Surah Yaasin ayat 13-27 menceritakan kisah tiga orang rasul yang diutus kepada suatu kaum untuk mengajak beriman kepada Allah, namun mereka ditolak. Hanya seorang lelaki bernama Habib An Najjar yang beriman dan membela rasul-rasul itu, tetapi dibunuh kaumnya sehingga syahid.
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Kisah 3 orang nabi dalam surah yaasiin
1. Kisah 3 orang Nabi dalam Surah Yaasiin
Di dalam Surah Yaasiin ayat 13-19, Allah S.W.T. telah berfirman yang bermaksud; "Dan
buatlah bagi mereka suatu perumpamaan, yaitu penduduk suatu negeri ketika utusan-
utusan datang kepada mereka. (Yaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua
orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan
(utusan) yang ketiga, maka ketiga utusan itu berkata: 'Sesungguhnya kami adalah
orang-orang yang diutus kepadamu.' Mereka menjawab: 'Kamu tidak lain hanyalah
manusia seperti kami dan Allah Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatu pun,
kamu tidak lain hanyalah pendusta belaka.' Mereka berkata: 'Tuhan kami mengetahui
bahawa sesungguhnya kami adalah orang yang diutus kepada kamu. Dan kewajiban
kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas.' Mereka
menjawab: 'Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu, sesungguhnya kamu
jika tidak berhenti (menyeru kami), niscaya kami akan merejam kamu dan kamu pasti
akan mendapat siksa yang pedih dari kami.' Utusan-utusan itu berkata: 'Kemalangan
kamu itu adalah kerana kamu sendiri. Apakah jika kamu diberi peringatan (kamu
mengancam kami)? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas." Dalam
ayat ini, Allah S.W.T. telah berfirman perihal 3 orang rasul yang telah diutuskan kepada
suatu kaum yang telah kufur kepada Allah S.W.T. Ketiga-tiga orang rasul ini tidak
dinyatakan nama mereka di dalam Al Quran. Terdapat juga yang mengatakan kisah ini
berlaku di sebuah kota yang bernama Tarsus yang sekarang ini berada di dalam negara
Turki. Namun tokoh ilmuan Islam seperti Ibnu Kathir menolak pandangan terbabit.
Ketiga-tiga orang rasul ini telah diutuskan kepada kaum ini bagi mengajak mereka
beriman kepada Allah. Namun, mereka tetap ingkar dan mereka juga mengancam para
rasul ini untuk mengapa-apakan mereka sekiranya mereka tidak berhenti berdakwah.
Para rasul ini telah menolak ancaman mereka dengan mengatakan bahawa musibah
yang dihadapi oleh mereka adalah disebabkan perbuatan mereka sendiri. Kemudian
datang seorang lelaki dari hujung kota menyeru kepada kaumnya untuk menurut
perintah ketiga-tiga orang rasul utusan Allah ini.
Sebaliknya, beliau telah dibunuh oleh kaumnya sehingga syahid. Hanya lelaki ini sahaja
yang beriman kepada Allah dan para rasul tersebut. Mengikut pendapat ulama', lelaki
ini bernama Habib An Najjar. Menurut kisah, beliau menghidap penyakit kusta sehingga
beliau terasing daripada masyarakat lain. Apabila beliau mendapat tahu mengenai
kedatangan para rasul itu, beliau telah berlari dari rumahnya untuk ke kota tersebut
bagi mengingatkan kaumnya untuk beriman kepada Allah dan para rasul tersebut.
Malangnya, beliau telah dipukul dan mengikut riwayat, leher beliau telah dipijak
sehingga beliau syahid. Kisah lelaki ini terdapat pada ayat 20-25 surah Yaasiin yang
bermaksud; "Dan datanglah dari hujung kota, seorang laki-laki (Habib an-Najjar)
dengan bergegas-gegas ia berkata: 'Hai kaumku, ikutilah utusan- utusan itu, ikutilah
orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang
mendapat petunjuk. Mengapa aku tidak menyembah (Tuhan) yang telah
menciptakanku dan yang hanya kepada-Nya-lah kamu (semua) ahan dikembalikan?
Mengapa aku akan menyembah tuhan-tuhan selain-Nya, jika (Allah) Yang Maha
Pemurah menghendaki kemudharatan terhadapku, niscaya syafaat mereka tidak
memberi manfaat sedikit pun bagi diriku dan mereka tidah (pula) dapat
menyelamatkanku? Sesungguhnya aku kalau begitu pasti berada dalam kesesatan yang
2. nyata. Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhanmu; maka dengarkanlah
(pengakuan keimanan)ku." Lalu beliau telah dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah
S.W.T sebagaimana dalam ayat 26 & 27 surah Yaasiin yang bermaksud; "Dikatakan
(kepadanya): 'Masuklah ke syurga.' Ia berkata: 'Alangkah baiknya sekiranya kaumku
mengetahui, apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan
menjadikan aku termasuk orang-orang yang dimuliakan." Walaupun beliau diancam
bunuh, beliau tetap berani menyatakan keimanan serta membela para rasul itu
sehingga beliau syahid dibunuh oleh kaumnya.