Presented at Diabetes Workshop 2017 in conjunction with World Diabetes Day. Organized by Malaysian Endocrine & Metabolic Society and Hospital Putrajaya. 15th November 2017.
Presented at ‘Training of Trainers’ Latihan Penilaian Kesihatan Mental & Psikososial untuk Permintaan Pengguguran
Peringkat Nasional, Ministry of Health Malaysia . 22-23 August 2017.
Teknik Utama dalam Rundingcara Berasaskan Motivasi untuk Permintaan Penggugur...Dr. Umi Adzlin Silim
Presented at ‘Training of Trainers’ Latihan Penilaian Kesihatan Mental & Psikososial untuk Permintaan Pengguguran Peringkat Nasional, Ministry of Health Malaysia . 22-23 August 2017.
Developing A Culturally-Sensitive Guideline for Women’s Reproductive Health: ...Dr. Umi Adzlin Silim
Presented at The World Psychiatric Association Regional Meeting and 42nd Annual Convention of the Phillipine Psychiatric Association. 4-6 February 2016, Manila, Phillipines.
Presented at Bengkel Latihan Pengumpulan Data Kajian Postnatal Depression- Malaysia Aspire 2016, Hotel Concorde, Shah Alam, 21-24 Ogos 2016, and Bengkel Latihan Pengumpulan Data Kajian Postnatal Depression- Malaysia Aspire 2016, Hotel Klagan, Kota Kinabalu, Sabah, 26-29 Ogos 2016.
Presented at Bengkel Latihan Pengumpulan Data Kajian Postnatal Depression- Malaysia Aspire 2016, Hotel Concorde, Shah Alam, 21-24 Ogos 2016, and Bengkel Latihan Pengumpulan Data Kajian Postnatal Depression- Malaysia Aspire 2016, Hotel Klagan, Kota Kinabalu, Sabah, 26-29 Ogos 2016.
Presented at Bengkel Latihan Pengumpulan Data Kajian Postnatal Depression- Malaysia Aspire 2016, Hotel Concorde, Shah Alam, 21-24 Ogos 2016, and Bengkel Latihan Pengumpulan Data Kajian Postnatal Depression- Malaysia Aspire 2016, Hotel Klagan, Kota Kinabalu, Sabah, 26-29 Ogos 2016.
Isu Psikologi Dalam Krisis Berkait Dengan Pengguguran
1. ISU PSIKOLOGI MENGENAI KRISIS
BERKAITAN PENGGUGURAN
Dr. Umi Adzlin Silim
Pakar Psikiatri, Hospital Putrajaya
2. Sepintas Lalu
Objektif Pembentangan
Contoh Kes (A,B,C)
Persoalan, Latarbelakang Statistik & Perkembangan Terkini,
Pendekatan dalam Pengendalian Kes
Aspek Perundangan/Fatwa/Perubatan
Alternatif Kepada Pengguguran?
Kaunseling Pengguguran
Kesimpulan
3. Objektif pembentangan
• Membincangkan dengan penuh kesedaran tentang isu
pengguguran yang sangat kompleks
• Memahami peruntukan sedia ada dalam etika
professional perubatan, perundangan dan ugama di
samping memahami senario masyarakat semasa.
4.
5. Kes A
• A, 17 tahun dibawa oleh ibubapa ke hospital kerana sakit
perut. Pemeriksaan menunjukkan A hamil 7 minggu. A
menangis memberitahu mereka bahawa dia telah dirogol
secara bergilir-gilir oleh orang yang tidak dikenali semasa
berjalan ke kedai. A dan ibubapa memohon pengguguran.
A dirujuk kepada pakar psikiatri yang mengesahkan
beliau mengalami kemurungan dan gejala gangguan
post-trauma di mana beliau sering mengalami mimpi ngeri
dan sering terkejut serta sering ketakutan apabila merasa
ada orang berjalan di belakang beliau. Pakar psikiatri
muslim ingin pandangan kaunselor di Jabatan Agama
untuk memastikan pandangan hukum Islam.
6. Kes B
• B, berumur 20 tahun datang bersendirian mengadu
keracunan makanan kerana muntah-muntah. Pertanyaan
lanjut mendapati B juga bimbang kerana tidak datang
haid sejak 3 bulan. Pemeriksaan mengesahkan beliau
hamil. B mengakui beliau pernah tidur bersama beberapa
teman lelaki. Beliau meminta pengguguran dilakukan
segera. B menyatakan beliau buntu dan tidak tahu
bagaimana menyelesaikan masalah tersebut.
7. Kes C
• C, 40 tahun mendapat tahu beliau mengandung lagi anak
yang ke 7, sedangkan anak kecilnya baru 11 bulan.
Suaminya baru dipenjarakan. Beliau meminta
kandungannya digugurkan. Beliau sangat tertekan,
mengalami kemurungan dan menyatakan keinginan untuk
membunuh diri.
8. Jika kes ini dirujuk
kepada anda,
bagaimanakah anda
mengendalikannya?
9. Persoalan berkait pengguguran
• Apakah undang-undang Malaysia membenarkan
pengguguran?
• Jika ya, pengguguran bagaimana yang boleh dilakukan?
• Bolehkah pengguguran dijalankan atas sebab kesihatan
fizikal/ kesihatan mental/tekanan psikososial?
• Jika boleh, siapa/bagaimana/bila/di mana boleh dilakukan
pengguguran?
• Jikapun undang-undang membenarkan, apakah ada
fatwa mengenai pengguguran?
• Apakah isu etika/moral/sosiobudaya yang berkaitan
pengguguran?
10. Statistik yang tidak dingini
• Data Kementerian Kesihatan Malaysia, Januari hingga
Disember 2011 menunjukkan kes baru ibu hamil di
kalangan remaja yang tidak berkahwin adalah 4,222 kes.
• Data dari The Star Malaysia pada Februari 2011
melaporkan purata kes buang bayi adalah 100 bayi
setahun.
• Data pengguguran sukar diperolehi.
11. Senario yang mencabar
• Tinjauan Morbiditi Nasional menunjukkan peningkatan
aktiviti seksual di luar perkahwinan di kalangan remaja
• Kes Mahkamah Akta 312: Gerakan advokasi
pengguguran atas sebab sosial
• Isu penguatkuasaan pengguguran haram
• Risiko pengguguran haram
• Risiko buang bayi
• Kurang/tiada alternatif selain pengguguran
12. Perkembangandalam Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM)
• ‘Guidelines for Termination of Pregnancy in Hospital
Settings’
• Garispanduan Kesihatan Reproduktif & Seksual Remaja.
• KKM sedang menyediakan Garispanduan Pengendalian
Permintaan Pengguguran di Kesihatan Primer.
13. Pendekatan Pengendalian Kes
• Pengendalian kes mengenai pengguguran memerlukan
satu pendekatan yang menyeluruh & multi-dimensi
dengan memahami aspek:
• Undang-undang Negara
• Hukum Islam & Fatwa
• Perubatan & kesihatan, fizikal & mental
• Etika & Moral
• Sosiobudaya & Masyarakat
15. Definisi Pengguguran (Perubatan)
Pengguguran (abortion): membuang hasil
kandungan dari rahim sebelum kandungan
mampu hidup berusia kurang 22 minggu.
Pengguguran terapeutik (therapeutic abortion):
pengguguran/penamatan mengandung
(termination of pregnancy) yang dilakukan oleh
pengamal perubatan yang diiktiraf dengan tujuan
menyelamatkan nyawa ibu dan sebab kesihatan.
16. Kanun Keseksaan (Penal Code)
Akta 574
• Seksyen 312
• Barangsiapa dengan sengaja menyebabkan seorang
perempuan hamil gugur hendaklah diseksa dengan
penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun,
atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya; dan jika
perempuan itu mengandung anak yang telah bersifat,
hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang
boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan
denda.
• Huraian: seorang perempuan yang menyebabkan ia
sendiri gugur adalah termasuk dalam erti seksyen ini.
17. Kanun Keseksaan (Penal Code)
Akta 574
• Seksyen 312: Kecualian
• Seorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah
Akta Perubatan 1971 yang menamatkan kehamilan
seorang perempuan jika pengamal perubatan tersebut
berpendapat, dengan suci hati, bahawa penerusan
kehamilan itu akan melibatkan risiko kepada nyawa
perempuan yang hamil itu, atau kecederaan kepada
fizikal atau mental perempuan yang hamil itu, yang lebih
daripada jika kehamilan itu ditamatkan.
18. Akta Perkhidmatan KesihatanSwasta
• Tidak boleh dijalankan di klinik
• Hanya boleh dijalankan di hospital yang berlesen
(Garispanduan KKM menyarankan hospital mesti ada
pakar perbidanan & sakit puan)
20. Contoh Indikasi Perubatan
berkaitan Ibu
Any of the cardiac valve diseaseswith functional class3-4 heart failure that is not reversible to class2
Any kind of acute heart disease except coronaryheart disease that has reached functional class3-4 (e.g., Myocarditis and Pericarditis)
Historyof dilated cardiomyopathyin previous pregnancies
Marfan syndrome, when ascending aorta is wider than 5 cm
Eisenmenger's Syndrome
Pregnancyinduced fattyliver
Grade 3 esophageal varicosities
Historyof esophageal varicositieshemorrhage followed byportal hypertension
Uncontrollable autoimmune hepatitis
Renal failure
Hypertension which is not controllable with permitted drugs during pregnancy
Any of the pulmonarydiseases that leads to pulmonaryhypertension even to a mild degree (emphysema, fibrosis, diffuse bronchiectasis)
Any infection with HIV virus which has entered into the phase of AIDS disease
Hypercoagulabilitywhen using heparin leads to progression of other disease that can threat mother life
Active uncontrollable SLE which has involved a major organ
Vasculitis(when major organs are involved with)
All CNS masses with consideringtheir type and location, when beginning the treatment is dangerous to fetus and without treatment mother life may be threatened
Pemphigus vulgaris and severe generalized psoriasisand advanced melanoma
Multi-drug resistant epilepsies
MS cases in which the patient is disabled
Myasthenia gravis
Some type of motor neuron diseases like ALS which is intensified following bypregnancyand will seriouslyendanger mother li fe
21. Contoh indikasi perubatan
berkaitan Fetus
Osteogenesis imperfecta
Osteochondrodysplasia
Osteopetrosis and infantile neuroaxonal dystrophy
Bilateral renal agenesis
Polycystic kidney
Multicystic dysplastic kidney
Potter syndrome
Congenital nephrotic syndrome and hydrops
Severe bilateral hydronephrosis
Alpha thalassemia and hydrops fetalis
Thrombotic disorders
Trisomy 13, 18, 3, 16, 8
Anencephaly
Cat cry syndrome
Holoprosencephaly
Syringomyelia
Cranioschisis
Meningoencephalocele
Meningohydroencephalocele
Thanatophoric dysplasia
Cyclopia with holoprosencephaly
Ichthyosis congenita
Schizencephaly
22. Indikasi Perubatan
• Indikasi perubatan ibu biasanya berkait kes
kardiovaskular (jantung & sistem darah)
• Indikasi perubatan bayi berkait dengan kes anancephaly
(kecacatan di mana bayi tidak mempunyai otak)
23. Indikasi Kesihatan Mental
• Kesihatan mental adalah satu yang sangat luas &
subjektif dan boleh disalahgunakan sebagai indikasi.
• Perlu ambil kira:
• keadaan adalah tidak dapat dirawat/dikendalikan dan hanya
sebagai langkah terakhir.
• keadaan ‘membahayakan nyawa ibu’ atau kesan negatif jangka
masa panjang yang teruk.
24. Indikasi Kesihatan Mental
• Kes penyakit mental yang teruk dan kronik sehingga
mengancam nyawa jika terus mengandung: contoh
terencat akal teruk dan tidak tahu membuat penjagaan
diri
• Kes berisiko sangat tinggi untuk bunuh diri
• Kes psikosis akut
• Kes yang dijangka membawa kesan negatif jangka masa
panjang eg gejala PTSD teruk
28. Pasangan Suami Isteri Yang Sah (Kecacatan Yang
Teruk Dan Penyakit Yang Mengancam Nyawa)
a) Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu
hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya
pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami
isteri;
b) Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari
adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit
yang boleh membahayakan nyawa ibu;
c) Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau
lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap
satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh
kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa
ibu atas sebab kecacatan yang teruk
29. Rogol
a) Haram menggugurkan kandungan janin yang telah
berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu
dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah
ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk
menyelamatkan nyawa ibu.
b) Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari
adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit
teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu
30. Rogol
• Keputusan Muzakarah JK Fatwa MKI :
• Hukum menggugurkan kandungan berumur 1 hingga 40
hari bagi kes rogol adalah dibenarkan berdasarkan
keputusan pemberian bahan kontraseptif kepada kes
rogol.
• Sumber: JAKIM, 6 Ogos 2012
31. Zina
• Menggugurkan kandungan zina adalah haram dalam
semua keadaan kecuali mengekalkan kandungan akan
memudaratkan nyawa ibu.
32. OKU
a) OKU (ujian akal di bawah paras 80) harus
menggugurkan kandungan yang berusia kurang
daripada 120 hari.
b) Haram menggugurkan kandungan yang berusia lebih
daripada 120 hari kecuali jika memudaratkan nyawa
ibu.
34. Alternatif
• KOMPONEN SANGAT PENTING dalam pengendalian
kes namun masih perlu banyak pengukuhan
• Sokongan psikososial
• Sokongan kewangan
• Penjagaan/Perlindungan
• Penyerahan anak angkat
• Kesinambungan hidup/pelajaran/kerjaya
• Peluang rehabilitasi/pemulihan
36. Kaunseling Pengguguran
• Kaunseling pengguguran mempunyai beberapa tujuan:
• memberikan maklumat berkaitan pengguguran dari pelbagai aspek
• menolong wanita memahami dan mengendalikan perasaan mereka
• menolong wanita mencegah kehamilan tidak dirancang berulang di
masa hadapan
• membuat penilaian kepada psikopatologi yang lebih serius.
• Kaunseling pengguguran menggunakan kemahiran
temubual dan intervensi krisis jangka pendek.
• Kaunseling ini menggabungkan pendidikan, nasihat,
penjagaan dan terapi psikologi.
Draf Garispanduan Permintaan Pengguguran Dalam Perkhidmatan Kesihatan Primer, Kementerian Kesihatan Malaysia, May 2015
37. Jenis kaunseling pengguguran
1. Kaunseling pra-penilaian (Pre-assessment
counseling)
2. Kaunseling berasaskan motivasi (Motivational
interview based counselling)
3. Kaunseling pra-pengguguran (Pre-abortion
counselling)
Draf Garispanduan Permintaan Pengguguran Dalam Perkhidmatan Kesihatan Primer, Kementerian Kesihatan Malaysia, May 2015
38. Jenis kaunseling pengguguran
Tiga jenis
kaunseling
mungkin
perlu
diberikan
kepada
seorang
pesakit
berdasarkan
situasi
pesakit
tersebut.
Kaunseling pra-penilaian (Pre-
assessment counseling)
Kaunseling berasaskan motivasi
(Motivational interview based
counselling)
Kaunseling pra-pengguguran
(Pre-abortion counselling)
Draf Garispanduan Permintaan Pengguguran Dalam Perkhidmatan Kesihatan Primer, Kementerian Kesihatan Malaysia, May 2015
39. Kaunselingpra-penilaian pengguguran
• Bila? Kaunseling ini dijalankan sebelum atau semasa
menjalankan penilaian awal kepada pesakit yang
membuat permintaan pengguguran iaitu sebelum
keputusan dicapai.
• Objektif: Memberi maklumat mengenai penilaian yang
akan dijalankan; membincangkan implikasi personal,
perubatan, sosial, psikologi, undang-undang dan etika
berkaitan pengguguran dan menyediakan pesakit dengan
segala kemungkinan hasil penilaian
Draf Garispanduan Permintaan Pengguguran Dalam Perkhidmatan Kesihatan Primer, Kementerian Kesihatan Malaysia, May 2015
40. Langkah-langkah
• Memahami keperluan penilaian
• Memahami kepercayaan & pengetahuan mengenai
pengguguran
• Memberi maklumat
• Implikasi/Kesan Pengguguran
• Menjangkakan keputusan penilaian
Draf Garispanduan Permintaan Pengguguran Dalam Perkhidmatan Kesihatan Primer, Kementerian Kesihatan Malaysia, May 2015
41. Memahami keperluan penilaian
• Pengamal perubatan cuba memahami mengapa pesakit
meminta pengguguran:
• Sebab-sebab diri sendiri
• Dicadang/dipaksa oleh orang lain
• Sejarah rogol/keganasan
• Memahami mengapa seorang pesakit membuat
permintaan pengguguran adalah penting kerana ia
menentukan perjalanan sesi kaunseling seterusnya (sets
the scene).
Draf Garispanduan Permintaan Pengguguran Dalam Perkhidmatan Kesihatan Primer, Kementerian Kesihatan Malaysia, May 2015
42. Memahami Kepercayaan dan
pengetahuan mengenai pengguguran
• Pengamal perubatan mengenalpasti apa yang pesakit
percaya dan faham mengenai pengguguran;
memperbetulkan sebarang salahfaham di samping
memberi maklumat yang tepat mengenai pengguguran.
Draf Garispanduan Permintaan Pengguguran Dalam Perkhidmatan Kesihatan Primer, Kementerian Kesihatan Malaysia, May 2015
43. Maklumat mengenai
pengguguran/penerusan kandungan
• Pengamal perubatan akan memastikan pesakit
memahami prosedur pengguguran dan pilihan/jalan lain
yang ada jika meneruskan kandungan
Draf Garispanduan Permintaan Pengguguran Dalam Perkhidmatan Kesihatan Primer, Kementerian Kesihatan Malaysia, May 2015
44. Implikasi/kesan
• Pengamal perubatan membincangkan implikasi
pengguguran secara personal, perubatan, sosial,
psikologi, etika dan perundangan.
Draf Garispanduan Permintaan Pengguguran Dalam Perkhidmatan Kesihatan Primer, Kementerian Kesihatan Malaysia, May 2015
45. Menjangkakan keputusan
• Adalah penting menyediakan pesakit dengan pelbagai
kemungkinan di mana pesakit mungkin tidak mempunyai
indikasi terapeutik untuk menjalankan pengguguran.
Menjangkakan keputusan membantu pesakit menerima
kemungkinan tersebut dan bersedia menangani cabaran
yang berkaitan.
Draf Garispanduan Permintaan Pengguguran Dalam Perkhidmatan Kesihatan Primer, Kementerian Kesihatan Malaysia, May 2015
46. ‘Tempoh bertenang 48 jam”
• Disarankan tempoh bertenang 48 jam selepas kaunseling
pertama untuk memberi masa kepada wanita mengenai
keputusan mereka.
• Disarankan rujukan kaunseling kepada pihak yang
berkelayakan jika pandangan agama diperlukan.
47. Kaunselingjika meneruskan kandungan
• Sekiranya pengguguran tidak dijalankan, sebenarnya
wanita memerlukan LEBIH sokongan psikososial.
• Wanita tersebut mungkin masih perlu sesi kaunseling
seterusnya sepanjang melalui tempoh mengandung dan
melahirkan.
• Wanita juga memerlukan rujukan kepada pegawai
kebajikan untuk sokongan lanjut.
48. Kesimpulan
• Krisis berkait pengguguran memerlukan kemahiran untuk
mengendalikannya; dengan pemahaman mengenai
isunya yang kompleks dan segala peruntukan yang ada
dalam bentuk perundangan, fatwa, perubatan &
kesihatan, etika, moral dan sosial.