SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
Download to read offline
J A L I N A N M A S Y A R A K A T
J A B A T A N S E J A R A H
U N I V E R I S T I M A L A Y A 1 9 / 2 0
PENYAKIT
TUBERKULOSIS
APAKAH ITU TUBERKULOSIS?
Penyakit Tuberkulosis (TB) atau lebih dikenali sebagai Batuk Kering adalah salah satu
penyakit berjangkit yang sangat merbahaya. Ianya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria
yang dipanggil Mycobacterium tuberculosis dan disebarkan melalui udara apabila pesakit yang
mempunyai kuman tersebut batuk atau bersin. Organ utama yang selalu dijangkiti adalah paru-
paru dan dikenali sebagai Pulmonary tuberculosis. Tetapi, kuman ini juga boleh berjangkit ke
semua organ yang lain seperti otak, tulang, buah pinggang, dan kulit. Menurut Kementerian
Kesihatan Malaysia,
Mycobacterium Tuberculosis
Gambar rajah di atas menunjukkan bagaimana penyakit TB disebarkan.
Sejarah penyakit Tuberkulosis
Penyakit tuberkulosis (TB) atau juga dikenali oleh rakyat tempatan dengan nama batuk kering
merupakan salah satu penyakit berjangkit. Penyakit ini merupakan penyakit yang berbahaya
sehingga ada kes yang boleh membawa kematian tetapi malangya masih terdapat masyarakat yang
tidak mengetahui mengenai hal tersebut dan mengambil mudah bagaimana ia boleh tersebar. Ia
disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria iaitu ‘Mycobacterium tuberculosis’ yang ditemui oleh
Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882 di Jerman. Beliau mengkriterikan bakteria tersebut berwarna
merah, halus dan hanya boleh dilihat dengan menggunakan microskop. Penyakit ini boleh tersebar
melalui udara apabila pesakit TB aktif yang mempunyai kuman tersebut batuk dan kuman tersebut
beterbangan di ruang udara dalam bentuk titisan halus selama beberapa jam dan berjangkit dengan
orang berhampiran. Mereka yang berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit
TB kebiasaannya paling berisiko untuk dijangkiti. Kuman tersebut masuk ke dalam rongga
pernafasan dan pergi ke ruang alveolur. Dalam kebanyakan bentuk penyakit ini, paru-paru adalah
organ utama yang selalu dijangkiti atau disebut juga sebagai pulmonary tuberculosis dan merebak
secara perlahan-lahan dan boleh menjangkiti semua organ di dalam badan termasuklah otak,
tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit.
Sejarah penyakit TB, Dari mana asalnya penyakit ini?
penyakit tuberculosis dianggap penyakit berjangkit tertua di dunia dimana ia mula dilaporkan
pertama kali dijumpai di dalam serpihan tulang belakang mumia Mesir sekitar tahun 460 sebelum
Masihi. Menurut penulisan seorang doktor Yunani yang bernama Hippocrates, beliau telah
mengenal pasti TB sebagai penyakit yang paling tersebar luas pada masa itu dan ianya selalu
membawa kepada kematian.
Di negara kita pula, penyakit TB muncul sebagai pembunuh nombor satu di Malaya pada
tahun 1945 hingga tahun 1957. Pada ketika itu, digambarkan sebahagian besar katil-katil yang
terdapat di hospital dipenuhi oleh pesakit TB ini. Pada akhir Perang Dunia ke-2, ketika British
kembali ke Tanah Melayu, tuberkulosis disenaraikan sebagai pembunuh tunggal terbesar, dan
penyebab paling banyak penderitaan di negara kita. Selama 15 tahun berikutnya, tuberkulosis terus
menjadi masalah kesihatan terbesar di Tanah Melayu. Menjelang tahun 1957, anggaran konservatif
meletakkan peratusan jangkitan di kalangan kanak-kanak pada 25% pada usia 5 tahun, 50% pada
usia 10 tahun, dan 75% pada usia 15 tahun. Tuberkulosis biasanya merupakan penyakit penduduk
bandar atau komuniti bandar, tetapi di Tanah Melayu kawasan pedalaman terjejas hampir sama
seriusnya dengan bandar. Penyebaran tuberkulosis bahkan di kalangan penduduk asli didapati
dalam tinjauan setinggi di bandar.
Penduduk desa khususnya di negeri Kedah dan pantai timur mempunyai kejadian hampir
setinggi yang dijumpai di kawasan kumuh di bandar dan bandar kami. Orang Melayu, Cina dan
India dijangkiti penyakit ini dengan kemudahan yang sama dan menyebarkannya dengan mudah.
Semasa ia mula menyerang Malaya, sebarang penawar yang mujarab atau vaksin masih lagi belum
diketahui. Oleh itu, nasib pesakit penyakit berkenaan pada ketika itu hanyalah diisolasikan di suatu
tempat terpencil yang disebut sebagai ‘sonatorium’ bagi usaha mengelakkan penyakit ini tersebar
kepada orang ramai.
Pada tahun 1957, iaitu selepas negara kita menyambut kemerdekaan, Kerajaan yang
terbentuk sedar akan rasa tanggungjawab yang lebih besar bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
Salah satu langkah pertama yang diambil oleh Kementerian Kesihatan setelah pilihan raya umum
adalah dengan mewujudkan jawatan di peringkat Persekutuan seorang Pakar Kanan Tuberkulosis
yang ditugaskan untuk bertanggungjawab untuk mengkaji masalah tuberkulosis di negara ini dan
menyusun rancangan untuk mengawalnya. Dengan bantuan Sir Harry Wunderly, ketua Perunding
WHO mengenai Tuberkulosis (pihak berkuasa dunia yang diiktiraf mengenai Tuberkulosis) kajian
menyeluruh dibuat mengenai sumber-sumber yang ada untuk mencegah pencegahan dan rawatan
tuberkulosis.
Selain itu, pesakit Tuberkulosis juga diberi ubat yang hanya berbentuk makanan yang
berkhasiat bagi membentuk ketahanan tubuh dan imunisasi yang kuat bagi mengelakkan bakteria
tersebut merebak dengan pantas ke organ yang lain. Pada tahun 1961, Progam Kebangsaan
Pencegahan Penyakit Tibi dilancarkan dan program ini secara tidak langsung membantu dan
berjaya mengurangkan kes-kes tibi. Hal ini dikatakan demikian kerana, penyakit yang berbahaya
ini telah dianggap terkawal dan Malaysia telah dikategorikan sebagai sebuah negara yang
mempunyai jumlah pesakit TB yang sederhana.
Kempen Kawalan Tuberkulosis Nasional dilancarkan secara rasmi pada tahun 1961 untuk
menghilangkan tuberkulosis sebagai masalah kesihatan awam di Tanah Melayu, dan dana telah
disediakan untuk program ini di bawah Rancangan 5 Tahun Nasional ke-2 untuk tahun 1961-1965.
Akhirnya masalah batuk kering mulai ditangani dengan serius.
Tanggal 24 Mac 1884 diistiharkan sebagai Hari Tuberkulosis Sedunia dimana diambil
sempena memperingati penemuan kuman tibi oleh Dr. Robert Koch yang pertama kali
dibentangkannya pada 24 Mac 1884. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, secara
umumnya satu daripada tiga penduduk dunia dijangkiti kuman tibi. Ini bermaksud, satu daripada
tiga orang rakyat Malaysia atau ahli keluarga atau rakan sekerja anda akan terdedah kepada risiko
untuk mempunyai kuman penyakit ini di dalam badan mereka.
Rujukan
Encyclopædia Britannica (2020). Tuberculosis Through History. Retrieved from
https://www.britannica.com/science/tuberculosis/Tuberculosis-through-history
Encyclopædia Britannica (2020). Tuberculosis. Retrieved from
https://www.britannica.com/science/tuberculosis
Myhealth (2020). Tuberkulosis (TB). Retrieved from
http://www.myhealth.gov.my/tuberkulosis-tb/
Malaysian Association for the Prevention of Tuberculosis (2012). Tibi - Penyakit Berjangkit No.1.
retrieved from
http://www.maptb.org.my/tbinfo_mingguan.html
Malaysian Association for the Prevention of Tuberculosis (2012). Tuberculosis in Malaya - the Early Days.
retrieved from
http://www.maptb.org.my/tbinfo_malaysia.html
Lampiran
Lampiran 1
Gambar salah seorang penyakit Tibi
Lampiran 2
American Red Cross poster promoting a Christmas seal campaign to raise
money to fight tuberculosis, c. 1919.Library of Congress, Washington, D.C.
(LC-DIG-ppmsca-43170)
Lampiran 3
Hari Tibi Sedunia disambut sempena memperingati penemuan kuman tibi
oleh Dr. Robert Koch yang pertama kali dibentangkannya pada 24 Mac
1884
Tanda-tanda Penyakit Tuberkulosis
Terdapat dua jenis penyakit yang berkaitan dengan penyakit TB ini. Pertama adalah infeksi TB yang
tidak mempunyai gejala. Tidak semua pesakit yang diserang penyakitini akan menjadi sakit. Ini kerana,
sistem imun badan yang berbeza pada setiap manusia menjadikan seseorang itu akan sakit ataupon
tidak. Dalam keadaan ini jika orang yang dijangkiti dengan kuman TB ini mempunyai sistem imun
badan yang kuat, kuman ini menjadi tidak aktif dan akan berada dalam badan orang yang dijangkiti.
Mereka yang dijangkiti ini tidak menunjukkan apa – apa simptom, serta mereka jugak tidak akan
menunjukkan rasa sakit. Mereka juga tidak akan menjadi sebagai pembawa dan menjangkiti orang
lain. Pada kebiasaannya, apabila menjalankan ujian bagi mengesan TB pada darah dan kulit, hasil ujian
tersebut akan menunjukkan positif. Namun begitu, jika tidak mendapatkan rawatan yang sesuai bagi
jenis TB yang tidak bergejala ini, ia boleh menyebabkan ia menjadi Penyakit TB. Terutama sekali bagi
mereka yang mempunyai sistem imun badan yang lemah, perkara sebegini boleh berlaku dan ia boleh
menyebabkan Penyakit TB menjadi lebih teruk.
Jenis TB kedua adalah penyakit TB. Kuman TB ini akan menjadi aktif apabila berada dalam badan
mereka yang mempunyai sistem imun badan yang lemah. Kuman TB yang aktif ini boleh merebak dan
menjangkiti manusia. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan gejala seawal minggu pertama
diserang mahupun boleh juga menunjukkan gejala bertahun kemudian. Antara tanda – tanda penyakit
Tibi yang aktif ini adalah:
 Batuk yang lebih daripada 2 atau 3 minggu
 Sakit dada, sesak nafas
 Kepenatan, kesejukan
 Hilang selera makan
 Batuk atau kahak berdarah
 Penurunan berat badan yang mendadak
 Demam, berpeluh pada waktu malam
Selain daripada itu pesakit TB ini juga dibahagikan kepada 2 jenis iaitu Pulmonary Tuberculosis dan
Extra-pulmonary Tuberculosis. Pulmonary Tuberculosis merupakan jangkitan kuman yang berlaku
pada organ paru-paru sahaja. Manakala Extra-Pulmonary Tuberculosis pula adalah jangkitan kuman
yang berlaku pada organ selain paru -paru, seperti buah pinggang, tulang belakang serta otak.
Terdapat tanda-tanda yang berbaza jika kuman ini menyerang organ -organ tertentu. Sebagai contoh,
serangan kuman TB ini pada buah pinggang boleh menyebabkan kencing berdarah.
Rujukan:
1) Mayo Clinic.org (2019) Tuberculosis Retrieved from https://www.mayoclinic.org/diseases-
conditions/tuberculosis/symptoms-causes/syc-20351250
2) Centers for Disease Control and Prevention (2016) Tuberculosis, Latent TB Infection and TB
Diseases. https://www.cdc.gov/tb/topic/basics/tbinfectiondisease.html
3) The Diagnosa (2018) Batuk Kering (Penyakit Tibi): Punca, Simptom dan Rawatan. Retrieved
from https://thediagnosa.com/batuk-kering-tuberculosis-punca-rawatan/
KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN UBATAN PENYAKIT TUBERKULOSIS ( TIBI)
Penyakit Tuberkulosis ataupun lebih dikenali sebagai penyakit Tibi merupakan penyakit
batuk kering yang sering menyerang bahagian paru-paru. Penyakit Tuberkulosis merupakan
penyakit yang amat memberbahaya kerana mampu membunuh penghidapnya dan penyakit
tibi ini dilabelkan sebagai pembunuh kedua daripada AIDS. Hal ini kerana penyakit tibi mampu
menyebabkan kematian dengan hanya melalui ejen jangkitan tunggal apabila disebarkan
kepada orang lain menerusi titisan air di udara yang telah dicemari kuman Tibi daripada pesakit
yang batuk ataupun bersin. Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO), kira-
kira 1/3 daripada penduduk dunia mempunyai kuman Tibi yang terpendam dan tidak aktif
dalam tubuh mereka. Ini disebabkan, sistem imunisasi mereka yang kuat dan mampu
menghalang kuman membiak dalam tubuh. Namun, kuman terpendam itu akan aktif apabila
daya ketahanan tubuh menjadi lemah. Oleh itu, pesakit Tibi perlu mengambil beberapa jenis
ubatan dalam jangka masa lama untuk membasmi jangkitan dan mencegah kerintangan
antibiotik akibat kuman kebal kepada ubat anti Tibi. Pengambilan rawatan ini akan
meninggalkan beberapa kesan sampingan. Antara kesan sampingan daripada rawatan adalah
pesakit akan mengalami loya atau muntah berturutan dan cirit-birit yang berterusan serta
pelbagai lagi.
1. Loya atau muntah yang berturutan
Kesan sampingan ini adalah biasa bagi semua jenis ubat anti-TIBI kerana hampir
semua ubat anti-TIBI boleh menyebabkan kesan loya dan muntah. Ubat ethionamide
atau PAS (ParaAminosalicylic Acid atau Sodium Aminosalicylate akan menyebabkan
berlakunya loya atau muntah yang secara berterusan. Hal ini disebabkan ethionamide
mempunyai kesan toksik secara langsung terhadap lapisan perut dan kesan loya akan
berlaku serta-merta setelah ubat dimakan. Manakala untuk ubatan PAS akan lambat
untuk memberi respon tindak balas dengan segera. Kesan loya dan muntah yang
disebabkan oleh ethionamide dan PAS ini bergantung terhadap dos ubat-ubatan yang
diberikan. Pengurangan dos akan dapat mengurangkan kesan loya dan muntah kepada
pesakit. Walaubagaimanapun, pengurangan dos akan meningkatkan risiko kegagalan
rawatan berlaku. Dos ethionamide perlu ditetapkan berdasarkan berat pesakit dengan
cara membahagikan dos kepada beberapa kali (splitting) boleh membantu
mengurangkan kesan sampingan dan pembahagian dos ini memerlukan pemantauan
dan nasihat daripada pegawai perubatan. . Loya dan muntah kebiasaannya hanya
berlaku dengan teruk pada permulaan rawatan sahaja. Dengan itu, bahagikan
pengambilan ubat supaya pesakit tidak perlu mengambil semua ubat pada masa yang
sama. Sebagai contoh, pengambilan ubat seperti Isoniazid dan rifampicin boleh diambil
pada waktu pagi manakala ethambutol serta pyrazinamide boleh diambil pada waktu
petang atau malam. Malah untuk elakkan pesakit daripada mengalami loya atau muntah
yang teruk, pesakit digalakan untuk memakan makanan yang lembut seperti bubur
sebelum mengambil ubat-ubatan itu dan meningkatkan pengambilan air oleh pesakit
untuk diminum secara sedikit demi sedikit bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi.
2. Cirit- Birit Berterusan
Cirit-birit ini boleh berlaku secara berterusan dalam jangka masa yang lama
mungkin disebabkan kesan ubatan PAS. Tetapi jika pesakit tersebut adalah pesakit HIV
yang positif, kemungkinan cirit-birit berlaku adalah disebabkan oleh jangkitan kronik
yang tidak boleh diabaikan. . Jika berlarutan, rawatan secara empirik boleh diberikan.
Malah pemberian ubatan Garam Rehidrasi Oral boleh diberikan jika terdapat kes cirit
birit dengan kuantiti yang banyak.
3. Peripheral Neuropathy
Pengambilan ubat-ubatan Tibi boleh menyebabkan kerosakan saraf dan
menyebabkan pesakit dapat merasai rasa terbakar ataupun kebas pada anggota badan
seperti tangan dan kaki. Kesan tersebut berkemungkinan menjadi kekal dan berterusan
walaupun ubat tersebut telah diberhentikan. Ia lebih kerap berlaku kepada pesakit yang
mengambil ubat seperti isoniazide dan levofloxacin (quinolone). Jika pesakit sedang
mengambil stavudine, yang merupakan penyebab utama neuropati, tukarkan ubat
tersebut kepada zidovudine. Jika cycloserine/terizidone disyaki sebagai penyebab
neuropati, bincangkan risiko dan kebaikan mengurangkan dos atau menghentikan ubat-
ubat ini dengan doktor yang merawat. Pesakit yang mengalami peripheral Neuropathy
ini juga akan diberikan rawatan dengan tablet pyridoxine.
4. Mengalami Kemurungan, Kebimbangan atau Psikosis
Terdapat banyak sebab yang menyebabkan berlakunya kebimbangan dan
kemurungan dalam kalangan pesakit Tibi, termasuklah masalah sosio-ekonomi.
Masalah seperti kemurungan, kebimbangan atau psikosis yang teruk boleh terjadi
disebabkan pengambilan ubat-ubatan seperti terizidone atau cycloserine. Tanda-tanda
kebimbangan boleh dilihat apabaila pesakit Tibi mengalami beberapa serangan seperti
serangan panik, halusinasi , paranoia dan yang lebih teruk lagi akan mengalami koma.
Manakala untuk mengurangkan kesan psikosis untuk menjadi lebih baik adalah dengan
mengurangkan dos cycloserine dan jika pesakit bertindak lebih ganas seperti ingin
membahayakan diri sendiri ataupun orang di sekeliling, pengambilan ubat cycloserine
haruslah dihentikan secara serta merta. Tetapi jika pengurangan dos cycloserine
dilakukan kemungkinan ia dapat membolehkan peningkatan risiko kegagalan rawatan.
Walaubagaimanapun ,perbincangan dengan dengan pakar hendaklah dilakukan demi
kesejahteraan pesakit Tibi.
5. Hipokalemia
Hipokalemia adalah dimana berlakunya masalah kekurangan garam potassium di
dalam badan pesakit yang boleh disebabkan oleh muntah, ciritbirit, ubat atau sebab
yang lain. Tanda-tanda hipokalemia ini boleh dilihat daripada pesakit apabila pesakit
mengalami simpton-simpton seperti letih, kejang, kebas, paresthesias, lemah kaki,
jantung berdebar-debar, rasa ingin tidur dan keliru. Hipokalemia ini biasanya berlaku
di kalangan pesakit yang tenat. Oleh itu, kandungan potassium haruslah diperiksa
secara berkala apabila memulakan sesuatu regimen dan memberikan pesakit suplemen
potassium dan magnesium secara oral sekiranya berlaku hipokalemia. Manakala untuk
kes pesakit yang lebih teruk, haruslah digantikan dengan cara intervena.
6. Reaksi Hipersensitiviti
Reaksi Hipersensitiviti adalah berlakunya masalah-masalah seperti kegatalan
atau ruam yang ringan. Ruam di seluruh badan dengan mucosal involvement atau disertai
dengan demam melebihi 3 hari memerlukan pemeriksaan doktor pada kadar segera. Malah
Ruam petechial mungkin disebabkan oleh thrombocytopenia di kalangan pesakit yang
dirawat menggunakan rifampicin. Oleh itu, kegatalan atau ruam ini boleh dirawat dengan
menggunakan rawatan antihistamine.
7. Hepatotoksiti
Hepatotoksiti ini merupakan salah satu kesan sampingan yang biasa terjadi di
kalangan pesakit yang menerima rawatan anti-Tibi. Risiko berlakunya hepatotoksiti ini
bergantung kepada beberapa faktor seperti umur, jantina (wanita lebih berisiko), tahap
nutrisi, pengambilan alkohol dan penyakit-penyakit lain terhadap pesakit Tibi ini. Bagi
mengurangkan risiko daripada mengalaminya, status pengambilan alkohol, nutrisi,
fungsi hati dan pengambilan dadah pesakit perlulah diketahui sebelum rawatan
diberikan. Berdasarkan kajian, 50 – 75% pesakit yang mengalami hepatotoksiti akan
mengalami loya dan muntah mankala 10% pesakit akan mengalami demam dan 5%
lagi pesakit akan mengalami ruam di badan. Jaundis hanya akan dapat dikesan apabila
hepatotoksiti menjadi teruk.
8. Lain-lain
Air kencing, air liur, air mata dan peluh akan bertukar kepada warna jingga
selepas anda mula mengambil ubat antituberculosis, Ini adalah disebabkan oleh ubat
rifampicin. Perubahan ini tidak perlu bimbang kerana ianya tidak berbahaya. Malah
ubat rifampicin ini juga mampu memberi kesan kepada pakaian dan kanta lekap
sehingga membolehkan mendapat kesan warna jingga.
Rujukan
1. http://www.myhealth.gov.my/penyakit-batuk-kering-tuberculosis-dan-ubat/
2. https://www.hmetro.com.my/node/39984
3. https://thediagnosa.com/batuk-kering-tuberculosis-punca-rawatan/
4. https://www.pharmacy.gov.my/v2/sites/default/files/document-upload/panduan-pengurusan-
pesakit-dirawat-dengan-anti-tb-pegawai-farmasi.pdf
Cara rawatan dan pencegahan penyakit Tibi
Apabila seseorang mempunyai tanda dan gejala bagi penyakit Tibi seperti batuk
berterusan sehingga dua minggu dan batuk sehingga mengeluarkan kahak yang mengandungi
darah. Pemeriksaan kesihatan perlulah dilakukan di klinik ataupun hospital berdekatan. Hal ini
bagi memastikan penyakit Tibi ini boleh dikesan dengan lebih awal dan mampu mengelakkan
penyebaran penyakit itu dengan meluas kepada orang awam. Masyarakat tidak perlu bimbang
kerana pemeriksaan dan rawatan penyakit Tibi boleh dilakukan secara percuma di semua klinik
dan hospital kerajaan.
Terdapat cara bagi mengesan penyakit Tibi apabila seseorang mempunyai tanda dan
gejala iaitu seseorang itu akan diminta untuk melakukan pemeriksaan kahak. Selain itu,
pemeriksaan x-ray juga turut dilakukan bagi mengesan penyakit Tibi dengan segera.
Cara rawatan penyakit Tibi yang paling efektif ialah dengan menggunakan kaedah
rawatan Directly Observed Therapy, Short Course (DOTS). Kaedah rawatan ini telah
diperkenalkan oleh World Health Organization (WHO) pada tahun 1995. Malaysia juga telah
menggunakan cara rawatan ini bagi menyembuhkan pesakit Tibi.
Rawatan bagi penyakit ini juga akan dilakukan selama enam bulan. Para pesakit Tibi
akan akan memakan ubat anti Tibi pada setiap hari untuk dua bulan pertama dengan disaksikan
oleh petugas kesihatan. Tindakan tersebut juga akan direkodkan ke dalam buku Tibi pesakit.
Pada peringkat seterusnya selama empat bulan, para pesakit diminta untuk menambil ubat dua
kali seminggu dibawah penyeliaan seseorang yang telah dilantik. Selanjutnya, terdapat 4 jenis
ubat–ubatan yang di gunakan untuk merawat penyakit Tibi iaitu Rifampicin, Isoniazid,
Pyrazinamide dan Ethambutol. Setiap dos ubat yang diberikan akan ditentukan mengikut berat
badan pesakit Tibi. Sekiranya, pesakit Tibi tidak dapat menerima rawatan di hospital ataupun
klinik kesihatan. Para petugas kesihatan juga akan melakukan lawatan ke rumah pesakit pada
setiap hari. Selain itu, sokongan padu dari ahli kelauarga dan masyarakat juga mampu
meningkatkan keberkesanan dan keberhasilan bagi menyembuhkan penyakit tibi.
Kepentingan untuk mendapatkan rawatan untuk penyakit Tibi ialah dapat membantu
pesakit Tibi dalam memulihkan kualiti kesihatan dan juga menjalankan kehidupan harian
dengan lebih sihat. Selain itu, rawatan ini juga mampu mengelakkan jangkitan Tibi tersebar
kepada orang awam. Selanjutnya, rawatan ini juga dapat mengelakan kerintangan daya tahan
ubat kuman.
Terdapat juga beberapa cara pencegahan daripada dijangkiti penyakit Tibi. Cara
yang pertama ialah kita hendaklah mengamalkan penjagaan kesihatan dan kebersihan. Para
petugas kesihatan perlulah memakai topeng muka yang bersesuaian ketika merawat pesakit
Tibi seperti memakai topeng muka N95. Apabila batuk ataupun bersin kita perlulah menutup
mulut menggunakan tisu dan segera membuang tisu tersebut ke dalam tong sampah yang
berhampiran bagi mengelakkan kuman tersebar. Kita perlu juga perlu membasuh tangan
dengan kerap terutamanya selepas batuk, bersin ataupun menggunakan tandas.
Selain itu, masyarakat juga perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang dan gaya
hidup yang sihat. Hal ini kerana badan yang menerima nutrisi yang lengkap mampu untuk
meningkatkan tahap imun badan daripada dijangkiti sebarang penyakit. Oleh itu, kita boleh
mengikut panduan piramid makanan dalam menentukan cara pemakanan yang lebih sihat.
Latihan senaman juga perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk lebih
mencergaskan badan. Sebagai contoh senaman yang boleh dilakukan ialah berjogging dan
berenang.
Selanjutnya, masyarakat juga perlu mengetahui kepentingan pengambilan vaksin BCG
sejak dari lahir kerana mampu melindungi diri daripada dijangkiti penyakit Tibi Meningitis
dan juga Tibi Miliari. Vaksin ini juga berperanan untuk meransang imun badan bagi
menghasilkan antibodi yang kuat bagi mengelakkan daripada tertular penyakit Tibi.
Rujukan
1. Sinar Harian, 7 Jun 2020.
2. Penyakit-infosihat retrieved from
https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/risalah/pdf/24_Ris_TB_Baru_BM.pdf
3. Kepentingan rawatan Tibi terhadap kesihatan (2017).
http://www.myhealth.gov.my/kepentingan-rawatan-tibi-terhadap-kesihatan/
4. Penyakit batuk kering (tuberculosis) dan ubat,
http://www.myhealth.gov.my/penyakit-batuk-kering-tuberculosis-dan-ubat/

More Related Content

What's hot

alat pelindung diri.pptx
alat pelindung diri.pptxalat pelindung diri.pptx
alat pelindung diri.pptxnirwana91
 
ANATOMI & FISIOLOGI STRUKTUR KULIT
ANATOMI & FISIOLOGI STRUKTUR KULITANATOMI & FISIOLOGI STRUKTUR KULIT
ANATOMI & FISIOLOGI STRUKTUR KULITMuhammad Nasrullah
 
S I S T E M P E R N A F A S A N
S I S T E M  P E R N A F A S A NS I S T E M  P E R N A F A S A N
S I S T E M P E R N A F A S A NnorazanePBSM
 
PENGAIRAN PUNDI KENCING (BLADDER IRRIGATION)
PENGAIRAN PUNDI KENCING (BLADDER IRRIGATION)PENGAIRAN PUNDI KENCING (BLADDER IRRIGATION)
PENGAIRAN PUNDI KENCING (BLADDER IRRIGATION)Muhammad Nasrullah
 
Mamb 1112 2.2 bakteria gram positif
Mamb 1112 2.2 bakteria gram positifMamb 1112 2.2 bakteria gram positif
Mamb 1112 2.2 bakteria gram positifZamari
 
Tuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi Kesihatan
Tuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi KesihatanTuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi Kesihatan
Tuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi KesihatanYonizam Syahrul
 
Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet
Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internetPeraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet
Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internetO'conner L'minl
 
tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.
tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.
tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.Ummu Nabil
 
Konsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit
Konsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit BerjangkitKonsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit
Konsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit BerjangkitMuhammad Nasrullah
 
Wound dressing ppt
Wound dressing pptWound dressing ppt
Wound dressing ppthalizarazali
 
Cara Basuh Tangan Yang Betul
Cara Basuh Tangan Yang BetulCara Basuh Tangan Yang Betul
Cara Basuh Tangan Yang Betulinnet
 

What's hot (20)

WHOOPING COUGH
WHOOPING COUGHWHOOPING COUGH
WHOOPING COUGH
 
Pneumotorak dan Hemotorak
Pneumotorak dan HemotorakPneumotorak dan Hemotorak
Pneumotorak dan Hemotorak
 
alat pelindung diri.pptx
alat pelindung diri.pptxalat pelindung diri.pptx
alat pelindung diri.pptx
 
ANATOMI & FISIOLOGI STRUKTUR KULIT
ANATOMI & FISIOLOGI STRUKTUR KULITANATOMI & FISIOLOGI STRUKTUR KULIT
ANATOMI & FISIOLOGI STRUKTUR KULIT
 
Measles
MeaslesMeasles
Measles
 
Kesan ict
Kesan ictKesan ict
Kesan ict
 
PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DI MALAYSIA
PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DI MALAYSIAPENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DI MALAYSIA
PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DI MALAYSIA
 
S I S T E M P E R N A F A S A N
S I S T E M  P E R N A F A S A NS I S T E M  P E R N A F A S A N
S I S T E M P E R N A F A S A N
 
Cpr
CprCpr
Cpr
 
PENGAIRAN PUNDI KENCING (BLADDER IRRIGATION)
PENGAIRAN PUNDI KENCING (BLADDER IRRIGATION)PENGAIRAN PUNDI KENCING (BLADDER IRRIGATION)
PENGAIRAN PUNDI KENCING (BLADDER IRRIGATION)
 
Kusta
KustaKusta
Kusta
 
Mamb 1112 2.2 bakteria gram positif
Mamb 1112 2.2 bakteria gram positifMamb 1112 2.2 bakteria gram positif
Mamb 1112 2.2 bakteria gram positif
 
ANTI HIPERTENSI
ANTI HIPERTENSIANTI HIPERTENSI
ANTI HIPERTENSI
 
Tuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi Kesihatan
Tuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi KesihatanTuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi Kesihatan
Tuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi Kesihatan
 
Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet
Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internetPeraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet
Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet
 
tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.
tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.
tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.
 
Konsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit
Konsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit BerjangkitKonsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit
Konsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit
 
Wound dressing ppt
Wound dressing pptWound dressing ppt
Wound dressing ppt
 
Denggi
DenggiDenggi
Denggi
 
Cara Basuh Tangan Yang Betul
Cara Basuh Tangan Yang BetulCara Basuh Tangan Yang Betul
Cara Basuh Tangan Yang Betul
 

Similar to Penyakit tuberkulosis (20)

Makalah TBC
Makalah TBCMakalah TBC
Makalah TBC
 
Tbc epid
Tbc  epidTbc  epid
Tbc epid
 
Makalah agen penyakit
Makalah agen penyakitMakalah agen penyakit
Makalah agen penyakit
 
Makalah tbc pada anakk
Makalah tbc pada anakkMakalah tbc pada anakk
Makalah tbc pada anakk
 
Maklah tbc1
Maklah tbc1Maklah tbc1
Maklah tbc1
 
Makalah tbc pada anak
Makalah tbc pada anakMakalah tbc pada anak
Makalah tbc pada anak
 
Makalah tbc pada anak
Makalah tbc pada anakMakalah tbc pada anak
Makalah tbc pada anak
 
ASKEP TB.docx
ASKEP TB.docxASKEP TB.docx
ASKEP TB.docx
 
Makalah tuberculosis
Makalah tuberculosisMakalah tuberculosis
Makalah tuberculosis
 
Makalah tuberculosis
Makalah tuberculosisMakalah tuberculosis
Makalah tuberculosis
 
Copy sendiri
Copy sendiriCopy sendiri
Copy sendiri
 
Askep hiv
Askep hivAskep hiv
Askep hiv
 
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKITContoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
 
Tbc pada ibu
Tbc pada ibuTbc pada ibu
Tbc pada ibu
 
Makalah tbc pada anakk
Makalah tbc pada anakkMakalah tbc pada anakk
Makalah tbc pada anakk
 
Sitem pernafasan
Sitem pernafasanSitem pernafasan
Sitem pernafasan
 
Makalah ikm revisi baruuuuuu pdf
Makalah ikm revisi baruuuuuu pdfMakalah ikm revisi baruuuuuu pdf
Makalah ikm revisi baruuuuuu pdf
 
bahan materi tb bumil.docx
bahan materi tb bumil.docxbahan materi tb bumil.docx
bahan materi tb bumil.docx
 
Penanganan terkini tuberkulosis atau tb
Penanganan terkini tuberkulosis atau tbPenanganan terkini tuberkulosis atau tb
Penanganan terkini tuberkulosis atau tb
 
Askep TB.docx
Askep TB.docxAskep TB.docx
Askep TB.docx
 

Recently uploaded

soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 

Recently uploaded (20)

soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 

Penyakit tuberkulosis

  • 1. J A L I N A N M A S Y A R A K A T J A B A T A N S E J A R A H U N I V E R I S T I M A L A Y A 1 9 / 2 0 PENYAKIT TUBERKULOSIS
  • 2. APAKAH ITU TUBERKULOSIS? Penyakit Tuberkulosis (TB) atau lebih dikenali sebagai Batuk Kering adalah salah satu penyakit berjangkit yang sangat merbahaya. Ianya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria yang dipanggil Mycobacterium tuberculosis dan disebarkan melalui udara apabila pesakit yang mempunyai kuman tersebut batuk atau bersin. Organ utama yang selalu dijangkiti adalah paru- paru dan dikenali sebagai Pulmonary tuberculosis. Tetapi, kuman ini juga boleh berjangkit ke semua organ yang lain seperti otak, tulang, buah pinggang, dan kulit. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, Mycobacterium Tuberculosis Gambar rajah di atas menunjukkan bagaimana penyakit TB disebarkan.
  • 3. Sejarah penyakit Tuberkulosis Penyakit tuberkulosis (TB) atau juga dikenali oleh rakyat tempatan dengan nama batuk kering merupakan salah satu penyakit berjangkit. Penyakit ini merupakan penyakit yang berbahaya sehingga ada kes yang boleh membawa kematian tetapi malangya masih terdapat masyarakat yang tidak mengetahui mengenai hal tersebut dan mengambil mudah bagaimana ia boleh tersebar. Ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria iaitu ‘Mycobacterium tuberculosis’ yang ditemui oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882 di Jerman. Beliau mengkriterikan bakteria tersebut berwarna merah, halus dan hanya boleh dilihat dengan menggunakan microskop. Penyakit ini boleh tersebar melalui udara apabila pesakit TB aktif yang mempunyai kuman tersebut batuk dan kuman tersebut beterbangan di ruang udara dalam bentuk titisan halus selama beberapa jam dan berjangkit dengan orang berhampiran. Mereka yang berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit TB kebiasaannya paling berisiko untuk dijangkiti. Kuman tersebut masuk ke dalam rongga pernafasan dan pergi ke ruang alveolur. Dalam kebanyakan bentuk penyakit ini, paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti atau disebut juga sebagai pulmonary tuberculosis dan merebak secara perlahan-lahan dan boleh menjangkiti semua organ di dalam badan termasuklah otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Sejarah penyakit TB, Dari mana asalnya penyakit ini? penyakit tuberculosis dianggap penyakit berjangkit tertua di dunia dimana ia mula dilaporkan pertama kali dijumpai di dalam serpihan tulang belakang mumia Mesir sekitar tahun 460 sebelum Masihi. Menurut penulisan seorang doktor Yunani yang bernama Hippocrates, beliau telah mengenal pasti TB sebagai penyakit yang paling tersebar luas pada masa itu dan ianya selalu membawa kepada kematian.
  • 4. Di negara kita pula, penyakit TB muncul sebagai pembunuh nombor satu di Malaya pada tahun 1945 hingga tahun 1957. Pada ketika itu, digambarkan sebahagian besar katil-katil yang terdapat di hospital dipenuhi oleh pesakit TB ini. Pada akhir Perang Dunia ke-2, ketika British kembali ke Tanah Melayu, tuberkulosis disenaraikan sebagai pembunuh tunggal terbesar, dan penyebab paling banyak penderitaan di negara kita. Selama 15 tahun berikutnya, tuberkulosis terus menjadi masalah kesihatan terbesar di Tanah Melayu. Menjelang tahun 1957, anggaran konservatif meletakkan peratusan jangkitan di kalangan kanak-kanak pada 25% pada usia 5 tahun, 50% pada usia 10 tahun, dan 75% pada usia 15 tahun. Tuberkulosis biasanya merupakan penyakit penduduk bandar atau komuniti bandar, tetapi di Tanah Melayu kawasan pedalaman terjejas hampir sama seriusnya dengan bandar. Penyebaran tuberkulosis bahkan di kalangan penduduk asli didapati dalam tinjauan setinggi di bandar. Penduduk desa khususnya di negeri Kedah dan pantai timur mempunyai kejadian hampir setinggi yang dijumpai di kawasan kumuh di bandar dan bandar kami. Orang Melayu, Cina dan India dijangkiti penyakit ini dengan kemudahan yang sama dan menyebarkannya dengan mudah. Semasa ia mula menyerang Malaya, sebarang penawar yang mujarab atau vaksin masih lagi belum diketahui. Oleh itu, nasib pesakit penyakit berkenaan pada ketika itu hanyalah diisolasikan di suatu tempat terpencil yang disebut sebagai ‘sonatorium’ bagi usaha mengelakkan penyakit ini tersebar kepada orang ramai. Pada tahun 1957, iaitu selepas negara kita menyambut kemerdekaan, Kerajaan yang terbentuk sedar akan rasa tanggungjawab yang lebih besar bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Salah satu langkah pertama yang diambil oleh Kementerian Kesihatan setelah pilihan raya umum adalah dengan mewujudkan jawatan di peringkat Persekutuan seorang Pakar Kanan Tuberkulosis yang ditugaskan untuk bertanggungjawab untuk mengkaji masalah tuberkulosis di negara ini dan
  • 5. menyusun rancangan untuk mengawalnya. Dengan bantuan Sir Harry Wunderly, ketua Perunding WHO mengenai Tuberkulosis (pihak berkuasa dunia yang diiktiraf mengenai Tuberkulosis) kajian menyeluruh dibuat mengenai sumber-sumber yang ada untuk mencegah pencegahan dan rawatan tuberkulosis. Selain itu, pesakit Tuberkulosis juga diberi ubat yang hanya berbentuk makanan yang berkhasiat bagi membentuk ketahanan tubuh dan imunisasi yang kuat bagi mengelakkan bakteria tersebut merebak dengan pantas ke organ yang lain. Pada tahun 1961, Progam Kebangsaan Pencegahan Penyakit Tibi dilancarkan dan program ini secara tidak langsung membantu dan berjaya mengurangkan kes-kes tibi. Hal ini dikatakan demikian kerana, penyakit yang berbahaya ini telah dianggap terkawal dan Malaysia telah dikategorikan sebagai sebuah negara yang mempunyai jumlah pesakit TB yang sederhana. Kempen Kawalan Tuberkulosis Nasional dilancarkan secara rasmi pada tahun 1961 untuk menghilangkan tuberkulosis sebagai masalah kesihatan awam di Tanah Melayu, dan dana telah disediakan untuk program ini di bawah Rancangan 5 Tahun Nasional ke-2 untuk tahun 1961-1965. Akhirnya masalah batuk kering mulai ditangani dengan serius. Tanggal 24 Mac 1884 diistiharkan sebagai Hari Tuberkulosis Sedunia dimana diambil sempena memperingati penemuan kuman tibi oleh Dr. Robert Koch yang pertama kali dibentangkannya pada 24 Mac 1884. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, secara umumnya satu daripada tiga penduduk dunia dijangkiti kuman tibi. Ini bermaksud, satu daripada tiga orang rakyat Malaysia atau ahli keluarga atau rakan sekerja anda akan terdedah kepada risiko untuk mempunyai kuman penyakit ini di dalam badan mereka.
  • 6. Rujukan Encyclopædia Britannica (2020). Tuberculosis Through History. Retrieved from https://www.britannica.com/science/tuberculosis/Tuberculosis-through-history Encyclopædia Britannica (2020). Tuberculosis. Retrieved from https://www.britannica.com/science/tuberculosis Myhealth (2020). Tuberkulosis (TB). Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/tuberkulosis-tb/ Malaysian Association for the Prevention of Tuberculosis (2012). Tibi - Penyakit Berjangkit No.1. retrieved from http://www.maptb.org.my/tbinfo_mingguan.html Malaysian Association for the Prevention of Tuberculosis (2012). Tuberculosis in Malaya - the Early Days. retrieved from http://www.maptb.org.my/tbinfo_malaysia.html Lampiran Lampiran 1 Gambar salah seorang penyakit Tibi
  • 7. Lampiran 2 American Red Cross poster promoting a Christmas seal campaign to raise money to fight tuberculosis, c. 1919.Library of Congress, Washington, D.C. (LC-DIG-ppmsca-43170) Lampiran 3 Hari Tibi Sedunia disambut sempena memperingati penemuan kuman tibi oleh Dr. Robert Koch yang pertama kali dibentangkannya pada 24 Mac 1884
  • 8.
  • 9. Tanda-tanda Penyakit Tuberkulosis Terdapat dua jenis penyakit yang berkaitan dengan penyakit TB ini. Pertama adalah infeksi TB yang tidak mempunyai gejala. Tidak semua pesakit yang diserang penyakitini akan menjadi sakit. Ini kerana, sistem imun badan yang berbeza pada setiap manusia menjadikan seseorang itu akan sakit ataupon tidak. Dalam keadaan ini jika orang yang dijangkiti dengan kuman TB ini mempunyai sistem imun badan yang kuat, kuman ini menjadi tidak aktif dan akan berada dalam badan orang yang dijangkiti. Mereka yang dijangkiti ini tidak menunjukkan apa – apa simptom, serta mereka jugak tidak akan menunjukkan rasa sakit. Mereka juga tidak akan menjadi sebagai pembawa dan menjangkiti orang lain. Pada kebiasaannya, apabila menjalankan ujian bagi mengesan TB pada darah dan kulit, hasil ujian tersebut akan menunjukkan positif. Namun begitu, jika tidak mendapatkan rawatan yang sesuai bagi jenis TB yang tidak bergejala ini, ia boleh menyebabkan ia menjadi Penyakit TB. Terutama sekali bagi mereka yang mempunyai sistem imun badan yang lemah, perkara sebegini boleh berlaku dan ia boleh menyebabkan Penyakit TB menjadi lebih teruk. Jenis TB kedua adalah penyakit TB. Kuman TB ini akan menjadi aktif apabila berada dalam badan mereka yang mempunyai sistem imun badan yang lemah. Kuman TB yang aktif ini boleh merebak dan menjangkiti manusia. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan gejala seawal minggu pertama diserang mahupun boleh juga menunjukkan gejala bertahun kemudian. Antara tanda – tanda penyakit Tibi yang aktif ini adalah:  Batuk yang lebih daripada 2 atau 3 minggu  Sakit dada, sesak nafas  Kepenatan, kesejukan  Hilang selera makan  Batuk atau kahak berdarah  Penurunan berat badan yang mendadak  Demam, berpeluh pada waktu malam
  • 10. Selain daripada itu pesakit TB ini juga dibahagikan kepada 2 jenis iaitu Pulmonary Tuberculosis dan Extra-pulmonary Tuberculosis. Pulmonary Tuberculosis merupakan jangkitan kuman yang berlaku pada organ paru-paru sahaja. Manakala Extra-Pulmonary Tuberculosis pula adalah jangkitan kuman yang berlaku pada organ selain paru -paru, seperti buah pinggang, tulang belakang serta otak. Terdapat tanda-tanda yang berbaza jika kuman ini menyerang organ -organ tertentu. Sebagai contoh, serangan kuman TB ini pada buah pinggang boleh menyebabkan kencing berdarah. Rujukan: 1) Mayo Clinic.org (2019) Tuberculosis Retrieved from https://www.mayoclinic.org/diseases- conditions/tuberculosis/symptoms-causes/syc-20351250 2) Centers for Disease Control and Prevention (2016) Tuberculosis, Latent TB Infection and TB Diseases. https://www.cdc.gov/tb/topic/basics/tbinfectiondisease.html 3) The Diagnosa (2018) Batuk Kering (Penyakit Tibi): Punca, Simptom dan Rawatan. Retrieved from https://thediagnosa.com/batuk-kering-tuberculosis-punca-rawatan/
  • 11.
  • 12. KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN UBATAN PENYAKIT TUBERKULOSIS ( TIBI) Penyakit Tuberkulosis ataupun lebih dikenali sebagai penyakit Tibi merupakan penyakit batuk kering yang sering menyerang bahagian paru-paru. Penyakit Tuberkulosis merupakan penyakit yang amat memberbahaya kerana mampu membunuh penghidapnya dan penyakit tibi ini dilabelkan sebagai pembunuh kedua daripada AIDS. Hal ini kerana penyakit tibi mampu menyebabkan kematian dengan hanya melalui ejen jangkitan tunggal apabila disebarkan kepada orang lain menerusi titisan air di udara yang telah dicemari kuman Tibi daripada pesakit yang batuk ataupun bersin. Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO), kira- kira 1/3 daripada penduduk dunia mempunyai kuman Tibi yang terpendam dan tidak aktif dalam tubuh mereka. Ini disebabkan, sistem imunisasi mereka yang kuat dan mampu menghalang kuman membiak dalam tubuh. Namun, kuman terpendam itu akan aktif apabila daya ketahanan tubuh menjadi lemah. Oleh itu, pesakit Tibi perlu mengambil beberapa jenis ubatan dalam jangka masa lama untuk membasmi jangkitan dan mencegah kerintangan antibiotik akibat kuman kebal kepada ubat anti Tibi. Pengambilan rawatan ini akan meninggalkan beberapa kesan sampingan. Antara kesan sampingan daripada rawatan adalah pesakit akan mengalami loya atau muntah berturutan dan cirit-birit yang berterusan serta pelbagai lagi. 1. Loya atau muntah yang berturutan Kesan sampingan ini adalah biasa bagi semua jenis ubat anti-TIBI kerana hampir semua ubat anti-TIBI boleh menyebabkan kesan loya dan muntah. Ubat ethionamide atau PAS (ParaAminosalicylic Acid atau Sodium Aminosalicylate akan menyebabkan berlakunya loya atau muntah yang secara berterusan. Hal ini disebabkan ethionamide mempunyai kesan toksik secara langsung terhadap lapisan perut dan kesan loya akan berlaku serta-merta setelah ubat dimakan. Manakala untuk ubatan PAS akan lambat untuk memberi respon tindak balas dengan segera. Kesan loya dan muntah yang disebabkan oleh ethionamide dan PAS ini bergantung terhadap dos ubat-ubatan yang diberikan. Pengurangan dos akan dapat mengurangkan kesan loya dan muntah kepada pesakit. Walaubagaimanapun, pengurangan dos akan meningkatkan risiko kegagalan rawatan berlaku. Dos ethionamide perlu ditetapkan berdasarkan berat pesakit dengan cara membahagikan dos kepada beberapa kali (splitting) boleh membantu
  • 13. mengurangkan kesan sampingan dan pembahagian dos ini memerlukan pemantauan dan nasihat daripada pegawai perubatan. . Loya dan muntah kebiasaannya hanya berlaku dengan teruk pada permulaan rawatan sahaja. Dengan itu, bahagikan pengambilan ubat supaya pesakit tidak perlu mengambil semua ubat pada masa yang sama. Sebagai contoh, pengambilan ubat seperti Isoniazid dan rifampicin boleh diambil pada waktu pagi manakala ethambutol serta pyrazinamide boleh diambil pada waktu petang atau malam. Malah untuk elakkan pesakit daripada mengalami loya atau muntah yang teruk, pesakit digalakan untuk memakan makanan yang lembut seperti bubur sebelum mengambil ubat-ubatan itu dan meningkatkan pengambilan air oleh pesakit untuk diminum secara sedikit demi sedikit bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi. 2. Cirit- Birit Berterusan Cirit-birit ini boleh berlaku secara berterusan dalam jangka masa yang lama mungkin disebabkan kesan ubatan PAS. Tetapi jika pesakit tersebut adalah pesakit HIV yang positif, kemungkinan cirit-birit berlaku adalah disebabkan oleh jangkitan kronik yang tidak boleh diabaikan. . Jika berlarutan, rawatan secara empirik boleh diberikan. Malah pemberian ubatan Garam Rehidrasi Oral boleh diberikan jika terdapat kes cirit birit dengan kuantiti yang banyak. 3. Peripheral Neuropathy Pengambilan ubat-ubatan Tibi boleh menyebabkan kerosakan saraf dan menyebabkan pesakit dapat merasai rasa terbakar ataupun kebas pada anggota badan seperti tangan dan kaki. Kesan tersebut berkemungkinan menjadi kekal dan berterusan walaupun ubat tersebut telah diberhentikan. Ia lebih kerap berlaku kepada pesakit yang mengambil ubat seperti isoniazide dan levofloxacin (quinolone). Jika pesakit sedang mengambil stavudine, yang merupakan penyebab utama neuropati, tukarkan ubat tersebut kepada zidovudine. Jika cycloserine/terizidone disyaki sebagai penyebab neuropati, bincangkan risiko dan kebaikan mengurangkan dos atau menghentikan ubat- ubat ini dengan doktor yang merawat. Pesakit yang mengalami peripheral Neuropathy ini juga akan diberikan rawatan dengan tablet pyridoxine.
  • 14. 4. Mengalami Kemurungan, Kebimbangan atau Psikosis Terdapat banyak sebab yang menyebabkan berlakunya kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan pesakit Tibi, termasuklah masalah sosio-ekonomi. Masalah seperti kemurungan, kebimbangan atau psikosis yang teruk boleh terjadi disebabkan pengambilan ubat-ubatan seperti terizidone atau cycloserine. Tanda-tanda kebimbangan boleh dilihat apabaila pesakit Tibi mengalami beberapa serangan seperti serangan panik, halusinasi , paranoia dan yang lebih teruk lagi akan mengalami koma. Manakala untuk mengurangkan kesan psikosis untuk menjadi lebih baik adalah dengan mengurangkan dos cycloserine dan jika pesakit bertindak lebih ganas seperti ingin membahayakan diri sendiri ataupun orang di sekeliling, pengambilan ubat cycloserine haruslah dihentikan secara serta merta. Tetapi jika pengurangan dos cycloserine dilakukan kemungkinan ia dapat membolehkan peningkatan risiko kegagalan rawatan. Walaubagaimanapun ,perbincangan dengan dengan pakar hendaklah dilakukan demi kesejahteraan pesakit Tibi. 5. Hipokalemia Hipokalemia adalah dimana berlakunya masalah kekurangan garam potassium di dalam badan pesakit yang boleh disebabkan oleh muntah, ciritbirit, ubat atau sebab yang lain. Tanda-tanda hipokalemia ini boleh dilihat daripada pesakit apabila pesakit mengalami simpton-simpton seperti letih, kejang, kebas, paresthesias, lemah kaki, jantung berdebar-debar, rasa ingin tidur dan keliru. Hipokalemia ini biasanya berlaku di kalangan pesakit yang tenat. Oleh itu, kandungan potassium haruslah diperiksa secara berkala apabila memulakan sesuatu regimen dan memberikan pesakit suplemen potassium dan magnesium secara oral sekiranya berlaku hipokalemia. Manakala untuk kes pesakit yang lebih teruk, haruslah digantikan dengan cara intervena. 6. Reaksi Hipersensitiviti Reaksi Hipersensitiviti adalah berlakunya masalah-masalah seperti kegatalan atau ruam yang ringan. Ruam di seluruh badan dengan mucosal involvement atau disertai
  • 15. dengan demam melebihi 3 hari memerlukan pemeriksaan doktor pada kadar segera. Malah Ruam petechial mungkin disebabkan oleh thrombocytopenia di kalangan pesakit yang dirawat menggunakan rifampicin. Oleh itu, kegatalan atau ruam ini boleh dirawat dengan menggunakan rawatan antihistamine. 7. Hepatotoksiti Hepatotoksiti ini merupakan salah satu kesan sampingan yang biasa terjadi di kalangan pesakit yang menerima rawatan anti-Tibi. Risiko berlakunya hepatotoksiti ini bergantung kepada beberapa faktor seperti umur, jantina (wanita lebih berisiko), tahap nutrisi, pengambilan alkohol dan penyakit-penyakit lain terhadap pesakit Tibi ini. Bagi mengurangkan risiko daripada mengalaminya, status pengambilan alkohol, nutrisi, fungsi hati dan pengambilan dadah pesakit perlulah diketahui sebelum rawatan diberikan. Berdasarkan kajian, 50 – 75% pesakit yang mengalami hepatotoksiti akan mengalami loya dan muntah mankala 10% pesakit akan mengalami demam dan 5% lagi pesakit akan mengalami ruam di badan. Jaundis hanya akan dapat dikesan apabila hepatotoksiti menjadi teruk. 8. Lain-lain Air kencing, air liur, air mata dan peluh akan bertukar kepada warna jingga selepas anda mula mengambil ubat antituberculosis, Ini adalah disebabkan oleh ubat rifampicin. Perubahan ini tidak perlu bimbang kerana ianya tidak berbahaya. Malah ubat rifampicin ini juga mampu memberi kesan kepada pakaian dan kanta lekap sehingga membolehkan mendapat kesan warna jingga.
  • 16. Rujukan 1. http://www.myhealth.gov.my/penyakit-batuk-kering-tuberculosis-dan-ubat/ 2. https://www.hmetro.com.my/node/39984 3. https://thediagnosa.com/batuk-kering-tuberculosis-punca-rawatan/ 4. https://www.pharmacy.gov.my/v2/sites/default/files/document-upload/panduan-pengurusan- pesakit-dirawat-dengan-anti-tb-pegawai-farmasi.pdf
  • 17. Cara rawatan dan pencegahan penyakit Tibi Apabila seseorang mempunyai tanda dan gejala bagi penyakit Tibi seperti batuk berterusan sehingga dua minggu dan batuk sehingga mengeluarkan kahak yang mengandungi darah. Pemeriksaan kesihatan perlulah dilakukan di klinik ataupun hospital berdekatan. Hal ini bagi memastikan penyakit Tibi ini boleh dikesan dengan lebih awal dan mampu mengelakkan penyebaran penyakit itu dengan meluas kepada orang awam. Masyarakat tidak perlu bimbang kerana pemeriksaan dan rawatan penyakit Tibi boleh dilakukan secara percuma di semua klinik dan hospital kerajaan. Terdapat cara bagi mengesan penyakit Tibi apabila seseorang mempunyai tanda dan gejala iaitu seseorang itu akan diminta untuk melakukan pemeriksaan kahak. Selain itu, pemeriksaan x-ray juga turut dilakukan bagi mengesan penyakit Tibi dengan segera. Cara rawatan penyakit Tibi yang paling efektif ialah dengan menggunakan kaedah rawatan Directly Observed Therapy, Short Course (DOTS). Kaedah rawatan ini telah diperkenalkan oleh World Health Organization (WHO) pada tahun 1995. Malaysia juga telah menggunakan cara rawatan ini bagi menyembuhkan pesakit Tibi. Rawatan bagi penyakit ini juga akan dilakukan selama enam bulan. Para pesakit Tibi akan akan memakan ubat anti Tibi pada setiap hari untuk dua bulan pertama dengan disaksikan oleh petugas kesihatan. Tindakan tersebut juga akan direkodkan ke dalam buku Tibi pesakit. Pada peringkat seterusnya selama empat bulan, para pesakit diminta untuk menambil ubat dua kali seminggu dibawah penyeliaan seseorang yang telah dilantik. Selanjutnya, terdapat 4 jenis ubat–ubatan yang di gunakan untuk merawat penyakit Tibi iaitu Rifampicin, Isoniazid, Pyrazinamide dan Ethambutol. Setiap dos ubat yang diberikan akan ditentukan mengikut berat badan pesakit Tibi. Sekiranya, pesakit Tibi tidak dapat menerima rawatan di hospital ataupun klinik kesihatan. Para petugas kesihatan juga akan melakukan lawatan ke rumah pesakit pada
  • 18. setiap hari. Selain itu, sokongan padu dari ahli kelauarga dan masyarakat juga mampu meningkatkan keberkesanan dan keberhasilan bagi menyembuhkan penyakit tibi. Kepentingan untuk mendapatkan rawatan untuk penyakit Tibi ialah dapat membantu pesakit Tibi dalam memulihkan kualiti kesihatan dan juga menjalankan kehidupan harian dengan lebih sihat. Selain itu, rawatan ini juga mampu mengelakkan jangkitan Tibi tersebar kepada orang awam. Selanjutnya, rawatan ini juga dapat mengelakan kerintangan daya tahan ubat kuman. Terdapat juga beberapa cara pencegahan daripada dijangkiti penyakit Tibi. Cara yang pertama ialah kita hendaklah mengamalkan penjagaan kesihatan dan kebersihan. Para petugas kesihatan perlulah memakai topeng muka yang bersesuaian ketika merawat pesakit Tibi seperti memakai topeng muka N95. Apabila batuk ataupun bersin kita perlulah menutup mulut menggunakan tisu dan segera membuang tisu tersebut ke dalam tong sampah yang berhampiran bagi mengelakkan kuman tersebar. Kita perlu juga perlu membasuh tangan dengan kerap terutamanya selepas batuk, bersin ataupun menggunakan tandas. Selain itu, masyarakat juga perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat. Hal ini kerana badan yang menerima nutrisi yang lengkap mampu untuk meningkatkan tahap imun badan daripada dijangkiti sebarang penyakit. Oleh itu, kita boleh mengikut panduan piramid makanan dalam menentukan cara pemakanan yang lebih sihat. Latihan senaman juga perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk lebih mencergaskan badan. Sebagai contoh senaman yang boleh dilakukan ialah berjogging dan berenang.
  • 19. Selanjutnya, masyarakat juga perlu mengetahui kepentingan pengambilan vaksin BCG sejak dari lahir kerana mampu melindungi diri daripada dijangkiti penyakit Tibi Meningitis dan juga Tibi Miliari. Vaksin ini juga berperanan untuk meransang imun badan bagi menghasilkan antibodi yang kuat bagi mengelakkan daripada tertular penyakit Tibi. Rujukan 1. Sinar Harian, 7 Jun 2020. 2. Penyakit-infosihat retrieved from https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/risalah/pdf/24_Ris_TB_Baru_BM.pdf 3. Kepentingan rawatan Tibi terhadap kesihatan (2017). http://www.myhealth.gov.my/kepentingan-rawatan-tibi-terhadap-kesihatan/ 4. Penyakit batuk kering (tuberculosis) dan ubat, http://www.myhealth.gov.my/penyakit-batuk-kering-tuberculosis-dan-ubat/