SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
1
SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN KOKURIKULUM SK SERENGKAM
DARI TAHUN 1981 SEHINGGA 2000
Pengenalan
Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang menuju arah sebuah hub pendidikan dunia
amat menekankan aspek pendidikan meliputi zaman prasekolah sehingga institusi pengajian
tinggi. Pendidikan peringkat rendah telah diberi keutamaan, oleh itu Sekolah Kebangsaan
Serengkam ditubuhkan sesuai dengan petikan Laporan Razak 1956 iaitu mewujudkan dua jenis
sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
(SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa bahasa pengantar bagi SRK. 1
Bahagian awal esei ini akan menerangkan latar belakang penubuhan Sekolah Kebangsaan
Serengkam. Seterusnya, esei ini akan menerangkan tentang perkembangan kelab sukan dan
permainan di Sekolah Kebangsaan Serengkam dari tahun 1981 sehingga 2000. Perkembangan
unit badan beruniform akan dipaparkan pada bahagian yang seterusnya dalam esei ini.
Perkembangan dan pencapaian kelab dan persatuan juga diterangkan di dalam esei ini. Esei ini
juga memaparkan pengkisahan beberapa orang bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Serengkam
yang telah menerima anugerah Tokoh Kokurikulum antara tahun 1981 sehingga 2000. Kejayaan
yang dicapai oleh mereka akan dipaparkan dalam bahagian kelima esei ini. Bahagian kesimpulan
esei akan merumuskan kepentingan kokurikulum dalam proses kemenjadian insan dan
kepentingan kerjasama atau hubungan baik antara sekolah dan masyarakat.
2
Sejarah Penubuhan SK Serengkam
Menurut Puan Normah binti Omar , Sekolah Kebangsaan Serengkam telah dimulakan
pembinaannya pada tahun 1962. Sekolah ini terletak di kawasan pedalaman iaitu kira-kira 18
km dari Bandar Maran.2 Kos pembinaannya menelan belanja RM250,000. Kontraktor utama
projek ini ialah Glomac Land Sdn. Bhd (Pemaju kawasan perumahan Saujana Utama). Menurut
Encik Mohammad bin Abdullah pula, projek ini diletakkan di bawah kawalan dan penyeliaan
Syarikat Urusbudi Consultant Sdn. Bhd. yang dinaungi oleh “Project Management Consultant”
atau lebih dikenali sebagai projek di bawah PMC .3 Puan Zaidah pula menceritakan bahawa SK
Serengkam dibina di atas satu kawasan seluas lebih kurang empat ekar. Bangunan utama terdiri
daripada tiga blok bangunan, sebuah kantin, sebuah bengkel, dua buah rumah guru dan sebuah
rumah Guru Besar . Sekolah ini juga memiliki sebuah padang permainan yang boleh digunakan
untuk acara sukan sekolah . Tarikh jangka siap pembinaan sekolah ini adalah pada 26 November
1964, namun demikian tarikh ini telah dilanjutkan beberapa bulan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Projek ini siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
pada 18 April 1964.4
Menurut Encik Khuzaimi bin Abdul Razak, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah
memutuskan sekolah ini memulakan operasinya pada 9 Jun 1964 bagi tahun satu sehingga lima.
Seramai lima orang murid telah didaftarkan dengan dua orang guru telah memulakan sesi
persekolahan hari pertama pada 19 April 1964. Murid-murid ini dipindahkan dari Sekolah
Kebangsaan Kuala Wau kerana sebenarnya mereka berasal dari Kampung Serengkam. Pada
masa itu sekolah ini dikategorikan sebagai Gred C. Guru Besar yang pertama ialah Encik Salleh
bin Othman yang berasal dari Tanjung Lumpur, Kuantan.5
3
Tahun demi tahun bilangan staf dan murid semakin bertambah. Sehingga bulan Oktober
1981, bilangan guru adalah seramai tujuh orang. Pertambahan murid juga agak ketara dengan
lima orang murid lelaki dan 43 orang murid perempuan yang menjadikan jumlah murid seramai
48 orang. Pertambahan bilangan murid juga menjadi faktor kepada pertambahan kelas. Jumlah
kelas yang asalnya hanya sebuah telah meningkat kepada lima buah kelas pada tahun 1981. Pada
masa tersebut kelas tahun empat dan lima telah digabungkan kerana kekurangan murid. Guru
Besar yang bertugas pada masa itu ialah Encik Ahmad Fuad bin Hamzah dan Guru Penolong
Kanannya ialah Puan Fatimah binti Mat Yassin yang berasal dari Kampung Kerambit, Lipis.6
Menurut Encik Aring bin Syafie, guru-guru lain yang bertugas pada masa itu ialah Puan
Woo, Encik Azmi bin Hamidun, Encik Mohd Safri bin Dollah dan Encik Khuzaimi bin Abdul
Razak. Kini, Sekolah Kebangsaan Serengkam diterajui oleh Encik Khairuddin bin Kechik
sebagai Guru Besar. Beliau dibantu oleh Encik Uni Iskandar bin Halib sebagai Guru Penolong
Kanan Pentadbiran, Encik Mohd Anazir bin Mamat sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid dan Encik Mohd Suhairi bin Mohd Nordin sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum.7
Perkembangan Unit Beruniform SK Serengkam dari 1981 sehingga 2000
Pasukan unit beruniform ialah satu kumpulan yang teridiri daripada gabungan keahlian
dan mempunyi dasar-dasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi. Badan beruniform di sekolah
merupakan salah satu pasukan yang wajib disertai oleh murid-murid. Berdasarkan hakikat
kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin, sekurangnya untuk
memimpin diri sendiri menjadi apa yang diingini. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini
sebaliknya boleh diperolehi melalui proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak
formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan. 8
4
Selaras dengan matlamat ingin melahirkan insan mempunyai jati diri, SK Serengkam
telah melaksanakan pelbagai program sehingga mampu menjadikan sekolah tersebut sebaris
dengan sekolah cemerlang lain. Menurut Encik Fuad bin Hamzah, sejak tahun 1981, sekolah itu
terus meraih kecemerlangan baik dalam aspek kokurikulum mahupun sahsiah pelajarnya.
Menurutnya lagi, kejayaan sesebuah sekolah bukan bergantung kepada prasarana pendidikan
sempurna dan tenaga pengajar cemerlang, tetapi lebih kepada sikap prihatin, selalu turun padang
serta motivasi terutama dalam kalangan barisan pentadbirnya. 9
Dipetik dari laman sesawang bertajuk “Sejarah Sekolah”, Jabatan Pelajaran Negeri
Pahang tidak tersilap percaturan memilih SK Serengkam sebagai Sekolah Harapan di negeri
berkenaan . SK Serengkam terkenal bukan saja dengan keindahan landskapnya, malah menerusi
aktiviti kokurikulum, terutama pasukan unit beruniform.10 Menurut Encik Khuzaimi bin Abdul
Razak pada tahun 1981 pasukan unit beruniform Pengakap merupakan badan beruniform yang
pertama ditubuhkan. Pada masa itu unit beruniform lain belum ditubuhkan lagi. Keanggotaan
unit tersebut seramai 20 orang dan diketuai oleh Encik Khuzaimi bin Abdul Razak. Sekitar tahun
1981 sehingga tahun 2000, unit Pengakap sekolah ini telah mencapai kejayaan dalam
penglibatannya di peringkat daerah. Pasukan Pengakap sekolah itu sinonim sebagai pasukan
terbaik di daerah Maran dan keunggulannya terserlah apabila menjadi Johan Perkhemahan Kali
Pertama Daerah Maran, di Hulu Sungai Telemong pada tahun 1989. Perkhemahan ini adalah
perkhemahan terbesar yang julung-julung kali dianjurkan oleh Pengakap SK Serengkam dengan
penyertaan beberapa ahli kumpulan Pengakap Zon Luit seperti Sekolah SK Kuala Wau, SK
Senggora, SK Maran dan SK Ulu Luit. Sebagai tuan rumah dalam perkhemahan ini, SK
Serengkam berjaya menjadi johan dalam beberapa acara yang dipertandingkan. Antaranya
Rentas Halangan dan Kawad Kaki. Perkhemahan ini berjaya mengumpulkan seramai 160 orang
5
peserta dan 30 orang guru pemimpin serta menghimpunkan 30 orang penduduk Kampung
Serengkam.11
Menurut Elly bin Iskandar, pada tahun 1990 Pasukan Pengakap sekolah ini telah
menyertai beberapa perkhemahan peringkat daerah yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap
Malaysia Wilayah Jengka. Perkhemahan kali pertama ke peringkat daerah ini menyaksikan
penyertaan seramai 10 orang ahli. Penyertaan kali pertama ini tidak mendapat sebarang
kemenangan dalam pertandingan yang disertai dan ia hanya sekadar penyertaan sahaja. Bermula
daripada tahun inilah menyaksikan penyertaan yang semakin bertambah dalam aktiviti
perkhemahan peringkat daerah sehinggalah pada tahun 2000.12 Menurut Encik Shahril bin
Othman, pada tahun 1991 SK Serengkam telah mula melibatkan diri dalam setiap program
peringkat daerah Maran. Hal ini kerana pada tahun tersebut mula tertubuhnya Persekutuan
Pengakap Malaysia Daerah Maran.13 Encik Muhammad Safri bin Ghaffar pula mengatakan
bahawa, kumpulan ini telah melangkah lebih jauh lagi dengan menyertai pertandingan ke
peringkat Negeri Pahang dan kebangsaan. Pada tahun 1995, kumpulan ini telah menyertai
Pasukan Kawad Kaki Pengakap Daerah Maran. Seramai lima orang ahli Pengakap SK
Serengkam telah terpilih mewakili pasukan ini dan telah berjaya menjadi johan. Seterusnya, pada
tahun 1996, seramai lima orang Pengakap juga telah terpilih dengan gabungan beberapa
kumpulan lain membentuk pasukan kawad kaki pengakap daerah Maran ke Peringkat Negeri
Pahang di SMA Tahap, Jerantut. Pasukan Kawad kaki ini telah mendapat tempat ketiga.14
Menurut Puan Seri Yati binti Daeng, pasukan Pengakap sekolah ini melangkah lebih jauh lagi
dengan menyertai jambori-jambori peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Salah satu Jambori
Pengakap Kebangsaan yang telah disertai ialah Jambori Pengakap Terengganu di Air Terjun
Sekayu pada 1997.15
6
Menurut Encik Mahat bin Hajaz pada tahun berikutnya, iaitu 1999 dua orang ahli
Pengakap sekolah ini iaitu Abdul Rahman bin Mohd Nor dan Mutalib Amin bin Rusli telah
mewakili Persekutuan Pengakap Daerah Maran ke Jambori Pengakap Antarabangsa ke
Terengganu di Kuala Terengganu. Antara aktiviti yang disertai oleh mereka semasa jambori
tersebut ialah aktiviti menekat corak pada bantal dan mencorak layang-layang. Selain itu, aktiviti
permainan yang disediakan ialah Sayang Si Buta iaitu dengan cara menutup mata dan berjalan
mengikut tali dan juga sentuhan.Aktiviti ini dilakukan pada sebelah malam. Aktiviti lain yang
disertai ialah Fun Fair Pengakap yang mempunyai empat stesen iaitu stesen pertama Tiup -tiup
Darling yang memerlukan pergerakan bola ping pong malalui air dalam cawan. Stesen kedua
pula ialah Sumpitan Berahi . Setiap peserta perlu menggunakan straw dan juga kacang hijau
untuk "menembak" cawan kertas yang ditempatkan di atas pokok.. Stesen ketiga ialah Lemparan
Asmara iaitu peserta perlu melempar bulatan sehingga menangkap botol yang disediakan.
Stesen yang terakhir pula menyediakan aktiviti Telur Sayangku Telur. Peserta harus membaling
bola pingpong dari tempat yang ditentukan untuk memasukkannya ke dalam "egg tray". Dalam
aktiviti Fun Fair Pengakap ini, Mutalib Amin bin Rusli telah mendapat tempat kedua dalam
acara sumpitan berahi, sementara dalam aktiviti di stesen-stesen lain hanya sekadar penyertaan
sahaja.16
Menurut Encik Hamzah bin Amin, dalam pertandingan kraf tangan, Mutalib Amin bin
Rusli sekali lagi membuktikan kehandalannya apabila menggunakan daun untuk membuat kraf
tangan iaitu serunai dedaun kelapa. Bunyi yang dihasilkan telah mendapat tempat pertama bagi
kategori sekolah rendah. Bagi acara Lumba Guni Naga Mini yang memerlukan para peserta
berdiri di dalam guni dan melompat untuk sampai ke garisan penamat, dimenangi oleh Abdul
Rahman bin Mohd Nor dengan menduduki tempat ketiga. Dalam aktiviti Projek Perintis pula,
7
Abdul Rahman bin Mohd Nor dan Mutalib Amin bin Rusli telah bergabung idea dan tenaga
untuk membina bangku rehat. Projek perintis ini tidak meraih sebarang kemenangan.
Pada tahun 2000, Pengakap SK Serengkam telah menyertai Jambori JOTA JOTI di
Temerloh. JOTA JOTI ialah Jambori yang berkaitan dengan radio amatur dan internet. Seramai
empat orang ahli Pengakap SK Serengkam iaitu Balqis binti Mohd Rasid, Mohd Suhaimi bin
Khalid, Arina binti Ahmad Sanusi dan Mohd Azrulharis bin Shabian telah mengikuti aktiviti ini.
Jambori JOTA JOTI tidak melibatkan sebarang pertandingan tetapi melibatkan perhubungan
melalui radio dan internet bersama peserta-peserta dari luar negara di serata dunia. Pengalaman
menyertai pelbagai aktiviti telah mendedahkan ahli-ahli Pengakap SK Serengkam kepada dunia
luar dan berjaya menarik perhatian penyertaan pada setiap tahun dari kalangan ahli Pengakap
lain.
Pada peringkat sekolah pula, iaitu perjumpaan mingguan diadakan setiap minggu pada
hari Rabu. Berdasarkan buku laporan perjumpaan kokurikulum, didapati aktiviti pengakap
sekolah ini tertumpu kepada aktiviti berkaitan ikatan, kawad kaki ,pertolongan cemas dan
kemahiran membina gajet. Aktiviti-aktiviti mingguan ini dipraktikkan semasa menyertai
perkhemahan di luar sekolah.17
Perkembangan Kelab Sukan dan Permainan di SK Serengkam dari tahun 1981 hingga
2000
Di sekolah interaksi antara guru dan pelajar berlaku di dalam dan di luar bilik darjah.
Proses interaksi antara guru dan pelajar di sekolah dapat dilihat melalui kelab sukan dan
permainan.18 Menurut Encik Sahak bin Pon setiap murid di SK Serengkam terutama sekali
Tahun 4,5 dan 6 wajib menganggotai satu unit dalam bidang kokurikulum yang dianjurkan dan
8
satu kelab permainan. Murid – murid yang dikecualikan untuk menyertai aktiviti kokurikulum
adalah murid –murid yang mendapat pengesahan daripada doktor. Pengecualian hanya
melibatkan aktiviti permainan sahaja. Kehadiran murid adalah wajib. Kedatangan yang tidak
mencapai tahap yang ditetapkan sekurang-kurangnya tiga kali perjumpaan tidak akan diberi sijil
penyertaan. Setiap murid mesti mematuhi peraturan, arahan dan berdisiplin semasa aktiviti
kokurikulum dijalankan dan perlu bergerak aktif dalam program yang dirancang. Setiap murid
juga perlu membayar yuran sukan dan permainan untuk kegunaan aktiviti dalam setiap unit
tersebut mengikut kadar yang telah dipersetujui dan perlu dimaklumkan kepada pihak
pengurusan. Sebarang penglibatan murid dalam aktiviti luar sekolah hendaklah mendapat
kebenaran ibu bapa atau penjaga murid dan pihak sekolah. Selain itu, setiap murid hendaklah
memakai pakaian yang dibenarkan oleh pihak sekolah sahaja ketika menjalankan aktiviti
kokurikulum.19
Menurut Encik Muhammad Suhairi bin Nordin, data kajian pada tahun 1981 tidak dapat
disediakan kerana masalah penyimpanan rekod pencapaian kelab dan persatuan tidak
dikemaskini secara sistematik. Data-data ini hanya disimpan oleh Encik Abdul Zubir bin
Samood dan data ini akhirnya tidak diperolehi kerana telah dirosakkan oleh anai-anai. Di bawah
pimpinan Puan Fatimah binti Mat Yassin, peningkatan yang ketara dapat dilihat
dalam perkembangan kelab sukan dan permainan. Contohnya, kelab bola jaring, bola sepak dan
sepak takraw telah mara hingga ke peringkat negeri. Secara automatiknya, kebanyakan ahli kelab
sukan dan permainan adalah pemain pasukan sekolah. Bagi Kelab Bola Baling contohnya,
separuh daripada ahlinya adalah pemain bola baling sekolah. Oleh hal yang demikian, kejayaan
pasukan bola Baling sekolah adalah juga merupakan kejayaan bagi kelab tersebut.
9
Pelbagai rancangan disediakan untuk menyediakan pasukan bola baling yang kuat. Guru
penasihat kelab Bola Baling SK Serengkam pada tahun 1981 ialah Encik Khairuddin bin Awang
Kecik iaitu Guru Besar SK Serengkam manakala jurulatihnya ialah Ustaz Sahar bin Ismail.
Program-program yang dirancang ialah latihan pada setiap petang Rabu dari jam lima petang
sehingga tujuh petang, perlawanan persahabatan dengan sekolah-sekolah berdekatan dan latihan
stamina pada setiap Sabtu dengan berjoging sejauh dua kilometer. Di samping itu, diadakan juga
tayangan rakaman perlawanan bola baling untuk memberi lebih banyak pendedahan kepada
pelajar.
Antara kejayaan-kejayaan yang diperoleh oleh Pasukan Bola Baling SK Serengkam ialah
menjadi juara pada peringkat Zon Luit sebanyak dua kali berturut-turut pada tahun 1984 dan
1985. Menurut Encik Suhairi, SK Serengkam telah banyak menyertai pertandingan yang
dianjurkan oleh pihak kementerian sama ada peringkat sekolah, zon dan daerah. Sekolah ini telah
banyak menempa kejayaan dalam permainan bola baling. Pada tahun 1986, seramai tujuh orang
murid telah terpilih mewakili daerah Maran dalam kejohanan peringkat negeri. Seorang murid
sekolah ini telah berjaya dipilih mewakili Negeri Pahang ke peringkat Kebangsaan yang
diadakan di Negeri Terengganu iaitu Noor Syafiqah binti Azieh. Hal ini menyebabkan sekolah
ini ingin membudayakan semua murid untuk bermain Bola Baling.20
Hal yang sama juga berlaku dalam Kelab Bola Jaring. Semua pemain bola jaring SK
Serengkam ialah ahli Kelab Bola Jaring. Oleh itu, kejayaan pasukan ini juga melambangkan
kejayaan Kelab Bola Jaring sekolah. Kelab ini ditubuhkan sekitar tahun 1988 bermula dengan 10
orang ahli yang terdiri daripada murid tahun 5 dan 6. Pada peringkat awal penubuhannya tidak
bnyak kejayaan yang diperolehi oleh pasukan bola jaring kerana kekurangan pengalaman dan
latihan. Namun begitu dengan kemasukan beberapa orang guru baru daripada Maktab Perguruan
10
pada tahun1989 telah memberi nafas baru kepada pasukan bola jaring sekolah. Latihan dan
perancangan telah diatur oleh jurulatih untuk Pasukan bola jaring sekolah seperti latihan setiap
petang bermula jam lima petang sehingga tujuh petang. Di samping itu, perlawanan-perlawanan
persahabatan telah dirangka. Latihan pusat juga dilakukan setiap kali sebelum sesuatu kejohanan
disertai.
Menurut Puan Rosnah binti Awang, beliau pernah melatih pasukan bola jaring SK
Serengkam pada tahun 1988. Pada masa itu ,keahlian kelab ini adalah seramai 12 orang sahaja
yang terdiri daripada murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam. Keahlian ini bertambah kepada 21
orang pada tahun 1990 sehingga menjadi pasukan yang disegani di peringkat Zon Luit. Pasukan
ini telah mendapat tempat kedua pada tahun 1990 dalam kejohanan MSS Zon Luit.21 Antara
tokoh yang paling menonjol dalam bola jaring ialah Suaidah binti Sulong, beliau berjaya
mewakili negeri Pahang dalam sukan bola jaring hingga ke peringkat SUKMA. Inilah
pencapaian tertinggi yang telah dilahirkan oleh SK Serengkam . Sebelum ini Suaidah binti
Sulong telah membantu Sekolah Kebnagsaan Serengkam menjadi naib johan pada tahun 1990
dan 1991 manakala pada 1992 barulah SK serengkam menjadi johan.
Selain itu, SK Serengkam juga berjaya melahirkan atlit dalam sukan bola sepak. Kelab
Bola Sepak SK Serengkam ditubuhkan pada 1981 dan dianggotai oleh majoriti murid orang asli
yang sememangnya menjadikan bola sepak sebagai aktiviti permainan harian mereka. Menurut
Puan Zaharah binti Yakub, pasukan bola sepak SK Serengkam adalah yang terkuat di Zon Luit.
Pemain-pemainnya terdiri daripada murid-murid orang asli yang berasal dari Kampung Merbau
yang terletak empat kilometer dari Kampung Serengkam. Murid-murid ini menjadi tonggak
kekuatan pasukan bola sepak SK Serengkam. Keistimewaan murid orang asli ini ialah umur
mereka yang berbeza daripada pemain-pemain lain. Ada dalam kalangan mereka yang berumur
11
belasan tahun. Kegemilangan pasukan ini ialah sekitar tahun 1991 sehingga 1995. Anatara tokoh
yang paling menonjol dan berjaya ialah Ah Heng a/l Budin. Beliau telah banyak
menyumbangkan kepada kejayaan Sk Serengkam dalam bidang bola sepak. Antara kejayaan
tersebut ialah menjadi johan Zon Luit bermula pada tahun 1991 sehingga 1993, seterusnya
tokoh ini berjaya mewakili negeri Pahang bawah 12 tahun dan 15 tahun. Ah Heng menjadi ikon
sekolah dalam bidang bola sepak .
Satu lagi keunikan dalam kelab sukan dan permainan sekolah ini ialah permainan Gasing
Pangkah yang diasaskan oleh Encik Muhammad bin Abdullah. Kebanyakan sekolah di sekitar
tidak mempunyai pasukan Gasing Pangkah yang sehebat SK Serengkam. Pasukan ini sering
memenangi setiap pertandingan yang dianjurkan sama ada di peringkat zon, daerah dan negeri.
Encik Muhammad bin Abdullah telah melatih pasukan gasing pangkah yang julung kalinya
ditubuhkan di SK Serengkam. Pasukan ini hanya wujud di SK Serengkam sahaja dan seringkali
menjadi johan dalam kejohanan jemputan. Pasukan ini juga seringkali dijemput untuk
mengadakan demonstrasi seni permainan Gasing Pangkah kepada tetamu yang hadir ke kampung
tersebut atau acara-acara rasmi yang lain.22
Pasukan gasing ini dianggotai oleh Badri bin Yasin , Suhaimi bin Yasin, Sakura bin
Zamri, Sharil bin Zamri dan Wan Marzuki bin Wan Latif pada tahun 1991. Pasukan ini dilatih
pada setiap hari sabtu di gelanggang gasing Kg Serengkam. Anatara latihan yang diberikan ialah
melilit gasing , melempar gasing dan menyambut gasing. Walaupun pasukan ini ialah pasukan
gasing pangkah tetapi mereka juga dilatih untuk pertandingan gasing putar paling lama. Pasukan
ini hanya bertahan sehingga tahun 1995 sahaja, hal ini berlaku kerana jurulatihnya berpindah ke
tempat lain. Akhirnya pasukan ini dibubarkan pada tahun 1995. Walaupun begitu kejayaan yang
pernah ditempa ialah menjadi johan jemputan gasing pangkah Zon Luit pada tahun 1990 di
12
Gelanggang Gasing Majlis Daerah Maran. Tokoh yang paling menonjol ialah Badri bin Yasin
dan Wan Marzuki bin Wan Latif.
Menurut Encik Mazlan bin Omar, SK Serengkam telah mengambil bahagian dalam acara
Pertandingan Sepak Takraw Daerah Maran sejak tahun 1999. Pasukan Sepak Takraw ini mula
ditubuhkan pada akhir tahun 1998 dan mula menghantar wakil dalam pertandingan sepak takraw
pada tahun 1999. Jawatankuasa kelab sepak takraw pada tahun 1999 dianggotai oleh Encik
Mazlan bin Omar selaku jurulatih , Kadir bin Othman selaku pengerusi, Alang bin Juraidi selaku
naib pengerusi, Mahmud bin Yatim selaku setiausaha dan Aidil bin Halim sebagai ajk. Seramai
15 orang pelajar yang menyertai pasukan ini dan diketuai oleh seorang guru.23 Kelebihan
mempunyai sijil kejurulatihan sepak takraw telah menyebabkan Encik Mazlan dipilih menjadi
ketua jurulatih. Pada 3 Februari 1999, pasukan sepak takraw sekolah mula mengadakan latihan
di gelanggang sepak takraw sekolah dan dilatih oleh Encik Mazlan bin Omar . Pasukan sepak
takraw sekolah giat menjalankan latihan sebelum berlangsungnya Kejohanan Sepak Takraw
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Rendah pada 9 sehingga 10 Februari 1999. Kejohanan tersebut
berlangsung di SK Serengkam. Kejohanan ini melibatkan tiga buah sekolah iaitu SK Serengkam,
SK Kuala Wau dan SK Senggora.
Menurut Encik Sabri bin Jaafar, pada tahun 2000 SK Serengkam telah mengadakan
perlawanan persahabatan sepak takraw yang berlangsung pada waktu petang di gelanggang
sepak takraw SKS. Dua buah sekolah telah dijemput untuk menyertai perlawanan persahabatan
tersebut iaitu SK Serengkam dan SK Kuala Wau. SKS mengharapkan perlawanan persahabatan
ini dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada pasukan sepak takraw SK
serengkam.24
13
Perkembangan dan Pencapaian Kelab dan Persatuan SK Serengkam dari tahun 1981
sehingga 2000
Kelab dan persatuan yang ditubuhkan di SK Serengkam pada tahun 1981 ialah Persatuan
Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris dan Persatuan Agama Islam manakala Kelab Tarian
telah diasaskan oleh Encik Azmi bin Wahab pada tahun 1985.
Menurut Puan Zaidah binti Sulong, Persatuan Bahasa Melayu dianggotai seramai 20
orang pelajar dan dua orang guru penasihat iaitu Encik Radzi bin Afandi dan Encik Bakar bin
Fazuri. Pada 1986, kelab ini tidak menyertai sebarang aktivti atau pertandingan ke peringkat luar
tetapi lebih fokus kepada aktiviti dalam sekolah sahaja. Antara aktiviti yang dianjurkan di
sekolah ialah Pertandingan Pidato. Dalam pertandingan ini Liyana binti Sahi dari Tahun Lima
telah mwakili Kelab Bahasa Melayu.Walaupun pertandingan ini dianjurkan secara tidak formal
tetapi acara ini disertai oleh ramai pelajar terutama sekali pelajar perempuan. Selain itu,
Persatuan Bahasa Melayu juga menganjurkan Pertandingan Teka Silangkata antara kumpulan
peringkat sekolah. Kumpulan yang terbaik pada tahun 1986 terdiri daripada Ng Hui Min,
Safaezah binti Rahmat, Benjamin a/l Tang dan Nurhidayah binti Ali. Keempat-empat pelajar ini
adalah wakil dari Darjah Empat. Walaupun dari kelas yang berbeza tetapi kerjasama antara
kumpulan adalah sangat bagus dan hal ini telah menyebabkan mereka terpilih menyertai ke
mewakili kelsb Bahasa Melayu untuk menyertai pertandingan Teka Silangkata yang dianjurkan
oleh pihak sekolah.25 Selain itu,pada tahun 1990 kelab Bahasa Melayu ini menjalankan aktiviti
mingguan seperti aktiviti membina Tangga Perkataan. Menurut Encik Salleh bin Hamid, setiap
pelajar diberikan satu perkataan untuk dikembangkan supaya menjadi ayat yang lengkap. Pelajar
14
yang dapat membina ayat dengan bagus akan mendapat hadiah. Aktiviti ini bertujuan untuk
menambah perbendaharaan kata ahli selain menguji kemahiran memproses maklumat kepada
para pelajar. Aktiviti ini bukan dalam bentuk pertandingan. Seterusnya terdapat aktiviti-aktiviti
lain yang dianjurkan oleh kelab ini antaranya ialah aktiviti membina ayat berdasarkan gambar
dan bercerita atau berdialog dengan gaya berdasarkan gambar secara berpasangan. Dalam aktiviti
ini pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada tiga orang. Setiap
kumpulan diberikan satu gambar dan kumpulan tersebut perlu membuat cerita sepertimana yang
terdapat di dalam gambar tersebut. Tujuan aktiviti tersebut adalah untuk memberi keyakinan
kepada pelajar untuk menonjolkan diri ke hadapan.26
Seterusnya, Kelab Persatuan Bahasa Inggeris juga ditubuhkan di SK Serengkam. Kelab
ini dianggotai seramai 20 orang pelajar dan dua orang guru penasihat iaitu Cikgu Azli bin Rahim
dan Cikgu Tajuddin bin Abdul Manap. Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk menggalakkan
pelajar menggunakan Bahasa Inggeris di dalam dan diluar kawasan sekolah dan meyakinkan
pelajar bahawa bahasa inggeris adalah mudah untuk dipelajari. Selain itu, tujuan lain kelab
Bahasa Inggeris ditubuhkan bagi mengadakan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar untuk
menggunakan Bahasa Inggeris.27
Menurut Encik Elly Ismail bin Mustafa, pada 3 April 1988 Persatuan Bahasa Inggeris
SK Serengkam buat kali pertamanya telah menganjurkan Pertandingan Scrabble peringkat
daerah. SK Serengkam telah menjadi tuan rumah dalam pertandingan ini Pertandingan ini
dibahagikan kepada dua kategori iaitu bawah 12 tahun dan bawah 10 tahun. SK Serengkam telah
menghantar tiga orang pelajar iaitu Poon Jit Hon, Soo Weii Ping dan Reuben Chong untuk
ketegori bawah 12 tahun manakala bagi kategori bawah 10 tahun diwakili oleh Suzana binti
15
Manan, Suzana binti Mahat dan Arisa binti Sufian. Dalam pertandingan ini, SK Serengkam telah
menjadi juara bagi ketegori bawah 10 tahun manakala kategori bawah 12 hanya sekadar
penyertaan. Kejayaan tersebut menyebabkan SK Serengkam menjadi sebutan ramai kerana
berjaya menghasilkan pelajar yang dapat menguasai perbendaharaan kata Bahasa Inggeris.
Kejayaan pelajar yang mewakili kategori bawah 10 dalam pertandingan Scrabble itu telah
menyebabkan beliau terpilih untuk mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan pada tahun 1991.
Pelajar tersebut ialah Suzana binti Mahat.28
Pada tahun 1995 Persatuan Bahasa Inggeris telah menghantar seramai 10 orang ahlinya
dalam pertandingan Choral Speaking Sekolah-sekolah Rendah Zon Luit. Menurut Encik Elly,
dalam pertandingan ini SK Serengkam telah mendapat tempat ketiga. Sepanjang tahun 1997
Kelab Bahasa Inggeris SK Serengkam telah melancarkan satu program yang dinamakan sebagai
DEAR (Drop Everything and Read) Project. Program ini berjalan sepanjang tahun dan
merupakan projek bacaan luas. Peruntukkan masa selama 20 minit atau 30 minit diberikan
kepada pelajar untuk membaca bahan dalam Bahasa Inggeris pada setiap pagi di tapak
perhimpunan. Pelajar-pelajar boleh membawa bahan bacaan sendiri atau meminjamnya daripada
perpustakaan sekolah. Program ini telah mendapat sambutan ramai pelajar dan telah
mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar SK Serengkam. Pada tahun 1999 satu projek
besar telah dilaksanakan oleh kelab Bahasa Inggeris iaitu Corridor of Knowledge Project. Kelab
Bahasa Inggeris telah mengambil satu lorong untuk dijadikan sebagai dinding koridor. Lorong
tersebut dijadikan sebagai tempat mempamerkan hasil penulisan seperti hasil karangan pelajar,
berita dalam Bahasa Inggeris dan bahan-bahan lain.29
16
Pada setiap petang Rabu, Kelab Bahasa Inggeris akan mengadakan aktiviti English Quiz.
Soalan-soalan pelbagai aras tentang topik-topik umum dan topik-topik yang lebih spesifik seperti
sukan, personaliti terkenal, sejarah dan geografi dikemukakan kepada pelajar. Pelajar akan
dimaklumkan tentang peraturan-peraturan asas terutama sekali mengenai bilangan cubaan yang
dibenarkan. Aktiviti ini berjaya meningkatkan pengetahuan pelajar sekolah ini.
Persatuan Matematik dan Sains Sekolah Kebangsaan Serengkam dibentuk pada tahun
1989. Anggota -anggota persatuan ini berjumlah 21 orang. Menurut Puan Ayuni binti Yusoff
anggota persatuan ini terdiri daripada pelajar Tahun Dua hingga Tahun Enam. Persatuan ini
dibentuk untuk membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan
Matematik serta memudahkan pelajar bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran ini. Sepanjang
tahun 1996, persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sama ada berbentuk akademik
mahupun bukan akademik. Kegiatan pertama yang telah dijalankan ialah Peraduan Menulis
Cerpen Fiksyen Sains. Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat
menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, pelajar Tahun
Enam .30
Encik Sufian bin Putih menyatakan kelab Sains dan Matematik juga menganjurkan
ceramah tentang Sains dan Matematik. Pada tahun 1997, ceramah ini disampaikan oleh salah
seorang guru pakar Matematik dan Sains daerah Temerloh iaitu Cikgu Azhar Muhammad dari
SK Penderas. Selain itu, kelab ini turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan
sekolah dan memperindah kawasan Taman Sains SK Serengkam dengan menanam berbagai-
bagai jenis bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains. Pada 25
September 2000, kelab ini telah mengadakan lawatan ke Taman Herba di Pusat Sains Negara,
17
Kuala Lumpur. Taman ini mempunyai lebih daripada 90 spesis tumbuhan herba yang ada
antaranya amat sukar ditemui. Hasil daripada lawatan ini, peserta Kelab Sains dan Matematik
banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan tumbuhan herba dalam bidang
perubatan.31
Pada tahun 1997 Kelab Matematik dan Sains telah mengadakan pertandingan pada
peringkat sekolah iaitu Pertandingan Telur Kebal. Pertandingan Telur Kebal ini adalah
pertandingan yang memerlukan setiap peserta perlu mencipta bahan sokongan bagi telur, supaya
tidak pecah jika dijatuhkan daripada tempat yang tinggi. Jika telur tersebut tidak pecah, maka
telur tersebut dianggap kebal. Pelajar boleh menggunakan kaedah masing-masing, tetapi masih
berpandukan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Semakin ketat peraturan yang telah
tetapkan, maka semakin kreatif hasil daripada pelajar nanti. Aktiviti ini agak menarik dan cukup
menghiburkan pada masa itu. Satu aktiviti yang besar pernah diadakan oleh kelab ini ialah
Drama Sains pada tahun 1999. Setiap kumpulan diberikan masa 10 minit bagi
mempersembahkan drama yang berunsurkan Sains. Kreativiti adalah bergantung kepada pelajar
sama ada mahu menggunakan konsep sketsa, puisi dan lagu, atau apa-apa seni persembahan lain.
Pemarkahan diberi berdasarkan kandungan sains yang dinyatakan dalam drama, kreativiti dan
penggunaan bahan yang sesuai. Markah bonus akan diberi sekiranya terdapat aspek lain yang
dipersembahkan oleh pelajar dan bersesuaian dengan tema. Pada masa tersebut, kumpulan dua
telah diumumkan sebagai pemenang persembahan terbaik. Kumpulan ini diwakili oleh Atiqah
binti Razak, Jasmin Ayuni binti Khalit, Rosman bin Awang, Jemmy a/l Julias dan Salina binti
Rosman.
18
Tokoh kokurikulum di SK Serengkam.
Hari Anugerah Kokurikulum adalah satu majlis yang dirancang khas untuk meraikan
serta memberi penghargaan kepada para pelajar dan barisan pemimpin sekolah. Anugerah ini
diberi kepada para pelajar yang telah mencipta kejayaan dan mengharumkan nama sekolah
dalam aktiviti kokurikulum serta memberi apresiasi kepada barisan kepimpinan pelajar yang
telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Hari Anugerah Kokurikulum adalah bertujuan
memberikan semangat aspirasi dan motivasi kepada semua warga sekolah agar terus berusaha
melakar kejayaan dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat sekolah, zon, daerah mahupun
negeri dan kebangsaan.32
Menurut Borhan bin Mat Said, pada 20 November 1996, SK Serengkam telah bersetuju
untuk memilih dua orang pelajar yang dirasakan begitu tepat sekali untuk memegang gelaran
sebagai Tokoh Kokurikulum bagi tahun 1996. Pelajar yang terpilih untuk memegang gelaran
Tokoh Kokurikulum 1996 adalah adik Che Muhammad Roslizam Hakim bin Che Rosli, pelajar
dari Tahun 5. Che Muhammad Roslizam Hakim bin Che Rosli dilahirkan pada 27 Mei 1986 di
Kampung Serengkam. Putera bongsu kepada Che Amat bin Harun dan Puan Seran Bt Laldin ini
mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Serengkam. Pendidikan rendahnya bermula di SK
Serengkam. Di sekolah inilah bakat olahraga beliau dikesan. Semasa di Tahun 5, beliau telah
dimasukkan di bawah program Latihan Sukan. Beliau amat berterima kasih kepada Cikgu Hilmi
Shaharudin Bin Che Ya iaitu jurulatih olahraga yang telah melatih beliau sejak tahun 1993.
Beliau juga amat menyanjung tinggi dorongan, pupukan semangat dan sumbangan kedua-dua ibu
bapanya yang berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk melihat kejayaannya dalam bidang
19
sukan ini. Beliau juga amat menghargai sokongan guru-guru SK Serengkam yang sentiasa
memberi kata-kata perangsang untuk beliau setiap kali menyertai pertandingan.33
Penglibatan beliau secara serius bermula pada tahun 1993 apabila memenangi pingat di
peringkat sekolah dan peringkat Zon Luit. Beliau telah dipilih untuk mewakili sekolah Kategori
Bawah 12 Tahun dalam Kejohanan Olahraga. Kekerapan beliau memenangi pingat dalam sukan
olahraga telah banyak mengharumkan nama SK Serengkam, sama ada di peringkat daerah dan
negeri. Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian beliau, dan beliau telah dipilih sebagai
penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum peringkat sekolah selama 3 tahun berturut-
turut mulai tahun 1993 hingga 1995. Beliau seringkali mencatat kemenangan dalam kejohanan
olahraga di peringkat MSSD dan setiap tahun sepanjang penglibatan beliau dalam sukan ini.
Justeru itu,beliau telah dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Tokoh Kokurikulum Tahun
1995. Beliau juga mewakili negeri Pahang dalam Kejohanan olahraga MSSM tahun 1996 dan
dianugerahkan Anugerah Putera Emas. Pada tahun 1997, beliau mencatat kejayaan besar dalam
Kejohanan Olahraga MSSM di Melaka apabila memenangi Pingat Perak dalam acara 200 meter,
pingat perak dalam acara lompat jauh dan pingat gangsa dalam acara 4x200 meter.34 Semua
acara tersebut adalah di bawah kategori lelaki bawah 12 tahun.
Tokoh yang seterusnya ialah Suaidah binti Sulong iaitu pemain Bola Jaring SK
Serengkam. Beliau merupakan ketua pasukan bola jaring SK Serengkam. Beliau dilahirkan di
Kampung Serengkam pada tahun 1980. Menurut Suaidah binti Sulong, beliau mula aktif
bersukan sejak daripada bangku sekolah rendah lagi dan memang seorang yang sangat aktif dan
sentiasa mewakili sekolah serta daerah dalam kebanyakan acara sukan yang
dipertandingkan.Pada mulanya beliau tidak begitu meminati sukan bola jaring kerana lebih
20
menggemari acara individu seperti lompat tinggi tetapi semasa darjah empat, beliau mula
menceburi sukan tersebut. Pada tahun 1988 dalam usia 10 tahun , beliau mula menonjolkan diri
dalam permainan bola jaring. Hasil daripada itu, namanya telah disenaraikan dalam pasukan
Bola Jaring SK Serengkam untuk perlawanan persahabatan bola jaring di SK Senggora pada
bulan Julai 1988. Dalam perlawanan tersebut kemahiran beliau terserlah apabila beliau berjaya
membuat jaringan yang banyak dan hasilnya pasukan bola jaring SK Serengkam telah mendapat
tempat pertama. Bermula dari situ, namanya terus melekat di hati ketua jurulatih sekolah, Puan
Fatimah binti Nordin. Kesungguhan beliau dalam latihan bola jaring yang diadakan setiap petang
di SK Serengkam menyebabkan beliau terpilih untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah pada
tahun 1989.35
Perlawanan bola jaring peringkat daerah ini berlangsung di SK Sungai Isap . Komitmen
dan usaha beliau dan rakan-rakan telah membuahkan hasil apabila pasukan SK Serengkam
berjaya menjadi Johan dengan mengalahkan SK Jengka 2 pada pada peringkat akhir perlawanan.
Selepas dua tahun menyertai pasukan bola jaring sekolah, kenangan paling manis bagi beliau
apabila pasukan bola jaring SK Serengkam berjaya mengekalkan kejuaraan bola jaring sama ada
peringkat sekolah atau Zon Luit berturut-turut dari tahun 1990 sehingga 1993.
Pada tahun 1996, Puan Suaidah binti Sulong telah menyertai SUKMA di Sabah bagi
mewakili negeri Pahang dalam kejohanan bola jaring. Ketika menentang pasukan Sarawak,
beliau telah memulakan perlawanan dengan baik sekali iaitu dengan menjaringkan bola pada
minit pertama perlawanan. Perlawanan itu berlangsung dalam suasana yang sungguh sengit dan
akhirnya berkesudahan dengan kemenangan kepada pihak lawan. Selepas tiga bulan, Suaidah
beraksi semula untuk pasukan bola bola jaring ke peringkat kebangsaan, iaitu ketika kejohanan
21
di Lumut,Perak. Pasukan ini berjaya ke peringkat separuh akhir perlawanan tetapi kecundang
apabila kalah kepada pasukan bola jaring negeri Kedah. Sepanjang mewakili kelab bola jaring ,
Suaidah telah mencipta 125 jaringan. Beliau telah mewakili negeri sebanyak lima kali. Rekod ini
merupakan pencapaian terbaik pernah diraih oleh beliau. Setelah sekian lama menabur jasa dan
mengharumkan nama dalam arena bola jaring, akhirnya beliau bersara kerana menghadapi
masalah kecederaan otot di kaki. Namun, sekarang beliau telah menyambung khidmat sebagai
jurulatih pasukan bola jaring SK Serengkam.
Kesimpulan
Aktiviti kokurikulum yang diterapkan dalam sistem pendidikan adalah salah satu
daripada pendekatan strategik yang merupakan sumber inspirasi dan menjadi kayu ukur kepada
semua usaha dan rancangan pendidikan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
mempunyai sahsiah diri yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.36 Melalui
pengalaman yang didedahkan dalam kegiatan kokurikulum murid SK Serengkam diberi ilmu,
kemahiran, bimbingan serta latihan yang merupakan satu nilai tambah untuk mencapai
kecemerlangan diri malah pada masa ini kecemerlangan seseorang murid bukan sahaja diukur
dari segi pencapaian akademik sahaja tetapi juga pencapaian kokurikulum. Kegiatan
kokurikulum mampu mencungkil potensi murid yang akhirnya mampu memberi keyakinan,
semangat dan menyuburkan pertumbuhan emosi murid secara lebih seimbang. Pendedahan ini
amat penting untuk membentuk budaya kerja yang sihat personaliti diri yang mampan pada masa
hadapan.
22
Nota Hujung
1
Siti Fironika Hj Abd Rahman, “Penyata Razak 1956,” http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyata_Razak_1956 (diakses
pada 1 Februari,2015)
2 Temuramah dengan Puan Normah binti Omar,9 Februari 2015
3 Temuramah dengan Encik Mohammad bin Abdullah,8 Februari 2015
4 Temuramah dengan Puan Zaidah binti Sulong,7 Februari 2015
5 Temuramah dengan Encik Khuzaimi bin Abdul Razak, 1 Februari 2015
6 Ibid,10 Februari 2015
7 Temuramah dengan Encik Aringbin Syafie, 9 Februari 2015
8 Jibashni Selva Ganabathy,“Definisi UnitBeruniform,” http://www.scribd.com/doc/87534705/Definisi-Unit-
Beruniform#scribd (diakses pada 2 Februari,2015)
9 Temuramah dengan Encik Fuad bin Hamzah, 9 Februari 2015
10 Hamdani,“Sejarah Sekolah,” http://skts.edu.my/sejarah.htm (diakses pada 10 Februari 2015)
11 Ibid,16 Februari 2015
12 Temuramah dengan Elly bin Iskandar,10 Februari 2015
13 Temuramah dengan Encik Shahril bin Othman,22 Februari 2015
14 Temuramah dengan Encik Muhammad Safri bin Ghaffar,20 Februari 2015
15 Temuramah dengan Puan Seri Yati binti Daeng, 18 Februari 2015
16 Temuramah dengan Encik Mahatbin Hajaz,19 Februari 2015
17 Temuramah dengan Encik Hamzah bin Amin, 29 Februari 2015
18 Abdullah Sani Yahaya,“Pentingnya Interaksi Pelajar,”dalamMengurus Disiplin Pelajar (Bentong : PTS Profesional
PublishingSdn.Bhd, 2005),halaman 55
19 Temuramah dengan Encik Sahak bin Pon, 1 Mac 2015
20 Temuramah dengan Encik Muhammad Suhairi bin Nordin,22 Februari 2015
21 Temuramah dengan Puan Rosnah binti Awang, 29 Februari 2015
22 Temuramah dengan Puan Zaharah binti Yakub,10 Februari 2015
23 Temuramah dengan Encik Mazlan bin Omar,3 Februari 2015
24 Temuramah dengan Encik Sabri bin Jaafar,5 Februari 2015
25 Ibid,19 Februari 2015
26 Temuramah dengan Encik Salleh bin Hamid,5 Mac 2015
27 Qifaluzzi,“Persatuan BahasaInggeris,” http://smkppbi.blogspot.com/2009/08/objektif-dan-matlamat.html
diakses pada 3 Mac 2015
28 Temuramah dengan Encik Elly Ismail bin Mustafa,1 Mac 2015
29 Ibid,5 Mac 2015
30 Temuramah dengan Puan Ayuni binti Yusoff , 2 Mac 2015
31 Temuramah dengan Encik Sufian bin Putih,27 Februari 2015
32 Ira Zalis Ismail.“Enam pelajar terima anugerah Tokoh Murid.” Utusan (Kuala Lumpur), 15/05/2013
33 Temuramah dengan Encik Borhan bin Mat Said,11 Mac 2015
34 Ibid,4 Mac 2015
35 Temuramah dengan Puan Suaidah binti Sulong,4 Mac 2015
36 Ahmad Khairuddin Ismail.Pengurusan Projek Berjaya (KualaLumpur: InstitutTerjemahan Negara Malaysia,
2010),halaman 40

More Related Content

What's hot

Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisimharalhaj
 
Buku Panduan dan Skim Pengakap Kelana
Buku Panduan dan Skim Pengakap KelanaBuku Panduan dan Skim Pengakap Kelana
Buku Panduan dan Skim Pengakap KelanaChon Seong Hoo
 
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan penggunaFaktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan penggunaarharynna
 
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEHPERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEHGuru Sejarah PraU
 
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliahAgama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliahMr Pickle
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayarangrace anzelletha
 
punca dan kesan rumah hijau, pemanasan global, dan
punca dan kesan rumah hijau, pemanasan global, dan punca dan kesan rumah hijau, pemanasan global, dan
punca dan kesan rumah hijau, pemanasan global, dan Qis T Bebey
 
KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN
KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASANKESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN
KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASANAsmawi Abdullah
 
PELAJAR ASING /EKSPATRIAT DI MALAYSIA
PELAJAR ASING /EKSPATRIAT DI MALAYSIAPELAJAR ASING /EKSPATRIAT DI MALAYSIA
PELAJAR ASING /EKSPATRIAT DI MALAYSIAPhillip Wong
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Thanushah Soniyasee
 
Bahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka
Bahasa Melayu Moden Zaman PramerdekaBahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka
Bahasa Melayu Moden Zaman Pramerdekahisyamrani
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Thanushah Soniyasee
 
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZSUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZGuru Sejarah PraU
 
TEKNIK MENJAWAB KBAT PAI (1).pptx
TEKNIK MENJAWAB KBAT PAI (1).pptxTEKNIK MENJAWAB KBAT PAI (1).pptx
TEKNIK MENJAWAB KBAT PAI (1).pptxWANHANIFF3
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3nasywah79
 
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaanGeografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaanNaznur Farahani Md Yusof
 

What's hot (20)

Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisim
 
Buku Panduan dan Skim Pengakap Kelana
Buku Panduan dan Skim Pengakap KelanaBuku Panduan dan Skim Pengakap Kelana
Buku Panduan dan Skim Pengakap Kelana
 
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan penggunaFaktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
 
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEHPERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
 
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliahAgama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
 
punca dan kesan rumah hijau, pemanasan global, dan
punca dan kesan rumah hijau, pemanasan global, dan punca dan kesan rumah hijau, pemanasan global, dan
punca dan kesan rumah hijau, pemanasan global, dan
 
KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN
KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASANKESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN
KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN
 
PELAJAR ASING /EKSPATRIAT DI MALAYSIA
PELAJAR ASING /EKSPATRIAT DI MALAYSIAPELAJAR ASING /EKSPATRIAT DI MALAYSIA
PELAJAR ASING /EKSPATRIAT DI MALAYSIA
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
 
Bahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka
Bahasa Melayu Moden Zaman PramerdekaBahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka
Bahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka
 
Luluhawa
LuluhawaLuluhawa
Luluhawa
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
 
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZSUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
 
Contoh viva sejarah stpm
Contoh viva sejarah stpm Contoh viva sejarah stpm
Contoh viva sejarah stpm
 
TEKNIK MENJAWAB KBAT PAI (1).pptx
TEKNIK MENJAWAB KBAT PAI (1).pptxTEKNIK MENJAWAB KBAT PAI (1).pptx
TEKNIK MENJAWAB KBAT PAI (1).pptx
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
 
SEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGANSEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGAN
 
Dasar pandang ke timur
Dasar pandang ke timurDasar pandang ke timur
Dasar pandang ke timur
 
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaanGeografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
 

Similar to Esei sejarah azam

Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014
Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014
Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014Mat Yus
 
Sejarah Sosial Moden IPGKTB
Sejarah Sosial Moden IPGKTBSejarah Sosial Moden IPGKTB
Sejarah Sosial Moden IPGKTBsyafiq hussin
 
Profil dan panduan tugas skfls 2015
Profil dan panduan tugas skfls 2015Profil dan panduan tugas skfls 2015
Profil dan panduan tugas skfls 2015630105108226
 
Perancangan dan pengurusan gerko
Perancangan dan pengurusan gerkoPerancangan dan pengurusan gerko
Perancangan dan pengurusan gerkotaufiq ainoor
 
Refleksi Bina Insan Guru - Bench Marking
Refleksi Bina Insan Guru - Bench MarkingRefleksi Bina Insan Guru - Bench Marking
Refleksi Bina Insan Guru - Bench MarkingRidhuan As-Siddiq
 
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014norhaliza76
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaAbu eL IQram
 
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-666622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6Siti Saripah Mashud
 
Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1timbanghawai
 
Profil sekolah smkmj 2015
Profil sekolah smkmj 2015Profil sekolah smkmj 2015
Profil sekolah smkmj 2015Khair Hazm
 
Refleksi bina-insan-guru-bench-marking
Refleksi bina-insan-guru-bench-markingRefleksi bina-insan-guru-bench-marking
Refleksi bina-insan-guru-bench-markingHabibah Abdullah
 
buku pengurusan sktkk 2 2017
 buku pengurusan sktkk 2 2017 buku pengurusan sktkk 2 2017
buku pengurusan sktkk 2 2017kim ha
 
Laporan tahunan
Laporan tahunanLaporan tahunan
Laporan tahunanazieEizara
 
My school Sek Keb Pernu , Melaka
My school Sek Keb Pernu , MelakaMy school Sek Keb Pernu , Melaka
My school Sek Keb Pernu , Melakafs_skpernu
 
Sktbt cemerlang 2013
Sktbt cemerlang 2013Sktbt cemerlang 2013
Sktbt cemerlang 2013Nita Zack
 
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docxsardrina85
 
GPPP1092 - TUTORIAL TOPIK 1 & 2.pdf
GPPP1092 - TUTORIAL TOPIK 1 & 2.pdfGPPP1092 - TUTORIAL TOPIK 1 & 2.pdf
GPPP1092 - TUTORIAL TOPIK 1 & 2.pdfMaizatul Mansor
 

Similar to Esei sejarah azam (20)

Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014
Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014
Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014
 
Sejarah Sosial Moden IPGKTB
Sejarah Sosial Moden IPGKTBSejarah Sosial Moden IPGKTB
Sejarah Sosial Moden IPGKTB
 
Profil dan panduan tugas skfls 2015
Profil dan panduan tugas skfls 2015Profil dan panduan tugas skfls 2015
Profil dan panduan tugas skfls 2015
 
Perancangan dan pengurusan gerko
Perancangan dan pengurusan gerkoPerancangan dan pengurusan gerko
Perancangan dan pengurusan gerko
 
Refleksi Bina Insan Guru - Bench Marking
Refleksi Bina Insan Guru - Bench MarkingRefleksi Bina Insan Guru - Bench Marking
Refleksi Bina Insan Guru - Bench Marking
 
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysia
 
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-666622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
 
Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1
 
Sejarah sekolah
Sejarah sekolahSejarah sekolah
Sejarah sekolah
 
Profil sekolah smkmj 2015
Profil sekolah smkmj 2015Profil sekolah smkmj 2015
Profil sekolah smkmj 2015
 
Refleksi bina-insan-guru-bench-marking
Refleksi bina-insan-guru-bench-markingRefleksi bina-insan-guru-bench-marking
Refleksi bina-insan-guru-bench-marking
 
buku pengurusan sktkk 2 2017
 buku pengurusan sktkk 2 2017 buku pengurusan sktkk 2 2017
buku pengurusan sktkk 2 2017
 
Laporan tahunan
Laporan tahunanLaporan tahunan
Laporan tahunan
 
Sk pernu
Sk pernuSk pernu
Sk pernu
 
My school Sek Keb Pernu , Melaka
My school Sek Keb Pernu , MelakaMy school Sek Keb Pernu , Melaka
My school Sek Keb Pernu , Melaka
 
My school
My schoolMy school
My school
 
Sktbt cemerlang 2013
Sktbt cemerlang 2013Sktbt cemerlang 2013
Sktbt cemerlang 2013
 
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx
 
GPPP1092 - TUTORIAL TOPIK 1 & 2.pdf
GPPP1092 - TUTORIAL TOPIK 1 & 2.pdfGPPP1092 - TUTORIAL TOPIK 1 & 2.pdf
GPPP1092 - TUTORIAL TOPIK 1 & 2.pdf
 

More from azam_hazel

Introduction of Fardhu’ Ain
Introduction of Fardhu’ AinIntroduction of Fardhu’ Ain
Introduction of Fardhu’ Ainazam_hazel
 
Kajian Jenis ayat dalam Novel Restu
Kajian Jenis ayat dalam Novel RestuKajian Jenis ayat dalam Novel Restu
Kajian Jenis ayat dalam Novel Restuazam_hazel
 
Kajian pasar minggu bandar Maran
Kajian pasar minggu bandar MaranKajian pasar minggu bandar Maran
Kajian pasar minggu bandar Maranazam_hazel
 
Penglibatan filipina dalam pbb
Penglibatan filipina dalam pbbPenglibatan filipina dalam pbb
Penglibatan filipina dalam pbbazam_hazel
 
Penglibatan Thai dlm pbb abad 20
Penglibatan Thai dlm pbb abad 20Penglibatan Thai dlm pbb abad 20
Penglibatan Thai dlm pbb abad 20azam_hazel
 
Kajian kes Geo STPM sem 3 : Pengurusan sumber udara
Kajian kes Geo STPM sem 3 : Pengurusan sumber udara Kajian kes Geo STPM sem 3 : Pengurusan sumber udara
Kajian kes Geo STPM sem 3 : Pengurusan sumber udara azam_hazel
 
Isu yg dimuatkan dlm Akhbar yg membangkitkan nasionalisme di TM
Isu yg dimuatkan dlm Akhbar yg membangkitkan nasionalisme di TMIsu yg dimuatkan dlm Akhbar yg membangkitkan nasionalisme di TM
Isu yg dimuatkan dlm Akhbar yg membangkitkan nasionalisme di TMazam_hazel
 
Jepun 1941-1945 di Myanmar
Jepun 1941-1945 di MyanmarJepun 1941-1945 di Myanmar
Jepun 1941-1945 di Myanmarazam_hazel
 
Sistem beraja di thai n vietnam
Sistem beraja di thai n vietnamSistem beraja di thai n vietnam
Sistem beraja di thai n vietnamazam_hazel
 
Penentangan di myanmar
Penentangan di myanmarPenentangan di myanmar
Penentangan di myanmarazam_hazel
 
Penentangan masy tempatan kpd british
Penentangan masy tempatan kpd britishPenentangan masy tempatan kpd british
Penentangan masy tempatan kpd britishazam_hazel
 
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)azam_hazel
 
Amalan berkhatan
Amalan berkhatanAmalan berkhatan
Amalan berkhatanazam_hazel
 
Komponen globalisasi ekonomi
Komponen globalisasi ekonomiKomponen globalisasi ekonomi
Komponen globalisasi ekonomiazam_hazel
 
Sejatan STPM sem 2
Sejatan STPM sem 2Sejatan STPM sem 2
Sejatan STPM sem 2azam_hazel
 
Jenis-jenis graf dan kata kunci
Jenis-jenis graf dan kata kunciJenis-jenis graf dan kata kunci
Jenis-jenis graf dan kata kunciazam_hazel
 

More from azam_hazel (20)

Introduction of Fardhu’ Ain
Introduction of Fardhu’ AinIntroduction of Fardhu’ Ain
Introduction of Fardhu’ Ain
 
word F
word Fword F
word F
 
MUET notes
MUET notesMUET notes
MUET notes
 
Kajian Jenis ayat dalam Novel Restu
Kajian Jenis ayat dalam Novel RestuKajian Jenis ayat dalam Novel Restu
Kajian Jenis ayat dalam Novel Restu
 
Kajian pasar minggu bandar Maran
Kajian pasar minggu bandar MaranKajian pasar minggu bandar Maran
Kajian pasar minggu bandar Maran
 
Penglibatan filipina dalam pbb
Penglibatan filipina dalam pbbPenglibatan filipina dalam pbb
Penglibatan filipina dalam pbb
 
Penglibatan Thai dlm pbb abad 20
Penglibatan Thai dlm pbb abad 20Penglibatan Thai dlm pbb abad 20
Penglibatan Thai dlm pbb abad 20
 
Kajian kes Geo STPM sem 3 : Pengurusan sumber udara
Kajian kes Geo STPM sem 3 : Pengurusan sumber udara Kajian kes Geo STPM sem 3 : Pengurusan sumber udara
Kajian kes Geo STPM sem 3 : Pengurusan sumber udara
 
Isu yg dimuatkan dlm Akhbar yg membangkitkan nasionalisme di TM
Isu yg dimuatkan dlm Akhbar yg membangkitkan nasionalisme di TMIsu yg dimuatkan dlm Akhbar yg membangkitkan nasionalisme di TM
Isu yg dimuatkan dlm Akhbar yg membangkitkan nasionalisme di TM
 
Jepun 1941-1945 di Myanmar
Jepun 1941-1945 di MyanmarJepun 1941-1945 di Myanmar
Jepun 1941-1945 di Myanmar
 
Sistem beraja di thai n vietnam
Sistem beraja di thai n vietnamSistem beraja di thai n vietnam
Sistem beraja di thai n vietnam
 
Penentangan di myanmar
Penentangan di myanmarPenentangan di myanmar
Penentangan di myanmar
 
Penentangan masy tempatan kpd british
Penentangan masy tempatan kpd britishPenentangan masy tempatan kpd british
Penentangan masy tempatan kpd british
 
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
 
Huruf
HurufHuruf
Huruf
 
Amalan berkhatan
Amalan berkhatanAmalan berkhatan
Amalan berkhatan
 
LGBT
LGBTLGBT
LGBT
 
Komponen globalisasi ekonomi
Komponen globalisasi ekonomiKomponen globalisasi ekonomi
Komponen globalisasi ekonomi
 
Sejatan STPM sem 2
Sejatan STPM sem 2Sejatan STPM sem 2
Sejatan STPM sem 2
 
Jenis-jenis graf dan kata kunci
Jenis-jenis graf dan kata kunciJenis-jenis graf dan kata kunci
Jenis-jenis graf dan kata kunci
 

Esei sejarah azam

  • 1. 1 SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN KOKURIKULUM SK SERENGKAM DARI TAHUN 1981 SEHINGGA 2000 Pengenalan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang menuju arah sebuah hub pendidikan dunia amat menekankan aspek pendidikan meliputi zaman prasekolah sehingga institusi pengajian tinggi. Pendidikan peringkat rendah telah diberi keutamaan, oleh itu Sekolah Kebangsaan Serengkam ditubuhkan sesuai dengan petikan Laporan Razak 1956 iaitu mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa bahasa pengantar bagi SRK. 1 Bahagian awal esei ini akan menerangkan latar belakang penubuhan Sekolah Kebangsaan Serengkam. Seterusnya, esei ini akan menerangkan tentang perkembangan kelab sukan dan permainan di Sekolah Kebangsaan Serengkam dari tahun 1981 sehingga 2000. Perkembangan unit badan beruniform akan dipaparkan pada bahagian yang seterusnya dalam esei ini. Perkembangan dan pencapaian kelab dan persatuan juga diterangkan di dalam esei ini. Esei ini juga memaparkan pengkisahan beberapa orang bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Serengkam yang telah menerima anugerah Tokoh Kokurikulum antara tahun 1981 sehingga 2000. Kejayaan yang dicapai oleh mereka akan dipaparkan dalam bahagian kelima esei ini. Bahagian kesimpulan esei akan merumuskan kepentingan kokurikulum dalam proses kemenjadian insan dan kepentingan kerjasama atau hubungan baik antara sekolah dan masyarakat.
  • 2. 2 Sejarah Penubuhan SK Serengkam Menurut Puan Normah binti Omar , Sekolah Kebangsaan Serengkam telah dimulakan pembinaannya pada tahun 1962. Sekolah ini terletak di kawasan pedalaman iaitu kira-kira 18 km dari Bandar Maran.2 Kos pembinaannya menelan belanja RM250,000. Kontraktor utama projek ini ialah Glomac Land Sdn. Bhd (Pemaju kawasan perumahan Saujana Utama). Menurut Encik Mohammad bin Abdullah pula, projek ini diletakkan di bawah kawalan dan penyeliaan Syarikat Urusbudi Consultant Sdn. Bhd. yang dinaungi oleh “Project Management Consultant” atau lebih dikenali sebagai projek di bawah PMC .3 Puan Zaidah pula menceritakan bahawa SK Serengkam dibina di atas satu kawasan seluas lebih kurang empat ekar. Bangunan utama terdiri daripada tiga blok bangunan, sebuah kantin, sebuah bengkel, dua buah rumah guru dan sebuah rumah Guru Besar . Sekolah ini juga memiliki sebuah padang permainan yang boleh digunakan untuk acara sukan sekolah . Tarikh jangka siap pembinaan sekolah ini adalah pada 26 November 1964, namun demikian tarikh ini telah dilanjutkan beberapa bulan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Projek ini siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada 18 April 1964.4 Menurut Encik Khuzaimi bin Abdul Razak, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah memutuskan sekolah ini memulakan operasinya pada 9 Jun 1964 bagi tahun satu sehingga lima. Seramai lima orang murid telah didaftarkan dengan dua orang guru telah memulakan sesi persekolahan hari pertama pada 19 April 1964. Murid-murid ini dipindahkan dari Sekolah Kebangsaan Kuala Wau kerana sebenarnya mereka berasal dari Kampung Serengkam. Pada masa itu sekolah ini dikategorikan sebagai Gred C. Guru Besar yang pertama ialah Encik Salleh bin Othman yang berasal dari Tanjung Lumpur, Kuantan.5
  • 3. 3 Tahun demi tahun bilangan staf dan murid semakin bertambah. Sehingga bulan Oktober 1981, bilangan guru adalah seramai tujuh orang. Pertambahan murid juga agak ketara dengan lima orang murid lelaki dan 43 orang murid perempuan yang menjadikan jumlah murid seramai 48 orang. Pertambahan bilangan murid juga menjadi faktor kepada pertambahan kelas. Jumlah kelas yang asalnya hanya sebuah telah meningkat kepada lima buah kelas pada tahun 1981. Pada masa tersebut kelas tahun empat dan lima telah digabungkan kerana kekurangan murid. Guru Besar yang bertugas pada masa itu ialah Encik Ahmad Fuad bin Hamzah dan Guru Penolong Kanannya ialah Puan Fatimah binti Mat Yassin yang berasal dari Kampung Kerambit, Lipis.6 Menurut Encik Aring bin Syafie, guru-guru lain yang bertugas pada masa itu ialah Puan Woo, Encik Azmi bin Hamidun, Encik Mohd Safri bin Dollah dan Encik Khuzaimi bin Abdul Razak. Kini, Sekolah Kebangsaan Serengkam diterajui oleh Encik Khairuddin bin Kechik sebagai Guru Besar. Beliau dibantu oleh Encik Uni Iskandar bin Halib sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Mohd Anazir bin Mamat sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Encik Mohd Suhairi bin Mohd Nordin sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum.7 Perkembangan Unit Beruniform SK Serengkam dari 1981 sehingga 2000 Pasukan unit beruniform ialah satu kumpulan yang teridiri daripada gabungan keahlian dan mempunyi dasar-dasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi. Badan beruniform di sekolah merupakan salah satu pasukan yang wajib disertai oleh murid-murid. Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin, sekurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diingini. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan. 8
  • 4. 4 Selaras dengan matlamat ingin melahirkan insan mempunyai jati diri, SK Serengkam telah melaksanakan pelbagai program sehingga mampu menjadikan sekolah tersebut sebaris dengan sekolah cemerlang lain. Menurut Encik Fuad bin Hamzah, sejak tahun 1981, sekolah itu terus meraih kecemerlangan baik dalam aspek kokurikulum mahupun sahsiah pelajarnya. Menurutnya lagi, kejayaan sesebuah sekolah bukan bergantung kepada prasarana pendidikan sempurna dan tenaga pengajar cemerlang, tetapi lebih kepada sikap prihatin, selalu turun padang serta motivasi terutama dalam kalangan barisan pentadbirnya. 9 Dipetik dari laman sesawang bertajuk “Sejarah Sekolah”, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang tidak tersilap percaturan memilih SK Serengkam sebagai Sekolah Harapan di negeri berkenaan . SK Serengkam terkenal bukan saja dengan keindahan landskapnya, malah menerusi aktiviti kokurikulum, terutama pasukan unit beruniform.10 Menurut Encik Khuzaimi bin Abdul Razak pada tahun 1981 pasukan unit beruniform Pengakap merupakan badan beruniform yang pertama ditubuhkan. Pada masa itu unit beruniform lain belum ditubuhkan lagi. Keanggotaan unit tersebut seramai 20 orang dan diketuai oleh Encik Khuzaimi bin Abdul Razak. Sekitar tahun 1981 sehingga tahun 2000, unit Pengakap sekolah ini telah mencapai kejayaan dalam penglibatannya di peringkat daerah. Pasukan Pengakap sekolah itu sinonim sebagai pasukan terbaik di daerah Maran dan keunggulannya terserlah apabila menjadi Johan Perkhemahan Kali Pertama Daerah Maran, di Hulu Sungai Telemong pada tahun 1989. Perkhemahan ini adalah perkhemahan terbesar yang julung-julung kali dianjurkan oleh Pengakap SK Serengkam dengan penyertaan beberapa ahli kumpulan Pengakap Zon Luit seperti Sekolah SK Kuala Wau, SK Senggora, SK Maran dan SK Ulu Luit. Sebagai tuan rumah dalam perkhemahan ini, SK Serengkam berjaya menjadi johan dalam beberapa acara yang dipertandingkan. Antaranya Rentas Halangan dan Kawad Kaki. Perkhemahan ini berjaya mengumpulkan seramai 160 orang
  • 5. 5 peserta dan 30 orang guru pemimpin serta menghimpunkan 30 orang penduduk Kampung Serengkam.11 Menurut Elly bin Iskandar, pada tahun 1990 Pasukan Pengakap sekolah ini telah menyertai beberapa perkhemahan peringkat daerah yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Jengka. Perkhemahan kali pertama ke peringkat daerah ini menyaksikan penyertaan seramai 10 orang ahli. Penyertaan kali pertama ini tidak mendapat sebarang kemenangan dalam pertandingan yang disertai dan ia hanya sekadar penyertaan sahaja. Bermula daripada tahun inilah menyaksikan penyertaan yang semakin bertambah dalam aktiviti perkhemahan peringkat daerah sehinggalah pada tahun 2000.12 Menurut Encik Shahril bin Othman, pada tahun 1991 SK Serengkam telah mula melibatkan diri dalam setiap program peringkat daerah Maran. Hal ini kerana pada tahun tersebut mula tertubuhnya Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Maran.13 Encik Muhammad Safri bin Ghaffar pula mengatakan bahawa, kumpulan ini telah melangkah lebih jauh lagi dengan menyertai pertandingan ke peringkat Negeri Pahang dan kebangsaan. Pada tahun 1995, kumpulan ini telah menyertai Pasukan Kawad Kaki Pengakap Daerah Maran. Seramai lima orang ahli Pengakap SK Serengkam telah terpilih mewakili pasukan ini dan telah berjaya menjadi johan. Seterusnya, pada tahun 1996, seramai lima orang Pengakap juga telah terpilih dengan gabungan beberapa kumpulan lain membentuk pasukan kawad kaki pengakap daerah Maran ke Peringkat Negeri Pahang di SMA Tahap, Jerantut. Pasukan Kawad kaki ini telah mendapat tempat ketiga.14 Menurut Puan Seri Yati binti Daeng, pasukan Pengakap sekolah ini melangkah lebih jauh lagi dengan menyertai jambori-jambori peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Salah satu Jambori Pengakap Kebangsaan yang telah disertai ialah Jambori Pengakap Terengganu di Air Terjun Sekayu pada 1997.15
  • 6. 6 Menurut Encik Mahat bin Hajaz pada tahun berikutnya, iaitu 1999 dua orang ahli Pengakap sekolah ini iaitu Abdul Rahman bin Mohd Nor dan Mutalib Amin bin Rusli telah mewakili Persekutuan Pengakap Daerah Maran ke Jambori Pengakap Antarabangsa ke Terengganu di Kuala Terengganu. Antara aktiviti yang disertai oleh mereka semasa jambori tersebut ialah aktiviti menekat corak pada bantal dan mencorak layang-layang. Selain itu, aktiviti permainan yang disediakan ialah Sayang Si Buta iaitu dengan cara menutup mata dan berjalan mengikut tali dan juga sentuhan.Aktiviti ini dilakukan pada sebelah malam. Aktiviti lain yang disertai ialah Fun Fair Pengakap yang mempunyai empat stesen iaitu stesen pertama Tiup -tiup Darling yang memerlukan pergerakan bola ping pong malalui air dalam cawan. Stesen kedua pula ialah Sumpitan Berahi . Setiap peserta perlu menggunakan straw dan juga kacang hijau untuk "menembak" cawan kertas yang ditempatkan di atas pokok.. Stesen ketiga ialah Lemparan Asmara iaitu peserta perlu melempar bulatan sehingga menangkap botol yang disediakan. Stesen yang terakhir pula menyediakan aktiviti Telur Sayangku Telur. Peserta harus membaling bola pingpong dari tempat yang ditentukan untuk memasukkannya ke dalam "egg tray". Dalam aktiviti Fun Fair Pengakap ini, Mutalib Amin bin Rusli telah mendapat tempat kedua dalam acara sumpitan berahi, sementara dalam aktiviti di stesen-stesen lain hanya sekadar penyertaan sahaja.16 Menurut Encik Hamzah bin Amin, dalam pertandingan kraf tangan, Mutalib Amin bin Rusli sekali lagi membuktikan kehandalannya apabila menggunakan daun untuk membuat kraf tangan iaitu serunai dedaun kelapa. Bunyi yang dihasilkan telah mendapat tempat pertama bagi kategori sekolah rendah. Bagi acara Lumba Guni Naga Mini yang memerlukan para peserta berdiri di dalam guni dan melompat untuk sampai ke garisan penamat, dimenangi oleh Abdul Rahman bin Mohd Nor dengan menduduki tempat ketiga. Dalam aktiviti Projek Perintis pula,
  • 7. 7 Abdul Rahman bin Mohd Nor dan Mutalib Amin bin Rusli telah bergabung idea dan tenaga untuk membina bangku rehat. Projek perintis ini tidak meraih sebarang kemenangan. Pada tahun 2000, Pengakap SK Serengkam telah menyertai Jambori JOTA JOTI di Temerloh. JOTA JOTI ialah Jambori yang berkaitan dengan radio amatur dan internet. Seramai empat orang ahli Pengakap SK Serengkam iaitu Balqis binti Mohd Rasid, Mohd Suhaimi bin Khalid, Arina binti Ahmad Sanusi dan Mohd Azrulharis bin Shabian telah mengikuti aktiviti ini. Jambori JOTA JOTI tidak melibatkan sebarang pertandingan tetapi melibatkan perhubungan melalui radio dan internet bersama peserta-peserta dari luar negara di serata dunia. Pengalaman menyertai pelbagai aktiviti telah mendedahkan ahli-ahli Pengakap SK Serengkam kepada dunia luar dan berjaya menarik perhatian penyertaan pada setiap tahun dari kalangan ahli Pengakap lain. Pada peringkat sekolah pula, iaitu perjumpaan mingguan diadakan setiap minggu pada hari Rabu. Berdasarkan buku laporan perjumpaan kokurikulum, didapati aktiviti pengakap sekolah ini tertumpu kepada aktiviti berkaitan ikatan, kawad kaki ,pertolongan cemas dan kemahiran membina gajet. Aktiviti-aktiviti mingguan ini dipraktikkan semasa menyertai perkhemahan di luar sekolah.17 Perkembangan Kelab Sukan dan Permainan di SK Serengkam dari tahun 1981 hingga 2000 Di sekolah interaksi antara guru dan pelajar berlaku di dalam dan di luar bilik darjah. Proses interaksi antara guru dan pelajar di sekolah dapat dilihat melalui kelab sukan dan permainan.18 Menurut Encik Sahak bin Pon setiap murid di SK Serengkam terutama sekali Tahun 4,5 dan 6 wajib menganggotai satu unit dalam bidang kokurikulum yang dianjurkan dan
  • 8. 8 satu kelab permainan. Murid – murid yang dikecualikan untuk menyertai aktiviti kokurikulum adalah murid –murid yang mendapat pengesahan daripada doktor. Pengecualian hanya melibatkan aktiviti permainan sahaja. Kehadiran murid adalah wajib. Kedatangan yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan sekurang-kurangnya tiga kali perjumpaan tidak akan diberi sijil penyertaan. Setiap murid mesti mematuhi peraturan, arahan dan berdisiplin semasa aktiviti kokurikulum dijalankan dan perlu bergerak aktif dalam program yang dirancang. Setiap murid juga perlu membayar yuran sukan dan permainan untuk kegunaan aktiviti dalam setiap unit tersebut mengikut kadar yang telah dipersetujui dan perlu dimaklumkan kepada pihak pengurusan. Sebarang penglibatan murid dalam aktiviti luar sekolah hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga murid dan pihak sekolah. Selain itu, setiap murid hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan oleh pihak sekolah sahaja ketika menjalankan aktiviti kokurikulum.19 Menurut Encik Muhammad Suhairi bin Nordin, data kajian pada tahun 1981 tidak dapat disediakan kerana masalah penyimpanan rekod pencapaian kelab dan persatuan tidak dikemaskini secara sistematik. Data-data ini hanya disimpan oleh Encik Abdul Zubir bin Samood dan data ini akhirnya tidak diperolehi kerana telah dirosakkan oleh anai-anai. Di bawah pimpinan Puan Fatimah binti Mat Yassin, peningkatan yang ketara dapat dilihat dalam perkembangan kelab sukan dan permainan. Contohnya, kelab bola jaring, bola sepak dan sepak takraw telah mara hingga ke peringkat negeri. Secara automatiknya, kebanyakan ahli kelab sukan dan permainan adalah pemain pasukan sekolah. Bagi Kelab Bola Baling contohnya, separuh daripada ahlinya adalah pemain bola baling sekolah. Oleh hal yang demikian, kejayaan pasukan bola Baling sekolah adalah juga merupakan kejayaan bagi kelab tersebut.
  • 9. 9 Pelbagai rancangan disediakan untuk menyediakan pasukan bola baling yang kuat. Guru penasihat kelab Bola Baling SK Serengkam pada tahun 1981 ialah Encik Khairuddin bin Awang Kecik iaitu Guru Besar SK Serengkam manakala jurulatihnya ialah Ustaz Sahar bin Ismail. Program-program yang dirancang ialah latihan pada setiap petang Rabu dari jam lima petang sehingga tujuh petang, perlawanan persahabatan dengan sekolah-sekolah berdekatan dan latihan stamina pada setiap Sabtu dengan berjoging sejauh dua kilometer. Di samping itu, diadakan juga tayangan rakaman perlawanan bola baling untuk memberi lebih banyak pendedahan kepada pelajar. Antara kejayaan-kejayaan yang diperoleh oleh Pasukan Bola Baling SK Serengkam ialah menjadi juara pada peringkat Zon Luit sebanyak dua kali berturut-turut pada tahun 1984 dan 1985. Menurut Encik Suhairi, SK Serengkam telah banyak menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak kementerian sama ada peringkat sekolah, zon dan daerah. Sekolah ini telah banyak menempa kejayaan dalam permainan bola baling. Pada tahun 1986, seramai tujuh orang murid telah terpilih mewakili daerah Maran dalam kejohanan peringkat negeri. Seorang murid sekolah ini telah berjaya dipilih mewakili Negeri Pahang ke peringkat Kebangsaan yang diadakan di Negeri Terengganu iaitu Noor Syafiqah binti Azieh. Hal ini menyebabkan sekolah ini ingin membudayakan semua murid untuk bermain Bola Baling.20 Hal yang sama juga berlaku dalam Kelab Bola Jaring. Semua pemain bola jaring SK Serengkam ialah ahli Kelab Bola Jaring. Oleh itu, kejayaan pasukan ini juga melambangkan kejayaan Kelab Bola Jaring sekolah. Kelab ini ditubuhkan sekitar tahun 1988 bermula dengan 10 orang ahli yang terdiri daripada murid tahun 5 dan 6. Pada peringkat awal penubuhannya tidak bnyak kejayaan yang diperolehi oleh pasukan bola jaring kerana kekurangan pengalaman dan latihan. Namun begitu dengan kemasukan beberapa orang guru baru daripada Maktab Perguruan
  • 10. 10 pada tahun1989 telah memberi nafas baru kepada pasukan bola jaring sekolah. Latihan dan perancangan telah diatur oleh jurulatih untuk Pasukan bola jaring sekolah seperti latihan setiap petang bermula jam lima petang sehingga tujuh petang. Di samping itu, perlawanan-perlawanan persahabatan telah dirangka. Latihan pusat juga dilakukan setiap kali sebelum sesuatu kejohanan disertai. Menurut Puan Rosnah binti Awang, beliau pernah melatih pasukan bola jaring SK Serengkam pada tahun 1988. Pada masa itu ,keahlian kelab ini adalah seramai 12 orang sahaja yang terdiri daripada murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam. Keahlian ini bertambah kepada 21 orang pada tahun 1990 sehingga menjadi pasukan yang disegani di peringkat Zon Luit. Pasukan ini telah mendapat tempat kedua pada tahun 1990 dalam kejohanan MSS Zon Luit.21 Antara tokoh yang paling menonjol dalam bola jaring ialah Suaidah binti Sulong, beliau berjaya mewakili negeri Pahang dalam sukan bola jaring hingga ke peringkat SUKMA. Inilah pencapaian tertinggi yang telah dilahirkan oleh SK Serengkam . Sebelum ini Suaidah binti Sulong telah membantu Sekolah Kebnagsaan Serengkam menjadi naib johan pada tahun 1990 dan 1991 manakala pada 1992 barulah SK serengkam menjadi johan. Selain itu, SK Serengkam juga berjaya melahirkan atlit dalam sukan bola sepak. Kelab Bola Sepak SK Serengkam ditubuhkan pada 1981 dan dianggotai oleh majoriti murid orang asli yang sememangnya menjadikan bola sepak sebagai aktiviti permainan harian mereka. Menurut Puan Zaharah binti Yakub, pasukan bola sepak SK Serengkam adalah yang terkuat di Zon Luit. Pemain-pemainnya terdiri daripada murid-murid orang asli yang berasal dari Kampung Merbau yang terletak empat kilometer dari Kampung Serengkam. Murid-murid ini menjadi tonggak kekuatan pasukan bola sepak SK Serengkam. Keistimewaan murid orang asli ini ialah umur mereka yang berbeza daripada pemain-pemain lain. Ada dalam kalangan mereka yang berumur
  • 11. 11 belasan tahun. Kegemilangan pasukan ini ialah sekitar tahun 1991 sehingga 1995. Anatara tokoh yang paling menonjol dan berjaya ialah Ah Heng a/l Budin. Beliau telah banyak menyumbangkan kepada kejayaan Sk Serengkam dalam bidang bola sepak. Antara kejayaan tersebut ialah menjadi johan Zon Luit bermula pada tahun 1991 sehingga 1993, seterusnya tokoh ini berjaya mewakili negeri Pahang bawah 12 tahun dan 15 tahun. Ah Heng menjadi ikon sekolah dalam bidang bola sepak . Satu lagi keunikan dalam kelab sukan dan permainan sekolah ini ialah permainan Gasing Pangkah yang diasaskan oleh Encik Muhammad bin Abdullah. Kebanyakan sekolah di sekitar tidak mempunyai pasukan Gasing Pangkah yang sehebat SK Serengkam. Pasukan ini sering memenangi setiap pertandingan yang dianjurkan sama ada di peringkat zon, daerah dan negeri. Encik Muhammad bin Abdullah telah melatih pasukan gasing pangkah yang julung kalinya ditubuhkan di SK Serengkam. Pasukan ini hanya wujud di SK Serengkam sahaja dan seringkali menjadi johan dalam kejohanan jemputan. Pasukan ini juga seringkali dijemput untuk mengadakan demonstrasi seni permainan Gasing Pangkah kepada tetamu yang hadir ke kampung tersebut atau acara-acara rasmi yang lain.22 Pasukan gasing ini dianggotai oleh Badri bin Yasin , Suhaimi bin Yasin, Sakura bin Zamri, Sharil bin Zamri dan Wan Marzuki bin Wan Latif pada tahun 1991. Pasukan ini dilatih pada setiap hari sabtu di gelanggang gasing Kg Serengkam. Anatara latihan yang diberikan ialah melilit gasing , melempar gasing dan menyambut gasing. Walaupun pasukan ini ialah pasukan gasing pangkah tetapi mereka juga dilatih untuk pertandingan gasing putar paling lama. Pasukan ini hanya bertahan sehingga tahun 1995 sahaja, hal ini berlaku kerana jurulatihnya berpindah ke tempat lain. Akhirnya pasukan ini dibubarkan pada tahun 1995. Walaupun begitu kejayaan yang pernah ditempa ialah menjadi johan jemputan gasing pangkah Zon Luit pada tahun 1990 di
  • 12. 12 Gelanggang Gasing Majlis Daerah Maran. Tokoh yang paling menonjol ialah Badri bin Yasin dan Wan Marzuki bin Wan Latif. Menurut Encik Mazlan bin Omar, SK Serengkam telah mengambil bahagian dalam acara Pertandingan Sepak Takraw Daerah Maran sejak tahun 1999. Pasukan Sepak Takraw ini mula ditubuhkan pada akhir tahun 1998 dan mula menghantar wakil dalam pertandingan sepak takraw pada tahun 1999. Jawatankuasa kelab sepak takraw pada tahun 1999 dianggotai oleh Encik Mazlan bin Omar selaku jurulatih , Kadir bin Othman selaku pengerusi, Alang bin Juraidi selaku naib pengerusi, Mahmud bin Yatim selaku setiausaha dan Aidil bin Halim sebagai ajk. Seramai 15 orang pelajar yang menyertai pasukan ini dan diketuai oleh seorang guru.23 Kelebihan mempunyai sijil kejurulatihan sepak takraw telah menyebabkan Encik Mazlan dipilih menjadi ketua jurulatih. Pada 3 Februari 1999, pasukan sepak takraw sekolah mula mengadakan latihan di gelanggang sepak takraw sekolah dan dilatih oleh Encik Mazlan bin Omar . Pasukan sepak takraw sekolah giat menjalankan latihan sebelum berlangsungnya Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Rendah pada 9 sehingga 10 Februari 1999. Kejohanan tersebut berlangsung di SK Serengkam. Kejohanan ini melibatkan tiga buah sekolah iaitu SK Serengkam, SK Kuala Wau dan SK Senggora. Menurut Encik Sabri bin Jaafar, pada tahun 2000 SK Serengkam telah mengadakan perlawanan persahabatan sepak takraw yang berlangsung pada waktu petang di gelanggang sepak takraw SKS. Dua buah sekolah telah dijemput untuk menyertai perlawanan persahabatan tersebut iaitu SK Serengkam dan SK Kuala Wau. SKS mengharapkan perlawanan persahabatan ini dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada pasukan sepak takraw SK serengkam.24
  • 13. 13 Perkembangan dan Pencapaian Kelab dan Persatuan SK Serengkam dari tahun 1981 sehingga 2000 Kelab dan persatuan yang ditubuhkan di SK Serengkam pada tahun 1981 ialah Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris dan Persatuan Agama Islam manakala Kelab Tarian telah diasaskan oleh Encik Azmi bin Wahab pada tahun 1985. Menurut Puan Zaidah binti Sulong, Persatuan Bahasa Melayu dianggotai seramai 20 orang pelajar dan dua orang guru penasihat iaitu Encik Radzi bin Afandi dan Encik Bakar bin Fazuri. Pada 1986, kelab ini tidak menyertai sebarang aktivti atau pertandingan ke peringkat luar tetapi lebih fokus kepada aktiviti dalam sekolah sahaja. Antara aktiviti yang dianjurkan di sekolah ialah Pertandingan Pidato. Dalam pertandingan ini Liyana binti Sahi dari Tahun Lima telah mwakili Kelab Bahasa Melayu.Walaupun pertandingan ini dianjurkan secara tidak formal tetapi acara ini disertai oleh ramai pelajar terutama sekali pelajar perempuan. Selain itu, Persatuan Bahasa Melayu juga menganjurkan Pertandingan Teka Silangkata antara kumpulan peringkat sekolah. Kumpulan yang terbaik pada tahun 1986 terdiri daripada Ng Hui Min, Safaezah binti Rahmat, Benjamin a/l Tang dan Nurhidayah binti Ali. Keempat-empat pelajar ini adalah wakil dari Darjah Empat. Walaupun dari kelas yang berbeza tetapi kerjasama antara kumpulan adalah sangat bagus dan hal ini telah menyebabkan mereka terpilih menyertai ke mewakili kelsb Bahasa Melayu untuk menyertai pertandingan Teka Silangkata yang dianjurkan oleh pihak sekolah.25 Selain itu,pada tahun 1990 kelab Bahasa Melayu ini menjalankan aktiviti mingguan seperti aktiviti membina Tangga Perkataan. Menurut Encik Salleh bin Hamid, setiap pelajar diberikan satu perkataan untuk dikembangkan supaya menjadi ayat yang lengkap. Pelajar
  • 14. 14 yang dapat membina ayat dengan bagus akan mendapat hadiah. Aktiviti ini bertujuan untuk menambah perbendaharaan kata ahli selain menguji kemahiran memproses maklumat kepada para pelajar. Aktiviti ini bukan dalam bentuk pertandingan. Seterusnya terdapat aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan oleh kelab ini antaranya ialah aktiviti membina ayat berdasarkan gambar dan bercerita atau berdialog dengan gaya berdasarkan gambar secara berpasangan. Dalam aktiviti ini pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada tiga orang. Setiap kumpulan diberikan satu gambar dan kumpulan tersebut perlu membuat cerita sepertimana yang terdapat di dalam gambar tersebut. Tujuan aktiviti tersebut adalah untuk memberi keyakinan kepada pelajar untuk menonjolkan diri ke hadapan.26 Seterusnya, Kelab Persatuan Bahasa Inggeris juga ditubuhkan di SK Serengkam. Kelab ini dianggotai seramai 20 orang pelajar dan dua orang guru penasihat iaitu Cikgu Azli bin Rahim dan Cikgu Tajuddin bin Abdul Manap. Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk menggalakkan pelajar menggunakan Bahasa Inggeris di dalam dan diluar kawasan sekolah dan meyakinkan pelajar bahawa bahasa inggeris adalah mudah untuk dipelajari. Selain itu, tujuan lain kelab Bahasa Inggeris ditubuhkan bagi mengadakan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar untuk menggunakan Bahasa Inggeris.27 Menurut Encik Elly Ismail bin Mustafa, pada 3 April 1988 Persatuan Bahasa Inggeris SK Serengkam buat kali pertamanya telah menganjurkan Pertandingan Scrabble peringkat daerah. SK Serengkam telah menjadi tuan rumah dalam pertandingan ini Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu bawah 12 tahun dan bawah 10 tahun. SK Serengkam telah menghantar tiga orang pelajar iaitu Poon Jit Hon, Soo Weii Ping dan Reuben Chong untuk ketegori bawah 12 tahun manakala bagi kategori bawah 10 tahun diwakili oleh Suzana binti
  • 15. 15 Manan, Suzana binti Mahat dan Arisa binti Sufian. Dalam pertandingan ini, SK Serengkam telah menjadi juara bagi ketegori bawah 10 tahun manakala kategori bawah 12 hanya sekadar penyertaan. Kejayaan tersebut menyebabkan SK Serengkam menjadi sebutan ramai kerana berjaya menghasilkan pelajar yang dapat menguasai perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Kejayaan pelajar yang mewakili kategori bawah 10 dalam pertandingan Scrabble itu telah menyebabkan beliau terpilih untuk mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan pada tahun 1991. Pelajar tersebut ialah Suzana binti Mahat.28 Pada tahun 1995 Persatuan Bahasa Inggeris telah menghantar seramai 10 orang ahlinya dalam pertandingan Choral Speaking Sekolah-sekolah Rendah Zon Luit. Menurut Encik Elly, dalam pertandingan ini SK Serengkam telah mendapat tempat ketiga. Sepanjang tahun 1997 Kelab Bahasa Inggeris SK Serengkam telah melancarkan satu program yang dinamakan sebagai DEAR (Drop Everything and Read) Project. Program ini berjalan sepanjang tahun dan merupakan projek bacaan luas. Peruntukkan masa selama 20 minit atau 30 minit diberikan kepada pelajar untuk membaca bahan dalam Bahasa Inggeris pada setiap pagi di tapak perhimpunan. Pelajar-pelajar boleh membawa bahan bacaan sendiri atau meminjamnya daripada perpustakaan sekolah. Program ini telah mendapat sambutan ramai pelajar dan telah mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar SK Serengkam. Pada tahun 1999 satu projek besar telah dilaksanakan oleh kelab Bahasa Inggeris iaitu Corridor of Knowledge Project. Kelab Bahasa Inggeris telah mengambil satu lorong untuk dijadikan sebagai dinding koridor. Lorong tersebut dijadikan sebagai tempat mempamerkan hasil penulisan seperti hasil karangan pelajar, berita dalam Bahasa Inggeris dan bahan-bahan lain.29
  • 16. 16 Pada setiap petang Rabu, Kelab Bahasa Inggeris akan mengadakan aktiviti English Quiz. Soalan-soalan pelbagai aras tentang topik-topik umum dan topik-topik yang lebih spesifik seperti sukan, personaliti terkenal, sejarah dan geografi dikemukakan kepada pelajar. Pelajar akan dimaklumkan tentang peraturan-peraturan asas terutama sekali mengenai bilangan cubaan yang dibenarkan. Aktiviti ini berjaya meningkatkan pengetahuan pelajar sekolah ini. Persatuan Matematik dan Sains Sekolah Kebangsaan Serengkam dibentuk pada tahun 1989. Anggota -anggota persatuan ini berjumlah 21 orang. Menurut Puan Ayuni binti Yusoff anggota persatuan ini terdiri daripada pelajar Tahun Dua hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik serta memudahkan pelajar bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran ini. Sepanjang tahun 1996, persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sama ada berbentuk akademik mahupun bukan akademik. Kegiatan pertama yang telah dijalankan ialah Peraduan Menulis Cerpen Fiksyen Sains. Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, pelajar Tahun Enam .30 Encik Sufian bin Putih menyatakan kelab Sains dan Matematik juga menganjurkan ceramah tentang Sains dan Matematik. Pada tahun 1997, ceramah ini disampaikan oleh salah seorang guru pakar Matematik dan Sains daerah Temerloh iaitu Cikgu Azhar Muhammad dari SK Penderas. Selain itu, kelab ini turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dan memperindah kawasan Taman Sains SK Serengkam dengan menanam berbagai- bagai jenis bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains. Pada 25 September 2000, kelab ini telah mengadakan lawatan ke Taman Herba di Pusat Sains Negara,
  • 17. 17 Kuala Lumpur. Taman ini mempunyai lebih daripada 90 spesis tumbuhan herba yang ada antaranya amat sukar ditemui. Hasil daripada lawatan ini, peserta Kelab Sains dan Matematik banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan.31 Pada tahun 1997 Kelab Matematik dan Sains telah mengadakan pertandingan pada peringkat sekolah iaitu Pertandingan Telur Kebal. Pertandingan Telur Kebal ini adalah pertandingan yang memerlukan setiap peserta perlu mencipta bahan sokongan bagi telur, supaya tidak pecah jika dijatuhkan daripada tempat yang tinggi. Jika telur tersebut tidak pecah, maka telur tersebut dianggap kebal. Pelajar boleh menggunakan kaedah masing-masing, tetapi masih berpandukan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Semakin ketat peraturan yang telah tetapkan, maka semakin kreatif hasil daripada pelajar nanti. Aktiviti ini agak menarik dan cukup menghiburkan pada masa itu. Satu aktiviti yang besar pernah diadakan oleh kelab ini ialah Drama Sains pada tahun 1999. Setiap kumpulan diberikan masa 10 minit bagi mempersembahkan drama yang berunsurkan Sains. Kreativiti adalah bergantung kepada pelajar sama ada mahu menggunakan konsep sketsa, puisi dan lagu, atau apa-apa seni persembahan lain. Pemarkahan diberi berdasarkan kandungan sains yang dinyatakan dalam drama, kreativiti dan penggunaan bahan yang sesuai. Markah bonus akan diberi sekiranya terdapat aspek lain yang dipersembahkan oleh pelajar dan bersesuaian dengan tema. Pada masa tersebut, kumpulan dua telah diumumkan sebagai pemenang persembahan terbaik. Kumpulan ini diwakili oleh Atiqah binti Razak, Jasmin Ayuni binti Khalit, Rosman bin Awang, Jemmy a/l Julias dan Salina binti Rosman.
  • 18. 18 Tokoh kokurikulum di SK Serengkam. Hari Anugerah Kokurikulum adalah satu majlis yang dirancang khas untuk meraikan serta memberi penghargaan kepada para pelajar dan barisan pemimpin sekolah. Anugerah ini diberi kepada para pelajar yang telah mencipta kejayaan dan mengharumkan nama sekolah dalam aktiviti kokurikulum serta memberi apresiasi kepada barisan kepimpinan pelajar yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Hari Anugerah Kokurikulum adalah bertujuan memberikan semangat aspirasi dan motivasi kepada semua warga sekolah agar terus berusaha melakar kejayaan dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat sekolah, zon, daerah mahupun negeri dan kebangsaan.32 Menurut Borhan bin Mat Said, pada 20 November 1996, SK Serengkam telah bersetuju untuk memilih dua orang pelajar yang dirasakan begitu tepat sekali untuk memegang gelaran sebagai Tokoh Kokurikulum bagi tahun 1996. Pelajar yang terpilih untuk memegang gelaran Tokoh Kokurikulum 1996 adalah adik Che Muhammad Roslizam Hakim bin Che Rosli, pelajar dari Tahun 5. Che Muhammad Roslizam Hakim bin Che Rosli dilahirkan pada 27 Mei 1986 di Kampung Serengkam. Putera bongsu kepada Che Amat bin Harun dan Puan Seran Bt Laldin ini mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Serengkam. Pendidikan rendahnya bermula di SK Serengkam. Di sekolah inilah bakat olahraga beliau dikesan. Semasa di Tahun 5, beliau telah dimasukkan di bawah program Latihan Sukan. Beliau amat berterima kasih kepada Cikgu Hilmi Shaharudin Bin Che Ya iaitu jurulatih olahraga yang telah melatih beliau sejak tahun 1993. Beliau juga amat menyanjung tinggi dorongan, pupukan semangat dan sumbangan kedua-dua ibu bapanya yang berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk melihat kejayaannya dalam bidang
  • 19. 19 sukan ini. Beliau juga amat menghargai sokongan guru-guru SK Serengkam yang sentiasa memberi kata-kata perangsang untuk beliau setiap kali menyertai pertandingan.33 Penglibatan beliau secara serius bermula pada tahun 1993 apabila memenangi pingat di peringkat sekolah dan peringkat Zon Luit. Beliau telah dipilih untuk mewakili sekolah Kategori Bawah 12 Tahun dalam Kejohanan Olahraga. Kekerapan beliau memenangi pingat dalam sukan olahraga telah banyak mengharumkan nama SK Serengkam, sama ada di peringkat daerah dan negeri. Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian beliau, dan beliau telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum peringkat sekolah selama 3 tahun berturut- turut mulai tahun 1993 hingga 1995. Beliau seringkali mencatat kemenangan dalam kejohanan olahraga di peringkat MSSD dan setiap tahun sepanjang penglibatan beliau dalam sukan ini. Justeru itu,beliau telah dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Tokoh Kokurikulum Tahun 1995. Beliau juga mewakili negeri Pahang dalam Kejohanan olahraga MSSM tahun 1996 dan dianugerahkan Anugerah Putera Emas. Pada tahun 1997, beliau mencatat kejayaan besar dalam Kejohanan Olahraga MSSM di Melaka apabila memenangi Pingat Perak dalam acara 200 meter, pingat perak dalam acara lompat jauh dan pingat gangsa dalam acara 4x200 meter.34 Semua acara tersebut adalah di bawah kategori lelaki bawah 12 tahun. Tokoh yang seterusnya ialah Suaidah binti Sulong iaitu pemain Bola Jaring SK Serengkam. Beliau merupakan ketua pasukan bola jaring SK Serengkam. Beliau dilahirkan di Kampung Serengkam pada tahun 1980. Menurut Suaidah binti Sulong, beliau mula aktif bersukan sejak daripada bangku sekolah rendah lagi dan memang seorang yang sangat aktif dan sentiasa mewakili sekolah serta daerah dalam kebanyakan acara sukan yang dipertandingkan.Pada mulanya beliau tidak begitu meminati sukan bola jaring kerana lebih
  • 20. 20 menggemari acara individu seperti lompat tinggi tetapi semasa darjah empat, beliau mula menceburi sukan tersebut. Pada tahun 1988 dalam usia 10 tahun , beliau mula menonjolkan diri dalam permainan bola jaring. Hasil daripada itu, namanya telah disenaraikan dalam pasukan Bola Jaring SK Serengkam untuk perlawanan persahabatan bola jaring di SK Senggora pada bulan Julai 1988. Dalam perlawanan tersebut kemahiran beliau terserlah apabila beliau berjaya membuat jaringan yang banyak dan hasilnya pasukan bola jaring SK Serengkam telah mendapat tempat pertama. Bermula dari situ, namanya terus melekat di hati ketua jurulatih sekolah, Puan Fatimah binti Nordin. Kesungguhan beliau dalam latihan bola jaring yang diadakan setiap petang di SK Serengkam menyebabkan beliau terpilih untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah pada tahun 1989.35 Perlawanan bola jaring peringkat daerah ini berlangsung di SK Sungai Isap . Komitmen dan usaha beliau dan rakan-rakan telah membuahkan hasil apabila pasukan SK Serengkam berjaya menjadi Johan dengan mengalahkan SK Jengka 2 pada pada peringkat akhir perlawanan. Selepas dua tahun menyertai pasukan bola jaring sekolah, kenangan paling manis bagi beliau apabila pasukan bola jaring SK Serengkam berjaya mengekalkan kejuaraan bola jaring sama ada peringkat sekolah atau Zon Luit berturut-turut dari tahun 1990 sehingga 1993. Pada tahun 1996, Puan Suaidah binti Sulong telah menyertai SUKMA di Sabah bagi mewakili negeri Pahang dalam kejohanan bola jaring. Ketika menentang pasukan Sarawak, beliau telah memulakan perlawanan dengan baik sekali iaitu dengan menjaringkan bola pada minit pertama perlawanan. Perlawanan itu berlangsung dalam suasana yang sungguh sengit dan akhirnya berkesudahan dengan kemenangan kepada pihak lawan. Selepas tiga bulan, Suaidah beraksi semula untuk pasukan bola bola jaring ke peringkat kebangsaan, iaitu ketika kejohanan
  • 21. 21 di Lumut,Perak. Pasukan ini berjaya ke peringkat separuh akhir perlawanan tetapi kecundang apabila kalah kepada pasukan bola jaring negeri Kedah. Sepanjang mewakili kelab bola jaring , Suaidah telah mencipta 125 jaringan. Beliau telah mewakili negeri sebanyak lima kali. Rekod ini merupakan pencapaian terbaik pernah diraih oleh beliau. Setelah sekian lama menabur jasa dan mengharumkan nama dalam arena bola jaring, akhirnya beliau bersara kerana menghadapi masalah kecederaan otot di kaki. Namun, sekarang beliau telah menyambung khidmat sebagai jurulatih pasukan bola jaring SK Serengkam. Kesimpulan Aktiviti kokurikulum yang diterapkan dalam sistem pendidikan adalah salah satu daripada pendekatan strategik yang merupakan sumber inspirasi dan menjadi kayu ukur kepada semua usaha dan rancangan pendidikan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang mempunyai sahsiah diri yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.36 Melalui pengalaman yang didedahkan dalam kegiatan kokurikulum murid SK Serengkam diberi ilmu, kemahiran, bimbingan serta latihan yang merupakan satu nilai tambah untuk mencapai kecemerlangan diri malah pada masa ini kecemerlangan seseorang murid bukan sahaja diukur dari segi pencapaian akademik sahaja tetapi juga pencapaian kokurikulum. Kegiatan kokurikulum mampu mencungkil potensi murid yang akhirnya mampu memberi keyakinan, semangat dan menyuburkan pertumbuhan emosi murid secara lebih seimbang. Pendedahan ini amat penting untuk membentuk budaya kerja yang sihat personaliti diri yang mampan pada masa hadapan.
  • 22. 22 Nota Hujung 1 Siti Fironika Hj Abd Rahman, “Penyata Razak 1956,” http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyata_Razak_1956 (diakses pada 1 Februari,2015) 2 Temuramah dengan Puan Normah binti Omar,9 Februari 2015 3 Temuramah dengan Encik Mohammad bin Abdullah,8 Februari 2015 4 Temuramah dengan Puan Zaidah binti Sulong,7 Februari 2015 5 Temuramah dengan Encik Khuzaimi bin Abdul Razak, 1 Februari 2015 6 Ibid,10 Februari 2015 7 Temuramah dengan Encik Aringbin Syafie, 9 Februari 2015 8 Jibashni Selva Ganabathy,“Definisi UnitBeruniform,” http://www.scribd.com/doc/87534705/Definisi-Unit- Beruniform#scribd (diakses pada 2 Februari,2015) 9 Temuramah dengan Encik Fuad bin Hamzah, 9 Februari 2015 10 Hamdani,“Sejarah Sekolah,” http://skts.edu.my/sejarah.htm (diakses pada 10 Februari 2015) 11 Ibid,16 Februari 2015 12 Temuramah dengan Elly bin Iskandar,10 Februari 2015 13 Temuramah dengan Encik Shahril bin Othman,22 Februari 2015 14 Temuramah dengan Encik Muhammad Safri bin Ghaffar,20 Februari 2015 15 Temuramah dengan Puan Seri Yati binti Daeng, 18 Februari 2015 16 Temuramah dengan Encik Mahatbin Hajaz,19 Februari 2015 17 Temuramah dengan Encik Hamzah bin Amin, 29 Februari 2015 18 Abdullah Sani Yahaya,“Pentingnya Interaksi Pelajar,”dalamMengurus Disiplin Pelajar (Bentong : PTS Profesional PublishingSdn.Bhd, 2005),halaman 55 19 Temuramah dengan Encik Sahak bin Pon, 1 Mac 2015 20 Temuramah dengan Encik Muhammad Suhairi bin Nordin,22 Februari 2015 21 Temuramah dengan Puan Rosnah binti Awang, 29 Februari 2015 22 Temuramah dengan Puan Zaharah binti Yakub,10 Februari 2015 23 Temuramah dengan Encik Mazlan bin Omar,3 Februari 2015 24 Temuramah dengan Encik Sabri bin Jaafar,5 Februari 2015 25 Ibid,19 Februari 2015 26 Temuramah dengan Encik Salleh bin Hamid,5 Mac 2015 27 Qifaluzzi,“Persatuan BahasaInggeris,” http://smkppbi.blogspot.com/2009/08/objektif-dan-matlamat.html diakses pada 3 Mac 2015 28 Temuramah dengan Encik Elly Ismail bin Mustafa,1 Mac 2015 29 Ibid,5 Mac 2015 30 Temuramah dengan Puan Ayuni binti Yusoff , 2 Mac 2015 31 Temuramah dengan Encik Sufian bin Putih,27 Februari 2015 32 Ira Zalis Ismail.“Enam pelajar terima anugerah Tokoh Murid.” Utusan (Kuala Lumpur), 15/05/2013 33 Temuramah dengan Encik Borhan bin Mat Said,11 Mac 2015 34 Ibid,4 Mac 2015 35 Temuramah dengan Puan Suaidah binti Sulong,4 Mac 2015 36 Ahmad Khairuddin Ismail.Pengurusan Projek Berjaya (KualaLumpur: InstitutTerjemahan Negara Malaysia, 2010),halaman 40