SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
AS-2303 SASTERA KANAK-KANAK DAN REMAJA
CERITA BINATANG - PERLUMBAAN SANG ARNAB DAN KURA-KURA
NURULNISA IZZATI BINTI ABD HAMID
11B8142
KANDUNG
AN
 DEFINISI CERITA BINATANG
 SINOPSIS PERLUMBAAN ARNAB DAN
KURA-KURA
 PENGAJARAN

 PERBANDINGAN
 KESIMPULAN
CERITA BINATANG
Cerita yang tertua, sama usianya dengan cerita asal usul.
Disebut juga sebagai cerita mergastua.
Dituturkan secara lisan dan disebarkan dikalangan masyarakat
yang belum mengenal huruf.
Amat terkenal dalam masyarakat kita terutamanya di kalangan
kanak-kanak sejak kecil lagi.
Cerita ini menggunakan binatang sebagai pelaku atau watak.
Watak-wataknya diberi sifat manusia yang mempunyai
kebolehan bercakap, berfikir, bertindak dan melakukan sesuatu
seperti manusia biasa yang berperanan menjadi watak yang
cerdik, bijak,sombong atau mudah tertipu.
Cerita-cerita binatang sarat dengan unsur moral, pengajaran, alat
kritikan sosial dan sindiran disamping menjadi hiburan yang
berkesan untuk golongan kanak-kanak dan remaja.
PERLUMBAAN ARNAB DAN KURA-KURA
Sinopsis
Cerita Arnab dan Kura-kura adalah sebuah cerita dongeng teladan.
Kisahnya mengenai seekor arnab yang mencemuh seekor kura-kura
yang bergerak lambat. Mereka pun berselisih pendapat tentang siapa
yang boleh berlari lebih pantas. Kemudian sang kura-kura menyahut
cabaran sang arnab dengan mengadakan satu perlumbaan. Mereka
bersetuju tentang masa dan jalan-jalan yang bakal dilalui dalam
perlumbaan itu. Pada suatu hari, perlumbaan tersebut pun dimulakan.
Arnab berlari dengan selaju-lajunya kemudian dia berhenti dan
mendapati kura-kura tertinggal jauh di belakang. Arnab pun mengambil
keputusan untuk berehat sebentar di bawah sebatang pokok di mana dia
akhirnya tertidur dengan nyenyak. Kura-kura berlari dengan tidak
berhenti-henti dan memenangi perlumbaan itu. Akhirnya arnab pun
terjaga dari tidur tetapi sudah terlambat kerana kura-kura telah sampai
ke garisan penamat.
PENGAJARAN
Jika hendak berjaya, bukanlah semestinya ada kepandaian, tidak
semestinya ada kekuatan tetapi yang penting ialah sikap dalam
mengejar sebuah matlamat.
Dari segi fizikal, tentulah arnab lebih tangkas. Kakinya lebih
panjang, tenaganya lebih banyak. Memang terbukti ia sudah
mendahului kura-kura dalam perlumbaan itu. Malangnya sikap arnab
itu sendiri menyebabkan ia gagal. Matlamat arnab berubahubah, apabila ia sampai di tengah jalan, matlamatnya berubah kepada
hendak berehat dan kemudian tertidur.
Bagi kura-kura pula walaupun kakinya pendek dan tiada kekuatan
seperti arnab, tetapi sikapnya betul. Walaupun ia telah ketinggalan,
tetapi matlamatnya sentiasa di hadapan dan tidak berubah-ubah.
Matlamatnya ialah hendak menang dalam perlumbaan dan terus
mempertahankannya hingga berjaya.
Sikap negatif yang terdapat pada arnab dan sebab
kegagalannya ialah sambil lewa, sikap terlalu yakin, sikap
bertangguh, sikap berpuas hati dan suka memandang
rendah terhadap orang lain. Walaupun bakatnya
tinggi, tenaganya banyak, dan lebih pandai dari kurakura, tetapi akhirnya arnab kalah dalam perlumbaannya
dengan kura-kura.
Sikap kura-kura yang positif ialah
1. Konsisten ataupun istiqamah - ia tetap meneruskan
perlumbaan
walau
apapun
yang
terjadi.
Misalnya, walaupun ia telah ketinggalan, ia tetap
merangkak juga.
2. Sabar - kura-kura mempunyai kesabaran yang tinggi
dalam menempuh dugaan sepanjang perjalanan.
Perjalanan yang jauh itu menyebabkan kura-kura tetap
teruskan walaupun ia tidak nampak arnab di hadapan.
3. Kura-kura juga mempunyai harga diri yang tinggi.
Sikap inilah yang menyebabkan ia menyahut cabaran
arnab kerana ia tidak mahu dihina.
PERBANDINGAN

Perbandingan cerita arnab dan kura-kura ini boleh kita
padankan dengan kehidupan manusia sebenar.
1. Terdapat segelintir manusia yang kita lihat kadang-kadang
mempunyai kecerdikan dan kekayaan yang pada zahirnya
boleh menyebabkan mereka berjaya, tetapi tidak berjaya
juga dalam hidup. Ini kerana sikap mereka mempunyai
sikap buruk seperti arnab; tidak konsisten, tiada harga diri,
angkuh, berubah matlamat, terlalu yakin dan sebagainya.
Dalam pendidikan anak-anak, misalnya kita nampak
seorang anak itu mempunyai pemikiran ataupun
kecerdikan yang tidak tinggi tetapi jika dia mempunyai
disiplin diri dan sikapnya yang betul seperti menepati
waktu, mempunyai matlamat dan berjiwa besar maka
dia mungkin akan berjaya sekalipun anak itu tiada bakat
atau kepandaian, dia akan berjaya daripada anak yang
mungkin lebih pandai tetapi malas, tiada keyakinan
diri, tidak komited dalam melakukan sesuatu perkara.
2. Menerusi cerita ini kita tahu Allah SWT tidak suka orang
yang sombong. Orang sombong seperti arnab yang suka
menghina orang lain, sebenarnya dia telah membuktikan
bahawa dirinyalah yang lebih hina daripada orang yang
dihina itu. Apabila arnab memandang hina kurakura, menunjukkan dia bersikap takbur dan sombong.
Sebaliknya, kura-kura yang dihina pula membela maruah
dirinya dengan menyahut cabaran arnab itu. Hinaan arnab
terhadap kura-kura tidak menyebabkan kura-kura
menghinanya kembali, tetapi kura-kura berusaha
untuk membuktikan bahawa dirinya bukanlah seperti yang
diperkatakan oleh arnab. Bagi kura-kura, apabila menerima
cemuhan, ia menjadi pendorong untuk lebih maju dan
sebagainya.
KESIMPULAN
Pada umumnya cerita binatang seperti cerita PERLUMBAAN
ARNAB DAN KURA-KURA ini merupakan cerita yang
dikategorikan sebagai cerita jenis Fable. Peranan Sang Arnab
menyatakan bahawa wataknya digambarkan sebagai watak binatang
yang sombong dan berkeyakinan tinggi, malah peranan Sang Kurakura tidak mempunyai sifat putus asa, sentiasa tabah dalam
menghadapi cabaran dan berusaha dalam mencapai kejayaan.
Bahan bacaan seperti ini dapat mendedahkan kepada adik-adik dan
anak-anak kita tentang kejayaan dan pencapaian yang baik serta
berguna sekiranya kita berusaha dan menggunakan akal fikiran
untuk melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, kanak-kanak mampu
meningkatkan daya motivasi dan keyakinan dalam diri untuk
menjadi lebih baik.
SEKIAN
TERIMA
KASIH

More Related Content

What's hot

Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Aina Azrina
 
Cerita arnab dan kura kura
Cerita arnab dan kura kuraCerita arnab dan kura kura
Cerita arnab dan kura kura
Venus Lim
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Raihan Raihana
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
Vince Here
 
Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPerkembangan fizikal
Perkembangan fizikal
Pieja Hanhae
 
Menu dan kuantiti masakan prasekolah
Menu dan kuantiti masakan prasekolahMenu dan kuantiti masakan prasekolah
Menu dan kuantiti masakan prasekolah
Tengku Hezlin
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
Izzat Najmi
 
Penilaian kendalian sekolah rendah (pksr)
Penilaian kendalian sekolah rendah (pksr)Penilaian kendalian sekolah rendah (pksr)
Penilaian kendalian sekolah rendah (pksr)
IRA Gold
 
Teori kecerdasan
Teori kecerdasanTeori kecerdasan
Teori kecerdasan
firo HAR
 

What's hot (20)

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakPertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
 
Pemerhatian terhadap kanak-kanak
Pemerhatian terhadap kanak-kanakPemerhatian terhadap kanak-kanak
Pemerhatian terhadap kanak-kanak
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanakPerkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
 
Teori perkembangan sosial
Teori perkembangan sosialTeori perkembangan sosial
Teori perkembangan sosial
 
Cerita arnab dan kura kura
Cerita arnab dan kura kuraCerita arnab dan kura kura
Cerita arnab dan kura kura
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
 
Perkembangan Fizikal & Bahasa Kanak-Kanak
Perkembangan Fizikal & Bahasa Kanak-KanakPerkembangan Fizikal & Bahasa Kanak-Kanak
Perkembangan Fizikal & Bahasa Kanak-Kanak
 
Perkembangan Emosi Kanak-kanak
Perkembangan Emosi Kanak-kanakPerkembangan Emosi Kanak-kanak
Perkembangan Emosi Kanak-kanak
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPerkembangan fizikal
Perkembangan fizikal
 
Menu dan kuantiti masakan prasekolah
Menu dan kuantiti masakan prasekolahMenu dan kuantiti masakan prasekolah
Menu dan kuantiti masakan prasekolah
 
Akta 308 dan_550 (1)
Akta 308 dan_550 (1)Akta 308 dan_550 (1)
Akta 308 dan_550 (1)
 
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNERTEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 
Permata
PermataPermata
Permata
 
Penilaian kendalian sekolah rendah (pksr)
Penilaian kendalian sekolah rendah (pksr)Penilaian kendalian sekolah rendah (pksr)
Penilaian kendalian sekolah rendah (pksr)
 
Teori kecerdasan
Teori kecerdasanTeori kecerdasan
Teori kecerdasan
 
Konsep bermain dalam pakk
Konsep bermain dalam pakkKonsep bermain dalam pakk
Konsep bermain dalam pakk
 

Viewers also liked

Viewers also liked (6)

Pengajaran cerita arnab dan kura kura
Pengajaran cerita arnab dan kura kuraPengajaran cerita arnab dan kura kura
Pengajaran cerita arnab dan kura kura
 
Lampiran cerita arnab n kura
Lampiran cerita arnab n kuraLampiran cerita arnab n kura
Lampiran cerita arnab n kura
 
Arnab dengan kura kura
Arnab dengan kura kuraArnab dengan kura kura
Arnab dengan kura kura
 
Pengajaran cerita arnab dan kura kura
Pengajaran cerita arnab dan kura kuraPengajaran cerita arnab dan kura kura
Pengajaran cerita arnab dan kura kura
 
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
 
Arnab dengan kura kura
Arnab dengan kura kuraArnab dengan kura kura
Arnab dengan kura kura
 

Sastera kanak2 dan remaja p

  • 1. AS-2303 SASTERA KANAK-KANAK DAN REMAJA CERITA BINATANG - PERLUMBAAN SANG ARNAB DAN KURA-KURA NURULNISA IZZATI BINTI ABD HAMID 11B8142
  • 2. KANDUNG AN  DEFINISI CERITA BINATANG  SINOPSIS PERLUMBAAN ARNAB DAN KURA-KURA  PENGAJARAN  PERBANDINGAN  KESIMPULAN
  • 3. CERITA BINATANG Cerita yang tertua, sama usianya dengan cerita asal usul. Disebut juga sebagai cerita mergastua. Dituturkan secara lisan dan disebarkan dikalangan masyarakat yang belum mengenal huruf. Amat terkenal dalam masyarakat kita terutamanya di kalangan kanak-kanak sejak kecil lagi. Cerita ini menggunakan binatang sebagai pelaku atau watak. Watak-wataknya diberi sifat manusia yang mempunyai kebolehan bercakap, berfikir, bertindak dan melakukan sesuatu seperti manusia biasa yang berperanan menjadi watak yang cerdik, bijak,sombong atau mudah tertipu. Cerita-cerita binatang sarat dengan unsur moral, pengajaran, alat kritikan sosial dan sindiran disamping menjadi hiburan yang berkesan untuk golongan kanak-kanak dan remaja.
  • 4. PERLUMBAAN ARNAB DAN KURA-KURA Sinopsis Cerita Arnab dan Kura-kura adalah sebuah cerita dongeng teladan. Kisahnya mengenai seekor arnab yang mencemuh seekor kura-kura yang bergerak lambat. Mereka pun berselisih pendapat tentang siapa yang boleh berlari lebih pantas. Kemudian sang kura-kura menyahut cabaran sang arnab dengan mengadakan satu perlumbaan. Mereka bersetuju tentang masa dan jalan-jalan yang bakal dilalui dalam perlumbaan itu. Pada suatu hari, perlumbaan tersebut pun dimulakan. Arnab berlari dengan selaju-lajunya kemudian dia berhenti dan mendapati kura-kura tertinggal jauh di belakang. Arnab pun mengambil keputusan untuk berehat sebentar di bawah sebatang pokok di mana dia akhirnya tertidur dengan nyenyak. Kura-kura berlari dengan tidak berhenti-henti dan memenangi perlumbaan itu. Akhirnya arnab pun terjaga dari tidur tetapi sudah terlambat kerana kura-kura telah sampai ke garisan penamat.
  • 5. PENGAJARAN Jika hendak berjaya, bukanlah semestinya ada kepandaian, tidak semestinya ada kekuatan tetapi yang penting ialah sikap dalam mengejar sebuah matlamat. Dari segi fizikal, tentulah arnab lebih tangkas. Kakinya lebih panjang, tenaganya lebih banyak. Memang terbukti ia sudah mendahului kura-kura dalam perlumbaan itu. Malangnya sikap arnab itu sendiri menyebabkan ia gagal. Matlamat arnab berubahubah, apabila ia sampai di tengah jalan, matlamatnya berubah kepada hendak berehat dan kemudian tertidur. Bagi kura-kura pula walaupun kakinya pendek dan tiada kekuatan seperti arnab, tetapi sikapnya betul. Walaupun ia telah ketinggalan, tetapi matlamatnya sentiasa di hadapan dan tidak berubah-ubah. Matlamatnya ialah hendak menang dalam perlumbaan dan terus mempertahankannya hingga berjaya.
  • 6. Sikap negatif yang terdapat pada arnab dan sebab kegagalannya ialah sambil lewa, sikap terlalu yakin, sikap bertangguh, sikap berpuas hati dan suka memandang rendah terhadap orang lain. Walaupun bakatnya tinggi, tenaganya banyak, dan lebih pandai dari kurakura, tetapi akhirnya arnab kalah dalam perlumbaannya dengan kura-kura.
  • 7. Sikap kura-kura yang positif ialah 1. Konsisten ataupun istiqamah - ia tetap meneruskan perlumbaan walau apapun yang terjadi. Misalnya, walaupun ia telah ketinggalan, ia tetap merangkak juga. 2. Sabar - kura-kura mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menempuh dugaan sepanjang perjalanan. Perjalanan yang jauh itu menyebabkan kura-kura tetap teruskan walaupun ia tidak nampak arnab di hadapan. 3. Kura-kura juga mempunyai harga diri yang tinggi. Sikap inilah yang menyebabkan ia menyahut cabaran arnab kerana ia tidak mahu dihina.
  • 8. PERBANDINGAN Perbandingan cerita arnab dan kura-kura ini boleh kita padankan dengan kehidupan manusia sebenar. 1. Terdapat segelintir manusia yang kita lihat kadang-kadang mempunyai kecerdikan dan kekayaan yang pada zahirnya boleh menyebabkan mereka berjaya, tetapi tidak berjaya juga dalam hidup. Ini kerana sikap mereka mempunyai sikap buruk seperti arnab; tidak konsisten, tiada harga diri, angkuh, berubah matlamat, terlalu yakin dan sebagainya.
  • 9. Dalam pendidikan anak-anak, misalnya kita nampak seorang anak itu mempunyai pemikiran ataupun kecerdikan yang tidak tinggi tetapi jika dia mempunyai disiplin diri dan sikapnya yang betul seperti menepati waktu, mempunyai matlamat dan berjiwa besar maka dia mungkin akan berjaya sekalipun anak itu tiada bakat atau kepandaian, dia akan berjaya daripada anak yang mungkin lebih pandai tetapi malas, tiada keyakinan diri, tidak komited dalam melakukan sesuatu perkara.
  • 10. 2. Menerusi cerita ini kita tahu Allah SWT tidak suka orang yang sombong. Orang sombong seperti arnab yang suka menghina orang lain, sebenarnya dia telah membuktikan bahawa dirinyalah yang lebih hina daripada orang yang dihina itu. Apabila arnab memandang hina kurakura, menunjukkan dia bersikap takbur dan sombong. Sebaliknya, kura-kura yang dihina pula membela maruah dirinya dengan menyahut cabaran arnab itu. Hinaan arnab terhadap kura-kura tidak menyebabkan kura-kura menghinanya kembali, tetapi kura-kura berusaha untuk membuktikan bahawa dirinya bukanlah seperti yang diperkatakan oleh arnab. Bagi kura-kura, apabila menerima cemuhan, ia menjadi pendorong untuk lebih maju dan sebagainya.
  • 11. KESIMPULAN Pada umumnya cerita binatang seperti cerita PERLUMBAAN ARNAB DAN KURA-KURA ini merupakan cerita yang dikategorikan sebagai cerita jenis Fable. Peranan Sang Arnab menyatakan bahawa wataknya digambarkan sebagai watak binatang yang sombong dan berkeyakinan tinggi, malah peranan Sang Kurakura tidak mempunyai sifat putus asa, sentiasa tabah dalam menghadapi cabaran dan berusaha dalam mencapai kejayaan. Bahan bacaan seperti ini dapat mendedahkan kepada adik-adik dan anak-anak kita tentang kejayaan dan pencapaian yang baik serta berguna sekiranya kita berusaha dan menggunakan akal fikiran untuk melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, kanak-kanak mampu meningkatkan daya motivasi dan keyakinan dalam diri untuk menjadi lebih baik.