Dokumen tersebut memberikan panduan tentang teknik FACLK (Fokus, Akibat, Contoh, Langkah, Kepentingan) untuk membangun pendahuluan karangan SPM secara efektif. Teknik ini melibatkan penulisan ayat pertama tentang fokus soalan, diikuti akibat, contoh, langkah, dan kepentingan. Contoh pendahuluan menggunakan teknik ini juga diberikan untuk dua soalan berbeza. Guru menekankan penting
Slide 1:
KARANGAN YANG CEMERLANG
*IDEA/PENDAPAT YANG BERNAS DAN MATANG
Slide 2:
PERENGGAN PENDAHULUAN
-PASTIKAN KARANGAN DAPAT MENARIK MINAT PEMERIKSA
-FIKIRKAN CARA MENULIS PENDAHULUAN YANG MENARIK
-GUNAKAN BAHASA YANG JELAS DAN BERKESAN
PENGOLAHAN YANG MENARIK
Slide 3:
PENDAHULUAN
-SATU PERENGGAN
-MEMBERIKAN TAKRIF/DEFINISI, MENERANGKAN LATAR BELAKANG ISU
-OLAHAN – CONTOH, PERIBAHASA, PENYOALAN SEJARAH DLL
-AYAT TERAKHIR PEMBUKA ISI (AYAT ARAH)/FOKUS KEPADA KEHENDAK SOALAN
Slide 4:
[Soalan 2] Kes gejala sosial seperti lumba haram, penyalahgunaan dadah, ragut dan lain-lain lagi semakin berleluasa berlaku di negara kita.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang berkesan perlu diambil bagi mengurangkan masalah tersebut di negara kita?
Slide 5:
PENDAHULUAN
-Saban hari, media massa memaparkan isu berkaitan gejala sosial yang semakin berleluasa berlaku di negara kita. Isu ini menjadi buah mulut [Ungkapan Menarik/UM] pelbagai pihak walaupun berbagai-bagai pendekatan telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Semuanya bagai mencurah garam ke laut (UM). Persoalannya, mengapakah masalah kebejatan [Kosa kata luas/KKL] akhlak semakin menjadi-jadi dan tidak menampakkkan ada kesudahannya. Sehubungan dengan itu, sekiranya kita perhalusi, ada sebab-musababnya kes-kes berkaitan gejala sosial ini terus meningkat. Daripada sebab-musabab inilah seyogianya (KKL) kita melaksanakan beberapa
Slide 6:
-Sambungan perenggan pendahuluan
tindakan demi mengurangkan masalah yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan pembangunan negara. Kebanyakan kes gejala sosial melibatkan golongan remaja. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara (UM) merupakan slogan yang sering kita dengari. Sekiranya masalah ini tidak dapat kita atasi, tidak mustahil negara akan mengalami kehancuran. Oleh itu, pelbagai prakarsa (KKL) perlu dilaksanakan bagi merealisasikan (KKL) impian melahirkan rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat, yakni tidak terlibat dengan gejala sosial. (AYAT ARAH – Langkah untuk mengurangkan gejala sosial)
Slide 7:
Idea/Isi:LANGKAH-LANGKAH MENANGANI
-PERANAN IBU BAPA/PERANAN INSTITUSI KELUARGA
-PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN
-PERANAN MEDIA MASSA
-PERANAN INDIVIDU
Slide 8:
ELEMEN PEMERENGGANAN
-AYAT TOPIK / AYAT JUDUL
-AYAT HURAIAN
-AYAT HURAIAN LANJUT
-AYAT CONTOH
-AYAT PENYIMPUL
Slide 9:
PERENGGAN ISI
-[AJ]Memilih qudwah hasanah juga amat penting untuk menjayakan kempen menangani gejala sosial. [AH]Hal ini demikian kerana jika setiap individu perlu mempunyai idola masing-masing untuk dijadikan sumber inspirasi untuk mencapai kejayaan, sudah pasti mereka tidak akan terjebak dengan aktiviti-aktiviti negatif. [AHL]Insan yang sering dijadikan idola ialah tokoh-tokoh agama, politik, ibu bapa dan guru.
Slide 10:
2 Kes gejala sosial seperti lumba haram, penyalahgunaan dadah, ragut dan lain-lain lagi semakin berleluasa berlaku di negara kita. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang berkesan perlu diambil bag

STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1 Mohd Fadil Talib
Seperti seorang pencuri yang berusaha memecah masuk rumah, mereka akan berusaha sedaya mungkin untuk masuk, sama ada melalui tingkap, pintu, bumbung dan jalan-jalan lainnya, begitu jugalah cara untuk menjawab item BM 1. Jika ada kemahuan, pastinya ada jalan...dengan izin-Nya
SOALAN ULANGKAJI SPM 2014 :
1.BM
2.BI
3.MATH
4.SEJARAH
5.SAINS
6.ADD MATH
7.FIZIK
8.KIMIA
9.BIO
10.P.PERAKAUANAN
11.PERDAGANGAN
* 1.untuk dapatkan skema jawapan sila layari
http://e-learningsmktsj2.blogspot.com/
2.Cari nama folder ULANGKAJI SPM 2014 pada box MUAT TURUN BAHAN bahagian paling bawah post dan klik download.
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
1. Teknik (FACLK) dalam membina pendahuluan karangan SPM
Layari laman web kami di http://e-learningsmktsj2.blogspot.com/
Tulisan ilmiah oleh : Cikgu Mohd Khir Kassim
Pendahuluan Karangan SPM
Cara Menulis Pendahuluan Karangan dengan Menggunakan Teknik FACLK
Teknik FACLK (Fokus, Akibat, Contoh, Langkah, Kepentingannya)
Teknik ini memerlukan murid-murid membina ayat pertama dengan merujuk kepada
fokus penyataan (F) dalam soalan. Kemudian, ayat kedua iaitu akibat (A) daripada ayat
pertama tadi. Selepas itu, bina pula ayat ketiga iaitu contoh (C) yang boleh dikaitkan
dengan penyataan soalan. Seterusnya, murid-murid perlu membina ayat keempat, iaitu
langkah (L) dan ayat kelima ialah kepentingannya (K) berdasarkan langkah yang telah
diambil tadi. Kemudian, masukkan peribahasa atau gunakan ungkapan menarik, yang
dirasakan sesuai dalam mana-mana ayat pendahuluan itu tadi. Jika murid-murid dapat
menulis ayat yang ada pertalian rapat antara satu ayat dengan ayat yang lain, sudah pasti
pendahuluan itu menjadi satu pendahuluan yang menarik dan mantap serta menepati
kehendak skema pemeriksa.
Soalan Contoh 1
Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang
berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud.Pada pendapat anda,
mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?
Perenggan Pendahuluan Contoh 1
Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras
kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang
awam. (F) Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara
ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. (A) Fenomena ini sekali gus akan
melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai
menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang,
jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. (C)Oleh itu, semua pihak harus
berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan
2. Teknik (FACLK) dalam membina pendahuluan karangan SPM
Layari laman web kami di http://e-learningsmktsj2.blogspot.com/
Tulisan ilmiah oleh : Cikgu Mohd Khir Kassim
berintegriti dapat dilahirkan. (L) Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu
dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit. (K)
Soalan Contoh 2
Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan
kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi.Jelaskan kelebihan bangunan
bersejarah tersebut.
Perenggan Pendahuluan Contoh 2
Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan memang banyak terdapat
di negara kita yang perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang
tinggi. (F) Bangunan tersebut boleh dijadikan fakta sejarah yang menarik pelancong asing
ke negara kita. (A) Oleh itu, Pulau Pinang dan Melaka yang telah diisytiharkan sebagai
tapak warisan dunia oleh UNESCO baru-baru ini masih banyak memiliki bangunan
bersejarah seperti di Fort Cornwalis di Pulau Pinang dan Bangunan Stadhuyst di
Melaka. (C) Jadi, kerajaan kedua-dua buah negeri tersebut perlulah mengekalkan
bangunan-bangunan bersejarah tersebut jika tidak mahu perisyhtiharan itu ditarik
balik. (L) Oleh itu, langkah yang diambil oleh UNESCO itu perlu disokong kerana hal ini
pasti meningkatkan imej negara. (K)
Pesanan seorang guru
Murid-murid harus menyedari bahawa perenggan pendahuluan sama pentingnya dengan
perenggan isi dan perenggan penutup. Perenggan pendahuluan juga akan memberikan
gambaran atau impression awal tentang keseluruhan karangan murid-murid. Oleh hal
yang demikian, cubalah berlatih untuk menulis pendahuluan karangan dengan
menggunakan teknik ini. Sebenarnya, banyak cara lagi untuk menulis pendahuluan
karangan dan cikgu mendangkan satu lagi teknik tambahan kepada murid-murid. Jadi,
murid-murid mempunyai banyak cara yang boleh dipilih untuk menulis perenggan
pendahuluan.
3. Teknik (FACLK) dalam membina pendahuluan karangan SPM
Layari laman web kami di http://e-learningsmktsj2.blogspot.com/
Tulisan ilmiah oleh : Cikgu Mohd Khir Kassim
Bagi calon-calon STPM, biasakan diri dengan menulis perenggan pendahuluan karangan
yang panjangnya lebih kurang 90 hingga 100 perkataan. Bagi calon-calon SPM pula,
biasakan diri dengan menulis pendahuluan karangan yang panjangnya lebih kurang 50
hingga 60 perkataan. Bagi calon-calon STPM, ingatlah bahawa markah perenggan
pendahuluan sudah ditetapkan sebanyak 3 markah, dan kelemahan perenggan
pendahuluan sudah pasti akan menjejaskan markah aspek relevan (R)dan juga
mempengaruhi markah pengolahan (P).