PRINSIP HIDUP :-
LAKUKAN APA YANG DISUKAI KERANA IA AKAN MENJADIKAN KITA LEBIH BERSEMANGAT UNTUK MENGHASILKAN YANG TERBAIK DAN TIDAK MELAKUKAN TUGAS DENGAN BIDANG YANG TIDAK MAHIR.
A lesson on another aspect of prefix/suffix for p5 in Malay language. Simple lesson with simple task. I realised that corpse bride is not a good and fun cartoon to use. It's dull. This lesson was carried out on 20 March 2006.
PRINSIP HIDUP :-
LAKUKAN APA YANG DISUKAI KERANA IA AKAN MENJADIKAN KITA LEBIH BERSEMANGAT UNTUK MENGHASILKAN YANG TERBAIK DAN TIDAK MELAKUKAN TUGAS DENGAN BIDANG YANG TIDAK MAHIR.
A lesson on another aspect of prefix/suffix for p5 in Malay language. Simple lesson with simple task. I realised that corpse bride is not a good and fun cartoon to use. It's dull. This lesson was carried out on 20 March 2006.
1. 1
PENGENALAN
Hierarki masyarakat ini mula wujud setelah masyarakat mula hidup
secara berkumpulan atau secara bermasyarakat dan mula dipraktikkan di
dalam kehidupan bermasyarakat sejak abad ke-15 dan ke-16. Hierarki
masyarakat ini telah menyumbang kepada tercipatnya suatu bentuk organisasi
yang cekap dalam ketamadunan Melayu itu sendiri.1 Secara umunya,
masyarakat tradisional ini dapat diklasifikasikan sebagai satu gambaran orang
Melayu yang mengamalkan sesuatu adat istiadat (kebiasaan) yang telah sebati
dan kekal secara perubahan dan keadaan sekeliling. Namun apabila terdapat
perubahan yang berlaku, perubahan itu akan diterima dengan penyesuaian
keadaan setempat.2 Dan antara perubahan yang berlaku ialah terjadinya
perjanjian antara Demang Lebar Daun dan juga Sang Sapurba, di mana Sang
Sapurba mewakili golongan pemerintah dan Demang Lebar Daun pula
mewakili golongan rakyat.3 Setelah perjanjian itu termeterai maka wujudlah
penggunaan istilah seperti ‘patik’ untuk rakyat manakala ‘beta’ pula untuk
raja. Pengekelasan yang digunapakai dapat menyaksikan bahawa raja akan
menduduki tangga teratas diikuti dengan golongan kerabat diraja, pembesar,
ulama, rakyat dan akhir sekali ialah golongan hamba. Sistem ini telah
membentuk dua golongan yang besar iaitu golongan pemerintah dan golongan
diperintah. Golongan pemerintah ini terdiri daripada raja, kerabat diraja,
pembesar dan juga ulama, manakala golongan diperintah terdiri daripada
1 Mohd. Koharuddin Mohd.Balwi, Peradaban Melayu,Skudai: Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia, 2005. Hlm. 78.
2 Seri Lanang Jaya Haji Rohani, Abd Rahman Napiah & Mohd Rashid Md. Idris & Naffi Mat
Pengahayatan Karya Agung, Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2013. Hlm
133
3A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010. Hlm.
25.
2. 2
rakyat dan juga golongan hamba. Masyarakat pada ketika digambarkan telah
membentuk penempatan masing-masing. Dimana pada ketika itu, raja dan
kaum kerabatnya akan menduduki dan tinggal di kawasan yang tinggi atau
boleh dikatakan juga tinggal di atas bukit. Tujuannya adalah untuk
membuktikan bahawa mereka mempunyai kedaulatan yang tinggi dan
disebabkan oleh itu, penempatan mereka juga berada di tempat yang tinggi.
Kemudian, para pembesar juga akan mendiami kawasan-kawasan di lereng-
lereng bukit yang berdekatan dengan istana. Dan jika para pemerintah
mempunyai sebarang masalah maka dapatlah dirujuk dengan cepat dan
mudah. Sementara itu, rakyat jelata pula akan tinggal di kawasan kaki bukit
iaitu di kawasan kampung-kampung kecil yang bertaburan di kawasan tersebut
atau pun mereka akan tinggal di kawasan pesisiran pantai yang bersesuain
dengan kegiatan ekonomi yang mereka jalankan.4 Golongan yang diperintah
ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu golongan rakyat dan juga golongan
hamba. Kedua-dua golongan ini merupakan mereka yang memberikan taat
setia kepada pemerintah dan menyokong pemerintah mereka walau di mana
jua. Golongan rakyat ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu rakyat
biasa/merdeka dan juga rakyat asing yang datang ke kepulauan Melayu pada
ketika itu. Manakala golongan hamba pula dapat dibahagikan kepada beberapa
bahagian iaitu hamba lelaki dan hamba perempuan dan golongan hamba ini
dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu hamba abdi, hamba berhutang
dan juga hamba raja.
4 Mohd Khairuddin Mohd Balwi, Peradaban Melayu, Skudai : Penerbit University Teknologi
Malaysia, 2005. Hlm. 79.
3. 3
RAKYAT BIASA / MERDEKA
Rakyat ini merupakan lapisan pertama bagi golongan yang diperintah
dalam sistem sosial masyarakat Melayu tradisional. Mereka ini merupakan
golongan yang mempunyai jumlah terbesar dalam kalangan penduduk.
Sebahagian besar daripada golongan rakyat ini terdiri daripada orang Melayu,
dan selebihnya adalah orang laut dan juga orang asing yang terlibat dalam
aktiviti ekonomi seperti pedagang, peniaga, mubaligh dan senteri yang
menyebarkan agama Islam. Rakyat biasa ini merujuk kepada orang yang
bermastautin tetap di dalam sesebuah kerajaan atau negeri. Dan fungsi utama
mereka ialah menyokong dan patuh kepada institusi raja dan pembesar. Dan
dikatakan bahawa kerajaan yang dianggap kuat dan berkuasa ialah sekiranya
jumlah rakyat negeri tersebut lebih ramai berbanding dengan negeri-negeri
lain. Contohnya di dalam Sejarah Melayu ada mencatatkan bahawa jumlah
rakyat Melaka pada awal kurun ke 16 adalah seramai sembilan belas laksa
ataupun 190,000 orang. Jumlah ini adalah bagi bandar Melaka sahaja dan
tidak termasuk jumlah kesemua rakyat jelata di seluruh jajahan takluk Melaka
pada ketika itu. Rakyat peribumi pada ketika itu terdiri daripada keturunan
Bangsa Melayu di Kepulauan Melayu antaranya ialah orang Melayu Jati,
Minangkabau, Jawa, Mendahiling, Orang Laut dan Orang Asli.
Rakyat biasa ini dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan
mengikut tugas dan peranan mereka pada ketika itu. Peranan mereka pula
bergantung kepada perkara-perkara yang mereka terlibat atau sektor pekerjaan
yang boleh dikategorikan sebagai pekerjaan yang mereka biasa lakukan.
4. 4
Kumpulan yang pertama ialah mereka yang berkhidmat kepada raja
seperti menjadi pengikut atau pengiring kepada raja dan juga pembesar. Orang
laut boleh dikategorikan di dalam kumpulan yang pertama ini. Disebabkan
kesetiaan mereka terhadap Kesultanan Melayu Melaka tidak dapat dinafikan
lagi sejak zaman Srivijaya sehinggalah ke Zaman Melaka dan juga Johor. Hal
ini dapat dibuktikan melalui kejayaan Raja Kechil yang merampas kembali
takhta daripada keluarga Bendahara di Johor melalui bantuan Orang Laut.5
Mereka ini akan dikenali sebagai hulubalang, askar-askar, juak-juak, pengiring
raja, pembawa utusan dan juga pendayung. Tugas mereka ini mengikut
spesifikasi ialah mereka perlu memberikan perkhidmatan kepada pemerintah.
Dan kewujudan mereka ini amatlah penting kerana mereka merupakan tulang
belakang kepada kerajaan Melayu.
Kumpulan yang kedua ialah kumpulan awam biasa yang terdiri
daripada peniaga dan juga saudagar temnpatan. Peniaga sangat memerlukan
modal yang besar untuk membuka sesuatu perniagaan, oleh itu, mereka
memerlukan pemodal bagi memastikan modal yang akan digunakan
mencukupi dan perniagaan mereka dapat dijalankan dengan lancar. Lazimnya,
pemodal ini terdiri daripada golongan pembesar dan mereka ini merupakan
orang yang bertanggungjawab menjadi pemodal atau menjadi pemilik kepada
sesuatu perniagaan. Perkara seperti jelas menunjukkan bahawa pembesar ini
memiliki banyak wang yang mencukupi untuk membuka sesuatu perniagaan.
Kumpulan ketiga ialah kumpulan atau rakyat yang bergiat aktif dalam
aktiviti ekonomi sara diri. Masyarakat Melayu dalam tempoh tersebut telah
5 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur : Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd. 2008, hlm 337
5. 5
menjalankan kegiatan penanaman, penternakan dan juga memungut hasil
hutan. Kegiatan-kegiatan ini telah menjadi sumber kepada kehidupan rakyat
yang menduduki kumpulan ini. Tujuan mereka menjalankan aktiviti ekonomi
sara diri ini adalah untuk memenuhi keperluan asas mereka seperti makanan,
pakaian dan juga tempat tinggal mereka.6 Selain itu, hasil yang mereka
perolehi juga digunakan untuk membayar cukai kepada kerajaan. Manakala
lebihan hasil yang ada pula akan digunakan untuk memenuhin keperluan
hidup mereka dan jika ada lebihan lagi maka akan ditukarkan atau
didagangkan untuk mendapatkan barang-barang lain yang mereka perlukan.
Sebagai contoh rakyat Acheh telah wujud golongan nelayan yang merupakan
orang penting dalam kehidupan orang di Acheh.7 Mereka akan memperolehi
keuntungan hasil dari penangkapan ikan dan lebihan yang ada digunakan
untuk memenuhi keperluan mereka. Mereka akan menaiki perahu kecil dan
setiap perahu akan digunakan untuk mengail ikan.
Kumpulan keempat ialah mereka yang terdiri daripada rakyat yang
menjadi artisan ataupun tukang mahir. Mereka ini mempunyai nilai estetika
tersendiri dalam penghasilan barang-barang yang memerlukan teknik ukiran
yang baik. Selain itu, mereka ini menjalankan kegiatan penghasilan ukiran
atau penghasilan barang-barang keperluan harian seperti keris, lembing,
pedang, perhiasan di istana dan lain-lain.
Dalam masyarakat Melayu Tradisi di Melaka, terdapat sekumpulan
rakyat yang bergiat aktif dan mahir dalam menjalankan urusan jual beli dan
6Mohd Khairuddin Mohd Balwi, Peradaban Melayu, Skudai : Penerbit University Teknologi
Malaysia, 2005. Hlm. 79.
7 Lombard D, Kerajaan Acheh : Jaman Sultan Iskandar Muda 1607-1636,Jakarta : Balai
Pustaka, 1986, Hlm 65.
6. 6
mereka ini dikenali sebagai kiwi. Mereka ini merupakan golongan
pertengahan dalam kumpulan yang diperintah. Mereka ini terdiri daripada
saudagar-saudagar tempatan, nakhoda, pegawai kerajaan, sida-sida, bentara,
ceteria, hulubalang, pemungut cukai dan anak-anak tuan serta saudagar asing.
ORANG ASING
Selain daripada empat golongan yang terdapat dalam hierarki
masyarakat Melayu, terdapat sebuah lagi golongan yang turut terlibat dalam
masyarakat sosial pada zaman tradisional Melayu iaitu ‘orang asing’. Di
dalam Sejarah Melayu ada menyebut bahawa orang asing ini terlibat juga
dengan hierarki masyarakat Melayu. Dan orang asing yang terlibat dalam
kumpulan ini adalah seperti Khwaja Baba, Nainaa Isahak dan juga Sayyid
Ahmad. Orang asing ini dikenali juga sebagai ‘orang dagang’ dan ‘orang
perantau’ yang terdiri daripada dua jenis utama. Pertama adalah golongan
yang terlibat dalam pelbagai jenis kegiatan sosial seperti tentera upahan dan
kebanyakan daripada mereka datang daripada Jawa dan Pasai. Selain itu,
mereka juga berperanan sebagai Mubaligh. Kedua adalah mereka yang terlibat
dalam aspek ekonomi seperti peniaga kecil-kecilan sehingga menjadi
pemborong dan peniaga besar. Mereka ini terlibat dengan kerja-kerja mahir
yang juga dipelopori oleh golongan asing seperti perlombongan bijih timah
yang kebiasaannya dipelopori oleh golongan Cina. Dan selain itu,
pembahagian terhadap orang asing ini juga dapat dibahagikan kepada dua iaitu
yang pertama adalah mereka yang menetap terus di Tanah Melayu dan
sebahagian daripada mereka ada yang berkahwin dengan penduduk tempatan
7. 7
serta menjalinkan hubungan dengan pembesar-pembesar. Sebagai contoh, dua
orang tokoh dari negeri Arab dan Farsi iaitu Sayyid Muhammad dan Khoja
Baba. Setelah mereka membantu Hang Nadim melarikan Tun Tijah dari
Pahang ia telah dianugerahi gelaran kebesaran Syah Andika Menteri oleh Raja
Melaka dan dimasukkan ke dalam golongan pembesar dengan tugas yang
istimewa di istana.8 Dan yang kedua ialah mereka yang menjadi pengunjung
sekali-sekala dengan tujuan perdagangan dan perniagaan. Antara orang asing
pada zaman tradisional Melayu ialah mereka terdiri daripada orang Cina,
Keling (Tamil), Gujerat, suku-suku dari Arab, Ghori, Parsi dan juga Siam.9
HAMBA
Institusi perhambaan di dalam masyarakat tradisional Melayu sering
dikaitkan dengan tradisi perhambaan di Tanah Arab atau Islam dan wujudnya
sistem kasta dalam kepercayaan Hindu. Namun sebenarnya, institusi
perhambban ini wujud adalah disebabkan oleh dorongan keperluan dan
kepentingan sosial serta ekonomi masyarakat Melayu pada ketika itu. Hamba
ini berfungsi untuk menyediakan tenaga manusia bagi menyokong dan
menjalankan pelbagai jenis kerja yang wujud dalam sesebuah masyarakat.10
Hamba ini juga dikatakan bahawa mampu untuk meningkatkan taraf hidup
pemiliknya kerana semakin ramai hamba yang dimiliki oleh seseorang maka
8 Mohd Yusoff Iskandar, “Masyarakat Melaka 1400-1511 Tanah Melayu dengan Tinjauan
Khusus Mengenai Orang-Orang Asing” (kertas kerja), hlm. 5-6.
9 Zanariah Abdol, “Suatu Gambaran Umum Mengenai Masyarakat Melayu Tradisi Melaka
Berdasarkan TeksSejarah Melayu (Versi R. O. Winstedt)”, Jabatan Pengajian Melayu,
Universiti Malaya, 1984/85, hlm. 54
10 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1990. Hlm. 296.
8. 8
semakin tinggi taraf hidup dan kukuh ekonominya. Dan contoh yang paling
ketara yang dapat diberikan adalah Tun Mutahir yang mempunyai ratusan
hamba sehinggakan dia tidak mengenali nama-nama hamba yang dimiliki
olehnya. Dan pada ketika itu, dia telah dianggap sebagai orang yang paling
kaya kerana memiliki ratusan hamba. Hamba ini dapat dibahagikan kepada
tiga bahagian yang utama iaitu hamba raja, hamba biasa dan hamba berhutang.
1. Hamba Raja
Hamba raja ini menduduki hierarki yang paling atas dalam
institusi perhambaan. Hamba raja ini terdiri daripada orang
yang merdeka yang telah melakukan kesalahan jenayah dan
kemudian mereka telah tertangkap lalu mendapat keampunan
daripada sultan dan mereka juga telah berjanji untuk menjadi
hamba kepada raja secara turun-temurun. Dan dengan cara ini
mereka akan terlepas daripada menerima hukum yang berat
berdasarkan kesalahan jenayah yang mereka lakukan. Selain
itu, hamba raja ini juga terdiri daripada mereka yang telah
menjadi tawanan perang atau banduan. Hamba raja ini juga
dikenali sebagai ‘biduanda’ iaitu mereka yang melakukan
hampir kesemua jenis pekerjaan. Kedudukan mereka ini adalah
lebih tinggi berbanding dengan hamba-hamba yang lainnya.
Apa yang istimewanya di sini ialah, hamba raja ini akan
mendapat perlindungan daripada pihak pemerintah. Dan bagi
sesiapa yang didapati membunuh hamba raja akan mendapat
9. 9
hukuman yang berat seperti yang dinyatakan di dalam Hukum
Kanun Melaka iaitu
“adapun jikalau hamba rajin dan segala hartanya (si
pencuri) itu dirampas. Jikalau nakhoda sekalipun demikian juga
hukumannya”.
2. Hamba Biasa
Hamba biasa ini terdiri daripada tiga kelompok kecil iaitu
hamba abdi, hamba dengan dan juga hamba biasa. Hamba ini
kebanyakannya daripadanya diperoleh melalui pembelian dan
pertukaran tuan. Golongan hamba biasa ini akan menjadi
hamba secara turun temurun. Hamba abdi ini pula terbahagi
kepada beberapa jenis iaitu hamba abdi, hamba diranggah dan
hamba Habsyi serta hamba hulur dan hamba serah. Hamba abdi
ini adalah hamba tawanan yang menjadi hamba apabila
tertawan di dalam sesebuah peperangan. Hamba yang kedua
ialah hamba diranggah iaitu hamba yang bukan daripada orang
Islam yang telah ditawan seperti Batak dan orang asli atau
penduduk Islam lain di rantau ini yang telah diculik dan dijual
oleh peniaga hamba abdi. Termasuk juga mereka yang telag
ditawan oleh lanun dan menjadi hamba. Hamba abdi yang
ketiga adalah hamba Habsyi iaitu hamba yang telah diimport
daripada Afrika.11 Dan kebanyakan daripada mereka
11 Mohd Khairuddin Mohd Balwi, Peradaban Melayu, Skudai : Penerbit University Teknologi
Malaysia, 2005. Hlm. 79.
10. 10
merupakan orang yang berkulit hitam yang dibeli oleh orang
Melayu semasa mereka menunaikan Haji di Makkah. Selain itu,
terdapat juga hamba Afrika yang telah dibawa oleh penjajah
Eropah ke Tanah Melayu. Di dalam hamba abdi ini terdapat
juga hamba hulur. Hamba hulur ini merupakan mereka yang
melakukan kesalahan jenayah dan mereka menyerah diri
kepada pemerintah kerena mereka tidak mampu untuk
membayar semula hutang darah atau denda yang dikenakan ke
atas mereka. Jika ada hamba hulur terdapat juga hamba serah
iaitu hamba yang mengalami kesukaran dalam hidup dan
mereka menjadi hamba dengan menyerah diri kepada mereka
atau tuan yang sanggup memberikan nafkah dan makanan
kepada mereka. Akhir sekali ialah hamba keluarga atau anak
hamba iaitu anak dan isteri kepada hamba abdi tersebut.
3. Hamba Berhutang
Hamba berhutang ini merupakan golongan hamba yang tidak
dapat membayar hutang kepada si pemiutang. Pada asalnya
golongan hamba berhutang ini merupakan golongan orang yang
merdeka. Disebabkan mereka tidak mampu untuk membayar
hutang yang dipinjam telah menyebabkan mereka menjadi
hamba yang berhutang. Hal ini bertujuan untuk melunaskan
hutang-hutang mereka. Mereka ini dikehendaki untuk memberi
perkhidmatan kepada si pemiutang. Dan tempoh mereka
bekerja itu bergantung kepada jumlah hutang yang dipinjam.
11. 11
Jika banyak yang dipinjam maka lamalah tempoh mereka
memberi khidmat dan sebaliknya. Hamba berhutang ini akan
memberi perkhidmatan dari pelbagai jenis kerja antaranya
bercucuk tanam, melombong, kerja-kerja domestik dan
sebagainya. Sebagai contoh di Acheh terdapat hamba berhutang
yang wujud dan mereka ini dikenali sebagai ‘budak’ yang
berhutang. Budak ini akan melakukan segala kerja yang telah
diperintahkan oleh tuan mereka dan mereka tidak akan hidup
sengsara kerana mereka akan dijaga dengan baik oleh tuan
mereka. Budak ini akan menabung wang bagi membebaskan
diri mereka dan mereka juga dikatakan boleh membeli hari-hari
yang mereka hutang dengan membayar lima mata wang
sehari.12
Hamba berhutang ini dapat dibahagikan kepada beberapa
kumpulan iaitu yang pertama adalah orang berhutang. Orang
berhutang merupakan orang yang terikat dengan hutang dan
akan dibebaskan selepas mereka menjelaskan hutang tersebut.
Yang kedua adalah anak emas, anak emas merupakan orang
yang menjadi hamba melalui perkahwinan iaitu hamba lelaki
yang berkahwin dengan hamba wanita dan terikat dengan
tuannya. Yang ketiga adalah hamba waris. Hamba waris ini
merupakan anak-anak dan isteri kepada hamba tersebut dan
mereka dikenali sebagai hamba waris. Yang terakhir ialah
hamba bayar. Hamba bayar ini merupakan hamba abdi yang
12 Lombard D, Kerajaan Acheh : Jaman Sultan Iskandar Muda 1607-1636,Jakarta : Balai
Pustaka, 1986. Hlm. 78.
12. 12
telah diserahkan oleh tuannya kepada tuan yang lain untuk
menjelaskan hutang antara mereka.
Selain daripada jenis hamba di atas, terdapat juga hamba yang lain antaranya
adalah hamba bebas adalah hamba yang bebas bergerak dengan mengambil
upah dengan orang lain. Hasil pendapatan yang diperolehi oleh mereka akan
disimpan oleh mereka atau akan diberikan kepada tuan mereka sebagai
simpanan. Kedudukan sosial hamba ini telah dibicarakan secara panjang lebar
dalam Hukum Kanun Melaka. Dan apa yang istimewa tentang hamba ini ialah
mereka telah dilindungi oleh Hukum Kanun Melaka daripada sebarang
kezaliman.
MOBILITI SOSIAL
Mobiliti sosial ini akan berlaku dalam sesebuah institusi masyarakat.
Mobiliti sosial ini merujuk kepada pergerakan antara individu atau kumpulan
kepada kedudukan yang berbeza. Mobiliti sosial ini terbahagi kepada dua iaitu
molibiti mendatar dan mobiliti menegak. Mobiliti mendatar melibatkan
perubahan status atau peranan tanpa mengubah kdudukan atau kelas
sosialnya.13 Mobiliti ini hanya akan berlaku dalam kalangan pembesar sahaja.
Manakala mobiliti menegak pula terbahagi kepada dua iaitu mobiliti ke atas
dan ke bawah. Mobiliti menegak ini akan mengubah kedudukan sosial
seseorang sama ada status mereka akan lebih tinggi atau sebaliknya. Mobiliti
sosial ini boleh berlaku dalam perkahwinan, sebagai contoh Paduka Seri China
dan Paduka Mimat iaitu dua orang putera Sultan Mansor Syah dengan
isterinya seorang wanita China. Raden Klang iaitu putera Sultan Mansor Syah
13 Zanariah Abdol, “Suatu Gambaran Umum Mengenai Masyarakat Melayu Tradisi Melaka
Berdasarkan TeksSejarah Melayu (Versi R. O. Winstedt)”, hlm. 39.
13. 13
juga dengan isterinya anak seorang Jawa.14 Jelas disini bahawa wanita dari
negara lain yang melahirkan anak yang boleh menduduki kelas kerabat, anak-
anak mereka boleh memakai gelaran ‘raja’ ataupun ‘raden’ dan ‘paduka’.
Selain itu, mobiliti sosial ini juga akan berlaku jika mereka telah memberikan
perkhidmatan yang cemerlang kepada kerajaannya. Sabagai contoh Badang
telah menjadi Panglima Singapura dan Pembesar Utama Negeri dengan
gelaran ‘Orang Kaya Sayung’ setelah beliau beberapa kali mengharumkan
nama Raja Singapura. Beliau pada asalnya merupakan seorang hamba dan
setelah memakan muntahan hantu beliau telah menjadi Badang Perkasa.
Mobiliti ke bawah boleh berlaku dalam kalangan rakyat biasa. Apabila mereka
berhutang dan mereka tidak dapat membayar hutang tersebut mereka akan
menyerah diri kepada seseorang untuk bekerja dan berkhidmat kepada mereka.
Jelaslah bahawa kedudukan seseorang itu boleh berubah dari semasa ke
semasa sama ada melalui perkahwinan, perkhidmatan cemerlang dan
sebagainya.
14 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1990. Hlm. 300.
14. 14
KESIMPULAN
Jelaslah bahawa masyarakat Melayu tradisional ini telah dibina
bersama empat struktur golongan masyarakat yang telah melahirkan satu
bentuk struktur sosialnya tersendiri. Dan setiap golongan itu, mempunyai
fungsi dan tugas-tugas khas masing-masing. Keadaan ini jelas menunjukkan
bahawa hubungan timbal balik itu akan berlaku dimana hubungan pemerintah
dan rakyat itu akan terjalin. Mereka akan memerlukan antara satu sama lain
untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Keadaan ini menunjukkan bahawa pada
ketika itu sistem masyarakat Melayu tradisional ini hidup dalam keadaan aman
dan harmoni. Selain itu, mobiliti sosial yang berlaku juga jelas menujukkan
bahawa masyarakat Melayu ini telah diberikan peluang untuk mengubah corak
kehidupan mereka. Namun begitu, setelah kedatangan British, institusi
perhambaan secara perlahan-lahan telah dihapuskan.
15. 15
BIBLIOGRAFI
A.Samad Ahmad, Sulalatus Salatin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2010.
Ahmad Jelani Halimi, Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala
Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 2008.
Lombard D, Kerajaan Acheh : Jaman Sultan Iskandar Muda 1607-
1636, Jakarta : Balai Pustaka, 1986.
Mohd Khairuddin Mohd Balwi, Peradaban Melayu, Skudai : Penerbit
University Teknologi Malaysia, 2005.
Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.
Seri Lanang Jaya Haji Rohani, Abd Rahman Napiah & Mohd Rashid
Md. Idris & Naffi Mat Pengahayatan Karya Agung, Tanjung Malim :
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2013.
Zainal Abidin Wahid et al, Malaysia : Warisan dan Perkembangan,
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996.
Zanariah Abdol, “Suatu Gambaran Umum Mengenai Masyarakat
Melayu Tradisi Melaka Berdasarkan Teks Sejarah Melayu (Versi R. O.
Winstedt)”,