Penduduk merupakan sumber manusia penting bagi negara kerana ia boleh digunakan sebagai tenaga kerja, intelek, dan pasaran domestik. Kualiti penduduk Malaysia tinggi dalam industri dan perkhidmatan, tetapi kebanyakan masih berada di kelas pertengahan dengan kemahiran insaniah yang lemah.
2. Penduduk sebagai sumber manusia
merujuk kepada sumber manusia
sebagai aset kepada negara dalam
bentuk tenaga kerja, tenaga
intelek dan sumber pasaran
domestic yang diukur berdasarkan
kuantiti, kualiti serta umur dan
jantinanya.
3. i. Kuantiti penduduk merujuk kepada bilangan atau
saiz penduduk di sesebuah negara. Penduduk
yang ramai membolehkan sesebuah negara itu
memiliki sumber tenaga kerja yang banyak.
ii. Kualiti penduduk merujuk kepada mutu penduduk
sesebuah negara yang diukur berdasarkan
kepada Tahap pendidikan dan kemahiran,
kesihatan, keterbukaan minda, kemahiran
insaniah (soft skill) yang dimiliki dll.
4. i. Jumlah/ saiz penduduk yang ramai akan
membantu perluasan pasaran dalam Negara.
Produk tempatan dapat dijual dengan banyak
kerana penduduknya ramai dan kuasa beli
meningkat. Kesannya ekonomi berkembang
maju.
ii. Jumlah penduduk yang ramai jugs membekalkan
tenaga kerja yang banyak untuk diserap-an
dalam sector pertanian, perindustrian, perkhio
ratan dll. Kesannya sector-sektor ekonomi
berkembang maju kerana penawaran buruh yang
ramai.
5. i. Buruh yang berpengetahuan (k-workers) untuk
menerajui sektor ekonomi moden yang
berasaskan teknologi maklumat.
ii. Buruh yang mahir dan khusus dalam bidang-
bidang tertentu/kepakaran buruh yang tinggi
khususnya dalam sektor perindustrian dan
perkhidmatan.
iii. Buruh yang mobile – bersikap terbuka,
mudah dilatih dan memiliki kemahiran
insaniah (soft skill) yang tinggi.
6. Malaysia memiliki kualiti buruh berkemahiran
tinggi dan berpengetahuan untuk memajukan
sector perindustrian, perkhidmatan dan
perniagaan. Namun begitu majoriti buruh masih
berada di kelas pertengahan yang bersikap
memilih kerja dan masih lemah dalam aspek
kemahiran insaniah.
7. i. Aktiviti penyahutanan seperti pembalakan secara
besar-besaran, penebangan hutan untuk
dijadikan tapak ladang kelapa sawit/ getah akan
menyebabkan pencerahan hutan, tanah
tergondol, terhakis dll.
ii. Aktiviti memotong, meneres dan menarah bukit/
kaki cerun untuk pembinaan jalan raya, kawasan
perumahan kondominium akan menyebabkan
hakisan tanah serta tanah runtuh. Kesan
runtuhan tanah dan jatuhan batu akan kelihatan
di cerun-cerun bukit yang telah dipotong dan
ditarah itu.
8. i. Landskap hutan semula jadi bertukar kepada tanaman
getah dan kelapa sawit. Ini berlaku apabila hutan
dinyahkan untuk dijadikan kawasan perladangan kelapa
sawit dan getah seperti di wilayah JENGKA, KEJORA,
KETENGAH, DARA dll.
ii. Kewujudan kawasan taman perumahan/estet perumahan
yang luas apabila kawasan hutan dan pays di pinggir
bandar ditebang dan ditebusguna untuk dijadikan kawasan
petempatan secara berperingkatperingkat/fasa.
iii. Kewujudan jaringan pengangkutan seperti lebuh raya,
jalan raya dan jalan keretapi apabila kawasan lembah dan
bukit diteroka ,diteres, dipotong, ditebuk untuk dibina
rangkaian pengangkutan darat berkenaan.