SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian”
1
Penerimaan Pengguna Terhadap Program “Mendobi Pakaian”
Murid-murid Masalah Pembelajaran
Noorhayati Mustaffa, Aznan Che Ahmad, dan Noorazian Abd Hamid
ABSTRAK
Program transisi kerjaya merupakan program bagi membantu menyediakan murid masalah pembelajaran ini
menghadapi alam pekerjaan selepas mereka menamatkan alam persekolahan. Oleh itu kajian ini dijalankan bagi
mengenal pasti pelaksanaan transisi kerjaya program “Mendobi Pakaian” dan penerimaan kakitangan sekolah
aliran perdana dan ibu bapa murid berkeperluan khas terhadap program “MendobiPakaian” yang dijalankan oleh
murid-murid masalah pembelajaran. Kajian ini adalah sebuah kajian berbentuk campuran di antara kuantitatif dan
juga kualitatif. Bagi kaedah kuantitatif, data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik. Manakala bagi
kaedah kualitatif pula data dikumpul menerusi temubual berstruktur yang melibatkan guru mendobi dan ibu bapa
murid masalah pembelajaran. Data kuantitaif dalam kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dalam bentuk
frekuensi dan juga peratus, manakala data kualitatif pula telah dianalisa secara analisis bertema. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa kakitangan sekolah aliran perdana dan ibu bapa murid masalah pembelajaran menerima
baik perkhidmatan mendobi pakaian ini. Manakala dapatan kualitatif pula menunjukkan bahawa murid-murid
masalah pembelajaran memerlukan latihan dan pemantauan berterusan dalam memastikan hasil kerja yang
berkualiti dan memuaskan hati pelanggan.Ibu bapa murid-murid masalah pembelajaran ini juga gembira dengan
langkah sekolah memperkenalkan program ini bagi memastikan masa depan anak mereka yang lebih cerah.
KATA KUNCI: transisi kerjaya, murid masalah pembelajaran, mendobi, murid-murid
berkeperluan khas.
Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian”
2
Penerimaan Pengguna Terhadap Program “Mendobi Pakaian”
Murid-murid Masalah Pembelajaran
Murid pendidikan khas terdiri daripada murid yang mengalami masalah dari segi
penglihatan, pendengaran, penglihatan dan pembelajaran. Secara spesifik, Jabatan Pendidikan
Khas (2004) telah mengkategorikan murid masalah pembelajaran adalah murid yang yang
mengalami sindrom Down, autisme ringan, gangguan attention deficit hyperactive disorder
(ADHD), terencat akal minimum dan bermasalah dalam pembelajaran spesifik. Pendidikan
untuk murid masalah pembelajaran telah bermula pada tahun 1988.
Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan
kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi
membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu
mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek
intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh
menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima
pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh.
Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran
biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid
ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan
kepakaran dan penglibatan masyarakat. Kenyataan ini disokong oleh Nasri, Hamzah, dan
Udin, (2010) yang mengatakan bahawa pendidikan khas merupakan aliran pendidikan yang
berperanan penting dalam membantu golongan berkeperluan khas terutamanya mereka yang
mengalami masalah pembelajaran menghadapi cabaran dalam pembelajaran sehinggalah
memasuki alam pekerjaan.
Setiap kanak-kanak berkeperluan khas wajar diberi peluang dan bimbingan yang
seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:
 Menguasai kemahiran komunikasi
 Menguasai kemahiran bergaul
 Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal
diri dan alam sekeliling
 Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
 Menguruskan hal-hal kehidupan seharian
 Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian”
3
 Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi
 Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai
kemahiran motor
 Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
 Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek
Kementerian Pendidikan Malaysia (2012) telah menyatakan bahawa mereka sedar
tentang kepentingan menyediakan pendidikan yang sesuai untuk murid berkeperluan khas
(bagi ketiga-tiga kategori), di mana golongan ini mungkin lebih sesuai menggunakan
kurikulum vokasional bagi menyediakan golongan tersebut dengan kemahiran hidup
berbanding kurikulum akademik sedia ada. Secara amnya, golongan murid berkeperluan khas
yang mempunyai masalah untuk mengikuti pembelajaran yang menekankan pencapaian
akademik, dan mempunyai keupayaan fizikal, patut dilatih melalui pendidikan vokasional
supaya tenaga mereka dapat digunakan dalam bidang pekerjaan tertentu (Daros, Nordin &
Saud, 2012).
Murid Masalah Pembelajaran
Menurut Individual with Disabilities Education Act (IDEA, 1997), masalah
pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas
psikologi yang melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa samada pertuturan atau
penulisan dimana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir dan
membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran
akibat daripada ketidakupayaan penglihatan dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau
kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.
The Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD, 1990) pula, masalah
pembelajaran membawa maksud satu kumpulan individu yang mengalami kesukaran
mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah
Matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh
berlaku pada bila-bila tahap umur.
Kanak-kanak masalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti
dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu
proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian
kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:
 kebolehan kognitif
 tingkah laku sosial/perkembangan sosial
Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian”
4
 penguasaan bahasa lisan/pertuturan
 penguasaan membaca
 kemahiran perkembangan
 kemahiran matematik
Murid masalah pembelajaran juga adalah murid yang mempunyai masalah kognitif
yang melibatkan kecacatan akal yang ringan dan masih boleh dididik. Oleh itu, mereka
ditempatkan di dalam program pendidikan khas masalah pembelajaran.
“Mendobi Pakaian” Sebagai Transisi Kerjaya
Transisi sekolah ke alam pekerjaan merupakan satu aspek yang lazimnya dihadapi oleh
murid-murid berkeperluan khas, termasuk murid masalah pembelajaran (Chris, 2013). Program
transisi kerjaya yang dijalankan oleh program pendidikan khas integrasi masalah pembelajaran
mampu melatih murid-murid masalah pembelajaran dengan kemahiran tertentu dan
menyediakan mereka ke alam pekerjaan (Siti Nor Idayu & Mohammad Hisyam, 2015).
Program “Mendobi Pakaian” ini telah dijalankan bagi menyediakan ilmu pengetahuan dan
kemahiran jangka panjang yang berkaitan bidang asas mendobi yang merupakan salah satu
cabang dari sukatan pelajaran murid-murid berkeperluan khas kategori masalah pembelajaran.
Mencuci pakaian adalah salah satu tajuk yang berkaitan dengan bidang pengurusan diri. Bidang
ini dikembangkan pula kepada kemahiran mencuci pakaian dengan menggunakan mesin basuh.
Murid-muird didedahkan dengan asas mendobi seperti aspek keselamatan menggunakan mesin
basuh, menyidai pakaian, melipat pakaian, dan juga menyeterika pakaian.
Memandangkan kebanyakan murid berkeperluan khas kategori masalah pembelajaran
ini kurang mampu dari segi intelek, maka program “Mendobi Pakaian” ini sangat penting bagi
membantu menyediakan murid-murid ini dengan kemahiran asas untuk mereka memasuki
alam pekerjaan nanti. Program “Mendobi Pakaian” ini juga bertujuan menyediakan murid-
murid pendidikan khas masalah pembelajaran dengan kemahiran untuk mereka bekerja di
pusat-pusat perkhidmatan dobi, hotel, ataupun mengusahakan sendiri perniagaan mendobi
sekiranya mereka mampu. Kemahiran yang diajar dalam program “Mendobi Pakaian” ini
adalah seperti berikut:
 Mencuci pakaian dengan cara cucian tangan.
 Mencuci pakaian dengan menggunakan prosedur yang betul.
 Membilas pakaian dengan besen secara manual.
 Menggunakan air dengan kuantiti yang betul semasa mencuci.
Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian”
5
 Mengering pakaian secara manual.
 Mengering pakaian dengan menggunakan mesin basuh.
 Menyidai pakaian.
 Menggunakan seterika dengan selamat dan dengan cara yang betul.
 Menentukan laras suhu kepanasan seterika dengan betul mengikut jenis
fabrik.
 Menyeterika pakaian.
 Melipat pakaian.
 Menyimpan pakaian dengan kemas.
Pelaksanaan Program “Mendobi Pakaian”
Pada peringkat permulaan melaksanakan program ini, satu bilik khas yang diberi nama
“Stesyen Mendobi” telah disediakan bagi membolehkan pelanggan untuk mendapatkan
perkhidmatan ini. Sebuah buku daftar perkhidmatan pelanggan telah disediakan untuk
merekodkan butiran pelanggan dan perkhidmatan seperti nama, nombor telefon, berat pakaian,
jumlah bayaran yang dikenakan, serta tarikh dan masa pakaian dihantar dan diambil, Pelanggan
akan diberikan resit sebagai bukti mereka menghantar pakaian mereka dan perlu mengemukan
resit tersebut sebagai bukti ketika mereka hendak mengambil pakaian mereka semula.
Pelaksanaan program ini telah dirancang dengan baik di mana murid-murid yang
mempunyai kebolehan dan berminat dalam mendobi pakaian dikenal pasti dan diminta
persetujuan daripada ibu bapa mereka untuk terlibat dalam program ini. Langkah pertama
adalah murid-murid ini dilatih dengan kemahiran cucian tangan. Murid-murid ini juga akan
didedahkan dengan pelbagai jenis fabrik dan cara mengendalikan fabrik tersebut agar fabrik
tersebut tidak rosak. Selepas itu mereka akan didedahkan dan diberi latihan mengenai cara
penggunaan bahan mencuci seperti sabun pencuci pakaian dan pelembut fabrik, peralatan di
bilik dobi, dan langkah-langkah keselamatan ketika berada di dalam bilik dobi. Setelah murid
ini didapati mampu mengendalikan peralatan di bilik dobi, maka murid itu akan dibenarkan
melakukan kerja-kerja mendobi pakaian. Waktu penerimaan bahan untuk didobi pula adalah
seperti yang ditunjukkan oleh Jadual 1. Namun setiap tugas mendobi pakaian ini masih di
bawah seliaan guru dobi dan juga pembantu pengurusan murid. Program “Mendobi Pakaian”
ini juga telah menentapkan harga bagi perkhidmatan mereka setelah membuat beberapa
pemantauan ke atas harga perkhidmatan dobi biasa.
Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian”
6
Jadual 1. Waktu urusniaga program”Mendobi Pakaian”
Hari Waktu
Isnin 8.10 pagi – 10.00 pagi
Selasa 8.50 pagi – 12 tengahari
Rabu 10.30 pagi – 12.00 tengahari
Khamis 7.30 pagi – 10.00 pagi
Objektif Kajian
Kajian ini telah dilaksanakan bagi mengenal pasti bagaimanakah penerimaan
kakitangan aliran perdana dan ibu bapa murid–murid masalah pembelajaran terhadap program
“Mendobi Pakaian” yang dijalankan oleh murid-murid masalah pembelajaran.
Metodologi
Kajian yang dijalankan ini adalah campuran di antara kuantitatif dan juga kualitatif.
Bagi kajian kuantitif, data telah dikumpul menerusi borang soal selidik kepuasan pelanggan.
Soal selidik ini telah dibina oleh pengkaji dengan menggunakan skala Likert lima mata: 1-
“Sangat Tidak Setuju”, 2 - “Tidak Setuju”, 3 – “Tidak Pasti”, 4 “Setuju”, dan 5 – “Sangat
Setuju”. Bagi kajian kualitatif pula, pengkaji telah menemu bual salah seorang guru dobi, lima
orang kakitangan aliran perdana dan lima orang ibu bapa yang telah dikenal pasti sebagai
pelanggan tetap program “Mendobi Pakaian”. Hasil temu bual ini telah dianalisa secara
bertema bagi menjawab persoalan kajian yang telah dibina.
Semua responden telah diminta untuk melengkapkan borang soal selidik. Setelah itu,
pengkaji menemu bual seorang guru dobi, lima orang kakitangan sekolah, dan juga lima orang
ibu bapa. Bagi pengumpulan data menerusi borang soal selidik, kajian ini telah menggunakan
kaedah pemilihan sampel bertujuan memandangkan bilangan populasi yang amat terhad. Bagi
populasi dalam kalangan kakitangan sekolah, setelah mendapat maklumat daripada guru dobi,
pengkaji telah mengenal pasti 15 orang kakitangan aliran perdana yang terdiri daripada guru
dan staf sokongan sekolah yang telah menjadi pelanggan tetap program “Mendobi Pakaian”.
Bagi ibu bapa pula, pengkaji telah mengenal pasti terdapat lima orang ibu bapa yang telah
menjadi pelanggan tetap.
Bagi temu bual pula, pengkaji telah menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan
juga kaedah persampelan rawak mudah. Bagi responden guru dobi dan ibu bapa, pengkaji telah
menggunakan kaedah persampelan bertujuan, manakala bagi responden kakitangan sekolah
aliran perdana pula, pengkaji telah menggunakan kaedah persampelan rawak mudah di mana
setiap seorang daripada 15 orang kakitangan sekolah bepeluang terpilih untuk ditemu bual.
Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian”
7
Dapatan Kajian Soal Selidik Dan Perbincangan
Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 29 orang (61%) responden menghantar
pakaian mereka untuk dicuci sahaja, 13 orang (27%) responden menghantar pakaian mereka
untuk dicuci dan diseterika; seramai 4 orang (8%) responden menghantar pakaian mereka
untuk dicuci dan diseterika, dan dilipat; dan seramai 2 orang (4%) responden menghantar
pakaian mereka untuk diseterika sahaja (lihat Jadual 2). Namun, hasil temu bual dengan guru
dobi, pengkaji dimaklumkan terdapat juga pelanggan yang hanya menghantar pakaian mereka
untuk diseterika, tetapi disebabkan kekangan kekurangan tenaga kerja dan tempoh masa yang
agak lama diambil untuk menyeterika, maka perkhidmatan menyeterika pakaian ini menjadi
kurang diterima melainkan pelanggan tetap sahaja.
Jadual 2. Jenis perkhidmatan yang disediakan
Jenis perkhidmatan Bilangan Peratus
Mencuci semua jenis pakaian/cadar/langsir dan lain-lain. 29 61
Menyeterika pakaian. 13 27
Menyeterika jubah/kain denim/jeans. 4 8
Melipat pakaian. 2 4
Jumlah 48 100
Jadual 3 menunjukkan kekerapan pelanggan menggunakan perkhidmatan mendobi
yang dijalankan oleh murid masalah pembelajaran. Jadual 3 juga menunjukkan bahawa paling
ramai pelanggan menghantar pakaian mereka untuk didobi sekali dalam tempoh dua minggu
iaiu seramai 21 orang (44%). Ini diikuti oleh responden yang menghantar pakaian mereka
sekali setiap minggu iaitu seramai 16 orang (33%). Seramai 8 orang responden (17%)
menghantar pakaian mereka sekali dalam tempoh tiga minggu. Akhir sekali hanya seramai 3
orang responden (6%) menghantar pakaian mereka untuk didobi sekali dalam tempoh sebulan.
Jadual 3. Kekerapan pelangan menggunakan khidmat “Mendobi Pakaian”
Kekerapan menghantar pakaian/selimut/barang lain untuk
Respdicuci
Kekerapan Peratus
Sekali setiap minggu. 16 33
Sekali dalam tempoh dua minggu. 21 44
Sekali dalam tempoh tiga minggu. 8 17
Sekali dalam tempoh sebulan. 3 6
Jumlah 48 100
Respon Kakitangan Aliran Perdana Dan Ibu Bapa
Dapatan kajian menerusi borang selidik mendapati bahawa responden kajian yang
terdiri daripada kakitangan aliran perdana di sekolah yang dikaji sangat berpuas hati dengan
perkhidmatan dobi yang dijalankan oleh murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran
Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian”
8
dan kualiti hasil kerja dobi mereka di mana kesemua responden telah memilih sama ada
“Setuju” atau “Sangat Setuju” untuk kedua-dua pernyataan tersebut. Semua responden juga
menyatakan bahawa pakaian yang mereka hantar untuk didobi oleh murid berkeperluan khas
tidak pernah mengalami kerosakan. Namun, di sebalik persetujuan bahawa mereka berpuas
hati dengan kualiti hasil kerja murid-murid berkeperluan khas masalah pembelajaran ini,
mereka masih was-was untuk menghantar pakaian yang mahal untuk didobi oleh murid-murid
ini di mana 13 orang responden (65%) telah menyatakan bahwa mereka kurang yakin dan
empat orang lagi (25%) menyatakan bahawa mereka “tidak pasti” untuk mengantar pakaian
mereka sekiranya pakaian mereka mahal. Respon ini berkemungkinan disebabkan oleh mereka
masih berasa takut sekiranya apa-apa terjadi kepada pakaian mereka yang mereka kategorikan
sebagai mahal. Tambahan pula, sekiranya terjadi apa-apa kerosakan, mereka mungkin tidak
akan sampai ke tahap meminta ganti rugi daripada murid-murid berkeperluan khas ini.
Bagi hasil kerja menyeterika pakaian pula, seramai 17 orang responden (85%) telah
sama ada “Setuju” atau “Sangat Setuju” bahawa hasil kerja menyeterika yang dilakukan murid
berkeperluan khas masalah pembelajaran adalah setanding dengan perkhidmatan dobi di luar,
manakala tiga orang responden (15%) telah manyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan
pernyataan tersebut. Seramai lapan orang responden (40%) menyatakan bahawa mereka hanya
menghantar pakaian untuk dicuci tetapi tidak untuk diseterika kerana mereka kurang yakin
dengan kemampuan murid-murid berkeperluan khas, manakala sembilan orang responden
(45%) pula tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut dan tiga orang lagi menyatakan bahwa
mereka tidak pasti.
Seramai 14 (70%) orang responden menyatakan bahawa pada peringkat awal ketika
mereka mengetahui mengenai projek mendobi ini, mereka merasa kurang yakin dengan
kemampuan dan kualiti kerja murid berkeperluan khas, manakala enam orang lagi (30%)
menyatakan bahawa mereka tidak merasa begitu. Mengenai isu ketepatan masa pula, dapatan
kajian menunjukkan bahawa semua responden bersetuju dengan pernyataan “Perkhidmatan
mencuci pakaian yang disediakan oleh murid berkeperluan khas ini adalah cepat dan menepati
yang yang dinyatakan kepada pelanggan“. Ini menunjukkan bahawa murid-murid berkeperluan
khas ini mampu mengikut jadual kerja dan tahu apa yang perlu mereka lakukan dengan
pemantauan daripada guru dobi.
Apabila ditanya sama ada mereka akan terus mengunakan perkhidmatan dobi yang
dijalankan oleh murid berkeperluan khas sekiranya mereka mengusahakan perkhidmatan dobi
mereka sendiri selepas tamat persekolahan, semua responden telah menyatakan bahawa
Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian”
9
mereka akan terus menyokong perniagaan dobi murid-murid berkeperluan khas ini. Dapatan
ini merupakan satu petanda positif untuk murid-murid berkeperluan khas memulakan
perniagaan dobi mereka sendiri apabila mereka tamat persekolahan nanti.
Akhir sekali, semua responden menyatakan bahawa murid berkeperluan khas yang
terlibat dengan program dobi ini adalah mesra pelanggan ketika berurusan dengan pelanggan.
Ini besar kemungkinan disebabkan latihan dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleg guru dobi
dan juga guru-guru pendidikan yang lain dalam sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid
ini.
Jadual 4. Respon responden kepada soal selidik mangenai program “Mendobi Pakaian”
Bil Pernyataan 1 2 3 4 5
1 Saya berpuas hati dengan perkhimatan yang dobi
yang disediakan murid berkeperluan khas
masalah pembelajaran.
4 16
2 Kualiti hasil kerja mencuci yang dilakukan
murid berkeperluan khas masalah pembelajaran
adalah setanding dengan perkhidmatan dobi di
luar.
14 6
3 Kualiti hasil kerja menyeterika yang dilakukan
murid berkeperluan khas masalah pembelajaran
adalah setanding dengan perkhidmatan dobi di
luar.
3 15 2
4 Pada peringkat awal ketika saya mengetahui
mengenai projek mendobi ini, saya merasa
kurang yakin dengan kemampuan dan kualiti
kerja murid berkeperluan khas ini, namun setelah
saya menggunakan perkhidmatan mereka, saya
berpuas hati.
6 12 2
5 Perkhidmatan mencuci pakaian yang disediakan
oleh murid berkeperluan khas ini adalah cepat
dan menepati yang yang dinyatakan kepada
pelanggan.
16 4
6 Saya merasa kurang yakin untuk menghantar
pakaian saya yang mahal untuk dicuci oleh
murid berkeperluan khas.
4 2 11 3
7 Saya akan terus mengunakan perkhidmatan dobi
yang dijalankan oleh murid berkeperluan khas
sekiranya mereka mengusahakan perkhidmatan
dobi mereka sendiri selepas tamat persekolahan.
9 11
8 Saya hanya menghantar pakaian saya untuk
dicuci tetapi tidak untuk diseterika kerana saya
kurang yakin dengan kemampuan mereka dalam
menggunakan seterika.
9 3 3 5
9 Pakaian yang saya hantar untuk dicuci oleh
murid berkeperluan khas pernah mengalami
16 4
Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian”
10
kerosakan akibat kecuaian murid berkeperluan
khas.
10 Murid berkeperluan khas kurang mesra
pelanggan ketika berurusan dengan pelanggan.
17 3
Dapatan Temu Bual
Kakitangan Sekolah
Hasil temu bual dengan lima orang kakitangan sekolah telah mendapati bahawa
terdapat dalam kalangan mereka yang kurang yakin dengan keupayaan murid-murid
berkeperluan khas ini mendobi, dan ada juga yang yakin dengan kemampuan murid-murid ini.
Berikut adalah hasil temu bual yang telah dianalisa:
“walau budak-budak ni macam ni (berkeperluan khas, kita perlu beri
mereka peluang untuk buat sesuatu untuk masa depan mereka, jadi
saya memang yakin mereka boleh buat kerja ni, tambahan ada pula
ramai cikgu-cikgu yang sentiasa membimbing mereka..” (K1)
“…saya macam nak percaya tidak percaya murid-murid ni boleh
mendobi sebab nampak mereka macam tak boleh saja… tapi apabila
saya lihat mereka menyidai pakaian, buat kerja dobi ni, saya pun yakin
dan cubalah hantar….lepas tu memang ternyata tanggapan awal saya
salah, mereka sebenarnya boleh buat kerja (mendobi)…..tahniah pada
cikgu-cikgu mereka.” (K2).
“..saya selalu juga datang tinjau-tinjau, berbual dengan guru-guru
pendidikan khas ni, jadi saya memang sudah biasa melihat budak-
budak ni bekerja, jadi saya memang yakin budak-budak ni boleh buat
kerja ni (mendobi), lebih lebih lagi sebab ada cikgu yang akan sentisa
pantau mereka bekerja” (K3).
“..mula-mula semasa dapat berita yang budak-budak ni (murid
berkeperluan khas) ada buat perkhidmatan dobi, terlintas di fikiran
saya [“Bolehkah budak-budak ni nak cuci pakaian? Nak sukat sabun
lagi…pelembut lagi...kalau terlebih guna pelembut, nanti rosaklah baju
orang”]….tapi selepas dengar maklum balas daripada kawan-kawan,
saya pun cubalah, alhamdulillah….tak rosak pun baju-baju
saya….semua bersih, macam hantar kat dobi di luar sana pula…”
(K4).
Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian”
11
“….yang boleh buat saya mula menggunakan perkhidmatan dobi
budak-budak ni (murid berkeperluan khas) adalah atas kepercayaan
terhadap jaminan guru-guru pendidikan khas dan kata-kata ajakan
sering kawan-kawan guru-guru pendidikan khas, bila dah dobi,
wah….memang mereka boleh dobi….tahniah untuk cikgu-cikgu
pendidikan khas…” (K5).
Berdasarkan kepada respon yang telah diberikan dalam borang soal selidik, pengkaji
menyoal kakitangan sekolah ini mengenai respon mereka yang mengatakan mereka akan
menggunakan perkhidmatan dobi yang dijalankan oleh murid-murid berkeperluan khas ini,
mereka mengatakan bahawa, “sekurang-kurang mereka dapat membantu budak-budak
berkeperluan khas ini”; “kalau kami yang bertugas di sekolah yang ada program pendidikan
khas ini tak nak guna perkhidmatan dobi budak-budak ini, apatah lagi masyarakat yang tak
pernah dengan budak-budak ni..kami boleh jadi macam ‘promoter’ la….”.
Ibu Bapa Murid Berkeperluan Khas
Hasil temu bual dengan ibu bapa murid-murid berkeperluan khas pula mendapati
bahawa semua ibu bapa berbangga dengan usaha yang telah diambil oleh guru-guru pendidikan
khas dan pentadbir sekolah sebab telah berjaya memulakan program “Mendobi Pakaian”.
Apabila disoal apa perasaan mereka terhadap program “Mendobi Pakaian” ini, berikut adalah
antara respon mereka:
“..baguslah bila dah ada program dobi ini, kami nampak kemampuan
anak-anak kami….” (P1).
“…bila anak saya dah terlibat dengan dobi ni, di rumah sekarang ni dia
lah yang akan mendobi pula…senang sikit mak dia….kadang-kadang
mengalahkan abang dan kakak dia yang tak macam dia….” (P2).
“...anak-anak khas ni kalau nak harap akademik mereka, memang tak
boleh lah, tapi bila ada asas kemahiran macam ni (mendobi), kami
nampak lah apa mereka boleh kerja lepas sekolah nanti…..budak-budak
ni bukan tak boleh buat kerja sebenarnya, cuma kita perlu banyak
bersabar dan ajar mereka berulang kali…” (P3).
“…lani saya makin yakin dengan hala tuju apa anak saya nak buat lepas
dia tamat sekolah nanti” (P4).
Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian”
12
“Saya gembira sangat, dia (anak berkeperluan khas) lagi gembira bila
dapat duit hasil dobi, siap belanja kamiibu bapa dia dan adik-adik…sedih
pun ada” (P5).
Guru Dobi
Hasil temu bual dengan guru dobi, analisis data menunjukkan bahawa murid-murid
masalah pembelajaran yang terlibat dengan program dobi ini merupakan murid-murid yang
dipilih berdasarkan kemampuan, minat, dan juga persetujuan ibu bapa. Apabila disoal
bagaimana penerimaan kakitangan sekolah dan ibu bapa murid masalah pembelajaran terhadap
perkhidmatan dobi oleh murid masalah pembelajaran, guru dobi memaklumkan bahawa
sambutan yang diterima adalah amat meberansangkan. Menurut guru dobi “…biasanya
pelanggan akan bertanya dahulu sama ada boleh hantar pakaian untuk dobi atau bertanya
bila mereka boleh hantar”.
Menurut guru dobi lagi, situasi ini berlaku adalah disebabkan bilangan murid yang
melakukan kerja mendobi adalah terhad. Oleh itu, kuantiti pakaian yang hendak didobi perlu
dijadualkan supaya pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk pakaian mereka siap didobi.
Menurut guru dobi:
“…bukan semua murid ni boleh mendobi pakaian pelanggan…..kalau
mendobi pakaian mereka sendiri boleh lah…kami perlu lihat kemampuan
murid, pilih murid, dapatkan kebenaran ibu bapa, diberi latihan, dan
diberi tempoh pemantauan…..kalau murid tu lulus dalam tempoh
pemantauan itu, maka dia akan diambil sebagai murid dobi”.
Apabila disoal mengenai perancangan kerjaya murid-murid dobi ini, guru dobi
menyatakan “……masih belum ada perancangan penempatan kerja lagi……murid-murid dobi
yang ada sekarang ini pun masih lagi ada beberapa tahun sebelum mereka tamat
persekolahan…...tapi memang dalam skop perancangan kami”.
Mengenai pendapatan hasil dobi pula, guru dobi menjelaskan bahawa pendapatan hasil
dobi akan ditolak kos bahan keperluan dobi dan bakinya diberikan kepada murid dobi sebagai
upah. Menurut guru dobi lagi, “…pendapatan tu tak lah penting sangat dalam program dobi
ni…..tapi apa yang lebih penting adalah kemahiran dan pengalaman yang mereka dapat
menerusi program dobi ni……..ibu bapa budak-budak dobi ni pun gembira dengan kesan dobi
terhadap anak-anak mereka”. Apabila disoal apa yang dimaksudkan dengan kesan dobi
terhadap anak-anak ibu bapa tersebut, guru dobi menyatakan “..apa yang dimaksudkandengan
Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian”
13
kesan dobi adalah…budak-budak ni selepas terlibat dengan program dobi ni, merekajadi rajin
tolong ibu bapa mereka dobi di rumah..tolong lipat baju..sidai baju…jadi ibu bapa gembira
lah…”.
Seterusnya pengkaji menyoal mengenai perkhidmatan menyeterika pakaian. Guru dobi
menyatakan “..bab menyeterika pakaian ni…rumit sikit…sebab murid-murid ni mudah keliru
nak laraskan seterika mengikut jenis fabrik…..jadi…untuk nak memudahkan semua orang,
kami kurang mengambil upah untuk hanya menyeterika, tetapi kalau pelanggan minta kami
cuci dan seterika, kami akan ambil tetapi bergantung kepada jenis kain….kalau kain yang
susah nak diseterika, kami akan bagitau pelanggan alasan kami tak nak seterika….dan
biasanya pelanggan kami faham”.
Akhir sekali, pengkaji menyoal guru dobi mengenai kekangan program dobi ini. Guru
dobi menjelaskan bahawa kekangan utama adalah berkaitan ruang mendobi. Menurut guru dobi
“….sekarang ini….bilik dobi sedia ada adalah hasil pengubahsuaian bilik bengkel
pertukangan. Dalam bilik itu hanya dapat dimuatkan sebuah mesin basuh separa automatik,
dua buah mesin basuh automatik, dan sebuah mesin pengering. Kalau dapat bilik dobi yang
lebih luas, memang banyak lagi manfaat murid-murid dobi ini akan dapat daripada aktiviti
mendobi ni.”
Rumusan
Setiap ibu bapa kepada murid-murid berkeperluan khas mempunyai harapan agar anak
mereka mampu berdikari dan menguruskan diri mereka sendiri apabila mereka dewasa kelak.
Soalan yang sering disuarakan oleh ibu bapa murid-murid berkeperluan khas adalah apakah
yang akan dilakukan oleh anak mereka selepas anak mereka tamat persekolahan. Oleh itu,
program “Mendobi Pakaian” ini amatlah sesuai dijalankan sebagai transisi kerjaya bagi
menyediakan murid-murid berkeperluan khas masalah pembelajaran ini dengan kemahiran dan
pengalaman ke arah alam pekerjaan.
Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian”
14
Rujukan
Chris F. (2013). Introduction to the special issue: Transitions for students with special
educational needs. Australasian Journal of Special Education, 37(1), 1–3. doi:
10.1017/jse.2013.9
Daros, M. M., Nordin, M.S., & Saud, M.S. (2012). Pelajar berkeperluan khas dan bermasalah
pembelajaran dari sekolah ke kerjaya. Journal of Social Science, 5(1), 42 – 46.
Individuals with Disabilities Education Improvement Act (IDEA) of 2004, (P.L. 108-446).
Jabatan Pendidikan Khas, 2004. Maklumat Pendidikan Khas 2004. Kuala Lumpur: Jabatan
Pendidikan Khas.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Putrajaya.
Nasri, M. S., Hamzah. R. & Udin, A (2010). Memperkasakan peranan pendidikan teknik
Vokasional dan pendidikan khas. Dimuat turun daripada
http://eprints.utm.my/14948/1/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan_Memperkasakan_
Peranan_Pendidikan_Teknik-eprint8.pdf.
Siti Nor Idayu & Mohammad Hisyam. (2015). Pelaksanaan program transisi bagi
mempersiapkan murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran
(BPKMP) ke alam kerjaya. Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE
2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur: Malaysia.
Dimuat turun daripada http://WorldConferences.net.
The Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD). (1990). A template for success:
Positive transitions into further education, training and work for deaf young people in
Scotland.

More Related Content

What's hot

Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosialparydave
 
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasiKemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasiSohib AlQuran
 
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasaudiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasShikin Shukri
 
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
Bab 4   kecergasan kardiovaskularBab 4   kecergasan kardiovaskular
Bab 4 kecergasan kardiovaskularkhairul azlan taib
 
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI Tengku Fatin Najwa
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasNurhaliza Hamid
 
PERSATUAN PENGGUNA, peranan dan kepentingannya
PERSATUAN PENGGUNA, peranan dan kepentingannyaPERSATUAN PENGGUNA, peranan dan kepentingannya
PERSATUAN PENGGUNA, peranan dan kepentingannyaIntan Dianna Bakar
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaFatiha Khaidzir
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)hudhud321
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuumagul
 
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATAManual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATANur Kareena
 
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Sharifah Rasyidah
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanakMasalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanakspear_cml
 
Program latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapanProgram latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapancikgujamil
 

What's hot (20)

Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasiKemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi
 
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasaudiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
 
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
Bab 4   kecergasan kardiovaskularBab 4   kecergasan kardiovaskular
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
 
Terapi bermain
Terapi bermain Terapi bermain
Terapi bermain
 
Tgfu
TgfuTgfu
Tgfu
 
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
PERSATUAN PENGGUNA, peranan dan kepentingannya
PERSATUAN PENGGUNA, peranan dan kepentingannyaPERSATUAN PENGGUNA, peranan dan kepentingannya
PERSATUAN PENGGUNA, peranan dan kepentingannya
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksia
 
Pedagogi berkesan
Pedagogi berkesanPedagogi berkesan
Pedagogi berkesan
 
Definisi bbm
Definisi bbmDefinisi bbm
Definisi bbm
 
Rice
RiceRice
Rice
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATAManual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
 
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanakMasalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak
 
Program latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapanProgram latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapan
 

Similar to Penerimaan ibu bapa dan masyarakat terhadap dobi pakaian

T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)mayangmul
 
36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)Aliaa Ismail
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdfMUHAMADAIZATBINMDYUS
 
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khasPerisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khashuda hamdan
 
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...huda hamdan
 
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...huda hamdan
 
Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...
Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...
Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...Kementerian Pelajaran Malaysia
 
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANKONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANNoor Syazwanni
 
PPPM.pdf
PPPM.pdfPPPM.pdf
PPPM.pdfasa uj
 
sekolah dalam hospital.pptx
sekolah dalam hospital.pptxsekolah dalam hospital.pptx
sekolah dalam hospital.pptxZolpataieliasZol
 
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ldDsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ldArmi AbuBakar
 
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkDsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Kolaboratif tpk
Kolaboratif tpkKolaboratif tpk
Kolaboratif tpkTham Mee
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Maksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasMaksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasUmmi Maim
 

Similar to Penerimaan ibu bapa dan masyarakat terhadap dobi pakaian (20)

T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)
 
36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)
 
Inklusif 1
Inklusif 1Inklusif 1
Inklusif 1
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
 
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khasPerisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
 
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
 
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
 
Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...
Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...
Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...
 
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANKONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
 
Artikel review 1
Artikel review 1Artikel review 1
Artikel review 1
 
PPPM.pdf
PPPM.pdfPPPM.pdf
PPPM.pdf
 
sekolah dalam hospital.pptx
sekolah dalam hospital.pptxsekolah dalam hospital.pptx
sekolah dalam hospital.pptx
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
 
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ldDsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
 
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkDsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
 
Kolaboratif tpk
Kolaboratif tpkKolaboratif tpk
Kolaboratif tpk
 
Faktor fizikal
Faktor fizikalFaktor fizikal
Faktor fizikal
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
pengenalan kepada program pendidikan inklusif
pengenalan kepada program pendidikan inklusifpengenalan kepada program pendidikan inklusif
pengenalan kepada program pendidikan inklusif
 
Maksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasMaksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khas
 

Recently uploaded

Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 

Recently uploaded (12)

Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 

Penerimaan ibu bapa dan masyarakat terhadap dobi pakaian

  • 1. Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian” 1 Penerimaan Pengguna Terhadap Program “Mendobi Pakaian” Murid-murid Masalah Pembelajaran Noorhayati Mustaffa, Aznan Che Ahmad, dan Noorazian Abd Hamid ABSTRAK Program transisi kerjaya merupakan program bagi membantu menyediakan murid masalah pembelajaran ini menghadapi alam pekerjaan selepas mereka menamatkan alam persekolahan. Oleh itu kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pelaksanaan transisi kerjaya program “Mendobi Pakaian” dan penerimaan kakitangan sekolah aliran perdana dan ibu bapa murid berkeperluan khas terhadap program “MendobiPakaian” yang dijalankan oleh murid-murid masalah pembelajaran. Kajian ini adalah sebuah kajian berbentuk campuran di antara kuantitatif dan juga kualitatif. Bagi kaedah kuantitatif, data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik. Manakala bagi kaedah kualitatif pula data dikumpul menerusi temubual berstruktur yang melibatkan guru mendobi dan ibu bapa murid masalah pembelajaran. Data kuantitaif dalam kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dalam bentuk frekuensi dan juga peratus, manakala data kualitatif pula telah dianalisa secara analisis bertema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kakitangan sekolah aliran perdana dan ibu bapa murid masalah pembelajaran menerima baik perkhidmatan mendobi pakaian ini. Manakala dapatan kualitatif pula menunjukkan bahawa murid-murid masalah pembelajaran memerlukan latihan dan pemantauan berterusan dalam memastikan hasil kerja yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan.Ibu bapa murid-murid masalah pembelajaran ini juga gembira dengan langkah sekolah memperkenalkan program ini bagi memastikan masa depan anak mereka yang lebih cerah. KATA KUNCI: transisi kerjaya, murid masalah pembelajaran, mendobi, murid-murid berkeperluan khas.
  • 2. Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian” 2 Penerimaan Pengguna Terhadap Program “Mendobi Pakaian” Murid-murid Masalah Pembelajaran Murid pendidikan khas terdiri daripada murid yang mengalami masalah dari segi penglihatan, pendengaran, penglihatan dan pembelajaran. Secara spesifik, Jabatan Pendidikan Khas (2004) telah mengkategorikan murid masalah pembelajaran adalah murid yang yang mengalami sindrom Down, autisme ringan, gangguan attention deficit hyperactive disorder (ADHD), terencat akal minimum dan bermasalah dalam pembelajaran spesifik. Pendidikan untuk murid masalah pembelajaran telah bermula pada tahun 1988. Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari. Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat. Kenyataan ini disokong oleh Nasri, Hamzah, dan Udin, (2010) yang mengatakan bahawa pendidikan khas merupakan aliran pendidikan yang berperanan penting dalam membantu golongan berkeperluan khas terutamanya mereka yang mengalami masalah pembelajaran menghadapi cabaran dalam pembelajaran sehinggalah memasuki alam pekerjaan. Setiap kanak-kanak berkeperluan khas wajar diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:  Menguasai kemahiran komunikasi  Menguasai kemahiran bergaul  Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling  Menjaga kesihatan dan keselamatan diri  Menguruskan hal-hal kehidupan seharian  Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
  • 3. Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian” 3  Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi  Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor  Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni  Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek Kementerian Pendidikan Malaysia (2012) telah menyatakan bahawa mereka sedar tentang kepentingan menyediakan pendidikan yang sesuai untuk murid berkeperluan khas (bagi ketiga-tiga kategori), di mana golongan ini mungkin lebih sesuai menggunakan kurikulum vokasional bagi menyediakan golongan tersebut dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum akademik sedia ada. Secara amnya, golongan murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah untuk mengikuti pembelajaran yang menekankan pencapaian akademik, dan mempunyai keupayaan fizikal, patut dilatih melalui pendidikan vokasional supaya tenaga mereka dapat digunakan dalam bidang pekerjaan tertentu (Daros, Nordin & Saud, 2012). Murid Masalah Pembelajaran Menurut Individual with Disabilities Education Act (IDEA, 1997), masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi yang melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa samada pertuturan atau penulisan dimana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi. The Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD, 1990) pula, masalah pembelajaran membawa maksud satu kumpulan individu yang mengalami kesukaran mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah Matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Kanak-kanak masalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:  kebolehan kognitif  tingkah laku sosial/perkembangan sosial
  • 4. Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian” 4  penguasaan bahasa lisan/pertuturan  penguasaan membaca  kemahiran perkembangan  kemahiran matematik Murid masalah pembelajaran juga adalah murid yang mempunyai masalah kognitif yang melibatkan kecacatan akal yang ringan dan masih boleh dididik. Oleh itu, mereka ditempatkan di dalam program pendidikan khas masalah pembelajaran. “Mendobi Pakaian” Sebagai Transisi Kerjaya Transisi sekolah ke alam pekerjaan merupakan satu aspek yang lazimnya dihadapi oleh murid-murid berkeperluan khas, termasuk murid masalah pembelajaran (Chris, 2013). Program transisi kerjaya yang dijalankan oleh program pendidikan khas integrasi masalah pembelajaran mampu melatih murid-murid masalah pembelajaran dengan kemahiran tertentu dan menyediakan mereka ke alam pekerjaan (Siti Nor Idayu & Mohammad Hisyam, 2015). Program “Mendobi Pakaian” ini telah dijalankan bagi menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran jangka panjang yang berkaitan bidang asas mendobi yang merupakan salah satu cabang dari sukatan pelajaran murid-murid berkeperluan khas kategori masalah pembelajaran. Mencuci pakaian adalah salah satu tajuk yang berkaitan dengan bidang pengurusan diri. Bidang ini dikembangkan pula kepada kemahiran mencuci pakaian dengan menggunakan mesin basuh. Murid-muird didedahkan dengan asas mendobi seperti aspek keselamatan menggunakan mesin basuh, menyidai pakaian, melipat pakaian, dan juga menyeterika pakaian. Memandangkan kebanyakan murid berkeperluan khas kategori masalah pembelajaran ini kurang mampu dari segi intelek, maka program “Mendobi Pakaian” ini sangat penting bagi membantu menyediakan murid-murid ini dengan kemahiran asas untuk mereka memasuki alam pekerjaan nanti. Program “Mendobi Pakaian” ini juga bertujuan menyediakan murid- murid pendidikan khas masalah pembelajaran dengan kemahiran untuk mereka bekerja di pusat-pusat perkhidmatan dobi, hotel, ataupun mengusahakan sendiri perniagaan mendobi sekiranya mereka mampu. Kemahiran yang diajar dalam program “Mendobi Pakaian” ini adalah seperti berikut:  Mencuci pakaian dengan cara cucian tangan.  Mencuci pakaian dengan menggunakan prosedur yang betul.  Membilas pakaian dengan besen secara manual.  Menggunakan air dengan kuantiti yang betul semasa mencuci.
  • 5. Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian” 5  Mengering pakaian secara manual.  Mengering pakaian dengan menggunakan mesin basuh.  Menyidai pakaian.  Menggunakan seterika dengan selamat dan dengan cara yang betul.  Menentukan laras suhu kepanasan seterika dengan betul mengikut jenis fabrik.  Menyeterika pakaian.  Melipat pakaian.  Menyimpan pakaian dengan kemas. Pelaksanaan Program “Mendobi Pakaian” Pada peringkat permulaan melaksanakan program ini, satu bilik khas yang diberi nama “Stesyen Mendobi” telah disediakan bagi membolehkan pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Sebuah buku daftar perkhidmatan pelanggan telah disediakan untuk merekodkan butiran pelanggan dan perkhidmatan seperti nama, nombor telefon, berat pakaian, jumlah bayaran yang dikenakan, serta tarikh dan masa pakaian dihantar dan diambil, Pelanggan akan diberikan resit sebagai bukti mereka menghantar pakaian mereka dan perlu mengemukan resit tersebut sebagai bukti ketika mereka hendak mengambil pakaian mereka semula. Pelaksanaan program ini telah dirancang dengan baik di mana murid-murid yang mempunyai kebolehan dan berminat dalam mendobi pakaian dikenal pasti dan diminta persetujuan daripada ibu bapa mereka untuk terlibat dalam program ini. Langkah pertama adalah murid-murid ini dilatih dengan kemahiran cucian tangan. Murid-murid ini juga akan didedahkan dengan pelbagai jenis fabrik dan cara mengendalikan fabrik tersebut agar fabrik tersebut tidak rosak. Selepas itu mereka akan didedahkan dan diberi latihan mengenai cara penggunaan bahan mencuci seperti sabun pencuci pakaian dan pelembut fabrik, peralatan di bilik dobi, dan langkah-langkah keselamatan ketika berada di dalam bilik dobi. Setelah murid ini didapati mampu mengendalikan peralatan di bilik dobi, maka murid itu akan dibenarkan melakukan kerja-kerja mendobi pakaian. Waktu penerimaan bahan untuk didobi pula adalah seperti yang ditunjukkan oleh Jadual 1. Namun setiap tugas mendobi pakaian ini masih di bawah seliaan guru dobi dan juga pembantu pengurusan murid. Program “Mendobi Pakaian” ini juga telah menentapkan harga bagi perkhidmatan mereka setelah membuat beberapa pemantauan ke atas harga perkhidmatan dobi biasa.
  • 6. Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian” 6 Jadual 1. Waktu urusniaga program”Mendobi Pakaian” Hari Waktu Isnin 8.10 pagi – 10.00 pagi Selasa 8.50 pagi – 12 tengahari Rabu 10.30 pagi – 12.00 tengahari Khamis 7.30 pagi – 10.00 pagi Objektif Kajian Kajian ini telah dilaksanakan bagi mengenal pasti bagaimanakah penerimaan kakitangan aliran perdana dan ibu bapa murid–murid masalah pembelajaran terhadap program “Mendobi Pakaian” yang dijalankan oleh murid-murid masalah pembelajaran. Metodologi Kajian yang dijalankan ini adalah campuran di antara kuantitatif dan juga kualitatif. Bagi kajian kuantitif, data telah dikumpul menerusi borang soal selidik kepuasan pelanggan. Soal selidik ini telah dibina oleh pengkaji dengan menggunakan skala Likert lima mata: 1- “Sangat Tidak Setuju”, 2 - “Tidak Setuju”, 3 – “Tidak Pasti”, 4 “Setuju”, dan 5 – “Sangat Setuju”. Bagi kajian kualitatif pula, pengkaji telah menemu bual salah seorang guru dobi, lima orang kakitangan aliran perdana dan lima orang ibu bapa yang telah dikenal pasti sebagai pelanggan tetap program “Mendobi Pakaian”. Hasil temu bual ini telah dianalisa secara bertema bagi menjawab persoalan kajian yang telah dibina. Semua responden telah diminta untuk melengkapkan borang soal selidik. Setelah itu, pengkaji menemu bual seorang guru dobi, lima orang kakitangan sekolah, dan juga lima orang ibu bapa. Bagi pengumpulan data menerusi borang soal selidik, kajian ini telah menggunakan kaedah pemilihan sampel bertujuan memandangkan bilangan populasi yang amat terhad. Bagi populasi dalam kalangan kakitangan sekolah, setelah mendapat maklumat daripada guru dobi, pengkaji telah mengenal pasti 15 orang kakitangan aliran perdana yang terdiri daripada guru dan staf sokongan sekolah yang telah menjadi pelanggan tetap program “Mendobi Pakaian”. Bagi ibu bapa pula, pengkaji telah mengenal pasti terdapat lima orang ibu bapa yang telah menjadi pelanggan tetap. Bagi temu bual pula, pengkaji telah menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan juga kaedah persampelan rawak mudah. Bagi responden guru dobi dan ibu bapa, pengkaji telah menggunakan kaedah persampelan bertujuan, manakala bagi responden kakitangan sekolah aliran perdana pula, pengkaji telah menggunakan kaedah persampelan rawak mudah di mana setiap seorang daripada 15 orang kakitangan sekolah bepeluang terpilih untuk ditemu bual.
  • 7. Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian” 7 Dapatan Kajian Soal Selidik Dan Perbincangan Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 29 orang (61%) responden menghantar pakaian mereka untuk dicuci sahaja, 13 orang (27%) responden menghantar pakaian mereka untuk dicuci dan diseterika; seramai 4 orang (8%) responden menghantar pakaian mereka untuk dicuci dan diseterika, dan dilipat; dan seramai 2 orang (4%) responden menghantar pakaian mereka untuk diseterika sahaja (lihat Jadual 2). Namun, hasil temu bual dengan guru dobi, pengkaji dimaklumkan terdapat juga pelanggan yang hanya menghantar pakaian mereka untuk diseterika, tetapi disebabkan kekangan kekurangan tenaga kerja dan tempoh masa yang agak lama diambil untuk menyeterika, maka perkhidmatan menyeterika pakaian ini menjadi kurang diterima melainkan pelanggan tetap sahaja. Jadual 2. Jenis perkhidmatan yang disediakan Jenis perkhidmatan Bilangan Peratus Mencuci semua jenis pakaian/cadar/langsir dan lain-lain. 29 61 Menyeterika pakaian. 13 27 Menyeterika jubah/kain denim/jeans. 4 8 Melipat pakaian. 2 4 Jumlah 48 100 Jadual 3 menunjukkan kekerapan pelanggan menggunakan perkhidmatan mendobi yang dijalankan oleh murid masalah pembelajaran. Jadual 3 juga menunjukkan bahawa paling ramai pelanggan menghantar pakaian mereka untuk didobi sekali dalam tempoh dua minggu iaiu seramai 21 orang (44%). Ini diikuti oleh responden yang menghantar pakaian mereka sekali setiap minggu iaitu seramai 16 orang (33%). Seramai 8 orang responden (17%) menghantar pakaian mereka sekali dalam tempoh tiga minggu. Akhir sekali hanya seramai 3 orang responden (6%) menghantar pakaian mereka untuk didobi sekali dalam tempoh sebulan. Jadual 3. Kekerapan pelangan menggunakan khidmat “Mendobi Pakaian” Kekerapan menghantar pakaian/selimut/barang lain untuk Respdicuci Kekerapan Peratus Sekali setiap minggu. 16 33 Sekali dalam tempoh dua minggu. 21 44 Sekali dalam tempoh tiga minggu. 8 17 Sekali dalam tempoh sebulan. 3 6 Jumlah 48 100 Respon Kakitangan Aliran Perdana Dan Ibu Bapa Dapatan kajian menerusi borang selidik mendapati bahawa responden kajian yang terdiri daripada kakitangan aliran perdana di sekolah yang dikaji sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dobi yang dijalankan oleh murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran
  • 8. Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian” 8 dan kualiti hasil kerja dobi mereka di mana kesemua responden telah memilih sama ada “Setuju” atau “Sangat Setuju” untuk kedua-dua pernyataan tersebut. Semua responden juga menyatakan bahawa pakaian yang mereka hantar untuk didobi oleh murid berkeperluan khas tidak pernah mengalami kerosakan. Namun, di sebalik persetujuan bahawa mereka berpuas hati dengan kualiti hasil kerja murid-murid berkeperluan khas masalah pembelajaran ini, mereka masih was-was untuk menghantar pakaian yang mahal untuk didobi oleh murid-murid ini di mana 13 orang responden (65%) telah menyatakan bahwa mereka kurang yakin dan empat orang lagi (25%) menyatakan bahawa mereka “tidak pasti” untuk mengantar pakaian mereka sekiranya pakaian mereka mahal. Respon ini berkemungkinan disebabkan oleh mereka masih berasa takut sekiranya apa-apa terjadi kepada pakaian mereka yang mereka kategorikan sebagai mahal. Tambahan pula, sekiranya terjadi apa-apa kerosakan, mereka mungkin tidak akan sampai ke tahap meminta ganti rugi daripada murid-murid berkeperluan khas ini. Bagi hasil kerja menyeterika pakaian pula, seramai 17 orang responden (85%) telah sama ada “Setuju” atau “Sangat Setuju” bahawa hasil kerja menyeterika yang dilakukan murid berkeperluan khas masalah pembelajaran adalah setanding dengan perkhidmatan dobi di luar, manakala tiga orang responden (15%) telah manyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Seramai lapan orang responden (40%) menyatakan bahawa mereka hanya menghantar pakaian untuk dicuci tetapi tidak untuk diseterika kerana mereka kurang yakin dengan kemampuan murid-murid berkeperluan khas, manakala sembilan orang responden (45%) pula tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut dan tiga orang lagi menyatakan bahwa mereka tidak pasti. Seramai 14 (70%) orang responden menyatakan bahawa pada peringkat awal ketika mereka mengetahui mengenai projek mendobi ini, mereka merasa kurang yakin dengan kemampuan dan kualiti kerja murid berkeperluan khas, manakala enam orang lagi (30%) menyatakan bahawa mereka tidak merasa begitu. Mengenai isu ketepatan masa pula, dapatan kajian menunjukkan bahawa semua responden bersetuju dengan pernyataan “Perkhidmatan mencuci pakaian yang disediakan oleh murid berkeperluan khas ini adalah cepat dan menepati yang yang dinyatakan kepada pelanggan“. Ini menunjukkan bahawa murid-murid berkeperluan khas ini mampu mengikut jadual kerja dan tahu apa yang perlu mereka lakukan dengan pemantauan daripada guru dobi. Apabila ditanya sama ada mereka akan terus mengunakan perkhidmatan dobi yang dijalankan oleh murid berkeperluan khas sekiranya mereka mengusahakan perkhidmatan dobi mereka sendiri selepas tamat persekolahan, semua responden telah menyatakan bahawa
  • 9. Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian” 9 mereka akan terus menyokong perniagaan dobi murid-murid berkeperluan khas ini. Dapatan ini merupakan satu petanda positif untuk murid-murid berkeperluan khas memulakan perniagaan dobi mereka sendiri apabila mereka tamat persekolahan nanti. Akhir sekali, semua responden menyatakan bahawa murid berkeperluan khas yang terlibat dengan program dobi ini adalah mesra pelanggan ketika berurusan dengan pelanggan. Ini besar kemungkinan disebabkan latihan dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleg guru dobi dan juga guru-guru pendidikan yang lain dalam sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid ini. Jadual 4. Respon responden kepada soal selidik mangenai program “Mendobi Pakaian” Bil Pernyataan 1 2 3 4 5 1 Saya berpuas hati dengan perkhimatan yang dobi yang disediakan murid berkeperluan khas masalah pembelajaran. 4 16 2 Kualiti hasil kerja mencuci yang dilakukan murid berkeperluan khas masalah pembelajaran adalah setanding dengan perkhidmatan dobi di luar. 14 6 3 Kualiti hasil kerja menyeterika yang dilakukan murid berkeperluan khas masalah pembelajaran adalah setanding dengan perkhidmatan dobi di luar. 3 15 2 4 Pada peringkat awal ketika saya mengetahui mengenai projek mendobi ini, saya merasa kurang yakin dengan kemampuan dan kualiti kerja murid berkeperluan khas ini, namun setelah saya menggunakan perkhidmatan mereka, saya berpuas hati. 6 12 2 5 Perkhidmatan mencuci pakaian yang disediakan oleh murid berkeperluan khas ini adalah cepat dan menepati yang yang dinyatakan kepada pelanggan. 16 4 6 Saya merasa kurang yakin untuk menghantar pakaian saya yang mahal untuk dicuci oleh murid berkeperluan khas. 4 2 11 3 7 Saya akan terus mengunakan perkhidmatan dobi yang dijalankan oleh murid berkeperluan khas sekiranya mereka mengusahakan perkhidmatan dobi mereka sendiri selepas tamat persekolahan. 9 11 8 Saya hanya menghantar pakaian saya untuk dicuci tetapi tidak untuk diseterika kerana saya kurang yakin dengan kemampuan mereka dalam menggunakan seterika. 9 3 3 5 9 Pakaian yang saya hantar untuk dicuci oleh murid berkeperluan khas pernah mengalami 16 4
  • 10. Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian” 10 kerosakan akibat kecuaian murid berkeperluan khas. 10 Murid berkeperluan khas kurang mesra pelanggan ketika berurusan dengan pelanggan. 17 3 Dapatan Temu Bual Kakitangan Sekolah Hasil temu bual dengan lima orang kakitangan sekolah telah mendapati bahawa terdapat dalam kalangan mereka yang kurang yakin dengan keupayaan murid-murid berkeperluan khas ini mendobi, dan ada juga yang yakin dengan kemampuan murid-murid ini. Berikut adalah hasil temu bual yang telah dianalisa: “walau budak-budak ni macam ni (berkeperluan khas, kita perlu beri mereka peluang untuk buat sesuatu untuk masa depan mereka, jadi saya memang yakin mereka boleh buat kerja ni, tambahan ada pula ramai cikgu-cikgu yang sentiasa membimbing mereka..” (K1) “…saya macam nak percaya tidak percaya murid-murid ni boleh mendobi sebab nampak mereka macam tak boleh saja… tapi apabila saya lihat mereka menyidai pakaian, buat kerja dobi ni, saya pun yakin dan cubalah hantar….lepas tu memang ternyata tanggapan awal saya salah, mereka sebenarnya boleh buat kerja (mendobi)…..tahniah pada cikgu-cikgu mereka.” (K2). “..saya selalu juga datang tinjau-tinjau, berbual dengan guru-guru pendidikan khas ni, jadi saya memang sudah biasa melihat budak- budak ni bekerja, jadi saya memang yakin budak-budak ni boleh buat kerja ni (mendobi), lebih lebih lagi sebab ada cikgu yang akan sentisa pantau mereka bekerja” (K3). “..mula-mula semasa dapat berita yang budak-budak ni (murid berkeperluan khas) ada buat perkhidmatan dobi, terlintas di fikiran saya [“Bolehkah budak-budak ni nak cuci pakaian? Nak sukat sabun lagi…pelembut lagi...kalau terlebih guna pelembut, nanti rosaklah baju orang”]….tapi selepas dengar maklum balas daripada kawan-kawan, saya pun cubalah, alhamdulillah….tak rosak pun baju-baju saya….semua bersih, macam hantar kat dobi di luar sana pula…” (K4).
  • 11. Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian” 11 “….yang boleh buat saya mula menggunakan perkhidmatan dobi budak-budak ni (murid berkeperluan khas) adalah atas kepercayaan terhadap jaminan guru-guru pendidikan khas dan kata-kata ajakan sering kawan-kawan guru-guru pendidikan khas, bila dah dobi, wah….memang mereka boleh dobi….tahniah untuk cikgu-cikgu pendidikan khas…” (K5). Berdasarkan kepada respon yang telah diberikan dalam borang soal selidik, pengkaji menyoal kakitangan sekolah ini mengenai respon mereka yang mengatakan mereka akan menggunakan perkhidmatan dobi yang dijalankan oleh murid-murid berkeperluan khas ini, mereka mengatakan bahawa, “sekurang-kurang mereka dapat membantu budak-budak berkeperluan khas ini”; “kalau kami yang bertugas di sekolah yang ada program pendidikan khas ini tak nak guna perkhidmatan dobi budak-budak ini, apatah lagi masyarakat yang tak pernah dengan budak-budak ni..kami boleh jadi macam ‘promoter’ la….”. Ibu Bapa Murid Berkeperluan Khas Hasil temu bual dengan ibu bapa murid-murid berkeperluan khas pula mendapati bahawa semua ibu bapa berbangga dengan usaha yang telah diambil oleh guru-guru pendidikan khas dan pentadbir sekolah sebab telah berjaya memulakan program “Mendobi Pakaian”. Apabila disoal apa perasaan mereka terhadap program “Mendobi Pakaian” ini, berikut adalah antara respon mereka: “..baguslah bila dah ada program dobi ini, kami nampak kemampuan anak-anak kami….” (P1). “…bila anak saya dah terlibat dengan dobi ni, di rumah sekarang ni dia lah yang akan mendobi pula…senang sikit mak dia….kadang-kadang mengalahkan abang dan kakak dia yang tak macam dia….” (P2). “...anak-anak khas ni kalau nak harap akademik mereka, memang tak boleh lah, tapi bila ada asas kemahiran macam ni (mendobi), kami nampak lah apa mereka boleh kerja lepas sekolah nanti…..budak-budak ni bukan tak boleh buat kerja sebenarnya, cuma kita perlu banyak bersabar dan ajar mereka berulang kali…” (P3). “…lani saya makin yakin dengan hala tuju apa anak saya nak buat lepas dia tamat sekolah nanti” (P4).
  • 12. Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian” 12 “Saya gembira sangat, dia (anak berkeperluan khas) lagi gembira bila dapat duit hasil dobi, siap belanja kamiibu bapa dia dan adik-adik…sedih pun ada” (P5). Guru Dobi Hasil temu bual dengan guru dobi, analisis data menunjukkan bahawa murid-murid masalah pembelajaran yang terlibat dengan program dobi ini merupakan murid-murid yang dipilih berdasarkan kemampuan, minat, dan juga persetujuan ibu bapa. Apabila disoal bagaimana penerimaan kakitangan sekolah dan ibu bapa murid masalah pembelajaran terhadap perkhidmatan dobi oleh murid masalah pembelajaran, guru dobi memaklumkan bahawa sambutan yang diterima adalah amat meberansangkan. Menurut guru dobi “…biasanya pelanggan akan bertanya dahulu sama ada boleh hantar pakaian untuk dobi atau bertanya bila mereka boleh hantar”. Menurut guru dobi lagi, situasi ini berlaku adalah disebabkan bilangan murid yang melakukan kerja mendobi adalah terhad. Oleh itu, kuantiti pakaian yang hendak didobi perlu dijadualkan supaya pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk pakaian mereka siap didobi. Menurut guru dobi: “…bukan semua murid ni boleh mendobi pakaian pelanggan…..kalau mendobi pakaian mereka sendiri boleh lah…kami perlu lihat kemampuan murid, pilih murid, dapatkan kebenaran ibu bapa, diberi latihan, dan diberi tempoh pemantauan…..kalau murid tu lulus dalam tempoh pemantauan itu, maka dia akan diambil sebagai murid dobi”. Apabila disoal mengenai perancangan kerjaya murid-murid dobi ini, guru dobi menyatakan “……masih belum ada perancangan penempatan kerja lagi……murid-murid dobi yang ada sekarang ini pun masih lagi ada beberapa tahun sebelum mereka tamat persekolahan…...tapi memang dalam skop perancangan kami”. Mengenai pendapatan hasil dobi pula, guru dobi menjelaskan bahawa pendapatan hasil dobi akan ditolak kos bahan keperluan dobi dan bakinya diberikan kepada murid dobi sebagai upah. Menurut guru dobi lagi, “…pendapatan tu tak lah penting sangat dalam program dobi ni…..tapi apa yang lebih penting adalah kemahiran dan pengalaman yang mereka dapat menerusi program dobi ni……..ibu bapa budak-budak dobi ni pun gembira dengan kesan dobi terhadap anak-anak mereka”. Apabila disoal apa yang dimaksudkan dengan kesan dobi terhadap anak-anak ibu bapa tersebut, guru dobi menyatakan “..apa yang dimaksudkandengan
  • 13. Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian” 13 kesan dobi adalah…budak-budak ni selepas terlibat dengan program dobi ni, merekajadi rajin tolong ibu bapa mereka dobi di rumah..tolong lipat baju..sidai baju…jadi ibu bapa gembira lah…”. Seterusnya pengkaji menyoal mengenai perkhidmatan menyeterika pakaian. Guru dobi menyatakan “..bab menyeterika pakaian ni…rumit sikit…sebab murid-murid ni mudah keliru nak laraskan seterika mengikut jenis fabrik…..jadi…untuk nak memudahkan semua orang, kami kurang mengambil upah untuk hanya menyeterika, tetapi kalau pelanggan minta kami cuci dan seterika, kami akan ambil tetapi bergantung kepada jenis kain….kalau kain yang susah nak diseterika, kami akan bagitau pelanggan alasan kami tak nak seterika….dan biasanya pelanggan kami faham”. Akhir sekali, pengkaji menyoal guru dobi mengenai kekangan program dobi ini. Guru dobi menjelaskan bahawa kekangan utama adalah berkaitan ruang mendobi. Menurut guru dobi “….sekarang ini….bilik dobi sedia ada adalah hasil pengubahsuaian bilik bengkel pertukangan. Dalam bilik itu hanya dapat dimuatkan sebuah mesin basuh separa automatik, dua buah mesin basuh automatik, dan sebuah mesin pengering. Kalau dapat bilik dobi yang lebih luas, memang banyak lagi manfaat murid-murid dobi ini akan dapat daripada aktiviti mendobi ni.” Rumusan Setiap ibu bapa kepada murid-murid berkeperluan khas mempunyai harapan agar anak mereka mampu berdikari dan menguruskan diri mereka sendiri apabila mereka dewasa kelak. Soalan yang sering disuarakan oleh ibu bapa murid-murid berkeperluan khas adalah apakah yang akan dilakukan oleh anak mereka selepas anak mereka tamat persekolahan. Oleh itu, program “Mendobi Pakaian” ini amatlah sesuai dijalankan sebagai transisi kerjaya bagi menyediakan murid-murid berkeperluan khas masalah pembelajaran ini dengan kemahiran dan pengalaman ke arah alam pekerjaan.
  • 14. Penerimaan Terhadap Program “Mendobi Pakaian” 14 Rujukan Chris F. (2013). Introduction to the special issue: Transitions for students with special educational needs. Australasian Journal of Special Education, 37(1), 1–3. doi: 10.1017/jse.2013.9 Daros, M. M., Nordin, M.S., & Saud, M.S. (2012). Pelajar berkeperluan khas dan bermasalah pembelajaran dari sekolah ke kerjaya. Journal of Social Science, 5(1), 42 – 46. Individuals with Disabilities Education Improvement Act (IDEA) of 2004, (P.L. 108-446). Jabatan Pendidikan Khas, 2004. Maklumat Pendidikan Khas 2004. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya. Nasri, M. S., Hamzah. R. & Udin, A (2010). Memperkasakan peranan pendidikan teknik Vokasional dan pendidikan khas. Dimuat turun daripada http://eprints.utm.my/14948/1/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan_Memperkasakan_ Peranan_Pendidikan_Teknik-eprint8.pdf. Siti Nor Idayu & Mohammad Hisyam. (2015). Pelaksanaan program transisi bagi mempersiapkan murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran (BPKMP) ke alam kerjaya. Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur: Malaysia. Dimuat turun daripada http://WorldConferences.net. The Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD). (1990). A template for success: Positive transitions into further education, training and work for deaf young people in Scotland.