SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
•   ‘Semangat Ledang’ 2003, Akrilik atas kanvas

    Syed Ahmad Jamal, Dato’ (b. 1929-) Muar, Johor

    Dato' Syed Ahmad Jamal mendapat pendidikan awal di Johor dan
    melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara. Karyanya banyak
    membicarakan tentang isu global serta membongkar akar umbi seni bangsa.
    Karya ini merupakan aspirasi pelukis berasaskan siri Gunung Ledang yang
    menjadi simbol dan lagenda negara dari aspek alam semulajadi dan alam
    sekitar. Karya ini turut menyentuh tentang zaman pemerintahan Negeri
    Melaka yang masyhur dengan watak hang Tuah, Puteri Gunung Ledang, dan
    Tun Mamat. Lukisan ini menyarankan kebangkitan semangat muda dalam
    proses pemerintahan negara.

•   ‘Musim Buah’ 1968. Batik

    Chuah Thean Teng, Dato’ (b. 1912 ) Fujian, China

    Dato' Chuah Thean Teng telah memperkenalkan lukisan batik di negara ini
    bermula pada tahun 1950-an dimana usaha beliau telah menaikkkan taraf
    lukisan batik daripada seni tekstil kepada seni moden. Beliau gemar melakar
    kehidupan rakyat Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar. Musim buah
    merupakan situasi yang sinonim dengan negara kita yang mewah dengan
    buah-buahan tempatan. Subjek wanita dan kanak-kanak, atau ibu dan anak
    tampak begitu mesra berkongsikan buah rambutan. Ini merupakan gambaran
    tentang perlunya kasih sayang diwujudkan samada sesame insan mahupun
    kepada alam sekeliling.

•   ‘Pago-pago’ 1965. Cat minyak atas kanvas,

    Abdul Latiff Mohidin (b. 1938 ) Lenggeng, Negeri Sembilan

    Pelukis yang berkelulusan dari Berlin ini mempersembahkan gaya
    Ekspesionis Jerman tetapi berinspirasikan seni suku kaum ‘Oceanic’ dari
    wilayah Pasifik ketika berada di Berlin Museum of Antropology and Oceanic
    Art. Usaha beliau dalam membentuk identiti artistik dapat dilihat dalam karya
    ini. Karya ini menggambarkan pemandangan biomorfik tropika dengan
    gubahan dan stailisasi bentuk flora di samping menyentuh ikonografi
    kebudayaan serantau.
PAMERAN LAHAR JIWA




Pameran Lahar Jiwa : Karya-karya terkini oleh [recent works by] Fairus Ahmad Yusof, Tengku Azhari Tengku
Azizan, Hasanul Isyraf Idris, Kairul Azuwan Ishak, dan Sarudian Mohmin. Pameran berlangsung hingga 30
April 2004 di Rumahykp, Ipoh. Waktu pameran : (Isnin - Jumaat) 9.30 pagi - 5.00 petang, kecuali cuti
umum [except public holidays].


Pameran ini adalah pameran seni yang pertama dijalankan di Rumahykp pada tahun ini. Terima kasih
kepada pihak Balai Seni Lukis Negara khusus kepada Ketua Pengarahnya Puan Wairah Marzuki kerana telah
menaja fasiliti untuk pelaksanaan pameran dan juga kepada Redza Piyadasa di atas kesudian beliau
merasmikan pameran. Seramai lima pelukis muda yang sedang membina nama diundang untuk
mempamerkan bakat serta kreativiti mereka di dalam pameran ini. LAHAR JIWA mewakili gelodak hati
seniman yang senantiasa bertarung untuk menempuhi perjalanan seni mereka yang masih jauh dan penuh
kemungkinan.


"Kemungkinan-kemungkinan yang berlaku daripada pengalaman ini dikutip dan difailkan sebagai rujukan diri
kepada pernyataan proses hidup untuk melihat semula kemungkinan-kemungkinan yang lain sama ada
pasti, benar atau realitinya. Bagaimana untuk menerimanya sebagai sebahagian daripada kehidupan anda
atau hanya sekadar menjenguknya secara sedar atau sinis"


Kenyataan tersebut telah diangkat dari karya Fairus Ahmad Yusof yang bertajuk 'Semangat Diri; Lahar Jiwa
Yang Merata'. Karya bersifat instalasi (seni pemasangan) yang mempersoalkan tentang pengalaman hidup
yang dikutip sudah pasti mendewasakan setiap individual tersebut. Mencapai satu tahap walaupun sedikit. Ia
(walaupun tanpa disedari) telah mengubah persepsi diri dalam mengadaptasi sesuatu. Beliau yang
melakarkan wajah-wajah dirinya sengaja membiarkan karya tersebut di bawah terik mentari dan hujan
supaya dimamah keadaan serta waktu. Secara peribadi beliau berpendapat bahawa perubahan yang terjadi
bukanlah sesuatu yang dirancang, sebagaimana sebuah realiti kehidupan dan esok bukan satu kepastian.


Seangkatan dengan Fairus Ahmad Yusof, Tengku Azhari Tengku Azizan yang baru sahaja menamatkan
pelajaran lanjutan beliau di Australia dan kini bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM),
turut menampilkan karya yang agak unik dari kebiasaan.


Tengku Azhari, melalui karyanya yang bertajuk 'New Adventures in Hi Fi>the answer to Micheal Stipe's
Misinterpreted proclamation' cuba bermain dengan proses pendengaran manusia. Dengan menggunakan
system audio, audien diundang (atau atas rasa ingin tahu) mendengar melalui headphone yang disediakan
dan menghayati bunyi-bunyian yang dihasilkan sendiri olehnya. Karya tersebut yang berfungsi mencetus
pengalaman bunyi dalam diri mampu menghasilkan imajan yang pelbagai berdasarkan pengalaman masing-
masing. Signifikan dari segi estetik yang dihasilkan dari bunyi elektronik yang diubahsuai akan
mempamerkan keindahan tersendiri, mengandungi kepelbagaian kapasiti dalam menghasilkan visual.


Sifat sensitiviti dan keperihatinan yang menebal terhadap alam sekitar amnya merupakan tema utama yang
dibawa oleh Sarudian Mohmin dan Khairul Azuwan Ishak. Sarudian Mohmin cuba menampilkan imajan
berdasarkan memori beliau semasa kecil. Imej hidupan air telah dilakar secara semi abstrak dan diatur
dengan komposisi yang menarik. Khairul Azuwan Ishak pula lebih senang melukis imej dedaunan dalam 'Siri
Daun Kering'nya. Beliau yang mahu berinteraksi secara terus dengan audien menegaskan bahawa, "cahaya,
bentuk, suasana, jalinan dan warna alam sentiasa memberi kesan yang mendalam yang tidak ternilai
harganya"


Hasanul Isyraf Idris pula mempamerkan dua karya sirinya yang bertajuk 'Siri Selak #6 dan Siri Selak #29
dalam Pameran Lahar Jiwa ini. Imej gunting yang mendominasi keseluruhan karya menimbulkan perasaan
tertanya-tanya para pemerhati yang rata rata mengaitkan karya tersebut dengan peribahasa melayu lama
iaitu, "seperti gunting dalam lipatan'. Bagaimanapun, pendapat itu makin relevan dengan teknik selak pada
permukaan kanvas dan penyataan artis itu sendiri, " ketrampilan luaran tidak semestinya menjamin nilai
dalaman yang sebenar"


Pada pameran ini, audien dihidangkan dengan kelainan bentuk, aliran dan pemahaman dalam penghasilan
karya seni. Kepelbagaian ini dapat dilihat pada setiap karya yang menampilkan medium yang berbeza antara
satu sama lain seperti instalasi, new media dan lukisan konvensional. Namun, perbezaan medium tersebut
tidak menjarakkan atau mendominasikan setiap karya yang terpamer malah karya tersebut dapat memberi
impak atau pengertian yang agak mendalam pada audien berdasarkan konsep tema artis terlibat.
ARKIB : 28/04/2008


Imej seni Malaysia
di Tokyo
Oleh Azman Ismail



RITUAL keagamaan (Buddhisme
dan Shintoisme) merupakan
                                        SUZLEE bersama pelukis veteran Jepun,
salah satu daripada faktor
                                    Yasumichi Fukawa di pameran Arts For Earth Aid
estetika yang mendorong                   di Taito Hall, Tokyo, baru-baru ini.
terjadinya perubahan corak
dalam seni lukis tradisional dan sebahagian kontemporari Jepun.Nilai-nilai
agama tersebut menjadui acuan untuk mengatur tingkah laku kehidupan
sosial, pembentukan nilai serta etika yang seterusnya menjadi elemen utama
kerja-kerja seni para pelukisnya.

Oleh itu, karya-karya lukisan tradisional pada asasnya memuatkan ajaran
moral, nilai-nilai spiritual, dasar metafizik, ekspresi dan kualiti material yang
terdapat di alam ini.

Oleh itu, dalam setiap karya tradisionalnya mempunyai keseimbangan tujuh
karateristik iaitu fukinsei (asimetri), kanzo (sederhana), kokou (esensi),
Shizen (kewajaran), yuugen (bermakna), datsuzoku (bebas dari ikatan) dan
seijaku (keheningan).

Masyarakat Jepun tradisional telah meletakkan seni lukis sebagai medium
untuk memenuhi keperluan integriti untuk mengungkapkan rasa keindahan,
bersifat universal dan tidak mengenal status, waktu serta tempat.

Nilai-nilai ini menimbulkan kekaguman tersendiri terhadap karya-karya lukisan
Jepun yang sarat dengan nilai falsafah dan spritual. Lukisan-lukisan pelukis
negara itu pada abad yang ke-19 misalnya pernah menjadi inspirasi kepada
ramai pelukis terkenal dunia.

Salah seorang daripadanya inilah pelukis agung Belanda, Vincent van Gogh
(1853-1890). Beliau melahirkan beberapa karya yang dipengaruhi oleh karya-
karya cetakan kayu dan gaya lukisan Jepun yang mengkagumkan.

Karya-karyanya seperti Potrait of Pere Tanguy (1887) dan Japonaiserie:
Oiran (1887) oleh Van Gogh jelas menunjukkan pengaruh gaya seni itu yang
menebalkan.
Negara Jepun sememangnya terkenal dengan karya-karya cetakan kayunya,
sehingga memberi pengaruh yang besar kepada perkembangan seni lukis
dunia pada suatu ketika dahulu.

Karya-karya seni yang dihasilkannya sangat halus dan tinggi mutunya, ini
terlihat pada seni visual oleh Utagawa Hiroshige yang bertajuk Great Bridge
(1857) ataupun Katsushika Hokusai, The Great Wave (1820an).

Untuk memberi pendedahan kepada pelukis Malaysia, Japan Malaysia World
Arts & Culture Exchange telah membawa lapan pelukis terkenal Malaysia
dalam satu satu pameran yang berlangsung di Taito Hall, International Trade
Centre, Tokyo, Jepun, baru-baru ini.

Pameran Arts For Earth Aid tersebut dirasmikan oleh Duta Malaysia ke
Jepun, Datuk Radzi Abdul Rahman. Sebanyak 650 buah karya telah
dipamerkan pada pameran selama lima hari tersebut. Ia merupakan kerja
oleh 300 pelukis Jepun dan tujuh pelukis Malaysia.

Pelukis-pelukis Malaysia yang mengambil bahagian dalam pameran tersebut
ialah Suzlee Ibrahim, Amirudin Ariffin, Aris Aziz, Azmi Aris, Abu Bakar Idris
dan Zaim Darulaman dan Jack.

Suzlee, pelukis abstrak negara yang sinonim dengan Movement Series iaitu
Suzlee Ibrahim mempamerkan tujuh buah karya yang dihasilkan khas untuk
pameran ini iaitu siri Waiting for Sakura yang menggunakan médium akrilik
dan cat minyak di atas kanvas.

Sesungguhnya, Waiting for Sakura mempunyai makna yang tersendiri. Ia
sebuah simbol dan keterujaan Suzlee sebagai pelukis menyelami keindahan
bunga sakura yang belum pernah dilihat secara dekat sebelum ini.

Gejolak rasa dan keterujaan yang memenuhi jiwa itu diluahkan dengan
garisan gestural yang spontan dan bersahaja yang menghidupkan watak
pada setiap karya.

Kekaguman dan keterujaan terhadap sakura diberi makna yang tersendiri
melalui gerakan-gerakan berus yang kasar dan kadang-kadang mencipta
ruang melankolik tersendiri pada kanvas.

Wujud kesimbangan yang luar biasa antara romantika dan keghairahan yang
luar biasa dalam menanggapi persoalan mengenai keindahan sakura yang
digambarkan pada kanvas tersebut.
Keindahan sakura itu juga akan menjadi subjek utama pada pameran solonya
yang ke-15 yang akan diadakan di sebuah galeri di Kuala Lumpur, tidak lama
lagi.

Abu Bakar Idris pula mempamerkan karya siri terbaru iaitu Cap Sai Cin.
Sebanyak 6 buah karya dari siri tersebut yang menggunakan medium akrilik
di atas kanvas dipamerkan.

Karya semi abstrak tersebut menggabungkan imej tumbuhan ubat-ubatan
tradisional Melayu sebagai motif penting yang mengisi komposisi dalam ruang
pada dada kanvas.

Warna malap dan kelam digunakkan bagi menghidupkan suasana mistik
dalam karya. Sedikit tekstura dimasukkan pada komposisi tertentu karya agar
permukaan kanvas tampak pelbagai dan tidak terikat pada permukaan yang
rata sahaja.

Seperti kebiasaannya, Zaim Darulaman pula menggunakan imej perahu atau
bot sebagai subjek utama karyanya yang didasarkan pantun bahari Melayu
tradisional.

Karya beliau mempunyai warna yang menarik dengan kepelbagaian warna.
Penggunaan warna terang seperti merah dan hijau menjadikan setiap
karyanya sebagai titik tumpuan untuk berkomunikasi dengan khalayak.

Sementara itu, Arts For Earth Aid merupakan lanjutan kepada pameran
Japan-Malaysia World Arts & Culture Exhibition for Friendship in 2007 yang
telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara pada 28 Julai 2007.

Ia antara lain merupakan kerjasama antara World Arts & Culture Exchange
Malaysia-Japan Malaysia Association, Tourism Malaysia, Persatuan Seni
Lukis Kotemporari Malaysia (MCAA), Persatuan Homestay Malaysia,
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Balai Seni Lukis Negara.




ARKIB : 18/01/2009


Apresiasi seni batik Teng
Pameran Teng : An Appreciation
yang kini sedang berlangsung di
Balai Seni Lukis Negara (BSLN)
Kuala Lumpur memberikan satu
pengalaman baru tentang
bagaimana eksplorasi terhadap
seni tampak tradisi yang rapat
dengan budaya Melayu. Batik
adalah suatu yang sangat akrab              PLAYING Congkak, 1986.
dengan adat dan budaya Melayu
serantau. Goresan batik sangat unik dan tersendiri.

Kalau dalam seni tampak Cina, lukisan berus Cina memiliki identiti yang rapat
dengan seni dan tamadun budaya Cina, batik adalah manifestasi seni tampak
tradisional Melayu. Tetapi batik juga menjadi suatu yang cukup impresif
apabila diberi pengolahan modenisme dan kontemporari. Inilah yang
dilakukan oleh Datuk Chuah Thean Teng yang membawa nuansa batik pada
karya lukisannya sejak setengah abad lalu.

Teng nama yang dibawa ke seluruh pelosok dunia memanfaatkan seni batik
sebagai asas karyanya yang diolahkan dengan gaya yang lebih kontemporari
serta mengangkat elemen yang ada dalam budaya setempat. Karya yang
dipamerkan dalam Teng : An Appreciation sangat jelas memperlihatkan
bagaimana pelukis ini merentasi satu pengalaman yang menarik.

Teng yang dilahirkan di China tahun 1912 tetapi dalam direktori seni lukis
tempatan dan antarabangsa, Teng dikenali sebagai Bapa Lukisan Batik
terunggul. Elemen budaya khususnya Melayu yang dilihat pada sekelilingnya
diangkat menjadi subjek yang sangat dominan dalam lukisannya.

Hampir semua lukisan yang dipamerkan di pameran ini menunjukkan
sensitiviti Teng terhadap budaya dengan mengeksploitasi sebaik mungkin
lukisan batik. Beberapa lukisan dengan jelas Teng memberikan satu
persembahan khususnya penciptaan figura yang kompleks serta permainan
warna yang begitu harmoni.

Malah sebahagian besar karya lukisan batik ini memberikan tumpuan kepada
masyarakat di luar kota di mana figura serta aktiviti budaya menjadi subjek
penting yang diselarikan dengan kedudukan batik dalam masyarakat Melayu.
Maka karya lukisan Teng dalam konteks dunia adalah satu manifestasi
budaya Melayu yang disampaikan menerusi seni batik.
Menghayati karya -karya Teng sangat melekakan. Walaupun lukisan-lukisan
ini menjadi satu realisme magis yang bukan lagi realiti tetapi pengamatan
pelukis sangat dekat dengan budaya Melayu di sekelilingnya. Ini menjadi
identiti sekaligus memperlihatkan karyanya datang dari negara ini.

Teng sebenarnya seorang pelukis milik kita yang sudah mencipta nama di
seluruh dunia. Sejak penghujung dekad 1950-an lagi beliau memberikan
tumpuan kepada seni kraf batik yang digubah secara penuh seni menjadi
karya lukisan. Gaya karya lukisan awalnya banyak dipengaruhi oleh karya-
karya Picasso tetapi kemudian beralih kepada Paul Gauguin. Teng
memulakan pameran solo pertamanya di Pulau Pinang tahun 1955 dengan
memperagakan batik sebagai satu gayanya.

Pameran pertama ini memancarkan satu ledakan yang bukan kecil kepada
Teng, beliau sangat konsisten dengan pameran-pameran solo seterusnya ke
Kuala Lumpur, Singapura dan melangkah jauh ke seluruh pelosok dunia.

Menikmati karya-karya Teng seumpama kembali ke kampung halaman. Ada
figura yang memberikan kesan nostalgik kepada kita tetapi penghayatan yang
berbeza. Semua ini mengingatkan kepada keunikan batik yang sebenarnya
tidak pernah luput ditelan zaman. Batik adalah seni kraf Melayu nusantara
dan pengabdian Teng kepada batik suatu yang sangat murni.

Teng datang ke Pulau Pinang ketika berusia 18 tahun dan selepas berkerja
dalam pelbagai bidang, akhirnya beliau memilih menjadi pelukis dan menjadi
antara pengasas Penang Art Studio tahun 1960-an. Pameran solonnya yang
pertama di BSLN ialah pada 1965 selepas nama Teng mengharum dalam
dunia seni lukis negara ini.

UNICEF pernah memilih karya lukisan Teng, Two of a Kind tahun 1968 untuk
dicetak pada kad-kad ucapan dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang
diberikan penghormatan setinggi itu.

Karya yang dipamerkan di BSKL hingga Februari 2009 antara yang terbaik
pernah dihasilkan. Hanya sebahagian kecil saja dimuatkan dengan lukisan
berus Cina karya Teng tetapi figura dan alamnya adalah diangkat daripada
landskap budaya Melayu negara ini. Semua lukisan yang dipamerkan ini tidak
ada yang membawa landskap kebudayaan Cina dan ini barangkali
memperlihatkan kecintaan yang tidak berbelah bagi kepada negara ini.

Beliau menggali dan mengangkat seni kraf batik dengan suntikan yang
ekspresionisme, modenisme dan abstrak. Ini adalah sumbangan besar
membawa satu akar tradisi Melayu ke dunia antarabangsa.

- Ku Seman
ARKIB : 14/05/2007


Tiga Alam memori perjalanan kanvas Anak
Alam
Oleh Azman Ismail




PERANAN kelompok Anak Alam dalam
perkembangan seni tanah air sejak awal
1970-an tidak dapat dinafikan. Merekalah
                                                TIGA pelukis kelompok Anak Alam iaitu Anuar Rashid (paling kiri),
yang bertanggungjawab                              Yusuf Gajah dan Mustapa Ibrahim selepas majlis perasmian
                                                        pameran Tiga Alam di Pasar Seni, baru-baru ini.
memperkembangkan bidang kesenian dan
kebudayaan terutama di sekitar ibu kota.


Tercatat beberapa nama yang cukup sinonim dengan pelbagai genre seni tanah air. Antaranya Zainon
Ismail, Pyanhabib, A. Ghafar Ibrahim (penyair), A. Latiff Mohidin (seni tampak), Johan Jaaffar serta
Khalid Salleh (teater) dan ramai lagi.


Kelompok Anak Alam mewakili satu kumpulan pengiat seni masyarakat bawahan yang berkarya kerana
minat dan tanggungjawab terhadap kebudayaan masyarakatnya.


Segala-galanya diluahkan menerusi seni. Mereka berbicara tentang politik melalui catan. Menulis
tentang kemanusiaan serta sosioekonomi dengan tinta kreatif atau mendiskusikan perilaku sosial di
pentas teater.


Menerusi seni kelompok itu bersungguh-sungguh mengisi kekosongan seni tanah air yang ketandusan
penggiat terutama pada dekad pasca 13 Mei 1969 ketika pemimpin pelbagai kaum berusaha gigih
mewujudkan sebuah integrasi melalui politik, ekonomi dan sosial.


Antara tahun 1973 hingga 1984, Anak Alam berpusat di sebuah banglo di Jalan Sultan Ismail, Kuala
Lumpur. Kini bangunan tersebut sebahagian daripada kampus baru Akademi Seni dan Warisan
Kebangsaan (Aswara).


Mereka adalah seniman rakyat yang menyuarakan pendapat dan rasa hati tanpa mengira tempat.
Bahkan, sering terdapat penyair-penyair Anak Alam pada dekad itu yang membaca puisi di bawah
sinaran lampu jalan.


Memori silam


Baru-baru ini, pameran Tiga Alam yang berlangsung di The Annexe, Pasar Seni, Kuala Lumpur
mengembalikan memori silam dan pahit getir perjalanan anak-anak seni tanah air.


Ia merupakan pameran bersama tiga pelukis daripada dua generasi yang berbeza kumpulan Anak Alam
pada dekad 1970-an dan 1980-an iaitu Yusof Ismail (Yusof Gajah), Mustapa Ibrahim dan Anuar Rashid.


Selepas 27 tahun dalam Anak Alam mereka terus berkarya dan memperjuangkan imej seni tampak
Malaysia yang merupakan perspektif visual tentang masyarakat, sosiaobudaya, politik dan sebagainya.
Gaya dan corak asal ketika berada dalam Anak Alam tidak berubah dalam karya ketiga-tiga pelukis
tersebut. Kalau ada pun ia cuma sekadar pembaharuan atau eksperimen ketiga-tiga pelukisnya.


Mustapha yang dianggap sebagai salah satu ikon seni tampak Anak Alam pada dasarnya masih
mengekalkan gaya serta konsep catan yang dimulakan sejak 1974.


Ciri-ciri arca yang menghubungkan antara gestural dan geometri tanpa mewujudkan imejan pada
kanvas cuma diperkemaskan dengan sedikit sentuhan baru terutama catan.


Yusof Gajah pula merupakan ikon dalam genre seni naive di negara ini. Setiap karyanya merupakan
paparan tentang gajah yang diberi sentuhan atau perspektif kanak-kanak.


Beliau lahir di Anak Alam pada dekad 1970-an. Bermula pada detik itu, gajah menjadi subjek yang
sinonim dalam semua karyanya. Namun, ia tidak lahir begitu sahaja.


Gaya itu merupakan kombinasi bakat dan pendidikan formal dalam seni catan yang ditekuninya di
Sekolah Seni Rupa Indonesia, Yogjakarta.


Bagi Yusof, gajah sebenarnya hanya subjek untuk menceritakan pelbagai persoalan yang ada di
sekitarnya. Ia kadang-kadang menceritakan tentang manusia, politik dan kemanusiaan.


Memang di satu sisi, ia hanya sebuah pandangan surealis dan fantasi tetapi pada masa yang sama
merupakan sebuah imej pemberontakan terhadap apa sahaja yang dianggap ‘mengecewakan’.


Siri Elephantoidea misalnya mengupas banyak isu yang berada disekitarnya tetapi pada masa yang
sama ia juga sebuah dongeng atau fantasi untuk hiburan.


Yusuf melihat fantasi dan dongeng itu kadang-kadang mewarnai hidupnya untuk melangkah ke
hadapan atau proses kematangan.


Generasi muda


Sementara itu, Anuar Rashid merupakan antara ‘generasi muda’ dalam Anak Alam. Beliau lahir dalam
kelompok itu pada hujung dekad 1970-an ketika kumpulan itu berada pada era transisi.


Dalam erti kata penglibatannya ketika beberapa tokoh lama dalam Anak Alam tidak lagi aktif untuk
berkarya secara berkelompok kerana keluarga dan sebagainya.


Anuar mendapat pendidikan formal dalam bidang seni tampak dari Universiti Teknologi Mara (UiTM)
dan mulai menyertai kelompok tersebut pada dengan siri pertamanya Kelahiran Inderaputra (1978).


Dari aspek karya, setiap lukisannya merupakan simbol daripada sebuah perjalanan atau dalam
pengertian lain, kehidupan itu sendiri merupakan sebuah pergerakan.


Pemikiran, deria dan segenap anggota yang terdapat pada tubuh manusia itu sendiri merupakan
sebuah pergerakan yang hanya mampu ditafsirkan oleh individu tersebut sahaja.
Berdasarkan perspektif itu, Anuar berfalsafah pada setiap karyanya. Apa yang tergambar pada kanvas
dalam karyanya seperti Phatanum hanyalah gambaran luar mengenai pemikiran dan pengembaran
tetapi ada makna lain disebaliknya.


Beliau tidak memisahkan setiap karya dan kehidupannya. Apa yang digambarkan pada kanvas adalah
detik-detik diri yang bergerak dan sentiasa berkembang.


Baginya, setiap orang mempunyai cara atau pendekatan tersendiri untuk menyuarakan tentang hidup
atau apa sahaja persoalan.


Pada permukaan kanvas, Anuar memaparkan sapuan catan yang harmoni dan lembut dalam satu
komposisi yang mengkagumkan. Ia mewujudkan ketenangan bukan hanya kepada pelukisnya tetapi
juga khalayak.


Sebenarnya, makna pameran Tiga Alam lebih daripada itu. Bukan sekadar melihat dan merenungi
karya-karya pelukis veteran yang menempuh pelbagai onak dan duri dalam berkarya.


Ia sebenarnya, membawa generasi muda hari ini untuk merasakan betapa kunci memperkasakan seni
itu adalah kesungguhan dan keazaman yang kental sebagaimana lahirnya kelompok Anak Alam.

More Related Content

What's hot

Seni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visual
Seni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visualSeni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visual
Seni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visualFairuz Alwi
 
Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan
Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan
Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan Fairuz Alwi
 
Jenis jenis arca(seni)
Jenis jenis arca(seni)Jenis jenis arca(seni)
Jenis jenis arca(seni)zainiaman
 
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Nik Mohamad Al-Fazil
 
Prinsip rekaan
Prinsip rekaanPrinsip rekaan
Prinsip rekaannike
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualHui Chew
 
Kuliah 9 Latihan Kritikan Seni
Kuliah 9  Latihan Kritikan Seni Kuliah 9  Latihan Kritikan Seni
Kuliah 9 Latihan Kritikan Seni Norhayati Ismail
 
Peranan seni visual
Peranan seni visualPeranan seni visual
Peranan seni visualzainiaman
 
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)Mcc Goh
 
HASIL SENI TRADISI MALAYSIA
HASIL SENI TRADISI MALAYSIAHASIL SENI TRADISI MALAYSIA
HASIL SENI TRADISI MALAYSIANazira M
 
Seni digital
Seni digitalSeni digital
Seni digitalzainiaman
 
Ulangkaji 3 Judgement dalam Strategi Kritikan
Ulangkaji 3 Judgement dalam Strategi KritikanUlangkaji 3 Judgement dalam Strategi Kritikan
Ulangkaji 3 Judgement dalam Strategi KritikanNorhayati Ismail
 
59848873 latar-belakang-seni-catan
59848873 latar-belakang-seni-catan59848873 latar-belakang-seni-catan
59848873 latar-belakang-seni-catanAzlishakara Yahaya
 
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)Mcc Goh
 
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)Mcc Goh
 

What's hot (20)

Seni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visual
Seni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visualSeni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visual
Seni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visual
 
Komposisi
KomposisiKomposisi
Komposisi
 
Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan
Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan
Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan
 
Jenis jenis arca(seni)
Jenis jenis arca(seni)Jenis jenis arca(seni)
Jenis jenis arca(seni)
 
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
 
Prinsip rekaan
Prinsip rekaanPrinsip rekaan
Prinsip rekaan
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni Visual
 
PSV
PSVPSV
PSV
 
Kuliah 9 Latihan Kritikan Seni
Kuliah 9  Latihan Kritikan Seni Kuliah 9  Latihan Kritikan Seni
Kuliah 9 Latihan Kritikan Seni
 
Peranan seni visual
Peranan seni visualPeranan seni visual
Peranan seni visual
 
Seni Arca
Seni ArcaSeni Arca
Seni Arca
 
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)
 
HASIL SENI TRADISI MALAYSIA
HASIL SENI TRADISI MALAYSIAHASIL SENI TRADISI MALAYSIA
HASIL SENI TRADISI MALAYSIA
 
Seni digital
Seni digitalSeni digital
Seni digital
 
Ulangkaji 3 Judgement dalam Strategi Kritikan
Ulangkaji 3 Judgement dalam Strategi KritikanUlangkaji 3 Judgement dalam Strategi Kritikan
Ulangkaji 3 Judgement dalam Strategi Kritikan
 
Projek kajian seni visual 2013
Projek kajian seni visual 2013Projek kajian seni visual 2013
Projek kajian seni visual 2013
 
Penegasan
PenegasanPenegasan
Penegasan
 
59848873 latar-belakang-seni-catan
59848873 latar-belakang-seni-catan59848873 latar-belakang-seni-catan
59848873 latar-belakang-seni-catan
 
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
 
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
 

Viewers also liked

148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seniMuhammad Ismail
 
Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia
Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia
Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia Fairuz Alwi
 
Syed ahmad jamal
Syed ahmad jamalSyed ahmad jamal
Syed ahmad jamalHasni Hamid
 
Tokoh tokoh catan
Tokoh tokoh catanTokoh tokoh catan
Tokoh tokoh catanQing9595
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKASEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKARafiza Diy
 
Tokoh tokoh catan MW
Tokoh tokoh catan MWTokoh tokoh catan MW
Tokoh tokoh catan MWQing9595
 
Cheong soo pieng
Cheong soo piengCheong soo pieng
Cheong soo piengbentancs
 
Unsur & Prinsip Seni
Unsur & Prinsip SeniUnsur & Prinsip Seni
Unsur & Prinsip Seniazham
 
Elemen Rekabentuk
Elemen RekabentukElemen Rekabentuk
Elemen Rekabentukilaazmil2
 
Prinsip rekabentuk
Prinsip rekabentukPrinsip rekabentuk
Prinsip rekabentukilaazmil2
 

Viewers also liked (13)

148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
 
Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia
Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia
Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia
 
Syed ahmad jamal
Syed ahmad jamalSyed ahmad jamal
Syed ahmad jamal
 
Tokoh seni
Tokoh seniTokoh seni
Tokoh seni
 
Tokoh tokoh catan
Tokoh tokoh catanTokoh tokoh catan
Tokoh tokoh catan
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKASEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
 
Tokoh tokoh catan MW
Tokoh tokoh catan MWTokoh tokoh catan MW
Tokoh tokoh catan MW
 
Sejarahsenivisual
SejarahsenivisualSejarahsenivisual
Sejarahsenivisual
 
Cheong soo pieng
Cheong soo piengCheong soo pieng
Cheong soo pieng
 
Unsur & Prinsip Seni
Unsur & Prinsip SeniUnsur & Prinsip Seni
Unsur & Prinsip Seni
 
Nota reka bentuk
Nota reka bentukNota reka bentuk
Nota reka bentuk
 
Elemen Rekabentuk
Elemen RekabentukElemen Rekabentuk
Elemen Rekabentuk
 
Prinsip rekabentuk
Prinsip rekabentukPrinsip rekabentuk
Prinsip rekabentuk
 

Similar to recent works by

Makalah apresiasi karya seni rupa modern
Makalah apresiasi karya seni rupa modernMakalah apresiasi karya seni rupa modern
Makalah apresiasi karya seni rupa modernDani Ibrahim
 
Latar belakang kemunculan seni rupa modern
Latar belakang kemunculan seni rupa modernLatar belakang kemunculan seni rupa modern
Latar belakang kemunculan seni rupa modernDani Ibrahim
 
seni kontemporer guru Paryono.pptx
seni kontemporer guru Paryono.pptxseni kontemporer guru Paryono.pptx
seni kontemporer guru Paryono.pptxparyonoart1
 
Seni rupa modern dan kontemporer
Seni rupa modern dan kontemporerSeni rupa modern dan kontemporer
Seni rupa modern dan kontemporerAulia Dwi Fitriani
 
Karya tulis seni rupa modern
Karya tulis seni rupa modernKarya tulis seni rupa modern
Karya tulis seni rupa modernDani Ibrahim
 
Fase Sejarah Perkembangan Senirupa Indonesia
Fase Sejarah Perkembangan Senirupa IndonesiaFase Sejarah Perkembangan Senirupa Indonesia
Fase Sejarah Perkembangan Senirupa IndonesiaAriefiandra Ariefiandra
 
Tinjauan sejarah seni rupa di indonesia
Tinjauan sejarah seni rupa di indonesiaTinjauan sejarah seni rupa di indonesia
Tinjauan sejarah seni rupa di indonesiaDio Altha
 
Sejarah dan Perkembangan Seni Lukis Indonesia.pptx
Sejarah dan Perkembangan Seni Lukis Indonesia.pptxSejarah dan Perkembangan Seni Lukis Indonesia.pptx
Sejarah dan Perkembangan Seni Lukis Indonesia.pptxGalihLimunJatuKurnia
 
Seni rupa modern dan kontemporer
Seni rupa modern dan kontemporerSeni rupa modern dan kontemporer
Seni rupa modern dan kontemporerDani Ibrahim
 
seni dan kebudayaan umum
seni dan kebudayaan umumseni dan kebudayaan umum
seni dan kebudayaan umumRhea Prasetya
 
PPT KEL 1 KETERPADUAN SENI&BUDAYA.pptx
PPT KEL 1 KETERPADUAN SENI&BUDAYA.pptxPPT KEL 1 KETERPADUAN SENI&BUDAYA.pptx
PPT KEL 1 KETERPADUAN SENI&BUDAYA.pptxAngelikaIcha
 
Katalog Pameran ke 21 Sri Warso Wahono Sang Aku 2019
Katalog Pameran ke 21 Sri Warso Wahono Sang Aku 2019Katalog Pameran ke 21 Sri Warso Wahono Sang Aku 2019
Katalog Pameran ke 21 Sri Warso Wahono Sang Aku 2019Sri Warso Galery
 

Similar to recent works by (20)

Senbud
SenbudSenbud
Senbud
 
contoh powerpoint
contoh powerpointcontoh powerpoint
contoh powerpoint
 
Senbud
SenbudSenbud
Senbud
 
PENGERTIAN SENI LUKIS
PENGERTIAN SENI LUKISPENGERTIAN SENI LUKIS
PENGERTIAN SENI LUKIS
 
Makalah apresiasi karya seni rupa modern
Makalah apresiasi karya seni rupa modernMakalah apresiasi karya seni rupa modern
Makalah apresiasi karya seni rupa modern
 
Latar belakang kemunculan seni rupa modern
Latar belakang kemunculan seni rupa modernLatar belakang kemunculan seni rupa modern
Latar belakang kemunculan seni rupa modern
 
seni kontemporer guru Paryono.pptx
seni kontemporer guru Paryono.pptxseni kontemporer guru Paryono.pptx
seni kontemporer guru Paryono.pptx
 
Seni rupa modern dan kontemporer
Seni rupa modern dan kontemporerSeni rupa modern dan kontemporer
Seni rupa modern dan kontemporer
 
Karya tulis seni rupa modern
Karya tulis seni rupa modernKarya tulis seni rupa modern
Karya tulis seni rupa modern
 
Fase Sejarah Perkembangan Senirupa Indonesia
Fase Sejarah Perkembangan Senirupa IndonesiaFase Sejarah Perkembangan Senirupa Indonesia
Fase Sejarah Perkembangan Senirupa Indonesia
 
Bab III Kelas XI Seni Budaya
Bab III Kelas XI Seni BudayaBab III Kelas XI Seni Budaya
Bab III Kelas XI Seni Budaya
 
Tinjauan sejarah seni rupa di indonesia
Tinjauan sejarah seni rupa di indonesiaTinjauan sejarah seni rupa di indonesia
Tinjauan sejarah seni rupa di indonesia
 
Seni rupa modern & kotemporer
Seni rupa modern & kotemporerSeni rupa modern & kotemporer
Seni rupa modern & kotemporer
 
Sejarah dan Perkembangan Seni Lukis Indonesia.pptx
Sejarah dan Perkembangan Seni Lukis Indonesia.pptxSejarah dan Perkembangan Seni Lukis Indonesia.pptx
Sejarah dan Perkembangan Seni Lukis Indonesia.pptx
 
Seni rupa modern dan kontemporer
Seni rupa modern dan kontemporerSeni rupa modern dan kontemporer
Seni rupa modern dan kontemporer
 
laporan
laporanlaporan
laporan
 
seni dan kebudayaan umum
seni dan kebudayaan umumseni dan kebudayaan umum
seni dan kebudayaan umum
 
PPT KEL 1 KETERPADUAN SENI&BUDAYA.pptx
PPT KEL 1 KETERPADUAN SENI&BUDAYA.pptxPPT KEL 1 KETERPADUAN SENI&BUDAYA.pptx
PPT KEL 1 KETERPADUAN SENI&BUDAYA.pptx
 
seni lukis
seni lukisseni lukis
seni lukis
 
Katalog Pameran ke 21 Sri Warso Wahono Sang Aku 2019
Katalog Pameran ke 21 Sri Warso Wahono Sang Aku 2019Katalog Pameran ke 21 Sri Warso Wahono Sang Aku 2019
Katalog Pameran ke 21 Sri Warso Wahono Sang Aku 2019
 

recent works by

  • 1. ‘Semangat Ledang’ 2003, Akrilik atas kanvas Syed Ahmad Jamal, Dato’ (b. 1929-) Muar, Johor Dato' Syed Ahmad Jamal mendapat pendidikan awal di Johor dan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara. Karyanya banyak membicarakan tentang isu global serta membongkar akar umbi seni bangsa. Karya ini merupakan aspirasi pelukis berasaskan siri Gunung Ledang yang menjadi simbol dan lagenda negara dari aspek alam semulajadi dan alam sekitar. Karya ini turut menyentuh tentang zaman pemerintahan Negeri Melaka yang masyhur dengan watak hang Tuah, Puteri Gunung Ledang, dan Tun Mamat. Lukisan ini menyarankan kebangkitan semangat muda dalam proses pemerintahan negara. • ‘Musim Buah’ 1968. Batik Chuah Thean Teng, Dato’ (b. 1912 ) Fujian, China Dato' Chuah Thean Teng telah memperkenalkan lukisan batik di negara ini bermula pada tahun 1950-an dimana usaha beliau telah menaikkkan taraf lukisan batik daripada seni tekstil kepada seni moden. Beliau gemar melakar kehidupan rakyat Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar. Musim buah merupakan situasi yang sinonim dengan negara kita yang mewah dengan buah-buahan tempatan. Subjek wanita dan kanak-kanak, atau ibu dan anak tampak begitu mesra berkongsikan buah rambutan. Ini merupakan gambaran tentang perlunya kasih sayang diwujudkan samada sesame insan mahupun kepada alam sekeliling. • ‘Pago-pago’ 1965. Cat minyak atas kanvas, Abdul Latiff Mohidin (b. 1938 ) Lenggeng, Negeri Sembilan Pelukis yang berkelulusan dari Berlin ini mempersembahkan gaya Ekspesionis Jerman tetapi berinspirasikan seni suku kaum ‘Oceanic’ dari wilayah Pasifik ketika berada di Berlin Museum of Antropology and Oceanic Art. Usaha beliau dalam membentuk identiti artistik dapat dilihat dalam karya ini. Karya ini menggambarkan pemandangan biomorfik tropika dengan gubahan dan stailisasi bentuk flora di samping menyentuh ikonografi kebudayaan serantau.
  • 2. PAMERAN LAHAR JIWA Pameran Lahar Jiwa : Karya-karya terkini oleh [recent works by] Fairus Ahmad Yusof, Tengku Azhari Tengku Azizan, Hasanul Isyraf Idris, Kairul Azuwan Ishak, dan Sarudian Mohmin. Pameran berlangsung hingga 30 April 2004 di Rumahykp, Ipoh. Waktu pameran : (Isnin - Jumaat) 9.30 pagi - 5.00 petang, kecuali cuti umum [except public holidays]. Pameran ini adalah pameran seni yang pertama dijalankan di Rumahykp pada tahun ini. Terima kasih kepada pihak Balai Seni Lukis Negara khusus kepada Ketua Pengarahnya Puan Wairah Marzuki kerana telah menaja fasiliti untuk pelaksanaan pameran dan juga kepada Redza Piyadasa di atas kesudian beliau merasmikan pameran. Seramai lima pelukis muda yang sedang membina nama diundang untuk mempamerkan bakat serta kreativiti mereka di dalam pameran ini. LAHAR JIWA mewakili gelodak hati seniman yang senantiasa bertarung untuk menempuhi perjalanan seni mereka yang masih jauh dan penuh kemungkinan. "Kemungkinan-kemungkinan yang berlaku daripada pengalaman ini dikutip dan difailkan sebagai rujukan diri kepada pernyataan proses hidup untuk melihat semula kemungkinan-kemungkinan yang lain sama ada pasti, benar atau realitinya. Bagaimana untuk menerimanya sebagai sebahagian daripada kehidupan anda atau hanya sekadar menjenguknya secara sedar atau sinis" Kenyataan tersebut telah diangkat dari karya Fairus Ahmad Yusof yang bertajuk 'Semangat Diri; Lahar Jiwa Yang Merata'. Karya bersifat instalasi (seni pemasangan) yang mempersoalkan tentang pengalaman hidup yang dikutip sudah pasti mendewasakan setiap individual tersebut. Mencapai satu tahap walaupun sedikit. Ia (walaupun tanpa disedari) telah mengubah persepsi diri dalam mengadaptasi sesuatu. Beliau yang melakarkan wajah-wajah dirinya sengaja membiarkan karya tersebut di bawah terik mentari dan hujan supaya dimamah keadaan serta waktu. Secara peribadi beliau berpendapat bahawa perubahan yang terjadi bukanlah sesuatu yang dirancang, sebagaimana sebuah realiti kehidupan dan esok bukan satu kepastian. Seangkatan dengan Fairus Ahmad Yusof, Tengku Azhari Tengku Azizan yang baru sahaja menamatkan pelajaran lanjutan beliau di Australia dan kini bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM), turut menampilkan karya yang agak unik dari kebiasaan. Tengku Azhari, melalui karyanya yang bertajuk 'New Adventures in Hi Fi>the answer to Micheal Stipe's Misinterpreted proclamation' cuba bermain dengan proses pendengaran manusia. Dengan menggunakan system audio, audien diundang (atau atas rasa ingin tahu) mendengar melalui headphone yang disediakan dan menghayati bunyi-bunyian yang dihasilkan sendiri olehnya. Karya tersebut yang berfungsi mencetus pengalaman bunyi dalam diri mampu menghasilkan imajan yang pelbagai berdasarkan pengalaman masing- masing. Signifikan dari segi estetik yang dihasilkan dari bunyi elektronik yang diubahsuai akan mempamerkan keindahan tersendiri, mengandungi kepelbagaian kapasiti dalam menghasilkan visual. Sifat sensitiviti dan keperihatinan yang menebal terhadap alam sekitar amnya merupakan tema utama yang dibawa oleh Sarudian Mohmin dan Khairul Azuwan Ishak. Sarudian Mohmin cuba menampilkan imajan berdasarkan memori beliau semasa kecil. Imej hidupan air telah dilakar secara semi abstrak dan diatur dengan komposisi yang menarik. Khairul Azuwan Ishak pula lebih senang melukis imej dedaunan dalam 'Siri Daun Kering'nya. Beliau yang mahu berinteraksi secara terus dengan audien menegaskan bahawa, "cahaya, bentuk, suasana, jalinan dan warna alam sentiasa memberi kesan yang mendalam yang tidak ternilai harganya" Hasanul Isyraf Idris pula mempamerkan dua karya sirinya yang bertajuk 'Siri Selak #6 dan Siri Selak #29 dalam Pameran Lahar Jiwa ini. Imej gunting yang mendominasi keseluruhan karya menimbulkan perasaan tertanya-tanya para pemerhati yang rata rata mengaitkan karya tersebut dengan peribahasa melayu lama iaitu, "seperti gunting dalam lipatan'. Bagaimanapun, pendapat itu makin relevan dengan teknik selak pada permukaan kanvas dan penyataan artis itu sendiri, " ketrampilan luaran tidak semestinya menjamin nilai dalaman yang sebenar" Pada pameran ini, audien dihidangkan dengan kelainan bentuk, aliran dan pemahaman dalam penghasilan karya seni. Kepelbagaian ini dapat dilihat pada setiap karya yang menampilkan medium yang berbeza antara satu sama lain seperti instalasi, new media dan lukisan konvensional. Namun, perbezaan medium tersebut tidak menjarakkan atau mendominasikan setiap karya yang terpamer malah karya tersebut dapat memberi impak atau pengertian yang agak mendalam pada audien berdasarkan konsep tema artis terlibat.
  • 3. ARKIB : 28/04/2008 Imej seni Malaysia di Tokyo Oleh Azman Ismail RITUAL keagamaan (Buddhisme dan Shintoisme) merupakan SUZLEE bersama pelukis veteran Jepun, salah satu daripada faktor Yasumichi Fukawa di pameran Arts For Earth Aid estetika yang mendorong di Taito Hall, Tokyo, baru-baru ini. terjadinya perubahan corak dalam seni lukis tradisional dan sebahagian kontemporari Jepun.Nilai-nilai agama tersebut menjadui acuan untuk mengatur tingkah laku kehidupan sosial, pembentukan nilai serta etika yang seterusnya menjadi elemen utama kerja-kerja seni para pelukisnya. Oleh itu, karya-karya lukisan tradisional pada asasnya memuatkan ajaran moral, nilai-nilai spiritual, dasar metafizik, ekspresi dan kualiti material yang terdapat di alam ini. Oleh itu, dalam setiap karya tradisionalnya mempunyai keseimbangan tujuh karateristik iaitu fukinsei (asimetri), kanzo (sederhana), kokou (esensi), Shizen (kewajaran), yuugen (bermakna), datsuzoku (bebas dari ikatan) dan seijaku (keheningan). Masyarakat Jepun tradisional telah meletakkan seni lukis sebagai medium untuk memenuhi keperluan integriti untuk mengungkapkan rasa keindahan, bersifat universal dan tidak mengenal status, waktu serta tempat. Nilai-nilai ini menimbulkan kekaguman tersendiri terhadap karya-karya lukisan Jepun yang sarat dengan nilai falsafah dan spritual. Lukisan-lukisan pelukis negara itu pada abad yang ke-19 misalnya pernah menjadi inspirasi kepada ramai pelukis terkenal dunia. Salah seorang daripadanya inilah pelukis agung Belanda, Vincent van Gogh (1853-1890). Beliau melahirkan beberapa karya yang dipengaruhi oleh karya- karya cetakan kayu dan gaya lukisan Jepun yang mengkagumkan. Karya-karyanya seperti Potrait of Pere Tanguy (1887) dan Japonaiserie: Oiran (1887) oleh Van Gogh jelas menunjukkan pengaruh gaya seni itu yang menebalkan.
  • 4. Negara Jepun sememangnya terkenal dengan karya-karya cetakan kayunya, sehingga memberi pengaruh yang besar kepada perkembangan seni lukis dunia pada suatu ketika dahulu. Karya-karya seni yang dihasilkannya sangat halus dan tinggi mutunya, ini terlihat pada seni visual oleh Utagawa Hiroshige yang bertajuk Great Bridge (1857) ataupun Katsushika Hokusai, The Great Wave (1820an). Untuk memberi pendedahan kepada pelukis Malaysia, Japan Malaysia World Arts & Culture Exchange telah membawa lapan pelukis terkenal Malaysia dalam satu satu pameran yang berlangsung di Taito Hall, International Trade Centre, Tokyo, Jepun, baru-baru ini. Pameran Arts For Earth Aid tersebut dirasmikan oleh Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Radzi Abdul Rahman. Sebanyak 650 buah karya telah dipamerkan pada pameran selama lima hari tersebut. Ia merupakan kerja oleh 300 pelukis Jepun dan tujuh pelukis Malaysia. Pelukis-pelukis Malaysia yang mengambil bahagian dalam pameran tersebut ialah Suzlee Ibrahim, Amirudin Ariffin, Aris Aziz, Azmi Aris, Abu Bakar Idris dan Zaim Darulaman dan Jack. Suzlee, pelukis abstrak negara yang sinonim dengan Movement Series iaitu Suzlee Ibrahim mempamerkan tujuh buah karya yang dihasilkan khas untuk pameran ini iaitu siri Waiting for Sakura yang menggunakan médium akrilik dan cat minyak di atas kanvas. Sesungguhnya, Waiting for Sakura mempunyai makna yang tersendiri. Ia sebuah simbol dan keterujaan Suzlee sebagai pelukis menyelami keindahan bunga sakura yang belum pernah dilihat secara dekat sebelum ini. Gejolak rasa dan keterujaan yang memenuhi jiwa itu diluahkan dengan garisan gestural yang spontan dan bersahaja yang menghidupkan watak pada setiap karya. Kekaguman dan keterujaan terhadap sakura diberi makna yang tersendiri melalui gerakan-gerakan berus yang kasar dan kadang-kadang mencipta ruang melankolik tersendiri pada kanvas. Wujud kesimbangan yang luar biasa antara romantika dan keghairahan yang luar biasa dalam menanggapi persoalan mengenai keindahan sakura yang digambarkan pada kanvas tersebut.
  • 5. Keindahan sakura itu juga akan menjadi subjek utama pada pameran solonya yang ke-15 yang akan diadakan di sebuah galeri di Kuala Lumpur, tidak lama lagi. Abu Bakar Idris pula mempamerkan karya siri terbaru iaitu Cap Sai Cin. Sebanyak 6 buah karya dari siri tersebut yang menggunakan medium akrilik di atas kanvas dipamerkan. Karya semi abstrak tersebut menggabungkan imej tumbuhan ubat-ubatan tradisional Melayu sebagai motif penting yang mengisi komposisi dalam ruang pada dada kanvas. Warna malap dan kelam digunakkan bagi menghidupkan suasana mistik dalam karya. Sedikit tekstura dimasukkan pada komposisi tertentu karya agar permukaan kanvas tampak pelbagai dan tidak terikat pada permukaan yang rata sahaja. Seperti kebiasaannya, Zaim Darulaman pula menggunakan imej perahu atau bot sebagai subjek utama karyanya yang didasarkan pantun bahari Melayu tradisional. Karya beliau mempunyai warna yang menarik dengan kepelbagaian warna. Penggunaan warna terang seperti merah dan hijau menjadikan setiap karyanya sebagai titik tumpuan untuk berkomunikasi dengan khalayak. Sementara itu, Arts For Earth Aid merupakan lanjutan kepada pameran Japan-Malaysia World Arts & Culture Exhibition for Friendship in 2007 yang telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara pada 28 Julai 2007. Ia antara lain merupakan kerjasama antara World Arts & Culture Exchange Malaysia-Japan Malaysia Association, Tourism Malaysia, Persatuan Seni Lukis Kotemporari Malaysia (MCAA), Persatuan Homestay Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Balai Seni Lukis Negara. ARKIB : 18/01/2009 Apresiasi seni batik Teng
  • 6. Pameran Teng : An Appreciation yang kini sedang berlangsung di Balai Seni Lukis Negara (BSLN) Kuala Lumpur memberikan satu pengalaman baru tentang bagaimana eksplorasi terhadap seni tampak tradisi yang rapat dengan budaya Melayu. Batik adalah suatu yang sangat akrab PLAYING Congkak, 1986. dengan adat dan budaya Melayu serantau. Goresan batik sangat unik dan tersendiri. Kalau dalam seni tampak Cina, lukisan berus Cina memiliki identiti yang rapat dengan seni dan tamadun budaya Cina, batik adalah manifestasi seni tampak tradisional Melayu. Tetapi batik juga menjadi suatu yang cukup impresif apabila diberi pengolahan modenisme dan kontemporari. Inilah yang dilakukan oleh Datuk Chuah Thean Teng yang membawa nuansa batik pada karya lukisannya sejak setengah abad lalu. Teng nama yang dibawa ke seluruh pelosok dunia memanfaatkan seni batik sebagai asas karyanya yang diolahkan dengan gaya yang lebih kontemporari serta mengangkat elemen yang ada dalam budaya setempat. Karya yang dipamerkan dalam Teng : An Appreciation sangat jelas memperlihatkan bagaimana pelukis ini merentasi satu pengalaman yang menarik. Teng yang dilahirkan di China tahun 1912 tetapi dalam direktori seni lukis tempatan dan antarabangsa, Teng dikenali sebagai Bapa Lukisan Batik terunggul. Elemen budaya khususnya Melayu yang dilihat pada sekelilingnya diangkat menjadi subjek yang sangat dominan dalam lukisannya. Hampir semua lukisan yang dipamerkan di pameran ini menunjukkan sensitiviti Teng terhadap budaya dengan mengeksploitasi sebaik mungkin lukisan batik. Beberapa lukisan dengan jelas Teng memberikan satu persembahan khususnya penciptaan figura yang kompleks serta permainan warna yang begitu harmoni. Malah sebahagian besar karya lukisan batik ini memberikan tumpuan kepada masyarakat di luar kota di mana figura serta aktiviti budaya menjadi subjek penting yang diselarikan dengan kedudukan batik dalam masyarakat Melayu. Maka karya lukisan Teng dalam konteks dunia adalah satu manifestasi budaya Melayu yang disampaikan menerusi seni batik.
  • 7. Menghayati karya -karya Teng sangat melekakan. Walaupun lukisan-lukisan ini menjadi satu realisme magis yang bukan lagi realiti tetapi pengamatan pelukis sangat dekat dengan budaya Melayu di sekelilingnya. Ini menjadi identiti sekaligus memperlihatkan karyanya datang dari negara ini. Teng sebenarnya seorang pelukis milik kita yang sudah mencipta nama di seluruh dunia. Sejak penghujung dekad 1950-an lagi beliau memberikan tumpuan kepada seni kraf batik yang digubah secara penuh seni menjadi karya lukisan. Gaya karya lukisan awalnya banyak dipengaruhi oleh karya- karya Picasso tetapi kemudian beralih kepada Paul Gauguin. Teng memulakan pameran solo pertamanya di Pulau Pinang tahun 1955 dengan memperagakan batik sebagai satu gayanya. Pameran pertama ini memancarkan satu ledakan yang bukan kecil kepada Teng, beliau sangat konsisten dengan pameran-pameran solo seterusnya ke Kuala Lumpur, Singapura dan melangkah jauh ke seluruh pelosok dunia. Menikmati karya-karya Teng seumpama kembali ke kampung halaman. Ada figura yang memberikan kesan nostalgik kepada kita tetapi penghayatan yang berbeza. Semua ini mengingatkan kepada keunikan batik yang sebenarnya tidak pernah luput ditelan zaman. Batik adalah seni kraf Melayu nusantara dan pengabdian Teng kepada batik suatu yang sangat murni. Teng datang ke Pulau Pinang ketika berusia 18 tahun dan selepas berkerja dalam pelbagai bidang, akhirnya beliau memilih menjadi pelukis dan menjadi antara pengasas Penang Art Studio tahun 1960-an. Pameran solonnya yang pertama di BSLN ialah pada 1965 selepas nama Teng mengharum dalam dunia seni lukis negara ini. UNICEF pernah memilih karya lukisan Teng, Two of a Kind tahun 1968 untuk dicetak pada kad-kad ucapan dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang diberikan penghormatan setinggi itu. Karya yang dipamerkan di BSKL hingga Februari 2009 antara yang terbaik pernah dihasilkan. Hanya sebahagian kecil saja dimuatkan dengan lukisan berus Cina karya Teng tetapi figura dan alamnya adalah diangkat daripada landskap budaya Melayu negara ini. Semua lukisan yang dipamerkan ini tidak ada yang membawa landskap kebudayaan Cina dan ini barangkali memperlihatkan kecintaan yang tidak berbelah bagi kepada negara ini. Beliau menggali dan mengangkat seni kraf batik dengan suntikan yang ekspresionisme, modenisme dan abstrak. Ini adalah sumbangan besar membawa satu akar tradisi Melayu ke dunia antarabangsa. - Ku Seman
  • 8. ARKIB : 14/05/2007 Tiga Alam memori perjalanan kanvas Anak Alam
  • 9. Oleh Azman Ismail PERANAN kelompok Anak Alam dalam perkembangan seni tanah air sejak awal 1970-an tidak dapat dinafikan. Merekalah TIGA pelukis kelompok Anak Alam iaitu Anuar Rashid (paling kiri), yang bertanggungjawab Yusuf Gajah dan Mustapa Ibrahim selepas majlis perasmian pameran Tiga Alam di Pasar Seni, baru-baru ini. memperkembangkan bidang kesenian dan kebudayaan terutama di sekitar ibu kota. Tercatat beberapa nama yang cukup sinonim dengan pelbagai genre seni tanah air. Antaranya Zainon Ismail, Pyanhabib, A. Ghafar Ibrahim (penyair), A. Latiff Mohidin (seni tampak), Johan Jaaffar serta Khalid Salleh (teater) dan ramai lagi. Kelompok Anak Alam mewakili satu kumpulan pengiat seni masyarakat bawahan yang berkarya kerana minat dan tanggungjawab terhadap kebudayaan masyarakatnya. Segala-galanya diluahkan menerusi seni. Mereka berbicara tentang politik melalui catan. Menulis tentang kemanusiaan serta sosioekonomi dengan tinta kreatif atau mendiskusikan perilaku sosial di pentas teater. Menerusi seni kelompok itu bersungguh-sungguh mengisi kekosongan seni tanah air yang ketandusan penggiat terutama pada dekad pasca 13 Mei 1969 ketika pemimpin pelbagai kaum berusaha gigih mewujudkan sebuah integrasi melalui politik, ekonomi dan sosial. Antara tahun 1973 hingga 1984, Anak Alam berpusat di sebuah banglo di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Kini bangunan tersebut sebahagian daripada kampus baru Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Mereka adalah seniman rakyat yang menyuarakan pendapat dan rasa hati tanpa mengira tempat. Bahkan, sering terdapat penyair-penyair Anak Alam pada dekad itu yang membaca puisi di bawah sinaran lampu jalan. Memori silam Baru-baru ini, pameran Tiga Alam yang berlangsung di The Annexe, Pasar Seni, Kuala Lumpur mengembalikan memori silam dan pahit getir perjalanan anak-anak seni tanah air. Ia merupakan pameran bersama tiga pelukis daripada dua generasi yang berbeza kumpulan Anak Alam pada dekad 1970-an dan 1980-an iaitu Yusof Ismail (Yusof Gajah), Mustapa Ibrahim dan Anuar Rashid. Selepas 27 tahun dalam Anak Alam mereka terus berkarya dan memperjuangkan imej seni tampak Malaysia yang merupakan perspektif visual tentang masyarakat, sosiaobudaya, politik dan sebagainya.
  • 10. Gaya dan corak asal ketika berada dalam Anak Alam tidak berubah dalam karya ketiga-tiga pelukis tersebut. Kalau ada pun ia cuma sekadar pembaharuan atau eksperimen ketiga-tiga pelukisnya. Mustapha yang dianggap sebagai salah satu ikon seni tampak Anak Alam pada dasarnya masih mengekalkan gaya serta konsep catan yang dimulakan sejak 1974. Ciri-ciri arca yang menghubungkan antara gestural dan geometri tanpa mewujudkan imejan pada kanvas cuma diperkemaskan dengan sedikit sentuhan baru terutama catan. Yusof Gajah pula merupakan ikon dalam genre seni naive di negara ini. Setiap karyanya merupakan paparan tentang gajah yang diberi sentuhan atau perspektif kanak-kanak. Beliau lahir di Anak Alam pada dekad 1970-an. Bermula pada detik itu, gajah menjadi subjek yang sinonim dalam semua karyanya. Namun, ia tidak lahir begitu sahaja. Gaya itu merupakan kombinasi bakat dan pendidikan formal dalam seni catan yang ditekuninya di Sekolah Seni Rupa Indonesia, Yogjakarta. Bagi Yusof, gajah sebenarnya hanya subjek untuk menceritakan pelbagai persoalan yang ada di sekitarnya. Ia kadang-kadang menceritakan tentang manusia, politik dan kemanusiaan. Memang di satu sisi, ia hanya sebuah pandangan surealis dan fantasi tetapi pada masa yang sama merupakan sebuah imej pemberontakan terhadap apa sahaja yang dianggap ‘mengecewakan’. Siri Elephantoidea misalnya mengupas banyak isu yang berada disekitarnya tetapi pada masa yang sama ia juga sebuah dongeng atau fantasi untuk hiburan. Yusuf melihat fantasi dan dongeng itu kadang-kadang mewarnai hidupnya untuk melangkah ke hadapan atau proses kematangan. Generasi muda Sementara itu, Anuar Rashid merupakan antara ‘generasi muda’ dalam Anak Alam. Beliau lahir dalam kelompok itu pada hujung dekad 1970-an ketika kumpulan itu berada pada era transisi. Dalam erti kata penglibatannya ketika beberapa tokoh lama dalam Anak Alam tidak lagi aktif untuk berkarya secara berkelompok kerana keluarga dan sebagainya. Anuar mendapat pendidikan formal dalam bidang seni tampak dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan mulai menyertai kelompok tersebut pada dengan siri pertamanya Kelahiran Inderaputra (1978). Dari aspek karya, setiap lukisannya merupakan simbol daripada sebuah perjalanan atau dalam pengertian lain, kehidupan itu sendiri merupakan sebuah pergerakan. Pemikiran, deria dan segenap anggota yang terdapat pada tubuh manusia itu sendiri merupakan sebuah pergerakan yang hanya mampu ditafsirkan oleh individu tersebut sahaja.
  • 11. Berdasarkan perspektif itu, Anuar berfalsafah pada setiap karyanya. Apa yang tergambar pada kanvas dalam karyanya seperti Phatanum hanyalah gambaran luar mengenai pemikiran dan pengembaran tetapi ada makna lain disebaliknya. Beliau tidak memisahkan setiap karya dan kehidupannya. Apa yang digambarkan pada kanvas adalah detik-detik diri yang bergerak dan sentiasa berkembang. Baginya, setiap orang mempunyai cara atau pendekatan tersendiri untuk menyuarakan tentang hidup atau apa sahaja persoalan. Pada permukaan kanvas, Anuar memaparkan sapuan catan yang harmoni dan lembut dalam satu komposisi yang mengkagumkan. Ia mewujudkan ketenangan bukan hanya kepada pelukisnya tetapi juga khalayak. Sebenarnya, makna pameran Tiga Alam lebih daripada itu. Bukan sekadar melihat dan merenungi karya-karya pelukis veteran yang menempuh pelbagai onak dan duri dalam berkarya. Ia sebenarnya, membawa generasi muda hari ini untuk merasakan betapa kunci memperkasakan seni itu adalah kesungguhan dan keazaman yang kental sebagaimana lahirnya kelompok Anak Alam.