SlideShare a Scribd company logo
BAHAGIAN A 
Setiap penyelidikan yang dijalankan, bermula dengan permasalahan yang ditemui 
oleh pengkaji. Berasaskan permasalahan tersebut, pengkaji perlu memilih 
pendekatan yang sesuai untuk mengumpulkan data-data berkaitan. Sehubungan itu 
pendekatan yang dipilih perlulah berdasarkan matlamat dan objektif kajian. Menerusi 
pendekatan kualitatif pengkaji dapat menerangkan keadaan sebenar tentang apa 
yang berlaku dalam lapangan selain ia bersifat humanistik, induktif dan holistik. 
Melalui pemerhatian, hubungan pengkaji dan peserta kajian akan menjadi rapat dan 
dengan itu mereka boleh menjelaskan lagi hasil pemerhatian. Kaedah temubual pula, 
dapat menghasilkan data yang bersifat fleksibel kerana pengkaji boleh 
mengemukakan soalan bagi mendapatkan data yang menyeluruh. Begitu juga 
dengan penggunaan bukti dokumen, berupaya memperkukuhkan lagi data yang 
dipungut pada awal iaitu data pemerhatian dan temubual. Paling penting menerusi 
gabungan data pemerhatian, temubual dan bukti dokumen membolehkan proses 
triangulasi dijalankan.
BAHAGIAN B 
Pendekatan kualitatif menekankan sumbangan yang banyak dalam bidang 
penyelidikan. Pendekatan ini juga memberikan keyakinan yang jelas terhadap 
kesahan, keputusan dan fakta. 
Tugas penyelidik kualitatif adalah membuktikan percakapan dan perbuatan 
manusia hasil daripada cara mereka menginterprestasikan kerumitan dunia mereka. 
Penyelidik kualitatif juga perlu memahami peristiwa kejadian dan perspektif 
responden. Dunia kehidupan respondenlah yang merangkumi bidang penyelidikan 
dan penyiasatan. Kebenaran dalam konteks ini tertakluk pada kecenderungan tidak 
menentu yang humanistik. 
Eisher (1979) menjelaskan, kaedah kualitatif menitikberatkan proses akibat 
dan keseluruhan yang tersusun bukannya pembolehubah bebas yang mementingkan 
maksud bukannya statistik berkaitan tingkah laku. Kaedah kualitatif lebih berminat 
pada kesimpulan yang berdasarkan konteks yang berpotensi mewujudkan polisi baru 
dan keputusan yang berbentuk kependidikan. 
Borton dan Lazarsfeld (1969) merumuskan kelebihan pendekatan kualitatif 
adalah seperti jaringan yang dibentangkan ke laut oleh nelayan laut dalam. Begitu 
jugalah penyelidikan kualitatif. Berbeza dengan kebanyakan kaedah tradisional 
terhadap pengujian pengalaman pendidikan, penyelidikan kualitatif diklasifikasikan 
melalui pemilihan metodologi, orientasi yang bebas daripada hipotesis dan 
penerimaan implisit pada kejadian alam semula jadi bagi segala peristiwa. Penyelidik 
memperoleh pengertian berkaitan perspektif orang dalaman disebabkan keperluan 
menjalinkan dan mengekalkan hubungan rapat dengan responden dan aktiviti 
responden. Hubungan yang rapat ini membolehkan penyelidik melihat dan 
mendokumentasikan kualiti sosial dan interaksi pendidikan yang sering ditinggalkan 
oleh penyelidik yang menggunakan kaedah penyelidikan positivistik. 
Oleh kerana laporan kualitatif tidak dibentangkan sebagai penjumlahan 
statistik tetapi lebih kepada penerangan penyelidikan, ini mungkin memberikan 
faedah kepada pelatih. Guru biasa, pekerja sosial dan jururawat adalah antara
mereka yang mungkin tidak mempunyai pengetahuan dalam teknik pengukuran yang 
canggih. Dengan itu, mereka mungkin cuba beralih kepada laporan kualitatif bagi 
menguji pengetahuan yang mungkin tidak bernilai. Tetapi pada masa yang sama 
memperoleh pemahaman baru berkaitan usaha-usaha mereka. 
Terdapat lima ciri penting dalam penyelidikan kualitatif seperti berikut: 
1. Keaslian (Naturalistik) 
Penyelidikan kualitatif mempunyai kawasan yang berkaitan terus dengan data 
dan penyelidikan mempunyai kaitan terus dengan mengalami sendiri sejumlah 
masa di sekolah, keluarga, dan jiran dengan membuat beberapa tindakan 
seperti penggambaran, penyuntingan, temubual, lakonan, penceritaan dan 
lain-lain. 
2. Penerangan Ringkasan Data (Description Data) 
Pengumpulan maklumat dalam bentuk perkataan atau gambar dan tidak 
dalam bentuk angka. Data yang didapati adalah dalam bentuk temubual, nota 
kerja, gambar, rakaman video, dokumen dan rekod rasmi. 
3. Mengutamakan Kaedah Proses 
Penyelidik kualitatif mengutamakan kaedah atau proses daripada 
mendapatkan keputusan atau hasil dan sangat berusaha dalam penyelidikan 
berkaitan pendidikan yang melibatkan guru dan pelajar dengan keberkesanan 
kaedah pengajaran dan pembelajaran, strategi-strategi kualitatif boleh 
diterjemahkan dalam kegiatan, peraturan dan perhubungan harian. 
4. Induktif 
Penyelidikan kualitatif menganalisa data secara induktif bermaksud 
mendapatkan lebih banyak maklumat dalam tempoh masa yang panjang dan 
membuat beberapa andaian sehingga berjaya membuat keputusan 
muktamad.
5. Bermakna (Meaning) 
Penyelidik menggunakan pendekatan bagaimana orang-orang menyarankan 
kehidupan harian mereka seperti pendidikan anak-anak mereka. 
BAHAGIAN C 
Kekuatan dan Kelebihan Pendekatan Kualitatif 
Antara kelebihan dan kekuatan pendekatan kualitatif adalah: 
1. Pendekatan kualitatif dapat menerangkan keadaan sebenar menerusi kajian 
yang bersifat induktif, humanistik dan holistik serta mementingkan pandangan 
peserta kajian (Taylor & Bodgan), dan dengan pendekatan ini membolehkan 
pengkaji menemui pembolehubah bermakna, menghasilkan pelbagai 
kesimpulan kajian kerana pendekatan ini tidak berasaskan teori, generalisasi 
dan hipotesis. 
2. Data awal yang diperoleh pengkaji boleh mengubahsuai fokus dan soalan 
kajian. Cara ini berpotensi mengaplikasikan data yang berkaitan dengan 
konteks kajian yang lengkap dan mendalam (Glense & Peshkin 1992). 
3. Pengkaji merupakan alat kajian yang boleh melakukan pertimbangan peribadi 
dan budi bicara sepanjang proses pengumpulan data iaitu dengan membina 
rumusan kajian yang bermakna (Crowson 1987). 
4. Pengutipan data melalui pemerhatian, temubual dan bukti dokumen 
membolehkan proses triangulasi dilakukan. Dengan proses triangulasi 
dapatan data akan lebih tepat dan meyakinkan kerana ia berpunca daripada 
pelbagai maklmuat (Yin 1994). 
5. Pendekatan kualitatif dapat membongkar dan memberi pemahaman terhadap 
apa yang berlaku di sebalik sebarang fenomena yang kurang diketahui 
(Strauss & Corbin 1990). 
6. Marshall dan Rossman (1989) berpendapat pendekatan kualitatif dapat 
menghuraikan dan menjelaskan data secara terperinci dan mendalam. 
7. Menurut Patton (1990) data kualitatif mengandungi petikan secara tidak 
langsung tentang perasaan, pengalaman, pendapat dan pengetahuan yang
diperoleh melalui temubual. Perincian deskripsi tentang aktiviti, tingkah laku 
peserta kajian boleh diambil daripada pelbagai jenis dokumen. 
BAHAGIAN D 
Pengumpulan data dalam sesuatu penyelidikan boleh dilakukan menerusi 
pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan kualitatif bersifat diskriptif, tidak 
mengutamakan data-data berbentuk numerikal serta lebih kepada penghuraian 
makna terhadap perkara yang dikaji. 
Pengumpulan data dalam pendekatan kualitatif boleh dijalankan menerusi kaedah 
pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Catatan nota lapangan yang dibuat 
semasa pemerhatian boleh membantu proses penganalisisan data manakala 
temubual yang dilakukan pula dapat mengesan data yang tidak dapat diperhatikan 
semasa sesi pemerhatian. Seterusnya penggunaan bukti dokumen pula 
membolehkan pengkaji membanding dan memperkukuhkan data yang diperolehi 
daripada pemerhatian dan temubual. 
Proses pengumpulan data dalam sesuatu kajian sama ada dalam kajian tindakan 
atau kajian berbentuk konvensional merupakan tahap yang paling rumit. Lebih-lebih 
lagi jika pengkaji merupakan seorang yang sibuk dan mempunyai tugas yang padat. 
Maksud Pendekatan Kualitatif dan Kuantitatif 
Pendekatan kualitatif berasaskan kualiti. Ia bersifat deskriptif, kurang berstruktur dan 
lebih kepada penghuraian ‘makna’ terhadap perkara yang dikaji. Ia tidak 
mengutamakan data-data berbentuk numerikal dan lebih menumpukan kepada 
proses kajian. Skop kajiannya pula melibatkan bilangan peserta kajian yang kecil dan 
penghuraian data bersifat deskriptif. 
Kaedah Pengumpulan Data dalam Pendekatan Kualitatif 
Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data dalam menjalankan kajian 
berasaskan pendekatan kualitatif. Antaranya kaedah pemerhatian, tembual dan bukti 
atau analisis dokumen. Kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif 
misalnya banyak kelebihan antaranya membolehkan pengkaji bertemu peserta kajian
dan berinteraksi dengan mereka serta membuat pemerhatian dengan rasa empati 
(Lincoln & Guba 1985). Menurut Marohaini (1996), “Penyelidikan yang menggunakan 
pendekatan kualitatif akan dapat membuahkan pemahaman yang lebih baik tentang 
perlakuan yang diperhatikan. Hal ini disebabkan pengkaji berperanan sebagai alat 
penyelidikan yang sensitif dan berkeupayaan untuk bertindak balas kepada peserta 
dan konteks kajian. Untuk memahami perlakuan seseorang manusia, maka manusia 
adalah alat yang sebaik-baiknya digunakan. Sebagai manusia, ia akan dapat 
menggunakan pengetahuan dan pengalamannya untuk meneliti dan menelaah apa 
yang dikaji dengan bermakna. 
Pemilihan Tempat Kajian 
Menurut Bogdan dan Biklen (1989), penyelidik yang menggunakan pendekatan 
kualitatif akan menjalankan kerja lapangan dalam mengumpulkan data dan dengan 
itu pengkaji perlu menentukan tempat kajiannya seperti sekolah, kantin, pejabat dan 
lain-lain. Untuk memilih tempat kajian bagi melaksanakan penyelidikan seseorang 
penyelidik mempunyai alasan tersendiri (Spradley 1980). Taylor dan Bogdan (1984), 
Marshall dan Rossman (1995) telah mencadangkan empat kriteria utama dalam 
memilih tempat kajian iaitu (i) situasi, (ii) lokasi tersebut mudah dimasuki, (iii) 
kredibiliti dan kualiti data terjamin dan (iv) hubungan yang erat antara pengkaji dan 
peserta kajian boleh terjalin. 
Dalam pendekatan ini pengkaji juga perlu memikirkan kos penyelidikan, masa dan 
jarak tempat kajian iaitu seperti sekolah, pejabat dan lain-lain. Hal ini bertepatan 
dengan saranan Jorgeson (1989) yang mencadangkan pengkaji perlu menggunakan 
akal dan fikiransebagai langkah yang bijak semasa membuat keputusan menentukan 
tempoat kajian. Pengkaji juga perlu yakin akan data-data yang dikumpul terjamin 
mutunya. Jelasnya penentuan tempat kajian, minat, hubungan yang erat seperti 
dengan pihak sekolah dan peserta kajian serta kos penyelidikan akan menjamin 
dapatan data yang berkualiti.
Pemilihan dan Penentuan Peserta Kajian 
Pemilihan peserta kajian dalam pendekatan kualitatif adalah berasaskan prinsip 
persetujuan dan kesanggupan mereka melibatkan diri dalam penyelidikan dan bukan 
berasaskan persampelan rawak. Penentuan dan pemilihan peserta kajian adalah 
berasaskan tujuan dan soalan-soalan kajian yang telah ditetapkan lebih awal. 
Sebagai contoh, pengkaji boleh menentukan empat orang guru yang mengajar 
sesuatu mata pelajaran dalam kelas dan melihat kaedah pengajaran yang 
diamalkan. Menurut Patton (1990) tidak ada satu peraturan tertentu untuk 
menentukan saiz sampel dalam penyelidikan inkuiri. Walau bagaimanapun pada 
umumnya kajian yang dilakukan secara kualitatif memerlukan saiz yang sedikit dan 
dipilih secara bertujuan atau purposeful sampling. 
Kaedah Pengumpulan Data Kualitatif 
1. Pemerhatian 
Pemerhatian berasal daripada kajian ethnografik yang bertujuan mempelajari 
perspektif populasi yang dikaji dalam konteks peserta kajian sendiri. Pemerhatian 
merupakan satu cara untuk mendapatkan data penyelidikan secara terus dan 
semulajadi dan ia boleh dilakukan menerusi tiga cara iaitu: 
1. Pemerhatian Tidak Turut Serta : Pengkaji hanya melakukan pemerhatian dan 
mengutip data tanpa perlu mewujudkan apa-apa interaksi dengan peserta 
kajian dan persekitarannya. 
2. Pemerhatian Turut Serta : Memerlukan penglibatan pengkaji dalam 
persekitaran dan aktiviti peserta kajian. 
3. Pemerhatian Separa Turut Serta : Menggunakan ciri-ciri pendekatan kedua-dua 
kaedah. 
Mohd Majid (1990) menyarankan bahawa pemerhatian adalah sesuai digunakan 
untuk mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial. Semasa 
pemerhatian dijalankan, pengkaji dapat mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh 
peserta kajian dan melihat sendiri tingkah laku mereka. Mengikut Majid lagi
maklumat yang diperolehi menerusi pemerhatian mempunyai nilai yang tinggi 
seandainya dilakukan secara objektif. Penglibatan lama oleh pengkaji dalam 
pemerhatian akan menghasilkan maklumat yang boleh dipercayai. Menurut Jacob 
(1988) pemerhatian boleh dilakukan untuk merakamkan pengajaran dan 
pembelajaran dalam kelas dalam keadaan semulajadi. 
2. Pemerhatian tanpa turut serta 
Pemerhatian tidak turut serta atau non-partisipative observation membolehkan 
pengkaji mempelajari bagaimana rasa dan perasaan apabila berada dalam 
kehidupan sebenar peserta kajian. Walau bagaimanapun, pengkaji perlu kekal 
sebagai orang luar bagi membolehkan pengkaji membuat laporan penyelidikan yang 
tepat. Menerusi kaedah pemerhatian tanpa turut serta pengkaji tidak melibatkan diri 
atau hadir sama dalam perkembangan tingkah laku peserta kajian atau bergaul 
secara langsung dengan mereka. 
Kelebihan dan kekuatan penggunaan kaedah pemerhatian 
Antara kelebihan keadah pemerhatian dalam pengumpulan data ialah: 
i. Pengkaji dapat menghadirkan diri dan melihat situasi sebenar tempat kajian. 
Selain itu, pengkaji juga dapat mendengar, memerhatikan dan bertanya 
sendiri untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya dapat memahami apa 
yang berlaku di tempat kajian. 
ii. Pengkaji dapat merapatkan lagi hubungan dengan peserta kajian bagi 
menjelaskan hasil pemerhatian yang dilihat dengan lebih tepat. 
iii. Pemerhatian merupakan kaedah berkesan untuk digunakan dalam bilik darjah 
kerana pengkaji dapat melihat proses yang berlaku secara langsung. Sebagai 
contoh, seorang guru sememangnya sentiasa memerhatikan reaksi murid-muridnya 
bagi memastikan komunikasi berlaku antara guru dan murid serta 
murid dan murid. 
iv. Pemerhatian dapat membantu guru menentukan kesediaan dan penerimaan 
murid terhadap pengajarannya. Apa yang penting dalam proses pemerhatian, 
pengkaji perlu berusaha melakukan pemerhatian tanpa diganggu oleh 
prasangka terhadap peserta kajian.
3. Pemerhatian Berstruktur dan Pemerhatian Tidak Berstruktur 
Terdapat dua cara untuk mendapatkan data melalui kaedah pemerhatian berstruktur 
dan pemerhatian tidak berstruktur. Kedua-dua kaedah ini perlu dibantu dengan alat 
pemerhatian tertentu. Pemerhatian berstruktur boleh menggunakan senarai semak 
pemerhatian manakala pemerhatian tidak berstruktur pula menggunakan catatan 
nota lapangan dan dibantu dengan alat perakam yang merakam segala aktiviti yang 
berlaku dalam pemerhatian tersebut. Data yang diperolehi daripada nota lapangan 
ini akan dianalisis dan dilaporkan dalam bentuk naratif iaitu dengan cara 
memerihalkan semula apa yang terdapat dalam nota lapangan. Antara soalan-soalan 
yang boleh digunakan oleh pengkaji semasa melakukan pemerhatian ialah: 
i. Apa yang hendak diperhatikan: Berdasarkan matlamat penyelidikan maka 
pengkaji perlu menentukan aspek apakah yang perlu diperhatikan seperti 
jenis, turutan peristiwa, perlakuan murid atau perlakuan pengetua, pensyarah 
atau guru. Perkara ini perlu spesifik dan dinyatakan secara eksplisit. 
ii. Mengapa pemerhatian tersebut dilakukan. 
iii. Bilakah pemerhatian hendak dijalankan dan tempoh masa diperlukan. 
4. Temubual 
Data-data juga boleh diperolehi dengan menggunakan kaedah temubual secara 
terus dengan peserta kajian. Berdasarkan kaedah temubual, kita dapat memperolehi 
maklumat berkaitan latar belakang peserta kajian dan maklumat-maklumat lain yang 
diperlukan. Kaedah ini dijalankan kepada individu yang tidak mempunyai masa atau 
kurang faham untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal 
selidik. Temubual bersemuka berkemungkinan adalah kaedah pengumpulan data 
yang sangat bermakna kerana ia mengambil masa yang lama serta dapat beramah 
mesra dengan peserta kajian. Temubual berstruktur adalah kaedah yang terbaik bagi 
soalan terbuka dan mendapatkan maklumat peserta kajian secara terperinci. 
Merriam (1998) menyatakan bahawa terdapat tiga jenis temubual yang boleh 
digunakan dalam pengumpulan data iaitu (i) temubual berstruktur, (ii) temubual
separa berstruktur, dan (iii) temubual tidak berstruktur. Sesi temubual memerlukan 
suasana yang mengizinkan dan berdasarkan kod-kod etika tertentu. Syarat ini perlu 
dipatuhi bagi menentukan pihak ditemubual dapat menyumbangkan maklumat yang 
ikhlas dan fakta yang tepat. 
Temubual berstruktur memerlukan soalan-soalan yang ditujukan kepada peserta 
kajian dirancang bagi mendapatkan respons yang spesifik. Temubual tidak 
berstruktur pula memerlukan pengkaji memulakan sesuatu rangsangan umum 
apabila menyoal. Peserta kajian pula digalakkan memberi respons secara bebas. 
Seterusnya soalan tambahan boleh dikemukakan mengikut keperluan semasa. 
Temubual separa berstruktur pula akan menggabungkan ciri-ciri temubual 
berstruktur dan tidak berstruktur. 
Hitchck dan Hughes (1989) menyarankan beberapa langkah untuk menjalankan 
temubual dengan berkesan iaitu: 
a. Penemubual haruslah menjadi pendengar yang baik dan membenarkan 
peserta kajian menjawab soalan-soalan secara aktif serta menghargai 
pendapat peserta kajian. 
b. Penemubual juga harus berkecuali, tidak menonjolkan pandangan sendiri dan 
tidak menunjukkan reaksi tertentu terhadap peserta kajian. 
c. Penemubual juga harus tenang, ceria dan sentiasa meyakinkan peserta 
kajian bahawa jawapan mereka akan dirahsiakan dan mereka bebas 
memberi apa sahaja pandangan dalam respons. 
Kelebihan dan kekuatan teknik temubual 
i. Data yang diperolehi daripada temubual bersifat fleksibel dan kemungkinan 
besar tidak dapat diperoleh menerusi soal selidik. 
ii. Penemubual boleh mengemukakan soalan-soalan secara terbuka kepada 
peserta kajian bagi mendapatkan maklumat yang mendalam dan menyeluruh. 
iii. Sesi temubual boleh dibuat secara semulajadi, bersahaja dan penemubual 
boleh menyesuaikan situasi menerusi hubungan erat atau rapport dan saling 
percaya mempercayai antara satu dan lain. Jawapan temubual tersebut boleh
menggambarkan pengalaman sebenar yang dilalui oleh peserta kajian boleh 
diambilkira oleh pengkaji (Gay 1981). 
5. Bukti dan analisis dokumen 
Penggunaan bukti dokumen juga merupakan salah satu lagi cara pengumpulan data 
dalam pendekatan kualitatif. Merriam (1998) membahagikan dokumen kepada tiga 
jenis iaitu dokumen atau rekod awam, dokumen peribadi dan bahan-bahan 
berbentuk fizikal (artifak). Dokumen atau rekod awam bertulis seperti dokumen rasmi 
sekolah, minit mesyuarat panitia, majalah sekolah, buku rekod mengajar dan bahan 
bantuan mengajar seperti cara dan pengurusan grafik. Penganalisisan dokumen 
rasmi seperti buku rekod mengajar membolehkan pengkaji menyemak sendiri apa 
yang ditulis oleh peserta kajian berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang 
disampaikan. Begitu juga dengan penganalisisan minit mesyuarat dapat memberi 
input mengenai apakah rancangan pengajaran yang telah dirangka atau 
dilaksanakan oleh peserta kajian. 
Dokumen peribadi pula adalah dokumen yang dihasilkan oleh seseorang (Bogdan & 
Biklen 1988). Contoh dokumen peribadi ialah bahan bantuan yang disediakan oleh 
peserta kajian, buku rujukan, buku catatan, buku latihan pelajar dan buku teks. 
Penganalisisan rekod peribadi membolehkan pengkaji membuat perbandingan dan 
pengesahan apa yang dilakukan dan diperkatakan oleh peserta kajian dalam 
pengajaran di bilik darjah. Setiap dokumen yang digunakan boleh direkodkan dengan 
cara menamakan terlebih dahulu dokumen itu, konteks dokumen dan perkaitannya 
dengan dokumen lain, kepentingan dokumen dan rumusan kandungan dokumen 
(Miles & Huberman 1994). 
Dokumen berbentuk artifak pula merupakan bahan maujud yang boleh menjadi bukti 
dalam sesuatu kajian. Ia mempunyai maklumat mengenai sesuatu persitiwa dan 
budaya serta sesuai dijadikan bahan kajian. Ahli sejarah telah menggunakan bahan 
ini untuk membantu manusia memahami pelbagai perubahan dan pembentukan 
peradaban melalui penelitian terhadap artifak purba seperti bangunan. Pelbagai 
bahan artifak yang ditemui pengkaji telah dapat menjawab persoalan kajian yang 
ditentukan. Begitu juga pada masa yang sama terdapat artifak yang dapat memberi
pengetahuan baru atau persoalan baru yang selama ini tidak difikirkan oleh pengkaji. 
Di sekolah tedapat bahan artifak seperti bangunan bengkel, perpustakaan, brosur 
sekolah, perancangan lima tahun sekolah, senikata lagu, visi dan misi sekolah. 
Proses Pengumpulan Data Kualitatif 
Proses pengumpulan dan penganalisisan data adalah tahap paling penting untuk 
menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu penyelidikan kualitatif. Hal ini 
disebabkan dalam penyelidikan kualitatif, pengkaji merupakan instrumen kajian 
utama dan mereka harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk berhubung 
dengan manusia di sekelilingnya (Marohaini 2001). 
Kajian Rintis 
Sebelum pungutan data sebenar dilakukan, kajian rintis perlu dijalankan sebagai 
persediaan untuk memperbaiki kelemahan yang dialami oleh pengkaji sebelum 
memasuki kajian sebenar. Hal ini diakui oleh Glesne dan Peshkin (1992) yang 
mengatakan bahawa menerusi kajian rintis pengkaji dapat belajar mengenai proses 
kajian, jadual temubual dan teknik pemerhatian. Dapatan kajian rintis ini 
membolehkan pengkaji menyemak semula rancangan kajian. 
Mencatat nota lapangan dalam pengajaran dan pembelajaran 
Nota lapangan merupakan nota yang dibuat oleh pengkaji dalam bentuk asal 
semasa pengumpulan data dilakukan. Antara catatan nota lapangan dalam 
pengajaran dan pembelajaran di kelas seperti amalan, tingkah laku, perasaan dan 
aktiviti yang berlaku semasa berlangsungnya pengajaran. Tujuan pengkaji 
mencatatkan perasaan dan luahan hati peserta kajian semasa melaksanakan 
pengajaran bagi mendapatkan gambaran yang menyeluruh mengenai amalan 
pengajaran guru (Spradley 1980). Catatan dibuat dalam dua bentuk iaitu secara 
verbatim dan deskriptif tetapi walau bagaimanapun catatan secara deskriptif lebih 
diutamakan kerana butir percakapan secara verbatim peserta kajian boleh diperolehi 
daripada pita rakaman. Kesemua aktiviti yang berlaku dalam keseluruhan
pengajaran guru sejak awal sehingga tamat pengajaran boleh dicatat seberapa 
banyak yang termampu oleh pengkaji. 
Temubual Mendalam dan Rakaman Audio atau Video 
Semasa pemerhatian dijalankan pengkaji tidak boleh berinteraksi secara langsung 
dengan peserta kajian malahan segala amalan dan tingkah laku peserta kajian 
termasuk perkataan yang dikeluarkan oleh mereka dicatat atau dirakamkan sahaja. 
Kesemua butir-butir temubual antara pengkaji dan peserta kajian telah dirakamkan 
dengan alat perakam audio. Selain mencatat secara umum isi perbualan, pengkaji 
juga turut mencatatkan gaya percakapan, nada suara, pergerakan mata, mimik muka 
peserta kajian bagi tujuan meneroka isi hati dan perasaan peserta kajian berhubung 
dengan isu yang diperkatakan. Langkah ini amat penting dilakukan dalam kajian 
berbentuk kualitatif bagi mendapatkan gambaran holistik dan tepat mengenai 
maksud jawapan peserta kajian. 
Dokumen Pengajaran 
Antara dokumen yang boleh digunakan dalam kajian adalah seperti buku rekod 
mengajar guru, minit mesyuarat panitia, bahan bantu mengajar seperti pengurusan 
grafik, hasil tugasan pelajar dan buku teks. Kesemua dokumen ini perlu diambil oleh 
pengkaji sebelum, semasa atau sebaik sahaja tamat pemerhatian. Walau 
bagaimanapun, tidak dapat dinafikan pengumpulan dokumen pengajaran yang 
diperlukan terpaksa dilakukan pada hari bukan pemerhatian dijalankan.
RUJUKAN 
Akhbar Ibrahim. 1992. The A-Level Examination: Qualitative and Quantitative 
Data in The Context of Perfomance Monitoring System : Thesis PhD 
University of New Castle Upon – Tyne 
Bogdan, R. C & Biklen, S K. 1989. Qualitative research in education: An 
Introduction to theory and method. Boston : Allyn & Bacon Inc. 
Crawson, R L. 1987. Qualitative research methods in higher education. Dlm 
smart J. C (pynt), higher education: Handbook of theory and research. 
Volume III, halaman 1-55, New York : Agathon Press Inc. 
Creswll. J W 1998. Qualitative inquiry and research design choosing among five 
traditions. Thousand Oasks: Sage Publications. 
Fraenkel. J R & Wallen. N. E. 1993. How to Design and Evaluate Research in 
Education. Ed. Ke 3 New York: Mc Graw-Hill Inc. 
Glesne, C. & Peshkin, A. 1992. Becoming Qualitative Researchers. An 
Introduction. New York: Longman

More Related Content

What's hot

Topik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas PsikologiTopik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas Psikologiguest0321ac
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajian
airenahmad
 
KAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUANKAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUAN
farah azrin
 
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakanKajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
nym_namrod
 
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan KualitatifKajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
TunMastura
 
Kaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasi
Kaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasiKaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasi
Kaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasi
SITIAISYAHMOHDAKAHSA
 
Temu bual
Temu bualTemu bual
Temu bual
fadz dila
 
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Kee-Man Chuah
 
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataJenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Opie Mohamad
 
Analisis data kualitatif
Analisis data kualitatifAnalisis data kualitatif
Analisis data kualitatif
wmkfirdaus
 
Carl gustav jung
Carl gustav jungCarl gustav jung
Carl gustav jung
mohammadadamrusli
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
Salwa Samsudin
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Etnografi 07052014
Etnografi 07052014Etnografi 07052014
Etnografi 07052014
Umithayyibah Ramly
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanJunaidah Jusoh
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apaNorlasbtintah
 
Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106sk zainab 2
 
Tajuk 9 analisis data
Tajuk 9 analisis dataTajuk 9 analisis data
Tajuk 9 analisis data
Noor Ermizza
 

What's hot (20)

Komunikasi guru
Komunikasi guruKomunikasi guru
Komunikasi guru
 
Topik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas PsikologiTopik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas Psikologi
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajian
 
KAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUANKAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUAN
 
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakanKajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
 
Kemahiran penutup
Kemahiran penutupKemahiran penutup
Kemahiran penutup
 
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan KualitatifKajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
 
Kaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasi
Kaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasiKaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasi
Kaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasi
 
Temu bual
Temu bualTemu bual
Temu bual
 
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
 
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataJenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
 
Analisis data kualitatif
Analisis data kualitatifAnalisis data kualitatif
Analisis data kualitatif
 
Carl gustav jung
Carl gustav jungCarl gustav jung
Carl gustav jung
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Etnografi 07052014
Etnografi 07052014Etnografi 07052014
Etnografi 07052014
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakan
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apa
 
Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106
 
Tajuk 9 analisis data
Tajuk 9 analisis dataTajuk 9 analisis data
Tajuk 9 analisis data
 

Viewers also liked

Topic 10 qualitative data analysis
Topic 10 qualitative data analysisTopic 10 qualitative data analysis
Topic 10 qualitative data analysiszytemys
 
Kajian kualitatif analisis kandungan
Kajian kualitatif   analisis kandunganKajian kualitatif   analisis kandungan
Kajian kualitatif analisis kandunganSivabala Naidu
 
Analisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Analisis dokumen Penyelidikan PendidikanAnalisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Analisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Hamidah Ibrahim
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Syahremie Teja
 
kajian tindakan sains
kajian tindakan sainskajian tindakan sains
kajian tindakan sains
mamadanial
 
Pensampelan Dr. Kamarul
Pensampelan Dr. KamarulPensampelan Dr. Kamarul
Pensampelan Dr. Kamarul
wmkfirdaus
 
Proposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adamProposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adam
Adam Kamaludin
 

Viewers also liked (11)

Data dan instrument
Data dan instrumentData dan instrument
Data dan instrument
 
Topic 10 qualitative data analysis
Topic 10 qualitative data analysisTopic 10 qualitative data analysis
Topic 10 qualitative data analysis
 
Bahagian a
Bahagian aBahagian a
Bahagian a
 
Contoh tesis maktab
Contoh tesis maktabContoh tesis maktab
Contoh tesis maktab
 
Kajian kualitatif analisis kandungan
Kajian kualitatif   analisis kandunganKajian kualitatif   analisis kandungan
Kajian kualitatif analisis kandungan
 
Analisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Analisis dokumen Penyelidikan PendidikanAnalisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Analisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
 
Modul sce 3111
Modul sce 3111Modul sce 3111
Modul sce 3111
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)
 
kajian tindakan sains
kajian tindakan sainskajian tindakan sains
kajian tindakan sains
 
Pensampelan Dr. Kamarul
Pensampelan Dr. KamarulPensampelan Dr. Kamarul
Pensampelan Dr. Kamarul
 
Proposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adamProposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adam
 

Similar to bahagian b

Penelitian kualitatif
Penelitian kualitatifPenelitian kualitatif
Penelitian kualitatifocwunj_fip
 
Makalah perbedaan penelitian kualitatif dan kuantitatif
Makalah perbedaan penelitian kualitatif dan kuantitatifMakalah perbedaan penelitian kualitatif dan kuantitatif
Makalah perbedaan penelitian kualitatif dan kuantitatif
Blog Malaikat Iblis di Bulan Maret
 
Penelitian kuantitatif dan kualitatif
Penelitian kuantitatif dan kualitatifPenelitian kuantitatif dan kualitatif
Penelitian kuantitatif dan kualitatif
tegarputra15
 
Penelitian kuantitatif dan kualitatif
Penelitian kuantitatif dan kualitatifPenelitian kuantitatif dan kualitatif
Penelitian kuantitatif dan kualitatif
putralaksana
 
Teknik Pengumpulan Data.pdf
Teknik Pengumpulan Data.pdfTeknik Pengumpulan Data.pdf
Teknik Pengumpulan Data.pdf
MTs Nurul Huda Sukaraja
 
FUNDASI PENELITIAN KUALITATIF_tugas kelompok.pptx
FUNDASI PENELITIAN KUALITATIF_tugas kelompok.pptxFUNDASI PENELITIAN KUALITATIF_tugas kelompok.pptx
FUNDASI PENELITIAN KUALITATIF_tugas kelompok.pptx
MARSIH4
 
Pengertian metode penelitian kualitatif
Pengertian metode penelitian kualitatifPengertian metode penelitian kualitatif
Pengertian metode penelitian kualitatif
suryadi man ic
 
Perbedaan Penelitian Kuantitatif dan Kualitatif
Perbedaan Penelitian Kuantitatif dan KualitatifPerbedaan Penelitian Kuantitatif dan Kualitatif
Perbedaan Penelitian Kuantitatif dan Kualitatif
nadia_anisa22
 
Paparan Tentang Penelitian Kualitatif .pptx
Paparan Tentang Penelitian Kualitatif .pptxPaparan Tentang Penelitian Kualitatif .pptx
Paparan Tentang Penelitian Kualitatif .pptx
rahmameisya99
 
Orientasi Pendidikan Kepramukaan dalam Pembinaan Kepribadian (Bab III : Metod...
Orientasi Pendidikan Kepramukaan dalam Pembinaan Kepribadian (Bab III : Metod...Orientasi Pendidikan Kepramukaan dalam Pembinaan Kepribadian (Bab III : Metod...
Orientasi Pendidikan Kepramukaan dalam Pembinaan Kepribadian (Bab III : Metod...Oyon08
 
Pendekatan dan metode penelitian
Pendekatan dan metode penelitianPendekatan dan metode penelitian
Pendekatan dan metode penelitian
Nurul Faqih Isro'i
 
Lima Ciri Pokok Karakteristik Metode Penelitian Kualitatif
Lima Ciri Pokok Karakteristik Metode Penelitian Kualitatif Lima Ciri Pokok Karakteristik Metode Penelitian Kualitatif
Lima Ciri Pokok Karakteristik Metode Penelitian Kualitatif Sanjaya Koembara
 
Makalah penelitian kualitatif
Makalah penelitian kualitatifMakalah penelitian kualitatif
Makalah penelitian kualitatif
Septian Muna Barakati
 
Makalah penelitian kualitatif
Makalah penelitian kualitatifMakalah penelitian kualitatif
Makalah penelitian kualitatif
Warnet Raha
 
Metodologi penelitian kualitatif (mirza shahreza) final
Metodologi penelitian kualitatif (mirza shahreza) finalMetodologi penelitian kualitatif (mirza shahreza) final
Metodologi penelitian kualitatif (mirza shahreza) final
Mirza Shahreza
 
Penelitian Kualitatif
Penelitian KualitatifPenelitian Kualitatif
Penelitian Kualitatif
ADHP
 

Similar to bahagian b (20)

Penelitian kualitatif
Penelitian kualitatifPenelitian kualitatif
Penelitian kualitatif
 
Makalah perbedaan penelitian kualitatif dan kuantitatif
Makalah perbedaan penelitian kualitatif dan kuantitatifMakalah perbedaan penelitian kualitatif dan kuantitatif
Makalah perbedaan penelitian kualitatif dan kuantitatif
 
Penelitian kuantitatif dan kualitatif
Penelitian kuantitatif dan kualitatifPenelitian kuantitatif dan kualitatif
Penelitian kuantitatif dan kualitatif
 
Penelitian kuantitatif dan kualitatif
Penelitian kuantitatif dan kualitatifPenelitian kuantitatif dan kualitatif
Penelitian kuantitatif dan kualitatif
 
Teknik Pengumpulan Data.pdf
Teknik Pengumpulan Data.pdfTeknik Pengumpulan Data.pdf
Teknik Pengumpulan Data.pdf
 
FUNDASI PENELITIAN KUALITATIF_tugas kelompok.pptx
FUNDASI PENELITIAN KUALITATIF_tugas kelompok.pptxFUNDASI PENELITIAN KUALITATIF_tugas kelompok.pptx
FUNDASI PENELITIAN KUALITATIF_tugas kelompok.pptx
 
Pengertian metode penelitian kualitatif
Pengertian metode penelitian kualitatifPengertian metode penelitian kualitatif
Pengertian metode penelitian kualitatif
 
Perbedaan Penelitian Kuantitatif dan Kualitatif
Perbedaan Penelitian Kuantitatif dan KualitatifPerbedaan Penelitian Kuantitatif dan Kualitatif
Perbedaan Penelitian Kuantitatif dan Kualitatif
 
Paparan Tentang Penelitian Kualitatif .pptx
Paparan Tentang Penelitian Kualitatif .pptxPaparan Tentang Penelitian Kualitatif .pptx
Paparan Tentang Penelitian Kualitatif .pptx
 
Bab3revisi
Bab3revisiBab3revisi
Bab3revisi
 
Orientasi Pendidikan Kepramukaan dalam Pembinaan Kepribadian (Bab III : Metod...
Orientasi Pendidikan Kepramukaan dalam Pembinaan Kepribadian (Bab III : Metod...Orientasi Pendidikan Kepramukaan dalam Pembinaan Kepribadian (Bab III : Metod...
Orientasi Pendidikan Kepramukaan dalam Pembinaan Kepribadian (Bab III : Metod...
 
Pendekatan dan metode penelitian
Pendekatan dan metode penelitianPendekatan dan metode penelitian
Pendekatan dan metode penelitian
 
Lima Ciri Pokok Karakteristik Metode Penelitian Kualitatif
Lima Ciri Pokok Karakteristik Metode Penelitian Kualitatif Lima Ciri Pokok Karakteristik Metode Penelitian Kualitatif
Lima Ciri Pokok Karakteristik Metode Penelitian Kualitatif
 
A
AA
A
 
Makalah penelitian kualitatif
Makalah penelitian kualitatifMakalah penelitian kualitatif
Makalah penelitian kualitatif
 
Makalah penelitian kualitatif
Makalah penelitian kualitatifMakalah penelitian kualitatif
Makalah penelitian kualitatif
 
Makalah penelitian kualitatif
Makalah penelitian kualitatifMakalah penelitian kualitatif
Makalah penelitian kualitatif
 
Makalah penelitian kualitatif
Makalah penelitian kualitatifMakalah penelitian kualitatif
Makalah penelitian kualitatif
 
Metodologi penelitian kualitatif (mirza shahreza) final
Metodologi penelitian kualitatif (mirza shahreza) finalMetodologi penelitian kualitatif (mirza shahreza) final
Metodologi penelitian kualitatif (mirza shahreza) final
 
Penelitian Kualitatif
Penelitian KualitatifPenelitian Kualitatif
Penelitian Kualitatif
 

bahagian b

  • 1. BAHAGIAN A Setiap penyelidikan yang dijalankan, bermula dengan permasalahan yang ditemui oleh pengkaji. Berasaskan permasalahan tersebut, pengkaji perlu memilih pendekatan yang sesuai untuk mengumpulkan data-data berkaitan. Sehubungan itu pendekatan yang dipilih perlulah berdasarkan matlamat dan objektif kajian. Menerusi pendekatan kualitatif pengkaji dapat menerangkan keadaan sebenar tentang apa yang berlaku dalam lapangan selain ia bersifat humanistik, induktif dan holistik. Melalui pemerhatian, hubungan pengkaji dan peserta kajian akan menjadi rapat dan dengan itu mereka boleh menjelaskan lagi hasil pemerhatian. Kaedah temubual pula, dapat menghasilkan data yang bersifat fleksibel kerana pengkaji boleh mengemukakan soalan bagi mendapatkan data yang menyeluruh. Begitu juga dengan penggunaan bukti dokumen, berupaya memperkukuhkan lagi data yang dipungut pada awal iaitu data pemerhatian dan temubual. Paling penting menerusi gabungan data pemerhatian, temubual dan bukti dokumen membolehkan proses triangulasi dijalankan.
  • 2. BAHAGIAN B Pendekatan kualitatif menekankan sumbangan yang banyak dalam bidang penyelidikan. Pendekatan ini juga memberikan keyakinan yang jelas terhadap kesahan, keputusan dan fakta. Tugas penyelidik kualitatif adalah membuktikan percakapan dan perbuatan manusia hasil daripada cara mereka menginterprestasikan kerumitan dunia mereka. Penyelidik kualitatif juga perlu memahami peristiwa kejadian dan perspektif responden. Dunia kehidupan respondenlah yang merangkumi bidang penyelidikan dan penyiasatan. Kebenaran dalam konteks ini tertakluk pada kecenderungan tidak menentu yang humanistik. Eisher (1979) menjelaskan, kaedah kualitatif menitikberatkan proses akibat dan keseluruhan yang tersusun bukannya pembolehubah bebas yang mementingkan maksud bukannya statistik berkaitan tingkah laku. Kaedah kualitatif lebih berminat pada kesimpulan yang berdasarkan konteks yang berpotensi mewujudkan polisi baru dan keputusan yang berbentuk kependidikan. Borton dan Lazarsfeld (1969) merumuskan kelebihan pendekatan kualitatif adalah seperti jaringan yang dibentangkan ke laut oleh nelayan laut dalam. Begitu jugalah penyelidikan kualitatif. Berbeza dengan kebanyakan kaedah tradisional terhadap pengujian pengalaman pendidikan, penyelidikan kualitatif diklasifikasikan melalui pemilihan metodologi, orientasi yang bebas daripada hipotesis dan penerimaan implisit pada kejadian alam semula jadi bagi segala peristiwa. Penyelidik memperoleh pengertian berkaitan perspektif orang dalaman disebabkan keperluan menjalinkan dan mengekalkan hubungan rapat dengan responden dan aktiviti responden. Hubungan yang rapat ini membolehkan penyelidik melihat dan mendokumentasikan kualiti sosial dan interaksi pendidikan yang sering ditinggalkan oleh penyelidik yang menggunakan kaedah penyelidikan positivistik. Oleh kerana laporan kualitatif tidak dibentangkan sebagai penjumlahan statistik tetapi lebih kepada penerangan penyelidikan, ini mungkin memberikan faedah kepada pelatih. Guru biasa, pekerja sosial dan jururawat adalah antara
  • 3. mereka yang mungkin tidak mempunyai pengetahuan dalam teknik pengukuran yang canggih. Dengan itu, mereka mungkin cuba beralih kepada laporan kualitatif bagi menguji pengetahuan yang mungkin tidak bernilai. Tetapi pada masa yang sama memperoleh pemahaman baru berkaitan usaha-usaha mereka. Terdapat lima ciri penting dalam penyelidikan kualitatif seperti berikut: 1. Keaslian (Naturalistik) Penyelidikan kualitatif mempunyai kawasan yang berkaitan terus dengan data dan penyelidikan mempunyai kaitan terus dengan mengalami sendiri sejumlah masa di sekolah, keluarga, dan jiran dengan membuat beberapa tindakan seperti penggambaran, penyuntingan, temubual, lakonan, penceritaan dan lain-lain. 2. Penerangan Ringkasan Data (Description Data) Pengumpulan maklumat dalam bentuk perkataan atau gambar dan tidak dalam bentuk angka. Data yang didapati adalah dalam bentuk temubual, nota kerja, gambar, rakaman video, dokumen dan rekod rasmi. 3. Mengutamakan Kaedah Proses Penyelidik kualitatif mengutamakan kaedah atau proses daripada mendapatkan keputusan atau hasil dan sangat berusaha dalam penyelidikan berkaitan pendidikan yang melibatkan guru dan pelajar dengan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran, strategi-strategi kualitatif boleh diterjemahkan dalam kegiatan, peraturan dan perhubungan harian. 4. Induktif Penyelidikan kualitatif menganalisa data secara induktif bermaksud mendapatkan lebih banyak maklumat dalam tempoh masa yang panjang dan membuat beberapa andaian sehingga berjaya membuat keputusan muktamad.
  • 4. 5. Bermakna (Meaning) Penyelidik menggunakan pendekatan bagaimana orang-orang menyarankan kehidupan harian mereka seperti pendidikan anak-anak mereka. BAHAGIAN C Kekuatan dan Kelebihan Pendekatan Kualitatif Antara kelebihan dan kekuatan pendekatan kualitatif adalah: 1. Pendekatan kualitatif dapat menerangkan keadaan sebenar menerusi kajian yang bersifat induktif, humanistik dan holistik serta mementingkan pandangan peserta kajian (Taylor & Bodgan), dan dengan pendekatan ini membolehkan pengkaji menemui pembolehubah bermakna, menghasilkan pelbagai kesimpulan kajian kerana pendekatan ini tidak berasaskan teori, generalisasi dan hipotesis. 2. Data awal yang diperoleh pengkaji boleh mengubahsuai fokus dan soalan kajian. Cara ini berpotensi mengaplikasikan data yang berkaitan dengan konteks kajian yang lengkap dan mendalam (Glense & Peshkin 1992). 3. Pengkaji merupakan alat kajian yang boleh melakukan pertimbangan peribadi dan budi bicara sepanjang proses pengumpulan data iaitu dengan membina rumusan kajian yang bermakna (Crowson 1987). 4. Pengutipan data melalui pemerhatian, temubual dan bukti dokumen membolehkan proses triangulasi dilakukan. Dengan proses triangulasi dapatan data akan lebih tepat dan meyakinkan kerana ia berpunca daripada pelbagai maklmuat (Yin 1994). 5. Pendekatan kualitatif dapat membongkar dan memberi pemahaman terhadap apa yang berlaku di sebalik sebarang fenomena yang kurang diketahui (Strauss & Corbin 1990). 6. Marshall dan Rossman (1989) berpendapat pendekatan kualitatif dapat menghuraikan dan menjelaskan data secara terperinci dan mendalam. 7. Menurut Patton (1990) data kualitatif mengandungi petikan secara tidak langsung tentang perasaan, pengalaman, pendapat dan pengetahuan yang
  • 5. diperoleh melalui temubual. Perincian deskripsi tentang aktiviti, tingkah laku peserta kajian boleh diambil daripada pelbagai jenis dokumen. BAHAGIAN D Pengumpulan data dalam sesuatu penyelidikan boleh dilakukan menerusi pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan kualitatif bersifat diskriptif, tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal serta lebih kepada penghuraian makna terhadap perkara yang dikaji. Pengumpulan data dalam pendekatan kualitatif boleh dijalankan menerusi kaedah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Catatan nota lapangan yang dibuat semasa pemerhatian boleh membantu proses penganalisisan data manakala temubual yang dilakukan pula dapat mengesan data yang tidak dapat diperhatikan semasa sesi pemerhatian. Seterusnya penggunaan bukti dokumen pula membolehkan pengkaji membanding dan memperkukuhkan data yang diperolehi daripada pemerhatian dan temubual. Proses pengumpulan data dalam sesuatu kajian sama ada dalam kajian tindakan atau kajian berbentuk konvensional merupakan tahap yang paling rumit. Lebih-lebih lagi jika pengkaji merupakan seorang yang sibuk dan mempunyai tugas yang padat. Maksud Pendekatan Kualitatif dan Kuantitatif Pendekatan kualitatif berasaskan kualiti. Ia bersifat deskriptif, kurang berstruktur dan lebih kepada penghuraian ‘makna’ terhadap perkara yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal dan lebih menumpukan kepada proses kajian. Skop kajiannya pula melibatkan bilangan peserta kajian yang kecil dan penghuraian data bersifat deskriptif. Kaedah Pengumpulan Data dalam Pendekatan Kualitatif Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data dalam menjalankan kajian berasaskan pendekatan kualitatif. Antaranya kaedah pemerhatian, tembual dan bukti atau analisis dokumen. Kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif misalnya banyak kelebihan antaranya membolehkan pengkaji bertemu peserta kajian
  • 6. dan berinteraksi dengan mereka serta membuat pemerhatian dengan rasa empati (Lincoln & Guba 1985). Menurut Marohaini (1996), “Penyelidikan yang menggunakan pendekatan kualitatif akan dapat membuahkan pemahaman yang lebih baik tentang perlakuan yang diperhatikan. Hal ini disebabkan pengkaji berperanan sebagai alat penyelidikan yang sensitif dan berkeupayaan untuk bertindak balas kepada peserta dan konteks kajian. Untuk memahami perlakuan seseorang manusia, maka manusia adalah alat yang sebaik-baiknya digunakan. Sebagai manusia, ia akan dapat menggunakan pengetahuan dan pengalamannya untuk meneliti dan menelaah apa yang dikaji dengan bermakna. Pemilihan Tempat Kajian Menurut Bogdan dan Biklen (1989), penyelidik yang menggunakan pendekatan kualitatif akan menjalankan kerja lapangan dalam mengumpulkan data dan dengan itu pengkaji perlu menentukan tempat kajiannya seperti sekolah, kantin, pejabat dan lain-lain. Untuk memilih tempat kajian bagi melaksanakan penyelidikan seseorang penyelidik mempunyai alasan tersendiri (Spradley 1980). Taylor dan Bogdan (1984), Marshall dan Rossman (1995) telah mencadangkan empat kriteria utama dalam memilih tempat kajian iaitu (i) situasi, (ii) lokasi tersebut mudah dimasuki, (iii) kredibiliti dan kualiti data terjamin dan (iv) hubungan yang erat antara pengkaji dan peserta kajian boleh terjalin. Dalam pendekatan ini pengkaji juga perlu memikirkan kos penyelidikan, masa dan jarak tempat kajian iaitu seperti sekolah, pejabat dan lain-lain. Hal ini bertepatan dengan saranan Jorgeson (1989) yang mencadangkan pengkaji perlu menggunakan akal dan fikiransebagai langkah yang bijak semasa membuat keputusan menentukan tempoat kajian. Pengkaji juga perlu yakin akan data-data yang dikumpul terjamin mutunya. Jelasnya penentuan tempat kajian, minat, hubungan yang erat seperti dengan pihak sekolah dan peserta kajian serta kos penyelidikan akan menjamin dapatan data yang berkualiti.
  • 7. Pemilihan dan Penentuan Peserta Kajian Pemilihan peserta kajian dalam pendekatan kualitatif adalah berasaskan prinsip persetujuan dan kesanggupan mereka melibatkan diri dalam penyelidikan dan bukan berasaskan persampelan rawak. Penentuan dan pemilihan peserta kajian adalah berasaskan tujuan dan soalan-soalan kajian yang telah ditetapkan lebih awal. Sebagai contoh, pengkaji boleh menentukan empat orang guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran dalam kelas dan melihat kaedah pengajaran yang diamalkan. Menurut Patton (1990) tidak ada satu peraturan tertentu untuk menentukan saiz sampel dalam penyelidikan inkuiri. Walau bagaimanapun pada umumnya kajian yang dilakukan secara kualitatif memerlukan saiz yang sedikit dan dipilih secara bertujuan atau purposeful sampling. Kaedah Pengumpulan Data Kualitatif 1. Pemerhatian Pemerhatian berasal daripada kajian ethnografik yang bertujuan mempelajari perspektif populasi yang dikaji dalam konteks peserta kajian sendiri. Pemerhatian merupakan satu cara untuk mendapatkan data penyelidikan secara terus dan semulajadi dan ia boleh dilakukan menerusi tiga cara iaitu: 1. Pemerhatian Tidak Turut Serta : Pengkaji hanya melakukan pemerhatian dan mengutip data tanpa perlu mewujudkan apa-apa interaksi dengan peserta kajian dan persekitarannya. 2. Pemerhatian Turut Serta : Memerlukan penglibatan pengkaji dalam persekitaran dan aktiviti peserta kajian. 3. Pemerhatian Separa Turut Serta : Menggunakan ciri-ciri pendekatan kedua-dua kaedah. Mohd Majid (1990) menyarankan bahawa pemerhatian adalah sesuai digunakan untuk mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial. Semasa pemerhatian dijalankan, pengkaji dapat mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh peserta kajian dan melihat sendiri tingkah laku mereka. Mengikut Majid lagi
  • 8. maklumat yang diperolehi menerusi pemerhatian mempunyai nilai yang tinggi seandainya dilakukan secara objektif. Penglibatan lama oleh pengkaji dalam pemerhatian akan menghasilkan maklumat yang boleh dipercayai. Menurut Jacob (1988) pemerhatian boleh dilakukan untuk merakamkan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dalam keadaan semulajadi. 2. Pemerhatian tanpa turut serta Pemerhatian tidak turut serta atau non-partisipative observation membolehkan pengkaji mempelajari bagaimana rasa dan perasaan apabila berada dalam kehidupan sebenar peserta kajian. Walau bagaimanapun, pengkaji perlu kekal sebagai orang luar bagi membolehkan pengkaji membuat laporan penyelidikan yang tepat. Menerusi kaedah pemerhatian tanpa turut serta pengkaji tidak melibatkan diri atau hadir sama dalam perkembangan tingkah laku peserta kajian atau bergaul secara langsung dengan mereka. Kelebihan dan kekuatan penggunaan kaedah pemerhatian Antara kelebihan keadah pemerhatian dalam pengumpulan data ialah: i. Pengkaji dapat menghadirkan diri dan melihat situasi sebenar tempat kajian. Selain itu, pengkaji juga dapat mendengar, memerhatikan dan bertanya sendiri untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya dapat memahami apa yang berlaku di tempat kajian. ii. Pengkaji dapat merapatkan lagi hubungan dengan peserta kajian bagi menjelaskan hasil pemerhatian yang dilihat dengan lebih tepat. iii. Pemerhatian merupakan kaedah berkesan untuk digunakan dalam bilik darjah kerana pengkaji dapat melihat proses yang berlaku secara langsung. Sebagai contoh, seorang guru sememangnya sentiasa memerhatikan reaksi murid-muridnya bagi memastikan komunikasi berlaku antara guru dan murid serta murid dan murid. iv. Pemerhatian dapat membantu guru menentukan kesediaan dan penerimaan murid terhadap pengajarannya. Apa yang penting dalam proses pemerhatian, pengkaji perlu berusaha melakukan pemerhatian tanpa diganggu oleh prasangka terhadap peserta kajian.
  • 9. 3. Pemerhatian Berstruktur dan Pemerhatian Tidak Berstruktur Terdapat dua cara untuk mendapatkan data melalui kaedah pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur. Kedua-dua kaedah ini perlu dibantu dengan alat pemerhatian tertentu. Pemerhatian berstruktur boleh menggunakan senarai semak pemerhatian manakala pemerhatian tidak berstruktur pula menggunakan catatan nota lapangan dan dibantu dengan alat perakam yang merakam segala aktiviti yang berlaku dalam pemerhatian tersebut. Data yang diperolehi daripada nota lapangan ini akan dianalisis dan dilaporkan dalam bentuk naratif iaitu dengan cara memerihalkan semula apa yang terdapat dalam nota lapangan. Antara soalan-soalan yang boleh digunakan oleh pengkaji semasa melakukan pemerhatian ialah: i. Apa yang hendak diperhatikan: Berdasarkan matlamat penyelidikan maka pengkaji perlu menentukan aspek apakah yang perlu diperhatikan seperti jenis, turutan peristiwa, perlakuan murid atau perlakuan pengetua, pensyarah atau guru. Perkara ini perlu spesifik dan dinyatakan secara eksplisit. ii. Mengapa pemerhatian tersebut dilakukan. iii. Bilakah pemerhatian hendak dijalankan dan tempoh masa diperlukan. 4. Temubual Data-data juga boleh diperolehi dengan menggunakan kaedah temubual secara terus dengan peserta kajian. Berdasarkan kaedah temubual, kita dapat memperolehi maklumat berkaitan latar belakang peserta kajian dan maklumat-maklumat lain yang diperlukan. Kaedah ini dijalankan kepada individu yang tidak mempunyai masa atau kurang faham untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik. Temubual bersemuka berkemungkinan adalah kaedah pengumpulan data yang sangat bermakna kerana ia mengambil masa yang lama serta dapat beramah mesra dengan peserta kajian. Temubual berstruktur adalah kaedah yang terbaik bagi soalan terbuka dan mendapatkan maklumat peserta kajian secara terperinci. Merriam (1998) menyatakan bahawa terdapat tiga jenis temubual yang boleh digunakan dalam pengumpulan data iaitu (i) temubual berstruktur, (ii) temubual
  • 10. separa berstruktur, dan (iii) temubual tidak berstruktur. Sesi temubual memerlukan suasana yang mengizinkan dan berdasarkan kod-kod etika tertentu. Syarat ini perlu dipatuhi bagi menentukan pihak ditemubual dapat menyumbangkan maklumat yang ikhlas dan fakta yang tepat. Temubual berstruktur memerlukan soalan-soalan yang ditujukan kepada peserta kajian dirancang bagi mendapatkan respons yang spesifik. Temubual tidak berstruktur pula memerlukan pengkaji memulakan sesuatu rangsangan umum apabila menyoal. Peserta kajian pula digalakkan memberi respons secara bebas. Seterusnya soalan tambahan boleh dikemukakan mengikut keperluan semasa. Temubual separa berstruktur pula akan menggabungkan ciri-ciri temubual berstruktur dan tidak berstruktur. Hitchck dan Hughes (1989) menyarankan beberapa langkah untuk menjalankan temubual dengan berkesan iaitu: a. Penemubual haruslah menjadi pendengar yang baik dan membenarkan peserta kajian menjawab soalan-soalan secara aktif serta menghargai pendapat peserta kajian. b. Penemubual juga harus berkecuali, tidak menonjolkan pandangan sendiri dan tidak menunjukkan reaksi tertentu terhadap peserta kajian. c. Penemubual juga harus tenang, ceria dan sentiasa meyakinkan peserta kajian bahawa jawapan mereka akan dirahsiakan dan mereka bebas memberi apa sahaja pandangan dalam respons. Kelebihan dan kekuatan teknik temubual i. Data yang diperolehi daripada temubual bersifat fleksibel dan kemungkinan besar tidak dapat diperoleh menerusi soal selidik. ii. Penemubual boleh mengemukakan soalan-soalan secara terbuka kepada peserta kajian bagi mendapatkan maklumat yang mendalam dan menyeluruh. iii. Sesi temubual boleh dibuat secara semulajadi, bersahaja dan penemubual boleh menyesuaikan situasi menerusi hubungan erat atau rapport dan saling percaya mempercayai antara satu dan lain. Jawapan temubual tersebut boleh
  • 11. menggambarkan pengalaman sebenar yang dilalui oleh peserta kajian boleh diambilkira oleh pengkaji (Gay 1981). 5. Bukti dan analisis dokumen Penggunaan bukti dokumen juga merupakan salah satu lagi cara pengumpulan data dalam pendekatan kualitatif. Merriam (1998) membahagikan dokumen kepada tiga jenis iaitu dokumen atau rekod awam, dokumen peribadi dan bahan-bahan berbentuk fizikal (artifak). Dokumen atau rekod awam bertulis seperti dokumen rasmi sekolah, minit mesyuarat panitia, majalah sekolah, buku rekod mengajar dan bahan bantuan mengajar seperti cara dan pengurusan grafik. Penganalisisan dokumen rasmi seperti buku rekod mengajar membolehkan pengkaji menyemak sendiri apa yang ditulis oleh peserta kajian berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Begitu juga dengan penganalisisan minit mesyuarat dapat memberi input mengenai apakah rancangan pengajaran yang telah dirangka atau dilaksanakan oleh peserta kajian. Dokumen peribadi pula adalah dokumen yang dihasilkan oleh seseorang (Bogdan & Biklen 1988). Contoh dokumen peribadi ialah bahan bantuan yang disediakan oleh peserta kajian, buku rujukan, buku catatan, buku latihan pelajar dan buku teks. Penganalisisan rekod peribadi membolehkan pengkaji membuat perbandingan dan pengesahan apa yang dilakukan dan diperkatakan oleh peserta kajian dalam pengajaran di bilik darjah. Setiap dokumen yang digunakan boleh direkodkan dengan cara menamakan terlebih dahulu dokumen itu, konteks dokumen dan perkaitannya dengan dokumen lain, kepentingan dokumen dan rumusan kandungan dokumen (Miles & Huberman 1994). Dokumen berbentuk artifak pula merupakan bahan maujud yang boleh menjadi bukti dalam sesuatu kajian. Ia mempunyai maklumat mengenai sesuatu persitiwa dan budaya serta sesuai dijadikan bahan kajian. Ahli sejarah telah menggunakan bahan ini untuk membantu manusia memahami pelbagai perubahan dan pembentukan peradaban melalui penelitian terhadap artifak purba seperti bangunan. Pelbagai bahan artifak yang ditemui pengkaji telah dapat menjawab persoalan kajian yang ditentukan. Begitu juga pada masa yang sama terdapat artifak yang dapat memberi
  • 12. pengetahuan baru atau persoalan baru yang selama ini tidak difikirkan oleh pengkaji. Di sekolah tedapat bahan artifak seperti bangunan bengkel, perpustakaan, brosur sekolah, perancangan lima tahun sekolah, senikata lagu, visi dan misi sekolah. Proses Pengumpulan Data Kualitatif Proses pengumpulan dan penganalisisan data adalah tahap paling penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu penyelidikan kualitatif. Hal ini disebabkan dalam penyelidikan kualitatif, pengkaji merupakan instrumen kajian utama dan mereka harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk berhubung dengan manusia di sekelilingnya (Marohaini 2001). Kajian Rintis Sebelum pungutan data sebenar dilakukan, kajian rintis perlu dijalankan sebagai persediaan untuk memperbaiki kelemahan yang dialami oleh pengkaji sebelum memasuki kajian sebenar. Hal ini diakui oleh Glesne dan Peshkin (1992) yang mengatakan bahawa menerusi kajian rintis pengkaji dapat belajar mengenai proses kajian, jadual temubual dan teknik pemerhatian. Dapatan kajian rintis ini membolehkan pengkaji menyemak semula rancangan kajian. Mencatat nota lapangan dalam pengajaran dan pembelajaran Nota lapangan merupakan nota yang dibuat oleh pengkaji dalam bentuk asal semasa pengumpulan data dilakukan. Antara catatan nota lapangan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas seperti amalan, tingkah laku, perasaan dan aktiviti yang berlaku semasa berlangsungnya pengajaran. Tujuan pengkaji mencatatkan perasaan dan luahan hati peserta kajian semasa melaksanakan pengajaran bagi mendapatkan gambaran yang menyeluruh mengenai amalan pengajaran guru (Spradley 1980). Catatan dibuat dalam dua bentuk iaitu secara verbatim dan deskriptif tetapi walau bagaimanapun catatan secara deskriptif lebih diutamakan kerana butir percakapan secara verbatim peserta kajian boleh diperolehi daripada pita rakaman. Kesemua aktiviti yang berlaku dalam keseluruhan
  • 13. pengajaran guru sejak awal sehingga tamat pengajaran boleh dicatat seberapa banyak yang termampu oleh pengkaji. Temubual Mendalam dan Rakaman Audio atau Video Semasa pemerhatian dijalankan pengkaji tidak boleh berinteraksi secara langsung dengan peserta kajian malahan segala amalan dan tingkah laku peserta kajian termasuk perkataan yang dikeluarkan oleh mereka dicatat atau dirakamkan sahaja. Kesemua butir-butir temubual antara pengkaji dan peserta kajian telah dirakamkan dengan alat perakam audio. Selain mencatat secara umum isi perbualan, pengkaji juga turut mencatatkan gaya percakapan, nada suara, pergerakan mata, mimik muka peserta kajian bagi tujuan meneroka isi hati dan perasaan peserta kajian berhubung dengan isu yang diperkatakan. Langkah ini amat penting dilakukan dalam kajian berbentuk kualitatif bagi mendapatkan gambaran holistik dan tepat mengenai maksud jawapan peserta kajian. Dokumen Pengajaran Antara dokumen yang boleh digunakan dalam kajian adalah seperti buku rekod mengajar guru, minit mesyuarat panitia, bahan bantu mengajar seperti pengurusan grafik, hasil tugasan pelajar dan buku teks. Kesemua dokumen ini perlu diambil oleh pengkaji sebelum, semasa atau sebaik sahaja tamat pemerhatian. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan pengumpulan dokumen pengajaran yang diperlukan terpaksa dilakukan pada hari bukan pemerhatian dijalankan.
  • 14. RUJUKAN Akhbar Ibrahim. 1992. The A-Level Examination: Qualitative and Quantitative Data in The Context of Perfomance Monitoring System : Thesis PhD University of New Castle Upon – Tyne Bogdan, R. C & Biklen, S K. 1989. Qualitative research in education: An Introduction to theory and method. Boston : Allyn & Bacon Inc. Crawson, R L. 1987. Qualitative research methods in higher education. Dlm smart J. C (pynt), higher education: Handbook of theory and research. Volume III, halaman 1-55, New York : Agathon Press Inc. Creswll. J W 1998. Qualitative inquiry and research design choosing among five traditions. Thousand Oasks: Sage Publications. Fraenkel. J R & Wallen. N. E. 1993. How to Design and Evaluate Research in Education. Ed. Ke 3 New York: Mc Graw-Hill Inc. Glesne, C. & Peshkin, A. 1992. Becoming Qualitative Researchers. An Introduction. New York: Longman