40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah

3,739 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,739
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
116
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah

  1. 1. PENGGUNAAN KECERDASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IBADAH NURSAFRA BINTI MOHD ZHAFFAR Kolej Komuniti Jelebu, KPT Emel: saff07@yahoo.com WAN ALI AKBAR BIN WAN ABDULLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu Emel: wanaliakbar@yahoo.com DR AB HALIM BIN TAMURI Universiti Kebangsaan Malaysia AbstrakTeori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence) menyatakan terdapat lapan jeniskecerdasan utama yang berbeza-beza kekuatannya dalam diri setiap pelajar. Justeru, guruperlu kreatif dalam merangsang kecerdasan pelbagai yang dimiliki pelajar-pelajar agarmereka memperoleh pengalaman dan hasil pembelajaran semaksimum mungkin. Kajiantindakan ini dijalankan ke atas 18 orang pelajar lelaki kursus Sijil Teknologi Elektrik (PW2)semester satu Sesi Januari 2012 Kolej Komuniti Jelebu dalam silibus ibadah. Sebanyak tigagelung kajian dijalankan selama satu bulan untuk meningkatkan motivasi dan penguasaanamali ibadah pelajar menggunakan pendekatan pengajaran berasaskan kecerdasan pelbagaifokus kepada kecerdasan bahasa, kinestetik dan interpersonal. Kajian ini menggunakankaedah temu bual, tinjauan soal selidik dan markah penilaian amali pelajar bagi mengumpul
  2. 2. data tentang keberkesanan tindakan. Analisis dapatan menunjukkan pendekatan ini berjayameningkatkan motivasi dan pengusaan amali ibadah pelajar. Kajian ini diharapkan dapatmembantu menambahbaik amalan pengajaran guru agama untuk meningkatkan motivasipelajar mengikuti dan mengamalkan ibadah ke arah melahirkan generasi Rabbani yangcemerlang.Kata kunci: Teori Kecerdasan Pelbagai, Motivasi, Penguasaan Ibadah, Pengajaran danPembelajaran Ibadah, Pengajaran Berpusatkan Pelajar Tinjauan LiteraturTeori Kecerdasan Pelbagai merupakan satu pendekatan berpusatkan pelajar yang bolehdiintegrasikan dalam strategi pengajaran guru Pendidikan Islam bagi memenuhi kepelbagaianpelajar dari sudut keupayaan kognitif dalam menerima rangsangan daripada persekitaran.Amnya, institusi pengajian tinggi menumpukan kepada dua jenis kecerdasan sahaja;kecerdasan verbal / bahasa dan logik / matematik. Namun, setiap pelajar mempunyai caraberbeza bagi mendapatkan ilmu dan kemahiran. Barrington (2004) menyatakan TeoriKecerdasan Pelbagai relevan kepada pengajaran peringkat pengajian tinggi sebagai responkepada kepelbagaian pelajar dari sudut bidang pengajian, jantina, bangsa, etnik, latar belakangakademik dan asal-usul. Kajian (Barrington 2004) menunjukkan kesemua (n=21) pensyarahdaripada Institut Pendidikan Vokasional, Hong Kong bersetuju bahawa kualiti pembelajaranboleh ditingkatkan sekiranya teori ini diaplikasikan dalam kelas.Banyak kajian telah menunjukkan kesan positif daripada aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagaidalam proses pengajaran dan pembelajaran (Siti Nurul Mahfuzah & Mohd Azran 2010;Douglas 2008; Mustafa & Mustafa Serdar 2007). Melalui kajian Siti Nurul Mahfuzah dan
  3. 3. Mohd Azran (2010) ke atas pelajar-pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah menunjukkanterdapat peningkatan dalam penguasaan pembelajaran Teknologi Maklumat dalam ujian posselepas pengajaran menggunakan perisian interaktif berasaskan Kecerdasan Pelbagai. Pelajar-pelajar didapati seronok belajar menggunakan perisian yang dibangunkan serta mampumerangsang kemahiran dan ilmu pelajar berbanding pengajaran tradisional.Pengaplikasian Teori Kecerdasan Pelbagai ke dalam pengajaran Ibadah diharap dapatmemberikan pembelajaran bermakna kepada pelajar di mana mereka dapat menggunakanilmu tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Ianya juga merupakan strategi guru untukmerubah pembelajaran pasif kebanyakan pelajar dalam kelas di Malaysia (Lob 2004) kepadapembelajaran aktif. Refleksi MasalahPelajar-pelajar Kolej Komuniti merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dandatang daripada pelbagai latar belakang keluarga, pendidikan, taraf ekonomi dan minat.Seharusnya pensyarah menyampaikan pengajaran dengan mengambilkira aspek kepelbagaiantersebut bagi mewujudkan pembelajaran bermakna (Barrington 2004). Ini kerana kelemahanpenyampaian pengajaran oleh pensyarah antara faktor pelajar ponteng kelas dalam kalanganpelajar Kolej Komuniti (Zainab 2010).Menurut Laporan Sesi Kaunseling Pelajar Kolej Komuniti Jelebu (2007-2010), KementerianPengajian Tinggi Malaysia, 20% daripada pelajar-pelajarnya terlibat dengan kes ponteng1kelas pada tahun 2007. Gejala ponteng dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti didapatisemakin berleluasa dan tidak terkecuali kelas Pendidikan Islam.1 Ponteng di sini bermaksud tidak hadir ke kelas melebihi 20% jumlah kehadiran dan hadir ke kelas lewat tanpaalasan yang munasabah.
  4. 4. Seterusnya, gejala ponteng kelas membawa kepada pencapaian yang tidak memuaskan.Markah Amali Ibadah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di Kolej Komuniti mewakili40% daripada keseluruhan markah. Oleh itu, kegagalan pelajar menghadirkan diri ke kelasmenyebabkan amali ibadah mereka tidak dicerap dan mempengaruhi sebahagian besarmarkah Pendidikan Islam. Menurut statistik peratusan pencapaian pelajar kursus PendidikanIslam Kolej Komuniti Jelebu tiga semester kebelakangan, kebanyakan kelas menunjukkankeputusan yang tidak homogenus dengan serakan markah pencapaian akhir pelajar terlaluluas. Peratusan pelajar yang lulus cemerlang hampir sama dengan peratusan pelajar gagaldalam peperiksaan akhir Pendidikan Islam. Selain itu, data menunjukkan peratusan pelajarcemerlang daripada ketiga-tiga semester terlalu sedikit manakala, separuh daripada pelajarmendapat keputusan sederhana dan lemah iaitu markah 60% ke bawah.Selain isu ponteng dan pencapaian akademik, satu lagi isu penting dalam Pendidikan Islamialah berkaitan penguasaan pelajar dalam amali ibadah-ibadah khusus dan pengamalannya.Seterusnya, menurut Laporan Amali Unit Pengajian Am Kolej Komuniti Jelebu untuk subjekSPA 101 – Pendidikan Islam (2009-2010), 10% pelajar tidak menguasai bacaan TahiyatAkhir, manakala sebahagian kecil sahaja iaitu 39% pelajar menguasai amali wuduk dengansempurna perkara rukun dan sunatnya. Di samping itu, terdapat juga kelemahan dalampenguasaan bacaan-bacaan sunat seperti Doa Iftitah dan Doa Qunut. Kegagalan pelajarmenguasai perkara rukun dalam wuduk dan solat perlu dipandang serius walaupunperatusannya kecil kerana pelajar-pelajar ini telah melalui pengalaman pembelajaranPendidikan Islam khususnya mempelajari tentang solat dan bersuci di sekolah rendah dansekolah menengah.
  5. 5. Seterusnya, menyentuh isu pengamalan solat dalam kehidupan harian pelajar-pelajar di KolejKomuniti Jelebu. Menurut Laporan Bengkel Smart Solat Kolej Komuniti Jelebu (2011), 100%responden (n=31) yang terdiri daripada pelajar-pelajar semester akhir pengajian Sijil SepenuhMasa tidak menunaikan solat fardhu dengan lengkap 5 waktu sehari semalam. Antara alasantidak menunaikan solat fardhu ialah malas, pengaruh rakan dan tidak diberi dorongan.Laporan ini menunjukkan pelajar tidak bermotivasi secara berterusan untuk menunaikan solatwajib. Fokus KajianDaripada kesemua isu di atas berkaitan ponteng, pencapaian keseluruhan kursus PendidikanIslam, penguasaan ibadah dan motivasi melaksanakannya di luar daripada kelas menunjukkansatu tindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah-masalah tersebut. Pengkaji berhasratmelaksanakan kajian tindakan ke atas pelajar yang mengambil kursus Pendidikan Islamdengan mengintegrasikan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran topik Ibadah keranasecara teorinya, strategi kecerdasan pelbagai ini mampu meningkatkan motivasi, pencapaiandan menghasilkan pengalaman pembelajaran yang sukar dilupakan (Armstrong 1994), disamping tidak menyekat pelajar menguasai sesuatu kemahiran dan nilai (Ikhsan & Rohizani2010). Kajian ini memfokuskan pengintegrasian tiga jenis kecerdasan pelbagai sahaja iaitukecerdasan bahasa, kinestetik dan interpersonal dalam pengajaran dan pembelajaran ibadah. Objektif Kajian Meningkatkan motivasi pelajar mengikuti kelas ibadah selepas menjalani pengajaran dan pembelajaran Ibadah berasaskan kecerdasan pelbagai. Meningkatkan motivasi pelajar mengamalkan ibadah dipelajari di luar kelas selepas menjalani pengajaran dan pembelajaran Ibadah berasaskan kecerdasan pelbagai
  6. 6. Meningkatkan penguasaan hasil pembelajaran pelajar dalam amali Ibadah selepas menjalani pengajaran dan pembelajaran Ibadah berasaskan kecerdasan pelbagai . MetodologiRekabentuk KajianKajian ini dijalankan secara kajian tindakan menggunakan Model Kajian Tindakan Somekh(Somekh 2006) yang melibatkan lapan fasa iaitu mengenal pasti masalah atau fokus yangdiminati, mengumpul data, menganalisis data dan membentuk hipotesis, merancang pelantindakan, melaksanakan pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan,menganalisis dan menilai dan putaran seterusnya.Responden KajianKajian ini dijalankan di Kolej Komuniti Jelebu melibatkan satu kelas Program Sijil TeknologiElektrik (Perkhidmatan dan Pemasangan) semester satu sesi Januari 2012 seramai 18 orang.Kajian berlangsung dalam surau kolej dan perkarangannya.Kaedah Pengumpulan DataInstrumen yang digunakan untuk mengumpul data utama bagi mengesan keberkesanantindakan ialah temu bual refleksi pelajar. Data refleksi pelajar ini disokong oleh data-databerikut:Jadual 1: Data sokongan pelaksanaan pelan tindakanJenis Data Sokongan Sumber Kaedah AnalisisSoal selidik Motivasi Adaptasi daripada kajian Zuria et Analisis deskriptifBelajar al. (2002). Soal selidik diedarkan menggunakan perisian SPSS
  7. 7. selepas setiap kali selesai sesi P&P 16.0 (skor min)Markah Penilaian Borang penilaian amali ibadah yang Analisis deskriptifAmali ditanda untuk menilai penguasaan menggunakan peratusan. ibadah Analisis Dapatan KajianGelung pertamaTopik pengajaran dan pembelajaran (P&P) ibadah yang pertama ialah Konsep Bersuci (RujukLampiran A) dengan mengintegrasikan kecerdasan pelbagai dalam pendekatan, kaedah danteknik pengajaran.Penilaian dan RefleksiHasil dapatan temu bual individu dan berkumpulan pelajar mendapati pelajar berasa seronokdengan pengalaman mereka menjalani kaedah pembelajaran ibadah berbentuk amaliterutamanya amali wuduk menggunakan air yang terhad. Tema lain yang muncul daripadatemu bual ialah memperbaiki amalan semasa, keinginan mengamalkan ibadah dan cadanganpenambahbaikan.Kenyataan peserta tentang penambahbaikan teknik amali, “Part yang ustazah suruh duaorang buat amali wuduk, dua orang buat amali tayamum, saya rasa perlu semua orang buat.Biar semua orang faham. Setiap orang buat wuduk pastu semua orang buat tayamum.”(G1R1:9-12).Data Deskriptif Motivasi BelajarSecara keseluruhan, motivasi belajar berada pada tahap tinggi dengan skor min 6.3952.
  8. 8. Jadual 2: Analisis Nilai Min Motivasi Belajar Gelung 1Aspek Nilai Min TahapPerasaan terhadap subjek yang diajar 6.33 TinggiPerasaan terhadap kelas berkaitan dengan subjek ini 6.44 TinggiPerasaan terhadap tugasan atau aktiviti bagi subjek ini 6.41 TinggiPenilaian Penguasaan AmaliPada awal penilaian, terdapat enam orang peserta kajian yang tidak sah wuduknya iaitu limaorang didapati tidak meratakan air mengenai keseluruhan muka dan tangannya apabilaberwuduk menggunakan botol mineral. Baki seorang peserta didapati salah turutan rukunwuduknya dalam amali wuduk menggunakan air paip. Kesemua enam peserta ini diberipeluang melakukan amali wuduk sekali lagi dengan memperbaiki kesalahan sebelum.Hasilnya seperti dalam jadual di atas, 83% peserta dapat berwuduk dengan sah dan sempurnadengan sebahagian peserta berwuduk menggunakan botol mineral 500ml dan sebahagian lagimenggunakan paip. Manakala, 17% peserta didapati sah wuduknya namun kurang sempurnaiaitu meninggalkan mana-mana sunat berwuduk Tiada pelajar yang tidak sah wuduknya. Bagiamali tayamum, 100% pelajar mampu bertayamum dengan sempurna. Skema pemarkahanamali adalah seperti berikut: Skor 0 Skor 1 Skor 2 Tidak sah Sah tetapi kurang sempurna Sah dan sempurnaJadual 3: Skor Amali Ibadah Gelung 1 Amali Skor 2 Skor 1 Skor 0 Bilangan pesertaWuduk menggunakan air terhad 9 (50%) 1 (6%) - 18 menggunakan air paip 6 (33%) 2 (11%) -Tayamum 18 (100%) - - 18
  9. 9. Perubahan tindakanDaripada hasil dapatan dalam gelung kajian pertama ini, pengkaji membuat perubahan darisegi teknik pengajaran amali berdasarkan refleksi pelajar. Manakala, pendekatan pengajaranibadah berasaskan kecerdasan pelbagai dikekalkan (Rujuk Lampiran B).Gelung KeduaSesi P&P kedua mengintrgrasikan kecerdasan pelbagai ini dijalankan ke atas topik Jenis-jenisNajis dan Hadas serta Cara Menyucikannya.Penilaian dan RefleksiTemu bual individu pelajar yang sama sebelum ini dan temu bual berkumpulan mendapatipelajar konsisten menyatakan keseronokan pembelajaran ibadah dengan teknik amali,penggunaan bahan sebenar dalam amali dan aktiviti berkumpulan. Selain itu, pelajar jugamenyatakan pengalamannya mempelajari perkara baru dan keinginan mengamalkan ibadah.Data Deskriptif Motivasi BelajarSecara keseluruhan, motivasi belajar berada pada tahap tinggi dengan skor min 6.56.Jadual 4: Analisis Nilai Min Motivasi Belajar Gelung 2Aspek Nilai Min TahapPerasaan terhadap subjek yang diajar 6.57 TinggiPerasaan terhadap kelas berkaitan dengan subjek ini 6.58 TinggiPerasaan terhadap tugasan atau aktiviti bagi subjek ini 6.54 Tinggi
  10. 10. Penilaian Penguasaan AmaliSecara keseluruhannya, kesemua pelajar mampu menguasai kaedah menyucikan najismengikut jenisnya dengan betul dan menepati syariat. Kerjasama antara ahli kumpulan sangatbaik, terdapat seorang yang menerangkan kaedah menyucikannya sambil membantu ahli lainmenyucikan bahan yang terkena najis tersebut. Skema penilaian adalah seperti berikut:0 Tidak Sah Sah tetapi tidak sempurna proses penyucian (tertinggal mana-mana langkah proses penyucian dan2 berlaku pembaziran air atau bahan)4 Sah tetapi tidak sempurna proses penyucian (tertinggal mana-mana langkah proses penyucian)6 Sah dan sempurna proses penyucianJadual 5: Skor Amali Ibadah Gelung 2Amali Skor 6 Skor 4 Skor 2 Skor 0 Bilangan PesertaMenyucikan najis mughallazah 5 - - -Menyucikan najis mutawasitah 5 - - - 18Menyucikan najis mukhaffafah 5 - - -Menyamak kulit binatang 3 - - -Perubahan TindakanPengkaji mengekalkan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran ibadah berasaskankecerdasan pelbagai seperti dalam gelung kedua kajian berikutan refleksi positif pelajar,motivasi belajar dan penguasaan amali ibadah pelajar (Rujuk Lampiran C).Gelung ketigaTopik P&P yang ketiga ialah Amali Solat Jamak Qasar dan Solat ketika Sakit.
  11. 11. Penilaian dan RefleksiDaripada hasil temu bual responden individu dan berkumpulan, pelajar memaparkan responyang konsisten daripada gelung pertama dan kedua kajian berkenaan pengalamanpembelajaran. Pelajar juga mengaitkan ibadah dipelajari dengan kehidupan harian sertamenunjukkan kesedaran atas pengabaian ibadah wajib sebelum ini khususnya solat.Data Deskriptif Motivasi BelajarSecara keseluruhan, motivasi belajar berada pada tahap tinggi dengan skor min 6.67.Jadual 6: Analisis Nilai Min Motivasi Belajar Gelung 3Aspek Nilai Min TahapPerasaan terhadap subjek yang diajar 6.63 TinggiPerasaan terhadap kelas berkaitan dengan subjek ini 6.75 TinggiPerasaan terhadap tugasan atau aktiviti bagi subjek ini 6.63 TinggiPenilaian Penguasaan AmaliSecara keseluruhan, 100% pelajar yang dinilai mempamerkan penguasaan dalam kaedahmenyusun saf solat. Imam yang dilantik memantau susunan saf makmum sebelum solat.Seterusnya, kesemua ahli dalam Kumpulan 1, 2 dan 3 melaksanakan solat jamak atau qasardan solat ketika sakit dengan sah dan sempurna berdasarkan soalan tugasan masing-masing.Namun, Kumpulan 4 diberikan peluang kedua untuk menunaikan solat ketika duduk keranamereka tidak berdiri tegak semasa takbiratul ihram. Pada akhirnya, ahli kumpulan ini turutberjaya melaksanakan tugasan dengan sah dan sempurna. Berikut adalah skema penilaianamali ibadah kali ini yang terdiri daripada 3 bahagian penilaian;
  12. 12. Susunan saf2 Saf yang tersusun dan betul kedudukannya1 Saf yang tersusun tetapi tidak betul kedudukannya0 Saf yang tidak tersusun dan tidak betul kedudukannyaPenilaian Solat Jamak Qasar dan Solat Ketika Sakit pula seperti di bawah: 4 2 0 Sah dan sempurna Sah tetapi kurang sempurna Tidak sahJadual 7: Skor Amali Ibadah Gelung 3Amali Skor 4 Skor 2 Skor 0 Bilangan PesertaSusunan saf 15 -Solat Jamak/Qasar atau Jamak Qasar 15 - - 15Solat ketika sakit 15 - - Perbincangan dan KesimpulanSecara keseluruhannya, kajian ini berjaya meningkatkan motivasi pelajar yang hadirmengikuti kelas ibadah daripada awal kelas sehingga ke akhirnya berdasarkan tema refleksipelajar yang konsisten iaitu pengalaman pembelajaran yang seronok dengan amali,penggunaan bahan sebenar dan aktiviti berkumpulan. Dapatan ini selari dengan kajianDouglas et al. (2008) dan Akkuzu dan Akcay (2011) di mana penggunaan kecerdasanpelbagai dalam P&P mampu meningkatkan motivasi pelajar dan komitmen terhadap tugasan.Selain itu, kajian ini juga berjaya meningkatkan motivasi pelajar mengamalkan ibadahdipelajari dalam kehidupan harian berdasarkan tema refleksi yang diperolehi secara konsisteniaitu keinginan mengamalkan ibadah. Al-Qardhawi (1998) pernah membincangkan supayaguru-guru agama tidak hanya menumpukan pengajaran agama kepada aspek teoritikal yang
  13. 13. kaku sahaja, malah memfokuskan kepada aspek pengamalannya sebagai hamba Allah.Pengkaji berpendapat kaedah pengajaran yang berkesan sangat penting supaya pelajar melihatibadah bukanlah sesuatu yang rumit, tetapi sebagai jalan melahirkan rasa kehambaan kepadaAllah. Peserta kajian menyatakan ibadah yang dipelajari kelihatan mudah untuk dilaksanakanserta bermotivasi melakukannya di luar kelas. Hal ini menunjukkan pelaksanaan kajianberjaya menyentuh aspek kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.Seterusnya, motivasi belajar peserta kajian kekal berada pada tahap tinggi sepanjangpelaksanaan kajian. Daripada tiga aspek yang terdapat dalam borang soal selidik, minperasaan terhadap kelas berkaitan subjek Pendidikan Islam lebih tinggi dalam ketiga-tigagelung kajian berbanding aspek perasaan terhadap subjek yang diajar dan aspek perasaanterhadap tugasan atau aktiviti bagi subjek Pendidikan Islam. Sebagai pendidik, harapansupaya dengan terbentuknya motivasi pelajar terhadap kelas ibadah akan menjadi pendorongpelajar mengamalkan ibadah tersebut secara konsisten. Hal ini kerana pendidik hanya mampumemastikan pelajar memahami, meminati dan menasihati pelajar supaya tidak mengabaikanibadah fardhu. Namun, hidayah Allah yang memastikan ketekalan pelajar mengamalkannyasecara konsisten (Surah Al-Qasas: 56).Penggunaan kecerdasan pelbagai dalam kajian ini ternyata tidak menyekat perkembangankemahiran pelajar dalam menguasai ibadah-ibadah yang dipelajari selari dengan dapatankajian Ikhsan dan Rohizani (2010). Kajian Ikhsan dan Rohizani mendapati perkembangansikap saintifik pelajar seiring dengan pemerolehan ilmu yang dipelajari. Demikian jugapenguasaan ibadah pelajar dalam kajian ini yang semakin bertambah baik daripada gelungpertama hingga gelung ketiga kajian.
  14. 14. Elemen kecerdasan interpersonal dalam kajian ini menggunakan aktiviti berkumpulan sebagaiasas setiap aktiviti P&P. Kumpulan dibentuk daripada hari pertama kelas dan dikekalkansehingga akhir semester. Kajian mendapati aktiviti berkumpulan sesuai dengan kebanyakanpeserta kajian malah mampu meningkatkan keyakinan diri mereka. Perbincanganberkumpulan dilakukan setiap kali kelas dan setiap ahli saling membantu dalam penjanaanmaklumat tentang konsep sesuatu ibadah di peringkat awal kelas. Namun, terdapat jugaresponden yang menyatakan aktiviti berkumpulan hanya sesuai ketika membincangkan teoridi awal kelas dan mencadangkan amali dilakukan secara individu. Ini disokong oleh TeoriAndragogi (Knowles 1984) yang menyatakan pelajar dewasa mementingkan prosesberbanding isi kandungan dan cenderung mendapatkan maklum balas daripada penilaianaktiviti pembelajaran yang dibuat. Disebabkan peruntukan masa hanya dua jam seminggu,pengkaji mengambilkira pendapat tersebut dengan mengekalkan amali berkumpulan, namunpenglibatan dan penguasaan amali dinilai secara individu.Kajian ini memberikan implikasi kepada:a) Amalan pengajaran pengkaji sendiri sebagai seorang pensyarah agama di kolej komuniti. Kajian ini dapat menambah baik perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran pengkaji di samping menghasilkan modul pengajaran ibadah berasaskan kecerdasan pelbagai. Pengkaji boleh menggunakan modul dan pendekatan dalam kajian ini dalam pengajaran sesi akan datang sekiranya konteks bersesuaian.b) Para pelajar yang mengikuti kajian tindakan. Kajian ini dapat meningkatkan motivasi mengikuti kelas ibadah dan motivasi mengamalkan ibadah dalam kehidupan. Selain itu, pelajar-pelajar ini dapat menguasai kemahiran melaksanakan ibadah tanpa ada keciciran.c) Pendidik yang mengajar Pendidikan Islam dapat menjadikan kajian ini sebagai panduan dalam merancang dan melaksanakan P&P Ibadah kepada sasaran pelajar seperti di kolej
  15. 15. komuniti atau konteks yang bersesuaian. Guru atau pensyarah Pendidikan Islam disarankan mempelbagaikan teknik pengajaran menggunakan kecerdasan pelbagai mengikut kesesuaian topik dan pelajar.d) Membuktikan Teori Kecerdasan Pelbagai boleh diserapkan dalam Pendidikan Islam khususnya bidang ibadah mengikut kesesuaian topik pengajaran, sasaran pelajar dan tempoh pengajaran. Aplikasi teori dalam kajian berupaya meningkatkan motivasi pelajar dan penguasaan ibadah pelajar.e) Modul dalam kajian ini boleh digunakan oleh guru Pendidikan Islam atau pensyarah agama di kolej komuniti. Modul ini menekankan pembelajaran ibadah perlu kepada aktiviti amali setiap individu pelajar kerana belajar ibadah tanpa amali bagi pelajar berkecerdasan kinestetik seperti sasaran kajian menyebabkannya tidak kekal di ingatan dan kurang difahami aplikasinya.Berikut merupakan cadangan dikemukakan untuk kajian lanjutan ke arah memperbaiki mutupendidikan khususnya Pendidikan Islam. Cadangan tersebut ialah:a) Menjalankan kajian penggunaan kecerdasan pelbagai ini dalam bidang lain dalam Pendidikan Islam selain ibadah seperti akidah, akhlak, tasawwur Islam dan sebagainya. Pengadaptasian teori pembelajaran Barat dalam kerangka Pendidikan Islam boleh dilihat kesesuaiannya dengan melihat impak pelaksanaannya.b) Sasaran kajian ini tertumpu kepada pelajar-pelajar Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Jelebu sahaja. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya kajian tindakan yang sama boleh dijalankan di kolej-kolej lain atau institusi teknikal yang lain untuk melihat kecenderungan corak pembelajaran pelajar jurusan teknikal dalam kelas agama yang dapat meningkatkan motivasi.
  16. 16. c) Menjalankan kajian penggunaan kecerdasan pelbagai ini dalam reka bentuk eksperimen supaya dapat membanding beza kesan kaedah pengajaran tradisional dengan kaedah pengajaran berasaskan kecerdasan pelbagai.d) Kajian lanjutan boleh digunakan dengan membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran menggunakan kesemua jenis kecerdasan pelbagai untuk melihat kesannya kepada pelajar.Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu memperbaiki amalan pengajaran pengkaji dalammenggalakkan minat pelajar terhadap kursus Pendidikan Islam khususnya kelas ibadah. Disamping itu, kajian ini boleh memberikan idea atau contoh modul kepada pendidik agamasebagai keperluan untuk kita mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut kesesuaianpelajar dan kandungan pelajaran. Hal ini supaya pembelajaran berlaku dengan menyentuhaspek kognitif, afektif dan psikomotor pelajar sehingga mampu melahirkan generasi Rabbaniyang cermerlang minda, akhlak dan peribadi.
  17. 17. RujukanAl-Quran al-Karim.Akkuzu, N. & Akcay, H. 2011. The Design of a Learning Environment Based on the Theory of Multiple Intelligence and the Study its Effectiveness on the Achievemnets, Attitudes and Retention of Students. Procedia Computer Science. 3 (2011): 1003-1008.Al-Qardhawi, Yusuf. 1998. Ibadah dalam Islam. Penterjemah: H. Umar Fanani. Surabaya: PT, Bina Ilmu.Armstrong, T. 1994. Multiple Intelligences in the Classroom. Alexandria: Association for Supervision and Curriculum Development.Barrington, E. 2004. Teaching to student diversity in higher education: how Multiple Intelligence Theory can help. Teaching in Higher Education. 9 (4): 421- 434.Douglas, O., Burton, K.S., Durham, N.R. 2008. The Effects of the Multiple Intelligence Teaching Strategy on the Academic Achievement of Eighth Grade Math Students. Journal of Instructional Psychology. 35 (2):182-187.Ikhsan Othman & Rohizani Yaakub. 2010. Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pelaksanaan Kurikulum. Asia Pacific Journal of Educators and Education. 25: 21-32.Knowles, M. 1984. The Adult Learner: A Neglected Species (3rd Ed.). Houston, TX: Gulf Publishing.Laporan Unit Pengajian Am Kolej Komuniti Jelebu 2010. 2010. Jelebu: Kolej Komuniti Jelebu.Laporan Bengkel Smart Solat Kolej Komuniti Jelebu. 2011. Jelebu: Kolej Komuniti Jelebu.Laporan Sesi Kaunseling Pelajar Kolej Komuniti Jelebu 2007-2009. 2009. Jelebu: Kolej Komuniti JelebuLob, Sau Cheong. 2004. Transfer of Learning among Malaysian Learners. Masalah Pendidikan. 27: 99-108.
  18. 18. Mustafa Serdar & Mustafa. 2007. The Effect of Multiple Intelligences Theory-based Instruction on Attitudes Towards the Course, Academic Success and Permanence of Teaching on the Topic of Respiratory Systems. Educational Sciences: Theory & Practice. 7 (11): 231-239.Siti Nurul Mahfuzah. 2010. Learning Tool for Malaysian Community College Based on Multiple Intelligence. Prosiding Seminar Penyelidikan Kolej Komuniti Negeri Melaka 2010: 1-9.Somekh, B. 2006. Action Research: a Methodology for Change and Development. Maidenhead: Open University Press.Zainab Othman. 2010. Gejala Ponteng di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi. Prosiding Seminar Kebangsaan Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti 2010.: 14-19.Zuria, Mohammad & Thantawi Jauhari. 2002. Persepsi Pelajar ke Atas Amalan Kod Etika Professional Pensyarah dan Kesannya Ke Atas Motivasi Belajar Pelajar. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesional Perguruan. 401-415.
  19. 19. LAMPIRANLampiran A: Rancangan Pengajaran Harian 1_____________________________________________________________________Kursus: Pendidikan Islam Kursus: JLE 1Unit: Ibadah-ibadah Khusus Kedatangan: /18Topik: Konsep Taharah (Bersuci) Tajuk: Wuduk dan TayamumMasa Pertemuan: 8.15 pagi – 10.15 pagi Tarikh:________________________________________________________________________Objektif P&P:Pada akhir P & P pelajar dapat: Pelajar mengetahui konsep dan kepentingan taharah dalam kehidupan. Pelajar dapat membezakan perkara rukun dan sunat dalam berwuduk Pelajar dapat berwuduk dengan sempurna Pelajar dapat bertayamum dengan sempurna________________________________________________________________________Bahan Bantu Mengajar:Borang Penilaian Amali (Lampiran 1.1), Lembaran Latihan Wuduk (Lampiran 1.2), debu tanah, botolair mineral 500ml.Pengetahuan Sedia Ada Pelajar:Pelajar telah melalui pengalaman pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah merangkumitopik wuduk dan tayamum. Langkah & Kaedah, Teknik dan Aktiviti Pengajaran Jenis Masa KecerdasanSet Induksi 1. Pelajar membaca doa diketuai oleh seseorang (mengikut5 minit giliran). Kecerdasan
  20. 20. 2. Guru menunjukkan air daripada botol mineral sambil bertanya Bahasa apakah yang boleh dibuat dengan air ini selain diminum? 3. Pelajar meneka air tersebut boleh dibuat berwuduk. 4. Guru mengaitkan jawapan tersebut dengan tajuk pembelajaran. 5. Guru menerangkan objektif pembelajaran.Isi Satu SuSumbangsaran berkumpulanPembahagian Pelajar dikumpulkan mengikut kumpulan dan diberi soalan: KecerdasanTaharah dan Mengapakah Islam mementingkan soal kebersihan dan dan Bahasa,Kepentingannya kesucian setiap masa? Kinestetik30 minit K1: Sudut Ibadah K2: Sudut Kesihatan K3: Sudut Hubungan Sosial K4: Sudut Alam Sekitar Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan. Guru mengaitkan dengan pembahagian taharah; suci dalaman dan suci luaran.Isi Dua Amali wuduk KecerdasanWuduk Pelajar diberi Borang Penilaian Wuduk. Secara berpasangan, Kinestetik,50 minit pelajar diminta berwuduk sambil diperhatikan pasangan dan Interpersonal guru. Penilaian dilakukan. Arahan amali terbahagi kepada 2: 1.Sebahagian pelajar golongan awal diminta berwuduk menggunakan air paip sempurna segala rukun dan sunat. 2. Sebahagian lain diminta berwuduk menggunakan sebotol air
  21. 21. mineral dengan menyempurnakan perkara rukun sahaja. Pelajar yang menungu giliran diminta menjawab latihan wuduk. Kecerdasan Setelah selesai amali wuduk, pelajar diminta mereflek kesalahan bahasa, yang biasa dilakukan ketika berwuduk. interpersonal, intrapersonal Guru mengaitkan dengan dalil bersuci, dan kelebihan berwuduk.Isi Tiga Guru bersoal jawab tentang keharusan tayammum. KecerdasanTayamum Interpersonal,30 minit Amali Tayammum Kinestetik 1. Setiap kumpulan telah diminta membawa debu tanah masing- masing. 2. Seorang pelajar dipanggil sebagai model tayammum. Pelajar lain memberi pandangan sama ada betul atau salah amali tayamum model tersebut. 3. Pelajar melakukan amali tayammum dalam kumpulan dengan pemerhatian guru. Penilaian dilakukan.Penutup Pelajar diminta memberi satu isi pelajaran baru yang dapat5 minit dipelajari pada sesi itu. Guru membuat kesimpulan bahawa Islam amat menitik beratkan kebersihan dan kesucian setiap masa khususnya dalam beribadat.
  22. 22. Lampiran B: Rancangan Pengajaran Harian 2________________________________________________________________________Kursus: Pendidikan Islam Kursus: JLE 1Unit: Ibadah-ibadah Khusus Kedatangan: /18Tajuk: Jenis-jenis Najis dan Hadas serta Cara MenyucikannyaMasa Pertemuan: 8.15 pagi – 10.15 pagi Tarikh:________________________________________________________________________Objektif P&P:Pada akhir P & P pelajar dapat: Menyatakan jenis-jenis najis dan menerangkan cara menyucikannya. Menyatakan jenis-jenis hadas dan menerangkan cara menyucikannya. Menyatakan cara menyamak kulit binatang.________________________________________________________________________Bahan Bantu Mengajar:Carta Jenis-jenis Najis dan Hadas serta Cara Menyucikannya, Kain Pelekat, Gayung, Tuala Kecil(menggantikan kulit lembu), Tawas, Artikel tentang najis dan hadas.________________________________________________________________________Pengetahuan Sedia Ada Pelajar:Pelajar telah menguasai amali wuduk dan tayamum dalam topik sebelum ini.Langkah & Kaedah, Teknik dan Aktiviti Pengajaran JenisMasa KecerdasanSet Induksi 1. Pelajar duduk dalam separa bulatan besar.5 minit 2. Kelas dimulakan dengan bacaan doa. Kecerdasan 3. Guru menegur terdapat bau najis kucing dalam surau. Kinestetik, 4. Pelajar tercari-cari najis tersebut dan guru mengaitkan najis Bahasa tersebut dengan tajuk pembelajaran.
  23. 23. Isi Satu Perbincangan Berkumpulan KecerdasanPembahagian 1. Setiap pelajar dibekalkan dengan lembaran artikel tentang najis dan Kinestetik,najis, hadas dan hadas. Bahasa.cara 2.penyuciannya. 3. Hasil perbincangan berkumpulan berpandukan artikel, pelajar25 minit mengisi lembaran carta berkenaan pembahagian najis, hadas dan cara penyuciannya. 4. 5. Guru membincangkan jawapan setiap kumpulan dalam kelas dan menerangkan secara keseluruhan konsep najis dan hadas.Isi Dua Demonstrasi KecerdasanSimulasi Mandi Seorang model daripada pelajar dipanggil ke hadapan untuk KinestetikWajib menunjukkan simulasi cara mandi wajib yang sempurna. Pelajar15 minit lain mengulas langkah-langkah mandi wajib model tersebut sama ada tepat atau tidak.Isi Tiga Amali Menyucikan Najis Kecerdasan60 minit 1.Pelajar dikelompokkan dalam 4 kumpulan untuk menjalani amali Kinestetik, menyucikan najis di perkarangan surau. Interpersonal K1: Mencuci Najis Mukhaffafah K2: Mencuci Najis Mutawasitah K3: Mencuci Najis Mughallazah K4: Menyamak Kulit Binatang 2.Setiap kumpula mengambil bahan dan peralatan yang berkaitan dengan soalan tugasan amali.
  24. 24. 3.Pelajar berbincang ringkas dalam kumpulan. 4. Setiap kumpulan melakukan amali sambil diperhatikan oleh kumpulan lain. 5.Sekiranya ada pelajar yang tidak boleh melakukan amali, peluang kedua diberikan dengan bantuan ahli kumpulan.10 minit Refleksi Aktiviti Amali Kecerdasan Setelah selesai amali menyucikan najis, pelajar diminta mereflek bahasa, aktiviti amali tersebut: Apa perkara baru yang dapat kamu pelajari intrapersonal dalam amali ini? Apa kesalahan kerap dilakukan dalam menyucikan najis atau hadas?Rumusan Guru merumuskan isi pengajaran dan pembelajaran dan mengaitkan Kecerdasan5 minit dengan kepentingan kebersihan dalam Islam. Bahasa
  25. 25. Lampiran C: Rancangan Pengajaran Harian 3________________________________________________________________________Subjek: Pendidikan Islam Kursus: JLE 1Unit: Ibadah-ibadah Khusus Kedatangan: /18Tajuk: Amali Solat Jamak Qasar dan Solat Ketika SakitMasa Pertemuan: 8.15 pagi – 10.15 pagi Tarikh:________________________________________________________________________Objektif P&P:Pada akhir P & P pelajar dapat: Mempraktikkan amali solat jamak dan qasar dengan betul. Mengetahui cara-cara bersolat ketika sakit.________________________________________________________________________Bahan Bantu Mengajar:Gambar, Artikel mengandungi gambar kaedah solat ketika sakit, Soalan tugasan, Kerusi, Bantal________________________________________________________________________Pengetahuan Sedia Ada Pelajar:Pelajar mengetahui cara bersuci sebelum solat, pelajar pernah belajar tentang solat fardhu di peringkatsekolah rendah dan menengah.Langkah & Aktiviti JenisMasa KecerdasanSet Induksi 1. Pelajar duduk dalam separa bulatan besar.5 minit 2. Kelas dimulakan dengan bacaan doa. Kecerdasan 3. Guru menayangkan dua keping gambar tentang lelaki muda bertongkat Visual, sedang menuruni tangga dan gambar lelaki berkerusi roda sedang solat Kecerdasan berjemaah. Bahasa 4. Pelajar meneka isi pembelajaran tentang solat ketika sakit.
  26. 26. Isi Satu 1. Setiap kumpulan diagihkan artikel yang berbeza tentang kepentinganKepentingan dan faedah/hikmah solat dari pelbagai sudut. KecerdasanSolat 2. Pelajar dikehendaki berbincang, memahami dan mengeluarkan isi Bahasa,20 minit penting untuk dibentangkan. Guru akan masuk ke dalam perbincangan kumpulan mengikut giliran untuk merangsang idea dengan soalan Kecerdasan terarah. Interpersonal 3. Setiap kumpulan membentang faedah solat. 4. Guru merumuskan kepentingan dan faedah solat dari sudut spiritual, fizikal dan emosi didasari oleh dalil Al-Quran, Hadis dan kajian saintifik.Isi Dua Amali Solat Jamak Qasar dan Solat Ketika Sakit KecerdasanSolat Ketika Setiap kumpulan diberi nota bergambar dan tugasan yang berbeza Kinestetik, 1.Sakit tentang pelaksanaan solat ketika sakit dan solat jamak qasar. Interpersonal60 minit 2. Pelajar diberi peluang berbincang dalam kumpulan dan membuat persediaan amali. 3. Pelajar mempersembahkan tugasan masing-masing di hadapan kelas sambil dinilai oleh guru. 4. Pelajar yang silap melakukan amali ditegur dan diberi peluang kedua sambil dibantu oleh ahli kumpulan.Isi Tiga 1. Guru memilih wakil seorang pelajar memperdengarkan bacaan solat KecerdasanBacaan dan melantik yang fasih bacaannya sebagai ketua. Bahasadalam Solat 2. Ketua mendengar bacaan rakan sekumpulan dan membantu30 minit memperbaikinya. 3. Tasmi’ disambung selepas kelas sekiranya tidak habis.Rumusan Guru merumuskan isi pembelajaran dan menekankan kepentingan solat5 minit sebagai hak Allah yang perlu dipenuhi.
  27. 27. Lampiran D: Soal Selidik Motivasi BelajarBerikut merupakan soal selidik bagi mendapatkan maklumat motivasi belajar responden.Anda diminta membulatkan skala bipolar bagi menunjukkan sokongan anda terhadap setiapkenyataan di bawah.A. Perasaan anda terhadap subjek yang diajar adalah1 Tidak Bermotivasi 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Bermotivasi2 Bosan 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Menarik3 Tidak Berminat 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Berminat4 Tiada Perasaan 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Menjiwai5 Berat Hati 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Ternanti-nantiB. Perasaan anda terhadap kelas berkaitan dengan subjek ini adalah1 Tidak Bermotivasi 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Bermotivasi2 Bosan 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Menarik3 Tidak Berminat 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Berminat4 Tiada Perasaan 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Menjiwai5 Berat Hati 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Ternanti-nantiC. Perasaan anda terhadap tugasan atau aktiviti bagi subjek ini adalah1 Tidak Bermotivasi 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Bermotivasi2 Bosan 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Menarik3 Tidak Berminat 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Berminat4 Tiada Perasaan 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Menjiwai5 Berat Hati 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Ternanti-nanti

×