Kertas kerja ini membahaskan penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah. Ia mengkaji bukti dari beberapa kajian tentang hubungan antara kerja rumah dengan pencapaian pelajar, dan menyimpulkan bahawa kerja rumah hanya memberi manfaat yang kecil kepada pelajar tahun rendah tetapi manfaat yang lebih baik kepada pelajar tahun tinggi. Kertas ini juga menyentuh hubungan antara kepimpinan pen
Abortion pills in Dammam (+966572737505) get cytotec
Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah
1. Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡
1
PENENTUAN POLISI KERJA RUMAH OLEH PENTADBIR SEKOLAH
Ahmad Zafiru bin Mat Yassin, Penolong Pengarah Sains
Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
Mesyuarat JK Kurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
16 April 2013, BTPN Negeri Pahang.
Abstrak: Sejak dahulu lagi kerja rumah sentiasa dikaitkan dengan sekolah; dengan
kepercayaan bahawa kerja rumah memberi faedah kepada murid. Banyak kajian telah
dilakukan oleh penyelidik di dalam dan di luar negara untuk mencari perkaitan dan
hubungan yang dapat menyatakan dengan tepat kesan kerja rumah pada pencapaian
akademik murid. Dalam kepercayaan bahawa kerja rumah merupakan antara pasak yang
memperkukuhkan pembelajaran dan pencapaian murid, faktor kepimpinan kurikulum,
penyeliaan pengajaran dan pengajaran berkualiti dan pendekatan pengurus kurikulum
yang lebih menitikberatkan hubungan interpersonal juga telah diselidiki. Perdebatan tanpa
kesudahan antara pihak yang menyokong kerja rumah dan pihak yang mahu memansuhkan
kerja rumah akan sentiasa mencabar keintelektualan warga pendidik. Tujuan kerja rumah
diberikan dan bagaimana murid menghayati kerja rumah untuk membentuk kefahaman
adalah kunci keberkesanan kerja rumah. Penyemakan kerja rumah yang diberikan digniti
oleh guru yang profesional adalah proses yang menyokong perkembangan pembelajaran
murid menerusi kerja rumah. Tetapi, kunci kepada kecemerlangan murid adalah
Pengajaran dan Pembelajaran berkesan yang berlaku di dalam bilik darjah.
1. Tujuan
Kertas kerja ini bertujuan untuk menarik perhatian Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang yang bersidang pada 16 April 2013 di
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang kepada Kerja Rumah yang menjadi
rutin bagi sekolah-sekolah, supaya keberkesanan kerja rumah menjadi inti pati
mengapa ia diberikan kepada murid. Perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja
rumah seperti perancangan dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
yang berkesan, perancangan tugasan dan kerja rumah, penyemakan kerja rumah yang
bersegera dan tuntas serta penyeliaan buku latihan hendaklah diberi tumpuan yang
lebih serius jika masa yang dihabiskan oleh murid terhadap kerja rumah mahu
dimanfaatkan sepenuhnya.
2. Pengenalan
Kerja rumah merupakan satu aktiviti PdP yang telah lama dipraktikkan dan harus
dikaji keberkesanannya. Kerja rumah boleh diertikan sebagai kerja atau tugasan yang
diberikan kepada murid oleh guru di sekolah untuk disiapkan atau dipanjangkan pada
waktu di luar persekolahan. Bagi sesetengah murid, kerja rumah mendorong mereka
untuk menyiasat, meneroka serta mengkaji. Ini kerana kerja rumah diberikan untuk
menghubungkan secara terus pelajaran yang dipelajari di dalam kelas. [1]
2. Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡
2
Dalam perkembangan terkini, negara-negara maju mula menilai semula kerja rumah.
Di satu pihak ibu bapa langsung tidak mahu anak dibekalkan dengan kerja rumah, atas
alasan gaya kehidupan masa kini telah mengambil terlalu banyak masa, dan kerja
rumah akan mengehadkan masa interaksi keluarga. Presiden Perancis, Francois
Hollande mahu mengharamkan kerja rumah, atas alasan pelajar dari keluarga miskin
tidak mendapat kesaksamaan peluang dibimbing oleh ibu bapa di rumah. Di negara
itu, semua murid sekolah rendah tidak boleh diberikan kerja rumah sejak tahun 1956
lagi.[2]
3. Keperluan kerja rumah
Richard Walker dan Mike Horsely [3] melalui buku Reforming Homework: Practices,
Learning and Policy, ketika mengupas persoalan adakah kerja rumah relevan dalam
konteks masa kini, menekankan motif pemberian sesuatu kerja rumah itu dan adakah
objektifnya telah tercapai jika murid menyiapkannya? Menurut mereka kebanyakan
kajian empirikal bertumpu kepada tiga isu utama, yakni sama ada kerja rumah:
a. Memperkasakan pembelajaran murid?
b. Membantu murid membentuk kemahiran seorang pelajar yang berdikari dan
terarah kendiri? (independent and self-directed learner).
c. Telah melibatkan ibu bapa dalam aktiviti pendidikan anak mereka dengan cara
yang memberi faedah?
(Nota: Presiden Perancis, seorang sosialis, mahu memansuhkan kerja rumah
kerana murid dari keluarga kurang berkemampuan dilihat tidak mendapat
peluang yang saksama untuk menerima bimbingan ibu bapa mencadangkan agar
masa persekolahan ditambah pada hari rabu sehingga masa makan tengah hari.
Buat masa ini murid di Perancis bersekolah empat hari: Isnin, Selasa, Khamis dan
Jumaat).
Setelah meneliti dan membuat penilaian terhadap bukti berdasarkan kajian-kajian
berkenaan tiga isu di atas Walker dan Horsely membuat rumusan am seperti berikut:
“Dari segi pencapaian akademik, kerja rumah tidak berfaedah kepada kanak-kanak
dalam tahun-tahun awal persekolahan, faedah yang terlalu kecil kepada murid dalam
tahun-tahun akhir sekolah rendah, faedah yang kecil kepada pelajar sekolah
menengah rendah dan faedah yang ketara kepada murid sekolah menengah atas.
Kajian yang boleh dipercayai menunjukkan bahawa menghabiskan lebih masa untuk
kerja rumah dikaitkan dengan murid pencapaian rendah; dapatan ini dikukuhkan
oleh kajian yang menunjukkan bahawa di negara-negara yang menekankan kerja
rumah, pencapaian murid dalam ujian-ujian pencapaian antarabangsa adalah rendah.
3. Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡
3
Kemahiran belajar terarah kendiri yang dikaitkan dengan kerja rumah berlaku apabila
ibu bapa membantu murid-murid sekolah rendah tahap 2 (upper primary) dan
menengah rendah menyiapkan kerja rumah. Pelibatan ibu bapa dengan kerja rumah
anak boleh memberi kesan baik atau menjejaskan. Pelibatan ibu bapa menjejaskan
murid apabila ibu bapa terlalu mengongkong dan campur tangan (menyudahkan kerja
rumah bagi pihak anak?) secara berlebihan. Kesan berlaku motivasi apabila ibu bapa
memberi autonomi dan menyokong suasana pembelajaran anak-anak.
Menurut kedua-dua penyelidik ini, kerja rumah yang menekankan pengulangan dan
latihan perlu dikurangkan. Kerja rumah sepatutnya menjadi penghubung antara sekolah
dan komuniti. [4]
4. Kajian antara kerja rumah dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar dari
kelas premier di dua buah sekolah.
Kajian dijayakan oleh Yeo Kee Jiar dan Ainul Hakimah Karim, dari Fakulti Pendidikan
UTM pada tahun 2011. Ia melibatkan murid tingkatan dua dari kelas premier di SMK
Sri Skudai dan SMK Taman Mutiara, Skudai, Johor Baharu.
4.1 Objektif kajian
a. Mengenal pasti hubungan antara peruntukan masa untuk membuat kerja
rumah bagi mata pelajaran Matematik, sejarah dan Bahasa Inggeris
dengan pencapaian akademik pelajar.
…the following broad conclusions can be drawn. In terms of academic
achievement, homework has no benefit for children in the early years of
primary school, negligible benefits for children in the later years of primary
school, weak benefits for junior high school students and reasonable
benefits for senior high school students.
Sound research has demonstrated that spending more time on homework
is associated with lower student achievement; this finding is
complemented by research showing that in countries with high homework
demands, student performance on international tests of achievement is
poor. Self-directed learning skills are associated with doing homework but
the research indicates that the development of these skills occur when
parents are able to assist upper primary and junior secondary school
students with their homework.
Parental involvement in their children’s homework activities can be both
beneficial and detrimental. It can be detrimental when the parents are
over-controlling or interfering, but can be beneficial to student motivation
when parents provide autonomy and a supporting environment for their
children.
4. Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡
4
b. Mengenal pasti hubungan antara jenis kerja rumah bagi mata pelajaran
Matematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik
pelajar.
c. Mengenal pasti hubungan antara pengelolaan guru terhadap kerja rumah
bagi mata pelajaran Matematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris dengan
pencapaian akademik pelajar.
4.2 Fokus kajian
a. Peruntukan masa untuk menyiapkan kerja rumah
b. Kerja rumah jenis ulang kaji
c. Kerja rumah jenis persediaan
d. Kerja rumah jenis penerokaan
e. Cara pengelolaan guru semasa pemberian kerja rumah
f. Cara pengelolaan guru setelah kerja rumah disempurnakan
4.3 Rumusan
a. Peruntukan masa yang banyak untuk menyiapkan kerja rumah belum
dapat dibuktikan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
b. Kerja rumah jenis ulang kaji mempunyai hubungan signifikan yang lemah
dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik dan Sejarah,
masing-masing dengan indeks korelasinya 0.342 dan 0.203.
c. Kerja rumah jenis persediaan menunjukkan hubungan yang lemah bagi
mata pelajaran Matematik dengan nilai r=0.215, manakala kerja rumah
bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sejarah, didapati masing-masing
tiada hubungan dengan pencapaian akademik.
d. Kerja rumah jenis penerokaan tidak menunjukkan hubungan dengan
pencapaian akademik bagi ketiga-tiga mata pelajaran itu.
e. Mata pelajaran Matematik menunjukkan hubungan sederhana kuat bagi
kedua-dua cara pengelolaan guru (semasa dan selepas kerja rumah
diberikan). Mata pelajaran Sejarah menunjukkan hubungan yang lemah
f. Kerja rumah tiada sebarang hubungan dengan pencapaian dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris bagi keseluruhan enam aspek yang dikaji.
5. Kajian Kementerian Pendidikan United Kingdom – disiarkan oleh akhbar The
Guardian, Khamis, 29 Mac 2012. [5]
5.1 Kajian utama yang dilakukan oleh ahli akademik dari Institut Pendidikan,
Universiti Oxford dan Kolej Birkbeck, Universiti London menjejak
perkembangan 3,000 murid prasekolah hingga ke umur 14 tahun, sejak 15
tahun lalu mendapati bahawa menghabiskan masa lebih dari dua jam
semalam untuk kerja rumah boleh dikaitkan kepada pencapaian yang lebih
baik dalam Bahasa Inggeris, matematik dan sains. Selari dengan dapatan itu,
murid yang menggunakan lebih tiga jam untuk kerja rumah adalah lebih
5. Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡
5
cemerlang. Kajian tersebut lebih tertumpu pada apa yang murid buat,
berbanding banyak mana kerja yang sekolah tetapkan.
5.2 Kerajaan baru United Kingdom telah memansuhkan garis panduan kerja
rumah yang menentukan kuantiti kerja rumah bagi murid. Pemansuhan ini
bermaksud Guru Besar/Pengetua bebas menentukan polisi kerja rumah bagi
sekolah masing-masing.
6. Hubungan kepimpinan pengetua dan kecekapan guru
6.1 Hubungan kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
dengan efikasi guru dikaji oleh Nurahimah Mohd Yusof dan Rafisah Osman
pada tahun 2010. [6]
a. Nurahimah Mohd Yusof dan Rafisah Osman, merumuskan bahawa kajian
telah membuktikan terdapatnya hubungan yang signifikan antara kualiti
penyeliaan dengan efikasi guru.
b. Faktor kemahiran interpersonal memainkan peranan yang paling penting
dalam mempengaruhi hubungan antara kualiti penyeliaan dengan efikasi
guru. Oleh itu pengetua selaku penyelia pengajaran dan pembelajaran
perlu mengutamakan kemahiran interpersonal bagi meningkatkan kualiti
penyeliaan. Sekiranya kemahiran interpersonal pengetua tinggi, maka
kecekapan guru semakin meningkat.
6.2 Hubungan kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru dengan prestasi
peperiksaan dijadikan kajian oleh Usang Anak Ngrambang, PhD., Abdul Jawi
Abnoh Sawi, PhD. dan Kamarudin Mansur. [7]
a. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan pengajaran pengetua
dan kepuasan kerja guru mempunyai hubungan dalam kalangan
responden (guru di sebuah sekolah menengah di Sarawak). Dapatan ini
konsisten dengan kajian terdahulu: Adam, 2005 – isu kepimpinan
pengetua dengan iklim sekolah; Neil, 1994 – budaya sekolah dengan
kepuasan kerja guru; Ling, 1997 – hubungan tingkah laku pelajar dengan
kepuasan kerja guru, dan lain-lain.
b. Peningkatan prestasi peperiksaan pelajar seharusnya menjadi prioriti
utama dalam pengurusan kurikulum sekolah (Usang, memetik Fullan,
2000). Seorang pengetua juga seharusnya mempunyai nilai peribadi
seperti integriti, kredibiliti, kecekapan, disiplin dan amalan membuat
refleksi bagi menjamin pengurusan sekolah. (Memetik Mary, 2006).
6. Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡
6
c. Kepuasan kerja guru tidak seharusnya dipinggirkan bahkan patut
diutamakan dalam pengurusan kurikulum sekolah kerana ia memberi
impak terhadap prestasi pelajar.
7. Latihan dan semakan
Latihan, kerja rumah dan tugasan diberi untuk dua tujuan. Pertama, untuk
meningkatkan kefahaman murid tentang pelajaran yang diajarkan di dalam kelas.
Kedua, kerja rumah juga berperanan untuk menyumbangkan pencapaian yang tinggi
terhadap sesuatu mata pelajaran. [8]
7.1 Harris Cooper (2006) menegaskan bahawa kerja rumah boleh meningkatkan
pencapaian ujian sumatif seseorang murid. Kerja rumah membawa kesan baik
apabila jika diberikan pada kadar yang sesuai dengan umur, kebolehan dan
kecenderungan murid. Secara amnya, jumlah kerja rumah bagi murid sekolah
rendah tidak membebankan dari segi masa menyiapkannya. Kerja rumah dan
tugasan diberikan untuk membentuk tabiat belajar dalam kalangan murid-
murid yang masih muda. Bagi murid-murid sekolah rendah, kerja rumah
merupakan latihan persediaan menghadapi peperiksaan. Jumlah masa
menyiapkan semua kerja rumah hendaklah kurang dari 90 minit sehari;
melebihi masa ini kesan kerja rumah akan berkurangan. Bagi murid yang
berada di sekolah menengah, kerja rumah berlegar sekitar 90 – 120 minit.
Lebih daripada itu, kesannya mula menjadi negatif.
7.2 Latihan diberikan sama ada untuk: pemulihan, pengukuhan atau pengayaan.
Setiap latihan perlu disemak dengan segera secara teliti. Terdapat bukti
bahawa penyemakan latihan yang diikuti oleh komen guru akan
meningkatkan pencapaian murid dalam ujian sebanyak 31 % markah
(Marzano, R.J dan Pickering, D.J. 2007, memetik Walhberg, 1999).
7.3 Marzano juga memetik kajian Cooper, Robinson dan Patall (2006) yang
mendapati bahawa hubungan antara jumlah kerja rumah yang disiapkan oleh
murid dengan pencapaian mereka adalah positif dan secara statistiknya
adalah signifikan. Oleh yang demikian, bolehlah dirumuskan bahawa kerja
rumah memberi kesan ke atas pencapaian murid.
7.4 Bila kerja rumah menjadi beban? Bennett dan Kalish, 2006 (dipetik oleh
Marzano dan Pikckering, 2007), menegaskan kesan negatif kerja rumah
apabila: kuantiti kerja rumah terlalu bayak dan kualiti kerja rumah tidak
membina pembelajaran murid.
Menurut Kohn, A. (2006), melalui The homework myth: Why our kids gets too
much of a bad thing. Cambridge, MA: Da Capo Press), guru-guru sepatutnya
memberi kerja rumah apabila ia memberi faedah kepada pembelajaran murid.
7. Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡
7
Bersetuju dengan Cooper dan rakan-rakan (2006) Marzano mencatat:
pencapaian purata murid sebuah kelas yang diberi kerja rumah (yang sewajar
banyaknya) adalah sebanyak 23 peratus lebih tinggi berbanding pencapaian
purata murid sebuah kelas tanpa kerja rumah.
Keberkesanan kerja rumah bergantung pada sebanyak mana murid berjaya
menyiapkannya (bukan kepada banyaknya masa yang digunakan). Guru-guru
perlu merancang kerja rumah dengan teliti supaya potensi kejayaan murid
dapat ditingkatkan secara maksimum. Jelas, pemberian kerja rumah
berbentuk latihan/kemahiran yang telah pun dikuasai oleh murid hanya
membebankannya. Contoh, memberi 200 soalan hasil darab merupakan
deraan, sekiranya murid telah menguasai fakta asas pendaraban (sifir). Begitu
juga, kerja rumah yang tidak dirancang dengan baik (tanpa fokus
pembelajaran) hanya membazir masa berharga murid bersama keluarga.
Guru boleh membentuk kemahiran merancang kerja rumah melalui
pemerhatian kesan perubahan pada pencapaian murid.
8. Kepentingan menyemak kerja rumah.[9]
Beadle, P. (2012) menerangkan kepada penyemakan yang baik (decent marking)
merupakan rahsia kepada perkembangan murid.
8.1 Perkara utama sebelum memberi kerja ialah menentukan bahawa kerja rumah
itu mendatangkan faedah kepada murid. Kerja rumah diberi atas kesedaran
bahawa ia akan membentuk pembelajaran kepada murid. Apakah maknanya
jika guru memberi tugasan kepada murid tetapi tidak menyemaknya?
8.2 Integriti profesional. Guru yang membuat penandaan (penyemakan)
meletakkan suatu simbol INTEGRITI PROFESIONAL. Maksudnya, guru telah
membaca, membuat penilaian dan meninggalkan nasihat, sokongan dan
dorongan bagi menjadikan murid lebih berjaya melalui kerja rumah tersebut.
Jika guru tidak membaca atau menyemak dengan baik maka segala usaha yang
ditunjukkan oleh murid adalah sia-sia belaka.
8.3 Satu cara mudah untuk mengesan kebagusan seseorang guru ialah dengan
melihat buku latihan muridnya. Adakah kualiti kerja murid di permulaan buku
latihan bertambah baik seperti yang dilihat pada penghujung buku latihan.
Semakan berkualiti membentuk sikap dan keperibadian akademik murid!
8.4 Penyemakan berkesan memberi kebaikan berganda kepada murid dan
seterusnya mempertingkat profesionalisme guru.
8. Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡
8
9. Perdebatan yang tiada berkesudahan.
Kohn, A. (2006), merumuskan bahawa sehingga kini belum ada kata sepakat dalam
kalangan pengkaji berkenaan kerja rumah. Pandangan mereka mengenai kerja rumah
ialah: a) mempunyai kesan positif, b) tiada kesan atau, c) memberi kesan yang
kompleks. [10].
9.1 Kohn memetik Mullis et al, 1998 halaman 114; yang mendapati perbandingan
antarabangsa menunjukkan bahawa melaksanakan sejumlah kerja rumah
memberi pencapaian lebih baik berbanding tiada kerja rumah langsung, tetapi
membuat sedikit kerja rumah memberi pencapaian yang lebih baik daripada
membuat terlalu banyak kerja rumah. Ini merupakan suatu hubungan
“curvilinear”, bentuk U terbalik pada graf.
9.2 Amalan memberi PdP berkesan dan memberi kefahaman yang terbaik kepada
murid merupakan penyumbang kepada pencapaian.
10. Polisi kerja rumah Jabatan Pelajaran Pahang.
10.1 JPN Pahang sendiri perlu mengetahui apakah kerja rumah memberi faedah
dan kesan ke atas pencapaian murid dari segi :
a) Masa melaksanakan kerja rumah – perlu sesuai dengan keperluan murid.
b) Jumlah kerja rumah – disesuaikan dengan perkembangan kognitif murid.
c) Semakan kerja rumah – segera, jitu, memberi maklum balas untuk
penambahbaikan oleh murid semasa membuat pembetulan.
d) Tiada sebarang polisi kerja rumah diamalkan oleh JPN Pahang, tetapi setiap
guru telah diminta menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan yang
mengambil kira kecukupan latihan bagi setiap topik yang diajar.
e) Isu kelewatan penyemakan latihan, penandaan semberono dan kurangnya
pemantauan penyemakan kerja semua murid merupakan perkara lazim
yang ditemui dalam Audit Akademik.
10.2 Kerja rumah masih relevan dengan senario pendidikan di negeri ini. Dapatan
di barat adalah berdasarkan persekitaran pendidikan, sikap pihak berwajib,
komuniti dan ibu bapa, budaya serta kemudahan pendidikan yang terdapat
di sana. Sehingga pendidikan kita mencapai tahap itu, mungkin kerja rumah
perlu difikirkan sebagai elemen yang memberi faedah kepada murid. Guru
perlu selektif memberi tugasan mengikut aras kognitif murid dan sedikit
mencabar had kognitif tersebut. Tugasan yang terlalu tinggi akan
melemahkan motivasi murid.
9. Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡
9
10.3 Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah: Pengajaran dan
pembelajaran berkesan adalah kunci kepada pencapaian yang tinggi. Guru
perlu membantu murid menguasai objektif PdP di dalam kelas melalui aktiviti
dan tugasan-tugasan yang membina yang bersesuaian. Ini memerlukan guru
merancang PdP dengan jelas dan bermakna.
11. Penutup
Melalui pendekatan yang berhemah, kerja rumah boleh dijadikan satu aspek yang
ampuh bagi mempertingkat pencapaian akademik murid. Semua pihak perlu
mengambil sikap yang terbuka mengenai polisi kerja rumah sesebuah sekolah yang
telah dirancang mengikut kesesuaian dan keperluan murid-murid dalam sesuatu
kelas. Kita perlu memahami bahawa sesuatu tindakan mungkin akan berkesan ke atas
semua orang pada sesuatu masa, dan, mungkin semua tindakan yang kita ambil itu
berkesan ke atas seseorang pada sesuatu masa. Kita juga patut tahu bahawa bukan
semua tindakan akan berkesan ke atas semua orang pada setiap masa.
Nota
[1] Yeo Kee Jar & Ainul Hakimah Karim. (2011). Hubungan antara kerja rumah dengan
pencapaian akademik dalam kalangan pelajar kelas premier di dua buah sekolah
menengah. Journal of Educational Psychology and Counselling, volume 2 June 2011,
halaman 28-50/ISSN:2231-735x
[2] Cooper, Hans. (2012. French solution to excessive homework.
http://abcnews.go.com/blogs/headlines/2012/10/french-president-proposes-banning-
homework/
[3] Richard Walker adalah Profesor Madya Pendidikan dan Kerja Sosial, Universiti of
Sydney, Australia. Mike Horsely adalah Pengarah, Learning and Teaching Education
Research Center di Australia.
[4] Walker, R. dan Horsely, Mike. Should Australian schools ban homework? http://the
conversation.com/should-australian-schools-ban-homework-10295. Dicetak 8 April 2013.
[5] - (2012) Homework linked better school result.
http://www.guardian.co.uk/education/2012/mar/29/homework-linked-better-school-
results. Dicetak pada 08 April 2013.
[6] Nurahimah Mohd Yusoff dan Rafisah Osman.(2010), Hubungan kualiti penyeliaan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan efikasi guru. Asia Pacific Journal of
Educators and Education, Vol. 25, 53-71, 2010.
10. Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡
10
[7] Usang Anak Ngrambang, PhD., Abdul Jawi Abnoh Sawi, PhD. Dan Kamarudin Mansur.
(2011 ). Hubungan kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru dengan prestasi
peperiksaan.
[8] Canadian Council on Learning. (2009). A systematic Review on homework
http://www.ccl-cca.ca/pdfs/SystematicReviews/SystematicReview_HomeworkApril27-
2009.pdf
[9] Beadle, P. (2012). The importance of marking.
http://new teachers.tes.co.uk/news/importance-marking/45966. Dicetak 8 April 2013.
[10] Alfie Kohn (2006). Does homework improve learning?
http://www.alfiekohn.org/teaching/HWach.htm, Dicetak 8 April 2013.
Penghargaan
Pn. Faridah Abd. Rahman, En. Mohd Ali Abdul Manaf, Tn. Syed Amra Syd Akhil, En. Ahmad
Jeffery Hj. Ismail atas pendapat dan perbincangan dalam menjayakan penghasilan kertas
kerja ini.