1. AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
BIL. JURNAL : MINGGU KELIMA
TARIKH : 18 FEBRUARI- 22 FEBRUARI 2013
PENDAHULUAN
Dua teori ini ialah teori yang boleh diaplikasikan ke dalam perancangan pengurusan
tingkah laku terhadap murid ADHD yang sedang saya kaji. Saya akan menggunakan
pengalaman murid yang terdahulu untuk melatihnya makan sendiri dan saya juga
akan menunjukkan cara yang betul untuk makan kepada murid berkenaan.
1) Teori Tingkah Laku
- Teori Pelaziman Operan
- Teori Pembelajaran sosial
TEORI PELAZIMAN OPERAN
Pelaziman operan (operant conditioning) berupa satu bentuk pembelajaran
yang melibatkan hasil atau kesan daripada tingkah laku terdahulu menghasilkan
tingkah laku baharu. Pelaziman operan dikenali juga sebagai pelaziman instrument
(instrumental conditioning). Pelaziman operan diperkenal oleh B.F. Skinner
berasaskan pandangan teori hubungan (connectionist) E.L. Thorndike.
Teori Pelaziman Operan E.L.Thorndike (1874-1949)
Thorndike banyak membuat kajian tentang tingkah laku haiwan. Thordike
terlibat secara langsung dalam bidang keguruan sebagai pengajar psikologi di
Teachers College Universiti Columbia. Thorndike banyak memberikan sumbangan
dalam bidang pembelajaran manusia, pendidikan dan ujian mental. Proses
pembelajaran yang diperkenalkannya ialah connectionism. Menurut Thorndike,
hubungan (connection) antara rangsangan dengan gerak balas akan menjadi kukuh
jika kesan tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan.
~ 1 ~
2. AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
Thorndike telah memperkenalkan tiga hukum/ prinsip pembelajaran hasil daripada
kajian ini.
• Hukum kesediaan
• Hukum latihan
• Hukum kesan
HUKUM KESEDIAAN
Individu perlu ada kesediaan untuk memungkinkan tindakan atau gerak balas
berlaku. Kesediaan belajar termasuklah kesediaan kognitif (pengetahuan/
pengalaman lepas), kesediaan afektif (kecenderungan dan minat) serta kesediaan
psikomotor (kemahiran fizikal). Hukum kesediaan mengarah kepada pencapaian
matlamat dan pembelajaran.
HUKUM LATIHAN
Hubungan rangsangan dan gerak balas (R-G) akan menjadi kukuh dengan
adanya pengulangan dan latihan yang banyak serta pelbagai. Hubungan antara
rangsangan dengan gerak balas (R-G) akan menjadi lemah jika tidak digunakan,
iaitu tiada pengulangan dan latihan. Hukum latihan menegaskan bahawa manusia
belajar melalui proses membuat dan lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari
tidak digunakan/ dibuat lagi.
HUKUM KESAN
Sesuatu gerak balas yang diikuti kesan yang menyeronokkan dan
memuaskan akan memungkinkan gerak balas itu berulang. Apabila situasi berulang,
hubungan gerak balas dengan situasi adalah merangsangkan. Sesuatu gerak balas
yang diikuti kesan yang tidak memuaskan akan menyebabkan hubungan dengan
situasi menjadi lemah.
Teori Pelaziman Operan B.F. Skinner
~ 2 ~
3. AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
Pelaziman operan menekankan hasil kesan-akibat yang membawa kepada
tingkah laku baharu, tingkah laku diteruskan atau diulangi dan sebaliknya. Kesan-
akibat boleh berlaku dalam bentuk ganjaran ataupun hukuman. Oleh itu, hukuman
dan dendaan, ganjaran dan peneguhan membawa kesan yang tertentu kepada
kemungkinan wujudnya tingkah laku baharu atau sebaliknya. Ringkasnya, pelaziman
operan yang diperkenalkan oleh Skinner boleh dirumuskan seperti di dalam bentuk
rumus dibawah.
A B C
A- Mewakili ‘antecedent’ iaitu peristiwa awal
B- Mewakili ‘behaviour’ iaitu tingkah laku
C- Mewakili ‘consequent’ iaitu kesan –akibat
* C akan seterusnya menjadi A, iaitu peristiwa awal bagi tingkah laku seterusnya.
~ 3 ~
4. AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
MASALAH / PERISTIWA :
1.Murid terlalu gemar mencium benda-benda dan sukakan kertas-kertas yang
berwarna.
Pada minggu ini saya telah mengenal pasti suatu perkara baru mengenai
murid ini iaitu sikapnya yang sangat suka mencium setiap perkara baru yang
dilihatnya. Sebagai contoh dia suka mencium kertas putih, kertas warna, pensel,
beg, baju, dan tudung saya. Tingkah laku ini sangat mengganggu kerana ia boleh
menimbulkan ketidakselesaan bagi orang yang tidak mengetahui masalah murid
ADHD.
Oleh itu di samping melatih murid ini makan saya juga cuba untuk
mengurangkan sikap murid ini yang gemar mencium benda-benda yang dilihat dan
dipegangnya.
Saya melarangnya untuk mencium benda-benda melalui arahan dan perlakuan.
Contohnya saya mengatakan ‘’jangan cium kertas itu’’ sambil menunjukkan isyarat
jari yang bermaksud jangan.
Murid ini juga sangat sukakan kertas yang berwarna-warni. Apabila dia melihat
kertas berwarna, dia akan cepat-cepat merampas kertas tersebut daripada orang
lain. Apabila saya hendak mengambilnya semula, dia tidak mahu memberikannya
dan akan menjerit-jerit jika kita cuba merampasnya. Namun jika dipujuk dengan
lembut, dia akan memberikannya tetapi tidak semua yang akan diberikannya.
Memujuk murid ini untuk memulangkan barang kita juga memerlukan masa yang
agak lama.
~ 4 ~
5. AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
ANALISIS
Menurut sumber-sumber yang telah saya baca, banyak kajian mengatakan
bahawa kanak-kanak ADHD gemar mengikut dorongan hati. Mereka tidak pernah
merancang tindakan, malah terus melakukannya dan akan cepat berubah
melakukan sesuatu yang lain. Tindakan murid yang gemar mencium itu juga tidak
dapat dikenal pasti puncanya tetapi apa yang boleh dilakukan oleh guru ialah cuba
mengawal perbuatannya tersebut.
Kajian banyak mengatakan bahawa masalah ADHD selalunya tidak akan
berterusan dengan lama jika dikawal dari awal. Ia akan berkurangan sedikit demi
sedikit ketika mereka berumur 8 ke 9 tahun. Namun bagi murid yang sedang saya
kaji ini, dia telah berumur 8 tahun dan masalah ADHD yang dihidapinya masih pada
tahap yang agak serius kerana tidak dikawal sejak awal. Murid ini yang baru sahaja
bertukar dari sekolah bandar mempunyai masa untuk menyesuaikan diri di sekolah
baru ini kerana jika sebelum ini jumlah murid di sekolah lamanya agak ramai dan dia
tidak mendapat perhatian yang sepatutnya.
~ 5 ~
6. AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
CADANGAN/ TINDAKAN SUSULAN
Bagi mengatasi masalah murid ini yang gemar mencium barang-barang yang
baru dilihatnya, saya akan cuba mengawal tingkah laku murid tersebut. Tingkah
lakunya harus sentiasa dikawal tidak kira semasa saya melatih murid ini makan atau
tidak. Pada masa-masa lain juga saya boleh membantu mengawal masalah ini
memandangkan murid ini suka berjalan ke merata-rata tempat.
Pakar Pediatrik berkata kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir,
terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanak-kanak
ini boleh memahami dan berfikir tetapi tidak mengendahkannya. Sememangnya
lumrah semua kanak-kanak bersikap begini tetapi bagi ADHD perangai mereka agak
luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jika berminat terhadap sesuatu
perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan
masyarakat serta lemah dalam akademik.
ADHD tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal. Ia memerlukan kerjasama
daripada ibu bapa, guru dan orang sekeliling. Rawatan ADHD juga dikatakan lebih
baik dengan gabungan perubatan dan terapi. Masalah kanak-kanak yang
menghidap ADHD adalah rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi dalam
merawat mereka. Pakar mengatakan bahawa tidur yang cukup dapat membantu
mengurangkan simptom ADHD.
~ 6 ~
7. AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
KESIMPULAN
Menjaga kanak-kanak ADHD sememangnya sangat mencabar dan menguji
kesabaran kita. Walaubagaimanapun, setiap ibu bapa perlulah faham bahawa
mereka perlu sentiasa berada disisi anak-anak mereka kerana kanak-kanak ADHD
memerlukan sokongan yang berterusan daripada orang di sekeliling mereka. Kanak-
kanak ADHD sentiasa menghadapi tekanan terutamanya daripada rakan sebaya
sama ada semasa berada di sekolah mahupun semasa bermain di taman
permainan.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah ADHD bukanlah bodoh mahupun
menghadapi masalah pembelajaran. Kanak-kanak ADHD hanyalah menghadapi
gangguan tingkah laku. Oleh itu, ibu bapa yang baik perlulah memberi perhatian
istimewa kepada kanak-kanak seperti ini. Tindakan seperti memarahi dan
menengking kanak-kanak ADHD bukanlah satu tindakan yang bijak. Tindakan
seperti ini hanya akan menimbulkan rasa takut dalam diri mereka sekaligus akan
menjarakkan lagi jurang antara ibu bapa dengan kanak-kanak tersebut. Hal ini
memberikan kesan yang buruk kepada diri kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak ADHD digalakkan untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti
seperti tarian, muzik dan sukan. Kanak-kanak ADHD tidak boleh berdiam diri dalam
satu jangka masa yang panjang. Oleh itu, cuba rancang pelbagai aktiviti yang
berfaedah dan menarik perhatian mereka supaya tidak berasa bosan dan tertekan.
Pendek kata, keluarga, guru dan orang sekeliling perlu berganding bahu untuk
menghadapi masalah ini dan sama-sama saling menyokong dan bekerjasama.
~ 7 ~
8. AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
BIBLIOGRAFI
ADHD
http://kidshealth.org/parent/medical/learning/adhd.html
ADHD
http://www.webmd.com/add-adhd/default.htm
ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY
http://www.nimh.nih.gov/health/publications/attention-deficit-hyperactivity-
disorder/complete-index.shtml#pub3
CIRI-CIRI MURID PENDIDIKAN KHAS
http://neziahkamaruddin.blogspot.com/2011/12/ciri-ciri-murid-pendkhas.html
CIRI-CIRI KANAK-KANAK ADHD
http://www.scribd.com/doc/45085327/57/CIRI-CIRI-KANAK-KANAK-ADHD
SINDROM KURANG DAYA TUMPUAN DAN HIPERAKTIF
http://oze.my/memoplusgold/masalah-adhd-sindrom-kurang-daya-tumpuan-
dan-hiperaktif/
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
…………………. …………………
(AZLIZA BINTI MOHAMED)
~ 8 ~