FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)murni mohamat
Bunyi-Bunyi ujuran boleh dibahagikan kepada konsonan dan vokal. Munurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), faktor utama dalam klasifikasi bunyi-bunyi konsonan ialah titik artikulsi dan cara artikulasi. Di samping itu faktor bersuara dan tak bersuara serta juga kedudukan velum (bagi menentukan bunyi oral atau sengau) memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan bunyi-bunyi konsonan. Manakala faktor utama dalam klasifikasi bunyi vokal pula ialah kedudukan bibir dan darjah turun naik lidah dalam rongga mulut.
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa MelayuIPG Kampus Kota Bharu
Ringkasan mengenai konsep fonetik dan fonologi serta fonem dalam bahasa Melayu. Merupakan salah satu daripada topik yang diajar dalam Pengantar Bahasa Melayu bagi PPISMP Sem I untuk guru pelatih program Pend. Pemulihan dan Pend. Khas.
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)murni mohamat
Bunyi-Bunyi ujuran boleh dibahagikan kepada konsonan dan vokal. Munurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), faktor utama dalam klasifikasi bunyi-bunyi konsonan ialah titik artikulsi dan cara artikulasi. Di samping itu faktor bersuara dan tak bersuara serta juga kedudukan velum (bagi menentukan bunyi oral atau sengau) memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan bunyi-bunyi konsonan. Manakala faktor utama dalam klasifikasi bunyi vokal pula ialah kedudukan bibir dan darjah turun naik lidah dalam rongga mulut.
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa MelayuIPG Kampus Kota Bharu
Ringkasan mengenai konsep fonetik dan fonologi serta fonem dalam bahasa Melayu. Merupakan salah satu daripada topik yang diajar dalam Pengantar Bahasa Melayu bagi PPISMP Sem I untuk guru pelatih program Pend. Pemulihan dan Pend. Khas.
- istilah semantik
- semantik dan makna
- semantik dan linguistik
Semantik (Fitur Makna dalam Bahasa Melayu)
- Sifat makna
- kelas makna
Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu
- Sinonim
- Antonim
- Hiponim
- homonim
- Polisem
- Ameliorasi
- Pejorasi
Perubahan Makna Lesikal dalam Semantik
- Peluasan makna
- Faktor perubahan makna
Perubahan makna leksikal dalam semantik
- Peluasan makna
- Penyempitan makna
- Anjakan makna/ Perubahan makna
- penyempitan makna
Perubahan Makna Leksikal dalam Semantik
- Peluasan Makna
Ketaksaan Makna Leksikal dalam Tatabahasa
-Permasalahan dalam pengajaran makna
- Kepersisan makna
- ketaksaan leksikal
- ketaksaan struktur
- kekaburan makna
Maaf jika ada kesalahan ejaan dan kekurangan isi serta huraian.
Nota tersebut merupakan hasil daripada buku / nota ringkas / bahan internet.
- istilah semantik
- semantik dan makna
- semantik dan linguistik
Semantik (Fitur Makna dalam Bahasa Melayu)
- Sifat makna
- kelas makna
Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu
- Sinonim
- Antonim
- Hiponim
- homonim
- Polisem
- Ameliorasi
- Pejorasi
Perubahan Makna Lesikal dalam Semantik
- Peluasan makna
- Faktor perubahan makna
Perubahan makna leksikal dalam semantik
- Peluasan makna
- Penyempitan makna
- Anjakan makna/ Perubahan makna
- penyempitan makna
Perubahan Makna Leksikal dalam Semantik
- Peluasan Makna
Ketaksaan Makna Leksikal dalam Tatabahasa
-Permasalahan dalam pengajaran makna
- Kepersisan makna
- ketaksaan leksikal
- ketaksaan struktur
- kekaburan makna
Maaf jika ada kesalahan ejaan dan kekurangan isi serta huraian.
Nota tersebut merupakan hasil daripada buku / nota ringkas / bahan internet.
1. NOTA TAMBAHAN
SUKU KATA
DEFINISI
Suku kata ialah bunyi atau urutan bunyi yang mempunyai
satu puncak kelantangan. Puncak kelantangan ialah nilai
kelantangan bunyi yang paling kuat, biasanya diwakili oleh bunyi
vokal dalam suku kata Melayu. Oleh sebab itu, bunyi vokal wajib
ada dalam suatu suku kata, sama ada secara bersendiri, misalnya
[a] dalam kata [a + ku ] ‘aku’, atau bersama bunyi konsonan
sebelumnya, misalnya, bunyi [a] dalam kata [ah +li] ‘ahli’, atau
selepasnya, mislanya bunyi [a] dalam kata [ki + ta] ‘kita’, atau
didahului dan diikuti oleh bunyi konsonan, misalnya, [a] dalam kata
[taŋ + ga] ‘tangga.’
STRUKTUR
Berdasarkan contoh-contoh di atas, struktur suku kata bahasa
Melayu ialah (K)V(K). Oleh sebab V (Vokal) merupakan unsur
wajib dalam suku kata, dan paling lantang, unsur V ini dinamakan
NUKLUS dan dalam penulisan struktur, unsur V tidak dikurung.
Konsonan pula boleh hadir sebelum atau selepas vokal atau
nuklus. Supaya penulisan bunyi konsonan tidak berulang, maka
bunyi konsonan sebelum vokal membuka suku kata. Konsonan
yang membuka suku kata ini dipanggil ONSET seperti bunyi [k]
dalam kata [ka+ki]. Konsonan yang hadir selepas vokal pula
menutup suku kata. Konsonan yang menutup suku kata ini
dipanggil KODA seperti bunyi [s] dalam kata [as+li]. Oleh sebab
itu struktur suku kata, tanpa menyebut istilah vokal dan konsonan,
adalah seperti berikut:
2. SUKU KATA
ONSET NUKLUS KODA
Oleh sebab binaan struktur itu berdasarkan pembahagian binari
(pembahagian kepada ‘dua’), maka struktur suku kata dapat
dilahirkan sebagai berikut:
SUKU KATA
ONSET RIMA
NUKLUS KODA
Oleh sebab nuklus sahaja merupakan unsur wajib dalam suku
kata, dengan onset dan koda tidak wajib, maka struktur suku kata
dapat dinyatakan dengan kependekan O (dikurung) sebagai onset,
N sebagai nuklus (tidak dikurung) dan K sebagai koda (dikurung),
supaya struktur suku kata dapat dinyatakan sebagai berikut:
(O)N(K)
Berdasarkan rajah di atas, menurut pembahagian binari, maka
struktur suku kata dapat digambarkan sebagai berikut:
2
3. SK
O R
N K
Untuk tujuan peperiksaan, keempat-empat istilah ini akan
digunakan jika soalan tentang suku kata keluar. Malahan, dalam
penentuan fonem dan alofon, tiga istilah (Onset, Nuklus dan Koda)
akan digunakan. Dengan kata lain, istilah konsonan dan vokal
tidak digunakan dalam analisis fonemik.
VOKAL SEKUNDER
(Secondary Vowel)
Konsep Vokal Sekunder berlawanan dengan Vokal Primer, seperti
lapan vokal bahasa Melayu, iaitu [i], [e], [ε], [a], [u], [o], [⊃] dan [ə].
Pengeluaran bunyi vokal sekunder berbeza daripada bunyi vokal
primer dari segi bentuk bibir yang terlibat.
(1) Bila bentuk bibir tak bundar untuk mengeluarkan bunyi [i]
dijadikan bundar, maka terjadilah bunyi [ü], lalu namanya
ialah “vokal depan sempit bundar”.
(2) Jika bentuk bibir untuk vokal separuh luas tak bundar [e]
dijadikan bundar, maka bunyi vokal sekunder yang
terhasil ialah [ö], lalu namanya ialah “vokal depan
separuh sempit bundar.”
(3) Jika bentuk bibir untuk vokal luas tak bundar [a] dijadikan
bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah
[œ] dengan nama “vokal depan luas bundar.”
3
4. (4) Jika bentuk bibir untuk vokal belakang sempit bundar [u]
dijadikan tak bundar, maka bunyi vokal sekunder yang
terhasil ialah [ï] dengan nama “vokal belakang sempit tak
bundar.”
(5) Jika bentuk bibir untuk vokal belakang separuh sempit
bundar [o] dijadikan tak bundar, maka bunyi vokal
sekunder yang terhasil ialah [ë] dengan nama “vokal
belakang separuh sempit tak bundar.”
(6) Jika bentuk bibir untuk vokal belakang luas [ä] dijadikan
tak bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil
ialah [α] dengan nama “vokal belakang luas tak bundar.”
Depan Bundar Belakang Tak Bundar
___________ _____________
ü y ï
___________ _____________
ö ë
___________ _____________
œ ^
___________ _____________
œ α
___________ _____________
4
5. KONSEP PENGELUARAN BUNYI
Untuk VOKAL: Perhatikan kriteria:
(1) Bahagian lidah: depan; tengah; belakang.
(2) Tinggi-rendah lidah: sempit; separuh sempit; separuh
luas; luas.
(3) Keadaan lelangit lembut:
(a) Diangkat untuk semua vokal oral;
(b) Diturunkan untuk semua yang disengaukan.
(4) (1) Keadaan bibir untuk Vokal Primer:
(a) bundar untuk vokal belakang
(b) tak bunda untuk vokal depan
(2) Keadaan bibir untuk Vokal Sekunder:
(a) bundar untuk vokal depan
(b) tak bundar untuk vokal belakang
(5) Pita suara: Bergetar kerana semua vokal adalah
bersuara
Untuk pengeluaran bunyi KONSONAN, perhatikan kriteria berikut:
(1) Daerah artikulasi: dari bibir ke, gigi, ke gusi, ke lelangit
keras, ke lelangit lembut dan glotis (lubang dalam pita
suara). Misalnya: [p], [b] = bunyi bibir; [t],[d] = bunyi gusi;
[h] bunyi glotis; [k], [g],[ŋ] = bunyi lelangit lembut dsb.
(2) Cara pengeluaran = bentuk arus udara, Misalnya,
tersekat → sekatan. Misalnya: semua bunyi letupan:
[p,b,t,d,k,g], atau hentian: [?]
5
6. tersempit → sempitan. Misalnya: semua bunyi
geseran: [f,v,s,z,x, h] dsb.
(3) Penyuaraan: dilaksanakan oleh peranan pita suara; kalau
bergetar → bersuara; Misalnya:[b,d,g,n,z,l,r,m] dll.; kalau
tak bergetar → tak bersuara [p,t,k,θ,f,s,x].
FITUR DISTINGTIF
DEFINISI
Sifat-sifat yang dimiliki oleh bunyi sama ada dari segi nilai
artikulasi (pengeluaran) atau nilai akustik (gelombang), bahawa
sebarang perbezaan bunyi dari segi mana-mana satu atau lebih
sifat atau fitur dapat membezakan fonem. Itu sebabnya istilah
distingtif digunakan, kerana distingtif bermaksud membezakan
makna kata. Sebagai contoh, [p] dan [b] dapat berbeza dari segi
fitur [+ bersuara], kerana [b] bunyi bersuara, manakala [p] bunyi
tak bersuara. Perbezaan dari segi bersuara dan tak bersuara ini
membezakan fonem /b/ daripada fonem /p/. Oleh sebab itu, dari
segi pengeluaran, atau artikulasi, fitur [+ bersuara]
menyebabkan /b/ tergolong kepada fonem yang berbeza
daripada /p/ yang memiliki fitur [- bersuara]. Oleh sebab itu [+
bersuara] adalah fitur distingtif yang membezakan fonem /b/ [+
bersuara] daripada /p/ [- bersuara].
Fitur juga dapat diukur mengikut daerah artikulasi yang terlibat.
Bunyi [p] dan [b] dikatakan bunyi dua bibir, maka penglibatan dua-
bibir ditandai dengan fitur [+bilabial]. Bunyi [t,d] dihasilkan di
daerah gusi (alveolum), maka kedua-dua bunyi itu ditandai dengan
fitur [+alveolar], iaitu pernyataan sifat [+gusi]. Bunyi [k,g] terhasil di
daerah lelangit lembut, maka fitur ‘lelangit lembut’ itu diberikan
nama fiturnya [+velar] dalam fonologi, supaya fonem /k,g/ memiliki
fitur [+velar]. Bunyi [j] yang dihasilkan di daerah lelangit keras, ia
ditandai dengan fitur [+palatal], iaitu istilah fonologi bagi maksud
lelangit keras. Yang berikut ini ialah keselarasan istilah Melayu
dengan nama fiturnya dalam fonologi:
Nama daerah artkulasi Nama fitur
dua-bibir [+bilabial]
bibir-gigi [+labio-dental]
6
7. gigi [+ dental]
gusi [+alveolar]
lelangit keras [+palatal]
lelangit lembut [+velar]
glotis [+glotal]
Dari segi cara pengeluaran, pembahagian fitur dibuat mengikut
pembahagian bunyi konsonan: Jika bunyi itu bunyi letupan, fitur
untuk ini ialah [+plosif]; jika letusan, fiturnya dinamakan [+afrikat];
jika geseran, nama fiturnya ialah [+frikatif]; jika sengau, nama
fiturnya ialah [+nasal]. Bunyi konsonan bukan-sengau ditandai
oleh fitur [-nasal]. Oleh sebab itu, konsonan /p/ ditandai dengan
fitur [+plosif, +bilabial, -bersuara]; konsonan /g/ memiliki fitur
[+plosif,+velar,+bersuara]; konsonan [f] memiliki fitur [+labio-
dental, +frikatif, +tak bersuara]. Konsonan /n/ memiliki fitur [+nasal,
+ alveolar, + bersuara].
Oleh sebab semua bunyi vokal berlawanan dengan bunyi
konsonan, maka fitur [+vokalik] hanya dimiliki oleh vokal,
manakala konsonan /p/ memiliki fitur [-vokalik]. Ini kerana fitur
[+vokalik] dapat menandai vokal yang memiliki fitur [+vokalik], atau
konsonan [-vokalik]. Oleh sebab itu, konsonan /p/ mempunyai fitur
[-vokalik, +plosif, +bilabial, +tak bersuara].
Antara bunyi konsonan itu ada yang tulen dan ada yang tidak
tulen. Konsonan tulen terdiri daripada konsonan letupan [+plosif],
letusan [+afrikat] dan geseran [+frikatif]. Konsonan tulen memiliki
fitur [-vokalik]. Oleh sebab itu, konsonan /g/ memiliki fitur [-vokalik,
+plosif, +velar, + bersuara], manakala konsonan /t/ memiliki fitur [-
vokalik, +plosif, +alveolar, - +bersuara]. Konsonan liquida yang
terdiri daripada bunyi /r, l/ dikeluarkan dengan arus udara tidak
mengalami sekatan, atau sempitan, tetapi membenarkan udara
mengalir keluar, maka bunyi-bunyi liquida ini memiliki fitur
[+vokalik, +konsonanal], manakala geluncuran /w,j/ tidak tergolong
kepada mana-mana vokal mahupun konsonan, lalu memiliki fitur [-
vokalik, -konsonantal].
Semua vokal ditandai dengan fitur [-konsonantal, +vokalik]. Oleh
sebab itu, vokal sempit ditandai oleh fitur [-Rendah], kerana bila
udaranya sempit, lidah diangkat tinggi. Fitur tinggi ditandai dengan
fitur [-Rendah], kerana tinggi-rendah lidah ditandai dengan
[+Rendah].
7
8. TAJUK KERJA KURSUS
BBM 3202
(a) Pilih SATU daripada tajuk-tajuk yang
disenaraikan di bawah ini.
(b) Huraikan tajuk yang dipilih dengan menyatakan
perkara-perkara yang berikut di tempat yang
sesuai:
i. definisi
ii. sifat
iii. lambang fonetik/fonemik
iv. faktor/syarat/keadaan
v. penyebaran dalam kata
vi. contoh-contoh yang tepat
vii. gambarajah (di mana sesuai)
TAJUK KERJA KURSUS
1. “Bunyi-bunyi vokal” dalam dialek Kelantan,
dialek Pahang atau dialek Terengganu dari
segi cara pengeluaran, simbol dan
penyebarannya berbentuk transkripsi fonetik
dalam kata
2. “Cara-cara menghasilkan bunyi letupan dan
letusan (mesti ada rajah), perbezaan dan
persamaan antara kedua-dua jenis tersebut.
3. “Suku kata dalam kata-kata dialek anda di
semenanjung, atau mana-mana bahasa di
Sabah atau Sarawak.
4. Fonetik Akustik.
8
9. 5. Artiklasi tambahan dalam salah satu bahasa
atau dialek di Malaysia, atau salah satu
bahasa di Sabah atau Sarawak.
6. Ciri suprasegmental dalam salah satu dialek
atau salah satu bahasa di Sabah atau
Sarawak.
7. Peranan fonologi dalam sistem Ejaan Baru
Melayu.
PENILAIAN KERJA KURSUS
1. Markah maksimum untuk kerja kursus ialah 30
daripada 100 (30%).
2. Huraian mestilah asli, yakni berbentuk pengolahan
bahan atau sumber bacaan.
3. Sebarang tulisan yang bersifat menyalin akan diberikan
markah maksimumnya 20 sahaja, yakni bukan 30.
4. Bahan rujukan hendaklah sekurang-kurangnya tiga
sumber.
5. Semua kertas kerja hendaklah sampai ke Pusat Jarak
Jauh UPM selewat-lewatnya sehari/tarikh sebelum
tarikh Peperiksaan Pertengahan Tahun.
6. Kertas kerja yang diserahkan lewat daripada tarikh itu,
markah maksimum untuk penilaian ialah 15 (15%)
sahaja. Dan jika diserahkan sebelum tarikh
peperiksaan markah maksimum ialah 10 (10%) sahaja.
7. Sebarang kertas kerja yang dihantar selepas tarikh
peperiksaan tidak akan diterima lagi, kerana tindakan
menerimanya adalah salah dari segi peraturan
peperiksaan universiti.
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN
9
10. 1. Penilaian sebanyak 30%.
2. Berbentuk Ujian Objektif sebanyak 30 soalan.
3. Aspek yang disoal ialah segala-gala tentang bidang
fonetik.
PEPERIKSAAN AKHIR
1. Penilaian 40%.
2. Berbentuk Objektif (40 soalan).
3. Aspek yang disoal ialah bidang fonetik dan fonemik.
10