Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

ANTOLOGI SEJADAH RINDU TINGKATAN LIMA SAJAK: SEJADAH RINDU

5,997 views

Published on

ANTOLOGI SEJADAH RINDU
SAJAK : SEJADAH RINDU
MOHD HAIKAL AMINUDDIN

Published in: Education
  • salam... saya minta izin guna ya untuk presentation kelas
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

ANTOLOGI SEJADAH RINDU TINGKATAN LIMA SAJAK: SEJADAH RINDU

  1. 1. 01/28/16 jana/leha/ lela 1 SEJADAH RINDU MOHD. HAIKAL AMINUDDIN
  2. 2. 01/28/16 jana/leha/ lela 2 TAFSIRAN BAIT SATU Terkedu aku di sejadah rindu mengungkap kalimah syahdu bait bicara tersentuh kalbu merekah keinsafan di hati yang beku mengenang dosaku yang terdahulu • Di atas sejadah penyajak terkedu • meluahkan kata-kata syahdu yang menyentuh hati • menjadikan hatinya yang keras terus insaf • kerana ingat akan dosa yang pernah dilakukannnya
  3. 3. 01/28/16 jana/leha/ lela 3 TAFSIRAN BAIT 2 Berbekal pancaindera anugerah Tuhan kupohon kembali nafas kehidupan dalam keterhadan dan keterbatasaan insan moga terbuka ruang keampunan sebelum satt aku dinisankan di masa yang Kautetapkan • dengan deria kurniaan Tuhan penyajak memohon agar umurnya dipanjangkan • dalam dirinya sebagai hamba tuhan yang penuh kekurangan penyajak memohon agar tuhan memberikan keampunan • sebelum hayatnya tamat mengikut masa yang ditentukan tuhan
  4. 4. 01/28/16 jana/leha/ lela 4 TAFSIRAN BAIT 3 Air mata menjadi saksi keikhlasan menjadi bukti akhirnya aku sujud menghadap Illahi di keheningan yang sepi lafaz taubat mengiringi sebak nafas kian mengikuti • Air mata dan keikhlasan penyajak menjadi saksi dan bukti yang membawanya sujud menghadap Illahi pada malam yang hening dan sepi • lafaz taubat dan sebak di dada mengiringi sujud penyajak
  5. 5. 01/28/16 jana/leha/ lela 5 TAFSIRAN BAIT 4 Hati ini luluh jiwa yang kaku tersentuh ayat-ayat cinta disusun kukuh di sejadah rindu yang lusuh kemaafan yang kupohon sungguh dari Pencipta dalam gemuruh • hati dan jiwa penyajak menjadi sayu dan tersentuh • lantas melafazkan ayat- ayat cinta yang mendalam kepada Illahi • di atas sehelai sejadah lama yang sudah lusuh • memohon keampunan yang bersungguh- sungguh dari Pencipta • dalam perasaan yang amat takut
  6. 6. 01/28/16 jana/leha/ lela 6 TAFSIRAN BAIT 5 Ungkapan doa pada Yang Esa izinkan aku menjadi manusia yang taat sentiasa pada perintah Maha Kuasa agar aku tidak lupa dunia ini hanya bersifat sementara • Penyajak berdoa kepada Yang Esa • agar merestuinya menjadi hamba Allah yang sentiasa taat akan perintahNya • agar penyajak tidak lalai bahaa kehidupan di dunia hanya sementara
  7. 7. 01/28/16 jana/leha/ lela 7 TEMA: KETAATAN DAN KEINSAFAN KEPADA TUHAN • Keinsafan seorang hamba Allah yang berasa terlalu banyak dosa yang telah dibuat sepanjang hidupnya. • Penyajak memohon keampunan daripada Illahi kerana berasa terlalu banyak dosa sehingga hatinya menjadi keras
  8. 8. 01/28/16 jana/leha/ lela 8 PERSOALAN 1. penyesalan seorang manusia kerana kelalaian mentaati perintah Allah penyajak amat menyesal kerana dosa- dosa yang telah dilakukannya lalu di keheningan malam yang sunyi dia bangun bersujud di atas sejadah memohon keampunan.
  9. 9. 01/28/16 jana/leha/ lela 9 PERSOALAN 2 • KEPERLUAN RESTU DAN HIDAYAH ALLAH UNTUK MENGUBAH DIRI MENJADI HAMBA YANG SOLEH penyajak amat berharap akan hidayah dan restu Illahi untuk berubah menjadi hamba yang taat dan sentiasa sedar bahawa dunia dunia ini hanya sementara
  10. 10. 01/28/16 jana/leha/ lela 10 NILAI 1 • KEINSAFAN • PENYAJAK BERASA INSAF AKAN KEALPAANNYAPENYAJAK BERASA INSAF AKAN KEALPAANNYA MENTAATI PERINTAH ALLAH LANTAS TERUSMENTAATI PERINTAH ALLAH LANTAS TERUS BERTAUBAT MEMOHON KEAMPUNAN DARIPADABERTAUBAT MEMOHON KEAMPUNAN DARIPADA ALLAHALLAH
  11. 11. 01/28/16 jana/leha/ lela 11 NILAI 2 • KEJUJURAN/KEIKHLASAN • PENYAJAK DENGAN JUJUR DAN IKHLAS BERTAUBAT KEPADA ALLAH • AIR MATANYA MENJADI SAKSI KESUNGGUHANNYA BERTAUBAT PADA MALAM YANG HENING DAN SEPI
  12. 12. 01/28/16 jana/leha/ lela 12 PENGAJARAN 1 • KITA HENDAKLAH BERSUNGGUH- SUNGGUH MEMOHON KEMPUNAN ALLAH AGAR TIDAK TERUS MELAKUKAN DOSA • PENYAJAK MEMOHON AMPUN DARIPADA ALLAH DENGAN PENUH PERASAAN TAKUT DAN GEMURUH AGAR ALLAH MENJADIKAN DIRINYA HAMDA YANG TAAT SEHINGGA AKHIR HAYAT
  13. 13. 01/28/16 jana/leha/ lela 13 PENGAJARAN 2 • KITA HENDAKLAH SERING MEMINTA HIDAYAH KEPADA ALLAH AGAR MENJADIKAN DIRI KITA HAMBA YANG TAAT AKAN PERINTAH ALLAH • PENYAJAK MEMINTA ALLAH SENTIASA MENIUPKAN RASA TAAT AKAN PERINTAH ALLAH SELAGI MASIH BERNYAWA
  14. 14. 01/28/16 jana/leha/ lela 14 PENGAJARAN 3 • KITA HENDAKLAH MENJADIKAN AMALAN BERTAUBAT SEBAGAI SATU CARA HIDUP AGAR SENTIASA BERADA DALAM PELIHARAAN ALLAH • PENYAJAK BERTAUBAT APABILA TERKENANG DOSA YANG DILAKUKAN SUPAYA ALLAH SENTIASA MENJAGANYA DARI BERULANG BERBUAT DOSA
  15. 15. 01/28/16 jana/leha/ lela 15 PENGAJARAN 4 • KITA HENDAKLAH SENTIASA INGAT BAHAWA KEHIDUPAN DI DUNIA HANYA SEMENTARA AGAR KITA SENTIASA PATUH AKAN PERINTAH ALLAH • PENYAJAK SEDAR BAHAWA DUNIA TIDAK KEKAL SELAMA-LAMANYA LALU MEMOHON KEPADA ALLAH AGAR SENTIASA MEJADIKANNYA TAAT AKAN PERINTAH ALLAH

×