Undang-undang dan peraturan penting dalam pembangunan sosial untuk mencapai keadilan dan ketertiban masyarakat. Fungsi undang-undang meliputi menegakkan keadilan, menghapuskan kezaliman, dan mengekalkan keamanan negara. Al-Quran menekankan kepentingan keadilan dan tanggungjawab setiap individu atas tindakan mereka.
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
Pembangunan Mampan Dalam Islam & Undang-Undang (38
1. PEMBANGUNAN MAMPAN DALAM ISLAM (LMCP1552)
AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
“PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG”
PENSYARAH:
PROF.DATO’ IR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K RAHMAT
NURUSSYAFINA BINTI MOHD AZSERI
A160372
2. Undang-undang memberi faedah dalam kehidupan
yang merupakan sistem peraturan yang cuba
diikuti oleh ahli-ahli masyarakat dengan
tujuan untuk melindungi, mengatur dan
memelihara hak seseorang atau menjaga
ketertiban manusia (Prof.Emeritus Tan Sri Dr
Khoo Kay Kim, Utusan Malaysia, 2010). Biasanya
ini adalah melibatkan peraturan bagi sesuatu
negara, agama dan kehidupan. Jika peraturan-
peraturan ini dilanggar, pesalah akan dihukum
atau didenda oleh mahkamah.
PENGERTIAN UNDANG-UNDANG
3. Fungsi umum daripada undang-undang ialah
melayani masyarakat dan memenuhi keperluan
masyarakat itu. Setiap undang-undang ada
peranannya tersendiri. Fungsi yang dijalankan
itu menjadi penyebab undang-undang tersebut
wujud.
FUNGSI UNDANG-UNDANG
4. - Menegakkan keadilan
- Menghapuskan kezaliman
- Menjaga keamanan negara
- Mengukuhkan kedudukan raja
- Mengekalkan kemerdekaan negara
KEPENTINGAN UNDANG-UNDANG
5. Surah al-Maidah ayat 8:
“wahai orang-orang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak
keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan
janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu
untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana (adil)itu
lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah,
sungguh Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan”.
Menerusi ayat ini, kita dapat fahami bahawa keadilan yang
tegas dan tuntas kepada kebenaran dapat melahirkan rasa
kepuasan hati kepada semua pihak dan akhirnya keamanan dapat
terjamin.
NAS AL-QURAN
6. Surah Muddathir ayat 38:
“setiap orang bertanggungjawab atas apa yang telah
dilakukannya”
Secara konteks, ayat ini dapat difahami bahawa undang-undang
dan hukuman yang ditetapkan adalah untuk menjamin kemaslahatan
masyarakat sejagat. Oleh itu, selari dengan firman Allah s.w.t
bahawa setiap perbuatan yang mestilah dipertanggungjawabkan.
Surah Zalzalah ayat 7-8:
“maka, barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah nescaya
dia akan melihat balasannya”-7
“dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah nescaya
dia akan melihat balasannya”-8
Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa setiap perilaku kita
ada balasan daripada Maha pencipta. Maka setiap orang perlulah
menghitung amalan sendiri agar tidak menyesal di akhirat
kelak.
7. Konklusinya, amalan terbaik dalam pembangunan
sosial boleh merangkumi peraturan dan undang-
undang kerana juzuk ini dapat melahirkan
individu yang bertanggungjawab dan berdisiplin
seterusnya melahirakn masyarakat yang
berakhlak dan bermoral disamping menjamin
kesejahteraan sesama manusia.
KESIMPULAN