Model Honey-Mumford mengkategorikan gaya pembelajaran individu ke dalam empat kategori: aktivis, reflektif, teoretis dan pragmatis. Individu yang aktif menyukai pengalaman baru, mereka yang reflektif menyukai pemikiran kritis, mereka yang teoretis tertarik dengan teori dan konsep, sementara mereka yang pragmatis menekankan penggunaan praktikal. Model ini menggunakan sikap dan tingkah laku untuk memahami gaya pembelaj
3. Menurut Honey dan Mumford (1992), pembelajaran
telah berlaku apabila manusia boleh mempamerkan
sesuatu yang baru, sama ada dalam bentuk
pemahaman, kesedaran, kemahiran. Kecenderungan
ini termasuklah kecenderungan untuk memiliki
pengalaman semasa mempelajari sesuatu,
kecenderungan untuk mengimbas kembali,
kecenderungan untuk membuat kesimpulan dan
kecenderungan memastikan implementasi.
4. Honey & Mumford menekankan gaya pembelajaran didefinisikan sebagai
penerangan ke atas sikap dan individu yang mengamalkannya. Oleh itu,
sikap dan tingkah laku akan menentukan jenis gaya pembelajaran seseorang
murid.
Honey dan Mumford (1983) membahagikan sikap dan tingkah laku kepada 4
kumpulan iaitu:
1. Aktivis
2. Reflektif
3. Teoris
4. Pragmatis
5. Murid yang mempunyai sikap ingin mencuba sesuatu yang baru dan
kehidupan mereka adalah penuh dengan aktiviti yang mencabar supaya
dapat memberi pengalaman yang baru kepada mereka.
Murid jenis ini mudah membuat sesuatu tanpa memikir panjang kerana
mereka tidak akan mengambil kira kesan pada sesuatu perkara.
Murid jenis ini dapat bekerja dengan berdikari kerana mereka tidak perlu
dorongan daripada orang lain.
Pada keseluruhannya, murid jenis ini merupakan seorang yang peramah dan
suka bersosial tetapi aktiviti yang dilakukan sering tertumpu pada
persekitaran diri sendiri.
6. Murid jenis ini berminat dalam mengulas pengalaman dan suka membuat
pemerhatian, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang ada
di persekitaran.
Mereka akan sentiasa mengimbas kembali terhadap keputusan yang belum
diambil ataupun telah diambil.
Sikap mereka tidak terburu-buru untuk membuat keputusan dan mereka
suka mencari hakikat yang sebenar.
Mereka akan mengumpulkan maklumat yang banyak berkaitan dengan
pembelajaran dan membuat analisis pengalaman tersebut.
Biasanya, mereka akan kerja dengan sistematik iaitu langkah demi langkah
supaya mengelakkan membuat kesilapan.
Persepsi dan pengamatan mereka agak tajam dan sensitif.
Mereka sering melibatkan diri dalam mata pelajaran Sains yang membuat
kesimpulan berdasarkan pemerhatian sendiri dan pemerhatian orang lain.
7. Murid jenis teoris sentiasa memiliki fikiran yang rasional dan logikal.
Mereka mudah terangsang dengan teori dan model dan sistem pemikiran
yang praktikal atau menerima unsur logik.
Selain itu, mereka merupakan golongan yang kurang kreatif dan suka
membentuk hipotesis daan mengkaji fenomena yang berlaku di persekitaran
mereka.
Pada keseluruhannya, mereka akan sentiasa menggunakan teori untuk
membuat kesimpulan serta lebih mementingkan rumusan yang berdasarkan
bukti, analisis , kenyataan atau idea yang wujud.
8. Individu pragmatis memiliki fikiran yang rasional dan logikal terhadap
pembelajaran mereka.
Mereka hanya pentingkan bukti dan hakikat yang dapat dilihat oleh mereka
sendiri.
Perbandingan dengan perkara lain juga sering dibuat supaya mereka dapat
mencari jawapan yang paling tepat.
Selain itu, mereka gemar mencuba idea , teori dan teknik untuk menguji
sama ada ia berguna atau tidak dalam situasi yang sebenar.
Kebanyakan golongan ini terdiri daripada lelaki yang banyak menggunakan
otak kanak yang mementingkan logikal.