Rational Emotive Behavior Therapy (REBT) diperkenalkan oleh Albert Ellis pada tahun 1955. Kaunseling REBT membantu klien mengenalpasti pemikiran, emosi, dan tingkah laku irasional serta menukarnya menjadi yang lebih rasional untuk mencapai matlamat. Teori ini menekankan bahawa pemikiran irasional seperti kehendak mutlak menyebabkan gangguan psikologi.