, atau sekurang-kurangnya autonomi
kawasan untuk Filipina Selatan.513
Perjuangan ini akan memakan korban di antara 80,000 hingga 200,000
nyawa; di puncak kekuatannya, MNLF dapat mengira 30,000 anggota bersenjata dalam barisannya. Isu-
isu seperti status semasa sultan tidak dapat diputuskan mengakibatkan Barisan Pembebasan Bangsa
Islam Moro yang menentang kerajaan Filipina serta cuba untuk membebaskan wilayah tersebut daripada
penguasaan Filipina. Sebagai contoh, menurut siaran akhbar Metro yang bertarikh 11 Ogos 2013, tentera
Filipina telah menyerang pemisah Moro di Bandar Aleosan kerana didakwa membunuh tujuh orang askar
kerajaan Filipina.
Selain itu, pergolakan politik khususnya di Kepulauan Sulu juga berlaku akibat daripada
perebutan takhta Kesultanan Sulu. Jamalul Kiram III yang bertanggungjawab ke atas serangan di Lahad
Datu bukanlah satu-satunya individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu. Hal ini demikian kerana ramai
pihak yang membuat pengakuan sebagai pewaris takhta Sultan Sulu. Pada tahun 2011, Datuk Mohd
Akjan Bin Datu Ali Muhammad telah dipilih oleh orang-orang Sulu untuk menjadi Sultan Sulu. Datuk Akjan
diiktiraf oleh sebahagian dari orang-orang sebagai Sultan Sulu yang ke-33 dan juga sebagai waris
keturunan Sultan Sulu yang pertama Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim 1 (yang
berasal dari Johor).514
Menurut portal berita Philippines Daily Inquirer, terdapat banyak lagi pihak yang
mengaku sebagai Sultan Sulu. Terdapat dua lagi individu yang mengaku sebagai keturunan Sulu yang
ke-35. Fuad Kiram dan Muedzul Lail Tan Kiram juga mengaku sebagai Sultan. Kedua-duanya adalah
sepupu kepada Jamalul Kiram III yang sedang melancarkan serangan terhadap Malaysia. Fuad Kiram
adalah anak kepada Sultan Esmail Kiram I (1950-1974) yang menyatakan bahawa beliau telah dilantik
oleh pembesar-pembesar Sulu yang lain. Muedzul pula mengatakan bahawa beliau merupakan Sultan
Sulu yang sebenar kerana bapanya Sultan Ampun Mohammad Mahakuttah Kiram (1974-1986) telah
diiktiraf sebagai Sultan oleh bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos.515
Sementara itu, hasil dapatan daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Pendatang
Asing di Sabah menadapati bahawa Pemberontakan Mindanao merupakan faktor utama mereka
meninggalkan Selatan Filipina. Terdapat banyak keterangan orang daripada masyarakat Suluk dan Bajau
yang mengatakan mereka meninggalkan perang saudara dan datang ke Sabah yang lebih selamat.516
kebanyakan daripadanya ialah orang Islam yang terlibat dengan dalam perang antara bangsa Moro yang
bertempur di bawah Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan kerajaan Filipina. Mereka ini
dianggap sebagai pelarian politik yang mebcari perlindungan di Sabah yang lebih aman dan bebas
daripada sebarang pergolakan. Perkara ini jelas membuktikan bahawa pergolakan politik antara MNLF
dan kerajaan Filipina menyebabkan mereka merasa tertekan dan tidak selamat di tempat asal mereka
sendiri. Pergolakan politik ini ditambah lagi dengan perebutan takhta Kesultanan Sulu yang menyebabkan
513
6 Wikipedia, Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro.
514
Utusan Malaysia, 26 Februari 2013.
515
Allan Afdal Nawal, Filipina Daily Inquirier, 26 Februari 2013.
516
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014,
hlm 268.
214
berlaku masalah dalam pentadibiran di Kepulauan Sulu. Apabila keadaan persekitaran mendesak maka
orang-orang di wilayah itu semestinya mahu keluar daripada kehidupan yang tertekan dalam pergolakan
dan mahu mencari kawasan yang lebih aman. Jadi, mereka melihat kedudukan Sabah yang paling dekat
dengan mereka lalu berhijrah ke Sabah sebagai pendatang asing dan juga pelarian perang.
Kemuncak konflik di Selatan Filipina yang memberikan kesan kepada Sabah berlaku pada
1 Mac 2013 apabila 2 orang polis komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban di Lahad
Datu selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan pengganas Sulu di sana. Sehari selepas itu, enam
orang lagi anggota polis terbunuh dalam pertempuran di Kg. Sri Jaya, Simunul, Semporna dalam kejadian
serangan hendap kira-kira pukul 8 malam.517
Kejadian ini telah megejutkan dan menakutkan semua pihak
terutamanya rakyat Sabah khususnya di sekitar daerah Lahad Datu dan Semporna kerana kejadian
seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Kejadian ini masih lagi menimbulkan igauan ngeri bagi
penduduk di Sabah sehingga sekarang.
3.1.2 Faktor Ekonomi
Kedatangan orang-orang Filipina ke Sabah juga adalah disebabkan oleh faktor ekonomi di di kawasan
asal mereka yang tidak begitu baik. Perkara ini berkait rapat dengan pergolakan politik yang menyebabkan
kegitan ekonomi tidak dapat dijalankan secara normal akibat daripada gangguan serangan, pertempuran,
sekatan ekonomi dan sebagainya. Dalam keterangan saksi semasa prosiding penyelidikan Suruhanjaya
Siasatan Diraja, mereka mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan
bahawa kemasukan pendatang tanpa izin ke Sabah sejak tahun 1978 disebabkan oleh faktor ekonomi.
Mereka dikatakan sebagai pehijrah ekonomi.518
Hal ini demikian kerana, terdapat perbezaan ekonomi
yang ketara antara Selatan Filipina, Indonesia dan Sabah. Berdasarkan kepada keterangan, panel
Suruhanjaya Siasatan Diraja mengganggap sebagai munasabah jika mereka mengandaikan bahawa
terdapat pengangguran secara besar-besaran di bahagian Filipina dan Indonesia di mana mereka bersal
daripada material tersebut.519
Penggangguran ini disebabkan oleh kesukaran mendapatkan pekerjaan yang baik di sana
ditambah dengan jumlah penduduk di sana yang ramai. Secara perbandingan, Sabah dilihat sebagai
sebuah negeri yang kaya dengan sumber alam yang membantu perkembangan ekonomi yang stabil
negeri tersebut. Tambahan pula, terdapat peluang pekerjaan yang tidak mampu dipenuhi oleh penduduk
di negeri itu dalam kebanyakan sektor ekonomi seperti sektor pertanian, perikanan, pembalakan dan
sebagainya. Perkara ini masih stabil dari sudut politik dan progresif kerana semua aset dan ciri-ciri
keperluan ekonomi masih wujud. Secara kesimpulan, boleh dikatakan bahawa keadaan ekonomi yang
teruk di bahagian Selatan Filipina yang terlibat dengan pergolakan politik mewujudkan faktor penolak
untuk mereka berhijrah ke Sabah.
517
MStar Online, 05 Mac 2013.
518
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014,
hlm 292.
519
Ibid.
215
3.1.3 Faktor Sosial
Sebelum kedatangan Sepanyol di Filipina, sudah wujud beberapa bentuk politik yang koheren dan
pertalian budaya antara pelbagai kumpulan atau masyarakat etnik yang telah menetap di Sabah, Filipina
dan juga Indonesia. Hal tersebut berlaku semasa Sabah atau dikenali sebagai Borneo Utara pada masa
itu berada di bawah kuasa dan pengaruh politik serta pentadbiran dua kerajaan yang berluasa pada ketika
itu iaitu Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Penyertaan Sabah ke dalam pembentukan Malaysia
menjadikannya sebagai satu entiti politik bebas yang tidak lagi terikat dengan kuasa dan pengaruh kedua-
dua kesultanan tersebut. Namun begitu, jika dilihat dari sudut sosial dan budaya, kebanyakan tradisi dan
amalan daripada era Kesultanan Sulu masih wujud dan diamalkan dalam kalangan masyarakat etnik
Suluk dan Bajau di Sabah sama ada yang diakui kesahan kewarganegaraannya atau tidak. Hal ini
demikian kerana, budaya dan tradisi masyarakat Suluk dan tidak dapat dipisahkan dalam diri mereka
kerana akan tetap mengamalkan budaya yang menjadi kebiasaannya secara langsung ataupun tidak
langsung walaupun berhijrah ke tempat lain. Perkara ini dikatakan sebagai tradisi dan amalan tidak
bertulis yang diwarisi dari zaman ke zaman dan masih dapat bertahan walaupun terdapat perubahan
masa.
Menurut salah seorang saksi yang terlibat dalam pendengaran Suruhanjaya Siasatan iaitu
Dr. Dayang Suria Mulia daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS), masyarakat etnik Suluk mempunyai
kesan untuk mewujudkan semacam pertalian atau penghubung budaya antara masyarakat etnik yang
sama di kedua-dua belah sempadan geopolitik antara Sabah dan Selatan Filipina.520
Tradisi dan amalan itulah yang dikatakan sebagai sebahagian daripada sistem rangkaian
sosial yang membolehkan terdapat hubungan budaya dalam masyarakat Suluk di Sabah dan di Selatan
Filipina. Rangkaian sosial ini memainkan peranan penting dalam memudahkan dan mengekalkan aliran
penghijrahan. Dr. Dayang Suria juga menyatakan bahawa rangkaian sosial sebagai kumpulan pertalian
antara individu yang menghubungkan pehijrah, bekas pehijrah dan bukan pehijrah dalam kawasan asal
dan kawasan destinasi mereka melalui tali persaudaraan, persahabatan dan asal usul mereka.521
Perkara
ini bermaksud, pendatang asing tanpa izin yang datang ke Sabah bergantung kepada rangkaian sosial ini
dengan mendapatkan bantuan dari pelbagai aspek melalui hubungan mereka dengan kumpulan etnik
yang sama serta kekeluargaan yang rapat di Sabah.
Masyarakat etnik Suluk ini mempunyai semangat perpaduan, persahabatan dan
kekeluargaan yang kuat walaupun secara genetiknya, mereka tidak mempunyai talian persaudaraan.
Mereka merasakan bahawa orang dari etnik yang sama sebagai satu sahabat dan keluarga mereka
sendiri. Perkara ini membuktikan bahawa mereka mempunyai pertalian yang sangat rapat antara satu
sama lain lebih-lebih lagi mereka berasal dari latar belakang yang sama.522
Sebagi contoh, orang-orang
520
Ibid. hlm. 264
521
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014,
hlm 264
522
Ibid.
216
Suluk yang sudah lama menetap di Sabah akan memberikan apa juga jenis bantuan kepada orang-orang
yang baru memasuki negeri Sabah sama ada secara sah ataupun haram. Oleh itu, orang-orang yang baru
memasuki negeri ini tidak mempunyai masalah untuk mengadaptasi keadaan di tempat yang baru dengan
adanya bantuan dalam rangkaian sosial mereka ini. Hal ini juga dilihat sebagai salah satu faktor penolak
yang penting dan sangat mempengaruhi sebab mereka datang ke negeri Sabah.
2.2 Faktor Penarik
Faktor penarik merupakan sebab kenapa orang-orang Filipina khasnya etnik Suluk datang ke negeri
Sabah. Faktor ini dikaji dari sudut negeri Sabah itu sendiri serta dikaji dari 3 aspek utama iaitu politik,
ekonomi dan sosial.
2.2.1 Faktor Politik
Faktor politik yang mempengaruhi kedatangan orang-orang Filipina ke Sabah ialah keadaan politik negeri
tersebut yang stabil dan tidak bergolak seperti di tempat asal mereka. Keadaan politik yang stabil ini
disebabkan oleh sistem pemerintahan Malaysia yang demokrasi serta mengamalkan dasar perkongsian
kuasa. Dasar perkongsian kuasa yang diamalkan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri
telah membuka banyak ruang dan peluang kepada kedua-dua jenis kerajaan untuk berbincang tentang
keperluan masing-masing serta menyelesaikan masalah yang timbul sejak dari peringkat awal lagi.
Perkara ini telah mewujudkan dan menjamin persefahaman yang baik dan akhirnya berjaya mewujudkan
satu keadaan yang aman dan damai tanpa tercetusnya penentangan yang menjejaskan kedudukan
sesebuah negeri. Hal ini juga berlaku di Sabah di mana kerajaan negeri yang mentadbir telah berjaya
mewujudkan satu pentadbiran yang baik dan menyelesaikan isu-isu rakyat yang akhirnya menghalang
rakyat daripada menentang kerajaan negeri. Keadaan ini telah dilihat oleh orang-orang Filipina dan
mereka merasakan bahawa Sabah adalah tempat yang paling baik dan selamat bagi mereka untuk
berhijrah bagi mencari tempat perlindungan daripada keadaan di tempat asal mereka.
Kedudukan Sabah yang terletak bersempadan dengan kawasan Selatan Filipina serta
mempunyai kawasan pantai yang panjang telah memudahkan kedatangan orang Suluk ke Sabah. Orang
Suluk yang bekerja secara sah di Sabah tidak mempunyai masalah untuk memasuki Sabah kerana
mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah seperti passport dan juga permit pekerja. Namun
begitu, bagi mereka yang datang tanpa izin atau datang secara tidak sah, mereka telah melanggar
undang-undang sempadan antarabangsa kerana menyeberangi sempadan negara lain secara tidak sah.
Masalah bertambah besar apabila jumlah pendatang asing tanpa izin begitu besar dan bertambah
bilangannya pada setiap tahun. Sebagai contoh, mengikut laporan dari portal berita The Malaysian Insider
yang disiarkan pada 15 Januari 2013, terdapat 28 peratus jumlah pendatang dari penduduk Sabah.
Laporan berita tersebut turut menyatakan bahawa Pengarah Jabatan Statistik Sabah, Norezan Wahid
mengatakan bahawa sejumlah 889,000 orang asing dari 3.2 juta penduduk Sabah bersamaan 28 peratus,
berdasarkan kepada bancian pada tahun 2010.523
Statistik ini membuktikan bahawa jumlah pendatang
523
The Malaysian Insider, 15 Januari 2013
217
asing di Sabah sudah terlalu ramai dan kebimbangan penduduk Sabah terhadap pertambahan bilangan
ini memang berasas.
Selain itu, pendatang asing tanpa izin dari Filipina juga datang ke Sabah sebagai pelarian
perang di bawah perlindungan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian
(UNHCR) dan Palang Merah Antarabangsa. Kedua-dua pertubuhan antarabangsa ini mengurus satu skim
petempatan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Unit Petempatan di Jabatan Ketua Menteri
sebenarnya telah ditubuhkan pada tahun 1976 untuk menjaga kebajikan pelarian di skim tersebut.524
Mengikut keterangan Abdul Jaapar Alip, iaitu salah seorang saksi dalam inkuiri Suruhanjaya
Siasatan Diraja, merangkap Pegawai Kebajikan di Unit Petempatan, terdapat 5 skim petempatan yang
ditubuhkan di Sabah. Skim petempatan tersebut terletak di Telipok dan Kinarut dalam daerah Kota
Kinabalu, Kampung Bahagia di Sandakan, Kampung Selamat di Semporna dan Kampung Hidayat di
Tawau.525
Skim petempatan ini dibina dia atas tanah milik kerajaan dan pelarian perang yang ditempatkan
di situ adalah dari Filipina. Mereka datang ke Sabah dalam tempoh 4 tahun bermula daripada tahun 1972
sehingga tahun 1976. Menurut saksi itu lagi, pelarian tersebut perlu mempunyai kelayakan untuk tinggal
di skim petempatan yang diwartakan itu selepas melalui proses temubual yang dijalankan oleh pegawai
daripada Unit Petempatan tersebut. Terdapat lima syarat yang perlu dipenuhi oleh pelarian tersebut
iaitu:526
(i) mereka mestilah datang dari wilayah 9 yang dikatakan bahagian di Selatan Filipina di mana perang
saudara berlaku;
(ii) mereka mestilah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perang saudara di Selatan
Filipina;
(iii) mereka mestilah memasuki Sabah dalam tempoh antara 1970 dan 1984;
(iv) mereka mestilah orang Islam;
(v) mereka mestilah menyatakan hasrat untuk tidak tinggal di Sabah secara tetap.
Mana-mana pelarian yang tinggal di sesuatu skim petempatan akan diberikan pas
petempatan oleh Unit Petempatan dan selepas itu pelarian akan diberikan satu akuan penerimaan
pendaftaran dan selepas itu, satu pas kerja yang melayakkan untuk diberikan pas IMM13. Selepas itu,
resit pengenalan sementara juga telah dikeluarkan untuk kegunaan pelarian yang dikenali sebagai “kad
burung-burung kerana tertera beberapa imej burung dalam kad tersebut.527
Namun begitu, dalam laporan
akhbar The Malaysian Insider yang disiarkan pada 17 Jun 2013, seorang saksi inkuiri Suruhanjaya
Siasatan Diraja yang bernama Macarius Sabinus yang bekerja mendaftarkan pendatang asing pada tahun
1986 sehingga 1988, terdapat sindiket yang menjual resit sementara atau “kad burung-burung” kepada
524
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014,
hlm 269.
525
Ibid, hlm. 279
526
Ibid, hlm. 270
527
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014,
hlm 270.
218
pendatang asing tanpa izin Filipina yang berada di Sabah.528
Beliau menyatakan bahawa dia menemui
kes tersebut di kawasan Sandakan semasa mendaftarkan pelarian di Dewan Masyarakat. Beliau juga
mejelaskan bahawa kad burung-burung tersebut diterima daripada orang di Bongao iaitu salah satu
daerah yang terletak di Pulau Tawi-Tawi dalam kawasan Filipina. Kad burung-burung ini sebenarnya
adalah bukti perakuan yang mereka telah didaftarkan dan bukannya perakuan warganegara seperti kad
pengenalan.
Usaha untuk mendaftarkan pelarian tersebut telah menunjukkan peningkatan jumlah dalam
satu tempoh tertentu. Dalam tempoh 1976 sehingga 1985, seramai 73000 pelarian telah didaftarkan dan
jumlah pelarian berdaftar dari tahun 1987 sehingga 1992 pula meningkat kepada 325,000 orang. Selepas
tempoh tersebut sehinggalah tahun 2007, usaha mendaftarkan pelarian tidak dilakukan namun, pada
tahun 2007, terdapat usaha penentusahaan yang dijalankan oleh Unit Petempatan untuk mendaftarkan
semula pelarian yang tinggal dan layak untuk didaftarkan di bawah garis panduan lama.529
Dalam kes pelarian perang ini, terutamanya yang melibatkan skim petempatan dan “kad
burung-burung” tersebut, terdapat persoalan-persoalan yang boleh menimbulkan keraguan tentang
keberkesanan dan integriti pelaksanaannya. Hal ini demikian kerana tidak dapat dipastikan sama ada
orang-orang Filipina yang mendaftar itu benar-benar memenuhi 5 syarat kemasukan ataupun tidak.
Setelah berdaftar dan tinggal di skim petempatan tersebut, timbul juga persoalan sama ada mereka benar-
benar tidak berniat untuk tinggal di Sabah ataupun tidak kerana syarat kelima menjelaskan bahawa
mereka yang ingin mendaftar tidak berniat untuk terus tinggal di Sabah.
Selain itu, isu penjualan kad burung-burung itu juga menyebabkan ada pelarian yang
mempunyai kad yang berkemungkinan palsu dan tidak sah. Terdapat juga kemungkinan tertentu yang
membolehkan pendatang asing tanpa izin ini mendapat kad pengenalan Malaysia secara haram akibat
daripada pemalsuan kad burung-burung tersebut serta kegiatan sindiket-sindiket yang menjual kad
pengenalan palsu untuk keuntungan semata mata.
2.2.2 Faktor Ekonomi
Selain daripada faktor politik yang dilihat sebagai faktor utama kemasukan pendatang asing
tanpa izin ke Sabah, faktor ekonomi juga perlu diberikan perhatian kerana memberikan kesan yang cukup
mendalam terhadap ekonomi di Sabah. Sektor perladangan dan pembinaan merupakan sektor yang pesat
membangun dalam negeri tetapi orang tempatan dilihat tidak berminat untuk bekerja dalam sektor
sedemikian, dan adalah tidak keterlaluan untuk mengandaikan bahawa majikan dalam sektor ini tidak
mempunyai pilihan tetapi untuk mengambil pekerja asing untuk memenuhi permintaan pekerjaan dalam
sektor tersebut. Oleh kerana kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah sudah berlaku, maka majikan
mengambil pendatang asing tanpa izin yang tidak mempunyai dokumen untuk bekerja dalam sektor
tersebut. Isunya mudah, pendatang boleh dibayar dengan gaji yang murah, tiada cuti rehat, tidak
memerlukan kemudahan rawatan dan pelbagai kemudahan terpaksa diadakan jika mereka adalah pekerja
528
The Malysian Insider, 17 June 2013.
529
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014,
hlm 271.
219
tempatan.530
Sementara itu, keterangan saksi dalam inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja pula
membuktikan terdapat kes yang majikan tempatan mengambil tenaga kerja pendatang asing tanpa izin
kerana mereka tidak perlu membayar levi, cukai dan sebagainya kepada pihak berkuasa.531
Pekerjaan di sektor perladangan tidak berjaya menarik minat buruh tempatan kerana
mereka berpendapat bahawa pekerjaan di estet sebagai kurang menarik berbanding dengan industri lain.
Kenyataan ini dibuktikan melalui keterangan beberap majikan yang hadir semasa proses inkuiri bahawa
kebanyakan orang tempatan didapati mengelak daripada membanting tulang di bawah matahari.532
Perkara ini menjelaskan bahawa pekerja tempatan lebih mengutamakan keadaan yang selesa dalam
persekitaran pekerjaan mereka. Selain itu, pekerja tempatan juga tidak begitu berminat dalam sektor
perladangan dan pembinaan kerana anggapan mereka terhadap aspek gaji yang rendah, risiko
kemalangan yang tinggi serta faktor berkaitan kesihatan seperti keletihan yang melampau dan
sebagainya. Oleh sebab itulah orang tempatan tidak begitu berminat bekerja dalam sektor-sektor tersebut
yang dianggap sebagai berat kepada mereka.
Berbalik kepada isu pendatang asing, tidak dinafikan bahawa kedatangan mereka telah
memenuhi keperluan dalam sektor-sektor tersebut dan membantu dalam perkembangan ekonomi negeri
Sabah secara khususnya. Malah terdapat kenyataan yang menyebut dan diakui oleh ramai pihak bahawa
ekonomi Sabah akan runtuh jika semua pekerja dari Filipina dan Indonesia ini momboikot sektor ini dalam
masa sehari.533
Sementara itu, kenyataan Presiden Persatuan Peniaga China, Datuk Sari Nuar bahawa
kebergantungan Sabah ke atas pekerja asing sangat tinggi dan mengakui bahawa “State’s economy risk
being paralyze if they are no more here”.534
Kenyataan ini membuktikan bahawa Sabah sangat
memerlukan tenaga kerja dari luar untuk menggerakkan ekonomi. Namun begitu, wujud pula satu masalah
lain iaitu masalah dengan dasar ekonomi negeri yang mahu menarik ramai pelabur luar masuk ke negeri
tersebut. Namun begitu, pada masa yang sama, kerajaan negeri pula mewar-warkan untuk menghantar
semula pendatang asing atau buruh asing yang kebanyakkannya tidak mempunyai dokumen yang sah ke
negara asal mereka. Misalnya, dalam laporan berita Kosmo yang dilaporkan pada 11 Februari 2015,
disebut bahawa seramai 18, 049 pendatang asing tanpa izin akan diusir dari Sabah dan seramai 14, 085
daripada jumlah tersebut adalah pendatang Filipina.535
Keadaan ini sebenarnya telah mewujudkan satu dilema kepada kerajaan negeri kerana
terpaksa untuk menentukan dasar mana yang lebih penting sama ada pengusiran atau penghantaran
balik pendatang asing atau dasar ekonomi yang mahu menarik lebih ramai pelabur luar. Jika dilihat dari
sudut dasar penghantaran balik pendatang asing, perkara ini mendatangkan kesan positif kepada
pelbagai aspek sosial seperti isu keselamatan, petematan, jenayah dan sebagainya. Lagipun jika
diperhatikan, penduduk Sabah mahu negeri tersebut bebas daripada kebanjiran pendatang asing tanpa
530
Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dolah, Pendatang dan Isu Keselamatan di Sabah, (t.n.p): Universiti
Malaysia Sabah, 2013, hlm.98.
531
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014,
hlm 295.
532
Ibid hlm. 295.
533
Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dolah, Pendatang dan Isu Keselamatan di Sabah, (t.n.p): Universiti
Malaysia Sabah, 2013, hlm.100.
534
Ibid. hlm. 100.
535
Kosmo, 11 Februari 2015.
220
izin yang mendatangkan masalah kepada mereka. Namun begitu, dari segi ekonomi negeri pula akan
memberikan kesan yang negatif seolah-olah memberi gambaran terhadap pelabur luar bahawa negeri ini
mengalami krisis tenaga kerja yang mungkin mempengaruhi minat mereka untuk melabur di sana.
Pendatang asing tanpa izin pula telah mengambil peluang yang ada untuk bekerja di mana-
mana sektor yang mereka diupah untuk bekerja. Hal ini demikian kerana mereka merasakan bahawa tiada
pilihan lain untuk meneruskan kehidupan di negeri Sabah selain daripada mendapatkan pekerjaan.
Mereka seolah-olah tiada pilihan lain dan mereka sebenarnya sangat beruntung kerana ramai majikan
yang ingin mengambil mereka bekerja di sektor-sektor yang disebutkan tadi. Walaupun pekerjaan dalam
sektor tersebut berat dan tidak selesa, tetapi mereka masih boleh bekerja dengan tenang berbanding di
tempat asal mereka. Oleh itu, mereka boleh menjana pendapatan, dari awal mereka bekerja sehingga
mereka balik ke tempat asal mereka. Dalam hal ini, kedua-dua negara pengahantar dan penerima
menjana wang yang bukan sedikit tetapi menguntungkan.536
Oleh itu, kerajaan negeri perlu membuat
keputusan yang bijak dalam meninjau peranan, pembabitan dan kedudukan pendatang asing tanpa izin
dari Filipina terutamanya dalam sektor ekonomi di Sabah. Perkara ini penting kerana kerajaan negeri perlu
mengekalkan sejumlah besar pekerja asing ini untuk memenuhi keperluan pelbagai sektor pekerjaan
untuk menjana pertumbuhan ekonomi negeri. Namun begitu, kerajaan perlu memastikan bahawa para
pekerja yang diambil ini diberikan permit kerja yang sah dan bagi mereka yang tidak diperlukan,
pendatang tersebut haruslah ditahan dan dipulangkan ke negara asal mereka bagi mengurangkan jumlah
penduduk warga asing yang menyebabkan kebimbangan terhadap orang tempatan.
2.2.3 Faktor Sosial
Faktor penarik bagi sosial pula berkait rapat dengan faktor penolak yang telah dijelaskan di atas. Namun
begitu, dari sudut pemerhatian saya sendiri, mereka datang ke Sabah dengan mudah kerana penduduk
Sabah juga dengan mudah menerima mereka walaupun timbul prasangka yang negatif dalam kalangan
penduduk tempatan terhadap kehadiran mereka. Namun begitu, tiada penentangan agresif yang
ditunjukkan oleh penduduk tempatan malah terdapat juga perkahwinan campur yang berlaku antara
masyarakat tempatan dengan pendatang asing ini.537
Seperti yang telah dijelaskan, wujud juga interaksi
dalam bentuk yang lain seperti hubungan budaya serta sikap perpaduan dan pertalian kekeluargaan yang
ditunjukkan oleh pendatang yang terdahulu. Interaksi ini akan menarik minat pendatang baru untuk datang
ke Sabah kerana mereka merasakan bahawa mereka mempunyai ahli keluarga yang akan membantu
mereka apabila sampai di negeri itu nanti. Apabila mereka tiba, maka mereka tidak mempunyai masalah
untuk mendapatkan bantuan serta mengadaptasi budaya di tempat baru.
Selain itu, faktor bahasa dan agama juga mempengaruhi kedatangan mereka ke Sabah. Hal
ini demikian kerana, persamaan bahasa pengantar yang digunakan iaitu Bahasa Melayu memudahkan
komunikasi antara pendatang asing dengan penduduk tempatan. Oleh itu, mereka tidak mempunyai
halangan untuk berkomunikasi serta membiasakan diri mereka dengan persekitaran setempat.
536
Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dolah, Pendatang dan Isu Keselamatan di Sabah, (t.n.p): Universiti
Malaysia Sabah, 2013, hlm.98.
537
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014,
hlm 414.
221
Sementara itu, kebanyakan penduduk tempatan yang terdiri dari etnik Bajau, Brunei dan sesetengah dari
etnik bumiputera lain yang beragama Islam juga banyak membantu mereka untuk menyesuaikan diri di
Sabah. Perkara ini berlaku kerana persamaan anutan agama, amalan-amalan yang dilakukan semasa
beribadat dan sebagainya apabila mereka diterima baik oleh penduduk tempatan yang beragama Islam.
4.0 KESAN SOSIAL KEDATANGAN PENDATANG ASING TANPA IZIN DI SABAH
Kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah bukan lagi masalah baru tetapi sudah bertahun lama
berlaku tanpa jalan ada jalan penyelesaian yang efektif. Kedatangan dan kebanjiran pendatang asing dari
Filipina khususnya telah menimbulkan pelbagai kesan terhadap sosial masyarakat Sabah, terutamanya
kepada penduduk asal dan bumiputera. Sejak sekian lama masalah ini berlarutan sehingga menimbulkan
lebih banyak kesan negatif daripada kesan positif. Bab ini akan menjelaskan tentang kesan-kesan sosial
utama yang dihadapi oleh kerajaan mahupun penduduk Sabah sendiri.
4.1 Kadar Peningkatan Jumlah Penduduk
Statistik yang dilaporkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap Pendatang Asing di Sabah
mendapati bahawa satu daripada tiap-tiap empat orang di Sabah merupakan orang asing.538
Sementara
itu, statistik yang dilaporkan oleh berita News Sabah Times pula melaporkan bahawa seramai 889, 779
orang asing yang berada di Sabah menjadikan Sabah sebagai negeri yang paling ramai orang asing di
Malaysia.539
Jumlah penduduk di negeri Sabah memang mengalami peningkatan, terutamanya di bandar-
bandar besar seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Keningau. Hal ini demikian kerana, bandar-
bandar ini pesat membangun dan menjadi tumpuan penghijrahan dalaman ataupun luaran. Semua orang
berhijrah ke bandar disebabkan oleh taraf ekonomi yang lebih baik, kemudahan yang cukup, tuntutan
pekerjaan dan sebagainya. Jumlah penduduk Sabah pada tahun 2000 adalah 2,468,246 orang dan
laporan akhbar dalam The Malaysian Insider yang disiarkan pada 15 Januari 2013 adalah seramai 3.2
juta orang di mana disebutkan dalam laporan tersebut 28 peratus daripadanya adalah pendatang asing
tanpa izin.540
Dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja pula mendapati bahawa jumlah peratusan
peningkatan bilangan penduduk di Sabah dari tahun 1970 hingga 2000 ialah 301% jika dibandingkan
dengan Sarawak yang cuma meningkat sebanyak 106% sahaja.541
Namun begitu, menurut laporan tersebut juga tiada keterangan yang jelas tentang ketepatan
atau sebaliknya tentang angka yang diberikan memandangkan angka tersebut tidak diperoleh daripada
Jabatan Statistik atau disahkan oleh jabatan tersebut. Dalam perkara ini, dapat dirumuskan bahawa tiada
statisitik yang benar-benar boleh dikatakan sah kerana setiap laporan sama ada akhbar, Jabatan Statistik
mahupun dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja tersebut tidak menyatakan dengan jelas statistik
538
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014,
hlm 282.
539
News Sabah Times, 20 Januari 2014.
540
The Malaysia Insider, 15 Januari 2013.
541
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014,
hlm 282.
222
sebenarnya. Perkara ini mungkin berlaku akibat daripada perubahan bilangan kadar kelahiran dan
kelahiran dalam tahun-tahun tertentu serta pertambahan kedatangan pendatang asing yang tidak
diketahui secara sah bilangannya pada setiap tahun. Oleh itu, adalah sangat sukar untuk menunjukkan
statistik yang tetap dan realisitik kerana aliran perubahan penduduk sama ada penduduk tempatan
ataupun pendatang asing yang sentiasa berubah. Hal ini demikian kerana, jumlah pendatang asing yang
masuk pada sesuatu tahun tidak dapat diketahui kerana mereka datang secara haram dan tiada siapa
yang tahu jumlah sebenar yang datang. Statisti semasa yang dapat dibuat oleh pihak berkuasa hanyalah
bergantung kepada jumlah tangkapan yang dilakukan. Namun begitu, perubahan besar yang berlaku
adalah disebabkan oleh jumlah kedatangan pendatang asing yang meningkat sehingga 28 % seperti
mana yang disebutkan dalam laporan akhbar tersebut.
4.2 Isu Keselamatan dan Jenayah
Jika dilihat dalam aspek keselamatan, aspek ini melibatkan skop yang luas dan melibatkan keselamatan
di sempadan negeri Sabah. Prof. Dr Azizah Kassim dari Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa
(IKMAS) UKM berkata penyelidikannya menunjukkan bahawa rasuah berlaku secara terbuka di kawasan
sempadan khususnya di utara Semenanjung dan di Sabah.542
Beliau juga menjelaskan bahawa walaupun
kesalahan tersebut tidak membabitkan keganasan, terdapat penyalahgunaan kuasa yang berlaku secara
terbuka apabila pengawal-pengawal keselamatan tidak hadir untuk menyemak dan menyekat kemasukan
warga asing tersebut. Kenyataan beliau ini memang berasas kerana di sempadan negara ini telah
ditentukan pos-pos kawalan untuk meninjau pergerakan keluar masuk sempadan. Namun begitu, rasa
curiga muncul apabila berlaku kemasukan pendatang asing tanpa izin dalam bilangan yang tinggi
terutamanya di Sabah dan jumlahnya meningkat setiap tahun. Timbul persoalan sama ada bilangan
anggota keselamatan untuk menjaga yang ditugaskan tidak mencukupi atau memang muncul amalan
rasuah dalam perkhidmatan mereka seperti yang dikatakan oleh Prof. Dr. Azizah Kassim tersebut. Kajian
dan penyelidikan lain perlu dan patut dibuat untuk menjawab persoalan ini.
Pendedahan Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato Pahlawan Hamza bin Taib semasa inkuiri
Suruhanjaya Siasatan Diraja menjelaskan bahawa pendatang tanpa izin di Sabah bertanggungjawab bagi
25% hingga 30% daripada kegiatan jenayah di dalam negeri dan selebihnya dilakukan oleh rakyat
tempatan.543
Walaupun peratusan tersebut boleh dikatakan rendah daripada jenayah yang dilakukan oleh
penduduk tempatan namun angka tersebut sebenarnya sangat membimbangkan. Hal ini demikian kerana,
jika tiada kemasukan pendatang tanpa izin yang terus meningkat maka jumlah ini boleh dikurangkan lagi.
Sementara itu, keterangan oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat yang mengatakan
bahawa dalam beberapa siri operasi penghantaran pulang atau usaha yang dijalankan ke atas
petempatan setinggan, pihak berkuasa telah menjumpai senjata atau senjata api.544
Pendatang yang
memiliki senjata secara haram ini sangat membimbangkan kerana mereka boleh melakukan jenayah pada
bila-bila masa dan mungkin menyebabkan kejadian jenayah seperti bunuh dan sebagainya.
542
UKMnews, 17 November 2014.
543
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014,
hlm 282.
544
Ibid.hlm. 282.
223
Selain itu, terdapat juga laporan polis yang yang menyatakan peratusan kes jenayah yang
melibatkan pendatang asing Filipina dan Indonesia. Pada tahun 2002, terdapat 220 kes (34.9%) jenayah
kekerasan melibatkan pendatang Filipina, pendatang Indonesia 72 kes (11.4%) dan penduduk tempatan
sebanyak 338 kes (56.65%). Pada tahun 2003, pendatang Filipina terlibat dengan 174 kes (29%),
pendatang Indonesia 77 kes (12.83%) dan penduduk tempatan 349 kes (58.1%). Pada tahun 2004 pula,
pendatang Filipina terlibat dengan dengan 290 kes (32.77%), pendatang Indonesia 124 (14.01%) dan
penduduk tempatan 471 kes (53.22%).545
Jika dianalisis dengan terperinci, jumlah kes dan pertusan kes
penduduk tempatan lebih tinggi tetapi, jika jumlah kes dan peratusan kes bagi pendatang Filipina dan
Indonesia ditambah maka jumlahnya juga akan membimbangkan. Statistik ini baru melibatkan jenayah
kekerasan dan belum lagi termasuk jenayah yang melibatkan harta benda dan penagihan dadah.
Penduduk tempatan yang yang hidup dalam satu penempatan seperti koloni kampung air dengan
kumpulan pendatang sudah pastinya akan menghadapi masalah besar apabila berhadapan dengan
situasi tersebut. Hal ini demikian kerana penempatan pendatang ini biasanya dibina di atas air dan ada
segelintir penduduk tempatan yang hidup dalam lingkungan penempatan tersebut. Malahan pendatang
asing juga mampu menimbulkan rasa tidak selamat kepada penduduk lain yang tinggal di kawasan sekitar
atau berhampiran dengan koloni tersebut kerana terdedah kepada pelbagai jenis jenayah yang dilakukan
oleh pendatang asing seperti bunuh, kecurian, penjualan dan pemilikan senjata api secara haram dan
sebagainya berdasarkan kepada statistik yang telah dihuraikan di atas. Kesannya, masyarakat tempatan
yang hidup dalam koloni tersebut bukan sahaja berhadapan dengan kebimbangan dan ketakutan
terhadap keselamatan mereka malah boleh dituduh bersubahat dengan pendatang asing sekiranya pihak
berkuasa membuat operasi dalam koloni kampung air tersebut.
4.3 Perbelanjaan Kesihatan dan Penyakit
Menurut Dr. Maria Sulaiman, yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Kesihatan (Kawalan Penyakit
Berjangkit), Jabatan Kesihatan Sabah, jumlah kelahiran daripada pendatang sedang mengalami
peningkatan. Beliau memberikan contoh bahawa bagi tempoh 2007 hingga 2012, kerajaan terpaksa
menanggung kos rawatan bagi pendatang yang berjumlah RM 21, 672, 031.51 dan amaun ini masih tidak
berbayar.546
Menurut beliau lagi, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah berusaha untuk mendapatkan
kembali amaun ini tetapi gagal untuk mengesan pesakit tersebut. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku
sekiranya ada kawalan yang berkesan terhadap pendatang asing tanpa izin ini. Kemudahan yang
disediakan di hospital-hospital kerajaan sepatutnya untuk kegunaan warganegara Malaysia sahaja tetapi
apabila pendatang asing juga menggunakan kemudahan tersebut, maka ini adalah satu kerugian besar
kepada warganegara yang sah. Keadaan seperti ini tidak adil bagi warganegara yang sah, khususnya
kepada penduduk sah Sabah kerana amaun yang telah digunakan untuk pendatang asing ini sangat tinggi
dan tidak mampu untuk didapatkan kembali. Sepatutnya jumlah tersebut boleh digunakan oleh
545
Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dolah, Pendatang dan Isu Keselamatan di Sabah, (t.n.p): Universiti
Malaysia Sabah, 2013, hlm.30.
546
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014,
hlm 362.
224
warganegara yang membayar cukai dan perkhidmatan untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital
kerajaan ini.
Selain itu, kedatangan pendatang asing ini juga menyebabkan penyebaran penyakit
berjangkit seperti batuk kering, malaria, taun, siflis AIDS dan sebagainya.547
Dr Maria yang juga
merupakan salah seorang saksi semasa inkuiri menyatakan bahawa kes penyakit berjangkit yang
melibatkan pendatang sedang meningkat dan mengakibatkan perbelanjaan yang oleh Jabatan Kesihatan
dan juga penyediaan dana yang lebih untuk menampung peningkatan dalam logistik termasuk pegawai
dan kakitangan perubatan.
Penyakit berjangkit ini biasanya datang dari kawasan penempatan pendatang yang kotor
terutamanya di koloni kampung air seperti di Lok Urai (Pulau Gaya), Kampung Selamat (Semporna),
Kampung Icebox, Batu 4 dan Sungai Buaya (Tawau).548
Kawasan ini sangat kotor kerana tidak
menyediakan sistem pembuangan sampah dan najis yang baik. Kedudukan koloni seperti ini
menyebabkan pendatang membuang sampah sarap dan najis dengan bebas ke laut dan menyebabkan
kemusnahan hidupan laut di samping mencemarkan air.
4.4 Ruang dan Kos Penjara
Kedatangan dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin juga telah memberikan implikasi yang besar
terhadap ruang dan kos penjara. Hal ini demikian kerana apabila sesuatu operasi menangkap pendatang
dilaksanakan, mereka yang ditangkap akan dihantar ke pusat tahanan sementara untuk menunggu
tindakan selanjutnya. Menurut keterangan Timbalan Superintenden Penjara, Jabatan Penjara Sabah,
Kalbin bin Hj. Mohd. Said, Jabatan Penjara terpaksa menanggung perbelanjaan yang berikut bagi tempoh
dari tahun 2006 hingga 2012: RM281,455,515.00 (Penjara Lelaki Kota Kinabalu); RM45,867,360.00
(Penjara Wanita Kota Kinabalu); RM112,873,693.00 (Penjara Sandakan) dan RM163,884,270.00
(Penjara Tawau).549
Oleh itu, jumlah amaun perbelanjaan yang ditanggung bagi bukan warganegara ialah
RM604,080,480.00 dalam tempoh kira-kira 6 tahun tersebut. Jumlah perbelanjaan ini sangat besar dan
perbelanjaan ini sebenarnya satu pembaziran duit kerajaan kerana sekiranya pendatang asing tanpa izin
di tidak memasuki atau sekurang-kurangnya bilangan kemasukannya dapat dikurangkan maka jumlah
perbelanjaan tidak akan mencecah jumlah tersebut. Hal ini bermaksud, kerajaan terpaksa menanggung
semua perbelanjaan pendatang asing selama mana mereka ditahan di sesuatu penjara atau pusat
tahanan sementara. Keadaan penjara di Sabah juga dikatakan agak sesak dan mereka menghadapi
kesukaran untuk menjalankan program pemulihan bagi bukan warganegara. Masalah ini boleh diatasi
sekiranya undang-undang undang-undang sedia ada iaitu Akta Imigrisen 1959/63 dapat dikuatkuasakan
dan dilaksanakan dengan berkesan oleh pihak berkuasa.
547
Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dolah, Pendatang dan Isu Keselamatan di Sabah, (t.n.p): Universiti
Malaysia Sabah, 2013, hlm.34.
548
Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dolah, Pendatang dan Isu Keselamatan di Sabah, (t.n.p): Universiti
Malaysia Sabah, 2013, hlm.34.
549
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014,
hlm 365.
225
4.5 Perbezaan Budaya dan Pendidikan
Kedatangan pendatang asing tanpa izin ini juga telah menyebabkan berlakunya pertembungan budaya
yang negatif, terutamanya berkaitan dengan amalan dan sikap pendatang asing yang tinggal di kawasan
setinggan. Misalnya, Pegawai Daerah Papar, Iman bin Ali memberikan keterangan bahawa di beberapa
petempatan setinggan yang dihuni pendatang asing di daerah Papar, pendatang asing mengganggu
sentimen penduduk tempatan seperti amalan “flying toilet” , tabiat membuang air besar dalam bekas
polystyrene dan juga penjualan rokok seludup.550
Amalan “flying toilet” ini adalah amalan pendatang asing
di kawasan setinggan yang membuang air besar ke dalam bekas beg palstik atau polisterin lalu
membuangnya di merata rata tempat dan kadang-kadang jalan yang menjadi laluan penduduk tempatan.
Hal ini disebabkan oleh sikap malas mereka dan juga ketiadaan kemudahan tandas yang baik di dalam
kawasan setinggan mereka.
Selain itu, budaya merupakan satu perkara yang sukar untuk ditinggalkan biarpun berhijrah
ke tempat baru apatah lagi bila bilangan mereka ramai atau ada perhubungan antara individu atau
kumpulan individu yang sama etnik dan budaya. Perkara ini berlaku dalam dalam konteks kedatangan
pendatang Filipina ke Sabah dan walaupun tidak dinafikan wujudnya perkahwinan campur yang dari segi
perspektifnya ada kebaikannya namun ada budaya asal pendatang yang diamalkan di negara asal tidak
dapat diterima oleh masyarakat setempat. Antara budaya tersebut ialah budaya membalas dendam,
vandalisme, perkauman yang kuat, ego dan berani dan sebagainya.551
Budaya dan sikap tegar dalam
masyarakat ini boleh membawa kepada kejadian pembunuhan dan dianggap sangat merbahaya lebih-
lebih lagi kepada masyarakat setempat. Budaya membalas dendam merupakan amalan biasa dalam
kalangan masyarakat Filipina.552
Tidak dijelaskan sama ada amalan membalas dendam ini adalah budaya
turun temurun masyarakat mereka tetapi dikaitkan dengan martabat dan maruah masyarakat mereka.
Konsep martabat martabat ini didukung oleh pendatang Filipina yang dikaitkan dengan maruah keluarga
iaitu satu perkara yang mengaibkan jika saudara mara tidak membalas dendam.553
Kenyataan ini jelas
menunjukkan bahawa ikatan persaudaraan mereka sangatlah erat sehingga menggalakkan kepada
amalan membalas dendam jika ada ahli keluarga mereka yang diapa-apakan oleh orang lain. Jika amalan
tersebut diaplikasikan di Sabah, maka amalan tersebut sudah tentu menimbulkan perasaan takut dan
tidak selamat kepada masyarakat setempat.
Terdapat juga masalah lain timbul apabila anak-anak pendatang asing tanpa izin yang tidak
mempunyai akses kepada pendidikan asas kadang-kadang dilihat merayau-rayau di jalan raya dan
menyebabkan gangguan kepada orang awam. Terdapat juga segelintir anak-anak pendatang yang
550
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014,
hlm 370.
551
Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dolah, Pendatang dan Isu Keselamatan di Sabah, (t.n.p): Universiti
Malaysia Sabah, 2013, hlm.33.
552
Ibid. hlm. 34.
553
Rizal Zamani Idris et.al.Isu Keselamatan Persempadanan Negeri Sabah dan Tuntutan Terhadap Kepulauan
Spratly, (t.n.p): Universiti Malysia Sabah, 2010, hlm. 14.
226
menjadi pengemis dan peminta sedekah dan tidak kurang yang diarahkan oleh pihak-pihak tertentu untuk
menjual rokok haram yang diseludup dari negara asal dan dijual dengan harga yang murah.554
Seorang lelaki bernama Yahya bin Yacob yang juga salah seorang saksi memutuskan untuk
menjadi lebih proaktif dalam membantu kononnya “kanak-kanak jalanan” ini dengan menubuhkan sekolah
yang dipanggilnya “Madrasah”.555
Beliau mengadakan kelas untuk kanak-kanak yang kurang bernasib
baik ini di madarasah yang ditubuhkannya dan mengikut keterangannya, madrasah itu sedang
berkembang dengan baik. Namun begitu, madrasah tersebut masih kekurangan dana dalam
membangunkan dan memajukan lagi sekolah tersebut. Oleh kerana penubuhannya adalah usaha
persendirian maka beliau tidak dapat untuk mendapatkan peruntukan daripada mana-mana pihak yang
berwajib. Panel Suruhanjaya Siasatan Diraja pun berpendapat bahawa usaha yang dilaksanakan itu
adalah murni dan boleh diluaskan lagi ke petempatan setinggan. Mereka juga mengharapkan agar pihak
berwajib boleh memberikan bantuan dari segi logistik dan dana. Hal ini penting kerana pendidikan
merupakan asas dalam hidup tiap-tiap masyarakat dan semua orang berhak mendapat pendidikan yang
sepatutnya. Namun begitu, saranan seperti ini perlu diperhalusi lagi untuk menilai keberkesanan dan
sebab dan akibat yang mungkin.
5.0 PENUTUP
Migrasi awal orang-orang Filipina ke Sabah berlaku sejak sebelum Sabah menyertai Malaysia lagi. Migrasi
pada masa ini bebas kerana bahagian pantai timur Sabah pada masa itu masih berada di bawah
kekuasaan Sultan Sulu yang masih berdaulat. Selepas kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan
seterusya British, banyak dasar tentang persempadanan yang telah dibuat oleh British termasuklah
mementukan sempadan yang sah bagi kawasan jajahannya pada ketika itu. Sejak dari situ, maka corak
migrasi orang-orang Filipina juga sudah berubah sehinggalah Sabah menyertai gagasan Malaysia pada
16 September 1963. Penyertaan Sabah dalam pembentukan Persekutuan tersebut menjadikan Sabah
sebagai salah sebuah negeri di dalam negara Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara yang
berdaulat dan mempunyai sempadan sendiri yang tertakluk kepada undang-undang antarabangsa dan
dan undang-undang Malaysia sendiri. namun begitu, masih berlaku migrasi dalam kalangan orang-orang
di Selatan Filipina yang terdiri daripada kaum Suluk dan Bajau. Migrasi ini bertukar menjadi kemasukan
secara haram apabila bilangan penduduk di bahagian selatan Filipina memasuki Sabah akibat daripada
pergolakan politik dan perang saudara, terutamanya di Mindanao. Terdapat pendatang asing yang
memasuki Sabah secara sah, iaitu mempunyai dokumen yang telah disahkan. Terdapat juga pedatang
asing yang memang memasuki negeri Sabah secara tidak sah dan pendatang asing Filipina yang lain
pula datang sebagai pelarian perang yang ingin mendapatkan perlindungan di sini.
554
Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dolah, Pendatang dan Isu Keselamatan di Sabah, (t.n.p): Universiti
Malaysia Sabah, 2013, hlm.105.
555
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014,
hlm 370.
227
Kemasukan pendatang asing tanpa izin ini menimbulkan masalah dari sudut politik, ekonomi
dan sosial. Namun begitu, setelah dikaji dengan teliti, kesan negatif lebih bayak berlaku daripda kesan
positif, terutamanya kesan terhadap sosial masyarakat Sabah khususnya. Namun begitu, terdapat juga
impak positif dalam perkembangan ekonomi negeri melalui peranan pekerja-pekerja asing yang bekerja
dalam sektor pembinaan, perladangan, perikanan dan sebagainya. Pada masa yang sama, pendatang
asing tanpa izin juga mengakibatkan kerugian berjuta ringgit terutamanya dalam perubatan dan
kesihatan, ruang penjara dan kos pengusiran dan penghantaran balik pendatang tanpa izin ini ke negara
asal mereka. Akhir sekali, terdapat usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan
negeri untuk mengatasi masalah ini dengan kerjasama pasukan PDRM dan ATM. Namun begitu, apa
yang diharapkan oleh rakyat Sabah ialah penyelesaian yang lebih tegas dan berkesan kerana mereka
sudah bosan dengan masalah yang berlarutan itu.
228
BIBLIOGRAFI
Sumber Pertama
Surat Khabar
Bernama, 02 November 2009.
Utusan Malaysia, 26 Februari 2013.
Allan Afdal Nawal, Filipina Daily Inquirier, 26 Februari 2013.
MStar Online, 05 Mac 2013.
The Malaysian Insider, 15 Januari 2013.
The Malysian Insider, 17 June 2013.
Kosmo, 11 Februari 2015.
News Sabah Times, 20 Januari 2014.
Astro Awani, 04 Disember 2014.
Malaysiakini, 1 Jun 2012.
Portal Kementerian Dalam Negeri
Portal ESSCOM
Astro Awani, 11 November 2014.
UKM News,17 November 2014.
Sumber Kedua
Buku
Mohd. Sapi Mokti@Mohd. Safri Mokti, Migrasi Ke Borneo Utara Semasa Pemerintahan Syarikat Borneo
Utara 1881-1946. (1986). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
229
Nik Anuar Nik Mahmud, Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara. (2009) Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah. ( 2014).
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Rizal Zamani Idris et.al.Isu Keselamatan Persempadanan Negeri Sabah dan Tuntutan Terhadap
Kepulauan Spratly. (2010). Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dolah, Pendatang dan Isu Keselamatan di Sabah, (2013). Kota
Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Jurnal
Azizah Kassim, Filipino Refuges in Sabah:States Responses, Public Strereotypes And the Dilemma Over
Their Future. 2009. Southeast Asian Studies, Vol. 47 No.1. June 2009.
Ramli Dollah et.al 2003. Pendatang Filipina di Sabah: Satu Pemerhatian Dari Sudut Keselamatan. Jati,
Bilangan 8, Disember 2003.
Arnie binti Abd. Hamid. 2009. Impak Pengusiran Pendatang Asing Terhadap Tenaga Kerja di Bandar
Kota Kinabalu. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
230
PERKEMBANGAN PENGHIJRAHAN ORANG JAWA DI KAMPUNG
TEBUK MUFRAT
AHMAD KHOBIR BIN MUSLIM BUHARI
1.0 LATAR BELAKANG KAMPUNG TEBUK MUFRAD.
Kampung Tebuk Mufrad adalah sebuah kampung yang direkodkan telah dibuka seawal tahun 1914 oleh
peneroka – peneroka berketurunan Jawa, Kampar, dan Banjar Masin yang berhijrah ke Tanah Melayu
dari Indonesia. Menurut kajian lalu yang ditulis oleh Khazin Mohd Tamrin, kedatangan orang Indonesia ke
Tanah Melayu bukanlah sesuatu perkara yang baru556
. Sebaliknya kedatangan mereka ke Tanah Melayu
adalah suatu proses yang telah lama berlaku sejak sebelum abad ke 19 lagi. Proses penghijrahan yang
berterusan menyebabkan wujud persamaan di kalangan masyarakat Melayu di alam nusantara seperti
politik, sosial, ekonomi, keturunan, agama, kepercayaan, dan cara hidup.
Perbezaan yang wujud pula merupakan variasi tempatan yang berlaku perubahan seperti
dari segi adat, loghat, dan kebudayaan. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu juga disebabkan oleh
beberapa faktor penolak dan penarik yang akan dijelaskan. Peneroka – peneroka awal di Kampung Tebuk
Mufrat kesemuanya berasal dari negara Indonesia yang merupakan salah satu negara jiran terdekat
Tanah Melayu. Seperti yang telah dinyatakan kedatangan orang Indonesia ke Tanah melayu merupakan
suatu proses yang berterusan sejak sebelum abad ke 19 lagi. Hal ini menyebabkan pengaruh dan adat
kebudayaan kaum jawa dari negara tersebut turut diamalkan disini sebelum berlaku perubahan –
perubahan akibat asimilasi dan penyesuaian diri dengan tempat yang baru.
Pada awal pembukaannya, kampung ini dikenali sebagai Kampung Matang. Tidak lama
selepas itu, nama kampung ini berubah menjadi Kampung Tebuk Mufrat. Nama ini diambil sempena nama
imam pertama di kampung tersebut iaitu Kiyai Mufrat dan perkataan tebuk yang membawa maksud lorong
– lorong atau jalan557
. Lokasi kampung ini terletak di Mukim Sungai Air Tawar dalam Daerah Sabak
Bernam. Kampung ini juga bersebelahan dengan kampung lain seperti Perenggan, Tebuk Marjan, Tebuk
Jawa, Tebuk Berihun, dan Estet Kampung Baru. Perkampungan ini telah dibuka sebagai sebuah kawasan
penempatan baru yang mempunyai sistem ekonomi berasaskan pertanian.
Pada awal abad ke 20, pertanian merupakan salah satu sumber ekonomi utama selain
perlombongan dan perdagangan di Tanah Melayu. British telah mengkomersialkan beberapa jenis
tanaman makanan seperti getah, kelapa, dan kopi. Tanah pamah di kawasan kampung Tebuk Mufrat
yang sesuai untuk pertanian menyebabkan berlakunya pembukaan tanah seterusnya membentuk
penempatan baru bagi peneroka – peneroka baru. Sistem pengairan kampung ini pula amat bergantung
kepada Sungai Air Tawar yang menjadi pembekal utama air untuk kawasan tersebut. Peneroka - peneroka
556
Khazin Mohd Tamrin, Sejarah penghijrahan dan penempatan orang Jawa di Selangor 1880an-1940, Universiti
Kebangsaan Malaysia , Kuala Lumpur 1976, hlm 1
557
Khailani Abdul Jalil, Jamil Adimin, Jejak Sejarah Kampungku 100tahun Tebuk Mufrad, Tekno Edar, Selangor
2014, hlm 4
231
awal kampung telah bergotong royong membina sistem perparitan bagi mendapatkan saliran air dari
Sungai Air Tawar558
.
Bentuk muka bumi kawasan ini adalah rata ,mempunyai lembah ,sedikit berpaya dan
mempunyai saliran air yang baik menjadikannya sesuai untuk dijadikan tapak untuk pertanian. Pada awal
pembukaan kampung ini, antara tanaman makanan yang ditanam ialah padi. Walaubagaimanapun,
penanaman padi di kampung ini hanya berjalan selama 7 tahun sahaja disebabkan faktor pertanian
komersial. Kampung ini telah dikenal pasti sebagai salah sebuah tapak di daerah Sabak Bernam yang
sesuai untuk tanaman komersial kelapa dan telah menggalakkan penduduk kampung untuk mula
melakukan penanaman kelapa. Penanaman kelapa di kampung ini juga semakin rancak apabila syarikat
perladangan pihak Inggeris datang membuka estet kelapa di Kampung Baru bersebelahan dengan
Kampung Tebuk Mufrad.
Oleh itu, penduduk kampung ini yang sebelum ini menanam padi mula menukar tanaman
mereka kepada tanaman komersial kelapa. Pada tahun 1925 seluruh penghuni kampung Tebuk Mufrad
yang menanam padi telah pun menukar tanaman kepada kelapa bagi tujuan komersial559
. Penanaman
kelapa menggantikan padi oleh penduduk kampung adalah disebabkan penanaman kelapa lebih untung
berbanding padi pada tahun itu. Kesuburan tanah juga dilihat lebih sesuai kepada penanaman kelapa
berbanding padi560
.
Terdapat tiga suku kaum utama yang terdapat di kampung ini sejak awal penubuhan
kampung ini. Kaum yang paling dominan ialah suku kaum Jawa diikuti Banjar dan Kampar. Kaum Jawa
adalah paling ramai yang tiba di kawasan pembukaan ini menyebabkan majoriti penduduk disini adalah
kaum Jawa. Kaum Jawa yang berada di sini juga terdiri daripada 3 pecahan kecil lain iaitu Jawa Ponorogo,
Karanganyar , dan Magelang. Pola penempatan penduduk pula adalah berselerak, sederet dan ada juga
dalam bentuk terpencil.. Tiada pemilihan khusus dalam membina rumah. Pemilihan bentuk penempatan
wujud sama ada berkepentingan peribadi seperti mahu berdekatan dengan tapak pertanian yang dibuka
atau mahu berdekatan dengan penduduk tempatan lain.
Generasi pertama telah membuka tanah dan telah mewariskan tanah pertanian mereka
kepada anak – anak mereka selaku generasi kedua yang menjadi pelapis generasi pertama. Generasi
kedua pula terdiri daripada penduduk yang kekal menetap di kampung dan meneruskan kerja – kerja
kampung dan sebahagian yang lain telah berhijrah ke tempat lain. Penghijrahan penduduk kampung ke
luar seperti bandar dan pekan – pekan kerana faktor peluang – peluang pekerjaan – pekerjaan yang lebih
luas berbanding pekerjaan kampung yang hanya tertumpu kepada pertanian sahaja.
Walaubagaimanapun, penduduk generasi kedua yang telah berhijrah keluar dari kampung tetap pulang
ke kampung terutama semasa perayaan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri.
Penghijrahan kelompok penduduk kampung generasi kedua yang berhijrah memberikan
impak kepada bilangan generasi kedua yang kecil di kampung. Hal ini turut memberikan kesan kepada
558
Temu ramah bersama Embah Mahmood.
559
Khailani Abdul Jalil, Jamil Adimin, Jejak Sejarah Kampungku 100tahun Tebuk Mufrad, Tekno Edar,
Selangor 2014, hlm 3
560
Ibid, hlm 3
232
peratusan kaum di kampung ini. Penduduk yang terdiri daripada kaum Jawa masih lagi dominan di
kampung ini berbanding bilangan kaum Banjar dan Kampar yang terlalu kecil. Berdasarkan rekod bancian
tahun 2013 terdapat 658 orang penduduk menetap di kampung ini561
. Populasi kampung ini sentiasa
berubah mengikut peredaran masa iaitu sesuai dengan kehendak semasa seperti ekonomi .
Kewujudan kepimpinan sebenarnya telah bermula sejak awal penubuhan dan pembukaan
kampung. Walaubagaimanapun struktur kepimpinan masyarakat pada ketika itu masih belum cukup
sistematik dan berbentuk tidak formal. Pemimpin masyarakat kampung pada awal penubuhan dirujuk
kepada Imam dan pentadbir masjid di kampung ini iaitu Kiyai Mufrat. Hanya pada tahun 1964 bermula
sistem kepimpinan yang lebih sistematik dalam kampung ini iaitu Tuan Haji Anuar Bin Yusuf telah dilantik
sebagai Sidang(ketua) Tebuk Mufrat secara rasmi yang pertama562
. Sistem kepimpinan yang tidak
tersusun pada ketika itu kerana kampung Tebuk Mufrat telah diletakkan di bawah pentadbiran Mukim
Sungai Air Tawar.
Setelah kuasa pentadbiran di turunkan kepada peringkat kampung bermulalah sistem
sidang dan Jawatankuasa Pentadbiran Kampung di Tebuk Mufrat. Sistem sidang sehingga kini masih
diteruskan dan seramai 5 orang pernah menjawat jawatan tersebut dikampung ini. Sidang memainkan
peranan penting dalam mencorak pembangunan di kampung ini. Peranan sidang seperti
mengetengahkan suara penduduk kampung yang mahukan kerajaan Selangor untuk membawa
pembangunan di kampung ini. Maka dengan kejayaan Sidang mengetengahkan suara rakyat telah
menyebabkan kampung ini menerima projek pembangunan daripada kerajaan Negeri.
Antara projek pembangunan yang diterima ialah projek naik taraf jalan utama yang
menghubungkan kampung Tebuk Mufrat dengan kampung – kampung lain iaitu dengan menaiktaraf jalan
tanah liat kepada jalan tanah merah seterusnya jalan berturap pada awal 1970-an. Kepimpinan Sidang
menyaksikan jawatan ini diteruskan oleh beberapa orang generasi seterusnya yang berperanan penting
dalam meneruskan pembangunan kampung dengan cemerlang. Perubahan – perubahan tampuk
pimpinan Sidang juga telah berlaku beberapa kali disebabkan sebab – sebab tertentu seperti perpindahan
Sidang keluar dari kampung dan penglibatan politik seperti yang telah berlaku apabila berlaku pertukaran
kuasa parti politik563
. Walaubagaimanapun, pertukaran Sidang tidak menjejaskan pembangunan
kampung. Kesemua Sidang yang telah memegang jawatan telah membawa perubahan dan
pembangunan kepada kampung dalam pelbagai bentuk.
Pada awal penubuhan kampung ini tidak terdapat kemudahan asas yang disediakan
kerajaan. Pembukaan kampung ini juga adalah hasil usaha peneroka – peneroka awal yang membukanya
secara bergotong royong kerana pembukaan ini adalah secara persendirian iaitu tanpa penglibatan
kerajaan. Saliran air yang dibina juga adalah hasil kerjasama peneroka – peneroka awal untuk
menghubungkan Sungai Air Tawar dengan kampung ini melalui sistem perparitan. Kemudahan jalan raya
sebelum tahun 1962 hanyalah berasaskan jalan raya tanah liat semata – mata iaitu permukaan tanah
561
Ibid, hlm 7
562
Khailani Abdul Jalil, Jamil Adimin, Op.Cit, hlm 44
563
Temu ramah ketua kampung, Encik Suhaimi bin Kasimon
233
kampung ini. Digambarkan jalan yang terbina dari tanah liat adalah berdebu di musim panas dan
berlumpur semasa musim hujan564
.
Hanya pada tahun 1962 jalan raya di Tebuk Mufrat mula dimajukan dengan campur tangan
kerajaan negeri yang menaik taraf jalan di kampung ini. Jalan yang dinaik taraf menjadi jalan tanah merah
yang diambil dari Ijok dan Sungai Tengi tersebut dapat menghubungkan kampung ini dengan kampung
Tebuk Jawa yang terletak bersebelahan dengan kampung ini. Bermula tahun 1978 barulah bermula
kemudahan jalan raya bertar di kampung ini. Dari sudut kemudahan pengangkutan awam pula, penduduk
hanya dapat menggunakan khidmat tambang bas awam setelah berjalan sejauh 3km keluar dari
kampung.
Hal ini disebabkan bas hanya melalui jalan Sungai Air Tawar ke BNO ( Bagan Nakhoda
Omar) seterusnya ke Sabak Bernam. Perkhidmatan bas sehingga kini masih tidak memasuki kawasan
kampung ini berikutan kemudahan jalan raya berturap yang kecil dan sempit. Seawal tahun 1983
baharulah kemudahan elektrik dan air memasuki kampung ini. Kemudahan ini lewat masuk ke kampung
ini berikutan naik taraf kerajaan negeri yang menaik taraf secara berperingkat setiap daerah di Selangor
dan mengutamakan kawasan yang lebih mudah dinaik taraf terlebih dahulu seperti kawasan – kawasan
bandar. Sebelum tahun 1983, kemudahan asas air paip tidak wujud di kampung ini kerana belum
dimajukan kerajaan negeri.
Penduduk telah mendapatkan bekalan air daripada sumber semulajadi iaitu takungan hujan
dan mata air. Mereka telah menggunakan takungan air hujan seperti kolam, air perigi, dan takungan
tempayan. Walaubagaimanapun, penduduk kampung mengalami masalah bekalan air apabila berlaku
musim kemarau kerana takungan air semulajadi mula kering. Ini menyebabkan penduduk kampung mula
mencari bekalan air di luar kawasan kampung di Paip air awam di jalan besar Perenggan dan Jalan Sungai
Air Tawar atau daripada kolah masjid tebuk Mufrat565
. Sebelum bekalan elektrik sampai ke kampung ini
penduduk amat bergantung dengan sumber tenaga seperti minyak tanah dan karbait (sejenis bahan
bakar) untuk menghidupkan api566
.
Api tersebut pula digunakan untuk menghidupkan lampu – lampu berasaskan api seperti
pelita minyak gas. Lampu pelita minyak gas dan karbait lebih banyak digunakan semasa perayaan dan
kenduri. Penggunaan adalah banyak semasa perayaan dan majlis kenduri kerana lebih banyak lampu
diperlukan supaya suasana lebih meriah berbanding biasa. Pemasangan lampu pelita semasa menjelang
perayaan iaitu 7 hari sebelum perayaan (turut dikenali sebagai malam tujuh lekor) serta semasa perayaan
masih lagi diteruskan sehingga kini567
. Kemudahan kesihatan pula hanya bermula pada tahun 1980 an
dengan permulaan perkhidmatan sebagai klinik bidan.
Kemudahan kesihatan ini kemudiannya dinaik taraf menjadi klinik desa pada tahun 1993
berikutan kelengkapan kemudahan elektrik dan air yang stabil membolehkan klinik ditubuhkan dikawasan
ini568
. Sebelum klinik desa Tebuk Mufrat ditubuhkan para penduduk kampung mendapatkan rawatan
564
Temu ramah Sohod bin Haji Hashim
565
Temu ramah Embah Mahmood
566
Temu ramah Embah Mahmood
567
Temu ramah Embah Mahmood
568
Khailani Abdul Jalil, Jamil Adimin, Op.Cit, hlm 152
234
mereka di luar kawasan kampung seperti klinik kesihatan Sungai Air Tawar dan Parit Bharu yang
lokasinya sejauh 7km dari kampung Tebuk Mufrat. Bagi ibu yang bersalin pula akan mendapatkan rawatan
di dalam kampung sahaja kerana terdapat kepakaran bidan kampung kecuali bagi kes kritikal baharulah
ibu – ibu bersalin tersebut akan dirujuk kepada Hospital Teluk intan atau Hospital Sabak Bernam.
Dalam kampung ini juga wujud sebuah balairaya yang telah dibina pada tahun 1965 oleh
kerajaan. Balai raya ini berfungsi sebagai nadi penggerak aktiviti kemasyarakatan untuk penduduk
kampung. Antara aktiviti – aktiviti yang telah aktif menggunakan balai raya tersebut adalah Pertubuhan
Belia 4 B, Program Belia Tani, mesyuarat dan taklimat serta perancangan aktiviti tahunan. Balai raya
menjadi tempat perhimpunan orang kampung yang strategik kerana tapak yang luas dan mempunyai
dewan khas untuk sebarang perbincangan berbanding kawasan lain di kampung itu yang tidak sesuai
dijadikan tapak perhimpunan orang ramai mahupun tempat aktiviti kemasyarkatan.
Pada tahun 1980 adalah tahun bagi balai raya ini dinaik taraf menjadi dua kali lebih besar
berbanding keluasan asal. Menurut seorang penduduk Jabatan Penerangan sering mengadakan
tayangan wayang gambar di balai raya ini bagi menjelaskan dan memaklumkan kepada orang – orang
kampung mengenai projek – projek pembangunan oleh kerajaan untuk rakyat. Terdapat pelbagai aktiviti
lagi yang saya sendiri sering saksikan di kampung ini semasa kecil seperti sukaneka, kenduri kendara,
hari sukan , hari kantin dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan lain. Di balai raya ini juga pernah menjadi
tempat untuk pendidikan awal kanak – kanak iaitu sebuah Tabika Kemas sebelum bangunan khas untuk
tabika ini dibina569
.
Hal ini kerana belum ada tempat berdekatan kampung yang sesuai untuk pembinaan
sebuak tempat pendidikan awal kanak – kanak dalam tahun 1980 an tersebut. Aktiviti – aktiviti yang
dijalankan di balai raya tersebut bertujuan juga mengeratkan hubungan dan interaksi antara masyarakat
kampung supaya sebarang masalah perpecahan tidak terjadi dan menimbulkan kekacauan di kemudian
hari. Dengan adanya organisasi kampung yang tersusun dan tapak aktiviti membolehkan program
kemasyarakatan dapat dijalankan dengan baik. Maka ini membuktikan bahawa fungsi dan peranan balai
raya ini amat penting dalam mengekalkan keharmonian dan kemajuan kampung ini.
Dengan kewujudan balai raya ini banyak mesyuarat yang dijalankan organisasi kampung
dijalankan disini telah membawa kepada kemajuan kampung seperti projek – projek naik taraf yang
berlaku di sekitar kampung ini. Menurut kajian Khazin Mohd Tamrin, orang Jawa yang datang ke Tanah
Melayu dengan tujuan sendiri seperti merantau, mengembara, mencari ilmu pengetahuan, dan melancong
lazimnya berlatarbelakangkan keluarga mewah. Terdapat juga penghijrahan orang jawa yang terjadi
disebabkan konsep minggat yang bermaksud berhijrah disebabkan terdapat peristiwa memalukan di
tempat asal570
. Orang Jawa pernah juga mengenali Tanah Melayu sebagai tanah seberang dan juga
kawasan di luar kawasan pulau Jawa seperti Pulau Sumatera dan Singapura , turut dipanggil tanah
seberang. Ini menunjukkan keakraban diantara ,masyarakat kepulauan Melayu yang akhirnya telah
dipisah – pisahkan oleh kedatangan bangsa barat seperti Portugis, Belanda dan British.
569
Temu ramah ketua kampung, Encik Suhaimi bin Kasimon
570
Khazin Mohd Tamrin, Op.Cit, hlm 2
235
Penulis memilih kajian mengenai orang Jawa di Tebuk Mufrat kerana kawasan ini
merupakan salah satu kawasan terawal pembukaan di kawasan Mukim Sg. Ayer Tawar yang terletak
dalam Daerah Sabak Bernam. Lokasi Sabak Bernam terletak di negeri Selangor yang menjadi tumpuan
utama penghijrahan orang – orang dari Indonesia dan bilangan Jawa adalah jumlah yang terbesar
berhijrah. Penghijrahan yang besar Orang Jawa di kawasan Selangor menyebabkan penulis ingin
mengkaji secara lebih spesifik perkembangan penghijrahan mereka di sesebuah kampung. Penulis telah
memilih kampung Tebuk Mufrat yang menjadi salah sebuah kampung terawal di buka di kawasan Mukim
Sg. Ayer Tawar.
Kedua, penulis juga cuba untuk memperlihatkan akan kepentingan sejarah perkembangan
penghijrahan orang Jawa dalam konteks sejarah tempatan. Oleh itu penghijrahan orang Jawa di Selangor
akan dilihat dari aspek perkembangan gaya hidup, perkembangan kebudayaan,serta perkembangan dan
pengamalan tradisi dan adat orang Jawa. Penulis juga berpandangan perkembangan orang Jawa di
setiap kawasan tertentu adalah berbeza. Hal ini disebabkan tahap asimilasi yang berbeza mengikut lokasi
yang mempunyai latar belakang masyarakat setempat yang berbeza. Hal ini bermaksud akan terdapat
variasi kepelbagaian sejarah berbeza orang Jawa di setiap tempat penghirahan mereka walaupun asal
tempat dan keturunan adalah sama. Dalam kajian ini juga pembaca akan cuba dibawa penulis untuk
meninjau dan memahami sebab – sebab kedatangan orang Jawa sehingga membawa kepada
pembukaan kampung ini.
2.0 PERKEMBANGAN PENGHIJRAHAN ORANG JAWA DI KAMPUNG TEBUK MUFRAD.
Pulau Jawa adalah salah sebuah kawasan dalam Indonesia yang mengalami proses pertambahan
penduduk yang pesat. Akibat daripada pertambahan penduduk, akhirnya telah menimbulkan konflik –
konflik yang membawa penghijrahan orang Jawa luar daripada Pulau Jawa571
. Penghijrahan terjadi
disebabkan masalah kemisikinan, kekurangan tanah dan pengangguran. Kesempitan yang terjadi
menyebabkan penghijrahan mereka sehingga sampai ke Tanah Melayu. Penghijrahan tersebut telah
membawa kepada peristiwa pembukaan Kampung Tebuk Mufrad. Proses migrasi yang berlaku di
kampung Tebuk Mufrat adalah secara berperingkat. Populasi kedatangan golongan awal penduduk Jawa
di kampung ini bermula dari kedatangan beberapa buah keluarga seperti Kiayi Mufrat.
Menurut orang sumber yang telah ditemubual, kedatangan penduduk awal Kampung ini
berasal dari pelbagai daerah, negeri, dan kawasan yang berlainan572
. Terdapat sebahagian yang datang
terus dari Indonesia. Selebihnya merupakan penghijrah yang berhijrah ke Kampung Tebuk Mufrat Tanah
Melayu sendiri. Orang Jawa yang berhijrah dari Tanah Melayu sendiri tersebut juga asalnya dating
daripada kepulauan Jawa. Walaubagaimanapun mereka telah berhijrah sekali lagi ke Kampung Tebuk
Mufrat apabila melihat peluang baru membuka tanah. Sebagai contoh, Orang Jawa dari Sungai Manik
dan Bagan Dato’ berhijrah ke Kampung Tebuk Mufrat untuk membuka tanah pertanian.
571
Ibid,hlm 32
572
Temu ramah Embah Mahmood
236
Perkembangan Kampung Tebuk Mufrat bermula dari pembukaannya menjadi salah satu
penyumbang penting dalam sejarah Selangor. Hal ini disebabkan pembukaan tanah di kampung ini
merupakan satu daripada tanah – tanah pertanian yang telah dibuka di Selangor dan kebanyakannya
dibuka oleh orang – orang Jawa. Maka, peranan orang – orang Jawa dalam membuka tanah-tanah di
Selangor menjadi salah satu aspek penting dalam sejarah perkembangan penempatan di Selangor.
Kepentingan masyarakat Jawa dalam sejarah Selangor terbukti apabila perkembangan masyarakat Jawa
mendapat perhatian daripada pihak British yang masih memerintah Selangor. Sebagai contoh British mula
menyedari peri pentingnya tanah Orang Melayu dari diambil bangsa lain dan telah menetapkan dasar
tertentu yang diharapkan dapat mengekalkan identiti Melayu573
.
Disamping itu, perkembangan masyarakat Jawa di Selangor juga banyak dipengaruhi oleh
British tidak terkecuali juga perkembangan di Kampung Tebuk Mufrat. British selaku pemerintah telah
memberikan peluang – peluang kepada rakyat dalam soal pemberian tanah, kelonggaran cukai,dan
pemberian pinjaman wang kepada peneroka – peneroka awal. Peranan pihak British begitu penting
sehinggaka jika tidak terdapat peluang tersebut masyarakat Jawa akan mengalami kesukaran membuka
sawah padi dan penempatan sendiri setelah berhijrah dari negara asal. Peluang yang dibuka oleh pihak
British telah dimanfaatkan oleh orang – orang Jawa selaku penghijrah. Justeru, pihak British tidak
terkecuali memainkan salah satu peranan utama dalam perkembangan penghijrahan orang Jawa di
Kampung Tebuk Mufrat. Tanpa dasar pemerintahan British dalam pembukaan tanah di Selangor mustahil
Kampung Tebuk Mufrat dapat dibuka .
Berdasarkan tinjauan penulis terhadap proses perkembangan orang Jawa di Kampung
Tebuk Mufrat, penulis dapati peneroka – peneroka awal sememangnya menghadapi pelbagai kesusahan
dan pelbagai masalah semasa proses perkembangan awal Kampung Tebuk Mufrat. Berdasarkan
kenyataan – kenyataan dari orang sumber yang menjadi salah seorang golongan awal menduduki
kampung ini mengatakan keseluruhan kampung adalah hutan belantara yang terdiri dari pokok – pokok
hutan yang besar dan tinggi. Kerajinan masyarakat awal Jawa yang tiba telah bekerjasama untuk
menebang dan membuat saliran perparitan tanpa bantuan peralatan teknologi moden. Dalam peringkat
seterusnya, semakin ramai penghijrah Jawa yang datang dan menetap di kampung ini. Kedatangan
mereka ke kampung ini disebabkan ajakan rakan atau mendengar pembukaan penempatan baru yang
mempunyai keluasan tanah yang luas dan masih belum diteroka574
.
Orang Jawa yang telah tiba di kampung ini telah melihat peluang pekerjaan dari sudut
pertanian. Asal usul orang Jawa yang biasa menjalankan aktiviti pertanian telah dapat mengenal pasti
tanah di kampung ini amat sesuai untuk dijadikan tanah pertanian. Maka, kampung ini telah dibuka dan
dijadikan sebagai tanah pertanian oleh orang – orang Jawa. Orang jawa juga menjalankan aktiviti
penternakan haiwan ternakan. Misalnya menternak kambing, lembu dan juga ayam575
. Penternakan
tersebut lazimnya lebih kepada unsur sara diri dan hanya sesekali sahaja menjual haiwan ternakan
masing – masing. Haiwan ternakan di kampung ini seperti lembu dan kambing kebiasaannya dijual hanya
573
Khazin Mohd Tamrin, Op.Cit, hlm 80
574
Temu ramah dengan Embah Selamat.
575
Temu ramah bersama Embah Haji Sohod
237
pada musim perayaan sahaja. Sebagai contoh, lembu dan kambing adalah haiwan yang sering
dikorbankan untuk meraikan perayaan.
Kehadiran atau proses migrasi yang semakin berkembang membolehkan kampung dibuka
dengan lebih luas. Bilangan ahli kampung yang lebih ramai memboloehkan wujud aktiviti kemasyarakatan
yang mencakupi pembinaan masjid dan mengadakan majlis – majlis tertentu576
. Orang – orang Jawa yang
duduk di kampung tersebut juga pada awal pembukaan masih mengamalkan adat istiadat tradisional
orang Jawa dari tanah kepulauan Jawa. Adat dari segi maksudnya ialah sebagai suatu aturan,
tingkahlaku, kepercayaan dan cara hidup. Adat dilakukan setiap hari atau mengikut musim sama ada
mengikut bulan mahupun tahun. Adat yang sering dan kerap dilakukan akhirnya akan menjadi suatu
kebiasaan yang diulangi dan akhirnya dipraktikkan turun- temurun. Perkataan lain yang sinonim dengan
adat ialah budaya. Hubungkait adat dan budaya ialah suatu konsep yang saling bergantung antara satu
sama lain.
Adat resam merupakan suatu bentuk peraturan yang sudah diamalkan sejak turun –
temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi peraturan dan hukum yang mesti dipatuhi dalam
struktur lapisan sesuatu masyarakat Jawa. Masyarakat Jawa mengamalkan adat resam yang cukup unik
dan menarik. Mereka mengamalkan adat yang tersendiri bermula dari dalam kandungan. Salah satu adat
resam yang telah diamalkan ialah lenggang perut,jagongan,bengkongan, pencak a’an ,puputan atau
dikenali sebagai cukur jambul,among – among/ pijak tanah,sunatan atau berkhatan, merisik, mantu atau
perkahwinan,baraan atau ziarah raya, rewang atau gotong- royong, dan nasi ambeng577
.
Migrasi yang berlaku di kampung ini sememangnya berkembang dan memberikan kesan
kepada masyarakat. Seperti yang telah dimaklumkan dalam bab sebelum ini, terdapat kaum lain dalam
kampung ini. Maka tidak dapat dinafikan ada sedikit proses asimilasi budaya Jawa terhadap kaum lain
disini. Orang Jawa juga terkenal sebagai bangsa yang mudah dan cepat menyesuaikan diri dengan
keadaan sekeliling. Kelebihan tersebut menjadikan proses asimilasi berlaku dengan lebih mudah dan
berkesan. Orang –orang Jawa di kampung ini juga banyak berurusan dengan masyarakat di bandar.
Urusan di bandar seperti jual beli telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa
perantaraan selain Bahasa Inggeris.
Maka masyarakat Jawa di kampung ini telah berjaya untuk fasih bertutur dalam Bahasa
Melayu. Kefasihan dalam bertutur dalam Bahasa Melayu membolehkan masyarakat Jawa cepat
memahami budaya masyarakat Melayu dan bangsa lain. Kebolehan memahami budaya bangsa – bangsa
lain membantu masyarakat Jawa berinteraksi dengan baik dengan kaum – kaum lain. Hal ini telah
membolehkan berlaku proses asimilasi budaya dan telah dibawa ke kampung. Misalnya, masyarakat
Jawa telah mula mencuba memakai pakaian orang – orang Melayu seperti baju Melayu dan baju kurung.
Tidak kurang juga masyarakat Melayu yang juga telah melakukan asimilasi budaya dengan orang-orang
Jawa.
576
Temu ramah Embah Mahmood
577
Rujuk minit mesyuarat Muzium Selangor tentang adat Jawa di bahagian lampiran
238
Proses interaksi yang berterusan dan berpanjangan serta latar belakang rumpun yang sama
membolehkan asimilasi berlaku dengan harmoni578
. Perkembangan proses migrasi terus berkembang
sehingga kini. Proses asimilasi dan perkembangan semasa telah menyebabkan terdapat sebahagian adat
yang diamalkan suatu masa dahulu telah diabaikan tidak lagi dilaksanakan. Malah terdapat juga
kepercayaan – kepercayaan tertentu yang tidak lagi diamalkan kerana telah berasimilasi dengan
perkembangan Islam yang meluas di Tanah Melayu. Kesan perkembangan Islam yang pesat telah turut
memberi kesan terhadap kepercayaan tahyul orang Jawa. Ini menyebabkan adat istiadt tersebut tidak lagi
diamalkan. Misalnya adat menentukan jantina anak yang memerlukan seorang wanita mengandung
dibelah kelapa diatas kepalanya oleh suami.
Dasar British menjadi salah satu titik tolak yang penting dalam peristiwa pembukaan
Kampung Tebuk Mufrat. Pada permulaanya, British menumpukan kepada pembangunan Kuala Lumpur.
Namun begitu, british kemudiannya mula memberi perhatian dan memajukan daerah di luar Kuala Lumpur
khususnya dalam pertanian. Untuk itu, kerajaan Selangor amat memerlukan tenaga buruh yang ramai.
Faktor tenaga buruh yang diperlukan menjadi salah satu galakan untuk penghijrahan orang Indonesia.
Tahun 1880 telah memaparkan pembukaan penempatan orang Jawa di Selangor dengan ketara. Sebagai
contoh, penempatan orang Jawa di daerah Klang dan Kuala Langat. Pembukaan penempatan Orang
Jawa yang begitu pesat di Selangor telah juga membawa kepada pembukaan Kampung Tebuk Mufrat.
Dasar British yang tidak menegah pembukaan penempatan Orang Jawa menyebabkan
begitu banyak penempatan Jawa dibuka. British pada hakikatnya memerlukan tenaga buruh yang ramai
dan disebabkan itu membenarkan orang Jawa membuka penempatan untuk menetap dan bekerja
sebagai buruh. British juga memerlukan tenaga kerja bagi membuka tanah pertanian. Hal ini amat
berkesinambungan dengan orang Jawa yang begitu aktif membuka tanah – tanah hutan untuk dijadikan
tanah pertanian. Hal ini terbukti dengan Laporan Jawatankuasa Kerajaan seperti Report of the Rice
Cultivation Committee(RRCC), 1931 dan Report on the Progress of Schemes for the Improvement and
Extension of Rice Cultivation, (RPSIERC), 1935 yang telah memberikan informasi terperinci mengenai
projek pertanian Kerajaan Malaya di Selangor seterusnya menarik perhatian orang Jawa berhijrah579
.
Di kampung Tebuk Mufrat sendiri kerajaan British telah memperkenalkan kepada penduduk
Kampung dengan tanaman komersial kelapa menggantikan padi. Ini bermaksud Kampung Tebuk Mufrat
juga mendapat perhatian British serta wujud dalam pelan perangkaan mereka bagi dasar pertanian. Di
samping itu, terdapat rekod – rekod rasmi kerajaan yang memberi gambaran awal penempatan orang –
orang Jawa di Selangor. Walaubagaimanapun, masalah sumber menjadi suatu kerumitan kepada penulis
untuk meneruskan dengan lebih mendalam kajian ini. Hal ini disebabkan terdapat kekangan dan halangan
mecapai dokumen tertentu yang dikehendaki. Fail Setiausaha Kerajaan Selangor juga diklasifikasi sulit
dan penulis gagal untuk mendapatkan bukti sebagai lampiran.
Walaubagaimanapun, penulis berjaya melihat sendiri terdapat dalam fail setiausaha
kerajaan Selangor yang menyentuh perihal orang Jawa di kampung Tebuk Mufrat. Meskipun tidak banyak
bukti bertulis mengenai orang Jawa di Kampung Tebuk Mufrat, penulis berjaya melihat permohonan tanah
yang dilakukan oleh salah seorang penduduk di Kampung Tebuk Mufrat untuk membuka tanah baru di
578
Khazin Mohd Tamrin, Op.Cit, hlm 102
579
Rujuk lampiran
239
kampung tersebut. Maklumat mengenai pentadbiran dan kemudahan asas juga dapat dilihat dan
dianalisis. Walaubagaimanapun maklumat dalam dokumen tersebut tidak mencukupi dan hanya boleh
dilihat sahaja serta tidak boleh dikeluarkan dalam apa cara sekali. Oleh itu, dapat difahami bahawa orang
– orang Jawa yang membuka penempatan di Kampung Tebuk Mufrat memahami prosedur membuka
tanah dan memohon daripada British. Kebenaran daripada pihak British membuktikan bahawa British juga
mahukan tanah pertanian dibuka dengan lebih luas untuk tanaman – tanaman komersial British.
Peranan orang Jawa di Kampung ini jelas menunjukkan menyumbang kepada sektor
ekonomi iaitu dari sudut tanaman komersial. Walaubagaimanapun tiada bukti dokumen yang berjaya
penulis dapatkan selain daripada bukti lisan bermula daripada penduduk generasi pertama sehingga
generasi ketiga. Penulis juga hanya berjaya mendapatkan minit mesyuarat muzium Selangor yang banyak
membicarakan tentang orang Jawa untuk dipaparkan kepada orang ramai dalam muzium tersebut.
Maklumat dalam minit mesyuarat tersebut juga membicarakan adat orang Jawa yang datang ke tanah
melayu dan penulis bandingkan dengan perkembangan adat tersebut di kampung ini.
Perkembangan penduduk di kampung ini juga seiring dengan perkembangan semasa
merasai jerih payah hidup semasa era darurat. Kesusahan ini sangat dirasai khususnya dari sudut
ekonomi. Semasa zaman darurat pemerintahan Jepun penduduk menghadapi masalah dalam
menjalankan urusniaga pertanian. Hal ini kerana dipertengahan jalan askar – askar Jepun akan
merampas makanan mereka580
. Malah askar tersebut akan memukul penduduk tempatan tanpa sebab.Ini
menyebabkan mereka bersikap berhati – hati semasa ke bandar. Semasa era darurat juga terdapat sedikit
perubahan pengamalan tradisi masyarakat . Ini disebabkan kekangan dan masalah gangguan daripada
askar – askar Jepun.
Semasa era darurat terdapat penduduk kampung terdiri daripada kaum Banjar yang telah
menjadi tali barut askar Jepun dan. Kesusahan yang sama terjadi semasa keganasan komunis 14 hari.
Terdapat penduduk kampung yang juga daripada keturunan Banjar yang menjadi askar komunis dan telah
meminta makanan dan habuan daripada penduduk kampung581
. Keganasan yang berlaku telah
menyebabkan timbul ketakutan dalam kalangan penduduk. Dalam kampung Tebuk Mufrat terdapat
beberapa buah ahli keluarga Cina. Dengan ihsan dan simpati penduduk tempatan, keluarga Cina telah
disembunyikan semasa penjajahan Jepun bagi menyelematkan mereka daripada menjadi mangsa korban
Jepun.
Keganasan dan penyeksaan yang pernah dilakukan pihak Jepun terhadap penduduk
tempatan ialah memaksa penduduk minum air sabun dan dipijak perut serta dirampas makanan582
.
Walaubagaimanapun penyeksaan yang terjadi semasa penduduk tempatan tersebut berada di luar
kawasan kampung. Penduduk kampung tersebut berada di luar kawasan kampung semasa hendak ke
bandar dan pulang dari bandar. Tebuk Mufrat merupakan salah sebuah kampung yang beruntung kerana
pihak Jepun dan Komunis gagal menemui lokasi sebenar kampung sedangkan terdapat orang – orang
580
Temu ramah Embah Mahmood, Embah Sohod
581
Temu ramah Embah Sohod dan Embah Mahmood
582
Temu ramah Embah Mahmood
240
kampung yang mengaku menjadi tali barut .Kesemua tali barut tersebut bagaimanapun menghilangkan
diri sebaik sahaja tentera Jepun dan Komunis menyerah kalah.
Disamping itu, walaupun pihak Jepun tidak pernah tiba di kampung ini, kesan pemerintahan
Jepun sangat memberi impak pada penduduk tempatan kampung ini. Hal ini kerana pihak Jepun telah
membuat pengumuman siaran yang menakutkan rakyat tempatan iaitu semua yang berusia 20 tahun ke
atas perlu bekerja sebagai buruh paksa Jepun untuk projek pembinaan jalan kereta api Burma. Maka
disebabkan itu ramailah anak – anak yang dilahirkan ditukar status kelahiran menjadi lebih muda agar
umurnya tidak mencapai 20 tahun agar tidak dipaksa menjadi buruh paksa. Dalam kalangan pemuda dan
pemudi juga ramai yang dikahwinkan awal untuk mendapat status perkahwinan dan mengelak menjadi
buruh paksa583
.
Walaupun menghadapi ancaman Jepun dan Komunis masyarakat Jawa dalam kampung ini
tetap meneruskan pekerjaan mereka bertani dan bercucuk tanam. Dengan hasil pertanian tersebut
mereka gunakan untuk diri sendiri dan berhati – hati ke bandar untuk mendapatkan bekalan makanan dan
minuman bersih584
. Aktiviti seperti keramaian dan adat istiadat digantikan dengan melakukan sentri.
Penduduk kampung ini telah berjaga secara bergilir di laluan utama kemungkinan kemasukan pihak Jepun
dan Komunis585
. Mereka berjaga sambil membacakan ayat – ayat alqur’an. Kampung Tebuk Mufrat
bernasib baik kerana menurut salah seorang penduduk yang pernah sentri dikawsan tersebut
menceritakan pihak Komunis dan Jepun tidak menjumpai kampung tersebut walaupun mereka sering
melihat kelibat pihak Jepun dan Komunis di laluan sungai utama.
3.0 PERKEMBANGAN ASIMILASI, CARA HIDUP, DAN SISTEM PIMPINAN
Dalam kajian mengenai proses perkembangan asimilasi dalam kalangan Orang Jawa di Tebuk Mufrat,
suatu pemerhatian khusus perlu dibuat. Perkembangan asimilasi tidak semestinya sama dengan
perkembangan asimilasi Orang Jawa di tempat lain. Hal ini kerana sejarah dan peringkat proses asimilasi
diantar masyarakat Jawa di tempat – tempat lain adalah berbeza diantara satu sama lain. Jika ditinjau
persamaan antara keturunan Melayu dan Jawa, kedua –duanya berasal dari rumpun bangsa yang sama
iaitu bangsa Mongoloid586
. Maka latar belakang agama dan sejarah kebudayaan adalah sama dan
menyerupai.
Jika dilihat dari sudut perhubungan pula, Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar
yang penting di Nusantara. Ini dapat disingkap kembali peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa lingua
franca dan telah digunakan secara meluas sebagai bahasa perantara di zaman kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka. Dalam struktur Bahasa Melayu dan Jawa terdapat persamaan dari segi diftong, vokal,
dan konsonan. Hal ini memudahkan penghijrah Jawa untuk cepat fasih menggunakan Bahasa Melayu di
583
Khailani Abdul Jalil, Jamil Adimin, Op.Cit, hlm 18
584
Temu ramah Embah Sohod
585
Temu ramah Embah Mahmood
586
Khazin Mohd Tamrin, Op.Cit, hlm 102
241
Tanah Melayu. Maka bagi Orang Jawa bahasa Melayu bukanlah suatu masalah yang besar disebabkan
faktor – faktor persamaan yang telah dijelaskan.
Untuk melihat perkembangan asimilasi penduduk Kampung Tebuk Mufrat dengan
masyarakat setempat, tinjauan perlu dibuat secara lebih luas iaitu dengan melihat penglibatan masyarakat
Jawa dengan kaum lain dari dalam kampung dan dari luar kampung. Perkembangan asimilasi di Kampung
Tebuk Mufrat boleh diambil kira bermula dari penubuhannya lagi. Dalam kajian mengenai perkembangan
yang berlaku dalam masyarakat yang berhijrah, Alfred Sauvy telah menyatakan tiga peringkat yang
penting untuk sesuatu proses asimilasi berjalan dengan baik.Tiga peringkat tersebut ialah penempatan,
penyesuaian dan asimilasi penuh587
.
Dalam mencapai ke suatu peringkat asimilasi yang penuh memerlukan jangka masa yang
sangat panjang dan lazimnya perlu melalui beberapa proses keturunan. Ini disebabkan asimilasi yang
baik perlu melalui proses perlahan, sukar , dan meyakinkan. Dalam konteks asimilasi masyarakat Jawa
Tebuk Mufrat, golongan lapisan ketiga dan keempat penduduk Jawa kampung ini boleh dikatakan
mencapai tahap proses asimilasi penuh. Ini kerana generasi ketiga dan keempat menerima proses
kebudayaan dan cara hidup yang telah disesuaikan dengan keadaan sekeliling bagi suatu tempoh jangka
masa yang panjang.
Tinjauan juga mendapati generasi ketiga dan keempat masyarakat Jawa di kampung ini
sangat fasih berbicara dalam bahasa Melayu dan tidak kelihatan ketara loghat Jawa mereka. Ini
menunjukkan asimilasi bahasa telah berlaku penuh dalam kalangan mereka. Dalam proses asimilasi
tersebut terjadi penulis mendapati perkembangan asimilasi ini terjadi dengan wujudnya hubungan dengan
masyarakat luar seperti urusan – urusan rasmi di kawasan pekan dan bandar. Sikap keterbukaan
golongan awal dan kedua dalam memahami budaya masyarakat setempat membolehkan penduduk
kampung ini melakukan asimilasi dengan mudah.
Masyarakat Jawa peneroka awal dan generasi kedua juga menyedari akan kepentingan
bahasa Melayu dalam urusan harian. Maka mereka telah mempelajari pelbagai perkara mengenai
masyarakat di Tanah Melayu khususnya masyarakat Melayu. Anak – anak mereka juga telah dihantar ke
sekolah Melayu menyebabkan berlaku percampuran dan proses asimilasi berlaku lebih berkesan
terhadap anak – anak Jawa tersebut. Walaupun asimilasi berlaku, penulis dapati masyarakat Jawa masih
berupaya bertutur dalam bahasa Jawa. Malah budaya – budaya Jawa masih ada diamalkan.
Walaubagaimanapun, penurunan adat tradisi dari generasi peneroka awal ke generasi
seterusnya tidak diperturunkan secara penuh. Dari generasi ke generasi semakin luntur pengamalan adat
istiadat Jawa. Hal ini berikutan penyerapan budaya setempat dalam masyarakat Jawa menggantikan adat
dan tradisi lama masyarakat Jawa. Kehidupan harian masyarakat Jawa yang semakin hari semakin
terdedah dengan masyarakat luar di bandar dan pekan khususnya masyarakat Melayu telah
menyebabkan berlaku penyerapan adat Melayu dalam masyarakat Jawa. Perhubungan yang wujud lama
587
Khazin Mohd Tamrin, Op.Cit, hlm 101
242
dan kebudayaan yang hampir sama telah membolehkan orang – orang Jawa mula merasakan diri mereka
sebahagian daripada masyarakat Melayu.
Dari segi bahasa dan perhubungan , masyarakat Jawa mengutamakan penggunaan bahasa
Jawa dalam keluarga dan sesama masyarakat Jawa. Penggunaan bahasa Melayu hanyalah sekadar
bahasa kedua dalam kehidupan harian mereka588
. Bahasa Melayu hanya digunakan apabila berinteraksi
dengan penghijrah lain dari Indonesia, pihak British, orang Cina, orang India, dan Orang Melayu sendiri.
Walaubagaimanapun, disebabkan peredaran masa yang memerlukan lebih banyak interaksi dengan
masyarakat luar berbanding masyarakat kampung telah menyebabkan penggunaan bahasa Melayu
menjadi bahasa utama manakala bahasa Jawa sebagai bahasa kedua iaitu hanya digunakan apabila
bertemu sesama mereka sahaja.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama mereka juga berkait rapat dengan
pekerjaan – pekerjaan generasi baru di kawasan pekan dan bandar. Pertemuan mereka dengan pelbagai
lapisan masyarakat memerlukan mereka fasih dan mahir bahasa Melayu. Pertembungan idea juga telah
menyebabkan pemikiran mereka juga lebih terbuka dan menolak adat – adat tertentu yang pada logik
fikiran adalah tidak masuk akal. Misalnya adat penentuan jantina anak tidak lagi diamalkan kerana
terdedah dengan ilmu sains yang lebih moden.
Orang – orang Jawa juga telah mula mengamalkan adat Melayu seperti pakaian baju Melayu
dan baju kurung. Satu lagi faktor utama yang mempercepatkan proses asimilasi budaya di kampung ini
ialah pergaulan rapat dengan masyarakat Melayu yang sememangnya bukan berasal dari kampung itu
dan bukan keturunan Jawa. Kesannya adat dan tradisi Orang Jawa mula luntur kerana tidak diamalkan
secara menyeluruh terhadap generasi seterusnya. Namun, penggunaan bahasa Jawa sehingga kini
masih diteruskan dalam kampung ini. Berdasarkan pemerhatian penulis, tinjauan mendapati kelunturan
adat dan tradisi Orang Jawa di kampung ini lebih kritikal kepada orang Jawa yang berhijrah ke luar dari
kampung.
Pertemuan penulis dengan orang – orang kampung mendapati anak-anak kecil masyarakat
Jawa dikampung ini fasih berbahasa Jawa berbanding dengan anak Orang Jawa yang menetap di
kawasan pekan dan bandar yang pulang ke kampung sekali sekala sahaja. Dalam hal ini, penempatan
orang Jawa memainkan peranan penting. Persekitaran kampung ini yang 99 peratus adalah masyarakat
Jawa membantu identiti Jawa khususnya penggunaan bahasa Jawa dapat dikekalkan. Dalam kampung
ini penggunaan bahasa Jawa menjadi pertuturan harian dan masih ada mengamalkan adat istiadat Jawa
yang tidak bertentangan dengan agama Islam.
Masyarakat Jawa juga menginginkan anak – anak mereka diperjodohkan dengan bangsa
Jawa juga walaupun pada masa yang sama mereka tidak menentang perkahwinan dengan kaum lain
dengan syarat agama yang sama. Orang Jawa lebih suka memperjodohkan anak mereka dengan orang
Jawa kerana beralasan mahu mengekalkan jurai keturunan Jawa dan memelihara kesinambungan adat
tradisi orang Jawa. Sejarah perkembangan asimilasi di kampung ini juga boleh dianggap agak lambat
berbanding penempatan Jawa yang berdekatan dengan bandar.
588
Penulis sendiri berasal dari keluarga kampung ini
243
Berdasarkan pernyataan Clifford Geertz (The Religion of Jawa;1956) masyarakat Jawa asli
di bahagikan kepada tiga kelas utama iaitu abangan, santri dan priyayi. Proses penghijrahan yang
berterusan menyebabkan wujud persamaan di kalangan masyarakat Melayu di alam nusantara seperti
politik, sosial, ekonomi, keturunan, agama, kepercayaan, dan cara hidup. Perbezaan yang wujud pula
ialah variasi tempatan yang berlaku perubahan seperti dari segi adat, loghat, dan kebudayaan.
Kedatangan mereka ke Tanah Melayu juga disebabkan oleh beberapa faktor penolak dan penarik
Seperti yang telah dinyatakan kedatangan orang Indonesia ke Tanah melayu ialah suatu
proses yang berterusan sejak sebelum abad ke 19 lagi. Hal ini menyebabkan pengaruh dan adat
kebudayaan kaum jawa dari negara tersebut turut diamalkan disini sebelum berlaku perubahan –
perubahan akibat asimilasi dan penyesuaian diri dengan tempat yang baru. Walaubagaimanapun, dalam
masyarakat Jawa di Malaysia, kasta sosial tidak dititikberatkan. Hal ini disebabkan asimilasi kehidupan
dengan masyarakat lain. Dalam kehidupan seharian, masyarakat Jawa ,mereka diketuai oleh seorang
ketua yang memainkan peranan yang penting untuk menjamin kerukunan masyarakat Jawa.
Selain itu, terdapat juga jawatan Kiai atau Siak. Kiai dilantik dalam kalangan kaum lelaki
berdasarkan pengetahuan dalam bidang agama dan soal kemasyarakatan. Jawatan Kiai
bertanggungjawab untuk menjadi imam dalam sembahyang berjemaah. Selain itu, Kiai juga
bertanggungjawab mengetua majlis kenduri doa selamat dan semua majlis keagamaan. Dalam hal
kematian, Kiai berperanan sebagai imam untuk sembahyang jenazah. Ini adalah sebagai tanda
penghormatan ke atas Kiai yang memainkan peranan yang cukup penting dalam adat kematian.
4.0 ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG MASYARAKAT JAWA
Adat ialah sebagai suatu aturan, tingkahlaku, kepercayaan dan cara hidup. Adat dilakukan setiap hari
atau mengikut musim sama ada mengikut bulan mahupun tahun. Adat yang sering dan kerap dilakukan
akhirnya akan menjadi suatu kebiasaan yang diulangi dan akhirnya dipraktikkan turun- temurun.
Perkataan lain yang sinonim dengan adat ialah budaya. Hubungkait adat dan budaya ialah suatu konsep
yang saling bergantung antara satu sama lain.Adat resam merupakan suatu bentuk peraturan yang sudah
diamalkan sejak turun – temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi peraturan dan hukum
yang mesti dipatuhi dalam struktur lapisan sesuatu masyarakat Jawa.
Masyarakat Jawa mengamalkan adat resam yang cukup unik dan menarik. Mereka
mengamalkan adat yang tersendiri bermula dari dalam kandungan. Salah satu adat resam yang masih
diamalkan ialah lenggang perut,jagongan,bengkongan,puputan atau cukur jambul,among – among/ pijak
tanah,sunatan atau berkhatan, merisik, mantu atau perkahwinan,baraan atau ziarah raya, rewang atau
gotong- royong,nasi ambeng atau ambang589
. Adat lenggang perut turut dikenali sebagai tingkepan atau
mitoni. Warisan adat ini khusus untuk seseorang wanita yang hamil buat kali pertama. Ianya dijalankan
589
Khazin Mohd Tamrin, Op.Cit, hlm 116
244
ketika kehamilannya memasuki tujuh bulan . Objektif upacara ini dijalankan ialah untuk memohon
keselamatan ibu dan juga bayi yang bakal dilahirkan.
Terdapat sesetengah masyarakat jawa yang mengkehendaki si suami membelah buah
kelapa muda. Jika belahan buah kelapa betul – betul di tengah , mereka akan mendapat anak lelaki.
Sebaliknya sekiranya belahan buah kelapa tersebut senget maka mereka dikatakan bakal menerima anak
perempuan.Semua jemputan upacara lenggang perut biasanya dihidangkan dengan nasi ambeng. Ketika
penyediaan dijalankan, peladen atau pelayan dimestikan mengambil dulang yang berisi nasi ambeng
secara satu arah. Mereka ditegah berjalan bolak- balik melawan arah. Ia untuk mengelakkan bayi yang
bakal dilahirkan keluar secara songsang. Berdasarkan carian penyelidik tidak begitu banyak adat resam
yang diamalkan di kampong ini berbanding masyarakat jawa di tempat lain.
Antara adat lain yang dapat diselidiki ialah upacara potong jambul atau puputan yang
biasanya dijalankan selepas 40 hari bayi dilahirkan atau selepas si ibu habis tempoh berpantang. Dalam
adat ini ramai jiran tetangga dan saudara – mara dijemput untuk meraikan dan meramaikan majlis doa
selamat. Antara aktiviti mereka ialah mereka akan membaca berzanji secara beramai-ramai. Selesai
bacaan berzanji tersebut, bayi akan dibawa keluar. Beberapa orang tetamu yang terdiri daripada Pak
Imam dan mereka yang dikenali sebagai orang alim akan memotong sedikit jambul sambil membaca
sedikit doa agar bayi tersebut membesar penuh keberkatan. Ada juga kalangan bayi yang dicukur
sehingga botak licin.
Masyarakat Jawa juga masih mengamalkan semangat kekeluargaan dan kemasyarakatan
yang tinggi. Tradisi ziarah-menziarahi secara beramai-ramai atau dikenali sebagai tradisi“baraan” masih
kuat diamalkan khususnya ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Ketika majlis baraan mereka akan
berselawat bersama –sama dan bermaaf- maafan. Ketika baraan, mereka akan dihidangkan dengan
pelbagai juadah. Menu- menu popular masyarakat Jawa pada pagi Hari Raya ialah ketupat nasi, rendang
ayam, serunding kelapa, sambal goreng tempe, sambal tumis petai, ayam masak pecal dan gado – gado.
Masyarakat Jawa akan menyediakan nasi ambeng untuk jemputan yang datang dalam
majlis kenduri doa selamat . Nasi berserta lauk pauk akan diletakkan di dalam sebuah dulang besar dan
dimakan oleh seramai empat atau lima orang. Nasi yang tidak habis dimakan akan dibungkus dan dikenali
juga sebagai bontrot. Nasi yang dibungkus dan dibawa balik sebagai buah tangan ini turut dikenali sebagai
“nasi berkat”. Antara lauk nasi ambeng yang popular dalam masyarakat Jawa ialah ayam masak ingkong,
mi goreng, serunding kelapa dan sambal goreng tempe.
245
BIBLIOGRAFI
Khailani A. Jalil, Jamil Adimin, (2014), Jejak 100 Tahun Kampungku Tebuk Mufrad, Selangor Darul Ehsan
: TEKNO EDAR
Khazin Mohd Tamrin, (1984), Orang Jawa Di Selangor Penghijrahan Dan Penempatan, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Fail – Fail Dokumen Setiausaha Kerajaaan Negeri Selangor.
Minit Mesyuarat Muzium Selangor
Dokumen Arkib
Temu Bual Responden
246
SUMBANGAN DAN PENGLIBATAN MASYARAKAT INDIA MUSLIM DI PULAU PINANG
NUR SYAHIRAH SYAZA BINTI MOHD DELI
1.0 Pengenalan
Pulau Pinang pada suatu masa dahulu merupakan salah satu pelabuhan yang sangat terkenal. Para
pedagang hadir dari seluruh pelusuk dunia dan salah satu negara yang datang berdagang ke sini
merupakan para pedagang dari India. Oleh yang demikian, kajian akan dilakukan untuk mencari dan
mengenalpasti apakah faktor-faktor kedatangan masyarakat India Muslim khususnya ke Pulau Pinang.
Kajian ini akan dimulakan bermula sejak dari pembukaan Pulau Pinang iaitu pada tahun 1786 yang
merupakan tahun pembukaan Pulau Pinang. Pulau Pinang menjadi tumpuan para pedagang dari India
dan China khususnya kerana kedudukan pelabuhannya yang strategik. Justeru itu, pertambahan
penduduk berlaku kerana terdapat para pedagang tersebut yang berkahwin dengan wanita tempatan.
Boleh dikatakan bahawa hubungan perdagangan antara India dan Tanah Melayu
terutamanya selepas abad ke-17, kebanyakannya melibatkan peniaga India Muslim dan Melayu.
Kebanyakan ahli sejarah lebih cenderung untuk menghubungkan perdagangan ini dengan kehadiran
peniaga-peniaga India Muslim berbanding Hindu India, seperti yang dijelaskan oleh Arasaratnam (1980 ):
" Dengan pengurangan penghantaran dan aktiviti bersifat perdagangan kaum India serta pengembangan
Islam kuasa politik dan ekonomi di India, jumlah peniaga Hindu datang ke Tanah Melayu menurun, dan
memberi tempat untuk para pedagang Muslim Bengal, Golconda, Coromandel dan Gujerat"
2.0 Penghijrahan India Muslim
Penghijrahan pedagang dan saudagar India Muslim ke Semenanjung Tanah Melayu berlaku sejak awal
perkembangan Kedah sebagai pelabuhan antarabangsa yang penting pada zaman kerajaan Srivijaya
(abad ke-8 hingga abad ke-13). Kedah merupakan pusat 7 komuniti India Muslim yang pertama di
Semenanjung Tanah Melayu di mana saudagarsaudagar Muslim, India dan Parsi menjalankan
perdagangan di antara India dan China. Saudagar India Muslim dari India Selatan khususnya kaum Chola
dari Pantai Coromandel memainkan peranan utama dalam perdagangan bijih timah, buluh dan kapur
barus yang terdapat di Kedah.
Setelah Melaka telah kehilangan statusnya sebagai pelabuhan entrepot yang disebabkan
oleh penaklukan penjajah Portugis pada tahun 1511 dan Belanda pada tahun 1641,, ramai daripada
keluarga India Muslim dan Jawi Peranakan berpindah ke Kedah dan seterusnya ke Pulau Pinang.
Pembukaan Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas pada tahun 1786 dan polisi terbuka East India
Company terhadap pedagang dari India menggalakkan penghijrahan ramai, pendatang India Muslim ke
247
pulau tersebut. Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Chulia dari Kedah dan Pantai Coromandel di
India Selatan.590
Menurut Fujimoto (1989) orang Chulia yang sudah lama menetap di Kedah adalah peneroka
pertama Pulau Pinang yang berpindah ke pulau itu untuk mencari peluang baru dari awal abad ke-18,
iaitu sebelum pun Pulau Pinang dijadikan petempatan British. Sehingga 1860 pedagang Chulia
merupakan komuniti terbesar selepas orang Melayu. Persamaan dalam kepercayaan keagamaan iaitu
budaya, tradisi dan nilai-nilai Islam memudahkan perkahwinan campur antara mereka dan orang Melayu
asli hingga terdiri komuniti kacukan Jawi Peranakan yang dominan dari segi penglibatan mereka dalam
sektor pedagangan dan pemiagaan. Mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan awal
Pulau Pinang.
Kedatangan mereka ke Tanah Melayu adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya
ialah bencana alam yang berterusan di India telah menimbulkan penderitaan yang teruk pada penduduk
akibat hasil pertanian yang tidak mencukupi. Sebagai contoh, Dataran Tinggi Deccan dan India Selatan
mengalami bencana alam seperti kemarau yang merosakkan tanaman. Hal ini mengakibatkan kira-kira
30 peristiwa kebuluran pada tahun 1840-an. Akibatnya, petani yang tidak mempunyai tanah akan
memajak tanah daripada tuan tanah yang yang mengenakan kadar sewa yang sangat tinggi sehingga 80
peratus daripada hasil tanaman yang diperolehi. Oleh itu, kehidupan petani kekal pada tahap kemiskinan.
Kehidupan mereka semakin payah,akibat bayaran cukai yang tinggi atau terikat dengan hutang dengan
peminjam wang.Semua kesengsaraan hidup ini telah mendorong mereka berhijrah keluar sebagai satu
usaha untuk memperbaiki nasib dan kehidupan masing-masing.591
Penindasan oleh tuan tanah juga
menyebabkan orang India semakin menderita. Walaupun India sebuah negara yang luas, namun bukan
semua rakyatnya mempunyai tanah. Jika dibandingkan dengan petani-petani di Tanah Melayu, walaupun
miskin, mereka masih mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan.
Kebanyakan petani di India terpaksa mengusahakan tanah yang dipunyai oleh tuan-tuan
tanah yang mengenakan cukai yang tinggi. Sebagai contoh, terdapat tuan tanah yang mengalami 80%
daripada hasil tanaman sebagai bayaran sewa. Pertambahan penduduk yang tinggi menyebabkan taraf
hidup orang India semakin teruk, contohnya pada tahun 1845, penduduk India berjumlah 131 juta dan
meningkat kepada 390 juta pada tahun 1941. Penindasan kasta yang teruk di India juga mendorong orang
India datang ke Tanah Melayu. Tambahan pula pada waktu tersebut, pihak pemerintah melakukan
penindasan terhadap masyarakat Muslim yang berada di sana membuatkan mereka terpaksa mencari
jalan keluar.592
Hubungan yang terjalin antara Tanah Melayu dengan negara India sebenarnya telah wujud
sejak dahulu lagi. Walaupun tiada kepastian berkenaan tarikh sebenar pelayar-pelayar India melepasi
Teluk Benggal dan datang ke Tanah Melayu, tetapi semasa pemerintahan Dinasti Gupta di India iaitu
590
Halimi, Ahmad Jelani, 1998. Perdagangan dan pedagang Islam di Kedah pada abad ke- 17 dan 18M: satu
tinjauan. In Islam di Kedah Darul Aman, Eds., Salleh, Md. Noor and Abdul Halim Salleh. Kedah: Majlis Kebudayaan
Negeri Kedah Darul Aman. hlm. 133-139
591
Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur. Oxford Fajar. hlm 330.
592
Abdul Malik bin Meera Hussain, generasi ketiga yang sudah menetap di Pulau Pinang sejak penghijrahan
datuknya.
248
sekitar (320-544 Tahun Masihi), pengaruh India telah pun dilihat bertapak kukuh di IndoChina atau Tanah
Besar Asia Tenggara, Kepulauan Melayu dan Semenanjung Melayu.593
Perhubungan antara kawasan
Asia Tenggara dengan India telah dijalankan hasil dari kedua-dua pihak yang mana setiap pihak
mempunyai pelayar-pelayar yang handal. Kenyataan ini dikukuhkan lagi kerana terdapat banyak bukti
yang menunjukkan pelayar-pelayar Melayu ini pergi ke pelabuhan India dan Sri Lanka sama seperti
pelayar India yang datang ke Asia Tenggara.594
Antara nama tempat yang terawal yang menghubungkan Asia Tenggara dengan India
sebelum kedatangan British adalah Yavadvipa yang dinyatakan di dalam Ramayana yang bermaksud
pulau emas dan perak. Selain itu, nama Suvarnabhumi yang bermaksud “semenanjung emas” juga turut
merupakan salah satu nama yang digunakan untuk merujuk kepada kawasan Asia Tenggara.
Sekalipun kaum India telah lama berada di seluruh pelusuk tanah air namun hampir semua
penduduk asal dari India adalah terdiri dari kaum pendatang atau pun anak anak kepada pendatang.
Permulaan kedatangan mereka ada kaitan dengan pembukaan Pulau Pinang pada tahun 1786. Manakala
berakhir pula dengan pengharaman membawa keluar dari India pada tahun 1938 oleh kerajaan India.
Akibat desakan yang berlaku yang seterusnya mendorong kepada peningkatan bahan
mentah dan pasaran, menyebabkan imperialisme British mengembangkan sayapnya ke sebelah Asia
Tenggara bagi menampung jalan perdagangan India-China. Pemilihan Pulau Pinang sebagai pangkalan
pertahanan untuk kapal-kapal dan laluan perdagangan India-China adalah bagi menggantikan Benkulen
yang tidak lagi sesuai untuk dijadikan sebagai pangkalan kerana lokasinya yang berada di luar jalan
perdagangan tersebut.
Menurut pemerhati awal, umpamanya Leith(1805) hampir semua pendatang India terdiri dari
kaum Chulia.595
Selain itu, terdapat satu istilah iaitu Kling yang digunakan untuk merujuk kepada orang
India Selatan Islam yang datang dari Madras dan Pantai Coromandel ini. Kling merupakan istilah kalinga
yang pernah disebut dalam Sejarah Melayu dan penggunaannya adalah untuk merujuk kepada orang
India Selatan secara umum semasa zaman Melaka. Chulia pula berasal dari istilah Chola adalah bagi
merujuk mereka yang datang dari Pantai Coromandel.
Terdapat dua kelompok utama masyarakat India yang terdapat di Pulau Pinang iaitu Kling
dan juga Benggali. Kling atau biasanya disebut juga sebagai Chulia berasal dari Madras dan Pantai
Coromandel manakala Benggali berasal dari Calcutta.596
Imigran India di Kedah yang datang ke Pulau
593
Indians in Early Malaya, Petaling Jaya : U P: Uthaman & Bros (Tiada tahun dan nama pengarang. ianya
berbentuk risalah)
594
D. G. E. Hall, Sejarah Awal Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka , 1987. hlm 16.
595
Terdapat pendatang dari India Utara yang disebut sebagai Benggali. Pada awal abad ke 20, orang India yang
berada di Pulau Pinang juga terdiri daripada askar/sepoi yang dihantar untuk berkhidmat di Negeri-negeri Selat
dan juga banduan dari Benkulen.
596
Orang-orang Kling jauh lebih ramai daripada orang Bengali. Orang-orang Tamil-Muslim Selatan India biasanya
dirujuk sebagai Chulia oleh pihak British.
249
Pinang merupakan India Muslim yang berasal dari Pantai Koromandel dan juga golongan para pedagang
yang terdiri daripada Jawi Peranakan.597
Sebahagian besar daripada imigran India terdiri daripada penutur bahasa Tamil dari negeri
Tamil Nadu. Pada tahun 1947, mereka merupakan 77% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu
dan Singapura. Orang India Selatan yang lain, khususnya orang Malayalee dan Telugu, merupakan lagi
14% pada tahun 1947, dan baki komuniti India terdiri daripada orang India Utara, terutamanya orang
Punjabi, Bengali, Gurjarati, dan Sindhi.598
Masyarakat India menjalankan pelbagai kegiatan contohnya seperti berniaga dan
berdagang, penjaga kedai, menjadi tukang masak, anak kapal dan buruh. Mereka juga turut menjalankan
kegiatan sebagai penarik kereta kuda dan juga tukang cuci.599
Pembinaan jalan raya yang terdapat di
Pulau Pinang pada abad ke-19 pula dijalankan oleh buruh-buruh yang datang dari Tamil, Telugu dan
Malayah.
Dipercayai pedagang Tamil Muslim dari Pantai Koromandel yang dikenali sebagai Illappai
atau Labbai, orang-orang Arab dari Hadramaut dan Mappilas iaitu keturunan Arab dari Malabar yang
bertanggungjawab membawa masuk fahaman mazhab Shafie ke dalam kerajaan Melayu Melaka.
Buktinya perkataan lebai acap kali digunakan oleh orang-orang Melayu apabila merujuk kepada orang-
orang yang warak atau pegawai masjid. With the fall of Malacca in 1511, Indian Muslim traders no longer
focused on Malacca. However, they still carried on trading activities in Malacca in spite of Portuguese and
Dutch presence. According to Mohamed Dali (2008), they were still active, especially in Perak and Kedah.
Among the merchants who carried on trading between India and Malaya was Nabon Mamet Amichan who
traded in elephants between Perak and India in the year 1577, while Muslim traders from Surat carried on
trading with Kedah.
Golongan Makayar ini melakukan penghijrahan mereka ke Kedah apabila Belanda menutup
pelabuhan Melaka kepada pedagang Islam. Selain itu, kedatangan mereka ini juga adalah disebabkan
oleh galakan yang diberikan oleh Raja Kedah kepada masyarakat India untuk mereka datang berniaga di
sini.600
Selepas Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light, ramai dari golongan Marakayar berpindah
dari Kedah dan Melaka ke Pulau Pinang.601
Perpindahan ini berlaku akibat adanya faktor peluang
pekerjaan yang banyak terdapat di sana. Kedudukan mereka di negeri ini menjadi lebih kukuh hasil
perkahwinan dengan wanita tempatan yang akhirnya melahirkan golongan Jawi Pekan. Menurut
597
Eusoff, Ragayah, 1997. The Merican Clan: A Story of Courage and Destiny. Times Books International
598
Jabatan Penerangan Malaysia
599
John Cameron 1965. Our Tropical Possessions in Malayan Indian, Kuala Lumpur. Oxford University Press
(terbitan pertama pada 1865 oleh Smith, Elder and Co., London), hlm. 147-148
600
Temubual Abdul Maleek bin Meera Hussain, di rumahnya pada 6 Februari 2015
601
Khoo Salma Nasution 1996. “The Chulias” dalam Conversation Study of The Kapitan Keling Mosque, Australia:
South Australia Heritage Consultants and Contractors, hlm. 10-11
250
Vaughan,istilah Jawi Pekan ini dalam keadaan tertentu bermaksud untuk membezakan penduduk bandar
dengan penduduk luar bandar.
Cerita mengenai kejayaan golongan India Muslim dan Jawi Pekan di Pulau Pinang ini pernah
disebut oleh Muhammad Ibrahim Munsyi sewaktu melawat Pulau Pinang pada tahun 1872. Beliau
memperihalkan mengenai beberapa kenalannya seperti Tuan Haji Muhammad Nor atau Encik Long yang
tinggal di Lebuh Acheh, Dalbidal dan Yahya Merican orang peranakan Keling yang digambar kan olehnya
sebagai “orang baik-baik dan senang”. Ibrahim Munsyi mencatat :
“Adapun pelabuhannya dekat dan selamat, Maka kebanyakan yang menjadi kuli dalam
pekerjaan punggah-memunggah, angkat-mengangkat, daripada bangsa Keling belaka. Banyaklah lain-
lain bangsa dalam negeri itu dalam pekerjaan lain-lain dan berniaga. Maka orang-orang Melayu-nya
banyak yang berkebun di darat-daratnya. Maka peranakan yang di dalam bandaraya itu berjenis-jenis
pekerjaan masing-masing; ada yang berniaga dan ada yang makan gaji menjadi kerani. Kebanyak
peranakan Keling yang berniaga dinamakan bangsa itu “anak-anak Jawi Pekan”, dan peranakan
Melayunya banyak belayar-layar dan berniaga, dan ada yang membuat kasut dan lain-lain di dalam Jalan
Masjid Melayu itu-dalam bahasa Inggeris namanya itu Acheen Street. Dan di situ ada sebuah masjid
Melayu besar, tiadalah berapa baik buatannya melainkan lama dan buruk serta kotor jua tetapi diperbuat
daripada batu dan atapnya genting. Maka tempat perhimpunan bangsa-bangsa Keling serta Jawi Pekan
itu pada jalan yang bernama Chulia Street;terlalu ramai mereka itu dan ada pula sebuah masjidnya di situ
daripada batu dan genting jua.”602
Nama Chulia Street disebut sedemikian kerana bilangan orang India Selatan yang
jumlahnya semakin ramai dan menenggelamkan orang Malabar iaitu kumpulan paling awal yang menetap
di kawasan tersebut. Pengasas golongan Jawi Peranakan yang paling berpengaruh dan kaya ialah
Kapitan Kling atau nama sebenarnya Kader Mydin Merican. Beliau dipercayai datang bersama Francis
Light pada 1786 untuk memegang jawatan sebagai “mandor” dalam kapal Syarikat Hindia Timur Inggeris
dan pada 1801 dia dilantik sebagai ketua masyarakat India Muslim dari Selatan India. Perkataan kapitan
yang terdapat pada awal namanya membawa maksud “kapten” atau ketua.603
Beliau dikatakan
bertanggungjawab dalam membentuk hubungan baik masyarakat pedagang India Muslim dan Jawi Pekan
dengan pihak pentadbir SHTI.
Selain Kapitan Kling, golongan Marakayar yang turut berpengaruh dan kaya adalah
Mohamed Merican Nordin yang merupakan adiknya. Seperti pedagang India Muslim dari India Selatan
yang lain, beliau juga terlibat dalam perdagangan transit dengan tumpuan utama kepada pertukaran kain
daripada India dan Acheh serta lada hitam dari Sumatera.
Selain daripada masyarakat pedagang dan buruh yang ada, masyarakat India Muslim yang
terdapat di Pulau Pinang juga datang dari dua golongan yang lain iaitu askar atau sepahi yang dihantar
602
Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi 1980. Dengan Penanggalan dan Anotasi Oleh Mohd Fadzil
Othman, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 104 dan 106.
603
Temubual Mohamed Nasir Mohideen, Pengerusi Persatuan Muslim Tanjung(PELITA) di rumahnya pada 28
Februari 2015
251
dari India untu berkhidmat di Negeri-negeri Selat pada awal abad ke -19 dan juga dari kumpulan banduan.
British telah membina sebuah tempat pembuangan banduan di Benkulen. Selepas Benkulen (Bangkahulu
iaitu British garrison di Pulau Sumatera) diserah balik kepada Belanda pada 1824, Inggeris telah
memindah masuk ke Penang ramai 'buruh banduan' dari India.
Walaupun kerajaan India bersetuju untuk memberi pengampunan kepada sebahagian besar
banduan ini apabila Pejabat Tanah Jajahan dipindahkan dari India ke London pada 1867, tetapi banduan-
banduan ini memilih untuk terus menetap di Pulau Pinang. Perkara ini adalah kerana mereka sudah biasa
dengan keadaan sekeliling. Buruh banduan ini dihimpunkan di Pulau Pinang dan kemudian dipasar ke
negeri lain selain Pulau Pinang yang memerlukan buruh kuat dan murah ini bagi ladang-ladang yang
rancak berkembang ketika itu. Kerja-kerja PWD (Public Works Department) di Negeri-Negeri Selat pada
waktu itu diselenggara seluruhnya oleh pekerja banduan yang berakhir cuma tahun 1873.
Di Pulau Pinang, khususnya di kawasan Goergetown, terdapat beberapa kawasan di dalam
bandar tersebut yang dikaitkan dengan golongan Melayu Muslim. Selain Lebuh Chulia dan Lebuh Acheh,
kawasan lain adalah seperti Armenian Street, Ayer Rajah, Beach Street, Campbell Street, Dato Keramat
Road, Kedah Road604
, Malay Street, Perak Road, Penang Road dan Jelutong Road.
3.0 Kepelbagaian Etnik India Muslim
Sebenarnya perkataan India Muslim itu bukanlah menunjukkan bahawa kaum ini terdiri
daripada satu etnik sahaja malahan sebenarnya terdapat banyak pecahan etnik yang berada di bawah
kaum India Muslim ini. Sungguhpun begitu banyak etnik yang berada di bawah etnik ini, tetapi tidak
terdapat perbezaan dari sudut kuasa, kekayaan dan juga tingkat sosial antara satu etnik dengan etnik
yang lain.
Etnik Tamil beragama Islam dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Marikar dan Rawther.
Marikar diambil maksud perkataan Tamil membawa makna penduduk dengan perahu kayu. Fakta
menunjukkan Marikar wujud di bahagian tanjung laut sekitar Tamilnadu. Bagi etnik Rawther, ianya diambil
dari perkataan Mauther yang bermaksud penduduk yang menguruskan gajah dan kuda tentera diraja.
Dari sudut amalan agama Islam. Golongan Marikar mengikut undang-undang Islam berdasarkan mazhab
Imam Syafie. Golongan Rawther pula mengikut undang-undang Islam berdasarkan mazhab Hanafi.
Seterusnya etnik atau pecahan Merican yang menjadi nama keluarga dalam komuniti
Melayu moden turut mempunyai pautan sejarah dengan perkataan Marikar. Ia sama seperti nama
keluarga Rautin yang merujuk kepada Rawther. India Muslim di Malaysia turut diwakili oleh etnik-etnik
India kecil yang lain. Kerala Muslim datang dari selatan negara India yang dipanggil Kerala. Mereka juga
604
Kawasan petempatan masyarakat India Muslim dari Kadayainanlu sejak awal kedatangan mereka dari Kedah
seperti yang diceritakan oleh Abdul Malik bin Meera Hussain di rumahnya pada 6 Februari 2015
252
dikenali sebagai Malabar Muslim. Mereka juga digelar sebagai Kaka yang bermaksud abang yang lebih
tua. Bengali Muslim, Gujerati Muslim.
Kewujudan masjid Malabar di Beach Street, Pulau Pinang sebelum musnah akibat bom
Perang Dunia Kedua dan perkampungan Malabar di Transfer Road menjadi bukti kewujudan mereka di
Pulau Pinang. Bengali Muslim pula datang dari Bengal, India. Kewujudan mereka jauh lebih lama sebelum
kewujudan negara Pakistan dan Bangladesh. Kewujudan Masjid Bengali di Leith Street dan Kampung
Bengali di Butterworh menandakan kehadiran mereka ke sini.
Gujerati Muslim datang dari Gujerat, Utara India. Satu kumpulan lagi, Bombay Muslim
berasal dari Maharashtra, Utara India. Jumlah mereka kecl tetapi aktif dalam perniagaan. India Muslim di
Malaysia ramai berasal dari Tamilnadu. Misalnya, bagi kawasan Thenkasi di kawasan Trinelveli,
Tamilnadu mempunyai jumlah penduduk Islam yang ramai. Kawasan tersebut mempunyai sebuah Bandar
besar bernama Kadaya Nallur. Mereka banyak berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura. Mereka dikenali
dengan gelaran Thenskasi Muslim dan Kadaya Nallur Muslim.
Satu kumpulan India Muslim juga datang dari dari daerah lain di Tamilnadu. Kebanyakkan
datang dari Ramnad dan Tanjore. Mereka membentuk kumpulan perniagaan Inida Muslim di Pulau
Pinang. Thenkasi Muslim menggelarkan mereka sebagai Petai Muslim.
Kesimpulannya di sini, dapat kita lihat bahawa asal usul kedatangan masyarakat India
Muslim ke Pulau Pinang khususnya adalah disebabkan oleh banyak faktor dan antara faktornya adalah
kerana perdagangan ditambahkan lagi dengan kawasan pelabuhan Pulau Pinang yang strategik dan
menjadi laluan para pedagang. Perkara ini telah pun dibincangkan sebelum ini bahawa kemasukan kaum
India Muslim ke Pulau Pinang adalah disebabkan oleh status pusat perdagangan bebas.
Oleh yang demikian, terjawablah persoalan yang mana lambakan atau tumpuan masyarakat
India Muslim yang terdapat di negeri Pulau Pinang lebih besar berbanding dengan negeri-negeri yang lain
adalah disebabkan oleh faktor perdagangan yang berlaku sejak dahulu lagi.
India Muslim di Malaysia hari ini boleh dibahagikan kepada yang pertama, mamak yang
telah berkahwin dengan orang Melayu dan diiktiraf sebagai Melayu. Susur galur keluarga kelompok ini
hanya boleh diketahui dari nama/gelaran seperti Merican, Shah, Syed, Sheikh dan sebagainya, atau
dengan melihat raut wajah mereka iaitu bentuk hidung dan mata yang bulat.
Kedua pula, mereka yang tidak berkahwin dengan orang Melayu tapi mengamalkan budaya
Melayu. Mereka hanya boleh bertutur dalam Bahasa Melayu, dan telah putus hubungan dengan negara
asal – India. Ini termsuklah ribuan mamak di Pulau Pinang, Kedah, Melaka dan di tempat-tempat lain.
Cuma DNA sahaja yang menunjukkan asal usul mereka, selebihnya mereka adalah Melayu.
Seterusnya ialah golongan yang masih lagi dikategorikan sebagai Tamil yang hanya boleh
bertutur Bahasa Melayu (pasar). Walaupun sudah putus hubungan dengan negara asal, tapi mereka
masih menonton filem Tamil, tidak membaca akhbar Bahasa Melayu dan kurang arif tentang adat resam
253
Melayu. Walaupun dilahirkan di Malaysia, mereka tak dapat membezakan antara ‘kuih talam’ dan ‘otak-
otak’. Ramai anggota KIMMA termasuk dalam kategori ini.
Mereka yang tergolong sebagai Tamil dan tak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu walau
Bahasa Pasar sekalipun. Mereka masih mempunyai talian kekeluargaan yang rapat dengan negara asal.
Mereka menonton filem Tamil dan lebih mengetahui perkembangan politik di Tamil Nadu dari politik
Malaysia. Mereka membaca Tamil Nesan dan Tamil Nanban setiap hari untuk mengetahui perkembangan
di Tamil Nadu dan India. Ramai ahli KIMMA tergolong dalam kumpulan ini.
4.0 Kegiatan Ekonomi
Walaupun masyarakat India Muslim di Pulau Pinang hanyalah sebagai pendatang, tetapi status tersebut
tidak menghalang mereka untuk menjalankan aktiviti dan kegiatan mereka untuk terus hidup di negeri
orang. Perkara ini juga adalah kerana tujuan utama masyarakat India Muslim ini ke Tanah Melayu
khususnya Pulau Pinang adalah untuk berdagang dan mencari rezeki.605
Antara yang paling berpengaruh dari kelompok ini ialah Kader Mydin Merican(Kapitan Kling)
dan juga Mohamed Merican Noordin yang terlibat dalam perniagaan transit sejak 1820-an. Mohamed
Merican Noordin merupakan pedagang persendirian yang paling banyak menghantar kargo ke pelabuhan
sekitar Nusantara termasuklah Chittagong di Bangladesh, Moulmein dan Arakan di Myanmar, India dan
juga China. Laporan tentang kapal-kapal di Pelabuhan Pulau Pinang yang tersiar dalam akhbar Penang
Gazette Straits Chronicle (PGSC) pada 1830-an hingga 1850-an sering mencatatkan nama Mohamed
Noordin Merican sebagai consigner. Kegiatan perniagaan ini diteruskan oleh anak-anak selepas
kematiannya pada tahun 1870.
Selain daripada perniagaan kain dan tekstil, masyarakat ini juga turut menjalankan kegiatan
perdagangan dan perniagaan yang lain antaranya seperti runcit606
, perniagaan barang kemas,
perkhidmatan tongkang serta pembekal buruh. Contohnya seperti H. H. Abdoolcader yang terlibat dalam
perkhidmatan guaman, Abdul Latif Haji Tayoob sebagai pebiaga beras dan Ahmed Sah Rather serta O.
M. Noordin pembeli dan pembekal beras. Soetan Mohd. Isa pula merupakan individu yang terlibat di dalam
perniagaan imprt dan eksport getah, kelapa, lada hitam, minyak dan lain-lain. Premis perniagaan Mohd
Issa & Sons ini terletak di Lebuh Acheh. M. S. Merican pula merupakan broker pinjaman yang membuka
premis perniagaan di no 167, Chulia Street.
Contoh masyarakat ini yang turut menjalankan aktiviti perdagangan dan perniagaan adalah
A. Mohamed Rawther yang menjalankan aktiviti sebagai pembekal buruh dan juga agen pemunggahan
barang dari kapal ke kapal.
605
Temubual Abdul Malik bin Meera Hussain, di rumahnya pada 6 Februari 2015.
606
Ibid.
254
Jika kita lihat, agak ramai masyarakat India Muslim ini yang menjalankan kegiatan
perdagangan berkaitan dengan kapal dan pelabuhan adalah disebabkan yang pertama sudah
sememangnya latar belakang mereka ini adalah sebagai pedagang dan juga kerana Pulau Pinang
merupakan sebuah pelabuhan entrepot yang terpenting di sepanjang Selat Melaka pada penghujung
kurun ke 19.
Di samping itu, terdapat juga di dalam kalangan masyarakat India Muslim ini yang
menjalankan dan memiliki perniagaan buku dan alat tulis. Contohnya seperti S. M. S. Khater Sahib yang
mempunyai sebuah syarikat bernama Naveena Katha Vasaga Book di Chulia Street.
Perniagaan barang kemas juga turut dijalankan oleh India Muslim contohnya seperti S. M.
Aided yang terletak di Lebuh Acheh, M. Hamid Shaik di Chulia Street yang turut menjalankan perniagaan
pertukaran wang asing dan Fancy Goods Store yang mana kadang kala menjadi pembekal kepada
barang-barang sulaman.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, bidang perniagaan yang melibatkan kain dan tekstil
merupakan antara kegiatan yang sangat giat dan mempunyai sambutan yang menggalakkan dari
masyarakat India Muslim ini. Antara peniaga yang terkenal ialah sepeti syarikat S. E. S. Abdul Karim &
Co yang terlibat dalam mengimport kain pelikat serta premis milik Abdullah dan Jaafar Rawa yang terletak
di Chulia Street. Sheikh Mohamed Badjenid bin Sheikh Ahmad Badjenid juga melibatkan dirinya di dalam
perniagaan kain dan juga rempah.
Seorang lagi yang turut giat dalam menjalankan kegiatan import dan eksport ini adalah
Kader Saiboo Merican yang memiliki gedung perniagaan bernama Kader Saiboo Traders. Beliau telah
menjalankan aktiviti perniagaan ini semenjak dari negara asalnya dahulu iaitu India.607
Perniagaan ini
merupakan perniagaan keluarga yang mana seterusnya dipegang oleh anak-anaknya iaitu Dalbadal
Merican, Yahya Merican dan juga akaria Merican. Semasa perniagaan keluarga ini mengalami
kemerosotan, masih terdapat salah seorang dari mereka iaitu Mohammad Naina Merican yang masih
menunjukkan minatnya di dalam perniagaan. Beliau yang dilahirkan pada 1890 di Pulau Pinang
menjalankan perniagaan sambilan berasaskan makanan seperti mentega, jem dan lain-lain.
Beralih pada masa kini, kegiatan masyarakat India Muslim lebih bertumpu kepada
perniagaan makanan atau restoran yang memberikan pengkhususan restoran tersebut kepada makanan
nasi kandar. Nasi kandar sebenarnya telah wujud sejak aman kedatangan mereka ke sini. Resipi nasi
kandar diilhamkan oleh golongan India Muslim atau mamak. Berdasarkan sejarah, pedagang India Muslim
dari wilayah-wilayah selatan India seperti Malabar datang ke Tanah Melayu pada kurun ke-16. Mereka
mencipta resipi nasi kandar dengan berpuluh-puluh jenis rempah dan menyesuaikannya dengan
persekitaran di Tanah Melayu.608
607
Kebanyakan masyarakat di India Selatan menjalankan aktiviti menenun kain
608
Abdul Malik bin Meera Hussain menyatakan bahawa ibunya serta golongan wanita India Muslim yang tinggal
di kawasan Kedah Road melakukan dan mengambil upah untuk menggiling rempah atau masala yang digunakan
di dalam masakan nasi kandar.
255
Nasi kandar pada zaman awal cuma dihidangkan pada waktu pagi dan gelaran kandar kekal
hingga kini sempena gaya penjual dekad 1930-an mengandar bakul atau raga yang mengandungi nasi
dan lauk dengan sebatang kayu tebal.
Dengan kaedah itu, mereka merentasi pekan dan kampung menjaja makanan tersebut.
Pada peringkat awal, nasi dihidangkan bersama lauk daging masak kicap, telur rebus dan bendi rebus
sebagai sarapan pagi. Namun demikian, perniagaan yang lain-lain seperti contoh yang diberikan sebentar
tadi masih berjalan seperti biasa.
Anggaran kaum India Muslim yang menjalankan kegiatan ekonomi seperti berniaga restoran
adalah sebanyak 37 500 buah. Anggaran ini hanya melibatkan perniagaan makanan sahaja dan tidak
termasuk perniagaan lain.609
5.0 Adat Resam
Tidak lengkap sistem sosial sesebuah komuniti atau kelompok masyarakat itu tanpa menyentuh dan
mengetahui berkenaan dengan sistem pendidikan mereka serta adat resam yang diamalkan oleh mereka.
Kebanyakan adat resam dan cara hidup masyarakat ini adalah sama dengan masyarakat
Islam yang lain. Cuma terdapat sedikit perbezaan yang berlaku disebabkan oleh mereka ini merupakan
masyarakat pendatang dan bukannya masyarakat asal di Tanah Melayu( Malaysia). Kita lihat dari aspek
perkahwinan, yang mana masyarakat India Muslim ini melakukan beberapa proses seperti merisik,
meminang, akad nikah dan juga persandingan.
Meminang bermaksud pihak keluarga lelaki atau wakilnya menyuarakan hasrat untuk
mengahwini seseorang wanita. Peminangan dalam Islam adalah merupakan satu proses untuk mencari
dan mendapat persetujuan seorang wanita untuk dikahwini. Abd. Kadir (2002) mengatakan bahawa
seorang wanita berhak menerima pinangan jika dia bersetuju.
Tiada perbezaan ketara yang dapat kita lihat di dalam adat meminang di antara masyarakat
India Muslim dengan masyarakat Melayu Islam cumanya terdapat sedikit budaya yang mana upacara
menyarung cincin dan ’suap gula’ akan dilakukan oleh ibu pihak lelaki kepada gadis yang bakal menjadi
menantu mereka. Diikuti tradisi ahli keluarga lelaki menyuapkan gula dan susu ke mulut bakal pengantin
wanita. Sohaimi (2007), mengatakan bahawa dipercayai perbuatan menyuapkan sedikit gula ke dalam
mulut gadis bertujuan untuk kemanisan dalam alam perkahwinan serta sebagai tanda gadis tersebut
sudah berpunya.610
609
Konggres India Muslim Malaysia, 2011.
610
Sohaimi Abdul Aziz , 2007.Dari Tanjung Penaga ke George Town: membongkar sejarah negeri Pulau Pinang.
Persatuan Karyawan Pulau Pinang Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warian Malaysia.
256
Adat kedua yang terdapat di dalam perkahwinan masyarakat India Muslim ini adalah adat
berinai atau pun dikenali sebagai mehndi. Acara ini melibatkan pengantin perempuan dan pengantin
lelaki yang kebiasaanya dilakukan sehari sebelum majlis perkahwinan, diadakan secara berasingan di
rumah keluarga masing-masing. Upacara didahulukan di rumah pengantin lelaki dan pengantin
perempuan memulakan majlis mehndi sejurus menerima rombongan pengantin lelaki dengan membawa
dulang berisi semangkuk inai digunakan bagi menyempurnakan upacara tersebut. Seterusnya wakil pihak
lelaki bertandang ke rumah pengantin perempuan, membawa semangkuk inai bersama dulang hantaran,
persalinan sari pengantin perempuan, rantai emas dan sebentuk cincin.
Majlis akad nikah dilakukan di rumah pengantin perempuan menggunakan khidmat imam
mewakili kepada wali pengantin perempuan sebagai jurunikah dan terdapat juga masyarakat
menyempurnakan akad nikah dalam masjid bertujuan bagi mengambil berkat. Noriah (2010) mengatakan
bahawa selesai akad nikah, upacara membatalkan air sembahyang dilakukan dengan pengantin lelaki
menyarungkan cincin ke jari pengantin perempuan, mengalungkan kalungan ‘bungan malei’ dan menyuap
susu yang dicampur dengan pisang (pisang dilenyek sehingga lumat) serta mengalungkan ‘thali’ berupa
rantai diperbuat daripada manik dan kepingan emas berbentuk buah gandum. ‘thali’ atau tjirumaangalyam
merupakan lambang suci perkahwinan. 611
Pada ‘thali’ itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Adat penyediaan
‘thali’ ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas,
cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat ‘thali’
Ini adalah untuk memastikan tukang ‘thali’ mengetahui hari yang sesuai untuk membuatnya.
Mereka menyarungkan ‘thali’pada pengantin perempuan semasa majlis akad nikah berlangsung. Namun,
sekarang ‘thali’ tersebut digantikan dengan rantai manik gandum supaya tidak menampakkannya
bertentangan dengan ajaran agama Islam. tetapi simboliknya tetap sama iaitu merupakan lambang suci
perkahwinan. Mereka menukarkan thali itu kepada bentuk rantai emas supaya tidak menyamai niat
pemakaian thali itu sebagai simbol tuah dan kesucian dalam hubungan sesebuah perkahwinan.
Atchatai iaitu beras yang dicampur kunyit serta bunga disusun di atasnya ditaburkan ke
atas pengantin sebagai tanda restu. Seterusnya pengantin bertukar kalungan bunga malei dipakai
sebanyak tiga kali. ‘Bunga malei’ sebagai alat menyampaikan niat masing-masing dan simbol
kesejahteraan serta kebahagiaan rumahtangga. Istilah malei’ membawa maksud kalungan pelbagai jenis
bunga seperti bunga mawar, orkid dan melur diikat menggunakan tali. Mereka mengganggap bunga malai
sebagai simbolik untuk kebahagiaan dalam perkahwinan. Pengantin diraikan dengan paluan kompang
dan keluarga berkemampuan mengarak pengantin dengan menaiki kuda yang dihiaskan indah.
Bersanding merupakan kemuncak dalam adat perkahwinan. Pengantin diandam oleh mak
andam dengan menggunakan adunan barangan sepinggan beras, sebiji kelapa, minyak wangi, buah
limau purut, bekas bara dan beberapa helai daun sirih. Tempat bara dicampurkan dengan kemenyan
611
Noriah Mohamed, 2010. Daripada Jawi Peranakan kepada Melayu: Tinjauan Terhadap Komuniti Jawi
Peranakan di Pulau Pinang Pada Abad Ke-21. International Journal of the Malay World and Civilization (SARI), (2):
63-82.
257
digunakan untuk mengasap wajah pengantin perempuan bagi membuang sial majal. Sohaimi (2007)
mengatakan bahawa mandi limau dipercayai dapat mengelak kejadian buruk, sewaktu majlis bersanding
berlangsung. Untuk kelihatan lebih cantik, dibuang bulu kening dan bulu roma serta dipakai pelbagai
barang kemas melambangkan kekayaan seseorang. Sewaktu pengantin disandingkan, upacara
menepung tawar disempurnakan oleh keluarga pengantin perempuan dan pengantin lelaki. Aktiviti
menepung tawar dilengkapi adat bersuap-suapan dengan sedikit nasi kunyit diletakkan pada jari
pengantin perempuan dan disuapkan ke mulut pengantin lelaki dan dilakukan juga kepada pengantin
perempuan.
Masyarakat ini juga memakai barang kemas sewaktu menghadiri majlis perkahwinan.
Barang kemas melambangkan kemewahan seseorang. Dipercayai orang memakai barang kemas
disambut lebih keistimewaan berbanding orang kurang memakai barang kemas. Ada yang menggadai
tanah, hutang wang atau memimjam barang kemas kepada orang lain untuk menghadiri sesuatu majlis
perkahwinan. Wanita tidak akan menghadiri majlis perkahwinan kerana tidak mahu menanggung malu
walaupun majlis perkahwinan itu dianjurkan oleh ahli keluarga yang terdekat.
Setelah meneliti kepada semua adat dan budaya masyarakat India Muslim ini dari sudut
perkahwinan khususnya, dapat kita simpulkan bahawa mereka masih berpegang teguh kepada dan
meresapi budaya dan adat kaum India dan negara asal mereka walaupun telah lama menetap di negara
ini.
6.0 Sektor Pendidikan
Seterusnya kita lihat pula kepada sistem pendidikan masyarakat India Muslim ini. Dalam perkembangan
pendidikan Islam, kaum ini merupakan antara kumpulan pertama yang membina sekolah-sekolah pondok
dan madrasah di kawasan pinggiran bandar seperti Jelutong dan Gelugor untuk menandingi
perkembangan pendidikan Islam di kampung-kampung Melayu seperti Bayan Lepas dan Nibong Tebal.
Pendidikan asas mereka dalam agama Islam dan penguasaan bahasa Melayu, Tamil dan
Arab membolehkan mereka menjadi guru dan pendidik yang berpengaruh di kawasan-kawasan tersebut.
Kepimpinan mereka yang dinamik terbukti dalam usaha-usaha awal untuk memperkembangan kurikulum
sekolah agama di bandar Georgetown dengan mata pelajaran bahasa Inggeris dan Tamil. Sekolah-
sekolah tersebut dibiayai oleh derma yang dihulurkan oleh komuniti India Muslim. Antara sekolah terawal
yang dibuka adalah seperti Sekolah Hidayatullah yang menggunakan bahasa Tamil dan Inggeris sebagai
bahasa perantaraan mereka612
dan salah seorang tokoh yang terkenal pada masa tersebut ialah Sheikh
612
Temubual Abdul Malik bin Meera Hussain di rumahnya pada 6 Februari 2015.
258
Omar Basheer yang turut menjadi individu yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan konflik
persatuan kongsi gelap yang berlaku pada tahun 1867.613
Sebagai masyarakat yang berpendapatan tinggi dan mampu menghantar anak-anak
mereka ke sekolah-sekolah Inggeris seperti Penang Free School, kaum Jawi Peranakan mendahului
orang Melayu luar bandar yang lambat menerima pengaruh pendidikan tersebut. Berbanding dengan
orang Melayu asli yang kurang senang menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah mubaligh
Kristian, kaum ini menunjukkan sikap yang pragmatik dan terbuka terhadap pengaruh persekitaraan
seperti pendidikan yang akan menguntungkan mereka.
Kelebihan kaum India Muslim pada peringkat awal perkembangan pendidikan negara ialah
pendidikan mereka dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang membuka peluang bagi mereka
memasuki pentadbiran penjajah Inggeris sebagai kerani mahkamah, juru bahasa dan pegawai tanah dan
selepas kemerdekaan sebagai pegawai kerajaan persekutuan. Mereka juga merupakan kumpulan
pertama yang menerokai bidang pendidikan dan profesional sebagai guru dan pensyarah di sekolah-
sekolah Inggeris dan maktab perguruan. Contoh masyarakat India Muslim yang menjadi jurubahasa
semasa di bawah pentadbiran British adalah Muhammad Ibrahim Munsyi. Nama Munsyi yang terdapat
pada nama beliau itu merupakan satu gelaran yang bermaksud perantara614
.
Bagi masyarakat India Muslim ini juga, mereka telah menubuhkan satu persatuan yang
mana bertujuan untuk menjaga keselamatan dan juga kebajikan masyarakat memandangkan mereka
merupakan kaum pendatang ke Tanah Melayu. Persatuan ini mendapat dana mereka hasil dari
sumbangan dan kutipan yang dijalankan dalam lingkungan masyarakat mereka. Persatuan pertama yang
ditubuhkan adalah Indian Muslim Pulau Pinang yang betujuan untuk menjaga kebajikan dan pendidikan
kaum ini.615
Pada masa sekarang juga, kita dapat lihat persatuan semacam ini masih wujud dan salah
satu daripadanya adalah Persatuan Muslim Tanjung (PELITA). Persatuan ini ditubuhkan bertujuan sama
seperti yang sebelum ini iaitu untuk menjaga kebajikan kaum mereka. Persatuan ini banyak melakukan
kerja-kera amal yang melibatkan kaum India Muslim dan rata-rata dari masyarakat India Muslim yang
berada di Pulau Pinang ini merupakan ahli kelab kepada persatuan.
Secara keseluruhannya dapat dikatakan di sini bahawa kaum India telah mempunyai
hubungan dengan Tanah Melayu sejak dari abad ke 15 dan tujuan mereka datang ke sini adalah untuk
aktiviti perdagangan. Namun disebabkan oleh beberapa faktor yang lain membuatkan masyarakat India
khususnya yang beragama Islam datang dan menetap di Tanah Melayu.
613
Contoh surat akuan ini terdapat dalam buku catatan tokoh agama itu yang dipamerkan di Muzium Negeri
Pulau Pinang di bawah tajuk "Buku Catatan Peribadi Sheikh Omar Basheer Dengan Rujukan Terhadap Rusuhan di
Pulau Pinang Pada Tahun 1867."
614
Temubual Mohamed Nasir Mohideen, Pengerusi Persatuan Muslim Tanjung(PELITA) di rumahnya pada 28
Februari 2015
615
Temubual Abdul Malik bin Meera Hussain di rumahnya pada 6 Februari 2015.
259
Kedatangan mereka secara beramai-ramai sekaligus menjadikan masyarakat mereka
menjadi salah sebuah kaum minoriti yang terdapat di Pulau Pinang. Pemilihan Pulau Pinang sebagai
salah sebuah negeri pilihan mereka disebabkan oleh kedudukan Pulau Pinang pada masa tersebut yang
menjadi salah sebuah pelabuhan terkenal selepas Melaka ditutup kepada pedagang Islam.
Bermula dari situ, masyarakat ini sedikit demi sedikit meneruskan kehidupan mereka
dengan melakukan kegiatan seperti berniaga dan sebagainya dan ada di dalam kalangan mereka yang
berjaya di dalam perniagaan masing-masing disebabkan oleh latar belakang mereka sememangnya
sebagai pedagang.
Oleh yang demikian, jelaslah di sini bahawa sejarah masyarakat India Muslim yang bertapak
di Pulau Pinang ini khususnya bertitik tolak dari faktor penolak dari negara asal dan juga faktor penarik
yang terdapat di Tanah Melayu.
7.0 Kesimpulan
Berdasarkan fakta, dapat kita faham bahawa kedatangan kaum India Muslim ke Pulau
Pinang telah pun bermula sejak dari awal abad yang lalu. Perbezaan jelas yang turut boleh kita perhatikan
antara kaum India dengan India Muslim ialah, kaum India yang datang berhijrah ke Tanah Melayu pada
satu masa dulu melibatkan diri mereka sebagai pekerja buruh ladang dan juga estet manakala kaum India
Muslim pula melibatkan diri mereka dalam bidang perniagaan seperti makanan, emas, buku dan majalah
serta perniagaan pertukaran wang.
Status Pulau Pinang pada masa dulu sebagai pelabuhan bebas juga telah mendorong
kepada kedatangan kaum India Muslim ini. Oleh yang demikian, adalah jelas membuktikan bahawa
kelompok India Muslim berada di negeri ini disebabkan adanya peluang pekerjaan yang banyak.
260
Rujukan
1. Abd. Kadir Hj. Abdullah Hassan, (2002). Perkahwinan dalam Islam. Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers.
2. Arasaratnam, Sinnappah, 1980. Indians in Malaysia and Singapore. Oxford UniversityPress
3. D. G. E. Hall,(1987). Sejarah Awal Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Halimi, Ahmad Jelani, 1998. Perdagangan dan pedagang Islam di Kedah pada abad ke-17 dan 18M:
satu tinjauan. In Islam di Kedah Darul Aman, Eds., Salleh, Md. Noorand Abdul Halim Salleh. Kedah: Majlis
Kebudayaan Negeri Kedah DarulAman.
5. Hanapi Dollah, (1984). Politik Dan Budaya India Muslim di Pulau Pinang: Satu Persoalan Teoritis
Ethnisiti Dalam Malaysia Masa Kini, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
6. Helen Fujimoto, (1988). The South India Muslim Community and the evolution of the Jawi Peranakan
in Penang up to 1948.
7. John Cameron, (1965). Our Tropical Possessions in Malayan Indian, Kuala Lumpur. Oxford University
Press.
8. Khoo Salma Nasution 1996. “The Chulias” dalam Conversation Study of The KapitanKeling Mosque,
Australia: South Australia Heritage Consultants and Contractors.
9. M. Rajantheran & S. Manimaran, (1994). Adat dan Pantang Larang Orang India. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
10. Yusoff, Omar and Noriah Mohamed, 2010. Daripada Jawi Peranakan kepada Melayu:Tinjauan
Terhadap Komuniti Jawi Peranakan di Pulau Pinang Pada Abad Ke-21.International Journal of the Malay
World and Civilization (SARI), (2).
Temubual
1. Abdul Malik bin Meera Hussain merupakan salah seorang dari generasi ketiga yang berhijrah dari India
Selatan. Temubual pada rumahnya pada 6 Februari 2015.
2. Mohamed Nasir Mohideen, Pengerusi Persatuan Muslim Tanjung (PELITA) di rumahnya pada 28
Februari 2015.
261
SEJARAH PENANAMAN TEMBAKAU DI DAERAH BACHOK, KELANTAN.
MOHAMAD AMIRUL HATTA BIN MD MOKHTAR
1.0 PENDAHULUAN
Industri tembakau jenis virginia telah bermula di Tanah Melayu setelah percubaan penanamannya
didapati sesuai pada tahun 1931 di Ladang Penyelidikan Kerajaan, Serdang, Selangor. Meskipun begitu,
perkembangan industri ini agak perlahan disebabkan berlakunya Perang Dunia Kedua. Selepas Perang
Dunia Kedua tamat, usaha untuk meningkatkan kegiatan tanaman tembakau telah dilaksanakan secara
aktif bermula pada tahun 1960. Di pertengahan 1970-an pula penanaman tembakau berkembang maju
iaitu dengan Kelantan (60%), Terengganu (11%), Kedah (5%), Perlis (4%), Pahang (2%) dan lain-lainnya
di negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.616
Justeru, penulisan sejarah ini akan memberi fokus kepada sejarah industri tembakau di
daerah Bachok, Kelantan. Hal ini kerana daerah tersebut merupakan penyumbang tertinggi kepada
pengeluaran tembakau di Malaysia. Penulisan ini akan memaparkan sejarah awal penanaman tembakau
di daerah Bachok, kebergantungan masyarakat setempat terhadap penanaman tembakau, krisis dan
impak penutupan penanaman tembakau dan penggantian tanaman kenaf menggantikan tanaman
tembakau. Kesimpulannya, penulisan ini akan memaparkan sejarah kegiatan penanaman tembakau di
Bachok.
2.0 SEJARAH AWAL INDUSTRI TANAMAN TEMBAKAU DI DAERAH BACHOK.
Penanaman tembakau di Tanah Melayu telah diperkenalkan oleh pedagang British sebelum Perang Dunia
Kedua. Di daerah Bachok, tanaman tembakau ini mula bergiat aktif pada tahun 1960. Meskipun begitu,
kegiatan penanaman tembakau pada ketika itu menghadapi masalah disebabkan oleh pengurusan
syarikat-syarikat swasta yang tidak sistematik. Situasi ini menyebabkan berlakunya huru-hara dalam
kalangan penanam tembakau.617
Rentetan daripada masalah tersebut, kerajaan Malaysia telah
menubuhkan Lembaga Tembakau Negara (kini dikenali sebagai Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara)
pada tahun 1973.618
Kesannya, pengurusan tembakau di daerah Bachok dan daerah-daerah lain menjadi
616
Jenis tembakau yang utama ialah Nicotina Tabacum. Keluaran tembakau yang lain termasuklah tembakau hisap,
tembakau songel atau tembakau sugi dan tembakau sedut. Daun tembakau pula dibahagikan kepada lapan gred.
Gred daun tembakau yang kurang baik akan digunakan untuk membuat racun serangga. Tangkai dan batangnya
pula akan dijadikan ramuan sesetengah jenis baja. Rujuk Mohd.Fakhri Mohammad Noor. (2014). Buletin LKTN Edisi
3/2014. Kelantan: Penerbitan LKTN. hlm 5.
617
Temu bual bersama Tn Hj Hamidoon Bin Mohd Sharif, Pegawai Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Pada 14
Mac 2016.
618
LTN pada ketika itu berperanan sebagai satu lembaga yang menjadi orang tengah atau perantaraan antara
penanam tembakau, pengawet dan syarikat pemprosesan tembakau yang menjadi bahan asas kepada industri
penghasilan rokok. Temu bual bersama Tn Hj Hamidoon Bin Mohd Sharif, Pegawai Lembaga Kenaf dan Tembakau
Negara. Pada 14 Mac 2016.
262
lebih teratur serta memberi keuntungan kepada penanam, syarikat pengawetan dan syarikat
pemprosesan tembakau.
Penanaman tembakau ini merupakan jenis tanaman bermusim. Kebiasaannya, biji benih
akan disemai pada musim dingin iaitu sekitar bulan Disember dan akan dituai pada musim bunga iaitu
bulan Mac. Tumbuhan ini boleh membesar antara 15 sentimeter hingga 20 sentimeter dalam 8 minggu
hingga 12 minggu. Tembakau akan dituai apabila mencecah usia matang iaitu apabila mencapai
ketinggian kira-kira 1.0 meter hingga 1.9 meter. Pada ketinggian ini, sebatang pokok tembakau berupaya
menghasilkan kira-kira 20 helai daun tembakau yang bersaiz 30 sentimeter hingga 40 sentimeter lebar.
Daun tembakau yang telah matang akan dipetik untuk digredkan. Setiap gred daun tembakau mempunyai
nilaian atau harga yang berbeza-beza.
Selain itu, British American Tobacco (BAT), Philip Morris (M) Sdn Bhd dan JT International
(JTI) merupakan pengilang rokok utama yang terlibat dalam pembelian tembakau yang telah diawet
semenjak tahun 1973 hingga 2013. Buktinya, syarikat British American Tobacco (BAT) merupakan
pembeli tertinggi tembakau diawet di daerah Bachok dari tahun 1999 sehingga 2003, iaitu sebanyak
56.9% (1999), 67.0% (2000), 68.19% (2001), 67.33% (2002) dan 68.56% (2003).619
Selain daripada tiga
syarikat utama tersebut, terdapat juga syarikat pemprosesan lain seperti Aneka Karya Sdn Bhd, Loo Num
Hung, Hazorich (M) Sdn Bhd, Tai Chong Tobacco Co. dan Malaysian Tobacco Company (MTC). Ini
membuktikan bahawa kawasan Bachok merupakan pengeluar terbesar daun tembakau pada masa
dahulu.
Lembaga Tembakau Negara (LTN) merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam
memastikan hak-hak penanam tembakau terjamin. LTN ditubuhkan pada 8 Oktober 1973 sebagai sebuah
Badan Berkanun Persekutuan mengikut Akta Lembaga Tembakau Negara (Perbadanan) 1973 [Akta 111].
Walaubagaimanapun, terdapat perubahan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan berhubung Akta 111
tersebut.620
Pada tahun 2010, Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 [Akta 692] telah
dikuatkuasakan bermula 1 April 2010.621
Pelaksanaan Akta 692 telah memansuhkan Akta Lembaga
Tembakau Negara (Perbadanan) 1973 [Akta 111] serentak dengan pembubaran LTN yang digantikan
dengan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).
Kesimpulannya, Bachok merupakan kawasan utama yang menyumbang kepada
penghasilan dan pengeluaran tembakau tertinggi di Malaysia pada masa dahulu. Penanaman tembakau
merupakan sumber pendapatan utama yang menjadi pilihan masyarakat setempat. Penubuhan Lembaga
Tembakau Negara (kini dikenali sebagai Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara) dilihat membantu
kepada perkembangan dan kepesatan kegiatan penanam tembakau di Bachok. Kesannya, pelbagai
619
Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Senarai Peratusan Pembelian Tembakau Di Awet Tahun
2003.
620
Perubahan Akta 111 kepada Akta 692 disebabkan oleh polisi kerajaan untuk memperkenalkan penanaman kenaf
sebagai tanaman ganti bagi menggantikan tanaman tembakau di seluruh Malaysia. Perubahan ini juga berkaitrapat
dengan krisis yang dihadapi oleh penanam-penanam tembakau bermula tahun 2008 seperti kesan Kempen Tak Nak
Merokok, ASEAN Free Trade Area (AFTA) dan Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC). Rujuk laman web rasmi LKTN
di www.lktn.gov.my. Diakses pada 15 Mac 2016.
621
Perubahan LTN kepada LKTN mengikut Akta 692 bertujuan bagi mengadakan peruntukan yang lebih baik dalam
industri kenaf dan industri tembakau. Rujuk laman web rasmi LKTN di www.lktn.gov.my Diakses pada 15 Mac 2016.
263
pengilang rokok membeli tembakau yang dihasilkan di Bachok kerana keupayaannya untuk menghasilkan
daun tembakau yang banyak disamping mutu tanamannya yang berkualiti tinggi.
3.0 KEBERGANTUNGAN MASYARAKAT DI BACHOK TERHADAP INDUSTRI TANAMAN
TEMBAKAU.
Perkembangan dan kepesatan kegiatan penanaman tembakau di daerah Bachok telah memberi kesan
yang baik kepada penduduk setempat khususnya penanam tembakau. Hal ini disebabkan oleh daya
pengeluaran hasil tembakau yang tertinggi dalam negeri Kelantan adalah daripada daerah Bachok.
Rentetan itu, pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh pihak kerajaan Malaysia menerusi LTN bagi
membantu penanam-penanam tembakau untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran. Inisiatif kerajaan
ini termasuklah bantuan dalam bentuk kewangan, baja atau biji benih serta pelaksanaan sistem kuota
yang berupaya menjamin pendapatan penanam-penanam tembakau di daerah Bachok.
Menerusi pelaksanaan sistem kuota, setiap daerah yang terlibat dalam penanaman
tembakau akan menerima agihan kuota. Agihan kuota ini adalah berdasarkan kepada permintaan
daripada pihak pengilang rokok dan mengambil kira keupayaan pengeluaran yang boleh dihasilkan dalam
satu-satu daerah. Berdasarkan rekod keluasan tanaman mengikut daerah di negeri Kelantan, pada tahun
2010, daerah Bachok mempunyai keluasan tanaman sebanyak 1,664 hektar tanah. Dengan keluasan
tanaman ini, Bachok menerima agihan kuota pengeluaran daun tembakau sebanyak 1.5 juta kilogram.
Jumlah pengeluaran ini adalah separuh daripada kuota pengeluaran tembakau bagi negeri Kelantan.622
Kesannya, hasil penjualan daun tembakau tersebut yang bernilai RM 21 juta ringgit akan diagihkan
kepada setiap individu yang terlibat. Maka dengan itu, sumber pendapatan penduduk Bachok adalah lebih
terjamin melalui pelaksanaan sistem kuota dalam kegiatan tanaman tembakau.
Selain itu, meskipun pada tahun 2008 kerajaan Malaysia telah memperkenalkan
penanaman kenaf sebagai tanaman ganti tembakau, namun bilangan penanam tembakau di daerah
Bachok masih lagi yang tertinggi berbanding daerah-daerah lain di negeri Kelantan. Buktinya, rekod
bilangan penanam tembakau di Kelantan pada tahun 2009 menunjukkan bilangan penanam tembakau
pendaftar di daerah Bachok ialah seramai 1,251 yakni 45.4% daripada jumlah keseluruhan penanam
tembakau di negeri Kelantan.623
Ini membuktikan bahawa, penanaman tembakau sememangnya giat
dijalankan di daerah Bachok dan berupaya menjana pendapatan lumayan kepada penduduk setempat
berbanding tanaman lain.
622
Pada tahun 2010, keluasan tanaman di daerah Bachok ialah 1,664 hektar, manakala daerah Kota Bharu seluas
90 hektar, Machang 20 hektar, Pasir Mas 117 hektar, Tanah Merah 3 hektar, Tumpat 289 hektar dan Pasir Puteh
1,001 hektar. Jumlah keseluruhan keluasan tanaman di Kelantan pada tahun 2010 ialah seluas 3,184 hektar. Rujuk
Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara : Bahagian Keluasan Tanaman Tembakau 2010
623
Pada tahun 2009, bilangan penanam di daerah Bachok ialah 1,251 orang manakala daerah Kota Bharu seramai
238 orang, Pasir Puteh seramai 696 orang, dan Machang seramai 136 orang. Jumlah keseluruhan penanam
tembakau di Kelantan pada tahun 2009 ialah seramai 2,757 orang. Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau
Negara : Bahagian Bilangan Penanam Tembakau 2010.
264
Bahkan, penduduk setempat juga berupaya melibatkan diri sebagai pengawet tembakau
atau bekerja di rumah awet.624
Misalnya, penanam tembakau yang berpotensi akan diberikan pendedahan
berkaitan proses mengawet tembakau. Dengan cara ini, mereka boleh menanam dan mengawet
tembakau. Kelompok ini dikategorikan sebagai penanam pengawet. Justeru, penanam pengawet akan
mendapat keuntungan yang lebih tinggi kerana mereka boleh menanam dan mengawet tembakau
sebelum dihantar ke syarikat pemprosesan. Buktinya, menurut rekod bilangan penanam pengawet di
daerah Bachok seramai 757 orang penanam pengawet bergiat pada tahun 2004. Jumlah ini meningkat
kepada 764 orang pada tahun 2005. Ini membuktikan bahawa sumber pendapatan masyarakat di daerah
Bachok bergantung kepada kegiatan industri tembakau.
Seterusnya, pembukaan rumah awet di Bachok juga memberi peluang pekerjaan kepada
masyarakat setempat. Buktinya, menurut rekod perangkaan yang dikeluarkan oleh LTN pada tahun 2004,
terdapat 2,209 rumah awet yang dibina di kawasan tersebut. Kesannya, seramai 2,170 orang pekerja
diperlukan bagi menguruskan rumah awet tersebut. Manakala, pada tahun 2005 sebanyak 305 rumah
awet telah ditambah menjadikan jumlah rumah awet di daerah Bachok sebanyak 2,514.625
Kesan
penambahan rumah awet tersebut, jumlah pekerja yang diperlukan juga meningkat. Maka dengan itu,
penanaman tembakau di daerah Bachok banyak mempengaruhi sosioekonomi masyarakat setempat.
Tambahan pula, penanaman tembakau menjadi tumpuan penduduk setempat turut
dipengaruhi oleh kestabilan harga purata tembakau. Buktinya, purata harga sekilogram tembakau diawet
bergred pada tahun 2004 ialah RM 13.89 sekilogram, manakala ada tahun 2005 pula ialah RM 14.50
sekilogram dan tahun 2006 ialah RM 13.43 sekilogram.626
Harga jualan bagi setiap sekilogram tembakau
yang telah diawet adalah dikawal oleh Lembaga Tembakau Negara.627
Jelaslah, kegiatan penanaman
tembakau banyak mempengaruhi ekonomi dan pendapatan masyarakat di daerah Bachok.
Kesimpulannya, industri penanaman tembakau yang giat dijalankan di daerah Bachok
mempengaruhi sumber pendapatan masyarakat setempat. Dalam skop yang lebih luas, industri
penanaman tembakau di Bachok turut mempengaruhi pembangunan fasiliti di daerah Bachok. Justeru,
penduduk di daerah Bachok sangat bergantung kepada penanaman tembakau yang dijalankan sebagai
sumber pendapatan utama bagi menampung perbelanjaan harian. Jaminan pulangan yang lumayan hasil
penjualan tembakau dan kestabilan harga bagi setiap kilogram tembakau yang dijual merupakan antara
624
Temu ramah bersama Encik Hamzah bin Awang. Beliau merupakan seorang penanam pengawet tembakau di
Kampung Tok Dosah. Temu bual pada 14 Mac 2016.
625
Pada tahun 2005, bilangan rumah awet yang dibina di Bachok ialah 2,514 unit yakni 46% daripada jumlah
keseluruhan rumah awet yang terdapat di Kelantan. Manakala di Pasir Puteh sebanyak 30.2%, Pasir Mas sebanyak
8.4% dan Tumpat sebanyak 6.8%. Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Bilangan Rumah
Awet Tembakau 2005.
626
Rentetan itu, jumlah nilaian hasil jualan tembakau yang diagihkan kepada semua penanam dan pengawet
tembakau di daerah Bachok pada tahun 2004 ialah RM 50.1 juta, manakala 2005 ialah RM 44.41 juta, dan 2006
ialah sebanyak RM 32.1 juta. Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Nilai Hasil Jualan
Tahunan 2004 dan 2005.
627
Kestabilan harga tembakau ini dapat menjamin pendapatan penanam bagi setiap kali tuaian. Purata harga
sekilogram tembakau diawet bergred adalah berbeza mengikut setiap daerah. Di daerah Bachok, harga purata
sekilogram tembakau pada tahun 2004 ialah RM 13.89 sekilogram, manakala daerah Kota Bharu ialah RM 14.53,
Machang RM 13.07 dan Pasir Mas pula RM 13.07 sekilogram. Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara
: Bahagian Purata Harga Tembakau Diawet Bergred 2004, 2005 dan 2006
265
faktor yang menarik minat penduduk setempat untuk terlibat dalam industri penanaman tembakau. Maka
dengan itu, penanaman tembakau banyak mempengaruhi tahap sosioekonomi masyarakat Bachok.
4.0 KRISIS PENUTUPAN INDUSTRI TANAMAN TEMBAKAU DAN IMPAKNYA.
Kegiatan penanaman tembakau di daerah Bachok mulai terjejas apabila persidangan ASEAN yang
diadakan pada tahun 2010 telah memperkenalkan dasar baru yang dikenali sebagai Asean Free Trade
Area (AFTA) ataupun Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN.628
Berdasarkan dasar baru yang telah
dipersetujui oleh pemimpin negara-negara ASEAN tersebut, sistem perdagangan bebas cukai terhadap
beberapa barangan termasuklah tembakau telah diperkenalkan. Pelaksanaan AFTA pada ketika itu telah
memberikan impak negatif terhadap penanam dan pengawet tembakau di daerah Bachok. Hal ini kerana,
melalui dasar tersebut, pengilang rokok tempatan boleh membeli tembakau dari negara-negara ASEAN
yang mengeluarkan tembakau dengan harga yang lebih murah berbanding harga jualan tembakau
tempatan. Maka dengan itu, permintaan terhadap tembakau tempatan berkurangan dan menjejaskan
pengeluaran tembakau di Bachok.
Namun begitu, pada persidangan ASEAN ke-11 yang berlangsung di Phuket, Thailand telah
menetapkan agar tembakau dikeluarkan daripada senarai produk yang disenaraikan dalam pelaksanaan
AFTA. Menurut Datuk Seri Liow Tion Lai, kesepakatan bagi mengeluarkan tembakau daripada senarai
AFTA telah dicapai dan dipersetujui oleh Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN.629
Rentetan daripada itu,
harga tembakau di pasaran sedikit tinggi kesan daripada cukai yang dikenakan. Meskipun begitu,
kenaikan harga tembakau pada ketika itu tidak memberikan kesan terhadap kuantiti pengeluaran
tembakau di Bachok. Hal ini kerana, had pengeluaran tembakau tetap rendah dan ramai penanam
tembakau tidak lagi mengusahakan tanaman tembakau.
Selain itu, antara krisis lain yang dihadapi oleh penanam tembakau di Bachok ialah Kempen
Tak Nak Merokok yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2008. Tujuan pelaksanannya
ialah mengurangkan bilangan perokok melalui pelbagai langkah termasuklah pengurangan agihan kuota
pengeluaran tembakau. Buktinya, berdasarkan rekod agihan had pengeluaran tembakau bergred bagi
negeri Kelantan pada tahun 2011 ialah 2.99 juta kilogram sahaja berbanding tahun 2010 iaitu sebanyak
3.36 juta kilogram. Pengurangan had pengeluaran ini sudah pasti menjejaskan pengeluaran tembakau di
Bachok kerana daerah tersebut merupakan penyumbang terbesar kepada pengeluaran tembakau di
negeri Kelantan.
Namun begitu, dari satu sudut yang lain, pelaksanaan Kempen Tak Nak Merokok oleh
kerajaan Malaysia merupakan bukti bahawa kerajaan Malaysia sangat komited terhadap Rangka Kerja
628
Perjanjian AFTA melibatkan negara-negara ASEAN iaitu Brunei, Indonesia,Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand,
Vietnam, Myanmar dan Loas. Perjanjian ini adalah berkaitan perdagangan bebas melibatkan hasil pengeluaran
tempatan semua negara terlibat. Rujuk laman web www.wikipedia/Kawasan_Perdagangan_Bebas_ASEAN
629
Rujuk keratan akhbar Utusan Malaysa pada tarikh 9 Julai 2015
266
Kawalan Tembakau (FCTC) yang diperkenalkan oleh World Health Organization (WHO). Rangka kerja ini
bertujuan untuk menegakkan hak bagi kaum wanita untuk mendapatkan kualiti hidup dan taraf kesihatan
yang tinggi melalui pengurangan pengambilan rokok ataupun apa jua bentuk produk yang berasaskan
tembakau.630
Dengan adanya rangka kerja ini, masyarakat dunia diberikan pendedahan mengenai
bahayanya rokok kepada penghisap rokok dan penghidu asap rokok khusunya kaum tua dan wanita
mengandung. Maka dengan itu, pelancaran rangka kerja ini telah memberikan impak terhadap
pengurangan pengeluaran hasil tembakau di Malaysia.
Rentetan daripada krisis-krisis tersebut, kegiatan penanaman tembakau di Bachok turut
terjejas. Menurut rekod keluasan tanaman bagi tujuan penanaman tembakau, mencatatkan keluasan
tanaman pada tahun 2011 ialah 2,132 hektar manakala pada tahun 2012 pula ialah hanya 1,175 hektar.
Pengurangan sebanyak 975 hektar kawasan penanaman tembakau memberikan kesan terhadap daya
pengeluaran.631
Kesannya, jumlah pendapatan yang diperoleh oleh penanam tembakau juga akan
berkurangan. Hal ini disebabkan oleh, tanaman lain tidak mampu menandingi pulangan lumayan melalui
jualan hasil tanaman tembakau. Bahkan, penjualan tembakau juga mempunyai kestabilan harga yang
tetap dan terjamin. Jaminan ini menyebabkan penanam tembakau tidak perlu runsing berkaitan hasil
pendapatan yang diperoleh melalui penjualan tembakau.
Tidak dinafikan, pelaksanaan projek integrasi tanaman yang diperkenalkan oleh kerajaan
Malaysia berupaya menggantikan tanaman tembakau.632
Namun begitu, penanam yang terlibat
menghadapi masalah dari segi permintaan terhadap hasil tanaman tersebut. Hal ini kerana, tiada sistem
kuota yang digunakan berbanding tanaman tembakau. Misalnya, jika penanam tembakau beralih kepada
penanaman tembikai, mereka perlu bersaing bagi memasarkan hasil tanaman mereka berbeza dengan
industri penanaman tembakau, iaitu penanam tidak perlu berusaha untuk memasarkan hasil tanaman
tembakau. Keadaan ini menyebabkan berlakunya masalah pasaran tidak seimbang apabila penawaran
melebihi permintaan. Masalah ini mendorong kepada ketidakstabilan harga jualan bagi tanaman tersebut.
Selain itu, menurut Tuan Haji Hamidoon, Pegawai Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara
cawangan Bachok menjelaskan bahawa penanaman tanaman seperti pisang, tembikai, tebu dan cili
kurang sesuai di daerah Bachok kerana kedudukannya di persisiran pantai dan mempunyai tanih jenis
tanih beris.633
Faktor ini mendorong kepada daya pengeluaran yang minimum. Buktinya, rekod
pengeluaran tanaman integrasi tanaman jagung bagi keseluruhan negeri Kelantan pada tahun 2012
hanya mendatangkan pulangan sebanyak RM 156,000 setahun.634
Berbanding hasil jualan tembakau
630
Rujuk petikan “… to reaffirm the right of all women and young girls to the highest standard of health by reducing
the increase in smoking and other forms of tobacco consumtion…” Laman sesawang
www.who.int/fctc/mediacentre.com.my
631
Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Keluasan Tanaman Tembakau 2011 dan 2012.
632
Tanaman integrasi ialah jagung, tembikai, ubi kayu, misai kucing, pisang, cili, cendawan, ubi keledek dan labu.
Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara : Bahagian Projek Integrasi Tanaman, 2012.
633
Temu bual bersama Tn Hj Hamidoon Bin Mohd Sharif, Pegawai Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Pada 14
Mac 2016.
634
Tanaman jagung ini melibatkan 61 orang penanam dan keluasan tanaman berhasil seluas 70 hektar. Hasil
pengeluaran adalah sebanyak 86.7 tan. Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara : Bahagian
Projek Integrasi Tanaman, 2012.
267
pada tahun 2009 bagi keseluruhan negeri Kelantan ialah RM 28.4 juta. Perbezaan pendapatan yang
diperoleh penanam sememangnya menjejaskan kualiti kehidupan masyarakat di daerah Bachok.
Di samping itu, dari segi sumber tenaga, bilangan penanam tembakau di daerah Bachok
juga telah berkurangan secara mendadak. Buktinya pada tahun 2012, seramai 706 orang penanam
tembakau berdaftar direkodkan manakala pada tahun 2013 pula hanya 119 orang.635
Pengurangan dari
segi jumlah guna tenaga kerja juga direkodkan dalam bahagian pengawetan. Menurut rekod, bilangan
pekerja stesen awet tembakau di daerah Bachok pada tahun 2011 ialah seramai 561 manakala tahun
2012 pula seramai 333 orang sahaja. Penurunan mendadak berlaku pada tahun 2013 iaitu hanya seramai
10 orang pekerja sahaja yang bekerja di stesen awet tembakau di daerah Bachok.636
Jelaslah, penutupan
secara berperingkat dalam industri tanaman tembakau di daerah Bachok menyebabkan masyarakat
setempat hilang sumber pendapatan serta menyumbang kepada masalah pengangguran.
Kesimpulannya, krisis-krisis yang melanda industri penanaman tembakau telah memberikan
kesan yang mendalam kepada penanam tembakau. Pendapatan penanam-penanam tembakau paling
terjejas disamping berlakunya pengurangan guna tenaga yang melibatkan keseluruhan proses
penanaman dan pengawetan tembakau. Pelaksanaan projek integrasi dan penanaman kenaf sebagai
tanaman ganti tembakau dilihat tidak begitu membantu penduduk Bachok untuk menyelesaikan masalah
berhubung pendapatan mereka. Maka dengan itu, penyelidikan dan penelitian secara mendalam perlu
dilakukan oleh pihak-pihak berwajib seperti Kementerian Asas Tani dan Lembaga Kenaf dan Tembakau
Negara.
5.0 INDUSTRI TANAMAN KENAF SEBAGAI GANTI INDUSTRI TANAMAN TEMBAKAU.
Penguatkuasaan Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 [Akta 692] telah pada 1 April 2010
merupakan titik permulaan industri penanaman kenaf di daerah Bachok. Penanaman kenaf ini dijadikan
sebagai tanaman ganti bagi menggantikan penanaman tembakau. Walaubagimanapun, proses
pemberhentian tanaman tembakau dilakukan secara berperingkat bermula tahun 2008 lagi. Sementara
itu, industri penanaman kenaf turut diperkenalkan kepada bekas penanam tembakau. Pada tahap ini,
LKTN memainkan peranan yang penting sebagai sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab bagi
memberikan bimbingan dan bantuan kepada penanam-penanam kenaf yang baru.
Kenaf atau nama saintifiknya ‘Hibiscus Cannabinus’ merupakan sejenis tanaman yang kaya
dengan fiber. Kebiasannya, kenaf digunakan dalam penghasilan bahan penebat elektrik, perabut, tekstil,
tali dan papan gentian. Hasil tanaman kenaf boleh dituai selepas 120 hari dan kitaran tanamannya pula
adalah tiga kali setahun. Justeru, penanaman kenaf dilihat berupaya bagi menggantikan tanaman
635
Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Bilangan Penanam Tembakau 2012 dan 2013.
636
Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Bilangan Pekerja Stesen Pengawetan Tembakau
2011, 2012 dan 2013.
268
tembakau kerana tanaman ini mempunyai permintaan yang tinggi dipasaran. Buktinya, terdapat
peningkatan dari segi jumlah syarikat pengeluar produk kenaf telah direkodkan pada tahun 2013
berbanding tahun 2012.637
Antara syarikat pengeluar yang membuat permintaan tinggi terhadap hasil
tanaman kenaf pada tahun 2012 ialah Pointray (M) Sdn Bhd iaitu sebanyak 1,600 tan, Dynamic Agrofarm
sebanyak 2,640 tan manakala Donghwa (M) Holdings Sdn Bhd sebanyak 1,625 tan.638
Maka dengan itu,
permintaan konsisten daripada pengilang dapat menjamin pendapatan penanam kenaf.
Selain itu, potensi tanaman kenaf telah menyebabkan beberapa kilang yang dilengkapi
mesin moden mula dibina. Dalam Rancangan Malaysia Ke-9, peruntukan awal Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi bagi pembangunan kenaf menerusi Lembaga Tembakau Negara (LTN) ialah
RM10 juta. Namun, jumlah peruntukkan ini telah dinaikkan kepada RM35 juta dalam semakan semula
semasa penggal pertama pelaksanaan RMK-9. Manakala, di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur
(ECER), keluasan kawasan sasaran bagi kenaf ialah kira-kira 10,000 hektar. Berdasarkan pelan ECER,
industri kenaf dijangka mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan pedalaman terutamanya
di kawasan penanaman tembakau di Bachok, Pasir Puteh, Besut, Setiu dan Marang.
Di samping itu, salah satu strategi utama bagi memacu pertumbuhan industri kenaf yang
diperkenalkan menerusi pelan strategi industri kenaf 2011-2020 ialah mempergiat penyelidikan,
pembangunan dan pengkomersilan tanaman kenaf.639
Berdasarkan strategi ini, pihak kerajaan akan
menggalakkan jalinan kerjasama dengan institusi penyelidikan, institusi pengajian tinggi dan pihak LKTN
dalam membuat penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan bagi meningkatkan lagi kualiti dan daya
pengeluaran tanaman kenaf. Justeru, pelbagai pembangunan dari segi penggunaan alatan dan mesin
berteknologi tinggi akan diperkenalkan dalam industri penanaman kenaf. Maka dengan itu, dengan
adanya penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan ini akan menjamin dan memberikan keyakinan
kepada penduduk di daerah Bachok untuk melibatkan diri dalam industri penanaman kenaf.
Menerusi pelan stategi industri kenaf itu juga, kerajaan Malaysia juga berhasrat untuk
menggalakkan pengeluaran kenaf secara komersil.640
Dalam hal ini, kerajaan berhasrat untuk
menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelaburan daripada syarikat-syarikat swasta di samping
meningkatkan penyertaan pekebun-pekebun kecil dalam industri kenaf. Justeru, kerajaan akan
memberikan galakkan terhadap pembukaan dan penerokaan kawasan-kawasan baru yang berpotensi
dan sesuai untuk penanaman kenaf. Rentetan daripada itu, keluasan tanaman kenaf di daerah Bachok
mencatatkan peningkatan. Buktinya, berdasarkan rekod keluasan tanaman kenaf, sebanyak 105.8 hektar
tanah digunakan untuk tanaman kenaf pada tahun 2013 berbanding tahun 2012 hanya sebanyak 31.7
637
Jumlah syarikat pengeluar produk kenaf pada tahun 2011 sebanyak empat syarikat dengan jumlah permintaan
sebanyak 31,700 tan, Manakala pada tahun 2012 pula ialah sebanyak lima buah syarikat, 2013 sebanyak lapan buah
syarikat. Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara : Bahagian Senarai Syarikat Pengeluar
Produk Kenaf 2011, 2012 dan 2013.
638
Syarikat pengeluar produk kenaf yang lain ialah KEFI (M) Sdn Bhd, KPC Manufcturing Sdn Bhd, Panasonic Electric
Works Kenaf Malaysia Sdn Bhd, Kenaf Resources Sdn Bhd, Syarikat Kenaf Bio Sdn Bhd dan Everise Crimson Sdn Bhd.
Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara : Bahagian SenaraiSyarikat Pengeluar Produk Kenaf
2011, 2012 dan 2013.
639
Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara : Bahagian Senarai Syarikat Pengeluar Produk
Kenaf 2013.
640
Ibid.
269
hektar.641
Ini membuktikan wujudnya peningkatan penyertaan penduduk Bachok dalam industri
penanaman kenaf.
Meskipun begitu, tanggapan dan perspektif penduduk setempat terhadap penanaman kenaf
pula berbeza. Menurut Encik Hamzah Illias yang merupakan bekas penanam tembakau dari tahun 1985
hingga 2008 menyatakan bahawa industri penanaman kenaf ini tidak begitu popular dalam kalangan
penduduk di Bachok berbanding industri penanaman tembakau.642
Keadaan ini berlaku kerana,
penanaman kenaf dilihat tidak mampu mendatangkan pulangan yang lumayan seperti mana hasil jualan
tanaman tembakau. Beliau juga berpendapat bahawa tanaman kenaf ini boleh dijadikan sebagai satu
industri baharu di daerah Bachok yang sesuai untuk dijalankan oleh golongan yang lebih muda. Secara
langsung, ini memberikan gambaran berkaitan pandangan peribadi penduduk daerah Bachok terhadap
penanaman tanaman kenaf.
Kesimpulannya, industri penanaman kenaf di daerah Bachok telah diperkenalkan sebagai
satu industri baharu bagi menggantikan industri penanaman tembakau. Pelbagai inisiatif dan pelan
perancangan yang telah diaturkan oleh kerajaan Malaysia dengan kerjasama pelbagai pihak seperti
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta syarikat-syarikat
swasta bagi tujuan penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan pelaburan. Justeru, pelbagai insiatif
yang kerajaan lakukan merupakan satu jaminan kepada penanam-penanam yang terlibat dalam industri
penanaman kenaf. Maka dengan itu, jaminan-jaminan yang diberikan ini merupakan tawaran kepada
penduduk di daerah Bachok untuk meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi mereka.
6.0 PENUTUP.
Secara keseluruhannya, penanaman tembakau di daerah Bachok yang bermula dengan situasi yang tidak
terurus dan tidak bersistematik telah berubah menjadi lebih baik setelah penubuhan Lembaga Tembakau
Negara (LTN) pada tahun 1973. Pelbagai dasar dan inisiatif yang dijalankan oleh pihak kerajaan menerusi
LTN bagi memastikan hak penanam-penanam tembakau dipelihara. Meskipun begitu, industri
penanaman tembakau menghadapi mula menghadapi beberapa krisis seperti pelaksanaan AFTA,
Kempen Tak Nak Merokok dan Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC). Pelaksanaan dasar-dasar
tersebut telah memberi impak kepada industri penanaman tembakau seperti pengurangan agihan kuota
pengeluaran yang menjejaskan hasil pendapatan penanam tembakau di Bachok. Manakala, pelaksanaan
projek tanaman integrasi dan industri penanaman kenaf dilihat sebagai salah satu langkah yang diambil
oleh pihak kerajaan bagi membantu penduduk di Bachok mengurangkan masalah sosioekonomi yang
dihadapi.
641
Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara : Bahagian Keluasan Kawasan Penanaman Kenaf
2013
642
Temu bual bersama Encik Hamzah Illias. Temu bual pada 15 Mac 2016
270
BIBLIOGRAFI.
Akhbar Utusan Malaysa pada tarikh 9 Julai 2015.
Encik Hamzah bin Awang. Ditemu bual pada 14 Mac 2016.
Mohd.Fakhri Mohammad Noor. (2014). Buletin LKTN Edisi 3/2014. Kelantan: Penerbitan LKTN.
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. (2010). Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau
Negara : Bahagian Keluasan Tanaman Tembakau 2010.
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. (2011). Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau
Negara : Bahagian Keluasan Tanaman Tembakau 2011.
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. (2012). Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau
Negara : Bahagian Keluasan Tanaman Tembakau 2012.
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. (2010). Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara :
Bahagian Bilangan Penanam Tembakau 2010.
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. (2011). Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara :
Bahagian Bilangan Penanam Tembakau 2011.
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. (2012). Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara :
Bahagian Bilangan Penanam Tembakau 2012.
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. (2012). Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau
Negara : Bahagian Projek Integrasi Tanaman, 2012.
Lembaga Tembakau Negara. (2003). Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Senarai
Peratusan Pembelian Tembakau Di Awet Tahun 2003. Kelantan : Penerbitan LKTN.
Lembaga Tembakau Negara. (2003). Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian
Bilangan Rumah Awet Tembakau 2005. Kelantan : Penerbitan LKTN.
Lembaga Tembakau Negara. (2004). Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Nilai
Hasil Jualan Tahunan 2004. Kelantan : Penerbitan LKTN.
Lembaga Tembakau Negara. (2005). Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Nilai
Hasil Jualan Tahunan 2005. Kelantan : Penerbitan LKTN.
Lembaga Tembakau Negara. (2004). Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Purata
Harga Tembakau Diawet Bergred 2004. Kelantan : Penerbitan LKTN.
271
Lembaga Tembakau Negara. (2005). Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Purata
Harga Tembakau Diawet Bergred 2005. Kelantan : Penerbitan LKTN.
Lembaga Tembakau Negara. (2006). Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Purata
Harga Tembakau Diawet Bergred 2006. Kelantan : Penerbitan LKTN.
Tn Hj Hamidoon Bin Mohd Sharif, Pegawai Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Ditemu bual pada 14
Mac 2016.
Laman Sesawang
www.lktn.gov.my. Diakses pada 15 Mac 2016.
www.wikipedia/Kawasan_Perdagangan_Bebas_ASEAN. Diakses pada 18 Mac 2016.
www.who.int/fctc/mediacentre.com.my. Diakses pada 20 Mac 2016.
272
LATAR DAN SUMBANGAN GEREKA KATOLIK CHRIST THE KING SUNGAI PETANI, KEDAH
TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KEAGAMAAN 2013 – 2015.
HENRIETA A/P THOMAS
1.0 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dengan anutan
pelbagai agama. Agama rasmi negara Malaysia ialah Agama Islam manakala agama lain bebas
diamalkan di negara ini. Antara agama yang dianuti oleh masyarakat Malaysia ialah Agama Islam, Agama
Hindu, Agama Kristian, Agama Buddah dan sebagainya. Agama yang diamalkan di negara ini banyak
memainkan peranan dalam melahirkan insan yang mulia dari segi akhlak dan sahsiah. Sebagai
contohnya, kesemua agama yang dianuti masyarakat Malaysia menekankan pendidikan keagamaan
dalam diri semua penganutnya. Pendidikan keagamaan sememangnya amat penting diterapkan dalam
diri semua orang sejak kecil selaras dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Institusi keagamaan di Malaysia sememangnya memainkan peranan penting dalam menerapkan
pendidikan keagamaan dalam diri kanak – kanak sejak kecil. Kajian ini memfokuskan kepada peranan
gereja khususnya Gereja Katolik Christ The King, Sungai Petani, Kedah terhadap perkembangan
pendidikan keagamaan di kawasan Sungai Petani dari tahun 2013 hingga 2015. Kajian ini akan
membincangkan tentang sejarah latar belakang penubuhan gereja ini dan juga mengenai sumbangan
gereja ini terhadap perkembangan pendidikan keagamaan di kawasan Sungai Petani.
2.0 Sejarah latar belakang penubuhan gereja Katolik Christ The King, Sungai Petani Kedah.
Gereja Katolik Christ The King merupakan gereja yang kedua tertua di kawasan Sungai Petani, Kedah.
Gereja ini dibina pada 28 Oktober 1929 oleh Paderi Louis Riboud di Jalan Kolam Air.643
Paderi ini
merupakan paderi pertama di Gereja ini. Gereja pertama yang dibina di kawasan Sungai Petani ialah
Gereja Katolik St. Lawrence iaitu pada tahun 1925 oleh Paderi Victor Renard. Gereja ini dibina dengan
saiz yang agak kecil kerana keluasan tanahnya yang kecil. Walaupun gereja ini digunakan dengan selasa
oleh masyarakat yang beragama Kristian di Sungai Petani, namun peningkatan bilangan masyarakat
Kristian di Kawasan ini menyebabkan gereja ini tidak dapat memuatkan kesemua penganut yang datang
ke gereja untuk sembayang. Oleh sebab itulah Gereja Katolik Christ The King telah dibina bagi
643
The first Christian centre in the Malay States : The Priests who have served the parish of Christ The King,
Sungai Petani. Muka surat 3.
273
menggantikan gereja St Lawrence. Gereja Christ The King telah dibina dalam saiz yang luas dan besar
bagi memenuhi keperluan masyarakat Kristian di kawasan Sungai Petani.644
Gereja St Lawrence selepas itu digunakan sebagai Sekolah Convet sebelum sekolah ini dipindahkan
di sebelah Gereja Christ The King, iaitu di tempat sekarang di Jalan Kolam Air. Setelah sekian lama Gereja
Christ The King dijadikan tempat untuk masyarakat Kristian sembayang dan menyempurnakan upacara
keagamaan, pada 15 Mei 1956 gereja ini telah mula diubahsuai dan keluasannya diperbesarkan lagi bagi
membolehkan masyarakat Kristian dapat mengambil bahagian dalam upacara keagamaan dengan lebih
selesa. Peningkatan bilangan masyarakat Kristian di sungai Petani merupakan antara faktor yang
membawa kepada pengubahsuaian ini. Keputusan pengubahsuaian ini telah diambil oleh paderi gereja
pada masa itu iaitu Paderi Lionel Norris. Gereja ini telah berjaya disiapkan selepas enam bulan kerja
pembinaan dimulakan. Pada 21 November 1956 gereja yang telah diubah suai ini dibuka dan dirasmikan
oleh Messenger Chan, Bishop di Pulau Pinang.645
Gereja ini seterusnya telah diubah suai pada tahun
2015 dengan saiz yang lebih besar.
3.0 Sumbangan Gereja Katolik Christ The King, Sungai Petani, Kedah terhadap perkembangan
pendidikan keagamaan di kawasan Sungai Petani.
Gereja Katolik Christ The King, Sungai Petani merupakan sebuah institusi keagamaan yang menyediakan
peluang pendidikan keagamaan kepada kanak – kanak yang beragama Kristian di kawasan Sungai
Petani. Gereja ini mempunyai sebuah bangunan yang khas untuk menjalankan aktiviti pendidikan
keagamaan. Bangunan ini dibina khas pada tahun 2003 bagi menjalankan kelas keagamaan secara
formal. Pada tahun 70an, pendidikan keagamaan dijalankan secara tidak formal di mana pembantu paderi
akan pergi ke kawasan di sekitar Sungai Petani yang mempunyai kanak–kanak yang beragama Kristian
bagi memberikan pendidikan keagamaan. Pada tahun 90an, penddikan keagamaan diberikan sendiri oleh
penduduk yang dewasa kepada kanak–kanak di kawasan petempatan mereka.646
Pendidikan keagamaan pada ketika ini diberikan kepada kanak–kanak di gereja–gereja kecil yang
dibina di estet–estet seperti Ladang Sungai Batu, Gurun dan juga kawasan–kawasan lain di sekitar Sungai
Petani.647
Namun, selepas penubuhan bangunan khas pada tahun 2003 bagi menjalankan pendidikan
keagamaan, semua kanak–kanak yang beragama Kristian di sekitar kawasan Sungai Petani akan datang
ke sini untuk mendapatkan pendidikan keagamaan. Bangunan ini merupakan bangunan dua tingkat yang
terdiri daripada enambelas bilik darjah yang dibina didalam dan sebuah bilik darjah di luar bangunan ini.648
644
R. Matalaimuthu. (2009). Gereja Katholik Christ The King, Sungai Petani dalan jalan Sejarah. Sungai Petani. LS
Super Press.
645
History of the church. Muka surat 4.
R. Matalaimuthu. (2009). Gereja Katholik Christ The King, Sungai Petani dalan jalan Sejarah. Sungai Petani. LS
Super Press.
646
Encik Thomas A/L Chellaya, Sungai Batu, 24 Februari 2016, 12.00 PM.
647
Encik Thomas A/L Chellaya, Sungai Batu, 24 Februari 2016, 12.00 PM.
648
Pelan kelas pendidikan agama 2016. Muka surat 1.
274
Kanak–kanak yang menghadiri kelas keagamaan adalah terdiri daripada kanak–kanak yang berusia dari
empat tahun hinggalah tujuhbelas tahun.
Kanak–kanak ini akan diasingkan mengikut umur dan sistem pendidikan keagamaan ini adalah seperti
sistem sekolah dimana terdapat kelas tadika, kelas bagi tahun satu hingga tahun enam serta kelas bagi
kanak–kanak tingkatan satu hingga tingkatan lima. Pada peringkat pendidikan rendah iaitu dari tahun satu
hingga tahun enam, murid–murid dalam kelas agama diasingkan mengikut bahasa yang mereka
kuasai649
. Terdapat tiga bahasa utama yang digunakan untuk mengajar murid–murid iaitu Bahasa Tamil,
Bahasa Mandarin dan juga Bahasa Inggeris. Pada peringkat menengah pula, Bahasa Inggeris digunakan
sebagai bahasa pengantar untuk mengajar pendidikan keagamaan kepada kanak–kanak dari tingkatan
satu hingga tingkatan lima650
. Murid – murid dari kelas Bahasa Tamil, Mandrin dan juga Inggeris yang
belajar pendidikan rendah akan bersatu dalam satu bilik darjah bagi mempelajari pendidikan keagamaan
pada peringkat menengah. Kurikulum pengajaran yang digunakan bagi peringkat rendah dan menengah
adalah berbeza mengikut peringkat umur.
Kurikulum pengajaran yang digunakan adalah sama bagi peringkat umur tetapi hanya
dibezakan mengikut kelas bahasa yang diikutinya. Sebagai contohnya, murid-murid tahun lima akan diajar
sukatan pelajaran yang sama walaupun mereka belajar dalam kelas bahasa Inggeris atau bahasa Tamil
ataupun Mandrin. Bilangan guru yang mengajar pendidikan keagamaan kepada murid–murid adalah tiga
puluh orang manakala bilangan murid yang belajar pendidikan keagamaan di gereja ini ialah tiga ratus
tiga puluh dua orang murid bagi tahun 2014 dan 2015. Oleh kerana murid–murid diajar mengikut bahasa
pengantar, maka guru yang dipilih juga adalah berdasarkan bahasa yang mereka kuasai. Kelas–kelas
yang menggunakan bahasa mandarin sebagai bahasa pengantar akan diajar oleh guru–guru yang
menguasai bahasa mandarin dengan sepenuhnya supaya murid dapat memahami pengajaran guru
dengan lebih berkesan.
Malahan itu, kelas keagamaan diadakan pada setiap hari Jumaat kecuali pada hari cuti umum.
Ketetapan ini telah menyebabkan kehadiran murid ke kelas keagamaan agak memuaskan pihak gereja
kerana hari Jumaat merupakan hari cuti bagi negeri Kedah. Oleh itu, murid–murid tidak akan mempunyai
sebab untuk tidak hadir ke kelas agama di gereja ini kerana hari Jumaat tidak mengganggu persekolahan
mereka.651
Ibu bapa murid–murid yang belajar di gereja ini merasakan hari Jumaat sememangnya suatu
hari yang sesuai bagi mengadakan kelas keagamaan.652
Ketetapan ini telah membantu murid–murid
berasa selesa untuk belajar pendidikan keagamaan dan mengelakkan masalah ponteng dalam kalangan
murid–murid.
Hal ini menyebabkan hasrat gereja tercapai iaitu menyampaikan pendidikan keagamaan kepada
semua kanak–kanak yang beragama Kristian di kawasan Sungai Petani. Pelepasan dan cuti diberikan
kepada murid–murid semasa cuti umum seperti cuti pertengahan tahun mahupun cuti akhir tahun. Hal ini
menyebabkan murid tidak berasa terbeban dengan sistem pendidikan yang sememangnya bersifat
649
Rancangan pengajaran tahun 1-6 bagi bahasa Inggeris, Mandrin dan juga bahasa Tamil. Tajuk yang sama diajar
kepada murid mengikut bahasa masing – masing.
650
Rancangan pengajaran dari tingkatan 1 – 5. Muka surat 1.
651
Catechetical calendar 2013, 2014 dan 2015.
652
Encik Victor Dass A/L Princ William, Sungai batu, 23 Februari 2016, 9.00 PM.
275
melentur dengan kehendak murid. Hal ini kerana murid–murid akan mempunyai rancangan sendiri seperti
pergi melancong semasa cuti persekolahan yang panjang seperti cuti pertengahan tahun. Jika pendidikan
keagamaan tidak memberikan cuti selaras dengan cuti persekolahan ianya akan menganggu rancangan
murid.
Selain itu, kehadiran murid juga akan berkurangan sekiranya kelas keagamaan dijalankan semasa cuti
umum. Oleh itu, pihak gereja melaksanakan sistem pendidikan yang mempunyai cuti yang sama dengan
sistem pendidikan di sekolah supaya tidak membebankan murid. Murid–murid juga diwajibkan untuk hadir
ke pendidkan keagamaan yang dijalankan di gereja. Hal ini kerana terdapat enam peringkat yang perlu
diperoleh dan dilalui oleh seseorang penganut Kristian dan tiga daripadanya hanya akan dapat diperolehi
sekiranya mereka menghadiri kelas keagamaan. Antara peringkat yang perlu dilalui ialah peringkat
‘kemaafan’ dan ‘Holy Communion’ semasa murid–murid berumur sepuluh tahun dan juga peringkat
‘confirmation’ pada umur tujuhbelas tahun. Namun kini peringkat confirmation diberikan semasa murid –
murid berumur limabelas tahun.
‘Confirmation’ merupakan peringkat akhir semasa murid–murid menghadiri kelas pendidikan
keagamaan. Selepas menerima ‘confirmation’, murid–murid dikira sebagai sudah tamat pengajian
pendidikan keagamaan mereka. Sesi perkemahan akan diadakan kepada murid – murid semasa di tahun
empat dan semasa di tingkatan lima.653
Perkemahan ini diadakan sebagai persiapan terakhir kepada
murid – murid untuk bersiap sedia bagi menerima peringkat kemaafan, ‘Holy Communion’ dan juga
‘Confirmation’. Hal ini sememangnya telah menyebabkan murid – murid berminat untuk hadir ke kelas
pendidikan keagamaan. Selain itu, Gereja Khatolik Christ The King juga menyediakan hadiah kepada
murid–murid yang mempunyai kehadiran penuh sepanjang sesi kelas pendidikan keagamaan pada setiap
tahun.654
Kesemua murid yang mempunyai kehadiran yang penuh ataupun memberangsangkan akan diberi
hadiah dan sijil sebagai galakkan kepada murid–murid untuk menghadiri kelas keagamaan. Pemberian
hadiah sebegini sememangnya menjadi peneguhan kepada murid yang mempunyai kehadiran penuh dan
juga menjadi dorongan kepada murid–murid lain untuk terus hadir ke kelas pendidkan keagamaan. Selain
itu, ia juga dapat menarik minat murid serta menjadi pemangkin semangat murid lain supaya berusaha
untuk hadir ke kelas tanpa mengambil cuti. Selain itu, gereja ini juga menyediakan kemudahan yang
lengkap kepada para murid untuk belajar kelas agama.
Antara kemudahan yang disediakan ialah kemudahan penghawa dingin, kemudahan kerusi dan meja
yang mencukupi bagi semua murid, serta kemudahan pengangkutan kepada murid–murid untuk hadir ke
kelas agama. Pengangkutan seperti van dan juga bas telah disediakan bagi setiap tempat yang
mempunyai kanak–kanak yang beragama Kristian mengikut kawasan di sekitar Sungai Petani. Kawasan
yang mempunyai kanak–kanak yang bilangannya kurang akan dihantar van untuk membawa mereka
untuk menghadiri kelas agama di Gereja Katolik Christ The King seperti Ladang Sungai Batu. Kemudahan
pengangkutan ini disediakan sendiri oleh pihak gereja bagi memastikan kelancaran kehadiran murid ke
653
Confirmation camp permission letter 2014.
654
Encik Victor Dass A/L Princ William, Sungai batu, 23 Februari 2016, 9.00 PM.
276
kelas agama di gereja ini serta bagi memudahkan ibu bapa kanak – kanak yang bekerja pada hari
Jumaat.655
Kemudahan sebegini sememangnya dapat menarik minat murid untuk menghadirkan diri ke kelas
agama yang disediakan di gereja ini dan hal ini sememangnya dapat membantu pendidikan keagamaan
dapat diterapkan dalam diri murid–murid yang beragama Kristian di kawasan Sungai Petani. Pelbagai
program lain seperti lawatan sambil belajar dan juga pesta kanak–kanak dijalankan sekali setiap tahun
bagi membantu murid–murid mendapat mengukuhan yang lebih mendalam mengenai ilmu yang diajar di
dalam kelas agama.656
Antara tempat yang dibawa untuk dilawati oleh murid–murid kelas pendidikan agama ialah gereja–
gereja lain, kelas pendidikan keagamaan di gereja lain di sekitar negeri Pulau Pinang dan juga negeri–
negeri lain serta pergi melawat ke institusi pendidikan keagamaan yang khas untuk mereka yang ingin
menjadi paderi. Lawatan ini juga meliputi kawasan–kawasan pelancongan dimana murid–murid dapat
menimba ilmu pengetahuan baru serta dapat menenangkan minda mereka dengan melawat tempat–
tempat pelancongan.657
Pesta kanak–kanak diadakan setiap hujung tahun bagi meraihkan kejayaan
murid–murid berjaya mengikuti kelas pendidikan keagamaan dan pesta ini diadakan mengikut kelas
masing–masing. Menurut bapa kepada kanak–kanak yang belajar di gereja ini, pesta kanak-kanak ini
sememangnya dapat memupukkan lagi semangat kerjasama dan juga perpaduan dalam kalangan muri –
murid di dalam kelas pendidikan keagamaan.658
Aktiviti–aktiviti sebegini sememangnya dapat membantu
meningkatkan minat murid untuk mengikuti pendidikan keagamaan kerana ianya tidak begitu merumitkan
murid dengan proses pengajaran dan pembelajaran semata mata dan mempunyai banyak aktiviti lain
selain pembelajaran di dalam bilik darjah.
4.0 Rumusan.
Gereja Katolik Christ The King sememangnya merupakan institusi keagamaan yang telah banyak
memberi sumbangan terhadap perkembangan pendidikan keagamaan di kawasan Sungai Petani. Gereja
ini telah mengambil inisiatif yang banyak dan berkesan bagi memastikan pendidikan keagamaan
dijalankan dengan lebih lancar dan juga sistematik serta ilmu keagamaan dapat disampaikan kepada
kanak – kanak yang beragama Kristian dengan lebih efektif. Inisiatif – inisiatif yang dirancang dan
dilaksanakan seharusnya diberi penghargaan dan ibu bapa kanak – kanak yang beragama Kristian
hendaklah menghargai usaha pihak gereja dan berperanan memastikan anak – anak mereka menghadiri
kelas keagamaan dengan berkesan tanpa ponteng.
Usaha pihak Gereja Katolik Christ The King sememangnya wajar dicontohi dan diberi galakkan serta
harus diteruskan supaya pendidikan keagamaan dapat diterapkan dalam diri kanak–kanak dengan lebih
655
Encik Victor Dass A/L Princ William, Sungai batu, 23 Februari 2016, 9.00 PM.
656
Encik Victor Dass A/L Princ William, Sungai batu, 23 Februari 2016, 9.00 PM.
657
Children’s outing permission letter 2012, dan 2015.
658
Encik Victor Dass A/L Princ William, Sungai batu, 23 Februari 2016, 9.00 PM.
277
efektif dan berterusan. Pendidikan keagamaan sememangnya merupakan sebuah aspek yang perlu
diterapkan dalam diri setiap insan supaya dapat menjadi insan yang bermoral dan mempunyai akhlak
yang baik dalam masyarakat apabila dewasa kelak kerana pembentukan akhlak yang baik haruslah
bermula dari usia kecil seseorang. Semua pihak haruslah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas
mereka bagi memastikan kelancaran kelas pendidikan keagamaan yang dijalankan di Gereja Katolik
Christ The King, Sungai Petani, Kedah.
278
BIBLIOGRAFI
DOKUMEN
Catechetical Calendar 2013, 2014 Dan 2015.
Children’s Outing Permission Letter 2012, Dan 2015.
Confirmation Camp Permission Letter 2014.
History Of The Church. Muka Surat 4.
Majalah Golden Jubilee Diocese Of Penang 1955-2005.
Pelan Kelas Pendidikan Agama 2016
Pendaftaran Murid Dan Guru Tahun 2015
Rancangan Pengajaran Dari Tahun 1 – 6 Dan Tingkatan 1 – 5.
R. Matalaimuthu. (2009). Gereja Katholik Christ The King, Sungai Petani Dalan Jalan Sejarah. Sungai
Petani. LS Super Press.
The First Christian Centre In The Malay States : The Priests Who Have Served The Parish Of Christ The
King, Sungai Petani.
ORANG SUMBER
Encik Thomas A/L Chellaya, Sungai Batu, 24 Februari 2016, 12.00 PM
Encik Victor Dass A/L Princ William, Sungai Batu, 23 Februari 2016, 9.00 PM.
279
SYARIKAT PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL SDN.BHD (PROTON) MERUPAKAN
PEMANGKIN EKONOMI NEGARA MALAYSIA DARI TAHUN 1983 HINGGA 2014
PRIIYA A/P K. GANESON
1.0 PENGENALAN
Sejak Malaysia mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957, tahap pertumbuhan ekonomi negara kita
telah berkembang dengan pesatnya sehingga ke hari ini. Ini termasuklah pertumbuhan perindustrian
khususnya industri kereta. Malaysia semakin menunjukkan kemajuan dan pencapaiannya di persada
duania. Ekonomi merupakan salah satu aspek yang menyebabkan Negara kita semakin maju dan menuju
kearah abad ke-21.659
Salah satu penyebab pertumbuhan ekonomi negara Malaysia adalah Pertubuhan
Otomobil nasional Sdn.Bhd (PROTON). Pengeluaran kereta di negara kita telah disambut baik oleh
masyarakat sehingga mencapai pelbagai anugerah kepada PROTON. 660
Selain itu, saya memilih Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd (PROTON) bagi
melaksanakan kerja kursus bagi subjek Penulisan Sejarah. Terdapat empat sub topik yang saya
senaraikan untuk melakukan penyelidikan. Antaranya, latar belakang Syarikat Perusahaan Otomobil
Nasional Sdn.Bhd (PROTON), objektif penubuhan syarikat PROTON, biodata pengasas syarikat
PROTON, latar belakang jenis-jenis kereta yang dikeluarkan, sumbangan Syarikat Perusahaan Otomobil
Nasional Sdn.Bhd (PROTON) dari segi sosioekonomi dan anugerah yang diterima oleh syarikat tersebut.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd
(PROTON) telah melaksanakan berbagai-bagai aktiviti bagi mendapatkan keuntungan syarikat
tersebut.661
Namun, Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd (PROTON) merangka beberapa
dasar bagi memantapkan serta mengukuhkan perniagaan mereka di rantau dunia.
2.0 SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN SYARIKAT PERUSAHAAN OTOMOBIL
NASIONAL SDN.BHD (PROTON)
Syarikat Prusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd yang dikenali dalam singkatan iaitu PROTON. Syarikat
Prusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd telah ditubuhan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang
keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Idea penubuhan Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional
Sdn. Bhd bermula muncul pada tahun 1979. Bapa Pemodenan, Tun DR. Mahathir Mohamad
659
Perusahaan Otomobil Nasional. Perpustakaan Arkib Negara Malaysia. Hlm. 1
660
Berita HICOM. 1988. Hlm. 1
661
Berita HICOM. 1988. Hlm. 4
280
mencetuskan idea penubuhan pemasaran automotif dan industri pembuatan di negara kita662
. Ia adalah
impian Tun Mahathir Mohamad untuk mempercepatkan keupayaan perindustrian Malaysia untuk
sempadan dengan negara-negara maju. Pada tahun 1982, impian beliau menjadi realiti apabila Kabinet
meluluskan Projek Kereta Nasional. Pada tahun 1980, beliau ketika itu663
, Menteri Perdagangan dan
Industri mengarahkan Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) mengkaji dalam menerajui industri
automotif.664
Syarikat Prusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal
berbayar sebanyak 150 juta ringgit Malaysia dan ia juga merupakan pengeluar kereta pertama di
Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad untuk mencapai aspirasi
negara perindustrian. Pasaran baru pertama bagi Proton Saga adalah di Singapura, tepat di seberang
Selat Johor. 665
Model pertama iaitu Proton Saga telah dilancarkan dan syarikat PROTON telah dirasmikan oleh YAB
Dato’ Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 9 Julai 1985. Pada 1 September 1985, berlaku pelancaran pasaran
PROTON oleh Edaran Otomobil Nasional Sdn. Bhd (EON). 666
Pada 15 Januari 1986, Syarikat PROTON
menggeluarkan 10,000 unit Proton Saga. Pada tahun 1988, PROTON memulakan kerjaya di British Motor
Antarabangsa dengan meninggalkan Berjaya dengan tiga anugerah berprestij untuk kualiti, coachwork
dan ergonomik. Pada tahun 2000, PROTON melancarkan prototaip enjin CamPro di Kilang Lotus di
Noewich, United. Enjin CamPro bertujuan untuk menunjukkan keupayaan PROTON untuk menghasilkan
enjin dengan output kuasa yang baik dan memenuhi standard pelepasan yang lebih baru667
. Model
pertama yang menggabungkan enjin CamPro adalah kereta Gen-2 yang dilancarkan pada tahun 2004.
Sejarah Syarikat Prusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd kian hari mula berkembang pesat setelah
pengeluaran kereta pertama Syarikat Prusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd iatu kereta Proton Saga.
Kereta tersebut telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Permintaan terhadap kereta Proton
Saga telah mendapat sambutan yang mengalakkan dan pesat dalam kalangan masyarakat Malaysia
mahupun di luar negara. Bagi rakyat Malaysia, gagasan yang telah beliau lakukan begitu bagus kerana
ini julung kalinya negara Malaysia menggeluarkan kenderaan yang lebih berkualiti dan berkesan. Syarikat
Prusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd telah menetapkan misi syarikatnya iaitu menjadi pengeluar kereta
yang berdaya asing, inovatif dan berorientasikan pelanggan dalam mengendalikan urus niaga PROTON.
Manakala visi pula menyediakan lebih banyak kenderaan, kereta yang lebih berkualiti dan terkini mengikut
kehendak pelanggan, menjual kenderaan terpakai dalam semua jenis daripada pelbagai model dan harga
dalam pasaran tempatan.
Selain itu, terdapat tiga ibu pejabat Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd di Malaysia iaitu
di Subang Jaya di Selangor, Shah Alam di Selangor dan Tanjung Malim di Perak668
. Pada masa itu, idea
ini mula tercentus apabila beliau dan Presiden Mitsubishi semasa mengadakan lawatan beliau ke
Malaysia pada tahun 1981. Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di
HICOM iaitu Heavy Industries Corporation Of Malaysia Berhad dalam bahasa Melayu pula Perbadanan
662
Berita HICOM. 1988. Pelancaraan Proton Saga 1.5i. Hlm. 4
663
Zahidi Dato’ Zainol Rashid. 1999. Mahathir Di Mata Umum. Hlm. 17
664
Hasan Hj.Hamzah. 1985. Mahathir Great Malaysia Hero. Hlm.183
665
Zahidi Dato’ Zainol Rashid. 1999. Mahathir Di Mata Umum. Hlm. 17,21
666
Berita HICOM. 1988. Hlm. 1
667
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Penyelidikan Dan Pembangunan. Hlm. 162
668
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Perkilangan. Hlm. 164
281
Industri Berat Malaysia Berhad bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan
Mitsubishi. DRN-HICOM Berhad adalah salah satu konglomerat terkemuka di Malaysia yang ditubuhkan
berikutan penggabungan antara Heavy Industries Corporations Of Malaysia Berhad (HICOM) dan
Diversified Resource Berhad. Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd (PROTON) di bawah
sokongan PROTON Edar669
. Pada tahun 2012, DRB-HICOM memperoleh PROTON Holdings Berhad
untuk mengukuhkan kedudukan kepimpinan sebagai satu daripada operasi automotif paling koprehensif
dan bersepadu di Malaysia. Seterusnya, Syarikat PROTON juga menjalin hubungan dengan pelbagai
syarikat di luar Negara seperti China, Australia, United Kingdom dan Afrika Selatan untuk menjual atau
mengeksport kereta Proton.670
2.1 Nama Model Pertama sebagai Saga
Nama bagi kereta pertama iaitu “Saga” telah dipilih oleh Ismail Jaafar iaitu seorang askar tentera bersara.
Selain itu, sebab beliau memilih nama “Saga” adalah berasal dari “Saga” iaitu Pokok Saga Pavonina,
sejanis benih yang biasa ditemui di Malaysia.671
2.2 Logo Proton Diperkenalkan
Logo merupakan suatu identiti sesuatu model yang dikeluarkan oleh sesuatu syarikat. Syarikat Proton
juga melakukan beberapa perubahan dalam pengubahsuaian logo. Logo pertama telah diperkenalkan
dan dibentuk sama seperti lambing kebangsaan tetapi rupanya berbeza dan diubahsuai sedikit. Logo
Proton terdiri daripada lambing kebangsaan, bintang dan bulan sabit serta garisan luar potongan intan
dengan dua sisi bawahnya dipanjangkan untuk menunjukkan unsur dinamisme.672
3.0 BIODATA PENGASAS SYARIKAT PROTON
Pengasas Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd (PROTON) ialah Dr. Mahathir Mohamad
iaitu Perdana Menteri Malaysia yang Ke-Empat. Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20
Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi
ini dilahirkan di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah673
. Beliau merupakan anak bongsu dikalangan
sembilan orang adik-beradik. Beliau berkahwin dengan Siti Hasmah Mohd.Ali. Selepas itu, mereka
dikurniakan tujuh orang cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Mazhar dan
Maizura674
. Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama
memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. Dr.
Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan
pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian.
669
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Jualan Dan Pengedaran. Hlm. 158
670
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Jualan Dan Pengedaran. Hlm. 159
671
http://corporate.proton.com/en/About/Brand/History.aspx. Hlm. 1
672
Perusahaan Otomobil Nasional. Perpustakaan Arkib Negara Malaysia. Hlm 1
673
Zahidi Dato’ Zainol Rashid. 1999. Mahathir Di Mata Umum. Hlm. 9
674
Zahidi Dato’ Zainol Rashid. 1999. Mahathir Di Mata Umum. Hlm. 33
282
Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pada
ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri
petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan. Memandangkan komoditi tidak dapat
membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir
telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan
pergantungan terhadap bahan komoditi. Di antara langkah lain yang diambil untuk meningkatkan sektor
ekonomi ialah peningkatan pembagunan industri berat dan yang penting juga pertukaran teknologi asing
kepada teknokrat Malaysia. Salah satu kejayaan di dalam gerakan ini ialah penubuhan industri otomatif
negara, yang menunjukkan kereta-kereta nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Persyarikatan juga
bertujuan menjana kerjasama dan bekerja sebagai rakan kongsi antara sektor awam. Beliau berhasrat
untuk meningkatkan ekonomi negara kita ke arah yang lebih stabil675
.
Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek gergasi telah diilhamkan
oleh Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri
ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia)676
.
Walaupun projek beliau ini dianggap agak keterlaluan memandangkan negara ketika itu masih muda
dalam projek pembuatan kereta nasional namun negara kita boleh berbangga kerana projek ini begitu
berjaya sehingga mampu bersaing dengan pengeluar kereta lain di seluruh dunia. Sebagai orang yang
memegang tampuk tertinggi pengurusan negara, masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan
antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaan
terkawal.
4.0 MATLAMAT SYARIKAT PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL SDN.BHD
Objektif Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd adalah berpandukan kepada kepentingan
pelbagai pihak semasa menjalankan urusan perniagaannya seperti pemegang saham, pelanggan, rakan
niaga, pekerja dan juga masyarakat.677
Kumpulan memerlukan modal daripada pemegang-pemegang
saham untuk berurusniaga dan seterusnya berkembang bagi meningkatkan pulangan. Walau
bagaimanapun dalam jangka masa panjang, modal hanya boleh digunakan secara untung jika pelanggan
berpuashati dengan prestasi Kumpulan. Ini memerlukan produk dan perkhidmatan yang cemerlang dan
ianya tidak boleh dicapai tanpa rakan niaga yang berkeupayaan tinggi dan pekerja yang bersemangat
tinggi.
Dalam masa yang sama pelanggan, pemegang saham, rakan niaga dan juga pekerja adalah
sebahagian daripada masyarakat antarabangsa. Kumpulan Proton menyokong dan menggalakan inisiatif-
inisiatif bersifat persekitaran, kebudayaan, kesukanan dan pembelajaran. Dengan cara ini, nilai tambahan
bukan sahaja dicipta untuk kumpulan tetapi juga untuk masyarakat dan semua golongan yang
berkepentingan. Proton telah mula melaksanakan sistem imbangan kad skor untuk Kumpulan bagi
menentukan bagaimana kami mengukur pencapaian dan kemajuan. Corak kad skor menyatakan objektif
675
Mahathir Pemimpin Cemerlang. Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang. Hlmn. 10
676
Mahathir Pemimpin Cemerlang. Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang. Hlmn. 10
677
Perusahaan Otomobil Nasional. Perpustakaan Arkib Negara Malaysia. Hlm. 158
283
kewangan adalah terus mencari peluang-peluang baru untuk mempertingkatkan nilai perniagaan,
mencapai operasi yang terbaik, mengembangkan budaya korporat dan menyelaraskan matlamat korporat
kita dengan kepentingan para pemegang saham dan lain-lain pemegang berkepentingan. Nilai teras pihak
PROTON menggerakkan kejayaan mereka sebagai sebuah organisasi yang telus, bertanggungjawab dan
beretika.678
Sebagai komponen strategik Pelan Induk Perindustrian Malaysia (IMP), objektif PROTON termasuk
pembangunan keupayaan penyelidikan dan pembangunan asli, pembuatan bertaraf dunia dan
pengeluaran standard, keupayaan reka bentuk serta kedudukan dalam pasaran global. Proses berterusan
penambahbaikan dan daya saing global telah menghasilkan salah satu daripada kumpulan jurutera
terlatih dan berbakat di Malaysia, ramai daripada mereka adalah pakar dalam pelbagai bidang dan sangat
khusus termasuk automotif, bahan-bahan dan kejuruteraan reka bentuk.679
Dengan menggunakan
sumber, teknologi, inovasi, tenaga kerja dan reka bentuk keupayaan yang termasuk kepakaran anak
syarikat PROTON milik penuh Lotus Engineering UK, salah satu syarikat perundingan kejuruteraan
automotif yang terkemuka di dunia, telah menyediakan PROTON dengan sumber yang tidak ternilai yang
telah membantu meletakkan syarikat kereta nasional itu di barisan hadapan dalam industri automotif.
5.0 JENIS-JENIS KERETA YANG DIKELUARKAN OLEH SYARIKAT PROTON
Kereta pertama yang dikeluarkan oleh Syarikat PROTON adalah Proton Saga pada tahun 1985680
.
Sambungan darpada itu, beberapa model kereta telah dikeluarkan. Antaranya ialah Proton Saga Iswara
(1992)681
, Proton Wira (1993)682
, Proton Wira Aeroback (1995)683
, Proton Satria (1994)684
, Proton Perdana
(1995)685
, Proton Putra (1996)686
, Proton Tiara (1996)687
, Proton Perdana V6 (1998)688
, Proton Waja
(2000)689
, Proton Juara (2001), Proton (Arena (2001)690
, Proton Gen-2 (2014)691
, Proton Savvy (2005)692
,
Proton Satria Neo (2006)693
, Proton Persona (2007)694
, Proton Saga (BLM) (2008)695
, Proton Exora
678
Perusahaan Otomobil Nasional. Perpustakaan Arkib Negara Malaysia. Hlm. 158
679
Perusahaan Otomobil Nasional. Perpustakaan Arkib Negara Malaysia. Hlm. 171
680
Noraihan Mohd. Sharif. Majalah Mengenal HICOM. Hlm. 5
681
Htt://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/518462-proton-1985-2014-bukti-kejayaan-malaysia.html.
1.2.2016. 10.00 a.m.
682
https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Wira. 1.2.2016
683
Rujuk Lampiran B
684
Rujuk Lampiran B
685
Rujuk Lampiran B
686
Rujuk Lampiran B
687
www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016
688
www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016
689
www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016
690
www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016
691
www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016
692
https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Savvy. 1.2.2016
693
https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Satria Neo. 1.2.2016
694
https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Persona. 1.2.2016
695
Rujuk Lampiran B
284
(2009)696
. Proton Perdana PRM (2010)697
, Proton Inspira (2010)698
, Proton Preve (2012)699
, Proton
Suprima S (2012)700
dan Proton Iriz (2014)701
. ini merupakan kereta-kereta yang dikeluarkan oleh Syarikat
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd. Kesemua model kereta diatas telah mendapat sambutan baik
oleh Masyarakat tempatan dan luar negara. Antara kereta yang sangat popular dan menjadi pilihan
pengguna adalah Proton Saga, Proton Wira, Proton Preve, Proton Inspira dan Proton Exora702
.
6.0 Anugerah Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd (PROTON)
Syarikat PROTON merupakan sebuah syarikat yang menjana nama dan keupayaan negara kita di
persada dunia. Syarikat PROTON juga telah memenangi pelbagai anugerah di dalam negara mahupun
di luar negara703
. Antara anugerahnya ialah dua anugerah dalam tahun 2010 iaitu Best Value For Money
iaitu untuk kereta Proton704
, The Royal Automobile Club’s Rac Brighton to London Future Car Challenge,
dua anugerah Malaysia Excellence Awards Debut Model Of The Year bagi kereta Preve, dua anugerah
Malaysia Excellence Awards Value-For-Money Car Of The Year untuk kereta Preve, ASEAN Automotive
Awards Best Model Of The Year bagi kereta Persona, Silver Certificate of Meril iaitu untuk Malaysia
Manufacturing Excellent Awards, Malaysia Excellence Awards Value-For-Money Car Of The Year bagi
kereta Persona, Gold Certificate of Meril iaitu untuk Malaysia Manufacturing Excellent Awards, Asia Pacific
Automotive Awards Best Model Of The Year bagi kereta Proton Saga, Malaysia Excellent Awards Best
Passenger Car Model Of The Year bagi kereta Proton Saga, Malaysia Excellence Awards Best Automotive
Debut Model Of The Year bagi kereta Exora dan National Record The Malaysia Book Of Records bagi
kereta Perdana V6.
7.0 Sumbangan Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd (PROTON)
Syarikat PROTON ditubuhkan di Malaysia untuk tujuan memberi sumbangan kepada masyarakat dan
ekonomi negara. Antara sumbangan yang telah diberikan oleh Syarikat PROTON adalah Syarikat
PROTON menjadi pemangkin ekonomi negara kita705
. Hal ini demikian kerana Tun DR.Mahathir
menubuhkan Syarikat PROTON untuk mengatasi masalah ketidakstabilan Malaysia ketika itu. Melalui
pengeksportan model-model kereta ke luar negara seperti Negara-negara ASEAN, Amerika Syarikat,
Eropah Amerika Selatan, China dan Australia706
. Melalui aktiviti eksport, negara kita dapat keuntungan
melalui Syarikat PROTON707
. Syarikat PROTON juga menjalin hubungan yang mesra dengan syarikat-
696
Rujuk Lampiran B
697
Rujuk Lampiran B
698
Rujuk Lampiran B
699
https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Preve. 1.2.2016
700
https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Suprima S. 1.2.2016
701
https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Iriz. 1.2.2016
702
www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016
703
Proton Holdings Berhad. Akhbar (Pemenang Design Proton Pertandingan akan diumumkan Soon). 1.2.2016
704
Berita HICOM. 1985. Hlm. 8
705
Berita HICOM. 1988. Penyata Pengerusi. Hlm. 6
706
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Suasana Persaingan Operasi. Hlm. 159
707
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Rakan Niaga. Hlm. 172
285
syarikat luar tersebut. Dengan itu wujudnya persaingan yang rapat antara Malaysia dengan negara-
negara luar.
Syarikat PROTON juga memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Pengeluaran lebih
banyak model sesuai dengan beban kerja, jumlah kakitangan syarikat juga bertambah menjadi 1,358
orang. Syarikat PROTON juga menyediakan dan mengutamakan latihan kepada kakitangannya dan juga
pemindahan teknologi.708
Seramai 94 orang pegawai kakitangan dan 252 orang pekerja telah menjalani
latihan di negara tersebut sejak permulaan projek ini.709
Latihan-latihan kepada kakitangan akhirnya
menolong negara kita meningkatkan keupayaan dan kepakaran sendiri di lapangan pembuatan kereta.
Hal ini demikian kerana bagi membina model kereta yang bermutu dan berkualiti memerlukan kakitangan
yang terlatih, berkemahiran dan berdedikasi serta cekap dalam segala aspek pengeluaran, pengawalan
mutu dan teknik pengurusan dalam bidang perindustrian.710
Bagi menghasilkan output yang selamat dan
terjamin untuk pengguna, maka latihan kepada kakitangan sangat diberatkan711
.
Selain itu, melalui pertubuhan Syarikat PROTON, wujudnya persaingan yang rapat antara PROTON
dengan Industri lain. Ini bermakna penubuhan Syarikat PROTON memberi sumbangan terhadap
penerbitan banyak industri sokongan dan mengukuhkan dan meluaskan jalinan pertumbuhan
perindustrian Malaysia712
. Perusahaan-perusahaan logam, getah, kaca, besi, keluli, logam, alat jentera,
kimia, elektronik dan plastik adalah diantara perusahaan utama yang akan memenuhi keperluan model
PROTON713
. Syarikat-syarikat sampingan tersebut memperolehi manfaat daripada spesifikasi pembuatan
Proton Saga yang ketat. Permintaan PROTON ke atas barangan dan komponen akan memberi galakkan
untuk perusahaan-perusahaan ini meningkatkan paras pembuatan yang lebih tinggi714
.
Sumbangan Syarikat PROTON yang seterusnya ialah pengeluaran model yang banyak
menambahkan cawangan PROTON. Terdapat tiga cawangan utama yang terletak di Shah Alam, Tanjung
Malim dan Subang Jaya715
. Selain itu, menurut sumber temubual En.Ganeson, terdapat juga pusat servis
yang banyak di setiap negeri di Malaysia untuk kemudahan pengguna tempatan716
. Para pengguna
senang dan mudah menghubungi pusat servis yang terdapat berdekatan dengan rumah mereka. Ini
merupakan salah satu faktor pengguna gemar menggunakan kereta tempatan khusnya model PROTON
dan menambahkan pilihan pengguna. Model yang dikelurkan oleh Syarikat PROTON sangat
mempertimbangkan citarasa dan belanjawan pengguna tempatan. Oleh itu, PROTON menjadi pilihan
utama masyarakat tempatan.717
708
Majalah Pelancaraan Proton Saga 1.5i. hlm. 6
709
Majalah Pelancaraan Proton Saga 1.5i. hlm. 6
710
Berita HICOM. 1988. Mutu Dalam Pembuatan Hlm. 8
711
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Rakan Niaga. Hlm. 178
712
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Suasana Persaingan Operasi. Hlm. 158
713
Perusahaan Otomobil Nasional. Perpustakaan Arkib Negara. Hlm. 21
714
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd. 1989. Perpustakaan Arkib Negara Malaysia. Hlm. 21
715
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Perkilangan. Hlm. 164
716
Sumber Temu Bual. En.Ganeson a/l Krishnan. 12.3.2016. 3.30 ptg.
717
Sumber Temu Bual. Pn Azzie. 10. 2. 2016. 1.35 ptg.
286
8.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd (PROTON) merupakan suatu idea oleh
Tun Dr.Mahathir Mohammad untuk menjana nama baik negara dan ia juga suatu tindakan atau strategi
untuk menstabilkan ekonomi negara Malaysia. Atas usaha Tun Dr.Mahathir Mohammad, Malaysia telah
meningkatkan pendapatannya melalui aktiviti pengeksportan model-model kereta yang dikeluarkan oleh
Syarikat PROTON. Syarikat PROTON juga dianggap sebagai suatu agensi yang menyumbangkan
kepada negara kita. Oleh itu, Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd merupakan pemangkin
ekonomi negara kita.
287
BIBLIOGRAFI
Berita HICOM. 1985.
Berita HICOM. 1988. Penyata Pengerusi.
Hasan Hj.Hamzah. 1985. Mahathir Great Malaysia Hero.
Majalah Pelancaraan Proton Saga 1.5i.
Mahathir Pemimpin Cemerlang. Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang.
Noraihan Mohd. Sharif. Majalah Mengenal HICOM.
Perusahaan Otomobil Nasional. Perpustakaan Arkib Negara Malaysia.
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Sektor Penyelidikan Dan Pembangunan.
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Sektor Perkilangan.
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Sektor Jualan Dan Pengedaran.
Proton Holdings Berhad. Akhbar (Pemenang Design Proton Pertandingan akan diumumkan Soon).
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Sektor Suasana Persaingan Operasi.
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Sektor Rakan Niaga.
Zahidi Dato’ Zainol Rashid. 1999. Mahathir Di Mata Umum.
RUJUKAN LAIN
Htt://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/518462-proton-1985-2014-bukti-kejayaan-
malaysia.html. 1.2.2016. 10.00 a.m.
288
https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Savvy. 1.2.2016
https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Satria Neo. 1.2.2016
https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Persona. 1.2.2016
https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Preve. 1.2.2016
https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Suprima S. 1.2.2016
https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Iriz. 1.2.2016
www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016
www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016
www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016
www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016
www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016
www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016
Sumber Temu Bual. En.Ganeson a/l Krishnan. 12.3.2016. 3.30 ptg.
Sumber Temu Bual. Pn Azzie. 10. 2. 2016. 1.35 ptg.
289

Sejarah Sosial Moden IPGKTB

  • 2.
    Cetakan Pertama 2016 HakCipta Terpelihara Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada pihak Jabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
  • 3.
    Penghargaan Guru-guru pelatih opsyenSejarah IPG Tuanku Bainun semester 5 PISMP telah memberi sumbangan ke arah menulis sejarah sosial Malaysia kerana bagi mengisi tema-tema yang terdapat dalam sejarah sosial Malaysia. Guru pelatih yang terlibat sememangnya adalah pengkhususan sejarah dan layak. Banyak kekosongan perlu diisi dalam bidang sejarah sosial Malaysia memandangkan pengkajian Sejarah banyak tertumpu kepada bidang politik negara, sejarah penjajahan negara dan sebagainya. Jika sekiranya hanya beberapa orang sejarawan sahaja ditugaskan menulis kembali sejarah sosial Malayasia, kerja itu akan memakan masa yang berpanjangan. Sambutan para guru pelatih yang diberikan itu amatlah menggembirakan. Mereka bukan sahaja hanya menjalankan penyelidikan, tetapi mutu kerja yang diajukan sangatlah tinggi dan pernah dipuji oleh beberapa orang pensyarah. Jabatan Kajian Sosial dibawah Unit Sejarah memang mempunyai tujuan untuk mengeluarkan lebih banyak monograf seperti ini pada tahun-tahun akan datang supaya penuntut sejarah sama ada di sekolah, universiti, juga orang ramai dapat menambahkan pengetahuan mereka tentang sejarah sosial tanah air. Guru pelatih sejarah yang bertungkus-lumus memberi bantuan dan sumbangan kepada usaha memperkaya sejarah sosial Malaysia, saya ucapkan ribuan terima kasih. Saya juga suka mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada semua pensyarah yang banyak membantu dan mengorbankan masa lapanya untuk menguruskan segala kerja berhubung dengan penerbitan. Sekian, Terima Kasih DR. Sivarajan A/l Ponniah, En Zahari Bin Zainal, Pensyarah Unit Sejarah, IPG Kampus Tuanku Bainun. September 2016.
  • 4.
    Prakata Pengetahuan tentang sejarahsosial di Malaysia sehingga kini masih cetek. Kebanyakan kajian yang diselenggarakan sekarang kurang mengkaji bidang sosial sejarah. Jadi jelaslah bahawa masyarakat kurang mengetahui sejarah sosial negara kita. Sememangnya buku Sejarah Sosial Malaysia ini tidak menjawab semua soalan. Walaupun begitu, ia telah memberi gambaran tentang sejarah sosial di negara kita. Dalam buku ini dibincangkan bagaimana penubuhan-penubuhan pusat pendidikan dan badan berkanun. Malahan itu dalam buku ini dibincangkan juga berkaitan dengan tokoh-tokoh pendidikan, tokoh-tokoh sejarah dan dimuatkan juga sejarah sesuatu etnik di dalam buku ini. Buku ini diharapkan memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat sebagai bahan tambahan untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan sejarah sosial Malaysia. Para pelajar di sekolah, universiti dan orang awam seharusnya cuba membaca buku ini untuk mendapatkan suatu perspektif yang lebih mendalam tentang perkembangan sejarah sosial di Malaysia kerana penulisan ini adalah himpunan- himpunan yang yang baru dikaji oleh guru-guru pelatih sejarah IPGK Tuanku Bainun. Terbitan pertama ini sudah pasti mempunyai kelemahan dan kekurangan yang akan diperbaiki dari semasa ke semasa hasil dari maklum balas yang kami terima. Seterusnya harapan kami buku ini akan menjadi bahan rujukan pada peringkat IPG dan universiti pada satu masa nanti apabila proses pemurnian secara holistik selesai dilaksanakan. Oleh itu, pihak kami menerima dengan hati yang terbuka jika tidak mendapat sebarang pandangan dan ulasan yang membina tentang buku ini. September 2016. DR. Sivarajan A/L Ponniah, Zahari Bin Zainal, Pensyarah Jabatan Kajian Sosial, IPGK Tuanku Bainun.
  • 5.
    KANDUNGAN PERKRA HALAMAN PENGHARGAAN i PRAKATAii KANDUNGAN iii PENUBUHAN MAKTAB PERGURUAN TUANKU BAINUN, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG. Jamilah Binti Mustakim 1 MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR 1938-1985: SUMBANGAN KEPADA PENDIDIKAN DI MALAYSIA. Siti Norzaidah Binti Kamaruddin 24 PERKEMBANGAN SEKOLAH MELAYU PERMATANG BERTAM, KEPALA BATAS TAHUN 1918 HINGGA 1945. Nur Amira Binti Hasin @ Hashim 45 SEJARAH DAN SUMBANGAN DAERATUL MAARIFIL WATANIAH TERHADAP PENDIDIKAN AGAMA KEPALA BATAS, PULAU PINANG Sharifah Zuraihah Binti Syed Hamid 63 PERKEMBANGAN DAN PERANAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA NAHDHAH HASANAH DARI TAHUN 1946 HINGGA 2000 Nurul Huda Binti Mohd Faudzi 82 MAKTAB SULTAN ABU BAKAR ( ENGLISH COLLEGE), JOHOR BAHRU, JOHOR DARI TAHUN 1914-1967 Santhiah A/P Sunthararaju 99 PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN RIDA DAN MARA PADA TAHUN 1950 HINGGA 2013 Muhamad Syafiq Bin Hussin 109 PENUBUHAN DAN PERANAN JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARI TAHUN 1995 HINGGA 2005 Sharifah Nur Atiqah Binti Syed Ghalib 138 PENGLIBATAN TAN SRI P. RAMLEE DALAM INDUSTRI SENI DARI TAHUN 1929 HINGGA 1973 Nur Izzati Binti Abdul Jamil 166 KRISHNAN TAMBUSAMY : TOKOH GURU DAN TOKOH SUKAN Raja Norazlinda Binti Raja Abdul Rahim 179 KEMASUKAN PENDATANG ASING TANPA IZIN DARI SELATAN FILIPINA DAN KESAN SOSIAL TERHADAP MASYARAKAT SETEMPAT DI SABAH DARI 1970 HINGGA 2013 Jay Freslly John 202 SEJARAH PERKEMBANGAN ORANG JAWA DI KAMPUNG TEBUK MUFRAT Ahmad Khobir Bin Muslim Buhari 225 SUMBANGAN DAN PENGLIBATAN MASYARAKAT INDIA MUSLIM DI PULAU PINANG Nur Syahirah Syaza Binti Mohd Deli 242 SEJARAH PENANAMAN TEMBAKAU DI DAERAH BACHOK, KELANTAN Mohd Amirul Hatta Bin Md Mokhtar 257
  • 6.
    LATAR DAN SUMBANGANGEREJA KATOLIK CHRIST THE KING SUNGAI PETANI, KEDAH TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KEAGAMAAN DARI TAHUN 2013 HINGGA 2015 Henrieta A/P Thomas 269 SYARIKAT PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL SDN. BHD ( PROTON ) : PEMANGKIN EKONOMI NEGARA MALAYSIA DARI TAHUN 1983 HINGGA 2014 Priiya A/P K. Ganeson 276
  • 7.
    PENUBUHAN MAKTAB PERGURUANTUANKU BAINUN BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG JAMILAH BINTI MUSTAKIM 1.0 Pengenalan Maktab Perguruan Tuanku Bainun pada awalnya dikenali sebagai Maktab Perguruan Bukit Mertajam, perubahan nama ini berlaku pada tahun 1994, yang kemudiannya di naik takraf kepada institut bermula pada April 2006. Maktab Perguruan Tuanku Bainun siap sepenuhnya pada awal tahun 1993. Keluasan kampus ini meliputi 66.38 ekar tanah dan dianggarkan menelan kos sebanyak Rm 38 juta. Kampus ini merupakan antara kampus yang termoden dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi kakitangan dan juga para guru pelatih. 2.0 Sejarah Ringkas Kemasukan Pensyarah dan Pelajar Kumpulan pensyarah pada awal penubuhan maktab ini adalah seramai sembilan orang yang terdiri daripada lapan orang pensyarah lelaki dan seorang pensyarah wanita. Pensyarah-pensyarah ini terdiri daripada pensyarah dari maktab-maktab perguruan yang terdapat di seluruh Malaysia. Selain itu terdapat juga pensyarah yang berasal daripada kalangan guru yang berpengalaman di sekolah. Meskipun begitu, sembilan orang pensyarah ini bukanlah jumlah sebenar pensyarah yang terdapat di kampus tersebut. Tetapi sembilan orang pensyarah ini merupakan pensyarah yang terawal melapor diri untuk berkhidmat di Maktab Perguruan Bukit Mertajam. Jumlah sebenar bilangan pensyarah sehingga akhir tahun 1992 adalah seramai 18 orang. (kajian penuh pada halaman 8 ) Pada awal penubuhan, disebabkan faktor pembinaan yang belum siap sepenuhnya, pensyarah dan guru-guru pelatih terpaksa ditempatkan sementara di beberapa buah maktab perguruan lain. Sebagai contoh, pensyarah Encik Rosli Bin Abu Bakar yang ditugaskan untuk mengurus dan mengendalikan guru pelatih yang terdiri daripada dua kumpulan Kursus Perguruan Asas Pengajian Bahasa Inggeris yang ditempatkan sementara di Maktab Perguruan Ipoh, Hulu Kinta, Perak bermula Julai 1992 sehinggalah November 1992.
  • 8.
    3.0 Sejarah PerasmianSecara Ringkas Majlis perasmian institut ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali pada 18 April 1994. Perasmian institut ini merupakan hari bersejarah dan telah dihadiri tokoh-tokoh terkemuka seperi Tuan Yang Terutama Gabenor Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian Malaysia dan Pengetua-Pengetua Maktab Perguruan dari seluruh Malaysia pada masa itu. Antara kemudahan yang dimilik oleh institut ini termasuklah sebuah dewan perhimpunan yang mampu menampung seramai 1,000 orang pada satu-satu masa, astaka sukan yang terdapat sebuah padang bola sepak dan juga trek larian 400 meter, gimnasium, gelangan sukan terbuka, lima blok asrama, surau, kuartes dan rumah kakitangan, kafetaria, kantin, pusat sumber, bangunan pra sekolah, dua buah dewan kuliah dan tiga bilik akademik dan bengkel. 4.0 Sejarah Ringkas Kemasukan Pelajar Pada peringkat awal, Maktab Perguruan Tuanku Bainun Bukit Mertajam hanya menawarkan kursus perguruan asas yang akan menyediakan guru-guru sekolah rendah. Kursus-kursus tersebut ialah PSR ( Pengajian Melayu ), PSR ( Pengajian Inggeris ), PSR ( Pengajian Cina ), PSR ( Pengajian Matematik ) dan PSR ( Pengajian Muzik ). Pengambilan pelatih-pelatih baru bagi semester satu sesi 1992/1994 seramai 510 orang dalam 18 unit telah dimulakan Julai 1992.1 Bagaimanapun pelatih-pelatih sesi perkenaan ditempatkan sementara di maktab-maktab perguruan lain di Semenanjung Malaysia kerana kampus maktab ini belum dapat digunakan sepenuhnya. Penempatan pelatih sesi 1992/1994 ke kampus yang ini dilakukan pada 12 Disember 1992. Walau Bagaimanapun hanya seramai 379 orang sahaja yang ditempatkan di maktab ini dalam 13 unit. Manakala bakinya menetap di maktab asal.2 Pengambilan pelatih-pelatih baru bagi semester satu sesi 1993-1995 pula seramai 458 orang yang memulakan pengajian pada 5 Julai 1993. Pengambilan baru ini di tambah dengan PSR ( Pengajian Agama Islam ) dan PSR ( Pengajian Tamil ). Bagi pengambilan Disember 1993, seramai 238 orang pelatih dalam 14 unit telah memulakan pengajian pada 6 Disember 1993. Pengambilan ini telah ditambah dengan satu pengajian baru iaitu PSR ( Pengajian Sains ). Pengambilan pelatih baru bagi semester 1 sesi 1994/1996 ialah seramai 515 orang yang memulakan pengajian pada 11 Julai 1994. 1 (t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun.Edisi Pertama.(t.t.p): (t.n.p).1995. Hlm 6 2 ibid
  • 9.
    Pengambilan baru initelah ditambah dengan PSM ( Pengajian Ekonomi Rumahtangga ), PSM ( Pengajian Kemahiran Hidup ) dan PSM ( Pengajian Kemahiran Hidup Bersepadu )3 Pada tahun 1996 Kursus Perguruan Asas (KPA) telah digantikan kepada Kursus Diploma Perguruan Malaysia (DPM). Pengambilan pertama Kursus DPM ini adalah pada tahun 1996, diikuti dengan pengambilan kedua pada Julai 1997, dan ambilan ketiga pada Julai 1998. 5.0 Perubahan Nama Nama asal Maktab Perguruan Tuanku Bainun adalah Maktap Perguruan Bukit Mertajam, pada awalnya nama ini diberikan sempena nama lokasi maktab ini didirikan. Pada tahun 1994, nama baru maktab ini diumumkan secara rasmi sewaktu majlis perasmian pembukaan maktab yang dilakukan oleh Permaisuri Agong ke-9 Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali. Penukaran nama ini dilakukan atas permintaan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Kementerian Pendidikan Malaysia pada ketika itu, yang ingin menamakan maktab ini bersempena nama tokoh negarawan.4 Pemilihan nama Maktab Perguruan Tuanku Bainun disebabkan empat faktor utama. Faktor yang pertama kerana Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali merupakan anak jati kelahiran Pulau Pinang5 . Kedua, baginda merupakan bekas pelajar Teacher Training College, Kirby di United Kingdom.6 Ketiga adalah disebabkan baginda pernah menjadi guru selama 22 tahun7 dan mengajar di beberapa sekolah di Kuala Lumpur, Seremban (Negeri Sembilan), Raub (Pahang), Taiping (Perak) dan Kuantan (Pahang). Faktor keempat dan yang paling utama kerana baginda merupakan Raja Permaisuri Agong ke-9 pada waktu itu.8 Seiring dengan keputusan cabinet yang bersetuju untuk menaik taraf maktab menjadi institut pada tahun 20089 ,nama maktab ini ditukar sekali lagi kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tuanku Bainun. Penjenamaan semula bertujuan untuk mengangkat nama maktab agar sama taraf dengan universiti yang turut menawarkan kursus-kursus perguruan. 3 (t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun. op.cit.Hlm 6 4 Shahidan Hashim. (2015, Mac 12 ) Pensyarah IPG Kampus Tuanku Bainun. Personal Interview. Pulau Pinang 5 Ibid 6 ibid 7 ibid 8 ibid 9 ( t.p ) Keratan Akhbar. 27 Maktab Naik Taraf Institut Pendidikan : Kerajaan Mahu Siwazah Pengajar Di Semua Sekolah Menjelang 2010. Diambil Daripada Berita Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Bil 2 : Jilil 28, 2005 Ogos. Hlm 3
  • 10.
    Perubahan nama maktabkepada insititut telah mengantikan Kursus Sijil Perguruan kepada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bermula pada April 2006. Pelancaran menaik taraf maktab kepada institut pertama kali dilakukan di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tun Abdul razak, Kota Samarahan, Sarawak oleh Menteri Pelajaran Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn pada Mei 200610 Pada tahun 2007, nama kampus ini diubah sekali lagi dengan mengantikan nama Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tuanku Bainun, kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun ataupun singkatannya IPGKTB. 6.0 Logo 6.1 Logo Asal Maktab Perguruan Tuanku Bainun (1992) Logo asal Maktab Perguruan Tuanku Bainun dicipta oleh Encik Harme Bin Abdullah11 pada tahun 1992. Reka bentuk logo diasaskan daripada buku, pen dan tangan, dicantumkan sekali dengan bentuk bujur bagi melahirkan suatu identiti. Terdapat tiga simbol utama yang terdapat dalam logo yang membawa erti yang berbeza. Buku melambangkan ilmu. Pen melambangkan ketajaman fikiran dan penyambung kepada dunia keilmuan. Tangan bermaksud kepimpinan yang berwibawa serta melambangkan kesemuanya itu haruslah diperolehi melalui usaha dan doa agar kehidupan direstui.12 . Simbol buku pula mengandungi cogan kata Maktab iaitu “ Pendidik Pengasas Budaya Ilmu”. 10 (t.p ). Berita Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Bil 2 : Jilil 9. 2006 Ogos. Hlm, 24 - 25 11 Shahidan Hashim. (2015, Mac 12 ). op.cit 12 (t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun. op.cit.Hlm 5
  • 11.
    Terdapat empat warnayang terdapat dalam logo ini. Warna putih yang membawa maksud kebersihan, merah melambangkan kecekalan, hijau pucuk pisang melambangkan kesuburan dan kesejahteraan dan kuning yang melambangkan kedaulatan dan keagongan.13 6.2 Logo Baru Institut (2006) Logo baru institut mula diguna pakai pada tahun 2006. Logo ini menggabungkan simbol buku dan beberapa huruf. Simbol lima lapisan buku yang terdapat di dalam logo ini melambangkan ilmu serta melambangkan lima Prinsip Rukun Negara dan Rukun Islam, selain itu simbol buku juga membawa maksud untuk melahirkan generasi yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial, seiring dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Simbol buku yang disusun secara bertingkat melambangkan perkembangan di dalam pendidikan yang telah berlaku secara berperingkat- peringkat iaitu bermula dengan Kursus Perguruan Asas (KPA), Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM), Kursus Perguruan Lepasan Diploma dan Ijazah (KPLD dan KPLI ), Kursus Pra Ijazah Sarjana Muda Perguuan dan Kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan14 Huruf G yang terdapat pada latar belakang logo adalah singkatan untuk perkataan Guru, Gigih, Generasi, Gemilang dan Global. Manakalah perkataan IPGKTB merupakan akronomi kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Berilmu Mendidik merupakan motto bagi kampus ini. Logo yang baharu ini mengunakan empat warna utama yang terdiri daripada warna putih untuk melambangkan bersih, suci, murni dan tulin, warna kuning untuk melambangkan intelek dan cemerlang, warna ungu melambangkan unggul dan terbilang, serta warna biru yang membawa maksud perpaduan dan harmoni. 13 (t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun. op.cit.Hlm 6 14 Laman web rasmi IPGKTB. http://ipgktb.edu.my/viewpage.php?page_id=15.
  • 12.
    7.0 Prasarana Institut Melihatkepada infrastruktur dan prasarana institut ini merupakan antara yang termoden pada waktu tersebut, yang menelan belanja sebanyak RM 38 juta dengan keluasan kampus seluas 66.38 ekar. Dilengkap dengan kemudahan-kemudahan bagi kakitangan dan juga guru pelatih. Antara prasarana yang terdapat di institut ini adalah dewan perhimpunan, bangunan pentabiran, bilik kuliah, dewan kuliah, pusat sumber, asrama, kantin, kafeteria, bangunan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan, kuarters kakitangan, bangunan Unit Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO), gimnasium Engku Aziz, Bangunan persatuan dan kelab, bangunan pra sekolah, garaj kenderaan, padang permainan, stor dan juga galeri seni. Pada awal operasi 1992, dewan perhimpunan ataupun dewan utama belum siap sepenuhnya dan belum mempunyai nama sehinggalah awal tahun 1993 nama Dewan Aminuddin Baki telah dipilih untuk menghargai jasa “bapa pendidikan Malaysia” merangkap bekas Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan). Bilik-bilik pembelajaran ataupun bilik kuliah merangkumi tiga blok utama iaitu Blok A yang mengabungkan pejabat pentadbiran, Blok B, serta Blok C. Dikatakan bahawa pada tahun 1992 keluasan sebenar satu bilik kuliah bersamaan dengan dua buah kelas yang digunakan di kampus pada masa kini (2016), ini berlaku disebabkan pertambahan bilangan pelajar, keadaan ini memaksa pihak institut untuk membuat pembahagian kelas bagi menampung jumlah pelajar yang semakin ramai.15 Terdapat tiga buah dewan kuliah yang terdiri daripada Dewan Kirkby, Dewan Ungku Azizi dan juga Dewan Kuliah C ataupun Dewan Kuliah Tun Hamdan. Nama Dewan Kirkby diambil bersempena nama Kolej Kirkby di Liverpool yang merupakan tempat latihan bakal-bakal guru daripada Tanah Melayu16 . Dewan Kuliah Ungku Aziz pula digunakan bersempena dengan nama tokok pendidikan dan juga ahli ekonomi negara YM Prof. Unku Abdul Aziz Bin Ungku Abdul Hamid. Kedua-dua dewan ini didirikan bersebelahan dengan bangunan pentadbiran dan bilik kuliah, dan terletak tengah-tengah laluan menuju ke perpustakaan (kanan) dan juga bangunan pentadbiran (kiri). Untuk Dewan Kuliah Tun Hamdan pula terletak di tingkat tiga Blok C dan diberi nama sempena dengan Tun Tan Seri Datu Dr. Haji Hamdan Bin Sheikh Tahir yang merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang. Menyambut tahun 2005, Maktab Perguruan Tuanku Bainun memperkenalkan beberapa batang jalan, dataran dan bangunan dengan nama tokoh pendidik dan nilai-nilai murni17 seperti Za’ba, Aminuddin Baki, Ibd Khaldun, Ar-Razi, Ungku Aziz, Gemilang, Harmoni dan sebagainya. 15 Rosmah Ramli. (2013, September 14 ) Pensyarah IPG Kampus Tuanku Bainun. Personal Interview. Pulau Pinang 16 Petikan diambil daripada info yang terdapat di dalam Dewan Kuliah Kirkby di Kampus Tuanku Bainun. 17 Maniyamin Bin Haji Ibrahim. Berita Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Bil 3 : Jilil 26. 2004 Disember. Hlm 30
  • 13.
    Tidak ketinggalan nama-namabekas pengetua ataupun pengarah MPTB juga diabadikan pada setiap laluan seperti Laluan Ariffin Yahya, Laluan Adnan Abdul Rahman, Laluan Haji Mohamad Muda, Laluan Haji Md. Akhir Shafie dan tidak ketinggalan Laluan Haji Ismail Din. Tujuan penamakan lokasi ini bagi memudahkan pengurusan pentadbiran di samping mengenang jasa tokoh-tokoh berkenaan. Penstrukturan semula nama-nama dataran, jalan juga bagi memperkasakan lagi MPTB18 8.0 Lagu Institut Lagu Maktab Perguruan Tuanku Bainu direka oleh Puan Yong Yoon Chin, Encik Hashim Muzbidi Ahmad, Encik Idris Samad dan juga Encik Mohd Shapee Mohd Zain19 . Lagu ini direka pada tahun 1994 dan telah menjadi lagu kebanggaan kampus semenjak itu.Menurut Encik Shahidan Hashim lagu maktab ini mengalami beberapa perubahan lirik seiring dengan perubahan nama maktab menjadi institut. Menurut beliau lagi , lagu maktab ini antara lagu yang unik kerana mempunyai tiga rentak yang berbeza, berbanding dengan maktab lain yang mempunyai dua rentak sahaja. Lirik lagu di sebelah kiri merupakan lirik lagu yang asal manakala lirik lagu yang disebelah kanan merupakan lirik lagu yang terbaru. Secara keseluruhan terdapat lima perubahan lirik yang dilakukan terhadap lagu asal seperti mana yang telah diblodkan di sebelah. Berdiri Megah tersergam indah Maktab Perguruan Tuanku Bainun Gedung Sebaran ilmu budaya Teras cemerlang impian semua Dari tiap ceruk20 / negeri kami datang Dengan tekad wajar berjuang Membina memaju serta menjulang Demi anak tersayang Marilah berus’ha segera Menuju arah hidup sejahtera Itulah sumpah dan ikrar kamu Penghuni suci, maktab terpuji Berdiri Megah tersergam indah Institut Perguruan Tuanku Bainun Gedung Sebaran ilmu budaya Teras cemerlang impian semua Dari setiap negeri kami datang Dengan tekad wajar berjuang Membina memaju serta menjulang Demi anak tersayang Marilah berusaha segera Menuju arah hidup sejahtera Itulah sumpah dan ikrar kamu Penghuni suci, institut murni 18 Shahidan Bin Hashim. ( 2015, Mac 12 ), Op.Cit 19 (t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun. op.cit.Hlm 4 20 Shahidan Bin Hashim. ( 2015, Mac 12 ), Op.Cit ( berdasarkan rakaman temubual, Encik Shahidan menyatakan pada asalnya perkataan Ceruk digunakan sebelum digantikan dengan perkataan Neger )
  • 14.
    Menyimpan hasrat cemerlangdiri Khidmat kepada ibu pertiwi21 Menyimpan hasrat cemerlang diri Khidmat kepada ibu pertiwi22 9.0 Senarai Tenaga Pengajar Dan Senarai Pengetua/ Pengarah Bersesuaian dengan perkembangan semasa, bilangan pensyarah sentiasa meningkat dari tahun ke setahun. malah kelayakan pensyarah untuk mengajar turut diambil kira bagi merealisasikan penubuhan Institut Pendidikan Guru Malaysia. Justeru bilangan dan kelayakan pensyarah Institut Perguruan memperlihatkan peningkatan yang memberangsangkan. Pada tahun 1992 hanya terdapat sembilan orang pensyarah terawal yang melapor diri dan mula berkhidmat pada Jun 1992, pada penghujung tahun 1992 seramai 18 orang pensyarah baru bagi mengajar guru pelatih sesi 199/199423 . Meskipun begitu, pada awalnya bilangan pensyarah tidak mencukupi akibat daripada bilangan pelajar yang terlalu banyak. Menurut Encik Shahidan Bin Hashim, beliau terpaksa mengajar selama 22 jam seminggu bagi menampung kekosongan pensyarah pada waktu tersebut, dan ada pensyarah yang mengajar dua hingga tiga subjek meskipun subjek tersebut bukan kepakaran mereka.24 Pada tahun,- tahun berikutnya pula berlaku perubahan jumlah pensyarah yang mengajar di institut ini sepanjang tahun 1992 sehinggalah 2010. Jumlah tersebut adalah 106 orang (1997), 126 (2004), 138 (2007), 168 (2008), 165 (2009) dan 182 (2010). Sembilan orang pensyarah perintis MPTB adalah, Encik Adnan Bin Abdul Rahman (Pengetua, Maktap Perguruan Pasir Panjang), Encik Hashim Bin Morshidi (Timbalan Pengetua Maktab Perguruan Sandakan), Tuan Haji Abdul Rahman Othman (Ketua Jabatan Kajian Sosial, Maktab Perguruan Sri Pinang), Tuan Haji Idris bin Abd Samad (Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Kementerian Pelajaran Malaysia), Encik Mohd Fathil Bin Abd. Majid (Pensyarah Jabatan Kajian Sosial, Maktap Sri Pinang), Encik Hashim Bin Othman ( Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Maktab Sri Pinang), Encik Razid Bin Abdul Karim (Pensyarah Jabatan Kajian Sosial, Sekolah Menengah Bukit Gantang), Puan Yong Yoon Chin ( Pensyarah Muzik ), Encik Mohd Shapee Bin Mohd Zain (Pensyarah Muzik/Sains, Sk.Sg Dua Butterworth). Sehingga tahun 2008 seramai lapan orang pengetua ataupun pengarah yang pernah menjawat jawatan tersebut. Lapan orang tersebut adalah. Encik Adnan Bin Abdul Rahman (1992-1994), Encik Ariffin Bin Yahaya (1994-2001), Tuan Haji Mohd Akhir Bin Sahfie ( Februari 2001-Ogos 2001), Tuan Haji Mohamad Bin Muda (Oktober 2001-April 2003), Tuan Haji Ismail Bin Din (Mei 2003- Mac 2005), Tuan 21 (t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun. op.cit.Hlm 4 22 Laman web rasmi IPGKTB. http://ipgktb.edu.my/viewpage.php?page_id=15. 23 Shahidan Hashim. (2015, Mac 12 ). op.cit 24 ibid
  • 15.
    Haji Mohd AdenanBin Deraman (Jun 2005-September 2006), Puan Hajah Asmah Bt Yahaya (September 2006-Disember 2007), Puan Hajah Rohani Bin Ismail ( Januari 2008 ). 10.0 Peristiwa Perasmian Maktab Perguruan Tuanku Bainun Maktab Perguruan Tuanku Bainun telah dirasmikan pada 18 April 1993 oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun disebabkan empat faktor utama. Faktor yang pertama kerana Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali merupakan anak jati kelahiran Pulau Pinang25 . Kedua, baginda merupakan bekas pelajar Teacher Training College, Kirby di United Kingdom (1952-1954)26 . Ketiga adalah disebabkan baginda pernah menjadi guru selama 22 tahun27 dan mengajar dibeberapa sekolah di Kuala Lumpur, Seremban (Negeri Sembilan), Raub (Pahang), Taiping (Perak) dan Kuantan (Pahang). Faktor keempat dan yang paling utama kerana baginda merupakan Raja Permaisuri Agong ke-9 pada waktu itu.28 Berdasarkan keempat-empat faktor tersebut pihak maktab dan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kelulusan daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap ahli Parlimen Permatang Pauh bersetuju untuk menggunakan nama Maktab Perguruan Tuanku Bainun (MPTB) mengantikan nama Maktab Perguruan Bukit Mertajam (MPBM). Wakil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bersama-sama dengan Pengetua MPBM Encik Adnan Bin Abdul Rahman telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Bainun untuk memohon perkenan baginda berkenaan dengan menggunakan nama baginda sebagai nama maktab ketika itu. Kesan daripada peristiwa tersebut maka nama Maktab Perguruan Tuanku Bainun telah digunakan mengantikan nama maktab sebelum ini. Tarikh perasmian yang telah ditetapkan adalah pada 18 April 1993. Tempoh persiapan memakan masa selama tiga hingga empat bulan. Sepanjang tempoh tersebut terdapat beberapa perkara yang mengalami perubahan seperti menu santapan diraja. Menurut Encik Shahidan baginda permaisuri teringin untuk makan makanan yang dimasak oleh seorang tukang masak yang berada di Pulau Pinang, nama tukang masak tersebut tidak dapat diingati oleh beliau.29 Kesan daripada permintaan itu, pihak maktab dan pengurusan bertugus lumus untuk mencari tukang masak tersebut. Pada tarikh yang ditetapkan, terdapat beberapa peristiwa yang terjadi yang mengakibatkan beberapa perubahan dilakukan. Salah satu peristiwa tersebut adalah ketika ketibaan baginda. Perancangan awal menyatakan baginda akan tiba dengan menaiki helikopter dan mendarat di padang 25 Shahidan Hashim. (2015, Mac 12 ). Op.Cit 26 ibid. ( 27 ibid 28 Shahidan Hashim. (2015, Mac 12 ). Op.Cit 29 ibid
  • 16.
    Asta Waja (PadangMPTB) tetapi pada hari kejadian baginda tiba di Kepala Batas seterusnya menaiki kenderaan diiringi pengawal-pengawal peribadi baginda30 . Meskipun begitu, terdapat kecelaruan lokasi sebenar di mana sebenarnya baginda mendarat, ini kerana pada sesi temubual pertama bersama dengan Encik Shahidan beliau menyatakan bahawa baginda mendarat di Padang Astaka Waja31 namun pada sesi temuramah yang kedua beliau menyatakan baginda mendarat di Kepala Batas.32 . Namun begitu kenyataan yang menyatakan baginda mendarat di Kepala Batas adalah lebih kuat ini kerana terdapat gambar yang memperlihatkan kenderaaan baginda diiringi oleh Polis Traffik menuju ke MPTB33 , sekiranya difikirkan semula tidak mungkin baginda menaiki kenderaan yakni kereta sekiranya baginda mendarat di Padang Astaka Waja, ini kerana jarak antara padang dengan dewan adalah tidak jauh. Perubahan yang berlaku seterusnya adalah kedatangan Putera baginda DYTM Raja Nazrin Muizzuddin Shah. Pada awal perancangan, pihak pengurusan diberi maklumat hanya baginda permaisuri sahaja yang akan datang, namun pada hari tersebut Putera baginda turut serta ke majlis perasmian tersebut sekali gus menyebabkan ajk persiapan tempat bertugus lumus mencari kerusi khas untuk putera baginda Meskipun terdapat perubahan pada saat-saat akhir, ketibaan baginda pada waktu itu tetap disambut meriah oleh tetamu-tetamu kehormat seperti Tuan Yang Terutama Gabenor Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinag Tun Tan Sri Dato Dr. Haji Hamdan Bin Sheikh Tahir, Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tan Sri Dr Haji Sulaiman Daud, Ketua Setiausaha Kementerian serta pengetua-pengetua Maktab Perguruan seluruh Malaysia pada ketika itu.34 Sambutan pihak masyarakat setempat dikatakan tidak ramai , kerana tiada hebahan yang dilakukan serta hanya ketua kampung ataupun ketua JKK Kampung Mengkuang saja yang dijemput bagi memastikan kelancaran majlis dan juga sebagai salah satu faktor untuk menjaga keselamatan Permaisuri Tuanku Bainun ketika itu.35 Dalam petikan ucapan baginda, baginda berhasrat agar pihak pengurusan MPTB dapat menghantar laporan berkenaan dengan perkembang-perkembang yang berlaku di MPTB 10 tahun sekali, selain itu baginda juga berhasrat untuk menghadiri majlis konvokesyen para pelajar MPTB. Walaubagaimanapun hasrat baginda tidak dapat ditercapai akibat daripada peredaran masa dan pertukaran pucuk kepimpinan kampus yang mengakibatkan hasrat tersebut dilupakan36 30 ibid 31 Shahidan Hashim. (2013, September 20) Pensyarah IPG Kampus Tuanku Bainun. Personal Interview. Pulau Pinang 32 Shahidan Hashim. (2015, Mac 12 ) Pensyarah IPG Kampus Tuanku Bainun. Personal Interview. Pulau Pinang 33 (t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun. op.cit.Hlm 60. 34 ibid. hlm 58 – 66 35 Shahidan Hashim. (2015, Mac 12 ). Op.Cit 36 ibid. Sehingga temubual ini dijalankan, hanya Encik Shahidan sahaja yang masih ingat berkenaan dengan perkara tersebut memandangkan beliau satu-satunya pensyarah lama yang masih berkhidmat dan terlibat secara langsung dengan Majlis Perasmian MPTB.
  • 17.
    Sebagai simbolik perasmian,baginda menarik tirai plak yang terdapat di dinding sebelah kiri pentas utama Dewan Amiduddin Baki, dan seterusnya diiringi para tetamu ke tapak semaian yang terdapat di hadapan dengan Dewan Kuliah Kirkby bagi menanam pokok mengkuang sebagai pelengkap simbolik perasmian pada kali itu37 . Beberapa tahun selepas upacara perasmian , pokok mengkuang tersebut telah mati dan digantikan dengan pokok mengkuang yang baru seperti mana yang dapat kita lihat pada hari ini38 Setelah upacara simbolik perasmian dilakukan , baginda berkenan untuk melihat tapak- tapak pameran yang disediakan oleh para guru-guru pelatih serta pensyarah MPTB yang terletak di Perpustakaan Za’ba, dan seterusnya menghadiri majlis santapan. Meskipun kedatangan baginda sangat singkat, namun ianya cukup bermakna dan menjadi satu catatan bersejarah bagi seluruh warga MPTB kerana baginda sanggup mencemar duli untuk merasmikan maktab ini. 11.0 Senarai Kursus Yang Pernah Ditawarkan Berikut merupakan senarai kursus yang ditawarkan di Maktab Perguruan Bukit Mertajam : 1. Kursus Perguruan Asas Sesi 1992/1994 (Pengajian Sekolah Rendah Dengan Major i. Pengajian Melayu ii. Pengajian Inggeris iii. Pengajian Cina iv. Pengajian Matematik v. Pengajian Muzik Kumpulan guru pelatih ini menumpang di maktab seluruh semenanjung Malaysia. 37 (t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun. op.cit.Hlm 61 38 Shahidan Hashim. (2015, Mac 12 ). Op.Cit
  • 18.
    Kursus Perguruan AsasSesi Julai 1993/1995 (Pengajian Sekolah Rendah Dengan Major ) i. Pengajian Melayu ii. Pengajian Inggeris iii. Pengajian Cina iv. Pengajian Matematik v. Pengajian Agama Islam vi. Pengajian Tamil vii. Pengajian Sains 2. Kursus Perguruan Asas Sesi Julai 1994/1995 (Pengajian Sekolah Rendah Dengan Major) i. Pengajian Melayu ii. Pengajian Inggeris iii. Pengajian Cina iv. Pengajian Matematik v. Pengajian Muzik vi. Pengajian Agama Islam vii. Pengajian Tamil viii. Pengajian Sains ix. Pengajian Ekonomi Rumahtangga x. Pengajian Kemahiran Hidup xi. Pengajian Kemahiran Hidup Bersepadu 3. Kursus Perguruan Asas Sesi Julai 1994/1996 ( Pengajian Sekolah Menengah ) i. Pengajian Kemahiran Hidup 4. Kursus Perguruan Lepasan Diploma Sesi Januari 1996 i. Pengajian sains ii. Pengajian kemahiran hidup 5. Kursus Perguruan Lepasan Diploma Sesi Julai 1996 i. Pengajian Kemahiran Hidup ii. Pengajian Matematik iii. Pengajian Seni 6. Kursus-Kursus Di Ipgm, Kampus Tuanku Bainun 2008 (Kepelbagaian Kursus ) i. Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) ii. Program Ijazah Sarjana Muda Keperguruan (PISMK) iii. Kursus Pra Ijazah Sarjana Muda Keguruan (PRA- PISMK) iv. Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) v. Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) vi. Program Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) vii. Program Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (J-QAF) viii. Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) ix. Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 minggu x. Kursus Dalam Perkhidmatan (CONVERSION) 6 minggu xi. Kursus dalam Perkhidmatan (KDP) 2 ming
  • 19.
    19 12.0 Kajian DataEnrolmen Pelajar Tempoh Pengajian : Julai 1992 sehingga Julai 1994 Tarikh Kemasukan : 1 Disember 1992 Pengajian Kaum Jantina Jum. Melayu Cina India Lain- Lain Wanita Lelaki PSR 177 1 2 58 122 180 PSR – BM 17 3 10 26 4 30 PSR – PI 16 14 26 4 30 PSR – PC 31 31 31 PSR – MU 19 1 1 12 9 21 PSR – MT 70 11 6 55 32 87 Jumlah 299 47 33 208 171 379 Jadual : Pelajar 1 Disember 199239 Pendaftaran pelajar pada Jun 1992 terpaksa ditangguhkan ke 1 Disember 1992 akibat daripada kelewatan kontraktor menyiapkan sepenuhnya bangunan yang menempatkan bilik-bilik kuliah. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, pihak maktab telah bertindak menghantar surat pendaftaran baharu yang mengandungi penempatan sementara pelajar-pelajar di enam buah maktab. Maktab-maktab tersebut adalah Maktab Perguruan Lembah Pantai, Maktab Perguruan Bahasa, Maktab Perguruan Sri Pinang, Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Institut Perguruan Sultan Idris40 Pada 1 Disember 1992 pelajar-pelajar tersebut dipanggil semula untuk meneruskan pengajian semester dua mereka di MPBM. Ketibaan mereka disambut oleh pensyarah-pensyarah yang bertugas pada masa itu. Pelajar kemudiannya ditempatkan di dua blok asrama iaitu Blok Budiman untuk pelajar wanita dan Blok Aman bagi pelajar lelaki. Sewaktu kedatangan pelajar ke kampus ini, pihak maktap belum lagi dapat menyediakan pengawal keselamatan untuk menjaga keselamatan pelajar. Oleh sebab itu pelajar dan pensyarah mengambil inisiatif untuk melakukan rondaan pada waktu malam di kawasan asrama memandangkan pada waktu tersebut kawasan kediaman dan sekitar kampus masih lagi dihuni oleh pekerja-pekerja pembinaan.41 Berdasarkan pengiraan data pelajar yang diperolehi daripada Buku Pendaftaran Pelajar Maktab Perguruan Tuanku Bainun 1992-1996 terdapat seramai 379 orang pelajar yang mendaftar untuk kemasukan semester kedua pada 1 Disember 199242 . Pada awalnya pihak maktab dirancang menerima seramai 510 orang pelajar, namun untuk kemasukan semester kedua yang hanya mendaftar masuk adalah seramai 379 orang sahaja selebihnya menetap di maktab asal43 . 39 Buku Pendaftaran Pelajar Maktab Perguruan Tuanku Bainun 1992-1996 40 Shahidan Hashim. (2015, Mac 12 ). Op.Cit 41 ibid 42 Buku Pendaftaran Pelajar Maktab Perguruan Tuanku Bainun 1992-1996 43 (t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun.Edisi Pertama.(t.t.p): (t.n.p).1995. Hlm 6
  • 20.
    20 Bagi kemasukan kalipertama ini terdapat seramai 299 orang pelajar berbangsa Melayu, 47 orang berbangsa Cina, dan 33 orang berbangsa India. Jika dikira mengikut jantina pula seramai 208 pelajar merupakan pelajar wanita selebih iaitu seramai 171 orang adalah pelajar lelaki. Pelajar-pelajar ini dipecahkan kepada 13 unit yang terdiri daripada lima pengkhususan iaitu PSR (Pengajian Melayu), PSR (Pengajian Inggeris), PSR (Pengajian Cina), PSR (Pengajian Matematik) dan PSR (Pengajian Muzik) Tempoh Pengajian : 1993 – 1995 Tarikh Kemasukan : 5 Julai 1993 – 20 Julai 1993 Pengajian Kaum Jantina Jum. Melayu Cina India Lain- Lain Wanita Lelaki PSR – PM 104 59 45 104 PSR – PI 20 1 12 1 29 5 34 PSR – PC 34 31 3 34 PSR – PT 36 27 9 36 PSR – PA 69 47 22 69 PSR – MU 38 2 25 15 40 PSR – MT 122 10 7 1 - - 140 Jumlah 353 45 57 2 - - 457 Jadual : Pelajar 1993 – 199544 Terdapat dua sesi pengambilan bagi kali ini, iaitu pengambilan pertama pada 5 Julai 1993 dan sesi kedua pada 20 Julai 1993 yang memperlihatkan seramai 457 orang pelajar mendaftar masuk ke MPTB. Jumlah yang diperolehi daripada Buku Pendaftaran Pelajar Maktab Perguruan Tuanku Bainun 1992-1996 iaitu seramai 457 orang pelajar berbeza dengan jumlah pelajar yang dinyatakan dalam Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun Edisi Pertama 1995 iaitu seramai 458 orang pelajar45 . Perbezaan ini berkemungkinan berlaku disebabkan terdapat pelajar yang berhenti ataupun tangguh semester akibat perkara yang tidak dapat dipasti. Bagi kemasukan kali pertama ini terdapat seramai 353 orang pelajar berbangsa Melayu, 45 orang berbangsa Cina, 57 orang berbangsa India dan dua orang pelajar yang berketurunan Siam (PSR- PI) dan Pakistan (PSR-MT). Bagi jumlah pelajar mengikut jantina pula tidak dapat di kenal pasti disebabkan terdapat beberapa maklumat pelajar Pengajian PSR Matematik yang tidak melengkapkan maklumat diri mereka di buku pendaftaran. Pelajar-pelajar ini dipecahkan kepada tujuh pengkhususan iaitu, PSR Pengajian Bahasa Melayu (104 orang pelajar), PSR Pengajian Inggeris (34 orang pelajar), PSR Pengajian Cina (34 orang pelajar), PSR Pengajian Tamil (36 orang pelajar), PSR Pengajian Agama Islam (69 orang pelajar), PSR Pengajian Muzik (40 orang pelajar) dan PSR Pengajian Matematik (140 orang pelajar). PSR Pengajian Tamil dan PSR Pengajian Agama Islam merupakan kursus yang baru ditawarkan pada semester ini. 44 Buku Pendaftaran Pelajar Maktab Perguruan Tuanku Bainun 1992-1996 45 (t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun. op.cit Hlm 7
  • 21.
    21 Tempoh Pengajian :1993 – 1996 Tarikh Kemasukan : 6 Disember 1993 Pengajian Kaum Jantina Jum. Melayu Cina India Lain- Lain Wanita Lelaki PSR – PM 73 42 31 73 PSR – PC 31 31 31 PSR – PA 32 19 13 32 PSR – MU 34 5 1 20 20 40 PSR – MT 30 2 3 21 14 35 PSR – SN 27 6 1 24 10 34 Jumlah 196 44 5 157 88 245 Jadual : Pelajar Disember 1993 – Disember 199646 Pengambilan sesi kedua tahun 1993 pada bulan Disember menunjukkan seramai 245 orang pelajar telah berjaya mendaftar masuk ke MPTP jumlah ini berdasarkan maklumat pelajar yang terdapat di dalam buku pendaftaran. Berbeza dengan jumlah yang terdapat pada Majalah MPTB yang menyatakan sebanyak 238 orang47 iaitu kurang tujuh orang daripada jumlah yang terdapat di dalam buku pendaftaran. Perbezaan ini berlaku disebabkan kesalahan pengiraan jumlah pelajar yang terdapat dalam buku pendaftaran, yang mana pengiraan turut melibatkan pelajar-pelajar yang telahpun berhenti belajar di MPTB. Bagi sesi kali ini, sebanyak enam buah kursus yang ditawarkan iaitu PSR Pengajian Bahasa Melayu (73 orang pelajar), PSR Pengajian Cina (31 orang pelajar), PSR Pengajian Agama Islam (32 orang Pelajar), PSR Pengajian Muzik (40 orang pelajar), PSR Pengajian Matematik (35 orang pelajar), dan penambah satu kursus baru iaitu PSR Pengajian Sains (34 orang pelajar). Bagi kemasukan kali ini juga, terdapat seramai 196 orang pelajar berbangsa Melayu, 44 orang berbangsa Cina, dan 5 orang berbangsa India. Jika dikira mengikut jantina pula seramai 157 pelajar merupakan pelajar wanita dan selebih iaitu seramai 88 orang adalah pelajar lelaki. 46 Buku Pendaftaran Pelajar Maktab Perguruan Tuanku Bainun 1992-1996 47 (t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun. op.cit Hlm 7
  • 22.
    22 Tempoh Pengajian :1994 – 1996 Tarikh Kemasukan :1 Julai 1994 Pengajian Kaum Jantina Jum. Melayu Cina India Lain-Lain Wanita Lelaki PSR – PM 141 1 86 56 142 PSR – PI 32 2 2 32 4 36 PSR – PC 41 41 41 PSR – PT 26 17 9 26 PSR – PA 68 41 27 68 PSR – MU 42 25 17 42 PSR – MT 48 6 5 38 21 59 PSM – KH – KHP 17 1 - - 18 PSM – KH – ERT 20 20 20 Jumlah 368 49 35 - - 452 Jadual : Pelajar Julai 1994 - 199648 Pengambilan pelajar pada Julai 1994 adalah seramai 452 berdasarkan maklumat pelajar yang yang terdapat di dalam buku pendaftaran. Berbeza dengan jumlah yang dinyatakan di dalam Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun 1995 iaitu seramai 515 orang pelajar yang telah didaftarkan49 perbezaan sebanyak 63 orang pelajar. Percanggahan ataupun perbezaan jumlah pelajar ini berlaku berkemungkinan disebabkan terdapat beberapa orang pelajar ambil kedua yang belum didaftarkan di dalam Buku Pendaftaran Pelajar pada ketika itu. Bagi sesi kali ini, sebanyak sembilan buah kursus yang ditawarkan iaitu PSR Pengajian Bahasa Melayu (142 orang pelajar), PSR Pengajian Inggeris (36 orang pelajar), PSR Pengajian Cina (41 orang pelajar), PSR Pengajian Tamil (26 orang pelajar), PSR Pengajian Agama Islam (68 orang pelajar), PSR Pengajian Muzik (42 orang pelajar), PSR Matematik (59 orang pelajar), PSM Kemahiran Hidup Pertanian (18 orang pelajar) dan PSM Kemahiran Hidup Ekonomi Rumah Tangga (20 orang pelajar). Bagi kemasukan kali ini juga, terdapat seramai 368 orang pelajar berbangsa Melayu, 49 orang berbangsa Cina, dan 35 orang berbangsa India. 48 Diambil daripada Buku Pendaftaran Pelajar Maktab Perguruann Tuanku Bainun 49 (t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun. op.cit Hlm 7
  • 23.
    23 Tempoh Pengajian :1994 – 1997 Tarikh Kemasukan :1 Disember 1994 Pengajian Kaum Jantina Jum. Melayu Cina India Lain- Lain Wanita Lelaki PSR – PM 36 1 19 18 37 PSR – PI 5 1 6 11 1 12 PSR – PC 20 19 1 20 PSR – PA 34 25 9 34 PSR – MU 24 13 11 24 PSR – MT 26 1 1 22 6 28 PSR – SN 13 3 1 1 16 2 18 PSR – KH 33 1 20 14 35 JUMLAH 171 26 9 1 145 62 207 Jadual : Pelajar Disember 1994 – 199750 Pengambilan yang seterusnya adalah untuk sesi Disember 1994 – 1995, memperlihatkan sebanyak 8 kursus yang ditawarkan iaitu, PSR Pengajian Melayu, PSR Inggeris, PSR Pengajian Cina, PSR Pengajian Agama Islam, PSR Pengajian Muzik, PSR Pengajian Matematik, PSR Pengajian Sains, PSR Kemahiran Hidup. Pelajar bagi sesi ini adalah sejumlah 207 orang. Bagi jumlah pelajar mengikut kaum, kaum Melayu seramai 171 orang, Cina 26 orang, India 9 orang dan lain-lain seorang. Jumlah pengambilan tertinggi adalah seramai 35 orang iaitu PSR-KH. Seperti yang diperlihatkan sebelum ini golongan wanita mendahului seramai 145 orang pelajar dan pelajar lelaki seramai 62 orang pelajar. 50 Buku Pendaftaran Pelajar Maktab Perguruan Tuanku Bainun 1992-1996
  • 24.
    24 Tempoh Pengajian :1995 – 1997 Tarikh Daftar : 14 Jun 1995 Pengajian Kaum Jantina Jum. Melayu Cina India Lain-Lain Wanita Lelaki PSR – PM 60 35 25 60 PSR – PI 25 2 7 27 7 34 PSR – PC 27 27 27 PSR – PA 57 50 7 57 PSR – MU 38 1 1 36 4 40 PSR – MT 27 24 3 27 PSR – SN 25 1 3 26 3 29 PSM – KH – KMT 21 21 21 PSM – KHP 20 1 18 3 21 PSM – ERT 20 20 20 KPLD – SN 49 14 35 49 KPLD – KH 27 12 15 27 Jumlah 369 31 12 310 102 412 Jadual : Pelajar Jun 1995 - 199751 Jadual di atas merujuk kepada jumlah pelajar bagi sesi 1995 – 1997 bermula pada 14 Jun 1995, sebanyak 12 matapelajaran yang diambil seramai 412 orang pelajar, yang terdiri daripada PSR Pengajian Melayu,PSR Pengajian Inggeris, PSR Pengajian Cina, PSR Pengajian Agama, PSR Muzik, PSR Pengajian Matematik, PSR Pengajian Sains, PSM Kemahiran Hidup Teknikal, PSM Kemahiran Hidup Pertanian, PSM Kemahiran Hidup Ekonomi Rumah Tangga, KPLD Pengajian Sains, dan juga KPLD Kemahiran Hidup. PSR-PM merangkumi sebanyak 60 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar Melayu dimana 35 daripadanya adalah pelajar wanita dan 25 adalah pelajar lelaki. Bagi PSR-PI pula sebanyak 34 orang pelajar dan seramai 25 orang pelajar Melayu, 2 orang pelajar Cina, 7 orang Pelajar India dan terdiri daripada 27 orang pelajar wanita dan 7 pelajar lelaki. PSR-PC pula seramai 27 orang pelajar Cina dan merupakan pelajar perempuan. PSR- PA terdiri daripada 57 orang pelajar Melayu, 50 orang pelajar perempuan dan 7 orang pelajar lelaki. PSR-MU pula seramai 38 orang pelajar Melayu, 1 orang pelajar Cina dan India jumlah keseluruhan seramai 40 orang pelajar. Bagi PSR-MT pula pelajar seramai 27 orang pelajar Melayu, 24 orang pelajar wanita dan 3 pelajar lelaki. PSR-SN seramai 29 orang pelajar dengan 25 daripadanya adalah Melayu, 1 orang Cina dan 3 orang India, dan sebanyak 26 orang pelajar wanita dan hanya 3 orang pelajar lelaki. PSM-KH-KMT pula seramai 21 orang pelajar wanita Melayu, PSM-KHP seramai 20 orang pelajar Melayu dan seorang pelajar India yang terdiri daripada 18 wanita dan 3 lelaki. Bagi PSM-ERT pula pelajar seramai 20 orang pelajar wanita Melayu sahaja. Bagi dua subjek yang terakhir yang juga merupakan subjek baru adalah KPLD-SN terdiri daripada 49 orang pelajar 51 Buku Pendaftaran Pelajar Maktab Perguruann Tuanku Bainun 1992 - 1996
  • 25.
    25 Melayu 14 daripadanyaadalah wanita dan 35 orang lelaki. KPLD-KH pula seramai 27 orang pelajar Melayu dengan meperlihatkan seramai 12 orang pelajar wanita dan 15 pelajar lelaki. Tempoh Pengajian : Januari 1996 - Tarikh Daftar : 2 Januari 1996 Pengajian Kaum Jantina Jum. Melayu Cina India Lain-Lain Wanita Lelaki KPLD – MT 29 23 6 29 KPLD 45 32 13 45 KPLD – KH – KMI 21 12 9 21 Jumlah 95 67 28 95 Jadual : Pelajar 2 Januari 199652 Bagi sesi ini pengambilan pelajar hanya seramai 95 orang pelajar dan buat pertama kalinya pengambilan bermula pada 2 Januari 1996 dan bukannya pada bulan Disember seperti yang selalunya. Bagi pengambilan kali ini hanya terdapat dua pengambilan bagi subjek Kursus Perguruan Lepasan Diploma Matematik (29 orang pelajar),dan juga Kursus Perguruan Lepasan Diploma Kemahiran Hidup (21 orang pelajar), manakalah lagi 45 orang pelajar tidak dapat dikenal pasti pengkhususan mereka disebabkan maklumat di dalam buku pendaftaran tidak lengkap. Berkemungkinan pelajar-pelajar tersebut merupakan pelajar pengkhususan Matematik ataupu Kemahiran Hidup memandangkan pada ketika itu hanya terdapat dua kursus sahaja yang ditawarkan. Bagi ketiga-tiga subjek kemasukan pelajar hanya terdiri daripada pelajar Melayu sahaja, 67 daripada jumlah tersebut adalah pelajar wanita, dan 28 pelajar lelaki. Kemasukan pelajar selama 5 tahun iaitu dari tahun 1992 sehinggalah tahun 1996 mengandungi 7 kali pengambilan. Berdasarkan jumlah pengambilan pelajar tertinggi adalah pada ambilan bulan Julai tahun 1993 iaitu ambilan kedua bagi Maktab Perguruan Bukit Mertajam seramai 457 orang pelajar diikuti oleh pengambilan pada Julai 1994 iaitu seramai 452, pengambilan ketiga terbanyak pula adalah pada ambilan Jun 1995 iaitu seramai 412 orang pelajar. Sekiranya diperhatikan graf, terdapat pengurang pengambilan pelajar bagi selang setiap ambilan, sebagai contoh pada ambilan bulan Disember 1992 sebanyak 379 orang pelajar dan pada ambilan seterusnya iaitu pada Julai 1993 iaitu seramai 457 orang pelajar kenaikan sebanyak 9 peratus iaitu sebanyak 78 orang pelajar. Pada ambilan berikutnya pula pada Disember 1993 penurunan sebanyak 212 orang pelajar menjadikan jumlah pelajar ambilan pada kali tersebut adalah 245 orang sahaja pengurangan sebanyak 30 peratus. Bagi pengambilan sesi ambilan Julai 1994 pula meningkat sebanyak 29 peratus menjadikan jumlah pelajar ambilan kali tersebut adalah seramai 452 orang pelajar. Ambilan berikutnya pula menunjukkan penurunan dari ambilan Julai 1994 dengan pengambilan Disember 1994, menurunan sebanyak 37 peratus dengan hanya kemasukan pelajar sebanyak 207 orang sahaja. Pada ambilan seterusnya kemasukan pelajar mengalami peningkatan sebanyak 33 peratus menjadikan jumlah pelajar 52 Diambil daripada Buku Pendaftaran Pelajar Maktab Perguruann Tuanku Bainun
  • 26.
    26 seramai 412 orang.Pada ambilan seterusnya pula iaitu ambilan Januari 1996 hanya terdapat seramai 95 orang pelajar yang memasuki maktab menurunan sebanyak 62 peratus. Perubahan bilangan jumlah kemasukan pelajar dipengaruhi oleh dua faktor utama. Pertama sistem pengagihan pelajar ditentukan oleh pihak IPGM sendiri dan diberi kepada setiap IPG yang terdapat di malaysia, faktor penentu yang kedua pula adalah daripada jumlah pelajar yang mampu ditampung oleh IPG pada suatu-suatu masa memainkan peranan penting untuk menentukan tahap kemampuan sesebuah IPG untuk menempatkan pelajar-pelajar di dalam kelas. kedua-dua faktor ini merupakan penentu kepada ipg untuk menentukan bilangan pelajar yang mampu ditampung oleh kampus. 13.0 Kaitan Penutupan Maktab Sri Pinang Dan Pembukaan Maktab Perguruan Bukit Mertajam 13.1 Sejarah Ringkas Maktab Perguruan Sri Pinang53 Maktab ini telah ditubukan pada 1 Jun 1957 dengan nama Maktab Latihan Harian, maktab ini pada asalnya beroperasi di bangunan Sekolah Cina Normal Green Lane di Jalan Hamilton, yang asalnya merupakan bekas kilang roti. Pada tahun pertama seramai 321 orang guru pelatih menuntut di maktab ini. Kesemua pelatih ini mengikuti pengajian selama 3 tahun. Seterusnya pada bulan Januari 1958 sebahagian besar guru pelatih yang sedang menjalani latihan di Maktab Perguruan Kota Bahru telah dipindahkan ke maktab ini untuk meneruskan latihan mereka. Sehingga ke tahun 1960-an, kelayakan asas mengikuti kursus perguruan ialah Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Selepas tahun tersebut mereka yang memiliki Sijil Persekolahan turut diambil. Golongan ini dikehendaki menjalani latihan selama dua tahun. Pada tahun 1973 apabila Rancangan Latihan Guru Bersepadu dilaksanakan, maktab ini mula menyediakan guru-guru sekolah rendah dan menengah rendah menerusi program pendidikan peringkat awal kanak-kanak. Selaras dengan fungsi dan peranan maktab, maka nama maktab ini telah ditukar kepada Maktab Perguruan Sri Pinang dalam tahun 1977. Mulai tahun 1981, maktab ini memulakan kursus perguruan asas mengikuti sistem enam semester dan kemudiannya lima semester. Disebabkan keluasan kawasan maktab di Jalan Hamilton terhad di samping kekurangan kemudahan asa, maka pada Jun 1979, maktab ini telah dipindahkan ke Jalan Northam yang kini dikenali sebagai Jalan Sultan Ahmad Shah sehinggalah maktab ini ditutup pada tahun 1998. Pada tahun 1975, Maktab Perguruan Sri Pinang yang pada waktu itu masih lagi berada di bangunan Jalan Hilmilton. Bangunannya berbentuk segi empat di mana bahagian tengahnya terdapat 53 Pengkisahan Sejarah Maktab Perguruan Sri Pinang.(1998).[CD].Pulau Pinang : Arkib Negara Cawangan Pulau Pinang.
  • 27.
    27 gelanggan bola jaringdan di bahagian belakang terdapat dua pandang iaitu padang hoki dan juga padang bola sepak berserta dengan trek larian 400 meter, sehinggalah pada tahun 1976 hanya terdapat trek yang tidak sampai 200 meter sahaja. Dari segi kemudahan perpustakaan sangat kurang berbanding dengan yang terdapat Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada waktu itu. Pada tahun 1974, logo maktab yang sedia ada yang dicipta oleh Encik Chong Ching Seng telah ditukar dengan logo yang baru hasil ciptaan Encik Samsudin yang merupakan salah seorang pensyarah. Pada tahun 1983 Maktab Sri Pinang menyambut Jubli Perak. Maktab Sri Pinang juga bertindak sebagai tempat penyimpanan arkib daripada Maktab Perguruan yang terdapat di Alor Setar yang telah ditutup. Pelajar-pelajar terpaksa duduk menyewa di rumah-rumah dan flat berhampiran dengan kawasan maktab bermula pada tahun 1986 akibat daripada pertambahan pelajar.54 13.2 Kaitan Maktab Perguruan Sri Pinang dan Maktab Perguruan Tuanku Bainun Maktab perguruan Sri Pinang ditutup secara rasmi pada tahun 1998, dan pembinaan Maktab Perguruan Tuanku Bainun telah dimulakan sejak tahun 1990an lagi, perancangan awal mengatakan bahawa Maktab Bukit Mertajam ini akan mengunakan Nama Maktab Sri Pinang, namun disebabkan Maktab Perguruan Sri Pinang telah ditamatkan operasi jadi tidak sesuai sekiranya Maktab Perguruan Bukit Mertajam menggunakan nama tersebut55 , dan akhirnya pemilihan nama Maktab Perguruan Bukit Mertajam telah dilakukan. Dari segi kaitan Maktab Perguruan Sri Pinang dan Maktab Perguruan Bukit Mertajam cuma dari segi peralatan dan kemudahan yang dibawa dari Maktab Sri Pinang ke Maktab Perguruan Bukit Mertajam. Sebagai contohnya buku pendaftaran pelajar Maktab Perguruan Sri Pinang yang digunakan untuk pendaftaran pelajar di Maktab Perguruan Bukit Mertajam yang pada waktu itu masih baru beroperasi dan tidak lagi mempunyai buku pelajar sendiri sehingga tahun 1994. Selain itu peralatan dan kemudahan bilik kemahiran hidup yang terdapat hingga ke hari ini juga merupakan bekas daripada Maktab Perguruan Sri Pinang yang dibawa masuk ke bengkel kemahiran hidup maktab ini setelah maktab tersebut ditutup. Kemudahan lain adalah dari segi rak-rak, almari fail, projekter dan kerusi meja sebilangan besarnya berasal daripada Maktab Sri Pinang. 54 Pengkisahan Sejarah Maktab Perguruan Sri Pinang.(1998).op.cit 55 Shahidan Bin Hashim. (2015, Mac 12), op.cit
  • 28.
    28 14.0 Penutup Sejarah MaktabPerguruan Bukit Mertajam ataupun Sejarah Maktab Perguruan Tuanku Bainun , menyimpan 1001 peristiwa disebalik penubuhannya sehinggalah sekarang Maktab ini mengambil nama sempena dengan nama permaisuri agong yang ke-9 Tuanku Bainun, dan baginda sendiri yang memperkenankan untuk turun merasmikan maktab perguruan ini. Melalui kajian ini, dapat dikenal pasti penulis lagu dan logo Maktab Perguruan Tuanku Bainun yang selama ini tidak diketahui oleh pelajar- pelajar mahupun barisan pelajar bermula daripada tahun 2008 akibat daripada tiada pendedahan yang dilakukan selain daripada pelajar-pelajar kurang minat untuk mengkaji pencipta lagu dan logo asal maktab ini. Kajian berkenaan dengan data enrolmen pelajar dapat memberikan sedikit sebanyak berkenaan dengan jumlah bilangan pelajar yang memasuki maktab ini dan kursus-kursus yang ditawarkan. Selain itu juga melalui kajian data pelajar ini dapat kita kenal pasti jumlah pelajar mengikut kaum dan jantina yang terdapat di maktab ini sepanjang tahun 1992 sehingga tahun 1996. Penubuhan Maktab Perguruan Tuanku Bainun juga berkait dengan Maktab Perguruan Sri Pinang, akibat daripada penutupan Maktab Sri Pinang peralatan dan kemudahan yang terdapat di Sri Pinang di bawa masuk ke maktab ini bagi menambah kekurangan yang terdapat dalam maktab memandangkan pada masa tersebut maktab baru lagi dibuka dan serbaserbi kekurangan dari segi kemudahan dan tempat belajar.
  • 29.
    29 BIBLIOGRAFI ( t.p )Berita Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Bil 2 : Jilil 28, 2005 Ogos. (t.p ). Berita Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Bil 2 : Jilil 9. 2006 Ogos. (t.p) Majalah Maktab Perguruan Tuanku Bainun.Edisi Pertama.(t.t.p): (t.n.p).1995. Buku Pendaftaran Pelajar Maktab Perguruan Tuanku Bainun 1992-1996 Laman web rasmi IPGKTB. http://ipgktb.edu.my/viewpage.php?page_id=15. Maniyamin Bin Haji Ibrahim. Berita Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Bil 3 : Jilil 26. 2004 Disember. Pengkisahan Sejarah Maktab Perguruan Sri Pinang.(1998).[CD].Pulau Pinang : Arkib Negara Cawangan Pulau Pinang. Petikan info yang terdapat di dalam Dewan Kuliah Kirkby di Kampus Tuanku Bainun. Rosmah Ramli. (2013, September 14 ) Pensyarah IPG Kampus Tuanku Bainun. Personal Interview. Pulau Pinang Shahidan Hashim. (2013, September 20) Pensyarah IPG Kampus Tuanku Bainun. Personal Interview. Pulau Pinang Shahidan Hashim. (2015, Mac 12 ) Pensyarah IPG Kampus Tuanku Bainun. Personal Interview. Pulau Pinang
  • 30.
    30 MAKTAB MAHMUD ALORSETAR 1938-1985 : SUMBANGAN KEPADA PENDIDIKAN DI MALAYSIA SITI NORZAIDAH BINTI KAMARUDDIN 1.0 Pendahuluan Semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, berlakunya perkembangan agama Islam dengan pesatnya di negeri Kedah. ketika ini, muncul seorang tokoh agama yang terkenal iaitu Haji Wan Sulaiman b. Wan Sidek, seorang guru agama di-Raja yang amat terkenal. Beliau kemudiannya menjadi seorang Syeikh Ul-Islam Kerajaan Kedah. Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat bersungguh-sungguh dalam memperkembangkan agama Islam di Kedah. Akhirnya, kesungguhan beliau telah membawa kepada penubuhan sebuah madrasah di Jalan Limbong Kapal demi memajukan pelajaran agama Islam. Madrasah ini telah dikenali sebagai Madrasah Hamidiah yang diberi nama sempena nama Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Namun begitu, madrasah ini lebih dikenali sebagai Madrasah Pak Wan Sulaiman atau Sekolah Arab Limbong Kapal. Bermula daripada hanya sebuah bangunan kecil dan hanya mempunyai dua bilik darjah sahaja, kini madrasah ini berdiri gah dengan identitinya yang tersendiri. Madrasah ini telah membawa kepada satu kejayaan yang cemerlang terutama dalam usahanya memberi pelajaran agama dan bahasa Arab. Oleh itu, kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana perkembangan madrasah ini sehingga diberi nama baharu iaitu Maktab Mahmud dan perkembangannya yang membawa banyak perubahan dalam bidang pendidikan terutamanya yang berkait rapat dengan keagamaan. 2.0 Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Agama Islam di Kedah sebelum 1900 Pendidikan agama Islam di Tanah Melayu sebelum tahun 1900 terbahagi kepada dua bentuk iaitu secara formal dan tidak formal. Secara umumnya, pendidikan dalam aspek agama Islam boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu pendidikan bercorak surau atau kelas mempelajari al-Quran, sekolah-sekolah pondok dan madrasah. 2.1 Pendidikan Secara Surau Pengajian secara surau boleh dikatakan merupakan antara pendidikan agama Islam terawal yang terdapat di Tanah Melayu. Pendidikan secara surau di Kedah dijalankan hanya secara sambilan sahaja oleh guru yang mengajar iaitu pada sebelah malam kerana guru-guru yang mengajar di surau-surau dikatakan merupakan orang tempatan yang bekerja sebagai petani. Oleh itu, mereka hanya boleh mengajar pada sebelah malam sahaja. Pengajian di surau lebih tertumpu pada mempelajari al-Quran. Setelah tamat pengajian, istiadat berkhatam sering kali diadakan. Khatam di sini bermaksud seseorang
  • 31.
    31 itu telah habismembaca al-Quran dari kulit ke kulit. Seseorang murid itu hanya boleh dikhatamkan jika bacaannya mengikut hukum tajwid, menyampaikan dengan irama lagu yang sedap dan suara yang merdu. Kebiasaannya istiadat berkhatam ini diadakan dengan mengadakan kenduri secara kecil-kecilan. Kesimpulannya pendidikan di surau boleh dikatakan merupakan salah satu pendidikan secara tidak formal yang dijalankan di Tanah Melayu khususnya dalam pengajian agama Islam. 2.2 Pendidikan Di Sekolah-Sekolah Pondok Pendidikan di surau-surau kemudiannya telah menjalani satu evolusi sehingga terbentuknya satu pendidikan yang lebih tersusun dan bersistem iaitu pendidikan pondok. Sistem pendidikan ini merupakan salah satu sistem yang sangat popular di Kedah sekitar abad ke-19. Pondok dikatakan berasal dari perkataan “fondok” yang bererti tempat sementara, yang menggambarkan satu sistem di mana murid-murid mendirikan pondok tempat tinggal mereka yang sementara di kelilingi rumah Tok Guru pondok. Pengajian pondok merupakan satu pendidikan agama yang tertua. Sekolah pondok dipercayai lahir di kedah dan Pattani iaitu hasil daripada pengaruh Sumatera Utara dan Timur Tengah. Menjelang abad ke-19, perkembangan sekolah pondok ini sangat pesat berlaku di bahagian utara Tanah Melayu. Perkembangan ini kemudiannya berterusan hingga meletusnya Perang Dunia 1. Pada ketika itu, didapati telah terdapat lapan buah sekolah pondok di Kedah iaitu sekolah pondok di Titi Gajah, Langgar, Pumpong, Alor Setar, Pokok Pisang, Kota Kuala Muda, Anak Bukit dan Yan. Misalnya di Langgar, sekolah pondok yang tertua ialah Pondok Tuan Haji Muhammad Noor atau lebih dikenali sebagai Pondok Tasak. Gurunya ialah Tuan Haji Muhammad Noor yang mendapat pendidikan di Mekah. Biasanya guru-guru di sekolah pondok sangat fasih berbahasa Arab. Sekolah pondok biasanya bermula apabila orang kampung mula berkumpul di rumah Tok Guru untuk mendengar penjelasan kitab dan hadis. Pada mulanya Tok Guru akan mendirikan sebuah balai. Rumah Tok Guru juga mungkin dijadikan sebagai balai. Pada peringkat permulaan pembukaan sekolah pondok, anak muridnya terdiri daripada masyarakat yang tinggal berdekatan sahaja yang datang belajar di waktu-waktu tertentu dan hari-hari tertentu. Kebanyakan murid akan berpindah dan tinggal berdekatan dengan rumah Tok Guru. Guru-guru di sekolah pondok biasanya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan ibu bapa murid. Tok Guru dibenarkan untuk merotan anak mereka dan wang perbelanjaan anaknya juga diberikan kepada Tok Guru. Pelajaran di Pondok menggunakan kitab-kitab tertentu yang menggunakan Bahasa Arab. Guru akan membaca dan memberi penjelasan. Manakala murid-murid pula akan mengikuti secara menghafal. Pembelajaran secara menghafal memang merupakan kaedah yang sering dipraktikkan. Murid diberi kitab tertentu supaya dihafal tanpa mempersoalkan kebenarannya. Antara Mata pelajaran yang diajar di sekolah pondok ialah Tauhid, Tafsir, Fiqah, Hadis, Nahu Saraf, Tasawuf dan Akhlak. Pembelajaran di pondok boleh dikatakan longgar kerana hanya bergantung pada Tok Guru sahaja. Sukatan pelajaran di sekolah pondok juga boleh dikatakan agak sempit kerana kitab-kitab yang digunakan hanyalah yang disukai dan diminati oleh Tok Guru tersebut. Pembelajaran di pondok lebih menitikberatkan soal-soal akhirat sedangkan soal keduniaan atau sekular tidak disentuh.
  • 32.
    32 Jadual waktu hariandi sekolah pondok bermula dengan sembahyang Subuh dan diikuti kuliah selepas Subuh. Selepas itu, guru berehat dan murid menjalankan aktiviti harian menghafal atau menelaah. Kemudiannya, disambung pula dengan solat Zuhur dan berakhir dengan solat Asar. Kuliah bermula lagi selepas Maghrib dan berakhir dengan solat Isyak. Cuti penggal di sekolah pondok mengambil kira hal-hal seperti bulan puasa dan musim menuai padi. Pada kedua-dua masa ini, kuliah di pondok diberhentikan untuk amalan ibadah puasa dan juga untuk membolehkan penuntut-penuntut mencari nafkah bekerja di musim menuai sambil memungut fitrah dan zakat bagi pihak guru pondok. Sistem pendidikan pondok adalah dipengaruhi oleh tradisi pembelajaran Masjid di Mekah dan beberapa negara Islam dengan dengan murid-murid duduk di lantai dalam bentuk tiga perempat bulatan atau dalam bentuk ladam kuda. Lulusan-lulusan pondok ini biasanya akan melanjutkan pelajaran ke Makkah bagi yang berkemampuan. Sesetengahnya pula memperkembangkan pengajaran ini dengan membuka sekolah- sekolah pondok sendiri. Tidak kurang pula ada yang menjadi pegawai-pegawai agama seperti imam, tok Kadi dan sebagainya. Sistem persekolahan pondok ini terus berkembang sehingga membawa kepada penubuhan sekolah agama rakyat yang lebih maju bermula setelah melewati tahun 1900iaitu dengan kemunculan institusi madrasah. 2.3 Penubuhan Madrasah Penubuhan sekolah agama rakyat yang lebih maju telah bermula sejak tahun 1900.56 Perkembangan sekolah agama rakyat yang lebih tersusun ini dikenali sebagai sekolah Arab atau madrasah dan penubuhannya lebih ketara selepas Perang Dunia 1.57 Melihat kepada penubuhan madrasah di Tanah Melayu pada awal kurun ke-20, penubuhannya berkait rapat dengan golongan Kaum Muda dan Kaum Tua. Pertelingkahan di antara dua golongan ini merupakan fenomena penting dalam sejarah masyarakat Melayu . Akibat wujudnya golongan inilah yang membawa kepada pertumbuhan madrasah di Tanah Melayu. Kaum Muda ini dikenali sebagai golongan reformasi. Gerakan reformasi yang dianjurkan oleh Kaum Muda ini juga disebut Gerakan Islah yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kepincangan yang berlaku dalam masyarakat Islam ketika itu. Kepincangan ini termasuklah dalam hal-hal siasah, iktisad, kemasyarakatan, pelajaran, pertanian, perniagaan, perindustrian dan sebagainya. Golongan inilah yang menaja Al-Imam dan antara pelapor yang terkenal ialah Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi. Mereka mendesak supaya umat Islam kembali kepada Al-Quran dan Hadis. 58 Kaum Tua pula merujuk kepada golongan yang lebih gemar menekankan soal-soal ibadah dalam agama khususnya mengenai perkara yang kecil-kecilan. Sekolah pondok yang berkembang sebelum ini dikatakan mewakili kaum-kaum tua sehinggalah munculnya Kaum Muda yang telah 56 Nabir bin Haji Abdullah, Maahad II Ihya Assyariff Gunung Semanggol, 1934-1959, Kuala Lumpur,1976,hlm 11. 57 Khoo Kay Kim, “Perkembangan Pelajaran Agama Islam” dalam Awang Had Salleh (ed.), Pendidikan Ke Arah Perpaduan Sebuah Perspektif Sejarah, Fajar Bakti, 1980, hlm.5. 58 Ibid.,hlm.8.
  • 33.
    33 mendirikan madrasah-madrasah yangmerupakan saingan dan cabaran kepada sekolah pondok yang dianggap ketinggalan zaman. Perbezaan fahaman yang timbulan antara kedua-dua golongan ini bukanlah mengenai perkara-perkara pokok di dalam Islam. Kedua-duanya mempercayai dan bersandarkan kepada al-Quran dan hadis, Cuma Kaum Muda lebih menumpukan kepada pentafsiran yang tidak terikat. Sumber penyaluran idea Kaum Muda adalah melalui beberapa akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Neraca, Al- Ikhwan, Seruan Azhar, Pilihan Timur dan banyak lagi. Kaum Muda merupakan pelapor di Tanah Melayu yang mengasaskan sekolah agama moden iaitu Madrasah Al-Iqbal pada 1907, di Singapura. Kemudian, diwujudkan pula Madrasah Al- Masahor di Pulau Pinang. Kedua-dua institut ini merupakan hasil perjuangan Kaum Muda. Perang Dunia 1 sebenarnya merupakan garis pemisah antara zaman yang didominasi oleh sekolah-sekolah pondok dengan zaman penubuhan madrasah yang lebih tersusun dari segi organisasinya serta mempunyai persamaan dengan sekolah-sekolah sekular. 3.0 Madrasah Hamidiah Limbong Kapal Maktab Mahmud merupakan sebuah sekolah agama yang mempunyai sejarah kelahiran yang begitu menarik untuk dikaji. Sejarah penubuhannya telah dianggap oleh pengkaji sejarah sebagai sejarah kelahiran yang paling menarik di Semenanjung Malaysia. Maktab Mahmud merupakan sebuah pusat pengajian Islam yang cukup terkenal di utara Semenanjung Malaysia. Sejarah perkembangannya adalah berkait rapat dengan kewujudan Madrasatul Hamidiah. Kewujudan Maktab Mahmud adalah bermula di Madrasatul Hamidiah. Nama Madrasatul Hamidiah diambil sempena dengan nama baginda Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajudin Mukarram Shah. Ketika itu baginda menduduki takhta kerajaan negeri Kedah. Negeri Kedah sememangnya amat terkenal sebagai negeri yang mempunyai ramai raja yang dianggap alim dan warak. Keadaan ini wujud kerana asas perkembangan agama Islam di negeri Kedah adalah bermula dari istana dan sultan-sultan bertindak sebagai ketua agama. Oleh itu, kebanyakan putera raja terutamanya yang bakal dilantik sebagai pengganti raja adalah diasuh bersungguh-sungguh dalam hal ehwal agama Islam.59 Antara beberapa orang raja Kedah yang dianggap mempunyai pegangan yang kuat kepada ajaran agama ialah DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, DYMM Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin, YTM Tengku Mahmud dan DYMM Sultan Badlishah. 60 Selain dari dinamakan Madrasatul Hasanah sempena nama Sultan Abdul Hamid, sekolah ini juga dikenali dengan Madrasah Pak Wan Sulaiman atau Sekolah Arab Limbong Kapal.61 Penubuhan madrasah ini oleh Haji Wan Sulaiman adalah hasil daripada iniasitif persendirian tanpa mendapat apa- apa bantuan dari kerajaan negeri. Kegiatan di madrasah ini telah berjalan dengan lebih lima belas tahun.62 59 Hussain Haji Yaakob, “Sedikit Tentang Maktab Mahmud”, Ilham, Majalah Tahunan Maktab Mahmud, Bil. ke 10, Tahun ke 11, 1968, hlm.22. 60 Ibid. 61 Hussain Haji Yaakob, Op.cit. 62 Berita Minggu, 27 September 1983.
  • 34.
    34 Sebagai seorang yangberilmu pengetahuan, Haji Wan Sulaiman mempunyai rasa bertanggungjawab menyampaikan ilmunya kepada manusia sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam. Rasa kesedaran inilah yang mendorong beliau mendirikan madrasah tersebut kerana pengajaran yang ingin disampaikan hanya dapat dilakukan dengan sempurna melalui sebuah institusi tertentu. Madrasah tersebut yang bermula dengan pendidikan kampung itu telah menjadi perintis kepada penubuhan-penubuhan sekolah- sekolah agama Islam di Kedah. yang mendapat sambutan dan menjadi kebanggaan orang Islam terutamanya di negeri Kedah. Madrasah ini seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang memberi pendidikan agama dan Bahasa Arab menjadi tempat tumpuan penuntut bukan sahaja di negeri Kedah, tetapi juga telah meluas ke seluruh Semenanjung Malaysia hingga ke Kepulauan Indonesia.63 4.0 Pembukaan Serta Perasmian Maktab Mahmud Menjelang tahun1930-an, wujud beberapa masalah pembelajaran di Madrasah Hamidiah. Pelajarnya semakin bertambah ramai, keadaan sekolah menjadi semakin sempit dan kelas kekurangan tempat duduk.64 Bangunan sekolah juga telah uzur dan tidak mengizinkan pengajaran terus dijalankan. Tambahan pula sekolah itu selalu banjir ketika air pasang. Ketika ini madrasah Hamidiah masih lagi ditadbir oleh Ustaz Haji Salleh bin Haji Samsudin sebagai guru besarnya. 65 Suatu usaha telah dijalankan untuk mengatasi masalah tersebut iaitu Wan Sulaiman memberi tanah yang dimilikinya seluas 223 jemba 20 kaki. dalam mukim Kota Setar kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi kegunaan murid-murid yang menuntut di Madrasatul Hamidiah. Walaupun usaha telah dibuat namun masalah yang dihadapi tidak dapat diatasi. Akhirnya masalah ini sampai ke pengetahuan DYMM Regent Negeri Kedah iaitu Tengku Mahmud. Semasa Tengku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin menjadi Regent dan Presiden State Council negeri Kedah, baginda amat mengambil berat dalam hal ehwal agama Islam negeri Kedah. Baginda juga sangat menitikberatkan tentang perkembangan pendidikan di Madrasatul Hamidiah itu. Setelah melihat masalah yang dihadapi oleh Madrasah Hamidiah itu, baginda segera menggantikan Madrasatul Hamidiah yang telah uzur itu. Cita-cita baginda ialah menyesuaikan tarafnya sebagai sebuah tempat pendidikan agama dan ingin memberi pengajaran agama Islam dan Bahasa Arab yang lebih tinggi dan mendalam lagi. Keadaan inilah yang menjadi bayangan ke arah pembukaan Maktab Mahmud. 63 Ibid. 64 A.Ghani Rokambol, “Surau Usang Menjadi Maktab Agama”, Berita Minggu, 27 September 1981. 65 Haji Azizan bin Haji Aroff, “Sejarah Maktab Mahmud Simpang Kuala Alor Setar Kedah”, Manuskrip, t.t., hlm. 2.
  • 35.
    35 Tengku Mahmud kemudiannyamengarahkan Setiausaha Kerajaan negeri Kedah, Haji Mohamad Shariff bin Osman mencari kawasan baru untuk menggantikan Madrasah Hamidiah. Akhirnya tempat yang sesuai telah ditemui iaitu sebidang tanah di persimpangan Jalan Pegawai dan Jalan Kuala Kedah, kira-kira 3 kilometer dari bandar Alor Setar. Hasil daripada usaha gigih Tengku Mahmud serta pemimpin-pemimpin lain di negeri Kedah, maka dalam tahun 1936, kerja-kerja pembinaan Maktab Mahmud dimulakan. Perletakkan batu asas maktab ini telah dilakukan sendiri oleh DYMM Tengku Mahmud pada 16 Jun 1936 bersamaan 29 Rabiulawal 1355 Hijrah. Akhirnya setelah siap dengan sempurnanya, maka pada hari Rabu 19 hari bulan Jamadilawal 1356 Hijrah bersamaan dengan 20 Ogos 1937, sekolah tersebut dibuka dengan rasminya oleh DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram dengan dihadiri pembesar-pembesar negeri dan alim ulama dari seluruh negeri Kedah66 dan diberi nama Al- Makhadil Mahmud. Nama Al Makhadil mahmud dipilih untuk diberikan kepada maktab ini adalah kerana sempena nama DYMM Tengku Mahmud yang menjadi Regent negeri Kedah. 5.0 Organisasi Pendidikan Dahulu dan Kini Organisasi pendidikan Maktab Mahmud sentiasa berubah-rubah. Hal ini dapat dilihat sistem pentadbiran dari tahun 1937 sehingga 1986. Pengkelolaan organisasi berubah kepada dua tahap. 5.1 Pentadbiran Maktab Mahmud 1937 – 1985 Pentadbiran merupakan salah satu aspek penting dalam sesebuah institusi untuk berdiri dengan kukuh. Organisasi pentadbiran yang licin dan kemas akan memudahkan sesuatu organisasi itu bergerak. Oleh itu, bab ini akan menerangkan mengenai dasar pentadbiran Maktab Mahmud dari sejak ia ditubuhkan hinggalah sekarang. Pentadbiran Maktab Mahmud boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu : i) Dari tahun 1937 hingga 1967 – pentadbiran di bawah Pentadbiran Jawatankuasa Pentadbir. ii) Dari tahun 1967 hingga 1985 – pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud. 5.2 Jawatankuasa Pentadbir Di bawah Jawatankuasa Pentadbir, sebuah badan kecil/khusus telah dibentuk pada tahun 1961 iaitu Jawatankuasa Tertinggi. Jawatankuasa ini hanya ditubuhkan khusus untuk mengendalikan hal-hal kebajikan di maktab ini. Dari segi keanggotaannya pula badan ini mempunyai 9 orang ahli. Pengerusinya dipilih oleh Sultan Kedah sendiri dengan nasihat State Council. Kemudian, ahli-ahli yang lain terdiri 66 Ibrahim Said, “Ringkasan Sejarah Al-Maahad Al-Mahmud”, manuskrip(Jawi), t.t., hlm. 2.
  • 36.
    36 daripada wakil-wakil yangdihantar Kementerian Pelajaran, Majlis Agama Negeri dan dua orang bekas penuntut Maktab Mahmud. Penubuhan badan ini merupakan antara langkah-langkah yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pentadbiran demi meningkatkan mutu kebajikan bagi penuntut-penuntut di Maktab Mahmud ini. 5.3 Peranan dan Kejayaan Jawatankuasa Pentadbir Sepanjang jawatankuasa ini ditubuhkan, badan ini sememangnya telah banyak memainkan peranannya terutama dalam usaha meningkatkan mutu pelajaran di maktab ini. Pada masa itu sistem pembelajarannya juga tidaklah sekompleks seperti yang terdapat pada hari ini. Bilangan murid juga adalah sedikit jika dibandingkan pada hari ini. Demikian juga bilangan guru dan bilik darjah. Antara fungsi- fungsi yang dibuat oleh jawatankuasa ini ialah mengadakan pemilihan pelajar-pelajar yang mendaftar untuk mengikuti pengajian di Maktab Mahmud, menerima kemasukan guru-guru baru, mengurus hal-hal biasiswa dan lanjutan pengajian ke luar negara serta memohon kepada kerajaan untuk membangunkan kawasan sekitar Maktab Mahmud ini. Secara keseluruhannya , dapat dikatakan jawatankuasa ini telah menjalankan tanggungjawab mereka seperti mana yang diharapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dengan sedaya upaya mereka. Sepanjang beberapa tahun Maktab Mahmud di bawah pentadbiran ini, banyak mesyuarat telah diadakan melibatkan penuntut-penuntut, guru-guru dan sekolah bagi membangunkan sekolah ini. 5.4 Pentadbiran di Bawah Lembaga Maktab Mahmud Maktab Mahmud telah menjalani satu perubahan besar dari segi pentadbirannya mulai dari tahun 1967. Selama maktab ini ditubuhkan dari tahun 1937, maktab ini ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Pentadbir. Jawatankuasa ini, dan ahli-ahlinya dilantik dengan perkenan sultan telah bertanggungjawab menjalankan polisi demi melipatgandakan mutu serta taraf pendidikan di institusi ini. Namun begitu, bermula 25 Mac 1976, Majlis Perundangan Negeri tekah meluluskan satu enakmen yang dengan bersyarat telah berjanji untuk mengadakan :- ……..suatu pertubuhan dan Perbadanan Lembaga yang kekal turun temurun dan mempunyai satu meteri dan kuasa bagi memperoleh dan memegang harta yang boleh berpindah dan tidak boleh berpindah dan melepaskan atau dengan jalan lain-lain membuat apa-apa berkenaan dengannya. Setelah mendapat kelulusan ini , maka jawatankuasa ini pun dimansuhkan dan pada 19 September 1967, menurut enakmen berkenaan iaitu Seksyen (4) Enakmen Lembaga Maktab Mahmud 1967, dilantik beberapa ahli lembaga baru yang akan memegang jawatan selama 2 tahun mulai dari tarikh ini. Ahli lembaga pertama ialah : 1) Datok Sheikh Abdul Halim bin Haji Osman – Beliau adalah Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kedah 2) Y.B Tuan Haji Ali bin Hj. Ismail 3) Yang Berbahagia Tuan Haji Alauddin Abdul Manan 4) Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Bin Haji Abdullah 5) Yang Berbahagia Tuan Haji Mansor Chik
  • 37.
    37 6) Yang MuliaTunku Burhanuddin bin Tunku Yahya 7) Yang Berbahagia Tuan Haji Abdullah Bin Haji Mahmud 8) Ustaz Abdul Majid bin Mohd. Noor67 5.5 Sebab-sebab Penubuhan Lembaga Tujuan ditubuhkan lembaga ialah untuk mewujudkan satu badan yang bebas yang mempunyai kuasa penuh terhadap perjalanan Maktab Mahmud demi kejayaan di masa depan. Lembaga juga ditubuhkan di saat-saat Maktab Mahmud sedang pesat berkembang baik dari segi akademik mahupun kegiatan kokurikulum. Oleh itu, penubuhan lembaga adalah untuk mengimbangi kepesatan perkembangan Maktab Mahmud dengan organisasi yang dipertanggungjawab mentadbirnya. Organisasi yang teguh dan berkuasa sahaja yang boleh mentadbir sesebuah institusi yang sedang menuju kegemilangan. Kuasa yang diberikan kepada lembaga jelas kelihatan jika ditinjau kepada enakmen yang diluluskan oleh majlis Perundangan Negeri Kedah terhadap institusi ini. Lembaga melalui kelulusan ini telah diberi kuasa serta dipertanggungjawabkan memegang harta dan menjalankan sebarang polisi demi kejayaan maktab ini. Lembaga merupakan suatu badan yang mempunyai kuasa autonomi yang luas dalam menjalankan dasar Maktab Mahmud dan segala tindakan yang lain sama ada kecil atau besar. Mulai dari tahun 1968 iaitu penubuhan lembaga, Maktab Mahmud telah menjadi seolah-olah sebuah institusi swasta, semua pentadbirannya sama ada dalam hal-hal kewangan atau pelajaran adalah diuruskan sendiri dengan tidak melalui Jabatan Agama Islam Negeri Kedah lagi. Sebelum ini, pentadbirannya merupakan sebahagian daripada Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Mulai tahun 1968 segala masalah kewangan yang dibentangkan berasingan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dalam Dewan undangan Negeri, ia diserahkan terus kepada pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud. Cadangan untuk menubuhkan lembaga telah dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Pentadbir, yang diwujudkan sebelum itu. Setelah mendapat persetujuan kerajaan Negeri maka cadangan itu dilaksanakan. Tujuannya secara keseluruhan ialah untuk memudahkan pentadbiran Maktab Mahmud. Hal ini kerana, terdapat beberapa kesukaran mentadbir di bawah Jawatankuasa Tadbir terutamanya dari segi pengambilan guru-guru. Oleh sebab guru disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, permintaan untuk mendapatkan guru oleh jawatankuasa terpaksa memakan masa yang lama sebelum guru-guru itu dapat didatangkan. Kadang kala melebihi masa setahun. Sebaliknya selepas penubuhan lembaga, dengan kuasa yang diberikan kepada badan ini, lembaga boleh mengambil gurunya sendiri. 6.0 Dasar atau Sistem Pelajaran di Maktab Mahmud Dasar pelajaran yang dijalankan di Maktab Mahmud dapat dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahun 1937 hingga tahun 1938 iaitu semasa sekolah ini di bawah Ustaz Haji Salleh bin Sulaiman yang bertindak sebagai pemangku guru besar . Tahun 1938 hingga 1961 iaitu semasa Maktab Mahmud di bawah Sheikh 67 Halimah Desa, “Sejarah Maktab Mahmud”, dalam Khoo Kay Kim (ed.), Beberapa Aspek Sejarah Kedah, monograf, Persatuan Sejarah Malaysia, 1983, hlm.123.
  • 38.
    38 Abdul Halim menjadiguru besar dan 1962 hingga sekarang ketika institusi mengalami perubahan sebagai reaksi terhadap dasar Pelajaran Kebangsaan yang diperkenalkan kerajaan. Dasar pelajaran Maktab Mahmud dari tahun 1937 hingga 1938 merupakan dasar terawal yang dijalankan. Oleh kerana terlalu muda dan belum berdiri teguh, maka pelajarannya adalah sama seperti yang diajar di Limbong Kapal dahulu. Penekanan diberikan kepada pelajaran Bahasa Arab dan agama Islam sahaja. Pelajaran akademik tidak dipentingkan. Mata pelajaran yang diajar ialah fiqh, tasawuf, tafsir dan hadis. Dasar Pelajaran Maktab Mahmud tahun 1938 hingga 1961 pula terdapat beberapa pembaharuan berikutan dengan kepulangan Datuk Sheikh Abdul Halim Bin Osman dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Apabila beliau memegang jawatan guru besar, beberapa pembaharuan telah dibuat. Pelajaran di Maktab Mahmud telah disesuaikan dengan pelajaran di Al-Azhar. Penyusunan mata pelajaran ini tidaklah seratus peratus meniru Al-Azhar tetapi juga disesuaikan dengan keadaan dan psikologi tempatan. Disebabkan penyesuaian ini, beberapa mata pelajaran akademik telah dimasukkan. Antaranya ialah Sejarah Islam, Geografi, Matematik. Namun begitu, mata pelajaran ini diajar dalam Bahasa Arab. 68 Kitab-kitab yang digunakan sesetengahnya adalah kitab yang telah sedia ada dan juga sesetengahnya dibawa dari Al-Azhar. Pada peringkat awalnya, peringkat pengajian yang terdapat di Maktab Mahmud hanyalah peringkat Ibtidaiyah iaitu peringkat rendah sehingga darjah 4 sahaja. Usaha untuk mengadakan kelas sehingga ke peringkat Thanawiyah semata-mata bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang tamat darjah lapan di Maktab Mahmud melanjutkan pelajaran mereka di universiti-universiti di Timur Tengah, khasnya di Al-Azhar. Usaha-usaha menyusun semula pelajaran peringkat Thanawiyah itu mula berkesan dan mencapai kejayaan yang amat menggalakkan selepas sekolah itu dibuka semula setelah ditutup buat sementara akibat serangan Jepun ke atas Tanah Melayu.69 Buktinya, menjelang 1950-an, ramai lulusan Maktab Mahmud telah melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar. Jadual berikut menunjukkan senarai mata pelajaran yang diajar di Maktab Mahmud mulai tahun 1938 hingga 1961. Bidang Ilmu Mata pelajaran Ilmu Agama ( ‘Ulum Dinniah ) i) Al Fiqh ii) Al Tauhid iii) Al Tafsir iv) Al Hadis Ilmu Bahasa Arab ( ‘Ulum Arabiah ) i) Al Nahu ii) Al Saraf iii) Al Insyak (Karangan) iv) Al Balaghah (Kiasan) v) Al Muta la’ah (kefahaman) 68 Hussain Haji Yaakob, “Sedikit Tentang Maktab Mahmud, Ilha,” Majalah Tahunan Maktab Mahmud, Bil ke 10, Tahun ke 11,1968, hlm.23. 69 Utusan Malaysia, 28 Ogos 1984.
  • 39.
    39 vi) Al Mahfuzhat (syair) vii) Al Imlak (rencana/ejaan) viii) Ak Khata al-Arabi (Seni tulisan Arab) Ilmu Masyarakat (Muadul Ijtima’ujah ) i) Al Tarikh al Islami (Sejarah) ii) Al Geografi iii) Al Akhlak Wa Tahzib (Sivik) Pengetahuan Am (Al Awam) i) Al Ashyak (Pengetahuan Am) ii) Al Sihah (Kesihatan) iii) Al-Tarbiah al Badaniah (Pendidikan Jasmani) Amalan (Riadhah) i) Al Hisab wal Handisah (Matematik) Jadual 1.0 : Mata pelajaran bagi peringkat Ibtidaiyah iaitu darjah 1 – 4 Bidang Ilmu Mata pelajaran Ilmu Agama (‘Ulum Dinniah) i) Al Fiqh ii) Faraidh (pembahagian harta pusaka) iii) Al Tauhid iv) Al Tafsir v) Al Hadis Ilmu Bahasa Arab (‘Ulum Arabiah) i) Al Nahu ii) Al Saraf iii) Al Ma’ani iv) Al Bayan v) Al Badi’ vi) Al Insyak vii) Al Tarjimah viii) Al ‘Urudh ix) Al Muta la’ah x) Al Mahfuzhat xi) Adab al (Mata pelajaran –mata pelajaran ini ialah kajian mendalam mengenai Bahasa Arab) Ilmu Masyarakat i) Al Tarikh ii) Al Geografi iii) Al Akhlak iv) Usul al tarbiah Wal – Takila Amalan (Ria’dah) i) Al Nikad ii) Al Hisab Pengetahuan Am ( Al Awam) i) Mabadi’ Al Tabi lah (Kajian mengenai tabiat) ii) Mabadi’al – Ulum Al Tarbiah al Badanish Pelajaran Tambahan (‘Ulum Syitak) i) Usul al Fiqh
  • 40.
    40 Jadual 1.1 :Mata pelajaran peringkat Thanawiyah iaiatu darjah 5 - 6 Keseluruhan peringkat-peringkat pelajaran dari ilmu pengetahuan yang telah dijadualkan di sekolah ini adalah disusun menurut tangga-tangga pelajaran yang boleh membawa sekolah ini kepada melayakkan penuntut-penuntutnya dengan ilmu pengetahuan yang mnjadi punca untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, melahirkan penuntut-penuntut yang sanggup berkhidmat kepada negara, menyediakan dan membolehkan penuntut-penuntut menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar dan meberi peluang kepada penuntut yang berjaya dalam Shahadah Aliyah memperoleh ijazah Shahadah Aliyah di universiti Al-Azhar. Tenaga pengajar juga pada masa ini telah semakin ramai yang terdiri dari guru-guru tempatan dan berkelulusan tempatan. Sistem pengajaran juga turut berubah. Guru-guru diarahkan membuat ringkasan mengajar dan mengajar mengikut apa yang diringkaskan itu. Keadaan ini bertujuan semata-mata untuk mengelakkan guru-guru ini mengajar tanpa satu garis panduan yang tertentu. Kaedah ini juga dapat memastikan segala sukatan pelajaran yang ditetapkan dapat dihabiskan. 6.1 Peperiksaan Dan Sijil Yang Dikeluarkan (1938-1961) Pada peringkat awal, Maktab Mahmud hanya mempunyai peringkat pengajian di bahagian rendah sahaja (Ibtidaiah). Pelajaran yang diberikan adalah sehingga darjah 4 sahaja, kemudian diteruskan lagi sehingga darjah 7. Namun masih disebut peringkat Ibtidai. Jadi selepas tamat darjah 4, penuntut-penuntut akan meneruskan pelajaran ke darjah 5 sehingga darjah 7. Penuntut-penuntut yang telah lulus darjah 4 akan memperoleh sijil yang dinamakan Syahadah Ibtidaiyah. Kemudian apabila tamat darjah 7, satu lagi peperiksaan diadakan. Bagi yang lulus, sijil yang diberikan ialah Syahadah Assabiyah. Lulusan-lulusan darjah 7 ini di antaranya diterima menjadi guru di Maktab Mahmud. Tidak kurang pula yang berkhidmat sebagai pegawai agama dalam negeri Kedah, seperti Imam, Kadi dan sebagainya. Keadaan ini berlanjutan sehingga Perang Dunia Kedua. Kemudian selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada 1946, usaha-usaha telah dijalankan oleh pihak pentadbir Maktab Mahmud untuk menaikkan peringkat pengajian hingga ke darjah 8. Sijil yang diberikan pada peringkat ini ialah Syahadan Saminah iaitu yang terakhir. Bahagian Thanawiyah dianggap sebagai peringkat menengah. Perkembangan pelajaran di Maktab Mahmud kemudian semakin pesat dan menggalakkan. Sehingga pada awal tahun 1950 an, atas daya usaha guru besarnya, iaitu Sheikh Abdul Halim menghubungi Universiti Al-Azhar, maka sijil Maktab Mahmud telah mendapat pengiktirafan dari Universiti Al-Azhar. Penuntut-penuntut yang telah lulus peringkat Thanawiyah iaitu peringkat menengah darjah 8, kini boleh meneruskan pelajaran mereka di Al-Azhar tanpa perlu menduduki kelas persediaan. Setelah mendapat pengiktirafan ini, sijil Maktab Mahmud darjah 8 ini ditukar nama kepada Shahadah Nihaiyah Pengiktirafan yang diberikan oleh universiti dari Mesir terhadap sijil ini membuktikan akan ketinggian mutu pelajaran agama di Maktab Mahmud. ii) Mustalah al Hadis
  • 41.
    41 Sijil Maktab Mahmudiaitu Syahadah Nihaiyah ini kemudian diteruskan hinggalah ke hari ini, dengan diadakan sedikit perubahan dari semasa ke semasa untuk menyesuaikannya dengan kehendak masa dan keadaan. Selepas beberapa tahun kemudian iaitu 1955 pihak Maktab Mahmud telah mengadakan satu lagi peringkat dalam sistem pengajiannya. Peringkat tersebut ialah peringkat tinggi selama 4 tahun. Hal ini bermaksud selepas darjah 8, murid-murid meneruskan pengajian mereka di Maktab Mahmud selama 4 tahun lagi dan akan memperoleh sijil dinamakan Syahadah Aliyah. Pemegang Sijil Aliyah ini boleh terus masuk ke tahun 3 di Universiti Al-Azhar. Jadi di peringkat ini murid-murid diberi pilihan sama ada untuk terus ke Al-Azhar dan menduduki tahun pertama selepas lulus darjah 8 dengan sijil Nihaiyahnya ataupun menyambung pelajaran selama 4 tahun sehingga memperoleh sijil Aliyah di sini kemudian memasuki tahun 3 di Al-Azhar. Walau bagaimanapun, peringkat tinggi ini tidaklah begitu lama usianya, sistem ini telah dimansuhkan beberapa tahun selepas itu. Tujuan diadakan bahagian tertinggi ini ialah untuk mengelakkan pelajar-pelajar dari terlalu lama berada di luar negeri. Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah disebabkan masalah pembiayaan yang melibatkan kos kewangan. Selain dari itu, kerajaan Kedah juga tidak mahu penuntutnya terlalu lama terdedah dalam persekitaran yang agak berbeza dengan di sini. Mengenai peperiksaan Syahadah Nihaiyah ini, peperiksaan tersebut dijalankan pada setiap akhir tahun oleh sebuah Jawatankuasa Khas yang dilantik oleh Jawatankuasa Maktab Mahmud yang menjadi badan pentadbir ketika itu. Badan ini terdiri seramai 7 orang termasuk guru besarnya dan guru- guru di Maktab Mahmud yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar. Bidang-bidang soalan yang disediakan adalah meliputi hampir kesemua mata pelajaran yang dipelajari di Maktab Mahmud. Walau bagaimanapun penekanan diberikan kepada Bahasa Arab. Ini adalah memudahkan pelajar-pelajar ini mengikuti pelajaran mereka di Mesir. Melihatkan kepada mata pelajaran yang diberikan, peperiksaan yang diadakan, sijil-sijil yang dikeluarkan dan peringkat-peringkat pelajaran yang disediakan, Maktab Mahmud sememangnya telah berusaha mencapai matlamat yang diidamkannya iaitu memajukan pengajian Islam dan Bahasa Arab. Keseluruhannya dapat dikatakan bahawa peringkat pelajaran dan ilmu pengetahuan yang dijadualkan dalam institusi ini adalah disusun mengikut tangga-tangga pelajaran yang boleh membawa kejayaan dan pengetahuan mendalam kepada penuntut-penuntutnya . Peperiksaan serta pemberian sijil yang diadakan pada peringkat-peringkat tertentu semata- mata bertujuan untuk menguji dan menilai kemampuan pelajar, menerima pendidikan yang disampaikan, di samping memberikan pengiktirafan kepada kelulusan mereka. Pihak pentadbiran yang merangkakan dasar pelajaran di institusi ini sentiasa berusaha supaya penuntut-penuntut diberi pendidikan yang lengkap agar mereka dapat memainkan peranan sebagaimana yang dituntut oleh masyarakat. kemahiran dalam segala aspek keagamaan adalah perlu dalam usaha mempertingkatkan pendidikan Islam di negara ini. Sebagai kesimpulannya, sistem pelajaran di peringkat ini dibahagikan sedemikian kerana mempunyai motif yang tersendiri. Selain dari untuk melengkapkan penuntutnya dengan ilmu keagamaan yang tinggi ia juga dirangkakan dengan tujuan membolehkan pelajarnya melanjutkan pelajaran ke Timur
  • 42.
    42 Tengah. Selai dariitu , sebagai lambang ketinggian mutu pelajaran Bahasa Arab yang merupakan media yang digunakan dengan meluas di institusi ini. 7.0 Sumber Kewangan, Yuran Dan Biasiswa Semenjak ditubuhkan perbelanjaan maktab ini dibiayai oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah. Kemudian, maktab ini mendapat bantuan bersama Jabatan Zakat dan pihak Kerajaan Negeri Kedah. Mulai 1956 hingga sekarang segala perbelanjaan dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Semasa Jabatan Zakat memberikan bantuan kewangan kepada maktab ini sumbangan yang terbesar ialah dari segi pengurusan pembayaran gaji guru-guru. Berdasarkan kepada skim-skim gaji yang tertentu dan telah ditetapkan, pihak pentadbir Maktab Mahmud akan membuat peruntukan lalu menyerahkan kepada Jabatan Zakat dan pihak Zakat akan menguruskan pembayaran tersebut. Guru- guru yang mengajar di Maktab Mahmud juga disediakan oleh pihak Zakat yang menjalankan proses pengambilan guru-gurunya secara tersendiri. Selepas beberapa lama, berikutan dengan keadaan Maktab Mahmud yang semakin berkembang dan memerlukan tenaga pengajar serta kakitangan yang banyak, maka Jabatan Zakat dengan perolehannya yang terhad menyebabkan Jabatan Zakat tidak mampu untuk melakukan pembayaran gaji sepenuhnya. Oleh sebab itu, Maktab Mahmud terpaksa meminta bantuan Kerajaan Negeri untuk menampung keperluannya. Perbelanjaan Maktab Mahmud di dalam tahun 1370 (1950) misalnya adalah berjumlah $ 34, 820.24 dan dari jumlah ini, sebanyak $20,387.74 ditanggung oleh kerajaan Negeri Kedah sementara bakinya sebanyak $14,44.50 adalah dibiayai oleh Pusat Zakat. Sementara pada tahun 1955, dari perbelanjaan tahunan Maktab ini yang kesemuanya berjumlah $51,768.00 sebanyak $28.483.00 adalah ditanggung oleh Kerajaan Negeri Kedah, sementara bakinya sebanyak $23,275.00 adalah ditanggung oleh Pejabat Zakat. Perkembangan Maktab Mahmud terus digiatkan oleh pihak pentadbirnya dengan berbagai- bagai cara seperti pengambilan murid lebih ramai dan pembinaan bilik darjah dengan lebih banyak serta pengambilan lebih ramai guru-guru. Keadaan ini memerlukan perbelanjaan lebih besar dari sumber yang tetap. Oleh sebab keadaan ini, pada tahun 1956 pihak kerajaan Negeri Kedah telah mengambil keputusan untuk membiayai perbelanjaan Maktab Mahmud ini. Tambahan pula, maktab ini pada masai itu merupakan satu-satunya institusi pendidikan agama terpenting dan terbesar di negeri Kedah dan diharapkan dapat berfungsi untuk melahirkan cendiakawan agama di negeri ini. Maka itu, adalah sangat wajar pihak Kerajaan Negeri memberi sumbangan sepenuhnya kepada Maktab Mahmud ini. Pada tahun 1956 misalnya, Kerajaan Negeri Kedah telah menyumbangkan sebanyak $51,549.20 bagi perbelanjaan Maktab ini. Kemudian pada 1957, sebanyak $52,528.00 pula diberikan oleh Kerajaan Negeri. Selain dari untuk pembayaran elaun kepada guru-guru, wang ini juga dibelanjakan untuk kebajikan pelajarnya, termasuklah bantuan atau hadiah untuk mereka yang lulus dalam peperiksaan.
  • 43.
    43 Walaupun secara rasminyamulai tahun 1956 pembiayaan pentadbiran maktab ini dikelolakan oleh Kerajaan Negeri, namun tidak menjadi apa-apa halangan sekiranya pejabat Zakat masih bermurah hati untuk turut sama menyumbang sebarang bantuan kewangan terhadap institusi ini. 8.0 Pengambilan Guru Dan Penuntut-Penuntut Menurut sumber-sumber yang diperolehi, bilangan guru pertama yang dihantar ke Maktab Mahmud pada tahun 1937 ialah seramai 5 orang.70 Golongan yang merupakan perintis di institusi ini merupakan bekas pengajar di Madrasah Hamidiyah, Limbong Kapal sebelum ini. Guru-guru tersebut ialah Pak Ku Ariffin, Syed Mohamad, Ustaz Salleh Shamsudin, Haji Darus dan Haji Said Bin Haji Shuib.71 Pada peringkat awal Maktab Mahmud hanya mempunyai sebuah bangunan sahaja.72 Terdapat hanya empat kelas Ibhdaiyah pada masa ini. Pentadbiran Maktab Mahmud masa ini masih di bawah sebuah Jawatankuasa Pentadbir dengan Sheikh Salleh Shamsudin menjadi Setiausahanya, beliau juga menjadi pemangku Guru Besar pada masa yang sama. Seterusnya, ketika Maktab Mahmud berada di bawah pimpinan Datuk Sheikh Abdul Halim, bilangan guru yang lebih banyak diperlukan. Pada tahap ini, terdapat beberapa sumber untuk memperoleh guru iaitu dengan mengambil guru daripada golongan-golongan tempatan mengikut pengambilan atau penilaian yang ditetapkan oleh pihak pentadbir, tenaga pengajar yang dihantar oleh Pejabat Zakat atau pejabat Agama dan bekas penuntut Maktab Mahmud. Guru-guru daripada golongan tempatan mempunyai sedikit pengetahuan agama. Pengambilan mereka dibuat dengan amat mudah. Mereka yang ingin memohon hanya perlu mengadakan pertemuan iaitu temu duga dengan Jawatankuasa Pemilih. Setelah mendapat persetujuan, guru tersebut akan diambil bekerja di situ. Kebanyakan anggota pemilihan adalah terdiri dari ahli-ahli Jawatankuasa Pentadbir Maktab Mahmud. Pada ketika itu adalah sukar untuk memperoleh guru-guru yang benar-benar berkebolehan. Guru-guru ini kebanyakannya adalah berkelulusan tempatan. Kesemuanya adalah lulusan berbagai-bagai madrasah terkemuka yang terdapat di negeri Kedah khasnya di utara Semenanjung Malaysia ketika itu. Terdapat tiga orang guru yang diambil melalui pemilihan ini iaitu Ustaz Othman Yusuf, Sheikh Adnan bin Haji Hashim dan Lebai Ismail Said. Dengan berdasarkan pendidikan dan pengalaman guru yang berkhidmat ketika itu, jelaslah pada peringkat ini mereka tidak mempunyai apa-apa latihan perguruan. Hal ini kerana sukar untuk mencari tenaga pengajar yang berpotensi dan tidak ramai pula yang berminat untuk menjadi pendidik. Demikianlah perkembangan maktab ini dari tahun ke tahun sehinggalah tercetus Perang Dunia Kedua 70 Haji Azizan bin Haji Aroff, “Sejarah Maktab Mahmud Simpang Kuala Alor Setar Kedah”, manuskrip, t.t., hlm.11. 71 Yaakop bin Mohamad, “Sejarah Maktab Mahmud,” Taipskrip,t.t., hlm.9. 72 Bangunan ini dipanggil bangunan A. lihat gambar.
  • 44.
    44 yang menyebabkan perjalanansesi persekolahan maktab ini terganggu kerana terdapat beberapa bangunan sekolah ini digunakan oleh tentera Jepun. Selepas perang ini terjadi sistem pendidikan di Maktab Mahmud lebih teratur sedikit. Terdapat satu lagi sumber yang menyumbangkan tenaga guru-guru. Pada masa ini lulusan-lulusan dari Maktab Mahmud yang mendapat pendidikan sehingga darjah 7 dan 8 telah pun keluar dari maktab itu. Ada di antara lulusan ini yang bertugas sebagai Imam, kadi dan sebagainya. Sesetengahnya telah diambil bertugas di Maktab Mahmud. Murid pertama yang keluar dari Maktab Mahmud ialah Ustaz Ibrahim Said. Selain dari beliau, terdapat beberapa lagi guru lain yang tamat diambil menjadi guru di situ. Antaranya ialah Ustaz Ali bin Ahmas dan Ustaz Azizan bin Haji Aroff. Walau bagaimanapun Ustaz Azizan, setelah tamat darjah 8 di Maktab Mahmud telah melanjutkan pelajaran ke Mekah selama 4 tahun sebelum beliau diambil sebagai guru. Seorang lagi contoh guru yang merupakan bekas pelajar Maktab Mahmud ialah Sheikh Abdul Majid bin Mooh Noor. Guru-guru yang diambil dari kalangan bekas Maktab Mahmud ini telah berjaya mengatasi masalah mendapatkan guru-guru. Tahun 1950 misalnya terdapat11 orang guru termasuk seorang guru al-Quran dan seorang guru Bahasa Inggeris.73 Angka ini meningkat menjadi 15 orang pada tahun 195 (1374)74 dan 18 orang pada tahun 1958.75 Peningkatan terhadap keperluan guru-guru menjadi lebih ketara selepas pengenalan dasar pelajaran baru tahun 1962. Perkhidmatan guru untuk mengajar mata pelajaran akademik sangat dikehendaki pada masa ini. Walau bagaimanapun masalah guru-guru ini tidaklah sesukar yang dijangkakan dengan adanya kerjasama dari pihak Kementerian Pelajaran, di mana beberapa orang guru telah dihantar untuk memenuhi keperluan tersebut. Pada tahun 1970 misalnya, 11 orang guru lepasan institusi pengajian tinggi, iaitu Universiti Al-Azhar dan 10 orang guru lepasan institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kolej Islam telah dihantar untuk berkhidmat di sini.76 Kemudian pada tahun 1973 pula seorang guru Ilmu Hisab yang mempunyai ijazah dari Indonesia dan seorang lepasan dari Al-Azhar dengan ijazah sarjana turut dihantar ke Maktab Mahmud. Bermula tahun 1976, setelah diwujudkan Lembaga Maktab Mahmud, badan ini diberi kuasa memilih guru-gurunya sendiri. Guru dipilih oleh satu badan penapis yang terdiri dari Pengerusi Lembaga dan beberapa ahli Jawatankuasa Lembaga. Cara pemilihan dibuat mengeluarkan iklan di dalam surat khabar dan bagi sesiapa yang mempunyai kelayakan sebagaimana yang disyaratkan, adalah layak untuk memohon. Kelayakan dan kelulusan ditentukan oleh Lembaga Pemilihan. Jadi mulai tahun 1967 – 1980, terdapat tiga jenis guru yang mengajar di Maktab Mahmud iaitu Guru kerajaan negeri, Guru Kementerian Pelajaran dan Guru Lembaga. Guru kerajaan negeri ialah guru-guru kerajaan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk berkhidmat di Maktab Mahmud. Guru ini adalah sama dari segi taraf mengajar, pemberian gaji dan pencen serta segala keistimewaan yang 73 “Penyataan Tahunan Sekolah Al Mahad Al Mahmud 1369(1950)”, Al Mahad Al-Mahmud, Bil. ke-2, 1370 (1951), hlm.6. 74 “Ringkasan Penyata Sekolah Al-Mahad Al-Mahmud 1374(1955)”, Al-Mahad Al-Mahmud, Bil. ke 4,1375 (1956), hlm.8. 75 “Laporan Tahunan Al-Mahad Al-Mahmud 1377 (1958)”, Al –Mahad Al-Mahmud Bil. ke 9, 1378 (1959), hlm.47. 76 Halimah Desa, “Sejarah Maktab Mahmud”, dalam Khoo Kay Kim (ed.), Beberapa Aspek Sejarah Kedah, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1983, hlm. 122.
  • 45.
    45 diterima guru kerajaan.Guru-guru ini akan berkhidmat di sini sehinggalah pencen ataupun kerajaan negeri menukarkan guru ini ke sekolah lain. Guru-guru ini adalah golongan tenaga pengajar yang paling awal berkhidmat di Maktab Mahmud iaitu sejak tahun 1956 lagi. Kategori yang kedua pula ialah merupakan guru –guru yang dihantar oleh Kementerian Pelajaran, Kuala Lumpur untuk mengajar di Maktab Mahmud. Guru-guru ini adalah berpencen dan mendapat keistimewaan lain seperti gaji, elaun, cuti dan sebagainya menurut sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Perbezaannya ialah guru-guru ini dipinjamkan ke Maktab Mahmud. Jangka waktu peminjaman ini tertakluk kepada pihak kementerian. Jika pihak berkenaan inginkan kembali kakitangannya yang dipinjamkan itu, maka pihak Maktab Mahmud hendaklah melepaskan guru tersebut. Sementara itu, guru Lembaga pula ialah guru yang dipilih oleh Lembaga Maktab Mahmud sendiri melalui cara pemilihan yang tersendiri. Biasanya menerusi iklan yang disiarkan dalam surat khabar dan tapisan oleh sebuah badan khas sebelum ia diterima masuk. Namun, guru ini kurang sedikit keistimewaannya, mereka tidak diberi pencen apabila telah cukup umur persaraan, kecuali jika mereka diserap menjadi guru kerajaan negeri. Kebanyakan guru-guru dari kategori ini adalah pegawai-pegawai baru yang belum menjawat sebarang jawatan sebelum ini. Di bawah ini dinyatakan bilangan guru di Maktab Mahmud mulai 1974-1980. Tahun Bilangan Guru 1974 58 orang 1975 58 orang 1976 63 orang 1977 63 orang 1978 63 orang 1979 63 orang 1980 63 orang Jadual 2.0 – Bilangan guru di Maktab Mahmud mulai 1974 -1980 Data ini menunjukkan mulai tahun 1976 hingga 1980, bilangan guru tidak bertambah. Tiada pertambahan guru mungkin bertujuan untuk mengelakkan dari timbulnya masalah guru berlebihan. Tahun 1962 dan 1967 bolehlah dianggap mempunyai signifikasinya yang tersendiri dalam perkembangan pelajaran di maktab ini. Dengan pengenalan sistem pelajaran baru 1962, guru dihantar oleh Kementerian Pelajaran. Kemudian setelah diwujudkan Lembaga Maktab Mahmud pula pada 1967, badan ini diberi kuasa dan mandat untuk melantik gurunya tersendiri. Langkah ini adalah sebagai salah satu cara untuk menampung masalah kekurangan guru yang mungkin timbul pada masa akan datang. 8.1 Pengambilan Penuntut-Penuntut Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, bilangan murid-murid yang masuk dan belajar di Maktab Mahmud adalah seramai 88 orang.77 Mereka ini sebenarnya pelajar-pelajar dari Madrasah Hamidiah., 77 Haji Azizan Haji Aroff, “Sejarah Maktab Mahmud Simpang Kuala Alor Setar Kedah”, Manuskrip, t.t., hlm.11.
  • 46.
    46 Limbong Kapal yangdibawa untuk menyambung pelajaran mereka di Maktab Mahmud setelah institusi baru siap didirikan. Pada masa itu, disebabkan belum cukup tahun pengajian, pengambilan pelajar baru belum boleh dijalankan. Kemudian lebih kurang tiga bulan barulah pengambilan murid-murid baru dibuat dan seramai 120 orang telah dipilih memasuki maktab ini. 8.2 Syarat-Syarat Pengambilan Pelajar Pada Tahap Awal. Kelulusan yang diperlukan untuk memasuki Maktab Mahmud ini ialah perlu lulus darjah 4 dan 5 sekolah kebangsaan. Mengenai umur juga tidak ada ketentuan yang jelas. Ada sesetengah diterima masuk ketika berumur 13 tahun dan juga yang berumur 10 tahun. Keadaan ini adalah disebabkan oleh pada masa itu belum ada satu bentuk peraturan yang jelas mengenai syarat-syarat kemasukan pelajar. Namun begitu, salah satu syarat penting ialah murid tahu membaca dan menulis dan boleh membaca al-Quran dengan baik. Tanggungjawab untuk memilih dan menolak permohonan pelajar-pelajar yang memohon masuk ke maktab ini adalah dijalankan oleh Jawatankuasa Pentadbir yang diwujudkan pada waktu itu. Jika seseorang pemohon itu didapati tidak mempunyai kelayakan yang wajar dan sesuai, permohonannya tidak akan diterima. Syarat-syarat penerimaan pelajar yang agak longgar ini berterusan sehinggalah tahun 1962 apabila dasar pelajaran yang baru telah diperkenalkan di maktab ini. Penuntut-penuntut yang ingin belajar di Maktab Mahmud ini hendaklah membuat permohonan dengan mengisi borang khas yang disediakan oleh pihak maktab. Antara syarat-syarat yang perlu ada pada calon untuk memohon memasuki sekolah ini ialah lulus darjah 5 dan 6 sekolah rendah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan, umur tidak kurang dari 13 tahun 6 bulan, boleh membaca al- Quran dengan baik. Selain itu, penuntut yang memohon juga akan dinilai kelayakannya dan kebolehan mereka melalui temu duga oleh Jawatankuasa Pemilih dan ujian bertulis. Setelah semua syarat tersebut dipenuhi, barulah seorang penuntut itu layak untuk diterima masuk belajar di Maktab Mahmud. Walau bagaimanapun bilangan kemasukan yang diterima terhadap murid-murid yang berjaya memohon bergantung pada kadar tempat yang dapat ditampung oleh maktab ini. Melihatkan kepada syarat-syarat yang dikenakan ini, ternyata pihak pentadbir agak berhati- hati dalam menerima pelajar-pelajar yang ingin belajar di sini. Hal ini kerana maktab ini sangat mementingkan soal prestasi sekolah. Pengambilan pelajar secara tidak ketat dan sewenang-wenangnya sudah tentu akan menjatuhkan mutu pelajaran di sekolah ini. Satu lagi sebab ialah bertujuan mengelakkan pelajar-pelajar yang tidak begitu berkemampuan dari terjebak dalam berbagai-bagai masalah apabila mereka bertemu dengan sukatan pelajaran di Maktab Mahmud yang begitu luas dan sukar. Data menunjukkan bilangan penuntut Maktab Mahmud 1974-1980.78 78 Abu Bakar Haji Kassim, “Sejarah Ringkas Maktab Mahmud Alor Setar Kedah”, hlm. 2.
  • 47.
    47 Tahun Bilangan Pelajar 19741, 412 1975 1,703 1976 1,491 1977 1,508 1978 1,681 1979 1,742 1980 1,847 9.0 Penutup Tujuan penubuhan Maktab Mahmud ialah untuk atas kesedaran bahawa pengetahuan agama Islam dan Bahasa Arab dari segala aspek perlu dipelihara dan dikekalkan. Penubuhan Maktab Mahmud ialah atas inisiatif ulama tempatan dan pemerintah tempatan. Gabungan usaha golongan cerdik pandai ini dan Raja-Raja Melayu membawa kepada penubuhan Maktab Mahmud yang sungguh dikenali sekarang. Keadaan ini menunjukkan betapa rapatnya hubungan ulama Islam tempatan dan golongan raja. Perkembangan agama Islam di Kedah seperti mana juga di negeri-negeri lain di Tanah Melayu sebelum abad ke-19 berkembang secara berperingkat-peringkat . Tahap yang paling kemuncak dalam evolusi perkembangan ini, telah dimanifestasikan dengan penubuhan Maktab Mahmud. maktab Mahmud sejak ditubuhkan telah mempunyai Jawatankuasa Pentadbirnya tersendiri. Oleh sebab ingin memajukan lagi Maktab ini, beberapa perubahan telah dilakukan dalam pentadbirnya sehingga membawa kepada penubuhan Lembaga Maktab Mahmud yang lebih berkuasa dan berperanan luas. Pentadbiran ini telah menjadikan Maktab Mahmud lebih teguh berdiri sebagai sebuah institusi yang sangat dikenali dalam bidang agama Islam dan Bahasa Arab. Bersesuaian dengan peranannya sebagai pusat pendidikan Islam. Kebanyakan mata pelajaran yang diajar di sini supaya meliputi segala aspek pendidikan tersebut. Pendidikan itu merangkumi aspek ibadat , kepercayaan, undang-undang , pengetahuan am, tafsir dan sebagainya. Kajian terhadap bahasa Arab juga dilakukan dengan lebih mendalam. Oleh kerana penubuhan Maktab INI mendapat sambutan yang sangat menggalakkan oleh penduduk tempatan telah berlaku beberapa perubahan dalam aspek kurikulumnya bagi menyesuaikannya dengan keadaan semasa. Pendidikan akademik telah dimasukkan tanpa mengganggu gugat kedudukan mata pelajaran agama Islam dan Bahasa Arab. Sebuah institusi yang ingin berjaya sudah tentu memerlukan sumber kewangan yang mencukupi. Maktab Mahmud yang pada mulanya bergantung dengan Pusat Zakat akhirnya telah mampu berdiri dengan bantuan Kerajaan Negeri Kedah sehinggalah Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelajaran.
  • 48.
    48 Di samping itu,Maktab Mahmud juga memperoleh hasil-hasil sampingan melalui tanah wakaf , perolehan dari tanah-tanah yang dibeli hasilnya dari tanah wakaf, kedai koperasi dan lain-lain lagi. Sumber kewangan juga diperoleh melalui kutipan derma yang dilancarkan bagi tujuan tertentu. Masalah kekurangan guru juga akhirnya berjaya diatasi apabila Kementerian Pelajaran secara konsisten menyediakan tenaga pengajar. Melihat peranan Maktab ini terhadap penduduk sekitarnya. Sememangnya tidak dapat dinafikan kerana sememangnya bekas-bekas pelajar daripada maktab ini sememangnya menjadi orang- orang yang hebat. Oleh itu, sebagai rumusannya dapat saya nyatakan bahawa Maktab Mahmud sememangnya telah dapat mencapai matlamat penubuhannya. Oleh itu, saya berharap Maktab Mahmud akan terus menjadi pusat pengajian yang sangat terkemuka satu hari nanti.
  • 49.
    49 Rujukan Buku Abdul bin HajiYassin. (1957). Tarbiatul-Banat Alor Setar, Pulau Pinang. Muhamad Hassan bin Dato’ Kerani Muhamamd Arshad. (1968). Al –Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nabir bin Haji Abdullah. (1976). Maahad II Ihya Assyariff Gunung Semanggol 1934-1959, Kuala Lumpur :Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Arikel Awang Had Salleh (ed.). (1980). Perkembangan Pelajaran Agama Islam. Penerbitan Fajar Bakti. Surat Khabar Utusan Malaysia, 27 Ogos 1983 Utusan Malaysia, 28 Ogos 1983 Berita Minggu, 27 September 1981 Berita Minggu, 23 Disember 1984 Dokumen Abu Bakar Haji Kassim, “Sejarah RingkasMaktab Mahmud Alor Setar, Kedah.” Taipskrip, t.t. Haji Azizan Haji Aroff, “Sejarah maktab Mahmud Simpang Kuala, Alor Setar. Kedah”, Manuskrip, t.t. Yaakob bin Mohamad, “Sejarah Maktab Mahmud”, Taipskrip, t.t. Ibrahim Bin Said, “Ringkasan Sejarah Al-Ma’had Al-Mahmud”, manuskrip (Jawi), t.t.
  • 50.
    50 Orang Sumber 1.En. AbdulHalim Kerani Maktab Mahmud. Pengalaman bekerja di Maktab Mahmud 32 tahun 2. Shaikh Haji Roslan Abdul Halim al-Hafiz -Imam Masjid Zahir. Bekas penuntut Maktab Mahmud 3. Badrul Hisham Bin Abdul Rahman -Pelajar Maktab Mahmud (1991-1998) yang juga merupakan guru di Maktab Mahmud.
  • 51.
    51 PERKEMBANGAN SEKOLAH MELAYUPERMATANG BERTAM, KEPALA BATAS TAHUN 1918-1945 NUR AMIRA BINTI HASIN @ HASHIM 1.0 Pendahuluan Sebelum kedatangan British, pendidikan yang berlaku adalah dalam bentuk yang tidak formal dan bersifat keagamaan. Pendidikan agama yang diberikan memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa platform ini akan dapat membentuk akhlak serta jiwa mereka. Pengajian al-Quran menjadi asas pendidikan Islam kerana mengaji al-Quran merupakan satu kewajipan kepada semua umat Islam dan tradisi ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan orang Melayu. Ibu bapa mempunyai kesedaran bahawa al-Quran mampu memandu ke arah kehidupan yang kamil. Oleh itu, mereka amat menitikberatkan pelajaran al-Quran. Di samping itu,mereka juga akan mengajar anak-anak bersembahyang, puasa dan sebagainya setakat yang diketahui mereka. Bagi ibu bapa yang tidak mempunyai kemahiran ini, mereka akan menghantar anak-anak mereka kepada orang yang berkebolehan yang selalunya dipanggil guru Quran. Kebanyakan guru Quran ini terdiri daripada orang tua, imam, bilal, tok siak atau orang yang sudah menunaikan fardhu haji.79 Kemudian, kedatangan kuasa barat ke Asia Tenggara cenderung berlaku sekitar abad ke- 19 sehingga pertengahan abad ke-20. Penguasaan kolonialisme Inggeris di Tanah Melayu pula disifatkan berlaku sepenuhnya pada tahun 1919 apabila Negeri-Negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan) dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu) berada dalam lingkungan pengaruh Inggeris secara langsung. Penguasaan kolonialisme Inggeris di Tanah Melayu secara dasarnya disebabkan oleh faktor ekonomi, politik dan agama. Walaupun terdapat pelbagai alasan yang digunakan oleh pihak Inggeris untuk menguasai Tanah Melayu, namun keinginan menguasai sumber ekonomi telah menjadi faktor utama bagi Inggeris memulakan dasar campur tangan secara rasminya. Namun, dalam keadaan ini mereka turut terikat memajukan masyarakat tempatan sesuai dengan tanggapan mereka bahawa orang- orang kulit putih lebih bertamadun. Seolah-olah membawa kemajuan dan tamadun kepada koloni-koloni adalah tugas utama mereka. Ini adalah satu metos moden yang paling besar bukan sahaja untuk memberi ‘justifikasi’, bahkan 79 Teh Koon Hoo, Sejarah Sosioekonomi Daerah Yan dari 1909 Hingga 1957. 2003, hlm. 167-168
  • 52.
    52 meraikan kolonialisme, iaituapa yang dipanggil ‘beban orang putih’.80 ‘Beban kulit putih’ di sini bermaksud, adalah menjadi tugas bangsa Eropah (kulit putih) untuk membawa tamadun kepada masyarakat tempatan (bukan berkulit putih) sesuai dengan prinsip ‘humanian’ atau kemanusiaan yang sedang mereka laung-laungkan itu. Jika tidak, koloni Inggeris di Tanah Melayu pasti akan menerima kritikan dari masyarakat Barat kerana gagal mentamadunkan negara yang mereka jelajahi. Tirai untuk membuka tamadun negara berkenaan adalah melalui sistem pendidikan.81 Secara umumnya, pendidikan di Tanah Melayu yang diperkenalkan oleh koloni Inggeris adalah dalam acuan barat. Mereka datang membawa motif kapitalisme dan mempunyai ciri-ciri elitisme, diskriminasi, pemisahan etnik serta menggalakkan polarisasi. Perubahan pendidikan tidak hanya terhenti setelah Tanah Melayu diperintah oleh pihak British. Penyerangan ke atas Tanah Melayu yang dilakukan oleh Jepun pada 8 Disember 1941 turut menjadi titik tolak kepada perubahan pendidikan. Kedatangan Jepun selama tiga tahun setengah meninggalkan banyak kesan negatif namun kedatangan mereka turut mendatangkan kesan positif terhadap pemikiran masyarakat. Pengaruh dan kesan pemikiran inilah yang kemudiannya menjadi asas kepada masyarakat membentuk semangat nasionalisme. 2.0 Sejarah Pendidikan Sekolah Melayu Di Pulau Pinang Sebelum penjajahan British pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu tertumpu kepada pelajaran agama. Kanak-kanak diajar kenal huruf (jawi) dan mukadam. Selepas itu diajar al-Quran dan ajaran-ajaran Islam yang lebih tinggi. Tenaga pengajar terdiri daripada ulama-ulama tempatan dan luar negeri. Tempat belajar pula di masjid, surau dan rumah perseorangan bahkan di istana.82 Penjajah British lebih memberatkan Negeri-Negeri Selat yang merupakan koloni British. Hal ini dibuktikan dengan adanya nazir- nazir sekolah sejak tahun 1872. Berbeza dengan negeri lain seperti Negeri-Negeri Melayu bersekutu mereka hanya mempunyai jawatan nazir sekolah pada tahun 1897. Namun, pendidikan yang diperkenalkan tidak meluas. Kawasan-kawasan pedalaman seperti di Kepala Batas mendapat pendidikan agak lewat. Jika dibandingkan dengan kawasan lain di Pulau Pinang, terdapat banyak sekolah yang telah dibina seperti Penang Free School yang diasaskan pada tahun 1816 yang juga merupakan sekolah pertama di Tanah Melayu. Selain itu, Sekolah Melayu Gelugor dibuka pada 1826 iaitu sekolah Melayu pertama, Sekolah Melayu Bayan Lepas, Bayan Lepas (1855) dan Sekolah Melayu Kubang Semang, Bukit Mertajam (1897). Pendidikan Islam yang sedia ada tidak diambil berat oleh British kerana mereka mahu masyarakat Melayu mengamalkan budaya yang menganggap bahawa urusan agama dan dunia harus 80 Dipetik dari Ibrahim Saad, “Pendidikan dan Politik di Malaysia”, dalam Rozina Bt. Md. Isa, (peny.), Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 Satu Tinjauan Terhadap Sistem Pendidikan dan Latihan, hlm. 1 81 Ibid 82 Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963). 2002, hlm. 208
  • 53.
    53 dipisahkan. Perkara iniberkait rapat dengan pelaksanaan dasar-dasar dan pentadbiran yang bersifatkan ‘Deislamization’ yang bertujuan untuk menjarakkan dan kemudiannya memutuskan pemikiran masyarakat Melayu daripada semangat dan tradisi Islam. Hal ini sememangnya berjaya dengan menjadikan pelajar semakin jahil akan agama, adat resam serta nilai baik yang perlu diikuti mengikut landasan Islam seterusnya terikut akan budaya Barat atas alasan arus pemodenan. Inilah hakikat perkembangan ilmu yang perlu direnung iaitu: Bahawa ilmu seperti yang berkembang kini adalah secocok dengan proses sekularisasi yang bermula dengan gerakan pembebasan daripada kongkongan agama atau Gereja. Dengan pengenepian dan malah permusuhan terhadap agama, maka sebagai gantinya berkembanglah berbagai-bagai ragam nilai dan “tuhan-tuhan” baru ciptaan manusia.83 Dasar pendidikan kolonial bertujuan memelihara keutuhan masyarakat Melayu tradisional dalam ekonomi turun-temurun dengan meminggirkan mereka daripada pergelutan aktiviti ekonomi moden. Untuk memenuhi matlamat politik kolonial, pendidikan merupakan senjata hikmat yang dapat mengawal masyarakat (social control) supaya tidak bangkit menentang mereka. Golongan elit tempatan disogok dengan pendidikan Inggeris supaya mereka boleh terus mengikut telunjuk pihak kolonial di samping ramai juga yang sudah menerima faedah pendidikan sedemikian dari segi pekerjaan. Di sebaliknya pihak kolonial meminggirkan pendidikan rakyat biasa demi mencapai cita-cita politik mereka.84 Bagi orang kebanyakan Melayu, saluran umum bagi pendidikan anak-anak mereka ialah sama ada sekolah Melayu yang dirancang British tidak lebih daripada untuk melahirkan “petani dan nelayan yang lebih baik daripada bapa mereka” atau sekolah-sekolah agama. Lepasan terbaik sekolah Melayu yang tempoh pendidikannya hanya sekitar empat tahun sahaja itu, cuma layak menjadi budak pejabat, kerani rendah, mata-mata, atau guru pelatih. Kedudukan dan peranan guru-guru sekolah Melayu mula berubah sedikit apabila Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) didirikan di Tanjong Malim pada tahun 1922. 85 Enakmen-enakmen baru telah diluluskan antara tahun 1900-1923 yang telah mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu di antara umur 7 sehingga 14 tahun supaya hadir ke sekolah untuk sekurang- kurangnya selama setengah tahun jika mereka tinggal dalam lingkungan dua batu dari sekolah. Enakmen- enakmen yang diluluskan oleh kerajaan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah banyak membantu dalam perkembangan pendidikan sekular Melayu di negeri-negeri tersebut. 83 Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah. 1994, hlm. 14 84 Teh Koon Hoo, Sejarah Sosioekonomi Daerah Yan dari 1909 Hingga 1957. 2003, hlm. 198 85 Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik. 2005, hlm. 302
  • 54.
    54 3.0 Penubuhan SekolahMelayu di Kepala Batas Antara sekolah Melayu terawal yang terdapat di Kepala Batas ialah Sekolah Melayu Bumbung Atap yang siap pada tahun 1925. Tapak asal sekolah ini merupakan sebuah padang permainan. Sekolah ini dibina mengikut bentuk British iaitu bumbungnya daripada atap genting, berlantai dan berdindingkan papan tebal jenis kayu merbau dan cengal yang dibawa dari negeri Kedah. Sekolah Melayu Ara Rendang. Sekolah ini ditubuhkan pada 1929 dengan bermula sebagai sekolah rakyat. Sekolah ini dibina berhampiran kawasan sawah dengan bangunan asal daripada kayu dan beratap nipah. Pada tahun 1934, kawasan sekolah diperluaskan sehingga kira-kira dua ekar setengah hasil dari bantuan penduduk kampung mendermakan tanah mereka. Sekolah Melayu Sungai Tembus pula diasaskan pada tahun 1882 dengan bangunan asalnya adalah bangunan satu tingkat yang terdiri daripada tiga bilik darjah. Pendidikan di Kepala Batas, pada zaman pemerintahan British bukanlah sepenuhnya bertujuan bagi membangunkan taraf intelek masyarakat tempatan. Pendidikan diberikan sebagai memenuhi syarat. Pihak British mengabaikan soal penggunaan bahasa pengantar serta kurikulum yang seragam. Tidak terdapat satu sistem sekolah yang tunggal yang akan dapat mendidik dan menyatukan masyarakat tempatan. Setelah kedatangan Jepun sama seperti keadaan yang berlaku di Tanah Melayu, Kepala Batas telah menerima perubahan sistem pendidikan. Terdapat sekolah yang terpaksa ditutup dan ada juga sekolah yang menjadi markas Jepun atau dibakar. Kurikulum berteraskan Jepun diperkenalkan bagi membasmi pengaruh British dalam kehidupan masyarakat tempatan. 4.0 Penubuhan Sekolah Melayu Permatang Bertam, Kepala Batas 4.1 Sejarah Awal Sekolah Melayu Permatang Bertam atau ringkasnya Sekolah Permatang Bertam merupakan sebuah sekolah yang terletak di Permatang Bertam. Sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Melayu Permatang Bertam bersempena dengan nama kampung tersebut. Nama Bertam diperolehi daripada pokok bertam. Pada zaman dahulu, kebanyakan tempat mendapat nama daripada nama pokok seperti Kampung Nyior Sebatang dan Kampung Permatang Langsat. Nama Permatang pula bermaksud petempatan yang dibina adalah terpencil.86 Sekolah ini ditubuhkan di Permatang Bertam untuk masyarakat Kepala Batas.87 Penduduk yang semakin ramai di kawasan Permatang Bertam menyebabkan kerajaan British membuat keputusan 86 Temubual dengan Haji Abdul Razak. 87 Temubual dengan Dato’ Hj. Md. Noor
  • 55.
    55 membina sebuah sekolahuntuk murid-murid.88 Sekolah ini mula diasaskan pada tahun 1918 dan merupakan antara sekolah tertua di Seberang Perai. Antara sekolah Melayu yang terdapat berhampiran ialah Sekolah Permatang Sintok, Sekolah Kepah dan Sekolah Paya Keladi.89 Bangunan pertama yang didirikan ialah sebuah bangunan berukuran 100 kaki x 27 kaki, sebuah rumah guru dan sebuah telaga batu. Bangunan yang dibina mempunyai enam kelas iaitu bersesuaian dengan enam darjah yang disediakan dan turut terdapat bilik guru besar. Rumah guru tersebut merupakan rumah guru besar. Guru- guru lain yang mengajar di Sekolah Melayu Permatang Bertam menetap di kawasan kampung berhampiran sekolah. Telaga batu disediakan kerana tidak terdapat bekalan air paip. Satu telaga tersebut boleh digunakan untuk mandi seramai 20 orang. Boleh dikatakan semua sekolah pada masa itu mempunyai telaga. Begitu juga keadaannya di rumah. Telaga tersebut digunakan bersama timba upih.90 Bahan asas yang digunakan bagi membina bangunan sekolah ini menggunakan kayu, berdinding papan serta bertiang besar, berpagar dawai dan beratap genting.91 Pembinaan sekolah ini sepenuhnya dibuat oleh British memandangkan masyarakat Melayu tidak mampu untuk menampung kos pembinaan sekolah pada masa itu.92 Sekolah Melayu Permatang Bertam banyak melahirkan murid-murid yang cemerlang. Mereka terdiri daripada pelbagai ruang lingkup kerjaya. Antara tokoh yang dilahirkan oleh sekolah ini ialah Dato’ Haji Md. Noor, Tan Sri Omar Mohd Hashim dan Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Keluar dari sekolah itu yang bersama dengan saya empat orang, semua empat-empat tu bagus belaka. Seorang daripadanya nama Tan Sri Omar Hashim, dia pencen sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan menjadi Pengerusi SPR.93 Pembinaan sekolah di sesebuah kawasan sememangnya tidak dapat dinafikan mendorong pelbagai faktor. Walaupun pada awalnya memang dilihat pihak British sepertinya tidak mengambil peduli terhadap taraf pendidikan yang ada namun mereka perlu bijak mengambil hati penduduk tempatan agar tampuk pemerintahan mereka akan dapat dijaga dan dikekalkan. Kepadatan penduduk di sesebuah kawasan memerlukan pihak kolonial British menubuhkan sebuah sekolah bagi memastikan anak-anak penduduk tempatan mempunyai pendidikan. Berikut merupakan senarai guru besar yang pernah berkhidmat di Sekolah Melayu Permatang Bertam bermula dari tahun 1918 sehingga 1945. 88 Temubual dengan Dato’ Mohamad Tahir 89 Temubual dengan Haji Abdul Razak 90 Ibid 91 Ibid 92 Temubual dengan Dato’ Mohamad Tahir 93 Temubual dengan Dato’ Haji Md. Noor
  • 56.
    56 Senarai Guru BesarSekolah Melayu Permatang Bertam 1918-1945 NAMA TAHUN PERKHIDMATAN Senawi Haji Abdullah 1918 - 1923 Abdul Hamid L. Md Isa 1923 - 1935 Bahaudin Hasan 1935 - 1936 Embi Yusuf 1937 - 1938 Ismail Othman 1939 - 1940 Said Wahid 1941 - 1942 Md Hashim Md Kapi 1942 - 1945 Jadual 1 4.2 Sistem Pendidikan Kolonial Pada awalnya masyarakat tidak mementingkan pendidikan. Mereka hanya menghantar anak mereka ke sekolah sebagai satu turutan terhadap sistem pendidikan yang diperkenalkan British. Pengaruh pendidikan mula tersebar dalam kalangan masyarakat apabila melihat keluarga lain menghantar anak- anak mereka ke sekolah. Namun untuk meneruskan lagi pengajian ke tahap yang lebih tinggi, masyarakat tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi. Kebanyakan mereka dari keluarga yang miskin. Perkara ini bukan hanya berlaku bagi penduduk sekitar sekolah Permatang Bertam namun seluruh Tanah Melayu mengalami keadaan yang sama. Setelah sekolah Melayu Permatang Bertam dibuka, masyarakat belajar secara dua masa. Sesi pengajaran bagi Sekolah Melayu diadakan pada waktu pagi. Bagi murid Melayu, mereka akan meneruskan pengajaran agama pada sebelah petang di sekolah pondok Daeratul Maarifil Wataniah (DMW). Bagi sesi pengajaran Sekolah Melayu pada jam 12.30 tengahari waktu persekolahan telah habis dan murid pulang ke rumah. Kemudian murid Melayu akan ke sekolah agama pada jam 2.30 petang sehingga jam 4.30 petang.94 Pengasingan masa kepada dua sesi pengajaran merupakan satu konsep dan fahaman baru yang diperkenalkan oleh pihak British. Pengasingan merupakan satu doktrin yang cuba memisahkan dan mengkategorikan ilmu di antara ilmu agama dengan ilmu bukan agama. Barat telah memperkenalkan pemikiran sekularisme yang merujuk kepada pengasingan antara keduniaan dan agama. Orang yang berkemajuan ialah orang yang mengamalkan nilai-nilai baru itu, yakni yang saintifik dan keduniaan, serta tidak taasub kepada nilai keagamaan. Mereka harus membanteras nilai keagamaan yang telah 94 Temubual dengan Dato’ Hj. Md. Noor
  • 57.
    57 mengongkong mereka ituserta melihat dunia, atau alam ini sebagai sesuatu yang memerlukan perhatian mereka untuk diperbaiki demi kebaikan mereka jua.95 Setelah sekolah Melayu dibuka, peranan pengajian ini telah diambil alih oleh sekolah pada sebelah petang. Namun begitu, tidak dapat dinafikan pengajian di rumah, surau dan masjid masih diteruskan tetapi pada sebelah malam. Perkara ini telah berlaku semenjak A.M Skinner, Inspektor Sekolah-sekolah Negeri-Negeri Selat mewujudkan “Bahasa Melayu Sekolah” berasaskan kelas-kelas al- Quran. Skinner menetapkan pelajaran al-Quran dipisahkan daripada pelajaran Bahasa Melayu. Bagaimanapun beliau berpendapat kurang adil terhadap guru-guru al-Quran yang mencari nafkah melalui kelas-kelas al-Quran. Jadi beliau menetapkan pembentukan pengajaran bahasa Melayu menurut peraturan-peraturan: a) Al-Quran mesti diajar di sekolah-sekolah tetapi mesti dipisahkan daripada pelajaran Bahasa Melayu. b) Pada waktu pagi pelajaran hendaklah diajar dalam Bahasa Melayu. Sebelah petang diadakan pelajaran al-Quran. c) Kerajaan akan hanya membayar elaun kepada guru-guru yang mengajar dalam bahasa Melayu manakala ibu bapa akan membayar kepada guru-guru al-Quran.96 Setelah British sedar bahawa madrasah atau sekolah agama memainkan peranan yang besar dalam meningkatan intelek Melayu Islam, mereka mula meminggirkan pendidikan Islam. Pendidikan Islam hanya menjadi pendidikan peribadi bagi masyarakat Melayu. Hanya ibu bapa yang masih berpegang kuat dengan ajaran Islam terus menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama. Pada waktu ini, murid dibenarkan untuk menggunakan tulisan rumi atau jawi dan terdapat subjek khas yang mengajar berkenaan rumi dan jawi.97 Pen yang digunakan bagi menulis bukanlah pen biasa. Pen tersebut boleh dicabut untuk ditukar matanya. Tulisan jawi menggunakan mata lain dan tulisan rumi menggunakan mata pena yang lain. Dakwat yang digunakan ialah dakwat celup.98 Hal ini menunjukkan bahawa British tidak terus memaksa masyarakat Melayu untuk menerima seratus peratus corak pendidikan yang dibawa tetapi pihak kolonial British masih menerapkan elemen Melayu dalam pendidikan yang diberikan. Murid juga mempelajari Ilmu Hisab Aljabar dan dalam mata pelajaran Sejarah, mereka belajar berkenaan Hang Tuah dan Hang Jebat, Francis Light di Pulau Pinang dan Kerajaan Melaka.99 Terdapat juga pelajaran berkenaan kisah Badang. Hikayat Hang Tuah dan Hang Jebat diajar dengan menekankan berkenaan pantang Melayu derhaka. Kesannya, masyarakat akan mengikuti sikap Hang Tuah tersebut dengan mengikuti segala arahan memerintah British tanpa tentangan. Maka, secara tidak 95 Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah. 1983, hlm. 209 96 Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963). 2002, hlm. 210-211 97 Temubual dengan Dato’ Mohamad Tahir 98 Temubual dengan Haji Abdul Razak 99 Ibid
  • 58.
    58 langsung British dapatmengawal perkembangan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan. British mengadaptasi prinsip kesetiaan mutlak yang ditunjukkan dalam Hikayat Hang Tuah dan Hang Jebat dengan sebaik mungkin kepada masyarakat pada ketika itu. Kesetiaan mutlak yang telah lama wujud di kesultanan Melayu misalnya dapat dilihat menerusi penulisan karya Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin yang mengaitkan kesetiaan rakyat kepada pemimpin dalam segala bentuk. Corak dan bentuk penulisan karya yang terdapat dalam Sejarah Melayu adalah berbentuk istana sentrik dan etika politik. Penulis cuba menerapkan dan menegakkan dasar konsep taat setia rakyat kepada raja dan negara.100 4.2.1 Guru Guru yang berada di Sekolah Melayu Permatang Bertam kebanyakannya daripada kalangan kaum Melayu, tetapi murid sedikit pun tidak didedahkan dengan pemerintahan British. Keadaan ini menyebabkan murid menganggap British sebagai Tuan dan perlu dihormati.101 Maka, semangat nasionalisme bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu tidak dibentuk dan murid tidak menganggap bahawa mereka sedang dijajah. Bagi mengukuhkan lagi kawalannya terhadap pemikiran rakyat kerajaan British menggerakkan pula cawangan khas polis mengintip setiap perilaku yang mencurigakan. Pada masa yang sama, indoktrinasi pemikiran juga dijalankan melalui sekolah Inggeris dan sekolah Melayu yang sukatan dan isi pelajarannya ditentukan para pegawai pendidikan British. Golongan terpelajar Melayu yang menyedari mempersoalkan bahan-bahan bacaan yang digunakan di sekolah yang menurut mereka hanya “menghabiskan umur” kanak-kanak atau menanamkan benih “jiwa hamba” di hati anak- anak Melayu.102 Guru yang mengajar di Sekolah Melayu Permatang Bertam kebanyakannya hanya berkelulusan darjah enam atau Malay Special Class. Bagi guru yang berkelulusan tinggi kebanyakannya merupakan guru dari Sultan Idris Training College (SITC). Pada waktu itu, guru kelulusan SITC adalah paling popular.103 Kebanyakan guru yang mengajar datang dari kawasan sekitar Permatang Bertam. Bagi mata pelajaran bahasa Inggeris terdapat guru khas yang diberikan kelayakan mengajar. Selain itu, terdapat juga guru India, Cina dan Melayu yang turut diberi kelayakan mengajar bahasa Inggeris.104 4.2.2 Sukatan Pelajaran Seterusnya, sukatan pelajaran mereka sepanjang pengajian hanya berkisar pada topik dan mata pelajaran yang sama. Keadaan ini bersesuaian dengan tujuan kolonial British dalam menyediakan sistem pendidikan Melayu di Tanah Melayu iaitu: 100 Zahrah Ibrahim, Sastera Sejarah. 1986, hlm. 61 101 Temubual dengan Dato’ Haji Arshad 102 Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik. 2005, hlm. 304 103 Temubual dengan Haji Abdul Razak 104 Ibid
  • 59.
    59 Tujuan kerajaan bukanlahhendak mengadakan segelintir pemuda yang berpendidikan baik, tidak juga sebilangan budak yang kurang terdidik, melainkan ialah untuk membaiki keadaan bilangan terbesar penduduk, dan menjadikan anak nelayan atau petani yang lebih cerdik dari bapanya serta menjadikan ia mengerti, menerusi pelajarannya, bahawa perlunya dalam hidup ini adalah sesuai dengan cara hidup di sekelilingnya105 . (Sumber: George Maxwell, Annual Report, F.M.S, 1920) “... memberikan pelajaran permulaan yang membolehkan orang kampung menyimpan catatan mudah, dan dengan demikian, melindungkan dia dari penipu, penipu yang tak bertimbang rasa yang di kalangan penduduk yang bercampur-campur ini, sentiasa sahaja sedia untuk mengambil kesempatan dari kejahilan.”106 (Sumber: Annual Departmental Report, Straits Settlement, 1903) Sekolah Melayu diwujudkan semata-mata menginginkan anak Melayu menjadi lebih pandai sedikit daripada ibu bapa mereka. Pendidikan yang lebih tinggi tidak begitu ditekankan oleh British kepada masyarakat kerana bimbang mereka akan bangkit untuk menentang. Pihak British tidak mahu menimbulkan masalah seperti di India seperti yang digambarkan dalam ucapan Arthur Noel Kenion pada 1915: Awak boleh mengajar orang-orang Melayu awak itu, supaya mereka tinggal terus di sawah-sawah padi dan suapaya mereka tidak hilang kemahiran dan kesenian dalam kerja-kerja menangkap ikan dan kerja-kerja hutan. Ajarkan mereka supaya memuliakan kerja buruh, supaya mereka menjadi kerani, dan saya yakin awak tidak akan menghadapi kekacauan seperti terjadi di India akibat pelajaran berlebihan.107 105 Dipetik dari George Maxwell, “Annual Report”, dalam Awang Had Salleh, (peny.), Sekolah Melayu, Sekolah Rakyat dan Pondok di Kedah hlm. 5 106 Dipetik dari Annual Departmental Report , dalam Awang Had Salleh, (peny.), Sekolah Melayu, Sekolah Rakyat dan Pondok di Kedah hlm. 3 107 Dipetik dari ucapan Arthur Noel Kenion , dalam The Koon Hoo, (peny.), Sejarah Sosioekonomi Daerah Yan dari 1909 Hingga 1957 hlm. 199
  • 60.
    60 4.2.3 Sistem Sekolah Sistempeperiksaan di Tanah Melayu turut dilaksanakan di sekolah Permatang Bertam. Peperiksaan dijalankan pada setiap hujung tahun dan sekiranya murid tersebut tidak lulus mereka masih boleh meneruskan pelajaran di darjah yang sama sehingga lulus. Ketika pendidikan di zaman British masih belum terdapat sekatan umur. Maka, tidak hairan sekiranya umur murid telah menjangkau 12 tahun mereka masih berada di darjah dua disebabkan gagal dalam peperiksaan dan perkara ini turut berlaku di seluruh Tanah Melayu. ... ujian darjah satu, darjah dua, darjah tiga ada ujian. Kalau ujian tak lulus tak naik. Masa tu belum ada sekatan umur lagi. Sebab tu masa itu kadang- kadang umur 12 tahun pun masih darjah dua pun ada. Pasal periksa tak lulus.108 Sekolah Melayu Permatang Bertam turut menyediakan peperiksaan Special Malay Class (SMC). Bagi mereka yang lulus selepas menduduki peperiksaan ini akan dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah aliran Inggeris seperti di High School. Tiada paksaan kepada murid untuk memakai uniform yang khusus. Kelonggaran ini diberikan mengikut kemampuan ibu bapa. Kebanyakan daripada mereka memakai baju putih, tidak berkasut dan memakai songkok.109 Bagi keluarga yang tidak berkemampuan, terdapat murid yang ke sekolah dengan memakai beg daripada daun mengkuang yang dianyam. Kopiah mesti pakai. Wajib. Tapi pakai seluar pendek... Masa tu rambut nak berminyak, tak ada. Kasut masa raya, sekolah, apa pun gunakan kasut sama.110 Pada zaman kolonial British, murid juga diberikan dendaan hukuman seperti dirotan, ketuk ketampi dan berdiri di atas bangku.111 Hukuman ini diberikan atas kesalahan murid seperti tidak menyiapkan kerja rumah. Hukuman yang diberikan akan menjadi pengajaran kepada murid-murid yang lain. Peluang pendidikan tidak hanya diberikan kepada lelaki. Kaum perempuan turut berpeluang untuk masuk ke sekolah dan belajar dalam satu kelas yang sama. Namun, terdapat masyarakat yang tidak menggemari perkara ini. Sekolah Melayu dikatakan menjalankan kegiatan yang tidak murni seperti bermain bola dengan memakai seluar pendek dan adanya sekolah campuran lelaki-perempuan.112 Lepasan sekolah ini kebanyakannya menjadi guru, guru agama, bekerja sendiri dan menjadi polis. Selain itu, tiada sistem pembayaran yuran dikenakan kepada murid. Sekolah Permatang 108 Temubual dengan Haji Basiron 109 Temubual dengan Haji Jamil bin Said 110 Temubual dengan Haji Abdul Razak 111 Ibid 112 Mohd Isa Othman, Gerakan Protes dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad ke-19 dan Awal Abad Ke-20, hlm. 194
  • 61.
    61 Bertam terdiri daripadadarjah satu sehingga darjah enam. Disebabkan sekolah lain disekitar Kepala Batas tidak mempunyai darjah lima dan enam maka murid terpaksa menyambung belajar di Sekolah Permatang Bertam. Berbeza dengan sekolah lain seperti di Penaga, sekolah Melayu terdiri dari darjah satu sehingga darjah tujuh.113 4.3 Sistem Pendidikan Jepun Sistem pendidikan oleh Jepun yang diteruskan daripada zaman kolonial British adalah bagi kepentingan pentadbiran mereka. Pentadbiran tentera Jepun bercadang untuk menjadikan sistem pendidikan sebagai laluan untuk meninggikan kesedaran di kalangan orang Melayu. Jika ini dicapai adalah diharapkan mereka akan bekerjasama dengan pihak Jepun dan bekerja keras untuk mencapai matlamat “Asia Untuk Orang-orang Asia”. Yang nyata di dalam sistem pendidikan ialah, untuk menyediakan garis kasar ‘penjepunan’ kepada masyarakat di Malaya. Selain daripada itu, ideologi “Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya dan Hakko Ichiu (manusia seluruhnya bersaudara dibawah Satu Bumbung) adalah bukti nyata menunjukkan cita-cita Jepun itu.114 Pada zaman pendudukan Jepun selama tiga setengah tahun, empat sistem persekolahan yang wujud semasa zaman pemerintahan British telah dihentikan. Sekolah Inggeris, Melayu, India dan Cina ditutup. Namun perkara ini tidak bermakna tiada lagi kemudahan pendidikan di Tanah Melayu tetapi sekolah yang wujud pada tempoh itu terbatas kepada unsur pelajaran yang berasaskan bahasa Jepun dan nilai kejepunan sahaja.115 Semasa pendudukan Jepun, Sekolah Melayu Permatang Bertam masih dibuka seperti biasa. Tiada had umur dikenakan dan masih mengekalkan sistem kelas seperti yang diamalkan semasa zaman British. Namun, Jepun telah memperkenalkan falsafah dan matlamat mereka tersendiri yang telah digubal untuk dilaksanakan di Tanah Melayu dan turut mencampurkan unsur-unsur pemujaan kepada Maharaja Jepun melalui nippon seishin. Jepun juga mengawal segala bentuk agama dan secara beransur-ansur budaya Shinto diserapkan. Falsafah pendidikan Jepun menekankan dua unsur penting iaitu pendidikan berteraskan kemahiran dan menanamkan seishin kepada penduduk tempatan.116 Murid perlu mempelajari bahasa Nippon (bahasa Jepun) dan tulisan Jepun (Katakana). Tulisan Jepun dikatakan mirip kepada tulisan Cina.117 Bahasa Nippon diajar di sekolah bagi melatih generasi muda dari sudut fizikal dan mental bagi memenuhi tujuan pentadbiran ketenteraan dan perkhidmatan awam Jepun. Pengajaran dan penggunaan bahasa Jepun di sekolah amat diutamakan kerana mempelajari dan menguasai bahasa Jepun dianggap satu cara bagi seseorang menerapkan budaya Jepun selain mendapatkan pendidikan lebih baik, peluang ekonomi dan hubungan luar selain membantu menjadikan Jepun sebagai sebuah kuasa agung. Walaubagaimanapun bahasa Melayu dan 113 Temubual dengan Hajah Che Mah 114 Rozina Bt. Md. Isa, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 Satu Tinjauan Terhadap Sistem Pendidikan dan Latihan, hlm. 7 115 Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960 Keadaan Sosial di Tanah Melayu, hlm. 168 116 Ahmad Sohaimi, Pengaruh Jepun Terhadap Bidang Pendidikan di Tanah Melayu (Malaysia) 1941-1990-an, hlm. 57 117 Temubual dengan Haji Jamah
  • 62.
    62 Tamil masih dibenarkanpenggunaannya sebagai bahasa sampingan.118 Bahasa Cina tidak digunakan kerana sikap Jepun yang ‘mendedami’ orang Cina rentetan peristiwa perang China-Jepun 1939. Dasar pendidikan peringkat rendah yang dilaksanakan Jepun bertujuan menanam pengaruh dan menyebarkan budayanya dalam kalangan penduduk tempatan di samping menghapuskan unsur Barat serta membasmi semangat anti Jepun. Pendidikan peringkat rendah menekankan pembelajaran bahasa Jepun serta menyemai unsur seishin bertujuan membentuk disiplin dan menjadikan mereka merasa bangga sebagai warga Asia. 119 Seishin amat diperlukan kerana mereka tidak mahu murid menjadi malas, sentiasa menepati masa dan menjadi tabah. Keadaan ini bukan hanya berlaku di Sekolah Melayu Permatang Bertam namun turut terjadi di seluruh Tanah Melayu. Sebab itulah sebelum kelas bermula diwaktu pagi kanak-kanak ini akan berbaris menghadap matahari terbit dan menyanyikan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo, iaitu lagu yang membangkitkan soal perjuangan, selain dari itu lagu-lagu patriotik yang lain banyak yang memuji tentang keindahan dan kemegahan Negara Jepun yang diagung-agungkan, seperti Miyato Okaino, Sakura, Yamashita, Gunung Fuji dan Fajar Asia.120 Semua orang perlu berdiri tegak dan tidak boleh bergerak serta perlu menyanyikan lagu dengan penuh semangat bagi mengelakkan ditempeleng. Setelah selesai lagu dinyanyikan, murid dikehendaki menundukkan kepala ke arah matahari terbit sebagai tanda taat setia mereka kepada maharaja Jepun. Selepas itu, mereka akan melaksanakan satu senaman fizikal yang memerlukan pergerakan tangan, kepala dan seluruh badan bagi memastikan perjalanan darah yang sempurna. Kita kena buat “radio taiso” iaitu senaman menggunakan radio. Senamannya mudah sahaja. Ia satu senaman bebas. Kita regangkan tangan dan kaki, bongkokkan badan dan kemudian berdiri semula. Itu saja yang perlu kami buat.121 Ibu bapa perlu menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan sekiranya didapati mereka mengingkari arahan ini maka ibu bapa akan menerima hukuman. Ibu bapa akan dikasari seperti ditendang dan ditampar.122 Pada zaman Jepun mereka melaksanakan pentadbiran dengan kasar dan zalim. Jepun juga terkenal dengan tahap disiplin yang tinggi. Mereka tidak suka melihat orang muda yang duduk melepak. Budaya ini sama seperti yang dinyatakan di dalam Sejarah Kereta Api Maut. Jika Jepun ingin menangkap pemuda, mereka akan datang ke Kepala Batas dan mengambil mereka menaiki trak.123 Perkara ini turut dinyatakan oleh Ibrahim Mahmood dalam bukunya Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu: 118 Ahmad Sohaimi, op. cit., hlm. 71 119 Ibid, hlm. 65 120 Rozina Bt. Md. Isa, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 Satu Tinjauan Terhadap Sistem Pendidikan dan Latihan, hlm. 11 121 History Channel(Rising Sun Over Malaya) 122 Temubual dengan Dato’ Haji Md. Noor 123 Temubual dengan Haji Abdul Razak
  • 63.
    63 Apa yang sebenarnyadidapati? Yang murah sekali bukannya harga barang-barang tetapi ialah tempeleng, sepak terajang, azab sengsara, penderitaan dan potong kepala. Daripada mewah yang diharapkan tiba kekurangan serba serbi. Makanan, pakaian, ubat-ubatan bukan sahaja mahal tetapi payah hendak mendapatinya. Ubi kayu menggantikan beras.124 Semua jam diubah dengan mengikut waktu Tokyo secara tidak langsung menunjukkan satu simbol penaklukan yang cukup jelas. Cuti umum turut ditukar berdasarkan kalender Jepun. Kalender Jepun yang digunakan telah mengubah tahun 1942 menjadi 2602. Bila waktu dan kalender diubah, “Malaya” bertukar menjadi “Malai”, satu wilayah dalam Empayar Jepun yang besar.125 Sekiranya terdapat cuti hari perayaan yang disambut oleh negara Jepun, maka sekolah juga akan bercuti. Sekolah Permatang Bertam juga menyambut perayaan Jepun dan terdapat pegawai atasan yang akan hadir dan memberikan wang hadiah kepada murid. Wang yang diberikan kepada murid tidak tetap dan bergantung kepada keinginan pegawai Jepun tersebut. Sama seperti ketika zaman British, sekolah tidak dikenakan sebarang yuran dan murid dibekalkan dengan buku teks percuma oleh pihak pentadbir Jepun. Sekolah dibuka bermula hari Ahad sehingga hari Khamis. Jumaat dan Sabtu merupakan hari cuti. Perubahan pendidikan yang berorientasikan Jepun mudah diterima oleh murid. Proses ini menjadi mudah kerana mereka dalam keadaan takut dan dipaksa.126 Ketika zaman Jepun semua kaum diberi peluang untuk belajar bersama di sekolah ini. Tiada sekolah khas yang ditetapkan untuk kaum. Murid pergi ke sekolah mengikut jarak yang paling dekat dengan rumah mereka. Ibu bapa serta masyarakat tidak mempunyai halangan menghantar anak-anak mereka ke mana-mana sekolah yang berdekatan. Perkara ini berlaku kerana isi kandungan yang diajar di semua sekolah adalah sama dan menggunakan bahasa Jepun. Kesannya, perkara ini telah memberi peluang kepada masyarakat untuk menerima semangat kebangsaan. Pendidikan bukan hanya diajar secara akademik tetapi juga dalam bidang kemahiran. Sukatan yang di ajar meliputi mata pelajaran Matematik, Pertanian (juga disebut Berkebun), Sains dan pelbagai subjek akademik yang lain. Hal ini menyebabkan masyarakat terdedah kepada ilmu pengetahuan. Perkembangan intelek yang diterima oleh masyarakat akhirnya digunakan untuk mencetuskan semangat dan kesedaran nasionalisme. Memang ada berkebun. Tiap tahun ada pertunjukan. Ada juga pelajaran cara membuat senduk bagi orang lelaki. Orang perempuan pula diajar cara membuat anyaman. Padang permainan 124 Rozina Bt. Md. Isa, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 Satu Tinjauan Terhadap Sistem Pendidikan dan Latihan, hlm. 34 125 History Channel (Rising Sun Over Malaya) 126 Temubual dengan Dato’ Haji Md. Noor
  • 64.
    64 pun ada. Adakebun sekolah. Macam darjah enam tanam tebu, darjah lima tanam kacang bendi. Hasil tanaman tu bawa balik ke rumah. Berkebun nama dia.127 Walaupun sepanjang pendudukan Jepun, guru-guru daripada negara matahari terbit ini mencurah-curah masuk ke Malaya, namun begitu kepentingan guru-guru tempatan tidak diketepikan. Hal ini berlaku kerana masalah komunikasi bagi kedua-dua pihak (guru dan murid) pasti akan timbul kerana masing-masing belum memahami bahasa kaum masing-masing. Untuk itu pentadbiran Jepun telah menubuhkan sekolah-sekolah khas untuk mengajar bahasa Nippon kepada guru-guru sekolah.128 4.3.1 Guru Guru-guru yang mengajar di sekolah Permatang Bertam ketika zaman Jepun merupakan guru dari zaman British. Guru Melayu turut dipaksa untuk mempelajari bahasa dan penulisan Jepun. Guru perlu mempelajari asas bahasa Jepun setiap minggu dengan menghadiri kursus. 129 Kursus yang diadakan selalunya memakan makan selama tiga bulan.130 Guru juga tiada motivasi untuk mengajar kerana suasana pemerintah Jepun yang buruk serta skim gaji yang rendah iaitu dalam lingkungan $50 sebulan. Terdapat kes di mana gaji yang mereka terima adalah lebih rendah dari masa sebelumnya.131 the teacher received special instruction in the Japanese Language, and it was reported that in the summer of 1943 many teacher still being instructed during their vacation. Those who became proficient in the alloted time were retained and those who failed more probably replace by specially trained substitutes132 4.3.2 Sistem Sekolah Sistem persekolahan masih beroperasi seperti biasa iaitu bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Secara kasar, boleh kita katakan hanya sekolah-sekolah Melayu sahaja yang dibuka pada permulaannya, dan penubuhan sekolah-sekolah Nippon. Walaubagaimanapun, beransur-ansur sekolah- 127 Temubual dengan Haji Abdul Razak 128 Rozina Bt. Md. Isa, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 Satu Tinjauan Terhadap Sistem Pendidikan dan Latihan, hlm. 17 129 Temubual dengan Dato’ Haji Md. Noor 130 Temubual dengan Dato Haji Arshad 131 Ahmad Sohaimi, Pengaruh Jepun Terhadap Bidang Pendidikan di Tanah Melayu (Malaysia) 1941-1990-an, hlm. 73 132 Rozina Bt. Md. Isa, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 Satu Tinjauan Terhadap Sistem Pendidikan dan Latihan, hlm. 17
  • 65.
    65 sekolah lain sepertisekolah Tamil dan Cina dibuka tetapi di dalam jumlah yang sangat kecil, sedangkan sekolah Inggeris telah dijadikan sekolah Nippon.133 Pada peringkat akhir sebelum Jepun menyerah kalah, parti Kuomintang (komunis) telah masuk ke Bertam. Kemudian British mengambil alih semula sistem pendidikan. Sekolah tetap berjalan seperti biasa namun kerajaan pada masa itu perlu melawan komunis yang cuba merampas pentadbiran. Disebabkan komunis tidak mengambil alih sistem pendidikan kerana pentadbiran dikuasai British, maka pendidikan berjalan mengikut sistem British semula. Setelah komunis menyerah kalah, sistem persekolahan tetap berlangsung.134 Sepanjang pendudukan Jepun di Sekolah Melayu Permatang Bertam, satu perubahan dalam sistem pendidkan sedia ada telah diterima. Jepun sehabisnya memusnahkan pengaruh pendidikan yang diperkenalkan oleh kolonial British dengan membawa falsafah dan budaya pendidikan Jepun ke dalam sistem pendidikan. Ketika di zaman kolonial British memang diakui kerajaan telah membuka dan memberi peluang pendidikan kepada masyarakat tempatan. Namun, pembukaan sekolah lebih cenderung untuk memisahkan ke semua murid mengikut kaum dan etnik. Berbeza ketika zaman penjajahan Jepun, murid boleh menuntut di sekolah yang sama berdasarkan jarak sekolah ke rumah. Bagi sekolah-sekolah kaum India dan Cina, Jepun telah menyekat perkembangan sekolah tersebut tidak seperti mana yang berlaku ketika zaman kolonial British. Tidak seperti sekolah Melayu Permatang Bertam yang dibiarkan beroperasi dan menjadi tapak bagi mengembangkan sekolah Nippon. Kurikulum baru yang diperkenalkan oleh Jepun telah memberi peluang bagi masyarakat tempatan mempelajari pelbagai kemahiran dengan lebih mendalam. Kesan daripada pendidikan Jepun ini juga telah membuka mata masyarakat tempatan bagi menuntut kemerdekaan. 5.0 Kesimpulan Matlamat pendidikan yang diperkenalkan oleh kolonial Britih dan sewaktu penjajahan Jepun adalah berbeza mengikut acuan mereka sendiri. Masing-masing cuba memperkenalkan dan menerapkan nilai budaya mereka ke dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu. Begitu juga perkara yang berlaku di Sekolah Melayu Permatang Bertam. Oleh kerana sekolah ini tidak mengalami nasib malang seperti yang dihadapi oleh beberapa sekolah lain di Tanah Melayu iaitu dibakar atau ditutup sewaktu kedatangan penjajah Jepun, maka Sekolah melayu Permatang Bertam telah menerima dua sistem pendidikan yang berbeza. Perbezaan sistem pendidikan yang diperkenalkan tidak dapat dielakkan kerana perkara ini menjadi lambang kehendak mereka dalam pentadbiran. Pada zaman penjajahan tiada satu sistem yang diseragamkan menjadikan matlamat serta objektif pendidikan seluruh Tanah Melayu berbeza-beza. Sekolah Melayu Permatang Bertam menjadi bukti yang kukuh memperlihatkan sistem pendidikan yang 133 Ibid, hlm. 9 134 Temubual dengan Dato Haji Md. Noor
  • 66.
    66 berbeza, kesan terhadapmasyarakat setempat serta memberi peluang kepada masyarakat tempatan membuka ruang minda intelek mereka
  • 67.
    67 Bibliografi Sumber lisan Dato’ HajiMd. Noor, (08 Februari 2015). Sejarah Sekolah Melayu Permatang Bertam Dato’ Haji Arshad, (26 Februari 2015). Sejarah Sekolah Melayu Permatang Bertam Dato’ Mohamad Tahir bin Dato’ Haji Ahmad Badawi, (05 April 2015). Sejarah Sekolah Melayu Permatang Bertam Haji Abdul Razak, (05 April 2015). Sejarah Sekolah Melayu Permatang Bertam Haji Basiron bin Abdul Rahman, (13 Ogos 2013). Sejarah Sekolah Parit Kadir dan Kawasan Sekitar. Hjh. Che Mah, (26 Februari 2015). Sejarah Sekolah Melayu Permatang Bertam Haji Jamah bin Surip, (13 Ogos 2013). Sejarah Sekolah Parit Kadir dan Kawasan Sekitar. Haji Jamil bin Said, (26 Februari 2015). Sejarah Sekolah Melayu Permatang Bertam Laporan Background Notes NO: 7/61, Education Policy Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956, Bagaimana ia Mengenai Guru-Guru Melayu dan Sekolah Melayu Report of the Education Commitee 1956, How it Affects the English School Teacher Tesis Rozina bt. Md. Isa, (1990). Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 Satu Tinjauan Terhadap Sistem Pendidikan dan Latihan. Universiti Sains Malaysia: Tesis PhD. Teh Koon Hoo, (2003). Sejarah Sosioekonomi Daerah Yan dari 1909 Hingga 1957: Tesis Ijazah Sarjana Sastera Buku Abdul Rahman Haji Abdullah. 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur Abdul Rahman Haji Ismail. 2005. Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur
  • 68.
    68 Ahmad Sohaimi. 2007.Pengaruh Jepun Terhadap Pendidikan di Tanah Melayu (Malaysia)1941-1990- an.Universiti Sains Malaysia Awang Had Salleh. 1977. Sekolah Melayu, Sekolah Rakyat dan Pondok di Kedah. Universiti Malaya: Arkib Negara Malaysia Ho Hui Ling. 2004. Darurat 1948-1960 Keadaan Sosial di Tanah Melayu. Universiti Malaya: Kuala Lumpur Mohd Isa Othman. 2000. Gerakan Protes dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad ke-19 dan Awal Abad Ke-20. Utusan Publications and Distributors: Kuala Lumpur Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Utusan Publications and Distributors: Kuala Lumpur Muhd. Yusuf Ibrahim.1983. Pengertian Sejarah. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur Zahrah Ibrahim. 1986. Sastera Sejarah: Interpretasi dan Penilaian. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur Internet http://sjkcpeiyu.blogspot.com Akses pada 04/04/2015 http://sjktpalaniandy.edu.my Akses pada 04/04/2015 http://skpbertam.blogspot.com Akses pada 04/04/2015 Program TV Novista Sdn. Bhd. (Harun Rahmat). (2012). Rising Sun Over Malaya. Malaysia: The History Channel.
  • 69.
    69 SEJARAH DAN SUMBANGANDAERATUL MAARIFIL WATANIAH TERHADAP PENDIDIKAN AGAMA DI KEPALA BATAS, PULAU PINANG SHARIFAH ZURAIHAH BINTI SY HAMID 1.0 Sejarah Kedatangan Agama Islam Pengaruh agama Islam di Rantau Alam Melayu dipelopori oleh para ulama yang merupakan para pedagang. Para ahli sejarah mempunyai tafsiran sendiri mengenai teori kedatangan Islam di rantau ini. Para sarjana Barat antaranya Snouck, Mouquette dan Morrison mengemukakan teori kedatangan Islam di Rantau Melayu dibawa oleh para pedagang dari Selatan India. Bukti yang menyokong pendapat ini ialah kewujudan batu-batu nisan yang menyamai batu nesan yang terdapat di Gujerat dan Bengal di samping kehadiran para pedagang yang kebanyakannya berasal dari Gujerat, Coromandel dan Malabar.135 Pendapat ini disangkal oleh sarjana Islam yang mendakwa kedatangan Islam di rantau ini dibawa oleh para pedagang Arab. Misalnya, Hamka mengemukakn teori bahawa Islam disebarkan oleh para pedagang Arab yang berdagang di sebelah Timur.136 Pendapat ini turut disokong oleh Syed Naquib al-Attas dengan anggapan para pedagang Islam Arab-Parsi merupakan orang terawal yang membawa pengaruh Islam berdasarkan asal karya kesusateraan yang mengandungi nama orang Arab-Parsi.137 Sungguhpun ahli sarjana bercanggahan pendapat mengenai pelopor kepada perkembangan Islam tetapi pokok utamanya, penyebaran agama Islam di rantau ini adalah melalui perdagangan dan ianya dilakukan secara sukarela dan bukannya secara paksaan. 2.0 Penyebaran Agama Islam Penyebaran agama Islam telah diluaskan kepada institusi pemerintahan melalui pelantikan para ulama sebagai guru agama di istana. Guru agama ini dijemput untuk mengajar kitab-kitab agama di istana. Buktinya, Sultan Alauddin Riayat Shah bergurukan Maulana Abu Bakar manakala Sultan Mahmud Shah pula bergurukan Maulana Sadar Jahan berkenaan kitab Durr al-Manzum.138 Pemilihan guru agama adalah berdasarkan ketinggian ilmunya dalam bidang agama. Kaedah tersebut dilihat menguntungkan kedua- dua belah iaitu pihak istana dapat menuntut ilmu agama dengan lebih mendalam manakala para ulama pula dapat menyebarkan Islam dengan lebih mudah. Pengislaman golongan pemerintah dan golongan bangsawan turut membantu penyebaran Islam ke serata negeri kerana ianya akan dituruti oleh rakyat 135 Azyumardi Azra, Jaringan Global dan Lokal Islam Nusantara, Bandung: Mizan, 2002 , hlm. 26-27 136 Hamka, Sejarah Umat Islam, Singapura: Pustaka Nasional, 1997, hlm. 670. 137 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1972, hlm. 33-34. 138 Arba’iyah Mohd Noor, Perkembangan Pensejarahan Islam Di Alam Melayu, Jurnal Al Tamaddun, Bil 6, 2011, hlm. 31-32
  • 70.
    70 bawahan. Hal inikerana, Raja dalam masyarakat Melaka yang beragama Islam dianggap sebagai khalifah Tuhan di dunia untuk memerintah umat Islam.139 Selain itu, pihak istana amat mementingkan pemilihan kitab-kitab pengajian tersebut. Buktinya, Maulana Abu Bakar telah membawa sebuah kitab teologi (usuludin) bercampur tasawwuf yang ditulis gurunya iaitu seorang sufi bernama Abu Ishaq bertajuk Durr al- Manzum kepada Sultan Mansur Shah (1459-1466) di istana Melaka.140 Kemudiannya baginda telah menitahkan supaya buku tersebut dibawa ke istana Pasai untuk mendapatkan penjelasan dan tafsiran lanjut sebelum dibawa ke Melaka semula untuk dipelajari oleh baginda sendiri. Titah baginda menunjukkan ketelitian dan keprihatinan baginda terhadap penyebaran ilmu agama Islam dalam negerinya agar agama Islam yang disebarkan adalah berlandaskan ajaran Islam yang sebenar melalui kitab-kitab yang sahih dan muktabar. Pengajian agama pada ketika itu tidak tertumpu kepada aspek ketuhanan tetapi ianya melibatkan aspek-aspek lain seperti ilmu kerohanian dan syariat Islam. Pendedahan ilmu-ilmu sedemikian telah mengubah corak pemikiran pemerintah sehingga membawa kepada perubahan kepada pentadbirannya. Pelaksanaan Undang-Undang Melaka atau Hukum Kanun Melaka di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah telah membuktikan penyerapan unsur Islam dalam sistem pentadbiran. Terdapat beberapa fasal yang dibentuk menyamai hukum fiqh yang terdapat dalam ajaran Islam. Undang-Undang Jenayah. Misalnya dibawah hukum hudud seperti zina, hukuman rejam sampai mati akan dikenakan kepada si pelaku yang telah berkahwin. Hukuman yang ditetapkan ini adalah sama seperti yang diperintahkan oleh Allah dalam kitab suci Al-Quran mengenai hukuman bagi kesalahan zina. Sebelum wujudnya sistem pendidkan vernakular di Tanah Melayu, tidak ada sistem pendidikan sistematik yang dibentuk oleh pucuk pemerintahan walaupun dalam bidang agama. Pendidikan lebih diberi keutamaan kepada golongan bangsawan sahaja. Manakala rakyat jelata dibiarkan meneruskan kerja-kerja seharian mereka seperti mengerjakan sawah padi, berkebun dan sebagainya. Rakyat juga memperoleh pendidikan asas seperti adat resam dan kepercayaan yang diajar oleh ibu bapa dan beberapa kemahiran untuk kelangsungan hidup serta perlakuan yang beradab. Keadaan ini berbeza dengan seruan ajaran Islam yang menuntut setiap umatnya menimba ilmu. Oleh hal demikian, tanggungjawab memberikan pendidikan ini diambil alih oleh golongan alim ulama. Sistem pendidikan yang diperkenalkan adalah bergerak secara tidak formal. Para alim ulama pada ketika memberi perhatian terhadap pendidikan agama dengan mewujudkan kelas-kelas agama di masjid-masjid atau di rumah mereka. 3.0 Penubuhan Sekolah Pondok di Tanah Melayu Peningkatan bilangan pelajar telah membawa kepada perkenalan sistem pendidikan pondok yakni para pelajar yang ingin menuntut ilmu membina pondok di sekeliling rumah tok guru untuk kemudahan tempat tinggal pelajar itu sendiri. Menurut Awang Had Salleh, perkataan pondok berasal daripada perkataan arab 139 Op.Cit, hlm. 304. 140 Op. Cit, hlm. 31-32
  • 71.
    71 ‘fonduq’ yang membawaerti hotel atau rumah tumpangan sementara.141 Oleh itu, ulama atau lebih dikenali sebagai tok guru dan pelajar akan menetap di kawasan yang sama sekaligus memudahkan tok guru untuk memantau perkembangan pelajar tersebut. Sistem sebegini dapat membantu pelajar yang menetap jauh menamatkan sesi pengajiannya dalam tempoh masa tertentu. Kesedaran masyarakat setempat berkenaan kepentingan mendalami ilmu agama telah mewujudkan sistem pendidikan pondok. Pondok-pondok yang dibina juga adalah hasil kerjasama daripada penduduk kampung. Mereka secara bergotong-royong membina pondok bagi memastikan pelajar mendapat kemudahan tempat tinggal. Malah, pondok-pondok tersebut bukan sahaja dibina atas tanah milik tok guru tetapi di atas tanah yang diwakafkan oleh penduduk kampung. Tindakan ini dilakukan sebagai satu usaha untuk memenuhi keperluan pendidikan agama di kampung mereka.142 3.1 Pengajaran dan Pembelajaran Corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah pondok bercirikan lima corak pengajian yang diasaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w iaitu menjadikan masjid sebagai pusat pengajian, pembinaan pondok yang dikelilingi dikelilingi alam semula jadi, mempunyai murid-murid, guru sebagai penggerak pondok serta penggunaan kitab-kitab agama dalam sesi pengajian.143 Corak pengajian yang dikekalkan mengikut asas yang dibentuk oleh Rasulullah menunjukkan institusi pondok sebagai sistem pendidikan yang tidak hanya menumpukan kaedah pengajaran yang berasaskan agama Islam tetapi melibatkan keseluruhan budaya belajar orang Arab walaupun berada di Tanah Melayu. Sistem pendidikan pondok tidak menetapkan visi dan misi secara konkrit kerana tujuan penubuhan sekolah tersebut hanya ingin menyampaikan ilmu agama kepada penduduk tempatan dengan harapan ilmu tersebut dapat dijadikan dijadikan panduan dan pegangan hidup mereka sehingga akhir hayat. Perkara ini jelas dilihat melalui peruntukan masa yang diberikan kepada pelajar untuk menamatkan pengajian. Tidak ada tempoh masa yang ditetapkan kepada pelajar untuk mereka menamatkan pengajian. Tujuannya supaya setiap pelajar benar-benar menguasai ilmu tersebut. Hal ini kerana, terdapat sebilangan pelajar adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengetahuan agama yang cetek dan buta huruf. Lebih-lebih lagi kitab-kitab yang digunakan adalah daripada kitab tulisan Arab. Oleh itu, mereka mengambil masa 5 tahun, 8 tahun bahkan 10 tahun untuk menamatkan pengajian mereka. Hakikatnya, mereka ini dijadikan harapan untuk menyebarkan ilmu agama di tempat asal mereka supaya masyarakat setempat tidak lagi jahil berkenaan ilmu agama. Kepulangan mereka juga akan disambut dan mendapat penghormatan daripada penduduk kampung disebabkan ketinggian ilmu agamanya. Mereka ini dilantik sebagai imam masjid, guru agama di kampung serta dijadikan tempat rujukan bagi masalah-masalah yang berkaitan dengan agama. Para pelajar lepasan sekolah pondok ini 141 Awang Had Salleh, Sekolah Melayu, Sekolah Rakyat dan Pondok di Kedah, Wisma Negeri, Alor Setar: 1981, Konvensyen Sejarah Negeri Kedah. 142 Ibid 143 Waheda binti Ab. Rahman, Perkembangan Pendidikan Agama di Langgar dan Sumbangannya kepada masyarakat, Kajian Kes, hlm. 10
  • 72.
    72 merupakan individu yangdipecayai untuk memimpin penduduk ke arah kebaikan kerana mereka mempunyai pengetahuan agama yang lebih dari orang lain. Terdapat juga pelajar yang melanjutkan pelajaran di pondok-pondok yang lain bagi mendalami lagi ilmu yang telah dipelajari. Hal ini kerana, skop ilmu agama Islam adalah luas dan ianya perlu dipelajari secara mendalam melalui guru yang benar-benar diakui kelaimannya bagi mengelakkan berlaku penyelewengan yang boleh merosakkan akidah umat Islam. Jelas, corak pendidikan pondok telah membawa kepada sistem pendidikan yang lebih bersistematik kepada masyarakat. Kesan yang dapat dilihat ialah dapat membentuk insan yang cintakan ilmu dan mempunyai pemikiran yang terbuka. 4.0 Penubuhan Sekolah Pondok di Pulau Pinang Sistem pendidikan pondok turut berkembang di Pulau Pinang walaupun Pulau Pinang merupakan kawasan penumpuan kolonial British. Hal ini lanjutan daripada pengaruh pemerintahan Kesultanan Kedah di Pulau Pinang sebelum diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan British melalui Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah.144 Menurut Awang Had Salleh, sistem pendidikan pondok di Kedah telah wujud dalam abad ke lapan belas. Sambutan yang menggalakkan terhadap sekolah pondok di Kedah dipengaruhi oleh sekolah-sekolah pondok di Thailand. Ulama dari negeri Thailand banyak melakukan penghijrahan ke negeri Kedah dan membuka pusat pengajian. Lanjutan itu, sekolah pondok pertama yang dapat dikesan di Kedah bermula di kawasan Pulau Pinang di dalam daerah Kubang Pasu kira-kira pertengahan abad kesembilan belas. Terdapat rujukan-rujukan lain pula menyatakan pondok tersebut adalah daripada pertengahan kurun ke lapan belas lagi. Sistem pengajian pondok ini dipercayai diasaskan oleh Tuan Haji Ishak pada tahun 1840-an. Beliau dipercayai adalah anak murid kepada Tuan Guru Syeikh Daud al-Fatani.145 Berikut merupakan senarai sekolah pondok terawal di Pulau Pinang serta tahun penubuhannya. 1875 - Pondok Sungai Dua, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Minal/Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani) 1875 - Pondok Permatang Sungai Dua, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Samad) 1880 - Pondok Began Belat, Telok AiR Tawar, Butterworth, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Haji Muhammad Taha) 144 Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah, Arkib Pulau Pinang 145 Zahidi Dato’ Haji Zainol Rashid, Sejarah Sekolah Pondok di Kedah, Alor Setar: Konvensyen Sejarah Negeri Kedah, 1979, hlm. 109
  • 73.
    73 1880 – PondokSungai Derhaka, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Fakih Daim) 1885 - Pondok Tok Sheikh Acheh, Permatang Janggus, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Ibrahim Aceh) 1890 - Pondok Padang Lalang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad) 1906 - Madrasah Al Masriyah, Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Haji Salleh Al Masri) 1906 - Madrasah Al Masriyah, Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Haji Salleh Al Masri) 1919 - Madrasah al-Masyhoor al-Islamiyah, Pulau Pinang (juga diasaskan oleh Syed Syeikh bin Ahmad Al-Hadi) 1920 - Pondok Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (diasaskan oleh Haji Mahmud Taib) 1924 - Madrasah Daeratul Maarif Al Wathaniyyah, Kepala Batas, Pulau Pinang (diasaskan oleh Tuan Guru Syeikh Abdullah Fahim) 1934 - Pondok Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang (juga dikenali sebagai Madrasah Al Khairiyyah dan diasaskan oleh Tuan Haji Hussain bin Muhammad Nasir al-Mas'udi al-Banjari) 5.0 Pembukaan Daeratul Maarifil Wataniah Antara sekolah pondok yang terkenal di Pulau Pinang ialah pondok Daeratul Maarifil Wataniah (DMW) yang menjadi tajuk kajian pengkaji. Daeratul Maarifil Wataniah terletak di kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang yang diasaskan oleh seorang ulama terkenal iaitu Sheikh Abdullah Fahim. Pondok ini sekolah pertama yang memperkenalkan sistem pendidikan agama di kawasan Kepala Batas. Pondok ini mendapat sambutan daripada masyarakat kerana kealiman pengasasnya dan diakui tenaga pengajarnya juga memiliki ilmu agama yang tinggi.146 Pada satu masa pondok ini menampung kira-kira 1500 orang pelajar yang datang dari seluruh negeri seperti Perak, Selangor, dan Johor. Malah, terdapat juga pelajar yang datang dari Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura.147 Sehingga kini Daeratul Maarifil Wataniah masih beroperasi tetapi cara pelaksanaannya mengalami perubahan seiring perkembangan pendidikan di Tanah Melayu. Sekolah Menengah Agama Daaeratul Maarifil Wataniah merupakan sekolah yang berkembang daripada Daeratul Maarifil Wataniah. Pondok ini telah dibuka pada tahun 1926 oleh seorang tokoh ulama terkenal iaitu Tuan Guru Sheikh Abdullah Fahim. Nama Daeratul Maarifil Wataniah ini diambil daripada perkataan Arab iaitu Daeratul Maarifil yang membawa maksud gagasan pengetahuan dan 146 Temuramah Dato’Haji Md Noor bin Ahmad merupakan bekas ahli politik, 8 Februari 2015 147 Haji Abdullah Pak him, Ismail Awang, Pengasuh, Bil. 428, Disember 1977, hlm. 27
  • 74.
    74 Wataniah iaitu bumiputra.148 Maksudtersirat terhadap tiga gabungan perkataan tersebut ialah memberi ilmu pengetahuan kepada kaum Melayu supaya dapat menggerakkan mereka untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Secara tidak langsung pemilihan nama sekolah ini sebenarnya berkait rapat dengan situasi semasa Tanah Melayu pada ketika itu yang dipengaruhi oleh Gerakan Islah. Gerakan Islah merupakan gerakan yang dilakukan oleh pelajar lepasan Mesir bagi membetulkan semula pandangan masyarakat Melayu agar seiring dengan al-Quran dan Hadis. Pemikiran mereka ini dipengaruhi oleh idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Gerakan ini sangat mementingkan pendidikan dalam perjuangan mereka kerana merasakan pendidikan dapat mengubah nasib masyarakat Melayu. Perjuangan Gerakan Islah telah mencetuskan semangat nasiolisme dalam diri masyarakat tempatan kerana turut mengkritik pentadbiran yang dibawa oleh penjajah Inggeris. Tujuan penubuhan Daeratul Maarifil Wataniah adalah berdasarkan tanggungjawab dalam memberi pendidikan agama kepada masyarakat setempat. Hal ini kerana, kawasan Bertam pada ketika itu belum ada satu sistem pendidikan agama yang sistematik untuk membentuk iman dan akhlak masyarakat tersebut. Masyarakat pada ketika itu jahil agama dan sering melakukan maksiat seperti berjudi dan sabung ayam.149 Aktiviti ini semakin berkurang selepas penubuhan Daeratul Maarifil Wataniah. Daeratul Maarifil Wataniah ini bermula daripada sesi pengajaran di beranda rumah Sheikh Abdullah Fahim yang melibatkan 5 orang pelajar sahaja. Antaranya ialah Sheikh Abu Bakar dan Ustaz Abdul Halim. Sistem pengajaran ini dilanjutkan ke masjid apabila jumlah bilangan pelajar semakin bertambah. Peningkatan bilangan pelajar berlaku kerana kealiman dan kewarakan Sheikh Abdullah Fahim telah tersebar meluas sehingga terdapat para pelajarnya yang datang beberapa negeri seperti Johor dan Perlis. Keluarga penuntut yang berasal dari kawasan yang jauh membina pondok-pondok kecil disekitar kawasan masjid untuk dijadikan tempat tinggal pelajar sepanjang menuntut di Daeratul Maarifil Wataniah. Pembinaan pondok tersebut dijalankan secara bergotong-royong bersama penduduk kampung diatas tanah yang diwakafkan oleh keluarga Haji Abdullah Fahim.150 Malah, kedudukan rumah Tok Guru yang berhampiran dengan sekolah yang dibina memudahkan beliau untuk mengurus dan memantau pergerakan murid-muridnya. Percanggahan pendapat berlaku dalam menentukan pemilikan tanah yang dijadikan tapak pembinaan sekolah Daeratul Maarifil Wataniah. Terdapat pendapat yang mengatakan tanah tersebut diwakafkan oleh penduduk kampung kepada Sheikh Abdullah Fahim. Akan tetapi ianya bercanggah dengan pernyataan daripada keluarga Sheikh Abdullah Fahim yang mengakui tanah tersebut diwakafkan 148 Temuramah bersama Dato’ Hj. Arshad bin Hj. Zakaria merupakan pengerusi Qaryah Masjid Jamiul Badawi 13200 Kepala Batas, SPU Pulau Pinang, 1 April 2015 149 Op.Cit. bersama Dato’ Hj. Arshad bin Hj. Zakaria 150 Temuramah bersama Datuk Mohamad Tahir bin Haji Ahmad Badawi merupakan cucu kepada Syeikh Abdullah Fahim, 5 April 2015
  • 75.
    75 oleh keluarga pengasastersebut. Penulis cenderung memilih penyataan Datuk Tahir kerana sebagai cucu kepada pengasas Sheikh Abdullah Fahim beliau lebih arif akan sejarah penubuhan sekolah yang diasaskan oleh datuknya. Kemudahan tempat tinggal tersebut telah menambah bilangan pelajar yang hendak menuntut ilmu agama sehingga Sheikh Abdullah Fahim rasa perlu untuk membina bangunan sekolah bagi menampung bilangan tersebut. Dana bagi membina bangunan ini adalah hasil sumbangan dan kutipan derma daripada penduduk setempat dan ibu bapa pelajar. Bangunan tersebut merupakan bangunan kayu dua tingkat. Bangunan ini dijadikan kelas untuk pelajar di Daeratul Maarifil Wataniah menjalani sesi pengajian dan pembelajaran terdiri daripada bangunan kayu dua tingkat untuk dijadikan kelas-kelas kepada murid. Jelas, penglibatan dan kerjasama penduduk tempatan sepanjang pembinaan Daeratul Maarifil Wataniah menggambarkan betapa mereka mementingkan ilmu agama dalam kehidupan mereka dan penubuhan pondok ini diterima baik oleh penduduk tempatan. Malah, sokongan dan penerimaan daripada masyarakat setempat telah membantu kepada perkembangan Daeratul Maarifil Wataniah iaitu daripada permulaan sesi pengajarannya di beranda rumah sehingga kepada corak pendidikan yang lebih tersusun dan bersistematik. 5.1 Penglibatan Sheikh Abdullah Fahim Pengasas Daeratul Maarifil Wataniah ialah Sheikh Abdullah bin Ibrahim.151 Beliau dilahirkan pada tahun 1870 di Kampung Sha’ab Ali, Makkah. Beliau meninggal pada hari Khamis 28 April 1961 pada usianya 92 tahun. Bapanya merupakan seorang guru agama di Masjidil Haram. Sheikh Abdullah turut dikenali sebagai Sheikh Abdullah Fahim yang diambil daripada gelaran masyarakat kepada bapa beliau iaitu ‘Pak Him’. Gelaran ini terus dikekalkan kerana berdekatan dengan perkataan Arab ‘fahim’ bermaksud orang yang memahami sesuai dengan ketinggian ilmu yang dimilik Sheikh Abdullah. Sheikh Abdullah Fahim mendapat pendidikan sepenuhnya di Mekah dan sempat berguru bersama kira-kira 42 orang guru dalam pelbagai bidang iaitu agama, akademik dan politik.152 Hasil daripada pendidikan tersebut menjadikan beliau pakar dalam pelbagai ilmu seperti ilmu Hadis, ilmu Falak dan syair Arab. Ilmu yang diperolehi ini cuba disampaikan kepada masyarakat melalui penubuhan sekolah dan penulisan kitab-kitab. Perkongsian ilmu tersebut diharapkan dapat membantu melahirkan masyarakat yang lengkap ilmu pengetahuan dari aspek dunia dan akhirat. Hal ini kerana, beliau melihat rata-rata masyarakat ketika itu tidak begitu mementingkan ilmu pendidikan kerana kurangnya pendedahan tentang kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Akan tetapi, kitab-kitab tersebut tidak sempat untuk dicetak 151 Op.Cit. Dato’Haji Md Noor bin Ahmad 152 Op.Cit. Ismail Awang. hlm. 26
  • 76.
    76 dan diterbitkan keranabeliau sibuk mengajar sehingga tiada ruang masanya bagi menyelesaikan urusan penerbitan kitab-kitab tersebut.153 Beliau pulang ke Tanah Melayu pada tahun 1918 dan menetap di Kepala Batas seterusnya membuka sekolah disana. Kealiman dan ketinggian ilmu Sheikh Abdullah Fahim diakui bukan sahaja dalam kawasan Kepala Batas, tetapi diakui oleh satu Kepulauan Melayu. Pengkhabaran mengenai kealiman Syeikh Abdullah Fahim ini sebenarnya lanjutan daripada pekerjaan beliau di Pondok Tuan Hj. Wan Sulaiman B. Wan Sidik (Pak Sulaiman) kerana Syaikh al- Islam (Mufti) negeri Kedah pada ketika itu.154 Oleh itu, sesiapa yang berkhidmat dengannya akan menjadi masyhur di kalangan masyarakat Kedah. Selain itu, latar belakang Syeikh Abdullah Fahim yang mempunyai latar belakang pendidikan di Mekkah dan menjadi guru di Masjidil Haram telah mengukuhkan lagi kepercayaan masyarakat terhadap ketinggian ilmu beliau. Anak muridnya turut datang daripada Thailand, Brunei dan Indonesia. Malah, Sheikh Abdullah Fahim dipanggil untuk menjadi mudir di sekolah madrasah Idrisiah bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru di madrasah tersebut walaupun pada ketika itu beliau sedang menguruskan Daeratul Maarifil Wataniah. Sheikh Abdullah Fahim sangat menitikberatkan punca perkembangan ilmu di Daeratul Maarifil Wataniah supaya penyebarannya ilmu tersebut kepada masyarakat luar adalah benar dan bertepatan dengan syariat Islam. Kesannya, semua lepasan Daeratul Maarifil Wataniah diakui ketinggian ilmu agama mereka seterusnya mendapat kepercayaan tinggi dalam masyarakat bagi menyebarkan agama Islam. Buktinya, sistem pendidikan “Kepala Mutala’ah” diperkenalkan iaitu beberapa orang murid yang senior dan juga cerdik telah dipilih untuk mengikuti pelajaran secara lebih intensif dan seterusnya mereka ditugaskan untuk membimbing para pelajar junior tanpa sebarang pembayaran.155 Sheikh Abdullah Fahim seorang yang sangat mementingkan perpaduan terutama dalam kalangan masyarakat Melayu. Perkara ini ditegaskan dalam ucapannya supaya hukuman bunuh adalah selayaknya bagi mereka yang cuba memecah-belahkan masyarakat Melayu. Sheikh Abdullah Fahim melihat hanya perpaduan yang boleh dijadikan senjata bagi mengukuhkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Tanah Melayu lebih-lebih lagi dalam usaha menuntut kemerdekaan. “Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua sampai taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah dia.” 156 Jelas, sikap dan tindakan yang ditonjolkan oleh Sheikh Abdullah Fahim menggambarkan ketinggian semangat nasionalisme dalam diri beliau. Walaupun beliau dilahirkan dan membesar di Mekah, tidak sedikit pun aspek itu dapat menggugat semangat jati diri dan cintakan negara dalam diri beliau. 153 Ibid. hlm. 29 154 Dr. Fadhlullah Jamil, Hj. Abdullah Fahim: Tokoh Agama dari Pulau Pinang, Seminar Kolokium Kebangsaan Melayu Pulau Pinang, hlm. 7 155 Ibid. hlm. 15 156 Op.Cit, hlm. 29
  • 77.
    77 Malah, segala pengalamandan ilmu yang ada pada dirinya dikongsi bersama bagi memajukan masyarakat dan negara. 5.2 Pengurusan Sekolah Pengurusan sekolah pada ketika itu diuruskan sepenuhnya oleh Sheikh Abdullah Fahim sebagai pengasas dan pengetua di Daeratul Maarifil Wataniah. Segala hal seperti kemasukan murid, pemilihan guru, kitab serta peraturan di Daeratul Maarifil Wataniah ditentukan oleh Sheikh Abdullah Fahim. Perkara ini berlanjutan daripada kelas mengaji yang dibuka dianjung rumahnya. Susun atur organisasi di Daeratul Maarifil Wataniah hanya melibatkan pengetua dan tenaga pengajar. Pengetuanya adalah pengasas Daeratul Maarifil Wataniah sendiri iaitu Sheikh Abdullah Fahim. Manakala tenaga pengajarnya pula merupakan individu yang dipilih dan ditentukan sendiri oleh Sheikh Abdullah Fahim iaitu mereka yang mempunyai pengetahuan ilmu agama yang tinggi. Pemilihan dilakukan sendiri oleh Tok Guru bagi memastikan ilmu yang berlegar di Daeratul Maaril Wataniah adalah berlandaskan syariat Islam yang sebenar. Oleh sebab itu, kebanyakan tenaga pengajar di Daeratul Maarifil Wataniah merupakan bekas pelajar Sheikh Abdullah Fahim. Syeikh Abdullah Fahim tidak perlu khuatir akan fahaman yang disebarkan oleh tenaga pengajar tersebut kerana ilmu itu datangnya daripada Syeikh Abdullah Fahim sendiri. Antaranya ialah Sheikh Abdul Halim, Tuan Guru Haji Ahmad Hashimi, Haji Ahmad Maliki, Haji Ahmad Soghir, Ustaz Salleh Shafie dan Ustaz Haji Abdul Razak Mat Isa.157 Sistem penggajian guru diuruskan oleh pihak sekolah. Jumlah gaji guru bagi setiap bulan adalah tidak tetap. Ia bergantung kepada sagu hati dan jumlah hasil kutipan derma, sumbangan dan kutipan dana daripada penduduk kampung dan keluarga penuntut. Selain itu, bagi menambah dana sekolah, pihak sekolah menjalankan program seperti ceramah dan Ihtifal. Gaji sememangnya bukanlah menjadi keutamaan utama mereka dalam mengajar di Daeratul Maarifil Wataniah. Mereka ikhlas melakukan tugasan tersebut kerana Allah. Pihak pengurusan tidak meletakkan sebarang syarat untuk kemasukan pelajar baharu. Pelajar tersebut hanya perlu memastikan beliau mempunyai pondok untuk dijadikan tempat tinggal sama ada membina pondok sendiri atau berkongsi dengan rakan.158 Penuntut juga perlu memastikan mereka mempunyai keperluan makanan sepanjang menuntut di Daeratul Maarifil Wataniah. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang miskin, mereka tetap dibantu agar dapat terus menamatkan pengajian mereka. Sebarang yuran juga tidak dikenakan kepada pelajar. Kos pengajian tersebut ditanggung sepenuhnya oleh Sheikh Abdullah Fahim. Jelas, tindakan tersebut menunjukkan beliau tidak mengutamakan keuntungan melainkan memberi peluang pendidikan kepada bangsa Melayu. Daeratul Maarifil Wataniah masih kekal menjadi pusat penyampaian ilmu melalui pentadbiran 5 orang tokoh yang berdedikasi. Berikut merupakan senarai nama pengetua sekolah Daeratul Maarifil Wataniah. 157 Op.cit, Dr. Fadhlullah Jamil 158 Op. Cit, Datuk Mohamad Tahir
  • 78.
    78 SENARAI NAMA PENGETUADAERATUL MAARIFIL WATANIAH NAMA TAHUN Syeikh Abdullah Fahim 1926-1931 Haji Abdul Halim Al-Hadi 1931-1945 Datuk Haji Ahmad Badawi 1947-1977 Haji Saad Hassan Haji Abdul Raof Ahmad (Akademik) 1977-1988 Haji Salleh Shafie 1.1 1989 Haji Hassim Salleh 18.5.1994 (sehingga kini 2015) Jadual 1 5.3 Peraturan Pakaian Pihak pengurusan sekolah telah menetapkan setiap pelajar yang menuntut di Daeratul Maarifil Wataniah mestilah berpakaian serba putih. Warna pakaian yang dipilih adalah melambangkan kesucian yang membawa imej sekolah sebagai sekolah agama. Pakaian bagi penuntut lelaki ialah baju putih, seluar putih dan bersongkok hitam. Bagi pakaian perempuan pula berbaju kurung putih dan kain berwarna gelap. Penetapan pakaian berseragam adalah sebagai salah satu daripada identiti sekolah. Pakaian seragam ini dapat membantu masyarakat mengenal pelajar Daeratul Maarifil Wataniah sekiranya berada di luar kawasan sekolah. Selain daripada memperkenalkan sekolah, pakaian ini juga dapat membantu pihak sekolah mengawal tingkah laku pelajar sekiranya berada di luar kawasan sekolah. Selain itu, peraturan sekolah lain yang diberi penekanan ialah ketepatan masa. Setiap pelajar mesti melakukan setiap aktiviti yang disusun oleh pihak sekolah tepat pada waktu yang ditetapkan. Misalnya, pelajar mesti menghadiri kelas pengajian tepat pada waktu yang ditetapkan. Pelajar juga tidak dibenarkan berada di luar kawasan pondok selepas jam 9.00 malam. Malah aktiviti kawad yang ditetapkan pada setiap pagi Ahad perlu disertai oleh semua pelajar lelaki.159 Aktiviti ini dilakukan bagi meningkatkan disiplin pelajar disamping meningkatkan semangat patriotik dalam diri murid. Perkara paling utama yang perlu dijaga oleh semua pelajar di Daeratul Maarifil Wataniah ialah jaga waktu solat secara berjemaah di masjid. Hal ini kerana Syeikh Abdullah Fahim paling tidak suka anak muridnya gagal mengerjakan solat secara berjemaah. Perkara ini ditekankan kerana melalui solat secara berjemaah dapat meningkatkan keimanan dan mengeratkan ukhuwah antara warga Daeratul Maarifil Wataniah. Kegagalan pelajar dalam mematuhi peraturan akan dikenakan satu hukuman iaitu rotan. 159 Temu ramah bersama Imam Abdul Razak merupakan Imam Surau Al- Huda 13200 Kepala Batas, SPU Pulau Pinang, 5 April 2015
  • 79.
    79 5.4 Kurikulum Kurikulum matapelajaran yang diperkenalkan oleh Daeratul Maarifil Wataniah ialah ilmu agama seperti Feqah, Hadis, Tafsir, Saraf, Nahu dan Bahasa Arab. Ilmu yang diperkenalkan ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara menyeluruh berkenaan ilmu Islam. Antara kitab yang digunakan ialah kitab Tafsir Jalalain, kitab hadith al-Bukhari dan Muslim, serta kitab fiqh Minhajul Abidin. Kitab tersebut dipilih oleh pihak sekolah kerana ianya merupakan penulisan yang memerincikan asal sesuatu fakta diperolehi dan ianya merupakan penulisan daripada ulama yang dihormati dan disegani dari aspek ilmu dan kealimannya. Jelas sekolah Daeratul Maarifil Wataniah sangat berhati-hati dalam memastikan ilmu yang disampaikan adalah daripada sumber yang mempunyai ketepatan dan kepercayaan yang tinggi. Walaupun demikian, buku tersebut tidaklah semestinya diperolehi dari Mekah dan negara-negara Arab tetapi ianya dibeli di kedai buku di Pulau Pinang.160 Sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran pula adalah berdasarkan topik yang dibincangkan dalam kitab yang digunakan seperti kitab hadith al-Bukhari yang mengumpulkan hadith- hadith nabi yang diriwayatkan oleh para sahabat baginda. Tujuannya adalah untuk memastikan pelajar menguasai keseluruhan isi kitab tersebut. Hal ini kerana, skop kandungan bagi satu-satu kitab adalah besar dan meluas. Sukatan pelajaran tersebut juga akan mempengaruhi tempoh pengajian seseorang pelajar. Hal ini kerana, sistem pengajian sekolah ini menetapkan bahawa seseorang itu disahkan tamat pengajiannya apabila mereka berjaya menguasai keseluruhan isi kitab yang dipelajari. Oleh itu, penguasaan isi kitab tersebut akan dijalankan secara berperingkat dengan cara membahagikan sukatan mata pelajaran tersebut mengikut tingkatan. Pelajar yang telah menguasai skop topik yang ditetapkan di tahap tersebut akan naik ke tahap seterusnya bagi menguasai topik yang lain. Namun begitu, setiap pelajar tidak dihadkan masa atau tahun untuk seseorang pelajar menguasai sesuatu topik. Pelajar dibenarkan mengambil berapa lama masa untuk menguasai sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Walaupun tindakan ini akan menyebabkan ketidakseragaman terhadap tempoh pengajian seseorang murid, tetapi kesannya pelajar yang dibentuk dari Daeratul Maarifil Wataniah menjadi seorang yang berpengetahuan luas dan benar-benar menguasai sesuatu ilmu agama serta mampu menyumbangkan ilmu tersebut kepada masyarakat setempat. Bukan itu sahaja, Daeratul Maarifil Wataniah turut memberi penekanan kepada penguasaan pelajar terhadap Bahasa Inggeris apabila memasukkan bahasa ini sebagai salah satu mata pelajaran yang perlu diikuti oleh murid.161 Penambahan mata pelajaran ini secara tidak langsung menggambarkan pendirian Sheikh Abdullah Fahim terhadap ilmu pengetahuan. Beliau tidak melihat penguasaan sesuatu ilmu itu dari skop yang kecil seperti agama sahaja tetapi mengaitkannya dengan situasi persekitaran. Pendedahan bahasa Inggeris terhadap penduduk tempatan dilihat relevan kerana dapat membuka pemikiran penduduk tempatan terhadap agenda kolonial British terutama dalam sistem pendidikan. Pendidikan yang diperkenalkan untuk masyarakat Melayu sekadar penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira supaya masyarakat Melayu khususnya penduduk kampung tidak mudah 160 Op. Cit, Datuk Tahir. 161 Op. Cit, Dato’ Md Noor
  • 80.
    80 ditipu disamping meningkatkantahap pengetahuan anak-anak lebih sedikit daripada ibu bapanya.162 Kesedaran tersebut secara tidak langsung akan menimbulkan semangat nasionalisme dalam diri pelajar bagi memperjuangkan kemerdekaan tanah air. 5.5 Kaedah Pengajaran Kaedah pengajian pondok Daeratul Maarifil Wataniah terdiri daripada dua bentuk iaitu Nidzami dan Umumi. Nidzami merupakan sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut kelas dan tahap masing-masing berdasarkan sukatan mata pelajaran yang ditetapkan. Sesi ini dijalankan diwaktu pagi sehingga Zohor. Kebiasaanya kaedah pengajian Nizami digunakan bagi semua mata pelajaran Hadis, Mustholah Hadis, Feqah, mata pelajaran yang melibatkan ilmu bahasa seperti Balaghah, Nahu dan Saraf.163 Begitu juga mata pelajaran yang melibatkan aras pengetahuan yang tinggi seperti Tafsir. Pelajar didedahkan dengan kaedah menafsir ayat Al-quran mengenai sebab sesuatu ayat diturunkan atau maksud disebalik sesuatu ayat Al-Quran. Kaedah pengajian Nizami di Daeratul Maarifil Wataniah melibatkan interaksi dua atau pelbagai hala antara guru dengan pelajar. Cara pelaksanaanya ialah para pelajar akan membuka kitab yang membincangkan topik yang hendak dipelajari, kemudiannya guru akan memberi penerangan tentang topik tersebut. Pelaksanaan kaedah ini dilihat dapat meningkatkan kefahaman murid kerana pelajar dapat mengemukakan soalan secara terus kepada guru sekiranya terdapat sebarang kemushkilan. Malah kelebihan kepada pihak sekolah pula ialah dapat mengurangkan bilangan pelajar yang terpaksa mengulang tingkatan kerana gagal mengusai skop topik yang ditetapkan. Perkara ini dapat dilakukan melalui bantuan guru mata pelajaran yang mengesan pelajar berdasarkan tingkah laku pelajar tersebut sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Seterusnya melakukan aktiviti peneguhan seperti kerja latihan bagi mengelakkan mereka ketinggalan jauh berbanding rakan sekelas yang lain. Manakala kaedah Umumi pula menggabungkan kesemua pelajar tanpa membezakan tahap atau kelas dalam satu sesi pengajian. Sistem pengajian ini dijalankan di masjid dan di luar waktu persekolahan iaitu selepas mengerjakan solat Subuh dan selepas solat Maghrib. Kaedah pengajian ini dilihat dapat mengisi kekosongan masa yang wujud antara waktu Subuh sehingga waktu pelajar bersiap pergi ke kelas dan kekosongan masa antara waktu Maghrib dan Isya’. Ketilitian pihak sekolah akan perkara ini dapat menjelaskan bahawa pihaknya amat mementingkan perkongsian dan pengisian ilmu terhadap warga sekolah. Pelaksanaan pengajian secara Umumi ini secara tidak langsung dapat memupuk perasaan cinta terhadap ilmu pengetahuan dalam diri pelajar. Kebiasaannya kaedah pengajian ini digunakan dalam memberi pendedahan secara umum kepada pelajar berkenaan syariat Islam. Mata pelajaran tersebut ialah Feqah dan Hadis.164 Mata pelajaran Hadis misalnya, pelajar diterangkan berkenaan sifat nabi Muhammad, perlakuan nabi Muhammad yang telah diriwayatkan oleh para sahabat untuk dijadikan contoh teladan. Manakala dalam mata pelajaran 162 Op. Cit, Awang Had Salleh, hlm. 3 163 Temu ramah bersama Ustaz Hassim, Pengetua Daeratul Maarifil Wataniah, 31 Mac 2015 164 Ibid.
  • 81.
    81 Feqah pula, pelajarditerangkan tentang hukum yang ditetapkan dalam Islam dan cara pelaksanaannya seperti cara mengambil wuduk, mandi hadas dan undang-undang jenayah. Pendedahan ilmu tersebut secara tidak langsung dapat membantu pelajar berhujah dengan lebih yakin dalam menyelesaikan kemusykilan masyarakat berkaitan dengan hal-hal agama. . 5.6 Sistem Peperiksaan Daeratul Maarifil Wataniah mempunyai sistem peperiksaan seperti sekolah-sekolah kerajaan. Peperiksaan akan dijalankan selepas semua skop sukatan pelajaran di dedahkan kepada pelajar. Sistem peperiksaan ini ditadbir sepenuhnya oleh pihak sekolah. Sistem peperiksaan ini dijalankan bagi menguji tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Tujuan peperiksaan ini supaya pelajar diletakkan pada kelas dan tahap mengikut pencapaian pelajar serta membolehkan pelajar naik ke tahap yang seterusnya. Gred yang diperkenalkan adalah berbeza daripada sekolah kerajaan iaitu dari aspek penggunaan istilah gred. Pelajar yang lulus dalam peperiksaan akan naik ke tahap seterusnya. Akan tetapi bagi pelajar yang gagal, mereka akan mengulangi tahun yang sama sehingga lepas. Tidak ada had tahun bagi pelajar untuk lulus dalam sesuatu peperiksaan. Oleh itu, sistem peperiksaan ini dapat menambah kepercayaan masyarakat terhadap sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang mempunyai kualitinya sendiri. Penggunaan Istilah dalam Keputusan Peperiksaan di Daeratul Maarifil Wataniah Mumtaz Cemerlang Jayyid Jiddan Sangat Baik Jayyid Baik Makbul Lulus Rasib Gagal Jadual 2 6.0 Perubahan Selepas Pendudukan Jepun Pendudukan Jepun sekitar tahun 1942 telah membawa perubahan kepada sistem pendidikan di Tanah Melayu. Jepun telah memperkenalkan satu sistem pendidikan baharu yang berorientasikan Jepun. Walau bagaimanapun, sistem pendidikan Daeratul Maarifil Wataniah tidak mengalami apa-apa perubahan kerana tidak diganggu oleh tentera Jepun. Mereka memberi kebebasan kepada Daeratul Maarifil Wataniah untuk menjalankan sesi pengajaran tetapi ada masanya dipantau oleh mereka.165 165 Op. Cit, Dato’ Hj. Arshad
  • 82.
    82 Sekolah Daeratul MaarifilWataniah terpaksa juga ditutup sewaktu meletusnya Perang Dunia ke-2 atas faktor keselamatan. Semua tenaga pengajar dan penuntut Daeratul Maarifil Wataniah dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing. Manakala pengasasnya iaitu Sheikh Abdullah Fahim pula masih meneruskan tugasnya di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar.166 7.0 Penglibatan Haji Ahmad Badawi Sekolah ini dibuka semula pada tahun 1947 untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di bawah pengurusan Haji Ahmad Badawi sebagai pengetua. Beliau tidak mengubah sedikit pun corak pendidikan yang telah dibentuk oleh ayahandanya Sheikh Abdullah Fahim kerana penerimaan masyarakat terhadap sekolah tersebut masih kekal. Pelajar pada ketika itu menjalani sesi pengajian seperti biasa mengikut kurikulum sebelum sekolah ditutup. Perubahan yang berlaku pada Daeratul Maarifil Wataniah semasa dibawah pentadbiran Haji Ahmad Badawi ialah terbinanya dua buah bangunan baru bagi menampung bilangan pelajar yang terlalu ramai. Tapak tanah bagi membina bangunan tersebut merupakan tanah wakaf milik Haji Ahmad Badawi sendiri dan kos tersebut diambil daripada hasil dana dan sumbangan daripada orang ramai. Konsep yang dilakukan sama seperti Sheikh Abdullah Fahim sewaktu mengatasi masalah lebihan pelajar pada tahun 1926. Bangunan baharu ini siap dibina pada tahun 1963, seterusnya dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman al-Haj yang pada ketika itu merupakan Perdana Menteri.167 Perubahan lain yang dilakukan oleh Haji Ahmad Badawi ialah pada tahun 1970 beliau telah menukar status Daeratul Maarifil kepada sekolah menengah. Pertukaran tersebut turut melibatkan aliran pendidikan Daeratul Maarifil Wataniah daripada aliran agama kepada aliran akademik. Keadaan ini disebabkan dua faktor iaitu perkembangan pendidikan yang berlaku di Tanah Melayu dan kesedaran masyarakat terhadap pendidikan. Kemerdekaan negara pada tahun 1957 telah memberi peluang kepada rakyat untuk merangka sendiri dasar pendidikan mengikut budaya dan keperluan masyarakat. Dalam tempoh 10 tahun, setiap rakyat diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi melalui penubuhan sekolah-sekolah yang mengeluarkan sijil kelulusan mereka. Oleh itu, nilai sijil ini adalah lebih tinggi kerana menjanjikan masa depan yang lebih cerah berbanding kelulusan yang dikeluarkan oleh Daeratul Maarifil Wataniah. 7.1 Kurikulum Daeratul Maarifil terpaksa mengikut perkembangan pendidikan semasa iaitu memilih untuk menyediakan pendidikan di peringkat menengah. Lantaran itu, Daeratul Maarifil Wataniah telah ditukar nama sebagai Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Wataniah. Sekolah ini hanya menyediakan peluang pendidikan 166 Op. Cit, Dr. Fadhlullah Jamil, hlm. 12 167 Op. Cit Datuk Tahir
  • 83.
    83 kepada pelajar yanggagal SRP dan SPM. Sistem pendidikan tersebut dilaksanakan kerana pada ketika itu masalah lambakan pelajar yang gagal SRP dan SPM. Pembukaan Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Wataniah mendapat maklum balas yang baik daripada masyarakat tempatan. Hal ini demikian kerana, sekolah kerajaan hanya memberi kebenaran kepada pelajar yang gagal 2 hingga 3 mata pelajaran sahaja untuk mengambil periksa ulangan. Malah pelajar yang gagal dalam peperiksaan SRP tidak boleh melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4.168 Oleh itu, tugas membantu pelajar yang tercicir ini diambil oleh Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Wataniah bagi memberi peluang kepada pelajar tersebut meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya. Pelajar mereka tidak datang dari kawasan Kepala Batas sahaja, tetapi terdiri daripada kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya. Ada satu ketika, pelajar bagi satu-satu kelas melebihi 40 orang pelajardan pihak sekolah terpaksa menolak beberapa permohonan kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai. Jelas, walaupun sekolah ini tidak lagi memberi khidmat mengajar aliran agama tetapi perkhidmatan mereka dalam membuka peluang pendidikan kepada masyarakat tetap dikekalkan. 7.2 Tenaga Pengajar Tenaga pengajar bagi Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Wataniah terdiri daripada tenaga pengajar asal sekolah itu sendiri dan guru-guru sukarelawan yang daripada aliran akademik. Guru-guru ini pada waktu pagi merupakan tenaga pengajar di sekolah menengah kebangsaan manakala disebelah petang pula mereka memberi khidmat untuk mengajar pelajargagal SRP dan SPM di Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah. Guru-guru tidak dibayar gaji tetapi diberikan elaun sebagai tanda penghargaan diatas sumbangan mereka. 7.3 Sesi Pengajaran Sesi pengajaran dan pembelajaran semula kepada pelajar-pelajar yang gagal ini pada setiap hari jam 2.00 – 6.00 petang. Waktu tersebut dipilih kerana terikat dengan masalah kekurangan guru disamping memberi ruang waktu kepada guru-guru sukarelawan untuk bersiap sedia mengajar di kelas petang. Kemasukan para pelajar ke sekolah ini mula dikenakan bayaran yuran pendaftaran yang dianggarkan antara RM10 - RM15. Jumlah tersebut dikenakan kerana melihat kepada kemampuan pelajat yang kebanyakannya datang daripada keluarga kurang berada.169 Yuran tersebut digunakan bagi menampung perbelanjaan sekolah termasuk bayaran gaji guru. 8.0 Pertukaran Status Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Wataniah kepada Sekolah Menengah Agama 168 Penyata Jawatan Kuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960, Arkib Pulau Pinang, hlm 100. 169 Op. Cit. Datuk Tahir
  • 84.
    84 Sekitar tahun 1986,sistem sekolah menengah yang diperkenalkan oleh Haji Ahmad Badawi iaitu untuk menampung pelajar gagal SRP mula menimbulkan masalah kepada Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Wataniah. Permohonan untuk pelajar mengulang peperiksaan SRP di sekolah tersebut semakin berkurangan kerana bilangan pelajar yang gagal SRP semakin berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bagi mengelakkan Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Wataniah ditutup, terdapat cadangan yang menyatakan untuk menyatukan aliran agama dan akademik dalam satu sistem pendidikan. Tujuannya adalah untuk memastikan sekolah ini dapat mengeluarkan sijil kelulusan pengajian mengikut sistem sekolah kerajaan disamping mengekalkan imej sekolah sebagai sekolah agama.170 Pihak pentadbiran sekolah telah menulis surat permohonan pendaftaran kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang dalam proses menukar status sekolah daripada sekolah menengah kepada sekolah menengah agama.171 Hasrat ini juga telah dipanjangkan kepada Datuk Abdullah bin Ahmad Badawi pada ketika itu berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri bagi membantu urusan proses pertukaran Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Wataniah kepada sistem aliran agama berjalan dengan lancar. Usaha tersebut telah berhasil apabila pada tahun 1989 sekolah ini telah mula beroperasi sebagai sistem pendidikan aliran agama yang turut menerapkan aliran akademik di dalam kurikulumnya. Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Wataniah telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah. Oleh itu, kurikulum mata pelajaran yang diperkenalkan oleh Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah adalah sama seperti yang terdapat di sekolah- sekolah kerajaan. Antaranya ialah Geografi, Sejarah dan Bahasa Malaysia.172 Kaedah iklan antara yang digunakan oleh pihak sekolah bagi memperkenalkan identiti sekolah yang baharu kepada masyarakat. Perubahan identiti sekolah hanya tertumpu kepada perubahan kurikulum sahaja dan ianya masih berstatus persendirian dan ditadbir sendiri oleh sekolah tersebut. 8.1 Kelayakan Guru Guru bagi Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah ditetapkan oleh pihak sekolah tanpa menetapkan sebarang kelulusan yang khusus. Tawaran ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang bersedia berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah. Kebiasaannya tugas guru ini ditawarkan kepada mereka yang sudah pencen sebagai guru atau kakitangan kerajaan. Guru- guru ini merupakan pakar dalam satu-satu mata pelajaran tetapi telah menamatkan perkhidmatannya di sekolah kerajaan tetapi Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah memerlukan khidmat mereka.173 Oleh itu, mana-mana guru atau kakitangan kerajaan yang masih berkemampuan untuk memberi khidmat telah menerima tawaran yang dikeluarkan oleh sekolah ini. Gaji guru di Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah tidak sama dengan gaji guru yang diselaraskan di sekolah-sekolah kerajaan. Gaji yang diberikan bergantung pada hasil dana yang diperoleh daripada pelaksanaan program-program dan sumbangan ihsan masyarakat tempatan. 170 Ibid 171 Surat Permohonan Pendaftaran Sekolah Menengah Daeratul Ma’rifil Wataniah, Kepala Batas sebagai Sekolah Menengah. 172 Jadual Waktu Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah Tahun 1989 173 Op. Cit. Datuk Tahir
  • 85.
    85 Yuran yang dikenakanpada setiap pelajar juga boleh dijadikan sumber pendapatan kepada pihak sekolah. Yuran tersebut ialah RM10 bagi yuran pendaftaran dan RM3 yuran bagi setiap bulan.174 8.2 Kurikulum Sistem pendidikan dan pengajaran di Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah dijalankan mengikut sistem Umumi dan Nizami. Pelajar akan menjalani dua sesi pengajian iaitu secara formal di dalam kelas dan tidak formal di surau. Corak pengajaran dan pembelajaran ini adalah sama seperti yang diperkenalkan oleh Sheikh Abdullah Fahim. Malah pihak sekolah juga mengekalkan peraturan pakaian yang ditetapkan oleh Sheikh Abdullah Fahim. Usaha pihak pentadbiran Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah mengekalkan corak pendidikan yang diperkenalkan oleh pengasas Sheikh Abdullah Fahim apabila mengekalkannya sebagai sekolah persendirian.175 Namun begitu, Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah tidak lagi kekal sebagai sistem pengajian pondok tetapi merupakan sekolah menengah aliran agama. 9.0 RUMUSAN Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah ini telah mengalami pelbagai cubaan sebelum berdiri kukuh sebagai sebuah sekolah yang disegani. Tujuan asal sekolah ini iaitu untuk memberikan ilmu pendidikan kepada masyarakat masih diteruskan walaupun pihak sekolah terpaksa menukar sistem pengajian pondok kepada akademik dan aliran agama. Kesungguhan yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam menangani krisis yang dihadapi oleh sekolah jelas menunjukkan keazaman mereka untuk terus memastikan sekolah yang diasaskan oleh Syeikh Abdullah Fahim ini kekal sebagai sebuah institusi pendidikan. Daeratul Maarifil Wataniah juga berjaya mengekalkan kepercayaan masyarakat tempatan untuk membentuk masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. 174 Surat tawaran kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah 175 Op.Cit. Ustaz Hassim
  • 86.
    86 BIBLIOGRAFI Buku Awang Had Salleh.(1981). Sekolah Melayu, Sekolah Rakyat dan Pondok di Kedah, Wisma Negeri, Alor Setar: Konvensyen Sejarah Negeri Kedah. Azyumardi Azra. (2002). Jaringan Global dan Lokal Islam Nusantara. Bandung: Mizan Fadhlullah Jamil. Hj. Abdullah Fahim: Tokoh Agama dari Pulau Pinang. Arkib Negara: Seminar Kolokium Kebangsaan Melayu Pulau Pinang Hamka. (1997). Sejarah Umat Islam. Singapura: Pustaka Nasional Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1972). Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia Waheda binti Ab. Rahman. Perkembangan Pendidikan Agama di Langgar dan Sumbangannya kepada masyarakat. Arkib Negara: Kajian Kes Zahidi Dato’ Haji Zainol Rashid. (1979). Sejarah Sekolah Pondok di Kedah, Alor Setar: Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Jurnal Arba’iyah Mohd Noor. (2011). Perkembangan Pensejarahan Islam Di Alam Melayu. Jurnal Al Tamaddun, 6, 31-32 Majalah Ismail Awang, (Disember 1997). Haji Abdullah Pak him, Pengasuh, 27, 428. Dokumen Jadual Waktu Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah, Kepala Batas Surat Permohonan Pendaftaran Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Wataniah Kepala Batas sebagaI Sekolah Menengah Agama
  • 87.
    87 Surat tawaran kemasukanpelajar ke Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah Perjanjian Persahabatan Inggeris-Kedah, Arkib Negara Sumber Lisan Temuramah bersama Dato’ Hj. Arshad bin Hj. Zakaria pada hari Rabu 1 April 2015, 3 pm. Temuramah Dato’Haji Md Noor bin Ahmad pada hari Ahad 8 Februari 2015, 10 am. Temuramah bersama Datuk Mohamad Tahir bin Haji Ahmad Badawi bersama isterinya Khairun bin Hj. Bilal pada hari Ahad 5 April 2015, 11.00 am. Temuramah bersama Imam Abdul Razak, pada hari Ahad 5 April 2015, 12.00 pm. Temu ramah bersama Ustaz Hassim, pada hari Selasa 31 Mac 2015, 12.00 pm.
  • 88.
    88 PERKEMBANGAN DAN PERANANSEKOLAH MENENGAH AGAMA NAHDHAH HASANAH DARI TAHUN 1946-2000 NURUL HUDA BINTI MOHD FAUDZI 1.0 Pengenalan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Melele merupakan sebuah sekolah agama rakyat bantuan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Sekolah ini telah ditubuhkan sejak 69 tahun yang lalu. Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Melele terletak di Kampung Melele, Daerah Kubang Pasu, Kedah. Walaupun sekolah ini terletak jauh dari pusat bandar Alor Setar iaitu 34 kilometer, sekolah ini menjadi pilihan utama kepada masyarakat setempat untuk belajar terutamanya mereka yang ingin memberi tumpuan pendidikan dalam bidang Pendidikan Islam. 2.0 Penubuhan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Pra Penubuhan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah bermula pada tarikh 1 Sya’ban 1365H bersamaan 30 Jun 1946M, satu perhimpunan penduduk diadakan yang diketuai oleh Imam Lebai Salleh bin Haji Abdul Hamid dan Tuan Guru Haji Muhammad Nor bin Syeikh Samah di tapak pekan sehari Padang Sera. Perjumpaan ini telah mendapat persetujuan sebulat suara dari penduduk untuk menubuhkan sebuah sekolah agama di kawasan tersebut. Sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Imam Lebai Salleh dibentuk bagi merealisasikan resolusi tersebut. Setelah beberapa bulan daripada perhimpunan tersebut iaitu pada bulan Oktober 1946M, Tuan Imam Lebai Salleh mengambil inisiatif permulaan dengan meminjamkan bangunan kedai lama yang tidak digunakannya (kira-kira 300 meter dari penempatan sekolah sekarang) untuk dijadikan kelas. Semasa pembukaan sekolah pada kali pertama, jumlah murid yang mendaftar pada ketika itu adalah seramai 18 orang. Kebetulan pada masa itu, seorang bekas tentera Indonesia iaitu Ustaz Ali Boestamam yang berasal daripada Medan Sumatera datang untuk menetap di sini. Ustaz Ali Boestamam telah diambil untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah. Antara mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Arab, Tauhid, Feqah, Usuluddin dan Tasawuf. Pada masa yang sama, Tuan Guru Haji Tajuddin bin Abdul Rahman al-Jarumi baru pulang daripada Mekah. Kepulangan Tuan Guru Haji Tajuddin sampai ke pengetahuan Imam Lebai Salleh. Imam Lebai Salleh bercadang untuk mengambil Tuan Guru Haji Tajuddin sebagai Mudir dan Tok Guru di madrasah yang baru dibukanya ini. Kira-kira tempoh tiga bulan sekolah beroperasi, suatu krisis berlaku antara Imam Lebai Salleh dengan Ustaz Ali Boestamam menyebabkan beliau disingkirkan dari mengajar di sini. Ustaz Ali Boestamam bersama-sama muridnya berpindah ke Kampung Lama (kedudukan di antara Pandang Sera menghala ke Kodiang). tidak lama selepas perpindahan Ustaz Ali Boestamam, sekolah yang baru berusia beberapa bulan itu ditutup.
  • 89.
    89 Pada Sya’ban 1366Hbersamaan 20 Jun 1947M, setelah rumah dan surau siap di bina untuk Tuan Guru Haji Tajuddin Al-Jarumi bersama isterinya Puan Siti Zabedah binti Ismail disambut oleh masyarakat kampung untuk menetap di sini dan seterusnya ditabalkan sebagai mudir yang pertama. Murid-murid pertama yang diterima masuk ke sekolah adalah pada mula-mula penubuhan ialah seramai kira-kira 13 orang yang terdiri daripada anak tempatan. Di antara mereka ialah Abdul Halim bin Imam Lebai Salleh, Ramli bin Toha, Aishah binti Abdul Hamid, Hashim Naim bin Othman, Tom binti Ismail, Yahya bin Jusuh, Intan binti Mat Arif, Bakar bin Ahmad dan lain-lain. Ahli Jawatankuasa Lembaga Tadbir sekolah yang pertama ditubuhkan pada masa itu ialah terdiri daripada Tuan Imam Lebai Salleh, Tuan Haji Darus Arshad, Cikgu Shaari bin Abu Bakar (Setiausaha Pertama), Cikgu Ismail bin Ahmad, Cikgu Talib bin Din, Haji Othman bin Idris, Haji Jusuh bin Idris (bendahari pertama), Haji Mat Arif bin Jusuh. Guru awal yang dilantik bagi membantu Tuan Guru Haji Tajuddin ialah Ustaz Zainal Abidin dan Ustaz Haji Ahmad. Setelah itu guru-guru sekolah ini di ambil dari kalangan bekas-bekas penuntut sekolah ini. Mereka terdiri daripada Ustaz Nayan, Ustaz Hashim Ishak, Ustaz Kasim Lebai Man, Ustaz Salleh bin Sutan dan Ustaz Hashim Naim. Istiadat pembukaan rasmi madrasah ini diadakan pada 3 Zulkaedah 1365H telah dihadiri lebih daripada 100 orang ibu bapa di daerah ini. Sekolah ini telah didaftarkan secara rasmi dengan Majlis Agama Islam Negeri Kedah oleh Pendaftar Sekolah-sekolah Agama pada masa itu iaitu Syeikh Mahmud dengan nama Madrasah Nahdhah al-Hasanah atau Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah. Nama sekolah ini diilhamkan oleh kadi Kubang Pasu pada masa itu iaitu Tuan Haji Ahmad bin Yasin.176 Sekolah kemudiannya terus berkembang dengan pesatnya hingga ke hari ini. Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah merupakan salah sebuah institusi pengajian yang menekankan Pendidikan Islam sebagai dasar utama dalam sistem pendidikan. Tujuannya ialah pengajian Islam yang dijalankan dapat membawa masyarakat Islam untuk menyedari perkara yang diajar dalam Islam seperti amalan yang perlu diamalkan sebagai seorang Muslim, perkara penting yang terkandung dalam akidahnya, sistem akhlak dan ajaran syariat dari segi hukum yang zahir. Hal ini demikian kerana guru-guru sekolah ini ingin menjadikan sekolah sebagai tempat lahirnya insan yang berilmu dan bertakwa ke arah mewujudkan alim ulama serta cendekiawan Islam. Matlamat ini menjadi asas yang utama penubuhan sekolah ini sebagai usaha melahirkan golongan ulama dan cendekiawan Islam. Oleh itu, pentadbiran sekolah sangat menitikberatkan usaha-usaha ke arah mempertinggi pencapaian penuntutnya selari dengan matlamat pendidikan Islam. 3.0 Pengasas Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Pengasas pertama Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah ialah al-Marhum Dato’ Haji Tajudin dilahirkan di belakang Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul Aman, pada 27 Ramadhan 1343H (18 September 1924M). Nama penuh beliau ialah Syeikh Tajudin bin Sheikh Abdul Rahman Al Jarumi. Bagaimanapun beliau lebih dikenali dengan berbagai panggilan bersesuaian dengan sikap, sifat 176 Buku Cenderamata Al-Nahdatul Hasanah, hlm. 8.
  • 90.
    90 dan kebolehan sertaperibadi yang dimilikinya. Panggilan-panggilan seperti Tok Ayah, Tok Guru merupakan dua panggilan yang begitu sinonim terutama bagi murid-murid dan masyarakat setempat. Beliau adalah anak Sheikh Abdul Rahman yang ke 8 daripada 11 orang adik beradik. Beliau juga mempunyai 2 orang saudara seibu. Gelaran Al-Jarumi adalah disabitkan dari gelaran neneknya Tok Sheikh Jarum (1849 -1911) iaitu salah seorang ulama yang terkenal di Kedah dan Nusantara pada abad yang ke-19 juga merupakan guru kepada baginda Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Nama sebenar Tok Sheikh Jarum ialah Sheikh Idris bin Jamaluddin bin Sheikh Abdul Latif bin Sheikh Shamsuddin bin Sheikh Muhammad Faqih bin Sheikh Muhammad Yasin bin Sheikh Ibrahim Al Hadrami bin Sheikh Ibar al-Hadrami al-Jarmi atau lebih dikenali umum sebagai Sheikh Jamaluddin al-Kubro. Bapa beliau juga adalah seorang ulama yang terkenal di Alor Setar iaitu Sheikh Abdul Rahman al-Jarumi yang telah membuka pondok di Batu 1, Jalan Sungai Korok, Alor Setar. Beliau juga menjadi guru kepada Baginda Sultan Abdul Hamid dan Sultan Badlishah serta kerabat-kerabat diraja. Ibu beliau Nik Rahmah (Nik Doh) binti Nik Abdul Manaf adalah seorang guru al-Quran dan merupakan kerabat Raja Teluban salah sebuah Wilayah di Patani. Semasa zaman kanak-kanak beliau memperoleh pendidikan rendah di pondok ayahnya sendiri iaitu di pondok Batu 1. Di samping, beliau belajar menulis, membaca dan diajar menghafaz matan dan fardu ‘ain. Pelajaran al-Quran pula beliau mempelajari daripada ibunya sendiri iaitu Nik Doh, seorang guru al-Quran dan tajwid yang masyhur. Setelah mencapai usia remaja iaitu ketika berumur 10 tahun beliau dihantar oleh ayahnya ke Mekah untuk melanjutkan pelajaran menengah dan tinggi. Ketika di Mekah beliau dihantar belajar di Sekolah Tinggi Darul Ulum. 3 tahun (1933-1935) peringkat menengah rendah dan 4 tahun peringkat menengah atas (1936-1942). Beliau menyambung pelajaran ke peringkat tinggi selama 2 tahun (1943-1944) hingga mendapat syahadah ‘Aliah iaitu sijil tertinggi di Mekah pada masa itu. Beliau juga mendalami ilmu-ilmu agama di Masjid Al Haram Mekah selama 3 tahun iaitu (1943- 1945). Ketika di Darul Ulum beliau mempelajari ilmu-ilmu agama, Bahasa Arab, dan pelajaran lain seperti Mantik, Matematik dan Sains. Antara pelajaran agama yang beliau pelajari di sini termasuklah Fikah, Faraid, Usul Fikah, Qawaid Fikah, Tafsir, Ulum Quran, Hadis, Mustolah, Tauhid, dan Sejarah Islam manakala pelajaran Bahasa Arab pula ialah Nahu, Sorof, Insyak, Mutolaah, ‘Arudh, Nusus, Adab dan Balaghah. Ketika di masjid Al-Haram pula beliau mendalami ilmu Fikah, Usul Fikah, Tauhid, Tafsir, Hadis dan Tasawuf dan sempat bermulazamah dengan beberapa guru terkenal. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar kerana semasa pengajian di peringkat menengah beliau sudah mampu merujuk kitab- kitab Arab muktabar. Semasa di dalam kelas beliau digelar oleh gurunya Sheikh Muhammad Yasin al- Fadani dan rakan-rakannya sebagai Taj as-Asubki kerana kebolehan beliau yang tinggi dalam membaca dan memahami dengan baik dalam pelajaran Usul Fiqh ketika mempelajari dan mengkaji kitab usul Fiqh yang masyhur iaitu Jam’u al Jawami’. Kitab ini merupakan karya Imam Tajuddin As-Subki, ulama besar dalam ilmu perundangan Islam. Kitab ini menjadi rujukan utama di pusat-pusat pengajian tinggi hingga sekarang ini. Semasa di Mekah beliau sempat berguru dengan Muhaddis Hijaz Al Hafiz Syeikh Omar Hamdan Al Mahrisi, Sheikh Ali Husain Al Maliki, Sayyid ‘Alawi bin Sayyid Abbas Al Hasani,Syeikh Hasan Al Masyalt, Syeikh Ahyad Al-Jawi, Sheikh Shafie Kedah, Sheikh Ismail Abdul Qadir Al Fatoni, Sayyid Muhammad Amin Al kutbi, Sheikh Muhammad Yasin Isa Al Fadani Al Makki, Sheikh Zain Al Boyani,
  • 91.
    91 Sheikh Yaakub binAbdul Qadir Al Mandili dan Sheikh Husain Abdul Ghani Al Falimbani. Beliau sempat bermulazzamah dengan gurunya yang terkenal iaitu al ‘Allamah Al-Musnid Muhammad Yasin Isa Al Fadani Al Makki iaitu ‘ulama Hadis dan Sanad yang masyhur di Makkah al Mukarromah. Melalui beliaulah, Dato’ Haji Tajuddin menerima ijazah sanad-sanad Hadis dan kitab-kitab Mu’tabar yang menjadi sumber rujukan di dalam ilmu-ilmu Islam. Walaupun selepas menghabiskan pengajian di Mekah dan pulang ke tanah air, namun beliau sentiasa berhubung dengan gurunya itu. Syeikh Muhammad Yasin melantik beliau sebagai wakilnya di Malaysia untuk menyampaikan sanad-sanad beliau semasa musim haji tahun 1970. Dari sudut peribadi Dato’ Haji Tajudin adalah seorang yang lemah lembut, peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang menziarahinya. Beliau adalah seorang yang kuat beribadat. Beliau banyak menghabiskan masa hidupnya dengan mengajar dan merujuk kitab-kitab. Di samping itu beliau sentiasa meluangkan masanya mendidik dan menasihati anak-anaknya. Apabila kita memperkatakan mengenai peribadi Dato’ Haji Tajuddin, nama beliau berkait rapat dengan nama Madrasah Nahdhah Hasanah Melele. Hal ini demikian kerana beliaulah orangnya yang bertanggungjawab mendirikan sebuah madrasah atau sekolah agama yang terkenal sekarang. Setelah pulang dari Mekah pada awal tahun 1946 dalam usia 21 tahun beliau berkahwin dengan Puan Siti Zubaidah binti Ismail 18 tahun. Hasil perkahwinan ini beliau mendapat 9 orang cahaya mata. Namun begitu, anak ketiga beliau Faiqah meninggal dunia ketika berumur 4 tahun setelah terjatuh ke dalam perigi berdekatan dengan rumahnya. Ini merupakan cabaran yang paling perit beliau, ketika baru membuka pondok di Melele. Anak beliau yang masih ada ialah lapan orang iaitu: Fauziah, Ahmad Shafik, Ahmad Najib, Saulah, Mahmud Pathi, Zakiah, Mohd Jamil Sadaqi dan Muhammad Farid Wajdi. 7 orang anaknya telah mencecahkan kaki ke pusat pengajian tinggi. Pada Tahun 1946 beliau mula mengasaskan Madrasah Nahdhah Hasanah.Melele. Beliau dilantik oleh penduduk-penduduk setempat menjadi mudir yang pertama hingga sekarang. Pendorong utama beliau untuk menerima jawatan ini ialah ayahnya sendiri Sheikh Abdul Rahman dan isterinya Siti Zubaidah. Keadaan di Melele pada masa itu sangat mencabar di mana ia dipenuhi dengan hutan belantara, sunyi pada waktu malam hanya terdengar bunyi cengkerik dan binatang buas serta tiada kemudahan asas seperti elektrik dan air. Rumah yang mula-mula di duduki adalah pondok kecil hanyalah bertiang dan berlantai kayu bulat, berdinding pelepah dan beratap rumbia. Keadaan masyarakat pula kebanyakan daripada mereka mengamalkan kepercayaan tahayul, tok keramat, khurafat dan syirik. Keramat Tok Melele dipuja apabila datang musim menuai. Berjudi, laga ayam dan kerbau adalah amalan kebiasaan penduduk pada masa itu malah mempunyai gelanggang sendiri.177 Bermula dari cabaran inilah beliau mengatur strategi untuk mengubah keadaan fizikal kawasan dan mengubati kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat. Beliau tetap bersabar dalam menyebarkan dakwah walaupun keadaan yang sukar. Berkat kesabaran dan kesungguhan, Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah telah berjaya berdiri megah sama tinggi dengan irama masyarakat moden dan sekarang mempunyai 1,000 orang penuntut. Antara murid beliau hasil daripada pendidikan di Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah ialah Al-Masnid Syeikh Fuad Kamaludin Al-Rembawi, 177 Temu bual dengan Ustaz Mohd. Jamil Sadaqi bin Haji Tajudin, Timbalan Pengetua Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah pada 22 Februari 2015.
  • 92.
    92 Ustaz Hashim Ishak, Timbalan Pengetua Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah, Yang Amat Arif Dato' Syeikh Yahya Jusuh Hakim Besar Mahkamah Syariah Negeri Kedah, Prof Dr Wan Salim Wan Mohd Nor, Pensyarah USM, Prof Dr Rusni Samah Dekan USIM, Syeikh Abdullah Ahmad Bahagian Fatwa JAKIM, Syeikh Sobri Arsyad Tok Guru Pondok di Pulau Pinang, Ustaz Roslan Che Ros Pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Alias Ahmad Pensyarah Darul Quran JAKIM, Syeikh Azian Man Al- Hafiz, Imam Besar Masjid USJ 9, Subang Jaya, Ustaz Helmi Al-Hafiz Pensyarah KITAB, Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Pengetua Sekolah Agama Ban Klong, Thailand dan ramai lagi. Beliau juga mempunyai murid-murid pengajian kitab turas. Antara murid beliau yang aktif dalam pengajaran kitab Turas ialah Tuan Guru Haji Osman Pondok Teluk, Bukit Pinang, Tuan Guru Haji Ibrahim Lepai, Ustaz Fadhil Hasan Padang Perahu, Tuan Guru Haji Radi Had Padang Perahu dan lain-lain. Kebijaksanaan dan ketegasan Tuan Guru Haji Tajuddin telah membawa sekolah ini terus berkembang sehingga kini. Mutu pelajaran sekolah diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan mendapat pengiktirafan oleh pihak Universiti Al-Azhar. Walau bagaimanapun, sekolah ini tidak dibenarkan diambil alih sepenuhnya oleh pihak kerajaan kerana Tuan Guru Haji Tajuddin ingin mengekalkan identiti sekolah ini mengikut acuan tersendiri. Oleh itu, sekolah ini hanya dipantau pihak pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Kedah tetapi pengurusan dikendalikan sepenuhnya oleh Tuan Guru Haji Tajuddin. 4.0 Perkembangan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah 4.1 Pengambilan Pelajar Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Pengambilan pelajar-pelajar baru memasuki sekolah ini adalah sama seperti di sekolah-sekolah pentadbiran Kementerian Pelajar, iaitu dibuat pada awal tahun apabila persekolahan penggal pertama bermula. Kemasukan pelajar-pelajar ke Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah mengambil kira beberapa kriteria mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu; 1. Untuk memasuki kelas persediaan/peralihan, pelajar-pelajar mestilah tamat darjah 6 sekolah rendah. 2. Pelajar perlu mempunyai pengetahuan asas mengenai pendidikan Islam, boleh membaca tulisan jawi dan al-Quran dengan lancar dan lulus ujian kemasukan sekolah ini. 3. Tingkatan satu, dua, tiga dan lima; untuk memasuki kelas-kelas ini pelajar mestilah pernah menduduki kelas tingkatan sebelumnya di mana-mana sekolah agama. 4. Tingkatan empat; pelajar hendaklah lulus PMR dari mana-mana sekolah agama. 5. Kelas Pra Universiti Al-Azhar dan Universiti Madinah; pelajar-pelajar mestilah mempunyai syarat asas yang ditetapkan; a. Penuntut tingkatan lima dari Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah dan mendapat persetujuan dari majlis guru-guru.
  • 93.
    93 b. Penuntut darisekolah-sekolah agama lain yang pernah menduduki tingkatan lima dan lulus peperiksaan SPM atau setaraf dengannya serta lulus temuduga khas yang diadakan. 178 Syarat-syarat ini ditetapkan kerana pihak sekolah ingin memudahkan proses pembelajaran pelajar di sekolah ini yang mementingkan pelajaran-pelajaran agama dan Bahasa Arab. Pada awal tahun 60-an, lulusan sekolah agama rakyat masih dipandang rendah. Hal ini demikian kerana ramai beranggapan bahawa sekolah-sekolah agama hanya sesuai untuk pelajar yang tidak begitu cemerlang dalam bidang akademik biasa. Oleh itu, pihak pentadbiran Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah telah mengubah sistem pengambilan penuntut. Pengambilan pelajar-pelajar hanya menitikberatkan pada kecenderungan pelajar bersedia dan mempunyai minat untuk belajar di aliran Bahasa Arab yang mementingkan pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan agama Islam. Kelas tingkatan satu pemulihan diadakan bertujuan untuk mengorientasikan diri pelajar-pelajar berkenaan dengan pendidikan Bahasa Arab dan agama. Perkara ini bersesuaian dengan matlamat sekolah yang ingin melahirkan pelajar-pelajar yang mendalami pendidikan Islam. Perubahan sistem pendidikan di sekolah ini telah mencapai beberapa matlamat. Antaranya ialah 1. Pelajar menyedari bahawa mereka lebih berkemampuan dan berminat dalam mempelajari agama dan Bahasa Arab yang kurang dititikberatkan di sekolah menengah biasa. 2. Walaupun pihak sekolah lebih mementingkan pelajaran agama dan Bahasa Arab, pendidikan akademik yang lain seperti Matematik dan Sains tetap diberi tumpuan agar pendidikan yang diterima seimbang seperti yang diterima pelajar sekolah menengah aliran biasa. 4.2 Bayaran Yuran Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Sebagai sebuah sekolah agama, pembiayaan pentadbiran sekolah bergantung pada yuran-yuran yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar. Walau bagaimanapun, yuran-yuran ini tidak bertujuan untuk membebankan pelajar kerana kebanyakan pelajar datang dari latar belakang golongan bumiputera bertaraf rendah seperti anak-anak pekebun kecil, petani dan pesawah. Bayaran pendaftaran sekolah dikenakan sebanyak rm50 dan yuran tahunan sekolah sebanyak rm800 setahun dengan pengecualian yuran sekolah bagi pelajar-pelajar yang tinggal di asrama dan rm730 bagi pelajar yang tinggal di luar. Pembayaran yuran persekolahan bertujuan untuk menyediakan bahan-bahan pembelajaran kepada pelajar sekolah dan penyelenggaraan infrastruktur sekolah agar segala kemudahan dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang. Pihak pentadbir sekolah mempertimbangkan yuran pelajar-pelajar miskin yang tidak berkemampuan. Mereka mendapat bantuan biasiswa tajaan dari Jabatan Zakat Negeri Kedah dan dikenakan separuh bayaran yuran persekolahan. Pihak pentadbir sekolah memberi bantuan kepada pelajar-pelajar yang miskin dan tidak berkemampuan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar miskin untuk terus menuntut ilmu dan tidak tercicir ke belakang. Perkara ini seiring dengan 178 Temu bual dengan Ustaz Mohd. Jamil Sadaqi bin Haji Tajudin.
  • 94.
    94 matlamat sekolah untukmembimbing mereka dalam soal-soal keagamaan, sekurang-kurangnya untuk amalan diri sendiri dan memimpin keluarga masing-masing. Untuk pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan mendapat sumbangan dan tajaan biasiswa daripada pihak kerajaan negeri melalui Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah atau mendapat bantuan dari Jabatan Zakat Negeri Kedah. 179 Pihak Jabatan Zakat umpamanya menyediakan bantuan kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan ke Universiti Al-Azhar selama 3 tahun sebanyak rm1000 dan juga pelajar yang menuntut di institut pengajian tinggi tempatan. Kedua-dua institusi ini merupakan penyumbang sumber kewangan utama kepada pihak sekolah. Yuran yang dikenakan kepada pelajar-pelajar bertujuan untuk menampung perbelanjaan pentadbiran sekolah dan ditambah dengan bantuan kewangan yang diterima dari Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Pihak sekolah cuba membantu pelajar-pelajar yang kurang kemampuan walaupun kutipan kewangan tidak begitu banyak. Jadi, segala kutipan wang dan sumbangan dana yang diperoleh digunakan sepenuhnya bagi urusan pengurusan sekolah dan pelaksanaan program untuk pelajar sekolah ini. 4.3 Tenaga Pengajar Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Sebahagian besar tenaga pengajar yang menyumbangkan tenaga bakti mereka di sekolah ini terdiri daripada anak-anak tempatan dan beberapa orang guru dari luar daerah termasuk dari Patani. Terdapat sebelas orang guru Bahasa Arab dan Agama dan sembilan orang guru akademik. sebelas orang daripada mereka adalah guru-guru lembaga dan selebihnya guru-guru yang berkhidmat di bawah pentadbiran Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Jumlah guru ini berbeza dengan guru-guru pada tahun sekitar 1990-an yang terdiri daripada tiga puluh tujuh orang guru. Keadaan ini menggambarkan perubahan pentadbiran dan sistem persekolahan kini yang memperbanyakkan lagi masa untuk mata pelajaran akademik. Hal ini membolehkan pelajar-pelajar dapat bimbingan dan tunjuk ajar dari guru agar bersedia menghadapi peperiksaan PMR dan SPM. Pada peringkat awal penubuhan, sekolah ini mengalami kesukaran mendapat guru-guru akademik yang benar-benar mampu dan mahu terus berkhidmat dengan lebih lama di sekolah ini. Hal ini terjadi kerana sumber pendapatan tidak terjamin. Gaji-gaji mereka hanyalah bergantung pada perolehan dana kewangan sekolah yang tidak seberapa. Namun begitu, Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah telah membuat penguatkuasaan perkhidmatan guru-guru di sekolah ini dengan membuat penetapan gaji guru. Guru-guru diberi kursus perguruan pada waktu cuti persekolahan selama tiga tahun. Perkara ini dilakukan bagi menjamin kebolehan mereka supaya setaraf dengan guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Secara tidak langsung, masalah perpindahan guru yang berkhidmat dapat diatasi. Dari segi kelulusan akademik, guru-guru di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kelulusan daripada peringkat Sijil dan Diploma Perguruan, Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan guru-guru berkelulusan dari Universiti Al-Azhar dan Universiti Madinah. Guru agama dan Bahasa Arab sebilangan besarnya 179 Penyata Zakat Negeri Kedah 1997-1999. Kedah: Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, hlm. 11
  • 95.
    95 berkelulusan 4 Thanawisekolah ini sendiri serta mendapat latihan perguruan dan dua orang guru berijazah. Kadar bilangan guru dan murid sekarang adalah mencukupi sebagaimana yang terkandung dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam tahun 1962 ceraian 11.180 Semua guru-guru yang berkhidmat adalah tertakluk di bawah peraturan syarat perkhidmatan bagi guru-guru Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah yang berkuat kuasa pada 1 Januari 1978. 4.4 Sistem Persekolahan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Pelaksanaan Sistem pelajaran sekarang di madrasah ini adalah hampir sama dengan sistem pelajaran sebagaimana bermulanya sekolah. Cuma perkara yang membezakannya ialah pertambahan masa untuk perjalanan akademik dan penggunaan kitab seperti yang ditetapkan oleh Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Terdapat tiga jenis pengajian yang dijalankan di sekolah ini. Pihak sekolah sangat menitikberatkan pencapaian pelajar-pelajar dalam bidang akademik dan bidang agama. Jenis pengajian tersebut dapat dibahagikan seperti berikut; 1. Kelas Ramasni – bermula dari pukul 7.30 pagi sehingga .35 tengah hari. 2. Kelas tambahan di sebelah petang terdiri dari kelas-kelas al-Quran dan tajwid. Kelas tambahan bagi pelajar PMR dan SPM turut diadakan. 3. Pengajian kitab dan hafalan al-Quran diadakan pada setiap petang Jumaat oleh Tuan Guru Mudir sekolah. 4. Kelas-kelas umumi yang diadakan untuk pelajar-pelajar yang tinggal di asrama diadakan pada setiap malam Ahad selepas waktu solat Maghrib dan Isyak. Kelas-kelas umumi diadakan bertujuan untuk mengekalkan pengajian sistem pondok. Pelajar-pelajar dikehendaki mempelajari kitab-kitab yang ditetapkan serta menghafalnya. Hal ini demikian kerana pengajian kitab melatih pelajar-pelajar membaca kitab-kitab asal bagi membuka minda mereka bagi menyelesaikan masalah-masalah seperti mana ulama-ulama besar zaman dahulu. Aktiviti-aktiviti keilmuan dijalankan sepenuhnya oleh pihak sekolah bagi mendidik pelajar menggunakan masa dengan perkara bermanfaat dan tidak membuang masa dengan kerja yang tidak berfaedah. Sistem persekolahan tetap terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kelas tahdiri, ibtidai dan thanawi. Pelajar-pelajar harus menamatkan sekurang-kurangnya 7 tahun pengajian untuk mendapat sijil Thanawi sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau bekerja dalam jawatan- jawatan yang sesuai dengan kelulusan mereka. Kelas tahdiri (persediaan) lebih menumpukan pada pengajaran pelajaran-pelajaran Bahasa Arab dan agama dan hanya sedikit sahaja pelajaran akademik. Seterusnya pelajaran-pelajaran akademik diperbanyakkan di kelas-kelas yang akan menghadapi peperiksaan dan dikurangkan lagi semua pelajar di kelas Thanawi (kelas pra-Azhar). Pelajaran di peringkat thanawi keseluruhannya menggunakan pengantar Bahasa Arab kecuali dua mata pelajaran 180 Mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam tahun 1962 ceraian 11, bilangan guru-guru hendaklah mengikut hitungan dan nisbah yang ditetapkan iaitu kadar 1:2 mengikut bilangan bilik darjah.
  • 96.
    96 bahasa iaitu BahasaMalaysia dan bahasa Inggeris. Kurikulum ini sebagai persiapan kepada penuntut- penuntut untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar dan Madinah. 4.5 Sistem Peperiksaan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Sistem peperiksaan di sekolah ini mengikut peraturan-peraturan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 181 Prestasi pelajar-pelajar akan direkodkan dalam rekod kemajuan pelajar sebagai panduan kepada pihak sekolah dan juga perhatian ibu bapa. Bagi peperiksaan penggal persekolahan, soalan-soalan akan disediakan oleh guru masing-masing. Di samping itu, pelajar-pelajar tingkatan tiga diwajibkan mengambil peperiksaan Sijil Rendah Agama (SRA) kerana Majlis Hal Ehwal Agama Negeri Kedah telah menetapkan untuk menilai pelajar-pelajar dalam pelajaran agama dan Bahasa Arab. Soalan-soalan disediakan oleh pihak majlis untuk seluruh sekolah-sekolah agama rakyat di bawah bantuan Majlis Hal Ehwal Agama Negeri Kedah. Peperiksaan ini akan dijalankan seminggu selepas peperiksaan PMR. Peluang-peluang pelajar cemerlang dari sekolah ini untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi adalah terbuka luas. Sejak tahun 1968, pemegang sijil sekolah ini diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar untuk memasuki tahun pertama di sana. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang ulung kerana sijilnya diiktiraf oleh dua buah Universiti di Timur Tengah iaitu Universiti Al-Azhar dan Universiti Madinah berbanding sekolah-sekolah agama lain yang hanya diiktiraf oleh salah sebuah dari dua buah universiti ini. Universiti Madinah hanya mengambil pelajar-pelajar yang mendapat 60% kelulusan di dalam peperiksaan shahadah untuk diterima masuk ke tahun pertama dalam jurusan Syariah, Dakwah, Lughah dan Usuluddin. Peluang-peluang di dalam negeri pula ialah pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang untuk pelajar-pelajar yang berminat untuk memasuki aliran sains atau melanjutkan pelajaran ke Maktab Mahmud bagi pelajar-pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat STPM seterusnya memasuki mana-mana institusi pendidikan tinggi Malaysia. Bagi lulusan cemerlang SPM, mereka akan diterima masuk ke program asasi akademi Islam, Universiti Malaya di Nilam Puri, melanjutkan pelajaran ke IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi atau ke Maahad Tahfiz, masjid Negara Kuala Lumpur. Peluang-peluang pelajar yang memiliki sijil atau syahadah Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah dapat dilihat seperti di dalam carta di bawah. 4.6 Peraturan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Sebagai sebuah institusi pendidikan, Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah mempunyai peraturan-peraturan yang perlu diikuti oleh para pelajar. Peraturan ini bertujuan untuk melatih pelajar- pelajar supaya sentiasa berdisiplin dan mempunyai sikap yang baik. Hal ini perlu seiring dengan matlamat pentadbirannya untuk membentuk peribadi pelajar-pelajar yang berakhlak tinggi seperti dituntut dalam agama Islam. Peraturan-peraturan yang disediakan juga sebagai asas kepada pembentukan akhlak melalui kebiasaan-kebiasaan hidup di sekolah. Oleh yang demikian, pihak sekolah telah menyediakan satu peraturan bertulis yang diberi nama “Undang-undang Kawalan Murid”. Setiap pelajar yang memasuki 181 Temu bual dengan Ustaz Mohd. Jamil Sadaqi bin Haji Tajudin.
  • 97.
    97 sekolah ini adalahtertakluk kepada peraturan-peraturan ini. Peraturan sekolah ini menekankan kepada pelajar-pelajarnya supaya sentiasa menyanjung tinggi hukum-hukum agama di mana sahaja mereka berada sama ada dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah. Pelajar-pelajar juga diingatkan supaya sentiasa membuat kebaikan dan meninggalkan kemungkaran dalam kehidupan seharian. 182 Undang-undang kawalan penuntut ini terdiri dari tiga bahagian. Bahagian pertama ialah mengenai peraturan-peraturan penuntut yang harus diikuti oleh pelajar-pelajar meliputi peraturan- peraturan di waktu persekolahan, adab belajar dan pergaulan antara sesama pelajar dan pelajar dengan guru. Bahagian kedua ialah mengenai larangan yang dikenakan. Pada asasnya, pelajar-pelajar dilarang berkelakuan biadab dalam pergaulan di sekolah. 183 Bahagian ketiga adalah ketetapan mengenai hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar yang melanggar peraturan dan melanggar larangan yang dikenakan. Hukuman-hukuman yang dikenakan bertujuan memperbaiki kesalahan tingkah laku pelajar dan mengelakkan pelajar-pelajar lain daripada melakukan kesalahan yang sama. 184 Hukuman dikenakan ke atas pelajar-pelajar yang enggan mengikut peraturan yang disediakan. Jenis-jenis hukuman yang dikenakan ialah pelajar akan dipecat dari sekolah bagi kesalahan-kesalahan yang terlalu berat seperti menghisap dadah dan melakukan kesalahan yang berulang-ulang. Hukuman sebat pula dikenakan bagi kesalahan-kesalahan yang kurang berat seperti memakai pakaian yang dilarang dan kurang sopan. Hukuman-hukuman ini akan dipertanggungjawabkan kepada guru-guru disiplin kecuali kesalahan- kesalahan yang dianggap serius akan diserahkan kepada mudir. Hukuman berat yang akan dijatuhkan perlu mendapat persetujuan mesyuarat guru-guru atau atas kuasa mudir. Peraturan sekolah ini juga menekankan kewajipan pelajar-pelajar memberi salam apabila berjumpa dengan guru atau rakan mereka walau di mana sekalipun. Budaya memberi salam ini sebenarnya ingin merapatkan hubungan antara pelajar sesama pelajar dan pelajar dengan guru-guru serta orang yang lebih tua daripada mereka. Kepentingan budaya ini dapat membentuk suasana hormat- menghormati dalam kalangan pelajar. Peraturan-peraturan yang diwujudkan bagi melicinkan jentera pentadbiran sekolah demi berusaha ke arah pencapaian matlamatnya. Oleh itu, peraturan perlu diikuti oleh semua pelajar demi membentuk sahsiah diri ke arah berakhlak mulia. 4.7 Kokurikulum Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Dari segi penglibatan aktif pelajar, pelajar sekolah ini didedahkan dalam pelbagai aktiviti- aktiviti kokurikulum. Hal ini bertujuan untuk melatih diri mereka supaya sentiasa cergas dan bersedia menjadi pemimpin masyarakat serta berani bila berhadapan dengan orang ramai. Aktiviti-aktiviti ini juga akan dapat melatih pelajar-pelajar bertatatertib dalam perbincangan dan berpegang pada kebebasan berfikir, dapat menerima pendapat umum. Secara tidak langsung, semangat hidup bermasyarakat dapat 182 Buku Undang-undang Kawalan Murid Madrasah Al- Nahdhatul Hasanah-1972. 183 Pelajar-pelajar dilarang berambut panjang, memakai seluar jeans dan selipar, menghisap rokok dalam kawasan sekolah, dilarang berkumpul dalam tandas, dilarang keluar dari kawasan sekolah pada waktu rehat, dilarang bersiul dan memakai alat solek atau barang-barang kemas terutama bagi pelajar-pelajar perempuan dan dilarang keluar dari bilik darjah tanpa izin. Lihat: Undang-undang Kawalan murid-1972. 184 Temu bual dengan Ustaz Mohd Jamil Sadaqi Haji Tajuddin.
  • 98.
    98 dididik dan ditanamdalam diri pelajar. Pihak sekolah telah menyediakan pelbagai aktiviti kokurikulum yang meliputi kesenian yang bercorak Islam, dakwah, sukan dan sebagainya. Persatuan badan beruniform yang terdapat di sekolah ini ialah Persatuan Bulan Sabit Merah dan Persatuan Puteri Islam. Persatuan kokurikulum yang boleh pelajar sertai ialah Persatuan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik dan Sains, Falaq Syarai’, kelab taranum dan Persatuan Pelajar Tahfiz.185 Aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan kepada semua pelajar sekolah mempunyai pemupukan nilai-nilai Islam dan melahirkan bakat-bakat pemimpin yang bersemangat. Melalui penubuhan kelab dan persatuan di sekolah, banyak kegiatan yang dijalankan oleh kelab dan persatuan tersebut. Badan kebajikan bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti bercorak kebajikan seperti mengadakan gotong-royong, mengadakan program membeli sambil menderma bagi memungut derma untuk tabung kebajikan penuntut miskin. Badan pengucapan awam bertanggungjawab mengadakan majlis-majlis bercorak kebudayaan seperti berpidato, berbahas, berdebat, membaca al- Quran, berzanji, marhaban, nasyid, bersyair dan bersajak. Aktiviti-aktiviti ini akan dapat memupuk sifat berani, bebas memberi pendapat dan petah berhujah untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber. Pertandingan debat dan bahas boleh mencerdaskan fikiran kerana perdebatan dan perbahasan menjadikan seseorang perlu berfikir dengan pantas dan kritikal dalam memberi hujahan pada setiap masalah-masalah yang diutarakan. Setiap idea perlu dihuraikan dengan baik dan disertai fakta-fakta yang tepat bagi memantapkan hujahan yang diberi. Pemikiran ini penting bagi diri seorang pendakwah. Pihak sekolah tidak mengabaikan aktiviti sukan untuk dianjurkan kepada pelajar-pelajar sekolah. Pelajar lelaki diberi keutamaan untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan seperti pertandingan bola sepak, sepak takraw, ping pong dan olahraga. Badan sukan bertanggungjawab untuk mengatur perlawanan-perlawanan persahabatan sama ada dengan sekolah-sekolah agama yang lain atau dengan masyarakat sekitar untuk menjalinkan hubungan erat antara kedua-dua belah pihak. Beberapa peraturan perlu dipatuhi oleh pelajar semasa bersukan iaitu berpakaian menutup aurat, bermain pada waktu yang ditetapkan dan menjaga alatan sukan sebelum, semasa dan selepas menggunakannya. Pelajar-pelajar sekolah ini digalakkan menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah kerana guru ingin mendedahkan kepada murid mengenai ilmu dan pengetahuan asas dalam pertolongan cemas. Perkara ini sebagai persediaan untuk diri sendiri dan dapat membantu orang ramai sewaktu berlakunya kecemasan. Kegiatan seperti ini dianggap penting untuk melahirkan pelajar Islam yang serba mengetahui dan boleh menghadapi pelbagai masalah dengan mudah. Badan persuratan dan redaksi bertanggungjawab menjalankan aktiviti yang bercorak kreatif iaitu mengeluarkan akhbar bulanan sekolah ‘Al-Hasanah’ pada sebulan sekali dan majalah sekolah pada setiap tahun. Para pelajar berpeluang menyumbangkan karya-karya berbentuk artikel seperti sajak, rencana-rencana, cerpen, pantun, nasihat-nasihat, kartun dan sebagainya sama ada ditulis dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Secara tidak langsung, pihak sekolah memberi peluang kepada pelajar untuk mencungkil bakat-bakat terpendam dalam bahagian penulisan. Pelajar akan menjadi kreatif, menjana pemikiran yang positif dan mempraktikkan ilmu dalam menceburi pelbagai bidang. 185 Temu bual dengan Ustaz Mohd. Jamil Sadaqi bin Haji Tajudin
  • 99.
    99 4.8 Kewangan SekolahMenengah Agama Nahdhah Hasanah Sejak tahun 1970-an, masalah kewangan tidak lagi menjadi masalah yang berat kepada Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah. Hal ini kerana pihak sekolah telah mendapat bantuan dari Jabatan Zakat Negeri Kedah dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.186 Pihak Jabatan Zakat mengeluarkan bantuan Fisabilillah di bawah rancangan bantuan kepada sekolah agama rakyat. Sumbangan ni diberikan setahun sekali sebanyak RM15,000.00 mengikut bilangan pelajar miskin.187 Selain mendapat bantuan dari sumber-sumber di atas, sekolah ini juga mendapat bantuan daripada orang-orang perseorangan khususnya dari bekas-bekas pelajar yang telah berjaya dalam bidang masing- masing. Walaupun pihak sekolah tidak mendapat bantuan yang secukupnya seperti sekolah-sekolah menengah di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah ini masih mampu mengendali dan menguruskan pentadbiran sekolah dengan galakan pihak Kerajaan Negeri Kedah. 5.0 Peranan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Dalam Masyarakat Setempat Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah sebagai sebuah institusi pengajian Islam yang berfungsi, perkara ini perlu dilihat kepada bidang jawatan atau tugas yang boleh dipegang oleh lulusan-lulusan sekolah ini dan peluang-peluang mereka melanjutkan pelajaran. Kebanyakan lepasan sekolah ini mendapat kedudukan yang tinggi dan dihormati dalam kalangan masyarakat. Walaupun peluang-peluang pelajarnya tidak terhad pada bidang-bidang keagamaan semata-mata,188 hampir keseluruhan pelajar lulusan sekolah ini lebih berminat untuk menceburkan diri dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan soal-soal keagamaan baik dalam profesion pendidikan, pentadbiran atau bekerja sendiri. Antara bidang pekerjaan yang telah diceburi oleh bekas-bekas pelajar sekolah ini adalah sebagai kerani, tentera, pegawai tadbir, kadi mahkamah, pendakwah dan pensyarah. Lepasan pelajar yang mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah ialah Al- Masnid Syeikh Fuad Kamaludin Al-Rembawi, Ustaz Hashim Ishak Timbalan Pengetua Sekolah Nahdhah Hasanah, Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Pengetua Sekolah Agama Ban Klong, Thailand dan ramai lagi. Kebanyakan pelajar yang datang ke sekolah ini tinggal di kawasan terpencil dan susah mendapat peluang melanjutkan pengajian di peringkat awal kerana kemiskinan. Tanpa mendapat pendedahan pendidikan awal yang sewajarnya, mereka tidak mungkin berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke institusi-institusi pengajian tinggi. Oleh itu, ramai bekas-bekas pelajar di sini telah mencapai kejayaan melahirkan rasa kagum dengan sistem pendidikan di sekolah ini dan juga ketokohan pengasas Tuan Guru Haji Tajuddin al-Jarumi. Lantaran itu, mereka sentiasa datang mengunjungi dan melihat perkembangan sekolah apabila berpeluang dan berkesempatan ke sini. 189 186 Sebelum mendapat bantuan kewangan, sekolah ini sentiasa menghadapi masalah kewangan yang berat dalam menguruskan pentadbiran sekolah. Sumber kewangan utama hanya bergantung pada pemberian zakat, bantuan dan derma dari masyarakat kampung yang rata-ratanya juga miskin. Untuk membayar gaji guru, mudir pernah menggadai geran tanah. Temu bual dengan Temu bual dengan Ustaz Mohd. Jamil Sadaqi bin Haji Tajudin. 187 Laporan Tahunan Jabatan Zakat Tahun 1997-1999. 188 Sistem pelajaran yang disesuaikan supaya dapat mengambil peperiksaan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia agar selaras dengan sekolah-sekolah lain. 189 Temu bual dengan Ustaz Mohd. Jamil Sadaqi bin Haji Tajudin.
  • 100.
    100 6.0 Sistem PendidikanYang Dilaksanakan Di Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Pendidikan akhlak yang ditekankan menjadi syarat utama kepada pelajar-pelajarnya untuk menerokai hidup mereka. Walaupun ada di antara pelajar yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat yang lebih tinggi, mereka tetap mampu mengendalikan hidup mereka dengan sempurna. Mereka bekerja sendiri di kampung-kampung mereka dan tetap mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat kerana mereka mempunyai latar belakang pendidikan di sekolah agama. Mereka juga diterima sebagai pemimpin di peringkat kampung. Sering kali mereka ini dilantik menjadi imam, guru-guru kelas KAFA dan guru-guru kelas al-Quran. Mereka dapat memperbaiki taraf ekonomi keluarga seperti menjalankan aktiviti perniagaan dengan menggunakan ilmu yang ada pada mereka. Antaranya ialah Ustaz Ramli Taha (Imam di Masjid Guar Napai, Jitra) yang menjadi salah seorang usahawan yang berjaya memproses daun tembakau di daerah ini, Ustaz Nawawi Lebai Isa (seorang Imam dan guru agama) merupakan seorang kontraktor yang sedang meningkat naik dan Encik Ramli Hussein, seorang peniaga dan guru al-Quran. Walau apa pun bidang yang mereka ceburi sama ada sebagai peniaga, peneroka, petani dan suri rumah, mereka sangat dikehendaki oleh masyarakat kampung untuk memimpin dan mengajar secara umum, menjadi imam atau mengajar al-Quran. Ilmu-ilmu asas ini menjadi perintis kepada kesedaran jiwa dan kepentingan ilmu agama bagi penduduk sekitar. Bidang pendidikan merupakan bidang yang paling ramai ceburi oleh bekas-bekas pelajar sekolah ini sama ada dengan memberi sumbangan kepada sekolah ini sendiri atau ke tempat-tempat lain. Terdapat juga antara mereka yang diterima terus mengajar setelah mendapat syahadah atau melanjutkan pelajaran terlebih dahulu ke mana-mana institusi pengajian tinggi sebelum bertugas. Sebahagian besar daripada mata pelajaran agama dan Bahasa Arab dipegang oleh ustaz dan ustazah lulusan empat thanawi al-Nahdhah Hasanah di sekolah ini. Kebolehan mereka adalah lebih diyakini bagi mengajar ilmu- ilmu tersebut berbanding dengan guru-guru siswazah khususnya dari universiti-universiti tempatan. Hal ini bermakna sistem pendidikan di sekolah ini dapat digunakan sebagai rujukan ke arah penyusunan semula sistem pendidikan, khususnya pendidikan agama supaya menjadi lebih berkesan berbanding dengan sistem pendidikan agama dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan sekarang. 6.1 Lulusan Keluaran Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Terdapat juga pelajar-pelajar sekolah ini telah berjaya menjadi pendidik di seluruh tanah air seperti Ustaz Haji Daud bin Haji Hassan (Guru Besar Sekolah Agama Sungai Balak, Kajang, Selangor), Ustaz Mohd Hatta (Guru Agama di Sekolah Menengah Teknik Cheras), Ustaz Othman Bakar (Guru Bahasa Arab di Kolej Islam Klang) dan ramai lagi. Pada peringkat bidang pendidikan yang lebih tinggi, lahir beberapa orang pensyarah yang mendapat didikan awal di madrasah ini. Antaranya ialah Profesor Dr Wan Salim Wan Mohd Nor, Pensyarah USM, Prof Dr Rusni Samah Dekan USIM, Syeikh Sobri Arsyad Tok Guru Pondok di Pulau Pinang, Ustaz Alias Ahmad Pensyarah Darul Quran JAKIM, Ustaz Helmi Al-Hafiz Pensyarah KITAB dan Dr Othman Haji Ishak, Ketua Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya. Selain dari bidang pendidikan, bidang-bidang lain yang telah diceburi oleh bekas-bekas pelajar ialah pegawai- pegawai tadbir, ahli-ahli politik, kadi dan pegawai-pegawai penerangan. Antara pelajar yang menceburi bidang ini ialah Yang Amat Arif Dato' Syeikh Yahya Jusuh Hakim Besar Mahkamah Syariah Negeri Kedah,
  • 101.
    101 Syeikh Abdullah AhmadBahagian Fatwa JAKIM, Ustaz Roslan Che Ros Pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Syeikh Azian Man Al-Hafiz, Imam Besar Masjid USJ 9, Subang Jaya dan Encik Musa Hashim, Nazir Bebas, Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti-aktiviti kokurikulum yang banyak menekankan debat dan pidato telah melahirkan dua orang tokoh politik yang terkenal di Kedah iaitu Allahyarham Encik Mohd. Zain bin Ahmad, bekas wakil rakyat manakala dalam bidang perundangan Islam, terdapat beberapa orang telah berjaya menjadi kadi iaitu Ustaz Yahya Jusoh di Kedah dan Mohd Rasul yang menjadi naib kadi di Selangor. Pendekatan dalam usianya yang belum mencapai satu abad, sekolah ini telah berjaya mengeluarkan pelajar-pelajar yang dapat menjawat pelbagai bidang khususnya yang berkaitan dengan soal-soal keagamaan. Perkembangan dalam sistem pendidikan dan kurikulum sekolah pada awal tahun 1960-an hingga sekarang telah menyebabkan ramai pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Satu perkara lagi yang menjadi faktor penggalak ialah pemberian biasiswa oleh Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan bantuan zakat Fisabilillah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang pelajaran. Pelajar-pelajar sekolah ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi sama ada dalam negeri mahupun luar negara diharapkan menjadi generasi muda yang akan terus memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Islam di Malaysia dan dalam pentadbiran Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah. Peranan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah sangat penting bagi membuat pembaharuan kepada masyarakat. Sebagai sebuah sekolah agama yang wujud di tengah-tengah kelompok masyarakat yang hampir keseluruhannya buta huruf dan masih kurang pengetahuan agamanya, sekolah ini mengadakan kegiatan-kegiatan yang bersifat keilmuan seperti mengadakan kelas-kelas fardu ain, membimbing mereka agar mengenal huruf dan nombor, mendidik anak-anak dalam satu sistem pengajian, mengadakan perayaan-perayaan bercorak keagamaan seperti majlis Maulud Nabi, Israk Mikraj dan malam qiamullail. Kegiatan seperti ini berperanan menyedarkan penduduk tempatan tentang pentingnya ilmu dalam amalan kehidupan seharian. Sejak penubuhan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah pada tahun 1946, sekolah ini telah mendapat kepercayaan daripada masyarakat setempat untuk menjalankan aktiviti keilmuannya. Guru-guru di situ khususnya tuan mudir/pengetua telah memainkan peranan penting bagi mengukuhkan akidah dan menerangkan konsep Islam dengan cara yang mendalam. Kesedaran masyarakat Melayu untuk mendalami ilmu agama Islam dahulunya sangat rendah. Hal ini kerana mereka memahami Islam itu sebagai agama ibadat semata-mata menyebabkan minat mereka kurang untuk memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya ilmu selain dari pelajaran agama. Kemunculan sekolah ini telah berjaya memberi pemahaman tentang konsep pendidik di dalam Islam yang sebenar dan menarik perhatian masyarakat khususnya masyarakat setempat. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di sekolah ini lebih menjurus kepada sistem pengajaran yang sistematik dan fleksibel berbanding sistem pondok yang telah menjadi tradisi pendidikan dalam masyarakat Melayu. Sekolah ini juga telah membuka jalan kepada penduduk tempatan untuk mempunyai peluang menuntut ilmu. Hasilnya ramai pelajar lulusan sekolah ini berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian di dalam dan luar negara. Selepas merdeka, sekolah ini juga telah digunakan oleh pihak kerajaan untuk mengadakan ‘kelas dewasa’ dalam usaha membasmi buta huruf dalam kalangan masyarakat luar bandar. Secara tidak langsung, Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk menimba segala ilmu pengetahuan. Melalui aktiviti sebegini, fikiran masyarakat akan lebih terbuka dan memudahkan berlakunya perubahan ke arah yang lebih baik dalam kehidupan masyarakat.
  • 102.
    102 Di samping itu,satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah dari segi amalan dan pemikiran masyarakat setempat. Pada awal penubuhan sekolah, masyarakat masih kuat berpegang pada amalan- amalan dan kepercayaan-kepercayaan animisme. Sebagai masyarakat yang masih hidup dalam alam pemikiran yang sederhana, sudah tentu pemikiran mereka lebih tertumpu pada alam ghaib. Mereka menggunakan berbagai-bagai-bagai upacara untuk melindungi diri daripada gangguan makhluk ghaib. Pemikiran mereka masih berada pada tahap yang sempit dan jumud. Pemahaman ini telah dapat dikikis sedikit demi sedikit dari pemikiran sedia ada melalui sistem pengajaran umumi. Pengajaran ini menekankan kepada mereka bahawa tidak ada kuasa lain yang berkuasa selain daripada Allah dan tiada apa yang perlu ditakuti selain dari Allah. Tuan Guru Haji Tajuddin sendiri di dalam pengajarannya sentiasa memperingati bahawa perkara-perkara tahayul yang dilakukan adalah perkara dilarang dalam Islam. Amalan-amalan khurafat seperti percaya pada kebolehan tok keramat dan penunggu adalah dianggap syirik. Masyarakat Melayu merupakan golongan yang patuh pada ajaran agama dapat menerima penerangan-penerangan daripada guru agama dengan mudah. 190 Usaha menyedarkan masyarakat tentang perkara ini juga telah ditekankan oleh lepasan- lepasan sekolah yang mengajar di kampung. Amalan-amalan dan kesedaran yang ditanam oleh tuan guru dan murid-muridnya telah memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menghadiri kelas umumi sama ada di kawasan sekolah, di masjid dan surau. Kesedaran masyarakat terus timbul apabila adanya pembaharuan-pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan seperti memajukan sekolah-sekolah menengah dan kebangsaan, mengadakan jalan raya, pemasangan air paip dan elektrik yang memudahkan lagi perhubungan dengan masyarakat luar. Aktiviti-aktiviti yang bersifat keilmuan dan bercorak kebudayaan turut diperkenalkan kepada masyarakat seperti pementasan drama yang bercorak cerita-cerita kepahlawanan Islam dan teladan, pidato, berbahas, nasyid, membaca al-Quran, berzanji. Aktiviti-aktiviti ini sering kali juga diadakan bersama-sama dengan orang kampung. Pada waktu itu, mereka sudah mempunyai pemikiran yang terbuka dan berkebolehan zikir dan marhaban. Wujudnya sekolah ini di Kampung Melele telah berjaya memperbanyakkan lagi golongan orang-orang yang berilmu khususnya dalam bidang keagamaan. Kebanyakan generasi-generasi muda di sekitar kawasan Kubang Pasu mula sedar tentang konsep Islam yang sebenar sama seperti yang ditekankan dalam pengajaran di sekolah. Apabila terdapat pelajar-pelajar lulusan sekolah ini meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi, timbul kesedaran masyarakat bahawa luasnya ilmu pengetahuan yang perlu mereka pelajari. Lulusan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah telah berjaya membuktikan bahawa mereka juga boleh diterima memasuki bidang pekerjaan di jabatan-jabatan kerajaan setanding dengan lulusan-lulusan sekolah kerajaan.191 190 Temu bual dengan Ustaz Mohd. Jamil Sadaqi bin Haji Tajudin. 191 Temu bual dengan Ustaz Mohd. Jamil Sadaqi bin Haji Tajudin.
  • 103.
    103 7.0 Kesimpulan Dasar danmatlamat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah telah memilih dasar pendidikan Islam dalam mendidik masyarakat Melayu. Pemilihan ini amat sesuai diterapkan dalam kebudayaan Melayu kerana masyarakat Melayu telah memilih Islam menjadi panduan hidup mereka sejak abad kedua belas lagi. Sekolah ini dijadikan sebagai sebuah sekolah yang masih mengekalkan dasar institusi pendidikan Islam yang dapat membentuk peribadi generasi muda. Mereka ini masih perlukan bimbingan untuk menjadi insan yang berilmu. Guru-guru sekolah ini memainkan peranan dalam mendidik pelajar dalam pelbagai ilmu ke arah pembentukan muslim yang sejati. Sekolah ini tidak pernah ketinggalan dalam usaha-usaha ke arah kemajuan di mana pihak pentadbiran sekolah sentiasa berusaha agar sekolah ini akan terus berperanan mendidik dan membimbing generasi muda. Untuk meningkatkan mutu pelajaran di sekolah ini, sekolah memulakan usaha dengan membentuk kelas untuk pelajar-pelajar menghadapi SPM dan PMR agar mereka dapat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Penglibatan pelajar merupakan suatu sokongan dan galakan kepada sekolah ini dalam membimbing pelajar yang cerdik dan menyerlah di luar kelak. Sumbangan sekolah dari penubuhan hinggalah ke tahun 1999 telah memberi kesan perubahan kepada masyarakat tempatan. Penyebaran dan kefahaman Islam disebarkan melalui sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah ini. Pendidikan ini telah membuka minda masyarakat untuk menyedari kepentingan ilmu dalam merubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Adalah diharapkan semoga sekolah-sekolah agama rakyat akan terus mendapat perhatian dari kerajaan dan semoga sekolah ini membawa lebih manfaat kepada masyarakat Islam khususnya pada masa akan datang.
  • 104.
    104 Bibliografi Sumber Primer i. CenderamataAl-Nahdhatul Hasanah (Sempena Pembukaan Bangunan Baru), 1961. Pulau Pinang: United Press. ii. Cenderamata Taufikiah Khairiah Tahun 1966/1985/86, 1986. Pulau Pinang: United Press. iii. Undang-undang Kawalan Murid Madrasah Al-Nahdhatul Hasanah, 1972. Kedah: Madrasah Al-Nahdhatul Hasanah. Laporan i. Laporan Mengenai Pelaksanaan Dasar Pelajaran Terhadap Pelajaran Agama Islam Mengikut Syor Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Menyemak Pelajaran 1960. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ii. Penyata Jawatankuasa Laporan Pelajaran, 1956. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. iii. Penyata Zakat Negeri Kedah 1960-1963, 1963. Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah. Alor Setar: Percetakan Ustara. iv. Penyata Zakat Negeri Kedah 1980-1983, 1983. Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah. Alor Setar: Percetakan Ustara. v. Penyata Zakat Negeri Kedah 1997-1999, 2000. Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah. Alor Setar: Percetakan Ustara. Buku i. Ibrahim Ismail, 1987. Sejarah Kedah Sepintas Lalu. Kedah; Jawatankuasa Penerbitan Universiti Utara Malaysia. ii. Md. Nor Salleh (Noorjaya) & Abdul Haim Haji Salleh, 1996. Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Kedua Islam di Kedah Darul Aman. Kedah: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman. iii. Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia , Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Tesis i. Zaharah Lebai Abdullah, 1978. Pendidikan Pondok di Kalangan Masyarakat Islam di Kedai 1840-an1957, Latihan Ilmiah. Bangi: Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • 105.
    105 MAKTAB SULTAN ABUBAKAR ( ENGLISH COLLEGE ), JOHOR BAHRU, JOHOR DARI TAHUN 1914-1967 SANTHIAH A/P SUNTHARARAJU 1.0 Pengenalan Pendidikan merupakan batu asas yang penting dalam membentuk insan yang holistik iaitu seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan usaha ini adalah penting bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Selaras itu, sistem Pendidikan Inggeris di negara kita telahpun bermula pada zaman sebelum Merdeka. Manakala, kesedaran Kerajaan Johor mengenai kepentingan pendidikan telah menyerlah pada tahun1850-an dengan mengamalkan sistem pendidikan Anglo-Vernacular, iaitu mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris secara serentak pada tahun 1910.192 Tujuan utamanya, mengalakkan kanak- kanak Melayu mempelajari Bahasa Inggeris yang bersifat dwibahasa. Setelah Tanjung Puteri dijadikan sebagai bandar dan ibu negeri negeri Johor pada tahun 1855, Temenggung Ibrahim telah menubuhkan sekolah Inggeris untuk rakyatnya di situ.193 Manakala, perkembangan sekolah Inggeris di Johor Bahru kelihatan pada awal abad ke-20 iaitu tahun 1913 apabila 2 buah sekolah Inggeris telah ditubuhkan iaitu Maktab Sultan Abu Bakar (English College) dan juga Sekolah Inggeris Bukit Zahrah.194 Sehubungan itu, saya telah menghasilkan sebuah penulisan berkaitan “Peranan English College, Johor Bahru Semasa Perang Dunia Kedua”. 2.0 Latar Belakang English College Pada 1914, bangunan asal English College telah dibina di atas bukit di Jalan Straits View.195 Pada mulanya, sekolah tersebut berfunsi sebagai sekolah lanjutan bagi murid-murid tamat belajar di Sekolah Bukit Zahrah. Manakala, sejarah Maktab Sultan Abu Bakar ataupun English College bermula di Maktab Lama yang sederhana dengan penempatan seramai 21 orang pelajar lelaki yang menerima bantuan penuh untuk melanjutkan pelajaran di bawah 2 orang guru berbangsa Inggeris iaitu En.Morrison dan 192 Pendidikan Asas Kemajuan Minda dan Material di Johor, Johor Bahru: 193 Lampiran A: Projek Sambungan Pelajaran Menengah di Negeri Johor 194 Khoo Kay Kim, (1985), Sejarah Masyarakat Melayu Moden , Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan University Malaya, hlmn. 20 195 Direktori Negeri Johor, Johor Bahru : Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor, hlmn. 119
  • 106.
    106 En.Holman. Pada tahunberikutnya pelajar-pelajar dari Johor Bahru, Muar dan Batu Pahat mula diterima di Maktab Sultan Abu Bakar (English College).196 Pentadbiran sekolah ini adalah berasaskan tradisi Sekolah Inggeris Awam pada masa tersebut dan semua tenaga pengajar adalah berbangsa Eropah. Beberapa tahun kemudian, ia membuka ruang kepada guru-guru tempatan untuk bertugas di sana. Pada tahun 1926 satu pemeriksaan telah diatur oleh Kerajaan Johor bersama Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atas sekolah-sekolah Inggeris di Johor. Hasilnya, Ketua Nazir sekolah-sekolah Inggeris telah menghantar satu laporan yang menyatakan bahawa organisasi dan pentadbiran sekolah-sekolah Inggeris di Johor adalah terlalu buruk dan mundur berbanding dengan sekolah-sekolah di Singapura dan Semenanjung.197 Pada masa yang sama, En.H.R.Cheeseman yang berbangsa Eropah telah dilantik sebagai Penguasa Pelajaran Negeri Johor yang pertama. Beliau menjalankan tugasnya dengan membuat pembaharuan di sekolah-sekolah Inggeris seperti menyelaraskan sistem pelajaran sekolah-sekolah di negeri Johor dengan sistem Pelajaran Induk di Malaysia. 3.0 Penutupan English College pada tahun 1928 Semasa perkhidmatan En.H.R.Cheeseman beliau telah memerhatikan setiap sudut English College secara mendalam. Sehubungan itu, beliau telah memastikan dan menunding jari beberapa kekurangan yang terdapat dalam sistem pelaksanaan dan pentadbiran. Misalnya, Maktab Sultan Abu Bakar ataupun “English College” adalah tidak bersifat ekonomis.198 Kedua, amalan Maktab Sultan Abu Bakar seperti menerima ambilan para murid yang terbaik di sekolah masing-masing untuk diserap serta meneruskan pelajaran di Maktab tersebut. Tindakan ini merugikan sekolah-sekolah lain. Ketiga pula berkaitan dengan isu pegambilan guru-guru untuk bertugas di English College. Masalahya, maktab tersebut menyerap sebahagian besar tenaga-tenaga pengajar yang cekap dan juga berpengalaman. Mereka juga dikenali sebagai tenaga pengajar yang terbaik di seluruh Semenanjung Malaysia. Maka, tindakan English College telah mengurangkan peluang sekolah-sekolah lain menerima guru-guru yang berkaliber. Selain itu, standard hasil kerja murid-murid tua ataupun “senior” lepas telahpuh dipertikai. Akibat isu-isu tersebut Maktab Sultan Abu Bakar ataupun English College dikatakan telah mengenepikan matlamat utama penubuhannya. Menurut pandangan En.H.R.Cheeseman, “Johore had not been ripe for the College”.199 Di samping itu, beliau telah mengemukakan ideanya untuk bertukar English College menjadi asrama kepada murid-murid lelaki yang khas dipilih. Beliau menekankan saranan tersebut kerana rancangan tersebut dapat mencipta elemen nukleus Maktab Sultan Abu Bakar yang amat penting untuk 196 Rujuk Lampiran A: Lokasi English College 197 Chew Kiew Kim (1955), A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House. hlmn. 95 198 Sejarah Maktab Sultan Abu Bakar (English College).hlmn.1 199 Chew Kiew Kim (1955), A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House. hlmn. 96
  • 107.
    107 pembukaan semula. Namun,pelaksanaan idea tersebut memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Selanjut itu, Maktab Inggeris Lama telah ditutup pada 30 April 1928 berdasarkan saranan En.H.R.Cheeseman. Maktab Sultan Abu Bakar telah ditutup untuk pertama kali sejak penubuhannya 14 tahun lalu. Peristiwa ini telah mengambil tempat dalam sejarah English College. 4.0 Pembukaan Maktab Inggeris Baru Sehari selepas itu pada 1 Mei 1928 Maktab Inggeris Baru telah dibuka dengan corak baru yang merangkumi 3 unit yang berasingan seperti Maktab Inggeris Baru, Sekolah Ngee Heng dan Sekolah Bukit Zaharah. Jumlah pelajar pada masa itu adalah 143 orang. Seterusnya, segala saranan yang telah disumbangkan oleh En.H.R.Cheeseman telah diluluskan oleh kerajaan. Selaras itu, En.T.Drury telah memegang jawatan Guru Besar yang pertama di Maktab Inggeris Baru. Pada tahun 1929, beliau telah bermula menjalankan kajian yang belum pernah dilakukan dalam kalangan murid-murid kelas elementari tinggi di Malaya ketika itu. Menyediakan set Matematik khas merupakan salah satu usaha dalam kajian En.T.Drury. Usaha ini dapat memastikan para murid dapat menguasai subjek Matematik dan Bahasa Inggeris secara kendiri. Setelah berjaya melalui beberapa trial atau cubaan idea tersebut terus diamalkan dan dipraktikkan sehinggalah beliau bersara iaitu sekitar tahun 1933. Selain itu, En.T.Dury telah memperkenalkan sistem “belang dan bintang” (stripe & star).200 Sistem ini diamalkan oleh beliau bagi mengawal masalah disiplin di Maktab Inggeris Baru. Misalnya, seorang pelajar yang berjaya mengumpulkan 6 bintang akan diberi cuti separuh hari pada hari Khamis. Sebaliknya, pelajar yang mengumpul 6 belang akan dirotan oleh Guru Besar. Perkembangan dan kemajuan murid akan direkod dari semasa ke semasa dan disimpan oleh guru kelas masing-masing. Di samping itu, “Detention Class” diadakan untuk murid yang lalai dalam melakukan tugas sekolah yang telah diamanahkan. Manakala, “Drill Class” pula diadakan khas untuk murid-murid yang melanggar peraturan sekolah.201 5.0 Perkembangan Aktiviti Kokurikulum di English College Maktab Sultan Abu Bakar ataupun English College merupakan salah satu sekolah yang memegang status sekolah “Premier” di negeri Johor. Status “Premier” disokong apabila aktiviti kokurikulum mula diberi perhatian. Di mana setiap murid yang disahkan sihat setelah melalui pemeriksaan kesihatan dan jarak tempat tingglanya tidak melebihi 2 batu dari English College ataupun individu yang memiliki sebuah basikal diwajibkan untuk menyertai aktiviti kokurikulum seperti permainan dan latihan jasmanai yang diadakan di sekolah. 200 Sejarah Maktab Sultan Abu Bakar (English College).hlmn.2 201 Chew Kiew Kim (1955), A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House. hlmn. 97
  • 108.
    108 Seterusnya, empat buahrumah sukan telah diwujudkan berdasarkan warna yang berbeza. Setiap murid baru akan ditetapkan satu rumah sukan. Pada masa yang sama, beberapa jenis sukan telah bermula diajar di “English College”. Misalnya, sukan air (water sports) seperti berenang menjadi menerima sambutan baik dalam kalangan peserta ataupun murid-murid.202 Hal ini dapat dibuktikan apabila pertandingan yang melibatkan sukan air akan diadakan setiap tahun. Selain itu, sukan tinju ataupun “Boxing” juga menjadi terkemuka. Hal ini demikian jurulatih khas utnk sukan tinju dari Singapura telah ditetapkan untuk melatih para murid lelaki Sekolah Inggeris Baru. Di samping itu, sukan seperti bola tampar, badminton dan bola sepak juga mula dilatih oleh murid-murid Maktab Sultan Abu Bakar. Permainan bola sepak menjadi tersohor apabila murid-murid yang telah dilatih tersebut melibatkan diri dalam beberapa pertandingan. Contohnya, Perlawanan Bola Sepak Piala Arab yang telah dianjurkan oleh masyarakat Arab di Muar. Dalam perlawanan tersebut peserta dari English College telah berlawan dengan pasukan-pasukan dari Sekolah Kerajaan Muar, Batu Pahat dan juga Segamat.203 6.0 Peranan English College dalam Perang Dunia Kedua dan Kesannya Semasa peperangan English College telah menyumbangkan perananya dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, sebuah pasukan telah ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Maktab. Di situ, pelajar dapat belajar berjimat cermat dan dan membeli Sijil Simpanan Peperangan. Selain itu, Persatuan Pengakap Maktab Sultan Abu Bakar juga membantu dalam menjaga Bilik Kawalan Keselamatan Serangan Udara. Aktiviti- aktiviti dan pertolongan seperti ini telah diteruskan sehingga 26 Januari 1942. Seterusnya, Jepun mengambil alih kuasa pemerintahan di Johor. Namun, maklumat tentang English College semasa pemerintahan Jepun tidak mencukupi. Salah satu maklumat yang telah diperolehi adalah Maktab Sultan Abu Bakar telah digunakan sebagai sebuah kilang dan telah dicontengkan dengan cat warna hitam. Pada zaman pemerintahan Jepun tiada sekolah baru yang dibuka. Bahkan, kebanyakan sekolah Inggeris telah ditutup ketika itu untuk dijadikan depot askar-askar Jepun dan peralatan peperangan. Sungguhpun sekolah-sekolah tersebut telah dibuka semula selepas tahun 1945, iaitu setelah kekalahan Jepun, namun kebanyakannya telah rosak dan berada dalam keadaan yang daif. Perkara sama dialami oleh English College. Walapun, Maktab telah dibuka semula pada minggu kedua bulan Januari tahun 1946. Namun, situasi Maktab amat menyedihkan sehingga ia telah ditempatkan di Sekolah Bukit Zahrah untuk sementara.204 Pada penggal kedua setelah segala kerosakan akibat kedudukan Jepun telah dibaiki bangunan tersebut diguna semula. Dengan itu, status sekolah menengah Maktab Sultan Abu Bakar telah kembali diperolehi. Kerosakan yang berpunca daripada peperangan telah menimbulkan pelbagai masalah yang menganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di Maktab ini. Misalnya, Pengajaran Sains yang dijangka 202 Chew Kiew Kim (1955), A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House. hlmn. 99 203 ibid.hlmn.103 204 Chew Kiew Kim (1955), A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House. hlmn. 106
  • 109.
    109 akan dimula padatahun 1940 terpaksa ditundakan sehingga tahun 1947.205 Pada tahun berikutnya, subjek Sains telah diwajibkan dalam Standard VI, VII, dan VIII. Setelah pembukaan semula Maktab pelbagai pembaharuan dan perubahan telah dilaksanakan. Sebagai contoh, pada penggal ketiga pula, sebuah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung antara para guru dan pelajar. Majalah Maktab yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1948. Pada tahun 1950, sistem pilihanraya telah diperkenalkan dan diteruskan sehingga untuk 5 tahun seterusnya. Post School Certificate dimulakan pada tahun 1949 di Maktab tersebut dan kini ia dikenali sebagai Tingakatan. Kumpulan pertamanya terdiri daripada 15 orang termasuk 2 orang pelajar perempuan. Inilah pertama kali Maktab Sultan Abu Bakar membenarkan kemasukan pelajar perempuan. Pelajar-pelajar English College telah mengambil kertas Sains Am dalam peperiksaan Cambridge School Certificate untuk kali pertama pada tahun 1950 dan peperiksaan Sains Amali pada tahun 1951.206 Pada masa yang sama, dari segi kokorikulum pelbagai persatuan dan badan beruniform serta kelab sukan telah disusun semula selepas tamat Perang Dunia Kedua seperti pasukan pengakap telah menjadi English College Senior Group dan The First Johore Bahru Group. Persatuan Murid-Murid Tua Maktab yang wujud sejak 1934 telah dihidupkan semula.. Malah sehubugan membaiki keadaan dan kerosakan penjajahan Jepun persatuan baru diperkenalkan. Sebagai contoh, Persatuan Drama diperkenalkan pada tahun 1949, Persatuan Mengumpul Setem pada 1950 dan Kelab Catur telah mengharumkan nama Maktab ini. Permainan baru seperti ragbi, bola sepak, hoki, tenis meja, kriket dan bola keranjang juaga wujud di Englsh College setelah tamat peperangan. Seterusnya setelah 4 tahun tamat penjajahan Jepun, pada awal bulan Februari 1950 Bendera Persekutuan telah mula berkibar di kawasan Maktab.207 Menjelang tahun 1955, sebuah dewan baru sekolah yang dilengkapi dengan kemudahan terbaru telah dirasmikan oleh Menteri Besar. Majlis Pelajar telah bermula bagi menggantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar pada 1956 dan ia bertanggungjawab untuk membincangkan kemajuan serta keperluan Maktab. Selain itu, pada tahun yang sama Hari Ucapan telah diadakan dan sempena majlis tersebut 3 buah makamal Sains batu telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultanah Engku Tun Aminah. Pada masa tersebut, Maktab telahpun dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan yang sempurna. Namun, masalah kekurangan guru Sains telah muncul disebabkan guru-guru muda bekerja untuk sementara sahaja manakala, guru yang berpenglaaman pula telah ditukarkan ke tempat lain. 7.0 Pindahan Sekolah Inggeris Baru ke Bangunan Baru 205 Sejarah Maktab Sultan Abu Bakar (English College).hlmn 3 206 Sejarah Maktab Sultan Abu Bakar (English College).hlmn 3 207 Chew Kiew Kim (1955), A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House. hlmn. 108
  • 110.
    110 Berhubung dengan hasratEn.Cheeseman iaitu mewujudkan bilik darjah yang bersifat “bright, inviting & cheery”.208 Pelbagai projek pembinaan telah dilaksanakan dari semasa ke semasa di Maktab Sultan Abu Bakar. Pelbagai usaha telah diambil untuk membina bangunan baru untuk English College. Hal ini kerana bangunan lama telah menjadi tidak sesuai dan tidak selamat untuk penggunaa. Selain itu, pembaharuan ini akan menceriakan lagi suasana sekolah selaras dengan status “Premier. Kepentingan pembaharuan dapat dilihat dalam pernyataan yang diberi oleh En.Cheeseman kepada pihak kerjaan yang berbunyi: “It will mean much for the future of local education. If the English College is in a building consonant with its position as the primier school of Johore” (Reports on Malay Schools, June 1928) Beliau juga telah menyuarakan cadangan dan buah fikirannya kepada pihak kerajaan. Iaitu Maktab Perguruan Melayu Johor harus ditutup disebabkan kekurangannya dari segi kemudahan dan bangunan tersebut boleh digunakan sebagai bangunan baru Maktab Sultan Abu Bakar setelah menjalankan sedikit penambahan dan pembaharuan.209 Cadangan yang dikemukakan oleh beliau telah mendapat kelulusan dari pihak kerajaan dan guru-guru pelatih yang sedang mengkaji di Maktab Perguruan Melayu Johor diberi peluang untuk meneruskan pengajiannya di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Maim. Manakala, Maktab Sultan Abu Bakar telah berpindah ke bangunan ataupun bahagian baru secara rasmi pada akhir tahun 1930. Namun perasmiannya telah diadakan pada tahun 1931. Pada ketika itu, Sekolah Perempuan Melayu juga mendapat peluang untuk menikmati bangunan baru tetapi projek pembinaan dijangkakan tamat pada pertengahan tahun 1931. Sementara itu, murid-murid sekolah tersebut telah dibuka ruang untuk menggunakaan bangunan lama English College.210 8.0 Zaman kegemilangan Maktab Sultan Abu Bakar Sebagai sebuah sekolah berstatus “Premier’, English pelbagai usaha telah diambil supaya dapat menyerlahkan keistimewaan dan keterampilan khas Maktab Sultan Abu Bakar. Misalnya, pada tahun 30 an satu acara yang penting diadakan ialah sebuah pameran anjuran Kelab Kamera Maktab. Setelah 2 tahun Hari Ucapan dan Penyampaian hadiah telah diadakan dan Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Sultanah menjadi para tetamu kehormat. Kemuncak dalam majlis tersebut adalah apabila Sultanah telah menyumbangkan hadiah $100 dan $50 kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang akademik 211 208 Chew Kiew Kim (1955), A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House. hlmn. 99 209 Sejarah Maktab Perguruan di Malaysia, hlmn. 27 210 Chew Kiew Kim (1955), A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House. hlmn. 104 211 Chew Kiew Kim (1955), A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House. hlmn. 105
  • 111.
    111 Selain itu, tabungkhas untuk “Hadiah Drury” telah ditubuhkan pada tahun 1933 dan para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Senior Cambridge telah mendapat peluang untuk menerima “Hadiah Drury” tersebut.212 Manakala, Persatuan Guru-guru yang telah ditubuhkan pada tahun 1927 berfungsi secara aktif untuk mengembangkan profesionalisme dalam kalangan guru-guru negeri Johor sehingga tahun 1930 an. Perubahan penting yang telah dicatat ialah pada tahunn 1936 di mana tuan guru besar telah melantik seorang kerani rasmi yang pertama untuk membantu menguruskan pentadbiran sekolah. Seterusnya, peristiwa mengadakan Hari Ucapan di kantin ataupun Tuckshop telah menyedarkan pihak pentadbiran mengenai kepentingan sebuah dewan di English College. Setelah mendapat kebenaran dari pihak kerajaan sebuah dewan dilengkapi kemudahan terbaru telah dibina. Kepentingan dan keperluan sebuah dewan dapat diketahui daripada kata-kata yang diutarakan oleh Menteri Besar di majlis perasmian dewan baru. “You have all waited long enough. But you receive fair compensation. The last now become the best ! ” (Perasmian Dewan Maktab Inggeris, 17 Julai 1955) Peristiwa ini merupakan memori indah dan bangga kepada semua warga English College. Kemajuan dan kegemilangan English College diteruskan lagi pada tahun 1956 ketika Majlis Pelajar ditubuhkan bagi menggantikan Perwakilan Pelajar. Majlis Pelajar bertanggungjawab dalam membincangkan rancangan kemajuan Maktab. Proses pengundian akan dijalankan untuk memilih parti yang menang. Student’s United Front, Student’s Action Party dan Collegians Own Party merupakan antara parti yang sering bertanding.213 Peristiwa 3 buah makmal Sains telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultanah Engku Tun Aminah sempena Hari ucapan tahun 1956 juga merupakan detik bangga Maktab Sultan Abu Bakar. Pameran Seni, Sains dan Matematik juga diadakan bagi mengekalkan tradisi Maktab. 214 Berdasarkan sejarah English College pada tahun 1957 Maktab tersebut digolongkan sebagai sempurna dengan segala kemudahan dan kelengkapan yang baru. Namun, ia masih mengalami kekurangan dari segi bilangan guru terutamanya bagi matapelajaran Sains. Masalah ini wujud disebabkan kebanyakkan guru-guru muda yang memiliki kelulusan hanya berkhidmat untuk waktu sementara. Manakala, guru-guru yang lebih berpengalaman pula telah ditukarkan ke sekolah ataupun tempat lain. Asrama yang telah dirasmikan pada tahun 1956 telah dikunjungi oleh Allayarham Tun Abdul Razak pada bulan Julai 1957. 212 Sejarah Maktab Sultan Abu Bakar (English College).hlmn.2 213 Sejarah Maktab Sultan Abu Bakar (English College).hlmn.2 214 Chew Kiew Kim (1955), A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House. hlmn. 110
  • 112.
    112 Pada tahun yangsama sistem peperiksaan mengalami perubahan di mana pelajar hanya menduduki 2 peperiksaan penting iaitu LCE dan juga Sijil Persekolahan Cambridge.215 Di samping itu, beberapa tetamu kehormat pernah mengunjungi Maktab Sultan Abu Bakar. Antaranya, Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong meluangkan lebih sejam untuk beramah mesra dengan kakitangan Maktab dan juga menanam sebatang pokok sebagai tanda ingatan pada November 1958. Keduanya, Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Johor berangkat untuk memeriksa Barisan Kehormatan serta memeriahkan majlis Hari Ucapan tahun 1959. Januari 1959 sebuah sekolah cawangan telah dibuka bangunan bagi mengatasi masalah kekurangan tempat di bangunan dominan. Oleh itu, bangunan Institusi Bahasa di Bukit Senyum telah digunakan untuk menjadi sekolah cawangan English College.216 Sekolah Cawangan baru memberikan Latihan akademik dan vokasional selama beberapa tahun kepada para pelajar. Selanjutnya, pada 9 Februari 1961, lencana sekolah dan pakaian seragam sekolah telah diperkenalkan untuk kali pertamanya. Pada 1966 pula, Maktab Inggeris telah berjaya mendapat blok terbaru yang merangkumi 5 buah bilik darjah, 2 buah makmal, sebuah perpustakaan dan sebuah kantin. $ 160, 000.00 telah dibelanja sebagai kos pembinaan blok baru tersebut. Pertambahan bilangan murid setiap tahun telah mengakibatkan wujudnya “kelas-kelas terapung” maksudnya kelas- kelas itu harus dipindah dari semasa ke semasa. Maka, pembinaan blok baru diberi kepentingan bagi menyelesaikan masalah kekurangan bilik darjah. Pada akhir tahun 1966, program ‘work-to-rule’ telah dilancarkan oleh guru-guru yang menjadi anggota Persatuan Guru-Guru Nasional (NUT).217 Ahli NUT telah memulaukan segala aktiviti kokurikulum. Namun begitu, para guru yang tidak menjadi ahli Persatuan Guru-Guru Nasional (NUT) masih bertugas dalam usaha meneruskan aktiviti kokurikulum di Maktab. Tahun 1967 untuk pertama kali dalam sejarah Maktab Sultan Abu Bakar 2 orang pelajar tingkatan 2 dan 3 orang pelajar tingkatan 3 yang buta dibenarkan untuk belajar bersama-sama pelajar yang normal. Mereka juga disediakan kemudahan seperti memberi buku- buku yang menggunakan tulisan “Braile” dan 2 orang guru khas sebagai pembimbing. Lagu Maktab telah dicipta oleh Encik Lim Teck dan Encilk Yusof Karto telah menulis liriknya serta dinyanyikan untuk kali pertama Di hari Ucapan pada tahun 1969. Akhinya, pagar sekeliling kawasan Maktab telah siap dibina pada 19 April 1970 dan pada 27 April 1970 berbaris sepanjang jalan sempena menyambut lawatan Putera Mahkota dan Puteri Jepun.218 9.0 Maktab Inggeris Mendapat Nama Baru Akhirnya, berdasarkan mesyuarat Lembaga Pengelola Maktab pada 1960 nama Maktab Inggeris telah ditukar nama baru iaitu “Maktab Sultan Abu Bakar”. Hal ini demikian memberi imej tempatan yang selaras dengan identiti baru sebuah negara baru yang Merdeka. Nama tersebut dipilih sempena nama Sultan Abu 215 Sejarah Maktab Sultan Abu Bakar (English College).hlmn.4 216 Sejarah Maktab Sultan Abu Bakar (English College).hlmn.4 217 ibid 218 Lampiran A : Jadual Tawaran.
  • 113.
    113 Bakar sebagai Sultandan Bapa Pembangunan Johor Moden.219 Perkara ini telah dipersetujui dan diluluskan oleh Menteri Pelajaran dalam Hari Ucapan tahun 1966. Namun, ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pelajar lama. Maka, pada tahun 1967, satu persetujuan telah dicapai iaitu nama ”English College” juga boleh digunakan di samping nama baru tersebut.220 10.0 Kesimpulan Sejak 1914 sehingga kini Maktab Sultan Abu Bakar (English College) mengekalkan status ataupun kedudukannya sebagai sekolah yang terunggul dan terkemuka di negeri Johor Bahru. Namun, pada peringkat awal tidak semua penduduk Johor menerima peluang untuk menikmati pendidikan Inggeris.30 Maka, situasi ini boleh digeneralisasikan sebagai fenomena bandar di mana penduduk kampung tidak dapat menikmati pendidikan Inggeris. Hal ini demiikian Sekolah Inggeris seperti Maktab Sultan Abu Bakar lazimnya akan didirikan di kawasan bandar sahaja. Walaubagaimanapun, kini bilangan sekolah di seluruh negara Malaysia telahpun meningkat serta sistem pendidikan telah mengalami pelbagai perubahan. Maka, semua golongan masyarakat mendapat peluang yang sama untuk menerima penddidikan yang bermutu. Oleh itu, saya berharap semua pihak akan berganding bahu dalam usaha menimba ilmu supaya menjadi indidvidu yang berguna dan warganegara yang patriotik. 219 Direktori Negeri Johor, Johor Bahru : Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor, hlmn. 6 220 Sejarah Maktab Sultan Abu Bakar (English College).hlmn.7
  • 114.
    114 BIBLIOGRAFI Chew Kiew Kim(1955),A History Of The English College, Singapore: Malaya Publishing House.Direktori Negeri Johor, Johor Bahru: Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor Khoo Kay Kim, (1985), Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan University Malaya Pendidikan Asas Kemajuan Minda dan Material di Johor, Johor Bahru Sejarah Maktab Perguruan di Malaysia Sejarah Maktab Sultan Abu Bakar (English College).
  • 115.
    115 PENUBUHAN DAN PERKEMBANGANRURAL INDUSTRIAL DEVELOPMENT AUTHORITY (RIDA) DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) DARI TAHUN 1950 HINGGA 2013 MUHAMAD SYAFIQ BIN HUSSIN 1.0 Pendahuluan Tahun 1965 merupakan satu tarikh yang bermakna kepada semua penduduk bumiputera. Hal ini kerana pada tahun ini telah bermulanya satu perubahan yang membawa kepada kemajuan dan peningkatan taraf hidup setelah sekian lama dijajah dan diperintah. Pada tahun 1965, Kongres Bumiputera Pertama telah diadakan bagi membincang keadaan dan kedudukan ekonomi masyarakat Bumiputera serta mencadangkan penyelesaian masalah terhadap sosio-ekonomi masyarakat Bumiputera. Kongres ekonomi bumiputera telah diadakan selama tiga hari iaitu pada 5 hingga 7 Jun 1965. Beberapa perkara telah dibincangkan dalam kongres tersebut, antaranya adalah penubuhan sebuah agensi yang dikenali sebagai Majlis Amanah Rakyat atau MARA bagi menggantikan Rural Industry Development ( RIDA ). Maka hasil daripada kongres tersebut, RIDA diubah kepada MARA. MARA ditubuhkan bagi menggantikan RIDA (Rural Industrial Development Authority). Kongres berpendapat bahawa pentadbiran RIDA perlu diperkemas dan diperbaiki untuk menyesuaikan tugas dengan keadaan semasa. Namanya juga ditukarkan kepada MARA sesuai dengan fungsi baru agensi berkenaan. Dengan penubuhan MARA banyak bantuan dan kemudahan yang diperlukan oleh masyarakat dapat dilaksana. Usaha MARA dalam membantu dan membasmi kemiskinan dapat dilihat dengan usaha-usaha yang ditonjolkan seperti memberi pinjaman, memberi peluang latihan pendidikan, memberi bantuan modal dan sebagainya. MARA merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh MARA bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat Bumiputera. Sejak penubuhan MARA pada tahun 1965 hingga 2013, banyak sumbangan yang telah diberikan bagi membantu masyarakat desa. Pelbagai aktiviti dan projek dilaksanakan bagi memberi peluang kepada masyarakat Bumiputera. Hal ini jelas menunjukkan betapa rapatnya hubungan antara MARA dengan masyarakat. Dalam kajian ini, tumpuan diberikan kepada aspek sejarah dan juga perkembangannya. Banyak sumbangan yang telah dilakukan oleh MARA bagi membantu masyarakat Bumiputera agar terus maju ke hadapan. Maka tujuan kajian ini dibuat adalah untuk melihat kembali dengan lebih mendalam proses penubuhan MARA dan sumbangan yang diberikan oleh badan ini. 2.0 Kedudukan Orang Melayu Sebelum Merdeka Kejatuhan Melaka pada tahun 1511 telah mengubah segala corak kepimpinan dari segi pentadbiran sehinggalah ekonomi. Sebelum pentadbiran dikuasai oleh golongan penjajah, masyarakat bumiputera
  • 116.
    116 mengamalkan cara hidupsara diri dan lebihan hasil yang mereka perolehi mereka hanya perlu persembahkan kepada golongan pemerintah. Hal ini kerana pada masa itu terdapat dua golongan iaitu golongan pemerintah dan juga golongan diperintah. Golongan pemerintah akan menjaga dan melindungi rakyat daripada ancaman musuh dari luar wilayahnya. Jadi golongan ini tidak perlu hasilkan keluaran tetapi golongan diperintah perlulah menyerahkan lebihan hasil kepada pemerintah sebagai tanda terima kasih kepada golongan pemerintah. Pentadbiran sara diri ini tidak kekal lama. Hal ini kerana apabila penjajah datang menjajah mereka menggunakan kegiatan ekonomi moden iaitu tanaman komesil. Dalam menjalankan kegiatan ekonomi komersil ini, peranan masyarakat pribumi hanyalah sedikit tetapi peranan golongan bangsawan dapat dilihat dengan jelas. Penjajah British mengajak golongan bangsawan untuk turut sama dalam kegiatan ekonomi yang dibawanya bagi diletakkan sebagai pentadbir supaya masyarakat pribumi melihat bahawa golongan pemerintah mempunyai kuasa dalam pentadbiran. Walaupun dilihat golongan bangsawan duduk sebagai pentadbir tetapi mereka tidak terlibat secara langsung sebagai pentadbir dalam ekonomi moden. Hal ini kerana agenda penjajah British untuk terus meletakkan golongan pribumi di kawasan tradisional mereka dapat dilihat dengan jelas iaitu dengan penjajah British menggalakkan pribumi untuk terus mengendalikan ekonomi sara diri dan pandangan dunia tersendiri. Penjajah British melakukan sedemikian kerana mereka mahu menguasai ekonomi Tanah Melayu serta mereka berpendapat bahawa masyarakat pribumi suka menjalankan kerja yang mudah dan cukup untuk sara hidup mereka sendiri dengan bertani dan kelaut kerana keadaan industri moden terlalu baharu kepada mereka. Malah, penjajah berkuasa penuh dalam pentadbiran dan ekonomi Tanah Melayu disebabkan persetujuan pentadbir iaitu melalui Perjanjian Pangkor 1874. Melalui perjanjian ini British berhak melaksanakan dasar pembangunan mereka untuk membangunkan kawasan yang tidak didiami oleh masyarakat pribumi. Pembangunan yang dijalankan oleh mereka dikerjakan oleh golongan imigran sehinggakan pembangunan ekonomi Tanah Melayu jadi tidak stabil dalam pembangunan sosio-ekonomi di Tanah Melayu. Ketidakstabilan ini maka wujdukan ekonomi duaan atau dwiekonomi yang menyebabkan wujud jurang ekonomi yang luas iaitu golongan kaya dan golongan miskin. Masalah ini wujud kerana sikap penjajah yang mahu memajukan sesuatu kawasan sahaja. Penjajah hanya membangunkan kawasan yang berpotensi untuk mendatangkan keuntungan yang tinggi terhadap mereka contohnya kawasan yang dikenalpasti boleh mengeluarkan hasil bumi seperti bijih timah, petroleum dan sebagainya. Penjajah membangunkan kawasan tersebut dengan membina prasarana moden seperti banggunan tempat tinggal, banggunan kerajaan, balai polis, hospital, kelengkapan elektrik, air dan sebagainya bagi melengkapi kehidupan masyarakat dengan kehidupan moden. Pada abad ke-20 Tanah Melayu dilihat semakin maju kehadapan. Masyarakat pribumi masih berada dalam keadaan yang sama kerana Orang Melayu tidak mengambil peluang dalam menceburi bidang perlombongan dan perladangan. Dari segi perlombongan pada awalnya ia dimiliki oleh pembesar Melayu iaitu Long Jaafar di Perak221 . Oleh kerana masalah kekurangan buruh maka beliau telah mendapatkan sewa dan membenarkan masyarakat Cina untuk mengusahakannya. Jadi bermula dari situ maka ramai pendatang dari Cina datang untuk bekerja di lombong tersebut. Apabila kerajaan British lihat aktiviti perlombongan ini mendapat tempat dalam menjana ekonomi maka mereka telah 221 Buyung Adil, Sejarah Perak, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1981, Kuala Lumpur, hlmn 145
  • 117.
    117 menguatkuasakan sistem buruhiaitu dengan menggunakan buruh terikat. Masyarakat Cina yang menjadi buruh diseludup secara haram dipaksa melakukan kerja melampaui keupayaan dan sekiranya mangsa menolak akan diugut diserahkan kepada pihak berkuasa. Buruh Cina akan diawasi dengan pengawasan yang ketat. Jadi secara tidak langsungnya, kepentingan perlombongan di Tanah Melayu semakin pesat membangun. Dari sudut perladangan getah pula, penjajah British tidak memberi langsung peluang kepada masyarakat Tanah Melayu untuk menceburi bidang ini. Mereka mahu mengekalkan kehidupan masyarakat Melayu dengan cara asal iaitu sebagai petani. Kekayaan dan aktiviti perladangan dan perlombongan dinikmati oleh masyarakat asing. Semangat nasionalisme mula muncal apabila pendidikan diberikan kepada masyarakat Tanah Melayu sangat berbeza. Tetapi semangat nasionalisme berkaitan bangsa dan negara mula muncul apabila penjajah British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Rancangan Malayan Union ini menimbulkan bantahan yang hebat daripada orang Melayu222 kerana rancangan ini merupakan satu rancangan yang boleh membinasakan orang Melayu. Kesedaran politik dalam diri masyarakat pribumi menyebabkan mereka mengkritik rancangan tersebut didalam dada akhbar seperti akhbar Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara serta mengadakan tunjuk perasaan seperti di Kedah dan Kelantan. Penetangan ini berpunca daripada beberapa perkara yang terdapat dalam Malayan Union223 . Perjuangan ini diketuai oleh Dato Onn yang seperti orang Melayu lain iaitu melihat Malayan Union ini akan membawa kesan yang buruk dan melemahkan bangsa Melayu pada masa hadapan. Tentangan yang dibuat oleh orang Melayu dan sokongan daripada raja-raja Melayu telah menyebabkan dasar dan struktur perlembagaan Malayan Union tidak dapat dijalankan. Hasil rundingan dan Dato Onn dan raja-raja Melayu bersama Gabenor Malayan Union telah melahirkan perlembagaan baru bagi menggantikan Malayan Union224 . Perlembagaan ini adalah perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1948. Hasil daripada PTM ini, Dato Onn dan raja-raja Melayu menerima orang bukan Melayu sebagai rakyat persekutuan dengan syarat yang ketat dan British pula menerima kerakyatan jus soli bagi masyarakat Melayu sahaja. Secara tidak langsung, masyarakat asing yang lahir sebagai rakyat raja-raja Melayu secara automatinya menjadi warganegara Persekutuan dengan syarat-syarat tertentu. Perlembagaan persekutuan menetapkan dua jenis kerakyatan iaitu secara kuatkuasa undang-undang dan juga permohonan. Melalui dua jenis kerakyatan ini maka Tanah Melayu sah menjadi milik orang Melayu dan bermulalah perkongsian dengan negara lain iaitu mendapatkan kepentingan ekonomi. Melalui Perlembagaan Persekutuan maka, orang Melayu diiktiraf sebagai orang asal, dan taraf bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa rasmi bersama-sama bahasa Inggeris dalam perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini merupakan satu kejayaan baru untuk bangsa Melayu. Kerakyatan dan kedaulatan Raja-raja Melayu dan hak-hak orang Melayu diiktiraf serta kehidupan orang Melayu diangkat bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini. Daripada hasil Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu telah membuatkan Dato Onn memohon pihak British untuk memberi $10 juta bagi membantu memajukan penduduk pribumi dan mengatasi masalah 222 Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar: Pengasas Kemerdekaan, hlmn 82 223 Opcit, hlmn 83 224 Opcit, hlmn 98
  • 118.
    118 kemunduran orang Melayu225 .Dengan bantuan sebegitu Dato Onn percaya British bukan sahaja membaiki ekonomi tetapi dapat membaiki hubungan yang rosak antara British dan pribumi semasa perlaksanaan Malayan Union pada 1946. Peruntukan yang diberi ini digunakan dalam membangunkan industri tani dan mengembangkan sektor pertanian yang sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu. Malahan itu juga, Dato Onn juga meminta British memajukan aspek sosial orang Melayu agar maju kehadapan. Hasil daripada bantuan dan perundingan Dato Onn dan Pesuruhjaya Tinggi British maka Dato Onn diminta untuk merangka struktur pembangunan desa bagi meningkatkan taraf kehidupan masyarakat. Untuk mendapatkan panduan yang lebih sempurna maka Henry Gurney yang merupakan Pesuruh Jaya Tinggi British telah menggalakkan Dato Onn untuk ke Ceylon untuk meninjau kegiatan pembangunan ekonomi luar bandar Ceylon untuk dibawa masuk dan disesuaikan di semenanjung Tanah Melayu. Sekembalinya Dato Onn ke Tanah Melayu, jadi sebuah badan yang dinamakan Lembaga Kemajuan dan Perusahaan atau Rural Industry Development Autory (RIDA) ditubuhkan. Penubuhan ini berlaku apabila Dato Onn melihat pembangunan Ceylon dan penstrukturan dibuat di Tanah Melayu bagi menyusun semula kehidupan di kampung dan meninggikan taraf kehidupan masyarakat Tanah Melayu. Jadi secara tidak langsungnya pada tahun 1951 RIDA telah ditubuhkan bagi membantu membangunkan kehidupan masyarakat pribumi. Dengan penubuhan RIDA ini maka, pembangunan ekonomi Tanah Melayu akan berubah tidak seperti zaman penjajah menjajah Tanah Melayu lagi. Ini kerana semasa penjajahan tersebut masyarakat pribumi ditindas dan tidak mendapat layanan yang sewajarnya daripada kerajaan. Oleh yang demikian, penubuhan RIDA ini dapat membangunkan dan membantu memperbetulkan kembali sosioekonomi Tanah Melayu akibat penjajahan British. Peranan RIDA berkembang sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan diteruskan sehingga tahun 1965 dan digantikan dengan MARA bagi membangunkan sosioekonomi orang Melayu. 3.0 Penubuhan RIDA RIDA merupakan nama lama bagi MARA yang merupakan kesinambungan kepada penubuhan RIDA. RIDA pula diasaskan rentetan daripada sumbangan dan perjuangan UMNO yang diketuai oleh Dato Onn Jaafar. Masalah kemunduran dan kemiskinan masyarakat dalam kalangan orang Melayu di luar bandar menyebabkan UMNO memerhati dan mengkaji keadaan orang Melayu bagi meningkatkan taraf hidup orang Melayu itu sendiri serta mencari jalan untuk memperbaiki semula keadaan orang Melayu dengan lebih tegas iaitu dengan penubuhan badan khusus terutamanya bagi membangunkan kawasan kampung226 . Kemunduran yang berlaku menyebabkan UMNO berasa tidak berpuas hati dengan kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu. Akibat ketidakpuashatian ini menyebabkan Dato Onn Jaafar sebagai wartawan akhbar pada tahun 1930 telah pun membangkitkan isu ini dalam penulisannya dan telah mengemukakan langkah-langkah untuk memajukan ekonomi orang Melayu. Hal ini kerana salah satu punca kelemahan ekonomi orang Melayu disebabkan oleh dasar ekonomi British tidak menggalakkan perkembangan orang Melayu. Penelitian yang dilakukan oleh Dato Onn diakui oleh penyelidik sejarah di 225 Opcit, hlmn 215 226 Opcit, hlmn 214
  • 119.
    119 mana British menggalakkanorang Melayu membuka kebun kecil yang luasnya hanya diantara 1-10 ekar sahaja227 . Bidang pertanian yang diusahakan secara sambil lewa menjadikan bidang pekerjaan utama orang Melayu tanpa dimajukan bersungguh-sungguh. Tindakan ini menunjukkan bahawa British mahu mengekalkan ekonomi sara diri orang Melayu demi untuk mengelakkan mereka daripada terdedah kepada ekonomi perdagangan yang boleh mengganggu kestabilan ekonomi mereka. Kehidupan sara diri yang diamalkan oleh orang Melayu merupakan tindakan British bagi memundurkan kehidupan masyarakat Melayu228 . Oleh hal yang demikian, Dato Onn telah mencadangkan bantuan kewangan diberikan kepada orang Melayu sebagai usaha untuk mengatasi masalah kemunduran itu229 . Dengan bantuan kewangan itu, Dato Onn percaya British bukan sahaja dapat membaiki ekonomi orang Melayu malah mendapat kepercayaan semula hubungan antara British dengan orang Melayu selepas berlakunya pelaksanaan Malayan Union. Selain bantuan kewangan, Dato Onn juga mencadangkan penubuhan sebuah Bank Tanah230 . Melalui penubuhan Bank Tanah ini, Dato Onn berharap tanah-tanah orang Melayu yang terlelong dapat ditebus semula. Penebusan semula tanah akan menyelamatkan orang Melayu daripada tidak bertanah dan terus miskin. Maka apabila tanah dapat diselamatkan semula maka kemiskinan dapat diatasi dan maruah masyarakat Melayu dapat dijaga. Pada tahun 1948 Dato Onn telah membuat satu lawatan ke Britain. Lawatan yang dilakukankan oleh Dato Onn bertujuan untuk meminta pihak British untuk menyediakan 10 juta setiap tahun bagi membantu masyarakat Melayu mengatasi masalah kemiskinan.231 Dato Onn memberi alasan bahawa negeri Melayu dan raja-raja Melayu telah banyak membantu British, jadi sudah tiba masanya untuk Britsih membantu Tanah Melayu kembali. Akan tetapi masalah ini tidak dipersetujui oleh Britsih kerana perbelanjaan Tanah Melayu telah pun mencecah kepada $61500000 pada tahun 1949232 . Peruntukan yang diminta akan mengurangkan perbendaharaan British. Jika pihak British mengikut permintaan Dato Onn maka Kerajaan British akan mengalami masalah kewangan. Namun, sikap British berubah pada tahun 1950 kerana suasana politik tidak stabil pada masa itu233 . British terpaksa meminta kerjasama orang Melayu dalam menyelesaikan masalah politik Tanah Melayu. Darurat yang diistiharkan pada bulan Julai 1948 sukar diatasi kerana sokongan kuat diberikan oleh orang Cina terhadap Parti Komunis Malaya. Penguasaan PKM terhadap ekonomi Tanah Melayu sukar diatasi kerana sebilangan kecil golongan Melayu menyokong PKM. Dalam hal ini, pihak British telah meminta kerjasama orang Melayu dalam menyelesaikan masalah ini. Oleh hal yang demikian, melalui situasi politik yang berlaku, Dato Onn telah menggunakan peluang ini untuk mendesak pihak British membantu orang Melayu khususnya daripada sudut kegiatan ekonomi. Berikutan dengan itu, satu rundingan meminta bantuan kewangan, rundingan cadangan kerakyatan telah diadakan dengan pihak British sehinggakan Pesuruhjaya Tinggi British Sir Henry Gurney telah menerima kehendak Dato Onn 227 Opcit,hlmn 215 228 Opcit, hlmn 215 229 Opcit, hlmn 216 230 Ibid, hlmn 216 231 Opcit, hlmn 217 232 Opcit, hlmn 217 233 Opcit, hlmn 219
  • 120.
    120 iaitu menuntut bantuankewangan dan pada November 1950 Henry Gurney telah menyatakan penubuhan Rural and Industrial Development Authority (RIDA)234 . RIDA ditubuhkan bertujuan untuk menyusun semula kehidupan masyarakat kampung dan meningkatkan semula taraf hidup mereka di luar bandar235 . Dato Onn telah dilantik selaku pengerusi RIDA yang pertama. Selain itu, Dato Onn juga menggalas tugas sebagai perangka kerja RIDA. Perlantikan Dato Onn sebagai pengerusi telah membawa harapan yang cerah kepada penduduk khususnya orang Melayu di kawasan luar bandar236 . Bagi membantu orang Melayu di luar bandar, satu badan berkanun ditubuhkan oleh Dato Onn bagi membantu dan memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu di kawasan luar bandar. Usaha ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu. Tugas RIDA merangkumi pelbagai aspek. Justeru, tujuan penubuhan untuk menggalakkan sikap membantu diri sendiridalam memajukan penduduk luar bandar.237 Dalam konsep ini, RIDA menggalakkan orang-orang kampung menjalankan projek awam bagi pembangunan fizikal di luar bandar seperti pembinaan jambatan, dewan orang ramai, jalan tanah merah, parit, padang secara bergotong royong. RIDA memberi bantuan kewangan dan nasihat kepada penduduk luar bandar. Seiring dengan penubuhan RIDA, perubahan dasar pertanian berubah daripada ekonomi sara diri kepada ekonomi moden. Hal ini terbukti dengan penggunaan jentera moden di Kelantan, Selangor, Pahang dan Perak bagi memudahkan kerja penanaman padi. RIDA bertindak sebagai agen memproses bahan pertanian dan perikanan. Dengan bantuan RIDA, maka kemiskinan petani di luar bandar dapat diatasi. Jadi secara keseluruhannya kegiatan yang dijalankan oleh RIDA dapat meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Melayu luar bandar dan dapat meliputi semua aspek kehidupan luar bandar. Malah, tugas RIDA termasuklah menyediakan pinjaman terhadap penduduk luar bandar yang menjalankan aktiviti keusahawanan, perniagaan dan sebagainya yang membolehkan pengeluaran hasil. Penyediaan pinjaman perniagaan kepada usahawan merupakan satu tanggungjawab RIDA. Kemudahan meliputi sektor perdagangan, pembinaan, perkhidmataan dan pengangkutan. Tuntasnya, dengan adanya pinjaman sebegini maka orang Melayu banyak menerima faedah yang boleh memajukan diri mereka berbanding kaum lain. Sebagai langkah pertama, pada Februari 1951, Dato Onn telah dibantu oleh beberapa orang yang berpengalaman dalam bidang ekonomi bagi membentuk sebuah jawatankuasa untuk mengadakan rangka kerja RIDA. Antara yang terlibat adalah S.O.K. Ubaidullah, seorang ahli perniagaan India Islam, Raja Ayob, bekas Setiausaha Majlis Raja-Raja dan pengasas Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur dan Abdul Majid bin Abd Hamid, pegawai syarikat kerjasama yang berpengalaman. Mereka juga dibantu oleh kakitangan tetap RIDA iaitu Dato Zainal Abidin dan J.M., Gullick238 . RIDA diawasi oleh satu badan berkanun iaitu dikenali Lembaga RIDA. Lembaga RIDA ini diketuai oleh seorang Pengerusi, Timbalan 234 Opcit, hlmn 219 235 Temu Ramah Bersama Pegawai MARA Kuala Lumpur 236 Ho Hon Choong, “Sejarah Penubuhan dan Perkembangan MARA” hlmn 10 237 Raja Muhammad Afendi, Persatuan Awam Di Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1992, hlmn 29 238 Opcit, hlmn 223
  • 121.
    121 Pengerusi, sebelas ahliyang mewakili negeri dan tidak melebihi 12 ahli yang dilantik daripada pengetahuan khas dalam pengetahuan tentang pertanian, perusahaan, kewangan dan kelayakan lain239 . Ahli Lembaga dipilih berdasarkan pengetahuan dan boleh memberi faedah kepada kemajuan kepada kehidupan masyarakat luar bandar240 . Lembaga RIDA bertanggungjawab dalam membuat keputusan yang dibincangkan oleh RIDA. Dibawah lembaga RIDA 12, jawatankuasa kecil diletakkan bagi membantu projek-projek kecil yang dijalankan di luar bandar seperti hal ehwal pertanian, seni kraftangan dan juga latihan dan pembelajaran. Pada peringkat negeri, susunan RIDA sama dengan peringkat pusat. RIDA telah menggunakan pengaruh penghulu untuk melicinkan pentadbiran. Penghulu perlu melicinkan pentadbiran pada peringkat mukim. Jadi secara tidak langsung penghulu diberi peluang untuk mentadbir ekonomi dan dilantik sebagai Pengerusi RIDA di peringkat Mukim241 . Walaupun RIDA ditubuhkan pada tahun 1950 oleh Henry Gurney tetapi masih belum bertukar status kepada badan yang berkanun. Pada 26 April 1951, Dato Onn selaku Ahli Dalam Negeri telah mengemukakan rang undang-undang menubuhkan RIDA dalam Majlis Perundangan Persekutuan242 . Hal ini bermakna, RIDA telah ditubuhkan selama enam bulan sebelum satu rang undang- undang diadakan. Penubuhan dibuat adalah secara tergesa-gesa bagi membantu taraf hidup masyarakat Melayu. Setelah RIDA berfungsi selama dua tahun, pada tahun 1953 pada bulan September Dato Onn telah memohon British untuk menubuhkan RIDA sebagai sebuah badan berkanun. Perletakan RIDA di bawah badan berkanun membolehkan RIDA mendapatkan sumber kewangan dan peruntukan tahunan persekutuan. RIDA akan menjadi salah satu jabatan kerajaan Persekutuan. Dengan kelulusan rang undang-undang itu, Dato Onn dapat membantu RIDA mendapatkan kedudukan yang baik dalam pentadbiran negara. Dengan penubuhan dibawah badan berkanun maka RIDA dapat mendapat sumber kewangan bagi memajukan lagi ekonomi orang Melayu. RIDA mendapat peruntukan kewangan daripada dua sumber243 . Pertama daripada peruntukan tahunan Kerajaan Persekutuan sebagai belanja pentadbiran, menjalankan latihan penyelidikan dan kajian. Sumber kedua ialah tabung wang sebnayak 10 juta yang digunakan untuk memberi pinjaman kepada pihak yang memerlukan. Sumber kedua ini daripada Kerajaan Persekutuan. RIDA dibahagikan kepada tiga jenis aktiviti iaitu dalam bidang perusahaan, pinjaman dan latihan244 . Ketiga-tiga bahagian ini berperanan untuk meningkatkan taraf penduduk tanpa mengira kaum. RIDA menjalankan beberapa perusahaan yang diuruskan dan diawasinya sendiri. Aktiviti ini dirancang adalah untuk meningkatkan dan membaiki ekonomi serta menambahkan pendapatan orang Melayu. Semua pekerja yang menjalankan aktiviti terdiri daripada orang Melayu sendiri. Perusahaan-perusahan yang dijalankan oleh RIDA termasuklah perusahaan memproses getah daripada kebun-kebun kecil. Selain itu, aktiviti pengangkutan juga diletakkan dibawah RIDA. Antara perkhidmatan pengangkutan adalah seperti bas RIDA iaitu Komponi North Eastern Transport Services Ltd, Kelantan dan perkhidmatan bas di Sg Manik. Tujuan penyediaan bas di bawah RIDA adalah untuk membantu penduduk sekitarnya 239 Penyata RIDA 1959 hlmn 8 240 Minutes and Council Papers of Federal Legislatibe Council 25/4/51, hlmn 16 241 Minutes and Council Papers of Federal Legislatibe Council 25/4/51, hlmn 17 242 Opcit, hlmn 224 243 BK/MARA 1, Penyata Tahunan RIDA 1959 hlmn 4 244 Opcit, hlmn 4
  • 122.
    122 untuk berhubung245 . Disamping itu, bidang perusahaan juga dikendalikan dibawah RIDA. RIDA telah mengendalikan projek perusahaan kecil seperti perusahaan kain, perusahaan makanan. Bagi perusahaan kain, negeri Terengganu terlibat sebagai pusat perusahaan kain. Di sana, alat-alat menenun kain disediakan bagi memberi peluang kepada penduduk kampung. RIDA juga menubuhkan pusat yang dikenali dengan nama Lembaga Latihan Bagan di Kuala Terengganu untuk membuat, membaiki dan menyewa motorbot246 Bagi memudahkan penduduk luar bandar, peruntukan kewangan disediakan oleh RIDA bagi membantu dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Pinjaman diberi untuk aktiviti perniagaan dan keusahawanan. Modal tabung pinjaman yang disediakan sebanyak $10 juta247 . Segala keuntungan yang diperolehi dimasukkan semula dalam tabung pinjaman. Sebelum pinjaman diberikan, RIDA perlu membuat kajian terlebih dahulu terhadap perusahaan yang ingin dijalankan. Perusahaan yang kukuh dan sangat memerlukan bantuan modal dipertimbangkan. Hal ini kerana sikap peminjam dan orang Melayu sendiri. Ramai antara mereka peminjam tidak berpengalaman sehinggakan menyebakan kerugian yang ditanggung. Malah, pinjaman yang diberikan juga digunakan untuk tujuan diri sendiri. Bagi bantuan pinjaman bagi usahawan mereka perlulah membuat bayaran balik sebelum 5 tahun. Bayaran yang ditanggung perlulah dikenakan faedah agar mereka mampu untuk membuat pinjaman. Jadual 1 dibawah merupakan pinjaman yang dikeluarkan oleh penyata tahunan RIDA bagi pinjaman yang diberikan oleh RIDA. 245 Parlimentary Debates, Dewan Rakyat, Volume I, No 2, 20/5/64, hlmn 330 246 Parlimentary Debates, Dewan Rakyat, Volume II, No 1, 26/5/65, hlmn 436 247 Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar: Pengasas Kemerdekaan, hlmn 233
  • 123.
    123 Jadual 1 Pinjaman YangDiberikan Oleh Diberi Oleh RIDA Dari Tahun 1951-1964 Tahun Bilangan Jumlah 1951 18 RM354,954.00 1953 286 RM2,376,934,71 1955 622 RM1,231,521.12 1957 595 RM1,856,709.00 1959 412 RM729,672.00 1961 1054 RM1,784,219,03 1963 699 RM3,3377,425.97 1964 819 RM3,010,101,60 Sumber: Penyata Tahunan RIDA 1951-1964248 Berdasarkan jadual di atas, jumlah pinjaman yang diberikan oleh RIDA bermula dari tahun 1951 hingga 1964. Jumlah pinjaman yang diperlukan semakin meningkat. Walaupun jumlah pinjaman yang diperlukan meningkat namun perbelanjaan yang dikeluarkan tersebut tidak mencukupi untuk membantu rakyat di luar bandar kerana peruntukan yang diberikan oleh British sebanyak $10 juta telah dikurangkan kepada $3 jutapada tahun 1953.249 Pinjaman yang diberikan oleh RIDA tidak mampu menampung keperluan masyarakat Melayu di luar bandar. RIDA cuba mengatasi masalah kekurangan modal kerana ia merupakan asas bagi orang Melayu dan rakyat luar bandar memulakan kegiatan ekonomi mereka. Pinjaman yang diberikan sama ada besar atau kecil adalah untuk mengurangkan tekanan orang Melayu dalam menjalankan kegiatan ekonomi. Dengan peruntukan yang terhad RIDA bersungguh dalam membantu masyarakat luar bandar.250 Mengenai pembayaran semula pinjaman, RIDA dapat mengutip semula pinjaman berjumlah $10,965,970.00 sehingga tahun 1959251 . Keupayaan RIDA mengutip semula wang pinjaman ini telah mendapat pujian daripada rombongan International Mometary Fund (IMFI) yang melawat Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1959. Dalam membangunkan kawasan luar bandar, RIDA telah meminta dan menerima bantuan daripada Rancangan Colombo252 . Rancangan Colombo ditubuhkan pada tahun 1950 dengan tujuan memberi bantuan teknik daripada negara-negara Komanwel yang maju kepada negara-negara Komanwel yang membangun dan mundur253 . Menerusi rancangan ini, masyarakat luar dapat menambah pengetahuan yang mendalam melalui bantuan kepakaran yang diberikan dalam pelbagai bidang di bawah Rancangan Colombo. Antara kepakaran dan bantuan yang disumbangkan dalam membantu 248 Penyata tahunan RIDA 1951-1964 249 CO 1022/253, Exco Minutes 14/4/31 250 Opcit, hlmn 234 251 Laporan Tahunan RIDA 1959, hlmn 17 252 Berita Harian, Sabtu 8 Januari 1965 253 Berita Harian, Sabtu 8 Januari 1965
  • 124.
    124 meningkatkan taraf hidupkawasan luar bandar seperti membekalkan peralatan untuk membantu negara kita memajukan industri perikanan, memberi bentuk wang untuk membuka tanah baru serta memberi bantuan kewangan kepada negara kita untuk menubuhkan pusat-pusat latihan teknik. Antara contoh pusat latihan teknik termasuklah Pusat Latihan Bagan. Pusat ini dibina bagi membantu meningkatkan kemahiran masyarakat Tanah Melayu254 . Hasil daripada bantuan Rancangan Colombo maka taraf hidup masyarakat bumiputera dapat dibaiki kearah yang lebih baik. Walaupun RIDA semakin teguh dalam membantu meningkatkan taraf kehidupan orang Melayu tetapi RIDA mempunyai banyak halangan. Masalah yang dihadapi termasuklah masalah kewangan. British terpaksa mengurangkan perbelanjaan RIDA kerana terdapat tanggapan bahawa RIDA dianggap menggunakan wang yang banyak. Malahan itu kekurangan kakitangan dijadikan alasan sebagai pelaksanaan rancangan yang gagal dilaksanakan. Disamping itu, terdapat perbelanjaan yang diperuntukan bagi tahun 1952 disimpan dan tidak digunakan255 . Oleh itu, Dato Onn terpaksa mengurangkan projek yang dijalankan kerana modal yang diberikan adalah sedikit. Lebih menyedihkan apabila perbelanjaan untuk memajukan orang Melayu juga turut terancam disebabkan British terpaksa menampung perbelajaan yang tinggi disebabkan darurat dan kampung-kampung baru yang dibina di Tanah Simpanan Orang Melayu. RIDA juga mempunyai halangan dalam pelaksanaannya. Masalah ini berlaku berpunca daripada sikap orang Melayu dan pemimpin orang Melayu sendiri256 . Ramai daripada peminjam RIDA tidak berpengalaman dalam mengurus serta tidak menggunakan pada saluran yang betul257 . Akibatnya, perniagaan mengalami kerugian258 . Terdapat juga segelintir masyarakat yang menggunakan pinjaman itu untuk tujuan peribadi seperti membeli perabot, barang kemas dan motokar259 . Halangan lain bagi RIDA disebabkan oleh keadaan negara pada masa itu. RIDA ditubuhkan semasa negara kita dalam keadaan darurat iaitu pada tahun 1950. Disebabkan keadaan darurat pada ketika itu, maka banyak perbelanjaan negara yang dikeluarkan untuk menampung perbelanjaan kampung yang terlalu tinggi260 . Peruntukan daripada British terhadap RIDA telah dikurangkan dan melalui jumlah yang diberikan tersebut RIDA perlu memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi, memberi pinjaman, memberi pendidikan dan menampung perusahaan-perusahaan kecil untuk dibangunkan. Maka dengan modal yang sedikit, satu kegagalan telah berlaku iaitu RIDA tidak mampu membantu dan meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu kerana modal yang diperolehi oleh RIDA daripada British sangat sedikit. Walaupun terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh RIDA, namum RIDA berjaya dalam beberapa aspek. RIDA telah berjaya menubuhkan Dewan Latihan RIDA dan Taman Asuhan RIDA bagi menyediakan kursus yang tidak disediakan oleh mana-mana agensi lain. Tujuan ini untuk membantu 254 Penyata Tahunan RIDA 1959, hlmn 3 255 Opcit hlmm 235 256 Opcit, hlmn 235 257 Mahathir Mohamad, The Malay Dilemma , Donald Moore for Asia Pasific Press, Singapore, 1970, hlmn 40 258 D.A.M Fiennes, Penyata Di atas Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan, hlmn 15 259 D.A.M Fiennes, Penyata Di atas Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan, hlmn 19 260 Ibid, hlmn 235
  • 125.
    125 mempertingkat pengetahuan masyarakatkampung.Taman Asuhan RIDA ini merupakan satu pusat menjalankan kursus untuk kaum wanita manakala dewan latihan RIDA adalah untuk pelajar lelaki sahaja. Taman Asuhan bertujuan memberi latihan kepada wanita desa dalam pelbagai lapangan ekonomi rumahtangga, bagi memaju dan meningkatkan taraf hidup penduduk-penduduk luar bandar261 . Antara mata pelajaran yang diajar di Taman Asuhan ini adalah berkaitan ekonomi rumah tangga iaitu termasuk masak-memasak, jahit-menjahit dan jenis kraftangan yang boleh dijadikan sumber pendapatan apabila tamat latihan. Di samping itu, mereka juga diberi tunjuk ajar tentang cara-cara mendidik anak dengan betul, sains rumahtangga, berkebun, sivik dan juga pengetahuan agama agar mereka boleh menggunakan ilmu yang ada untuk mencari rezeki. Taman Asuhan ini dibina di Jalan Lornie Kuala Lumpur, Bukit Piatu dan Rusila Kuala Terengganu, Dewan Latihan RIDA di Petaling Jaya dan Pusat Pengurus Ladang Getah di Kuala Lumpur dan Johor Bahru262 . Jumlah pelatih Taman Asuhan ini sentiasa meningkat bermula daripada tahun 1956 – 1959 dengan 1464 orang pelatih kesemuanya263 . Agensi Taman Asuhan RIDA ini diletakkan dibawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Hasil daripada pembelajaran pelatih-pelatih ini, mereka akan menjadi guru-guru ekonomi di kelas-kelas yang diselenggarakan oleh Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan ada antara mereka menjadi peniaga serta suri rumah sepenuh masa264 . Program yang dirancang oleh RIDA ditaja oleh penjajah British yang merupakan langkah pertama untuk mendorong orang Melayu terutamanya dalam meningkatkan struktur hidup masyarakat. Walaubagaimanapun, program yang dianjurkan tidak mengubah struktur hidup masyarakat Melayu kerana ia lebih kepada sektor tradisional sahaja. Orang Melayu masih berkecimpung dalam pekerjaan tradisi seperti mengayam, membuat tikar, menangkap ikan dan penoreh getah. Hal ini menunjukkan bahawa RIDA gagal membawa kehidupan orang Melayu ke arah mobiliti yang lebih baik. Walaupun tidak berjaya mengubah struktur kehidupan ke arah lebih baik namun RIDA tetap menjadi pemangkin untuk perubahan dan kesedaran orang Melayu dalam mengembang dan mengubah nasib kehidupan mereka. Namum penubuhan RIDA merupakan perkara yang sangat penting kerana tujuannya untuk memajukan ekonomi orang Melayu sehinggalah ke hari ini. Langkah yang lebih baik perlulah dilakukan untuk memperbaiki kehidupan masyarakat bangsa Melayu dengan cara menggalakkan rancangan pembangunan desa yang dapat mengatasi masalah pekerjaan dan kemiskinan masyarakat Melayu265 . Oleh kerana RIDA tidak begitu berkesan dalam mengubah struktur kehidupan orang Melayu, maka cendikiawan Melayu dan orang-orang politik mendesak supaya RIDA diberi nafas baru bagi membangunkan perniagaan, pendidikan dan perindustrian. Nafas baru yang ingin ditunjukkan berlaku apabila kongres utama diadakan bagi membincangkan kedudukan orang Melayu266 . Pada tahun 1965, Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama telah dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri, Tunku 261 Temu Ramah Bersama Puan Saedah Pegawai MARA Muar 262 Parlimentary Debates ( Laporan RIDA ) N0 1. 26/5/1965. Cetakan Kerajaan 1966 263 Parlimentary Debates,( Laporan RIDA ) 1959, hlmn 85 264 Temu Ramah Bersama Puan Saedah Pegawai MARA Muar 265 Ungku Aziz, Jejak-jejak di Pantai Zaman. hlmn 28 266 Berita Harian, 6 Jun 1965
  • 126.
    126 Abdul Rahman Putra,di Dewan Tunku Abdul Rahman,Kuala Lumpur267 . Turut hadir dalam upacara pembukaan ini ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Abdul Razak, Menteri-menteri Kabinet, Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik dan 500 orang para wakil kongres dari semua negeri di Malaysia. Kogres berlangsung selama tiga hari iaitu bermula dari 5 hingga 7 Jun 1965. Melalui perbincangan yang dibuat maka satu persetujuan telah berlaku iaitu mencadangkan nama RIDA diganti dengan MARA iaitu Majlis Amanah Rakyat Bumiputera. 4.0 Penubuhan MARA Pada tanggal 1 Mac 1966 MARA ditubuhkan di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun kerajaan hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun 1965. Pada tahun 1960, masyarakat Melayu masih lagi tinggal di kawasan yang terpencil dan masih belum melibatkan diri dalam bidang perdagangan, keusahawanan, perniagaan dan pendidikan. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya kegelisahan antara masyarakat Melayu sendiri kerana mereka tidak dibantu untuk melepasi tahap kemiskinan dan peningkatan taraf hidup yang lebih selesa. Kegelisahan yang berlaku ini menyebabkan ahli-ahli politik, para cendikiawan dan pemimpin-pemimpin masyarakat Melayu terus menerus mendesak kerajaan ketika itu untuk melaksanakan sesuatu yang baru iaitu untuk kemajuan ekonomi negara268 . Ahli-ahli politik mahukan keadaan negara disusun semula dan kegiatan ekonomi serta kedudukan orang Melayu dalam negara terjamin dan maju ke hadapan. Desakan ini menyebabkan Kongres Ekonomi Bumiputera buat kali pertama telah pun berlangsung. Kongres ini berlangsung pada 5 – 7 Jun 1965269 . Dengan adanya kongres ini, RIDA disusun kembali. Pada tahun ini juga nama RIDA bertukar nama kepada Majlis Amanah Rakyat atau akronimnya MARA. Desakan yang dibuat oleh para cendikiawan dan ahli politik telah berjaya menyusun semula RIDA dan menggantikan nama RIDA kepada MARA. MARA ditubuhkan bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menjalankan pembangunan ekonomi penduduk di luar bandar270 . Tujuan MARA tetap sama seperti RIDA iaitu meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.Perbezaannya ,RIDA terbuka untuk semua kaum manakala MARA ditubuhkan untuk membantu masyarkat Bumiputera271 . Penubuhan MARA untuk menggantikan RIDA bagi membantu dan memperkuat lagi daya usaha untuk membantu masyarakat luar bandar. Melalui kongres ini, untuk mengubah masyarakat Melayu secara menyeluruh dapat dilakukan. Majlis Amanah Rakyat (MARA), yang ditubuhkan merupakan sebuah agensi yang diletakkan dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. MARA ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun272 .Hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun 1965, MARA diletakkan dibawah satu badan berkanun untuk membolehkan dasar kerajaan dilaksanakan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kehidupan masyarkat di luar bandar. Sejak awal penubuhannya, MARA telah menyumbang kepada 267 Utusan Malaysia 6 Jun 1965 268 Temu Ramah Bersama Puan Khadijah Pegawai MARA Kuala Lumpur 269 Akhbar berita Harian 6 Jun 1965 ( Dari Perpustakaan MARA) 270 Akta MARA, No 20 Tahun 1966 hlmn 25 271 Parlimentary Debates, Dewan Rakyat, Volume II. NO 12, 1966 272 Ibid hlmn 19
  • 127.
    127 pembangunan usahawan, pendidikandan meningkatkan ekuiti Bumiputera dalam pelbagai bentuk pelaburan yang telah dilaksanakan hingga ke hari ini273 . Sehingga hari ini MARA berjaya meningkatkan kehidupan masyarakat. Segala bantuan telah diberikan tetapi bantuan yang diberikan sentiasa berlainan. RIDA ditubukan pada zaman penjajah maka segala bentuk dan organisasi dikawal oleh mereka. Tiada perubahan yang mendalam dapat dilihat sehinggalah RIDA dibentuk bagi digantikan kepada satu badan berkanun yang baru yang mempunyai bentuk dan organisasi tersendiri supaya boleh meningkatkan kehidupan masyarakat. Penubuhan MARA pada Disember 1965 telah dikuatkuasakan pada 1 Mac 1966 dan penubuhan ini telah termaktub dalam Akta No 20 tahun 1966274 . Apabila Akta MARA dirangka maka MARA perlulah menjalankan tanggungjawabnya iaitu menjalankan pembangunan ekonomi khususnya untuk masyarakat luar bandar. MARA yang dilahirkan memberikan nafas baru bagi membantu masyarakat luar bandar. Objektif penubuhan MARA adalah untuk menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera supaya menyertai secara aktif dan maju dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan kecil serta sederhana ke arah pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustirian yang berjaya dan utuh275 . Selain itu, MARA ditubuhkan untuk memberi peluang kepada masyarakat luar bandar untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam pembangunan ekonomi di luar bandar. Dengan tertubuhnya MARA, RIDA dibubarkan dan mana-mana bahagian penting dalam undang-undang tersebut telah dimasukkan dalam undang-undang MARA276 . Sesungguhnya penguatkuasaan undang-undang MARA ini merupakan era penting bagi kemajuan ekonomi bumiputera khususnya di kawasan luar bandar. Dalam organisasi MARA, Majlis MARA merupakan satu badan tertinggi dalam struktur organisasi MARA. Ahli-ahli daripada Majlis haruslah dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam tempoh keahlian bagi lantikan pertama selama 2 tahun. MARA melaksanakan tugas yang telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan mempunyai sebuah majlis yang terdiri daripada 14 orang ahli Lembaga dan seorang Pengerusi277 . Pengerusi majlis merupakan Pengerusi MARA. Dalam majlis terdapat juga ahli-ahli lain seperti seorang ahli daripada Kemeterian Kewangan, seorang ahli daripada Kementerian Perdagangan Dan Perusahaan, seorang ahli daripada Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama, seorang ahli daripada Kementerian Pembangunan Negra dan Luar Bandar, lima orang ahli yang mempunyai pengalaman dalam perniagaan dan 4 Orang ahli lain. Di samping itu, sebuah Jawatankuasa Kerja telah dibentuk untuk menyelia hal-hal dasar MARA. Jawatankuasa Kerja diketuai oleh pengarah.Pada awal penubuhan MARA, MARA dipecahkan kepada 7 bahagian. Pada tahun 1966 MARA hanya mempunyai278 . Antara bahagian-bahagian tersebut adalah Bahagian Pentadbiran, Bahagian Kewangan, Bahagian Latihan, Bahagian Pinjaman Wang, Bahagian Pengangkutan, Bahagian Perdagangan dan Perusahaan serta Bahagian Perkhidmatan 273 Laporan Tahunan MARA 2013, hlmn 23 274 Akta mara,no 20, hlm 25 275 Laporan Tahunan MARA 2013, hlmn 1 276 Majalah Alam MARA 1976, hlmn 8-9 277 Undang-undang MARA 278 Laporan Tahunan MARA 1966, hlmn 11
  • 128.
    128 Setiap bahagian inidiketuai oleh pengarah. Pengarah akan menyelia dan menjalankan rancangan untuk ahli-ahli bahagian MARA. Antara ketujuh-tujuh bahagian ini, lima bahagian utama iaitu, Bahagian Latihan, Pinjaman, Pengangkutan, Perdagangan dan Perusahaan dan Khidmat Nasihat merupakan bahagian yang bergerak dan mempunyai rancangan masing-masing. Bagi dua bahagian lagi iaitu bahagian Penyelidikan dan Bahagian Kewangan merupakan bahagian yang memberi perkhidmatan kepada lima bahagian MARA279 . Banggunan MARA telah dibina pada tahun 1967. Bangunan yang dibina berfungsi untuk menjalankan rancangan-rancangan penuh berserta cita-cita bagi membantu memperbaiki keadaan hidup masyarakat Melayu. Semasa merasmikan banggunan MARA pada 10 Mac 1967, Tun Abdul Razak menjelaskan: “ Banggunan MARA yang besar dan indah ini penuh dengan semangat gerakan maju, semangat gerakan MARA dan semangat gerakan bumiputera. Dalam banggunan ini penuh rancangan-rancangan dengan cita-cita yang baik, penuh dengan usaha yang jujur dan ikhlas untuk menolong rakyat dan ahli Bumiputera untuk memperbaiki keadaan hidup mereka itu280 ”. Dalam struktur pentadbiran MARA, organisasinya sentiasa berubah-ubah. Pada awal penubuhan MARA, organisasi yang diwujudkan sangat mudah dan ringkas. Apabila MARA berkembang seiring dengan perkembangan negara, struktur organisasinya menjadi semakin rumit dan kompleks. Pada tahun 1987 organisasi MARA berubah lagi. MARA ditadbir oleh sebuah majlis yang dikenali oleh Majlis MARA281 . Ahli Majlis MARA dianggotai oleh seorang Pengerusi ,Seorang Wakil Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Seorang Wakil dari Jabatan Perdana Menteri, Seorang Wakil dari Perbendaharaan, Seorang Wakil dari Perbadanan Pembangunan Bandar dan Dua orang wakil dilantik oleh Menteri dari sektor awam. Malah, menjelang tahun 2013 organisasi pentadbirannya juga berubah. Majlis MARA dianggotai oleh282 Seorang Ketua Pengarah MARA, Tiga Timbalan Pengerusi dan Seorang Pengarah Kanan Majlis MARA terdiri daripada Ketua Pengarah MARA yang dibantu oleh tiga Timbalan Ketua Pengarah idaripada bahagian keusahawanan dan pendidikan dan khidmat pengurusan dan seorang Pengarah Kanan Bahagian Pelaburan283 . Ketiga-tiga timbalan pengarah ini mempunyai tugas masing- masing. Bagi Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan ia bertanggungjawab untuk menggalakkan masyarakat bumiputera terlibat dalam perindustrian. Hal ini untuk mengubah cara hidup mereka dan membolehkan mereka untuk lebih mahir dalam sesuatu bidang. Tugas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan pula untuk merancang pembangunan pendidikan dan latihan untuk bumiputera. Tugas bahagian pendidikan termasuklah merancang aktiviti dan memberi pinjaman 279 BK/MARA 8, MARA secara ringkas, hlmn 11 280 Ucapan Tun Abdul Razak di Upacara membuka rasmi banggunan MARA pada 10 Mac 1966, dalam ucapan Tun Abdul RAzak 1967, Arkib Negara, AMpang Press Sdn Bhd, 1967, hlmn 77 281 Undang-Undang Malaysia, Akta A210 Akta Majlis Amanah Rakyat ( Pindaan ), 1973, Cetakan Kerajaan, 30 Ogos 1973. 282 Laporan tahunan MARA 2013, hlmn 12-13 283 Laporan tahunan MARA 2013, hlmn 19
  • 129.
    129 kewangan untuk pendidikanagar murid yang ingin menyambung pelajaran dapat meneruskan pengajian mereka. Tugas Timbalan Ketua Pengarah Sektor Khidmat Pengurusan pula untuk sentiasa menekankan pengukuhan tahap kompentasi modal insan bagi menjadikan MARA sebuah organisasi yang berteraskan keusahawanan. Walaupun tugas ini diletakkan di bawah Timbalan Ketua Pengarah yang hanya memegang satu sub tugas tetapi beliau perlu memantau bahagian-bahagian lain untuk melihat perlaksanaanya. Dalam organisasi MARA, Timbalan Ketua Pengarah dibantu oleh ketua-ketua unit dan ketua-ketua bahagian. Tugas bagi Pengarah Kanan bahagian pelaburan untuk meningkatkan keuntungan penjanaan oleh syarikat MARA284 . Seterusnya, MARA juga memainkan peranan dalam memberikan pinjaman kepada masyarakat bumiputera. MARA mendapatkan pinjaman kewangan daripada Kerajaan Persekutuan. Peruntukan tahunan yang diperolehi daripada kerajaan persekutuan disalurkan untuk bajet pengurusan, pengoperasian, dan pembangunan285 . Ke semua peruntukan ini diberi untuk menampung perbelanjaan sosial seperti pembinaan, pendidikan, dan keusahawanan. MARA juga memberikan pinjaman kepada program pinjaman perniagaan. Pinjaman ini dibuat bagi memberi modal kepada para usahawan Melayu dalam meningkatkan taraf hidup mereka. Pihak MARA juga memberikan bimbingan pengurusan, latihan, peluang kontrak, ruang niaga dan kawasan perindustrian serta pengenalpasti projek perniagaan kepada usahawan untuk mula meningkatkan taraf hidup mereka286 . Maka dengan adanya bantuan tersebut, penglibatan bumiputera daripada segi aktiviti latihan keusahawanan sangat menggalakkan. Dasar Ekonomi Baru iaitu untuk membasmi kemiskinan dengan cara penambahan peluang pekerjaan dapat dilaksanakan. Peruntukan kewangan yang diberikan oleh MARA kepada usahawan daripada Rancangan Malaysia Pertama sehingga Rancangan Malaysia ke-10 berbeza kerana jumlah peruntukan yang diberikan semakin meningkat pada setiap tahun. MARA juga memainkan peranan penting dalam membantu mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). MARA menyediakan beberapa program untuk membantu pencapaian matlamat DEB. Melalui cara ini, program pembangunan usahawan, program pendidikan dan latihan, program perkhidmatan dan pengangkutan dilaksanakan. Semua program yang ditawarkan ini diberikan dalam bentuk pinjaman287 . Pinjaman yang diberikan oleh MARA haruslah digunakan untuk tujuan yang betul kerana jika tidak kerugian terhadap diri dan MARA akan berlaku. Dalam proses penyediaan kelengkapan ini, jelaslah bahawa MARA bersungguh-sungguh meningkatkan taraf hidup orang Melayu agar sentiasa berkembang. Selain memberikan pinjaman modal, MARA juga menyediakan peluang pekerjaan, menyediakan pendidikan dan latihan keusahawanan bagi membantu usahawan bumiputera yang menghadapi masalah dalam mengurus urusniaga mereka. Pendidikan yang diberikan sangat membantu dalam meningkatkan pengetahuan orang Melayu khususnya yang menetap di kawasan kampung. MARA berusaha untuk melatih anak-anak Melayu supaya mereka terdidik dalam dunia perniagaan terutamanya bidang keusahawaan. Latihan dan bimbingan yang diberikan bertujuan untuk mewujudkan usahawan 284 Laporan Tahunan MARA 2013, hlmn 78 285 Laporan Tahunan 2013, hlmn 21 286 Ibrahim Ahmad, Jurnal Keusahawanan Bumiputera:Satu Tinjauan Terhadap Usaha MARA 1929, hlm 18 287 Majlis Amanah Rakyat, Wawasan 2020 Kemana Arah Mara? Hlmn 18
  • 130.
    130 baru daripada kalanganbumiputera serta meningkatkan keupayaan usahawan sedia ada selaras dengan matlamat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Melalui cara ini, MARA menyediakan berbagai-bagai jenis kursus antaranya dengan mengadakan kursus pembudayaan keusahawan, menganjurkan kursus untuk membolehkan individu bumiputera memulakan perusahaan dan sebagainya. MARA juga meningkatkan tahap hidup masyarakat dengan memberikan perkhidmatan sosial. Dengan menyediakan perkhidmatan sosial, masyarakat luar bandar lebih mudah untuk menjalani kehidupan seharian mereka. Perkhidmatan Kenderaan Bas RIDA sejak awal 1961 telah memainkan peranan penting dalam pembangunan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar, khususnya masyarakat bumiputera. Dalam Sektor Keusahawanan, Kenderaan Bas MARA (KBM) telah memberi tumpuan kepada perkhidmatan bas berhenti-henti yang menghubungkan kawasan luar bandar dan pusat pertumbuhan baru dengan pusat-pusat bandar. Dalam RMK ke-10, peranan KBM telah menjadi tumpuan kerajaan terhadap peningkatan akses kepada infrastruktur asas fizikal dan sosial yang berkualiti dan mampu milik terutama kepada masyarakat luar bandar. Pada masa itu, masyarakat telah mula membangunkan ekonomi mereka dan pada masa itu juga Bahagian Kenderaan MARA (BKN) ini penting kerana dengan adanya BKN ini maka perkhidmatan pengangkutan kepada penduduk-penduduk di luar bandar terutamanya bagi peneroka-peneroka FELDA dapat disediakan. Usaha ini dapat membantu bumiputera untuk melibatkan diri dalam industri pengangkutan. Pada ketika itu, Bahagian Kenderaan dikenali sebagai Bahagian Kenderaan RIDA dan perkhidmatan pengangkutan yang dijalankan oleh bahagian ini dikenali sebagai Bas RIDA. Pengangkutan ini memudahkan pergerakan dan dapat menjalankan kegiatan ekonomi secara bersama-sama tanpa mengira kaum. Pretasi perkhidmatan bas MARA semakin meningkat saban hari. Hal ini kerana, pada 17 April 2012, MARA Liner Sendirian Berhad (MLSB) telah didaftarkan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti harian dalam usaha menampung perkhidmatan sosial yang dijalankan. 5.0 Perkembangan Program-Prgoram Di Bawah MARA MARA merupakan sebuah organisasi yang penting dalam usaha membangunkan rakyat Malaysia khususnya masyarakat Bumiputera. Pada masa kini, MARA banyak mengadakan pelbagai program demi mengembalikan maruah peribumi dalam semua bidang khususnya bidang pendidikan, ekonomi dan industri. Hal ini kerana, MARA ditubuhkan untuk memainkan peranan sebagai organisasi bagi mencapai matlamat sosial daripada aspek pendidikan dan latihan MARA. Program pendidikan dan program latihan MARA iaitu keusahawanan merupakan dua program yang sering menjalankan aktiviti dan menggerakkan tenaga kerja agar sentiasa berjalan supaya para masyarakat terus dibantu. Kedua-dua program ini memberi sumbangan yang banyak kerana dapat meningkatkan taraf hidup setiap lapisan masyarakat bumiputera daripada pelajar sekolah sehinggalah kepada usahawan yang berdaya maju. Penekanan kepada program ini amat penting kerana melalui bantuan dan pertolongan MARA,kaum bumiputera dapat mengubah taraf hidup mereka daripada terus dibelenggu kemiskinan kepada taraf hidup yang lebih baik.
  • 131.
    131 5.1 Latar BelakangPendidikan MARA Program pendidikan yang dijalankan oleh MARA memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat bumiputera. Objektif institusi pendidikan MARA ialah untuk menambah bilangan bumiputera yang terlatih, berkelayakan dan berkemahiran untuk mengisi keperluan sektor perdagangan dan perindustrian negara288 . Institusi Pendidikan MARA diketuai oleh Ketua Pengarah MARA. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan pula diberi tugas khas bagi pihak Ketua Pengarah untuk mengawasi institusi MARA. Bahagian-bahagian institusi MARA termasuklah Bahagian Kemahiran, Bahagian Pendidikan, Bahagian Pelajaran dan juga Pelajaran Komersial. Tiap-tiap bahagian ini diketuai oleh seorang Pengarah. Setiap bahagian mempunyai peranan tertentu dalam memberi kemudahan pendidikan dan latihan kepada masyarakat bumiputera. Pendidikan yang dianjurkan oleh MARA mempunyai perancangan tersendiri untuk mencapai matlamat masing-masing. Walau bagaimanapun, semuanya tertakluk kepada Ketua Pengarah MARA sebagai ketua induk organisasi MARA. Institusi Pendidikan MARA disokong oleh bahagian Perkhidmatan MARA yang bertanggungjawab terhadap soal-soal pentadbiran harian, kakitangan dan kewangan MARA289 . Banyak institusi pendidikan dibina bagi memberi peluang kepada anak-anak bangsa Melayu meneruskan pembelajaran mereka. Pendidikan MARA merupakan satu usaha yang berterusan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai keusahawanan untuk membangunkan insan holistik dan seimbang290 . Berikut merupakan institusi pendidikan yang ditubuhkan di bawah MARA sehingga tahun 2013 iaitu Maktab Rendah Sains Mara, Kolej Profesional Mara, Institut Kemahiran Mara, Universiti Kuala Lumpur, Kolej Poly-Tech Mara dan GiatMara 5.2 Perkembangan Pendidikan Bawah Program MARA 5.2.1 Pendidikan Menengah Maktab Rendah Sains MARA Peringkat pendidikan paling rendah yang melibatkan MARA ialah di peringkat sekolah menengah. Tujuan MARA menerokai bidang pendidikan menengah bertujuan untuk mengisi kekosongan pelajar bumiputera dalam bidang sains dan teknologi di institusi tinggi. Dengan adanya Bahagian Pelajaran Menengah,maka tercapailah objektif MARA untuk mendidik pelajar bumiputera di peringkat awal bagi meminati bidang sains dan teknologi. Bagi tujuan ini, MARA melalui Bahagian Pendidikan Menengah telah menubuhkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Tujuan pendidikan sains dan teknologi ini dilaksanakan untuk membekalkan lebih ramai penuntut bumiputera ke peringkat yang lebih tinggi.Melalui cara inu, MARA dapat melahirkan lebih ramai tenaga manusia yang profesional, mahir dan berkualiti dalam negara kita ini. 288 Laporan Tahunan MARA, 2013 Hlmn 50 289 Laporan Tahunan MARA, 1975, hlmn 6 290 Laporan Tahunan MARA 2013 hlmn 52
  • 132.
    132 Selaras dengan kehendakdan keperluan negara, sebuah institusi pendidikan menengah yang dikenali sebagai Maktab Rendah Sains MARA telah ditubuhkan pada 1972291 . Penubuhan Maktab Rendah Sains MARA bertujuan untuk memperlengkap kemudahan persekolahan menengah berasrama penuh yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Inisiatif ini dilihat sebagai satu usaha untuk memperbanyak lagi bilangan pelajar bumiputera terutamanya di kawasan luar bandar untuk maju dalam bidang sains dan teknologi. Rancangan pendidikan MRSM bergerak atas landasan untuk mendapatkan pelajar bumiputera yang layak mengikuti pelajaran tinggi, khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Hasrat untuk masyarakat bumiputera maju dalam bidang sains dan pendidikan ini tercapai apabila pendedahan awal kepada murid Tingkatan 1 terhadap kepentingan sains dan nilai-nilai yang dapat disumbangkan untuk faedah manusia amnya diberikan. Dengan pendedahan awal ini, MARA yakin bahawa pelajar didikannya akan terdorong untuk menceburi profesion yang berunsurkan sains dan teknologi292 . Maktab Rendah Sains MARA ditubuhkan sebagai salah satu pelaksanaan bagi mencapai objektif MARA dalam bidang Latihan Pendidikan seperti yang terkandung dalam Akta Majlis Amanah Raya Bil 20 Tahun 1966. Falsafah penubuhan MRSM berfungi untuk menimbulkan kecenderungan yang mendalam terhadap proses saintifik dan cara mengkaji proses dalam kalangan penuntut bumiputera. Di samping itu, falsafah ini ingin memupuk minat dan kecenderungan terhadap pengajian bercorak sains, MRSM juga ditubuhkan bagi tujuan menyediakan pendidikan serba lengkap ke arah penbentukkan peribadi yang menyeluruh kepada diri seseorang penuntutnya293 . Pada tahun 1971, penubuhan MRSM yang pertama adalah di Seremban. MRSM sulung ini menempatkan seramai 150 pelajar dan 10 orang guru294 . MRSM kedua iaitu MRSM Kota Bahru dibina pada tahun 1973. Seterusnya pada tahun 1974 MRSM Kuantan dibina dan MRSM ini siap dibina sepenuhnya pada tahun 1978295 . Sepanjang tahun 1970 sehingga 1980, lima buah MRSM siap dibina dan telah menempatkan pelajar dan menawarkan peperiksaan LCE sepenuhnya dan pelajarnya menduduki peperiksaan SPM. Menjelang tahun 1980, lima buah MRSM lagi giat dibangunkan dan ada yang masih dalam pra pembinaan. Pada tahun 1980, jumlah murid semakin meningkat kepada 1092 orang murid di lima buah sekolah296 . Pada tahun berikutnya, pengambilan anak-anak Melayu untuk diserap dalam pendidikan di bawah MARA semakin meningkat. Jumlah murid pada tahun 1989 bertambah kepada 3346 orang murid297 . Pertambahan bilangan murid-murid ini menyebabkan kemudahan infrastruktur juga semakin meningkat. Pada tahun 1989, 11 buah MRSM telah dibina bagi membantu murid-murid yang tinggal di kawasan luar bandar. MRSM telah berkembang dengan pesat ke arah memberi peluang kepada pelajar bumiputera yang bijak dan kurang berkemampuan khususnya yang berasal dari kawasan luar bandar. Perkara ini selaras 291 Laporan Tahunan MARA 1971, hlmn 7 292 Prospektus Maktab Rendah Sains MARA 1977/1978, hlmn 4 293 Laporan Tahunan Mara 1971, hlmn 7 294 Laporan Tahunan Mara 1971, hlmn 7 295 Laporan Tahunan Mara 1994/1995 hlmn 7 296 Laporan Tahunan MARA 1980 hlmn 10 297 Laporan Tahunan MARA 1990 hlmn 6
  • 133.
    133 dengan hasrat MARAyang ingin menyediakan peluang pendidikan yang baik dan bermutu tinggi untuk anak-anak bumiputera. Disebabkan sumber manusia merupakan pendokong utama negara, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak 457 juta dalam RMK10 bagi membiayai kos pembinaan serta penyediaan peralatan di beberapa buah MRSM298 . MARA sentiasa cuba untuk meningkatkan taraf hidup pelajar bagi membuka minda mereka agar sentiasa maju ke hadapan. Pembiayaan pembinaan ini sudah bermula sejak awal penubuhan MARA lagi. Sebagai contohnya, dalam RMK 5 kerajaan telah meluluskan peruntukan kewangan sebanyak 81 juta bagi program pembelajaran menengah di MRSM. Perkembangan MARA dalam pendidikan ini juga diperkukuhkan di Sabah dan Sarawak dan dapat dilihat perlaksanaannya apabila rancangan Malaysia kelima dikeluarkan. Tahun tersebut merupakan permulaan untuk usaha membawa masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak untuk terus peka terhadap pendidikan. Penubuhan MRSM banyak membawa kepada perubahan pada setiap tahun. Misalnya, pada tahun 2013, sebanyak 49 buah MRSM dibina diseluruh negara dan terdapat seramai 176,631 orang pelajar yang telah belajar di MRSM. Pada awalnya, syarat untuk memasuki MRSM ialah seseorang pelajar perlu mendapat keputusan cemerlang di peringkat UPSR darjah 5. Bermula pada tahun 90-an, murid perlulah cemerlang dalam peperiksaan UPSR darjah 6. Murid perlulah aktif bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi mereka juga perlulah aktif dalam bidang sukan. Sebelum memasuki MRSM, murid-murid perlu menghadiri temuduga untuk memastikan kebolehan dan keupayaan mereka. Hal ini penting untuk melahirkan pelajar yang aktif dan pelajar yang boleh melonjakkan diri untuk berjaya kehadapan. Selain itu, kebolehan yang ada dalam diri perlulah diasah supaya mereka boleh meningkatkan taraf hidup mereka sendiri apabila besar kelak. Pada tahun 1989, sesi pengambilan murid tingkatan 1 untuk mengikuti program MRSM dihentikan299 . Pada tahun tersebut, pengambilan pelajar dari tingkatan 4 iaitu selepas peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran telah diluluskan. Perkara ini berlaku disebabkan oleh pelbagai masalah yang timbul seperti perhubungan antara keluarga, masalah emosi, kejutan budaya. Pada tanggapan mereka, bagi pelajar luar bandar mereka perlu membuat semua keputusan sendiri. Hal ini menyebabkan mereka mengalami kejutan terhadap diri mereka kerana sebelum ini mereka dikelilingi oleh ibu bapa untuk membuat keputusan. Walau bagaimanapun, pengambilan semula murid tingkatan 1 untuk meneruskan pendidikan di MRSM dibuat kembali pada tahun 90an. Hal ini kerana murid perlulah diberi pendedahan awal bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Kurikulum MRSM boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, pembelajaran luar bilik darjah dan yang kedua adalah pembelajaran dalam bilik darjah. Pada permulaan penubuhan MRSM, pelajar dibenarkan memakai pakaian bebas ke kelas tetapi selepas tahun 1979, MARA telah mengubah polisi dengan mewajibkan pakaian seragam kepada penuntutnya300 . Bahagian pertama iaitu bahagian luar bilik darjah. Bahagian ini meliputi semua aspek yang berjalan di maktab. Kegiatan ini perlu untuk membantu seseorang pelajar memperkembang kebolehannya disamping dapat membentuk sifat bertanggungjawab dan sifat kepimpinan. Aktiviti luar bilik darjah ini meliputi kegiatan Kelab Akademik, Pakaiaan Seragam, Kelab Kesenian dan Kelab Sukan. Bahagian kedua adalah bahagian dalam bilik darjah. Bahagian ini merupakan bahagian akademik. Pelajar akan mengikuti peperiksaan Sijil Rendah 298 Utusan 29/12/10 299 Temuramah bersama bekas pelajar MRSM tahun 1989, En Masnon 300 Prospektus Maktab Rendah Sains MARA 1977, 78 hlmn 25.
  • 134.
    134 Pelajaran atau dikenaliPeperiksaan Menengah Rendah di Tingkatan 3 dan Sijil Pelajaran Malaysia di Tingkatan 5. Segala sukatan pelajaran ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada awalnya, MRSM tidak banyak memperkenalkan kursus tambahan untuk pelajar. Mata pelajaran hanya ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Setelah Kurikulum Lama Sekolah Menengah digantikan dengan Kurikulum Baru Sekolah Menengah, terdapat perubahan dalam Kurikulum MRSM seperti yang dipaparkan dalam jadual 4. Banyak kursus yang telah diperkenalkan oleh MARA sebagai kursus khas. Kursus khas MRSM ialah Kursus Kemahiran Berfikir, Sains Komputer, Perkembangan Kerjaya, Senireka dan Keusahawanan. Kurikulum akademik tidak mempunyai perbezaan dengan sekolah harian biasa kerana kurikulum sudah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan .Namun, setelah sistem pembelajaran di MRSM berjalan lancar Pelajaran Menengah menambah kursus-kursus khas. Tujuannya untuk menambah ilmu pengetahuan, sesuai dengan matlamatnya bagi melahirkan pelajar yang cemerlang daripada segi akademik dan kesempurnaan sahsiah. 5.2.2 Pendidikan Peringkat Tinggi Dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan masyarakat luar bandar, MARA juga memberi peluang kepada masyarakat luar bandar untuk mengikuti program yang dianjurkan di bawah institusi MARA. MARA telah berjaya menubuhkan Institut Teknologi MARA, Institut Latihan MARA, Kolej Poly-Tech MARA, GiatMARA, Universiti Kuala Lumpur, Universiti Teknologi MARA ,Penubuhan German-Malaysia Institute, Kolej MARA, Kolej Yayasan MARA, dan Institut Perdagangan MARA. Institusi-institusi yang dibina ini untuk memberikan latihan pendidikan secara profesional kepada anak- anak Melayu bagi mengisi kekosongan tenaga kerja kelak. Di samping itu, kegiatan ini juga diharapkan dapat membantu ke arah mewujudkan ramai bakal usahawan selari dengan perkembangan perindustrian negara. 5.2.3 Pusat Giat Mara Penubuhan institusi pendidikan yang dikhususkan kepada anak-anak bumiputera membolehkan anak- anak bumiputera dilatih supaya mereka dapat mempelajari ilmu-ilmu dalam bidang profesional. Pada tahap asas, MARA menyediakan Pusat Giat MARA (PGM). Pusat latihan ini mula beroperasi pada tahun 1986301 . Objektif penubuhan Pusat Giat Mara ini untuk memberi pengetahuan dan latihan teknikal kepada masyarakat luar bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluan tempatan agar dapat pengalaman bagi meningkatkan taraf hidup. Sasaran PGM ini untuk memberi latihan teknikal kepada masyarakat dengan mengutamakan mereka yang belum pernah mendapat latihan kemahiran bagi tujuan mendapat kerja. PGM menerima pelatih yang hilang pekerjaan dan terpaksa mencari pekerjaan baru. Malah, PGM juga mencari pelatih yang ingin menambah ilmu dalam bidang teknikal. Pelbagai kemudahan disediakan oleh PGM seperti latihan 301 Wawasan Mara ke Mana Arah? Hlmn 93
  • 135.
    135 percuma, elaun, kemudahanmenggunakan semua peralatan dan mesin-mesin, kemudahan rekreasi, sijil kehadiran kursus PGM dan kemudahan bimbingan kerjaya setelah tamat kursus302 . Tahap latihan di PGM berbentuk asas. Para pelatih yang berminat tanpa mengira kaum, umur akan dilatih dalam berbagai jenis bidang. Jenis kursus yang ditawarkan berfungsi untuk menyokong dan mempertingkatkan aktiviti setempat bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat. Maka, lulusan PGM ini boleh menjalankan urusniaga mereka mengikut keperluan setempat dan tidak perlu mencari peluang pekerjaan di tempat lain. Melalui kaedah ini, PGM dapat memainkan peranan ke arah membantu menyelesaikan masalah penghijrahan belia luar bandar ke bandar303 . 5.2.4 Institut Kemahiran MARA Pada tahun 1967, MARA menaik taraf Maktab MARA kepada Institut Teknologi MARA304 . Apabila Institut Teknologi MARA ditubuhkan ia telah menutup peluang anak-anak bumiputera yang tidak cemerlang akademik untuk mendapatkan latihan kemahiran. Senario ini berlaku kerana untuk memasuki ITM, seseorang pelajar mestilah mendapat keputusan yang baik khususnya dalam peperiksaan Malaysia Cerrificute Of Education ( MCE ) atau Sijil Peperiksaan Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan.305 Bagi menampung masalah anak-anak bumiputera yang kurang cemerlang dalam bidang akademik tetapi berminat untuk menceburi latihan industri,satu langkah bijak dilakukan oleh MARA dengan menubuhkan Institut Kemahiran MARA. MARA menubuhkan Institut Kemahiran MARA (IKM) dengan mendukung objektif utama yang ingin melatih para belia bumiputera dalam pelbagai bidang kemahiran dan seterusnya mengeluarkan tenaga pekerja yang mahir untuk mengisi keperluan negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, MARA telah membina Institut Kemahiran MARA pertama iaitu di Melaka pada tahun 1968306 . Pada tahun 1968, satu gerakan mendaftar beramai-ramai bagi belia bumiputera yang memerlukan latihan kemahiran. Pendaftaran dijalankan di seluruh negara untuk mengetahui bilangan bumiputera yang memerlukan latihan dan bilangan mereka yang cenderung ke satu-satu bidang latihan307 . Dengan adanya pendaftaran ini, MARA dengan secara langsung dapat memainkan peranan dengan memberi latihan kepada masyarakat yang memerlukan latihan. Sehingga tahun 2013, banyak kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh IKM dan sehingga tahun 2013 terdapat 13 buah IKM di seluruh Malaysia308 . Selaras dengan kehendak dan keperluan negara, IKM telah ditubuhkan dengan tujuan untuk mengeluarkan lebih ramai tenaga pekerja mahir khususnya dari kalangan belia Bumiputera309 . Rancangan penubuhan Institut Kemahiran MARA (IKM) ini merupakan satu usaha mengurangkan penggangguran lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi dan tidak berupaya mendapatkan pekerjaan tanpa sebarang kemahiran. Penubuhan Institut 302 Prospektus Giat Mara Malaysia, Cetakan Giat MARA, School Of Printing, Bangi, Selangor, 1998 303 Majlis Amanah Rakyat, Wawasan 2020 Ke Mana MARA, hlmn 94 304 Foto Di Pejabat MARA, Lampiran 1 305 Temu Ramah Bersama Pegawai MARA Kuala Lumpur 306 Laporan Tahunan MARA 2013, hlmn 5 307 Laporan Tahunan MARA 1967, hlmn 4 308 Laporan Tahunan MARA 2013, hlmn 57 309 Prospektus Institut Kemahiran MARA, hlmn 2
  • 136.
    136 Kemahiran MARA (IKM)ini diharapkan dapat memberi peluang kepada belia Bumiputera menghadapi masa depan yang lebih cerah. Penubuhan Institut Kemahiran MARA (IKM) ini menunjukkan usaha MARA secara tidak langsung dapat memperbaiki taraf hidup Bumiputera apabila belia yang dilatih menggunakan kemahiran masing-masing. Kursus-kursus kemahiran yang dijalankan adalah bersifat kemahiran untuk kegunaan semasa kepada para pelatih. Justeru itu, Institut Kemahiran MARA (IKM) menyediakan kemudahan- kemudahan untuk melatih tenaga mahir dan separa mahir di dalam bidang teknikal ke arah memenuhi keperluan negara serta meningkatkan lagi penyertaan dalam pekerjaan yang memerlukan kemahiran. Di samping itu, kurikulum yang disediakan dapat membantu ke arah mewujudkan bakal usahawan, selaras dengan perkembangan semasa perindustrian negara. Setiap IKM menyediakan kursus yang berbeza- beza antara satu sama lain dengan kehendak setempat. 5.2.5 Institut Teknologi MARA Selepas RIDA digantikan dengan MARA, Dewan Latihan RIDA telah diubah menjadi Maktab MARA dan kemudiannya pada 1967 diubah kepada Institusi Teknologi MARA310 . ITM ini merupakan satu institusi pendidikan yang tidak begitu statik. Sejarah penubuhan ITM bermula pada tahun 1956 di bawah pentadbiran RIDA311 . Pada masa kini, ITM telah bertukar nama kepada Universiti Teknologi Malaysia (UITM). ITM merupakan sebuah institusi pengajian tiinggi yang ditugaskan untuk memberi latihan profesional dan separa profesional kepada pelajar bumiputera. Penubuhan institusi ini bertujuan untuk memenuhi kekosongan tenaga kerja manusia yang dikehendaki oleh negara khususnya dalam bidang teknologi, pentadbiran , pengurusan dan perniagaan. Sebelum MARA ditubuhkan, salah satu tugas RIDA termasuklah menubuhkan sebuah pusat latihan untuk melatih penduduk luar bandar dalam bidang kemahiran terutamanya sektor perniagaan dan perdagangan. Bagi mencapai hasrat ini, RIDA telah menubuhkan Dewan Latihan RIDA312 . Dewan Latihan RIDA merupakan salah satu institutsi pendidikan harian yang berasrama dan memberi latihan kepada para belia bumiputera yang ingin menjalankan perusahaan dan perniagaan sebagai punca pendapatan mereka313 . Mulai Jun 1961, hanya pelajar-pelajar yang mendapat sijil persekolahan seberang laut sahaja diterima masuk ke Dewan Latihan Rida314 . Syarat kemasukan ini telah menaik taraf Dewan Latihan RIDA . Penaikkan taraf tersebut telah memberi peluang kepada pelajar yang mengambil peperiksaan berkanun profesional British dalam bidang perniagaan dan pengurusan sahaja. Sebelum ini, kemasukan ke Dewan Latihan RIDA terbuka kepada penduduk luar bandar dalam bidang kemahiran seperti membuat 310 Laporan Tahunan MARA 1967, hlmn 20 311 Ministry of Education, Educational Statictics of Malaysia 1970-1979, Jabatan Cetak Kerajaan, 1982, hlmn 70 312 Alam MARA, Bil 2. Mac /April, hlmn 3 313 RIDA, Annual Report 1958, hlmn 58 314 Temu Ramah Pensyarah Universiti Teknologi MARA Segamat, Mr Nathan-Menurut Mr Nathan pelajar yang mendapat sijil pelajaran persekolahan seberang laut ini ialah mereka Peperiksaan Senior Cambridge telah mula dijalankan sebelum Perang Dunia Kedua
  • 137.
    137 tikar, penyapu dansabut. Apabila kemasukan dinaik taraf, Dewan Latihan RIDA telah memperkenalkan kursus London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) untuk golongan atasan dan pertengahan. Dewan Latihan RIDA telah memperkenalkan kursus jangka masa pendek kepada belia-belia yang tidak berkelayakan bagi mengikuti kursus profesional untuk diberi ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan dan penyimpan kira-kira315 . Jelaslah bahawa penuntut yang mengikuti kursus profesional di Dewan Latihan RIDA ini tidak begitu ramai kerana anak-anak bumiputera tidak layak mengikuti kursus yang ditawarkan di Dewan Latihan RIDA kerana untuk mengikuti program tersebut mereka perlu ada pendidikan Inggeris. Walau bagaimanapun, jumlah penuntut yang mengikuti program profesional itu meningkat pada setiap tahun. Dewan Latihan Rida dilihat banyak membantu golongan pendidikan Inggeris namun dalam konteks pembangunan negara, MARA banyak memberikan sumbangan dalam usaha menjadikan pendidikan sebagai institusi yang memodenkan masyarakat bumiputera. Justeru , Dewan Latihan RIDA memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemajuan orang Melayu dan bumiputera. Selepas Kongres Ekonomi Bumiputera pertama berlangsung pada Jun 1965 , RIDA telah dibubarkan dan digantikan kepada Majlis Amanah Rakyat ( MARA ). Berikutan dengan pembubaran RIDA, nama Dewan Latihan RIDA telah diubah kepada Maktab MARA316 . Hal ini disebabkan oleh desakan dan saranan ahli Kongres Bumiputera pertama yang berlangsung pada 1965. Pada tahun 1967, nama Maktab MARA ditukar kepada Institut Teknologi MARA. Penukaran itu berkuatkuasa pada 14 Oktober 1967317 . Struktur pentadbiran ITM ini diketuai oleh Pengarah dan bahagian-bahagian bawahnya dibantu oleh Dekan318 . Pada awal penubuhan ITM pada 1969, terdapat sembilan buah sekolah di ITM319 . Antara sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Perakaunan, Sekolah Komputer Sains, Sekolah Arkitek, Sekolah Pengurusan Pentadbiran, Sekolah Sains Gunaan, Sekolah Pengurusan dan Perniagaan, Sekolah Kejuteraan, Sekolah Pengurusan Hotel dan Sekolah Pengajian Pra-Universiti. ITM merupakan sebuah institusi pengajian tiinggi yang ditugaskan untuk memberi latihan profesional dan separa profesional kepada pelajar bumiputera. Penubuhan institusi ini bertujuan untuk memenuhi kekosongan tenaga kerja manusia yang dikehendaki oleh negara khususnya dalam bidang teknologi, pentadbiran , pengurusan dan perniagaan Pada hari ini, ITM telah diubah setelah ITM dinaik taraf ke peringkat universiti yang dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA atau akronimnya UiTM. Pertukaran nama ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri yang Ke-Empat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed di Stadium Melawati Shah Alam pada 26 Ogos 1999320 . 315 Temu Ramah Bersama Pegawai MARA Kuala Lumpur, Puan Siti Khadijah 316 Berita Harian 1970-1979, hlmn 70 317 Laporan MARA 1967, hlmn 70 318 Abdullah Zakaria Ghazali, Malaysia: Tokoh Dulu Dan Kini, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1997, hlmn 261 319 Penyata Tahunan MARA 1969, hlmn 44 320 Utusan Malaysia, 4 November 1999
  • 138.
    138 MARA telah mendahuluisemua institusi pengajian tinggi dalam negeri dalam usaha melatih tenaga profesional khususnya dalam bidang perusahaan dan perniagaan. Perkara ini dapat dibuktikan apabila tertubuhnya RIDA ,Dewan Latihan MARA, Maktab MARA dan ITM yang lebih dikenali sebagai UiTM. 5.3 Perkembangan Program Pembangunan Usahawan MARA sememangnya meningkatkan taraf hidup masyarakat desa melalui aktiviti keusahawanan. Selaras dengan Dasar Ekonomi Baru, MARA terus memainkan peranan penting bagi mewujudkan dan menambah bilangan usahawan dalam kalangan bumiputera serta meningkatkan taraf hidup mereka dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan. Kesemua ini bertujuan untuk melahirkan peniaga yang berjaya. Mereka diberi latihan khidmat nasihat dan pinjaman kewangan bagi memantapkan lagi perniagaan mereka agar setanding dengan usahawa-usahawan lain yang sudah lama melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ini. Selain itu, MARA juga telah merancang latihan untuk mewujudkan satu masyarakat perdagangan dan perusahaan dalam kalangan orang-orang Melayu dan bumiputera lain. Rancangan ini ingin dijadikan pemacu dalam pembangunan keusahawanan melalui kewujudan khidmat latihan, pemerkasan usahawan dan juga penyediaan-penyediaan kemudahan keusahawanan. Kegiatan dan aktiviti pembangunan keusahawanan ini secara umumnya tertumpu kepada usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat usahawan bumiputera yang kukuh melalui perkhidmatan bimbingan keusahawanan, menyediakan kemudahan kredit, mengenal pasti projek urusniaga dan penyedian tempat urusniaga. Di samping itu, MARA juga akan mengenal pasti projek- projek perniagaan baru yang boleh dimajukan oleh MARA sendiri atau dijayakan oleh usahawan bumiputera. MARA sentiasa memberi tumpuan kepada industri kecil dan sederhana, perkhidmatan pengedaran dan sebagainya. Penumpuan ini dibuat untuk memastikan usahawan yang menceburi bidang tersebut berjaya. Mereka juga akan dibantu jika mereka mengalami sebarang masalah. Tindakan MARA yang membantu usahawan dapat mengurangkan beban mereka dengan memberikan bantuan seperti Bimbingan Usahawan, Program Pengwujudan dan Kemajuan Projek. Kemajuan Projek merupakan salah satu bantuan yang dibuat oleh MARA dengan mengkaji dan melaksanakan projek yang berdaya maju untuk diberikan kepada pengusaha. Dengan adanya bantuan ini, pembangunan keusahawanan dan para usahawan dapat maju dan berdaya saing antara satu sama lain. MARA juga menyediakan pinjaman perniagaan dalam bentuk kemudahan kredit dengan syarat-syarat istimewa kepada orang-orang Melayu dan bumiputera lain untuk memulakan perniagaan. Objektif ini dilakukan untuk mengembangkan perniagaan yang ingin dibuat. Kemudahan pinjaman yang diberikan meliputi sektor perdagangan, pembinaan, pembuatan, perkhidmatan dan pengangkutan. Sebelum mendapatkan pinjaman, seseorang pemohon itu haruslah dinilai melalui daya usahanya. Daya usaha projek yang ditunjukkan perlulah dilihat daripada aspek pemasaran, bekalan, kewangan, perdagangan, pengurusan dan lain-lain. Bagi mendapatkan pinjaman, syarat-syarat perlulah dikemukakan seperti tujuan , jenis, kadar pinjaman dan tempoh bayaran balik pinjaman tersebut. Hal ini sangat penting untuk dinilai agar tidak berlaku sebarang penipuan yang boleh menyebabkan kerugian.
  • 139.
    139 Perkembangan MARA dalamsektor keusahawanan dapat dilihat melalui perkhidmatan pengangkutan luar bandar. Bahagian Kenderaan MARA (BKN) telah ditubuhkan pada tahun 1960 di bawah Lembaga Kemajuan Kampung dan Industri yang dikenali sebagai RIDA. Perkhidmatan pengangkutan merupakan salah satu projek perkhidmatan sosial yang dilaksanakan oleh MARA untuk penduduk luar bandar dan peneroka-peneroka FELDA. Projek ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada mereka bagi membawa keluar hasil pertanian dan penternakan untuk dipasarkan di pekan-pekan kecil dan juga bandar. Tambahan pula, Bas RIDA memberi perkhidmatan pengangkutan kepada penduduk-penduduk di luar bandar dan seterusnya membantu bumiputera melibatkan diri dalam industri pengangkutan. Pada ketika itu, Bahagian Kenderaan dikenali sebagai Bahagian Kenderaan RIDA dan perkhidmatan pengangkutan yang dijalankan oleh bahagian ini dikenali sebagai Bas RIDA. Bagi mereka, perkhidmatan KBM ini sangat berharga kerana perkhidmatan pengangkutan lain masih belum berkembang ke kawasan mereka. Taburan projek pengangkutan luar bandar meliputi negeri Kedah, Perak, Selangor, Melaka dan juga Pahang. Dengan adanya perkhidmatan bas di negeri-negeri ini, maka perkhidmatan bas telah menyediakan perkhidmatan sosial yang penting untuk penduduk luar bandar. Namun begitu, selain memberikan bantuan kemudahan, secara tidak langsung kemajuan dalam perusahaan pengangkutan bertambah lebih maju. Hal ini dapat dibuktikan pada 1 September 1985 apabila MARA Holdings Sdn. Bhd. telah ditubuhkan oleh Kumpulan Kenderaan MARA Berhad (KKMB) serta lain-lain syarikat MAR. Kemudian, ia telah diswastakan kepada NadiCorp. Sdn. Bhd. pada tahun 2000 atas usaha dan pengalaman MARA (Kenderaan Bas MARA) dalam memberikan perkhidmatan kepada penduduk luar bandar setelah melihat pelbagai perubahan daripada segi perlaksanaannya. 6.0 Penutup Sejarah penubuhan dan perkembangan MARA telah dibincangkan secara teliti dan meliputi empat bahagian utama iaitu sejarah kedudukan orang Melayu sebelum merdeka, sejarah penubuhan RIDA, sejarah penubuhan MARA dan juga perkembangan program-program di bawah MARA. Pada tahun 1953, seorang pejuang kebangsaan dan pengasas UMNO iaitu Allahyarham Dato Onn bin Jaafar telah menyedari bahawa anak bangsanya masih ketinggalan di dalam berbagai-bagai bidang khususnya di dalam lapangan ekonomi. Di atas daya usaha beliau, Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan atau RIDA ditubuhkan bagi menyusun kembali kehidupan kampung dan meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Antara usaha-usaha yang dilakukan adalah dengan mendapatkan bantuan kewangan, memberi pendidikan kepada kaum wanita dan menjalankan aktiviti perusahaan. Walaupun dilihat masyarakat bumiputera dalam ambang perubahan dan kemajuan tetapi masyarakat Melayu masih lagi tinggal di kampung dan mereka hanyalah lebih kepada aktiviti harian mereka. Jadi hal ini menjadi semakin sebutan walaupun British memberikan modal tetapi mereka tetap sama duduk dalam organisasi bawahan. Diatas kesedaran tersebut maka, pemimpin-pemimpin orang Melayu dan ahli-ahli politik mendesak untuk melakukan satu perbincangan dan menyamaratakan kedudukan ekonomi orang dan
  • 140.
    140 kaum lain. Justeruitu, Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama yang diadakan pada Jun 1965 telah membuat usul mendesak kerajaan menubuhkan satu badan yang dapat membangunkan ekonomi orang Melayu dengan lebih cepat dan berkesan. Jadi hasil daripada kogres tersebut maka lahirlah MARA pada 1 Mac 1966. MARA telah melancarkan berbagai-bagai program untuk mempercepatkan dan memperkembangkan kemajuan serta pembagunan orang-orang Melayu atau bumiputera yang lain. Usaha-usaha MARA di dalam bidang pendidikan dapat disaksikan di dalam pertumbuhan institusi pendidikan dan di sektor keusahawan, MARA juga menyediakan latihan kemahiran dan bimbingan dan khidmat nasihat bagi ruang niaga. Kesannya ialah bilangan usahawan meningkat dengan begitu ramai. Malahan itu juga dengan penubuhan MARA perkhidmatan sosial tidak dilupakan. Pengangkutan disediakan oleh MARA bagi menghubungkan kawasan luar bandar ke kawasan bandar. Secara kesimpulannya, MARA telah berjaya membawa kemajuan dan pembangunan ke bahagian luar bandar dan seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup dan sosio-ekonomi bumiputera negara ini.
  • 141.
    141 Bibliografi Bahan-Bahan Rasmi MARA, LaporanTahunan MARA 1967 MARA, Laporan Tahunan MARA 1968 MARA, Laporan Tahunan MARA 1969 MARA, Laporan Tahunan MARA 1970 MARA, Laporan Tahunan MARA 1971 MARA, Laporan Tahunan MARA 1972 MARA, Laporan Tahunan MARA 1973 MARA, Laporan Tahunan MARA 1974 MARA, Laporan Tahunan MARA 1975 MARA, Laporan Tahunan MARA 1976 MARA, Laporan Tahunan MARA 1977 MARA, Laporan Tahunan MARA 1978 MARA, Laporan Tahunan MARA 1979 MARA, Laporan Tahunan MARA 1980 MARA, Laporan Tahunan MARA 1981 MARA, Laporan Tahunan MARA 1982 MARA, Laporan Tahunan MARA 1983 MARA, Laporan Tahunan MARA 1984 MARA, Laporan Tahunan MARA 1985 MARA, Laporan Tahunan MARA 1986 MARA, Laporan Tahunan MARA 1987 MARA, Laporan Tahunan MARA 1988 MARA, Laporan Tahunan MARA 1989 MARA, Laporan Tahunan MARA 1990 MARA, Laporan Tahunan MARA 1991 MARA, Laporan Tahunan MARA 1992 MARA, Laporan Tahunan MARA 1993 MARA, Laporan Tahunan MARA 1994 MARA, Laporan Tahunan MARA 1995 MARA, Laporan Tahunan MARA 1996 MARA, Laporan Tahunan MARA 1997 MARA, Laporan Tahunan MARA 1998 MARA, Laporan Tahunan MARA 1999 MARA, Laporan Tahunan MARA 2000 MARA, Laporan Tahunan MARA 2001 MARA, Laporan Tahunan MARA 2002 MARA, Laporan Tahunan MARA 2003 MARA, Laporan Tahunan MARA 2004 MARA, Laporan Tahunan MARA 2005 MARA, Laporan Tahunan MARA 2006 MARA, Laporan Tahunan MARA 2007
  • 142.
    142 MARA, Laporan TahunanMARA 2008 MARA, Laporan Tahunan MARA 2009 MARA, Laporan Tahunan MARA 2010 MARA, Laporan Tahunan MARA 2011 MARA, Laporan Tahunan MARA 2012 MARA, Laporan Tahunan MARA 2013 Penyata Tahunan RIDA Parlimentary Debate, Dewan Rakyat, Cetakan Kerajaan 1965 Laporan RIDA 1952 Laporan RIDA 1954 Laporan RIDA 1955 Laporan RIDA 1956 Public Relation Unit, Majlis Amanah Rakyat, Wawasan 2020, Ke Mana Arah MARA? Akhbar/Majalah Utusan Malaysia 6 Jun 1965 Akhbar berita Harian 6 Jun 1965 Utusan 29/12/10 Utusan Malaysia, 4 November 1999 Alam MARA(Majalah), Majlis Amanah Rakyat Latihan Ilmiah Ho Hon Choong, “Sejarah Penubuhan dan Perkembangan MARA”Latihan Ilmiah Bahagian Ilmu Kemanusian, sesi 1991/1992, Universiti Sains Malaysia. Ibrahim Ahmad, Jurnal Keusahawanan Bumiputera:Satu Tinjauan Terhadap Usaha MARA 1929 Temu Bual dengan Responden. Bil Nama Jawatan Bekas Pelajar Tarikh Temubual Catatan 1 En Masnon Guru MRSM Muar 20/12/2014 2 Siti Khadijah Pegawai MARA Kuala Lumpur Pegawai MARA Kuala Lumpur 18/02/2015 3 Saedah Bt Ismail Pegawai MARA Cawangan Muar Pegawai MARA Daerah 11/12/2014 4 Bayu Bin Zakaria Pegawai MARA Negeri Kuala Lumpur Bahagian Pendidikan 18/02/15 Rujukan Buku Just Faaland, DEB: Pertumbuhan dan Ketaksamaan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991. Buyung Adil, Sejarah Perak, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1981, Kuala Lumpur. Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar: Pengasas Kemerdekaan
  • 143.
    143 Ho Hon Choong,“Sejarah Penubuhan dan Perkembangan MARA. Raja Muhammad Afendi, Persatuan Awam Di Malaysia, Dewan Bahasa Dan .Pustaka. 1992, Mahathir Mohamad, The Malay Dilemma , Donald Moore for Asia Pasific Press, Singapore, 1970 Ungku Aziz, Jejak-jejak di Pantai Zaman, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991 Majlis Amanah Rakyat, Wawasan 2020 Kemana Arah Mara?, Majlis Amanah Rakyat. Abdullah Zakaria Ghazali, Malaysia: Tokoh Dulu Dan Kini, Penerbit Universiti Malaya
  • 144.
    144 PENUBUHAN DAN PERANANJABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH 1995 – 2010 SHARIFAH NUR ATIQAH BINTI SYED GHALIB 1.0 Pengenalan Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Konsep zakat tidak boleh disamakan dengan cukai seperti mana yang diamalkan oleh pemerintah dalam kebanyakan negara pada hari ini. Zakat juga satu bebanan yang harus dipikul oleh orang-orang Islam meskipun ianya merupakan kewajipan ke atas mereka seperti yang telah ditetapkan di dalam rukun Islam. Namun begitu, zakat wajib ditunaikan sekiranya individu tersebut berkemampuan seperti syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam Islam. 1.1 Definisi Zakat Secara umumnya pengertian zakat dapat dibahagikan kepada dua iaitu pengertian dari sudut bahasa dan istilah. Menurut Lisan al-Arab, definisi zakat dari segi bahasa ialah bersih, subur, berkat dan suci. Manakala Abu Muhammad bin Qutaibah berpendapat bahawa zakat bermakna suci, subur dan bertambah. Zakat berasal daripada bahasa arab iaitu ‘zaka’ yang membawa erti subur, berkat dan bertambah kebaikan. Di dalam bahasa Arab dusebut ‘zaka-uzzara’ yang bererti suburnya tanaman dan ‘zaka-unnafnakah’ yang bermaksud berkatnya harta. Zakat juga bermaksud membersihkan iaitu bukan sahaja membersihkan harta tetapi juga membersihkan diri pengeluar zakat.321 Al-Sayyid Sabiq, seorang tokoh ulama Arab berpendapat bahawa zakat dari segi bahasa ialah nama bagi barang yang diberikan oleh manusia yang lebih mampu kepada fakir dan miskin. Ini adalah kerana dengan mengeluarkan zakat seseorang itu akan mengharapkan keberkatan, kebersihan jiwa dan bertambah kebaikan. Ia diambil daripada perkataan ‘zakat’ iaitu bersih, subur dan berkat. Terdapat berbagai-bagai takrif yang telah untuk pengertian zakat dari segi istilahnya. Menurut Sheikh Muhammad Syarbini Al-Khatib mengertikan zakat sebagai nama bagi kadar tertentu dari harta yang tertentu. Penjelasan ini adalah konsep zakat ialah pemberian sebahagian daripada harta manusia yang mempunyai kemampuan kepada golongan yang telah ditentukan dengan kadar yan telah ditetapkan. Seterusnya, Dr, Yusuf Qardawi dalam kitabnya berpendapat bahawa pengertian zakat dari segi istilah ialah sebahagian harta yang ditentukan oleh Allah untuk mereka yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat tertentu atau kadar tertentu daripada nisab yang telah ditetapkan oleh syariat Islam sama ada dengan wang, buah-buahan , tanam-tanaman mahupun biji-bijian yang mana semua itu menjadi tuntutan syarat supaya dikeluarkan zakat. 321 Abu Bakar Jabir, Himpunan Hukum-Hukum Zakat untuk Jabatan Zakat Negeri Kedah, 1999, hlm. 1.
  • 145.
    145 1.2 Perbezaan KonsepZakat dan Baitul-Mal Secara umumnya, institusi zakat adalah sebuah badan pengurus zakat yang dilantik oleh sebuah pemerintah Islam di sesebuah negeri atau negara berkenaan yang akan mengelolakan hal ehwal kutipan dan agihan zakat serta segala berkaitan dengan asnaf zakat. Dalam kalimah yang lain, institusi zakat juga dikenali sebagai institusi amil. Di Malaysia dikenali sebagai pusat zakat,lembaga zakat dan jabatan zakat negeri. Baitulmal pula diterjemahkan sebagai tempat menyimpan pelbagai jenis harta negara Islam. Dalam definisi lebih tepat, baitulmal adalah institusi harta dan kewangan induk dalam sesbuah negara Islam. Harta yang terkumpul di dalamnya merupakan khazanah yang dimiliki oleh semua rakyat yang tinggal dan menetap di bawah naungan sesbuah kerajaan Islam. Terdapat dua jenis sumber yang dimasukkan ke dalam baitulmal iaitu harta khas, harta am, harta percukaian dan harta kebajikan. Harta khas adalah seperti zakat harta dan zakat fitrah manakala harta am ialah harta kerajaan seperti fai’ (harta rampasan setelah musuh menyerah diri), ghanimah (rampasan perang) dan ma’adin (galian berharga seperti petroleum). Harta percukaian ialah kharaj (cukai tanah), ‘usyur (cukai perdagangan), jizyah (individu), sulh al-jizyah (cukai perlindungan) dan lain-lain bentuk cukai kerajaan. Harta kebajikan pula ialah harta wakaf, pewarisan, nazar, sedekah dan lain-lain. Penerima atau orang yang berhak menerima manfaat daripada baitulmal adalah seluruah rakyat di dalam negara berkenaan termasuklah orang-orang bukan Islam yang mendiami negara itu. Di dalam perkara ini bermaksud penggunaan dana dari Baitul-Mal adalah meluas dan mencakupi pelbagai manfaat untuk kebajikan serta pembangunan fizikal negara. Oleh itu, dana baitulmal boleh digunakan untuk membina masjid, jalan raya, sekolah, menyelenggara keperluan kesihatan dan sebagainya termasuk menyediakan kelengkapan perang dan pertahanan negara. Perkara ini berbeza sekali dengan zakat kerana hanya umat Islam sahaja yang perlu menunaikan kewajipan membayar zakat dan agihannya juga hanyalah untuk orang Islam. Zakat merupakan rukun Islam yang tidak diwajibkan ke atas orang bukan Islam yang layak mendapat bantuan mengikut agihan asnaf yang ditetapkan oleh syara’.322 1.3 Pembahagian Zakat Zakat di dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Setiap jenis zakat yang ditentukan ini mempunyai kadar-kadar yang telah ditetapkan dan perkara inilah yang membezakan konsep zakat dan sedekah. Sedekah tidak ditentukan jumlah yang perlu diberia dan seseorang indirvidu tersebut boleh memilih untuk menghulurkan bantuan ataupun tidak. Sedekah juga boleh dihulur pada bila- bila masa dan di mana-mana sahaja. Perkara ini berbeza sama sekali dengan zakat kerana zakat merupakan rukun Islam yang kelima dan wajib ditunaikan. 322 Keratan Akhbar Utusan bertarikh 29 Jun 2012, Perbezaan Pusat Zakat dan Baitul Mal, Arkin Negara Malaysia.
  • 146.
    146 1.3.1 Zakat Fitrah Zakatfitrah diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun kedua Hijrah. Hukumnya wajib ke atas diri setiap orang Islam, kecil atau dewasa, lelaki atau perempuan, hamba atau merdeka. Wajib atas seseorang itu mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya dan keluarganya iaitu orang yang wajib ke atasnya menanggung nafkah seperti anak, isteri, hamba dan lain-lain lagi dengan syarat makanannya pada hari raya.323 Hikmatnya ialah untuk menyucikan diri orang-orang yang berpuasa dari perbuatan dan percakapan keji dan untuk member makan kepada orang miskin. Tempoh masa bayangannya ialah awal bulan Ramadhan sehingga pagi Syawal iaitu tempoh masa sebulan Ramadhan. Masa yang sunat ialah pagi 1 Syawal sebelum solat hari raya. Kadarnya ialah sa atau satu gntung Baghdad. Zakat fitrah boleh dikeluarkan dari jenis barang makanan dengan syarat ianya adalah makanan asasi sesebuah negeri yang mengenyangkan seperti tamar,barli, gandum dan beras. Walau bagaimanapun, Imam Abu Hanifah mengharuskan zakat fitrah dikeluarkan dalam bentuk nilaian wang yang dikira mengikut kadar harga barang makanan asasi sesebuah negeri. 1.3.2 Zakat Harta’ Terdapat 5 jenis harta yang wajib dikeluarkan zakat iaitu : i) Zakat Binatang Ternakan ii) Zakat Emas dan Perak iii) Zakat Barang Perniagaan iv) Zakat Pertanian v) Zakat RIkaz dan Galian Selain daripada jenis-jenis harta yang telah disebutkan, terdapat jenis-jenis harta lain yang telah disepakat oleh ulama kerana harta tersebut menepati syaratnya. Menurut ulama Mazhab Hanafi harta kekayaan ialah segala harta yang daoat dimiliki dan dimanfaatkan menurut kebiasaan masyarakat seperti gaji bulanan, wang simpanan dan lain-lain. i) Zakat Binatang Ternakan Zakat binatang ternakan ialah zakat yang dikenakan ke atas binatang-binatang yang diternak daripada jenis lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan unta apabila senmpurna syarat-syaratnya. Syarat Zakat Ternakan ialah syarat diwajibkan zakat ke atas binatang-binatang ternakan ialah “Saaimah” ertinya binatang-binatang itu dipelihara di padang ternakan bebas. Binatang-binatang yang dipelihara bagi tujuan membantu kerja seperti lembu yang dipelihara untuk mengangkat barang-barang atau untuk membajak sawah tidak diwajibkan zakat. Nisab hendaklah berkekalan di sepanjang haul. Nisab zakat lembu ialah 30 323 Abu Bakar Jabir, op. cit, hlm. 3.
  • 147.
    147 ekor dan kambing40 ekor. Tidak dikenakan zakat bagi bilangan yang lebih daripada kadar nisab yang pertama tetapi belum sampai kadar yang kedua dan begitulah seterusnya.324 ii) Zakat Emas dan Perak Emas dan perak adalah logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderamata, ukiran atau perhiasan. Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun. Sebagaimana diketahui umum, sejak dari dahulu sampai sekarang emas dan perak merupakan logam yang sangat berharga dan menjadi sumber kekayaan seseorang. Oleh itu, menurut pandangan Islam, ia mesti dikenakan zakat sama seperti sumber-sumber kekayaan yang lain. Syarat-sayrat wajib zakat emas ialah pemiliknya Islam, cukup nisab, cukup haul setahundi dalam milik mengikut kiraan tahun Hijrah dan hak miliknya yang sempurna tanpa sebarang percanggahan. iii) Zakat Perniagaan Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan dan sebagainya dengan tujuan diperniagakan. Bentuk-bentuk perniagaan persendririan, perniagaan perkongsian sesama Islam dan sebagainya. Syarat-syaratnya ialah pengeluar zakat beragama Islam, perniagaan adalah kepunyaan mutlak, nilai menjalankan untuk mendapatkan rezeki yang halal serta cukup haul dan nisab untuk tahun tersebut mengikut kalendar Hijrah. iv) Zakat Pertanian Para fuqahak berbeza pendapat tentang jenis jenis tahaman yang wajib dikeluarkan zakat. Imam Malik dan Syafie berpendapat bahawa tanaman yang wajib dikeluarkan zakat ialah tanaman yang mengenyangkan, bole disimoan dan dikeringkan seperti padi, gandum, sekoi, jagung, barli dan jenis kacang yang merupakan makanan asasi sebuah negeri. Jika di negeri Kedah tanaman yang wajib dikeluarkan zakat ialah padi. Zakat tanaman tidak disyaratkan haul (timbangannya). Tanaman dikeluarkan zakat apabila selesai waktu memungut pada setiap musim. Tanaman yang diairi secara langsung dari air hujan zakatnya 10% tetapi tanaman itu diairi dengan menggunakan peralatan atau tenaga manusia zakatnya 5% sahaja. v) Zakat Rikaz dan Galian Rikaz ialah harta benda yang terpendam di alam tanah yang ditanam oleh orang-orang dahulu kala pada zaman jahiliah atau dikenali sebagai harta karun. Mengenai zakat galian ulama’ mempunyai 324 Ibid, hlm. 4.
  • 148.
    148 pendapat yang berbeza.Menurut Imam As-Syafie hanya membenarkan emas dan perak sahaja dan pendapat ini merupakan pendapat yang terkuat.325 Tentang nisab pula, zakat rikaz ialah sebanyak 5% dan zakat galian 2.5% mengikut nisab emas dan perak. Menjelang tahun 2000, terdapat tiga lagi zakat baru yang diperkenalkan iaitu zakat pendapatan, zakat saham dan zakat KWSP. 1.4 Asnaf yang Berhak Menerima Zakat Asnaf atau golongan yang berhak menerima zakat telah ditentukan oleh syariat Islam dan terdiri daripada 8 golongan iaitu fakir, miskin, muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil (musafir), fi sabilillah (orang yang mendekatkan diri dengan Allah), serta amil. Fakir ialah orang yang tidak mempunyai harta dan pekerjaan untuk keperluan hidupnya dan keluarganya. Sekiranya terdapat pekerjaan namun pendapatannya tidak sampai separuh daripada keperluannya. Asnaf miskin pula ialah orang yang mampu bekerja mencari nafkah sehari-hari tetapi tidak mencukupi untuk keperluan harian. Pendapatannya hanya separuh atau lebih sedikit tetapi belum mencukupi keperluannya. Golongan muallaf pula ialah orang-orang yang baru memeluk agama Islam atau cenderung untuk mendalami Islam. Amil pula merupakan golongan yang ditugaskan oleh pemerintah atau wakilnya untuk mengurus, mengumpul dan membahagikan zakat. Bahagian zakat diberikan kepada mereka sebagai menghargai susah payah dan jasa mereka semasa menjalankan tugas-tugas tersebut. Amil hendaklah menepati syarat yang terdiri daripada seorang lelaki Islam yang merdeka, adil dan beramanah. Al-Gharimin (orang yang berhutang) ini termasuk dalam golongan orang yang berhutang untuk sesuatu keperluan yang tidak berunsur maksiat untuk dirinya sendiri, atau kegunaan umum sepertu sebuah keluarga yang tidak mempunyai makanan pada hari tersebut atau mendirikan masjid, hospital dan sebagainya. Ibni Sabil (musafir) bermaksud orang-orang musafir yang kehabisan bekalan, wang ringgit atau keperluan di dalam perjalanan yang bukan bertujuan maksiat. Bantuan ini sekadar membolehkan mereka selamat balik ke negerinya walaupun ianya kaya di negerinya sendiri. Fi Sabilillah pula ialah jalan untuk mendekatkan diri dengan Allah baik berupa ilmu pengetahuan atau amalan. Konsep Fi Sabilillah ini pada zaman dahulu ialah berperang di jalan Allah. Bahagian zakat ini diberikan kepada tentera sukarela yang tidak mendapat gaji daripada pemerintah. Setelah berlakunya perubahan zaman, makna Fi Sabilillah juga termasuk mereka yang berjuan untuk mendalami pengetahuan. Dalam konteks itu zakat digunakan untuk membiayai sekolah-sekolah yang mengajar pengetahuan agama dan lain-lain untuk kepentingan masyarakat. Dalam konteks ini perlulah diberi bantuan kepada guru-guru agama selama mana mereka tidak mendapat sumber pencarian yang lain. 325 Ibid, hlm. 7.
  • 149.
    149 1.5 Hikmah Zakat Menunaikanzakat sebagai suatu kewajipan sebagai seseorang yang beragama Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Kita dapat melihat hikmahnya dari berbagai sudut seperti kerohanian zakat dapat membersihkan jiwa orang-orang kaya dari perasaan bakhil, kedekut dan tamak haloba terhadap harta dunia.326 Zakat juga dapat membersihkan jiwa orang-orang miskin dari perasaan dendam terhadap orang-orang miskin dari perasaan dendam terhadap orang-orang yang hidup mewah seterusnya mengelakkan situasi yang kaya menjadi semakin kaya dan miskin semakin tertindas tanpa mendapat sebarang pembelaan. Dari segi sosial pula, zakat adalah asas pembentukan masyarakat bersatu padu kerana ia melahirkan rasa insaf, mengambil berat dan bantu membantu dalam kalangan anggota masyarakat. Mereka akan lebih cakna dengan kehidupan bermasyarakat dengan memberi perhatian terhadap permasalahan ekonomi masyarakat di sekeliling mereka dan menghulurkan zakat sebagai cara untuk meringankan beban. Zakat juga dianggap sebagai satu kewajipan sosial berbentuk ibadat yang menghubungkan kesyukuran dan kepatuhan umat Islam kepada perintah Allah. Di dalam ekonomi negara, zakat berfungsi di dalam pengagihan semula harta kekayaan Negara kepada yang miskin serta dapat meningkatkan produktiviti masyarakat dan Negara. Zakat juga merupakan sumber kewangan yang penting bago sesbuah negara Islam amnya. 2.0 Pentadbiran Agama Islam di Kedah Sebelum membincangkan lebih lanjut mengenai kajian ini, gambaran ringkas mengenai pentadbiran agama Islam di Kedah akan diterangkan terlebih dahulu. 2.1 Agama Islam dan Raja Sebagai Ketua Agama Agama Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan. Menurut Perlebagaan Persekutuan, pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam adalah di bawah kuasa negeri-negeri.327 Kerajaan negeri berkuasa menggubal undang-undang dan memelihara kesucian dan kesejahteraan umat Islam di negeri masing-masing. Namun kebebasan ini terbatas selagi ianya tidak bercanggah dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang tubuh kerajaan itu sendiri. Menurut Seksyen 33A, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, agama yang diamalkan di negeri ini ialah agama Islam Ahli Sunnah Waljamaah. Akan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan oleh penganutnya dengan aman damai tanpa sebarang gangguan. Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah juga memperuntukkan bahawa raja adalah ketua agama dan Majlis Agama Islam 326 Ibid, hlm. 2. 327 Perkara 3 (2), Perlembagaan Persekutuan, International Law Book Services, Kuala Lumpur, 1988.
  • 150.
    150 Kedah hendaklah menolongdan mensihati raja menurut undang-undang tersebut.328 Dengan ini jelaslah bahawa raja atau Sultan merupakan kuasa tertinggi di dalam pentadbiran Islam di negeri Kedah. 2.1.1 Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) Seperti negeri-negeri lain dalam Malaysia, di negeri Kedah juga terdapat satu badan yang bertugas untuk mentadbir hal ehwal orang-orang Islam di negeri ini yang dinamakan Majlis Agama Islam. MAIK ditubuhkan menurut peruntukan di bawah seksyen 33B dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah untuk menolong dan menasihati sultan dalam perkara-perkara yang bersangkut paut dengan agama Islam.329 Antara salah satu tanggungjawab besar Majlis Agama Islam Kedah yang berkait rapat dengan pengurusan zakat ialah mempergiatkan aktiviti-aktiviti di bidang ekonomi dengan membentuk satu sistem yang cekap dan berkesan untuk mentadbir dan mengurus harta-harta baitulmal. 2.1.2 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Majlis Agama Islam bertindak membuat dasar-dasar dan polisi tertentu manakala Jabatan pula melaksanakan apa yang telah diputuskan Majlis. Walaupun Yang Dipertua Jabatan, namun begitu tidak berlaku pertindihan tugas kerana jabatan mempunyai unit-unit tersendiri untuk menjalankan aktiviti- aktivitinya. Bahagian-bahagian tersebut termasuklah Baitulmal/Wakaf, Penerangan Dakwah, Pentadbiran/Kewangan, Pelajaran Agama, Perundangan dan Penguatkuasaan. Urusan pentadbiran kemudiannya dikembangkan ke peringkat daerah-daerah. Di peringkat daerah pula pelaksanaan pentadbiran Islam dijalankan oleh kadi-kadi daerah yang mempunyai pejabat kadi masing-masing dan seterusnya pada peringkat kampung diwakili oleh imam-imam dan jawatankuasa kariah.330 Dengan ini jelaslah bahawa Majlis dan Jabatan mempunyai tanggungjawab yang amat besar untuk mengembangkan syiar Islam dan memelihara keamanan dan kesejahteraan umat Islam. Semua aktiviti keagamaan seperti pendidikan, penguatkuasaan undang-undang, penyebaran dakwah, mengurus harta-harta orang Islam, perkahwinan dan sebagainya adalah menjadi perhatian Majlis. Semua rakyat mengharapkan agar Majlis yang memegang kuasa yang lebih tinggi dalam pentadbiran agama Islam di Kedah dapat menjalankan tugasnya seperti yang telah digariskan dan tidak tunduk kepada mana- mana pihak yang tidak ingin melihat perpaduan umat Islam di Kedah bersatu. 2.2 Sejarah Penubuhan Jawatankuasa Jabatan Zakat Negeri Kedah Jabatan Zakat Negeri Kedah telah ditubuhkan pada tahun 1361 Hijrah bersamaan 1942 Masihi dengan perintah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Rejen (Al Marhum Tengku Mahmud Ibni Al Mahum Sultan Ahmad Tajudin) nenekanda kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah.331 Tujuan penubuhan jabatan zakat ini pada peingkat awalnya adalah untuk melaksanakan 328 Seksyen 33 (B) 1, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah. 329 Ibid. 330 Shatirah Bakar, Pejabat Zakat Negeri Kedah : Struktur Organisasi dan Peranannya, 1990, hlm. 39. 331 Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Laporan Ringkas Pentadbiran dan Aktiviti Pejabat Zakat Negeri Kedah1976-1980, hlm. 1.
  • 151.
    151 kewajipan rukun Islamyang keempat iaitu wajib manunaikan zakat bagi umat Islam yang mampu dan tanggungjawab menubuhkan jabatan zakat sebagai tempat untuk mengendalikan proses kutipan dan agihan zakat adalah di bawah tanggungjawab pemerintah.332 Jabatan Zakat Negeri Kedah merupakan jabatan yang mengendalikan kutipan dan agihan zakat di negeri Kedah mengikut syarat-syarat dan kadar-kadar yang telah ditetapkan. Kedudukan Jabatan Zakat Negeri Kedah agak menarik jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Hal ini adalah kerana Jabatan Zakat Negeri Kedah ditadbir secara berasingan tanpa digabungkan di bawah satu pentadbiran dengan Majlis Agama Islam Negeri Kedah atau Baitul-Mal. Perkara ini merupakan keunikan dan keistimewaan Jabatan Zakat Negeri Kedah yang telah diiktriaf statusnya sebagai sebuah jabatan yang mempunyai struktur organisasinya yang tersendiri jika dibandingkan dengan Pusat Kutipan Zakat di negeri-negeri lain.333 Pusat Kutipan Zakat di Kedah telah diiktiraf sebagai jabatan kerana mereka mengendalikan sendiri proses kutipan dan agihan zakat tersebut jika dibuat perbezaan dengan Pusat Kutipan Zakat Negeri yang hanya berhak menjalankan proses pengutipan zakat dan proses pengagihan dijalankan oleh pihak Baitul-Mal.334 Jabatan Zakat Negeri Kedah merupakan satu-satunya pusat kutipan zakat yang telah diperakukan statusnya sebagai sebuah jabatan di Malaysia. Pada peringkat awal penubuhan Jabatan Zakat ini, kutipan zakat adalah dibuat secara sukarela sehinggalah kepada tahun 1374 Hijrah (1955) barulah satu Undang-undang Zakat Negeri Kedah No. 4 Tahun 1374 yang mensyaratkan supaya sebuah Jawatankuasa Zakat ditubuhkan untuk mentadbir dan menjaga hal ehwal urusan berkaitan zakat di negeri Kedah.335 Oleh itu, pada tahun te rsebut, undang- undang zakat negeri Kedah yang dikenali sebagai Enakmen Zakat Tahun 1374 (1955) telah dilaksanakan atas perkenaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Sehubungan itu, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah telah dilantik bagi mengendalikan urusan urus tadbir zakat dan sebuah jabatan pelaksana ditubuhkan dan dinamakan sebagai Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK) dan diketuai oleh seorang Setiusaha. 2.2.1 Perkembangan Jabatan Zakat Negeri Kedah Pada peringkat awal penubuhan Jabatan Zakat, kutipan yang dibuat adalah secara sukarela. Tidak ada paksaan ke atas orang-orang yang enggan mengeluarkan zakat kepada Jabatan Zakat dan tidak ditentukan kadar-kadarnya. Pada waktu itu hanya terdapat satu peraturan yang tidak berkuatkuasa undang-undang untuk mengatur kutipan zakat. Peraturan tersebut dinamakan “Perhimpunan Rial Zakat dan Sedekah Orang-orang Islam Negeri Kedah” yang dibuat pada tahun 1355 Hijrah (1936). Kebiasaannya masyarakat Islam pada masa itu lebih cenderung untuk memberikan zakat mengikut tradisi 332 Shatirah Bakar, op. cit. hlm. 40. 333 Temubual dengan Pegawai Korporat Jabatan Zakat Negeri Kedah, En. Hambali Mohd. Puat, pada 1 Mac 2015, jam 10.00 pagi. 334 Ibid. 335 Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, op. cit, hlm 1.
  • 152.
    152 dari generasi sebelumnyaiaitu guru-guru agama, imam-imam, guru-guru pondok yang dihormati dan disegani masyarakat kampung.336 Pada sekitar tahun 1936 sehingga 1955, pihak yang menguruskan zakay pada masa itu dinamakan Komiti Agung dan Komiti Jajahan. Komiti Agung menguruskan pentadbiran zakat di peringkat negeri manakala Komiti Jajahan menguruskan zakat di peringkat negeri manakala Komiti Jajahan menguruskan zakat di peringkat daerah dan kampung-kampung. Setelah tertubuhnya Enakmen Zakat Tahun 1374 Masihi (1955), kutipan zaka dibuat secara berperingkat. Kutipan zakat tidak dibuat sepenuhnya kerana pihak pemerintah ingin melaksanakan kewajipan secara berperingkat-peringkat dan tidak mahu memberikan beban kepada rakyat. Dengan cara ini rakyat dapat memberikan kerjasama yang baik dan tidak merasakan bahawa undang-undang yang dikuatkuasakan adalah paksaan kepada mereka. Seterusnya, jika kita lihat kutipan zakat terbesar di negeri kedah adalah datang dari sumber perolehan padi yang merupakan hasil keluaran utama negeri ini. Pada tahun 1955, pihak pengusaha sawah-sawah padi ini diminta membayar zakat sebanyak 4/8 (1/2) daripada hasil tuaian mereka.337 Namun begitu, pada tahun 1961, didapati terdapat permasalahan yang berlaku. Di dalam laporan Penyata Zakat Kedah 1961, didapati orang-orang Islam yang mengusahakan bendang-bendang semakin banyak 4/8 sedangkan kadar permintaan bantuan semakin meningkat. Hal ini berlaku disebabkan oleh kebanyakan pengusaha sawah padi pada masa itu kurang kesedaran tentang kewajipan berzakat. Oleh sebab itu, berlaku masalah tanah-tanah bendang yang baru dibuka tidak didaftarkan di dalam bancian dan perkara ini tidak dapat dicegah kerana masih belum ada undang-undang baru yang diwartakan pada tahun tersebut.338 Tindakan segera telah diambil dengan meminda undang-undang zakat sedia ada. Undang- undang Zakat Tahun 1955 telah dibatalkan dan diganti dengan Undang-undang Zakat Pindaan Tahun 1961. Kutipan zakat adalah sepenuhnya bagi pengusaha padi iaitu 8/8 iaitu dipungut sepenuhnya supaya dapat menampung permintaan kadar bantuan yang semakin meningkat saban tahun.339 Duli Yang Maha Mulia Sulyan Kedah Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Al Marhum Sultan Badli Shah telah menurunkan titah perintahnya pada hari Jumaat 24 Ogos 1962 yang telah meluluskan undang-undang yang membolehkan Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah mengutip kesemua zakat padi di negeri Kedah dan mengenakan hukuman ke atas mereka yang tidak mengikut peraturan tersebut yang berkuatkuasa pada tahun 1962. Tuanku Sultan meluluskan pindaan ke atas undang-undang zakat ini supaya Jawatankuasa Zakat dapat mempertingkatkan lebih banyak bantuan kepada asnaf-asnaf. Menurut undang-undang baru ini juga hanya zakat padi sahaja yang dipungut kerana kebanyakan penduduk negeri Kedah menanam padi sebagai mata pencarian dan tidak disebut zakat- zakat harta yang lain. Oleh itu, pada tahun 1962, setelah menyelesaikan masalah pada tahun 336 Masrina Jasin. Sejarah Penubuhan Jabatan Zakat Kedah 1994, hlm 23. 337 Ibid. 338 Laporan Penyata Zakat Kedah Tahun 1961, hlm. 10. 339 Ibid.
  • 153.
    153 sebelumnya, Jabatan ZakatKedah telah merangka perancangan yang lebih teratur dan sistematik di dalam struktur pentadbirannya. Setelah pentadbiran zakat mengalami perubahan dan kemajuan beberapa pindaan dan tambahan dibuat, iaitu pada tahun 1982 dan 1987. Enakmen zakat pindaan ke empat tahun 1987 telah memperuntukkan Jawatankuasa boleh mengadakan kontrak-kontrak untuk membekalkan barang-barang atau bahan-bahan mentah untuk menjalankan kerjayanya, membuat tender-tender atau perusahaan, perkhidmatan, perdagangan, membeli tanah dan mendirikan bangunan. Tambahan dibuat berdasarkan perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan hasil zakat yang semakin bertambah. Perkembangan Jabatan Zakat Negeri Kedah di awal penubuhannya kurang sistematik dan setelah berlakunya beberapa pindaan dalam undang-undang zakat pertambahan kutipan dan agihan setiap tahun semakin meningkat. Jabatan Zakat Negeri Kedah telah meningkatkan mutu perkhidmatan mereka saban tahun untuk mendapatkan sambutan daripada orang ramai membayar zakat. Hasil usaha dan inisiatif yang diambil oleh pihak berkuasa Jabatan Zakat Kedah dari semasa ke semasa telah dapat membuka mata masyarakat dan menyedarkan mereka betapa pentingnya amalan berzakat ini yang akhirnya kini hasil pungutan zakat yang ditunjukkan oleh Jabatan Zakat Kedah amat menggalakkan. 2.2.2 Perhimpunan Rial Zakat dan Sedekah Orang-Orang Islam Negeri Kedah Peraturan zakat ini dinamakan Perhimpunan Rial Zakat dan Sedekah Orang-Orang Islam Negeri Kedah. Peraturan ini tidak dikuatkuasakan dan dibuat pada tahun 1355 Hijrah sebelum wujud Enakmen Zakat yang pertama pada tahun 1955. Tujuannya ialah untuk mengurus pengagihan zakat dengan lebih adil kepada orang-orang yang berhak terutama fakir miskin. Antara lain kandungan peraturan ini menyebut bahawa zakat atau sedekah yang diberi adalah secara sukarela dan mengikut pertimbangan serta niat masing-masing. Pada masa itu di antara tahun 1936 hingga tahun 1955 sebelum Enakmen Zakat Kedah digubal, tiada kadar dan syarat yang tetap ditentukan oleh pihak Jabatan Zakat dalam urusan kutipan zakat. Kutipan bukan sahaja dibuat ke atas harta zakat yang wajib, tetapi juga sedekah-sedekah sunat yang ingin disedekahkan oleh empunya harta mengikut niatnya. SIstem kutipan zakat pada masa itu bercampur aduk dengan sedekah yang sepatutnya di bawah tanggungjawab Baitul-Mal. Mengikut peraturan ini kutipan zakat dibuat mengikut kawasan masjid di jajahan masing-masing. Antara sedekah sunat dan zakat itu ialah wang tunai, padi kerbau, lembu, kambing, buah-buahan dan lain-lain yang ingin dibenarkan oleh Komiti Agung.340 Harta-harta zakat dan sedekah inilah yang dimasukkan ke dalam Perhimpunan Rial Zakat dan Sedekah Orang-Orang Islam Kedah. Di dalam peraturan ini Perhimpunan Rial Zakat ini desebut sebagai “Perhimpunan” sahaja. Perhimpunan ini adalah di bawah jagaan Komiti Agung dan Komiti 340 Undang-undang Zakat Kedah 1374H (1955), Seksyen 9, Perhimpunan Rial Zakat dan Sedekah Orang-Orang Islam Negeri Kedah.
  • 154.
    154 Jajahan. Pada masaitu terdapat 9 jajahan sahaja iaitu Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap, Yan, Kuala Muda. Baling, Kulim, Bandar Baru dan Langkawi. Komiti Agung mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada : (i) Yang Teramat Mulia Raja Muda yang menjadi ketua mesyuarat (Pengerusi). (ii) Pegawai Tanah Melayu yang berpangkat besar sekali di dalam bahagian tanaman (pertanian) sebagai Naib Pengerusi. (iii) “State Treasurer” (Bendahari). (iv) Ketua di dalam Majma’ Syaikhul Islam. (v) Ketua Pegawai Syarikat. (vi) Seorang lagi yang dipilih oleh Komiti. (vii) Setiausaha yang diangkat oleh Komiti. Manakala Komiti Jajahan pula mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada “ (i) “District Office” sebagai Pengerusi. (ii) Pegawai “Office” yang berpangkat tinggi sekali di dalam jajahan itu sebagai Naib Pengerusi. (iii) Kadi. (iv) 2 orang ahli lagi dan seorang setiausaha yang diangkat oleh Komiti Agung. 3.0 Struktur Organisasi Jabatan Zakat Negeri Kedah Pengurusan merupakan satu perkara penting di dalam sesebuah organisasi untuk mentadbir perjalanan sesebuah institusi yang diwujudkan. Organisasi juga merupakan satu operasi penggubalan dasar-dasar agar selari dengan objektif-objektif yang telah ditetapkan. Oleh itu, sesebuah organisasi yang cekap dapat memberikan hasil kerja yang baik dan berkesan serta dapat mencapai matlamat yang telah digariskan. Ia juga mula menjamin kelancaran aktiviti atau tugas sesebuah Jabatan yang diwujudkan. Di dalam bab ini, struktur organisasi jabatan zakat dari sudut lokasi dari awal penubuhan sehingga hari ini, penubuhan Menara Zakat, struktur pentadbiran iaitu tugas-tugas jawatan yang disandang serta proses kutipan zakat dijalankan dalam daerah dan kampung-kampung. 3.1 Lokasi Jabatan Zakat Negeri Kedah Pada peringkat awal penubuhannya, pusat pengurusan Jabatan Zakat Kedah hanya menggunakan bangunan pejabat lama dan merupakan sebuah rumah kayu yang kemudiannya telah disewakan kepada Persatuan Belia Bimbingan untuk dijadikan asrama penuntut-penuntut sebelum berpindah ke lokasi yang baru.341 Setelah itu, Jabatan Zakat Negeri Kedah telah menyewa bangunan di Jalan Menanti, Alor Setar, Kedah manakala pejabat zakat daerah pula menyewa ruang-ruang di Pejabat Kadi dan Pejabat Agama. Kemudian pada tahun 1946 Jabatan Zakat ditempatkan pula di pejabat Tanaman di Jalan Kolam Air, Alor Setar dan telah dipindahkan ke Pejabat Tanaman di Bangunan Wan Muhammad Saman pada tahun 1948. 341 Setiausaha Jawatankuasa Zakat Kedah, Laporan Penyata Zakat 1968-1972, hlm. 109.
  • 155.
    155 Seterusnya pada tahun1950, sekali lagi Jabatan Zakat Negeri Kedah dipindahkan ke pejabat Mahkamah Syariah di Jalan Limbong Kapal, Alor Setar. Keadaan ini adalah disebabkan untuk mencari keselesaan dan untuk memberi kemudahan kepada masyarakat Islam yang ingin berurusan dengan Jabatan Zakat pada masa itu.342 Kutipan zakat pada peringkat permulaan penubuhan Jabatan Zakat ini adalah tidak memberangsangkan berikutan kelemahan sistem pentadbiran dan undang-undang zakat yang melalui banyak pindaan mengikut kesesuaian semasa. Masyarakat Islam masih tidak memberikan sambutan yang menggalakkan kerana mereka masih mengamalkan cara tradisi dengan memberikan zakat kepada guru-guru agama dan imam-imam yang dohormati di kampung-kampung. Pihak berkuasa pula tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang dan masih memberi kelonggaran kepada masyarakat berikutan pindaan yang dibuat kepada undang-undang zakat adalah secara berperingkat. Peningkatan kadar kutipan zakat setiap tahun berlaku setelah undang-undang pertama iaitu Undang-Undang Zakat Negeri Kedah 1955 dikuatkuasakan. Setelah hasil zakat negeri semakin bertambah, Jabatan Zakat telah membina bangunannya yang tersendiri. Pejabat zakat ini dibina pada tahun 1970an dan terletak di Jalan Limbong Kapal, Alor Setar, Kedah.343 Dengan terbinanya pejabat zakat yang baru ini, Jabatan Zakat Kedah dapat melicinkan urusan kutipan dan agihan zakat. Mereka telah merangka strategi dan menambah jawatankuasa-jawatankuasa yang baru untuk menggalakkan lagi masyarakat tempatan menunaikan fardu zakat. Antaranya ialah melalui jawatankuasa Dakwah dan Kutipan, mereka telah turun padang untuk menyampaikan penerangan secara jelas kepada penduduk-penduduk yang berada di kampung- kampung terutamanya mengenai kepentingan untuk berzakat. Penerangan mengenai zakat bersama pertunjukan wayang gambar344 diadakan di seluruh kampung-kampung untuk menerangkan kepada masyarakat secara jelas konsep zakat yang sebenar supaya mereka tidak berasa terbeban. Tambahan lagi penerangan-penerangan turut disampaikan kepada amil-amil yang bertanggungjawab dalam urusan pengutipan zakat supaya mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah, jujur, telus dan adil.345 Justeru itu, sebuah Jawatankuasa Kecil Pembangunan telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Paduka Daerah Kota Setar, Dato’ Haji Ahmad Basri bin Haji Akil dan dianggotai oleh Yang Berbahagia Dato’ Paduka Sheikh Abdul Majid Mohd Noor (Dato’ Setia Jaya) Tuan Setiausaha Hal Ehwal Agama Islam. Yang Berbahagia Tuan Kadi Besar dan Setiausaha Jawatankuasa Zakat.346 Setelah pelbagai usaha yang dijalankan berhasil, keaadaan ekonomi Jabatan Zakat Kedah semakin stabil dengan hasil zakat yang semakin bertambah, Jabatan Zakat sekali lagi telah membina bangunannya sendiri yang lebih besar iaitu sebuah Menara Zakat yang terletak di Jalan Telok Wanjah 342 Sejarah Jabatan Zakat Negeri Kedah Darulaman 1412-1355, Jabatan Zakat Negeri kedah, 1992, hlm. 343 Ibid, hlm. 4. 344 Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Penyata Zakat, 1968-1972, hlm. 49. 345 Ibid. 346 Ibid.
  • 156.
    156 dan masih digunakansehingga ke hari ini. Menara Zakat terletak di atas sebidang tanah sebuah 1 relung 448 jemba yang dibeli oleh Jawatankuasa Zakat pada 11 Februari, 1963 dengan harga RM 80, 000. Tanah ini pada masa lampau mempunyai sebuah rumah di mana ditempatkan saudara baru di mana mereka menetap hanya beberapa ketika. Pengurusannya tidak begitu teratur dan tidak memberi pulangan kepada Jabatan Zakat Negeri Kedah. Setelah dibuat kajian mengikut garis panduan yang diberi oleh Dato’ Paduka Pengerusi Jawatankuasa Zakat telah mengadakan mesyuarat dan perbincangan beberapa kali, maka di dalam mesyuarat Jawatankuasa Zakat kali ke-43 yang bersidang pada 7 Oktober 1984, Yang Berbahagia Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan telah menjelaskan kepada Jawatankuasa dari segi membangunkan tanah di Telok Wanjah dan mendapat sokongan daripada semua pihak serta pandangan Jabatan Perancang Ekonomi, Majlis Perbandaran Kota Setar, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perancang Bandar, maka dengan penerangan itu, Dato’ Paduka Pengerusi meminta supaya dijemput semua jabatan terbabit dengan disertai oleh Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekom, Jabatan Bomba, Jabatan Polis untuk berbincang dengan secara mendalam dan terpeinci semua aspek pembangunan. 347 Maka Jawatankuasa Zakat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah 1986/1987, Y.B Dato’ Paduka Haji Radzi bin Basir, telah memikirkan untuk tanah ini boleh memberi pulangan bagi mempertingkatkan kewangan zakat dengan menubuhkan sebuah Ahli Jawatankuasa Khas untuk berbincang mengenai penubuhan Menara Zakat Kedah. Yang Berbahagia Dato’ Paduka Pengerusi dalam usaha mendirikan bangunan ini telah mencari seorang profesional untuk mereka bentuk bangunan yang dicadangkan itu dan orang tersebut ialah Profesor Madya IlyasHaji Saleh, Dekan Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia. 348 . Berikut merupakan senarai Ahli Jawatankuasa Khas Pembinaan Menara Zakat349 : Bil. Senarai Ahli Jawatankuasa Jawatan 1. Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Pengerusi 2. Dato’ Paduka Sheikh Abd. Majid b. Mohd. Noor Ahli 3. Dato’ Paduka Hj. Radzi bin Bassir Ahli 4. Dato’ Pegawai Daerah Kota Setar Ahli 5. Dato’ Haji Ahmad Basri bin Mohd. Akil Ahli 6. Tuan Setiausaha Sulit Kebawah DYMM Tuanku Sultan Ahli 7. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Ahli 8. Dato’ Setiausaha Jawatankuasa Zakat Kedah Darul Aman Setiausaha Jadual 1.0 : Senarai Ahli Jawatankuasa Khas Pembinaan Menara Zakat Kedah 347 Ibid. 348 Arkib Negara Cawangan Kedah, Dokumen Perasmian Menara Zakat 1992. 349 Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Penyata Zakat Tahun 1986 hingga 1999, Jabatan Zakat Negeri Kedah, hlm. 62.
  • 157.
    157 Menara Zakat yangdibina ini terdiri daripada 11 tingkat dan mempunyai lokasi yang sangat baik dan mudah dhubungi. Bangunan 11 tingkat ini juga menyediakan ruang-ruang pejabat untuk kegunaan pejabat zakat sendiri dan disewa oleh pihak-pihak yang berminat. Di antara pihak yang menyewa di Menara Zakat termasuklah Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Penilaian, Pejabat Audit Sekolah Kedah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Jabatan Perumahan Negara. Di samping itu juga disediakan Dewan Makan, Dewan Seminar Besar dan Dewan Seminar Kecil. Dengan adanya pihak-pihak yang menyewa ruang di Menara Zakat ini, maka akan menambahkan lagi kadar pungutan zakat tiap-tiap tahun. 3.2 Objektif Jabatan Zakat Negeri Kedah Setiap institusi mempunyai objektifnya tersendiri dan setiap dasar atau keputusan yang dibuat adalah untuk mencapai objektif-objektif tersebut. Begitu juga dengan Jabatan Zakat Negeri Kedah yang telah menggariskan objektif-objektif tertentu dalam arah tujuannya. Antara objektif-objektifnya adalah seperti berikut : i) Menyedarkan umat Islam betapa kewajipan menunaikan zakat kepada amil-amil yang dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan peningkatan kerja untuk meningkatkan perolehan kutipan zakat demi untuk menjaga asnaf yang berhak menerima zakat yang dijelaskan oleh Al-Quran. ii) Menyedarkan umat Islam betapa pentingnya peranan zakat dalam memperbaiki dan meningkatkan ekonomi umat Islam dan masyarakat Islam sejajar dengan falsafah zakat yang mana ianya adalah salah satu sumber ekonomi kerajaan Islam. iii) Bekerja dan berusaha ke arah mempertingkatkan syiar Islam dalam negeri ini dan juga untuk mempertingkatkan dakwah Islamiyah kepada orang- orang Islam dan bukan Islam dan juga membanteras segala ajaran orang yang tidak bertanggungjawab berkenaan dengan kutipan zakat dalam negeri ini. 3.3 Struktur Pentadbiran Sebagaimana yang tercatat di dalam struktur organisasi Jabatan Zakat Negeri Kedah, Sultan merupakan kuasa tertinggi. Faktor ini disebabkan oleh peranan Sultan sebagai ketua pemerintah dan ketua agama di
  • 158.
    158 negeri ini. Olehitu, semua keputusan mengenai pentadbiran zakat mestilah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan terlebih dahulu.350 Di bawah Sultan terdapat satu Jawatankuasa Zakat atau lebih dikenali dengan Jawatankuasa Besar. Ahli-ahli Jawatankuasa, kecuali ahli atas jawatan hendaklah dilantik dari kalangan warganegara yang beragama Islam. Jawatankuasa inilah yang bertanggungjawab mentadbir perjalanan zakat di negeri ini terutama dari sudut kutipan dan perbelanjaan. Ia ditubuhkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Menurut Seksyen 3 (i) Undang-undang Zakat Tahun 1374 Hijrah (1955), telah menyatakan kewajipan menubuhkan Jawatankuasa Zakat ini seperti yang telah dinyatakan iaitu : “Maka adalah dengan ini ditubuh satu Jawatankuasa Zakat yang di dalam undang-undang ini disebutkan sebagai Jawatankuasa”. (Seksyen 3(i) Undang-Undang Zakat Tahun 1374H)351 Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada ahli-ahli berikut yang dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan iaitu, Seorang Pengerusi, Seorang Setiausaha, Setiausaha Sulit Kepada Duli Yang Maha Mulia dan, tidak kurang daripada 8 orang ahli yang lain dengan syarat bahawa bilangan terbesar daripada mereka-mereka ini hendaklah terdiri dari orang-orang yang berpengetahuan dalam hukum zakat.352 3.3.1 Peranan Jawatankuasa Zakat (Jawatankuasa Besar) Menurut kuasa yang diberikan oleh Seksyen 9 Undang-undang Zakat Tahun 1374 (1955), dengan kebenaran Duli Yang Maha Mulia Sultan telah menetapkan bidang tugas Jawatankuasa Besar yang di bawahnya terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Kecil. Peraturan ini dinamakan Peraturan-Peraturan Zakat Tahun 1962 dan berkuatkuasa bermula pada 1 haribulan Jun 1962. Antara bidang kuasa Jawatankuasa Besar ialah menentukan kelayakan asnaf-asnaf yang layak menerima bantuan daripada Jabatan Zakat Kedah yang terdiri daripada lapan bahagian asnaf iaitu amil, fakir, miskin, muallaf, ibni sabil, fi sabilillah, fi arriqab dan al gharimin. Setiap bahagian asnaf ini telah diterangkan secara terpeinci di dalam Bab Satu. Hanya asnaf-asnaf ini sahaja yang telah ditentukan kelayakannya oleh Jawatankuasa Besar layak menerima bantuan dana daripada hasil kutipan zakat Jabatan Zakat Negeri Kedah. Antara bidang tugas utama Jawatankuasa Besar ialah353 : i) Menyediakan peranggaran tahunan berkenaan hasil dan perbelanjaan dan di dalam peranggaraan itu hendaklah diadakan wang yang diuntukkan bagi 350 Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Laporan Ringkas Pentadbiran dan Aktiviti Pejabat Zakat Negeri Kedah, Penyata Zakat bagi Tahun 1958-1986, hlm. 1. 351 Ibid. 352 Ibid. 353 Ibid, hlm. 5.
  • 159.
    159 pembahagian kumpulan wangsimpanan dan perbelanjaan menurut Undang- Undang Islam. ii) Menyediakan laporan tahunan dan penyata terima dan perbelanjaan beserta dengan penimbang kira-kira dan hendaklah disuruh mempersembahkan laporan dan penyata itu kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan dan disiarkan bagi pengetahuan am. iii) Menyimpan dengan cara yang betul akan buku kira-kira perolehan dan perbelanjaan dan apa-apa buku yang dikehendaki bagi menyempurnakan pekerjaannya. iv) Menyimpan buku butir mesyuarat dan di dalam buku itu hendaklah ditulis semua butir-butir semua mesyuarat dan butir-butir itu hendaklah ditanda tangani oleh Pengerusi dan Setiausaha manakala telah dipertetapkan butir- butir mesyuarat itu di dalam mesyuarat yang berikutnya. v) Hendaklah Jawatankuasa memungut zakat dengan sepenuhnya menurut undang-undang Islam. 3.3.2 Peranan Jawatankuasa Kerja Di bawah Jawatankuasa Besar terdiri daripada Jawatankuasa Kerja yang bilangan ahlinya tidak melebihi sebahagian daripada Jawatankuasa Besar. Jawatankuasa Kerja ini berperanan memantau tugas-tugas yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kecil di bawahnya. Antara bidang tugas Jawatankuasa Kerja ialah354 : i) Mengangkat mana-mana pegawai yang digunakan oleh Jawatankuasa atau mana- mana peguam bagi membela pihaknya berkenaan dengan perbicaraan perkara hak atau harta atau jenayah di dalam mana-mana Mahkamah. ii) Memecat atau memberhentikan sementara mana-mana amil atau mana-mana pegawai lain. iii) Mengangkat Jawatankuasa Kecil yang difikirkan mustahak bagi mentadbir dan membayar zakat dengan sempurna mengikut peraturan zakat. iv) Mengangkat seorang amil bagi mana-mana kawasan tanah yang tertentu atau mukim bagi maksud memungut zakat dan mengeluarkan kepadanya surat tauliah yang ditanda tangani oleh Setiausaha. Surat tauliah ini hendaklah ditunjukkan supaya diperiksa oleh mana-mana orang yang membayar zakat. v) Mengeluarkan perintah kepada amil dan Setiausaha Daerah mengenai perkara- perkara berkenaan dengan kerja-kerja biasa dan perkara kewangan. vi) Mengangkat juru audit dalaman. vii) Menjalankan apa-apa tugas lain yang diwakilkan oleh Jawatankuasa. viii) Hendaklah membentangkan butir-buti mesyuarat dan segala keputusannya kepada Jawatankuasa. 354 Ibid, hlm 7.
  • 160.
    160 3.3.3 Peranan JawatankuasaKecil Jawatankuasa Kecil dilantik oleh Jawatankuasa Kerja untuk mentadbir urusan-urusan zakat dengan lebih sempurna menurut peraturan-peraturan zakat. Perlantikan ahli Jawatankuasa Kecil perlu mendapat pengesahan daripada Sultan Kedah. Jawatankuasa ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya permasalahan-permasalahan seperti kelewatan dalam menyediakan dokumen-dokumen penting berkaitan urusan kutipan dan agihan zakat. Kerja-kerja yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kecil ini perlu mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Besar terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan yang lebih lanjut. Jawatankuasa Kecil terdiri daripada unit-unit tertentu yang diletakkan di bawah empat jawatankuasa utama iaitu Jawatankuasa Kecil Perjawatan, Jawatankuasa Kecil Siasah Syariah/ Penerangan / Fakir Miskin,Jawatankuasa Kecil Pembangunan dan Jawatankuasa Kecil Pentadbiran Saudara Baru.355 Setiausaha Jawatankuasa Zakat pula dilantik di bawah Jawatankuasa Kecil untuk membantu mentadbir perjalanan zakat harian. Dalam menjalankan tanguungjawabnya, seorang Penolong Setiausaha telah dilantik untuk melancarkan kerja-kerja dalam hal ehwal pentadbiran. Kakitangan lain yang membantu di bawah Unit Kewangan dan Unit Pembantu Tadbir. Di bawah Unit kewangan antara jawatan-jawatan lain yang turut dilantik ialah Pegawai Kerani Pentadbiran, Pegawai Kerani Rendah, Jurutaip dan Pelayan Pejabat, Merinyu Zakat, Penghantar Notis, Pegawai Penerangan dan Operator Wayang Gambar.356 Di dalam pentadbiran hal ehwal Kewangan pula, Setiausaha dibantu oleh Pegawai Kerja Kewangan yang mengandungi di bawahnya beberapa orang pegawai dan kakitangan iaitu Pegawai Kerani Audit Dalaman, Pegawai Kerani Kewangan, Pembantu Pegawai Kerani Kewangan dan Pemandu Kereta Jenazah.357 3.4 Perkembangan Struktur Pentadbiran Setelah hampir 35 tahun menjalankan pentadbirannya, Jabatan Zakat Negeri Kedah telah mula menyusun pentadbirannya dan menambah bidang tugas Jawatankuasa Kecil untuk melipat gandakan lagi kelancaran pentadbiran Jabatan Zakat Negeri Kedah dari pelbagai aspek. Bermula pada tahun 1990, Jawatankuasa Zakat telah menyusun jentera penerangan dan dakwah dengan menubuhkan Jawatankuasa Kecil Penerangan. Usaha penerangan telah dilipat gandakan terutamanya di Jabatan- Jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Sektor Swasta dan tidak ketinggalan kepada masyarakat kaum tani di kampung-kampung.358 Jawatankuasa yang baru ini berperanan khusus untuk menyampaikan dakwah dan penerangan yang lebih jelas kepada orang ramai mengenai kewajipan menunaikan zakat serta 355 Masrina Jasin. Sejarah Penubuhan Jabatan Zakat Kedah 1994, hlm. 37. 356 Ibid. 357 Ibid. 358 Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Penyata Zakat Jabatan Zakat Negeri Kedah Bagi Tahun 1986 hingga 1999, hlm.
  • 161.
    161 menjelaskan aktiviti-aktiviti kutipandan perolehan zakat di negeri Kedah saban tahun mengikut cawangan dan daerah masing-masing. Jika dianalisis perkembangan struktur pentadbiran Jabatan Zakat Kedah pada peringkat awal penubuhannya lebih menjurus kepada melatih jawatankuasa-jawatankuasa dalaman untuk memahami dan mendalami bidang tugas masing-masing terdahulu. Setelah sistem pentadbiran dalamannya lebih cekap dan telah mantap, Jabatan Zakat Kedah mula menubuhkan jawatankuasa- jawatankuasa baru yang berperanan untuk mempromosi Jabatan Zakat Kedah sebagai sebuah badan bebas yang menjalankan amanah menjalankan kutipan daripada masyarakat Islam dan membuat agihan zakat setiap tahun kepada asnaf-asnaf yang telah ditetapkan oleh syara’. Oleh itu, dengan cara ini orang ramai akan lebih memahami peranan Jabatan Zakat Negeri Kedah dalam menggalakkan orang-orang Islam di Kedah menunaikan zakat sebagai salah satu kewajipan di dalam rukun Islam. Selama tempoh 10 tahun di antara tahun 1990 sehingga tahun 2000, tidak berlaku pertambahan Jawatankuasa Kecil baru di dalam struktur pentadbiran Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah. Namun begitu, bermula pada tahun 2006 terdapat beberapa perubahan di dalam struktur pentadbiran Jabatan Zakat Negeri Kedah dengan memperkenalkan unit baru iaitu Bahagian Teknologi Maklumat Jabatan Zakat Negeri Kedah. Sehingga tahun 2010, berlaku rombakan dari semasa ke semasa di dalam struktur pentadbiran terutamanya di dalam Jawatankuasa Kecil yang menjalankan tugas-tugas penting untuk melancarkan lagi pentadbiran Jabatan Zakat Negeri Kedah. Jawatankuasa sedia ada masih dikekalkan bidang tugas mereka sehingga ke hari ini. Bahagian Korporat dan Unit Audit Dalaman merupakan jawatankuasa yang baru ditubuhkan di dalam Struktur Organisasi Jabatan Zakat Negeri Kedah. Kedua-dua unit ini ditubuhkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah. Penubuhan kedua-dua unit ini bertujuan untuk memantapkan lagi pentadbiran Jabatan Zakat Negeri Kedah seiring dengan perkembangan dunia global. Bahagian Korporat Jabatan Zakat Negeri Kedah telah ditubuhkan pada tahun 2009. Fungsi unit ini adalah untuk mengadakan jaringan perhubungan di antara Jabatan Zakat Negeri Kedah dengan pihak-pihak pengurusan zakat yang lain dengan lebih sistematik sama ada di dalam atau di luar negara. Dalam usahanya untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah badan bebas, Bahagian Korporat Jabatan Zakat Negeri Kedah memainkan peranan yang cukup penting untuk melaksanakan perbicangan bersama pusat-pusat pengurusan zakat negeri untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Jabatan Zakat Negeri Kedah seiring dengan kemajuan yang ditunjukkan oleh pusat-pusat kutipan zakat di negeri lain. Selain itu, Bahagian Korporat turut menggalas tanggungjawab khusus untuk membuat promosi bagi menggalakkan orang ramai mengetahui tentang cara-cara untuk menunaikan zakat mengikut saluran yang betul melalui risalah-risalah, kempen-kempen dan pencapainnya yang terbaru
  • 162.
    162 ialah orang ramaiboleh melakukan pembayaran zakat melalui Kaunter Zakat Bergerak yang telah dirasmikan pada Julai 2014.359 Unit Audit Dalam pula merupakan jawatankuasa terbaru yang ditubuhkan di bawah Jabatan Zakat Negeri Kedah iaitu pada 1 September 2010. Fungsi unit ini ditubuhkan ialah untuk merancang dan melaksanakan pengauditan di Jabatan Zakat Negeri Kedah dalam mengenal pasti risiko-risiko dan kawalan dalaman yang mencukupi ke atas pengurusan pentadbiran, pengurusan kewangan , pengurusan ICT serta pengurusan perjalanan program agihan serta kutipan zakat di Jabatan Zakat Negeri Kedah sendiri.360 Selain itu, Unit Audit Dalaman ini juga berfungsi untuk meneliti setiap permohonan individu atau kumpulan untuk menerima bantuan daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah. Bagi memastikan ketelusan permohonan yang dibuat dan memastikan mereka layak menerima bantuan iaitu termasuk dalam salah satu daripada lapan golongan asnaf tersebut, maka barulah permohonan tersebut akan diluluskan dan dipanjangkan kepada Bahagian Agihan dan Pembangunan Asnaf. Dalam melakukan proses ini, Unit Audit Dalaman akan menyiasat sendiri latar belakang pemohon bagi memastikan sama ada mereka betul-betul layak menerima bantuan dan mengelakkan penipuan. Ini merupakan salah satu langkah yang amat berkesan dan efektif yang telah berjaya dilaksanakan oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah di dalam struktur oraganisasinya bagi memastikan proses agihan bantuan dapat diberikan kepada mereka yang betul-betul memerlukan.361 3.5 Kaedah Pengendalian Zakat Peringkat Daerah dan Kampung Negeri Kedah Darulaman mempunyai keluasan kira-kira 9425 km. persegi dan mengandungi 12 buah daerah.362 Pembahagian zakat ini dipecahkan pula kepada 14 kawasan iaitu Kota Setar I, Kota Setar II, Kota Setar III, Baling, Bandar Baharu, Padang Terap, Kuala Muda, Kubang Pasu, Kulim, Pulau Langkawi, Sik, Yan, Pendang dan Pokok Sena. Bagi daerah yang besar seperti Kota Setar telah dipecahkan kepada tiga bahagian untuk memudahkan amil-amil untuk mengurus pengendalian kutipan dan agihan zakat di kawasan tersebut. Tiap-tiap daerah mempunyai seorang pentadbir zakat yang dikenali sebagai Pegawai Zakat dan Penyelia Zakat. Bagi daerah-daerah yang agak besar seperti Kuala Muda, Padang Terap, Kubang Pasu dan Yan mempunyai seorang pegawai zakat yang dibantu oleh seorang penyelia zakat bertujuan untuk memudahkan lagi tugas pentadbir zakat. Daerah-daerah yang agak kecil ditadbir oleh penyelia sahaja seperti Kota Setar I, Kota setar II, Kota Setar III, Pendang dan Langkawi. Manakala daerah yang berkongsi penyelia ialah daerah Baling 359 Ibid. 360 Sidang Redaksi Bahagian Korporat JZNK, Buletin Lensa Asnaf Edisi Julai/Ogos/September 2014, Jabatan Zakat Negeri Kedah, hlm. 5. 361 Temubual dengan Pegawai Korporat Jabatan Zakat Negeri Kedah, op. cit. 362 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Maklumat Keluasan dan Perimeter Negeri dan Daerah di Malaysia, 2005.
  • 163.
    163 dan Sik sertadaerah Kulim yang berkongsi dengan Bandar Baharu. Pegawai dan Penyelia Zakat Daerah dilantik oleh Setiausaha Jawatankuasa Zakat yang diberi tauliah oleh Sultan. Mereka terdiri daripada ahli- ahli agama yang memahami rukun zakat.363 Tiap-tiap daerah mempunyai pejabat zakat masing-masing mengikut cawangan daerah mereka. Pegawai dan Penyelia Zakat dalam tiap-tiap daerah akan dibantu oleh amil-amil yang dilantik dengan perkenan Tuanku Sultan. Sultan telah memberi tauliah kepada Setiausaha Jawatankuasa Zakat untuk melantik amil-amil. Seorang ketua amil akan dilantik bagi mengetuai amil-amil tersebut. Biasanya ketua- ketua amil terdiri daripada penghulu-penghulu mukim atau kampung yang sememangnya dikenali dan dihormati oleh penduduk-penduduk kampung. Amil-amil yang dilantik adalah terdiri daripada penduduk kampung itu sendiri yang dipilih berdasarkan kriteria-kriteria tertentu seperti jujur, amanah, dihormati dan diterima oleh masyarakat kampung serta memahami hukum-hukum agama dan zakat. Setelah pemilihan amil dipersetujui oleh orang-orang kampung, penghulu dan Jawatankuasa Kriah, maka Setiausaha Jawatankuasa Zakat akan memberi lafaz perlantikan kepada amil-amil. Amil-amil yang dilantik akan diberi penerangan mengenai tugas-tugas dan bidangkuasa yang perlu dilaksanakan dan undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran zakat.364 Dengan perlantikan tersebut maka amil-amil yang dilantik hendaklah menjalanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Mereka juga akan menjalankan kutipan-kutipan zakat padi di kawasan kampung-kapung atau daerah-daerah yang telah ditetapkan kepada mereka setiap musim. Dengan adanya amil ini telah memudahkan lagi urusan pentadbiran zakat di negeri Kedah dan hasil kutipan zakat juga agak menggalakkan. Dengan ini pembahagian zakat kepada asnaf-asnaf yang layak dapat dilaksanakan dengan sempurna. 4.0 Peranan Dan Sumbangan Jabatan Zakat Negeri Kedah Kutipan dan pengagihan zakat di kedah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Zakat di bawah Jabatan Zakat Negeri Kedah. Jawatankuasa ini bergerak sebagai sebuah jawatankuasa induk dengan dibantu oleh jawatankuasa-jawatankuasa lain yang telah disebutkan di dalam bab sebelum ini. Pelbagai usaha dan program dijalankan untuk meningkatkan kadar kutipan zakat supaya golongan asnaf yang semakin meningkat saban tahun dapat dibantu melalui pengagihan zakat mengikut saluran yang betul. Oleh itu, di dalam bab ini penulis akan membincangkan proses kutipan dan agihan zakat yang dijalankan. Di samping itu, sumbangan Jabatan Zakat Negeri Kedah sejak awal penubuhannya sehingga kini dalam 363 Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Laporan Ringkas Pentadbiran dan Aktiviti Pejabat Zakat Negeri Kedah 1976-1980, hlm. 8. 364 Ibid.
  • 164.
    164 memperjuangkan hak umatIslam di negeri Kedah dalam bidang ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sosial juga akan dibincangkan. 4.1 Sumber Perolehan Jabatan Zakat Negeri Kedah Sebagaimana yang kita ketahui bahawa salah satu tugas penting Jabatan Zakat ialah mengagihkan hasil kutipan zakat kepada asnaf yang berhak. Justeru itu, Jabatan Zakat Negeri Kedah mempunyai sumber- sumber perolehan Jabatan Zakat Negeri Kedah yang terpenting di antara tahun 1950 an sehingga tahun 1990 an ialah daripada hasil pungutan zakat padi, zakat harta365 serta hasil sewa bilik dan ruang di Menara Zakat. Jika dahulunya, perolehan daripada kutipan hasil zakat padi merupakan penyumbang terbesar kepada Jabatan Zakat Negeri Kedah, setelah mengkaji laporan penyata zakat dari tahun 1958 sehingga 2006, penulis mendapati hasil kutipan daripada zakat padi ini pemerosotan berlaku sejak tahun 1963 apabila berkuatkuasanya Undang-Undang Zakat 1962 yang mewajibkan pengusaha sawah padi dan bendang membayar kesemua zakat daripada hasil tuaian padi mereka. Perkara ini menimbulkan krisis sehingga terdapat banyak kes pengaduan tentang pengusaha yang enggan mengeluarkan zakat sehingga terpaksa dikenakan hukuman oleh mahkamah.366 Namun begitu bermula pada tahun 2000, zakat pendapatan telah diperkenalkan dan zakat pendapatan mula menjadi hasil pungutan zakat terbesar bagi Jabatan Zakat Negeri Kedah. Pada tahun 2004 pula, zakat KWSP telah diperkenalkan dan menjadi sumber kutipan terbesar untuk Jabatan Zakat Negeri Kedah juga di samping zakat pendapatan. Perbandingan ini dapat kita lihat di dalam (Lampiran B) yang menunjukkan kadar perolehan zakat bagi kedua-dua sumber ini meningkat saban tahun. Daripada hasil-hasil zakat di ataslah, Jabatan Zakat Negeri Kedah dapat menyalurkan agihan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerima bantuan. Semakin tinggi hasil kutipan zakat yang diperoleh oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah, maka kadar bantuan yang diberikan juga akan meningkat dari tahun ke tahun dan memberi manfaat kepada golongan masyarakat Islam yang kurang berkemampuan terutamanya yang mengalami kesusahan hidup.367 4.2 Hal Ehwal Pungutan Zakat Sebagaimana yang kita ketahui bahawa peranan utama yang dimainkan oleh Jabatan Zakat ialah mengumpul hasil-hasil zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam. Setelah kempen-kempen dijalankan dan penerangan-penerangan diberi, maka kebanyakan masyarakat Islam telah membayar zakat yang diperkenalkan iaitu zakat pendapatan dan zakat perniagaan. 365 Zakat harta termasuklah zakat perniagaan, emas, perak dan binatang terbakan. 366 Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Laporan Penyata Zakat Jabatan Zakat Negeri Kedah 1963-1964, hlm. 7 367 Temubual dengan Pegawai Korporat Jabatan Zakat Negeri Kedah, En. Hambali Mohd. Puat, pada 1 Mac 2015, jam 10.00 pagi.
  • 165.
    165 Jika sekiranya antaratahun 1955 sehingga tahun 1962, perolehan untuk kutipan bagi zakat padi merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan Jabatan Zakat Kedah. Setelah Undang- Undang Zakat Tahun 1962 dikuatkuasakan, bayaran zakat oleh pengusaha-pengusaha padi di negeri ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku. Antaranya ialah wujudnya kefahaman bahawa zakat padi boleh dikeluarkan sendiri.368 Perkara ini berlaku apabila pengusaha padi tidak membayar zakat kepada amil yang dipertanggungjawabkan sebaliknya mengambil konsep zakat upah dengan memberikan upah kepada orang yang membantunya dalam proses menuai padi.369 Tren ini berubah pula sekitar tahun 2004-2006 apabila zakat pendapatan dan perniagaan diperkenalkan sekitar tahun 2000, perolehan untuk kutipan zakat pendapatan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan berdasarkan Statistik Perolehan Jabatan Zakat Negeri Kedah bagi Tempoh 6 tahun antara Tahun 2000-2006.370 Berdasarkan kepada tren semasa pembayar, didapati sebahagian besar pembayar merupakan pembayar cukai pendapatan. Berasaskan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967, seseorang pembayar Zakat Pendapatan mempunyai keistimewaan dengan memperolehi rebet sebanyak 100% daripada bayaran cukai yang dikenakan ke atasnya. Pelarasan ini memberikan keistimewaan kepada pembayar zakat untuk membayar zakat kerana secara tidak langsung, seseorang pembayar zakat mempunyai dua keistimewaan iaitu terlepas daripada bayaran cukai pendapatan dan juga berjaya melunaskan Fardhu Ain iaitu bayaran Zakat Pendapatan. Pelarasan ini diberikan kepada bayaran Zakat yang menyamai bayaran Cukai Pendapatan Berjadual (PCB) yang dikenakan.371 Ini bermakna jumlah zakat pendapatan yang dibayar adalah sama dengan amaun yang perlu dibayar untuk cukai pendapatan. Ini yang menyebabkan ramai umat Islam lebih memilih untuk menunaikan zakat pendapatan berbanding cukai pendapatan. Zakat pendapatan ini boleh dibayar secara bulanan atau tahunan. Kebanyakan kakitangan kerajaan dan swasta menggunakan skim potongan gaji untuk membayar zakat ini dengan cara yang lebih mudah dan konsisten. Seterusnya, jika dilihat dalam tempoh 15 tahun kajian yang dibuat antara 1995 sehingga 2010, zakat perniagaan yang dibayar oleh syarikat-syarikat korporat juga semakin bertambah bilangannya selepas tahun 1999. Keadaan ekonomi semasa yang semakin stabil setelah mengalami kemerosotan pada tahun 1997-1999 menjadikan momentum semasa ekonomi berada dalam keadaan positif. Kesan dari keadaan ini, pendapatan yang diperolehi oleh firma dalam negara pada keadaan mengembang. Untuk itu, keupayaan firma dan perniagaan untuk membayar zakat juga semakin berkembang. Bermula tahun 2005, zakat perniagaan yang dibayar oleh sesebuah syarikat adalah dibenarkan potongan bagi cukai pendapatan, tetapi potongan maksimum dizakatnya hanya 2.5% daripada agregat Syarikat bagi 368 Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Laporan Tahunan Zakat Tahun 2003-2004, Jabatan Zakat Negeri Kedah, hlm. 14 369 Masrina Jasin, Sejarah Penubuhan Jabatan Zakat 1994, hlm. 78. 370 Lihat Lampiran A. 371 Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, op. cit, hlm. 12.
  • 166.
    166 tahun taksiran.372 Berikut merupakansenarai 30 syarikat perniagaan yang telah menunaikan zakat perniagaan tertinggi sepanjang tempoh 10 tahun iaitu antara tahun 2000 sehingga 2009 : BIL NAMA SYARIKAT / NAMA PEMBAYAR JUMLAH (RM) 1 TENAGA NASIONAL BERHAD 3,069,260.59 2 LEMBAGA TABUNG HAJI 2,820,807.18 3 BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD 1,527,323.00 4 ETIQA TAKAFUL BERHAD 489,540.82 5 PERBANKAN ISLAM MAYBANK 400,000.00 6 BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD 320,000.00 7 SYARIKAT BINA DAN KUARI KEDAH SDN. BHD. 280,000.00 8 KOPERASI PERMODALAN FELDA BERHAD 213,480.00 9 KEDAH SATO SDN. BHD. 200,000.00 10 BELATI WANGSA (M) SDN. BHD. 186,200.00 11 SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD 146,089.58 12 KFC (PENINSULAR MALAYSIA) SDN. BHD. 110,560.00 13 PASARAYA BORONG SAKAN SDN. BHD. 100,000.00 14 BANK SIMPANAN NASIONAL 100,000.00 15 PERMINTEX HOLDINGS SDN. BHD. 99,563.00 16 LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 82,332.00 17 AIMA DEVELOPEMENT SDN. BHD. 80,000.00 18 KEDAH MEDICAL CENTRE SDN. BHD. 70,000.00 19 KOPERRASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI KEDAH 67,460.09 20 PIZZA HUT RESTAURANTS SDN. BHD. 66,849.00 21 SHAHAB BULIDERS DAN ENGINEERING SDN. BHD 65,000.00 22 PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN KUALA SUNGAI 64,343.29 23 LGM PROPERTIES CORPORATION 60,000.00 24 RISDA PLANTATION SDN. BHD. 60,000.00 25 AGRO BANK 57,426.00 26 BANK PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA SDN. BHD. 55,328.00 27 ANGKATAN KOPERASI MALAYSIA SDN. BHD. 54,193.10 28 DARULAMAN REALTY SDN. BHD. 54,000.00 29 AZAM TEKNIK SDN. BHD. 52,058.00 30 DAMAI PARK RESORT SDN. BHD. 50,000.00 Jadual 2.0 : 30 Syarikat Korporat yang mencatatkan jumlah bayaran Zakat Perniagaan tertinggi sepanjang 10 tahun (2000-2009) 372 Ibid, hlm. 13.
  • 167.
    167 4.3 Kaedah PembahagianAsnaf Berdasarkan rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan zakat, telah digariskan lapan golongan yang layak menerima bantuan zakat. Asnaf-asnaf ini terdiri daripada fakir, miskin, amil, muallaf, al-Riqab, al- Gharimin, Fi Sabilillah dan Ibn Sabil. Di antara kelapan-lapan golongan ini, lima darinya ialah untuk keperluan iaitu orang fakir, orang miskin, hamba, orang yang berhutang, dan orang musafir yang putus perbelanjaan. Sementara dua lagi ialah golongan yang menyokong agama iaitu para pejuang (Fi Sabilillah) dan muallaf, dan satu golongan lagi ialah untuk mewujudkan dorongan kebendaan bagi mengendalikan zakat. Seterusnya jumlah agihan yang dibuat oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah kepada asnaf bagi tempoh 6 tahun antara tahun 2000-2006 adalah seperti di Lampiran373 . 4.4 Peranan Jabatan Zakat Negeri Kedah dalam Menjaga Kebajikan Asnaf Jabatan Zakat Negeri Kedah mempunyai jentera pentadbiran yang mantap. Dengan kelicinan sistem pentadbirannya, maka peranan Jabatan Zakat Negeri Kedah untuk menjaga kebajikan asnaf adalah amat penting. Pelbagai bantuan dan program disediakan untuk asnaf-asnaf yang layak menerima bantuan. 4.4.1 Skim-skim Agihan untuk Asnaf Asnaf Skim Agihan Jabatan Zakat Kedah Fakir 1. Bantuan Kewangan Fakir Bulanan 2. Bantuan Makanan Fakir Bulanan 3. Bantuan Makanan Bulan di Pusat Penempatan Warga Tua Miskin 1. Bantuan Kewangan Miskin Bulanan 2. Bantuan Makanan Miskin Bulanan 3. Bantuan Tahunan 4. Bantuan Rawatan di Klinik Panel 5. Bantuan Penuntut Miskin Sekolah Agama Nidzomi 6. Bantuan Persekolahan Penuntut Miskin 7. Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Penuntut Miskin 8. Bantuan Yuran Penuh Ke IPTA Tempatan 9. Bantuan Pembinaan Rumah Individu 10. Bantuan Membaik Pulih Rumah 11. Bantuan Jaya Diri 12. Bantuan Musibah Alam 13. Bantuan Sara Hidup Sekaligus 14. Bantuan Rawatan Bulanan Fi Sabililillah 1. Bantuan per kapita Sekolah Agama Nidzomi 373 Lihat Lampiran B.
  • 168.
    168 2. Bantuan BinaanMasjid, Surau dan Sekolah Agama 3. Lembaga Tabung pegawai-pegawai Masjid Negeri Kedah 4. Guru Agama 5. Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran ke IPT 6. Derma Siswa Melanjutkan ke KUIN 7. Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran ke Mesir, Jordan, Yaman, Syria & Indonesia 8. Bantuan yuran peperiksaan Sekolah Agama Nidzomi 9. Bantuan Yuran Makanan Asrama Sekolah Nidzomi 10. Bantuan Per Kapita Maahad Tahfiz 11. Bantuan Penuntut Maahad Tahfiz 12. Bantuan Awal Persekolahan 13. Bantuan Pengurusan Masjid 14. Derma Siswa Pelajar Cemerlang (UPSR) 15. Program Pembangunan Pendidikan 16. Derma Siswa Awal IPT Luar Negara 17. Biasiswa Pengajian Pelajar Dalam Negara (IPTA) 18. Biasiswa Pelajar Perubatan Luar Negara (MESIR) 19. Bantuan Yuran Mkanan Asrama Maahad Tahfiz Muallaf 1. Bantuan Saudara Baru Kita Bagi Permulaan 2. Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (PUSBA) 3. Perbelanjaan Pembangunan (PUSBA) 4. Bantuan Perkahwinan Saudara Baru. Al- Gharimin 1. Bantuan Kepada Orang Yang Berhutang Ibnu Sabil 1. Bantuan Musafir 2. Bantuan Tambang kepada Penuntut yang Tamat dan Lulus Pengajian Jadual 3.0 : Senarai Skim Agihan yang disediakan Jabatan Zakat Negeri Kedah kepada Golongan Asnaf Jika kita lihat kepada jadual di atas, golongan asnaf yang mempunyai skim agihan terbanyak ialah untuk golongan miskin dan fi sabilillah. Kedua-dua golobgan ini menjadi sasaran utama Jabatan Zakat Negeri Kedah untuk dibantu supaya mereka dapat menikmati kemudahan yang disediakan untuk menambah baik kehidupan mereka sendiri. antara skim yang disediakan tersebut ialah bantuan jaya diri. Bantuan jaya diri juga diberikan kepada orang-orang yang mempunyai kemahiran dan berminat untuk berusaha.
  • 169.
    169 Jabatan Zakat telahmengeluarkan bantuan seperti peralatan untuk bengkel memperbaiki kereta, perkakas perniagaan seperti mesin pengisar tepung, beca roda tiga, dapur masak, meja dan mesin jahit dengan harapan agar bantuan jaya diri ini dapat membebaskan mereka dari cengkaman kemiskinan yang berterusan.374 4.5 Sumbangan Jabatan Zakat Negeri Kedah Sumbangan pihak Jabatan Zakat Negeri Kedah dalam membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat Islam di Kedah sememangnya tidak dapat dinafikan sejak penubuhannya lagi. Pelbagai program telah dijalankan selama hampir 60 tahun untuk menggalakan masyarakat menunaikan kewajipan berzakat sebagaimana yang telah difardhukan oleh agama Islam. Sumbangan ini boleh dilihat melalui peningkatan taraf ekonomi hidup masyarakat, sumbangan dalam bidang pendidikan melalui asnaf Fi Sabilillah, dalam bidang kesihatan dan juga perkhidmatan sosial. 4.5.1 Ekonomi Dalam bidang ekonomi, antara sumbangan terbesar pihak Jabatan Zakat ialah dengan menyediakan Bantuan Jaya Diri kepada Asnaf Miskin. Melalui bantuan ini mereka dibekalkan modal perniagaan dan juga peralatan atau perkakasan yang dapat membantu mereka memulakan sesebuah perniagaan atau peralatan yang lebih canggih untuk meningkatkan hasil perniagaan. Dengan cara ini mereka akan lebih berusaha untuk meningkatkan taraf hidup dan keluar daripada belenggu kesempitan hidup. Antara bantuan jaya diri yang dibekalkan ialah mesin rumput, mesin jahit, alat pemerah santan dan sebagainya. Jabatan Zakat Negeri Kedah turut melatih golongan asnaf fakir dan miskin untuk berdikari dengan sendiri tanpa bergantung kepada bantuan kewangan semata-mata. Atas dasar tersebut, Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK) merintis jalan ke arah mendidik dan mengasah bakat serta meningkatkan kemahiran di kalangan asnaf terutamanya asnaf fakir dan miskin bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya. Keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Zakat pada 1 Ogos 2010 telah bersetuju untuk menubuhkan Bengkel Jahitan Asnaf dan kemudiannya ditukar kepada Pusat Jahitan Asnaf di Aras Tanah, Menara Zakat, Alor Setar, Kedah.375 Di awal penubuhannya, Bengkel Jahitan ini mempunyai 10 orang pelajar terdiri daripada kalangan asnaf yang di pilih sendiri oleh Ketua Bahagian Agihan dan Pembangunan Asnaf, Tuan Haji Sofiyuddin Ismail menerusi proses temuduga. Mereka yang terpilih akan diajar oleh seorang tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini. Bermula dengan 10 unit mesin jahit lurus, 2 mesin jahit tepi,1 mesin jahit tepi halus dan 1 mesin jahit butang, para pelajar diberi latihan secara praktikal selama 3 bulan dan diberikan elaun sebanyak RM 450.00 sebulan. Sehingga tahun 2014, mesin jahit lurus telah ditambah menjadi sebanyak 18 unit, begitu juga dengan mesin-mesin jahitan yang lain. Untuk makluman, JZNK telah membuka 374 Laporan Tahunan Zakat 1986-1990, hlm. 59. 375 Temubual dengan Pegawai Korporat Jabatan Zakat Negeri Kedah, En. Hambali Mohd. Puat, pada 1 Mac 2015, jam 10.00 pagi.
  • 170.
    170 cawangan Bengkel JahitanAsnaf di Kuala Muda pada tahun 2014 ini dan bermula April 2014, para pelajar mula menerima tempahan baju untuk dibekalkan kepada sekolah-sekolah yang layak menerimanya. Setelah tamat latihan, para pelajar akan bekerja di Pusat Jahitan Asnaf dengan kadar upah mengikut tempahan yang diterima. 4.5.2 Pendidikan Melalui bidang pendidikan pula, Jabatan Zakat Negeri Kedah memberi sumbangan yang cukup besar. Melalui skim agihan untuk asnaf fi sabilillah yang memperjuangkan ilmu pengetahuan, Jabatan Zakat Negeri Kedah telah memperuntukkan agihan yang cukup besar untuk membiayai kos membaik pulih madrasah-madrasah dan sekolah-sekolah terutamanya sekolah agama rakyat sejak tahun 1957 lagi.376 Di sini disertakan senarai Sekolah Agama Nidzomi (Rakyat) yang Menerima Bantuan Zakat Bagi Tahun 2000-2002 .377 4.5.3 Kesihatan Sumbangan Jabatan Zakat Negeri Kedah turut diperluaskan lagi dengan mengambil kira menjaga kebajikan asnaf-asnafnya dari aspek kesihatan. Oleh itu, Pusat Haemodialisis Zakat Kedah telah berjaya ditubuhkan378 secara rasminya pada Julai 2011 yang menelan belanja hampir RM1.5 juta dan telah beroperasi dengan sempurna yang boleh memuatkan 18 mesin dialisis dengan kapasiti rawatan yang melibatkan sejumlah 70 pesakit non-hepatitis pada satu-satu masa. Pada 23 Ogos 2011, Pusat Haemodialisis Zakat Kedah telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah,Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Secara amnya, haemodialisis merupakan salah satu cara rawatan yang digunakan untuk merawat pesakit buah pinggang. Dianggarkan jumlah pesakit ini semakin bertambah setiap tahun. Pada tahun 2010 sahaja, jumlah kes yang menjalani rawatan haemodialisis di seluruh negara sudah mencecah lebih 20,000 kes. Antara objektif utama utama Pusat Haemodialisis Zakat Kedah ialah memberikan rawatan secara percuma kepada golongan asnaf miskin khususnya dalam Negeri Kedah. Selain itu, ianya membantu untuk memperbaiki taraf kesihatan asnaf untuk menempuh hidup yang lebih bermakna. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, kos rawatan buah pinggang agak tinggi. Ada di kalangan asnaf yang tidak mampu untuk membiayai kos tersebut. Dengan tertubuhnya Pusat Haemodialisis ini, diharapkan tidak ada lagi pesakit Islam, terutamanya golongan asnaf yang pergi memohon bantuan kepada persatuan yang bukan Islam. Selain itu, dengan tertubuhnya pusat iini, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kerja kerajaan dalam merawat pesakit buah pinggang. 4.5.4 Sosial 376 Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Penyata Zakat Tahun 1958, hlm. 10. 377 Lihat Lampiran C. 378 Temu bual dengan Pegawai Korporat Jabatan Zakat Negeri Kedah, op. cit.
  • 171.
    171 Selain daripada itu,Jabatan Zakat Negeri Kedah telah mengadakan Perkhidmatan Kereta Jenazah. Perkhidmatan itu merupakan satu keperluan kepada orang ramai terutamanya yang tinggal di sekitar bandar Alor Setar. Oleh kerana urusan pengendalian jenazah ke tanah perkuburan telah menimbulkan maslaah, pihak Jawatankuasa Zakat pada tahun 1962 memutuskan untuk memberi perkhidmatan kereta jenazah dengan membeli sebuah van dan diubahsuai dengan kehendak pengangkutan jenazah. Pihak Jawatankuasa Zakat telah menyediakan perkhidmatan kereta jenazah untuk memberi kemudahan sosial. Ini bagi membolehkan urusan membawa jenazah ke tanah perkuburan bagi mereka yang memerlukan dengan dikenakan bayaran yang berpatutan.379 Dalam memudahkan orang ramai menunaikan kewajipan berzakat, Jabatan Zakat Negeri Kedah juga telah menyediakan Kaunter Zakat Bergerak yang merupakan pencapaian terbaru mereka pada Julai 2014. 5.0 Kesimpulan Kesimpulannya jelaslah kepada kita bahawa Jabatan Zakat Negeri Kedah telah memainkan peranan yang penting dalam membantu umat Islam di Kedah. Daripada aktiviti-aktiviti atau peranan yang dimainkan oleh Jabatan Zakat Kedah kita dapat lihat bahawa kebanyakannya bertujuan untuk membantu umat Islam di negeri tersebut serta untuk meningkatkan lagi syiar Islam di Kedah. Dari segi fizikal peranan yang dimainkan kebanyakannya berkesan memandangkan ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Islam Kedah. Begitu juga sekiranya diteliti kadar perbelanjaan yang dikeluarkan dalam membantu kelapa- lapan asnaf yang ditentukan oleh syarak. Pungutan zakat pula agak menggalakkan dan mendapat kerjasama banyak pihak sama ada individu atau pertubuhan-pertubuhan termasuklah syarikat korporat. Dengan meningkatnya kadar pungutan setiap tahun, maka perkara ini telah memudahkan lagi pihak pentadbiran zakat dalam mengagih-agihkannya kepada semua asnaf. Penelitian dan juga penyelidikan dilakukan oleh pihak berkuasa bagi menentukan pihak berkenaan terdiri daripada orang yang benar-benar memerlukan bantuan zakat dan diluluskan oleh syarak. Tugas ini kini digalas oleh Unit Audit Dalaman Jabatan Zakat Negeri Kedah 379 Sejarah Ringkas Jabatan Zakat Negeri Kedah 1976, hlm. 98.
  • 172.
    172 PENGLIBATAN TAN SRIP. RAMLEE DALAM INDUSTRI SENI, 1929-1973 NUR IZZATI BINTI ABDUL JAMIL 1.0 Latar Belakang P. Ramlee Ketika penulisan ini dihasilkan, peminat filem masih mengingati Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai lagenda dalam dunia perfileman Melayu tanah air. Dunia perfileman Melayu diwarnai pelbagai corak kegemilangan oleh P. Ramlee dan dilihat sebagai manusia yang tidak dapat ditandingi sehingga hari ini. Beliau pernah mengungkapkan kata-kata ini: “Aku dilahirkan untuk menjadi bintang pujaan, selagi hayat dikandung badan, aku tetap berbakti dalam duniaku. Dan aku percaya mereka tetap mengingati kerja-kerja seniku” 380 P. Ramlee sememangnya telah memilih kehidupan sebagai anak wayang untuk sepanjang hayatnya. Bidang perfileman menandai profesionnya sehingga akhir hayat. Harapan yang dimaksudkan ialah karyanya menjadi tatapan sepanjang zaman. P. Ramlee tidak meninggalkan kekayaan dalam bidang yang pernah diceburinya tetapi meninggalkan khazanah ilmu perfileman. Kekayaan Alam Aceh khususnya dan Indonesia umumnya dengan pelbagai hasil bumi menyebabkan Belanda ingin menjajah Indonesia. Dengan itu, masyarakat Aceh berperang melawan Belanda antara tahun 1872-1938, iaitu perang Aceh yang terkenal hebatnya yang disebut sebagai perang di jalan Allah. Perang itu mengambil masa yang panjang melibatkan pahlawan yang terkenal iaitu Teuku Umar, Tengku Chik Muhammad, Laksamana Malahayati yang memimpin Armada Wanita, Cut Nyak Dhien dan Cut Nyak Meutia (di Lhokseumawe) yang memimpin perang Aceh. Dalam peperangan ini, askar yang turut berjuang ialah Tgk. Banteung bersama-sama adiknya dari Aceh Besar ke Pasai (Lhoksuemawe) untuk berperang. Namun begitu, adiknya gugur di medan peperangan381 . Banteung kemudiannya menetap di Pasai dan berkahwin di sana sehingga lahirnya seorang anak yang diberi nama Karim (1887). Setelah dewasa, Karim mengahwini Chatijah di Kampung Paloh Pineung Kecamatan Muara Dua Cunda. Hasil perkahwinan tersebut maka lahirlah anak pertama, Nyak Puteh pada tahun 1910 (ayah P. Ramlee) kemudian disusuli dengan adik Puteh iaitu Ibrahim, Ishaq, Abdullah, Tahir, Syariah, Mohd. Ali dan Maun. Puteh sejak kecil sudah mempunyai bakat menyanyi dengan suaranya yang sangat merdu disamping rupanya yang segak sehingga orang menggelarnya Puteh Dhiet (dalam bahasa Aceh Dhiet itu cantik/rupawan). Pada umur 12 tahun, Puteh melibatkan diri dalam kumpulan Tari Aceh, iaitu Rapai Pulot di Cunda dengan memegang peranan sebagai pemeran utama. Rapai Pulot dimainkan oleh pemain antara 12-15 orang lelaki dan lima orang pemukul rapai (gendang ditambah satu anak Pulot dengan sembilan 380 Ungkapan dipetik daripada perbualan dengan sahabat karibnya iaitu Datuk Aziz Sattar. 381 Kajian Haji Ali Akbar dalam Kertas Kerja P. Ramlee Titisan Zuriat/ Keturunan Dari Lhokseumawe (Aceh)
  • 173.
    173 pemain). Kumpulan tariyang dianggotai oleh Puteh sering mencapai kemenangan, sehingga kumpulan tersebut kalah dalam satu pertandingan. Akibatnya, Puteh berasa amat malu dan meninggalkan kumpulan tari tersebut. Akhirnya, Puteh mengambil keputusan untuk merantau ke Malaya (Malaysia). Ramai pedagang dari Aceh pergi membawa barang dagangan dan bekerja di kapal dan merantau ke Semenanjung Malaysia bahkan ada yang menetap di sana. Hubungan erat ini disebabkan oleh kaitan sejarah, sosial dan agama sebagai bangsa serumpun. Puteh turut serta merantau dengan bekerja di kapal yang membawa barangan dari Lhoksuemawe ke Pulau Pinang, sehingga beliau dapat menguasai ilmu pelayaran382 . Akhirnya, Puteh menetap di Pulau Pinang dan berkahwin dengan Che Mah Binti Husin di Kubang Buaya, Butterworth pada tahun 1925. Pada Hari Raya Aidilfitri, Rabu, tanggal 22 Mei 1929, lahirlah anaknya yang diberi nama Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh. Beliau telah dilahirkan di rumah neneknya beralamat di No. 40A, Counter Hall, Pulau Pinang, bersambut gema takbir yang penuh kesyahduan di pagi Aidilfitri. Tan Sri Dr. P. Ramlee merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura. Sewaktu masih kecil Teuku Zakaria yang dipelihara ibu bapanya Che Mah dan Nyak Puteh mengalami sedikit masalah. Dalam sesetengah masyarakat Melayu, jika sekiranya anak kecil sering demam dan sakit mereka percaya bahawa nama yang diberikan kepada bayi sewaktu lahir tidak sesuai. Bagi menghilangkan masalah sakit yang berulangan maka satu cara untuk mengatasinya ialah dengan menukarkan nama yang telah diberikan kepada bayi tersebut kepada nama lain. Masyarakat Melayu juga percaya bayi itu mesti diserahkan kepada satu keluarga angkat untuk dipelihara bagi satu tempoh waktu untuk menghilangkan badi penyakit tersebut. Demikianlah halnya dengan Teuku Zakaria. Beliau kemudiannya telah diserahkan kepada sebuah keluarga angkat disebelah ibunya dan namanya telah ditukarkan kepada nama Ramlee. Setelah tamat pantang, ibu dan bapa P.Ramlee telah berpindah rumah kuarters Estern Smelting iaitu di alamat 25A Jalan Timah, Kampung Jawa Pulau Pinang kerana pada waktu itu Nyak Puteh telah mendapat kerja sebagai kerani di kilang melebur bijih timah. Tempat tinggal Nyak Puteh bersama isterinya Che Mah dan anaknya ini, asalnya adalah merupakan kuarters papan satu tingkat yang kemudiannya dirobohkan dan diganti dengan kuarters batu-bata empat tingkat pada tahun 60-an. P. Ramlee menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. P. Ramlee beralih kepada bermain gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya383 . 382 Hasil wawancara dengan A. Majid (abang sepupu P. Ramlee) di Cunda, 6 Mei 2002 bersama M. Nasir oleh Haji Ali Akbar. 383 Yusnor Ef. (2000). P. Ramlee Yang Saya Kenal. Kuala Lumpur. Pelanduk Publications Sdn Bhd. hlm 14.
  • 174.
    174 Dalam tahun 1939,Ramlee melanjutkan pelajaran ke Sekolah Francis Light. Sekolah Francis Light ketika itu merupakan Sekolah Inggeris terulung di Pulau Pinang dan masih wujud sebagai sekolah rendah kebangsaan pada masa kini. Semasa bersekolah di Sekolah Francis Light, perwatakan P. Ramlee mulai berubah. Beliau mula terpengaruh dengan sikap nakal kawan-kawannya yang kebanyakkan terdiri dari keluarga yang berpendapatan rendah. Di sinilah minatnya dalam bidang nyanyian dan lakonan mula kelihatan. Ramlee belajar di Sekolah Francis Light sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941. Semasa pendudukan Jepun, untuk menyara hidup bukanlah mudah. Pada peringkat awalnya Ramlee ikut sama bekerja menjadi peon di Eastern Smelting di tempat bapanya bekerja dan menjadi jurubahasa sambilan kepada majikannya P. Ramlee mengambil keputusan menyertai Sekolah Tentera Laut Jepun yang dinamakan Kaigun Gakko. Di sekolah ini bukan sahaja dapat menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang malah berpeluang untuk belajar muzik biarpun masih berperangai nakal dan suka ponteng sekolah. Guru muziknya Hirahe San mengajar P. Ramlee bermain piano, biola dan ukelele. Di Sekolah Latihan Angkatan Laut ini juga P. Ramlee menjadi guru bagi rekrut pelatih yang baru dan sebagai Kyuco kadet sehingga Jepun menyerah kalah. P. Ramlee juga diberi peluang menyertai konsert-konsert yang diadakan oleh tentera Jepun. Sewaktu berada di Sekolah Angkatan Laut Jepun, P. Ramlee berkenalan dengan Sukardi yang kemudian ikut serta dalam pancaragam dan berhijrah ke Singapura. Selepas sekolah, P. Ramlee belajar mengaji Al-Quran dengan guru agama, Mak Minah Kasar. P. Ramlee merupakan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Suaranya yang lunak membuatkan ramai orang tertarik mendengar bacaannya. Pada bulan Ramadhan, selepas solat sunat tarawih, P. Ramlee akan mengikuti kelas mengaji sehingga larut malam. Selepas mengaji, beliau akan pergi bermain dan berlakon di padang berhampiran rumahnya. Antara adegan-adegan yang digemari adalah seperti Hang Tuah, Robin Hood, Mark of Zorro, Captain Blood dan Tarzan (karektor-karektor pejuang keadilan). Beliau selalu berperanan sebagai hero dan rakan-rakan yang lain menjadi orang jahat. Pelakon-pelakon filem yang menjadi inspirasinya ialah Errol Elynn, Tyrone Power dan Johnny Weismuller384 . P. Ramlee juga merupakan seorang yang giat melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Permainan yang digemari oleh beliau ialah bola sepak dan sepak raga jaring (takraw). Beliau mewakili Pasukan Bola Sepak Rumah “Pinhorn” di Sekolah Penang Free (PFS). P. Ramlee menjadi penjaga gawang (goal keeper) dan pernah mewakili pasukan Kampung Jawa ke perlawanan persahabatan di Butterworth bersama-sama rakan sepasukan Y.M Tengku Ahmad Rithauddeen, Datuk Zulkifli Ali (bekas Menteri Pertahanan) dan Dato’ Eddy Choong (pemain badminton negara). Dalam perlawanan sepak takraw, beliau berperanan sebagai apit kiri dan sering menjadi ‘killer’. Selepas Jepun menyerah kalah dan tamat perang pada tahun 1945, P. Ramlee menyambung pengajian akademiknya di Sekolah Penang Free School, sekolah elit yang terulung di Pulau Pinang sehingga kini. P. Ramlee belajar di Penang Free School sehingga Standard 7 (bersamaan Tingkatan 3 sekarang ini). Berbanding dengan semasa di sekolah rendah, prestasi akademiknya di 384 Ibid. hlm 23
  • 175.
    175 peringkat sekolah menengahhanyalah sederhana. Namun tahap keupayaan dalam mata pelajaran bahasa Melayu adalah cemerlang. P. Ramlee mendapat markah tertinggi di Pulau Pinang dalam subjek ini pada peperiksaan akhir Standard 7 pada tahun 1947. Prestasi keseluruhannya adalah menurun disebabkan kegiatannya yang sangat aktif dalam nyanyian. Rakan-rakan sekolahnya memberitahu bahawa ketika itu adalah “a part-time student, a full-time star”385 bermaksud pelajar separuh masa dan seniman sepenuh masa sama seperti yang terjadi dalam filem Masam-Masam Manis“. Selain mata pelajaran Bahasa Melayu, P. Ramlee juga cemerlang dalam matapelajaran lukisan. Bahasa Melayunya sentiasa mendapat pujian dan hadiah yang menjadi penawar hati guru-gurunya yang jengkel kerana kelemahannya dalam matapelajaran yang lain selain dari kenakalannya yang suka ponteng sekolah. Dalam bahasa Jepun, P. Ramlee dapat menguasai bahasa itu dalam masa yang singkat sehingga membolehkannya menjadi jurubahasa dan menyanyi lagu-lagu Jepun dengan lancar dan fasih. Pencapaian bahasa Inggerisnya juga agak baik walaupun beliau bukannya seorang yang suka membaca buku. Satu-satunya novel yang pernah dibacanya mengikut cerita dari seorang temannya ialah Athens karya Achdiat K. Miharja. Namun demikian Ramlee adalah seorang pemerhati yang teliti dan bercita-cita besar. Ramlee suka mencari perubahan dalam kerja-kerja yang dilakukannya seperti menyanyi sampai di hadapan pengantin yang sedang bersanding ketika persembahan kumpulan pancaragam yang disertainya. Perbuatan sebegini belum pernah dibuat orang. Filem pertama lakonan P. Ramlee berjudul "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakun di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. P. Ramlee pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Junaidah, anak seniman Daeng Haris, adalah isteri pertamanya yang dikahwini selepas berlakon dalam filem Bakti, pada awal tahun 1950an. Namun, mahligai mereka runtuh dan kemudiannya bercerai pada tahun 1954. Setelah bercerai pada tahun 1954, P.Ramlee berkahwin dengan Norizan pada 6 Februari 1955, seorang kerabat DiRaja Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Walaubagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih daripada perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebabkan perkahwinan mereka tidak kekal lama dan berakhir dengan penceraian pada tahun 1961. Pada tahun yang sama, P. Ramlee bertemu dengan Salmah Ismail atau pun lebih dikenali dengan nama Saloma. Kemudiannya mereka telah diijabkabulkan pada 21 November 1961 di Tembeling Road, Singapura. Perkahwinan P. Ramlee dengan Saloma itu dianggap paling ideal kerana mereka adalah pasangan yang cukup serasi bila berduet. Ikatan kasih sayang mereka begitu utuh malah kekal sehingga ke akhir hayat. P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya tiga orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong 385 Arkib Negara Malaysia, (2003), P. Ramlee Seniman Agung Dunia Melayu, Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.
  • 176.
    176 Kami Bantu Kamidari filem 3 Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak). Anak-anak yang pernah dijaga beliau ialah Mohd Nasir dan Arfan (anak kandung bersama Junaidah), Sazali (anak kandung), Abdul Rahman (anak tiri), Norma (anak tiri), Armali (anak tiri), Betty (anak angkat), Zakiah @ Zazaloma (anak angkat), Sabaruddin @ Badin (anak angkat) dan Dian (anak angkat). 2.0 Penglibatan Dalam Muzik, Nyanyian Dan Perfileman Penglibatan awal P. Ramlee dalam dunia seni hiburan mula terserlah apabila beliau dan pancaragamnya menjuarai Pertandingan Keroncong Seluruh Pulau Pinang dengan nyanyian lagu "Keroncong Oh Suci". Pada tahun yang sama, beliau terpilih sebagai "Bintang Penyanyi Utara Malaya" dalam peraduan menyanyi anjuran Radio Pulau Pinang. Beliau mula belajar bermain alat muzik seperti piano, biola dan ukelele pada zaman Jepun daripada seorang guru bernama Hirahe San386 . P. Ramlee gemar mencari perubahan dalam pekerjaannya. Di Pulau Pinang, beliau akan menyanyi sampai kehadapan pengantin yang sedang bersanding. Perubahan-perubahan dalam seni lakon dan nyanyian selepas beliau menjadi pekerja di Malay Film Productions (MFP) telah memberikan kejayaan dan populariti dalam kerjayanya dalam bidang perfileman, nyanyian, muzik dan komedi. Ketika mengikuti pancaragam di Pulau Pinang, P. Ramlee mempunyai niat untuk menjadi pemain muzik yang terbaik, penyanyi yang terkenal dan pemimpin pancaragam. Melalui usaha dan kesungguhannya, beliau keluar sebagai bintang penyanyi Utara Malaya nombor tiga (1945) dan mencuba lagi pada tahun 1946 sehingga beliau menjadi juara pada tahun 1947. P. Ramlee terkenal kerana usahanya yang gigih bermula dari bawah. Beliau memegang peranan sebagai penyanyi latar, orang suruhan yang menolak dan menarik kamera, clapper boy dan kemudian menjadi pelakon tambahan387 . Sifatnya menarik perhatian B. S. Rajhans, pengarah filem dari Shaw Brothers, lalu mempelawa P. Ramlee berlakon dan filem pertamanya ialah "Chinta" yang diterbitkan pada tahun 1948. Beliau telah digandingkan bersama pelakon Roomai Noor dan Siput Sarawak dengan memegang watak sebagai orang jahat yang memegang tombak dan kemudian bergelimpangan di pantai. Dalam filem ini juga, beliau menyumbangkan suaranya kepada Roomai Noor semasa bahagian nyanyian. P. Ramlee kemudian diambil sebagai pelakon pembantu bermain muzik dalam filem “Nor Asmara” yang dibintangi oleh Roomai Noor dan Kasma Booty. Beliau memegang watak sebagai pelawak bersama D. Harris. Watak tersebut kecil tetapi telah memberikan satu genre baharu dalam bidang lakonan. Akhirnya, beliau menjadi seorang pelawak yang setanding dengan D. Harris. Dalam filem “Nasib”, beliau sekali lagi berpasangan dengan D. Harris sebagai pelawak tetapi kemudian menjadi orang jahat dalam filem “Nilam” yang dibintangi Roomai Noor dan Siput Sarawak. Dalam ketiga-tiga buah filem ini, di samping menjadi pelakon tambahan, P. Ramlee juga menjadi penyanyi playback dan penjaga sambungan-continuity. 386 Ramli Ismail. (1998). Kenangan Abadi P. Ramlee. Pulau Pinang: Brothers Publications. hlm 42 387 Arkib Negara Malaysia. op.cit. hlm 20
  • 177.
    177 Sebagai orang baharudalam dunia lakonan, P. Ramlee beruntung kerana dapat menimba pengalaman daripada bintang-bintang filem yang sudah terkenal seperti Roomai Noor dan Osman Gumanti dalam filem “Racun Dunia”. Beliau pertama kali memegang watak hero sepenuhnya dalam filem “Takdir Ilahi”388 . Sebelum filem ini ditayangkan, pelbagai andaian mengganggu fikiran beliau. Pendapat penonton pada awalnya mengenai tubuh badan beliau yang kurus, namun ketika tiba di bahagian klimaks, penonton mula memuji lakonan beliau. P. Ramlee bertegas menolak tawaran kontrak baru dengan MFP dengan harapan beliau dapat bekerja dengan syarikat ini. Namun, harapannya hancur apabila peluang yang disediakan untuknya itu diisi oleh Osman Gumanti. Hal ini kerana Osman Gumanti memberi keyakinan kepada syarikat tersebut bahawa dia lebih baik dan lebih berpengalaman daripada P. Ramlee. Peristiwa-peristiwa yang berlaku menjadi pengajaran kepadanya dalam kehidupan. Namun, hal ini tidak mematahkan semangatnya untuk berpatah balik ke Pulau Pinang. Beliau tetap meneruskan cita-citanya, walaupun bukan sebagai orang filem, beliau akan menjadi ahli muzik. Kontrak dengan MFP telah memberikan bonus kepada tiap-tiap filem yang dilakonkan olehnya. Beliau banyak belajar daripada pelakon-pelakon yang terkenal dalam filem Barat dan Jepun. Malah beliau juga gemar menonton filem-filem yang memperoleh anugerah dan diarahkan oleh pengarah yang terkenal. Dalam bidang muzik, dengan kerjasama dan tunjuk ajar Yusof B. dan Osman Ahmad, pemain tetap di studio itu, P. Ramlee diberi peluang membuat susunan dan memimpin orkestra untuk nyanyian dan lagu-lagu ilustrasi dalam filem. Kehebatan lakonan P. Ramlee itu memberikan keyakinan kepada pengarah Filipina, Lamberto Avellana memilihnya sebagai Sarjan Hassan dalam filem yang berjudul sama389 . P. Ramlee menjadi lebih cemerlang bersama-sama Avellana, pengarah yang mempunyai rekod pencapaian dan kejayaan yang baik. Filem Sarjan Hassan hampir menyamai filem aliran neo-realisme. Kesilapan berlaku apabila Avellana pulang ke negara asalnya. Pihak pengurusan MFP meminta P. Ramlee memasukkan adegan-adegan nyanyian untuk memenuhi selera penonton filem Melayu yang masih terpengaruh dengan format filem India. Berita P. Ramlee diberi kesempatan menjadi pengarah disambut dalam keadaan berbelah bahagi oleh artis-artis veteran MFP kerana Haji Mahadi yang lebih banyak pengalaman pernah gagal dalam percubaannya mengarahkan filem Permata di Perlimbahan390 . Namun demikian, masyarakat Melayu khasnya dan media massa telah memberikan sokongan yang menggalakkan terhadap langkah tersebut. Sikap berbelah bahagi artis-artis di Studio Jalan Ampas telah menimbulkan masalah ketika pembikinan filem itu mahu dilancarkan. Beberapa orang pelakon telah dipilih menarik diri pada saat-saat akhir kerana tidak yakin P. Ramlee dapat melakukannya termasuk pengarah-pengarah India. Filem “Penarek Becha” telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton. Kejayaan ini membuka peluang yang lebih luas kepada P. Ramlee untuk mengarah filem. Apabila P. Ramlee memasuki suatu fasa baru dalam hidupnya, sebagai seorang pengarah, beliau menggunakan segala sumber yang terdapat di Malay Film Productions. Dua buah studio besar 388 Aimi Jarr. (2008). Jejak Terbilang. Selangor: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. hlm 33 389 Arkib Negara Malaysia. op. cit. hlm 183 390 Ibid. hlm 16
  • 178.
    178 kepunyaan Shaw Brotherspada tahun 1947 telah dilengkapi dengan kelengkapan bermutu Hollywood bernilai lebih satu juta dolar terus-menerus diperbaiki dan dipermodenkan. Dari situlah bakatnya mula menyerlah hingga dapat mengukuhkan nama beliau. Filem kedua arahan P. Ramlee iaitu “Semerah Padi” telah mengangkat P. Ramlee sebagai pengarah yang berwibawa. Sekali lagi beliau berjaya mengubah persepsi penonton filem Melayu daripada budaya Hindustan kepada budaya Melayu dan Islam. Filem ini telah mendapat sambutan bukan sahaja dalam kalangan anak muda tetapi dalam kalangan orang tua dan golongan alim ulama kerana jalan cerita dan arahan beliau memberi pengajaran dalam memaparkan hukum-hukum Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulallah S.A.W. Kejayaan P. Ramlee telah membuka mata penerbitnya untuk memberi peluang kepada anak-anak tempatan lain menjadi pengarah filem Melayu. P. Ramlee telah membuktikan kebolehan orang Melayu menjadi pengarah yang sebelumnya tidak pernah berpeluang setelah Haji Mahadi menjadi pengarah pertama dan terakhir. Melalui filem "Anakku Sazali" (1957), P.Ramlee menjadi semakin masyhur dengan meraih anugerah "Aktor Terbaik Asia". Seterusnya beliau digelar sebagai "The Most Versatile Talent" melalui filem "Ibu Mertuaku" dalam Festival Filem Asia Pasifik di Tokyo pada tahun 1963. P.Ramlee juga berjaya mencatatkan sejarah apabila 3 filemnya "Nujum Pak Belalang" , "Madu Tiga" dan "Pendekar Bujang Lapok" berjaya membolot trofi Filem Komedi Terbaik di peringkat antarabangsa. Menurut M. Amin & Wahba (1998), "Studio jalan Ampas seolah-olah sebuah "Hollywood' di rantau Asia di mana ia menjadi perkampungan para seniman filem dari berbagai peringkat. Industri perfileman Melayu berkembang dan dikenali di rantau Asia.... Filem-filem Melayu bukan sahaja mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat tempatan, malah pengeluar-pengeluar filem asing seperti Indonesia juga menempah filem-filem Melayu untuk ditayangkan di tempat mereka.”391 Sekitar 1940an-1970an dengan penubuhan dua studio besar di Tanah Melayu (Singapura) iaitu Malay Film Production dan Cathay-Keris, telah berlakunya suatu suasana 'kebanjiran' filem Melayu dari pelbagai genre dan sudut pandang. Ekoran dari ini munculnya bakat-bakat besar yang gemilang namanya. Bukan saja di peringkat tempatan malah di peringkat antarabangsa. Hasil dari fenomena ini juga sekitar 1950an sehingga 1960an telah diangkat sebagai zaman kegemilangan filem Melayu. Definisi kegemilangan ini merangkumi pelbagai sudut. Pertama dari konteks filem yang dihasilkan. Sebanyak 170 buah filem diterbitkan oleh Malay Film Production dan 123 buah filem yang diterbitkan oleh Cathay-Keris. Kebanyakan filem ini berjaya meraih anugerah di peringkat Asia dan juga di peringkat dunia. Jiwa P. Ramlee sangat dekat dengan permasalahan dalam dunia kehidupan masyarakat Melayu. Beliau menggambarkan sifat-sifat semula jadi lelaki yang mata keranjang dan perempuan yang sentiasa mencurigai ketiadaan suaminya di rumah. Kehidupan yang kelihatan mudah dan lazim dijadikan P. Ramlee sebagai bahan komedi yang menarik dengan watak-watak yang menghiburkan. Beliau amat peka dengan nilai kemasyarakatan tetapi berubah apabila terpaksa berhadapan dengan cabaran-cabaran baru yang menuntut perlakuan di luar kebiasaan akibat kesan dan pengaruh bandar. Jiwa dan ciri kemasyarakatan yang diterapkan dengan penuh kejujuran itu menjadikan lakonannya dalam filem “Madu 391 M. Amin & Wahba. (1998). Layar Perak dan Sejarahnya. Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm 17
  • 179.
    179 Tiga”, “Tiga Abdul”dan “Labu Labi” menjadi satu sindiran yang sinis tetapi mencuit hati masyarakat Nusantara. P. Ramlee bukan sahaja mempunyai bakat sebagai pelakon dan pengarah, tetapi juga merupakan penggubah, penulis seni kata lagu dan penyanyi yang serba boleh. Lagu-lagu ciptaan P. Ramlee terdapat dalam filem-filem yang dikeluarkan oleh Malay Film Productions (1946-1964) dan Merdeka Film Studio (1964-1973). P. Ramlee menitikberatkan betapa mustahaknya perkongsian perasaan antara penggubah lagu dan penulis seni kata. Oleh sebab kebanyakan lagu digubah dan dinyanyikan sendiri oleh P. Ramlee, beliau berjaya menyampaikan tema masing-masing dengan perasaan yang tepat. Beliau banyak menggubah lagu dalam muzik Melayu tradisi seperti inang, zapin, masri, asli, joget dan boria. Antara lagu-lagu yang berjaya beliau hasilkan ialah Inang Baru, Gambus Jodoh (zapin), Nak Dara Rindu (Melayu tradisi), Joget Pahang dan Alunan Biola (keroncong). P. Ramlee amat cekap menyesuaikan gaya muzik asing dengan lagu-lagu Melayu. Antaranya ialah rentak waltz dalam “Tidurku di Rumput Yang Basah”, unsur-unsur Timur Tengah dalam “Ya Habibi Ali Baba” dan pengaruh-pengaruh Cina dalam lagu “Apek dan Marjina”. Pelbagai rentak yang digunakan termasuklah samba (Nasi Goreng), beguine (Merak Kayangan), andante (Mengapa Riang Ria), bolero (Juwita), rumba (Bila Larut Malam), twist (Bunyi Gitar) dan mambo (Kwek Mambo). Sepanjang penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an, pemuda-pemuda Melayu menjadi semakin kurang berminat dengan lagu-lagu Melayu. Mereka semakin meminati kumpulan The Beatles dan idola-idola pop yang lain. P. Ramlee bertindak balas menubuhkan kumpulan yang diberi nama Pancha Sintara dengan tujuan menyuburkan semula muzik Melayu dan menentang pengaruh kumpulan The Platters392 . Pancha Sitara telah mendapat sambutan baik dan berjaya merakamkan lagu suka ramai seperti Bila Larut Malam dan Mawarku. Semangat cintakan negara ditunjukkan dalam lagu-lagu P. Ramlee seperti “Pahlawanku”, “Perwira” dan “Sekapur Sireh” yang semuanya dinyanyikan oleh Saloma. Semangat yang sama terdapat dalam lagu “Joget Malaysia” dalam filem “Ragam P. Ramlee”, “Joget Pahang” dan “Melaka” dinyanyikan oleh P. Ramlee dalam filem “Hang Tuah”. Contoh lagu-lagu yang masih diminati sehingga ke hari ini termasuklah “Dendang Perantau” yang boleh didengar di televisyen dan radio semasa menyambut hari raya. Bidang nyanyian dan lagu merupakan bidang pertama yang diceburi oleh P. Ramlee. Beliau telah dibawa ke Studio Malay Film Productions pada tahun 1948 oleh B. S. Rajhans kerana lagu “Azizah” mendapat sambutan luar biasa daripada pendengar. Lagu “Azizah” merupakan antara ciptaan terawal beliau sebelum berhijrah ke Singapura. Versi asal yang rancak dan dirakamkan ke piring hitam dengan seni kata ciptaan beliau sendiri, manakala versi kedua yang berirama perlahan diperdengarkan dalam filem pertama beliau, “Penarik Becha” dengan lirik yang ditulis oleh Jamil Sulong. Buku “Erti Yang Sakti” hasil tulisan Tan Sri Ahmad Sarji telah menyenaraikan 359 buah lagu-lagu ciptaan P. Ramlee yang 392 Yusnor Ef. op. cit. hlm 48
  • 180.
    180 dinyanyikan beliau sendiriatau orang lain. Dalam tradisi penerbitan filem-filem Melayu, lagu merupakan unsur yang serasi dengan penonton dan memberi dorongan kuat kepada filem-filem Melayu. P. Ramlee bijak memilih lagu-lagu untuk disesuaikan dalam sesuatu adegan filem sama ada lagu itu dinyanyikan sendiri ataupun sebagai muzik latar sahaja. Penyesuaian ini menimbulkan suasana yang lebih berkesan dan penonton dapat menghayati watak dalam setiap penceritaan. Lagu-lagu ciptaan P. Ramlee banyak menonjolkan kesenian tradisional Melayu melainkan beberapa lagunya yang terakhir. Melodi yang digunakannya berbentuk Melayu dan mudah meresap ke dalam sanubari orang Melayu. Beliau pernah menerima anugerah Pencipta Lagu Terbaik di Pesta Filem Asia di Hong Kong pada tahun 1956. Beliau juga banyak menggunakan tenaga beberapa orang pemuzik terutama semasa beliau masih di Singapura untuk membantu dalam menghasilkan lagu-lagunya. 3.0 Perpindahan Ke Studio Merdeka (Malaysia) dan Zaman Kejatuhan Karya Kejayaan P. Ramlee meraih pelbagai anugerah melalui filem, lakonan dan nyanyiannya telah menimbulkan perasaan iri hati dalam kalangan sebahagian artis. Selain iri hati, ada juga yang kecil hati kerana tidak terpilih berlakon dalam filem-filem arahannya kerana berlakon di bawah P. Ramlee merupakan satu kebanggaan pada zaman tersebut393 . Sifat ini telah menyebabkan berlakunya perpecahan di studio tersebut kepada dua kelompok, satu yang menyokong beliau dan satu lagi tidak menyokong. Perpecahan ini sedikit sebanyak mengancam studio tersebut. Majalah “Bintang” bilangan pertama telah mendapat sambutan di luar dugaan. Dalam masa satu hari sahaja iaitu hari majalah tersebut mula dipasarkan, sebanyak 5000 naskah tidak mencukupi untuk pasaran Singapura dan terpaksa diulang cetak untuk pasaran Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sabah dan Sarawak. Peristiwa ini tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbitan majalah394 . Sambutan ini turut menggemparkan syarikat penerbitan yang besar seperti Utusan Melayu dan Melayu Raya yang masing-masing mempunyai majalah hiburan sendiri iaitu “Utusan Filem dan Sport” dan “Filem Raya”. Sambutan orang ramai hanya kerana satu sebab sahaja, iaitu nama P. Ramlee yang tercatat sebagai pemimpin. Apabila gambarnya dijadikan ilustrasi kulit muka, maka sambutannya menjadi lebih bertambah dari semasa ke semasa. P. Ramlee kehilangan pasukan kerja yang mantap semasa berpindah kerja ke Studio Merdeka. Beliau terpaksa bekerja dengan orang yang belum memahami kehendaknya dan kurang berpengalaman dalam filem. Oleh yang demikian, P. Ramlee terpaksa berdiri atas kekuatan individunya untuk mengarahkan sebuah filem. Selain itu, beliau juga menghadapi tekanan daripada pengurus Studio Merdeka, Shaw Wee Ngok yang berpegang kepada konsep lama; membuat filem mestilah dengan modal yang serendah-rendahnya tetapi mendapat pulangan yang sebesar-besarnya. Tanpa sokongan pasukan kerja yang kuat, P. Ramlee kehilangan banyak tenaga untuk melatih dan membantu pekerja-pekerja terutamanya di bahagian teknikal yang masih mentah pengalamannya. Hal ini memberi kesan besar 393 Ibid. hlm 32. 394 Ibid. ms 36
  • 181.
    181 kepada kreativiti beliausehingga filem-filem yang dihasilkannya di Studio Merdeka semakin merosot mutunya. Walaubagaimanapun, beliau mempunyai sebab-sebab yang tersendiri di atas kesuraman filem- filemnya. Beliau berpendapat terlalu banyak pantang larang yang dikenakan ke atas filem-filem Melayu telah memaksanya menghasilkan filem-filem komedi. Baginya, filem komedi lebih mudah. Menjelang akhir hayatnya, keadaan kehidupannya agak terganggu kerana tidak ada mata pencarian yang tetap. Selain pertunjukan pentas, beliau juga menerima jemputan bermain muzik di majlis- majlis dengan kumpulan “Band Putih”nya. Kepedihan yang besar sebagai seorang seniman ialah apabila bakatnya tidak dihargai dan beliau pula tidak berupaya merealisasikan bakatnya. Untuk melarikan diri daripada kepedihan tersebut, beliau banyak menghabiskan masa di meja mahjong395 . Sifat P. Ramlee yang mahu dihargai tidak pernah difahami orang seperti beliau menghargai bintang kebesaran Ahli Mangku Negara (A.M.N) yang dianugerahkan oleh Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Beliau terlalu gembira kerana mengetahui kerajaan menghargai pencapaiannya dalam bidang seni dan filem Sepanjang tempoh kerjayanya di Kuala Lumpur (1964-1973), beliau tidak menerima sebarang anugerah seperti ketika berada di Studio Jalan Ampas. Bagaimanapun, sumbangannya tetap besar dalam usaha menghidupkan Studio Merdeka dan dunia perfileman Melayu di negara ini. Hal yang menyedihkan dalam hidup P. Ramlee ialah, sehingga akhir hayatnya tidak berjaya untuk menjadi seorang produser filem. Beliau hanya berjaya menjadi seorang penyanyi, pengarah filem dan pengedar filem tetapi tidak berjaya mengeluarkan filem atas nama syarikatnya sendiri. Beliau mempunyai syarikat filemnya bernama Rumpun Melayu. Pada permulaannya, beliau membeli filem dari Indonesia dan menayangkannya di sebuah dewan di Bangunan MARA yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman. Tetapi, usia penayangan filem di dewan ini tidak lama kerana ada gangguan daripada pihak luar sehingga P. Ramlee terpaksa mencari satu tempat lain. 4.0 Rumusan Keseluruhan Gambaran kehidupan masyarakat Melayu yang membabitkan masyarakat majmuk menunjukkan bukti sejarah sosial kehidupan masyarakat Malaysia. Gandingan kehidupan pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa dalam filem tersebut dapat melahirkan perasaan kasih sayang dan perpaduan dalam kalangan mereka. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia adalah masyarakat yang ideal dan terbilang kerana boleh hidup dengan aman. Dalam filem P. Ramlee, bangsa-bangsa lain digandingkan dengan pelakon bangsa Melayu. Contohnya; orang Cina memegang watak peniaga, orang India sebagai jiran tetangga, orang Sikh sebagai pengawal keselamatan bertindak mendamaikan pertikaian dalam berbahasa dan hormat-menghormati. Paparan ini dapat dilihat dalam Seniman Bujang Lapok, ketika seorang pengawal keselamatan berketurunan Sikh mengajar dan menyedarkan Sudin dan Aziz menghormati orang lain. Karya agung yang dihasilkan oleh P. Ramlee telah menggambarkan semua aspek kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia dan dapat dijadikan rujukan kepada rakyat Malaysia. 395 Hujah-hujah ini ditulis di dalam Kertas Kerja Abdullah Hussain. Liku-Liku Hidup P. Ramlee: Tokoh Lagenda Sepanjang Zaman yang merupakan salah seorang kenalan P. Ramlee.
  • 182.
    182 BIBLIOGRAFI Adi Pranajaya. (1993).Filem dan Masyarakat. Jakarta: Yayasan Citra. Ahmad Sarji. (1999). P. Ramlee: Erti Yang Sakti. Kuala Lumpur: Pelandok Publication. Aimi Jarr. (2008). Jejak Terbilang. Selangor: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. Arbaie Sujud. (1999). Estetika Dalam Lirik Lagu Nyanyian P. Ramlee. Tesis Sarjana, Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Arkib Negara Malaysia. (2005). Sepanjang Riwayatku. Kuala Lumpur. Arkib Negara Malaysia Arsiah Sarji, Faridah Ibrahim dan Mazni Buyung. (1996). Pola Pengamalan Profesionalisme dalam Industri Filem Malaysia. Ulu Kelang: FINAS. Asmah bt. Idris. (1999). Filem Melayu: Satu Analisis Historikal Tumpuan Terhadap Idea, Bentuk dan Kandungan. Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. _____. (10 Jun, 1973). Bapa Dunia Filem Melayu Dah Hilang. Kuala Lumpur. Berita Minggu Haniff Haji Hassan. (1990). Filem Komedi: Satu Analisa Ke atas Filem-Filem Bujang Lapok. Universiti Kebangsaan Malaysia. Jamil Sulong. 1990. Kaca Permata: Memoir Seorang Pengarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Lizawati Bahaman. (2000). Filem Penarik Beca Sebagai Karya Klasik Melayu: Satu Kajian Konsep dan Teoritikal. Sintok: Universiti Utara Malaysia Madzniyah bt. Md. Jaafar (1985). Filem-Filem Arahan P. Ramlee: Suatu Penelitian Dari Perspektif Budaya. Universiti Kebangsaan Malaysia. M. Amin & Wahba. (1998). Layar Perak dan Sejarahnya. Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mohammad Mahdi Abas.(2000) Manusia Terpinggir Dalam Filem Melayu: Analisis Terhadap Fenomena Rajuk dan Pujuk. Jurnal Pengajian Media Malaysia. Universiti Malaya. Mohiyadin Bin Che’ Jan; Setiausaha Sulit Kanan Kepada Ketua Setiausaha Negara. (1965). Surat kepada Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia; Berkenaan Terbitan-Terbitan Mengenai Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Kuala Lumpur. Arkib Negara Malaysia. ANM 237/3 Jld. 30. 16 September. Nik Amirul Mu‟min bin Nik Min. (1999), Filem: Pengaruh Medianya Ke Atas Masyarakat Tinjauan Terhadap Filem-Filem Melayu. Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Ninozaireen Hassan. (1999). Filem Melayu: Sejauhmana Paparan Budaya Melayu. Jabatan Pengajian Media, Faklti Sastera dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. P. Ramlee. (1957). Bujang Lapok. Malay Film Prod. Ltd.
  • 183.
    183 P. Ramlee. (1958).Pendekar Bujang Lapok. Malay Film Prod. Ltd. P. Ramlee. (1959). Musang Berjanggut. Malay Film Prod. Ltd. P. Ramlee. (1959). Nujum Pak Belalang. Malay Film Prod. Ltd. P. Ramlee. (1960). Ali Baba Bujang Lapok. Malay Film Prod. Ltd. P. Ramlee. (1961). Seniman Bujang Lapok. Malay Film Prod. Ltd. P. Ramlee. (1963). Labu Labi. Malay Film Prod. Ltd. P. Ramlee. (1963). Nasib Si Labu Labi. Malay Film Prod. Ltd. P. Ramlee. (1964). Tiga Abdul. Malay Film Prod. Ltd. P. Ramlee. (1964). Madu Tiga. Malay Film Prod. Ltd. P. Ramlee. (1965). Masam-masam Manis. Malay Film Prod. Ltd. P. Ramlee. (1966). Sabaruddin Tukang Kasut. Merdeka Film Prod. Sdn Bhd. P. Ramlee. (1966). Do Re Mi. Merdeka Film Prod. Sdn Bhd. P. Ramlee. (1966). Nasib Do Re Mi. Merdeka Film Prod. Sdn Bhd. P. Ramlee. (1967). Keluarga 69. Merdeka Film Prod. Sdn Bhd. P. Ramlee. (1968). Anak Bapak. Merdeka Film Prod. Sdn Bhd. P. Ramlee. (1968). Ahmad Albab. Merdeka Film Prod. Sdn Bhd. P. Ramlee. (1972). Laksamana Do Re Mi. Merdeka Film Prod. Sdn Bhd. P. Ramlee. (1971). Kertas Kerja Cara-Cara Meninggikan Mutu Dan Memperkayakan Muzik Jenis Asli dan Tradisional Malaysia Demi Kepentingan Negara. Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Kuala Lumpur. Syarikat Pencetakan Wah Lian. 16-20 Ogos. Ramli Ismail. (1998). Kenangan Abadi P. Ramlee. Pulau Pinang: Brothers Publications. Wan Hashim Wan Teh. (2002). Kertas Kerja Kesenimanan dan Jati Diri P. Ramlee Sebagai Reformis Sosial. Simposium Karya Seni Seniman Agung P. Ramlee. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia. 11-13 Jun. Yusnor Ef. (2000). P. Ramlee Yang Saya Kenal. Kuala Lumpur. Pelanduk Publications Sdn Bhd. Zefri Ariff. (2002). Kertas Kerja Retrospektif Dan Dekonstruksi Pemikiran P. Ramlee: Fitrah Dunia Melayu. Simposium Karya Seni Seniman Agung P. Ramlee. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia. 11- 13 Jun.
  • 184.
    184 KRISHNANSAMY A/L TAMBUSAMY: TOKOH GURU DAN TOKOH SUKAN RAJA NORAZLINDA BTE RAJA ABDUL RAHIM 1.0 Latarbelakang Kehidupan Tambu krishnan atau nama sebenarnya Krishnasamy A/L Tambusamy telah dilahirkan pada 18 Julai 1944 di hospital Pulau Pinang.396 Krishnan yang berasal dari Pulau Pinang ini merupakan anak kedua daripada 9 orang adik-beradik hasil perkahwinan Tambusamy dan Sellamal. Bapanya merupakan seorang buruh di Perak manakala ibunya pula merupakan suri rumah sepenuh masa. Sejak kecil lagi beliau telah membesar di Jalan Batu Gantung, Pulau Pinang. Krishnan Tambusamy lahir sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi iaitu pada tahun 1944. Ketika kelahiran beliau, Malaysia masih lagi berada di dalam zaman penjajahan Jepun. Namun, menerusi penceritaan ibu bapanya, keluarga Krishnan hidup dalam serba kekurangan. Bapanya hanya bekerja sebagai buruh kasar di sebuah lombong biji timah di Perak manakala Ibunya hanya menjalankan pertanian bercucuk tanam bagi mendapatkan hasil pendapatan. Beliau berkongsi cerita di mana bapanya pernah diburu dan diancam bunuh oleh pihak Jepun kerana menyembunyikan bahan makanan. Rentetan daripada itu, hampir tiga tahun bapanya terpaksa menyembunyikan diri. Namun, setelah Jepun mengalami kekalahan barulah bapanya pulang ke rumah. Kehidupan semasa penjajahan Jepun sememangnya amat sukar kerana berlakunya pelbagai masalah kecurian dan pembunuhan oleh pihak Jepun terhadap rakyat tempatan. Hal ini kerana rakyat tempatan yang enggan menyerahkan barang-barang yang diperlukan oleh pihak Jepun akan dipotong tangan dan di bunuh. Semasa pendudukan jepun, tanah Melayu mengalami masalah kekurangan makanan terutamanya beras kerana ia sukar diimport dari negeri-negeri lain akibat peperangan. Masalah ini turut dirasai oleh keluarga Krishnan. Mereka turut hidup dalam kesempitan kerana tidak mampu untuk makan nasi. Mereka hanya menggunakan kelapa untuk membuat pasembor bagi menggantikan nasi sebagai makanan utama mereka. Walaupun, selepas Negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Krishnan dan keluarganya masih lagi hidup dalam kesusahan. Krishnan selaku anak kedua dalam keluarga banyak membantu ahli keluarganya walaupun pada ketika itu beliau hanya berusia 5 tahun. Beliau telah bekerja mengutip bola golf di kelab golf yang berhampiran di kawasan rumahnya iaitu di Jalan Steward. Upah yang diberikan adalah dua ringgit. Walaupun pada masa kini nilainya agak kecil akan tetapi pada zaman itu dengan wang itu beliau boleh membeli bermacam-macam makanan seperti nasi lemak dan sebagainya. Untuk memperoleh wang, beliau juga mendapatkan upah melalui kerja-kerja mencuci kereta pegawai Inggeris yang masih lagi tinggal di Pulau Pinang selepas peristiwa penjajahan oleh British. Pegawai-pegawai Inggeris ini akan memberi upah sebanyak RM 10. Bahkan, beliau turut bekerjasama sebagai caddy untuk menambah duit poket. Pada usia 28 tahun, beliau telah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita Singapura iaitu V. Saroja yang juga merupakan bekas setiausaha pegawai Tenaga Nasional Berhad di 396 Ruliah (Ed).Buletin Sukan Mutiara. Pulau Pinang: Majlis Sukan Negara. (2003). Hlm 14.
  • 185.
    185 Singapura.397 Perkenalan beliau denganisterinya adalah sewaktu beliau menerima jemputan acara sukan olahraga di Stadium Singapura. Semasa perkenalan awal dengan isterinya beliau menyangka isterinya adalah wanita India namun hakikatnya isterinya merupakan wanita campuran Cina dan India. Disebabkan isterinya merupakan warganegara Singapura, Krishnan telah mengalami perhubungan jarak jauh dengan isterinya. Tambahan kesibukan yang telah dialami oleh Krishnan dalam bidang sukan menyebabkan mereka berkahwin pada usia yang agak lewat jika dibandingkan dengan masyarakat pada zaman itu. Perhubungan yang diikat dengan tali pertunangan selama 8 tahun akhirnya telah membawa hingga ke jinjang perkahwinan pada tahun 1972. Perkahwinan mereka telah berlangsung di Persatuan Khek Jalan Burmah, Pulau Pinang.398 Melalui perkongsian hidup bersama isterinya, Krishnan telah dikurniakan dua orang cahaya mata terdiri daripada seorang perempuan dan seorang lelaki. Walaupun Krishnan amat disegani dalam acara trek di zamannya, namun tidak ada seorang pun anak beliau yang mengikuti jejak langkahnya. Anak perempuan sulungnya yang bernama Geetha merupakan pegawai sumber manusia syarikat perbankan iaitu Standard Chatered Bank di Kuala Lumpur. Geetha merupakan lulusan ijazah sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan. Krishnan sebenarnya amat berharap anak perempuannya ini agar menjadi seorang doktor. Krishnan melihat peluang untuk anaknya memasuki bidang perubatan adalah lebih mudah kerana pada ketika itu jurusan perubatan ini masih lagi kekosongan dan amat diperlukan. Namun, disebabkan anaknya tidak berminat dengan kerjaya tersebut kerana tugas seorang doktor merupakan tugas yang agak berat. Krishnan mengakui bahawa anaknya itu boleh dikatakan sebagai seorang yang “home type sosial”. Geetha merupakan seorang yang tidak suka dengan suasana di hospital dan memerlukan dirinya berurusan dengan orang sakit. Kerjaya sebagai doktor memerlukan dirinya sentiasa melihat darah dan tangisan menyebabkan Geetha telah memilih jurusan pengurusan perniagaan untuk melanjutkan pelajaran. Anak perempuan Krishnan ini mempunyai minat yang berbeza dengan ibu dan bapanya. Geetha ternyata mempunyai kecenderungan dalam seni tarian terutamanya tarian klasik India. Pada tahun 2014 ketika umurnya menginjak 31 tahun, beliau telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuda bekerja sebagai jurutera IT. Manakala anak lelaki keduanya iaitu K. Ganesh merupakan penuntut akhir dalam bidang kejuruteraan di UM.399 K. Ganesh telah memperoleh keputusan yang cemerlang iaitu 9A di dalam SPM manakala 3A2B di dalam STPM. K. Ganesh telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Namun, ekoran tidak minat dalam bidang tersebut anaknya telah melanjutkan pelajaran ijazah dalam bidang kejuruteraan. Tamat sahaja program ijazah, K. Ganesh bekerja sebagai Jurutera di India selama dua tahun. Kemudian telah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana dalam bidang yang sama di UKM selama satu tahun. Setelah tamat ijazah sarjana, anaknya telah mendapat tawaran bekerja di kilang dalam negara sebagai juruteknik. Sebagai keluarga yang agak berpendidikan, K. Ganesh telah melanjutkan pelajaran pada peringkat kedoktoran di Sepanyol selama satu tahun. Namun disebabkan perbezaan cara hidup dengan masyarakat Sepanyol maka anaknya telah berhenti belajar di sana kemudian menyambung kedoktoran tersebut di UM Malaysia. 397 The star, 15 Disember 1972 Hlm. 13. 398 Ibid. 399 Ruliah (Ed).Buletin Sukan Mutiara. Pulau Pinang: Majlis Sukan Negara. (2003). Hlm 14
  • 186.
    186 Anak lelaki Krishnanmempunyai minat yang sama seperti isterinya di dalam bidang sukan hoki. Hal ini dapat dilihat apabila beliau pernah menyertai pasukan hoki Pulau Pinang ke SUKMA pada tahun 1996, 1998 dan 2000.400 Ganesh juga pernah menyertai skuad pasukan sukan hoki remaja Malaysia di 4 Nations Hoki Championship di Frementle, Australia Barat pada tahun 1997.401 Kemudian pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 1998, Ganesh telah menyertai Five Nation Hoki Championship di Jerman.402 Namun penglibatan anaknya di dalam bidang sukan hoki tidak berpanjangan kerana masalah kekangan masa sebagai seorang pelajar. Ketika itu K. Ganesh merupakan pelajar tingkatan enam di sekolahnya. Gangguan dalam membahagikan masa sebagai seorang pelajar dan atlet telah menyebabkan minat dan cita-cita anaknya untuk menjadi atlet hoki terkubur begitu sahaja. Melalui temu bual yang dilakukan bersama Krishnan, beliau turut menyatakan kekecewaannya mengenai kegagalan anaknya untuk melibatkan diri di dalam sukan tersebut. Hal ini kerana, walaupun anaknya berbakat namun terpaksa mengutamakan pendidikan bagi menjamin masa hadapannya. Walaupun begitu, menurut Krishnan walaupun anaknya tidak dapat meneruskan cita-citanya menjadi atlet hoki sepenuh masa, namun minat anaknya dalam sukan hoki tidak terkubur begitu sahaja. Hal ini kerana anaknya masih lagi aktif dalam sukan hoki. Buktinya, anaknya masih lagi menjadi ahli sukan hoki di Singapura dan memasuki perlawanan persahabatan dengan negara-negara Asean. Sebagai seorang bapa, Krishnan merupakan seorang yang sangat tegas terhadap anak- anaknya. Beliau amat menitikberatkan kepentingan pendidikan terhadap anak-anaknya. sebagai bukti yang dapat kita lihat adalah menerusi kejayaan yang telah di kecapi oleh dua orang anaknya sehingga menjadi manusia yang berjaya dan boleh dibanggakan. Beliau mengakui bahawa amat susah untuk membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya. Kesibukan beliau sebagai jurulatih olahraga kadangkala telah menyebabkan masa bersama keluarga terhad. Beliau turut berkongsi cerita di mana pada suatu ketika beliau dan isteri telah berjanji untuk keluar bersama namun terpaksa dibatalkan disebabkan panggilan daripada pihak atasan bagi mengurus atlet-atlet di bawah pengawasan beliau. Selain itu juga sebagai jurulatih beliau terpaksa membawa atlet-atlet berlatih di seluruh dunia dalam jangka masa yang panjang. Tambahan beliau lagi, sebagai jurulatih yang sudah berkeluarga pembahagian masa antara keluarga dan kerjaya sebagai jurulatih adalah terlalu sukar. Beliau berpendapat adalah lebih baik jurulatih yang berkeluarga bekerja sebagai jurulatih separuh masa bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga. Beliau berkongsi cerita di mana hampir kesemua rakan-rakan beliau yang bekerja sebagai jurulatih sepenuh masa mengalami penceraian dengan isteri mereka. Walaupun berketurunan India, Krishnan amat menggemari makanan Melayu seperti nasi lemak. Selain itu juga beliau juga menggemari nasi kandar dan tose. Beliau juga amat meminati warna yang cerah seperti warna putih sehingga kebanyakan bajunya terdiri daripada warna tersebut. Baginya, warna putih adalah warna yang bersih dan ia sesuai dengan tona kulitnya. Ketika usia remaja, Krishnan sering mengikuti bapanya yang bekerja sebagai penjaga kuda ke kandang kuda berhampiran dengan 400 Ibid. 401 Ibid. 402 Ibid.
  • 187.
    187 rumahnya iaitu diPadang Lumba Kuda dan Golf.403 Pada mulanya, krishnan bercita-cita untuk menjadi seorang pelumba kuda.404 Selain daripada menghabiskan masa di kandang kuda beliau juga sering menghabiskan masa remajanya menjadi “caddy” sebagai sumber wang tambahan. Caddy adalah orang yang bekerja membawakan beg peralatan pemain golf. Sesuai dengan nama dan maksudnya, tugas seorang “caddy“ sebenarnya bukan sekadar membawa beg pemain atau mengutip bola golf tetapi mereka adalah rakan rapat atau orang kepercayaan serta menjadi penasihat kepada pemain golf di padang. Oleh itu, seorang “caddy” juga harus mempunyai kemahiran termasuk menguasai permainan golf serta selok-belok padang dan merancang strategi yang sesuai untuk pemain. Ekoran daripada itu, Krishnan mula mahir dalam permainan golf ini sehingga beliau pernah terlintas untuk menjadi seorang pemain golf yang handal. Kepakaran beliau bermain golf menjadikan pemain-pemain golf di situ teruja dengannya. Gabenor Pulau Pinang iaitu Raja Tun Uda pernah meminjamkan Krishnan set kayu golf miliknya agar beliau dapat menyertai perlawanan golf untuk “caddy” pada tahun 1961.405 Kemudian, beliau telah meraih kemenangan di dalam sukan golf dan telah menetapkan rekod perjalanan 4 bawah par di Padang Bukit Gantung, Pulau Pinang.406 Kemenangan krishnan di dalam perlawanan tersebut merupakan tanda terima kasihnya kepada gabenor tersebut. Namun, hasrat untuk menjadi seorang pemain golf yang profesional tidak dapat diteruskan kerana beliau tidak mampu untuk membiayai kos perbelanjaan sukan tersebut.407 Krishnan merupakan seorang yang bercita-cita tinggi kerana mempunyai pelbagai minat dan keinginan iaitu menjadi seorang “Jockey” dan “Caddy”. Ini jelas menunjukkan Krishnan seorang remaja yang serba boleh. Beliau mempunyai bakat yang pelbagai. Kini, apabila bekerja sebagai jurulatih masanya sering kali dihabiskan dengan melatih atlet di stadium. Kesuntukan masa menyebabkan beliau tidak lagi dapat melakukan aktiviti seperti di usia remajanya. Seterusnya, bekas atlet olahraga ini turut berkongsi minatnya bahawa terhadap filem dan lagu-lagu seniman agung P Ramlee. Minatnya terhadap seniman ini adalah sejak dahulu lagi. P Ramlee merupakan kenalan beliau semasa usia remaja. Mereka bukan sahaja menetap negeri yang sama tetapi tinggal di kawasan perumahan yang sama iaitu di Georgetown, Pulau Pinang. Oleh itu, mereka telah membesar bersama-sama dan sering kali bermain bola. Sejak kecil, P ramlee sememangnya terkenal dengan sikapnya yang peramah dan suka berjenaka. Krishnan sendiri telah mengakui kepadanya bahawa dia boleh menjadi seorang pelakon apabila dewasa nanti. Namun, keakraban mereka terputus apabila Krishnan melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan di Kuala Lumpur. Tanpa pengetahuan Krishnan, P Ramlee juga turut berpindah ke Kuala Lumpur untuk melibatkan diri di dalam dunia seni. Di sanalah beliau bertemu kembali dengan P Ramlee yang pada ketika itu mula menerpa nama dalam dunia seni. Antara filem P Ramlee yang paling beliau minati adalah pendekar bujang lapuk 403 Rujuk lampiran keratan akhbar hlm. 16. 404 Rujuk lampiran keratan akhbar hlm. 17 405 Ibid. 406 Malaysia Today, 2006, Hlm. 14. 407 Ibid.
  • 188.
    188 2.0 Pendidikan Pada tahun1950, Encik Krishnan telah mendapat pendidikan awal pada usia 7 tahun di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ramakrishna.408 Ketika itu, Negara berada di dalam tempoh dekolonisasi selepas Perang Dunia ke II dan tidak lagi memperoleh kemerdekaan.409 Oleh itu, kerajaan British telah menggubal sistem pendidikan negara yang bersifat berasingan sebelum ini yang disebabkan oleh dasar pecah dan perintah British ketika kemasukan buruh China dan India secara beramai-ramai pada abad ke 19 untuk menjaga kepentingannya.410 Apabila, British merasakan pendidikan tidak lagi memenuhi kepentingannya dan memecahkan perpaduan kaum maka British mula menyusun sistem pendidikan negara dengan memberikan fokus kepada sistem pendidikan di peringkat sekolah rendah.411 Kerajaan British memperakukan penubuhan jenis sekolah rendah dan sekolah kebangsaan terbuka kepada semua kaum melalui Laporan Barnes.412 Ini jelas menunjukkan bahawa, sistem pendidikan kita pada ketika itu masih lagi bercorak pendidikan penjajah. Peluang pendidikan masih lagi terhad walaupun terbuka untuk semua kaum. Bahkan, hanya beberapa jenis sekolah sahaja ditubuhkan ekoran masih lagi kekurangan dana untuk menubuhkan sekolah-sekolah. Tumpuan hanya diberikan kepada sekolah Inggeris dan sekolah Melayu sahaja. Sekolah Tamil masih lagi kurang dan kebanyakan dikelolakan oleh mubaligh Kristian dan peladang. Disebabkan Krishnan bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, maka kurangnya pergaulan dengan kaum lain. Namun begitu, hubungannya dengan kaum Melayu dan cina adalah baik. Hal ini kerana, Krishnan tinggal di kawasan yang didiami oleh pelbagai kelompok kaum. Oleh itu, beliau masih lagi dapat berkomunikasi dengan baik di luar kawasan sekolah. Seterusnya, sepanjang berada di sekolah rendah, Krishnan merupakan pelajar yang sangat aktif di sekolah dan disukai oleh guru-guru. Beliau juga pernah dilantik menjadi ketua bilik darjah di sekolahnya. Pada awalnya, Krishnan bukanlah pelajar yang begitu cemerlang dalam bidang akademik namun disebabkan kegigihan beliau belajar di sekolah dan mendapat tunjuk ajar gurunya menjadikan beliau mula meminati subjek ini. Malah, dorongan daripada gurunya itu juga menjadikan beliau cemerlang di dalam subjek tersebut sehingga menjadi pusat rujukan kepada rakan-rakannya. Malahan itu, beliau banyak melibatkan diri di dalam aktiviti sukan di sekolah. Antara sukan yang pernah beliau masuki adalah bola sepak dan larian. Setelah tamat pendidikan rendah, beliau telah mengikuti peperiksaan tapisan iaitu “Secondary School Entrance Examination” bagi melayakkan diri memasuki sekolah menengah. Setelah lulus peperiksaan tersebut beliau berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Methodist Boys School, Pulau Pinang.413 Kemasukan beliau ke sekolah Inggeris kerana pada tahun 1956, sekolah masih tidak banyak ditubuhkan. Apabila Krishnan melangkah ke sekolah menengah beliau lebih cemerlang di 408 Ibid. 409 Tan Yao Sua. Jurnal Terjemah Alam & Tamadun Melayu. Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Peranan Lim Lian Geok Dan Aminuddin Baki. (2009). Hlm 146 410 Ibid. 411 Ibid. 412 Ibid. 413 Ruliah, Op.Cit
  • 189.
    189 dalam pelajarannya. Halini berikutan kerana berlakunya persaingan di sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kepelbagaian kaum di sekolah ini berlaku kerana pada tahun 1956, Negara belum lagi mencapai kemerdekaan. Peristiwa penjajahan oleh British telah menyebabkan ramai pedagang dari luar yang berhijrah dan menetap di Negara ini. Kesannya, wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara ini sehingga kini. Semasa di sekolah menengah beliau aktif di dalam sukan bola sepak dan sering mewakili sekolah atau Penang Club Division 1.414 Di sini, sekolah menjadi institusi yang bertanggungjawab untuk menanam semangat untuk bersukan. Di dalam setiap kemanisan, pasti terselit kedukaan. Beliau menceritakan semasa di sekolah menengah, beliau pernah dimarahi dan didenda oleh guru kerana telah ponteng sekolah. Peristiwa tersebut merupakan peristiwa yang amat pahit dan menjadi satu pengajaran buat beliau kerana ia telah memalukan beliau sebagai seorang atlet yang amat dikenali di sekolahnya. Ini jelas menunjukkan Krishnan merupakan seorang yang aktif dan mempunyai bakat di dalam larian sejak zaman sekolah lagi. Dunia persekolahan merupakan kenangan indah dalam hidup beliau kerana pada ketika itu sekolah merupakan tempat yang amat menyeronokkan kerana pelajar bebas untuk belajar dan tiada tekanan daripada guru-guru. Guru-guru pada ketika itu tidak pernah mengenakan sebarang kekerasan terhadap pelajar. Pelajar akan dibimbing untuk belajar. Tempoh masa pembelajaran juga mempengaruhi minat untuk beliau belajar pada ketika itu. Hal ini kerana, tempoh pembelajaran pada ketika itu tidak terlalu lama berbanding dengan persekolahan masa kini. Masa yang terluang pada waktu petang juga dapat diisi dengan bermain permainan tradisional bersama rakan-rakan dengan bermain layang-layang, bermain bola dan gasing. Malahan, beliau sering dipuji oleh guru-guru dalam memenangi pelbagai acara sukan di sekolah. Mengimbas suasana pembelajaran di sekolah rendah pada zamannya berbeza dengan suasana pembelajaran pada masa kini. Suasana perbezaan ini mungkin disebabkan perbezaan kemudahan dan kurikulum pembelajaran. Jika pada masa kini, sesi pengajaran dan pembelajaran guru menggunakan pelbagai alat bantu mengajar seperti LCD dan Komputer namun pada zaman Krishnan berada di sekolah, guru beliau hanya menggunakan “chalk and talk”. Namun begitu, Krishnan tetap memberikan fokus terhadap apa yang diajari gurunya. di sini, kita dapat lihat betapa taatnya murid pada masa dahulu jika mahu dibandingkan dengan murid pada masa kini. Sekiranya guru sekarang tidak menggunakan pelbagai alatan untuk mengajar murid-murid pastinya sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengan lancar. Walaupun sekolah tidak mempunyai pelbagai kemudahan yang baik seperti pada masa kini tetapi beliau merasakan persekolahan pada masa itu merupakan satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini kerana sikap guru mengajar murid-murid dengan ikhlas menjadikan mereka menghargai guru tersebut. Sukatan pelajaran pada masa dahulu sememangnya berbeza dengan sukatan pada masa kini. Pada waktu dahulu, mata pelajaran seperti matematik akan di ajar pada waktu pagi. Oleh itu murid-murid dapat memberikan fokus terhadap pengajaran guru. Pada waktu tengah hari pula, mereka akan di ajar dengan subjek seni seperti menyanyi, melukis, mewarnakan dan bermain alat muzik. Subjek seni sememangnya subjek yang amat diminati oleh murid-murid sekolah rendah. Tempoh pembelajaran 414 Ibid.
  • 190.
    190 juga tidak begitumembebankan pelajar. Waktu persekolahan akan bermula pukul 7.30 dan tamat pada pukul 1 petang. Selepas tamat waktu persekolahan Krishnan dapat meluangkan masa dengan bermain bersama rakan-rakannya. Ini menjadikan Krishnan seronok belajar tanpa sebarang tekanan pada masa dahulu. Pada tahun 1965 apabila memperoleh keputusan yang agak cemerlang di dalam Senior Ccambridge Exam, beliau telah ditawarkan untuk mengikuti kursus di Maktab Perguruan Sri Kota di Kuala Lumpur sehingga memperoleh Diploma Pendidikan Guru.415 Kemudian, setelah tamat belajar beliau telah ditawarkan bekerja di bawah kementerian. Beberapa tahun kemudian, beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang Psikologi Sukan. 3.0 Alam Pekerjaan Setelah tamat pelajaran di Maktab Perguruan Sri Kota, beliau telah mendapat tawaran pekerjaan sebagai guru. Pada mulanya, beliau berminat untuk menjadi polis kerana pada ketika itu semua guru-guru sukan telah ditawarkan untuk berkhidmat sebagai pegawai polis. Tawaran menjadi anggota polis telah menarik minat Krishnan namun disebabkan halangan daripada ibu dan bapanya maka beliau terpaksa mematikan niat untuk menyertai kerjaya sebagai anggota polis. Halangan ini disebabkan pekerjaan sebagai polis merupakan satu pekerjaan yang merbahaya dan perlu terlibat dengan aktiviti membanteras jenayah. Oleh kerana risau akan keselamatan Krishnan maka ibunya berharap agar adalah lebih baik sekiranya Krishnan berkhidmat sebagai seorang guru yang ternyata suatu pekerjaan yang lebih selamat dan mulia kerana dapat mendidik masyarakat. Dalam hal ini, jelas menunjukkan bahawa Ibu bapa beliau memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kehidupannya. Ketika Krishnan bergiat aktif sebagai atlet lari pecut Malaysia, pada masa yang sama beliau juga telah memulakan perkhidmatan sebagai seorang guru bahasa di Sekolah Rendah Kebangsaan Bangsar yang terletak di Kuala Lumpur. Beliau telah mengajar subjek bahasa Inggeris, bahasa Tamil dan juga bahasa Melayu. Apabila, guru besar di sekolahnya mengetahui akan keterlibatan beliau sebagai atlet Malaysia, maka Krishnan telah diberikan peluang untuk mengikuti pelbagai kursus di dalam Sains Sukan. Selama 12 tahun beliau berkhidmat sebagai seorang guru bahasa di pelbagai buah sekolah. Kemudian beliau telah dinaikkan pangkat sebagai guru besar. Jawatan guru besar ini telah disandang selama 20 tahun. Antara sekolah yang pernah beliau berkhidmat adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Prai, Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap dan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat. Sepanjang beliau berkhidmat sebagai guru, cabaran yang dihadapi dalam mendidik murid sememangnya mencabar. Sekolah terdiri daripada pelbagai murid yang berbeza latar belakang. Oleh itu, kepelbagaian murid ini akan menyebabkan perbezaan daripada tahap kognitif, tahap kepintaran dan minat mereka. Masalah murid-murid yang tidak berminat dan malas belajar memang sukar diatasi. Sekiranya murid tidak berminat belajar di dalam bilik darjah maka matlamat pembelajaran tidak akan dapat dicapai. Hal ini disokong dengan kajian oleh Walter Vispoel dan James Austin (1995) mendapati minat murid 415 Malaysian Today, 2006. Hlm. 14.
  • 191.
    191 terhadap pembelajarannya mempengaruhikejayaan dan kecemerlangannya.416 Namun, ada juga sesetengah murid yang hanya meminati bidang kemahiran namun disebabkan ketiadaan peluang pembelajaran dalam bidang tersebut maka pembelajaran di sekolah menjadi suatu yang membosankan kepada mereka. Tambahan lagi, kurikulum yang lebih menumpukan pembelajaran akademik semata- mata telah menyebabkan murid-murid ini semakin malas untuk belajar. Dalam hal ini, guru bertanggungjawab untuk memupuk minat murid dan memberikan motivasi kepada mereka untuk mencapai kecemerlangan di dalam bidang yang mereka minati. Bukan itu sahaja, persekitaran turut mempengaruhi sikap murid-murid untuk belajar. Walaupun murid mungkin tidak cemerlang terhadap sesuatu mata pelajaran, namun sekiranya guru bijak menarik minat murid melalui gaya pengajarannya pastinya murid tersebut akan bersemangat untuk berada di dalam bilik darjah tersebut. Di dalam pengajarannya, Krishnan telah menggunakan strategi puji-pujian terhadap muridnya agar mereka lebih bersemangat dan seronok dengan suasana persekolahan. Murid-murid yang berpakaian kemas di sekolah akan dipujinya. Hal ini menjadikan murid- muridnya merasa dihargai dan lebih bersemangat untuk ke sekolah. Manusia sememangnya sangat menyukai dengan puji-pujian. Oleh itu, penggunaan strategi ini dikatakan amat berkesan apabila digunakan kerana telah menimbulkan rasa suka dan seronok kepada murid-murid. Malahan itu, melalui tindakan beliau ini, murid-murid akan cuba untuk mengekalkan imej positif tersebut agar disukai oleh guru- guru mereka. jelaslah di sini bahawa peneguhan yang baik perlu diberikan ke atas tingkah laku murid yang baik melalui kelakuan dan bahasa percakapan guru. Pencapaian murid di sekolah juga dipengaruhi oleh sikap ibu bapa. Cara didikan ibu bapa yang berbeza akan menghasilkan murid yang juga berbeza. Oleh itu, ibu bapa tidak sepatutnya membanding beza kebolehan anak-anak mereka dengan anak orang lain. Anak-anak yang lemah di dalam pelajaran tidak harus dimarahi tetapi perlu diberikan galakan dan motivasi agar mereka lebih bersemangat untuk belajar. Bahkan, ibu bapa juga tidak boleh terlalu mengongkong anak-anak mereka. anak-anak perlulah diberikan sedikit kebebasan dan ruang untuk mereka membesar dan menjadi matang. Anak-anak yang dikongkong semasa usia kecilnya akan mula memberontak apabila menginjak di usia dewasa. Hal ini boleh dilihat Krishnan menyatakan ketidaksetujuan beliau dengan tindakan ibu bapa yang sering kali menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen agar memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR. Bagi beliau, anak-anak pada usia itu perlulah diberikan kebebasan melakukan apa yang mereka minati seperti melibatkan diri di dalam aktiviti sukan. Namun, disebabkan ibu bapa terlalu menekankan anak-anak untuk memperoleh keputusan cemerlang di dalam peperiksaan, anak-anak ini tidak diberi peluang untuk melibatkan diri di dalam bidang sukan yang mereka sukai. Apabila, anak-anak telah dipaksa belajar sejak kecil mereka akan mengalami satu tahap kebosanan dalam pelajaran apabila berada di peringkat sekolah menengah. Jika mereka bercampur dengan murid- murid yang berkelakuan nakal maka murid-murid ini akan mula terpengaruh. Akibatnya, matlamat ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya musnah begitu sahaja. Krishnan turut beranggapan adalah lebih baik sekiranya, murid- murid yang bersekolah di sekolah rendah diberikan kebebasan belajar, bersukan dan bermain di sekolah agar dapat menjadi manusia seimbang. 416 Noriati, Et Al, Budaya Dan Pembelajaran, Kuala Lumpur, Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2014, Hlm. 111.
  • 192.
    192 Dalam pada masayang sama, bagi membina hubungan yang baik antara guru dan murid beliau sering meluangkan masa bersama murid-murid ketika beliau bertugas sebagai guru besar. Adakala, beliau akan makan bersama murid-muridnya di kantin sekolah sambil bertukar-tukar cerita antara satu sama lain. Baginya, hubungan guru dan murid perlulah dibina agar wujud budaya sekolah yang penyayang. Melalui tindakan itu juga, murid-murid akan rasa lebih dihargai dan merasa seronok kerana guru sanggup meluangkan masa dan mendengar cerita serta luahan hati mereka serta dapat berkongsi idea, pandangan dan emosi tanpa rasa prejudis dan diskriminasi. Malahan, beliau dapat mengetahui latar belakang murid dan dapat mengetahui sikap mereka. Maka akan wujudnya komunikasi yang baik antara mereka dan dapat membantu guru menyedari persekitaran pembelajaran murid. Keupayaan guru berkomunikasi dengan murid juga akan menentukan minat belajar dan prestasi pencapaian murid. Kenyataan ini dapat di sokong dengan penyataan Woolfolk (2001:55) iaitu guru mampu mengekalkan minat pembelajaran murid dalam menguasai sesuatu ilmu dan kemahiran yang dipelajari sekiranya guru sedar persekitaran pembelajaran murid.417 Bahkan, murid-murid yang mesra dan rapat dengan guru akan terdorong untuk belajar dengan lebih tekun.418 Tegasnya di sini, asas pembentukan budaya penyayang di sekolah bermula daripada corak interaksi guru dan murid-murid. Corak dan bentuk interaksi ini akan ditiru oleh murid kerana guru merupakan model yang terdekat kepada tingkah laku murid yang diingini. Masalah disiplin murid di sekolah pada masa dahulu tidak begitu serius berbanding pada masa kini. Masalah disiplin seperti ponteng sekolah, mencuri dan bergaduh adalah suatu perkara biasa yang berlaku di sekolah. Sebagai contoh, kes kecurian yang berlaku di sekolah rendah kebanyakannya terjadi apabila murid yang kurang berkemampuan tidak mampu untuk memiliki barang-barang keperluan seperti alat tulis yang digunakan oleh rakan-rakan mereka yang lain. Berbanding pula dengan masalah disiplin di sekolah menengah kes-kes kecurian yang sering terjadi selalunya berpunca apabila pelajar yang kaya membawa telefon bimbit ke sekolah dan dilihat oleh pelajar yang kurang berkemampuan namun ingin memiliki telefon seperti itu dan akhirnya boleh mengundang kes kecurian berlaku. Masalah disiplin pelajar ini perlulah dibendung sejak awal lagi. Sekiranya, ianya tidak dibendung masalah ini akan menjadi lebih rumit ketika mereka melangkah ke alam dewasa kelak. Oleh itu, bagi mengatasi masalah disiplin tersebut, beliau telah menasihati murid-muridnya dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tegas agar mereka tidak mengulangi perbuatan tersebut. Bahkan, bagi beliau aib murid juga perlulah dijaga. Kesalahan mereka seperti mencuri ini tidak perlulah dihebohkan di sekolah kerana tindakan guru menceritakan kesalahan murid kepada orang lain akan memalukan pelajar tersebut serta menjatuhkan maruahnya. Apabila guru menjaga aib murid tersebut, secara tidak langsung murid akan lebih menghormati guru tersebut dan berasa malu terhadap kesilapannya serta menyedari kesilapan mereka. Jelaslah di sini, komunikasi secara berhemah merupakan satu cara beliau menghadapi murid yang bermasalah disiplin. Dengan menggunakan pendekatan ini, guru dapat mempengaruhi murid menerima peraturan dan bersemangat dalam pelajaran mereka. Selain itu, Krishnan berpendapat penglibatan pelajar di dalam kokurikulum dapat mengatasi masalah disiplin pelajar di sekolah. Tambahan beliau lagi sukan adalah sebagai salah satu cara berkesan 417 Ibid Hlm. 170. 418 Haliza Hamzah Dan Joy Nesamalar Samuel, Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingah Laku, Kuala Lumpur, Oxford Fajar Sdn Bhd, 2009, Hlm. 45.
  • 193.
    193 bagi mendekati pelajarnyadan ternyata ia berkesan untuk mengelak pelajar daripada sikap memberontak.419 Hal ini dapat dilihat apabila beliau turut meluangkan masa bermain bola sepak bersama anak muridnya dan menganggap mereka seperti kawan.420 Dengan cara itu, ia dapat menyelesaikan masalah sekali gus memberikan motivasi kepada mereka. Krishnan juga merupakan seorang guru yang sangat memahami kehendak pelajar- pelajarnya. Buktinya, beliau tidak pernah menggunakan konsep paksaan terhadap murid-muridnya terutamanya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Baginya, pembelajaran bukan sahaja merangkumi aspek kurikulum sahaja namun ia turut melibatkan aspek sikap dan tingkah laku murid. Pendidikan bukanlah semata untuk melahirkan pelajar yang cemerlang di dalam bidang akademik semata-mata malahan ia juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan berfikiran matang. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mendidik pelajar agar menjadi insan yang seimbang ini. Kredibiliti beliau sebagai seorang guru yang bersemangat dan kuat berusaha dapat dilihat ketika beliau menjadi guru besar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Prai, apabila sekolah tersebut mula menceburi sukan hoki mereka mengalami kekurangan alat untuk bermain hoki.421 Oleh itu, bagi mengatasi masalah tersebut beliau telah berusaha mencari dana bagi membeli keperluan tersebut.422 Di samping itu juga sebagai pasukan hoki yang baru ditubuhkan, beliau sentiasa memberikan mereka semangat dan motivasi untuk memenangi setiap perlawanan. Beliau juga menggunakan pemberian insentif bagi menyuntik semangat murid-murid tersebut dalam mengecap kejayaan. Pengalaman selama 32 tahun bertugas sebagai pendidik meninggalkan banyak kenangan yang indah dalam hidup beliau. Namun, terdapat satu peristiwa yang dikatakan agak pahit baginya apabila beliau pernah dimarahi oleh ibu bapa pelajar. Peristiwa ini berlaku semasa beliau berkhidmat sebagai guru besar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Prai. Hal ini terjadi apabila terdapatnya ibu bapa yang tidak puas hati apabila anak-anak mereka didenda walaupun anaknya melakukan kesalahan tingkah laku di sekolah. Sesetengah ibu bapa tidak mempercayai kata-kata guru tetapi lebih mempercayai kata-kata anak mereka. hal ini berkemungkinan kerana, tingkah laku murid kadang-kadang berbeza dengan apa yang dipamerkan di sekolah dan rumah. Sememangnya ia menjadi lumrah di sekolah apabila murid-murid yang nakal dikenakan tindakan oleh guru mengadu kepada ibu-bapa mereka, lalu ibu bapa tersebut cuba untuk menghentam pihak sekolah. Namun begitu, perkara ini dapat diatasi apabila beliau menggunakan kata-kata yang berhemah terhadap ibu bapa pelajar tersebut. Baginya, perkara seperti ini sememangnya tidak akan terlepas dan sering terjadi di sekolah. Oleh yang demikian, guru perlulah bijak untuk mengatasi masalah ini agar ia tidak menjadi lebih rumit. Oleh itu, guru perlu bersedia menjalinkan hubungan dengan keluarga murid untuk berkongsi mengenali tingkah laku murid. Malahan, kemampuan guru berkomunikasi dengan ibu bapa akan membantu memudahkan guru menyesuaikan teknik-teknik mengajar. Bercerita mengenai hubungan dengan rakan sekerja pula beliau berkata hubungannya dengan guru-guru sememangnya baik. Walaupun beliau pernah menjadi guru besar, beliau merupakan seorang yang sangat memahami anak-anak buahnya. Sekiranya guru tersebut mengalami masalah beliau 419 Utusan Malaysia, 17 Mei 2004, Hlm. 2 420 Ibid. 421 Rujuk Lampiran Keratan Akhbar Hlm. 3 422 Ibid.
  • 194.
    194 akan memberi nasihatkepada mereka. sememangnya, seseorang guru tidak boleh lari daripada menghadapi masalah dalam kehidupannya. Beliau menasihati bahawa guru-guru perlulah bijak mengendalikan masalah peribadi mereka. Guru tersebut seboleh-bolehnya perlu mengelakkan diri daripada membawa masalah peribadi mereka semasa mengajar di dalam kelas. Mereka tidak boleh mencampuradukkan urusan pekerjaan dengan masalah peribadi mereka kerana guru yang tidak pandai mengendalikan emosi mereka akan memberi impak buruk kepada proses pengajarannya di dalam kelas. Emosi guru perlu sentiasa dalam keadaan tenang, stabil, bersyukur dan sederhana semasa mengajar. 4.0 Penglibatan Dalam Dunia Sukan Semasa di sekolah menengah beliau hanya aktif bermain bola sepak dan sering mewakili sekolah dan Penang Indian Club Divison 1.423 Krishnan bermula sebagai pemain penyerang dan juga penjaga gol bagi persatuan Liga Sukan India seperti SIA dan TPCA.424 Sukan ini merupakan sukan yang paling diminatinya. Minatnya dalam sukan ini berterusan sehinggalah beliau melanjutkan pelajaran di ke Maktab Perguruan Sri kota, Kuala Lumpur. Aksi tangkasnya yang menjaringkan 2 gol setelah pasukannya ketinggalan mata 0-2 dalam satu perlawanan bola sepak telah menarik perhatian Wong Choong Seng, jurulatih beliau.425 Pada masa yang sama aksi tangkas beliau itu juga telah hangat diperkatakan di dalam perjumpaan tahunan “Selangor Amateur Athletic Association” dan “Malaysian Amateur Athletic Union” pada tahun 1965 dan 1966.426 Ketika itu, jurulatih beliau menyedari akan bakat beliau sebagai pelari yang hebat. Melihatkan bakat tersembunyi Krishnan itu, beliau telah menasihatkan Krishnan agar memberi lebih tumpuan dalam bidang sukan olahraga. Rentetan daripada itu, walaupun ketiadaan minat di dalam sukan olahraga namun di atas pujukan dan sokongan yang diberikan oleh jurulatihnya telah menyebabkan beliau telah melepaskan sukan bola sepak bagi menumpukan perhatian dalam sukan olahraga dan menyertai “Lights Sports Club” di Kuala Lumpur.427 Tahun 1964 menjadi titik permulaan beliau dalam arena sukan olahraga apabila beliau telah mula mewakili Malaysia di dalam kejohanan sukan antarabangsa.428 Dari situlah bermula lembaran baru dalam sejarah hidup Krishnan. Krishnan kemudiannya telah dilantik bersama empat orang rakan seperjuangannya iaitu S. Sabapathy, Palanisamy, Ishting Mobarak dan Junaidah Aman untuk menjalani latihan intensif di University Of Southern California, di Los Angelas di bawah pengawasan jurulatih Bob Schull bersempena sukan Olimpik di Munich.429 Jurulatih beliau ini bukanlah calang-calang orang akan tetapi Bob Schull merupakan pemenang pingat emas dalam acara 5000m di Kejohanan Tokyo 1964.430 Setelah menjalani latihan selama setahun, beliau kemudiannya telah mula mewakili Malaysia ke kejohanan antarabangsa pada tahun 1965.431 Pada tahun 1966 pula, beliau telah mewakili Malaysia ke kejohanan sukan Asia bersama 423 Ruliah, Op.Cit 424 Malaysia Today, 2006, Hlm. 14. 425 Ruliah, Op.Cit 426 Rujuk Lampiran Keratan Akhbar, Hlm. 5 427 Rujuk Lampiran Keratan Akhbar, Hlm. 17 428 The Star, 15 Disember 1972, Hlm. 13. 429 Rujuk Lampiran Keratan Akhbar Hlm. 6 430 Ibid. 431 Ruliah, Op.Cit
  • 195.
    195 tiga orang rakanyaiaitu G. Rajalingam, Mohd Ariffin dan M. Jegathesan yang akhirnya telah berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara 4x400m.432 Pada masa yang sama, mereka telah berjaya membuat satu rekod baru Asia iaitu 40.6 saat. Kemenangan beliau ini merupakan satu kebanggaan buat Malaysia dan juga kepada diri beliau sendiri. Hal ini kerana, walaupun baru melibatkan diri dalam sukan ini namun beliau berjaya meraih kemenangan buat kali pertama. Dalam kejohanan yang sama beliau turut memenangi pingat gangsa dalam acara 400m.433 Kemudian, pada kejohanan itu juga beliau juga telah berjaya merangkul pingat perak dalam acara 200m dan pingat gangsa bagi acara 4x400m.434 Selain itu, beliau pernah menyertai sukan Olimpik sebanyak tiga kali. Namun penglibatan beliau dalam sukan Olimpik di Mexico dan Munich lebih membanggakan kerana berjaya masuk ke peringkat separuh akhir. Penyertaan sukan Olimpik yang pertama adalah pada tahun 64 di Tokyo.435 Keduanya adalah pada tahun 1968 di Mexico City di mana beliau dan tiga orang rakannya lagi telah berjaya masuk ke separuh akhir bagi acara 4x100m.436 Manakala kali kedua adalah ketika sukan Olimpik di Munich pada tahun 1972.437 Sebelum menyertai kejohanan tersebut, Krishnan dan rakan-rakan telah dihantar tiga bulan lebih awal, untuk menghadiri sesi latihan di California.438 Walaupun pada ketika itu mereka tidak memenangi sebarang piala namun Krishnan dan rakan-rakanya merupakan atlet yang cukup hebat kerana berjaya mewakili Malaysia menyertai sukan Olimpik. Penyertaan ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Hanya atlet yang benar-benar mencapai rekod yang telah ditetapkan di dalam kejohanan ini sahaja boleh menyertai. Krishnan sebenarnya sudah menjangkakan bahawa mereka pasti tidak akan dapat menandingi atlet-atlet Amerika dan Eropah kerana mereka terlalu pantas.439 Walau bagaimanapun sepanjang menyertai sukan Olimpik di Munich, Krishnan memperoleh banyak pengalaman di sana. Sepanjang berada di sana beliau dapat melihat perbezaan di antara budaya masyarakat di situ dengan budaya masyarakat di Malaysia. Bahkan itu, beliau turut pernah mewakili Malaysia di dalam sukan SEA yang dahulunya dikenali sebagai sukan SEAP untuk selama lima siri berturut-turut iaitu pada tahun 1965,1967,1969,1971 dan 1973.440 Di sepanjang penyertaannya di dalam sukan SEA beliau telah berjaya meraih enam pingat emas, tiga pingat perak dan tiga pingat gangsa dalam acara jarak dekat dan acara “relay”.441 Pada tahun 1970, Krishnan sekali lagi telah menyertai sukan Asia dan berjaya membawa pulang pingat gangsa untuk acara 400m.442 Pada tahun 1971, beliau telah memenangi pingat emas di dalam acara 200m di Kejohanan Atlet Malaysia Terbuka di Kuala Terengganu.443 Beliau telah membuat catatan masa 21.6 saat mengalahkan Yeoh Kian Chye atlet dari Singapura. 444 Dalam kejohanan tersebut, Krishnan juga berjaya 432 Ibid. 433 Ibid. 434 Ibid. 435 Rujuk Lampiran Keratan Akhbar 14 Januari 1992. Hlm. 2. 436 Rujuk Lampiran Keratan Akhbar 15 Januari 1992 437 Ibid. 438 Rujuk lampiran keratan akhbar, hlm. 9. 439 Ibid. 440 Ruliah, op.cit 441 Ibid. 442 Ibid. 443 The straits time, 7 ogos 1971 ms 30 444 Ibid.
  • 196.
    196 merangkul pingat emasdi dalam acara 100m dengan catatan masa 10.6 saat. Namun, beliau terpaksa menarik diri dari acara 4x100m kerana mengalami kecederaan otot.445 Mewakili Asia dalam kejohanan Asia VS Europe pada tahun 1972 di Jerman merupakan suatu pengalaman manis bagi beliau. Hal ini kerana di dalam kejohanan tersebut beliau telah berjaya mencatat masa 46.7 saat dan menduduki tempat ketiga bagi acara 400m.446 Selepas memenangi acara tersebut, Krishnan kemudiannya terpaksa berhenti daripada melibatkan diri di dalam sukan ekoran menghidapi penyakit bronkitis.447 Beliau telah dinasihati agar berehat selama setahun oleh doktor.448 Selepas beliau pulih daripada penyakit tersebut, Krishnan telah kembali menyertai sukan tersebut. Sekembalinya beliau ke dalam dunia sukan membawanya ke pertandingan di bawah kelolaan MAAU di stadium Perak pada 5 May 1973.449 Kemudian pada tahun berikutnya iaitu pada 4 Jun 1973, beliau telah dihantar ke Jerman untuk menjalani program latihan intensif selama enam bulan.450 Terkenal dengan jolokan nama “ Electrifying Finisher” beliau sebenarnya dikatakan agak lambat menceburi sukan lari pecut ini secara serius kerana penglibatannya bermula selepas beliau memasuki Maktab Perguruan di Kuala Lumpur.451 Penglibatan Krishnan di dalam arena sukan lari pecut ini sebenarnya telah lama diperhatikan oleh ahli-ahli sukan negara. Mereka menjangkakan sekiranya Krishnan mendapat latihan yang sempurna serta mendapat dorongan yang sepatutnya pastinya kerjayanya sebagai atlet akan lebih cerah dan dapat menggantikan Dr. Jegathesan sebagai jaguh lari pecut negara apabila beliau bersara nanti.452 Hal ini telah diperkukuhkan lagi dengan kenyataan daripada Mr C. Rajalingam, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan yang menyatakan dalam temu bualnya bersama “The Malay Mall” Krishnan mempunyai masa depan yang cerah di dalam arena ini.453 Faktor kejayaan beliau di dalam sukan olahraga ini adalah disebabkan usaha gigih beliau untuk menjadi seorang atlet yang dapat membanggakan diri dan nama Negara. Beliau sentiasa berusaha untuk memperoleh kemenangan di dalam setiap kejohanan yang dimasukinya. Untuk itu, beliau telah berlatih lima hari seminggu di mana tiga hari latihan di trek dan dua hari latihan beban.454 Sebelum menyertai mana-mana kejohanan Krishnan akan memastikan dirinya benar-benar memperoleh latihan yang secukupnya. Beliau akan membuat persediaan latihan agar prestasinya berada di paras kemuncak. Contohnya, pada 9 Disember 1970, ketika menyertai sukan SEA di Bangkok, beliau telah membuat sesi latihan bersama Asir Victor dan atlet daripada Negara lain seperti Filipina dan Singapura di bawah pengawasan oleh jurulatih Edwin Abraham.455 445 Ibid. 446 Ibid. 447 Rujuk Lampiran Keratan Akhbar, Hlm. 10. 448 Ibid. 449 Rujuk Lampiran Keratan Akhbar, Hlm. 9 450 Metro, 21 Ogos 200, Hlm. 2. 451 Malaysia Today, 2006, Hlm. 14. 452 Rujuk Lampiran Keratan Akhbar, Hlm. 5. 453 Ibid. 454 Ibid. 455 The Straits Times, 9 Disember 1970.
  • 197.
    197 Selain itu, kejayaannyajuga disebabkan oleh faktor sokongan dan motivasi. Sokongan yang diperoleh daripada jurulatih, rakan-rakan dan rakyat Malaysia terutamanya ke Sukan Asia adalah satu sebab kejayaan beliau. Hal ini kerana, sokongan daripada mereka menjadikan beliau bersemangat dan tekad untuk memenangi perlawanan tersebut. Jelaslah di sini peranan motivasi merujuk kepada sokongan yang diperoleh atlet dalam bidang sukan adalah amat penting kerana kejayaan atlet bergantung sepenuhnya kepada keinginan atlet itu dalam mencapai kejayaan. Hasil daripada sokongan tersebut membolehkan Krishnan membawa pulang pingat emas dalam acara 400m di Sukan SEA pada tahun 1972.456 Di sini dapat di lihat bahawa, kepentingan sokongan dan motivasi sememangnya memainkan peranan. Faktor bentuk fizikal juga mempengaruhi kejayaan beliau di dalam sukan ini. Dengan ketinggian 180 dengan berat 79 kilogram tidak mustahil sekiranya beliau dapat menyaingi atlet negara-negara lain ekoran bentuk badannya yang tinggi. Semasa bekerja sebagai “jockey”, beliau sering melihat aksi kuda yang berlari laju maka beliau berpendapat bahawa ia menjadi faktor yang menyumbang ketangkasan beliau berlari.. Sepanjang beliau melibatkan diri di dalam sukan ini, beliau pernah mengalami kekecewaan apabila tidak memenangi pingat di dalam acara utama beliau iaitu acara 400m di “Third Malaysian Athletic”.457 Hal ini kerana, beliau telah disingkirkan daripada meneruskan lariannya kerana telah melakukan dua kali kesilapan mula.458 Kesilapan ini dikatakan berpunca daripada persediaan di kawasan pemula yang terlalu lama dan juga disebabkan oleh keadaan trek yang agak mengecewakan. Kesilapan tersebut begitu mengecewakan Krishnan kerana beliau yakin sekiranya beliau mempunyai peluang menghabiskan lariannya kemenangan pasti menjadi miliknya. Hal ini juga diakui oleh jurulatihnya iaitu Stanley Gouw.459 Selain itu, beliau juga pernah mengalami kekecewaan semasa berada di maktab perguruan. Ketika berlangsungnya Kejohanan Sukan di Maktab, beliau telah dikalahkan oleh Rengan yang juga seorang guru pelatih di Melaka dalam acara kesukaannya iaitu 400m.460 Bukan itu sahaja, beliau juga pernah kecewa kerana tidak dapat menghadiri Majlis Pencalonan dan Penganugerahan “Sportsman And Sportswomen Of The Year”.461 Hal ini kerana, hari pencalonan anugerah tersebut berlangsung pada tarikh perkahwinannya. Oleh itu, Krishnan tidak dapat menghadiri majlis tersebut sekali gus telah melepaskan peluang untuk memenangi anugerah tersebut. Penglibatan aktif beliau sebagai atlet sukan olahraga hanyalah sehingga tahun 1976.462 Bagi menumpukan perhatian dalam bidang pendidikan, beliau terpaksa bersara. Hal ini kerana pada ketika itu beliau telah dinaikkan pangkat sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan di Prai.463 Namun begitu, beliau tidak mensia-siakan pengalamannya sebagai seorang bekas atlet. Segala pengetahuan dan pengalamannya dikongsi apabila beliau memilih untuk melatih atlet yang berumur 12 tahun dan ke 456 The Star, 15 Disember 1971, (Rujuk Lampiran Hlm. 11 Dan 12) 457 Rujuk Lampiran Keratan Akhbar Hlm. 13 458 Ibid. 459 Ibid. 460 Rujuk Lampiran Keratan Akhbar Hlm. 15.] 461 The Sunday Mail, 10 Disember 1972. 462 Metro, 21 Ogos 2004, Hlm. 2 463 Malaysian Today, 2006, Hlm. 14.
  • 198.
    198 atas.464 Baginya, tindakan inimerupakan satu keperluan kerana atlet perlulah dilatih sejak kecil agar bakat mereka dapat diasah dan diperkembangkan. Beliau juga pernah ditawarkan oleh kerajaan untuk mengikuti kursus kejurulatihan di University of California selama setahun pada tahun 1972.465 Oleh sebab itu beliau berpendapat bahawa sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang tersebut. Walaupun terlibat di dalam sukan olahraga namun tugas beliau sebagai seorang guru tidak pernah diketepikan. Selepas beliau berkhidmat sebagai guru besar selama hampir 20 tahun, beliau kemudiannya telah dinaikkan pangkat sebagai jurulatih olahraga bagi SUKMA pada tahun 2004 selama tujuh tahun.466 Pada tahun 2006, negara tidak mempunyai atlet pelapis dalam sukan olahraga. Oleh itu, Dato Khalil selaku Presiden Majlis Sukan Negara pada ketika itu telah memujuk Krishnan untuk menjadi jurulatih di Majlis Sukan Negara Pulau Pinang. Kemudian, apabila Akademi Pelapis Serantau ditubuhkan, beliau telah ditugaskan untuk berkhidmat sebagai jurulatih di Akademi tersebut di bawah kerjasama Majlis Sukan Negara Pulau Pinang. Akademi pelapis serantau ini merupakan pusat mengumpul atlet negeri yang dilihat berpotensi untuk dilatih menjadi atlet kebangsaan. Pada asalnya akademi ini telah ditubuhkan di dua buah tempat iaitu di Johor dan Pulai Pinang.467 Akademi pelapis serantau di Johor merupakan akademi khas bagi atlet selatan dan telah di kelolakan oleh jurulatih Azmi Ibrahim dan Watson Yambek yang juga merupakan bekas atlet lari pecut negara. Manakala Akademi Pelapis Serantau Pulau Pinang pula khas untuk atlet utara dan di kelolakan oleh Krishnan. Namun tidak lama kemudian, apabila persatuan bola sepak negeri Johor telah mengambil alih stadium maka Akademi Pelapis Serantau di Johor terpaksa ditutup.468 Hal ini juga disebabkan faktor kewangan yang menjadi sumber penting kepada persatuan akademi pelapis serantau untuk membangunkan dana. Kesan daripada peristiwa ini, atlet olahraga tidak dapat diberikan latihan sebaik cawangan utara. Jurulatih terpaksa berkorban tenaga dan wang untuk melatih atlet. Oleh yang demikian, pihak majlis sukan negara telah bertindak memindahkan kesemua atlet dan jurulatih ini ke Akademi Serantau Zon Utara dan turut menamakan akademi ini sebagai Akademi Serantau Majlis Sukan Negara bagi memperkukuhkan program latihan.469 Pihak Majlis juga turut menubuhkan Pusat Latihan Serantau di pusat-pusat latihan yang cemerlang di peringkat negeri. Ini bagi membolehkan satu program latihan sepenuh masa yang lebih sistematik dapat dilaksanakan di pusat latihan tersebut. Melalui penubuhan Akademi Serantau di peringkat zon ini, lebih ramai atlet muda berbakat diberi peluang untuk menjalani latihan sepenuh masa di bawah kendalian jurulatih-jurulatih yang berpengalaman termasuklah di bawah kendalian Krishnan. Menggalas tugas sebagai jurulatih sukan sememangnya satu tugas yang agak berat. Jurulatih bukan sahaja bertugas untuk melatih atlet dari segi latihan semata namun mereka juga perlu mendidik dan menerapkan nilai bagi melahirkan atlet yang seimbang dan dapat mencapai kecemerlangan di dalam bidang sukan tersebut. Bagi melatih atletnya, pelbagai bentuk latihan telah diberikan seperti latihan di gim untuk melatih mereka dalam “weight training” bagi melatih otot-otot mereka. latihan yang beliau jalankan ini juga bertujuan untuk menyesuaikan latihan tersebut dengan fizikal mereka. Latihan 464 Ibid. 465 Metro, Op.Cit 466 Ibid. 467 Rujuk Laman Web Rasmi MSN 468 Ibid. 469 Ibid.
  • 199.
    199 paras tinggi jugadilakukan oleh Krishan terhadap atlet di bawah jagaannya seperti aktiviti larian di kawasan perbukitan secara berkala.470 Jika latihan dijalankan pada paras yang tinggi seperti di kawasan perbukitan, udaranya adalah lebih nipis dan kandungan oksigennya lebih rendah dengan ini sistem kardiovaskular manusia iaitu jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah badan secara semula jadi akan mengalami pengubahsuaian dengan menjadi lebih cekap dalam memproses dan membekalkan oksigen kepada otot-otot dalam tubuh badan yang berfungsi. Bilangan sel darah merah bertambah dan paru-paru menjadi lebih cekap menyerap oksigen. Akibatnya otot-otot boleh berfungsi pada tahap normal seperti di paras laut. Dengan ini, pencapaian atlet akan menjadi lebih baik. Kaedah ini telah dibuktikan melalui kejayaan pasukan lumba lari wanita negara China Wang Junxia yang menjalankan latihan di kawasan pergunungan telah mencapai kejayaan yang menggemparkan dunia olahraga dengan prestasi yang menakjubkan dalam kejohanan olahraga dunia di Stutgart, Jerman yang berlangsung pada bulan Ogos 1993 dalam acara 3000m dan 10000m dengan rekod 8:06.11s dan 29:31.78s.471 Di samping ingin menyesuaikan latihan dengan fizikal atlet, bentuk latihan juga penting bagi meningkatkan kecergasan atlet. Latihan juga perlu dibuat dalam beberapa fasa latihan. Atlet juga akan diberi latihan fizikal selama enam minggu dan empat minggu latihan secara spesifik mengikut acara mereka. Tujuannya adalah bagi mengekalkan kecergasan atlet di samping sebagai satu bentuk ansur maju kepada atlet untuk meningkatkan prestasi mereka. Di dalam fasa latihan, jurulatih memainkan peranan penting untuk mencatat kekurangan dan kekuatan atlet. Setiap kekuatan kelemahan atlet perlulah diperbaiki mengikut fasa latihan yang dibuat. Sekiranya, atlet tersebut mempunyai potensi dan dilatih mengikut fasa yang ditetapkan sudah semestinya atlet tersebut dapat memperoleh kemenangan di dalam pertandingan yang dimasuki. Kemudian, apabila atlet telah mendapat latihan yang secukupnya mereka perlu memasuki perlawanan di peringkat rendah sebelum menyertai perlawanan di peringkat yang lebih tinggi bagi menggelakkan mereka putus asa apabila tidak memenangi pertandingan tersebut. kaedah dan bentuk latihan serta motivasi yang digunakan oleh Krishnan bagi melatih atletnya merupakan suatu tindakan yang bijak sebagai seorang jurulatih. Pengalaman yang beliau ada sebagai bekas atlet telah menjadikan beliau sebagai seorang jurulatih yang amat memahami dan mementingkan keperluan dan kebajikan atletnya. Sikap beliau ini telah diakui oleh atletnya sendiri yang bernama Mila atlet dalam acara 200m yang berasal daripada akademi pelapis serantau. Krishnan akan menjalankan sesi latihan pada waktu pagi dan petang bagi menggelakkan cuaca yang panas yang boleh mengganggu pencapaian mereka. Malahan, sekiranya terdapat atlet yang tidak sihat beliau akan mengecualikannya daripada mengikuti latihan fizikal. Sebagai bekas atlet dan jurulatih sukan, Krishnan turut berkongsi cerita mengenai perbezaan atlet pada masa dahulu dan kini yang sangat berbeza kerana atlet pada masa dahulu bersungguh-sungguh semasa latihan dan pertandingan semata-mata untuk menang dan mengharumkan nama Negara. Mereka tekad untuk memenangi perlawanan bukan disebabkan oleh imbuhan wang ringgit tetapi demi membanggakan diri sendiri dan nama Malaysia serta melihat bendera negara Malaysia mekar berkibar di negara orang.472 Ini jelas menunjukkan mereka mempunyai tahap kesukanan yang tinggi. Sikap inilah yang seharusnya ada di dalam setiap diri atlet. Kejayaan yang diperoleh di dalam sukan 470 Rujuk Laman Web Rasmi Akademi Majlis Sukan Negara 471 Rujuk Laman Web Rasmi WN.COM/ Wang Junxia 472 Malaysian Today, 2006, Hlm. 14. Dan Metro, 16 Januari 2004, Hlm. 86.
  • 200.
    200 olahraga ini adalahhasil usaha kerasnya semasa melakukan latihan. Atlet pada zaman beliau sentiasa berlatih dengan bersungguh-sungguh walaupun tanpa pengawasan daripada jurulatih sepanjang masa. Mereka juga tidak dibekalkan dengan sebarang “food supplement” dan tiada insentif seperti yang diperoleh.473 Mereka juga tidak diberikan dengan elaun seperti yang diberikan kepada atlet pada masa kini. Ketiadaan elaun menyebabkan mereka perlu menggunakan wang sendiri sebagai tambang perjalanan ke tempat tersebut. Ketika beliau ingin menyertai kejohanan sukan di Singapura beliau terpaksa mengeluarkan duit kocek sendiri untuk ke sana. Hanya penempatan tempat tinggal sahaja disediakan di stadium tersebut. Kesusahan yang beliau alami dan walaupun tidak memperoleh sebarang kelebihan seperti atlet masa kini tetapi mereka berjaya meraih kemenangan dan mengharumkan nama Malaysia. Atlet pada masa kini dikatakan agak manja kerana kurang inisiatif dan semangat untuk meningkatkan prestasi diri mereka.474 Mereka juga agak malas apabila melakukan latihan dan sering memberikan alasan seperti tidak mempunyai rehat yang secukupnya. Segala-galanya perlu disediakan dan disogokkan kepada mereka. Ganjaran bukan penentu kepada kejayaan seseorang atlet. Kita dapat lihat pada masa dahulu walaupun Ethiopia terkenal dengan negara yang sering dilanda kebuluran dan kemiskinan, namun tercatat dalam sejarah dunia sukan Olimpik apabila atlet mereka Tirunesh Dibaba berjaya memenangi pingat emas dalam acara larian 10,000 meter di Beijing.475 Kehebatan mereka terserlah walaupun tanpa kasut sukan termahal dan tercanggih namun mereka mampu meraih kemenangan di dalam sukan Olimpik. Kejayaan atlet dari Jamaica dan Ethiopia ini disebabkan oleh semangat juang yang tinggi dan patriotik dalam diri mereka. Mereka berlari bukan untuk ganjaran wang semata-mata, malah mereka berlari kerana hanya dengan kejayaan dan kecemerlangan dalam sukan mereka dapat mengubah taraf hidup dan masa depan mereka. Oleh itu, sebagai seorang atlet, juga perlu menanamkan sikap semangat dalam sukan seperti atlet negara ini tanpa mengharapkan sebarang ganjaran untuk mencapai kejayaan. Bukan itu sahaja, atlet perlulah fokus terhadap pertandingan yang dimasuki mereka. sesetengah atlet muda kebanyakannya masih lagi bersukan sekadar untuk suka-suka. Apabila tibanya waktu pertandingan mereka sering berbangga diri atas kepopularan mereka sebagai atlet dengan menunjuk-nunjuk pakaian mereka. Sedangkan, mereka seharusnya lebih menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam acara yang akan disertai. Oleh itu beliau berpendapat bahawa jurulatih perlu menggalas tanggungjawab untuk menyedarkan atlet mereka akan matlamat mereka sebenar. Sementara atlet pula perlu berfikir bagaimana cara untuk mereka memenangi sesuatu perlawanan apabila berada di pentas perlawanan. Sebagai seorang yang begitu berpengalaman sebagai seorang jurulatih, beliau berpendapat sekiranya atlet diberi latihan dan panduan yang sempurna maka Malaysia mampu untuk melahirkan atlet yang cemerlang di dalam sukan tersebut. Sebagai bukti, anak murid beliau iaitu V. Vengadesh ialah pemain hoki Negara dan Shabana Kanum pula merupakan atlet lompat tinggi Negara.476 473 Rulian, Op.Cit 474 Ibid. 475 Rujuk Laman Web IAAF 476 Metro, 21 Ogos 2004, Hlm. 2.
  • 201.
    201 Pada masa yangsama, atlet perlulah memperoleh latihan yang secukupnya untuk memperoleh kemenangan. Latihan perlu dilakukan sebanyak lima hari seminggu. Sepanjang terlibat sebagai jurulatih, Krishnan dan rakannya sekerjanya Ahmad Mazlan yang juga merupakan bekas atlet olahraga sezaman dengan Mumtaz Jaafar turut menyatakan kekecewaan mereka terhadap Malaysia kerana terlalu mengharapkan dan mempercayai jurulatih luar berbanding jurulatih dalam negara dalam melatih atlet negara. Kedua-dua mereka tidak bersetuju dengan tindakan Malaysia yang mengupah jurulatih luar negara dengan bayaran yang mahal sedangkan kemampuan mereka dalam melahirkan atlet tidaklah begitu membanggakan. Walaupun jurulatih luar negara dibawa masuk, namun pemindahan pengetahuan dalam bidang sukan masih kurang. Jurulatih luar dari negara Rusia terutamanya langsung tidak mahu berkongsi pengetahuan mereka dalam sukan.477 Mereka hanya sudi berkongsi bentuk latihan sahaja sedangkan bentuk latihan adalah sesuatu yang boleh diperoleh oleh jurulatih tempatan melalui buku-buku latihan mengajar.478 Jadi, tiada perbezaan tahap pencapaian atlet yang dilatih oleh jurulatih luar negara dengan atlet yang dilatih oleh jurulatih tempatan. Hal ini kerana, sehingga kini negara masih tidak mampu melahirkan atlet olahraga yang mampu sampai ke peringkat Asia mahupun Olimpik. Jika dibandingkan dengan era 70an dahulu pencapaian atlet pada masa itu adalah sampai ke peringkat Olimpik. Ini jelas menunjukkan bahawa jurulatih luar negara sebenarnya mempunyai kepakaran dan taraf yang sama sahaja dengan jurulatih tempatan. Malah jurulatih luar dikatakan suka mengikut kepala mereka sendiri dan enggan mendengar pandangan daripada jurulatih tempatan. Adalah lebih baik sekiranya negara menggunakan sumber manusia yang ada di dalam negara berbanding menggunakan sumber luar yang ternyata dapat menjimatkan kos. Di sekolah kebanyakan murid yang terlibat dalam acara lari pecut terdiri daripada atlet yang mempunyai bentuk fizikal yang rendah dan kecil. Murid-murid yang mempunyai badan yang tegap dan tinggi hanya bertindak menjadi penonton. Walaupun mereka mampu memperoleh kemenangan di peringkat sekolah, daerah dan MSN namun tahap pencapaian mereka tidak dapat menandingi atlet di peringkat antarabangsa. Oleh itu, jurulatih perlu bijak untuk memilih murid yang berpotensi untuk menjadi atlet bagi acara lari pecut. Bentuk badan merupakan aspek penting dalam pemilihan atlet bagi acara lari pecut. Pemilihan atlet yang berbadan tegap dan tinggi akan mempunyai kelebihan untuk bersaing pada peringkat antarabangsa berbanding atlet yang mempunyai bentuk badan yang kecil. Bagi Krishnan, tindakan sesetengah jurulatih yang tidak mementingkan bentuk fizikal ini dalam melatih atlet adalah suatu perkara yang sia-sia kerana kecemerlangan atlet juga bergantung pada bentuk fizikal mereka. Sebagai contoh, raja pecut dunia iaitu Usain Bolt mempunyai ketinggian 196cm dan berat 86kg.479 Ketinggian Usain Bolt ini merupakan salah satu faktor kejayaan beliau dalam acara lari pecut. Oleh itu, sekiranya negara ingin mencapai kejayaan pada peringkat yang lebih tinggi di dalam sukan Olimpik bagi acara lari pecut ini, maka negara perlu melatih atlet yang mempunyai saiz badan yang tinggi dan tegap. Sememangnya, mencari atlet yang mempunyai saiz seperti Usain Bolt adalah sukar kerana masyarakat Asia semula jadi telah dilahirkan dengan bentuk badan yang kecil berbanding dengan negara-negara 477 New Sunday Times, 18 November 2011, Hlm. 3 478 Ibid. 479 Rujuk Laman Web IAAF
  • 202.
    202 barat terutamanya Jamaicadan Amerika. Oleh sebab itu, atlet negara ini mengalami kesukaran untuk menandingi atlet negara barat. 5.0 Sumbangan Krishnan banyak memberikan sumbangan kepada negara daripada pelbagai aspek. Sepanjang dalam perkhidmatan pendidikan beliau banyak memberikan sumbangan secara aktif dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Di dalam bidang kurikulum beliau pernah terlibat di dalam Jawatankuasa Penggubalan Sukatan Pelajaran Bahasa Tamil (1981).480 Pada tahun 1992 beliau telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang oleh kementerian pendidikan Malaysia.481 Selain itu, beliau banyak memberi sumbangan sebagai atlet negara Malaysia dengan memenangi pelbagai pingat di kejohanan-kejohanan antarabangsa. Beliau turut pernah mewakili negara sebagai atlet olahraga ke sukan Olimpik Mexico pada tahun 1968 dan Munich 1971.482 Acara yang dimasuki oleh beliau ketika sukan Olimpik di Mexico adalah 4x100 meter manakala di Munich beliau memasuki acara 400m. Sementara di dalam sukan SEA pula, pada tahun 1965 beliau memasuki acara 4x100m dan 100m. Manakala di dalam sukan ASEAN pula, pada tahun 1966 di Bangkok beliau memasuki acara 4x100m dan pada tahun 1970 pula adalah acara 4x400m. Pada tahun 1972 acara yang dimasuki adalah 400m. Beliau pernah meraih pingat perak ketika memasuki acara 4x100m dan gangsa bagi acara 200m. Bahkan beliau turut memenangi pingat emas ketika di sukan SEAP atau lebih dikenali dengan sukan SEA dalam acara 400m. Kemenangan beliau ini merupakan satu rekod baru kerana berjaya menewaskan pelari pecut yang lain dengan catatan masa 47.8 saat. Rekod Krishnan ini telah memecahkan rekod pada tahun 1965 yang telah direkodkan oleh Asir Victor.483 Menurut catatan yang dikutip daripada akhbar Berita Harian Krishnan berlari seakan kuda terbang meninggalkan pemenang kedua iaitu Savin Chhem dari Khmer dengan kelebihan masa satu minit.484 Bukan itu sahaja, beliau juga telah memecahkan rekod sukan-sukan SEA sejak tahun 1961. Rekod-rekod tahun 1961 ialah 48.3 saat dicipta oleh Jeganethan, rekod 1965 ialah 48 saat oleh Asir Victor dan rekod pada tahun 1969 ialah 49 saat dicipta oleh Soe Win dari Burma.485 Kemenangan beliau meraih pingat emas ternyata begitu mengejutkan banyak pihak kerana selama ini beliau hidup di sebalik bayangan Jegathesan yang selalu lebih hebat daripadanya walaupun mereka sering kali bersama dalam satu kumpulan dalam acara lari berganti-ganti dalam membawa kemenangan bagi Malaysia.486 Maka dengan kemenangan ini, rakyat Malaysia mula membuka mata dan menghargai serta mengakui kehebatan beliau sebagai seorang atlet lari pecut Malaysia. Malahan itu, beliau turut pernah mewakili 480 Utusan Malaysia, 17 Mei 2004. Hlm. 2 481 Rujuk Sijil Tentang Perkhidmatan Cemerlang. 482 Ruliah, Op.Cit 483 Berita Harian, 15 Disember 1971 484 Ibid. 485 Ibid. 486 Malaysian Today, Op.Cit
  • 203.
    203 ASEAN menentang pasukanEropah di dalam acara lari berganti-ganti. Peristiwa ini juga dikatakan merupakan peristiwa indah bagi beliau sepanjang bergelar atlet negara. Selain daripada menyertai kejohanan seperti sukan Olimpik, sukan SEA dan sukan Asia, beliau juga pernah menyertai SAAA Open Relay pada 27 Jun 1970 di Farrer Park, Singapura.487 Perlawanan ini merupakan kerjasama daripada Light Athletic Club dari Selangor dan Singapore Swift Club. Di dalam acara tersebut Krishnan bersama ahli kumpulanya iaitu Zambrose Abdul Rahman, P. Rengam dan V. Balakrishnan telah memenangi acara 4x400m mengalahkan pasukan daripada Singapura.488 Sewaktu acara berlangsung, pasukan Krishnan telah mendahului pasukan pihak lawan, namun apabila sesi pertukaran baton antara Balakrishnan dan Krishnan mereka telah dipotong oleh Yeo Kian Chye pasukan dari pihak lawan.489 Akan tetapi, pada jarak 300 meter Yeo Kian Chye yang bukan pelari 400m telah mengalami ketegangan otot dan berjaya dikalahkan Krishnan.490 Perlawanan ini merupakan salah satu perlawanan yang sukar sepanjang hidupnya bergelar atlet.491 Bukan itu sahaja, kejayaan beliau sebagai seorang atlet sukan olahraga begitu menyerlah kerana berjaya memenangi pelbagai pingat dan anugerah dalam bidang tersebut. Salah satu daripadanya ialah beliau telah memenangi Anugerah Special Award pada tahun 2006. Selain daripada memberi sumbangan dalam penyertaan sukan antarabangsa, Krishnan juga banyak memberi sumbangan di dalam bidang kejurulatihan. Sebagai bekas atlet yang banyak menyertai pelbagai pertandingan dalam dan luar negara, beliau banyak menimba pengalaman. Pengalaman yang diperolehnya dikongsi dengan melatih murid-murid di sekolah semasa beliau bekerja sebagai guru. Bukan itu sahaja, pengalaman beliau dalam arena sukan juga dikongsi kepada atlet-atlet negara. Beliau pernah terlibat sebagai Jurulatih olahraga Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang.492 Selain itu, beliau juga pernah terlibat sebagai jurulatih bagi SUKMA dan kini sebagai jurulatih di Akademi Pelapis Majlis Sukan Negara Pulau Pinang. Kemuncak kejayaan hidup baginya apabila beliau dianugerahkan menjadi Tokoh Guru Kebangsaan pada tahun 2004.493 Faktor penganugerahan ini ekoran daripada hasil sumbangan dan titik peluh beliau sebagai jurulatih yang banyak melahirkan atlet untuk negara dari sekolah rendah di Pulau Pinang sejak tahun 1986.494 Faktor penganugerahan ini juga disebabkan oleh kejayaan yang telah beliau kecapi sebagai seorang bekas atlet negara yang telah banyak mengharumkan nama Malaysia di samping telah banyak memberikan sumbangan di dalam bidang kurikulum sepanjang perkhidmatan beliau sebagai seorang guru. 487 The Straits Time, 28 Jun 1970 488 Ibid. 489 Ibid. 490 Ibid. 491 Ibid. 492 Utusan Malaysia, Op.Cit 493 Rujuk Surat Perlantikan Yang Bertarikh 13 April 2004. 494 Metro, Op.Cit
  • 204.
    204 6.0 Penutup Krishnan walaupunsudah berusia 72 tahun beliau masih lagi kelihatan sihat dan cergas. sebagai bekas atlet dan juga jurulatih sukan sememangnya amalan bersukan sudah menjadi rutin di dalam hidupnya. Walaupun begitu beliau tidak mempunyai sebarang pantang dalam pengambilan makanan. Baginya, untuk memperoleh tubuh yang sihat dan kesihatan yang baik selain daripada melakukan senaman dan menjaga pemakanan, pemikiran yang positif juga penting. Setiap individu perlulah sentiasa berfikiran positif terhadap diri mereka. sekiranya seseorang menghidapi demam maka dia perlu bersikap positif dan melawan sakitnya itu tanpa memerlukan sebarang ubat-ubatan. Hal ini kerana, semula jadi badan mempunyai anti bodi bagi melawan virus-virus tersebut. Bukan itu sahaja, menurut beliau : “what we input, we must output”. Apa yang dapat dijelaskan di sini, setiap apa yang dimakan perlulah dibuang melalui senaman. Bagi beliau masyarakat malaysia sering kali membuat tanggapan yang silap apabila mereka melakukan senaman seperti berjoging 3KM mereka boleh makan melebihi keperluan kalori mereka. Tanggapan ini baginya adalah suatu kesilapan yang besar. Jika tabiat seperti ini terus diamalkan, masyarakat Malaysia akan mendapat pelbagai penyakit. Oleh itu, individu perlulah mengawal pemakanan di samping melakukan senaman setiap minggu. Dengan cara ini, seseorang individu dapat mengekalkan kecergasan dan tahap kesihatan yang baik. Walaupun pernah memenangi pelbagai pingat dan anugerah dalam bidang sukan dan pendidikan, Krishnan tidak pernah membangga diri. Rakan- rakan dan teman sekerja serta anak buahnya turut mengakui bahawa beliau merupakan seorang yang sangat merendah diri. Beliau sentiasa menghormati orang lain tidak kira sesiapa pun. Dalam melatih atlet di bawah jagaannya, Krishnan bukanlah seorang jurulatih yang terlalu tegas. Beliau merupakan seorang yang sangat bertimbang rasa dan tidak suka memaksa. Jika latihan yang diberikan kepada atletnya dilihat agak berat dan tidak mampu dilakukan oleh mereka, maka beliau akan menukar jenis latihan tersebut kepada yang lebih mudah agar dapat diikuti mereka. Sikap Krishnan ini menjadikan atlet di bawah jagaannya sangat menghormati dan mengagumi beliau. Bukan itu sahaja, Krishnan juga merupakan seorang jurulatih yang sangat rajin dan gigih. Beliau sentiasa ada di setiap perlawanan yang dimasuki oleh atlet di bawah jagaannya. Ekoran daripada sikapnya itu, beliau telah berjaya melahirkan atlet ke peringkat Sukan SEA iaitu Yuvaraj dalam acara 4x400m dan memperoleh pingat emas di dalam acara tersebut. Faktor kejayaan beliau di peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti banyak dibantu dan disokong oleh ibu bapa dan guru-gurunya. Walaupun ibu bapa Krishnan bukanlah golongan yang berpelajaran, namun Krishnan akhirnya telah berjaya menjadi individu yang membanggakan ahli keluarganya dan juga masyarakat. Ini menunjukkan jaminan kejayaan anak-anak dalam pelajaran tidak semestinya dimiliki oleh ibu bapa yang hanya mempunyai pelajaran pada peringkat yang tinggi bahkan juga pada yang buta huruf. Selain itu, ibu dan bapanya juga tidak pernah menyekat beliau untuk melakukan sesuatu yang disukainya. Sebagai contoh, ibu dan bapanya tidak pernah menghalang Krishnan untuk terlibat di dalam bidang sukan. Jelaslah bahawa, sikap ibu bapa beliau yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan menyebabkan Krishnan mencapai kejayaan sehingga ke peringkat ini. Kenyataan ini dapat dikukuhkan dengan kenyataan Noran Fauziah dan Ahmad (1991), yang
  • 205.
    205 menekankan bahawa sikapibu bapa akan menjadi faktor yang menentukan sikap dan pencapaian anak- anak.495 Bukan itu sahaja, kejayaan beliau sehingga kini juga berpunca daripada sokongan dan dorongan guru-gurunya. Sehingga kini, beliau masih mengingati jasa gurunya dalam mendidik beliau sehingga menjadi seorang yang berjaya di dalam bidang akademik mahupun di dalam bidang sukan. Encik Ramayana merupakan guru matematik beliau semasa di sekolah menengah. Beliau sentiasa diberi semangat dan dipuji oleh gurunya untuk belajar bersungguh-sungguh. Sebagai buktinya, beliau memperoleh keputusan yang cemerlang semasa peperiksaan akhir terutamanya di dalam subjek matematik. Beliau juga berkongsi kejayaan beliau di dalam sukan juga disebabkan oleh dorongan guru dan pensyarah beliau iaitu Encik Eng Swee dan Wong Choong Seng. Kejayaan Krishnan menjadi seorang guru yang berdedikasi sehingga memperoleh anugerah ini banyak dipengaruhi oleh sikap gurunya pada zaman persekolahannya dulu. Beliau sangat mengagumi sikap gurunya yang sanggup berkorban masa dan tenaga semata-mata untuk mendidik anak-anak muridnya. Gurunya telah memberikan kelas tambahan secara percuma kepada murid-muridnya termasuk Krishnan yang tidak mempunyai wang untuk ke pusat tuisyen pada ketika itu. Gurunya juga dilihat sebagai seorang yang sangat mengambil berat dan seorang yang sangat merendah diri terhadap anak muridnya. Ia dapat dibuktikan dengan sikap gurunya yang gemar mengajak murid-muridnya untuk mengisi waktu terluang ke Taman Botanical Garden dengan menaiki basikal bersama-sama. Sikap yang dipamerkan oleh gurunya ini akhirnya telah menjadi inspirasi kepadanya untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi. 495 Zainuddin Abu Bakar Dan Fazilah Tumin. Jurnal Pendidikan Dan Psikologi Volume 1: Hubungan Antara Minat Pelajar Dan Sikap Ibu Bapa Dengan Prestasi Pelajar. (2011). Hlm. 29
  • 206.
    206 Rujukan Hasliza Hamzah &Joy Nesamalar Samuel (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Noriahti. A. Rasyid, Boon Pong Ying, Zuraidah A. Majid & Sharifah Fakhria Syed Ahmad (2014). Budaya dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ruliah (2003). Buletin Majlis Sukan Negara. Pulau Pinang: Majlis Sukan Negara. Tan Yao Sua (2009). Jurnal Terjemah Alam & Tamadun Melayu. Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Peranan Lim Lian Geok dan Aminuddin Baki. UM Zainuddin Abu Bakar & Fazilah Tumin (2011). Jurnal Pendidikan dan Psikologi Volume 1: Hubungan Antara Minat Pelajar dan Sikap Ibu Bapa Dengan Prestasi Pelajar. UTM. Akhbar Malaysia Today, 2006. Hlm 14 Metro, 21 Ogos 2000. Hlm 2 Metro, 16 Januari 2004. Hlm 46 The Straits Times, 9 Disember 1970 Berita Harian, 15 Disember 1971 The Straits Times, 28 Jun 1970 The Sunday Mail, 10 Disember 1972 The Star, 15 Disember 1972. Hlm 13 Utusan Malaysia, 17 Mei 2004. Hlm 2 Dokumen Sijil Perkhidmatan Cemerlang, 1992
  • 207.
    207 Surat Perlantikan, 13April 2004 Wawancara Krishnasamy A/L Tambusamy. Tokoh Guru Kebangsaan 2004. Pulau Pinang. Wawancara 29 Februari 2015. Internet Http://Www.Nsc.Gov.My/Program-Msn/Pelapis/Program-Latihan-Pelapis/ (Dilayari Pada 29 Mac 2015) Http://Akademiserantau.Blogspot.Com/2011/10/Pemantauan-Latihan-Skuad-Olahraga.Html (Dilayari Pada 1 April 2015) Http://Wn.Com/Wang_Junxia/Biography (Dilayari Pada 3 April 2015) Http://Www.Iaaf.Org/Newa/News/Dibaba-Is-Back-Writing-Olympic-History-Again-1 (Dilayari Pada 4 April 2015) Http://Www.Iaaf.Org/Athletes/Jamaica/Usain-Bolt184599#Biography (Dilayari Pada 4 April 2015)
  • 208.
    208 KEMASUKAN PENDATANG ASINGTANPA IZIN DARI SELATAN FILIPINA DAN KESAN SOSIAL TERHADAP MASYARAKAT SETEMPAT DI SABAH DARI 1970 HINGGA 2014 JAY FRESLLY JOHN 1.0 PENGENALAN Sabah merupakan salah sebuah wilayah di Borneo yang bergabung dan membentuk Malaysia pada tahun 1963 dan sekaligus menjadikan negeri tersebut sebagai negeri kedua yang terbesar di Malaysia. Sabah juga dikenali sebagai Negeri Di Bawah Bayu yang dianugerahkan dengan keindahan yang menawan, bukan sahaja pada negerinya malah juga pada rakyatnya. Negeri ini juga terkenal dengan kepelbagaian etnik yang mengamalkan pelbagai budaya dan menganuti pelbagai anutan agama yang hidup dalam keadaan aman dan sentosa. Perkara inilah yang membuatkan rakyat Sabah secara khususnya mempunyai sebab untuk bersyukur dan berbangga kerana tinggal di negeri ini. Namun begitu, di sebalik semua ini, wujud satu perspektif yang telah membawa kepada kesuraman dan kerisauan apabila berdekad lamanya penduduk Sabah diselubungi oleh masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin. Masalah ini telah berkembang dan menjadi satu isu yang besar dan tidak keterlaluan apabila dianggap sebagai salah satu isu nasional yang membimbangkan. Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah menyifatkannya dengan menggunakan istilah perubatan, sebagai telah mencapai “tahap kritikal”.496 Kebanjiran pendatang asing tanpa izin ini telah mencetuskan pelbagai kebimbangan terhadap keselamatan, ekonomi dan sosial masyarakat setempat. Penulisan ilmiah ini akan membincangkan tentang impak kebanjiran pendatang asing tanpa izin dari Filipina terhadap sosial masyarakat tempatan. Penulisan yang berstruktur esei ini akan merangkumi lima bab. Bab pertama akan membincangkan sejarah awal migrasi orang Filipina ke Sabah. Ini diikuti dengan bab kedua yang menjelaskan tentang faktor kemasukan pendatang Filipina yang terdiri daripada faktor penolak dan faktor penarik. Seterusnya ialah bab tiga yang akan memberikan huraian terhadap kesan-kesan sosial dari pelbagai sudut seperti keselamatan, kesihatan dan penyakit, pendidikan, ruang dan kos penjara, sektor pembinaan dan pertanian dan perbezaan budaya. Sementara itu, bab terakhir pula ialah bahagian penutup. 496 Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014, hlm 3.
  • 209.
    209 2.0 SEJARAH AWALMIGRASI ORANG FILIPINA KE SABAH Migrasi adalah penghijrahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Penghijrahan orang-orang Filipina ke Sabah bukanlah satu perkara baru dan telah berlaku kira-kira dalam abd ke 8 Masihi iaitu semasa empayar Sri Vijaya dan Majapahit. Pada masa itu, orang di bahagian Selatan Filipina telahpun mengadakan hubungan perdagangan, politik dan kebudayaan dengan wilayah Borneo yang terletak di dalam gugusan Kepulauan Melayu.497 Hal ini demikian kerana, hubungan antara wilayah pada masa itu terjalin antara kerajaan maritim dan agraria yang saling memerlukan bagi kelangsungan aktiviti ekonomi mereka. Laporan Suruhajaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah yang dikeluarkan pada 1 Disember 2014 pula menganggap peringkat pertama kedatangan pendatang awal ke Sabah dari Kepulauan Sulu berlaku pada lewat abad ke-15. Orang Sepanyol yang menjajah Filipina pada ketika itu mula bergerak ke selatan ke arah Sulu dan Tawi-Tawi di Filipina Selatan yang mengakibatkan kumpulan etnik tertentu seperti Suluk dan Bajau mula merentangi sempadan Sabah.498 Namun begitu, mereka masih kekal mengadakan hubungan perdagangan, sosial dan politik dengan wilayah di Gugusan Kepulauan Melayu sehingga abad ke-18 dan 19. Orang-orang Filipina dipercayai berhijrah ke Borneo Utara pada masa itu kerana ingin melarikan diri dari kekejaman orang-orang Sepanyol. Mereka cuba mencari satu tempat perlindungan yang lebih selamat dan bebas daripada kekejaman orang Sepanyol. Oleh itu, mereka terpaksa menyeberangi laut untuk berhijrah ke Borneo Utara yang bebas dari jajahan Sepanyol. Misalnya pedagang-pedagang Cina di Jolo Filipina telah melarikan diri ke Semporna di Borneo Utara dan terus menetap di sana berikutan pembunuhan beramai-ramai orang-orang Cina di Filipina oleh orang Sepanyol dalam tahun-tahun 1603, 1639, 1662, 1686 dan 1762.499 Selepas peristiwa pembunuhan peniaga Cina tersebut, ramai dalam kalangan orang Filipina di Kepulauan Sulu yang berpegang kuat kepada agama Islam turut berhijrah ke Borneo Utara. Penghijrahan orang Filipina itu juga adalah disebabkan oleh kedatangan orang Sepanyol yang beragama Kristian dan berusaha keras menyebarkan agama Kristian yang juga merupakan salah satu agenda penjajahan mereka. Ancaman yang dirasakan semakin mengancam kedudukan mereka menyebabkan mereka turut berhijrah ke kawasan-kawasan di Borneo Utara seperti Sandakan, Tawau dan Lahad Datu. Kedudukan kawasan ini yang dekat dengan Kepulauan Sulu menyebabkan mereka senang untuk berhijrah dan seterusnya mencari penempatan baru yang terjamin keselamatannya. Di kawasan baru ini, mereka membina banyak petempatan dan bergiat dalam pelbagai aktiviti ekonomi seperti perdagangan, perikanan, pertanian, menjadi tenaga buruh murah kepada British North Borneo Company.500 Pada abad ke-18, Borneo Utara merupakan sebahagian dari tanah jajahan Sultan Sulu apabila Sultan Brunei menyerahkan kuasa kepada Kesultanan ke atas seluruh Kepulauan Borneo dan 497 (t.p) Migrasi Orang Filipina Ke Borneo Utara, (t.t.p): (t.n.p), (t.t) hlm. 43 498 Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014, hlm 262. 499 (t.p) Migrasi Orang Filipina Ke Borneo Utara, (t.t.p): (t.n.p), (t.t) hlm. 43. 500 Ibid, hlm. 44.
  • 210.
    210 Selatan Filipina.501 Sultan Bruneitelah menyerahkan kekuasaan wilayahnya ini kerana baginda mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kerabat diraja Sulu. Selain itu, kawasan Borneo Utara yang sangat luas juga menyebabkan Sultan Brunei sukar untuk meluaskan pengaruh di semua kawasan dengan berkesan. Namun begitu, Sultan Sulu telah memajakkan dan menyerahkan bahagian utara wilayah Borneo kepada syarikat-syarikat Barat khususnya British North Borneo Company secara berperingkat bermula pada tahun 1865 sehingga 1894.502 Penyerahan kawasan di bahagian utara Borneo kepada Kesultanan Sulu telah menggalakkan lagi kemasukan orang-orang dari selatan Filipina ke wilayah Borneo Utara pada ketika itu. Penyerahan kawasan tersebut telah menjadikan kawasan di bahagian utara tersebut menjadi salah wilayah di bawah pentadbiran dan kekuasaan Kesultanan Sulu dan sudah pastilah penhijrahan orang-orang Sulu berlaku secara terbuka dan tanpa sempadan. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) menyerahkan Borneo Utara di bawah kekuasaan British termasuk pemindahan hak kedaulatan dan aset Borneo Utara serta penyerahan kepentingan syarikat tersebut. Namun begitu,kerajaan Filipina pula mengemukakan tuntutan terhadap hak kewilayahan mereka kepada kerajaan British. Mereka menggangap bahawa penyeraha wilayah Borneo Utara bukannya sebagai pendudukan seorang tuan punya (pemerintah) tetapi sebagai pajakan.503 Kerajaan Filipina tidak mengiktiraf kedudukan wilayah Sabah sebagai satu entiti yang sudah bergabung dan membentuk Persekutuan Malaysia. Kerajaan Filipina masih menuntut hak kewilayahannya terhadap Sabah tetapi usaha mereka sering mencapai kegagalan. Sebelum kerajaan Sabah dibentuk, tiada polisi atau undang-undang khusus yang diwujudkan oleh British bagi mengawal penghijrahan masuk dan keluar ke Sabah. Orang Fipina bebas untuk berherak keluar masuk antara sempadan Filipina dengan Sabah seperti yang dinyatakan oleh Bill Cambell:504 “There was a free flow of people across the boundaries of both territories even during British rule. The people of Suluk descent on both sides of the national borders are closely related because of intermarriage, economic and social ties came hand in hand.” Kenyataan Cambell ini menunjukkan bahawa pihak British yang mentadbir pada masa itu tidak menyekat sebarang kemasukan merentasi sempadan antara wilayah Borneo Utara dan Kepulauan Sulu. Keturunan Suluk yang datang dari Kepulauan Sulu bebas untuk bergerak dan merentasi sempadan kerana urusan ekonomi dan kekeluargaan mereka seolah-olah pada masa itu tiada undang-undang tentang pencerobohan sempadan negara lain seperti pada masa kini. Apabila terdapat kebebasan keluar masuk sempadan tanpa kawalan daripada pihak British maka orang-orang Suluk akan merentasi sempadan tanpa perasaan takut terhadap apa-apa tindakan. Hal ini demikian kerana, mereka sudah terbiasa dengan perkara tersebut dan lama-kelamaan bertukar menjadi seolah-olah seperti tradisi untuk memasuki wilayah Borneo Utara dengan bebas bahkan berlarutan sehingga sekarang. Perkara ini dapat 501 Ibid. 502 Ibid. 503 Ibid. hlm. 45 504 Ibid.
  • 211.
    211 dibuktikan dalam LaporanSuruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah yang menyatkan bahawa mereka mempunyai kesan untuk mewujudkan semacam pertalian atau penghubung budaya antara masyarakat etnik yang sama di kedua-dua belah sempadan geopolitik antara Sabah dan Filipina Selatan.505 Tradisi dan amalan tersebut boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada sistem rangkaian sosial iaitu ikatan kekeluargaan, budaya dan ekonomi orang-orang Suluk itu sendiri. Pada tahun 1931, terdapat kira-kira 2,840 orang Filipina di Sabah dan bilangan ini meningkat kepada 7,473 orang dalam hitungan banci 1960. Pada awal kedatangan mereka, dianggarkan terdapat 30,000 orang Filipina ini bekerja dalam industri kayu balak.506 Pekerja warga Filipina ini diambil oleh British North Borneo Company untuk memenuhi keperluan pekerja terutamanya dalam kilang kayu balak yang menjadi salah satu sumber ekonomi British pada ketika itu. Jumlah pekerja Filipina yang ramai ini terpaksa diambil kerana penduduk tempatan tidak mampu untuk memenuhi permintaan kerja dalam industri ini. Oleh itu, migrasi orang Filipina juga berlaku pada masa ini disebabkan oleh dasar syarikat yang ingin memajukan lagi industri balak di North Borneo sebagai sumber utama ekonomi mereka. Orang Filipina yang datang dan menetap di Sabah sebelum Sabah menyertai gagasan Malaysia dianggap sebagai warganegara yang sah sebaik sahaja Sabah menyertai Malaysia pada 16 September 1963. Selepas menyertai Malaysia, kemasukan orang asing ke sempadan negeri tersebut dikawal oleh undang-undang yang dikenali sebagai Akta Imigrisen 1957/1963 (pindaan 1975).507 Hal ini bermaksud, sesiapa sahaja orang dari negara lain tidak dibenarkan memasuki sempadan negeri Sabah dan jika ada orang asing yang cuba masuk dan ditangkap, dia akan didakwa di bawah akta tersebut. Pasukan keselamatan juga telah diarahkan untuk membuat kawalan di semua bahagian sempadan tidak kira di darat ataupun di laut untuk memastikan tiada orang asing yang cuba untuk memasuki negeri Sabah secara haram. 3.0 FAKTOR-FAKTOR KEDATANGAN PENDATANG TANPA IZIN Kehadiran penduduk Filipina ke Sabah, terutamanya yang datang dari kawasan Selatan Filipina mula dikesan berhijrah pada tahun-tahun 1970-an apabila berlakunya keadaan yang tidak menentu di kawasan tersebut. Masyarakat keturunan Bajau dan Suluk iaitu kaum majoriti yang mendiami Selatan Filipina seperti Basilan, Tawi-Tawi, Palawan, Davao, Sitangkai, Zamboanga dan lain-lain merupakan kumpulan yang paling ramai berhijrah ke negeri ini.508 Mereka memasuki negeri ini kerana adanya faktor penarik dan penolak yang akan dijelaskan selepas ini. Kumpulan pendatang ini masuk ke Sabah melalui laluan- laluan terbuka luas dan panjang dari Kudat ke Semporna. Kawasan-kawasan ini sangat hampir dengan 505 9 Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014, hlm. 264. 506 (t.p) Migrasi Orang Filipina Ke Borneo Utara, (t.t.p): (t.n.p), (t.t) hlm. 45. 507 Ibid. hlm. 46 508 Rizal Zamani Idris et.al.Isu Keselamatan Persempadanan Negeri Sabah dan Tuntutan Terhadap Kepulauan Spratly, (t.n.p): Universiti Malysia Sabah, 2010, hlm. 2.
  • 212.
    212 negara Filipina malahandi beberapa pulau di Filipina misalnya Tambisan dan Kg. Labian di Lahad Datu dan beberapa pulau di Filipina dapat dilihat dengan jelas apabila cuaca baik.509 Dalam hal ini, kumpulan pendatang tersebut menggunakan pelbagai kaedah untuk memasuki negeri Sabah dan salah satu kaedah yang paling popular ialah menggunakan pengangkutan air. Kebiasaanya, bagi kumpulan pendatang yang ingin memasuki negeri tersebut, mereka akan berhubung dengan sindiket yang menyediakan kemudahan pengangkutan air tersebut. Daripada temubual yang dijalankan, sindiket ini yang majoritinya beroperasi menggunakan tempel mengenakan bayaran sekitar RM 50 hingga RM 100 untuk membawa masuk pendatang dari Filipina.510 Perkara ini merupakan sesuatu yang jelas dan dapat dilihat melalaui laporan-laporan akhbar tempatan yang menyiarkan berita tentang penangkapan ataupun penahanan bot-bot atau perahu yang membawa kumpulan pendatang tersebut ke Sabah. Portal berita Bernama memuatkan berita tentang sindiket menyeludup Pati di yang disyaki beroperasi di Tawau menggunakan laluan yang tidak sah pada 2 November 2009.511 Selain itu, kumpulan-kumpulan tersebut juga datang ke Sabah dengan menggunakan pengangkutan air yang dikenali sebagai kumpit, tempel dan lansa.512 3.1 Faktor Penolak Pada kebiasaannya, migrasi berlaku kerana dua sebab iaitu faktor penolak dari kawasan asal dan faktor penarik di kawasan yang hendak dituju. Perkara ini juga berlaku di Sabah yang menyebabkan kedatangan orang-orang Filipina pada sebelum dan selepas Sabah menyertai Malaysia. Kedua-dua faktor ini penting kerana menentukan sebab kenapa mereka datang ke Sabah yang membawa kepada persoalan- persoalan seterusnya yang berkaitan dengan politik, ekonomi dan sosial di negeri tersebut. Berikut merupakan faktor penolak kedatangan orang-orang Filipina ke Sabah: 3.1.1 Faktor Politik Seperti yang telah dinyatakan pada Bab 1, faktor penolak kedatangan orang Filipina ke Sabah sejak dahulu adalah berkaitan dengan faktor kestabilan politik di Filipina, khususnya di Selatan Filipina. Wilayah bergolak di bahagian selatan Filipina adalah kawasan Kepulauan Sulu dan Mindanao yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam. Konflik yang wujud sejak penjajahan Sepanyol berterusan selepas Filipina mendapat kemerdekaan apabila wilayah ini ingin menuntut autonomi terhadap wilayah tersebut. Pada era pemerintahan Presiden Ferdinand Marcos, wialayah Mindanao telah menjadi medan pertempuran antara tentera Filipina dengan Bangsa Moro. Keadaan menjadi lebih teruk apabila seramai kira-kira 200 orang pelatih askar Muslim Filipino dibunuh pada 18 Mac 1968 di Corregidor menyebabkan kumpulan Muslim menjadi marah dan membuat keputusan satu-satunya pilihan untuk Muslim atau warisnya berkuasa ialah dengan mewujudkan kembali Kesultanan Sulu (termasuk Sabah), tanpa mengira betapa ganas atau berpanjangannya usaha ini. Nur Misuari, seorang profesor Universiti Filipina, menjadi 509 Ibid. hlm. 4 510 Ibid. 511 Bernama, 02 November 2009. 512 Rizal Zamani Idris et.al.Isu Keselamatan Persempadanan Negeri Sabah dan Tuntutan Terhadap Kepulauan Spratly, (t.n.p): Universiti Malysia Sabah, 2010, hlm. 3.
  • 213.
    213 ketua kumpulan inidengan gelaran pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro pada awal 1970- an. MNLF mewarwarkan dirinya sebagai gerakan pembebasan Muslim Filipino dan memulakan pemberontakan di Filipina, dengan harapan mendapat kemerdekaan, atau sekurang-kurangnya autonomi kawasan untuk Filipina Selatan.513 Perjuangan ini akan memakan korban di antara 80,000 hingga 200,000 nyawa; di puncak kekuatannya, MNLF dapat mengira 30,000 anggota bersenjata dalam barisannya. Isu- isu seperti status semasa sultan tidak dapat diputuskan mengakibatkan Barisan Pembebasan Bangsa Islam Moro yang menentang kerajaan Filipina serta cuba untuk membebaskan wilayah tersebut daripada penguasaan Filipina. Sebagai contoh, menurut siaran akhbar Metro yang bertarikh 11 Ogos 2013, tentera Filipina telah menyerang pemisah Moro di Bandar Aleosan kerana didakwa membunuh tujuh orang askar kerajaan Filipina. Selain itu, pergolakan politik khususnya di Kepulauan Sulu juga berlaku akibat daripada perebutan takhta Kesultanan Sulu. Jamalul Kiram III yang bertanggungjawab ke atas serangan di Lahad Datu bukanlah satu-satunya individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu. Hal ini demikian kerana ramai pihak yang membuat pengakuan sebagai pewaris takhta Sultan Sulu. Pada tahun 2011, Datuk Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad telah dipilih oleh orang-orang Sulu untuk menjadi Sultan Sulu. Datuk Akjan diiktiraf oleh sebahagian dari orang-orang sebagai Sultan Sulu yang ke-33 dan juga sebagai waris keturunan Sultan Sulu yang pertama Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim 1 (yang berasal dari Johor).514 Menurut portal berita Philippines Daily Inquirer, terdapat banyak lagi pihak yang mengaku sebagai Sultan Sulu. Terdapat dua lagi individu yang mengaku sebagai keturunan Sulu yang ke-35. Fuad Kiram dan Muedzul Lail Tan Kiram juga mengaku sebagai Sultan. Kedua-duanya adalah sepupu kepada Jamalul Kiram III yang sedang melancarkan serangan terhadap Malaysia. Fuad Kiram adalah anak kepada Sultan Esmail Kiram I (1950-1974) yang menyatakan bahawa beliau telah dilantik oleh pembesar-pembesar Sulu yang lain. Muedzul pula mengatakan bahawa beliau merupakan Sultan Sulu yang sebenar kerana bapanya Sultan Ampun Mohammad Mahakuttah Kiram (1974-1986) telah diiktiraf sebagai Sultan oleh bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos.515 Sementara itu, hasil dapatan daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Pendatang Asing di Sabah menadapati bahawa Pemberontakan Mindanao merupakan faktor utama mereka meninggalkan Selatan Filipina. Terdapat banyak keterangan orang daripada masyarakat Suluk dan Bajau yang mengatakan mereka meninggalkan perang saudara dan datang ke Sabah yang lebih selamat.516 kebanyakan daripadanya ialah orang Islam yang terlibat dengan dalam perang antara bangsa Moro yang bertempur di bawah Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan kerajaan Filipina. Mereka ini dianggap sebagai pelarian politik yang mebcari perlindungan di Sabah yang lebih aman dan bebas daripada sebarang pergolakan. Perkara ini jelas membuktikan bahawa pergolakan politik antara MNLF dan kerajaan Filipina menyebabkan mereka merasa tertekan dan tidak selamat di tempat asal mereka sendiri. Pergolakan politik ini ditambah lagi dengan perebutan takhta Kesultanan Sulu yang menyebabkan 513 6 Wikipedia, Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro. 514 Utusan Malaysia, 26 Februari 2013. 515 Allan Afdal Nawal, Filipina Daily Inquirier, 26 Februari 2013. 516 Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014, hlm 268.
  • 214.
    214 berlaku masalah dalampentadibiran di Kepulauan Sulu. Apabila keadaan persekitaran mendesak maka orang-orang di wilayah itu semestinya mahu keluar daripada kehidupan yang tertekan dalam pergolakan dan mahu mencari kawasan yang lebih aman. Jadi, mereka melihat kedudukan Sabah yang paling dekat dengan mereka lalu berhijrah ke Sabah sebagai pendatang asing dan juga pelarian perang. Kemuncak konflik di Selatan Filipina yang memberikan kesan kepada Sabah berlaku pada 1 Mac 2013 apabila 2 orang polis komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban di Lahad Datu selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan pengganas Sulu di sana. Sehari selepas itu, enam orang lagi anggota polis terbunuh dalam pertempuran di Kg. Sri Jaya, Simunul, Semporna dalam kejadian serangan hendap kira-kira pukul 8 malam.517 Kejadian ini telah megejutkan dan menakutkan semua pihak terutamanya rakyat Sabah khususnya di sekitar daerah Lahad Datu dan Semporna kerana kejadian seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Kejadian ini masih lagi menimbulkan igauan ngeri bagi penduduk di Sabah sehingga sekarang. 3.1.2 Faktor Ekonomi Kedatangan orang-orang Filipina ke Sabah juga adalah disebabkan oleh faktor ekonomi di di kawasan asal mereka yang tidak begitu baik. Perkara ini berkait rapat dengan pergolakan politik yang menyebabkan kegitan ekonomi tidak dapat dijalankan secara normal akibat daripada gangguan serangan, pertempuran, sekatan ekonomi dan sebagainya. Dalam keterangan saksi semasa prosiding penyelidikan Suruhanjaya Siasatan Diraja, mereka mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan bahawa kemasukan pendatang tanpa izin ke Sabah sejak tahun 1978 disebabkan oleh faktor ekonomi. Mereka dikatakan sebagai pehijrah ekonomi.518 Hal ini demikian kerana, terdapat perbezaan ekonomi yang ketara antara Selatan Filipina, Indonesia dan Sabah. Berdasarkan kepada keterangan, panel Suruhanjaya Siasatan Diraja mengganggap sebagai munasabah jika mereka mengandaikan bahawa terdapat pengangguran secara besar-besaran di bahagian Filipina dan Indonesia di mana mereka bersal daripada material tersebut.519 Penggangguran ini disebabkan oleh kesukaran mendapatkan pekerjaan yang baik di sana ditambah dengan jumlah penduduk di sana yang ramai. Secara perbandingan, Sabah dilihat sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sumber alam yang membantu perkembangan ekonomi yang stabil negeri tersebut. Tambahan pula, terdapat peluang pekerjaan yang tidak mampu dipenuhi oleh penduduk di negeri itu dalam kebanyakan sektor ekonomi seperti sektor pertanian, perikanan, pembalakan dan sebagainya. Perkara ini masih stabil dari sudut politik dan progresif kerana semua aset dan ciri-ciri keperluan ekonomi masih wujud. Secara kesimpulan, boleh dikatakan bahawa keadaan ekonomi yang teruk di bahagian Selatan Filipina yang terlibat dengan pergolakan politik mewujudkan faktor penolak untuk mereka berhijrah ke Sabah. 517 MStar Online, 05 Mac 2013. 518 Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014, hlm 292. 519 Ibid.
  • 215.
    215 3.1.3 Faktor Sosial Sebelumkedatangan Sepanyol di Filipina, sudah wujud beberapa bentuk politik yang koheren dan pertalian budaya antara pelbagai kumpulan atau masyarakat etnik yang telah menetap di Sabah, Filipina dan juga Indonesia. Hal tersebut berlaku semasa Sabah atau dikenali sebagai Borneo Utara pada masa itu berada di bawah kuasa dan pengaruh politik serta pentadbiran dua kerajaan yang berluasa pada ketika itu iaitu Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Penyertaan Sabah ke dalam pembentukan Malaysia menjadikannya sebagai satu entiti politik bebas yang tidak lagi terikat dengan kuasa dan pengaruh kedua- dua kesultanan tersebut. Namun begitu, jika dilihat dari sudut sosial dan budaya, kebanyakan tradisi dan amalan daripada era Kesultanan Sulu masih wujud dan diamalkan dalam kalangan masyarakat etnik Suluk dan Bajau di Sabah sama ada yang diakui kesahan kewarganegaraannya atau tidak. Hal ini demikian kerana, budaya dan tradisi masyarakat Suluk dan tidak dapat dipisahkan dalam diri mereka kerana akan tetap mengamalkan budaya yang menjadi kebiasaannya secara langsung ataupun tidak langsung walaupun berhijrah ke tempat lain. Perkara ini dikatakan sebagai tradisi dan amalan tidak bertulis yang diwarisi dari zaman ke zaman dan masih dapat bertahan walaupun terdapat perubahan masa. Menurut salah seorang saksi yang terlibat dalam pendengaran Suruhanjaya Siasatan iaitu Dr. Dayang Suria Mulia daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS), masyarakat etnik Suluk mempunyai kesan untuk mewujudkan semacam pertalian atau penghubung budaya antara masyarakat etnik yang sama di kedua-dua belah sempadan geopolitik antara Sabah dan Selatan Filipina.520 Tradisi dan amalan itulah yang dikatakan sebagai sebahagian daripada sistem rangkaian sosial yang membolehkan terdapat hubungan budaya dalam masyarakat Suluk di Sabah dan di Selatan Filipina. Rangkaian sosial ini memainkan peranan penting dalam memudahkan dan mengekalkan aliran penghijrahan. Dr. Dayang Suria juga menyatakan bahawa rangkaian sosial sebagai kumpulan pertalian antara individu yang menghubungkan pehijrah, bekas pehijrah dan bukan pehijrah dalam kawasan asal dan kawasan destinasi mereka melalui tali persaudaraan, persahabatan dan asal usul mereka.521 Perkara ini bermaksud, pendatang asing tanpa izin yang datang ke Sabah bergantung kepada rangkaian sosial ini dengan mendapatkan bantuan dari pelbagai aspek melalui hubungan mereka dengan kumpulan etnik yang sama serta kekeluargaan yang rapat di Sabah. Masyarakat etnik Suluk ini mempunyai semangat perpaduan, persahabatan dan kekeluargaan yang kuat walaupun secara genetiknya, mereka tidak mempunyai talian persaudaraan. Mereka merasakan bahawa orang dari etnik yang sama sebagai satu sahabat dan keluarga mereka sendiri. Perkara ini membuktikan bahawa mereka mempunyai pertalian yang sangat rapat antara satu sama lain lebih-lebih lagi mereka berasal dari latar belakang yang sama.522 Sebagi contoh, orang-orang 520 Ibid. hlm. 264 521 Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014, hlm 264 522 Ibid.
  • 216.
    216 Suluk yang sudahlama menetap di Sabah akan memberikan apa juga jenis bantuan kepada orang-orang yang baru memasuki negeri Sabah sama ada secara sah ataupun haram. Oleh itu, orang-orang yang baru memasuki negeri ini tidak mempunyai masalah untuk mengadaptasi keadaan di tempat yang baru dengan adanya bantuan dalam rangkaian sosial mereka ini. Hal ini juga dilihat sebagai salah satu faktor penolak yang penting dan sangat mempengaruhi sebab mereka datang ke negeri Sabah. 2.2 Faktor Penarik Faktor penarik merupakan sebab kenapa orang-orang Filipina khasnya etnik Suluk datang ke negeri Sabah. Faktor ini dikaji dari sudut negeri Sabah itu sendiri serta dikaji dari 3 aspek utama iaitu politik, ekonomi dan sosial. 2.2.1 Faktor Politik Faktor politik yang mempengaruhi kedatangan orang-orang Filipina ke Sabah ialah keadaan politik negeri tersebut yang stabil dan tidak bergolak seperti di tempat asal mereka. Keadaan politik yang stabil ini disebabkan oleh sistem pemerintahan Malaysia yang demokrasi serta mengamalkan dasar perkongsian kuasa. Dasar perkongsian kuasa yang diamalkan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri telah membuka banyak ruang dan peluang kepada kedua-dua jenis kerajaan untuk berbincang tentang keperluan masing-masing serta menyelesaikan masalah yang timbul sejak dari peringkat awal lagi. Perkara ini telah mewujudkan dan menjamin persefahaman yang baik dan akhirnya berjaya mewujudkan satu keadaan yang aman dan damai tanpa tercetusnya penentangan yang menjejaskan kedudukan sesebuah negeri. Hal ini juga berlaku di Sabah di mana kerajaan negeri yang mentadbir telah berjaya mewujudkan satu pentadbiran yang baik dan menyelesaikan isu-isu rakyat yang akhirnya menghalang rakyat daripada menentang kerajaan negeri. Keadaan ini telah dilihat oleh orang-orang Filipina dan mereka merasakan bahawa Sabah adalah tempat yang paling baik dan selamat bagi mereka untuk berhijrah bagi mencari tempat perlindungan daripada keadaan di tempat asal mereka. Kedudukan Sabah yang terletak bersempadan dengan kawasan Selatan Filipina serta mempunyai kawasan pantai yang panjang telah memudahkan kedatangan orang Suluk ke Sabah. Orang Suluk yang bekerja secara sah di Sabah tidak mempunyai masalah untuk memasuki Sabah kerana mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah seperti passport dan juga permit pekerja. Namun begitu, bagi mereka yang datang tanpa izin atau datang secara tidak sah, mereka telah melanggar undang-undang sempadan antarabangsa kerana menyeberangi sempadan negara lain secara tidak sah. Masalah bertambah besar apabila jumlah pendatang asing tanpa izin begitu besar dan bertambah bilangannya pada setiap tahun. Sebagai contoh, mengikut laporan dari portal berita The Malaysian Insider yang disiarkan pada 15 Januari 2013, terdapat 28 peratus jumlah pendatang dari penduduk Sabah. Laporan berita tersebut turut menyatakan bahawa Pengarah Jabatan Statistik Sabah, Norezan Wahid mengatakan bahawa sejumlah 889,000 orang asing dari 3.2 juta penduduk Sabah bersamaan 28 peratus, berdasarkan kepada bancian pada tahun 2010.523 Statistik ini membuktikan bahawa jumlah pendatang 523 The Malaysian Insider, 15 Januari 2013
  • 217.
    217 asing di Sabahsudah terlalu ramai dan kebimbangan penduduk Sabah terhadap pertambahan bilangan ini memang berasas. Selain itu, pendatang asing tanpa izin dari Filipina juga datang ke Sabah sebagai pelarian perang di bawah perlindungan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan Palang Merah Antarabangsa. Kedua-dua pertubuhan antarabangsa ini mengurus satu skim petempatan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Unit Petempatan di Jabatan Ketua Menteri sebenarnya telah ditubuhkan pada tahun 1976 untuk menjaga kebajikan pelarian di skim tersebut.524 Mengikut keterangan Abdul Jaapar Alip, iaitu salah seorang saksi dalam inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja, merangkap Pegawai Kebajikan di Unit Petempatan, terdapat 5 skim petempatan yang ditubuhkan di Sabah. Skim petempatan tersebut terletak di Telipok dan Kinarut dalam daerah Kota Kinabalu, Kampung Bahagia di Sandakan, Kampung Selamat di Semporna dan Kampung Hidayat di Tawau.525 Skim petempatan ini dibina dia atas tanah milik kerajaan dan pelarian perang yang ditempatkan di situ adalah dari Filipina. Mereka datang ke Sabah dalam tempoh 4 tahun bermula daripada tahun 1972 sehingga tahun 1976. Menurut saksi itu lagi, pelarian tersebut perlu mempunyai kelayakan untuk tinggal di skim petempatan yang diwartakan itu selepas melalui proses temubual yang dijalankan oleh pegawai daripada Unit Petempatan tersebut. Terdapat lima syarat yang perlu dipenuhi oleh pelarian tersebut iaitu:526 (i) mereka mestilah datang dari wilayah 9 yang dikatakan bahagian di Selatan Filipina di mana perang saudara berlaku; (ii) mereka mestilah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perang saudara di Selatan Filipina; (iii) mereka mestilah memasuki Sabah dalam tempoh antara 1970 dan 1984; (iv) mereka mestilah orang Islam; (v) mereka mestilah menyatakan hasrat untuk tidak tinggal di Sabah secara tetap. Mana-mana pelarian yang tinggal di sesuatu skim petempatan akan diberikan pas petempatan oleh Unit Petempatan dan selepas itu pelarian akan diberikan satu akuan penerimaan pendaftaran dan selepas itu, satu pas kerja yang melayakkan untuk diberikan pas IMM13. Selepas itu, resit pengenalan sementara juga telah dikeluarkan untuk kegunaan pelarian yang dikenali sebagai “kad burung-burung kerana tertera beberapa imej burung dalam kad tersebut.527 Namun begitu, dalam laporan akhbar The Malaysian Insider yang disiarkan pada 17 Jun 2013, seorang saksi inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja yang bernama Macarius Sabinus yang bekerja mendaftarkan pendatang asing pada tahun 1986 sehingga 1988, terdapat sindiket yang menjual resit sementara atau “kad burung-burung” kepada 524 Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014, hlm 269. 525 Ibid, hlm. 279 526 Ibid, hlm. 270 527 Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014, hlm 270.
  • 218.
    218 pendatang asing tanpaizin Filipina yang berada di Sabah.528 Beliau menyatakan bahawa dia menemui kes tersebut di kawasan Sandakan semasa mendaftarkan pelarian di Dewan Masyarakat. Beliau juga mejelaskan bahawa kad burung-burung tersebut diterima daripada orang di Bongao iaitu salah satu daerah yang terletak di Pulau Tawi-Tawi dalam kawasan Filipina. Kad burung-burung ini sebenarnya adalah bukti perakuan yang mereka telah didaftarkan dan bukannya perakuan warganegara seperti kad pengenalan. Usaha untuk mendaftarkan pelarian tersebut telah menunjukkan peningkatan jumlah dalam satu tempoh tertentu. Dalam tempoh 1976 sehingga 1985, seramai 73000 pelarian telah didaftarkan dan jumlah pelarian berdaftar dari tahun 1987 sehingga 1992 pula meningkat kepada 325,000 orang. Selepas tempoh tersebut sehinggalah tahun 2007, usaha mendaftarkan pelarian tidak dilakukan namun, pada tahun 2007, terdapat usaha penentusahaan yang dijalankan oleh Unit Petempatan untuk mendaftarkan semula pelarian yang tinggal dan layak untuk didaftarkan di bawah garis panduan lama.529 Dalam kes pelarian perang ini, terutamanya yang melibatkan skim petempatan dan “kad burung-burung” tersebut, terdapat persoalan-persoalan yang boleh menimbulkan keraguan tentang keberkesanan dan integriti pelaksanaannya. Hal ini demikian kerana tidak dapat dipastikan sama ada orang-orang Filipina yang mendaftar itu benar-benar memenuhi 5 syarat kemasukan ataupun tidak. Setelah berdaftar dan tinggal di skim petempatan tersebut, timbul juga persoalan sama ada mereka benar- benar tidak berniat untuk tinggal di Sabah ataupun tidak kerana syarat kelima menjelaskan bahawa mereka yang ingin mendaftar tidak berniat untuk terus tinggal di Sabah. Selain itu, isu penjualan kad burung-burung itu juga menyebabkan ada pelarian yang mempunyai kad yang berkemungkinan palsu dan tidak sah. Terdapat juga kemungkinan tertentu yang membolehkan pendatang asing tanpa izin ini mendapat kad pengenalan Malaysia secara haram akibat daripada pemalsuan kad burung-burung tersebut serta kegiatan sindiket-sindiket yang menjual kad pengenalan palsu untuk keuntungan semata mata. 2.2.2 Faktor Ekonomi Selain daripada faktor politik yang dilihat sebagai faktor utama kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Sabah, faktor ekonomi juga perlu diberikan perhatian kerana memberikan kesan yang cukup mendalam terhadap ekonomi di Sabah. Sektor perladangan dan pembinaan merupakan sektor yang pesat membangun dalam negeri tetapi orang tempatan dilihat tidak berminat untuk bekerja dalam sektor sedemikian, dan adalah tidak keterlaluan untuk mengandaikan bahawa majikan dalam sektor ini tidak mempunyai pilihan tetapi untuk mengambil pekerja asing untuk memenuhi permintaan pekerjaan dalam sektor tersebut. Oleh kerana kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah sudah berlaku, maka majikan mengambil pendatang asing tanpa izin yang tidak mempunyai dokumen untuk bekerja dalam sektor tersebut. Isunya mudah, pendatang boleh dibayar dengan gaji yang murah, tiada cuti rehat, tidak memerlukan kemudahan rawatan dan pelbagai kemudahan terpaksa diadakan jika mereka adalah pekerja 528 The Malysian Insider, 17 June 2013. 529 Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014, hlm 271.
  • 219.
    219 tempatan.530 Sementara itu, keterangansaksi dalam inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja pula membuktikan terdapat kes yang majikan tempatan mengambil tenaga kerja pendatang asing tanpa izin kerana mereka tidak perlu membayar levi, cukai dan sebagainya kepada pihak berkuasa.531 Pekerjaan di sektor perladangan tidak berjaya menarik minat buruh tempatan kerana mereka berpendapat bahawa pekerjaan di estet sebagai kurang menarik berbanding dengan industri lain. Kenyataan ini dibuktikan melalui keterangan beberap majikan yang hadir semasa proses inkuiri bahawa kebanyakan orang tempatan didapati mengelak daripada membanting tulang di bawah matahari.532 Perkara ini menjelaskan bahawa pekerja tempatan lebih mengutamakan keadaan yang selesa dalam persekitaran pekerjaan mereka. Selain itu, pekerja tempatan juga tidak begitu berminat dalam sektor perladangan dan pembinaan kerana anggapan mereka terhadap aspek gaji yang rendah, risiko kemalangan yang tinggi serta faktor berkaitan kesihatan seperti keletihan yang melampau dan sebagainya. Oleh sebab itulah orang tempatan tidak begitu berminat bekerja dalam sektor-sektor tersebut yang dianggap sebagai berat kepada mereka. Berbalik kepada isu pendatang asing, tidak dinafikan bahawa kedatangan mereka telah memenuhi keperluan dalam sektor-sektor tersebut dan membantu dalam perkembangan ekonomi negeri Sabah secara khususnya. Malah terdapat kenyataan yang menyebut dan diakui oleh ramai pihak bahawa ekonomi Sabah akan runtuh jika semua pekerja dari Filipina dan Indonesia ini momboikot sektor ini dalam masa sehari.533 Sementara itu, kenyataan Presiden Persatuan Peniaga China, Datuk Sari Nuar bahawa kebergantungan Sabah ke atas pekerja asing sangat tinggi dan mengakui bahawa “State’s economy risk being paralyze if they are no more here”.534 Kenyataan ini membuktikan bahawa Sabah sangat memerlukan tenaga kerja dari luar untuk menggerakkan ekonomi. Namun begitu, wujud pula satu masalah lain iaitu masalah dengan dasar ekonomi negeri yang mahu menarik ramai pelabur luar masuk ke negeri tersebut. Namun begitu, pada masa yang sama, kerajaan negeri pula mewar-warkan untuk menghantar semula pendatang asing atau buruh asing yang kebanyakkannya tidak mempunyai dokumen yang sah ke negara asal mereka. Misalnya, dalam laporan berita Kosmo yang dilaporkan pada 11 Februari 2015, disebut bahawa seramai 18, 049 pendatang asing tanpa izin akan diusir dari Sabah dan seramai 14, 085 daripada jumlah tersebut adalah pendatang Filipina.535 Keadaan ini sebenarnya telah mewujudkan satu dilema kepada kerajaan negeri kerana terpaksa untuk menentukan dasar mana yang lebih penting sama ada pengusiran atau penghantaran balik pendatang asing atau dasar ekonomi yang mahu menarik lebih ramai pelabur luar. Jika dilihat dari sudut dasar penghantaran balik pendatang asing, perkara ini mendatangkan kesan positif kepada pelbagai aspek sosial seperti isu keselamatan, petematan, jenayah dan sebagainya. Lagipun jika diperhatikan, penduduk Sabah mahu negeri tersebut bebas daripada kebanjiran pendatang asing tanpa 530 Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dolah, Pendatang dan Isu Keselamatan di Sabah, (t.n.p): Universiti Malaysia Sabah, 2013, hlm.98. 531 Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014, hlm 295. 532 Ibid hlm. 295. 533 Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dolah, Pendatang dan Isu Keselamatan di Sabah, (t.n.p): Universiti Malaysia Sabah, 2013, hlm.100. 534 Ibid. hlm. 100. 535 Kosmo, 11 Februari 2015.
  • 220.
    220 izin yang mendatangkanmasalah kepada mereka. Namun begitu, dari segi ekonomi negeri pula akan memberikan kesan yang negatif seolah-olah memberi gambaran terhadap pelabur luar bahawa negeri ini mengalami krisis tenaga kerja yang mungkin mempengaruhi minat mereka untuk melabur di sana. Pendatang asing tanpa izin pula telah mengambil peluang yang ada untuk bekerja di mana- mana sektor yang mereka diupah untuk bekerja. Hal ini demikian kerana mereka merasakan bahawa tiada pilihan lain untuk meneruskan kehidupan di negeri Sabah selain daripada mendapatkan pekerjaan. Mereka seolah-olah tiada pilihan lain dan mereka sebenarnya sangat beruntung kerana ramai majikan yang ingin mengambil mereka bekerja di sektor-sektor yang disebutkan tadi. Walaupun pekerjaan dalam sektor tersebut berat dan tidak selesa, tetapi mereka masih boleh bekerja dengan tenang berbanding di tempat asal mereka. Oleh itu, mereka boleh menjana pendapatan, dari awal mereka bekerja sehingga mereka balik ke tempat asal mereka. Dalam hal ini, kedua-dua negara pengahantar dan penerima menjana wang yang bukan sedikit tetapi menguntungkan.536 Oleh itu, kerajaan negeri perlu membuat keputusan yang bijak dalam meninjau peranan, pembabitan dan kedudukan pendatang asing tanpa izin dari Filipina terutamanya dalam sektor ekonomi di Sabah. Perkara ini penting kerana kerajaan negeri perlu mengekalkan sejumlah besar pekerja asing ini untuk memenuhi keperluan pelbagai sektor pekerjaan untuk menjana pertumbuhan ekonomi negeri. Namun begitu, kerajaan perlu memastikan bahawa para pekerja yang diambil ini diberikan permit kerja yang sah dan bagi mereka yang tidak diperlukan, pendatang tersebut haruslah ditahan dan dipulangkan ke negara asal mereka bagi mengurangkan jumlah penduduk warga asing yang menyebabkan kebimbangan terhadap orang tempatan. 2.2.3 Faktor Sosial Faktor penarik bagi sosial pula berkait rapat dengan faktor penolak yang telah dijelaskan di atas. Namun begitu, dari sudut pemerhatian saya sendiri, mereka datang ke Sabah dengan mudah kerana penduduk Sabah juga dengan mudah menerima mereka walaupun timbul prasangka yang negatif dalam kalangan penduduk tempatan terhadap kehadiran mereka. Namun begitu, tiada penentangan agresif yang ditunjukkan oleh penduduk tempatan malah terdapat juga perkahwinan campur yang berlaku antara masyarakat tempatan dengan pendatang asing ini.537 Seperti yang telah dijelaskan, wujud juga interaksi dalam bentuk yang lain seperti hubungan budaya serta sikap perpaduan dan pertalian kekeluargaan yang ditunjukkan oleh pendatang yang terdahulu. Interaksi ini akan menarik minat pendatang baru untuk datang ke Sabah kerana mereka merasakan bahawa mereka mempunyai ahli keluarga yang akan membantu mereka apabila sampai di negeri itu nanti. Apabila mereka tiba, maka mereka tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan bantuan serta mengadaptasi budaya di tempat baru. Selain itu, faktor bahasa dan agama juga mempengaruhi kedatangan mereka ke Sabah. Hal ini demikian kerana, persamaan bahasa pengantar yang digunakan iaitu Bahasa Melayu memudahkan komunikasi antara pendatang asing dengan penduduk tempatan. Oleh itu, mereka tidak mempunyai halangan untuk berkomunikasi serta membiasakan diri mereka dengan persekitaran setempat. 536 Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dolah, Pendatang dan Isu Keselamatan di Sabah, (t.n.p): Universiti Malaysia Sabah, 2013, hlm.98. 537 Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014, hlm 414.
  • 221.
    221 Sementara itu, kebanyakanpenduduk tempatan yang terdiri dari etnik Bajau, Brunei dan sesetengah dari etnik bumiputera lain yang beragama Islam juga banyak membantu mereka untuk menyesuaikan diri di Sabah. Perkara ini berlaku kerana persamaan anutan agama, amalan-amalan yang dilakukan semasa beribadat dan sebagainya apabila mereka diterima baik oleh penduduk tempatan yang beragama Islam. 4.0 KESAN SOSIAL KEDATANGAN PENDATANG ASING TANPA IZIN DI SABAH Kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah bukan lagi masalah baru tetapi sudah bertahun lama berlaku tanpa jalan ada jalan penyelesaian yang efektif. Kedatangan dan kebanjiran pendatang asing dari Filipina khususnya telah menimbulkan pelbagai kesan terhadap sosial masyarakat Sabah, terutamanya kepada penduduk asal dan bumiputera. Sejak sekian lama masalah ini berlarutan sehingga menimbulkan lebih banyak kesan negatif daripada kesan positif. Bab ini akan menjelaskan tentang kesan-kesan sosial utama yang dihadapi oleh kerajaan mahupun penduduk Sabah sendiri. 4.1 Kadar Peningkatan Jumlah Penduduk Statistik yang dilaporkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap Pendatang Asing di Sabah mendapati bahawa satu daripada tiap-tiap empat orang di Sabah merupakan orang asing.538 Sementara itu, statistik yang dilaporkan oleh berita News Sabah Times pula melaporkan bahawa seramai 889, 779 orang asing yang berada di Sabah menjadikan Sabah sebagai negeri yang paling ramai orang asing di Malaysia.539 Jumlah penduduk di negeri Sabah memang mengalami peningkatan, terutamanya di bandar- bandar besar seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Keningau. Hal ini demikian kerana, bandar- bandar ini pesat membangun dan menjadi tumpuan penghijrahan dalaman ataupun luaran. Semua orang berhijrah ke bandar disebabkan oleh taraf ekonomi yang lebih baik, kemudahan yang cukup, tuntutan pekerjaan dan sebagainya. Jumlah penduduk Sabah pada tahun 2000 adalah 2,468,246 orang dan laporan akhbar dalam The Malaysian Insider yang disiarkan pada 15 Januari 2013 adalah seramai 3.2 juta orang di mana disebutkan dalam laporan tersebut 28 peratus daripadanya adalah pendatang asing tanpa izin.540 Dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja pula mendapati bahawa jumlah peratusan peningkatan bilangan penduduk di Sabah dari tahun 1970 hingga 2000 ialah 301% jika dibandingkan dengan Sarawak yang cuma meningkat sebanyak 106% sahaja.541 Namun begitu, menurut laporan tersebut juga tiada keterangan yang jelas tentang ketepatan atau sebaliknya tentang angka yang diberikan memandangkan angka tersebut tidak diperoleh daripada Jabatan Statistik atau disahkan oleh jabatan tersebut. Dalam perkara ini, dapat dirumuskan bahawa tiada statisitik yang benar-benar boleh dikatakan sah kerana setiap laporan sama ada akhbar, Jabatan Statistik mahupun dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja tersebut tidak menyatakan dengan jelas statistik 538 Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014, hlm 282. 539 News Sabah Times, 20 Januari 2014. 540 The Malaysia Insider, 15 Januari 2013. 541 Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014, hlm 282.
  • 222.
    222 sebenarnya. Perkara inimungkin berlaku akibat daripada perubahan bilangan kadar kelahiran dan kelahiran dalam tahun-tahun tertentu serta pertambahan kedatangan pendatang asing yang tidak diketahui secara sah bilangannya pada setiap tahun. Oleh itu, adalah sangat sukar untuk menunjukkan statistik yang tetap dan realisitik kerana aliran perubahan penduduk sama ada penduduk tempatan ataupun pendatang asing yang sentiasa berubah. Hal ini demikian kerana, jumlah pendatang asing yang masuk pada sesuatu tahun tidak dapat diketahui kerana mereka datang secara haram dan tiada siapa yang tahu jumlah sebenar yang datang. Statisti semasa yang dapat dibuat oleh pihak berkuasa hanyalah bergantung kepada jumlah tangkapan yang dilakukan. Namun begitu, perubahan besar yang berlaku adalah disebabkan oleh jumlah kedatangan pendatang asing yang meningkat sehingga 28 % seperti mana yang disebutkan dalam laporan akhbar tersebut. 4.2 Isu Keselamatan dan Jenayah Jika dilihat dalam aspek keselamatan, aspek ini melibatkan skop yang luas dan melibatkan keselamatan di sempadan negeri Sabah. Prof. Dr Azizah Kassim dari Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM berkata penyelidikannya menunjukkan bahawa rasuah berlaku secara terbuka di kawasan sempadan khususnya di utara Semenanjung dan di Sabah.542 Beliau juga menjelaskan bahawa walaupun kesalahan tersebut tidak membabitkan keganasan, terdapat penyalahgunaan kuasa yang berlaku secara terbuka apabila pengawal-pengawal keselamatan tidak hadir untuk menyemak dan menyekat kemasukan warga asing tersebut. Kenyataan beliau ini memang berasas kerana di sempadan negara ini telah ditentukan pos-pos kawalan untuk meninjau pergerakan keluar masuk sempadan. Namun begitu, rasa curiga muncul apabila berlaku kemasukan pendatang asing tanpa izin dalam bilangan yang tinggi terutamanya di Sabah dan jumlahnya meningkat setiap tahun. Timbul persoalan sama ada bilangan anggota keselamatan untuk menjaga yang ditugaskan tidak mencukupi atau memang muncul amalan rasuah dalam perkhidmatan mereka seperti yang dikatakan oleh Prof. Dr. Azizah Kassim tersebut. Kajian dan penyelidikan lain perlu dan patut dibuat untuk menjawab persoalan ini. Pendedahan Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato Pahlawan Hamza bin Taib semasa inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja menjelaskan bahawa pendatang tanpa izin di Sabah bertanggungjawab bagi 25% hingga 30% daripada kegiatan jenayah di dalam negeri dan selebihnya dilakukan oleh rakyat tempatan.543 Walaupun peratusan tersebut boleh dikatakan rendah daripada jenayah yang dilakukan oleh penduduk tempatan namun angka tersebut sebenarnya sangat membimbangkan. Hal ini demikian kerana, jika tiada kemasukan pendatang tanpa izin yang terus meningkat maka jumlah ini boleh dikurangkan lagi. Sementara itu, keterangan oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat yang mengatakan bahawa dalam beberapa siri operasi penghantaran pulang atau usaha yang dijalankan ke atas petempatan setinggan, pihak berkuasa telah menjumpai senjata atau senjata api.544 Pendatang yang memiliki senjata secara haram ini sangat membimbangkan kerana mereka boleh melakukan jenayah pada bila-bila masa dan mungkin menyebabkan kejadian jenayah seperti bunuh dan sebagainya. 542 UKMnews, 17 November 2014. 543 Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014, hlm 282. 544 Ibid.hlm. 282.
  • 223.
    223 Selain itu, terdapatjuga laporan polis yang yang menyatakan peratusan kes jenayah yang melibatkan pendatang asing Filipina dan Indonesia. Pada tahun 2002, terdapat 220 kes (34.9%) jenayah kekerasan melibatkan pendatang Filipina, pendatang Indonesia 72 kes (11.4%) dan penduduk tempatan sebanyak 338 kes (56.65%). Pada tahun 2003, pendatang Filipina terlibat dengan 174 kes (29%), pendatang Indonesia 77 kes (12.83%) dan penduduk tempatan 349 kes (58.1%). Pada tahun 2004 pula, pendatang Filipina terlibat dengan dengan 290 kes (32.77%), pendatang Indonesia 124 (14.01%) dan penduduk tempatan 471 kes (53.22%).545 Jika dianalisis dengan terperinci, jumlah kes dan pertusan kes penduduk tempatan lebih tinggi tetapi, jika jumlah kes dan peratusan kes bagi pendatang Filipina dan Indonesia ditambah maka jumlahnya juga akan membimbangkan. Statistik ini baru melibatkan jenayah kekerasan dan belum lagi termasuk jenayah yang melibatkan harta benda dan penagihan dadah. Penduduk tempatan yang yang hidup dalam satu penempatan seperti koloni kampung air dengan kumpulan pendatang sudah pastinya akan menghadapi masalah besar apabila berhadapan dengan situasi tersebut. Hal ini demikian kerana penempatan pendatang ini biasanya dibina di atas air dan ada segelintir penduduk tempatan yang hidup dalam lingkungan penempatan tersebut. Malahan pendatang asing juga mampu menimbulkan rasa tidak selamat kepada penduduk lain yang tinggal di kawasan sekitar atau berhampiran dengan koloni tersebut kerana terdedah kepada pelbagai jenis jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing seperti bunuh, kecurian, penjualan dan pemilikan senjata api secara haram dan sebagainya berdasarkan kepada statistik yang telah dihuraikan di atas. Kesannya, masyarakat tempatan yang hidup dalam koloni tersebut bukan sahaja berhadapan dengan kebimbangan dan ketakutan terhadap keselamatan mereka malah boleh dituduh bersubahat dengan pendatang asing sekiranya pihak berkuasa membuat operasi dalam koloni kampung air tersebut. 4.3 Perbelanjaan Kesihatan dan Penyakit Menurut Dr. Maria Sulaiman, yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Kesihatan (Kawalan Penyakit Berjangkit), Jabatan Kesihatan Sabah, jumlah kelahiran daripada pendatang sedang mengalami peningkatan. Beliau memberikan contoh bahawa bagi tempoh 2007 hingga 2012, kerajaan terpaksa menanggung kos rawatan bagi pendatang yang berjumlah RM 21, 672, 031.51 dan amaun ini masih tidak berbayar.546 Menurut beliau lagi, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah berusaha untuk mendapatkan kembali amaun ini tetapi gagal untuk mengesan pesakit tersebut. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya ada kawalan yang berkesan terhadap pendatang asing tanpa izin ini. Kemudahan yang disediakan di hospital-hospital kerajaan sepatutnya untuk kegunaan warganegara Malaysia sahaja tetapi apabila pendatang asing juga menggunakan kemudahan tersebut, maka ini adalah satu kerugian besar kepada warganegara yang sah. Keadaan seperti ini tidak adil bagi warganegara yang sah, khususnya kepada penduduk sah Sabah kerana amaun yang telah digunakan untuk pendatang asing ini sangat tinggi dan tidak mampu untuk didapatkan kembali. Sepatutnya jumlah tersebut boleh digunakan oleh 545 Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dolah, Pendatang dan Isu Keselamatan di Sabah, (t.n.p): Universiti Malaysia Sabah, 2013, hlm.30. 546 Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014, hlm 362.
  • 224.
    224 warganegara yang membayarcukai dan perkhidmatan untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan ini. Selain itu, kedatangan pendatang asing ini juga menyebabkan penyebaran penyakit berjangkit seperti batuk kering, malaria, taun, siflis AIDS dan sebagainya.547 Dr Maria yang juga merupakan salah seorang saksi semasa inkuiri menyatakan bahawa kes penyakit berjangkit yang melibatkan pendatang sedang meningkat dan mengakibatkan perbelanjaan yang oleh Jabatan Kesihatan dan juga penyediaan dana yang lebih untuk menampung peningkatan dalam logistik termasuk pegawai dan kakitangan perubatan. Penyakit berjangkit ini biasanya datang dari kawasan penempatan pendatang yang kotor terutamanya di koloni kampung air seperti di Lok Urai (Pulau Gaya), Kampung Selamat (Semporna), Kampung Icebox, Batu 4 dan Sungai Buaya (Tawau).548 Kawasan ini sangat kotor kerana tidak menyediakan sistem pembuangan sampah dan najis yang baik. Kedudukan koloni seperti ini menyebabkan pendatang membuang sampah sarap dan najis dengan bebas ke laut dan menyebabkan kemusnahan hidupan laut di samping mencemarkan air. 4.4 Ruang dan Kos Penjara Kedatangan dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin juga telah memberikan implikasi yang besar terhadap ruang dan kos penjara. Hal ini demikian kerana apabila sesuatu operasi menangkap pendatang dilaksanakan, mereka yang ditangkap akan dihantar ke pusat tahanan sementara untuk menunggu tindakan selanjutnya. Menurut keterangan Timbalan Superintenden Penjara, Jabatan Penjara Sabah, Kalbin bin Hj. Mohd. Said, Jabatan Penjara terpaksa menanggung perbelanjaan yang berikut bagi tempoh dari tahun 2006 hingga 2012: RM281,455,515.00 (Penjara Lelaki Kota Kinabalu); RM45,867,360.00 (Penjara Wanita Kota Kinabalu); RM112,873,693.00 (Penjara Sandakan) dan RM163,884,270.00 (Penjara Tawau).549 Oleh itu, jumlah amaun perbelanjaan yang ditanggung bagi bukan warganegara ialah RM604,080,480.00 dalam tempoh kira-kira 6 tahun tersebut. Jumlah perbelanjaan ini sangat besar dan perbelanjaan ini sebenarnya satu pembaziran duit kerajaan kerana sekiranya pendatang asing tanpa izin di tidak memasuki atau sekurang-kurangnya bilangan kemasukannya dapat dikurangkan maka jumlah perbelanjaan tidak akan mencecah jumlah tersebut. Hal ini bermaksud, kerajaan terpaksa menanggung semua perbelanjaan pendatang asing selama mana mereka ditahan di sesuatu penjara atau pusat tahanan sementara. Keadaan penjara di Sabah juga dikatakan agak sesak dan mereka menghadapi kesukaran untuk menjalankan program pemulihan bagi bukan warganegara. Masalah ini boleh diatasi sekiranya undang-undang undang-undang sedia ada iaitu Akta Imigrisen 1959/63 dapat dikuatkuasakan dan dilaksanakan dengan berkesan oleh pihak berkuasa. 547 Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dolah, Pendatang dan Isu Keselamatan di Sabah, (t.n.p): Universiti Malaysia Sabah, 2013, hlm.34. 548 Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dolah, Pendatang dan Isu Keselamatan di Sabah, (t.n.p): Universiti Malaysia Sabah, 2013, hlm.34. 549 Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014, hlm 365.
  • 225.
    225 4.5 Perbezaan Budayadan Pendidikan Kedatangan pendatang asing tanpa izin ini juga telah menyebabkan berlakunya pertembungan budaya yang negatif, terutamanya berkaitan dengan amalan dan sikap pendatang asing yang tinggal di kawasan setinggan. Misalnya, Pegawai Daerah Papar, Iman bin Ali memberikan keterangan bahawa di beberapa petempatan setinggan yang dihuni pendatang asing di daerah Papar, pendatang asing mengganggu sentimen penduduk tempatan seperti amalan “flying toilet” , tabiat membuang air besar dalam bekas polystyrene dan juga penjualan rokok seludup.550 Amalan “flying toilet” ini adalah amalan pendatang asing di kawasan setinggan yang membuang air besar ke dalam bekas beg palstik atau polisterin lalu membuangnya di merata rata tempat dan kadang-kadang jalan yang menjadi laluan penduduk tempatan. Hal ini disebabkan oleh sikap malas mereka dan juga ketiadaan kemudahan tandas yang baik di dalam kawasan setinggan mereka. Selain itu, budaya merupakan satu perkara yang sukar untuk ditinggalkan biarpun berhijrah ke tempat baru apatah lagi bila bilangan mereka ramai atau ada perhubungan antara individu atau kumpulan individu yang sama etnik dan budaya. Perkara ini berlaku dalam dalam konteks kedatangan pendatang Filipina ke Sabah dan walaupun tidak dinafikan wujudnya perkahwinan campur yang dari segi perspektifnya ada kebaikannya namun ada budaya asal pendatang yang diamalkan di negara asal tidak dapat diterima oleh masyarakat setempat. Antara budaya tersebut ialah budaya membalas dendam, vandalisme, perkauman yang kuat, ego dan berani dan sebagainya.551 Budaya dan sikap tegar dalam masyarakat ini boleh membawa kepada kejadian pembunuhan dan dianggap sangat merbahaya lebih- lebih lagi kepada masyarakat setempat. Budaya membalas dendam merupakan amalan biasa dalam kalangan masyarakat Filipina.552 Tidak dijelaskan sama ada amalan membalas dendam ini adalah budaya turun temurun masyarakat mereka tetapi dikaitkan dengan martabat dan maruah masyarakat mereka. Konsep martabat martabat ini didukung oleh pendatang Filipina yang dikaitkan dengan maruah keluarga iaitu satu perkara yang mengaibkan jika saudara mara tidak membalas dendam.553 Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa ikatan persaudaraan mereka sangatlah erat sehingga menggalakkan kepada amalan membalas dendam jika ada ahli keluarga mereka yang diapa-apakan oleh orang lain. Jika amalan tersebut diaplikasikan di Sabah, maka amalan tersebut sudah tentu menimbulkan perasaan takut dan tidak selamat kepada masyarakat setempat. Terdapat juga masalah lain timbul apabila anak-anak pendatang asing tanpa izin yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan asas kadang-kadang dilihat merayau-rayau di jalan raya dan menyebabkan gangguan kepada orang awam. Terdapat juga segelintir anak-anak pendatang yang 550 Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014, hlm 370. 551 Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dolah, Pendatang dan Isu Keselamatan di Sabah, (t.n.p): Universiti Malaysia Sabah, 2013, hlm.33. 552 Ibid. hlm. 34. 553 Rizal Zamani Idris et.al.Isu Keselamatan Persempadanan Negeri Sabah dan Tuntutan Terhadap Kepulauan Spratly, (t.n.p): Universiti Malysia Sabah, 2010, hlm. 14.
  • 226.
    226 menjadi pengemis danpeminta sedekah dan tidak kurang yang diarahkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjual rokok haram yang diseludup dari negara asal dan dijual dengan harga yang murah.554 Seorang lelaki bernama Yahya bin Yacob yang juga salah seorang saksi memutuskan untuk menjadi lebih proaktif dalam membantu kononnya “kanak-kanak jalanan” ini dengan menubuhkan sekolah yang dipanggilnya “Madrasah”.555 Beliau mengadakan kelas untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini di madarasah yang ditubuhkannya dan mengikut keterangannya, madrasah itu sedang berkembang dengan baik. Namun begitu, madrasah tersebut masih kekurangan dana dalam membangunkan dan memajukan lagi sekolah tersebut. Oleh kerana penubuhannya adalah usaha persendirian maka beliau tidak dapat untuk mendapatkan peruntukan daripada mana-mana pihak yang berwajib. Panel Suruhanjaya Siasatan Diraja pun berpendapat bahawa usaha yang dilaksanakan itu adalah murni dan boleh diluaskan lagi ke petempatan setinggan. Mereka juga mengharapkan agar pihak berwajib boleh memberikan bantuan dari segi logistik dan dana. Hal ini penting kerana pendidikan merupakan asas dalam hidup tiap-tiap masyarakat dan semua orang berhak mendapat pendidikan yang sepatutnya. Namun begitu, saranan seperti ini perlu diperhalusi lagi untuk menilai keberkesanan dan sebab dan akibat yang mungkin. 5.0 PENUTUP Migrasi awal orang-orang Filipina ke Sabah berlaku sejak sebelum Sabah menyertai Malaysia lagi. Migrasi pada masa ini bebas kerana bahagian pantai timur Sabah pada masa itu masih berada di bawah kekuasaan Sultan Sulu yang masih berdaulat. Selepas kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan seterusya British, banyak dasar tentang persempadanan yang telah dibuat oleh British termasuklah mementukan sempadan yang sah bagi kawasan jajahannya pada ketika itu. Sejak dari situ, maka corak migrasi orang-orang Filipina juga sudah berubah sehinggalah Sabah menyertai gagasan Malaysia pada 16 September 1963. Penyertaan Sabah dalam pembentukan Persekutuan tersebut menjadikan Sabah sebagai salah sebuah negeri di dalam negara Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat dan mempunyai sempadan sendiri yang tertakluk kepada undang-undang antarabangsa dan dan undang-undang Malaysia sendiri. namun begitu, masih berlaku migrasi dalam kalangan orang-orang di Selatan Filipina yang terdiri daripada kaum Suluk dan Bajau. Migrasi ini bertukar menjadi kemasukan secara haram apabila bilangan penduduk di bahagian selatan Filipina memasuki Sabah akibat daripada pergolakan politik dan perang saudara, terutamanya di Mindanao. Terdapat pendatang asing yang memasuki Sabah secara sah, iaitu mempunyai dokumen yang telah disahkan. Terdapat juga pedatang asing yang memang memasuki negeri Sabah secara tidak sah dan pendatang asing Filipina yang lain pula datang sebagai pelarian perang yang ingin mendapatkan perlindungan di sini. 554 Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dolah, Pendatang dan Isu Keselamatan di Sabah, (t.n.p): Universiti Malaysia Sabah, 2013, hlm.105. 555 Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (t.t.p): (t.n.p) 2014, hlm 370.
  • 227.
    227 Kemasukan pendatang asingtanpa izin ini menimbulkan masalah dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Namun begitu, setelah dikaji dengan teliti, kesan negatif lebih bayak berlaku daripda kesan positif, terutamanya kesan terhadap sosial masyarakat Sabah khususnya. Namun begitu, terdapat juga impak positif dalam perkembangan ekonomi negeri melalui peranan pekerja-pekerja asing yang bekerja dalam sektor pembinaan, perladangan, perikanan dan sebagainya. Pada masa yang sama, pendatang asing tanpa izin juga mengakibatkan kerugian berjuta ringgit terutamanya dalam perubatan dan kesihatan, ruang penjara dan kos pengusiran dan penghantaran balik pendatang tanpa izin ini ke negara asal mereka. Akhir sekali, terdapat usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini dengan kerjasama pasukan PDRM dan ATM. Namun begitu, apa yang diharapkan oleh rakyat Sabah ialah penyelesaian yang lebih tegas dan berkesan kerana mereka sudah bosan dengan masalah yang berlarutan itu.
  • 228.
    228 BIBLIOGRAFI Sumber Pertama Surat Khabar Bernama,02 November 2009. Utusan Malaysia, 26 Februari 2013. Allan Afdal Nawal, Filipina Daily Inquirier, 26 Februari 2013. MStar Online, 05 Mac 2013. The Malaysian Insider, 15 Januari 2013. The Malysian Insider, 17 June 2013. Kosmo, 11 Februari 2015. News Sabah Times, 20 Januari 2014. Astro Awani, 04 Disember 2014. Malaysiakini, 1 Jun 2012. Portal Kementerian Dalam Negeri Portal ESSCOM Astro Awani, 11 November 2014. UKM News,17 November 2014. Sumber Kedua Buku Mohd. Sapi Mokti@Mohd. Safri Mokti, Migrasi Ke Borneo Utara Semasa Pemerintahan Syarikat Borneo Utara 1881-1946. (1986). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
  • 229.
    229 Nik Anuar NikMahmud, Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara. (2009) Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Laporan Suruhanjara Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah. ( 2014). Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Rizal Zamani Idris et.al.Isu Keselamatan Persempadanan Negeri Sabah dan Tuntutan Terhadap Kepulauan Spratly. (2010). Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dolah, Pendatang dan Isu Keselamatan di Sabah, (2013). Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Jurnal Azizah Kassim, Filipino Refuges in Sabah:States Responses, Public Strereotypes And the Dilemma Over Their Future. 2009. Southeast Asian Studies, Vol. 47 No.1. June 2009. Ramli Dollah et.al 2003. Pendatang Filipina di Sabah: Satu Pemerhatian Dari Sudut Keselamatan. Jati, Bilangan 8, Disember 2003. Arnie binti Abd. Hamid. 2009. Impak Pengusiran Pendatang Asing Terhadap Tenaga Kerja di Bandar Kota Kinabalu. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
  • 230.
    230 PERKEMBANGAN PENGHIJRAHAN ORANGJAWA DI KAMPUNG TEBUK MUFRAT AHMAD KHOBIR BIN MUSLIM BUHARI 1.0 LATAR BELAKANG KAMPUNG TEBUK MUFRAD. Kampung Tebuk Mufrad adalah sebuah kampung yang direkodkan telah dibuka seawal tahun 1914 oleh peneroka – peneroka berketurunan Jawa, Kampar, dan Banjar Masin yang berhijrah ke Tanah Melayu dari Indonesia. Menurut kajian lalu yang ditulis oleh Khazin Mohd Tamrin, kedatangan orang Indonesia ke Tanah Melayu bukanlah sesuatu perkara yang baru556 . Sebaliknya kedatangan mereka ke Tanah Melayu adalah suatu proses yang telah lama berlaku sejak sebelum abad ke 19 lagi. Proses penghijrahan yang berterusan menyebabkan wujud persamaan di kalangan masyarakat Melayu di alam nusantara seperti politik, sosial, ekonomi, keturunan, agama, kepercayaan, dan cara hidup. Perbezaan yang wujud pula merupakan variasi tempatan yang berlaku perubahan seperti dari segi adat, loghat, dan kebudayaan. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu juga disebabkan oleh beberapa faktor penolak dan penarik yang akan dijelaskan. Peneroka – peneroka awal di Kampung Tebuk Mufrat kesemuanya berasal dari negara Indonesia yang merupakan salah satu negara jiran terdekat Tanah Melayu. Seperti yang telah dinyatakan kedatangan orang Indonesia ke Tanah melayu merupakan suatu proses yang berterusan sejak sebelum abad ke 19 lagi. Hal ini menyebabkan pengaruh dan adat kebudayaan kaum jawa dari negara tersebut turut diamalkan disini sebelum berlaku perubahan – perubahan akibat asimilasi dan penyesuaian diri dengan tempat yang baru. Pada awal pembukaannya, kampung ini dikenali sebagai Kampung Matang. Tidak lama selepas itu, nama kampung ini berubah menjadi Kampung Tebuk Mufrat. Nama ini diambil sempena nama imam pertama di kampung tersebut iaitu Kiyai Mufrat dan perkataan tebuk yang membawa maksud lorong – lorong atau jalan557 . Lokasi kampung ini terletak di Mukim Sungai Air Tawar dalam Daerah Sabak Bernam. Kampung ini juga bersebelahan dengan kampung lain seperti Perenggan, Tebuk Marjan, Tebuk Jawa, Tebuk Berihun, dan Estet Kampung Baru. Perkampungan ini telah dibuka sebagai sebuah kawasan penempatan baru yang mempunyai sistem ekonomi berasaskan pertanian. Pada awal abad ke 20, pertanian merupakan salah satu sumber ekonomi utama selain perlombongan dan perdagangan di Tanah Melayu. British telah mengkomersialkan beberapa jenis tanaman makanan seperti getah, kelapa, dan kopi. Tanah pamah di kawasan kampung Tebuk Mufrat yang sesuai untuk pertanian menyebabkan berlakunya pembukaan tanah seterusnya membentuk penempatan baru bagi peneroka – peneroka baru. Sistem pengairan kampung ini pula amat bergantung kepada Sungai Air Tawar yang menjadi pembekal utama air untuk kawasan tersebut. Peneroka - peneroka 556 Khazin Mohd Tamrin, Sejarah penghijrahan dan penempatan orang Jawa di Selangor 1880an-1940, Universiti Kebangsaan Malaysia , Kuala Lumpur 1976, hlm 1 557 Khailani Abdul Jalil, Jamil Adimin, Jejak Sejarah Kampungku 100tahun Tebuk Mufrad, Tekno Edar, Selangor 2014, hlm 4
  • 231.
    231 awal kampung telahbergotong royong membina sistem perparitan bagi mendapatkan saliran air dari Sungai Air Tawar558 . Bentuk muka bumi kawasan ini adalah rata ,mempunyai lembah ,sedikit berpaya dan mempunyai saliran air yang baik menjadikannya sesuai untuk dijadikan tapak untuk pertanian. Pada awal pembukaan kampung ini, antara tanaman makanan yang ditanam ialah padi. Walaubagaimanapun, penanaman padi di kampung ini hanya berjalan selama 7 tahun sahaja disebabkan faktor pertanian komersial. Kampung ini telah dikenal pasti sebagai salah sebuah tapak di daerah Sabak Bernam yang sesuai untuk tanaman komersial kelapa dan telah menggalakkan penduduk kampung untuk mula melakukan penanaman kelapa. Penanaman kelapa di kampung ini juga semakin rancak apabila syarikat perladangan pihak Inggeris datang membuka estet kelapa di Kampung Baru bersebelahan dengan Kampung Tebuk Mufrad. Oleh itu, penduduk kampung ini yang sebelum ini menanam padi mula menukar tanaman mereka kepada tanaman komersial kelapa. Pada tahun 1925 seluruh penghuni kampung Tebuk Mufrad yang menanam padi telah pun menukar tanaman kepada kelapa bagi tujuan komersial559 . Penanaman kelapa menggantikan padi oleh penduduk kampung adalah disebabkan penanaman kelapa lebih untung berbanding padi pada tahun itu. Kesuburan tanah juga dilihat lebih sesuai kepada penanaman kelapa berbanding padi560 . Terdapat tiga suku kaum utama yang terdapat di kampung ini sejak awal penubuhan kampung ini. Kaum yang paling dominan ialah suku kaum Jawa diikuti Banjar dan Kampar. Kaum Jawa adalah paling ramai yang tiba di kawasan pembukaan ini menyebabkan majoriti penduduk disini adalah kaum Jawa. Kaum Jawa yang berada di sini juga terdiri daripada 3 pecahan kecil lain iaitu Jawa Ponorogo, Karanganyar , dan Magelang. Pola penempatan penduduk pula adalah berselerak, sederet dan ada juga dalam bentuk terpencil.. Tiada pemilihan khusus dalam membina rumah. Pemilihan bentuk penempatan wujud sama ada berkepentingan peribadi seperti mahu berdekatan dengan tapak pertanian yang dibuka atau mahu berdekatan dengan penduduk tempatan lain. Generasi pertama telah membuka tanah dan telah mewariskan tanah pertanian mereka kepada anak – anak mereka selaku generasi kedua yang menjadi pelapis generasi pertama. Generasi kedua pula terdiri daripada penduduk yang kekal menetap di kampung dan meneruskan kerja – kerja kampung dan sebahagian yang lain telah berhijrah ke tempat lain. Penghijrahan penduduk kampung ke luar seperti bandar dan pekan – pekan kerana faktor peluang – peluang pekerjaan – pekerjaan yang lebih luas berbanding pekerjaan kampung yang hanya tertumpu kepada pertanian sahaja. Walaubagaimanapun, penduduk generasi kedua yang telah berhijrah keluar dari kampung tetap pulang ke kampung terutama semasa perayaan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri. Penghijrahan kelompok penduduk kampung generasi kedua yang berhijrah memberikan impak kepada bilangan generasi kedua yang kecil di kampung. Hal ini turut memberikan kesan kepada 558 Temu ramah bersama Embah Mahmood. 559 Khailani Abdul Jalil, Jamil Adimin, Jejak Sejarah Kampungku 100tahun Tebuk Mufrad, Tekno Edar, Selangor 2014, hlm 3 560 Ibid, hlm 3
  • 232.
    232 peratusan kaum dikampung ini. Penduduk yang terdiri daripada kaum Jawa masih lagi dominan di kampung ini berbanding bilangan kaum Banjar dan Kampar yang terlalu kecil. Berdasarkan rekod bancian tahun 2013 terdapat 658 orang penduduk menetap di kampung ini561 . Populasi kampung ini sentiasa berubah mengikut peredaran masa iaitu sesuai dengan kehendak semasa seperti ekonomi . Kewujudan kepimpinan sebenarnya telah bermula sejak awal penubuhan dan pembukaan kampung. Walaubagaimanapun struktur kepimpinan masyarakat pada ketika itu masih belum cukup sistematik dan berbentuk tidak formal. Pemimpin masyarakat kampung pada awal penubuhan dirujuk kepada Imam dan pentadbir masjid di kampung ini iaitu Kiyai Mufrat. Hanya pada tahun 1964 bermula sistem kepimpinan yang lebih sistematik dalam kampung ini iaitu Tuan Haji Anuar Bin Yusuf telah dilantik sebagai Sidang(ketua) Tebuk Mufrat secara rasmi yang pertama562 . Sistem kepimpinan yang tidak tersusun pada ketika itu kerana kampung Tebuk Mufrat telah diletakkan di bawah pentadbiran Mukim Sungai Air Tawar. Setelah kuasa pentadbiran di turunkan kepada peringkat kampung bermulalah sistem sidang dan Jawatankuasa Pentadbiran Kampung di Tebuk Mufrat. Sistem sidang sehingga kini masih diteruskan dan seramai 5 orang pernah menjawat jawatan tersebut dikampung ini. Sidang memainkan peranan penting dalam mencorak pembangunan di kampung ini. Peranan sidang seperti mengetengahkan suara penduduk kampung yang mahukan kerajaan Selangor untuk membawa pembangunan di kampung ini. Maka dengan kejayaan Sidang mengetengahkan suara rakyat telah menyebabkan kampung ini menerima projek pembangunan daripada kerajaan Negeri. Antara projek pembangunan yang diterima ialah projek naik taraf jalan utama yang menghubungkan kampung Tebuk Mufrat dengan kampung – kampung lain iaitu dengan menaiktaraf jalan tanah liat kepada jalan tanah merah seterusnya jalan berturap pada awal 1970-an. Kepimpinan Sidang menyaksikan jawatan ini diteruskan oleh beberapa orang generasi seterusnya yang berperanan penting dalam meneruskan pembangunan kampung dengan cemerlang. Perubahan – perubahan tampuk pimpinan Sidang juga telah berlaku beberapa kali disebabkan sebab – sebab tertentu seperti perpindahan Sidang keluar dari kampung dan penglibatan politik seperti yang telah berlaku apabila berlaku pertukaran kuasa parti politik563 . Walaubagaimanapun, pertukaran Sidang tidak menjejaskan pembangunan kampung. Kesemua Sidang yang telah memegang jawatan telah membawa perubahan dan pembangunan kepada kampung dalam pelbagai bentuk. Pada awal penubuhan kampung ini tidak terdapat kemudahan asas yang disediakan kerajaan. Pembukaan kampung ini juga adalah hasil usaha peneroka – peneroka awal yang membukanya secara bergotong royong kerana pembukaan ini adalah secara persendirian iaitu tanpa penglibatan kerajaan. Saliran air yang dibina juga adalah hasil kerjasama peneroka – peneroka awal untuk menghubungkan Sungai Air Tawar dengan kampung ini melalui sistem perparitan. Kemudahan jalan raya sebelum tahun 1962 hanyalah berasaskan jalan raya tanah liat semata – mata iaitu permukaan tanah 561 Ibid, hlm 7 562 Khailani Abdul Jalil, Jamil Adimin, Op.Cit, hlm 44 563 Temu ramah ketua kampung, Encik Suhaimi bin Kasimon
  • 233.
    233 kampung ini. Digambarkanjalan yang terbina dari tanah liat adalah berdebu di musim panas dan berlumpur semasa musim hujan564 . Hanya pada tahun 1962 jalan raya di Tebuk Mufrat mula dimajukan dengan campur tangan kerajaan negeri yang menaik taraf jalan di kampung ini. Jalan yang dinaik taraf menjadi jalan tanah merah yang diambil dari Ijok dan Sungai Tengi tersebut dapat menghubungkan kampung ini dengan kampung Tebuk Jawa yang terletak bersebelahan dengan kampung ini. Bermula tahun 1978 barulah bermula kemudahan jalan raya bertar di kampung ini. Dari sudut kemudahan pengangkutan awam pula, penduduk hanya dapat menggunakan khidmat tambang bas awam setelah berjalan sejauh 3km keluar dari kampung. Hal ini disebabkan bas hanya melalui jalan Sungai Air Tawar ke BNO ( Bagan Nakhoda Omar) seterusnya ke Sabak Bernam. Perkhidmatan bas sehingga kini masih tidak memasuki kawasan kampung ini berikutan kemudahan jalan raya berturap yang kecil dan sempit. Seawal tahun 1983 baharulah kemudahan elektrik dan air memasuki kampung ini. Kemudahan ini lewat masuk ke kampung ini berikutan naik taraf kerajaan negeri yang menaik taraf secara berperingkat setiap daerah di Selangor dan mengutamakan kawasan yang lebih mudah dinaik taraf terlebih dahulu seperti kawasan – kawasan bandar. Sebelum tahun 1983, kemudahan asas air paip tidak wujud di kampung ini kerana belum dimajukan kerajaan negeri. Penduduk telah mendapatkan bekalan air daripada sumber semulajadi iaitu takungan hujan dan mata air. Mereka telah menggunakan takungan air hujan seperti kolam, air perigi, dan takungan tempayan. Walaubagaimanapun, penduduk kampung mengalami masalah bekalan air apabila berlaku musim kemarau kerana takungan air semulajadi mula kering. Ini menyebabkan penduduk kampung mula mencari bekalan air di luar kawasan kampung di Paip air awam di jalan besar Perenggan dan Jalan Sungai Air Tawar atau daripada kolah masjid tebuk Mufrat565 . Sebelum bekalan elektrik sampai ke kampung ini penduduk amat bergantung dengan sumber tenaga seperti minyak tanah dan karbait (sejenis bahan bakar) untuk menghidupkan api566 . Api tersebut pula digunakan untuk menghidupkan lampu – lampu berasaskan api seperti pelita minyak gas. Lampu pelita minyak gas dan karbait lebih banyak digunakan semasa perayaan dan kenduri. Penggunaan adalah banyak semasa perayaan dan majlis kenduri kerana lebih banyak lampu diperlukan supaya suasana lebih meriah berbanding biasa. Pemasangan lampu pelita semasa menjelang perayaan iaitu 7 hari sebelum perayaan (turut dikenali sebagai malam tujuh lekor) serta semasa perayaan masih lagi diteruskan sehingga kini567 . Kemudahan kesihatan pula hanya bermula pada tahun 1980 an dengan permulaan perkhidmatan sebagai klinik bidan. Kemudahan kesihatan ini kemudiannya dinaik taraf menjadi klinik desa pada tahun 1993 berikutan kelengkapan kemudahan elektrik dan air yang stabil membolehkan klinik ditubuhkan dikawasan ini568 . Sebelum klinik desa Tebuk Mufrat ditubuhkan para penduduk kampung mendapatkan rawatan 564 Temu ramah Sohod bin Haji Hashim 565 Temu ramah Embah Mahmood 566 Temu ramah Embah Mahmood 567 Temu ramah Embah Mahmood 568 Khailani Abdul Jalil, Jamil Adimin, Op.Cit, hlm 152
  • 234.
    234 mereka di luarkawasan kampung seperti klinik kesihatan Sungai Air Tawar dan Parit Bharu yang lokasinya sejauh 7km dari kampung Tebuk Mufrat. Bagi ibu yang bersalin pula akan mendapatkan rawatan di dalam kampung sahaja kerana terdapat kepakaran bidan kampung kecuali bagi kes kritikal baharulah ibu – ibu bersalin tersebut akan dirujuk kepada Hospital Teluk intan atau Hospital Sabak Bernam. Dalam kampung ini juga wujud sebuah balairaya yang telah dibina pada tahun 1965 oleh kerajaan. Balai raya ini berfungsi sebagai nadi penggerak aktiviti kemasyarakatan untuk penduduk kampung. Antara aktiviti – aktiviti yang telah aktif menggunakan balai raya tersebut adalah Pertubuhan Belia 4 B, Program Belia Tani, mesyuarat dan taklimat serta perancangan aktiviti tahunan. Balai raya menjadi tempat perhimpunan orang kampung yang strategik kerana tapak yang luas dan mempunyai dewan khas untuk sebarang perbincangan berbanding kawasan lain di kampung itu yang tidak sesuai dijadikan tapak perhimpunan orang ramai mahupun tempat aktiviti kemasyarkatan. Pada tahun 1980 adalah tahun bagi balai raya ini dinaik taraf menjadi dua kali lebih besar berbanding keluasan asal. Menurut seorang penduduk Jabatan Penerangan sering mengadakan tayangan wayang gambar di balai raya ini bagi menjelaskan dan memaklumkan kepada orang – orang kampung mengenai projek – projek pembangunan oleh kerajaan untuk rakyat. Terdapat pelbagai aktiviti lagi yang saya sendiri sering saksikan di kampung ini semasa kecil seperti sukaneka, kenduri kendara, hari sukan , hari kantin dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan lain. Di balai raya ini juga pernah menjadi tempat untuk pendidikan awal kanak – kanak iaitu sebuah Tabika Kemas sebelum bangunan khas untuk tabika ini dibina569 . Hal ini kerana belum ada tempat berdekatan kampung yang sesuai untuk pembinaan sebuak tempat pendidikan awal kanak – kanak dalam tahun 1980 an tersebut. Aktiviti – aktiviti yang dijalankan di balai raya tersebut bertujuan juga mengeratkan hubungan dan interaksi antara masyarakat kampung supaya sebarang masalah perpecahan tidak terjadi dan menimbulkan kekacauan di kemudian hari. Dengan adanya organisasi kampung yang tersusun dan tapak aktiviti membolehkan program kemasyarakatan dapat dijalankan dengan baik. Maka ini membuktikan bahawa fungsi dan peranan balai raya ini amat penting dalam mengekalkan keharmonian dan kemajuan kampung ini. Dengan kewujudan balai raya ini banyak mesyuarat yang dijalankan organisasi kampung dijalankan disini telah membawa kepada kemajuan kampung seperti projek – projek naik taraf yang berlaku di sekitar kampung ini. Menurut kajian Khazin Mohd Tamrin, orang Jawa yang datang ke Tanah Melayu dengan tujuan sendiri seperti merantau, mengembara, mencari ilmu pengetahuan, dan melancong lazimnya berlatarbelakangkan keluarga mewah. Terdapat juga penghijrahan orang jawa yang terjadi disebabkan konsep minggat yang bermaksud berhijrah disebabkan terdapat peristiwa memalukan di tempat asal570 . Orang Jawa pernah juga mengenali Tanah Melayu sebagai tanah seberang dan juga kawasan di luar kawasan pulau Jawa seperti Pulau Sumatera dan Singapura , turut dipanggil tanah seberang. Ini menunjukkan keakraban diantara ,masyarakat kepulauan Melayu yang akhirnya telah dipisah – pisahkan oleh kedatangan bangsa barat seperti Portugis, Belanda dan British. 569 Temu ramah ketua kampung, Encik Suhaimi bin Kasimon 570 Khazin Mohd Tamrin, Op.Cit, hlm 2
  • 235.
    235 Penulis memilih kajianmengenai orang Jawa di Tebuk Mufrat kerana kawasan ini merupakan salah satu kawasan terawal pembukaan di kawasan Mukim Sg. Ayer Tawar yang terletak dalam Daerah Sabak Bernam. Lokasi Sabak Bernam terletak di negeri Selangor yang menjadi tumpuan utama penghijrahan orang – orang dari Indonesia dan bilangan Jawa adalah jumlah yang terbesar berhijrah. Penghijrahan yang besar Orang Jawa di kawasan Selangor menyebabkan penulis ingin mengkaji secara lebih spesifik perkembangan penghijrahan mereka di sesebuah kampung. Penulis telah memilih kampung Tebuk Mufrat yang menjadi salah sebuah kampung terawal di buka di kawasan Mukim Sg. Ayer Tawar. Kedua, penulis juga cuba untuk memperlihatkan akan kepentingan sejarah perkembangan penghijrahan orang Jawa dalam konteks sejarah tempatan. Oleh itu penghijrahan orang Jawa di Selangor akan dilihat dari aspek perkembangan gaya hidup, perkembangan kebudayaan,serta perkembangan dan pengamalan tradisi dan adat orang Jawa. Penulis juga berpandangan perkembangan orang Jawa di setiap kawasan tertentu adalah berbeza. Hal ini disebabkan tahap asimilasi yang berbeza mengikut lokasi yang mempunyai latar belakang masyarakat setempat yang berbeza. Hal ini bermaksud akan terdapat variasi kepelbagaian sejarah berbeza orang Jawa di setiap tempat penghirahan mereka walaupun asal tempat dan keturunan adalah sama. Dalam kajian ini juga pembaca akan cuba dibawa penulis untuk meninjau dan memahami sebab – sebab kedatangan orang Jawa sehingga membawa kepada pembukaan kampung ini. 2.0 PERKEMBANGAN PENGHIJRAHAN ORANG JAWA DI KAMPUNG TEBUK MUFRAD. Pulau Jawa adalah salah sebuah kawasan dalam Indonesia yang mengalami proses pertambahan penduduk yang pesat. Akibat daripada pertambahan penduduk, akhirnya telah menimbulkan konflik – konflik yang membawa penghijrahan orang Jawa luar daripada Pulau Jawa571 . Penghijrahan terjadi disebabkan masalah kemisikinan, kekurangan tanah dan pengangguran. Kesempitan yang terjadi menyebabkan penghijrahan mereka sehingga sampai ke Tanah Melayu. Penghijrahan tersebut telah membawa kepada peristiwa pembukaan Kampung Tebuk Mufrad. Proses migrasi yang berlaku di kampung Tebuk Mufrat adalah secara berperingkat. Populasi kedatangan golongan awal penduduk Jawa di kampung ini bermula dari kedatangan beberapa buah keluarga seperti Kiayi Mufrat. Menurut orang sumber yang telah ditemubual, kedatangan penduduk awal Kampung ini berasal dari pelbagai daerah, negeri, dan kawasan yang berlainan572 . Terdapat sebahagian yang datang terus dari Indonesia. Selebihnya merupakan penghijrah yang berhijrah ke Kampung Tebuk Mufrat Tanah Melayu sendiri. Orang Jawa yang berhijrah dari Tanah Melayu sendiri tersebut juga asalnya dating daripada kepulauan Jawa. Walaubagaimanapun mereka telah berhijrah sekali lagi ke Kampung Tebuk Mufrat apabila melihat peluang baru membuka tanah. Sebagai contoh, Orang Jawa dari Sungai Manik dan Bagan Dato’ berhijrah ke Kampung Tebuk Mufrat untuk membuka tanah pertanian. 571 Ibid,hlm 32 572 Temu ramah Embah Mahmood
  • 236.
    236 Perkembangan Kampung TebukMufrat bermula dari pembukaannya menjadi salah satu penyumbang penting dalam sejarah Selangor. Hal ini disebabkan pembukaan tanah di kampung ini merupakan satu daripada tanah – tanah pertanian yang telah dibuka di Selangor dan kebanyakannya dibuka oleh orang – orang Jawa. Maka, peranan orang – orang Jawa dalam membuka tanah-tanah di Selangor menjadi salah satu aspek penting dalam sejarah perkembangan penempatan di Selangor. Kepentingan masyarakat Jawa dalam sejarah Selangor terbukti apabila perkembangan masyarakat Jawa mendapat perhatian daripada pihak British yang masih memerintah Selangor. Sebagai contoh British mula menyedari peri pentingnya tanah Orang Melayu dari diambil bangsa lain dan telah menetapkan dasar tertentu yang diharapkan dapat mengekalkan identiti Melayu573 . Disamping itu, perkembangan masyarakat Jawa di Selangor juga banyak dipengaruhi oleh British tidak terkecuali juga perkembangan di Kampung Tebuk Mufrat. British selaku pemerintah telah memberikan peluang – peluang kepada rakyat dalam soal pemberian tanah, kelonggaran cukai,dan pemberian pinjaman wang kepada peneroka – peneroka awal. Peranan pihak British begitu penting sehinggaka jika tidak terdapat peluang tersebut masyarakat Jawa akan mengalami kesukaran membuka sawah padi dan penempatan sendiri setelah berhijrah dari negara asal. Peluang yang dibuka oleh pihak British telah dimanfaatkan oleh orang – orang Jawa selaku penghijrah. Justeru, pihak British tidak terkecuali memainkan salah satu peranan utama dalam perkembangan penghijrahan orang Jawa di Kampung Tebuk Mufrat. Tanpa dasar pemerintahan British dalam pembukaan tanah di Selangor mustahil Kampung Tebuk Mufrat dapat dibuka . Berdasarkan tinjauan penulis terhadap proses perkembangan orang Jawa di Kampung Tebuk Mufrat, penulis dapati peneroka – peneroka awal sememangnya menghadapi pelbagai kesusahan dan pelbagai masalah semasa proses perkembangan awal Kampung Tebuk Mufrat. Berdasarkan kenyataan – kenyataan dari orang sumber yang menjadi salah seorang golongan awal menduduki kampung ini mengatakan keseluruhan kampung adalah hutan belantara yang terdiri dari pokok – pokok hutan yang besar dan tinggi. Kerajinan masyarakat awal Jawa yang tiba telah bekerjasama untuk menebang dan membuat saliran perparitan tanpa bantuan peralatan teknologi moden. Dalam peringkat seterusnya, semakin ramai penghijrah Jawa yang datang dan menetap di kampung ini. Kedatangan mereka ke kampung ini disebabkan ajakan rakan atau mendengar pembukaan penempatan baru yang mempunyai keluasan tanah yang luas dan masih belum diteroka574 . Orang Jawa yang telah tiba di kampung ini telah melihat peluang pekerjaan dari sudut pertanian. Asal usul orang Jawa yang biasa menjalankan aktiviti pertanian telah dapat mengenal pasti tanah di kampung ini amat sesuai untuk dijadikan tanah pertanian. Maka, kampung ini telah dibuka dan dijadikan sebagai tanah pertanian oleh orang – orang Jawa. Orang jawa juga menjalankan aktiviti penternakan haiwan ternakan. Misalnya menternak kambing, lembu dan juga ayam575 . Penternakan tersebut lazimnya lebih kepada unsur sara diri dan hanya sesekali sahaja menjual haiwan ternakan masing – masing. Haiwan ternakan di kampung ini seperti lembu dan kambing kebiasaannya dijual hanya 573 Khazin Mohd Tamrin, Op.Cit, hlm 80 574 Temu ramah dengan Embah Selamat. 575 Temu ramah bersama Embah Haji Sohod
  • 237.
    237 pada musim perayaansahaja. Sebagai contoh, lembu dan kambing adalah haiwan yang sering dikorbankan untuk meraikan perayaan. Kehadiran atau proses migrasi yang semakin berkembang membolehkan kampung dibuka dengan lebih luas. Bilangan ahli kampung yang lebih ramai memboloehkan wujud aktiviti kemasyarakatan yang mencakupi pembinaan masjid dan mengadakan majlis – majlis tertentu576 . Orang – orang Jawa yang duduk di kampung tersebut juga pada awal pembukaan masih mengamalkan adat istiadat tradisional orang Jawa dari tanah kepulauan Jawa. Adat dari segi maksudnya ialah sebagai suatu aturan, tingkahlaku, kepercayaan dan cara hidup. Adat dilakukan setiap hari atau mengikut musim sama ada mengikut bulan mahupun tahun. Adat yang sering dan kerap dilakukan akhirnya akan menjadi suatu kebiasaan yang diulangi dan akhirnya dipraktikkan turun- temurun. Perkataan lain yang sinonim dengan adat ialah budaya. Hubungkait adat dan budaya ialah suatu konsep yang saling bergantung antara satu sama lain. Adat resam merupakan suatu bentuk peraturan yang sudah diamalkan sejak turun – temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi peraturan dan hukum yang mesti dipatuhi dalam struktur lapisan sesuatu masyarakat Jawa. Masyarakat Jawa mengamalkan adat resam yang cukup unik dan menarik. Mereka mengamalkan adat yang tersendiri bermula dari dalam kandungan. Salah satu adat resam yang telah diamalkan ialah lenggang perut,jagongan,bengkongan, pencak a’an ,puputan atau dikenali sebagai cukur jambul,among – among/ pijak tanah,sunatan atau berkhatan, merisik, mantu atau perkahwinan,baraan atau ziarah raya, rewang atau gotong- royong, dan nasi ambeng577 . Migrasi yang berlaku di kampung ini sememangnya berkembang dan memberikan kesan kepada masyarakat. Seperti yang telah dimaklumkan dalam bab sebelum ini, terdapat kaum lain dalam kampung ini. Maka tidak dapat dinafikan ada sedikit proses asimilasi budaya Jawa terhadap kaum lain disini. Orang Jawa juga terkenal sebagai bangsa yang mudah dan cepat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Kelebihan tersebut menjadikan proses asimilasi berlaku dengan lebih mudah dan berkesan. Orang –orang Jawa di kampung ini juga banyak berurusan dengan masyarakat di bandar. Urusan di bandar seperti jual beli telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa perantaraan selain Bahasa Inggeris. Maka masyarakat Jawa di kampung ini telah berjaya untuk fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Kefasihan dalam bertutur dalam Bahasa Melayu membolehkan masyarakat Jawa cepat memahami budaya masyarakat Melayu dan bangsa lain. Kebolehan memahami budaya bangsa – bangsa lain membantu masyarakat Jawa berinteraksi dengan baik dengan kaum – kaum lain. Hal ini telah membolehkan berlaku proses asimilasi budaya dan telah dibawa ke kampung. Misalnya, masyarakat Jawa telah mula mencuba memakai pakaian orang – orang Melayu seperti baju Melayu dan baju kurung. Tidak kurang juga masyarakat Melayu yang juga telah melakukan asimilasi budaya dengan orang-orang Jawa. 576 Temu ramah Embah Mahmood 577 Rujuk minit mesyuarat Muzium Selangor tentang adat Jawa di bahagian lampiran
  • 238.
    238 Proses interaksi yangberterusan dan berpanjangan serta latar belakang rumpun yang sama membolehkan asimilasi berlaku dengan harmoni578 . Perkembangan proses migrasi terus berkembang sehingga kini. Proses asimilasi dan perkembangan semasa telah menyebabkan terdapat sebahagian adat yang diamalkan suatu masa dahulu telah diabaikan tidak lagi dilaksanakan. Malah terdapat juga kepercayaan – kepercayaan tertentu yang tidak lagi diamalkan kerana telah berasimilasi dengan perkembangan Islam yang meluas di Tanah Melayu. Kesan perkembangan Islam yang pesat telah turut memberi kesan terhadap kepercayaan tahyul orang Jawa. Ini menyebabkan adat istiadt tersebut tidak lagi diamalkan. Misalnya adat menentukan jantina anak yang memerlukan seorang wanita mengandung dibelah kelapa diatas kepalanya oleh suami. Dasar British menjadi salah satu titik tolak yang penting dalam peristiwa pembukaan Kampung Tebuk Mufrat. Pada permulaanya, British menumpukan kepada pembangunan Kuala Lumpur. Namun begitu, british kemudiannya mula memberi perhatian dan memajukan daerah di luar Kuala Lumpur khususnya dalam pertanian. Untuk itu, kerajaan Selangor amat memerlukan tenaga buruh yang ramai. Faktor tenaga buruh yang diperlukan menjadi salah satu galakan untuk penghijrahan orang Indonesia. Tahun 1880 telah memaparkan pembukaan penempatan orang Jawa di Selangor dengan ketara. Sebagai contoh, penempatan orang Jawa di daerah Klang dan Kuala Langat. Pembukaan penempatan Orang Jawa yang begitu pesat di Selangor telah juga membawa kepada pembukaan Kampung Tebuk Mufrat. Dasar British yang tidak menegah pembukaan penempatan Orang Jawa menyebabkan begitu banyak penempatan Jawa dibuka. British pada hakikatnya memerlukan tenaga buruh yang ramai dan disebabkan itu membenarkan orang Jawa membuka penempatan untuk menetap dan bekerja sebagai buruh. British juga memerlukan tenaga kerja bagi membuka tanah pertanian. Hal ini amat berkesinambungan dengan orang Jawa yang begitu aktif membuka tanah – tanah hutan untuk dijadikan tanah pertanian. Hal ini terbukti dengan Laporan Jawatankuasa Kerajaan seperti Report of the Rice Cultivation Committee(RRCC), 1931 dan Report on the Progress of Schemes for the Improvement and Extension of Rice Cultivation, (RPSIERC), 1935 yang telah memberikan informasi terperinci mengenai projek pertanian Kerajaan Malaya di Selangor seterusnya menarik perhatian orang Jawa berhijrah579 . Di kampung Tebuk Mufrat sendiri kerajaan British telah memperkenalkan kepada penduduk Kampung dengan tanaman komersial kelapa menggantikan padi. Ini bermaksud Kampung Tebuk Mufrat juga mendapat perhatian British serta wujud dalam pelan perangkaan mereka bagi dasar pertanian. Di samping itu, terdapat rekod – rekod rasmi kerajaan yang memberi gambaran awal penempatan orang – orang Jawa di Selangor. Walaubagaimanapun, masalah sumber menjadi suatu kerumitan kepada penulis untuk meneruskan dengan lebih mendalam kajian ini. Hal ini disebabkan terdapat kekangan dan halangan mecapai dokumen tertentu yang dikehendaki. Fail Setiausaha Kerajaan Selangor juga diklasifikasi sulit dan penulis gagal untuk mendapatkan bukti sebagai lampiran. Walaubagaimanapun, penulis berjaya melihat sendiri terdapat dalam fail setiausaha kerajaan Selangor yang menyentuh perihal orang Jawa di kampung Tebuk Mufrat. Meskipun tidak banyak bukti bertulis mengenai orang Jawa di Kampung Tebuk Mufrat, penulis berjaya melihat permohonan tanah yang dilakukan oleh salah seorang penduduk di Kampung Tebuk Mufrat untuk membuka tanah baru di 578 Khazin Mohd Tamrin, Op.Cit, hlm 102 579 Rujuk lampiran
  • 239.
    239 kampung tersebut. Maklumatmengenai pentadbiran dan kemudahan asas juga dapat dilihat dan dianalisis. Walaubagaimanapun maklumat dalam dokumen tersebut tidak mencukupi dan hanya boleh dilihat sahaja serta tidak boleh dikeluarkan dalam apa cara sekali. Oleh itu, dapat difahami bahawa orang – orang Jawa yang membuka penempatan di Kampung Tebuk Mufrat memahami prosedur membuka tanah dan memohon daripada British. Kebenaran daripada pihak British membuktikan bahawa British juga mahukan tanah pertanian dibuka dengan lebih luas untuk tanaman – tanaman komersial British. Peranan orang Jawa di Kampung ini jelas menunjukkan menyumbang kepada sektor ekonomi iaitu dari sudut tanaman komersial. Walaubagaimanapun tiada bukti dokumen yang berjaya penulis dapatkan selain daripada bukti lisan bermula daripada penduduk generasi pertama sehingga generasi ketiga. Penulis juga hanya berjaya mendapatkan minit mesyuarat muzium Selangor yang banyak membicarakan tentang orang Jawa untuk dipaparkan kepada orang ramai dalam muzium tersebut. Maklumat dalam minit mesyuarat tersebut juga membicarakan adat orang Jawa yang datang ke tanah melayu dan penulis bandingkan dengan perkembangan adat tersebut di kampung ini. Perkembangan penduduk di kampung ini juga seiring dengan perkembangan semasa merasai jerih payah hidup semasa era darurat. Kesusahan ini sangat dirasai khususnya dari sudut ekonomi. Semasa zaman darurat pemerintahan Jepun penduduk menghadapi masalah dalam menjalankan urusniaga pertanian. Hal ini kerana dipertengahan jalan askar – askar Jepun akan merampas makanan mereka580 . Malah askar tersebut akan memukul penduduk tempatan tanpa sebab.Ini menyebabkan mereka bersikap berhati – hati semasa ke bandar. Semasa era darurat juga terdapat sedikit perubahan pengamalan tradisi masyarakat . Ini disebabkan kekangan dan masalah gangguan daripada askar – askar Jepun. Semasa era darurat terdapat penduduk kampung terdiri daripada kaum Banjar yang telah menjadi tali barut askar Jepun dan. Kesusahan yang sama terjadi semasa keganasan komunis 14 hari. Terdapat penduduk kampung yang juga daripada keturunan Banjar yang menjadi askar komunis dan telah meminta makanan dan habuan daripada penduduk kampung581 . Keganasan yang berlaku telah menyebabkan timbul ketakutan dalam kalangan penduduk. Dalam kampung Tebuk Mufrat terdapat beberapa buah ahli keluarga Cina. Dengan ihsan dan simpati penduduk tempatan, keluarga Cina telah disembunyikan semasa penjajahan Jepun bagi menyelematkan mereka daripada menjadi mangsa korban Jepun. Keganasan dan penyeksaan yang pernah dilakukan pihak Jepun terhadap penduduk tempatan ialah memaksa penduduk minum air sabun dan dipijak perut serta dirampas makanan582 . Walaubagaimanapun penyeksaan yang terjadi semasa penduduk tempatan tersebut berada di luar kawasan kampung. Penduduk kampung tersebut berada di luar kawasan kampung semasa hendak ke bandar dan pulang dari bandar. Tebuk Mufrat merupakan salah sebuah kampung yang beruntung kerana pihak Jepun dan Komunis gagal menemui lokasi sebenar kampung sedangkan terdapat orang – orang 580 Temu ramah Embah Mahmood, Embah Sohod 581 Temu ramah Embah Sohod dan Embah Mahmood 582 Temu ramah Embah Mahmood
  • 240.
    240 kampung yang mengakumenjadi tali barut .Kesemua tali barut tersebut bagaimanapun menghilangkan diri sebaik sahaja tentera Jepun dan Komunis menyerah kalah. Disamping itu, walaupun pihak Jepun tidak pernah tiba di kampung ini, kesan pemerintahan Jepun sangat memberi impak pada penduduk tempatan kampung ini. Hal ini kerana pihak Jepun telah membuat pengumuman siaran yang menakutkan rakyat tempatan iaitu semua yang berusia 20 tahun ke atas perlu bekerja sebagai buruh paksa Jepun untuk projek pembinaan jalan kereta api Burma. Maka disebabkan itu ramailah anak – anak yang dilahirkan ditukar status kelahiran menjadi lebih muda agar umurnya tidak mencapai 20 tahun agar tidak dipaksa menjadi buruh paksa. Dalam kalangan pemuda dan pemudi juga ramai yang dikahwinkan awal untuk mendapat status perkahwinan dan mengelak menjadi buruh paksa583 . Walaupun menghadapi ancaman Jepun dan Komunis masyarakat Jawa dalam kampung ini tetap meneruskan pekerjaan mereka bertani dan bercucuk tanam. Dengan hasil pertanian tersebut mereka gunakan untuk diri sendiri dan berhati – hati ke bandar untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman bersih584 . Aktiviti seperti keramaian dan adat istiadat digantikan dengan melakukan sentri. Penduduk kampung ini telah berjaga secara bergilir di laluan utama kemungkinan kemasukan pihak Jepun dan Komunis585 . Mereka berjaga sambil membacakan ayat – ayat alqur’an. Kampung Tebuk Mufrat bernasib baik kerana menurut salah seorang penduduk yang pernah sentri dikawsan tersebut menceritakan pihak Komunis dan Jepun tidak menjumpai kampung tersebut walaupun mereka sering melihat kelibat pihak Jepun dan Komunis di laluan sungai utama. 3.0 PERKEMBANGAN ASIMILASI, CARA HIDUP, DAN SISTEM PIMPINAN Dalam kajian mengenai proses perkembangan asimilasi dalam kalangan Orang Jawa di Tebuk Mufrat, suatu pemerhatian khusus perlu dibuat. Perkembangan asimilasi tidak semestinya sama dengan perkembangan asimilasi Orang Jawa di tempat lain. Hal ini kerana sejarah dan peringkat proses asimilasi diantar masyarakat Jawa di tempat – tempat lain adalah berbeza diantara satu sama lain. Jika ditinjau persamaan antara keturunan Melayu dan Jawa, kedua –duanya berasal dari rumpun bangsa yang sama iaitu bangsa Mongoloid586 . Maka latar belakang agama dan sejarah kebudayaan adalah sama dan menyerupai. Jika dilihat dari sudut perhubungan pula, Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar yang penting di Nusantara. Ini dapat disingkap kembali peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca dan telah digunakan secara meluas sebagai bahasa perantara di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Dalam struktur Bahasa Melayu dan Jawa terdapat persamaan dari segi diftong, vokal, dan konsonan. Hal ini memudahkan penghijrah Jawa untuk cepat fasih menggunakan Bahasa Melayu di 583 Khailani Abdul Jalil, Jamil Adimin, Op.Cit, hlm 18 584 Temu ramah Embah Sohod 585 Temu ramah Embah Mahmood 586 Khazin Mohd Tamrin, Op.Cit, hlm 102
  • 241.
    241 Tanah Melayu. Makabagi Orang Jawa bahasa Melayu bukanlah suatu masalah yang besar disebabkan faktor – faktor persamaan yang telah dijelaskan. Untuk melihat perkembangan asimilasi penduduk Kampung Tebuk Mufrat dengan masyarakat setempat, tinjauan perlu dibuat secara lebih luas iaitu dengan melihat penglibatan masyarakat Jawa dengan kaum lain dari dalam kampung dan dari luar kampung. Perkembangan asimilasi di Kampung Tebuk Mufrat boleh diambil kira bermula dari penubuhannya lagi. Dalam kajian mengenai perkembangan yang berlaku dalam masyarakat yang berhijrah, Alfred Sauvy telah menyatakan tiga peringkat yang penting untuk sesuatu proses asimilasi berjalan dengan baik.Tiga peringkat tersebut ialah penempatan, penyesuaian dan asimilasi penuh587 . Dalam mencapai ke suatu peringkat asimilasi yang penuh memerlukan jangka masa yang sangat panjang dan lazimnya perlu melalui beberapa proses keturunan. Ini disebabkan asimilasi yang baik perlu melalui proses perlahan, sukar , dan meyakinkan. Dalam konteks asimilasi masyarakat Jawa Tebuk Mufrat, golongan lapisan ketiga dan keempat penduduk Jawa kampung ini boleh dikatakan mencapai tahap proses asimilasi penuh. Ini kerana generasi ketiga dan keempat menerima proses kebudayaan dan cara hidup yang telah disesuaikan dengan keadaan sekeliling bagi suatu tempoh jangka masa yang panjang. Tinjauan juga mendapati generasi ketiga dan keempat masyarakat Jawa di kampung ini sangat fasih berbicara dalam bahasa Melayu dan tidak kelihatan ketara loghat Jawa mereka. Ini menunjukkan asimilasi bahasa telah berlaku penuh dalam kalangan mereka. Dalam proses asimilasi tersebut terjadi penulis mendapati perkembangan asimilasi ini terjadi dengan wujudnya hubungan dengan masyarakat luar seperti urusan – urusan rasmi di kawasan pekan dan bandar. Sikap keterbukaan golongan awal dan kedua dalam memahami budaya masyarakat setempat membolehkan penduduk kampung ini melakukan asimilasi dengan mudah. Masyarakat Jawa peneroka awal dan generasi kedua juga menyedari akan kepentingan bahasa Melayu dalam urusan harian. Maka mereka telah mempelajari pelbagai perkara mengenai masyarakat di Tanah Melayu khususnya masyarakat Melayu. Anak – anak mereka juga telah dihantar ke sekolah Melayu menyebabkan berlaku percampuran dan proses asimilasi berlaku lebih berkesan terhadap anak – anak Jawa tersebut. Walaupun asimilasi berlaku, penulis dapati masyarakat Jawa masih berupaya bertutur dalam bahasa Jawa. Malah budaya – budaya Jawa masih ada diamalkan. Walaubagaimanapun, penurunan adat tradisi dari generasi peneroka awal ke generasi seterusnya tidak diperturunkan secara penuh. Dari generasi ke generasi semakin luntur pengamalan adat istiadat Jawa. Hal ini berikutan penyerapan budaya setempat dalam masyarakat Jawa menggantikan adat dan tradisi lama masyarakat Jawa. Kehidupan harian masyarakat Jawa yang semakin hari semakin terdedah dengan masyarakat luar di bandar dan pekan khususnya masyarakat Melayu telah menyebabkan berlaku penyerapan adat Melayu dalam masyarakat Jawa. Perhubungan yang wujud lama 587 Khazin Mohd Tamrin, Op.Cit, hlm 101
  • 242.
    242 dan kebudayaan yanghampir sama telah membolehkan orang – orang Jawa mula merasakan diri mereka sebahagian daripada masyarakat Melayu. Dari segi bahasa dan perhubungan , masyarakat Jawa mengutamakan penggunaan bahasa Jawa dalam keluarga dan sesama masyarakat Jawa. Penggunaan bahasa Melayu hanyalah sekadar bahasa kedua dalam kehidupan harian mereka588 . Bahasa Melayu hanya digunakan apabila berinteraksi dengan penghijrah lain dari Indonesia, pihak British, orang Cina, orang India, dan Orang Melayu sendiri. Walaubagaimanapun, disebabkan peredaran masa yang memerlukan lebih banyak interaksi dengan masyarakat luar berbanding masyarakat kampung telah menyebabkan penggunaan bahasa Melayu menjadi bahasa utama manakala bahasa Jawa sebagai bahasa kedua iaitu hanya digunakan apabila bertemu sesama mereka sahaja. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama mereka juga berkait rapat dengan pekerjaan – pekerjaan generasi baru di kawasan pekan dan bandar. Pertemuan mereka dengan pelbagai lapisan masyarakat memerlukan mereka fasih dan mahir bahasa Melayu. Pertembungan idea juga telah menyebabkan pemikiran mereka juga lebih terbuka dan menolak adat – adat tertentu yang pada logik fikiran adalah tidak masuk akal. Misalnya adat penentuan jantina anak tidak lagi diamalkan kerana terdedah dengan ilmu sains yang lebih moden. Orang – orang Jawa juga telah mula mengamalkan adat Melayu seperti pakaian baju Melayu dan baju kurung. Satu lagi faktor utama yang mempercepatkan proses asimilasi budaya di kampung ini ialah pergaulan rapat dengan masyarakat Melayu yang sememangnya bukan berasal dari kampung itu dan bukan keturunan Jawa. Kesannya adat dan tradisi Orang Jawa mula luntur kerana tidak diamalkan secara menyeluruh terhadap generasi seterusnya. Namun, penggunaan bahasa Jawa sehingga kini masih diteruskan dalam kampung ini. Berdasarkan pemerhatian penulis, tinjauan mendapati kelunturan adat dan tradisi Orang Jawa di kampung ini lebih kritikal kepada orang Jawa yang berhijrah ke luar dari kampung. Pertemuan penulis dengan orang – orang kampung mendapati anak-anak kecil masyarakat Jawa dikampung ini fasih berbahasa Jawa berbanding dengan anak Orang Jawa yang menetap di kawasan pekan dan bandar yang pulang ke kampung sekali sekala sahaja. Dalam hal ini, penempatan orang Jawa memainkan peranan penting. Persekitaran kampung ini yang 99 peratus adalah masyarakat Jawa membantu identiti Jawa khususnya penggunaan bahasa Jawa dapat dikekalkan. Dalam kampung ini penggunaan bahasa Jawa menjadi pertuturan harian dan masih ada mengamalkan adat istiadat Jawa yang tidak bertentangan dengan agama Islam. Masyarakat Jawa juga menginginkan anak – anak mereka diperjodohkan dengan bangsa Jawa juga walaupun pada masa yang sama mereka tidak menentang perkahwinan dengan kaum lain dengan syarat agama yang sama. Orang Jawa lebih suka memperjodohkan anak mereka dengan orang Jawa kerana beralasan mahu mengekalkan jurai keturunan Jawa dan memelihara kesinambungan adat tradisi orang Jawa. Sejarah perkembangan asimilasi di kampung ini juga boleh dianggap agak lambat berbanding penempatan Jawa yang berdekatan dengan bandar. 588 Penulis sendiri berasal dari keluarga kampung ini
  • 243.
    243 Berdasarkan pernyataan CliffordGeertz (The Religion of Jawa;1956) masyarakat Jawa asli di bahagikan kepada tiga kelas utama iaitu abangan, santri dan priyayi. Proses penghijrahan yang berterusan menyebabkan wujud persamaan di kalangan masyarakat Melayu di alam nusantara seperti politik, sosial, ekonomi, keturunan, agama, kepercayaan, dan cara hidup. Perbezaan yang wujud pula ialah variasi tempatan yang berlaku perubahan seperti dari segi adat, loghat, dan kebudayaan. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu juga disebabkan oleh beberapa faktor penolak dan penarik Seperti yang telah dinyatakan kedatangan orang Indonesia ke Tanah melayu ialah suatu proses yang berterusan sejak sebelum abad ke 19 lagi. Hal ini menyebabkan pengaruh dan adat kebudayaan kaum jawa dari negara tersebut turut diamalkan disini sebelum berlaku perubahan – perubahan akibat asimilasi dan penyesuaian diri dengan tempat yang baru. Walaubagaimanapun, dalam masyarakat Jawa di Malaysia, kasta sosial tidak dititikberatkan. Hal ini disebabkan asimilasi kehidupan dengan masyarakat lain. Dalam kehidupan seharian, masyarakat Jawa ,mereka diketuai oleh seorang ketua yang memainkan peranan yang penting untuk menjamin kerukunan masyarakat Jawa. Selain itu, terdapat juga jawatan Kiai atau Siak. Kiai dilantik dalam kalangan kaum lelaki berdasarkan pengetahuan dalam bidang agama dan soal kemasyarakatan. Jawatan Kiai bertanggungjawab untuk menjadi imam dalam sembahyang berjemaah. Selain itu, Kiai juga bertanggungjawab mengetua majlis kenduri doa selamat dan semua majlis keagamaan. Dalam hal kematian, Kiai berperanan sebagai imam untuk sembahyang jenazah. Ini adalah sebagai tanda penghormatan ke atas Kiai yang memainkan peranan yang cukup penting dalam adat kematian. 4.0 ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG MASYARAKAT JAWA Adat ialah sebagai suatu aturan, tingkahlaku, kepercayaan dan cara hidup. Adat dilakukan setiap hari atau mengikut musim sama ada mengikut bulan mahupun tahun. Adat yang sering dan kerap dilakukan akhirnya akan menjadi suatu kebiasaan yang diulangi dan akhirnya dipraktikkan turun- temurun. Perkataan lain yang sinonim dengan adat ialah budaya. Hubungkait adat dan budaya ialah suatu konsep yang saling bergantung antara satu sama lain.Adat resam merupakan suatu bentuk peraturan yang sudah diamalkan sejak turun – temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi peraturan dan hukum yang mesti dipatuhi dalam struktur lapisan sesuatu masyarakat Jawa. Masyarakat Jawa mengamalkan adat resam yang cukup unik dan menarik. Mereka mengamalkan adat yang tersendiri bermula dari dalam kandungan. Salah satu adat resam yang masih diamalkan ialah lenggang perut,jagongan,bengkongan,puputan atau cukur jambul,among – among/ pijak tanah,sunatan atau berkhatan, merisik, mantu atau perkahwinan,baraan atau ziarah raya, rewang atau gotong- royong,nasi ambeng atau ambang589 . Adat lenggang perut turut dikenali sebagai tingkepan atau mitoni. Warisan adat ini khusus untuk seseorang wanita yang hamil buat kali pertama. Ianya dijalankan 589 Khazin Mohd Tamrin, Op.Cit, hlm 116
  • 244.
    244 ketika kehamilannya memasukitujuh bulan . Objektif upacara ini dijalankan ialah untuk memohon keselamatan ibu dan juga bayi yang bakal dilahirkan. Terdapat sesetengah masyarakat jawa yang mengkehendaki si suami membelah buah kelapa muda. Jika belahan buah kelapa betul – betul di tengah , mereka akan mendapat anak lelaki. Sebaliknya sekiranya belahan buah kelapa tersebut senget maka mereka dikatakan bakal menerima anak perempuan.Semua jemputan upacara lenggang perut biasanya dihidangkan dengan nasi ambeng. Ketika penyediaan dijalankan, peladen atau pelayan dimestikan mengambil dulang yang berisi nasi ambeng secara satu arah. Mereka ditegah berjalan bolak- balik melawan arah. Ia untuk mengelakkan bayi yang bakal dilahirkan keluar secara songsang. Berdasarkan carian penyelidik tidak begitu banyak adat resam yang diamalkan di kampong ini berbanding masyarakat jawa di tempat lain. Antara adat lain yang dapat diselidiki ialah upacara potong jambul atau puputan yang biasanya dijalankan selepas 40 hari bayi dilahirkan atau selepas si ibu habis tempoh berpantang. Dalam adat ini ramai jiran tetangga dan saudara – mara dijemput untuk meraikan dan meramaikan majlis doa selamat. Antara aktiviti mereka ialah mereka akan membaca berzanji secara beramai-ramai. Selesai bacaan berzanji tersebut, bayi akan dibawa keluar. Beberapa orang tetamu yang terdiri daripada Pak Imam dan mereka yang dikenali sebagai orang alim akan memotong sedikit jambul sambil membaca sedikit doa agar bayi tersebut membesar penuh keberkatan. Ada juga kalangan bayi yang dicukur sehingga botak licin. Masyarakat Jawa juga masih mengamalkan semangat kekeluargaan dan kemasyarakatan yang tinggi. Tradisi ziarah-menziarahi secara beramai-ramai atau dikenali sebagai tradisi“baraan” masih kuat diamalkan khususnya ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Ketika majlis baraan mereka akan berselawat bersama –sama dan bermaaf- maafan. Ketika baraan, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai juadah. Menu- menu popular masyarakat Jawa pada pagi Hari Raya ialah ketupat nasi, rendang ayam, serunding kelapa, sambal goreng tempe, sambal tumis petai, ayam masak pecal dan gado – gado. Masyarakat Jawa akan menyediakan nasi ambeng untuk jemputan yang datang dalam majlis kenduri doa selamat . Nasi berserta lauk pauk akan diletakkan di dalam sebuah dulang besar dan dimakan oleh seramai empat atau lima orang. Nasi yang tidak habis dimakan akan dibungkus dan dikenali juga sebagai bontrot. Nasi yang dibungkus dan dibawa balik sebagai buah tangan ini turut dikenali sebagai “nasi berkat”. Antara lauk nasi ambeng yang popular dalam masyarakat Jawa ialah ayam masak ingkong, mi goreng, serunding kelapa dan sambal goreng tempe.
  • 245.
    245 BIBLIOGRAFI Khailani A. Jalil,Jamil Adimin, (2014), Jejak 100 Tahun Kampungku Tebuk Mufrad, Selangor Darul Ehsan : TEKNO EDAR Khazin Mohd Tamrin, (1984), Orang Jawa Di Selangor Penghijrahan Dan Penempatan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Fail – Fail Dokumen Setiausaha Kerajaaan Negeri Selangor. Minit Mesyuarat Muzium Selangor Dokumen Arkib Temu Bual Responden
  • 246.
    246 SUMBANGAN DAN PENGLIBATANMASYARAKAT INDIA MUSLIM DI PULAU PINANG NUR SYAHIRAH SYAZA BINTI MOHD DELI 1.0 Pengenalan Pulau Pinang pada suatu masa dahulu merupakan salah satu pelabuhan yang sangat terkenal. Para pedagang hadir dari seluruh pelusuk dunia dan salah satu negara yang datang berdagang ke sini merupakan para pedagang dari India. Oleh yang demikian, kajian akan dilakukan untuk mencari dan mengenalpasti apakah faktor-faktor kedatangan masyarakat India Muslim khususnya ke Pulau Pinang. Kajian ini akan dimulakan bermula sejak dari pembukaan Pulau Pinang iaitu pada tahun 1786 yang merupakan tahun pembukaan Pulau Pinang. Pulau Pinang menjadi tumpuan para pedagang dari India dan China khususnya kerana kedudukan pelabuhannya yang strategik. Justeru itu, pertambahan penduduk berlaku kerana terdapat para pedagang tersebut yang berkahwin dengan wanita tempatan. Boleh dikatakan bahawa hubungan perdagangan antara India dan Tanah Melayu terutamanya selepas abad ke-17, kebanyakannya melibatkan peniaga India Muslim dan Melayu. Kebanyakan ahli sejarah lebih cenderung untuk menghubungkan perdagangan ini dengan kehadiran peniaga-peniaga India Muslim berbanding Hindu India, seperti yang dijelaskan oleh Arasaratnam (1980 ): " Dengan pengurangan penghantaran dan aktiviti bersifat perdagangan kaum India serta pengembangan Islam kuasa politik dan ekonomi di India, jumlah peniaga Hindu datang ke Tanah Melayu menurun, dan memberi tempat untuk para pedagang Muslim Bengal, Golconda, Coromandel dan Gujerat" 2.0 Penghijrahan India Muslim Penghijrahan pedagang dan saudagar India Muslim ke Semenanjung Tanah Melayu berlaku sejak awal perkembangan Kedah sebagai pelabuhan antarabangsa yang penting pada zaman kerajaan Srivijaya (abad ke-8 hingga abad ke-13). Kedah merupakan pusat 7 komuniti India Muslim yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu di mana saudagarsaudagar Muslim, India dan Parsi menjalankan perdagangan di antara India dan China. Saudagar India Muslim dari India Selatan khususnya kaum Chola dari Pantai Coromandel memainkan peranan utama dalam perdagangan bijih timah, buluh dan kapur barus yang terdapat di Kedah. Setelah Melaka telah kehilangan statusnya sebagai pelabuhan entrepot yang disebabkan oleh penaklukan penjajah Portugis pada tahun 1511 dan Belanda pada tahun 1641,, ramai daripada keluarga India Muslim dan Jawi Peranakan berpindah ke Kedah dan seterusnya ke Pulau Pinang. Pembukaan Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas pada tahun 1786 dan polisi terbuka East India Company terhadap pedagang dari India menggalakkan penghijrahan ramai, pendatang India Muslim ke
  • 247.
    247 pulau tersebut. Kebanyakanmereka terdiri daripada kaum Chulia dari Kedah dan Pantai Coromandel di India Selatan.590 Menurut Fujimoto (1989) orang Chulia yang sudah lama menetap di Kedah adalah peneroka pertama Pulau Pinang yang berpindah ke pulau itu untuk mencari peluang baru dari awal abad ke-18, iaitu sebelum pun Pulau Pinang dijadikan petempatan British. Sehingga 1860 pedagang Chulia merupakan komuniti terbesar selepas orang Melayu. Persamaan dalam kepercayaan keagamaan iaitu budaya, tradisi dan nilai-nilai Islam memudahkan perkahwinan campur antara mereka dan orang Melayu asli hingga terdiri komuniti kacukan Jawi Peranakan yang dominan dari segi penglibatan mereka dalam sektor pedagangan dan pemiagaan. Mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan awal Pulau Pinang. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah bencana alam yang berterusan di India telah menimbulkan penderitaan yang teruk pada penduduk akibat hasil pertanian yang tidak mencukupi. Sebagai contoh, Dataran Tinggi Deccan dan India Selatan mengalami bencana alam seperti kemarau yang merosakkan tanaman. Hal ini mengakibatkan kira-kira 30 peristiwa kebuluran pada tahun 1840-an. Akibatnya, petani yang tidak mempunyai tanah akan memajak tanah daripada tuan tanah yang yang mengenakan kadar sewa yang sangat tinggi sehingga 80 peratus daripada hasil tanaman yang diperolehi. Oleh itu, kehidupan petani kekal pada tahap kemiskinan. Kehidupan mereka semakin payah,akibat bayaran cukai yang tinggi atau terikat dengan hutang dengan peminjam wang.Semua kesengsaraan hidup ini telah mendorong mereka berhijrah keluar sebagai satu usaha untuk memperbaiki nasib dan kehidupan masing-masing.591 Penindasan oleh tuan tanah juga menyebabkan orang India semakin menderita. Walaupun India sebuah negara yang luas, namun bukan semua rakyatnya mempunyai tanah. Jika dibandingkan dengan petani-petani di Tanah Melayu, walaupun miskin, mereka masih mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan. Kebanyakan petani di India terpaksa mengusahakan tanah yang dipunyai oleh tuan-tuan tanah yang mengenakan cukai yang tinggi. Sebagai contoh, terdapat tuan tanah yang mengalami 80% daripada hasil tanaman sebagai bayaran sewa. Pertambahan penduduk yang tinggi menyebabkan taraf hidup orang India semakin teruk, contohnya pada tahun 1845, penduduk India berjumlah 131 juta dan meningkat kepada 390 juta pada tahun 1941. Penindasan kasta yang teruk di India juga mendorong orang India datang ke Tanah Melayu. Tambahan pula pada waktu tersebut, pihak pemerintah melakukan penindasan terhadap masyarakat Muslim yang berada di sana membuatkan mereka terpaksa mencari jalan keluar.592 Hubungan yang terjalin antara Tanah Melayu dengan negara India sebenarnya telah wujud sejak dahulu lagi. Walaupun tiada kepastian berkenaan tarikh sebenar pelayar-pelayar India melepasi Teluk Benggal dan datang ke Tanah Melayu, tetapi semasa pemerintahan Dinasti Gupta di India iaitu 590 Halimi, Ahmad Jelani, 1998. Perdagangan dan pedagang Islam di Kedah pada abad ke- 17 dan 18M: satu tinjauan. In Islam di Kedah Darul Aman, Eds., Salleh, Md. Noor and Abdul Halim Salleh. Kedah: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman. hlm. 133-139 591 Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur. Oxford Fajar. hlm 330. 592 Abdul Malik bin Meera Hussain, generasi ketiga yang sudah menetap di Pulau Pinang sejak penghijrahan datuknya.
  • 248.
    248 sekitar (320-544 TahunMasihi), pengaruh India telah pun dilihat bertapak kukuh di IndoChina atau Tanah Besar Asia Tenggara, Kepulauan Melayu dan Semenanjung Melayu.593 Perhubungan antara kawasan Asia Tenggara dengan India telah dijalankan hasil dari kedua-dua pihak yang mana setiap pihak mempunyai pelayar-pelayar yang handal. Kenyataan ini dikukuhkan lagi kerana terdapat banyak bukti yang menunjukkan pelayar-pelayar Melayu ini pergi ke pelabuhan India dan Sri Lanka sama seperti pelayar India yang datang ke Asia Tenggara.594 Antara nama tempat yang terawal yang menghubungkan Asia Tenggara dengan India sebelum kedatangan British adalah Yavadvipa yang dinyatakan di dalam Ramayana yang bermaksud pulau emas dan perak. Selain itu, nama Suvarnabhumi yang bermaksud “semenanjung emas” juga turut merupakan salah satu nama yang digunakan untuk merujuk kepada kawasan Asia Tenggara. Sekalipun kaum India telah lama berada di seluruh pelusuk tanah air namun hampir semua penduduk asal dari India adalah terdiri dari kaum pendatang atau pun anak anak kepada pendatang. Permulaan kedatangan mereka ada kaitan dengan pembukaan Pulau Pinang pada tahun 1786. Manakala berakhir pula dengan pengharaman membawa keluar dari India pada tahun 1938 oleh kerajaan India. Akibat desakan yang berlaku yang seterusnya mendorong kepada peningkatan bahan mentah dan pasaran, menyebabkan imperialisme British mengembangkan sayapnya ke sebelah Asia Tenggara bagi menampung jalan perdagangan India-China. Pemilihan Pulau Pinang sebagai pangkalan pertahanan untuk kapal-kapal dan laluan perdagangan India-China adalah bagi menggantikan Benkulen yang tidak lagi sesuai untuk dijadikan sebagai pangkalan kerana lokasinya yang berada di luar jalan perdagangan tersebut. Menurut pemerhati awal, umpamanya Leith(1805) hampir semua pendatang India terdiri dari kaum Chulia.595 Selain itu, terdapat satu istilah iaitu Kling yang digunakan untuk merujuk kepada orang India Selatan Islam yang datang dari Madras dan Pantai Coromandel ini. Kling merupakan istilah kalinga yang pernah disebut dalam Sejarah Melayu dan penggunaannya adalah untuk merujuk kepada orang India Selatan secara umum semasa zaman Melaka. Chulia pula berasal dari istilah Chola adalah bagi merujuk mereka yang datang dari Pantai Coromandel. Terdapat dua kelompok utama masyarakat India yang terdapat di Pulau Pinang iaitu Kling dan juga Benggali. Kling atau biasanya disebut juga sebagai Chulia berasal dari Madras dan Pantai Coromandel manakala Benggali berasal dari Calcutta.596 Imigran India di Kedah yang datang ke Pulau 593 Indians in Early Malaya, Petaling Jaya : U P: Uthaman & Bros (Tiada tahun dan nama pengarang. ianya berbentuk risalah) 594 D. G. E. Hall, Sejarah Awal Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka , 1987. hlm 16. 595 Terdapat pendatang dari India Utara yang disebut sebagai Benggali. Pada awal abad ke 20, orang India yang berada di Pulau Pinang juga terdiri daripada askar/sepoi yang dihantar untuk berkhidmat di Negeri-negeri Selat dan juga banduan dari Benkulen. 596 Orang-orang Kling jauh lebih ramai daripada orang Bengali. Orang-orang Tamil-Muslim Selatan India biasanya dirujuk sebagai Chulia oleh pihak British.
  • 249.
    249 Pinang merupakan IndiaMuslim yang berasal dari Pantai Koromandel dan juga golongan para pedagang yang terdiri daripada Jawi Peranakan.597 Sebahagian besar daripada imigran India terdiri daripada penutur bahasa Tamil dari negeri Tamil Nadu. Pada tahun 1947, mereka merupakan 77% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura. Orang India Selatan yang lain, khususnya orang Malayalee dan Telugu, merupakan lagi 14% pada tahun 1947, dan baki komuniti India terdiri daripada orang India Utara, terutamanya orang Punjabi, Bengali, Gurjarati, dan Sindhi.598 Masyarakat India menjalankan pelbagai kegiatan contohnya seperti berniaga dan berdagang, penjaga kedai, menjadi tukang masak, anak kapal dan buruh. Mereka juga turut menjalankan kegiatan sebagai penarik kereta kuda dan juga tukang cuci.599 Pembinaan jalan raya yang terdapat di Pulau Pinang pada abad ke-19 pula dijalankan oleh buruh-buruh yang datang dari Tamil, Telugu dan Malayah. Dipercayai pedagang Tamil Muslim dari Pantai Koromandel yang dikenali sebagai Illappai atau Labbai, orang-orang Arab dari Hadramaut dan Mappilas iaitu keturunan Arab dari Malabar yang bertanggungjawab membawa masuk fahaman mazhab Shafie ke dalam kerajaan Melayu Melaka. Buktinya perkataan lebai acap kali digunakan oleh orang-orang Melayu apabila merujuk kepada orang- orang yang warak atau pegawai masjid. With the fall of Malacca in 1511, Indian Muslim traders no longer focused on Malacca. However, they still carried on trading activities in Malacca in spite of Portuguese and Dutch presence. According to Mohamed Dali (2008), they were still active, especially in Perak and Kedah. Among the merchants who carried on trading between India and Malaya was Nabon Mamet Amichan who traded in elephants between Perak and India in the year 1577, while Muslim traders from Surat carried on trading with Kedah. Golongan Makayar ini melakukan penghijrahan mereka ke Kedah apabila Belanda menutup pelabuhan Melaka kepada pedagang Islam. Selain itu, kedatangan mereka ini juga adalah disebabkan oleh galakan yang diberikan oleh Raja Kedah kepada masyarakat India untuk mereka datang berniaga di sini.600 Selepas Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light, ramai dari golongan Marakayar berpindah dari Kedah dan Melaka ke Pulau Pinang.601 Perpindahan ini berlaku akibat adanya faktor peluang pekerjaan yang banyak terdapat di sana. Kedudukan mereka di negeri ini menjadi lebih kukuh hasil perkahwinan dengan wanita tempatan yang akhirnya melahirkan golongan Jawi Pekan. Menurut 597 Eusoff, Ragayah, 1997. The Merican Clan: A Story of Courage and Destiny. Times Books International 598 Jabatan Penerangan Malaysia 599 John Cameron 1965. Our Tropical Possessions in Malayan Indian, Kuala Lumpur. Oxford University Press (terbitan pertama pada 1865 oleh Smith, Elder and Co., London), hlm. 147-148 600 Temubual Abdul Maleek bin Meera Hussain, di rumahnya pada 6 Februari 2015 601 Khoo Salma Nasution 1996. “The Chulias” dalam Conversation Study of The Kapitan Keling Mosque, Australia: South Australia Heritage Consultants and Contractors, hlm. 10-11
  • 250.
    250 Vaughan,istilah Jawi Pekanini dalam keadaan tertentu bermaksud untuk membezakan penduduk bandar dengan penduduk luar bandar. Cerita mengenai kejayaan golongan India Muslim dan Jawi Pekan di Pulau Pinang ini pernah disebut oleh Muhammad Ibrahim Munsyi sewaktu melawat Pulau Pinang pada tahun 1872. Beliau memperihalkan mengenai beberapa kenalannya seperti Tuan Haji Muhammad Nor atau Encik Long yang tinggal di Lebuh Acheh, Dalbidal dan Yahya Merican orang peranakan Keling yang digambar kan olehnya sebagai “orang baik-baik dan senang”. Ibrahim Munsyi mencatat : “Adapun pelabuhannya dekat dan selamat, Maka kebanyakan yang menjadi kuli dalam pekerjaan punggah-memunggah, angkat-mengangkat, daripada bangsa Keling belaka. Banyaklah lain- lain bangsa dalam negeri itu dalam pekerjaan lain-lain dan berniaga. Maka orang-orang Melayu-nya banyak yang berkebun di darat-daratnya. Maka peranakan yang di dalam bandaraya itu berjenis-jenis pekerjaan masing-masing; ada yang berniaga dan ada yang makan gaji menjadi kerani. Kebanyak peranakan Keling yang berniaga dinamakan bangsa itu “anak-anak Jawi Pekan”, dan peranakan Melayunya banyak belayar-layar dan berniaga, dan ada yang membuat kasut dan lain-lain di dalam Jalan Masjid Melayu itu-dalam bahasa Inggeris namanya itu Acheen Street. Dan di situ ada sebuah masjid Melayu besar, tiadalah berapa baik buatannya melainkan lama dan buruk serta kotor jua tetapi diperbuat daripada batu dan atapnya genting. Maka tempat perhimpunan bangsa-bangsa Keling serta Jawi Pekan itu pada jalan yang bernama Chulia Street;terlalu ramai mereka itu dan ada pula sebuah masjidnya di situ daripada batu dan genting jua.”602 Nama Chulia Street disebut sedemikian kerana bilangan orang India Selatan yang jumlahnya semakin ramai dan menenggelamkan orang Malabar iaitu kumpulan paling awal yang menetap di kawasan tersebut. Pengasas golongan Jawi Peranakan yang paling berpengaruh dan kaya ialah Kapitan Kling atau nama sebenarnya Kader Mydin Merican. Beliau dipercayai datang bersama Francis Light pada 1786 untuk memegang jawatan sebagai “mandor” dalam kapal Syarikat Hindia Timur Inggeris dan pada 1801 dia dilantik sebagai ketua masyarakat India Muslim dari Selatan India. Perkataan kapitan yang terdapat pada awal namanya membawa maksud “kapten” atau ketua.603 Beliau dikatakan bertanggungjawab dalam membentuk hubungan baik masyarakat pedagang India Muslim dan Jawi Pekan dengan pihak pentadbir SHTI. Selain Kapitan Kling, golongan Marakayar yang turut berpengaruh dan kaya adalah Mohamed Merican Nordin yang merupakan adiknya. Seperti pedagang India Muslim dari India Selatan yang lain, beliau juga terlibat dalam perdagangan transit dengan tumpuan utama kepada pertukaran kain daripada India dan Acheh serta lada hitam dari Sumatera. Selain daripada masyarakat pedagang dan buruh yang ada, masyarakat India Muslim yang terdapat di Pulau Pinang juga datang dari dua golongan yang lain iaitu askar atau sepahi yang dihantar 602 Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi 1980. Dengan Penanggalan dan Anotasi Oleh Mohd Fadzil Othman, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 104 dan 106. 603 Temubual Mohamed Nasir Mohideen, Pengerusi Persatuan Muslim Tanjung(PELITA) di rumahnya pada 28 Februari 2015
  • 251.
    251 dari India untuberkhidmat di Negeri-negeri Selat pada awal abad ke -19 dan juga dari kumpulan banduan. British telah membina sebuah tempat pembuangan banduan di Benkulen. Selepas Benkulen (Bangkahulu iaitu British garrison di Pulau Sumatera) diserah balik kepada Belanda pada 1824, Inggeris telah memindah masuk ke Penang ramai 'buruh banduan' dari India. Walaupun kerajaan India bersetuju untuk memberi pengampunan kepada sebahagian besar banduan ini apabila Pejabat Tanah Jajahan dipindahkan dari India ke London pada 1867, tetapi banduan- banduan ini memilih untuk terus menetap di Pulau Pinang. Perkara ini adalah kerana mereka sudah biasa dengan keadaan sekeliling. Buruh banduan ini dihimpunkan di Pulau Pinang dan kemudian dipasar ke negeri lain selain Pulau Pinang yang memerlukan buruh kuat dan murah ini bagi ladang-ladang yang rancak berkembang ketika itu. Kerja-kerja PWD (Public Works Department) di Negeri-Negeri Selat pada waktu itu diselenggara seluruhnya oleh pekerja banduan yang berakhir cuma tahun 1873. Di Pulau Pinang, khususnya di kawasan Goergetown, terdapat beberapa kawasan di dalam bandar tersebut yang dikaitkan dengan golongan Melayu Muslim. Selain Lebuh Chulia dan Lebuh Acheh, kawasan lain adalah seperti Armenian Street, Ayer Rajah, Beach Street, Campbell Street, Dato Keramat Road, Kedah Road604 , Malay Street, Perak Road, Penang Road dan Jelutong Road. 3.0 Kepelbagaian Etnik India Muslim Sebenarnya perkataan India Muslim itu bukanlah menunjukkan bahawa kaum ini terdiri daripada satu etnik sahaja malahan sebenarnya terdapat banyak pecahan etnik yang berada di bawah kaum India Muslim ini. Sungguhpun begitu banyak etnik yang berada di bawah etnik ini, tetapi tidak terdapat perbezaan dari sudut kuasa, kekayaan dan juga tingkat sosial antara satu etnik dengan etnik yang lain. Etnik Tamil beragama Islam dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Marikar dan Rawther. Marikar diambil maksud perkataan Tamil membawa makna penduduk dengan perahu kayu. Fakta menunjukkan Marikar wujud di bahagian tanjung laut sekitar Tamilnadu. Bagi etnik Rawther, ianya diambil dari perkataan Mauther yang bermaksud penduduk yang menguruskan gajah dan kuda tentera diraja. Dari sudut amalan agama Islam. Golongan Marikar mengikut undang-undang Islam berdasarkan mazhab Imam Syafie. Golongan Rawther pula mengikut undang-undang Islam berdasarkan mazhab Hanafi. Seterusnya etnik atau pecahan Merican yang menjadi nama keluarga dalam komuniti Melayu moden turut mempunyai pautan sejarah dengan perkataan Marikar. Ia sama seperti nama keluarga Rautin yang merujuk kepada Rawther. India Muslim di Malaysia turut diwakili oleh etnik-etnik India kecil yang lain. Kerala Muslim datang dari selatan negara India yang dipanggil Kerala. Mereka juga 604 Kawasan petempatan masyarakat India Muslim dari Kadayainanlu sejak awal kedatangan mereka dari Kedah seperti yang diceritakan oleh Abdul Malik bin Meera Hussain di rumahnya pada 6 Februari 2015
  • 252.
    252 dikenali sebagai MalabarMuslim. Mereka juga digelar sebagai Kaka yang bermaksud abang yang lebih tua. Bengali Muslim, Gujerati Muslim. Kewujudan masjid Malabar di Beach Street, Pulau Pinang sebelum musnah akibat bom Perang Dunia Kedua dan perkampungan Malabar di Transfer Road menjadi bukti kewujudan mereka di Pulau Pinang. Bengali Muslim pula datang dari Bengal, India. Kewujudan mereka jauh lebih lama sebelum kewujudan negara Pakistan dan Bangladesh. Kewujudan Masjid Bengali di Leith Street dan Kampung Bengali di Butterworh menandakan kehadiran mereka ke sini. Gujerati Muslim datang dari Gujerat, Utara India. Satu kumpulan lagi, Bombay Muslim berasal dari Maharashtra, Utara India. Jumlah mereka kecl tetapi aktif dalam perniagaan. India Muslim di Malaysia ramai berasal dari Tamilnadu. Misalnya, bagi kawasan Thenkasi di kawasan Trinelveli, Tamilnadu mempunyai jumlah penduduk Islam yang ramai. Kawasan tersebut mempunyai sebuah Bandar besar bernama Kadaya Nallur. Mereka banyak berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura. Mereka dikenali dengan gelaran Thenskasi Muslim dan Kadaya Nallur Muslim. Satu kumpulan India Muslim juga datang dari dari daerah lain di Tamilnadu. Kebanyakkan datang dari Ramnad dan Tanjore. Mereka membentuk kumpulan perniagaan Inida Muslim di Pulau Pinang. Thenkasi Muslim menggelarkan mereka sebagai Petai Muslim. Kesimpulannya di sini, dapat kita lihat bahawa asal usul kedatangan masyarakat India Muslim ke Pulau Pinang khususnya adalah disebabkan oleh banyak faktor dan antara faktornya adalah kerana perdagangan ditambahkan lagi dengan kawasan pelabuhan Pulau Pinang yang strategik dan menjadi laluan para pedagang. Perkara ini telah pun dibincangkan sebelum ini bahawa kemasukan kaum India Muslim ke Pulau Pinang adalah disebabkan oleh status pusat perdagangan bebas. Oleh yang demikian, terjawablah persoalan yang mana lambakan atau tumpuan masyarakat India Muslim yang terdapat di negeri Pulau Pinang lebih besar berbanding dengan negeri-negeri yang lain adalah disebabkan oleh faktor perdagangan yang berlaku sejak dahulu lagi. India Muslim di Malaysia hari ini boleh dibahagikan kepada yang pertama, mamak yang telah berkahwin dengan orang Melayu dan diiktiraf sebagai Melayu. Susur galur keluarga kelompok ini hanya boleh diketahui dari nama/gelaran seperti Merican, Shah, Syed, Sheikh dan sebagainya, atau dengan melihat raut wajah mereka iaitu bentuk hidung dan mata yang bulat. Kedua pula, mereka yang tidak berkahwin dengan orang Melayu tapi mengamalkan budaya Melayu. Mereka hanya boleh bertutur dalam Bahasa Melayu, dan telah putus hubungan dengan negara asal – India. Ini termsuklah ribuan mamak di Pulau Pinang, Kedah, Melaka dan di tempat-tempat lain. Cuma DNA sahaja yang menunjukkan asal usul mereka, selebihnya mereka adalah Melayu. Seterusnya ialah golongan yang masih lagi dikategorikan sebagai Tamil yang hanya boleh bertutur Bahasa Melayu (pasar). Walaupun sudah putus hubungan dengan negara asal, tapi mereka masih menonton filem Tamil, tidak membaca akhbar Bahasa Melayu dan kurang arif tentang adat resam
  • 253.
    253 Melayu. Walaupun dilahirkandi Malaysia, mereka tak dapat membezakan antara ‘kuih talam’ dan ‘otak- otak’. Ramai anggota KIMMA termasuk dalam kategori ini. Mereka yang tergolong sebagai Tamil dan tak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu walau Bahasa Pasar sekalipun. Mereka masih mempunyai talian kekeluargaan yang rapat dengan negara asal. Mereka menonton filem Tamil dan lebih mengetahui perkembangan politik di Tamil Nadu dari politik Malaysia. Mereka membaca Tamil Nesan dan Tamil Nanban setiap hari untuk mengetahui perkembangan di Tamil Nadu dan India. Ramai ahli KIMMA tergolong dalam kumpulan ini. 4.0 Kegiatan Ekonomi Walaupun masyarakat India Muslim di Pulau Pinang hanyalah sebagai pendatang, tetapi status tersebut tidak menghalang mereka untuk menjalankan aktiviti dan kegiatan mereka untuk terus hidup di negeri orang. Perkara ini juga adalah kerana tujuan utama masyarakat India Muslim ini ke Tanah Melayu khususnya Pulau Pinang adalah untuk berdagang dan mencari rezeki.605 Antara yang paling berpengaruh dari kelompok ini ialah Kader Mydin Merican(Kapitan Kling) dan juga Mohamed Merican Noordin yang terlibat dalam perniagaan transit sejak 1820-an. Mohamed Merican Noordin merupakan pedagang persendirian yang paling banyak menghantar kargo ke pelabuhan sekitar Nusantara termasuklah Chittagong di Bangladesh, Moulmein dan Arakan di Myanmar, India dan juga China. Laporan tentang kapal-kapal di Pelabuhan Pulau Pinang yang tersiar dalam akhbar Penang Gazette Straits Chronicle (PGSC) pada 1830-an hingga 1850-an sering mencatatkan nama Mohamed Noordin Merican sebagai consigner. Kegiatan perniagaan ini diteruskan oleh anak-anak selepas kematiannya pada tahun 1870. Selain daripada perniagaan kain dan tekstil, masyarakat ini juga turut menjalankan kegiatan perdagangan dan perniagaan yang lain antaranya seperti runcit606 , perniagaan barang kemas, perkhidmatan tongkang serta pembekal buruh. Contohnya seperti H. H. Abdoolcader yang terlibat dalam perkhidmatan guaman, Abdul Latif Haji Tayoob sebagai pebiaga beras dan Ahmed Sah Rather serta O. M. Noordin pembeli dan pembekal beras. Soetan Mohd. Isa pula merupakan individu yang terlibat di dalam perniagaan imprt dan eksport getah, kelapa, lada hitam, minyak dan lain-lain. Premis perniagaan Mohd Issa & Sons ini terletak di Lebuh Acheh. M. S. Merican pula merupakan broker pinjaman yang membuka premis perniagaan di no 167, Chulia Street. Contoh masyarakat ini yang turut menjalankan aktiviti perdagangan dan perniagaan adalah A. Mohamed Rawther yang menjalankan aktiviti sebagai pembekal buruh dan juga agen pemunggahan barang dari kapal ke kapal. 605 Temubual Abdul Malik bin Meera Hussain, di rumahnya pada 6 Februari 2015. 606 Ibid.
  • 254.
    254 Jika kita lihat,agak ramai masyarakat India Muslim ini yang menjalankan kegiatan perdagangan berkaitan dengan kapal dan pelabuhan adalah disebabkan yang pertama sudah sememangnya latar belakang mereka ini adalah sebagai pedagang dan juga kerana Pulau Pinang merupakan sebuah pelabuhan entrepot yang terpenting di sepanjang Selat Melaka pada penghujung kurun ke 19. Di samping itu, terdapat juga di dalam kalangan masyarakat India Muslim ini yang menjalankan dan memiliki perniagaan buku dan alat tulis. Contohnya seperti S. M. S. Khater Sahib yang mempunyai sebuah syarikat bernama Naveena Katha Vasaga Book di Chulia Street. Perniagaan barang kemas juga turut dijalankan oleh India Muslim contohnya seperti S. M. Aided yang terletak di Lebuh Acheh, M. Hamid Shaik di Chulia Street yang turut menjalankan perniagaan pertukaran wang asing dan Fancy Goods Store yang mana kadang kala menjadi pembekal kepada barang-barang sulaman. Seperti yang dikatakan sebelum ini, bidang perniagaan yang melibatkan kain dan tekstil merupakan antara kegiatan yang sangat giat dan mempunyai sambutan yang menggalakkan dari masyarakat India Muslim ini. Antara peniaga yang terkenal ialah sepeti syarikat S. E. S. Abdul Karim & Co yang terlibat dalam mengimport kain pelikat serta premis milik Abdullah dan Jaafar Rawa yang terletak di Chulia Street. Sheikh Mohamed Badjenid bin Sheikh Ahmad Badjenid juga melibatkan dirinya di dalam perniagaan kain dan juga rempah. Seorang lagi yang turut giat dalam menjalankan kegiatan import dan eksport ini adalah Kader Saiboo Merican yang memiliki gedung perniagaan bernama Kader Saiboo Traders. Beliau telah menjalankan aktiviti perniagaan ini semenjak dari negara asalnya dahulu iaitu India.607 Perniagaan ini merupakan perniagaan keluarga yang mana seterusnya dipegang oleh anak-anaknya iaitu Dalbadal Merican, Yahya Merican dan juga akaria Merican. Semasa perniagaan keluarga ini mengalami kemerosotan, masih terdapat salah seorang dari mereka iaitu Mohammad Naina Merican yang masih menunjukkan minatnya di dalam perniagaan. Beliau yang dilahirkan pada 1890 di Pulau Pinang menjalankan perniagaan sambilan berasaskan makanan seperti mentega, jem dan lain-lain. Beralih pada masa kini, kegiatan masyarakat India Muslim lebih bertumpu kepada perniagaan makanan atau restoran yang memberikan pengkhususan restoran tersebut kepada makanan nasi kandar. Nasi kandar sebenarnya telah wujud sejak aman kedatangan mereka ke sini. Resipi nasi kandar diilhamkan oleh golongan India Muslim atau mamak. Berdasarkan sejarah, pedagang India Muslim dari wilayah-wilayah selatan India seperti Malabar datang ke Tanah Melayu pada kurun ke-16. Mereka mencipta resipi nasi kandar dengan berpuluh-puluh jenis rempah dan menyesuaikannya dengan persekitaran di Tanah Melayu.608 607 Kebanyakan masyarakat di India Selatan menjalankan aktiviti menenun kain 608 Abdul Malik bin Meera Hussain menyatakan bahawa ibunya serta golongan wanita India Muslim yang tinggal di kawasan Kedah Road melakukan dan mengambil upah untuk menggiling rempah atau masala yang digunakan di dalam masakan nasi kandar.
  • 255.
    255 Nasi kandar padazaman awal cuma dihidangkan pada waktu pagi dan gelaran kandar kekal hingga kini sempena gaya penjual dekad 1930-an mengandar bakul atau raga yang mengandungi nasi dan lauk dengan sebatang kayu tebal. Dengan kaedah itu, mereka merentasi pekan dan kampung menjaja makanan tersebut. Pada peringkat awal, nasi dihidangkan bersama lauk daging masak kicap, telur rebus dan bendi rebus sebagai sarapan pagi. Namun demikian, perniagaan yang lain-lain seperti contoh yang diberikan sebentar tadi masih berjalan seperti biasa. Anggaran kaum India Muslim yang menjalankan kegiatan ekonomi seperti berniaga restoran adalah sebanyak 37 500 buah. Anggaran ini hanya melibatkan perniagaan makanan sahaja dan tidak termasuk perniagaan lain.609 5.0 Adat Resam Tidak lengkap sistem sosial sesebuah komuniti atau kelompok masyarakat itu tanpa menyentuh dan mengetahui berkenaan dengan sistem pendidikan mereka serta adat resam yang diamalkan oleh mereka. Kebanyakan adat resam dan cara hidup masyarakat ini adalah sama dengan masyarakat Islam yang lain. Cuma terdapat sedikit perbezaan yang berlaku disebabkan oleh mereka ini merupakan masyarakat pendatang dan bukannya masyarakat asal di Tanah Melayu( Malaysia). Kita lihat dari aspek perkahwinan, yang mana masyarakat India Muslim ini melakukan beberapa proses seperti merisik, meminang, akad nikah dan juga persandingan. Meminang bermaksud pihak keluarga lelaki atau wakilnya menyuarakan hasrat untuk mengahwini seseorang wanita. Peminangan dalam Islam adalah merupakan satu proses untuk mencari dan mendapat persetujuan seorang wanita untuk dikahwini. Abd. Kadir (2002) mengatakan bahawa seorang wanita berhak menerima pinangan jika dia bersetuju. Tiada perbezaan ketara yang dapat kita lihat di dalam adat meminang di antara masyarakat India Muslim dengan masyarakat Melayu Islam cumanya terdapat sedikit budaya yang mana upacara menyarung cincin dan ’suap gula’ akan dilakukan oleh ibu pihak lelaki kepada gadis yang bakal menjadi menantu mereka. Diikuti tradisi ahli keluarga lelaki menyuapkan gula dan susu ke mulut bakal pengantin wanita. Sohaimi (2007), mengatakan bahawa dipercayai perbuatan menyuapkan sedikit gula ke dalam mulut gadis bertujuan untuk kemanisan dalam alam perkahwinan serta sebagai tanda gadis tersebut sudah berpunya.610 609 Konggres India Muslim Malaysia, 2011. 610 Sohaimi Abdul Aziz , 2007.Dari Tanjung Penaga ke George Town: membongkar sejarah negeri Pulau Pinang. Persatuan Karyawan Pulau Pinang Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warian Malaysia.
  • 256.
    256 Adat kedua yangterdapat di dalam perkahwinan masyarakat India Muslim ini adalah adat berinai atau pun dikenali sebagai mehndi. Acara ini melibatkan pengantin perempuan dan pengantin lelaki yang kebiasaanya dilakukan sehari sebelum majlis perkahwinan, diadakan secara berasingan di rumah keluarga masing-masing. Upacara didahulukan di rumah pengantin lelaki dan pengantin perempuan memulakan majlis mehndi sejurus menerima rombongan pengantin lelaki dengan membawa dulang berisi semangkuk inai digunakan bagi menyempurnakan upacara tersebut. Seterusnya wakil pihak lelaki bertandang ke rumah pengantin perempuan, membawa semangkuk inai bersama dulang hantaran, persalinan sari pengantin perempuan, rantai emas dan sebentuk cincin. Majlis akad nikah dilakukan di rumah pengantin perempuan menggunakan khidmat imam mewakili kepada wali pengantin perempuan sebagai jurunikah dan terdapat juga masyarakat menyempurnakan akad nikah dalam masjid bertujuan bagi mengambil berkat. Noriah (2010) mengatakan bahawa selesai akad nikah, upacara membatalkan air sembahyang dilakukan dengan pengantin lelaki menyarungkan cincin ke jari pengantin perempuan, mengalungkan kalungan ‘bungan malei’ dan menyuap susu yang dicampur dengan pisang (pisang dilenyek sehingga lumat) serta mengalungkan ‘thali’ berupa rantai diperbuat daripada manik dan kepingan emas berbentuk buah gandum. ‘thali’ atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan. 611 Pada ‘thali’ itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Adat penyediaan ‘thali’ ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat ‘thali’ Ini adalah untuk memastikan tukang ‘thali’ mengetahui hari yang sesuai untuk membuatnya. Mereka menyarungkan ‘thali’pada pengantin perempuan semasa majlis akad nikah berlangsung. Namun, sekarang ‘thali’ tersebut digantikan dengan rantai manik gandum supaya tidak menampakkannya bertentangan dengan ajaran agama Islam. tetapi simboliknya tetap sama iaitu merupakan lambang suci perkahwinan. Mereka menukarkan thali itu kepada bentuk rantai emas supaya tidak menyamai niat pemakaian thali itu sebagai simbol tuah dan kesucian dalam hubungan sesebuah perkahwinan. Atchatai iaitu beras yang dicampur kunyit serta bunga disusun di atasnya ditaburkan ke atas pengantin sebagai tanda restu. Seterusnya pengantin bertukar kalungan bunga malei dipakai sebanyak tiga kali. ‘Bunga malei’ sebagai alat menyampaikan niat masing-masing dan simbol kesejahteraan serta kebahagiaan rumahtangga. Istilah malei’ membawa maksud kalungan pelbagai jenis bunga seperti bunga mawar, orkid dan melur diikat menggunakan tali. Mereka mengganggap bunga malai sebagai simbolik untuk kebahagiaan dalam perkahwinan. Pengantin diraikan dengan paluan kompang dan keluarga berkemampuan mengarak pengantin dengan menaiki kuda yang dihiaskan indah. Bersanding merupakan kemuncak dalam adat perkahwinan. Pengantin diandam oleh mak andam dengan menggunakan adunan barangan sepinggan beras, sebiji kelapa, minyak wangi, buah limau purut, bekas bara dan beberapa helai daun sirih. Tempat bara dicampurkan dengan kemenyan 611 Noriah Mohamed, 2010. Daripada Jawi Peranakan kepada Melayu: Tinjauan Terhadap Komuniti Jawi Peranakan di Pulau Pinang Pada Abad Ke-21. International Journal of the Malay World and Civilization (SARI), (2): 63-82.
  • 257.
    257 digunakan untuk mengasapwajah pengantin perempuan bagi membuang sial majal. Sohaimi (2007) mengatakan bahawa mandi limau dipercayai dapat mengelak kejadian buruk, sewaktu majlis bersanding berlangsung. Untuk kelihatan lebih cantik, dibuang bulu kening dan bulu roma serta dipakai pelbagai barang kemas melambangkan kekayaan seseorang. Sewaktu pengantin disandingkan, upacara menepung tawar disempurnakan oleh keluarga pengantin perempuan dan pengantin lelaki. Aktiviti menepung tawar dilengkapi adat bersuap-suapan dengan sedikit nasi kunyit diletakkan pada jari pengantin perempuan dan disuapkan ke mulut pengantin lelaki dan dilakukan juga kepada pengantin perempuan. Masyarakat ini juga memakai barang kemas sewaktu menghadiri majlis perkahwinan. Barang kemas melambangkan kemewahan seseorang. Dipercayai orang memakai barang kemas disambut lebih keistimewaan berbanding orang kurang memakai barang kemas. Ada yang menggadai tanah, hutang wang atau memimjam barang kemas kepada orang lain untuk menghadiri sesuatu majlis perkahwinan. Wanita tidak akan menghadiri majlis perkahwinan kerana tidak mahu menanggung malu walaupun majlis perkahwinan itu dianjurkan oleh ahli keluarga yang terdekat. Setelah meneliti kepada semua adat dan budaya masyarakat India Muslim ini dari sudut perkahwinan khususnya, dapat kita simpulkan bahawa mereka masih berpegang teguh kepada dan meresapi budaya dan adat kaum India dan negara asal mereka walaupun telah lama menetap di negara ini. 6.0 Sektor Pendidikan Seterusnya kita lihat pula kepada sistem pendidikan masyarakat India Muslim ini. Dalam perkembangan pendidikan Islam, kaum ini merupakan antara kumpulan pertama yang membina sekolah-sekolah pondok dan madrasah di kawasan pinggiran bandar seperti Jelutong dan Gelugor untuk menandingi perkembangan pendidikan Islam di kampung-kampung Melayu seperti Bayan Lepas dan Nibong Tebal. Pendidikan asas mereka dalam agama Islam dan penguasaan bahasa Melayu, Tamil dan Arab membolehkan mereka menjadi guru dan pendidik yang berpengaruh di kawasan-kawasan tersebut. Kepimpinan mereka yang dinamik terbukti dalam usaha-usaha awal untuk memperkembangan kurikulum sekolah agama di bandar Georgetown dengan mata pelajaran bahasa Inggeris dan Tamil. Sekolah- sekolah tersebut dibiayai oleh derma yang dihulurkan oleh komuniti India Muslim. Antara sekolah terawal yang dibuka adalah seperti Sekolah Hidayatullah yang menggunakan bahasa Tamil dan Inggeris sebagai bahasa perantaraan mereka612 dan salah seorang tokoh yang terkenal pada masa tersebut ialah Sheikh 612 Temubual Abdul Malik bin Meera Hussain di rumahnya pada 6 Februari 2015.
  • 258.
    258 Omar Basheer yangturut menjadi individu yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan konflik persatuan kongsi gelap yang berlaku pada tahun 1867.613 Sebagai masyarakat yang berpendapatan tinggi dan mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Inggeris seperti Penang Free School, kaum Jawi Peranakan mendahului orang Melayu luar bandar yang lambat menerima pengaruh pendidikan tersebut. Berbanding dengan orang Melayu asli yang kurang senang menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah mubaligh Kristian, kaum ini menunjukkan sikap yang pragmatik dan terbuka terhadap pengaruh persekitaraan seperti pendidikan yang akan menguntungkan mereka. Kelebihan kaum India Muslim pada peringkat awal perkembangan pendidikan negara ialah pendidikan mereka dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang membuka peluang bagi mereka memasuki pentadbiran penjajah Inggeris sebagai kerani mahkamah, juru bahasa dan pegawai tanah dan selepas kemerdekaan sebagai pegawai kerajaan persekutuan. Mereka juga merupakan kumpulan pertama yang menerokai bidang pendidikan dan profesional sebagai guru dan pensyarah di sekolah- sekolah Inggeris dan maktab perguruan. Contoh masyarakat India Muslim yang menjadi jurubahasa semasa di bawah pentadbiran British adalah Muhammad Ibrahim Munsyi. Nama Munsyi yang terdapat pada nama beliau itu merupakan satu gelaran yang bermaksud perantara614 . Bagi masyarakat India Muslim ini juga, mereka telah menubuhkan satu persatuan yang mana bertujuan untuk menjaga keselamatan dan juga kebajikan masyarakat memandangkan mereka merupakan kaum pendatang ke Tanah Melayu. Persatuan ini mendapat dana mereka hasil dari sumbangan dan kutipan yang dijalankan dalam lingkungan masyarakat mereka. Persatuan pertama yang ditubuhkan adalah Indian Muslim Pulau Pinang yang betujuan untuk menjaga kebajikan dan pendidikan kaum ini.615 Pada masa sekarang juga, kita dapat lihat persatuan semacam ini masih wujud dan salah satu daripadanya adalah Persatuan Muslim Tanjung (PELITA). Persatuan ini ditubuhkan bertujuan sama seperti yang sebelum ini iaitu untuk menjaga kebajikan kaum mereka. Persatuan ini banyak melakukan kerja-kera amal yang melibatkan kaum India Muslim dan rata-rata dari masyarakat India Muslim yang berada di Pulau Pinang ini merupakan ahli kelab kepada persatuan. Secara keseluruhannya dapat dikatakan di sini bahawa kaum India telah mempunyai hubungan dengan Tanah Melayu sejak dari abad ke 15 dan tujuan mereka datang ke sini adalah untuk aktiviti perdagangan. Namun disebabkan oleh beberapa faktor yang lain membuatkan masyarakat India khususnya yang beragama Islam datang dan menetap di Tanah Melayu. 613 Contoh surat akuan ini terdapat dalam buku catatan tokoh agama itu yang dipamerkan di Muzium Negeri Pulau Pinang di bawah tajuk "Buku Catatan Peribadi Sheikh Omar Basheer Dengan Rujukan Terhadap Rusuhan di Pulau Pinang Pada Tahun 1867." 614 Temubual Mohamed Nasir Mohideen, Pengerusi Persatuan Muslim Tanjung(PELITA) di rumahnya pada 28 Februari 2015 615 Temubual Abdul Malik bin Meera Hussain di rumahnya pada 6 Februari 2015.
  • 259.
    259 Kedatangan mereka secaraberamai-ramai sekaligus menjadikan masyarakat mereka menjadi salah sebuah kaum minoriti yang terdapat di Pulau Pinang. Pemilihan Pulau Pinang sebagai salah sebuah negeri pilihan mereka disebabkan oleh kedudukan Pulau Pinang pada masa tersebut yang menjadi salah sebuah pelabuhan terkenal selepas Melaka ditutup kepada pedagang Islam. Bermula dari situ, masyarakat ini sedikit demi sedikit meneruskan kehidupan mereka dengan melakukan kegiatan seperti berniaga dan sebagainya dan ada di dalam kalangan mereka yang berjaya di dalam perniagaan masing-masing disebabkan oleh latar belakang mereka sememangnya sebagai pedagang. Oleh yang demikian, jelaslah di sini bahawa sejarah masyarakat India Muslim yang bertapak di Pulau Pinang ini khususnya bertitik tolak dari faktor penolak dari negara asal dan juga faktor penarik yang terdapat di Tanah Melayu. 7.0 Kesimpulan Berdasarkan fakta, dapat kita faham bahawa kedatangan kaum India Muslim ke Pulau Pinang telah pun bermula sejak dari awal abad yang lalu. Perbezaan jelas yang turut boleh kita perhatikan antara kaum India dengan India Muslim ialah, kaum India yang datang berhijrah ke Tanah Melayu pada satu masa dulu melibatkan diri mereka sebagai pekerja buruh ladang dan juga estet manakala kaum India Muslim pula melibatkan diri mereka dalam bidang perniagaan seperti makanan, emas, buku dan majalah serta perniagaan pertukaran wang. Status Pulau Pinang pada masa dulu sebagai pelabuhan bebas juga telah mendorong kepada kedatangan kaum India Muslim ini. Oleh yang demikian, adalah jelas membuktikan bahawa kelompok India Muslim berada di negeri ini disebabkan adanya peluang pekerjaan yang banyak.
  • 260.
    260 Rujukan 1. Abd. KadirHj. Abdullah Hassan, (2002). Perkahwinan dalam Islam. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers. 2. Arasaratnam, Sinnappah, 1980. Indians in Malaysia and Singapore. Oxford UniversityPress 3. D. G. E. Hall,(1987). Sejarah Awal Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Halimi, Ahmad Jelani, 1998. Perdagangan dan pedagang Islam di Kedah pada abad ke-17 dan 18M: satu tinjauan. In Islam di Kedah Darul Aman, Eds., Salleh, Md. Noorand Abdul Halim Salleh. Kedah: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah DarulAman. 5. Hanapi Dollah, (1984). Politik Dan Budaya India Muslim di Pulau Pinang: Satu Persoalan Teoritis Ethnisiti Dalam Malaysia Masa Kini, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. 6. Helen Fujimoto, (1988). The South India Muslim Community and the evolution of the Jawi Peranakan in Penang up to 1948. 7. John Cameron, (1965). Our Tropical Possessions in Malayan Indian, Kuala Lumpur. Oxford University Press. 8. Khoo Salma Nasution 1996. “The Chulias” dalam Conversation Study of The KapitanKeling Mosque, Australia: South Australia Heritage Consultants and Contractors. 9. M. Rajantheran & S. Manimaran, (1994). Adat dan Pantang Larang Orang India. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 10. Yusoff, Omar and Noriah Mohamed, 2010. Daripada Jawi Peranakan kepada Melayu:Tinjauan Terhadap Komuniti Jawi Peranakan di Pulau Pinang Pada Abad Ke-21.International Journal of the Malay World and Civilization (SARI), (2). Temubual 1. Abdul Malik bin Meera Hussain merupakan salah seorang dari generasi ketiga yang berhijrah dari India Selatan. Temubual pada rumahnya pada 6 Februari 2015. 2. Mohamed Nasir Mohideen, Pengerusi Persatuan Muslim Tanjung (PELITA) di rumahnya pada 28 Februari 2015.
  • 261.
    261 SEJARAH PENANAMAN TEMBAKAUDI DAERAH BACHOK, KELANTAN. MOHAMAD AMIRUL HATTA BIN MD MOKHTAR 1.0 PENDAHULUAN Industri tembakau jenis virginia telah bermula di Tanah Melayu setelah percubaan penanamannya didapati sesuai pada tahun 1931 di Ladang Penyelidikan Kerajaan, Serdang, Selangor. Meskipun begitu, perkembangan industri ini agak perlahan disebabkan berlakunya Perang Dunia Kedua. Selepas Perang Dunia Kedua tamat, usaha untuk meningkatkan kegiatan tanaman tembakau telah dilaksanakan secara aktif bermula pada tahun 1960. Di pertengahan 1970-an pula penanaman tembakau berkembang maju iaitu dengan Kelantan (60%), Terengganu (11%), Kedah (5%), Perlis (4%), Pahang (2%) dan lain-lainnya di negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.616 Justeru, penulisan sejarah ini akan memberi fokus kepada sejarah industri tembakau di daerah Bachok, Kelantan. Hal ini kerana daerah tersebut merupakan penyumbang tertinggi kepada pengeluaran tembakau di Malaysia. Penulisan ini akan memaparkan sejarah awal penanaman tembakau di daerah Bachok, kebergantungan masyarakat setempat terhadap penanaman tembakau, krisis dan impak penutupan penanaman tembakau dan penggantian tanaman kenaf menggantikan tanaman tembakau. Kesimpulannya, penulisan ini akan memaparkan sejarah kegiatan penanaman tembakau di Bachok. 2.0 SEJARAH AWAL INDUSTRI TANAMAN TEMBAKAU DI DAERAH BACHOK. Penanaman tembakau di Tanah Melayu telah diperkenalkan oleh pedagang British sebelum Perang Dunia Kedua. Di daerah Bachok, tanaman tembakau ini mula bergiat aktif pada tahun 1960. Meskipun begitu, kegiatan penanaman tembakau pada ketika itu menghadapi masalah disebabkan oleh pengurusan syarikat-syarikat swasta yang tidak sistematik. Situasi ini menyebabkan berlakunya huru-hara dalam kalangan penanam tembakau.617 Rentetan daripada masalah tersebut, kerajaan Malaysia telah menubuhkan Lembaga Tembakau Negara (kini dikenali sebagai Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara) pada tahun 1973.618 Kesannya, pengurusan tembakau di daerah Bachok dan daerah-daerah lain menjadi 616 Jenis tembakau yang utama ialah Nicotina Tabacum. Keluaran tembakau yang lain termasuklah tembakau hisap, tembakau songel atau tembakau sugi dan tembakau sedut. Daun tembakau pula dibahagikan kepada lapan gred. Gred daun tembakau yang kurang baik akan digunakan untuk membuat racun serangga. Tangkai dan batangnya pula akan dijadikan ramuan sesetengah jenis baja. Rujuk Mohd.Fakhri Mohammad Noor. (2014). Buletin LKTN Edisi 3/2014. Kelantan: Penerbitan LKTN. hlm 5. 617 Temu bual bersama Tn Hj Hamidoon Bin Mohd Sharif, Pegawai Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Pada 14 Mac 2016. 618 LTN pada ketika itu berperanan sebagai satu lembaga yang menjadi orang tengah atau perantaraan antara penanam tembakau, pengawet dan syarikat pemprosesan tembakau yang menjadi bahan asas kepada industri penghasilan rokok. Temu bual bersama Tn Hj Hamidoon Bin Mohd Sharif, Pegawai Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Pada 14 Mac 2016.
  • 262.
    262 lebih teratur sertamemberi keuntungan kepada penanam, syarikat pengawetan dan syarikat pemprosesan tembakau. Penanaman tembakau ini merupakan jenis tanaman bermusim. Kebiasaannya, biji benih akan disemai pada musim dingin iaitu sekitar bulan Disember dan akan dituai pada musim bunga iaitu bulan Mac. Tumbuhan ini boleh membesar antara 15 sentimeter hingga 20 sentimeter dalam 8 minggu hingga 12 minggu. Tembakau akan dituai apabila mencecah usia matang iaitu apabila mencapai ketinggian kira-kira 1.0 meter hingga 1.9 meter. Pada ketinggian ini, sebatang pokok tembakau berupaya menghasilkan kira-kira 20 helai daun tembakau yang bersaiz 30 sentimeter hingga 40 sentimeter lebar. Daun tembakau yang telah matang akan dipetik untuk digredkan. Setiap gred daun tembakau mempunyai nilaian atau harga yang berbeza-beza. Selain itu, British American Tobacco (BAT), Philip Morris (M) Sdn Bhd dan JT International (JTI) merupakan pengilang rokok utama yang terlibat dalam pembelian tembakau yang telah diawet semenjak tahun 1973 hingga 2013. Buktinya, syarikat British American Tobacco (BAT) merupakan pembeli tertinggi tembakau diawet di daerah Bachok dari tahun 1999 sehingga 2003, iaitu sebanyak 56.9% (1999), 67.0% (2000), 68.19% (2001), 67.33% (2002) dan 68.56% (2003).619 Selain daripada tiga syarikat utama tersebut, terdapat juga syarikat pemprosesan lain seperti Aneka Karya Sdn Bhd, Loo Num Hung, Hazorich (M) Sdn Bhd, Tai Chong Tobacco Co. dan Malaysian Tobacco Company (MTC). Ini membuktikan bahawa kawasan Bachok merupakan pengeluar terbesar daun tembakau pada masa dahulu. Lembaga Tembakau Negara (LTN) merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan hak-hak penanam tembakau terjamin. LTN ditubuhkan pada 8 Oktober 1973 sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan mengikut Akta Lembaga Tembakau Negara (Perbadanan) 1973 [Akta 111]. Walaubagaimanapun, terdapat perubahan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan berhubung Akta 111 tersebut.620 Pada tahun 2010, Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 [Akta 692] telah dikuatkuasakan bermula 1 April 2010.621 Pelaksanaan Akta 692 telah memansuhkan Akta Lembaga Tembakau Negara (Perbadanan) 1973 [Akta 111] serentak dengan pembubaran LTN yang digantikan dengan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). Kesimpulannya, Bachok merupakan kawasan utama yang menyumbang kepada penghasilan dan pengeluaran tembakau tertinggi di Malaysia pada masa dahulu. Penanaman tembakau merupakan sumber pendapatan utama yang menjadi pilihan masyarakat setempat. Penubuhan Lembaga Tembakau Negara (kini dikenali sebagai Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara) dilihat membantu kepada perkembangan dan kepesatan kegiatan penanam tembakau di Bachok. Kesannya, pelbagai 619 Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Senarai Peratusan Pembelian Tembakau Di Awet Tahun 2003. 620 Perubahan Akta 111 kepada Akta 692 disebabkan oleh polisi kerajaan untuk memperkenalkan penanaman kenaf sebagai tanaman ganti bagi menggantikan tanaman tembakau di seluruh Malaysia. Perubahan ini juga berkaitrapat dengan krisis yang dihadapi oleh penanam-penanam tembakau bermula tahun 2008 seperti kesan Kempen Tak Nak Merokok, ASEAN Free Trade Area (AFTA) dan Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC). Rujuk laman web rasmi LKTN di www.lktn.gov.my. Diakses pada 15 Mac 2016. 621 Perubahan LTN kepada LKTN mengikut Akta 692 bertujuan bagi mengadakan peruntukan yang lebih baik dalam industri kenaf dan industri tembakau. Rujuk laman web rasmi LKTN di www.lktn.gov.my Diakses pada 15 Mac 2016.
  • 263.
    263 pengilang rokok membelitembakau yang dihasilkan di Bachok kerana keupayaannya untuk menghasilkan daun tembakau yang banyak disamping mutu tanamannya yang berkualiti tinggi. 3.0 KEBERGANTUNGAN MASYARAKAT DI BACHOK TERHADAP INDUSTRI TANAMAN TEMBAKAU. Perkembangan dan kepesatan kegiatan penanaman tembakau di daerah Bachok telah memberi kesan yang baik kepada penduduk setempat khususnya penanam tembakau. Hal ini disebabkan oleh daya pengeluaran hasil tembakau yang tertinggi dalam negeri Kelantan adalah daripada daerah Bachok. Rentetan itu, pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh pihak kerajaan Malaysia menerusi LTN bagi membantu penanam-penanam tembakau untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran. Inisiatif kerajaan ini termasuklah bantuan dalam bentuk kewangan, baja atau biji benih serta pelaksanaan sistem kuota yang berupaya menjamin pendapatan penanam-penanam tembakau di daerah Bachok. Menerusi pelaksanaan sistem kuota, setiap daerah yang terlibat dalam penanaman tembakau akan menerima agihan kuota. Agihan kuota ini adalah berdasarkan kepada permintaan daripada pihak pengilang rokok dan mengambil kira keupayaan pengeluaran yang boleh dihasilkan dalam satu-satu daerah. Berdasarkan rekod keluasan tanaman mengikut daerah di negeri Kelantan, pada tahun 2010, daerah Bachok mempunyai keluasan tanaman sebanyak 1,664 hektar tanah. Dengan keluasan tanaman ini, Bachok menerima agihan kuota pengeluaran daun tembakau sebanyak 1.5 juta kilogram. Jumlah pengeluaran ini adalah separuh daripada kuota pengeluaran tembakau bagi negeri Kelantan.622 Kesannya, hasil penjualan daun tembakau tersebut yang bernilai RM 21 juta ringgit akan diagihkan kepada setiap individu yang terlibat. Maka dengan itu, sumber pendapatan penduduk Bachok adalah lebih terjamin melalui pelaksanaan sistem kuota dalam kegiatan tanaman tembakau. Selain itu, meskipun pada tahun 2008 kerajaan Malaysia telah memperkenalkan penanaman kenaf sebagai tanaman ganti tembakau, namun bilangan penanam tembakau di daerah Bachok masih lagi yang tertinggi berbanding daerah-daerah lain di negeri Kelantan. Buktinya, rekod bilangan penanam tembakau di Kelantan pada tahun 2009 menunjukkan bilangan penanam tembakau pendaftar di daerah Bachok ialah seramai 1,251 yakni 45.4% daripada jumlah keseluruhan penanam tembakau di negeri Kelantan.623 Ini membuktikan bahawa, penanaman tembakau sememangnya giat dijalankan di daerah Bachok dan berupaya menjana pendapatan lumayan kepada penduduk setempat berbanding tanaman lain. 622 Pada tahun 2010, keluasan tanaman di daerah Bachok ialah 1,664 hektar, manakala daerah Kota Bharu seluas 90 hektar, Machang 20 hektar, Pasir Mas 117 hektar, Tanah Merah 3 hektar, Tumpat 289 hektar dan Pasir Puteh 1,001 hektar. Jumlah keseluruhan keluasan tanaman di Kelantan pada tahun 2010 ialah seluas 3,184 hektar. Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara : Bahagian Keluasan Tanaman Tembakau 2010 623 Pada tahun 2009, bilangan penanam di daerah Bachok ialah 1,251 orang manakala daerah Kota Bharu seramai 238 orang, Pasir Puteh seramai 696 orang, dan Machang seramai 136 orang. Jumlah keseluruhan penanam tembakau di Kelantan pada tahun 2009 ialah seramai 2,757 orang. Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Bilangan Penanam Tembakau 2010.
  • 264.
    264 Bahkan, penduduk setempatjuga berupaya melibatkan diri sebagai pengawet tembakau atau bekerja di rumah awet.624 Misalnya, penanam tembakau yang berpotensi akan diberikan pendedahan berkaitan proses mengawet tembakau. Dengan cara ini, mereka boleh menanam dan mengawet tembakau. Kelompok ini dikategorikan sebagai penanam pengawet. Justeru, penanam pengawet akan mendapat keuntungan yang lebih tinggi kerana mereka boleh menanam dan mengawet tembakau sebelum dihantar ke syarikat pemprosesan. Buktinya, menurut rekod bilangan penanam pengawet di daerah Bachok seramai 757 orang penanam pengawet bergiat pada tahun 2004. Jumlah ini meningkat kepada 764 orang pada tahun 2005. Ini membuktikan bahawa sumber pendapatan masyarakat di daerah Bachok bergantung kepada kegiatan industri tembakau. Seterusnya, pembukaan rumah awet di Bachok juga memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Buktinya, menurut rekod perangkaan yang dikeluarkan oleh LTN pada tahun 2004, terdapat 2,209 rumah awet yang dibina di kawasan tersebut. Kesannya, seramai 2,170 orang pekerja diperlukan bagi menguruskan rumah awet tersebut. Manakala, pada tahun 2005 sebanyak 305 rumah awet telah ditambah menjadikan jumlah rumah awet di daerah Bachok sebanyak 2,514.625 Kesan penambahan rumah awet tersebut, jumlah pekerja yang diperlukan juga meningkat. Maka dengan itu, penanaman tembakau di daerah Bachok banyak mempengaruhi sosioekonomi masyarakat setempat. Tambahan pula, penanaman tembakau menjadi tumpuan penduduk setempat turut dipengaruhi oleh kestabilan harga purata tembakau. Buktinya, purata harga sekilogram tembakau diawet bergred pada tahun 2004 ialah RM 13.89 sekilogram, manakala ada tahun 2005 pula ialah RM 14.50 sekilogram dan tahun 2006 ialah RM 13.43 sekilogram.626 Harga jualan bagi setiap sekilogram tembakau yang telah diawet adalah dikawal oleh Lembaga Tembakau Negara.627 Jelaslah, kegiatan penanaman tembakau banyak mempengaruhi ekonomi dan pendapatan masyarakat di daerah Bachok. Kesimpulannya, industri penanaman tembakau yang giat dijalankan di daerah Bachok mempengaruhi sumber pendapatan masyarakat setempat. Dalam skop yang lebih luas, industri penanaman tembakau di Bachok turut mempengaruhi pembangunan fasiliti di daerah Bachok. Justeru, penduduk di daerah Bachok sangat bergantung kepada penanaman tembakau yang dijalankan sebagai sumber pendapatan utama bagi menampung perbelanjaan harian. Jaminan pulangan yang lumayan hasil penjualan tembakau dan kestabilan harga bagi setiap kilogram tembakau yang dijual merupakan antara 624 Temu ramah bersama Encik Hamzah bin Awang. Beliau merupakan seorang penanam pengawet tembakau di Kampung Tok Dosah. Temu bual pada 14 Mac 2016. 625 Pada tahun 2005, bilangan rumah awet yang dibina di Bachok ialah 2,514 unit yakni 46% daripada jumlah keseluruhan rumah awet yang terdapat di Kelantan. Manakala di Pasir Puteh sebanyak 30.2%, Pasir Mas sebanyak 8.4% dan Tumpat sebanyak 6.8%. Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Bilangan Rumah Awet Tembakau 2005. 626 Rentetan itu, jumlah nilaian hasil jualan tembakau yang diagihkan kepada semua penanam dan pengawet tembakau di daerah Bachok pada tahun 2004 ialah RM 50.1 juta, manakala 2005 ialah RM 44.41 juta, dan 2006 ialah sebanyak RM 32.1 juta. Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Nilai Hasil Jualan Tahunan 2004 dan 2005. 627 Kestabilan harga tembakau ini dapat menjamin pendapatan penanam bagi setiap kali tuaian. Purata harga sekilogram tembakau diawet bergred adalah berbeza mengikut setiap daerah. Di daerah Bachok, harga purata sekilogram tembakau pada tahun 2004 ialah RM 13.89 sekilogram, manakala daerah Kota Bharu ialah RM 14.53, Machang RM 13.07 dan Pasir Mas pula RM 13.07 sekilogram. Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Purata Harga Tembakau Diawet Bergred 2004, 2005 dan 2006
  • 265.
    265 faktor yang menarikminat penduduk setempat untuk terlibat dalam industri penanaman tembakau. Maka dengan itu, penanaman tembakau banyak mempengaruhi tahap sosioekonomi masyarakat Bachok. 4.0 KRISIS PENUTUPAN INDUSTRI TANAMAN TEMBAKAU DAN IMPAKNYA. Kegiatan penanaman tembakau di daerah Bachok mulai terjejas apabila persidangan ASEAN yang diadakan pada tahun 2010 telah memperkenalkan dasar baru yang dikenali sebagai Asean Free Trade Area (AFTA) ataupun Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN.628 Berdasarkan dasar baru yang telah dipersetujui oleh pemimpin negara-negara ASEAN tersebut, sistem perdagangan bebas cukai terhadap beberapa barangan termasuklah tembakau telah diperkenalkan. Pelaksanaan AFTA pada ketika itu telah memberikan impak negatif terhadap penanam dan pengawet tembakau di daerah Bachok. Hal ini kerana, melalui dasar tersebut, pengilang rokok tempatan boleh membeli tembakau dari negara-negara ASEAN yang mengeluarkan tembakau dengan harga yang lebih murah berbanding harga jualan tembakau tempatan. Maka dengan itu, permintaan terhadap tembakau tempatan berkurangan dan menjejaskan pengeluaran tembakau di Bachok. Namun begitu, pada persidangan ASEAN ke-11 yang berlangsung di Phuket, Thailand telah menetapkan agar tembakau dikeluarkan daripada senarai produk yang disenaraikan dalam pelaksanaan AFTA. Menurut Datuk Seri Liow Tion Lai, kesepakatan bagi mengeluarkan tembakau daripada senarai AFTA telah dicapai dan dipersetujui oleh Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN.629 Rentetan daripada itu, harga tembakau di pasaran sedikit tinggi kesan daripada cukai yang dikenakan. Meskipun begitu, kenaikan harga tembakau pada ketika itu tidak memberikan kesan terhadap kuantiti pengeluaran tembakau di Bachok. Hal ini kerana, had pengeluaran tembakau tetap rendah dan ramai penanam tembakau tidak lagi mengusahakan tanaman tembakau. Selain itu, antara krisis lain yang dihadapi oleh penanam tembakau di Bachok ialah Kempen Tak Nak Merokok yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2008. Tujuan pelaksanannya ialah mengurangkan bilangan perokok melalui pelbagai langkah termasuklah pengurangan agihan kuota pengeluaran tembakau. Buktinya, berdasarkan rekod agihan had pengeluaran tembakau bergred bagi negeri Kelantan pada tahun 2011 ialah 2.99 juta kilogram sahaja berbanding tahun 2010 iaitu sebanyak 3.36 juta kilogram. Pengurangan had pengeluaran ini sudah pasti menjejaskan pengeluaran tembakau di Bachok kerana daerah tersebut merupakan penyumbang terbesar kepada pengeluaran tembakau di negeri Kelantan. Namun begitu, dari satu sudut yang lain, pelaksanaan Kempen Tak Nak Merokok oleh kerajaan Malaysia merupakan bukti bahawa kerajaan Malaysia sangat komited terhadap Rangka Kerja 628 Perjanjian AFTA melibatkan negara-negara ASEAN iaitu Brunei, Indonesia,Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Loas. Perjanjian ini adalah berkaitan perdagangan bebas melibatkan hasil pengeluaran tempatan semua negara terlibat. Rujuk laman web www.wikipedia/Kawasan_Perdagangan_Bebas_ASEAN 629 Rujuk keratan akhbar Utusan Malaysa pada tarikh 9 Julai 2015
  • 266.
    266 Kawalan Tembakau (FCTC)yang diperkenalkan oleh World Health Organization (WHO). Rangka kerja ini bertujuan untuk menegakkan hak bagi kaum wanita untuk mendapatkan kualiti hidup dan taraf kesihatan yang tinggi melalui pengurangan pengambilan rokok ataupun apa jua bentuk produk yang berasaskan tembakau.630 Dengan adanya rangka kerja ini, masyarakat dunia diberikan pendedahan mengenai bahayanya rokok kepada penghisap rokok dan penghidu asap rokok khusunya kaum tua dan wanita mengandung. Maka dengan itu, pelancaran rangka kerja ini telah memberikan impak terhadap pengurangan pengeluaran hasil tembakau di Malaysia. Rentetan daripada krisis-krisis tersebut, kegiatan penanaman tembakau di Bachok turut terjejas. Menurut rekod keluasan tanaman bagi tujuan penanaman tembakau, mencatatkan keluasan tanaman pada tahun 2011 ialah 2,132 hektar manakala pada tahun 2012 pula ialah hanya 1,175 hektar. Pengurangan sebanyak 975 hektar kawasan penanaman tembakau memberikan kesan terhadap daya pengeluaran.631 Kesannya, jumlah pendapatan yang diperoleh oleh penanam tembakau juga akan berkurangan. Hal ini disebabkan oleh, tanaman lain tidak mampu menandingi pulangan lumayan melalui jualan hasil tanaman tembakau. Bahkan, penjualan tembakau juga mempunyai kestabilan harga yang tetap dan terjamin. Jaminan ini menyebabkan penanam tembakau tidak perlu runsing berkaitan hasil pendapatan yang diperoleh melalui penjualan tembakau. Tidak dinafikan, pelaksanaan projek integrasi tanaman yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia berupaya menggantikan tanaman tembakau.632 Namun begitu, penanam yang terlibat menghadapi masalah dari segi permintaan terhadap hasil tanaman tersebut. Hal ini kerana, tiada sistem kuota yang digunakan berbanding tanaman tembakau. Misalnya, jika penanam tembakau beralih kepada penanaman tembikai, mereka perlu bersaing bagi memasarkan hasil tanaman mereka berbeza dengan industri penanaman tembakau, iaitu penanam tidak perlu berusaha untuk memasarkan hasil tanaman tembakau. Keadaan ini menyebabkan berlakunya masalah pasaran tidak seimbang apabila penawaran melebihi permintaan. Masalah ini mendorong kepada ketidakstabilan harga jualan bagi tanaman tersebut. Selain itu, menurut Tuan Haji Hamidoon, Pegawai Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara cawangan Bachok menjelaskan bahawa penanaman tanaman seperti pisang, tembikai, tebu dan cili kurang sesuai di daerah Bachok kerana kedudukannya di persisiran pantai dan mempunyai tanih jenis tanih beris.633 Faktor ini mendorong kepada daya pengeluaran yang minimum. Buktinya, rekod pengeluaran tanaman integrasi tanaman jagung bagi keseluruhan negeri Kelantan pada tahun 2012 hanya mendatangkan pulangan sebanyak RM 156,000 setahun.634 Berbanding hasil jualan tembakau 630 Rujuk petikan “… to reaffirm the right of all women and young girls to the highest standard of health by reducing the increase in smoking and other forms of tobacco consumtion…” Laman sesawang www.who.int/fctc/mediacentre.com.my 631 Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Keluasan Tanaman Tembakau 2011 dan 2012. 632 Tanaman integrasi ialah jagung, tembikai, ubi kayu, misai kucing, pisang, cili, cendawan, ubi keledek dan labu. Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara : Bahagian Projek Integrasi Tanaman, 2012. 633 Temu bual bersama Tn Hj Hamidoon Bin Mohd Sharif, Pegawai Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Pada 14 Mac 2016. 634 Tanaman jagung ini melibatkan 61 orang penanam dan keluasan tanaman berhasil seluas 70 hektar. Hasil pengeluaran adalah sebanyak 86.7 tan. Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara : Bahagian Projek Integrasi Tanaman, 2012.
  • 267.
    267 pada tahun 2009bagi keseluruhan negeri Kelantan ialah RM 28.4 juta. Perbezaan pendapatan yang diperoleh penanam sememangnya menjejaskan kualiti kehidupan masyarakat di daerah Bachok. Di samping itu, dari segi sumber tenaga, bilangan penanam tembakau di daerah Bachok juga telah berkurangan secara mendadak. Buktinya pada tahun 2012, seramai 706 orang penanam tembakau berdaftar direkodkan manakala pada tahun 2013 pula hanya 119 orang.635 Pengurangan dari segi jumlah guna tenaga kerja juga direkodkan dalam bahagian pengawetan. Menurut rekod, bilangan pekerja stesen awet tembakau di daerah Bachok pada tahun 2011 ialah seramai 561 manakala tahun 2012 pula seramai 333 orang sahaja. Penurunan mendadak berlaku pada tahun 2013 iaitu hanya seramai 10 orang pekerja sahaja yang bekerja di stesen awet tembakau di daerah Bachok.636 Jelaslah, penutupan secara berperingkat dalam industri tanaman tembakau di daerah Bachok menyebabkan masyarakat setempat hilang sumber pendapatan serta menyumbang kepada masalah pengangguran. Kesimpulannya, krisis-krisis yang melanda industri penanaman tembakau telah memberikan kesan yang mendalam kepada penanam tembakau. Pendapatan penanam-penanam tembakau paling terjejas disamping berlakunya pengurangan guna tenaga yang melibatkan keseluruhan proses penanaman dan pengawetan tembakau. Pelaksanaan projek integrasi dan penanaman kenaf sebagai tanaman ganti tembakau dilihat tidak begitu membantu penduduk Bachok untuk menyelesaikan masalah berhubung pendapatan mereka. Maka dengan itu, penyelidikan dan penelitian secara mendalam perlu dilakukan oleh pihak-pihak berwajib seperti Kementerian Asas Tani dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. 5.0 INDUSTRI TANAMAN KENAF SEBAGAI GANTI INDUSTRI TANAMAN TEMBAKAU. Penguatkuasaan Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 [Akta 692] telah pada 1 April 2010 merupakan titik permulaan industri penanaman kenaf di daerah Bachok. Penanaman kenaf ini dijadikan sebagai tanaman ganti bagi menggantikan penanaman tembakau. Walaubagimanapun, proses pemberhentian tanaman tembakau dilakukan secara berperingkat bermula tahun 2008 lagi. Sementara itu, industri penanaman kenaf turut diperkenalkan kepada bekas penanam tembakau. Pada tahap ini, LKTN memainkan peranan yang penting sebagai sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab bagi memberikan bimbingan dan bantuan kepada penanam-penanam kenaf yang baru. Kenaf atau nama saintifiknya ‘Hibiscus Cannabinus’ merupakan sejenis tanaman yang kaya dengan fiber. Kebiasannya, kenaf digunakan dalam penghasilan bahan penebat elektrik, perabut, tekstil, tali dan papan gentian. Hasil tanaman kenaf boleh dituai selepas 120 hari dan kitaran tanamannya pula adalah tiga kali setahun. Justeru, penanaman kenaf dilihat berupaya bagi menggantikan tanaman 635 Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Bilangan Penanam Tembakau 2012 dan 2013. 636 Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Bilangan Pekerja Stesen Pengawetan Tembakau 2011, 2012 dan 2013.
  • 268.
    268 tembakau kerana tanamanini mempunyai permintaan yang tinggi dipasaran. Buktinya, terdapat peningkatan dari segi jumlah syarikat pengeluar produk kenaf telah direkodkan pada tahun 2013 berbanding tahun 2012.637 Antara syarikat pengeluar yang membuat permintaan tinggi terhadap hasil tanaman kenaf pada tahun 2012 ialah Pointray (M) Sdn Bhd iaitu sebanyak 1,600 tan, Dynamic Agrofarm sebanyak 2,640 tan manakala Donghwa (M) Holdings Sdn Bhd sebanyak 1,625 tan.638 Maka dengan itu, permintaan konsisten daripada pengilang dapat menjamin pendapatan penanam kenaf. Selain itu, potensi tanaman kenaf telah menyebabkan beberapa kilang yang dilengkapi mesin moden mula dibina. Dalam Rancangan Malaysia Ke-9, peruntukan awal Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bagi pembangunan kenaf menerusi Lembaga Tembakau Negara (LTN) ialah RM10 juta. Namun, jumlah peruntukkan ini telah dinaikkan kepada RM35 juta dalam semakan semula semasa penggal pertama pelaksanaan RMK-9. Manakala, di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), keluasan kawasan sasaran bagi kenaf ialah kira-kira 10,000 hektar. Berdasarkan pelan ECER, industri kenaf dijangka mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan pedalaman terutamanya di kawasan penanaman tembakau di Bachok, Pasir Puteh, Besut, Setiu dan Marang. Di samping itu, salah satu strategi utama bagi memacu pertumbuhan industri kenaf yang diperkenalkan menerusi pelan strategi industri kenaf 2011-2020 ialah mempergiat penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan tanaman kenaf.639 Berdasarkan strategi ini, pihak kerajaan akan menggalakkan jalinan kerjasama dengan institusi penyelidikan, institusi pengajian tinggi dan pihak LKTN dalam membuat penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan bagi meningkatkan lagi kualiti dan daya pengeluaran tanaman kenaf. Justeru, pelbagai pembangunan dari segi penggunaan alatan dan mesin berteknologi tinggi akan diperkenalkan dalam industri penanaman kenaf. Maka dengan itu, dengan adanya penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan ini akan menjamin dan memberikan keyakinan kepada penduduk di daerah Bachok untuk melibatkan diri dalam industri penanaman kenaf. Menerusi pelan stategi industri kenaf itu juga, kerajaan Malaysia juga berhasrat untuk menggalakkan pengeluaran kenaf secara komersil.640 Dalam hal ini, kerajaan berhasrat untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelaburan daripada syarikat-syarikat swasta di samping meningkatkan penyertaan pekebun-pekebun kecil dalam industri kenaf. Justeru, kerajaan akan memberikan galakkan terhadap pembukaan dan penerokaan kawasan-kawasan baru yang berpotensi dan sesuai untuk penanaman kenaf. Rentetan daripada itu, keluasan tanaman kenaf di daerah Bachok mencatatkan peningkatan. Buktinya, berdasarkan rekod keluasan tanaman kenaf, sebanyak 105.8 hektar tanah digunakan untuk tanaman kenaf pada tahun 2013 berbanding tahun 2012 hanya sebanyak 31.7 637 Jumlah syarikat pengeluar produk kenaf pada tahun 2011 sebanyak empat syarikat dengan jumlah permintaan sebanyak 31,700 tan, Manakala pada tahun 2012 pula ialah sebanyak lima buah syarikat, 2013 sebanyak lapan buah syarikat. Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara : Bahagian Senarai Syarikat Pengeluar Produk Kenaf 2011, 2012 dan 2013. 638 Syarikat pengeluar produk kenaf yang lain ialah KEFI (M) Sdn Bhd, KPC Manufcturing Sdn Bhd, Panasonic Electric Works Kenaf Malaysia Sdn Bhd, Kenaf Resources Sdn Bhd, Syarikat Kenaf Bio Sdn Bhd dan Everise Crimson Sdn Bhd. Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara : Bahagian SenaraiSyarikat Pengeluar Produk Kenaf 2011, 2012 dan 2013. 639 Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara : Bahagian Senarai Syarikat Pengeluar Produk Kenaf 2013. 640 Ibid.
  • 269.
    269 hektar.641 Ini membuktikan wujudnyapeningkatan penyertaan penduduk Bachok dalam industri penanaman kenaf. Meskipun begitu, tanggapan dan perspektif penduduk setempat terhadap penanaman kenaf pula berbeza. Menurut Encik Hamzah Illias yang merupakan bekas penanam tembakau dari tahun 1985 hingga 2008 menyatakan bahawa industri penanaman kenaf ini tidak begitu popular dalam kalangan penduduk di Bachok berbanding industri penanaman tembakau.642 Keadaan ini berlaku kerana, penanaman kenaf dilihat tidak mampu mendatangkan pulangan yang lumayan seperti mana hasil jualan tanaman tembakau. Beliau juga berpendapat bahawa tanaman kenaf ini boleh dijadikan sebagai satu industri baharu di daerah Bachok yang sesuai untuk dijalankan oleh golongan yang lebih muda. Secara langsung, ini memberikan gambaran berkaitan pandangan peribadi penduduk daerah Bachok terhadap penanaman tanaman kenaf. Kesimpulannya, industri penanaman kenaf di daerah Bachok telah diperkenalkan sebagai satu industri baharu bagi menggantikan industri penanaman tembakau. Pelbagai inisiatif dan pelan perancangan yang telah diaturkan oleh kerajaan Malaysia dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta syarikat-syarikat swasta bagi tujuan penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan pelaburan. Justeru, pelbagai insiatif yang kerajaan lakukan merupakan satu jaminan kepada penanam-penanam yang terlibat dalam industri penanaman kenaf. Maka dengan itu, jaminan-jaminan yang diberikan ini merupakan tawaran kepada penduduk di daerah Bachok untuk meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi mereka. 6.0 PENUTUP. Secara keseluruhannya, penanaman tembakau di daerah Bachok yang bermula dengan situasi yang tidak terurus dan tidak bersistematik telah berubah menjadi lebih baik setelah penubuhan Lembaga Tembakau Negara (LTN) pada tahun 1973. Pelbagai dasar dan inisiatif yang dijalankan oleh pihak kerajaan menerusi LTN bagi memastikan hak penanam-penanam tembakau dipelihara. Meskipun begitu, industri penanaman tembakau menghadapi mula menghadapi beberapa krisis seperti pelaksanaan AFTA, Kempen Tak Nak Merokok dan Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC). Pelaksanaan dasar-dasar tersebut telah memberi impak kepada industri penanaman tembakau seperti pengurangan agihan kuota pengeluaran yang menjejaskan hasil pendapatan penanam tembakau di Bachok. Manakala, pelaksanaan projek tanaman integrasi dan industri penanaman kenaf dilihat sebagai salah satu langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi membantu penduduk di Bachok mengurangkan masalah sosioekonomi yang dihadapi. 641 Rujuk Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara : Bahagian Keluasan Kawasan Penanaman Kenaf 2013 642 Temu bual bersama Encik Hamzah Illias. Temu bual pada 15 Mac 2016
  • 270.
    270 BIBLIOGRAFI. Akhbar Utusan Malaysapada tarikh 9 Julai 2015. Encik Hamzah bin Awang. Ditemu bual pada 14 Mac 2016. Mohd.Fakhri Mohammad Noor. (2014). Buletin LKTN Edisi 3/2014. Kelantan: Penerbitan LKTN. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. (2010). Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara : Bahagian Keluasan Tanaman Tembakau 2010. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. (2011). Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara : Bahagian Keluasan Tanaman Tembakau 2011. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. (2012). Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara : Bahagian Keluasan Tanaman Tembakau 2012. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. (2010). Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Bilangan Penanam Tembakau 2010. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. (2011). Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Bilangan Penanam Tembakau 2011. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. (2012). Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Bilangan Penanam Tembakau 2012. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. (2012). Rekod Perangkaan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara : Bahagian Projek Integrasi Tanaman, 2012. Lembaga Tembakau Negara. (2003). Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Senarai Peratusan Pembelian Tembakau Di Awet Tahun 2003. Kelantan : Penerbitan LKTN. Lembaga Tembakau Negara. (2003). Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Bilangan Rumah Awet Tembakau 2005. Kelantan : Penerbitan LKTN. Lembaga Tembakau Negara. (2004). Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Nilai Hasil Jualan Tahunan 2004. Kelantan : Penerbitan LKTN. Lembaga Tembakau Negara. (2005). Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Nilai Hasil Jualan Tahunan 2005. Kelantan : Penerbitan LKTN. Lembaga Tembakau Negara. (2004). Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Purata Harga Tembakau Diawet Bergred 2004. Kelantan : Penerbitan LKTN.
  • 271.
    271 Lembaga Tembakau Negara.(2005). Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Purata Harga Tembakau Diawet Bergred 2005. Kelantan : Penerbitan LKTN. Lembaga Tembakau Negara. (2006). Rekod Perangkaan Lembaga Tembakau Negara : Bahagian Purata Harga Tembakau Diawet Bergred 2006. Kelantan : Penerbitan LKTN. Tn Hj Hamidoon Bin Mohd Sharif, Pegawai Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Ditemu bual pada 14 Mac 2016. Laman Sesawang www.lktn.gov.my. Diakses pada 15 Mac 2016. www.wikipedia/Kawasan_Perdagangan_Bebas_ASEAN. Diakses pada 18 Mac 2016. www.who.int/fctc/mediacentre.com.my. Diakses pada 20 Mac 2016.
  • 272.
    272 LATAR DAN SUMBANGANGEREKA KATOLIK CHRIST THE KING SUNGAI PETANI, KEDAH TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KEAGAMAAN 2013 – 2015. HENRIETA A/P THOMAS 1.0 Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dengan anutan pelbagai agama. Agama rasmi negara Malaysia ialah Agama Islam manakala agama lain bebas diamalkan di negara ini. Antara agama yang dianuti oleh masyarakat Malaysia ialah Agama Islam, Agama Hindu, Agama Kristian, Agama Buddah dan sebagainya. Agama yang diamalkan di negara ini banyak memainkan peranan dalam melahirkan insan yang mulia dari segi akhlak dan sahsiah. Sebagai contohnya, kesemua agama yang dianuti masyarakat Malaysia menekankan pendidikan keagamaan dalam diri semua penganutnya. Pendidikan keagamaan sememangnya amat penting diterapkan dalam diri semua orang sejak kecil selaras dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi keagamaan di Malaysia sememangnya memainkan peranan penting dalam menerapkan pendidikan keagamaan dalam diri kanak – kanak sejak kecil. Kajian ini memfokuskan kepada peranan gereja khususnya Gereja Katolik Christ The King, Sungai Petani, Kedah terhadap perkembangan pendidikan keagamaan di kawasan Sungai Petani dari tahun 2013 hingga 2015. Kajian ini akan membincangkan tentang sejarah latar belakang penubuhan gereja ini dan juga mengenai sumbangan gereja ini terhadap perkembangan pendidikan keagamaan di kawasan Sungai Petani. 2.0 Sejarah latar belakang penubuhan gereja Katolik Christ The King, Sungai Petani Kedah. Gereja Katolik Christ The King merupakan gereja yang kedua tertua di kawasan Sungai Petani, Kedah. Gereja ini dibina pada 28 Oktober 1929 oleh Paderi Louis Riboud di Jalan Kolam Air.643 Paderi ini merupakan paderi pertama di Gereja ini. Gereja pertama yang dibina di kawasan Sungai Petani ialah Gereja Katolik St. Lawrence iaitu pada tahun 1925 oleh Paderi Victor Renard. Gereja ini dibina dengan saiz yang agak kecil kerana keluasan tanahnya yang kecil. Walaupun gereja ini digunakan dengan selasa oleh masyarakat yang beragama Kristian di Sungai Petani, namun peningkatan bilangan masyarakat Kristian di Kawasan ini menyebabkan gereja ini tidak dapat memuatkan kesemua penganut yang datang ke gereja untuk sembayang. Oleh sebab itulah Gereja Katolik Christ The King telah dibina bagi 643 The first Christian centre in the Malay States : The Priests who have served the parish of Christ The King, Sungai Petani. Muka surat 3.
  • 273.
    273 menggantikan gereja StLawrence. Gereja Christ The King telah dibina dalam saiz yang luas dan besar bagi memenuhi keperluan masyarakat Kristian di kawasan Sungai Petani.644 Gereja St Lawrence selepas itu digunakan sebagai Sekolah Convet sebelum sekolah ini dipindahkan di sebelah Gereja Christ The King, iaitu di tempat sekarang di Jalan Kolam Air. Setelah sekian lama Gereja Christ The King dijadikan tempat untuk masyarakat Kristian sembayang dan menyempurnakan upacara keagamaan, pada 15 Mei 1956 gereja ini telah mula diubahsuai dan keluasannya diperbesarkan lagi bagi membolehkan masyarakat Kristian dapat mengambil bahagian dalam upacara keagamaan dengan lebih selesa. Peningkatan bilangan masyarakat Kristian di sungai Petani merupakan antara faktor yang membawa kepada pengubahsuaian ini. Keputusan pengubahsuaian ini telah diambil oleh paderi gereja pada masa itu iaitu Paderi Lionel Norris. Gereja ini telah berjaya disiapkan selepas enam bulan kerja pembinaan dimulakan. Pada 21 November 1956 gereja yang telah diubah suai ini dibuka dan dirasmikan oleh Messenger Chan, Bishop di Pulau Pinang.645 Gereja ini seterusnya telah diubah suai pada tahun 2015 dengan saiz yang lebih besar. 3.0 Sumbangan Gereja Katolik Christ The King, Sungai Petani, Kedah terhadap perkembangan pendidikan keagamaan di kawasan Sungai Petani. Gereja Katolik Christ The King, Sungai Petani merupakan sebuah institusi keagamaan yang menyediakan peluang pendidikan keagamaan kepada kanak – kanak yang beragama Kristian di kawasan Sungai Petani. Gereja ini mempunyai sebuah bangunan yang khas untuk menjalankan aktiviti pendidikan keagamaan. Bangunan ini dibina khas pada tahun 2003 bagi menjalankan kelas keagamaan secara formal. Pada tahun 70an, pendidikan keagamaan dijalankan secara tidak formal di mana pembantu paderi akan pergi ke kawasan di sekitar Sungai Petani yang mempunyai kanak–kanak yang beragama Kristian bagi memberikan pendidikan keagamaan. Pada tahun 90an, penddikan keagamaan diberikan sendiri oleh penduduk yang dewasa kepada kanak–kanak di kawasan petempatan mereka.646 Pendidikan keagamaan pada ketika ini diberikan kepada kanak–kanak di gereja–gereja kecil yang dibina di estet–estet seperti Ladang Sungai Batu, Gurun dan juga kawasan–kawasan lain di sekitar Sungai Petani.647 Namun, selepas penubuhan bangunan khas pada tahun 2003 bagi menjalankan pendidikan keagamaan, semua kanak–kanak yang beragama Kristian di sekitar kawasan Sungai Petani akan datang ke sini untuk mendapatkan pendidikan keagamaan. Bangunan ini merupakan bangunan dua tingkat yang terdiri daripada enambelas bilik darjah yang dibina didalam dan sebuah bilik darjah di luar bangunan ini.648 644 R. Matalaimuthu. (2009). Gereja Katholik Christ The King, Sungai Petani dalan jalan Sejarah. Sungai Petani. LS Super Press. 645 History of the church. Muka surat 4. R. Matalaimuthu. (2009). Gereja Katholik Christ The King, Sungai Petani dalan jalan Sejarah. Sungai Petani. LS Super Press. 646 Encik Thomas A/L Chellaya, Sungai Batu, 24 Februari 2016, 12.00 PM. 647 Encik Thomas A/L Chellaya, Sungai Batu, 24 Februari 2016, 12.00 PM. 648 Pelan kelas pendidikan agama 2016. Muka surat 1.
  • 274.
    274 Kanak–kanak yang menghadirikelas keagamaan adalah terdiri daripada kanak–kanak yang berusia dari empat tahun hinggalah tujuhbelas tahun. Kanak–kanak ini akan diasingkan mengikut umur dan sistem pendidikan keagamaan ini adalah seperti sistem sekolah dimana terdapat kelas tadika, kelas bagi tahun satu hingga tahun enam serta kelas bagi kanak–kanak tingkatan satu hingga tingkatan lima. Pada peringkat pendidikan rendah iaitu dari tahun satu hingga tahun enam, murid–murid dalam kelas agama diasingkan mengikut bahasa yang mereka kuasai649 . Terdapat tiga bahasa utama yang digunakan untuk mengajar murid–murid iaitu Bahasa Tamil, Bahasa Mandarin dan juga Bahasa Inggeris. Pada peringkat menengah pula, Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar untuk mengajar pendidikan keagamaan kepada kanak–kanak dari tingkatan satu hingga tingkatan lima650 . Murid – murid dari kelas Bahasa Tamil, Mandrin dan juga Inggeris yang belajar pendidikan rendah akan bersatu dalam satu bilik darjah bagi mempelajari pendidikan keagamaan pada peringkat menengah. Kurikulum pengajaran yang digunakan bagi peringkat rendah dan menengah adalah berbeza mengikut peringkat umur. Kurikulum pengajaran yang digunakan adalah sama bagi peringkat umur tetapi hanya dibezakan mengikut kelas bahasa yang diikutinya. Sebagai contohnya, murid-murid tahun lima akan diajar sukatan pelajaran yang sama walaupun mereka belajar dalam kelas bahasa Inggeris atau bahasa Tamil ataupun Mandrin. Bilangan guru yang mengajar pendidikan keagamaan kepada murid–murid adalah tiga puluh orang manakala bilangan murid yang belajar pendidikan keagamaan di gereja ini ialah tiga ratus tiga puluh dua orang murid bagi tahun 2014 dan 2015. Oleh kerana murid–murid diajar mengikut bahasa pengantar, maka guru yang dipilih juga adalah berdasarkan bahasa yang mereka kuasai. Kelas–kelas yang menggunakan bahasa mandarin sebagai bahasa pengantar akan diajar oleh guru–guru yang menguasai bahasa mandarin dengan sepenuhnya supaya murid dapat memahami pengajaran guru dengan lebih berkesan. Malahan itu, kelas keagamaan diadakan pada setiap hari Jumaat kecuali pada hari cuti umum. Ketetapan ini telah menyebabkan kehadiran murid ke kelas keagamaan agak memuaskan pihak gereja kerana hari Jumaat merupakan hari cuti bagi negeri Kedah. Oleh itu, murid–murid tidak akan mempunyai sebab untuk tidak hadir ke kelas agama di gereja ini kerana hari Jumaat tidak mengganggu persekolahan mereka.651 Ibu bapa murid–murid yang belajar di gereja ini merasakan hari Jumaat sememangnya suatu hari yang sesuai bagi mengadakan kelas keagamaan.652 Ketetapan ini telah membantu murid–murid berasa selesa untuk belajar pendidikan keagamaan dan mengelakkan masalah ponteng dalam kalangan murid–murid. Hal ini menyebabkan hasrat gereja tercapai iaitu menyampaikan pendidikan keagamaan kepada semua kanak–kanak yang beragama Kristian di kawasan Sungai Petani. Pelepasan dan cuti diberikan kepada murid–murid semasa cuti umum seperti cuti pertengahan tahun mahupun cuti akhir tahun. Hal ini menyebabkan murid tidak berasa terbeban dengan sistem pendidikan yang sememangnya bersifat 649 Rancangan pengajaran tahun 1-6 bagi bahasa Inggeris, Mandrin dan juga bahasa Tamil. Tajuk yang sama diajar kepada murid mengikut bahasa masing – masing. 650 Rancangan pengajaran dari tingkatan 1 – 5. Muka surat 1. 651 Catechetical calendar 2013, 2014 dan 2015. 652 Encik Victor Dass A/L Princ William, Sungai batu, 23 Februari 2016, 9.00 PM.
  • 275.
    275 melentur dengan kehendakmurid. Hal ini kerana murid–murid akan mempunyai rancangan sendiri seperti pergi melancong semasa cuti persekolahan yang panjang seperti cuti pertengahan tahun. Jika pendidikan keagamaan tidak memberikan cuti selaras dengan cuti persekolahan ianya akan menganggu rancangan murid. Selain itu, kehadiran murid juga akan berkurangan sekiranya kelas keagamaan dijalankan semasa cuti umum. Oleh itu, pihak gereja melaksanakan sistem pendidikan yang mempunyai cuti yang sama dengan sistem pendidikan di sekolah supaya tidak membebankan murid. Murid–murid juga diwajibkan untuk hadir ke pendidkan keagamaan yang dijalankan di gereja. Hal ini kerana terdapat enam peringkat yang perlu diperoleh dan dilalui oleh seseorang penganut Kristian dan tiga daripadanya hanya akan dapat diperolehi sekiranya mereka menghadiri kelas keagamaan. Antara peringkat yang perlu dilalui ialah peringkat ‘kemaafan’ dan ‘Holy Communion’ semasa murid–murid berumur sepuluh tahun dan juga peringkat ‘confirmation’ pada umur tujuhbelas tahun. Namun kini peringkat confirmation diberikan semasa murid – murid berumur limabelas tahun. ‘Confirmation’ merupakan peringkat akhir semasa murid–murid menghadiri kelas pendidikan keagamaan. Selepas menerima ‘confirmation’, murid–murid dikira sebagai sudah tamat pengajian pendidikan keagamaan mereka. Sesi perkemahan akan diadakan kepada murid – murid semasa di tahun empat dan semasa di tingkatan lima.653 Perkemahan ini diadakan sebagai persiapan terakhir kepada murid – murid untuk bersiap sedia bagi menerima peringkat kemaafan, ‘Holy Communion’ dan juga ‘Confirmation’. Hal ini sememangnya telah menyebabkan murid – murid berminat untuk hadir ke kelas pendidikan keagamaan. Selain itu, Gereja Khatolik Christ The King juga menyediakan hadiah kepada murid–murid yang mempunyai kehadiran penuh sepanjang sesi kelas pendidikan keagamaan pada setiap tahun.654 Kesemua murid yang mempunyai kehadiran yang penuh ataupun memberangsangkan akan diberi hadiah dan sijil sebagai galakkan kepada murid–murid untuk menghadiri kelas keagamaan. Pemberian hadiah sebegini sememangnya menjadi peneguhan kepada murid yang mempunyai kehadiran penuh dan juga menjadi dorongan kepada murid–murid lain untuk terus hadir ke kelas pendidkan keagamaan. Selain itu, ia juga dapat menarik minat murid serta menjadi pemangkin semangat murid lain supaya berusaha untuk hadir ke kelas tanpa mengambil cuti. Selain itu, gereja ini juga menyediakan kemudahan yang lengkap kepada para murid untuk belajar kelas agama. Antara kemudahan yang disediakan ialah kemudahan penghawa dingin, kemudahan kerusi dan meja yang mencukupi bagi semua murid, serta kemudahan pengangkutan kepada murid–murid untuk hadir ke kelas agama. Pengangkutan seperti van dan juga bas telah disediakan bagi setiap tempat yang mempunyai kanak–kanak yang beragama Kristian mengikut kawasan di sekitar Sungai Petani. Kawasan yang mempunyai kanak–kanak yang bilangannya kurang akan dihantar van untuk membawa mereka untuk menghadiri kelas agama di Gereja Katolik Christ The King seperti Ladang Sungai Batu. Kemudahan pengangkutan ini disediakan sendiri oleh pihak gereja bagi memastikan kelancaran kehadiran murid ke 653 Confirmation camp permission letter 2014. 654 Encik Victor Dass A/L Princ William, Sungai batu, 23 Februari 2016, 9.00 PM.
  • 276.
    276 kelas agama digereja ini serta bagi memudahkan ibu bapa kanak – kanak yang bekerja pada hari Jumaat.655 Kemudahan sebegini sememangnya dapat menarik minat murid untuk menghadirkan diri ke kelas agama yang disediakan di gereja ini dan hal ini sememangnya dapat membantu pendidikan keagamaan dapat diterapkan dalam diri murid–murid yang beragama Kristian di kawasan Sungai Petani. Pelbagai program lain seperti lawatan sambil belajar dan juga pesta kanak–kanak dijalankan sekali setiap tahun bagi membantu murid–murid mendapat mengukuhan yang lebih mendalam mengenai ilmu yang diajar di dalam kelas agama.656 Antara tempat yang dibawa untuk dilawati oleh murid–murid kelas pendidikan agama ialah gereja– gereja lain, kelas pendidikan keagamaan di gereja lain di sekitar negeri Pulau Pinang dan juga negeri– negeri lain serta pergi melawat ke institusi pendidikan keagamaan yang khas untuk mereka yang ingin menjadi paderi. Lawatan ini juga meliputi kawasan–kawasan pelancongan dimana murid–murid dapat menimba ilmu pengetahuan baru serta dapat menenangkan minda mereka dengan melawat tempat– tempat pelancongan.657 Pesta kanak–kanak diadakan setiap hujung tahun bagi meraihkan kejayaan murid–murid berjaya mengikuti kelas pendidikan keagamaan dan pesta ini diadakan mengikut kelas masing–masing. Menurut bapa kepada kanak–kanak yang belajar di gereja ini, pesta kanak-kanak ini sememangnya dapat memupukkan lagi semangat kerjasama dan juga perpaduan dalam kalangan muri – murid di dalam kelas pendidikan keagamaan.658 Aktiviti–aktiviti sebegini sememangnya dapat membantu meningkatkan minat murid untuk mengikuti pendidikan keagamaan kerana ianya tidak begitu merumitkan murid dengan proses pengajaran dan pembelajaran semata mata dan mempunyai banyak aktiviti lain selain pembelajaran di dalam bilik darjah. 4.0 Rumusan. Gereja Katolik Christ The King sememangnya merupakan institusi keagamaan yang telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan pendidikan keagamaan di kawasan Sungai Petani. Gereja ini telah mengambil inisiatif yang banyak dan berkesan bagi memastikan pendidikan keagamaan dijalankan dengan lebih lancar dan juga sistematik serta ilmu keagamaan dapat disampaikan kepada kanak – kanak yang beragama Kristian dengan lebih efektif. Inisiatif – inisiatif yang dirancang dan dilaksanakan seharusnya diberi penghargaan dan ibu bapa kanak – kanak yang beragama Kristian hendaklah menghargai usaha pihak gereja dan berperanan memastikan anak – anak mereka menghadiri kelas keagamaan dengan berkesan tanpa ponteng. Usaha pihak Gereja Katolik Christ The King sememangnya wajar dicontohi dan diberi galakkan serta harus diteruskan supaya pendidikan keagamaan dapat diterapkan dalam diri kanak–kanak dengan lebih 655 Encik Victor Dass A/L Princ William, Sungai batu, 23 Februari 2016, 9.00 PM. 656 Encik Victor Dass A/L Princ William, Sungai batu, 23 Februari 2016, 9.00 PM. 657 Children’s outing permission letter 2012, dan 2015. 658 Encik Victor Dass A/L Princ William, Sungai batu, 23 Februari 2016, 9.00 PM.
  • 277.
    277 efektif dan berterusan.Pendidikan keagamaan sememangnya merupakan sebuah aspek yang perlu diterapkan dalam diri setiap insan supaya dapat menjadi insan yang bermoral dan mempunyai akhlak yang baik dalam masyarakat apabila dewasa kelak kerana pembentukan akhlak yang baik haruslah bermula dari usia kecil seseorang. Semua pihak haruslah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka bagi memastikan kelancaran kelas pendidikan keagamaan yang dijalankan di Gereja Katolik Christ The King, Sungai Petani, Kedah.
  • 278.
    278 BIBLIOGRAFI DOKUMEN Catechetical Calendar 2013,2014 Dan 2015. Children’s Outing Permission Letter 2012, Dan 2015. Confirmation Camp Permission Letter 2014. History Of The Church. Muka Surat 4. Majalah Golden Jubilee Diocese Of Penang 1955-2005. Pelan Kelas Pendidikan Agama 2016 Pendaftaran Murid Dan Guru Tahun 2015 Rancangan Pengajaran Dari Tahun 1 – 6 Dan Tingkatan 1 – 5. R. Matalaimuthu. (2009). Gereja Katholik Christ The King, Sungai Petani Dalan Jalan Sejarah. Sungai Petani. LS Super Press. The First Christian Centre In The Malay States : The Priests Who Have Served The Parish Of Christ The King, Sungai Petani. ORANG SUMBER Encik Thomas A/L Chellaya, Sungai Batu, 24 Februari 2016, 12.00 PM Encik Victor Dass A/L Princ William, Sungai Batu, 23 Februari 2016, 9.00 PM.
  • 279.
    279 SYARIKAT PERUSAHAAN OTOMOBILNASIONAL SDN.BHD (PROTON) MERUPAKAN PEMANGKIN EKONOMI NEGARA MALAYSIA DARI TAHUN 1983 HINGGA 2014 PRIIYA A/P K. GANESON 1.0 PENGENALAN Sejak Malaysia mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957, tahap pertumbuhan ekonomi negara kita telah berkembang dengan pesatnya sehingga ke hari ini. Ini termasuklah pertumbuhan perindustrian khususnya industri kereta. Malaysia semakin menunjukkan kemajuan dan pencapaiannya di persada duania. Ekonomi merupakan salah satu aspek yang menyebabkan Negara kita semakin maju dan menuju kearah abad ke-21.659 Salah satu penyebab pertumbuhan ekonomi negara Malaysia adalah Pertubuhan Otomobil nasional Sdn.Bhd (PROTON). Pengeluaran kereta di negara kita telah disambut baik oleh masyarakat sehingga mencapai pelbagai anugerah kepada PROTON. 660 Selain itu, saya memilih Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd (PROTON) bagi melaksanakan kerja kursus bagi subjek Penulisan Sejarah. Terdapat empat sub topik yang saya senaraikan untuk melakukan penyelidikan. Antaranya, latar belakang Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd (PROTON), objektif penubuhan syarikat PROTON, biodata pengasas syarikat PROTON, latar belakang jenis-jenis kereta yang dikeluarkan, sumbangan Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd (PROTON) dari segi sosioekonomi dan anugerah yang diterima oleh syarikat tersebut. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd (PROTON) telah melaksanakan berbagai-bagai aktiviti bagi mendapatkan keuntungan syarikat tersebut.661 Namun, Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd (PROTON) merangka beberapa dasar bagi memantapkan serta mengukuhkan perniagaan mereka di rantau dunia. 2.0 SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN SYARIKAT PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL SDN.BHD (PROTON) Syarikat Prusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd yang dikenali dalam singkatan iaitu PROTON. Syarikat Prusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd telah ditubuhan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Idea penubuhan Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd bermula muncul pada tahun 1979. Bapa Pemodenan, Tun DR. Mahathir Mohamad 659 Perusahaan Otomobil Nasional. Perpustakaan Arkib Negara Malaysia. Hlm. 1 660 Berita HICOM. 1988. Hlm. 1 661 Berita HICOM. 1988. Hlm. 4
  • 280.
    280 mencetuskan idea penubuhanpemasaran automotif dan industri pembuatan di negara kita662 . Ia adalah impian Tun Mahathir Mohamad untuk mempercepatkan keupayaan perindustrian Malaysia untuk sempadan dengan negara-negara maju. Pada tahun 1982, impian beliau menjadi realiti apabila Kabinet meluluskan Projek Kereta Nasional. Pada tahun 1980, beliau ketika itu663 , Menteri Perdagangan dan Industri mengarahkan Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) mengkaji dalam menerajui industri automotif.664 Syarikat Prusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit Malaysia dan ia juga merupakan pengeluar kereta pertama di Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad untuk mencapai aspirasi negara perindustrian. Pasaran baru pertama bagi Proton Saga adalah di Singapura, tepat di seberang Selat Johor. 665 Model pertama iaitu Proton Saga telah dilancarkan dan syarikat PROTON telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 9 Julai 1985. Pada 1 September 1985, berlaku pelancaran pasaran PROTON oleh Edaran Otomobil Nasional Sdn. Bhd (EON). 666 Pada 15 Januari 1986, Syarikat PROTON menggeluarkan 10,000 unit Proton Saga. Pada tahun 1988, PROTON memulakan kerjaya di British Motor Antarabangsa dengan meninggalkan Berjaya dengan tiga anugerah berprestij untuk kualiti, coachwork dan ergonomik. Pada tahun 2000, PROTON melancarkan prototaip enjin CamPro di Kilang Lotus di Noewich, United. Enjin CamPro bertujuan untuk menunjukkan keupayaan PROTON untuk menghasilkan enjin dengan output kuasa yang baik dan memenuhi standard pelepasan yang lebih baru667 . Model pertama yang menggabungkan enjin CamPro adalah kereta Gen-2 yang dilancarkan pada tahun 2004. Sejarah Syarikat Prusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd kian hari mula berkembang pesat setelah pengeluaran kereta pertama Syarikat Prusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd iatu kereta Proton Saga. Kereta tersebut telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Permintaan terhadap kereta Proton Saga telah mendapat sambutan yang mengalakkan dan pesat dalam kalangan masyarakat Malaysia mahupun di luar negara. Bagi rakyat Malaysia, gagasan yang telah beliau lakukan begitu bagus kerana ini julung kalinya negara Malaysia menggeluarkan kenderaan yang lebih berkualiti dan berkesan. Syarikat Prusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd telah menetapkan misi syarikatnya iaitu menjadi pengeluar kereta yang berdaya asing, inovatif dan berorientasikan pelanggan dalam mengendalikan urus niaga PROTON. Manakala visi pula menyediakan lebih banyak kenderaan, kereta yang lebih berkualiti dan terkini mengikut kehendak pelanggan, menjual kenderaan terpakai dalam semua jenis daripada pelbagai model dan harga dalam pasaran tempatan. Selain itu, terdapat tiga ibu pejabat Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd di Malaysia iaitu di Subang Jaya di Selangor, Shah Alam di Selangor dan Tanjung Malim di Perak668 . Pada masa itu, idea ini mula tercentus apabila beliau dan Presiden Mitsubishi semasa mengadakan lawatan beliau ke Malaysia pada tahun 1981. Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di HICOM iaitu Heavy Industries Corporation Of Malaysia Berhad dalam bahasa Melayu pula Perbadanan 662 Berita HICOM. 1988. Pelancaraan Proton Saga 1.5i. Hlm. 4 663 Zahidi Dato’ Zainol Rashid. 1999. Mahathir Di Mata Umum. Hlm. 17 664 Hasan Hj.Hamzah. 1985. Mahathir Great Malaysia Hero. Hlm.183 665 Zahidi Dato’ Zainol Rashid. 1999. Mahathir Di Mata Umum. Hlm. 17,21 666 Berita HICOM. 1988. Hlm. 1 667 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Penyelidikan Dan Pembangunan. Hlm. 162 668 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Perkilangan. Hlm. 164
  • 281.
    281 Industri Berat MalaysiaBerhad bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi. DRN-HICOM Berhad adalah salah satu konglomerat terkemuka di Malaysia yang ditubuhkan berikutan penggabungan antara Heavy Industries Corporations Of Malaysia Berhad (HICOM) dan Diversified Resource Berhad. Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd (PROTON) di bawah sokongan PROTON Edar669 . Pada tahun 2012, DRB-HICOM memperoleh PROTON Holdings Berhad untuk mengukuhkan kedudukan kepimpinan sebagai satu daripada operasi automotif paling koprehensif dan bersepadu di Malaysia. Seterusnya, Syarikat PROTON juga menjalin hubungan dengan pelbagai syarikat di luar Negara seperti China, Australia, United Kingdom dan Afrika Selatan untuk menjual atau mengeksport kereta Proton.670 2.1 Nama Model Pertama sebagai Saga Nama bagi kereta pertama iaitu “Saga” telah dipilih oleh Ismail Jaafar iaitu seorang askar tentera bersara. Selain itu, sebab beliau memilih nama “Saga” adalah berasal dari “Saga” iaitu Pokok Saga Pavonina, sejanis benih yang biasa ditemui di Malaysia.671 2.2 Logo Proton Diperkenalkan Logo merupakan suatu identiti sesuatu model yang dikeluarkan oleh sesuatu syarikat. Syarikat Proton juga melakukan beberapa perubahan dalam pengubahsuaian logo. Logo pertama telah diperkenalkan dan dibentuk sama seperti lambing kebangsaan tetapi rupanya berbeza dan diubahsuai sedikit. Logo Proton terdiri daripada lambing kebangsaan, bintang dan bulan sabit serta garisan luar potongan intan dengan dua sisi bawahnya dipanjangkan untuk menunjukkan unsur dinamisme.672 3.0 BIODATA PENGASAS SYARIKAT PROTON Pengasas Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd (PROTON) ialah Dr. Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia yang Ke-Empat. Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah673 . Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik. Beliau berkahwin dengan Siti Hasmah Mohd.Ali. Selepas itu, mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Mazhar dan Maizura674 . Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian. 669 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Jualan Dan Pengedaran. Hlm. 158 670 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Jualan Dan Pengedaran. Hlm. 159 671 http://corporate.proton.com/en/About/Brand/History.aspx. Hlm. 1 672 Perusahaan Otomobil Nasional. Perpustakaan Arkib Negara Malaysia. Hlm 1 673 Zahidi Dato’ Zainol Rashid. 1999. Mahathir Di Mata Umum. Hlm. 9 674 Zahidi Dato’ Zainol Rashid. 1999. Mahathir Di Mata Umum. Hlm. 33
  • 282.
    282 Detik-detik awal beliaudiamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan. Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Di antara langkah lain yang diambil untuk meningkatkan sektor ekonomi ialah peningkatan pembagunan industri berat dan yang penting juga pertukaran teknologi asing kepada teknokrat Malaysia. Salah satu kejayaan di dalam gerakan ini ialah penubuhan industri otomatif negara, yang menunjukkan kereta-kereta nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Persyarikatan juga bertujuan menjana kerjasama dan bekerja sebagai rakan kongsi antara sektor awam. Beliau berhasrat untuk meningkatkan ekonomi negara kita ke arah yang lebih stabil675 . Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia)676 . Walaupun projek beliau ini dianggap agak keterlaluan memandangkan negara ketika itu masih muda dalam projek pembuatan kereta nasional namun negara kita boleh berbangga kerana projek ini begitu berjaya sehingga mampu bersaing dengan pengeluar kereta lain di seluruh dunia. Sebagai orang yang memegang tampuk tertinggi pengurusan negara, masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaan terkawal. 4.0 MATLAMAT SYARIKAT PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL SDN.BHD Objektif Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd adalah berpandukan kepada kepentingan pelbagai pihak semasa menjalankan urusan perniagaannya seperti pemegang saham, pelanggan, rakan niaga, pekerja dan juga masyarakat.677 Kumpulan memerlukan modal daripada pemegang-pemegang saham untuk berurusniaga dan seterusnya berkembang bagi meningkatkan pulangan. Walau bagaimanapun dalam jangka masa panjang, modal hanya boleh digunakan secara untung jika pelanggan berpuashati dengan prestasi Kumpulan. Ini memerlukan produk dan perkhidmatan yang cemerlang dan ianya tidak boleh dicapai tanpa rakan niaga yang berkeupayaan tinggi dan pekerja yang bersemangat tinggi. Dalam masa yang sama pelanggan, pemegang saham, rakan niaga dan juga pekerja adalah sebahagian daripada masyarakat antarabangsa. Kumpulan Proton menyokong dan menggalakan inisiatif- inisiatif bersifat persekitaran, kebudayaan, kesukanan dan pembelajaran. Dengan cara ini, nilai tambahan bukan sahaja dicipta untuk kumpulan tetapi juga untuk masyarakat dan semua golongan yang berkepentingan. Proton telah mula melaksanakan sistem imbangan kad skor untuk Kumpulan bagi menentukan bagaimana kami mengukur pencapaian dan kemajuan. Corak kad skor menyatakan objektif 675 Mahathir Pemimpin Cemerlang. Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang. Hlmn. 10 676 Mahathir Pemimpin Cemerlang. Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang. Hlmn. 10 677 Perusahaan Otomobil Nasional. Perpustakaan Arkib Negara Malaysia. Hlm. 158
  • 283.
    283 kewangan adalah terusmencari peluang-peluang baru untuk mempertingkatkan nilai perniagaan, mencapai operasi yang terbaik, mengembangkan budaya korporat dan menyelaraskan matlamat korporat kita dengan kepentingan para pemegang saham dan lain-lain pemegang berkepentingan. Nilai teras pihak PROTON menggerakkan kejayaan mereka sebagai sebuah organisasi yang telus, bertanggungjawab dan beretika.678 Sebagai komponen strategik Pelan Induk Perindustrian Malaysia (IMP), objektif PROTON termasuk pembangunan keupayaan penyelidikan dan pembangunan asli, pembuatan bertaraf dunia dan pengeluaran standard, keupayaan reka bentuk serta kedudukan dalam pasaran global. Proses berterusan penambahbaikan dan daya saing global telah menghasilkan salah satu daripada kumpulan jurutera terlatih dan berbakat di Malaysia, ramai daripada mereka adalah pakar dalam pelbagai bidang dan sangat khusus termasuk automotif, bahan-bahan dan kejuruteraan reka bentuk.679 Dengan menggunakan sumber, teknologi, inovasi, tenaga kerja dan reka bentuk keupayaan yang termasuk kepakaran anak syarikat PROTON milik penuh Lotus Engineering UK, salah satu syarikat perundingan kejuruteraan automotif yang terkemuka di dunia, telah menyediakan PROTON dengan sumber yang tidak ternilai yang telah membantu meletakkan syarikat kereta nasional itu di barisan hadapan dalam industri automotif. 5.0 JENIS-JENIS KERETA YANG DIKELUARKAN OLEH SYARIKAT PROTON Kereta pertama yang dikeluarkan oleh Syarikat PROTON adalah Proton Saga pada tahun 1985680 . Sambungan darpada itu, beberapa model kereta telah dikeluarkan. Antaranya ialah Proton Saga Iswara (1992)681 , Proton Wira (1993)682 , Proton Wira Aeroback (1995)683 , Proton Satria (1994)684 , Proton Perdana (1995)685 , Proton Putra (1996)686 , Proton Tiara (1996)687 , Proton Perdana V6 (1998)688 , Proton Waja (2000)689 , Proton Juara (2001), Proton (Arena (2001)690 , Proton Gen-2 (2014)691 , Proton Savvy (2005)692 , Proton Satria Neo (2006)693 , Proton Persona (2007)694 , Proton Saga (BLM) (2008)695 , Proton Exora 678 Perusahaan Otomobil Nasional. Perpustakaan Arkib Negara Malaysia. Hlm. 158 679 Perusahaan Otomobil Nasional. Perpustakaan Arkib Negara Malaysia. Hlm. 171 680 Noraihan Mohd. Sharif. Majalah Mengenal HICOM. Hlm. 5 681 Htt://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/518462-proton-1985-2014-bukti-kejayaan-malaysia.html. 1.2.2016. 10.00 a.m. 682 https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Wira. 1.2.2016 683 Rujuk Lampiran B 684 Rujuk Lampiran B 685 Rujuk Lampiran B 686 Rujuk Lampiran B 687 www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016 688 www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016 689 www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016 690 www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016 691 www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016 692 https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Savvy. 1.2.2016 693 https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Satria Neo. 1.2.2016 694 https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Persona. 1.2.2016 695 Rujuk Lampiran B
  • 284.
    284 (2009)696 . Proton PerdanaPRM (2010)697 , Proton Inspira (2010)698 , Proton Preve (2012)699 , Proton Suprima S (2012)700 dan Proton Iriz (2014)701 . ini merupakan kereta-kereta yang dikeluarkan oleh Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd. Kesemua model kereta diatas telah mendapat sambutan baik oleh Masyarakat tempatan dan luar negara. Antara kereta yang sangat popular dan menjadi pilihan pengguna adalah Proton Saga, Proton Wira, Proton Preve, Proton Inspira dan Proton Exora702 . 6.0 Anugerah Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd (PROTON) Syarikat PROTON merupakan sebuah syarikat yang menjana nama dan keupayaan negara kita di persada dunia. Syarikat PROTON juga telah memenangi pelbagai anugerah di dalam negara mahupun di luar negara703 . Antara anugerahnya ialah dua anugerah dalam tahun 2010 iaitu Best Value For Money iaitu untuk kereta Proton704 , The Royal Automobile Club’s Rac Brighton to London Future Car Challenge, dua anugerah Malaysia Excellence Awards Debut Model Of The Year bagi kereta Preve, dua anugerah Malaysia Excellence Awards Value-For-Money Car Of The Year untuk kereta Preve, ASEAN Automotive Awards Best Model Of The Year bagi kereta Persona, Silver Certificate of Meril iaitu untuk Malaysia Manufacturing Excellent Awards, Malaysia Excellence Awards Value-For-Money Car Of The Year bagi kereta Persona, Gold Certificate of Meril iaitu untuk Malaysia Manufacturing Excellent Awards, Asia Pacific Automotive Awards Best Model Of The Year bagi kereta Proton Saga, Malaysia Excellent Awards Best Passenger Car Model Of The Year bagi kereta Proton Saga, Malaysia Excellence Awards Best Automotive Debut Model Of The Year bagi kereta Exora dan National Record The Malaysia Book Of Records bagi kereta Perdana V6. 7.0 Sumbangan Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd (PROTON) Syarikat PROTON ditubuhkan di Malaysia untuk tujuan memberi sumbangan kepada masyarakat dan ekonomi negara. Antara sumbangan yang telah diberikan oleh Syarikat PROTON adalah Syarikat PROTON menjadi pemangkin ekonomi negara kita705 . Hal ini demikian kerana Tun DR.Mahathir menubuhkan Syarikat PROTON untuk mengatasi masalah ketidakstabilan Malaysia ketika itu. Melalui pengeksportan model-model kereta ke luar negara seperti Negara-negara ASEAN, Amerika Syarikat, Eropah Amerika Selatan, China dan Australia706 . Melalui aktiviti eksport, negara kita dapat keuntungan melalui Syarikat PROTON707 . Syarikat PROTON juga menjalin hubungan yang mesra dengan syarikat- 696 Rujuk Lampiran B 697 Rujuk Lampiran B 698 Rujuk Lampiran B 699 https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Preve. 1.2.2016 700 https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Suprima S. 1.2.2016 701 https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Iriz. 1.2.2016 702 www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016 703 Proton Holdings Berhad. Akhbar (Pemenang Design Proton Pertandingan akan diumumkan Soon). 1.2.2016 704 Berita HICOM. 1985. Hlm. 8 705 Berita HICOM. 1988. Penyata Pengerusi. Hlm. 6 706 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Suasana Persaingan Operasi. Hlm. 159 707 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Rakan Niaga. Hlm. 172
  • 285.
    285 syarikat luar tersebut.Dengan itu wujudnya persaingan yang rapat antara Malaysia dengan negara- negara luar. Syarikat PROTON juga memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Pengeluaran lebih banyak model sesuai dengan beban kerja, jumlah kakitangan syarikat juga bertambah menjadi 1,358 orang. Syarikat PROTON juga menyediakan dan mengutamakan latihan kepada kakitangannya dan juga pemindahan teknologi.708 Seramai 94 orang pegawai kakitangan dan 252 orang pekerja telah menjalani latihan di negara tersebut sejak permulaan projek ini.709 Latihan-latihan kepada kakitangan akhirnya menolong negara kita meningkatkan keupayaan dan kepakaran sendiri di lapangan pembuatan kereta. Hal ini demikian kerana bagi membina model kereta yang bermutu dan berkualiti memerlukan kakitangan yang terlatih, berkemahiran dan berdedikasi serta cekap dalam segala aspek pengeluaran, pengawalan mutu dan teknik pengurusan dalam bidang perindustrian.710 Bagi menghasilkan output yang selamat dan terjamin untuk pengguna, maka latihan kepada kakitangan sangat diberatkan711 . Selain itu, melalui pertubuhan Syarikat PROTON, wujudnya persaingan yang rapat antara PROTON dengan Industri lain. Ini bermakna penubuhan Syarikat PROTON memberi sumbangan terhadap penerbitan banyak industri sokongan dan mengukuhkan dan meluaskan jalinan pertumbuhan perindustrian Malaysia712 . Perusahaan-perusahaan logam, getah, kaca, besi, keluli, logam, alat jentera, kimia, elektronik dan plastik adalah diantara perusahaan utama yang akan memenuhi keperluan model PROTON713 . Syarikat-syarikat sampingan tersebut memperolehi manfaat daripada spesifikasi pembuatan Proton Saga yang ketat. Permintaan PROTON ke atas barangan dan komponen akan memberi galakkan untuk perusahaan-perusahaan ini meningkatkan paras pembuatan yang lebih tinggi714 . Sumbangan Syarikat PROTON yang seterusnya ialah pengeluaran model yang banyak menambahkan cawangan PROTON. Terdapat tiga cawangan utama yang terletak di Shah Alam, Tanjung Malim dan Subang Jaya715 . Selain itu, menurut sumber temubual En.Ganeson, terdapat juga pusat servis yang banyak di setiap negeri di Malaysia untuk kemudahan pengguna tempatan716 . Para pengguna senang dan mudah menghubungi pusat servis yang terdapat berdekatan dengan rumah mereka. Ini merupakan salah satu faktor pengguna gemar menggunakan kereta tempatan khusnya model PROTON dan menambahkan pilihan pengguna. Model yang dikelurkan oleh Syarikat PROTON sangat mempertimbangkan citarasa dan belanjawan pengguna tempatan. Oleh itu, PROTON menjadi pilihan utama masyarakat tempatan.717 708 Majalah Pelancaraan Proton Saga 1.5i. hlm. 6 709 Majalah Pelancaraan Proton Saga 1.5i. hlm. 6 710 Berita HICOM. 1988. Mutu Dalam Pembuatan Hlm. 8 711 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Rakan Niaga. Hlm. 178 712 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Suasana Persaingan Operasi. Hlm. 158 713 Perusahaan Otomobil Nasional. Perpustakaan Arkib Negara. Hlm. 21 714 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd. 1989. Perpustakaan Arkib Negara Malaysia. Hlm. 21 715 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Perkilangan. Hlm. 164 716 Sumber Temu Bual. En.Ganeson a/l Krishnan. 12.3.2016. 3.30 ptg. 717 Sumber Temu Bual. Pn Azzie. 10. 2. 2016. 1.35 ptg.
  • 286.
    286 8.0 RUMUSAN Kesimpulannya, SyarikatPerusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd (PROTON) merupakan suatu idea oleh Tun Dr.Mahathir Mohammad untuk menjana nama baik negara dan ia juga suatu tindakan atau strategi untuk menstabilkan ekonomi negara Malaysia. Atas usaha Tun Dr.Mahathir Mohammad, Malaysia telah meningkatkan pendapatannya melalui aktiviti pengeksportan model-model kereta yang dikeluarkan oleh Syarikat PROTON. Syarikat PROTON juga dianggap sebagai suatu agensi yang menyumbangkan kepada negara kita. Oleh itu, Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd merupakan pemangkin ekonomi negara kita.
  • 287.
    287 BIBLIOGRAFI Berita HICOM. 1985. BeritaHICOM. 1988. Penyata Pengerusi. Hasan Hj.Hamzah. 1985. Mahathir Great Malaysia Hero. Majalah Pelancaraan Proton Saga 1.5i. Mahathir Pemimpin Cemerlang. Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang. Noraihan Mohd. Sharif. Majalah Mengenal HICOM. Perusahaan Otomobil Nasional. Perpustakaan Arkib Negara Malaysia. Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Sektor Penyelidikan Dan Pembangunan. Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Sektor Perkilangan. Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Sektor Jualan Dan Pengedaran. Proton Holdings Berhad. Akhbar (Pemenang Design Proton Pertandingan akan diumumkan Soon). Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Sektor Suasana Persaingan Operasi. Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Sektor Rakan Niaga. Zahidi Dato’ Zainol Rashid. 1999. Mahathir Di Mata Umum. RUJUKAN LAIN Htt://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/518462-proton-1985-2014-bukti-kejayaan- malaysia.html. 1.2.2016. 10.00 a.m.
  • 288.
    288 https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Savvy. 1.2.2016 https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Satria Neo.1.2.2016 https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Persona. 1.2.2016 https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Preve. 1.2.2016 https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Suprima S. 1.2.2016 https://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Iriz. 1.2.2016 www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016 www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016 www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016 www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016 www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016 www.Proton Holdings Berhad. 1.2.2016 Sumber Temu Bual. En.Ganeson a/l Krishnan. 12.3.2016. 3.30 ptg. Sumber Temu Bual. Pn Azzie. 10. 2. 2016. 1.35 ptg.
  • 289.