Sinopsis
Melalui cerpen ini, penulis menggambarkan kisah seorang pemuda, iaitu
Aiman Aqil yang berusia awal dua puluhan yang berada di lereng cerun
bukit. Dia memerhatikan bukit yang ditarah sambil mengimbas kembali
kisah kehidupannya. Dia juga sedang memikirkan impiannya yang ingin
menjadi seorang angkasawan yang belum menjadi kenyataan.
Ketika zaman persekolahan, Aiman merupakan seorang murid yang
pintar.Ketika sebiji mempelam gugur di hadapannya, dia teringatkan Teori
Graviti yang dipopularkan oleh Newton. Sambil memikirkan teori tersebut,
dia terkenang kembali kisah antara dia dengan Cikgu Faridah ketika
mereka berada di dalam kelas. Pada ketika itu, dia dapat menjawab soalan
yang dikemukakan oleh Cikgu Faridah dengan baik dan dikagumi oleh
rakan sekelasnya.
Selepas itu, Aiman teringat pula kisahnya mengusik dua orang adik
perempuan ketika menyiapkan kerja rumah. Dia teringat juga sikapnya
yang selalu ponteng sekolah sehingga dirotan oleh bapanya yang dipanggil
Babah. Baginya, sebagai murid yang baru berusia lapan tahun, tetapi telah
mampu menyelesaikan masalah Matematik murid tingkatan lima, dia tidak
perlu hadir ke sekolah.Dia juga pernah mengusik rakan sekelasnya yang
tidak dapat menyelesaikan soalan Matematik sehingga dimarahi oleh
gurunya.
Aiman mengimbas kembali peristiwa protesnya terhadap babah
kerana merotannya. Ketika dia ponteng sekolah selama seminggu, dia
berangan-angan seolah-olah dia telah berjaya memperoleh ijazah
dalam bidang aeroangkasa. Ketika itu, dia memanjat pokok kelapa
yang ada berhampiran rumahnya agar dia dapat membayangkan
angkasa lepas yang sebenar. Dia dirotan lagi oleh babahnya.
Oleh sebab minatnya dalam bidang aeroangkasa, dia terus
membayangkan dia sedang mengikuti latihan intensif bawah program
aeroangkasa bersama-sama dengan pihak Rusia. Ketika itu, dia
seolah-olah berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa sedangkan dia
sebenarnya berada di atas pokok kelapa.
Selain itu, dia juga mengimbas kembali layanan kasar babah
terhadap dirinya. Dia menjadi gagap kerana selalu ditampar oleh
babahnya. Dia teringat pula kisah Paul Broca , iaitu pakar antropologi
yang telah berjaya mengatasi masalah gagap melalui teknologi
perlakuan. Bagi Aiman, babah sepatutnya mempelajari teori itu
supaya dapat bertindak lebih mesra dengannya.
Ketika dia berhalusinasi itulah, dia terdengar bisikan supaya dia
lebih mendekati Allah. Dia tersedar daripada lamunan ketika di
lereng cerun bukit itu.
1. Persoalan adab menuntut ilmu
Contoh: Sikap Aiman yang tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu
Faridah di dalam kelas telah menyebabkan Cikgu Faridah hilang
sabar.
2. Persoalan peranan ibu bapa dalam keluarga
Contoh: Ayah dan ibu Aiman ingin mengetahui punca Aiman
ponteng sekolah.
3. Persoalan sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain
Contoh: Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong
kerana lambat menyelesaikan tugasan Matematik.
Bertemakan "keinginan yang tinggi dalam bidang
yang diingini sehingga menyebabkan seseorang
berimaginasi".
Contohnya; Aiman sangat meminati bidang
aeroangkasa sehingga berimaginasi mendarat ke
bulan dengan menaiki kapal Soyuz yang
diterbangkan dari Stesen Angkasa Antarabangsa.
1. Aiman Aqil:
 berwajah cengkung dan jari-jemarinya yang kurus runcing.
 anak sulung daripada 3 beradik.
 gagap semasa bercakap.
Cth - mulutnya akan menganga lebar sebelum kata-kata dapat
dikeluarkan dari mulutnya.
2. Bapa Aiman:
 seorang jurutera makenikal.
 seorang yang bertanggungjawab.
Cth - menghantar Aiman yang gagap untuk mendapatkan rawatan
intensif dan terapi.
 bengis dan garang.
Cth - pernah merotan dan menampar Aiman kerana kedegilan
anaknya.
3. Ibu Aiman:
 Penyayang.
Cth - berasa kasihan melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
 Taat/ patuh kepada suami.
Cth - Ibu Aiman tidak membantah apabila suaminya merotan
Aiman. Dia hanya menentang di dalam hati sahaja.
 Penyabar
Cth -sabar dengan sikap suaminya mendidik Aiman dengan garang.
1. Masyarakat remaja yang pintar dan bercita-cita
tinggi.
 Aiman Aqil murid yang pintar dan mempunyai cita-
cita yang tinggi untuk menjadi seorang
angkasawan.
2. Masyarakat yang mementingkan pelajaran.
 Babah menegur Aiman apabila dia mengganggu
adik-adiknya membuat kerja sekolah. Babah marah
apabila Aiman ponteng sekolah.
3. Golongan ibu bapa yang tegas.
 Babah tegas menjaga disiplin anak-anaknya. Aiman
sering dipukul kerana suka melawan dan
memberontak.
4. Masyarakat saintis dan penyelidikan.
 Isaac Newton mencipta Teori Graviti, Niel Amstrong
angkasawan , dan Paul Broca pula pakar anatomi
dan antropologi.
1. Hadapan sebuah bukit
 Di hadapan sebuah bukit, Aiman melihat sebuah
banglo ditimpa tanah runtuh.
2. Dalam kelas
 Dalam sebuah kelas di sebuah sekolah, Cikgu Faridah
meminta Aiman menjawab soalan yang berkaitan
dengan Teori Graviti.
3. Rumah keluarga Aiman
 Di rumahnya, Aiman mengganggu adik-adiknya yang
sedang menyiapkan kerja sekolah. Di rumah itu juga
dia dimarahi dan dirotan oleh ayahnya kerana suka
menimbulkan masalah.
1. Zaman moden
 Pada zaman moden, sudah wujud Stesen Angkasa
Antarabangsa yang menjadi tempat angkasawan
menjalankan kajian .
2. Waktu siang
 Pada akhir cerita, Aiman mendongak ke langit dan
ternampak awan berarak. Ketika itu dikatakan “ sang suria
terus setia memancarkan cahayanya”.
3. Waktu tengah hari
 (a) Aiman dilahirkan pada waktu tengah hari, iaitu ketika “
sang suria memuncaki ubun-ubun “.
 (b) Aiman ditegur oleh gurunya apabila dia mengganggu
Chee Keong. Waktu itu “ suria berkedudukan 90 darjah tetap “.
i. Kasih sayang.
Cth - Ibu aiman amat menyayangi anak-anaknya dan
sedih apabila Aiman dirotan oleh bapanya.
ii. Kebijaksanaan.
Cth - Aiman dapat menyelesaikan masalah matematik
tingkatan 5 walaupun baru bersekolah rendah.
iii. Tanggungjawab.
Cth - Bapa Aiman bertanggungjawab mendapatkan
rawatan intensif dan latihan terapi kepada Aiman yang
telah gagap pertuturannya.
i. Kita mestilah menyayangi keluarga kita.
Contoh - Ibu Aiman menyayangi anak-anaknya dan sedih apabila
melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
ii. Kita mestilah bertanggungjawab menjaga kesihatan keluarga kita.
Contoh - Bapa Aiman mendapatkan rawatan intensir dan terapi
kepada Aiman yang gagap pertuturannya.
iii. Kita mesti bersabar apabila berdepan dengan masalah.
Contoh - Ibu Aiman bersabar apabila melihat Aiman dirotan oleh
bapanya.

Cerpen hipertensi

  • 1.
    Sinopsis Melalui cerpen ini,penulis menggambarkan kisah seorang pemuda, iaitu Aiman Aqil yang berusia awal dua puluhan yang berada di lereng cerun bukit. Dia memerhatikan bukit yang ditarah sambil mengimbas kembali kisah kehidupannya. Dia juga sedang memikirkan impiannya yang ingin menjadi seorang angkasawan yang belum menjadi kenyataan. Ketika zaman persekolahan, Aiman merupakan seorang murid yang pintar.Ketika sebiji mempelam gugur di hadapannya, dia teringatkan Teori Graviti yang dipopularkan oleh Newton. Sambil memikirkan teori tersebut, dia terkenang kembali kisah antara dia dengan Cikgu Faridah ketika mereka berada di dalam kelas. Pada ketika itu, dia dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh Cikgu Faridah dengan baik dan dikagumi oleh rakan sekelasnya. Selepas itu, Aiman teringat pula kisahnya mengusik dua orang adik perempuan ketika menyiapkan kerja rumah. Dia teringat juga sikapnya yang selalu ponteng sekolah sehingga dirotan oleh bapanya yang dipanggil Babah. Baginya, sebagai murid yang baru berusia lapan tahun, tetapi telah mampu menyelesaikan masalah Matematik murid tingkatan lima, dia tidak perlu hadir ke sekolah.Dia juga pernah mengusik rakan sekelasnya yang tidak dapat menyelesaikan soalan Matematik sehingga dimarahi oleh gurunya.
  • 2.
    Aiman mengimbas kembaliperistiwa protesnya terhadap babah kerana merotannya. Ketika dia ponteng sekolah selama seminggu, dia berangan-angan seolah-olah dia telah berjaya memperoleh ijazah dalam bidang aeroangkasa. Ketika itu, dia memanjat pokok kelapa yang ada berhampiran rumahnya agar dia dapat membayangkan angkasa lepas yang sebenar. Dia dirotan lagi oleh babahnya. Oleh sebab minatnya dalam bidang aeroangkasa, dia terus membayangkan dia sedang mengikuti latihan intensif bawah program aeroangkasa bersama-sama dengan pihak Rusia. Ketika itu, dia seolah-olah berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa sedangkan dia sebenarnya berada di atas pokok kelapa. Selain itu, dia juga mengimbas kembali layanan kasar babah terhadap dirinya. Dia menjadi gagap kerana selalu ditampar oleh babahnya. Dia teringat pula kisah Paul Broca , iaitu pakar antropologi yang telah berjaya mengatasi masalah gagap melalui teknologi perlakuan. Bagi Aiman, babah sepatutnya mempelajari teori itu supaya dapat bertindak lebih mesra dengannya. Ketika dia berhalusinasi itulah, dia terdengar bisikan supaya dia lebih mendekati Allah. Dia tersedar daripada lamunan ketika di lereng cerun bukit itu.
  • 3.
    1. Persoalan adabmenuntut ilmu Contoh: Sikap Aiman yang tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu Faridah di dalam kelas telah menyebabkan Cikgu Faridah hilang sabar. 2. Persoalan peranan ibu bapa dalam keluarga Contoh: Ayah dan ibu Aiman ingin mengetahui punca Aiman ponteng sekolah. 3. Persoalan sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain Contoh: Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat menyelesaikan tugasan Matematik.
  • 4.
    Bertemakan "keinginan yangtinggi dalam bidang yang diingini sehingga menyebabkan seseorang berimaginasi". Contohnya; Aiman sangat meminati bidang aeroangkasa sehingga berimaginasi mendarat ke bulan dengan menaiki kapal Soyuz yang diterbangkan dari Stesen Angkasa Antarabangsa.
  • 5.
    1. Aiman Aqil: berwajah cengkung dan jari-jemarinya yang kurus runcing.  anak sulung daripada 3 beradik.  gagap semasa bercakap. Cth - mulutnya akan menganga lebar sebelum kata-kata dapat dikeluarkan dari mulutnya. 2. Bapa Aiman:  seorang jurutera makenikal.  seorang yang bertanggungjawab. Cth - menghantar Aiman yang gagap untuk mendapatkan rawatan intensif dan terapi.  bengis dan garang. Cth - pernah merotan dan menampar Aiman kerana kedegilan anaknya.
  • 6.
    3. Ibu Aiman: Penyayang. Cth - berasa kasihan melihat Aiman dirotan oleh bapanya.  Taat/ patuh kepada suami. Cth - Ibu Aiman tidak membantah apabila suaminya merotan Aiman. Dia hanya menentang di dalam hati sahaja.  Penyabar Cth -sabar dengan sikap suaminya mendidik Aiman dengan garang.
  • 7.
    1. Masyarakat remajayang pintar dan bercita-cita tinggi.  Aiman Aqil murid yang pintar dan mempunyai cita- cita yang tinggi untuk menjadi seorang angkasawan. 2. Masyarakat yang mementingkan pelajaran.  Babah menegur Aiman apabila dia mengganggu adik-adiknya membuat kerja sekolah. Babah marah apabila Aiman ponteng sekolah.
  • 8.
    3. Golongan ibubapa yang tegas.  Babah tegas menjaga disiplin anak-anaknya. Aiman sering dipukul kerana suka melawan dan memberontak. 4. Masyarakat saintis dan penyelidikan.  Isaac Newton mencipta Teori Graviti, Niel Amstrong angkasawan , dan Paul Broca pula pakar anatomi dan antropologi.
  • 9.
    1. Hadapan sebuahbukit  Di hadapan sebuah bukit, Aiman melihat sebuah banglo ditimpa tanah runtuh. 2. Dalam kelas  Dalam sebuah kelas di sebuah sekolah, Cikgu Faridah meminta Aiman menjawab soalan yang berkaitan dengan Teori Graviti. 3. Rumah keluarga Aiman  Di rumahnya, Aiman mengganggu adik-adiknya yang sedang menyiapkan kerja sekolah. Di rumah itu juga dia dimarahi dan dirotan oleh ayahnya kerana suka menimbulkan masalah.
  • 10.
    1. Zaman moden Pada zaman moden, sudah wujud Stesen Angkasa Antarabangsa yang menjadi tempat angkasawan menjalankan kajian . 2. Waktu siang  Pada akhir cerita, Aiman mendongak ke langit dan ternampak awan berarak. Ketika itu dikatakan “ sang suria terus setia memancarkan cahayanya”. 3. Waktu tengah hari  (a) Aiman dilahirkan pada waktu tengah hari, iaitu ketika “ sang suria memuncaki ubun-ubun “.  (b) Aiman ditegur oleh gurunya apabila dia mengganggu Chee Keong. Waktu itu “ suria berkedudukan 90 darjah tetap “.
  • 11.
    i. Kasih sayang. Cth- Ibu aiman amat menyayangi anak-anaknya dan sedih apabila Aiman dirotan oleh bapanya. ii. Kebijaksanaan. Cth - Aiman dapat menyelesaikan masalah matematik tingkatan 5 walaupun baru bersekolah rendah. iii. Tanggungjawab. Cth - Bapa Aiman bertanggungjawab mendapatkan rawatan intensif dan latihan terapi kepada Aiman yang telah gagap pertuturannya.
  • 12.
    i. Kita mestilahmenyayangi keluarga kita. Contoh - Ibu Aiman menyayangi anak-anaknya dan sedih apabila melihat Aiman dirotan oleh bapanya. ii. Kita mestilah bertanggungjawab menjaga kesihatan keluarga kita. Contoh - Bapa Aiman mendapatkan rawatan intensir dan terapi kepada Aiman yang gagap pertuturannya. iii. Kita mesti bersabar apabila berdepan dengan masalah. Contoh - Ibu Aiman bersabar apabila melihat Aiman dirotan oleh bapanya.