.HPDKLLUDQ
      .H P D K U D Q
%HUIILLNLLU
               %H U N U
                          GDODP
           3HQJDMDUDQGDQ
              3HPEHODMDUDQ
.HPDKLUDQ
          % H U IL N L U 
                                       GDODP
                      3HQJDMDUDQGDQ
                       3HPEHODMDUDQ



           JU@ Pusat Perkembangan Kurikulum
             Kementerian Pendidikan Malaysia
             Persiaran Duta 50604 Kuala Lumpur




               APRIL 2002
Cetakan Pertama 2001
© Kementerian Pendidikan Malaysia


Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin
bertulis daripada Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Persiaran Duta off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur.



Perpustakaan Negara Malaysia        Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan


Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum
       Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran / Pusat
       Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
       Bibliografi: ms. 85
       ISBN 983-222340-28-4
       1. Creative thinking-Study and teaching. 2. Critical thinking-
       Study and teaching. 3. Cognitive learning. I. Judul.
       370.152
KATA PENGANTAR


      Pelaksanaan kurikulum sekolah yang disemak semula memberi penekanan
atas strategi pembelajaran yang berkesan sesuai dengan kehendak pendidikan
masa kini dan masa depan.


      Sebagai usaha untuk membantu guru memahami dan mengamalkan strategi
tersebut, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menghasilkan pelbagai bahan
sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan
pembelajaran dan buku penerangan am tentang pengurusan dan pelaksanaan
kurikulum.

      Modul pengajaran dan pembelajaran boleh membantu guru mempelbagaikan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di samping mewujudkan
suasana bilik darjah yang menggembirakan. Buku penerangan am bertujuan untuk
menjadi panduan kepada pengurus dan pelaksana kurikulum dalam usaha mereka
untuk melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan.


      Pusat Perkembangan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan penyediaan modul-modul
serta buku penerangan am ini. Semoga bahan sokongan berkenaan dapat
dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat.




Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN
Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
KANDUNGAN                               HALAMAN


UNIT 1
Pengenalan                                        1

UNIT 2
Apakah Berfikir ?                                 2

UNIT 3
Kemahiran Berfikir Kritis                         5

UNIT 4
Kemahiran Berfikir Kreatif                        18

UNIT 5
Strategi Berfikir                                 28

UNIT 6
Kemahiran Menaakul                                37

UNIT 7
Alat Berfikir                                     41

UNIT 8
Petunjuk Kemahiran Berfikir                       46

UNIT 9
Metakognisi                                       53

UNIT 10
Strategi Penerapan Kemahiran Berfikir             56
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

UNIT 11
Pengoperasian Kemahiran Berfikir                  60
      Mata Pelajaran Sains                        60
      Mata Pelajaran Bahasa                       87
      Mata Pelajaran Kajian Tempatan              91
      Mata Pelajaran Sejarah                      95
      Mata Pelajaran Pendidikan Seni              99

BACAAN LANJUTAN                                   102
UNIT 1       PENGENALAN

Kemahiran berfikir (KB) telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran
dan dikenali sebagai kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK). Beberapa dokumen
khusus bagi memantapkan pelaksanaan KB telah dihasilkan untuk beberapa mata
pelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni, dan Kajian
Tempatan. Namun pelaksanaan ini masih belum mantap dan kurang diberi penekanan
(JNSP, 1998). Pendedahan yang berterusan dan sistematik diperlukan agar guru dapat
memperluas pelaksanaan KB dalam pengajaran dan pembelajaran semua mata
pelajaran.

Penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting selaras dengan
tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi.
Dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang disemak semula, KB adalah antara unsur
utama yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersurat.

MATLAMAT

Modul ini bertujuan memberikan pemahaman dan panduan tentang kemahiran berfikir
dan pengoperasiannya agar guru dapat menerapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi semua mata pelajaran.

OBJEKTIF

Selepas mengikuti modul ini pendidik:

1) memahami maksud dan konsep kemahiran berfikir;
2) menguasai teknik penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan
   pembelajaran;
3) mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran;

4) menyebarkan konsep dan aplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran dan
   pembelajaran kepada guru lain; dan

5) membina semangat untuk mendalami aplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran
   dan pembelajaran dan dalam kehidupan harian.




                                         1
UNIT 2      APAKAH BERFIKIR?

         %HUILNLU 


          ... melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda
              atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.
                                                                          (Mayer, 1977)

          … merupakan pembentukan idea, pembentukan semula            pengalaman dan
            penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.

                                                                      (Fraenkel, 1980)

          … ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau
            membuat penentuan .
                                                                     (Beyer, 1991)



Berdasarkan kepada beberapa pengertian di atas, kemahiran berfikir dapat dirumuskan
sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan
masalah.

PROSES BERFIKIR

Pada kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuatu perkara misalnya suatu
objek, anda secara automatik akan mula menyoal diri sendiri? Soalan-soalan yang
anda mungkin bertanya ialah :-

1. Apakah objek itu?
2. Apakah kegunaannya?
3. Bagaimanakah menggunakannya?
4. Adakah ia memberi manfaat?

Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda sedang dalam proses
berfikir. Untuk mencari jawapan, anda menggunakan aspek yang berikut:

      Pengetahuan (apa yang anda tahu tentang objek itu)

      Kemahiran (menyoal diri sendiri tentang objek itu)

      Sikap atau nilai (keinginan untuk mengetahui tentang objek itu)




                                              2
Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan,
kemahiran kognitif dan sikap atau nilai seperti dalam Rajah 2.1.




                                  Rajah 2.1 Proses Berfikir


MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif.
Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea
dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna
dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau
gabungan idea-idea yang ada.

Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan
mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan
kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan
atau menyelesaikan masalah.

Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam membantu kita membuat
pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi
berfikir.

Perkaitan antara kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, kemahiran berfikir
menaakul dan strategi berfikir adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2.




                                            3
Rajah 2.1 Model Kemahiran Berfikir



                                  KEMAHIRAN
                                   BERFIKIR



         KREATIF                                                    KRITIS

•   Menjanakan idea                  MENAAKUL              •   Mencirikan
•   Menghubung kaitkan               •   Logik             •   Membandingkan dan
•   Membuat inferens                 •   Rasional              membezakan
•   Meramalkan                                             •   Mengumpul dan
•   Membuat hipotesis                                          mengelaskan
•   Mensintesiskan                                         •   Membuat urutan
•   Mengitlak                                              •   Menyusun mengikut
•   Membuat gambaran mental                                    keutamaan
•   Menganalogikan                                         •   Menganalisis
•   Mereka cipta                                           •   Mengesan kecondongan
                                                           •   Menilai
                                                           •   Membuat kesimpulan

                               STRATEGI BERFIKIR

                               Mengkonsepsikan
                               Menyelesaikan masalah
                               Membuat keputusan



     KB dalam model ini telah disusun mengikut hierarki daripada kemahiran asas kepada
     kemahiran yang lebih kompleks. Dalam pengajaran dan pembelajaran, KB perlu
     diperkenalkan mengikut urutan. Murid perlu mempelajari dan menguasai KB yang asas
     sebelum mempelajari KB yang lebih kompleks.

     Sekiranya dalam pengajaran dan pembelajaran, KB yang akan dipelajari adalah
     membuat urutan, murid seharusnya telah mempelajari dan menguasai kemahiran yang
     sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan, membanding dan membeza, serta mengumpul
     dan mengelas.



                                             4
UNIT 3 KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS
Berikut ialah penjelasan dan contoh setiap kemahiran berfikir kritis.

1. Mencirikan

Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.

Kemahiran ini digunakan untuk:

a) Mendefinisikan konsep atau item.
b) Mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.

Langkah Penggunaan:

a) Tumpukan perhatian kepada item atau konsep secara menyeluruh.
b) Kenal pasti ciri.

Contoh :

Lihat gambar yang diberikan dalam Rajah 3.1. Tuliskan cirri-ciri yang terdapat pada
haiwan tersebut.




                            Rajah 3.1 Gambar seekor haiwan

Kita boleh gunakan rajah pancaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2 untuk
membantu kita mencirikan.




                                             5
EHUPLVDL
                        Bermisai
                         Bermisai                  EHUHNRU
                                                   Berekor


                                      +DLZDQ
                                       Haiwan



                        EHUNDNL
                       Berbulu
                        HPSDW
                                       EHUEXOX
                                         Berkaki
                                         empat



                    Rajah 3.2     Rajah pancaran ciri haiwan

a) Lukiskan satu bulatan.
b) Tuliskan tajuk bagi konsep atau item dalam bulatan.
c) Lukiskan satu garisan yang memancar keluar daripada bulatan.
d) Tuliskan satu ciri yang ada pada konsep atau item pada hujung garisan.
e) Ulangi dengan melukis garisan lain untuk ciri yang lain.


2. Membandingkan dan Membezakan

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan
unsur sesuatu objek atau peristiwa.

Kemahiran ini digunakan apabila :

a) Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan.
b) Membuat pilihan atau keputusan.


Langkah penggunaan:

a)   Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa objek.
b)   Kenal pasti satu daripada ciri objek itu.
c)   Tentukan sama ada objek yang lain mempunyai ciri yang sama.
d)   Nyatakan ciri itu sama atau berbeza.




                                            6
Contoh :

Perhatikan dua helai daun dalam Rajah 3.3 yang diambil dari pohon yang berlainan.
Cari persamaan dan perbezaan antara dua helai daun ini.




                         Daun 
                         /,:3 A           /,:3 B
                                          Daun



                               Rajah 3.3 Gambar daun

Kita boleh gunakan rajah Venn seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.4 untuk
membandingkan dan membezakan.




                       kasar                         kesat
                       keras            hijau        lembut
                       licin            leper        panjang




              Rajah 3.4 Rajah Venn perbandingan dan perbezaan ciri daun

   a)   Lukis dua bulatan yang bertindih.
   b)   Rekodkan ciri daun A dalam bulatan A
   c)   Rekodkan ciri daun B dalam bulatan B.
   d)   Jika ciri daun A sama dengan daun B, rekod ciri dalam kawasan bertindih antara
        dua bulatan.



                                           7
3. Mengumpulkan dan Mengelaskan

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-
masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah
berdasarkan ciri atau sifat sepunya.

Kemahiran ini digunakan apabila terdapat :

a) Banyak item atau maklumat.
b) Item atau maklumat yang tidak tersusun.

Langkah penggunaan:

a)   Kenal pasti ciri umum sekumpulan item.
b)   Beri nama kepada kumpulan item itu.
c)   Kenal pasti ciri lain.
d)   Masukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil.
e)   Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu
     kumpulan.

Contoh :

Diberikan item-item yang berikut: gelas, bata, kerusi, songkok, pukat, cawan porselin,
baju hujan, pen dan pensil.

Kita boleh gunakan carta organisasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.5 untuk
mengelas item-item tersebut.

a) Tuliskan nama kepada sekumpulan item di bahagian paling atas.
b) Bahagikan item-item tersebut kepada kumpulan yang lebih kecil. Namakan
   kumpulan-kumpulan ini.
c) Bahagikan lagi item-item tersebut kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil lagi.




                                             8
Rajah 3.5 Carta organisasi pengelasan item




                     Rajah 3.5 Carta organisasi pengelasan item


4. Membuat Urutan

Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri
atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.


Kemahiran ini digunakan untuk menyusun item atau maklumat supaya:

1. Mudah difahami.
2. Item tertentu mudah dikesan.


Langkah penggunaan:

a) Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut saiz, nilai,
   abjad, kronologi, corak atau masa.
b) Ambil satu item sebagai asas.
c) Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan jenis
   susunan yang ditentukan.
d) Semak semula susunan.



                                        9
Contoh :

Yang berikut ialah satu senarai kerja untuk membuat teh tarik.           Binakan satu
rentetan kerja yang munasabah daripada senarai ini.

         Pasang api dapur, isi air dalam cerek, letak cerek di atas dapur, selepas
         mendidih padamkan api, masukkan teh dalam penapis, masuk air dalam
         kole, masukkan penapis dalam koleh berisi air, masuk susu dalam koleh,
         kacau ramuan dalam kolah, tarik............

Kita boleh menggunakan rantai urutan seperti contoh yang ditunjukkan dalam Rajah 3.6
untuk menyusun langkah-langkah kerja bagi menyediakan teh tarik supaya menjadi
satu urutan yang logik.

a)  Imbas kembali semua langkah.
b)  Pilih satu langkah sebagai permulaan.
c)  Imbas kembali langkah yang seterusnya.
d)  Pilih satu langkah yang lain.
e) Bandingkan langkah yang dipilih dengan langkah pertama.
f) Letakkan langkah itu di hadapan jika langkah itu lebih awal atau di belakang jika ia
   langkah yang terkemudian.
g) Ulangi aktiviti di atas sehingga semua langkah telah disusun.


     Isikan air       Letak            Pasang             Selepas           Masukkan
     ke dalam         cerek            api                mendidih          teh ke
     cerek            di atas          dapur              padamkan          dalam
                      dapur                               api               penapis



     Tarik…           Kacau            Masukkan           Masukkan          Masukkan
                      ramuan           susu               penapis           air ke
                      Dalam                               ke dalam          dalam
                      kole                                kole..            kole


                    Rajah 3.6 Rantai urutan menyediakan teh tarik

5. Menyusun Mengikut Keutamaan

Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau
kesegeraan.




                                          10
Kemahiran ini digunakan untuk:

a) Menonjolkan perkara yang mustahak.
b) Menentukan tindakan yang perlu dibuat dahulu.

Langkah penggunaan:

a) Tentukan matlamat anda.
b) Ambil satu item sebagai asas.
c) Ambil item yang lain dan bandingkan dengan item asas sama ada lebih dekat atau
   lebih jauh kepada matlamat.
d) Jika lebih dekat kepada matlamat letakkan di atas item asas, jika tidak letakkan di
   bawah.
e) Ulangi langkah di atas bagi item yang lain, satu demi satu.

Contoh :

Anda diberikan senarai beberapa item: cerek, seterika, radio, perakam video, lampu
berpendafluor dan televisyen. Susun item tersebut mengikut keutamaan penggunaan
alat elektrik di rumah anda dan terangkan mengapa .

Kita boleh gunakan tangga hierarki seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.7 untuk
menyusun item mengikut keutamaan.

a)   Lukiskan beberapa anak tangga.
b)   Tuliskan item yang paling penting pada anak tangga paling atas
c)   Tuliskan item lain yang kurang penting pada anak tangga di bawahnya.
d)   Ulangi sehingga item yang paling tidak penting pada anak tangga yang paling
     bawah.


                                                         Lampu berpendaflour

                                                           Televisyen
                                          Perakam video

                                  Radio
                     Seterika

           Cerek


             Rajah 3.7 Tangga hierarki keutamaan penggunaan alat elektrik



                                          11
6. Menganalisis

Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi
memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait
antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah suatu
kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

Langkah penggunaan:

a)    Tentukan pendapat atau kenyataan.
b)    Cari andaian yang tersirat, huraikannya kepada ciri yang lebih terperinci.
c)    Renung semula pendapat atau andaian.
d)    Buat pernyataan yang telah diperbaiki dengan sokongan fakta.

Contoh :
  Buat analisis bagi kenyataan yang berikut:
  Televisyen adalah penting kepada kehidupan.

Untuk menganalisis kita perlu:

     a) Menentukan pendapat atau kenyataan:         Televisyen adalah penting kepada
        kehidupan.

     b) Huraikan andaian yang tersirat penting kepada kehidupan dari segi televisyen:

              i.   Menyampaikan maklumat.
             ii.   Berunsurkan pendidikan.
            iii.   Boleh mengisi masa lapang.
            iv.    Memberi hiburan.

     c) Membuat kenyataan yang telah diperbaiki : Televisyen adalah penting kepada
        kehidupan kerana televisyen dapat menyampaikan maklumat umum yang
        berunsurkan pendidikan, boleh mengisi masa lapang dan memberi hiburan .


7. Mengesan Kecondongan

Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada sesuatu atau menentang
sesuatu.




                                            12
Kemahiran ini digunakan apabila :
a. terdapat sesuatu pernyataan yang cuba mempengaruhi keputusan atau pendapat
   seseorang,
b. menimbangkan ketepatan sesuatu sumber maklumat atau pernyataan, atau
c. mengenal pasti kecondongan pandangan seseorang.

Langkah penggunaan:

a)   Nyatakan matlamat.
b)   Kenal pasti jenis petunjuk kecondongan.

       i.   Kenyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat.
      ii.   Pengitlakan yang keterlaluan.
     iii.   Soalan retorik (soalan yang bersifat mempengaruhi atau memukau dan
            bermuslihat).
     iv.    Persembahan atau penyampaian yang berat sebelah.
      v.    Menyatakan pendapat sebagai fakta.

c)   Analisis maklumat secara terperinci untuk mendapatkan petunjuk.
d)   Padankan pernyataan yang berunsur kecondongan dalam petikan dengan jenis
     petunjuk.
e)   Buat penilaian sejauh manakah kecondongan berlaku.

Prasyarat: Pengetahuan tentang:

a)   Petunjuk atau kriteria kepada kecondongan.
b)   Isi kandungan pernyataan yang dianalisis.

Contoh:
Anda dikehendaki mengesan kecondongan dalam petikan iklan dalam Rajah 3.8.


 Kami ada cara…

 Cetusan! Inilah penawar yang dinanti-nantikan oleh anda sekalian. Anda pasti telah
 mencuba pelbagai penawar untuk mengurangkan berat badan tetapi kurang atau tidak
 berkesan langsung, atau kelebihan berat badan datang semula selepas berhenti
 memakan ubat berkenaan. Nah!, anda sekarang berpeluang mencuba Cetusan.
 Sejenis ramuan herba asli yang boleh mengurangkan berat badan anda, tanpa perlu
 berlapar atau melakukan senaman. Anda tidak perlu risau kalau-kalau berat badan
 datang semula selepas berhenti memakan Cetusan. Kajian telah membuktikannya.
 Ikut sahaja panduan kami dan jadilah ahli Kelab Cetusan untuk badan yang langsing
 sepanjang hayat. Belum cuba belum tahu, sudah cuba hendak selalu.


                           Rajah 3.8 Petikan iklan

                                          13
Untuk mengesan kecondongan, langkah dalam Jadual 3.2 diikuti.

        Langkah                                  Penerangan
1. Nyatakan matlamat      Mengesan sama ada petikan iklan di atas mempunyai
                          unsur kecondongan
2. Kenalpasti petunjuk    1. Pernyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat
   kecondongan            2. Pengitlakan yang keterlaluan
                          3. Soalan retorik( bersifat mempengaruhi)
                          4. Penyampaian yang berat sebelah
                          5. Menyatakan pendapat sebagai fakta

                          Membaca petikan iklan untuk mengesan pernyataan yang
3. Analisis maklumat      berunsur kecondongan.

4. Padankan pernyataan     Pernyataan Berunsur
   yang berunsur           Kecondongan Dalam             Jenis-Jenis Petunjuk
   kecondongan dalam       Petikan Iklan
   petikan dengan jenis
   petunjuk
                          Mengambil cetusan boleh    Pengiklanan yang keterlaluan
                          mengurangkan berat badan
                          Tanpa berlapar dan          Keterlaluan “menyatakan
                          melakukan senaman           pendapat sebagai fakta”
                          Mengambil cetusan           Pernyataan yang berbentuk
                                                      emosi atau bermuslihat
                          Boleh                       Pengiklanan yang keterlaluan
                          Mengurangkan berat badan Persembahan atau
                                                      penyampaian yang berat
                                                      sebelah
                          Tanpa berlapar
                          Tanpa senaman
 5. Nilai sejauh mana     Setelah menilai, hampir seluruh petikan iklan itu
    kecondongan           mempunyai unsur kecondongan terutama sekali jenis
    tersebut              kecondongan menyatakan pendapat sebagai fakta.

             Jadual 3.2 Langkah mengesan kecondongan petikan iklan


8. Menilai

Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan
keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.




                                        14
Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:

a) Memilih sesuatu.
b) Menerima atau menolak sesuatu idea.

Langkah penggunaan:

a)   Perhatikan idea atau pilihan.
b)   Senaraikan ciri positif (kebaikan).
c)   Senaraikan ciri negatif (kelemahan).
d)   Beri wajaran kepada setiap ciri.
e)   Bandingkan wajaran secara keseluruhan.

Contoh:
Anak anda meminta supaya dihantar ke kelas bimbingan (tuition) bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris. Adakah anda akan menerima atau menolak permintaan tersebut?

Kita boleh menggunakan Carta T untuk membantu kita menilai dan seterusnya
membuat keputusan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3.

               Positif            Wajaran (+)         Negatif           Wajaran
                                                                          (-)
     Pencapaian BI penting          (1)         Kos tuisyen
     Kepentingan BI                             Waktu
     Pergaulan                                  Pergaulan bebas
     Masa lapang dipenuhi                       Penghantaran
     Memudahkan buat rujukan
     Mengurangkan
     pergantungan kepada ibu
     bapa

     Jumlah wajaran (+)                         Jumlah wajaran (-)


          Jadual 3.3 Ciri-ciri positif dan negatif kelas bimbingan Bahasa Inggeris


9. Membuat Kesimpulan

Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu
hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal
dan menyokong pernyataan.



                                           15
Langkah penggunaan:

a) Kumpulkan maklumat (misalnya daripada eksperimen atau kajian).
b) Susun semula maklumat dalam urutan yang logik.
c) Analisis maklumat dan buat gambaran mental untuk mendapatkan sesuatu corak
   perhubungan.
d) Buat pernyataan kesimpulan dengan sokongan bukti yang ada.

Contoh:

Ahmad telah menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji gerak balas tumbuhan
terhadap cahaya. Dia telah menyediakan dua buah kotak besar yang masing-masing
mempunyai satu lubang kecil di dindingnya. Dalam kedua-dua kotak ini diletakkan
anak-anak benih kacang. Kotak yang pertama diletakkan di luar bilik darjah. Kotak
yang kedua diletak dalam almari. Pemerhatian dibuat selepas beberapa hari. Rajah
3.9 menunjukkan keadaan sebenar selepas beberapa hari.

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada pemerhatian ini?

Untuk membuat kesimpulan kita perlu:

a) Susun maklumat dalam urutan yang logik : Setiap kali pemerhatian dibuat didapati
   batang dan pucuk tumbuhan bertumbuh semakin dekat dengan lubang kotak .

b) Menganalisis maklumat dan mendapatkan corak perhubungan : Cahaya masuk
   melalui lubang kotak tersebut, batang dan pucuk tumbuhan tumbuh ke arah sumber
   cahaya.

c) Membuat pernyataan kesimpulan : Anak benih kacang tumbuh ke arah sumber
   cahaya.




                                        16
'L OXDU
                                                  ELOLN luar
                                                   Di
                                                  GDUMDK
                                                   bilik
                                                   darjah
     +DUL 3HUWDPD   +DUL .HHPSDW   +DUL .HODSDQ

                                                  'L GDODP
                                                  DOPDULdalam
                                                    Di
                                                  WHUWXWXS
                                                    bilik
                                                    darjah




Rajah 3.9 Eksperimen gerak balas anak benih terhadap cahaya




                                   17
UNIT 4 KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF
Unit ini memberi penjelasan dan contoh setiap kemahiran berfikir kreatif.


1. Menjanakan Idea

Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara.

Kemahiran ini digunakan apabila:

a) Mencari idea baru.
b) Mencari alternatif.

Langkah penggunaan:

a) Tetapkan tajuk perbincangan.
b) Senaraikan semua idea yang dikemukakan.
c) Renung kembali idea yang dikemukakan.
d) Tambah lagi idea yang boleh difikirkan.
e) Hubung kaitkan idea-idea yang telah disumbangkan.

Contoh :

Di sekolah anda terdapat banyak bahan buangan pepejal. Anda dikehendaki
menguruskan bahan buangan ini secara sistematik dan berfaedah.

a) Tetapkan tajuk perbincangan :

     Cara menguruskan bahan buangan di sekolah secara sistematik dan berfaedah.

b)   Senarakan semua idea yang dikemukakan tanpa menilai atau menolak :

      i. Menjual
      ii. Mengumpul mengikut kelas
     iii. Guna semula
     iv. Bakar
      v. Kambus
     vi. Kitar semula


                                          18
vii. Murid bawa balik ke rumah
   viii. Bakar untuk guna semula
    ix. Bawa masuk haiwan untuk makan sisa makanan

c) Imbas kembali idea yang telah dikemukakan. Setelah semua idea dicatatkan, idea-
   idea itu bolehlah dinilai, disaring, diubahsuai atau digugurkan mengikut keperluan.

d) Tambah idea lain dan hubung kaitkan idea-idea yang disumbangkan.

2. Membuat Inferens

Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat
daripada pemerhatian.

Kemahiran ini digunakan apabila :

a) Hendak merancang langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan.
b) Menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.

Langkah penggunaan:

a) Perhatikan suatu situasi atau keadaan.
b) Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.
c) Beri alasan mengapa anda menyatakan demikian.
d) Semak alasan samada alasan itu berasaskan pendapat atau pemerhatian daripada
   situasi. Jika alasan itu berasaskan pendapat atau pandangan, berikan alasan.

Contoh :

Seorang jejaka dan seorang wanita yang memakai baju berwarna yang sama kelihatan
sedang berjalan seiringan . Di suatu persimpangan jalan mereka berpisah menuju ke
arah yang berlainan. Apakah inferens boleh dibuat mengenai situasi tersebut?

Untuk membuat inferens kita perlu :

a) Buat pemerhatian : Dua orang, seorang lelaki dan seorang perempuan memakai
   baju dengan warna sama dan berjalan seiring. Di satu persimpangan mereka
   berpisah.
b) Beri alasan : Berpisah di persimpangan jalan.




                                            19
c) Inferens : Walaupun mereka memakai baju berwarna sama dan berjalan seiringan
   tetapi ini tidak membawa sebarang makna atau prasangka.


3. Menghubung kaitkan

Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.

Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat hipotesis,
membuat kesimpulan dan mengitlak.

Langkah penggunaan:

a)   Kenal pasti masalah.
b)   Buat analisis tentang keadaan.
c)   Kenal pasti aspek yang boleh dihubung kaitkan
d)   Buat pernyataan tentang perkaitan.

Contoh :

Satu projek perumahan sedang dijalankan berhampiran Kg. Sentosa. Kg. Sentosa
merupakan sebuah kampung tersusun. Penduduk Kampung mula bersungut sebab
sungai yang terdapat di situ tidak lagi boleh digunakan seperti dulu. Di samping itu
keadaan persekitaran tidak lagi senyaman dahulu. Ini mungkin disebabkan banyak
pokok-pokok telah ditebang. Apabila hujan turun, kampung mereka dilanda banjir dan
ini menimbulkan kesulitan. Kenapa banjir berlaku ?

Kita boleh gunakan Pohon Fikiran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1 untuk
menghubung kait.

a)   Kenal pasti masalah.
b)   Tuliskan masalah di bawah sekali.
c)   Kenal pasti kemungkinan sebab.
d)   Tuliskan inferens sebab mengikut urutan.
e)   Ulangi untuk sebab-sebab yang lain.




                                          20
A ir s u ng ai tidak          S u ng ai m en jad i         H ak is an tan ah
        m eng alir den gan laju                c etek                     b erlak u



                                  P ec em aran                               P enyerapan tan ah
                                     S u ng ai                                  kuran g baik


      S is tem p erparitan                                        P okok
          k uran g baik                                         d iteb ang

                                        P em b ang un an
                                            P es at



                                            % D Q MLU



                                  Rajah 4.1      Pohon Fikiran.

4. Meramal

Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan
pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Kemahiran ini digunakan untuk menjuruskan, merancang dan mempertimbangkan
pilihan.

Langkah penggunaan :

a)   Perhati atau kumpul maklumat.
b)   Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat.
c)   Buat jangkaan yang paling sesuai.

Contoh :

Ramalkan apakah yang akan berlaku di Kuala Lumpur sekiranya semua Jabatan
Kerajaan berpindah ke Putra Jaya.

a) Kumpulkan maklumat
     i. Semakin hari semakin sesak di jalan raya
     ii. Manusia semakin ramai setiap hari


                                                 21
iii. Pembangunan di Kuala Lumpur semakin pesat
        iv. Kadar kemalangan meningkat
        v. Bilangan pelancong bertambah

     b) Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat :

        Keadaan di Kuala Lumpur senantiasa sibuk dan berkembang

     c) Buat jangkaan yang paling sesuai :

        Pada peringkat awal keadaan di Kuala Lumpur akan menjadi sunyi dan kurang
        sibuk dalam tempoh masa tertentu dan akan kembali sibuk seperti keadaan
        asal.


5. Membuat Hipotesis

Membuat pernyataan umum yang menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah
bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk
membuktikan kesahihannya.

Kemahiran ini digunakan pada peringkat awal apabila hendak menjalankan sesuatu
eksperimen, kajian atau penyelidikan.


Langkah penggunaan :

a)   Perhatikan suatu situasi atau keadaan.
b)   Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.
c)   Berikan satu jawapan yang rasional sebagai hipotesis.
d)   Semak semula sama ada hipotesis tersebut boleh diuji.

Contoh :

Dalam sebuah ladang ternakan lembu, terdapat kawasan rumput yang mencukupi dan
sebuah bangsal untuk lembu berteduh. Didapati hasil pengeluaran susu dari ladang
ternakan ini pada hari biasa secara purata ialah 1.5 liter, manakala pada hari hujan
hasilnya ialah 20 liter. Bina hipotesis berdasarkan fakta ini.

Untuk membuat hipotesis kita perlu :

a) Situasi : pengeluaran susu pada hari hujan lebih banyak daripada hari biasa .

b) Beri hipotesis yang mungkin (kenyataan awal):



                                             22
i.    Pada hari hujan, lembu makan makanan yang disediakan di bangsal.
     ii.    Lembu kurang bergerak pada hari hujan, tenaga lembu digunakan untuk
            menghasilkan susu.
     iii.   Lebih banyak lembu berada di bangsal pada hari hujan untuk diambil susu.

c) Semak sama ada hipotesis tersebut boleh diuji atau tidak, jika tidak boleh diuji ia
   tidak boleh dijadikan hipotesis.


6. Mensintesis

Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan
gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan , esei, lukisan dan artifak.

Kemahiran ini digunakan untuk:
a) Membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk.
b) Menghasilkan bentuk komunikasi seperti lukisan, peta, rajah, puisi dan laporan.

Langkah penggunaan:

a) Kenal pasti dan definisikan tajuk, perkara atau subjek.
b) Kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan.
c) Kelaskan idea, data atau maklumat dalam kategori yang berkaitan dengan tajuk,
   perkara atau subjek.
d) Kenal pasti hubung kait antara kategori dengan kategori, kategori dengan tajuk.

Contoh 1:

Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah tanah air sebelum
kemerdekaan:

a)   Minta murid senaraikan beberapa peristiwa penting.
b)   Hubung kaitkan antara peristiwa.
c)   Susun atur peristiwa mengikut garisan masa.
d)   Gabungkan peristiwa-peristiwa mengikut rentetan masa dalam bentuk esei yang
     membawa kepada kemerdekaan negara.

7 Mengitlak

Membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan
pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu.




                                           23
Kemahiran ini digunakan untuk:

a) Mencari pola
b) Menyusun maklumat
c) Meramal

Langkah penggunaan:

a)   Kumpulkan data.
b)   Cari pola yang sepunya dan buatkan pengitlakan.
c)   Imbas semula kesahihan pengitlakan yang dibuat.
d)   Buat kenyataan.

Contoh :

Buat pengitlakan rancangan TV1, TV2 dan TV3 di Malaysia pada hari Isnin.

           Rancangan           TV 1       TV 2         TV 3
              Berita             
         
            
              Filem              
           Dokumentari           
         
            
             Komedi                        
             Agama               
           Pendidikan                      
             Sukan                                      
           Jadual 4.1 .   Rancangan TV pada hari Isnin :


Untuk mengitlak kita perlu :

a) Mengumpul data:
   Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1.

b) Mencari pola yang sama:
   Rancangan TV yang disiarkan pada hari Isnin.

d) Buat pengitlakan:
   Ketiga-tiga saluran ada menyiarkan rancangan berita dan dokumentari pada hari
   Isnin.




                                          24
8. Menganalogi

Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu dengan
perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa.

Kemahiran ini digunakan untuk memahami konsep atau perkara yang mujarat dengan
cara mengaitkannya dengan sesuatu yang maujud yang telah diketahui.

Langkah penggunaan:

a) Bandingkan dua perkara yang tidak sama.
b) Cari sifat yang serupa yang boleh dihubung kaitkan.
c) Nyatakan hubung kait sebagai metafora.

Contoh :

Membuat analogi mengenai fungsi jantung dalam mengepam darah ke seluruh badan.

Untuk menganalogi kita perlu :

a) Buat perbandingan : Jantung dengan pam.
b) Cari sifat yang serupa : Kedua-dua mengepam cecair.
c) Nyatakan hubung kait : Jantung adalah seperti pam.

9. Membuat Gambaran Mental

Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau
gagasan dalam minda atau fikiran.

Kemahiran ini digunakan untuk:
c) Memahami konsep yang mujarad
d) Mengingat konsep yang kompleks.

Langkah penggunaan :

a) Bayangkan matlamat tertentu.
b) Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental.
c) Bayangkan langkah demi langkah yang berlaku ke arah matlamat.
d) Lihat keseluruhan gambaran.




                                          25
Contoh :

Bayangkan apa yang terjadi di tempat anda berada sekarang jika berlaku gempa bumi
secara tiba-tiba.

Untuk membuat gambaran mental kita perlu :

a) Bayangkan matlamat:
     Keadaan apabila berlaku gempa bumi.
b) Menetapkan titik permulaan:
     Keadaan sebelum berlaku gempa bumi.
c) Bayangkan langkah demi langkah ke arah matlamat:

     Apakah yang terjadi kepada bangunan, lif, bekalan elektrik, jalan raya?
     Bagaimanakah keadaan manusia dan seterusnya?

d) Bina satu senario keseluruhan .

10. Mereka Cipta

Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu
yang sedia ada dalam bentuk maujud atau mujarad.

Langkah penggunaan :

a)   Kenal pasti keperluan, cabaran atau persoalan.
b)   Janakan idea.
c)   Pilih idea yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan.
d)   Mencuba dan menguji idea.
e)   Jika tidak memenuhi keperluan, ubah suai atau pilih idea yang lain.

Contoh 1 : (maujud)

Cadangkan bahan yang diperbuat daripada kulit kerang yang boleh dipasarkan.

Contoh 2 : (mujarad)

Hasilkan sebuah sajak bertemakan patriotisme.

Contoh 3 : (mujarad)

Cadangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk pengajaran
Bahasa Melayu.


                                            26
Untuk mereka cipta kita perlu :

a) Kenal pasti cabaran.

   Menghasilkan sesuatu hiasan dalaman dari pada kulit kerang.

b) Menjanakan idea

   Membuat perhiasan rumah
   Membuat pakaian
   Membuat kapur
   Membuat makanan
   Membuat simen

c) Menjanakan idea khusus

   Membuat tabung

d) Pilih satu reka bentuk

e) Membina, mencuba dan menguji.

f) Ulangi langkah-langkah.




                                        27
UNIT 5 STRATEGI BERFIKIR

Unit ini memberikan penjelasan dan contoh setiap strategi berfikir.


1. Mengkonsepsi

Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian, konsep atau model berdasarkan
ciri-ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait.

Langkah penggunaan :

a) Kenal pasti maklumat atau contoh-contoh yang berkaitan.
b) Kenal pasti ciri-ciri sepunya pada maklumat atau contoh-contoh.
c) Kelaskan ciri-ciri.
d) Hubung kaitkan kelas untuk membina konsep awal.
e) Kenal pasti maklumat atau contoh lain dan bukan contoh untuk menguji atau
   mengubah suai konsep awal.
f) Bina konsep sebenar.
Jadual 5.1 menunjukkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif utama yang terlibat dalam
setiap langkah mengkonsepsi.

Contoh :

Berdasarkan tayangan video yang bertajuk “BUKIT KEPONG” dan “LEFTENAN
ADNAN”, murid diminta mengkonsepsikan patriotisme dalam konteks Malaysia.

Untuk mengkonsepsi :

a) Kenal pasti maklumat atau contoh-contoh yang berkaitan.
   Maklumat: jalan cerita, tema, plot, watak dan dialog filem

b) Kenal pasti ciri sepunya pada maklumat atau contoh.

  i.   Cerita berkisar tentang perjuangan orang-orang tempatan                 dalam
       mempertahankan negara dari serangan musuh dalaman dan luaran.

 ii.   Filem bertemakan perjuangan orang-orang tempatan dalam menegakkan
       maruah bangsa dan dan negara.




                                           28
Langkah mengkonsepsi                            KBKK Utama

a) Mengenal pasti maklumat atau contoh-         •   menjana idea
   contoh yang berkaitan                        •   membanding dan membeza

b) Mengenal pasti ciri-ciri sepunya pada        •   mencirikan
   maklumat atau contoh-contoh.                 •   menghubungkait

c) Mengelaskan ciri-ciri tersebut.              •   menghubung kait
                                                •   mengumpul dan mengelas

d) Menghubung kaitkan kelas-kelas ciri itu      •   menghubungkait
   untuk membina konsep awal.                   •   mensintesis

e) Memberi maklumat atau contoh-contoh          •   menjana idea
   lain untuk menguji atau mengubah suai        •   menghubungkait
   konsep awal yang telah dibina.               •   mensintesis

f) Membina konsep sebenar                       •   mensintesis
                                                •   mengitlak


               Rajah 5.1 : Langkah dan KBKK Utama

  iii.   Watak-watak dalam filem menggambarkan budi pekerti yang tinggi dan
         tabah menghadapi cabaran

  iv.    Terdapat juga watak-watak yang menggambarkan musuh dalam selimut

   v.    “Negara kita, kita mesti pertahankan” (dialog)

  vi.    Prinsip perjuangan ialah :

          S   cinta akan bangsa dan negara
          S   sedia berkorban untuk mempertahankan negara
          S   berjuang hingga ke titisan darah terakhir
          S   bersatu padu
          S   mematuhi prinsip
          S   berusaha ke arah perkembangan negara




                                      29
c) Kelaskan ciri tersebut.

     i.       Berbangga sebagai rakyat Malaysia
    ii.       Bersemangat setia negara
   iii.       Bersemangat kekitaan
   iv.        Berdisiplin
    v.        Berusaha dan produktif

d) Hubung kaitkan kelas itu untuk membina konsep awal:

   Menghubung kaikan pengelasan ciri-ciri dengan ciri-ciri sepunya.

   Contoh : sedia berkorban untuk mempertahankan negara dengan bersemangat
   setia negara.

e) Kenal pasti maklumat atau contoh lain dan bukan contoh untuk menguji atau
   mengubah suai konsep awal yang telah dibina

  i.      Contoh-contoh lain : Sambutan Hari Pahlawan dan Sambutan Hari
                               Kemerdekaan.
          Ulasan :

          Kedua-dua contoh mempunyai unsur-unsur patriotisme

          S    Cinta akan bangsa dan negara
          S    bersyukur sebagai warganegara Malaysia
          S    taat dan setia kepada raja dan pemimpinnya

 ii.      Bukan contoh : Sambutan Hari Valentine

          Ulasan:
          Contoh tersebut tidak mempunyai unsur-unsur patriotisme

f) Membina konsep sebenar.

   Satu konsep yang mantap dibina :
   Unsur-unsur patriotisme adalah berbangga sebagai rakyat Malaysia, bersemangat
   setia negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif.

   Catatan :

   Sekiranya guru mendapati konsep yang dibina oleh murid tidak selari dengan
   konsep yang diterima umum, guru mesti membimbing murid untuk mendapatkan
   konsep yang betul dengan mengulangi langkah kedua.



                                             30
2. Menyelesaikan Masalah

Mencari penyelesaian yang tepat secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti,
mencabar atau kesulitan yang tidak dijangkakan.

Strategi ini digunakan apabila diketahui

a) tiada jawapan yang betul,
b) ada perbezaan antara apa yang dijangkakan dengan apa yang sepatutnya berlaku.

Langkah penggunaan:

a)   Kenal pasti dan fahami masalah.
b)   Jelaskan masalah.
c)   Cari alternatif penyelesaian masalah.
d)   Lakukan operasi penyelesaian.
e)   Nilaikan penyelesaian.

         Langkah menyelesaikan masalah                        KBKK
                                                              utama
     a) Mengenal pasti dan memahami masalah       mencirikan
                                                  membanding dan membeza
                                                  mengumpul dan mengelas
     b) Menjelaskan masalah                       membuat inferens
                                                  menghubung kait
     c) Mencari alternatif penyelesaian masalah   menjana idea
                                                  meramal
                                                  mengesan kocondongan
                                                  menilai
                                                  membuat gambaran mental
                                                  mensintesis
     d) Melakukan operasi                         mensintesis
                                                  menyusun mengikut keutamaan
                                                  menganalisis
                                                  mereka cipta
     e) Menilai penyelesaian                      menganalisis
                                                  mengesan kecondongan
                                                  menilai
                                                  membuat kesimpulan
                                                  mengitlak

 Rajah 5.2: Menunjukkan langkah penyelesaian masalah serta kemahiran berfikir
            kritis dan kreatif utama yang terlibat dalam setiap langkah.



                                             31
Contoh :

Berpandukan gambar yang diberikan yang menunjukkan situasi dua orang lelaki
menghadapi masalah untuk menyelamatkan kanak-kanak kerana arus sungai deras
dan pokok tempat di mana tali diikat hampir tumbang.

Untuk menyelesaikan masalah :

a) Kenal pasti dan memahami masalah :

     Dua orang lelaki sedang berusaha menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada
     dihanyutkan oleh arus deras sedangkan mereka sendiri menghadapi masalah
     dihanyut oleh arus.

b) Jelaskan masalah :

      Menyelamatkan ketiga-tiganya daripada dibawa arus sungai yang deras.

c) Cari alternatif penyelesaian masalah:

       i.      Ikat tali ke pokok lain yang teguh.
      ii.      Terjun ke sungai untuk membantu.
     iii.      Gunakan kayu untuk menarik mereka bertiga.
     iv.       Dapatkan bantuan orang lain.

d)          Lakukan operasi penyelesaian masalah dengan meninjau kesan dan akibat
            alternatif yang dipilih

       Contoh alternatif : Ikat tali ke pokok lain yang teguh.

e)      Nilaikan penyelesaian :

      i.       Alternatif yang terbaik sebagai penyelesaian ialah alternatif yang banyak
               kesan positif atau yang disokong berdasarkan Rajah 5.3.

      ii.      Sekiranya alternatif penyelesaian itu mempunyai kesan negatif ubah suai cara
               penyelesaian yang perlu untuk mengelakkan masalah lain.




                                                32
Kesan                  Sokong                   Nilai
 (Apakah akan berlaku jika pilihan ini      atau tidak    (Penting atau tidak kesan itu,
  diambil?)                                                mengapa?)

 a) Ambil masa untuk buka dan ikat               Tidak    keadaan cemas perlu
    semula tali                                           tindakan cepat

b) Arus deras lebih cepat                        Tidak    mangsa perlu diselamatkan
   menghanyutkan mereka

c) Orang yang beri bantuan mungkin               Tidak    keselamatan diri perlu dijaga.
   terjatuh ke dalam sungai


              Rajah 5.3 : Kesan daripada alternatif yang dipilih


3. Membuat Keputusan

Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada beberapa alternatif
berdasarkan kriteria tertentu untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Strategi ini digunakan untuk :

a) Membuat satu pilihan bagi situasi yang berkemungkinan mempunyai pelbagai
   penyelesaian.

b) Menentukan cara penyelesaian terbaik bagi kaedah yang dipilih.

Langkah penggunaan :

a) Kenal pasti matlamat untuk dicapai
b) Kenal pasti semua alternatif bagi mencapai matlamat
c) Analisis semua alternatif mengikut criteria umum.
d) Susun alternatif mengikut keutamaan.
e) Pilih sekurang-kurangnya dua alternatif yang terbaik.
f) Nilaikan secara terperinci alternatif yang dipilih berdasarkan kriteria tertentu seperti
   risiko, strategi dan nilai.
g) Buat keputusan dengan memilih satu alternatif terbaik.


Jadual 5.4 menunjukkan langkah membuat keputusan serta ciri kemahiran berfikir kritis
dan kreatif yang utama dalam setiap langkah.




                                            33
Rajah 5.4 Pelaksanaan langkah membuat keputusan dan KBKK Utama

            Langkah membuat                            KBKK
               keputusan                               utama
      a) Mengenal pasti matlamat        mencirikan
                                        membanding dan membezakan
                                        mengumpul dan mengelaskan
                                        menganalisis

      b) Mengenal pasti alternatif      menjanakan idea
                                        membuat inferens
                                        menghubung kaitkan
                                        meramal
                                        membuat hipotesis

      c) Menganalisis alternatif        meramal
                                        membuat gambaran mental
                                        mengesan kecondongan
                                        menilai

      d) Menyusun alternatif            mensintesis
                                        membuat urutan
                                        menyusun mengikut keutamaan
                                        menganalisis

      e) Memilih sekurang-kurangnya     menganalisis
         dua alternatif terbaik         menilai
                                        mengitlak
                                        membuat kesimpulan

      f) Membuat keputusan              Membuat kesimpulan



Contoh:

Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Hujan turun dengan lebat dan kilat sabung
menyabung. Tiba-tiba anda menerima panggilan kecemasan yang menyatakan ibu
anda sakit tenat dan berada dalam keadaan nazak. Walaupun keadaan cuaca kurang
baik anda terus memandu kereta menuju ke rumah ibu anda yang mengambil masa 60
minit untuk sampai. Dalam perjalanan, kereta anda mengalami kerosakan enjin. Anda
tidak dapat meneruskan perjalanan, sedangkan anda harus sampai di rumah ibu anda
secepat mungkin. Jarak perjalanan tinggal kira-kira 20 km lagi. Apa yang harus anda
lakukan?


                                        34
Untuk membuat keputusan:

a)   Kenal pasti matlamat yang hendak dicapai.

     Matlamat: saya mesti sampai ke rumah ibu saya secepat mungkin untuk bersama
     ibu yang sedang nazak.

b)   Kenal pasti alternatif bagi mencapai matlamat.

     Alternatif 1: Oleh kerana kenderaan rosak, guna pengangkutan lain

     Alternatif 2: Cari formen/mekanik.

     Alternatif 3: Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan meminta
                   tumpang kereta lain serta berdoa kepada Allah

     Alternatif 4: Tunggu sahaja di situ sehingga hari siang untuk mendapatkan
                   pertolongan

c)   Analisis alternatif

     Alternatif 1:   Pengangkutan awam tiada di waktu sedemikian.

     Alternatif 2:   Susah mencari bengkel yang beroperasi 24 jam.

     Alternatif 3:   Sekurang kurangnya alternatif ini mendekatkan kepada
                     destinasi tetapi ‘menakutkan’.

     Alternatif 4:   Pertolongan lebih senang didapati di siang hari, tetapi
                     mungkin terlewat untuk bersama ibu nanti di saat-saat akhir.

d)   Susun alternatif mengikut keutamaan dengan mendahulukan yang paling utama.

     i.     Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan meminta tumpang kereta
            lain serta berdoa kepada Allah

     ii.    Tunggu sahaja di situ sehingga hari siang untuk mendapatkan pertolongan

     iii.   Oleh kerana kenderaan rosak, guna pengangkutan lain

     iv.    Cari formen/mekanik.




                                            35
e) Pilih dua alternatif yang paling baik

        i. Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan meminta tumpang kereta
           lain serta berdoa kepada Allah

        ii. Tunggu sahaja di situ sehingga hari siang untuk mendapatkan pertolongan

f)   Nilaikan kedua-dua alternatif menggunakan carta T-Rujuk seperti Jadual 5.5


                     Jadual 5.5 Menilai Alternatif Pilihan

                            a. Menilai Alternatif (i)

             Kebaikan               Wajaran              Keburukan             Wajaran
     Semakin dekat ke destinasi       10         Meletihkan                       2

     Masa tidak terbuang               9         Kereta mungkin dicuri orang      4

                                       19                                         6

                            b. Menilai Alternatif (ii)

              Kebaikan              Wajaran             Keburukan              Wajaran
     Kereta lebih selamat             4          Masa terbuang                    5

     Saya lebih selamat                8         Mungkin tidak sempat             7
                                                 jumpa ibu

                                       12                                         12


     g) Buat keputusan dengan memilih alternatif yang terbaik

        Alternatif (i) dipilih kerana wajaran kebaikan lebih besar dari wajaran kebaikan
        untuk alternatif (ii), dan wajaran keburukannya lebih kecil berbanding dengan
        wajaran keburukan untuk alternatif (ii).




                                            36
UNIT 6 KEMAHIRAN MENAAKUL

Unit ini memberi penjelasan dan contoh setiap kemahiran menaakul.
Kemahiran ini digunakan untuk meningkatkan keberkesanan :
a)   Membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan.
b)   Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.


1.   Penaakulan Secara Induktif
Membuat        pertimbangan dari beberapa contoh atau situasi yang spesifik untuk
membuat satu kesimpulan atau pengitlakan.


Langkah penggunaan:

a)   Teliti beberapa contoh atau situasi yang spesifik.
b)   Perhatikan ciri atau pola yang sepunya.
c)   Buat satu kesimpulan atau pengitlakan.


                        P

                                               8            10
                8                8

           Q                         R         N                         M
                        8                                   6
                    3                                            6               U
           C                     B                 T

                                 4
                5                                       6                    6


                             A
                                                                     S

                            6.1 : Rajah Berbentuk Segitiga




                                                   37
Contoh :
Rajah 6.1 menunjukkan rajah berbentuk segitiga. Kumpulkan dan buat kesimpulan
berasaskan ciri atau pola sepunya bagi setiap segitiga tersebut.

Untuk membuat penaakulan secara induktif kita perlu :

a) Teliti beberapa contoh dan situasi yang spesifik.
    Senaraikan ciri atau pola sepunya bagi setiap rajah segitiga tersebut, seperti
   rajah berbentuk segitiga, mempunyai tiga bucu, mempunyai tiga sisi , mempunyai
    tiga sisi yang sama panjang, mempunyai tiga sisi yang tidak sama panjang, nilai
    satu sudut pedalaman ialah 90º , nilai sudut-sudut pedalaman ialah 60º dan jumlah
    sudut-sudut pedalaman ialah 180º.

b) Perhatikan ciri atau pola yang sepunya.

                    Segitiga     Segitiga        Segitiga      Segitiga       Segitiga
                                  LMN             PQR            STU           ABC
  Ciri/Pola
  Mempunyai tiga bucu                ¥                 ¥           ¥             ¥

  Mempunyai tiga sisi                ¥                 ¥           ¥             ¥

  Mempunyai tiga sisi yang           -                 ¥           ¥                 -
  sama panjang
  Nilai satu sudut                   ¥                 -           -             ¥
  pedalaman ialah 90º
  Nilai sudut-sudut                  -                 ¥           ¥                 -
  pedalaman ialah 60º
  Jumlah sudut-sudut
  pedalaman bagi setiap              ¥                 ¥           ¥             ¥
  segitiga ialah 180º

      Jadual 6.1    Ciri atau pola yang sepunya bagi setiap segitiga.




                                            38
c) Buat satu kesimpulan atau pengitlakan.

   i. Semua segitiga sama sisi mempunyai ketiga-tiga sudut pedalaman yang bernilai
      60 º dan ketiga-tiga sisi sama panjang.

   ii. Semua segitiga bersudut tegak mempunyai satu sudut pedalaman bernilai 90º
       dan ketiga-tiga sisi yang tidak sama panjang.


2. Penaakulan Secara Deduktif
Membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh atau situasi yang
spesifik.


Langkah penggunaan :
b) Teliti situasi umum.
c) Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik.


Contoh :
Jadual 6.2 menyenaraikan ciri-ciri segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak.
Berdasarkan ciri yang dinyatakan, padankan segitiga dalam Rajah 6.1 kepada kelas
masing-masing.


             Segitiga sama sisi                     Segitiga bersudut tegak


  Nilai sudut-sudut pedalaman ialah 60º      Nilai satu sudut pedalaman ialah 90º

  Mempunyai sisi-sisi yang sama panjang      Mempunyai sisi-sisi yang tidak sama
                                             panjang




       Jadual 6.2 Ciri segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak .




                                          39
Untuk membuat penaakulan secara deduktif kita perlu :
a) Teliti situasi umum
   i.      Segitiga sama sisi mempunyai ciri tiga sisi yang sama panjang, dan nilai sudut-
           sudut pedalaman ialah 60º.


   ii.     Segitiga bersudut tegak mempunyai ciri sisi yang tidak sama panjang, dan nilai
           satu sudut pedalaman ialah 90º


b) Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik.
                                  Segitiga    Segitiga   Segitiga    Segitiga    Segitiga
        Ciri/Pola                              LMN        PQR          STU        ABC

        Mempunyai tiga bucu                       ¥          ¥           ¥           ¥

        Mempunyai tiga sisi                       ¥          ¥           ¥           ¥

        Mempunyai tiga sisi yang sama             -          ¥           ¥           -
        panjang

        Nilai satu sudut pedalaman 90º            ¥          -           -           ¥

        Nilai sudut-sudut pedalaman 60º           -          ¥           ¥           -

        Jumlah sudut-sudut pedalaman              ¥          ¥           ¥           ¥
        bagi setiap segitiga 180º

            Rajah 6.3 : Contoh spesifik segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak


    Segitiga PQR dan STU adalah segitiga sama sisi kerana mempunyai ciri berikut :
    mempunyai        tiga bucu, mempunyai tiga sisi sama panjang, nilai       sudut-sudut
    pedalaman ialah 60° dan jumlah sudut-sudut pedalaman ialah 180°.
    Segitiga ABC dan LMN adalah segitiga bersudut tegak kerana mempunyai ciri yang
    berikut: mempunyai tiga bucu, mempunyai tiga sisi yang tidak sama panjang, nilai
    satu sudut pedalaman ialah 90º dan jumlah sudut-sudut pedalaman ialah 180°.




                                             40
UNIT 7 ALAT BERFIKIR

Penguasaan murid dalam kemahiran berfikir (KB) menjadi lebih berkesan melalui
penggunaan alat berfikir yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran. Alat
berfikir yang biasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah
penyusun grafik, soalan dan penyoalan, serta peta minda.

1 PENYUSUN GRAFIK

Penggunaan penyusun grafik yang sesuai dengan KB tertentu semasa melaksanakan
tugasan berfikir akan meningkatkan penguasaan murid terhadap KB tersebut. Adakah
penyusun grafik sesuai digunakan untuk satu kemahiran berfikir atau pelbagai
kemahiran berfikir? Pemilihan penyusun grafik yang sesuai dengan sesuatu KB dan
strategi berfikir ada diberikan pada Jadual 7.1.

             Jadual 7.1   Pemilihan penyusun grafik kemahiran berfikir

Kemahiran Berfikir dan                           Penyusun Grafik**
Strategi Berfikir              1    2   3    4    5   6   7    8   9     10   11   12
Mencirikan                     x    x        x            x    x    x
Membanding dan membezakan           x                          x              x
Mengumpul dan mengelaskan      x             x    x
Membuat urutan                 x        x             x
Menyusun mengikut keutamaan                  x
Menganalisis                   x    x                          x
Mengesan kecondongan                x                          x
Menilai                             x        x
Membuat kesimpulan             x             x
Menjanakan idea                              x                      x
Menghubungkaitkan              x    x   x         x                 x         x
Membuat inferens               x
Meramal                                               x
Mengitlak                      x
Membuat gambaran mental                      x                      x
Mensintesiskan
Membuat hipotesis              x                               x
Menganalogikan                      x
Mereka cipta                                                        x
Mengkonsepsikan                                                                    x
Menyelesaikan masalah                                                              x
Membuat keputusan                                                                  x




                                        41
**Nota: (Penyusun Grafik)
1 Carta Maklumat               5   Carta Edaran             9 Pohon Fikiran
2 Carta T                      6   Rantai Urutan            10 Tangga Hierarki
3 Carta Selari Masa            7   Rajah Pancaran           11 Rajah Venn
4 Carta Tulang Ikan            8   Jadual Mantik            12 Carta Alir


2 SOALAN DAN PENYOALAN

Soalan dan penyoalan boleh membantu murid membuat pertimbangan, menjanakan
idea baru, mengembangkan proses berfikir secara kritis dan kreatif, menguji
kebolehan serta menilai pencapaian.

Antara tujuan menggunakan soalan dan penyoalan ialah:
a) Memperkembang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
b) Meningkatkan metakognisi.
c) Merangsang penglibatan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
d) Menggalakkan pertimbangan idea baru dan penggunaan idea sedia ada.
e) Menggalakkan suasana untuk perkongsian idea di antara guru dengan murid.
f) Menguji kebolehan berfikir.
g) Menilai tahap penguasaan kemahiran berfikir.
h) Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Soalan berkualiti terdapat dalam bentuk soalan bertumpu, bercapah dan lingkaran
soalan.

a) Soalan Bertumpu dan Bercapah

Soalan jenis ini memberi tumpuan kepada sama ada suatu soalan itu memerlukan
jawapan yang lebih objektif atau subjektif. Rajah 7.2 menunjukkan perbandingan
antara soalan bertumpu dengan soalan bercapah.

               Soalan bertu                                Soalan berca
         Soalan Bertumpu mpu                            Soalan Bercapah
                                                                pah
Jenis soalan ini berdasarkan kepada       Soalan jenis ini memerlukan daya pemikiran
susunan beberapa soalan secara bersiri.   murid yang kritis, kreatif dan rasional sebelum
Soalan jenis ini bertujuan untuk          memberi jawapan. Ia bertujuan untuk
menumpukan idea atau hujah yang           mengalihkan perhatian murid daripada satu
hendak diketengahkan.                     hujah kepada hujah yang lain yang ada kaitan
                                          dengan hujah awal supaya pemahaman
                                          murid bertambah luas.

 Skop - terhad dan spesifik                Skop - luas dan terbuka



                                          42
Jawapan terdapat secara langsung               Jawapan tidak terdapat secara langsung
daripada teks bacaan.                          daripada teks bacaan.

Berbentuk penaakulan dan tafsiran yang         Berbentuk penaakulan dan tafsiran di mana
mana jawapannya tidak perlu diolah.            jawapan memerlukan olahan.

Jawapan bersifat objektif dan spesifik.        Jawapan yang bersifat subjektif.

   Contoh :                                        Contoh :
i. Huraikan peringkat perkembangan             i. Bincangkan apa yang akan terjadi jika
     kupu-kupu.                                     satu daripada peringkat kitaran hidup
ii. Terangkan punca-punca pencemaran                kupu-kupu diganggu.
     air.                                      ii. Mengapakah ramai orang tidak
iii. Berikan tiga keburukan perkembangan            mengambil berat tentang masalah
     teknologi dalam sektor pertanian.              pencemaran?
                                               iii. Pada pendapat anda, apakah kesan
                                                    sampingan perkembangan teknologi
                                                    kepada peradaban manusia?


      Jadual 7.2 Perbandingan antara soalan bertumpu dengan soalan bercapah


b) Lingkaran Soalan

Lingkaran soalan ialah satu jenis soalan yang mempunyai tumpuan kepada skop-skop
tertentu iaitu skop perkara, individu dan persekitaran seperti dalam Rajah 7.1.


                                    Individu




                perkara
                                                        persekitaran




                       Rajah 7.1    Skop lingkaran soalan



                                          43
Contoh soalan lingkaran ialah ialah seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.3 :

                            Jadual 7.3   Soalan Tajuk AIDS

        Skop                                     Soalan
                    •   Apakah maksud AIDS?
     Perkara        •   Apakah punca penyakit AIDS?
                    •   Bagaimanakah aid berkembang?

                    • Adakah anda pernah membaca tentang sesiapa yang mengidap
     Individu         penyakit AIDS?
                    • Apakah tindakan anda untuk mencegah bahaya AIDS?
                    • Adakah anda pernah membaca tentang sesiapa yang mengidap
                      penyakit AIDS?
                    • Ada pendapat menyatakan ancaman AIDS adalah balasan kepada
                      manusia yang mengingkari perintah Tuhan. Nyatakan pendapat
                      anda.

                    • Selain Malaysia, negara manakah yang mengalami masalah
     Persekitaran     peningkatan jumlah pesakit AIDS?
                    • Apakah tindakan yang telah diambil oleh negara lain untuk
                      mencegah bahaya AIDS?
                    • Jumlah pengidap AIDS semakin bertambah. Cadangkan aktiviti
                      yang boleh dijalankan untuk mendidik murid tentang bahaya AIDS?



3 PETA MINDA

Peta minda adalah suatu lakaran grafik pemikiran individu. Peta ini boleh menjadikan
yang tersirat kepada yang tersurat. Peranan peta minda dalam merangka, mencatat
nota, merekod maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti dan membuat suatu
persembahan adalah suatu yang penting.

Garis panduan membina peta minda adalah seperti yang berikut :

a)       Mula daripada tengah halaman berdasarkan tajuk atau idea.
b)       Wujudkan beberapa kelompok atau kategori kata atau penerangan tentang tajuk.
c)       Kembangkan garisan untuk menghasilkan corak yang tertentu.
d)       Gunakan kata kunci, gambar , imej tiga matra atau simbol.
e)       Tuliskan kata penghubung di atas garisan.
f)       Jadikan corak yang menarik.
g)       Gunakan gambar, warna dan corak untuk menunjukkan perkaitan.



                                           44
h)    Gunakan bentuk ringkas seperti kod peribadi untuk menjadikannya lebih menarik
      dan berkesan.
i)    Gunakan kreativiti untuk menjadikan Peta Minda lebih asli.

Satu contoh peta minda adalah ditunjukkan dalam Rajah 7.2.




              Rajah 7.2 Contoh peta minda tentang pengelasan tumbuhan




                                        45
UNIT 8      PETUNJUK KEMAHIRAN BERFIKIR
Dalam model KB, perkataan tertentu digunakan untuk setiap kemahiran berfikir .
Selain perkataan tersebut, terdapat frasa atau perkataan lain yang memberi makna
yang sama. Perkataan atau frasa ini amatlah membantu             guru dan murid
untuk memahami dan menguasai KB tersebut.

1 Petunjuk Pemikiran Kritis

Rajah 8.1 Perkataan atau frasa yang memberikan makna sama dengan KB kritis.

Pemikiran Kritis             Perkataan atau frasa yang memberi makna
                                                   yang sama
                    SS   Menyatakan ciri-ciri unsur.
a. Mencirikan       SS   Memperlihatkan sifat.
                    SS   Menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur.
.                   SS   Mengenal pasti kualiti, sifat, ciri dan unsur.
                    SS   Menyebut ciri-ciri, sifat dan unsur.

                    SS   Mencari persamaan dan perbezaan.
b. Membanding dan   SS   Menyenaraikan ciri persamaan dan perbezaan.
   membeza          SS   Menentukan ciri sepadan dan tak sepadan.
                    SS   Menyatakan ciri serupa dan tidak serupa.
                    SS   Menyatakan persamaan dan perbezaan.
                    SS   Menyusun ciri-ciri yang sama dan berbeza.

                    SS   Membuat pengelasan berasaskan ciri-ciri yang sepunya.
c. Mengumpul dan    SS   Mengumpulkan mengikut sesuatu kategori.
   mengelas         SS   Mengumpulkan mengikut ciri-ciri yang boleh dibandingkan.
                    SS   Menyenaraikan ciri-ciri yang boleh dibandingkan.
                    SS   Mengkategorikan ciri.
                    SS   Menyusun mengikut kriteria.
                    SS   Menyusun mengikut kumpulan.

                    SS Menyusun mengikut sesuatu tertib berasaskan nilai, abjad,
d. Membuat urutan      kronologi, saiz, corak, masa dan lain-lain.
                    SS Menyusun secara menaik atau menurun
                    SS Menyusun secara rantai urutan

                    SS Mengatur mengikut sesuatu kriteria daripada yang paling
e. Menyusun            penting kepada yang kurang penting atau menyenaraikan
   mengikut            idea mengikut kepentingan.
   keutamaan        SS Menyusun berdasarkan segera kepada kurang segera
                    SS Menyenarai mengikut hierarki berdasarkan matlamat



                                        46
SS Mengatur mengikut paling hadapan kepada paling belakang
                  SS Menyusun mengikut paling atas kepada paling bawah

                  SS   Mencerakin maklumat
f. Menganalisis   SS   Mengolah idea
                  SS   Mengesan penyebab
                  SS   Menghuraikan faktor-faktor penyebab
                  SS   Membuat andaian berasaskan maklumat
                  SS   Menghurai mengikut ciri-ciri
                  SS   Menghuraikan kepada bahagian
                  SS   Mencerakin komponen yang terlibat
                  SS   Mencari bukti-bukti yang menyokong
                  SS   Mengimbas kembali idea
                  SS   Mengkaji kesan baik dan buruk
                  SS   Mengkaji keputusan berasaskan fakta

                  SS Menentukan pendirian berat sebelah
g.Mengesan        SS Menentukan pemberatan kepada satu pihak
  kecondongan     SS Menentukan pendirian ke satu pihak

                  SS   Menaksir maklumat
h. Menilai        SS   Mempertimbangkan pendapat dan pandangan
                  SS   Mempertimbangkan cadangan
                  SS   Menyatakan rasional
                  SS   Membahaskan isu atau pernyataan
                  SS   Membuat pertimbangan
                  SS   Memberi alasan untuk menerima atau menolak
                  SS   Membuat wajaran
                  SS   Mempertimbangkan kesan dan akibat
                  SS   Membuat pilihan
                  SS   Mengimbas kembali pilihan
                  SS   Menentukan nilai

                  SS   Merumuskan isu
i. Membuat        SS   Menyatakan hasil selepas analisis
   kesimpulan     SS   Menyusun alasan
                  SS   Membuat resolusi
                  SS   Membuat persetujuan
                  SS   Membuat keputusan bijaksana yang muktamad
                  SS   Menggulung hujah




                                     47
2        PETUNJUK PEMIKIRAN KREATIF

Rajah 8.2 Perkataan atau frasa yang memberi makna sama dengan KB kreatif

     Pemikiran Kreatif              Perkataan atau frasa yang memberi makna
                                                    yang sama
                          SS   mengemukakan idea
    a. Menjana idea       SS   mencadangkan alternatif
                          SS   mencadangkan sebab
                          SS   menyenaraikan idea
                          SS   menyatakan cara lain
                          SS   menyumbangkan pendapat
                          SS   menyatakan kemungkinan
                          SS   menghasilkan idea
                          SS   mencetuskan idea
                          SS   melahirkan idea

                          SS   membuat kesimpulan awal daripada pemerhatian
    b. membuat inferens   SS   membuat rumusan awal daripada data
                          SS   membuat kesimpulan awal daripada maklumat
                          SS   membuat tanggapan awal
                          SS   membuat penyataan awal
                          SS   membuat pendirian awal
                          SS   menyatakan ketetapan awal

                          SS   menerangkan sebab dan akibat
    c.             Men    SS   menyatakan perkaitan
         ghubung kait     SS   menyatakan sebab-musabab
                          SS   menyatakan implikasi
                          SS   mengkaji perkaitan
                          SS   mencari perkaitan
                          SS   mengaitkan idea
                          SS   menyatakan pertalian
                          SS   membuat perhubungan

                          SS   menyatakan apa yang akan berlaku
    d. Meramal            SS   membuat jangkaan
                          SS   menganggarkan apa yang akan berlaku
                          SS   membuat perlunjuran
                          SS   menyatakan kemungkinan yang akan berlaku

                          SS   menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya
    e. Membuat            SS   membuat andaian yang perlu dibuktikan kebenarannya
       hipotesis          SS   membuat pernyataan yang perlu diuji ketepatannya
                          SS   menyatakan pandangan yang perlu diuji kejituannya


                                            48
h. Mensintesis     SS   mengabungkan idea
                       SS   menggubal semula
                       SS   menyatukan idea-idea
                       SS   menyepadukan idea-idea

                       SS membuat pernyataan umum berdasarkan pola
    i. Mengitlak       SS membuat generalisasi
                       SS membuat rumusan umum daripada keseluruhan idea

                       SS   memetafora
    i. Menganalogi     SS   membuat sindiran
                       SS   membuat kiasan
                       SS   membuat perlambangan
                       SS   membuat simulasi
                       SS   membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri persamaan

                       SS mengimaginasi
    j. Membuat         SS menggambarkan dalam bentuk lain
       gambaran mental SS membayangkan dalam minda
                       SS melakarkan peta minda
                       SS membuat khayalan
                       SS cuba fikirkan suatu peristiwa

                       SS   cadangan idea asli
    k. Mereka cipta    SS   menghasilkan gubahan asli
                       SS   mereka bentuk
    .                  SS   mencipta sesuatu
                       SS   membuat inovasi
                       SS   menghasilkan idea yang kreatif
                       SS   membuat pengubahsuaian


.




                                          49
3 PETUNJUK STRATEGI BERFIKIR

Rajah 8.3 Petunjuk langkah dalam strategi mengkonsepsi, menyelesai masalah dan
          membuat keputusan

         Langkah Strategi          Perkataan atau frasa yang memberi makna
             Berfikir                              yang sama
                                SS menghasilkan konsep
  a. Mengkonsepsikan            SS membentukkan konsep
                                SS membina konsep

   i. Mengenal pasti            SS   menentukan contoh
      contoh atau               SS   memberikan contoh
      maklumat                  SS   mendapatkan contoh
                                SS   menyatakan contoh
                                SS   menyenaraikan contoh

   ii.    Mengenal pasti ciri   SS   menyenaraikan ciri
         sepunya                SS   menentukan ciri sepunya
                                SS   memberikan ciri
                                SS   mendapatkan ciri
                                SS   menyatakan ciri

   iii. Mengelaskan             SS   mengumpul ciri mengikut kategori
        ciri- ciri              SS   membuat pengelasan berasaskan ciri sepunya
                                SS   menyenarai ciri yang boleh dibandingkan
                                SS   mengkategorikan ciri
                                SS   menyusun mengikut kumpulan
                                SS   membahagikan ciri yang sama ke dalam
                                     kumpulan kecil

   iv. Menghubung kaitkan  SS mencari perkaitan antara ciri
       kelas untuk membina SS mengkaji perkaitan antara ciri
       konsep awal         SS menyatakan perkaitan ciri
                           SS menyatakan pertalian ciri

   v. Memberikan contoh-        SS   mencari contoh-contoh tambahan
      contoh lain untuk         SS   mencari bukan contoh
      menguji atau              SS   mendapatkan contoh
      mengubah konsep           SS   menyatakan contoh
      awal                      SS   menyenaraikan contoh
                                SS   menentukan contoh

  vi. Membina konsep            SS bentukkan konsep
                                SS hasilkan konsep


                                            50
SS   cari penyelesaian
b. Menyelesai Masalah        SS   selesaikan
                             SS   carikan cara penyelesaian
                             SS   selesaikan persoalan

i.    Mengenal pasti         SS   menentukan masalah
      masalah                SS   menyatakan masalah
                             SS   memerihalkan masalah
                             SS   menyenaraikan masalah

ii.   Menjelaskan masalah    SS menerangkan masalah
                             SS menghuraikan masalah

iii. Mencari alternatif      SS   mendapatkan alternatif
     penyelesaian            SS   mendapatkan penyelesaian lain
     masalah                 SS   mencari cara lain
                             SS   menentukan kaedah berbeza

iv. Melakukan operasi        SS menjalankan operasi
                             SS melaksanakan operasi
                             SS menjalankan langkah-langkah

v.    Menilai penyelesaian   SS   mentaksir penyelesaian
                             SS   mempertimbangkan penyelesaian
                             SS   membuat wajaran
                             SS   membuat pilihan

                             SS   membuat kata putus
c. Membuat Keputusan         SS   membuat cadangan yang terbaik
                             SS   memilih alternatif yang terbaik
                             SS   membuat ketetapan
                             SS   membuat ketentuan

i. Mengenal pasti            SS   menentukan matlamat
   matlamat                  SS   memberikan matlamat
                             SS   mendapatkan matlamat
                             SS   menyatakan matlamat
                             SS   menyenaraikan matlamat

ii. Mengenal pasti           SS   menentukan alternatif
    alternatif               SS   memberikan alternatif
                             SS   mendapatkan alternatif
                             SS   menyatakan alternatif
                             SS   menyenaraikan alternatif



                                         51
iii. Menganalisis alternatif SS mencerakin alternatif
                             SS menghurai pilihan
                             SS mengkaji kesan baik dan buruk
                             SS membuat kajian mendalam terhadap alternatif

iv. Menyusun alternatif      SS   mengatur alternatif mengikut keutamaan
                             SS   menyusun pilihan mengikut hierarki
                             SS   menyenaraikan alternatif yang terbaik
                             SS   menyusun pilihan terbaik

v.   Memilih sekurang-       SS menentukan dua alternatif terbaik
     kurangnya dua           SS mendapatkan dua pilihan terbaik
     alternatif terbaik      SS menyenaraikan dua alternatif terbaik

vi. Menilai alternatif yang SS mentaksir alternatif yang dipilih
    telah dipilih           SS mempertimbangkan pilihan
                            SS mengkaji alternatif yang telah dipilih
                            SS membuat wajaran terhadap pilihan

vii. Membuat keputusan       SS   membuat kata putus
                             SS   membuat cadangan yang terbaik
                             SS   memilih alternatif yang terbaik
                             SS   membuat ketetapan
                             SS   membuat ketentuan




                                         52
UNIT 9 METAKOGNISI
Metakognisi melibatkan individu sedar tentang cara mereka berfikir, cara mereka
meneroka pelbagai kaedah menyelesaikan masalah, cara mereka melibatkan diri dalam
pengalaman pembelajaran secara intelektual yang didorong oleh motivasi kendiri dan
semangat ingin tahu yang dipandu oleh perasaan, naluri, akal, rohani dan sahsiah diri
demi menghasilkan sesuatu yang maujud.


OPERASI METAKOGNISI

Operasi metakognisi melibatkan strategi merancang, memantau dan menilai proses
berfikir.

a) Merancang adalah proses mengenal pasti strategi berfikir dan kemahiran berfikir
   serta bagaimana strategi ini dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi mencapai
   matlamat yang telah ditetapkan.

b) Memantau adalah proses mengesan kemajuan perancangan dan pelaksanaan
   proses berfikir serta membuat pengubahsuaian secara sedar.

c) Menilai adalah proses mengimbas kembali untuk menentukan kualiti produk dan
   proses berfikir yang telah dilalui.

Ketiga-tiga strategi metakognisi ini, membantu kita mengawal dan menjalankan proses
berfikir dengan berkesan.


MENGEMBANGKAN METAKOGNISI

Metakognisi boleh dikembangkan melalui tiga cara iaitu:

a) Guru membimbing murid:

    i.Merancang operasi berfikir dalam tugasan yang diberikan.
   ii.Membuat pemantauan semasa melaksanakan operasi berfikir.
  iii.Menilai sejauh mana operasi itu dapat dilaksanakan dengan berkesan.

b) Guru bersama murid merancang, memantau dan menilai aktiviti pembelajaran dalam
   kelas dan memberikan tugasan untuk mengukuhkan proses metakognisi murid.

c) Murid saling menilai dan memberi penjelasan tentang strategi dan proses berfikir
   antara satu sama lain.




                                         53
Ketiga-tiga langkah tersebut adalah diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Proses metakognisi perlu dirangsang dalam mengembangkannya.           Pernyataan,
pendapat atau pandangan yang diberikan oleh guru yang bermula dengan frasa awalan
yang tertentu boleh digunakan untuk merangsang metakognisi murid.

Yang berikut adalah contoh frasa awalan:

a) Saya fikir atau berpendapat ...

   Saya berpendapat bahawa fenomena El-Nino bukan penyebab utama jerebu.

b) Saya kurang pasti bahawa ...

   Saya kurang pasti bahawa manusia boleh tinggal di planet Marikh.

c) Pengetahuan dan pengalaman saya menunjukkan bahawa ...

   Pengalaman dan pengetahuan saya menunjukkan bahawa teknologi maklumat
   kurang memberi faedah kepada pembangunan negara.

d) Saya yakin bahawa ...

   Saya yakin bahawa pengklonan manusia akan memberikan banyak faedah kepada
   manusia sejagat.

Dengan mengemukakan pernyataan, pandangan atau pendapat yang menggunakan
frasa awalan tertentu, fikiran murid terangsang dan murid akan memberi respons.
Berdasarkan respons daripada murid, soalan selanjutnya boleh dikemukakan untuk
menggalakkan perbincangan berkaitan dengan tugasan dan mengembangkan proses
metakognisi.

Seterusnya dalam mengembangkan metakognisi, murid perlu mengemukakan soalan
kendiri yang meliputi strategi merancang, memantau dan menilai.           Dengan
mengemukakan soalan kendiri ini, pemikiran murid akan terkawal dan terarah kepada
pencapaian matlamat tugasan berfikir.


PERBEZAAN ANTARA SOALAN METAKOGNISI
DAN SOALAN KOGNISI

Soalan metakognisi bertujuan untuk merangsang dan mengesan perkembangan
metakognisi. Soalan kognisi bertujuan untuk menguji penguasaan isi kandungan dan
KBSB. Soalan metakognisi berbeza dengan soalan kognisi. Perbezaan ini adalah dari
segi tujuan soalan itu dikemukakan. Yang berikut adalah contoh soalan metakognisi
dan kognisi dalam satu topik pengajaran dan pembelajaran.


                                           54
Contoh Soalan:

Anda diberikan dua daun hidup. Bandingkan dan bezakan antara kedua-duanya.

                  Jadual 9.1   Perbezaan antara soalan metakognisi
                               dan soalan kognisi


            Soalan Metakognisi                        Soalan Kognisi


   (a) Apakah langkah yang anda fikirkan a)     Senaraikan ciri persamaan dan
       sesuai untuk mencari persamaan           perbezaan antara daun A dan
       dan perbezaan antara daun A dan          daun B.
       daun B?

   (b) Bagaimanakah anda membezakan         (b) Bandingkan corak umum urat daun
       daun A dan daun B?                       A dan daun B.

   (a) Mengapakah anda menggunakan          (c) Daun manakah yang lebih:
       kaedah itu?                              (i) lebar?
                                                (ii) panjang?
   (d) Adakah anda berpuas hati dengan
       keputusan yang anda perolehi?




                                       55
UNIT 10 STRATEGI PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR
        DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Satu strategi yang difikirkan dapat membantu guru mengembangkan minda murid ialah
melalui penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui strategi ini KB
dipelajari bersama isi kandungan mata pelajaran. Walau bagaimanapun dalam
menerapkan KB bersama isi kandungan, pengubahsuaian perlu dibuat dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran agar pembelaja
ran yang dihasilkan adalah pembelajaran yang berfikrah.


PEMBELAJARAN BERFIKRAH

Apakah perkaitan antara penerapan KB dengan pembelajaran berfikrah?.
Bandingkan dua situasi pengajaran dan pembelajaran yang berikut:

Situasi 1

Guru mengajar tajuk pengelasan haiwan vertebrata mengikut langkah berikut:

a) Memberikan kepada pelajar pengelasan haiwan yang sedia ada.
b) Memberi contoh yang berkaitan.
c) Memberi ciri yang dipunyai oleh setiap kelas haiwan.

Situasi 2

Guru mengajar tajuk pengelasan haiwan vertebrata dengan menjalankan aktiviti
berikut:

a) Murid mengumpulkan dan mengelaskan haiwan berdasarkan ciri sepunya.
b) Guru membimbing murid mengumpulkan dan mengelaskan haiwan kepada
   kumpulan sedia ada.
c) Murid membuat kesimpulan tentang ciri tertentu bagi setiap kumpulan haiwan.

Jika dibandingkan antara kedua situasi, dalam situasi 1 murid lebih berfungsi sebagai
penerima maklumat yang diberikan oleh guru. Manakala dalam situasi 2, murid
mengalami proses berfikir. Dalam situasi 2 murid terlibat secara langsung dalam
proses memerhati, membanding, membezakan, dan mengelaskan haiwan kepada
kumpulan tertentu. Seterusnya murid membuat kesimpulan tentang ciri am bagi setiap
kelas haiwan.

Situasi 2 menggambarkan satu episod pembelajaran berfikrah. Murid terlibat secara
langsung dengan proses berfikir yang lebih tinggi daripada mengingat. Apakah
peranan guru dalam situasi tersebut?


                                         56
Penerangan Maksud Pembelajaran Berfikrah

Pembelajaran berfikrah menyepadukan kandungan dan proses sebagai pendekatan
utama. Perkara yang ada dalam kandungan adalah konsep, prinsip, pengitlakan,
masalah, fakta dan definisi. Proses pula adalah kemahiran berfikir, strategi berfikir,
metakognisi dan kemahiran sosial ( Resnick, 1989).

Penerapan KB, kemahiran proses serta sikap dan nilai murni dalam pengajaran dan
pembelajaran sains adalah strategi utama ke arah pembelajaran berfikrah. Kebolehan
untuk mengawal dan mengurus pemikiran atau metakognisi amat membantu ke arah
pembelajaran berfikrah. Strategi penerapan perlu menggabungkan tiga pendekatan
pengajaran dan pembelajaran KB iaitu:

a) Mengajar cara berfikir (murid mempelajari tentang perincian KB).
b) Mengajar untuk berfikir ( murid mengalami proses berfikir).
c) Mengajar tentang berfikir (murid mengawal serta mengurus proses berfikir).

Penggabungan ketiga-tiga pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran akan
menjadikan penerapan KB lebih berkesan dan dapat mengembangkan minda murid.
Ketiga-tiga pendekatan tersebut perlu menjadi asas dalam rangka kerja yang
digunakan dalam program penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran.


RANGKA KERJA PENERAPAN KB DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Terdapat lima peringkat rangka kerja khusus untuk menerapkan KB dalam pengajaran
dan pembelajaran . Rangka kerja ini adalah sesuai untuk pendekatan pembelajaran
seperti inkuiri-penemuan, pembelajaran koperatif, konstruktivisme dll.

a)   KB diperkenalkan.

b)   KB dipraktikkan dengan bimbingan guru.

c)   KB dipraktikkan tanpa bimbingan guru.

d)   KB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembang dengan bimbingan guru.

e)   KB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasan
     berfikir.




                                         57
Langkah 1: Memperkenalkan KB

a) Guru mengadakan aktiviti terancang untuk mendorong murid menguasai KB yang
   baru.

b) Guru memberikan atau menyebut perkataan KB yang telah dipilih. Perkataan atau
   frasa lain yang memberi maksud yang sama dengan KB tersebut juga
   diperkenalkan kepada murid.

c) Guru menjelaskan kepada murid langkah penggunaan KB dengan merujuk kepada
   perincian kemahiran dan strategi berfikir.

d) Guru menjelaskan pada murid penggunaan penyusun grafik yang boleh digunakan
   bagi membantu proses berfikir dan cara menggunakannya.

e) Guru membantu murid membuat refleksi tentang proses berfikir yang telah diberi.


Langkah 2: Mempraktikkan KB dengan bimbingan guru

a) Guru memberitahu murid KB yang akan digunakan.

b) Guru berbincang dengan murid bagaimana melaksanakan KB berkenaan.

c) Murid diberikan beberapa set data berkaitan dengan isi kandungan atau situasi
   yang setara dengan isi kandungan mata pelajaran dan mengaplikasikan KB
   terhadap data atau situasi tersebut.

d) Murid membuat refleksi bagaimana mereka melaksanakan KB.

(Pada peringkat ini guru perlu membuat penilaian untuk menentukan sama ada murid
boleh ke peringkat seterusnya).


Langkah 3: Mempraktikkan KB tanpa bimbingan guru

a) Murid melaksanakan tugasan menggunakan KB yang telah ditetapkan untuk
   menjawab soalan ujian, kerja rumah dan lain-lain.

b) Murid menggunakan KB yang telah dipelajari untuk memudahkannya mempelajari
   KB selanjutnya yang lebih kompleks.

(Pada peringkat ini guru boleh menilai penguasaan murid terhadap KB yang telah
dipelajari. Sekiranya didapati murid masih belum menguasai KB berkenaan, mereka
perlu dibimbing semula).


                                         58
Langkah 4: Mengaplikasikan KB dalam situasi baru dan diperkembang dengan
           bimbingan guru

a) Memberitahu murid KB yang perlu diaplikasikan.

b) Berbincang bersama murid tentang pelaksanaan proses berfikir yang berkaitan.

c) Berbincang bersama murid bagaimana kemahiran berfikir tersebut dapat digunakan
   dalam situasi baru itu.

d) Membantu murid membuat refleksi proses berfikir yang telah mereka lalui.


Langkah 5: KB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai
           tugasan berfikir

Pada peringkat ini murid perlu mengaplikasikan kemahiran yang telah dikuasai untuk
membuat tugasan tertentu. Tugasan yang diberikan perlu melibatkan kemahiran lain
seperti kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Tugasan berfikir dalam
bentuk projek, soalan latihan, ujian, peperiksaan dan aktiviti penyelesaian masalah
sangat sesuai diberikan kepada murid pada peringkat ini. Jika murid berjaya
menjalankan tugasan pada tahap ini, murid boleh dianggap telah mencapai tahap
penguasaan.




                                         59
11 PENGOPERASIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam Bab 1, lima peringkat dalam rangka kerja penerapan kemahiran berfikir dan
strategi berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran sains telah dibincangkan. Setiap
peringkat rangka kerja tersebut boleh dilaksanakan terus ke dalam strategi dan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada seperti eksperimen, kajian
lapangan dan simulasi. Dalam bab ini, contoh pengoperasian peringkat-peringkat
rangka kerja dengan KBSB yang tertentu diberikan untuk menggambarkan situasi
sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran.


MATA PELAJARAN SAINS
PERINGKAT 1 : MEMPERKENALKAN KBSB

Contoh pengoperasian ini berdasarkan objektif khusus membezakan haiwan mengikut
sifat fizikal yang dikenal pasti dari bidang kajian Menyiasat Alam Kehidupan, Kurikulum
Sains Sekolah Rendah Tahun 4. Pengoperasian ini menggunakan kaedah sumbang
saran semasa langkah set induksi dan pemerolehan pengetahuan. KBSB yang hendak
dikuasai ialah membanding dan membezakan. KBSB yang telah dipelajari dan perlu
digunakan ialah mencirikan.

        Lokasi       :     Dalam Makmal/Bilik Sains.

        Bahan Bantu :      Gambar pelbagai jenis haiwan, bola sepak,
        Mengajar           bola takraw, bola tampar.

(Cikgu Murni menghadap pelajar sambil memegang sebiji bola sepak)

Cikgu Murni      :   Apakah objek yang saya pegang ini?

Hashim           :   Bola sepak cikgu!

Cikgu Murni      :   Mengapakah kamu katakan objek ini ialah bola sepak?

Hashim           :   Kerana objek itu berbentuk sfera.

Rani             :   Ada corak petak hitam putih, cikgu.

Sabri            :   Ada tulisan FIFA, cikgu.

Tham             :   Kerana saya pernah main bola sepak dengan bola seperti itu.




                                           60
Kallang       :    Cikgu, kerana saya biasa melihat orang bermain bola sepak
                   dengan bola seperti itu.

Cikgu Murni   :    Bagus. Terima kasih, kamu sudah pandai mencirikan dan
                   menghubungkaitkan ciri dengan objek.

                   Sekarang saya hendak kamu mencirikan objek lain pula.

                   Siew Leng, sila catatkan jawapan yang akan diberikan oleh rakan-
                   rakan kamu pada penyusun grafik Rajah Pancaran di papan hitam.

(Cikgu Murni bersedia dengan dua jenis bola iaitu bola takraw dan bola tampar)

Cikgu Murni   :    Cuba perhatikan bola yang saya pegang ini, kita panggilnya bola A.
                   Apakah ciri bola ini?.

(Cikgu Murni mempamerkan bola takraw)

Zaidah        :    Berbentuk sfera, cikgu.

Abidin        :    Kuning-perang.

Ganesan       :    Cikgu, bola itu berlubang-lubang.

Rafeal        :    Bola itu kasar dan diperbuat daripada rotan, cikgu.

Chiew Yen     :    Saiznya kecil, cikgu.

Cikgu Murni   :    Bagus murid-murid. Terima kasih Siew Leng kerana mencatat.

Cikgu Murni   :    Salim sila tampil ke hadapan untuk mencatat jawapan yang akan
                   diberikan oleh rakan kamu pada penyusun grafik Rajah Pancaran
                   di papan hitam.

Cikgu Murni   :    Apakah pula ciri bola B yang saya pegang ini?

(Cikgu Murni menunjukkan bola tampar)

Mamat         :    Berbentuk sfera dan licin, cikgu.

Siew Leng     :    Cikgu, bola itu berwarna putih.

Anand         :    Diperbuat daripada kulit dan tidak berlubang-lubang, cikgu.

Dayang        :    Saiznya besar, cikgu.


                                           61
Cikgu Murni   :   Bagus murid-murid dan terima kasih Salim kerana mencatat.
                  Murid-murid sila rujuk penyusun grafik di papan hitam.

(Rajah 11.1 menunjukkan Penyusun Grafik Rajah Pancaran yang dicatatkan oleh
Salim)




Cikgu Murni   :   Daripada kedua-dua penyusun grafik Rajah Pancaran ini, adakah
                  terdapat ciri sepunya?

Anand         :   Ada, cikgu.

Cikgu Murni   :   Apakah ciri itu?
Anand         :   Kedua-dua bola itu berbentuk sfera, cikgu.

Cikgu Murni   :   Adakah lagi ciri sepunya yang lain?

Dayang        :   Tidak ada lagi, cikgu.

(Guru perlu memperkenalkan penyusun grafik baru iaitu Rajah Venn yang akan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran semasa)

Cikgu Murni   :   Baiklah murid-murid. Ciri sepunya ditulis di ruangan yang bertindih
                  dalam rajah penyusun grafik di papan hitam.

                  Ciri bola A dan bola B ditulis dalam ruangan masing-masing yang
                  tidak bertindih. Rajah penyusun grafik ini dikenali sebagai Rajah
                  Venn.




                                           62
Bola A            Bola B



                                    sfera




Cikgu Murni   :   Suratman, sila lengkapkan penyusun grafik Rajah Venn di papan
                  hitam.

                        Bola A                 Bola B



                   Berlubang
                   Kecil                     Tidak berlubang
                   Rotan                     Putih
                                 sfera       licin
                   Kasar
                   Kuning-perang




Cikgu Murni   :   Berdasarkan Rajah Venn yang telah dilengkapkan oleh Suratman,
                  apakah aspek yang kamu ambil kira untuk membezakan bola A
                  dan B?

Abidin        :   Rupa bentuk, cikgu. Satu berlubang-lubang dan satu lagi tidak .

Hassan        :   Warna. Bola A berwarna kuning dan bola B pula berwarna putih.

Khashim       :   Saiz. Satu kecil dan satu lagi besar.

Ulap          :   Bahan, cikgu. Satu diperbuat daripada rotan dan satu lagi
                  daripada kulit.

(Guru memperkenalkan kemahiran berfikir membandingkan dan membezakan)

Cikgu Murni   :   Murid-murid .... sebenarnya apa yang kamu buat tadi adalah
                  mencirikan bola A dan bola B serta mengenal pasti ciri yang sama
                  dan yang berbeza antara kedua-duanya.



                                        63
Kemahiran ini dikenali sebagai membandingkan dan membezakan.
                    Kemahiran ini digunakan untuk mencari persamaan dan perbezaan
                    objek yang diperhatikan. Berikan perkataan atau frasa lain yang
                    memberi maksud yang sama dengan membandingkan dan
                    membezakan.

Hassan         :    Mencari persamaan dan perbezaan, cikgu.

Zaidah         :    Menyenaraikan ciri persamaan dan perbezaan.

Siew Leng      :    Menyatakan ciri serupa dan tidak serupa.

Ulap           :    Mencari ciri sepunya dan tak sepunya.

(Tiada jawapan lagi dari murid)

Cikgu Murni    :    Adakah lagi perkataan yang lain?

Abidin         :    Tiada lagi, cikgu ...

Cikgu Murni    :    Ada lagi! ... iaitu
                    ... menentukan ciri sepadan dan tak sepadan.
                    ... menyusun ciri yang sama dan berbeza.
                    ... menyatakan persamaan dan perbezaan.

(Guru membimbing murid membuat refleksi tentang proses berfikir yang telah dilalui)

Cikgu Murni    :    Semasa kamu membandingkan dan membezakan, apakah langkah
                    yang telah kamu lakukan?
Khashim        :    Memerhati objek, cikgu!

Kallang        :    Mengenal pasti ciri setiap objek dan menyenaraikannya, cikgu.

Rani           :    Membanding ciri setiap objek untuk mengenal pasti ciri sepunya
                    dan ciri berbeza, cikgu.

(Guru menjelaskan langkah penggunaan kemahiran membandingkan dan membeza)

Cikgu Murni    :    Untuk kemahiran membandingkan dan membezakan kita boleh
                    mengikuti langkah-langkah berikut :

                    Pertama       :   Perhatikan satu, dua atau lebih objek.

                    Kedua         :   Kenal pasti ciri bagi satu daripada aspek objek itu



                                            64
Ketiga       :   Tentukan sama ada objek lain mempunyai cirri
                                    yang sama.

                   Keempat      :   Nyatakan ciri itu sama atau berbeza.

                   Ulangi langkah di atas bagi ciri yang lain bagi setiap objek.

(Setiap kumpulan pelajar dibekalkan dengan gambar kucing, ikan emas, siput babi, ular
sawa dan burung hantu. Guru perlu memperkenalkan penggunaan penyusun grafik
baru yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa)

Cikgu Murni   :    Apabila membandingkan dan membezakan lebih daripada dua
                   objek, kita boleh menggunakan penyusun grafik Jadual Matriks.

(Guru mengedarkan penyusun grafik Rajah Pancaran, dan penyusun grafik Jadual
Matriks. Murid mengisi penyusun grafik Rajah Pancaran)

Cikgu Murni   :    Murid-murid, sudahkah kamu melengkapkan penyusun grafik Rajah
                   Pancaran bagi setiap haiwan dalam gambar yang diberikan?

Semua murid :      Sudah, cikgu.

Cikgu Murni   :    Bagus, sekarang kita akan mengisi penyusun grafik Jadual Matriks
                   pula.

Rani          :    Bagaimanakah hendak mengisi penyusun grafik Jadual Matriks ini,
                   cikgu?

Cikgu Murni   :    Terima kasih, Rani. Soalan kamu sangat baik.

(Guru menayangkan transparensi penyusun grafik Jadual Matriks seperti yang
diedarkan kepada murid menggunakan projektor overhed)

Cikgu Murni   :   Baris pertama dalam kotak pertama diisikan aspek , diikuti dengan
                  ciri dan senarai nama haiwan. Kemudian, tandakan √ di ruangan
                  yang bersesuaian antara ciri dan nama haiwan bagi semua haiwan
                  yang diberikan.

(Pada akhir pelajaran, guru mempamerkan semua hasil kerja murid. Contoh hasil kerja
murid adalah seperti dalam Rajah 11.1 dan Jadual 11.1)




                                          65
dua pasang kaki
          sepasang mata
                                                          Berbulu rambut

                                        kucing
              kuku tajam                                       telinga



                           gigi                           bermisai
                                          ekor
          Warna merah kekuningan
                                                bergigi       Sepasang mata
   bersirip
                         bersisik              bercengkerang                  dua pasang
                                                                              bertekal
                    Ikan                                         Siput
                                                                Siput babi
berinsang           emas              berekor                     babi              mulut




                                  sepasang mata
                 bergigi
                                                          Berkuku-tajam
Berwarna warni
                                   bersisik      berparuh                     Bulu
                                                                              pelepah
                                                              Burung
Badan             Ular                        kaki            hantu             sepasang
panjang           sawa                        bersisik                          mata


                                                                             ekor
    berekor                                   Sepasang kaki
                                                               berkepak
                 Sepasang mata




                 Rajah 11.1 Penyusun Grafik Rajah Pancaran

                                                66
Jadual 11.1 Penyusun Grafik Jadual Matriks


            Aspek           Ciri     Kucing     Ikan   Siput   Ular   Burung
                                                emas   babi    sawa    hantu
                        Tiada kaki
                        Sepasang                                        √
                        kaki
           Bilangan     Dua            √
           kaki         pasang
                        kaki
                        Berbulu        √
                        rambut
                        Berbulu                                         √
           Selaput      pelepah
           badan        Bersisik                 √              √
                        Tentekal                         √
                        Sepasang       √         √       √      √       √
                        mata
                        Berkepak                                        √
           Aspek        Berkuku        √                                √
           anggota      tajam
           lain         Kaki           √         √              √       √
                        bersisik
                        Berekor                          √
                        Badan                                   √
           Rupa         panjang
           bentuk       Berwarna                 √              √
                        warni



PERINGKAT 2 : MEMPRAKTIKKAN KBSB DENGAN BIMBINGAN GURU

Contoh pengoperasian ini berdasarkan objektif khusus membezakan tumbuhan
mengikut sifat-sifat fizikal yang dikenal pasti dari bidang kajian Menyiasat Alam
Kehidupan, Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahun 4. Pengoperasian ini
menggunakan kaedah kerja lapangan pada langkah perkembangan pengajaran dan
pembelajaran.

KBSB yang hendak dikuasai ialah membandingkan dan membezakan manakala KBSB
yang perlu digunakan ialah mencirikan.

Lokasi :      Taman Sumber Sains


                                           67
Pada langkah ini set induksi dan pembahagian kumpulan telah dilakukan.

Pelajar 4 Berlian telah dibawa oleh Cikgu Hakim ke Taman Sumber Sains untuk
memerhatikan pokok serai dan pokok puding.

Cikgu Hakim   :    Sebentar tadi murid-murid telah memerhatikan tumbuhan di Taman
                   Sumber Sains. Arifah, nyatakan bahagian tumbuhan manakah
                   kumpulan kamu perhatikan?

Arifah        :    Kami membuat pemerhatian pada bahagian daun dan akar, Cikgu.

Cikgu Hakim   :    Bagus! Arifah.   Kumpulan Basir dan Rajoo, adakah kamu
                   memerhatikan bahagian yang sama?

Rajoo dan Basir    :     Ya, Cikgu.

Cikgu Hakim   :    Rajoo, bagaimanakah hasil perbincangan kamu mengenai sifat
                   daun tumbuhan tersebut?

Rajoo         :    Cikgu, kami dapati daun puding kasar permukaannya dan
                   berwarna hijau.

Cikgu Hakim   :    Bagaimanakah dengan urat pada daun itu?

Rajoo         :    Uratnya macam bercabang-cabang, Cikgu.

Razak         :    Cikgu, semalam saya telah membaca bahawa, bentuk urat begitu
                   disebut urat daun jejala.

Cikgu Hakim   :    Bagus Razak. Urat daun itu dikenali sebagai urat daun jejala.

Cikgu Hakim   :    Murid-murid, cuba bandingkan antara daun serai dan daun puding
                   ini.

(Murid-murid membuat perbincangan)

Cikgu Hakim   :    Swee Lan, apakah yang kamu dapati?

Swee Lan      :    Cikgu, saya dapati daun puding lebar dan kasar permukaannya
                   manakala daun serai panjang dan kasar juga.

Jamaluddin    :    Urat daun puding adalah urat daun jejala, Cikgu. Tetapi urat daun
                   serai kelihatan lurus.




                                         68
Cikgu Hakim   :   Ya, Jamaluddin. Razak, jika urat daun begini apakah yang
                  dinyatakan dalam buku itu?

Razak         :   Urat daun selari, Cikgu.

Cikgu Hakim   :   Bagus. Murid-murid urat daun itu dikenali sebagai urat daun selari.
                  Kalau kamu bersedia seperti Razak, kamu akan faham lebih jelas.

                  Sekarang teruskan pemerhatian kamu terhadap kedua-dua
                  tumbuhan itu. Gunakan penyusun grafik Carta T untuk mencatat
                  pemerhatian.

(Guru mengedarkan penyusun grafik Carta T untuk digunakan oleh murid bagi
membandingkan dan membezakan.)


                   POKOK PUDING               POKOK SERAI
                   •                          •
                   •                          •
                   •                          •
                   •                          •
                   •                          •
                   •                          •



(Murid-murid membuat pemerhatian )

Cikgu Hakim   :   Razali, apakah bentuk akar pokok puding?

Razali        :   Akar pokok puding besar.

Rajoo         :   Ada satu akar yang besar Cikgu, dikelilingi oleh akar kecil. Pada
                  akar kecil itu pula ada lagi akar yang lebih halus.

Cikgu Hakim   :   Betul tu Rajoo. Akar ini dinamakan akar tunjang. Bagaimana dengan
                  akar pokok serai? Aminah!

Aminah        :   Cikgu, akar pokok serai banyak tetapi tidak ada akar besar.

Swee Lan      :   Kalau akar begini, kita hendak namakan apa pula Cikgu?

Cikgu Hakim   :   Akar itu kita namakan sebagai akar serabut.




                                         69
Cikgu Hakim   :     Bagaimanakah kamu membandingkan dan membezakan kedua
                    tumbuhan itu?

Razali        :     Saya memerhati daun dan akar, Cikgu.

Cikgu Hakim   :     Bagus, Razali.

Arifah        :     Kita mesti mencirikan objek yang hendak dibandingkan dan
                    dibezakan Cikgu.

Cikgu Hakim   :     Bagus, Arifah. Apabila kita hendak membandingkan dan
                    membezakan, kita perlu memerhatikan ciri-cirinya.

                    Sekarang cuba cari persamaan dan perbezaan tumbuhan tersebut
                    dan catatkan dalam penyusun grafik Jadual Matriks.

(Guru mengedarkan penyusun grafik Jadual Matriks kepada murid-murid untuk
melakukan aktiviti)

                     Aspek      Ciri   Pokok Serai
                                       Puding


                        Daun



                        Akar



PERINGKAT 3 : MEMPRAKTIKKAN KBSB TANPA BIMBINGAN GURU

Pengoperasian ini berdasarkan objektif khusus mengelas tumbuhan mengikut sifat
fizikal yang dikenal pasti dari bidang kajian Menyiasat Alam Hidupan dalam mata
pelajaran Sains Sekolah Rendah Tahun 4. Pengoperasian ini menggunakan kaedah
kajian lapangan semasa langkah set induksi, pengembangan pembelajaran dan
refleksi. KBSB yang hendak dikuasai ialah mengelas, KBSB yang telah dipelajari dan
perlu digunakan ialah mencirikan serta membandingkan dan membezakan.

           Lokasi            : Taman Sumber Sains

           Bahan Bantu : Penyusun grafik Rajah Pancaran,




                                         70
Mengajar        Rajah Venn, Carta Maklumat, gambar tumbuhan dan
                            buku rujukan tentang tumbuhan

Pelajar kelas Tahun 4 Melati dibawa oleh Cikgu Ali ke Taman Sumber Sains untuk
memerhatikan daun pokok bunga raya dan daun lalang.

Cikgu Ali mengarahkan pelajar supaya berkumpul di dalam kumpulan masing-masing.
Seorang ketua dikehendaki mengendalikan aktiviti KBSB iaitu mencirikan serta
membandingkan dan      membezakan sifat fizikal daun tumbuh-tumbuhan tanpa
bimbingan guru. Pada masa murid menjalankan aktiviti, Cikgu Ali membuat
pemantauan.

Ahmad (ketua :     Mari kita perhatikan daun bunga raya dan daun lalang.
kumpulan)          Apa yang kamu perhatikan?

Salmah        :    Daun bunga raya nipis, Mad.

Sudirman      :    Daun lalang nipis juga.

Ahmad         :    Ciri apa pula yang kamu perhatikan, Soo Chuen?

Soo Chuen     :    Daun bunga raya mempunyai urat daun yang berjala tetapi daun
                   lalang berurat selari.

Ahmad         :    Apakah ciri lain pada daun tersebut.

Arumugam      :    Saya dapati kedua-dua daun berwarna hijau.

Dolmat        :    Eh.. Mad, permukaan daun lalang kasar.
Ahmad         :    Kita telah dapat mencirikan daun-daun yang kita kumpulkan.
                   Sekarang kita akan membandingkan dan membezakan ciri daun
                   pokok bunga raya dan daun lalang. Kita gunakan penyusun grafik
                   Rajah Venn.

(Ahmad mengedarkan penyusun grafik Rajah Venn kepada setiap ahli kumpulannya)

Sudirman      :    Ahmad, saya cadangkan dalam bulatan A kita senaraikan ciri daun
                   pokok bunga raya.
Dolmat        :    Kalau begitu, ciri daun lalang kita senaraikan dalam bulatan B.

Arumugam      :    Lepas itu kita nak buat apa?

Ahmad         :    Macam ini Arumugam, kita kenal pasti ciri sepunya daun pokok
                   bunga raya dan daun lalang. Kemudian kita pindahkan dan
                   tuliskan ciri itu dalam ruangan yang bertindih pada rajah Venn ini.


                                         71
(Setelah setiap kumpulan menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan, Cikgu Ali bersama
dengan semua murid membuat rumusan)

Cikgu Ali     :    Semua kumpulan dikehendaki mempamerkan hasil kerja dari
                   aktiviti tadi.

(Murid mempamerkan hasil kerja mereka seperti contoh berikut)




(Cikgu Ali memeriksa hasil kerja setiap kumpulan dan membuat rumusan)

Cikgu Ali     :    Saya dapati hasil kerja kamu sangat memuaskan. Ini menunjukkan
                   kamu telah dapat menguasai kemahiran berfikir mencirikan serta
                   membandingkan dan membezakan dengan baik.

(Setelah membuat rumusan guru meneruskan pengajaran dan pembelajaran untuk
KBSB mengelas. Cikgu Ali meminta setiap kumpulan mengumpulkan daun dari
pelbagai jenis pokok)

Cikgu Ali     :    Sila aturkan daun-daun itu di atas kertas surat khabar. Sekarang
                   kita akan mengelaskan daun itu mengikut ciri-ciri sepunya.


                                         72
Dolmat        :    Cikgu, apakah yang dimaksudkan dengan mengelaskan itu?

Cikgu Ali     :    Mengelaskan ialah mengumpul item atau maklumat kepada
                   kumpulan berasaskan kepada ciri sepunya.

Ahmad         :    Cikgu, bagaimana kita hendak mengelaskan?

Cikgu Ali     :    Mengumpulkan dan mengelaskan adalah kemahiran berfikir di
                   mana kamu perlu menggunakan kemahiran mencirikan,
                   membandingkan dan membezakan seperti yang telah kamu
                   lakukan tadi. Kita boleh mengumpul dan mengelas menggunakan
                   penyusun grafik berikut. Kita perlu mengisikan petak pada
                   penyusun grafik berdasarkan ciri item yang tertentu. Kita mulakan
                   dengan mengisi petak A iaitu nama bagi item yang hendak
                   dikumpulkan dan kelaskan.




                   Sekarang cuba kita fikirkan apakah nama item yang sesuai.

Eng Tuan      :    Daun, cikgu.

Cikgu Ali     :    Kenapa kamu kata daun paling sesuai?

Eng Tuan      :    Sebab sekarang kita sedang mengumpulkan dan mengelaskan
                   daun, cikgu.

Cikgu Ali     :    Betul. Untuk mengumpulkan dan mengelas, namakan item yang
                   umum di petak A. Sekarang kita tulis perkataan 'daun' di petak A
                   ini.

(Murid menulis di penyusun grafik Carta Maklumat yang diedarkan).



                                         73
Seterusnya berdasarkan ciri item yang tertentu, bahagikan daun ini
                         kepada dua kumpulan. Apakah ciri yang boleh kita gunakan untuk
                         membahagikan daun ini kepada dua untuk diisikan ke dalam petak
                         B1 dan B2?

Suresh          :        Cikgu, boleh kita pilih ciri urat daun? Urat daun selari dan urat
                         daun jejala?

(Murid mencirikan serta membandingkan dan membezakan)

Cikgu Ali       :        Ya boleh, mari kita isikan petak B1 dengan urat daun selari dan
                         petak B2 dengan urat daun jejala.

                         Seterusnya apakah ciri lain yang diperhatikan yang boleh kita
                         gunakan untuk membahagikan urat daun selari dan jejala kepada
                         dua kumpulan untuk mengisi petak C?

Dolmat          :        Daun licin dan daun kasar, Cikgu.

Cikgu Ali       :        Betul. Sekarang isikan petak C1 dan C3 dengan daun licin
                         manakala petak C2 dan C4 dengan daun kasar.

                         Sekarang, namakan tumbuhan yang mempunyai ciri berdasarkan
                         pengelasan yang kita telah buat iaitu :

                         Daun berurat selari dengan permukaan licin, daun berurat selari
                         dengan permukaan kasar, daun berurat jejala dengan permukaan
                         licin, daun berurat jejala dengan permukaan kasar.

                                                   A
                                                  Daun



                                B1                                    B2
                          Urat selari                              Urat jejala




                    C1                   C2                    C3                 C4
            Licin                  Kasar                 Licin              Kasar
            Contoh:                Contoh:               Contoh: daun       Contoh: daun
            daun pandan            daun serai            bunga raya         pokok had-had




                                                74
Cikgu Ali:    Murid-murid, apa yang kita telah lakukan tadi adalah mengasingkan
              daun pelbagai jenis tumbuhan berdasarkan ciri-ciri sepunya. Kemahiran
              ini dikenali sebagai mengumpulkan dan mengelaskan. Kemahiran ini
              digunakan apabila terdapat banyak item atau maklumat yang tidak
              tersusun. Cuba berikan perkataan atau frasa lain yang memberikan
              maksud yang sama dengan mengumpulkan dan mengelaskan.

Roslan:       Mengumpulkan mengikut ciri yang boleh dibandingkan, Cikgu.

Cikgu Ali:    Betul. Ada cadangan lain?

Suhaimi:      Menyusun mengikut kumpulan.

Cikgu Ali:    Cadangan itu pun boleh diterima, terima kasih. Sebenarnya, ada
              banyak lagi frasa lain yang membawa maksud sama dengan
              mengumpulkan dan mengelaskan.

(Guru mengedarkan senarai frasa lain yang membawa maksud sama dengan
mengumpulkan dan mengelaskan bagi membincangkannya)
(Guru membimbing murid membuat refleksi tentang proses berfikir yang telah
dipelajari)

Cikgu Ali:    Semasa kita mengumpulkan dan mengelaskan daun tadi, apakah
              langkah-langkah yang telah kita ikuti?

Salmah:       Cikgu, kami mengenal pasti ciri sekumpulan item iaitu daun.

Soo Chuen:    Betul cikgu, lepas itu kita kenal pasti beberapa ciri lain. Kemudian kita
              masukkan item yang sama cirinya ke dalam kumpulan yang lebih kecil.

Cikgu Ali:    Bagus, nampaknya murid-murid sudah dapat idea bagaimana hendak
              mengumpul dan mengelas. Sekarang cikgu rumuskan langkah yang
              boleh diikuti untuk melaksanakan kemahiran mengumpulkan dan
              mengelaskan :

              Pertama, kenal pasti ciri umum kumpulan item.
              Kedua, berikan nama kepada kumpulan item itu.
              Ketiga, kenal pasti ciri lain.
              Keempat, masukkan item yang sama ciri ke dalam kumpulan lebih kecil.
              Kelima, ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan
              dalam suatu kumpulan.

Cikgu Ali:    Sekarang berdasarkan pengetahuan yang kamu perolehi tentang
              langkah mengumpulkan dan mengelaskan, mari kita kelaskan tumbuhan



                                          75
yang ada di Taman Sains ini dengan membuat pemerhatian serta
               berdasarkan bahan rujukan yang cikgu bekalkan.

(Guru mengedarkan Carta Maklumat kepada murid)

Cikgu Ali:    Dengan menggunakan penyusun grafik Carta Maklumat yang diedarkan,
              kumpulkan dan kelaskan tumbuhan mengikut cirinya. Apakah ciri yang
              akan digunakan?

Leela:        Urat daun, Cikgu.

Azie:         Akar, Cikgu.

Husin:        Berbunga dan tak berbunga, Cikgu.

Cikgu Ali:    Bagus, seterusnya sila bincang dalam kumpulan masing-masing untuk
              melengkapkan penyusun grafik yang diedarkan, dan sebentar nanti kita
              adakan sesi pembentangan hasil kerja setiap kumpulan.

Rajah 11.2 adalah satu contoh hasil kerja murid.


                                    Alam tumbuhan




                 Daun berbunga                     Daun berbunga




Daun sfora:      Hasilkan sfora:    Hasilkan            Sistem akar     Sistem akar
rumpai           cendawan           biji: ru            serabut         tunjang




                                       Urat daun            Urat daun   Urat daun
                                       selari: lalang       jejala:     jejala:
                                                            keembung    mangga



               Rajah 11.2 Carta Maklumat pengelasan alam tumbuhan


                                         76
PERINGKAT 4 :      MENGAPLIKASIKAN KBSB DALAM SITUASI BARU DENGAN
                   BIMBINGAN GURU

Pengoperasian ini berdasarkan objektif khusus untuk membandingkan dan
membezakan objek berdasarkan sifat lutsinar, lutcahaya dan legap dari 'Dunia Melalui
Deria Kita' dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 2. Pengoperasian ini menggunakan
kaedah perbincangan dan penyiasatan secara berkumpulan semasa langkah set
induksi, perkembangan pengajaran dan pembelajaran dan pengukuhan.

KBSB yang telah dikuasai dan perlu digunakan ialah membandingkan dan
membezakan, mencirikan dan mengelaskan. Pada akhir pelajaran, pelajar boleh
mengaplikasikan KBSB yang telah diberi itu dalam situasi yang baru.

             Lokasi        : Makmal Sains

             Bahan Bantu : Lampu suluh, kain batik, kain kasa, kertas A4
             Mengajar      plastik transparensi, beg plastik berwarna, kerajang
                           aluminium, dan kertas surih.

                             Sampul surat (bersaiz 20cm x 40cm) yang mengandungi
                             objek lain seperti plastik hitam, kain sutera, kepingan
                             kaca jernih, kepingan perspeks dan kertas surat khabar.


(Guru membimbing pelajar membuat refleksi tentang proses berfikir mengelaskan yang
telah dipelajari)

Cikgu Siti    :    Hari ini kita hendak belajar tajuk baru menggunakan kemahiran
                   mengelas. Tetapi, sebelum cikgu memulakan pelajaran hari ini
                   marilah kita melihat kembali apakah yang dimaksudkan dengan
                   mengelaskan.

Jimen         :    Mengelaskan maksudnya, kita kumpulkan objek mengikut sifat
                   yang sama.

Cikgu Siti    :    Bagus, Jimen. Siapa boleh beritahu bagaimana kita boleh
                   membuat pengelasan.

Ettin         :    Mula-mula cikgu, kita mestilah mengetahui sifat-sifat objek
                   tersebut.

Cikgu Siti    :    Bagus. Apa pula langkah seterusnya, Madon?
Madon         :    Kita membandingkan dan membezakan objek-objek itu dengan
                   mengenal pasti sifat sepunya objek tersebut.



                                         77
Cikgu Siti     :    Lepas itu, apa pula kita buat?

Nolly          :   Lepas itu Cikgu, kita pun kumpulkan objek itu kepada kumpulan-
                   kumpulan kecil berdasarkan sifat sepunya masing-masing.

Cikgu Siti     :   Bagus, nampaknya kamu telah pun faham bagaimana hendak
                   membuat pengelasan. Sekarang kita akan belajar tajuk baru
                   menggunakan kemahiran mengelaskan ini.

Cikgu Siti     :   Pelajar, perhatikan objek yang cikgu telah letakkan di atas meja
                   setiap kumpulan. Senaraikan objek tersebut.

(Pelajar menyenaraikan objek yang ada di atas meja : kertas tisu, transparensi, kertas
surih, kerajang aluminium, kain batik, beg plastik berwarna, kertas A4 dan kain kasa)

Cikgu Siti     :   Boleh satu kumpulan beritahu kelas, apakah objek-objek di atas
                   meja kamu? Mokhtar, cuba tulis senarai tadi di papan hitam.

(Mokhtar menulis senarai objek yang diletak di atas meja di papan hitam)

Cikgu Siti     :    Bagus, sekarang cuba pula kumpulkan objek-objek tersebut
                    mengikut sifat yang kamu pilih.

(Kumpulan melakukan aktiviti selama lima minit)

Cikgu Siti     :    Ali, berapa kumpulan objek yang kamu dapat?

Ali            :   Kami dapat empat kumpulan objek cikgu, iaitu objek yang diperbuat
                   daripada kertas, objek yang diperbuat daripada plastik, objek yang
                   diperbuat daripada kain dan objek yang diperbuat daripada logam.

Cikgu Siti     :    Bagaimana dengan kumpulan lain..... Kumpulan Mary?

Mary           :   Kami dapat dua kumpulan objek cikgu, iaitu objek yang mudah
                   dikoyakkan dan objek yang tidak mudah dikoyakkan.

Cikgu Siti     :   Bagus. Sekarang cuba fikirkan bagaimana kita boleh mengelaskan
                   objek-objek tersebut dengan menggunakan cahaya lampu suluh.

(Pelajar berbincang)

Muthu          :   Cikgu, kumpulan kami ada idea.

Cikgu Siti     :   Apa dia, Muthu?



                                          78
Muthu         :    Kita boleh kelaskan objek-objek itu mengikut kebolehan cahaya
                   melaluinya.

Cikgu Siti    :    Bagus. Sekarang setiap kumpulan sila jalankan aktiviti untuk
                   mengelaskan objek mengikut kebolehan cahaya melaluinya.

(Pelajar menjalankan aktiviti untuk mengelaskan objek yang ada di atas meja mereka)
(Setelah semua kumpulan selesai, guru menjalankan perbincangan)

Cikgu Siti    :    Pelajar, mari kita bincangkan keputusan yang telah diperolehi oleh
                   setiap kumpulan. Kita mulakan dengan kumpulan Ali.

Ali           :    Kumpulan kami dapat dua kelas objek sahaja cikgu. Pertama
                   kumpulan objek yang membenarkan cahaya melaluinya dan kedua,
                   kumpulan objek yang tidak membenarkan cahaya melaluinya.

Cikgu Siti    :    Ali, bolehkah kamu beritahu kelas bagaimana kumpulan kamu
                   mengelaskan objek tersebut?


Ali           :    Cikgu, kumpulan kami mencirikan objek-objek tersebut berasaskan
                   kepada kebolehan cahaya menerusinya. Kami dapati ada objek
                   yang membenarkan cahaya melaluinya dan ada pula objek yang
                   tidak membenarkan cahaya melaluinya. Kemudian objek yang
                   sama sifatnya kami kumpulkan dalam satu kumpulan. Jadi kami
                   membandingkan dan membezakan antara objek berdasarkan sifat
                   tersebut dan memperolehi dua kumpulan objek.

Cikgu Siti    :    Bagus. Sekarang kumpulan kamu pula, Zainab.

Zainab        :    Kami dapat tiga kumpulan objek, Cikgu. Pertama kumpulan objek
                   yang membenarkan banyak cahaya menembusinya. Kedua
                   kumpulan objek     yang membenarkan sedikit sahaja cahaya
                   menembusinya dan ketiga, kumpulan objek yang langsung tidak
                   membenarkan cahaya menembusinya.

Cikgu Siti    :    Bagaimana kumpulan kamu boleh mendapat tiga kumpulan objek
                   Zainab, sedangkan kumpulan Ali dapat dua kumpulan sahaja?

(Guru meminta pelajar membuat refleksi)

Zainab        :    Cikgu, mula-mula kami berjaya mencirikan objek-objek tersebut
                   berdasarkan kebolehannya membenarkan cahaya melaluinya
                   sama seperti kumpulan Ali.    Tetapi dalam kumpulan yang
                   membenarkan cahaya melaluinya kami mendapati masih ada


                                          79
perbezaan iaitu objek yang membenarkan sedikit cahaya
                  melaluinya dan objek yang membenarkan banyak cahaya
                  melaluinya. Sebab itu kami mendapat tiga kumpulan.

Cikgu Siti    :   Bagus.   Sekarang cikgu minta kumpulan Zainab membuat
                  demonstrasi kepada rakan-rakan kamu bagaimana kamu
                  memperolehi ketiga-tiga kumpulan objek itu.

(Kumpulan Zainab menjalankan demostrasi sambil diperhatikan oleh kumpulan lain)

Cikgu Siti    :   Pelajar, kamu telah melihat tiga kumpulan mengikut kebolehan
                  cahaya melaluinya. Objek yang membenarkan cahaya melaluinya
                  dengan banyak diperbuat daripada bahan yang bersifat lutsinar.
                  Objek yang membenarkan sedikit cahaya melaluinya diperbuat
                  daripada bahan yang bersifat lutcahaya dan objek yang tidak
                  membenarkan cahaya melaluinya diperbuat daripada bahan yang
                  bersifat legap.

(Guru menggunakan penyusun grafik Carta Maklumat untuk mengelas bagi
menjelaskan huraian tadi)

Cikgu Siti    :   Sekarang, Cikgu akan berikan kepada setiap kumpulan sehelai
                  kertas mahjong dan lukiskan penyusun grafik Carta Maklumat
                  untuk membuat pengelasan. Cuba kamu kelaskan objek yang ada
                  di dalam sampul surat mengikut kelas objek seperti dibincangkan di
                  atas dan rekodkan dalam penyusun grafik yang diberi.




                                                                                       (

Cikgu Siti    :   Sekarang, Cikgu hendak semua kumpulan memaparkan penyusun
                  grafik yang telah dilengkapkan di dalam kertas mahjong pada



                                        80
papan hitam supaya kita dapat bandingkan jawapan antara
                   kumpulan.


PERINGKAT 5 :      MENGGUNAKAN KBSB BERSAMA KEMAHIRAN YANG LAIN
                   UNTUK MENCAPAI TUGASAN BERFIKIR

Contoh pengoperasian ini berdasarkan tajuk Koordinasi dan Keseimbangan Dalam
Badan Kita, mata pelajaran Sains Tingkatan Empat. Pengoperasian ini menggunakan
kaedah main peranan semasa langkah penyelesaian masalah. KBSB yang telah
dipelajari dan perlu digunakan ialah mencirikan, membandingkan dan membezakan,
menganalisis, menjanakan idea, mengitlak, meramal dan membuat kesimpulan.
Kemahiran lain yang perlu diguna adalah kemahiran proses sains seperti memerhati,
meramal, mentaksir maklumat, mendefinisikan secara operasi dan berkomunikasi.
Kemahiran manipulatif seperti mengguna dan mengendalikan alat serta menyimpan alat
dengan betul dan selamat juga digunakan.

      Lokasi             :     Bilik Darjah/Makmal

      Tugasan            :     Mengumpul maklumat dan mengadakan
                               forum bertajuk Hidup Bahagia Tanpa AIDS


Pelajar-pelajar Tingkatan Empat Mawar telah dibahagikan kepada empat kumpulan
yang akan mengumpul maklumat untuk dibentangkan ketika forum tersebut seperti
berikut:

Kumpulan Pengerusi       :     Ramlah sebagai ketua
Kumpulan Doktor          :     Gimbang sebagai ketua
Kumpulan Ustaz           :     Wan Ahmad sebagai ketua
Kumpulan Pegawai Polis   :     Tan Bee Aun sebagai ketua

Setiap ahli di dalam semua kumpulan dikehendaki membuat keputusan tentang
cara untuk mendapatkan maklumat yang relevan dengan peranan masing-masing.
Mereka juga dikehendaki meramalkan soalan dan jawapan yang bersesuaian yang
mungkin ditimbulkan ketika forum berlangsung. Pelajar disarankan untuk mengadakan
temu bual dengan doktor, ustaz dan polis.

Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada hasil temu bual hendaklah ditafsirkan,
kemudian dikumpulkan untuk dikelaskan dan disusun mengikut keutamaan.
Seterusnya maklumat-maklumat ini perlu dianalisis bagi membuat urutan yang
bersesuaian.

Pengumpulan maklumat memerlukan kemahiran memerhati yang baik kerana
daripada pemerhatian itu pelajar boleh meramal pelbagai hubung kait antara pelbagai


                                        81
pemboleh ubah yang dikenal pasti. Mereka sepatutnya berkemahiran untuk
mentafsir data yang diperolehi dalam pelbagai bentuk melalui sesi temubual yang
mereka jalankan.

Pelajar perlu juga mendefinisikan secara operasi untuk membuat rumusan daripada
maklumat berbentuk konsep. Pelajar harus memikirkan kaedah mempersembahkan
pendapat ketika forum berlangsung dengan cara yang terbaik dan berkesan. Di sini
mereka semestinya mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.

Guru perlu menyediakan alat seperti projektor overhed , projektor slaid dan skrin untuk
digunakan oleh ahli panel ketika forum dilangsungkan. Setiap kumpulan hendaklah
menyediakan petugas di kalangan ahlinya untuk mengguna dan mengendalikan alat-
alat di atas dengan betul. Mereka juga hendaklah menyimpan alat-alat tersebut
dengan betul dan selamat di tempat asalnya selepas majlis forum dijalankan.

Mereka diberi masa selama seminggu untuk menyediakan maklumat- maklumat di atas.

Pada hari majlis forum itu hendak dijalankan Cikgu Azizah dengan dibantu oleh pelajar-
pelajar dalam kelas itu telah menyusun kedudukan kerusi meja bagi pengerusi, ahli
panel dan pelajar lain. Selepas itu Cikgu Azizah pun memulakan majlis forum tersebut.

Cikgu Azizah :      Selamat pagi pelajar sekalian, hari ini kita akan mengadakan satu
                    majlis forum yang bertajuk 'Hidup Bahagia Tanpa AIDS' oleh ahli
                    panel yang mewakili kumpulan yang telah saya tentukan pada
                    minggu lepas. Sekarang saya menjemput Ramlah selaku pengerusi
                    untuk menjalankan majlis forum pada hari ini. Dipersilakan Ramlah.

Ramlah         :    Yang Berusaha Cikgu Azizah guru sains tingkatan 4 Mawar, Yang
                    Dihormati ahli-ahli panel dan seterusnya rakan-rakan sekalian.
                    Syukur Alhamdulillah pada hari ini kita berpeluang mengikuti satu
                    forum yang bertajuk 'Hidup Bahagia Tanpa AIDS'.            Untuk
                    menyempurnakan majlis forum ini terlebih dahulu saya
                    memperkenalkan ahli-ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Wan
                    Ahmad dari Pejabat Agama Islam Daerah Ulu Langat, Dr.Gimbang,
                    Pegawai Perubatan Hospital Daerah Ulu Langat dan ASP Tan Bee
                    Aun, Penolong Penguasa Polis Ulu Langat. Saya mengucapkan
                    selamat datang dan terima kasih kerana sudi membincangkan tajuk
                    forum kita pada hari ini. Hidup Bahagia Tanpa AIDS itulah tajuk
                    yang akan dibincangkan. Seperti yang kita tahu AIDS adalah
                    sejenis penyakit berbahaya. Apakah sebenarnya penyakit AIDS?
                    dan untuk menjawab soalan ini, kita menjemput Dr.Gimbang untuk
                    mencirikan kriteria penyakit AIDS dan membandingkan
                    membezakan dengan penyakit lain.




                                          82
Dr. Gimbang   :   Terima kasih pengerusi majlis. AIDS sebenarnya ialah sejenis
                  penyakit yang disebabkan oleh …….

                  Tanda-tanda seseorang itu menghidapi AIDS ialah …...
                  Lihat slaid yang ditayangkan. Ini adalah tanda-tanda seorang
                  pesakit yang menghidapi AIDS. Jika kita lihat penyakit lain pula
                  seperti leukimia, demam denggi dan sifilis didapati tanda-tanda
                  pesakit ialah ………………..
                  Slaid 3 menunjukkan …………….
                  Slaid 4 menunjukkan …………….
                  Dan slaid 5 menunjukkan ………..

                  Daripada tanda-tanda penyakit yang dinyatakan tadi, terdapat
                  tanda yang sama iaitu …..dan perbezaannya ialah ……

Ramlah        :   Terima kasih Dr.Gimbang atas penerangan bagi ciri penyakit AIDS
                  dan seterusnya membandingkan dan membezakan dengan
                  penyakit lain. Dari sudut sosial pula, kita beralih kepada ASP Tan
                  Bee Aun. Bolehkah ASP Tan menjelaskan hubung kait di antara
                  penagihan dadah dengan penyakit AIDS dan seterusnya membuat
                  ramalan bagi bilangan penagih dadah dan pesakit AIDS di daerah
                  ini buat masa yang akan datang. Dipersilakan.

Tan Bee Aun :     Terima kasih pengerusi majlis. Sebenarnya penagihan dadah dan
                  penyakit AIDS ini ada hubung kaitnya. Dengan ini tentulah terdapat
                  seorang itu adalah penagih dadah dan ia juga seorang pengidap
                  AIDS. AIDS juga boleh berjangkit dengan cara ………………

                  Dengan bertambahnya penagih dadah yang menggunakan
                  suntikan maka tentulah akan bertambah bilangan pesakit AIDS.

                  Slaid yang ditayangkan adalah data bagi bilangan penagih dadah
                  dan pesakit AIDS bagi Daerah Ulu Langat.

                  Slaid seterusnya adalah data bagi bilangan penagih dadah yang
                  juga pesakit AIDS.

                  Pihak kami meramalkan pada tahun 2000 bilangan penagih dadah
                  dan pesakit AIDS ialah………...

Ramlah        :   Terima kasih ASP Tan. Nampaknya bilangan penagih dadah dan
                  pesakit AIDS di daerah ini adalah besar. Bagitu juga hubungkaitnya
                  antara penagih dadah dengan pesakit AIDS ini begitu nyata sekali.
                  Ramalan yang dibuat juga amat membimbangkan kita semua. Kita
                  beralih kepada Ustaz Wan Ahmad, bagaimanakah Ustaz dapat


                                        83
menjelaskan hubung kait di antara amalan akhlak mulia dengan
                 kemungkinan     menghidapi     penyakit     AIDS,   seterusnya
                 bagaimanakah gaya hidup mengikut cara hidup Islam yang bahagia
                 dan bebas daripada virus AIDS. Dipersilakan Ustaz Wan Ahmad.

Wan Ahmad    :   Assalamualaikum. Pengerusi majlis, ahli-ahli panel dan pelajar
                 sekalian. Agama Islam banyak menekankan tentang amalan akhlak
                 mulia dalam kehidupan kita agar sejahtera di dunia dan di akhirat.
                 Kita tahu ramai penagih dadah dan pesakit AIDS adalah remaja
                 yang baru sahaja tamat persekolahannya di mana mereka sentiasa
                 berkawan dengan rakan sebaya yang terlibat dengan dadah.
                 Gejala inilah yang akan ………………….
                 Remaja perlulah berhati-hati memilih rakan……

                 Akhlak mulia boleh dihubungkaitkan dengan pesakit AIDS
                 berdasarkan ……………….
                 Oleh itu, gaya hidup sebuah keluarga yang mengamalkan ajaran
                 Islam dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa
                 yang dilarang akan..……………
                 Sebagai sebuah keluarga Islam yang bahagia adalah……………..

Ramlah       :   Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ustaz yang
                 telah menjelaskan hubung kait di antara amalan akhlak mulia
                 dengan penyakit AIDS dan membuat pengitlakan gaya hidup yang
                 berasaskan cara hidup Islam. Seterusnya juga Ustaz telah
                 memberikan panduan bagaimana kita boleh menjauhkan diri
                 daripada dijangkiti virus AIDS.

                 Kita beralih semula kepada Dr.Gimbang.

                 Doktor, bagaimanakah caranya penyakit AIDS ini boleh berjangkit
                 dan apakah langkah yang perlu dilakukan supaya kita tidak
                 dijangkiti AIDS mengikut sudut perubatan?

Dr.Gimbang   :   Virus AIDS sebenarnya boleh berjangkit…………….
                 Langkah yang perlu diambil oleh orang ramai…………………
                 Dengan ini kita dapat melihat hubung kait antara cara jangkitan dan
                 langkah mencegah …………..

Ramlah       :   Terima kasih Doktor atas penjelasan bagaimana penyakit AIDS ini
                 boleh berjangkit dan langkah mencegah daripada dijangkiti AIDS.
                 Seterusnya Doktor juga telah membuat hubung kait antara cara
                 jangkitan dan langkah mencegah penyakit ini. Saya mengucapkan
                 berbanyak terima kasih kepada ketiga-tiga ahli panel kerana
                 berjaya menjelaskan apa yang dikatakan AIDS yang begitu


                                       84
menakutkan kita semua pada hari ini. Segala maklumat dan
                 cadangan yang diberikan amat berfaedah kepada kita semua untuk
                 lebih memahami tentang penyakit ini dan hubungkaitnya dengan
                 penyakit lain seterusnya mengikuti langkah-langkah bagi
                 mencegah dijangkiti AIDS.       Berpandu kepada pendapat dan
                 maklumat yang diberikan oleh ketiga-tiga ahli panel dalam bidang
                 masing-masing dapatlah kita membuat kesimpulan tentang
                 penyakit AIDS, cara AIDS berjangkit, hubung kait penyakit AIDS
                 dengan penagihan dadah dan penyakit lain, gaya hidup yang sihat
                 dengan menjauhi AIDS dan cara menjauhi diri dari dijangkiti AIDS.
                 Saya akhiri majlis ini dengan ucapan terima kasih.

                 (Selepas majlis forum, Cikgu Azizah menjalankan sesi refleksi
                 bersama pelajar-pelajar)

Cikgu Azizah :   Terima kasih dan tahniah kepada semua pelajar yang telah
                 mengambil bahagian dengan jayanya.        Sekarang kita akan
                 membincangkan semula tentang isi forum tadi.
Ahmad        :   Apa yang hendak dibincangkan Cikgu?

Cikgu Azizah :   Bagaimana kamu akan membanding dan membezakan antara
                 penyakit AIDS dengan penyakit-penyakit lain seperti sifilis dan
                 denggi?

Jamal        :   Mula-mula kita perhatikan tanda-tanda awal penyakit tersebut,
                 Cikgu.

Bashah       :   Tanda-tanda sahaja tidak cukup Cikgu. Kita perlu juga kenal pasti
                 tanda-tanda yang sama dan berbeza di antara AIDS dengan
                 penyakit lain.

Cikgu Azizah :   Bagus, nampaknya kamu telah dapat membandingkan dan
                 membezakan.

Vellu        :   Bagaimanakah ASP Tan Bee Aun boleh meramalkan bahawa
                 bilangan pesakit AIDS boleh meningkat lagi?

Zainab       :   Cikgu, biar saya cuba jawab. Ramalan itu boleh dibuat daripada
                 analisis data yang dikumpul daripada rekod polis.

Zainal       :   Ada lagi cikgu. Ketika membuat ramalan, kita perlu menentukan
                 pola atau corak pada maklumat yang dikumpul.

Cikgu Azizah :   Betul pendapat kamu. Bagaimana pula analisis itu dibuat? Cuba
                 terangkan. Carolina!


                                       85
Carolina     :   Kita boleh menganalisis dengan cara mengolah data yang
                 dikumpul dan menghuraikannya kepada ciri yang lebih terperinci
                 seperti yang dibuat oleh ASP Tan Bee Aun.

Cikgu Azizah :   Bagus Carolina. Nampaknya kamu betul-betul menghayati forum
                 tadi.

Asmah        :   Tadi saya dengar Ustaz Wan Ahmad menyatakan kita perlu pandai
                 memilih rakan-rakan sebaya dalam pergaulan harian. Bagaimana
                 kita hendak memilih rakan sebaya yang sesuai cikgu?

Cikgu Azizah :   Senang saja Asmah, tadi ustaz Wan ada menyebut semasa kita
                 memilih rakan sebaya kita perlu mengenali latar belakang hidupnya
                 dan dengan siapa pula dia berkawan. Lihat juga akhlak mulia yang
                 ada padanya dan tingkah lakunya yang kurang baik.

Carolina     :   Kalau begitu cikgu, kita perlu menilai sama ada seseorang itu
                 berakhlak atau tidak.

Cikgu Azizah :   Baiklah pelajar, tadi kita telah dengar pendapat dari ahli panel dan
                 pendapat rakan kita tentang Hidup Bahagia Tanpa AIDS. Ahli panel
                 juga telah memaparkan pelbagai maklumat sebagai panduan yang
                 berguna kepada kita. Akhirnya dapatlah disimpulkan bahawa kita
                 perlu menjalani kehidupan yang harmoni, berakhlak mulia dan
                 menjauhkan diri kita daripada aktiviti yang boleh merosakkan diri
                 seperti penagihan dadah dan pergaulan bebas supaya diri kita
                 tidak dijangkiti AIDS.




                                       86
MATA PELAJARAN BAHASA

A. Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Kemahiran Berfikir Menilai.

Situasi:

Seorang murid tidak beratur semasa membeli makanan di kantin. Apakah pendapat
anda mengenai aksinya?

Langkah 1: Meneliti dan memahami kenyataan tersebut.

a)   Meminta murid membaca dan memahami soalan yang dikemukakan.
b)   Menyoal tentang erti perkataan tidak beratur.

     Jika terdapat murid menghadapi masalah dalam memahaminya, sila terangkan
     kepada mereka.

Langkah 2 : Menilai atau mengkaji data atau kenyataan yang diberi.

a)   Soal murid anda :

     Adakah perbuatan tersebut baik atau tidak? Mengapa?

b)   Tanya mereka tentang tempat-tempat lain murid harus beratur.

Langkah 3 : Buat satu keputusan atau memberi pendapat:

a)   Bantu para murid anda untuk membuat satu keputusan atau memberi pendapat
     dengan menggunakan struktur ayat seperti contoh yang berikut:

     Kami tidak boleh memotong barisan semasa kami ........................................
     atau
     Kami mesti beratur semasa kami ......................…...


Aktiviti

1.     Tanda ( / ) pada aktiviti yang anda suka lakukan. Beri sebab-sebab.

       a)   Membuat latihan Bahasa Melayu.          (      )
       b)   Membaca majalah.                        (      )
       c)   Memancing.                              (      )
       d)   Bersiar-siar.                           (      )




                                              87
2.        Tanda ( / ) pada aktiviti yang boleh membantu murid untuk maju dalam Bahasa
          Melayu. Beri sebab-sebab.
          a)    Selalu menonton televisyen.                          (     )
          b)    Selalu membaca buku Bahasa Melayu.                   (     )
          c)    Selalu membuat kerja rumah Bahasa Melayu .           (     )
          d)    Selalu bermain bola sepak.                           (     )

3.        Tulis sama ada setiap aktiviti yang disenaraikan di bawah ini baik atau buruk dan
          beri sebab-sebab.

          a)        Seorang murid telah membuang sampah ke dalam longkang.                                                  (         )
          b)        Seorang murid telah membantu seorang wanita tua untuk
                    menyeberangi jalan raya.                                                                                (         )
          c)        Para murid saling melawat pada hari-hari perayaan.                                                      (         )
          d)        Seorang murid menghabiskan masanya dengan merayau-rayau di
                    bandar.                                                                                                 (         )

4.        Apakah kebaikan dan keburukan menonton televisyen untuk jangka masa yang
          panjang?

5.        Satu kumpulan murid sentiasa keluar pada waktu malam. Apa pendapat anda?


B. Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Kemahiran Berfikir Membuat
   Keputusan

     Tajuk : ....................................................................................................................

     1.     Menjana pelbagai pilihan / alternatif.



      1. ....................................................     6. ............................................................
      2. ..................................................... 7. .............................................................
      3. ...................................................      8. .............................................................
      4. ..................................................... 9. .............................................................
      5. ....................................................     10. .............................................................




                                                                 88
2.   Mengkaji risiko bagi setiap pilihan.

No. Pilihan                                                              Risiko




3.   Tentukan kriteria tentang pilihan yang dibuat. ( 3 - 4 kriteria )
     Kriteria :

     ......................................................................................................................

4.   Membuat keputusan tentang pilihan yang terbaik berasaskan kriteria.

     Pilihan pertama : .......................................................................
     Pilihan kedua            : .......................................................................
     Pilihan ketiga           : .......................................................................

     Ali tinggal berseorangan di rumah. Ibu bapanya telah pergi melawat neneknya di
     Ipoh. Seorang yang tidak dikenali memberitahu Ali bahawa bapanya telah
     memesan bunga. Dia menyuruh Ali membuka pintu supaya dia dapat meletakkan
     bunga tersebut di dalam rumah. Apakah yang perlu dilakukan oleh Ali?


Langkah 1 : Meneliti dan memahami kenyataan.

a)   Minta murid untuk membaca dan memahami petikan dan soalan yang
     dikemukakan.

b)   Beritahu mereka bahawa dalam mengambil keputusan mereka perlu tahu langkah-
     langkah yang perlu diambil dan mengikutinya.

c)   Jelaskan langkah-langkah dengan tepat.

d)   Gunakan borang yang disediakan untuk mengembangkan kebolehan mereka.




                                                                89
Langkah 2 : Menjana pelbagai pilihan.
a)   Minta murid beritahu tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh Ali.
b)   Jawapan ini mesti dikemukakan oleh para murid dan bukannya guru.
c)   Jawapan boleh merangkumi membuka pintu, menelefon nenek atau lain.
d)   Jawapan perlu ditulis pada borang yang dipamerkan di papan hitam.

Langkah 3 : Meneliti risiko bagi setiap pilihan.

a)   Bagi setiap pilihan minta murid menulis risikonya.
b)   Jawapan perlu ditulis dalam borang yang dipamerkan di papan hitam.


Langkah 4 : Menentukan kriteria untuk memilih setiap pilihan.

a)   Jelaskan kepada murid tentang maksud kriteria dan beri beberapa contoh.

b)   Kriteria ini mungkin merupakan keselamatan untuk meyakinkan orang atau untuk
     menjadi kawan.

c)   Minta murid mencadangkan 3 atau 4 kriteria dan menyusun mengikut keutamaan.

d)   Setiap murid mungkin akan mempunyai kriteria dan penyusunan yang berbeza.
     Dalam keadaan ini yang perlu ditekankan adalah keselamatan.


Langkah 5 : Membuat keputusan tentang pemilihan yang terbaik berasaskan kriteria.

a)   Berasaskan kriteria yang mementingkan keselamatan, minta murid memilih pilihan
     pertama, kedua atau ketiga.

b)   Pada akhir pelajaran beritahu murid supaya mengambil langkah-langkah seperti
     tersebut apabila membuat sesuatu keputusan dan tidak membuat keputusan tanpa
     berfikir.




                                           90
MATA PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN

Tahun               :      6 Anggerik
Masa                :      1 jam
Topik 9             :      SUMBER NEGARA


Subtopik 9.4        :      Tanggungjawab Bersama dalam Pemeliharaan dan
                           Pemuliharaan.

Huraian             :      Kitar dan guna semula.
                           Kitar dan guna semula bahan-bahan buangan seperti kertas,
                           tin,kaca, besi dan plastik.

Objektif khusus     :      Pada akhir pelajaran murid boleh menyatakan kepentingan
                           mengitar semula bahan buangan.

Unsur Patriotisme   :      Menyedari bahan buangan masih berguna kepada
                           kehidupan kita.

Kemahiran Berfikir :       Menjanakan Idea

Bahan bantu         :      Penyusun grafik Peta Minda, pasu bunga yang diperbuat
Mengajar                   daripada botol yang telah dibuang, kertas dikitar semula
                           dan tabung duit yang diperbuat daripada tin minuman.

Langkah pengajaran:

Set Induksi

1. Guru menyoal murid secara lisan iaitu “Apakah akan terjadi jika semua pemandu
   lori yang mengangkut sampah mogok? ”. Jangkaan jawapan murid-murid antaranya
   ialah sampah bertambah banyak pencemaran udara, pembakaran sampah dan
   banyak lalat .


2. Guru menunjukkan kepada murid-murid pasu bunga yang diperbuat daripada botol
   yang telah dibuang, kertas yang dikitar semula dan tabung duit yang diperbuat
   daripada tin minuman sambil menyoal murid-murid iaitu “ Cuba lihat barang-barang
   ini, daripada apakah ia dibuat ? ”


                                          91
Jangkaan jawapan murid-murid ialah barang-barang tersebut diperbuat daripada
   bahan-bahan buangan.


3. Guru menerangkan tentang proses untuk menghasilkan barang yang boleh
   berfungsi semula atau berfungsi sebagai barang yang lain dengan menggunakan
   bahan-bahan buangan disebut sebagai proses pengitaran semula.


Langkah 1


1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan yang terdiri daripada 5 orang untuk
   sesi perbincangan. Setiap kumpulan diminta melantik seorang pencatat dan ketua.


2. Guru menetapkan tajuk perbincangan iaitu:
   ‘Kebaikan-kebaikan yang diperoleh melalui proses pengitaran semula’ .


Langkah 2


1. Guru meminta setiap ahli dalam kumpulan mengemukakan idea masing-masing dan
   meminta pencatat mencatatkan semua idea yang dikemukakan oleh ahli kumpulan
   walaupun idea dirasakan kurang tepat.


2. Guru meminta murid merenung kembali idea-idea yang dikemukakan dan
   menambah lagi idea yang boleh difikirkan.


3. Guru meminta murid-murid melihat semula idea-idea yang telah dicatatkan dan juga
   menilai idea-idea tersebut untuk disaring, digugur, dipinda atau diubah suai
   mengikut keperluan.




                                           92
Kemungkinan idea-idea yang dikemukakan oleh murid ialah seperti berikut:
     -      Penggunaan semula kertas-kertas lama
     -      Menjaga kebersihan persekitaran rumah
     -      Pemeliharaan hutan
     -      Mengurangkan pencemaran
     -      Menjimatkan kos
     -      Peluang pekerjaan
     -      Pemprosesan semula sebagai bahan makanan ternakan


Langkah 3

1.       Guru meminta setiap kumpulan menggunakan penyusun grafik peta minda
         untuk menghubung kaitkan idea-idea yang telah disumbangkan kepada kategori-
         kategori tertentu. Misalnya hasil daripada sumbang saran tadi murid-murid
         mengelompokkan semua idea dalam bentuk peta minda seperti rajah 11.1.

2.       Setelah selesai perbincangan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, guru
         meminta setiap ketua kumpulan membentangkan hasil sumbang saran dalam
         bentuk peta minda .


Langkah 4


1.        Guru meminta murid-murid kembali ke tempat duduk masing-masing dan murid-
          murid dikehendaki menulis sebuah karangan bertajuk ‘Kebaikan proses
          pengitaran semula’.




                                           93
Rajah 11.1 Peta minda kebaikan pengitaran semula

Penutup
Guru menutup sesi pengajaran dengan membuat kesimpulan bahawa pengitaran
semula bahan-bahan buangan adalah langkah yang bijak bagi memastikan bumi tidak
terus tercemar. Usaha-usaha pengitaran semula dapat menjamin agar sumber-sumber
asli dari perut bumi tidak kehabisan dalam jangka masa panjang.


                                         94
MATA PELAJARAN SEJARAH

Tingkatan        :        3

Topik            :        Perubahan Sistem Pendidikan di Tanah Melayu.

Kemahiran        :        Membandingkan dan Membezakan
Berfikir

Pengetahuan          a)   Pengetahuan tentang pendidikan semasa zaman British.
sedia ada
                     b)   Pengetahuan tentang Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu.
                          Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

Objektif             a)   Murid akan mengenal pasti persamaan dan           perbezaan
pelajaran                 laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

                     b)   Murid dapat menjelaskan tujuan kedua-dua laporan diadakan.

                     c)   Murid  akan    mengingati    semula   pelajaran     tentang
                          perkembangan pendidikan di Tanah Melayu.

Objektif             a)   Murid boleh membuat perbandingan yang berkesan
Kemahiran                 melalui proses berfikir yang kemas dan tersusun.
Berfikir
                     b)   Murid memikirkan langkah-langkah yang berkesan dan
                          menyedari bahawa langkah-langkah tersebut memberi manfaat
                          kepada mereka.

                     c)   Murid boleh membuat interpretasi yang tepat     berasaskan
                          pemikiran yang baik dan tersusun.

                     d)   Murid dapat menceritakan tentang langkah-langkah berfikir
                          yang telah diambil.


Langkah-Langkah Pengajaran

Pengenalan:

1.   Beri penerangan tentang objektif pelajaran iaitu kaitannya dengan kehidupan
     seharian
2.   Beri satu situasi yang murid perlu buat perbandingan contohnya,



                                           95
i.    kerja sendiri atau makan gaji
     ii.   belajar dalam negeri atau luar negeri.


3.   Murid diminta mengingati semula pelajaran mengenai
     i. Laporan Razak                       ii. Laporan Rahman Talib


4.   Murid memberi hujah-hujah bagi kedua-dua laporan dan isi penting ditulis
     atas papan hitam.


5.   Berikan ‘soalan/penyoalan’ di bawah kepada murid dan beri penerangan
     kepada mereka bahawa ia adalah bertujuan untuk membantu proses mereka
     berfikir.

                            Soalan/Penyoalan

           1.    Apakah persamaan antara dua laporan itu ?
           2.    Apakah perbezaan antara dua laporan itu ?
           3.    Nyatakan persamaan dan perbezaan yang signifikan.
           4.    Apakah aspek yang dapat diperlihatkan pada persamaan
                 dan perbezaan yang signifikan itu ?
           5.    Apakah rumusan yang boleh dibuat daripada persamaan dan
                 perbezaan yang signifikan itu ?


6.   Berikan ‘penyusun grafik’ seperti berikut untuk digunakan oleh murid. Murid
     berbincang secara kumpulan untuk mendapatkan maklumatnya.


7.   Berikan masa untuk murid berbincang hujah-hujah yang diperlukan.


8.   Secara kaedah kelas guru meminta murid-murid membentang dapatan
     mereka.
9.   Beri masa untuk murid berbincang hujah-hujah yang diperlukan ( 10 atau 15 minit )



                                       96
Penyusun Grafik
                         Membuat Perbandingan Antara
                   Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib



                              PERSAMAAN

    Untuk mewujudkan perpaduan antara semua kaum di Tanah Melayu.

    Berhasrat semua sekolah di negara ini akan mempunyai imej Tanah Melayu.

    Untuk memantapkan sistem pendidikan di Tanah Melayu.

    Untuk memenuhi kemahuan dan hasrat seluruh rakyat negara ini.

    Kedua-dua pengerusi jawatankuasa adalah Menteri Pelajaran pada masa itu.


                               PERBEZAAN

           1956                   Tahun/ Masa                  1960

      Dua belas tahun                Umur                Lima belas tahun
                                 Persekolahan
     Sekolah Umum dan                                 Sekolah Kebangsaan dan
    Sekolah Jenis Umum                               Sekolah Jenis Kebangsaan
                                 Jenis Sekolah
   Rasa tidak puas hati di                           Diterima oleh kebanyakan
 kalangan guru-guru Melayu        Penerimaan            rakyat Tanah Melayu
    dan orang-orang Cina          Masyarakat


                Pola Persamaan dan Perbezaan yang disignifikan:
Kedua-dua laporan bertujuan untuk memupuk perpaduan manakala tempoh/umur
persekolahan, jenis sekolah dan penerimaan masyarakat merupakan perbezaan
utama.


                          Rumusan dan Interpretasi:
Untuk perpaduan, dasar pendidikan yang sesuai dan diterima oleh rakyat perlu
diadakan. Rakyat Tanah Melayu bertuah kerana semua kaum diberi layanan yang adil
dalam soal pendidikan.
                                        97
Pelajaran l l



1.   Ulang secara ringkas hujah-hujah persamaan dan perbezaan yang telah

     dinyatakan dalam pelajaran I.

2.   Secara kelas dapatkan juga perkara-perkara signifikan antara persamaan dan

     perbezaan itu.

3.   Secara kelas juga dapatkan rumusan-rumusan yang telah dibuat oleh murid-murid.

4.   Sesi berikut adalah sesi metakognisi yang memerlukan murid menjawab soalan-

     soalan seperti :

     a)   Cuba kamu fikirkan tentang langkah-langkah yang kamu telah ambil untuk

          mendapatkan persamaan dan perbezaan.

     b)   Cuba kamu fikirkan adakah langkah-langkah itu kemas dan membantu kamu.

5.   Bagi bahagian akhir pelajaran ini, cuba kemahiran berfikir yang melibatkan murid-

     murid membuat perbandingan dalam situasi lain seperti :

     a)   Bandingkan Laporan Razak dengan Laporan Rahman Talib.

     b)   Bandingkan kehidupan tinggal di bandar dan di kampung.




                                          98
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI


Mata Pelajaran        :      Pendidikan Seni Visual
Tahap                 :      2 (4 Bestari)
Masa                  :      2 jam ( 4 waktu X 30 minit)
Bidang                :      Membuat Corak dan Rekaan
Tajuk                 :      Membuat kad ucapan media batik
Objektif              :


Pada akhir pembelajaran murid dapat
   1.      meningkatkan pengetahuan tentang konsep resis atau halangan yang
           digunakan untuk membuat corak,
   2.      menghasilkan rekaan corak menggunakan teknik resis dan menghasilkan
           produk lain dengan hasil awal,
   3.      memadankan warna yang sesuai dalam rekaan corak, dan
   4.      memberi ulasan tentang produk yang dihasilkan.


Pengetahuan Sedia Ada:
   1.      Murid pernah melukis dan mewarna
   2.      Murid pernah melihat corak dan warna pada kain batik


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:
(sila rujuk kepada jadual di bawah)




                                             99
Perkara          Butiran Kegiatan             Fokus Pembelajaran          Catatan/
                                                                          Ilustrasi
Set Induksi Guru memperdengarkan        Murid menghayati dan           Mengimbas
           lagu yang mempunyai lirik    memahamkan lagu.               kembali seni
           berkaitan batik kepada       Mencirikan beberapa            kata lagu
           murid. Murid diminta         perkataan yang berkait
           memberikan makna kepada      dengan kain batik
           beberapa perkataan dalam
           lirik lagu tersebut. Murid
           diminta menyebut semula
           beberapa perkataan yang
           didengari mereka.


            Berbincang mengenai         Mengumpul dan                  Menyenarai isi
            objek pilihan, teknik warna mengelaskan isi                perbincangan
            dan bersoal jawab dengan perbincangan berdasarkan
            murid tentang pengalaman beberapa kriteria
            mereka mengenai batik.
Perkem-    1. Memperkenalkan               Murid mengetahui konsep
bangan        konsep resis dan               resis
              aplikasi dalam               Mengaplikasikan kesan
              menggambar                     aktiviti
           2. Melukis motif mudah          Meningkatkan kemahiran
              dengan pensel                  melukis dan mewarna
              berdasarkan tema             mempelajari kemahiran
           3. Melukis corak                  mencanting
              berdasarkan motif yang       Menghalusi kerja
              telah digubah
           4. Mencanting
              menggunakan lilin
              panas atas corak yang
              dilukis




                                         100
5. Mewarna hasil
               cantingan dengan warna
               sejuk atau panas
               menggunakan kaedah
               ‘wet on wet’
            6. Seterika catan yang
               dialas surat khabar bagi
               menanggalkan lilin
            7. Menggubah hasil
               rekaan corak menjadi
               kad Ulang Tahun
               Kelahiran Ibu.




Kemuncak Sesi apresiasi hasil kerja:      Refleksi/metakognisi
               •   Penerangan hasil
               •   Peragaan hasil




Penutup      Membuat rumusan              Pengukuhan
             berkaitan kegiatan.          pembelajaran




                                          101
Cadangan Bacaan Lanjutan

1.    Beyer, B.K. (1991) Developing a Thinking Skills Program. Allyn and Bacon,
      Boston.
2.    Beyer, B.K. (1997) Improving Student Thinking. Allyn and Bacon, Boston.
3.    Ennis, R. H. (1989) Critical Thinking and Subject Specificity: Clarification and
      Needed Research. Educational Researcher, 18 (3), 5-6.
4.    Joice, B., Well, M., Showers, B. (1992) Models of Teaching. Allyn and Bacon,
      Boston.
5.    Klopfer, L.E. (1971) Evaluation of Learning in Science. In B.S. Bloom, J.T.
      Hasting, and G.F. Madaus (eds), Handbook on Formative and Summative
      Evaluation of Student Learning, 559-642. McGraw Hill, New York.
6.    Langer, E.J. (1997) The Power of Mindful Learning. Addison-Wesley Co. Inc.,
      New York.
7.    Langer, E.J. (1969) Mindfulness. Wesley Co. Inc., New York.
8.    Pusat Perkembangan Kurikulum (1999) Penerapan Kemahiran Berfikir dan
      Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Pusat
      Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
9.    Resnick, L.B., Klopfer, L.E. (1989) Towards the Thinking Curriculum: Current
      Cognitive Research. Association for Supervision and Curriculum Development,
      Alexandria VA.
10.   Resnick, L. (1987) Education and Learning to Think . National Academy Press,
      Washington, DC.
11.   Tanner, D., Tanner, L.N. (1975) Curriculum Development: Theory into Practice.
      Macmillan, New York.




                                          102
AHLI PANEL

Penasihat    Sharifah Maimunah Syed. Zin (Ph.D)
             Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum

Penasihat    Rohani Abdul Hamid (Ph.D)
Editorial    Timbalan Pengarah , Pusat Perkembangan Kurikulum

Editor       Ahmad Hozi H.A.Rahman
             Ketua Penolong Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum

Penolong     Zaidi Yazid
Editor

Penulis      Ahmad Hozi H.A.Rahman
             Dayangku Fadariah Mat Desa
             Rusnani Sirin
             Mayandi Sinappan
             Mat Desa Mat Rodzi
             Salbiah Mohd Som
             Zaidi Yazid

Rekabentuk   Abd Wahab Ibrahim
Kulit

Jurutaip     Aidiah Mohd. Rashid




                                 103
SENARAI NAMA MODUL DAN BUKU PENERANGAN AM


Modul dan buku penerangan am yang dihasilkan oleh PPK:

   •   Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

   •   Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran
       dan Pembelajaran

   •   Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)

   •   Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan

   •   Pembelajaran Secara Konstruktivisme

   •   Pembelajaran Secara Kontekstual

   •   Pembelajaran Akses Kendiri

   •   Pembelajaran Masteri

   •   Belajar Cara Belajar

   •   Falsafah Pendidikan Kebangsaan
       Matlamat dan Misi, Kementerian Pendidikan Malaysia

   •   Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah

   •   Penilaian Kendalian Sekolah

Kbkk

  • 1.
    .HPDKLLUDQ .H P D K U D Q %HUIILLNLLU %H U N U GDODP 3HQJDMDUDQGDQ 3HPEHODMDUDQ
  • 2.
    .HPDKLUDQ % H U IL N L U GDODP 3HQJDMDUDQGDQ 3HPEHODMDUDQ JU@ Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Persiaran Duta 50604 Kuala Lumpur APRIL 2002
  • 3.
    Cetakan Pertama 2001 ©Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Persiaran Duta off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran / Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bibliografi: ms. 85 ISBN 983-222340-28-4 1. Creative thinking-Study and teaching. 2. Critical thinking- Study and teaching. 3. Cognitive learning. I. Judul. 370.152
  • 4.
    KATA PENGANTAR Pelaksanaan kurikulum sekolah yang disemak semula memberi penekanan atas strategi pembelajaran yang berkesan sesuai dengan kehendak pendidikan masa kini dan masa depan. Sebagai usaha untuk membantu guru memahami dan mengamalkan strategi tersebut, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menghasilkan pelbagai bahan sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan pembelajaran dan buku penerangan am tentang pengurusan dan pelaksanaan kurikulum. Modul pengajaran dan pembelajaran boleh membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di samping mewujudkan suasana bilik darjah yang menggembirakan. Buku penerangan am bertujuan untuk menjadi panduan kepada pengurus dan pelaksana kurikulum dalam usaha mereka untuk melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan. Pusat Perkembangan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan penyediaan modul-modul serta buku penerangan am ini. Semoga bahan sokongan berkenaan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat. Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
  • 5.
    KANDUNGAN HALAMAN UNIT 1 Pengenalan 1 UNIT 2 Apakah Berfikir ? 2 UNIT 3 Kemahiran Berfikir Kritis 5 UNIT 4 Kemahiran Berfikir Kreatif 18 UNIT 5 Strategi Berfikir 28 UNIT 6 Kemahiran Menaakul 37 UNIT 7 Alat Berfikir 41 UNIT 8 Petunjuk Kemahiran Berfikir 46 UNIT 9 Metakognisi 53 UNIT 10 Strategi Penerapan Kemahiran Berfikir 56 Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran UNIT 11 Pengoperasian Kemahiran Berfikir 60 Mata Pelajaran Sains 60 Mata Pelajaran Bahasa 87 Mata Pelajaran Kajian Tempatan 91 Mata Pelajaran Sejarah 95 Mata Pelajaran Pendidikan Seni 99 BACAAN LANJUTAN 102
  • 6.
    UNIT 1 PENGENALAN Kemahiran berfikir (KB) telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran dan dikenali sebagai kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK). Beberapa dokumen khusus bagi memantapkan pelaksanaan KB telah dihasilkan untuk beberapa mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni, dan Kajian Tempatan. Namun pelaksanaan ini masih belum mantap dan kurang diberi penekanan (JNSP, 1998). Pendedahan yang berterusan dan sistematik diperlukan agar guru dapat memperluas pelaksanaan KB dalam pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran. Penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi. Dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang disemak semula, KB adalah antara unsur utama yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersurat. MATLAMAT Modul ini bertujuan memberikan pemahaman dan panduan tentang kemahiran berfikir dan pengoperasiannya agar guru dapat menerapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi semua mata pelajaran. OBJEKTIF Selepas mengikuti modul ini pendidik: 1) memahami maksud dan konsep kemahiran berfikir; 2) menguasai teknik penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran; 3) mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran; 4) menyebarkan konsep dan aplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran kepada guru lain; dan 5) membina semangat untuk mendalami aplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran dan dalam kehidupan harian. 1
  • 7.
    UNIT 2 APAKAH BERFIKIR? %HUILNLU ... melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. (Mayer, 1977) … merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. (Fraenkel, 1980) … ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan . (Beyer, 1991) Berdasarkan kepada beberapa pengertian di atas, kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. PROSES BERFIKIR Pada kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuatu perkara misalnya suatu objek, anda secara automatik akan mula menyoal diri sendiri? Soalan-soalan yang anda mungkin bertanya ialah :- 1. Apakah objek itu? 2. Apakah kegunaannya? 3. Bagaimanakah menggunakannya? 4. Adakah ia memberi manfaat? Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda sedang dalam proses berfikir. Untuk mencari jawapan, anda menggunakan aspek yang berikut: Pengetahuan (apa yang anda tahu tentang objek itu) Kemahiran (menyoal diri sendiri tentang objek itu) Sikap atau nilai (keinginan untuk mengetahui tentang objek itu) 2
  • 8.
    Oleh yang demikianproses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif dan sikap atau nilai seperti dalam Rajah 2.1. Rajah 2.1 Proses Berfikir MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam membantu kita membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Perkaitan antara kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, kemahiran berfikir menaakul dan strategi berfikir adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2. 3
  • 9.
    Rajah 2.1 ModelKemahiran Berfikir KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF KRITIS • Menjanakan idea MENAAKUL • Mencirikan • Menghubung kaitkan • Logik • Membandingkan dan • Membuat inferens • Rasional membezakan • Meramalkan • Mengumpul dan • Membuat hipotesis mengelaskan • Mensintesiskan • Membuat urutan • Mengitlak • Menyusun mengikut • Membuat gambaran mental keutamaan • Menganalogikan • Menganalisis • Mereka cipta • Mengesan kecondongan • Menilai • Membuat kesimpulan STRATEGI BERFIKIR Mengkonsepsikan Menyelesaikan masalah Membuat keputusan KB dalam model ini telah disusun mengikut hierarki daripada kemahiran asas kepada kemahiran yang lebih kompleks. Dalam pengajaran dan pembelajaran, KB perlu diperkenalkan mengikut urutan. Murid perlu mempelajari dan menguasai KB yang asas sebelum mempelajari KB yang lebih kompleks. Sekiranya dalam pengajaran dan pembelajaran, KB yang akan dipelajari adalah membuat urutan, murid seharusnya telah mempelajari dan menguasai kemahiran yang sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan, membanding dan membeza, serta mengumpul dan mengelas. 4
  • 10.
    UNIT 3 KEMAHIRANBERFIKIR KRITIS Berikut ialah penjelasan dan contoh setiap kemahiran berfikir kritis. 1. Mencirikan Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek. Kemahiran ini digunakan untuk: a) Mendefinisikan konsep atau item. b) Mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa. Langkah Penggunaan: a) Tumpukan perhatian kepada item atau konsep secara menyeluruh. b) Kenal pasti ciri. Contoh : Lihat gambar yang diberikan dalam Rajah 3.1. Tuliskan cirri-ciri yang terdapat pada haiwan tersebut. Rajah 3.1 Gambar seekor haiwan Kita boleh gunakan rajah pancaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2 untuk membantu kita mencirikan. 5
  • 11.
    EHUPLVDL Bermisai Bermisai EHUHNRU Berekor +DLZDQ Haiwan EHUNDNL Berbulu HPSDW EHUEXOX Berkaki empat Rajah 3.2 Rajah pancaran ciri haiwan a) Lukiskan satu bulatan. b) Tuliskan tajuk bagi konsep atau item dalam bulatan. c) Lukiskan satu garisan yang memancar keluar daripada bulatan. d) Tuliskan satu ciri yang ada pada konsep atau item pada hujung garisan. e) Ulangi dengan melukis garisan lain untuk ciri yang lain. 2. Membandingkan dan Membezakan Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Kemahiran ini digunakan apabila : a) Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan. b) Membuat pilihan atau keputusan. Langkah penggunaan: a) Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa objek. b) Kenal pasti satu daripada ciri objek itu. c) Tentukan sama ada objek yang lain mempunyai ciri yang sama. d) Nyatakan ciri itu sama atau berbeza. 6
  • 12.
    Contoh : Perhatikan duahelai daun dalam Rajah 3.3 yang diambil dari pohon yang berlainan. Cari persamaan dan perbezaan antara dua helai daun ini. Daun /,:3 A /,:3 B Daun Rajah 3.3 Gambar daun Kita boleh gunakan rajah Venn seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.4 untuk membandingkan dan membezakan. kasar kesat keras hijau lembut licin leper panjang Rajah 3.4 Rajah Venn perbandingan dan perbezaan ciri daun a) Lukis dua bulatan yang bertindih. b) Rekodkan ciri daun A dalam bulatan A c) Rekodkan ciri daun B dalam bulatan B. d) Jika ciri daun A sama dengan daun B, rekod ciri dalam kawasan bertindih antara dua bulatan. 7
  • 13.
    3. Mengumpulkan danMengelaskan Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing- masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Kemahiran ini digunakan apabila terdapat : a) Banyak item atau maklumat. b) Item atau maklumat yang tidak tersusun. Langkah penggunaan: a) Kenal pasti ciri umum sekumpulan item. b) Beri nama kepada kumpulan item itu. c) Kenal pasti ciri lain. d) Masukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil. e) Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu kumpulan. Contoh : Diberikan item-item yang berikut: gelas, bata, kerusi, songkok, pukat, cawan porselin, baju hujan, pen dan pensil. Kita boleh gunakan carta organisasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.5 untuk mengelas item-item tersebut. a) Tuliskan nama kepada sekumpulan item di bahagian paling atas. b) Bahagikan item-item tersebut kepada kumpulan yang lebih kecil. Namakan kumpulan-kumpulan ini. c) Bahagikan lagi item-item tersebut kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil lagi. 8
  • 14.
    Rajah 3.5 Cartaorganisasi pengelasan item Rajah 3.5 Carta organisasi pengelasan item 4. Membuat Urutan Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan. Kemahiran ini digunakan untuk menyusun item atau maklumat supaya: 1. Mudah difahami. 2. Item tertentu mudah dikesan. Langkah penggunaan: a) Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut saiz, nilai, abjad, kronologi, corak atau masa. b) Ambil satu item sebagai asas. c) Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan jenis susunan yang ditentukan. d) Semak semula susunan. 9
  • 15.
    Contoh : Yang berikutialah satu senarai kerja untuk membuat teh tarik. Binakan satu rentetan kerja yang munasabah daripada senarai ini. Pasang api dapur, isi air dalam cerek, letak cerek di atas dapur, selepas mendidih padamkan api, masukkan teh dalam penapis, masuk air dalam kole, masukkan penapis dalam koleh berisi air, masuk susu dalam koleh, kacau ramuan dalam kolah, tarik............ Kita boleh menggunakan rantai urutan seperti contoh yang ditunjukkan dalam Rajah 3.6 untuk menyusun langkah-langkah kerja bagi menyediakan teh tarik supaya menjadi satu urutan yang logik. a) Imbas kembali semua langkah. b) Pilih satu langkah sebagai permulaan. c) Imbas kembali langkah yang seterusnya. d) Pilih satu langkah yang lain. e) Bandingkan langkah yang dipilih dengan langkah pertama. f) Letakkan langkah itu di hadapan jika langkah itu lebih awal atau di belakang jika ia langkah yang terkemudian. g) Ulangi aktiviti di atas sehingga semua langkah telah disusun. Isikan air Letak Pasang Selepas Masukkan ke dalam cerek api mendidih teh ke cerek di atas dapur padamkan dalam dapur api penapis Tarik… Kacau Masukkan Masukkan Masukkan ramuan susu penapis air ke Dalam ke dalam dalam kole kole.. kole Rajah 3.6 Rantai urutan menyediakan teh tarik 5. Menyusun Mengikut Keutamaan Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan. 10
  • 16.
    Kemahiran ini digunakanuntuk: a) Menonjolkan perkara yang mustahak. b) Menentukan tindakan yang perlu dibuat dahulu. Langkah penggunaan: a) Tentukan matlamat anda. b) Ambil satu item sebagai asas. c) Ambil item yang lain dan bandingkan dengan item asas sama ada lebih dekat atau lebih jauh kepada matlamat. d) Jika lebih dekat kepada matlamat letakkan di atas item asas, jika tidak letakkan di bawah. e) Ulangi langkah di atas bagi item yang lain, satu demi satu. Contoh : Anda diberikan senarai beberapa item: cerek, seterika, radio, perakam video, lampu berpendafluor dan televisyen. Susun item tersebut mengikut keutamaan penggunaan alat elektrik di rumah anda dan terangkan mengapa . Kita boleh gunakan tangga hierarki seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.7 untuk menyusun item mengikut keutamaan. a) Lukiskan beberapa anak tangga. b) Tuliskan item yang paling penting pada anak tangga paling atas c) Tuliskan item lain yang kurang penting pada anak tangga di bawahnya. d) Ulangi sehingga item yang paling tidak penting pada anak tangga yang paling bawah. Lampu berpendaflour Televisyen Perakam video Radio Seterika Cerek Rajah 3.7 Tangga hierarki keutamaan penggunaan alat elektrik 11
  • 17.
    6. Menganalisis Mengolah maklumatdengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir. Langkah penggunaan: a) Tentukan pendapat atau kenyataan. b) Cari andaian yang tersirat, huraikannya kepada ciri yang lebih terperinci. c) Renung semula pendapat atau andaian. d) Buat pernyataan yang telah diperbaiki dengan sokongan fakta. Contoh : Buat analisis bagi kenyataan yang berikut: Televisyen adalah penting kepada kehidupan. Untuk menganalisis kita perlu: a) Menentukan pendapat atau kenyataan: Televisyen adalah penting kepada kehidupan. b) Huraikan andaian yang tersirat penting kepada kehidupan dari segi televisyen: i. Menyampaikan maklumat. ii. Berunsurkan pendidikan. iii. Boleh mengisi masa lapang. iv. Memberi hiburan. c) Membuat kenyataan yang telah diperbaiki : Televisyen adalah penting kepada kehidupan kerana televisyen dapat menyampaikan maklumat umum yang berunsurkan pendidikan, boleh mengisi masa lapang dan memberi hiburan . 7. Mengesan Kecondongan Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada sesuatu atau menentang sesuatu. 12
  • 18.
    Kemahiran ini digunakanapabila : a. terdapat sesuatu pernyataan yang cuba mempengaruhi keputusan atau pendapat seseorang, b. menimbangkan ketepatan sesuatu sumber maklumat atau pernyataan, atau c. mengenal pasti kecondongan pandangan seseorang. Langkah penggunaan: a) Nyatakan matlamat. b) Kenal pasti jenis petunjuk kecondongan. i. Kenyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat. ii. Pengitlakan yang keterlaluan. iii. Soalan retorik (soalan yang bersifat mempengaruhi atau memukau dan bermuslihat). iv. Persembahan atau penyampaian yang berat sebelah. v. Menyatakan pendapat sebagai fakta. c) Analisis maklumat secara terperinci untuk mendapatkan petunjuk. d) Padankan pernyataan yang berunsur kecondongan dalam petikan dengan jenis petunjuk. e) Buat penilaian sejauh manakah kecondongan berlaku. Prasyarat: Pengetahuan tentang: a) Petunjuk atau kriteria kepada kecondongan. b) Isi kandungan pernyataan yang dianalisis. Contoh: Anda dikehendaki mengesan kecondongan dalam petikan iklan dalam Rajah 3.8. Kami ada cara… Cetusan! Inilah penawar yang dinanti-nantikan oleh anda sekalian. Anda pasti telah mencuba pelbagai penawar untuk mengurangkan berat badan tetapi kurang atau tidak berkesan langsung, atau kelebihan berat badan datang semula selepas berhenti memakan ubat berkenaan. Nah!, anda sekarang berpeluang mencuba Cetusan. Sejenis ramuan herba asli yang boleh mengurangkan berat badan anda, tanpa perlu berlapar atau melakukan senaman. Anda tidak perlu risau kalau-kalau berat badan datang semula selepas berhenti memakan Cetusan. Kajian telah membuktikannya. Ikut sahaja panduan kami dan jadilah ahli Kelab Cetusan untuk badan yang langsing sepanjang hayat. Belum cuba belum tahu, sudah cuba hendak selalu. Rajah 3.8 Petikan iklan 13
  • 19.
    Untuk mengesan kecondongan,langkah dalam Jadual 3.2 diikuti. Langkah Penerangan 1. Nyatakan matlamat Mengesan sama ada petikan iklan di atas mempunyai unsur kecondongan 2. Kenalpasti petunjuk 1. Pernyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat kecondongan 2. Pengitlakan yang keterlaluan 3. Soalan retorik( bersifat mempengaruhi) 4. Penyampaian yang berat sebelah 5. Menyatakan pendapat sebagai fakta Membaca petikan iklan untuk mengesan pernyataan yang 3. Analisis maklumat berunsur kecondongan. 4. Padankan pernyataan Pernyataan Berunsur yang berunsur Kecondongan Dalam Jenis-Jenis Petunjuk kecondongan dalam Petikan Iklan petikan dengan jenis petunjuk Mengambil cetusan boleh Pengiklanan yang keterlaluan mengurangkan berat badan Tanpa berlapar dan Keterlaluan “menyatakan melakukan senaman pendapat sebagai fakta” Mengambil cetusan Pernyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat Boleh Pengiklanan yang keterlaluan Mengurangkan berat badan Persembahan atau penyampaian yang berat sebelah Tanpa berlapar Tanpa senaman 5. Nilai sejauh mana Setelah menilai, hampir seluruh petikan iklan itu kecondongan mempunyai unsur kecondongan terutama sekali jenis tersebut kecondongan menyatakan pendapat sebagai fakta. Jadual 3.2 Langkah mengesan kecondongan petikan iklan 8. Menilai Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah. 14
  • 20.
    Kemahiran ini digunakanuntuk membuat keputusan bagi: a) Memilih sesuatu. b) Menerima atau menolak sesuatu idea. Langkah penggunaan: a) Perhatikan idea atau pilihan. b) Senaraikan ciri positif (kebaikan). c) Senaraikan ciri negatif (kelemahan). d) Beri wajaran kepada setiap ciri. e) Bandingkan wajaran secara keseluruhan. Contoh: Anak anda meminta supaya dihantar ke kelas bimbingan (tuition) bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Adakah anda akan menerima atau menolak permintaan tersebut? Kita boleh menggunakan Carta T untuk membantu kita menilai dan seterusnya membuat keputusan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3. Positif Wajaran (+) Negatif Wajaran (-) Pencapaian BI penting (1) Kos tuisyen Kepentingan BI Waktu Pergaulan Pergaulan bebas Masa lapang dipenuhi Penghantaran Memudahkan buat rujukan Mengurangkan pergantungan kepada ibu bapa Jumlah wajaran (+) Jumlah wajaran (-) Jadual 3.3 Ciri-ciri positif dan negatif kelas bimbingan Bahasa Inggeris 9. Membuat Kesimpulan Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan. 15
  • 21.
    Langkah penggunaan: a) Kumpulkanmaklumat (misalnya daripada eksperimen atau kajian). b) Susun semula maklumat dalam urutan yang logik. c) Analisis maklumat dan buat gambaran mental untuk mendapatkan sesuatu corak perhubungan. d) Buat pernyataan kesimpulan dengan sokongan bukti yang ada. Contoh: Ahmad telah menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji gerak balas tumbuhan terhadap cahaya. Dia telah menyediakan dua buah kotak besar yang masing-masing mempunyai satu lubang kecil di dindingnya. Dalam kedua-dua kotak ini diletakkan anak-anak benih kacang. Kotak yang pertama diletakkan di luar bilik darjah. Kotak yang kedua diletak dalam almari. Pemerhatian dibuat selepas beberapa hari. Rajah 3.9 menunjukkan keadaan sebenar selepas beberapa hari. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada pemerhatian ini? Untuk membuat kesimpulan kita perlu: a) Susun maklumat dalam urutan yang logik : Setiap kali pemerhatian dibuat didapati batang dan pucuk tumbuhan bertumbuh semakin dekat dengan lubang kotak . b) Menganalisis maklumat dan mendapatkan corak perhubungan : Cahaya masuk melalui lubang kotak tersebut, batang dan pucuk tumbuhan tumbuh ke arah sumber cahaya. c) Membuat pernyataan kesimpulan : Anak benih kacang tumbuh ke arah sumber cahaya. 16
  • 22.
    'L OXDU ELOLN luar Di GDUMDK bilik darjah +DUL 3HUWDPD +DUL .HHPSDW +DUL .HODSDQ 'L GDODP DOPDULdalam Di WHUWXWXS bilik darjah Rajah 3.9 Eksperimen gerak balas anak benih terhadap cahaya 17
  • 23.
    UNIT 4 KEMAHIRANBERFIKIR KREATIF Unit ini memberi penjelasan dan contoh setiap kemahiran berfikir kreatif. 1. Menjanakan Idea Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini digunakan apabila: a) Mencari idea baru. b) Mencari alternatif. Langkah penggunaan: a) Tetapkan tajuk perbincangan. b) Senaraikan semua idea yang dikemukakan. c) Renung kembali idea yang dikemukakan. d) Tambah lagi idea yang boleh difikirkan. e) Hubung kaitkan idea-idea yang telah disumbangkan. Contoh : Di sekolah anda terdapat banyak bahan buangan pepejal. Anda dikehendaki menguruskan bahan buangan ini secara sistematik dan berfaedah. a) Tetapkan tajuk perbincangan : Cara menguruskan bahan buangan di sekolah secara sistematik dan berfaedah. b) Senarakan semua idea yang dikemukakan tanpa menilai atau menolak : i. Menjual ii. Mengumpul mengikut kelas iii. Guna semula iv. Bakar v. Kambus vi. Kitar semula 18
  • 24.
    vii. Murid bawabalik ke rumah viii. Bakar untuk guna semula ix. Bawa masuk haiwan untuk makan sisa makanan c) Imbas kembali idea yang telah dikemukakan. Setelah semua idea dicatatkan, idea- idea itu bolehlah dinilai, disaring, diubahsuai atau digugurkan mengikut keperluan. d) Tambah idea lain dan hubung kaitkan idea-idea yang disumbangkan. 2. Membuat Inferens Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila : a) Hendak merancang langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan. b) Menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan. Langkah penggunaan: a) Perhatikan suatu situasi atau keadaan. b) Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi. c) Beri alasan mengapa anda menyatakan demikian. d) Semak alasan samada alasan itu berasaskan pendapat atau pemerhatian daripada situasi. Jika alasan itu berasaskan pendapat atau pandangan, berikan alasan. Contoh : Seorang jejaka dan seorang wanita yang memakai baju berwarna yang sama kelihatan sedang berjalan seiringan . Di suatu persimpangan jalan mereka berpisah menuju ke arah yang berlainan. Apakah inferens boleh dibuat mengenai situasi tersebut? Untuk membuat inferens kita perlu : a) Buat pemerhatian : Dua orang, seorang lelaki dan seorang perempuan memakai baju dengan warna sama dan berjalan seiring. Di satu persimpangan mereka berpisah. b) Beri alasan : Berpisah di persimpangan jalan. 19
  • 25.
    c) Inferens :Walaupun mereka memakai baju berwarna sama dan berjalan seiringan tetapi ini tidak membawa sebarang makna atau prasangka. 3. Menghubung kaitkan Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat hipotesis, membuat kesimpulan dan mengitlak. Langkah penggunaan: a) Kenal pasti masalah. b) Buat analisis tentang keadaan. c) Kenal pasti aspek yang boleh dihubung kaitkan d) Buat pernyataan tentang perkaitan. Contoh : Satu projek perumahan sedang dijalankan berhampiran Kg. Sentosa. Kg. Sentosa merupakan sebuah kampung tersusun. Penduduk Kampung mula bersungut sebab sungai yang terdapat di situ tidak lagi boleh digunakan seperti dulu. Di samping itu keadaan persekitaran tidak lagi senyaman dahulu. Ini mungkin disebabkan banyak pokok-pokok telah ditebang. Apabila hujan turun, kampung mereka dilanda banjir dan ini menimbulkan kesulitan. Kenapa banjir berlaku ? Kita boleh gunakan Pohon Fikiran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1 untuk menghubung kait. a) Kenal pasti masalah. b) Tuliskan masalah di bawah sekali. c) Kenal pasti kemungkinan sebab. d) Tuliskan inferens sebab mengikut urutan. e) Ulangi untuk sebab-sebab yang lain. 20
  • 26.
    A ir su ng ai tidak S u ng ai m en jad i H ak is an tan ah m eng alir den gan laju c etek b erlak u P ec em aran P enyerapan tan ah S u ng ai kuran g baik S is tem p erparitan P okok k uran g baik d iteb ang P em b ang un an P es at % D Q MLU Rajah 4.1 Pohon Fikiran. 4. Meramal Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Kemahiran ini digunakan untuk menjuruskan, merancang dan mempertimbangkan pilihan. Langkah penggunaan : a) Perhati atau kumpul maklumat. b) Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat. c) Buat jangkaan yang paling sesuai. Contoh : Ramalkan apakah yang akan berlaku di Kuala Lumpur sekiranya semua Jabatan Kerajaan berpindah ke Putra Jaya. a) Kumpulkan maklumat i. Semakin hari semakin sesak di jalan raya ii. Manusia semakin ramai setiap hari 21
  • 27.
    iii. Pembangunan diKuala Lumpur semakin pesat iv. Kadar kemalangan meningkat v. Bilangan pelancong bertambah b) Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat : Keadaan di Kuala Lumpur senantiasa sibuk dan berkembang c) Buat jangkaan yang paling sesuai : Pada peringkat awal keadaan di Kuala Lumpur akan menjadi sunyi dan kurang sibuk dalam tempoh masa tertentu dan akan kembali sibuk seperti keadaan asal. 5. Membuat Hipotesis Membuat pernyataan umum yang menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya. Kemahiran ini digunakan pada peringkat awal apabila hendak menjalankan sesuatu eksperimen, kajian atau penyelidikan. Langkah penggunaan : a) Perhatikan suatu situasi atau keadaan. b) Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi. c) Berikan satu jawapan yang rasional sebagai hipotesis. d) Semak semula sama ada hipotesis tersebut boleh diuji. Contoh : Dalam sebuah ladang ternakan lembu, terdapat kawasan rumput yang mencukupi dan sebuah bangsal untuk lembu berteduh. Didapati hasil pengeluaran susu dari ladang ternakan ini pada hari biasa secara purata ialah 1.5 liter, manakala pada hari hujan hasilnya ialah 20 liter. Bina hipotesis berdasarkan fakta ini. Untuk membuat hipotesis kita perlu : a) Situasi : pengeluaran susu pada hari hujan lebih banyak daripada hari biasa . b) Beri hipotesis yang mungkin (kenyataan awal): 22
  • 28.
    i. Pada hari hujan, lembu makan makanan yang disediakan di bangsal. ii. Lembu kurang bergerak pada hari hujan, tenaga lembu digunakan untuk menghasilkan susu. iii. Lebih banyak lembu berada di bangsal pada hari hujan untuk diambil susu. c) Semak sama ada hipotesis tersebut boleh diuji atau tidak, jika tidak boleh diuji ia tidak boleh dijadikan hipotesis. 6. Mensintesis Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan , esei, lukisan dan artifak. Kemahiran ini digunakan untuk: a) Membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk. b) Menghasilkan bentuk komunikasi seperti lukisan, peta, rajah, puisi dan laporan. Langkah penggunaan: a) Kenal pasti dan definisikan tajuk, perkara atau subjek. b) Kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan. c) Kelaskan idea, data atau maklumat dalam kategori yang berkaitan dengan tajuk, perkara atau subjek. d) Kenal pasti hubung kait antara kategori dengan kategori, kategori dengan tajuk. Contoh 1: Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah tanah air sebelum kemerdekaan: a) Minta murid senaraikan beberapa peristiwa penting. b) Hubung kaitkan antara peristiwa. c) Susun atur peristiwa mengikut garisan masa. d) Gabungkan peristiwa-peristiwa mengikut rentetan masa dalam bentuk esei yang membawa kepada kemerdekaan negara. 7 Mengitlak Membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu. 23
  • 29.
    Kemahiran ini digunakanuntuk: a) Mencari pola b) Menyusun maklumat c) Meramal Langkah penggunaan: a) Kumpulkan data. b) Cari pola yang sepunya dan buatkan pengitlakan. c) Imbas semula kesahihan pengitlakan yang dibuat. d) Buat kenyataan. Contoh : Buat pengitlakan rancangan TV1, TV2 dan TV3 di Malaysia pada hari Isnin. Rancangan TV 1 TV 2 TV 3 Berita Filem Dokumentari Komedi Agama Pendidikan Sukan Jadual 4.1 . Rancangan TV pada hari Isnin : Untuk mengitlak kita perlu : a) Mengumpul data: Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1. b) Mencari pola yang sama: Rancangan TV yang disiarkan pada hari Isnin. d) Buat pengitlakan: Ketiga-tiga saluran ada menyiarkan rancangan berita dan dokumentari pada hari Isnin. 24
  • 30.
    8. Menganalogi Membentuk kefahamantentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa. Kemahiran ini digunakan untuk memahami konsep atau perkara yang mujarat dengan cara mengaitkannya dengan sesuatu yang maujud yang telah diketahui. Langkah penggunaan: a) Bandingkan dua perkara yang tidak sama. b) Cari sifat yang serupa yang boleh dihubung kaitkan. c) Nyatakan hubung kait sebagai metafora. Contoh : Membuat analogi mengenai fungsi jantung dalam mengepam darah ke seluruh badan. Untuk menganalogi kita perlu : a) Buat perbandingan : Jantung dengan pam. b) Cari sifat yang serupa : Kedua-dua mengepam cecair. c) Nyatakan hubung kait : Jantung adalah seperti pam. 9. Membuat Gambaran Mental Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran. Kemahiran ini digunakan untuk: c) Memahami konsep yang mujarad d) Mengingat konsep yang kompleks. Langkah penggunaan : a) Bayangkan matlamat tertentu. b) Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental. c) Bayangkan langkah demi langkah yang berlaku ke arah matlamat. d) Lihat keseluruhan gambaran. 25
  • 31.
    Contoh : Bayangkan apayang terjadi di tempat anda berada sekarang jika berlaku gempa bumi secara tiba-tiba. Untuk membuat gambaran mental kita perlu : a) Bayangkan matlamat: Keadaan apabila berlaku gempa bumi. b) Menetapkan titik permulaan: Keadaan sebelum berlaku gempa bumi. c) Bayangkan langkah demi langkah ke arah matlamat: Apakah yang terjadi kepada bangunan, lif, bekalan elektrik, jalan raya? Bagaimanakah keadaan manusia dan seterusnya? d) Bina satu senario keseluruhan . 10. Mereka Cipta Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud atau mujarad. Langkah penggunaan : a) Kenal pasti keperluan, cabaran atau persoalan. b) Janakan idea. c) Pilih idea yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan. d) Mencuba dan menguji idea. e) Jika tidak memenuhi keperluan, ubah suai atau pilih idea yang lain. Contoh 1 : (maujud) Cadangkan bahan yang diperbuat daripada kulit kerang yang boleh dipasarkan. Contoh 2 : (mujarad) Hasilkan sebuah sajak bertemakan patriotisme. Contoh 3 : (mujarad) Cadangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk pengajaran Bahasa Melayu. 26
  • 32.
    Untuk mereka ciptakita perlu : a) Kenal pasti cabaran. Menghasilkan sesuatu hiasan dalaman dari pada kulit kerang. b) Menjanakan idea Membuat perhiasan rumah Membuat pakaian Membuat kapur Membuat makanan Membuat simen c) Menjanakan idea khusus Membuat tabung d) Pilih satu reka bentuk e) Membina, mencuba dan menguji. f) Ulangi langkah-langkah. 27
  • 33.
    UNIT 5 STRATEGIBERFIKIR Unit ini memberikan penjelasan dan contoh setiap strategi berfikir. 1. Mengkonsepsi Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian, konsep atau model berdasarkan ciri-ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait. Langkah penggunaan : a) Kenal pasti maklumat atau contoh-contoh yang berkaitan. b) Kenal pasti ciri-ciri sepunya pada maklumat atau contoh-contoh. c) Kelaskan ciri-ciri. d) Hubung kaitkan kelas untuk membina konsep awal. e) Kenal pasti maklumat atau contoh lain dan bukan contoh untuk menguji atau mengubah suai konsep awal. f) Bina konsep sebenar. Jadual 5.1 menunjukkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif utama yang terlibat dalam setiap langkah mengkonsepsi. Contoh : Berdasarkan tayangan video yang bertajuk “BUKIT KEPONG” dan “LEFTENAN ADNAN”, murid diminta mengkonsepsikan patriotisme dalam konteks Malaysia. Untuk mengkonsepsi : a) Kenal pasti maklumat atau contoh-contoh yang berkaitan. Maklumat: jalan cerita, tema, plot, watak dan dialog filem b) Kenal pasti ciri sepunya pada maklumat atau contoh. i. Cerita berkisar tentang perjuangan orang-orang tempatan dalam mempertahankan negara dari serangan musuh dalaman dan luaran. ii. Filem bertemakan perjuangan orang-orang tempatan dalam menegakkan maruah bangsa dan dan negara. 28
  • 34.
    Langkah mengkonsepsi KBKK Utama a) Mengenal pasti maklumat atau contoh- • menjana idea contoh yang berkaitan • membanding dan membeza b) Mengenal pasti ciri-ciri sepunya pada • mencirikan maklumat atau contoh-contoh. • menghubungkait c) Mengelaskan ciri-ciri tersebut. • menghubung kait • mengumpul dan mengelas d) Menghubung kaitkan kelas-kelas ciri itu • menghubungkait untuk membina konsep awal. • mensintesis e) Memberi maklumat atau contoh-contoh • menjana idea lain untuk menguji atau mengubah suai • menghubungkait konsep awal yang telah dibina. • mensintesis f) Membina konsep sebenar • mensintesis • mengitlak Rajah 5.1 : Langkah dan KBKK Utama iii. Watak-watak dalam filem menggambarkan budi pekerti yang tinggi dan tabah menghadapi cabaran iv. Terdapat juga watak-watak yang menggambarkan musuh dalam selimut v. “Negara kita, kita mesti pertahankan” (dialog) vi. Prinsip perjuangan ialah : S cinta akan bangsa dan negara S sedia berkorban untuk mempertahankan negara S berjuang hingga ke titisan darah terakhir S bersatu padu S mematuhi prinsip S berusaha ke arah perkembangan negara 29
  • 35.
    c) Kelaskan ciritersebut. i. Berbangga sebagai rakyat Malaysia ii. Bersemangat setia negara iii. Bersemangat kekitaan iv. Berdisiplin v. Berusaha dan produktif d) Hubung kaitkan kelas itu untuk membina konsep awal: Menghubung kaikan pengelasan ciri-ciri dengan ciri-ciri sepunya. Contoh : sedia berkorban untuk mempertahankan negara dengan bersemangat setia negara. e) Kenal pasti maklumat atau contoh lain dan bukan contoh untuk menguji atau mengubah suai konsep awal yang telah dibina i. Contoh-contoh lain : Sambutan Hari Pahlawan dan Sambutan Hari Kemerdekaan. Ulasan : Kedua-dua contoh mempunyai unsur-unsur patriotisme S Cinta akan bangsa dan negara S bersyukur sebagai warganegara Malaysia S taat dan setia kepada raja dan pemimpinnya ii. Bukan contoh : Sambutan Hari Valentine Ulasan: Contoh tersebut tidak mempunyai unsur-unsur patriotisme f) Membina konsep sebenar. Satu konsep yang mantap dibina : Unsur-unsur patriotisme adalah berbangga sebagai rakyat Malaysia, bersemangat setia negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif. Catatan : Sekiranya guru mendapati konsep yang dibina oleh murid tidak selari dengan konsep yang diterima umum, guru mesti membimbing murid untuk mendapatkan konsep yang betul dengan mengulangi langkah kedua. 30
  • 36.
    2. Menyelesaikan Masalah Mencaripenyelesaian yang tepat secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti, mencabar atau kesulitan yang tidak dijangkakan. Strategi ini digunakan apabila diketahui a) tiada jawapan yang betul, b) ada perbezaan antara apa yang dijangkakan dengan apa yang sepatutnya berlaku. Langkah penggunaan: a) Kenal pasti dan fahami masalah. b) Jelaskan masalah. c) Cari alternatif penyelesaian masalah. d) Lakukan operasi penyelesaian. e) Nilaikan penyelesaian. Langkah menyelesaikan masalah KBKK utama a) Mengenal pasti dan memahami masalah mencirikan membanding dan membeza mengumpul dan mengelas b) Menjelaskan masalah membuat inferens menghubung kait c) Mencari alternatif penyelesaian masalah menjana idea meramal mengesan kocondongan menilai membuat gambaran mental mensintesis d) Melakukan operasi mensintesis menyusun mengikut keutamaan menganalisis mereka cipta e) Menilai penyelesaian menganalisis mengesan kecondongan menilai membuat kesimpulan mengitlak Rajah 5.2: Menunjukkan langkah penyelesaian masalah serta kemahiran berfikir kritis dan kreatif utama yang terlibat dalam setiap langkah. 31
  • 37.
    Contoh : Berpandukan gambaryang diberikan yang menunjukkan situasi dua orang lelaki menghadapi masalah untuk menyelamatkan kanak-kanak kerana arus sungai deras dan pokok tempat di mana tali diikat hampir tumbang. Untuk menyelesaikan masalah : a) Kenal pasti dan memahami masalah : Dua orang lelaki sedang berusaha menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada dihanyutkan oleh arus deras sedangkan mereka sendiri menghadapi masalah dihanyut oleh arus. b) Jelaskan masalah : Menyelamatkan ketiga-tiganya daripada dibawa arus sungai yang deras. c) Cari alternatif penyelesaian masalah: i. Ikat tali ke pokok lain yang teguh. ii. Terjun ke sungai untuk membantu. iii. Gunakan kayu untuk menarik mereka bertiga. iv. Dapatkan bantuan orang lain. d) Lakukan operasi penyelesaian masalah dengan meninjau kesan dan akibat alternatif yang dipilih Contoh alternatif : Ikat tali ke pokok lain yang teguh. e) Nilaikan penyelesaian : i. Alternatif yang terbaik sebagai penyelesaian ialah alternatif yang banyak kesan positif atau yang disokong berdasarkan Rajah 5.3. ii. Sekiranya alternatif penyelesaian itu mempunyai kesan negatif ubah suai cara penyelesaian yang perlu untuk mengelakkan masalah lain. 32
  • 38.
    Kesan Sokong Nilai (Apakah akan berlaku jika pilihan ini atau tidak (Penting atau tidak kesan itu, diambil?) mengapa?) a) Ambil masa untuk buka dan ikat Tidak keadaan cemas perlu semula tali tindakan cepat b) Arus deras lebih cepat Tidak mangsa perlu diselamatkan menghanyutkan mereka c) Orang yang beri bantuan mungkin Tidak keselamatan diri perlu dijaga. terjatuh ke dalam sungai Rajah 5.3 : Kesan daripada alternatif yang dipilih 3. Membuat Keputusan Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada beberapa alternatif berdasarkan kriteria tertentu untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Strategi ini digunakan untuk : a) Membuat satu pilihan bagi situasi yang berkemungkinan mempunyai pelbagai penyelesaian. b) Menentukan cara penyelesaian terbaik bagi kaedah yang dipilih. Langkah penggunaan : a) Kenal pasti matlamat untuk dicapai b) Kenal pasti semua alternatif bagi mencapai matlamat c) Analisis semua alternatif mengikut criteria umum. d) Susun alternatif mengikut keutamaan. e) Pilih sekurang-kurangnya dua alternatif yang terbaik. f) Nilaikan secara terperinci alternatif yang dipilih berdasarkan kriteria tertentu seperti risiko, strategi dan nilai. g) Buat keputusan dengan memilih satu alternatif terbaik. Jadual 5.4 menunjukkan langkah membuat keputusan serta ciri kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang utama dalam setiap langkah. 33
  • 39.
    Rajah 5.4 Pelaksanaanlangkah membuat keputusan dan KBKK Utama Langkah membuat KBKK keputusan utama a) Mengenal pasti matlamat mencirikan membanding dan membezakan mengumpul dan mengelaskan menganalisis b) Mengenal pasti alternatif menjanakan idea membuat inferens menghubung kaitkan meramal membuat hipotesis c) Menganalisis alternatif meramal membuat gambaran mental mengesan kecondongan menilai d) Menyusun alternatif mensintesis membuat urutan menyusun mengikut keutamaan menganalisis e) Memilih sekurang-kurangnya menganalisis dua alternatif terbaik menilai mengitlak membuat kesimpulan f) Membuat keputusan Membuat kesimpulan Contoh: Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Hujan turun dengan lebat dan kilat sabung menyabung. Tiba-tiba anda menerima panggilan kecemasan yang menyatakan ibu anda sakit tenat dan berada dalam keadaan nazak. Walaupun keadaan cuaca kurang baik anda terus memandu kereta menuju ke rumah ibu anda yang mengambil masa 60 minit untuk sampai. Dalam perjalanan, kereta anda mengalami kerosakan enjin. Anda tidak dapat meneruskan perjalanan, sedangkan anda harus sampai di rumah ibu anda secepat mungkin. Jarak perjalanan tinggal kira-kira 20 km lagi. Apa yang harus anda lakukan? 34
  • 40.
    Untuk membuat keputusan: a) Kenal pasti matlamat yang hendak dicapai. Matlamat: saya mesti sampai ke rumah ibu saya secepat mungkin untuk bersama ibu yang sedang nazak. b) Kenal pasti alternatif bagi mencapai matlamat. Alternatif 1: Oleh kerana kenderaan rosak, guna pengangkutan lain Alternatif 2: Cari formen/mekanik. Alternatif 3: Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan meminta tumpang kereta lain serta berdoa kepada Allah Alternatif 4: Tunggu sahaja di situ sehingga hari siang untuk mendapatkan pertolongan c) Analisis alternatif Alternatif 1: Pengangkutan awam tiada di waktu sedemikian. Alternatif 2: Susah mencari bengkel yang beroperasi 24 jam. Alternatif 3: Sekurang kurangnya alternatif ini mendekatkan kepada destinasi tetapi ‘menakutkan’. Alternatif 4: Pertolongan lebih senang didapati di siang hari, tetapi mungkin terlewat untuk bersama ibu nanti di saat-saat akhir. d) Susun alternatif mengikut keutamaan dengan mendahulukan yang paling utama. i. Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan meminta tumpang kereta lain serta berdoa kepada Allah ii. Tunggu sahaja di situ sehingga hari siang untuk mendapatkan pertolongan iii. Oleh kerana kenderaan rosak, guna pengangkutan lain iv. Cari formen/mekanik. 35
  • 41.
    e) Pilih duaalternatif yang paling baik i. Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan meminta tumpang kereta lain serta berdoa kepada Allah ii. Tunggu sahaja di situ sehingga hari siang untuk mendapatkan pertolongan f) Nilaikan kedua-dua alternatif menggunakan carta T-Rujuk seperti Jadual 5.5 Jadual 5.5 Menilai Alternatif Pilihan a. Menilai Alternatif (i) Kebaikan Wajaran Keburukan Wajaran Semakin dekat ke destinasi 10 Meletihkan 2 Masa tidak terbuang 9 Kereta mungkin dicuri orang 4 19 6 b. Menilai Alternatif (ii) Kebaikan Wajaran Keburukan Wajaran Kereta lebih selamat 4 Masa terbuang 5 Saya lebih selamat 8 Mungkin tidak sempat 7 jumpa ibu 12 12 g) Buat keputusan dengan memilih alternatif yang terbaik Alternatif (i) dipilih kerana wajaran kebaikan lebih besar dari wajaran kebaikan untuk alternatif (ii), dan wajaran keburukannya lebih kecil berbanding dengan wajaran keburukan untuk alternatif (ii). 36
  • 42.
    UNIT 6 KEMAHIRANMENAAKUL Unit ini memberi penjelasan dan contoh setiap kemahiran menaakul. Kemahiran ini digunakan untuk meningkatkan keberkesanan : a) Membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan. b) Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 1. Penaakulan Secara Induktif Membuat pertimbangan dari beberapa contoh atau situasi yang spesifik untuk membuat satu kesimpulan atau pengitlakan. Langkah penggunaan: a) Teliti beberapa contoh atau situasi yang spesifik. b) Perhatikan ciri atau pola yang sepunya. c) Buat satu kesimpulan atau pengitlakan. P 8 10 8 8 Q R N M 8 6 3 6 U C B T 4 5 6 6 A S 6.1 : Rajah Berbentuk Segitiga 37
  • 43.
    Contoh : Rajah 6.1menunjukkan rajah berbentuk segitiga. Kumpulkan dan buat kesimpulan berasaskan ciri atau pola sepunya bagi setiap segitiga tersebut. Untuk membuat penaakulan secara induktif kita perlu : a) Teliti beberapa contoh dan situasi yang spesifik. Senaraikan ciri atau pola sepunya bagi setiap rajah segitiga tersebut, seperti rajah berbentuk segitiga, mempunyai tiga bucu, mempunyai tiga sisi , mempunyai tiga sisi yang sama panjang, mempunyai tiga sisi yang tidak sama panjang, nilai satu sudut pedalaman ialah 90º , nilai sudut-sudut pedalaman ialah 60º dan jumlah sudut-sudut pedalaman ialah 180º. b) Perhatikan ciri atau pola yang sepunya. Segitiga Segitiga Segitiga Segitiga Segitiga LMN PQR STU ABC Ciri/Pola Mempunyai tiga bucu ¥ ¥ ¥ ¥ Mempunyai tiga sisi ¥ ¥ ¥ ¥ Mempunyai tiga sisi yang - ¥ ¥ - sama panjang Nilai satu sudut ¥ - - ¥ pedalaman ialah 90º Nilai sudut-sudut - ¥ ¥ - pedalaman ialah 60º Jumlah sudut-sudut pedalaman bagi setiap ¥ ¥ ¥ ¥ segitiga ialah 180º Jadual 6.1 Ciri atau pola yang sepunya bagi setiap segitiga. 38
  • 44.
    c) Buat satukesimpulan atau pengitlakan. i. Semua segitiga sama sisi mempunyai ketiga-tiga sudut pedalaman yang bernilai 60 º dan ketiga-tiga sisi sama panjang. ii. Semua segitiga bersudut tegak mempunyai satu sudut pedalaman bernilai 90º dan ketiga-tiga sisi yang tidak sama panjang. 2. Penaakulan Secara Deduktif Membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh atau situasi yang spesifik. Langkah penggunaan : b) Teliti situasi umum. c) Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik. Contoh : Jadual 6.2 menyenaraikan ciri-ciri segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak. Berdasarkan ciri yang dinyatakan, padankan segitiga dalam Rajah 6.1 kepada kelas masing-masing. Segitiga sama sisi Segitiga bersudut tegak Nilai sudut-sudut pedalaman ialah 60º Nilai satu sudut pedalaman ialah 90º Mempunyai sisi-sisi yang sama panjang Mempunyai sisi-sisi yang tidak sama panjang Jadual 6.2 Ciri segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak . 39
  • 45.
    Untuk membuat penaakulansecara deduktif kita perlu : a) Teliti situasi umum i. Segitiga sama sisi mempunyai ciri tiga sisi yang sama panjang, dan nilai sudut- sudut pedalaman ialah 60º. ii. Segitiga bersudut tegak mempunyai ciri sisi yang tidak sama panjang, dan nilai satu sudut pedalaman ialah 90º b) Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik. Segitiga Segitiga Segitiga Segitiga Segitiga Ciri/Pola LMN PQR STU ABC Mempunyai tiga bucu ¥ ¥ ¥ ¥ Mempunyai tiga sisi ¥ ¥ ¥ ¥ Mempunyai tiga sisi yang sama - ¥ ¥ - panjang Nilai satu sudut pedalaman 90º ¥ - - ¥ Nilai sudut-sudut pedalaman 60º - ¥ ¥ - Jumlah sudut-sudut pedalaman ¥ ¥ ¥ ¥ bagi setiap segitiga 180º Rajah 6.3 : Contoh spesifik segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak Segitiga PQR dan STU adalah segitiga sama sisi kerana mempunyai ciri berikut : mempunyai tiga bucu, mempunyai tiga sisi sama panjang, nilai sudut-sudut pedalaman ialah 60° dan jumlah sudut-sudut pedalaman ialah 180°. Segitiga ABC dan LMN adalah segitiga bersudut tegak kerana mempunyai ciri yang berikut: mempunyai tiga bucu, mempunyai tiga sisi yang tidak sama panjang, nilai satu sudut pedalaman ialah 90º dan jumlah sudut-sudut pedalaman ialah 180°. 40
  • 46.
    UNIT 7 ALATBERFIKIR Penguasaan murid dalam kemahiran berfikir (KB) menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran. Alat berfikir yang biasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penyusun grafik, soalan dan penyoalan, serta peta minda. 1 PENYUSUN GRAFIK Penggunaan penyusun grafik yang sesuai dengan KB tertentu semasa melaksanakan tugasan berfikir akan meningkatkan penguasaan murid terhadap KB tersebut. Adakah penyusun grafik sesuai digunakan untuk satu kemahiran berfikir atau pelbagai kemahiran berfikir? Pemilihan penyusun grafik yang sesuai dengan sesuatu KB dan strategi berfikir ada diberikan pada Jadual 7.1. Jadual 7.1 Pemilihan penyusun grafik kemahiran berfikir Kemahiran Berfikir dan Penyusun Grafik** Strategi Berfikir 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Mencirikan x x x x x x Membanding dan membezakan x x x Mengumpul dan mengelaskan x x x Membuat urutan x x x Menyusun mengikut keutamaan x Menganalisis x x x Mengesan kecondongan x x Menilai x x Membuat kesimpulan x x Menjanakan idea x x Menghubungkaitkan x x x x x x Membuat inferens x Meramal x Mengitlak x Membuat gambaran mental x x Mensintesiskan Membuat hipotesis x x Menganalogikan x Mereka cipta x Mengkonsepsikan x Menyelesaikan masalah x Membuat keputusan x 41
  • 47.
    **Nota: (Penyusun Grafik) 1Carta Maklumat 5 Carta Edaran 9 Pohon Fikiran 2 Carta T 6 Rantai Urutan 10 Tangga Hierarki 3 Carta Selari Masa 7 Rajah Pancaran 11 Rajah Venn 4 Carta Tulang Ikan 8 Jadual Mantik 12 Carta Alir 2 SOALAN DAN PENYOALAN Soalan dan penyoalan boleh membantu murid membuat pertimbangan, menjanakan idea baru, mengembangkan proses berfikir secara kritis dan kreatif, menguji kebolehan serta menilai pencapaian. Antara tujuan menggunakan soalan dan penyoalan ialah: a) Memperkembang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. b) Meningkatkan metakognisi. c) Merangsang penglibatan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. d) Menggalakkan pertimbangan idea baru dan penggunaan idea sedia ada. e) Menggalakkan suasana untuk perkongsian idea di antara guru dengan murid. f) Menguji kebolehan berfikir. g) Menilai tahap penguasaan kemahiran berfikir. h) Meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Soalan berkualiti terdapat dalam bentuk soalan bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan. a) Soalan Bertumpu dan Bercapah Soalan jenis ini memberi tumpuan kepada sama ada suatu soalan itu memerlukan jawapan yang lebih objektif atau subjektif. Rajah 7.2 menunjukkan perbandingan antara soalan bertumpu dengan soalan bercapah. Soalan bertu Soalan berca Soalan Bertumpu mpu Soalan Bercapah pah Jenis soalan ini berdasarkan kepada Soalan jenis ini memerlukan daya pemikiran susunan beberapa soalan secara bersiri. murid yang kritis, kreatif dan rasional sebelum Soalan jenis ini bertujuan untuk memberi jawapan. Ia bertujuan untuk menumpukan idea atau hujah yang mengalihkan perhatian murid daripada satu hendak diketengahkan. hujah kepada hujah yang lain yang ada kaitan dengan hujah awal supaya pemahaman murid bertambah luas. Skop - terhad dan spesifik Skop - luas dan terbuka 42
  • 48.
    Jawapan terdapat secaralangsung Jawapan tidak terdapat secara langsung daripada teks bacaan. daripada teks bacaan. Berbentuk penaakulan dan tafsiran yang Berbentuk penaakulan dan tafsiran di mana mana jawapannya tidak perlu diolah. jawapan memerlukan olahan. Jawapan bersifat objektif dan spesifik. Jawapan yang bersifat subjektif. Contoh : Contoh : i. Huraikan peringkat perkembangan i. Bincangkan apa yang akan terjadi jika kupu-kupu. satu daripada peringkat kitaran hidup ii. Terangkan punca-punca pencemaran kupu-kupu diganggu. air. ii. Mengapakah ramai orang tidak iii. Berikan tiga keburukan perkembangan mengambil berat tentang masalah teknologi dalam sektor pertanian. pencemaran? iii. Pada pendapat anda, apakah kesan sampingan perkembangan teknologi kepada peradaban manusia? Jadual 7.2 Perbandingan antara soalan bertumpu dengan soalan bercapah b) Lingkaran Soalan Lingkaran soalan ialah satu jenis soalan yang mempunyai tumpuan kepada skop-skop tertentu iaitu skop perkara, individu dan persekitaran seperti dalam Rajah 7.1. Individu perkara persekitaran Rajah 7.1 Skop lingkaran soalan 43
  • 49.
    Contoh soalan lingkaranialah ialah seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.3 : Jadual 7.3 Soalan Tajuk AIDS Skop Soalan • Apakah maksud AIDS? Perkara • Apakah punca penyakit AIDS? • Bagaimanakah aid berkembang? • Adakah anda pernah membaca tentang sesiapa yang mengidap Individu penyakit AIDS? • Apakah tindakan anda untuk mencegah bahaya AIDS? • Adakah anda pernah membaca tentang sesiapa yang mengidap penyakit AIDS? • Ada pendapat menyatakan ancaman AIDS adalah balasan kepada manusia yang mengingkari perintah Tuhan. Nyatakan pendapat anda. • Selain Malaysia, negara manakah yang mengalami masalah Persekitaran peningkatan jumlah pesakit AIDS? • Apakah tindakan yang telah diambil oleh negara lain untuk mencegah bahaya AIDS? • Jumlah pengidap AIDS semakin bertambah. Cadangkan aktiviti yang boleh dijalankan untuk mendidik murid tentang bahaya AIDS? 3 PETA MINDA Peta minda adalah suatu lakaran grafik pemikiran individu. Peta ini boleh menjadikan yang tersirat kepada yang tersurat. Peranan peta minda dalam merangka, mencatat nota, merekod maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti dan membuat suatu persembahan adalah suatu yang penting. Garis panduan membina peta minda adalah seperti yang berikut : a) Mula daripada tengah halaman berdasarkan tajuk atau idea. b) Wujudkan beberapa kelompok atau kategori kata atau penerangan tentang tajuk. c) Kembangkan garisan untuk menghasilkan corak yang tertentu. d) Gunakan kata kunci, gambar , imej tiga matra atau simbol. e) Tuliskan kata penghubung di atas garisan. f) Jadikan corak yang menarik. g) Gunakan gambar, warna dan corak untuk menunjukkan perkaitan. 44
  • 50.
    h) Gunakan bentuk ringkas seperti kod peribadi untuk menjadikannya lebih menarik dan berkesan. i) Gunakan kreativiti untuk menjadikan Peta Minda lebih asli. Satu contoh peta minda adalah ditunjukkan dalam Rajah 7.2. Rajah 7.2 Contoh peta minda tentang pengelasan tumbuhan 45
  • 51.
    UNIT 8 PETUNJUK KEMAHIRAN BERFIKIR Dalam model KB, perkataan tertentu digunakan untuk setiap kemahiran berfikir . Selain perkataan tersebut, terdapat frasa atau perkataan lain yang memberi makna yang sama. Perkataan atau frasa ini amatlah membantu guru dan murid untuk memahami dan menguasai KB tersebut. 1 Petunjuk Pemikiran Kritis Rajah 8.1 Perkataan atau frasa yang memberikan makna sama dengan KB kritis. Pemikiran Kritis Perkataan atau frasa yang memberi makna yang sama SS Menyatakan ciri-ciri unsur. a. Mencirikan SS Memperlihatkan sifat. SS Menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur. . SS Mengenal pasti kualiti, sifat, ciri dan unsur. SS Menyebut ciri-ciri, sifat dan unsur. SS Mencari persamaan dan perbezaan. b. Membanding dan SS Menyenaraikan ciri persamaan dan perbezaan. membeza SS Menentukan ciri sepadan dan tak sepadan. SS Menyatakan ciri serupa dan tidak serupa. SS Menyatakan persamaan dan perbezaan. SS Menyusun ciri-ciri yang sama dan berbeza. SS Membuat pengelasan berasaskan ciri-ciri yang sepunya. c. Mengumpul dan SS Mengumpulkan mengikut sesuatu kategori. mengelas SS Mengumpulkan mengikut ciri-ciri yang boleh dibandingkan. SS Menyenaraikan ciri-ciri yang boleh dibandingkan. SS Mengkategorikan ciri. SS Menyusun mengikut kriteria. SS Menyusun mengikut kumpulan. SS Menyusun mengikut sesuatu tertib berasaskan nilai, abjad, d. Membuat urutan kronologi, saiz, corak, masa dan lain-lain. SS Menyusun secara menaik atau menurun SS Menyusun secara rantai urutan SS Mengatur mengikut sesuatu kriteria daripada yang paling e. Menyusun penting kepada yang kurang penting atau menyenaraikan mengikut idea mengikut kepentingan. keutamaan SS Menyusun berdasarkan segera kepada kurang segera SS Menyenarai mengikut hierarki berdasarkan matlamat 46
  • 52.
    SS Mengatur mengikutpaling hadapan kepada paling belakang SS Menyusun mengikut paling atas kepada paling bawah SS Mencerakin maklumat f. Menganalisis SS Mengolah idea SS Mengesan penyebab SS Menghuraikan faktor-faktor penyebab SS Membuat andaian berasaskan maklumat SS Menghurai mengikut ciri-ciri SS Menghuraikan kepada bahagian SS Mencerakin komponen yang terlibat SS Mencari bukti-bukti yang menyokong SS Mengimbas kembali idea SS Mengkaji kesan baik dan buruk SS Mengkaji keputusan berasaskan fakta SS Menentukan pendirian berat sebelah g.Mengesan SS Menentukan pemberatan kepada satu pihak kecondongan SS Menentukan pendirian ke satu pihak SS Menaksir maklumat h. Menilai SS Mempertimbangkan pendapat dan pandangan SS Mempertimbangkan cadangan SS Menyatakan rasional SS Membahaskan isu atau pernyataan SS Membuat pertimbangan SS Memberi alasan untuk menerima atau menolak SS Membuat wajaran SS Mempertimbangkan kesan dan akibat SS Membuat pilihan SS Mengimbas kembali pilihan SS Menentukan nilai SS Merumuskan isu i. Membuat SS Menyatakan hasil selepas analisis kesimpulan SS Menyusun alasan SS Membuat resolusi SS Membuat persetujuan SS Membuat keputusan bijaksana yang muktamad SS Menggulung hujah 47
  • 53.
    2 PETUNJUK PEMIKIRAN KREATIF Rajah 8.2 Perkataan atau frasa yang memberi makna sama dengan KB kreatif Pemikiran Kreatif Perkataan atau frasa yang memberi makna yang sama SS mengemukakan idea a. Menjana idea SS mencadangkan alternatif SS mencadangkan sebab SS menyenaraikan idea SS menyatakan cara lain SS menyumbangkan pendapat SS menyatakan kemungkinan SS menghasilkan idea SS mencetuskan idea SS melahirkan idea SS membuat kesimpulan awal daripada pemerhatian b. membuat inferens SS membuat rumusan awal daripada data SS membuat kesimpulan awal daripada maklumat SS membuat tanggapan awal SS membuat penyataan awal SS membuat pendirian awal SS menyatakan ketetapan awal SS menerangkan sebab dan akibat c. Men SS menyatakan perkaitan ghubung kait SS menyatakan sebab-musabab SS menyatakan implikasi SS mengkaji perkaitan SS mencari perkaitan SS mengaitkan idea SS menyatakan pertalian SS membuat perhubungan SS menyatakan apa yang akan berlaku d. Meramal SS membuat jangkaan SS menganggarkan apa yang akan berlaku SS membuat perlunjuran SS menyatakan kemungkinan yang akan berlaku SS menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya e. Membuat SS membuat andaian yang perlu dibuktikan kebenarannya hipotesis SS membuat pernyataan yang perlu diuji ketepatannya SS menyatakan pandangan yang perlu diuji kejituannya 48
  • 54.
    h. Mensintesis SS mengabungkan idea SS menggubal semula SS menyatukan idea-idea SS menyepadukan idea-idea SS membuat pernyataan umum berdasarkan pola i. Mengitlak SS membuat generalisasi SS membuat rumusan umum daripada keseluruhan idea SS memetafora i. Menganalogi SS membuat sindiran SS membuat kiasan SS membuat perlambangan SS membuat simulasi SS membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri persamaan SS mengimaginasi j. Membuat SS menggambarkan dalam bentuk lain gambaran mental SS membayangkan dalam minda SS melakarkan peta minda SS membuat khayalan SS cuba fikirkan suatu peristiwa SS cadangan idea asli k. Mereka cipta SS menghasilkan gubahan asli SS mereka bentuk . SS mencipta sesuatu SS membuat inovasi SS menghasilkan idea yang kreatif SS membuat pengubahsuaian . 49
  • 55.
    3 PETUNJUK STRATEGIBERFIKIR Rajah 8.3 Petunjuk langkah dalam strategi mengkonsepsi, menyelesai masalah dan membuat keputusan Langkah Strategi Perkataan atau frasa yang memberi makna Berfikir yang sama SS menghasilkan konsep a. Mengkonsepsikan SS membentukkan konsep SS membina konsep i. Mengenal pasti SS menentukan contoh contoh atau SS memberikan contoh maklumat SS mendapatkan contoh SS menyatakan contoh SS menyenaraikan contoh ii. Mengenal pasti ciri SS menyenaraikan ciri sepunya SS menentukan ciri sepunya SS memberikan ciri SS mendapatkan ciri SS menyatakan ciri iii. Mengelaskan SS mengumpul ciri mengikut kategori ciri- ciri SS membuat pengelasan berasaskan ciri sepunya SS menyenarai ciri yang boleh dibandingkan SS mengkategorikan ciri SS menyusun mengikut kumpulan SS membahagikan ciri yang sama ke dalam kumpulan kecil iv. Menghubung kaitkan SS mencari perkaitan antara ciri kelas untuk membina SS mengkaji perkaitan antara ciri konsep awal SS menyatakan perkaitan ciri SS menyatakan pertalian ciri v. Memberikan contoh- SS mencari contoh-contoh tambahan contoh lain untuk SS mencari bukan contoh menguji atau SS mendapatkan contoh mengubah konsep SS menyatakan contoh awal SS menyenaraikan contoh SS menentukan contoh vi. Membina konsep SS bentukkan konsep SS hasilkan konsep 50
  • 56.
    SS cari penyelesaian b. Menyelesai Masalah SS selesaikan SS carikan cara penyelesaian SS selesaikan persoalan i. Mengenal pasti SS menentukan masalah masalah SS menyatakan masalah SS memerihalkan masalah SS menyenaraikan masalah ii. Menjelaskan masalah SS menerangkan masalah SS menghuraikan masalah iii. Mencari alternatif SS mendapatkan alternatif penyelesaian SS mendapatkan penyelesaian lain masalah SS mencari cara lain SS menentukan kaedah berbeza iv. Melakukan operasi SS menjalankan operasi SS melaksanakan operasi SS menjalankan langkah-langkah v. Menilai penyelesaian SS mentaksir penyelesaian SS mempertimbangkan penyelesaian SS membuat wajaran SS membuat pilihan SS membuat kata putus c. Membuat Keputusan SS membuat cadangan yang terbaik SS memilih alternatif yang terbaik SS membuat ketetapan SS membuat ketentuan i. Mengenal pasti SS menentukan matlamat matlamat SS memberikan matlamat SS mendapatkan matlamat SS menyatakan matlamat SS menyenaraikan matlamat ii. Mengenal pasti SS menentukan alternatif alternatif SS memberikan alternatif SS mendapatkan alternatif SS menyatakan alternatif SS menyenaraikan alternatif 51
  • 57.
    iii. Menganalisis alternatifSS mencerakin alternatif SS menghurai pilihan SS mengkaji kesan baik dan buruk SS membuat kajian mendalam terhadap alternatif iv. Menyusun alternatif SS mengatur alternatif mengikut keutamaan SS menyusun pilihan mengikut hierarki SS menyenaraikan alternatif yang terbaik SS menyusun pilihan terbaik v. Memilih sekurang- SS menentukan dua alternatif terbaik kurangnya dua SS mendapatkan dua pilihan terbaik alternatif terbaik SS menyenaraikan dua alternatif terbaik vi. Menilai alternatif yang SS mentaksir alternatif yang dipilih telah dipilih SS mempertimbangkan pilihan SS mengkaji alternatif yang telah dipilih SS membuat wajaran terhadap pilihan vii. Membuat keputusan SS membuat kata putus SS membuat cadangan yang terbaik SS memilih alternatif yang terbaik SS membuat ketetapan SS membuat ketentuan 52
  • 58.
    UNIT 9 METAKOGNISI Metakognisimelibatkan individu sedar tentang cara mereka berfikir, cara mereka meneroka pelbagai kaedah menyelesaikan masalah, cara mereka melibatkan diri dalam pengalaman pembelajaran secara intelektual yang didorong oleh motivasi kendiri dan semangat ingin tahu yang dipandu oleh perasaan, naluri, akal, rohani dan sahsiah diri demi menghasilkan sesuatu yang maujud. OPERASI METAKOGNISI Operasi metakognisi melibatkan strategi merancang, memantau dan menilai proses berfikir. a) Merancang adalah proses mengenal pasti strategi berfikir dan kemahiran berfikir serta bagaimana strategi ini dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. b) Memantau adalah proses mengesan kemajuan perancangan dan pelaksanaan proses berfikir serta membuat pengubahsuaian secara sedar. c) Menilai adalah proses mengimbas kembali untuk menentukan kualiti produk dan proses berfikir yang telah dilalui. Ketiga-tiga strategi metakognisi ini, membantu kita mengawal dan menjalankan proses berfikir dengan berkesan. MENGEMBANGKAN METAKOGNISI Metakognisi boleh dikembangkan melalui tiga cara iaitu: a) Guru membimbing murid: i.Merancang operasi berfikir dalam tugasan yang diberikan. ii.Membuat pemantauan semasa melaksanakan operasi berfikir. iii.Menilai sejauh mana operasi itu dapat dilaksanakan dengan berkesan. b) Guru bersama murid merancang, memantau dan menilai aktiviti pembelajaran dalam kelas dan memberikan tugasan untuk mengukuhkan proses metakognisi murid. c) Murid saling menilai dan memberi penjelasan tentang strategi dan proses berfikir antara satu sama lain. 53
  • 59.
    Ketiga-tiga langkah tersebutadalah diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Proses metakognisi perlu dirangsang dalam mengembangkannya. Pernyataan, pendapat atau pandangan yang diberikan oleh guru yang bermula dengan frasa awalan yang tertentu boleh digunakan untuk merangsang metakognisi murid. Yang berikut adalah contoh frasa awalan: a) Saya fikir atau berpendapat ... Saya berpendapat bahawa fenomena El-Nino bukan penyebab utama jerebu. b) Saya kurang pasti bahawa ... Saya kurang pasti bahawa manusia boleh tinggal di planet Marikh. c) Pengetahuan dan pengalaman saya menunjukkan bahawa ... Pengalaman dan pengetahuan saya menunjukkan bahawa teknologi maklumat kurang memberi faedah kepada pembangunan negara. d) Saya yakin bahawa ... Saya yakin bahawa pengklonan manusia akan memberikan banyak faedah kepada manusia sejagat. Dengan mengemukakan pernyataan, pandangan atau pendapat yang menggunakan frasa awalan tertentu, fikiran murid terangsang dan murid akan memberi respons. Berdasarkan respons daripada murid, soalan selanjutnya boleh dikemukakan untuk menggalakkan perbincangan berkaitan dengan tugasan dan mengembangkan proses metakognisi. Seterusnya dalam mengembangkan metakognisi, murid perlu mengemukakan soalan kendiri yang meliputi strategi merancang, memantau dan menilai. Dengan mengemukakan soalan kendiri ini, pemikiran murid akan terkawal dan terarah kepada pencapaian matlamat tugasan berfikir. PERBEZAAN ANTARA SOALAN METAKOGNISI DAN SOALAN KOGNISI Soalan metakognisi bertujuan untuk merangsang dan mengesan perkembangan metakognisi. Soalan kognisi bertujuan untuk menguji penguasaan isi kandungan dan KBSB. Soalan metakognisi berbeza dengan soalan kognisi. Perbezaan ini adalah dari segi tujuan soalan itu dikemukakan. Yang berikut adalah contoh soalan metakognisi dan kognisi dalam satu topik pengajaran dan pembelajaran. 54
  • 60.
    Contoh Soalan: Anda diberikandua daun hidup. Bandingkan dan bezakan antara kedua-duanya. Jadual 9.1 Perbezaan antara soalan metakognisi dan soalan kognisi Soalan Metakognisi Soalan Kognisi (a) Apakah langkah yang anda fikirkan a) Senaraikan ciri persamaan dan sesuai untuk mencari persamaan perbezaan antara daun A dan dan perbezaan antara daun A dan daun B. daun B? (b) Bagaimanakah anda membezakan (b) Bandingkan corak umum urat daun daun A dan daun B? A dan daun B. (a) Mengapakah anda menggunakan (c) Daun manakah yang lebih: kaedah itu? (i) lebar? (ii) panjang? (d) Adakah anda berpuas hati dengan keputusan yang anda perolehi? 55
  • 61.
    UNIT 10 STRATEGIPENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Satu strategi yang difikirkan dapat membantu guru mengembangkan minda murid ialah melalui penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui strategi ini KB dipelajari bersama isi kandungan mata pelajaran. Walau bagaimanapun dalam menerapkan KB bersama isi kandungan, pengubahsuaian perlu dibuat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar pembelaja ran yang dihasilkan adalah pembelajaran yang berfikrah. PEMBELAJARAN BERFIKRAH Apakah perkaitan antara penerapan KB dengan pembelajaran berfikrah?. Bandingkan dua situasi pengajaran dan pembelajaran yang berikut: Situasi 1 Guru mengajar tajuk pengelasan haiwan vertebrata mengikut langkah berikut: a) Memberikan kepada pelajar pengelasan haiwan yang sedia ada. b) Memberi contoh yang berkaitan. c) Memberi ciri yang dipunyai oleh setiap kelas haiwan. Situasi 2 Guru mengajar tajuk pengelasan haiwan vertebrata dengan menjalankan aktiviti berikut: a) Murid mengumpulkan dan mengelaskan haiwan berdasarkan ciri sepunya. b) Guru membimbing murid mengumpulkan dan mengelaskan haiwan kepada kumpulan sedia ada. c) Murid membuat kesimpulan tentang ciri tertentu bagi setiap kumpulan haiwan. Jika dibandingkan antara kedua situasi, dalam situasi 1 murid lebih berfungsi sebagai penerima maklumat yang diberikan oleh guru. Manakala dalam situasi 2, murid mengalami proses berfikir. Dalam situasi 2 murid terlibat secara langsung dalam proses memerhati, membanding, membezakan, dan mengelaskan haiwan kepada kumpulan tertentu. Seterusnya murid membuat kesimpulan tentang ciri am bagi setiap kelas haiwan. Situasi 2 menggambarkan satu episod pembelajaran berfikrah. Murid terlibat secara langsung dengan proses berfikir yang lebih tinggi daripada mengingat. Apakah peranan guru dalam situasi tersebut? 56
  • 62.
    Penerangan Maksud PembelajaranBerfikrah Pembelajaran berfikrah menyepadukan kandungan dan proses sebagai pendekatan utama. Perkara yang ada dalam kandungan adalah konsep, prinsip, pengitlakan, masalah, fakta dan definisi. Proses pula adalah kemahiran berfikir, strategi berfikir, metakognisi dan kemahiran sosial ( Resnick, 1989). Penerapan KB, kemahiran proses serta sikap dan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran sains adalah strategi utama ke arah pembelajaran berfikrah. Kebolehan untuk mengawal dan mengurus pemikiran atau metakognisi amat membantu ke arah pembelajaran berfikrah. Strategi penerapan perlu menggabungkan tiga pendekatan pengajaran dan pembelajaran KB iaitu: a) Mengajar cara berfikir (murid mempelajari tentang perincian KB). b) Mengajar untuk berfikir ( murid mengalami proses berfikir). c) Mengajar tentang berfikir (murid mengawal serta mengurus proses berfikir). Penggabungan ketiga-tiga pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan penerapan KB lebih berkesan dan dapat mengembangkan minda murid. Ketiga-tiga pendekatan tersebut perlu menjadi asas dalam rangka kerja yang digunakan dalam program penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran. RANGKA KERJA PENERAPAN KB DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Terdapat lima peringkat rangka kerja khusus untuk menerapkan KB dalam pengajaran dan pembelajaran . Rangka kerja ini adalah sesuai untuk pendekatan pembelajaran seperti inkuiri-penemuan, pembelajaran koperatif, konstruktivisme dll. a) KB diperkenalkan. b) KB dipraktikkan dengan bimbingan guru. c) KB dipraktikkan tanpa bimbingan guru. d) KB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembang dengan bimbingan guru. e) KB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasan berfikir. 57
  • 63.
    Langkah 1: MemperkenalkanKB a) Guru mengadakan aktiviti terancang untuk mendorong murid menguasai KB yang baru. b) Guru memberikan atau menyebut perkataan KB yang telah dipilih. Perkataan atau frasa lain yang memberi maksud yang sama dengan KB tersebut juga diperkenalkan kepada murid. c) Guru menjelaskan kepada murid langkah penggunaan KB dengan merujuk kepada perincian kemahiran dan strategi berfikir. d) Guru menjelaskan pada murid penggunaan penyusun grafik yang boleh digunakan bagi membantu proses berfikir dan cara menggunakannya. e) Guru membantu murid membuat refleksi tentang proses berfikir yang telah diberi. Langkah 2: Mempraktikkan KB dengan bimbingan guru a) Guru memberitahu murid KB yang akan digunakan. b) Guru berbincang dengan murid bagaimana melaksanakan KB berkenaan. c) Murid diberikan beberapa set data berkaitan dengan isi kandungan atau situasi yang setara dengan isi kandungan mata pelajaran dan mengaplikasikan KB terhadap data atau situasi tersebut. d) Murid membuat refleksi bagaimana mereka melaksanakan KB. (Pada peringkat ini guru perlu membuat penilaian untuk menentukan sama ada murid boleh ke peringkat seterusnya). Langkah 3: Mempraktikkan KB tanpa bimbingan guru a) Murid melaksanakan tugasan menggunakan KB yang telah ditetapkan untuk menjawab soalan ujian, kerja rumah dan lain-lain. b) Murid menggunakan KB yang telah dipelajari untuk memudahkannya mempelajari KB selanjutnya yang lebih kompleks. (Pada peringkat ini guru boleh menilai penguasaan murid terhadap KB yang telah dipelajari. Sekiranya didapati murid masih belum menguasai KB berkenaan, mereka perlu dibimbing semula). 58
  • 64.
    Langkah 4: MengaplikasikanKB dalam situasi baru dan diperkembang dengan bimbingan guru a) Memberitahu murid KB yang perlu diaplikasikan. b) Berbincang bersama murid tentang pelaksanaan proses berfikir yang berkaitan. c) Berbincang bersama murid bagaimana kemahiran berfikir tersebut dapat digunakan dalam situasi baru itu. d) Membantu murid membuat refleksi proses berfikir yang telah mereka lalui. Langkah 5: KB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasan berfikir Pada peringkat ini murid perlu mengaplikasikan kemahiran yang telah dikuasai untuk membuat tugasan tertentu. Tugasan yang diberikan perlu melibatkan kemahiran lain seperti kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Tugasan berfikir dalam bentuk projek, soalan latihan, ujian, peperiksaan dan aktiviti penyelesaian masalah sangat sesuai diberikan kepada murid pada peringkat ini. Jika murid berjaya menjalankan tugasan pada tahap ini, murid boleh dianggap telah mencapai tahap penguasaan. 59
  • 65.
    11 PENGOPERASIAN PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN Dalam Bab 1, lima peringkat dalam rangka kerja penerapan kemahiran berfikir dan strategi berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran sains telah dibincangkan. Setiap peringkat rangka kerja tersebut boleh dilaksanakan terus ke dalam strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada seperti eksperimen, kajian lapangan dan simulasi. Dalam bab ini, contoh pengoperasian peringkat-peringkat rangka kerja dengan KBSB yang tertentu diberikan untuk menggambarkan situasi sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran. MATA PELAJARAN SAINS PERINGKAT 1 : MEMPERKENALKAN KBSB Contoh pengoperasian ini berdasarkan objektif khusus membezakan haiwan mengikut sifat fizikal yang dikenal pasti dari bidang kajian Menyiasat Alam Kehidupan, Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahun 4. Pengoperasian ini menggunakan kaedah sumbang saran semasa langkah set induksi dan pemerolehan pengetahuan. KBSB yang hendak dikuasai ialah membanding dan membezakan. KBSB yang telah dipelajari dan perlu digunakan ialah mencirikan. Lokasi : Dalam Makmal/Bilik Sains. Bahan Bantu : Gambar pelbagai jenis haiwan, bola sepak, Mengajar bola takraw, bola tampar. (Cikgu Murni menghadap pelajar sambil memegang sebiji bola sepak) Cikgu Murni : Apakah objek yang saya pegang ini? Hashim : Bola sepak cikgu! Cikgu Murni : Mengapakah kamu katakan objek ini ialah bola sepak? Hashim : Kerana objek itu berbentuk sfera. Rani : Ada corak petak hitam putih, cikgu. Sabri : Ada tulisan FIFA, cikgu. Tham : Kerana saya pernah main bola sepak dengan bola seperti itu. 60
  • 66.
    Kallang : Cikgu, kerana saya biasa melihat orang bermain bola sepak dengan bola seperti itu. Cikgu Murni : Bagus. Terima kasih, kamu sudah pandai mencirikan dan menghubungkaitkan ciri dengan objek. Sekarang saya hendak kamu mencirikan objek lain pula. Siew Leng, sila catatkan jawapan yang akan diberikan oleh rakan- rakan kamu pada penyusun grafik Rajah Pancaran di papan hitam. (Cikgu Murni bersedia dengan dua jenis bola iaitu bola takraw dan bola tampar) Cikgu Murni : Cuba perhatikan bola yang saya pegang ini, kita panggilnya bola A. Apakah ciri bola ini?. (Cikgu Murni mempamerkan bola takraw) Zaidah : Berbentuk sfera, cikgu. Abidin : Kuning-perang. Ganesan : Cikgu, bola itu berlubang-lubang. Rafeal : Bola itu kasar dan diperbuat daripada rotan, cikgu. Chiew Yen : Saiznya kecil, cikgu. Cikgu Murni : Bagus murid-murid. Terima kasih Siew Leng kerana mencatat. Cikgu Murni : Salim sila tampil ke hadapan untuk mencatat jawapan yang akan diberikan oleh rakan kamu pada penyusun grafik Rajah Pancaran di papan hitam. Cikgu Murni : Apakah pula ciri bola B yang saya pegang ini? (Cikgu Murni menunjukkan bola tampar) Mamat : Berbentuk sfera dan licin, cikgu. Siew Leng : Cikgu, bola itu berwarna putih. Anand : Diperbuat daripada kulit dan tidak berlubang-lubang, cikgu. Dayang : Saiznya besar, cikgu. 61
  • 67.
    Cikgu Murni : Bagus murid-murid dan terima kasih Salim kerana mencatat. Murid-murid sila rujuk penyusun grafik di papan hitam. (Rajah 11.1 menunjukkan Penyusun Grafik Rajah Pancaran yang dicatatkan oleh Salim) Cikgu Murni : Daripada kedua-dua penyusun grafik Rajah Pancaran ini, adakah terdapat ciri sepunya? Anand : Ada, cikgu. Cikgu Murni : Apakah ciri itu? Anand : Kedua-dua bola itu berbentuk sfera, cikgu. Cikgu Murni : Adakah lagi ciri sepunya yang lain? Dayang : Tidak ada lagi, cikgu. (Guru perlu memperkenalkan penyusun grafik baru iaitu Rajah Venn yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran semasa) Cikgu Murni : Baiklah murid-murid. Ciri sepunya ditulis di ruangan yang bertindih dalam rajah penyusun grafik di papan hitam. Ciri bola A dan bola B ditulis dalam ruangan masing-masing yang tidak bertindih. Rajah penyusun grafik ini dikenali sebagai Rajah Venn. 62
  • 68.
    Bola A Bola B sfera Cikgu Murni : Suratman, sila lengkapkan penyusun grafik Rajah Venn di papan hitam. Bola A Bola B Berlubang Kecil Tidak berlubang Rotan Putih sfera licin Kasar Kuning-perang Cikgu Murni : Berdasarkan Rajah Venn yang telah dilengkapkan oleh Suratman, apakah aspek yang kamu ambil kira untuk membezakan bola A dan B? Abidin : Rupa bentuk, cikgu. Satu berlubang-lubang dan satu lagi tidak . Hassan : Warna. Bola A berwarna kuning dan bola B pula berwarna putih. Khashim : Saiz. Satu kecil dan satu lagi besar. Ulap : Bahan, cikgu. Satu diperbuat daripada rotan dan satu lagi daripada kulit. (Guru memperkenalkan kemahiran berfikir membandingkan dan membezakan) Cikgu Murni : Murid-murid .... sebenarnya apa yang kamu buat tadi adalah mencirikan bola A dan bola B serta mengenal pasti ciri yang sama dan yang berbeza antara kedua-duanya. 63
  • 69.
    Kemahiran ini dikenalisebagai membandingkan dan membezakan. Kemahiran ini digunakan untuk mencari persamaan dan perbezaan objek yang diperhatikan. Berikan perkataan atau frasa lain yang memberi maksud yang sama dengan membandingkan dan membezakan. Hassan : Mencari persamaan dan perbezaan, cikgu. Zaidah : Menyenaraikan ciri persamaan dan perbezaan. Siew Leng : Menyatakan ciri serupa dan tidak serupa. Ulap : Mencari ciri sepunya dan tak sepunya. (Tiada jawapan lagi dari murid) Cikgu Murni : Adakah lagi perkataan yang lain? Abidin : Tiada lagi, cikgu ... Cikgu Murni : Ada lagi! ... iaitu ... menentukan ciri sepadan dan tak sepadan. ... menyusun ciri yang sama dan berbeza. ... menyatakan persamaan dan perbezaan. (Guru membimbing murid membuat refleksi tentang proses berfikir yang telah dilalui) Cikgu Murni : Semasa kamu membandingkan dan membezakan, apakah langkah yang telah kamu lakukan? Khashim : Memerhati objek, cikgu! Kallang : Mengenal pasti ciri setiap objek dan menyenaraikannya, cikgu. Rani : Membanding ciri setiap objek untuk mengenal pasti ciri sepunya dan ciri berbeza, cikgu. (Guru menjelaskan langkah penggunaan kemahiran membandingkan dan membeza) Cikgu Murni : Untuk kemahiran membandingkan dan membezakan kita boleh mengikuti langkah-langkah berikut : Pertama : Perhatikan satu, dua atau lebih objek. Kedua : Kenal pasti ciri bagi satu daripada aspek objek itu 64
  • 70.
    Ketiga : Tentukan sama ada objek lain mempunyai cirri yang sama. Keempat : Nyatakan ciri itu sama atau berbeza. Ulangi langkah di atas bagi ciri yang lain bagi setiap objek. (Setiap kumpulan pelajar dibekalkan dengan gambar kucing, ikan emas, siput babi, ular sawa dan burung hantu. Guru perlu memperkenalkan penggunaan penyusun grafik baru yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa) Cikgu Murni : Apabila membandingkan dan membezakan lebih daripada dua objek, kita boleh menggunakan penyusun grafik Jadual Matriks. (Guru mengedarkan penyusun grafik Rajah Pancaran, dan penyusun grafik Jadual Matriks. Murid mengisi penyusun grafik Rajah Pancaran) Cikgu Murni : Murid-murid, sudahkah kamu melengkapkan penyusun grafik Rajah Pancaran bagi setiap haiwan dalam gambar yang diberikan? Semua murid : Sudah, cikgu. Cikgu Murni : Bagus, sekarang kita akan mengisi penyusun grafik Jadual Matriks pula. Rani : Bagaimanakah hendak mengisi penyusun grafik Jadual Matriks ini, cikgu? Cikgu Murni : Terima kasih, Rani. Soalan kamu sangat baik. (Guru menayangkan transparensi penyusun grafik Jadual Matriks seperti yang diedarkan kepada murid menggunakan projektor overhed) Cikgu Murni : Baris pertama dalam kotak pertama diisikan aspek , diikuti dengan ciri dan senarai nama haiwan. Kemudian, tandakan √ di ruangan yang bersesuaian antara ciri dan nama haiwan bagi semua haiwan yang diberikan. (Pada akhir pelajaran, guru mempamerkan semua hasil kerja murid. Contoh hasil kerja murid adalah seperti dalam Rajah 11.1 dan Jadual 11.1) 65
  • 71.
    dua pasang kaki sepasang mata Berbulu rambut kucing kuku tajam telinga gigi bermisai ekor Warna merah kekuningan bergigi Sepasang mata bersirip bersisik bercengkerang dua pasang bertekal Ikan Siput Siput babi berinsang emas berekor babi mulut sepasang mata bergigi Berkuku-tajam Berwarna warni bersisik berparuh Bulu pelepah Burung Badan Ular kaki hantu sepasang panjang sawa bersisik mata ekor berekor Sepasang kaki berkepak Sepasang mata Rajah 11.1 Penyusun Grafik Rajah Pancaran 66
  • 72.
    Jadual 11.1 PenyusunGrafik Jadual Matriks Aspek Ciri Kucing Ikan Siput Ular Burung emas babi sawa hantu Tiada kaki Sepasang √ kaki Bilangan Dua √ kaki pasang kaki Berbulu √ rambut Berbulu √ Selaput pelepah badan Bersisik √ √ Tentekal √ Sepasang √ √ √ √ √ mata Berkepak √ Aspek Berkuku √ √ anggota tajam lain Kaki √ √ √ √ bersisik Berekor √ Badan √ Rupa panjang bentuk Berwarna √ √ warni PERINGKAT 2 : MEMPRAKTIKKAN KBSB DENGAN BIMBINGAN GURU Contoh pengoperasian ini berdasarkan objektif khusus membezakan tumbuhan mengikut sifat-sifat fizikal yang dikenal pasti dari bidang kajian Menyiasat Alam Kehidupan, Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahun 4. Pengoperasian ini menggunakan kaedah kerja lapangan pada langkah perkembangan pengajaran dan pembelajaran. KBSB yang hendak dikuasai ialah membandingkan dan membezakan manakala KBSB yang perlu digunakan ialah mencirikan. Lokasi : Taman Sumber Sains 67
  • 73.
    Pada langkah iniset induksi dan pembahagian kumpulan telah dilakukan. Pelajar 4 Berlian telah dibawa oleh Cikgu Hakim ke Taman Sumber Sains untuk memerhatikan pokok serai dan pokok puding. Cikgu Hakim : Sebentar tadi murid-murid telah memerhatikan tumbuhan di Taman Sumber Sains. Arifah, nyatakan bahagian tumbuhan manakah kumpulan kamu perhatikan? Arifah : Kami membuat pemerhatian pada bahagian daun dan akar, Cikgu. Cikgu Hakim : Bagus! Arifah. Kumpulan Basir dan Rajoo, adakah kamu memerhatikan bahagian yang sama? Rajoo dan Basir : Ya, Cikgu. Cikgu Hakim : Rajoo, bagaimanakah hasil perbincangan kamu mengenai sifat daun tumbuhan tersebut? Rajoo : Cikgu, kami dapati daun puding kasar permukaannya dan berwarna hijau. Cikgu Hakim : Bagaimanakah dengan urat pada daun itu? Rajoo : Uratnya macam bercabang-cabang, Cikgu. Razak : Cikgu, semalam saya telah membaca bahawa, bentuk urat begitu disebut urat daun jejala. Cikgu Hakim : Bagus Razak. Urat daun itu dikenali sebagai urat daun jejala. Cikgu Hakim : Murid-murid, cuba bandingkan antara daun serai dan daun puding ini. (Murid-murid membuat perbincangan) Cikgu Hakim : Swee Lan, apakah yang kamu dapati? Swee Lan : Cikgu, saya dapati daun puding lebar dan kasar permukaannya manakala daun serai panjang dan kasar juga. Jamaluddin : Urat daun puding adalah urat daun jejala, Cikgu. Tetapi urat daun serai kelihatan lurus. 68
  • 74.
    Cikgu Hakim : Ya, Jamaluddin. Razak, jika urat daun begini apakah yang dinyatakan dalam buku itu? Razak : Urat daun selari, Cikgu. Cikgu Hakim : Bagus. Murid-murid urat daun itu dikenali sebagai urat daun selari. Kalau kamu bersedia seperti Razak, kamu akan faham lebih jelas. Sekarang teruskan pemerhatian kamu terhadap kedua-dua tumbuhan itu. Gunakan penyusun grafik Carta T untuk mencatat pemerhatian. (Guru mengedarkan penyusun grafik Carta T untuk digunakan oleh murid bagi membandingkan dan membezakan.) POKOK PUDING POKOK SERAI • • • • • • • • • • • • (Murid-murid membuat pemerhatian ) Cikgu Hakim : Razali, apakah bentuk akar pokok puding? Razali : Akar pokok puding besar. Rajoo : Ada satu akar yang besar Cikgu, dikelilingi oleh akar kecil. Pada akar kecil itu pula ada lagi akar yang lebih halus. Cikgu Hakim : Betul tu Rajoo. Akar ini dinamakan akar tunjang. Bagaimana dengan akar pokok serai? Aminah! Aminah : Cikgu, akar pokok serai banyak tetapi tidak ada akar besar. Swee Lan : Kalau akar begini, kita hendak namakan apa pula Cikgu? Cikgu Hakim : Akar itu kita namakan sebagai akar serabut. 69
  • 75.
    Cikgu Hakim : Bagaimanakah kamu membandingkan dan membezakan kedua tumbuhan itu? Razali : Saya memerhati daun dan akar, Cikgu. Cikgu Hakim : Bagus, Razali. Arifah : Kita mesti mencirikan objek yang hendak dibandingkan dan dibezakan Cikgu. Cikgu Hakim : Bagus, Arifah. Apabila kita hendak membandingkan dan membezakan, kita perlu memerhatikan ciri-cirinya. Sekarang cuba cari persamaan dan perbezaan tumbuhan tersebut dan catatkan dalam penyusun grafik Jadual Matriks. (Guru mengedarkan penyusun grafik Jadual Matriks kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti) Aspek Ciri Pokok Serai Puding Daun Akar PERINGKAT 3 : MEMPRAKTIKKAN KBSB TANPA BIMBINGAN GURU Pengoperasian ini berdasarkan objektif khusus mengelas tumbuhan mengikut sifat fizikal yang dikenal pasti dari bidang kajian Menyiasat Alam Hidupan dalam mata pelajaran Sains Sekolah Rendah Tahun 4. Pengoperasian ini menggunakan kaedah kajian lapangan semasa langkah set induksi, pengembangan pembelajaran dan refleksi. KBSB yang hendak dikuasai ialah mengelas, KBSB yang telah dipelajari dan perlu digunakan ialah mencirikan serta membandingkan dan membezakan. Lokasi : Taman Sumber Sains Bahan Bantu : Penyusun grafik Rajah Pancaran, 70
  • 76.
    Mengajar Rajah Venn, Carta Maklumat, gambar tumbuhan dan buku rujukan tentang tumbuhan Pelajar kelas Tahun 4 Melati dibawa oleh Cikgu Ali ke Taman Sumber Sains untuk memerhatikan daun pokok bunga raya dan daun lalang. Cikgu Ali mengarahkan pelajar supaya berkumpul di dalam kumpulan masing-masing. Seorang ketua dikehendaki mengendalikan aktiviti KBSB iaitu mencirikan serta membandingkan dan membezakan sifat fizikal daun tumbuh-tumbuhan tanpa bimbingan guru. Pada masa murid menjalankan aktiviti, Cikgu Ali membuat pemantauan. Ahmad (ketua : Mari kita perhatikan daun bunga raya dan daun lalang. kumpulan) Apa yang kamu perhatikan? Salmah : Daun bunga raya nipis, Mad. Sudirman : Daun lalang nipis juga. Ahmad : Ciri apa pula yang kamu perhatikan, Soo Chuen? Soo Chuen : Daun bunga raya mempunyai urat daun yang berjala tetapi daun lalang berurat selari. Ahmad : Apakah ciri lain pada daun tersebut. Arumugam : Saya dapati kedua-dua daun berwarna hijau. Dolmat : Eh.. Mad, permukaan daun lalang kasar. Ahmad : Kita telah dapat mencirikan daun-daun yang kita kumpulkan. Sekarang kita akan membandingkan dan membezakan ciri daun pokok bunga raya dan daun lalang. Kita gunakan penyusun grafik Rajah Venn. (Ahmad mengedarkan penyusun grafik Rajah Venn kepada setiap ahli kumpulannya) Sudirman : Ahmad, saya cadangkan dalam bulatan A kita senaraikan ciri daun pokok bunga raya. Dolmat : Kalau begitu, ciri daun lalang kita senaraikan dalam bulatan B. Arumugam : Lepas itu kita nak buat apa? Ahmad : Macam ini Arumugam, kita kenal pasti ciri sepunya daun pokok bunga raya dan daun lalang. Kemudian kita pindahkan dan tuliskan ciri itu dalam ruangan yang bertindih pada rajah Venn ini. 71
  • 77.
    (Setelah setiap kumpulanmenjalankan aktiviti yang telah ditetapkan, Cikgu Ali bersama dengan semua murid membuat rumusan) Cikgu Ali : Semua kumpulan dikehendaki mempamerkan hasil kerja dari aktiviti tadi. (Murid mempamerkan hasil kerja mereka seperti contoh berikut) (Cikgu Ali memeriksa hasil kerja setiap kumpulan dan membuat rumusan) Cikgu Ali : Saya dapati hasil kerja kamu sangat memuaskan. Ini menunjukkan kamu telah dapat menguasai kemahiran berfikir mencirikan serta membandingkan dan membezakan dengan baik. (Setelah membuat rumusan guru meneruskan pengajaran dan pembelajaran untuk KBSB mengelas. Cikgu Ali meminta setiap kumpulan mengumpulkan daun dari pelbagai jenis pokok) Cikgu Ali : Sila aturkan daun-daun itu di atas kertas surat khabar. Sekarang kita akan mengelaskan daun itu mengikut ciri-ciri sepunya. 72
  • 78.
    Dolmat : Cikgu, apakah yang dimaksudkan dengan mengelaskan itu? Cikgu Ali : Mengelaskan ialah mengumpul item atau maklumat kepada kumpulan berasaskan kepada ciri sepunya. Ahmad : Cikgu, bagaimana kita hendak mengelaskan? Cikgu Ali : Mengumpulkan dan mengelaskan adalah kemahiran berfikir di mana kamu perlu menggunakan kemahiran mencirikan, membandingkan dan membezakan seperti yang telah kamu lakukan tadi. Kita boleh mengumpul dan mengelas menggunakan penyusun grafik berikut. Kita perlu mengisikan petak pada penyusun grafik berdasarkan ciri item yang tertentu. Kita mulakan dengan mengisi petak A iaitu nama bagi item yang hendak dikumpulkan dan kelaskan. Sekarang cuba kita fikirkan apakah nama item yang sesuai. Eng Tuan : Daun, cikgu. Cikgu Ali : Kenapa kamu kata daun paling sesuai? Eng Tuan : Sebab sekarang kita sedang mengumpulkan dan mengelaskan daun, cikgu. Cikgu Ali : Betul. Untuk mengumpulkan dan mengelas, namakan item yang umum di petak A. Sekarang kita tulis perkataan 'daun' di petak A ini. (Murid menulis di penyusun grafik Carta Maklumat yang diedarkan). 73
  • 79.
    Seterusnya berdasarkan ciriitem yang tertentu, bahagikan daun ini kepada dua kumpulan. Apakah ciri yang boleh kita gunakan untuk membahagikan daun ini kepada dua untuk diisikan ke dalam petak B1 dan B2? Suresh : Cikgu, boleh kita pilih ciri urat daun? Urat daun selari dan urat daun jejala? (Murid mencirikan serta membandingkan dan membezakan) Cikgu Ali : Ya boleh, mari kita isikan petak B1 dengan urat daun selari dan petak B2 dengan urat daun jejala. Seterusnya apakah ciri lain yang diperhatikan yang boleh kita gunakan untuk membahagikan urat daun selari dan jejala kepada dua kumpulan untuk mengisi petak C? Dolmat : Daun licin dan daun kasar, Cikgu. Cikgu Ali : Betul. Sekarang isikan petak C1 dan C3 dengan daun licin manakala petak C2 dan C4 dengan daun kasar. Sekarang, namakan tumbuhan yang mempunyai ciri berdasarkan pengelasan yang kita telah buat iaitu : Daun berurat selari dengan permukaan licin, daun berurat selari dengan permukaan kasar, daun berurat jejala dengan permukaan licin, daun berurat jejala dengan permukaan kasar. A Daun B1 B2 Urat selari Urat jejala C1 C2 C3 C4 Licin Kasar Licin Kasar Contoh: Contoh: Contoh: daun Contoh: daun daun pandan daun serai bunga raya pokok had-had 74
  • 80.
    Cikgu Ali: Murid-murid, apa yang kita telah lakukan tadi adalah mengasingkan daun pelbagai jenis tumbuhan berdasarkan ciri-ciri sepunya. Kemahiran ini dikenali sebagai mengumpulkan dan mengelaskan. Kemahiran ini digunakan apabila terdapat banyak item atau maklumat yang tidak tersusun. Cuba berikan perkataan atau frasa lain yang memberikan maksud yang sama dengan mengumpulkan dan mengelaskan. Roslan: Mengumpulkan mengikut ciri yang boleh dibandingkan, Cikgu. Cikgu Ali: Betul. Ada cadangan lain? Suhaimi: Menyusun mengikut kumpulan. Cikgu Ali: Cadangan itu pun boleh diterima, terima kasih. Sebenarnya, ada banyak lagi frasa lain yang membawa maksud sama dengan mengumpulkan dan mengelaskan. (Guru mengedarkan senarai frasa lain yang membawa maksud sama dengan mengumpulkan dan mengelaskan bagi membincangkannya) (Guru membimbing murid membuat refleksi tentang proses berfikir yang telah dipelajari) Cikgu Ali: Semasa kita mengumpulkan dan mengelaskan daun tadi, apakah langkah-langkah yang telah kita ikuti? Salmah: Cikgu, kami mengenal pasti ciri sekumpulan item iaitu daun. Soo Chuen: Betul cikgu, lepas itu kita kenal pasti beberapa ciri lain. Kemudian kita masukkan item yang sama cirinya ke dalam kumpulan yang lebih kecil. Cikgu Ali: Bagus, nampaknya murid-murid sudah dapat idea bagaimana hendak mengumpul dan mengelas. Sekarang cikgu rumuskan langkah yang boleh diikuti untuk melaksanakan kemahiran mengumpulkan dan mengelaskan : Pertama, kenal pasti ciri umum kumpulan item. Kedua, berikan nama kepada kumpulan item itu. Ketiga, kenal pasti ciri lain. Keempat, masukkan item yang sama ciri ke dalam kumpulan lebih kecil. Kelima, ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu kumpulan. Cikgu Ali: Sekarang berdasarkan pengetahuan yang kamu perolehi tentang langkah mengumpulkan dan mengelaskan, mari kita kelaskan tumbuhan 75
  • 81.
    yang ada diTaman Sains ini dengan membuat pemerhatian serta berdasarkan bahan rujukan yang cikgu bekalkan. (Guru mengedarkan Carta Maklumat kepada murid) Cikgu Ali: Dengan menggunakan penyusun grafik Carta Maklumat yang diedarkan, kumpulkan dan kelaskan tumbuhan mengikut cirinya. Apakah ciri yang akan digunakan? Leela: Urat daun, Cikgu. Azie: Akar, Cikgu. Husin: Berbunga dan tak berbunga, Cikgu. Cikgu Ali: Bagus, seterusnya sila bincang dalam kumpulan masing-masing untuk melengkapkan penyusun grafik yang diedarkan, dan sebentar nanti kita adakan sesi pembentangan hasil kerja setiap kumpulan. Rajah 11.2 adalah satu contoh hasil kerja murid. Alam tumbuhan Daun berbunga Daun berbunga Daun sfora: Hasilkan sfora: Hasilkan Sistem akar Sistem akar rumpai cendawan biji: ru serabut tunjang Urat daun Urat daun Urat daun selari: lalang jejala: jejala: keembung mangga Rajah 11.2 Carta Maklumat pengelasan alam tumbuhan 76
  • 82.
    PERINGKAT 4 : MENGAPLIKASIKAN KBSB DALAM SITUASI BARU DENGAN BIMBINGAN GURU Pengoperasian ini berdasarkan objektif khusus untuk membandingkan dan membezakan objek berdasarkan sifat lutsinar, lutcahaya dan legap dari 'Dunia Melalui Deria Kita' dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 2. Pengoperasian ini menggunakan kaedah perbincangan dan penyiasatan secara berkumpulan semasa langkah set induksi, perkembangan pengajaran dan pembelajaran dan pengukuhan. KBSB yang telah dikuasai dan perlu digunakan ialah membandingkan dan membezakan, mencirikan dan mengelaskan. Pada akhir pelajaran, pelajar boleh mengaplikasikan KBSB yang telah diberi itu dalam situasi yang baru. Lokasi : Makmal Sains Bahan Bantu : Lampu suluh, kain batik, kain kasa, kertas A4 Mengajar plastik transparensi, beg plastik berwarna, kerajang aluminium, dan kertas surih. Sampul surat (bersaiz 20cm x 40cm) yang mengandungi objek lain seperti plastik hitam, kain sutera, kepingan kaca jernih, kepingan perspeks dan kertas surat khabar. (Guru membimbing pelajar membuat refleksi tentang proses berfikir mengelaskan yang telah dipelajari) Cikgu Siti : Hari ini kita hendak belajar tajuk baru menggunakan kemahiran mengelas. Tetapi, sebelum cikgu memulakan pelajaran hari ini marilah kita melihat kembali apakah yang dimaksudkan dengan mengelaskan. Jimen : Mengelaskan maksudnya, kita kumpulkan objek mengikut sifat yang sama. Cikgu Siti : Bagus, Jimen. Siapa boleh beritahu bagaimana kita boleh membuat pengelasan. Ettin : Mula-mula cikgu, kita mestilah mengetahui sifat-sifat objek tersebut. Cikgu Siti : Bagus. Apa pula langkah seterusnya, Madon? Madon : Kita membandingkan dan membezakan objek-objek itu dengan mengenal pasti sifat sepunya objek tersebut. 77
  • 83.
    Cikgu Siti : Lepas itu, apa pula kita buat? Nolly : Lepas itu Cikgu, kita pun kumpulkan objek itu kepada kumpulan- kumpulan kecil berdasarkan sifat sepunya masing-masing. Cikgu Siti : Bagus, nampaknya kamu telah pun faham bagaimana hendak membuat pengelasan. Sekarang kita akan belajar tajuk baru menggunakan kemahiran mengelaskan ini. Cikgu Siti : Pelajar, perhatikan objek yang cikgu telah letakkan di atas meja setiap kumpulan. Senaraikan objek tersebut. (Pelajar menyenaraikan objek yang ada di atas meja : kertas tisu, transparensi, kertas surih, kerajang aluminium, kain batik, beg plastik berwarna, kertas A4 dan kain kasa) Cikgu Siti : Boleh satu kumpulan beritahu kelas, apakah objek-objek di atas meja kamu? Mokhtar, cuba tulis senarai tadi di papan hitam. (Mokhtar menulis senarai objek yang diletak di atas meja di papan hitam) Cikgu Siti : Bagus, sekarang cuba pula kumpulkan objek-objek tersebut mengikut sifat yang kamu pilih. (Kumpulan melakukan aktiviti selama lima minit) Cikgu Siti : Ali, berapa kumpulan objek yang kamu dapat? Ali : Kami dapat empat kumpulan objek cikgu, iaitu objek yang diperbuat daripada kertas, objek yang diperbuat daripada plastik, objek yang diperbuat daripada kain dan objek yang diperbuat daripada logam. Cikgu Siti : Bagaimana dengan kumpulan lain..... Kumpulan Mary? Mary : Kami dapat dua kumpulan objek cikgu, iaitu objek yang mudah dikoyakkan dan objek yang tidak mudah dikoyakkan. Cikgu Siti : Bagus. Sekarang cuba fikirkan bagaimana kita boleh mengelaskan objek-objek tersebut dengan menggunakan cahaya lampu suluh. (Pelajar berbincang) Muthu : Cikgu, kumpulan kami ada idea. Cikgu Siti : Apa dia, Muthu? 78
  • 84.
    Muthu : Kita boleh kelaskan objek-objek itu mengikut kebolehan cahaya melaluinya. Cikgu Siti : Bagus. Sekarang setiap kumpulan sila jalankan aktiviti untuk mengelaskan objek mengikut kebolehan cahaya melaluinya. (Pelajar menjalankan aktiviti untuk mengelaskan objek yang ada di atas meja mereka) (Setelah semua kumpulan selesai, guru menjalankan perbincangan) Cikgu Siti : Pelajar, mari kita bincangkan keputusan yang telah diperolehi oleh setiap kumpulan. Kita mulakan dengan kumpulan Ali. Ali : Kumpulan kami dapat dua kelas objek sahaja cikgu. Pertama kumpulan objek yang membenarkan cahaya melaluinya dan kedua, kumpulan objek yang tidak membenarkan cahaya melaluinya. Cikgu Siti : Ali, bolehkah kamu beritahu kelas bagaimana kumpulan kamu mengelaskan objek tersebut? Ali : Cikgu, kumpulan kami mencirikan objek-objek tersebut berasaskan kepada kebolehan cahaya menerusinya. Kami dapati ada objek yang membenarkan cahaya melaluinya dan ada pula objek yang tidak membenarkan cahaya melaluinya. Kemudian objek yang sama sifatnya kami kumpulkan dalam satu kumpulan. Jadi kami membandingkan dan membezakan antara objek berdasarkan sifat tersebut dan memperolehi dua kumpulan objek. Cikgu Siti : Bagus. Sekarang kumpulan kamu pula, Zainab. Zainab : Kami dapat tiga kumpulan objek, Cikgu. Pertama kumpulan objek yang membenarkan banyak cahaya menembusinya. Kedua kumpulan objek yang membenarkan sedikit sahaja cahaya menembusinya dan ketiga, kumpulan objek yang langsung tidak membenarkan cahaya menembusinya. Cikgu Siti : Bagaimana kumpulan kamu boleh mendapat tiga kumpulan objek Zainab, sedangkan kumpulan Ali dapat dua kumpulan sahaja? (Guru meminta pelajar membuat refleksi) Zainab : Cikgu, mula-mula kami berjaya mencirikan objek-objek tersebut berdasarkan kebolehannya membenarkan cahaya melaluinya sama seperti kumpulan Ali. Tetapi dalam kumpulan yang membenarkan cahaya melaluinya kami mendapati masih ada 79
  • 85.
    perbezaan iaitu objekyang membenarkan sedikit cahaya melaluinya dan objek yang membenarkan banyak cahaya melaluinya. Sebab itu kami mendapat tiga kumpulan. Cikgu Siti : Bagus. Sekarang cikgu minta kumpulan Zainab membuat demonstrasi kepada rakan-rakan kamu bagaimana kamu memperolehi ketiga-tiga kumpulan objek itu. (Kumpulan Zainab menjalankan demostrasi sambil diperhatikan oleh kumpulan lain) Cikgu Siti : Pelajar, kamu telah melihat tiga kumpulan mengikut kebolehan cahaya melaluinya. Objek yang membenarkan cahaya melaluinya dengan banyak diperbuat daripada bahan yang bersifat lutsinar. Objek yang membenarkan sedikit cahaya melaluinya diperbuat daripada bahan yang bersifat lutcahaya dan objek yang tidak membenarkan cahaya melaluinya diperbuat daripada bahan yang bersifat legap. (Guru menggunakan penyusun grafik Carta Maklumat untuk mengelas bagi menjelaskan huraian tadi) Cikgu Siti : Sekarang, Cikgu akan berikan kepada setiap kumpulan sehelai kertas mahjong dan lukiskan penyusun grafik Carta Maklumat untuk membuat pengelasan. Cuba kamu kelaskan objek yang ada di dalam sampul surat mengikut kelas objek seperti dibincangkan di atas dan rekodkan dalam penyusun grafik yang diberi. ( Cikgu Siti : Sekarang, Cikgu hendak semua kumpulan memaparkan penyusun grafik yang telah dilengkapkan di dalam kertas mahjong pada 80
  • 86.
    papan hitam supayakita dapat bandingkan jawapan antara kumpulan. PERINGKAT 5 : MENGGUNAKAN KBSB BERSAMA KEMAHIRAN YANG LAIN UNTUK MENCAPAI TUGASAN BERFIKIR Contoh pengoperasian ini berdasarkan tajuk Koordinasi dan Keseimbangan Dalam Badan Kita, mata pelajaran Sains Tingkatan Empat. Pengoperasian ini menggunakan kaedah main peranan semasa langkah penyelesaian masalah. KBSB yang telah dipelajari dan perlu digunakan ialah mencirikan, membandingkan dan membezakan, menganalisis, menjanakan idea, mengitlak, meramal dan membuat kesimpulan. Kemahiran lain yang perlu diguna adalah kemahiran proses sains seperti memerhati, meramal, mentaksir maklumat, mendefinisikan secara operasi dan berkomunikasi. Kemahiran manipulatif seperti mengguna dan mengendalikan alat serta menyimpan alat dengan betul dan selamat juga digunakan. Lokasi : Bilik Darjah/Makmal Tugasan : Mengumpul maklumat dan mengadakan forum bertajuk Hidup Bahagia Tanpa AIDS Pelajar-pelajar Tingkatan Empat Mawar telah dibahagikan kepada empat kumpulan yang akan mengumpul maklumat untuk dibentangkan ketika forum tersebut seperti berikut: Kumpulan Pengerusi : Ramlah sebagai ketua Kumpulan Doktor : Gimbang sebagai ketua Kumpulan Ustaz : Wan Ahmad sebagai ketua Kumpulan Pegawai Polis : Tan Bee Aun sebagai ketua Setiap ahli di dalam semua kumpulan dikehendaki membuat keputusan tentang cara untuk mendapatkan maklumat yang relevan dengan peranan masing-masing. Mereka juga dikehendaki meramalkan soalan dan jawapan yang bersesuaian yang mungkin ditimbulkan ketika forum berlangsung. Pelajar disarankan untuk mengadakan temu bual dengan doktor, ustaz dan polis. Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada hasil temu bual hendaklah ditafsirkan, kemudian dikumpulkan untuk dikelaskan dan disusun mengikut keutamaan. Seterusnya maklumat-maklumat ini perlu dianalisis bagi membuat urutan yang bersesuaian. Pengumpulan maklumat memerlukan kemahiran memerhati yang baik kerana daripada pemerhatian itu pelajar boleh meramal pelbagai hubung kait antara pelbagai 81
  • 87.
    pemboleh ubah yangdikenal pasti. Mereka sepatutnya berkemahiran untuk mentafsir data yang diperolehi dalam pelbagai bentuk melalui sesi temubual yang mereka jalankan. Pelajar perlu juga mendefinisikan secara operasi untuk membuat rumusan daripada maklumat berbentuk konsep. Pelajar harus memikirkan kaedah mempersembahkan pendapat ketika forum berlangsung dengan cara yang terbaik dan berkesan. Di sini mereka semestinya mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik. Guru perlu menyediakan alat seperti projektor overhed , projektor slaid dan skrin untuk digunakan oleh ahli panel ketika forum dilangsungkan. Setiap kumpulan hendaklah menyediakan petugas di kalangan ahlinya untuk mengguna dan mengendalikan alat- alat di atas dengan betul. Mereka juga hendaklah menyimpan alat-alat tersebut dengan betul dan selamat di tempat asalnya selepas majlis forum dijalankan. Mereka diberi masa selama seminggu untuk menyediakan maklumat- maklumat di atas. Pada hari majlis forum itu hendak dijalankan Cikgu Azizah dengan dibantu oleh pelajar- pelajar dalam kelas itu telah menyusun kedudukan kerusi meja bagi pengerusi, ahli panel dan pelajar lain. Selepas itu Cikgu Azizah pun memulakan majlis forum tersebut. Cikgu Azizah : Selamat pagi pelajar sekalian, hari ini kita akan mengadakan satu majlis forum yang bertajuk 'Hidup Bahagia Tanpa AIDS' oleh ahli panel yang mewakili kumpulan yang telah saya tentukan pada minggu lepas. Sekarang saya menjemput Ramlah selaku pengerusi untuk menjalankan majlis forum pada hari ini. Dipersilakan Ramlah. Ramlah : Yang Berusaha Cikgu Azizah guru sains tingkatan 4 Mawar, Yang Dihormati ahli-ahli panel dan seterusnya rakan-rakan sekalian. Syukur Alhamdulillah pada hari ini kita berpeluang mengikuti satu forum yang bertajuk 'Hidup Bahagia Tanpa AIDS'. Untuk menyempurnakan majlis forum ini terlebih dahulu saya memperkenalkan ahli-ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Wan Ahmad dari Pejabat Agama Islam Daerah Ulu Langat, Dr.Gimbang, Pegawai Perubatan Hospital Daerah Ulu Langat dan ASP Tan Bee Aun, Penolong Penguasa Polis Ulu Langat. Saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi membincangkan tajuk forum kita pada hari ini. Hidup Bahagia Tanpa AIDS itulah tajuk yang akan dibincangkan. Seperti yang kita tahu AIDS adalah sejenis penyakit berbahaya. Apakah sebenarnya penyakit AIDS? dan untuk menjawab soalan ini, kita menjemput Dr.Gimbang untuk mencirikan kriteria penyakit AIDS dan membandingkan membezakan dengan penyakit lain. 82
  • 88.
    Dr. Gimbang : Terima kasih pengerusi majlis. AIDS sebenarnya ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh ……. Tanda-tanda seseorang itu menghidapi AIDS ialah …... Lihat slaid yang ditayangkan. Ini adalah tanda-tanda seorang pesakit yang menghidapi AIDS. Jika kita lihat penyakit lain pula seperti leukimia, demam denggi dan sifilis didapati tanda-tanda pesakit ialah ……………….. Slaid 3 menunjukkan ……………. Slaid 4 menunjukkan ……………. Dan slaid 5 menunjukkan ……….. Daripada tanda-tanda penyakit yang dinyatakan tadi, terdapat tanda yang sama iaitu …..dan perbezaannya ialah …… Ramlah : Terima kasih Dr.Gimbang atas penerangan bagi ciri penyakit AIDS dan seterusnya membandingkan dan membezakan dengan penyakit lain. Dari sudut sosial pula, kita beralih kepada ASP Tan Bee Aun. Bolehkah ASP Tan menjelaskan hubung kait di antara penagihan dadah dengan penyakit AIDS dan seterusnya membuat ramalan bagi bilangan penagih dadah dan pesakit AIDS di daerah ini buat masa yang akan datang. Dipersilakan. Tan Bee Aun : Terima kasih pengerusi majlis. Sebenarnya penagihan dadah dan penyakit AIDS ini ada hubung kaitnya. Dengan ini tentulah terdapat seorang itu adalah penagih dadah dan ia juga seorang pengidap AIDS. AIDS juga boleh berjangkit dengan cara ……………… Dengan bertambahnya penagih dadah yang menggunakan suntikan maka tentulah akan bertambah bilangan pesakit AIDS. Slaid yang ditayangkan adalah data bagi bilangan penagih dadah dan pesakit AIDS bagi Daerah Ulu Langat. Slaid seterusnya adalah data bagi bilangan penagih dadah yang juga pesakit AIDS. Pihak kami meramalkan pada tahun 2000 bilangan penagih dadah dan pesakit AIDS ialah………... Ramlah : Terima kasih ASP Tan. Nampaknya bilangan penagih dadah dan pesakit AIDS di daerah ini adalah besar. Bagitu juga hubungkaitnya antara penagih dadah dengan pesakit AIDS ini begitu nyata sekali. Ramalan yang dibuat juga amat membimbangkan kita semua. Kita beralih kepada Ustaz Wan Ahmad, bagaimanakah Ustaz dapat 83
  • 89.
    menjelaskan hubung kaitdi antara amalan akhlak mulia dengan kemungkinan menghidapi penyakit AIDS, seterusnya bagaimanakah gaya hidup mengikut cara hidup Islam yang bahagia dan bebas daripada virus AIDS. Dipersilakan Ustaz Wan Ahmad. Wan Ahmad : Assalamualaikum. Pengerusi majlis, ahli-ahli panel dan pelajar sekalian. Agama Islam banyak menekankan tentang amalan akhlak mulia dalam kehidupan kita agar sejahtera di dunia dan di akhirat. Kita tahu ramai penagih dadah dan pesakit AIDS adalah remaja yang baru sahaja tamat persekolahannya di mana mereka sentiasa berkawan dengan rakan sebaya yang terlibat dengan dadah. Gejala inilah yang akan …………………. Remaja perlulah berhati-hati memilih rakan…… Akhlak mulia boleh dihubungkaitkan dengan pesakit AIDS berdasarkan ………………. Oleh itu, gaya hidup sebuah keluarga yang mengamalkan ajaran Islam dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang akan..…………… Sebagai sebuah keluarga Islam yang bahagia adalah…………….. Ramlah : Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ustaz yang telah menjelaskan hubung kait di antara amalan akhlak mulia dengan penyakit AIDS dan membuat pengitlakan gaya hidup yang berasaskan cara hidup Islam. Seterusnya juga Ustaz telah memberikan panduan bagaimana kita boleh menjauhkan diri daripada dijangkiti virus AIDS. Kita beralih semula kepada Dr.Gimbang. Doktor, bagaimanakah caranya penyakit AIDS ini boleh berjangkit dan apakah langkah yang perlu dilakukan supaya kita tidak dijangkiti AIDS mengikut sudut perubatan? Dr.Gimbang : Virus AIDS sebenarnya boleh berjangkit……………. Langkah yang perlu diambil oleh orang ramai………………… Dengan ini kita dapat melihat hubung kait antara cara jangkitan dan langkah mencegah ………….. Ramlah : Terima kasih Doktor atas penjelasan bagaimana penyakit AIDS ini boleh berjangkit dan langkah mencegah daripada dijangkiti AIDS. Seterusnya Doktor juga telah membuat hubung kait antara cara jangkitan dan langkah mencegah penyakit ini. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ketiga-tiga ahli panel kerana berjaya menjelaskan apa yang dikatakan AIDS yang begitu 84
  • 90.
    menakutkan kita semuapada hari ini. Segala maklumat dan cadangan yang diberikan amat berfaedah kepada kita semua untuk lebih memahami tentang penyakit ini dan hubungkaitnya dengan penyakit lain seterusnya mengikuti langkah-langkah bagi mencegah dijangkiti AIDS. Berpandu kepada pendapat dan maklumat yang diberikan oleh ketiga-tiga ahli panel dalam bidang masing-masing dapatlah kita membuat kesimpulan tentang penyakit AIDS, cara AIDS berjangkit, hubung kait penyakit AIDS dengan penagihan dadah dan penyakit lain, gaya hidup yang sihat dengan menjauhi AIDS dan cara menjauhi diri dari dijangkiti AIDS. Saya akhiri majlis ini dengan ucapan terima kasih. (Selepas majlis forum, Cikgu Azizah menjalankan sesi refleksi bersama pelajar-pelajar) Cikgu Azizah : Terima kasih dan tahniah kepada semua pelajar yang telah mengambil bahagian dengan jayanya. Sekarang kita akan membincangkan semula tentang isi forum tadi. Ahmad : Apa yang hendak dibincangkan Cikgu? Cikgu Azizah : Bagaimana kamu akan membanding dan membezakan antara penyakit AIDS dengan penyakit-penyakit lain seperti sifilis dan denggi? Jamal : Mula-mula kita perhatikan tanda-tanda awal penyakit tersebut, Cikgu. Bashah : Tanda-tanda sahaja tidak cukup Cikgu. Kita perlu juga kenal pasti tanda-tanda yang sama dan berbeza di antara AIDS dengan penyakit lain. Cikgu Azizah : Bagus, nampaknya kamu telah dapat membandingkan dan membezakan. Vellu : Bagaimanakah ASP Tan Bee Aun boleh meramalkan bahawa bilangan pesakit AIDS boleh meningkat lagi? Zainab : Cikgu, biar saya cuba jawab. Ramalan itu boleh dibuat daripada analisis data yang dikumpul daripada rekod polis. Zainal : Ada lagi cikgu. Ketika membuat ramalan, kita perlu menentukan pola atau corak pada maklumat yang dikumpul. Cikgu Azizah : Betul pendapat kamu. Bagaimana pula analisis itu dibuat? Cuba terangkan. Carolina! 85
  • 91.
    Carolina : Kita boleh menganalisis dengan cara mengolah data yang dikumpul dan menghuraikannya kepada ciri yang lebih terperinci seperti yang dibuat oleh ASP Tan Bee Aun. Cikgu Azizah : Bagus Carolina. Nampaknya kamu betul-betul menghayati forum tadi. Asmah : Tadi saya dengar Ustaz Wan Ahmad menyatakan kita perlu pandai memilih rakan-rakan sebaya dalam pergaulan harian. Bagaimana kita hendak memilih rakan sebaya yang sesuai cikgu? Cikgu Azizah : Senang saja Asmah, tadi ustaz Wan ada menyebut semasa kita memilih rakan sebaya kita perlu mengenali latar belakang hidupnya dan dengan siapa pula dia berkawan. Lihat juga akhlak mulia yang ada padanya dan tingkah lakunya yang kurang baik. Carolina : Kalau begitu cikgu, kita perlu menilai sama ada seseorang itu berakhlak atau tidak. Cikgu Azizah : Baiklah pelajar, tadi kita telah dengar pendapat dari ahli panel dan pendapat rakan kita tentang Hidup Bahagia Tanpa AIDS. Ahli panel juga telah memaparkan pelbagai maklumat sebagai panduan yang berguna kepada kita. Akhirnya dapatlah disimpulkan bahawa kita perlu menjalani kehidupan yang harmoni, berakhlak mulia dan menjauhkan diri kita daripada aktiviti yang boleh merosakkan diri seperti penagihan dadah dan pergaulan bebas supaya diri kita tidak dijangkiti AIDS. 86
  • 92.
    MATA PELAJARAN BAHASA A.Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Kemahiran Berfikir Menilai. Situasi: Seorang murid tidak beratur semasa membeli makanan di kantin. Apakah pendapat anda mengenai aksinya? Langkah 1: Meneliti dan memahami kenyataan tersebut. a) Meminta murid membaca dan memahami soalan yang dikemukakan. b) Menyoal tentang erti perkataan tidak beratur. Jika terdapat murid menghadapi masalah dalam memahaminya, sila terangkan kepada mereka. Langkah 2 : Menilai atau mengkaji data atau kenyataan yang diberi. a) Soal murid anda : Adakah perbuatan tersebut baik atau tidak? Mengapa? b) Tanya mereka tentang tempat-tempat lain murid harus beratur. Langkah 3 : Buat satu keputusan atau memberi pendapat: a) Bantu para murid anda untuk membuat satu keputusan atau memberi pendapat dengan menggunakan struktur ayat seperti contoh yang berikut: Kami tidak boleh memotong barisan semasa kami ........................................ atau Kami mesti beratur semasa kami ......................…... Aktiviti 1. Tanda ( / ) pada aktiviti yang anda suka lakukan. Beri sebab-sebab. a) Membuat latihan Bahasa Melayu. ( ) b) Membaca majalah. ( ) c) Memancing. ( ) d) Bersiar-siar. ( ) 87
  • 93.
    2. Tanda ( / ) pada aktiviti yang boleh membantu murid untuk maju dalam Bahasa Melayu. Beri sebab-sebab. a) Selalu menonton televisyen. ( ) b) Selalu membaca buku Bahasa Melayu. ( ) c) Selalu membuat kerja rumah Bahasa Melayu . ( ) d) Selalu bermain bola sepak. ( ) 3. Tulis sama ada setiap aktiviti yang disenaraikan di bawah ini baik atau buruk dan beri sebab-sebab. a) Seorang murid telah membuang sampah ke dalam longkang. ( ) b) Seorang murid telah membantu seorang wanita tua untuk menyeberangi jalan raya. ( ) c) Para murid saling melawat pada hari-hari perayaan. ( ) d) Seorang murid menghabiskan masanya dengan merayau-rayau di bandar. ( ) 4. Apakah kebaikan dan keburukan menonton televisyen untuk jangka masa yang panjang? 5. Satu kumpulan murid sentiasa keluar pada waktu malam. Apa pendapat anda? B. Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Kemahiran Berfikir Membuat Keputusan Tajuk : .................................................................................................................... 1. Menjana pelbagai pilihan / alternatif. 1. .................................................... 6. ............................................................ 2. ..................................................... 7. ............................................................. 3. ................................................... 8. ............................................................. 4. ..................................................... 9. ............................................................. 5. .................................................... 10. ............................................................. 88
  • 94.
    2. Mengkaji risiko bagi setiap pilihan. No. Pilihan Risiko 3. Tentukan kriteria tentang pilihan yang dibuat. ( 3 - 4 kriteria ) Kriteria : ...................................................................................................................... 4. Membuat keputusan tentang pilihan yang terbaik berasaskan kriteria. Pilihan pertama : ....................................................................... Pilihan kedua : ....................................................................... Pilihan ketiga : ....................................................................... Ali tinggal berseorangan di rumah. Ibu bapanya telah pergi melawat neneknya di Ipoh. Seorang yang tidak dikenali memberitahu Ali bahawa bapanya telah memesan bunga. Dia menyuruh Ali membuka pintu supaya dia dapat meletakkan bunga tersebut di dalam rumah. Apakah yang perlu dilakukan oleh Ali? Langkah 1 : Meneliti dan memahami kenyataan. a) Minta murid untuk membaca dan memahami petikan dan soalan yang dikemukakan. b) Beritahu mereka bahawa dalam mengambil keputusan mereka perlu tahu langkah- langkah yang perlu diambil dan mengikutinya. c) Jelaskan langkah-langkah dengan tepat. d) Gunakan borang yang disediakan untuk mengembangkan kebolehan mereka. 89
  • 95.
    Langkah 2 :Menjana pelbagai pilihan. a) Minta murid beritahu tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh Ali. b) Jawapan ini mesti dikemukakan oleh para murid dan bukannya guru. c) Jawapan boleh merangkumi membuka pintu, menelefon nenek atau lain. d) Jawapan perlu ditulis pada borang yang dipamerkan di papan hitam. Langkah 3 : Meneliti risiko bagi setiap pilihan. a) Bagi setiap pilihan minta murid menulis risikonya. b) Jawapan perlu ditulis dalam borang yang dipamerkan di papan hitam. Langkah 4 : Menentukan kriteria untuk memilih setiap pilihan. a) Jelaskan kepada murid tentang maksud kriteria dan beri beberapa contoh. b) Kriteria ini mungkin merupakan keselamatan untuk meyakinkan orang atau untuk menjadi kawan. c) Minta murid mencadangkan 3 atau 4 kriteria dan menyusun mengikut keutamaan. d) Setiap murid mungkin akan mempunyai kriteria dan penyusunan yang berbeza. Dalam keadaan ini yang perlu ditekankan adalah keselamatan. Langkah 5 : Membuat keputusan tentang pemilihan yang terbaik berasaskan kriteria. a) Berasaskan kriteria yang mementingkan keselamatan, minta murid memilih pilihan pertama, kedua atau ketiga. b) Pada akhir pelajaran beritahu murid supaya mengambil langkah-langkah seperti tersebut apabila membuat sesuatu keputusan dan tidak membuat keputusan tanpa berfikir. 90
  • 96.
    MATA PELAJARAN KAJIANTEMPATAN Tahun : 6 Anggerik Masa : 1 jam Topik 9 : SUMBER NEGARA Subtopik 9.4 : Tanggungjawab Bersama dalam Pemeliharaan dan Pemuliharaan. Huraian : Kitar dan guna semula. Kitar dan guna semula bahan-bahan buangan seperti kertas, tin,kaca, besi dan plastik. Objektif khusus : Pada akhir pelajaran murid boleh menyatakan kepentingan mengitar semula bahan buangan. Unsur Patriotisme : Menyedari bahan buangan masih berguna kepada kehidupan kita. Kemahiran Berfikir : Menjanakan Idea Bahan bantu : Penyusun grafik Peta Minda, pasu bunga yang diperbuat Mengajar daripada botol yang telah dibuang, kertas dikitar semula dan tabung duit yang diperbuat daripada tin minuman. Langkah pengajaran: Set Induksi 1. Guru menyoal murid secara lisan iaitu “Apakah akan terjadi jika semua pemandu lori yang mengangkut sampah mogok? ”. Jangkaan jawapan murid-murid antaranya ialah sampah bertambah banyak pencemaran udara, pembakaran sampah dan banyak lalat . 2. Guru menunjukkan kepada murid-murid pasu bunga yang diperbuat daripada botol yang telah dibuang, kertas yang dikitar semula dan tabung duit yang diperbuat daripada tin minuman sambil menyoal murid-murid iaitu “ Cuba lihat barang-barang ini, daripada apakah ia dibuat ? ” 91
  • 97.
    Jangkaan jawapan murid-muridialah barang-barang tersebut diperbuat daripada bahan-bahan buangan. 3. Guru menerangkan tentang proses untuk menghasilkan barang yang boleh berfungsi semula atau berfungsi sebagai barang yang lain dengan menggunakan bahan-bahan buangan disebut sebagai proses pengitaran semula. Langkah 1 1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan yang terdiri daripada 5 orang untuk sesi perbincangan. Setiap kumpulan diminta melantik seorang pencatat dan ketua. 2. Guru menetapkan tajuk perbincangan iaitu: ‘Kebaikan-kebaikan yang diperoleh melalui proses pengitaran semula’ . Langkah 2 1. Guru meminta setiap ahli dalam kumpulan mengemukakan idea masing-masing dan meminta pencatat mencatatkan semua idea yang dikemukakan oleh ahli kumpulan walaupun idea dirasakan kurang tepat. 2. Guru meminta murid merenung kembali idea-idea yang dikemukakan dan menambah lagi idea yang boleh difikirkan. 3. Guru meminta murid-murid melihat semula idea-idea yang telah dicatatkan dan juga menilai idea-idea tersebut untuk disaring, digugur, dipinda atau diubah suai mengikut keperluan. 92
  • 98.
    Kemungkinan idea-idea yangdikemukakan oleh murid ialah seperti berikut: - Penggunaan semula kertas-kertas lama - Menjaga kebersihan persekitaran rumah - Pemeliharaan hutan - Mengurangkan pencemaran - Menjimatkan kos - Peluang pekerjaan - Pemprosesan semula sebagai bahan makanan ternakan Langkah 3 1. Guru meminta setiap kumpulan menggunakan penyusun grafik peta minda untuk menghubung kaitkan idea-idea yang telah disumbangkan kepada kategori- kategori tertentu. Misalnya hasil daripada sumbang saran tadi murid-murid mengelompokkan semua idea dalam bentuk peta minda seperti rajah 11.1. 2. Setelah selesai perbincangan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, guru meminta setiap ketua kumpulan membentangkan hasil sumbang saran dalam bentuk peta minda . Langkah 4 1. Guru meminta murid-murid kembali ke tempat duduk masing-masing dan murid- murid dikehendaki menulis sebuah karangan bertajuk ‘Kebaikan proses pengitaran semula’. 93
  • 99.
    Rajah 11.1 Petaminda kebaikan pengitaran semula Penutup Guru menutup sesi pengajaran dengan membuat kesimpulan bahawa pengitaran semula bahan-bahan buangan adalah langkah yang bijak bagi memastikan bumi tidak terus tercemar. Usaha-usaha pengitaran semula dapat menjamin agar sumber-sumber asli dari perut bumi tidak kehabisan dalam jangka masa panjang. 94
  • 100.
    MATA PELAJARAN SEJARAH Tingkatan : 3 Topik : Perubahan Sistem Pendidikan di Tanah Melayu. Kemahiran : Membandingkan dan Membezakan Berfikir Pengetahuan a) Pengetahuan tentang pendidikan semasa zaman British. sedia ada b) Pengetahuan tentang Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu. Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Objektif a) Murid akan mengenal pasti persamaan dan perbezaan pelajaran laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. b) Murid dapat menjelaskan tujuan kedua-dua laporan diadakan. c) Murid akan mengingati semula pelajaran tentang perkembangan pendidikan di Tanah Melayu. Objektif a) Murid boleh membuat perbandingan yang berkesan Kemahiran melalui proses berfikir yang kemas dan tersusun. Berfikir b) Murid memikirkan langkah-langkah yang berkesan dan menyedari bahawa langkah-langkah tersebut memberi manfaat kepada mereka. c) Murid boleh membuat interpretasi yang tepat berasaskan pemikiran yang baik dan tersusun. d) Murid dapat menceritakan tentang langkah-langkah berfikir yang telah diambil. Langkah-Langkah Pengajaran Pengenalan: 1. Beri penerangan tentang objektif pelajaran iaitu kaitannya dengan kehidupan seharian 2. Beri satu situasi yang murid perlu buat perbandingan contohnya, 95
  • 101.
    i. kerja sendiri atau makan gaji ii. belajar dalam negeri atau luar negeri. 3. Murid diminta mengingati semula pelajaran mengenai i. Laporan Razak ii. Laporan Rahman Talib 4. Murid memberi hujah-hujah bagi kedua-dua laporan dan isi penting ditulis atas papan hitam. 5. Berikan ‘soalan/penyoalan’ di bawah kepada murid dan beri penerangan kepada mereka bahawa ia adalah bertujuan untuk membantu proses mereka berfikir. Soalan/Penyoalan 1. Apakah persamaan antara dua laporan itu ? 2. Apakah perbezaan antara dua laporan itu ? 3. Nyatakan persamaan dan perbezaan yang signifikan. 4. Apakah aspek yang dapat diperlihatkan pada persamaan dan perbezaan yang signifikan itu ? 5. Apakah rumusan yang boleh dibuat daripada persamaan dan perbezaan yang signifikan itu ? 6. Berikan ‘penyusun grafik’ seperti berikut untuk digunakan oleh murid. Murid berbincang secara kumpulan untuk mendapatkan maklumatnya. 7. Berikan masa untuk murid berbincang hujah-hujah yang diperlukan. 8. Secara kaedah kelas guru meminta murid-murid membentang dapatan mereka. 9. Beri masa untuk murid berbincang hujah-hujah yang diperlukan ( 10 atau 15 minit ) 96
  • 102.
    Penyusun Grafik Membuat Perbandingan Antara Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib PERSAMAAN Untuk mewujudkan perpaduan antara semua kaum di Tanah Melayu. Berhasrat semua sekolah di negara ini akan mempunyai imej Tanah Melayu. Untuk memantapkan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Untuk memenuhi kemahuan dan hasrat seluruh rakyat negara ini. Kedua-dua pengerusi jawatankuasa adalah Menteri Pelajaran pada masa itu. PERBEZAAN 1956 Tahun/ Masa 1960 Dua belas tahun Umur Lima belas tahun Persekolahan Sekolah Umum dan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Umum Sekolah Jenis Kebangsaan Jenis Sekolah Rasa tidak puas hati di Diterima oleh kebanyakan kalangan guru-guru Melayu Penerimaan rakyat Tanah Melayu dan orang-orang Cina Masyarakat Pola Persamaan dan Perbezaan yang disignifikan: Kedua-dua laporan bertujuan untuk memupuk perpaduan manakala tempoh/umur persekolahan, jenis sekolah dan penerimaan masyarakat merupakan perbezaan utama. Rumusan dan Interpretasi: Untuk perpaduan, dasar pendidikan yang sesuai dan diterima oleh rakyat perlu diadakan. Rakyat Tanah Melayu bertuah kerana semua kaum diberi layanan yang adil dalam soal pendidikan. 97
  • 103.
    Pelajaran l l 1. Ulang secara ringkas hujah-hujah persamaan dan perbezaan yang telah dinyatakan dalam pelajaran I. 2. Secara kelas dapatkan juga perkara-perkara signifikan antara persamaan dan perbezaan itu. 3. Secara kelas juga dapatkan rumusan-rumusan yang telah dibuat oleh murid-murid. 4. Sesi berikut adalah sesi metakognisi yang memerlukan murid menjawab soalan- soalan seperti : a) Cuba kamu fikirkan tentang langkah-langkah yang kamu telah ambil untuk mendapatkan persamaan dan perbezaan. b) Cuba kamu fikirkan adakah langkah-langkah itu kemas dan membantu kamu. 5. Bagi bahagian akhir pelajaran ini, cuba kemahiran berfikir yang melibatkan murid- murid membuat perbandingan dalam situasi lain seperti : a) Bandingkan Laporan Razak dengan Laporan Rahman Talib. b) Bandingkan kehidupan tinggal di bandar dan di kampung. 98
  • 104.
    MATA PELAJARAN PENDIDIKANSENI Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Tahap : 2 (4 Bestari) Masa : 2 jam ( 4 waktu X 30 minit) Bidang : Membuat Corak dan Rekaan Tajuk : Membuat kad ucapan media batik Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat 1. meningkatkan pengetahuan tentang konsep resis atau halangan yang digunakan untuk membuat corak, 2. menghasilkan rekaan corak menggunakan teknik resis dan menghasilkan produk lain dengan hasil awal, 3. memadankan warna yang sesuai dalam rekaan corak, dan 4. memberi ulasan tentang produk yang dihasilkan. Pengetahuan Sedia Ada: 1. Murid pernah melukis dan mewarna 2. Murid pernah melihat corak dan warna pada kain batik Strategi Pengajaran dan Pembelajaran: (sila rujuk kepada jadual di bawah) 99
  • 105.
    Perkara Butiran Kegiatan Fokus Pembelajaran Catatan/ Ilustrasi Set Induksi Guru memperdengarkan Murid menghayati dan Mengimbas lagu yang mempunyai lirik memahamkan lagu. kembali seni berkaitan batik kepada Mencirikan beberapa kata lagu murid. Murid diminta perkataan yang berkait memberikan makna kepada dengan kain batik beberapa perkataan dalam lirik lagu tersebut. Murid diminta menyebut semula beberapa perkataan yang didengari mereka. Berbincang mengenai Mengumpul dan Menyenarai isi objek pilihan, teknik warna mengelaskan isi perbincangan dan bersoal jawab dengan perbincangan berdasarkan murid tentang pengalaman beberapa kriteria mereka mengenai batik. Perkem- 1. Memperkenalkan Murid mengetahui konsep bangan konsep resis dan resis aplikasi dalam Mengaplikasikan kesan menggambar aktiviti 2. Melukis motif mudah Meningkatkan kemahiran dengan pensel melukis dan mewarna berdasarkan tema mempelajari kemahiran 3. Melukis corak mencanting berdasarkan motif yang Menghalusi kerja telah digubah 4. Mencanting menggunakan lilin panas atas corak yang dilukis 100
  • 106.
    5. Mewarna hasil cantingan dengan warna sejuk atau panas menggunakan kaedah ‘wet on wet’ 6. Seterika catan yang dialas surat khabar bagi menanggalkan lilin 7. Menggubah hasil rekaan corak menjadi kad Ulang Tahun Kelahiran Ibu. Kemuncak Sesi apresiasi hasil kerja: Refleksi/metakognisi • Penerangan hasil • Peragaan hasil Penutup Membuat rumusan Pengukuhan berkaitan kegiatan. pembelajaran 101
  • 107.
    Cadangan Bacaan Lanjutan 1. Beyer, B.K. (1991) Developing a Thinking Skills Program. Allyn and Bacon, Boston. 2. Beyer, B.K. (1997) Improving Student Thinking. Allyn and Bacon, Boston. 3. Ennis, R. H. (1989) Critical Thinking and Subject Specificity: Clarification and Needed Research. Educational Researcher, 18 (3), 5-6. 4. Joice, B., Well, M., Showers, B. (1992) Models of Teaching. Allyn and Bacon, Boston. 5. Klopfer, L.E. (1971) Evaluation of Learning in Science. In B.S. Bloom, J.T. Hasting, and G.F. Madaus (eds), Handbook on Formative and Summative Evaluation of Student Learning, 559-642. McGraw Hill, New York. 6. Langer, E.J. (1997) The Power of Mindful Learning. Addison-Wesley Co. Inc., New York. 7. Langer, E.J. (1969) Mindfulness. Wesley Co. Inc., New York. 8. Pusat Perkembangan Kurikulum (1999) Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 9. Resnick, L.B., Klopfer, L.E. (1989) Towards the Thinking Curriculum: Current Cognitive Research. Association for Supervision and Curriculum Development, Alexandria VA. 10. Resnick, L. (1987) Education and Learning to Think . National Academy Press, Washington, DC. 11. Tanner, D., Tanner, L.N. (1975) Curriculum Development: Theory into Practice. Macmillan, New York. 102
  • 108.
    AHLI PANEL Penasihat Sharifah Maimunah Syed. Zin (Ph.D) Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum Penasihat Rohani Abdul Hamid (Ph.D) Editorial Timbalan Pengarah , Pusat Perkembangan Kurikulum Editor Ahmad Hozi H.A.Rahman Ketua Penolong Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum Penolong Zaidi Yazid Editor Penulis Ahmad Hozi H.A.Rahman Dayangku Fadariah Mat Desa Rusnani Sirin Mayandi Sinappan Mat Desa Mat Rodzi Salbiah Mohd Som Zaidi Yazid Rekabentuk Abd Wahab Ibrahim Kulit Jurutaip Aidiah Mohd. Rashid 103
  • 109.
    SENARAI NAMA MODULDAN BUKU PENERANGAN AM Modul dan buku penerangan am yang dihasilkan oleh PPK: • Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran • Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran • Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) • Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan • Pembelajaran Secara Konstruktivisme • Pembelajaran Secara Kontekstual • Pembelajaran Akses Kendiri • Pembelajaran Masteri • Belajar Cara Belajar • Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat dan Misi, Kementerian Pendidikan Malaysia • Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah • Penilaian Kendalian Sekolah