SlideShare a Scribd company logo
1
SME3023
TRENDS & ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES
TUGASAN INDIVIDU : ( PENULISAN ILMIAH )
JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK MURID SEKOLAH RENDAH DARI SEGI
LOKALITI
LECTURER : Dr . Mazlini Binti Adnan
Bil NAMA NO MATRIK
1 NORSHALINA BINTI MUSTAFFA D20111048009
2
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENDAHULUAN 3
2.0 JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK MURID
SEKOLAH RENDAH DARI SEGI LOKALITI
2.1.1.1. KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR 4
2.1.1.2. SUMBER MANUSIA 4-5
2.1.1.3. BAHAN RUJUKAN 5
3.0 CARA MENGATASI PERMASALAHAN 6-7
4.0 KESIMPULAN 7
RUJUKAN 8
3
1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan adalah salah satu suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang
seimbang daripada segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sahsiah. Proses pendidikan
berkembang dari aspek pengajaran, pembelajaran dan pencapaian pendidikan secara
meluas. Jurang perbezaan daripada segi peluang dan kemudahan yang dapat diberikan
perlulah seimbang dan adil. Tanpa mengira di mana pelajar tersebut bersekolah sama ada
di bandar atau di luar bandar. Mereka berhak mendapat perkhidmatan dan peluang yang
sama. Sektor pendidikan berdepan cabaran merapatkan jurang pencapaian antara pelajar
bandar dan luar bandar. Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk
Fatimah Abdullah (2013) berkata banyak usaha perlu dilakukan semua pihak dan bukan
hanya digalas oleh pihak guru.
2.0 JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH DARI SEGI
LOKALITI
Jurang pendidikan dalam Malaysia menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan
sejak akhir-akhir ini. Jurang pendidikan ini wujud dalam lokaliti atau penempatan yang
melibatkan bandar, luar bandar dan juga pedalaman.Selain daripada itu, jurang dalam
pendidikan juga melibatkan sosial, budaya, kemudahan fizikal, jenis sekolah, jantina,
kaum dan sebagainya.Usaha dalam menangani jurang ini terus mendapat perhatian
kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3). Graf di bawah menunjukkan
jurang pencapaian Matematik UPSR (Gred ABC) bagi sekolah luar bandar dan bandar.
Graf ini diperoleh melalui Portal Rasmi KPM.
4
Berdasarkan graf tersebut, didapati terdapat jurang pencapaian murid di sekolah rendah bagi
subjek matematik bagi sekolah Bandar dan luar bandar. Berdasarkan tahun 2007 hingga
2008, didapati jurang tersebut meningkat sebanyak 0.6 % . Terdapat beberapa aspek yang
mempengaruhi pencapaian tersebut.
Tiga aspek utama yang menjadi jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah
kebangsaan dari segi lokaliti adalah kemudahan infrastruktur, sumber manusia dan
bahan rujukan yang berbeza di bandar dan di luar bandar bagi setiap sekolah rendah.
Kemudahan Infrastruktur
Pada tahun 2005, terdapat 5,077 buah sekolah rendah di luar bandar sekolah
khususnya di luar bandar masih kekurangan infrastruktur serta kemudahan
pendidikan. Terdapat 5,951 sekolah rendah yang berusia melebihi 30 tahun dan
memerlukan penyelenggaraan tinggi. Di kalangan sekolah tersebut, terdapat 767 buah
sekolah rendah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa
yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung
penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan
diesel terutama sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman. Cabaran KPM adalah untuk
membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi menyediakan mekanisme
penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan diesel agar sekolah-sekolah ini dapat
memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya. Kebanyakan sekolah mempunyai
bekalan air awam kecuali di 1,517 sekolah rendah . Sebanyak 1,639 buah sekolah
rendah tidak mempunyai bilik sains, dan 42 buah sekolah masih menumpang di
sekolah lain. Terdapat juga sekolah yang beroperasi dalam dua sesi iaitu 858 di
sekolah rendah . Kemudahan ini penting bagi menjamin keselesaan kepada murid dan
guru.
Sumber manusia
Dari aspek sumber manusia pula didapati keadaan yang sama juga berlaku.
Pengagihan guru-guru berkelayakan masih lagi tidak sekata. Petikan daripada Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010) menyatakan bahawa seramai
190,336 orang guru di sekolah rendah di Malaysia. Daripada jumlah ini, 15 444 guru
di sekolah rendah ialah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru dalam latihan
5
dan guru sambilan atau sementara. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) menghadapi kesukaran dalam menempatkan guru-guru terlatih dan
berpengalaman, terutamanya bagi mata pelajaran yang kritikal seperti Sains dan
Matematik di kawasan luar bandar dan pedalaman. Selain itu juga, bilangan pelajar
dan guru yang sedikit menyebabkan pencantuman kelas atau multigrade teaching iaitu
mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan
dilaksanakan. Hal ini menyebabkan para pelajar sukar dan memerlukan masa untuk
menyesuaikan diri dengan teknik pengajaran guru yang berbeza-beza mengikut
keperluan mereka.
Bahan rujukan
Begitu juga dalam aspek bahan rujukan dan peralatan. Kemudahan alat
percetakan, fax, bahan pengajaran, audio video masih lagi ditahap sederhana.
Kemudahan bahan rujukan juga merupakan salah satu masalah utama. Kelengkapan
yang baik dalam aspek ini boleh membantu peningkatan akademik pelajar.
Peruntukan yang rendah juga menyebabkan peningkatan kualiti seperti pembelian
buku-buku dan lain-lain kemudahan menyukarkan aktiviti tersebut dilakukan.
Perkongsian buku-buku dan bahan-bahan rujukan justeru dapat mengurangkan
kekangan kekurangan bahan rujukan dan buku-buku pada sekolah-sekolah yang
terlibat.
Kebanyakan SJKC menggunakan buku teks dan mewajibkan murid-murid
mereka membeli buku latihan tambahan manakala guru di SK yang hanya menyuruh
murid-muridnya membuat latihan dalam buku teks. Menurut pemerhatian Prof Datuk
Dr Ishak Haron, guru di SK terpaksa membuat lembaran kerja sebagai ganti buku
kerja. Banyak masa telah dibazirkan untuk membuat lembaran kerja tersebut. Oleh
itu, guru-guru SK dicadangkan mengguna buku kerja tambahan untuk mengukuhkan
kemahiran matematik murid.
6
3.0 CARA MANGATASI PERMASALAHAN
Terdapat beberapa alternatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi
faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya jurang pencapaian subjek matematik murid
sekolah rendah di sekolah luar bandar dengan bandar. Dalam RMK-8, KPM telah
menyediakan infrastruktur seperti makmal atau bilik komputer, perkakasan seperti
komputer, komputer riba, projektor LCD dan pelayan membangunkan perisian khusus
dan program TV Pendidikan, melatih guru bagi meningkatkan kompetensi
mengintegrasikan ICT dan melatih pentadbir sekolah menggunakan ICT dalam
pengurusan. Bagi memastikan pembudayaan ICT juga berlaku di luar bandar, KPM telah
menghubungkan sekolah dengan akses jalur lebar melalui kerjasama Kementerian Tenaga
Air dan Komunikasi (KTAK) serta merangkaikan infrastruktur dan perkakasan ICT
melalui rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar.
Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan
latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang
kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. Dalam program pembestarian
sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik
komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan
dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan
pedalaman, pusat akses akan dibina. Pada waktu yang sama, KPM akan menambah baik
kaedah penyampaian program TV Pendidikan dan merintis penggunaan video
teleconferencing sebagai kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan bahan-
bahan PdP kepada pelajar dan guru di kawasan pedalaman.
Selain itu, melalui Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat , Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia talah melaksanakan program Kampung Tanpa
Wayar 1Malaysia (KTW). Ianya adalah penyediaan perkhidmatan capaian internet tanpa
wayar secara kolektif kepada masyarakat luar bandar di lokasi terpilih terutamanya
penerima netbook Komputer 1Malaysia di lokasi terpilih di kawasan kurang liputan.
Tumpuannya adalah bagi kawasan luar bandar terpilih yang kurang mendapat liputan.
Setakat ini sebanyak 5687 KTW1M telah disiapkan.
Disamping itu , pelancaran Pelan Transformasi Pendidikan Pedalaman Sabah dan
Sarawak juga merupakan salah satu usaha kerajaan bagi mengatasi permasalahan ini.
Pelan komprehensif itu termasuk dalam 100 inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi memastikan tiada pelajar tercicir dalam arus
pembangunan Negara. Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah akses kepada air
7
bersih, bekalan elektrik sekurang-kurangnya 12 jam sehari, kemudahan bilik air, bilik
darjah, meja, kerusi yang mencukupi untuk murid dan ruang kerja selesa untuk pendidik.
Berdasarkan Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK KE-10) bab ke-5, bagi mengatasi
masalah kekurangan guru yang berkelayakan untuk mengajar subjek matematik di
sekolah luar bandar ini adalah dengan menambahbaik insentif khusus kepada guru untuk
berkhidmat di sekolah luar bandar terutamanya sekolah di pendalaman. Pemberian
insentif ini dapat dijadikan faktor peneguhan kepada guru-guru muda untuk berkhidmat di
sana. Langkah ini dapat mengurangkan masalah percantuman kelas di sekolah luar bandar
yang disebabkan oleh masalah kekurangan guru untuk berkhidmat di sekolah kawasan
pendalaman. Selain daripada itu, sebanyak 841 buah rumah telah di bina dalam Program
Pembangunan Pendidikan Luar Bandar Sabah dan Sarawak untuk menarik minat guru-
guru opsyen matematik berkhidmat di sekolah luar bandar. Di samping itu, untuk
mengatasi masalah tahap pencapaian subjek matematik di sekolah luar bandar lebih
rendah berbanding sekolah bandar disebabkan oleh kekurangan guru matematik, pihak
KPM perlu menyediakan lebih banyak guru matematik yang terlatih mengikut opsyen
yang diperlukan di sekolah dewasa ini.
4.0 KESIMPULAN
Jurang pencapaian matematik turut terjadi dari segi lokaliti iaitu dalam kawasan
penempatan bandar, luar bandar dan juga kawasan pedalaman.Jurang ini terjadi
disebabkan beberapa faktor iaitu guru, murid, infrastruktor dan faktor-faktor lain.
Pelbagai pihak haruslah memainkan peranan yang penting dalam memberikan
kemudahan yang seimbang kepada murid-murid, guru dan juga masyarakat supaya jurang
pencapaian murid dalam proses pembelajaran terutamanya dari segi pencapaian
matematik dapat di elakkan.
8
RUJUKAN
Zalika Adam, Faridah Kassim dan Mohamad Johdi Salleh, 2009, MEMPERKASAKAN
PENDIDIKAN LUAR BANDAR, International Islamic University Malaysia (IIUM).
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) : www.moe.gov.my/
Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Putrajaya (2010). Rancangan Malaysia
Kesepuluh 2011-2015. Diperolehi pada 25 Mac 2014 daripada
http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/RMK/RMK10_Mds.pdf
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025). Diperolehi pada 25 Mac 3014 daripada
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary-
BM.pdf

More Related Content

What's hot

Amalan e-pembelajaran IPT Malaysia
Amalan e-pembelajaran IPT MalaysiaAmalan e-pembelajaran IPT Malaysia
Amalan e-pembelajaran IPT Malaysia
Mohamed Amin Embi
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurshamsuhaila85
 
Pusat Sumber Pendidikan Dalam Pembestarian
Pusat Sumber Pendidikan Dalam Pembestarian Pusat Sumber Pendidikan Dalam Pembestarian
Pusat Sumber Pendidikan Dalam Pembestarian Fadzliaton Zainudin
 
e-pembelajaran di IPT Malaysia oleh Mohamed Amin Embi
e-pembelajaran di IPT Malaysia oleh Mohamed Amin Embie-pembelajaran di IPT Malaysia oleh Mohamed Amin Embi
e-pembelajaran di IPT Malaysia oleh Mohamed Amin Embi
Mohamed Amin Embi
 
Isu dan cabaran sbp
Isu dan cabaran sbpIsu dan cabaran sbp
Isu dan cabaran sbp
Zack Azizdin
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pHome
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
Tugasan 7 (Individu)
Tugasan 7 (Individu)Tugasan 7 (Individu)
Tugasan 7 (Individu)
SYAZWANI IBRAHIM
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANCABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
Suhaili Hanafi
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanummuha
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
Konsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestariKonsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestari
Kamal Tomon
 
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP MatematikIsu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Irma Gurlz
 
What's hot (20)

Amalan e-pembelajaran IPT Malaysia
Amalan e-pembelajaran IPT MalaysiaAmalan e-pembelajaran IPT Malaysia
Amalan e-pembelajaran IPT Malaysia
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
 
Pusat Sumber Pendidikan Dalam Pembestarian
Pusat Sumber Pendidikan Dalam Pembestarian Pusat Sumber Pendidikan Dalam Pembestarian
Pusat Sumber Pendidikan Dalam Pembestarian
 
e-pembelajaran di IPT Malaysia oleh Mohamed Amin Embi
e-pembelajaran di IPT Malaysia oleh Mohamed Amin Embie-pembelajaran di IPT Malaysia oleh Mohamed Amin Embi
e-pembelajaran di IPT Malaysia oleh Mohamed Amin Embi
 
Isu dan cabaran sbp
Isu dan cabaran sbpIsu dan cabaran sbp
Isu dan cabaran sbp
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
 
Akses dan ekuiti
Akses dan ekuitiAkses dan ekuiti
Akses dan ekuiti
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
Tugasan 7 (Individu)
Tugasan 7 (Individu)Tugasan 7 (Individu)
Tugasan 7 (Individu)
 
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayuApakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
Bahan assg ps dan bm jan 2013
Bahan assg ps dan bm jan 2013Bahan assg ps dan bm jan 2013
Bahan assg ps dan bm jan 2013
 
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANCABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikan
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Penarafan SSQS
Penarafan SSQSPenarafan SSQS
Penarafan SSQS
 
Konsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestariKonsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestari
 
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP MatematikIsu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
 
Sekolah bestari
Sekolah bestariSekolah bestari
Sekolah bestari
 
Similar to Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)

Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)
AmRie Nibin
 
Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4
Amie Joan Juanis
 
Sces3093 isu pendidikan sains
Sces3093 isu pendidikan sainsSces3093 isu pendidikan sains
Sces3093 isu pendidikan sains
RAVINTHERAN KALIMUTHU
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 finalAman Shah
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 finalAman Shah
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
Amie Joan Juanis
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Nirwanah Snd
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
Perancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skmPerancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skm
Tompok Manggis
 
Curriculum 2
Curriculum 2Curriculum 2
Curriculum 2
Amie Joan Juanis
 
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
fazudli
 
Bahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi PendidikanBahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Fadzliaton Zainudin
 
Soalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikanSoalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikan
mursyidee
 
23729924 sekolah-bestari
23729924 sekolah-bestari23729924 sekolah-bestari
23729924 sekolah-bestariNur Iza
 
Similar to Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti) (20)

Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)
 
Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4
 
Sces3093 isu pendidikan sains
Sces3093 isu pendidikan sainsSces3093 isu pendidikan sains
Sces3093 isu pendidikan sains
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 final
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 final
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Fail meja ft17
Fail meja ft17Fail meja ft17
Fail meja ft17
 
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayuApakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
E learning
E learningE learning
E learning
 
Perancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skmPerancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skm
 
Curriculum 2
Curriculum 2Curriculum 2
Curriculum 2
 
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
 
Nkra
NkraNkra
Nkra
 
Aktiviti 7.3
Aktiviti 7.3Aktiviti 7.3
Aktiviti 7.3
 
Bahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi PendidikanBahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
 
Soalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikanSoalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikan
 
23729924 sekolah-bestari
23729924 sekolah-bestari23729924 sekolah-bestari
23729924 sekolah-bestari
 
More from Nurul Atiyah

Jurang pencapaian matematik (budaya)
Jurang pencapaian matematik (budaya)Jurang pencapaian matematik (budaya)
Jurang pencapaian matematik (budaya)
Nurul Atiyah
 
Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)
Nurul Atiyah
 
Kepercayaan pelajar
Kepercayaan pelajarKepercayaan pelajar
Kepercayaan pelajar
Nurul Atiyah
 
Kepercayaan guru
Kepercayaan guruKepercayaan guru
Kepercayaan guru
Nurul Atiyah
 
Kualiti guru
Kualiti guruKualiti guru
Kualiti guru
Nurul Atiyah
 
Pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK)
Pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK)Pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK)
Pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK)
Nurul Atiyah
 
Penggunaan teknologi & pdp 2
Penggunaan teknologi & pdp 2Penggunaan teknologi & pdp 2
Penggunaan teknologi & pdp 2
Nurul Atiyah
 
Penggunaan teknologi & pdp
Penggunaan teknologi & pdpPenggunaan teknologi & pdp
Penggunaan teknologi & pdp
Nurul Atiyah
 
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
Nurul Atiyah
 
Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.
Nurul Atiyah
 
Radical and exponents (2)
Radical and exponents (2)Radical and exponents (2)
Radical and exponents (2)
Nurul Atiyah
 
More from Nurul Atiyah (11)

Jurang pencapaian matematik (budaya)
Jurang pencapaian matematik (budaya)Jurang pencapaian matematik (budaya)
Jurang pencapaian matematik (budaya)
 
Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)
 
Kepercayaan pelajar
Kepercayaan pelajarKepercayaan pelajar
Kepercayaan pelajar
 
Kepercayaan guru
Kepercayaan guruKepercayaan guru
Kepercayaan guru
 
Kualiti guru
Kualiti guruKualiti guru
Kualiti guru
 
Pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK)
Pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK)Pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK)
Pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK)
 
Penggunaan teknologi & pdp 2
Penggunaan teknologi & pdp 2Penggunaan teknologi & pdp 2
Penggunaan teknologi & pdp 2
 
Penggunaan teknologi & pdp
Penggunaan teknologi & pdpPenggunaan teknologi & pdp
Penggunaan teknologi & pdp
 
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
 
Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.
 
Radical and exponents (2)
Radical and exponents (2)Radical and exponents (2)
Radical and exponents (2)
 
Recently uploaded

Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAMINFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
g28423557
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
MARINIDARWISHAHBINTI
 
FAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
FAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIKFAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
FAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
RAJAFARAAZLINABINTIR1
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
lieekipli
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
FelaminaAlbert1
 
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDFAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
PamelaEstherAPPaulDe
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
SITIAMALINA17
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 
Recently uploaded (9)

Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)

  • 1. 1 SME3023 TRENDS & ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES TUGASAN INDIVIDU : ( PENULISAN ILMIAH ) JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK MURID SEKOLAH RENDAH DARI SEGI LOKALITI LECTURER : Dr . Mazlini Binti Adnan Bil NAMA NO MATRIK 1 NORSHALINA BINTI MUSTAFFA D20111048009
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENDAHULUAN 3 2.0 JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK MURID SEKOLAH RENDAH DARI SEGI LOKALITI 2.1.1.1. KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR 4 2.1.1.2. SUMBER MANUSIA 4-5 2.1.1.3. BAHAN RUJUKAN 5 3.0 CARA MENGATASI PERMASALAHAN 6-7 4.0 KESIMPULAN 7 RUJUKAN 8
  • 3. 3 1.0 PENDAHULUAN Pendidikan adalah salah satu suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang seimbang daripada segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sahsiah. Proses pendidikan berkembang dari aspek pengajaran, pembelajaran dan pencapaian pendidikan secara meluas. Jurang perbezaan daripada segi peluang dan kemudahan yang dapat diberikan perlulah seimbang dan adil. Tanpa mengira di mana pelajar tersebut bersekolah sama ada di bandar atau di luar bandar. Mereka berhak mendapat perkhidmatan dan peluang yang sama. Sektor pendidikan berdepan cabaran merapatkan jurang pencapaian antara pelajar bandar dan luar bandar. Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah (2013) berkata banyak usaha perlu dilakukan semua pihak dan bukan hanya digalas oleh pihak guru. 2.0 JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH DARI SEGI LOKALITI Jurang pendidikan dalam Malaysia menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Jurang pendidikan ini wujud dalam lokaliti atau penempatan yang melibatkan bandar, luar bandar dan juga pedalaman.Selain daripada itu, jurang dalam pendidikan juga melibatkan sosial, budaya, kemudahan fizikal, jenis sekolah, jantina, kaum dan sebagainya.Usaha dalam menangani jurang ini terus mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3). Graf di bawah menunjukkan jurang pencapaian Matematik UPSR (Gred ABC) bagi sekolah luar bandar dan bandar. Graf ini diperoleh melalui Portal Rasmi KPM.
  • 4. 4 Berdasarkan graf tersebut, didapati terdapat jurang pencapaian murid di sekolah rendah bagi subjek matematik bagi sekolah Bandar dan luar bandar. Berdasarkan tahun 2007 hingga 2008, didapati jurang tersebut meningkat sebanyak 0.6 % . Terdapat beberapa aspek yang mempengaruhi pencapaian tersebut. Tiga aspek utama yang menjadi jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah kebangsaan dari segi lokaliti adalah kemudahan infrastruktur, sumber manusia dan bahan rujukan yang berbeza di bandar dan di luar bandar bagi setiap sekolah rendah. Kemudahan Infrastruktur Pada tahun 2005, terdapat 5,077 buah sekolah rendah di luar bandar sekolah khususnya di luar bandar masih kekurangan infrastruktur serta kemudahan pendidikan. Terdapat 5,951 sekolah rendah yang berusia melebihi 30 tahun dan memerlukan penyelenggaraan tinggi. Di kalangan sekolah tersebut, terdapat 767 buah sekolah rendah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman. Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi menyediakan mekanisme penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan diesel agar sekolah-sekolah ini dapat memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya. Kebanyakan sekolah mempunyai bekalan air awam kecuali di 1,517 sekolah rendah . Sebanyak 1,639 buah sekolah rendah tidak mempunyai bilik sains, dan 42 buah sekolah masih menumpang di sekolah lain. Terdapat juga sekolah yang beroperasi dalam dua sesi iaitu 858 di sekolah rendah . Kemudahan ini penting bagi menjamin keselesaan kepada murid dan guru. Sumber manusia Dari aspek sumber manusia pula didapati keadaan yang sama juga berlaku. Pengagihan guru-guru berkelayakan masih lagi tidak sekata. Petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010) menyatakan bahawa seramai 190,336 orang guru di sekolah rendah di Malaysia. Daripada jumlah ini, 15 444 guru di sekolah rendah ialah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru dalam latihan
  • 5. 5 dan guru sambilan atau sementara. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menghadapi kesukaran dalam menempatkan guru-guru terlatih dan berpengalaman, terutamanya bagi mata pelajaran yang kritikal seperti Sains dan Matematik di kawasan luar bandar dan pedalaman. Selain itu juga, bilangan pelajar dan guru yang sedikit menyebabkan pencantuman kelas atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan dilaksanakan. Hal ini menyebabkan para pelajar sukar dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan teknik pengajaran guru yang berbeza-beza mengikut keperluan mereka. Bahan rujukan Begitu juga dalam aspek bahan rujukan dan peralatan. Kemudahan alat percetakan, fax, bahan pengajaran, audio video masih lagi ditahap sederhana. Kemudahan bahan rujukan juga merupakan salah satu masalah utama. Kelengkapan yang baik dalam aspek ini boleh membantu peningkatan akademik pelajar. Peruntukan yang rendah juga menyebabkan peningkatan kualiti seperti pembelian buku-buku dan lain-lain kemudahan menyukarkan aktiviti tersebut dilakukan. Perkongsian buku-buku dan bahan-bahan rujukan justeru dapat mengurangkan kekangan kekurangan bahan rujukan dan buku-buku pada sekolah-sekolah yang terlibat. Kebanyakan SJKC menggunakan buku teks dan mewajibkan murid-murid mereka membeli buku latihan tambahan manakala guru di SK yang hanya menyuruh murid-muridnya membuat latihan dalam buku teks. Menurut pemerhatian Prof Datuk Dr Ishak Haron, guru di SK terpaksa membuat lembaran kerja sebagai ganti buku kerja. Banyak masa telah dibazirkan untuk membuat lembaran kerja tersebut. Oleh itu, guru-guru SK dicadangkan mengguna buku kerja tambahan untuk mengukuhkan kemahiran matematik murid.
  • 6. 6 3.0 CARA MANGATASI PERMASALAHAN Terdapat beberapa alternatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya jurang pencapaian subjek matematik murid sekolah rendah di sekolah luar bandar dengan bandar. Dalam RMK-8, KPM telah menyediakan infrastruktur seperti makmal atau bilik komputer, perkakasan seperti komputer, komputer riba, projektor LCD dan pelayan membangunkan perisian khusus dan program TV Pendidikan, melatih guru bagi meningkatkan kompetensi mengintegrasikan ICT dan melatih pentadbir sekolah menggunakan ICT dalam pengurusan. Bagi memastikan pembudayaan ICT juga berlaku di luar bandar, KPM telah menghubungkan sekolah dengan akses jalur lebar melalui kerjasama Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) serta merangkaikan infrastruktur dan perkakasan ICT melalui rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar. Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. Dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina. Pada waktu yang sama, KPM akan menambah baik kaedah penyampaian program TV Pendidikan dan merintis penggunaan video teleconferencing sebagai kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan bahan- bahan PdP kepada pelajar dan guru di kawasan pedalaman. Selain itu, melalui Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat , Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia talah melaksanakan program Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia (KTW). Ianya adalah penyediaan perkhidmatan capaian internet tanpa wayar secara kolektif kepada masyarakat luar bandar di lokasi terpilih terutamanya penerima netbook Komputer 1Malaysia di lokasi terpilih di kawasan kurang liputan. Tumpuannya adalah bagi kawasan luar bandar terpilih yang kurang mendapat liputan. Setakat ini sebanyak 5687 KTW1M telah disiapkan. Disamping itu , pelancaran Pelan Transformasi Pendidikan Pedalaman Sabah dan Sarawak juga merupakan salah satu usaha kerajaan bagi mengatasi permasalahan ini. Pelan komprehensif itu termasuk dalam 100 inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi memastikan tiada pelajar tercicir dalam arus pembangunan Negara. Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah akses kepada air
  • 7. 7 bersih, bekalan elektrik sekurang-kurangnya 12 jam sehari, kemudahan bilik air, bilik darjah, meja, kerusi yang mencukupi untuk murid dan ruang kerja selesa untuk pendidik. Berdasarkan Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK KE-10) bab ke-5, bagi mengatasi masalah kekurangan guru yang berkelayakan untuk mengajar subjek matematik di sekolah luar bandar ini adalah dengan menambahbaik insentif khusus kepada guru untuk berkhidmat di sekolah luar bandar terutamanya sekolah di pendalaman. Pemberian insentif ini dapat dijadikan faktor peneguhan kepada guru-guru muda untuk berkhidmat di sana. Langkah ini dapat mengurangkan masalah percantuman kelas di sekolah luar bandar yang disebabkan oleh masalah kekurangan guru untuk berkhidmat di sekolah kawasan pendalaman. Selain daripada itu, sebanyak 841 buah rumah telah di bina dalam Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar Sabah dan Sarawak untuk menarik minat guru- guru opsyen matematik berkhidmat di sekolah luar bandar. Di samping itu, untuk mengatasi masalah tahap pencapaian subjek matematik di sekolah luar bandar lebih rendah berbanding sekolah bandar disebabkan oleh kekurangan guru matematik, pihak KPM perlu menyediakan lebih banyak guru matematik yang terlatih mengikut opsyen yang diperlukan di sekolah dewasa ini. 4.0 KESIMPULAN Jurang pencapaian matematik turut terjadi dari segi lokaliti iaitu dalam kawasan penempatan bandar, luar bandar dan juga kawasan pedalaman.Jurang ini terjadi disebabkan beberapa faktor iaitu guru, murid, infrastruktor dan faktor-faktor lain. Pelbagai pihak haruslah memainkan peranan yang penting dalam memberikan kemudahan yang seimbang kepada murid-murid, guru dan juga masyarakat supaya jurang pencapaian murid dalam proses pembelajaran terutamanya dari segi pencapaian matematik dapat di elakkan.
  • 8. 8 RUJUKAN Zalika Adam, Faridah Kassim dan Mohamad Johdi Salleh, 2009, MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN LUAR BANDAR, International Islamic University Malaysia (IIUM). Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) : www.moe.gov.my/ Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Putrajaya (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. Diperolehi pada 25 Mac 2014 daripada http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/RMK/RMK10_Mds.pdf Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013- 2025). Diperolehi pada 25 Mac 3014 daripada http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary- BM.pdf