SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
PENDAHULUAN
Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk
berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan Malaysia telah digubal
berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun
1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos
1957.
Kewujudan Perlembagaan Persekutuan adalah penting bagi menjamin kestabilan
politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan menentukan corak
pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum
mengenai bagaimana cara kuasa tersebut dilaksanakan. Selain itu, Perlembagaan Persekutuan
juga berperanan untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan
menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan
harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan oleh badanbadan pemerintah.
Dalam membentuk sebuah Negara yang bersatu-padu dari segi perpaduan serta
kesepakatan kaum, Perlembagaan Persekutuan memainkan peranan dalam menentukan
tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan. Sebagai contoh, hak istimewa orang
Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Hal ini adalah
penting untuk mengelakkan persengketaan kaum dan bagi menjamin keharmonian hidup
bermasyarakat di Malaysia. Ianya juga memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan
Negara

kerana

Perlembagaan

Persekutuan

melindungi

kepentingan

semua

kaum.

Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan
nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara.
Oleh itu, wujudnya perlembagaan di sesebuah negara itu mempunyai kepentingan dan
haluannya yang tertentu. Hal ini demikian kerana, perlembagaan mempunyai undang-undang
dasar yang menentukan arah politik bagi sesebuah negara. Menerusi perlembagaan, arena
politik negara dapat ditentukan dan parti-parti politik juga data mengetahui hala tuju semasa
memperoleh kuasa dan mentadbir negara.
DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN
Perlembagaan,

dalam

konteks

Perlembagaan

Islam,

dapat

dirujuk

kepada

Perlembagaan Madianah atau lebih dikenali sebagai Sahifah Madinah. Perlembagaan ini
wujud dalam negara Islam p/yang ertama iaitu Madinah, di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w.
Baginda telah membentuk Sahifah Madinah bagi melicinkan pentadbiran negara Madinah
yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Oleh itu, Malaysia, sebagai sebuah negara yang terdiri daripada kepelbagaian kaum
menggunakan Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Malaysia sebagai sumber
undang-undang tertinggi dan menjadi sumber kepada segala perundangan. Perlembagaan
merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang
dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.
Perlembagaan berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah
kerajaan dan hak-hak rakyat. Perlembagaan mengandungi perkara-perkara yang menyentuh
isu bahasa, agama, bumiputera dan kewarganegaraan dan melindungi kepentingannya secara
menyeluruh. Menurut Mohamad Suffian Hashim (1987), perlembagaan mengandungi
perkara-perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu serta

diimbangi dengan

peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada kaum bukan bumiputera.
Perlembagaan merupakan satu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara
pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang
dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah
dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah. Ringkasannya,
dalam sebuah negara yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang
tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.
Selain itu, tokoh-tokoh lain turut memberi defini yang tersendiri mengenai
perlembagaan. Menurut A. S. Hornby dalam Oxford Advced Learner’s Dictionary,
perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan
prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah
manakala Geoffrey Marshall dan Graeme C. Moodie dalam Some Problems of the
Constitution pula mendefinisikan perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan
fungsi kepada prinsip bahagian-bahagian tertentu sesebuah negara yang mengawal kerajaan
atau badan yang dikenali sebagai rakyat. Bagi C. H. Pritchett dalam International
Encyclopedia of Social Sciences, beliau mendefinisikan perlembagaan bagi sesebuah negara
itu sebagai satu rangka kerja peraturan perundangan yang menjadikan atau membuatkan
sistem pemerintahan negara itu. C.A. Leeds dalam bukunya, Politics, pula mendefinisikan
perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting
berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diisytiharkan, sama ada dalam
undang-undang, adapt kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian. BagiC. F. Strong dalam
bukunya Modern Political Constitution, Perlembagaan didefinisikan sebagai koleksi prinsipprinsip kuasa pemerintah, hak-hak memerintah dan hubungan antara keduanya akan diubah
danR. N. Gilchrist dalam bukunya Principles of Political Science member definisi bahawa
perlembagaan mengandungi satu badan atau peraturan bertulis atau tidak bertulis yang dapat
mengenal pasti kerajaan yang dibentuk, satu pembentukan kuasa untuk pelbagai organisasi
kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang akan menggunakan kuasa ini.
Bagi Profesor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997), beliau berpendapat bahawa
undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan
parlimen dan prinsip undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sebuah negara,
perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan, antara lain Badan Perundangan iaitu
Parlimen, Badan Pemerintah seperti Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan
juga mengandungi peruntukan-peruntukan lain seperti kenegaraan, kebebasan asasi, agama,
bahasa kebangsaan dan sebagainya.
Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan merupakan satu dokumen yang
mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud daripada kehendak
keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang
terkandung di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan
perlembagaan yang tidak dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat
ditunaikan, maka perlembagaan itu tidak bermakna. Oleh itu, perlembagaan mestilah
dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat orang ramai. Yang nyata ialah perlembagaan
bukan sahaja merupakan sebuah fikiran atau syor, tetapi merupakan undang-undang agung
negara.
Namun menurut Shamsul Amri Baharuddin dalam bukunya Modul Hubungan Etnik,
Perlembagaan Persekutuan dapat disimpulkan dan didefinisikan sebagai sumber undangundang tertinggi sesebuah negara. Ia mengandungi satu set peraturan tentang hak, kuasa dan
prosedur serta tanggung jawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara
satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam.
Perlembagaan mengandungi satu dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa
awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan serta berperanan sebagai
panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat.
JENIS PERLEMBAGAAN
Mengikut Robertson (1993), perlembagaan mengandungi satu set hak,kuasa dan
prosedur yang mengawal hubungan antara autiriti awam dengan rakyat dalam sesebuah
negara. Sebagai pengertian yang mudah,perlembagaan ialah undang-undang umum yang
tertinggi negara yang menjadi asas dalam pembentukan undang-undang seterusnya, samada
bagi keperluan pentadbiran kerajaan dan institusi-institusinya ataupun seterusnya kepada
organisasi-organisasi bukan kerajaan. Perlembagaan boleh dibahagi kepada dua,
perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis.
Perlembagan bertulis merupakan perlembagaan yang telah dikodifikasi atau diluluskan
badan bertanggungjawab dalam satu dokumen. Daripada dokumen ini, undang-undang lain
diluluskan atau amalan-amalan berperlembagaan (constitutional practices and conventions)
dilahirkan. Berdasarkan perlembagaan inilah pihak kehakiman akan menguji kesahihan
tindakan kerajaan. Antara negara-negara yang mengamalkan perlembagaan bertulis
termasuklah Malaysia yang menggunakan Perlembagaan Persekutuan, Amerika Syarikat
yang menggunakan ‘U.S. Constitution’ dan India, ‘Constitution of India’.
Perlembagaan Amerika Syarikat boleh dikategorikan sebagai perlembagaan “pendek”
apabila dibandingkan dengan Perlembagaan Amerika Syarikat dan Perlembagaan India.
Perlembagaan India mempunyai Mukadimah, 22 Bahagian yang mengandungi 448 perkara,
12 jadual, 5 lampiran dan 107 pindaan. Dalam Utusan Malaysia, tarikh 12 September 2013,
menyatakan bahawa struktur Perlembagaan Malaysia adalah berpaksikan Islam.
Setiap perlembagaan bertulis memperuntukan kaedah pindaannya. Sungguhpun
sesuatu perlembagaan merupakan undang-undang asas, namun ia tetap boleh dipinda dari
masa ke semasa. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan 4 kaedah pindaan di bawah
Perkara 159 (4), yang menjelaskan bahawa sesetengah perkara boleh dipinda hanya
memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap dewan tanpa mendapt perstujuan sesiapa seperti
sumpah dan ikrar taat setia, pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara dan meliputi
perkara-perkara yang tidak disebut dalam perkara lain, Perkara 159 (5), menjelaskan bahawa
perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja yang melibbatkan
perkara-perkara seperti kedaulatan raja-raja kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera
Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan, dan Perkara 161 (E),
menjelaskan bahawa perlu mndapat sokongan 2/3 setiap dean dan perkenan Majlis Raja-Raja
yang melibatkan perkara-perkara seperti kedaulatan raja-raja kedudukan istimewa orang
Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan.
Menurut perkara tersebut, Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda apabila mendapat
pungutan suara majoriti biasa dari tiap-tiap buah Majlis Parlimen,, mendapat suara dua
pertiga dari tiap-tiap Majlis Perlimen, mendapat suara dua pertiga dari tiap-tiap Majlis
Perlimen dan mendapat keizinan daripada Majlis Raja-raja, dan apabila megenai perkara
yang menyentuh Sabah dan Sarawak memerlukan pungutan suara dua pertiga Parlimen dan
persetujuan Yang di-Pertua Negeri.
Perlembagaan tidak bertulis merupakan gabungan tradisi, undang-undang biasa badan
legislatif, keputusan-keputusan mahkamah serta amalan-amalan yang dianggap teras oleh
rakyat negara berkenaan. United Kingdom, New Zealand, Israel dan San Marino merupakan
antara negara-negara masa kini yang tidak mempunyai perlembagaan bertulis. Secara teori,
perlembagaan tidak bertulis boleh dipinda dengan undi majoriti mudah badan legislatif
negara berkenaan. Selain itu, skandal atau penyalahgunaan kuasa oleh pihak kerajaan juga
boleh menukar penerimaan rakyat negara berkenaan, lebih-lebih lagi melalui proses
pilihanraya.
KEPERLUAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan berperanan penting untuk menjamin kestabilan sesebuah
negara dengan menentukan Negara dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu
dalam menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan, serta kelicinan pentadbiran dan
pemerintahan sesebuah kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah
supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.
Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada
negara. Rakyatnya memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat
dibentuk. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa sesiapa yang mempunyai
kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraanya. Perkara 25 pula menyatakan
seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada
negara ini. Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk
untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.
Selain itu, Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di
negara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan,
beragama, dan memiliki harta. Dengan ini, rakyat mengetahui hak kebebasan mereka di sisi
undang-undang.
Perlembagaan Malaysia, dalam Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang diPertuan Agong dalam menjaga serta memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan
bumiputera Sabah dan Sarawak. Hak tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan
awam, biasiswa, kemudahan pendidikan, serta pemberian lesen perniagaan dan perdagangan.
Walau bagaimanapun, Perlembagaan juga memastikan Perkara 153 tersebut dilaksanakan
dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain.
Perlembagaan Malaysia menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan, dan kepentingan
bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Perlembagaan menjadi
rujukan untama dalam undang-undang persekutuan dan negeri. Dengan cara ini, system
pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Perlembagaan ini juga
menjelaskan bahawa Perlembaagaan Negeri tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan
Malaysia.
Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan
bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang ditetapkan
oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarwak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia
pada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakan kuasanya dalam bidang pendikan dan
kesihatan untuk membntu memesatkan pembangunan di Negeri Sarawak dan Sabah.
Kesannya, berlaku berlaku pembangunan yang pesat dalam bidang pendidikan, kesihatan,
perkhidmatan pos, telekom, dan polis di kawasan pendalaman.
PERANAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan berperanan penting sebagai sumber undang-undang. Semua perkara
yang diperincikan boleh diperhalusi dan digunakan sebagai sumber rujukan untuk setiap
bidang kuasa dan undang-undang. Perlembagaan juga merupakan satu garis panduan dan
perlu dirujuk apabila apabila undang-undang atau peraturan baru ingin digubal. Selain itu,
perlembagaan juga berperanan sebagai sebuah peraturan bagi mengatur pemerintahan
sesebuah negara.
KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
Keluhuran Perlembagaan bererti ketinggian atau keagungan perlembagaan itu sendiri.
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara Malaysia. Semua undang-undang
yang lain tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan yang telah dibentuk. Parlimen pula
memperoleh kuasa daripada perlembagaan dan tidak boleh membuat undang-undang bagi
perkara yang berada di luar bidang kuasanya. Meskipun Yang di-Pertuan Agong merupakan
Ketua Negara, baginda perlu menjalankan kuasanya mengikut kehendak perlembagaan.
Selain itu, kuasa kehakiman mahkamah juga tertakluk kepada kehendak perlembagaan. Oleh
itu, tidak terdapat sebarang institusi di Malaysia melainkan Perlembagaan Persekutuan yang
mempunyai kuasa tertinggi.
Undang-undang Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi
negara. Perlembagaan Persekutuan menjadi punca kepada semua undang-undang samada
yang sedia ada atau yang bakal digubal. Perlembagaan ini juga menentukan berbagai-bagai
perkara tentang kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, perundangan,
kedudukan negeri, perkhidmatan awam, kehakiman dan lain-lain lagi. Semua undang-undang
yang ada tidak boleh berlawanan dengan perlembagaan. Dengan ini, perlembagaan
merupakan dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi bagi memerintah
negara.
Kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi amat penting untuk negara
yang mengamalkan sistem persekutuan seperti Malaysia. Hal ini memudahkan kerajaan
persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dan pentadbiran dengan licin tanpa terpaksa
bersaing dengan pihak lain. Seiring dengan kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang
tertinggi negara, parlimen memperoleh kuasanya daripada perlembagaan. Parlimen
mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat undang-undang bagi perkara-perkara
yang berada di luar bidang kuasanya.
Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal
oleh parlimen jika undang-undang berkenaan berada di luar bidang kuasanya dan
bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Hal ini bermakna mahkamah juga tertakluk
kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Walaupun Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua
negara, baginda juga tertakluk kepada perlembagaan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka
hati, tetapi harus menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan di dalam
perlembagaan.
KESIMPULAN
Pembinaan perlembagaan Malaysia berasaskan perlembagaan PTM memberikannya
satu tapak yang kukuh. Langkah itu bukan sahaja dapat memudahkan tugas menggubal tetapi
ua juga Berjaya menghasilhan satu instrumen pemerintahan yang berwibawa. Disamping itu,
keterbukaan perlembagaan Malaysia dengan memberi ruang untuk pindaan berserta denagn
kepekaan dan sikap positif pihak berwajib menjadikan perlembagaam Malaysia bersifat malar
hijau kerana ia sentiasa berfungsi sepanjang masa menepati objektif dan semangat
perlembagaan itu sendiri.
Tidak dinafikan memang ada orang yang kurang memahami kenapa negara yang kecil
seperti Malaysia memerlukan satu perlembagaan yang begitu panjang dengan pelbagai
peruntukkan yang didakwa merumitkan. Bagaimanapun kita telah menyorot latar belakang
perlembagaan Malaysia dan dapat memahami bahawa struktur dan sejarah memang
memerlukan sebuah perlembagaan yang sedemikian sifatnya. Kita telah lihat umpamanya,
kewujudan negeri-negeri yang mantap dengan sistem masing-masing, kedudukan sultan dan
Yang Dipertua Negeri serta kemasukan pelbagai kaum baru, semuanya menjadi warisan dan
khazanah yang diterima di saat Malaysia sedang dibentuk. Khazanah yang pelbagai tentulah
memerlukan banyak pula perancangannya. Demikianlah keadaannya dengan Negara
Malaysia kita. Peruntukkan yang banyak (183 Perkara dan 13 jadual dalam 15 bahagian)
adalah pemakaian untuk persekutuan dan negeri. Dengan begitu banyak dimensi, banyaklah
pula yang perlu dipelihara supaya semua pihak rasa terjamin dan selamat. Dengan demikian
maka tentulah akhirnya perlembagaan yang digubal menjadi panjang.
Setelah kita merdeka lebih 50 tahun lamanya dan Malaysia sudah wujud selama lebih 35
tahun, perlembagaan kita masih utuh dan berfungsi penuh. Pernah ditegaskan bahawa
“hakikat perlembagaan Malaysia yang besar dan panjang itu telah menjadikannya serba
lengkap” dan kerana panjangnya itu dan kerana ia dipinda bila diperlukan maka ia terus
terpakai sebagai sumber rujukan.
Walaubagaimanapun, apa yang paling mustahak ialah bahawa perlembagaan Malaysia
sebagai sumber perundangan Negara dan panduan pemerintahan, pada hakikatntya adalah
untuk kepentingan rakyat. Ia memberikan rakyat perlindungan dan garis panduan serta hak
dan keistimewaan. Sebaliknya rakyat pula dituntut supaya memainkan peranan masingmasing. Sebagai warganegara, sikap yang bertanggungjawab dan menyumbang adalah amat
berguna untuk bersama mempertahankan kedaulatan perlembagaan Negara ini. Prinsip ketiga
rukun Negara menekankan tentang “keluhuran perlembagaan” yakni sesuatu yang mulia dan
berdarjat tinggi. Ketinggian perlembagaan yang mengatasi ketinggian parlimen, mahkamah
dan kerajaan sendiri sesungguhnya melayakkannya disebut luhur. Justeru, warganegara yang
menikmati keselamatan, keistimwaan, kemewahan dan pelbagai peluang dibawah payungan
perlembagaan wajarlah menghormati semua peraturan Negara yang dibuat berpandukan
perlembagaan Malaysia itu sendiri.
Oleh itu, perlembagaan Malaysia lahir serentak dengan kelahiran Negara Malaysia pada
tahun 1963 yang lalu. Perlembagaan Malaysia mempunyai asas yang kukuh kerana ia terbina
diatas perlembagaan persekutuan tanah melayu (PTM) yang telah terpakai semenjak Malaya
merdeka hinggalah Malaysia terbentuk pada 16 september 1963. Justeru, pemahaman latar
belakang perlembagaan Malaysia memerlukan kita menyingkap lembaran sejarah
penghasilan perlembagaan PTM menjelang kemerdekaan Malaya, setelah semua pihak
bersetuju, Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan baru bagi
menggantikan perlembagaan 1948 yang telah dipakai semenjak Malayan union dibubarkan.
Langkah ini menjadikannya sebuah persekutuan yang kukuh dan mendapat penerimaan
semua pihak. Ia diisytiharkan pada hari kemerdekaan Malaya. Apabila Malaysia dibentuk
sabah, Sarawak dan singapura menjadi anggota, dalam sebuah persekutuan baru bersama 11
yang sedia ada. Ini menjadikan 14 semuanya dalam Negara baru Malaysia.
Selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi yang diamalkan, pindaan yang sewajarnya
dilakukan melalui proses tertentu di parlimen apabila sesuatu perubahan diperlukan untuk
menyesuaikan dengan keadaan dan masa.
RUJUKAN
1. http://pmr.penerangan.gov.my
2. http://pewariskeamanan.blogspot.com
3. http://sudutpsikologi.blogspot.com
4. http://pjjmalaysia.com
5. http://sukosenseipa.blogspot.com
6. http://sejarah2u.blogspot.com
7. http://mediaguai.blogspot.com
8. http://mydiposh.wordpress.com
9. http://saiminginsariipkent.blogspot.com
10. http://amanipunyu.blogspot.com/
11. http://cikgushahir.tripod.com
12. http://notakuliahpismp.blogspot.com
13. http://yonegaring.blogspot.com
14. http://pengajianammalaysia.blogspot.com
15. Akhbar Utusan Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, 12/09/2013.
16. Modul Hubungan Etnik, Shamsul Amri Baharuddin, Institut Kajian Etnik UKM
Bangi, 2012.
17. Teks Pra-U Pengajian Am Kertas 1, Suraini Basir, Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2009

More Related Content

What's hot

Dasar awam
Dasar awamDasar awam
Dasar awamNur Az
 
Perlembagaan Negeri
Perlembagaan NegeriPerlembagaan Negeri
Perlembagaan Negerimus_bmi
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi barumunnianwar
 
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)Stylist Girl
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuRibut Taufan
 
Penghayatan etika dan peradaban ( mpu21032 )
Penghayatan etika dan peradaban  ( mpu21032 )Penghayatan etika dan peradaban  ( mpu21032 )
Penghayatan etika dan peradaban ( mpu21032 )NurAyuni31
 
UNIT 2 HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2).pdf.pdf
UNIT 2 HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2).pdf.pdfUNIT 2 HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2).pdf.pdf
UNIT 2 HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2).pdf.pdfYOUAZLIN
 
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi BerparlimenRaja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimenmayanggsari
 
Perjuangan Menuntut Kemerdekaan
Perjuangan Menuntut KemerdekaanPerjuangan Menuntut Kemerdekaan
Perjuangan Menuntut Kemerdekaansafeqa
 
7- IDEOLOGI SEMASA (1).pdf
7- IDEOLOGI SEMASA (1).pdf7- IDEOLOGI SEMASA (1).pdf
7- IDEOLOGI SEMASA (1).pdfMuhammadHasif42
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysiafiro HAR
 
Teori, sejarah dan perkembangan hak asasi manusia
Teori, sejarah dan perkembangan hak asasi manusiaTeori, sejarah dan perkembangan hak asasi manusia
Teori, sejarah dan perkembangan hak asasi manusiaHalim Sallehuddin
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaNor Hayati Fatmi Talib
 
10 malaikat yang wajib kita tahu
10  malaikat yang wajib kita tahu10  malaikat yang wajib kita tahu
10 malaikat yang wajib kita tahuSaidin Jamil
 
Dasar pandang ke timur
Dasar pandang ke timur Dasar pandang ke timur
Dasar pandang ke timur Irfan Mustaffa
 

What's hot (20)

PERJANJIAN TANPA BALASAN
PERJANJIAN TANPA BALASANPERJANJIAN TANPA BALASAN
PERJANJIAN TANPA BALASAN
 
Dasar awam
Dasar awamDasar awam
Dasar awam
 
Perlembagaan Negeri
Perlembagaan NegeriPerlembagaan Negeri
Perlembagaan Negeri
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baru
 
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
 
No 4 ppt
No 4 pptNo 4 ppt
No 4 ppt
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
 
Penghayatan etika dan peradaban ( mpu21032 )
Penghayatan etika dan peradaban  ( mpu21032 )Penghayatan etika dan peradaban  ( mpu21032 )
Penghayatan etika dan peradaban ( mpu21032 )
 
Pengenalan Perlembagaan
Pengenalan PerlembagaanPengenalan Perlembagaan
Pengenalan Perlembagaan
 
UNIT 2 HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2).pdf.pdf
UNIT 2 HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2).pdf.pdfUNIT 2 HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2).pdf.pdf
UNIT 2 HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2).pdf.pdf
 
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi BerparlimenRaja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
 
Topik 6 baru.pptx
Topik 6 baru.pptxTopik 6 baru.pptx
Topik 6 baru.pptx
 
Perjuangan Menuntut Kemerdekaan
Perjuangan Menuntut KemerdekaanPerjuangan Menuntut Kemerdekaan
Perjuangan Menuntut Kemerdekaan
 
7- IDEOLOGI SEMASA (1).pdf
7- IDEOLOGI SEMASA (1).pdf7- IDEOLOGI SEMASA (1).pdf
7- IDEOLOGI SEMASA (1).pdf
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia
 
Teori, sejarah dan perkembangan hak asasi manusia
Teori, sejarah dan perkembangan hak asasi manusiaTeori, sejarah dan perkembangan hak asasi manusia
Teori, sejarah dan perkembangan hak asasi manusia
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
 
10 malaikat yang wajib kita tahu
10  malaikat yang wajib kita tahu10  malaikat yang wajib kita tahu
10 malaikat yang wajib kita tahu
 
Has asasi
Has asasiHas asasi
Has asasi
 
Dasar pandang ke timur
Dasar pandang ke timur Dasar pandang ke timur
Dasar pandang ke timur
 

Similar to Report ctu 553

Perlembagaan malaysia dalam konteks he di malaysia 2
Perlembagaan malaysia dalam konteks he di malaysia 2Perlembagaan malaysia dalam konteks he di malaysia 2
Perlembagaan malaysia dalam konteks he di malaysia 2Hannes Chan
 
8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysiaNur Az
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaNur Az
 
5 politik dan perlembagaan
5  politik dan perlembagaan5  politik dan perlembagaan
5 politik dan perlembagaanNur Az
 
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)Kamisah Madhan
 
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanSpm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanjinixa
 
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Tuisyen Geliga
 
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014ciklaili. com
 
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Rathnaa Wayy
 
Pengajian malaysia1
Pengajian malaysia1Pengajian malaysia1
Pengajian malaysia1nurelveana
 
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)Tesalonita Paul
 
MPU3122 Kepentingan Perlembagaan Sebagai Asas Pembinaan Jati Diri
MPU3122 Kepentingan Perlembagaan Sebagai Asas Pembinaan Jati DiriMPU3122 Kepentingan Perlembagaan Sebagai Asas Pembinaan Jati Diri
MPU3122 Kepentingan Perlembagaan Sebagai Asas Pembinaan Jati Dirirosedainty
 
Demokrasi di Malaysia
Demokrasi di MalaysiaDemokrasi di Malaysia
Demokrasi di MalaysiaFifii Ridzuan
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzetaGuru Sejarah
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzetaGuru Sejarah
 

Similar to Report ctu 553 (20)

Undang undang bertulis
Undang undang bertulisUndang undang bertulis
Undang undang bertulis
 
Perlembagaan malaysia dalam konteks he di malaysia 2
Perlembagaan malaysia dalam konteks he di malaysia 2Perlembagaan malaysia dalam konteks he di malaysia 2
Perlembagaan malaysia dalam konteks he di malaysia 2
 
Perlembagaan
PerlembagaanPerlembagaan
Perlembagaan
 
8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
Kertas 3 perlis 2014
Kertas 3   perlis 2014Kertas 3   perlis 2014
Kertas 3 perlis 2014
 
5 politik dan perlembagaan
5  politik dan perlembagaan5  politik dan perlembagaan
5 politik dan perlembagaan
 
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
 
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanSpm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
 
Asgnmnt
AsgnmntAsgnmnt
Asgnmnt
 
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
 
Pengajian malaysia1
Pengajian malaysia1Pengajian malaysia1
Pengajian malaysia1
 
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
 
MPU3122 Kepentingan Perlembagaan Sebagai Asas Pembinaan Jati Diri
MPU3122 Kepentingan Perlembagaan Sebagai Asas Pembinaan Jati DiriMPU3122 Kepentingan Perlembagaan Sebagai Asas Pembinaan Jati Diri
MPU3122 Kepentingan Perlembagaan Sebagai Asas Pembinaan Jati Diri
 
Demokrasi di Malaysia
Demokrasi di MalaysiaDemokrasi di Malaysia
Demokrasi di Malaysia
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
 

Report ctu 553

  • 1. PENDAHULUAN Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kewujudan Perlembagaan Persekutuan adalah penting bagi menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum mengenai bagaimana cara kuasa tersebut dilaksanakan. Selain itu, Perlembagaan Persekutuan juga berperanan untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan oleh badanbadan pemerintah. Dalam membentuk sebuah Negara yang bersatu-padu dari segi perpaduan serta kesepakatan kaum, Perlembagaan Persekutuan memainkan peranan dalam menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan. Sebagai contoh, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum dan bagi menjamin keharmonian hidup bermasyarakat di Malaysia. Ianya juga memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan Negara kerana Perlembagaan Persekutuan melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara. Oleh itu, wujudnya perlembagaan di sesebuah negara itu mempunyai kepentingan dan haluannya yang tertentu. Hal ini demikian kerana, perlembagaan mempunyai undang-undang dasar yang menentukan arah politik bagi sesebuah negara. Menerusi perlembagaan, arena politik negara dapat ditentukan dan parti-parti politik juga data mengetahui hala tuju semasa memperoleh kuasa dan mentadbir negara.
  • 2. DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN Perlembagaan, dalam konteks Perlembagaan Islam, dapat dirujuk kepada Perlembagaan Madianah atau lebih dikenali sebagai Sahifah Madinah. Perlembagaan ini wujud dalam negara Islam p/yang ertama iaitu Madinah, di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. Baginda telah membentuk Sahifah Madinah bagi melicinkan pentadbiran negara Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, Malaysia, sebagai sebuah negara yang terdiri daripada kepelbagaian kaum menggunakan Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Malaysia sebagai sumber undang-undang tertinggi dan menjadi sumber kepada segala perundangan. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat. Perlembagaan mengandungi perkara-perkara yang menyentuh isu bahasa, agama, bumiputera dan kewarganegaraan dan melindungi kepentingannya secara menyeluruh. Menurut Mohamad Suffian Hashim (1987), perlembagaan mengandungi perkara-perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu serta diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada kaum bukan bumiputera. Perlembagaan merupakan satu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah. Ringkasannya, dalam sebuah negara yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Selain itu, tokoh-tokoh lain turut memberi defini yang tersendiri mengenai perlembagaan. Menurut A. S. Hornby dalam Oxford Advced Learner’s Dictionary, perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah manakala Geoffrey Marshall dan Graeme C. Moodie dalam Some Problems of the Constitution pula mendefinisikan perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip bahagian-bahagian tertentu sesebuah negara yang mengawal kerajaan
  • 3. atau badan yang dikenali sebagai rakyat. Bagi C. H. Pritchett dalam International Encyclopedia of Social Sciences, beliau mendefinisikan perlembagaan bagi sesebuah negara itu sebagai satu rangka kerja peraturan perundangan yang menjadikan atau membuatkan sistem pemerintahan negara itu. C.A. Leeds dalam bukunya, Politics, pula mendefinisikan perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diisytiharkan, sama ada dalam undang-undang, adapt kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian. BagiC. F. Strong dalam bukunya Modern Political Constitution, Perlembagaan didefinisikan sebagai koleksi prinsipprinsip kuasa pemerintah, hak-hak memerintah dan hubungan antara keduanya akan diubah danR. N. Gilchrist dalam bukunya Principles of Political Science member definisi bahawa perlembagaan mengandungi satu badan atau peraturan bertulis atau tidak bertulis yang dapat mengenal pasti kerajaan yang dibentuk, satu pembentukan kuasa untuk pelbagai organisasi kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang akan menggunakan kuasa ini. Bagi Profesor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997), beliau berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sebuah negara, perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan, antara lain Badan Perundangan iaitu Parlimen, Badan Pemerintah seperti Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-peruntukan lain seperti kenegaraan, kebebasan asasi, agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya. Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud daripada kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang terkandung di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan perlembagaan yang tidak dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka perlembagaan itu tidak bermakna. Oleh itu, perlembagaan mestilah dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat orang ramai. Yang nyata ialah perlembagaan bukan sahaja merupakan sebuah fikiran atau syor, tetapi merupakan undang-undang agung negara.
  • 4. Namun menurut Shamsul Amri Baharuddin dalam bukunya Modul Hubungan Etnik, Perlembagaan Persekutuan dapat disimpulkan dan didefinisikan sebagai sumber undangundang tertinggi sesebuah negara. Ia mengandungi satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggung jawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam. Perlembagaan mengandungi satu dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan serta berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat. JENIS PERLEMBAGAAN Mengikut Robertson (1993), perlembagaan mengandungi satu set hak,kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autiriti awam dengan rakyat dalam sesebuah negara. Sebagai pengertian yang mudah,perlembagaan ialah undang-undang umum yang tertinggi negara yang menjadi asas dalam pembentukan undang-undang seterusnya, samada bagi keperluan pentadbiran kerajaan dan institusi-institusinya ataupun seterusnya kepada organisasi-organisasi bukan kerajaan. Perlembagaan boleh dibahagi kepada dua, perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis. Perlembagan bertulis merupakan perlembagaan yang telah dikodifikasi atau diluluskan badan bertanggungjawab dalam satu dokumen. Daripada dokumen ini, undang-undang lain diluluskan atau amalan-amalan berperlembagaan (constitutional practices and conventions) dilahirkan. Berdasarkan perlembagaan inilah pihak kehakiman akan menguji kesahihan tindakan kerajaan. Antara negara-negara yang mengamalkan perlembagaan bertulis termasuklah Malaysia yang menggunakan Perlembagaan Persekutuan, Amerika Syarikat yang menggunakan ‘U.S. Constitution’ dan India, ‘Constitution of India’. Perlembagaan Amerika Syarikat boleh dikategorikan sebagai perlembagaan “pendek” apabila dibandingkan dengan Perlembagaan Amerika Syarikat dan Perlembagaan India. Perlembagaan India mempunyai Mukadimah, 22 Bahagian yang mengandungi 448 perkara, 12 jadual, 5 lampiran dan 107 pindaan. Dalam Utusan Malaysia, tarikh 12 September 2013, menyatakan bahawa struktur Perlembagaan Malaysia adalah berpaksikan Islam.
  • 5. Setiap perlembagaan bertulis memperuntukan kaedah pindaannya. Sungguhpun sesuatu perlembagaan merupakan undang-undang asas, namun ia tetap boleh dipinda dari masa ke semasa. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan 4 kaedah pindaan di bawah Perkara 159 (4), yang menjelaskan bahawa sesetengah perkara boleh dipinda hanya memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap dewan tanpa mendapt perstujuan sesiapa seperti sumpah dan ikrar taat setia, pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara dan meliputi perkara-perkara yang tidak disebut dalam perkara lain, Perkara 159 (5), menjelaskan bahawa perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja yang melibbatkan perkara-perkara seperti kedaulatan raja-raja kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan, dan Perkara 161 (E), menjelaskan bahawa perlu mndapat sokongan 2/3 setiap dean dan perkenan Majlis Raja-Raja yang melibatkan perkara-perkara seperti kedaulatan raja-raja kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan. Menurut perkara tersebut, Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda apabila mendapat pungutan suara majoriti biasa dari tiap-tiap buah Majlis Parlimen,, mendapat suara dua pertiga dari tiap-tiap Majlis Perlimen, mendapat suara dua pertiga dari tiap-tiap Majlis Perlimen dan mendapat keizinan daripada Majlis Raja-raja, dan apabila megenai perkara yang menyentuh Sabah dan Sarawak memerlukan pungutan suara dua pertiga Parlimen dan persetujuan Yang di-Pertua Negeri. Perlembagaan tidak bertulis merupakan gabungan tradisi, undang-undang biasa badan legislatif, keputusan-keputusan mahkamah serta amalan-amalan yang dianggap teras oleh rakyat negara berkenaan. United Kingdom, New Zealand, Israel dan San Marino merupakan antara negara-negara masa kini yang tidak mempunyai perlembagaan bertulis. Secara teori, perlembagaan tidak bertulis boleh dipinda dengan undi majoriti mudah badan legislatif negara berkenaan. Selain itu, skandal atau penyalahgunaan kuasa oleh pihak kerajaan juga boleh menukar penerimaan rakyat negara berkenaan, lebih-lebih lagi melalui proses pilihanraya.
  • 6. KEPERLUAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan Persekutuan berperanan penting untuk menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan Negara dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dalam menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan, serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada negara. Rakyatnya memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat dibentuk. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa sesiapa yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraanya. Perkara 25 pula menyatakan seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia. Selain itu, Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama, dan memiliki harta. Dengan ini, rakyat mengetahui hak kebebasan mereka di sisi undang-undang. Perlembagaan Malaysia, dalam Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang diPertuan Agong dalam menjaga serta memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Hak tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan, serta pemberian lesen perniagaan dan perdagangan. Walau bagaimanapun, Perlembagaan juga memastikan Perkara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain. Perlembagaan Malaysia menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan, dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Perlembagaan menjadi rujukan untama dalam undang-undang persekutuan dan negeri. Dengan cara ini, system pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Perlembagaan ini juga menjelaskan bahawa Perlembaagaan Negeri tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
  • 7. Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarwak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakan kuasanya dalam bidang pendikan dan kesihatan untuk membntu memesatkan pembangunan di Negeri Sarawak dan Sabah. Kesannya, berlaku berlaku pembangunan yang pesat dalam bidang pendidikan, kesihatan, perkhidmatan pos, telekom, dan polis di kawasan pendalaman. PERANAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan berperanan penting sebagai sumber undang-undang. Semua perkara yang diperincikan boleh diperhalusi dan digunakan sebagai sumber rujukan untuk setiap bidang kuasa dan undang-undang. Perlembagaan juga merupakan satu garis panduan dan perlu dirujuk apabila apabila undang-undang atau peraturan baru ingin digubal. Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai sebuah peraturan bagi mengatur pemerintahan sesebuah negara. KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN Keluhuran Perlembagaan bererti ketinggian atau keagungan perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara Malaysia. Semua undang-undang yang lain tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan yang telah dibentuk. Parlimen pula memperoleh kuasa daripada perlembagaan dan tidak boleh membuat undang-undang bagi perkara yang berada di luar bidang kuasanya. Meskipun Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara, baginda perlu menjalankan kuasanya mengikut kehendak perlembagaan. Selain itu, kuasa kehakiman mahkamah juga tertakluk kepada kehendak perlembagaan. Oleh itu, tidak terdapat sebarang institusi di Malaysia melainkan Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai kuasa tertinggi. Undang-undang Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan Persekutuan menjadi punca kepada semua undang-undang samada yang sedia ada atau yang bakal digubal. Perlembagaan ini juga menentukan berbagai-bagai perkara tentang kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, perundangan, kedudukan negeri, perkhidmatan awam, kehakiman dan lain-lain lagi. Semua undang-undang yang ada tidak boleh berlawanan dengan perlembagaan. Dengan ini, perlembagaan
  • 8. merupakan dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi bagi memerintah negara. Kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi amat penting untuk negara yang mengamalkan sistem persekutuan seperti Malaysia. Hal ini memudahkan kerajaan persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dan pentadbiran dengan licin tanpa terpaksa bersaing dengan pihak lain. Seiring dengan kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, parlimen memperoleh kuasanya daripada perlembagaan. Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat undang-undang bagi perkara-perkara yang berada di luar bidang kuasanya. Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh parlimen jika undang-undang berkenaan berada di luar bidang kuasanya dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Hal ini bermakna mahkamah juga tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Walaupun Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara, baginda juga tertakluk kepada perlembagaan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati, tetapi harus menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan di dalam perlembagaan.
  • 9. KESIMPULAN Pembinaan perlembagaan Malaysia berasaskan perlembagaan PTM memberikannya satu tapak yang kukuh. Langkah itu bukan sahaja dapat memudahkan tugas menggubal tetapi ua juga Berjaya menghasilhan satu instrumen pemerintahan yang berwibawa. Disamping itu, keterbukaan perlembagaan Malaysia dengan memberi ruang untuk pindaan berserta denagn kepekaan dan sikap positif pihak berwajib menjadikan perlembagaam Malaysia bersifat malar hijau kerana ia sentiasa berfungsi sepanjang masa menepati objektif dan semangat perlembagaan itu sendiri. Tidak dinafikan memang ada orang yang kurang memahami kenapa negara yang kecil seperti Malaysia memerlukan satu perlembagaan yang begitu panjang dengan pelbagai peruntukkan yang didakwa merumitkan. Bagaimanapun kita telah menyorot latar belakang perlembagaan Malaysia dan dapat memahami bahawa struktur dan sejarah memang memerlukan sebuah perlembagaan yang sedemikian sifatnya. Kita telah lihat umpamanya, kewujudan negeri-negeri yang mantap dengan sistem masing-masing, kedudukan sultan dan Yang Dipertua Negeri serta kemasukan pelbagai kaum baru, semuanya menjadi warisan dan khazanah yang diterima di saat Malaysia sedang dibentuk. Khazanah yang pelbagai tentulah memerlukan banyak pula perancangannya. Demikianlah keadaannya dengan Negara Malaysia kita. Peruntukkan yang banyak (183 Perkara dan 13 jadual dalam 15 bahagian) adalah pemakaian untuk persekutuan dan negeri. Dengan begitu banyak dimensi, banyaklah pula yang perlu dipelihara supaya semua pihak rasa terjamin dan selamat. Dengan demikian maka tentulah akhirnya perlembagaan yang digubal menjadi panjang. Setelah kita merdeka lebih 50 tahun lamanya dan Malaysia sudah wujud selama lebih 35 tahun, perlembagaan kita masih utuh dan berfungsi penuh. Pernah ditegaskan bahawa “hakikat perlembagaan Malaysia yang besar dan panjang itu telah menjadikannya serba lengkap” dan kerana panjangnya itu dan kerana ia dipinda bila diperlukan maka ia terus terpakai sebagai sumber rujukan.
  • 10. Walaubagaimanapun, apa yang paling mustahak ialah bahawa perlembagaan Malaysia sebagai sumber perundangan Negara dan panduan pemerintahan, pada hakikatntya adalah untuk kepentingan rakyat. Ia memberikan rakyat perlindungan dan garis panduan serta hak dan keistimewaan. Sebaliknya rakyat pula dituntut supaya memainkan peranan masingmasing. Sebagai warganegara, sikap yang bertanggungjawab dan menyumbang adalah amat berguna untuk bersama mempertahankan kedaulatan perlembagaan Negara ini. Prinsip ketiga rukun Negara menekankan tentang “keluhuran perlembagaan” yakni sesuatu yang mulia dan berdarjat tinggi. Ketinggian perlembagaan yang mengatasi ketinggian parlimen, mahkamah dan kerajaan sendiri sesungguhnya melayakkannya disebut luhur. Justeru, warganegara yang menikmati keselamatan, keistimwaan, kemewahan dan pelbagai peluang dibawah payungan perlembagaan wajarlah menghormati semua peraturan Negara yang dibuat berpandukan perlembagaan Malaysia itu sendiri. Oleh itu, perlembagaan Malaysia lahir serentak dengan kelahiran Negara Malaysia pada tahun 1963 yang lalu. Perlembagaan Malaysia mempunyai asas yang kukuh kerana ia terbina diatas perlembagaan persekutuan tanah melayu (PTM) yang telah terpakai semenjak Malaya merdeka hinggalah Malaysia terbentuk pada 16 september 1963. Justeru, pemahaman latar belakang perlembagaan Malaysia memerlukan kita menyingkap lembaran sejarah penghasilan perlembagaan PTM menjelang kemerdekaan Malaya, setelah semua pihak bersetuju, Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan baru bagi menggantikan perlembagaan 1948 yang telah dipakai semenjak Malayan union dibubarkan. Langkah ini menjadikannya sebuah persekutuan yang kukuh dan mendapat penerimaan semua pihak. Ia diisytiharkan pada hari kemerdekaan Malaya. Apabila Malaysia dibentuk sabah, Sarawak dan singapura menjadi anggota, dalam sebuah persekutuan baru bersama 11 yang sedia ada. Ini menjadikan 14 semuanya dalam Negara baru Malaysia. Selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi yang diamalkan, pindaan yang sewajarnya dilakukan melalui proses tertentu di parlimen apabila sesuatu perubahan diperlukan untuk menyesuaikan dengan keadaan dan masa.
  • 11. RUJUKAN 1. http://pmr.penerangan.gov.my 2. http://pewariskeamanan.blogspot.com 3. http://sudutpsikologi.blogspot.com 4. http://pjjmalaysia.com 5. http://sukosenseipa.blogspot.com 6. http://sejarah2u.blogspot.com 7. http://mediaguai.blogspot.com 8. http://mydiposh.wordpress.com 9. http://saiminginsariipkent.blogspot.com 10. http://amanipunyu.blogspot.com/ 11. http://cikgushahir.tripod.com 12. http://notakuliahpismp.blogspot.com 13. http://yonegaring.blogspot.com 14. http://pengajianammalaysia.blogspot.com 15. Akhbar Utusan Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, 12/09/2013. 16. Modul Hubungan Etnik, Shamsul Amri Baharuddin, Institut Kajian Etnik UKM Bangi, 2012. 17. Teks Pra-U Pengajian Am Kertas 1, Suraini Basir, Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2009