1. generasi terakhir Umat Manusia
Ketika kiamat makin hampir, Nabi Isa a.s.
yang akan turun kembali ke bumi dan orang
yang beriman merupakan umat Islam yang
terakhir. Setelah Allah SWT mengutus
hembusan angin lembut yang menyebabkan
mereka semua meninggal dunia, maka
pupuslah generasi tauhid di muka bumi ini.
Islam, al-Quran dan akhlak mulia turut
hilang dari muka bumi bersama-sama
pemergian mereka.
Hanya orang kafir yang berbaki di
muka bumi. Semakin hari cara hidup mereka
semakin jauh daripada keredaan Allah SWT.
Mereka tidak mempercayai kewujudan
Tuhan, malah tidak mengamalkan nilai- nilai
moral dan adab kesopanan. Mereka hidup
bagaikan haiwan yang hanya memuaskan
hawa nafsu. Merekalah seburuk-buruk
generasi manusia yang menjejakkan kaki di
atas bumi.
Rasulullah SAW menceritakan
keadaan umat terakhir ini dalam pelbagai
hadisnya. Dalam atikel ini, saya akan
menceritakan sebahagian daripada sifat-sifat
mereka sebagai iktibar bagi kita semua.
Tak Kenal Allah SWT
Sifat pertama yang paling kentara
pada generassi terakhir ini ialah kejahilan
mereka tentang Allah Tuhan Maha
Mencipta. Mereka tidak mengenal Allah,
bahkan tidak pernah menyebut nama-Nya
dalam kehidupan. Mereka ateis dalam darjat
yang paling teruk.
Daripada Anas Bin Malik,
Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:
“Tidak akan berlakunya kiamat sehingga
tidak ada lagi orang yang mengucapkan:
‘Allah, Allah.’” (Riwayat Muslim)
Kalimat tauhid telah lama hilang dari
muka bumi. Apatah lagi solat, puasa dan
ritual ibadah dan hokum-hukum Islam yang
lain. Kaum MUslimin sudah pupus sama
sekali dan hanya wujud dalam perbincangan
sejarah sahaja. Perbincangan mengenai
kaum Muslimin pada waktu sama seperti
mengenai suku primitive (asal) yang sudah
tiada lagi.
Daripada Huzaifah r.a., Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: “Islam
akan luntur seperti lunturnya tulisan di atas
baju sehingga tidak lagi diketahui solat,
puasa, haji dan zakat. Al-Quran akan
diangkat pada satu malam sehinggatidak
tertinggal satu ayat pun di bumi. Sehingga
sekumpulan orang tua bercerita: ‘Kami
mendapati bapa-bapa kami berkata:
‘Lailahaillallah’, maka kami pun
mengucapkannya.” (Riwayat Ibn Majah dan
al-Hakim)
Kaabah Runtuh
Jika kaum Muslim telah tiada lagi,
bagaimana dengan syiar-syiar allah di muka
bumi? Kali terakhir kota suci Mekah
dikunjungi oleh jemaah haji dan umrah
adalah pada masa Nabi Isa a.s. kembali ke
bumi. Setelah mereka semua meninggal
dunia, Kota Mekah sepi tanpa pengunjung.
Sepanjang puluhab tahun, tidak ada sesiapa
pun lagi yang datang untuk berziarah apatah
lagi beribadah.
DArida Abu Sa’id al-Khudri,
Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:
“Tidak akan terjadi kiamat sehingga tidak
ada seorang pun yang pergi menunaikan
Haji ke Baitullah.” (Riwayat Ibn Hibban
dalam Sahihnya)
2. Pada masa itu, tidak ada seorang pun
yang mengunjungi Mekah. Janganlah untuk
beribadah untuk melihatnya pun mereka
enggan. Ini menunjukkan iman telah hilang
sama sekali dari hati seluruh umat manusia
pada masa itu. Hati mereka tidak lagi
member ruang untuk agama spiritual.
Keadaan ini bertambah parah apabila
sekumpulan orang dari Habsyah (Ethiopia)
datang ke Mekah lalu meruntuhkan Kaabah.
Mereka mencungkil satu persatu batu-batu
banana rumah Allah ini untuk mencari harta
karun yang dipercayai tertimbun di
bawahnya.
Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Seolah-olah aku melihat
seseorang daripada mereka, berkulit hitam
dan renggang kakinya, sedang mencungkil
batu-batu Kaabah satu persatu.” (Riwayat al-
Bukhari)
Kota Berhantu
Begitu juga nasib Kota suci umat
Isalam yang kedua yakni Madinah al-
Munawwarah. Kota yang sekian lama
meninggalkan kerinduan di hati umat Islam
ini dibiarkan kosong tidak berpenghuni.
Madinah pada masa itu tidak lebih daripada
sebuah Kota “berhantu”. Tiada makhluk
yang berada di sana melainkan haiwan buas
dan burung liar.
Dalam hadis Riwayat al-Bukhari dan
Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah
SAW bersabda, mafhumnya: “Mereka akan
meninggalkan Madinah dalam kedaan
sangat indah. Tidak ada yang tinggal di sana
melainkan binatang buas dan burung-burung
liar.”
Fenomena ini menunjukkan betapa
kerasnya hati manusia pada saat itu. Mereka
tidak lagi merindui Nabi SAW dan para
sahabat Baginda. Kota Madinah yang
dipenuhi cahaya keimanan tidak dapat
menimbus kegelapan hati-hati mereka.
Seperti Mekah, Madinah akan menjadi
sekadar suatu peniggalan sejarah.
Daripada Umar bin al-Khattab,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Seorang pengendera nanti akan melalui
pinggir Kota Madinah dan dia berkata:
‘Tempat ini dahulunya dipenuhi ramai kaum
Mukminin.” (Riwayat Ahmad dalam
Musnadnya)
Seperti Keldai
Darjat keimanan sering kali
berinringan dengan darjat moraliti. Apabila
keimanan kepada Allah SWT merosot, maka
sifat malu dan kesopanan akan turut lenyap.
Budaya dan gaya hidup hedonism tersebar
dalam segenap lapisann masyarakat.
Kenikmatan jasadi menjadi tujuan utama
hidup mereka.
Fenomena ini memang telah berlaku
kini, namun ia akan semakin parah pada
akhir zaman nanti. Dek menjadi hamba
hawa nafsu, mereka bukan lagi manusia,
malah lebih buruk daripada haiwan. Zina,
homoseksual dan pelbagai seks sumbang
berlaku saban hari tidak kira masa atau
tempat.
Daripada Abdullah bin Amr,
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Tidak akan berlaku kiamat sehingga kamu
(manusia berzina di tengah-tengan jalam
keldai.”
Abdullah berkata: “Adakah perkara
sebegitu akan berlaku?”
Baginda SAW menjawab: “Ya, itu
pasti berlaku.” (Riwayat Ibn Hibban)
3. Perilaku yang menjijikkan ini
menjadi fenomena global. Ia berlaku di
mana-mana dan dilakukan oleh sesiapa
sahaja tanpa mengenal usia. Pada waktu itu,
manusia yang terbaik antara mereka ialah
orang yang massih memiliki sedikit perasaan
malu. Mereka memang tidak dapat melarang
kemungkaran, namun hanya dapat berkata
kepada sepasang pasangan yang sedang
berzina: “Cubalah hindari jalan. Jangan
halang orang yang sedang lalu-lalang.”
Memperlambat Kiamat
Segala yang diberitakan oleh
Rasulullah SAW ini pasti akan berlaku. Ini
keran BAginda telah meliht masa depan dan
pelbagai kejadian yang bakal berlaku dengan
izin Allah SWT. Baginda kemudiannya
memberitahu umatnya bukan dengan tujuan
untuk menanamkan ras putus asa, sebaliknya
untuk satu hikamah yang Allah kehendaki.
Kita memang tidak dapat mengubah
masa reality ini. Kita juga tidak mampu
menahan perjalanan masa. Namun, ini bukan
bermakna kita pasrah begitu sahaja tanpa
melakukan sesuatu. Paling tidak, kita masih
berkesempatan untuk memastikan zaman
yang buruk itu tidak berlaku pada zaman
kita.
Saya pernah mendengar muhaddith
dari Syam, Syeikh Dr. Nurudding ‘Itr
berkata: “Para penuntut ilmu ialah orang
yang memperlambatkan kedatanga kiamat.
Merekalah yang berjasa menyelamatkan
dunia ini hingga ke hari ini. Kalu bukan
kerana mereka, dunia ini telah lama hancur.”
Sebagai umat yang beriman denga
Baginda SAW, kita wajib membekalkan
generasi penerus dengan ilmu dan iman agar
mereka dapat menghadapi pelbagai masalah
pada masa depan yang semakin mencabar.
Kenalkan mereka dengan Allah dan
tamankan dalam hati mereka dengan
penghormatan terhadap syiar-syiar
keagamaan. Sungguh, setiap kali saya
melihat orang melihat orang yang
menyebarkan rasa cinta kepada Nabi SAW,
hati saya dipenuhi kegembiraan. Bagi saya,
kita mesti menggalakan para pemuda
mencintai Rasulullah. Perkenalkan mereka
kepada Sunnah dan akhlak baginda. Selagi
cinta Rasul berada dalam hati para pemuda,
kedatangan kiamat dapat diperlambat.
Mabuk
Apabila dunia telah rosak, maksiat
dan dosa telah memenuhi seluruh pelosok
dunia, Allah menjadi semakin murka kepada
semua makhluk yang berada di muka bumi.
Pada waktu itu, Allah SWT memerinthkan
malaikat Israfil untuk meniupkan
sangkakalan tanda kiamat.
Alam semesta mulai hancur berkecai
dan bintang-bintang bergugurann. Tidak
terbayang ketakutan yang dirasakan setiap
manusia pada waktu itu. Mereka lari lintang
pukang dan memekik bagaikan orang yang
sedang mabuk, walhal mereka tidak mabuk.
Mereka berkeadaan demikian disebabkan
azab Allah yang sangat pedih.
Daripada Ibn Mas’ud, Rasuluillah
SAW bersabda maksudnya: “Antara
manusia-manusia yang paling buruk ialah
mereka yang masih hidup sewaktu
berlakunya kiamat.” (Riwayat al-Bukhari)
Semoga Allah menjauhkan diri kita
dan orang yang kita cintai daripada
kemurkaan dan azab-Nya. Amin ya Rab al-
‘alamin!!!