2. SOALAN PERKARA MARKAH
2 b Pemahaman Prosa
Moden
9
2 c Pemahaman Prosa
Tradisi
8
2 d Pemahaman Puisi 9
JUMLAH 35
3. Panduan:
Soalan: Nyatakan pendapat atau berikan pendapat
Senaraikan isi jawapan yang dikehendaki tanpa
contoh atau huraian.
Soalan: Jelaskan / huraikan / bincangkan / terangkan
Anda perlu menulis nilai / persoalan / pengajaran dan
sebagainya, dengan memberi contoh atau
huraiannya sekali.
Jika tiada huraian - 1/2 markah sahaja
4. NILAI MURNI
Tingkah laku / perbuatan baik – boleh
dicontohi oleh semua orang
PENGAJARAN
Sesuatu perkara yang dikemukakan yang
dapat dijadikan contoh, pedoman,
peringatan ataupun yang perlu dicegaah
daripada melakukanny
1. Kita hendaklah …….
2. Kita haruslah…..
3. Kita janganlah…..
5. NILAI KEMANUSIAAN
1. BAIK HATI
2. JUJUR
3. BIJAKSANA
4. YAKIN DIRI
5. MESRA
6. BERANI
7. BERTANGGUNGJAWAB
8. TEGAS
9. BERSIH
10. TABAH
11. SABAR
12. SOPAN
NILAI KEMASYARAKATAN
TOLONG-MENOLONG
BEKERJASAMA
TAAT SETIA
ADIL
SIMPATI
HORMAT-MENGHORMATI
PATRIOTIK
KEBEBASAN
UNSUR KEKELUARGAAN
UNSUR CINTA DAN KASIH
SAYANG
6. SOALAN - PERSOALAN
Huraikan persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.
Persoalan keinsafan akan dosa-dosa yang lalu. Penyajak insaf akan
perbuatannya selama ini dan memohon keampunan daripada Yang Maha
Esa.
SOALAN - NILAI
Huraikan nilai yang terdapat dalam sajak di atas.
Nilai yang terdapat dalam sajak di atas ialah keinsafan. Penyajak menginsafi
dosa-dosanya yang lalu dan memohon keampunan daripada Yang Maha Esa
SOALAN - PENGAJARAN
Huraikan pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.
Kita perlulah insaf akan dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini dan
segera memohon keampunan daripada Yang Maha Esa
Sajak – Sejadah Rindu
7. SOALAN - PERSOALAN
Huraikan persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.
Persoalan ikhlas dalam memohon keampunan daripada Yang Maha Esa.
Keikhlasan adalah penting dalam sesuatu perkara agar permintaan
seseorang itu dimakbulkan oleh Yang Maha Esa
SOALAN - NILAI
Huraikan nilai yang terdapat dalam sajak di atas.
Nilai yang terdapat dalam sajak di atas ialah keikhlasan. Penyajak bertaubat
dengan penuh keikhlasan sehingga mengalirkan air mata ketika memohon
permintaan daripada Yang Maha Esa
SOALAN - PENGAJARAN
Huraikan pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.
Kita perlulah ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara sebagai contoh,
keikhlasan penyajak memohon keampunan dapat dilihat sehingga
menitiskan air mata.
8. LATIHAN
SOALAN - PERSOALAN (SAJAK – SEJADAH RINDU)
Huraikan persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.
SOALAN - NILAI (SAJAK – SEJADAH RINDU)
Huraikan nilai yang terdapat dalam sajak di atas.
SOALAN - PENGAJARAN (SAJAK – SEJADAH RINDU)
Huraikan pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.