Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

23,926 views

Published on

0 Comments
7 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
23,926
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
252
Actions
Shares
0
Downloads
631
Comments
0
Likes
7
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

  1. 1. BAB 3 PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAMKONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
  2. 2. OBJEKTIF BABSelepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:1. Mentakrifkan pengertian dan kedudukan Perlembagaan Malaysia.2. Menjelaskan konsep serta keperluan perlembagaan dalam sesebuah negara.3. Membincangkan pandangan Islam terhadap kepentingan perlembagaan.4. Menyenaraikan ciri-ciri Perlembagaan Malaysia.5. Menjelaskan unsur-unsur tradisi yang terkandung dalam perlembagaan.6. Menilai kepentingan perlembangaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia
  3. 3. 3.1 PENGENALANPerlembagaan; – Sebuah dokumen yang mengandungi undang- undang dan susunan peraturan penting dan tertinggi dalam sesebuah negara – Undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan akan terbatal secara automatik. – Terdapat peruntukan-peruntukan umum tentang corak pemerintahan, hak asasi manusia, kerakyatan, politik, pilihanraya, agama, bahasa, tanah dan lain-lain.
  4. 4. – Dibentuk selaras dengan kehendak semasa serta memenuhi kehendak dan kemahuan rakyat.– Hal-hal yang berkaitan dengan kewarganegaraan, bahasa, agama dan kedudukan istimewa bumiputera adalah menjadi faktor penting dalam perlembagaan bagi melahirkan hubungan etnik yang erat serta mampu untuk mewujudkan keamanan di kalangan rakyat Malaysia.
  5. 5. 3.2 MAKNA DAN KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN• Digubal sebagai panduan pentadbiran dan pemerintahan negara. – tentang corak pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara dan dalam masa yang sama memberi perlindungan kepada rakyat serta tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan negara (Roslan, 2006: 46).• Berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.
  6. 6. • Dibahagikan kepada dua. – Bertulis - satu bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. – Tidak bertulis - merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak dikumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah (Nazri Muslim, 2005: 3).
  7. 7. 3.3 KONSEP PERLEMBAGAAN• Perlembagaan Persekutuan 1957 memperlihatkan beberapa ciri pemerintahan dan perlembagaan sesebuah negara demokrasi. – Pemerintahan berasaskan undang-undang. – Tunggak kepada semua undang-undang yang sedia digubal atau yang akan digubal. – Pentadbiran negara dapat dijalankan dengan mudah, lancar tanpa wujudnya persaingan dengan pihak lain terutamanya kerajaan negeri (Roslan, 2006: 46).
  8. 8. • Perkara 4(1) - Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan setiap undang-undang dan apa sahaja yang diluluskan berlawanan dengan perlembagaan yang sedia ada maka dengan sendiri setiap yang berlawanan itu terbatal. Kedudukan dan kuasa tertinggi perlembagaan ini dikenali sebagai ketinggian perlembagaan.
  9. 9. 3.4 ISLAM DAN PERLEMBAGAAN• Sejak dari permulaan Islam lagi Rasulullah SAW telah meletakkan asas yang penting di dalam pentadbiran baginda iaitu perlembagaan.• Perlembagaan yang pertama digubal bagi melincinkan pentadbiran negara Islam Madinah dikenali sebagai Sahifah Madinah.• Baginda telah membina masjid sebagai tempat untuk melaksanakan pemerintahan – perlembagaan bertulis, sebagai tunggak yang amat penting bagi menyatupadukan masyarakat yang berbagai etnik dan kaum.
  10. 10. • Perlembagaan mengandungi 47 fasal yang meliputi huraian tentang segala keperluan negara Islam Madinah. Menurut al-Maududi Perlembagaan Islam ini mempunyai empat unsur utama sebagai rujukan iaitu al-Quran, al-Sunnah, amalan Khulafa’ al-Rashidin dan pendapat golongan mujtahid.• Perlembagaan ini membuktikan bahawa satu persekutuan di kalangan masyarakat berbilang kaum telah diasaskan melalui tujuan-tujuan dan kepentingan politik bersama (Abdul Aziz Bari, 2001).
  11. 11. 3.5 KEPERLUAN PERLEMBAGAAN• Bagi menjamin kestabilan politik di negara ini, – sebuah perlembagaan yang dibentuk adalah merupakan hasil tolak ansur dan pakatan antara kaum dan etnik di negara ini. – sejajar dengan syarat Inggeris yang hanya memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu sekiranya wujud perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum.• Pemuafakatan politik dan tolak ansur antara pemimpin kaum utama di Tanah Melayu telah membuahkan hasil dan ‘Pakatan Murni’, ‘Qiud Pro Quo’ atau ’4 + 1’ telahpun dibentuk dalam aspek menghormati hak dan kepentingan kaum dalam Perlembagaan Persekutuan.
  12. 12. • Antara pemuafakatan yang telah dibentuk dalam perlembagaan seperti: (i) Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.(ii) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.(iii) Raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan.(iv) Kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu.(v) Masyarakat bukan Melayu mendapat keistimewaan sebagai warganegara dan mendapat layanan yang sama dengan masyarakat tempatan (Mansor, 2005: 124-125).
  13. 13. • Kewujudan pemuafakatan ini dapat mengekalkan nilai-nilai kemasyarakatan di kalangan etnik dan kaum yang saling memahami bahawa agama, adat resam dan nilai-nilai budaya yang diamalkan oleh penduduk di negara ini merupakan hak peribadi dengan syarat masing-masing saling hormat menghormati hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia.• Prinsip memberi dan menerima ini, yang menjadi tunjang kepada persefahaman dan kestabilan politik serta sosial yang berjaya dipertahankan sehingga kini. (Zulhilmi & Rohani, 2003: 175).
  14. 14. 3.6 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA• Perlembagaan Malaysia 1957 telah digubal dan dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid.• Bermula pada Jun 1956 dan menyiapkan laporan tersebut menjelang bulan Februari 1957.• Dibahaskan oleh parti-parti utama negara dan diluluskan oleh Majlis Perundangan pada Jun 1957
  15. 15. • Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. – Penguatkuasaan ini berjalan atas dasar konsensus apabila rakyat berbangsa Melayu bersetuju memberikan kerakyatan secara ‘jus soli’ kepada semua penduduk bukan Melayu di Malaysia pada masa itu. Sebaliknya bukan Melayu bersetuju menerima unsur-unsur tradisi dalam masyarakat Melayu sebagai kandungan dalam Perlembagaan Malaysia (Zulhilmi & Rohani, 2003: 253- 254).• Negara kita merupakan sebuah persekutuan di mana kewibawaan perlembagaan atau kuasa dibahagikan antara sebuah kerajaan pusat (persekutuan) dengan 13 buah negeri.
  16. 16. • Perlembagaan Malaysia sebagai sebuah persekutuan mempunyai ciri-ciri asas seperti berikut:(i) Mempunyai ketua negara (Raja Berperlembagaan) bagi Persekutuan Tanah Melayu yang dikenali sebagai Yang Dipertuan Agong. – Baginda dipilih dari kalangan sembilan orang Raja Melayu dan memegang jawatan tersebut untuk tempoh lima tahun dan bertindak atas nasihat kabinet dan Majlis Raja- raja. Selain itu ketua perlembagaan bagi setiap negeri ialah Sultan, Raja atau Yang Dipertua Negeri. Setiap negeri mempunyai Majlis Undangan Negeri yang dipilih melalui pilihan raya untuk tempoh lima tahun dan pentadbiran negeri diketuai oleh seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri.
  17. 17. (ii) Negara Demokrasi Berparlimen yang diketuai oleh seorang Ketua Kerajaan iaitu Perdana Menteri. – Beliau dilantik di kalangan parti yang memenangi pilihan raya dan mempunyai bilangan anggota terbanyak dalam Dewan Rakyat. Perdana Menteri juga akan menubuhkan sebuah Kabinet (Jemaah Menteri) yang menjadi badan tertinggi dalam menggubal dasar kerajaaan (Roslan Zainuddin, 2006: 52).(iii) Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas jaminan kebebasan agama.
  18. 18. (iv)Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang.(v) Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan. – Ini bermakna seluruh jentera pentadbiran, bukan sahaja eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh kabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-ketiganya mempunyai status yang sama, tiada satupun yang lebih tinggi daripada yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang berbeza.• Perlembagaan memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada kawalan parlimen dan eksekutif. Bidang kuasa kehakiman adalah eksklusif untuk menentukan pertikaian hak-hak serta liabiliti lain dalam perlembagaan (Tun Mohamed Suffian, 1990: 137).
  19. 19. 3.7 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN• Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara yang dibahagikan dalam 15 bahagian. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai perkara seperti kuasa Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Kabinet, Badan Kehakiman dan mempunyai peruntukan tentang kewarganegaraan, tanah, agama rasmi, bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, perkhidamatan awam, pembangunan negara, hak asasi dan pilihan raya (Roslan Zainuddin, 2006: 53-54 ). Ringkasan kandungan Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:• Bahagian Bab Perkara Kandungan 1 1 1-4 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang 2 1 5-13 Kebebasan Asasi 3 1 14-22 Perolehan Kewarganegaraan 2 23-28 A Penamatan Kewarganegaraan 3 29-31 Tambahan tentang Kewarganegaraan 4 1 32-37 Kepala Negara dan Majlis Raja-raja 2 38 Majlis Raja-raja 3 39-43C Pemerintah 4 44-65 Badan Perundangan Persekutuan 5 66-68 Acara Perundangan 6 69 Keupayaan terhadap harta dan lain-lain
  20. 20. 5 1 70-72 Negeri-negeri6 1 73-79 Hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri 2 80-81 Pembahagian Kuasa Pemerintah 3 82 Pembahagian beban kewangan 4 83-91 Tanah 5 92 Pembangunan negara 6 93-95 Siasatan persekutuan terhadap negeri 7 95A-95E Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan7 1 96-112 Peruntukan-peruntukan kewangan 2 112A-112E Sabah dan Sarawak8 1 113-120 Pilihanraya9 1 121-131A Kehakiman10 1 132-148 Perkhidmatan awam11 1 149-151 Kuasa khas menentang perbuatan subversif dan kuasa-kuasa darurat12 1 152 Bahasa Kebangsaan12A 1 153 Kedudukan istimewa orang Melayu13 1 154-160 Am dan pelbagai14 1 161-161A Perlindungan tambahan bagi Sabah dan Sarawak 1 162-180 Peruntukan sementara dan peralihan15 1 181 Pengecualian dan kedaulatan Raja-raja 1 182 Mahkamah khas 1 183 Tiada tindakan yang boleh diambil terhadap yang Dipertuan Agong dan Raja-raja kecuali dengan keizinan peguam negara.
  21. 21. 3.8 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN• Pengekalan unsur-unsur tradisi adalah amat penting untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan.• Ia adalah merupakan kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama semasa penggubalan perlembagaan. – Menurut Tun Salleh Abas (1997), unsur-unsur tradisi ini meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak serta pemerintahan beraja.• Menjadi kelaziman kepada mana-mana negara yang berdaulat mempunyai unsur-unsur tradisi yang menjadi tunjang dan kekuatan kepada pembinaan negara. – Ianya wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan Malaysia digubal pada tahun 1957 dan berperanan menstabilkan negara (Abdul Aziz Bari: 2001). – Kepentingan unsur-unsur tradisi ini dapat dilihat dengan jelas apabila dilindungi di bawah Akta Hasutan dan di anggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang dalam perbincangan awam.
  22. 22. – Unsur-unsur ini juga penting kerana menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan yang cekap lagi adil. Tanpa unsur-unsur tersebut keseimbangan dan kemakmuran negara tidak akan dicapai. – Dalam laporan Suruhanjaya Reid sendiri yang menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum penggubalan perlembagaan.• Faktor-faktor ini penting bagi melambangkan bahawa sistem dan nilai-nilai asal negara dikekalkan meskipun kemerdekaan bererti demokrasi dan kesamarataan antara kaum. Di sinilah pentingnya peranan empat unsur tradisi yang kesemuanya menekankan ciri-ciri Kemelayuan dan Ke islaman di bumi yang merdeka ini (Mohd Inuddin Lee, 2006: 141).
  23. 23. • Perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam memupuk perpaduan dan unsur- unsur tradisi yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia adalah seperti berikut:1. Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan seumpamanya.2. Perkara 10 (4) iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya.3. Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-raja menghalang Parlimen membuat undang- undang yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu dan Islam.4. Perkara150 (6a) iaitu kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.5. Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.6. Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain (Abdul Aziz Bari: 2001).
  24. 24. 3.9 KESIMPULAN• Setiap warganegara hendaklah memahami bahawa perlembagaan yang diwujudkan adalah bertujuan; – Untuk melahirkan masyarakat yang mampu membudayakan perpaduan – Saling memahami hak masing-masing yang telah dipersetujui bersama tanpa ada perasaan hasad dengki dan sifat-sifat boleh memecah belahkan kaum di negara ini. – Untuk kepentingan bersama tanpa mengira latar belakang sesuatu kaum. – Mencerminkan Malaysia sebuah negara berdaulat di mana rakyat hidup bersatu padu, aman dan makmur.

×