SlideShare a Scribd company logo
1 of 64
2/15/2024
2/15/2024
 Menjelaskan sikap akomodasi yang wujud dalam
kalangan pelbagai etnik semasa penggubalan
Perlembagaan Persekutuan.
 Membahasakan peranan dan kepentingan unsur-
unsur tradisi dan permuafakatan sosial dalam
konteks hubungan etnik di Malaysia.
 Menganalisis rasional unsur-unsur tradisi dalam
Perlembagaan Persekutuan.
2/15/2024
2/15/2024
Pengenalan
Isu-isu dan Orang Melayu dalam
Perlembagaan
Sejarah Penggubalan Perlembagaan
Persekutuan
Kesimpulan
Definisi dan Konsep Perlembagaan
Unsur-unsur Tradisi Dalam
Perlembagaan Persekutuan
 Setiap negara mempunyai perlembagaan.
 Perlembagaan Malaysia terhasil daripada perjuangan
nasionalisme Melayu serta penglibatan etnik-etnik lain
yang berunding sesama mereka termasuk sultan negeri-
negeri dan pihak British.
 Kepentingan setiap rakyat, negeri dan kumpulan minoriti
diambil kira dan dilindungi oleh Perlembagaan
Persekutuan dan undang-undang tubuh setiap negeri.
2/15/2024
 Definisi
◦ Undang-undang dasar yang menjadi teras panduan
pemerintahan negara.
◦ Kerangka asas yang membentuk dan memandu
sistem pemerintahan sesebuah negara.
◦ Undang-undang tertinggi dan asas kepada semua
undang-undang lain di dalam negara.
◦ Rujukan tentang aspirasi dan pelan induk
pemerintahan negara.
◦ Mengawal pemerintah dan yang diperintah dalam
mempertahankan kewujudan dan kesinambungan
negara.
2/15/2024
)
 Perlembagaan Persekutuan sepintas lalu
◦ Bertulis
◦ Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual
◦ Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman
dan eksekutif
◦ Menyentuh juga aspek bahasa, agama,
kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya
2/15/2024
 Tujuan Perlembagaan
◦ Sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara
dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.
◦ Panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan
sesebuah negara.
◦ Panduan bagi pembentukan undang-undang sama
ada di pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa
sahaja.
2/15/2024
 Perkara 159 (4)
◦ Memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap dewan.
◦ Contoh: sumpah dan ikrar taat setia, pemilihan dan
persaraan ahli-ahli Dewan Negara dan meliputi
perkara-perkara yang tidak disebut dalam perkara
lain.
2/15/2024
 Perkara 161 (E)
◦ perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan
dipersetujui oleh Yang dipertua Negeri Sabah dan
Sarawak bagi melibatkan kepentingan Sabah dan
Sarawak
◦ Contoh: bidang kuasa kerajaan negeri, kedudukan
istimewa bumiputera, imegresen.
2/15/2024
 Perkara 159 (5)
◦ Perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan
perkenan Majlis Raja-Raja.
◦ Contoh: Kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang
Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa
kebangsaan dan agama persekutuan.
2/15/2024
 Konsep Ketertinggian Perlembagaan
◦ Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan, kehakiman dan
eksekutif mahupun Yang Di Pertuan Agong adalah tertakluk
kepada Perlembagaan
◦ Contoh:
 Kuasa kehakiman iaitu mahkamah hendaklah juga dijalankan
tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh
perlembagaan
◦ Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Malaysia adalah undang-
undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang
diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah
setakat mana yang berlawanan itu terbatal.
2/15/2024
 Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Batu
Bersurat Terengganu membuktikan telah wujud sistem
perlembagaan di Tanah Melayu.
 Diikuti Perlembagaan Johor dan Terengganu yang
memperuntukkan seorang Menteri mestilah Melayu, rakyat
sultan dan beragama Islam.
 Menjelaskan sistem perlembagaan itu telah wujud sebelum
kedatangan penjajah British.
2/15/2024
 MALAYAN UNION. 10 OKT 1945.
 Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan:
1. Menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan
pengurusan pentadbiran. Negeri-negeri seperti Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-
Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
2. British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang
Melayu bekerjasama dengan Jepun dan pengenalan
Malayan Union dapat melemahkan kuasa Raja-Raja Melayu.
3. Menjadi asas kepada British untuk masyarakat tempatan
bagi memerintah negara sendiri.
2/15/2024
 Ciri-ciri Malayan Union.
1. Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di
bawah pemerintahan Gabenor British yang dibantu oleh
Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan.
2. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan.
3. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan kecuali dalam
hal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.
4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa
mengambil kira bangsa dan keturunan. Pengenalan
Malayan Union telah memberikan hak warganegara
kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu.
2/15/2024
 Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.
2/15/2024
 Tentangan orang Melayu kerana:
1. Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan.
2. Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal
sebagai tanah jajahan Inggeris.
3. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli iaitu
penduduk asing yang telah bermastautin lebih sepuluh tahun
dan lahir selepas Malayan Union, secara terus menjadi
warganegara.
4. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira
bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa
keistimewaan.
5. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja
Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti
Sultan Kedah telah diberi kata dua iaitu menandatangani
persetujuan Malayan Union atau dilucutkan dari tahta
pemerintahan.
2/15/2024
2/15/2024
2/15/2024
2/15/2024
 Persekutuan Tanah Melayu 1948
1. British telah membatalkan perlaksanaan Malaya Union setelah
mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu.
2. Ditubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946 yang terdiri daripada
empat wakil raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam pegawai
British.
3. Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka sebuah perlembagaan
baru yang boleh diterima oleh orang Melayu.
4. British menubuhkan Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947
yang terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India dengan tujuan untuk
mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu.
2/15/2024
Ciri-ciri penting dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1 Feb 1948:
◦ Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam persekutuan termasuk Pulau
Pinang dan Melaka. Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang
berasingan.
◦ Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan
dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat
Kerajaan Persekutuan.
◦ Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu tujuh
ahli rasmi, tujuh ahli tidak rasmi dan tiga ahli ex-officio.
2/15/2024
◦ Sultan-sultan diberi hak dan kuasa memerintah dengan nasihat
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri.
◦ Syarat kewarganegaraan diketatkan, pemohon mesti lahir di
Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 hingga 12 tahun.
Pemohon asing mestilah pemastautin selama 15 tahun. Umur
minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan
mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.
◦ Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera dan
mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan
dan Negeri.
2/15/2024
 Kerjasama antara etnik ke arah kemerdekaan.
◦ Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat 1949
(CLC) yang terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha
menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik dan
ekonomi.
◦ Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi membincangkan berbagai isu
seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang
Melayu serta dasar pendidikan.
◦ Tokoh-tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini: Dato’ Onn
Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C.C.
Tan, E.E.C Thuraisingham.
2/15/2024
2/15/2024
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
2/15/2024
 Pilihanraya 1955 (pilihanraya umum pertama) memberi implikasi
yang cukup besar kepada hubungan etnik di Malaysia.
 Ini disebabkan telah berlaku kerjasama dan toleransi yang cukup
tinggi antara Melayu dan bukan Melayu khususnya yang
melibatkan pembahagian kursi pilihanraya seperti dalam Jadual.
 Pembahagian kerusi dan calon, UMNO telah membuat
pengorbanan dan kompromi kerana meletakkan calon bukan
Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu dan walaupun
majoriti pengundi adalah Melayu (84.2%).
 Tetapi demi perpaduan dan mengamalkan konsep perkongsian
kuasa, UMNO diperuntukkan 35 kerusi sahaja, MCA 15 kerusi dan
MCA sebanyak dua kerusi.
2/15/2024
Parti Peruntukan
Kerusi
Peratusan Kerusi Peratusan
Pengundi
UMNO 35 69 84.2 (Melayu)
MCA 15 28 11.2 (Cina)
MIC 2 3 3.9 (India)
2/15/2024
 Perkara ini mengetepikan pandangan sempit perkauman dan
bekerja ke arah menuntut kemerdekaan daripada penjajah.
 Tunku membentuk kabinet yang terdiri daripada komposisi
berbilang kaum iaitu enam orang Melayu, tiga orang Cina, dan
seorang India.
 Pemilihan Kabinet ini menunjukkan satu kerjasama yang baik
dengan perlantikan tiga orang Cina dan seorang India untuk
memberikan keseimbangan etnik yang lebih diterima dalam Majlis
Legislatif.
2/15/2024
2/15/2024
Perjanjian London Sebagai Langkah Ke arah
Kemerdekaan
 Ketetapan yang dipersetujui:
◦ Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang
kuat.
◦ Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak
Raja-raja Melayu.
◦ Pengwujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang di
Pertuan Agong.
◦ Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak
yang sah milik kaum-kaum lain.
◦ Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam
untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
2/15/2024
 Suruhanjaya Reid
◦ Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh
Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada 1956.
◦ Keahlian: Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings (British), Sir
William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul
Hamid (Pakistan).
◦ Suruhanjaya menerima 131 memorandum bertulis dan telah
bersidang banyak kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956.
2/15/2024
2/15/2024
 Suruhanjaya meminta cadangan dan pandangan daripada parti-
parti politik, orang ramai, individu-individu dan Raja-raja Melayu.
 Ini menjelaskan Perlembagaan merupakan kontrak sosial dan
perjanjian perdamaian.
 Melalui permuafakatan sosial ini, orang bukan Melayu diberikan
hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli.
Kedudukan orang Melayu dikekalkan dalam Perlembagaan dan
begitu juga tentang kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu dan
kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja
Melayu.
2/15/2024
 Melalui kontrak sosial ini, orang bukan Melayu telah
diberikan hak kewarganegaraan yang longgar
berasaskan prinsip jus soli.
 Manakala orang Melayu diperuntukkan dalam
perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu
dan kedudukan istimewa orang Melayu serta
kedudukan Raja-raja Melayu
2/15/2024
 Jawatankuasa Kerja dan Perisytiharan
Perlembagaan
◦ Mengumpulkan hasil semakan dan penelitian yang dibuat
berkenaan dengan laporan yang disediakan oleh
Suruhanjaya Reid yang diserahkan kepada Baginda Ratu
dan Raja-raja Melayu.
◦ Jawatankuasa Kerja dipengerusikan oleh MacGillivar dan
Tunku Abdul Rahman (UMNO), Datuk Abdul Razak (UMNO),
Ong Yoke Lin (MCA) and V.T Sambathan (MIC), Mustapha
Albakri (Penyimpan Mohor Besar Raja-raja), Shamsudin
Nain, Tunku Ismail Tunku Yahya dan Neil Lawson. Ahli lain
terdiri dari Ketua Setiausaha Kerajaan, Sir David
Watherston, Peguam Negara, T.V.A Brodie dan E.O Laird
bertindak sebagai Setiausaha.
◦ Perlembagaan Persekutuan telah diterima dan diisytiharkan
sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
2/15/2024
2/15/2024
2/15/2024
 Merujuk kepada sistem yang wujud sebelum
kedatangan zaman moden iaitu sebuah sistem yang
kesahannya bergantung kepada agama dan nilai-nilai
asal lainnya
 Kontrak sosial meliputi:
◦ bahasa,
◦ agama,
◦ kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera
(Sabah dan Sarawak) dan
◦ pemerintahan beraja
2/15/2024
 Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana:
◦ Telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan
diwujudkan pada tahun 1957.
◦ Berperanan menstabilkan sistem politik negara dan
laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan
betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-
faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud
sebelum tahun 1957.
◦ Dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai
isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu
perbincangan awam.
2/15/2024
◦ Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang
telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan
Melayu. Ini bermakna:
 Orang Melayu diberikan hak istimewa,
 Islam menjadi agama persekutuan dan
 Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai
pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan
Melayu.
◦ Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah
menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud
tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada
ketika itu.
2/15/2024
 Telah wujud dalam sistem sosial dan raja berkuasa mutlak.
 Selepas merdeka, berkonsepkan Raja Berperlembagaan –
bertindak atas nasihat Kabinet
 Dilindungi di bawah Perkara 38(4)
 Yang di Pertuan Agong berperanan seperti:
◦ Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan
◦ Mengampun dan menangguhkan sabitan kesalahan di mahkamah tentera
◦ Berkuasa membuat perlantikan menurut perlembagaan
◦ Lambang perpaduan
◦ Pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik
◦ Ketua agama bagi negeri tidak beraja
◦ Lambang keadilan
◦ Institusi perlembagaan bersifat Melayu dan Islam
2/15/2024
◦ Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai seorang beragama Islam,
lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Dalam
hal ini, Melayu dan Islam adalah unsur yang saling berkaitan dan tidak
boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan Perlembagaan.
◦ Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja-raja di negeri-
negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri mensyaratkan
seorang raja mestilah berbangsa Melayu, beragama Islam dan keturunan
diraja.
◦ Di dalam sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong, baginda
mengangkat sumpah dengan didahului oleh lafaz Wallahi, Wabillahi,
Watallahi yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalam agama
Islam. Sumpah ini dikaitkan dengan janji baginda untuk memelihara
tentang kesucian dan kemuliaan agama Islam
2/15/2024
 Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 3 (3) adalah
ketua agama Islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah,
Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai raja.
 Raja dan Sultan di negeri-negeri yang beraja ialah ketua agama
Islam bagi negeri masing-masing. Dalam menjalankan tugas
sebagai ketua agama Islam mereka mempunyai budi bicara dan
tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO).
 Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk
melindungi hak istimewa orang-orang Melayu seperti yang
termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh
kerana Melayu dan Islam ialah dua entiti yang tidak boleh
dipisahkan maka tugas menjaga hak-hak istimewa orang-orang
Melayu juga termasuk menjaga dan melindungi agama Is1am.
2/15/2024
 Walaupun dalam keadaan darurat, kedudukan agama Islam tidak
boleh dipinda dan ini kekal terjamin [Perkara 150 (6a)].
 Adalah sah bagi kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau negeri
memperuntukkan sejumlah wang bagi pembangunan Islam di
Malaysia [Perkara 2 (2)].
 Peruntukan Islam ini terjamin dalam keadaan mana sekalipun kerana
untuk memindanya, ia perlu kepada sokongan majoriti lebih dua
pertiga parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong [Perkara 159
(5)].
2/15/2024
 Walaupun tidak dibenarkan perbezaan dalam apa juga keadaan
dalam mana-mana undang-undang dan perlantikan pihak
berkuasa awam, namun terdapat pengecualian terhadap
perlantikan bagi sesuatu institusi agama Islam (Perkara 8).
 Undang-undang negeri boleh menyekat apa-apa penyebaran
dalam kalangan orang Islam mengenai agama selain dari Islam
[Perkara 11 (4)].
 Bidang kuasa Mahkamah Syariah terpisah dari Mahkamah Sivil
yang menunjukkan pengiktirafan kepada Mahkamah Syariah
[Perkara 121 (1A)].
2/15/2024
◦ Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan
bahasa mereka.
◦ Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya
memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan
daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar
atau belajar apa-apa bahasa lain.
◦ Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan
pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.
◦ Dilindungi di bawah Perkara 150 (6A) dalam keadaan darurat.
◦ Perkara 10(4) perkara sensitif
◦ Perkara 160B, teks dalam bahasa kebangsaan mengatasi teks dalam
bahasa Inggeris
2/15/2024
 Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa menggugat
bahasa ibunda lain.
 Menjadi bahasa lingua franca.
 Zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi.
 Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa Melayu.
2/15/2024
 Peruntukan istimewa orang Melayu disentuh dalam Perkara 153,
Perkara 89 dan 90, Perkara 8(5)(f) dan Jadual Ketigabelas -
persempadanan kawasan pilihanraya.
 orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang
yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap dalam Bahasa
Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan.
 Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura
atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura
atau pada hari Merdeka itu ia adalah berdomisil di Persekutuan
atau di Singapura atau
 Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
2/15/2024
Takrifan Bumiputera
 Sarawak
 terdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bisayuh,
Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan,
Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan,
Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran
dari kaum tersebut.
 Sabah
 anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum asli Sabah
dan dia telah dilahirkan di Sabah.
2/15/2024
i. Kebebasan Beragama
 Merujuk kepada Perkara 11, Perkara 3, Perkara 10, Perkara 8 dan
Perkara 12.
 Kebebasan beragama diberikan kepada penganut agama Islam dan
bukan Islam. Bagaimanapun, kebebasan dalam penyebaran
bergama adalah tidak mutlak.
 Cth: Perkara 11(4) memberi kuasa kepada Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri meluluskan undang-undang pengawalan agama
bukan Islam dalam kalangan orang Islam.
2/15/2024
 Dengan kata lain, sebarang agama boleh diamalkan
tetapi tidak menggangu ketenteraman awam dan tidak
menyakitkan hati penganut agama lain.
 Kebebasan beragama tertakluk kepada undang-undang
awam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960,
Akta Pertubuhan 1966 dan Akta Polis 1967.
 Kebebasan beragama juga bermakna seseorang itu
tidak bebas mendirikan rumah ibadat di mana sahaja
yang disukai.
2/15/2024
 Semua orang adalah sama di sisi undang-
undang.
 Tidak dibenarkan sebarang bentuk diskriminasi
menurut agama, ras dan lain-lain kecuali
dibenarkan oleh perlembagaan.
 Namun, perubahan politik dan ekonomi
menyebabkan sesetengah etnik ketinggalan
dan ini perlu dibantu.
2/15/2024
 Melalui diskriminasi perlindungan ini, undang-undang memberi perlindungan
dan hak yang istimewa kepada golongan atau etnik di dalam sesebuah negara
dan dalam masa yang sama tidak menafikan peluang terhadap kumpulan
atau etnik lain.
 Etnik yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara dapat dibantu dan
ditingkatkan taraf hidup mereka agar dapat menyaingi etnik lain yang lebih
terkehadapan.
 Perkara 46 Perlembagaan India menghendaki kerajaan memberikan
perlindungan yang istimewa untuk kepentingan pelajaran dan ekonomi
sesuatu kumpulan yang mundur Contohnya, keutamaan dalam lantikan
dalam perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti keretapi, pos, kastam
dan perkhidmatan telegraf.
2/15/2024
 Diskriminasi perlindungan itu dibuat dengan tujuan:
◦ Ia dibuat bagi membetulkan semula ketidakseimbangan politik di
sesebuah negara yang rakyatnya bersifat majmuk dan baru
merdeka.
◦ Diskriminasi perlindungan diberi kepada golongan minoriti
supaya kepentingan mereka dapat dipertahankan daripada
ditenggelami majoriti.
◦ Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan yang
telah merasai dan mengecapi keistimewaan itu sebelumnya.
◦ disebabkan oleh kompromi di antara kaum atau kumpulan
tertentu semasa perlembagaan digubal.
2/15/2024
◦ Mengeluarkan orang Melayu dari arus kemiskinan
(Ekonomi)
 Kemiskinan orang Melayu 64.8% (1970)
 Jurang Pendapatan melebar antara etnik
 Negeri majoriti Melayu miskin khususnya di pantai timur
 Pemilikan kekayaan negara bagi Melayu hanya 2.4% tahun
1970
 Pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan
merupakan faktor terkuat mempengaruhi hubungan etnik
(13 Mei)
2/15/2024
Peratusan Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai Tara) Syarikat
Berhad, 1995 dan 1999
Kumpulan Hak Milik
1995 1999
Bumiputera (Individu, Institusi dan
Agengsi Amanah)
20.6 19.1
Cina 40.9 37.9
India 1.5 1.5
Rakyat Asing 27.7 32.7
Syarikat Nomini 8.3 7.9
Jumlah 100 100
Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan
2/15/2024
2/15/2024
• Bumiputera
• Bukan Bumi.
– Cina
– India
– Lain-lain
• Asing
• Nomine
JUMLAH
1970 1990 1990
Matlamat Pencapaian
2.4
32.3
63.3
2.0
100.0
30.0
40.0
30.0
100.0
19.3
46.8
45.5
1.0
0.3
25.4
8.5
100.0
2002
18.7
43.2
40.9
1.5
0.8
28.9
9.2
100.0
0
10
20
30
40
50
60
Jumlah 49.3 16.5 5.1
Luar Bandar 58.6 21.1 11.4
Bandar 24.6 7.1 2.0
Ketermiskinan 3.9 1.0
1970 1990 2002
2/15/2024
% Isi rumah Malaysia
Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) untuk 2002 adalah RM529 sebulan di
Semenanjung Malaysia (saiz isi rumah 4.6) ; RM690 di Sabah (saiz isi rumah 4.9) ; dan
RM600 di Sarawak (saiz isi rumah 4.8). Ketermiskinan dianggarkan mengguna separuh
dari PLI.
Jurang pendapatan antara kaum
Luar Bandar : Bandar
Bumiputera : Cina
Bumiputera : India
1: 2.1
1: 2.3
1: 1.8
1970 1980 1990 2002
Nisbah ketaksamaan
pendapatan isirumah
1999
1: 1.8
1: 1.9
1: 13
1: 1.7
1: 1.7
1: 13
1: 1.8
1: 1.7
1: 1.4
1: 2.1
1: 1.8
1: 1.3
2/15/2024
 Pendidikan
◦ Kewujudan MRSM, Sekolah berasrama penuh dan
matrikulasi yang khusus orang Melayu turut dibuka
kepada bukan Melayu
◦ Kuota IPTA juga telah ditukar kepada meritokrasi
2/15/2024
 Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963, merupakan satu
persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak yang dikenali sebagai Perkara 20 bagi Sabah dan Perkara
18 bagi Sarawak.
 Antara tuntutan adalah tentang imigresen, bahasa, kewangan dan hak
istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam
Senarai II dan Senarai III.
 Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan dilindungi oleh
kuasa Yang di-Pertua Negeri berkenaan dan pindaan hanya boleh dibuat
sekiranya kedua-duanya memberikan persetujuan.
 Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa bumiputera Sabah dan
Sarawak iaitu menyamai peranan dan kuasa Majlis Raja-Raja berhubung
dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjung.
2/15/2024
 Antara perkara tersebut adalah:
 Agama - Sabah menuntut supaya negeri itu tidak memperakukan suatu
agama sebagai agama rasmi negeri.
 Bahasa - Sabah bersetuju bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi/kebangsaan tetapi memohon supaya bahasa Inggeris boleh terus
digunakan tanpa had masa.
 Perlembagaan - Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas
Perlembagaan Malaysia, tetapi penggubalannya patut melibatkan semua
negeri.
 Imigresen - Bersetuju bahawa kuasa imigresen ialah kuasa pusat, tetapi
soalan tentang keluar atau masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah
sendiri.
 Kewangan - Sabah wajar mengawal kewangannya sendiri.
 Bumiputera Sabah - Mendapat hak istimewa seperti orang Melayu
(Persekutuan Tanah Melayu) tetapi formula berkenaan harus disesuaikan
dengan keadaan (sifat demografi) Sabah.
2/15/2024
 Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang telah
ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia
berkorban, toleransi dan rela berkongsi kuasa.
 Permuafakatan sosial atau social contract ini perlu diterima oleh
semua rakyat Malaysia tanpa perlu mempersoalkannya lagi.
 Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia dapat
menghindarkan negara Malaysia daripada berada dalam
keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan perpaduan yang
sudah sedia terjalin
2/15/2024

More Related Content

Similar to Hubungan Etnik: Tiang seri hubungan etnik.ppt

Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabmayanggsari
 
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1Russlan Ssvs
 
Bab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnikBab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnikKhairiyah Sulaiman
 
Perlembagaan persekutuan 1
Perlembagaan persekutuan 1Perlembagaan persekutuan 1
Perlembagaan persekutuan 1Fatin Asyiqin
 
Bab3 perlembagaan
Bab3 perlembagaanBab3 perlembagaan
Bab3 perlembagaanDatoknye
 
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan MalaysiaPeruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan MalaysiaMiss Q
 
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiTopik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiSharifahNurAbu
 
Unsur tradisi
Unsur tradisiUnsur tradisi
Unsur tradisipeningla
 
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuanMahadhir Akmal
 
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK Ashikin Azeman
 
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...NursKitchen
 
Hubungan Etnik Bab-4
Hubungan Etnik Bab-4Hubungan Etnik Bab-4
Hubungan Etnik Bab-4Fadhil Ismail
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaNur Az
 
BAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptx
BAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptxBAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptx
BAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptxsowbhakkiya13
 

Similar to Hubungan Etnik: Tiang seri hubungan etnik.ppt (20)

Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
 
Bab3 Perlembagaan
Bab3 PerlembagaanBab3 Perlembagaan
Bab3 Perlembagaan
 
Bab 3 b
Bab 3 bBab 3 b
Bab 3 b
 
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
 
Bab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnikBab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnik
 
Perlembagaan persekutuan 1
Perlembagaan persekutuan 1Perlembagaan persekutuan 1
Perlembagaan persekutuan 1
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Bab3 perlembagaan
Bab3 perlembagaanBab3 perlembagaan
Bab3 perlembagaan
 
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan MalaysiaPeruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
 
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiTopik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
 
Unsur tradisi
Unsur tradisiUnsur tradisi
Unsur tradisi
 
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
 
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
 
TOPIK 3
TOPIK 3 TOPIK 3
TOPIK 3
 
Carta garis masa
Carta garis masaCarta garis masa
Carta garis masa
 
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...
 
Tajuk 6 perlembagaan
Tajuk 6 perlembagaanTajuk 6 perlembagaan
Tajuk 6 perlembagaan
 
Hubungan Etnik Bab-4
Hubungan Etnik Bab-4Hubungan Etnik Bab-4
Hubungan Etnik Bab-4
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
 
BAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptx
BAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptxBAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptx
BAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptx
 

More from suhailangadiron

Bab 5 Permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.ppt
Bab 5 Permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.pptBab 5 Permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.ppt
Bab 5 Permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.pptsuhailangadiron
 
Bab 7: Dari segregasi dan Integrasi di Malaysia
Bab 7: Dari segregasi dan Integrasi di MalaysiaBab 7: Dari segregasi dan Integrasi di Malaysia
Bab 7: Dari segregasi dan Integrasi di Malaysiasuhailangadiron
 
BAB 6 Agama dan Hubungan Etnik di Malaysia.pptx
BAB 6 Agama dan Hubungan Etnik di Malaysia.pptxBAB 6 Agama dan Hubungan Etnik di Malaysia.pptx
BAB 6 Agama dan Hubungan Etnik di Malaysia.pptxsuhailangadiron
 
Bab 9: Hubungan Etnik Pengalaman Harian.pptx
Bab 9: Hubungan Etnik Pengalaman Harian.pptxBab 9: Hubungan Etnik Pengalaman Harian.pptx
Bab 9: Hubungan Etnik Pengalaman Harian.pptxsuhailangadiron
 
TAJUK: ISU EJAAN DAN TATABAHASA BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: ISU EJAAN DAN TATABAHASA BAHASA MELAYU.pptxTAJUK: ISU EJAAN DAN TATABAHASA BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: ISU EJAAN DAN TATABAHASA BAHASA MELAYU.pptxsuhailangadiron
 
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxTAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxsuhailangadiron
 

More from suhailangadiron (6)

Bab 5 Permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.ppt
Bab 5 Permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.pptBab 5 Permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.ppt
Bab 5 Permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.ppt
 
Bab 7: Dari segregasi dan Integrasi di Malaysia
Bab 7: Dari segregasi dan Integrasi di MalaysiaBab 7: Dari segregasi dan Integrasi di Malaysia
Bab 7: Dari segregasi dan Integrasi di Malaysia
 
BAB 6 Agama dan Hubungan Etnik di Malaysia.pptx
BAB 6 Agama dan Hubungan Etnik di Malaysia.pptxBAB 6 Agama dan Hubungan Etnik di Malaysia.pptx
BAB 6 Agama dan Hubungan Etnik di Malaysia.pptx
 
Bab 9: Hubungan Etnik Pengalaman Harian.pptx
Bab 9: Hubungan Etnik Pengalaman Harian.pptxBab 9: Hubungan Etnik Pengalaman Harian.pptx
Bab 9: Hubungan Etnik Pengalaman Harian.pptx
 
TAJUK: ISU EJAAN DAN TATABAHASA BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: ISU EJAAN DAN TATABAHASA BAHASA MELAYU.pptxTAJUK: ISU EJAAN DAN TATABAHASA BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: ISU EJAAN DAN TATABAHASA BAHASA MELAYU.pptx
 
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxTAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
 

Recently uploaded

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 

Recently uploaded (8)

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 

Hubungan Etnik: Tiang seri hubungan etnik.ppt

  • 3.  Menjelaskan sikap akomodasi yang wujud dalam kalangan pelbagai etnik semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan.  Membahasakan peranan dan kepentingan unsur- unsur tradisi dan permuafakatan sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.  Menganalisis rasional unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan. 2/15/2024
  • 4. 2/15/2024 Pengenalan Isu-isu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Kesimpulan Definisi dan Konsep Perlembagaan Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Persekutuan
  • 5.  Setiap negara mempunyai perlembagaan.  Perlembagaan Malaysia terhasil daripada perjuangan nasionalisme Melayu serta penglibatan etnik-etnik lain yang berunding sesama mereka termasuk sultan negeri- negeri dan pihak British.  Kepentingan setiap rakyat, negeri dan kumpulan minoriti diambil kira dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh setiap negeri. 2/15/2024
  • 6.  Definisi ◦ Undang-undang dasar yang menjadi teras panduan pemerintahan negara. ◦ Kerangka asas yang membentuk dan memandu sistem pemerintahan sesebuah negara. ◦ Undang-undang tertinggi dan asas kepada semua undang-undang lain di dalam negara. ◦ Rujukan tentang aspirasi dan pelan induk pemerintahan negara. ◦ Mengawal pemerintah dan yang diperintah dalam mempertahankan kewujudan dan kesinambungan negara. 2/15/2024 )
  • 7.  Perlembagaan Persekutuan sepintas lalu ◦ Bertulis ◦ Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual ◦ Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif ◦ Menyentuh juga aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya 2/15/2024
  • 8.  Tujuan Perlembagaan ◦ Sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. ◦ Panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara. ◦ Panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa sahaja. 2/15/2024
  • 9.  Perkara 159 (4) ◦ Memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap dewan. ◦ Contoh: sumpah dan ikrar taat setia, pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara dan meliputi perkara-perkara yang tidak disebut dalam perkara lain. 2/15/2024
  • 10.  Perkara 161 (E) ◦ perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh Yang dipertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak ◦ Contoh: bidang kuasa kerajaan negeri, kedudukan istimewa bumiputera, imegresen. 2/15/2024
  • 11.  Perkara 159 (5) ◦ Perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja. ◦ Contoh: Kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan. 2/15/2024
  • 12.  Konsep Ketertinggian Perlembagaan ◦ Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif mahupun Yang Di Pertuan Agong adalah tertakluk kepada Perlembagaan ◦ Contoh:  Kuasa kehakiman iaitu mahkamah hendaklah juga dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan ◦ Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Malaysia adalah undang- undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah setakat mana yang berlawanan itu terbatal. 2/15/2024
  • 13.  Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Batu Bersurat Terengganu membuktikan telah wujud sistem perlembagaan di Tanah Melayu.  Diikuti Perlembagaan Johor dan Terengganu yang memperuntukkan seorang Menteri mestilah Melayu, rakyat sultan dan beragama Islam.  Menjelaskan sistem perlembagaan itu telah wujud sebelum kedatangan penjajah British. 2/15/2024
  • 14.  MALAYAN UNION. 10 OKT 1945.  Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan: 1. Menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. Negeri-negeri seperti Negeri- Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri- Negeri Melayu Tidak Bersekutu. 2. British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu bekerjasama dengan Jepun dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa Raja-Raja Melayu. 3. Menjadi asas kepada British untuk masyarakat tempatan bagi memerintah negara sendiri. 2/15/2024
  • 15.  Ciri-ciri Malayan Union. 1. Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British yang dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan. 2. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan. 3. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan kecuali dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. 4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan. Pengenalan Malayan Union telah memberikan hak warganegara kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu. 2/15/2024
  • 16.  Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. 2/15/2024
  • 17.  Tentangan orang Melayu kerana: 1. Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan. 2. Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan Inggeris. 3. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli iaitu penduduk asing yang telah bermastautin lebih sepuluh tahun dan lahir selepas Malayan Union, secara terus menjadi warganegara. 4. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. 5. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan dari tahta pemerintahan. 2/15/2024
  • 21.  Persekutuan Tanah Melayu 1948 1. British telah membatalkan perlaksanaan Malaya Union setelah mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu. 2. Ditubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946 yang terdiri daripada empat wakil raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam pegawai British. 3. Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu. 4. British menubuhkan Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947 yang terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. 2/15/2024
  • 22. Ciri-ciri penting dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1 Feb 1948: ◦ Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam persekutuan termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang berasingan. ◦ Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan. ◦ Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu tujuh ahli rasmi, tujuh ahli tidak rasmi dan tiga ahli ex-officio. 2/15/2024
  • 23. ◦ Sultan-sultan diberi hak dan kuasa memerintah dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri. ◦ Syarat kewarganegaraan diketatkan, pemohon mesti lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 hingga 12 tahun. Pemohon asing mestilah pemastautin selama 15 tahun. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik. ◦ Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri. 2/15/2024
  • 24.  Kerjasama antara etnik ke arah kemerdekaan. ◦ Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat 1949 (CLC) yang terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi. ◦ Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi membincangkan berbagai isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan. ◦ Tokoh-tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini: Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C.C. Tan, E.E.C Thuraisingham. 2/15/2024
  • 25. 2/15/2024 Dr. Amini Amir Abdullah (UPM)
  • 27.  Pilihanraya 1955 (pilihanraya umum pertama) memberi implikasi yang cukup besar kepada hubungan etnik di Malaysia.  Ini disebabkan telah berlaku kerjasama dan toleransi yang cukup tinggi antara Melayu dan bukan Melayu khususnya yang melibatkan pembahagian kursi pilihanraya seperti dalam Jadual.  Pembahagian kerusi dan calon, UMNO telah membuat pengorbanan dan kompromi kerana meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu dan walaupun majoriti pengundi adalah Melayu (84.2%).  Tetapi demi perpaduan dan mengamalkan konsep perkongsian kuasa, UMNO diperuntukkan 35 kerusi sahaja, MCA 15 kerusi dan MCA sebanyak dua kerusi. 2/15/2024
  • 28. Parti Peruntukan Kerusi Peratusan Kerusi Peratusan Pengundi UMNO 35 69 84.2 (Melayu) MCA 15 28 11.2 (Cina) MIC 2 3 3.9 (India) 2/15/2024
  • 29.  Perkara ini mengetepikan pandangan sempit perkauman dan bekerja ke arah menuntut kemerdekaan daripada penjajah.  Tunku membentuk kabinet yang terdiri daripada komposisi berbilang kaum iaitu enam orang Melayu, tiga orang Cina, dan seorang India.  Pemilihan Kabinet ini menunjukkan satu kerjasama yang baik dengan perlantikan tiga orang Cina dan seorang India untuk memberikan keseimbangan etnik yang lebih diterima dalam Majlis Legislatif. 2/15/2024
  • 31. Perjanjian London Sebagai Langkah Ke arah Kemerdekaan  Ketetapan yang dipersetujui: ◦ Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat. ◦ Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-raja Melayu. ◦ Pengwujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang di Pertuan Agong. ◦ Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain. ◦ Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu. 2/15/2024
  • 32.  Suruhanjaya Reid ◦ Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada 1956. ◦ Keahlian: Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). ◦ Suruhanjaya menerima 131 memorandum bertulis dan telah bersidang banyak kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956. 2/15/2024
  • 34.  Suruhanjaya meminta cadangan dan pandangan daripada parti- parti politik, orang ramai, individu-individu dan Raja-raja Melayu.  Ini menjelaskan Perlembagaan merupakan kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.  Melalui permuafakatan sosial ini, orang bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli. Kedudukan orang Melayu dikekalkan dalam Perlembagaan dan begitu juga tentang kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu. 2/15/2024
  • 35.  Melalui kontrak sosial ini, orang bukan Melayu telah diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli.  Manakala orang Melayu diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu 2/15/2024
  • 36.  Jawatankuasa Kerja dan Perisytiharan Perlembagaan ◦ Mengumpulkan hasil semakan dan penelitian yang dibuat berkenaan dengan laporan yang disediakan oleh Suruhanjaya Reid yang diserahkan kepada Baginda Ratu dan Raja-raja Melayu. ◦ Jawatankuasa Kerja dipengerusikan oleh MacGillivar dan Tunku Abdul Rahman (UMNO), Datuk Abdul Razak (UMNO), Ong Yoke Lin (MCA) and V.T Sambathan (MIC), Mustapha Albakri (Penyimpan Mohor Besar Raja-raja), Shamsudin Nain, Tunku Ismail Tunku Yahya dan Neil Lawson. Ahli lain terdiri dari Ketua Setiausaha Kerajaan, Sir David Watherston, Peguam Negara, T.V.A Brodie dan E.O Laird bertindak sebagai Setiausaha. ◦ Perlembagaan Persekutuan telah diterima dan diisytiharkan sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 2/15/2024
  • 39.  Merujuk kepada sistem yang wujud sebelum kedatangan zaman moden iaitu sebuah sistem yang kesahannya bergantung kepada agama dan nilai-nilai asal lainnya  Kontrak sosial meliputi: ◦ bahasa, ◦ agama, ◦ kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (Sabah dan Sarawak) dan ◦ pemerintahan beraja 2/15/2024
  • 40.  Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana: ◦ Telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957. ◦ Berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor- faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957. ◦ Dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. 2/15/2024
  • 41. ◦ Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna:  Orang Melayu diberikan hak istimewa,  Islam menjadi agama persekutuan dan  Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu. ◦ Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu. 2/15/2024
  • 42.  Telah wujud dalam sistem sosial dan raja berkuasa mutlak.  Selepas merdeka, berkonsepkan Raja Berperlembagaan – bertindak atas nasihat Kabinet  Dilindungi di bawah Perkara 38(4)  Yang di Pertuan Agong berperanan seperti: ◦ Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan ◦ Mengampun dan menangguhkan sabitan kesalahan di mahkamah tentera ◦ Berkuasa membuat perlantikan menurut perlembagaan ◦ Lambang perpaduan ◦ Pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik ◦ Ketua agama bagi negeri tidak beraja ◦ Lambang keadilan ◦ Institusi perlembagaan bersifat Melayu dan Islam 2/15/2024
  • 43. ◦ Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai seorang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Dalam hal ini, Melayu dan Islam adalah unsur yang saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan Perlembagaan. ◦ Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja-raja di negeri- negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri mensyaratkan seorang raja mestilah berbangsa Melayu, beragama Islam dan keturunan diraja. ◦ Di dalam sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong, baginda mengangkat sumpah dengan didahului oleh lafaz Wallahi, Wabillahi, Watallahi yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalam agama Islam. Sumpah ini dikaitkan dengan janji baginda untuk memelihara tentang kesucian dan kemuliaan agama Islam 2/15/2024
  • 44.  Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 3 (3) adalah ketua agama Islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai raja.  Raja dan Sultan di negeri-negeri yang beraja ialah ketua agama Islam bagi negeri masing-masing. Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama Islam mereka mempunyai budi bicara dan tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO).  Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak istimewa orang-orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Melayu dan Islam ialah dua entiti yang tidak boleh dipisahkan maka tugas menjaga hak-hak istimewa orang-orang Melayu juga termasuk menjaga dan melindungi agama Is1am. 2/15/2024
  • 45.  Walaupun dalam keadaan darurat, kedudukan agama Islam tidak boleh dipinda dan ini kekal terjamin [Perkara 150 (6a)].  Adalah sah bagi kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau negeri memperuntukkan sejumlah wang bagi pembangunan Islam di Malaysia [Perkara 2 (2)].  Peruntukan Islam ini terjamin dalam keadaan mana sekalipun kerana untuk memindanya, ia perlu kepada sokongan majoriti lebih dua pertiga parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong [Perkara 159 (5)]. 2/15/2024
  • 46.  Walaupun tidak dibenarkan perbezaan dalam apa juga keadaan dalam mana-mana undang-undang dan perlantikan pihak berkuasa awam, namun terdapat pengecualian terhadap perlantikan bagi sesuatu institusi agama Islam (Perkara 8).  Undang-undang negeri boleh menyekat apa-apa penyebaran dalam kalangan orang Islam mengenai agama selain dari Islam [Perkara 11 (4)].  Bidang kuasa Mahkamah Syariah terpisah dari Mahkamah Sivil yang menunjukkan pengiktirafan kepada Mahkamah Syariah [Perkara 121 (1A)]. 2/15/2024
  • 47. ◦ Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. ◦ Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. ◦ Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan. ◦ Dilindungi di bawah Perkara 150 (6A) dalam keadaan darurat. ◦ Perkara 10(4) perkara sensitif ◦ Perkara 160B, teks dalam bahasa kebangsaan mengatasi teks dalam bahasa Inggeris 2/15/2024
  • 48.  Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa menggugat bahasa ibunda lain.  Menjadi bahasa lingua franca.  Zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi.  Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa Melayu. 2/15/2024
  • 49.  Peruntukan istimewa orang Melayu disentuh dalam Perkara 153, Perkara 89 dan 90, Perkara 8(5)(f) dan Jadual Ketigabelas - persempadanan kawasan pilihanraya.  orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap dalam Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan.  Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari Merdeka itu ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura atau  Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut. 2/15/2024
  • 50. Takrifan Bumiputera  Sarawak  terdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran dari kaum tersebut.  Sabah  anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah. 2/15/2024
  • 51. i. Kebebasan Beragama  Merujuk kepada Perkara 11, Perkara 3, Perkara 10, Perkara 8 dan Perkara 12.  Kebebasan beragama diberikan kepada penganut agama Islam dan bukan Islam. Bagaimanapun, kebebasan dalam penyebaran bergama adalah tidak mutlak.  Cth: Perkara 11(4) memberi kuasa kepada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri meluluskan undang-undang pengawalan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam. 2/15/2024
  • 52.  Dengan kata lain, sebarang agama boleh diamalkan tetapi tidak menggangu ketenteraman awam dan tidak menyakitkan hati penganut agama lain.  Kebebasan beragama tertakluk kepada undang-undang awam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Pertubuhan 1966 dan Akta Polis 1967.  Kebebasan beragama juga bermakna seseorang itu tidak bebas mendirikan rumah ibadat di mana sahaja yang disukai. 2/15/2024
  • 53.  Semua orang adalah sama di sisi undang- undang.  Tidak dibenarkan sebarang bentuk diskriminasi menurut agama, ras dan lain-lain kecuali dibenarkan oleh perlembagaan.  Namun, perubahan politik dan ekonomi menyebabkan sesetengah etnik ketinggalan dan ini perlu dibantu. 2/15/2024
  • 54.  Melalui diskriminasi perlindungan ini, undang-undang memberi perlindungan dan hak yang istimewa kepada golongan atau etnik di dalam sesebuah negara dan dalam masa yang sama tidak menafikan peluang terhadap kumpulan atau etnik lain.  Etnik yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara dapat dibantu dan ditingkatkan taraf hidup mereka agar dapat menyaingi etnik lain yang lebih terkehadapan.  Perkara 46 Perlembagaan India menghendaki kerajaan memberikan perlindungan yang istimewa untuk kepentingan pelajaran dan ekonomi sesuatu kumpulan yang mundur Contohnya, keutamaan dalam lantikan dalam perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti keretapi, pos, kastam dan perkhidmatan telegraf. 2/15/2024
  • 55.  Diskriminasi perlindungan itu dibuat dengan tujuan: ◦ Ia dibuat bagi membetulkan semula ketidakseimbangan politik di sesebuah negara yang rakyatnya bersifat majmuk dan baru merdeka. ◦ Diskriminasi perlindungan diberi kepada golongan minoriti supaya kepentingan mereka dapat dipertahankan daripada ditenggelami majoriti. ◦ Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan yang telah merasai dan mengecapi keistimewaan itu sebelumnya. ◦ disebabkan oleh kompromi di antara kaum atau kumpulan tertentu semasa perlembagaan digubal. 2/15/2024
  • 56. ◦ Mengeluarkan orang Melayu dari arus kemiskinan (Ekonomi)  Kemiskinan orang Melayu 64.8% (1970)  Jurang Pendapatan melebar antara etnik  Negeri majoriti Melayu miskin khususnya di pantai timur  Pemilikan kekayaan negara bagi Melayu hanya 2.4% tahun 1970  Pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan merupakan faktor terkuat mempengaruhi hubungan etnik (13 Mei) 2/15/2024
  • 57. Peratusan Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai Tara) Syarikat Berhad, 1995 dan 1999 Kumpulan Hak Milik 1995 1999 Bumiputera (Individu, Institusi dan Agengsi Amanah) 20.6 19.1 Cina 40.9 37.9 India 1.5 1.5 Rakyat Asing 27.7 32.7 Syarikat Nomini 8.3 7.9 Jumlah 100 100 Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan 2/15/2024
  • 58. 2/15/2024 • Bumiputera • Bukan Bumi. – Cina – India – Lain-lain • Asing • Nomine JUMLAH 1970 1990 1990 Matlamat Pencapaian 2.4 32.3 63.3 2.0 100.0 30.0 40.0 30.0 100.0 19.3 46.8 45.5 1.0 0.3 25.4 8.5 100.0 2002 18.7 43.2 40.9 1.5 0.8 28.9 9.2 100.0
  • 59. 0 10 20 30 40 50 60 Jumlah 49.3 16.5 5.1 Luar Bandar 58.6 21.1 11.4 Bandar 24.6 7.1 2.0 Ketermiskinan 3.9 1.0 1970 1990 2002 2/15/2024 % Isi rumah Malaysia Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) untuk 2002 adalah RM529 sebulan di Semenanjung Malaysia (saiz isi rumah 4.6) ; RM690 di Sabah (saiz isi rumah 4.9) ; dan RM600 di Sarawak (saiz isi rumah 4.8). Ketermiskinan dianggarkan mengguna separuh dari PLI.
  • 60. Jurang pendapatan antara kaum Luar Bandar : Bandar Bumiputera : Cina Bumiputera : India 1: 2.1 1: 2.3 1: 1.8 1970 1980 1990 2002 Nisbah ketaksamaan pendapatan isirumah 1999 1: 1.8 1: 1.9 1: 13 1: 1.7 1: 1.7 1: 13 1: 1.8 1: 1.7 1: 1.4 1: 2.1 1: 1.8 1: 1.3 2/15/2024
  • 61.  Pendidikan ◦ Kewujudan MRSM, Sekolah berasrama penuh dan matrikulasi yang khusus orang Melayu turut dibuka kepada bukan Melayu ◦ Kuota IPTA juga telah ditukar kepada meritokrasi 2/15/2024
  • 62.  Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963, merupakan satu persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Perkara 20 bagi Sabah dan Perkara 18 bagi Sarawak.  Antara tuntutan adalah tentang imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Senarai II dan Senarai III.  Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan dilindungi oleh kuasa Yang di-Pertua Negeri berkenaan dan pindaan hanya boleh dibuat sekiranya kedua-duanya memberikan persetujuan.  Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak iaitu menyamai peranan dan kuasa Majlis Raja-Raja berhubung dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjung. 2/15/2024
  • 63.  Antara perkara tersebut adalah:  Agama - Sabah menuntut supaya negeri itu tidak memperakukan suatu agama sebagai agama rasmi negeri.  Bahasa - Sabah bersetuju bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi/kebangsaan tetapi memohon supaya bahasa Inggeris boleh terus digunakan tanpa had masa.  Perlembagaan - Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas Perlembagaan Malaysia, tetapi penggubalannya patut melibatkan semua negeri.  Imigresen - Bersetuju bahawa kuasa imigresen ialah kuasa pusat, tetapi soalan tentang keluar atau masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah sendiri.  Kewangan - Sabah wajar mengawal kewangannya sendiri.  Bumiputera Sabah - Mendapat hak istimewa seperti orang Melayu (Persekutuan Tanah Melayu) tetapi formula berkenaan harus disesuaikan dengan keadaan (sifat demografi) Sabah. 2/15/2024
  • 64.  Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi kuasa.  Permuafakatan sosial atau social contract ini perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu mempersoalkannya lagi.  Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia dapat menghindarkan negara Malaysia daripada berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin 2/15/2024