SIMPULAN BAHASA

   •   Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
   •   Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud
       yang tepat dan padat.

Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:

 Simpulan Bahasa                                  Maksudnya
ada angin          berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hati           mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan
                   atau memiliki sesuatu
air muka           rupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayam     tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakat          mempunyai tokoh atau perwatakan
alas perut         makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan
                   makanan yang mengenyangkan
anak angkat        anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapa          anak yang disayangi oleh bapa
anak buah          orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emas          anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kaki        meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas angin         negara-negara di sebelah barat
atas pagar         tidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatan      orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasar       bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulut       orang yang banyak bercakap
batu api           orang yang suka menghasut
batu loncatan      sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacang     tali persaudaraan yang jauh
bawah angin        negara-negara di sebelah timur
bekas tangan       hasil kerja tangan seseorang
beralih akal       berubah fikiran atau pendapat
beralih angin      pergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hati         enggan; malas
berat mulut        pendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulang       orang yang malas bekerja
berat sebelah      tidak berlaku adil
berbelah bagi      sukar untuk membuat keputusan
berhati batu       degil dan sukar menerima nasihat
berhutang budi     patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka dua        tidak jujur
bertikam lidah     bertengkar; berdebat
besar hati         bergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepala       degil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hati          orang yang dikasihi atau dipuja
buah mulut         sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
bush tangan        hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hat!      bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk siku      mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hati       tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
cahaya mata     anak
cakar ayam      tulisan yang buruk
campur tangan   turut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalan      berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
epat tangan     suka mencuri
dalam tangan    sudah pasti akan diperoleh
darah daging    anak kandung
durian runtuh   keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji buta       mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-
                sungguh

Simpulan bahasa

  • 1.
    SIMPULAN BAHASA • Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah. • Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat. Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut: Simpulan Bahasa Maksudnya ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika ada hati mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu air muka rupa atau wajah seseorang ajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang ada bakat mempunyai tokoh atau perwatakan alas perut makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan anak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri anak bapa anak yang disayangi oleh bapa anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara anak emas anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya angkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab atas angin negara-negara di sebelah barat atas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihak ayam tambatan orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan bahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya banyak mulut orang yang banyak bercakap batu api orang yang suka menghasut batu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati bau-bau bacang tali persaudaraan yang jauh bawah angin negara-negara di sebelah timur bekas tangan hasil kerja tangan seseorang beralih akal berubah fikiran atau pendapat beralih angin pergi ke sesuatu tempat untuk berehat berat hati enggan; malas berat mulut pendiam atau tidak suka bercakap banyak berat tulang orang yang malas bekerja berat sebelah tidak berlaku adil berbelah bagi sukar untuk membuat keputusan berhati batu degil dan sukar menerima nasihat berhutang budi patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga bermuka dua tidak jujur bertikam lidah bertengkar; berdebat besar hati bergembira atau berbangga akan sesuatu besar kepala degil; sukar menerima pandangan orang lain buah hati orang yang dikasihi atau dipuja buah mulut sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai bush tangan hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
  • 2.
    bulat hat! bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad buruk siku mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain buta hati tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam cahaya mata anak cakar ayam tulisan yang buruk campur tangan turut serta atau mencampuri urusan orang lain cari jalan berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu epat tangan suka mencuri dalam tangan sudah pasti akan diperoleh darah daging anak kandung durian runtuh keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka gaji buta mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh- sungguh