SlideShare a Scribd company logo
1 of 67
Ambil kira perkara berikut dalam penulisan:
 Polisemi - bentuk kata yang mempunyai banyak
makna yang bertalian rapat antara satu sama lain.
contoh: dibanjiri manusia, air, kenderaan dsb
 Kata bandingan/simile contoh: setinggi langit, bodoh
macam lembu
 Peribahasa - bidalan, kata hikmah, pepatah
 Kata ganda berentak contoh: jari-jemari, lauk-pauk.
 Penanda wacana contoh: sehubungan itu
 Personifikasi – pemberian sifat manusia
kepada benda tak bernyawa untuk mendapatkan
kesan sastera. Contoh: deruan angin seolah
menyanyikan lagu syahdu itu sungguh menghiburkan.
Aspek yang dapat membantu menghasilkan
sesuatu penulisan kreatif
Suziana Che Wil
Galakkan murid membaca
banyak buku cerita yang
berunsur sastera.
Contoh petikan ayat yang
gramatis dan puitis:
Pak Ismail termenung
di anjung rumah. Hujan yang
turun membasahi bumi
entah bila akan reda.
Ombak yang menghempas
pantai juga entah bila akan
berhenti.
Latih murid mengadaptasi idea
dalam cerita yang dibaca untuk
melahirkan idea sendiri.
Petikan cerita Mentari Kembali Bersinar
Teks Sastera Tahun 6.
“Anak-anak saya masih bersekolah lagi,
Tok Ayub. Saya tidak mahu pelajaran
mereka terganggu hanya kerana saya tidak
mampu menyediakan wang secukupnya
untuk mereka,” balas Pak Ismail lagi.
Pengorbanan Pak Ismail itu benar-benar
menyentuh perasaan Tok Ayub.
Murid boleh mengadaptasi perwatakan
Pak Ismail yang cekal, rajin dan
bertanggung jawab dalam cerita mereka
hasilkan.
• Latih tubi murid membina
ayat yang kreatif.
Sekuat raksasa dia menarik
kawannya di atas upih pinang itu.
Mereka kelihatan riang bermain
tarik upih yang menjadi permainan
yang diwarisi turun-temurun.
• Latih tubi murid membina
ayat yang kreatif.
Seni silat ialah salah satu
seni mempertahankan diri
yang digemari. Aksi pesilat
bak pahlawan Melayu dahulu
kala sungguh mengkagumkan
kita. Seni yang diwarisi turun-
temurun ini perlulah dijaga.
Apakah bentuk latihan dan bimbingan
yang boleh diberi kepada pelajar
berdasarkan gambar ini.
Galakkan murid melahirkan idea
dalam bentuk penulisan
daripada perkara yang dilihat,
dibaca dan dialami. Minta
murid menunjukkan perkara yang
berlaku dan bukan menceritakan
perkara yang berlaku. (show
don’t tell)
PENULISAN BAHAGIAN
A
Contoh-contoh Arahan
Bahagian A
1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar.
2. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam
gambar.
3. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
situasi yang terdapat dalam gambar.
4. Tuliskan amalan gaya hidup sihat yang
terdapat dalam gambar.
Teknik Menjawab Bahagian A
1. Ayat yang dibina mestilah mengenai apa yang terdapat dalam
gambar dan tersurat.
( Ayat yang tersirat boleh dijadikan sebagai pelengkap ayat sahaja )
2. Tulis kata kunci berdasarkan gambar. ( Kata kunci tidak boleh
berulang )
3. Ayat perlu dinomborkan : 1 – 5.
4. Ayat yang dibina mestilah seimbang mengikut jumlah gambar. ( Ada
nisbah )
5. Ayat yang dibina perlulah gramatis / betul dari segi tatabahasanya.
6. Elakkan menulis ayat tentang perkara yang tidak terdapat dalam
gambar.
7. Ayat yang ditulis perlu dikembangkan dengan sempurna
menggunakan kata hubung atau penanda wacana.
8. Boleh berikan watak pada gambar.
9. Jangan menulis lebih daripada 5 ayat.
10. Jangan memberi pandangan peribadi tentang gambar.
11. Semak segala kesalahan jika ada.
Tulis lima aktiviti
berdasarkan gambar di
bawah.
Menghulurkan/ bentang tikar
Membina/ berdekatan
Perahu layar/mendayung
Berenang/guna pelampung
Gembira/bermain
Kata Kerja
Kata
Kunci
CONTOH AYAT
 1. Emak menghulurkan sepinggan makanan kepada ayah dan
mereka duduk di atas tikar yang dibentang di tepi pantai.
 2. Saya dan adik membina istana pasir berdekatan dengan abang
yang bermain bola.
 3. Abang dan rakannya begitu leka dan gembira bermain bola di
tepi pantai.
 4. Kelihatan kanak-kanak gembira bermain air dan ada yang
berenang dengan menggunakan pelampung.
 5. Ada juga pengunjung yang berekreasi dengan perahu layar
dan mendayung sampan.
Tulis lima ayat yang lengkap
tentang gambar di bawah.
Kata Kunci
 Selekeh/ tidak bertutup
 Membeli/ gerai kotor
 Banyak sampah/ hinggap
 Mengalami muntah-muntah/ cirit-birit
 Hospital/ menerima rawatan/ keracunan
makanan
CONTOH AYAT
1. Peniaga minuman dan makanan ini kelihatan selekeh
dan makanan yang dijual tidak bertutup.
2. Beberapa orang murid sekolah membeli makanan dan
minuman di gerai yang kotor itu.
3. Terdapat banyak sampah di sekeliling gerai dan lalat
kelihatan hinggap pada makanan tersebut.
4. Murid-murid yang membeli makanan dan minuman di
gerai itu telah mengalami muntah-muntah dan cirit-
birit.
5. Mereka telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan
rawatan kerana keracunan makanan.
BAHAGIAN B
(Cadangan masa : 40 minit )
(Markah : 30 )
PERKARA Menulis karangan
STIMULUS Tajuk diberi
BILANGAN SOALAN 3 soalan pilih 1 sahaja
BILANGAN
PERKATAAN
Tidak kurang daripada 80 patah
perkataan.
BENTUK KARANGAN Karangan lengkap
BAHAGIAN B
 Baca dan fahami tajuk-tajuk yang diberi
 Pilih tajuk karangan yang dikuasai
sepenuhnya agar dapat menghuraikan
sesuatu tajuk dengan tepat dan padat.
 Catatkan isi-isi penting yang bersesuaian
dengan kehendak soalan.
 Sediakan rangka karangan agar isinya
tidak berulang.
 Karangan berformat mestilah mengikut
format yang betul.
PENULISAN BAHAGIAN B
Karangan Berformat Khusus
Karangan Berformat Umum
Karangan Berformat
Khusus
-Surat rasmi
--Surat tidak rasmi
-- Dialog
-- Laporan
--Ucapan
-- Syarahan
-- Berita
-- Catatan
-- Perbahasan
Karangan Berformat
Umum
-Naratif
-Menyambung dan menyudahkan cerita
-Fakta
-Gambaran/keperihalan
-Peribahasa
-Rencana
-Penerangan
-Perbincangan
KARANGAN YANG BAIK HENDAKLAH
MEMPUNYAI:
- Pendahuluan/Pengenalan yang berkaitan
dengan tajuk.
- Isi-Isi yang disertai dengan huraian dan contoh,
penggunaan penanda wacana, peribahasa dan
ungkapan amat digalakkan.
- Penutup karangan dengan membuat
kesimpulan atau rumusan tentang tajuk
karangan dengan memberi pendapat sendiri.
- Semak ejaan, tanda baca, tatabahasa, contoh
atau isi yang tertinggal atau kurang tepat.
PENULISAN – ( BAHAGIAN C )
MEMBUAT ULASAN / MERUMUS
PENGENALAN
1. Dalam bahagian ini calon akan diberi samada
sebuah petikan berupa fakta, cerita, dialog
ataupun puisi.
2. Calon dikehendaki membuat ulasan tentang
petikan yang diberi berdasarkan arahan-arahan
tertentu.
3. Jawapan hendaklah dibuat dalam satu
perenggan sahaja.
4. Jumlah markah - 20 markah.
5. Masa dicadangkan – 20 minit sahaja.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN
1. Baca dan fahami
2. Garis isi penting/pengajaran/nilai/
kebaikan/kepentingan
3. Senaraikan
4. Tulis dalam satu perenggan
Teknik Menjawab Bahagian C
1. Kenal pasti arahan
…pengajaran, nilai murni, amalan baik. – Apa bezanya?
2. Kenal pasti tema petikan supaya lebih mudah untuk mengulas.
3. Baca ayat demi ayat untuk mencari pengajaran / nilai murni / amalan baik.
4. Senaraikan idea dan huraian secara ringkas sebelum menulis di kertas
soalan.
5. Mulakan ulasan dengan :
Sebagai seorang .............../ Kita
6. Gunakan kata ganti nama ‘ kita ’ dalam ayat.
7. Masukkan kata-kata positif.
8. Gunakan penanda wacana / kata hubung ketika menyambung ayat.
9. Pastikan jumlah perkataan sesuai dengan kehendak soalan.
BAHAGIAN C
(Cadangan masa : 20 minit)
Markah : 20
PERKARA
Membuat ulasan
(pengajaran, nilai murni,
kebaikan, faedah dll)
STIMULUS
Petikan (sastera/bukan
sastera)
BILANGAN SOALAN
1 soalan sahaja (Tiada
pilihan)
(Soalan wajib dijawab)
JUMLAH PERKATAAN
Tidak kurang 50 patah
perkataan
BENTUK JAWAPAN Satu perenggan
Tulis beberapa nilai murni / pengajaran
yang boleh kamu dapati daripada
petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak
kurang daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam
satu perenggan.
C1 C2 C3 C4 C5 C6 C7 C8 C9 C10
L1 L2 L3 L4 L5 L6 L7 L8 L9 L10
L12 L13 L14 L15 L16 L17 L18 L19 L20
L11
Loceng waktu terakhir berbunyi. Anuar mengambil basikal
lalu mengayuh menuju ke rumahnya. Sampai sahaja di rumah, diapun
meletakkan basikal di tempat yang disediakan. Dia memberi salam
sambil menanggalkan kasut dan stoking lalu meletakkannya di rak
kasut. Setelah ibunya membuka pintu, dia bersalaman lalu mencium
tangan ibunya.
Dia ke bilik untuk menyimpan beg dan menukar pakaian.
Setelah selesai, dia terus ke dapur untuk membantu ibunya
menghidangkan makanan tengah hari. Selesai makan , dia membantu
ibu membersihkan meja makan. Selepas itu, dia bersiap ke sekolah
agama pula.
Pulang dari sekolah agama, dia terus mandi dan
bersembahyang. Selepas makan malam, dia terus ke meja belajar
untuk mengulang kaji tanpa menunggu arahan daripada sesiapa.
berdisipli
n
rajin
Mementingkan
kebersihan
taat berdikari
Contoh 1
Menghormati
ibu
berdisiplin : agar hidup teratur dan sempurna
menghormati ibu : telah membesarkan kita
rajin : membantu ibu, meringankan beban kerja ibu
mementingkan kebersihan : agar hidup sihat
taat : taat kepada suruhan Allah balasannya syurga
berdikari : jangan mengharapkan bantuan orang lain
Kita mestilah berdisiplin agar hidup kita sempurna dan berjaya.
Sebagai seorang anak, kita mestilah menghormati ibu bapa kerana
merekalah yang telah membesarkan kita. Seterusnya, kita perlu
rajin membantu ibu dan ayah agar dapat meringankan beban kerja
mereka. Selain itu, kita harus menjaga kebersihan diri dan makan
makanan yang berkhasiat setiap hari supaya badan kita sihat.
Sebagai umat Islam pula, kita harus taat kepada suruhan-Nya
agar kita mendapat balasan yang baik di akhirat nanti. Sikap
berdikari Anuar patut kita contohi. Ulang kajilah pelajaran tanpa
menunggu diarah oleh ibu atau bapa kita dan janganlah kita
mengharapkan bantuan orang lain apabila membuat sesuatu
pekerjaan.
Yusri murid yang nakal. Dia suka mengusik kawan-kawannya
dengan menyembunyikan barang-barang mereka. Kelakuannya itu
tidak disukai oleh kawan-kawannya.
Pada suatu hari, Yusri membawa buku cerita yang baru dibeli
oleh ibunya ke sekolah. Dia ingin menunjukkan buku cerita tersebut
kepada kawan-kawannya. Selepas tamat sekolah, dia teringat akan
buku ceritanya. Puas dia mencari, namun dia tidak menjumpai buku
tersebut. Yusri menangis kerana takut dimarahi oleh ibunya nanti.
Kawan-kawannya menolong dia mencari buku cerita itu. Mereka
mencari di sekitar kawasan sekolah. Akhirnya mereka menjumpai
buku cerita tersebut di dewan sekolah. Yusri mengucapkan terima
kasih kepada kawan-kawannya. Dia terhutang budi kepada kawan-
kawannya. Barulah dia menyedari bertapa susahnya hati seseorang
jika kehilangan barang.
jangan menganggu
kawan
menolong
kawan
tanda
penghargaan
insaf menjaga
harta sendiri
Contoh 2
jauhi sikap suka
menunjuk-nunjuk
jangan menganggu kawan : tidak disukai oleh kawan-kawan
suka menunjuk-nunjuk : sikap buruk yang merugikan diri
(jauhi)
menjaga harta sendiri : agar tidak hilang
menolong kawan : kita juga memerlukan pertolongan
berterima kasih : sebagai tanda penghargaan
insaf : jangan ulangi perlakuan yang lama
Kita janganlah suka menganggu kawan kerana sikap kita itu
tidak disukai oleh kawan-kawan. Sikap suka menunjuk-nunjuk
juga harus kita jauhi kerana akan merugikan diri kita sendiri
seperti Yusri yang kehilangan buku ceritanya. Kita perlulah
menjaga harta kita dengan baik agar tidak hilang. Apabila
kawan kita berada dalam kesusahan, kita perlulah membantu
mereka kerana suatu hari nanti mungkin kita pula yang
memerlukan pertolongan. Setelah mendapat pertolongan, kita
haruslah mengucapkan terima kasih sebagai tanda
penghargaan atas pertolongan mereka. Menginsafi segala
perlakuan buruk dan bertekad tidak akan mengulangi
perlakuan itu semula merupakan satu sikap yang baik dan
harus kita amalkan.
ITEM SOALAN BAHASA MELAYU
KERTAS 2
Bahagian C [ 20 markah]
NILAI-NILAI MURNI
1. BAIK HATI
 Belas kasihan – Bersimpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain.
 Bertimbang rasa – Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat suatu
tindakan.
 Murah hati – Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya.
 Saling memahami – Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan
dan keperluan masing-masing.
 Saling bermaafan – Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan.
2. BERDIKARI
 Berupaya bertindak sendiri - sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan
orang lain.
 Yakin pada diri sendiri – Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba.
3. HEMAH TINGGI
 Kesopanan – Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan orang lain.
 Mengakui kesalahan sendiri – Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima
nasihat.
 Ramah mesra – Sedia bergaul mesra dengan semua orang.
4. HORMAT
 Hormat dan taat kepada ibu bapa atau penjaga – Memuliakan dan mentaati ibu bapa atau penjaga.
 Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin – Menunjukkan
rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik.
 Hormat kepada institusi Kerajaan dan Negara – Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang
kebesaran negeri.
 Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan – Menghormati kepercayaan dan adat resam
semua keturunan di Malaysia.
 Patuh kepada undang-undang negara – Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana
seseorang itu berada.
 Patuh kepada ketetapan masa - Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah.
5. KASIH SAYANG
 Sayangkan diri sendiri dan orang lain - Menyayangi diri sendiri dan orang lain.
 Sayang alam sekitar – Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup.
 Cintakan negara – Bangga dan taat setia kepada negara (patriotisme).
6. KEADILAN
 Adil – Mempertimbangkan dan membuat sesuatu secara objektif, menyeluruh, dan bersesuaian.
 Saksama – Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberi ganjaran atau
hukuman.
7. KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG
- Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat
dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara, dan agama.
8. KEBERANIAN
 Berani mencuba – Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri
sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi.
 Berani kerana benar – Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan
menunjukkan bukti yang nyata.
9. KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
 Kebersihan diri – Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup
sihat.
 Kebersihan persekitaran – Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada
kekotoran dan pencemaran.
 Kebersihan mental – Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang
dalam hubungan dengan orang lain.
10. KEJUJURAN
 Amanah - Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat
menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
 Bercakap benar – Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung.
 Ikhlas - Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan.
11. KERAJINAN
 Daya usaha - Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif, dan enovatif untuk
menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
 Dedikasi - Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah.
12.KERJASAMA
 Gotong-royong - Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan
sukarela.
 Toleransi - Bertolak ansur serta dapat mengawal diri mengelakkan
berlakunya perselisihan.
 Perpaduan - Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga,
masyarakat, negara, dan antarabangsa.
13.KESEDERHANAAN
 Pertuturan dan perlakuan yang sederhana – Bertutur dan berkelakuan
yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau
menimbulkan kemarahan orang lain.
 Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan
kepentingan orang lain - Membuat pertimbangan yang sewajarnya
supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain.
14.KESYUKURAN
 Berterima kasih - Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan
penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
15. RASIONAL
 Membuat pertimbangan - Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara
sebelum membuat keputusan.
16. SEMANGAT BERMASYARAKAT
 Bermuafakat - Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi
kepentingan bersama.
 Kejiranan - Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran
tetangga.
 Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat - Menyedari masalah masyarakat dan
sedia berusaha menyelesaikannya.
17. PATRIOTISME
- Menghormati pemimpin
- Berusaha untuk memajukan negara
- Semangat untuk kejayaan negara
- Rela berkorban demi kemakmuran negara
Di gerai Encik Sazali ada ________ beraneka
jenis barangan kraf tangan Sarawak.
A jual
SOALAN 1
C jualan
D menjual
B dijual
D Riwayat
SOALAN 2
C Kembara
B Panorama
Bulan ________ Puisi Kebangsaan 2006 telah
dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri.
A Sayembara
Muhammad Farid sedang memegang sebiji
________ yang cantik.
A kuali
SOALAN 3
C periuk
D balang
B pasu
D sebilah
SOALAN 4
A seurat
B sebutir
Puan Maria menghadiahkan ________ kalung
mutiara kepada anak bongsunya.
C seuntai
Ahmad Fuad sedang ________ gambar Mei
Leng di sebuah rumah panjang.
SOALAN 5
A ambil
C ambilan
D mengambil
B diambil
Selepas diijabkabulkan, pasangan pengantin
tersebut akan ________ penghidupan baru.
A merestui
SOALAN 6
C melengkapi
D menempuhi
B merintangi
Ravi dan kawan-kawannya sedang ________
Gunung Santubung.
SOALAN 7
A menaiki
C menuruni
D menjelajahi
B mendaki
D temu ramah
SOALAN 8
A temu bual
B temu janji
Pengurus syarikat itu sedang menjalankan
________ untuk memilih pekerja baru.
C temu duga
Berbagai-bagai jenis atau spesies ikan air
tawar dipelihara di ________ itu.
SOALAN 9
A laut
C sungai
D longkang
B tasik
Chef Ismail ________ daging kambing itu
sehingga lumat sebelum menumisnya.
A melapah
SOALAN 10
C menghiris
D memotong
B mengisar
“Saya sayangkan kucing siam itu,” kata Wan
Amirah kepada kakaknya.
SEPATUTNYA
“Saya sayang akan kucing siam itu,” kata
Wan Amirah kepada kakaknya.
Oleh kerana terlalu letih bekerja, Abdul Halim
tertidur di sofa itu.
SEPATUTNYA
Oleh sebab terlalu letih bekerja, Abdul Halim
tertidur di sofa itu.
“Adik sangat sukakan anak patung itu,” kata
kakak kepada emak.
SEPATUTNYA
“Adik sangat suka kepada/akan anak patung
itu,” kata kakak kepada emak.
Mohd Kamarul pergi kedai Pak Ali untuk
membeli sebuku roti dan sebotol kicap.
SEPATUTNYA
Mohd Kamarul pergi ke kedai Pak Ali untuk
membeli sebuku roti dan sebotol kicap.
Kami sering bersiar-siar ke Tasik Titiwangsa
pada hujung minggu.
SEPATUTNYA
Kami sering bersiar-siar di Tasik Titiwangsa
pada hujung minggu.
Novel yang dibaca oleh kakak itu berkisar
pergolakan jiwa remaja masa kini.
SEPATUTNYA
Novel yang dibaca oleh kakak itu berkisar
tentang pergolakan jiwa remaja masa kini.
Adik tidur dalam biliknya sendiri semenjak
dia berumur tujuh tahun.
SEPATUTNYA
Adik tidur di dalam biliknya sendiri semenjak
dia berumur tujuh tahun.
“Cikgu Abdul Jalil hendak berjumpa kamu,”
kata Rahim kepada Daud.
SEPATUTNYA
“Cikgu Abdul Jalil hendak berjumpa dengan
kamu,” kata Rahim kepada Daud.
“Saya datang daripada Kuala Terengganu,”
kata pemuda itu memperkenalkan diri.
SEPATUTNYA
“Saya datang dari Kuala Terengganu,” kata
pemuda itu memperkenalkan diri.
Prestasi Bahasa Melayu Penulisan Padmini
lebih baik dari Ranjini.
SEPATUTNYA
Prestasi Bahasa Melayu Penulisan Padmini
lebih baik daripada Ranjini.
Di masa kejadian itu, Intan masih kecil dan
tidak tahu apa-apa lagi.
SEPATUTNYA
Pada masa kejadian itu, Intan masih kecil
dan tidak tahu apa-apa lagi.
Lukisan potret wajah artis terkenal itu ada
dengan Encik Raisudin.
SEPATUTNYA
Lukisan potret wajah artis terkenal itu ada
pada Encik Raisudin.
Tiang telefon itu tumbang di tanah kerana
dilanggar oleh sebuah lori.
SEPATUTNYA
Tiang telefon itu tumbang ke tanah kerana
dilanggar oleh sebuah lori.
Minuman itu sudah dihidangkan pada para
tetamu yang hadir dalam majlis itu.
SEPATUTNYA
Minuman itu sudah dihidangkan kepada para
tetamu yang hadir dalam majlis itu.
Jangan mudah terpengaruh dengan budaya
kuning yang negatif itu.
SEPATUTNYA
Jangan mudah terpengaruh oleh budaya
kuning yang negatif itu.
Sabariah berterima kasih di atas pertolongan
yang diberikan oleh pemuda itu.
SEPATUTNYA
Sabariah berterima kasih atas pertolongan
yang diberikan oleh pemuda itu.
Di dalam pengetahuan saya, Cik Siti Rohani
masih belajar di Universiti Putra Malaysia.
SEPATUTNYA
Dalam pengetahuan saya, Cik Siti Rohani
masih belajar di Universiti Putra Malaysia.
Sekian lama laut diselam,
Batu karang cantik ditayang;
Ilmuku cuma pelita malam,
Tidak seterang mentari siang.

More Related Content

Similar to CERAMAHUPSR.ppt

Teknik menjawab kertas penulisan
Teknik menjawab kertas penulisanTeknik menjawab kertas penulisan
Teknik menjawab kertas penulisanEiris Hasmah Hassan
 
Item penulisan UPSR BAHASA MELAYU
Item penulisan UPSR BAHASA MELAYUItem penulisan UPSR BAHASA MELAYU
Item penulisan UPSR BAHASA MELAYUNORANEEZ ISMAIL
 
RPP KELAS VI TEMA 7 SUB TEMA 3 PB 1
RPP KELAS VI TEMA 7 SUB TEMA 3 PB 1RPP KELAS VI TEMA 7 SUB TEMA 3 PB 1
RPP KELAS VI TEMA 7 SUB TEMA 3 PB 1Rachmah Safitri
 
Modulcaknaakademikkelantanbahasamelayuupsr2009
Modulcaknaakademikkelantanbahasamelayuupsr2009Modulcaknaakademikkelantanbahasamelayuupsr2009
Modulcaknaakademikkelantanbahasamelayuupsr200911111004
 
RPP kelas 4 semester 2 Revisi 2017
RPP kelas 4 semester 2 Revisi 2017RPP kelas 4 semester 2 Revisi 2017
RPP kelas 4 semester 2 Revisi 2017miftah1984
 
Bahagian c membina ulasan
Bahagian  c membina ulasanBahagian  c membina ulasan
Bahagian c membina ulasanaserimangsor
 
Elvikus endang ppt siklus 3
Elvikus endang ppt  siklus 3Elvikus endang ppt  siklus 3
Elvikus endang ppt siklus 3ElvikusEndang
 
Tip Penulisan Karangan
Tip Penulisan KaranganTip Penulisan Karangan
Tip Penulisan KaranganPAKLONG CIKGU
 
Ekm 331 aktiviti pembelajaran
Ekm 331 aktiviti pembelajaranEkm 331 aktiviti pembelajaran
Ekm 331 aktiviti pembelajaranNazman B Hj Bakar
 
Ringkasan materi bahasa indonesia ujian nasional sd 2013_sd muhammadiyah banj...
Ringkasan materi bahasa indonesia ujian nasional sd 2013_sd muhammadiyah banj...Ringkasan materi bahasa indonesia ujian nasional sd 2013_sd muhammadiyah banj...
Ringkasan materi bahasa indonesia ujian nasional sd 2013_sd muhammadiyah banj...arif widyatma
 
Silabus tematik Kelas 2
Silabus tematik Kelas 2Silabus tematik Kelas 2
Silabus tematik Kelas 2EKOSUPRIYADI10
 
Kelas 01 sd_tematik_8_peristiwa_alam_siswa_2016
Kelas 01 sd_tematik_8_peristiwa_alam_siswa_2016Kelas 01 sd_tematik_8_peristiwa_alam_siswa_2016
Kelas 01 sd_tematik_8_peristiwa_alam_siswa_2016Mahadi Sitorus
 
Program perhati asli lodge bm k1
Program perhati asli lodge bm k1Program perhati asli lodge bm k1
Program perhati asli lodge bm k1Norazliah Ani
 
PEMBELAJARAN MENYIMAK DAN MEMBACA.pptx
PEMBELAJARAN MENYIMAK DAN MEMBACA.pptxPEMBELAJARAN MENYIMAK DAN MEMBACA.pptx
PEMBELAJARAN MENYIMAK DAN MEMBACA.pptxnendrafebrianto
 

Similar to CERAMAHUPSR.ppt (20)

Teknik menjawab kertas penulisan
Teknik menjawab kertas penulisanTeknik menjawab kertas penulisan
Teknik menjawab kertas penulisan
 
Item penulisan UPSR BAHASA MELAYU
Item penulisan UPSR BAHASA MELAYUItem penulisan UPSR BAHASA MELAYU
Item penulisan UPSR BAHASA MELAYU
 
RPP KELAS VI TEMA 7 SUB TEMA 3 PB 1
RPP KELAS VI TEMA 7 SUB TEMA 3 PB 1RPP KELAS VI TEMA 7 SUB TEMA 3 PB 1
RPP KELAS VI TEMA 7 SUB TEMA 3 PB 1
 
Modulcaknaakademikkelantanbahasamelayuupsr2009
Modulcaknaakademikkelantanbahasamelayuupsr2009Modulcaknaakademikkelantanbahasamelayuupsr2009
Modulcaknaakademikkelantanbahasamelayuupsr2009
 
Bahan 2
Bahan 2Bahan 2
Bahan 2
 
Ceramahpenulisan
CeramahpenulisanCeramahpenulisan
Ceramahpenulisan
 
RPP kelas 4 semester 2 Revisi 2017
RPP kelas 4 semester 2 Revisi 2017RPP kelas 4 semester 2 Revisi 2017
RPP kelas 4 semester 2 Revisi 2017
 
Bahagian c membina ulasan
Bahagian  c membina ulasanBahagian  c membina ulasan
Bahagian c membina ulasan
 
Ppt Materi Menyunting Artikel
Ppt Materi Menyunting ArtikelPpt Materi Menyunting Artikel
Ppt Materi Menyunting Artikel
 
Elvikus endang ppt siklus 3
Elvikus endang ppt  siklus 3Elvikus endang ppt  siklus 3
Elvikus endang ppt siklus 3
 
Tip Penulisan Karangan
Tip Penulisan KaranganTip Penulisan Karangan
Tip Penulisan Karangan
 
Bahagian B
Bahagian BBahagian B
Bahagian B
 
Rpp tematik 2
Rpp tematik 2Rpp tematik 2
Rpp tematik 2
 
Ekm 331 aktiviti pembelajaran
Ekm 331 aktiviti pembelajaranEkm 331 aktiviti pembelajaran
Ekm 331 aktiviti pembelajaran
 
Ringkasan materi bahasa indonesia ujian nasional sd 2013_sd muhammadiyah banj...
Ringkasan materi bahasa indonesia ujian nasional sd 2013_sd muhammadiyah banj...Ringkasan materi bahasa indonesia ujian nasional sd 2013_sd muhammadiyah banj...
Ringkasan materi bahasa indonesia ujian nasional sd 2013_sd muhammadiyah banj...
 
Silabus tematik Kelas 2
Silabus tematik Kelas 2Silabus tematik Kelas 2
Silabus tematik Kelas 2
 
Kelas 01 sd_tematik_8_peristiwa_alam_siswa_2016
Kelas 01 sd_tematik_8_peristiwa_alam_siswa_2016Kelas 01 sd_tematik_8_peristiwa_alam_siswa_2016
Kelas 01 sd_tematik_8_peristiwa_alam_siswa_2016
 
Contoh modul SMP.docx
Contoh modul SMP.docxContoh modul SMP.docx
Contoh modul SMP.docx
 
Program perhati asli lodge bm k1
Program perhati asli lodge bm k1Program perhati asli lodge bm k1
Program perhati asli lodge bm k1
 
PEMBELAJARAN MENYIMAK DAN MEMBACA.pptx
PEMBELAJARAN MENYIMAK DAN MEMBACA.pptxPEMBELAJARAN MENYIMAK DAN MEMBACA.pptx
PEMBELAJARAN MENYIMAK DAN MEMBACA.pptx
 

Recently uploaded

PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 

Recently uploaded (20)

PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 

CERAMAHUPSR.ppt

  • 1. Ambil kira perkara berikut dalam penulisan:  Polisemi - bentuk kata yang mempunyai banyak makna yang bertalian rapat antara satu sama lain. contoh: dibanjiri manusia, air, kenderaan dsb  Kata bandingan/simile contoh: setinggi langit, bodoh macam lembu  Peribahasa - bidalan, kata hikmah, pepatah  Kata ganda berentak contoh: jari-jemari, lauk-pauk.  Penanda wacana contoh: sehubungan itu  Personifikasi – pemberian sifat manusia kepada benda tak bernyawa untuk mendapatkan kesan sastera. Contoh: deruan angin seolah menyanyikan lagu syahdu itu sungguh menghiburkan. Aspek yang dapat membantu menghasilkan sesuatu penulisan kreatif
  • 2. Suziana Che Wil Galakkan murid membaca banyak buku cerita yang berunsur sastera. Contoh petikan ayat yang gramatis dan puitis: Pak Ismail termenung di anjung rumah. Hujan yang turun membasahi bumi entah bila akan reda. Ombak yang menghempas pantai juga entah bila akan berhenti.
  • 3. Latih murid mengadaptasi idea dalam cerita yang dibaca untuk melahirkan idea sendiri. Petikan cerita Mentari Kembali Bersinar Teks Sastera Tahun 6. “Anak-anak saya masih bersekolah lagi, Tok Ayub. Saya tidak mahu pelajaran mereka terganggu hanya kerana saya tidak mampu menyediakan wang secukupnya untuk mereka,” balas Pak Ismail lagi. Pengorbanan Pak Ismail itu benar-benar menyentuh perasaan Tok Ayub. Murid boleh mengadaptasi perwatakan Pak Ismail yang cekal, rajin dan bertanggung jawab dalam cerita mereka hasilkan.
  • 4. • Latih tubi murid membina ayat yang kreatif. Sekuat raksasa dia menarik kawannya di atas upih pinang itu. Mereka kelihatan riang bermain tarik upih yang menjadi permainan yang diwarisi turun-temurun.
  • 5. • Latih tubi murid membina ayat yang kreatif. Seni silat ialah salah satu seni mempertahankan diri yang digemari. Aksi pesilat bak pahlawan Melayu dahulu kala sungguh mengkagumkan kita. Seni yang diwarisi turun- temurun ini perlulah dijaga.
  • 6. Apakah bentuk latihan dan bimbingan yang boleh diberi kepada pelajar berdasarkan gambar ini. Galakkan murid melahirkan idea dalam bentuk penulisan daripada perkara yang dilihat, dibaca dan dialami. Minta murid menunjukkan perkara yang berlaku dan bukan menceritakan perkara yang berlaku. (show don’t tell)
  • 8. Contoh-contoh Arahan Bahagian A 1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar. 2. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 3. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar. 4. Tuliskan amalan gaya hidup sihat yang terdapat dalam gambar.
  • 9. Teknik Menjawab Bahagian A 1. Ayat yang dibina mestilah mengenai apa yang terdapat dalam gambar dan tersurat. ( Ayat yang tersirat boleh dijadikan sebagai pelengkap ayat sahaja ) 2. Tulis kata kunci berdasarkan gambar. ( Kata kunci tidak boleh berulang ) 3. Ayat perlu dinomborkan : 1 – 5. 4. Ayat yang dibina mestilah seimbang mengikut jumlah gambar. ( Ada nisbah ) 5. Ayat yang dibina perlulah gramatis / betul dari segi tatabahasanya. 6. Elakkan menulis ayat tentang perkara yang tidak terdapat dalam gambar. 7. Ayat yang ditulis perlu dikembangkan dengan sempurna menggunakan kata hubung atau penanda wacana. 8. Boleh berikan watak pada gambar. 9. Jangan menulis lebih daripada 5 ayat. 10. Jangan memberi pandangan peribadi tentang gambar. 11. Semak segala kesalahan jika ada.
  • 11.
  • 12. Menghulurkan/ bentang tikar Membina/ berdekatan Perahu layar/mendayung Berenang/guna pelampung Gembira/bermain Kata Kerja Kata Kunci
  • 13. CONTOH AYAT  1. Emak menghulurkan sepinggan makanan kepada ayah dan mereka duduk di atas tikar yang dibentang di tepi pantai.  2. Saya dan adik membina istana pasir berdekatan dengan abang yang bermain bola.  3. Abang dan rakannya begitu leka dan gembira bermain bola di tepi pantai.  4. Kelihatan kanak-kanak gembira bermain air dan ada yang berenang dengan menggunakan pelampung.  5. Ada juga pengunjung yang berekreasi dengan perahu layar dan mendayung sampan.
  • 14. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
  • 15. Kata Kunci  Selekeh/ tidak bertutup  Membeli/ gerai kotor  Banyak sampah/ hinggap  Mengalami muntah-muntah/ cirit-birit  Hospital/ menerima rawatan/ keracunan makanan
  • 16. CONTOH AYAT 1. Peniaga minuman dan makanan ini kelihatan selekeh dan makanan yang dijual tidak bertutup. 2. Beberapa orang murid sekolah membeli makanan dan minuman di gerai yang kotor itu. 3. Terdapat banyak sampah di sekeliling gerai dan lalat kelihatan hinggap pada makanan tersebut. 4. Murid-murid yang membeli makanan dan minuman di gerai itu telah mengalami muntah-muntah dan cirit- birit. 5. Mereka telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana keracunan makanan.
  • 17. BAHAGIAN B (Cadangan masa : 40 minit ) (Markah : 30 ) PERKARA Menulis karangan STIMULUS Tajuk diberi BILANGAN SOALAN 3 soalan pilih 1 sahaja BILANGAN PERKATAAN Tidak kurang daripada 80 patah perkataan. BENTUK KARANGAN Karangan lengkap
  • 18. BAHAGIAN B  Baca dan fahami tajuk-tajuk yang diberi  Pilih tajuk karangan yang dikuasai sepenuhnya agar dapat menghuraikan sesuatu tajuk dengan tepat dan padat.  Catatkan isi-isi penting yang bersesuaian dengan kehendak soalan.  Sediakan rangka karangan agar isinya tidak berulang.  Karangan berformat mestilah mengikut format yang betul.
  • 19. PENULISAN BAHAGIAN B Karangan Berformat Khusus Karangan Berformat Umum
  • 20. Karangan Berformat Khusus -Surat rasmi --Surat tidak rasmi -- Dialog -- Laporan --Ucapan -- Syarahan -- Berita -- Catatan -- Perbahasan
  • 21. Karangan Berformat Umum -Naratif -Menyambung dan menyudahkan cerita -Fakta -Gambaran/keperihalan -Peribahasa -Rencana -Penerangan -Perbincangan
  • 22. KARANGAN YANG BAIK HENDAKLAH MEMPUNYAI: - Pendahuluan/Pengenalan yang berkaitan dengan tajuk. - Isi-Isi yang disertai dengan huraian dan contoh, penggunaan penanda wacana, peribahasa dan ungkapan amat digalakkan. - Penutup karangan dengan membuat kesimpulan atau rumusan tentang tajuk karangan dengan memberi pendapat sendiri. - Semak ejaan, tanda baca, tatabahasa, contoh atau isi yang tertinggal atau kurang tepat.
  • 23. PENULISAN – ( BAHAGIAN C ) MEMBUAT ULASAN / MERUMUS PENGENALAN 1. Dalam bahagian ini calon akan diberi samada sebuah petikan berupa fakta, cerita, dialog ataupun puisi. 2. Calon dikehendaki membuat ulasan tentang petikan yang diberi berdasarkan arahan-arahan tertentu. 3. Jawapan hendaklah dibuat dalam satu perenggan sahaja. 4. Jumlah markah - 20 markah. 5. Masa dicadangkan – 20 minit sahaja.
  • 24. TEKNIK MENJAWAB SOALAN 1. Baca dan fahami 2. Garis isi penting/pengajaran/nilai/ kebaikan/kepentingan 3. Senaraikan 4. Tulis dalam satu perenggan
  • 25. Teknik Menjawab Bahagian C 1. Kenal pasti arahan …pengajaran, nilai murni, amalan baik. – Apa bezanya? 2. Kenal pasti tema petikan supaya lebih mudah untuk mengulas. 3. Baca ayat demi ayat untuk mencari pengajaran / nilai murni / amalan baik. 4. Senaraikan idea dan huraian secara ringkas sebelum menulis di kertas soalan. 5. Mulakan ulasan dengan : Sebagai seorang .............../ Kita 6. Gunakan kata ganti nama ‘ kita ’ dalam ayat. 7. Masukkan kata-kata positif. 8. Gunakan penanda wacana / kata hubung ketika menyambung ayat. 9. Pastikan jumlah perkataan sesuai dengan kehendak soalan.
  • 26. BAHAGIAN C (Cadangan masa : 20 minit) Markah : 20 PERKARA Membuat ulasan (pengajaran, nilai murni, kebaikan, faedah dll) STIMULUS Petikan (sastera/bukan sastera) BILANGAN SOALAN 1 soalan sahaja (Tiada pilihan) (Soalan wajib dijawab) JUMLAH PERKATAAN Tidak kurang 50 patah perkataan BENTUK JAWAPAN Satu perenggan
  • 27. Tulis beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. C1 C2 C3 C4 C5 C6 C7 C8 C9 C10 L1 L2 L3 L4 L5 L6 L7 L8 L9 L10 L12 L13 L14 L15 L16 L17 L18 L19 L20 L11
  • 28. Loceng waktu terakhir berbunyi. Anuar mengambil basikal lalu mengayuh menuju ke rumahnya. Sampai sahaja di rumah, diapun meletakkan basikal di tempat yang disediakan. Dia memberi salam sambil menanggalkan kasut dan stoking lalu meletakkannya di rak kasut. Setelah ibunya membuka pintu, dia bersalaman lalu mencium tangan ibunya. Dia ke bilik untuk menyimpan beg dan menukar pakaian. Setelah selesai, dia terus ke dapur untuk membantu ibunya menghidangkan makanan tengah hari. Selesai makan , dia membantu ibu membersihkan meja makan. Selepas itu, dia bersiap ke sekolah agama pula. Pulang dari sekolah agama, dia terus mandi dan bersembahyang. Selepas makan malam, dia terus ke meja belajar untuk mengulang kaji tanpa menunggu arahan daripada sesiapa. berdisipli n rajin Mementingkan kebersihan taat berdikari Contoh 1 Menghormati ibu
  • 29. berdisiplin : agar hidup teratur dan sempurna menghormati ibu : telah membesarkan kita rajin : membantu ibu, meringankan beban kerja ibu mementingkan kebersihan : agar hidup sihat taat : taat kepada suruhan Allah balasannya syurga berdikari : jangan mengharapkan bantuan orang lain
  • 30. Kita mestilah berdisiplin agar hidup kita sempurna dan berjaya. Sebagai seorang anak, kita mestilah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah membesarkan kita. Seterusnya, kita perlu rajin membantu ibu dan ayah agar dapat meringankan beban kerja mereka. Selain itu, kita harus menjaga kebersihan diri dan makan makanan yang berkhasiat setiap hari supaya badan kita sihat. Sebagai umat Islam pula, kita harus taat kepada suruhan-Nya agar kita mendapat balasan yang baik di akhirat nanti. Sikap berdikari Anuar patut kita contohi. Ulang kajilah pelajaran tanpa menunggu diarah oleh ibu atau bapa kita dan janganlah kita mengharapkan bantuan orang lain apabila membuat sesuatu pekerjaan.
  • 31. Yusri murid yang nakal. Dia suka mengusik kawan-kawannya dengan menyembunyikan barang-barang mereka. Kelakuannya itu tidak disukai oleh kawan-kawannya. Pada suatu hari, Yusri membawa buku cerita yang baru dibeli oleh ibunya ke sekolah. Dia ingin menunjukkan buku cerita tersebut kepada kawan-kawannya. Selepas tamat sekolah, dia teringat akan buku ceritanya. Puas dia mencari, namun dia tidak menjumpai buku tersebut. Yusri menangis kerana takut dimarahi oleh ibunya nanti. Kawan-kawannya menolong dia mencari buku cerita itu. Mereka mencari di sekitar kawasan sekolah. Akhirnya mereka menjumpai buku cerita tersebut di dewan sekolah. Yusri mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawannya. Dia terhutang budi kepada kawan- kawannya. Barulah dia menyedari bertapa susahnya hati seseorang jika kehilangan barang. jangan menganggu kawan menolong kawan tanda penghargaan insaf menjaga harta sendiri Contoh 2 jauhi sikap suka menunjuk-nunjuk
  • 32. jangan menganggu kawan : tidak disukai oleh kawan-kawan suka menunjuk-nunjuk : sikap buruk yang merugikan diri (jauhi) menjaga harta sendiri : agar tidak hilang menolong kawan : kita juga memerlukan pertolongan berterima kasih : sebagai tanda penghargaan insaf : jangan ulangi perlakuan yang lama
  • 33. Kita janganlah suka menganggu kawan kerana sikap kita itu tidak disukai oleh kawan-kawan. Sikap suka menunjuk-nunjuk juga harus kita jauhi kerana akan merugikan diri kita sendiri seperti Yusri yang kehilangan buku ceritanya. Kita perlulah menjaga harta kita dengan baik agar tidak hilang. Apabila kawan kita berada dalam kesusahan, kita perlulah membantu mereka kerana suatu hari nanti mungkin kita pula yang memerlukan pertolongan. Setelah mendapat pertolongan, kita haruslah mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan atas pertolongan mereka. Menginsafi segala perlakuan buruk dan bertekad tidak akan mengulangi perlakuan itu semula merupakan satu sikap yang baik dan harus kita amalkan.
  • 34. ITEM SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 Bahagian C [ 20 markah] NILAI-NILAI MURNI 1. BAIK HATI  Belas kasihan – Bersimpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain.  Bertimbang rasa – Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat suatu tindakan.  Murah hati – Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya.  Saling memahami – Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing.  Saling bermaafan – Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan. 2. BERDIKARI  Berupaya bertindak sendiri - sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.  Yakin pada diri sendiri – Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba. 3. HEMAH TINGGI  Kesopanan – Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan orang lain.  Mengakui kesalahan sendiri – Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat.  Ramah mesra – Sedia bergaul mesra dengan semua orang.
  • 35. 4. HORMAT  Hormat dan taat kepada ibu bapa atau penjaga – Memuliakan dan mentaati ibu bapa atau penjaga.  Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin – Menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik.  Hormat kepada institusi Kerajaan dan Negara – Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri.  Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan – Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia.  Patuh kepada undang-undang negara – Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada.  Patuh kepada ketetapan masa - Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah. 5. KASIH SAYANG  Sayangkan diri sendiri dan orang lain - Menyayangi diri sendiri dan orang lain.  Sayang alam sekitar – Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup.  Cintakan negara – Bangga dan taat setia kepada negara (patriotisme). 6. KEADILAN  Adil – Mempertimbangkan dan membuat sesuatu secara objektif, menyeluruh, dan bersesuaian.  Saksama – Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberi ganjaran atau hukuman. 7. KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG - Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara, dan agama.
  • 36. 8. KEBERANIAN  Berani mencuba – Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi.  Berani kerana benar – Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata. 9. KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL  Kebersihan diri – Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat.  Kebersihan persekitaran – Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.  Kebersihan mental – Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungan dengan orang lain. 10. KEJUJURAN  Amanah - Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.  Bercakap benar – Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung.  Ikhlas - Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan. 11. KERAJINAN  Daya usaha - Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif, dan enovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.  Dedikasi - Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah.
  • 37. 12.KERJASAMA  Gotong-royong - Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela.  Toleransi - Bertolak ansur serta dapat mengawal diri mengelakkan berlakunya perselisihan.  Perpaduan - Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara, dan antarabangsa. 13.KESEDERHANAAN  Pertuturan dan perlakuan yang sederhana – Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain.  Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain - Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain. 14.KESYUKURAN  Berterima kasih - Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
  • 38. 15. RASIONAL  Membuat pertimbangan - Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan. 16. SEMANGAT BERMASYARAKAT  Bermuafakat - Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama.  Kejiranan - Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga.  Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat - Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya. 17. PATRIOTISME - Menghormati pemimpin - Berusaha untuk memajukan negara - Semangat untuk kejayaan negara - Rela berkorban demi kemakmuran negara
  • 39.
  • 40. Di gerai Encik Sazali ada ________ beraneka jenis barangan kraf tangan Sarawak. A jual SOALAN 1 C jualan D menjual B dijual
  • 41. D Riwayat SOALAN 2 C Kembara B Panorama Bulan ________ Puisi Kebangsaan 2006 telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri. A Sayembara
  • 42. Muhammad Farid sedang memegang sebiji ________ yang cantik. A kuali SOALAN 3 C periuk D balang B pasu
  • 43. D sebilah SOALAN 4 A seurat B sebutir Puan Maria menghadiahkan ________ kalung mutiara kepada anak bongsunya. C seuntai
  • 44. Ahmad Fuad sedang ________ gambar Mei Leng di sebuah rumah panjang. SOALAN 5 A ambil C ambilan D mengambil B diambil
  • 45. Selepas diijabkabulkan, pasangan pengantin tersebut akan ________ penghidupan baru. A merestui SOALAN 6 C melengkapi D menempuhi B merintangi
  • 46. Ravi dan kawan-kawannya sedang ________ Gunung Santubung. SOALAN 7 A menaiki C menuruni D menjelajahi B mendaki
  • 47. D temu ramah SOALAN 8 A temu bual B temu janji Pengurus syarikat itu sedang menjalankan ________ untuk memilih pekerja baru. C temu duga
  • 48. Berbagai-bagai jenis atau spesies ikan air tawar dipelihara di ________ itu. SOALAN 9 A laut C sungai D longkang B tasik
  • 49. Chef Ismail ________ daging kambing itu sehingga lumat sebelum menumisnya. A melapah SOALAN 10 C menghiris D memotong B mengisar
  • 50. “Saya sayangkan kucing siam itu,” kata Wan Amirah kepada kakaknya. SEPATUTNYA “Saya sayang akan kucing siam itu,” kata Wan Amirah kepada kakaknya.
  • 51. Oleh kerana terlalu letih bekerja, Abdul Halim tertidur di sofa itu. SEPATUTNYA Oleh sebab terlalu letih bekerja, Abdul Halim tertidur di sofa itu.
  • 52. “Adik sangat sukakan anak patung itu,” kata kakak kepada emak. SEPATUTNYA “Adik sangat suka kepada/akan anak patung itu,” kata kakak kepada emak.
  • 53. Mohd Kamarul pergi kedai Pak Ali untuk membeli sebuku roti dan sebotol kicap. SEPATUTNYA Mohd Kamarul pergi ke kedai Pak Ali untuk membeli sebuku roti dan sebotol kicap.
  • 54. Kami sering bersiar-siar ke Tasik Titiwangsa pada hujung minggu. SEPATUTNYA Kami sering bersiar-siar di Tasik Titiwangsa pada hujung minggu.
  • 55. Novel yang dibaca oleh kakak itu berkisar pergolakan jiwa remaja masa kini. SEPATUTNYA Novel yang dibaca oleh kakak itu berkisar tentang pergolakan jiwa remaja masa kini.
  • 56. Adik tidur dalam biliknya sendiri semenjak dia berumur tujuh tahun. SEPATUTNYA Adik tidur di dalam biliknya sendiri semenjak dia berumur tujuh tahun.
  • 57. “Cikgu Abdul Jalil hendak berjumpa kamu,” kata Rahim kepada Daud. SEPATUTNYA “Cikgu Abdul Jalil hendak berjumpa dengan kamu,” kata Rahim kepada Daud.
  • 58. “Saya datang daripada Kuala Terengganu,” kata pemuda itu memperkenalkan diri. SEPATUTNYA “Saya datang dari Kuala Terengganu,” kata pemuda itu memperkenalkan diri.
  • 59. Prestasi Bahasa Melayu Penulisan Padmini lebih baik dari Ranjini. SEPATUTNYA Prestasi Bahasa Melayu Penulisan Padmini lebih baik daripada Ranjini.
  • 60. Di masa kejadian itu, Intan masih kecil dan tidak tahu apa-apa lagi. SEPATUTNYA Pada masa kejadian itu, Intan masih kecil dan tidak tahu apa-apa lagi.
  • 61. Lukisan potret wajah artis terkenal itu ada dengan Encik Raisudin. SEPATUTNYA Lukisan potret wajah artis terkenal itu ada pada Encik Raisudin.
  • 62. Tiang telefon itu tumbang di tanah kerana dilanggar oleh sebuah lori. SEPATUTNYA Tiang telefon itu tumbang ke tanah kerana dilanggar oleh sebuah lori.
  • 63. Minuman itu sudah dihidangkan pada para tetamu yang hadir dalam majlis itu. SEPATUTNYA Minuman itu sudah dihidangkan kepada para tetamu yang hadir dalam majlis itu.
  • 64. Jangan mudah terpengaruh dengan budaya kuning yang negatif itu. SEPATUTNYA Jangan mudah terpengaruh oleh budaya kuning yang negatif itu.
  • 65. Sabariah berterima kasih di atas pertolongan yang diberikan oleh pemuda itu. SEPATUTNYA Sabariah berterima kasih atas pertolongan yang diberikan oleh pemuda itu.
  • 66. Di dalam pengetahuan saya, Cik Siti Rohani masih belajar di Universiti Putra Malaysia. SEPATUTNYA Dalam pengetahuan saya, Cik Siti Rohani masih belajar di Universiti Putra Malaysia.
  • 67. Sekian lama laut diselam, Batu karang cantik ditayang; Ilmuku cuma pelita malam, Tidak seterang mentari siang.