Isu Globalisasi Pendidikan

        Globalisasi Pendidikan adalah merupakan satu daripada cabaran yang
berlaku   dalam   pendidikan   masa   kini   yang   perlu   sentiasa   dikaji   dan
diperhalusi.Sebelum dikaji dengna lebih mendalam tentang cabaran dalam
globalisasi pendidikan, definisi globalisasi pendidikan perlu difahami dengan
jelas agar isu ini dapat ditangani dengan baik dan mendasari dari peringkat akar
umbi.

        Di dalam kamus dewan edisi keempat, menyatakan globalisasi membawa
definisi proses yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti ekonomi, kebudayaan
dan sebagainya disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke
seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi serta
dasar terbuka. (Kamus Dewan Edisi 4, 2005) Menurut Syed Ismail dan Ahmad
Subki (2010),globalisasi membawa maksud satu cara hidup dunia tanpas
sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Selain itu, ia merujuk
kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu
daerah dunia kepada daerah dunia yang lain (Syed Ismail dan Ahmad
Subki,2010) Pandangan Mok Soon Sang (2007) pula menyatakan globalisasi
bermaksud merentasi sempadan dan media.Bagi Michael Gibbons (2003) dalam
Mok Soon Sang (2007), Setiausaha Agong Persatuan Universiti Komanwel
(ACU) berpendapat bahawa globalisasi merupakan suatu proses berterusan
dalam perindustrian pendidikan yang telah berlaku lama dahulu.

        Maka, globalisasi pendidikan membawa definisi proses perubahan untuk
amalan dan pelaksanaan pengajaran yang berkualiti (Michael Gibbons,2003)
Menurut beliau lagi, globalisasi pendidikan akan memberi tekanan kepada guru
agar dapat mengubah cara pengajaran tradisional kepada pengajaran moden
serta berpandukan kepada hasil dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini.

        Globalisasi dalam sistem pendidikan negara telah memberi banyak kesan
terhadap pendidikan negara pada hari ini.Tindak balas daripada keterbukaan
idea dalam keperluan dunia pendidikan hari ini telah memberi kesan yang baik
kepada kualiti hidup masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Dalam menempuh
globalisasi pendidikan yang pesat berkembang ini sebenarnya telah membentuk
banyak cabaran dan halangan yang perlu ditempuh oleh segenap lapisan
masyarakat di negara kita dalam usaha untuk mencapai misi dan visi pendidikan
negara iaitu meningkatkan taraf pendidikan bertaraf dunia.Menurut          Hussain
Mohamed (1998) globalisasi menyebabkan pendidikan negara lebih terbuka
kepada dunia luar samada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan
universiti mereka di negara kita. Hal ini selaras dengan keinginan menjadikan
Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dunia.

      Antara halangan dan cabaran yang perlu diberi perhatian meliputi
keperluan    terhadap   pembelajaran      berterusan,    penggunaan     teknologi
telekomunikasi dan maklumat, pengurusan pendidikan,pembentukan jati diri
murid serta kualiti guru.Kelima-lima cabaran dan halangan ini memerlukan
penyelesaian yang bersepadu daripada semua pihak agar globalisasi pendidikan
yang berlaku dalam negara kita ini tercapai dengan sempurna dan baik.

      Bagi   mendapatkan    kaedah     penyelesaian     kepada   cabaran     dalam
globalisasi pendidikan iaitu pembentukan jati diri murid, keperluan kepada guru
untuk membentuk jati diri murid sepatutnya bermula daripada pra sekolah lagi.
Pada masa kini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan sedang diuji dengan
keberkesanan    pelaksanaannya    dalam     melahirkan    individu   murid    yang
mempunyai keseimbangan dan harmonis dari segi jasmani,emosi, rohani, serta
intelek. Dengan kemasukan proses globalisasi tanpa had ini menyebabkan juga
kemasukan pelbagai budaya yang bercanggah dengan budaya setempat
seterusnya terbitlah perlakuan dan sikap murid negative murid yang semakin
membimbangkan.

      Globalisasi yang berlaku dalam pembentukan jati diri murid telah
membawa kesan yang mendadak terhadap perlakuan dan norma kehidupan
murid secara keseluruhannya.Kesan negatif yang paling jelas hasil daripada
globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama remaja di bangku sekolah
yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya kehidupan barat.Menurut Mohd
Dahlan & Ida Shafinaz (2010),remaja pada masa kini merasakan bahawa
mereka sudah cukup bijak untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara tanpa
keperluan kepada mereka untuk mendapatkan nasihat daripada sesiapa pun
termasuklah ibu bapa mereka.Menurut Mohd Dahlan dan Ida Shafinaz lagi,
faktor persekitaran banyak mendorong kepada terjadinya masalah negatif
kepada murid atau remaja ini.

      Hasil   daripada      globalisasi   terhadap        pembentukan   jati    diri   murid
menyebabkan semua institusi pendidikan menghadapi halangan dan cabaran
untuk menggarap akhlak anak-anak agar berada di landasan yang betul menurut
acuan tempatan dan Islam.Pelaksanaan program-program yang mempunyai nilai
dan norma-norma pendidikan di sekolah perlu diperkasakan dengan hal
berkaitan keperibadian guru,budaya sekolah serta aktiviti-aktiviti kokurikulum
perlu diberi penekanan dalam usaha membentuk moral dan rohani murid yang
baik dan sempurna.

      Dalam usaha untuk membentuk jati diri murid,seharusnya perkara yang
paling dekat dengan mereka di sekolah perlu diberi perhatian oleh semua pihak
iaitu keperibadian guru. Guru merupakan insan yang paling rapat dengan murid
di sekolah sepatutnya menampilkan perwatakan yang positif ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Perwatakan dan sifat guru yang
amanah, bersopan santun, jujur,penyayang, penyabar,sedia berkorban, sedia
memberi pertolongan dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya menjadi ‘role
model’ kepada pelajar di sekolah. Selain itu, guru memainkan peranan penting
untuk membawa watak orang yang taat kepada amalan agama terutamanya
berkaitan solat,puasa dan lain-lain yang penting dan menjadi rujukan murid di
sekolah.

      Dengan hal yang demikian, murid-murid di sekolah akan berusaha untuk
mencontohi    sifat   dan    perwatakan     guru     di    sekolah   serta     cuba    untuk
mengaplikasikan amalan hidup beragama dalam kehidupan seharian mereka.
Amalan yang sering diperhatikan oleh murid sudah tentu akan cuba ditiru oleh
murid di mana sahaja mereka berada maka sudah tentu guru merupakan satu
daripada individu yang akan menjadi tempat rujukan dan tempat untuk mendapat
contoh teladan yang baik untuk dijadikan amalan di mana sahaja mereka berada.

       Selain itu, pembentukan jati diri murid juga dipengaruhi oleh budaya
sesebuah sekolah.Budaya sekolah yang sering mempraktikkan sikap amanah,
ketekunan,    cintakan    kecemerlangan,   berkasih   saying,   tolong-menolong,
kesantunan akhlak, dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen dan
aspek yang perlu diberi perhatian supaya dihidupkan dan dihayati secara
berterusan dalam diri murid-murid.Pihak pentadbiran sekolah mempunyai
tanggungjawab yang besar untuk memastikan aspek budaya sekolah yang baik
diberikan perhatian secara maksimum dan berkesan dalam usaha membentuk
jati diri murid yang mulia.

       Di samping itu, dalam usaha membentuk jati diri murid yang baik, aktiviti
sampingan seperti kokurikulum yang mengandungi unit beruniform, persatuan,
kelab dan kegiatan sukan perlu diberi perhatian yang khusus oleh semua pihak
termasuklah guru, ibu bapa, pentadbir sekolah dan PIBG. Aktiviti yang dijalankan
melalui pemantauan guru sebenarnya dapat menyuburkan sifat positif terhadap
semangat bekerjasama, berdikari, tolong-menolong, berdisiplin dan bersemangat
patriotik.

       Menurut Ruzain Syukur Mansor (2008) di dalam Harian Metro 16 Ogos
2008, harta paling berharga bagi sebuah negara adalah warganya sendiri. Kualiti
rakyat sesebuah negara disifatkan modal insan yang perlu ditagih bagi memacu
kegemilangan sesebuah negara.Cabaran pembinaan modal insan terletak
sebahagian besar di bahu pendidik.Maka guru adalah golongan yang terbabit
dalam dunia pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan
kualiti seseorang murid atau pelajar.

       Selain cemerlang kurikulum dan kokurikulum, langkah untuk membentuk
jati diri murid ialah penerapan nilai-nilai agama dalam kalangan murid atau modal
insan secara langsung. Nilai-nilai agama ini mempunyai kepentingan dalam
membentuk modal insan yang diharapkan. Hal ini kerana jati diri dan maruah
sesuatu bangsa tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud kesepaduan antara
elemen-elemen penting yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh
sebab akidah menjadi teras bagi segala tindakan, maka pegangan agama yang
kukuh dalam kalangan murid seharusnya diberikan tumpuan utama setiap masa
oleh para guru. Hal ini boleh dilakukan melalui penyampaian ilmu sama ada
ketika proses pengajaran dan pembelajaran (kurikulum) atau ketika
mengendalikan aktiviti kokurikulum. Semuanya demi menjadi modal insan
berguna di dunia dan di akhirat. Dengan akidah yang kental, murid-murid akan
menjadi modal insan yang kuat dari segi rohani dan mampu menjauhkan diri
daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah yang akan merugikan diri sendiri,
keluarga, masyarakat, agama dan negara. Murid-murid yang disemai dengan
nilai-nilai agama yang kental akan mampu menolak dan menghalang pelbagai
anasir jahat.

       Secara berperingkat, keadaan ini akan melahirkan suasana hidup yang
lebih sihat dan sejahtera. Oleh itu, menurut Tajul Ariffin Noordin (2007), kekuatan
akidah hendaklah menjadi paksi kurikulum merentasi semua mata
pelajaran.Tidak dapat dinafikan bahawa senjata bagi sesebuah tamadun dan
kemajuan bangsa bertitik tolak kepada mantapnya ilmu pengetahuan dan
kemahiran dengan berpandukan kepada kekentalan pendidikan agama dan
pengamalan ajaran beragama.

       Oleh itu, modal insan yang akan disemai dengan sifat-sifat ini melalui
proses pengajaran dan pembelajaran yang mereka lalui di sekolah akan dapat
membentuk mereka menjadi modal insan yang diharapkan. Langkah menabur
nilai-nilai agama yang murni dan baik ini boleh dilakukan melalui aktiviti
pengajaran dan pembelajaran mata-mata pelajaran wajib atau teras serta elektif
di sekolah. Di samping itu, para guru khususnya guru Pendidikan Islam serta
guru yang beragama Islam dan para guru Pendidikan Moral bagi yang bukan
beragama Islam harus berusaha menerapkan nilai-nilai agama yang universal
dan bersesuaian untuk semua murid sebagai contoh menghormati ibu bapa,
amanah, ikhlas, menepati janji, bersyukur, tolong-menolong dan sebagainya
dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dan juga melalui
aktiviti kerohanian yang boleh diadakan di sekolah seperti sambutan Maulidur
Rasul dan sebagainya. Semua ini adalah untuk melahirkan modal insan yang
mempunyai ciri-ciri mulia, selaras dengan harapan negara untuk membentuk
modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

      Dengan yang demikian, tidak mustahil Malaysia akan meraih modal insan
yang beragama Islam yang akhinrya menjadi mukmin profesional satu hari nanti.
Nilai-nilai agama serta akhlak pekerti yang baik dan mulia adalah tunjang
peribadi yang amat penting untuk setiap individu. Inilah yang seharusnya disemai
oleh para guru dalam kalangan modal insan yang mereka didik kerana umum
menyedari bahawa masyarakat akan menjadi lebih selamat dan tenteram
seandainya mereka menghayati dan mengamalkan nilai-nilai agama yang telah
diterapkan. Semua agama membentuk penganut-penganutnya atau pengikut-
pengikutnya menjadi manusia yang mencintai keamanan, menghargai
kedamaian dan kemajuan. Walaupun terdapat perbezaan fahaman, namun ini
adalah satu usaha pembangunan modal insan yang mampu memupuk
perpaduan rakyat berbilang bangsa dan agama.

      Sebenarnya, cabaran besar yang perlu diaplikasikan secara kolektif dalam
usaha membentuk jati diri murid adalah dari segi kaedah atau strategi untuk
menerapkan nilai kerohanian melalui tiga bidang atau fakulti yang memerlukan
pelaksanaan secara sekata iaitu pengisian roh, akal dan jasmani murid-murid.
Ketiga-tiga pengisian ini bermula daripada kerohanian seharusnya berlandaskan
sumber yang berautoriti dengan merujuk sumber ketuhanan dan kenabian, akal
yang perlu bertunjangkan aspek kognitif yang menunjuk arah bersesuaian
dengan fitrah manusia itu sendiri serta jasmani yang mengamalkan gaya hidup
sihat seperti beriadah, mengisi masa lapang dengan baik serta menjaga tabiat
pemakanan yang perlu diterapkan secara optimum dan berkesan dengan
bantuan dan bimbingan guru.
Rujukan


Hussain Mohamed (1998). Globalisasi Dalam Pendidikan :Dewan Masyarakat.

Syed Ismail B Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2010) Guru dan Cabaran
Semasa. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. :Puchong, Selangor

Mok Soon Sang (2007) Pengantar Pendidikan Teras. Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd. :Subang Jaya, Selangor

Isu globalisasi pendidikan

  • 1.
    Isu Globalisasi Pendidikan Globalisasi Pendidikan adalah merupakan satu daripada cabaran yang berlaku dalam pendidikan masa kini yang perlu sentiasa dikaji dan diperhalusi.Sebelum dikaji dengna lebih mendalam tentang cabaran dalam globalisasi pendidikan, definisi globalisasi pendidikan perlu difahami dengan jelas agar isu ini dapat ditangani dengan baik dan mendasari dari peringkat akar umbi. Di dalam kamus dewan edisi keempat, menyatakan globalisasi membawa definisi proses yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti ekonomi, kebudayaan dan sebagainya disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi serta dasar terbuka. (Kamus Dewan Edisi 4, 2005) Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010),globalisasi membawa maksud satu cara hidup dunia tanpas sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Selain itu, ia merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain (Syed Ismail dan Ahmad Subki,2010) Pandangan Mok Soon Sang (2007) pula menyatakan globalisasi bermaksud merentasi sempadan dan media.Bagi Michael Gibbons (2003) dalam Mok Soon Sang (2007), Setiausaha Agong Persatuan Universiti Komanwel (ACU) berpendapat bahawa globalisasi merupakan suatu proses berterusan dalam perindustrian pendidikan yang telah berlaku lama dahulu. Maka, globalisasi pendidikan membawa definisi proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan pengajaran yang berkualiti (Michael Gibbons,2003) Menurut beliau lagi, globalisasi pendidikan akan memberi tekanan kepada guru agar dapat mengubah cara pengajaran tradisional kepada pengajaran moden serta berpandukan kepada hasil dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini. Globalisasi dalam sistem pendidikan negara telah memberi banyak kesan terhadap pendidikan negara pada hari ini.Tindak balas daripada keterbukaan idea dalam keperluan dunia pendidikan hari ini telah memberi kesan yang baik
  • 2.
    kepada kualiti hidupmasyarakat pelbagai kaum di negara ini.Dalam menempuh globalisasi pendidikan yang pesat berkembang ini sebenarnya telah membentuk banyak cabaran dan halangan yang perlu ditempuh oleh segenap lapisan masyarakat di negara kita dalam usaha untuk mencapai misi dan visi pendidikan negara iaitu meningkatkan taraf pendidikan bertaraf dunia.Menurut Hussain Mohamed (1998) globalisasi menyebabkan pendidikan negara lebih terbuka kepada dunia luar samada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti mereka di negara kita. Hal ini selaras dengan keinginan menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dunia. Antara halangan dan cabaran yang perlu diberi perhatian meliputi keperluan terhadap pembelajaran berterusan, penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat, pengurusan pendidikan,pembentukan jati diri murid serta kualiti guru.Kelima-lima cabaran dan halangan ini memerlukan penyelesaian yang bersepadu daripada semua pihak agar globalisasi pendidikan yang berlaku dalam negara kita ini tercapai dengan sempurna dan baik. Bagi mendapatkan kaedah penyelesaian kepada cabaran dalam globalisasi pendidikan iaitu pembentukan jati diri murid, keperluan kepada guru untuk membentuk jati diri murid sepatutnya bermula daripada pra sekolah lagi. Pada masa kini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan sedang diuji dengan keberkesanan pelaksanaannya dalam melahirkan individu murid yang mempunyai keseimbangan dan harmonis dari segi jasmani,emosi, rohani, serta intelek. Dengan kemasukan proses globalisasi tanpa had ini menyebabkan juga kemasukan pelbagai budaya yang bercanggah dengan budaya setempat seterusnya terbitlah perlakuan dan sikap murid negative murid yang semakin membimbangkan. Globalisasi yang berlaku dalam pembentukan jati diri murid telah membawa kesan yang mendadak terhadap perlakuan dan norma kehidupan murid secara keseluruhannya.Kesan negatif yang paling jelas hasil daripada globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama remaja di bangku sekolah
  • 3.
    yang begitu mudahterpengaruh dengan budaya kehidupan barat.Menurut Mohd Dahlan & Ida Shafinaz (2010),remaja pada masa kini merasakan bahawa mereka sudah cukup bijak untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara tanpa keperluan kepada mereka untuk mendapatkan nasihat daripada sesiapa pun termasuklah ibu bapa mereka.Menurut Mohd Dahlan dan Ida Shafinaz lagi, faktor persekitaran banyak mendorong kepada terjadinya masalah negatif kepada murid atau remaja ini. Hasil daripada globalisasi terhadap pembentukan jati diri murid menyebabkan semua institusi pendidikan menghadapi halangan dan cabaran untuk menggarap akhlak anak-anak agar berada di landasan yang betul menurut acuan tempatan dan Islam.Pelaksanaan program-program yang mempunyai nilai dan norma-norma pendidikan di sekolah perlu diperkasakan dengan hal berkaitan keperibadian guru,budaya sekolah serta aktiviti-aktiviti kokurikulum perlu diberi penekanan dalam usaha membentuk moral dan rohani murid yang baik dan sempurna. Dalam usaha untuk membentuk jati diri murid,seharusnya perkara yang paling dekat dengan mereka di sekolah perlu diberi perhatian oleh semua pihak iaitu keperibadian guru. Guru merupakan insan yang paling rapat dengan murid di sekolah sepatutnya menampilkan perwatakan yang positif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Perwatakan dan sifat guru yang amanah, bersopan santun, jujur,penyayang, penyabar,sedia berkorban, sedia memberi pertolongan dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya menjadi ‘role model’ kepada pelajar di sekolah. Selain itu, guru memainkan peranan penting untuk membawa watak orang yang taat kepada amalan agama terutamanya berkaitan solat,puasa dan lain-lain yang penting dan menjadi rujukan murid di sekolah. Dengan hal yang demikian, murid-murid di sekolah akan berusaha untuk mencontohi sifat dan perwatakan guru di sekolah serta cuba untuk mengaplikasikan amalan hidup beragama dalam kehidupan seharian mereka.
  • 4.
    Amalan yang seringdiperhatikan oleh murid sudah tentu akan cuba ditiru oleh murid di mana sahaja mereka berada maka sudah tentu guru merupakan satu daripada individu yang akan menjadi tempat rujukan dan tempat untuk mendapat contoh teladan yang baik untuk dijadikan amalan di mana sahaja mereka berada. Selain itu, pembentukan jati diri murid juga dipengaruhi oleh budaya sesebuah sekolah.Budaya sekolah yang sering mempraktikkan sikap amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih saying, tolong-menolong, kesantunan akhlak, dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen dan aspek yang perlu diberi perhatian supaya dihidupkan dan dihayati secara berterusan dalam diri murid-murid.Pihak pentadbiran sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan aspek budaya sekolah yang baik diberikan perhatian secara maksimum dan berkesan dalam usaha membentuk jati diri murid yang mulia. Di samping itu, dalam usaha membentuk jati diri murid yang baik, aktiviti sampingan seperti kokurikulum yang mengandungi unit beruniform, persatuan, kelab dan kegiatan sukan perlu diberi perhatian yang khusus oleh semua pihak termasuklah guru, ibu bapa, pentadbir sekolah dan PIBG. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru sebenarnya dapat menyuburkan sifat positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong-menolong, berdisiplin dan bersemangat patriotik. Menurut Ruzain Syukur Mansor (2008) di dalam Harian Metro 16 Ogos 2008, harta paling berharga bagi sebuah negara adalah warganya sendiri. Kualiti rakyat sesebuah negara disifatkan modal insan yang perlu ditagih bagi memacu kegemilangan sesebuah negara.Cabaran pembinaan modal insan terletak sebahagian besar di bahu pendidik.Maka guru adalah golongan yang terbabit dalam dunia pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan kualiti seseorang murid atau pelajar. Selain cemerlang kurikulum dan kokurikulum, langkah untuk membentuk jati diri murid ialah penerapan nilai-nilai agama dalam kalangan murid atau modal
  • 5.
    insan secara langsung.Nilai-nilai agama ini mempunyai kepentingan dalam membentuk modal insan yang diharapkan. Hal ini kerana jati diri dan maruah sesuatu bangsa tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud kesepaduan antara elemen-elemen penting yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh sebab akidah menjadi teras bagi segala tindakan, maka pegangan agama yang kukuh dalam kalangan murid seharusnya diberikan tumpuan utama setiap masa oleh para guru. Hal ini boleh dilakukan melalui penyampaian ilmu sama ada ketika proses pengajaran dan pembelajaran (kurikulum) atau ketika mengendalikan aktiviti kokurikulum. Semuanya demi menjadi modal insan berguna di dunia dan di akhirat. Dengan akidah yang kental, murid-murid akan menjadi modal insan yang kuat dari segi rohani dan mampu menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah yang akan merugikan diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Murid-murid yang disemai dengan nilai-nilai agama yang kental akan mampu menolak dan menghalang pelbagai anasir jahat. Secara berperingkat, keadaan ini akan melahirkan suasana hidup yang lebih sihat dan sejahtera. Oleh itu, menurut Tajul Ariffin Noordin (2007), kekuatan akidah hendaklah menjadi paksi kurikulum merentasi semua mata pelajaran.Tidak dapat dinafikan bahawa senjata bagi sesebuah tamadun dan kemajuan bangsa bertitik tolak kepada mantapnya ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan berpandukan kepada kekentalan pendidikan agama dan pengamalan ajaran beragama. Oleh itu, modal insan yang akan disemai dengan sifat-sifat ini melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang mereka lalui di sekolah akan dapat membentuk mereka menjadi modal insan yang diharapkan. Langkah menabur nilai-nilai agama yang murni dan baik ini boleh dilakukan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata-mata pelajaran wajib atau teras serta elektif di sekolah. Di samping itu, para guru khususnya guru Pendidikan Islam serta guru yang beragama Islam dan para guru Pendidikan Moral bagi yang bukan beragama Islam harus berusaha menerapkan nilai-nilai agama yang universal
  • 6.
    dan bersesuaian untuksemua murid sebagai contoh menghormati ibu bapa, amanah, ikhlas, menepati janji, bersyukur, tolong-menolong dan sebagainya dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dan juga melalui aktiviti kerohanian yang boleh diadakan di sekolah seperti sambutan Maulidur Rasul dan sebagainya. Semua ini adalah untuk melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri mulia, selaras dengan harapan negara untuk membentuk modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dengan yang demikian, tidak mustahil Malaysia akan meraih modal insan yang beragama Islam yang akhinrya menjadi mukmin profesional satu hari nanti. Nilai-nilai agama serta akhlak pekerti yang baik dan mulia adalah tunjang peribadi yang amat penting untuk setiap individu. Inilah yang seharusnya disemai oleh para guru dalam kalangan modal insan yang mereka didik kerana umum menyedari bahawa masyarakat akan menjadi lebih selamat dan tenteram seandainya mereka menghayati dan mengamalkan nilai-nilai agama yang telah diterapkan. Semua agama membentuk penganut-penganutnya atau pengikut- pengikutnya menjadi manusia yang mencintai keamanan, menghargai kedamaian dan kemajuan. Walaupun terdapat perbezaan fahaman, namun ini adalah satu usaha pembangunan modal insan yang mampu memupuk perpaduan rakyat berbilang bangsa dan agama. Sebenarnya, cabaran besar yang perlu diaplikasikan secara kolektif dalam usaha membentuk jati diri murid adalah dari segi kaedah atau strategi untuk menerapkan nilai kerohanian melalui tiga bidang atau fakulti yang memerlukan pelaksanaan secara sekata iaitu pengisian roh, akal dan jasmani murid-murid. Ketiga-tiga pengisian ini bermula daripada kerohanian seharusnya berlandaskan sumber yang berautoriti dengan merujuk sumber ketuhanan dan kenabian, akal yang perlu bertunjangkan aspek kognitif yang menunjuk arah bersesuaian dengan fitrah manusia itu sendiri serta jasmani yang mengamalkan gaya hidup sihat seperti beriadah, mengisi masa lapang dengan baik serta menjaga tabiat pemakanan yang perlu diterapkan secara optimum dan berkesan dengan bantuan dan bimbingan guru.
  • 7.
    Rujukan Hussain Mohamed (1998).Globalisasi Dalam Pendidikan :Dewan Masyarakat. Syed Ismail B Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2010) Guru dan Cabaran Semasa. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. :Puchong, Selangor Mok Soon Sang (2007) Pengantar Pendidikan Teras. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. :Subang Jaya, Selangor