10 dasar-dasar kerajaan

92,610 views

Published on

0 Comments
19 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
92,610
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
31
Actions
Shares
0
Downloads
1,381
Comments
0
Likes
19
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

10 dasar-dasar kerajaan

  1. 1. BAB 10DASAR-DASAR KERAJAAN
  2. 2. OBJEKTIF BAB Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:• 1. Memahami pengertian dasar-dasar kerajaan.• 2. Menerangkan matlamat dan perkembangan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan.• 3. Menjelaskan kepentingan dasar-dasar kerajaan.
  3. 3. 10.1 PENGENALAN• Selepas merdeka sehingga kini pelbagai dasar yang telah dibentuk oleh kerajaan – Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Wawasan 2020.• Menerangkan tentang definisi dan kepentingan dasar. – Latarbelakang pembentukan dasar-dasar sebelum dan selepas merdeka - antaranya matlamat dan strategi pelaksanaannya.
  4. 4. 10.1.1 Definisi dan Kepentingan Dasar• Dasar/polisi ialah suatu garis panduan pentadbiran/pegangan mengenai sesuatu idea/gagasan yang tersusun rapi.• Merangkumi segala arahan, peraturan dan pedoman demi mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah negara yang gemilang dan maju.• Mempunyai objektif, strategi pelaksanaan dan penilaian terhadap keberkesanannya.• Menjadi panduan pentadbiran kepada kerajaan untuk mengatasi masalah yang wujud dalam sesebuah negara.• Mengatasi masalah ketidakseimbangan yang wujud di dalam masyarakat.
  5. 5. 10.2 LATAR BELAKANG DASAR-DASAR KERAJAAN• Sejak merdeka kerajaan telah menggubal pelbagai dasar pembangunan bertujuan untuk mencapai perpaduan negara bagi mengatasi masalah ketidakseimbangan ekonomi yang timbul akibat daripada dasar penjajahan British.• Apabila tercetusnya Tragedi 13 Mei pada tahun 1969, kerajaan telah mengambil langkah menilai semula dan memperbaharui strategi-strategi tertentu untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan yang wujud ketika itu.
  6. 6. 10.2.1 Dasar-Dasar Sebelum Merdeka• Penjajahan Inggeris telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap perkembangan, ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan hubungan kaum.• Dari perspektif ekonomi, Inggeris – Inggeris memperkenalkan sistem ekonomi yang liberal dan menjalankan dasar pecah dan perintah. – Rancangan ekonomi ditumpukan kepada usaha mengeksploitasi sumber-sumber galian dan pengeluaran bahan-bahan mentah pertanian. – Dasar ekonomi ekstraktif - beri keutamaan kepada perlombongan dan pembukaan ladang-ladang getah – Memberi galakan terhadap kemasukan modal, institusi, teknologi dan kepakaran dari Eropah di samping membawa masuk buruh-buruh Cina dan India secara besar-besaran di negara ini.
  7. 7. • Dasar dan amalan Inggeris ini menyebabkan – kaum bumiputera yang tinggal di luar bandar terus tersisih dan mundur berbanding dengan kaum-kaum imigran yang tinggal di bandar-bandar dan terlibat dalam sektor ekonomi moden. – Kaum bumiputera berada dalam sektor pertanian dan perikanan tradisional dengan daya pengeluaran yang rendah. – Perubahan sistem ekonomi feudal kepada sistem ekonomi semi-feudal dan semi-kapitalis. – Golongan pemerintah tradisional bumiputera kehilangan kekuasaan ekonomi berikutan kuasa politik mereka pindah ke tangan Inggeris.
  8. 8. – Kegiatan ekonomi hanya tertumpu kepada keuntungan dan secara tidak langsung menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik.– Kegiatan ekonomi hanya tertumpu di kawasan yang mempunyai sumber-sumber kekayaan terutama sekali di sebelah barat Semenanjung.– Wujud suasana dual economy. • Ekonomi moden di Pantai Barat Semenanjung dengan ladang, lombong dan aktiviti perdagangan. • Ekonomi secukup hidup tradisional di kawasan luar bandar khususnya di Pantai Timur yang kurang maju.
  9. 9. 10.2.2 Dasar-Dasar Selepas Merdeka• Selepas merdeka, kerajaan – Memulakan usaha merancang dan melaksanakan pembangunan negara dengan lebih tersusun. – Usaha dilakukan untuk mengatasi berbagai-bagai masalah sosio ekonomi dan politik . – Membangunkan negara agar hasilnya boleh dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat tidak kira keturunan atau kaum.
  10. 10. – Merancang rancangan-rancangan pembangunan lima tahun untuk dilaksanakan secara berperingkat- peringkat. • 1. 1956-1960 Rancangan Malaya Pertama. • 2. 1961-1965 Rancangan Malaya Kedua. • 3. 1966-1970 Rancangan Malaysia Pertama. • 4. 1971-1975 Rancangan Malaysia Kedua. • 5. 1976-1980 Rancangan Malaysia Ketiga. • 6. 1980-1985 Rancangan Malaysia Keempat. • 7. 1986-1990 Rancangan Malaysia Kelima. • 8. 1991-1995 Rancangan Malaysia Keenam. • 9. 1996-2000 Rancangan Malaysia Ketujuh. • 10. 2001-2005 Rancangan Malaysia Kelapan. • 11. 2006-2010 Rancangan Malaysia Kesembilan.
  11. 11. • Rancangan ini menentukan – Projek-projek yang perlu dijalankan, soal pembiayaan, dalam dan luar negeri – Keupayaan jentera pentadbiran melaksanakan tugas-tugas pembangunan yang perlu dijalankan.• Rancangan Malaya Pertama dan Kedua telah menumpukan perhatian kepada pembinaan infrastruktur.• Rancangan Malaysia Pertama – menitikberatkan pertumbuhan ekonomi – pembangunan negara secara menyeluruh. – Skim-skim luar bandar dengan rancangan pembukaan tanah secara besar-besaran. • Hasilnya taraf hidup golongan miskin terutamanya masyarakat di luar bandar dapat dipertingkatkan.
  12. 12. – Mendedahkan kelemahan strategi dan penentuan andaian • Wujud kemiskinan dan penguasaan ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum-kaum yang ada di negara kita. • Mengancam keselamatan dan perpaduan negara dengan tercetusnya Tragedi 13 Mei tahun 1969.– Tragedi 13 Mei 1969 telah menyebabkan kerajaan menilai kedudukan perimbangan ekonomi antara kaum. • mendapati bahawa jurang perbezaan ekonomi antara kaum adalah terlalu besar.
  13. 13. • Penekanan terhadap pertumbuhan ekonomi semata- mata tidak memadai untuk mengatasi sepenuhnya masalah sosio-ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum.• Pembangunan yang tidak mengambilkira dengan secukupnya keperluan golongan miskin serta keadaan yang tidak seimbang antara kaum akan mengakibatkan sebuah negara yang terbahagi kepada mereka yang menikmati dan mereka yang tidak menikmati faedah pertumbuhan.• Pembangunan negara seharusnya mempunyai matlamat yang luas, mencakupi bidang keselamatan, perpaduan dan mewujudkan satu masyarakat yang adil.
  14. 14. 10.3 DASAR EKONOMI BARU (DEB)• Formula yang dirancangkan untuk tempoh dua puluh tahun (1971 – 1990)• Untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud di antara kaum, wilayah dan kawasan di Malaysia.• Pelan induk dasar ini dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP 1) 1971-1990.• Strategi serampang dua mata, iaitu – (i) Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyakkan peluang- peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira keturunan dan kaum. – (ii) Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum - menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
  15. 15. • Menggugat kestabilan negara sekiranya kemiskinan hanya tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja.• Bancian tahun 1970 – 49.3% keluarga menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. – 86% daripada keluarga miskin ini berada di kawasan luar bandar, – 14% lagi di kawasan bandar. – Kebanyakan penduduk luar bandar adalah orang Melayu - penanam padi, pekebun kecil getah dan kelapa dan nelayan.
  16. 16. • Untuk membasmi kemiskinan, usaha-usaha yang dijalankan merangkumi: – (i) Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan di pelbagai sektor – (ii) Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, antara kawasan dan antara wilayah. – (iii) Meningkatkan produktiviti dan pendapatan dengan menambahkan kemudahan semua golongan miskin melalui peluang-peluang kemahiran, tanah, modal dan lain-lain. – (iv) Memberi peluang berpindah dari sektor yang rendah produktivitinya ke sektor yang lebih lumayan. – (v) Memperbaiki taraf dan kualiti kehidupan melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain- lain. – (vi) Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum. – (vii) Mewujudkan kumpulan perusahaan, perniagaan dan perdagangan bumiputera. – (viii) Memodenkan kehidupan luar bandar.
  17. 17. • Penyusunan semula dalam pembahagian tempat tinggal, pekerjaan, pendapatan, pendidikan, kemudahan sosial, kesihatan, pengangkutan dan perhubungan, pemilikan harta benda serta mutu dan taraf kehidupan pelbagai kaum.• Menjelang tahun 1990, pemilikan saham dan ekonomi negara akan melambangkan komposisi kepentingan kaum dengan kadar 40:30:30 - bumiputera 30%, bukan bumiputera 40%, pelabur luar negara 30%.
  18. 18. • Antara strategi pentingnya ialah• (i) Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan golongan bumiputera agar mereka mampu memiliki 30 peratus ekonomi menjelang tahun 1990.• (ii) Menubuhkan agensi-agensi pembangunan seperti MARA, Bank Bumiputera, Bank Pembangunan dan Amanah Saham Nasional bertujuan membantu penyertaan bumiputera dalam bidang perdagangan dan bagi memajukan wilayah-wilayah, agensi-agensi yang ditubuhkan ialah seperti DARA, KEJORA, KESEDAR, JENGKA dan lain-lain.• (iii) Mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya supaya kedudukan tenaga buruh menggambarkan bilangan kaum menjelang tahun 1990.• (iv) Meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui kegiatan-kegiatan pembangunan dan pemodenan kawasan luar bandar.• (v) Menambahkan bahagian rakyat tempatan dalam pemilikan modal pada stok syarikat dan dalam pertumbuhan ekonomi.
  19. 19. • Bagi menjayakan matlamat pembangunan ekonomi negara, pelbagai dasar diwujudkan antaranya seperti Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Penswastaan, Dasar Persyarikatan, Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara dan Dasar Kependudukan.• Dasar Pembangunan Negara (DPN) selepas tamat DEB – Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) - 1991-2000. – Berlandaskan Wawasan 2020 - negara maju menjelang tahun 2020. – Tumpuan DPN - kelemahan prestasi pencapaian dasar sebelumnya. – Tambahan dimensi - pembangunan sumber manusia, menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi, perlindungan alam sekitar dan ekologi. – Matlamat DEB untuk mencapai pembangunan seimbang dan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama masih dikekalkan.
  20. 20. 10.4 DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN (DPK)• Termaktub dalam Akta Pelajaran 1961, yang berasaskan kepada Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.• Matlamat utama ialah untuk mencapai perpaduan negara yang merangkumi aspek-aspek sosio ekonomi dan politik.• Lahir berasaskan kesedaran para pemimpin negara yang menyedari perlunya diwujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan bagi menggantikan sistem pendidikan yang diwarisi dari zaman penjajah.• Pada zaman British, – Tidak ada satu dasar pelajaran yang sejajar dengan tujuan dan matlamat yang tetap, – Sekolah berbilang bahasa berkembang mengikut kehendak-kehendak kumpulan etnik. – Wujud lima jenis sistem persekolahan yang sama sekali terasing di antara satu dengan yang lain iaitu sekolah Melayu, sekolah Inggeris, sekolah Cina, sekolah Tamil di samping sekolah Agama. – Orang Melayu diberikan pendidikan pada tahap yang rendah
  21. 21. • Selepas merdeka, – Memberikan perhatian utama terhadap bidang pendidikan dalam membangunkan negara. – Untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. – Melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berakhlak, berketrampilan dan sebagainya.
  22. 22. • Sebelum Laporan Razak 1956 disyorkan, terdapat beberapa laporan atau penyata utama yang mengemukakan syor ke arah satu sistem pelajaran kebangsaan.• 10.4.1 Penyata Barnes 1950• Laporan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J. Barnes, telah mencadangkan – (i) Penubuhan satu corak sekolah rendah - Sekolah Kebangsaan dibuka kepada murid daripada semua bangsa dan diajar oleh guru-guru pelbagai bangsa dan keturunan. – (ii) Memansuhkan sekolah rendah vernakular yang berbeza- beza mengikut kaum.
  23. 23. – (iii) Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama, manakala bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Tempoh persekolahan juga diseragamkan, iaitu selama enam tahun. Persekolahan percuma diberikan kepada semua murid.• Jawatankuasa berhasrat untuk mengadakan sebuah sekolah bilingual iaitu aliran Melayu dan Inggeris sebagai langkah bagi memupuk integrasi di antara kaum di Tanah Melayu.• Penyata Barnes dianggap sebagai laporan yang paling komprehensif dan berpengaruh sekali pernah diterbitkan. Walau bagaimanapun, Penyata ini tidak berjaya memenuhi kehendak dan aspirasi masyarakat negara ini keseluruhannya.
  24. 24. 10.4.2 Penyata Fenn-Wu 1951• Dr. William Fenn iaitu ahli akademik dari China dan Dr. Wu Teh Yao, seorang pegawai dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah diminta untuk mengkaji sistem dan pelaksanaan sekolah Cina.• Penyata Fenn-Wu telah mengemukakan cadangan pada asasnya: – (i) Menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu, bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dan persediaan buku-buku teks. – (ii) Menyokong pembentukan sistem pendidikan kebangsaan, sekolah Cina diteruskan secara berasingan dan haruslah berorientasikan Tanah Melayu.
  25. 25. • Meluluskan Ordinan Pelajaran 1952 dengan menyediakan dua jenis sekolah kebangsaan, bahasa pengantar Melayu danbahasa pengantar Inggeris.• Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam sistem pelajaran kebangsaan.• Ordinan ini tidak dapat dilaksanakan berikutan kemelesetan ekonomi.
  26. 26. 10.4.3 Penyata Razak 1956• Selepas menang pilihanraya 1955, satu jawatankuasa telah dibentuk yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak.• Mengkaji dan menilai sistem pendidikan yang sedia ada dan mengemukakan syor-syor yang sesuai bagi mewujudkan satu dasar pelajaran yang boleh diterima oleh semua pihak.• Penyata Razak mencadangkan dua perkara utama yang menjadi teras pembangunan pendidikan, iaitu – (i) Setiap kanak-kanak diberi peluang mendapat pelajaran. – (ii) Mewujudkan satu sistem pendidikan bagi membentuk masyarakat yang bersatu padu.• Penyata ini mengutamakan unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan negara sebagai satu matlamat yang perlu dicapai untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat majmuk di negara ini.
  27. 27. • Penyata Razak telah menyatakan: – Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.• Menandakan bermulanya usaha-usaha untuk menyatukan sistem pendidikan di negara kita.• Mengesyorkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan - untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan juga membentuk identiti kebangsaan.• Diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran tahun 1957.
  28. 28. • 1959, satu Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran yang dicadangkan oleh Laporan Razak. – Bantahan dan rasa tidak puas hati rakyat berbilang kaum di Tanah Melayu. – Guru sekolah Melayu yang tidak puas hati kerana tiada ketegasan dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan. – Persatuan Guru-guru Sekolah Cina berpendapat sebahagian daripada Penyata Razak mengabaikan kepentingan pendidikan, bahasa dan kebudayaan Cina.• Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran ketika itu telah mengetuai jawatankuasa yang kemudiannya telah menghasilkan satu laporan yang dikenali sebagai Penyata Rahman Talib.
  29. 29. 10.4.4 Penyata Rahman Talib (1960)• Penyata Rahman Talib mempunyai ciri-ciri seperti berikut, iaitu – (i) Pelaksanaan pelajaran rendah percuma selama sembilan tahun; – (ii) Kenaikan darjah secara automatik dari darjah satu hingga tingkatan tiga; – (iii) Peperiksaan penilaian sekolah rendah; – (iv) Peluasan pelajaran teknik dan vokasional; dan – (v) Pengalihan bahasa pengantar.• Seterusnya laporan ini berpendapat bahawa sistem pelajaran telah dilaksanakan dengan berkesan, mengikut syor-syor Laporan Razak dan patut diteruskan.• Cadangan Laporan Rahman Talib telah dimaktubkan menjadi Akta Pelajaran 1961.
  30. 30. • Secara umumnya, Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat – satu proses yang mengutamakan perpaduan masyarakat berbilang kaum.• Perpaduan yang diwujudkan mestilah berupaya menangkis gejala-gejala seperti perkauman, keturunan, agama, bahasa, perasaan kedaerahan dan sebagainya.• 1974, sebuah jawatankuasa kabinet ditubuhkan untuk mengkaji semula dasar pelajaran kebangsaan. – Untuk memperbaiki perlaksanaan dasar agar selaras dengan keperluan semasa dalam memenuhi keperluan tenaga kerja untuk pembangunan negara, pembinaan identiti kebangsaan dan perpaduan negara.• Laporan jawatankuasa kebinet itu kemudiannya diterbitkan pada tahun 1979.
  31. 31. • Beberapa perubahan telah dibuat bagi memperkemaskan lagi sistem pendidikan kebangsaan selaras dengan keperluan pembangunan negara. – (i) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. – (ii) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah. – (iii) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua. – (iv) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan. – (v) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. – (vi) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.
  32. 32. – (vii) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar.– (viii) Memperkenalkan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu Menulis, Membaca dan Mengira.– (ix) Memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional.– (x) Mempelbagaikan kemudahan pendidikan di peringkat universiti, terutamanya dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan.– (xi) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.
  33. 33. – (xii) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. – (xiii) Menggalakkan kegiatan ko-kurikulum yang dapat memupuk disiplin seperti pasukan kadet tentera, polis, pengakap dan bomba.• DPK juga dilaksanakan dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih di samping mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. – Bermatlamat untuk meningkatkan mutu pelajaran secara keseluruhannya
  34. 34. 10.5 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)• Sebagai garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti Malaysia di peringkat antarabangsa.• Mengambil kira latar belakang sejarah dan kedudukan negara ini sebagai pusat tamadun, serta pertemuan dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. – (i) Unsur-unsur kebudayaan mestilah dapat diterima oleh semua komuniti. – (ii) Apa juga asal usulnya mestilah menggambarkan ciri-ciri yang mudah dikenali sebagai sebahagian dari keadaan tempatan. – (iii) Tidak boleh membawa kesan yang buruk dalam apa juga cara terhadap nilai-nilai asas yang menjadi pendukung kepada unsur-unsur lain.
  35. 35. • Berdasarkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan, pada tahun 1971, tiga prinsip telah dijadikan asas ke arah pembentukan kebudayaan kebangsaan dan sebagai satu proses yang berterusan.• (i) Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Budaya Melayu merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada hampir 200 juta umat manusia yang mendiami rantau ini sejak berabad lamanya. Jadi wajarlah kebudayaan rakyat rantau ini dijadikan teras kepada kebudayan kebangsaan Malaysia.• (ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima. Prinsip ini bertepatan dengan suasana masyarakat berbilang kaum dan mewarisi pelbagai budaya. Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik sifatnya, sentiasa berubah dan diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Oleh itu, unsur-unsur budaya Cina, India dan Arab dan lain-lain yang sesuai diterima dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kesesuaian ini bergantung sekiranya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukunegara dan asas-asas moral dan kerohanian sejagat, serta Islam sebagai agama rasmi negara.
  36. 36. • (iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Penerimaan unsur-unsur Islam adalah sesuai dengan perkembangan sejarah negara ini yang menerima kedatangan Islam sejak 600 tahun yang lampau dan menjadi agama anutan sebahagian besar umat di rantau ini. Justeru itu, adalah wajar nilai-nilai Islam dijadikan unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
  37. 37. • Pada asasnya, pembentukan kebudayaan kebangsaan mempunyai tiga objektif berikut: – (i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. – (ii) Mempupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang lahir dari kebudayaan kebangsaan. – (iii) Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan aspek pembangunan sosio ekonomi.
  38. 38. • Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi- strategi berikut: – (i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya; – (ii) Meningkat dan memperkukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan; – (iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme; – (iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan – (v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
  39. 39. 10.6 WAWASAN 2020• Pada 28 Februari 1991, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk “Malaysia: The Way Forward” di Majlis pelancaran Malaysian Business Council. – Satu rangka kerja mengenai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 - dikenali sebagai “Wawasan 2020”.• Bukan sebuah dasar khas, tetapi merupakan suatu tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara.
  40. 40. • Menekankan sembilan bentuk cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia, – (i) Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah “Bangsa Malaysia” dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut. – (ii) Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya, yakin akan dirinya sendiri, bangga akan keadaannya kini dan segala sesuatu yang telah dicapainya, dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan. Masyarakat Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan, benar-benar menyedari segala kemungkinan dirinya, tidak terkongkong jiwanya, dan dihormati pula oleh bangsa lain.
  41. 41. – (iii) Membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat demokratis yang matang, yang mengamalkan sesuatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul, berasaskan muafakat dan musyawarah, dan boleh dicontohi oleh negara-negara membangun lain.– (iv) Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.– (v) Membentuk sebuah masyarakat yang matang yang bersifat toleran, dengan setiap warga bangsa Malaysia, tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaannya, bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam, kebudayaan serta kepercayaan agamanya masing-masing, tanpa merasa tersisih daripada bangsa tersebut.
  42. 42. – (vi) Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, iaitu sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.– (vii) Membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan pada negara mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.– (viii) Menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya. Masyarakat itu akan menjamin pengagihan kekayaan negara secara adil lagi saksama, dengan kemajuan ekonominya dinikmati bersama oleh setiap rakyat. Masyarakat yang demikian tidak akan terbentuk selaga terdapat penentuan fungsi ekonomi berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada kelompok-kelompok kaum yang tertentu.– (ix) Membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.
  43. 43. • Cabaran-cabaran di atas telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. – (i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia. Rakyat di negara ini tidak lagi diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Bagi membentuk satu negara bangsa Malaysia, beberapa istilah tertentu seperti perpaduan kaum, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlu difahami dan diamalkan. – (ii) Negara Perindustrian. Mengubah corak ekonomi dari negara pertanian kepada perindustrian bagi mencapai status sebagai negara maju. Ini bermakna, rakyat harus bersedia bukan sahaja dalam proses perubahan dari kehidupan bertani kepada perindustrian, tetapi juga perubahan dalam teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan. – (iii) Moral dan Etika. Berlainan dengan konsep negara maju yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala-Malaysia berpegang kepada falsafah moral dan etika yang berasaskan kepercayaan agama. Tanpa nilai-nilai ini, kesejahteraan dan keharmonian yang wujud tidak akan berkekalan, sebaliknya membawa keburukan.
  44. 44. • (iv) Keadilan Ekonomi dan Sosial. Aspek ini merupakan penegasan semula ke atas isu-isu yang menjadi perhatian utama seperti pembasmian kemiskinan dan keseimbangan sosio-ekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan di antara bandar dan luar bandar. Wawasan 2020 meminta semua rakyat Malaysia tidak membuat tafsiran salah terhadap bantuan yang diberi kepada sesuatu kaum tertentu. Sebaliknya ia merupakan usaha bagi membaiki ketidakseimbangan yang wujud dalam masyarakat.• (v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan. Hakikat bahawa keluarga adalah asas pembentukan masyarakat dan masyarakat menjadi asas pembinaan negara tidak dinafikan. Ini bermaksud, kekuatan dan kemajuan sesebuah negara terletak pada keluarga dan masyarakat. Dengan itu, nilai dan cara hidup (seperti masyarakat penyayang) perlulah dibentuk pada peringkat awal lagi iaitu melalui institusi keluarga.
  45. 45. 10.7 KESIMPULAN• Dasar-dasar kerajaan digubal dan dilaksanakan selaras dengan nilai- nilai sosio-ekonomi dan politik negara pada satu-satu masa.• Oleh kerana sifatnya yang dinamik, maka dasar-dasar kerajaan sentiasa berubah-ubah mengikut nilai-nilai masyarakat dan pucuk pimpinan dari semasa ke semasa.• Selepas tercetusnya Tragedi 13 Mei, segala dasar yang digubal khususnya pada awal tahun 1970an, adalah berteraskan DEB sebagai dasar induk yang bertujuan untuk mencapai perpaduan negara.• Pada masa kini dasar-dasar kerajaan adalah berteraskan Wawasan 2020 sebagai memenuhi hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.• Prinsip-prinsip asas dasar-dasar berkenaan tetap kekal seperti asal. Apa yang beza adalah pendekatan kerana ia perlu disesuaikan dengan perubahan masa.

×