Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Berbuat istana zaman dahulu

13,453 views

Published on

Nota Komsas

Published in: Education

Berbuat istana zaman dahulu

  1. 1. BAHASA MELAYU (KOMSAS) TINGKATAN 5 5 Ekonomi Asas 1 MUHAMMAD ARIF BIN ADNAN
  2. 2. BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
  3. 3. PUISI TRADITIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU MAKSUD RANGKAP I  Raja menitahkan empat orang pembesar untuk membina istana. Pawang Raja telah mengerah sebanyak empat puluh empat orang tukang dan jurubina untuk membina istana tersebut. Pembinaan istana itu dijalankan pada siang dan malam tanpa henti. RANGKAP II  Pembinaan istana itu mengambil masa selama tujuh bulan berserta dengan segala peralatan di dalamnya. Istana tersebut dilengkapi dengan sembilan ruang utama yang memiliki sepuluh batang tiang penyokong. Di dalam istana itu, terdapat kain yang tergantung diikat serong dan anjung yang tinggi. RANGKAP III  Di dalam istana tersebut, terdapat tiga sudut bagi kegunaan menteri yang dihias dengan tiga batang tiang yang dinamakan maharaja lela. Di tengah-tengah istana tersebut, terdapat sebatang tiang yang dihiasi dengan ukiran corak ular yang garang. Kayu yang melintang pada atap istana pula bercorak seorang puteri yang menyembah dan terdapat sebatang kayu yang melengkung pada atap istana bercorak ukiran helang di sekelilingnya.
  4. 4. PUISI TRADITIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU RANGKAP IV  Tingkap istana dihiasi dengan ukiran corak bunga dan ular sawa lemah longlai yang sedang berbaring. Seni bina ini dipercantikkan lagi dengan ukiran Jawa dan Cina. Selepas itu, garam ditaburkan di sekeliling istana bagi membuang segala anasir jahat yang dibawa oleh orang luar. Pada pintu istana terdapat ukiran bunga kenanga bersama corak ular. RANGKAP V  Tukang bina istana meninggal dunia setelah istana siap dibina. Jurubina istana telah menyempurnakan istana dengan amat teliti sehinggakan tiada sesiapa dapat meniru teknik dan gaya pembinaan istana tersebut. Istana yang telah siap dibina tersebut dipersembahkan kepada raja dan permaisuri.
  5. 5. PUISI TRADITIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU TEMA  Ketaatan dan kesetiaan rakyat kepada pemerintah , rakyat menjunjung titah raja dengan membina istana dengan bersungguh sungguh. Istana yang dihiasi dengan ukiran halus tersebut telah mengambil masa selama tujuh bulan untuk disiapkan. PERSOALAN  Persoalan tentang kegigihan dalam melakukan tugas.  Persoalan tentang kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada pemerintah.  Persoalan tentang kehalusan seni ukiran dan keunikan seni bina.
  6. 6. PUISI TRADITIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU NILAI  Nilai ketaatan. Contohnya, orang besar berempat menjunjung titah raja untuk membina sebuah istana yang indah dan unik.  Nilai kerajinan. Contohnya, empat puluh empat tukang yang mahir begitu rajin untuk menyiapkan istana dengan sanggup bekerja siang dan malam.  Nilai tanggungjawab. Contohnya, empat puluh empat tukang yang mahir bertanggungjawab untuk menyiapkan istana. PENGAJARAN  Kita hendaklah setia kepada pemerintah yang berkuasa.  Kita hendaklah taat dan patuh akan perintah pemimpin demi keharmonian sebuah negara.  Kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh integriti.
  7. 7. PUISI TRADITIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU BENTUK  Seloka ini berbentuk bebas.  Seloka ini terdiri daripada lima rangkap.  Bilangan baris tidak sama, iaitu rangkap pertama hingga rangkap ketiga mengandungi enam baris, rangkap keempat mengandungi lapan baris, dan rangkap kelima mengandungi tiga baris.  Setiap baris mengandungi dua hinggan enam patah perkataan.  Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lapan hingga tujuh belas suku kata  Rima akhir: -rangkap pertama: abbbcd -rangkap kedua: aabcde -rangkap ketiga: abcdeb -rangkap keempat: abcddefa -rangkap kelima: aba
  8. 8. PUISI TRADITIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU GAYA BAHASA  Repitisi .contohnya: -empat puluh empat tukang dan utas, -Tujuh bulan tujuh purnama  Anafora. contohnya: -Tiang panjang maharaja lela -Tiang tengah syukur menanti  Responsi. contohnya: -Sepuluh dengan rembat guntung, -Sebelas dengan pancung serong, -Dua belas dengan anjung tinggi.  Metafora. Contohnya: -tiang tengah -anjung tinggi  Personafikasi. Contohnya: -Tiang tengah syukur menanti.
  9. 9. TERIMA KASIH KERANA MEMBERIKAN KERJASAMA

×