SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
1.0 PENGENALAN




       ANATOMI DAN
        FISIOLOGI



                    anatomi
                                     Bidang sains yang berkaitan dengan struktur
                                     tubuh manusia


fisiologi
                                     mengkaji fungsi struktur tubuh badan.




                      Rajah 1.0: Definisi anatomi dan fisiologi




Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi
juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak
2300tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi
berasaldaripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah
anggotabadan untuk melihat strukturnya. Selain itu, anatomi terbahagi kepada
beberapa subdisiplin seperti anatomikasar an mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji
tentang struktur tubuh yangdapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang,
paru-paru dan otot. Anatomimikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan
mikroskop. FisiologiAnatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur
tubuh badan.Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur,
tibia danfibula dapat menyokong berat badan kita




                                           1
2.0 TUGASAN 1

      2.1 Esei Pendek (Keberkesanan Penggunaan Bahan Produk dalam
      Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani di Sekolah Pada Zaman
      Teknologi Komputer)




Pendidikan di Malaysia terus berkembang dari sehari ke sehari. Dalam era
pembangunan yang semakin canggih dengan teknologi terkini, sistem pendidikan
dijadikan sebagai jalan yang terbaik bagi melahirkan rakyat yang berpengetahuan tinggi
dan berpendidikan. Seiring dengan kepesatan teknologi masa kini, tidak hairanlah
bahan pengajaran berunsurkan teknologi menjadi pilihan utama yang digunakan oleh
guru. Namun, pernahkah guru menyedari bahawa bahan bukan elektronik adalah sama
pentingnya dengan bahan elektronik?




      Penggunaan bahan produk dalam pengajaran dan pembelajaran mampu
meninggalkan kesan yang mendalam dalam memahami suatu matapelajaran itu.
Tetapi, bagaimana pula dengan matapelajaran yang menekankan kecergasan yang
sesuai dengan ciri dan keperluan murid seperti Pendidikan Jasmani? Pendekatan yang
dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui aktiviti, eksperimen dan
amalan rutin. Oleh itu, penggunaan bahan produk adalah kaedah yang lebih berkesan
berbanding dengan penggunaan bahan elektronik di mana penyertaan aktif dalam
matapelajaran Pendidikan Jasmani adalah diwajibkan.




      Bagi memenuhi cita - cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan menyediakan rakyat menghadapi arus globalisasi serta eknomi berasaskan
pengetahuan pada abad ke - 21, guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk
memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Penggunaan
bahan produk dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu memberi penekanan
kepada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kecerdasan pelbagai,

                                           2
pembelajaran masteri dan pembelajaran kendiri.Bahan produk yang difokuskan di sini
ialah album peta bergambar bagi proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani. Menurut Objektif pembelajaran dan pengajaran individu yang dipaparkan
dalam Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (Jilid 5), Pengurusan Bilik
Darjah, DBP 1992, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dalam
merancang pembelajaran dan pengajaran individu. Faktor ini meliputi faktor murid –
murid, aktiviti, masa, bahan dan ruang.




      Perbezaan dari segi fizikal dan mental dalam kalangan murid - murid akan
mempengaruhi kemahiran asas dalam proses pembelajaran. Di sini, keberkesanan
bahan produk album peta bergambar dapat dilihat melalui penggunaannya sebagai
medium pengenalan terhadap suatu topik yang baru dalam Pendidikan Jasmani, iaitu
sebelum menjalankan amali di luar bilik darjah. Penggunaan gambar dan grafik sebagai
bahan pengajaran adalah lebih berkesan di mana ia mampu mengurangkan rasa bosan
murid - murid terhadap pengajaran guru. Atan Long (1980:174) berpendapat semakin
banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Biasanya,
penggunaan warna dan rajah yang menarik minat pelajar untuk terus mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran.




      Seterusnya, bahan produk album peta bergambar mampu memberi peluang
kepada pelajar untuk memperkembangkan kecenderungan mereka secara menyeluruh
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid – murid di dalam sebuah kelas,
biasanya terdiri daripada pelbagai tahap kebolehan dan kecerdasan.Apabila guru
menggunakan bahan produk dalam pengajarannya, guru mampu melihat sendiri tahap
kecerdasan dan kecergasan murid – murid yang berada di hadapannya. Permasalahan
yang dikesan oleh guru dalam kalangan murid – muridnya akan menyumbang kepada
penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Penggunaan bahan produk adalah lebih berkesan di mana guru akan menyelami satu
persatu anak muridnya dalam penyampaiannya dia dalam bilik darjah.


                                          3
Kemudian, album peta bergambar bukan sahaja dapat menyerlahkan bakat dan
kreativiti guru tetapi juga memperkembangkan kemahiran murid – murid agar berfikir
secara kreatif dan kritis. Pendidikan Jasmani merupakan suatu matapelajaran yang
perlu membawa murid - murid ke arah pemahamanan yang mendalam tentang tubuh
badan manusia. Contohnya tajuk – tajuk dalam Pendidikan Jasmani yang boleh
menggunakan bahan produk album peta bergambar ialah sistem rangka, sistem otot,
sistem saraf, sistem respirasi dan juga sistem jantung. Apabila pelajar melihat sendiri
album bergambar bagi sistem respirasi contohnya, mereka dapat melihatnya dengan
lebih teliti sekaligus sifat inkuiri dalam diri pelajar timbul. Penggunaan “slide show” di
dalam bilik darjah adalah kurang sesuai di mana, pelajar tidak sempat melihat gambar –
gambar yang ditayangkan dalam masa yang lama.




      Pembelajaran yang menggunakan album peta bergambar dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani merupakan hasil penggabungan konsep bermain
dan belajar. Dalam proses pembelajaran bagi kanak – kanak, unsur permainan amat
penting. Hal ini demikian kerana otak kanak – kanak akan mengalami pertumbuhan
dalam setiap proses bermain. Pertumbuhan otak pada anak yang jarang bermain 20 –
30 % lebih kecil dari otak normal anak seusia mereka. Pendekatan guru dalam
menyampaikan      bahan    produk    mereka     dalam    pelaksanaan     aktiviti   mampu
menggerakkan lagi pemahaman kanak – kanak dalam proses pembelajaran mereka.
Album ini boleh digunakan dalam pelbagai aktiviti berkumpulan , berdua dan juga
individu. Semua pelajar berpeluang menggunakan bahan produk itu.




      Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan bahan produk
juga meningkatkan keyakinan diri dan motivasi belajar dalam diri murid – murid. Guru
harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan pengajaran yang boleh
melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu secara efektif. Misalnya, guru
harus bijak menyampaikan proses yang berlaku dalam sistem pernafasan melalui
penggunaan bahasa yang sesuai. Persoalan yang timbul dalam diri murid – murid akan


                                            4
meningkatkan kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan
kejadian sebenar kepada seseorang apabila berhubung. Pelajar yang melibatkan diri
dalam teknik simulasi di bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya dengan proses
interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi.




      Penggunaan bahan produk dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani mampu meningkatkan daya ingatan murid – murid. Lagipun, istilah – istilah
dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani adalah bebeza dengan matapelajaran yang
lain. Kanak – kanak lebih senang mengingati suatu pembelajaran yang berunsurkan
gambar kerana unsur warna dan bentuk grafik adalah lebih ringkas dan berkesan. Jika
dibandingkan, buku yang bergambar dan buku yang tidak bergambar, murid – murid
akan memilih buku yang bergambar. Menurut Jean Piaget, kanak – kanak mengenali
simbol terlebih dahulu dalam setiap penemuaannya. Oleh yang demikian, penggunaan
peta bergambar adalah patut dalam Pendidikan Jasmani.




      Penggunaan bahan produk juga meningkatkan kemahiran guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebelum membentangkan dna
menjalankan pengajaran menggunakan bahan produk yang dihasilkan, guru hendaklah
memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajar.
Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani. Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pengajaran tidak
sepatutnya hanya menekankan kepada jantung dan penggunaannya, contohnya tetapi
harus juga mengambil kira tentang perkembangan pelajar dalam memahami tajuk yang
dipelajari. Namun begitu patutlah diketahui, tiada satupun cara belajar yang terbaik dan
biasanya para pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan, kerap
menukar strategi dari semasa ke semasa.




                                           5
Penggunaan bahan produk dalam Pendidikan Jasmani mampu memenuhi keperluan
pelajar sama ada dari segi luaran dan psikologi. Dari segi luaran, bahan-bahan itu
haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan belajar pelajar-pelajar. Ini bermakna,
bahan produk itu boleh dirasai sendiri oleh murid – murid bagi menjawab persoalan –
persoalan yang mereka cipta di sepanjang pengajaran yang diadakan oleh guru. Dari
segi psikologi pula, bahan produk itu haruslah dapat memenuhi keperluan murid - murid
terutama dari segi minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya. Di
sini, keberkesanan bahan produk adalah lebih kekal jika dibandingkan dengan bahan
elektronik.




       Bahan produk juga lebih tahan, mudah alihdan memenuhi aspek – aspek
teknikal. Aspek teknikal yang dimaksudkan ini ialah album peta bergambar ini boleh
dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid –
murid belajar sendiri. Penggunaan bahan produk adalah lebih bererti jika bahan
tersebut digunakan oleh pelajar itu sendiri meskipun sesi pengajaran itu tamat. Album
ini sesuai dengan kemudahan bilik darjah kerana boleh didirikan di atas meja atau
digantungkan pada dinding. Jangka masa pengajaran atau aktiviti yang menggunakan
bahan produk boleh digunakan semaksimum yang mungkin. Jika dibandingkan dengan
bahan elektronik, bahan produk adalah lebih dikendalikan dan tidak membazirkan masa
pengajaran guru itu. Hal ini dapat dilihat apabila pemasangan bahan elektronik sebelum
pengajaran dilakukan men




       Penggunaan    bahan   produk   dalam   pengajaran    dan   pembelajaran   juga
mendedahkan kepada para pelajar beberapa variasi bahasa yang digunakan secara
meluas dalam masyarakat. Pengetahuan murid – murid terhadap variasi – variasi
bahan membolehkan mereka memilih variasi – variasi yang sesuai untuk digunakan
dalam konteks dan situasi tertentu. Lagipun, menurut Jean Piaget perkembangan
kognitif kanak – kanak adalah lebih kuat jika menggunakan bahan pengajaran yang



                                          6
berasaskan grafik dan gambar kerana ianya lebih mudah diingati jika dibandingkan
dengan bahan bacaan yang hanya mengandungi ayat – ayat panjang.




       Penggunaan bahan produk dalam pengajaran dan pembelajaran meningkatkan
kemahiran bahasa dalam diri guru dan juga murid – murid. Apabila berlakunya proses
pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan eletronik, hanya komunikasi sehala
berlaku di dalam bilik darjah. Malah, hanya kemahiran pada aras penerimaan seperti
kemahiran membaca dan mendengar terjadi. Penggunaan bahan produk pula akan
melibatkan kemahiran pada aras penerimaan dan juga aras penglahiran seperti
kemahiran membaca, mendengar, menulis dan bertutur. Aspek-aspek bahasa ini harus
dilihat sebagai setiap bahagian yang berhubungan dan bukan terpisah-pisah sifatnya.
Oleh   yang   demikian,     kemahiran-kemahiran    ini   harus   digabungjalinkan    untuk
mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih bermakna.




       Penyerapan   nilai   dan   pengetahuan     juga   mampu     dilaksanakan     melalui
pengajaran menggunakan bahan produk. Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja
sekadar dapat menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan
memahami tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap diri,
masyarakat dan negara. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang
mendokong semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat, maka unsur-unsur yang
bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya wujud dalam sebarangan
pengajaran yang digunakan.




       Di sekolah-sekolah kini, bahan-bahan pengajaran yang lazim digunakan oleh
guru-guru adalah diambil daripada bahan-bahan yang terdapat daripada buku-buku
teks, bahan-bahan tambahan daripada jabatan-jabatan tertentu dalam Kementerian
Pendidikan Negeri, Daerah dan lain-lain. Anggapan bahawa penggunaan buku teks
sudah mencukupi adalah sebenarnya kurang wajar kerana seperti yang kita semua


                                          7
sedari, buku-buku teks itu sendiri mempunyai kelemahan-kelemahannya yang
tersendiri. Perbuatan terlalu bergantung kepada teks kadangkala boleh menjejaskan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Dengan itu, pengajaran menggunakan
produk yang kita hasilkan akan memberi kesan yang lebih baik, menarik hati pelajar
dan dapat mengurangkan masalah yang timbul.




      Jika melihat kepada situasi sebenar pendidikan di Malaysia ini, masih ada lagi
sekolah – sekolah di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai         sumber elektrik.
Maka, penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran elektronik tidak dapat
digunakan sama sekali. Di sini, bahan produk memainkan peranan yang penting dalam
proses penyampaian ilmu. Tidak dapat kita nafikan, penggunaan bahan produk dalam
pengajaran dan pembelajaran masih lagi mendapat tempat di hati murid – murid. Sifat
bahan produk yang menarik, realistik dan teknikal membawa kepada pembelajaran
yang secara menyeluruh, berbeza dengan pengguanan bahan elektronik.




      Kesimpulannya,   bahan-bahan    pengajaran   dan   pembelajaran   kadangkala
dianggap sebagai media pengajaran atau „ media‟ yang boleh membantu guru dan
membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta
membentuk sikap yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang
diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini
melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif
pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan
Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya.Penggunaan bahan
produk dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah masih lagi
berkesan pada zaman teknologi komputer ini.




                                         8
3.0 RUMUSAN




Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara – perkara seperti aktiviti
perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Tetapi, hanya
berlandaskan satu tujuan, iaitu utnuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran
kepada murid – murid secara berkesan.




        Pada umumnya, pengajaran merupakan suatu aktiviti yang meliputi seseorang
pengajar, disertai oleh aktiviti pembelajaran murid. Bagaimanapun,        kini terdapat
pelbagai        kaedah        pengajaran   dan     pembelajaran    yang     digunakan.
Walaupbagaimanapun, dalam proses pengajaran, pengajar wajib menimbulkan minat
pembelajaran murid, membimbing mereka dengan cara belajar yang berkesan,
menjelaskan keraguan, membantu mereka menyelesaikan masalah, membekalkan
bahan pelajaran dan memupuk nilai – nilai murni di dalam diri.




     Kini, pengajaran dan pembelajaran ditaksirkan sebagai :

i)        Suatu proses

ii)       Suatu bidang komunikasi

iii)      Suatu bidang sains

iv)       Suatu bidang seni




                                              9
4.0 REFLEKSI




Sebagai guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Semester   3,   kami   telah   diwajibkan   untuk   mengikuti   Kursus   Anatomi   dan
Fisiologi(PJM3106) yang melibatkan penjelasan jenis – jenis penaksiran dan prosedur
yang berkaitan dengan anatomi dan fisiologi.Kerja kursus pendek ini sememangnya
memberi impak yang besar dalam pengetahuan saya tentang tentang anatomi dan
fisiologi. Sebagai seorang bakal guru yang mengajar Pendidikan Jasmani di sekolah
nanti, sememangnya penting untuk mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada
pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheren tentang teori dan
amalan yang ada dalam kursus ini.




      Kerja kursus ini telah memberi peluang kepada saya dan juga rakan sekelas
saya, PISMP Muzik Semester Tiga untuk berfikir secara lebih kreatif dalam mencapai
matlamat dalam melaksanakan amali anatomi dan fisiologi dengan berkesan di mana
kami harus melihat ke hadapan dengan menghasilkan bahan produk yang boleh
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah kelak.
Melalui tugasan ini, saya harus meneliti dan meneroka sendiri keberkesanan bahan
produk yang kumpulan saya hasilkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani pada zaman teknologi komputer. Sememangnya, tajuk ini agak membebankan
kerana seacra realitinya, gruu – guru zaman moden ini lebih banyak menggunakan
bahan elektronik di dalam proses pengajarannya di dalam bilik darjah.




      Secara tidak langsung, saya meneroka sendiri kelebihan menggunakan bahan
produk di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.
Tugasan ini sememangnya berbentuk penerokaan seseorang individu dan menekankan
kebebasan individu dalam membawa diri sendiri ke dalam situasi seorang guru
Pendidikan Jasmani pada masa hadapan. Segala perkara yang diberi fokus ini


                                            10
bukanlah perkara yang asing lagi bagi pelajar PISMP Semester 2. Hal ini demikian,
kami pernah didedahkan dengan tajuk yang berkaitan dengan peta bergambar (visual
map album) pada semester yang lalu. Kini, kami hanya perlu mengaplikasikan semua
pengetahuan yang diperoleh dari bilik kuliah untuk melaksanakan kerja kursus ini.




       Secara jujurnya, pada ketika saya mendapat tajuk kerja kursus ini, saya terpinga
– pinga dan tertanya – tanya apakah yang perlu saya lakukan untuk memulakan kerja
kursus ini. Selama ini, saya tidak pernah membuat sendiri bahan produk bagi proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di bangku sekolah, saya hanya
berperanan sebagai pelajar dan melihat sendiri kewujudan bahan produk yang
dihasilkan sendiri oleh guru saya. Oleh itu, pada awal perbincangan saya, rakan
sekelas bersama pensyarah, saya hanya berdiam diri kerana saya kurang pasti dengan
tajuk kerja kursus ini. Bagi mengatasi masalah ini, saya berusaha mencari sebanyak
maklumat yang diperlukan bagi memberi pemahaman yang lebih tentang kehendak
kerja kursus ini.




       Sesungguhnya, proses pencarian maklumat ini, bukanlah suatu yang mudah
seperti yang disangka. Ketika mengumpulkan maklumat berkaitan dengan tajuk kerja
kursus ini, iaitu sistem respirasi, saya telah meminjam beberapa buah buku di
perpustakaan kampus dan juga mencari maklumat di internet. Hampir keseluruhannya
adalah sumber yang berbentuk Bahasa Inggeris dan halangan pertama bagi saya
adalah, penukaran ayat – ayat Bahasa Inggeris tersebut kepada ayat Bahasa Melayu.
Di sini, saya meminta bantuan daripada rakan – rakan saya yang fasih dalam Bahasa
Inggeris untuk membantu saya memahami sesetengah ayat atau perkataan.




       Halangan seterusnya ialah, saya mengalami mengalami kesukaran dalam
mencipta bahan produk album peta bergambar yang sesuai dengan sasaran
pengajaran saya iaitu, pelajar sekolah rendah. Namun begitu, saya bersyukur kerana


                                          11
mempunyai rakan – rakan sekelas yang sudi berkongsi idea dalam mempelbagaikan
hasil kerja bahan produk ini. Pada masa ini, saya mendapati bahawa        kaedah
komunikasi yang digunakan sewaktu perbincangan adalah lebih memudahkan proses
pembelajaran sekaligus membantu secara langsung dalam menyempurnakan kerja
kursus.




       Di samping itu, kami membuat perbincangan bersama pensyarah berkenaan
kerja kursus ini. Pada saat ini, dapat dilihat perbezaan pendapat daripada setiap
individu yang ada. Saya dapat belajar melalui pendapat dan ilmu rakan – rakan
berkenaan dengan tajuk kursus ini. Saya juga dapat memberi ruang kepada diri saya
untuk mendengar pendapat orang lain bagi mengembangkan aspek-aspek yang perlu
di dalam kerja kursus ini.




       Kesimpulannya, saya berasa amat bertuah mendapat kerja kursus ini dan akan
menggunakan pengalaman ini dengan sebaik yang mungkin. Pengalaman di sepanjang
penyempurnaan kerja kursus ini serba sedikit memberi saya suatu perspektif yang
positif terhadap gaya pembelajaran yang berkesan, bekerja secara kumpulan dan
sebagainya.




                                       12

More Related Content

What's hot

Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mateHubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr matehuda hamdan
 
document (1)-converted.docx
document (1)-converted.docxdocument (1)-converted.docx
document (1)-converted.docxWindiSasmita
 
PENGARUH PENGGUNAAN MODEL PEMBELAJARAN LANGSUNG DENGAN MENGGUNAKAN MEDIA FILM...
PENGARUH PENGGUNAAN MODEL PEMBELAJARAN LANGSUNG DENGAN MENGGUNAKAN MEDIA FILM...PENGARUH PENGGUNAAN MODEL PEMBELAJARAN LANGSUNG DENGAN MENGGUNAKAN MEDIA FILM...
PENGARUH PENGGUNAAN MODEL PEMBELAJARAN LANGSUNG DENGAN MENGGUNAKAN MEDIA FILM...endik baulu
 
Model pembelajaran ips mi
Model pembelajaran ips miModel pembelajaran ips mi
Model pembelajaran ips miAsri Nuriyah
 
Bab ii tinjauan teori dan hipotesis penelitian
Bab ii tinjauan teori  dan hipotesis penelitianBab ii tinjauan teori  dan hipotesis penelitian
Bab ii tinjauan teori dan hipotesis penelitianRedjo Forjinso
 
Alasan logis empiris penerapan ipa terpadu
Alasan logis empiris penerapan ipa terpaduAlasan logis empiris penerapan ipa terpadu
Alasan logis empiris penerapan ipa terpaduArdiana21
 
Jurnal-Metode demonstrasi untuk anak
Jurnal-Metode demonstrasi untuk anakJurnal-Metode demonstrasi untuk anak
Jurnal-Metode demonstrasi untuk anakHafidzotul Millah
 
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)Operator Warnet Vast Raha
 
Implementasi strategi pembelajaran inkuiri kelompok 5
Implementasi strategi pembelajaran inkuiri kelompok 5Implementasi strategi pembelajaran inkuiri kelompok 5
Implementasi strategi pembelajaran inkuiri kelompok 5Antonius Lela Nihamaking
 
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalKaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalHaslin Bahkiar
 

What's hot (18)

Contoh ptk paud
Contoh ptk paudContoh ptk paud
Contoh ptk paud
 
Media pembelajaran
Media pembelajaranMedia pembelajaran
Media pembelajaran
 
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mateHubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
 
1
11
1
 
Makalah ainah
Makalah ainahMakalah ainah
Makalah ainah
 
document (1)-converted.docx
document (1)-converted.docxdocument (1)-converted.docx
document (1)-converted.docx
 
Ppt matematika sm 4
Ppt matematika sm 4Ppt matematika sm 4
Ppt matematika sm 4
 
PENGARUH PENGGUNAAN MODEL PEMBELAJARAN LANGSUNG DENGAN MENGGUNAKAN MEDIA FILM...
PENGARUH PENGGUNAAN MODEL PEMBELAJARAN LANGSUNG DENGAN MENGGUNAKAN MEDIA FILM...PENGARUH PENGGUNAAN MODEL PEMBELAJARAN LANGSUNG DENGAN MENGGUNAKAN MEDIA FILM...
PENGARUH PENGGUNAAN MODEL PEMBELAJARAN LANGSUNG DENGAN MENGGUNAKAN MEDIA FILM...
 
Makalah pendekatan sbm
Makalah pendekatan sbmMakalah pendekatan sbm
Makalah pendekatan sbm
 
Model pembelajaran ips mi
Model pembelajaran ips miModel pembelajaran ips mi
Model pembelajaran ips mi
 
Bab ii tinjauan teori dan hipotesis penelitian
Bab ii tinjauan teori  dan hipotesis penelitianBab ii tinjauan teori  dan hipotesis penelitian
Bab ii tinjauan teori dan hipotesis penelitian
 
Alasan logis empiris penerapan ipa terpadu
Alasan logis empiris penerapan ipa terpaduAlasan logis empiris penerapan ipa terpadu
Alasan logis empiris penerapan ipa terpadu
 
Jurnal-Metode demonstrasi untuk anak
Jurnal-Metode demonstrasi untuk anakJurnal-Metode demonstrasi untuk anak
Jurnal-Metode demonstrasi untuk anak
 
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
Karya tulis ilmiah hasil pelaksanaan penelitian tindakan kelas (ptk)
 
BAB I ok
BAB I okBAB I ok
BAB I ok
 
1105 2133-1-pb
1105 2133-1-pb1105 2133-1-pb
1105 2133-1-pb
 
Implementasi strategi pembelajaran inkuiri kelompok 5
Implementasi strategi pembelajaran inkuiri kelompok 5Implementasi strategi pembelajaran inkuiri kelompok 5
Implementasi strategi pembelajaran inkuiri kelompok 5
 
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalKaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
 

Viewers also liked

Amali 1 anatomi
Amali 1 anatomiAmali 1 anatomi
Amali 1 anatomiaz74
 
ASAS ANATOMI - STRUKTUR SISTEM ALIMENTARI
ASAS ANATOMI - STRUKTUR SISTEM ALIMENTARIASAS ANATOMI - STRUKTUR SISTEM ALIMENTARI
ASAS ANATOMI - STRUKTUR SISTEM ALIMENTARIMuhammad Nasrullah
 
Sistem integumentari(kulit)
Sistem integumentari(kulit)Sistem integumentari(kulit)
Sistem integumentari(kulit)enab dan kesum
 
ASAS ANATOMI & FISIOLOGI - Peringkat Sel
ASAS ANATOMI & FISIOLOGI - Peringkat SelASAS ANATOMI & FISIOLOGI - Peringkat Sel
ASAS ANATOMI & FISIOLOGI - Peringkat SelMuhammad Nasrullah
 
Sains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
Sains Sukan STPM: Anatomi & FisiologiSains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
Sains Sukan STPM: Anatomi & FisiologiPresley Marcel
 
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-41 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4Mohamad Ihtifazuddin
 
Sistem saraf pada manusia
Sistem saraf pada manusiaSistem saraf pada manusia
Sistem saraf pada manusiayustinus victor
 
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologiHbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologimuhammad
 
Topik 3 anatomi fisiologi (2)
Topik 3 anatomi  fisiologi (2)Topik 3 anatomi  fisiologi (2)
Topik 3 anatomi fisiologi (2)Hasrunnaim Ahmad
 
4.1 struktur & fungsi kulit kuliah ap 13
4.1 struktur & fungsi kulit   kuliah ap 134.1 struktur & fungsi kulit   kuliah ap 13
4.1 struktur & fungsi kulit kuliah ap 13Mohd Arif
 
Pengenalan kepada anatomi dan fisiologi peringkat kimia, selular dan tisu org...
Pengenalan kepada anatomi dan fisiologi peringkat kimia, selular dan tisu org...Pengenalan kepada anatomi dan fisiologi peringkat kimia, selular dan tisu org...
Pengenalan kepada anatomi dan fisiologi peringkat kimia, selular dan tisu org...Izzat Najmi
 
20140312110308 fungsi muskuloskeletal dan pergerakan manusia
20140312110308 fungsi muskuloskeletal dan pergerakan manusia20140312110308 fungsi muskuloskeletal dan pergerakan manusia
20140312110308 fungsi muskuloskeletal dan pergerakan manusiaizzall
 

Viewers also liked (20)

Amali 1 anatomi
Amali 1 anatomiAmali 1 anatomi
Amali 1 anatomi
 
ASAS ANATOMI - STRUKTUR SISTEM ALIMENTARI
ASAS ANATOMI - STRUKTUR SISTEM ALIMENTARIASAS ANATOMI - STRUKTUR SISTEM ALIMENTARI
ASAS ANATOMI - STRUKTUR SISTEM ALIMENTARI
 
Laporan amali 3
Laporan amali 3Laporan amali 3
Laporan amali 3
 
Sistem rangka
Sistem rangkaSistem rangka
Sistem rangka
 
Sistem integumentari(kulit)
Sistem integumentari(kulit)Sistem integumentari(kulit)
Sistem integumentari(kulit)
 
ASAS ANATOMI & FISIOLOGI - Peringkat Sel
ASAS ANATOMI & FISIOLOGI - Peringkat SelASAS ANATOMI & FISIOLOGI - Peringkat Sel
ASAS ANATOMI & FISIOLOGI - Peringkat Sel
 
Anatomi dan fisiologi
Anatomi dan fisiologiAnatomi dan fisiologi
Anatomi dan fisiologi
 
Sains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
Sains Sukan STPM: Anatomi & FisiologiSains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
Sains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
 
Asg pjm3106
Asg pjm3106Asg pjm3106
Asg pjm3106
 
Kertas kerja pj
Kertas kerja pjKertas kerja pj
Kertas kerja pj
 
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-41 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
 
Sistem saraf pada manusia
Sistem saraf pada manusiaSistem saraf pada manusia
Sistem saraf pada manusia
 
Asas sistem pencernaan
Asas sistem pencernaanAsas sistem pencernaan
Asas sistem pencernaan
 
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologiHbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
 
Topik 3 anatomi fisiologi (2)
Topik 3 anatomi  fisiologi (2)Topik 3 anatomi  fisiologi (2)
Topik 3 anatomi fisiologi (2)
 
4.1 struktur & fungsi kulit kuliah ap 13
4.1 struktur & fungsi kulit   kuliah ap 134.1 struktur & fungsi kulit   kuliah ap 13
4.1 struktur & fungsi kulit kuliah ap 13
 
Anatomi dan Fisiologi Kulit Manusia
Anatomi dan Fisiologi Kulit ManusiaAnatomi dan Fisiologi Kulit Manusia
Anatomi dan Fisiologi Kulit Manusia
 
Pengenalan kepada anatomi dan fisiologi peringkat kimia, selular dan tisu org...
Pengenalan kepada anatomi dan fisiologi peringkat kimia, selular dan tisu org...Pengenalan kepada anatomi dan fisiologi peringkat kimia, selular dan tisu org...
Pengenalan kepada anatomi dan fisiologi peringkat kimia, selular dan tisu org...
 
Anatomi dan Fisiologi Kulit
Anatomi dan Fisiologi KulitAnatomi dan Fisiologi Kulit
Anatomi dan Fisiologi Kulit
 
20140312110308 fungsi muskuloskeletal dan pergerakan manusia
20140312110308 fungsi muskuloskeletal dan pergerakan manusia20140312110308 fungsi muskuloskeletal dan pergerakan manusia
20140312110308 fungsi muskuloskeletal dan pergerakan manusia
 

Similar to Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)

Assignment (1)
Assignment (1)Assignment (1)
Assignment (1)ARULVELAN6
 
uas the strategi.pdf
uas the strategi.pdfuas the strategi.pdf
uas the strategi.pdfridafarida14
 
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniWany Hardy
 
Soal ujian Landasan
Soal ujian LandasanSoal ujian Landasan
Soal ujian Landasanwindarti aja
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikaniirstanty
 
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...sushanblue
 
Artikel psikologi pendidikan
Artikel psikologi pendidikanArtikel psikologi pendidikan
Artikel psikologi pendidikanElsina Sihombing
 
Soal ujian mid semester 2015 landasan
Soal ujian mid semester 2015 landasanSoal ujian mid semester 2015 landasan
Soal ujian mid semester 2015 landasanAndriani Widi Astuti
 
Proposal penelitian
Proposal penelitianProposal penelitian
Proposal penelitianratih azza
 
08. Pembelajaran Orang Dewasa.pdf
08. Pembelajaran Orang Dewasa.pdf08. Pembelajaran Orang Dewasa.pdf
08. Pembelajaran Orang Dewasa.pdfretnork
 
Psikologimakalah 101016054200-phpapp02
Psikologimakalah 101016054200-phpapp02Psikologimakalah 101016054200-phpapp02
Psikologimakalah 101016054200-phpapp02Andri Zukro
 
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"suciherna
 

Similar to Anatomi & Fisiologi (PJM 3106) (20)

Assignment (1)
Assignment (1)Assignment (1)
Assignment (1)
 
Pembelajaran
PembelajaranPembelajaran
Pembelajaran
 
uas the strategi.pdf
uas the strategi.pdfuas the strategi.pdf
uas the strategi.pdf
 
Tugas PTK
Tugas PTKTugas PTK
Tugas PTK
 
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seni
 
Contoh proposal biologi smu
Contoh proposal biologi smuContoh proposal biologi smu
Contoh proposal biologi smu
 
Pkp wa boy
Pkp wa boyPkp wa boy
Pkp wa boy
 
Soal ujian Landasan
Soal ujian LandasanSoal ujian Landasan
Soal ujian Landasan
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
 
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
 
Artikel psikologi pendidikan
Artikel psikologi pendidikanArtikel psikologi pendidikan
Artikel psikologi pendidikan
 
Soal ujian mid semester 2015 landasan
Soal ujian mid semester 2015 landasanSoal ujian mid semester 2015 landasan
Soal ujian mid semester 2015 landasan
 
Proposal penelitian
Proposal penelitianProposal penelitian
Proposal penelitian
 
PSV 3107
PSV 3107PSV 3107
PSV 3107
 
Media Pembelajaran
Media PembelajaranMedia Pembelajaran
Media Pembelajaran
 
Seni rupa
Seni rupaSeni rupa
Seni rupa
 
08. Pembelajaran Orang Dewasa.pdf
08. Pembelajaran Orang Dewasa.pdf08. Pembelajaran Orang Dewasa.pdf
08. Pembelajaran Orang Dewasa.pdf
 
Psikologimakalah 101016054200-phpapp02
Psikologimakalah 101016054200-phpapp02Psikologimakalah 101016054200-phpapp02
Psikologimakalah 101016054200-phpapp02
 
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
 

More from Stephanie Unsil

Kertas Kerja Minggu Bahasa Melayu
Kertas Kerja Minggu Bahasa MelayuKertas Kerja Minggu Bahasa Melayu
Kertas Kerja Minggu Bahasa MelayuStephanie Unsil
 
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6Stephanie Unsil
 
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6Stephanie Unsil
 
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5Stephanie Unsil
 
Penilaian sumatif muzik tahun 3
Penilaian sumatif muzik tahun 3Penilaian sumatif muzik tahun 3
Penilaian sumatif muzik tahun 3Stephanie Unsil
 
Penilaian Sumatif PK Tahun 1
Penilaian Sumatif PK Tahun 1Penilaian Sumatif PK Tahun 1
Penilaian Sumatif PK Tahun 1Stephanie Unsil
 
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6Stephanie Unsil
 
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Stephanie Unsil
 
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Stephanie Unsil
 
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4Stephanie Unsil
 
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4Stephanie Unsil
 
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Stephanie Unsil
 
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Stephanie Unsil
 
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan PendidikanGGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan PendidikanStephanie Unsil
 
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokDivider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokStephanie Unsil
 
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokMuka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokStephanie Unsil
 
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBTKertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBTStephanie Unsil
 

More from Stephanie Unsil (20)

Kertas Kerja Minggu Bahasa Melayu
Kertas Kerja Minggu Bahasa MelayuKertas Kerja Minggu Bahasa Melayu
Kertas Kerja Minggu Bahasa Melayu
 
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
 
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6
 
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5
 
Penilaian sumatif muzik tahun 3
Penilaian sumatif muzik tahun 3Penilaian sumatif muzik tahun 3
Penilaian sumatif muzik tahun 3
 
Penilaian Sumatif PK Tahun 1
Penilaian Sumatif PK Tahun 1Penilaian Sumatif PK Tahun 1
Penilaian Sumatif PK Tahun 1
 
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6
 
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
 
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
 
Contoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBDContoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBD
 
Intervensi KBAT
Intervensi KBATIntervensi KBAT
Intervensi KBAT
 
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
 
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
 
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
 
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
 
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan PendidikanGGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
 
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokDivider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
 
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokMuka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
 
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBTKertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
 
FAIL KOKURIKULUM 2021
FAIL KOKURIKULUM 2021FAIL KOKURIKULUM 2021
FAIL KOKURIKULUM 2021
 

Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)

  • 1. 1.0 PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI anatomi Bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia fisiologi mengkaji fungsi struktur tubuh badan. Rajah 1.0: Definisi anatomi dan fisiologi Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasaldaripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggotabadan untuk melihat strukturnya. Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti anatomikasar an mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yangdapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomimikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop. FisiologiAnatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan.Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia danfibula dapat menyokong berat badan kita 1
  • 2. 2.0 TUGASAN 1 2.1 Esei Pendek (Keberkesanan Penggunaan Bahan Produk dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani di Sekolah Pada Zaman Teknologi Komputer) Pendidikan di Malaysia terus berkembang dari sehari ke sehari. Dalam era pembangunan yang semakin canggih dengan teknologi terkini, sistem pendidikan dijadikan sebagai jalan yang terbaik bagi melahirkan rakyat yang berpengetahuan tinggi dan berpendidikan. Seiring dengan kepesatan teknologi masa kini, tidak hairanlah bahan pengajaran berunsurkan teknologi menjadi pilihan utama yang digunakan oleh guru. Namun, pernahkah guru menyedari bahawa bahan bukan elektronik adalah sama pentingnya dengan bahan elektronik? Penggunaan bahan produk dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meninggalkan kesan yang mendalam dalam memahami suatu matapelajaran itu. Tetapi, bagaimana pula dengan matapelajaran yang menekankan kecergasan yang sesuai dengan ciri dan keperluan murid seperti Pendidikan Jasmani? Pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Oleh itu, penggunaan bahan produk adalah kaedah yang lebih berkesan berbanding dengan penggunaan bahan elektronik di mana penyertaan aktif dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani adalah diwajibkan. Bagi memenuhi cita - cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan rakyat menghadapi arus globalisasi serta eknomi berasaskan pengetahuan pada abad ke - 21, guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Penggunaan bahan produk dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kecerdasan pelbagai, 2
  • 3. pembelajaran masteri dan pembelajaran kendiri.Bahan produk yang difokuskan di sini ialah album peta bergambar bagi proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Menurut Objektif pembelajaran dan pengajaran individu yang dipaparkan dalam Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (Jilid 5), Pengurusan Bilik Darjah, DBP 1992, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dalam merancang pembelajaran dan pengajaran individu. Faktor ini meliputi faktor murid – murid, aktiviti, masa, bahan dan ruang. Perbezaan dari segi fizikal dan mental dalam kalangan murid - murid akan mempengaruhi kemahiran asas dalam proses pembelajaran. Di sini, keberkesanan bahan produk album peta bergambar dapat dilihat melalui penggunaannya sebagai medium pengenalan terhadap suatu topik yang baru dalam Pendidikan Jasmani, iaitu sebelum menjalankan amali di luar bilik darjah. Penggunaan gambar dan grafik sebagai bahan pengajaran adalah lebih berkesan di mana ia mampu mengurangkan rasa bosan murid - murid terhadap pengajaran guru. Atan Long (1980:174) berpendapat semakin banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Biasanya, penggunaan warna dan rajah yang menarik minat pelajar untuk terus mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, bahan produk album peta bergambar mampu memberi peluang kepada pelajar untuk memperkembangkan kecenderungan mereka secara menyeluruh sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid – murid di dalam sebuah kelas, biasanya terdiri daripada pelbagai tahap kebolehan dan kecerdasan.Apabila guru menggunakan bahan produk dalam pengajarannya, guru mampu melihat sendiri tahap kecerdasan dan kecergasan murid – murid yang berada di hadapannya. Permasalahan yang dikesan oleh guru dalam kalangan murid – muridnya akan menyumbang kepada penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Penggunaan bahan produk adalah lebih berkesan di mana guru akan menyelami satu persatu anak muridnya dalam penyampaiannya dia dalam bilik darjah. 3
  • 4. Kemudian, album peta bergambar bukan sahaja dapat menyerlahkan bakat dan kreativiti guru tetapi juga memperkembangkan kemahiran murid – murid agar berfikir secara kreatif dan kritis. Pendidikan Jasmani merupakan suatu matapelajaran yang perlu membawa murid - murid ke arah pemahamanan yang mendalam tentang tubuh badan manusia. Contohnya tajuk – tajuk dalam Pendidikan Jasmani yang boleh menggunakan bahan produk album peta bergambar ialah sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem respirasi dan juga sistem jantung. Apabila pelajar melihat sendiri album bergambar bagi sistem respirasi contohnya, mereka dapat melihatnya dengan lebih teliti sekaligus sifat inkuiri dalam diri pelajar timbul. Penggunaan “slide show” di dalam bilik darjah adalah kurang sesuai di mana, pelajar tidak sempat melihat gambar – gambar yang ditayangkan dalam masa yang lama. Pembelajaran yang menggunakan album peta bergambar dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani merupakan hasil penggabungan konsep bermain dan belajar. Dalam proses pembelajaran bagi kanak – kanak, unsur permainan amat penting. Hal ini demikian kerana otak kanak – kanak akan mengalami pertumbuhan dalam setiap proses bermain. Pertumbuhan otak pada anak yang jarang bermain 20 – 30 % lebih kecil dari otak normal anak seusia mereka. Pendekatan guru dalam menyampaikan bahan produk mereka dalam pelaksanaan aktiviti mampu menggerakkan lagi pemahaman kanak – kanak dalam proses pembelajaran mereka. Album ini boleh digunakan dalam pelbagai aktiviti berkumpulan , berdua dan juga individu. Semua pelajar berpeluang menggunakan bahan produk itu. Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan bahan produk juga meningkatkan keyakinan diri dan motivasi belajar dalam diri murid – murid. Guru harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan pengajaran yang boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu secara efektif. Misalnya, guru harus bijak menyampaikan proses yang berlaku dalam sistem pernafasan melalui penggunaan bahasa yang sesuai. Persoalan yang timbul dalam diri murid – murid akan 4
  • 5. meningkatkan kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang apabila berhubung. Pelajar yang melibatkan diri dalam teknik simulasi di bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi. Penggunaan bahan produk dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani mampu meningkatkan daya ingatan murid – murid. Lagipun, istilah – istilah dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani adalah bebeza dengan matapelajaran yang lain. Kanak – kanak lebih senang mengingati suatu pembelajaran yang berunsurkan gambar kerana unsur warna dan bentuk grafik adalah lebih ringkas dan berkesan. Jika dibandingkan, buku yang bergambar dan buku yang tidak bergambar, murid – murid akan memilih buku yang bergambar. Menurut Jean Piaget, kanak – kanak mengenali simbol terlebih dahulu dalam setiap penemuaannya. Oleh yang demikian, penggunaan peta bergambar adalah patut dalam Pendidikan Jasmani. Penggunaan bahan produk juga meningkatkan kemahiran guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebelum membentangkan dna menjalankan pengajaran menggunakan bahan produk yang dihasilkan, guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajar. Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pengajaran tidak sepatutnya hanya menekankan kepada jantung dan penggunaannya, contohnya tetapi harus juga mengambil kira tentang perkembangan pelajar dalam memahami tajuk yang dipelajari. Namun begitu patutlah diketahui, tiada satupun cara belajar yang terbaik dan biasanya para pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan, kerap menukar strategi dari semasa ke semasa. 5
  • 6. Penggunaan bahan produk dalam Pendidikan Jasmani mampu memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran dan psikologi. Dari segi luaran, bahan-bahan itu haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan belajar pelajar-pelajar. Ini bermakna, bahan produk itu boleh dirasai sendiri oleh murid – murid bagi menjawab persoalan – persoalan yang mereka cipta di sepanjang pengajaran yang diadakan oleh guru. Dari segi psikologi pula, bahan produk itu haruslah dapat memenuhi keperluan murid - murid terutama dari segi minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya. Di sini, keberkesanan bahan produk adalah lebih kekal jika dibandingkan dengan bahan elektronik. Bahan produk juga lebih tahan, mudah alihdan memenuhi aspek – aspek teknikal. Aspek teknikal yang dimaksudkan ini ialah album peta bergambar ini boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid – murid belajar sendiri. Penggunaan bahan produk adalah lebih bererti jika bahan tersebut digunakan oleh pelajar itu sendiri meskipun sesi pengajaran itu tamat. Album ini sesuai dengan kemudahan bilik darjah kerana boleh didirikan di atas meja atau digantungkan pada dinding. Jangka masa pengajaran atau aktiviti yang menggunakan bahan produk boleh digunakan semaksimum yang mungkin. Jika dibandingkan dengan bahan elektronik, bahan produk adalah lebih dikendalikan dan tidak membazirkan masa pengajaran guru itu. Hal ini dapat dilihat apabila pemasangan bahan elektronik sebelum pengajaran dilakukan men Penggunaan bahan produk dalam pengajaran dan pembelajaran juga mendedahkan kepada para pelajar beberapa variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam masyarakat. Pengetahuan murid – murid terhadap variasi – variasi bahan membolehkan mereka memilih variasi – variasi yang sesuai untuk digunakan dalam konteks dan situasi tertentu. Lagipun, menurut Jean Piaget perkembangan kognitif kanak – kanak adalah lebih kuat jika menggunakan bahan pengajaran yang 6
  • 7. berasaskan grafik dan gambar kerana ianya lebih mudah diingati jika dibandingkan dengan bahan bacaan yang hanya mengandungi ayat – ayat panjang. Penggunaan bahan produk dalam pengajaran dan pembelajaran meningkatkan kemahiran bahasa dalam diri guru dan juga murid – murid. Apabila berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan eletronik, hanya komunikasi sehala berlaku di dalam bilik darjah. Malah, hanya kemahiran pada aras penerimaan seperti kemahiran membaca dan mendengar terjadi. Penggunaan bahan produk pula akan melibatkan kemahiran pada aras penerimaan dan juga aras penglahiran seperti kemahiran membaca, mendengar, menulis dan bertutur. Aspek-aspek bahasa ini harus dilihat sebagai setiap bahagian yang berhubungan dan bukan terpisah-pisah sifatnya. Oleh yang demikian, kemahiran-kemahiran ini harus digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih bermakna. Penyerapan nilai dan pengetahuan juga mampu dilaksanakan melalui pengajaran menggunakan bahan produk. Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja sekadar dapat menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan memahami tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap diri, masyarakat dan negara. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat, maka unsur-unsur yang bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya wujud dalam sebarangan pengajaran yang digunakan. Di sekolah-sekolah kini, bahan-bahan pengajaran yang lazim digunakan oleh guru-guru adalah diambil daripada bahan-bahan yang terdapat daripada buku-buku teks, bahan-bahan tambahan daripada jabatan-jabatan tertentu dalam Kementerian Pendidikan Negeri, Daerah dan lain-lain. Anggapan bahawa penggunaan buku teks sudah mencukupi adalah sebenarnya kurang wajar kerana seperti yang kita semua 7
  • 8. sedari, buku-buku teks itu sendiri mempunyai kelemahan-kelemahannya yang tersendiri. Perbuatan terlalu bergantung kepada teks kadangkala boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Dengan itu, pengajaran menggunakan produk yang kita hasilkan akan memberi kesan yang lebih baik, menarik hati pelajar dan dapat mengurangkan masalah yang timbul. Jika melihat kepada situasi sebenar pendidikan di Malaysia ini, masih ada lagi sekolah – sekolah di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai sumber elektrik. Maka, penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran elektronik tidak dapat digunakan sama sekali. Di sini, bahan produk memainkan peranan yang penting dalam proses penyampaian ilmu. Tidak dapat kita nafikan, penggunaan bahan produk dalam pengajaran dan pembelajaran masih lagi mendapat tempat di hati murid – murid. Sifat bahan produk yang menarik, realistik dan teknikal membawa kepada pembelajaran yang secara menyeluruh, berbeza dengan pengguanan bahan elektronik. Kesimpulannya, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media pengajaran atau „ media‟ yang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya.Penggunaan bahan produk dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah masih lagi berkesan pada zaman teknologi komputer ini. 8
  • 9. 3.0 RUMUSAN Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara – perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Tetapi, hanya berlandaskan satu tujuan, iaitu utnuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada murid – murid secara berkesan. Pada umumnya, pengajaran merupakan suatu aktiviti yang meliputi seseorang pengajar, disertai oleh aktiviti pembelajaran murid. Bagaimanapun, kini terdapat pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Walaupbagaimanapun, dalam proses pengajaran, pengajar wajib menimbulkan minat pembelajaran murid, membimbing mereka dengan cara belajar yang berkesan, menjelaskan keraguan, membantu mereka menyelesaikan masalah, membekalkan bahan pelajaran dan memupuk nilai – nilai murni di dalam diri. Kini, pengajaran dan pembelajaran ditaksirkan sebagai : i) Suatu proses ii) Suatu bidang komunikasi iii) Suatu bidang sains iv) Suatu bidang seni 9
  • 10. 4.0 REFLEKSI Sebagai guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Semester 3, kami telah diwajibkan untuk mengikuti Kursus Anatomi dan Fisiologi(PJM3106) yang melibatkan penjelasan jenis – jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan anatomi dan fisiologi.Kerja kursus pendek ini sememangnya memberi impak yang besar dalam pengetahuan saya tentang tentang anatomi dan fisiologi. Sebagai seorang bakal guru yang mengajar Pendidikan Jasmani di sekolah nanti, sememangnya penting untuk mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan yang ada dalam kursus ini. Kerja kursus ini telah memberi peluang kepada saya dan juga rakan sekelas saya, PISMP Muzik Semester Tiga untuk berfikir secara lebih kreatif dalam mencapai matlamat dalam melaksanakan amali anatomi dan fisiologi dengan berkesan di mana kami harus melihat ke hadapan dengan menghasilkan bahan produk yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah kelak. Melalui tugasan ini, saya harus meneliti dan meneroka sendiri keberkesanan bahan produk yang kumpulan saya hasilkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani pada zaman teknologi komputer. Sememangnya, tajuk ini agak membebankan kerana seacra realitinya, gruu – guru zaman moden ini lebih banyak menggunakan bahan elektronik di dalam proses pengajarannya di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, saya meneroka sendiri kelebihan menggunakan bahan produk di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Tugasan ini sememangnya berbentuk penerokaan seseorang individu dan menekankan kebebasan individu dalam membawa diri sendiri ke dalam situasi seorang guru Pendidikan Jasmani pada masa hadapan. Segala perkara yang diberi fokus ini 10
  • 11. bukanlah perkara yang asing lagi bagi pelajar PISMP Semester 2. Hal ini demikian, kami pernah didedahkan dengan tajuk yang berkaitan dengan peta bergambar (visual map album) pada semester yang lalu. Kini, kami hanya perlu mengaplikasikan semua pengetahuan yang diperoleh dari bilik kuliah untuk melaksanakan kerja kursus ini. Secara jujurnya, pada ketika saya mendapat tajuk kerja kursus ini, saya terpinga – pinga dan tertanya – tanya apakah yang perlu saya lakukan untuk memulakan kerja kursus ini. Selama ini, saya tidak pernah membuat sendiri bahan produk bagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di bangku sekolah, saya hanya berperanan sebagai pelajar dan melihat sendiri kewujudan bahan produk yang dihasilkan sendiri oleh guru saya. Oleh itu, pada awal perbincangan saya, rakan sekelas bersama pensyarah, saya hanya berdiam diri kerana saya kurang pasti dengan tajuk kerja kursus ini. Bagi mengatasi masalah ini, saya berusaha mencari sebanyak maklumat yang diperlukan bagi memberi pemahaman yang lebih tentang kehendak kerja kursus ini. Sesungguhnya, proses pencarian maklumat ini, bukanlah suatu yang mudah seperti yang disangka. Ketika mengumpulkan maklumat berkaitan dengan tajuk kerja kursus ini, iaitu sistem respirasi, saya telah meminjam beberapa buah buku di perpustakaan kampus dan juga mencari maklumat di internet. Hampir keseluruhannya adalah sumber yang berbentuk Bahasa Inggeris dan halangan pertama bagi saya adalah, penukaran ayat – ayat Bahasa Inggeris tersebut kepada ayat Bahasa Melayu. Di sini, saya meminta bantuan daripada rakan – rakan saya yang fasih dalam Bahasa Inggeris untuk membantu saya memahami sesetengah ayat atau perkataan. Halangan seterusnya ialah, saya mengalami mengalami kesukaran dalam mencipta bahan produk album peta bergambar yang sesuai dengan sasaran pengajaran saya iaitu, pelajar sekolah rendah. Namun begitu, saya bersyukur kerana 11
  • 12. mempunyai rakan – rakan sekelas yang sudi berkongsi idea dalam mempelbagaikan hasil kerja bahan produk ini. Pada masa ini, saya mendapati bahawa kaedah komunikasi yang digunakan sewaktu perbincangan adalah lebih memudahkan proses pembelajaran sekaligus membantu secara langsung dalam menyempurnakan kerja kursus. Di samping itu, kami membuat perbincangan bersama pensyarah berkenaan kerja kursus ini. Pada saat ini, dapat dilihat perbezaan pendapat daripada setiap individu yang ada. Saya dapat belajar melalui pendapat dan ilmu rakan – rakan berkenaan dengan tajuk kursus ini. Saya juga dapat memberi ruang kepada diri saya untuk mendengar pendapat orang lain bagi mengembangkan aspek-aspek yang perlu di dalam kerja kursus ini. Kesimpulannya, saya berasa amat bertuah mendapat kerja kursus ini dan akan menggunakan pengalaman ini dengan sebaik yang mungkin. Pengalaman di sepanjang penyempurnaan kerja kursus ini serba sedikit memberi saya suatu perspektif yang positif terhadap gaya pembelajaran yang berkesan, bekerja secara kumpulan dan sebagainya. 12