Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1Yokhanah Palani
Pembentanga ini berkaitan tentang latang belakang hubungan etnik, pengajaran 13 mei 1969, kepentingan memahami hubungan etnik,konsep masyarakat serta konsep-konsep asas hubungan etnik seperti ras, etnik, diskriminasi dan sebagainya.
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1Yokhanah Palani
Pembentanga ini berkaitan tentang latang belakang hubungan etnik, pengajaran 13 mei 1969, kepentingan memahami hubungan etnik,konsep masyarakat serta konsep-konsep asas hubungan etnik seperti ras, etnik, diskriminasi dan sebagainya.
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondelferrydmn1999
Indonesia, negara kepulauan yang kaya akan keragaman budaya, suku, dan tradisi, memiliki Jakarta sebagai pusat kebudayaan yang dinamis dan unik. Salah satu kesenian tradisional yang ikonik dan identik dengan Jakarta adalah ondel-ondel, boneka raksasa yang biasanya tampil berpasangan, terdiri dari laki-laki dan perempuan. Ondel-ondel awalnya dianggap sebagai simbol budaya sakral dan memainkan peran penting dalam ritual budaya masyarakat Betawi untuk menolak bala atau nasib buruk. Namun, seiring dengan bergulirnya waktu dan perubahan zaman, makna sakral ondel-ondel perlahan memudar dan berubah menjadi sesuatu yang kurang bernilai. Kini, ondel-ondel lebih sering digunakan sebagai hiasan atau sebagai sarana untuk mencari penghasilan. Buku foto Lensa Kampung Ondel-Ondel berfokus pada Keluarga Mulyadi, yang menghadapi tantangan untuk menjaga tradisi pembuatan ondel-ondel warisan leluhur di tengah keterbatasan ekonomi yang ada. Melalui foto cerita, foto feature dan foto jurnalistik buku ini menggambarkan usaha Keluarga Mulyadi untuk menjaga tradisi pembuatan ondel-ondel sambil menghadapi dilema dalam mempertahankan makna budaya di tengah perubahan makna dan keterbatasan ekonomi keluarganya. Buku foto ini dapat menggambarkan tentang bagaimana keluarga tersebut berjuang untuk menjaga warisan budaya mereka di tengah arus modernisasi.
2. Objektif Pengajaran
• Memahami konsep-konsep asas
hubungan etnik
• Menjelaskan kepentingan
memahami konsep asas
hubungan etnik
• Menjelaskan aplikasi konsepkonsep hubungan etnik dalam
masyarakat Malaysia
3. •
Liputan Kuliah
KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
•
2.1
PENGENALAN
•
•
•
•
•
•
•
2.2
2.2.1
2.2.2
2.2.3
2.2.4
KONSEP MASYARAKAT
Konsep Etnik, Etnisiti an Etnosentrisme
Konsep Ras dan Rasisme
Konsep Prejudis dan Stereotaip
Konsep Diskriminasi
2.3
KONSEP BUDAYA
•
2.4
KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI
•
•
2.4.1 Konsep Segregasi
2.4.2 Konsep Akomodasi
•
•
•
•
•
2.4.3 Konsep Akulturasi
2.4.4 Konsep Asimilasi
2.4.5 Konsep Amalgamasi
2.5
PENGALAMAN MALAYSIA
•
2.6
KESIMPULAN
4.
5.
6. Budaya
• Pakar-pakar peyelidik berpendapat bahawa
perkataan budaya itu berasal dari perkataan
Sanskrit ‘budaya’ ialah percantuman dua perkataan
‘budhi’ dan ‘daya’.
• Perkataan ‘budhi’ yang dipinjam dari bahasa
Sanskrit bererti ‘kecergasan fikiran dan akal’
manakala ‘daya’ ialah perkataan Melayu Polynesia
bermakna ‘kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh’.
• Jika dicantumkan kedua-dua perkataan ini ‘budaya’
akan membawa maksud ‘tenaga fikiran, usaha
rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa’
7. • Dictionary of Philosophy (1996) memberikan
maksud budaya sebagai ‘The way of life of a
people, including their attitudes, values,
beliefs, arts, sciences, modes of perception,
and habits of thought and activity. Cultural
features of forms of life are learned but are
often too persive to be readily noticed from
within’.
•
• Budaya dapat didefinisikan sebagai cara
hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi
anggota kumpulan tertentu dan meliputi
anasir sistem sosial, susunan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat
resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau
apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai
anggota masyarakat
8. • Budaya boleh dibahagikan kepada dua:
• budaya kebendaan
• budaya bukan kebendaan
• Budaya kebendaan
• peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah,
kereta, perahu, senjata dan sebagainya.
• Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang
berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo.
• Budaya bukan kebendaan
• kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
• Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat
istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani
kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu
yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran
kepada pihak perempuan manakala, bagi
masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan
diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki
9.
10. • Terdapat dua peranan utama budaya:
• 1. membina imej negara ke arah
mewujudkan keperibadian dan identiti
• 2. pemupukan kesedaran kebangsaan dan
kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian,
kemanusiaan, spiritual dan mental
• Maka ‘manusia itu sendiri membentuk budaya’
dan perkembangan budaya akan mengikut
perkembangan masyarakat itu sendiri
11. Ciri-Ciri Budaya
• Dipelajari
• Budaya tidak lahir secara langsung
tetapi perlu dipelajari
• Bentuk dan jenis pembelajaran anggota
masyarakat bergantung kepada
beberapa faktor iaitu:
• i.
Agen-agen sosialisasi seperti keluarga,
jiran,
sekolah, institusi latihan
dan sebagainya.
• ii.
Nilai yang mendapat keutamaan dalam
sesebuah masyarakat itu.
• iii. Umur seseorang.
• iv. Tahap pendidikan
• v.
Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.
12. Ciri Budaya
• Perkongsian
• Budaya itu dikongsi oleh manusia iaitu setiap
perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan
manusia.
• Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana
masyarakat menggemarinya. Bahasa Melayu adalah
kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh
mereka dalam kehidupan seharian.
• Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan
manusia tidak termasuk dalam budaya seperti
perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam
masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi
perlakuan individu dan bukannya perlakuan
masyarakat.
13. Ciri Budaya
• Kesejagatan
• Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud
dalam semua kelompok manusia. Tidak ada
masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan.
• budaya yang sejagat itu berbeza antara
masyarakat kerana faktor pengaruh alam,
pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.
• Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang
terdapat dalam semua budaya iaitu:
•
•
•
•
•
•
•
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
sistem sosial.
bahasa.
kesenian.
sistem pengetahuan.
agama dan kepercayaan.
14. Ciri Budaya
• Diwarisi
• Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke
satu generasi berikutnya. Ini bermakna
bahawa budaya Melayu, Cina dan India
yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan
daripada budaya terdahulu.
• Peristiwa yang telah berlaku akan
memberi kesan kepada hari ini. Budaya
itu juga diwarisi juga membawa maksud
bersambung. Teknologi yang dihasilkan
hari ini adalah hasil teknologi awal
manusia masa lampau.
15.
16. Ciri Budaya
• Berubah
• Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya tidak
mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada
perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.
Rumah beratap genting telah digantikan dengan
rumah beratap rumbia.
• Perubahan budaya bukan kebendaan dilihat dengan
jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri
kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya
kebendaan lebih cepat berubah.
• Perubahan ini disebabkan beberapa faktor,
antaranya:
• i.
•
•
•
•
•
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
pertambahan bilangan anggota masyarakat.
pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
penemuan dan penciptaan teknologi baru.
pertembungan budaya.
konflik yang berlaku.
perubahan alam sekitar.
17. Ciri Budaya
• Perlambangan
• Perlambangan ialah sebagai satu
lambang dalam budaya yang
memberikan makna tertentu kepada
pendokongnya seperti bendera, warna,
logo, lambaian tangan dan sebagainya.
• Perlambangan yang wujud turut
membantu manusia berhubung dan
berkomunikasi sesama mereka seperti
isyarat memanggil.
18.
19. Ciri Budaya
• Pandangan Semesta
• Pandangan semesta ialah bagaimana manusia
memberikan tafsiran terhadap keadaan alam
sekeliling ke dalam kehidupan seharian.
• Pandangan semesta ini timbul kerana manusia
mempunyai pertalian yang rapat dengan alam
sekitarnya.
• Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan
dalam kehidupan seharian seperti simpulan
bahasa (seperti aur dengan tebing), ukuran
(sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak
nasi) dan sebagainya.
20. Fungsi Budaya Dalam
Kehidupan
• Memenuhi dan Menyediakan
Keperluan
• Semua manusia memerlukan keperluan
asasi untuk terus hidup. Oleh yang
demikian, manusia menggunakan air
untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan
untuk pembinaan rumah dan sebagainya.
• Keutamaan pengeluaran produk
bergantung kepada keutamaan
keperluan dan aktiviti oleh masyarakat.
Sebagai contoh, jika masyarakat itu
mewarisi ilmu pelayaran, maka akan
21. Fungsi Budaya Dalam
Kehidupan
• Sebagai Panduan kepada Anggota
Masyarakat dalam Bertingkahlaku
• Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang
sebati dengan kehidupan manusia. Manusia
memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan
daripada agama.
• Budaya mempunyai peranan memberikan
panduan kepada anggota masyarakat dalam
bertingkahlaku dalam memberikan panduan, ia
meliputi:
• i.
perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.
• ii.
perlakuan yang patut dan tidak patut.
• iii.
perlakuan yang digalakkan dan tidak
digalakkan.
22. Fungsi Budaya Dalam
Kehidupan
• Mengatur Hubungan Sesama Manusia
• budaya mendidik kita agar menghormati
jiran, tetamu dan sahabat. Dalam masa
yang sama kita dilarang menyakitkan
hati rakan sesuai dengan ajaran Islam.
• Ini bermakna dalam menjalani
kehidupan seharian, kebudayaan
memainkan peranan mengatur hubungan
sesama manusia.
23. Fungsi Budaya Dalam
Kehidupan
• Sebagai Penggalak Kepada
Manusia Untuk Mencipta
• Alam fizikal yang berbeza
menghasilkan keperluan manusia
yang berbeza. Orang Eskimo
memerlukan baju tebal.
•
• Maka, ia sebagai pendorong
kepada penciptaan bagi memenuhi
keperluan harian dan memudahkan
24. Fungsi Budaya Dalam
Kehidupan
• Sebagai Alat Penyatuan dan
Pengenalan Identiti
• Budaya berperanan sebagai alat
penyatuan dan pengenalan identiti.
Sesuatu bangsa dikenali bukan sahaja
dari segi fizikalnya, lebih lagi dari
budayanya.
• Kita mengenali Jepun bukan sahaja dari
segi fizikalnya, tetapi mereka adalah
bangsa yang berjaya dalam ekonomi dan
perindustrian.
25. KONSEP
MASYARAKAT
• Definisi – Masyarakat sebagai kumpulan manusia
yang hidup bersama-sama (dari sesuatu tempat
dengan aturan dan cara tertentu ) atau pergaulan
hidup.
• Bangsa pula ialah jenis manusia daripada satu asal
keturunan atau kumpulan manusia dalam satu
iakatan ketatanegaraan.
• Masyarakat adalah terdiri daripada kumpulan
individu yang mempunyi hubungan yang sangat
lama. Masyarakat adalah kelompok manusia, tua
dan muda, lelaki dan perempuan yang mempunyai
hubungan sosial dalam sesuatu penempatan yang
sama.
• Perhubungan yang wujud mungkin dari segi
26. • Komuniti manusia yang tinggal
bersama-sama di suatu tempat dengan
cara dan ukuran tertentu dari segi
bahasanya, manakala sudut istilah pula
menerangkan bahawa, masyarakat
merupakan jaringan perhubungan
antara pelbagai individu yang merujuk
kepada pergaulan hidup dan
keseluruhan hubungan sosial
• Pembentukan bangsa Malaysia boleh
diukur dari tiga perspektif utama iaitu,
• pertama melalui aspek kenegaraan,
• kedua adalah aspek kewarganegaraan
• ketiga adalah aspek kebangsaan
27. Keperluan Mengkaji
Masyarakat
• Manusia Hidup Bermasyarakat
• Perlakuan seseorang itu adalah
berkaitan dengan masyarakatnya.
Oleh itu, seseorang yang
menghormati orang lain atau rajin
bekerja dicermin dan
mencerminkan masyarakatnya.
• Kegigihan individu Jepun dikaitkan
dengan kegigihan masyarakatnya.
Maka, kajian terhadap masyarakat
28. • Memahami Cara Hidup Bermasyarakat
• Apabila kita mengkaji sesebuah
masyarakat, kita akan dapat memahaminya
dengan lebih tepat berbanding jika tidak
mengkajinya.
• Pemahaman yang tepat terhadap
massyarakat membolehkan individu itu
bertingkahlaku dan menyesuaikan diri
mengikut kehendak masyarakat setempat.
•
• Ini akan mewujudkan keharmonian dalam
masyarakat dan sukar untuk melanggar
peraturan yang wujud di dalam lingkungan
sosialnya
29. • Memahami Budaya dan
Masyarakat Lain
• Individu yang telah mengkaji
masyarakat lain tidak akan
mengalami satu kejutan budaya,
tetapi lebih bersedia menghadapi
perbezaan yang wujud.
• Seseorang yang mengkaji
masyarakat industri tidak akan
terkejut jika pergi ke negara
tersebut.
30. • Memupuk Kerjasama di Antara
Masyarakat
• Perhubungan masa kini bukan hanya
terbatas di kalangan satu masyarakat
sahaja tetapi merangkumi masyarakat
dunia keseluruhannya.
• Bagi mengatasi isu-isu global seperti
pencemaran, teknologi, perlumbaan
senjata dan sebagainya, memerlukan
kerjasama antara masyarakat.
•
• Maka, kajian terhadap masyarakat akan
membolehkan kita memahami dan
memupuk kerjasama dengan sesuatu
masyarakat.
31. Ciri-Ciri Masyarakat
• Manusia Yang Hidup Berkelompok
• Satu hakikat yang nyata di kalangan
manusia ialah mereka hidup bersama
dan membentuk kelompok.
• Kelompok ini yang membentuk
masyarakat. Mereka mengenali antara
satu sama lain dan saling bergantungan.
• Kesatuan sosial wujud dalam
perhubungan sesama manusia ini.
Seseorang manusia tidak mungkin dapat
meneruskan hidupnya tanpa bergantung
kepada manusia lain.
32. • Melahirkan Kebudayaan
• Tiada masyarakat, tiadalah budaya
dan sebaliknya.
• Masyarakat akan melahirkan
kebudayaan, sama ada kebendaan
atau bukan kebendaan.
• Budaya itu pula diwarisi dari
generasi ke generasi berikutnya
dengan proses penyesuaian.
33. • Mengalami Perubahan
• Sebagaimana budaya, masyarakat
juga turut mengalami perubahan.
• Suatu perubahan terjadi kerana
faktor-faktor yang berasal dari
masyarakat itu sendiri.
• Sebagai contoh, suatu penemuan
baru mungkin akan mengakibatkan
perubahan kepada masyarakat itu
34. • Mengalami Perubahan
• Salah satu syarat kewujudan
masyarakat ialah terdapatnya
perlakuan berhubung dan
bekerjasama di antara ahli dan ini
akan mencetuskan interaksi.
• Interaksi ini boleh berlaku secara
lisan atau tidak lisan.
• Komunikasi berlaku apabila
masyarakat bertemu di antara satu
35. • Terdapat Kepimpinan
• Pemimpin adalah terdiri daripada
ketua keluarga, ketua kampung,
ketua negara dan sebagainya.
• Dalam masyarakat Melayu awal,
kepimpinan adalah bercorak tertutup
kerana pemilihan berdasarkan
keturunan
36. • Stratifikasi Sosial
• Stratifikasi sosial meletakkan
seseorang pada kedudukan dan
peranan yang harus dimainkannya
atau merujuk kepada susun lapis
masyarakat.
• Stratifikasi sosial dibahagikan
kepada tiga:
• kelas,
• status
• kasta
37. • Kelas ialah kedudukan seseorang dalam
masyarakat berdasarkan pemilikan harta
atau kekayaan seperti orang kaya kelas
atasan dan orang miskin, kelas bawahan.
• Status ialah jangkaan peranan yang
dimainkan oleh individu dalam masyarakat
seperti penerimaan gelaran iaitu Haji,
Lebai, Dato’ dan sebagainya.
• Kasta ialah kelas sosial yang keahliannya
ditentukan hanya melalui kelahiran dan
dalam hidupnya tidak berlaku mobiliti
sosial. Ini dapat dilihat dalam zaman
tradisional India yang memecahkan kasta
kepada Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan
Sudra.
38. Konsep Etnik
• Berasal dari perkataan ethnos
• Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam
kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta
sering digunakan untuk membezakan kumpulan
manusia ialah warna kulit.
• Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan
sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula
etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok
manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri
budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa,
kegiatan ekonomi dan sebagainya.
39. • Etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia
juga tidak memaksa perubahan terhadap
kepercayaan agama atau membuang
unsur sesuatu kaum
• Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan
budaya.
• Etnik juga dapat dikelaskan mengikut
demografi iaitu mengikut kedudukan
geografi dan sempadan negeri.
• Contohnya di Sabah dan Sarawak
terdapat pelbagai kumpulan etnik pada
kedudukan geografi yang berbeza
.
40.
41. Konsep Etnisiti
• Etnisiti merujuk kepada rasa
kekitaan sesuatu kumpulan
etnik tertentu.
• Ini bererti wujudnya satu
kebudayaan atau sub-budaya
jelas di mana anggotanya
berasa disatukan dengan satu
sejarah, nilai, sikap dan tingkah
laku yang sama.
42. Etnosentrisme
• Manakala etnosentrisme pula
merujuk kepada kepercayaan atau
rasa bangga yang wujud dikalangan
anggota sesebuah kelompok etnik
bahawa budaya dan etnisiti mereka
adalah jauh lebih baik dan hebat
daripada kelompok lain.
• Etnosentrisme juga membawa
makna suatu perspektif melihat
kelompok etnik lain daripada lensa
dan kacamata etnik sendiri.
43. Konsep Ras dan
• Rasisme sering kali digunakan secara berulangan
Istilah ras dan etnik
walaupun membawa makna berbeza.
•
Di Malaysia, istilah ras dan etnik sering kali dicampuraduk
dan digunakan secara bertukar sehingga maknanya menjadi
lebih kurang sama.
•
Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di
Sabah dan Sarawak sepatutnya dikenali sebagai etnik tetapi
juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.
•
Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah
kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif
berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna
kulit, warna mata, warna rambut dan selainnya.
•
Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan
kumpulan manusia ialah warna kulit.
44. • Manakala rasisme ditakrifkan sebagai
pandangan, pemikiran, atau
kepercayaan negatif oleh sesuatu
kelompok sosial atau para anggotanya
mengenai sesuatu kelompok lain
berdasarkan perbedaan wajah fizikalbilogikal atau ras semata-mata dan ini
ditunjukkan secara terbuka melalui
prilaku atau tindakan terbuka.
• Rasisme adalah gabungan prejudis dan
kuasa diartikulasi melalui diskriminasi
berasaskan warna kulit, mata dan ciriciri fizikal-biologikal selainnya.
45. • Rasisme wujud pada dua tahap iaitu tahap
individu dan tahap institusi.
• Pada tahap individu, rasisme berlaku dalam
bentuk kepercayaan wujudnya ras tertentu
yang berstatus lebih tinggi dan ada yang
berstatus lebih rendah.
• Rasisme pada peringkat individu ini wujud
dalam bentuk kepercayaan dan sikap
individu.
•
• Pada tahap institusi, rasisme melibatkan
dasar dan pelaksanaan yang bersifat
diskriminasi, seterusnya membentuk
ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras
yang berbeza.
46. Konsep Prejudis dan
Stereotaip
• Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif yang tersemat di
dalam hati seseorang atau satu kelompok etnik, yang sering
tidak diluahkan secara terbuka, mengenai ahli atau
kelompok etnik lain.
•
Selalunya pandangan ini adalah tidak berasaskan maklumat
yang jelas, tepat atau mencukupi. Apabila prejudis
disuarakan ianya menjadi stereotaip.
•
Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah etnik
memandangn negatif terhadap etnik lain. Mengubah prejudis
yang tinggi terhadap sesebuah etnik lain adalah sukar diubah
walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan
bahawa pemahaman tersebut adalah salah.
•
Prejudis yang wujud biasanya berasaskan sokongan yang
aktif daripada masyarakat sekeliling. Melalui proses
sosialisasi, sikap prejudis disalurkan dari satu generasi
kepada satu generasi lain. Kesan sikap prejudis semakin
mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan
sesuatu yang terhad sama ada dari aspek politik, ekonomi
47. • Manakala stereotaip pula ialah kenyataan-kenyataan
umum yang negatif terhadap sesuatu etnik seperti
semua orang Arab itu Islam, orang Belanda itu kedekut
dan sebagainya.
• Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebihlebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk
yang ditujukan kepada sesuatu etnik oleh etnik lain.
Ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau
lebih komuniti etnik.
• Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan
yang negatif dalam kalangan masyarakat khususnya
masyarakat majmuk di Malaysia.
• Ini kerana fahaman stereotaip akan menjadikan
sesuatu etnik itu akan memandang rendah kepada
etnik lain dan seterusnya membawa implikasi kepada
terbatasnya interaksi antara etnik dan menimbulkan
semangat perkauman yang menebal.
48. Konsep Diskriminasi
• Diskriminasi ditakrif sebagai pandangan, pemikiran
dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau
sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok
etnik lain yang mempengaruhi prilaku pihak yang
berpandangan negatif.
•
• Ringkasnya, diskriminasi adalah perbuatan
membezakan seseorang individu atau sesuatu
kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik
semata-mata.
• Diskriminasi merupakan hasil terjemahan daripada
prasangka yang ada pada sesuatu etnik.
• Ia semakin mudah berlaku terutama apabila wujud
prejudis dan stereotaip dalam sesebuah
masyarakat, sama ada di peringkat individu
49. KONSEP PERPADUAN
DAN INTEGRASI
• Perpaduan seringkali merujuk kepada penyatuan
berbagai etnik dan budaya yang berlainan ke arah
membentuk satu entiti fizikal. Mereka tinggal
bersama dalam satu kawasan dan menjalankan
aktiviti seharian dengan harmoni.
• Perpaduan juga adalah satu konsep politik yang
merujuk kepada satu keadaan sehaluan, rapat serta
bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama.
• Ini selari dengan apa yang dimaksudkan dengan
perpaduan oleh kerajaan iaitu satu proses
menyatupadukan anggota-anggota masyarakat dan
negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya
tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta perasaan
kebangsaan bersama di kalangan mereka
51. Usaha-usaha ke arah
Integrasi
• mengurangkan perbezaan psikologi di
antara penduduk-penduduk dalam
wilayah yang berkenaan.
• mengatasi masalah perbezaan geografi
dengan merapatkan perhubungan dan
interaksi supaya wujud persefahaman
yang lebih baik di antara penduduk dan
suku kaum yang ada.
• mewujudkan identiti bersama iaitu
simbol kesetiaan dan komitmen terhadap
konsep bangsa Malaysia.
52. • Integrasi merupakan tahap tertinggi yang ingin dicapai
oleh kebanyakan masyarakat majmuk. Integrasi
membolehkan pelbagai bentuk etnik dan ras bersatu,
seterusnya membentuk sebuah masyarakat dengan
identiti baru.
•
Integrasi wujud dalam sesebuah masyarakat
apabila ahli-ahlinya menerima ciri ahli lain tanpa
merujuk kepada identiti dan asal usul ras mereka.
Senario ini turut melibatkan penyatuan pelbagai
kumpulan, tanpa mengira keturunan, sehingga
melenyapkan sikap prejudis dan diskriminasi terhadap
satu sama lain dalam masyarakat tersebut.
• Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi
darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah
iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk
sebati iaitu amalgamasi.
53. • Segregasi
• Ia merupakan hubungan yang
bersifat pemisahan di antara etniketnik dalam sesebuah negara.
• Pemisahan berlaku dalam beberapa
keadaan di antaranya dari segi
kawasan tempat tinggal, sistem
persekolahan, pengangkutan dan
kemudahan awam.
• Ia wujud sama ada didasari oleh
undang-undang atau tidak seperti
Dasar Apatheid di Afrika Selatan.
A+B+C
54. • Akomodasi
• Ia merupakan proses di mana etnik
menyedari norma dan nilai mereka antara
satu sama lain, namun mereka tetap
mempertahankan budaya hidup masingmasing. Namun, mereka hidup secara
harmoni dan menghormati antara satu
sama lain.
• Di peringkat pemerintahan pusat, setiap
etnik mempunyai wakil dan dalam bidang
ekonomi dan pendidikan, mereka saling
bergantungan.
• Switzerland adalah negara yang
mempunyai hubungan etnik bersifat
akomodasi kerana etnik-etnik Jerman,
A+B+C=A+B+C
Perancis dan Itali, saling membuat
penyesuaian antara mereka
55. • Akulturasi
• Ia merupakan satu proses penerimaan
unsur kebudayaan di kalangan
individu atau kelompok dari sesuatu
kebudayaan lain yang berlainan.
• Akulturasi terjadi apabila satu
kelompok manusia dengan suatu
kebudayaan yang tertentu dihadapkan
unsur-unsur dari suatu kebudayaan
asing yang berbeza sehingga unsurunsur kebudayaan asing itu akhirnya
diterima dan diolah ke dalam
kebudayaan sendiri.
• Berbeza dengan proses asimilasi,
proses akulturasi tidak menyebabkan
kehilangan identiti asal masyarakat
yang menerima.
56. • Dalam sejarah tamadun manusia,
sering berlaku pertemuan atau
pertembungan antara dua atau lebih
kebudayaan. Proses ini menyebabkan
berlakunya proses pinjam-meminjam.
• Pada peringkat awal, unsur pinjaman
digunakan secara langsung dan
kemudian diolah dan dijadikan unsur
kebudayaan sendiri.
• Di Malaysia, beberapa kes boleh
dijadikan rujukan seperti penggunaan
tali leher, ‘angpow’, makanan,
hiburan dan sebagainya
57. • Namun kejayaan akulturasi
bergantung kepada:
• i.
Unsur-unsur kebudayaan asing
yang mudah diterima seperti budaya
kebendaan seperti pakaian dan
kebudayaan tersebut memberi
manfaat yang besar.
• ii.
Unsur kebudayaan asing
berbentuk bukan kebendaan sukar
diterima seperti ideologi, pemikiran
dan sebagainya.
A + B + C = Ai + Bi + Ci
58. • Asimilasi
• Ia merupakan satu proses
percantuman dan penyatuan di antara
etnik yang berlainan budaya sehingga
membentuk satu kelompok dengan
kebudayaan dan identiti yang sama.
Ia berkaitan dengan penyerapan
sehala individu ke dalam etnik yang
lain.
• Asimilasi yang sempurna
menyebabkan berlakunya
penghapusan penuh perbezaan dari
segi kebudayaan dan identiti.
• Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas
masyarakat Jawa, masyarakat Cina
Kelantan, Baba dan Nyonya,
merupakan antara contoh berlakunya
proses asimilasi
59. • Proses asimilasi berlaku apabila
terdapatnya:
• i.
Etnik yang berbeza budaya.
• ii.
Individu di dalam atau di antara
etnik
sering berinteraksi.
• iii.
Interaksi berlaku dalam tempoh
yang
lama.
60. • Kejayaan asimilasi bergantung kepada:
• i.
Kesanggupan etnik minoriti
menghilangkan
identiti mereka dan
menerima identiti etnik
lain.
• ii.
Kesanggupan etnik majoriti
menerima etnik
lain.
• iii.
Perbezaan saiz kelompok majoriti
dan
minoriti tidak besar atau
kelompok minoriti
adalah kecil.
• iv.
Terdapat banyak persamaan budaya
antara
etnik.
• v.
Penguasaan dalam sesuatu bidang
khususnya etnik minoriti akan
menyukarkan
proses asimilasi.
61. • Faktor penghalang asimilasi ialah:
• i.
Kurangnya pengetahuan
kebudayaan sehingga menimbulkan
perasaan takut terhadap budaya lain.
• ii.
Timbul perasaan bahawa
budaya etnik lebih tinggi dari etnik
lain.
• iii.
Adanya perbezaan kepentingan
antara etnik yang terlibat.
A+B+C=A
62. • Amalgamasi
• Ia merupakan satu proses yang
terjadi apabila budaya atau ras
bercampur untuk membentuk
jenis-jenis budaya dan ras yang
baru.
• Cara utama dalam menentukan
proses amalgamasi terjadi ialah
perkahwinan campur antara
etnik.
A+B+C=D
63. Tahap-tahap
Hubungan Etnik
SEGREGASI
Pemisahan antara etnik.
Dasar apateid
AKOMODASI
Sedar perbezaan budaya.
Hidup dengan harmoni
AKULTURASI
Minoriti menerima budaya majoriti,
tanpa ubah budaya asal
ASIMILASI
Minoriti terima budaya dominan
AMALGAMASI
Percampuran membentuk kelompok baru.
Kahwin campur
65. Jadual 2.1 : Komposisi Penduduk Malaysia, 2000-2010 (Juta orang)
Jumlah Penduduk Tahun 2000
(Juta)
Tahun 2005
Tahun 2010
Bumiputera
14.56
66.1%
16.06
65.9%
17.95
67%
Cina
5.58
25.3%
6.15
25.3%
6.52
24.3%
India
1.63
7.4%
1.83
7.5%
1.97
7.4%
Etnik lain
0.27
1.2%
0.32
1.3%
0.35
1.3%
Jumlah Penduduk
22.04
100%
24.36
100%
26.79
100%
Sumber: Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010
66. Pengalaman Malaysia
• Di atas kepelbagaian inilah, kerajaan telah
mengambil langkah dan melaksanakan
berbagai program bagi memupuk
perpaduan di kalangan rakyat.
• Antara langkah penting yang diambil oleh
kerajaan ialah menubuhkan Jabatan
Perpaduan Negara selepas peristiwa 13
Mei 1969.
• Jabatan ini seterusnya ditukar kepada
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional (JPNIN) bagi memainkan peranan
yang lebih penting dalam memupuk
perpaduan kaum di Malaysia serta terus
berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.
67. • Kerajaan juga telah bertindak secara aktif dengan
menubuhkan Panel Penasihat Perpaduan Negara di
peringkat pusat dan Jawatankusa Penasihat
Perpaduan Negeri di peringkat negeri-negeri.
• Penubuhan panel ini bertujuan untuk membincangkan
is-isu perpaduan kaum di Malaysia secara harmoni dan
tidak menggugat kestabilan politik yang sedia wujud.
Ini ditambah lagi dengan pelbagai program lain seperti
dasar-dasar yang diperkenalkan, sistem pendidikan
dan pelbagai lagi.
• Sebagai contoh, hubungan harmoni antara etnik di
Melaka dibuktikan lagi dengan jelas hingga kini
melalui seni bina masjid dan rumah ibadat lain di
Melaka.
•
• Masjid Kapitan Kling dan Masjid Tengkera misalnya,
mempunyai gabungan senibina China, Melayu, Arab
dan India. Masjid-masjid yang dibina pada zaman
kesultanan Melaka adalah unik iaitu mempunyai
menara berunsurkan pagoda dan ukiran campuran
bermotif tempatan, Arab dan India serta China.
68.
69. • Begitu juga dengan adanya Kementerian Kesenian, Kebudayaan
dan Warisan, telah memperkukuhkan lagi warisan kesenian rakyat
Malaysia seperti tarian, muzik, pemakaian pakaian tradisional dan
makanan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia, terus
dipelihara dan dimajukan.
• Misalnya, makanan etnik Melayu seperti nasi lemak menjadi
kegemaran rakyat Malaysia, begitu juga dengan masakan etnik
Cina seperti nasi goreng Cina, mi Hailam dan masakan India seperti
kari.
• Manakala daripada segi pakaian, para pelajar bukan Melayu tidak
merasa janggal memakai baju kurung dan baju Melayu khususnya
pada hari Jumaat.
• Perkara ini terus diterima apabila sambutan Hari Kemerdekaan, di
mana kesenian rakyat Malaysia seperti pakaian dan alat muzik
telah digunakan.
•
Hal yang sama juga apabila perbarisan kontigen sukan Malaysia
dalam mana-mana acara sukan, telah memaparkan kesenian rakyat
Malaysia.
70. • Oleh itu, konsep-konsep seperti
prejudis, steriotaip, rasisme dan
diskriminasi wajar dielakkan
kerana ia boleh menghalang
perpaduan di kalangan etnik.
• Sebaliknya konsep-konsep seperti
akomodasi wajar dijadikan
panduan dalam menjalinkan
hubungan etnik di Malaysia.
71. PENUTUP
• Hubungan etnik ini pula tidak wajar dilihat
dari sudut luaran sahaja tetapi yang lebih
pentingnya ialah sudut spiritual.
• Dalam hal ini, aspek-aspek yang menjadi
teras kebudayaan kebangsaan sewajarnya
dipelihara iaitu kebudayaan kebangsaan
haruslah berteraskan kepada kebudayaan
rakyat asal rantau ini, unsur-unsur
kebudayaan lain yang sesuai dan wajar
boleh diterima menjadi unsur kebudayaan
kebangsaan dan Islam menjadi unsur
penting dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan.