Ia adalah bahan PdPc untuk Tv Pendidikan yang telah ditayangkan di dalam Tv Okey pada Jan 2021
Bahan pengajaran bagi cara-cara menternak ulat burung, sesuai untuk KV, SVM,SKM dan PVMA (akuakultur)
Semoga bermanfaat
Semoga bermanfaat
1. GAK 1042 : ASAS PENGHASILAN
MAKANAN HIDUP
TOPIK 5.02 : MELAKSANAKAN
PENTERNAKAN SERANGGA
Oleh
SURIANIM BINTI AZMI
2. OBJEKTIF
Mengenalpasti jenis- jenis makanan hidup (SERANGGA) untuk
makanan ikan
Mengetahui bahan dan peralatan penternakan serangga dengan
peralatan yang betul
Menerangkan kaedah penternakan hidupan serangga dengan betul dan jelas
5. 2. ULAT BURUNG
Dikenali sebagai Meal worm atau Yellow worm atau Superworm
Suka dengan tempat gelap dan lembap
Merupakan larva daripada kumbang hitam
Boleh membesar sehingga 2 inci
Sebagai makanan burung, reptilia dan ikan
9. CARA MENTERNAK ULAT BURUNG
1. Penyediaan bahan dan peralatan
2. Penyediaan tempat isolasi
3. Penyediaan tempat penternakan dan media
4. Pindahkan kumbang ke tempat ternakan
5. Pemberian makanan secara rutin
6. Penuaian hasil
10. PENYEDIAAN BAHAN &
PERALATAN
LANGKAH 1
BAHAN PERALATAN
HABUK KAYU BEKAS KURUNGAN (UNTUK
ISOLASI)
VASELINE BEKAS AIR
OAT/ GANDUM BEKAS MAKANAN
MAKANAN (BUAH/ SAYUR) BEKAS TERNAKAN
BERTUTUP
11. LANGKAH 2
◦ 1. Sediakan pemula ulat burung anggaran 50
ekor
◦ 2. Sediakan tempat isolasi (bekas yakult) untuk
◦ mengasingkan kesemua larva
◦ 3. Setiap seekor untuk satu kurungan
◦ 4. Masukkan habuk kayu sedikit
◦ 5. Biarkan sehingga 10-14 hari di dalam
tempat gelap dan sapukan Vaseline di sekeliling
bekas bagi mengelakkan semut dan serangga
lain
Penyediaan tempat isolasi
12. Penyediaan tempat
ternakan dan media
◦ Masukkan media dengan menabur
lapisan habuk kayu ke dalam bekas
penternakan sekurang- kurangnya
berketinggian 2-3cm / 5 inci
◦ Di atas lapisan tersebut taburkan oat
anggaran 1-2 cm
◦ Sapukan Vaseline di sekeliling bekas bagi
mengelakkan serangga lain dan semut
◦ Masukkan cebisan buah/ sayur di atas
lapisan substrat
◦ Biarkan di dalam suhu bilik
LANGKAH 3
13. Pindahkan kumbang ke tempat
penternakan
◦ Perhatikan perubahan larva menjadi pupa
◦ Selepas 14 hari , pupa akan bertukar menjadi
kumbang.
◦ Masukkan kumbang ke dalam medium
penternakan
◦ Biarkan di dalam suhu bilik sehingga 2
minggu
◦ Perhatikan pergerakan larva di bawah lapisan
oat.
◦ Asingkan kumbang dewasa ke bekas lain
◦ Biarkan larva sehingga kecoklatan dan
asingkan untuk dijadikan makanan ternakan/
jualan
LANGKAH 4
14. Pemberian makanan
secara rutin
1. Masukkan makanan secara rutin
seperti betik, kentang atau roti
2. Pastikan bekas minuman diletakkan
di dalam tempat ternakan dan
sembur di sekeliling tempat ternakan
agar kekal lembap.
LANGKAH 5
16. RISIKO SERANGAN
SERANGGA LAIN
◦ Serangga lain mampu menyerang ulat
burung
◦ Antara serangga dan haiwan lain yang
menjadi musuh di dalam penternakan
ulat burung adalah :
◦ Semut
◦ Cicak
◦ Lipas
◦ Lipan
◦ Burung
17. CARA MENGATASI SERANGAN MUSUH
TUTUP
• Letakkan tempat ternakan di dalam bekas tertutup
SESUAI
• Letakkan tempat ternakan di dalam bilik yang sesuai dan
berbumbung
PANTAU
• Pantau kebersihan dan suhu bilik supaya tidak terlalu
lembap dan mengundang musuh
18. CARA MENGATASI SERANGAN MUSUH
RACUN
• Sediakan racun perosak
SAPU
• Sapukan Vaselline di sekeliling bekas supaya
ia melekit dan musuh sukar memanjat bekas
20. PENUAIAN HASIL
1. Peralatan yang digunakan untuk menuai
adalah :
a. Penapis
b. Baldi
LANGKAH 6
Bil Makanan ternakan Tatacara
1 Ulat burung Sediakan bekas pengumpulan
Asingkan ulat burung dengan
lapisan substrat
Simpan ulat burung di dalam
bekas lain atau bekukan
Tutup tempat ternakan
22. TATACARA PEMBUNGKUSAN
◦ Kenalpasti kaedah pembungkusan
◦ Kenalpasti peralatan pembungkusan yang
perlu digunakan
◦ Kenalpasti masa untuk pembungkusan
◦ Kenalpasti kuantiti setiap pembungkusan (
liter atau gram)
24. Jenis
• Jenis pelabelan adalah mengikut kreativiti pengeluar
• Label selalunya mengandungi jenis kutu air (samaada mealworm, superworm),
kandungan nutrisi, nama dan alamat pembekal, kegunaan dan tarikh pengeluaran.
Kuantiti
• Kuantiti ulat burung dinilai daripada berapa anggaran larva ulat yang dibungkus secara
hidup
• Manakala beku, kuantiti hanya dinilai daripada berapa kiub yang dipek.
Berat
• Bergantung kepada jenis hidup atau beku
• Beku (tin) selalunya lebih murah (anggaran 75g = RM10.00)
• Hidup lebih mahal (anggaran 75g = RM15.00)
Tarikh tuaian
• Tarikh sangat penting bagi mengetahui tarikh pengeluaran dan luput produk
• Setiap jenis pembungkusan samada beku, hidup , dipek tanpa vakum atau bervakum
mempunyai jangka hayat yang berbeza.