SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
PENGAJIAN MALAYSIA
                (MPW 2133)


SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA DAN AMERIKA
                 SYARIKAT




                NAMA PELAJAR:
      SEVERINUS GOSUIN (UBM4-03/10-00236)
NUR ELVEANA BTE BASIR@BASRI (UBM4-05/10-00135)
              NAMA PENSYARAH:
            SUHAIMI BINTI KHAMIS




     KOLEJ UNIVERSITI LINTON
             OKTOBER 2011
-2-




                            KANDUNGAN

                                        Halaman

1. Pengenalan                             3
2. Perbincangan
   2.1. Latar Belakang                    4-5
   2.2. Badan Perundangan                 6-7
   2.3. Badan Kehakiman                       8
   2.4. Badan Eksekutif                   9-11
3. Kesimpulan                              12

Bibliografi                                   13

Lampiran 1

Lampiran 2

Lampiran 3
-3-


PENGENALAN

Negara merupakan suatu daerah atau wilayah yang mempunyai pemerintahan untuk mengatur
ekonomi, politik, sosial, budaya, pertahanan, keselamatan, keamanan dan sebagainya. Sebuah
negara turut mempunyai unsur-unsur seperti wilayah, rakyat, pemerintah yang berdaulat serta
diiktiraf oleh negara lain dan memakmurkan rakyat secara umum dari segi ekonomi dan
sosial, mempertahankan keamanan negara, menegakkan keadilan berdasarkan undang-
undang yang telah digubal. Bagi Malaysia dan Amerika Syarikat mementingkan sistem
pemerintahan yang boleh ditadbir mengikut cara tersendiri. Melaui sistem ini juga terdapat
perbezaan antara sistem pemerintahan di Malaysia dan Amerika Syarikat walaupun tidak
dinafikan mempunyai persaman pada beberapa bahagian atau sebahagian besar dalam sistem
pemerintahan di antara dua negara tersebut. Di Malaysia mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen dibawah pentadbiran Raja Berperlembagaan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong sebagai ketua negara. Manakala bagi Amerika Syarikat pula mengamalkan
sistem Demokrasi Berpresiden dimana presiden akan menjadi ketua negara dan ketua
kerajaan serta menjalankan kuasa politik.
-4-


Undang-undang dan perlembagaan persekutuan

Perlembagaan merupakan induk kepada undang-undang dalam sesebuah negara yang
merangkumi keseluruhan sistem kerajaan dan badan pemerintah sesebuah negara.
Perlembagaan juga menghimpun kaedah-kaedah yang mengawal, menubuh dan menguasai
badan-badan kerajaan negara tersebut. Malaysia dan Amerika Syarikat mengamalkan
undang-undang bertulis, iaitu perlembagaan Malaysia berdasarkan perlembagaan yang dibuat
pada tahun Februari hingga julai 1957 sebelum dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957.
Perlembagaan ini turut dilaksanakan di Sabah dan Sarawak sekitar 12 September 1963dan
Sabah pada 16 September 1963 yang hanya disambut oleh kedua-kedua negeri ini sahaja.
Manakala bagi seluruh negara pula menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun.
Dari aspek undang-undang pula badan perundangan Malaysia boleh membuat undang-
undang berkenaan dengan perkara-perkara negeri jika negeri tersebut bersetuju. Selain itu
semua undang-undang di Malaysia dibuat di Dewan Negara dan di Dewan Negeri. Menteri-
menteri turut boleh mengusulkan untuk membuat sesuatu rang undang-undang kecuali rang
undang-undang yang berkaitan dengan kewangan. Semua rang undang-undang dimulakan di
Dewan Rakyat dan rang undang-undang boleh diedarkan dalam parlimen oleh menteri
kerajan. Ahli parlimen boleh mengedarkan rang undang-indang sendiri tetapi ahli parlimen
tidak boleh mengedarkan rang undang-undang yang berkaitan dengan kewangan melainkan ia
adalah menteri kewangan.



Bagi negara malaysia sesuatu rang undang-undang dibaca sebanyak tiga kali iaitu bacaan
pertama hanya dibaca secari ringkas. Bacaan kedua pula, rang undang-undang tersebut
dibincangkan dengan teliti serta peringkat ini adalah sangat penting dalam perlaksanaan
sesuatu undang-undang negara Malaysia. Manakala bacaan kali ketiga pula adalah sebagai
makluman kepada ahli Dewan Rakyat tentang perbincangan jawatankuasa dan menteri yang
berkenaan meminta agar undang-undang ini diluluskan. Setelah undang-undang ini
diluluskan oleh Dewan Rakyat maka ia akan dibahaskan. Apabila kedua-dua peringkat
tersebut meluluskan akhirnya undang-undang tersebut akan diusulkan kepada Yang
DiPertuan Agong untuk diperkenankan. Apabila rang undang-undang diperkenankankan
maka ia akan menjadi undang-undang. Namun tetapi jika tidak ada cadangan supaya undang-
undang itu dilaksanakan dengan serta merta satu tarikh akan ditentukan bagi
melaksanakannya . Namun , kerajaan hendaklah mewartakan sesuatu rang undang-undang itu
kepada umum untuk tatapan umum ini adalah kerana membuat siaran dalam warta
-5-


merupakan suatu tindakan yang perlu dari segi undang-undang sebelum suatu undang-undang
itu berjalan dan berkuatkuasa. Mengikut perlembagaan Malaysia sesuatu akta parlimen tidak
berkuatkuasa sehingga ia telah disiarkan. Tetapi jika rang undang-undang tersebuat tidak
diperkenan oleh Yang DiPertuan Agong dalam tempoh 30 hari maka undang-undang itu akan
dianggap sebagai telah diperkenankan oleh baginda .
Bagi Amerika Syarikat pula berdasarkan perlembagaan yang dibuat pada tahun 1787 dan
disusun sebelum dikuatkuasakan pada tahun 1789. Perlembagaan ini harus diikuti oleh semua
sistem pemerintahan Amerika Syarikat dan rakyatnya agar pelaksanaan pentadbiran dan
peraturan dapat dilaksanakan tanpa gangguan. Dari segi undang-undang pula pengubalannya
hamper sama dengan Malaysia yang mana ia dibincangkan di kalangan para perwakilan
kongres.   Kelulusan undang-undang hanya        boleh didapati   setelah presiden telah
menandatangani sesuatu akta serta presiden juga boleh menolak undang-undang dengan tidak
menandatanganinya selama sepuluh hari masa bekerja.
-6-


BADAN-BADAN KERAJAAN
Sistem pemerintahan Malaysia terbahagi kepada tiga badan iaitu Badan Perundangan, Badan
Pemerintah dan Badan Kehakiman. Manakala bagi Amerika Syarikat pula sistem
pemerintahan adalah hampir sama dengan sistem pemerintahan negara Malaysia,
perbezaannya cuma terdapat pada sistem pengasingan kuasanya yang mana negara Malaysia
tidak ada satu badan pun yang terlibat antara satu sama lain. Badan Perundangan Amerika
Syarikat pula terdiri daripada Dewan Senat dan Dewan Perwakilan manakala bagi negara
Malaysia pula hanya Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
BADAN PERUNDANGAN
Badan perundangan ialah sejenis majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa
untuk menggubal, meminda dan meratifikasi undang-undang. Ia dikenali dengan banyak
nama, dengan yang paling umum merupakan parlimen dan kongres, walaupun istilah-istilah
itu juga membawa pengertian yang lebih khusus. Dalam sistem berparlimen, badan
perundangan ialah badan yang tertinggi dan yang melantik cabang eksekutif. Sebaliknya,
dalam sistem berpresiden, badan perundangan dianggap sebagai cabang tersendiri yang
kuasanya sama sahaja dengan cabang eksekutif. Selain daripada menggubal undang-undang,
badan perundangan biasanya mempunyai kuasa tersendiri untuk menaikkan cukai dan
menerapkan belanjawan serta rang undang-undang wang yang lain. Kebenaran dewan
perundangan juga biasanya diperlukan sebelum mengikat perjanjian perdamaian atau
mengisytiharkan perang.
Bagi negara malaysia Badan Perundangan bertanggungjawab untuk membuat undang-undang
dan badan pemerintah ini tidak boleh mempunyai kuasa lain atau menyerahkan kuasanya
kepada badan-badan pemerintah yang lain. Badan Perundangan Malaysia memiliki kuasa
untuk menggubal undang-undang perseketuan dan juga negeri-negeri didalamnya. Parlimen
terdiri daripada Yang DiPertuan Agong (YDPA), Dewan Negara yang dianggotai oleh ahli-
ahli yang dipilih oleh majlis perundangan negeri dan ahli-ahli yang dilantik oleh Yang
DiPertuan Agong mengikut nasihat Perdana Menteri. Majlis perundangan negeri akan
memilih dua orang daripada ahlinya untuk menjadi ahli Dewan Negara. Yang DiPertuan
Agong (YDPA) pula akan melantik dua orang wakil dari wilayah persekutuan Kuala Lumpur
dan seorang bagi wilayah persekutuan Labuan. Pemilihan 40 orang pula adalah mereka yang
ternama dan telah membuat jasa cemerlang. Ketua Dewan Negara ialah yang dipertua
Speaker yang dipilih daripada ahli-ahli Dewan Negara. Selain Dewan Negara terdapat satu
lagi Dewan iaitu Dewan Rakyat. Ketua Dewan Rakyat ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat
dan tidak semestinya daripada ahli Dewan Rakyat . Dewan Rakyat adalah ahli-ahli parti yang
-7-


telah menang dalam pilihanraya yang diadakan iaitu pilihan raya peringkat Dewan Undangan
negeri (DUN) dan Parlimen. Perdana Menteri sendiri hendaklah menjadi ahli Dewan Rakyat.
Peranan utama kedua-dua dewan ini adalah untuk membuat undang-undang kecuali rang
undang-undang kewangan, semua rang undang-undang yang lain boleh dimulakan di dewan
rakyat atau di dewan negara tetapi pada masa ini, semua rang undang-undang dimulakan di
Dewan Rakyat.
Bagi Amerika Syarikat pula Badan Perundangan di Amerika Syarikat terbahagi kepada dua
dewan iaitu Dewan Perwakilan dan Dewan Senat yang telah diwartakan dalam Artikel 1
dalam perlembagaan US. Kedua –dua dewan ni membuat undang-undang dengan pelbagai
proses. Badan perundangan di Amerika Syarikat dipanggil sebagai Kongres. Ahli –ahli
dewan senat juga dipanggil sebagai Senator dan memegang jawatan selama 6 tahun sahaja.
Ahli-ahli dewan senat adalah 100 orang iaitu mewakili 2 orang bagi setiap satu negeri
bermakna ada 50 negeri di Amerika Syarikat. Manakala bagi Dewan perwakilan pula
mempunyai jangka masa selama 2 tahun dan bukan mengikut negeri tetapi mengikut bilangan
penduduk dalam negeri,oleh itu jika bilangan orang banyak maka bilangan ahli juga ramai
yang mewakili bagi sebuah negeri. jumlah bilangan perwakilan juga ditetapkan sebanyak
435 oleh Akta Reapportasi 1929, walaupun Kongres mempunyai authoriti untuk mengubah
nombor berkenaan. Kedua-dua dewan ini membuat undang-undang dan mempunyai peranan
masing-masing dalam pentadbiran dan pemerintahan Amerika Syarikat.
-8-


BADAN KEHAKIMAN

Dalam badan kehakiman di Malaysia, parlimen ialah kuasa tertinggi kerana kuasa
perundangan terletak ditangan parlimen. Ini bermakna parlimen boleh menukar perlembagaan
jika sekiranya parlimen menghendaki. Antara mahkamah yang terdapat di Malaysia ialah,
Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah rendah pula
dibahagi kepada Mahkamah syesyen, Mahkamah Majistret kelas satu dan kelas dua,
Mahkamah Juvana untuk remaja bawah 18 tahun yang melakukan jenayah, mahkamah anak
negeri atau dipanggil juga Mahkamah penghulu, Mahkamah Syariah tentang sistem
perundangan Islam. Selain itu terdapat juga badan-badan yang berkaitan dengan undang-
undang seperti, Jabatan Peguam Negara, Biro Bantuan Guaman yang bertindak sebagai
membantu mereka yang tidak mampu mendapatkan peguambela, Jabatan harta dan pegawai
penerima yang mengendalikan harta orang-orang yang diistiharkan muflis dan Jabatan
pemegang amanah raya dan pentadbir pusaka yang berkaitan dengan memegang amanah
harta pusaka bagi orang yang telah meninggal dunia.


Bagi kedua-dua negara, seseorang Hakim tidak boleh diberhentikan kecuali dengan alasan
tidak berkelakuan baik ataupun tidak dapat menjalankan kerja kerana uzur atau fikirannya
tidak sihat. Ini membuktikan bahawa di Malaysia dan Amerika kebebasan kehakiman adalah
terjamin serta seseorang Hakim itu tidak mempunyai satu jangka masa yang khusus untuk
menjadi Hakim. Di Malaysia perlantikan seseorang Hakim itu dilakukan oleh Yang
DiPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berbincang dengan Ketua Hakim
Negara.
-9-




BADAN EKSEKUTIF
Di Malaysia Yang DiPertuan Agong adalah lambang kedaulatan negara namun Yang
DiPertuan Agong bukanlah badan eksekutif walaupun ketua pemerintahan negara Malaysia
adalah Yang DiPertuan Agong tetapi yang menjalankan kuasa eksekutif dan pentadbiran
negara adalah ahli eksekutif yang terdiri daripada perdana menteri dan Jemaah menteri. Oleh
itu Yang DiPertuan Agong akan menjalankan kuasa pemerintahan mengikut nasihat Jemaah
menteri. Pelantikan Jemaah menteri Yang DiPertuan Agong dalam menjalankan tugas-
tugasnya. Jemaah menteri atau kabinet di Malaysia terdiri daripada perdana menteri yang
akan mengetuai Jemaah menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri lain dalam
kabinet. Yang DiPertuan Agong turut mempunyai kuasa mengikut budi bicaranya sendiri
mengikut perkara 40 (2) dalam perlembagaan Malaysia iaitu melantik perdana menteri,
meminta agar satu mesyuarat majlis raja-raja di adakan dan tidak mempersetujui permintaan
pembubaran parlimen. Yang Dipertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk membuat
pelantikan hli Dewan Negara seramai 40 orang dan tiga orang dari Wilayah persekutuan.
Yang DiPeertuan Agong turut boleh melantik Setiausaha Parlimen sebagai ketua pentadbir di
parlimen yang juga menjadi Setiausaha Dewan Rakyat. Perlantikan ini adalah berdasarkan
nasihat daripada Perdana Menteri.
Selain itu, Yang DiPertuan Agong boleh melantik Hakim Mahkamah Tinggi atas nasihat
Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Sebelum perdana menteri
memberi nasihat kepada Yang DiPertuan Agong tentang pelantikan Hakim Mahkamah
Tinggi, Perdana Menteri hendaklah membincangkan lantikan itu terlebih dahulu kepada
dengan Ketua Hakim Negara dan hakim Besar kecuali pelantikan hakim besar. Yang
DiPertuan Agong juga merupakan panglima tentra bagi negara Malaysia. Dari aspek kuasa
pengampunan pula Yang Dipertuan Agong pula mempunyai kuasa pengampun tetapi tidaklah
sebesar kuasa Presiden kerana kuasa pengampunnya adalah berdasarkan nasihat Perdana
Menteri Malaysia dan Jemaah menteri yang lain setelah berbincang dengan Ketua Hakim
Negara dan Majlis Raja-Raja. Namun ini bukan bermakna Yang Dipertuan Agong tidak
boleh mengampun dengan tanpaa nasihat Jemaah menteri. Ia selalu dilakukan pada masa Hari
Pertabalannya yang juga dikenali sebagai Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong. Selain itu Yang DiPertuan Agong akan memegang kuasa selama 5 tahun
sahaja. Selepas itu ia akan digantikan oleh Sultan yang lain mengikut susunan nama Majlis
Raja-Raja. Perdana Menteri Malaysia pula tidak mempunyai satu jangka masa yang tetap ia
berdasarkan kemenangan partinya dalam pilihan raya dan ia boleh memerintah selama mana
- 10 -


yang ia kehendaki. Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan atau peralihan dasar yang
ada dan menyebabkan dasar tidak dapat diteruskan sekiranya terdapat pertukaran Perdana
Menteri yang kerap.


Badan Eksekutif di Amerika Syarikat pula Presiden adalah ketua eksekutif dan kuasanya
adalah berdasarkan kuasa Veto yang diberikan kepadanya oleh perlembagaan amerika
syarikat iaitu kuasa eksekutif menjalankan pemerintahan di Amerika Syarikat dan
memastikan undang-undang dalam perlembagaan digunakan dengan sebaik mungkin seperti
apa yang dilaksanakan oleh Presiden Eisenhower antara tahun 1957-1960 tentang Akta Hak
Asasi.

Kongres dan kabinet

Kabinet di Amerika Syarikat tidak mempunyai banyak kuasa . Ini adalah kerana yang banyak
kuasa adalah Kongres . Presiden sebagai ketua Kabinet, walaupun presiden mempunyai kuasa
veto untuk membatalkan undang-undang yang telah diluluskan oleh Kongres, tetapi dengan
undi dua pertiga ahli-ahli Kongres akan menyebabkan Kongres mengatasi kuasa veto yang
ada pada Presiden. Malah Kongres mempunyai kuasa pendakwaan terhadap sesiapa sahaja
pemimpin yang berasalah, termasuk presiden sendiri. Ini dapat dilihat apabila Presiden
Andrew Johnson pernah didakwa oleh Dewan Perwakilan kerana dasar beliau yang
bekerjasama dengan bekas kakitangan negeri-negeri bagi kepentingan politiknya . Presiden
Nixon telah disiasat dan diminta meletakkan jawatan kerana Skandal „watergate‟. Ahli-ahli
Kongres diberikan kebebasan untuk mengemukakan sebarang kenyataan dalam perbahasan
yang diadakan. Mereka tidak boleh ditangkap, kecuali kenyataan mereka boleh mengancam
keamanan dan keselamatan negara. Meskipun demikian, Mahkamah Agung mempunyai
kuasa untuk menyoal Kongres atas dakwaan menerima rasuah ataupun terlibat dalam
penyelewengan semasa pilihanraya. Kongres juga mempunyai kuasa untuk menyingkirkan
ahli Kongres jika tindakan ahli itu kurang berdisiplin dan meragukan. Ini boleh dilakukan
dengan mendapat undi majoriti dua pertiga daripada Kongres .

    Kongres adalah sama seperti badan perundangan diMalaysia iaitu ialah yang membuat
undang-undang tetapi Kongres yang meluluskan undang-undang tidak berdasarkan parti. Ini
kerana kongres adalah badan yang berasingan daripada institusi presiden .      Walaupun
Presiden merupakan ketua perundangan, tetapi Kongres mempunyai kuasa untuk menolak
ataupun menerima sebarang cadangan yang dibawa oleh Presiden . Semua kuasa dipusatkan
- 11 -


di tangan Kongres.    Kongres dalam perlembagaan Amerika Syarikat mempunyai kuasa
khusus iaitu, enam fasal menumpukan soal-soal kewangan dan perdagangan, tujuh fasal pula
tentang hal-hal yang berkaitan tentang pertahanan negara . Kuasa mengawal dan menentukan
kewangan merupakan salah satu fungsi paling lama dan penting dalam Kongres. Kepentingan
kewangan inilah yang menyebabkan revolusi Amerika Syarikat bercogankatakan “ tiada
cukai tanpa Perwakilan” . Kongres mempunyai kuasa penuh dalam menentukan jumlah
perbelanjaan dan jumlah wang yang diperlukan oleh Presiden dan kerajaannya. Ini semata-
mata untyuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa eksekutif oleh Presiden .
Kongres juga boleh mempengaruhi rakyat dengan menyampaikan isu-isu kepada rakyat .
Seperti penyiasatan keatas Presiden Nixon pada 1973 berhubung skandal “watergate” dan
skandal “irongate” semasa pemerintahan Ronald Reagan.

    Menurut perlembagaan Amerika Syarikat artikel pertama dan tiga, ahli-ahli dewan diberi
kuasa untuk memilih Speaker dan pegawai lain untuik mengetuai dewan tersebut. Speaker ini
dipilih oleh majoriti ahli dewan dalam masa permulaan satu-satu sidang Kongres . Speaker
adalah ketua dewan bagi Dewan Perwakilan manakala di Malaysia, speaker terdiri daripada
orang yang berkecuali dan tidak menganggotai mana-mana parti politik . Di Amerika Dewan
Senat dan Dewan Perwakilan mempunyai peranan masing-masing sebagai sebuah badan
perundangan dan mereka ini mempunyai pegangan masngmasing dalam pentadbiran negara
Amerika.

Dalam pentadbiran negara Amerika Syarikat, teori pengasingan kuasa diterima sepenuhnya
kerana ia dianggap sebagai salah satu ciri-ciri demokrasi yang perlu dijalankan. Pengasingan
kuasa yang dijalankan menurut para falsafah, ia mendukung ciri-ciri demokrasi selaras
dengan dasar yang dijalankan di Amerika Syarikat. Selain daripada itu, dikatakan teori
pengasingan kuasa ini menyokong penuh liberalisme di Amerika Syarikat. Oleh itu, dalam
Negara yang mengamalkan demokrasi dan pengasingan kuasa pasti mengamalkan budaya
liberalisme secara tidak langsung agar faktor-faktor tertentu terpelihara. Penduduk dan rakyat
di Amerika Syarikat lebih mementingkan hak kebebasan individu. Oleh itu, para pemimpin
US juga haruslah sentiasa peka akan rakyat yang sentiasa menuntut hak kebebasan dan hak
asasi manusia yang dijunjung tinggi sekian lamanya di US.
- 12 -


KESIMPULAN

Kesimpulannya setiap negara mempunyai sistem pentadbiran dan pemerintahan yang
tersendiri. Melalui sistem ini pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara akan menjadi
lancar. Dalam perbincangan ini kami mendapati terdapat perbezaan sistem pentadbiran dan
pemerintahan antara Malaysia dan Amerika Syarikat terutama sekali dalam aspek undang-
undang dan perlembagaan persekutuan yang mana Malaysia berlandaskan perlembagaan
yang dibuat pada tahun Februari hingga Julai 1957 dan dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957.
Manakala bagi negara Amerika Syarikat pula berdasarkan perlembagaan yang dibuat pada
tahun 1787 dan disusun sebelum dikuatkuasakan pada tahun 1789. Selain itu terdapat
perbezaan pada badan-badan kerajaan seperti badan perundangan, badan eksekutif, dan badan
kehakiman yang mempunyai peranan yang penting dalam sistem pentadbiran dan
pemerintahan dalam sesebuah negara. Dalam perbincangan ini juga kami dapat memahami
peranan badan-badan kerajaan bagi kedua-dua negara dimana kedua-dua negara
mengamalkan sistem yang berlainan namun mempunyai fungsi dan peranan yang hampir
sama.
- 13 -


BIBLIOGRAFI

Internet

Madzani@SaidieNusa, Jabatan Sejarah ,Universiti Malaya Kuala Lumpur.(30 Nov1997).
PERBANDINGAN PEMERINTAHAN MALAYSIA DAN AMERIKA SYARIKAT.
http://www.angelfire.com/ms/Msaidi/page1.html (last accessed: 7 Oct 2011)



Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.( 2 Julai 2011).Badan perundangan .
http://ms.wikipedia.org/wiki/Badan_perundangan (last accessed: 31 oktober 2011)

Daripda Wikipedia,ensikplodia bebas (14 September 2011). Politik Amerika Syarikat
http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik_Amerika_Syarikat#Cabang_eksekutif (30 oktober 2011)



Blog

SISTEM DOKTRIN PENGASINGAN KUASA PEMERINTAHAN AMERIKA SYARIKAT DAN
MALAYSIA. (10 march 2010) http://eddysafbree.blogspot.com/2010/03/sistem-doktrin-
pengasingan-kuasa.html (28 oktober 2011)

More Related Content

What's hot

PENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIAN
PENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIANPENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIAN
PENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIANevelyn_01
 
Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara munnianwar
 
Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal
Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar FiskalKeseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal
Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar FiskalAllan Nacha
 
Bab 6 Tadbir Urus
Bab 6 Tadbir UrusBab 6 Tadbir Urus
Bab 6 Tadbir Urusnasywah79
 
STPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWEL
STPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWELSTPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWEL
STPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWELnasywah79
 
Pengajian Am Suruhanjaya
Pengajian Am SuruhanjayaPengajian Am Suruhanjaya
Pengajian Am Suruhanjayadamiamaysa
 
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sejBab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sejDhani Ahmad
 
Pengajian Am Semester 1: Negara berdaulat
Pengajian Am Semester 1: Negara berdaulatPengajian Am Semester 1: Negara berdaulat
Pengajian Am Semester 1: Negara berdaulatEmily May
 
Sekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsaSekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsaRodiyah Sulaiman
 
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Chuah Chye
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysiaNur Az
 
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah MelayuHUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah MelayuAzrul Amry
 
Isi ~ isi perjanjian malaysia 1963 & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Isi ~ isi  perjanjian malaysia 1963  & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}Isi ~ isi  perjanjian malaysia 1963  & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Isi ~ isi perjanjian malaysia 1963 & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}Nurul Atikah
 
Nota ringkas pengajian am penggal 1
Nota ringkas pengajian am penggal 1Nota ringkas pengajian am penggal 1
Nota ringkas pengajian am penggal 1JANGAN TENGOK
 
Demokrasi dan plihanraya-pengajian Am
Demokrasi dan plihanraya-pengajian AmDemokrasi dan plihanraya-pengajian Am
Demokrasi dan plihanraya-pengajian AmNoraZiemah AZman
 
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIAMPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIAMarzuq Ismail
 
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 

What's hot (20)

PENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIAN
PENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIANPENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIAN
PENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIAN
 
Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara
 
Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal
Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar FiskalKeseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal
Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal
 
Bab 6 Tadbir Urus
Bab 6 Tadbir UrusBab 6 Tadbir Urus
Bab 6 Tadbir Urus
 
STPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWEL
STPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWELSTPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWEL
STPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWEL
 
Pengajian Am Suruhanjaya
Pengajian Am SuruhanjayaPengajian Am Suruhanjaya
Pengajian Am Suruhanjaya
 
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sejBab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sej
 
Pengajian Am Semester 1: Negara berdaulat
Pengajian Am Semester 1: Negara berdaulatPengajian Am Semester 1: Negara berdaulat
Pengajian Am Semester 1: Negara berdaulat
 
Sekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsaSekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsa
 
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
 
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah MelayuHUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu
 
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
 
Isi ~ isi perjanjian malaysia 1963 & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Isi ~ isi  perjanjian malaysia 1963  & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}Isi ~ isi  perjanjian malaysia 1963  & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Isi ~ isi perjanjian malaysia 1963 & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
 
Keistimewaan parlimen
Keistimewaan parlimenKeistimewaan parlimen
Keistimewaan parlimen
 
Bab 4-ting-5
Bab 4-ting-5Bab 4-ting-5
Bab 4-ting-5
 
Nota ringkas pengajian am penggal 1
Nota ringkas pengajian am penggal 1Nota ringkas pengajian am penggal 1
Nota ringkas pengajian am penggal 1
 
Demokrasi dan plihanraya-pengajian Am
Demokrasi dan plihanraya-pengajian AmDemokrasi dan plihanraya-pengajian Am
Demokrasi dan plihanraya-pengajian Am
 
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIAMPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
 
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
 

Similar to Pengajian malaysia1

8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysiaNur Az
 
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)Kamisah Madhan
 
Assignment Kenegaraan Malaysia
Assignment Kenegaraan MalaysiaAssignment Kenegaraan Malaysia
Assignment Kenegaraan Malaysiarashidahmurat92
 
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014Mohd Muzlimi Junoh
 
5 politik dan perlembagaan
5  politik dan perlembagaan5  politik dan perlembagaan
5 politik dan perlembagaanNur Az
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanShila Sim Rin
 
Perlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di MalaysiaPerlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di Malaysiafiro HAR
 
Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Suet Yet
 
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Tuisyen Geliga
 
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanSpm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanjinixa
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaNur Az
 
Perlembagaan Malaysia.pptx
Perlembagaan Malaysia.pptxPerlembagaan Malaysia.pptx
Perlembagaan Malaysia.pptxXuanHuaLai1
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaharizaish96
 
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7Zhang Ewe
 
peruntukan perlembangan persekutuan
peruntukan perlembangan persekutuanperuntukan perlembangan persekutuan
peruntukan perlembangan persekutuanDAYANGNORAYUNI1
 
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan MalaysiaPeruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan MalaysiaMiss Q
 

Similar to Pengajian malaysia1 (20)

Undang undang bertulis
Undang undang bertulisUndang undang bertulis
Undang undang bertulis
 
8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia
 
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
 
Assignment Kenegaraan Malaysia
Assignment Kenegaraan MalaysiaAssignment Kenegaraan Malaysia
Assignment Kenegaraan Malaysia
 
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
 
Kertas 3 perlis 2014
Kertas 3   perlis 2014Kertas 3   perlis 2014
Kertas 3 perlis 2014
 
5 politik dan perlembagaan
5  politik dan perlembagaan5  politik dan perlembagaan
5 politik dan perlembagaan
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur Pemerintahan
 
Perlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di MalaysiaPerlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di Malaysia
 
Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407
 
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanSpm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
 
Undanng2222222222222222
Undanng2222222222222222Undanng2222222222222222
Undanng2222222222222222
 
Perlembagaan Malaysia.pptx
Perlembagaan Malaysia.pptxPerlembagaan Malaysia.pptx
Perlembagaan Malaysia.pptx
 
Pengasingan kuasa
Pengasingan kuasaPengasingan kuasa
Pengasingan kuasa
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
 
peruntukan perlembangan persekutuan
peruntukan perlembangan persekutuanperuntukan perlembangan persekutuan
peruntukan perlembangan persekutuan
 
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan MalaysiaPeruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
 

Pengajian malaysia1

  • 1. PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 2133) SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA DAN AMERIKA SYARIKAT NAMA PELAJAR: SEVERINUS GOSUIN (UBM4-03/10-00236) NUR ELVEANA BTE BASIR@BASRI (UBM4-05/10-00135) NAMA PENSYARAH: SUHAIMI BINTI KHAMIS KOLEJ UNIVERSITI LINTON OKTOBER 2011
  • 2. -2- KANDUNGAN Halaman 1. Pengenalan 3 2. Perbincangan 2.1. Latar Belakang 4-5 2.2. Badan Perundangan 6-7 2.3. Badan Kehakiman 8 2.4. Badan Eksekutif 9-11 3. Kesimpulan 12 Bibliografi 13 Lampiran 1 Lampiran 2 Lampiran 3
  • 3. -3- PENGENALAN Negara merupakan suatu daerah atau wilayah yang mempunyai pemerintahan untuk mengatur ekonomi, politik, sosial, budaya, pertahanan, keselamatan, keamanan dan sebagainya. Sebuah negara turut mempunyai unsur-unsur seperti wilayah, rakyat, pemerintah yang berdaulat serta diiktiraf oleh negara lain dan memakmurkan rakyat secara umum dari segi ekonomi dan sosial, mempertahankan keamanan negara, menegakkan keadilan berdasarkan undang- undang yang telah digubal. Bagi Malaysia dan Amerika Syarikat mementingkan sistem pemerintahan yang boleh ditadbir mengikut cara tersendiri. Melaui sistem ini juga terdapat perbezaan antara sistem pemerintahan di Malaysia dan Amerika Syarikat walaupun tidak dinafikan mempunyai persaman pada beberapa bahagian atau sebahagian besar dalam sistem pemerintahan di antara dua negara tersebut. Di Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dibawah pentadbiran Raja Berperlembagaan oleh Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong sebagai ketua negara. Manakala bagi Amerika Syarikat pula mengamalkan sistem Demokrasi Berpresiden dimana presiden akan menjadi ketua negara dan ketua kerajaan serta menjalankan kuasa politik.
  • 4. -4- Undang-undang dan perlembagaan persekutuan Perlembagaan merupakan induk kepada undang-undang dalam sesebuah negara yang merangkumi keseluruhan sistem kerajaan dan badan pemerintah sesebuah negara. Perlembagaan juga menghimpun kaedah-kaedah yang mengawal, menubuh dan menguasai badan-badan kerajaan negara tersebut. Malaysia dan Amerika Syarikat mengamalkan undang-undang bertulis, iaitu perlembagaan Malaysia berdasarkan perlembagaan yang dibuat pada tahun Februari hingga julai 1957 sebelum dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957. Perlembagaan ini turut dilaksanakan di Sabah dan Sarawak sekitar 12 September 1963dan Sabah pada 16 September 1963 yang hanya disambut oleh kedua-kedua negeri ini sahaja. Manakala bagi seluruh negara pula menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun. Dari aspek undang-undang pula badan perundangan Malaysia boleh membuat undang- undang berkenaan dengan perkara-perkara negeri jika negeri tersebut bersetuju. Selain itu semua undang-undang di Malaysia dibuat di Dewan Negara dan di Dewan Negeri. Menteri- menteri turut boleh mengusulkan untuk membuat sesuatu rang undang-undang kecuali rang undang-undang yang berkaitan dengan kewangan. Semua rang undang-undang dimulakan di Dewan Rakyat dan rang undang-undang boleh diedarkan dalam parlimen oleh menteri kerajan. Ahli parlimen boleh mengedarkan rang undang-indang sendiri tetapi ahli parlimen tidak boleh mengedarkan rang undang-undang yang berkaitan dengan kewangan melainkan ia adalah menteri kewangan. Bagi negara malaysia sesuatu rang undang-undang dibaca sebanyak tiga kali iaitu bacaan pertama hanya dibaca secari ringkas. Bacaan kedua pula, rang undang-undang tersebut dibincangkan dengan teliti serta peringkat ini adalah sangat penting dalam perlaksanaan sesuatu undang-undang negara Malaysia. Manakala bacaan kali ketiga pula adalah sebagai makluman kepada ahli Dewan Rakyat tentang perbincangan jawatankuasa dan menteri yang berkenaan meminta agar undang-undang ini diluluskan. Setelah undang-undang ini diluluskan oleh Dewan Rakyat maka ia akan dibahaskan. Apabila kedua-dua peringkat tersebut meluluskan akhirnya undang-undang tersebut akan diusulkan kepada Yang DiPertuan Agong untuk diperkenankan. Apabila rang undang-undang diperkenankankan maka ia akan menjadi undang-undang. Namun tetapi jika tidak ada cadangan supaya undang- undang itu dilaksanakan dengan serta merta satu tarikh akan ditentukan bagi melaksanakannya . Namun , kerajaan hendaklah mewartakan sesuatu rang undang-undang itu kepada umum untuk tatapan umum ini adalah kerana membuat siaran dalam warta
  • 5. -5- merupakan suatu tindakan yang perlu dari segi undang-undang sebelum suatu undang-undang itu berjalan dan berkuatkuasa. Mengikut perlembagaan Malaysia sesuatu akta parlimen tidak berkuatkuasa sehingga ia telah disiarkan. Tetapi jika rang undang-undang tersebuat tidak diperkenan oleh Yang DiPertuan Agong dalam tempoh 30 hari maka undang-undang itu akan dianggap sebagai telah diperkenankan oleh baginda . Bagi Amerika Syarikat pula berdasarkan perlembagaan yang dibuat pada tahun 1787 dan disusun sebelum dikuatkuasakan pada tahun 1789. Perlembagaan ini harus diikuti oleh semua sistem pemerintahan Amerika Syarikat dan rakyatnya agar pelaksanaan pentadbiran dan peraturan dapat dilaksanakan tanpa gangguan. Dari segi undang-undang pula pengubalannya hamper sama dengan Malaysia yang mana ia dibincangkan di kalangan para perwakilan kongres. Kelulusan undang-undang hanya boleh didapati setelah presiden telah menandatangani sesuatu akta serta presiden juga boleh menolak undang-undang dengan tidak menandatanganinya selama sepuluh hari masa bekerja.
  • 6. -6- BADAN-BADAN KERAJAAN Sistem pemerintahan Malaysia terbahagi kepada tiga badan iaitu Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman. Manakala bagi Amerika Syarikat pula sistem pemerintahan adalah hampir sama dengan sistem pemerintahan negara Malaysia, perbezaannya cuma terdapat pada sistem pengasingan kuasanya yang mana negara Malaysia tidak ada satu badan pun yang terlibat antara satu sama lain. Badan Perundangan Amerika Syarikat pula terdiri daripada Dewan Senat dan Dewan Perwakilan manakala bagi negara Malaysia pula hanya Dewan Negara dan Dewan Rakyat. BADAN PERUNDANGAN Badan perundangan ialah sejenis majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa untuk menggubal, meminda dan meratifikasi undang-undang. Ia dikenali dengan banyak nama, dengan yang paling umum merupakan parlimen dan kongres, walaupun istilah-istilah itu juga membawa pengertian yang lebih khusus. Dalam sistem berparlimen, badan perundangan ialah badan yang tertinggi dan yang melantik cabang eksekutif. Sebaliknya, dalam sistem berpresiden, badan perundangan dianggap sebagai cabang tersendiri yang kuasanya sama sahaja dengan cabang eksekutif. Selain daripada menggubal undang-undang, badan perundangan biasanya mempunyai kuasa tersendiri untuk menaikkan cukai dan menerapkan belanjawan serta rang undang-undang wang yang lain. Kebenaran dewan perundangan juga biasanya diperlukan sebelum mengikat perjanjian perdamaian atau mengisytiharkan perang. Bagi negara malaysia Badan Perundangan bertanggungjawab untuk membuat undang-undang dan badan pemerintah ini tidak boleh mempunyai kuasa lain atau menyerahkan kuasanya kepada badan-badan pemerintah yang lain. Badan Perundangan Malaysia memiliki kuasa untuk menggubal undang-undang perseketuan dan juga negeri-negeri didalamnya. Parlimen terdiri daripada Yang DiPertuan Agong (YDPA), Dewan Negara yang dianggotai oleh ahli- ahli yang dipilih oleh majlis perundangan negeri dan ahli-ahli yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong mengikut nasihat Perdana Menteri. Majlis perundangan negeri akan memilih dua orang daripada ahlinya untuk menjadi ahli Dewan Negara. Yang DiPertuan Agong (YDPA) pula akan melantik dua orang wakil dari wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan seorang bagi wilayah persekutuan Labuan. Pemilihan 40 orang pula adalah mereka yang ternama dan telah membuat jasa cemerlang. Ketua Dewan Negara ialah yang dipertua Speaker yang dipilih daripada ahli-ahli Dewan Negara. Selain Dewan Negara terdapat satu lagi Dewan iaitu Dewan Rakyat. Ketua Dewan Rakyat ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat dan tidak semestinya daripada ahli Dewan Rakyat . Dewan Rakyat adalah ahli-ahli parti yang
  • 7. -7- telah menang dalam pilihanraya yang diadakan iaitu pilihan raya peringkat Dewan Undangan negeri (DUN) dan Parlimen. Perdana Menteri sendiri hendaklah menjadi ahli Dewan Rakyat. Peranan utama kedua-dua dewan ini adalah untuk membuat undang-undang kecuali rang undang-undang kewangan, semua rang undang-undang yang lain boleh dimulakan di dewan rakyat atau di dewan negara tetapi pada masa ini, semua rang undang-undang dimulakan di Dewan Rakyat. Bagi Amerika Syarikat pula Badan Perundangan di Amerika Syarikat terbahagi kepada dua dewan iaitu Dewan Perwakilan dan Dewan Senat yang telah diwartakan dalam Artikel 1 dalam perlembagaan US. Kedua –dua dewan ni membuat undang-undang dengan pelbagai proses. Badan perundangan di Amerika Syarikat dipanggil sebagai Kongres. Ahli –ahli dewan senat juga dipanggil sebagai Senator dan memegang jawatan selama 6 tahun sahaja. Ahli-ahli dewan senat adalah 100 orang iaitu mewakili 2 orang bagi setiap satu negeri bermakna ada 50 negeri di Amerika Syarikat. Manakala bagi Dewan perwakilan pula mempunyai jangka masa selama 2 tahun dan bukan mengikut negeri tetapi mengikut bilangan penduduk dalam negeri,oleh itu jika bilangan orang banyak maka bilangan ahli juga ramai yang mewakili bagi sebuah negeri. jumlah bilangan perwakilan juga ditetapkan sebanyak 435 oleh Akta Reapportasi 1929, walaupun Kongres mempunyai authoriti untuk mengubah nombor berkenaan. Kedua-dua dewan ini membuat undang-undang dan mempunyai peranan masing-masing dalam pentadbiran dan pemerintahan Amerika Syarikat.
  • 8. -8- BADAN KEHAKIMAN Dalam badan kehakiman di Malaysia, parlimen ialah kuasa tertinggi kerana kuasa perundangan terletak ditangan parlimen. Ini bermakna parlimen boleh menukar perlembagaan jika sekiranya parlimen menghendaki. Antara mahkamah yang terdapat di Malaysia ialah, Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah rendah pula dibahagi kepada Mahkamah syesyen, Mahkamah Majistret kelas satu dan kelas dua, Mahkamah Juvana untuk remaja bawah 18 tahun yang melakukan jenayah, mahkamah anak negeri atau dipanggil juga Mahkamah penghulu, Mahkamah Syariah tentang sistem perundangan Islam. Selain itu terdapat juga badan-badan yang berkaitan dengan undang- undang seperti, Jabatan Peguam Negara, Biro Bantuan Guaman yang bertindak sebagai membantu mereka yang tidak mampu mendapatkan peguambela, Jabatan harta dan pegawai penerima yang mengendalikan harta orang-orang yang diistiharkan muflis dan Jabatan pemegang amanah raya dan pentadbir pusaka yang berkaitan dengan memegang amanah harta pusaka bagi orang yang telah meninggal dunia. Bagi kedua-dua negara, seseorang Hakim tidak boleh diberhentikan kecuali dengan alasan tidak berkelakuan baik ataupun tidak dapat menjalankan kerja kerana uzur atau fikirannya tidak sihat. Ini membuktikan bahawa di Malaysia dan Amerika kebebasan kehakiman adalah terjamin serta seseorang Hakim itu tidak mempunyai satu jangka masa yang khusus untuk menjadi Hakim. Di Malaysia perlantikan seseorang Hakim itu dilakukan oleh Yang DiPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berbincang dengan Ketua Hakim Negara.
  • 9. -9- BADAN EKSEKUTIF Di Malaysia Yang DiPertuan Agong adalah lambang kedaulatan negara namun Yang DiPertuan Agong bukanlah badan eksekutif walaupun ketua pemerintahan negara Malaysia adalah Yang DiPertuan Agong tetapi yang menjalankan kuasa eksekutif dan pentadbiran negara adalah ahli eksekutif yang terdiri daripada perdana menteri dan Jemaah menteri. Oleh itu Yang DiPertuan Agong akan menjalankan kuasa pemerintahan mengikut nasihat Jemaah menteri. Pelantikan Jemaah menteri Yang DiPertuan Agong dalam menjalankan tugas- tugasnya. Jemaah menteri atau kabinet di Malaysia terdiri daripada perdana menteri yang akan mengetuai Jemaah menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri lain dalam kabinet. Yang DiPertuan Agong turut mempunyai kuasa mengikut budi bicaranya sendiri mengikut perkara 40 (2) dalam perlembagaan Malaysia iaitu melantik perdana menteri, meminta agar satu mesyuarat majlis raja-raja di adakan dan tidak mempersetujui permintaan pembubaran parlimen. Yang Dipertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk membuat pelantikan hli Dewan Negara seramai 40 orang dan tiga orang dari Wilayah persekutuan. Yang DiPeertuan Agong turut boleh melantik Setiausaha Parlimen sebagai ketua pentadbir di parlimen yang juga menjadi Setiausaha Dewan Rakyat. Perlantikan ini adalah berdasarkan nasihat daripada Perdana Menteri. Selain itu, Yang DiPertuan Agong boleh melantik Hakim Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Sebelum perdana menteri memberi nasihat kepada Yang DiPertuan Agong tentang pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi, Perdana Menteri hendaklah membincangkan lantikan itu terlebih dahulu kepada dengan Ketua Hakim Negara dan hakim Besar kecuali pelantikan hakim besar. Yang DiPertuan Agong juga merupakan panglima tentra bagi negara Malaysia. Dari aspek kuasa pengampunan pula Yang Dipertuan Agong pula mempunyai kuasa pengampun tetapi tidaklah sebesar kuasa Presiden kerana kuasa pengampunnya adalah berdasarkan nasihat Perdana Menteri Malaysia dan Jemaah menteri yang lain setelah berbincang dengan Ketua Hakim Negara dan Majlis Raja-Raja. Namun ini bukan bermakna Yang Dipertuan Agong tidak boleh mengampun dengan tanpaa nasihat Jemaah menteri. Ia selalu dilakukan pada masa Hari Pertabalannya yang juga dikenali sebagai Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Selain itu Yang DiPertuan Agong akan memegang kuasa selama 5 tahun sahaja. Selepas itu ia akan digantikan oleh Sultan yang lain mengikut susunan nama Majlis Raja-Raja. Perdana Menteri Malaysia pula tidak mempunyai satu jangka masa yang tetap ia berdasarkan kemenangan partinya dalam pilihan raya dan ia boleh memerintah selama mana
  • 10. - 10 - yang ia kehendaki. Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan atau peralihan dasar yang ada dan menyebabkan dasar tidak dapat diteruskan sekiranya terdapat pertukaran Perdana Menteri yang kerap. Badan Eksekutif di Amerika Syarikat pula Presiden adalah ketua eksekutif dan kuasanya adalah berdasarkan kuasa Veto yang diberikan kepadanya oleh perlembagaan amerika syarikat iaitu kuasa eksekutif menjalankan pemerintahan di Amerika Syarikat dan memastikan undang-undang dalam perlembagaan digunakan dengan sebaik mungkin seperti apa yang dilaksanakan oleh Presiden Eisenhower antara tahun 1957-1960 tentang Akta Hak Asasi. Kongres dan kabinet Kabinet di Amerika Syarikat tidak mempunyai banyak kuasa . Ini adalah kerana yang banyak kuasa adalah Kongres . Presiden sebagai ketua Kabinet, walaupun presiden mempunyai kuasa veto untuk membatalkan undang-undang yang telah diluluskan oleh Kongres, tetapi dengan undi dua pertiga ahli-ahli Kongres akan menyebabkan Kongres mengatasi kuasa veto yang ada pada Presiden. Malah Kongres mempunyai kuasa pendakwaan terhadap sesiapa sahaja pemimpin yang berasalah, termasuk presiden sendiri. Ini dapat dilihat apabila Presiden Andrew Johnson pernah didakwa oleh Dewan Perwakilan kerana dasar beliau yang bekerjasama dengan bekas kakitangan negeri-negeri bagi kepentingan politiknya . Presiden Nixon telah disiasat dan diminta meletakkan jawatan kerana Skandal „watergate‟. Ahli-ahli Kongres diberikan kebebasan untuk mengemukakan sebarang kenyataan dalam perbahasan yang diadakan. Mereka tidak boleh ditangkap, kecuali kenyataan mereka boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara. Meskipun demikian, Mahkamah Agung mempunyai kuasa untuk menyoal Kongres atas dakwaan menerima rasuah ataupun terlibat dalam penyelewengan semasa pilihanraya. Kongres juga mempunyai kuasa untuk menyingkirkan ahli Kongres jika tindakan ahli itu kurang berdisiplin dan meragukan. Ini boleh dilakukan dengan mendapat undi majoriti dua pertiga daripada Kongres . Kongres adalah sama seperti badan perundangan diMalaysia iaitu ialah yang membuat undang-undang tetapi Kongres yang meluluskan undang-undang tidak berdasarkan parti. Ini kerana kongres adalah badan yang berasingan daripada institusi presiden . Walaupun Presiden merupakan ketua perundangan, tetapi Kongres mempunyai kuasa untuk menolak ataupun menerima sebarang cadangan yang dibawa oleh Presiden . Semua kuasa dipusatkan
  • 11. - 11 - di tangan Kongres. Kongres dalam perlembagaan Amerika Syarikat mempunyai kuasa khusus iaitu, enam fasal menumpukan soal-soal kewangan dan perdagangan, tujuh fasal pula tentang hal-hal yang berkaitan tentang pertahanan negara . Kuasa mengawal dan menentukan kewangan merupakan salah satu fungsi paling lama dan penting dalam Kongres. Kepentingan kewangan inilah yang menyebabkan revolusi Amerika Syarikat bercogankatakan “ tiada cukai tanpa Perwakilan” . Kongres mempunyai kuasa penuh dalam menentukan jumlah perbelanjaan dan jumlah wang yang diperlukan oleh Presiden dan kerajaannya. Ini semata- mata untyuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa eksekutif oleh Presiden . Kongres juga boleh mempengaruhi rakyat dengan menyampaikan isu-isu kepada rakyat . Seperti penyiasatan keatas Presiden Nixon pada 1973 berhubung skandal “watergate” dan skandal “irongate” semasa pemerintahan Ronald Reagan. Menurut perlembagaan Amerika Syarikat artikel pertama dan tiga, ahli-ahli dewan diberi kuasa untuk memilih Speaker dan pegawai lain untuik mengetuai dewan tersebut. Speaker ini dipilih oleh majoriti ahli dewan dalam masa permulaan satu-satu sidang Kongres . Speaker adalah ketua dewan bagi Dewan Perwakilan manakala di Malaysia, speaker terdiri daripada orang yang berkecuali dan tidak menganggotai mana-mana parti politik . Di Amerika Dewan Senat dan Dewan Perwakilan mempunyai peranan masing-masing sebagai sebuah badan perundangan dan mereka ini mempunyai pegangan masngmasing dalam pentadbiran negara Amerika. Dalam pentadbiran negara Amerika Syarikat, teori pengasingan kuasa diterima sepenuhnya kerana ia dianggap sebagai salah satu ciri-ciri demokrasi yang perlu dijalankan. Pengasingan kuasa yang dijalankan menurut para falsafah, ia mendukung ciri-ciri demokrasi selaras dengan dasar yang dijalankan di Amerika Syarikat. Selain daripada itu, dikatakan teori pengasingan kuasa ini menyokong penuh liberalisme di Amerika Syarikat. Oleh itu, dalam Negara yang mengamalkan demokrasi dan pengasingan kuasa pasti mengamalkan budaya liberalisme secara tidak langsung agar faktor-faktor tertentu terpelihara. Penduduk dan rakyat di Amerika Syarikat lebih mementingkan hak kebebasan individu. Oleh itu, para pemimpin US juga haruslah sentiasa peka akan rakyat yang sentiasa menuntut hak kebebasan dan hak asasi manusia yang dijunjung tinggi sekian lamanya di US.
  • 12. - 12 - KESIMPULAN Kesimpulannya setiap negara mempunyai sistem pentadbiran dan pemerintahan yang tersendiri. Melalui sistem ini pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara akan menjadi lancar. Dalam perbincangan ini kami mendapati terdapat perbezaan sistem pentadbiran dan pemerintahan antara Malaysia dan Amerika Syarikat terutama sekali dalam aspek undang- undang dan perlembagaan persekutuan yang mana Malaysia berlandaskan perlembagaan yang dibuat pada tahun Februari hingga Julai 1957 dan dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957. Manakala bagi negara Amerika Syarikat pula berdasarkan perlembagaan yang dibuat pada tahun 1787 dan disusun sebelum dikuatkuasakan pada tahun 1789. Selain itu terdapat perbezaan pada badan-badan kerajaan seperti badan perundangan, badan eksekutif, dan badan kehakiman yang mempunyai peranan yang penting dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan dalam sesebuah negara. Dalam perbincangan ini juga kami dapat memahami peranan badan-badan kerajaan bagi kedua-dua negara dimana kedua-dua negara mengamalkan sistem yang berlainan namun mempunyai fungsi dan peranan yang hampir sama.
  • 13. - 13 - BIBLIOGRAFI Internet Madzani@SaidieNusa, Jabatan Sejarah ,Universiti Malaya Kuala Lumpur.(30 Nov1997). PERBANDINGAN PEMERINTAHAN MALAYSIA DAN AMERIKA SYARIKAT. http://www.angelfire.com/ms/Msaidi/page1.html (last accessed: 7 Oct 2011) Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.( 2 Julai 2011).Badan perundangan . http://ms.wikipedia.org/wiki/Badan_perundangan (last accessed: 31 oktober 2011) Daripda Wikipedia,ensikplodia bebas (14 September 2011). Politik Amerika Syarikat http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik_Amerika_Syarikat#Cabang_eksekutif (30 oktober 2011) Blog SISTEM DOKTRIN PENGASINGAN KUASA PEMERINTAHAN AMERIKA SYARIKAT DAN MALAYSIA. (10 march 2010) http://eddysafbree.blogspot.com/2010/03/sistem-doktrin- pengasingan-kuasa.html (28 oktober 2011)