Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Asgnmnt

2,534 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Asgnmnt

  1. 1. 1.0 PETA MINDA1.1 Konsep Ketinggian Perlembagaan KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAANProfesor Dicey berpendapatbahawa undang-undangperlembagaan mengandungi duaprinsip sahaja iaitu Prinsip Tun Mohamad Salleh Abas (dalamKedaulatan Parlimen dan Prinsip Salleh Abbas, 1986Kedaulatan Undang-Undang -perlembagaan itu ialah suatu surat atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden. Undang-undang tertinggi inilah yang menjadi punca bagi kesemua undang-undang sama ada yang sudah atau akan dibuat.A. S. Hornby dalam OxfordAdvanced Learner’sDictionary.-Perlembagaan dimaksudkansebagai satu sistem berkerajaandi mana undang-undang danprinsip-prinsip kerajaan tersebutberpandukan bagaimanakah Geoffrey Marshall dan Graemesesebuah negara itu diperintah. C.Moodie dalam Some Problems of the Constitution. -Perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip bahagian- bahagian tertentu sesebuah negara yang mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat. C.H. Pritchett dalam International Encyclopedia of Social Sciences. -Perlembagaan sesebuah negara itu sebagai satu rangka kerja peraturan perundangan yang menjadikan atau membuatkan sistem pemerintahan negara itu.
  2. 2. 1.2 Jenis-Jenis Perlembagaan JENIS-JENIS PERLEMBAGAAN PERLEMBAGAAN BERTULIS PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULISPerlembagaan bertulis Malaysia merupakan sumber undang-undang yang utama diMalaysia . Merupakan undang-undang yang Merujuk kepada undang-undang Malaysia diluluskan oleh badan perundangan. yang tidak dikanunkan oleh badan Contoh-contoh perlembagaan bertulis : perundangan dan tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan (a)Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Negeri . (b)Perlembagaan Negeri Contoh-contoh perlembagaan tidak bertulis : (c)Akta (d)Enakmen (a)Undang-undang lazim(common law) (e)Ordinan (b)keputusan-keputusan mahkamah (f)Perundangan subsidiari (c)undang-undang Hindu (g)Undang-undang Islam (d)undang-undang adat : -Adat Perpatih -Adat Temenggung
  3. 3. Adat Perpatih Adat Perpatih dibawa masuk ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabau dari Palembang , Sumatera pada abad ke-16 . Diwarisi secara lisan . Tidak menggalakkan perkahwinan antara sepupu. Hukuman yang dikenankan bersifat mencegah. Pembahagian harta lebih mengutamankan nasab keturunan sebelah ibu .PERLEMBAGAANTIDAK BERTULIS Adat Temenggung Adat Temenggung dibawa masuk dari Palembang , Sumatera . Adat ini menggalakkan perkahwinan antara sepupu. Dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Islam . Hukuman di bawah Adat Temenggung jauh lebih berat daripada Adat Perpatih dan bersifat pembalasan. Pembahagian harta lebih mengutamakan nasab keturunan sebelah bapa .
  4. 4. • Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan iaitu: - Agama Islam sebagai agama rasmi - Kedududkan istemewa Raja-raja Contoh Melayu dan bumiputera di Sabah Perlembagaan dan Sarawak Bertulis - Kedudukan Bahasa(perlembagaan Melayu sebagai persekututan) bahasa kebangsaan Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara beserta dengan 13 Jadual. Bagi setiap perkara terdapat beberapa Fasal yang dijelaskan dengan terperinci sebagai garis panduan perundangan dan kepentingan rakyat.
  5. 5. 1.3 Pembahagian Kuasa Kerajaan Persekutuan PEMBAHAGIAN KUASA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN NEGERI BERSAMA  Hal ehwal luar  Hukum syarak  Kebajikan Negara  Undang-undang diri masyarakat  Pertahanan dan keluarga orang  Perlindungan bagi  Keselamatan Islam perempuan, kanak- dalam negeri  Kerajaan Tempatan kanak dan orang  Undang-undang di luar wilayah muda acara sivil dan Persekutuan  Biasiswa jenayah  Hari Pelepasan  Pencegahan  Pentadbiran negeri penganiyaan  Kewarganegaraan  Undang-undang terhadap binatang  Jentera kerajaan adat istiadat  Perancangan bandar  Perdagangan dan  Perbadanan dan dan kampung perusahaan pihak-pihak  Kesihatan awam  Perkapalan berkuasa ditubuh  Kebersihan dan  Perhubungan dan oleh negeri mencegah penyakit pengangkutan  Ukuran tanah  Perkahwinan  Siasatan dan  Perpustakaan  Penjagaan anak penyelidikan  Muzium  Nafkah  Pelajaran  Pengambilan anak  Perubatan angkat  Wasiat  Perkapalan  Perikanan
  6. 6. 1.4 Perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walaubagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen- dokumen parlimen serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu. Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152sebagai rumi atau tulisan Latin. Walaubagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang. Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.
  7. 7. Perkara 3Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lainboleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana BahagianPersekutuan.Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidakmempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam diNegerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkanoleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepadaPerlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasayang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklahtersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalanatau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telahbersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patutdiperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atassifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang,Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuatperuntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukansebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-manaperuntukan lain dalam Perlembagaan ini.Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; danbagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuatperuntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agamaIslam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yangdi-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungandengan agama Islam.
  8. 8. Perkara 38(1) Maka hendaklah ada suatu Majlis Raja-Raja yang hendaklah ditubuhkan mengikut Jadual Kelima.(2) Majlis Raja-Raja hendaklah menjalankan tugasnya(3) Apabila Majlis Raja-Raja menimbang teliti perkara-perkara mengenaidasar negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh PerdanaMenteri, dan Raja-Raja yang lain serta Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeridisertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri mereka; danpenimbangtelitian itu adalah antara fungsi yang dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut nasihat Jemaah Menteri, dan oleh Raja-Raja yanglain serta Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri itu mengikut nasihat MajlisMesyuarat Kerajaan mereka.(4) Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan,kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpapersetujuan Majlis Raja-Raja.(5) Majlis Raja-Raja hendaklah dirundingi sebelum dibuat apa-apaperubahan tentang dasar yang menyentuh tindakan pentadbiran di bawahPerkara 153.(6) Anggota-anggota Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicaramereka dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan fungsi yangtelah disediakan.
  9. 9. 2.0 CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALANPERLEMBAGAAN SEHINGGA TAHUN 1963 DI MALAYSIAMALAYAN UNION ( 1946 ) Menyatukan semua negeri Tanah Melayu di bawah satu pentadbiran pusat. Ditentang hebat oleh Orang Melayu. Perlembagaan Malayan Union telah diselenggarakan oleh pihak British Colonial Office. Malayan Union diselenggarakan di England yang diusulkan oleh kerajaan Labour yang memerintah pada masa itu. Perlembagaan ini bukanlah hasil daripada perbincangan atau rundingan dengan Sultan atau mana-mana pegawai di Tanah Melayu . Antara perlembagaan Malayan Union ialah; 1. Malayan diketuai oleh gabenor yang berkuasa penuh dalam perkhidmatan awam dan tidak akan bertanggungjawab kepada majlis undangan. 2. Sultan menjadi ketua negeri dan hanya penasihat, bersidang dalam Majlis Sultan yang mana majlis ini yang memberikan nasihat kepada gabenor apabila gabenor memerlukan nasihat itu. 3. Majlis Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan tidak rasmi yang sama banyak dan gabenor mempunyai kuasa membatal atau meluluskan satu-satu undang-undang walaupun tanpa pandangan Sultan. 4. Sultan pula dimasukkan dalam Majlis Penasihat Melayu yang ditubuhkan dalam tiap-tiap negeri dan hanya menguruskan hal ehwal agama Islam sahaja. 5. Singapura dijadikan negara jajahan yang berasingan dan mempunyai gabenor dan majlisnya sendiri. 6. Gabenor dilantik untuk Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. 7. Kewarganegaraan boleh diberikan kepada sesiapa saja yang menganggap negeri ini adalah negeri mereka.
  10. 10. PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (1948) British isytihar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Federated Malay State) masih lagi mengekalkan beberapa isi penting perlembagaan Malayan Union iaitu; 1. Melalui pelembagaan Federated Malay State 1948 hal-hal kewarganegaraan masih lagi terbuka tetapi dengan agenda tertentu. Kerakyataan dibuat sama ada secara automatik ataupun membuat permohonan . Iaitu; Kerakyatan automatik, kerakyataan automatik akan diberikan kepada sesiapa saja yang menjadi rakyat Sultan Melayu dan British pada bila-bila masa saja, kerakyataan permohonan, seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 8 tahun dariada masa 12 tahun sebelum memohon atau seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 15 tahun daripada masa 20 tahun sebelum memohon. 2. Raja Melayu mendapat semula kuasanya iaitu seperti sebelum pendudukan Jepun. Ini bermakna Sultan-Sultan negeri-negeri Melayu akan tertakluk berdasarkan Perjanjian Pangkor 1874. 3. Kerajaan British mempunyai PesuruhJaya Tinggi yang dilantik oleh kerajaan British. PesuruhJaya Tinggi mempunyai kuasa dalam segala hal dan dinasihatkan oleh majlis mesyuarat kerajaan tetapi pesuruhjaya tinggi boleh menghiraukan nasihat ini . Dan ini menunjukkan PesuruhJaya Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih berbanding Sultan. Dan ia merupakan penerusan Malayan Union. Cuma bezanya Federated Malay State ada;lah Pesuruhjaya Tinggi manakala Malayan Union adalah Gabenor. 4. Pesuruhjaya Tinggi mempunyai tanggungjawab mempertahankan mana-mana hak negeri-negeri Melayu, Negeri-negeri Selat dan kuasa raja Melayu.
  11. 11. PENGISYTIHARAN PERLEMBAGAAN TANAH MELAYU (1957) Tanah Melayu telah menerima pengisytiharan kemerdekaannya tepat pada detik pertama pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bagi menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia Perlembagaan ini diambil dari Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. ia dilaksanakan di Semenanjung Tanah Melayu sahaja. Laungan "MERDEKA" telah dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman sebanyak 7 kali,Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama keesokan harinya tepat 9.30 pagi di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA"BAPA KEMERDEKAAN DAN PENGASAS PERPADUAN KAUM"...Let no one think we have reached the end of the road : independence isindeed a milestone, but it is only the threshold to high endeavour - the creation ofa new and sovereign State. At this solemn moment therefore I call upon you all todedicate yourselves to the service of the new Malaya : to work and strive withhand and brain to create a new nation, inspired by the ideals of justice andliberty...(Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra 31 Ogos 1957)
  12. 12. Undang-Undang Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, 1957, maka telahdiluluskan oleh Parliament Kerajaan United Kingdom untuk membuat Perjanjianseperti yang terkandung di dalam ini: YANG DEMIKIAN MAKA ADALAHSEKARANG dipersetujui dan dimasyhurkan iaitu: 1. Ada pun Perjanjian ini bolehlah disebutkan namanya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957. 2. Dalam Perjanjian ini dikecualikan jika ayat berkehendak difahamkan lain:“Persekutuan yang ada sekarang" ertinya ialah Persekutuan Tanah Melayu yangtertubuh mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948;“Undang-Undang Persekutuan" ertinya undang-undang yang telah disahkan olehMajlis Mesyuarat Undangan Persekutuan yang ada sekarang;“Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja" ertinya seorang yang masa ini menjadiSultan bagi Negeri Johor dan Jajahan Takluknya; Sultan bagi Negeri Pahang, YangDipertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan bagi Negeri Selangor, Sultan bagi NegeriKedah, Raja bagi Negeri Pedis, Sultan bagi Negeri Kelantan, Sultan bagi NegeriTerengganu dan Sultan bagi Negeri Perak;“Negeri-Negeri Melayu" ertinya Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor,Kedah, Pedis, Kelantan, Terengganu dan Perak, dan segala Jajahan Takluk, pulau-pulau dan tempat yang sebelum pada tiga puluh satu haribulan Ogos, tahun seribusembilan ratus lima puluh tujuh adalah diperintahkan sebagai sebahagiandaripadanya, dan laut-laut yang di dalam kawasan daerahnya;“Negeri Selat Pulau Pinang" dan "Negeri Selat Melaka" termasuk semua pulau-pulau dan tempat yang sebelum pada tiga puluh satu haribulan Ogos, tahun seribusembilan ratus lima puluh tujuh adalah diperintahkan sebagai sebahagian daripadaNegeri-Negeri Selat itu dan laut-laut yang di dalam kawasan daerahnya;“Negeri Selat" ertinya Negeri Selat Pulau Pinang dan Negeri Selat Melaka.
  13. 13. 3. Maka mulai daripada tiga puloh satu haribulan Ogos tahun seribu sembilan ratus lima puluh tujuh, Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat itu hendaklah dijadikan sebuah Persekutuan Negeri-Negeri yang baharu yang disebut namanya Persekutuan Tanah Melayu atau dalam bahasa Inggerisnya disebut, "Federation of Malaya" menurut Pelembagaan Persekutuan seperti yang disebutkan di dalam Jadual Yang Pertama Perjanjian ini, dan dengan demikian maka Negeri-Negeri Selat yang tersebut tamatlah daripada menjadi sebahagian daripada Jajahan Takluk Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia itu tidak lagi berhak menjalankan apa-apa jua kedaulatannya di atas negeri- negeri yang tersebut itu, dan hendaklah tamat kuatkuasa dan hak Yang Maha Mulia Baginda Queen atau Parliament United Kingdom di dalam atau pun yang berkenaan dengan Negeri-Negeri Selat atau Negeri-Negeri Melayu atau Persekutuan Tanah Melayu seluruhnya.4. Maka Perlembagaan yang tersebut di dalam Jadual Yang Kedua dan Yang Ketiga dalam Perjanjian itu hendaklah menjadi Perlembagaan Pulau Pinang dan Melaka menurut satu-satunya itu sebagai Negeri-Negeri di dalam Persekutuan yang baharu.5. Dengan tertakluk kapada syarat-syarat Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu dan kepada Jadual Yang Keempat Perjanjian ini, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948 dan semuanya perjanjian- perjanjaian yang lain yang ada berjalan di antara Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan pihak-pihak yang lain dalam Perjanjian ini atau pun barang siapa jua sebelum daripada tiga puluh satu haribulan Ogos yang tersebut hendaklah dimansukhkan daripada tarikh yang tersebut itu tetapi tiadalah apa-apa di dalam Fasal ini akan mengenai apa-apa jua syarat di dalam apa-apa jua perjanjian maka dengan syarat-syarat itu telah dibuat apa-apa pembahagian jajahan.6. Syarat-syarat Perjanjian ini adalah tertakluk kepada lulusnya Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu dengan mengadakan Undang-Undang Persekutuan dan dengan mengadakan pula suatu Undang-Undang di dalam tiap-tiap Negeri Melayu.7. Perjanjian ini hendaklah dizahirkan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, tetapi bagi maksud mengambil pengertian Perjanjian ini hendaklah diikut naskhah dalam bahasa Inggeris sahaja.
  14. 14. PERLEMBAGAAN MALAYSIA (1963)Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil AktaMalaysia di luluskan pada 26 ogos 1963 untuk sesuaikan konsep dan stukturpenubuhan Malaysia. Malaysia terbentuk pada 16 September 1963. Antara AktaMalaysia ialah ; 1. Hal-hal luar negeri jadi tanggungjawab kerajaan pusat 2. Agama Islam agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama 3. Bahasa Melayu bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh terus digunakan 4. Kerajaan di Borneo beransur-ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu 5. Negeri Borneo diberi peluang capai kerajaan 6. Borneo mengawal kuasa imigresan, perkhidmatan awam. 7. Semua warganegara Persekutuan dan Singapura boleh dapat kewarganegaraan secara automatik dan akan dapat hak yang sama. 8. Bumiputera Borneo akan dapat hak yang sama seperti orang Melayu.
  15. 15. 3.0 LAPORAN / ESEI 3.1 PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION 3.1.1 Pengenalan 3.1.2 Faktor-Faktor Penubuhan Malayan Union 3.1.3 Peringkat Pengenalan Malayan Union 3.1.4 Ciri-Ciri Malayan Union 3.1.5 Sebab-Sebab Penentangan Penubuhan Malayan Union 3.1.6 Cara-Cara Penentangan Penubuhan Malayan Union 3.1.7 Kesimpulan 3.2 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN 3.2.1 Aspek Politik 3.2.2 Aspek Ekonomi 3.3.3 Aspek Sosial 3.3 KONTRAK SOSIAL 3.3.1 Konsep Kontrak, Sosial Dan Kontrak Sosial 3.3.2 Kepentingan Kontrak Sosial 3.3.3 Ancaman-Ancaman Terhadap Kontrak Sosial
  16. 16. 3.1 PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION 3.1.1 Pengenalan Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunanperaturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting untuk melicinkanpemerintahan dan pentadbiran sesebuah Negara.Perlembagaan berperanan dalammenentukan bidang kuasa pemerintahan,bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hakrakyat. Perlembagaan juga mengandungi prinsip yang membentuk institusi-institusiNegara seperti eksikutif,perundangann dan kehakiman dengan menyatakan kuasadan peranan setiap institusi tersebut dalam kerangka pemerintahan dan pentadbiransesebuah Negara. Perlembagaan digubal untuk menjadi garis panduan tentang corakpemerintahan,sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara,disamping memberijaminan perlindungan kepada rakyat.Perlembagaan juga menyatakantanggungjawab dan kewajiban setiap warganegara terhadap pemerintah danNegara. Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang megamalkan perlembagaansecara bertulis.Ini bermakna kesemua undang-undang yang dibuat,digubal dandipinda tertakluk kepada semua kuasa yang diperuntukan oleh Perlembagaan.Usahaawal untuk mengubal perlembagaan tunggal bagi semua negeri di Tanah Melayubermula selepas Perang Dunia Kedua.Menerusi rancangan ini yang dikenali sebagaiMalayan Union,kerajaan British bercadang untuk menggabungkan semua negeri diTnah Melayu di bawah satu sistem pentadbiran.
  17. 17. 3.1.2 Faktor-Faktor Penubuhan Malayan Union Seawal 1942, kerajaan British telah menubuhkan "Unit Perancangan TanahMelayu" di United Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula TanahMelayu selepas Perang Dunia II tamat. Unit perancangan tersebut dinamakansebagai Malayan Planning Unit (MPU) dan Diketuai oleh Mejar-General RalphHone.Hone diberi tugas untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk TanahMelayu selepas perang tamat.Akhirnya selepas semua perbincangan berlaku makacadangan untuk mencadangkan penggabungan Negeri-negeri MelayuBersekutu, Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu, Pulau Pinang,dan Melaka menjadi Malayan Union diusulkan , sedangkan Singapura dikekalkansebagai tanah jajahan yang berasingan. Rancangan Malayan Union mengekalkan Singapura sebagai suatu tanahjajahan yang berasingan disebabkan ketakutan bahawa penentangan orang Melayuterhadap penyertaan Singapura akan menjejaskan penerimaan rancangan tersebut.Terdapat kesangsian tradisional di kalangan peniaga-peniaga Tanah Melayu bahawasektor perniagaan Singapura akan menjejaskan kepentingan mereka. Selain itu,pihak British juga takut bahawa pemasukan dasar kewarganegaraan yang liberalakan mengakibatkan ketakutan pemimpin-pemimpin Melayu disebabkanbilangan orang Cina Singapura yang besar. Bagaimanapun, kerajaan British juga hendak menjadikan Singapura sebagaisebuah pangkalan tentera laut untuk operasi strateginya di Timur Jauh.Namun begitutujuan utama British mengecualikan penyertaan singapura kedalam Malayan Unionadalah disebabkan oleh kepentingan ekonominya di Singapura, kedududkanstrategik Singapura sebagai pelabuhan dan Pelbagai lagi faktor yang berteraskankepada kegiatan ekonomi mendorong pihak British untuk mengekalkan singapurasebagai kononnya Tanah jajahan London.
  18. 18. Kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebabutama untuk pembentukan Malayan Union ialah hasrat kerajaan British untukmenyediakan Tanah Melayu terhadap kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satukewajaran kerana pihak British telah pun menandatangani Piagam Atlantik pada 14Ogos 1941 yang mengisytiharkan bahawa semua negara-negara dunia berhak untukmenentukan dan memerintah negara sendiri dalam erti kata lain Merdeka, Maka,pihak Britain terikat untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu ketika itu mempercayaibahawa rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripadasebuah negeri naungan menjadi sebuah tanah jajahan British. Di mana ia dilihatsebagai satu usaha untuk memanjangkan lagi tempoh penjajahan British di TanahMelayu dengan cara berpura-pura berusaha untuk memberikan kemerdekaankepada Tanah Melayu, sedangkan kuasa pemerintah Tanah Melayu ketika itu, iaitusultan-sultan telah pun dilucutkan melalui pembentukan Malayan Union. 3.1.3 Peringkat Pengenalan Malayan Union Cadangan untuk rancangan Malayan Union diumumkan oleh Edward Gent,Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, buat pertama kalidi Parlimen United Kingdom pada Januari 1944. Wilayah-wilayah Borneo jugadimasukkan dalam rancangan yang asal tetapi kemasukan itu kemudian dikeluarkandaripada cadangan yang terakhir kerana ketidaksediaan pihak kerajaan Borneo yangpada masa itu dan masih lagi berada dalam keadaan yang kurang stabil.Pada musimbunga 1944, Pejabat Kolonial menjemputSir Harold MacMichael, untuk pergi keTanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan daripda raja-raja Melayu.Sir HaroldMacmicheal bukanlah seorang yang arif tentang Tanah Melayu, beliau tidak pernahberkhidmat di Tanah Melayu. Tetapi kerajaan British yang kerap menerima maklumat salah mengenaiTanah Melayu dan orang Melayu percaya bahawa Sir MacMicheal pernahberkenalan baik dengan beberapa putera-putera dari Tanah Melayu.PemerintahanTentera British (BMA) merupakan masa yang paling sesuai bagi MacMichael untukmendapatkan tandatangan daripada Raja-raja Melayu kerana keadaan ketenteraanamat sesuai dijadikan asas ugutan untuk mendapatkan tandatangan Raja-raja
  19. 19. Melayu.Beliau hanya mengambil masa selama 22 hari untuk mendapatkantandatangan daripada kesemua pemerintah Tanah Melayu hasil daripada ugutanyang amat bersesuaian dengan keadaan pada masa itu. Pada 3 September 1945 ,ketika pihak British sedang menjalani pendudukan semula di Tanah Melayu, KabinetBritish memberikan kebenaran untuk dasar Tanah Melayu yang baru dan bersetujudengan misi MacMichael. Memperoleh tandatangan daripada sultan-sultan tidak sebegitu susah sepertiyang dijangka. Mac Michael telah bertindak memaksakan sultan-sultan Melayu untukmenerima cadangan-cadangan pihak British dan tidak memberikan masa untukbaginda-baginda berunding dengan majlis masing-masing, malah Sultan yangenggan menandatangani perjanjian tersebut diugut akan digantikan dengan sultanyang lain di atas tuduhan bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia II.Pada 21 Disember, setiap Sultan atau Pemangku Raja telah memeterai perjanjianyang baru dengan Sir Harold MacMicheal. Bagaimanapun, sebilangan daripadasultan-sultan itu menyatakan keraguan terhadap syarat-syarat perjanjian itu, tetapidisebabkan oleh ugutan yang mendakwa pe baginda-baginda sultan memainkanperanan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memaksa sultan-sultanitu untuk merelakan Malayan Union untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepadapihak British dan mereka juga bimbang akan kehilangan tahta. Tanpa disedari oleh sultan-sultan ini ialah semua perjanjian terdahulu yangmengakui hak kedaulatan sultan-sultan Melayu dimansuhkan. Dengan itu, kepura-puraan pihak British bahawa mereka ingin membantu sultan-sultan Melayu untukmemerintah dihapuskan.Setelah menerima perjanjian-perjanjian itu, pihak Britishmendedahkan rancangan Malayan Union dalam suatu Kertas Putih pada akhir bulanJanuari 1946.berserta Kertas Putih satu lagi usul telah dikeluarkan iaitu pembatalanundang-undang NNS & NNMB yang wujud sebelum ini dan digantikan dengankesatuan Malaya yang Baru iaitu Malayan Union.
  20. 20. 3.1.4 Ciri-Ciri Malayan Union Ciri terpenting yang terkandung dalam perlembagaan Malayan Union ialah perubahan taraf nergeri-negeri Melayu daripada negeri naugan kepada tanah jajahan British.Ini bermakna kerajaan British mempunyai kuasa penuh terhadap seluruh pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu. Perlembagaan Malayan Union yang dicadangkan mempunyai ciri berikut : 1. Semua negeri Melayu,termasuk Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah satu kerajaan pusat.Singapura tidak masuk dalam Malayan Union dan Kekal sebagai tanah jajahan dengan mempunyai Gabenor dan Majlis Mesyuarat Undangan yang berasingan. 2. Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang diberi kuasa penuh terhadap perkhidmatan awam.Beliau dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Undangan dan Majlis Kerja. 3. Pesuruhjaya Residen menjadi ketua pentadbiran tertinggi di negeri- negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.Beliau juga menjadi Pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri yang terletak di bawah kawalan kerajaan pusat. 4. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal ehwal tempatan dan berada di bawah kawalan kerajaan pusat. 5. Majlis Mesyuarat Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan ahli tidak rasmi yang sama banyak.Gabenor berkuasa untuk meluluskan atau membatalkan sesuatu undang-undang yang diluluskan tidak memerlukan Tandatangan Sultan atau Raja untuk dikuatkuasakan. Perlembagaan Malayan Union memberi hal kewarganegaraan yang sama kepada semua orang tanpa mengira bangsa,asal ,keturunan.Hak ini termasuk peluang untuk memasuki perkhidmatan awam dan mengundi dalam Pilihan raya. Kaum bukan Melayu menikmati hak kewarganegaran yang longgar melalui prinsip jus soli.Ada dua ciri utama dalam kerakyatan melalui prinsip jus soli,iaitu melalui kuat kuasa undang-undang dan melalui permohonan
  21. 21.  Kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang diberikan kepada golongan berikut: 1. Mereka yang dilahirkan dan permastautin di negeri-negeri Malayan Union atau Singapura sebelum perintah itu dikuatkuasakan. 2. Mereka yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas dan bermatautin selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 dan mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union. 3. Mereka yang dilahirkan pada atau selepas perintah itu dikuatkuasakan.Kanak-kanak yang dilahirkan di luar Malayan Union atau Singapura selepas perintah itu dikuatkuasakan akan memberikan kerakyatan dengan syarat ibu bapanya ialah warganegara Malayan Union Kerakyatan melalui permohonan diberikan kepada golongan berikut: 1. Mereka yang bermastautin selama lima tahun daripada lapan tahun terdahulu semasa permohonan dibuat. 2. Berkelakuan baik dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. 3. Mengangkat sumph taat setia dan berjanji untuk kekal bermastautin di Malayan Union atau singapura.
  22. 22. 3.1.5 Sebab-Sebab Penentangan Penubuhan Malayan Union Bertentangan dengan jangkaan British, penduduk Melayu, yang biasanyabersikap lemah lembut dan sering boleh di arah untuk melakukan itu dan ini telahbangun bersama-sama untuk membantah skim yang baru itu.Komuniti Cinadan India juga tidak ghairah dan telah mengkritik sesetengah peruntukan yangterdapat di dalam kertas putih Malayan Union. Pemimpin-pemimpin Melayu danpesara-pesara British daripada Perkhidmatan Awam di Tanah Melayu telahmengetuai bidasan terhadap rancangan Malayan Union, dan membidas MacMichaelkerana menggunakan ugutan untuk memperolehi persetujuan daripada sultan-sultanMelayu. Pegawai-pegawai ini bertindak meLobi Tanah Melayu di Parlimen antarabekas pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu yang mengambilbahagian adalah Frank Swettenham, George Maxwell, R. O. W. Winstedt, CecilClementi dan Laurence Guillemard. Mereka turut menulis surat-suratkepada akhbar nasional dan untuk merayu kepada Perdana Menteri United Kingdomagar menghentikan usaha menukar status Tanah Melayu daripada negeri naungankepada tanah jajahan.Kegiatan seumpama ini mewujudkan tanggapan bahawaterdapat tentangan yang hebat terhadap Malayan Unionbukan sahaja daripadapenduduk Tanah Melayu malahan daripada pegawai dalaman British sendiri. Sultan-sultan Tanah Melayu juga telah terpengaruh oleh perasaananti Malayan Union yang dianjurkan oleh pegawai-pegawai Melayu dan rakyatMelayu.ini mengheret baginda sultan untuk membantah secara terbuka terhadapcara yang digunakan oleh MacMichael untuk memperoleh tandatangan baginda-baginda untuk perjanjian baru itu. Sultan-sultan tersebut menolakrancangan Malayan Union dan cadangan untuk menghantar sutu perwakilanke London untuk memansuhkan rancangan itu telah disuarakan.Bagaimanapun,sudut pandangan orang Melayu disampaikan dengan lebih berkesan selepaspenubuhan UMNO atau PEKEMBAR yang telah muncul untuk menyuarakanbantahan Melayu terhadap Malayan Union.
  23. 23. Pihak British sangat terperanjat dengan perubahan sikap masyarakatMelayu.Selepas pendudukan Jepun orang-orang Melayu telah sedar bahawa pihakBritish tidaklah sekuat yang di sangka, ditambah pula oleh semangat untuk merdekayang bertiup kencang dari tanah seberang (Indonesia).Di atas kesedaran inilahOrang-orang Melayu telah bangun bersama-sama untuk menentang cadangan pihakBritish.Tindakan yang kemas telah dilancarkan melalui UMNO.Negeri-negeri Melayuyang selama ini terpisah dan tidak bersatu telah bangun bersama-sama, malahansultan-sultan negeri-negeri Melayu juga turut bersama-sama bergabung denganrakyat Melayu untuk menentang Malayan Union.Satu perkara yang tidak pernahterjadi di Tanah Melayu sebelumnya. Perjuangan orang-orang Melayu tidak terhenti setakat itu sahaja, orangMelayu turut mengadakan ceramah-ceramah umum di seluruh semenanjung untukmenyedarkan masyarakat Melayu di kampung-kampung.Selepas menerima tekananyang begitu kuat, pihak British yang masih ingin meneruskan Malayan Unionmencadangkan satu jawatankuasa dihantar untuk melihat reaksi masyarakatMelayu.Ahli jawatankuasa tersebut telah terkejut melihat reaksi yang amat kuat dariorang melayu untuk menghentikan Malayan Union.di mana sahaja mereka pergipasti disambut dengan ribuan umat melayu dengan slogan-slogan anti MalayanUnion. Malahan mereka dan Gabenor Malayan Union ketika itu turut bersimpatidengan orang-orang Melayu.Pada akhir lawatan tersebut, ahli jawatankuasa terbabittelah mengambarkan sesuatu yang positif di dalam ucapan mereka. Ramai orangmelayu dan UMNO sendiri yakin bahawa Malayan Union akan berkubur.
  24. 24. 3.1.6 Cara-Cara Penentangan Penubuhan Malayan UnionCara-cara penentangan orang Melayu dalam menentang penubuhan Malayan Unionterlibat dalam 3 cara utama iaitu secara individu,secara kolektif dan melalui akhbar. 1. Penentangan Secara Individu;Pada 23 Januari 1946, Dato¶ Onn telah menulis surat kepada Utusan Melayumenyeru orang Melayu mengadakan kongresdan menubuhkan United MalaysOrganization (U.M.O)sebagai pertubuhan menentang Malayan Union.DATO ONN JAAFAR  Mengambil tindakan membantah Malayan Union.  Sultan Johor menghantar surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan.  B antahan orang Melayu menimbulkan kesedaran supaya raja-raja  Melayu dan rakyat berganding bahu menentang Malayan Union.MELAYU  Mendapat sokongan daripada bekas pegawai British yang pernah  berkhidmat diTanah Melayu.  Golongan ini seperti Frank Swettenham, R.O. Winstedt, Sir Federick  Weld dan Sir Cecil Clementi Smith menentang Malayan Union  secara terbuka dalam akhbar The Times di LondonAntara isi kandungan surat tersebut adalah :Surat Sultan Johor kepada Setiausaha Tanah Jajahan.“Saya amat terharu dengan perkembanganterakhir di Tanah Melayu dan telahmemberitahu kepada Setiausaha Tanah Jajahan bahawa selepas pertimbanganyang amat teliti saya tidak boleh mengekalkan keputusan awal saya yang tidak sahitu kepada cadangan cadangan Malayan Union. Saya menarik balik sokongan inimenjaga kepentingan orang Melayu. Saya telah mengarahkan (Menteri Besar Johor)untuk memberitahu Sultan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedahmengenainya”
  25. 25. Dato’ Onn Ja’afar menulis surat kepada Utusan Melayu -seru Melayu adakan kongres dan tubuhkan United Malays Organisation (U.M.O). Raja-raja Melayu bantah Malayan Union. Sultan Johor hantar surat kpd Setiausaha Tanah Jajahan dapat sokongan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di TM- Frank Swettentam, R.O. Winstedt, Sir Frederick Weld dan Sir Cecil Clementi Smith – menentang cadangan Malayan Union secara terbuka dalam akhbar The Times di London. 2. Penentangan melalui Akhbar;Menyuarakan bantahan melalui Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara. 3. Langkah kolektif menentang Malayan Union;Demonstrasi secara aman – bantah cara Sir Harold MacMichael memperolehtandatangan raja-raja Melayu. Membantah Malayan Union yg menghapuskankedaulatan negeri Melayu dan kedudukan mereka sebagai anak negeri. PersatuanMelayu ditubuhkan atau dihidupkan semula. Persatuan Melayu Terengganu,Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor.Hantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London. KongresMelayu pertama dibentuk: 1. diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 2. di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, KL 3. Dihadiri 41 persatuan 4. Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah rasmikan kongres – menderma $5000. 5. Bersetuju tubuhkan United Malays National Organization (UMNO)/Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) 6. Pengerusi pertama -Dato’ Onn Ja’afar. Kongres Melayu Kedua dibentuk :
  26. 26. i. diadakan pada 30 -31 Mac 1946. ii. bantah pengisytiharaan Malayan UnionKongres kedua memutuskan tiga perkara: i. Minta raja-raja Melayu memulaukan majlis perlantikan Sir Edward Gent sebg Gabenor. ii. Minta orang Melayu yang dilantik menganggotai sebarang majlis pentadbiran Malayan Union memulaukan perlantikan iii. Tuntut orang Melayu berkabung selama tujuh hari dengan melilitkan kain putih pada songkok. - adakan rapat umum semasa lawatan L.D. Gammans dan David Rees Williams di setiap bandar - Peranan kaum wanita; i. Di Batu Pahat, Cikgu Zahara Abdullah berucap menentang Malayan Union. ii. Di Rembau, Halimahton Majid berucap membantah Malayan Union. iii. Datin Puteh Mariah mengetuai Bahagian Wanita Perikatan Melayu Perak dan bergabung tenaga dengan kaum lelaki menyokong kongres Melayu pada tahun 1946 iv. Di Selangor, Persatuan Kaum Ibu Selangor ditubuhkan untuk menentang Malayan Union.
  27. 27. 3.1.7 Kesimpulan Meskipun penentangan orang-orang Melayu begitu hebat, kerajaan Britishenggan menarik balik pelakasanaan rancangan Malayan Union.Sebaliknya, kerajaanBritish mendesak bahawaMalayan Union dilaksanakan dengan segera supayaPentadbiran Tentera British yang memerintah Tanah Melayu sejak akhir PendudukanJepun dapat dibatalkan. Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Edward Gentmerupakan Gabernor yang pertama.Bagaimanapun, penentangan terhadap MalayanUnion adalah sangat kuat sehingga rancangan itu tidak dapat dikuatkuasakandengan sepenuhnya.Malah pada majlis perlantikan Edward Gent sebagai Gabernoryang pertama majlis tersebut telah dipulau oleh sultan-sultan Melayu.Ia adalah kesandaripada tindakan orang-orang Melayu yang telah berhimpun di luar rumahtumpangan yang didiami oleh sultan-sultan Melayu yang ingin menghadiri ucaparaperlantikan tersebut. Ketika itu Orang-orang melayu telah bertindak berkabungdengan cara melilit kain putih pada songkok. Orang-orang Melayu yang berkumpul itu telah menghantar wakil mereka iaituDato Onn Jaafar untuk berunding dengan sultan-sultan agar turut memulaukanupacara tersebut.Melihatkan sokongan rakyat yang begitu kuat mempertahankantahta mereka, telah menyedarkan sekelian baginda sultan untuk turut berjuangbersama-sama rakyat jelata untuk menggagalkan Malayan Union. Akhirnya,MalayanUnion dibatalkan pada 1 Februari 1948 selepas itu untuk mengantikan MalayanUnion yang telah gagal itu pihak British terpaksa menurut kehendak masyarakatMelayu yang bertindak melalui UMNO untuk mengwujudkan Persekutuan TanahMelayu . Penggantian konsep Persekutuan Tanah Melayu yang baru itu dengan skimMalayan Union yang tidak popular dicapai, melalui perundingan antara pihak British,sultan-sultan Melayu dan UMNO.Pembentukan Persekutuan Tanah Melayumerupakan suatu kemenangan untuk orang-orang Melayu tetapi disambut dengankecewa oleh beberapa golongan-golongan di dalam etnik yang lain. Bagaimanapun,mereka yang menentang cadangan Persekutuan tidak mempunyai sokongan diTanah Melayu sendiri. Serta lobi Parlimen dan penyokong-penyokong di Londonyang telah membantu dalam pembatalan skim Malayan Union. Orang-orang Cina
  28. 28. yang berada di Tanah Melayu berasa dikhianati kerana mereka tahu jumalah orangCina yang terkorban lebih besar berbanding orang Melayu, sepanjang peperangandengan Jepun.Sesetengah daripada orang Cina yang tidak puas hati kinimelihat Parti Komunis Malaya sebagai harapan yang tunggal untuk mencapaisebuah kemerdekaan.Ini didasari oleh pendapat pihak British telah meminggirkanmasyarakat cina Tanah Melayu.
  29. 29. 3.2 KEPENTINGAN KONSEP PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION 3.2.1 Aspek politikAntara kepentingan yang diperolehi melalui penubuhan Malayan Union kepadaaspek politik adalah untuk memastikan keseragaman pentadbiran,untuk memastikanpentadbiran tersusun dan pengukuhan dasar ketenteraan.Bentuk pentadbiranMalayan Union adalah seperti berikut : Rajah 3.2.1 :Bentuk Pentadbiran Malayan Union Penubuhan MU bertujuan memudahkan British menyusun strategi pertahanan.Sebelum Perang Dunia Kedua, British mendapati sukar untuk menyusun strategipertahanan Tanah Melayu kerana bukan semua negeri ditadbir secara langsung olehBritish. Sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik, ianya akanmemudahkan British menyusun strategi pertahanan yang berkesan.Mewujudkan keseragaman dan kecekapan
  30. 30. Malayan Union dilaksanakan supaya dapat mewujudkan keseragaman ataukecekapan dalam pentadbiran di seluruh Tanah Melayu. Sebelum perang, terdapat 3bentuk pentadbiran yang tidak seragam, iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu,Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. James V. Allendalam bukunya “The Malayan Union” menegaskan bahawa sistem pentadbirantersebut bukan sahaja janggal tetapi mahal. Sistem pentadbiran sebelum perangperlu dihapuskan kerana ianya mempunyai banyak kelemahan. Sekiranya semuanegeri digabungkan sebagai satu unit politik, ianya bukan sahaja dapat mewujudkankeseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran, tetapi juga menjimatkan belanjapentadbiran. Menentukan rangka, bentuk pemerintahan dan kuasa untuk menerajui kerajaan, menjaminpentadbiran yang cekap, jujur dan adil. Perlembagaan seterusnya dapat menjamin keselamatan dankeamanan rakyat. Perlembagaan dapat menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegaraseperti kebebasan diri, kebebasan bercakap, memiliki harta dan beragama. 3.2.2 Aspek EkonomiKepentingan yang diperolehi melalui aspek ekonomi pula adalah dapat menguasaiekonomi dan mengeksplotasikan sumber-sumber bahan mentah yang terdapat diTanah Melayu pada ketika itu. Malayan Union juga bertujuan untuk mengimbangiperkembangan ekonomi di seluruh Tanah Melayu. Sebelum perang, perkembanganekonomi antara negeri tidak seimbang. Secara umunya, Negeri-negeri Selat danNegeri-negeri Melayu Bersekutu lebih maju daripada Negeri-negeri Melayu TidakBersekutu. Sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik, ianyaakan mengimbangi perkembangan ekonomi di seluruh Tanah Melayu. 3.2.3 Aspek Sosial Melalui aspek sosial pula dapat dikenalpasti kepentingannya adalah untukmemupuk semangat setia kepada negara dan agar masyarakat bersedia untuk hidupdalam masyarakat yang majmuk. Penubuhan Malayan Union bertujuan untukmelahirkan semangat cintakan Tanah Melayu terutamanya di kalangan orang-orangCina dan India. Taat setia orang Cina dan India masih lagi ke negara asal mereka.Diharapkan dengan pemberian kerakyatan yang longgar, orang Cina dan India akanmenumpukan taat setia kepada Tanah Melayu apabila mereka menjadi warganegara
  31. 31. Malayan Union. Mengikut British, Malayan Union merupakan persiapan TanahMelayu menuju ke arah berkerajaan sendiri. Sebelum hasrat ini tercapai pentadbiranyang stabil perlu diwujudkan. Selain itu, kesedaran nasional perlu ditanam di kalangan penduduk seluruhTanah Melayu. Perlembagaan juga dapat memupuk unsur taat setia kepada negara.Seseorang ituakan dilucutkan kerakyatannya jika kerajaan Malaysia mendapati dia tidak setia atau telahmemperolehi kerakyatan negara lain.Bukan itu sahaja,perlembagaan juga penting dalammemastikan wujudnnya keadilan sosialantara kaum, hak kebebasan asasi manusia dihadkan bagimengelakkanberlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum.Parlimen telahmeluluskanpindaan Akta Hasutan (1970), yang menghadkan kebebasanbercakap bagi mengelakkan berlakunyakejadian yang tidak diingini Perlembagaan juga penting dalam mewujudkan integrasi nasional bagimempercepatkan lagi proses negara dan banga bersatu dan berdaulat.ia jugapenting dalam panduan pemerintahan kerajaan negeri.Kesimpulan pemupukansemangat setia kepada pemerintah membuatkan masyarakat Tanah Melayu menjaditerkongkong serta terikat dalam melaksanakan sesuatu,namun perlu diingat bahawaperpaduan serta masyarakat majmuk yang sedia ada masa ini tercetus melaluipenubuhan Malayan Union ini.
  32. 32. 3.3 KONTRAK SOSIAL Kontrak sosial ini adalah lebih kepada mewujudkan sesebuah negara yangstabil dan harmoni di mana rakyatnya dapat hidup dalam suasana yang aman dantenteram. Seterusnya dapat mengatasi atau mengelakkan daripada berlakunyakekecohan atau huru-hara yang bukan sahaja antara sesama kaum malah antarakaum-kaum lain di Malaysia. Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapakemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14-18 yang berkenaan denganpemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu,dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripadakaum bumiputera. Istilah ini juga digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawaMalaysia adalah sebuah Negara sekular. Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosialtelah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politikdalam kerajaancampuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakaptentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadapkewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukanMelayu daripada Negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang olehmedia Melayu danPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), partipolitikyang terbesar dalam Barisan Nasional.Banyak orang Melayu, biasanyadaripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankanprinsip Ketuanan Melayu.
  33. 33. 3.3.1 Konsep Kontrak, Sosial Dan Kontrak Sosial Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalanganpara pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO,MCA dan MIC.Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satupersetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin ataukumpulan elit tertentu.Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimanayang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlumemahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat danmusyawarah. Konsep kontrak daripada Kamus Bahasa Melayu ialah perjanjian mengenaisesuatu yang disyaratkan oleh perkara-perkara tertentu.Sosial pula ialah segala halyang bersangkut paut dengan masyarakat atau kemasyarakatan.Kontak sosialmerupakan satu perjanjian rasmi yang termeterai antara semua kaum di Malaysiaiaitu Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum peribumi yang lain tentang pelbagaiaspek yang begitu penting seperti konsep ketuanan Melayu, hak-hakkewarganegaraan, keistimewaan orang Bumiputera dan bukan Bumiputera dansebagainya. Kewujudan kontrak sosial merupakan satu titik tolak kepada perpaduan dankeharmonian yang kita capai hari ini. Tetapi setelah beberapa dekad Negara kitaterus membangun seiring dengan Negara-negara maju yang lain, sesetengahindividu terkebelakang semula dengan sengaja membangkitkan isu kontrak sosialyang telah termeterai sejak sekian lama dahulu. Bukankah dengan arus permodenandan pembagungan yang kian pesat, setiap rakyat Malaysia seluruhnya harus sama-sama terus kehadapan bagi memastikan negara kita terus berada di persada denganmengekalkan perpaduan dan kerharmonian.
  34. 34. 3.3.2 Kepentingan Kontrak Sosial Wikipedia memberi pengertian bahawa kontrak sosial merupakan istilah yangdigunakan dalam bidang falsafah, sains politik dan sosiologi bagi menjelaskanwujudnya persetujuan bersama secara sukarela di kalangan rakyat sesebuah negaraberkaitan hak dan tanggungjawab mereka sebagai rakyat. Dalam konteks Malaysia,kontrak sosial merujuk kepada perjanjian yang dibuat oleh para pengasaskemerdekaan negara dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan 1957. Pada umumnya kontrak sosial mempunyai kepentingannya yang tersendiri.Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, kontrak sosial penting untukmewujudkan masyarakat yang kental, utuh dan kukuh berasaskan kesedaranterhadap pentingnya faham memahami, hormat menghormati, harga menghargai danbertolak ansur. Manfaatnya terjelma dalam kehidupan sebauah negara yang amandamai dapat dinikmati bersama. Justeru kontrak sosial adalah semangat dalamanyang kepentingannya tidak semata-mata dihujahkan dengan bersandarkanperundangan dan perbincangan ilmiah, tetapi juga dari segi hakikat sejarah dankeikhlasan hati menjunjung hasrat murni sebuah negara.Secara ringkas, antara lain kepentingan kontrak sosial ini dapat dirumuskan sebagaiberikut: Untuk melanjutkan kelangsungan pentadbiran yang cekap; Untuk mewujudkan keadaan politik yang stabil Untuk menjamin keselamatan, keamanan dan kesejahteraan rakyat Untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan tanahair Untuk mewujudkan masyarakat yang bebas dan adil Untuk mencapai integrasi nasional Untuk menjamin hak-hak istimewa orang-orang Melayu
  35. 35. Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan perkongsianhidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam masyarakat majmuk dinegara ini.Seperti dalam mana-mana kontrak atau perjanjian, walaupun adasebahagiannya yang tidak disuratkan dan boleh dipinda mengikut keadaan, namunsegala perubahan itu mestilah merupakan persetujuan bersama atau keizinanbersama.Kontrak atau perjanjian tidak boleh diubah secara satu pihak sahaja.Semuayang terlibat dalam perjanjian itu mesti setuju kepada perubahan danpindaan.Apatah lagi kontrak sosial itu telah diinstitusikan dengan menyuratkannya kedalam Perlembagaan Persekutuan. 3.3.3 Ancaman-ancaman Terhadap Kontrak SosialTerdapat pelbagai ancaman-ancaman terhadap kontrak sosial yang berlaku.Antaranya ialah Inter Faith Council ( IFC ), Suqiu dan Hindraf. A. Inter Faith Council ( IFC )Latar belakangNama penuhnya adalah Inter Faith Council. Sebelum ini dikenali sebagai InterReligious Council. beberapa pihak baru baru ini demi mencari jalanbagimenyelesaikan masaalah yang ditimbulkan oleh tuntutan pihak GerejaKatolik KristianMalaysia untuk mereka dibenarkan menggunapakai kalimahAllah didalampenerbitan majalah Herald mereka.IFC menuntut 14 perkara iaitu : 1. Seseorang anak yang dilahirkan ole ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. 2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang. 3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil. 4. Tidak perlu dicatatkan didalm kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
  36. 36. 5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menagnut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan ornag Islam. Orang Islam hendakla dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamnya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agamitu hendaklah diajar disemua sekolah.12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan aripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnyadigunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
  37. 37. B. SuqiuLatar belakang SuqiuRayuan yang telah diindoskan oleh 2095 buah pertubuhan Cina di Malaysia. RayuanPilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia 16hb Ogos 1999 (TerjemahanRasmi daripada Teks Bahasa Cina). Pilihanraya yang akan datang akan memilihkerajaan dan wakil rakyat yang akan memimpin negara ini ke alaf baru. Empat puluhdua tahun selepas mencapai kemerdekaan, negara kita telah berkembang majudalam semua sektor hasil daripada usaha dan sumbangan rakyat semua kaum,dengan sepenuhnya menunjukkan dinamika sebuah negara yang berbilang kaum.Walau bagaimana pun beberapa dasar kerajaan yang tertentu, terutamanya yangberkaitan dengan kesamaan bangsa, demokrasi, hak asasi manusia, autonomikehakiman dan sebagainya perlu diperbaiki.Krisis ekonomi pada dua tahun yang lepas dan wabak virus Nipah merupakan duabencana terbaharu yang telah menyebabkan persatuan-persatuan Cina menimbangsemula sama hadapan negara kita secara serius.Kerajaan seharusnya mengadakan satu rancangan pembangunan yang sepaduuntuk industri kecil dan sederhana dan Perkampungan Baru Cina yang telahditubuhkan lebih daripada lima puluh tahun dahulu. Apabila kerajaan sedang giatmenjalankan pelbagai projek mega, kita masih menghadapi kekurangan dna, bilikdarjah dan guru di sekolah-sekolah. Kami juga perlu menaruh perhatian pada sektor-sektor yang mundur yang terdapat di kalangan Orang-Orang Asli, pekerja estet,penduduk bandar dan petani miskin.Di samping itu, kami amat mengambil berat tentang isu amalan rasuah,penyimpangan kerajaan dalam pentadbiran awam, kebertanggungjawaban dankelutsinaran kerajaan yang telah menimbulkan banyak perbincangan di kalanganorang awam. Demi cinta kami terhadap negara, serta perhatian kami terhadap masahadapan bangsa kita, kami meminta semua calon dan parti politik yang akanmengambil bahagian dalam pilihan raya yang akan datang menyokong dan
  38. 38. melaksanakan rayuan kami. Kami juga menggesa semua pengundi negara kitaberusaha merealisasikan rayuan ini.17 Tuntutan Suqiu 1. Menggalakkan Perpaduan NegaraPerpaduan negara mestilah berasaskan kepentingan semua rakyat negara kita danbukan berdasarkan perkauman. Hanya dengan berasaskan keadilan dan non-diskriminasi, dapat mewujudkan satu linkungan yang sesuai untuk mencapaiperpaduan dan keharmonian di antara kaum: Gubalkan Akta Perhubungan Kaumuntuk mencegah diskriminasi perkauman, rasialisme dan rasisme. TindakanAfirmatif (Affirmative Action) harus bertujuan untuk memberi perlindungan danpeningkatan kepada golongan masyarakat yang lemah, tanpa mengira kepercayaanagama, latar belakang sosial dan kaum. Mengambil langkah untuk memansuhkanpembezaan antara "bumiputera / bukan bumiputera" dalam semua bidang. 2. Mempertingkatkan DemokrasiDemokrasi bukan sahaja bermakna amalan pengundian setiap lima tahun -- kerajaanharus dipilih oleh rakyat pada semua peringkat, supaya mencapai demokrasiparlimentari yang sebenarnya dan memastikan keadilan pilihanraya: Garisansempadan kawasan pilihanraya mestilah berasaskan prinsip "satu orang satu undi".Perbezaan bilangan pengundi antara kawasan-kawasan pilihanraya yang berlainansepatutnya tidak melebihi 15%, sepertimana yang diamalkan pada peringkat awalselepas kemerdekaan negara ini supaya mengelakkan jurang besar yang sedangwujud di antara bilangan pengundi di kawasan pilihanraya yang berlainan dalamsistem pengundian kini. Memulihkan pilihan kerajaan tempatan. Senator haruslahdipilih oleh rakyat. 3. Mempertahankan Hak Asasi Manusia dan Menegakkan KeadilanMempertahankan hak asasi manusia, keadilan, keamanan dan kebebasan negarakita, agar melindungi hak-hak politik, sosial, kebudayaan dan ekonomi seluruh rakyatMalaysia: Ratifikasikan dan menandatangani semua konvensyen Bangsa-BangsaBersatu dan kovenan-konvenan antarabangsa. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
  39. 39. yang baru ditubuhkan perlu diperluaskan struktur anggotanya dan pastikan bahawabadan tersebut berepresentatif dan bebas. Pastikan kebebasan Peguam Negaradan badan kehakiman. Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri selaras denganperkembangan zaman. Gubalkan Akta Kebebasan Informasi. Meminda AktaKesatuan Sekerja, Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Polis danAkta Universiti dan Kolej supaya selaras dengan piawaian hak asasimanusia. Mempertahankan kebebasan bercakap, perhimpunan dan persatuan. 4. Membasmi Amalan RasuahAmalan rasuah merupakan salah satu halangan besar dalam pembangunannegara.Ia bukan saja merampas kepentingan rakyat jelata, malah menjejaskanfungsi pentadbiran kerajaan dan merosakkan kebertanggungjawapan kerajaan.Amalan rasuah mesti dihapuskan pada semua peringkat perkhidmatan awam dankerajaan: Susun semula Agensi Pencegah Rasuah supaya ianya menjadi satubadan bebas dan bertanggungjawap secara langsung kepada Parlimen. Gubalkansatu akta di mana semua kakitangan tinggi kerajaan dan wakil rakyat yang dipilihdiwajib mengisytiharkan aset mereka secara terbuka kepada orang awam. 5. Laksanakan Dasar Ekonomi yang AdilKerajaan harus mengkaji semula dasar ekonomi negara secara menyeluruh untukmengatasi kelemahan yang terdedah semasa krisis kewangan berlaku baru-baru ini.Semua kaum mesti diberi peluang yang sama untuk bersaing. Amalan rasuah,kronisme dan nepotisme harus dielakkan dalam perihal pemberian saham ataukontrak.Dalam tiga puluh tahun yang lampau, sewaktu kerajaan menitikberatkanpembangunan industri dan komersial bagi kaum bumiputera, perkembangan danmodenisasi bagi industri kecil dan sederhana telah diabaikan. Kerajaan juga telahmengabaikan masalah yang dihadapi oleh pernternak babi, terutamanya dalam krisisindustri penternak babi yang berlaku baru-baru ini, kerajaan tidak mengambiltindakan dengan segera untuk menolong mangsa-mangsa wabak dan keluargamereka: Menggalakkan modenisasi dan pembangunan industri kecil dan sederhanadalam negara ini. Merumuskan dan melaksanakan dasar pertanian yangkekal. Memberikan bantuan secara adil dan mencukupi kepada semua sektortermasuk industri penternakan babi. Membahagikan tanah secara adil kepada
  40. 40. petani-petani yang memerlukannya tanpa mengira kaum. Hapuskan sistem kuotayang berasaskan "kaum" dan gantikannya dengan sistem pengagihan yangberasaskan "kebolehan" (means-tested sliding scale). Pastikan bahawa dana KWSPserta dana-dana awam yang lain kepunyaan pekerja negara kita diberikan tempatperwakilan yang memuaskan kepada organisasi pekerja untuk menjaminpengurusan dana yang betul. 6. Kaji Semula Dasar PenswastaanTujuan menswastakan kemudahan awam ialah untuk meningkatkan kecekapan danmengurangkan beban ekonomi negara. Walaupun sesetengah kemudahan awamyang diswastakan memberi banyak kemudahan kepada rakyat dan jugamenggalakkan pertumbuhan ekonomi negara, namun disebabkan ketidaklutsinaranoperasinya, ianya telah menimbulkan monopoli dalam bidang perniagaan,memberatkan beban rakyat dan menyebabkan kronisme serta menghalangpertumbuhan ekonomi negara: Semua projek penswastaan harus berasaskankepentingan orang awam. Projek-projek penswastaan harus ditender secaraterbuka. Dirikan Suruhanjaya Urusan Awam untuk menyelia dan menilai projek-projek yang diswastakan untuk melindungi kepentingan rakyat. Batalkan rancanganpengkorporatan perkhidmatan kesihatan supaya membolehkan rakyat negara kita,terutamanya mereka yang berpendapatan rendah, menikmati perkhidmatankesihatan awam yang murah dan cekap. Gubalkan akta anti-monopoli untukmengelakkan amalan monopoli dalam bidang penswastaan. Kaji semulaperkhidmatan pembetungan supaya mengurangkan beban para pengguna. Hentikanpengenaan tol dan penswastaan pada jalanraya di dalam bandaraya dan jalanrayayang sedia ada yang telah dipertingkatan menjadi lebuhraya. 7. Laksanakan Dasar Pendidikan yang Progresif dan LiberalDemi menghadapi cabaran abad baru, kita perlu mengkaji semula keseluruhansistem pendidikan negara kita dengan menumpukan perhatian pada pengembanganpotensi manusia, memenuhi keperluan sumber manusia dan memupuk dayakreativiti, daya initiatif serta teknik pembelajaran para pelajar kita. Komuniti Cinamemandang berat terhadap Akta Pendidikan 1996 yang tidak berlaku adil terhadappendidikan bahasa ibunda bagi kaum Cina, India dan kaum-kaum minoriti lainnya di
  41. 41. negara kita. Disebabkan kekurangan dana, bilik darjah dan guru, perkembangansekolah-sekolah rendah Tamil dan Cina telah terhambat: Meminda Akta Pendidikan1996 untuk mencerminkan dasar pendidikan kebangsaan sebagaimana yangdinyatakan di dalam Ordinan Pendidikan 1957 yang memastikan penggunaan,pengajaran dan perkembangan bahasa ibunda semua komuniti etnik di negarakita. Tambahkan bilangan sekolah rendah Tamil dan Cina di kawasan yang padatdengan penduduk kaum India dan Cina, agar hak untuk menerima pendidikanbahasa ibunda bagi pelajar-pelajar kaum tersebut tidak dirampas. Selesaikanmasalah kekurangan guru yang lama berterusan di sekolah-sekolah rendah Tamildan Cina. Batalkan rancangan "Sekolah Rendah Wawasan" dan hentikan perlantikanguru-guru yang tidak berkelayakan bahasa Cina untuk memegang jawatan-jawatantinggi di sekolah rendah Cina untuk memastikan sifat dan cara pendidikan di sekolahrendah Cina tidak diubah. Pastikan bahawa pengagihan peruntukan pendidikan,latihan guru, perancangan kurikulum, bahan pengajaran, kemudahan danperkakasan yang asas adalah adil dan mencukupi bagi sekolah-sekolah semuaaliran bahasa, termasuk cadangan sekolah-sekolah bistari. Realisasikan pendidikanbahasa ibunda dengan menggabungkannya ke dalam rancangan pendidikan negarakita dan sediakan latihan untuk guru-guru, perancangan kurikulum dan bahan-bahanpengajaran baginya. Sediakan kelas bahasa ibunda pelajar (Pupils Own Language -- POL) dalam kurikulum formal sekolah seandainya terdapat sekurang-kurangnyalima (5) pelajar dari mana-mana kumpulan etnik di mana-mana sekolah. Tambahkanperuntukkan untuk perbelanjaan pendidikan. Kaji semula dan naikkan gajiguru. Kenalkan sistem pinjaman dan bantuan kewangan pelajar denganpengagihannya mengikut kemampuan keluarga pelajar (means-tested sliding scale)tanpa mengira kaum. Iktirafkan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah MenengahPersendirian Cina. Izinkan penubuhan Sekolah-sekolah Menengah PersendirianCina baru dan berikan subsidi untuk perkembangannya. Tambahkan bilangansekolah rendah, menengah, kolej dan universiti selaras dengan pertumbuhanpenduduk negara kita. Iktirafkan ijazah yang dianugerahkan oleh institusi yangbertaraf antarabangsa, termasuk Universiti Nanyang yang lampau serta universiti-universiti yang bukan aliran Bahasa Inggeris di negara-negara seperti China, Taiwandan sebagainya. Hapuskan sistem kuota untuk kemasukkan universiti.
  42. 42. 8. Galakkan Perkembangan Pelbagai KebudayaanNegara kita ialah negara yang berbilang kaum.Akan tetapi, Dasar KebudayaanKebangsaan yang sedia ada adalah didasarkan pada budaya tunggal, ianyamerupakan halangan bagi perkembangan kebudayaan masyarakat majmuk. Demimemperbetulkan kesalahan ini, perumusan kebudayaan nasional haruslah diasaskanpada pluralistik masyarakat kita: Kenalkan dasar kebudayaan dan seni yang lebihliberal dan pluralistik. Sediakan bantuan kewangan dan biasiswa seni dan galakkanaktiviti kebudayaan berbilang kaum negara kita. Wajibkan kerajaan pada semuaperingkat untuk menggalakkan budaya pluralistik. Pemberian ganjaran atau hadiahkesusasteraan dan seni negara haruslah terbuka kepada semua rakyat, tanpamengira kaum atau bahasa. Kebudayaan semua kaum dan agama haruslah dilayanisecara saksama oleh media dan badan-badan kebudayaan rasmi. Galakkanpertukaran kebudayaan antarabangsa. Mendidik dan menggalakkan rakyat negarakita saling menghormati agama-agama yang berlainan di dalam negara ini sertaperkuatkan perhubungan dan pertukaran fikiran antara badan-badan agamaberlainan. Berikan layanan yang adil bagi badan-badan agama yang berlainan dalamhal penyebaran, perkembangan, mendapat kemudahan rasmi kerajaan serta dilayanidengan saksama oleh media rasmi. 9. Lindungi Alam SekitarSemua projek pembangunan yang meninggalkan kesan buruk ke atas alam sekitarseperti kawasan tanah tinggi, hutan dan kawasan berpaya atau yang akanmerosakkan peninggalan sejarah serta kawasan perkuburan, mesti dikawal denganketat. Piawaian dan undang-undang perlindungan alam sekitar perlu dikuatkuasakansecara serius: Pastikan projek empangan tidak merosakkan ekologipersekitaran. Kenakan langkah pemeliharaan air dan tenaga yang ketat. Wartakansemula hutan simpanan dan hidupan liar serta tumbuhan yangterpelihara. Kuatkuasakan Akta Perhutanan dan Alam Sekitar yang sedia ada untukmenghalang aktiviti pembalakan yang sembarangan. Kenakan cukai ke ataspenggunaan tenaga serta pengeluaran gas karbon atau gas buangan lain yangmerbahaya. Indahkan kawasan-kawasan perkuburan dan pastikan kawasantersebut tidak dipindah untuk tujuan pembangunan. Tawarkan insentif bagi industriyang menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga solar.
  43. 43. 10. Modenisasikan dan Bangunkan Perkampungan BaruPerkampungan Baru mempunyai sejarah lebih daripada lima puluh tahun. Seramai1.5 juta kaum Cina yang berselerak di 452 buah Perkampungan Baru masihdikecualikan daripada arus pembangunan ekonomi negara.Infrastruktur diPerkampungan Baru tersebut perlu diperbaiki. Ramai penghuni masih belummendapat hak milik tanah atau mendapat pembaharuan hak milik tanah: Pastikanbahawa semua penduduk Perkampungan Baru diberi hak milik tanah dengansegera. Selesaikan rancangan pembangunan Perkampungan Baru dengan secepatmungkin. Sediakan peruntukan pembangunan untuk Perkampungan Baru mengikutperkadaran bilangan penduduk. Memperuntukkan tanah yang mencukupi untukpetani-petani Perkampungan Baru dan luar bandar. 11. Realisasikan Dasar "Perumahan Untuk Semua"Kerajaan harus merealisasikan wawasan perumahan untuk semua rakyat denganlebih giat. Tindakan ini diperlukan untuk menyelesaikan masalah perumahan yangketara bagi kumpulan yang berpendapatan sederhana dan rendah: Pastikanbahawa kerajaan negeri memperuntukkan tanah yang lebih banyak secara percumauntuk pembinaan perumahan awam kos sederhana dan rendah. Pastikanpengagihan perumahan kos rendah adalah adil untuk mengelakkan daripadamemberikannya kepada mereka yang tidak layak. Laksanakan sistem "sewa dahulubeli kemudian" agar membolehkan mereka yang tidak mampu memiliki rumahsendiri. 12. Lindungi Hak Asasi WanitaHak asasi wanita mesti diutamakan di sektor swasta dan awam: Beri sokongankepada "Agenda Wanita 1999" yang diutarakan oleh organisasi bukan kerajaanwanita negara kita. Pertingkatkan fungsi authoriti kerajaan yang berurusan denganhal-hal wanita. Hapuskan segala jenis diskriminasi terhadap wanita dalammasyarakat negara kita. Kenakan hukuman yang berat kepada mereka yangmelakukan keganasan terhadap kanak-kanak dan wanita. Menggesa sektor awamdan swasta supaya menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak bagi pekerja-pekerja wanita.
  44. 44. 13. Media yang AdilMedia harus dioperasi secara adil dan bebas tanpa campur tangankerajaan: Tubuhkan Badan Penyiaran yang bebas dan adil. Hapuskan peraturanmengenakan pembaruan tahunan permit menerbit (KDN). Galakkan penubuhanmedia penyiaran swasta. Tambahkan peruntukan masa untuk penyiaran beritadalam bahasa Mandarin. 14. Memulihkan Kelayakan Rakyat Terhadap Pasukan PolisPada akhir-akhir ini, cara pengendalian pihak polis dalam penyiasatan adalah amatmembimbangkan dan hal ini mungkin mengugatkan keyakinan orang awam terhadappasukan polis: Tubuhkan satu suruhanjaya penyiasatan statutori yang bebas untukmenyiasat kes penyalahgunaan kuasa dan kekerasan polis. Laporan siasatansuruhanjaya tersebut mesti diumumkan kepada orang awam manakala mereka yangdidapati bersalah patut dihukum. Mempertinggikan kualiti pasukan polis menerusipelarasan gaji dan prosedur pengambilan polis baru yang lebih ketat dan sempurnasupaya membentukkan satu pasukan polis yang adil, berperikemanusiaan dan lebihbertanggungjawab. 15. Memperbaiki KebajikanSetiap manusia berhak untuk hidup dan mati secara bermaruah dan juga berhakmenerima perlindungan sosial daripada pengangguran, sakit, umur tua, kematianatau lain-lain kejadian di luar kawalan mereka: Berikan perhatian khas kepadamereka yang kurang bertuah, kurang upaya, warga tua, kanak-kanak danwanita. Sediakan kemudahan rekreasi untuk belia supaya memimpin merekakepada satu cara hidup yang sihat. Tambahkan peruntukan dana bagi sektorkesihatan dan perubatan, terutamanya dalam hal pencegahan penyakit. Tingkatkanpengetahuan rakyat terhadap kehidupan sihat dan penjagaan kesihatan yang asas.
  45. 45. 16. Hormati Hak PekerjaPekerja berhak mendapatkan syarat-syarat kerja yang saksama dan lingkungan kerjayang demokratik, berperikemanusiaan serta selamat, selaras dengan piawaian buruhantarabangsa: Iktirafkan hak pekerja elektronik untuk mendirikan kesatuanpekerja. Gubalkan akta untuk memastikan semua pekerja termasuk pekerja estetmendapat gaji minima yang munasabah. 17. Menyara Orang AsliSahkan hak tanah rizab Orang Asli agar mereka dapat mengawal sumber dan tanahmereka sendiri dan dapat memilih cara hidup mereka sendiri.Rayuan ini dianjurkan oleh 11 pertubuhan nasional Cina seperti berikut: PersekutuanPersatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (DongZong) Persekutuan Persatuan-persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (JiaoZong) Persekutuan Persatuan-persatuan Alumni Sekolah Cina Malaysia NanyangUniversity Alumni Association of Malaysia Taiwan Graduates Alumni Association ofMalaysia Dewan Perhimpunan Cina Selangor Federation of GuangdongAssociations of Malaysia Federation of Guangxi Associations ofMalaysia Federation of Sanjiang Associations of Malaysia Federation of FuzhouAssociations of Malaysia Huazi Research Centre Setakat 16hb Ogos 1999, Rayuanini telah diindoskan oleh 1848 pertubuhan Cina di Malaysia.
  46. 46. C. HindrafLatar belakang hindrafMasyarakat India membentuk 8% dari 26 juta penduduk di Malaysia.Kebanyakandaripada mereka dibawa masuk oleh British kira-kira 200 tahun dahulu untuk bekerjadi ladang sebagai penoreh getah. Sehingga hari ini sosio-ekonomi masyarakat Indiaberada di belakang masyarakat utama lain seperti Cina dan Melayu.Masyarakat India yang kebanyakannya beragama Hindu telah mendirikanbanyak kuil di kawasan ladang dan kebanyakannya tidak berdaftar.Dengan arusperubahan yang melanda Malaysia, banyak kawasan ladang dibangunkan dan inimencetuskan konflik antara pihak berkuasa tempatan yang mahu struktur haramdimusnahkan yang berhadapan dengan tentangan masyarakat Hindu. Beberapa siriperobohan kuil hindu terutama Kuil Mariaman di Padang Jawa, Selangor, pada 15November 2007, menyemarakkan lagi perjuangan Hindraf yang mendakwa kerajaanMalaysia mengabaikan sosio-ekonomi masyarakat India.Dengan menggunakansentimen agama dan perkauman, Hindraf mendakwa kaum India dan agama Hinduditindas oleh kerajaan Malaysia yang dipimpin UMNO dan mendakwa berlakugenosid dengan memberi contoh lebih 100 orang India dibunuh semasa PeristiwaKampung Medan.Propaganda mereka disebarkan melalui majlis forum, pengedaran buku dan risalahdalam bahasa Tamil, penggunaan laman web dan SMS bagi mendapatkan sokonganmoral dan material daripada kaum India. Kerajaan Malaysia mendakwa Hindraf turutmenjadi dalang menentang pihak berkuasa tempatan yang hendak merobohkan kuilharam Hindu malah akan menggunakan gangster bagi menghalang perobohan kuilpada masa depan.
  47. 47. 18 Tuntutan Hindraf 1. Menuntut agar dihentikan pelanggaran perkara yang termaktub dalam Perlembagaan 2. Menuntut agar dihentikan polisi perkauman, ekstremisme Islam serta menarik balik hak keistimewaan orang Melayu di neagra ini sempena 50 tahun Kemerdekaan Negara 3. Meluluskan draf undang-undang yang akan melindungi etnik india 4. Memastikan kesemua 523 sekolah vernakular Tamil di seluruh negara mendapat bantuan penuh Kerajaan ( peruntukan sebanyak RM 20 billion setahun) 5. Memberikan peluang yang seluas-luas atau setidak-tidaknya sama seperti yang diberikan kepada orang Melayu dalam bidang pelajaran, ekonomi dan pekerjaan ( peruntukan sebanyak 20 billion setahun) 6. Memastikan etnik India memiliki sekurang-kurangnya 10 peratus daripada ekuiti negara 7. Menuntut UMNO supaya tidak bertindak sebagai "Mandor" kepada MIC yang hampir tidak mempunyai suara dan kuasa di dalam Kerajaan 8. Memperuntukkan 20 peratus jawatan Ketua Setiausaha di jabatan dan agensi Kerajaan diperuntukkan kepada orang India untuk 15 tahun yang akan datang 9. Menuntut UMNO supaya lebih telus dalam setiap perancangan polisi pentadbiran,pembangunan dan ekonomi yang diicanangkan 10. Menghentikan perobohan kuil-kuil Hindu dengan ganti rugi sebanyak Rm 10 juta bagi setiap 15,000 kuil yang telah dirobohkan dalam tempoh 50 tahun yang lalu dan menuntut agarsebarang pertikian di antara muslim dan bukan muslim hanya dirujuk di Mahkamah Sivil 11. Menghentikan tindakan berat sebelah polis terhadap etnik India, memperuntukkan bantuan guaman kepada setiap rakyat yang berpendapatan RM 3,000 ke bawah 12. Menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat peristiwa Kg.Medan yang dikatakan sebagai pembunuhan beramai-ramai etnik India oleh orang Melayu dan pihak Kerajaan serta menuntut ganti rugi sebanyak RM 1 juta diberikan kepada setiap etnik India yang menjadi mangsa dalam peristiwa tersebut
  48. 48. 13. 70 peratus etnik India yang msikin diberikan pampasan dan tempat tinggal selesa14. Skim rumah kos rendah adalah tidak boleh diterima sama sekali serta pendapatan gaji minimum sebanyak RM 1000 bagi setiap rakyat15. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat pelanggaran peruntukan Perlembagaan oleh UMNO16. Meluluskan undang-undang bagi menghentikan penindasan etnik India di samping memastikan pentadbiran negara yang lebih telus17. Meluluskan undang-undang menuntut kebebasan media dan tidak mengenepikan isu-isu mengenai kaum India di dalam media18. Peruntukan sebanyak 20 peratus kerusi pembangkang kepada etnik India yang dilantik oleh komuniti etnik bagi membela dan mempertahankan nasib kaum mereka.
  49. 49. 1.0 PETA MINDA 1.1 Konsep Perlembagaan 1.2 Jenis-Jenis Perlembagan 1.3 Pembahagian Kuasa Kerajaan Persekutuan 1.4 Perkara-Perkara Yang Menyentuh Hubungan Etnik Dalam Perlembagaan Malaysia
  50. 50. 2.0 CARTA GARIS MASA SEJARAHPENGGUBALAN PERLEMBAGAAN DIMALAYSIA
  51. 51. BIBILIOGRAFIBukuRuhaida Bt Ramli. 1995. Sejarah Daerah Dinding (Manjung): Satu Tinjauan Umum Terhadap Sosio-ekonomi Dari Tahun 1857 Hingga Tahun 1957. Bangi: Latihan Ilmiah, Jabatan sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia.Irwin, Graham. 1986. Borneo Abad Kesembilan Belas: Kajian Mengenai Persaingan Diplomatik. (Terj. Mohd Nor Ghani dan Noraini Ismail). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Albert Lau. 1991. The Malayan Union Controversy 1942-48. Singapore: Oxford University Press.Anwar Abdullah. 2004. Biografi Dato’ Onn: Hidup Melayu. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.James de V. Allen. 1967. Malayan Union.United States: Yale University SoutheastAsia Mohamed Noordin Sopiee. 1974. From Malayan union to Singapore Separation: Political Unification in the Malaysia Region 1945-65. Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya.Oong Hak Ching. 2000. Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy.Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Ramlah Adam. 2004. Gerakan Radikalisme di Malaysia ( 1938-1965). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa PustakaShamsul Amri Bharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Maskha Sdn. Bhd.
  52. 52. Laman Webhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Unionhttp://sejarahmelayu.blogspot.com/2008/09/rentetan-sejarah-2-sebab-penentangan.htmlhttp://www.scribd.com/doc/29643067/Penentangan-terhadap-Malayan-Unionhttp://www.slideboom.com/presentations/133590/BAB-2-:-MALAYAN-UNION-DAN-PERSEKUTUAN-TANAH-MELAYUhttp://www.scribd.com/doc/11460762/Keunikan-Negarahttp://jejakasejarah.blogspot.com/http://www.scribd.com/doc/18165903/MPW-1131-PERLEMBAGAAN-MALAYSIAhttp://www.scribd.com/doc/19287847/Nota-Sejarah-Tingkatan-5-Bab-7-SISTEM-PEMERINTAHAN-DAN-PENTADBIRAN-NEGARA-MALAYSIAhttp://cikguazid.com/nota-sejarah-ting-3/bab-2-malayan-union-dan-persekutuan-tanah-melayu/http://www.tuitionplaza.com/bb/forum_posts.asp?TID=4755http://idrismkbesout.blogspot.com/2011/01/nota-sejarah-tingkatan-3.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baruhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=237:dasar-ekonomi-baru-&catid=88:dasar-dasar-negarahttp://tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.htmhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=295%3Akandungan-perlembagaan-persekutuan&catid=13%3Amaklumat-kenegaraan&Itemid=20http://amanipunyu.blogspot.com/2010/10/perlembagaan.html
  53. 53. 5.0 LAPORAN ARTIKEL (INDIVIDU )5.1 MOHD AIDIL BIN OTHMAN ( Malaysia Model Masyarakat Majmuk )5.2 MOHD AZRI BIN MOHD IDRIS ( Dasar Ekonomi Baru Dan Implikasi Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia)5.3 NOR HIDAYAHNE BINTI JAMIL ( Atasi Polemik Hubungan Etnik)5.4 NORANIS LYANA BINTI ZAMBERY (Perpaduan Dan Perdamaian Etnik )
  54. 54. 5.1.1 MOHD AIDIL BIN OTHMAN ( Malaysia Model Masyarakat Majmuk ) Pada pendapat saya berdasarkan artikel “ Malaysia model masyarakat majmuk “ialah perpaduan dalam sesebuah negara itu merupakan perkara penting dalammembina masyarakat majmuk yang harmoni. Berdasarkan analisis lanjut sayamengenai artikel ini, masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagaisebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaumdi seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsayang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut J. S. Furnivall dalambukunya Natherlands India, masyarakat majmuk merupakan suatu masyarakat yangmengandungi berbagai seksi komuniti yang tinggal bersebelahan tetapi berasingandalam unit politik yang sama. Secara jelasnya, mereka yang berlainan budaya danidentiti hidup bersama dalam sesebuah kawasan. Pada pendapat saya juga, dalam memahami intipati masyarakat majmuk yangmenumpukan semenanjung Malaysia sahaja, perkara yang akan dibincangkanpertamanya ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat majmuk sekaligusmembentuk struktur sosioekonomi dan kemajmukan demografi kebudayaanberbilang ras. Keduanya tentang ciri-ciri demografi dan sosioekonomi utamamasyarakat tersebut. Perkara terakhir sekali yang akan dibincangkan berkenaandengan langkah oleh kerajaan untuk mencapai perpaduan dalam masyarakatmajmuk. Saya juga memperolehi maklumat tambahan semasa menganalisis artikel iniiaitu kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa erakegemilangan Melaka lagi. Walau bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak dapatdigerak menyusuri istilah mayarakat majmuk. Penggunaan istilah masyarakatmajmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18 dengan adanyaperanan pihak British. Tegasnya, pihak British yang menjadi elemen utama yangmembawa perubahan identiti Negeri-negeri bersekutu. Hal ini sememangnya suatuyang realiti dengan merujuk kembali perkembangan ekonomi NNM sepanjangpenguasaan British. Sepanjang tempoh 1786-1914 merupakan tempoh yang palingpenting dalam menentukan kewujudan istilah masyarakat majmuk.
  55. 55. Masyarakat majmuk di Malaysia secara keseluruhannya hidup bersamanamun tidak bercampur. Ini jelas dibuktikan dengan beberapa fakta yang diterangkansebelum ini. Dalam melihat perkembangan masyarakat majmuk di Malaysia jugadapat dirumuskan dengan melihat kepada tiga tempoh yang berbeza. Pertamanya,zaman penjajahan British. Didapati ketiga-tiga kaum langsung tidak berinteraksi.Boleh ditegaskan Tanah Melayu milik orang Melayu, ekonomi kormesial pula milikorang Cina dan India sementara politik milik British. Yang nyatanya orang Melayuketinggalan. Sehinggakan orang luar (juga merujuk pada penjajah British)beranggapan orang Melayu sebagai pemalas. Sebenarnya terdapat beberapa faktoryang menjadikan orang Melayu tidak terlibat dengan ekonomi kormesial. Salah satusebabnya adalah British sendiri dengan dasarnya yang menekan penduduk asal. Berdasarkan pengetahuan sejarah semasa saya juga telah dapatmerumuskan bahawa tempoh yang kedua pula merujuk pada era menujukemerdekaan. Dalam hal ini dapat dilihat terdapat hubungan antara kaum. Melayudengan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Cina dengan Persatuan CinaMalaya (MCA) dan India dengan Kongres India Se-Malaya (MIC) membentuk partipolitik yang berteraskan kaum masing-masing namun berada di bawah satu payungiaitu Parti Perikatan. Hasil daripada kerjasama antara kaum ini membolehkan Britishbersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1957. Sebelumkemerdekaan, peristiwa darurat telah berlaku selepas tempoh penjajahan Jepunpada 1948 sehingga 1960 yang melibatkan Parti Komunis Malaya. Dalam tempoh inijuga hubungan antara orang Melayu dengan Cina kembali tergugat. Peringkat yang terakhir adalah zaman selepas kemerdekaan yang merujukzaman selepas 1969. Masih lagi terdapat jurang dalam pelbagai bentuk yang bukansahaja dari segi ekonomi. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah merangkabeberapa strategi yang boleh mewujudkan keadaan yang aman damai yangmenepati makna sebenar masyarakat majmuk. Namun ianya masih lagi tidakmencapai matlamat perpaduan. Masing-masing berusaha mengekalkan identitisendiri dan enggan menerima asimilasi dari budaya lain. Sekitar tahun 1965, penggunaan Malaysian Malaysia telah mula digunakannamun ia tidak begitu diterima pakai. Berlainan pada masa kini dimana ia menjadisalah satu matlamat kerajaan dalam memastikan kesepaduan masyarakat iaitu
  56. 56. dikenali sebagai Bangsa Melayu. Dalam pada itu, kerajaan juga telah menggariskansatu ikrar dan rukun negara yang menyebut berkenaan dengan pengutamaanperpaduan malah boleh juga sebagai ingatan bagi rakyat Malaysia bermula diperingkat bawahan lagi. Berdasarkan konteks masayarakat majmuk pada tahun 2011 ini, saya melihatdan berpendapat bahawa terdapat cabaran kewujudan masyarakat majmuk diMalaysia antaranya adalah menafikan agama Islam sebagai agama rasmi negara.Walaupun Malaysia sering dipuji dan digembar-gemburkan oleh dunia bahawamempunyai kestabilan politik kerana dapat mentadbir mempunyai satu komunitimasyarakat majmuk yang pelbagai, tetapi akhir-akhir ini keutuhan kenyataan itunampak goyah. Hal ini demikian kerana, sejak kebelakangan ini kedudukan Islamsebagai agama rasmi negara bukan sahaja telah dipertikaikan tetapi digugat olehpelbagai kumpulan dan pertubuhan bukan Islam yang membuat pelbagai tuntutanserta tafsiran yang tidak munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan. Di antarahujah yang digunakan untuk menyokong tuntutan mereka ialah bahawa Islam tidakpernah dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi di dalam PerlembagaanPersekutuan. Sebenarnya di dalam Perlembagaan ada dinyatakan bahawa Islam adalahagama negara atau state religion iaitu merujuk kepada negara Malaysia. Apabiladisebut tentang agama negara maka secara dasarnya ia boleh difahami sebagaiagama rasmi bagi Malaysia bukannya agama rasmi yang dianuti oleh rakyat negaraini. Tambahan pula, Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pengamalanagama-agama lain di mana rakyat negara ini mempunyai kebebasan untukmengamalkan agama masing-masing. . Pertikaian ini adalah tidak wajar sekalikerana majoriti penduduk Malaysia menganuti Islam. Agama Islam sudah berakarumbi dalam masyarakat sudah ratusan tahun dahulu. Keadaan ini menunjukkanbahawa pelbagai komuniti masyarakat di Malaysia sudah berani untukmempersoalkan perlembagaan negara seterusnya akan pasti menggugatkankeselamatan dan kedaulatan negara Sekiranya usaha untuk mempertikaikan dan tindakan mengubah status agamaIslam tidak dihentikan segera ia dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian kaum dikalangan penduduk negara ini yang sudah terjalin buat sekian lamanya.
  57. 57. Cabaran yang kedua ialah daripada segi pendidikan . Seperti yang kita sediamaklum bahawa sistem pendidikan negara kita adalah berdasarkan sistemmeritokrasi. Ini akan mewujudkan keadaan persaingan yang sihat di kalangan pelajarBumiputera dan bukan Bumiputera. Malah pendidikan juga dilihat sebagai wadahyang boleh merapatkan jurang antara kaum dalam sebuah negara yang memilikimasyarakat majmuk seperti Negara ini. Namun begitu, keadaan sebaliknya telah berlaku. Misalnya, statistikpencapaian di Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia pada 1998menunjukkan prestasi pelajar Bumiputera peringkat ijazah pertama yang mendapatKelas Pertama hanya sekitar 2.9 peratus berbanding bukan Bumiputera (17.2peratus). Malah, keluaran Burniputera yang dikatakan cream of the cream yangberjaya mendapat Kelas Pertama pada 1998 hanya 3.4 peratus berbanding 33.3peratus bukan Bumiputera. Pencapaian pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil TinggiPersekolahan Malaysia juga menunjukkan trend yang serupa, terutama bagi subjeksains dan matematik. Pada 1998, hanya 2.6 peratus pelajar Bumiputera mendapat Aldan Al bagi subjek Fizik dalam peperiksaan SPM berbanding 17.3 peratus pelajarbukan Bumiputera. Begitu juga bagi subjek Matematik Tambahan, 6.7 peratuspelajar Bumiputera mendapat Al dan A2 berbanding 36.4 peratus bukan Bumiputera. Cabaran seterusnya, kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimiskaum dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negarakerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar bataskemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. Selain daripada itu, terdapatjuga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu ekonomi dan sosial politik negarauntuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti politik dan badan bukankerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini secara sahatau haram juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian negara. Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah danmenghuru-harakan keselamatan negara. Selain daripada itu, ancaman juga bolehdatang daripada kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen penting kerajaan sepertipasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan sijil lahir. Senario ini amatmerbahaya dan ditangani dengan sebijak mungkin. Selain daripada ancaman dari
  58. 58. dalam negara kita juga mesti berwaspada dengan ancaman yang hadir dari luarseperti aktiviti pengintipan dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia dari kacamata kuasa-kuasa besar. Selain itu, saya berpendapat bahwa perpaduan dapat diertikan sebagaihubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangankaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur danikhlas Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh KerajaanMalaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapaimatlamat Wawasan 2020 yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa Malaysia yangbersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama,berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dankeadilan”. Untuk mengekalkan perpaduan suatu cabaran yang sangat mencabar danmemerlukan suatu tempoh yang lama penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) telahdiilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai wahana untuk perpaduan rakyatpelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidupbermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta melahirkan rakyatyang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan Negara.Hal ini demikian keranasetiap kaum dalam masyarakat mempunyai kepentingan tersendiri yang perludipertahan dan diperjuangkan seperti hak dalam pendidikan . Secara keseluruhannya, saya telah mendapat satu kesimpulan iaitu istilahmasyarakat majmuk ini terhasil kesan daripada penjajahan British. Bagi memastikankeadaan negara yang aman dan damai, perkara yang paling penting adalah aspekekonomi kerana ia menjadi isu paling sensitif. Namun dalam hal ini, sikapmasyarakat sendiri yang paling utama, perlu memahami kedudukan masing-masing.Perlu ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungansesama masyarakat, penelitian sejarah salah satu langkah yang penting. Malahanboleh menjadikan apa yangberlaku di luar negara sebagai satu ukuran erti sebenarperpaduan.
  59. 59. 5.2 MOHD AZRI BIN MOHD IDRIS ( Dasar Ekonomi Baru Dan Implikasi Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia) Ketika awal kemerdekaan, seperti yang kita tahu, Malaysia masih lagi sebuahnegara yang masih lagi tercari-cari hala tuju pembanggunan dan ekonomi, tetapisudah perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran utama seperti pembangunanekonomi, pemerintahan dan kestabilan politik, dan hubungan antara kaum. Denganwujudnya semua cabaran ini maka ia membawa kepada wujudnya krisis-krisisseperti isu pembangunan ekonomi di kawasan bandar dan luar bandar. Ini keranaterdapat perbezaan ketara di antara pembangunan kawasan bandar dan luar bandar.Kawasan bandar yang dimonopoli oleh kaum Cina mendapat agihan pembangunanyang lebih baik dan tersusun berbanding dengan kawasan kampung yang manamajoriti didiami oleh masyarakat Melayu dan India. Krisis hubungan kaum ketika ituberada dalam keadaan yang membimbangkan. Maka, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan pada tahun 1971 olehPerdana Menteri Tun Abdul Razak Dato Hussein. Matlamat kewujudan DEB iniadalah untuk mencapai perpaduan Negara. Selain itu DEB juga diwujudkan untukmembasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan menyusunsemula masyarakat selepas berlakunya tragedi berdarah iaitu 13 Mei 1969 dimanaperistiwa ini berlaku akibat krisis hubungan kaum yang terjadi kerana agihanpembanggunan yang tidak sekata antara setiap kaum. Jika kita lihat pada zaman pemerintahan Inggeris dahulu, mereka telahmewujudkan dasar pecah dan perintah dimana telah mengeruhkan perpaduanmasyarakat di Tanah Melayu pada masa itu. Pengelasan kaum mengikut pekerjaandan sistem pelajaran yang berbeza menjadikan tidak berlaku interaksi sosial antarapenduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 kelompok utama iaitu bangsaMelayu, Cina dan India. Melalui dasar inilah berlakunya agihan pembanggunan yangtidak sekata seperti, orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandardan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandardan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih

×