Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Sajak kudup perang

10,261 views

Published on

Nota Komsas

Published in: Education
  • Be the first to comment

Sajak kudup perang

  1. 1. SAJAK KUDUP PERANG ( TUAH SUJANA) DARI ANTOLOGI SEJADAH RINDU GURU: SAHARUDDIN BIN ABDULLAH AHLI: FARAHANI AIZA NAZURA NUR HADIRA ERRA NATASHA FATIN NABIHAH RADIN SITI QURRATU AINI
  2. 2.  Rangkap1: Penyajak mengingatkan bahawa seseorang yang masih bergelar panglima perang akan sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walaubagaimanapun, penyajak masih berasa berterima kasih kerana berpeluang untuk menikmati kehidupan sambil mencari pahlawan sejati.  Rangkap2: Penyajak sedar bahawa dia tidak sempat hidup dalam zaman perbalahan dan penuh dengan angkara. Oleh itu, dalam kekeliruan, penyajak tertanya-tanya akan orang yang membunuh pendusta.
  3. 3.  Rangkap3: Penyajak tidak mahu menyanjung Tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan Tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup membiarkan kesengsaraan berlaku di kota.  Rangkap4: Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuangan Jebat dalam mempertahankan keadilan. Oleh itu, Jebat telah dianggap suci.
  4. 4.  Rangkap5: Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai. Justeru, usaha untuk memulihkan sisa sisa kehidupan yang damai amatlah sukar.  Rangkap6: Penyajak sedar bahawa sehingga kini, masyarakat masih bertengkar untuk menentukan pahlawan sebenar antara Tuah dengan Jebat.
  5. 5.  Sajak “Kudup Perang” bertemakan kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi.  Penyajak sedang mencari keadilan antara dua orang pahlawan, iaitu Tuah yang setia dan Jebat yang menuntut keadilan.  Tuah yang setia kepada istana telah berlawan dengan Jebat yang membela Tuah kerana angkara lidah yang menyebarkan fitnah.
  6. 6.  Peperangan akan mewujudkan perasaan dendam  Kekeliruan dalam mengenal pasti orang sebenar yang telah membunuh pendusta  Keadilan dan kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan
  7. 7.  Sajak ini berbentuk bebas atautidak terikat  Sajak ini terdiri daripada enamrangkap  Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara dua hingga enampatah kata dalam satu baris
  8. 8.  Pemilihan kata atau diksi dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu indah dah berkesan.  Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak “Kudup Perang”  Antara unsur bunyi yang digunakan dalam sajak “Kudup Perang” termasuklah
  9. 9.  Nilai keberanian. Contohnya, penyajak berani mencari jawapan dan kepastian antara pahlawan dengan pengkhianat.  Nilai keinsafan. Contohnya, penyajak insaf bahawa peperangan dan perbalahan akan menggugat kedamaian hidup.  Nilai keadilan. Contohnya, Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan saksama
  10. 10.  Kita mestilah bersikap berani untuk mencari jawapan yang sahih agar kita tidak tersilap membuat keputusan.  Kita haruslah bersikap adil dan saksama supaya tidak melakukan kezaliman.  Kita hendaklah insaf bahawa peperangan dan perbalahan tidak akan mendatangkan kebaikan

×